Shima Rostam's Blog, page 17
March 21, 2017
Bab 19 : Hati Yang kau Sakiti
Tok
Tok..
Tombol pintu dipulas apabila mendengar suara abangnya.
“Ain kacau ke?”
Amru senyum dan geleng. Kopiah di kepala diambil dan diletakkan atas meja solek.
“Ain nak cakap dengan Abang Am sikit, boleh?”
Amru ketawa. “Bila masa pulak Ain jadi skema ni? Selalunya main redah je.” Masam muka Ain. Amru sengih. Tak boleh nak usik sikit, mula panjang muncung itik tu. Ain ni, selagi apa yang ada dalamnya hati tak terluah, dia takkan senang duduk. Mesti datang mengacaunya.
“Nak cakap apa ni?” Amru duduk di atas katil, manakala Ain pula ambil tempat di sofabed bertentangan dengan katil. Amru angkat kening.
“Pasal bakal adik ipar Ain dan bakal kakak ipar Ain tu lah.”
“Hmmm... kenapa pulak?” Amru belek telefonnya. Diperiksa whatapps.
“Betul ke abang nak kahwin dengan achik ni? Tak main-main?” soal Ain Najwa inginkan kepastian lagi. Mendengar cerita Rafiq tadi, dia berasa belas. Kasihan achik kena paksa terima perjodohan ini semata-mata mahu memberikan laluan kepada mereka.
“Ada nampak abang main-main ke?” Amru pandang adiknya. Serious.
Ain Najwa gigit bibir. Terasa bersalah pula. Dia mengeluh perlahan. Dia pandang abangnya seketika kemudian matanya melilau sekeliling bilik. Kemas dan tersusun. Memang Abang Amnya tidak suka bilik bersepah. Semuanya tersusun elok. Walaupun sudah tak tinggal di sini lagi, bilik ini tetap kemas.
“Tadi Rafiq telefon, dia kata achik tak setuju. Dia tak nak kahwin lagi. Ain rasa kasihan pula.”
Amru tarik nafas panjang. Dipandang Ain Najwa yang masih lagi mahu bercerita.
“Sebut aje pasal kahwin, terus cakap tak nak kahwin. Iyalah.. kena paksa terima orang tak kenal, siapa yang nak.” Ain Najwa berhenti seketika. Dia pandang abangnya yang tekun mendengar. Tidak ada apa-apa reaksi, lalu disambung kembali.
“Merayu-rayu dia tak nak kahwin. Sampaikan dia kata, kalau jadi apa-apa selepas kahwin jangan salahkan dia.”
“Jadi Ain nak tanya abang, abang betul ke nak kahwin dengan achik? Sebab lepas kahwin nanti Ain yakin tak mudah abang Am nak pikat hati achik tu?” Ain inginkan kepastian. Dia tidak mahu abangnya menjadikan perkahwinan ini bidang terjun untuk membolehkannya berkahwin. Dia mahu abangnya juga mengecapi bahagia selepas berkahwin nanti.
“In Shaa Allah. Abang Am akan berusaha menjayakan perkahwinan kami nanti. Nikah kahwin ni hanya sekali dalam hidup Abang Am. Keputusan yang Abang Am buat ini adalah tepat dan muktamad. Amina Nabila adalah pilihan hati abang Am. Bukan sebab kena paksa kahwin cepat.”
“Betul ke achik dah kenal abang?”
Amru angguk. “Kalau dia tengok abang, mesti dia terima kot,” Ain Najwa membuat andaian. Amru cuma senyum.
“Macam mana abang kenal achik?”
Amru senyum tawar. Teringat pertemuan pertama dia dan Ami. Malam yang mengikat dirinya dengan rasa bersalah dan tanggungjawab.
“Kenal tapi tak berapa kenal sangat. Dia student UncleYusuf. Kawan kepada kekasih Aali. Kami pernah keluar beramai-ramai sekali.”
Ain Najwa angguk.
“Kiranya ini cinta pandang pertamalah? Cepat abang lupakan Bella tu?”
Amru senyum. Biarlah cerita sebetulnya menjadi rahsianya.
“Dia tahu tak abang jatuh cinta dekat dia.”
Amru geleng kepala. “Tak tahu lagi. Lepas kahwin nanti baru abang nak berterus terang.” Ain Najwa akhirnya mampu senyum. Dia lega. Rasanya tindakannya tak salah. Abang Am sendiri yang betul-betul jatuh cinta dengan achik.
*****
“Dah lama Ami tak balik ke bilik ni,” keluh Syida perlahan. Terhenti tangan Kirana yang sedang menulis nota kuliahnya. Dalam diam dia mengeluh. Rasa bersalah semakin menghantui diri.
“Kau tak rasa apa yang aku rasa ni?” soal Syida pula. Sejak Ami tak balik ke bilik ini, dia tidak dapat tidur lena. Rasa bersalah membuatkan dia selalu terjaga di tengah malam.
“Selagi dia tidak maafkan aku, selagi itu hidup aku tak tenang.” Sebak mula mencengkam dadanya.
“Aku pun sama. Kerana perbuatan bodoh kita malam itu, kita kehilangan rakan sebilik dan kawan yang baik.” Kirana kesal. Kerana akal sejengkal itulah bilik ini semakin dingin dan kaku. Dia dan Syida juga semakin kurang bercakap.
“Kau tak nak pergi cari dia dan minta maaf, beb?”
“Dah berpuluh kali kita minta maaf, tapi dia tetap tak maafkan. Sabarlah dulu. Tunggu dia sejuk dulu. Nanti-nanti... In Shaa Allah dia akan maafkan kita,” pujuk Kirana.
Syida terdiam. Meminta maaf itu mudah. Memaafkan pun mudah. Tapi mengikhlaskan diri memaafkan orang itulah yang payah. Menyahkan rasa terkilan, terluka, marah dan kecewa itu akan mengambil masa mungkin bertahun lamanya. Apatah lagi kesalahan yang mereka lakukan itu amat besar dosanya.
“Lepas dia tidak ada di sini baru aku sedar bahawa aku sayangkan dia sebagai sahabat yang baik. Tak pandang serong dengan kehidupan malam kita. Tapi kita yang memusnahkan persahabatan ini. Patutnya kita jaga dia. Jangan biarkan dia apa yang tak baik berlaku kepadanya. Tapi kita yang buatkan dia lakukan sesuatu diluar kerelaan hatinya.”
Laju airmata Kirana turun ke pipi. Mengingatkan malam itu, kalau boleh diputarkan kembali dia tidak akan setuju Ami ikut. Teringatkan kekasihnya, hatinya sakit. Tapi tak mampu nak berpisah dengannya.
“Bila kau nak berpisah dengan malaun tu? Kalau bukan sebab idea giler dia, kita takkan kehilangan kawan baik.”
Kirana diam. “Aku tak mampu nak berpisah dengan dia. Aku perlukan dia,” rintihnya.
Syida mencemik. “Dia pun tak mampu berpisah dengan kau ke?” sinisnya. Kirana diam. Tak mampu menjawab soalan itu sebab dia sendiri tak pasti sama ada Aali ikhlas mencintainya atau tidak.
“Sedarlah diri tu sikit Kira, Aali tu hanya nak mempergunakan kau. Dah bosan nanti dia buanglah macam sampah. Dia akan pilih perempuan yang baik-baik untuk menjadi isterinya nanti.” Syida tarik nafas. Dia dah luahkan apa yang dia rasakan. Jadi terpulanglah kepada Kirana untuk menilainya.
“Nilai cinta dia guna akal fikiran Kira. Bukan nafsu. Kalau dia ikhlas sayang dan cintakan kau, pasti dia tidak akan tunggu lama jadikan kau bini dia.”
“Susah nak cakap Syida. Aku dah cuba nak putus dengan dia. Tapi dia juga yang aku cari bila susah hati. Dia juga yang aku telefon bila nak meluahkan perasaan. Lagipun selama ini, dia yang bagi duit sara hidup dekat aku.”
“Huh.. Khairi juga bagi duit. Tapi bila aku minta putus, laju dia bersetuju. Macam tak ada perasaan langsung. Padahal setiap hujung minggu dia yang ulit tubuh aku,” ujar Syida, kesal. Menyesal kerana terperangkap dengan mainan nafsu sendiri. Selepas malam itu, dia insaf. Bila Khairi ajak jumpa, dia tolak mentah-mentah. Saat itu baru dia terasa yang dirinya menjadi alat untuk memuaskan nafsu sahaja.
Kirana terdiam. Apa yang Syida cakapkan itu betul. Dia tak nafikannya. Tapi hatinya telah jauh menyintai lelaki itu. Dia tidak mampu kehilangan lelaki itu. Sebab itulah dia sanggup menelan kesakitan ini.
“Aku nak pergi surau. Kalau kau nak ikut marilah,” ajak Syida. Entah bila dia bangun dari katilnya.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 21, 2017 17:48
March 19, 2017
Bab 18 : HaTI Yang Kau Sakiti
“Kenapa tiba-tiba minta achik balik?” Baru minggu lepas dia balik Puncak Alam. Kebiasaannya setiap dua minggu, kalau tak sibuk dengan aktiviti kolej dia akan pulang ke rumah keluarganya.
“Minggu depan achik ada kuiz berderet,” keluhnya pula. Dia baring di sofa panjang tanpa membuka tudung. Penat berkejar komuter tadi. Dia hampir pengsan, lemas dengan segala bau dalam bas menuju ke komuter tadi. Kemudian hampir ditinggalkan. Nasib baik kakinya masih lagi pantas berlari, sempatlah dia pecut masuk sebelum pintu ditutup.
“Ada mesyuarat keluarga,” beritahu acu. Matanya tak beralih langsung melihat televisyen. Suka sangat layan sinetron Indonesia tu. Dia pula, tak suka. Cerita meleret-leret sampai beratus episod. Tak larat nak dera hati apabila tidak dapat ikut setiap hari.
