Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 28

July 24, 2018

Kehendak-Nya Mereka Pergi

“Ke mana perginya mereka ini? Sudah hampir tengah malam”, saya merungut di tingkap. Saya ke dapur menghangatkan gulai. Sejak Maghrib tadi, saya sudah menyiapkan hidangan. Kari ayam, jelatah, sambal belacan, semuanya sudah saya siapkan. Malam ini saya bakal menerima tetamu istimewa. Ketika asyik memanaskan gulai, saya teringat balik kepada perbualan kami dua hari yang lalu. …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 24, 2018 01:37

June 22, 2018

Percubaan Menjual Poskad Dari Finland

Menghantar surat dan poskad menjadi satu seni komunikasi yang semakin kurang mendapat perhatian generasi masa kini. Walaupun teknologi membolehkan maklumat sampai dari penyampai kepada penerima, nilai yang ada pada poskad dan surat bukanlah pada kepantasan maklumat. Sebaliknya nilai sentuhan peribadi yang ada di sebalik tulisan tangan, penghantar, setem dari lokasi penghantaran dengan cop pos berserta …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 22, 2018 17:10

May 27, 2018

Pembayaran Zakat Melalui Sekolah Mithali Khalifah

Khalifah Model School – Secondary memodelkan sebuah pendidikan alternatif untuk mempromosikan amalan-amalan positif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah lanjutan daripada Khalifah Model School (Primary) yang telah beroperasi lebih 10 tahun, yang diasaskan oleh almarhum Prof. Muhammad Al’Mahdi Jenkins. Beliau telah menghasilkan alat yang penting dalam pembinaan dan pembentukan karakter berteraskan sains tingkah laku manusia dan prinsip-prinsip …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 27, 2018 03:21

‘Design Thinking Process’ di Dalam Slogan ‘Islam Penyelesaian’

Terperangkapnya kita dalam slogan dan retorik, ketika niat asalnya adalah untuk beramal, mungkin berbalik kepada rekabentuk kerja kita itu sendiri. Nilai utama dalam dakwah adalah amal, kerja. Tanpa kerja, dakwah itu mungkin bertukar menjadi ‘hobi’, sekadar membina utopio untuk kita berasa aman memilih kehidupan yang bertujuan, tanpa tujuan itu menatijahkan manfaat, Islam sebagai rahmatan lil ‘ālamīn. Design …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 27, 2018 01:18

May 24, 2018

Menteri dan Kementerian di Sana Sini

Kita minta Menteri Pendidikan macam-macam perkara. Jika semua yang kita minta itu boleh dibuat oleh Menteri, mungkin itulah petanda kelemahan sistem pendidikan kita. Menteri dan Kementerian Pendidikan terlalu banyak campur tangan dalam perkara kecil yang berlaku di bilik darjah hingga topik apa di bawah bab apa di dalam bab apa untuk diajar kepada murid pun …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2018 21:59

Paranoid Dengan Pendidikan Agama

Baca selanjutnya di https://finland.fi/life-society/relig... Di dalam sebuah negara seperti Malaysia, saya berasa janggal melihat perdebatan di kalangan masyarakat tentang wajar atau tidak wajarnya pendidikan agama di dalam sistem pendidikan kita. Mengapa begitu paranoid dengan pendidikan agama? Jika saya diizinkan untuk memetik Finland sebagai contoh, ini adalah sebuah negara yang ‘agama’ sangat asing di dalam kehidupan awam …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2018 14:00

Saranan Balas Kepada Pandangan Puan Elmarié Potgieter

Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Puan Elmarié Potgieter ini juga adalah harapan saya secara peribadi tentang apa yang boleh dilakukan oleh Menteri Pendidikan kita yang baharu, YB Dr. Maszlee Malik. Semalam saya telah bentangkan sedikit rumusan saya mengenai cabaran yang wujud di dalam sistem pendidikan di Malaysia kepada seorang rakan yang merupakan CEO kepada sebuah konsultan …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2018 09:08

May 22, 2018

Mangsa Kepada Imaginasi Sendiri

A post shared by Hasrizal (@iamhasrizal) on May 22, 2018 at 2:37pm PDT Kita menjadi mangsa kepada imaginasi kita sendiri. Mula-mula kita kagum dengan sistem pendidikan Finland dan membayangkannya sebagai sebuah utopia. Kita yang dakwa ia sangat sempurna, kemudian kita pula yang rasa ia terlalu sempurna, hingga tidak sesuai diteladani. Pengalaman di Instagram dan Facebook …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 22, 2018 15:37

May 21, 2018

Bagaimana Finland Membina The Culture of Trust di Dalam Sistem Pendidikan

Secara umumnya, ahli politik tidak percaya kepada warga pendidik. Kesan daripada itu, terjadilah ketiadaan percaya di kalangan masyarakat awam terhadap guru, yang sebagai reaksi kepada itu juga, guru tidak percaya kepada murid. Ini adalah satu bentuk kitaran perosak (vicious cycle) terhadap ketidak percayaan yang wujud di dalam pendidikan semasa. Pengalaman mengusulkan bahawa kepercayaan di dalam …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2018 19:51

May 19, 2018

Autism Dan Atheism

Satu lagi sebab yang SANGAT PENTING mengapa falsafah pengajaran dan pembelajaran wajib berubah termasuk (terutama) di dalam pendidikan agama ialah, kefahaman yang semakin maju berkaitan sains kognitif membantu kita memahami kenapa AUTISM mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadikan seseorang itu ATHEIST atau AGNOSTIC. Di dalam kategori High Functioning Autism, karakter-karakter tegar HFA adalah seperti …
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2018 19:41