Muhd. Kamil Ibrahim's Blog, page 62
May 10, 2011
Mukah

Khalayak Wanita

Khalayak Budiman
Saya selamat tiba di Mukah setelah mengharungi penerbangan – KLIA – Sibu – selama hampir dua jam. Bersambung pula perjalanan darat juga hampir jumlah jam yang sama. Dicampur pula perjalanan Segamat – KLIA, maka jumlah perjalanan yang perlu saya tempuhi hampir atau lebih enam jam.
Majlis pertama selesai sekejap tadi. Hilang segala kepenatan apabila dibenarkan bercakap hampir dua jam.
Besok – di sebelah petang – Lembaga Pengarah UiTM akan bersidang untuk menentukan sama ada kami dibenarkan bersara awal atau tidak. Jika OK, semakin hampir kami ke Madinah. Hanya kepada Mu ya Allah, kami mohon pertolongan.
Doakan kami!
May 8, 2011
Di hujung dunia
Manusia baik-baik kelihatan semakin menyusut. Namun ia tidaklah sampai mencecah sifar. Di sana-sini ada insan-insan yang berhati mulia berperanan menjadi manusia baik yang pastinya mengekalkan dunia dalam keadaan sekarang. Sekurangnya begitu.
Saya menghabiskan hujung minggu di empat kawasan yang berbeza. Bermula di Kuantan, Pahang, berpatah balik ke Segamat, Melaka, Shah Alam, Sepang dan akhirnya di Wangsa Maju sebelum kembali ke Segamat.
Di celah-celah perjalanan ini saya berjumpa dengan seorang insan yang sangat istimewa, Sebelum hari pelancaran, beliau memasukkan wang RM1000 ke dalam akaun dengan pesan, "saya mewakafkan buku prof ini untuk prof hadiah/edarkan kepada sesiapa yang menjadi pilihan prof".
Mudah untuk saya!
Beliau jugalah yang menjemput saya untuk hadir ke Sepang bagi saya menyampaikan kuliah setelah beberapa kali beliau mendengar kuliah yang telah saya sampaikan di dua-tiga lokasi yang berbeza.
"Prof, tolong bawa buku prof, saya sudahkan uar-uarkan yang prof akan jual buku dengan harga 50%. 50% lagi saya akan tanggung".
Barangkali beliau tahu yang saya tidak gemar berjual-beli di surau atau di masjid. Lalu saya maklumkan kepada individu lain untuk datang dan membawa buku terbaru saya, "50 Tips Motivasi Haji". Ia dijual dengan harga RM7 sahaja.
Mungkin ada yang beranggapan 50% potongan tersebut. Namun hakikatnya, ia bukan datang daripada saya atau individu yang menjual buku tersebut. Ada insan istimewa di belakang tabir yang hanya mengharap ia semata-mata amal-ibadat yang boleh diterima Allah.
Ketika menyambut saya, beliau datang dengan motor kapcai yang tidak melambangkan beliau seorang yang berwang. Beliau tidak pandai bercakap. Bila majlis selesai, beliaulah yang memandi peluh menyusun kerusi dan meja. Ia kelihatan sibuk.
Sama sekali tidak menyibuk.
"Ya Allah, kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah kepada insan ini. Kau temukanlah kami di syurgaMu ya Allah. Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosanya ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah".
Ziarah

Staf sementara yang mahal gajinya
Kesemua baki tempahan buku akan dihantar pagi besok, 9hb. Mungkin sudah ada yang menggunakan pos laju akan menerima di sebelah tengahari.
Buku yang masih berbaki sebanyak 30 naskah 50 Tips Motivasi Haji dan 60 naskah Travelog Impian Abadi. Jika ada yang mahu menempah sila tulis nama dan alamat di ruangan komen di bawah. Hantar bayaran melalui akaun Maybank, 562106211166.
Jika tuan-tuan melihat jumlah yang sudah ditempah genap 30 untuk 50 Tips Motivasi Haji dan 60 untuk Travelog Impian Abadi, mohon tidak dimasukkan wang ke dalam akaun saya.
