Shima Rostam's Blog, page 15
November 24, 2017
Cinta Bawah Sedar Bahagian Tiga
Abang Zaid sengih segan. Aku nampak dia menjelingku. Sengaja aku buat tidak perasan. Aku fokus kepada Hasif. Hailaa Hasif, bikin Mak long malu je. Mak pula senyum-senyum. “Saya balik dulu Mak Cah.”“Iyalaa.. Jangan risau Hasif ni. Mama baru dia ada jagakan.”“MAK!” jeritku.Mak ketawa.“Kalau masin mulut Hasif tu, lega hati mak ni Za.”Merah cuping telinga Abang Zaid. Aku lagilah, tak tahu nak letak mana muka ni. Sepuluh tahun tak berjumpa, dan pertemuan ini membuatkan hati tak tenteram. Terus tak pandang mukanya. Bila dengar pintu ditutup, barulah aku menoleh, pandang mak. “Apa mak ni. Malulah Za. Nanti orang cakap andartu gatal pulak,” omelku geram. Mak senyum je. Tak ambil hati pun apa yang aku cakap tadi. Habisnya aku tanya mak. “Kak Aisyah pergi mana?”“Aisyah meninggal melahirkan anak bongsu mereka setahun lepas,” beritahu mak. Aku termangu-mangu mendengarnya. Hati macam tak mahu percaya berita itu. Aku pandang muka mak lama. “Betul ke mak?” memang aku tak percaya. Muda lagi Kak Aisyah tu. Mak angguk. “ Uri bawah, melekat dekat rahim. Tumpah darah. Koma dua hari, tersedar sekejap. Sempatlah dia menyusu bayi dia tu. Kemudian meninggal dalam tidur.” Allahu.. Air mataku jatuh. Kenapa setelah setahun baru aku tahu? Aku peluk Hasif erat. Air mata ni usah cakaplah, macam empangan pecah, laju turun. Kasihannya anak ini. terbayang wajah lembut Kak Aisyah ketika di majlis perkahwinan mereka dulu. Tak sangka secepat itu dia pergi. “Anak-anak mereka ada berapa orang mak?” tanyaku. Sebab nak matikan rasa di dalam hatiku, selepas Abang Zaid kahwin, aku tutup mata dan telinga mendengar cerita mengenainya. Sekarang terdetik rasa menyesal. Kasihan Abang Zaid. Muda-muda lagi telah jadi duda. “Empat orang. Hasif ni anak ketiga. Yang bongsu tu Atia, cukup setahun minggu lepas,” jelas mak. “Yang sulung umur berapa?” wajah Hasif aku tatap lama. Patutlah aku jatuh kasih pandang pertama kepadanya. Kasihannya dia. Kecil-kecil lagi telah kehilangan ibu. Si bongsu lagilah tidak merasa kasih ibu. Aku tunduk cium ubun-ubun Hasif. “8 tahun, kedua 6 tahun dan Hasif ni 3 tahun.. Dah Za teman mak kat kampung ni, boleh tengok-tengokkan anak-anak Zaid ni sekali. Kasihan Zaid tu, Mak Uda pun bukannya sihat macam dulu lagi. Dah sakit-sakit macam mak jugak. Tak larat nak jaga cucu yang tengah lasak ni,” cerita mak panjang lebar. Aku diam. Hati yang dulunya mati rasa, mula terasa hidup kembali. Rindu yang terpendam lama, mula gugur satu persatu dedaunnya. Melihat Hasif, dia seolah-olah melihat Abang Zaid. Mungkin bukan jodohnya dengan Abang Zaid. Tak apa. Dapat menumpang kasih anak-anak Abang Zaid pun sudah lebih dari cukup. “Dah kenyang?”“Dah kenyang..” Hasif jawab dengan mengulang ayatku. Aku cubit pipi tembamnya. Geram dengan senyuman comelnya. “Jom basuh mulut, lepas tu mak long hantar balik.”“Tak nak!” terus Hasif tak mahu bergerak dari kerusi.“Nak duduk sini, dengan mak long dan nenek,” rajuknya. Aku pandang mak. Mak pandang aku. “Biarlah Hasif kat sini Za. Memang setiap hari dia datang temankan mak pun selama ni.”“Okey, Hasif duduk sini temankan Mak Long dan nenek. Tapi kena basuh mulut dulu.”