Hilal Asyraf's Blog, page 176

February 23, 2010

Perkongsian: Dosa itu membunuh jiwa

Dosa itu merosakkan hati kita.

Dosa itu merosakkan hati kita.

Hari ini saya kurang sihat. Batuk-batuk teruk dan badan sedikit panas. Tetapi saya tetap berusaha mengisi penyampaian di Langit Ilahi ini. Walaupun mungkin perkongsian kita hari ini ringkas.

Dalam saya sakit-sakit ini, saya teringat akan dosa.

Ya, sakit itu kadangkala kafarah kepada dosa.

Tetapi saya tidak mahu kongsikan bahawa sakit itu adalah kafarah dosa.

Saya hendak kongsi bahawa, dosa itu membunuh jiwa kita.

Dosa pada pandangan manusia yang beriman

Dosa...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2010 09:26

February 21, 2010

Motivasi: Dia itu menyebarkan kebaikan.

Menyebarkan Islam, walau dengan akhlak. ~ picture by Haizeel of Deviant Art

Menyebarkan Islam, walau dengan akhlak. ~ picture by Haizeel of Deviant Art

Pada semester ini, saya mengambil pelajaran Madkhal Ila Dakwah dengan seorang pensyarah yang sangat-sangat hebat bernama 'Adnan Khutotobeh. Dia sentiasa tersenyum, kemas, dan sangat luas ilmunya.

Di dalam salah satu kelasnya, dia bercerita berkenaan keluasan medan amal di dalam menyampaikan kebaikan kepada manusia, di dalam mengajak manusia kepada Allah SWT.

Cerita itu membuatkan saya terinspirasi.

Moga-moga, anda...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2010 22:56

February 20, 2010

Novel Sinergi: Cerita 9 - Yang Sebenarnya

[image error]

Sinergi diteruskan.

Sabtu datang bersama Sinergi,

Sinergi dibaca sepenuh hati,

jangan dilupa apa yang ada dalam Sinergi,

biar jadi amalan dalam kehidupan ini.

Chewah, berpantun plak.

Cerita 9: Yang Sebenarnya.

Enjoy!

Cerita 9

Yang sebenarnya

Kebenaran dan kebatilan

Dua makhluk yang akan sentiasa berbalahan

Medan tempurnya adalah jiwa insan

Yang tempat akhirnya nanti di hadapan TUHAN


Iman merupakan suatu perkara yang istimewa. Ia bukan satu kepercayaan membuta tuli. Ia satu keyakinan yang mempunyai...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 20, 2010 07:38

February 19, 2010

Perkongsian: Tidak mahu fikir fasal cinta. Adakah patut?

Kenapa orang tak nak fikir? - agmnhob of Deviant Art

Kenapa orang tak nak fikir? - agmnhob of Deviant Art

Kalau cinta ini satu perjalanan, maka saya katakan bahawa saya telah banyak melalui perjalanan cinta. Saya kecilkan skop – Cinta lelaki perempuan. Dalam setiap perjalanan, saya belajar dan belajar. Silap itu silap ini, dan saya terus mengkaji dan belajar, memerhati dan terus membuat penyelidikan.

Dalam marhalah-marhalah yang saya lalui, satu perkara yang orang selalu sebut: "Jangan banyak fikir fasal cinta. Melalaikan"

Ada lagi orang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 19, 2010 08:55

February 18, 2010

Perkongsian: Apakah Kamu Mendoakannya?

Pernahkan anda bermunajat kepada Allah, akan orang yang anda seru?

Pernahkan anda bermunajat kepada Allah, akan orang yang anda seru? ~ picture by !Tonsy of Deviant Art

"Apalah mamat tu, aku dah ajak elok-elok, dah guna pelbagai cara, tapi dia masih buat do no je"

"Itulah dia, hati Allah tutup. Sejuta kali dah aku tegur, buat bodoh je."

"Inilah dia orang-orang yang tak dapat hidayah."

"Kita dah usaha dah tegur. Berbuih mulut. Berkali-kali tegur. Tapi tak sedar-sedar juga"

Begitulah ayat-ayat yang sering keluar daripada mulut kita, apabila kita berusaha...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 18, 2010 13:51

Puisi: Jangan Kau Pasung Sayapku

Terbang Tinggi

Terbang Tinggi

Pada saya, kita sukar hendak bergerak kepada Allah SWT, adalah kerana kita masih mencintai jahiliyyah, maksiat yang berada dalam hati kita. Itu membuatkan kita berat untuk bergerak kepada-Nya.

Dua cinta yang tak akan bersama dalam satu masa adalah: Cinta kepada Allah, dan cinta pula kepada kemurkaan-Nya.

Maka, adalah perlu untuk kita menyisihkan rasa cinta kepada maksiat, rasa suka kepada kemungkaran, dan bergerak ke arah cinta dan kasih sayang-Nya yang meluas.

Sesungguhnya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 18, 2010 05:48

February 17, 2010

Semasa: Jangan Jadi Fitnah Kepada Parti Kalian.

Semoga Allah jaga kita. ~ picture by imahomundi of Deviant Art

Semoga Allah jaga kita. ~ picture by imahomundi of Deviant Art

Saya ada hampir 3000 friends di dalam Facebook. Prinsip saya, saya approve semua orang yang menerima saya. Jadi, sekarang ada sekitar 2900 perangai dalam Facebook saya. Menarik untuk saya buat kajian, menarik untuk saya menambah pengalaman.

Kadangkala, mengikuti perbincangan-perbincangan mereka secara senyap, menambah ilmu saya. Kadangkala mengikuti perbalahan-perbalahan mereka secara senyap, menambah rasional saya.

Namun...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2010 00:58

February 16, 2010

Perkongsian: Kamu adalah sayap-sayap saya.

[image error]

Arigato neh...

Saya menaip di google, nama saya. Hilal Asyraf. Tidak sangka, belum habis menaip nama saya, baru sampai pada Hilal, sudah ada suggestion nama Hilal Asyraf. Bila saya cari dengan nama Hilal Asyraf, muncul banyak pilihan laman.

Banyaknya adalah yang meletakkan artikel-artikel saya di dalam blog mereka. Ada juga laman yang mengulas karya-karya saya. Ada juga laman yang menyatakan bagaimana perasaan mereka selepas membaca artikel saya. Ada pula yang mengulas pengajaran daripada...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2010 21:33

Perkongsian: Kita berurusan dengan manusia.

[image error]

Manusia, perlu difahami dan didalami.

Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya.

Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan kepada kita. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.

Kita pun berkata: "Apa la, selama ini ingat baik sangat"

Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2010 01:28

February 15, 2010

Motivasi: Bersyukur Dia Tuhan Kita.

Bersyukur bahawa Allah adalah Rabb kita.

Bersyukur bahawa Allah adalah Rabb kita ~ picture by Samirmalik of Deviant Art

Saya membaca buku Amr Khalid, bertajuk Ibadah Sepenuh Hati. Satu buku yang pada saya agak baik untuk kalian membacanya.

Antara salah satu isinya adalah, dia menceritakan bagaimana dia duduk dengan beberapa orang pemuda dan bersembang berkenaan nikmat terbesar dalam dunia ini. Amr Khalid mendengar banyak jawapan yang memuaskan, antaranya nikmat kehidupan, iman dan Islam. Tetapi Amr Khalid berkata, dia tertarik...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 15, 2010 07:14