Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 34

April 2, 2017

13 Reasons Why: Memahami Tragedi Perubahan Diri Remaja

Ia bukan siri yang mudah untuk ditonton. Beberapa adegan censored memerlukan kita berbuat sesuatu untuk menyaringnya. Tetapi 13 Reasons Why ini adalah drama tv yang penting pada menjelaskan kepada kita rangkaian masalah yang membelenggu kehidupan anak remaja. Sudah tentu kemuncaknya ialah apabila Hannah Baker nekad membunuh diri. Drama ini menceritakan nota bunuh diri Hannah yang …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2017 01:23

March 30, 2017

Dialog Gen-Y: Antara Iman dan Kufur

“Susah betul saya nak datang program ini, ustaz” kata Salina. “Kenapa tu?” saya bertanya. “Mama dengan papa bergaduh tentang program ini. Papa suruh saya datang. Tetapi mama tak bagi” ceritanya. Telus. “Boleh ustaz tahu, kenapa mama awak tak beri awak ikut program ini?” saya melanjutkan perbualan. “Mama tak suka anak dia pergi program-program yang ada …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2017 13:04

March 28, 2017

Naskhah Baru: Setia Dengan Kebenaran

PRE-ORDER DIBUKA SEKARANG! “Setia Dengan Kebenaran” Karya: Hasrizal Abdul Jamil
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2017 21:22

March 23, 2017

Gaji Guru di Finland Sama Macam Doktor?

“Benarkah di Finland, guru-guru menerima gaji seperti doktor? Dan kerana itu pendidikannya sangat hebat?” Soalan ini berlegar di media sosial. Ada musim-musimnya, apabila hal ini dipetik oleh halaman yang mempunyai viraliti tinggi, ia tersebar rancak dan mencetuskan perbualan yang pelbagai ragamnya. Tentu sahaja, kritikan akan dilontar kepada sistem pendidikan kita atau di mana sahaja, yang …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2017 00:32

March 20, 2017

Pendidikan dan Kebolehpercayaan: Boleh Percaya Ke?

“Kenapa saya selalu nampak basikal ditinggalkan di perhentian bas?” saya bertanya kepada seorang rakan Finnish. “Kadang-kadang kita mahu cepat. Jika tiada ruang untuk basikal dibawa ke dalam bas, kita tinggalkan di perhentian bas. Pulang nanti, ambil semula,” jawabnya. Saya memerhati dari semasa ke semasa. Adakalanya basikal itu berkunci. Adakalanya tidak. Jika ke Helsinki, saya tahu …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 20, 2017 00:07

March 13, 2017

Dari Jauh Aku Merinduimu, Buku

Di suatu ketika, saya sering bermelankolik dengan buku. Adakalanya saya berbicara tentang buku seolah-olah buku itu seorang ‘kekasih’. Sayang saya kepada buku bermula semenjak di bangku sekolah lagi. Semasa bersekolah asrama, sebahagian wang saku yang abah bekalkan, akan saya peruntukkan untuk membeli buku, juga majalah. Ke mana sahaja saya pergi, pasti ada buku di tangan. …
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 13, 2017 14:28

February 5, 2017

Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’ dan Impian Masa Hadapan

“Saya masih lagi kehairanan, walaupun saya tahu ia tidak mustahil. Bagaimana kamu boleh bertemu dengan Ismail Ankaravi di Helsinki” saya menghirup teh di bawah pohon rendang di Validebağ. “Ia bukanlah usaha saya di dalam vakum. Rezekinya, saya bertemu dengan seorang tokoh penting bidang pengajian Islam di Finland iaitu Profesor Jaakko Hämeen-Anttila. Beliaulah mentor saya dan mengajar …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 05, 2017 22:03

February 4, 2017

Meletakkan Islam Dengan Benar dan Baik di Negeri Asing

Snowing while walking to school. May Allah guide and give them strength, ameen. #myfinlandmoment #livinginfinland #mykhalifahjourney #allaboutlearning A video posted by Hasrizal (@iamhasrizal) on Jan 9, 2017 at 9:25pm PST Di dalam usrah pagi ini bersama isteri dan anak-anak, saya kongsikan maksud Islam. Ia tajuk ulangan, tetapi kali ini di dalam konteks yang berlainan. Kini …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 04, 2017 01:48

January 31, 2017

Persoalan Sebelum Pelajar Belajar Pelajaran Agama

Permulaan hidup saya penuh dengan persoalan tentang agama. Siapa Allah? Siapa Muhammad? Apa itu al-Quran? Dan mungkin soalan yang paling penting ialah siapa saya? Pertanyaan-pertanyaan itu begitu kuat dan barangkali kerana itu saya terus menerus terdorong untuk fokus kepada belajar agama. Biar pun beberapa kali saya berada di persimpangan pilihan yang mengheret saya ke pengkhususan …
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 31, 2017 15:37

January 24, 2017

Pelajar Mesti Seorang Pemikir

Learning without thinking is useless Thinking without learning is dangerous – Confucius Benar sekali kata-kata Confucius itu. Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya! BELAJAR TANPA BEFIKIR Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama. Mungkin ia menjawab beberapa teka teki yang menghantui fikiran saya, tatkala hampir saban hari …
3 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 24, 2017 04:05