Hilal Asyraf's Blog, page 196
August 20, 2009
Pengalaman: Bersama Murabbi
akhirnya, mereka pulang
Akhirnya, guru-guru saya sudah bertolak ke Jeddah. Dari Jordan, mereka menaiki Kapal Terbang Royal Jordanian pada pukul 8.30 malam, 20/08/09. Mereka akan menjalani awal Ramadhan di Tanah Haram.
Alhamdulillah. Tiga hari belakang ini adalah tiga hari yang indah. Mungkin tidak semua kegembiraan ini dapat diungkapkan dengan perkataan. Namun rasa hati yang penuh berbunga ini, bersama jiwa yang basah dengan pancuran nasihat, semua itu terasa dekat.
Di sini, saya hendak kongsikan
Islam: Nilai Allah
dunia ini, kita bina dengan nilai apa?
Kita semua tahu bahawa Islam adalah sistem hidup. Islam bukan sekadar agama. Dalam setiap detik kehidupan kita, kita perlu mengambil Islam sebagai sistem. Kita tidak boleh membenarkan percampuran dengan sistem-sistem lain.
Segala sistem mestilah tunduk dengan nilai syara'.
Hari ini, manusia menghadapi krisis nilai. Musuh-musuh Islam telah mewarnai pelbagai perkara dengan warna yang nampak cantik. Namun warna-warna itu hakikatnya tidak ada apa-apa makna di s
August 19, 2009
Dua kalimah – Puas Hati!
[image error]
saya puas hati
Alhamdulillah. Ketika saya menulis ini, saya baru sahaja selesai ber'jaulah'(bermusafir) dengan guru-guru saya yang menziarahi pelajar-pelajar MATRI di Jordan.
Saya tersenyum. Dalam perjalanan pulang yang meletihkan, saya tersenyum. Hingga sekarang, saya masih tersenyum.
Kenapa?
Dua kalimah:
Puas hati!!!
Alhamdulillah. Allah SWT benar-benar mengurniakan hadiah yang terbaik untuk memasuki Ramadhan, dengan menghadirkan guru-guru saya ke Jordan ini.
Ustaz Dahlan Mohd Zain, Mudir MATRI
Murabbi hadir…
sampai di airport pagi-pagi buta nak jemput ustaz... gembira seh!!!
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Dia masih memanjangkan nyawa hamba-Nya yang seorang ini, dan memanjangkan pula nyawa pembaca-pembaca Langit Ilahi ini. Bersyukur lah atas 'bonus' nyawa yang dihadiahkannya kepada kita. Moga-moga dengan kepanjangan nyawa ini, kita isi dengan ketaatan kepada-Nya, bukan dengan pengingkaran kepada-Nya.
Entry hari ini sepatutnya entry Motivasi.
Tetapi nampaknya, entry hari ini terpaksa
August 18, 2009
Sirah: Dia contoh manusia berkorban…
saya, dan adik saya yang bernama Mus'ab
Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah. Dia adalah manusia yang ter'hensem' di Makkah.
Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus
August 17, 2009
Semasa: H1N1, itu adalah satu ulang teguran.
dunia ini, sampai bila mahu kamu biar begini?
H1N1, atau nama lain, selsema babi. Tapi ada orang kata pada saya, tak baik la kata selsema babi. Saya tersenyum sahaja. Seorang adik menegur. Alhamdulillah kerana saya dikurniakan raaaaaaamai adik-adik yang baik, dan tidak segan menegur walaupun perkara kecil-kecil. Alhamdulillah.
H1N1(jangan sebut selsema babi ya), bermula seorang, kemudian merebak kepada ribuan orang. WHO menyatakan, kalau kita dapat mengesan 3,574 kes setakat ini, maka sebenarnya
August 16, 2009
Motivasi: Inspirasi Dari Bidadari
[image error]
suri rumah... istimewa kesabarannya
Dalam banyak-banyak kerjaya, agak-agak anda lah kan, kerjaya apa yang paling saya kagum sekali?
Cikgu? Saya kagum juga dengan peranan cikgu sebagai pendidik. Tapi bukan cikgu yang paling saya kagum sekali.
Ustaz? Em… saya kagum dengan Ustaz yang menjaga agama dan berusaha menyebarkannya. Tapi bukan itu yang saya kagum sekali.
Professor? Saya memang sangat kagum dengan prof-prof yang handal, mengkaji pelbagai kajian dan menemui pelbagai pertemuan baru. Tapi buk
August 15, 2009
Sinergi - Prolog: Kembar
[image error]
kita hendak bina Sinergi itu...
Bismillah…
Kumulakan penulisan dengan menyebut nama Allah
Sesungguhnya hanya Dia yang memberikan hidayah
Manusia seperti aku hanya berusaha
Dengan tarian pena aku bercerita
Cerita yang harapnya dapat menyentuh hati-hati manusia.
Ya Allah
Berkatilah usaha hambaMu ini
DaripadaMu jua datangnya kekuatan dalam diri
Panjangkanlah tanganku, dalam menyentuh hamba-hambaMu di atas muka bumi
Dalam masa yang sama, aku memperbaiki diriku sendiri
Sakit.
pernahkah Dia zalim? Segala aturan-Nya ada hikmah
Assalamu'alaikum,
Semoga Allah merahmati saya, dan semua pembaca Langit Ilahi.
Apa khabar anda?
Kalau mengikut jadual yang saya berikan tempoh hari, Sabtu adalah hari saya akan menulis entry karya. Saya telah berjanji untuk menyiarkan Sinergi. Tetapi nampaknya, hari ini saya tidak boleh berbuat demikian.
Allah izin, saya muntah-muntah teruk hari ini. Perut rasa amat mual. Jadi saya rasa amat lemah sekarang. Mungkin saya salah makan semalam. Ini pun sa
August 14, 2009
Pengalaman: Banyak, sampai tak nampak.
diuji dengan sakit, tetapi diberikan rasa untuk gagah beribadah. Bukankah itu nikmat?
Hidup ini, ada jatuh naik. Semua hidup manusia begitu. Tinggal ada orang jatuhnya menjunam teruk, ada orang lain jatuhnya sikit sahaja. Ada orang bila naik, naik tinggi-tinggi. Orang lain pula bila naik, sekadar sejengkal dari asal.
Begitu jugalah hidup saya. Ada masanya saya bersinar terang seperti mentari tanpa kelam. Ada masanya, saya seperti bulan kemalapan cahaya diselubungi awan hitam. Hidup memang ibarat