Shima Rostam's Blog, page 14

March 17, 2018

Bab 1 Cinta Si Adik Manja


Note : Cerita lama diberi nafas baru.. Semoga lebih menarik dan terhibur pembacanya...


“Adik balik nanti, jangan bagitahu abah sakit.” Pesanan itu telah berkali-kali diulangi. Namun hati masih juga mahu pesan.

Dr Nur Hasni pandang abahnya. Dia geleng kepala. Asyik itulah yang abah ulang. Takut sangat si adik bongsunya tahu.

“Ya. Kami takkan bagitahu adik. Abah janganlah risau. Nanti BP naik lagi.”

Buat sekian kali, diulang lagi, jawapan yang sama untuk pesanan yang sama. Gamaknya abah masih tak percaya mereka tidak akan terlepas cakap. Risau abah kalau adik tahu yang dia sakit. Dia jeling angah yang sedang mengurut kaki abah. Sejak abah keluar hospital, inilah rutinnya setiap hari. Memantau tekanan darah dan kesihatan abah. Dia sanggup ambil cuti lama demi menumpukan perhatian merawat abah.

Angah sengih. tak kata apa. kalau dia jawap pun, jawapan yang sama juga. Bukan mereka tak tahu, abah susah hati takut adik tahu dia sakit. Abah dan adik sangat rapat. Sebab itulah abah tidak mahu adik tahu. Dia masih ingat lagi ketika abah terkena demam denggi. Ketika itu dia masih dalam tempoh housemanship di Hospital Sultanah Zainab 2. Adik sikit pun tidak mahu berganjak dari sisi abah. Sanggup menunggu abah di hospital. Itu baru demam. Kalaulah adik tahu abah terkena minor attack ni, terus mahu berhenti belajar, gamaknya.

“Kalau abah tak mahu adik tahu, kena dengar nasihat kak long. Makan kena pantang,” akhirnya angah mencelah. Sejak tadi, dia hanya menjadi pendengar. Bila abah diam buat tak dengar cakap kak long, dia pula sambung nasihat. Mengharap tak banyak, sedikit dari nasihat mereka abah akan dengar. Bukannya mereka tak tahu, abah ni keras hati, degil. Mana nak dengar cakap atau nasihat anak ni. Padahal apa yang mereka nasihatkan adalah untuk kesihatan abah juga. Supaya cepat sembuh.

“Aku tahulah! Tak payah nak ajar aku ni,” dengus abah. Tak suka dengar teguran satu-satunya anak lelakinya.

Angah pandang kak longnya, kan dah cakap? Itulah telepati ke dua beradik itu. Mulut tak bergerak tapi hati masing-masing sudah memahami apa yang mahu dikatakan. Angah angkat bahu. Perlahan kepalanya bergerak kiri dan kanan. Abah dalam sakit pun masih berdegil. Dia terus meneruskan kerjanya mengurut abah.

“Kau cuti berapa lama angah?” abah beralih topik. Teringatkan si bongsu yang akan pulang bercuti jumaat ini.

“Sebulan abah,” jawab Angah atau namanya Thaqif Iman. Anak ke dua dan satu-satunya anak lelaki yang Pak Teh ada.

Dia pandang anak lelakinya seketika, sebelum bersuara, “ jumaat depan adik balik. Nanti kau pergi ambil dia.”

“Baik,” balas angah sambil angguk. Tak suruh pun, memang dia akan ambil adik.

******

Hisyam menghela nafas. Sesekali ada rasa rindu singgah di hatinya. Tujuh tahun masa menjarakkan mereka. Wajah comel Nur, anak bongsu Pak Teh sentiasa bermain di mata hatinya. Selari dengan masa yang berlalu, Nur telah tumbuh menjadi seorang gadis pingitan yang cantik. Acapkali adiknya, Nisa berkongsi gambar Nur dengannya. Menatapi wajah itu, dia menjadi semakin rindu. Tidak mahu terus hanyut, gambar itu dipadamkan daripada telefon pintarnya. Bukan mahu menghilangkan rindu itu tapi mahu hati tidak terlampau hanyut di dalam gelora rindunya sendiri.

Matanya dipejam seketika, cuba dilupakan apa yang bergayutan di hati saat ini. Namun memori indah bersama Nur lewat tujuh tahun lepas terus berlegar-legar. Itulah yang menjadi ubat kala hatinya merindui kampung halaman. Rindu sentiasa sarat. Namun dek kerana janji, dia bertahan sehingga hari ini. Mindanya terus bekerja menyelak setiap kenangan lalu. Dia larut di dalam kenangan bersama Nur, tanpa sedar bibirnya menguntum senyum. Dia dan Nur mempunyai ikatan hati yang istimewa. Entah mengapa sejak dia terpandangkan wajah comel Nur yang berusia tiga bulan, hatinya terpaut kasih. Jadi setiap kali ada kesempatan, digunakan sebaiknya melayan Nur bermain. Mereka serasi bersama dan masanya banyak dihabiskan bersama Nur berbanding dengan Nisa, adiknya. Mujurlah Nisa tidak pernah cemburu walaupun adakalanya bermasam muka juga.

Setelah melanjutkan pelajaran, dia diserang demam rindu. Hampir-hampir saja dia mengalah dengan hatinya dan pulang ke kampung. Namun, dikuatkan semangat. Janji perlu dipegang. Amanah seorang bapa perlu ditunaikan. Jadi dikuatkan semangat, dia bangkit menentang rasa yang menggunung di hati. Demi masa depan. Demi kasihnya, dia terus berjuang menimba ilmu di sini.

Ralat dan terkilan. Ada rasa sukar dijelaskan. Namun Nur sentiasa ada di dalam setiap doanya. Kesejahteraan Nur selalu didoakan. Setiap kali rindu meresap di hatinya, dia bermunajat kepada Allah taala. Berserah diri kepada DIA agar hatinya redha dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya

Diri Hisyam jauh terbang ke dalam kenangan silam.

Wajah Nur masam apabila tumpuannya membuat kerja sekolah diganggu. Setiap petang mereka akan menghabiskan masa bersama. Dia akan menemani Nur membuat kerja sekolah. Kadang kala angah datang mengacau adiknya.

"Abang Syam ni dah sewel agaknya, senyum sorang. Eeii... Tak nak kawan dengan Abang Syam lagi" Nur merajuk dengannya apabila dia tidak dapat menahan gelak. Geli hati melihat angah lari lintang pukang dikejar oleh Nur dengan sebatang ranting. Boleh tahan lajunya Nur berlari ketika itu.

'Nur... Nur ....' Makin hampir tarikh kepulangannya, makin rancak kenangan manis bermain di fikirannya.

Bibirnya tanpa sedar tersenyum manis.

Tok... Tok...

Bertebaran kenangan manisnya dibawa hembusan bayu dingin melalui jendela yang terbuka luas. Cuaca walaupun agak panas kebelakangan ini, namun sesekali hembusan bayu yang bertiup mendinginkan suasana. Menghalau jauh haba panas itu. Dia berpaling dan menuju ke pintu biliknya.

Sebaik sahaja pintu dibuka, terpacak tubuh sederhana milik Azrul, sahabatnya yang sama-sama berjuang menuntut ilmu di bumi anbiya ini.

"Assalamualaikum, Syam," sapa Azrul sambil menghulurkan tangan bersalaman. Mereka berpelukan seketika sebelum Hisyam mengajak Azrul masuk.

"Dah siap kemas?” soal Azrul berbasa basi.

Hisyam angguk. "Sudah. Semuanya aku dah hantar naik kargo semalam. Tinggal beg pakaian ni je.”

Azrul angguk. Sepintas lalu, matanya melihat sekeliling. Rumah sewa Hisyam sunyi. Rakan serumahnya tentu sedang mengikuti kuliah sekarang.

"Aku datang bawa hajat besar," lalu mata Azrul singgah di wajah Hisyam.

"Hajat apa?" Hisyam bertanya tenang.

Azrul pula berasa gementar di dalam hati. Mereka teman seperjuangan di sini. Banyak berkongsi susah senang di rantau orang. Dia yakin Hisyam adalah jodoh terbaik untuk adiknya. Kala dia meluahkan hasrat hati kepada adiknya, Ayuni tiada bantahan. Mujurlah kali ini pilihannya sama dengan pilihan hati Ayuni.

"Aku mahu meminang kau untuk adik aku," beritahu Azrul dalam senafas.

Hisyam angkat wajah. Matanya bertembung dengan mata Azrul. Ada harapan besar di dalam mata sahabatnya itu. Hisyam tarik nafas. Dia larikan matanya melihat sekitar ruang tamu rumahnya. Mencari kata yang terbaik untuk diberitahu supaya Azrul tidak tersinggung dengan penolakannya.

Dia ambil masa. Padahal jawapan di dalam hatinya telah ada sejak dulu. Bukan sekali, seorang wanita meluahkan perasaan melalui orang tengah. Bukan juga kali ini dia berdepan dengan hajat orang untuk membantunya membina masjid. Sedangkan di dalam hatinya telah terpasak satu nama, terpahat di situ sejak dulu. Sejak dia memahami erti kasih sayang.

"Aku tak perlukan jawapan itu sekarang. Ambil masa kau. Lakukan solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah taala," ujar Azrul dengan penuh harapan. Dia harap sangat agar Hisyam menerima hasratnya kali ini.

"Aku sebenarnya telah bertunang sebelum sambung belajar ke sini."

Kenyataan itu mengejutkan Azrul. Tak mungkin. Tujuh tahun tempoh yang amat panjang untuk satu ikatan pertunangan. Dia tidak percaya.

"Syam, aku tak paksa kau terima lamaran aku ni. Tapi aku nak kau minta petunjuk dari Allah dulu. Aku yakin hati kau akan memilih adik aku. Dia sesuai jadi isteri kau. Aku yakin kau akan bahagia nanti," tekan Azrul. Dia amat berharap Hisyam jadi adik iparnya. Nanti mereka boleh sama-sama berjuang berdakwah.

Hisyam geleng kepala. Wajahnya tenang. Ditentang mata Azrul. Mereka mungkin sahabat baik. Berminat sama-sama mahu terus menebarkan ilmu yang ada di dalam dada mereka. Namun matlamat dan cita-cita mereka berbeza. Cara mereka berdakwah pun berbeza. Dia ada impian dan cita-cita lebih besar. Tidak mahu terikat dengan hanya satu jalan sahaja.

"Sejak dulu hati aku telah memilih tunang aku tu Rul. Lagipun aku kena pegang pada janji dengan orang tuanya," tegasnya. Janji yang diikat bukan untuk dimungkiri biarpun dia terpaksa memungkiri janjinya dengan Nur.

Azrul tersentak. Seketika dia hilang kata dengan ketegasan suara Hisyam. Kemudian dia ketawa.

"Tujuh tahun Syam. Tidak mungkin perempuan sanggup tunggu selama selama itu. Kau pun tak pernah balik. Aku rasa tunang kau tu dah kahwin," Azrul cuba menyedarkan Hisyam dengan hakikat sebenar yang dirasakan betul. Dia yakin tekaannya tak salah. Lagipun dia pasti Hisyam terpaksa menerima pertunangan itu. Jika tidak tentu Hisyam terus balik setelah tamat belajar tiga tahun lepas.

Hisyam geleng kepala. Azrul tidak tahu apa-apa. Sudah tentu dia anggap tujuh tahun itu tempoh yang amat lama untuk ikatan pertunangan. Sedangkan selama tempoh itu adalah tempoh menunggu bunga pilihan hatinya mekar indah di taman orang tuanya.

“Kau tidak tahu apa-apa tentang tunang aku Rul, jadi jangan yakin sangat apa yang kau rasa itu betul. Sedangkan hakikatnya kau tidak akan jangka sama sekali. Pertunangan ini adalah kehendak hati aku. Memberi aku keyakinan untuk datang menuntut ilmu di sini tanpa risaukan dia terjumpa pilihan hati yang lain. Ia juga jaminan orang tuanya, yang kami akan disatukan apabila aku pulang nanti. Lagipun…” Hisyam tarik nafas, dia melirik ke arah temannya yang tertunggu kata-katanya.

“Tidak balik tak semestinya tidak tahu apa yang berlaku di tanah air sendiri. Setiap perkembangan tunang aku, aku tahu walaupun aku telah berjanji dengan orang tuanya untuk tidak mengganggunya dalam tempoh ini.”

Azrul terus terdiam. Ketegasan Hisyam mematikan kata-katanya. Dia teringatkan wajah penuh harapan Ayuni.



‘Ayu.. kau buat abang rasa bersalah.’










Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 17, 2018 03:30

Cinta Si Adik Manja : Prolog

Note : Cerita lama diberi nafas baru.. Harapnya lebih ramai yang menyukai versi baru ini...



