Hilal Asyraf's Blog, page 174
March 6, 2010
Puisi Sampai Kapan(sehingga bila)

Kita perlu menuding, pada diri kita sendiri.
Kita suka menuding jari. Bush salah, Ariel Sharon yang kejam, Nasrani merosakkan kita, Yahudi merancang perancangan licik ke atas kita. Kita suka menuding jari, si fulan itu menghina Islam, si fulanah itu menghina nabi, si dia itu tidak mahu mengikuti Al-Quran, si dia itu tidak mahu mengambil sunnah sebagai ikutan.
Kita tuding jari kepada dia di sana, kepada dia di sini, kepada benda itu dan benda ini. Semua salah kita letakkan pada mereka. Sehingga ...
Istimewa: Hari Lahir Langit Ilahi.
Langit Ilahi ~ Mari Menjadi Hamba
Selamat hari lahir. Selamat hari lahir. Selamat Hari lahir. Hari ini 6hb Mac. Cukup setahun sudah website Langit Ilahi beroperasi. Seakan waktu bergerak sepantas kilat, kini Langit Ilahi sudah sampai pada hari ini.
Sebentarnya waktu tidak bermakna sekejapnya perjalanan. Panjang juga setahun ini. 1001 macam cabaran dan dugaan yang menimpa saya. Namun dengan rahmat dan kasih sayang Allah, saban hari Langit Ilahi bertambah pengunjungnya, semain luas sebaran...
March 5, 2010
Cerpen: Mencari Ilahi.
Tidakkah kamu perhatikan, pada sekeliling kamu itu sudah wujud tanda kekuasaan-Nya?
Ini ada cerpen istimewa.
Saya melakarkan cerpen ini ketika sedang membuat penyampaian pada Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog.
Saya tulis secara LIVE di hadapan peserta-peserta bengkel.
Enjoy it!
Cerpen: Mencari Ilahi.
Aku tidak faham. Mereka berdiri, tunduk separuh tubuh, kemudian bangun kembali, kemudian bersujud. Mereka mengulang-ulang perbuatan itu dengan mengangkat tangan, terkumat-kamit...
Novel Sinergi: Cerita 11 - Gerakan Atas Kebencian
Sinergi. Hampir terbit. 19hb Mac 2010 di PWTC.
Sinergi muncul lagi. Hayati episod yang menarik bersulam aksi pada kali ini.
Cerita 11: Gerakan Atas Kebencian.
Enjoy!
Cerita 11
Gerakan atas kebencian
Siapakah yang memerhatikan pesan kekasih-Nya?
Janganlah kamu berhasad dengki
Benci membenci
Kerana setiap yang beriman itu adalah saudara kamu sendiri
Bagaimana pula dengan yang keimanannya tidak berbekas di dalam hati?
Hidup manusia bergantung kepada kepercayaan. Hakikatnya, hanya kepercayaan sahaja...
Hari ini Saya Menyampaikan Bengkel Penulisan dan Pengurusan Blog
Menyampaikan Bengkel... Doakan.
Assalamu'alaikum.
Hanya post pendek. Sekadar Pengumuman. Risau sekiranya ada yang menunggu artikel saya untuk hari ini. Kemungkinan, kemungkinan aja ya… Kemungkinan hari ini tiada post pengisian.
Hal ini kerana saya sebentar lagi akan mengendalikan Bengkel Penulisan Cerpen Islami dan Pengurusan Blog di Mu'tah, Jordan.
Perjalanan program memakan masa sehari suntuk. Justeru, saya tak pasti ada atau tidak masa saya untuk membuat penyampaian di Langit Ilahi.
Doakan...
March 4, 2010
Puisi: Aku Bukan Sahabatmu
Sayangilah sahabat anda, walaupun dia melukakan. - gambar tiada kena mengena dengan puisi. Syazwan dan Sahel sangat baik dengan saya. hu3
Manusia kadangkala bersengketa. Dan kadangkala kita tidak sabar dengan sahabat kita. Namun kita terlupa, kesabaran kita ke atasnya adalah satu tanggungjawab sebenarnya. Jika kita faham bahawa hubungan kita terbina kerana-Nya.
Satu puisi saya reka untuk menghiburkan jiwa-jiwa yang katanya terluka dengan sahabatnya.
Agar kalian kembali berpimpinan tangan.
Menghub...
Countdown 1 KLIBF'10: Yang akan muncul nanti…
KLIBF'10, atau nama panjangnya adalah Kuala Lumpur International Book Fair 2010, akan bermula pada 19 Mac 2010, yakni lebih kurang 15 hari lagi di PWTC. Memandangkan KLIBF'10 semakin hampir, maka saya akan melakukan beberapa countdown adagar kehangatannya terasa.
Ini juga boleh dikira sebagai satu promosi khas daripada saya.
Dengan izin Allah SWT, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, saya diberi peluang untuk muncul sekali lagi di pesta buku paling berprestij di Malaysia ini.
Sekali lagi...
March 3, 2010
Motivasi: Jangan salahkan Tuhan.
Jangan lepaskan hubungan dengan-Nya. Dia mengasihi kita. Apakah kita tidak merasakan? ~ picture by Pengiran Badi'uzzaman. model: Tengku Syakir
"Nak buat macam mana, dah takdir"
"Allah dah susun macam ni. Aku boleh buat apa lagi"
"Memang aku ni takdirnya jahat. Dah tak boleh ubah dah"
"Aku ni memang nasibnya bodoh. Belajar la macam mana pun, tak boleh"
Biasa mendengar kata-kata ini? Baik keluar daripada orang lain, mahupun daripada diri kita sendiri.
Kesilapan kita, adalah kita menyalahkan...
March 2, 2010
Istimewa: Afifah Solihah.

Afifah dan abinya. Cute Afifah. Pakcik sayang kamu.
Hari ini saya gembira. Gembira sangat-sangat. Hal ini kerana Allah telah mengizinkan saya untuk menatap wajah Afifah Solihah.
Dia ini, punya ikatan kuat dengan saya.
Hal ini kerana, saya yang mencadangkan namanya kepada bapanya.
Bapanya, Zulkifli, merupakan sahabat saya atas keimanan kepada Allah SWT.
Lama saya menanti untuk menatap wajah Afifah.
Akhirnya, Allah perkenankan saya untuk melihatnya.
Dalam post ini, saya kongsikan sedikit kisah...
March 1, 2010
Perkongsian: Ya, saya baru 21.

ya, baru 21. Ada masalah kah?
Saya lahir pada 16hb Januari 1989. Maka, pada 16 Januari 2010 baru ini, umur saya meningkat menjadi 21.
Ya, saya baru 21 tahun. Kebanyakan pelawat Langit Ilahi yang bersembang dengan saya di Facebook, rata-rata tidak mengetahui bahawa pengedali website ini, penulis novel kepada VT, dan penulis Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita adalah seorang yang baru melepasi tahun pertamanya dalam era 20-an.
Mungkin saya dianggap muda oleh golongan tua.