Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 33
June 27, 2017
Anjakan Paradigma Huffaz al-Quran
“Sungguh merisaukan apabila ada huffaz yang tidak tahu hendak ke mana” saya meluahkan pandangan. “Itu sering berlaku, ustaz. Perasaan itulah yang banyak membelenggu pelajar semester akhir” jawab salah seorang sahabat. Beliau turut gusar dengan perkara yang sama di kalangan rakannya. Sudah lama saya menanti peluang ini. Peluang untuk berwacana bersama pada Huffaz al-Quran. Kelompok insan …
Published on June 27, 2017 12:34
June 14, 2017
Sesungguhnya Kamu Sentiasa Layak Diuji
“Makcik kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang penternak kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga. Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak? Tidak perlu. Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik penternak kambing tersebut. Mahu diambil si …
Published on June 14, 2017 03:24
June 12, 2017
Phenomenon-Based Learning (PBL) Untuk Integrasi Organik
Subjek-subjek yang kita kenal di dalam pengalaman bersekolah hari ini, lahir daripada proses induktif yang dibuat daripada pengalaman kehidupan serta pemerhatian oleh bijak pandai. Subjek-subjek itu membantu kita melihat, apakah sendi-sendi ilmu di sebalik realiti kehidupan. Daripada fenomena alam, lahirnya matematik, biologi, fizik, kimia, linguistik, psikologi, sosiologi dan pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Ia menjadi mata pelajaran …
Published on June 12, 2017 19:28
June 10, 2017
Reviving the Spirit of Ramadan
It is indeed a lonely battle. Perhaps a slow process to adapt to all the new routines. No more ‘Ustaz Hasrizal, no more sermons in the mosque, and no adhaans even from the minarets of mosques to signify that is it time to pray. Living in Europe is not something new to me. Six years …
Published on June 10, 2017 05:14
June 6, 2017
Dunia Menipu Si Cerdik Yang Naif
Apabila kita meluaskan tinjauan terhadap pengalaman manusia dalam beragama, persamaan dan perbezaan akan banyak bermain di fikiran untuk dicerna. Biar pun berlatar belakangkan agama, budaya, lokasi malah masa yang berbeza, manusia boleh bertemu dengan pelbagai persamaan yang menghairankan. Hairan apabila mata memandang ia sebagai berpunca daripada agama. Tetapi kehairanan itu hilang, apabila kita insaf bahawa …
Published on June 06, 2017 03:39
May 27, 2017
Tarawih di Bawah Sinar Mentari Kutub Utara
“Pelik kan, pergi masjid nak solat tarawih tapi terang benderang” kata anak saya. Kami berjalan kaki menuju ke masjid. Jarak antara rumah dengan masjid adalah sekitar 2km. Seperti biasa di sini, ke mana-mana pun kami berjalan kaki. Sesekali menaiki bas. Adakalanya saya termenung juga memikirkan pada usia 42 tahun, saya tidak mempunyai kereta sendiri, sebaliknya berjalan kaki dan …
Published on May 27, 2017 19:23
May 26, 2017
Onnellista ja siunattua ramadania teille: Menyambut Ramadan di Kutub Utara
Tidak dapat saya sembunyikan rasa sunyi dan seperti kehilangan sesuatu selama berada di Finland ini. Mungkin, kesan perubahan drastik jadual hidup di sini. Tiada lagi ceramah, kuliah Maghrib, tiada lagi ‘ustaz’ Hasrizal, dan tiada lagi kedengaran azan berkumandang di udara. Tinggal di negara Eropah bukanlah sesuatu yang asing buat saya, hasil pengalaman enam tahun bermastautin …
Published on May 26, 2017 08:40
May 18, 2017
Projek FATIH, Sultan Abdul Hamid, Atatürk, John Dewey dan Erdoğan Dalam Sistem Pendidikan di Turki
“Pada saya, projek FATIH itu merugikan. Wang yang banyak dilaburkan untuk melengkapkan sekolah dengan teknologi, tetapi transformasi ke atas pedagogi dan idea mengenai pendidikan tidak diutamakan. Sudahnya, budak-budak guna tablet untuk selfie sahaja!” kata Okan. Selepas kelas terakhir kami semester ini, saya meluangkan masa berbual dengan rakan Turki di kelas kami. Di Finland, pengalaman saya …
Published on May 18, 2017 01:45
May 4, 2017
Mahu Menulis Atau Tidak Mahu Menulis?
“Ramai yang mahu membaca, maka kena rancak menulis” “Ini strateginya. Tulis begini, ia akan laku keras” “Orang sekarang mahu tulisan dalam bentuk ini, maka pilihlah sama ada mahu menulis mengikut kedegilan diri, atau menulis sesuatu yang berpotensi untuk laku dan dibaca” “Apa gunanya menulis sesuatu yang tidak dibaca?” Desakan oleh soalan sebegini menghantui penulis. Bukan …
Published on May 04, 2017 03:03
April 27, 2017
Pandangan Golongan ‘Berjaya’ Terhadap Tujuan Sebuah Pendidikan (Functionalism)
“Sekolah sepatutnya jangan kisahkan sangat aku, aku, aku. Me, me, me. Itu yang budak-budak sekarang jadi lemak!” kata Ahmad. “Memanglah famili aku miskin. Tapi aku kerja keras. Alhamdulillah dapat rezeki masuk sekolah asrama penuh. Di situ pun, bukannya boleh senang lenang. Masih kena terus kerja keras. Kalau malas-malas, tak kiralah UPSR 5A, PMR straight A’s …
Published on April 27, 2017 09:11