“Pasal apa?”
Acu angkat bahu. “Entah. Mungkin pasal along kot.”
“Along? Nak pergi meminang?”
“Mana acu tahu. tunggulah malam nanti,” balas acu, bosan. Kacau orang tengok ceritalah.Ami pandang adiknya, ditarik rambut yang diikat ekor kuda itu.
“Sakitlah!”
Achik sengih. Suka bila dapat mengusik acu.
“Along dan angah mana? Tak balik lagi?” soal achik lagi.
Acu jeling achik.
“Kacaulah!” dengus acu.
“Nampak ke tak kereta mereka kat luar tu? Tak nampak kan? Maknanya mereka tak sampai lagilah. Itu pun orang kena cakap ke?” gerutu acu. Geram.
Achik sengih.
“Sengaja nak dengar suara acu yang lemak merdu tu. Tengok sinetron tak habis-habis. Tak bosan ke dik?” ‘Aku yang tengok ni pun stress. Berbelit-belit jalan ceritanya. Nasib pelakonnya cantik – cantik dan kacak.’
“Suka hatilah. Tak suka tengok pergi jauh-jauh!” marah acu.
“Achik, jangan nak baring terus situ. Pergi masuk bilik,” sergah Puan Habsah apabila melihat mata achik hampir tertutup.
Terbuka luas mata achik apabila dengar suara maknya. Kemudian tertutup semula.
“Kejap lagilah mak. Achik penat ni. Lima minit,” achik minta tangguh.
“Lima minit achik tu boleh jadi lima puluh minit. Bangunlah. Lepas ni masak untuk makan malam. Mak dah siap perapkan ayam dan masak nasi. Achik buat ayam masak merah, sayur campur dan telur dadar. Cukuplah untuk makan malam ni.”
“Hmmm...” balas achik. Suara mak dah tenggelam timbul dipendengarannya. Dia semakin hanyut dibawa arus mimpi.
Pap..
Pap.. tepukan kuat dipahanya membuatkan achik tersentak.
“Bangun! Kalau tak mak simbah dengan air ni,” acah Puan Habsah dengan menunjukkan gelas kaca ditangannya.
Achik terus terbangun. Matanya terbuka luas tapi kelat pedih. Mulut ternganga luas, menguap. Nak tak nak terpaksa bangun juga. Nanti tak ada pasal, cari pasal kena mandi di tengah ruang tamu ni.
“Padan muka!” ejek acu.
Geram diejek, achik tarik rambut acu kuat sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik.
“Achiiikkk!”
Hahaha... Achik gelak kuat. Padan muka!
*****
“Nak bincang pasal apa?” risik achik. Dia berdiri rapat dengan angah yang sedang basuh pinggan. Malam ni giliran angah kemas dan cuci pinggan selepas makan. Mak tidak pernah membezakan layanan terhadap anak-anak lelaki dan perempuannya. Setiap orang wajib buat kerja rumah mengikut giliran. Jadi memang bertuahlah sesiapa yang jadi isteri along dan angah, sebab mereka berdua pandai kemas rumah dan memasak juga.
“Mana angah tahu. Cuba tanya along?”
“Along?” Achik kalih pandang kepada along yang sedang buka pintu peti ais. Nak ambil jus yang dia sediakan petang tadi.
“Kejap lagi achik tahulah.” Sengih along. Tak berani nak pandang lama adik perempuannya ini sebab terselit rasa bersalah. Kerana masalahnya, achik bakal terlibat sama.
“Alaa.. itu pun nak berahsia ke?” cemik achik, tak puashati. Bila melihat reaksi along, dia tahu mesti mesyuarat keluarga ini ada kena mengena juga dengan dirinya. Hatinya semakin berdebar kuat. Dia pandang angah tajam setelah along berlalu ke ruang tamu.
“Masalahnya angah pun tak tahu,” jawab angah. Dia pun pelik sebenarnya. Kalau nak bincang pasal along, mereka semua suka dengan pilihan along tu. Bukannya jauh mana pun kalau nak pergi meminang, jadi bila-bila masa sahaja tidak ada masalah.
Mereka duduk santai di depan televisyen. Tayangan drama di skrin televisyen tidak diendahkan. Masing-masing bersedia menadah telinga mendengar apa yang mak dan ayah ingin katakan.
“Begini...” Encik Ruslan pandang wajah anak-anaknya di hadapannya. Masing-masing menunggu kata-kata seterusnya. Dia pandang achik yang duduk bersimpuh di bawah sambil tongkat dagu di sofa.
“Along kamu nak kahwin hujung tahun ni. Tapi ada masalah sikit dengan keluarga sebelah sana, mama si Ain tu mahu abang Ain kahwin dulu, barulah dia benarkan Ain kahwin.”
Mereka semua angguk. Menunggu lagi kata-kata seterusnya. Ayah pandang lama wajah achik. Achik berkerut dahi. Lama sangat ayah memandangnya.
“Kenapa ayah?” achik dah mula tak sedap hati. Masalah along bukan masalah dia. Tapi kenapa dia pula terasa bermasalah apabila ayah dan mak silih berganti pandangnya.
“Masa Ain datang rumah kita hari itu, dia ada ambil gambar kita sekeluarga. Ditunjukkan kepada mama dan abang dia tu. Dan...” Puan Habsah pandang anak perempuan sulungnya.
“Kenapa mak? Jangan kata dia tersuka kat achik pulak,” serkap achik.
Puan Habsah, Encik Ruslan dan along angguk.
“TAK NAK!” pantas achik menjawab.
“Achik tak nak kahwin lagi. Achikkan belum habis belajar lagi,” kendur suaranya apabila melihat wajah garang ayahnya. Pantang ayah apabila anaknya tinggikan suara apabila bercakap.
“Mak!”
“Mak dah lihat gambar abang Ain tu, kacak tinggi. Memang taste achik dah,” umpan Puan Habsah. Achik mendengus. Dia geleng kepala. Duduknya dah kembali tegak. Saat perkataan kahwin dan nikah cuba dihapuskan dari kamus hidupnya, ini pula yang jadi. Ami resah. Dia yakin sangat, siapa pun bakal suaminya, tidak akan mampu terima gadis yang bukan gadis lagi ni. Jadi lebih baik dia menolak awal-awal daripada ditinggalkan sebelum habisnya bulan madu. Ami tunduk mencari kata. Kemudian dia berpaling memandang along.
“Along.. tolonglah. Suruhlah bakal abang ipar along tu cari perempuan lain. Takkanlah tak ada teman wanita lagi. Kalau mak cakap dia tu kacak tinggi, mesti perempuan keliling pinggang. Kenapa nak sibuk pilih achik pulak,”
“Dia baru kecewa achik. Lagipun bukan Ain yang cadangkan achik. Dia sendiri yang cakap kalau nak dia kahwin cepat, dia nak kahwin dengan achik,” jelas along. Dia pun tak sangka abang Ain mahukan achik. Tapi jika ini caranya mempercepatkan pernikahannya, dia akan pujuk achik supaya terima lamaran ini.
“Poyolah mamat tu. Tak pasal petik nama achik,” achik ketap bibir. Sebal dan sakit hati.
“Achik!” tegur ayah. Tegas suaranya. Dia tak suka anak-anaknya gunakan perkataan kesat.
“Ayah, mak.. achik tak nak kahwin lagi. Belajar pun tak habis lagi ni. Sekurang-kurang tunggulah achik habis belajar dulu. Lepaskan along kahwin dulu.”
“Mak tolonglah pujuk bakal besan mak tu. Bertolak ansurlah sikit. Takkan tak nak anak kahwin kot,” rayu achik lagi.
Puan Habsah geleng kepala. Kalau ikutkan hatinya, dia pun berat hati nak benarkan achik kahwin dulu. Tapi salah satu keluarga kena beralah. Jika tidak, tak kahwinlah anak-anak mereka nanti.
“Mak rasa, abang Ain tu pilihan terbaik achik. Dekat dengan mak ayah. Nanti satu keluarga dengan along,” ujar Puan Habsah.
“Kalau iya pun, tak boleh ke tunggu lepas achik habis belajar. Berkawan dulu, kalau serasi baru bincang pasal kahwin,” achik memberi cadangan. Dia pandang wajah mak dan ayah mengharapkan simpati.
“Lama mana pulak tu? Berapa lama angah kena tunggu ni? Angah tak kira tahun depan giliran angah kahwin!” celah angah. Dia tak mampu nak tangguhkan hasrat hati lagi. Lagipun bakal mak mertuanya pun dah sibuk menanya bila nak masuk meminang Maryam.
“Along pun tak dapat nak tunggu lama lagi dah achik. Takut cerita lama berulang lagi. Along dah serik bercinta bertahun-tahun, akhirnya tak jadi,” kata along pula.
Achik terdiam. Simpati menyesak dadanya. Tapi dia lebih kasihan dengan dirinya sendiri. “Achik tak kenal pun abang kak Ain tu, along ingat sekarang ni macam zaman dulu-dulu ke, boleh bahagia bercinta selepas kahwin ni?” Ada sebak membekam di dalam dadanya.
Tak boleh ke along dan angah bertolak ansur sikit. Kenapa dia pula kena jadi penyelesai masalah mereka? Kena kahwin dengan lelaki yang langsung tak kenal.
“Abang Am tu pilihan terbaik untuk achik. Along yakin achik akan hidup bahagia nanti,” pujuk along.
Achik jeling along. Bila nak pujuk semuanya cakap yang baik-baik. Kalau bermasalah nanti, yang kena tanggungnya dia.
“Mak yakin achik akan bahagia. Mak akan sentiasa doakan achik, along, angah dan acu hidup bahagia bersama pasangan nanti. Achik kena fikir positif.”
“Ayah?” dia cuba tarik perhatian ayahnya pula. Walaupun ayah tak banyak cakap tapi biasanya ayahlah paling memahami isi hatinya.
