Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 24
April 12, 2019
Drama Nur2: Manipulasi Prinsip ‘Presumption of Innocent’
“Selagi mahkamah belum membuktikan saya bersalah, saya tidak bersalah!” Ia kenyataan yang diulang berulang-ulang kali oleh Syed Hamadi. Kepada isterinya, Aisyah. Kepada bapa mertuanya, Datuk Ayah Haji. Hakikatnya, kepada kita semua yang menontonnya. Slogan presumption of innocent ini adalah kenyataan yang asasnya adalah betul. Tetapi Syed Hamadi memanipulasinya sebagaimana slogan Inil hukmu illa lillah (Sesungguhnya hukum …
Published on April 12, 2019 01:28
April 9, 2019
Melangkah ke Sekolah Finnish Sebagai Guru dan Peninjau Sistem
Jika kita singgah di sebuah sekolah Finnish, kita tidak akan merentas sebuah pagar yang berkunci. Sekolah lazimnya tiada berpagar, terbuka, tiada ‘pak guard’ dan ada banyak pintu masuk. Ia lazimnya berada di sebuah kejiranan. Kelengkapannya serba lengkap dengan keperluan asas, mempunyai beberapa ratus orang murid dan saiz setiap kelas biasanya sekitar 15 ke 20 orang, …
Published on April 09, 2019 15:39
April 7, 2019
Aku, Baca, Buku, dan Kehidupanku
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (Surah Al-‘Alaq 96 : 1) Wahyu yang pertama diturunkan ialah perintah membaca. Dia perintahkan kita membaca, dan bacalah dengan nama Dia. Kita baca untuk mendapatkan ilmu. Kita membaca kerana mahu mencari kebenaran, dan untuk menjadikan kebenaran itu dicari, kita perlu menjadi manusia yang bertanya dan menghasilkan persoalan. Berfikir. Baca …
Published on April 07, 2019 14:58
March 31, 2019
Artikel 2007: Cinta Tanpa Syarat
Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24) “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka …
Published on March 31, 2019 19:20
March 20, 2019
Rotan dan Tampar: Disiplin Murid Menurut Pandangan Klasik Ilmuan Islam
“Allah, itu pun nak terasa. Lembik!” “Manja sangat!” “Aku kalau tak kerana kena pelempang cikgu, mak bapak aku, rasanya aku tak jadi orang macam hari ni!” “Semua ini tarbiah. Ulama dulu lagi susah hidup mereka!” Guru bertindak mengasari murid secara fizikal bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat kita. Selain merotan, tindakan-tindakan seperti menampar, menarik …
Published on March 20, 2019 10:19
March 17, 2019
Mengubah Musibah Menjadi Kebaikan
Suasana hari ini susulan tragedi malang di Christchurch New Zealand mengingatkan saya kepada pengalaman kecil semasa bertugas menjadi imam di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara lebih 15 tahun yang lalu. Saya menjadi ‘imam muda’ yang tidak berpengalaman, mengendalikan sebuah komuniti Muslim yang rencam, sejurus selepas kejadian 11 September 2001. Saya mula bertugas pada 1 November …
Published on March 17, 2019 18:52
March 15, 2019
Tragedi Keganasan Christchurch: Mematikan Agenda Kebencian
Bingung. Apa ini? Subuh Jumaat itu, semasa membuka aplikasi WhatsApp di telefon, saya tergamam membaca mengenai kejadian serangan masjid di Christchurh, New Zealand. Saya tidak mengetahui skalanya, dan terheret menonton sebuah klip video yang diedar di aplikasi berkenaan. Langsung jadi kecamuk, terkejut… inna lillah wa inna ilayhi raji’un. New Zealand itu di hujung selatan, seperti …
Published on March 15, 2019 18:37
March 14, 2019
(Artikel 2007): Kenapa Mahu Menjadi Doktor?
Kenapa anda mahu jadi doktor?” saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. “Sebab minat biologi?” saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. “Sebab suka tolong orang?”saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk. “Well, come on. Ramai …
Published on March 14, 2019 15:06
March 5, 2019
‘Confirmation Bias’: Helah Minda Dalam Mencari Hujah
Credit Photo: Data Science Central Confirmation bias adalah ibu segala falasi, yang memberanakkan pelbagai bentuk falasi lain dalam kehidupan ini. Ia adalah kecenderungan kita mencari bukti-bukti yang menyokong pegangan sedia ada, dan bukannya memanfaatkan bukti-bukti yang ada untuk membuat rumusan secara objektif. Kalau sudah cenderung kepada suatu pegangan, berkemungkinan besar kita akan teruja dengan fakta-fakta …
Published on March 05, 2019 07:05
March 4, 2019
Tangan Ibu
Memapah ke Syurga Saya pernah memegang tangan ibuJari telunjuk kanannya mengerasKerana banyak memegang pena Kilometrico dan ReynoldsMenanda buku latihan anak muridnyaDan buku rancangan mengajar hariannya. Saya pernah tidak suka dengan tangan ibuKerana tangan itu mematah batang ubiMenghambat saya di petang hariYang enggan pulang ke rumah walau sudah dinihariSibuk mengejar arnab di bukit kecil pinggir landasan …
Published on March 04, 2019 08:27