Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 38

September 12, 2015

Mengungkapkan Erti Pendidikan Islam di Daerah Asing

kelasdiskusi


Saya tahu yang saya bukan membawa pendidikan Malaysia. Sebaliknya saya membawa pendidikan sekolah tempat saya berkhidmat. Saya membawa pendidikan Islam. Maka proses ‘mirroring’ yang sering berlaku antara sistem pendidikan Finland dengan sistem pendidikan negara peserta program, meletakkan saya di kedudukan yang agak awkward.


Namun, ia tidaklah menjadi masalah. Biar pun kursus kami adalah Understanding Finnish Education, saya mengambil peluang sepenuhnya sepanjang keberadaan di Helsinki untuk mendalami pendidikan Malaysia. Membaca Akta 550 Pendidikan 1996, Blueprint Pendidikan Negara 2013-2025, artikel-artikel jurnal pendidikan negara dan pelbagai dokumen berkaitan.


Semua itu, lebih kepada manfaat peribadi.


Namun untuk kursus di Finland, apa yang saya bawa di dalam kelas kami adalah pendidikan Islam. Untuk itu, saya menjadi wakil tunggal untuk berbicara tentang pendidikan di dalam ethos yang berbeza. Bukan public education, tetapi satu bentuk pendidikan yang asing, kerana pendidikan Islam juga sulit untuk difahami oleh rakan sekuliah dengan sekadar mengkategorikannya bersama pendidikan Katholik serta agama-agama lain.


Selain cabaran mengendalikan pergaulan, soal clubbing, mengelak aktiviti bersauna yang menjadi kemestian bagi sesiapa sahaja yang ke Finland, namun perlu berbogel sebagai menormalkan pembawaan diri, makan makanan yang Halal serta menjaga solat, cabaran yang lebih besar adalah pada mengekalkan keyakinan diri untuk bercakap sebagai Muslim, mengenai Islam, dalam bahasa yang engaging, dan bukannya seperti mahu menjalankan conversion. Apatah lagi dalam suasana Finland, bercakap tentang agama itu bukan sesuatu yang normal. Orang Finland, biar pun secara rasminya bermazhab Kristian Lutheran, tetapi rata-rata mereka tidak menzahirkan keberagamaan, malah tidak mempunyai vocab untuk berbual tentang agama. Agama adalah sesuatu yang sangat peribadi, antara diri dan Tuhan, membicarakannya secara terbuka mudah dilihat sebagai show off. Jika tujuannya dakwah, natijahnya mungkin terbalik. Bagi kebanyakan generasi muda, jika kamu bertuhan, maka kamu adalah believer. Dan jika kamu seorang believer, kamu itu mungkin Kristian Lutheran, Katholik, Ortodoks, Yahudi, Muslim, atau Hindu dan Buddha.


Syukur, pergaulan saya dengan Ville mendedahkan saya dengan cara membawa agama dalam persekitaran Finland. Hatta sesama kami pun, walaupun topik akademik kami larut hingga kepada soal-soal falsafah teologi antara al-Ghazali, Ibn Rushd, Jalaluddin al-Rumi, Ismail Ankaravi hingga ke ‘ahli Syariat’ seperti Imam Birgivi, tetapi apabila sampai ke daerah peribadi, bagaimana kami menanggap al-Haq, saya masih berhati-hati membicarakannya dengan Ville.


Sering, buah-buah aqidah, saya selitkan sepintas lalu dan saya tahu sepintas lalu itu ditangkap penuh oleh Ville. Orang Finland itu tabiatnya sangat berhati-hati dalam berkata-kata, menilai setiap perkataan. Sambil memetik berry di hutan Vantaa, saya dan Ville menyelang selikan antara perbualan dan hening sepi dengan meneroka dimensi peribadi kami dalam meneliti al-Haq di luar meja akademik.


“Mungkin lebih mudah bagi engkau untuk bersikap objektif, antara cara Ankaravi mengungkapkan asal kebenaran dan hakikat pertentangan, dengan idea ahli Syariat seperti Katip Celebi. Tetapi bagi aku yang merupakan penganut kepada agama Ankaravi dan Katip Celebi, mahu tidak mahu aku perlu meletak kakiku di daerah yang aku yakini sebagai daerah aku berhubung dengan Allah” saya berbicara.


Ville asyik mengutip kepingan kayu dari pohon birch yang akan menjadi pemula api nanti. Pohon birch mempunyai calorific value yang tinggi, sesuai untuk memulakan api memasak dan unggun apabila kita berada di dalam hutan.


“Aku faham” jawab Ville ringkas.


Itu sikap tipikal orang Finland. Banyak berfikir, kurang berbicara. Dan perkataan yang disebut itu sudah difikirkan sebelum diungkap.


“Akademik tidak sama dengan devotion” sambungnya lagi.


Beliau menghulurkan saya segenggam berry merah yang tersisa di hujung musim.


berri


“Akademik mencari ketepatan analisis di meja baca. Hasil kajian, ada kepuasan. Bagiku, adakalanya aku hanya sujud. Dan sujud itu ada ketenangan. Ketenangan juga satu kepuasan” saya menyambung.


Ville tersenyum.


Kami kembali sepi, melangkah perlahan menikmati ruang, masa, sepi, di celah hutan Vantaa. Sesekali saya menjeling ke telefon untuk melihat jarak berjalan kaki. Selepas turun di stesen Tikkurila, saya sudah berjalan kaki sejauh 20km!


Saya tahu, senyuman Ville itu bererti kami sudah sama-sama sampai ke sempadan perbualan berkaitan agama, ketuhanan dan kebenaran. Kami perlu saling menghormati sempadan itu, terutamanya saya, yang penting untuk tidak mengganggu daerah Ville mengembara di dalam musafir peribadinya.


Cukup dengan doa, seikhlas hati, sebagai seorang sahabat, yang sesekali bergenang air mata, yang cepat-cepat kering sebelum kelihatan.


Membawa Islam di Helsinki memerlukan saya bijaksana mencipta ruang diskusi.


Di kelas, Prof Matti Merri berbicara tentang integrasi subjek di dalam kurikulum pendidikan Finland. Integrasi yang menjadi asas kepada phenomenon learning yang bakal diperkenalkan di dalam kurikulum 2016 akan datang.


Ia peluang saya bertanya.


“Matti, apakah motif kepada integrasi kurikulum yang Finland usahakan ini? Adakah kerana keperluan industri dan alam pekerjaan? Atau ada sebab lain, di peringkat yang lebih dalam seperti epistemologi ilmu?” saya bertanya.


“Boleh kamu huraikan soalan kamu?” Prof Matti datang mendekati meja saya.


“Di sekolah saya, kami integrasikan subjek kerana motif epistemologi. Kami mahu subjek kembali berhubung antara satu sama lain kerana semuanya bersatu di dalam teori kesatuan kewujudan yang menjadi asas Khalifah Method di sekolah kami. Misalnya apabila ada pelajar yang bertanya mengapa kalkulator memberi jawapan “error” apabila 0 dibahagikan dengan 0, pelajar itu berjalan daripada guru Matematik ke guru sejarah untuk meninjau sejarah kemasukan konsep sifar ke dalam Matematik Muslim. Apakah sebenarnya diwakili oleh sifar tersebut. Begitu juga subjek-subjek lain” saya menjelaskan.


“Apa? Ia sungguh rumit untuk pelajar sekolah menengah!” sampuk Kevin, rakan kami, guru dari Taiwan.


“Selagi pelajar boleh follow, ertinya ia okay. Cuma kita boleh cuba berusaha memudahkan penjelasan” saya menjawab usikan Emily itu.


mattimerri


“Hmm… memang benar. Integrasi subjek adalah untuk membantu guru menyampaikan personal value mereka kepada pelajar. Pendidikan bukan untuk melahirkan pekerja. Tetapi ia adalah untuk mencari personal value masing-masing. Agar pendidikan membantu meneroka makna (meaning)” kata Prof Matti.


Saya memerhatikan vocab yang beliau gunakan.


Biar pun jawapan beliau tidaklah sepenuhnya menjawab pertanyaan saya, ia sudah cukup dan saya amat menghargainya. Teringat saya kepada ucapan Sheikh Hamzah Yusuf di Zaytuna College. Katanya, “without teaching people meaning & without teaching people purpose, you create monsters! Every civilization understood that learning was to make a better human being, learning was not to make more money; it was to make a better human being.


Perbualan  demi perbualan, perbincangan demi perbincangan, saya terus mencuba untuk meyakinkan diri membawa Khalifah Model School ke gelanggang perbincangan. Saya memberanikan diri untuk melakukan mirroring pendidikan negara dengan pendidikan yang saya bawa iaitu pendidikan sekolah.


“Bagaimana kamu rumuskan sekolah kamu?” tanya Emily, rakan saya dari Amerika Syarikat,


“Sekolah kami adalah ‘sebuah negara kecil’ yang menongkah arus pendidikan perdana. Ia adalah silent protest kami kepada pendidikan mainstream yang penuh cabaran. Dan cabaran saya ialah, untuk terus meyakinkan ibu bapa pelajar kami, bahawa it is okay to be different!” saya bercerita.


Saya bangga membawa Islamic education.


Saya tidak preaching!


Saya tidak mencabar sesiapa.


Sebaliknya saya hanya menerangkan. Berusaha mencari vocabulary yang boleh difahami rakan semua, untuk mengungkapkan Islam sebagai rahmat, dalam sebuah model pendidikan.


Hasrizal

UH Pihjalamäki

Helsinki Finland

2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 12, 2015 11:00

August 5, 2015

Pendidikan di Finland: Mengenali Realiti Menjauhi Misteri Bersama Prof Fred Dervin

photo_2015-08-06_03-07-33

Kelas kami pagi ini di Athena Building, Siltavuorenpenger


Musim ini, bukanlah pertama kali pendidikan di Finland dikagumi, menarik perhatian dunia. World Fair antara 1889 hingga 1900 banyak memperlihatkan pendidikan di Finland yang ketika itu sebahagian daripada Russia, dikagumi ramai kerana efisyen, moden dan saksama (Egginger, 2013).


Namun kekaguman kali ini agak unik.


Kali pertama saya mendengar tentang pendidikan di Finland adalah apabila negara kita membicarakan tentang keputusan Program for International Students Assessment (PISA), apabila negara kita berada di ranking yang amat rendah, berbanding Finland yang duduk di tangga teratas. Sememangnya Finland mula mencipta nama apabila keputusan PISA pertama diterbitkan pada 4 Disember 2001. Semenjak 2013, saya mula membaca tentang pendidikan Finland, dan akhirnya saya diketemukan dengan buku paling popular berkenaan topik ini iaitu Finnish Education: What Can the World Learn from Educational Change in Finland, oleh Pasi Sahlberg.


Bukunya sangat enak dibaca.


Sahlberg


Ia seperti sangat berjaya menjelaskan mengapa pendidikan di Finland menjadi nombor 1 di dunia. Saya menjadi peminat tegar Pasi Sahlberg, mengikuti kupasan-kupasan beliau di Youtube, dan mengikuti perkembangannya di Twitter.


Banyak yang saya faham tentang pendidikan di Finland, adalah berpandukan buku Finnish Lessons, termasuk versi barunya yang dinamakan Finnish Lessons 2.0. Namun, sama seperti ramai pembaca lain, saya mengalami rasa frust kerana model pendidikan Finland menurut Pasi Sahlberg itu terlalu luar biasa. Tidak keterlaluan saya katakan, mungkin ada yang rasa teruk, hodoh, negatif apabila mereka membandingkan realiti pendidikan mereka dengan pendidikan Finland versi Sahlberg.


Misalnya, di dalam bukunya, Sahlberg menyatakan bahawa motif utama rakyat Finland memohon untuk menjadi guru adalah kerana dorongan moral yang dipegang, yakni untuk berbakti kepada masyarakat. Pendidikan dilihat sebagai wasilah terbaik untuk merealisasikannya. Andaikata pendidikan mencetuskan masalah tertentu yang memerlukan guru membelakangkan moral ini, mereka tidak teragak-agak untuk meninggalkan profesyen berkenaan!


Sungguh!


Terharu saya membacanya.


Saya fikir, bagaimanakah sebenarnya sistem pendidikan Finland hingga mampu menjadikan ini sebagai motif tertinggi seseorang menjadi guru?


Tetapi lama kelamaan, saya mula berasa kurang selesa sebab membaca buku Sahlberg menjadikan saya depress. Semuanya seperti too good to be true. Kerana itu, saya meneroka buku-buku lain yang lebih praktikal, seperti buku Professional Capital: Transforming Teaching in Every School oleh Andy Hargreaves dan Michael Fullan. Kupasan di dalam buku ini memberikan sedikit rasa lega kerana barulah saya dapat melihat sisi yang lebih objektif, mengapa pendidikan Finland cemerlang, dan ia tidak boleh ditiru bulat-bulat sebagaimana yang dilakukan oleh Arab Saudi, hingga bangunan sekolah pun disalin 100% dari Finland ke negera berkenaan.


Ada juga beberapa buku lain yang saya baca, di samping artikel-artikel dan dokumentari di Youtube. Ia menjadikan kefahaman saya lebih berkisar pada aspek praktikaliti, berbanding ilusi bersalut wow, wow dan wow.


Peluang menyertai Summer School di Helsinki kali ini memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan Pasi Sahlberg, dan mudah-mudahan ramai tokoh pendidikan lain. Saya mahu Khalifah Model School – Secondary bukan sekadar sekolah yang outstanding di kalangan sekolah agama, malah ia berkompetensi pada penanda aras antarabangsa. Apabila mendapat maklumat tentang perincian kursus, saya agak kehairanan kerana Pasi Sahlberg tiada dalam senarai tenaga pengajar atau tetamu yang diundang. Ahh, masakan sifu pendidikan tidak diajak bersama!


Saya tweet beliau di Twitter. Tiada jawapan.


Di dalam motivation letter yang saya tulis semasa memohon untuk menyertai kursus ini, saya ulas buku Pasi Sahlberg dan bagaimana ia membantu saya mendekatkan diri kepada pendidikan Finland, sebuah negara yang secara fizikalnya terlalu jauh. Permohonan saya pantas diterima, namun saya tidaklah mendapat apa-apa feedback berkenaan isi kandungan motivation letter yang saya tulis.


photo_2015-08-06_03-07-04

Prof Fred Dervin 


Kursus pendidikan di Finland kali ini dikendalikan oleh ketua program iaitu Prof Fred Dervin, Professor of Multicultural Education di University of Helsinki (Finland). Beliau juga adjunct professor pendidikan di Taylor’s University, Malaysia.


Hari ini saya akhirnya ditemukan dengan beliau. Seorang yang cergas di dalam kelas, kritikal terhadap banyak aspek yang popular tentang pendidikan di Finland, bukan peminat kepada PISA, dan apa yang mengejutkan saya adalah, ketidak setujuan beliau dengan Pasi Sahlberg. Turut bersama beliau adalah tokoh-tokoh akademik University of Helsinki seperti Prof Matti Meri, Prof Heidi Layne, Prof Sirkku Kupiainen, Dr. Mbu Waye dan tokoh senior, Prof Veijo Meisalo.