Tujuh tahun lalu...
“Hisyam sayangkan Nur?” 
Soalan yang tidak dijangka keluar dari mulut Pak Teh mengejutkannya. Membuatkan hatinya tersentak. Dia berpaling pandang Pak Teh yang berjalan di sebelahnya. Wajah tua itu nampak tenang. Tidak dijangka soalan itu yang terpancul keluar dari mulut Pak Teh membuatkannya terkelu seketika. Sekalipun dia tidak terfikir Pak Teh akan bertanya secara terus terang. Hatinya cuak. Bagaimana nanti Pak Teh tahu isi hatinya? Adakah dia akan dilarang untuk terus rapat dengan Nur nanti?
“Sayang Pak Teh. Macam adik sendiri,” jawabnya jujur. Rasanya itulah jawapan yang paling baik dapat difikirkan. Selebihnya hatinya berat mahu mengakui. Rasa di dalam hatinya lebih dari itu. Takkanlah mahu mengaku pulak. Nur baru dua belas tahun. Mahunya kena sembelih dengan Pak Teh nanti. 
Pak Teh angguk tanpa kata. Wajahnya tenang, tak nampak terkejut dengan jawapan Hisyam itu. “Berapa lama kat Mesir nanti?” 
“Dalam 7 atau 8 tahun, lebih kurang. Lepas habis belajar nanti, ingat nak kerja dekat sana sekejap cari pengalaman, kumpul duit kemudian baru balik,” cerita Hisyam mengenai perancangannya. 
Pak Teh angguk. Dalam diam dia berfikir. Namun kaki tetap melangkah menuju ke rumah.
“Tujuh tahun lagi adik dah 19 tahun. Sudah boleh kalau nak berkahwin pun.” Hisyam berkerut kening. 19 tahun? Baru nak masuk universiti? Pak Teh ni biar betul? Muda lagi. Takkanlah Pak Teh nak kahwinkan Nur dah? Hati dah berdebar sakan, tak sanggup memikirkan ada lelaki lain menyayangi Nur. 
“Hmmm... Pak Teh fikirkan tentang masa depan Syam dan Nur. Pak Teh tahu Syam sayang Nur lebih dari seorang abang. Jadi Pak Teh nak tanya, sudi jadikan Nur isteri Syam nanti?” 
Pak Teh pandang wajah anak muda di sebelahnya. Raut wajah itu terkejut mendengar kata-katanya. Dia seorang ayah yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya. Dia tahu Hisyam adalah lelaki terbaik untuk anak bongsunya itu. Walaupun dia tahu si anak bongsunya itu masih lagi budak, namun perancangannya bukan waktu sekarang, bahkan untuk tujuh atau lapan tahun akan datang. 
Hisyam terdiam. Bukan dia tidak pernah fikirkan tentang masa depannya dengan Nur. Bahkan untuk meninggalkan kampung ini hatinya sedikit ragu, adakah kepulangannya nanti hubungan mereka akan rapat seperti sekarang. 
“Fikirlah dulu. Solat istikharah. Pak Teh tak paksa.” Bahunya ditepuk sebelum Pak Teh meninggalkannya. 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 17, 2018 01:19

January 20, 2018

NOVEL KE 5 : HATI YANG KAU SAKITI

SELAMAT TAHUN BARU 2018. Belum terlewat lagi ni kan? 
ENTRI PERTAMA UNTUK TAHUN INI.. 

Yang setia mengikuti blog ni jangan pula bosan ya sebab tak ada entri terbaru. Alkisahnya belum ada manuskrip terbaru siap.

TAPI....

Saya nak hadiahkan sebuah novel terbaru saya. Pembuka tahun 2018. Alhamdulillah novel ke 5 terbitan Penerbit Anaasa bulan Januari 2018.


RM26.00 sm RM29.00 ssPre order dibuka sekarang. Beli dengan saya boleh dapat TT. Boleh whatapps 011.2343.2311 atau PM facebook atau +Shima Rostam,  +Shima Awang Beli dengan +Anaasa Publication  FREE POS sehingga 31.01.2018BLURB
Kerana kecewa, Ami mengikut kata hati. Hanya sekali. Dan kerana sekali itu mengubah hidupnya.
“Buat apa kat sini? Ini bukan tempat awak boleh suka-suka datang.“ –Amru
“Saya suka datang. Kenapa? Tak boleh?”-Ami ​
Ami dalam diam diperhatikan. Bagaikan ada magnet yang menarik mata Amru terus memandangnya. Kesimpulannya, Ami tak sesuai berada di dalam kelab malam ini. Tapi kenapa dia di sini? Kerana kecewa sepertinya juga ke?
Tanpa disedari rupanya mereka juga diperhati. Senyuman penuh makna Aali menggentarkan hati Kirana. Ada misi untuk Amru dan Ami.
“She's a virgin...” – Amru
“I know... Memang dia gadis baik,” - Aali.
Dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri, Ami tekad untuk menempuhinya sendiri. Benci mula mencengkam hati.
“Saya minta maaf. Saya akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.”- Amru
“Tak payah! Ada saya minta awak bertanggungjawab?”- Ami
Namun dia bukanlah lelaki yang mudah berputus asa. Ami sudah menjadi tanggungjawabnya. Dia akan lakukan apa sahaja untuk memikat hati gadis itu agar menerimanya. Dan semakin hari gadis itu mendapat tempat istimewa di hatinya.
Apakah yang berlaku pada malam itu? Berjayakah Amru melembutkan hati Ami? Kerana hati yang disakiti ini tidak bisa pulih kembali. Amru Hafiz dalam imaginasi penulis ini
model Adreas Velencoso
Teaser 1 #Amru “Aku minum je. Kejap lagilah,” balas Amru. Matanya masih lagi melekat di wajah Ami. 
Mereka berempat beredar dan meninggalkan mereka berdua. Tapi sorotan mata mereka tetap ke arah meja mereka tadi. 
“Ehemm...”
“Buat apa kat sini? Ini bukan tempat awak boleh suka-suka datang,” tegur Amru. 
Ami tersentak. Melolot matanya pandang lelaki yang duduk di depannya. 
“Saya suka datang. Kenapa? Tak boleh?” soal Ami sinis. Dia jeling Amru. 
Disisipkan jus oren dihadapannya. 
Amru geleng kepala.“Awak nampak lost dan tidak sesuai dengan tempat bingit ni. Saya tahu awak seorang gadis yang baik.”
“Jangan jadikan alasan putus cinta membuatkan awak bertindak diluar batas norma hidup awak,” sambungnya lagi. Mata Amru pandang lantai tarian. Dia angkat tangan apabila bertentang mata dengan Aali. Dia tahu pun sebab Aali yang bisikkan di telinganya tadi. 
“Awak bukan seperti kawan awak tu. Yang sukarela biarkan diri mereka disentuh sesuka hati oleh tangan-tangan gatal tu.”
Ami diam. Kata-kata Amru itu betul. Ini bukan jenis kehidupan yang dilaluinya. Ini juga bukan kemahuannya. Tapi disebabkan nak buktikan kepada diri dan juga Hafiz, dia rela diri ikut ke tempat seperti ini. 
Amru perasan Ami tak selesa dengan keadaan sekeliling. Dia jadi kasihan. 
“Kalau nak balik, saya boleh hantar balik,” tawar Amru. 
Ami tarik senyum sekilas. Dia pandang Amru, nampak keikhlasan di wajah itu. Tapi kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan. Hatinya, walaupun tahu salah tetap tidak akan berganjak sehingga ke akhirnya. Dia dalam lembutnya ada kerasnya juga. Dia sama sekali tidak akan buat kerja separuh jalan. 
“Tak apa. Saya nak tunggu Syida dan Kirana. Balik sekali dengan mereka.”
“Belum tentu mereka akan balik ke kolej nanti,” gumam Amru perlahan.
Ami kepal tangannya sendiri. Dia tahu itu. Sejak sebilik dengan mereka berdua, boleh bilang beberapa kali sahaja mereka balik ke kolej setelah keluar di hujung minggu. Hatinya dah mula tak keruan. Tak tahu ke mana lagi mereka akan pergi selepas ini. Dia pandang Amru yang masih lagi memandangnya. Tapi dia juga tidak percayakan lelaki di hadapannya ini. Kali pertama berjumpa di tempat seperti ini haruslah hatinya ragu-ragu. 
Entah-entah keluar mulut harimau masuk mulut buaya. 
“Ikut suka awaklah.” Akhirnya Amru mengalah. 
Tak guna dia memaksa gadis itu. Kalaulah ini yang dia mahukan. Matanya ditalakan ke lantai tarian kembali. Kemudian menjelajah memerhati gelagat pengunjung sepertinya. Yang bagaikan telah berada di alam mereka sendiri. Yang hanya dipenuhi dengan keseronokan dan keasyikan duniawi. 
Dan matanya terhenti di sebuah meja yang agak terlindung. Wajah seorang gadis amat dikenalinya. Sedang berpelukan dengan seorang lelaki. Tanpa segan silu gadis itu membenarkan mulut lelaki itu menjelajah leher jinjangnya. Dia geleng kepala. Sia-sia sahaja cintanya selama ini.Teaser 2“Kau masukkan apa dalam minuman aku semalam?” tengking Amru. Disabarkan hati agar penumbuk tak hinggap ke muka Aali.
“Pil khayal.” Aali menguap. 
Dush...
Dush... 
“Kau giler! Kenapa kau perangkap aku? Kenapa nak aniaya aku dan Ami? Apa salah kami?”
Gerahamnya terasa mahu tercabut. Bibirnya dah berdarah. Kepalanya pening. Kuat betul tumbukan Amru. Tapi dia telah bersedia. Ini adalah akibat daripada perbuatannya. 
“Relax arrr... bro.. Aku cuma nak tolong kau lupakan masalah hati kau. Sebab itulah aku masukkan pil khayal di dalam minuman kau,” bersahaja Aali berkata-kata. Dia merebahkan badannya ke sofa di ruang tamu itu. Khairi mungkin masih lagi diulit lena bersama Syida. dan Kirana masih lagi tertidur di dalam biliknya.
“Bullshit. itu bukan nak tolong tetapi perangkap aku dalam masalah. bengong..” hampir-hampir Amru ingin menumbuk Aali. Hatinya terasa amat geram.
“Hei... relax arrr bro... itu pun kau nak marah. Bukan ke kau happy semalam?”
“Happy kepala hotak kau.. Kalau dah telan benda tu, dunia kiamat pun tetap happy jugak,” Amru menjawab geram. Geram dengan sikap selamba Aali itu dan juga geram dengan apa yang dia lakukan semalam. Bukan boleh diulang kembali. Kalaulah tahu begini jadinya, tak mungkin dia akan ikut mereka ke kelab semalam.
Amru cuba bertenang. cuba mencari kesabarannya yang kian menghilang. Aali hanya memandangnya dengan wajah selamba tanpa riak rasa bersalah.
“She virgin...” Amru berkata perlahan. 
“I know... memang dia gadis baik,” Ah selamba lagi Aali menjawab.
“Habis tu kenapa kau sabotaj kami berdua, sengaja pedajal kami?” marah Amru. Dikepalkan tangannya, menahan diri dari menumbuk wajah Aali.
“Sebab kau pun lelaki baik. Tak guna kau terus merana kerana perempuan itu. Tak guna kau terus mengharapkan perempuan materialistik itu merayu kau kembali. Come Onlah. Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab. Kau sudah pun dapat daranya. Kau patut bertanggungjawab atas apa yang kau lakukan,” selesai berkata-kata Aali pandang Amru dan angguk kepalanya.Teaser 3“Lemau je, apasal?”
“Takkan baru sekali jumpa bakal mertua dah lembik macam ni,” sindir Amru. 
Ain Najwa jeling tajam. “Ini sebab Abang Am punya pasallah.”
“Aik? abang pulak kena.” Amru geleng kepala. 
“Mama macam mana ni, mak dah tanya bila boleh datang rumah. Please mama, biarlah Ain kahwin dulu,” rengek Ain Najwa sebaik sahaja Puan Sakinah melabuhkan punggung di sebelah anak perempuannya itu. 
“Kak Ain tu kenapa ma? Soal Ainnur Iman yang baru pulang. 
“Gatal nak kahwin...” jawab Puan Sakinah.
“Mama...” rengek Ain Najwa lagi. Amru dan Ainnur Iman ketawa. 
“Betullah. Abang Am tak kahwin lagi, kau dah sibuk nak kahwin,” sindir Puan Sakinah.
Ain Najwa mendengus. Dia jeling abang Amnya yang masih lagi boleh tenang dan ketawa. 
“Ada gambar bakal besan mama tu? Manalah tahu kot-kot mama kenal dia. Puncak Alam dengan Saujana ni tak adalah jauh mana pun,” soal Puan Sakinah. 
“Ada mama. Gambar bakal adik-adik ipar pun ada sekali. Ain pun boleh masuk dengan adik-adik abang Rafiq tu. Jumpa pertama kali dah macam kenal lama,” cerita Ain Najwa dengan bibir tersenyum. Dia hulur telefonnya. 
Puan Sakinah ambil telefon anaknya dan melihat gambar bakal besannya. Berkerut dahinya melihat gambar tersebut. Dicuit lengan suaminya. Dari tadi hanya mengadap The Stars. 
“Apa dia yang oi.. Saya nak baca suratkhabar pun tak tenang,” rungut Encik Aminuddin. Namun dilipat juga suratkhabar itu dan diletakkan di atas meja. Dalam urusan rumahtangga dan anak-anak, dia jarang bersuara. Semuanya diserahkan kepada isterinya. Menegur anak-anaknya juga melalui isterinya. 
Puan Sakinah hulurkan telefon bimbit Ain Najwa kepada Encik Aminuddin. 
“Eh.. bukan ke ini mak ayah Irdina ke?” soal Encik Aminuddin inginkan kepastian.
“Mama dan abah kenal?” cerah mata Ain mendengarnya. Petanda baik ni. 
“Kenallah. Selalu jumpa bila ada perjumpaan ibu bapa di sekolah. Irdina ni satu kelas dengan Imran.” 
“Tengok abah..” pinta Amru. Encik Aminuddin menghulurkan telefon tersebut kepada Amru. 
“Eh..” bulat matanya melihat Ami tersenyum nakal. Dia pandang wajah mama dan abahnya. Seterusnya wajah Ain dan Ainnur.
“Kenapa?” 
“Siapa ni?” soal Amru sambil tunjuk wajah Ami.
“Achik. Adik ke dua Abang Rafiq.”
Wajah Amru berubah. Kecilnya dunia. 
“Cantikkan Achik tu? Dia belajar dekat UPM. Ambil akaun. Sama macam Abang Am..” cerita Ain Najwa. Dia perasan perubahan mimik muka abangnya. 
“Senang cerita Abang Am kahwin dengan Ami lah,” usul Ain Najwa spontan. 
“Okey!”selamba sahaja Amru menjawabnya tanpa melihat wajah Ain ataupun mamanya. 
Melopong Puan Sakinah, Encik Aminuddin, Ain Najwa dan Ainnur Iman mendengarnya. 
“Mama tak salah dengarkan, abahnya?” soal Puan Sakinah inginkan kepastian. 
“Abah rasalah. Ain? Ainnur?”
Kedua-duanya angguk. 
“Eh.. tadi tanya Abang Am. Jawablah.”
“Betul ke main-main ni?” soal Puan Sakinah inginkan kepastian. Takut pulak nak berharap lebih, nanti kang anaknya tu cakap main-main. 
Amru angguk. “Betullah mama dengar tu. Am nak kahwin dengan Amina Nabila.”
“Eh.. Mana ada Ain cakap nama penuh achik tadi.” Ain teringatkan sesuatu.
“Abang Am dah kenal dia?”
Amru angguk. Sengih. Dia garu kepala. Malu pun ada. Tapi dia tidak mahu tangguhkan lagi. Hatinya tidak tenang. Amina Nabila dalam imaginasi penulis model Mirinda Kerr Teaser #Ami 
Ami...”
Ada suara garau memanggil mereka dari belakang. Ami menelan liur. Walaupun dia tak cam tapi dia tahu siapa. Teringat lelaki yang dia nampak sebelum masuk dewan kuliah tadi. Pastinya dia. Wawa tarik lengan Ami supaya berhenti. Nak tak nak Ami pakukan langkahnya dan menunggu. Dia tarik nafas. Orang yang paling tak nak jumpa itulah yang selalu muncul. Entah-entah dia ni tak faham bahasa kot. Orang cakap tak nak jumpa, tak payahlah susah-susah datang jumpa. Ami mendengus, geram.
“Boleh tak kita bercakap sekejap?” Pinta Amru apabila menghampiri Ami dan kawannya. 
“Tak ada benda pun nak cakap,” balas Ami sambil lewa. Tak pandang pun wajah lelaki itu. Sakit hati dan malu ingatkan malam titik hitam itu. 
Amru terdiam. Dia pandang Ami penuh harap. Tapi Ami sikit pun tak pandangnya. Wawa jadi kasihan. Dia nampak keikhlasan lelaki di hadapannya ini. Walau apa pun yang telah berlaku, lelaki ini berhak diberi peluang membela diri. 
“Kau dengarlah apa yang dia nak cakap kejap. Tak rugi pun,” pujuk Wawa. Ami jeling Wawa. Cairlah tu dengan wajah kacak lelaki ni. Tapi aku sikit pun tak cair. Wajah kacak buat apa kalau perangai buruk. Lebih buruk dari perangai si Hafiz tu. 
Terlintas nama Hafiz bila ternampak lelaki itu pandang mereka bertiga. Bukan dia je, malah pelajar lain yang lalu lalang di situ. Ada yang berbisik-bisik. Ni yang aku tak suka ni.
‘Mengumpat tak habis-habis.’
Akhirnya Ami pandang juga wajah lelaki di hadapannya. Itu pun setelah puas matanya tengok tempat lain. Tersentap jantungnya apabila mata mereka bertentang. 
“Aku jalan dulu. Aku tunggu kat library..” ujar Wawa sebelum berlalu. 
Ami dalam tak rela, terpaksa angguk. Tidak mahu mereka terus menjadi perhatian, Ami bergerak keluar dari fakulti menuju ke library juga. Sampai ke hujung bangunan yang mengadap tempat letak kereta, Ami berhenti. Dia berpaling mengadap lelaki itu. 
“Awak nak cakap apa? Cepat sikit,” 
“Hari ni panas. Saya dahaga pulak. Kita bercakap dekat gerai tepi library sanalah. Boleh duduk sambil minum.”
Ami buat keras. Dia mendengus kuat. Geram. 
“Cakap kat sini tak boleh ke? Saya nak cepat ni,” gesa Ami. Enggan. 
Amru geleng kepala. 
“Saya dahaga..” ujar Amru minta simpati.
“Kalau dahaga pergi minum sendiri. Saya pergi library!” Ami buat keras kepala. Dia mula melangkah meninggalkan Amru. 
“Okey.. Okey.. Ami tunggu!”
Ami tak jadi nak melangkah. Amru tarik nafas sambil pandang gadis yang membelakanginya. Nampak lembut tapi keras hati. 
“Ami sihat?” Amru memulakan bicaranya. 
Ami angguk. Dah tengok dia depan ni sihat walafiat. Mahu tanya lagi? Tak ada soalan lain ke?
“Maksud saya... Ehemmm.. Selepas kejadian malam tu?” Amru harap Ami faham maksudnya.
“Sihat.. Sihat.. Sihat!”
“Ada apa lagi?” Ami menekan suaranya. Dia jeling jam ditangan. Masa rasa lambat sangat berlalu. 
“Tentang apa yang saya cakap hari tu. Saya serius. Saya nak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.” 
“Dan saya juga serius TIDAK MAHU awak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Anggaplah apa yang terjadi itu adalah kependekkan akal kita berdua. Tidak ada siapa pun yang bersalah. Jadi awak jangan fikir benda ini membebankan awak sehingga perlu bertanggungjawab. Saya bertanggungjawab menjaga diri saya sendiri. Bukan orang lain!”
“Tidak!” Tegas Amru. Dia pandang Ami tajam. Jika gadis ini berkeras, dia pun akan berkeras juga. 
“Apa yang berlaku pada malam itu telah ubah hidup kita. Nak ke tak nak, awak tetap dah jadi tanggungjawab saya. Saya akan pastikan sikit masa lagi awak jadi isteri saya yang sah!”
Mencerlung mata Ami mendengarnya.
“Awak dah giler!” marah Ami. Tak sangka itu yang keluar dari bibir lelaki itu. Ini kali ketiga mereka berjumpa. Dah cakap pasal tanggungjawab, isteri! Tak nak aku jadi bini dia!
“Awak ni tak faham ke apa yang saya cakap? Saya cakap awak tak perlu bertanggungjawab. Faham tak? Tak perlulah nak tunjuk baik sangat!” Ami ketap bibir. Dia genggam tangannya sendiri. 
Amru urut pelipis kanannya. Dia pandang wajah merah Ami. Mungkin geram sangat kot sampai jadi merah. Tapi comel. Malah wajah Ami semakin menarik di hatinya. Marahnya pun tidak menyeramkan sangat. Makin buat dia geram adalah. Lebih-lebih lagi mulut tu. Hurmmm.. malang sekali dia lupa apa rasanya!
Sah aku ni dah giler, macam Ami cakap!
“Kenyataannya sayang, awak tak boleh nak ubah. Sekali pun awak enggan. Tak nak terima saya pun, berpuluh kali saya akan gandakan usaha awak jadi hak milik kekal saya.”
Makin merah muka Ami apabila dengar ungkapan sayang itu. Ami tunduk. Hatinya dah berirama tak betul. Kejap rock. Kejap balada. Tak boleh jadi ni. Berduaan dan berdekatan dengan lelaki ini pun dah buat bulu romanya berdiri. Nasib baik dia tak ingat secara terperinci apa yang berlaku malam itu. Dia hanya ingat pagi itu sahaja. Itu pun dah berpuluh kali dia sental kasi hilang ingatan yang membuatkan dirinya berpeluh, hatinya hangat. 
Tak suka!
Tak suka!
Ami geleng kepala..
“Suka hati awaklah. Tapi jangan ingat saya ni, awak senang nak dapat! Sekali hati saya kata TAK NAK, usaha keras awak tu takkan berhasil.”
Amru jungkit kening sebelah. Dia senyum senget menampakkan lesung pipitnya. Nampak wajah Ami semakin berubah. Tidak lagi berani memandangnya. 
‘Awak cakap tak nak berpuluh kali pun. Hati awak dah semakin goyang. Kita tengok nanti.’
“Saya tak tanya mulut. Tapi saya tanya pada hati awak. Saya balik dulu. Nanti saya hantar surat penerimaan membuat latihan praktikal di firma saya tu,” Amru kenyit mata. Nak berlama di sini pun, hatinya mula tak selesa sebab mereka dah jadi perhatian orang. 
Ami ketap bibir. Menonong berjalan menuju ke library tanpa angkat muka. Tekad! Lepas ni dia akan jumpa Prof Yusuf minta tukar tempat praktikal.
Akhirnya terlepas tawa kecil dari bibir Amru. Dia pandang Ami berjalan laju menuju ke library. Degil. Tak nak mengaku kalah.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 20, 2018 05:11

