Shima Rostam's Blog, page 16

June 5, 2017

Cinta bas Express Bab 3

“Sarrah dah fikir masak-masak ke?” Mak Eton memandangnya, belas.Sarrah senyum dan angguk. “ Ya Mak Eton. Sarrah nak bawa adik tinggal sekali. Lagipun dialah satu-satunya keluarga yang Sarrah ada.”Mak Eton diam. Nyilu hatinya mendengar kata-kata itu. Sarrah dan Anah adalah anak saudara suaminya. Dia sayangkan kedua anak yatim piatu itu. Dia sanggup menjaga mereka tapi suaminya tak suka. Tidak anggap mereka anak saudaranya kerana bencikan ibu bapa mereka. “Macam mana nak jaga Anah. Sarrah kerja.” “Anah boleh jaga diri sendiri bila Kak Sarrah pergi kerja, Mak Eton. Anah bukannya budak kecil lagi. Anah dah umur 12 tahun dah. Tengok ni dah sama besar dengan kakak dah,” Saffanah peluk Kak Sarrahnya. Sarrah senyum dan ketawa. Dia balas pelukan satu-satunya adik yang dia ada. “Kami akan saling jaga menjagai satu sama lain Mak Eton. Jangan risau,” pujuk Sarrah. Saffanah angguk. Dia juga tidak mahu berpisah lagi dengan Kak Sarrah. Lagipun di kampung ini, dia rasa tidak selamat. Pak Deris, bapa saudaranya tidak menyukainya. Semua harta peninggalan arwah ibu dan ayah telah dirampasnya. Tidak ada tempat lagi untuk mereka di sini. Lebih baik dia mengikut Kak Sarrah. “Mana Mak Eton tak risau. Korang berdua ni perempuan. Kalau jadi apa-apa nanti, siapa yang susah,” jarinya mengesat juring matanya. Sedih dengan nasib dua beradik itu. Tapi dia tak mampu buat apa-apa. Suaminya tidak mahu menjaga mereka. Katanya mereka ni beban, mengusahkan orang seperti mak bapak mereka. “Allah ada Mak Esah. In Shaa Allah DIA akan jaga kami berdua. Mak Esah jangan risau ya. Doakan kami selamat dan hidup baik-baik dekat KL nanti.” “Tak pun Sarrah kahwin dengan Abang Ajis. Dia boleh jaga korang dekat KL nanti,” saran Mak Eton. Dia sanggup paksa Ajis kahwin jika Sarrah setuju dengan cadangannya. Sarrah geleng kepala. “Abang Ajis dah ada kekasihlah Mak Eton. Sarrah pernah nampak mereka tengah shopping dekat Sogo.”“Tak ada pun Abang Ajis cakap dekat Mak Eton,” balas Mak Eton, kesal. Selalu Ajis telefon, tapi tak ada pulak bercerita tentang perempuan. “Mungkin Abang Ajis tunggu masa yang sesuai kot.” Sengih Sarrah. Rasa bersalah pulak bawa mulut. Entah-entah yang dilihat tu cuma sahabat“Iyalah.” Hilang kata. Mak Eton pandang Sarrah dan Saffanah. Sayangnya pada ke dua beradik ini macam anaknya sendiri. “Tapi Mak Eton tak sedap hati nak lepaskan kamu berdua. KL tu bandar besar. Macam-macam orang pesen orang. Ada jahat dan ada baik. Mak Eton takut kamu jumpa orang jahat.” Dia pandang wajah ke dua beradik itu. Sayu hatinya. Kesal dengan sikap suami sendiri. Patutnya tanggungjawab menjaga kedua beradik ini jatuh ke bahu suaminya. Tapi tua tu kepala batu. Tak habis-habis dengan harta dunia. Dengan adik beradik sendiri dibuat musuh. Terdiam Sarrah mendengar keluhan Mak Eton. Dia tahu Mak eton berat nak lepaskan mereka pergi. Tapi mereka terpaksa. Berada di sini pun menyusahkan orang juga. Lagipun dia tidak mahu Mak Eton dan Pak Deris bergaduh kerana mereka berdua. “Sebab itulah Mak Eton kena sentiasa doakan kami, agar kami sentiasa selamat. Biar Allah Taala hadirkan orang baik-baik di dalam hidup kami nanti. Mak Eton jangan risau ya. Nanti cuti sekolah, Sarrah ambil cuti, balik kampung jumpa Mak Eton.”“Iyalah. Setiap lepas solat Mak Eton akan sentiasa doakan. Jangan lupakan Mak Eton pula nanti.”“Tak lupa Mak Eton. Kalau Kak Sarrah lupa. Anah ingatkan,” pujuk Saffanah ingatkan.*****  “Abang!”“Faiha? Buat apa kat sini?” terkejut melihat Faiha berdiri di belakangnya. “Buat apa lagi? Datang jumpa abanglah. Nak harapkan abang datang jumpa  Faiha, entah-entah tahun depan baru datang,” sindir Faiha Amelia. Dia berjalan mendekati lelaki bertubuh tegap itu. Rindu. Sungguh dia rindu. Tapi entah kenapa rindu itu semakin tawar. Tiada lagi manis dan hangat seperti di awal pertunangan mereka. “Abang apa khabar?” soal Faiha lembut. Matanya tidak lari dari menyapu wajah tampan itu. “Ba.. Baik. Alhamdulillah,” jawab Yafit gugup. Renungan tajam itu membuatkan hatinya berasa bersalah. Faiha baik. Faiha disenangi oleh keluarganya. Namun itu belum cukup membuatkan hatinya terikat. Rela memaknakan hubungan mereka. “Faiha sihat?”Faiha angguk. Fizikal luarannya sihat. Tapi dalamannya telah lama sakit. Sakit yang belum jumpa penawarnya.“Badan sihat tapi hati telah lama sakit...” perlahan saja suaranya. Matanya dilarikan dari memandang wajah tunangnya. Yafit terdiam. Rasa janggal sebab dia tidak mampu memujuk. Memandang wajah manis tapi sendu di depannya, hati semakin rasa bersalah. “Kita ke masuk ke cafe dulu, berbual di tengah jalan ni, banyak mata pandang,” ajak Yafit. Faiha angguk. Dia mengekori langkah tegap Yafit.  Mereka mengambil meja di tepi tingkap. Beberapa minit duduk, pelayan datang mengambil pesanan. “Faiha nak minum apa?”“Tembikai laici ais.”“Saya, teh tarik kurang manis,” cakap Yafit. “Makan?” soal pelayan itu. “Faiha?”“Tak.”“Saya pun tak. Minum je.” “Hari tak kerja?” soal Yafit setelah agak lama mereka mendiamkan diri. “Hari ni off. Saja datang jumpa abang. Nampak sihat je,” balas Faiha. Dalam makna dalam kata-katanya. Yafit menarik nafas, bibirnya tarik senyum segaris. Canggung dengan keadaan mereka sekarang. Sudah lama tidak berjumpa. Berbicara melalui whatapps pun hanya sesekali dia layan. Tak tahu lagi bagaimana mahu mengelakkan diri. Menerima, bererti mereka berdua menderita dalam diam. “Abang minta maaf. Tak ada niat nak sakitkan hati Faiha..Abang...”“Tapi abang sakitkan jugakan? Layan Faiha macam anak patung. Tak ada perasaan. Kalau pun benci sangat pun, at least bagi satu peluang untuk kita mencuba. Faiha yakin abang akan cintakan Faiha jugak.”Yafit menarik nafas. Peluang apa kalau setiap kali dia pandang wajah Faiha meluat yang datang. Cinta apa setiap kali mendengar suara Faiha menyampah yang datang. Kerana dipaksa bertunang padahal dia telah berterus terang tak sudi.“Sampai bila Faiha nak faham.. Abang takkan cintakan Faiha,” keluh Yafit. “Tipu. Abang bohong. Kalau betul abang tak cintakan Faiha, kenapa dulu abang sanggup berkorban nyawa selamatkan Faiha?”“Buk...”“Abang tu yang tak sedar, dalam hati abang dah ada Faiha.” Pintas Faiha. Dia yakin sangat. Yafit cintakan dia.Yafit usap tengkuknya. Dia tenung wajah cantik tunang seketika. Dia tarik nafas. Itulah yang Faiha tak tahu. Bukan dia yang menyelamatkan Faiha tapi.. orang lain.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2017 15:41

