Hilal Asyraf's Blog, page 182

December 30, 2009

Puisi: Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali.

[image error]

Gambar tak ada kena mengena. Tapi kenalkan, ni namanya Faiq. Dia junior saya, merangkap sahabat. hu3

Ah, nak akhir tahun. Hari ini tangan saya kepanasan pula walaupun suasana Irbid sangat sejuk hari ini. Tapi bukannya sesejuk Russia(Syed Ahmad Fathi) dan Korea(Tengku Muhammad Fahmi) sampai turun salji. Jadi saya fikir, selagi diri saya tak terbeku, selagi itu saya boleh buat macam-macam kerja.

Satu puisi yang muncul ketika hampir-hampir maghrib.

Enjoy.


Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2009 14:38

Perkongsian: Kenapa? Sebab itu tujuan hidup kita

Kita hendak kembali kepada-Nya, memperkuatkan diri kita

Kita hendak kembali kepada-Nya, memperkuatkan diri kita

Artikel ini lebih kepada chit-chat orang kata.

Tahun 2009 sudah semakin berakhir. 2010 sudah hendak menjelma. Umur 20 saya pun sudah hampir berakhir. 17 hari lagi dan saya menjejak 21. Pejam celik pejam celik, Website Langit Ilahi sudah berumur 9 bulan. Rasa macam sekelip mata sahaja, saya sudah 2 tahun setengah menulis di alam maya bermula Langitillahi.blogspot. Dan sudah 6 bulan saya bergelar penulis buku.

Orang bertanya kepada saya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2009 07:17

December 29, 2009

Projek: Program Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog

[image error]

Poster Bengkel

Beberapa waktu yang lepas, saya ada bercakap perihal projek yang nantinya akan merebak ke Malaysia. Maka, suka saya maklumkan di sini bahawa, saya akan mula melaksanakan projek itu bulan hadapan.

Projek asal masih rahsia. Tetapi projek besar ini akan bermula dengan Program Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog yang akan berlangsung pada 5&6 Januari 2010 di Jordan.

Maka, di sini, saya hendak sedikit gambaran berkenaan perjalanan bengkel ini.

Slogan Bengkel

Slogan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 29, 2009 21:59

Promo Sinergi 1: Cover Sinergi Yang Saya Buat

[image error]

Cover Sinergi 1

Assalamu'alaikum,

Saya sekadar nak tunjuk dua cover Sinergi yang saya buat sendiri.

Sekadar selitan.

Satu lagi cover boleh dilihat dengan melihat seterusnya.

[image error]

Cover Sinergi 2

Kredit kedua-dua cover ini kepada:

1. Kameraman: Haji Faizal Jongkabe

2. Wan Muhammad Najib

3. Syahnazrin(yang berkopiah)

4. Saya sebagai pereka cover

Semestinya tak akan keluar di kedai 100% macam ini. Tetapi saya dah minta GISB consider untuk cover Sinergi nanti lebih kurang begini. Pastinya lebih baik.

Untuk...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 29, 2009 20:58

Perkongsian: Cinta dan Allah redha.

Cinta, adakah semudah mengikat tali kasut?

Cinta, adakah semudah mengikat tali kasut?

Manusia kalau tengah bercinta, orang kata macam orang yang mabuk. Dia sudah tidak kisah sekelilingnya. Dia sudah tidak kisah orang lain. Yang dia fikirkan adalah orang yang dicintainya sahaja. Orang kata, lautan api sanggup diredah, gunung everest sanggup dipanjat. Prinsip dan maruah diri sanggup digadai.

Saya berulang kali kata, saya tidak mengiktiraf itu sebagai cinta.

Pada saya, apa namanya cinta jika di akhirat nanti berbalahan? Apa namanya cinta...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 29, 2009 06:35

December 28, 2009

Perkongsian: Keimanan, itulah penyelesaian

[image error]

Kita hendak membina semula generasi keimanan

Dalam beberapa waktu ini, yakni semenjak 5-6 bulan kebelakangan ini, saya sering terfikir berkenaan keimanan. Semuanya apabila saya dihumbankan dengan soalan-soalan mencari penyelesaian kepada permasalahan negara, permasalahan jiwa, permasalahan gejala sosial, permasalahan keluarga, permasalahan hiburan, permasalahan cinta dan 1001 permasalahan lain.

Saya mencari apakah penyelesaian yang solid untuk semua itu. Dalam pencarian saya, akhirnya saya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2009 07:12

December 27, 2009

Motivasi: Projek hidup, projek cinta.

Hidup itu indah, hanya apabila dibaluti keimanan

Hidup itu indah, hanya apabila dibaluti keimanan

Ah… tahun 2009 hampir berakhir. Tahun ini memang satu tahun yang agak penuh, pelbagai program, pelbagai pengalaman, pelbagai anugerah, juga disertai dengan pelbagai dugaan, pelbagai kesempitan, pelbagai kehilangan dan pelbagai penderitaan. Itu bila dinisbahkan kepada saya la. Saya tidak pasti anda malalui tahun ini bagaimana.

Semalam, saya menyertai program A.P.I. atau nama panjangnya adalah Akses Pemikiran Islam. Saya diberikan jawatakan Ketua...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2009 07:42

December 26, 2009

Sahabat: Anas Abdul Hadi, hari ini birthday dia…

[image error]

Selamat menjengah 20 wahai Anas

26hb Disember. Mungkin orang akan mengingati tarikh ini sebagai tarikh berlakunya Tsunami yang diiringi dengan gempa bumi sekitar 9.2 skala ritcher lima tahun dahulu. Tetapi 26hb Disember hakikatnya adalah tarikh lahir Anas Abdul Hadi, sahabat saya yang telah dilahirkan pada tahun 1989, 15 tahun sebelum berlakunya tsunami di kawasan asia tenggara itu.

Anas adalah antara sahabat pertama saya semenjak saya menjengah umur 13 tahun. Dia adalah antara yang pertama...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2009 03:20

December 25, 2009

Novel Sinergi: Cerita 1 - Kita dan Mereka

[image error]

Hari ini Birthday Anas Hadi. Nanti akan datang post khas untuknya...

Ah… Hari Sabtu sampai lagi. Sinergi pun bersambung.

Minggu lepas Prolog: Terbinanya Atas Keimanan, jadi minggu ini Cerita 1: Kita dan Mereka.

Ok, tak mahu cakap banyak.

O ma families…

Enjoy it!

Cerita 1

Kita Dan Mereka

Mereka itu penjahat

Kita adalah malaikat

Itu bukan di tangan kau untuk diputuskan

Mungkin sahaja bertukar sebelum kiamat

Maka pandanglah dengan pandangan keimanan

Nanti kau akan nampak ruang kesatuan


MHS sudah...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2009 23:44

December 24, 2009

Perkongsian: Bila kamu hendak berdakwah

Syakhsiah itu penting dalam dakwah.

Dakwah tidak cukup hanya teori

Tadi saya pergi lepak dengan junior-junior saya. Makan di kedai Yaman. Memang seronok ke kedai itu pada hujung minggu, memandangkan kedai itu menyediakan roti canai dan teh susu, termasuk murtabak madu yang sedap. Melepaslah rindu dengan roti canai malaysia da teh tarik di bumi sendiri. Tambah istimewa di kedai bernama Mandi Yamani itu, pengunjung boleh duduk bersila. Nak baring pun boleh.

Jadi, kami sental santai macam di rumah aja la. Lepak di situ, sambil...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2009 23:15