November 30, 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 10 tamat

Zaid Al-Haris. Seminggu Za pergi dengan membawa Atia dan Hasif. Aku menjadi perindu sepi. Skrin telefon pintar kutenung kosong. Tidak ada sebarang whatapps daripada Za tapi Mak Cah selalu berhubung dengan mak untuk memberitahu tentang Atia dan Hasif. Jadi aku tak risau sangat tentang mereka.  Nafas ku hela perlahan. Jemariku kaku di kekunci laptop. Sebaris ayat tak mampu aku karang sedangkan deadline semakin menghampiri. Patutnya dengan ketiadaan Atia dan Hasif masa kugunakan menyiapkan manuskrip yang tertangguh. Namun mengingati si dia, mindaku gagal berfungsi. Lamaranku masih lagi bertanda soal. “Doa dan tawakal Zaid. Jika betul kali ini jodoh kau dengan Za, in shaa allah lambat laun, dia akan jadi isteri Zaid juga,” nasihat mak.“Bukan senang dia nak buat keputusan setelah tahu cerita yang sebenar. Bagi dia masa,” ayah pula bersuara. “Jika mak kamu tak bersikap terburu-buru dan pentingkan diri sendiri dulu, tak jadi lagu ni. Tapi tak boleh salahkan mak kau juga, jika jodoh kau ketika itu dengan Aisyah. Sekarang ni jangan nak tekan Za tu sangat. Biar dia tenangkan fikiran dia dulu. Ada jodoh, adalah,” ayah pula bersuara. “Kalau dia dah jadi isteri saya, tahulah saya ubatinya,” keluhku.“Itu kalau. Kau kena ingat kau tu duda anak empat. Anak dara ni fikir sepuluh kali nak terima ke tak kau ni, jadi ibu segera bukan senang. Tambah pula dapat anak segera macam Husna tu. Tak ada masalah cari masalah,” dalam menasihati, ayah juga menyinisku. Aku lupa, duda anak empat tentu susah orang nak terima. Tapi itu orang lain. Za yang aku kenal dulu dan sekarang, hatinya lembut. Hati sentiasa penuh kasih sayang. Sanggup berkorban tentang hati sendiri demi kebahagiaan orang lain. Namun seketika aku mengeluh. Menyelinap fikiran negatif di dalam kepalaku. Mungkin kali ini pun bukan jodohnya. Za tak mungkin pilih dia, duda anak empat yang dalam tak sedar telah mengecewakan hati. “Along tak nak mak baru. Kalau baba nak kahwin juga, hantar along balik rumah tok abah dan tok nek!” jerit Husna apabila dia mendengar perbincangan aku dengan mak ayah. “Jangan jadi anak derhaka Husna,” marah mak. “Along tak kira! Baba tak boleh kahwin lain!”Dummm... pintu bilik dihempas kuat. Itu satu lagi masalah. Ralit termenung di depan laptop, ada tangan kecil menggoncang pahaku. Aku tunduk, angah. Menguap nak tidur. “Nak tidur?” tanyaku. Angah angguk. Aku bangun, tubuh angah aku dukung menuju ke katil.“Baba...”“Ya.”“Asif dan Atia bila nak balik? Angah rindu. Nak mama jugak!” bening mata Angah. Penuh rindu. Allahu.. Aku tak terkata. Saat ini hatiku sangat berharap agar Za ada di sini. “Tidurlah. Nanti baba telefon mama bawa balik Atia dan Asif cepat.” Aku menepuk perlahan sambil berzikir.Dinihari, tatkala aku hampir terlena, telefon pintarku berbunyi. Dalam mengantuk aku capai juga telefonku. Aplikasi whatapps dibuka +I choose you. And I'll choose you over and over and over. Without pause, without a doubt, in a heartbeat. I'll keep choosing you. “Masya Allah.. Alhamdulillah..” Aku terus terbangun. Ungkapan itu aku baca berkali-kali. Ingin memahami betul-betul. Adakah ini jawapannya. Aku ambil masa beberapa saat sebelum membalasnya. -Terima kasih Za. Terima kasih kerana menerima abang. Abang janji akan bahagiakan Za dan anak-anak. Terima kasih kerana memberi peluang kepada abang menjadi suami Za. Abang sayangkan Za.Terus aku tekan butang hantar. Tanpa lengah aku masuk ke bilik air, mahu berwuduk dan membuat sujud syukur. Kemudiannya solat sunat dua rakaat. Doaku agar jodoh ini akan berkekalan sehingga ke syurga-Nya. Tamat versi cerpen. Terima kasih kerana membaca.



