Shima Rostam's Blog, page 20
February 7, 2017
Ayah, tulusnya kasihmu
Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.
Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ke? Soal saya memula bicara.
"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan macam-macam perasaan. Biarlah saya upah teksi."
Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.
"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."
Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.
"Allahuakbar!. Saya pula yang menitis air mata..
Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaan nya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya.
Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak anak terjerumus dosa.
Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang tuhan jadikan.
Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya bila zaman berubah, ramai anak yang terlupa, yang teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat!
Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.
Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!
Alfatihah kepada ibubapa kita samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Aamiin.
Sebarkanlah... mana tahu boleh bantu merapatkan hubungan anak dan ayah ibunya.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
February 6, 2017
Bab 7 : Hati Yang Kau Sakiti
Ami berjalan tanpa arah. Dengan memakai pakaian semalam, dia terasa ditelanjangkan oleh mata-mata keranjang. Dadanya sesak. Takut dan malu bercampur baur. Tapi dia hilang arah. Tidak dapat berfikir cara pulang ke kolej. Tidak juga berfikir untuk membeli pakaian dan menggantikan pakaian yang dipakainya sekarang. Kenapa dia bodoh sangat ikut hati yang betul ni? Ami geleng kepala beberapa kali. Kalau boleh dia mahu ketuk kepalanya kuat-kuat biar hilang semua apa yang berlaku semalam. Kerana cinta dia bertindak bodoh. Padahal cinta Hafiz tu cinta nafsu. Singkatnya fikiran membuatkan dia melanggar prinsip hidupnya. Impian indah yang ingin digapai sudah hilang di sebalik kabus. Kakinya terus melangkah. Sesekali dia menundukkan wajahnya apabila terselisih dengan orang. Dia menyeka air matanya. Dia sekarang tidak ubah seperti gadis yang hanyut di dalam arus keseronokan dunia. Dia yang bodoh kerana mengikut kata hati yang luka. Kononnya ingin dibuktikan bahawa dia bukan gadis yang membosankan. Tapi hendak membuktikan pada siapa? Lelaki yang melukai hatinya? Yang memandang kaca itu bagaikan kristal yang mahal. Sekarang ni semuanya sama, dia dah setaraf dengan mereka. Kaca yang cantik bila dipegang tapi bila terlepas dari tangan, mudah berderai pecah. Agak lama dia berjalan ikut kaki tanpa arah tujuan sehinggalah sampai ke depan Pasar Seni. Tempat ini selalu menjadi kesukaannya melepak apabila dia malas pulang awal ke kampung. Duduk di tepi Pasar Seni sambil mendengat lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi jalanan. Ami duduk di situ, melangu dengan fikiran kosong. Beg didakap rapat ke dada. Dia merasa tidak selesa apabila merasakan ada mata melihatnya. Menganalisa keadaan dirinya sekarang. Dia semakin merengkukkan tubuhnya, seolah-olah kalau boleh nak masuk sembunyi di dalam tas tangan yang dipeluknya. “Kenapa dik?” Ami tersentak. Dia angkat wajah dan pandang seorang lelaki berdiri di depannya sambil jinjit sebuah gitar. Wajahnya bersemu merah. Dia ingat siapa lelaki ini. Penyanyi jalanan yang membuat persembahan setiap minggu. Malu. Ami tundukkan wajahnya. Hatinya menangis lagi. Dia menggelengkan kepalanya. Dia mahu lelaki itu segera pergi. Tapi sebaliknya, lelaki itu duduk disebelahnya. “Menangis tak akan menyelesaikan sebarang masalah, dik. “Jangan ikutkan sangat. Macam orang tua kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Lelaki itu melihatnya sambil kerut dahi. “Abang rasa macam pernah adik ni. Dulu pakai tudung kan?”Nak tak nak Ami angguk. Malunya... Lelaki itu geleng kepala. Tak percaya sangkaannya betul. “Mana tudung dah pergi? Dari mana ni?” lelaki itu pandangnya lagi inginkan jawapan. Ami tunduk. Tak mampu nak jawab. Sebab jawapan itu nanti akan lebih memalukan dirinya sendiri. Tidak mahu terus mendesak. Lelaki itu bangun. “Tunggu kat sini. Jangan pergi ke mana-mana ye” pesannya sebelum melangkah masuk ke dalam sebuah kedai pakaian bersebelahan dengan Pasar Seni.Lima belas minit kemudian, dia keluar dengan satu plastik. Dihulurkan kepada Ami. “Pakai selendang ini. Tutup yang mana tidak tertutup,” arahnya. “Adik mesti tahukan, kecantikan seorang wanita ini bukan terletak pada rupa parasnya yang ayu atau susuk badannya yang seksi tetapi terletak pada sifat malu yang ada pada dirinya. Abang juga tahu kau dulu seorang yang pandai menjaga kecantikan diri. Tapi abang tidak tahu apa yang membuatkan kau berubah. Sebelum terlambat, abang nak nasihatkan sikit, kalau ada apa-apa masalah, jangan jauh dari Allah Taala. Sebab DIA-lah Pendengar yang memahami setiap masalah hambanya.”Air mata Ami mengalir lagi. Apa yang abang itu cakaplah, semuanya betul. Hatinya terpukul. Singkat akal ikut kata syaitan yang menghasut dalam hati. “Pergi balik. Dekat diri pada Allah Taala. Dia yang jaga hati kita. DIA jugalah yang akan tolong diri kita jika kita nak DIA tolong.” Ami teresak. Kata-kata abang ini memukul hatinya. Dia yang ikutkan kata hati, membuatkan hatinya semakin terluka. Akibatnya semakin banyak dosanya. Rasanya tidak mampu ditanggung lagi. ‘Abang’ itu tidak menunggu lama di situ. Dengan gitar di tangannya, dia mengambil tempat di tengah-tengah laluan pejalan kaki di tepi Centre Market. Beberapa saat kemudian terdengar irama dari gitar yang dimainkannya...Sepanjang perjalanan iniLembah dan lurah ku lewatiKetenangan yang ku cariBelum ku temui
Ku menghimpun doa bertahunMencari pepohon yang rimbunBertemu dahan yang rapuhTempat ku berteduh
Dulu aku sendiriKini masih sendiriHadapi hidup iniSusah senang diri kuTak bertempat mengaduSeperti burung kepatahan sayap…Dihati kecil ku menaruh harapan…
Selagi hidup belum sudahAku akan terus melangkahKu yakin rahmat buat kuDi hadapan menunggu…
Menghayati lagu dimainkan, Ami larut dalam perasaannya sendiri. Mendalam maksud lagu menaruh harapan yang dimainkan oleh Abang itu. Ami sedar sesekali mata abang yang sedang memetik gitar itu menyapa dirinya yang masih lagi terus kaku di situ. Tak lama kemudian, Ami mengangkat muka dan bertembung pandang dengan mata Abang itu yang seolah-olah menyalurkan semangat untuknya. Dalam kepayahan dia mengukir senyum sebelum melangkah pergi. Apa yang berlaku tetap telah berlaku. Dia perlu melangkah ke hadapan. Langkah pincang ini harus dibetulkan segera. Sesal sekarang tiada gunanya jika dia terus pasif dengan musibah demi musibah yang melanda dirinya ini. Dia perlu bangkit. Semalam itu merupakan kesilapan yang terbesar dalam hidupnya. Moga-moga selepas ini, dia akan menggunakan akal terlebih dahulu sebelum mendengar kata hatinya.Telefon yang berdering tidak dihiraukan. Sengaja dibuat mode silent. Biarlah mereka nanar mencarinya. Dia pula nanar mencari harga diri yang telah hilang. Kesuciannya telah dirampas tanpa disedarinya. Tapi puncanya dari dia juga. Mana dia nak pergi sekarang ni. Yang pasti dia tidak ingin balik ke biliknya untuk beberapa seketika. Wawa... aku minta tumpang bilik Wawa lah. Ditarik telefonnya. Berpuluh panggilan tidak dijawab tidak dihiraukan. Begitu juga dengan whatapps dan sms. Dia tidak mahu bercakap atau berjumpa seorang pun dari mereka. Rasa dikhianati melebihi segalanya. Segala marah dan kesal terpendam menjadi satu dendam. Tidak semudah mudah kesuciannya dirobek, kemaafan diberikan. “Assalamualaikum Wawa.. Aku nak tumpang bilik kau buat dua tiga hari, boleh?”“Kau ada masalah ke?”“Hmmm...”“Okey, datanglah.”“Tapi boleh kau ambil aku dekat KTM tak dulu?”“Kau dari mana ni?”“KL..”“Okey...”“Thanks Wawa, setengah jam lagi aku sampai. Aku dah ada dalam tren ni.”“Okey, aku gerak sekarang.”Talian diputuskan. Ami tarik nafas. Tentu apabila berjumpa dengan Wawa nanti banyak soalan bermain dalam benaknya. Matanya berkaca lagi. Sedih sebab dia bodoh ikutkan nafsu sendiri. Bulat mata Wawa apabila melihat pakaian yang dipakai oleh Ami. Mulutlah laju nak bertanya. Tapi mujurlah akal sempat memintas. Ami tidak akan minta pertolongannya kalau bukan betul-betul dalam kesusahan. Ami juga bukan seorang yang suka berkongsi masalah dengan kawan sendiri lebih-lebih lagi kalau dia rasa kawannya itu penyibuk. Jadi dia lebih baik tunggu saja nanti. Topi keledar dihulurkan. Ami ambil tanpa banyak soal. Dia terus panjat di belakang Wawa. Setelah selesa dengan duduknya. Dia tepuk bahu Wawa. “Dah.”Wawa tekan gear dan terus menggerakkan motosikal honda EX5 nya. Ami pegang kejap pinggang Wawa. “Kau ni okey ke tak okey ni?” soal Wawa sedikit kuat. Ami angguk. “Okey.”“Kau outing semalam?” Ami angguk lagi. Wawa pandang Ami melalui cermin pandang belakang. “Giler kau... “Memang aku buat giler pun semalam. Pagi ni pun rasa giler lagi,” getus Ami tanpa sedar. Wawa toleh pandang Ami. Nasib baik mereka berhenti di lampu isyarat. Tidaknya mahu terbabas mereka nanti. “Kau cakap apa ni Ami?”“Kau buat apa?”