“Ayah pun bersetuju dengan jodoh ini, achik. Umur achik pun dah 23 tahun. Tahun depan dah habis belajar. Ataupun achik dah ada kawan lelaki?” soal Encik Ruslan berdiplomasi.
Achik geleng kepala. Teringatkan Hafiz. Lelaki itu dah terkeluar dari menjadi lelaki pilihannya. Teringat pula lelaki itu, hmmm.. tak mahu dia berlakikan lelaki yang menjadi makluk perosaknya. Apa lagi pilihan yang dia ada selain terpaksa terima.
Dia pandang wajah berharap along dan angah. Dia pandang wajah kasih mak dan wajah tenang ayah. Acu disebelah genggam tangannya. Wajah itu nampak bersimpati dengan nasibnya. Tanpa sedar air matanya mengalir. Pedih.
“Achik terima. Tapi kalau berlaku sesuatu dalam perkahwinan achik ni jangan tanya apa-apa. Jangan salahkan achik. Sebab achik terima kerana along dan angah yang tak sabar nak kahwin!” Dia bingkas berdiri dan berlalu ke biliknya. Tak guna berada lama di situ.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 19, 2017 17:35
March 17, 2017
Bab 17 : Hati Yang Kau Sakiti
“Ami.. boleh tak saya nak jumpa awak sekejap?” soal Hafiz sebaik sahaja Prof. Madya Solehah keluar dari dewan kuliah.
“Awak nak cakap apa? Lepas ni saya ada tutorial costing,” balas Ami.
“Baik awak cakap sekarang,” sambung Ami lagi.
Hafiz pandang Wawa sebelah Ami. Setia menunggu dan melihatnya.
“Err.. Saya nak cakap dengan awak sahaja,” pinta Hafiz.
“Nak cakap apa lagi?”
“Ami.. aku gerak dululah. Nanti aku chop tempat kau,” beritahu Wawa sebelum bergerak ke pintu dewan.
“Wawa.. tungguu!” Ami pandang Hafiz tapi sedetik sahaja. Sebelum dia pandang semula ke pintu dewan. Wawa tercegat di situ, menanti.
“Cepatlah cakap!” gesa Ami. Rimas pulak dengan mata Hafiz yang merenungnya.
“Saya minta maaf!”
“Saya dah maafkan.” Ami mula bergerak.
“Eh, Ami...”
“Apa lagi? Saya dah lambat ni.” Ami pandang Hafiz semula.
“Sebenarnya saya dah putus dengan Lisa,” perlahan Hafiz mengaku.
“Oh.. Takziah!” tanpa nada Ami ucapkannya. Padan muka!, bisik hatinya.
“Dah?” soal Ami lagi. Dia pandang jam ditangan kanannya.
Hafiz pandang Ami. Cantik, detik hatinya. Kali ini baru hatinya tak buta. Ami cantik. Wajahnya tanpa senyuman pun menarik. Apatah lagi bila tersenyum menampakkan ke dua lesung pipitnya.
“Dia cakap, dia goda saya sebab bertaruh dengan Kirana dan Syida. Mereka rancang pisahkan kita,” Hafiz cerita apa yang diberitahu oleh Lisa kepadanya.
Langkah Ami terhenti. Dia berpaling pandang Hafiz. Tak percaya.
“Awak buat cerita. Mereka tidak akan khianati saya.” Pertahan Ami. Tak percaya.
“Saya cakap betul. Kalau awak tak percaya, tanya Lisa.” Bersungguh Hafiz menerangkannya. Dia mahu Ami tahu bahawa dia tak terniat hendak memutuskan perhubungan mereka. Dia menyesal di atas apa yang telah dilakukannya.
Ami tak tahu nak rasa apa. Percaya atau tidak. Marah atau tidak. Kecewa atau tidak. Dia dalam keadaan pasif.
“Ami!” panggil Wawa bila dia nampak Ami macam patung. Tegak berdiri tanpa bereaksi.
Terkejut. Dia pandang Hafiz. Kata-kata Hafiz tadi macam mimpi. Ataupun macam bisikan angin, menyapa dan terus berlalu.
“Saya tak tahu apa yang awak cakap. Bagi saya, selepas awak kata kita putus, maka awak telah tidak ada dalam hidup saya. Tak kisahlah apa penyebabnya.” Usai kata, dia terus mendapatkan Wawa di pintu dewan. Keluar dan meninggalkan Hafiz sendirian.
Jalannya macam tak jejak ke bumi. Dia ikut langkah kaki Wawa tanpa sepatah kata. Wawa jeling Ami. Dia tarik tangan Ami apabila melihatnya hampir langgar orang.
“Kau ni okey ke tak okey ni?” soal Wawa.
“Kalau rasa tak sihat, kau tak payah masuk tutorial. Pergi berehat dekat surau. Habis tutorial nanti aku cari kau.”
Ami geleng kepala.
“Aku okey.” Lagipun tak guna juga dia berehat di surau sedangkan hati dan perasaannya melayang dan merayau di alam lain.
“Aku risau tengok kau begini.” Wawa pandang Ami, kasihan. Lepas satu, satu masalah menimpa sahabatnya itu. Lebih tak sangka perangai jahat rakan sebilik Ami. Kenapa mereka dengki sangat sehingga sanggup mengkhianati Ami. Berpura-pura baik di hadapan. Kemudian tikam di belakang. Bersikap manis dan prihatin di hadapan, padahal menjadi penyebab hubungan Ami dan Hafiz terputus.
Namun begitu Wawa ucap syukur di dalam hati. Hafiz bukan lelaki baik. Dia tak sesuai dengan Ami. Barangkali Kirana dan Syida sependapat dengannya. Sebab itulah mereka bertaruh supaya Hafiz tinggalkan Ami.
Tanpa sedar, air matanya turun. Apa salah aku? Kenapa mereka buat begini?
*****
“Aku dah putuskan hubungan dengan Hafiz,” umum Lisa.
“Eh, bila korang nak kenalkan aku dengan kawan Aali tu?” Dia teruja. Terbayang-bayang wajah kacak lelaki itu.
Syida dan Kirana pandang Lisa tengah senyum. Gedik.
“Aku tak rasa dia nak kenal dengan kau pun. Baik kau tak payah berangan,” sindir Syida.
“Dia belum lagi jumpa aku. Aku yakin bila dah jumpa mesti jatuh hati,” balas Lisa bongkak. Dia pasti sangat. Rekodnya tak ada yang gagal sebelum ini. Senyum, geser-geser sikit dan lemah. Belum lagi bagi peluang jamah tempat kesukaan kaum adam tu. Pasti terus jatuh hati. Dia pandai gunakan kelebihan dirinya. Dia juga tahu kelemahan kaum lelaki ini. Sebab itulah dia tak pernah gagal menggoda.
“Tolonglah. Aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertama. Setiap malam mimpi dia datang temankan tidur. Bukan setakat tidur je,” mengekek ketawa Lisa mengingati mimpi basahnya.
“Tak malu. Gatal,”kutuk Kirana pula.
Lisa sengih. Dia memang tak faham bahasa. Bila dia telah meletakkan targetnya, hatinya takkan berpaling. Dia akan berusaha dapatkan apa yang dikehendakinya.
“Kau aturkan perjumpaan aku dengan dia je. Selebihnya aku pandailah guna peluang.”
Kirana geleng kepala kepada Syida. Dia pandang pula Lisa yang masih lagi berangan. Senyum sambil pandang mereka berdua.
“Maaf. Aku tak dapat janji apa-apa pun dengan kau. Lagipun aku ada buat salah. Sampai sekarang Amru tak dapat maafkan aku. Dengan Aali pun aku dah jarang jumpa.”
“Betul tu Lisa. Aku pulak dah putus dengan Khairi. Hujung minggu kami dah tak keluar lagi.”
Lisa pandang pelik.
“Korang boleh hidup ke kalau tak keluar malam minggu? Apa yang korang buat?”
“Aku ikut aktiviti kolej.”
“Aku balik kampung,”jawab Kirana.
“Membosankan!” bukannya ada yang menarik pun. Dia sejak masuk universiti tak pernah menyertai mana-mana aktiviti kolej mahupun universiti. Kalau ada pun sebab wajib. Itu pun kedatangannya sekadar memenuhkan kedatangan sahaja.
“Rasa macam seronok pula. Cuti semester ni aku ikut program ke Taman Negara Tasik Chini,” beritahu Syida.
“Habis tu rancangan kita nak ke Krabi, tak jadilah,” soal Lisa inginkan kepastian.
“Aku tak minat nak ke sana dah,” jawab Kirana.
“Aku pun sama,” jawab Syida pula.
“Lor.. korang ni kenapa? Tiba-tiba berubah?” Lisa pandang Kirana dan Syida. Terasa sangat mereka dah tak seperti dulu lagi.”
“Takkan selamanya kita nak menongkat langit, Lisa?”
Lisa angkat ke dua belah bahunya. Dia tak rasa pun apa sebabnya perlu berubah. Dia menikmati kehidupannya sekarang. Seronok dan mengujakan.
“Habis tu tak dapatlah korang tolong aku ni?”
Keduanya angguk.
“Ok, tak apa. Nanti aku akan cari jalan sendiri. Hari tu nampak dia jumpa Prof. Yusuf.” Dalam kepalanya dah rangka apa yang ingin ditanya Prof. Yusuf nanti. Harap memberi sinar harapan baru.
“Aku balik kolej aku dululah...”
“Oppss.. sebelum lupa, aku cakap dekat Hafiz perkara sebenar. Yang kita bertaruh dia tinggalkan Ami
dalam masa dua minggu aku goda dia.” Pintu ditutup. Lisa tersenyum lebar.
*****
“Apa!”
“Biar betul kau ni? Aali ketawa.
“Aku dah agak dah. Dari awal lagi aku dah cakap, Yana tu sukakan kau.”