June 2, 2017

Bab 2 : SE Puasa dan Raya #NurHisyam



Hari pertama puasa, Nur mengidam macam-macam. Onde-onde, akok kedut, nasi kerabu dan juga air tebu. Murtabak pun macam sedap jugak. Sedapnya kalau apa yang dia nak makan tu ada untuk buka puasa nanti. Nur berangan-angan. Kalau di kampung, umi akan bertanya apa yang ingin dimakan semasa buka puasa nanti. Dia tentunya akan meminta segala yang dia rasa hendak makan. Tapi tidak semuanya umi masakkan pada hari itu, selebihnya umi akan masakkan esok ataupun lusa. Dia akan tetap mengingatkan umi untuk masakkan apa yang dia ingin makan.
Sekarang dia jauh dari umi, nak masak sendiri tidak pandai. Haaaa.. request dari abanglah, suruh masakkan. Hahahhaaha.. kan abang pandai masak. Nur tersengih jahat. Dikerling jam di dinding, baru pukul 12 tengahari, abang balik pukul 2 nanti. Masih ada lagi 2 jam, apa nak buat ya? Tidur kot. Nak masak puasa, nak kemas rumah, dah berkilat-kilat. Novel yang dibeli hari tu, sudah tiga empat kali diulang baca. Takkanlah hendak baca segala jenis kitab abang pula. Dengar abang bagi ceramah dan tazkirah lagi baikkan, faham pun faham, kalau baca sendiri manalah aku nak faham, fikirnya.
Hisyam sampai ke rumah lebih kurang pukul 2 petang. Dua kali salam diberikan, namun tiada jawapan. Lalu dia menggunakan kunci pendua yang dimilikinya untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, terpandang Nur yang tertidur lena di atas sofa dengan tv yang masih terbuka. Hisyam menggelengkan kepalanya. Letih sangat ke puasa pertama ni? dia bersoal sendiri.
Dihampiri isteri yang sedang lena, sejenak dia memandang sambil tangannya mengusap lembut rambutnya. Wajahnya tenang dan comel ketika tidur, sesekali ada senyuman terukir di bibirnya. Huish… mimpikan apa agaknya tu… Hisyam juga turut tersenyum sebelum hilang di dalam bilik tidur utama untuk membersihkan dirinya.
Setengah jam kemudian Nur terbangun, terasa lama sangat dia tidur. Digosok matanya dua tiga kali sebelum melihat jam dinding. Dah hampir pukul 3 rupanya, mana abang ni, tak balik lagi ke? Rungutnya. Puasa-puasa pun balik lambat. Patutnya lagi awal balik. Nur masih lagi membebel sendirian.
"Nur membebel kat siapa tu?" Tegur Hisyam dari belakang. Pantas  Nur berpaling dan melihat suaminya yang telah siap mandi dan bertukar pakaian.
"Bila abang balik? Tak dengar pun?"
"Macam mana nak dengar kalau dah tertidur. Abang ketuk pintu kuat pun masih lagi tak jaga." Nur berkerut dahinya. Ya ke? Lama dia termangu-mangu. Dia bermimpi tadi, mimpikan abang mengusap kepalanya. Hmmmm… lagi lenalah dia tidur.
"Sorry.. Nur tak sedar, mungkin letih puasa kot," Nur meminta maaf. Hisyam tersenyum cuma.
"Tak adalah ketuk pintu kuat sangat. Abang bagi salam dua tiga kali Nur tak dengar lagi, abang buka pintu sendirilah."
Nur mula memuncung mulut. Selalu dia yang kena. Cuaklah jugakan sebab tak sambut suami balik dan suami pula selamba je mengenakannya.Hisyam mula melebarkan senyumannya.
"Aik.. marah ek.. puasa tak baik marah-marah, nanti kurus puasa tu," usik Hisyam
"Abanglah selalu kenakan orang. Selalu usik orang" rajuk Nur.
"Hahhahaa.. habis tu abang nak usik siapa kalau bukan isteri abangkan?" soal Hisyam sambil memeluk bahu isterinya.
"Dah solat ke belum?"
"Belum… tadi orang tertidur dalam pukul 12.30."
"Pergi solat dulu, dah pukul 3 lebih ni."
"Ok"
******Nur rambang mata melihat pelbagai juadah yang dijual di pasar ramadhan. Terasa semunya ingin dimakannya. Kalaulah perutnya besar, tentu sekali setiap gerai akan disinggah dan dibeli apa yang dijual. Hisyam menggelengkan kepalanya, tangan kiri dan kanan sudah penuh dengan plastik berisi makanan.
"Dahlaaa sayang. Banyak sangat ni. Siapa yang nak habiskan nanti. Ingat membazir tu amalan syaitan."
Nur membuat muka comel.
"Semuanya orang rasa nak makan. Macam mana ni?"
"Esokkan ada. Esok pulaklah kita beli. Dah pukul 6.30 ni, kita baliklah," ajak Hisyam dengan lembut.
"Hmmmm.. dah bos cakap macam tu. kita turut je," balas Nur lemah.
Walaupun begitu dia tidak menafikan apa yang dikatakan oleh suaminya. Sebenarnya dia tak sedar pun, makanan yang dibelinya banyak macam ni, yang dia tahu, rasa nak makan, terus je dibeli.Nur membuat muka comel lagi sebelum memeluk lengan suaminya yang penuh dengan plastik makanan yang pelbagai warna.
"Abang marah? Nanti kena jual kat sini.. hahahahha," Usik Nur.
"Tak de maknanya abang nak marah. Geram adalah. Siapa nak habiskan makanan ni semua?"Nur terus tersengih sambil mereka berjalan menuju ke kereta.
"Abanglah. Orang tukang beli je"
"Kalau macam tu, tahu tadi abang beli apa yang abang nak makan je, bukan Nur yang nak makan," balas Hisyam.
"Jimat duit, tak membazir."
"Kedekutlah abang ni," juih Nur.
"Bukan kedekut. Belanja berhemah." Balas Hisyam lagi.
Mata Nur tertangkap seseorang yang dikenalinya. Rasa macam kenal. Bukan ke itu Kamil ke? Haduh bukan main lagi mesra dengan gadis cantik manis tu. Kasihan Nisa. Agaknya lelaki memang macam ni ke? Yang cantik dan lembut bertudung litup tak mahu, nak gak yang terbuka, percuma macam tu. boleh pegang-pegang dan peluk-peluk lagi. Nur mendengus geram. Sabar-sabar.. bulan puasa ni. Tak baik marah-marah.
"Abang… kita pergi kat sana jap, tegur kawan abang tu," Nur menarik tangan Hisyam menuju ke arah Kamil yang tidak lagi menyedari kehadiran mereka.
Hisyam berkerut dahi. Siapa pula? Ada ke kawan dia yang Nur kenal. Adalah kot dua tiga orang. Tapi mereka bukannya tinggal di sini.
"Assalamualaikum.. banyak beli makanannya?" tegur Nur tanpa berlengah lagi. Jelas ternampak wajah terkejut Kamil dan sepantas itu dia meleraikan pegangan tangannya dengan gadis di sebelah.
"Waalaikumussalam.. Eh Syam.. Nur.. tak sangka jumpa korang kat sini." Kamil membalas sambil tersenyum yang tak jadi.
"A'aah tak sangka pulak jumpa Abang Kamil dengan kekasih hati yang cantik manis ni. Yang ke berapa spare part abang ni?" Nur berkata sinis. Hatinya berbakul-bakul kata yang menyampah yang ingin diluahkan.
"NUR.. Bulan puasa ni. Mulut tu jaga sikit," Hisyam terus menegur.
"Oppppss.. sori bang.. tersasul. Biasanya dah nampak maksiat depan mata. Orang yang kita kagumi pulak tu. Tak sangka pulak boleh berubah drastik macam ni. Yang elok dibuang ke tepi, yang percuma pulak dihargai," kias Nur lagi. Aduh mulutnya tiba-tiba menjadi begitu berbisa.
"Maaf ya kak. Bukan saya nak mengata kat akak tapi pada teman lelaki akak ni. Untuk pengetahuan akak, dia ni dah ada kekasih kat kampung nuh. Tapi boleh pula terbekawan dengan akak yang cantik manis ni. Padahal kekasih dia kat kampung tu pun lagi laa cantik manis. Agaknya ni laa dasar jantan yang mudah lupa diri kot, bila dah ingat diri dah hidup senang.." Nur terus meluahkan kata. Ketika ini di dalam fikirannya tak lain tak bukan, adik iparnya, Nisa. Kasihan Nisa. Tak patut sungguh Kamil buat dia begini.
"Eh Nur.. kau siapa nak tegur aku. suka hati akulah.. Hidup aku. cakap kat Nisa.. Aku main-main je ngan dia. Tak hingin aku perempuan kolot macam tu."
Merah muka Hisyam menahan rasa di dalam hati. Sakit hatinya apabila mendengar kata-kata Kamil itu. Nisa adiknya, yang dijaga sebaik mungkin menjadi bunga larangan. Disabarkan hati. Bulan ramadhan ini, memang syaitan telah diikat di dalam neraka tapi nafsu amarah tetap ada di dalam dirinya. Jadi tingkat kesabaran perlu dinaikkan agar dia tidak menjadi seperti Kamil.
"Syam.. baik kau jaga bini kau ni elok-elok.. nampak je baik.. tapi mulut busuk."
"Sudahlah Nur.. jom kita balik. Dah dekat bukak puasa dah.."
"Kamil tu tahu yang mana baik.. yang mana buruk. Bagi abang, nasib baik dia putus dengan Nisa… Abang pun tak berapa berkenan dia bercinta ketika belajar ni." Dipujuk Nur supaya beredar dari situ. Sebenarnya dia pun tengah menahan rasa amarahnya.
"Maaflah Kamil. Nur ni teremosi sikit. Tapi aku nak nasihatkanlah… dah jumpa yang berkenan tu, eloklah cepat-cepat kahwin.. tak adalah dapat dosa percuma. Kau pun tahu hukum-hakam kan?"
"tapi..bang.."
"Syyyy.. dah laa sayang.. kita balik" Potong Hisyam dan memaut bahu Nur agar berlalu dari situ.
"Assalamualaikum…"
Kamil dan gadisnya terdiam.. Kelat-kelat wajah gadis itu sebelum dia berlalu menghala ke kereta. Tidak jadi mahu membeli juadah berbuka.

"Memalukan…! I nak balik. You buka puasa sorang-soranglah hari ni." Dengus kekasih Kamil. Panas hatinya.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2017 17:00

June 1, 2017

Di mana kita..

Copy paste 
Dari: Dr Zakir Naik.
...... Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.
Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala yg kita mahukan...
Kenapa kita rasa mengantuk apabila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.
Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..
Allah tiada hphone tapi DIA lagi favourite contact saya...
Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, dan tetap akan saya ikut selamanya..
Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung dengan-Nya...
Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa drpd jasad org yg mati.. Itu satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut drpd jasad masih ada lagi.
Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita drpd sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita drpd Azab. Aamiin..
..Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
..Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).
..Tiada ajaran secantik Islam.
..Tiada lagu sesedap Azan.
..Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
..Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
..Tiada sembahyang sesempurna SOLAT(Namaz).
..Tiada diet sesempurna PUASA.
..Tiada pengembaraan sesempurna HAJI
....Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna. Ini perkara biasa kita buat, sebahagian drpd kita bercakap masa tgh Azan...
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati...
BACA DOA INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK..
Allahumma- inni-ala- zhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila PHONE BERBUNYI
..Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota.

Takut ALLAH, seperti anda takut MATI
Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.
Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT
"SUBUH" 4/6 Minit
"ZUHUR" 6/8 Minit
"ASAR" 6/8 Minit
"MAGHRIB" 5/7 Minit
"ISYAK " 7/10 Minit
Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam. ..
Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 01, 2017 18:41