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 30, 2017 05:47

November 29, 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 9

Zahirah“Kali ini abang akan tunggu Za. Ambillah masa selama mana yang Za nak. Di akhirnya abang hanya mahu jawapan Za sudi jadi isteri abang.”Aku diam. Dia pula sambung makan nasi goreng. Hatiku? Teruja? Tidak! Sedih? Tidak!Lega? Ya.. Sebabnya? Sikit pun tak terlintas di hatiku, yang bergumpal di dalamnya  diluahkan dan dileraikan. Ghairahnya telah lama menghilang. Mendengar penjelasan dari dia, aku merasa kerdil sangat. Siapa aku untuk mengharapkan yang indah-indah terjadi. Sedangkan sebagai hamba-Nya, setiap yang dirancang belum tentu jadi seperti yang diharapkan. Jadi kali ini aku benar-benar berserah pada-Nya. Jika betul inilah kalinya aku ketemu jodoh, aku terima. Jika bukan aku akan siapkan hati ini supaya terus kebal dan redha. “Mama...” “Mama...” Suara Hasif dan Atia saling bertingkah memanggilku. Terdengar bunyi tapak kaki kecil berlari sambil ketawa terkekek-kekek menuju ke dapur. Indahnya dunia anak-anak. Suara tawa riang mereka pengubat hati orang tua. Indahnya jika mereka menjadi hak aku secara ekslusif. Macam rapat dan mesra tapi jauh. Masih ada garis yang memisahkan. Aku sedar hakikat ini. anak-anak ini bukan darah dagingku. Sayang yang tumbuh mungkin juga akan layu suatu hari nanti. “Abaa...” suara kecil Atia memanggil riang Babanya. Terkedek-kedek anak kecil itu berlari ke arah Abang Zaid. Senyuman lebar Abang Zaid menyambut Atia membuatkan aku terus memandang mereka. Aku akui, Abang Zaid seorang ayah yang penyayang. Terleka dan terlupa seketika pada Hasif. Terasa lengan bajuku ditarik. “Mama, nak air,” pintanya. Tersedar. Pantas tanganku tarik gelas berisi air masak dan disuakan kepada Hasif. “Nak air tu,” sambil jari kecil tunjuk muk berisi air kopi O Abang Zaid. “Itu baba punya. Asif minum yang ni. Nanti mak long buatkan air milo.” Nak bahasakan diri mama di depan Abang Zaid, aku segan. Hasif angguk. Dia minum juga. Bila Atia melihat Hasif dekat denganku, naik ke atas ribaku, terus kaki kecil itu mendekati ku. Diangkat tangan supaya aku mengangkat dan meribanya. “Atia duduk dengan Baba,” segera Abang Zaid memanggil anak bongsunya. Tapi Atia geleng kepala. Tangan kecil itu menggoyang tanganku. Serbasalah. Asif selamba duduk atas ribaku tak mahu turun. “Nak mama..” mulut dah tercebik-cebik. Kasihan melihatnya, aku tarik tangan Atia lantas mengangkatnya. Asif pula aku turunkan dari riba. “Mama...” Hasif pula tercebik tak puashati sebab terpaksa mengalah.“Adik kecil lagi, Asifkan dah jadi big boy. Budak baik kena mengalah dengan adik. Nanti petang karang kita makan aiskrim yang mak long buat tadi,” pujukku.“Nak-nak..” wajah keruh kembali ceria. Aku senyum. “Asif pergi teman baba makan.” Hasif angguk, patuh. Laju berjalan mendekati babanya.Abang Zaid pandangku dengan senyum berbunga harapan.Dia kelihatan senang dengan keadaan aku direbut oleh anak-anaknya. Aku buat-buat tak faham. Biarlah kali ini aku mengikut kata hatiku pula. Membiarkan dia dengan harapan yang telah lama ditinggalkan. Tanpa aku mahupun Abang Zaid sedari, drama sebabak kami dan anak-anak menjadi tontonan mak dan mak uda. Masing-masing tersenyum penuh makna dan harapan.Dan hari-hari seterusnya Atia dan Hasif terus melekat denganku. Dua puluh empat jam bersamaku. Namun jawapan untuk lamaran Abang Zaid itu masih tiada. Aku sengaja biarkan tergantung tanpa jawapan. Lagipun aku lebih bahagia dengan keadaan sekarang. “Atia dan Hasif ni anak orang Za. Nak jaga anak ni kena jaga baba mereka sekali,” mak tak sudah bagi hint supaya aku terima lamaran Abang Zaid. “Bukannya Za ambil budak ni tapi mereka yang datang cari Za,” aku tetap juga tidak mahu mengalah. Sekali itu je aku pergi rumah Mak uda. Abang Zaid ambil budak-budak ni bawa balik, tak sampai setengah jam, Hasif bimbing tangan Atia datang ke rumah mak. Entah babanya tahu ke tak. Bila ditanya. Nak mama, tak nak baba. Aku dan mak hanya mampu saling memandang. Jadinya terpaksa aku whatapps Abang Zaid memberitahu anak-anaknya ada dengan aku. Takut pula dikata menculik budak comel dan cerdik ini. Apa yang Abang Zaid balas membuatkan aku gigit jari, muka merah. +Mereka mencari mama mereka. Abang minta maaf Za, abang larang pun nak juga mama. Jadi abang pasang harapan agar Za cepat-cepat jadi mama mereka dalam ertikata yang sebenar. Tapi yang sebenarnya abang lebih perlukan Za untuk diri sendiri. Abang mahu realitikan cinta kita. “Sebab mereka berdua mahukan belaian dan sentuhan seorang mama. Mereka dah anggap Za mama mereka. Jadi Za patut terima lamaran Zaid tu.” Aku pandang mak, terlupa kejap dekat mak yang ada depanku bila ingatkan balasan whatapps Abang Zaid. Aku diam. Pandang Atia dan Hasif bermain di ruang tengah rumah. Teringat mak uda datang berjumpaku tengahari tadi. Masih lagi berkisar tentang lamaran Abang Zaid. “Mak uda harap sangat Za terima lamaran Zaid tu. Dulu mak uda bersalah kat Za. Jika mak uda tak terburu-buru dulu, tentu Za yang jadi menantu mak uda. Ibu pada anak-anak Zaid.” Mak uda dah meleleh air mata kesalnya. Aku tarik nafas panjang. Entahlah. Kosong hatiku. Tidak ada rasa cinta yang menggebu setelah Abang Zaid melamarku. Tidak ada rasa teruja. Tapi aku bahagia melayan karenah anak-anaknya. Angah pun dah sesekali datang ke rumah mak. Tapi tak lama sebab along datang mengheretnya pulang. “Anak-anak perlukan Za. Tapi yang penting, Zaid tu yang paling perlukan Za sebagai pendampingnya. Bukan salah Zaid dulu. Semuanya salah mak uda. Sebenarnya Zaid yang minta mak uda meminang Za. Mak uda pula dah berkenan dengan Aisyah. Bila Za tolak pinangan itu, mak uda ada alasan untuk memaksa Zaid menerima pilihan mak uda. Jadi dalam hal ini mak uda yang salah. Mak uda tak tahu pasal perasaan kamu berdua. Kalaulah mak uda tak...”“Sudahlah mak uda, perkara itu dah lama berlalu. Kak Aisyah pun dah tak ada. Lagipun pilihan mak uda tepat. Abang Zaid bahagia hidup dengan Kak Aisyah. Kalau dengan Za dulu mungkin lain ceritanya.” Mengetahui cerita sebenar, hatiku semakin jauh. “Mak, Za rasa nak pergi jalan-jalanlah,” getusku tiba-tiba. “Nak jalan ke mana? Nak tinggalkan mak sorang lagi?” mak pandang aku, sayu sinaran matanya. Aku sengih. “ Takkanlah Za nak tinggalkan mak pula. Za angkutlah mak sekali. Lagipun memang niat Za nak bawa mak jalan-jalan. Biar segar sikit badan mak tu. Mak pun tak pernah berjalan-jalan makan angin. Mak senyum semula. “ Nak pergi jalan ke mana? Anak-anak ni?”“Baba mereka kan ada,” balasku sambil cemik bibir. Budak-budak ni jugak mak fikirkan. Tahu mak dah jatuh sayang dengan mereka. Anggap macam cucu dia sendiri. Tapi aku, sejak hari lamaran itu, terasa sesak nafas berada di kampung. Ketenangan berada di kampung sudah hilang walaupun Abang Zaid selepas hari tu bagaikan memberi ruang untukku berfikir. Namun Atia dan Hasif tetap juga hari-hari berada di sini. “Tapi kasihan Atif dan Atia pulak kalau Za tak ada.”Aku pandang Hasif dan Atia yang sedang bermain. Rasanya tanpa mereka berdua sekarang hidup aku akan terasa sunyi.“Bawalah mereka sekali,” cadang mak.“Kalau Za tak nak cakap dengan Zaid, biar mak je yang cakap dengan dia,” sambung mak lagi. Aku diam. Hatiku dah bercampur baur. Antara sayang yang baru berbenih dengan kehendak hati yang kian jauh.Aku mengawasi dari jauh. Atia dan Asif seronok bermain air dengan Amani, anak Anisa. Sudah seminggu aku berada di sini. Hati masih belum temui jawapan. “Sampai bila kau kat sini?” tiba-tiba Anisa menyoal. Baru sekejap tadi dia berada di dalam kolam melayan anak-anak, entah bila pula boleh berada di sebelahku, siap makan sandwic yang aku sediakan. “Entah. Rasa seronok pula datang bercuti kat sini.”Anisa menjuih mulut dengan mata dijuling ke atas. “Ello cik kak, kau balik kampung tak sampai sebulan tau. Dah datang sini balik. Kau ni betul ke tinggal kat kampung?” sinis Anisa Aku jeling tajam. Malas nak balas. Lama tak lama pun, di kampung buat masa sekarang tidak menenangkan jiwaku. “Aku tak tahu yang selama ini kau ada kisah cinta bawah sedar. Sampaikan aku tak tahu langsung,” ujar Anisa. Rasanya mak ada berceritalah tu dekat Anisa ni. “Faced the problem Za. Takkan selesai masalah kalau kau lari. Tak nak kau cakap terus terang tak nak. Bagi reason yang solid sampaikan dia terima jawapan kau tanpa banyak soal. Terima kau kena cakap terima, jangan terus bagi orang tu harapan palsu. Sudahlah kau angkut anak-anak dia, kau ingat hati dia tak menaruh harapan ke? Seolah-olah kau dah berikan jawapan positif.”“Susah Anis. Aku....”“Kau masih ada hati dengan dia lagikan?” Anisa potong cakapku. Aku buang pandang ke arah budak-budak yang sedang bermain air. Tak balas kata Anisa itu sebab tak ada alasan nak menafikannya. Ada tapi aku jauh hati. Teragak-agak nak terima. “Inilah jawapan kepada doa kau bertahun-tahun Za. Menafikan atau menolak bererti kau menolak takdir kau, jodoh kau.” Aku terus terdiam. Kata-kata Anisa tepat terkena hati yang tengah sakit. “Terima saja. Bahagia atau derita nanti kau sendiri yang mencorakkannya.”Dan lewat malam itu, seperti malam-malam sebelumnya sejak seminggu lalu, aku bangun bersujud kepada-Nya. Betapa kerdilnya aku ketika berbicara dengan Allah taala. “Ya Allah, jika ini jawapan untuk setiap doa yang kupohonkan, maka kau tetapkanlah hatiku. Lapangkanlah dadaku untuk menerimanya. Ya Allah permudahkan urusanku. Kembalikan cinta yang menghilang itu agar aku dapat mencapai bahagia itu. Ya Allah engkaulah maha pengasih lagi maha penyayang. Kepada-Mu aku berserah. Amin Ya rabbal a’lamin.”Usai bertahajud dan beristikharah, aku mencapai telefon pintarku.  Menaip mesej buat Abang Zaid.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 29, 2017 05:45