Ami geleng kepala. Dia tidak mahu bercakap pasal malam tadi.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
February 5, 2017
Anda Pasti akan terpukau!!!
Assalamualaikum
#selfreminder
*Baca pelan-pelan dan Baca Sampai Akhir*
*Anda Akan Terpukau*
▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك . Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air , namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada dihati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu. ▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه . Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya
▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, karena Allah telah bersumpah dua kali "sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitn bersama kemudahan"
▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
الحياة سألت الموت :لمآذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة
Kehidupan bertanya kepada kematian: mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?maka maut menjawab: "karena kau adalah *kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan"*
▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
لا نعلم بعد رحمة الله ما الذي سيدخلنا الجنة ؟؟ أهي ركعة ، أو صدقة ، أو سقيا ماء ، أو حاجة مؤمن قضيناها ، أو دعوة ، أو ذكر !!!!فاعمل ولا تستصغر !!!!!!
kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!
▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .
Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembutdan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus
▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
تعجبني القلوب التي تستقبل الألم بصمت و تبرر أخطاء الآخرين بحسن نيه .Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengann diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik
▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
عندما تظن بأن بعد الشقاء سعاده ، وبعد دموعك إبتسامة فقد أديت عبادة عظيمه ألا وهي حسن الظن بالله*ketika kau meyakini bahawa setelah kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman*, _maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah_
▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
إذا أتعبك ألم الدنيا فلا تحزن .. فربما أشتاق الله لسماع صوتك وأنت تدعوه .. لا تنتظر السعادة حتى تبتسم .. ولكن ابتسم حتى تكون سعيد .. لماذا تطيل التفكير والله ولي التدبير .. ولماذا القلق من المجهول وكل شيء عند الله معلوم .. لذلك إطمئن فأنت في عين الله الحفيظ .. وقل بقلبك قبل لسانك « فوضت أمري إلى الله » طيب الله أيامكم بذكرهJika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu........dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.........mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang maha Mengatur.... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu........oleh karena itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang maha Menjaga......dan ucapkan dengan hatimu debelum dengan lisanmu...........aku serahkan segala urusanku kepada Allah
▁▂▃▄▅▅▄▃▂▁
: كلام جميل %إذا لم تعرف عنوان رزقك.. فلا تخف.. لأن رزقك يعرف عنوانك.. فإذا لم تصل إليه.. فهو حتما سيصل إليك.*jika kau tidak tahu alamat rezekimu*...... janganlah takut......karena rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......nescaya dia akan sampai kepadamu...
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل %إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!قال تعالى: "فمن عفا وأصلح فأجره على الله"
jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!Allah berfirman *"dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah".*
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل %عندما نتأخر عن الدوام ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!*ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu karena malu kepada majikan.*....maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل %لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها "إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"
*jangan kau iri kepada seorangpun kerana sebuah nikmat,* karena kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya...... dan janganlah bersedih karena sebuah musibah, karena kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu......... Allah berfirman _"sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira"_
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل %حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :حكمة يابانيةُِ :ليس كل سقوط نهاية فسقوط المطر أجمل بدايةُ
bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل %يقول حكيم يوناني:كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..دائما الحمدلله علىَ كل حال ''dahulu aku menangis karena aku berjalan tanpa alas kaki.... namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya......maka selalu ucapkanlah alhamdulillah pada setiap keadaan
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل %يوماً ما ستكتشف:"أن حزنك حماك من النار وصبرك أدخلك الجنة"
pada suatu hari kau akan menemukan: bahwa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل %من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).
diantara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل %- لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى..استعن بالكريماستعنْ بالرحيماستعن بالعظيم
jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل %•إن ضاقت عليك أمورك! » ففي القرآن جنتك .
• إن آلمتك وحدتك ! » فإلى السماء دعوتك .
• إن سألوك عن أخبارك ! » فاحمد الله و ابتسم .
jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamuDan jika kesendirianmu menyakitimu , maka kelangit kirimkan doamudan jika mereka bertanya tentang kabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
أخيراً:• إذا نويت نشر هذا الكلام! » انو به خيراً لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا
Sebagai penutup..Jika engkau berniat utk share faedah yg sangat berharga ini,,*Jgn lah lupa berniat baik/Luruskan Niat*_Semoga dg niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dlm segala urusan kita.._Keberkahan dlm rezeki kita..Dijaga dr segala marabahaya..Diluaskan rezeki kita..Dijaga aqidah kita beserta klrga dan anak cucu dr segala aliran dan aqidah yg menyimpang..Dan ditutup umur kita semua dlm keadaan husnul khatimah,Amiinn Allahumma Amiinn..
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
هدية للأحباب..أرسلها لقائمتك ليشهدوا لك بذلك غداً ولا تحرم نفسك الأجر بإذن اللهHadiah utk saudaraku yg kucinta..
Berbagilah akan faedah ini kpd handai taulan supaya mereka kelak menjadi saksi akan ibadah ini.
(Copy & Paste group whatapps)
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
February 1, 2017
Bab 6 : Hati yang kau sakiti
Pagi tu Ami bangun dengan kepala yang berat. Seluruh tubuhnya terasa sakit. Perit. Dia cuba bangun dan selimut yang menutupi badannya terjatuh membuatkan kulitnya di gigit suhu dingin penghawa dingin. Serta merta mata Ami terbuka luas. Di mana aku ni. Di pandang tubuhnya yang terdedah dan di angkat selimut yang menutupinya, tiada seurat benang pun di badannya. Terasa pergerakan di sebelah kirinya, Ami menekup mulutnya. Dia takut!
