Othman Talib's Blog, page 4

May 17, 2019

Tajuk 1436 : Post VIVA..


Pernah dengar post-viva ? Ptg ni aku adakn sesi post-viva yg mungkin tak pernah berlaku dlm dunia PG.

Angel aku Nor Tutiaini membuat ulangan viva nya (post viva) dihadapan angels yg lain.. bagi menunjukkan cara persembahan ketika viva. Beliau lulus viva 2 minggu lepas dgn minor correction dan GOT.


Selepas itu.. angel Hajar Mariah pula buat pra-viva sbb akn viva next week... so kitapun tegurlah persembahan dia dgn penuh kasih sayang... eewah.

Baginilah PLC dlm 'OT n Gangs'... semua angels saling membantu...

Ingatan aku..
1. Sediakn slide yang ringkas
2. Letak point yang power2 jer
3. Jangan le tulis ayat mcm dalam tesis
4. Elakkan membaca dari slide... panel bukan buta huruf
5. Habiskan presentation dalam 15 minit !

OT


Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:48

Tajuk 1435 : Research context dan discussion of findings..


1. Masih ada yg tanya lagi.... knp mesti tulis mcm ni?

"Findings of the study indicated that …. thus this finding is in line with that highlighted in X (2012) study. This finding is also supported by other research, such as that by Y (2009) who reported …"


2. Research Context (RC)?
RC adalah semua aspek yg berkaitan dgn kajian spt persekitaran social.. budaya... amalan.. lokasi / setting dan reka bentuk kajian. Dapatan dari kajian yg bbeza... dlm konteks yg bbeza mmberikn interpretasi berbeza, lebih2 lagi dlm kajian social science. Menggunakan instrumen dan sample yg bbeza dari kajian anda juga mbawa interpretasi yg berbeza.

3. Maka... bukan satu keperluan mjadikan dapatan kajian2 lepas sbg 'menyokong' atau tidak dapatan kajian anda ... sdgkn kajian2 tsbut blaku dlm konteks yg berbeza.

4. Kajian obersi misalnya terus2an dibandingkn dgn dapatan kajian sendiri sdg konteksnya mungkin saja jauh berbeza.

5. Apa yg lebih utama adalah mengupas dapatan kajian anda sendiri yg dikaitkan dgn data yg diperolehi serta theoretical dan conceptual framework yg mjadi asas kajian (quantitative) anda.

6. Menggunakan terus dapatan kajian lepas utk menyokong kajian anda menunjukkan anda spt telah melakukan 'duplikasi' kajian2 lepas tersebut... nak2 geng GAP yg awal2 kata kajiannya xpernah dibuat lagi... klakar lah pulak.

OT

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:46

Tajuk 1434 : GAP lagi..


Dialogue IR4.0

A: Apa gap kajian ko ni?
B: Tiada kajian sebelum ini kaitkan teori motivasi X dgn IR4.0. Disitu wujud kelompongan.
A: Macamana ko tahu?
B: Aku baca 100 artikel, tak jumpapun yg kaitkan teori X dgn IR4.0
A: Berapa lama ko cari tu?
B: Dekat 2 semester jugaklah...
A: Memanglah bro, 1000 artikel pun ko takkan jumpa yang kaitkan teori X dgn 4.0 tu .. adoiii


OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:45

Tajuk 1433 : 116 nilai dalam DSKP..


Dalam proses melaksanakan DSKP... ada konsep 'unpack curriculum' utk dijadikan learning outcome. Berikut aku buat skit unpack DSKP dari aspek afektif... dalam bentuk senarai, tak mampu nak sampai bentuk learning outcome...

A. Enam tunjang DKSP
1. Komunikasi
2. Sains dan Teknologi
3. Perkembangan Fizizkal dan Estetika
4. Ketrampilan diri
5. Kemanusian
6. Kerohanian, sikap dan nilai

B: Tiga domain kandungan standard
1. Pengetahuan
2. Kemahiran
3. Nilai

C: Enam pendekatan inkuiri:
1. pembelajaran berpusatkan murid
2. konstruktivisme
3. pembelajaran kontekstual
4. pembelajaran berasaskan masalah
5. pembelajaran masteri
6. strategi dan kaedah yang berkaitan.