May 31, 2017

Cinta Bas Express : Bab 2


Zairil geleng kepala. Sudah dua minggu Yafit termenung, teringatkan gadis yang ditemui di dalam bas express. Orang tegur tak mahu dengar. Gadis itu tak wujud. Kalau wujud pun bukan manusia tapi makhluk Allah S.W.T yang lain.
“Sudah-sudahlah kau ingatkan gadis itu. Aku yakin bukan manusia duduk sebelah kau. Tapi makhluk lain. Menumpang balik kampung juga.”
Yafit geleng kepala. dipandang sekilas Zairil yang berpeluk tubuh di hadapannya. Dibelek-belek kertas sebelum ditandatangan. Kemudian fail dihulurkan kepada Zairil.
“Aku yakin, yang duduk disebelah aku tu manusia,” tekan Yafit. Sakit hatinya apabila semua orang tidak mahu percaya cakapnya.
“Kalau manusia kenapa pagi tu tak ada siapa pun yang nampak kecuali kau. Pak guard pun cakap, arah yang kau tunjuk dia pergi tu bilik mayat. Kau fikir logik sikitlah. Tak ada perempuan berani pergi bilik mayat sendirian. Aku pun takut.”
Yafit terdiam. Tidak ada hujah yang dapat menyangkal kata-kata Zairil itu. Namun hatinya tetap tak percaya. Wajah comel itu sehingga saat ini masih lagi diingatinya.  Zairil geleng kepala. Sahlah Yafit ni kena sampuk dek hantu.
“Cantik sangat ke gadis itu sehingga kau ikut dia sampai ke hospital?” Zairil ingin tahu.
“Cantik. Menangis pun cantik. Walaupun aku tengok dari sisi.” Yafiq mengelamun mengingati wajah gadis itu. Pipinya polos tanpa mekap tanpa sebiji jerawat pun. 
 “Aku rasa kau dah terkena ni. Kena berubat.”
“Mengarutlah kau ni Ril.”
“Eh takkan kau tak percaya bunian tu wujud.”
“Percaya. Mereka juga makhluk Allah. Ada disebut di dalam al-quran. Tetapi aku yakin Sarah tu manusia. Bukan bunian.”
“Kalaulah bunian, takkanlah guna Lenovo pulak.” Sengaja nak sedarkan Zairil yang dia nampak itu manusia bukan hantu atau makhluk lain.
“Eh kau jangan,  teknologi mereka lebih maju dari kita.”
Tak guna cakap apa pun kalau Yafit tak mahu dengar cakap. Nampaknya dia kena buat sesuatu. Kena cari ubat untuk tawarkan penyakit angau Yafit ini. Masalahnya penawar paling mujarab adalah gadis itu. Hantu? Bunian? Entah dia sendiri pun tak tahu. tapi hatinya yakin bukan manusia.
“Haa lupa, Faiha ada telefon aku. Kau dengan dia okey tak ni?”Yafit angkat muka. Dahinya berkerut.
“Okey? Kenapa?”
Zairil mengeluh.
“Faiha telefon aku mengadu, tak pernah jumpa kau lagi sejak balik ni. Whatapps dan telefon tak berangkat.”
Yafit terdiam. Sebetulnya dia terlupa tentang Faiha. Tunang pilihan keluarganya. Anak kepada kawan baik ayahnya. Dia pandang Zairil seketika.
“Aku lupa nak balas whatapps dan telefon dia semula. Sibuk Ril. Banyak benda aku nak kena tengok ni. Ayah aku pulak dah lepas tangan,” keluh Yafit. Dia urut lehernya sendiri. Alasan nak lepaskan diri. Padahal dia yang tertangguh-tangguh sampaikan terlupa.
“Tapi gadis hantu tu ingat pulak kau. Sibuk nak cari orang yang tak wujud. Entah manusia ke makhluk halus,” sindir Zairil.
 “Minah tu lain. Aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertamalah kat dia,” akui Yafit perlahan. Terbayang wajah comel itu. Keinginan nak sentuh pipi mulus itu menebal dalam hati.
Zairil hampir terlompat bangun. “Giler kau! Hantu kau cakap comel?” berdiri bulu romanya. Wajah Yafit yang tersengih-sengih membuatkan dia rasa takut.
“Kau kena jumpa ustaz. Mandi bunga. Berubat biar badi hantu dekat diri kau tu hilang. Takut aku tengok!”
Yafit ketawa kuat. Dia geleng kepala. mengarut saranan Zairil itu. Ada ke patut dia dikatakan terkena badi hantu? Eh ada ke badi hantu? Badi mayat pernahlah dengar. Yafit bangun dan berjalan mendekati Zairil. Dah tengahari. Perutnya pun dah berbunyi. Dipaut bahu Zairil dan mendorongnya menuju ke pintu bilik.
“ Aku lapar. Kita pergi makan. Kau belanja.”
“Tiap-tiap hari aku belanja. Tak sampai hujung bulan kering poket aku,” sungut Zairil. Kedekut punya bos!
“Kedekut. Dapat gaji nanti aku belanja kau pulak,” kutuk Yafit. Mereka berjalan menuju ke lif. Zairil mencebik. Macamlah dia percaya sangat. Tapi diakui sebelum ini Yafitlah selalu belanjanya makan. Sebab itu dia tak berkira sangat.
“Faiha macam mana. Kasihan dia kau buat lagu tu.” Zairil bersuara.
Dr Faiha Amelia. Sejak zaman sekolah lagi sukakan Yafit. Selalu mencari peluang mendekati Yafit. Jadi apabila keluarga mahu menyatukan mereka, tanpa bertangguh dia bersetuju. Asalnya pertunangan mereka hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja. Tetapi Yafit minta ditangguhkan sehingga dia habiskan pengajian masternya di Jepun. Namun Zairil tahu, itu adalah cara halus menolak rancangan keluarga mereka.
“Kau tak boleh buat Faiha macam tu? Apa salah dia? Kalau betul kau tak sukakan dia, cakap terus terang. Putuskan pertunangan itu.”
“Payah Ril.” Yafit termenung seketika. Nasi berlaukkan ikan keli berlada dikuis-kuis. Susah mahu memahamkan Faiha. Sudah banyak kali dia cakap, dia sikit pun tidak ada perasaan kepadanya. Namun Faiha bertegas, cinta akan datang selepas kahwin. Faiha yakin mereka akan bahagia. Tapi dia, tidak mampu menipu diri sendiri. Bahagia itu terasa jauh untuk digapai. Lebih-lebih lagi sejak dia terpandangkan gadis misteri di dalam bas malam itu.
“Kau suka Faiha?” tembak Yafit. Matanya tajam pandang Zairil di depannya.
Zairil tenang menyuap nasi. Dia senyum dan angguk.
“Suka! Faiha tu pun kawan aku jugak. Kita bertiga rapat sejak zaman budak-budak lagi. Apalah kau ni.”
“Kau cinta dia?” Yafit menukar soalan. Dia yakin yang Zairil ada simpan perasaan terhadap Faiha. Kalau tidak, takkan sampai sekarang masih lagi sendiri.
“Faiha tu tunang kau? Giler aku nak jatuh cinta. Antara cinta dan persahabatan, aku lebih rela korbankan cinta dari sahabat,” terang Zairil.
“Jadi betullah kau cintakan Faiha tu. Tapi terpaksa pendamkan perasaan kau sebab Faiha tunang aku,” tekan Yafit. Dia telah siap makan. Menanti jawapan Zairil.Zairil geleng kepala. “ Nak korbankan apa kalau aku cuma suka Faiha sebagai sahabat.”
“Kau tak payah nak berselindung Ril. Cakap betul-betul. Aku tak marah kalau kau cintakan tunang aku tu. Lagipun selama aku berada dekat Jepun, aku tahu korang selalu keluar bersama.”
“Dia keluar dengan aku sebab dia rindukan kau. Jadi dia lepaskan rindu tu pada aku.”
Yafit ketawa kecil. Masih lagi nak berdalih. Padahal wajah Zairil telah pun menjelaskan tekaannya betul. Zairil suka dan cintakan Faiha. Dia sikit pun tidak berasa cemburu dengan kenyataan itu. Baginya Zairil lebih sesuai menjadi tunang Faiha, bukan dia.
“Jadi kau sampai hati tengok Faiha kecewa sebab aku?” uji Yafit.
“Aku nak tengok korang berdua hidup bahagia!” balas Zairil. Tapi dalam suaranya ada nada ragu-ragu. Sanggup ke dia melihat orang yang dicintainya hidup bersama dengan kawan baik sendiri?
“Tak payah nak berdrama Ril. Aku tahu kau tentu tak sanggup tengok Faiha jadi bini aku kan? Mesti kau cemburu jika aku jadi kahwin dengan Faiha tu,” bantah Yafit.
“Aku tak pernah sayangkan Faiha lebih dari sahabat Ril. Kau lebih berhak jadi tunang dia.” Zairil terdiam mendengar luahan Yafit itu.
“Kau tolong aku. Pikat Faiha!”



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 31, 2017 17:30

May 29, 2017

Bab 1 : SE Puasa dan Raya #NurHisyam


"Yeah! Esok puasa," hampir melompat Nur apabila mendengar pengumunan oleh Penyimpan mohor besar raja-raja. Hisyam menggelengkan kepalanya.
"Bukan main lagi suka. Tapi puasa penuh ke tak?" sindir Hisyam secara halus. Sengaja ingin mengusik isterinya. Biasalah kalau tidak mengusik dalam sehari terasa hidupnya takkan lengkap apabila tidak melihat muncung itik milik isterinya.
"Well.. Wanita kan tidak diwajibkan puasa penuh apabila mereka tiap-tiap bulan diberi cuti oleh Allah s.w.t. Jadinya walaupun puasa tidak penuh, tetapi tetap diwajibkan menyambut hari raya," dengan nada sedikit berbangga Nur menjawabnya.
"Eh,Pandainya dia, bini siapa laa tu," sengaja dilayan cakap dengan isterinya yang sedang elok bersila di atas sofa di sebelahnya.
"Isteri siapa lagi kalau bukan Ustaz Hisyam kan. Ustaz kerek... hahahhaa," lagi ditambah rencah di dalam percakapannya dengan senyuman sinis.
"Lagi satu, jika berjanji dan tidak menunaikan janji tersebut, dikatakan orang munafikkan bang?" Sengaja Nur bertanya sambil mengangkat keningnya.
"A'aaah... Ada orang berjanji dengan sayang ke? Dan tidak tunaikan janji tu?" Soal Hisyam sampaikan berkerut dahinya. ada dia berjanji apa-apa ke sebelum ni? Rasa tak ada. Kisah dia mungkir janji dula rasanya dah settle. Mereka hidup baik-baik je. Bahagia penuh cinta.
"Abang lah"
"Abang? Janji apa? Tak ingat pun."
"Janji nak sambut puasa kat kampung, tapi esok nak puasa pun masih ada kat sini lagi?"
"Eh.. bila pulak abang berjanjinya? Tak ingat pun."
"Ada.. masa kita on da way pulang ke rumah masa malam nisfu sya'ban dulu.. ingat tak?"
Hisyam terdiam. Betul.. dia tidak ingat bila pula dia berjanji...
"Sori sayang, memang abang tak ingat. Rasanya malam tu tidak ada pulak abang janji."
"Memang abang tak cakap apa-apa, tapi Nur yang cakap dan abang mengiyakan segala apa yang Nur cakap malam tu."
"Haaa ada ke? Abang tak dengar kot tapi bantai angguk je."
"Cantikkan bulan malam tu.. penuh dengan dipagari bintang-bintang.. "
"Huh bencilah abang ni, Nur cakap lain, dia pusing topik lain. Tak nak kawan," Nur mula memuncungkan mulutnya. Tangannya dilipatkan ke dada.  
"Kalau macam tu abang kawan dengan Fatihah laa, boleh yang," usik Hisyam.
"Huh, Tak kisahlah abang nak kawan dengan sesiapa pun." Nur terus angkat kaki tapi sempat disambar pergelangan tangannya oleh Hisyam. Hisyam senyum-senyum.
"Dah merajuk? Mari sini abang pujuk..." Hisyam menarik tangan Nur sehinggakan dia terduduk di atas ribanya.
"Abang dengar sayang malam tu. Tapi kita balik minggu depan ya.. Maafkan abang sebab tak tunaikan janji sambut puasa kat kampung," pujuk Hisyam sambil merangkul badan isterinya.
"Janji..."
"In Shaa Allah," angguk Hisyam. Nur kembali senyum
"Tapi sahur malam ni nak makan apa?"Soal Nur berkerut dahi. Takkan aku kot kena bangun masak pukul empat pagi.. Huaaa... tak mau... nak tidur.. biasanya sahur umi yang kejutkan. Masa kat kolej dulu Intan atau Fatihah yang kejutkan..
Teringatkan Fatihah, satu persoalan timbul di dalam hatinya. Kenapa Fatihah balik secara tiba-tiba hari itu. Padahal dia cakap nak duduk di sini selama mana yang dia suka. Lagipun Nur tahu, Fatihah suka Hisyam. Telefon tak aktif. WhatApps pun dah tak aktif. Itulah yang dia tertanya-tanya. Apa yang terjadi hari itu. Rasa macam ada yang Hisyam sembunyikan daripada pengetahuannya.
"Sayang laa bangun masak.. kejutkan abang sahur."
"Hah?” bulat mata Nur mendengarnya.
“Masalah besarlaa bang..." Nur tunduk. Dipicit-picit kepalanya.
"Kenapa?"
"Nur tak pernah bangun masak sahur. Sejak dulu umi yang kejutkan.. masa kat kolej tugas tu Fatihah atau Intan. Orang mana bangun kalau tak ada orang kejutkan. Lagipun orang mana makan pagi-pagi. Bangun minum air jah" jelas Nur dengan wajah yang sengaja minta dikasihani.
"Hmmmm.. Kalau macam tu.. nanti abang kejutkan.. ok?"
Nur tersengih lebar... "betul nih?"
"Betullah. Abang kejutkan sayang untuk bangun masak sahur nanti"
"tapi untuk masaklah..hahhaha"
Nur mencebik geram.. sehari tak kenakan orang tak boleh ke?
****
"Sayang... bangun.. sahur" kejut Hisyam sambil mengusap kepala isterinya.
"Hmmm.. jap lagi laa.. ngantuk,"  rengek Nur.
"Bangunlah masak. Abang nak sahur makan apa nanti," gesa Hisyam lagi.
Nur mendengus geram. Tidurnya yang lena dikacau. Masak sendirilah tak boleh ke? Orang mana pandai masak, dia yang pandai masak, bebel Nur di dalam hati. Dalam mamai dan mengantuk lagi, dia masih lagi sempat membebel.
Hisyam menggelengkan kepala, dua tiga kali dikejutkan pun, isterinya masih lagi liat bangun. Bukan suruh dia memasak pun, acah je, semuanya telah siap disediakan. Jarum jam telah menunjukkan pukul 5.15 pagi. Memang masa untuk bangun sahur.
"Sayang!" Kuat bunyinya.
"Kalau tak bangun lagi abang ambil air simbah nanti," ugut Hisyam. Isteri siapalah yang degil sangat nih. Liat sungguh nak bangun.
"Yelaa.. yelaa.. orang bangun," Nur menjawab malas. Kacau betullah.
*****
"Siapa yang masak ni?" Soal Nur apabila melihat di atas meja siap terhidang nasi goreng kampung.
"Bukan ke Nur yang bangun masak" sindir Hisyam.
Nur mencebik lalu duduk di kerusi. Tangannya mula menyenduk nasi untuk suaminya.
"Untuk abang.. terima kasih kerana masakkan sahur ya.. terima kasih daun keladi.. Hari-hari kena buat lagi."
"Oooo pandai nak kenakan abang ya. Tapi Nurlah yang rugi."
"Kenapa pulak"
"Sebab tidak mengambil kesempatan di atas ketiadaan syaitan pada bulan mulia ni. Patutnya sayang bangun pagi-pagi, masak untuk abang kemudian ikut abang quamulail sama-sama, tadarus sama-sama."
Nur terdiam. Malu pada dirinya sendiri. Padahal tiada lagi syaitan yang mencucuk kiri ke kanan, patutnya dia dapat menangani kemalasan dan keculasan dirinya sendiri. Patutnya dia dapat menundukkan nafsu, bukan nafsu yang menundukkan dirinya.
Dia tunduk menguis-nguis nasi di dalam pinggannya. Dia memang tidak biasa makan pagi, sahurnya hanya segelas air suam dan tiga biji kurma, itulah yang diamalkan sejak dulu lagi.
"Kenapa tak makan."
"Tak ada selera. Biasanya orang sahur minum air suam dan buah kurma je," perlahan bunyinya.
"Makanlah sikit. Penat abang masak ni. Temankan abang ya. Kena biasakan diri makan bila sahur. Mula-mula makan sikit-sikit je.. lepas tu akan biasalah nanti."
Hmmmm.. dianggukkan kepalanya.
"Nanti tunggu solat subuh dulu baru tidur," pesan Hisyam lagi.
"Hmmm.. Nur nak mengaji dengan abang sekali," beritahu Nur. Hisyam tersenyum lalu mengangguk. Hatinya gembira sedikit demi sedikit isterinya pasti akan berubah. Cuma dia kena bersabar dan memberikannya masa.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2017 18:00