Wajahnya pucat. Dia ramas rambutnya sendiri. Apa dah jadi? Macam mana aku boleh berada di dalam bilik ini? Dia tekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Bibirnya digigit kuat. Seketika, dia menenangkan dirinya. Dipandang wajah lelaki yang tidur terlengkup di sebelah. Amru? Dipandang belakang badan yang terdedah. Dia tahu Amru juga berkeadaan sepertinya. Air mata perlahan menitis. Dia ketap bibir. Digelengkan kepala beberapa kali. Tak mungkin!
Biar apapun yang berlaku semalam. Dia tidak ingin tahu. Malah tidak ingin mengingati langsung peristiwa semalam. Semalam dia out of mind. Tidak berfikir secara waras, tidak berfikir secara lojik. Hanya menurut kata hati yang kecewa. Cepat-cepat dia mengutip satu persatu bajunya yang berteraburan di atas lantai. Menyusup masuk ke dalam tandas untuk menyucikan diri.
Di bawah pancuran air, Ami menangis semahu-mahunya. Apa yang telah dilakukan ini. serta merta dia teringat wajah ibu dan ayah di kampung. Yang mengharapkan kejayaannya bukan kehancurannya. Hanya kerana putus cinta dia hilang pertimbangan. Hanya dalam satu malam dia hilang segala-galanya. Kesakitan di bahagian kemaluannya tidak dihiraukan. Memang padan mukanya. Apa yang telah berlaku salah dirinya. bukan orang lain. Dia yang bodoh. Dia yang akhirnya mengikut bisikan syaitan. Tentu sekali mereka meraikan kemenangan mereka semalam.
Amru tersedar dari lenanya ketika Ami berada di dalam bilik air. Mulanya dia tidak mengingati apa yang berlaku dan di mana dia berada, tetapi lama kelamaan dia mula mengingati dalam samar-samar apa yang berlaku semalam. Terdengar orang sedang mandi di dalam bilik air. Dia bersama dengan Ami semalam. Dia yakin sangat.
Tidak berapa lama kemudian, dia mendengar pintu bilik air dibuka, Amru memejamkan matanya kembali. Dia menunggu Ami mengejutkannya. Tidak pun membelasahnya di atas apa yang terjadi semalam. Tapi jangkaannya meleset. Ami keluar senyap-senyap tanpa mengganggunya.
Setelah pintu ditutup rapat, barulah Amru membuka matanya dan merenung pintu yang tertutup. dia menarik nafas panjang. Mata Ami bengkak. Mukanya sembap. Itulah yang sempat dilihat di sebalik kelopak matanya yang tidak tertutup rapat. Lama dia merenung siling putih.
Entah berapa lama dia termenung di atas katil ini. Setelah hilang sakit kepala, barulah dia bangkit dari katil. Bilik ini berselerak dengan pakaiannya. terus dia melangkah menuju ke bilik air tetapi terhenti seketika, Amru kembAali ke katil yang ditidurinya, ditarik kain selimut daripada katil, setompok warna merah jelas kelihatan di atas cadar. Amru Hafiz terduduk di situ.
Hanya Aali dan Khairi yang dapat memberikan jawapan itu. Dia harus mencari mereka berdua. lalu cepat-cepat dia memasuki bilik air untuk membersihkan diri dan keluar dari situ. Dia harus mencari mereka berdua terlebih dahulu.
Amru memecutkan keretanya menuju ke kondo Aali dan Khairi. Mereka berdua tinggal bersama di sebuah kondo di Pandan Indah. Sampai di sana, bertalu-talu dia menekan loceng pintu. Lima belas minit menunggu barulah pintu dibuka. terus Amru menerjah masuk ke dalam rumah. Aali masih lagi dalam keadaan mamai, terpinga-pinga melihat Amru yang terburu-buru masuk ke dalam kondonya.
“Apa yang kau bubuh dalam minuman aku semalam hah?”
“Kenapa kau aniaya kami?”
“Apa yang kau cuba lakukan hah?”
Bertalu-talu soalan dihamburkan kepada Aali yang masih lagi terpinga-pinga itu. Matanya masih lagi terasa kelat, mengantuk.
“Relax arrr... bro.. Aku cuma nak tolong kau lupakan masalah hati kau. Sebab itulah aku masukkan pil khayal di dalam minuman kau,” bersahaja Aali berkata-kata. Dia merebahkan badannya ke sofa di ruang tamu itu. Khairi mungkin masih lagi diulit lena bersama Syida. dan Kirana masih lagi tertidur di dalam biliknya.
“Bullshit. itu bukan nak tolong tetapi perangkap aku dalam masalah. bengong..” hampir-hampir Amru ingin menumbuk Aali. Hatinya terasa amat geram.
“Hei... relax arrr bro... itu pun kau nak marah. Bukan ke kau happy semalam?”
“Happy kepala hotak kau.. Kalau dah telan benda tu, dunia kiamat pun tetap happy jugak,” Amru menjawab geram. Geram dengan sikap selamba Aali itu dan juga geram dengan apa yang dia lakukan semalam. Bukan boleh diulang kembali. Kalaulah tahu begini jadinya, tak mungkin dia akan ikut mereka ke kelab semalam.
Amru cuba bertenang. cuba mencari kesabarannya yang kian menghilang. Aali hanya memandangnya dengan wajah selamba tanpa riak rasa bersalah.
“She virgin...” Amru berkata perlahan.
“I know... memang dia gadis baik,” Ah selamba lagi Aali menjawab.
“Habis tu kenapa kau sabotaj kami berdua, sengaja pedajal kami?” marah Amru. Dikepalkan tangannya, menahan diri dari menumbuk wajah Aali.
“Sebab kau pun lelaki baik. Tak guna kau terus merana kerana perempuan itu. Tak guna kau terus mengharapkan perempuan materialistik itu merayu kau kembali. Come Onlah. Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab. Kau sudah pun dapat daranya. Kau patut bertanggungjawab atas apa yang kau lakukan,” selesai berkata-kata Aali pandang Amru dan angguk kepalanya.
Huargh... Dia mengantuk lagi. Awal pagi baru tidur semalam. Letih bersenam.
Amru gosok kepalanya kuat. Habis kusut rambutnya. Minda dan jiwanya berserabut. Dia pandang Aali yang bersahaja dengan mata terpejam. Sakit hati dengan tingkah laku Aali seolah-olah ini bukan masalah besar baginya. Dia telah berzina! Dosa besar! Merosakkan maruah seorang gadis.
“Entah-entah si Ami tu bukan baik pun. Kalau dia baik, tentu dia tidak datang ke kelab itu. tentu dia tidak menggoda aku dan tidur dengan aku malam tadi” Amru cuba untuk menutupi kesalahannya. Teringat Ami yang tidak selesa ketika mula-mula masuk ke kelab. Nampak jelas airmukanya menyesal datang ke tempat ini. Dan semuanya berubah selepas dia kembali dari tandas.
“Dia tak salah... Semalam pun dia macam kau jugak... Jadi mangsa aku. Aku cuma nak tolong korang lupakan kesakitan yang korang tanggung untuk seketika” Aali buka cerita sebenar.
Memang caranya salah dan semalam dia tidak terfikirkan itu semua. Saja dia ingin perdajalkan Amru tetapi setelah mendengar cerita Kirana semalam, rasa bersalah tiba-tiba muncul di dalam hati, tinggi menggunung. tidak patut dia jadikan Ami sebagai mangsanya permainannya. Pasti gadis itu semakin down setelah kejadian semalam menimpanya.
“Aku rasa Ami adalah gadis terbaik untuk kau. Kau bertanggungjawablah atas apa yang berlaku semalam. Aku yakin kau takkan menyesal nanti.”