Harga buku termasuk pos laju:
a) 50 Tips Motivasi Haji: RM19.00 senaskah.
b) Travelog Impian Abadi: RM25.00 senaskah

Perjalanan hampir 150 minit
Mereka berlapan.
Kesemuanya – minus 1 – sudah menamatkan pengajian di KPTM, Kuantan. Hari ini mereka menziarahi Roza dan saya di Segamat. Bergegas kami pulang daripada Kuala Lumpur untuk menyambut kedatangan mereka.
Alasannya, mereka mahu menghantar baju yang tertinggal semasa saya menyampaikan kuliah akhir di surau mereka. Hakikat sebenar, sayalah yang mencadangkan mereka berkunjung ke Segamat apabila dimaklumkan yang ada baju tertinggal di rumah rehat.
Alahai…. ia bukan pertama kali saya meninggalkan sesuatu apabila bermalam. Sehelai baju di UiTM Selayang. Buku bacaan di UiTM Shah Alam. Dan banyak lagi yang berlalu begitu sahaja.
Mereka anak-anak yang baik. Bersopan-santun dan bercita-cita mahu menjadi insan yang lebih baik. Terima kasih kerana sudi hadir ke Segamat. Kami sangat-sangat menghargainya.

Bayar bila bekerja. Jika lupa halal.
May 6, 2011
Bagan Lalang

Kunjungan ke2 dalam tempoh dua minggu
KUANTAN
Petang semalam saya bercakap di UIA, Kuantan. Tempat berceramah sangat luas. Auditorium. Penganjur tersangat risau takut-takut tiada khalayak.
Saya nyatakan kepada beliau, "bila saya meninggalkan rumah untuk berceramah, isu khalayak bukanlah isu besar. Puan berdua sudah ada, ia sudah mencukupi. Dua atau seribu khalayak, saya akan bercakap dengan nada yang sama".
Akhirnya, 3/4 auditorium dipenuhi khalayak.
Semalam, salah seorang khalayak bertanya, "bagaimana mahu menghadapi suasana mendengar ceramah yang kita merasai ceramah itu menghilangkan motivasi kita untuk beramal ibadat kerana ada unsur-unsur riyak".
Lalu saya nyatakan dengan jelas, "siapalah kita yang mahu mengatakan orang lain riyak, takbur dan sombong hati?" Uztaz Khairul melalui siri Al-Kulliyah menyatakan, "malaikat sendiri tidak boleh mencatatkan soal hati ini apabila dikaitkan dengan amal ibadat manusia kepada Allah SWT.
Malah dalam konteks yang lebih luas, "tidak melakukan amal ibadat kerana takut berasa riyak adalah riyak yang lebih besar".
Pendekatan saya mudah, lakukan sesuatu semata-mata kerana Allah. Konsep kewujudan manusia berdasar surah Surah Adh-Dhariyat ayat 56 yang bermaksud, "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" perlu menjadi asas utama.
Pandangan manusia sentiasa berbeza. Baik bagi kita, buruk bagi yang lain. Kita bergurau, orang kata mengutuk. Kita memberitahu, orang kata menunjuk.
Realitinya, manusia mempunyai pelbagai alasan untuk tidak melakukan sesuatu kebaikan. Kita menyeru, hanya Allah yang akan memberi taufik dan hidayah.
MELAKA
Saya selamat sampai di Segamat sekitar 8.45 malam. Roza dan anak-anak sudah sedia menunggu untuk ke Melaka. Janji saya, "kita makan malam di Umbai, makan ikan bakar".
Ia dibatalkan kerana kesuntukan masa. Akhirnya, kami makan di Tangkak dan tiba di hotel Avillion ketika jam melepasi angka 11. Pagi ini saya dijemput sebagai panel VIVA pelajar EMBA UiTM Melaka.
Subuh tadi saya sesat mencari masjid. Saya set Masjid Kg Hulu. Tiba-tiba apabila sampai di satu tempat, GPS saya tidak dapat memberi lokasi. Saya set semula dengan mencari masjid yang berhampiran, Masjid Jalan Tun Perak. Juga berpusing-pusing jalan.