“Tapi kau pula masa tu tengah masuk dengan Bella tu...” sambungnya lagi.
“Kau cakap apa dekat dia?”
“Aku akan kahwin tak lama.” Selamba Amru ucapkannya.
Burrr.... Habis keluar jus epal asam boi yang baru diminum Aali. Pantas ditekup mulut dengan tisu. Dia pandang wajah Amru yang terjungkit sengih di sebelahnya. Nasib baik duduk di sebelah. Kalau tidak bermandikan asam boi lah tengahari ni.
“Kau cakap apa? Kahwin?”
Amru angguk. Mee Hailam disuap laju ke mulutnya.
“Dia percaya ke?”
“Terkejut. Tapi aku tak rasa semudah itu dia akan percaya.”
“Aku pun tak percaya. Kau nak kahwin dengan siapa?”
“Ami?”
Amru angguk.
“Ok, aku faham kau nak lari dari Yana tu. Tapi fikirlah jugak, Ami tu takkan mudah terima kau macam petik jari!”
“Nak raih kepercayaan dia semula, mungkin makan bertahun. Sekarang ni dah lama dia tak balik ke bilik. Marah dan benci sangat.”
“Habis tu kau ingat aku tak marah?”
“Jika bukan sebab kau kawan kau, dah lama aku buat laporan polis! Belajar sampai master tapi otak tak reti nak pakai. Kau ingat aku dan Ami ni macam kau. Main redah ikut suka tanpa fikir dosa pahala?” Panas hati Amru. Selama ini dia bersabar. Tapi bila kata-kata Aali tadi macam memperlekehkannya, tidak boleh sabar.
Aali angkat ke dua belah tangan separa bahu. “ Maafkan aku. Ya, aku yang silap. Aku yang buat palit tahi dekat kau. Sebab akulah kau terikat dengan Ami,” akui Aali.
Amru diam. Dia berzikir di dalam hati. Cuba menenangkan gelora perasaannnya sendiri. Orang tak tahu apa yang dialaminya sejak malam itu. Aali tak pernah tahu, sejak malam itu dia tidak dapat tidur lena. Wajah Ami selalu bergayut di matanya.
“Abang sulung Ami bercinta dengan Ain. Mama aku tak benarkan mereka kahwin selagi aku tak kahwin. Takdir Allah taala memudahkan urusan jodoh aku ni.”
Aali hilang kata.
“Jadi memang betullah kau nak kahwin!”
Amru angguk.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 17, 2017 17:26
March 15, 2017
Bab 16 : Hati Yang Kau Sakiti
“Prof, saya nak tukar tempat praktikal,” beritahu Ami tanpa ragu. Semata-mata perkara ini, dia sanggup tunggu Prof. Yusuf selepas habis kuliah.
“Kenapa? Tanpa alasan kukuh saya takkan benarkan,” tegas Prof Yusuf.
“Saya ada alasan peribadi yang kukuh, Prof!” tekan Ami.
Prof. Yusuf pandang Ami. Dia teringatkan Amru, kata-katanya.
“Lepas ni Ami akan datang jumpa uncle, nak tukar tempat praktikal.”
“Kenapa pulak? Firma kita tu ramai yang nak praktikal dekat sana.”
“Sebab dia bencikan saya. Kalau boleh tak nak tengok muka saya ni.”
“Apa yang kau dah buat ni Am? Setahu uncle Ami ni tak ada masalah dengan orang. Ini kali pertama uncle dengar dia benci orang. Itu pun dari kau.”
Amru senyum kelat. Dah kesalahannya besar. Memang patut pun gadis itu bencikannya. Kalau boleh nak bunuh dia kot.
“Jadinya, kau nak uncle buat apa,” soal Prof. Yusuf setelah soalannya tadi dibiarkan tidak terjawab.
“Uncle jangan bagi dia tukar. Saya nak dekat dengan dia.”
“Dia pula nak jauhkan diri dari kau?” Prof. Yusuf geleng kepala. Macam-macam anak muda sekarang ni.
“Saya nak jadikan dia isteri saya. Senang sikit bila dekat dengan saya nanti.”
“Bila pula kau bercinta dengan dia?”
Amru sengih. Tak sempat nak bercinta pun. Harapnya boleh bercinta selepas kahwin.
“Belum lagilah uncle. Baru nak pikat.”
“Tapi dah yakin dia tu jodoh kau?”
Pantas Amru angguk. Dulu tak fikir pun. Tak terlintas pun. Disebabkan malam itu, Amina Nabila menjadi satu-satunya calon isterinya. Sekeras mana pun hati Ami, dia akan tetap bersabar untuk melembutkannya. Cinta akan dipupuk perlahan-lahan.
“Prof!”
Ehem... Prof. Yusuf pandang Ami.
“Tak boleh!”
“Tapi..”
“Saya tak terima alasan peribadi. Tabiat memberi alasan peribadi ni, tak boleh diamalkan. Sebagai bakal akauntan, awak kena tahu asingkan masalah peribadi dengan kerja. Jangan biarkan masalah peribadi mempengaruhi kerja awak. Masalah besarlah awak nanti.”
“Kalau saya cari pelajar lain, tukar suka sama suka, boleh tak prof?” Ami tetap tak berputus asa.Prof. Yusuf pandang Ami, “saya tetap tak benarkan.”
Ami tarik nafas. Hati dah mendongkol geram. Matanya diredupkan. Mukanya sengaja dibuat-buat sedih. Dia pandang Prof. Yusuf dengan belas ehsan. Sungguh dia tidak mampu berdepan dengan lelaki itu lagi. Teringat peristiwa hitam. Teringat kelamnya masa depan.
“Tapi prof., ini melibatkan masa depan saya.”
“Sebab itulah saya tak benarkan awak tukar kerana ia melibatkan masa depan awak,” tekan Prof. Yusuf.
Dia tidak tahu apa masalah mereka berdua. Keduanya bercakap tentang masa depan tetapi arah bertentangan. Amru dengan keyakinannya Amina ini akan menjadi isterinya. Manakala Amina, dilihatnya sedaya upaya mengelakkan diri. Tak tahu yang mana satu betul. Mana yang perlu diberikan kepercayaan.
“Percayalah, kerjaya awak akan bermula dari firma itu. Awak ada peluang cerah untuk mendaki kerjaya awak nanti,” nasihat Prof. Yusuf.
Ami tak puashati. “Tapi prof..”
“Saya tetap dengan keputusan saya. Saya juga tidak suka pelajar saya pertikaikan apa yang telah saya buat!” pintas Prof. Yusuf sebelum Ami sempat menghabiskan kata-katanya.
“Saya ada meeting jabatan sekejap lagi. Kalau tak ada apa-apa, baik awak keluar,” halau Prof. Yusuf.
“Tapi prof...”
“Keputusan saya muktamad!” tinggi nada suara Prof. Yusuf. Direnung tajam Amina yang tegak dihadapannya.
Ami mengeluh. Tak puashati. Nak tak nak dia menapak keluar juga.
“Macam mana? Dapat tukar?” soal Wawa apabila dia mendekatinya.
Ami buat buka toya. Geram!
“Dia tak layan.”
Wawa sengih sambil tunjuk ibu jari ke atas. “Aku dah cakap dah. Tak ada masanya dia nak layan permintaan banyak songeh kau tu.”
“Hurghhh!”
“Macam mana aku nak kerja nanti dengan makhluk perosak tu?” Hati mendongkol marah. Macam ternampak-nampak senyum mengejek lelaki itu.
Hidupnya pasti dalam neraka tak lama lagi. Ami terasa mahu menangis. Setiap perkara yang berlaku semakin mendekatkan dia kepada lelaki itu. Semakin dia berusaha melupakannya, semakin dia melekat di dalam kepalanya.
“Eh..” sigung lengan Ami.
“Apanya?”
Dahlah dia tengah bengang, Wawa pulak main sigung lengannya. Sakit siot.
“Tuh..” Wawa jeling sebelah kiri Ami.
“Cakaplah apa dia, main siku pulak. Sakitlah,” marah Ami. Dia masih lagi tunduk tengok nota kuliahnya. Tak ambil pusing langsung keadaan sekeliling.
“Hafiz! Dari tadi pandang kau,”
“Biarlah. Dia ada mata.”
“Tak ada pulak minah gedik di sebelah dia,” beritahu Wawa lagi.
“Alhamdulillah.. Tak adalah pahala percuma aku bagi dekat dia lagi,” balas Ami sambil lewa. Sakit hati dengan keputusan Prof. Yusuf masih lagi berbekas dijiwanya.
“Tandas kot!”
“Eh, takkan sejam ke tandas?”
“Biarlah dia. Buat apa kau nak sibuk pasal diorang tu.” Ami kemas nota-notanya. Serabut duduk kat
sini. Baik pergi ke surau.
“Aku ke surau.”
*****
Uncle Yusuf : Assalam...
Uncle Yusuf : Amina baru datang jumpa uncle minta tukar tempat praktikal. Macam yang kau kata. Apa kes ni? Bersungguh-sungguh dia minta tukar.
Abang Am : Wasalam. Betul ke uncle? Jadi uncle bagi dia tukar tak? Janganlah uncle, nanti susah pulak saya nak pikat dia.
Uncle Yusuf : Hmmm... uncle bertegas cakap tak boleh tukar.
Abang Am : Terima kasih uncle. Nanti Am belanja uncle nasi kandar.
Uncle Yusuf : Tekak uncle terasa nak makan stik pulak. Me’nate Steak House ada buat promsi tu.
Uhuk..huk... Mencekik betul uncle ni. Nasib baiklah uncle kesayangannya.
Abang Am : Terbaik punya pilihan. Okeh. Tapi Am belanja uncle dengan auntie Su je. Rakyat dua orang tu tinggal dekat rumah.
Uncle Yusuf : Hahaha.. okey..
Dia pun tak adalah sampai hati nak mencekik si Amru ni. Sesekali teringin juga merasa dia belanja.