Lalu tanpa tanya, dia menceritakan apa yang diketahui tentang Ami. Penyesalan Kirana. Kekasihnya itu, walaupun sosial seperti gadis-gadis bandar yang lain, dia sesekali tidak akan mengkhianati kawannya. Ami sangat baik dengannya, tidak memandang serong dengan tingkah lakunya. Sesekali dia akan menasihati dengan kata-kata yang baik. Patutnya dia menjaga gadis itu dari dicemari tetapi entah mengapa dia mengikut sahaja kata Aali untuk memasukkan pil khayal ke dalam minumannya.
“Semalam setelah kami tinggalkan kamu berdua di dalam bilik tu, tiba-tiba Kirana menyesal. Puas kami ketuk pintu bilik hotel tu tetapi korang tidak bukak. Semalaman Kirana dan Syida tidak tidur, hanya pagi tadi baru mereka lelapkan mata” terang Khairi yang baru keluar dari biliknya.
“Dia gadis yang baik. lagipun kau dah ragut kesuciannya. Jadi patutnya kau bertanggungjawab.”
Lama Amru terdiam. Semalam, apa yang terjadi diluar kawalannya. Dia sedar tapi tidak mampu untuk menahannya. Desakan dari Ami, desakan nafsunya sendiri membuatkan dia bertindak diluar kawalan. Dia mahu hentikan tapi tak sanggup. Dia sedar itu. Pengaruh pil itu yang membuatkan dia lemah mengawal nafsunya sendiri.
“Mana dia? Kau tinggalkan dia begitu saja kat hotel tu?” Soal Aali setelah menyedari Amru datang ke kondonya seorang diri.
Amru tersentak. Dia pandang Aali. Teringat Ami yang senyap-senyap keluar dari bilik pagi tadi. Dia pula tiada keinginan untuk bersemuka dengan gadis itu. Dia juga masih dalam kekejutan. Apa yang terjadi, bukan dia inginkan. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Sedangkan mereka baru berkenalan tak sampai satu hari, celik mata berduaan di dalam bilik hotel itu.
“Dia dah pergi sebelum aku bangun...” Amru menghela nafas berat.
“Aku akan bertanggungjawab. Tapi mana nak cari dia?”
Aali tayang sengih.
“Kirana dan Syida roommate dia. Nanti mereka akan tolong kau.”
“Kalau dia tak nak?” perlahan suara Amru menuturkannya.
“Takkan kau nak jadi lelaki dayus yang lari dari tanggungjawab pulak,” tempelak Aali.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
January 31, 2017
Review Berikan Aku Peluang MencintaiMu
Alhamdulillah... Pagi yang indah... Mood pun kena sentiasa indah juga...
Minggu lepas BAPM ada yang telah dapat. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi membeli dan membaca karya saya ini.
Terima kasih- terima kasih...
Setakat ini saya terima review yang positif...
Review Pertama oleh Zura
Done 29/10/2017 ( 11 )
January 22, 2017
Bab 5 : Hati Yang Kau Sakiti
Tanpa sedar tingkah laku Amru mendapat perhatian Syida. Dia mengulum senyum. Nampaknya Amru macam berminat. Ami ukir senyum plastik. Dia seolah-olah baru sampai ke planet baru. Dia pula makhluk asing yang cuba menerokai dunia asing. Semuanya terlalu asing di pancainderanya. Di sini tiada wajah manusia yang muram ataupun bersedih. Di sini hanya ada wajah penuh dengan keceriaan dan keseronokan. Pergaulan tanpa batasan. Berpelukan dan berciuman di khalayak ramai seolah-olah benda itu terlalu biasanya.
Muzik rancak tiba-tiba bertukar rentak perlahan. Yang terkinja-kinja menari tadi telah berubah menjadi kucing parsi yang kesejukan cuba bermanja dengan tuannya. Ami pandang lengannya. Bulu roma telah tegak berdiri. Ini bukan dunianya. Dia yakin. Inilah kali pertama dan terakhir jejakkan kaki ke tempat seperti ini.
Dia pandang ke depan dan matanya berlaga pandang dengan lelaki bermata tajam di hadapannya. Mereka bertatapan seketika. Ami gugup. Tak berani menatap lama, dia tunduk pandang meja. Gelagat mereka mendapat perhatian Aali.
Aali peluk bahu Syida.
“Kita menari,” didorong Syida supaya bangun dan bergerak ke lantai tarian. Begitu juga dengan Khairi dan Kirana.
“Korang tak nak menari?” soal Khairi kepada mereka berdua.
Pantas Ami geleng kepala. Dia harap masa akan cepat berputar. Dia mahu cepat-cepat keluar dari sini. Tapi nak suarakan kepada Syida dan Kirana, dia terasa bersalah. Mereka dah ingatkan tadi. Berkali-kali tanya, betul ke nak ikut.
Padan muka aku.
“Aku minum je. Kejap lagilah,” balas Amru. Matanya masih lagi melekat di wajah Ami.
Mereka berempat beredar dan meninggalkan mereka berdua. Tapi sorotan mata mereka tetap ke arah meja mereka tadi.
“Ehemm...”
“Buat apa kat sini? Ini bukan tempat awak boleh suka-suka datang,” tegur Amru.
Ami tersentak. Melolot matanya pandang lelaki yang duduk di depannya.
“Saya suka datang. Kenapa? Tak boleh?” soal Ami sinis. Dia jeling Amru.
Disisipkan coke dihadapannya.
Amru geleng kepala.
“Awak nampak lost dan tidak sesuai dengan tempat bingit ni. Saya tahu awak seorang gadis yang baik.”
“Jangan jadikan alasan putus cinta membuatkan awak bertindak diluar batas norma hidup awak.”sambungnya lagi. Mata Amru pandang lantai tarian. Dia angkat tangan apabila bertentang mata dengan Aali.
“Awak bukan seperti kawan awak tu. Yang sukarela biarkan diri mereka disentuh sesuka hati oleh tangan-tangan asing.”
Ami diam. Kata-kata Amru itu betul. Ini bukan jenis kehidupan yang dilaluinya. Ini juga bukan kemahuannya. Tapi disebabkan nak buktikan kepada diri dan juga Hafiz, dia bertindak rela diri ikut ke tempat seperti ini.
Amru perasan Ami tak selesa dengan keadaan sekeliling. Dia jadi kasihan.
“Kalau nak balik, saya boleh hantar balik,” tawar Amru.
Ami tarik senyum sekilas. Dia pandang Amru, nampak keikhlasan di wajah itu. Tapi kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan. Hatinya, walaupun tahu salah tetap tidak akan berganjak sehingga ke akhirnya. Dia dalam lembutnya ada kerasnya juga. Dia sama sekali tidak akan buat kerja separuh jalan.
“Tak apa. Saya nak tunggu Syida dan Kirana. Balik sekali dengan mereka.”
“Belum tentu mereka akan balik ke kolej nanti,” gumam Amru perlahan.
Ami kepal tangannya sendiri. Dia tahu itu. Sejak sebilik dengan mereka berdua, boleh bilang beberapa kali sahaja mereka balik ke kolej setelah keluar di hujung minggu. Hatinya dah mula tak keruan. Tak tahu ke mana lagi mereka akan pergi selepas ini. Dia pandang Amru yang masih lagi memandangnya. Tapi dia juga tidak percayakan lelaki di hadapannya ini. Kali pertama berjumpa di tempat seperti ini haruslah hatinya ragu-ragu.
Entah-entah keluar mulut harimau masuk mulut buaya.
“Ikut suka awaklah.” Akhirnya.
Tak guna dia memaksa gadis itu. Kalaulah ini yang dia mahukan. Matanya ditalakan ke lantai tarian kembali. Kemudian menjelajah memerhati gelagat pengunjung sepertinya. Yang bagaikan telah berada di alam mereka sendiri. Yang hanya dipenuhi dengan keseronokan dan keasyikan duniawi.