D: Sembilan kemahiran pemikiran kritis
1. Mencirikan
2. Membandingkan dan membezakan
3. Mengumpulkan dan mengelaskan
4. Membuat urutan
5. Menyusun mengikut keutamaan
6. Menganalisis
7. Mengesan Kecondongan
8. Menilai
9. Membuat kesimpulan

E: Sepuluh kemahiran pemikiran kreatif
1. Menjana idea
2. Membuat hubungkait
3. Membuat inferens
4. Meramalkan
5. Mengitlakkan
6. Membuat gambaran mental
7. Mensintesis
8. Membuat hipotesis
9. Menganalogi
10. Mereka Cipta

F: Tiga Strategi berfikir
1. Mengkonsepsi
2. Membuat keputusan
3. Menyelesaikan masalah

G: Dua belas kemahiran proses sains
1. Memerhati
2. Mengelaskan
3. Mengukur dan menggunakan nombor
4. Membuat inferens
5. Meramalkan
6. Berkomunikasi
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
8. Mentafsir data
9. Mendefinisi secara operasi
10. Mengawal pembolehubah
11. Membuat hipotesis
12. Mengeksperimen

H: Lima kemahiran manipulatif
1. Mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul.
2. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
3. Melakar spesimen, bahan, peralatan sains dengan tepat.
4. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
5. Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul

I: Enam Kemahiran berfikir aras tinggi
1.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.

2.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

3.
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

4.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

5.
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.

6.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.

J: Dua belas Sikap saintifik
1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar
2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
3. Luwes dan berfikiran terbuka
4. Rajin dan tabah menjalankan / menceburi sesuatu perkara
5. Sistematik, yakin dan beretika.
6. Bekerjasama
7. Bertanggungjawab ke atas diri, rakan serta alam sekitar.
8. Ikram
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi
10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
11. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
12. Menyedari sains salah satu cara untuk memahami alam.

K: Sembilan Kemahiran Abad 21 (PAK21)
1. Berdaya tahan
2. Mahir berkomunikasi
3. Pemikir
4. Kerja Sepasukan
5. Sifat ingin tahu
6. Berprinsip
7. Bermaklumat
8. Penyayang / prihatin
9. Patriotik

L: Lapan Elemen merentas Kurikulum EMK
1. Bahasa
2. Kelestarian Alam Sekitar
3. Nilai Murni
4. Sains dan Teknologi
5. Patriotisme
6. Kreativiti dan Inovasi
7. Keusahawanan
8. ICT

Dan yang berikut, aku hanya mampu naytakan sahaja, cerakinkanlah sendiri.

M. Empat tahap standard proses sains
N: Tujuh langkah penyiasatan saintifik
O: Lima tahap penguasan standard prestasi...

Dan nilai-nilai yang juga ditekankan...
P: Toleransi / nilai sejagat
Q: Nilai moral / sivik
R: Nilai beragama
S: Sivik
T: Semangat kesukanan
U: Keusahawanan
V: Kepatuhan peraturan jalanraya
W: Pengurusan Kewangan
X: Kitar semula / teknologi hijau / lestari
Y: Nilai merentas budaya
Z: TVET

Fuhhh... cukup A-Z .... ada sekurang2nya116 aspek yang sebahagiannya secara explisit ditulis dalam DSKP dn sebahagiannya secra implisit... mungkin ada lagi yang aku tak larat dah nak unpack.

OT
Foto - macam nilah kalau 116 orang ... LEMAS !


Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:43

Tajuk 1432 : Selepas STEM..Competency-based education ?


Aku fikir, selepas ini akan muncul perkataan Competency-based education (CBE) dgn satu falsafah "almost all learners can learn equally well if they receive the kind of instructors they need" dan “the development of complex capacities that enable students to think and act in various fields of activity... consists of achieving knowledge in action, the result of a sound knowledge base that can be put into practice and used to explain what is happening”


Ada 3 unsur utama dalam CBE ...
1. kandungan dalam CBE diasaskan dari sumber pekerjaan sekarang dan jangkaan akan datang
2. Murid ditafsir berasaskan kompetensi yang di capai
3. Pentafsiran merangkumi unsir penguasaan pengetahuan, sikap dan bukti kompetensi..

Menurut IBE "Competence can be used as an organising principle of curriculum. In a competency-based curriculum, exit profiles specify the classes of situations that learners must be able to handle competently by the end of their education. Depending on the type of education, these classes of situations are identified either on the basis of real-life or work-related situations or on the internal logic of the discipline in question..."

Smile..

OT

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:41

Tajuk 1431 : STEM.. di manakah STEM?