November 28, 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 8


Zahirah“Waalaikumussalam.” Mataku terus tertala ke arah pintu. Terbuntang luas memandang Abang Zaid dengan senyum segarisnya. Sedar keadaan diri yang tidak sempurna. Aku terus leraikan pelukan Hasif, Atia pula aku angkat dukung. Tanpa mempelawa Abang Zaid masuk, aku masuk ke dalam bilik. Dada ini macam mahu meletup. Dia sudah tak kesah. Auratnya yang dijaganya terbuka. Malunya bukan kepalang. “Baba...” terdengar Hasif memanggil dan tapak kaki kecil itu terus berlari ke arah babanya. Mulut mula bercerita. “Mama buatkan nasi goreng, sedap. Asif makan dua pinggan. Atia pun makan banyak. Tapi Atia tak mahu duduk, nak mama dukung je. Mana boleh, Atia dah besar. Asif pun nak mama dukung jugak.” Aku pasang telinga mendengar Hasif riuh bercerita. Mama.. Mama.. panggil itu membuatkan wajahku bertambah merah. Apa kata Abang Zaid nanti, senang-senang biarkan anaknya memanggilku mama. Hatiku diburu risau. Takut Abang Zaid tak suka. Lagipun bukan salahku, mak yang mula membahasakan mama. Melekat terus panggilan itu. “Masuklah Zaid. Berdiri di muka pintu tu buat apa?” aku dengar mak menegur Abang Zaid. Tapi tidak dengar pula Abang Zaid membalas, sebaliknya terdengar bunyi kerusi ditarik. Aku tarik dan lepas nafas dua tiga kali, mahu menghilangkan debaran yang semakin berkumpul di dada. Teringat perbualan dengan mak malam tadi. Dan sudah tentu Abang Zaid maklum apa yang mak dan mak uda telah bincangkan. Sungguh aku tidak mahu kali ini Abang Zaid dipaksa pula. Yang lepas tu lepaslah. Lagipun aku tak pernah terfikir pun suatu hari nanti, akan jadi macam hari ini. Tak pernah terlintas dalam hati aku untuk berkahwin dengan Abang Zaid selepas dia kahwin. “Za, buat apa dalam bilik tu? Zaid datang ni,” panggil mak. Mungkin mak tak tahu kot masa Abang Zaid datang, aku ada dekat dapur tu tengah suap makan anak-anak. “Mama.. Ba..Ba atang..” riuh mulut Atia memberitahu.Aku senyum dan angguk. Pipi Atia menjadi mangsa ciuman bertaluku. Beberapa saat aku ambil sebelum tombol pintu ditarik. Tudung sudah terletak elok di kepala. Nampak sahaja aku keluar, mak bangun. Dia hulur tangan mahu ambil Atia. “Duduk teman Zaid makan. Dia ada benda nak cakap dengan Za,” beritahu mak sebelum berlalu. Aku pandang belakang mak, air liur ditelan terasa kesat. Janggal ditinggalkan berduaan.  Aku rasa mahu masuk ke dalam bilik semula. Lagipun aku tak ada benda nak cakap pun. Ataupun aku patut minta kebenaran dari Abang Zaid nak jaga anak-anak dia. Kot itu yang Abang Zaid nak cakap. Tak mahu aku rapat dengan anak-anak dia. Tambah lagi anak sulung abang Zaid tu tak sukakan aku. Paling penting aku nak Abang Zaid tahu, yang kisah 10 tahun lalu aku dah lupa pun. Walaupun tak kahwin lagi dan dia dah jadi duda. Aku tak simpan perasaan pun. Aku tak nak orang cop aku andartu gatal, tak laku. “Za, tolong buatkan abang kopi O, boleh?” matanya memandangku lembut, mengharap. Aku berpaling pandang dia. Keliru. Tapi kepala aku angguk juga. Pelik dengan pandangan mata Abang Zaid itu. Semakin seram. Cepat aku melangkah ke kabinet dapur. Dapat lari sekejap darinya dan menenangkan hati sendiri. Tapi rupanya salah. Matanya tetap mengekori setiap langkahku. Aku semakin salah tingkah. Sengaja aku buat lambat-lambat air kopi itu. “Airnya,” aku letakkan di atas meja di sebelah kanannya. Pecah rekod aku buat air kopi lambat hari ini. “Duduklah temankan abang makan,” pintanya lagi. Bibirnya kuntum senyum lembut. Aku pula diserang debar tak henti. “Za nak tengok Hasif dan Atia sekejap. Mana dia orang ni pergi.” Mahu lari darinya. Takut macam aku tertangkap buat benda memalukan. Padahal semalam biasa-biasa je Abang Zaid pandangku. Adakah sebab rancangan tak diduga mak dan mak uda tu?“Ada dekat depan tu dengan mak. Mak abang pun ada sekali.” Mendengar kata-katanya hati semakin tak mengerti. Mak? Aik semalam bukan panggil mak cah ke? Sejak bila jadi mak? Jangan macam Hasif dan Atia sudahlah, dalam satu malam panggilan dah tukar jadi mama bukan mak long lagi. Aku ambil tempat di kepala meja. Jauh sikit darinya. Mataku terus terpandang novel badai semalam di atas meja. Baru perasan.aku genggam kuat jariku sendiri. Novel ini memberi seribu makna buatku. Novel itu juga menyimpan rahsia paling besar. Tapi kenapa baru hari ini novel itu muncul kembali. “Dua tahun lepas, isteri abang datang bertanya abang sambil pegang novel ni. Siapa Za-id?” Aku diam. Tunduk. Mata dah panas. Terasa berdosa. “Abang terkejut. Novel ini selepas Za berikan, abang terus simpan atas rak buku. Maafkan abang,” ujarnya penuh kesal. Aku terkejut dan tergamam. Tak jangka perkara ini yang dia mahu bincangkan. Sedangkan aku telah lupa tentang novel itu. Terpandang tadi baru teringat kisah gila-gila remaja aku dulu. Kononnya mahu beri hint dekat Abang Zaid. Rupanya rasa hati aku dulu tak bersambung pun.  Aku angkat muka dan pandangnya beberapa saat dengan pandangan kosong. Sempat mata kami bertembung, ada kekesalan dalam sinar matanya. Bagiku pula semuanya telah berlalu. Malah aku rasa bersalah sebab Kak Aisyah tahu pasal novel itu. “Kalaulah abang baca novel tu dulu, tentu kisah kita jalan ceritanya akan berbeza.”“Tak pernah ada kisah kita,” bisikku perlahan. Aku beranikan diri menentang matanya kali ini. Aku mahu dia tahu, aku telah lama melangkah ke depan. Kisah kita? Kisah kami tak pernah aku fikirkan setelah dia berkahwin. Pinangan yang datang dulu, datangnya daripada Mak Uda. Dia tak pernah berusaha datang berjumpaku bertanyakan kenapa aku menolaknya dulu. Jadi aku andaikan dari awal lagi aku ditolak. Sebab aku telah meluahkan perasaan lama dulu. Novel ini yang menjadi pengantara bisu kami. Novel ini juga bukti perasaanku dulu. “Abang minta maaf. Abang tak pernah tahu Za. Kalaulah abang tahu awal, abang akan tunggu Za. Abang akan bersama-sama membantu Za memikul tanggungjawab keluarga,” luahnya penuh kesal.Aku geleng kepala. Empangan mataku akhirnya pecah. Kehilangan Chek secara tiba-tiba membuatkan aku hilang tempat bergantung. Nasib baik ketika itu aku telah menamatkan pengajian, terus dilamar kerja. Jadi fokus aku ketika itu adalah membantu mak dan adik-adik. Mereka perlukan aku. Lamaran yang datang, mulanya aku gembira mendengarnya. Tapi wajah adik-adik memonopoli hatiku. Aku tidak boleh fikirkan soal diriku lagi, mereka lebih memerlukan. Jadi lamaran itu aku tolak. Tanpa mendengar alasan, mak uda terus membuat kesimpulan sendiri. Aku kesal tapi tak menyesal. Aku redha, jodohku bukan dengan dia. “Bila lamaran itu datang, Za pernah berharap abang datang bertanya kenapa Za tolak. Tapi abang tak pernah datang. Jadi Za anggap abang pun terpaksa ikut kata orang tua. Za anggap andaian Za betul sebab 6 bulan selepas itu abang kahwin dengan Kak Aisyah.” Merah mata Abang Zaid mendengar pengakuanku. Nasi goreng di depannya hanya luak separuh. Dia meramas rambutnya sendiri. Kelihatan kecewa. “Abang silap. Abang yang salah. Bila Za tolak pinangan itu, abang anggap Za dah ada pilihan sendiri.”“Hati Za telah lama pilih. Bahkan Za telah berikannya bersama-sama novel itu dulu.” Buat pertama kalinya aku meluahkan rasa yang terkunci jauh di dalam hati. Biarlah aku luahkan agar dia tahu. Mendengar kata-kataku itu, wajah Abang Zaid semakin beremosi. Menyesal dengan apa yang terjadi. Tapi untuk apa? Sedangkan dia diulit bahagia dengan pilihannya. Abang Zaid pandang aku. Dia tarik kerusi mendekatiku. Renungannya penuh harapan. Aku semakin tak mengerti. “Kahwin dengan abang Za?” perlahan tapi jelas.Dumm.. Spontan aku geleng kepala. Tak jangka kata-kata itu keluar dari bibirnya. Jika 10 tahun dulu aku, akan terima jika dia datang kepadaku selepas aku menolaknya. Tapi hari ini, tak mungkin. Aku tidak mahu menjadi pilihan kedua. Aku mahu menjadi yang pertama. Sebab dia insan pertama aku letakkan di dalam hatiku. “Tak mungkin. Za dah tak ingat kisah lalu. Jangan sebab abang rasa bersalah, abang lamar Za. Abang dan Za tak salah pun. Mak uda pun tak salah. Ini takdir kita. Bukan jodoh kita.” Perlahan aku membalasnya. Aku tak mengharap lagi. “Jika Za kata telah lama membuat pilihan. Abang pun sama, sebelum Aisyah. Za adalah pilihan pertama. Silapnya abang sebab bukan abang yang melamar Za dulu. Abang terus hantar mak meminang tanpa mengetahui keadaan Za.”“Kahwin dengan abang Za. Abang mahu satukan hati kita kembali. Abang tahu dalam hati Za masih ada abang.”Yakinnya dia? Aku ketawa sinis. Selepas sepuluh tahun? “Abang dah tak ada dalam hati ni. Jangan perasanlah,” ejekku. “Mulut boleh nafikan. Tapi abang tahu. Sebab mata yang bagitahu.” Balasnya yakin. Matanya terus menikam mataku.
Dan aku terus tunduk pandang meja. 