Dan matanya terhenti di sebuah meja yang agak terlindung. Wajah seorang gadis amat dikenalinya. Sedang berpelukan dengan seorang lelaki. Tanpa segan silu gadis itu membenarkan mulut lelaki itu menjelajah leher jinjangnya. Dia geleng kepala. Sia-sia sahaja cintanya selama ini.
*****
“Khairi kau.. ada bawa pil tak?” tanya Aali. Di dalam kepalanya ada perancangan untuk menghiburkan hati lara mereka berdua malam ini. Biarkan mereka enjoy malam ini sehingga melupakan segala-galanya.
“Ada,” lalu diseluk poket seluar dan diberikan kepada Aali. Kemudian Aali memberikan satu biji kepada Kirana.
“Kau gila ke? Tak nak aku. aku takkan khianati kawan aku”
“Khianat apa? Kau kan nak hiburkan hati dia tengah frust. Biarlah mereka enjoy malam ni…”desak Aali.
“Tapi…..” Kirana masih lagi teragak-agak.
“Tapi apa lagi… masukkan ke dalam coke dia je” arah Aali lagi.
“Lepas tu biar mereka sendiri yang tentukan. Nak enjoy atau nak terus bersedih!”
“Kau tak nak cuba menari?” soal Kirana setelah kembali ke meja mereka.
Ami geleng kepala. Tak sanggup bergeser-geser dengan lelaki. Ada juga tangan nakal yang sengaja cari makan. Geli geleman bila difikirkannya.
“Rugilah. Buat apa datang kalau tak nak menari?” sampuk Khairi pula.
“Kau ni malam ni, kenapa berat punggung pulak?”
“Tak ada mood!” balas Amru ringkas. Matanya pandang lagi Ami. Hatinya nak sangat tarik Ami keluar dari situ.
“Satu lagu je. Aku yakin kau akan suka nanti.”
Ami sengih terpaksa. Wajah berharap Kirana dan Syida ditatap. Dia akhirnya angguk.
“Aku nak pergi tandas kejap.”
“Mari.. Aku pun nak ke tandas jugak,” Syida tarik tangan Ami supaya ikutnya. Dia jeling Kirana dan lain-lain.
“Aku keluar merokok kejap,” beritahu Amru pula.
Selesai masalah. Bibir Aali terukir senyum jahil.
Dan segalanya menjadi begitu indah selepas itu. Ami tarik tangan Amru ke lantai tarian. Dia mahu menikmati keindahan malam ini. Lelaki ini tiba-tiba nampak kacak di matanya.
Penangan sebiji pil menjadikan Ami hilang pertimbangan. Dia merasakan dunianya semakin indah. Sakit di dalam hatinya sudah tidak terasa. Terasa dunia telah menjadi miliknya. Ditemani lelaki kacak. Lebih kacak daripada Hafiz. Ami terus hanyut dalam dunia barunya.
Begitu juga Amru… kecewanya bagaikan hilang dan kini dia telah menemui seorang bidadari yang cantik. Yang sedang menghiburkan dirinya dan menemanibnya. lalu keduanya bagaikan hanyut di dalam dunia khayalan masing-masing. Aali tersenyum puas. Tidak salah rasanya menolong kawan melupakan seketika derita di hatikan?
Ah...Fatamorgana duniawi telah membuatkan mereka tersesat mencari jalan keluar. Keindahan yang dirasakan ini terlalu sayang untuk dilepaskan. Mereka kian hilang di dalam dunia indah yang tiba-tiba muncul. Baru tadi dirasakan kepedihan dek kelukaan yang dilakukan oleh seseorang yang tidak pernah tahu menghargai cinta. Kini di dalam dunia yang hanya dihuni oleh mereka berdua sahaja, cukup indah, cukup mempersonakan. Mereka kian lupa diri, siapa mereka, dengan siapa mereka bersama dan di mana. Mereka terus ketawa dan ketawa.. indahnya dunia ini.
“Kita tak boleh biarkan mereka begitu.”
“Biarlah. Mereka juga manusia. Saling memerlukan antara satu sama lain.”
“Kau giles ke? Esok sanggup makan penumbuk Amru tu?”
Aali sengih. Dia angkat bahu. Jika itu akibat daripada permainannya malam ini, dia sedia bagi tubuhnya menjadi puching bag. Aali tersenyum jahat. Bukan dia tak sedar bekas kekasih Amru juga ada dalam kelab ini. mata wanita itu melolot tengok Amru berpelukan di lantai tarian. Dia puas. Terbalas sakit hatinya selama ini.
“Paling teruk aku masuk hospital. Amru pula akan bertanggungjawab di atas perbuatannya.”
Khairi geleng kepala. Syida dan Kirana diburu rasa bersalah. Mereka tidak patut bawa Ami bersama mereka malam ini.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
January 17, 2017
Berikan Aku Peluang Mencintaimu Versi Cetak
Saya lupa nak umumkan dekat blog ni. Novel ketiga saya dah keluar pre-order. Of course versi cetak kali ini. Dengan penambah baikkan. Siapa pernah baca? Cer angkat tangan sat!
AlhamdulillahAlhamdulillahAlhamdulillah...
Permulaan yang baik untuk 2017. Sebelum saya mahu berlari dan terus berlari nanti..Pre - order dah dibuka dengan harga diskaun hebat. Free pos lagi ditawarkan sehingga hujung bulan Januari 2017. Jadi tunggu apa lagi, tak boleh lepaskan peluang ini. Kena order sekarang!
Harga Diskaun : RM20/23 Free Pos sehingga 31 Januari 2017. ( Harga asal RM 23/26 - Pos akan dikenakan)Blurb
Mizz-Lady: Sepanjang kita kenal, I tak pernah minta apa-apa. Tak pernah mendesak. Tapi masa takkan tunggu sepertimana I tunggu you. Dalam hati memang tersemat rasa ingin berjumpa dan bercinta macam pasangan lain. Tapi bila you berikan alasan, I terima seadanya. I fokus pada kerja. Tapi nampaknya esok atau lusa, I tak tahu adakah I mampu menunggu dan terus menunggu lagi.
Saat dia sudah bersedia memperkenalkan dirinya, Riya terlebih dahulu menerima pinangan Zamri, teman sekampusnya dahulu. Terkedu dengan kenyataan yang sangat memilukan itu, Noble-Man akur dengan takdirNYA.Bermula saat itu, ternoktahlah satu hubungan yang dicipta di alam maya. Antara Mizz-Lady dan Noble-Man hanya tinggal kenangan. Itu cinta pertama mereka.
Riya Adriana. Itulah nama “facebook” Riya. Kepada Murni, adik iparnya disampaikan pesan untuk menjadi mata mengikuti perkembangan gadis yang dicintai.
“Nanti abang akan bagi nama dia dalam Facebook. Murni request jadi kawannya. Jadi mata abang. Jika dia bahagia, jangan beritahu abang. Tapi if something happen dalam hidupnya, inform abang terus. Boleh?” – Noble-Man

“Tapi kenapa” – Murni
“Sebab abang nak pastikan dia sentiasa bahagia. Bahagia dia adalah bahagia abang. Derita dia adalah derita abang. Salah abang dulu. Masa tidak dapat diundur kembali. Sekurang-kurangnya hati abang lega kalau dia sentiasa bahagia.” – Noble-Man
5 tahun berlalu, Riya bersama puteri kesayangan. Kerana Zara, dia kembali mencari rezeki. Namun, kerana status yang dibawa, dia difitnah menggoda bosnya sendiri, Syed Al-Aiman. Lelaki berusia awal 40an yang masih bujang. Bukan dia yang menggoda, tapi Syed Al-Aiman yang mendekatinya. Niatnya hanya satu, mencari rezeki.
