Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 27

September 27, 2018

Isä… Minä Rakastan Sinua

“Daddy, I love you” Semasa membaca coretan seorang guru Finnish bernama Maarit Korhonen di dalam bukunya “School’s Fault?”, saya teringat kepada kejadian yang berlaku semasa saya sekeluarga bersiar-siar di city centre musim panas yang lalu. Kisah guru tersebut saya terjemahkan ke bahasa Melayu secara bebas untuk kemudahan pembaca: DI KELAS ITU Sumber:  Korhonen, Maarit. School’s …
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 27, 2018 13:56

September 18, 2018

Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku murid darjah 3 semasa saya …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 18, 2018 01:59

September 17, 2018

Hari Yang Mengubah Perjalanan Hidupku

Meninggalkan tanah air pada tahun 1993 “Emak baru dapat surat ini. Biasiswa kamu digantung!” kata emak di corong telefon. Jantung saya berdegup kencang. Terasa gelap dunia di sekeliling. “Macam mana boleh jadi macam ini? Emak tak mampu nak tanggung kamu,” emak menangis. Kalaulah emak berada di depan mata, mahu saja saya memeluknya untuk mententeramkan dia. …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 17, 2018 02:29

September 16, 2018

Yang Beragama Itu Adalah MANUSIA

“Apa yang penting ialah ilmu agama” kata seorang bapa. “Kalau ada ilmu agama, selamat semuanya” ujar seorang ibu. “Tiada maknanya pandai bab-bab lain kalau bab agama kosong” tegas seorang guru. Memberikan harapan yang sedemikian rupa kepada ‘ilmu agama’ bukanlah sesuatu yang asing. Malah ia dianggap sebagai satu perkembangan yang positif apabila kemahuan kepada agama meningkat. …
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2018 05:17

August 21, 2018

Aidiladha Tiada Lagi Bersama Bonda

Emak…  “Okay, Yop ke sekolah sekarang, ya” kata Saif. “Akak pun sama. Kalau boleh akak tak nak miss banyak belajar di sekolah hari ini” sambut Naurah. “Baiklah. Singgah LIDL, belilah apa-apa pastries buat lapik perut sebelum lunch. Selebihnya bahagi dua buat belanja kalian” saya memberikan wang EUR20 kepada mereka. Usai solat Hariraya Aidiladha di Sekolah Tuira, rasanya …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 21, 2018 06:21

August 20, 2018

Menjelang Aidiladha Tanpa Emak

Selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam, topik yang berulang kali timbul antara saya dan abang-abang adalah tentang masakan arwah emak. Apa yang kami teringat, kenang, teringin, sebab emak sudah lebih 10 tahun tidak memasak. Macam-macam cerita keluar. Sesekali bergenang air mata.  Rumah emak Sepi. Abang saya belikan jeruk maman, katanya khas untuk saya, …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 20, 2018 13:30

August 15, 2018

Implikasi Perubahan Paradigma Pendidikan Kepada Pembelajaran

Semasa Seminar ‘Sekolah Masa Hadapan: Inspirasi Dari Finland’ yang diadakan di DBP semalam, salah satu topik yang saya jadikan sebagai headline ialah anjakan paradigma pendidikan yang dahulunya memfokuskan kepada pengajaran dan isi kandungan pengajaran (teaching and content) kepada pembelajaran. Hal ini terjadi bukan hanya di peringkat kajian akademik di universiti, tetapi turut turun membumi hingga …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 15, 2018 21:47

July 31, 2018

Tanpa Emak Abah Tiadalah Saya

Tanpa emak dan abah, tiadalah saya. Abah sudah pergi meninggalkan kami sejak saya masih di bangku sekolah. Emak menjadi emak dan ayah menjaga kami anak-anak lima beradik lelaki.Emak cikgu sekolah. Berpuluh tahun beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh. Anak murid dan orang kampung mengenali emak sebagai Cikgu An.Saya anak Cikgu An. Penghargaan murid …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 31, 2018 18:38

Runtuhnya Istana Syurga Hatiku

Bismillah إنا لله و إنا إليه راجعون It saddens me to announce the untimely final departure of our beloved mother, Hajjah Kamaran Zainah Haji Mohd Jan, who passed away in her sleep early this morning. The funeral Insya-Allah will be held after ‘Asr prayer today at Masjid Kampung Pasir Puteh, Ipoh. Dengan penuh rasa sedih …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 31, 2018 04:19

July 25, 2018

Moga Kalian Dewasa Dengan Iman

1981, KAMPUNG PASIR PUTEH IPOH “Hasrizal, cikgu minta maaf sebab walaupun kamu dapat nombor satu, tapi kamu tak boleh naik ke pentas ambil hadiah. Sebabnya, kamu masuk sekolah bukan betul-betul, cuma ikut emak kamu sahaja. Cikgu minta maaf ya.” kata guru besar saya pada tahun 1981. Ketika itu saya berumur enam tahun. Saya tidak ke …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2018 06:10