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 28, 2017 05:35

November 27, 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 7

Zahirah “Maafkan abang!”Whatapps terakhir Abang Zaid aku biarkan. Aku tidak mahu tahu untuk apa maaf itu. Kalau sebab anak-anak, tidak ada apa yang harus dimaafkan. Mereka menceriakan hatiku dengan telatah comel mereka. Sejak dibawa pulang ke rumah mak, Hasif dan Atia langsung tidak mahu berenggan denganku. Aku mandikan mereka, membiarkan mereka bermain air dan sabun seketika. Kemudian suapkan mereka makan dan melayan mereka bermain sehinggalah keduanya mengantuk. Hari ini buat pertama kali, rasa kosong yang ada di sudut hatiku terisi. Kehadiran mereka mengisi ruang itu. Telefon pintarku letakkan di atas meja sisi. Tadi aku bersusah payah menolak katil rapat ke dinding. Tidak mahu Hasif dan Atia terjatuh ketika tidur nanti. Aku menepuk perlahan paha Atia, Hasif sudah mula berlayar di alam mimpi. Kriuk.. klik.. Pintu bilikku dibuka dari luar. “Budak-budak dah tidur?” mak menjengukkan dirinya di muka pintu. Aku angguk. Perlahan aku angkat punggung, selimut ditarik untuk menyelimuti dua tubuh kecil itu sebelum aku melangkah perlahan menuju ke pintu. “Awal tidur. Penat agaknya,” omel mak. Main tak berhenti sejak siang petang tadi. Mana tak penat mak.” Aku melangkah ke dapur. Perut minta diisi. “Mak nak makan sekali?”Mak geleng kepala. “ Za makanlah. Mak kenyang lagi makan tadi.” Balas mak sambil melabuhkan punggung di depanku. “Happy sebab ada orang layan mereka.”Aku senyum dan angguk. Aku suap nasi perlahan. Baru terasa lapar. Suapkan nasi budak-budak tadi, tengok mereka berebut nak makan, aku kenyang dengan telatah comel mereka. Mereka yang mempunyai anak-anak penyeri hidup itu sungguh beruntung. Tapi sayang ada juga yang tak menghargainya.Mak pandang aku makan. Perasan diperhatikan, aku pandang mak. Angkat kening, bertanya. “Za tak mahu jadi mama budak-budak ni?”Terhenti tanganku menyuap nasi. Aku pandang mak seketika kemudian tunduk. Sejak aku tahu, mak tahu isi hatiku aku tidak berani pandang mak lama-lama. Takut mak bongkar lagi rahsia hatiku. Rahsia yang paling dalam itu. “Hari tu Za tolak sebab adik-adik. Sekarang ni semua adik-adik Za dah berkahwin dan berjaya dalam hidup, Za patut fikirkan masa depan Za pula. Mak tak nak Za terus sendiri sehingga akhir hayat. Mak nak tengok Za ada keluarga sendiri sebelum mak tutup mata.” Sayu suara mak. Aku pula yang terkesan hati. “Apa yang Za buat dulu, Za ikhlas mak. Za dah redha pasal jodoh. Za bahagia sendiri. Ada peluang banyak untuk Za berbakti jaga mak. Mak jangan risau, Za tak sunyi pun. Hidup Za sentiasa meriah dengan anak-anak saudara, kawan-kawan dan mak. Bertambah sekarang anak-anak Abang Zaid ni.” Aku cuba sebaik mungkin mempamerkan senyum bahagia. Tanda aku betul-betul bersyukur dengan apa yang aku rasai sekarang. Bergenang air mata mak. Mak geleng kepala. “Za anak mak. Anak sulung mak. Mak tahu Za. Jangan nak tipu mak.”Dumm, terasa sebiji tumbukan di hatiku. Menyedarkanku. Sampai bila-bila aku tetap gagal menyembunyikan isi hatiku daripada mak. Aku terus diam. Nasi cuba dikunyah walaupun sudah hilang rasa. Perut menjadi sebu. Aku tidak mahu mak menangis tapi aku juga membuatkannya menangis. “Za tak tunggu Abang Zaid mak. Jodoh Za dah terlepas. Za pasrah. Za bahagia dengan status Za sekarang. Za tak nak mak susah hati.”Mak geleng. “ Selagi tak ada suami jaga Za, selagi itulah hati mak tak tenang. Mak nak Za juga bahagia punya keluarga sendiri,” tekan mak. Aku pula yang buntu nak pujuk mak. Segera pingganku bawa ke sinki. Mahu lari seketika. “Mak uda telefon mak tadi. Dia menyesal bertindak terburu-buru dulu. Kalaulah dia tak ikut hati selepas Za tolak pinangan dulu, tentu sekarang Za yang jadi menantu dia.”“Mak, yang lepas tu biar lepas. Za tak sedih pun. Memang dah jodoh Abang Zaid dengan Kak Aisyah bukan Za. Kita kena terima.” Aku duduk sebelah mak. Lentukkan kepala di bahunya. “Comel kan anak-anak mereka. Atia tu Za geram nak gigit pipi tembam tu. Rupa dia sebijik muka uminya,” aku pusing cerita. Tidak mahu lagi berkisah pasal aku. “Kalau Za kahwin dengan Zaid, anak-anak Za pun comel macam Atia tu juga.”Terus aku diam. Aku peluk lengan mak kemudian pejamkan mata. Mengusir cemburu yang tiba-tiba hadir bersama kata-kata mak itu. Perasaan aku yang terkatup kemas selama ini, terbuka seluasnya di depan mata hati mak. Aku tidak berani bercakap apa lagi. ******Zaid Al-HarisPagi-pagi dah ribut. Husna buat perangai lagi. Kali ini dia tunjuk perasan sungguh. Mogok tidak mahu ke sekolah. Marah Atia dan Hasif bermalam di rumah Mak Cah. Aku tarik nafas panjang. Aku harus tenang meladeni sikap memberontak Husna. Semasa Aisyah masih ada, Husna adalah seorang anak dan kakak yang boleh diharap. Dialah yang banyak menolong uminya mengasuh dan menjaga Haikal dan Hasif. “Baba tak nak cakap banyak. Cuma satu je baba nak pesan, setiap apa yang kita lakukan ada akibatnya. Sama ada baik atau buruk. Along buat perangai macam ni, baba tak rugi apa. Nenek dan Atuk pun tak rugi. Yang rugi adalah diri along sendiri. Along fikirlah, nak terus buat perangai ke nak ke sekolah. Tuntut ilmu demi masa depan along sendiri. Along ingat lagi tak pesan umi setiap pagi, apa yang dia cakap?” kataku tenang. Aku pandang Husna yang membungkus diri dalam selimut. Seketika tiada gerakan, sehinggalah aku terasa sabarku semakin menipis. Tidak mahu menunggu lagi, aku melangkah ke pintu.“Baba...” suara halus bersulam tangisan kedengaran. Aku berpaling kembali. Wajah Husna basah dengan air mata. Aku kembali ke katil anak gadis kecilku. Duduk di birai katilnya. Melihat wajah basah itu, aku terus tarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Tubuhnya bergegar. Esakan kuat mula kedengaran. Aku biarkan along melepaskan perasaannya. “Along isk.. isk.. rindu umi.”Aku peluk dan tepuk belakangnya. “Rindu umi, along baca al-fatihah. Umi sentiasa ada dalam diri along. Walaupun umi telah pergi dulu, namun umi masih ada di sini. Dalam hati kita. Along tak boleh berterusan macam ni. Umi tak suka. Umi mahu along teruskan kehidupan seperti biasa,” pujukku. “Tapi.. Along nak umi. Along tak mahu umi pergi.. isk.. isk..”“Baba ada.. Baba akan terus ada di samping along dan adik-adik.. Baba takkan tinggalkan anak-anak baba.”Husna angkat muka pandangku. “ Baba janji?”“Baba janji.”“Baba janji takkan kahwin dengan mak cik sebelah tu. Baba janji takkan biarkan Atia dan Hasif tu rapat dengan mak cik tu?” Aku terdiam. Geleng kepala perlahan. Aku keringkan air mata Husna dengan jariku. “Itu baba tak boleh janji. Bab jodoh dan ajal maut ini ditangan Allah taala. Kalau baba janji dengan Along dan mungkiri janji, baba pula berdosa. Sedangkan dua perkara itu bukan di dalam kawalan baba.”Husna mendengus. Entah dia faham ke tidak apa yang aku terangkan. “Along tak suka. Along tak nak umi tiri. Umi tiri jahat. Nanti dia dera along dan adik-adik macam mak tiri cinderella tu.”Aku diam. Wajah itu masam mencuka. “Tak semua umi tiri jahat. Along tak boleh judge orang tanpa mengenalinya. Kalau dia jahat kenapa Atia dan Hasif nakkan Mak Long Za tu. Kenapa mereka nak ikut mak long? Along kena kenal dengan mak long dulu. Jangan terus cakap dia jahat.”Husna diam. Wajahnya jelas memberontak. Tak suka dengan apa yang aku cakap.“Lupakan dulu semua itu. Sekarang ni cepat siap. Baba bagi 10 minit siap. Kalau tak pergi jalan kaki ke sekolah,” tegasku. Tidak mahu memberi muka lagi. Husna jeling. “Now Husna!” Terus dia bingkas bangun. Tahu yang apabila aku menyebut namanya bererti aku tidak mahu mendengar bantahan lagi. Pulang dari menghantar Along dan angah ke sekolah, aku terus ke rumah Mak Cah. Aku terus menuju ke dapur apabila melihat pintu dapur terbuka. Seketika aku kelu melihat pemandangan di depanku. Atia berada di atas riba Za. Manakala Hasif memeluk leher dari belakang. Mereka sedang makan dan mengekek Hasif dan Atia ketawa. Gembira diberi layanan istimewa itu. Za tak bertudung. Aku menelan liur sendiri. Lama aku tidak melihat Za begitu. Seingatku kali terakhir ketika Za lepas PMR. Selepas itu Za mula bertudung. “Assalamualaikum...