“Janda... Apalah yang menarik sangat? Bekas orang pula tu. Cantik lagi anak dara. Bergetah dan ada umph lagi.” – Riya
“Tapi orang kata janda lagi ada umph berbanding anak-anak dara zaman sekarang. Tak semuanya suci seperti zahirnya. Jadi pada I, lagi baik janda sebab kita telah pasti keadaannya,” - Syed Al-Aiman.
Kehadiran Syed Al-Iman sedikit sebanyak mengubah hidupnya. Zara yang kehilangan kasih sayang seorang ayah kini mula merasainya semula. Dia seperti lama mengenali lelaki itu. Dan dia juga bagaikan melihat bayang-bayang seseorang dalam diri Syed Al-Aiman. Namun dia sedar, dia mesti lupakan kisah lalu. Dan yakinlah hati yang Syed Al-Aiman akan menjaga hatinya sampai mati.
Riya menerima lamaran kali kedua untuk menjadi isteri Syed Al-Aiman. Dapatkah sekeping hati yang masih terlakar nama Noble-Man menerima dan mencintai Syed Al-Aiman yang sah menjadi suaminya? Dan apakah cinta laman mayanya kembali terkubur? Riya Adriana, berikan aku peluang mencintaimu!
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
January 13, 2017
Bawang merah Oooo bawang Merah..
Assalam..
Eh ni bukan cerita bawang putih bawang merah tau... Saya tak karang lagi cerita untuk budak-budak ni... Hehehe.. Just nak khasiat bawang merah ni...
Saya dah amalkan, Alhamdulillah setakat ini memang berkesan. Saya juga ada baca dalam encik google.. Ada satu daerah di Indonesia apabila ada anak yang baru dilahirkan mereka akan cucuk Bawang merah dan letak berdekatan dengan bayi tersebut. Kononnya nak lindungi bayi itu dari penyakit.
Memang betul. Sebab bawang merah berfungsi menarik segala bakteria dan kuman di dalam udara dan membersihkan udara di sekitarnya. Jadi bayi tersebut terhindar dari sakit berjangkit seperti batuk, demam dan selesema.
Saya dah cuba dan ia memang berkesan. Bila ikram macam nak demam saya dah potong bawang merah letak dalam bilik. Alhamdulillah ke esokkan harinya dia tak jadi demam. Begitu juga bila saya selesema atau Encik Suami batuk. Saya letak je bawang merah kat dalam bilik. Jadi tak berjangkit dan cepat sembuh orang yang kena.
Satu lagi kegunaan bawang merah adalah dia dapat membersihkan darah. Caranya, potong bawah merah nipis dan bulat. lepas tu letak di tengah tapak kaki dan pakai stoking sebelum tidur. Pagi esok bangun mesti ringan rasa badan tu..
Sebenarnya banyak lagi khasiat bawang merah ni.. Dan saya nak cuba satu lagi.. telinga berdesing.. Telinga saya memang sentiasa berdesing. Nanti saya cuba dan saya akan beritahu hasilnya..
Jadi kalau ada yang sedang demam atau anak-anak demam, cuba petua bawang merah ni malam ini dan lihat hasilnya pagi esok. In Shaa Allah dengan izin Allah Taala dapat sembuh dengan cepat.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
January 9, 2017
Bab 4 : Hati Yang Kau Sakiti
“Aku ikut!”
Terhenti tangan Kirana yang sedang menconteng mukanya. Dia berpAaling pandang Ami yang bersila di atas katil.
“Kami nak ke kelab malam.”
“Aku tahu. Sebab itulah aku nak ikut.”
Syida datang dekat Ami, kemudian dia letak tapak tangan di atas dahi Amina. Spontan kepala Ami bergerak ke belakang. Dia pegang tangan Syida.
“Aku tak demamlah. Aku waras lagi,” bentak Ami. Masam mukanya.
Takkan aku cakap nak ikut aku ni dah jadi orang sewel!
“Kau tidur kan tadi? Mesti tengah mamai ni Kira.”
Ami juih bibir.
“Aku dah lama bangun, dah siap mandi dan solat. Mana ada mamai.”
“Habis tu, tiba-tiba cakap nak ikut tu apasal? Bukan ke orang mamai ke yang cakap luar alam.”
Ami garu kepala. Tahu dah mesti dua orang rakan sebiliknya takkan percaya apa yang dia cakap tadi. Tapi agak-agaklah cakap aku ni bercakap di luar alam. Aku faham dan tahulah apa yang dicakap tadi.
“Aku nak rasa pengalaman ke kelab tu. Best ke tak best!”
“Kelab tak sesuai dengan kau lah. Takkanlah kau nak masuk kelab dengan pakai tudung dan berbaju kurung?” tempelak Kirana. Mengarut betul Ami ni. Selama mereka sebilik, ada beberapa kAali Ami nasihatkan mereka supaya menjauhkan diri dari aktiviti kupu-kupu malam ini. Tapi biasalah mereka, dengar telinga kanan keluar telinga kiri. Tak pula mereka terasa hati. Ada baiknya juga ada seseorang berani menegur mereka. Bukan tak nak berubah. Tapi sayang nak tinggalkan keseronokan yang dirasai ini.
Syida geleng kepala.
“Tak payah pergilah Ami. Tempat tu tak sesuai untuk gadis macam kau ni,” nasihat Syida pula.
“Habis tu sesuai sangatlah dengan korang berdua. Apa bezanya aku dengan korang sehingga kena dibeza-bezakan ni?” soal Ami tidak puashati. Bengang dengan kata-kata Syida tadi.
“Hafiz cakap aku ni membosankan. Kolot yang tak reti nak menikmati hidup ni. Ajak dating malam-malam tak boleh. Nak pegang tangan pun tak boleh. Jadi aku nak buktikan aku ni bukan seorang yang membosankan. Aku juga boleh menikmati night life,”
Diam Kirana dan Syida mendengarnya. Mereka berat hati. Membawa Ami sekAali bererti mengheret Ami masuk ke dunia gelap mereka. Kehidupan malam yang penuh dengan keindahan dan keseronokan sementara. Jadi kalau boleh mereka tidak mahu merosakkan gadis sebaik Ami.
“Biarlah apa yang dia nak kata. Lagipun aku suka kau putus dengan dia. Kau dan dia tak sesuai langsung,” perlahan Kirana memujuk.
“Dan biarlah korang nak cakap apa. Aku tetap nak ikut jugak!” tegas Ami.
Kirana dan Syida angkat bahu. Tak tahu nak cakap apa dah.
“Confirm kau takkan menyesal dan salahkan kami nanti?”
Laju Ami angguk. Apa nak jadi, jadilah. Malam ini dia mahu ikut kata nafsu.
Syida bergerak ke almarinya dan membelek-belek baju yang sesuai untuk Ami.
“Nah kau pakai baju ni.”
Selesai tukar baju, Kirana pula memulakan tugas menconteng wajahnya Ami dengan warna warni. Rambut hitam berkilat Ami sengaja dibiarkan lepas bebas. Tidak perlukan sentuhan yang berlebihan kerana rambut Ami dah cantik semula jadi.
“Wow perfect… Beautiful…Damn sexy” Puji Kirana setelah selesai memekapkan Ami.
“Kau memang cantik dan ayu Ami. Kecantikan kau terlindung dek pemakaian kau selama ini. Hafiz tu memang rambang matalah. Orang yang cantik macam ni dia lepaskan, pilih pula cantik plastik seperti Lisa tu” Dalam memuji Syida mencaci Hafiz. Syida jeling Kirana. Angguk.
Memang betul apa yang dicakapkan. Dengan susuk tubuh yang sederhana tinggi, dikenakan pula jeans ketat dan blaus ungu yang mendedahkan sebahagian bahunya, Ami kelihatan cantik sekAali. Mungkin juga dia tidak pernah memakai baju seperti ini menjadikan dia kelihatan amat cantik.