Menurut Prof Fred Dervin, pendidikan di Finland memang bagus. Namun ia tidaklah sebagus yang digambarkan oleh Pasi Sahlberg. Bagus yang menyebabkan orang lain rasa teruk. Bagus yang menyebabkan pendidikan di Finland tidak dinilai secara objektif. Saya mendengar dengan teliti penghujahan Prof Fred di dalam kelas. Saya masih boleh merasionalkan pendapat-pendapat Pasi Sahlberg yang dibesar-besarkan secara subjektif, misalnya tentang motif menjadi guru yang saya sentuh tadi. Demikian juga dakwaan Sahlberg bahawa keupayaan tinggi pada membaca di kalangan pelajar Finland adalah kerana ibu bapa mereka banyak membaca. Ia disanggah dengan penuh skeptis oleh Prof Fred, bahawa dakwaan itu kelakar!


finnishlessons


Petikan buku Finnish Lessons oleh Pasi Sahlberg


Tetapi saya terkejut apabila Prof Fred menjelaskan tentang pembohongan Pasi Sahlberg serta penyembunyian fakta yang amat bertentangan dengan etika dan amanah ilmu.


Sahlberg mengatakan bahawa tiada sekolah swasta di Finland, kerana mahu menekankan nilai equity di dalam pendidikan Finland. Hakikatnya, ada 80 sekolah swasta pada masa ini dan jumlahnya bertambah. Sahlberg mendakwa secara prinsipnya tiada homework di dalam pembelajaran di Finland. Dan ia salah sama sekali.


Semasa Sahlberg menyampaikan ceramahnya di Stanford Graduate School of Education di USA, rakan Pasi Sahlberg iaitu Prof Linda Darling-Hammond telah membawa seorang rakannya hadir ke ceramah tersebut. Jika selama ini ceramah Pasi Sahlberg mengundang soalan-soalan yang melankolik, asyik dengan ceritanya, kali ini rakan kepada Prof Linda Darling-Hammond melontarkan dua soalan yang amat kritikal iaitu:



Mengapa Pasi Sahlberg tidak mendedahkan fakta bahawa PISA score bagi negara Finland bagi tahun 2003-2009 menjunam jatuh?
Mengapa tidak diperkatakan kepada umum bahawa pendidikan awal kanak-kanak di Finland adalah yang termahal di dunia?

Tanpa penerangan ini, Pasi Sahlberg dianggap tidak menceritakan dengan lengkap realiti sebenar pendidikan Finland. Ia menjadi permulaan kepada pendedahan umum bahawa Pasi Sahlberg bersikap selektif, memilih hanya fakta-fakta yang enak, dan menyembunyikan sisi negatif pendidikan di Finland, malah tergamak mengemukakan fakta-fakta yang bersifat pembohongan. Prof Fred Dervin turut mengemukakan analisis beliau tentang Twitter Prof Pasi Sahlberg di dalam bahasa Finnish berbanding bahasa Inggeris. Ada bezanya!


Finland turut berdepan dengan pelbagai cabaran yang mesti difahami secara objektif. Misalnya kerajaan konservatif yang memerintah Finland sekarang mahu mengenakan yuran ke atas pelajar antarabangsa! Mereka sedang bekerja keras mengubah perlembagaan negara yang menghalang hal tersebut. Pelajar tempatan juga keresahan kerana mereka tahu, selepas pelajar antarabangsa, mereka pula akan mengambil giliran seterusnya.


Selain itu, berlaku pendedahan bagaimana di dalam sistem pendidikan Finland, aspek kerjaya telah dikenal pasti adanya elemen ketidak adilan apabila pelajar-pelajar Finland dari komuniti Somali (minoriti imigran terbesar di Finland), mengalami brainwash bahawa mereka lebih sesuai mengambil bidang kejururawatan dan tidak perubatan, walaupun layak!


photo_2015-08-06_03-29-39


Akhirnya menurut Fred Dervin, Pasi Sahlberg adalah sebahagian daripada propaganda pihak yang menjayakan projek branding kerajaan Finland di bawah seliaan pakar branding dunia iaitu Simon Anholt. Kerajaan Finland secara terancang mahukan Finland maju dengan tiga penjenamaan negara iaitu:



Nature
Design
Education

Karya-karya Pasi Sahlberg menyalahi disiplin akademik, dan lebih bersifat self promotion, mengaut keuntungan, dan mencetuskan banyak masalah kepada pendidikan di Finland di kaca mata antarabangsa. Dunia membazir wang kerana cuba meniru pendidikan Finland berdasarkan propaganda anti tesis pendidikan Finland iaitu Prof Pasi Sahlberg.


Sejujurnya, saya berasa amat lega mendengar pembentangan Prof Fred Dervin hari ini. Tanpa Pasi Sahlberg pun, pendidikan di Finland masih cemerlang dan banyak yang boleh dipelajari sepanjang Summer School ini. Tanpa Pasi Sahlberg, Alhamdulillah sekali lagi Allah rezekikan saya untuk diselamatkan daripada karenah golongan ‘populis’ yang gemar meromantikkan realiti hingga menyulitkan kita menggarap realiti. Apatah lagi jika mereka itu sendiri adalah ahli akademik bertaraf Harvard. Di dalam bidang sejarah, golongan ini ramai dan berpengaruh. Sungguh saya tidak sangka, di dalam dunia pendidikan pun, golongan ini wujud, dengan kewujudan yang berimpak tinggi di peringkat antarabangsa.


Teringat, bagaimana Prof Khaled el-Ruwayheb melepaskan saya daripada bayangan tidak benar tentang The Triumph of Fanaticism Kadizadeli Uthmaniyyah seperti dakwaan tokoh besar, Prof Halil Inalcik.


Prof Fred Dervin ketawa besar di dalam kelas tadi apabila saya nyatakan rasa lega saya apabila pendidikan di Finland menerima klarifikasi atas propaganda Pasi Sahlberg. Beliau menekankan, bahawa tujuan beliau mengupas hal ini secara kritikal dalam sesi pengenalan, adalah agar seluruh komuniti pendidikan dunia saling belajar antara satu sama lain, menghargai kelebihan masing-masing, tidak memuja sesuatu secara tidak benar, dan membantu Finland menjaga sistem pendidikannya daripada utopia yang mengelirukan. Bidang lain barangkali tidak mengapa. Tetapi bidang pendidikan mesti berpijak di bumi yang nyata.


Sistem PISA juga dikupas dengan panjang lebar oleh Prof Fred Dervin bahawa ia tidak dilakukan secara yang betul, terutamanya pada membandingkan aspek penguasaan bahasa yang berbeza-beza. Bahasa Finnish adalah bahasa straigh forward, sebut seperti eja, dan usaha menguasai bahasa Finnish, jauh lebih pantas berbanding penguasaan bahasa Swedish yang lebih complicated.


Insha-Allah esok, kami akan mula meneroka lebih banyak topik secara akademik, hands on, menjauhi khayalan-khayalan yang digemari oleh masyarakat ramai.


Bismillah.


HASRIZAL

Siltavuorenpenger, Helsinki

Finland

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2015 17:22

Pendidikan di Finland: Mengenali Realiti Menjauhi Misteri Bersama Prof Fren Dervin

photo_2015-08-06_03-07-33

Kelas kami pagi ini di Athena Building, Siltavuorenpenger


Musim ini, bukanlah pertama kali pendidikan di Finland dikagumi, menarik perhatian dunia. World Fair antara 1889 hingga 1900 banyak memperlihatkan pendidikan di Finland yang ketika itu sebahagian daripada Russia, dikagumi ramai kerana efisyen, moden dan saksama (Egginger, 2013).


Namun kekaguman kali ini agak unik.


Kali pertama saya mendengar tentang pendidikan di Finland adalah apabila negara kita membicarakan tentang keputusan Program for International Students Assessment (PISA), apabila negara kita berada di ranking yang amat rendah, berbanding Finland yang duduk di tangga teratas. Sememangnya Finland mula mencipta nama apabila keputusan PISA pertama diterbitkan pada 4 Disember 2001. Semenjak 2013, saya mula membaca tentang pendidikan Finland, dan akhirnya saya diketemukan dengan buku paling popular berkenaan topik ini iaitu Finnish Education: What Can the World Learn from Educational Change in Finland, oleh Pasi Sahlberg.


Bukunya sangat enak dibaca.


Sahlberg


Ia seperti sangat berjaya menjelaskan mengapa pendidikan di Finland menjadi nombor 1 di dunia. Saya menjadi peminat tegar Pasi Sahlberg, mengikuti kupasan-kupasan beliau di Youtube, dan mengikuti perkembangannya di Twitter.


Banyak yang saya faham tentang pendidikan di Finland, adalah berpandukan buku Finnish Lessons, termasuk versi barunya yang dinamakan Finnish Lessons 2.0. Namun, sama seperti ramai pembaca lain, saya mengalami rasa frust kerana model pendidikan Finland menurut Pasi Sahlberg itu terlalu luar biasa. Tidak keterlaluan saya katakan, mungkin ada yang rasa teruk, hodoh, negatif apabila mereka membandingkan realiti pendidikan mereka dengan pendidikan Finland versi Sahlberg.


Misalnya, di dalam bukunya, Sahlberg menyatakan bahawa motif utama rakyat Finland memohon untuk menjadi guru adalah kerana dorongan moral yang dipegang, yakni untuk berbakti kepada masyarakat. Pendidikan dilihat sebagai wasilah terbaik untuk merealisasikannya. Andaikata pendidikan mencetuskan masalah tertentu yang memerlukan guru membelakangkan moral ini, mereka tidak teragak-agak untuk meninggalkan profesyen berkenaan!


Sungguh!


Terharu saya membacanya.


Saya fikir, bagaimanakah sebenarnya sistem pendidikan Finland hingga mampu menjadikan ini sebagai motif tertinggi seseorang menjadi guru?


Tetapi lama kelamaan, saya mula berasa kurang selesa sebab membaca buku Sahlberg menjadikan saya depress. Semuanya seperti too good to be true. Kerana itu, saya meneroka buku-buku lain yang lebih praktikal, seperti buku Professional Capital: Transforming Teaching in Every School oleh Andy Hargreaves dan Michael Fullan. Kupasan di dalam buku ini memberikan sedikit rasa lega kerana barulah saya dapat melihat sisi yang lebih objektif, mengapa pendidikan Finland cemerlang, dan ia tidak boleh ditiru bulat-bulat sebagaimana yang dilakukan oleh Arab Saudi, hingga bangunan sekolah pun disalin 100% dari Finland ke negera berkenaan.


Ada juga beberapa buku lain yang saya baca, di samping artikel-artikel dan dokumentari di Youtube. Ia menjadikan kefahaman saya lebih berkisar pada aspek praktikaliti, berbanding ilusi bersalut wow, wow dan wow.


Peluang menyertai Summer School di Helsinki kali ini memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan Pasi Sahlberg, dan mudah-mudahan ramai tokoh pendidikan lain. Saya mahu Khalifah Model School – Secondary bukan sekadar sekolah yang outstanding di kalangan sekolah agama, malah ia berkompetensi pada penanda aras antarabangsa. Apabila mendapat maklumat tentang perincian kursus, saya agak kehairanan kerana Pasi Sahlberg tiada dalam senarai tenaga pengajar atau tetamu yang diundang. Ahh, masakan sifu pendidikan tidak diajak bersama!


Saya tweet beliau di Twitter. Tiada jawapan.


Di dalam motivation letter yang saya tulis semasa memohon untuk menyertai kursus ini, saya ulas buku Pasi Sahlberg dan bagaimana ia membantu saya mendekatkan diri kepada pendidikan Finland, sebuah negara yang secara fizikalnya terlalu jauh. Permohonan saya pantas diterima, namun saya tidaklah mendapat apa-apa feedback berkenaan isi kandungan motivation letter yang saya tulis.


photo_2015-08-06_03-07-04

Prof Fren Dervin 


Kursus pendidikan di Finland kali ini dikendalikan oleh ketua program iaitu Prof Fren Dervin, Professor of Multicultural Education di University of Helsinki (Finland). Beliau juga adjunct professor pendidikan di Taylor’s University, Malaysia.


Hari ini saya akhirnya ditemukan dengan beliau. Seorang yang cergas di dalam kelas, kritikal terhadap banyak aspek yang popular tentang pendidikan di Finland, bukan peminat kepada PISA, dan apa yang mengejutkan saya adalah, ketidak setujuan beliau dengan Pasi Sahlberg. Turut bersama beliau adalah tokoh-tokoh akademik University of Helsinki seperti Prof Matti Meri, Prof Heidi Layne, Prof Sirkku Kupiainen, Dr. Mbu Waye dan tokoh senior, Prof Veijo Meisalo.


Menurut Prof Fren Dervin, pendidikan di Finland memang bagus. Namun ia tidaklah sebagus yang digambarkan oleh Pasi Sahlberg. Bagus yang menyebabkan orang lain rasa teruk. Bagus yang menyebabkan pendidikan di Finland tidak dinilai secara objektif. Saya mendengar dengan teliti penghujahan Prof Fren di dalam kelas. Saya masih boleh merasionalkan pendapat-pendapat Pasi Sahlberg yang dibesar-besarkan secara subjektif, misalnya tentang motif menjadi guru yang saya sentuh tadi. Demikian juga dakwaan Sahlberg bahawa keupayaan tinggi pada membaca di kalangan pelajar Finland adalah kerana ibu bapa mereka banyak membaca. Ia disanggah dengan penuh skeptis oleh Prof Fren, bahawa dakwaan itu kelakar!


finnishlessons


Petikan buku Finnish Lessons oleh Pasi Sahlberg



Tetapi saya terkejut apabila Prof Fren menjelaskan tentang pembohongan Pasi Sahlberg serta penyembunyian fakta yang amat bertentangan dengan etika dan amanah ilmu.


Sahlberg mengatakan bahawa tiada sekolah swasta di Finland, kerana mahu menekankan nilai equity di dalam pendidikan Finland. Hakikatnya, ada 80 sekolah swasta pada masa ini dan jumlahnya bertambah. Sahlberg mendakwa secara prinsipnya tiada homework di dalam pembelajaran di Finland. Dan ia salah sama sekali.


Semasa Sahlberg menyampaikan ceramahnya di Stanford Graduate School of Education di USA, rakan Pasi Sahlberg iaitu Prof Linda Darling-Hammond telah membawa seorang rakannya hadir ke ceramah tersebut. Jika selama ini ceramah Pasi Sahlberg mengundang soalan-soalan yang melankolik, asyik dengan ceritanya, kali ini rakan kepada Prof Linda Darling-Hammond melontarkan dua soalan yang amat kritikal iaitu:



Mengapa Pasi Sahlberg tidak mendedahkan fakta bahawa PISA score bagi negara Finland bagi tahun 2003-2009 menjunam jatuh?
Mengapa tidak diperkatakan kepada umum bahawa pendidikan awal kanak-kanak di Finland adalah yang termahal di dunia?

Tanpa penerangan ini, Pasi Sahlberg dianggap tidak menceritakan dengan lengkap realiti sebenar pendidikan Finland. Ia menjadi permulaan kepada pendedahan umum bahawa Pasi Sahlberg bersikap selektif, memilih hanya fakta-fakta yang enak, dan menyembunyikan sisi negatif pendidikan di Finland, malah tergamak mengemukakan fakta-fakta yang bersifat pembohongan. Prof Fren Dervin turut mengemukakan analisis beliau tentang Twitter Prof Pasi Sahlberg di dalam bahasa Finnish berbanding bahasa Inggeris. Ada bezanya!


Finland turut berdepan dengan pelbagai cabaran yang mesti difahami secara objektif. Misalnya kerajaan konservatif yang memerintah Finland sekarang mahu mengenakan yuran ke atas pelajar antarabangsa! Mereka sedang bekerja keras mengubah perlembagaan negara yang menghalang hal tersebut. Pelajar tempatan juga keresahan kerana mereka tahu, selepas pelajar antarabangsa, mereka pula akan mengambil giliran seterusnya.