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2017 05:30

November 26, 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 6

Zaid“Atia dan Asif suka sangat dengan Za tu. Baru jumpa dah melekat. Jadi..” aku pandang mak yang terhenti katanya. Ayah pun sama memandang mak. Mak pandang aku dan ayah, kemudian jatuh pada wajah masam along. Sejak aku benarkan Atia dan Asif ikut Za balik, along mogok suara denganku. Perangai degil along semakin menjadi-jadi. Semakin sensitif. Semua perempuan yang berbuat baik sikit, dia dah lancar perang. Takut sangat aku ni tersuka dan kahwin lain. Padahal dalam hati aku ni masih penuh dengan kasih sayang umi mereka. Aisyah adalah isteri terbaik yang Allah berikan walaupun dia hanyalah pilihan ke dua ku. “Mak rasa Za tu sesuai jadi pengganti Aisyah. Jadi ibu anak-anak kau,” Sreett.. Bunyi kerusi tertolak kasar ke belakang. Along bangun dan membawa pinggan yang masih berisi separuh nasi. Aku perhatikan sahaja perbuatannya. Di dalam hati istiqfar diucapkan berkali-kali. Along semakin mencabar kesabaranku. Tiga bulan pertama Aisyah meninggal, Along menjadi pendiam. Menangis dalam diam. Ada kalanya Along cuba menyakiti Atia. Along seolah-olah menyalahkan Atia yang menyebabkan kematian uminya. Along sengaja mencubit-cubit Atia sehingga menangis. Aku, mak dan ayah selalu cuba memahamkan Along tentang takdir, ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah Taala. Atia tidak bersalah. Atia yang paling kasihan dan memerlukan Aisyah. Tidak pernah merasa belaian dan kasih sayang umi. Atia yang paling kasihan. Tapi along, masih dengan sikap degilnya, hanya tunduk diam. Aku menarik nafas. Ayah geleng kepala. “Budak tu sensitif bab pengganti umi dia. Yang awak sebut depan dia kenapa?” ayah menegur mak. Kelat masam muka mak. “Sampai bila bang? Husna tu semakin degil. Tak dengar kata,” rungut mak. Tidak puashati. Macam ada sesuatu yang berbekam di dalam hati mak. Aku faham kerisauan mak. Husna semakin berubah agresif dan tak terkawal. Di sekolah pun dia banyak ponteng kelas.  “Sekurang-kurangnya bila Zaid ni kahwin dengan Za, boleh Za tu jaga dan tengok-tengok Husna ni. Dia rindukan belaian kasih ibu tu,” sambung mak lagi. “Jadi awak suruh Zaid ni kahwin semata-mata nakkan pengasuh budak-budak ni? Betulkan niat awak tu dulu. Kamu Zaid, jangan nak ikut sangat cakap mak kau ni. Kalau betul nak kahwin lain, biar ikhlas hati bukan semata-mata kau nak lepas tangan didik anak-anak kau ni,” tegas ayah. Mak jeling ayah. Aku angguk. Sebab diri sendiri tidak terfikir lagi ke arah pernikahan kali ke dua. Aku lebih senang macam sekarang. Walaupun terpaksa mengorbankan kerjayaku, namun hatiku puas apabila anak-anak sentiasa ada di depan mata. Untuk mengubati kehilangan dan menjaga anak-anak dengan tanganku sendiri, aku meneroka bidang lain. Ternyata hobi menulis dulu berguna sekarang sebagai sumber pendapatanku yang baru. “Kau fikirlah apa yang mak cakap tadi. Mak ni dah tua, tak mampu nak selalu tengok-tengokkan anak-anak kau tu. Mereka perlukan ibu. Perlukan tangan wanita untuk membentuk dan mendidik mereka. Za tu sampai sekarang tak kahwin lagi. Tak tahu dia tunggu siapa. Semua pinangan orang dia tolak. Mak Cah kau cakap, dia tunggu kau.”Ternaik keningku apabila mendengarnya. Aku geleng kepala. Teringat dulu bila hati dah sampai seru berkahwin, Za orang pertama yang ada di dalam hati dan fikiranku. Memang masa yang memisahkan kami sehingga menjadi renggang. Tapi dia tetap ada di dalam hatiku dulu. Bila pinanganku ditolak, aku serah bulat-bulat kepada mak untuk memilih calon lain. Dan tak sampai enam bulan selepas penolakan itu, aku telah selamat berkahwin dengan Aisyah. Ternyata calon pilihan mak, adalah yang terbaik untukku. “Mak menyesal dulu...” Aku diam pandang mak. Hanya menguis-nguis saki baki nasi di dalam pinggan. Ayah sudah ke depan bersama angah. Angah, anak lelaki sulungku pula semakin pendiam. Menurut kata tapi dia seolah-olah berada di alam lain. Itu juga membuatkan aku risau. “Kalau mak tak ikutkan hati marah sebab Za tolak pinangan itu, tentu kau kahwin juga dengan Za tu. Mak ingatkan dia tolak sebab dah ada calon lain. Rupanya dia tolak sebab nak jaga adik-adik dia dulu. Jadi contoh kepada adik-adik dia. Sampai sekarang Mak Cah kau cakap, mana Za tu ada teman lelaki. Berhubung dengan lelaki pun sebab kerja. Sekarang ni, dia korbankan kerjaya dia pula nak jaga Mak Cah kau tu.” Aku diam. Sepuluh tahun aku bahagia dengan Aisyah. Nama Za pun sudah tenggelam di dalam timbunan memori indah yang aku cipta dengan Aisyah dan anak-anak. Sikit pun aku tidak kenangkan Za, yang pernah ada ruang di dalam hatiku dulu. “Mak rasa bersalah. Kalau kau rasa dah tiba masa kau perlukan pengganti Aisyah, angkatlah Za sebagai isteri kau.”“Nanti-nantilah mak Zaid fikirkan.” Itu sahaja yang mampu aku jawab. Fikiranku tiba-tiba jadi sesak. Macam-macam memori bersama Za terlayar. Jaga elok-elok novel ni. Novel kesayangan aku.
PsstAku nak kahwin dengan kau je!!
Za-Id
Novel Badai Semalam, aku belek dan baca di belakangnya. Novel kesayangan Za yang diberikan ketika aku mahu melanjutkan pelajaran dulu. Yang tidak pernah aku belek sehinggalah Aisyah datang kepadaku bertanya.“Za-Id ni siapa?” “Nama abanglah,”jawabku.“Bukan. Syah tahulah nama suami Syah Zaid. Ni.. macam kombinasi nama orang je.” Ditunjukkan novel itu kepadaku. Aku terkedu. Aku tidak pernah tahu malah tak pernah pun belek novel ini selepas Za menyerahkannya. Mala aku tidak membawanya sekali ketika pergi dulu, masa itu aku rasa tidak penting pun novel ini. Dan novel ini elok terletak di atas rak buku di dalam bilikku sehinggalah Aisyah datang padaku. “Siapa?”“Entah abang pun tak tahu,” jawapan untuk menjaga hati isteriku sendiri. Dan malam itu buat petama kali aku menyentuh novel itu dengan pelbagai rasa. Aku sentuh tulisan tangan Za. Menarik nafas panjang sebelum dilepaskan, ada rasa terkilan jauh di sudut hati. Namun aku percayakan jodoh ini adalah yang terbaik untukku. Aku perlu melupakan rasa yang pernah ada dulu.  “Andai kata Syah pergi dulu, abang carilah pemilik novel ni. Jika ada jodoh abang kahwinlah dengan dia.” Mata Aisyah bersinar lembut. Entah bila Aisyah tersedar dan menjadi pemerhati dalam diam. Sikit pun dia tidak menunjukkan cemburu. Aku senyum nipis. Perlahan ubun-ubun kepalanya aku kucup. “Syah rasa.. Dah rampas abang dari dia,” bisiknya. Dan aku terus hilang kata. Semua itu sudah terlambat. Hampir dua tahun bicara itu, macam masih terasa baru semalam aku bercakap dengan Aisyah tentang novel di dalam tanganku ini. Helaian terakhir aku selak. Sejak tahu tentang tulisan ini, aku curi-curi tengok tanpa pengetahuan Aisyah. Za tidak pernah lagi aku lihat selepas kahwin. Dua tahun lepas baru aku ketahui rahsia hati Za. Baru hari ini aku berpeluang bertemu dan bercakap dengannya. Dingin. Za bukan lagi seorang yang peramah. Cakapnya tersusun dan di atur. Lebihnya perhatian diberikan kepadal Hasif dan Atia walaupun baru bertemu. Mengenangkan apa yang telah berlaku. Pengorbanan yang Za lakukan dulu untuk keluarganya, sangka burukku padanya membuatkan aku segan. Rupanya Za sehingga kini tidak pernah berubah. Aku yang berubah. Za yang masih cantik dan comel seperti dulu. Tak pernah berubah. Ruang di sebelah kananku dingin.  Ketiadaan Hasif dan Atia menambahkan kesunyianku. Selalunya tika ini ruang katil ini dipenuhi dengan Hasif dan Atia. Ingin tahu apa yang sedang berlaku di rumah sebelah, aku mengambil telefon pintarku dan mula menekan aksara. Assalam Za. Hasif dan Atia buat apa?Wasalam. Tengah menyusu. Dua-dua dah mengantuk ni.Ooo... memang bedtime mereka ni. Harap mereka tak menyusahkan ZaTak. Mereka baik. :D Terima kasih Za. Sama-sama.Maafkan abang.Dan whatapps terakhir tak terjawab. Bab 7Zahirah “Maafkan abang!”Whatapps terakhir Abang Zaid aku biarkan. Aku tidak mahu tahu untuk apa maaf itu. Kalau sebab anak-anak, tidak ada apa yang harus dimaafkan. Mereka menceriakan hatiku dengan telatah comel mereka. Sejak dibawa pulang ke rumah mak, Hasif dan Atia langsung tidak mahu berenggan denganku. Aku mandikan mereka, membiarkan mereka bermain air dan sabun seketika. Kemudian suapkan mereka makan dan melayan mereka bermain sehinggalah keduanya mengantuk. Hari ini buat pertama kali, rasa kosong yang ada di sudut hatiku terisi. Kehadiran mereka mengisi ruang itu. Telefon pintarku letakkan di atas meja sisi. Tadi aku bersusah payah menolak katil rapat ke dinding. Tidak mahu Hasif dan Atia terjatuh ketika tidur nanti. Aku menepuk perlahan paha Atia, Hasif sudah mula berlayar di alam mimpi. Kriuk.. klik.. Pintu bilikku dibuka dari luar. “Budak-budak dah tidur?” mak menjengukkan dirinya di muka pintu. Aku angguk. Perlahan aku angkat punggung, selimut ditarik untuk menyelimuti dua tubuh kecil itu sebelum aku melangkah perlahan menuju ke pintu. “Awal tidur. Penat agaknya,” omel mak. Main tak berhenti sejak siang petang tadi. Mana tak penat mak.” Aku melangkah ke dapur. Perut minta diisi. “Mak nak makan sekali?”Mak geleng kepala. “ Za makanlah. Mak kenyang lagi makan tadi.” Balas mak sambil melabuhkan punggung di depanku. “Happy sebab ada orang layan mereka.”Aku senyum dan angguk. Aku suap nasi perlahan. Baru terasa lapar. Suapkan nasi budak-budak tadi, tengok mereka berebut nak makan, aku kenyang dengan telatah comel mereka. Mereka yang mempunyai anak-anak penyeri hidup itu sungguh beruntung. Tapi sayang ada juga yang tak menghargainya.Mak pandang aku makan. Perasan diperhatikan, aku pandang mak. Angkat kening, bertanya. “Za tak mahu jadi mama budak-budak ni?”Terhenti tanganku menyuap nasi. Aku pandang mak seketika kemudian tunduk. Sejak aku tahu, mak tahu isi hatiku aku tidak berani pandang mak lama-lama. Takut mak bongkar lagi rahsia hatiku. Rahsia yang paling dalam itu. “Hari tu Za tolak sebab adik-adik. Sekarang ni semua adik-adik Za dah berkahwin dan berjaya dalam hidup, Za patut fikirkan masa depan Za pula. Mak tak nak Za terus sendiri sehingga akhir hayat. Mak nak tengok Za ada keluarga sendiri sebelum mak tutup mata.” Sayu suara mak. Aku pula yang terkesan hati. “Apa yang Za buat dulu, Za ikhlas mak. Za dah redha pasal jodoh. Za bahagia sendiri. Ada peluang banyak untuk Za berbakti jaga mak. Mak jangan risau, Za tak sunyi pun. Hidup Za sentiasa meriah dengan anak-anak saudara, kawan-kawan dan mak. Bertambah sekarang anak-anak Abang Zaid ni.” Aku cuba sebaik mungkin mempamerkan senyum bahagia. Tanda aku betul-betul bersyukur dengan apa yang aku rasai sekarang. Bergenang air mata mak. Mak geleng kepala. “Za anak mak. Anak sulung mak. Mak tahu Za. Jangan nak tipu mak.”Dumm, terasa sebiji tumbukan di hatiku. Menyedarkanku. Sampai bila-bila aku tetap gagal menyembunyikan isi hatiku daripada mak. Aku terus diam. Nasi cuba dikunyah walaupun sudah hilang rasa. Perut menjadi sebu. Aku tidak mahu mak menangis tapi aku juga membuatkannya menangis. “Za tak tunggu Abang Zaid mak. Jodoh Za dah terlepas. Za pasrah. Za bahagia dengan status Za sekarang. Za tak nak mak susah hati.”Mak geleng. “ Selagi tak ada suami jaga Za, selagi itulah hati mak tak tenang. Mak nak Za juga bahagia punya keluarga sendiri,” tekan mak. Aku pula yang buntu nak pujuk mak. Segera pingganku bawa ke sinki. Mahu lari seketika. “Mak uda telefon mak tadi. Dia menyesal bertindak terburu-buru dulu. Kalaulah dia tak ikut hati selepas Za tolak pinangan dulu, tentu sekarang Za yang jadi menantu dia.”“Mak, yang lepas tu biar lepas. Za tak sedih pun. Memang dah jodoh Abang Zaid dengan Kak Aisyah bukan Za. Kita kena terima.” Aku duduk sebelah mak. Lentukkan kepala di bahunya. “Comel kan anak-anak mereka. Atia tu Za geram nak gigit pipi tembam tu. Rupa dia sebijik muka uminya,” aku pusing cerita. Tidak mahu lagi berkisah pasal aku. “Kalau Za kahwin dengan Zaid, anak-anak Za pun comel macam Atia tu juga.”Terus aku diam. Aku peluk lengan mak kemudian pejamkan mata. Mengusir cemburu yang tiba-tiba hadir bersama kata-kata mak itu. Perasaan aku yang terkatup kemas selama ini, terbuka seluasnya di depan mata hati mak. Aku tidak berani bercakap apa lagi. ******Zaid Al-HarisPagi-pagi dah ribut. Husna buat perangai lagi. Kali ini dia tunjuk perasan sungguh. Mogok tidak mahu ke sekolah. Marah Atia dan Hasif bermalam di rumah Mak Cah. Aku tarik nafas panjang. Aku harus tenang meladeni sikap memberontak Husna. Semasa Aisyah masih ada, Husna adalah seorang anak dan kakak yang boleh diharap. Dialah yang banyak menolong uminya mengasuh dan menjaga Haikal dan Hasif. “Baba tak nak cakap banyak. Cuma satu je baba nak pesan, setiap apa yang kita lakukan ada akibatnya. Sama ada baik atau buruk. Along buat perangai macam ni, baba tak rugi apa. Nenek dan Atuk pun tak rugi. Yang rugi adalah diri along sendiri. Along fikirlah, nak terus buat perangai ke nak ke sekolah. Tuntut ilmu demi masa depan along sendiri. Along ingat lagi tak pesan umi setiap pagi, apa yang dia cakap?” kataku tenang. Aku pandang Husna yang membungkus diri dalam selimut. Seketika tiada gerakan, sehinggalah aku terasa sabarku semakin menipis. Tidak mahu menunggu lagi, aku melangkah ke pintu.“Baba...” suara halus bersulam tangisan kedengaran. Aku berpaling kembali. Wajah Husna basah dengan air mata. Aku kembali ke katil anak gadis kecilku. Duduk di birai katilnya. Melihat wajah basah itu, aku terus tarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Tubuhnya bergegar. Esakan kuat mula kedengaran. Aku biarkan along melepaskan perasaannya. “Along isk.. isk.. rindu umi.”Aku peluk dan tepuk belakangnya. “Rindu umi, along baca al-fatihah. Umi sentiasa ada dalam diri along. Walaupun umi telah pergi dulu, namun umi masih ada di sini. Dalam hati kita. Along tak boleh berterusan macam ni. Umi tak suka. Umi mahu along teruskan kehidupan seperti biasa,” pujukku. “Tapi.. Along nak umi. Along tak mahu umi pergi.. isk.. isk..”“Baba ada.. Baba akan terus ada di samping along dan adik-adik.. Baba takkan tinggalkan anak-anak baba.”Husna angkat muka pandangku. “ Baba janji?”“Baba janji.”“Baba janji takkan kahwin dengan mak cik sebelah tu. Baba janji takkan biarkan Atia dan Hasif tu rapat dengan mak cik tu?” Aku terdiam. Geleng kepala perlahan. Aku keringkan air mata Husna dengan jariku. “Itu baba tak boleh janji. Bab jodoh dan ajal maut ini ditangan Allah taala. Kalau baba janji dengan Along dan mungkiri janji, baba pula berdosa. Sedangkan dua perkara itu bukan di dalam kawalan baba.”Husna mendengus. Entah dia faham ke tidak apa yang aku terangkan. “Along tak suka. Along tak nak umi tiri. Umi tiri jahat. Nanti dia dera along dan adik-adik macam mak tiri cinderella tu.”Aku diam. Wajah itu masam mencuka. “Tak semua umi tiri jahat. Along tak boleh judge orang tanpa mengenalinya. Kalau dia jahat kenapa Atia dan Hasif nakkan Mak Long Za tu. Kenapa mereka nak ikut mak long? Along kena kenal dengan mak long dulu. Jangan terus cakap dia jahat.”Husna diam. Wajahnya jelas memberontak. Tak suka dengan apa yang aku cakap.“Lupakan dulu semua itu. Sekarang ni cepat siap. Baba bagi 10 minit siap. Kalau tak pergi jalan kaki ke sekolah,” tegasku. Tidak mahu memberi muka lagi. Husna jeling. “Now Husna!” Terus dia bingkas bangun. Tahu yang apabila aku menyebut namanya bererti aku tidak mahu mendengar bantahan lagi. Pulang dari menghantar Along dan angah ke sekolah, aku terus ke rumah Mak Cah. Aku terus menuju ke dapur apabila melihat pintu dapur terbuka. Seketika aku kelu melihat pemandangan di depanku. Atia berada di atas riba Za. Manakala Hasif memeluk leher dari belakang. Mereka sedang makan dan mengekek Hasif dan Atia ketawa. Gembira diberi layanan istimewa itu. Za tak bertudung. Aku menelan liur sendiri. Lama aku tidak melihat Za begitu. Seingatku kali terakhir ketika Za lepas PMR. Selepas itu Za mula bertudung.
“Assalamualaikum...