Abang Am : Nanti uncle cakap je bila free, kita pergi.
Uncle Yusuf : In Shaa Allah. Nanti uncle telefon.
Telefon diletakkan setelah membaca whatappsterakhir uncle Yusufnya. Amru bersandar di kerusi, pen ditangan sengaja diputar-putarkan. Di dalam hatinya terlihat wajah Ami. Pelbagai mimik muka. Banyaknya garang dan masam. Selepas malam itu, wajah itu telah payah nak senyum. Pandangnya pun terpaksa. Sekarang dia guna kuasa veto uncle Yusufnya untuk paksa lagi Ami. Dia akan buat apa sahaja asalkan Amina Nabila itu menjadi isterinya.
Marah, benci dan terluka sekalipun dia tidak akan berganjak daripada keputusannya. Gadis itu mesti menjadi isterinya. Setebal mana pun kebencian gadis itu akan ditelannya walaupun payah. Kesilapannya perlu ditebus. Amina Nabila perlu dilindungi dan disayanginya. Itulah nekadnya. Tok.. tok..
“Boleh I masuk?” Amru tersentak. Dipandang ke pintu pejabatnya. Melihat orang yang mengetuk pintu biliknya, bibirnya ukir senyum. Tak sempat nak jawab, Yana telah melangkah masuk. Yana menghulurkan folder plastik tranparent kepada Amru. Tanpa soal Amru mengambil dan melihat isi kandungan. Surat penerimaan pelajar praktikal.
“Salinan I punya?”
Yana angguk.
“Terima kasih. Menyusahkan you je naik ke atas. Jika you interkom I boleh minta Tiqah ambilkan.” Yana cemik bibir. Menghantar salinan ini hanyalah alasan. Dia sebenarnya mahu berjumpa dengan Amru. Hampir tiga hari tak jumpa, hatinya rindu. Mendengar cerita Amru telah putus cinta dengan Bella, hatinya melompat kesukaan. Akhirnya peluang untuk dia mendekati Amru telah tiba. Sesekali kesempatan ini tidak akan dipersiakan. Amru adalah miliknya.
“I sengaja datang jumpa you,” ujar Yana. Dia pandang wajah kacak di hadapannya. Wajah inilah yang saban malam menemaninya tidur, dalam mimpi.
“Kenapa?”
“Dengar cerita, you dah putus dengan Bella. Betul ke?” Amru senyum tawar. Dia picit pelipis kanannya. Dia pandang Yana sepintas lalu. Perlahan dia angguk.
“Tak ada jodoh.”
“Baguslah. Ada peluang I.” Yana tersenyum menggoda. Matanya jatuh ke bibir merah Amru. Kemudian turun ke dadanya. Lama matanya menatap di situ.
‘Suatu hari nanti, aku akan pastikan hanya wajah dan nama aku sahaja berada di hati Amru,’ monolog hatinya.
Amru geleng kepala. Yana, si gadis cantik, berkeyakinan tinggi. Tak takut memburu dan berusaha mendapatkan apa yang dimahukan. Komited pada kerjaya. Tegas pada anak-anak buahnya. Tapi dia tak perlukan wanita yang bersikap dominasi. Sebaliknya dia perlukan wanita tegas dalam lembut. Tidak meletakkan kerjaya sebagai nombor satu.
“I akan kahwin tak lama lagi. In Shaa Allah.
Kenyataan itu membuatkan Yana ternganga. Kemudian dia ketawa. Tak percaya apa yang dikatakannya.
“Betul.. Nikah gantung dulu. Majlis akan dibuat sekali dengan majlis adik I.”
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 15, 2017 17:20
March 13, 2017
Bab 15 : Hati Yang Kau Sakiti
“Lemau je, apasal?”
“Takkan baru sekali jumpa bakal mertua dah lembik macam ni,” sindir Amru.
Ain Najwa jeling tajam.
“Ini sebab Abang Am punya pasallah.”
“Aik? abang pulak kena.” Amru geleng kepala.
“Mama macam mana ni, mak dah tanya bila boleh datang rumah. Please mama, biarlah Ain kahwin dulu,” rengek Ain Najwa sebaik sahaja Puan Sakinah melabuhkan punggung di sebelah anak perempuannya itu.
“Kak Ain tu kenapa ma? Soal Ainnur Iman yang baru pulang.
“Gatal nak kahwin...” jawab Puan Sakinah.
“Mama...” rengek Ain Najwa lagi. Amru dan Ainnur Iman ketawa.
“Betullah. Abang Am tak kahwin lagi, kau dah sibuk nak kahwin.”
Ain Najwa mendengus. Dia jeling abang Amnya yang masih lagi boleh tenang dan ketawa.
“Ada gambar bakal besan mama tu? Manalah tahu kot-kot mama kenal dia. Puncak Alam dengan Saujana ni tak adalah jauh mana pun,” soal Puan Sakinah.
“Ada mama. Gambar bakal adik-adik ipar pun ada sekali. Ain pun boleh masuk dengan adik-adik abang Rafiq tu. Jumpa pertama kali dah macam kenal lama,” cerita Ain Najwa dengan bibir tersenyum. Dia hulur telefonnya.
Puan Sakinah ambil telefon anaknya dan melihat gambar bakal besannya. Berkerut dahinya melihat gambar tersebut. Dicuit lengan suaminya. Dari tadi hanya mengadap The Stars.
“Apa dia yang oi.. Saya nak baca suratkhabar pun tak tenang,” rungut Encik Aminuddin. Namun dilipat juga suratkhabar itu dan diletakkan di atas meja. Dalam urusan rumahtangga dan anak-anak, dia jarang bersuara. Semuanya diserahkan kepada isterinya. Menegur anak-anaknya juga melalui isterinya.
Puan Sakinah hulurkan telefon bimbit Ain Najwa kepada Encik Aminuddin.
“Eh.. bukan ke ini mak ayah Irdina ke?” soal Encik Aminuddin inginkan kepastian.
“Mama dan abah kenal?” cerah mata Ain mendengarnya. Petanda baik ni.
“Kenallah. Selalu jumpa bila ada perjumpaan ibu bapa di sekolah. Irdina ni satu kelas dengan Imran.”
“Tengok abah..” pinta Amru. Encik Aminuddin menghulurkan telefon tersebut kepada Amru.
“Eh..” bulat matanya melihat Ami tersenyum nakal. Dia pandang wajah mama dan abahnya. Seterusnya wajah Ain dan Ainnur.
“Kenapa?”
“Siapa ni?” soal Amru sambil tunjuk wajah Ami.
“Achik. Adik ke dua abang Rafiq.”
Wajah Amru berubah. Kecilnya dunia.
“Cantikkan achik tu? Dia belajar dekat UPM. Ambil akaun. Sama macam Abang Am..” cerita Ain Najwa. Dia perasan perubahan mimik muka abangnya.
“Senang cerita abang Am kahwin dengan Ami lah,” usul Ain Najwa spontan.
“Okey!”selamba sahaja Amru menjawabnya tanpa melihat wajah Ain ataupun mamanya. Melopong Puan Sakinah, Encik Aminuddin, Ain Najwa dan Ainnur Iman mendengarnya.
“Mama tak salah dengarkan, abahnya?” soal Puan Sakinah inginkan kepastian.
“Abah rasalah. Ain? Ainnur?”
Kedua-duanya angguk.
“Eh.. tadi tanya Abang Am. Jawablah.”
“Betul ke main-main ni?” soal Puan Sakinah inginkan kepastian. Takut pulak nak berharap lebih, nanti kang anaknya tu cakap main-main. Amru angguk.
“Betullah mama dengar tu. Am nak kahwin dengan Amina Nabila.”
“Eh.. Mana ada Ain cakap nama penuh achik tadi.” Ain teringatkan sesuatu.
“Abang Am dah kenal dia?”
Amru angguk. Sengih. Dia garu kepala. Malu pun ada. Tapi dia tidak mahu tangguhkan lagi. Hatinya tidak tenang.
“Yang Am terlepas cakap pasal calon menantu mama tu, dialah.”
“Tapi dia tak sukakan Am,”
‘Dia bencikan Am sebab rosakkan maruahnya..’ sambung Amru dalam hati.
“Perempuan yang baik memang macam tu. Jual mahal dulu. Bukan macam bekas kekasih Abang Am dulu tu. Terhegeh-hegeh, muka tak tahu malu,” kutuk Ainnur Iman. Teringatkan Bella, bekas kekasih abang Amnya dulu. Sikit pun dia tak suka, apatah lagi dengan sikap sombong dan pandai bermuka-muka itu. Nasib baiklah dah putus.
“Dah lama ke abang Am kenal dengan achik ni?”
“Baru lagi.”
“Tapi Am yakin, dia akan menjadi isteri Am suatu hari nanti.”
“Mama.. tak payah suatu hari nanti pun.. Mama jumpalah mak, bincang hal abang dan Ain, mama ek,”
“Tak malulah Kak Ain ni. Macam perempuan terdesak,” kutuk Ainnur Iman. Ain Najwa buat tak peduli. Desakan hati mahukan hubungannya dengan Rafiq diikat kukuh amat kuat di hatinya.
“In Shaa Allah.. nanti mama jumpa mereka dan bincang. Betul ni Am nakkan achik tu sebagai isteri?”
“Betul ma.. Jika diizinkan Allah taala, Am nak Ami jadi isteri Am.”
*****
“Kenapa?”
“Sebab awak tak sesuai untuk Ami. Ami tu budak baik. Boleh rosak jika bercinta dengan awak. Ami tu gadis suci. Dia takkan tahan dengan tangan gatal awak tu. Saya ni pun walaupun easy, tapi bila tiap kali berdating, tangan awak asyik nak menjalar je, saya jadi menyampah. Saya bukan objek seks. Boleh sesuka hati awak nak sentuh,”
“Dah jadi awek beb, takkan nak tengok je tanpa sentuh. At least sebelum ikat, baik rasa dulu. Sedap ke tak sedap. Tak sedap buang dalam longkang. Sedap buat peneman tidur malam-malam.”
