Hilal Asyraf's Blog, page 180
January 15, 2010
Perkongsian: Penulis Yang Saya Harapkan Muncul.

Penulis. Dengan jarinya menggegarkan dunia.
Allah izin, pada usia 20 tahun, saya dijadikan-Nya sebagai penulis. Ramai orang memuji menyatakan betapa beruntungnya saya. Tidak kurang juga yang berfikir bahawa saya amat berbahagia dengan populariti dan duit yang saya dapat daripada bidang ini.
Tetapi bukan tujuan saya menulis untuk populariti dan duit. Semasa saya menulis VT, saya sudah pasakkan niat saya bahawa saya menulis ini untuk memperbaiki ummah. Jadi karya-karya saya adalah yang mampu...
January 14, 2010
Perkongsian: Malaysia dipuji khatib di Jordan.

Bayangkan, negara kita dipuji oleh khatib jumaat negara orang
Ini cerita seminggu lepas. Pada hari Jumaat yang lalu, Dr Jamal, pensyarah yang mendalami ilmu Al-Quran di dalam University of Yarmouk, Irbid, Jordan telah menjadi khatib di Masjid Universiti Yarmouk.
Beliau membicarakan perihal ummah dan masa hadapan masyarakat Islam dalam mengharungi kehidupan masa kini. Diceritakan kelemahan dan juga kekurangan yang menghinggapi ummah di dalam khutbahnya.
Kemudian dia menyebut negara Islam yang...
January 13, 2010
Diari: Berikan sokongan kepadanya.
Bapa saya, dan saya.
Orang selalu kata, bapa borek anak rintik. Bapa, gayanya akan diikuti anak. Anak, orang selalu akan kata bahawa dia bergerak mengikuti bapanya.
Tetapi, dalam kes saya mungkin ada kelainan.
Bapa saya mengikuti saya dalam jejak langkah menjadi blogger.
Tadi, lahirlah satu blog bernama Didik Diri.
Bapa saya nampaknya punya hajat dan visi tersendiri.
Saya, bapa saya, dan ummi saya
Siapa bapa saya?
Saya jarang cakap fasal bapa saya. Mungkin sekarang, sempena kelahiran blognya...
Perkongsian: Jadual itu tidak penting?

Masa, dan waktu, takkan menunggu-nunggu ~ picture by TIME-24 of Deviant Art
Semalam, saya bersembang-sembang dengan Kamal, pelajar tahun 1 Pergigian, bersama-sama dengan Iqbal, pelajar tahun 1 Ekonomi Islam. Kami semalam menghabiskan masa bersama-sama, dari selepas zuhur sampai la masuk waktu asar.
Antara sembang-sembang yang muncul adalah, berkenaan dengan kehebatan cendikiawan Islam yang terdahulu. Kami berbincang, bagaimana mereka mampu menguasai banyak bidang ilmu, dan juga melakukan...
January 12, 2010
Motivasi: Di mana boleh dicari kekuatan, kebahagiaan, ketenangan?
Keimanan kita kepada Allah, punca kekuatan.
Manusia ini, kehidupannya bukan sentiasa berada di atas. Kehidupan manusia, kembarnya adalah ujian. Akan tiba masanya, manusia akan diuji dari arah yang tidak terjangka. Kadangkala, ujian datang dalam keadaan manusia tidak bersedia.
Ketika ini, manusia akan mula terkapai-kapai. Mencari sesuatu yang dinamakan kekuatan. Mula hendak mendapatkan sesuatu yang bernama kebahagiaan. Cuba menggapai sesuatu yang dipanggil ketenangan. Tetapi, di mana?
Di mana...
January 11, 2010
Motivasi: Hipokritkah kalau bergerak ke arah kebaikan?
jangan hirau kutukan orang. ~ picture by RobbyP of Deviant Art
Saya ada terbaca blog junior/sahabat saya, Faiq Zaini berkenaan hal ini. Kemudian ditambah pula, selepas itu salah seorang pembaca Langit Ilahi bertanya kepada saya berkenaan ketakutannya bergerak ke arah kebaikan kerana rakan-rakan mencercanya sebagai hipokrit.
Ya, ada orang takut berubah kepada kebaikan kerana risau. Kadangkala bukan merisaukan kutukan orang. Diri sendiri itu pun mempersoalkan – tak hipokrit ke aku ni kalau...
January 10, 2010
Perkongsian: Couple=cinta? Saya kata tidak.

Adakah cinta kita, sama macam definisi cinta orang lain?
Ada orang tanya saya di dalam shoutbox. Adakah saya pernah bercinta. Saya kata pernah. Kemudian dia tanya, adakah saya pernah bercouple. Saya kata tak pernah. Kemudian dia pelik dan berkata:
"Macam mana tak couple, tapi bercinta?"
Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?
Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin...
January 9, 2010
Diari: Perempuan yang saya suka.

Kita mahu yang sederhana sahaja. This picture belong to my friend ~ Laila Jihad
Ada orang tanya, apa ciri-ciri perempuan yang saya suka. Kebelakangan ini, rajin pula ada orang bertanyakan soalan-soalan berikut:
"Kalau ada orang nak kahwin dengan awak, awak nak terima?"
"Kalau ada perempuan kata kat Hilal, dia suka Hilal, Hilal nak tak dia?"
"Kalau ada orang nak offer adik dia ke, anak dia ke, Hilal agak-agak, nak tak?"
"Apa ciri-ciri perempuan yang Hilal akan terima?"
Saya tak tahu la kenapa...
Novel Sinergi: Cerita 3 - Ramadhan dan Taqwa
Paksinya adalah keimanan
Assalamu'alaikum,
Sabtu tiba lagi. Sinergi pun datang kembali.
Terimalah Cerita 3: Ramadhan dan Taqwa.
Mooga ada manfaatnya.
Enjoy.
Cerita 3
Ramadhan dan Taqwa
Apakah insan itu tiada fikiran?
Mustahil TUHAN berbuat kesiaan
Satu bulan hanya untuk taqwa
Tidakkah mereka melihat itu petanda kepada kepentingan?
Sudah lebih 15 hari Ramadhan berjalan. Terasa sebentar sahaja. Terasa betapa amalan yang dijalankan di dalam bulan mulia, madrasah rohani ini masih sedikit. Separuh bulan...
January 8, 2010
Motivasi: Sakit itu satu nikmat

Kenikmatan sakit, hanya disedari mereka yang berhubungan dengan-Nya
Semalam saya dah rasa semacam. Sebetulnya, saya sudah mula rasa perubahan pada tubuh saya mulai kelmarin. Rasa lemah dan sentiasa mengantuk tak kena masa. Semalam saya kena selsema. Lama dah tak kena selsema. Lebih teruk lagi, bila saya bersin, darah keluar dari hidung. Dada juga saya semakin sakit, dan tulang belakang saya rasa mencucuk-cucuk. Sebelum tidur, kepala saya rasa berat dan tubuh saya rasa panas.
Pagi tadi, saya...