May 25, 2017

Cinta Bas Express : Bab 1

Salammm Semua... Next Mini Novel terbaru dalam proses pertukangan... Semoga terhibur... 


Gadis itu kaku di tempat duduknya. Yafit pandang sekilas. Samar-samar lampu jalan membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu. Namun dia yakin, tentunya comel. Anak gadis Kelantan memang comel-comel belaka. Namun wajah itu muram. Ada kesan air mata di pipinya. Serta merta hatinya tiba-tiba prihatin.“Boleh tak awak jangan pandang saya. Nak tidur pun tak boleh,” tegur gadis itu.Yafit tersentak. Belum sempat menegur, gadis itu telah menyergahnya. Dia tersengih sambil gosok kepalanya. Terkantoi tenung anak dara orang. Boleh tahan garangnya!“Dahlah muka macam penyagak, perangai pulak miang gatal. Kalau awak tenung lagi, saya adu dekat pak cik driver tu. Biar dia tinggalkan awak tepi jalan!” ugut gadis itu.Yafit rasa mahu ketawa. Berani betul dia. Tak padan dengan kecik. Ada hati ugut orang. Lambat-lambat kepala Yafit kembali mengadap ke depan. Dia gosok batang lehernya apabila matanya masih lagi mahu memandang gadis itu.“Awak comel sangat. Sebab tu mata saya asyik nak tengok awak je,” ayat Yafit. Dah lama skill menguratnya tidak diasah. Tajam lagi ke tidak ni? Agak-agak boleh cair tak gadis di sebelahnya ini.Terdengar gadis itu mendengus kasar. Geram barangkali. Tapi betul apa yang dia cakap tu. Bukannya mengeji tapi memuji. Takkan itu pun tak boleh.“Saya tak makan pujian. Tak payah puji sangat. Saya tak ada hati nak kenal orang berjambang macam awak ni!”Yafit geleng kepala. Sombong!Seketika kemudian, terdengar deringan telefon bimbit. Gadis itu cepat-cepat angkat."Assalamualaikum Mak Eton.. Sarrah dah naik bas Mak Eton. Sampai nanti terus terus ke hospital." Terdengar gadis itu menjawab salam. Perlahan suaranya. Seketika wajah itu berubah mendung. Beberapa detik kemudian, titis air mata jatuh membasahi pipinya.Yafit terdiam. Ada rasa ingin tahu muncul di benaknya.
Sarrah.. Ooo nama dia Sarrah. Maksudnya yang cantik. Kena pada tuan punya nama. Cantik dan comel. Pipi tu licin bak telur dikupas. Leka memerhati, tiba-tiba gadis itu berpaling!“Awak ni memang tak reti bahasa ke? Tak faham bahasa melayu? Nak saya cakap bahasa apa cina? Tamil?” jerkah gadis itu lagi.Yafit terkulat-kulat memandang wajah basah dengan air mata tapi matanya bersinar garang. Dia angkat tangan.“Sorry.. Awak comel. Sebab tu saya terlupa nak pandang tempat lain,” bisik Yafit. Lembut dia memandang wajah basah itu. Namun jelingan yang dapat. Bibir nak senyum tak jadi. Tak mahu lagi kacau orang. Gadis itu sedang menangis.“Huh!! Miang!” terdengar dengusan kuat keluar dari bibir gadis itu sebelum dia mengiringkan tubuh mengadap tingkap bas. Cardigan panjang ditubuhnya di tarik melepasi kepalanya.Yafit sengih. Dia garu kepala. Hahaha.. padam muka aku. Gatal sangat tengok anak dara orang. Kan dah terkena! Tapi sikit pun tak ambil hati. Memang salah dia yang tak mampu nak alih matanya memandang tempat lain.Beberapa jam kemudian, bas berhenti di Merapoh. Lampu di dalam bas terpasang. Tersedar dari lena, Yafit mengeliat seketika. Dan matanya tersinggah di wajah gadis di sebelahnya. Jantungnya berhenti terdetik seketika. Matanya terpaku. Subhanallah, cantiknya! Pujian tidak lekang di hati. Wajah polos itu kelihatan tenang dalam tidurnya.Jatuh hati pandang pertama?Ya itulah yang dia rasakan saat ini. Sayang mahu mengalih pandang tapi pundi kencingnya hampir pecah menampung urin. Nak tak nak, kena turun juga.“Cik, bas dah berhenti. Tak mahu turun?” kejut Yafit.Gadis itu mendengus. Tiada jawapan sebaliknya gadis itu memalingkan wajah kembali ke arah tingkat. Yafit geleng kepala. Segera dia bangun dan turun menuju ke tandas. Lima belas minit kemudian dia kembali. Gadis itu masih lagi tidur.‘Lena ke? Bisik hati kecilnya.“Saya ada belikan air mineral dan roti untuk awak. Saya letak kat sini. Nanti makan ya,” beritahu Yafit. Gadis itu diam tak bergerak. Hmmm... tidur kot.Sampai sahaja di stesyen bas Kota Bharu, gadis itu bergegas turun. Langkahnya laju. Yafit mengejarnya dari belakang. Rasa ingin tahu membuatkan dia terlupa janjinya dengan Zairil. Diekori langkah gadis itu. Jalan raya masih lagi lengang.Yafit geleng kepala.‘Berani betul minah ni? Pagi-pagi buta macam ni berjalan sendirian.’Telefonnya tiba-tiba berbunyi.“Kau kat mana bro? Aku dekat bas kau ni, tak nampak pun.”
Yafiq tepuk dahi.“Sorry, aku lupa. Kau tunggu aku dekat Hospital besar lah. Aku tengah berjalan ke sana.”“Eh, buat apa ke sana?”“Nanti aku cerita!” telefonnya dimatikan. Dia pantas mengejar. Ternyata Sarah lebih laju berjalan darinya.
‘Berani betul minah ni, jalan sorang-sorang pagi buta ni. Kalau orang rogol ke, tak ada orang tahu,’ bebel Yafiq sendirian. Entah mengapa hatinya pula risaukan keselamatan gadis itu. Dalam beberapa jam kenal, gadis itu tanpa disedarinya telah menguasai akal fikirannya.
Sampai sahaja di hospital, bayangan Sarah menghilang.
Yafiq hilang arah. Lagipun dia tidak berapa tahu selok belok hospital ini. termangu-mangu di lobi hospital. Beberapa orang pak guard pandang-pandang ke arahnya. Pelik. Cepat sangat minah tu menghilang.“Woit, kau buat apa dekat sini?” panggil Zairil. Bingung melihat tingkah laku sepupunya sendiri, tercari-cari sesuatu.“Cepat kau sampai?” Yafiq melangkah mendekati Zairil yang berada di dalam kereta.“Cepatlah masuk!” gesa Zairil. Dia macam nampak sesuatu di tingkat dua blok baru itu.Yafiq pandang lagi sekitar hospital. Matanya masih lagi mencari bayangan Sarrah. Takkanlah cepat sangat dia menghilang. Baru sekejap dia alih pandang, dah tak ada. Sebuah kereta saga warna merah model lama melintasinya.“Kau sesat ke?”“Tak lah,” balas Yafit. Matanya masih lagi memandang hospital.“Habis yang kau pergi sampai ke hospital buat apa?” Zairil dah rasa lain macam. Hatinya kecut. Mulutnya dah terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-quran yang terlintas di dalam hatinya.“Aku ikut Sarah.”“Siapa Sarrah?” Zairil dah pelik.“Perempuan yang duduk sebelah aku di dalam bas tadi.”“Buat apa kau ikut dia? biar betul? Ni hospital, beb!” tak logiklah seorang gadis berani berjalan seorang diri menuju ke hospital melainkan dia itu cik hantu!!“Aku risaukan keselamatan dia.”“Di sini kau tak perlu risau sangat. In Shaa Allah selamat nak berjalan pagi-pagi ni. Lagipun masa ni dah banyak kenderaan keluar masuk ke bandar,” balas Zairil. Sebenarnya lebih pada nak menyedapkan hati sendiri je.Yafiq terdiam.“Yang kau datang sini naik bas, kenapa? Tiket flight dah habis ke?”“Saja nak tukar angin. Lagipun transport aku dekat jepun bas dengan tube aje.”Zairil geleng kepala. tahu sangat perangai Yafiq, suka buat kerja luar alam. Suka susahkan diri sendiri padahal, dia mampu hidup senang.“Jomlah balik! Aku mengantuk ni,” ajak Zairil. Tak sanggup dia berada lama di sini.Tapi Yafit enggan berganjak. Dia mahu tahu tentang gadis itu dan apa yang dibuatnya di hospital pagi-pagi buta ni.“Woi.. Kau dengar tak cakap aku ni. Jomlah balik!” keras suara Zairil mengajak. Dihujung koridor, dia ternampak lagi bayangan putih berdiri tegak. Terasa tidak lepas menelan air liurnya sendiri. Di tarik tangan Yafit.“Sekejaplah aku nak tanya pak cik guard tu.Zairil tarik nafas. Nak tunggu di kereta pun dia tak berani. Tak pasal muncul pocong di belakangnya.“Siang boleh tanya. Tak larilah minah tu. Itu pun kalau dia tu manusia,” Zairil ketap bibir sendiri. Bayangan putih berupa pocong itu semakin mendekati mereka. Dia dah takut. Ditarik lagi tangan Yafit.“Cepatlah weh!” ditarik tangan Yafit.“Tunggulah kejap!”“Kalau kau tak nak ikut. Aku tinggal kau kat sini. Kau balik sendirilah,” putus Zairil. Tak sanggup lagi dia menunggu. Terus diangkat kaki menuju ke keretanya.“Wei Ril.. tunggu aku!” Nak tak nak Yafit terpaksa ikut Zairil.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 25, 2017 06:57