“Betul ke?” Soal Ami. Sedikit menyesal. Dia merasa tidak selesa lebih-lebih lagi dengan pandangan mata Kirana yang jatuh pada leher dan dadanya yang terdedah. Ini baru perempuan yang memandang. Kalaulah lelaki? Tak tahu apa tingkahnya pula.
“Aku rasa pasti kau akan menjadi perhatian kat kelab nanti” ujar Kirana.
Setengah jam kemudian mereka siap.
“Cepat, Aali dah ada dekat bawah,” gesa Syida.
Rasa menyesal dilempar jauh. Cardigan hitam dan selendang sengaja dipakai ketika keluar dari bilik. Syida dan Kirana tak banyak soal.
“Aku tanya sekAali lagi ni. Kau pasti ke nak ikut kami ni?” soal Syida. Dia tidak mahu tengah jalan Ami ubah fikiran.
“Pasti!” jawab Ami yakin.
“Okey, jom turun.”
****
“Siapa tu?” soal Aali berbisik.
“Ami.. roommate Kira.”
Aali angguk.
“Yang alim tu ya?”
Kirana sengih. Ami ketap bibir. Berbisik pun telinganya dapat dengar. Bunga-bunga penyesalan dah timbul dalam hati Ami. Tapi dia tetap tak hiraukan. Alang-alang dalam kereta ni, baik ikut sampai habis.
“Kenapa dengan dia?”
“Kira ajak dia?” pantas Kirana menoleh.
“Taklah. Dia yang nak ikut. Baru putus cinta tu. Bila orang kecewa ni, jangan halang apa yang dia nak buat. Bagi dia pelepas angin. Takut jadi meroyan pulak,” balas Kirana.
Ehem... Syida berdeham menegur.
“Aku dengar dengan jelas dan terang cik Kirana,” suara Ami.
“Kau jangan nak cakap yang bukan-bukan pula. Tak pasal kena buat U-turn pulak kang.”
Aali sengih. Dia buat isyarat zip mulut. Dalam kepalanya pula dah terbayang Amru. Juga baru lepas putus cinta. Kalau ditemukan dua orang ni pun bagus. Mana tahu sama-sama kecewa dan sama-sama dapat membantu mengubati hati yang terluka itu.
Dia raba samsungnya dan di tekan nombor Amru. Buat seketika dia menunggu di tAalian.
“Hello.. kau buat apa?”
“Aku on the way ke bukit bintang. Tempat biasalah. Jom..”
“Alrite..” lebar senyuman Aali apabila Amru setuju nak join sama. Dalam kepalanya telah dirangka sesuatu. Biar mereka berdua enjoy malam ni. Senyuman terukir di bibir Aali dilihat oleh Kirana.
Dia tak suka senyuman itu. Dia tahu sangat makna disebAalik senyuman itu. Tangan Kirana mencubit paha Aali. Keningnya bertaut apabila Aali menoleh kepadanya seketika.
Pap..
Kirana geleng kepala.
“Mereka tengah kecewa. Jadi kita patut buatkan hati mereka lupa tentang kekecewaan itu. Malam ini biar jadi milik mereka berdua,” bisik Aali. KAali ini betul-betul di lubang telinga Kirana.
“Trust me. Mereka takkan kecewa!”
Kirana terdiam. Dia pandang Syida melalui cermin sisi. Nampak keruh wajah kawannya itu. Manakala Ami pula leka pandang di luar tingkap kereta yang bergerak laju itu.
*********
Suasana malam minggu di jalan bukit bintang dan Pavilion amat meriah. Pertama kAali Ami keluar malam, dia merasa teruja. Sepanjang setahun belajar di KL, inilah kAali pertama dia berjalan di sini. Bagaikan siang hari, ramai orang berjalan-jalan di sini terutamanya pelancong asing. Lampu-lampu berwarna warni menghiasi jalan-jalan ini menjadikan sepanjang jalan terang benderang. Sungguh happening.
Patutlah Hafiz meninggalkan dia yang hanya tahu kolej dan dewan kuliah sahaja. Tempat-tempat seperti ini tidak pernah dijejakinya. Ah terasa mundurnya dia berbanding Lisa dan juga temannya yang dua orang ini. dia tidak pernah tahu malah tidak terdetik pun untuk keluar ke sini malam hari. Cuma apabila ditinggalkan barulah dia mengambil langkah drastik untuk keluar dari kepompong kebiasaannya mala mini.
Tidak lama kemudian kereta yang dinaiki oleh mereka berhenti di tempat letak kereta di belakang sebuah kelab malam. Keluar dari kereta Ami mengikuti Kirana dan Syida memasuki the beach club. Ami merasa takut-takut. Di dalam hati, penyesalan mula timbul. Bagaikan baru tersedar dari mimpi… Ya Allah apa yang aku sedang buat nih. Kenapa aku tidak terfikir sebelum ini. Ami memandang pakaian yang tersarung di tubuhnya itu, cukup membuatkan dia menjadi perhatian mata-mata keranjang. Hatinya mula menggigil takut. Dia jauh ditinggalkan di belakang, terpaksa pula menyelit-nyelit di celah orang ramai yang berada di dalam kelab itu.
Sesekali berpapasan, mata-mata miang tidak lepas memerhati tubuhnya bagaikan ingin menelanjanginya di situ. Gulp. Dia terasa macam tak pakai apa-apa pun.Nafasnya dah sesak. Mampu ke dia bertahan beberapa jam dalam ni. Bunyi muzik terasa maacam nak pecah gegendang telinganya. Berdentum-dentum pula jantungnya mengikut irama tersebut. Manusia semakin hanya menggoyangkan tubuh mereka mengikut irama.
Ami mengambil tempat di sisi Syida. Dia memesan jus oren. Manakala Syida dan Kirana tidak segan silu memesan tiger dan carlberg. Ami pandang sekali imbas lelaki yang duduk semeja dengan mereka. Tentunya kawan-kawan Kirana dan Syida.
“Siapa dia ni?” tanya salah seorang lelaki yang berada bersama mereka yang Kirana kenalkan sebagai Khairi, yang pendiam itu pula, Amru Hafiz.
“Roommates aku, dia tengah frust ni. Sebab itulah ikut korang ke mari.”
Ami diam dan tunduk. Dalam diam Amru perhati Ami dari atas ke bawah. Nampak sangat gadis ni jakun. Macam tak pernah datang ke tempat macam ni.
Dia geleng kepala, kesal. Gadis ini tak patut masuk ke dalam kelab ni. Bukan di sini tempat dia. Mahu rasanya dia tarik tangan gadis itu keluar dari kelab ini.
***********
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
January 2, 2017
Bab 3 : Hati Yang Kau Sakiti
Assalamualaikum...
Sebab update guna phone.. Jadi tak leh up cover sekali.. Tak lepas..
Menyampah!
Berbulu mata tengok perangai tak berapa cerdik dua makhluk Allah tu. Sudah-sudahlah tu nak berkasih sayang pun. Orang lain pun bercinta juga. Tapi tak adalah macam belangkas plus ulat bulu naik ke daun!
Wawa siku lengan Ami.
“Apanya?” soal Ami malas.
“Kau dah putus ke dengan si Hafiz tu?”
Ami angguk. Malas nak jawab. Main angguk je laa. Ramai juga yang tahu dulu dia pernah bercouple dengan Hafiz ni. Walaupun dia cuba merahsiakannya. Malulah wei. Takkanlah nak buat perangai tak bertamadun macam contoh kat depan tu.
“Bila korang putus?”
“Baru dua hari lepas.”
Bulat mata Wawa mendengarnya.
“Sekarang mamat tu dah couple dengan Lisa? Jadi dia dah bermain kayu tiga dengan kau lah sebelum ni?”
Ami angkat bahu. Malas nak bagitahu. Padahal dah terang lagi bersuluh dia nampak makhluk dua orang tu makan bersuap di kedai mamak di Sri Serdang.
