Hilal Asyraf's Blog, page 178
February 6, 2010
Novel Sinergi: Cerita 7 - Iman dan Sabar
Sinergi
Sabtu datang. Sinergi pun menjelang.
Cerita 7: Iman dan Sabar.
Yang membangkitkan kesabaran, adalah keimanan kita.
Enjoy!
Cerita 7
Iman dan Sabar
Jangan engkau marah
Diulang tiga kali
Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar
Apakah yang membuatkan kau meyakini?
Hanyalah apabila keimanan itu membaluti hati-hati
Faiz Hamzah membulatkan mata. Separuh tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Dadanya berdegup kencang. Apa yang baru dilihatnya tadi, membuatkan dia pantas...
February 5, 2010
Dedikasi: Buat warga Mesir yang aku cinta
Jazakumullahu Khiran Kathira, wa uhibbukumfillah
Hari ini, genaplah seminggu saya meninggalkan bumi Mesir. Masih tergiang-giang lagi perjalanan saya ke sana tempoh hari.
Saya amat hargai apa saya lihat, apa saya lalui, apa saya dengar, dan apa yang saya dapat.
Kalau sebelum ini saya tuliskan perjalanan, kali ini saya nak tuliskan dedikasi.
Kepada warga Mesir yang menonjolkan kasih sayang yang tinggi,
Ini untuk kalian yang aku cintai.
Dedikasi 1: Abang Mus'ab dan seluruh Ahli Baitnya.
Menjejak...
February 4, 2010
Pengumuman: Berminat belajar di Jordan?
Suasana di salah satu stesen bas di Irbid
Saya dah lama nak buat artikel ini. Artikel promosi tempat saya belajar untuk adik-adik lepasan SPM, yang masih tercari-cari arah haluan selepas peperiksaan besar mereka.
Jadi, sebelum saya mulakan promosi saya, saya hendak tekankan beberapa perkara penting.
Pertama: "Saya hanya promosi Irbid, Jordan. Universiti Yarmouk dan JUST sahaja. Sebarang pertanyaan berkenaan tempat lain, universiti lain, adalah tidak akan saya jawab"
Kedua: "Saya hanya...
February 3, 2010
Motivasi: Bahagia hanya bila taat
Kembali, kepada yang menciptakan
Kebanyakan manusia, di dalam hidupnya, tertanya-tanya akan kebahagiaan. Apa sahaja keadaan hidupnya, seorang manusia akan menginginkan bahagia itu yang utama. Maka, bertebaranlah manusia mencari kebahagiaan di dalam harta, di dalam pasangannya, pada anak-anaknya, pada pekerjaannya, dan pada material-material yang dirasakan menyenangkannya.
Tetapi saya, tidak melihat kebahagiaan itu berpunca dari semua itu. Ya, saya akui bahawa semua itu ada unsur kebahagiaan...
February 2, 2010
Motivasi: Terus haus dan dahaga dalam kehidupan
Jangan rasa cukup. Terus dahaga dan haus. ~ picture by Iamno-scientist
Sampai satu tahap dalam kehidupan kita, akan timbul satu perasaan – rasa cukup.
Bila kita mula merasa cukup pada diri kita, di situ akan muncul satu lompongan besar yang membawa kepada kerosakan. Tidak mengapa merasa cukup pada harta dunia. Tetapi amatlah merbahaya apabila kita merasa cukup dengan harta akhirat.
Di sini kita perlu melihat.
Betapa pentingnya untuk terus rasa haus dan dahaga dalam kehidupan.
Ketaatan kepada...
February 1, 2010
Perkongsian: Piling keimanan
Kekukuhan bangunan, ditentukan oleh apa? ~ picture by bosniak off deviant art
Sehari sebelum bergerak ke Mesir, saya duduk-duduk dengan junior saya di Jordan dan bersembang berkenaan keimanan. Semasa berada di Mesir, bersama manusia yang saya jumpa, saya juga bersembang berkenaan keimanan. Selepas saya pulang ke Jordan semula, saya berkira untuk berkongsi perihal keimanan yang saya sembangkan untuk saya dan diri anda pula.
Keimanan, adalah asas kepada kebersihan dan kesucian amal...
January 31, 2010
Novel Sinergi: Cerita 6 - Mereka kah?
Sinergi
Assalamu'alaikum.
Memenuhi janji.
Sinergi Cerita 6: Mereka kah?
Wujud di sini.
Enjoy!
Cerita 6
Mereka kah?
Dengan apakah kau memandang orang yang berdosa?
Pandangan rahmat atau kebencian nista?
Ketahuilah hati yang membenci
Tidak akan mampu mencinta
Malam itu seperti malam-malam biasa yang lain. Sejuk. Orang-orang arab memasang lagu kuat-kuat di tengah jalanan melalui kereta mereka. Ada juga yang berpesta sesama rakan di tepi jalan. Suasana hiburan yang meyebabkan kelemahan ummat.
Di...
Novel Sinergi: Cerita 5 - Adakah Mereka?
Sinergi
Sabtu. Sinergi. Mulai minggu ini, Sinergi diteruskan seperti biasa. Lebih istimewa, minggu ini, Sinergi akan dikeluarkan secara kombo. Yakni, Cerita 6 juga akan dipost hari ini. Cuma mungkin sedikit lewat.
Justeru, teruskan dengan menikmati Novel Sinergi: Cerita 5 - Adakah Mereka?
Enjoy!
Cerita 5
Adakah mereka?
Bila ada salah
Insan sering salah menyalah
Maka dengan apakah kamu mempersalahkan orang lain?
Dengan firasat buta atau neraca keimanan daripada jiwa?
Jangan hingga kejahilanmu...
January 30, 2010
Perkongsian: Corat-coret 9 hari di Mesir.
Di Masjid Al-Azhar
Syukur ke hadrat Allah SWt yang memberikan kita nikmat kehidupan, dan memanjangkan kepada kita peluang untuk beramal dan bertaubat. Hari ini, Langit Ilahi kembali beroperasi, selepas saya meninggalkannya selama 9 hari bermula 22hb Januari.
9 hari saya berada di bumi yang terkenal dengan gelaran Ummud Dunya(ibu kepada dunia): Mesir. Meninggalkan kehidupan normal di Jordan untuk bertemu dengan sahabat-sahabat dan kenalan lama, juga rakan-rakan yang baru dikenali baik kerana...
Pengumuman: Saya sudah pulang.
Saya sudah pulang. Alhamdulillah
Segala puji kepada Allah, Alhamdulillah, saya diizinkan untuk kembali ke Jordan. Jaulah 9 hari 8 malam ke Mesir, akhirnya berakhir.
Saya tidak mampu lagi nak tulis travelog pada hari ini, memandangkan saya baru sahaja sampai. Tambahan, banyak perkara yang boleh dikongsikan dalam perjalanan saya.
Namun, kesimpulannya, saya rasa puas dengan perjalanan yang Allah kurniakan kepada saya selama 9 hari ini.
InsyaAllah, mulai esok, perkongsian-perkongsian di Langit...