Selain itu, berlaku pendedahan bagaimana di dalam sistem pendidikan Finland, aspek kerjaya telah dikenal pasti adanya elemen ketidak adilan apabila pelajar-pelajar Finland dari komuniti Somali (minoriti imigran terbesar di Finland), mengalami brainwash bahawa mereka lebih sesuai mengambil bidang kejururawatan dan tidak perubatan, walaupun layak!


photo_2015-08-06_03-29-39


Akhirnya menurut Fren Dervin, Pasi Sahlberg adalah sebahagian daripada propaganda pihak yang menjayakan projek branding kerajaan Finland di bawah seliaan pakar branding dunia iaitu Simon Anholt. Kerajaan Finland secara terancang mahukan Finland maju dengan tiga penjenamaan negara iaitu:



Nature
Design
Education

Karya-karya Pasi Sahlberg menyalahi disiplin akademik, dan lebih bersifat self promotion, mengaut keuntungan, dan mencetuskan banyak masalah kepada pendidikan di Finland di kaca mata antarabangsa. Dunia membazir wang kerana cuba meniru pendidikan Finland berdasarkan propaganda anti tesis pendidikan Finland iaitu Prof Pasi Sahlberg.


Sejujurnya, saya berasa amat lega mendengar pembentangan Prof Fren Dervin hari ini. Tanpa Pasi Sahlberg pun, pendidikan di Finland masih cemerlang dan banyak yang boleh dipelajari sepanjang Summer School ini. Tanpa Pasi Sahlberg, Alhamdulillah sekali lagi Allah rezekikan saya untuk diselamatkan daripada karenah golongan ‘populis’ yang gemar meromantikkan realiti hingga menyulitkan kita menggarap realiti. Apatah lagi jika mereka itu sendiri adalah ahli akademik bertaraf Harvard. Di dalam bidang sejarah, golongan ini ramai dan berpengaruh. Sungguh saya tidak sangka, di dalam dunia pendidikan pun, golongan ini wujud, dengan kewujudan yang berimpak tinggi di peringkat antarabangsa.


Teringat, bagaimana Prof Khaled el-Ruwayheb melepaskan saya daripada bayangan tidak benar tentang The Triumph of Fanaticism Kadizadeli Uthmaniyyah seperti dakwaan tokoh besar, Prof Halil Inalcik.


Prof Fren Dervin ketawa besar di dalam kelas tadi apabila saya nyatakan rasa lega saya apabila pendidikan di Finland menerima klarifikasi atas propaganda Pasi Sahlberg. Beliau menekankan, bahawa tujuan beliau mengupas hal ini secara kritikal dalam sesi pengenalan, adalah agar seluruh komuniti pendidikan dunia saling belajar antara satu sama lain, menghargai kelebihan masing-masing, tidak memuja sesuatu secara tidak benar, dan membantu Finland menjaga sistem pendidikannya daripada utopia yang mengelirukan. Bidang lain barangkali tidak mengapa. Tetapi bidang pendidikan mesti berpijak di bumi yang nyata.


Sistem PISA juga dikupas dengan panjang lebar oleh Prof Fren Dervin bahawa ia tidak dilakukan secara yang betul, terutamanya pada membandingkan aspek penguasaan bahasa yang berbeza-beza. Bahasa Finnish adalah bahasa straigh forward, sebut seperti eja, dan usaha menguasai bahasa Finnish, jauh lebih pantas berbanding penguasaan bahasa Swedish yang lebih complicated.


Insha-Allah esok, kami akan mula meneroka lebih banyak topik secara akademik, hands on, menjauhi khayalan-khayalan yang digemari oleh masyarakat ramai.


Bismillah.


HASRIZAL

Siltavuorenpenger, Helsinki

Finland

2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2015 17:22

August 4, 2015

Kembara Finland: Misi Membangunkan Pendidikan Islam

photo_2015-08-05_07-02-29


Sebulan akan datang, saya perlu fokus kepada pendidikan, dengan menghadiri Summer School di University of Helsinki, Finland. Kursus “Understanding Finnish Education: From Myths to Realities” ini merupakan salah satu daripada 20 kursus intensif yang dianjurkan oleh salah sebuah universiti terbaik dunia di negara yang pendidikannya adalah pendidikan yang terbaik, iaitu Universiti of Helsinki. Program Helsinki Summer School ini adalah Summer School kali ke-16 yang mereka anjurkan, kini dengan lebih 300 peserta, daripada 60 negara, dan saya merupakan salah seorang daripada 3 pelajar Malaysia yang menyertainya tahun ini.


Kursus Understanding Finnish Education yang saya sertai ini akan membicarakan tentang seluruh aspek sistem pendidikan di Finland, merangkumi kurikulum, pedagogi, sistem taksir pelajar, polisi kerajaan, keibubapaan, latihan profesional perguruan dan kami juga dikehendaki mengajar di sebuah sekolah sekitar Helsinki untuk satu sesi. Bolehlah dikatakan, dalam tempoh tiga minggu akan datang, segala-gala mengenai pendidikan di Finland,  akan dikupas di dalam kelas kami. Koordinator program adalah Prof Fred Derin, salah seorang tokoh pendidikan di Finland yang saya kenal dari jauh, selain Prof Pasi Sahlberg melalui bukunya, Finnish Lessons.


Harapan saya, dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperolehi, Khalifah Model School – Secondary kami akan dibangunkan secemerlang mungkin, sesuai dengan konsepnya sebagai Model School. Kami mahu modelkan sebuah pendidikan Islam, yang bukan sekadar model di kalangan institusi pendidikan Islam, tetapi juga berada pada kompetensi dan integriti antarabangsa agar ia boleh disantuni sama ada dari segi duniawinya, mahu pun ukhwrawi, dengan sebarang bahasa yang menghargai pendidikan berkualiti tinggi.


photo_2015-08-05_07-04-59


Di samping itu pada beberapa tahun akan datang, saya ingin memainkan peranan sebagai penyelia, kalau pun tidak konsultan, yang boleh menawarkan khidmat membantu sekolah-sekolah, terutamanya sekolah agama swasta, andai ada masalah seperti silibus, kualiti guru dan lain-lain, saya (dan pasukan) hadir untuk overhaul sekolah secara sistemik agar semua sekolah agama rakyat, sekolah agama swasta menjadi pusat pendidikan yang cemerlang. 



Jika impian ini terlaksana, saya berharap saya mampu menawarkan khidmat ini secara percuma, dengan syarat saya berjaya membangunkan Khalifah Model School (rendah dan menengah) sebagaimana yang dirancang. Kami masih bersekolah di bangunan kedai, kerana masih berusaha mendapatkan dana yang cukup untuk membina kawasan sekolah kampus tetap. Para jutawan dan badan korporat, sekolah kami baru sahaja mendapat peruntukan pelepasan cukai, dan sudilah kiranya menjadikan projek pembinaan sekolah kami sebagai amal jariah tuan dan badan korporat yang tuan terajui.


Doakan kami di dalam jihad pendidikan ini.


Segalanya bermula di sini, PENDIDIKAN.


Hasrizal

Pihlajamäki, Finland.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2015 08:49

July 20, 2015

“Atas Nama Tanzim…”

takhtitan



“Dan aku juga pernah melihat, adanya segelintir manusia, mereka mendakwa bahawa tanzim apabila ia berkata-kata, ia tidak berhajatkan kepada dalil syara’. Ini adalah satu bentuk pengurniaan sifat maksum kepada pihak yang tidak berhak memilikinya. Ia adalah satu bentuk pemerasan, dan membatalkan fungsi nas”



Demikian kritikan Sa’id Hawwa kepada gerakan Islam, di dalam bukunya Jundullāh Takhtītan.


Kritikan dalam fasal keenam, pada membicarakan tentang KETAATAN dan SYURA.


Bab berkenaan dimulakan dengan kenyataan beliau, betapa adanya golongan yang mengagumkan orang ramai, tetapi Sa’id Hawwa melihat apabila mereka melayan isteri, mereka melayan para isteri itu seolah-olah mereka itu hamba. Mereka melakukannya dengan dakwaan Islam menetapkan bahawa isteri mesti mentaati suami, justeru menjadi harus bagi para suami untuk memperhambakan isteri.


Demikian juga dengan golongan pemimpin gerakan Islam, atas nama gerakan Islam, melayan ahli-ahlinya seolah-olah mereka itu hamba sahaya, dengan alasan menjadi kewajipan bagi rakyat untuk mentaati amir al-mu’minin.


Contoh-contoh berkenaan menjelaskan kepada kita bagaimana peraturan-peraturan rumahtangga, organisasi dan kenegaraan, menjadi caca merba apabila ia dibawa keluar daripada konteks yang benar. Ada Syura yang tidak menekankan Taat. Ada Taat yang tidak mempedulikan Syura. Lalu peraturan-peraturan yang menjadi kemegahan Islam, sebagai agama yang sistematik, menjadi fitnah dan bencana kepada umat ini.


Sa’id Hawwa adalah seorang tokoh perjuangan Islam yang berjiwa halus.


Bacalah karya-karyanya yang banyak itu, sering sahaja kita larut dalam bahasanya. Ia menjadikan seolah-olah buku beliau ditulis khusus untuk kita. Pembaca terasa dirinya istimewa, diajak kepada perbicaraan secara khusus dengan pelawaan seorang murabbi kepada anak didik yang mencari ilmu dan kebenaran.


Namun halusnya jiwa Sa’id Hawwa, menjadikan beliau juga seorang yang teliti dalam pengamatannya terhadap gerakan Islam. Saat ramai yang lain berbicara tentang perkara-perkara besar, beliau melihat wujudnya budaya-budaya yang tidak sihat dalam norma amilin gerakan Islam, di celah-celah kehidupan mereka. Budaya di akar umbi itu adalah apa yang akan mewarnai amal selanjutnya. Masakan akar lalang menumbuhkan padi!


Jika bukunya Jundullāh Tsaqāfatan wa Akhlāqan diterima baik dan tersebar ramai, siri selanjutnya seperti Jundullāh Takhtītan dan Jundullāh Tanzīman, menimbulkan rasa tidak senang pelbagai pihak.


saidhawwa


Betapa liciknya hawa nafsu manusia, ia menjadikan manusia bijak memetik jargon-jargon suci yang lahir dari rahim firman Allah dan sabda Rasul-Nya, mengolahnya menjadi suatu konsep berwajah agama, tetapi tidak lebih daripada cengkaman manusia ke atas manusia yang lain, sama ada secara sengaja, mahu pun tidak sengaja.


Sebab itulah pentingnya, kita jinakkan amal dengan pendapat. Jangan dilaga-lagakan antara teori dan praktis. Jangan tertipu dengan amal. Jangan terpedaya dengan teori. Sebaliknya kuatkan paksi lillahi Ta’āla masing-masing untuk saling nasihat menasihatkan, tegur menegur, dan tidak menutup diri daripada dinasihati.


“Kau cakap sahaja yang pandai. Amalnya mana?” tempelak kita.


Ada benarnya.


Tetapi amal perlu juga dicakap-cakapkan. Jangan sampai terpedaya dengan keasyikan beramal hingga terlupa bermuhasabah diri dan organisasi. Masihkah kita di landasan kebenaran?


Teringat saya kepada sebuah kejadian yang berlaku tidak lama dahulu.


AMILIN MUDA ADALAH GAMBARAN MASA DEPAN KITA


Sebuah persatuan pelajar di sebuah IPT meminta syarikat saya untuk menjalankan sebuah program yang dirancang secara besar-besaran. Seperti biasa, oleh kerana objektifnya baik dan tarikhnya sesuai, kami bersetuju dan menyampaikan maklumat sebut harga. Jika tidak silap saya, RM2500 untuk program berkenaan.


Wakil persatuan pelajar berkenaan merayu agar harga tersebut dikurangkan kerana mereka tidak mampu. Kami tanya berapa yang mereka mampu, dan mereka menjawab RM1 ribu. Kami menerimanya dengan senang hati, kerana hakikatnya program itu jika percuma pun boleh dipertimbangkan kerana ia program mahasiswa mahasiswi dan kami faham kekangan kewangan yang biasa itu.


Tiba harinya program dijalankan dengan sebaik mungkin.


Semasa sesi penutup, saya menerima cenderamata daripada pihak penganjur dan mereka maklumkan kepada pasukan kami bahawa wang bayaran RM1K itu akan dimasukkan ke bank secara atas talian. Kami menerimanya, dan pulang ke Kuala Lumpur dengan rasa gembira kerana program berjalan lancar.


Keesokan harinya, wakil persatuan pelajar berkenaan memaklumkan pejabat saya bahawa mereka hanya boleh membayar RM750!


Apabila ditanya mengapa, mereka mengatakan bahawa RM250 telah mereka gunakan untuk membeli cenderamata penceramah.


Saya menepuk dahi kehairanan.


“Macam-macamlah perangai orang muda sekarang!” mulut saya mengomel di pejabat.


Namun apa yang paling mengejutkan, adalah apabila kami diminta mengeluarkan invois bernilai RM2500, iaitu nilai asal dalam sebut harga pertama yang kami sampaikan dahulu! Saya agak kabur pada mengingatkan sama ada jumlah RM2500 itu memang telah diluluskan oleh pihak atasan, atau pun mahasiswa mahasiswi ini mahu mendapatkan RM2500 daripada pihak atasan. Apa yang pasti, RM1500 telah / akan dimasukkan ke dalam tabung tanzim mereka!


Ia sungguh mengejutkan.


Dan apabila saya bangkitkan hal ini, rupa-rupanya ia menjadi amalan biasa di kampus-kampus yang lain juga. Peruntukan untuk program ‘umum’, atas nama perjuangan Islam, sebahagian daripadanya halal untuk diambil kerana perjuangan sebenar adalah perjuangan di dalam tanzim, bukan di dalam badan umum yang menjalankan program formal tersebut!


Pelbagai alasan diberikan oleh golongan yang lebih senior, untuk menjustifikasikan perbuatan ini.


Jika saya, yang merupakan rakan seperjuangan mereka pun boleh mereka tipu semudah itu, bagaimana pula dengan pihak lain?


Paling menyedihkan, mereka melakukannya dalam keadaan mereka ‘tidak tahu’ ia adalah perbuatan yang batil. Saya lebih lega jika mereka melakukannya dengan niat hendak menipu saya. Berbanding mereka melakukannya sebagai amalan biasa, dan menggunakan hujah-hujah tanzim dan haraki untuk menghalalkannya.


Saya sudah pernah menulis akan hal ini beberapa tahun yang lalu dan menamakannya sebagai jenayah ketayap putih! Bagaimana jika suatu hari ini memegang kuasa di peringkat yang lebih tinggi? Duit syarikat? Duit kerajaan? Duit rakyat? Jika mereka menyertai politik di masa hadapan, adakah duit kerajaan negeri, pusat, agensi-agensi kerajaan boleh dipakai untuk parti, atas alasan parti memperjuangkan kebenaran, fi sabilillah?


Semasa kejadian ini berlaku, saya langsung teringatkan nasihat Sa’id Hawwa ini.


Dan saya teringatkan ia kembali, apabila perbuatan menyebar-nyebar print screen, membuat poster mencaci dan mencela, dijustifikasikan sebagai dibolehkan, dengan alasan demi kepentingan tanzim!


18_104


“(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan” [al-Kahf 18: 104]

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Seandainya Engkau tidak ampunkan kami dan tidak rahmati kami, nescaya tergolonglah kami dalam kalangan golongan yang rugi.


