Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 25
March 3, 2019
Sindrom Sheikh Saya Sahaja Yang Betul
Photo credit cindyswanslife.blogspot.com Al-Mawardi menceritakan bagaimana beliau melihat di dalam sebuah majlis ada seorang lelaki berdebat. Lawannya telah mendatangkan bukti dan hujah yang betul. Tetapi hujah tersebut dijawab oleh lelaki berkenaan: إنّ هذه دلالة فاسدة، و وجه فسادها أنّ شيخي لم ىذكرها وما لم يذكره الشيخ لا خير فيه “Sesungguhnya penghujahan ini rosak. Kerosakannya adalah …
Published on March 03, 2019 21:39
March 1, 2019
(Artikel 2008) UJIAN: Antara Berani dan Bijaksana
“Syabas Ustaz kerana berani menyatakan pendirian. Jangan takut diugut. Jangan takut kehilangan rezeki!” pujuk pembaca. “Ayuh semua, gunakan amanah ilmu yang Allah berikan kepadamu untuk menentang kebatilan. Apa ditakut pada gertakan manusia!” semangat seorang lagii. Semenjak menulis dengan bahasa yang lebih telus, saya semakin kerap menerima saranan sedemikian rupa. Seolah-olah selama ini saya tidak telus …
Published on March 01, 2019 22:54
Tidak Bersih Islam Dengan Kotor Muslim (Artikel 2008)
“Kita kena tunjukkan kepada orang-orang kafir yang kita orang Islam ini tidak semudah itu diperkotak-katikkan”, bentak seorang ‘pembela Islam’. “Ya, biar mereka tahu siapa kita!” tegas seorang yang lain. “Ajar kafir laknat tu!” berapi-apinya seorang ‘pahlawan Islam’ yang seorang lagi. Tunjukkan! Buktikan! Biar mereka nampak! Itulah kalimah yang sering diulang-ulang dengan penuh emosi, atas alasan …
Published on March 01, 2019 12:19
February 23, 2019
“Sinun Khadda’ah”, Pascamodenisme dan Kemusykilan Paradigma Perubatan
“Pendusta dianggap benar” “Yang berkata benar dianggap pendusta” “Orang amanah dianggap khianat” “Orang khianat dipercayai” Hal ini berulang-ulang kali dibaca setiap kali kita melintasi pesanan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam berkenaan dengan tahun-tahun menipu (سنون خدّاعة) dan cabaran golongan al-Ruwaibidhah (الرويبضة). Peringatan itu berbunyi: عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله …
Published on February 23, 2019 07:46
February 22, 2019
Mengembara, Usaha Melapangkan Jiwa dan Pemikiran
Baru-baru ini, saya telah dikunjungi oleh sekumpulan pelajar Malaysia yang menuntut di Turki. Mereka mewakili Jejak Europe untuk meninjau Finland dan kawasan Lapland, terutamanya dalam pemburuan Northern Light, atau aurora. SIRI 1 Kata-kata aluan 0:04 Pengalaman mengembara 0:26 Jangan kahwin awal sangat 0:35 Motif mengembara 1:03 Peluang berinteraksi 2:19 Jangan terikut-ikut 3:34 SIRI 2 Mengembara …
Published on February 22, 2019 04:25
February 15, 2019
Anti Vaksin (‘Prochoice’): Mengapa Semua ini Terjadi?
Kalaulah saya ada jawapan yang mudah untuknya. Saya ingin mengetahui hal ini kerana sebagai seorang guru, apa yang berlaku di dalam bilik darjah pada satu-satu masa, saya yakini ia mempengaruhi masa hadapan kita. Justeru, adakah gejala perdebatan mengenai topik anti vaksin, kemudian kelahiran alami, flat earth dan pelbagai lagi gelora pilihan-pilihan ‘alternatif’ di dalam pelbagai lapangan …
Published on February 15, 2019 13:56
February 13, 2019
Tiga Pilihan Untuk Mententeramkan Diri
Untuk berasa tenteram secara konsisten, kita perlu selaraskan apa yang kita percaya dengan apa yang kita buat. Apabila kepercayaan kita diuji dengan kejadian-kejadian yang tidak selaras dengan apa yang kita percaya, timbul rasa tidak tenteram dan berlaku perang dalaman (ketidak serasian kognitif atau cognitive dissonance). Contoh: Saya menyertai gerakan Islam kerana gerakan Islam itu mendidik …
Published on February 13, 2019 05:12
February 12, 2019
Bukan Sembang Budak-budak Lagi: Sosiologi Pendidikan
“Abi, I have to submit a proposal for my EE, the extended essay. I want to write something about education and psychology, and IB” kata Saif. “What is it with the IB?” saya kehairanan. “If IB is a good model for education, why can’t all schools just be the IB schools?” soal beliau. Hurmm… Macam-macam …
Published on February 12, 2019 03:34
February 8, 2019
Jalan Ini Jalan Sehala
Semakin usia meningkat, pendengaran saya terhadap sekeliling semakin merosot. Bukanlah saya menjadi pekak hilang pendengaran. Sebaliknya saya semakin beransur-ansur kurang peka dengan apa yang diperkatakan di sekeliling kehidupan ini. Ia juga bukanlah kerana sekeliling saya semakin sunyi, biar pun di Finland ini, persekitaran memang sepi daripada manusia dan kenderaan berbanding kehidupan sebelumnya. Dunia hakikatnya semakin …
Published on February 08, 2019 05:18
January 15, 2019
Berjaya Jadi Pandai Atau Terselamat Daripada Kebodohan
Mana yang lebih utama? Berjaya menjadi pandai… atau terselamat daripada kebodohan? Kata Neil Postman: This, then, is the strategy I propose for educationists — that we abandon our vague, seemingly arrogant, and ultimately futile attempts to make children intelligent, and concentrate our attention on helping them avoid being stupid.Terjemahan: “… Saya mengusulkan buat warga pendidik …
Published on January 15, 2019 13:22