“Yeaah..”terus Hasif terjun kerusi dan berlari ke sinki. Aku geleng kepala. Gelagatnya mencuit hatiku. Aku hapus air mata di pipi. Selepas itu kami naik ke ruang tamu. Aku bukakan saluran ceria. Hasif duduk bersandar di sebelahku. Mak pandang dan senyum tengok gelagat Hasif yang tidak mahu jauh dariku. “Dia rindukan mak dialah tu,” getus Mak. Aku usap ubun-ubun Hasif dan memeluk tubuh anak kecil itu. Sayangku semakin bertambah. ‘Mak long ada Hasif. Mak Long boleh sayang Hasif adik beradik macam mak Hasif jugak,’ bisikku. “Abang Zaid kerja apa mak?” tiba-tiba ada rasa ingin ambil tahu tentang lelaki itu. Jiran merangkap tiga pupu mak.Masa kecil dulu kami rapat jugak. Tapi selepas dia masuk MRSM dan dua tahun selepas itu aku ke SBP hubungan kami mula berjarak. Lama-kelamaan jadi orang asing. Selepas pinangannya aku tolak dengan alasan mahu tumpukan pada kerjaya yang baru dibina, hubungan kami terus terputus. Hati berdetak kecewa apabila mengetahui tidak lama kemudian dia akan kahwin dengan pilihan maknya yang lain. Menyesal. Rupanya selama ini ada kasih terpendam di hujung ranting hati. Sayangnya, telah terlambat. Sejak itu soal hati aku tolak ke tepi. Mak pula selepas Abang Zaid kahwin dan melihat aku kecewa dalam diam, sendiri yang menolak jodoh, tidak lagi bertanyakan jodoh aku. Dia biarkan aku tanpa bebanan tentang perkahwinan. “Entahlah. Mak pun tak tahu sangat. Dia berhenti kerja selepas isteri dia meninggal. Sebab nak jaga anak-anak dia tu. Kalau ikut cakap Mak Uda kau, dia kerja dari rumah. Buat kerja online sambil tulis buku.”Hatiku berdetak kencang. Aku toleh pandang mak yang duduk bersandar di tiang rumah. Tangan urut lutut dengan minyak panas. Sakit lutut sebab berdiri lama dekat dapurlah tu. Padahal aku dah pesan, jangan berdiri lama. Masak nanti biar aku yang masakkan. Tapi mak nak juga masuk dapur, duduk tak buat apa lagi sakit katanya. Jadi aku nak cakap apa lagi?Aku pandang di sisiku. Hasif dah terlena. Patutlah rasa berat je tadi. Aku angkat Hasif lalu meletakkannya di atas toto di ruang tengah. Suara televisyen aku perlahankan dan menukar siaran ke Prima Ria. Kemudian, aku mendekati mak, tangan terus capai minyak angin dan mengurut lututnya. “Dia tulis buku apa mak?”“Entahlah, mak pun tak tahu,” balas mak. Aku diam. Cuba mengingati mana-mana buku yang penulisnya Zaid. Hati dah mendongkol marah. Inilah padahnya kalau baca buku skip info penulis. Rasa menyesal pulak. Lepas ni kena bacalah info tentang penulis dulu. “Rasanya buku motivasi, tak silap maklah. Hari tu dia ada bagi sebuah kat mak. Cuba kau cari kat atas almari buku tu.”Aku terus bingkas bangun. Semangat nak tahu jenis buku apa yang dia tulis. Jadinya setiap buku atas almari itu aku belek satu persatu. Maklumat tentang penulis aku baca dahulu.“Bahagia selepas hujan, oleh Zaid Harithah,” bisikku perlahan. Maklumat mengenai penulis aku baca, bibirku spontan digigit. Dah jumpa. ALantas aku baca buku motivasi itu ke kembali ke sebelah mak. Sempat aku baca blurb di belakang buku itu, sebelum mengurut kaki mak kembali. “Za masih tunggu Zaid ke?” Aku angkat muka. Blur. Hanya tertangkap di hujung kata nama Zaid sahaja. “Apa dia mak?” “Mak tanya, Za masih tunggu Zaid ke?”Aku pandang mak lama. Soal hati, soal jodoh atau cinta ni, aku tidak pernah kongsikan dengan sesiapa, termasuk juga mak. Entahlah.. mungkin dulu rasa itu hilang, sehinggakan aku rasa tidak ada apa yang perlu dikongsikan. Lagipun semua perasaanku telah diluahkan di dalam novel-novel yang aku tulis. “Mana ada, mak. Kenapa Za nak tunggu dia pulak?” aku gugup. Tak sanggup nak tentang mata mak. Mak tarik tanganku. Dia kepitkan dengan dua telapak tangannya. Kemudian mak usap lembut jari jemariku. “Mak tahu walaupun Za tak pernah luahkan apa-apa kepada mak,” bisik mak. “Mak..” Mataku kembali berkaca. Mak angguk perlahan. Aku peluk mak. Sungguh aku hilang kata. “Dulu mungkin bukan jodoh Za dengan Zaid. Kali ini mungkin dah sampai jodohnya.”Aku peluk mak erat. Aku pejam mata. Mak tepuk belakangku dengan penuh kasih sayang. *****Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 24, 2017 07:07
Cinta Bawah Sedar Bahagian Dua