HASRIZAL

43000 BSP


2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2015 09:45

July 18, 2015

Apa Rasanya Disalah Erti

misunderstood


Apa rasanya jika diri anda disalah tafsirkan?


Lain yang dicakap, lain pula yang difaham.


Memang mengecewakan. Apatah lagi jika suara kita untuk membetulkan tafsiran itu tidak diendahkan. Jika dalam kehidupan secara personal, kita akan meronta dan memberontak untuk membetulkan persepsi orang terhadap kita, maka kehidupan berkelompok akan menjadikan perasaan itu berganda.


Tidak ada pihak yang lebih disalah erti selain Islam dan Muslim.


Salah faham terhadap Islam dan Muslim amat berleluasa.


Ia bukan isu baru. Sudah sejak sekian lama. Sejak zaman gelap Eropah, hinggalah ke era Islamophobia hari ini.


Allah dan Muhammad disalah fahami…


Solat dan Zakat disalah erti…


Jihad dan hudud diputar belit pada definisi…


Khatan dan seksualiti peribadi pun menjadi kontroversi…


Malah janggut dan tudung pun menjadi mangsa persepsi…


BUKAN SOAL ILMU DAN MAKLUMAT SEMATA


Salah faham seperti ini bukan berpunca daripada kekurangan ilmu dan maklumat semata-mata, tetapi juga kerana pemikiran yang berbeza rangka. Cara fikir dan cara faham yang berlainan.


Demi menepatkan penjelasan tentang Islam terhadap cara faham yang berbeza-beza, maka pelbagai metodologi telah berkembang. Ada yang sejauh Ilmu Kalam, ada yang selurus Mazhab Dhahiri. Kesemuanya adalah reaksi kepada cabaran salah faham manusia yang pelbagai terhadap Islam.


Di dalam buku Islam Between East and West oleh ‘Alija ‘Ali Izetbegovic, beliau menyatakan bahawa penolakan terhadap Islam yang datang dari Barat, bukanlah semuanya berpunca daripada permusuhan. Sebahagiannya adalah kerana berbezanya cara berfikir. Apabila Islam membicarakan tentang kebersihan, kita ada kebersihan yang bersifat fizikal, dan kesucian yang lebih bersifat maknawi. Fungsi wudhu’ dalam cara berfikir Barat, umumnya terikat kepada kebersihan fizikal, namun tidak dapat melihat sisi tersirat berkaitan fungsi serta manfaat maknawi daripadanya.


Ia hanya contoh yang kecil.


Berapa banyak perkara yang ‘tepat’ di dalam Islam, diterangkan secara ‘tidak jelas’ disebabkan oleh kekaburan cara pandang dan cara fikir.


Semasa Inter Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) berlangsung, saya tekun meneliti bilah-bilah kata Karen Armstrong. Sebagai AJK, saya perlu bijak membahagikan masa dan tumpuan antara program dan tugasan-tugasan pentadbiran.


2 BOOK ARMSTRONG


Miss Karen Armstrong


Huraiannya tentang Islam, kepada Muslim dan non-Muslim yang hadir, sungguh teliti, tetapi tidak dijumudkan oleh istilah dan terminologi. Penuh bersahaja, sesekali lucu dan mengundang ketawa, tetapi hati dan akal bekerja keras menyatu faham terhadap huraiannya tentang Islam.


Tetapi…


“Why should a non-Muslim speaks about Islam??? I don’t understand“ soalan ini terngiang-ngiang kembali di fikiran saya.


Saya tidak mendengar sendiri. Kawan-kawan AJK yang bertugas di hotel bercerita. Mereka berasa malu apabila ada hadirin menempelak Karen Armstrong  dengan soalan sedemikian rupa. Ia adalah seminar yang dilangsungkan sehari sebulan IYEP bermula.


facilitators_iyep21


Tenaga di Balik Tabir IYEP

Berdiri dari kiri: Hasrizal, Maria Yan, Evelyn dan Afiq

Duduk dari kiri: Bo Bo dari Myanmar dan Anthony


“I’m doing this because you are not here!” jawab Karen Armstrong dengan tenang.


“Jika kamu boleh bercakap tentang Islam dalam bentuk yang boleh difahami oleh Kongres dan Senat Amerika Syarikat, oleh orang Barat, maka saya dan orang seperti John Esposito boleh berundur dan tidak lagi diperlukan” katanya lagi.


Kenyataan ini ditegaskan oleh Karen Armstrong di dalam temuramahnya bersama akhbar New Straits Times bertarikh 18 Jun 2007.


BERFIKIR SECARA ADIL


Pelajaran paling berharga yang saya perolehi hasil membaca karya-karya Karen Armstrong adalah kaedah berfikir tentang agama tanpa prejudis dan prasangka. Bersikap adil terhadap diri sendiri dan rakan, kawan dan lawan.


Buku pertama Karen Armstrong telah saya baca pada tahun 1999 iaitu semasa di Ireland. Ia adalah hadiah tunang saya sempena majlis pertunangan kami. The Battle for God, telah menyebabkan saya ‘tersangkut’ dengan Karen Armstrong kerana ia menjadi bacaan terawal saya, membaca tentang Islam dalam nukilan seorang non Muslim. Ekoran itu saya mula merangkak keluar daripada kebiasaan saya di dalam Pengajian Islam, kepada mula meninjau cara Eropah menganalisis politik dan agama.


Buku kedua Karen Armstrong yang saya baca adalah Muhammad: A Biography of the Prophet yang dihadiahkan oleh teman saya Anthony yang memeluk Islam kerana buku itu.


Karen Armstrong mempertahankan Islam tanpa meletakkan dirinya sebagai seorang Muslimah. Namun, prinsipnya yang menghormati kebenaran, itulah yang menjadi motif untuk beliau bertahan mempertahankan Islam.


Sikap inilah yang wajar diteladani oleh kita semua, dan saya tidak berasa malu untuk memperkatakannya.


ADIL TERHADAP KEBENARAN


Bukankah ini ajaran Allah yang Maha Adil itu?


Ketika Permaisuri Saba’ mendapat tahu akan kedatangan Sulaiman ‘alayhi al-Salām ke negerinya, beliau telah memberikan komen yang dirakamkan Allah di dalam al-Quran. Kenyataan itu menyebut:


27_34


“Permaisuri itu berkata: sesungguhnya raja-raja apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya, dan menjadikan golongan terhormat di negeri itu terhina. Dan demikianlah kebiasaannya yang raja-raja itu lakukan!” [al-Naml 27: 34]

Kenyataan Permaisuri Saba’ yang merupakan seorang penyembah matahari, telah diiktiraf oleh Allah SWT dengan firman-Nya yang melengkapkan ayat itu:


“dan demikian itulah yang dilakukan oleh mereka (kebanyakan raja-raja tersebut)” (An-Naml 27 : 34)


Penyebut kenyataan itu adalah Permaisuri Saba’ yang agamanya menyembah matahari. Namun apabila beliau bercakap benar, maka yang benar mesti dibenarkan. Lantas Allah SWT sendiri mengiyakannya.


Inilah keluhuran syariat Tuhan yang mengajar manusia berlaku adil. Adil terhadap kebenaran.


Apabila Karen Armstrong berhempas pulas berusaha menerangkan kepada masyarakat Barat tentang Islam yang dipelajarinya, adalah suatu kemalangan akal apabila orang Islam melatah-latah mengkritik dan mengharamkan bukunya.


MELIHAT DIRI SEBELUM ORANG LAIN


Sama ada kita sedar atau tidak, salah faham terhadap Islam dewasa ini semakin disulitkan oleh ketidak upayaan kita sendiri menerangkan Islam dengan betul. Kita bukan sahaja gagal memahamkan Islam kepada non Muslim, malah ramai umat Islam sendiri yang gagal memahami Islam yang ada di dalam buku dan ceramah yang berlambak di arus perdana. Itu belum diambil kira kefahaman jemaah kepada khutbah saban Jumaat.


Gejala Riddah semasa yang amat membimbangkan, banyak berpunca daripada kekeliruan dan salah faham mereka terhadap Islam dewasa ini. Riddah merupakah manifesta pemberontakan terhadap kefahaman dan penafsiran Islam,  bukannya solid sebagai permusuhan terhadap kebenaran Islam semata-mata.


Kegagalan kita untuk mengamalkan prinsip teras Seek First to Understand, Then to be Understood, atau dalam bahasa Islamnya “menyeru manusia ke jalan Allah dengan HIKMAH”, bukan sahaja menjadikan penerangan kita tentang Islam semakin tidak relevan, kita juga sewenang-wenangnya tidak berlaku adil terhadap orang lain.


Jika kita selama ini mendakwa bebas bahawa Orientalis bertanggungjawab terhadap penghuraian yang salah terhadap Islam, tidak pernahkah kita terfikir yang kita juga telah begitu banyak menyalah tafsirkan Barat?


Selaklah jutaan naskhah buku yang ada di perpustakaan, kita mungkin runsing dengan huraian tentang Islam oleh Orientalis, rimas dengan Snouck Hurgronje, Bernard Lewis, Arberry, Toynbee dan Gibbon. Tetapi jangan lupa untuk menghitung buku-buku dan makalah yang ditulis oleh Muslim, tentang Barat… secara melulu dan tidak tepat?


JANGAN PERSOALKAN OTORITI


Jangan mulakan soalan tentang otoriti Karen Armstrong dan sesiapa sahaja untuk bercakap tentang Islam, kelak nanti kita yang kepenatan untuk menjawab, siapakah yang memberikan otoriti kepada Muslim untuk mengkritik Barat… tambahan pula dengan hujah-hujah yang menyimpang dari kebenaran?


Jika selama ini kita mencela Barat sebagai membuang Tuhan, tidak pernahkah kita terfikir titik buta yang terselindung di sebaliknya? Lebih sulit jika ada yang bertanya, jika Barat yang ‘membuang Tuhan’ boleh bersatu dan maju, apa yang telah ‘hidup Bertuhan’ di kalangan Muslim hasilkan? Selesai masalah, atau makin banyak masalah?


Jangan main-main dengan soalan ini…


Jika selama ini kita menghafal huraian teks Islam 1980an tentang kecelaan Sekularisme, tidak pernahkah kita terfikir betapa hairannya Barat dengan kebencian kita terhadap Sekularisme? Sedangkan mereka mempertahankan Sekularisme untuk menjamin kebebasan umat Islam beragama di Eropah, Amerika dan Australasia hari ini? Tidak mungkinkah ada definisi kedua dan ketiga terhadap Sekularisme selain yang dihafal dari teks usrah yang telah berdekad diulang cetak?


Jika selama ini kita begitu fasih memetik tasbih mencela isme yang datang dari Barat, tidak terfikirkah kita dari mana datangnya isme itu dan bagaimanakah ia berfungsi membantu orang Eropah membetulkan cara mereka bertuhan lagi beragama? Apakah semua isme itu lawan Tuhan, atau bagaimana?


Semasa menghuraikan sekularisme, liberalisme, sosialisme, kapitalisme, kita bercakap seolah-olah semua ideologi tersebut tiada ilmunya, tiada sejarahnya, tiada falsafahnya, dan kita bebas menghuraikan ia mengikut kepala sendiri.


Siapa yang lebih penjenayah daripada siapa?


Kita atau Orientalis?


Sekurang-kurangnya Orientalis tidak memasukkan perencah agama dalam kupasan mereka. Tiada siapa yang pernah mengkuduskan definisi Orientalis sebagaimana kudusnya definisi yang agamawan kita tawarkan dalam tafsiran mereka tentang Barat.


Jika selama ini kita begitu cepat mengharamkan buku Karen Armstong semata-mata kerana beliau tidak layak untuk bercakap tentang Islam, tidak terfikirkah kita betapa ramainya orang Eropah yang akhirnya memilih Islam hasil sentuhan buku Karen Armstrong itu sendiri? Dan berapa banyak salah faham tentang Islam dicetuskan oleh Muslim sendiri di media perdana?


Siapa yang menaikkan Islam dan siapa yang menjatuhkannya?


Hidup ini penuh dengan blind spot… sudut-sudut yang kita sebagai manusia lemah ini gagal melihatnya. Kita perlu selalu mengadap cermin, dan menjadi cermin untuk saling lihat melihat, faham memahami.


Andaikata semua soalan ini kita pejamkan mata dari cuba memikirkannya, amat jauhlah untuk kita melaksanakan satu lagi tugas besar umat Islam hari ini.


Mengemukakan Tafsiran Islam terhadap Barat!


Jika Orientalis telah menterjemahkan Islam dengan kerangka mereka, kita pula bagaimana?


Bagaimanakah kita membimbing pembaca Muslim untuk membaca dan menafsir sejarah dan falsafah Eropah ? Atau semuanya mahu diselesaikan dengan bakul sampah simplistik itu?


Inilah cabaran yang menanti kita, untuk berusaha membangunkan disiplin Occidentalism. Bukan secara reaktif mahu bersilat dengan Orientalisme di gelanggang, tetapi untuk berlaku adil kepada saudara seiman, kawan dan lawan… kerana itulah intipati kita beragama… berlaku adil di hadapan Tuhan.


GOLDEN RULE


goldenrule


Kepada SEMUA, kata kunci bila soalan “Apa rasanya disalah erti” ditimbulkan ialah… amalkan Golden Rule ini:



“None of you truly believes until he loves for his brother what he loves for himself.”  Muhammad (c. C.E. 571 – 632) in a Hadith.
“Thou shalt not avenge, nor bear any grudge against the children of thy people, but thou shalt love thy neighbor as thyself: I am the LORD.” Torah Leviticus 19:18
“Do unto others as you would have them do unto you.”  Jesus (c. 5 B.C.E. – C.E. 32 ) in the Gospels, Matthew 7:12, Matthew 22:39, Luke 6:31, Luke 10:27
“When an alien lives with you in your land, do not mistreat him. The alien living with you must be treated as one of your native-born. Love him as yourself, for you were aliens in Egypt. I am the LORD your God.” Torah Leviticus 19:33-34
“This is the sum of duty; do naught unto others what you would not have them do unto you.” Mahabharata (5:15:17) (c. 500 B.C.E.)
“What you do not wish upon yourself, extend not to others.”  Confucius (ca. 551 – 479 B.C.E.)
“What is hateful to you, do not to your fellow man.” Hillel (ca. 50 B.C.E. – C.E. 10)

HASRIZAL

43000 BSP

P/S: Versi asal artikel ini bertarikh 5 Februari 2010, disiarkan semula dengan sedikit penambah baikan.


 

2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2015 21:42

July 15, 2015

Setia Dengan Kebenaran, Mengatasi Apa Jua Kepentingan


Bismillah.


Saya bukan ahli politik. Pembabitan saya di dalam PAS banyak berkisar di daerah perkaderan. Saya memilih untuk berada di ruang perkaderan kerana saya suka dengan anak muda. Bagi saya, untuk melihat perubahan, ia boleh dibuat di semua peringkat, tetapi mengusahakannya di peringkat anak muda adalah yang terbaik. Namun usaha ini kena sabar sebab hasilnya perlu menunggu mungkin sekitar 5 ke 10 tahun. Saya memilih untuk berada di perkaderan supaya kedudukan saya di dalam PAS tidak terlalu bawah sehingga pendapat saya tidak berharga, dan tidak naik ke atas sehingga saya perlu berpolitik. Saya tiada bakat politik, dan sentiasa mengelak daripada sampai ke daerah PAS sebagai parti politik. Namun itu tidak bermakna saya naif dengan politik.