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2017 05:26

November 25, 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 5




“Lama Za tak datang rumah mak uda ni. Ingatkan dah lupa jalan. Dah tak nampak rumah mak uda yang jauhnya sejengkal ni,” sindir Mak Uda. Tapi tangannya usap belakangku. Aku tarik sengih. Tak kata apa, sebab apa yang Mak uda cakap tu memang betul. Selepas Abang Zaid kahwin, aku buat-buat tak nampak tangga rumah Mak uda. Balik kampung yang barang sekejap, aku banyak habiskan dengan berkepit dengan mak. Sehari dua balik, aku dah merangka tempat aku nak bawa mak jalan. Tak pun habiskan masa di chalet kepunyaan Busu, di Kuala Besut. Kemudian marathon menyiapkan manuskrip. “Za sibuk Mak uda. In shaa allah dah balik tinggal dengan mak ni, rajinlah Za datang sini,” balasku ambil hati. Padahal aku rasa mungkin tak rajin kot. Segan. Pokok cinta yang mati dulu dah mula terasa hidup semula. Sebelum ia tumbuh subur baik aku matikan dia semula, sebab pokok itu tak pernah pun aku pinta tumbuh dalam hati aku.  Mak uda angguk. “Alhamdulillah, senang hati Mak uda dengar. Bolehlah Za tolong Mak uda tengok-tengokkan budak-budak ni,” bicara Mak uda lagi. Wajahnya ikhlas, sayu merenung wajahku sehingga aku rasa canggung. Aku senyum segan, kemudian angguk. Hilang kata nak balas. Jelingan anak sulung Abang Zaid aku balas dengan pandangan lembut. “Tak perlu orang jaga kami pun opah, along dah besar. Boleh jaga adik-adik,” ujar anak sulung Abang Zaid. Nada suaranya macam orang tak suka. Tengok aku pun macam musuh yang perlu dihapuskan. Berlainan pula dengan Hasif, bila aku masuk ke dalam rumah, barulah dia nak berenggan denganku. Boleh pula bermain kereta dengan angahnya. Si kecil Atia pula mengelek patung barbienya, bermain di atas ribaku. Abang Zaid menghilang ke dapur. “Iyalah jaganya. Banyak tengok tv, main telefon. Adik berak ke kencing opah juga yang kena basuh,” balas Mak uda. Makin kelat dan masam wajah along itu. Mata jeling tajam aku. Aku tak layan. Budak-budak baru kehilangan ibu, memang tak suka jika ada wanita lain mendekati ayah mereka. Takut hilang kasih sayang dan perhatian ayah, dapat pula mak tiri cinderella. “Za bila nak kahwinnya? Dah ada calon? Mak Za tu kepingin cucu anak sulungnya,” Mak uda pusing soalan lain. Wajahnya jelas nak tahu status aku.  Aku terus terbatuk. Kebetulan ketika itu, Abang Zaid menatang dulang air menuju ke tempat kami duduk. Aku kerling Abang Zaid seketika sebelum mata berlabuh kembali pada wajah Mak uda. Bertuah arwah Kak Aisyah dulu dapat suami macam Abang Zaid ni. Ringan tulang. Dengan anak-anak pun lembut tapi tegas.Aku memilih untuk tidak menjawab. Sebetulnya aku tiada jawapan untuk itu. Sejak sepuluh tahun lalu, aku tak pernah terfikir pun untuk berkahwin. Tapi hari ini, entah kenapa hati boleh jadi tergedik-gedik pula. Macam remaja yang baru jumpa secret admirenya. “Minum Za. Air bujang je. Ini je yang abang pandai buat,” secangkir teh berasap nipis diletakkan di atas meja di depanku. Aku senyum segan. “terima kasih Abang Zaid.” Sempat aku tangkap mulut si along mencebik. Matanya dijulingkan ke atas. Benci sangat dia padaku. “Along sekolah darjah berapa sekarang?” aku cuba ajak along berbual. Kekok juga sebab anak-anak saudaraku semuanya masih kecil. Yang sulung baru lima tahun. Budak baya itu senang nak ambil hati mereka, macam Hasif tu. “Along, Mak long tanya tu, jawablah,” Mak uda tolak bahu along dengan bahunya. “Darjah 3. Sibuk nak tahu hal orang. Along tak suka mak cik ni dekat dengan Hasif.” Terlalu berterus terang, membuatkan hati sedikit terasa. Aku maniskan muka, pandang Along lembut. Budak-budak tengah membesar, kehilangan ibu ketika di saat-saat masih memerlukan, jiwanya sensitif. Jadi aku ingatkan diri sendiri, tak perlu ambil hati sangat. Along bersikap demikian kerana nak mempertahankan keluarganya. Lagipun aku sedar diri, sikit pun tak ada niatku nak mendekati Hasif dengan maksud tertentu. Kisah Abang Zaid sekeluarga pun aku baru tahu tengahari tadi. Simpati melaut di dalam hatiku. Jatuh kasih dengan Hasif yang tiba-tiba menjadi manja denganku. Jatuh hati dengan Atia yang begitu terbuka menerimaku walaupun baru tadi aku melihat dan memegangnya. Atia yang duduk di atas ribaku, bermain-main dengan hujung tudungku. Sikit pun tidak takut. Malah Atia semakin menyelesakan diri dengan menyembamkan mukanya di dadaku. “HUSNA!” tegas Abang Zaid menyebut nama anak sulungnya. Husna bingkas bangun. Menghentak kaki dan masuk ke biliknya. Tidak peduli dengan jegilan babanya. “Abang minta maaf,” pinta Abang Zaid. “Za jangan ambil hati, Husna tu susah sikit nak mesra dengan orang. Lebih-lebih lagi sejak uminya meninggal. Dulu, dia rapat sangat dengan umi dia tu. Itu yang dia tak suka orang dekat dengan adik-adik dia,” jelas Mak uda. “Za faham mak uda. Alaa.. budak-budak. Za tak ambil hati pun.” Aku senyum kelat. Terasa hati. Memang walaupun tak terlintas pun lagi dalam hati aku nak ambil tempat mama mereka. Cuma sikit terkenangkan rasa di zaman muda-muda dulu. Abang Zaid senyum lembut memandangku. Dulu senyuman itu yang membuatkan aku berasa bersalah kerana menolak pinangannya. Bukan sengaja tapi tika itu aku lebih memilih kerjaya dari terikat dengan tanggungjawab sebagai isteri. Selepas terlepas tu baru menyesal sikit. Sekarang, dapat tumpang kasih anak-anak Abang Zaid pun aku dah bersyukur. Banyaknya petang itu aku berborak dengan Mak uda. Macam-macam yang dia cerita. Abang Zaid sesekali mencelah. Itu pun dia tak duduk lama, ada kerja sikit katanya. Hampir maghrib baru aku nak balik. Mak uda tahan tak bagi balik dulu, makan malam di rumah dia. Tapi kasihan pulak dekat mak sendirian dekat rumah sana. Atia aku serahkan kepada Abang Zaid kembali walaupun dia merengek-rengek tidak mahu. Panas mataku. Rasa nak saja ambil Atia balik rumah mak. Tapi renungan tajam si anak sulung Abang Zaid membuatkan aku kurung niatku. Tidak mahu anak itu terus salah faham dan bersikap dingin. Aku akan cuba ambil hati dan mendekatinya. Menyakinkan dia yang aku sikit pun tidak ada niat lain selain memberikan mereka kasih ibu. Namun sebaik sahaja kaki jejak tangga rumah, terasa tangan aku ditarik, Hasif tayang muka kasihan. “Nak ikut mama long alik,” rayunya. Aku tunduk. Atia pula tercebik-cebik mulut. Tangannya didepangkan supaya aku mengambilnya. Aku terkedu. Serba salah. aku pandang wajah Abang Zaid sekilas. Ternyata wajah kacak itu terkesan dengan sikap anak-anaknya. Ada kesedihan di dalam matanya. Faham dan mengerti anak-anaknya mendambakan belaian kasih ibu. “Nak.. Nak itut..” bebel mulut kecilnya. Aku tak sampai hati. “Jangan nak mengada-ngadalah Asif. Tu bukan mama kita. Masuk. Dia nak balik rumah dia,” Husna tarik tangan Hasif kuat. Terus Hasif melaung, menangis. “Ya Allah, kenapa ni Husna!” tinggi suara Abang Zaid menegur. Mak uda dah geleng kepala. Tak kata apa terus masuk ke dalam. “Asif ni melampau.. Along tak suka mak cik gatal ni!” Aku tergamam. Abang Zaid merah mukanya menahan marah.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2017 05:16

November 24, 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian Empat



Petang itu, baru aku hantar Hasif. Itu pun setelah mak membebel-bebel dekat aku. Mulanya aku minta mak je hantar. Entahlah kaki ni masih lagi berat nak melangkah ke rumah sebelah. Lebih-lebih lagi mak boleh baca apa yang ada dalam hati aku ni. Malu weh. “Pergilah. Mak tak larat nak jalan ni,” sambil tangannya urut lutut. Tahu dah alasannya. Padahal jarak rumah mak dan rumah Mak uda, berapa langkah je. Tak sempat nak sakit dah sampai ke pintu rumah Mak uda tu. “Za pun dah lama tak jumpa mak uda kan? Bila lagi nak tunjuk mukanya.” Mak dah mula masuk bab membebel dah. “Banyak masa nak jumpa mak uda lepas ni mak. Za kan dah balik sini terus. Jaga mak,” jawabku beralasan. Aku pandang Hasif yang ralit melukis di atas kertas yang aku berikan. Hasif cuba tiru ikan yang aku lukis tadi, hampir berjaya dia tiru walaupun tak secantik yang aku lukis. Kira okeylah bagi anak seusia Hasif ini. Aku gosok kepalanya. “Pandailah Asif ni,” pujiku. Hasif tak banyak ragam. Ikut je ke mana aku pergi. Masuk bilik, dia masuk. Aku ke dapur, dia pun ke dapur. Nasib baik mandi, tak ikut. Itu pun sebab aku mandikan dia dulu. Langsung tak mahu berenggan denganku. “Asif nak pandai macam mak long,” jawabnya polos. Aku senyum sampai ke telinga mendengar jawapannya. Mak long mana ada pandai Hasif. Baba Hasif  lagi pandai, bisikku sendiri. Tak sempat nak berangan panjang lagi, kakiku dah sampai di laman rumah Mak uda. Kemas dan terjaga. Pokok bunga kertas Mak uda berbunga warna warni, menjadikan laman rumah berseri dan cantik. Spontan aku ukir senyum. Suasana macam ni pernah aku lakarkan dalam novel ke dua tu, mertua sebelah rumah. “Along..” suara kecil Hasif mengembalikan aku ke alam nyata. Seorang budak perempuan bercekak pinggang di atas tangga. Mata tu tajam dan bibir dikemam pandang Hasif. Dia pula dijeling. Aku senyum. Ini sudah tentu anak sulung Abang Zaid. “Asif ni kalau tak menyusahkan baba tak boleh ke?” Along Hasif dah membebel. Ditarik tangan Hasif kuat. “Eh, sakit tangan adik tu. Jangan kuat sangat along,” spontan aku menegur dan menahan. Along jeling aku tajam. Macam marah sangat pada aku. “Mak cik jangan masuk campur. Hasif ni adik saya, tahulah saya nak ajar dia.” Kasar suara along Hasif membalas. Aku geleng kepala. “Along.. baba tak pernah ajar anak baba cakap kasar dengan orang tua. Minta maaf.” Abang Zaid muncul di muka pintu. Aku mendongak tengok seketika sebelum beralih tengok Hasif. Hasif tarik lengannya sehingga terlepas dari genggaman along. Kemudian datang peluk kaki aku. Wajahnya dah merah. Matanya pun berkaca, tunggu masa kaca itu pecah dan luruh. Along mendengus kuat. Dia jeling aku lagi. Aku buat-buat tak ambil kisah. “Along tak suka Hasif baik dengan perempuan luar yang entah mana datangnya. Tak tahu malu. Nak pikat baba, ambil hati Hasif dulu. Ingat along tak tahu ke?” sinis balasnya.Hatiku terguris. Air mukaku berubah. Aku langsung tak pandang Abang Zaid dan anak perempuannya itu. Sebaliknya aku tunduk pandang Hasif“Masuk!” tinggi suara Abang Zaid arahkan anak sulungnya masuk. Along hentak kakinya kuat dan mendengus geram sebelum masuk ke dalam. Dia tak perlukan kata ke dua dari babanya. “Hasif masuk dulu ya. Mak long nak balik dulu.” Tangan kecil yang memeluk aku cuba rungkaikan. Tapi Hasif tidak mahu lepas. Laju kepalanya bergerak kiri kanan. “Tak nak. Nak ikut Mak long,” tercebik-cebik Hasif menjawab. “Dah nak malam ni. Esok pagi Hasif boleh jumpa mak long lagi.” Hasif tetap geleng.“Nak mama long..” Dan aku terus terkedu bila Hasif terus sembamkan mukanya di kakiku. Aku pandang Abang Zaid. Dia tengah dukung anak bongsunya. Tangan Atia terkapai-kapai kepadaku. “Ma..ma..” wajah Atia juga dah tercebik-cebik. Aku terkelu sekali lagi. Mataku memandang si kecil. Dan tanpa sedar aku hulur tangan. Dalam sekejapan, si kecil melontarkan badannya ke dalam pelukanku. Atia paut leherku. Disembamkan mukanya di dadaku. Aku hilang kata. Naluri keibuan meresap ke seluruh tubuhku. Abang Zaid kaku berdiri, memandangku. Aku turut pandangnya. Pandangan kami bertaut lama. Kedua orang anak kecilnya terus bergayut pada tubuhku. Ehemm.. Aku tersedar. Wajahku memerah. Pantas aku alihkan wajahku. Cium pipi Atia. Tangan kiriku pula usap kepala Hasif yang masih memeluk kakiku. “Asif..” Abang Zaid duduk bertinggung. Sama tinggi dengan Hasif. “Lepaskan kaki mak long tu. Mak long nak balik dulu. Esok Hasif boleh jumpa lagi mak long,” pujuknya. Kepala Hasif laju geleng. “ tak nak. Nak ikut mama long. Tak nak balik,” suara kecil Hasif membantah. Dia tidak mahu lepas kakiku. “Tadi Along beli aiskrim,” Abang Zaid pancing Hasif lagi.“Tak nak. Aiskrim kat rumah mama long lagi cedap,” balas Hasif laju. Aku ketap bibir, menutup bibir yang nak sengih ini. Mulut kecil Hasif ni kalau bab menjawab dan bagi alasan memang juara. Tadi pun semasa pujuk nak balik, macam-macam alasan dia bagi. Sampaikan aku tak sampai hati nak hantar pulang. Itu pun mak dah tunjuk rotan suruh Hasif balik. Jadi tercebik-cebik si kecil ni mengikutku. Dan di depan rumah mak toknya pun dia buat hal lagi. Abang Zaid garu kepala. Mati kutu agaknya. Wajahnya merah. Mungkin tahan marah. Ataupun segan dengan kelakuan anak-anaknya. “Mak long janji, esok pagi mak long datang ambil Hasif.”“Baik Hasif duduk rumah mama long terus, tak yah balik,” polos Hasif menjawab dengan wajah disembunyikan di lututku. Dan tiap kali nama mama disebut, hatiku bergetar indah. Naluriku tersentuh. Tak sampai hati nak halang anak yatim ini memanggilku mama. Mujurlah tak ketara sangat, sebab ada long di belakang mama tu. “Biarlah malam ni Hasif tidur dengan Za je,” putusku tanpa fikir panjang lagi. Keadaan ini aku tak pernah jangka sama sekali. Tanpa aku sedari drama sebabak ini ditonton oleh tiga pasang mata tua. Mata ke tiga-tiganya berkaca. “Laa.. buat apa berbual dekat tangga tu. Zaid, ajak Za tu masuk dulu.” Mak uda muncul di pintu rumah. Sebelahnya along dengan wajah masam. Siap dijeling aku lagi.“Allah.. lupa mak. Naik dulu Za,” ajak Abang Zaid. “Asif lepas dulu. Bagi mama masuk,” Dan kata-kata itu menghantar rasa yang tak pernah aku mimpikan untuk bertandang di hati.

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2017 07:10