Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 30
April 18, 2018
Tiga Keputusan Antara Yang Senang Dengan Yang Susah
Di blog ini, apabila saya bahasakan diri saya sebagai saya, saya hanyalah diri ini yang terbatas pada setakat apa yang dia tahu, apa yang dia alami dan apa yang dia fikirkan mengenainya. Catatan peribadi di sini, biar pun terbuka untuk bacaan umum, ia adalah jurnal peribadi. Ia tidak bermaksud sama sekali untuk memaksa penerimaan, kerana …
Published on April 18, 2018 08:26
April 16, 2018
PRU14: Mengalahkan Sebuah ‘Kemustahilan’
Apakah yang telah berubah? Banyak yang telah berubah. Saya berada jauh. Ia tidak memungkinkan saya membuat dakwaan. Ia akan menjadi andaian, malah andaian dari jauh. Apa yang boleh saya ungkapkan adalah mengenai perubahan yang terjadi di dalam diri saya sendiri. Kemudian, disokong oleh interaksi dengan sebahagian sahabat yang masih bertukar khabar berita saban hari melalui media sosial, …
Published on April 16, 2018 07:51
April 10, 2018
Cikgu Malaysia di Perkampungan Artik
Sudah tiga kali saya mengisi program Erasmus in Schools selama berada di Finland ini. Ia adalah program kesukarelawanan yang dikendalikan oleh Finnish National Agency for Education untuk memberi peluang kepada pelajar antarabangsa melawat sekolah-sekolah Finnish, berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran, sambil berpeluang mengenali sistem pendidikan Finland dan budaya tempatan secara hands on. Kali ini saya ke Ivalo, sebuah …
Published on April 10, 2018 12:06
April 8, 2018
Sikap Kita Terhadap Pelarian dan Pencari Suaka (Asylum Seekers)
“Rizal, saya tidak dapat membayangkan bagaimana pelarian boleh hidup sedemikian rupa di Malaysia!” kata rakan saya. Petang itu saya bersama beliau dan kira-kira lima orang lain sukarelawan, mengendalikan kelab mingguan kami bersama anak-anak asylum seekers di kem mereka. “Oh, kenapa kamu kata begitu? Ada sesuatu yang berlaku ke?” saya bertanya. “Saya baru lepas menonton dokumentari Australia …
Published on April 08, 2018 13:47
March 20, 2018
Ancaman Kasih Sayang Ibu Bapa Sendiri Kepada Anak
Semasa kami sekeluarga baru tiba di Finland, saya membawa keluarga ke pawagam Finnkino untuk menonton filem “Fantastic Beasts and Where to Find Them”. Tiket dibeli menggunakan aplikasi di telefon secara atas talian. Ia adalah kali pertama kami ke pawagam di Finland. Di Finland, menonton di pawagam bukanlah aktiviti yang sangat popular, ekoran harga tiket yang sangat …
Published on March 20, 2018 20:27
March 17, 2018
Startup Weekend: Perjalanan Idea ke Hasil Cipta
Program Startup kali ini berbeza sedikit berbanding acara yang pernah saya sertai sebelum ini, seperti Demola. Bezanya, Startup Weekend yang dianjurkan oleh Techstars di seluruh dunia ini, berlangsung hanya selama 54 jam, iaitu bermula petang Jumaat hingga lewat Ahad petang, secara intensif. Ia adalah sebuah perjalanan yang padat untuk sebuah proses ideation to creation. Saya asalnya masih teragak-agak untuk pitch idea yang ada. Saya tahu, …
Published on March 17, 2018 23:26
March 13, 2018
Mengenang Stephen Hawking di Daerah ‘La Ilaha’ Ini
14 Mac 1879 dunia kehilangan Albert Einstein. 14 Mac 2018, kita melambai pergi Stephen Hawking. Beliau pergi, meneruskan perjalanannya bersama masa, di luar semua dimensi yang sudah pernah diterokai, dan ditandakan dengan nombor sebagai bahasa penerangan. Pada tarikh berkenaan, saya duduk bersama anak-anak menonton kembali filem The Theory of Everything. Bagi saya buat kali yang ketiga, …
Published on March 13, 2018 22:57
February 20, 2018
Pelaburan Masa Untuk Memupuk Budaya Fikir
“Siapa nama nursing mom kepada Prophet Muhammad, abi?” anak saya bertanya. “You know the answer. You knew the answer.” saya jawab. “But I don’t understand what is the meaning of this nursing mom thing!” balasnya. “What do you understand about the word ‘nurse’?” saya menyoal lagi. “Alaaa, abi jawab aje la!” anak saya hilang sabar. Apabila …
Published on February 20, 2018 12:41
February 19, 2018
Beragama Dengan Akal Yang Sakit
Sekitar tahun 2008-2012 saya cuba wacanakan topik buku Apa Erti Saya Menganut Islam. Isi kandungan utama modul tersebut ialah membetulkan cara fikir Muslim, memposisikan dengan baik di mana Sunnatullah dan di mana Syariatullah, mengharmonikan usaha dengan tawakkal. Biar pun kursus itu sering dikategorikan sebagai kursus motivasi, saya menganggap sesuatu yang lebih daripada sekadar memotivasi. Ia …
Published on February 19, 2018 22:20
February 6, 2018
3 Jam Mencanai Idea Pendidikan Bersama Roger Osorio
Anda boleh mengikuti perkongsian Roger Osorio di https://www.rogerosoriolearning.com/ Banyak masalah yang wujud di dalam pendidikan hari ini, adalah berkaitan dengan pembelajaran. Ia adalah komponen penting di dalam pendidikan, melebihi persoalan mengajar, dan pentadbiran pendidikan, walaupun semuanya saling memerlukan lagi melengkapkan satu sama lain. Justeru, saya rasa banyak ilmu teras yang dipelajari di Finland ini berguna untuk membantu …
Published on February 06, 2018 04:41