Hafiz tenung siling. Tangan kiri diletakkan di atas dahi. Terkenang kata-kata Lisa siang tadi dan juga kata-kata Farouk, rakan sebiliknya. Entah ke mana menghilang malam-malam minggu begini. Kalau tak ke kelab malam, ke bilik hotel. Teringat ketika dia diketawakan oleh Farouk apabila dia bercerita tentang hubungannya dengan Ami dulu. Diejek dan disindir kerana tidak pandai ambil kesempatan.
“Kau tahu apa gunanya bercouple dan bercinta ni?”
“Mestilah nak berkasih sayang. Ada jodoh kahwin.”
“Pandai pun kau. Tapi tak pandai menikmatinya,” sindir Farouk.
Blur, tak faham apa yang Farouk maksudkan.
“Bila dah bercinta ni, tarikan magnetnya kuat. Kau rasa nak menempel dengan dia 24 jam. Nak buat apa yang tak pernah terfikir sebelum ini. Nak rasa apa itu nikmat dunia, betul tak?”
Perlahan dia angguk. Farouk ketawa.
“Itulah aku kata kau tak pandai ambil kesempatan.”
“Kau ni, haramlah.”
“Habis tu bercinta dan berkawan dengan perempuan ni tak haram ke?” tempelak Farouk. Senyum senget, menyindir.
“Ami tu cantik, kau tahu tak? Di sebalik baju gedoboh dan tudung bawal dia tu, aku tahu seksi sangat. Takkanlah kau nak tengok dan telan air liur dari jauh je. Tak nak rasa sikit-sikit?”
“Kalau akulah, aku akan gunakan kesempatan itu sepenuhnya. Jadi orang pertama rasa. Kalau tak ada jodoh pun, tak adalah rasa terkilan sangat.”
Kerana terpengaruh dengan konsep bodoh Farouk dia jadi cemburu melihat pasangan lain. Dia mahu jadi seperti mereka. Berpegang tangan dan kadang kala bermesra. Dia lupa pendirian dan janjinya dengan Ami. Mula merasakan setiap syarat yang Ami berikan itu tak patut dan membebankan. Padahal sebagai kekasih dia ada hak nak sentuh Ami.
Bila datang Lisa yang manja, dia lupa Ami. Apa yang tak dapat dibuat bersama Ami, dapat dilakukan ketika bersama dengan Lisa. Rupanya indah nafsu ini cuma ilusi sahaja. Membuatkan dia ketagih sampai lupa diri. Iman senipis kulit bawang dah rabak.
“Ya Allah, apa yang telah aku lakukan selama ini?” Terpengaruh dengan kata-kata Farouk sampaikan dia lupa asas agama yang dipegang selama ini. Membiarkan diri mendekati zina. Melepaskan permata semata-mata mengejar berlian kaca yang nampa berkilau dari jauh.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 13, 2017 18:08
March 12, 2017
RASA NAK SAPU SATU BADAN!
Dah la sejuk, pastu rasa berangin-angin je...best betul la perasaan lepas sapu Auoliya ni.
Tak puas sapu kat muka je, rasa nak sapu SATU BADAN! Bagi sejuk seluruh badan. Syoknyaaa...rasa macam duk dalam ais.
Maklumla cuaca kat Malaysia ni tak menentu, sekejap panas terik, sekejap hujan lebat sejuk sampai ke tulang. Kulit kering tu biasa la jadi kat rakyat Malaysia ni.
Auoliya ni bukan setakat boleh sapu kat muka je, kat tangan pun boleh. Yang kulit kering tu elok sangat la sapu Auoliya ni setiap pagi dan malam. Lepas ni kulit lembut dan lembab sentiasa. InsyaAllah.
Bagi yang ada masala kulit kering, jom la cuba Auoliya dulu. Confirm...selesaikan kulit saudara-saudari semua.
Jom whatsapp segera untuk harga istimewa
01123786561
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 12, 2017 17:58
Seram Asrama -Histeria!
Haiii semua...
Agak lama kisah seram tak bersiaran kan???
Kisah nie dah lama berlaku.. Tak silap dalam tahun 2006. Masa tue aku di tingkatan 2 dan tinggal di asrama. Padahal sekolah dengan rumah tak jauh pun dalam 10-15 minit je naik basikal.Tapi aku ni gedik nak jugak duduk asrama sebab nak merasa pengalaman duduk asrama. Lagi-lagi kawan duk pujuk suruh duduk asrama. Mereka cakap la best duduk asrama, ramai-ramai dalam satu dorm. Memang best pun duduk asrama ni, sebab bila ramai-ramai dengan kawan-kawan ni banyak la kerja gila yang kitorang buat. Salah satunya menyorok dalam loker baju sebab malas nak turun solat berjemaah (masa tue uzur) sampai ada yang tertidur dalam loker..hahaha
Okay nak dijadikan cerita ada la satu malam tue kitorang memang tengah bergembira dalam dorm. Menyanyi dan bercerita pasal cerita hantu yang berlaku kat asrama sekolah lain.Tiba-tiba dalam kitorang duk gelak ketawa bagai tak ingat dunia tu, elektrik takde, blackout. Apa lagi ada la dua tiga orang kawan aku tue takut gelap. Kitorang pon bincang sama ada nak stay kat dorm ataupun nak turun pergi bilik warden asrama.Kitorang decide nak turun bilik warden.
Maka kitorang turun la nak pergi bilik warden. Sampai kat tangga, aku, Tira, Ain dan Syu ubah fikiran. Kitorang nak stay kat bilik je tunggu elektrik ada balik. Kitorang pon naik la bilik balik manakala Atin, Syira, Dayah dan Azie teruskan niat nak pergi bilik warden.
Selepas 5 minit aku, Tira, Ain dan Syu sampai dalam bilik... tiba-tiba Syira naik dengan nafas tercungap-cungap.Aku pun tanya la...
Aku: Kau dah kenapa??Baru lepas marathon ke apa??
Syira: Atin...Atin...Atin pengsan kat tangga
Aku: Hah!!! (terkejut)
Apa lagi aku dengan yang lain pun terus turun. Masa aku pergi tue,Atin dah dibawa ke bilik warden. Sampai je, aku dengar suara Atin menjerit. Aku terus masuk ke dalam bilik warden.Tiba-tiba, Atin jadi agresif sampai kami kena pegang dia. Suara Atin pon da bertukar, keluar suara kasar dan Atin pun dah macam bukan diri dia yang duk bercakap.
Aku dengan yang lain dah takut dah. Setengah kawan aku dah start menangis. Warden suruh kitorang baca yassin. Kitorang pun baca la. Dalam kitorang duk baca yassin tue, Atin semakin agresif dan menjerit..
'AKU PANAS LA BODOH!!!'.
Banyak kali dia menjerit benda yang sama. Kitorang semakin kuat baca yassin tetapi Atin semakin agresif. Masa tue jugak aku perasan Atin tengok kat aku (aku duduk membelakangi tingkap time tu). Mula la aku rasa takut semacam dah la sebab aku tengah uzur time tu.Tiba-tibe Ain yang duk pegang lampu suluh pergi suluh kat tingkap. Aku pon tengok la sekali kat tingkap tu tapi takde apa-apa pun.
Lebih kurang 15-20 minit macam tue, pengetua datang. Dia tengok situasi kitorang time tu. Dia pergi kat Atin dan aku nampak la dia macam ade baca-baca sikit pastu tiup kat ubun-ubun Atin. Tiba-tiba, Atin macam tersedar dan kembali macam biasa. Dia tanya la kenapa?? Kitorang hanya senyap jela dan Atin pon cakap dia letih dan nak tido. Lepas tue kitorang naik ke bilik dorm. Masa tue elektrik dah pulih. Dalam on the way nak naik dorm tue, kitorang tanya la dia nampak apa.Atin cakap nanti la dia bagitau sebab tak nak kitorang takut kalau dia bagitau apa yang dia nampak..
Keesokannya masa duk siap-siap nak pergi sekolah, Atin bagitahu apa yang dia nampak kat aku. Sebab aku dengan Atin ni agak rapat sikit. Atin cerita dia nampak satu rupa yang memang buruk muka dia, rambut panjang, dan mata asyik tengok kat dia. Aku yang dengar ni memang meremang bulu roma.Time tulis ni pun aku meremang bulu roma huhuhu.
Selepas kejadian tue, aku tinggal di asrama dalam dua minggu sahaja kemudian aku keluar dan duduk rumah. Keluar asrama bukan sebab takut hantu tapi sebab asyik nak balik je tiap-tiap minggu. Asrama kan boleh balik dua minggu sekali je..hehe
Selain kejadian tue, ada banyak lagi kisah hantu yang berlaku kat sekolah selain yang berlaku kat asrama. Rasanya tahun lepas ada keluar paper pasal satu sekolah histeria. Haa sekolah aku pun pernah berlaku jugak kes histeria ni tapi bukan la sampai satu sekolah tapi melibatkan dua buah kelas je dan tak masuk paper pun... hehe
Okay la setakat nie je cite seram kat asrama aku. Kalau korang baca, jangan baca sorang-sorang tau.Nanti tiba-tiba..jeng jeng (gurau je) hahaha..Selamat membaca ☺
Jumpa lagi... banyak share dan komen kat sini... Maka makin rajinlah aku nak menulis lagi.. Jadi kalau korang suka, komen dan share cerita ni ek!
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Agak lama kisah seram tak bersiaran kan???