May 16, 2017

Cerpen Fairytale : Si Kacak dan Si hodoh

Cerpen ini spontan dibuat untuk menyahut cabaran rakan penulis @AQ Novelis Ia adalah cerpen berangkai dengan tema-tema cerita fairy tale.. Saya dapat tema Beauty and the Beast. Ditukar menjadi Si Kacak dan Si hodoh... Cerpen Fairy tales dengan penampilan istimewa kasut kak peah.Kak Lynn Safiya - Mr FrozenYumi Hyra - Encik RapunzelJaja Ahmad - Puteri Jasmeen-AAein Dhiyauddin - Pakcik CinderellaDhiyana Novelist - Mr Aurora ( sleeping handsome)Mr Hondsome and Beasty - Shima Rostam
Mr Snow White - AQ Novelis



Panggg....
Buat ke ratus ribu kali, cermin menjadi mangsa. Retak seribu dan pecah berderai. 
Arrggghhhh... Raungan pilu seorang gadis hampir didengari oleh semua orang yang berada di villa mewah atas bukit itu.
Jason tersentak. Terkejut.
"Siapa yang menjerit tu?" spontan soalan ditanyakan kepada Encik Noh. 
"Cik Bella," jawabnya. Senyum segaris diberikan. 
Raungan itu telah biasa didengarinya. Jadi tidak ada yang mengejutkan. 
"Kenapa dengan dia?" Jason ingin tahu. Villa ini terasa sepi. Lebih-lebih lagi selepas bunyi jeritan tadi. 
"Tentu dia tertengok cermin lagilah tu. Tak ada apa yang perlu dirisaukan Tuan Jason."
"Kenapa dengan cermin? Dia tak suka tengok wajah dia sendiri ke? Muka hodoh?" tidak puas hati dengan jawapan Encik Noh, Jason bertanya lagi.
Encik Noh angguk.
"Wait. Don't tell me, that Bella is my future wife?"
Encik Noh angguk lagi. Jason berhenti melangkah. Dia pegang kepala. Kemudian diusap tengkuknya sendiri. Mukanya pucat. Menyesal! Tapi apa gunanya bila diri sendiri yang sanggup tawarkan diri menjadi suami kepada gadis hodoh itu. 
Encik Noh pandang Jason, bersimpati. Tapi dia lebih banyak bersimpati dengan Cik Mudanya. Sudahlah yatim piatu, dikhianati pula oleh adik kandungnya. Kerana cemburukan kecantikan yang dimilikinya, adiknya Cik Melia sanggup berikan set penjagaan muka beracun untuk kakaknya. Habis rosak muka Cik Bella sehinggakan dia malu nak keluar villa ini. Telah lama Cik Bella mengurungkan dirinya di dalam Villa ini. 
"Saya tidak mahu. Macam mana saya nak hidup dengan dia seumur hidup kalau rupanya saya jijik nak pandang?" getus Jason. Tanpa fikir panjang dia mahu tarik diri. Hancurlah statusnya sebagai pakar bedah plastik yang kacak kahwin dengan si hodoh.
"Saya tak memaksa Tuan Jason. Tapi jika Tuan Jason tarik diri, ini telah melanggar kontrak. Jadi Tuan kena bayar ganti rugi sebanyak RM10 juta," jelas Encik Noh dengan tegas. Selaku peguam Cik Bella, dia akan melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Memastikan Cik Bella berkahwin dan memiliki zuriat sebagai syarat untuk mendapatkan harta peninggalan orang tuanya. Dia sama sekali tidak akan membiarkan harta pusaka itu dibolot oleh Cik Melia sahaja.
Terdiam Jason dibuatnya. Duit itu 30 peratus telah digunakan untuk membeli peralatan laser bagi kegunaan kliniknya. 20 peratus digunakan sebagai deposit rumah banglo 2 tingkat di Sri Kayangan dan kereta barunya. 
Encik Noh senyum sinis. Tentu sekali Jason tidak mampu menarik diri lagi. 
"Lagipun apa yang susah. Tuan kan pakar bedah kosmetik. Tentu sekali boleh mengubah wajah si hodoh kepada si cantik. Cik Bella dulu adalah antara yang tercantik di Malayland ni. Kerana cemburu dan iri hati dia jadi mangsa kejahatan adiknya sendiri."
Jason diam tak terkata apa dah. Dia ikut langkah Encik Noh ke dewan makan. Macam orang kalah. ***Tok.. Tok.. Tok..
"Cik Bella.." perlahan tombol pintu dipulas. Dalam takut-takut Kak Limah menjenguk ke dalam bilik yang serba suram.
Dia bercekak pinggang. Hilang takutnya. Bilik dah tak serupa bilik. Serpihan kaca cermin bersepah. Tilam dah bogel, Cadar dah berselerak di atas lantai. Kekabu bantal penuh satu bilik. Empat biji bantal telah menjadi mangsa keganasan Cik Bella. 
"Apa yang Cik Bella dah buat ni? Kot iya pun nak mengamuk, jangan bagi masalah kat saya. Penatlah nak kemas bilik tak serupa bilik ni," bebel Kak Limah sambil berjalan masuk ke dalam bilik. Tangan pantas mengutip kain-kain yang berselerak. Berhati-hati dia memijak lantai marmar itu agar tidak terpijak kaca. 
Cik Bella diam. Tidak ambil pusing bebelan orang gajinya. Dia telah buruk tentu sekali orang tak mahu peduli. Dia yakin sangat bakal suaminya nanti cabut lari. Iyalah muka buruk, nak tengok pun jijik.
"Pergi siap Cik Bella. Kak Limah nak kemas bilik ni. Bakal suami Cik Bella dan Encik Noh dah sampai. Mereka menunggu di dewan makan,"beritahu Kak Limah.
Cik Bella tak berganjak. Dia buat tak dengar apa yang Kak Limah beritahu. Buat apa nak jumpa kalau dia tahu nanti lelaki itu akan berlari keluar tak cukup tanah apabila melihat wajahnya.
"Cik Bella! Cepatlah. Nanti lama pulak mereka kena tunggu," gesa Kak Limah. 
Cik Bella berpaling pandang Kak Limah seketika sebelum berkata, "Tak payah jumpalah Kak Limah. Saya yakin lelaki itu sama je dengan calon-calon sebelum ini. Tengok muka saya terus lari. Tak pun muntah hijau."
Terhenti tangan Kak Limah yang ligat mengemas itu. Dia pandang Cik Mudanya, lama. Simpati dan kasihan. Dulu si cantik dan kaya. Sekarang si hodoh dan kaya. Tapi bakal kehilangan kekayaan dimiliki jika dalam setahun ini, Cik Bella tidak berkahwin dan mempunyai waris. 
"Think positive Cik Bella. Lagipun saya dengar calon kali ni pakar bedah kosmetik. Dia tentu dapat terima Cik Bella dan merawat wajah Cik Bella kembali cantik," pujuk Kak Limah.
"Saya takut nak menaruh harapan lagi Kak Limah," keluh Cik Bella.
"Macam nilah Cik Bella. Jumpa dia nanti Cik Bella pakai niqab. Mata Cik Bella cantik. Jadi saya yakin bila dia tengok je mata Cik Bella, terus jatuh cinta. Lagipun orang kata, dari mata turun ke hati."
"Tapi itu menipu namanya Kak Limah. Pasangan yang bakal berkahwin diharuskan melihat wajah bakal suami atau isteri sebelum berkahwin untuk mengelakkan mereka menyesal selepas nikah," bantah Cik Bella. 
"Alaaa... Kak Limah yakin dia tahu keadaa Cik Bella yang sebenarnya. Kali ini kita guna muslihat sikit. Jika dia terpesona dengan mata hazel Cik Bella ni, saya yakin dia juga pandai menilai kecantikan sebenar Cik Bella," pujuk Kak Limah.
"Lagipun Cik Bella tak rugi apa-apa pun kalau dia cabut lari. Macam mana?" Kak Limah angkat kening. 
Lama Cik Bella berfikir sebelum bersetuju. "Okey, saya ikut saranan Kak Limah." 
"Ni yang Kak Limah sayang sangat Cik Bella ni walaupun selalu mengamuk sepahkan barang-barang macam budak tadika," dalam memuji Kak Limah menyindir. 
"Lainkali nak mengamuk, panggil Kak Limah. Nanti Kak Limah bawak pergi boxing."Cik Bella angguk. Nak senyum dia tak mampu sebab mukanya akan sakit. 
"Cepat salin pakaian. Mereka dah lama menunggu."
***
Jason berpaling apabila mendengar tapak kaki yang semakin mendekatinya. 
"Maaf lambat Uncle Noh," lemak merdu suara Cik Bella meminta maaf. dia tunduk.
"Tak apa Bella, uncle pun baru sampai. Teh secawan pun belum habis lagi," balas Encik Noh.Jason diam memerhati. Si tinggi lampai yang berabaya dan niqap. Inilah si hodoh bakal isterinya? Dahinya berkerut. Jauh dari yang dia bayangkan, bertubuh gempal dan pendek. Berwajah jelek penuh jerawat. Tapi ini, lekuk badannya pun telah membuatkan dia payah menelan liur. Walaupun pakaian yang dipakainya longgar dan serba hitam. Tapi tubuhnya langsing seperti model. 
"Kenalkan ini Dr Jason, bakal suami Bella. Jason, inilah Cik Bella, bakal isteri tuan." Encik Noh sebagai orang tengah memperkenalkan mereka. 
Jason terus terpesona apabila terpandang sepasang mata hazel yang cantik. Tidak berkelip matanya memandang mata Bella. Dan hatinya mula menyahkan rasa ragu-ragu yang menghuni tadi. Getaran cinta mula mengambil alih. Serta merta dia yakin mampu merawat wajah bakal isterinya cantik semula. 
Bella pula terpesona dengan wajah kacak Jason. Mata helang Jason tajam merenung matanya, membiuskannya. Membuatkan dia terpaku. Terasa getaran cinta mengalir dari mata turun ke hati. Ehemmm... Deheman Encik Noh mengembalikan mereka dari terus hanyut di alam asmara.
"Saya setuju Encik Noh. Aturkan pernikahan kami secepat mungkin," dengan yakin Jason bersuara.
