Hilal Asyraf's Blog, page 177
February 14, 2010
Perkongsian: Pokok Keimanan.

Bagaimana dengan pokok keimanan kita? ~ picture by The Charles of deviant art
Saya menyelak file-file di dalam laptop. Mencari-cari apakah perkongsian berkenaan keimanan yang cantik untuk saya kongsikan dengan anda semua.
Akhirnya saya terjumpa satu artikel daripada ulasan kepada ceramah Syeikh Dawud Adeeb.
Ceramah itu bertajuk: Pokok Keimanan.
Rupanya, selain pokok-pokok di dalam dunia dan pokok-pokok di dalam syurga, Allah SWT telah menitipkan kita dengan satu pokok untuk kita jaga dengan...
February 13, 2010
Cerpen: Valentine
14 Februari? Valentine? Ho3… Saya tak menyambutnya. Maaf.
Tapi, apa kata kita baca cerpen saya ini?
Terimalah - Cerpen: Valentine -
Enjoy!
Valentine
Cinta padaku mahal
Kalau cinta mesti membawa ke syurga
Apa cinta kalau akhirnya ke neraka
Maka keredhaan Allah adalah dasar sebenar kepada cinta.
Kuliah tamat. Hari ini kuliah agak berat dengan aku mempunyai tiga kelas, dan ketiga-tiga kelas itu memakan masa satu jam setengah setiap satu. Kelas terakhir adalah pada pukul 2.00 petang hingga pukul...
Novel Sinergi: Cerita 8 - Sang Pengorban
Keimanan adalah paksi segalanya
Sabtu datang lagi bersama Sinergi.
Cerita 8: Sang Pengorban
Apakah perjalanan seterusnya?
Enjoy!
Cerita 8
Sang Pengorban
Apa kamu kira, perjalanan ini kosong?
Ketahuilah ia perlu dilalui dengan pengorbanan
Tidak cukup hanya dengan omong
Perlukan dengan pembuktian
Dan pengorbanan itulah manifestasi ketaqwaan
Kawasan Syari' Jami'ah sudah mula dihiasi dengan gambar-gambar dan replika kambing biri-biri. Terpampang juga iklan-iklan yang menggunakan gambar unta. Kalau...
February 12, 2010
Perkongsian: Valentine – Pencemar Cinta.

Valentine, hanya mengubah hati menjadi hitam. ~ picture by FrealaF of Deviant Art
Ah… 14 Februari mendekat. Hari yang sering diagung-agungkan manusia sebagai hari cinta sedunia, hari kekasih, hari untuk saling cinta mencintai. Ramai orang memilih tarikh ini menjadi tarikh bersejarah dalam hidup mereka. Tidak kiralah untuk kali pertama dating, untuk melamar, untuk bertunang, untuk berkahwin dan sebagainya.
Perayaan yang datangnya daripada orang agama lain, akhirnya diikuti oleh masyarakat...
February 11, 2010
Perkongsian: Guru kamu itu, hormatilah

Berkongsi beberapa perkara dengan Ustaz Hasrizal. Dia mengajar saya beberapa perkara. Maka dia adalah guru saya juga.
Hari ini bukan 16 Mei. Tetapi saya kira, tiada halangan untuk saya menulis berkenaan menghormati guru. Hal ini kerana, hari ini saya terkenang akan guru-guru saya yang telah banyak mendidik saya.
Kamu tahu, kalaulah tiada guru yang mengajar saya 123, ABC, Alif Ba Ta, saya tidak akan berdiri di atas tempat saya berpijak hari ini. Begitu jugalah seorang perdana menteri, seorang...
February 10, 2010
Perkongsian: Saya dan Penulisan
Semoga Allah redha dengan apa yang saya tulis.
Ada beberapa soalan sebelum ini di shoutmix berkenaan bagaimana saya boleh menulis, bagaimana saya boleh termotivasi untuk menulis, bagaimana saya boleh bahagi masa antara belajar dan menulis dan sebagainya.
Di sini, saya mungkin kongsi sedikit kut.
Moga ada manfaat kepada semua.
Bagaimana boleh menulis
Kalau mengikut sejarahnya, saya boleh menulis dengan baik(at least lepas la untuk SPM) adalah hasil didikan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh...
February 9, 2010
Diari: Hari-hari yang sedang kulalui.
Saya dan bulan yang saya cintai
Kelas untuk semester 2 telah bermula. Rasa mengah pula mengikuti kelas pada semester ini. Bukan kerana penat. Tetapi kerana hidup terasa semakin padat.
Saya semakin hari meningkat besar. Ilmu demi ilmu saya raih. Kebelakangan ini saya sering terasa aneh. Cinta saya pada ilmu menebal dan saya macam orang dahaga yang kehausan teramat sangat. Mungkin ini penangannya menjadi anak murid Dr 'Ala' yang amat cintakan ilmu.
Minggu pertama setiap semester memang sibuk...
February 8, 2010
Perkongsian: Apakah belum tiba masanya?
Apakah belum tiba masanya?
Kehidupan ini kita lalui bagaimana?
Dengan cara apa kita bergerak mengharunginya?
Pernahkah kita bersimpuh menilai dosa-dosa kita?
Apakah kita tidak risau dengannya?
Adakah belum tiba masanya, kita mentaati Allah dengan sepenuh jiwa?
Saya sering bertanya kepada diri akan perkara ini. Apabila membayangkan betapa satu hari nanti Allah akan memalingkan wajah-Nya yang mulia daripada diri saya ini, saya terasa takut dan risau seperti ingin mati.
Dosa untuk saya, adalah...
February 7, 2010
Perkongsian: Menangis. Kita ego dengannya.

Menangislah. Jangan ego.
Melalui kehidupan sehari-hari, banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Cabaran pula tidak hanya datang dalam bentuk fizikal. Tetapi juga menyerang dalam bentuk rohani dan mental.
Dunia ini sememangnya medan ujian. Allah ingin melihat, siapakah hamba-Nya yang benar-benar terbaik dalam kehidupannya terhadap Allah SWT.
Ujian-ujian ini kadangkala buat kita lemah. Lemah hingga kadangkala kita tersungkur. Rasa tiada harapan. Kita dapat rasakan betapa kita memerlukan...
February 6, 2010
Puisi: Perang Kepada Cinta
Cinta, kita hanya mahu yang original
Saya ada satu puisi pendek.
Tajuknya: Perang Kepada Cinta.
Saya petik dari Novel Sinergi saya.
Saya juga harap, kita dapat mengisytiharkan perang kepada cinta.
Cinta palsu yang mengabui jiwa.
Puisi: Perang Kepada Cinta
Kami mengisytiharkan perang kepada cinta
Cinta palsu yang direka manusia
Memurahkan makna cinta yang sebenarnya
Cinta palsu ini,
kami ingin menghapuskannya
Biar cinta yang mahal berpaut Rabb itu,
kekal atas dunia
Agar manusia kembali bercinta
Bercinta...