Kisah nie dah lama berlaku.. Tak silap dalam tahun 2006. Masa tue aku di tingkatan 2 dan tinggal di asrama. Padahal sekolah dengan rumah tak jauh pun dalam 10-15 minit je naik basikal.Tapi aku ni gedik nak jugak duduk asrama sebab nak merasa pengalaman duduk asrama. Lagi-lagi kawan duk pujuk suruh duduk asrama. Mereka cakap la best duduk asrama, ramai-ramai dalam satu dorm. Memang best pun duduk asrama ni, sebab bila ramai-ramai dengan kawan-kawan ni banyak la kerja gila yang kitorang buat. Salah satunya menyorok dalam loker baju sebab malas nak turun solat berjemaah (masa tue uzur) sampai ada yang tertidur dalam loker..hahaha
Okay nak dijadikan cerita ada la satu malam tue kitorang memang tengah bergembira dalam dorm. Menyanyi dan bercerita pasal cerita hantu yang berlaku kat asrama sekolah lain.Tiba-tiba dalam kitorang duk gelak ketawa bagai tak ingat dunia tu, elektrik takde, blackout. Apa lagi ada la dua tiga orang kawan aku tue takut gelap. Kitorang pon bincang sama ada nak stay kat dorm ataupun nak turun pergi bilik warden asrama.Kitorang decide nak turun bilik warden.
Maka kitorang turun la nak pergi bilik warden. Sampai kat tangga, aku, Tira, Ain dan Syu ubah fikiran. Kitorang nak stay kat bilik je tunggu elektrik ada balik. Kitorang pon naik la bilik balik manakala Atin, Syira, Dayah dan Azie teruskan niat nak pergi bilik warden.
Selepas 5 minit aku, Tira, Ain dan Syu sampai dalam bilik... tiba-tiba Syira naik dengan nafas tercungap-cungap.Aku pun tanya la...
Aku: Kau dah kenapa??Baru lepas marathon ke apa??
Syira: Atin...Atin...Atin pengsan kat tangga
Aku: Hah!!! (terkejut)
Apa lagi aku dengan yang lain pun terus turun. Masa aku pergi tue,Atin dah dibawa ke bilik warden. Sampai je, aku dengar suara Atin menjerit. Aku terus masuk ke dalam bilik warden.Tiba-tiba, Atin jadi agresif sampai kami kena pegang dia. Suara Atin pon da bertukar, keluar suara kasar dan Atin pun dah macam bukan diri dia yang duk bercakap.
Aku dengan yang lain dah takut dah. Setengah kawan aku dah start menangis. Warden suruh kitorang baca yassin. Kitorang pun baca la. Dalam kitorang duk baca yassin tue, Atin semakin agresif dan menjerit..
'AKU PANAS LA BODOH!!!'.
Banyak kali dia menjerit benda yang sama. Kitorang semakin kuat baca yassin tetapi Atin semakin agresif. Masa tue jugak aku perasan Atin tengok kat aku (aku duduk membelakangi tingkap time tu). Mula la aku rasa takut semacam dah la sebab aku tengah uzur time tu.Tiba-tibe Ain yang duk pegang lampu suluh pergi suluh kat tingkap. Aku pon tengok la sekali kat tingkap tu tapi takde apa-apa pun.
Lebih kurang 15-20 minit macam tue, pengetua datang. Dia tengok situasi kitorang time tu. Dia pergi kat Atin dan aku nampak la dia macam ade baca-baca sikit pastu tiup kat ubun-ubun Atin. Tiba-tiba, Atin macam tersedar dan kembali macam biasa. Dia tanya la kenapa?? Kitorang hanya senyap jela dan Atin pon cakap dia letih dan nak tido. Lepas tue kitorang naik ke bilik dorm. Masa tue elektrik dah pulih. Dalam on the way nak naik dorm tue, kitorang tanya la dia nampak apa.Atin cakap nanti la dia bagitau sebab tak nak kitorang takut kalau dia bagitau apa yang dia nampak..
Keesokannya masa duk siap-siap nak pergi sekolah, Atin bagitahu apa yang dia nampak kat aku. Sebab aku dengan Atin ni agak rapat sikit. Atin cerita dia nampak satu rupa yang memang buruk muka dia, rambut panjang, dan mata asyik tengok kat dia. Aku yang dengar ni memang meremang bulu roma.Time tulis ni pun aku meremang bulu roma huhuhu.
Selepas kejadian tue, aku tinggal di asrama dalam dua minggu sahaja kemudian aku keluar dan duduk rumah. Keluar asrama bukan sebab takut hantu tapi sebab asyik nak balik je tiap-tiap minggu. Asrama kan boleh balik dua minggu sekali je..hehe
Selain kejadian tue, ada banyak lagi kisah hantu yang berlaku kat sekolah selain yang berlaku kat asrama. Rasanya tahun lepas ada keluar paper pasal satu sekolah histeria. Haa sekolah aku pun pernah berlaku jugak kes histeria ni tapi bukan la sampai satu sekolah tapi melibatkan dua buah kelas je dan tak masuk paper pun... hehe
Okay la setakat nie je cite seram kat asrama aku. Kalau korang baca, jangan baca sorang-sorang tau.Nanti tiba-tiba..jeng jeng (gurau je) hahaha..Selamat membaca ☺
Jumpa lagi... banyak share dan komen kat sini... Maka makin rajinlah aku nak menulis lagi.. Jadi kalau korang suka, komen dan share cerita ni ek!
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 12, 2017 07:51
March 8, 2017
Bab14 (b) Hati Yang Kau Sakiti
“Kita tengok wayang,” ajak Hafiz. Lisa dah buat muka bosan. Tengok muka Hafiz pun dia dah fed up. Sejak mereka bercinta, batas pergaulannya terbatas. Asyik berkepit dengan Hafiz. Tak kiralah hari kuliah ke hujung minggu. Sampaikan dia naik muak nak mengadap muka lelaki di hadapannya ini. Ini baru bercinta. Kalau kahwin, hidup serumah tak sampai seminggu dia dah angkat kaki. Lisa pandang Hafiz yang masih memandangnya. Mahukan jawapan. Dia perlahan geleng kepala. “Saya tak ada mood nak pergi tengok wayang. Tiap-tiap minggu, bila keluar dating asyik tengok wayang. Sampaikan semua cerita kita dah tengok. Awak tak bosan ke?” rungut Lisa. Hafiz angkat bahu. “Saya tak pernah bosan bila bersama dengan awak,” jawab Hafiz. Betul itulah yang dia rasa. Mengadap muka si kekasih hati 24 jam pun dia tak kisah.“Tapi saya bosan. Tak boleh nak hadap muka awak setiap hari,” balas Lisa.Berubah wajah Hafiz mendengarnya. Senyum kacak tadi mula hilang. Dia pandang Lisa tajam. Terguris hatinya. Lisa tarik nafas. Dia pandang wajah Hafiz dengan berani. Dah sampai masanya dia putuskan perhubungan ini. Lagipun hati dia bukan suka pun si Hafiz ni. “Kita putus.”“Apa?” soal Hafiz terkejut. Tak jangka dua patah perkataan itu yang keluar dari bibir Lisa. Selama ini hubungan mereka baik. Jadi apa sebabnya nak putus. Dia tak faham dan tak boleh terima. “Saya dah bosan dengan awak. Saya menyampah dengan tangan gatal awak yang suka nak sentuh-sentuh saya,” jelas Lisa tanpa disoal. Hafiz terdiam. Terkelu sebenarnya. Ayat pertama itu terkena batang hidungnya kembali. Dulu itulah alasan yang diberikan ketika mahu putuskan hubungan dengan Ami. Bosan Ami yang kaku dan tak pandai nak bermesra dengannya. Sekarang Lisa pulak yang sebut. Alasan yang sama tapi penjelasan yang berbeza. “Saya ingat awak suka. Lagipun kitakan couple. Biasalah buat semua tu,” Hafiz membela diri sendiri. Tapi kenapa dia terasa canggung dengan kata-katanya sendiri. Lisa senyum sinis. Bodoh dan bengaplah Hafiz ni. “Awak ingat perempuan ni suka sangat ke kena raba walaupun kekasih sendiri. Tak tersengaja tu tak apa. Rela sama rela pun boleh lagi. Tapi bila sorang je syok sendiri, awak rasa apa,” soal Lisa dengan wajah meluat. “Lagipun.. saya tak sukakan awak pun. Awak yang perasan lebih. Orang senyum, sengih-sengih sikit dah cair.”“Lisa.. Awak..” Hafiz ketap bibir. Kata-kata itu seolah-olah menghinanya. “Awak tak sukakan saya? Cintakan saya?”Lisa angguk. “Saya dekat dengan awak pun sebab bertaruh dengan kawan saya. Jika saya boleh buat awak jatuh cinta dengan saya dalam tempoh seminggu, saya menang RM200. Saya pulak pantang dicabar. Lagipun saya yakin, awak tak susah pun nak tackle.”“Awak ingat hati dan perasaan saya terhadap awak mainan ke?”Lisa angkat bahu. Tak guna pun jawab. “Saya serius dengan awak. Bahkan saya dah cakap dengan ibu saya, saya dah ada calon isteri. Habis belajar saya nak pinang awak,” Hafiz berterus terang. Kecewa dengan kenyataan yang sebenarnya. Terdiam Lisa. Hati terasa bersalah. Tapi soal hati ni bukan boleh dipaksa. “Maafkan saya. Saya suka awak. Tapi saya menyampah dengan sikap miang awak tu. Lagipun suka saya tak sampai tahap cinta pun. Baik awak lupakan saja saya. Tak guna kita teruskan hubungan ini bila kita tahu yang hati kita tidak beriramakan melodi yang sama.” “Barangkali awak boleh kembali kepada Ami. Saya rasa awak sesuai sangat dengan Ami tu.”Hafiz geleng kepala. Takkan sekali dia jilat ludahnya kembali. “Kalau awak nak tahu, Kirana dan Syidalah kawan saya tu. Kami bertaruh dalam seminggu awak akan tinggalkan Ami untuk saya.”“Kenapa?”“Sebab awak tak sesuai untuk Ami. Ami tu budak baik. Boleh rosak jika bercinta dengan awak. Ami tu gadis suci. Dia takkan tahan dengan tangan gatal awak tu. Saya ni pun walaupun easy, tapi bila tiap kali berdating, tangan awak asyik nak menjalar je, saya jadi menyampah. Saya bukan objek seks. Boleh sesuka hati awak nak sentuh,” jelas Lisa panjang lebar. Lisa senyum sinis. Biar lelaki ini tahu mana-mana gadis pun tak suka dengan sikap gatal tangan dia tu. Hafiz raup rambutnya sendiri. Kecewa dan menyesal di atas apa yang telah dilakukannya.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 08, 2017 17:00
