Hilal Asyraf's Blog, page 175

March 1, 2010

Puisi: Tanpamu, TanpaMu

Allah. Apabila hari nanti Dia tidak memberikan belas kasihan. Apakah pada hari itu baru kita memohon belas?

Allah. Apabila hari nanti Dia tidak memberikan belas kasihan. Apakah pada hari itu baru kita memohon belas?

Kita manusia, sering rasa sakit bila ditinggalkan manusia. Sering rasa kecewa dengan ketidak endahan manusia terhadap kita. Kita terlupa bahawa kita ada Dia. Tidak kita sedar bahawa kita masih mampu untuk tabah kerana kekuatan-Nya. Tetapi kita tidak mendekati-Nya. Sedikit pun tidak mengingati-Nya. Bayangkan, Dia meninggalkan kita, berpaling dan tidak lagi mahu menghadap wajah kita.

p

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2010 18:17

Perkongsian: Rumah bujang beriman.

[image error]

Bilik saya yang best. Saya sayang bilik saya.

"Kenapa la rumah kotor sangat ni? Berbau pula tu"

"Ala, biasa la. Rumah bujang"

Itu antara yang kita biasa dengar.

"Eh, tak kemas ke rumah. Serabut betul"

"Ingat rumah akhawat ke nak lawa-lawa?"

Satu lagi ayat yang biasa dilepaskan.

Ya, kita sinonim dengan begini – Rumah Bujang = Serabut, tunggang langgang, terabur dan 1001 lagi gaya.

Saya tak kata semua rumah. Tetapi sebilangannya begitu. Dirasakan tidak penting menjaga kekemasan rumah. Pinggan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2010 06:37

February 27, 2010

Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…

Mereka juga manusia ~ picture by Supergrass

Mereka juga manusia ~ picture by Supergrass

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.

Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.

Awal-awal...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 27, 2010 23:20

Novel Sinergi: Cerita 10 - Cinta dan Pengorbanan

[image error]

Teach us about love...

Sinergi muncul lagi. Mari isi Sabtu anda dengan mengikut Sinergi.

Semoga Allah kurniakan manfaat di dalamnya.

Cerita 10: Cinta dan Pengorbanan.

Enjoy!

Cerita 10

Cinta dan pengorbanan

Kau kata kau cinta

Maka di mana tandanya?

Kau kata kau berkorban

Maka ke arah siapa kau berkorban?

Yang membayar pengorbanan insan atau kepada yang juga memerlukan pembayaran?

Asid termenung panjang di atas sofa. Selepas pulang dari subuh, dia tidak masuk terus ke bilik. Lama dia begitu. Hingga...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 27, 2010 06:48

February 26, 2010

Cerpen: A.I.E.

A.I.E. Bukan Sekadar Kata. Tetapi mampu menembus jiwa.

A.I.E. Bukan Sekadar Kata. Tetapi mampu menembus jiwa.

Assalamu'alaikum. Yeah, cerpen baru. Alhamdulillah.

Ada seorang junior saya, sekitar dua minggu lepas bergurau-gurauan dengan saya. Sehingga terkeluar daripadanya ungkapan A.I.E.

Saya dapat idea daripada ungkapannya itu.

Maka hari ini, saya tuliskan cerita berkenaannya.

Salim Rushdan, ini hadiah ana untuk enta.

Terimalah Cerpen A.I.E., with honourable guest character: Faiq Zaini. hu3..

Enjoy!

A.I.E.

Ana-Ithar-Enta

"Assalamu'alaikum!"

Salim...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 26, 2010 11:04

Istimewa: Baginda. Adakah kita mengenalinya?

Baginda, apakah pernah kita selak kehidupannya?

Baginda, apakah pernah kita selak kehidupannya?

Sepatutnya, artikel ini saya tulis semalam. Memandangkan sakit saya berganda, saya membatalkannya. Hingga ada yang bertanya.

Tidak, saya tidak pernah lupa bahawa hari ini adalah hari yang disinonimkan dengan baginda.

Mustahil saya akan melupakan satu susuk yang sangat memikat hati ini. Mana mungkin saya mampu mengenepikan peribadi yang menyentuh jiwa ini. Saya malu untuk menyatakan bahawa saya adalah salah seorang dari ummat baginda kerana...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 26, 2010 05:12

Puisi: Hidupkan Aku

Hidupkan Aku

Aku mati dengan dosa

aku sakit tanpa pahala

tidak bermaya bila ingkar pada-Nya

kerna keimanan bergetar di dalam jiwa

penghalang kepada syurga musuhku

pembawa kepada neraka lawanku

biar kering terasing di gelanggang dunia

aku tetap mengejar redha-Nya

hidupkan aku

dengan kasih sayangMu

jangan tinggalkan aku

dalam perjalanan syurgaMu

aku hamba sukar
saban kali terkhilaf sakit
kadangkala mati ditikam...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 26, 2010 05:08

Puisi: Kalau Aku Cinta

Kalau aku cinta

cinta

dikhianati

ditohmah keji

dikatan perosak diri

perosak hubungan Ilahi

aku kira

yang mengejinya itu keji

tunduk pada definisi iblis

cinta amatlah bersih

dasarnya redha Ilahi

apakah namanya cinta jika mencampak ke neraka?

logika tidak dilihat manusia tertipu dunia

atas kebodohan mereka

disalahkan cinta

di manakah adilnya?

kalau aku cinta
pasti ingin bahagia
dunia akhirat sama
bergandingan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 26, 2010 05:06

February 25, 2010

Diari: Saya Masih Kurang Sihat.

[image error]

Ingin sembuh cepat.


Apabila saya rasa sudah hendak lega, hari ini batuk-batuk saya semakin menggila pula.


Otak saya jadi serabut. Jadi saya tak boleh nak memberikan penyampaian seperti biasa.


Bila batuk banyak sangat, perut pun jadi sangat kejang. Badan saya sedikit panas.


Rasa tidak bermaya.


Harap pelawat Langit Ilahi mendoakan saya.


Moga-moga Allah izinkan esok saya hidup semula.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2010 10:38

February 24, 2010

Puisi: Teringatkan Kalian

[image error]

Kenangan yang setia tersemat di kalbu

Hari ini, saya nak mulakan dengan puisi.

Hati ingin berbicara, maka saya biarkan Laksamana Angkasa keluar untuk bersuara.

Kangen sama senior-senior, sahabat-sahabat seangkatan, dan adik-adik MATRI yang pernah bersama saya dahulu.

Tengah sakit-sakit, disapa angin rindu.

Angkasa, lagukan madahmu itu.

Terimalah, dedikasi untuk semua MATRIan, baik yang masih di sana, mahupun yang telah bertebaran untuk mengubah dunia.

span

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2010 07:02