Dalam urusan perkaderan, subjek paling berharga ialah (i) pemikiran (ii) karakter (iii) wacana bersifat futuristik. Sering terjadi berfikir di peringkat perkaderan, berbeza dengan berfikir di lapangan siasah dan kuasawan. Perkaderan melihat kesan jangka panjang dan pandangannya bersifat mikro, manakala mereka yang berada di lapangan siasah kuat terikat dengan kesan serta merta dan pandangannya bersifat makro.

Ketika memegang jawatan kecil di dalam sebuah unit di bawah DPPP bermula daripada sekitar tahun 2005, agenda tim kami ketika itu adalah menyuntik perubahan kepada pemikiran dan pendekatan dakwah PAS, khususnya di peringkat kampus. Dari segi pemikiran, agenda ketika itu ialah menautkan kembali Sunnatullah dan Syariatullah. Ia akan menyentuh tentang sinergi antara sains dan agama, ‘profesional’ dan agamawan, kepentingan asbab dan ketinggian tawakkal dan doa, yang menjadikan siapa sahaja di dalam PAS sama penting kerana saling lengkap melengkapkan. Wacana ini bukanlah wacana memandai-mandai kami. Sebaliknya ia adalah mandat yang digerakkan di semua peringkat perkaderan. Kisah pembukaan Constantinople 1453 dikupas untuk demo bagaimana perlunya sinergi antara Sunnatullah dan Syariatullah. Zaman itu Turki, al-Fatih, Dawlah Uthmaniyyah masih asing dalam masyarakat kita.


Selain itu, wacana “Apa Erti Saya Menganut Islam” versi ‘segar’ digerakkan di seluruh negara, malah di luar negara juga. Hasratnya, adalah supaya aktivis PAS mempunyai minda yang dinamik, boleh melakukan integrasi disiplin ilmu tanpa sebarang sumbatan kognitif disebabkan oleh ‘sekularisme versi ambil sains tolak agama’, mahu pun ‘sekularisme versi ambil agama tolak sains’.


Pada masa itu juga, saya dan rakan-rakan tekankan bahawa gerakan Islam mempunyai dua agenda. Agenda pertamanya adalah untuk bertindak balas terhadap kehilangan kuasa politik pasca kejatuhan Dawlah Uthmaniyyah 1924. Manakala agenda keduanya pula adalah untuk bertindak belas terhadap Barat. Mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti wacana saya di blog saifulislam.com ketika itu tentu tidak lupa, bagaimana banyaknya saya tekankan, pentingnya bagi amilin gerakan Islam belajar tentang sejarah Eropah Moden, agar mereka menguasai latar belakang kepada ideologi dan sistem semasa, yang akar umbinya adalah di dalam sejarah era tersebut.


Tetapi pada masa itu, saya dan tim di dalam unit berkenaan perlu banyak bersabar sebab mahasiswa mahasiswi pro PAS ramai yang lemah dari segi pembacaan, malas dan banyak beralasan, tidak kurang yang lemah akademik dan karenah-karenah itu banyak yang mengesahkan dakwaan Fathi Aris Omar dalam wacana Di Bawah Mendung Usrah, bahawa usrah adalah agenda pembodohan. Memang ia berlaku, sebab yang datang usrah malas baca buku, malas berfikir, namun berkeinginan tinggi untuk bercakap benda-benda besar. Semua itu tidak kami nafikan, tetapi kami mengambilnya sebagai tugas untuk membetulkan keadaan. Di kala itu sudah ada anak muda bersemangat keras, nekad meninggalkan tanzim kerana kecewa dengan budaya anti tesis di dalam lingkungan usrah PAS. Sebahagian membawa diri, sebahagian lagi tegar mengkritik kelompok mahasiswa mahasiswi kita ini.


Agenda memperbaiki PAS dan membawa gelombang pemikiran baru di kalangan anak muda berjalan lancar. Kemuncaknya ialah apabila Ustaz Nasruddin Tantawi dan Ustaz Nik Abduh menjemput saya dan beberapa rakan untuk hadir ke sebuah mesyuarat dengan agenda menyemak Tarbiah di Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, tetapi pada masa yang sama, mengusulkan pembentukan Ulama Pelapis PAS! Jika tidak silap saya, mesyuarat itu adalah pada 15 Disember 2007. Wah, ini sudah luar biasa. Saya hanya berharap agar anak muda yang berubah. Tetapi jika ulama pun mahu berubah, ia seperti pucuk dicita ulam mendatang.


Tetapi perubahannya terjadi bermula pada sekitar tahun 2008. Kepulangan ustaz-ustaz muda dari luar negara, membawa idea yang berbeza. Saya mengambil beban kesalahan kerana pada sekitar tahun itu saya amat sibuk dengan kerja, dan dengan rela hati mengundurkan dari daripada unit yang didiami selama ini. Saya lama memegang potfolio Unit berkaitan pelajar luar negara. Ketika itu, kita merasakan bahawa PAS memerlukan elemen latihan dan kepimpinan dalam silibus serta modus operandi tarbiahnya. Lalu ditubuhkan Unit Latihan dan Kepimpinan. Mesyuarat memutuskan saya beralih tugas daripada unit tadi, ke unit Latihan dan Kepimpinan ini. Di kala itu tiada sentimen anti ‘motivasi’ malah di peringkat Pemuda telah ada keakuran bahawa sentuhan motivasi itu perlu. Malah keberadaan saya di dalam khalayak umum dengan identiti motivator, dipantau (jika boleh disebut sebagai dipantau) oleh Ketua Pemuda ketika itu. Beliau bertanya khabar dari semasa ke semasa, saya pula berkongsi dengan beliau ‘bacaan saya’ terhadap realiti masyarakat melalui program motivasi yang saya kendalikan.


Jauh sekali untuk kerja-kerja motivasi ketika itu dipersepsikan sebagai bisnes mencari untung, apatah lagi menjadi antonim kepada perkaderan jemaah.


Unit Latihan dan Pepimpinan yang baru itu, menggerakkannya sukar. Oleh kerana jadual kerja saya selalunya penuh pada kadar berbulan-bulan mendatang, dengan program di hujung minggu, saya mengalami kesulitan untuk mengadakan mesyuarat. Supaya kerja berjalan, saya tawarkan diri untuk ‘turun’ menjadi AJK, manakala AJK ‘naik’ menggantikan saya sebagai ketua unit. Ia diluluskan mesyuarat. Harapannya satu, agar ketua unit baru boleh bergerak dan tidak terganggu oleh kerja saya yang tidak tentu masa. Saya pula terus menyumbang dalam kapasiti AJK. Namun, ketua unit yang baru itu juga berdepan dengan pelbagai kesulitan. Saya mendapat notis mesyuarat last minute dan ini sering menyebabkan saya tidak dapat hadir, berulang-ulang kali.


Akhirnya saya ‘gugur’.


Saya berundur.


Melalui pemilihan dan lantikan pasca muktamar setiap tahun, laluan diberikan kepada generasi adik-adik termasuk ustaz-ustaz muda tanpa sebarang prasangka.


Akan tetapi sedikit demi sedikit, saya semakin tidak berkenan dengan wacana yang dibawa. Apabila saya mengupas tentang konsep Kepimpinan Ulama,  saya khuatir kerana idea tersebut dibalas dengan sanggahan yang membimbangkan. Tidak mengapa jika pandangan saya tidak ditanggap dengan tepat lalu saya dituduh cuba menyamakan ulama Islam dengan paderi gereja zaman gelap Eropah. Tetapi yang lebih saya khuatirkan ialah apabila logik yang dibawa untuk mempertahankan Kepimpinan Ulama ketika itu ialah, “jika ulama memimpin, ulama merujuk kepada Allah dan Rasul, dan kepimpinannya Allah bantu. Tetapi jika profesional memimpin, mereka hanya menggunakan logik akal. Justeru kamu mahu kepimpinan yang bagaimana?”


Soalan ini sangat berbahaya.


Sukar mendapat jawapan yang betul bagi soalan yang salah.


Saya bertengkar dengan rakan-rakan profesional di dalam alumni kami wkerana mereka ‘buy’ idea ini. Saya dukacita sebab graduan-graduan UK yang pro PAS, mereka ini di kaca mata negara adalah aset. Tetapi apabila mereka berada di dalam PAS, mereka berada di kedudukan yang mensesiakan kepintaran dan profesionalisme masing. Pada masa itu, di dalam pertengkaran saya dengan golongan profesional ini, saya yang sedang marah menyebut, “jika dahulu, ana rasa masalah dalam PAS ini adalah ustaz-ustaz yang jumud. Tetapi sekarang ini ana tambah di hujungnya bahawa masalah dalam PAS ialah ustaz-ustaz jumud yang dilindungi oleh para profesional yang bengap!” Kenyataan saya ini dibalas oleh S/U MSU bahawa bai’ah saya terbatal sebab saya menyanggah keputusan syura. Saya berkeras bahawa bai’ah saya bukan dengan ‘ustaz’, tetapi dengan Allah dan Rasul.


Saya tidak berbangga dengan perbuatan itu. Ia kasar dan ia terkeluar semasa saya sedang marah. Bercakap semasa marah sering mengundang penyesalan.


Saya mewacanakan idea Kepimpinan Ulama bukan kerana saya ada apa-apa kepentingan tentang siapa yang nak memimpin PAS. Saya tiada masalah dengan siapa nak jadi pemimpin. Sejak awal pembabitan saya dengan PAS, saya sentiasa jauh daripada hal ehwal kepimpinan di atas, apatah lagi untuk berpihak kepada mana-mana kem, di zaman yang ada kem-kem tertentu. Tetapi saya menyanggah idea Kepimpinan Ulama ini sebab ia merosakkan kognitif anak muda melalui wacana yang pelik. Semenjak 2008 ke 2010, saya sudah sangat khuatir kerana di peringkat perkaderan, yang dominan adalah pembulian pemikiran, dengan jargon-jargon wala, bai’ah, tsiqah tidak tsiqah.


Apabila saya hadir ke kampus-kampus untuk berceramah tentang cinta, selepas habis program, ada ahli Jemaah Islam Kampus meminta bertemu dengan saya di tengah malam untuk meluahkan rasa bimbang dan sedih mereka tentang pembulian fikrah, label melabel, dan penyenaraian hitam ustaz yang berfikrah seperti saya. Saya hanya mengangguk, memberi semangat, namun menyalahkan mahasiswa itu sendiri. Sebabnya, di zaman saya, kalau ada ustaz ceramah merepek, kami akan tanya, bantah, tegur, dan sesekali melawan. Tetapi kalian hanya mengeluh di belakang. Maka saya hulurkan rasa faham, tetapi saya tidak simpati. Jika kalian nampak masalah ini, kalian wajib menyuarakannya. Sok sek di belakang, ia tidak ke mana.


Bagi sahabat-sahabat yang akrab, mereka tahu yang saya sudah pun hilang kepercayaan tentang keupayaan PAS untuk berubah, seawal 2008. Biar pun ketika itu politik PAS berada di tahap yang amat memberangsangkan, namun di peringkat perkaderan ia penuh kebimbangan. Desakan demi desakan yang diajukan kepada pimpinan Pusat bahawa mahasiswa mahasiswi pro PAS ada banyak masalah tidak diendahkan mereka. Apa yang penting bagi pimpinan ketika itu ialah meminta laporan setakat mana mahasiswa pro PAS atau tidak. Apabila masalah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi ini dibiarkan, saya menjangkakan masa depan PAS akan ada banyak masalah.


Menuju usia 40, saya tidak mahu hidup saya dibelenggu konflik dan masalah. Biar pun sudah tiada apa-apa jawatan di dalam PAS, saya tidaklah pula mengisi hari dengan aktiviti jahiliah atau tak tahu nak buat apa. Malah kehidupan selepas tiada jawatan di dalam PAS adalah lebih sibuk. Sesekali ada kawan menjenguk ke rumah, bertanya khabar. Semuanya saya raikan. Namun di hujung pertemuan, mereka akur bahawa saya sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan PAS untuk berubah. Politik itu seperti buih. Ia boleh ditiup menjadi besar dan cantik. Tetapi perkaderan itu ‘real’. Jika perkaderan sudah dimakan anai-anai, rumah yang teguh menunggu rebah.


Kemuncaknya, apabila Muktamar PAS 2014 berlangsung di Johor, saya sudah membulatkan hati. Sepanjang muktamar, dunia menyaksikan sebuah parti Islam bersorak sorai, boo, label melabel, dari atas hingga ke bawah, dan doa dipakai untuk menyindir sesama ahli. PAS sudah tidak lagi komited dengan identiti Islam. Pada tahun itu, saya koyak sijil keahlian PAS seumur hidup saya dan saya hanya simpan cebisan bertulis Bismillah, ayat 7 Surah Muhammad dan tandatangan al-Marhum Ustaz Fadzil Noor kerana itu sahaja yang bagi saya masih berharga untuk disimpan, dan dikenang dalam kesedihan. Sijil itu dikoyak bukan dalam keadaan saya emosional. Saya sedar dan peka dengan tindakan. Mengoyak sijil itu adalah untuk memuktamadkan keputusan saya meninggalkan PAS. Saya tidak merahsiakannya. Teman-teman yang berbual, tahu akan hal itu. Dan Inshaallah mereka faham, walaupun tidak semestinya bersetuju.


Saya menyokong penubuhan Gerakan Harapan Baru, bukan kerana saya mahu menjadi aktivisnya. Saya hanya berharap agar dengan adanya parti baru itu, pimpinan-pimpinan yang tersingkir itu tidak membuang masa bertikam lidah, duduk dalam dilema, dan mensesiakan ilmu, pengalaman dan bakat kepimpinan mereka. Mereka tersingkir bukan atas kapasiti individu. Sebaliknya mereka tersingkir hasil strategi terancang, bukan sekadar di peringkat mesyuarat bahagian memilih perwakilan, tetapi lama sebelumnya melalui aktiviti melabel, memburuk-burukkan, menyenarai hitam, di luar bayangan saya ia boleh berlaku kepada sebuah gerakan Islam. Situasi ini amat berbeza jika mahu dibandingkan dengan konflik gerakan Islam di Turki tahun 1998. Di Malaysia tiada Erbakan dan tiada Erdoğan. Sebaliknya ia adalah pertembungan cara berfikir, pendekatan dan budaya; yang tidak mudah untuk dijernihkan, melainkan ada tokoh yang sangat berwibawa untuk menyatukan dua aliran yang amat bertentangan ini. Dan PAS tiada tokoh itu pada masa ini.


Mengundurkan diri daripada PAS terjadi dalam keadaan yang sangat perit dan melukakan hati sendiri. Biar pun netizens secara semberono melabel jebon, ular daun, penjilat DAP, dan terkini Dr. Zuhdi menuduh golongan ‘progresif’ ini mahu membawa Islam Amerika yang direstui oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP, semua itu jika ditimbang dengan neraca dunia, ia bagai tanah yang menambus jasad di dalam kubur. Sempit dada dibuat.Tetapi dengan mengembalikan semuanya kepada Allah dan Rasul SAW, iman kepada Akhirat dan pautan kepada rahmat-Nya, saya yakin, Gerakan Harapan Baru itu biar pun akan bermula dengan seribu satu keperitan, Allah tidak akan mensesiakan keikhlasan hati untuk membantu agama-Nya.


Sudah lama suara Islam berhenti daripada bercakap tentang masalah masyarakat Malaysia, susah payah mereka, dan sibuk dengan politik rumahtangga. Muktamad pun sibuk dengan masalah dalaman. GST, perihal ekonomi semasa tidak menjadi agenda yang beroleh perhatian perwakilan.


