Hilal Asyraf's Blog, page 172

March 17, 2010

Motivasi: Memberikan Kemaafan.

[image error]

Maafkanlah. Sesungguhnya memaafkan itu sangat mulia dan menyenangkan jiwa. ~ picture by xxkiriku

Dendam ibarat virus+bom jangka pada masa yang sama. Ia adalah virus yang menghakis kebahagiaan hati, juga bom jangka yang akan meledakkan kemarahan dan menghancurkan harmoni.

Dendam biasanya bermula dengan marah. Rasa tidak puas hati. Akhirnya syaitan menyalutnya dengan benci. Kadangkala, suasana ini bermula dengan posisi kita sebagai pesalah. Kita tidak puas hati ditegur. Kita timbulkan 1001...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 17, 2010 07:08

March 16, 2010

Novel Takdir - Pilot: Yang Berputar-putar di Sekelilingnya

Novel Takdir bermula.

Novel Takdir bermula. ~ picture by Sandara of Deviant Art

Bakal menghiasi Sabtu anda selepas ini. Novel Takdir.

Anda boleh membaca isu pilotnya.

Ini bukan Prolog.

Sekadar gambaran akan cerita Takdir itu sendiri.

Sesiapa yang pernah mengikuti Novel Takdir yang lama, Novel Takdir yang kali ini banyak berubah. Nama watak, nama tempat, jalan cerita, dan gaya penulisan. InsyaAllah, tidak rugi mengikutinya.

Enjoy it.

ps: Novel Takdir akan muncul secara episod pada setiap Hari Sabtu bermula 27hb Mac 2010

span

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 16, 2010 20:46

Puisi: Bila Aku Betul Diroboh

Al-Aqsa. Sampai bila kita hendak berdiam diri pada kehinaan?

Al-Aqsa. Sampai bila kita hendak berdiam diri pada kehinaan?

Mengikut sumber-sumber yang sohih, Israel sudah bergerak hendak meruntuhkan Al-Aqsa. Sama ada ini hanyalah gimik daripada Kerajaan Israel, atau memang benar hendak dilakukan, ia tetap adalah sesuatu yang tidak boleh kita berikan toleran.

Tetapi, saya tidak akan menuding kepada Israel yang menunjukkan kekejaman.

Sudah tugas mereka menjadi saingan.

Saya hanya akan menuding jari pada mereka yang bergelar ISLAM tetapi mendiamkan dirinya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 16, 2010 20:32

Countdown 4 KLIBF'10: Datanglah Lewat Sikit.

[image error]

Semakin hampir...

KLIBF'10 akan bermula 19hb Mac 2010. Hari Jumaat. Di PWTC. Saya tahu, ramai yang akan pergi dengan penuh semangat. Ada yang pada hari pertama sudah menyerbu bersungguh-sungguh.

Tapi, untuk sesiapa yang hajat hendak membeli buku saya, apa kata datang lewat sikit?

Ini permintaan yang agak aneh, tapi saya kira ada baiknya.

Kalau hendak beli buku saya, datanglah 21hb Mac 2010. Hari Ahad.

Ada beberapa sebab kenapa saya minta kalian datang lewat sikit.

Takut buku saya keluar...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 16, 2010 05:38

March 15, 2010

Perkongsian: Yang Aku ada hanyalah sekarang.

Masa lalu, tak akan pernah kembali.

Masa lalu, tak akan pernah kembali.

Melihat-lihat gambar semasa kecil, meningkat remaja, dan remaja membuatkan saya rasa rawan. Saya sentiasa berkata kepada diri saya sendiri, bahawa kalau diberi pilihan, saya akan pulang ke masa dahulu untuk mengubah diri.

Memang, manusia dalam meneruskan kehidupan, ada kalanya dia melakukan perkara-perkara bodoh.

Bila teringatkan perkara bodoh yang dia lakukan, dia akan terasa ingin kembali untuk pada waktu sebelum dia melakukan kebodohan.