March 6, 2017
Bab 14 (a) Hati Yang Kau Sakiti
“Mak.. Along dah sampai dengan bakal menantu mak,” laung angah yang berada di laman. Tengah siapkan tempat untuk membakar. Pantas achik dan acu mengendap di tingkap. “Yang terhendap dekat tingkap tu buat apa? Pergilah sambut tamu tu,” tegur Puan Habsah. Geleng kepala dengan gelagat anak daranya. Macamlah tak pernah tengok orang. Acu tolak bahu achik. Achik tolak bahu acu, balas balik. Padan muka. Puan Habsah dah siap menunggu depan pintu. Lebar senyumannya menyambut orang yang ditunggu. Irdina dan Ami ikut berdiri di muka pintu, di belakang mak mereka. “Cantik. Pandai along cari,” bisik acu. Achik angguk mengiyakannya. Sepadan sangat dengan along. Berbaloi along menunggu lama untuk berjumpa dengan bakal isterinya itu. “Assalamualaikum..”“Waalaikumussalam..” Ain Najwa menghulur tangan untuk bersalam dengan bakal mertua. “Mak, kenalkan ini Ain Najwa.”“Ain, ni mak abang, achik, Amina Nabila dan acu, Isma Irdina.. Yang tengah hidupkan api tu angah, Fikri Amin.”Ain Najwa melemparkan senyum dan menyambut huluran salam. Dia angguk. Rasa gemuruh tadi beransur hilang dengan sambutan mesra bakal keluarga mertuanya. “Ayah mana mak?”“Keluar sekejap ke kedai. Kejap lagi baliklah tu. Masuk Ain..”“Duduklah Ain.”Ain angguk. Along juga turut duduk bersama dengan mereka. “Along...”“Banyak cantik dia. Marilah bakar ayam ikan ni.. sukahati dia je nak duduk dalam rumah,” membebel angah memanggil Along. Along tersengih-sengih. “Kejaplah.”“Pergilah long.. Biar mak layan Ain ni..”“Betul tu along... bukannya along tak tahu angah tu mana pandai buat bara nak membakar ni. Dah setengah jam dia cuba bakar arang tu, tak jadi-jadi lagi bara,” bagitahu acu.“Angah dengar lah.. Jangan nak banyak songeh. Baik acu datang buat.” “Ain berbual-buallah dengan mak, abang tolong angah kejap. Nanti tak makan kita,” ujar Along sambil kenyit mata. Ain Najwa senyum segan. “Tak malulah along ni. Kami ada ni. Nak main-main mata pergi jauh-jauh,” tegur achik sambil sengih. Suka dia melihat wajah gembira along. Dia dah berangan, tak lama lagi mesti meriah rumah ni dengan suara anak-anak buahnya nanti. “Achik, acu pergi ke dapur, ambil air. Mak dah siapkan tadi. Lepas tu pergi tolong angah dan along kat laman tu.”Muncung mulut acu mendengarnya. “Bakar membakar ni biarlah along dan angah buat,” omelnya. Namun ikut juga arahan maknya. Ain Najwa senyum. Hari ini dia disambut baik dengan bakal keluarganya. Kemesraan mereka membuatkan dia tak sabar hendak menjadi salah seorang dari mereka. Sesekali matanya mencari mata Rafiq. Ternyata getaran hati mereka difrekuansi yang sama. Cuma yang menjadi masalah sekarang, keluarganya. “Bila mak boleh bawa cincin ke rumah Ain,” soal Puan Habsah mesra. Rupanya tak jauh pun bakal besannya tinggal. Lagi cepat lagi bagus. Ain pandang Puan Habsah. Serba salah dibuatnya. Hatinya pun tak sabar menjadi ahli keluarga ini. Tapi mama yang menjadi masalah sekarang ni. “Ada masalah sikit mak,” beritahu along. Puan Habsah pandang suaminya. Angah, achik dan acu pula pasang telinga luas-luas. “Mama tak bagi Ain kahwin selagi Abang Am belum kahwin.”“Abang Am? Abang sulung Ain?” soal Puan Habsah inginkan kepastian. Ain Najwa angguk. “Sama macam angahlah. Mak tak bagi angah kahwin dulu sebelum along kahwin,” sampuk Angah.“Habis tu sampai bila angah kena tunggu ni..” dengus angah, kecewa. Puan Habsah terdiam. “Penyelesaiannya mudah je mak, carikan calon isteri untuk Abang Am,” celah acu. Bab-bab begini otaknya memang cekap. Cuba bab belajar, mesti banyak tanda soal. Puan Habsah, diam berfikir. Achik pun buat-buat sibuk. Tak nak masuk campur hal orang tua ni. Jangan pulak dia terlibat sekali.“Ain, Along tak ada kawan nak kenalkan dengan abang Am tu?” soal Puan Habsah prihatin. Mereka berdua geleng kepala. “Abang Am tu cerewet sikit bab perempuan ni, mak. Lagipun dia baru lepas putus cinta.”“Alaa mak.. senang cerita. Kenenkan dengan achik je. Achik pun tak lama lagi dah nak habis belajar.”Achik jegil mata dekat angah. Dia ketap bibir. Tanda tak suka dikaitkan. “Jangan nak libatkan achik pulak angah. Dah gatal sangat nak kahwin, baik biar angah yang tolong carikan,” marah Achik. “Betul jugak tu angah. Abang Am pun akauntan. Achik kan belajar akaun, dalam bidang yang sama, mudah serasi ni,” ujar along pula tanpa fikir panjang. “Sudahlah. Jangan nak kaitkan achik pula. Achik tak gatal nak kahwin lagilah,” achik dah naik marah. Dia bangun dan membasuh tangannya, terus masuk ke dalam rumah. Panas hati dengan sikap abang-abangnya. “Along.. angah..” tegur Encik Ruslan. Yang lain terdiam.“Gurau je. Itu pun nak marah,” omel angah. Pelik. Padahal selama ini achik boleh je bawa bergurau bab kahwin ni.
Ain Najwa pula diserang rasa bersalah.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 06, 2017 16:57
March 4, 2017
Bab 13 (b) : Hati Yang Kau Sakiti
Ain Najwa menghempaskan tubuhnya di sebelah abangnya. Dia jeling abangnya, tak puas hati. Lagi mendidih hatinya apabila melihat wajah tenang abangnya yang sedang fokus menonton televisyen.
“Abang Am!”
“Hmmm”
“Dengar tak apa mama cakap tadi?”
“Hmmm..”
Buk.. buk.. dipukul bahu abangnya. Muka tenang abang Amnya membuatkan hatinya bertambah panas.
“Apa nih?” Amru pandang adiknya. Digosok bahu yang terasa pedih dek pukulan tadi.Ain Najwa ketap bibir geram.
“Tolonglah Ain..”
“Tolong apanya? Dah abang tak jumpa lagi jodoh abang, nak buat apa lagi?”
“Tipulah. Tadi mama cakap abang dah ada calon.”
“Please.. Abang Am kena kahwin dulu baru mama bagi Ain kahwin.”
“Hmmm... Abang baru kenal dia lah. Sekarang ni pandang abang pun dia tak hingin. Macam mana nak ajak kahwin?”
“Eh bukan dengan Bella ke?”
“Huh.. Bella dah lama putus. Mama pun tak restu,” bagitahu Puan Sakinah.
Keduanya angkat muka pandang mama mereka. Amru berkerut dahi. Bilanya dia tercakap dah ada calon ni? Tak ingat.
“Bila Am cakap kat mama?”
“Laa.. dalam minggu lepas. Yang Am kalut nak keluar balik. Padahal baru je sampai sini,” jelas Puan Sakinah.
Amru garu kepala. Dia geleng kepala pula.
“Jadi bilanya nak kenalkan dengan mama, calon menantu tu?”
“Lambat lagi lah mama.. Lepaskan Ain kahwin dululah. Baru Am.”Puan Sakinah geleng kepala.
“Mama tak nak Ain langkah bendul. Am kena kahwin dulu baru Ain boleh kahwin.”
“Tapi Am lelaki, mana ada istilah langkah bendul mama.”
“Mama tak kira. Am anak sulung mama. Jadi mama nak Am kahwin dulu. Kemudian baru adik-adik Am.”
Ain Najwa dah bersilang tangan di dada. Wajahnya tak puas hati.
“Habis tu Ain kena tunggu lama mana ni?” dengus Ain Najwa.
“Tunggu sehingga abang Am kahwinlah,” balas Puan Sakinah.
“Kalau abang Am tak kahwin. Tak kahwinlah Ain nanti?”
Amru tersengih. Puan Sakinah angkat bahu.
“Mama tak kisah anak mama jadi anak dara tua?” bulat mata Ain Najwa memandang mamanya yang bersahaja.
“Bukan mama. Tapi abang Ain yang tak kisah,” balasnya.
“Am pulak yang kena?”
“Abang Am?”
Amru garu kepala. Dengan mamanya dia selalu kalah. Tapi soal jodoh ini macamlah mama tak tahu, bukan ditangannya.
“Jika dah ada calon tu, cepat kenalkan kepada mama. Kalau boleh kita buat majlis sekali dengan majlis Ain nanti,” putus Puan Sakinah sebelum melangkah ke dapur.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 04, 2017 17:08