"Tapi.. Saya hodoh.." perlahan suara Bella mahu menyedarkan Jason. Dia tidak mahu Jason menyesal nanti. 
Kak Limah dan Kak Peah yang mengintai sejak tadi rasa nak pergi ketuk kepala Cik Bella. Diam sudahlah. Dah orang nak kahwin tu, terus terima je. Lagipun tempoh masa semakin singkat. Cik Bella kena kahwin secepat mungkin.
"Mata Bella cantik. Itu sudah cukup bagi saya. Wajah tak penting. Hodoh, saya akan merawatnya jadi cantik!"
Kata-kata Jason itu membuatkan Kak Limah dan Kak Peah menjerit gembira. Akhirnya Cik Bella mereka akan kahwin. Dan mereka tidak perlu lagi mencari kerja lain.
"Minggu depan Encik Noh," arah Jason. Matanya masih lagi ralit memandang Bella. Tertangkap sepasang tangan putih mulus. Dia tahu di sebalik abaya itu tubuh Bella indah menawan. Dia jadi tidak sabar untuk menerokai keindahannya.
"Baik.. Jangan risau Kak Peah, Kak Limah dan Kak Lina akan uruskan majlisnya. Encik Noh uruskan hal berkaitan pernikahan itu," Kak Peah mencelah. Dia dah terlebih excited.
"Awak tak nak lihat wajah saya dulu?" tawar Bella. Dia tidak mahu Jason menyesal.
"Tak perlu. Lagipun selepas kahwin nanti saya akan lihat juga," balas Jason.
"Awak takkan menyesal nanti?" Bella inginkan kepastian.
"Saya tidak pernah menyesal dengan setiap keputusan yang saya buat."
Kata-kata itu membuatkan Bella terdiam.
Seminggu kemudian...
Pagi tadi mereka selamat disatukan. Melia datang kacau majlis mereka. Tapi mujurlah ketika itu mereka selamat bernikah. Cemburu dan dengkinya tak habis-habis. Lebih-lebih lagi apabila melihat ada lelaki kacak sanggup jadi suami kakaknya. 
“Kau bodoh sebab kahwin dengan si hodoh tu,” bisik Melia di telinga Jason. Jari lentiknya bergerak perlahan mengusap lengan Jason. 
Bella dah berpeluh tangan, takut sangat Jason bertukar fikiran apabila melihat senyuman menggoda Melia itu. Dia dengar dengan jelas kata-kata Melia itu.
“Tapi kalau you berubah hati, I boleh jadi ganti. I pandai panaskan malam you. Dia…” Melia jelling Bella yang berdiri tak jauh dari situ.
“Kaku. Tak ada pengalaman melayan lelaki,” tangan Melia dah merayap ke dada Jason pula.Sesak nafas Bella dibuatnya. Macam mana kalau tiba-tiba Jason berubah fikiran. Dia masih tidak yakin Jason, si kacak ini ikhlas menerima si hodoh ini sebagai isterinya. 
“You know, I pakar dalam mengubah si hodoh kepada si cantik. Jadi setakat si hodoh, isteri I tu kacang sahaja I tukar jadi si cantik,” bisik Jason membalas. Nada suaranya tegas. Sejak jadi suami beberapa jam lepas, hatinya berubah menjadi protective. Seboleh mungkin dia mahu melindungi Bella dari disakiti. Dia dah tengok dan dengar sendiri orang mengumpat dan menyindir Bella, si hodoh yang tak sedar diri. Sakit hatinya. Tunggulah enam bulan lagi, si hodoh ini akan berubah rupa menjadi si cantik semula. 
“Dan I suka virgin. Tak berpengalaman no hal. Itu gunanya I sebagai suami untuk memberi tunjuk ajar,” sindir Jason. 
Dan tanpa kata Melia berlalu sambil hentak kaki meninggalkan mereka. 
“Bella..” panggil Jason. Hari telah larut malam. Pakaian pun telah bertukar, tapi niqab masih terletak elok di wajah Bella. 
“Come here…” panggil Jason. Dia bersandar elok di kepala katil. 
Teragak-agak Bella menghampiri Jason. Sampai sahaja di sisi katil, tangannya ditarik sehingga terduduk. Mata cantiknya bulat memandang Jason. Tidak jangka itu yang Jason lakukan. 
“Buka niqab tu,” arah Jason. 
Bella geleng kepala.
“Buka sayang, abang nak tengok wajah isteri abang ni,” pujuk Jason. 
“Saya tutup lampu dulu.”
“Tak perlu. Abang nak tengok wajah isteri abang. Kalau gelap macam mana nak tengok.”
“Wajah saya buruk. Nanti awa….”
“Mata Bella cantik. Abang rasa abang jatuh cinta sebab terpesona dengan mata Bella ni. Bukan wajah,” pintas Jason. 
Semakin bulat mata Bella mendengarnya. Tanpa sedar niqabnya di buka oleh Jason.
Melihat wajah isterinya buat kali pertama, Jason hilang kata. Berkerutu, bernanah dan iritasi kulit yang begitu teruk. Dia tarik nafas. Tapi kalau kena rawatan yang betul, boleh baik. Hmmmm… tak adalah teruk sangat. 
“Dah berapa lama wajah Bella macam ni?”
“Lima tahun.”
“Tak pergi jumpa doctor?” soal Jason lembut. Dia belek-belek wajah Bella. Nasib baik mata hazelnya tak terjejas. 
“Malu. Tak pernah keluar rumah sejak muka teruk,” akui Bella sambil tunduk. 
Jason angguk. 
“Abang akan ubati wajah Bella ni. Bella kena ikut apa yang abang cakap. Enam bulan nanti isteri abang akan berubah jadi cantik semula,” yakin Jason.
“Boleh ke?” soal Bella ragu-ragu. Ada doctor pakar plastic datang ke rumah merawatnya. Kata mustahil mukanya akan sembuh. Dan mereka tidak mahu merawatnya. 
“Boleh. Bella tengok je nanti.”ke dua belah tangan mulus Bella di bawa ke bibirnya. Haruman tubuh Bella mengganggu beast di dalam dirinya. 
“Jom tidur.”
“Erk… Abang tidurlah. Bella tidur bilik lain.”
Dahi Jason berkerut. “kenapa pulak.”
“Takut abang terkejut pagi esok, tengok muka buruk ni.”
Jason hampir ketawa. 
“Mengarut. Wajah buruk boleh dirawat. Perangai buruk tak boleh dirawat melainkan orang tu nak rawat dirinya sendiri. Lagipun wajah Bella je buruk. Yang lain semuanya cantik dan seksi,” bisik Jason menggoda. 
Bella tunduk, tersipu malu. Dan pujukan dan rayuan si kacak ini membuatkan keyakinan Bella kembali. Dia tersenyum bahagia. 
Enam bulan kemudian…
Kak Lina tersenyum puas dapat memberikan sentuhan ajaibnya kepada Cik Puan Bella. 
“Apa macam, cantik tak Kak Peah, Kak Limah?”
“Cantik!” jawab mereka serentak. Masing-masing teruja. Tak sangka dapat melihat wajah cantik Cik Puan Bellanya lagi. 
Bella dah tersipu-sipu malu.
“Kita welfie dulu. Aku nak tunjuk dalam facebook ni, biar seluruh Malayland tengok CIk Puan Bella dan cantik semula. Biar terlopong mulut-mulut yang suka mengumpat tu,” bebel Kak Limah. 
“Aku teringat cerita Beauty and The Beast. Rasa kena dengan kisah Cik Puan Bella ni.”
“ Handsome and The ugly girl.”
“Eh bukan the ugly duck ke?” Kak Peah dah confused. 
‘Hiap… duck apa pulak? 
“Beauty and the beast tu versi lelaki. Handsome and the ugly girl ni versi perempuan. Kau tengok ni, dulu nak tengok senyuman Cik Puan Bella pun susah. Sekarang ni manis bak gula bak hang..” bebel Kak Limah. 
Kak Lina dan Kak Peah angguk, setuju. 
“Sayang dah siap?” Jason muncul di sebalik pintu. Tangannya disembunyikan di belakang. 
“Dahhhh” serentak Kak Peah, Kak Limah dan Kak Lina tolong jawabkan. 
Bella senyum simpul. Apatah lagi mata Jason tak berkelip-kelip memandangnya. Langkah kaki Jason semakin menghampiri. Dan dalam diam ketiga tukang rias Bella mengundurkan diri. Memberi peluang kepada pasangan sama cantik, sama kacak itu. Bibir mereka tersenyum puas. Tak perlu lagi mereka risau. Mereka tetap akan terus berkhidmat di villa besar ini. 
“Hai beauty…”
“Hai Handsome..” Balas Bella tersipu-sipu. 
Sampai di depan Bella, dia tunduk dan meletakkan sepasang kasut berwarna beige. Bella pandang encik suami yang duduk di hadapannya, menyentuh kaki dan membuka selipar di kaki. Kemudian dipakaikan kasut tersebut. Cantik. kena dengan dress labuh yang dipakainya. 
"Terima kasih abang," berbunga hati Bella menerima layanan itu. Semakin bertambah sayangnya. Jason bangkit dan berdiri rapat. tangan kiri menyauk pinggang Bella dan tangan kanan naik menyentuh wajah isterinya.
“Cantik.. tentu sekali semua yang berada di bawah terkejut nanti,” bisik Jason. Tidak dapat menahan diri, bibirnya melabuh di pipi si isteri. 
“Jom.. Dah lama mereka tunggu..” 
Bella angguk. Lengan Si suami disauknya. Dan mereka melangkah turun menuju ke majlis annual dinner syarikat milik Bella. 
Oppss…. Lupa nak cakap, Melia terpaksa dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Tidak dapat menerima hakikat yang kakaknya dah kembali cantik. Betul cakap Jason, dia Cuma perlukan enam bulan untuk merawat wajah isterinya. Dan kini semua orang terpesona dengan kecantikan yang dimilikinya. Bella mewarisi seluruh harta pusaka milik keluarganya apabila sebulan selepas berkahwin disahkan hamil. Cinta Jason telah mengembalikan keyakinan diri. Kecantikan tidak hanya pada wajah tetapi pada hati. Dari kerana mata Jason jatuh cinta padanya.
The end…
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2017 17:18