Begitulah, kalau Allah tidak izinkan, ia menjadi sangat sukar.
Akhirnya kami terdengar azan. Ia hanya sebuah surau kecil yang di kelilingi kawasan perumahan. Ia sangat hampir. Jemaahnya tidak sampai pun 10 orang termasuk saya, Azrai dan Amirul.
Barangkali hari sabtu. Ia hujung minggu yang memenatkan. Dan tidur menjadi ujian kepada ramai orang!
SEPANG
Malam ini saya akan berada di surauAn-Nur, Taman Seri Bayu, Sepang. Kunjungan kedua dalam tempoh dua minggu di kawasan Sepang. Jemputlah hadir jika ada kelapangan.
Mudah-mudahan Alla permudahkan perjalanan kami sekeluarga.
May 5, 2011
Mak saudara
Tempahan
Ramai yang bertanya – SMS, e-mel dan telefon – kenapa dihentikan tempahan?
Saya sebenarnya bukanlah seorang peniaga profesional. Saya menerima tempahan khas untuk rakan FB dan Blog. Dua minggu yang akan datang saya akan berada di Mukah, Shah Alam dan terus terbang ke Beijing. Saya tidak mahu menghampakan mereka yang mahu membuat pesanan tetapi terpaksa menunggu begitu lama.
Biarlah saya uruskan tempahan yang sedia ada (250 naskah) dengan sempurna sebelum menghadapi dua minggu tersebut.
Minggu ini saya menerima 600 naskah buku 50 Tips Motivasi Haji. 350 naskah tercicir di tengah jalan. Terdapat 3 hamba Allah yang mahu memberi percuma kepada rakan-rakan mereka yang mahu menunaikan fardhu haji.
Terdapat hampir 100 naskah di
May 4, 2011
Terima kasih
Tempahan Buku
Ia ditutup buat sementara waktu. Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan. InsyaAllah penghantaran pertama akan dibuat bermula pada hari Isnin ini sama ada yang memakai pos laju ataupun pos biasa.
Stok buku baru sahaja diterima.
Aurat
Beberapa tahun yang lampau, seorang pelajar UIA memberi teguran kepada saya melalui e-mel, "Prof, dalam Islam tidak boleh mendedahkan aurat anak-anak perempuan yang telah akil-baligh. Saya nampak gambar Sara di dalam laman web prof".
Saya keluarkan gambar-gambar tersebut dan berterima kasih dengan teguran yang sangat bermakna. Ia kelihatan kecil tetapi memberi implikasi yang besar dalam hidup kami sekeluarga.
Lalu saya memanggil Sara dan menunjukkan e-mel tersebut dan berkata, "tengok Sara, kehidupan kita sekeluarga di perhatikan oleh masyarakat. Ayah dikenali ramai. Masyarakat sayang pada ayah dan keluarga kita…."
Pada hari yang lain, saya nyatakan kepada beliau, "Sara, selangkah Sara keluar daripada rumah tanpa menutup aurat, segala dosa tertanggung di atas ayah. Namun ayah mahu Sara menutup aurat bukan kerana Ayah tetapi kerana Allah. Ia memang perintah Allah".
Beberapa tahun saya berdoa agar Allah membuka pintu hatinya agar beliau hendak menutup aurat. Alhamdulillah.
Kini, Facebook dan blog juga menjadi medan orang mendedahkan aurat. Bukan diri sendiri tetapi "membantu" mendedahkan orang lain. Gambar-gambar kenangan lama dipertontonkan ke seluruh dunia tanpa sedar implikasi besar yang tertanggung di bahu mereka yang memuat turun gambar-gambar tersebut.
Ramai siswa-siswi saya berkata, "prof, masukkanlah gambar kami di dalam facebook".
Saya senyum. Namun ia sukar kerana tidak semuanya bertudung. Seboleh-bolehnya saya mahu menjaga perkara-perkara yang kelihatan remeh, kecil dan tidak apa-apa ini.