Aku ini slow skit. Maafkan aku atas kelembapan aku...

1. Bila baca pasal STEM mesti dikaitkan Abad 21 supaya lahirnya generasi berteknologi dan innovation. Ini macam ayat thesis.


2. Kemudian dikaitkan bahawa STEM perlu bermula disekolah rendah. Tapi aku tengok sekolah rendah macam tu jer, makmal sains pun tak ada apa lagi makmal STEM.

3. Pengiraan maths sekolah rendah misalnya klu dulu hanya bentuk lazim, mak ayah yang motong getah pun senyum jer nak ajar anak... sekarang ada berbagai bentuk pengiraan, mak ayah yang buat PhD google pun tak jumpa jawapan. Adakah itu kerana STEM?

4. STEM dikaitkan dgn 4C - Collaboration, Creative, Critical dan Communication. Yang aku nampak, cikgu2 yang bertungkus lumus dgn 4C ni, bukan murid.

5. STEM juga dikaitkan dgn HOT. Nak faham STEM mesti kena faham yang asas. Mana LOT?

6. STEM adalah integrasi subject yang 4 tu. Masa bila pulak ini berlaku? Kalau dalam sains persembahan data dgn graf dan carta dinamakan 'Berkomunikasi" tetapi dalam Maths benda yang sama dinamakan 'Pengurusan Data'... kat mana plak berintegrasinya?

7. STEM dan KBAT perlu seiring... macam Hail Amir dan Uji Rashid. KBAT bukan sebarang KBAT, ini KBAT mesti ikut skema !

8. STEM dikaitkan dengan minat mempelajari STEM subjek. Jap.... minat sapa?

Selamat bersahur...

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:40

Tajuk 1430 : Gap - adakah menumpang dalam dunia research ?


1. Masa PhD, bertungkus lumus mencari gap - 'sesuatu' yang belum dibuat lagi'. Gap spt zikir.. semuanya tentang gap. Sikit-skit "mana gap ?" ..." dah jumpa gap ?"
Dasyat.


2. Nak tahu apa yang belum dibuat lagi kena plak baca artikel. Bukan senang, baca apa yang SUDAH dibuat tapi cari apa yang BELUM dibuat.
Memang dasyat.

3. Tambah dasyat lagi baca dari puluhan sampai ratusan artikel. Makin banyak dibaca, makin banyaklah yang dah dibuat... makin susah nak cari apa yang belum dibuat.
Ternyata dasyat.

4. Sebab itulah bila dah abis PhD, tak tahu plak nak buat kajian apa.. sebab dah malas baca artikel ratus-ratus. Kalau malas baca artikel, nak dapat mana gap?

5. Hebatnya penangan gap hanya sementara.... selepas itu terus dilupa spt tiada harga... malah tiada siapapun akan menyebutnya...

6. Dalam dunia research diluar sana, yang didambakan adalah inovasi, prototype, development, creativity, simplification, system, IR4.0... yang membawa maksud yang dinamik.... weird kalau terdengar ada yang masih menyebut gap...

Selamat Malam....
Isilah malam Jumaat dgn amalan sunat.

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:39

Tajuk 1429 : School is not about textbook..


Aku dah lama citer... biar org lain plak citer... school is not about textbook .. and textbook.. and lot of exercise books... naknya baru Tahap 1 primary... School is about learning and even better without textbooks...

Tqvm Cik Moki...

OT

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:38

Tajuk 1428 : Tak abis2 lagi ke isu pembaris?


Ada yang PM minta aku jelaskan kenapa aku timbulkan isu pembaris... katanya isu remeh.

1. Isu pembaris ini nampak remeh, diremehkan dan dibuat tak tahu jer. Mengukur format tesis utk ketepatan mm terakhir ini dilalui setiap PG di Msia, buat seorang dua. Paling best, semua IPTA melakukannya.. sebab cara berfikir dunia PG kita ni sepesen je... satu buat semua ikut.


2. Ketahuilah... beratus ribu yang mesti melalui 'ukuran pembaris ni' maka beratus ribu jugalah yang kena redo itu dan redo ini termasuk reprint... kuar duit yang bukan sedikit, masa yang terbuang... sedang VIVA dah lulus cemerlang, correction dah cantik... tapi masih tersangkut dek ukuran pembaris ! Tunggu lagi... sedang ukuran yang terkhilaf lansung tidak menjejaskan apa2 isi dan persembahan tesis.