Justeru, bagi yang kekal dalam PAS teruskan beramal, kerana kelompok bermasalah sudah tersingkir. Tiada lagi kelompok yang dianggap mengganggu dahulu? Ini adalah era PAS paling ideal dan sepatutnya inilah era PAS paling cemerlang bekerja. Fokuslah kepada kerja, untuk meraih keyakinan ahli dan paling utama rakyat Malaysia kepada barisan kepimpinan baru.


Ada pun bagi yang memilih untuk bersama GHB, berhati-hati mengatur langkah. Fokus kepada kerja, jauhi perangkap sengketa. Akhlaq tiada kompromi.



وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. [al-Tawbah 9: 105]

Dalam hening malam-malam akhir Ramadan ini, semoga Allah ampunkan kekurangan saya, membantu saya untuk melihat yang benar itu sebagai benar, dan direzekikan untuk menurutinya. Tiada yang kupinta, melainkan kaki kekal melangkah di sirat mustaqim, menagih husn al-khatimah, diredhai Allah dan didamaikan di Syurga bersama Anbiya’, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin.


Hasrizal, BSP, 28 Ramadan 1436H

#setiadengankebenaran


 

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2015 19:05

June 24, 2015

Implikasi Menjahilkan Diri Terhadap Musuh

understand


Diskusi bersama Profesor Abdullah al-Ahsan di dalam kelas kami, hampir sedekad lalu, masih berbekas di dalam diri.


Di dalam pertemuan kami, kelas berdiskusi tentang persoalan pandangan Barat terhadap Islam di Zaman Pertengahan. Tentunya, teks yang menjadi asas diskusi kami adalah rakaman kuliah yang disampaikan oleh R.W. Southern di Universiti Harvard pada April 1961. Ia dibukukan di bawah tajuk, Western Views of Islam in the Middle Ages (ISBN 0-674-95055-0).


Di dalam ucapannya, Southern telah membahagikan era perkembangan persepsi Barat terhadap Islam kepada tiga era iaitu apa yang dinamakan sebagai The Age of Ignorance, The Century of Reason and Hope dan The Moment of Vision.


Di era kejahilan Eropah terhadap agama kita, mereka sangat jahil dan bebal dalam menanggapi Islam. Mereka tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mereka memahami Islam. Contoh terdekat yang boleh mereka gunakan adalah dengan membandingkan Islam dengan tradisi Yahudi. Agama Yahudi mempunyai pelbagai prinsip yang dilihat sama dengan Islam, seperti menegaskan keesaan Tuhan dan menolak Trinity.


Akan tetapi, masalah Eropah ketika itu bukanlah masalah maklumat. Ia lebih kepada masalah sikap dan pemikiran. Mereka sudah lama berjiran dan berhubung dengan umat Islam, tetapi persepsi mereka yang menjadi tembok penghalang.


Selama ini, Eropah memperlekehkan Yahudi yang miskin, melarat, dan dibenci, sebagaimana yang digambarkan oleh William Shakespear di dalam karyanya The Merchant of Venice. Sedangkan di era sekitar kurun ke 10M, Islam begitu gah dan hebat, tidak seperti imej Yahudi. Kelekehan Yahudi membolehkan Eropah untuk mengabaikan sahaja apa-apa idea mereka, tetapi kredibiliti Islam membuatkan Eropah gelisah kerana tidak boleh memejamkan mata terhadap Islam. Maka cubaan untuk memahami Islam dari imej Yahudi, agak membingungkan. Eropah keliru.


“Seperti seorang banduan yang berada di dalam penjara, kemudian mendengar khabar-khabar angin tentang peristiwa yang berlaku di luar, lantas banduan itu cuba melakar peristiwa yang didengarinya itu, dengan bantuan idea yang telah sedia ada di dalam fikirannya!”, begitulah analogi R.W. Southern untuk membayangkan keadaan penulis Barat tentang Islam sebelum tahun 1100.


Mereka langsung tidak tahu tentang Islam sebagai sebuah agama. Pada mereka, Islam dan Muslim hanyalah sekumpulan musuh yang mengancam dunia Kristian dari segenap sudut. Pada mereka, tidak perlu dibezakan di antara Tauhid Islam dengan penyembahan berhala primitif kaum Northmen, Slavs dan Magyars. Semuanya diangkut sebakul, semuanya adalah musuh agama Kristian.


“Mereka begitu bukan kerana kurang maklumat atau tidak berpeluang mengenal Islam secara dekat” kata Prof Al-Ahsan.


“Sikap, memandang remeh dan menjahilkan diri terhadap musuh!” saya menambah.


“Dan dengan kejahilan mereka terhadap musuh, mereka tidak berupaya untuk mengalahkan musuh!” kata Adam.


Benar, inilah kesimpulan kami kepada bahagian pertama kuliah R.W. Southern tersebut.


“Apa yang kita boleh belajar dari hal ini?” tanya Prof Abdullah al-Ahsan.


Kami semua tersenyum.


Kelas kami tidak ramai.


Saya ketika itumemberanikan diri untuk menjawab.


THE AGE OF MUSLIM IGNORANCE


Pada saya, apa yang telah membelenggu Eropah di era itu, hal yang sama jugalah sedang membelenggu pemikiran umat Islam hari ini. Saya bimbang dengan pemikiran simplistik umat Islam di Malaysia hari ini. Jika Tok Wan di kampung, tentulah saya tidak bimbang. Tetapi yang menjadi kerisauan saya adalah tokoh-tokoh masyarakat, ahli politik dan Ulama sendiri.


Di era penghormatan orang ramai terhadap Ulama semakin terhakis, ramai Ulama yang dengan sendiri menambah sebab untuk mereka tidak dihormati.


“Asolah” (ketulenan) menjadi perkataan yang mempengaruhi pemikiran kita dengan kerangka hitam putih (polarized thinking) hingga merencatkan interaksi. Timbul kecenderungan fikrah bahawa membaca karya Barat ertinya terpengaruh dengan Barat, menjadi apologetik, sudah meninggalkan rujukan sebenar kita umat Islam, dan andaian-andaian lain yang tidak sihat.


Suatu ketika, kita beranggapan bahawa semua yang menentang Islam adalah Orientalis. Semua Orientalis adalah musuh Islam. Walaupun mungkin kita bahagikan Orientalis kepada Orientalis klasik, moden, dan pasca moden, namun kita beranggapan bahawa semua kelompok ini bekerja untuk menjayakan agenda penjajahan dan merancang untuk membinasakan Islam. Lantas kita gagal bersikap adil, dan seterusnya terhijab dari mengambil manfaat menerusi kajian Orientalis yang bermaksud baik seperti Arnold Toynbee.


Kita juga marah dengan Orientalis kerana menyalah tafsirkan Islam, bagaimana pula dengan jenayah kita menyalah tafsirkan Eropah? Apakah kita sudah menghasilkan terjemahan Islam terhadap Western Civilization? Orientalis gigih bekerja, dan kita hanya gigih menangkis, semata-mata. Kita marah Barat menyalah tafsirkan kita. Tetapi kita tidak sedar kita bukan sekadar menyalah tafsirkan Barat, malah melakukan keaiban itu dengan tanggapan ia sebagai sebuah kesarjanaan yang bernilai “asolah”.


Saya terkejut apabila mendapati ada di kalangan rakan saya yang berpeluang belajar di Eropah tetapi menumpukan pembacaan tentang Orientalis kepada hasil karya orang Islam terhadap subjek tersebut. Tentunya pembacaan sedemikian rupa akan diwarnai oleh bahasa skeptikal, prejudis dan sinis yang merugikan. Sedangkan saya dan rakan-rakan di Malaysia, kami bertungkus lumus membaca tentang Orientalis berasaskan karya Orientalis sendiri, agar kami tidak bias, dan boleh membuat kesimpulan yang adil tentang mereka.


Sebuah peraturan yang sangat asas untuk MEMAHAMI.


Kami menempuh kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan tentang Orientalis, dan jika ada terjual di Kinokuniya atau Borders, harganya menyeksa diri. Sedangkan mereka yang berada di Eropah tidak mengambil peluang daripada keberadaan mereka di sana, untuk mendalami isu ini dari sumbernya yang asli. Akibatnya, mengaji di Barat tetapi masih selesa berminda daerah bernuansa Bangi (sekadar menyebut satu nama).


PUKUL RATA


iiit


Saya masih ingat di akhir 80an dan awal 90an, kita juga pernah menggunakan pukat tunda untuk melabel musuh Islam. Pada kita, asalkan ada sahaja versi Islam yang ‘anti tradisional’ dan sedikit berbau ‘liberal’, kita tuduh ia sebagai agenda IIIT (masyhur disebut sebagai Tripple I-T) dan Islam ala Amerika. Versi Islam yang direstui Amerika!


Hari ini, kritikan terhadap tradisi Islam semakin tajam, dan kita sekali lagi menggunakan pendekatan yang sempit, melabelkan semua anti Islam sebagai Islam Liberal. Kita tidak halusi pengertian Islam, dan kita tidak teliti dalam pengungkapan Liberal. Lagi kuat kita bersuara, lagi terserlah ketidak fahaman kita terhadap benda yang kita suarakan.


Lebih memilukan, kita tidak tahu yang kita sebenarnya tidak tahu.


“Sudah 3 tahun saya berusaha memujuk UIA agar subjek Introduction to the Western Civilization, diangkat menjadi subjek wajib universiti. Paling kurang, ia menjadi subjek wajib pelajar IRK” kata Prof Abdullah al-Ahsan.


Saya akui, selepas mendalami Sejarah Eropah Moden, berkenalan dengan karya-karya George Sarton, Adam Smith, John Stuart Mill dan ulasan-ulasan Prof al-Ahsan terhadap buku silibus kami, Western Civilization: A Brief History oleh Marvin Perry, dan sebuah lagi buku dengan tajuk yang sama oleh Jackson J. Spielvogel, persepsi saya banyak berubah.


Saya rasa lebih terbantu kerana melihat betapa asal usul idea seperti Liberalisma, Nasionalisma, malah Sosialisma, terbit daripada kerangka pemikiran berteraskan agama! Eropah yang dibelenggu pelbagai krisis hablun minaLlah dan hablun minannaas, cuba menterjemahkan apa yang mereka faham tentang agama, melalui idea-idea liberal, konservatif, nasionalis dan sosialis.


Fahaman liberal mahu memulihkan identiti setiap insan sebagai individu, memberikan hak kepada mereka untuk berhubung dengan Tuhan tanpa melalui pihak ketiga, serta mahu mendefinisikan hak serta peranan mereka sebagai individu. Konservatif pula mahu memfokuskan hakikat insan sebagai manusia yang tabiatnya adalah berjemaah, bersosial dan berkelompok. Kedua-duanya mahu memperjuangkan aspek yang ada justifikasinya.


LIBERALISMA TAJDID DAN ‘ISLAM LIBERAL’


Liberalisma muncul di Eropah dalam kerangka agama. Idea tersebut terus berkembang dan mengalami perkembangan dari semasa ke semasa.


Di kalangan masyarakat Islam, golongan Tajdid mahu memulihkan kedudukan individu agar tidak terkongkong oleh taqlid yang bersandarkan kepada institusi agama. Tajdid mahu setiap individu berhak untuk memahami dalil dan sandaran hukum agar dapat beragama tanpa bergantung kepada pihak ketiga. Di sini, prinsip Liberalisma terguna pakai. Malah gerakan Tajdid hari ini, sering pula diseru kepada mencontohi gerakan Liberalisasi Martin Luther yang membawa reformasi agama terhadap institusi Katholik, sebagaimana yang kerap dicontohkan oleh Muslim Professional Forum (MPF).


Di satu sudut yang lain, golongan yang sering dilabelkan sebagai ‘Islam Liberal’ oleh seterunya, turut menentang ‘tradisi agama’. Mereka membangkitkan soal kod moral kerana mahu peranan individu lebih terserlah di dalam otoriti beragama. Di atas titik ini, prinsip Liberalisma turut diguna pakai, walaupun dengan versi Liberalisma yang telah berbeza.


Kedua-dua golongan ini mensasarkan kritikan kepada arah yang sama iaitu golongan konservatif agama.


Sedangkan kedua-dua kumpulan ini mempunyai motif yang berbeza. Golongan Tajdid mahu mengukuhkan pegangan individu terhadap agama, sedangkan golongan ‘Islam Liberal’ pula mahu melonggarkan ikatan agama.


Namun, jika golongan Tajdid tidak berhati-hati, mereka akan pergi senada dengan golongan ‘Islam Liberal’.


Kedua-duanya lantang mengkritik konservatif agama, yang ada di dalam institusi kerajaan, juga parti pembangkang Islam. Golongan Tajdid dan ‘Islam Liberal’ bertemu di pentas LIBERALISMA. Pertemuan itu mudah berlaku kerana idea Liberalisma terbit dari usul agama. Liberalisma Tajdid terbit dari Usul Islam, dan Liberalisma aliran ‘Islam Liberal’ pula terbit dari Usul Christendom. Jika konservatif yang ditentang adalah konservatif golongan agama, maka Tajdid dan ‘Islam Liberal’ boleh bangkit senada.


Mungkin inilah yang perlu diperhalusi oleh golongan ‘pendukung Sunnah’ ketika menerima siri sokongan dari pelbagai pihak atas kelantangannya mengkritik golongan konservatif agama. Institusi agama dikritik, segelintir dari parti pembangkang Islam turut terheret sama, apabila yang bertembung sebenarnya adalah pemikiran Liberalisma dengan Konservatisma.


PENJENAYAH DI SEBALIK DARWINISMA


darwinists kredit foto: profgaspardesouza.blogspot.com


Saya sering melihat Teori Evolusi sebagai suatu bencana, khususnya apabila ia diterjemahkan dalam bentuk ‘hak bangsa hebat seperti Barat untuk menjajah bangsa yang lebih lemah’. Saya memperolehi banyak sumber untuk mengutuk Charles Darwin (1809-1882) yang telah mengemukakan teori ‘syaitan’ ini. Karangan-karangan yang terbit dalam kerangka ‘bahasa konspirasi’ seperti tulisan Harun Yahya, menambah lagi kebencian saya terhadap Darwinisma.


Tetapi selepas membaca sendiri susur galur perkembangan Darwinisma dari sumber Eropah, saya dapat melihat dengan jelas, benih tumbuhnya idea ini. Bermula dari kajian datuk kepada Charles Darwin iaitu Erasmus Darwin yang telah menulis pada tahun 1794, Zoonomia (The Law of Organic Life), membawa kepada kajian Charles Darwin di dalam Origin of Species (1859) dan Descent of Man (1871), saya dapat melihat bahawa penjenayah terbesarnya adalah golongan yang datang kemudian. Bukannya Erasmus dan Charles itu sendiri. Golongan Social Darwinists seperti Herbert Spencer (1820 – 1903) adalah golongan yang bertanggungjawab memindahkan teori saintifik Charles Darwin kepada aspek sosial dan ekonomi, yang menjadi teras kepada Kolonialisma.


Malah Ibn Miskawayh (932–1030) telah lebih awal memperkatakan tentang idea evolusi ini. Mungkinkah Darwin menelaah naskhah al-Fawz al-Asghar  karya tokoh ini?


Berlaku adil kepada kawan dan lawan, adalah prinsip tinggi di dalam Islam.