Sesekali, saya melihat gambar comel Roza ketika muda dimuat-turun ke internet. Kebiasaannya saya menghantar sedikit nota, "saya mohon maaf, gambar Kak Roza tidak menutup aurat. Jika ada belas kasihan buat kami sekeluarga, mohon dikeluarkan gambar tersebut. Saya mohon maaf banyak-banyak kerana menyusahkan".
Terima kasih tidak terhingga kerana membantu saya, Roza dan diri sendiri.
May 3, 2011
Nikmat Allah
Semalam, Zulkifli Hamzah – wartawan Utusan – menulis rencana bertajuk "daripada profesor biasa-biasa kepada luar biasa" melalui kolum NURANI. Ia tersiar di muka utama yang memaparkan rencan-rencana utama.
Saya SMS beliau, "salam sejahtera, ia tulisan yang indah. Segala pujian buat Dia yang Maha Pengasih". Ia mendapat balasan segera, "terima kasih prof, banyak saya belajar daripada buku prof".
Saya tidak mengenali beliau. Kata Zul, kami pernah berjumpa dalam satu majlis yang dianjurkan oleh UiTM, Utusan dan Penyayang. Namun sedikit pun ia tidak melekat pada kotak minda saya.
Sehari sebelum rencana di siarkan, beliau menghubungi saya memhon keizinan. Ia bukan interview tetapi tulisan yang berdasarkan bacaan dan pengamatan beliau.
Saya bersyukur kerana Allah gerakkan hatinya untuk menulis rencana tersebut. Ia bukan mudah untuk mana-mana bos akhbar memberi laluan untuk staf mereka menulis rencana kisah orang biasa-biasa di ruangan utama. Nilai ruangan tersebut ratusan ribu ringgit.
Impaknya besar kepada buku Travelog Haji dan 50 Tips Motivasi Haji. Jika benar begitu, ia mungkin menggerakkan hati khalayak untuk membeli buku tersebut. Mudah-mudahan ia menjadi ilmu yang bermanfaat.
Kehidupan adalah ujian Allah. Pada nafas yang berbeza, ia juga adalah nikmat Allah. Siang dan malam, kiri dan kanan, kita perlu bersyukur dengan ujian dan nikmat yang Allah berikan.
Saya sendiri sangat berhati-hati dengan perasaan riyak, takbur, sombong dan angkuh. Mudah-mudahan kita terjauh daripada golongan tersebut. "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang satu-satunya yang aku minta pertolongan".
Dan sesungguhnya pertolongan Mu datang tanpa diduga.
May 2, 2011
TEMPAHAN BUKU BARU
Salam sejahtera,
Tempahan untuk membeli buku 50 Tips Motivasi haji dan Travelog Impian Abadi di buka. Bagi membantu kami, mohon baca arahan di bawa dengan teliti (baca slow-slow. Jika ada masalah, contact saya di 0193154444)
Arahan Umum
1. Bayaran di buat melalui Akaun Maybank: 562106211166
2. Sila emel bukti pembayaran, alamat penghantaran, no telefon, nama dan jumlah buku yang ditempah serta jenis penghantaran kepada 50tipshaji@gmail.com
3. Harga Buku: a) 50 Tips Motivasi RM14.00 b) Travelog Impian Abadi RM19.00
PESANAN MELALUI POS BIASA
1. 5o Tips Motivasi Haji RM15.00 termasuk belanja pos
2. Travelog Impian Abadi RM20.00 termasuk belanja pos
PESANAN MELALUI POS LAJU/EKPRESS
1. 5o Tips Motivasi Haji RM19.00 termasuk belanja pos
2. Travelog Impian Abadi RM25.00 termasuk belanja pos
Ujian Anak

Inilah sebahagian daripada anak-anak saudara ku. Pak Cik Mil doakan agar semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anak merupakan salah satu ujian Allah yang besar.
