Hilal Asyraf's Blog, page 173
March 12, 2010
Perkongsian: Bukan Lesen Untuk Kamu Menghalalkannya.

'Budak Agama', jangan lupa diri kamu siapa ~ picture by Mukufutaru
"Tapi dia pelajar tahfiz, hafal 30 juzu"
Saya biasa dengar alasan tu.
"Dia pelajar sekolah agama. Dia mesti tahu itu halal ke haram"
Ya, ini pun biasa saya dengar.
"Eh, dia ni orang pergi usrah. Mesti dia dah faham"
Ya, ini pun banyak kali saya dengar.
Begitulah. Alasan-alasan yang keluar. Bagi menghalalkan dosa yang dilakukan.
"Boyfriend saya pelajar tahfiz, hafal 30 juzu', sekolah agama, anak imam. Dia ok je couple dengan...
March 11, 2010
Istimewa: Hari Lahir Fahmi.
Selamat Hari Lahir Fahmi. Semoga Allah redha.
Ironinya, sahabat terbaik saya, Tengku Muhammad Fahmi bin Tengku Paris, tarikh lahirnya adalah berjiran dengan ibu saya. Ya, 12hb Mac 2010, dia menginjak 20.
Semenjak rapat dengannya, saya tidak pernah lupa akan tarikh lahirnya. Saban tahun menyambut. Namun belum pernah lagi dapat menyambut dengan bersungguh-sungguh, belanja dia makan dan beri dia hadiah yang menyeronokkan. Saya harap, Allah akan izinkan saya untuk mempunyai peluang bagi...
Motivasi: Allah sentiasa berikan yang terbaik.
Apa pun keputusan Allah, ia adalah yang terbaik. Tinggal kita sahaja yang perlu belajar untuk menerima keputusan-Nya dengan baik.
Jordan ketika saya sedang menulis ini, baru pukul 6.45 pagi. Tetapi saya tahu bahawa Malaysia sekarang sudah menjejak sekitar pukul 1 petang. Pastinya, acara kemuncak pada 11 Mac 2010 yang mempunyai 1001 rasa telah berlalu.
Bagaimana keputusan SPM dan STAM anda?
Ya. Pelbagai orang, pastinya pelbagai gaya keputusan.
Tahukah anda, walau apa pun keputusan yang anda...
March 10, 2010
Istimewa: Hari Lahir Ummi.

Saya dan Ummi saya. Suatu masa dahulu.
11 Mac. Orang lain sibuk nak ambil keputusan SPM dan STAM. Saya sibuk terkenangkan ummi saya.
Hari ini hari lahir dia. Hari lahir manusia yang sudah susah payah membesarkan saya.
Walaupun saya tidak tinggal lama dengan Ummi, tetapi Ummi tetap Ummi saya. Tidak mungkin boleh ada dua atau lebih perempuan yang melahirkan saya. Saya hanya ada seorang sahaja perempuan yang lahirkan saya.
Maka pada hari ini, saya berdoa kepada Allah agar dirahmati-Nya ummi...
Istimewa: Batch 15 MATRI. Aku cinta mereka.
Ketika mereka PMR. Saya menyibuk.
Batch 15 MATRI. Mereka akan mengambil keputusan SPM mereka hari ini(waktu Malaysia, 11 Mac).
Sebahagian daripada mereka menghubungi saya memohon doa. Meninggalkan pesan agar saya tidak lupa untuk meminta kepada Rabbul 'Izzah agar mengasihani mereka dan memberikan mereka kecemerlangan yang diharapkan.
Saya jujurnya, tidak pernah sesaat pun melupakan mereka.
Dalam banyak junior-junior saya, belum ada lagi generasi yang mampu menyenangkan hati saya sebagaimana...
Istimewa: Buat kamu yang mengambil keputusan esok.

Semoga redha semuanya.
SPM. STAM. Esok adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan tahun 2009 ini, pastinya sedang kecut perut bergedup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.
Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM dan STAM. Untuk muhasabah diri, juga mempersiapkan hati agar redha dan bersyukur dengan segala keputusan.
Maka, ini...
March 9, 2010
Countdown 2 KILBF'10: Hilal Asyraf yang tiada.
Jom ke KLIBF'10
KLIBF'10, atau nama panjangnya Kuala Lumpur International Book Fair 2010 sudah semakin hampir. Sekitar 10 hari lagi, kehangatannya akan bermula di PWTC.
Memulakan countdown 1, kini countdown 2 menyusul.
Ramai yang bertanya apakah Hilal Asyraf akan ada di PWTC pada 19hb Mac 2010 ini?
Jawapannya agak mengecewakan.
Tiada.
Bukan masalah tempat, tetapi masa.
Untuk pengetahuan umum, saya adalah pelajar tahun 2 dalam pengajian Usuluddin di University Of Yarmouk, Jordan. Memandangkan...
March 8, 2010
Motivasi: Nak ke tak nak?

Pilihan di tangan kita. Namun balasannya tetap ada. ~ picture by Osokin
Benteng yang menjadi pemisah antara kecemerlangan dunia akhirat seseorang, dengan kegagalan mereka, adalah benteng bernama: "Nak ke tak nak?"
Ini adalah benteng ajaib. Kalau kita sebutkan nak, akan muncul pintu pada pintu itu. Sekiranya kita menyebutkan tak nak, maka yang kelihatan hanyalah dinding dan kita akan kekal berdiri di hadapan dinding itu tanpa mampu meneruskan perjalanan.
Manusia yang tidak mampu berjaya...
Perkongsian: Surat berantai. Saya hairan dengan sikap kalian.

Mimpi. Bukan dalil kita. ~ picture by ambientdream of deviant art
Surat berantai. Isu lama. E-mail Yang diforward berkali-kali dari e-mail ke e-mail. Beberapa mesej nampaknya sangat bagus untuk disebarkan. Tetapi, saya telah melihat satu kerosakan yang berlaku dalam penciptaan surat berantai.
Dimasukkan unsur-unsur syirik, yang terkeluar dari syara', dan disertakan ugutan-ugutan atau ramalan masa hadapan yang melampau serta tidak berasas.
Saya bangkitkan hal ini, kerana beberapa orang...
March 7, 2010
Motivasi: Terus Menjadi Hebat?

Tiada siapa terus menjadi hebat. ~ picture by Dinardi of Deviant Art
"Ana dah ikut dah step-step dia, tetapi kenapa tak berjaya?"
"Saya dah usaha untuk contohi dia, tapi saya masih macam dahulu"
Kita merungut apabila kita lihat, kita tidak berjaya mencontohi seseorang yang cemerlang dalam medan kehidupan. Akhirnya, kita disapa rasa lemah dan berputus asa. Kita rasa diri kita memang ditakdirkan untuk tidak cemerlang dan tidak mampu melakukan apa-apa.
Sedangkan, kita baru sahaja hendak...