Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 29
May 19, 2018
Autism Dan Atheism
Satu lagi sebab yang SANGAT PENTING mengapa falsafah pengajaran dan pembelajaran wajib berubah termasuk (terutama) di dalam pendidikan agama ialah, kefahaman yang semakin maju berkaitan sains kognitif membantu kita memahami kenapa AUTISM mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadikan seseorang itu ATHEIST atau AGNOSTIC. Di dalam kategori High Functioning Autism, karakter-karakter tegar HFA adalah seperti …
Published on May 19, 2018 19:41
May 8, 2018
Beberapa Rumusan Berkaitan Dengan PRU-14
Jika kejayaan itu adalah sebuah perjalanan dan bukannya destinasi, maka usaha-usaha sepanjang berlangsungnya kempen PRU ke-14 sudah pun menjadi sebuah kejayaan. Selama bertahun-tahun kita dilanda keresahan, keresahan korupsi, keresahan ekonomi, keresahan jenayah, keresahan gejala sosial, namun apa yang paling mendalam buat saya adalah keresahan perkauman dan sentimen keagamaan. Sedari awal pada menyedari ketidak mampuan saya …
Published on May 08, 2018 17:00
Malaikat Pun Lari Meninggalkan
Di dalam beberapa sesi live yang telah dibuat sepanjang 24 jam lalu saya dapati masih ramai pengundi atas pagar yang memerlukan assurances untuk mengundi. Mereka telah overwhelmed dengan info yang terlalu banyak. Mereka perlu kepada big picture thinking, dan conclusive opinions. Cabaran terbesar bukanlah cyber troopers BN atau pengundi tegar BN, tetapi hardcore PAS yang …
Published on May 08, 2018 04:40
May 7, 2018
Mengapa Saya Mengundi Lim Kit Siang Pada Tahun 2008?
Waalaikum al-salam saudari. Terima kasih kerana sudi mengirim mesej kepada saya. Maafkan saya kerana mengambil masa untuk membalas. Saya juga mungkin tidak berkesempatan untuk menulis panjang lebar. Saya hanya mampu menjelaskan apa yang telah saya buat dan ia tidak semestinya cara terbaik, apatah lagi untuk menjadi desakan ke atas saudari. Saya tidak mempunyai isu berkaitan …
Published on May 07, 2018 13:33
Nasib PAS Lebih Baik di Bawah Barisan Nasional atau Pakatan Harapan?
Politik adalah aktiviti yang berpijak di atas realiti. Jika BN menang, bagaimanakah nasib PAS selepas 9 Mei 2018? Sebagai sebuah parti politik, sebagai sebuah gerakan dakwah, dan sebagai rakyat Malaysia? Jika PH menang, bagaimanakah nasib PAS selepas 9 Mei 2018? Sebagai sebuah parti politik, sebagai sebuah gerakan dakwah, dan sebagai rakyat Malaysia? JIKA BN MENANG …
Published on May 07, 2018 08:27
April 28, 2018
Meidän Piti Lähteä (Kami Harus Pergi)
“Habis, apa pula tarbiah Pakatan Harapan?” Dalam banyak-banyak soalan yang bertubi-tubi hadir sebagai reaksi kepada penulisan saya di media sosial, mungkin inilah soalan yang paling menarik perhatian untuk saya berfikir. Perlukah semua yang ditinggalkan ada pengganti? Meninggalkan sebuah tarbiah, lalu perlu kepada satu tarbiah baru dan lain? Mungkin ya, mungkin tidak. Sebagaimana saya percaya, proses …
Published on April 28, 2018 17:35
April 26, 2018
Terima Kasih Untuk Sebuah Ketidaksempurnaan Kita
Setiap hari, peladang itu mengangkut air dari sungai ke kebunnya dengan dua baldi yang tergantung di hujung kandar. Di hujung sana, baldi yang sempurna. Di hujung sini, baldi yang ada luka-luka pada tubuhnya. Terbocor sedikit di atas, berlubang sedikit di bawah. Tetapi peladang itu terus menerus melakukan kerjanya seperti biasa. Baldi yang sempurna itu sombong, …
Published on April 26, 2018 17:14
April 25, 2018
‘Gangguan’ ke Atas Proses Tarbiah: Meneliti Psikopolitik Islamisme
“Kenapa?” Soalan ini sentiasa menyerang fikiran saya. Saya ingin faham, mengapa saya dan sebahagian berfikir begini, manakala sekumpulan yang lain berfikir dalam bentuk yang berlawanan. Saya bertanya kepada kawan-kawan yang terbuka untuk berkongsi maklum balas mengenai apa yang mereka fikir dan rasa semasa menempuh satu demi satu peringkat pembentukan fikrah apabila menyertai kelompok dakwah dan haraki. Sama ada PAS, …
Published on April 25, 2018 03:16
April 23, 2018
Dr Maszlee Malik: Persahabatan Merentas Masa
“Ana tak sangka anta open minded!” kata Maszlee. “Haha. Pulak dah! Anta ingat ana ni apa?” saya terkasima dengan kenyataan berkenaan. “Tak ada la. Masa di Jordan dulu, imej anta PAS totok, kan?” ujar beliau dengan nada berseloroh. “Masa di Jordan kita mana kenal. Bahtera lain-lain!” saya menjawab. Kami ketawa. Saya bertembung dengan Maszlee selepas Pesta Buku Antarabangsa …
Published on April 23, 2018 15:16
Ketakserasian Kognitif Dalam Kehidupan Semasa
Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak lama, salah seorang yang hadir …
Published on April 23, 2018 04:20