Jika kita boleh akur bahawa idea-idea yang muncul dari Barat itu banyak yang diaspirasikan oleh agama, maka tidaklah sukar untuk kita melihat faedah idea ini kepada pemulihan Islam. Bukan memulihkan Islam dengan sentuhan Barat, tetapi meminjam prinsip agama Islam yang secara tidak langsung diperhaluskan dalam bentuk polisi oleh tamadun Barat. Asalkan kita adil terhadap kawan dan lawan, boleh menghargai perkembangan sejarah terhadap satu-satu idea.


Tidaklah nanti, kita sentiasa paranoid terhadap apa sahaja yang bernama Barat!


Paranoid inilah yang merugikan umat Islam di Barat hari ini.


PARANOID TERHADAP SEMUA YANG BARAT


Sehingga kini saya masih lagi menjadi ahli kepada The Islamic Schools League of America. Jika dinilai dari sudut pendidikan sahaja pun, umat Islam di Amerika Syarikat sudah jauh lebih maju meninggalkan pencapaian umat Islam di United Kingdom, Ireland dan Perancis. Malah dari segi politik, Keith Ellison sudah berjaya menempatkan dirinya sebagai anggota Muslim pertama di Dewan Kongress Amerika Syarikat.


Tetapi ramai umat Islam yang masih paranoid. Di suatu ketika ada yang melabelkan Keith Ellison sebagai Zionis Muslim, semata-mata beliau menerima undi daripada sejumlah orang Yahudi di tempat beliau bertanding!


Umat Islam di United Kingdom pernah melatah-latah apabila Shaykh Haitham Jawwad Al-Haddad menyarankan agar umat Islam yang menghuni United Kingdom mengundi parti yang diputuskan oleh Muslim Council of Britain. Mereka menafsirkan partisipasi umat Islam di dalam policy making di negara di mana mereka tinggal, sebagai penyertaan kepada sistem Kuffar. Maka hadith-hadith tentang imitasi satu kaum ke atas satu kaum, konsep tiada dua hati dalam satu badan, isu al-Wala’ dan al-Baraa’ diguna pakai. Lantas umat Islam Eropah memilih isolasi (pemencilan) berbanding integrasi yang lebih harmoni dengan maksud dakwah.


Hal yang sama, saya ratapi apabila melihat kepada perkembangan semasa di Malaysia. Kita meremeh temehkan Eropah dan menganggapnya sebagai bakul sampah falsafah Yunan dan Greek yang tidak perlu dibuka tudung, agar busuknya tidak melata.


Apabila Ulama tidak mahu menghalusi asas-asas pemikiran Barat, mereka gagal berinteraksi dengan cabaran semasa secara betul. Apabila golongan yang digelar sebagai Islam Liberal bersuara mengkritik beberapa idea tentang Islam, Ulama kita menjawabnya dengan bahasa sempit yang memalukan Ulama sendiri.


TELETUBBIES


TELETUBBIES


Saya ingin berkongsi kisah tentang perbualan saya bersama beberapa orang rakan tentang rancangan kanak-kanak terkemuka di Britain iaitu Teletubbies. Salah satu watak yang ada di dalam rancangan tersebut, dianggap mewakili watak gay, iaitu Tinky Winky. Seorang ‘budak lelaki’ yang berwarna ungu dan bersimbol tiga segi di kepala (warna dan simbol yang sering dikaitkan dengan LGBT) serta membawa beg tangan.


Lantas rakan-rakan saya mengecam rancangan televisyen tersebut.


“Ini konspirasi Barat mahu merosakkan Islam” kata salah seorang dari kami.


“BBC sengaja mahu menyuntik budaya songsang ini kepada pemikiran kita” kata seorang yang lain.


Saya termenung.


Benarkah bagai yang didakwa? Apakah semua benda yang tidak bersesuaian dengan kita, datang dari sebuah konspirasi?


Pada fikiran saya, pemikiran Liberal kuat mendominasi masyarakat di England. Golongan gay atau LGBT, sama juga seperti golongan berkulit hitam, golongan OKU malah kumpulan minoriti Islam, sudah diiktiraf sebagai sebahagian daripada kumpulan yang membentuk masyarakat Britain berdasarkan kepada terjemahan Liberalisma semasa.


Maka rancangan ini, jika benar Tinky Winky itu dimaksudkan dengan watak gay, adalah rancangan yang bertujuan mendidik kanak-kanak pra sekolah Britain terhadap polisi negara mereka sendiri. Sebagaimana mereka perlu menghormati penganut mazhab Katholik, mereka juga mesti hormat kepada umat Islam, kaum wanita, golongan hispanic, malah golongan gay.


Ia bukan konspirasi. Unsur itu masuk secara telus dan sedar.


Jika kita rasakan NILAI itu tidak sesuai dengan pegangan kita, maka tinggalkan sahaja rancangan tersebut. Untuk melabel penerbit Teletubbies sebagai ahli konspirasi dan berniat jahat, ia hanya menunjukkan kejahilan kita dan sempitnya fikiran yang mengongkong.


Untuk itu, saya sering meminjamkan nasihat dan cadangan kepada rakan-rakan yang aktif beramal di dalam gerakan Islam, agar berusaha untuk belajar tentang Eropah. Belajar tentang Eropah dari sumber Eropah. Kita tidak perlu berada di Eropah untuk belajar tentang Eropah, sebagaimana masyarakat kita tidak perlu berada di Eropah untuk telah menjadi Eropah.


Mahu tidak mahu, acuan pemikiran dan nilai Eropah itulah yang sedang menguasai umat Islam, juga bukan Islam di negara kita.


Semakin kita menjahilkan diri terhadap musuh, semakin terserlahlah kebodohan kita ketika mendepani mereka.


Hasrizal @ www.saifulislam.com

43000 BSP


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 24, 2015 08:23

June 22, 2015

Gerhana Gerakan Islam: Pada Mengabaikan Rukun al-Fahmu

jordan1990s


Permulaan kepada setiap perbuatan kita adalah ilmu yang difikir.


Hatta semasa bertaqlid buta sekali pun, ada secebis ilmu yang difikir lalu menggerakkan kita bertaqlid.


“Dia itu kuat beribadat, orang baik-baik, tentu pendapatnya baik dan betul. Ikut sahajalah dia!” seorang pentaqlid berhujah.


Dalam hujahnya itu, ada kebenarannya, kalau pun tidak sepenuhnya.


Demikianlah manusia, kurniaan Allah paling berharga bagi dirinya adalah akal yang berfikir. Lalu Allah muliakan ilmu pengetahuan sebagai bahan fikir akal berkenaan. Lebih banyak ilmu dicari, akal berfikir, bertambahlah fahamnya seseorang itu, dan meningkatlah darjatnya daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lebih baik.


58_11


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan  (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan. [al-Mujadilah 58: 11]

Betullah saranan Hasan al-Banna yang meletakkan rukun pertama komitmen seseorang kepada gerakan Islam dan perjuangannya adalah AL-FAHMU yakni FAHAM. Gerakan Islam bukan sebuah kerajaan yang boleh menguatkuasakan tindakan ke atas ahlinya. Sebaliknya hubungan dan komitmen ahli kepada sebuah gerakan boleh menjadi lebih teguh dan luhur berbanding ketundukan masyarakat kepada peraturan hasil sebuah penguatkuasaan. Dan komitmen berkenaan adalah berteraskan 10 rukun, yang pertamanya adalah FAHAM.


FAHAM bukan sekadar tahu.


FAHAM adalah pengetahuan yang melunakkan hati untuk terlebur dalam sebuah penerimaan, menatijahkan keyakinan.



Faham yang dimaksudkan ialah anda yakin fikrah atau gagasan anda adalah sepenuhnya berlandaskan islam. Anda faham Islam sebagaimana yang kami fahami, dalam skop dua puluh usul yang ringkas seringkas-ringkasnya ini. – Hasan al-Banna



rumusanfikrahalbanna


20 usul yang mensyarahkan al-FAHMU seperti yang digariskan oleh Hasan al-Banna, tidak menjadikan Ikhwan al-Muslimin itu Sufi atau Salafi, tetapi membina jambatan antara keduanya. Jambatan itu lebih besar daripada soal Sufi atau Salafi. Jambatan itu adalah jambatan yang menghubungkan pengetahuan dengan realiti dalam semangat menyatukan, positif, optimis, dan memotivasikan amal. Di luar daerah perbalahan Sufi dan Salafi, jambatan itu adalah jambatan yang sama untuk ahli gerakan Islam kekal bekerja memakmurkan alam, dan bukan menjahanamkannya.


Wahyu pertama adalah pada mengangkat tinggi proses ini, menjadikan agama bukan sebuah indoktrinasi. Agama diterima sebagai natijah deria makna diri yang diberi kebolehan untuk mengenal kebenaran, lalu memegangnya seperti tidak mungkin terlepas lagi. Bagai kucing mencakar tikar. Lagi kuat ekornya ditarik, bertambah teguh dia mencengkam lagi.


Demikianlah semangat itu terserap menjadi pintu masuk gerakan Islam. Ia bukan indoktrinasi. Ia adalah akibat memahami, mengapa perjuangan itu perlu disokong, menatijahkan ikhlas yang tidak mengenal penyelewengan motif, memberi kekuatan untuk beramal, bekerja dengan sepenuh potensi diri sebagai sebuah jihad, tidak teragak-agak untuk berkorban apa sahaja, mentaati keputusan dan arahan yang luhur, serta teguh dan tsabat dalam keazaman melaksanakannya, mencapai tajarrud  yang jelas dan puas dengan idea bersama yang sentiasa diwacana, tanpa tergugat oleh persepsi luar, menampal luka-luka komunikasi dengan semangat ukhuwwah yang menjadikan parut sebagai penambah erat sebuah persaudaraan serta tahap tsiqah dan saling mempercayai tertinggi.


Gerakan Islam adalah gerakan yang menggerak serta menjayakan Islam.  Justeru ia memerlukan penglibatan semua kelompok Muslim yang telah dikelas-kelaskan oleh pengkelasan pendidikan, kerjaya, ekonomi malah bangsa, budaya, dan negara. Gerakan Islam perlulah ada kebolehan menerima, dan seterusnya menggembeling semua lapisan masyarakat yang menyertainya, untuk mencapai visi Islam.


Andai ilmu yang diambil kira, ia tidak mengasing-asingkan latar belakang pengajian yang memang asalnya bersatu dan tidak berasing-asingan.


JIKA KADER ITU TIDAK DI BIDANG AGAMA


Persepsi mereka terhadap gerakan Islam pelbagai. Namun apa yang kerap mendominasi motif mendekati gerakan Islam adalah kerana mahu menampung kekurangan diri yang ‘tidak belajar agama’, justeru mahu melakukan sesuatu untuk Islam.


Bagaimana pula persepsi gerakan Islam terhadap mereka?


Lain padang lain belalang.


Padang hijau saya memandang mereka sebagai kelompok yang perlu dibantu. Proses untuk mereka membuat keputusan menyertai gerakan Islam mesti bermula dengan memahami Islam dahulu. Bukan sekadar Islam do’s and don’ts, tetapi Islam yang dinamik, Islam berwawasan, Islam yang mahu mendasari kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan alam seluruhnya. Maka pelajar-pelajar kejuruteraan, perubatan, farmasi, undang-undang dan seputar bidang yang banyak kedapatan di negara seperti USA, Australia, Jepun, United Kingom dan Ireland, diajak hadir ke program-program ilmu yang umum.


Mahu tidak mahu, manusia kuat dipengaruhi oleh penampilan luaran terlebih dahulu. Maka pelajar yang memelihara aurat, menghormati batas pergaulan, rajin ke masjid, adalah yang mudah dilihat berpotensi. Sedikit usaha tambahan untuk mendekati, potensi-potensi bertambah di kalangan pelajar yang mungkin tidak tinggi tahap penampilan luaran itu tadi, namun butir bicaranya, akal fikirannya memperlihatkan mereka sebagai benih-benih berkualiti tinggi yang patut diperkenalkan dengan tanah subur untuk berpohon lagi berbuah ranum.


Mungkin sekitar 10 pertemuan yang pertama, adalah untuk berbincang tentang apa yang kebanyakannya sudah tahu. Justeru yang angkuh berkata, “aku sudah tahu semua itu” dengan sendirinya terlepas, bersama iringan doa. Tetapi yang sabar, diajak menilai kembali apa nikmat yang kita terima daripada Islam, dan tidakkah secara ‘semulajadi’ kita juga perlu memberi kembali kepada Islam (Allah dan ummah)?


Jika kefahaman itu membenihkan keikhlasan hati untuk bersama, pelajar diajak bertamrin. Di dalam tamrin, perbincangan yang sebelum ini berbentuk pengenalan, beralih ke peringkat pembentukan serta perlaksanaan.


Proses memberi komitmen itu mematuhi peraturan asas iaitu AL-FAHMU.


Pelajar juga dipandu dengan usrah bersilibus. Silibus memberitahu materi apa yang perlu diguna, mengapa materi itu dipilih, dan apakah matlamat perbincangan berpandukan materi berkenaan. Semua langkah kecil ini selari dengan law of learning, peraturan pembelajaran yang diperlukan untuk mana-mana manusia mempelajari apa-apa ilmu di dunia ini.


ireland1990s


JIKA KADER ITU DI BIDANG AGAMA


Persepsi mereka terhadap gerakan Islam pasti pelbagai juga. Namun saya kurang pasti kerana persepsi ini tidak banyak diterokai. Gerakan Islam sudah pun dipandang melangkaui soal keislaman peribadi. Sebaliknya ia terus melompat ke realiti masyarakat, kepincangan undang-undang, penyelewengan golongan bercemeti, dan gerakan Islam menjadi beacon of hope ummah, selepas kejatuhan khilafah. Maka idea yang besar-besar itu menyebabkan hubungan di antara pelajar Pengajian Islam dengan gerakan Islam, adalah hubungan siasah / politik.


Bagaimana pula persepsi gerakan Islam terhadap mereka?


Lain padang lain belalang.


Padang pasir hijau saya memandang mereka sebagai golongan yang sudah banyak tahu. Justeru mereka dahulunya bersekolah di mana, negeri mana, baca akhbar apa, adalah cara cepat untuk mengenal pasti golongan yang berpotensi. Malah sering juga timbul pertanyaan, “bagaimana sudah belajar agama masih boleh tidak berpotensi?”


Tamrin-tamrin awal sudah pun berbicara tentang hal-hal teknikal gerak kerja gerakan Islam.


Usrah juga dikendalikan dengan bantuan silibus yang sangat umum. “Untuk Tafsir, ambil Tafsir surah an-Nur oleh al-Mawdudi”, kata silibus. Mengapa Tafsir, mengapa surah an-Nur, mengapa versi al-Mawdudi? Ia tidak diperincikan, sebab al-labib bi al-isharah yufham (golongan bijak pandai, dengan isyarat pun sudah memahami).


Justeru, apakah beza antara Islam yang sudah difahami, dengan Islam dalam bentuk ideologi sebuah gerakan Islam, ia tidak diwacanakan. Tolak ke tepi usrah yang terbengkalai. Hatta usrah yang berjalan sekali pun, perbincangan tidak banyak berbeza dengan perbincangan Tafsir bagi subjek Tafsir di universiti.


berfikir


Pertambahan ahli juga jarang berlaku.


Biasanya ahli di padang pasir hijau bertambah apabila bertambah kedatangan individu yang sudah sedia ahli dari tanah air. Ada pun ahli yang menjadi ahli, hasil proses AL-FAHMU, amat sedikit ia terjadi.