Ujian utama ialah bagaimana mahu mendidik mereka supaya sentiasa menunaikan solat lima waktu? Sebagai ibu bapa, saya mahu mereka sentiasa bersolat walaupun tanpa kehadiran kita. Ia asas penting kepada pembentukan menjadi manusia yang baik di sisi Allah.
Rasulullah (selawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat) pernah bersabda:
"Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun"
Ia adalah manual asas dalam proses hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.
Di rumah, ia boleh dititik berat dengan sepenuh hati. Saya sendiri akan mengejutkan kesemua anak-anak untuk bangun solat subuh, mengajak mereka ke masjid dan sentiasa berpesan supaya jangan lupa solat ketika mereka bersendirian di rumah.
Pada hujung minggu lepas yang baru berlalu, anak-anak berada bersama sepupu-sepupu. Saya izinkan anak-anak bermalam bersama mereka. Ketika mahu pulang ke Segamat, saya bertanya soalan rutin,
"Semalam Sofea solat subuh?"
Diam.
"Solat?," saya bertanya lagi.
Beliau menggelengkan kepala.
"Ini yang ayah tidak suka. Lain kali Ayah tidak benarkan lagi bermalam di rumah orang".
Wajahnya menampakkan kesedihan.
Saya berpaling kepada Amirul.
"Amirul solat?"
"Solat," jawab beliau.
"Amirul solat sunat sebelum subuh?"
"Tak…"
"Kenapa di sekolah dan di rumah Amirul boleh solat sunat? Ayah tengok bila bersama sepupu-sepupu, Amirul jadi lalai. Amirul sepatutnya jadi ketua, ajak sepupu-sepupu untuk solat. Amirul tahu yang Allah pilih Amirul. Amirul sudah pergi ke Mekah dan Madinah masa muda lagi. Nanti kalau kita pergi Madinah, Amirul akan duduk di sana"
Saya cuba memberi motivasi.
Saya tahu – akhirnya – Roza akan memberi jalan kepada Sofea. "Ayah tidak marah sofea tidur rumah orang tetapi Sofea kena solat. Janji?".
Itulah peranan yang selalu dimainkan oleh Roza dengan anak-anak.
Benar, Sofea baru berusia lapan tahun. Ia masih kecil. Namun ia sudah melepasi umur yang telah disebut secara spesifik oleh Rasulullah (selawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat) melalui hadis di atas.
Anak-anak memang ujian besar kepada kedua ibu bapa. Mudah-mudahan mereka menjadi anak yang soleh dan solehah agar menjadi peninggalan yang akan membantu kita apabila dihisab nanti.
May 1, 2011
Psssssss…..

Mereka dijamu dengan nasi Arab, saya pula berpantang!
Alhamdulillah, saya selamat sampai ke Segamat.
Sepatutnya saya pulang semalam. Namun saya anjak sedikit kerana terdengar Dato' Zakee bertanya, "Wie (nama di UiTM Terengganu: LuE), esok demo free? Kita minum-minum".
Lalu saya tukar rancangan. Petang semalam minum petang berzama beliau dan di sebelah malam meraikan adik-beradik (di sebelah Besut) makan Nasi Arab di Restoran Zam-Zam, Shah Alam. 26 orang kesemuanya.
Inilah sebahagian kecil ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepada kami berdua [nota: mohon maaf, kesemua adik-beradik ini tidak berpeluang memiliki Travelog Impian Abadi, saya terlupa hendak asingkan].
UJIAN
Pssssss…. rupanya ramai yang menerima UJIAN Allah ketika hendak menghadiri majlis pelancaran buku kami di PWTC.
Saya menerima banyak e-mel, SMS dan catatan di blog dan Facebook menceritakan bagaimana mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya sehingga menyebabkan lewat sampai.
Ada pula yang datang awal, berkampung di hadapan pintu bilik Johor hampir dua-tiga jam. Malah sudah ada yang berada di hadapan pintu bilik Johor tetapi tidak dapat masuk kerana pintunya berkunci.
Ada yang 'give-up' setelah turun dari LRT kerana tiada upaya untuk berjalan dalam kumpulan yang bersesak-sesak.