May 3, 2017

Prolog - Aku Bukan Penggoda


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Masih lagi rancak berpesta buku di PWTC minggu ini. Jangan lupa dapatkan novel terbaru saya terbitan +lovenovel enterprise  CINTA ASMA DAN FERHAD. Juga terbitan +Anaasa Publication  BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU. Gerenti Best!!

Sambung kerja dan sambung update blog.. Okey... Siapa yang ikut kisah ni dulu... Cuba komen ya. Ada ingat mereka lagi?


Lima belas tahun lalu…
“Kau dah buat apa yang aku suruh.”“Dah puan.”“Apa hasilnya?“Kemalangan itu memang telah dirancang.”Aminah diam.  ‘Memang aku dah agak! Menantu aku tak mungkin cuai,’ gumam hatinya. “Macam yang puan agak hari itu. ACE Vision Art Sdn Bhd telah dimiliki sepenuhnya oleh keluargaTengku Yahya. Menurut setiausaha syarikat, pertukaran nama adalah sah dan ditandatangani sendiri oleh Encik Ibrahim dan anak puan.”“Tak mungkin! Kalau betul ada saham syarikat bertukar tangan, sepatutnya mereka bayar mengikut harga semasa. Ini aku semak tidak ada satu sen pun dibayar di atas saham  tersebut.”“Habis tu, apa rancangan puan?” Aminah diam. Dia geleng kepala kemudiannya. “Aku tidak ada apa-apa rancangan. Aku penat hidup di tengah kota ni. Penuh dengan debu dan daki. Aku nak balik kampung.”“Ini baki duit upah kau. Terima kasih atas maklumat yang kau dapat tu.”“Tapi puan, saya tak nak semua ini. Saya mahu terus bekerja dengan puan.”Aminah senyum. Khalid ni seorang yang jujur dan setia. “Ada, aku ada kerja untuk kau. Nanti kau tunggu panggilan aku.”“Aku balik dulu.”“Okey puan. Saya akan tunggu.”******IPOH: 29 November,  Satu kemalangan maut melibatkan treler dan dua buah kereta berlaku lebuhraya utara selatan, arah selatan berlaku malam tadi. Kesemua mangsa maut di tempat kejadian. Puan Aminah seka air mata dengan jarinya. Kemalangan itu mengakibatkan dia kehilangan anak, menantu dan cucu. Berita itu dibaca berkali-kali. Terasa baru semalam anak sulung telefon dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Tapi hari ini telah genap sebulan dia pergi meninggalkan dunia ini. “Mak tok!”“Iya sayang...”“Uya rindu mama, papa dan adik.”Puan Aminah menggamit cucunya mendekatinya. Kemudian dipeluk erat. Diusap perlahan tubuh kurus Baizura. “Mak tok pun rindukan mereka. Bila rindu mak tok mengaji.”Baizura pandang wajah jernih mak tok. Matanya basah. Air matanya lagi laju turun. “Mak tok jangan tinggalkan Uya pula. Nanti Uya tak ada sesiapa lagi,” Baizura teresak.“Mak tok ada. Mak tok akan jaga Uya. Mak tok takkan tinggalkan Uya.” Baizura terus peluk erat mak toknya. “Uya....” Baizura melepaskan pelukannya dan berpaling.“Abang...” Lantas dia meluru ke dalam pelukan lelaki itu.“Mama dah tak ada...”  raungnya. Hanya dengan lelaki itu baru dia dapat melepaskan perasaannya. “Abang tahu. Uya masih ada abang, mak tok, pak ngah dan mak ngah lagi kan? Abang akan jaga Uya.”“Abang takkan tinggalkan Uya lagi?” lelaki itu geleng kepala. “Tak. Peperiksaan abang dah habis. Lepas ni abang akan temankan Uya.”“Betul!”“Iya, sayang. Betul.”“Janji!”“Janji!”Jari kelinking saling berkait. Bibirnya tersenyum walaupun pipinya basah. Airmata masih lagi mengalir turun. Dia yakin lelaki ini tidak akan meninggalkannya lagi.***** Dua tahun kemudian…“Mak nak kau ambil undang-undang Zam.”“Tapi mak, Zam nak ambik perubatan.”“Ambil undang-undang! Keputusan mak muktamad!”“Kak ngah, tolong..” Zamri minta simpati kakaknya supaya memujuk mak mereka. Nur Zahnita angkat tangan. Dia geleng kepala kerana tidak dapat membantu. Bukan mereka tidak tahu, bila mak sudah buat keputusan, ia sukar untuk diubah. Bahkan tidak pernah berubah. Zamri mengeluh. Dia garu kepala. Geram dan kecewa bermukim di hati. Dalam terpaksa dia patuh juga. “Suatu hari nanti kau akan faham!” ringkas ucapan yang keluar dari bibir Aminah sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.Sejak mereka kehilangan ayah, kakak long dan abang iparnya, sikap mak telah berubah. Tidak lagi mesra dan sentiasa tegas mendidik mereka. “Kena marah? Soal budak perempuan bertocang dua sambil sengih-sengih mengejek. Dia mendengus dan jegilkan matanya. Mahu menakutkan budak perempuan itu. Sebaliknya budak perempuan itu datang menempel di sebelahnya sambil letak kepala di bahunya. Dia tidak jadi marah. Inilah buah hatinya. Penghibur hatinya.

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2017 16:34

April 2, 2017

Cinta Asma dan Ferhad di PBAKL 2017


Assalamualaikum semua...
Lama pulak sepi kan?
Ni nak cerita sikit...
CINTA ASMA DAN FERHAD bakal keluar PBAKL 2017 nanti. Jadi siap sedia menabung ya..

Cover Cinta ASMA DAN FERHAD

Teaser 1

“Dalam paksa rela pun, hakikatnya tugas seorang suami ni besar. Tanggungjawabnya besar. Jika suami ni pincang, maka pincanglah rumahtangga yang dibina. Jika suami ni tahu erti peranannya dalam berumahtangga dan tanggungjawabnya terhadap isteri maka bahagia dan ketenanganlah dia akan nikmati.”
Ferhad diam mendengarnya.
“Nenek tak tahu apa perancangan kau selepas nikah ni. Tapi nenek nak lepas nikah kau layan Asma selayaknya sebagai isteri. Jangan pulak kau kenakan syarat yang mengarut macam drama dalam TV tu. Dah jadi isteri kau, nak ulit, nak uli macam mana pun dah jadi hak dan tanggungjawab kau. Asalkan sama-sama menikmatinya.”

“Dari situ kau akan merasai nikmat alam rumahtangga ni. Akan timbul cinta dan kasih terhadap pasangan. Sebab itulah perbezaan hidup bujang dengan berkahwin.”
Dia ketika itu hanya mampu mendengar tanpa mencelah. Nak bantah pun, segala nasihat neneknya itu betul.
“Jangan sesekali fikir nak buat macam kahwin kontrak. Korang usaha pupuk kasih sayang, masa depan nanti biarlah masa yang tentukan.”
Baru je nak bukak mulut terpaksa tutup balik. Baru nak cakap pasal kahwin kontrak dah kena basuh dengan nenek. Dia pun naik hairan, nenek ni nama je duduk kampung tapi pemikiran kalah nenek yang duduk di bandar. Macam opah sebelah mamanya. Kolot. Ada-ada sahaja cucunya buat serba tak kena di matanya.
“Betul ke awak nak kahwin dengan saya?”
Suara halus itu mencantas memori perbualannya dengan nenek ketika berjalan menuju ke rumah Asma ini.
“Abang. Bukan awak. Beza umur Asma dengan abang sepuluh tahun.”
“Ok, abang. Betul ke abang nak kahwin dengan Asma, budak kampung ni. Baru lepas sekolah.”
Ferhad angguk.
“Dah termaktub jodoh abang dengan Asma sejak dari alam roh lagi. Jadi siapa abang nak tolak jodoh ini.”
“Tapi kita tak pernah kenal pun. Tiba-tiba kena kahwin. Tak rasa pelik ke?”
Teaser 2

“Apa cerita? Bukan ke Tiffany tu kekasih abang?”
“Tiffany tu kawan, bukan kekasih.”
“Kawan?” Fatin Nur angkat kening.
“Kawan tidur sebilik, sekatil?”
Syyuuuh... Ferhad letak jari telunjuk di bibirnya.
“Kau nak semua orang dengar ke?”
Fatin Nur ketawa sinis. Dia tahu sisi gelap Ferhad.
“Pandai pulak bila nak kahwin pilih perempuan baik-baik,” sinis Fatin Nur.
“Kalau kau tak tahu apa-apa, baik diam,” marah Ferhad dengan nada tertahan.
“Abang, tak payah nak berlagak baiklah depan nenek bila setiap rahsia abang kat sana dalam poket Fatin.”

“Rahsia apa? Apa yang kau tahu? Jika kau rasa rahsia-rahsia aku dalam poket kau tu berbaloi kau bagitahu nenek, pergilah cakap. Abang tak kisah. Tapi bila jadi apa-apa kat nenek, kau yakin ke kau mampu bertanggungjawab,” bidas Ferhad. Sakit hati mendengar ugutan adiknya. 

Teaser 3

“Tahniah. Akhirnya kau jadi kakak ipar aku. Tapi jangan harap aku akan terima kau sebagai kakak ipar aku. Kau tu  tak layak, tahu tak?”
 “Budak kampung tak sedar diri!” cemuh Fatin Nur.
Asma berpaling melihat Fatin Nur. Ini kali pertama Fatin Nur bercakap dengannya sejak tiba tengahari tadi. Dia tidak tahu kenapa Fatin Nur memberi layanan bahu sejuk kepadanya. Padahal ini kali pertama mereka bertemu. Apa masalah perempuan ni yang sebenarnya?
“Terima kasih. Saya sedar diri, saya ni budak kampung,” balas Asma.
Fatin ketawa sinis. Dia semakin geram bila Asma menjawab. Bersikap bersahaja pula tu. Lagi sakit hatinya.

“Nasib baik sedar diri. Mari sini aku cerita satu rahsia dekat kat kau. Biar kau sentiasa beringat. Jangan berangan tinggi melangit nak hidup bahagia dengan abang aku. Sebab kau tu tak layak!.”

Teaser 4

“Lagipun mana abang biasa tidur tanpa peluk Asma. Belai-belai isteri abang ni dulu sebelum tidur,” bisik Ferhad betul-betul di tepi telinga Asma. Takut orang lain dengar.
Merah muka Asma mendengarnya.
“Abang ni tak senonohlah. Asma kan budak sekolah lagi,” balas Asma geram.
Lagi Ferhad tarik sengih. Dia suka bila Asma malu-malu dengannya.
“Budak sekolah pun dah jadi isteri abang. Kiranya tak apakan? Dikecualikan.”Asma cubit lengan Ferhad.
“Sakitlah sayang. Nak kena denda ni.”
Cup... bibir Ferhad singgah di pipi merah Asma. Lagi merah muka Asma dibuatnya. Dia ketap bibir. Tak tahu nak cakap apa dah. Wajahnya hampir menangis malu.
“Abang seriuslah sikit.” marah Asma dengan suara tertahan.
Ferhad peluk bahu Asma. Dia ketawa. Seronok menyakit isterinya. Perbuatan mereka diperhatikan oleh jurujual wanita butik tersebut. Tersenyum-senyum dia dengan gelagat mereka. Jurujual tersebut melihat jari Asma yang masih merah.
“Abang pun serius. Abang tak nak Asma bersekang mata siapkan baju tu. Abang mampu beli. Buat apa Asma susah-susah nak jahit sendiri.”

“Kita beli yang dah siap,” putus Ferhad. 
Sama-sama kita nantikan di PBAKL nanti... 
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2017 17:30

March 23, 2017

Bab 20 : Hati Yang Kau Sakiti (bab akhir di blog)

Assalamualaikum semua.. Ini adalah bab terakhir di blog. Manuskrip ini saya telah hantar kepada penerbit untuk penilaian. Doakan semoga ada rezeki manuskrip ini diterbitkan..Salam sayang....