Namun, manusia...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 15, 2010 14:00

March 14, 2010

Perkongsian: Palestina, kayu ukur yang benar.

Kayu Ukur Kita

Kayu Ukur Kita

Berita yang agak terkini daripada Palestina, Masjid Al-Aqsa ditutup oleh tentera Zionis. Seterusnya, Israel berkeras untuk membina sinagog(rumah ibadah yahudi) di dalam Al-Quds itu sendiri.

Keadaan agak genting. Seluruh kekuatan Palestina bangkit memenuhi Al-Aqsa dan berusaha untuk menghalang usaha Zionis.

Dan bagaimanakah reaksi ummat Islam dunia?

Palestina, ternyata kayu ukur yang sebenar untuk melihat kekuatan kita.

Kalau adik beradik mati

Kita akan sangat-sangat marah...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 14, 2010 05:49

March 13, 2010

Puisi: Menapak Di Langit

Jangan lupa Dia - Tuhan Kepada Langit itu sendiri. ~ picture by Edlyytam of Deviant Art

Jangan lupa Dia - Tuhan Kepada Langit itu sendiri. ~ picture by Edlyytam of Deviant Art

Puisi yang muncul di dalam akal.

Mengingatkan diri agar memberitahu hati.

Supaya kekal sederhana dan rendah diri.

Yang berjaya menawan dunia, adalah yang berjaya menundukkan nafsu di dalam ini.

Puisi Menapak Ke Langit.

Enjoy it.

Menapak di langit

Tinggi,


Terus menerobos awan


andai jatuh
pasti mati

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 13, 2010 15:02

March 12, 2010

Novel Sinergi: Cerita 12 - Cubaan Pertama

[image error]

Cover Novel Sinergi Final. Waktunya semakin hampir...

Sabtu datang. Dan ini Sinergi Online terakhir.

Cerita 12: Cubaan Pertama.

Enjoy it!

Cerita 12

Cubaan pertama

Mereka akan terus mencuba

Merobohkan benteng-benteng kita

Tetapi mereka tidak tahu

Sebaik-baik mereka merancang makar

Allah juga merancang

Dan Pencipta kepada mereka yang merancang itu jugalah yang terbaik

Inilah kepercayaan

Mereka yang meyakini sepenuhnya Dia dalam keimanan

Irfan dan Asid berjalan bersama di tengah-tengah Bundle. Antara...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 12, 2010 23:12

Diari: Dinamakannya atas nama saya.

Saya masa kecil, bersama Ummi saya.

Saya masa kecil, bersama Ummi saya.

Dua hari lepas, satu mesej memasuki Facebook saya. Saya rasa, dalam ratusan mesej yang sampai pada saya, mungkin ini mesej yang paling membuatkan saya terharu sekali.

Mesej daripada seorang menggelar dirinya sebagai Cik Nor.

Membuatkan saya memandang semula pada diri saya.

Kerana dia menamakan anak saudaranya, atas nama saya.

Sungguh. Saya rasa tidak layak.

Tetapi jauh di lubuk hati saya yang kerdil, saya rasa gembira.

Mesejnya

Biar saya quote mesej Cik Nor...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 12, 2010 23:05

Countdown 3 KLIBF'10: Buku-buku saya.

[image error]

KLIBF'10, jom beli buku saya.

Semakin mendekat. Semakin mendekat. Mendekat dan mendekat. Ya. Itulah dia KLIBF'10. Pesta buku paling berprestij di Malaysia.

Pada tahun ini, saya memutuskan untuk membuat beberapa countdown agar kehangatannya lebih terasa, dan semoga orang datang lebih ramai.

Sebab, saya dapat komen bahawa buku-buku saya sukar didapati di kedai-kedai(habis cepat?). Jadi, saya kira, sesiapa yang susah cari buku-buku saya, boleh menjenguk Pesta Buku untuk menghabiskan buku-buku...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 12, 2010 15:51