Saya sendiri meninggalkan Shah Alam tepat jam 10 pagi dengan doa agar Allah pemudahkan perjalanan kami, tiada mara bahaya, tiada kemalangan dan memohon agar segalanya berjalan lancar.
Alhamdulillah, kami sampai tanpa halangan kecuali sedikit kesesakan ketika sampai di kawasan PWTC menuju ke arah Hotel Puteri Pasific. Sejak awal-awal lagi saya telah nyatakan kepada Roza, "Yang, saya akan gunakan khidmat Jockey di Hotel Puteri Pasific. Kalau hendak mencari parking, mahu sejam tidak berjumpa".
Hakikatnya, peristiwa yang berlaku merupakan bayangan bagaimana mereka yang bakal menunaikan fardhu haji. Bayangkanlah, ada yang benar-benar berada di hadapan bilik Johor tetapi tidak pula dapat memasuki bagi bersama-sama menghadiri majlis.
Perjalanan yang sepatutnya 45 minit menjadi tiga jam.
Kesemuanya ada dinyatakan di dalam buku Travelog Haji: Meniti Hari Esok dan 50 Tips Motivasi Haji. Ramai orang tidak nampak dengan apa yang ingin Allah tunjukkan, "Akulah yang Maha Berkuasa", "Engkau merancang tetapi Akulah yang menentukannya".
DJ profesional saya juga terperangkap di dalam kesesakan di PWTC. Beliau sukar mencari parking sedangkan majlis tinggal lima minit lagi hendak bermula. Lalu saya memberi cadangan, "Din, jangan cari parking. Pergi ke Hotel dan guna khidmat Jockey".
Saya bertenang. "Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ku. Kaulah yang Maha berkuasa. Kalau ini yang terbaik buat ku, bantulah daku".
Lalu saya berbisik dengan Ustaz Azrul, "Ustaz, DJ Din akan lewat sampai. Uztaz kena ganti tempat beliau. InsyaAllah Ustaz, semua akan OK. Saya mahu mulakan majlis tepat mengikut waktunya".
Pssss…. Ustaz terkebil-kebil mata memandang saya. Saya senyum dan menyatakan kepada beliau, "bukankah ini yang sudah saya jangkakan?". Itulah ketentuan Allah.
Ketika dalam perjalanan ke PWTC saya nyatakan kepada beliau sambil menyerahkan skrip dan aturcara majlis, "Ditakdirkan Din tidak datang, Ustazlah kena jadi artis dan MC…".
Kami ketawa.
Psss…. saya tahu ustaz sangat berdebar tetapi beliau melaksanakan tugasnya dengan baik sekali sehinggalah DJ Din muncul menyambung tugas.
Pada sudut yang berbeza, ada seseorang bertanya saya, "Prof, saya tidak termasuk dalam 60 orang yang mendapat buku percuma. Nama saya xxxxx, jika saya hadir, ada kemungkinan saya dapat buku percuma tak? Jika tidak, saya akan perhati dari jauh sahaja".
Lalu saya memberi jawapan ringkas, "jemputlah datang jika mahu memberi sokongan kepada saya dan Roza". Maksud saya, janganlah dijadikan buku percuma sebagai penyebab untuk turut hadir walaupun pada hakikatnya saya telah berusaha menyediakan 300 naskah untuk diedarkan kepada kesemua tetamu yang bakal hadir.
240 naskah adalah hadiah daripada Dato' Zakee dan 60 lagi daripada saya dan Roza. Cuma, kami tidak mahu menghebohkannya bagi memberi unsur-unsur luar jangka buat mereka yang lain. Itulah niat hati mahu "menyukakan" hati rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan.
Psss… ia catatan ringkas yang sangat signifikan. Terima kasih kepada kesemua yang hadir dan berusaha untuk hadir serta yang mendoakan kejayaan majlis ini walaupun berada beribu batu jauhnya.
Salam sejahtera!
Muhd. Kamil Ibrahim's Blog
- Muhd. Kamil Ibrahim's profile
- 102 followers