“Acu panggil achik keluar. Jangan nak berkubang atas katil lagi. Matahari dah setinggi galah ni,” arah Puan Habsah. 
Hari ini bakal besannya akan datang ke rumah. Merisik secara rasmi anak gadisnya. Jadi dia perlukan pertolongan achik dan acu untuk menolongnya masak makan tengahari. Menurut along ada lebih kurang lapan orang yang akan datang nanti termasuk bakal menantunya.
Acu pandang maknya dengan muka blur. Dalam bilik tu dah kosong. Achik subuh-subuh lagi dah keluar, balik ke UPM. Takkanlah mak tak tahu.
“Achik mana ada dalam bilik tu mak. Dia dah balik UPMlah,” beritahu Acu.
Terhenti tangan Puan Habsah yang sedang memotong ayam. Lepas subuh tadi dia ke pasar bersama suaminya membeli barang untuk masak tengahari.
“Bila dia pergi?”
“Lepas mak dan ayah pergi pasar. Acu ingatkan mak tahu,” balas Acu.
Puan Habsah mengeluh. Teringat perbincangan keluarga malam tadi. Terlupa pula nak beritahu achik yang hari ini pihak keluarga belah sana datang nak merisik dan berbincang. Dia jadi kasihan dengan achik tapi dalam masa yang sama dia tetap dengan keputusannya. Ini adalah untuk masa depan achik juga.
 “Malam tadi masuk bilik, achik tak bercakap langsung. Terus tidur. Acu tanya pun dia buat tak tahu. Kasihan achik mak.”
“Tak boleh ke kalau achik tak payah kahwin lagi? Kalau acu pun, tak nak kahwin dengan orang yang tak kenal. Walaupun orang tu kacak dan macho sekali pun. Nak juga rasa bercinta dulu sebelum kahwin.”
“Acu jangan masuk campur urusan orang tua. Sampai giliran acu nanti pun, acu akan kahwin dengan pilihan mak. Jangan sesekali gatal nak bercinta pula.” Puan Habsah memberi amaran.
“Kupas bawang kemudian potong sayur tu. Achik tak ada, acu kena tolong mak masak sampai habis. Jangan nak lari masuk bilik pula.”
Acu pandang mak dengan wajah tak puashati. Sebab achik, dia pulak kena jadi galang gantinya.
“Achik mana,’ soal along dan angah serentak. Masing-masing tarik kerusi nak makan. Mereka baru sahaja balik berjogging.  
“Dah balik UPM. Ini semua sebab along dengan angahlah. Gatal nak kahwin cepat, achik jadi mangsa,” marah acu.
“Achik tak tahu ke hari orang datang merisik secara rasmi mak,” tanya along tanpa menghiraukan kata-kata acu.
“Tak. Mak lupa nak cakap semalam. Ingatkan pagi ni dia ada lagi dekat sini,” keluh Puan Habsah. Achik ada kalanya jadi anak degil yang memberontak dalam diam. Biasanya dia suka bawa diri sorang-sorang sehinggalah hatinya sejuk.
“Tak apalah. Dia tak ada pun tak ada masalah,” sambungnya lagi. Merisik dan bertunang, achik tak ada pun tetap boleh dijalankan dengan sempurna.
“Kalau tak dia boleh kenal bakal suaminya hari ni. Mungkin tak adalah dia marah sangat nanti. Mana tahu boleh jatuh hati pandang pertama,” balas along pula. Rasa kasihan pulak kepada bakal adik iparnya itu, tak dapat melihat bakal isteri hari ini.
Acu cemik bibir. Iyalah sangat. Ingat hati achik ni mudah sangat berubah. Senang-senang nak terima orang macam petik jari aje?
“Achik tu baru lepas kecewalah along. Takkanlah secepat itu hatinya terubat. Ini pula dipaksa kahwin. Kalau acu pun tak boleh nak terima orang lain lagi. Lainlah kalau diberi masa kenal dan kawan-kawan dulu.” Macam bertih jagung acu bercakap bagi pihak achik. Kasihan achik.Terdiam kedua abangnya. Puan Habsah pun turut terdiam. Mengakui kebenaran kata-kata anak bongsunya. Tapi kata putus telah diambil. Dia dan suaminya tidak akan sesekali mengubahnya. Lagipun dia yakin ini adalah yang terbaik untuk achik.
“Baguslah. Mana tahu kekecewaan achik tu bakal terubat,” suara angah. Acu jegil mata pandang angah. Manusia pentingkan diri sendiri!
*****
“Awak dah giler ke?” jerkah Ami sebaik sahaja panggilannya dijawab. Hatinya benar-benar kena rasuk angin puting beliung.
“Assalamualaikum Amina Nabila,” jawab Amru tenang. Dia dah agak dalam masa terdekat akan dapat panggilan daripada Ami. Tapi tak sangka secepat ini.
Huh... sakitnya hati. Boleh lagi lelaki ni berlagak tenang. Sukalah dapat paksa dia ikut kehendaknya.
“Awak ni kenapa? Tak faham bahasa ke? Kan saya dah cakap tak nak jumpa awak. Tak nak ada kaitan dengan awak lagi. Kenapa awak buat saya macam ni?” Suara Ami tertahan-tahan menahan rasa. Dia ketap gigi. Marah sangat sampaikan menggigil badannya.
Baru sekejap tadi acu whatapps gambar majlis merisik sekali bertunang dalam groupkeluarga. Dia tak tahu pun hari ni dia akan dirisik secara rasmi. Namun hatinya lega. Tak perlu ditayang muka plastik di depan bakal mertuanya. Acu siap tunjukkan dua bentuk cincin yang diberikan. Bila acu muatnaikkan gambar bakal suaminya dia terkaku. Tidak percaya lelaki itu rupanya abang kepada Ain Najwa. Matanya panas. Hatinya meluap marah. Dia teresak sendiri. Tak mampu nak gambarkan apa yang dirasakan di dalam ini. Sakit sangat. Mainan apakah ini? Menguji dan terus menguji ketahanan mentalnya.
Amru diam menadah telinga mendengar Ami memarahinya. Dibiarkan gadis itu melepaskan perasaan. Dia dah bersedia menghadapinya.
“Tolonglah.. Saya rayu kat awak, jangan ganggu hidup saya. Kita lupakan kisah malam tu. Kita jalani hidup masing-masing seperti biasa. Awak tak perlu nak bertanggungjawab. Saya dah maafkan awak. Tolonglah,” rayu Ami dalam tersedu-sedu.
Amru tarik nafas panjang sebelum menjawabnya, “tak semudah itu. Saya tetap nak bertanggungjawab, Ami. Apa yang terjadi malam tu bukan mimpi dan bukan boleh dilupakan begitu aje. Ia melibatkan maruah awak, juga maruah saya. Apa kata keluarga kita bila tahu perkara semua. Banyak awak kena fikirkan sebelum buat keputusan.”
“Mereka takkan tahu kalau awak tak bagitahu. Cukuplah kita aje yang tahu dan lupakan.”
“Habis awak ingat Allah taala tak tahu? Boleh sembunyikan dari Allah?” tempelak Amru.
Ami terkedu. Serta merta dia memutuskan talian. Dia jatuh terduduk di sisi katil. Kata-kata Amru tadi benar-benar memukul hati dan kesedarannya. Allah taala tahu apa yang telah mereka lakukan. Bertaubat dan meminta ampun dari-Nya yang paling penting. Walaupun solat taubat telah dilakukan namun, hatinya tetap juga tidak tenang. Dirinya juga masih lagi terasa kotor.
Telefon berdering tidak dihiraukan. Dia sibuk layan lara hati. Dia pandang sekilas nama yang keluar di skrin telefon. Mak? Tentu sekali mak nak pujuk dia. Kemudian cerita apa yang mereka bincangkan tengahari tadi. Dia tidak mahu tahu. buat masa sekarang dia mahu pujuk hatinya dulu supaya redha. Tapi susahnya nak pujuk. Menerima lelaki itu bererti mengulangi peristiwa hitam itu. Tak cukup lagikah apa yang dia ambil malam itu?
“Kau ni kenapa?” Wawa terus menerpa Ami yang menangis di sisi katil sebaik sahaja dia buka pintu bilik.
“Kau okey ke tak ni?” soal Wawa. Wajah merah dan muka sembap Ami memberiahunya Ami dah lama menangis tanpa henti.
Soalannya membuatkan tangisan Ami semakin kuat. Hatinya belas, akhirnya dia tarik Ami ke dalam pelukannya. Dia peluk Ami kuat. Dia biarkan Ami melepaskan perasaannya. Hampir sejam duduk di sisi katil, akhirnya tangisan Ami semakin surut. Wawa tolak bahu Ami. Dia kesat air mata yang bersisa di pipi Ami.
“Dah lega ke belum? Kalau tak lega lagi aku nak pergi ambil baldi, tadah airmata kau,” Wawa mengusik.
Ami ketawa dalam tangisan. Dia angguk.
“Bangunlah. Sakit bontot aku ni duduk lama-lama atas simen sejuk ni,” Wawa tarik tangan Ami supaya mereka dapat bangun bersama-sama.
“Kau nak cerita dekat aku sekarang ke nak tunggu perasaan kau okey dulu,” soal Wawa prihatin. 
Kasihan sahabatnya ini, mesti hatinya sedih sangat. Baru semalam balik ke rumah keluarga, hari ni dah balik sini. Tentu ada sesuatu yang terjadi. Kalau tak, Ami takkan balik secepat ini. Ami diam. Wawa faham maksudnya itu. Jadi dia tidak akan bertanya lagi sehinggalah Ami buka mulut bercerita sendiri.
“Kau dah makan ke belum?” Ami geleng kepala.
“Aku pun tak makan lagi. Nasib baik aku tapau nasi lebih tadi. Boleh kita makan sama-sama.”
Ami pandang Wawa. Dia terharu.”Aku pergi basuh muka sekejap.”
Mereka makan tanpa suara. Ami makan perlahan. Dia sebenarnya tak ada selera nak makan. Tapi perutnya dah terasa pedih. Nak tak nak kena makan juga.
“Terima kasih Wawa,” perlahan Ami menuturkannya.
“Terima kasih buat apa? Aku tak ada buat apa-apa pun,” balas Wawa.
“Sebab tumpangkan aku dekat sini. Berkongsi makanan dengan aku. Pujuk aku bila menangis,” Ami bilang satu persatu apa yang Wawa telah lakukan untuknya. Dia bertuah kerana memiliki sahabat sebaik Wawa.
“Laa biasalah tu. Kita kan kawan. Apa gunanya kawan kalau tak dapat membantu antara satu sama lain. Hari ini hari kau, mungkin esok-esok hari kau pulak.”
Telefon Ami berbunyi lagi. Wawa pandang skrin telefon itu.
“Mak kau telefon tu, angkatlah.”
Ami geleng kepala. “Nanti-nanti aku telefon balik. Aku tak nak bercakap dengan mak aku buat masa sekarang. Aku takut nanti aku terlepas cakap.” Ami ketap bibir kuat. Dia terasa mahu menangis lagi.
“Tak baik kau. Mesti mak kau tengah risaukan kau tu. Kalau tak, takkanlah banyak panggilan tak dijawab dari keluarga kau ni. Sekurang-kurangnya jawablah. Bagitahu kau baik-baik dekat sini. Nanti bila hati dah tenang semula, kau telefon balik.” Ami diam. Masuk juga nasihat Wawa ke dalam hatinya. Walaupun marah sangat, dia tetap sangat sayangkan mak, ayah dan adik beradiknya. Sekali lagi telefon berbunyi. Kali ini jari tangannya menekan butang ikon gambar telefon hijau.
“Alhamdulillah...” berkali-kali kalimah alhmadulillah maknya ucapkan.
“Achik pergi mana? Kenapa tak angkat telefon. Kalau tak angkat lagi telefon ni, mak nak ajak ayah pergi buat laporan polis dah. Achik hilang,” Puan Habsah meluahkan kerisauannya. Sejak petang tadi mereka sekeluarga cuba menghubungi achik. Namun tak dapat. Dia dah susah hati. Takut berlaku perkara buruk kepada anak gadisnya itu.
“Achik minta maaf buat mak dan ayah risau.”
“Kami semua risaulah. Buat lagi perangai budak-budak tak cukup umur lagi, angah jumpa siaplah,” terdengar rungutan angah dari corong telefon mak. Ami menahan sendu.
“Achik tak apa-apa mak. Achik tengah makan dengan Wawa ni. Nanti achik telefon mak semula.”
“Lega hati mak. Lain kali jangan buat lagi. Kalau marah sekali pun angkat telefon tu. Nasib baik mak tak naik darah sebab risaukan achik.”
“Achik minta maaf mak. Achik janji tak buat lagi.”
“Mak tak marah. Mak risau. Nanti bila hati achik dah tenang telefon mak. Jangan pendam semuanya dalam hati. Marah, tak puashati dengan tindakan mak ni, luahkan dekat mak. Mak sentiasa ada untuk achik. Achik anak mak. Untuk anak-anak mak, mak mahukan yang terbaik.”
“Mak jumpa bakal suami achik petang tadi. Mak percaya dia adalah calon menantu yang terbaik untuk achik. Jangan ikut kata hati sangat. Mengadu pada Allah agar lembut hati achik menerimanya.”
“Achik tahu mak..” Ami dah sebak. Air matanya kembali gugur. Wawa pandang Ami. Dia tepuk belakang Ami perlahan, memberikannya semangat. Dia tidak tahu apa yang berlaku.
“Jangan lupa telefon mak.”
“Baik mak. Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam.”
Ami kesat air mata.
“Makhluk perosak tu bakal jadi suami aku!”
“Dalam masa terdekat ini.”

Wawa pandang wajah basah Ami tanpa berkelip. Tak percaya. 

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2017 18:01