3. Kalau mean pun dibaca misalnya 50 mm dgn s.d 5 mm, dan dari mean ni dikira segala macam tok nenek analisis lain, maka standard error dibawa ke merata analysis, takkan ukuran page, margin dgn s.d. 5 mm terus diminta redo.

4. Now zaman digital.... semua digitalised. Dalam proquest yang ada berjuta2 tesis tu ada beratus ribu pulak format, tiada sapa kisahpun, sebab memang basically semua tesis telah ditulis dgn KEMAS.. tambahan yang ingin dibaca adalah isi... bukan perbezaan margin 5mm

5. Aku tak nampak benda ini remeh. Aku nampak benda ini menyusahkan, membazir dan kelihatan 'kurang cerdik' bila berlaku dalam dunia PG sedang tesis hanyalah unpublished manuscript (bukan spt buku atau artikel yang akan diterbitkan) yang hanya utk disimpan sebagai bukti hasil kerja PG... sementelahan tiada uni top didunia lain lakukan secara yang kita amalkan.

Procedure ciptaan sendiri yang weird .. dgn rigidness yang menyusahkan

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:35

Tajuk 1427 : Status ini khas utk wanita (lelaki boleh curi2 baca) !


Aku memilih yang 'manis' dan 'sweet' ..

Sering aku terbaca wanita mengomel dalam FB... sambil menulis 'lelaki hanya pandang yang cantik sahaja'.


Benarkah begitu?

1. Cantik adalah subjektif. Ada yang beli berbagai jenis kereta wpun mengikut kemampuan dan memilih pelbagai warna kerana masing2 tetap melihat aspek kecantikkan secara yang berbeza. Ada yang suka hitam dan ada yang suka merah.

2. Begitu juga wanita pada mata lelaki. Wpun secara umum, ada wanita kelihatan cantik berbanding yang lain, tetapi Allah janjikan manusia ini berpasangan, bermakna sesiapapun ada insya Allah pasangan masing2, regardless cantik spt yang dibebelkan oleh wanita.

3. Cantik bukan jaminan bahagia. Kalau permata yang cantik, ia menjamin harga tinggi yang kekal, lagi lama lagi berharga. Kecantikan wanita belum lagi menjamin kebahagiaan yang kekal. Ia mungkin hanya satu bonus sahaja ... 'nasib baik muka kau cantik' !

4. Kalau wanita ada yang cantik dan kurang cantik, begitu juga lelaki. Malah ramai lelaki so-so memiliki wanita cantik dan sebaliknya. Mereka bahagia. Ada pasangan yang meletop kerana dua2 cantik dan dan hensem... tetapi tidak kemana pun.

5. Kalau lelaki suka melihat wanita cantik, maka yang cantik tu adalah wanita. Maka berusahalah kelihatan 'cantik' .... bukan seksi atau menggoda atau tergedik2.

6. Kemas, bersih, senyum, pandai, sopan, menutup aurat, pandai mengaji, ada asas agama, intelektual, boleh berbahasa Inggeris, Arab, France dll adalah antara ciri2 CANTIK kepada kebanyakkan lelaki. Jagalah penampilan.. jaga juga 'figurative'' atau 'body shape' ... supaya sesuai dan 'sedap-sedap' mata memandang, sebab lelaki tak pun memilih 36-24-36 yang hanya ideal bagi seorang wanita, sedang dia sendiri pun mampu nak tunjukkan sixpack !

7. RIngkasnya, bersederhana adalah perkataan yang sesuai.. utk mewakili kecantikan seorang wanita.

8. Kalau tanya aku.... aku suka yang 'manis' ... sweet gitu... tanpa perlu make up tebal. Aku tak berapa kisah wanita cantik tetapi aku 'selesa' dgn wanita yang 'sweet'. Sweet tu aku jer yang tahu... sukar plak nak tafsir sbb ia soal 'pandangan hati'...

9. Lelaki tak suka wanita membebel sebab akan hilang 'cantik' jika suka sangat membebel... (sebab tu dikatakan macam mak nenek). Kalau sekali sekala membebel barulah 'sweet'... ha ha ha... Kalau nak marahpun... cakap baik-baik.. cool... hati lelaki tetap akan cair....

I love you my sweetheart..

OT

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2019 02:34

Othman Talib's Blog

Othman Talib
Othman Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Othman Talib's blog with rss.