Justeru, jika dibandingkan graduan profesional dengan graduan bidang agama dalam bab-bab hukum hakam, memanglah jelas kelebihan graduan bidang agama untuk berpendapat tentang agama. Tetapi jika dibandingkan antara graduan bidang agama dengan graduan bidang bukan bidang agama, dalam aspek kejelasan fikrah, Islam sebagai ideologi islah sosial, ada lompong besar hasil mengabaikan rukun pertama bai’ah iaitu AL-FAHMU.


Masa depan PAS sebagai gerakan Islam di Malaysia berada di persimpangan yang belum pernah disinggahinya selama 60 tahun berjuang. Warna Muktamar PAS 2014 di Batu Pahat, Johor  yang penuh kejutan, mendesak kita semua untuk memahami, di manakah akar kepada ranting-ranting dahan yang selama ini tumbuh harmoni antara akar dan mentari, kini bercakaran dan saling patah mematahkan. Pengalaman kerdil saya sebagai amilin di dua alam yang berlainan di Jordan dan UK – Ireland, memberikan perspektif yang telah saya kongsikan sebentar tadi.


Ahli PAS yang melalui proses perkaderan di negara seperti UK dan Ireland, menekuni proses al-Fahmu dengan baik, walaupun ruang penambah baikan sentiasa ada dan lebar.


Tetapi ahli PAS yang lahir dari negara-negara seperti Jordan (saya dahulukan Jordan kerana saya graduan Jordan) dan Mesir, tidak menjalankan proses al-Fahmu dengan baik. Garis peralihan dan anjakan paradigma sebelum menjadi haraki dengan selepas menjadi haraki, secara teknikalnya tidak wujud, walaupun kemudiannya ‘kami’lah yang banyak menggunakan terma haraki berkenaan. Tamrin kami penuh retorik, dan tiada pengalaman mengerjakan Islam dalam persekitaran multi-budaya dan agama berbanding di negara-negara ‘ajam.


Sebesar manakah impaknya?


Ia memerlukan kajian khusus.


Namun mengabaikan rukun al-Fahmu, dengan sangkaan benda asas banyak yang sudah selesai, adalah kritikan yang mesti dihadam.


olivierroy


Semasa mengulas tentang kegagalan politik Islam, Olivier Roy mengenengahkan sebuah topik sosiologi berkaitan dengan realiti kader gerakan Islam dari satu zaman ke satu zaman. Siapakah kader gerakan Islam era 50’an dan 60’an, kemudian 70’an dan 80’an. Realiti yang berlaku di kalangan mahasiswa dan mahasiswi pendukung gerakan Islam banyak mencerminkan masa depan yang menyusul.


Untuk memahami realiti tahun 2014 ini, siapakah kader gerakan Islam era 1990’an dan sejauh manakah realiti zaman tersebut mempengaruhi keadaan politik Islam semasa? Dan bagaimanakah wajah kader gerakan Islam tahun 2014 untuk kita jangkakan realiti gerakan Islam 10 tahun akan datang?


Belajar sejarah, bermanfaat untuk membuang rasa terkejut.




إذا عرف السبب بطل العجب

Apabila diketahui sebabnya, hilanglah rasa takjubnya.


Sekurang-kurangnya jika tidak mewakili keseluruhan realiti yang ada, ia adalah penjelasan realiti yang saya hadapi dan uruskan selama 20 tahun di dalam proses berkenaan.


Agamawan mahu memimpin kerana agamawannya mereka, tanpa meraikan proses yang perlu, 20 tahun yang lalu?


Usia matang adalah paksaan semulajadi.


Fikiran matang, adalah pilihan diri.


HASRIZAL

43000 BSP


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 22, 2015 21:55

June 16, 2015

Ramadan Merawat Latah Pendakwah (dan Peminat Siasah)

ceramah


“Saya rasa serban yang dipakai itu hanya mengongkong pemikiran. Jumud!” kata seorang lelaki.


“You’re Muslim, damn you must be the one from Osama Fan Club!”, lagak seorang ‘mat saleh’ penuh angkuh.


“Ooi bodoh! Berapa kali aku nak panggil engkau. Sini la!” jerit seorang pelajar yang senior setahun.


Mustahil telinga tidak berdesing mendengar komen-komen di atas. Rasa terhiris dan mudah sahaja untuk bertindak balas. Kita ada seribu satu sebab untuk mengiyakan tindak balas kita… sama ada dengan maki hamun semula, selinsing lengan atau kurangkan bercakap banyakkan tindakan, bagi sejibik… sebijik!


Tetapi secara khusus di bulan Ramadhan ini, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengajar sebaliknya.


Bukanlah puasa itu (hanya) menahan diri dari makan dan minum. Sebaliknya ia juga harus tertahan dari perkara lagha dan lucah. Apabila kamu dimaki atau diperbodohkan, berkatalah AKU BERPUASA (riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068)


Apabila kamu dimaki hamun, jangan balas dengan maki hamun.


Apabila kamu diajak gaduh, jangan sahut dengan pergaduhan.


Andai kamu digelar bodoh atau dianggap bodoh, jangan tergesa-gesa mahu menunjuk pandai.


Sebaliknya berkatalah… AKU BERPUASA.


Apa ini? Mengapa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengajar begini? Apakah Islam menyuruh kita untuk play victim? Mampukah yang bertahan, menjadi Muslim yang tidak jantan… dengan hanya berkata AKU BERPUASA?


JANTAN KITA


Ya, inilah persepsi kita. Bahawa yang jantan itu ialah pada yang pantang dicabar. Pada yang harimau tidur jangan diganggu. Itulah ukuran kejantanan kita.


Tapi hebat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bukan begitu. Sirahnya nyata berbeza.


Ketika seorang lelaki datang kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin untuk menjadi Muslim yang berzina, apakah anda kira Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak terguris dengan permintaan kurang ajar begitu?


Semasa seorang Badwi datang ke masjid, menjadi tetamu biadab yang kencing di dinding rumah Allah itu, apakah anda kira Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tiada sifat marah?


Tidak mampu marah adalah bacul, pasif ala si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan! Biarkan! Pasif!


Tetapi Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak marah bukan kerana tidak mampu marah. Baginda itu seorang yang amat ekspresif. Khutbahnya pernah memerahkan mata kerana begitu memaksudkan apa yang dikata.


Tetapi Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu gagah… gagah tulen iaitu pada keupayaan diri mengawal marah.


Sahabat melenting dan mahu membelasah si Badwi itu, namun Baginda menegah.


“Biar dia habiskan urusannya!” kata Baginda tenang.


Lantas Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta air dan sendiri membersihkannya.


Itulah jiwa kuat yang tulen.


Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!


Kita mengukur jantan diri dan hebat berjuang kalau kita pandai mengamuk. Tetapi Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengajar bahawa yang gagah itu ialah pada upaya mengawal diri. Khususnya ketika marah.


Jangan pesimis, Covey menyebutnya sebagai PROAKTIF.


Inilah latihan puasa. Ramadhan datang dengan pakej latihan untuk mengajar kita cara mengawal diri.


LATIHAN RAMADHAN


Bukan puasa kerana tiada makanan. Tetapi puasa kerana melatih diri untuk terkawal. Tidak makan di depan makanan, kerana Tuhan. Bukan bertahan dari membalas kerana lemah dan berjiwa pondan. Tetapi belajar untuk memilih tindakan.


Marah itu perlu, sesekali ia memang perlu. Tapi kalau sentiasa marah dan penuh bangkangan, hingga setiap patah kata hanya mengungkapkan kemarahan dan ketidak setujuan… ia tidak tepat dengan contoh Baginda Junjungan.


Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah marah, tetapi marahnya diredakan dengan bermesyuarat dengan sahabat mencari yang terbaik pada tindakan. Sebab marah itu emosi. Bila kita emosional, kita tidak rasional. Bertindak secara tidak rasional itulah yang sering mengundang sesalan.


“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasiq kepadamu membawa satu berita, siasatlah terlebih dahulu. Agar jangan nanti kamu bertindak ke atas suatu kaum dengan kejahilan. Lantas semua itu akan mengheret kamu kepada penyesalan atas apa yang kamu lakukan” (Al-Hujurat : 6)


Bagaimana mahu menyiasat? Bagaimana mahu bertindak dengan tepat? Andai terlalu mudah melenting dan sentiasa membalas berita dengan tindakan tanpa usul periksa.


Inilah yang diajar oleh Ramadhan. Mengajar Muslim untuk kembali mampu mengawal diri. Tidak mudah terangsang. Tidak terburu-buru mengambil tindakan.


Khusus bagi pendakwah yang memperjuangkan Islam. Tugas kita bukan mencegah kemungkaran semata, tetapi harus berusaha mengubah suasana.


“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tanganmu…”


Apa yang dituntut bukan hanya menyatakan ketidak setujuan dan penentangan, tetapi harus berusaha mengubahnya. Sirah mengajar kita bahawa jarang benar perubahan dapat dilakukan jika kita hanya tahu marah dan menunding salah.


TELADAN HUDAIBIYAH


Lihat sahaja kerenah orang Mekah dalam perjanjian Hudaibiyah. Siapa yang tidak marah dengan permintaan mereka? Sewenang-wenangnya kelihatan seperti win-lose situation.


“Kalau orang Mekah lari ke Madinah, ia mesti dipulangkan ke Mekah semula. Jika orang Madinah datang ke Mekah, ia tidak perlu dipulangkan ke Madinah”… orang Mekah dengan sombong meminta. Panas telinga.


“Mana boleh tulis Rasulullah. Kalau tertulis Rasulullah, maknanya kami mengiktiraf kamu dan kenalah kami ikut kamu. Tulis Muhammad bin Abdullah, sudah!” ego orang Mekah di depan baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ada segala sebab untuk bersikap defensif. Gelaran Rasulullah bukan anugerah sultan atau mana-mana raja Arab. Ia kurniaan Allah. Tiada sebab untuk tidak bertegas mempertahankannya.


Letakkan diri kita di kasut sahabat yang hadir ke perjanjian itu… mahunya tidak marah?


Tetapi bijaksana dan gagahnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengawal diri dari marah, tersinggung dan rasa dihina, membolehkan baginda memandang jauh, penuh rasional dan akhirnya mampu memisahkan di antara kepentingan substance dan form. Perjanjian Hudaibiyah berjaya menawarkan apa yang paling penting bagi sebuah dakwah dan perjuangan iaitu gencatan senjata! Bersetuju menjaga keamanan.


Inilah yang diperlukan oleh dakwah. Keamanan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam untuk berdakwah, bukan hanya di sekitar Mekah dan Madinah, malah utusan sampai ke seluruh empayar dan maharaja yang ada. Dakwah jadi efektif hasil keamanan. Keamanan dicapai hasil kebijaksanaan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengutamakan substance dari form.


REMAJA ‘BIADAB’


izinkahzinajika


Pernah sekali, seorang anak muda datang kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanyakan tentang kebarangkalian yang ada untuk dirinya dibenarkan berzina.


Zina itu bukanlah sesuatu yang terlalu sulit untuk difahami akan keburukannya. Segala sebab itu ada untuk pertanyaan itu dibalas dengan kemarahan oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Malah riwayat di atas menceritakan bagaimana orang ramai yang ada ketika itu menyerbuanak muda berkenaan, memarahinya dengan ungkapan “mah, mah!”, iaitu suatu sebutan kemarahan yang keras terhadap kelancangan mulut seorang anak muda yang meminta izin berzina dari Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Namun Baginda itu orangnya penuh hikmah. Berhikmah dalam erti memberikan reaksi yang tepat dengan keperluan. Diajarnya anak muda itu dengan apa yang disebut hari ini sebagai The Golden Rules iaitu “treat others as you would like to be treated.”, bersikaplah kepada orang lain sebagaimana apa yang kamu harapkan dari orang lain untuk bersikap demikian terhadap dirimu”.


Pemuda itu dibawa mendekati Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


“Wahai pemuda,” sapa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Lemah lembut, “Apakah kamu suka kalau perbuatan zina itu dilakukan orang lain terhadap ibumu?”


“Tidak, ya Rasulullah. Demi Allah yang menjadikan aku sebagai tebusan anda, saya tidak ingin itu terjadi,” jawabnya. “Begitu juga kebanyakan manusia, tidak menyukai atau menginginkan perbuatan zina itu dilakukan terhadap ibu mereka,” ujar Nabi.


“Apakah kamu senang zina itu dilakukan terhadap anak-anak perempuanmu kelak?” tanya Baginda selanjutnya.


“Sama sekali aku tidak menginginkan hal itu terjadi, ya Rasulullah. Demi Allah, bermimpi pun saya tidak ingin.”


“Begitu pula kebanyakan manusia, mereka tidak senang kalau sampai perbuatan zina itu terjadi pada anak-anak perempuan mereka. Apakah kamu senang kalau zina itu dilakukan terhadap adik beradik perempuanmu?” tanya Baginda lagi.


“Tidak, ya Rasulullah. Demi Allah saya tidak senang.”


“Begitu juga dengan orang lain, sama dengan anda, tidak senang kalau zina itu dilakukan terhadap adik beradik perempuan mereka. Apakah kamu ingin itu terjadi pada ibu-ibu saudaramu?”


“Tidak, ya Rasulullah. Demi Allah tidak,” tandasnya.


“Kebanyakan manusia juga tidak ingin itu terjadi pada ibu-ibu saudara mereka.”


Nabi saw. kemudian meletakkan tangan beliau pada tubuh pemuda itu dan mendoakannya: “Ya Allah, bersihkanlah hatinya, dan peliharalah kemaluannya serta ampunilah dosa pemuda ini”


anakmuda


Kalaulah anak muda yang bermulut lancang itu dibalas dengan lempang atas nama dakwah, apakah kebaikan yang terhasil daripadanya?


Mengawal diri, menahan diri dalam kemarahan, dan menterjemahkan tindak balas dalam bentuk dakwah yang lebih empati, khasiatnya sungguh besar dalam mengubah kemungkaran kepada peluang maaruf.


Hal inilah yang perlu kita teladani. Suatu kejayaan besar, terbit dari kejayaan menguruskan perkara yang amat basic, iaitu keupayaan mengawal diri, pro aktif dan tidak cepat melatah.


Pendakwah perlu bersungguh-sungguh menghayati mesej ini. Masyarakat sudah tahu dengan jelas apa yang kita tidak suka. Tetapi mereka belum nampak apa yang kita ada dan sejauh mana kita upaya. Bahasa dakwah kita harus banyak yang bersifat menerang dan berdamping. Memujuk bukan mengutuk. Bahasa rahmah dan bukan amarah.


menapis Tidak bersetuju itu harus dan lumrah. Caci mencaci itu keji.


Bahasa ceramah, bahasa akhbar, bahasa majalah, bahasa dakwah… Ramadhan mengajar kita agar menyampaikannya dengan penuh hemah dan terkawal.


عن أبي هريرة رضي الله عنه: ((سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أكثر ما يدخل الناس الجنة فقال: تقوى الله وحسن الخلق، وسئل عن أكثر ما يدخل الناس النار فقال: الفم والفرج))


Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasululllah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah ditanya, apakah perkara yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Syurga? Jawab baginda: TAQWA KEPADA ALLAH serta AKHLAQ YANG BAIK. Baginda ditanya lagi, apakah perkara yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Neraka? Baginda menjawab: MULUT DAN KEMALUAN [HR Al-Tirmidhi dan Ahmad]

Jantan dan gagah di sisi Islam itu lebih halus dan berkuasa, dari yang disangka! Kawal diri, kamulah si gagah itu!

3 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2015 20:18