“Baguslah kau dah putus dengan dia. Aku memang dari awal lagi tak berkenan kau couple dengan dia. Tak sesuai langsung.”
Ami pula berkerut dahi dengan komen Wawa. Selama ni, wawa tak banyak cakap tentang hubungan dia dengan Hafiz. Tegur pun tidak, tanya pun tidak.
“Aku ni buruk sangat ke sampai tak sesuai couple dengan dia. Aku tahulah dia tu hensem. AJK MPP pulak tu.”
“Wei.. bukan itulah maksud aku.”
“Hafiz tu yang tak sesuai dengan kau. Dia takkan tahan dengan life style kau tu. Dia ni lelaki yang jenis sukakan perempuan yang manja-manja dan gedik-gedik macam Lisa tu.”
“Aku dah agak dah, mesti tak lama kau couple dengan dia...” Wawa sengih.
“Kau ni tak ada simpati dekat aku langsung. Aku ni baru putus cinta. Hati merana lagi,” balas Ami.
Wawa mencebik.
“Aku bersyukur lagi ada. Akhirnya celik juga mata kau tengok siapa si Hafiz tu yang sebenar. Ramai lagilah lelaki yang lebih baik yang kau boleh dapat di UPM ni lah Ami.”
Ami pula cemik mulut. Macamlah matlamat aku datang belajar ke UPM ni nak cari jodoh. Hari tu terterima dan tercouple tanpa sengaja dengan mamat tu. Kononnya nak bagi peluang pada dia dan peluang pada diri aku sendiri rasa apa itu cinta.
Wawa peluk bahu Ami. Dia tahu sikit sebanyak Ami terluka. Tapi dia juga tahu terluka sekarang lebih baik dari terluka kemudian. Cinta itu indah apabila datang pada tepat pada masanya. Bahagia bila terjatuh cinta tepat pada orangnya. Tapi buruk padahnya bila terjumpa dan terjatuh cinta pada masa dan orang yang salah.
“Aku minta maaf. Tapi aku betul-betul bersyukur kau telah putus dengan dia. Sebab korang nampak tak serasi pun. Nampak sangat si Hafiz tu paksa diri bercinta dengan kau. Kau pula nampak sangat tak selesanya bila dia dekat dengan kau.”
“Jika betul kau cinta dia, kau tak akan bagi syarat merepek kau tu...” sambung Wawa lagi.
Ami pandang Wawa. Berkerut dahi. “Apa syarat merepek yang aku bagi?”
“Dating dekat library. Tak boleh keluar malam. Tak boleh duduk rapat-rapat,” bilang Wawa satu persatu.
“Betullah syarat aku buat tu. Merepek apa?”
Wawa geleng kepala. Si Ami ni takkan tak boleh nak sedar semua syarat dia buat tu nampak sangat dia tak percayakan si Hafiz. Mana ada orang bercinta letak syarat bagai. Cinta punya pasal semua sanggup diredah.
“Kau ni..” Wawa tarik hujung tudung bawal Ami sampai tertarik kepala Ami ke belakang.
“Weh.. kau jangan main kasar pulak..” dengus Ami geram. Tangan Wawa ni macam tangan cipan. Cepat sangat tarik baju atau buku dia.
“Itu tandanya kau dari awal lagi tak percayakan dia. Kau sengaja letak syarat-syarat tu nak lindung diri sendiri. Mana ada weh, orang bercinta ni letak syarat. KecuAali cinta paksa je.”
Terdiam Ami mendengarnya. Dia pandang Wawa lama sambil fikir bAalik apa yang telah dia buat. Wawa jungkit kening. Dah nampak lah tu.
“Ahaa... betullah tu,” bisik Ami perlahan.
Wawa sengih.
“Tapi hati aku masih sakit jugak! PAaling menyakitkan hati aku ni dia tayang kemesraan mereka tu depan mata aku. Kononnya inilah yang dia nak buat bila bercinta!”
“Berbulu mata. Eiii...”
“Sakit sekejap je. Lepas ni normal bAalik. Ini tandanya Allah Taala sayangkan kau. Tak bagi kau merendahkan nilai diri dan maruah kepada lelaki itu.”
Dalam diam Ami setuju. Walaupun dia menyakiti hatinya, tapi hikmatnya lebih besar dari sakit itu.
“Sudahlah.. jom kita pergi makan dekat library tu. Aku nak makan ikan keli sambal dekat sana. Lama tak makan,” ajak Wawa.
“Kau pun tak ada nak sakitkan hati tengok adegan mesra diorang tu.”
***
“Putus lagi?” soal Aali sambil tayang sengih.
Amru jeling tajam. Bukannya nak bersimpati. Menyindir lagi ada.
“Kau tak payah sedih sangat. Berlambak gadis macam Bella tu tengah beratur nak masuk dalam hati kau tu.”
“Cinta pertama tu beb!”
“Cinta pertama ke dua ke tiga, ada aku kesah?” Aali angkat kening. Dia peluk bahu Amru sambil dorongnya ke kereta.
“Putus cinta memang sakit. Tapi takkan jadi kudis bila kau putus dengan Bella tu. Dia tak sesuai dengan kau!”
“Tiga tahun aku dengan dia, tahu tak?”
“Tiga tahun yang sia-sia... Ini menunjukkan Bella tu bukan calon jodoh kau. Dia hanya layak jadi kekasih kau je.”
“Apasal kau anti sangat dengan Bella ni?” soal Amru tak faham.
Sejak awal dia bercinta dengan Bella, Aali dah tunjuk tak suka. Tak beri muka langsung dekat dia dulu. Nampak Bella ada, dia terus blah.
Aali tarik nafas. Rasanya rahsia yang dia simpan selama ini kena bocorkan. Biar Amru tahu siapa Bella yang sebenarnya.
Mereka tiba di Cafe. Waktu rehat di tengah bulan ni tak ramai yang datang makan. Ikut saranan pak-pak menteri supaya berjimat cermat. Bawa bekal dari rumah. Nasiblah orang bujang macam mereka kena makan dekat Cafe.
"Kau kenal Ahmad, sepupu aku tu?"
Amru angguk. Dah macam kawan baik dia juga Ahmad tu. Tapi dah lama dia tak jumpa Ahmad tu. Sejak tak jadi kahwin, dia bawa diri bekerja di Dubai. Amru tunggu Aali meneruskan cerita. Dalam hati dah tertanya apa kaitannya dengan Ahmad.
“Bella, sebelum bercinta dengan kau, dia bercinta dengan Ahmad, kawan baik aku masa sekolah dulu. Mereka hampir nak kahwin dah. Dua tiga hari sebelum majlis, Bella buat perangai. Tak suka bakal mak mertua dia masuk campur urusan majlis mereka. Biar keluarga dia yang uruskan semua termasuk majlis pihak lelaki. Bella bagi kata dua, mak atau dia. Kalau tak, tak jadi kahwin. Terkejutlah Ahmad. Selama ni dia anggap Bella dapat terima mak dia. Bella juga bersikap kurang ajar dan lempar kata-kata yang menyakitkan hati bakal mak mertuanya depan muka Ahmad.”
“Hari itu juga Ahmad batalkan perkahwinan mereka. Dia tak boleh terima bakal isteri dia tak hormatkan mak dia.”
Amru terdiam dan berfikir. Sikap Bella yang terang-terangan tidak suka apabila dia bercakap tentang ibunya. Sikap jengkel Bella semakin terserlah apabila dia terlewat dan memberi alasan kerana ibunya.
Aali pandang Amru.
“Kau dah nampak true blue dia?”
“Hmmm” makanan yang dipesan tiba.
“Jadi tak guna kau bersedih sebab perempuan itu. Dia bukan isteri material yang sesuai untuk kau.”
Amru diam lagi. Tiga tahun bukan masa yang singkat. Melupakan momen indah mereka juga bukan mudah. Lagipun setiap manusia ada zaman gelap masing-masing.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)