Akhirnya aku kembali ke desa. Rumah kampung separuh kayu dan batu ini bakal aku huni kembali. Jendela bilik, aku buka luas. Kicauan burung dan ayam itik ternakan mak bagaikan muzik indah di halwa telinga ku. Tenang. Damai. Itulah yang aku rasakan saat ini. tak pernah lagi jiwanya setenang ini. melihat kehijauan pokok buah-buahan yang arwah ayah tanam di tepi rumah, aku senyum sendiri. Kali ini musim buah-buahan aku tidak akan terlepas untuk menikmati lagi. Uwa..Uwaa...Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak menangis. Dahiku berkerut. Setahuku, rumah sebelah hanya tinggal Pak Uda dan Mak Uda sahaja. Anak-anak dan cucunya hanya berkumpul di hujung minggu ataupun cuti sekolah sahaja. Pantas mataku melilau mencari suara tangisan itu. Di tepi pagar, seorang anak kecil jatuh terduduk, memegang kaki. Segera aku capai tudung lalu turun menuju ke tempatnya. “Kenapa ni?” Aku duduk bertinggung di depannya. Mukanya basah dengan air mata. Tangan pula pegang kaki. Nampak ibu jari kakinya terluka. “Atuh. Akit...” kemudian dia menangis. Comel. Aku tak mampu nak tahan senyum. Wajah comel menangis di depanku membuatkan naluri keibuan di dalam hatiku tersentuh. “Meh Mak long tengok. Bangun dulu.” Aku pegang tubuhnya supaya berdiri. “Akit..” adunya. Terus aku angkat dukung. “Hasif, kenapa ni?” suara garau yang menegur membuatkan tubuhku kejung seketika. Hati berdetak laju. Rasa yang terkurung di sudut paling dalam di dalam hatiku terlepas. Wajahku pucat. Aku tak suka dengan perasaan ini. bertahun-tahun berlalu, aku mengelakkan diri dari berdekatan dengannya, hari ini entah dari mana malangnya, dia berada dekat denganku. “Atuh. Akit baba..” Adu si kecil yang berada di dalam dukunganku.“Sini baba tengok.”Terpaksalah aku berpaling mengadapnya. Senyum kekok campur segan aku hulurkan. Rasanya lebih sepuluh tahun kami tidak bersua. Kali terakhir aku melihatnya ketika dia bersanding di atas pelamin dengan pasangannya. Tanpa kata aku hulurkan anak kecil itu kepadanya. Tapi si kecil dalam dukunganku memelukku erat. Tidak mahu lepas. “Tak nak..” si kecil gerakkan kepala kiri kanan laju. Pelukan tangan kecil itu semakin erat. “Biar saya tengokkan luka dia, Abang Zaid,” akhirnya suaraku keluar juga. “Tak apa ke? Hasif ni lain sikit. Takut susahkan Za pulak.”Aku geleng kepala. “ Tak susahlah. Lepas saya sapu ubat, nanti saya hantar dia ke rumah mak uda,” jawabku. “Kalau macam tu abang ucapkan terima kasih Za,” dia senyum. Dan senyuman itu meluluhkan rinduku selama ini. Tapi hati kecil terus memberi amaran. “ Jangan nak simpan perasaan lagilah. Suami orang tu. Ingat sikit. Jangan nak terhegeh-hegeh pula, nanti di cop andartu gatal.”“Sama-sama.” Hanya sepatah jawapan tanpa melihat wajah kacak itu, aku berpaling dengan Hasif di dalam dukunganku. “Bila Za balik? Cuti lama ke?” Si dia ajak berbual pula. Aku hentikan langkah yang baru selangkah itu. “Malam tadi sampai. Aah cuti lama,” balasku tanpa mahu meneruskan perbualan. Aku mahu cepat masuk ke dalam rumah dah ubati luka Hasif dan menstabilkan jantungku kembali. “Patutlah tak nampak. Dah lama sangat abang tak nampak Za.” Dia kelihatan masih mahu mengajakku berbual-bual. Hasif pula semakin melekat di tubuhku. Kepalanya dijatuhkan di atas bahuku. Begitu manja anak ini, hatiku tersentuh. Jika aku kahwin, tentu anakku juga manja begini, getus hatiku. “Erk.. Saya nak sapu ubat dekat luka Hasif ni. Abang jemputlah ke rumah. Mak ada dekat dapur tu. Tengah buat nasi lemak,” pelawaku. Tidak betah berlama. Aku mahu melarikan darinya seketika sebelum hatiku meletup ni. Dia senyum. Kakinya mula melangkah mengekoriku. Aku masuk melalui pintu dapur. “Mak, Abang Zaid datang ni,” beritahuku. “Laa kenapa pulak Hasif berdukung pagi-pagi ni,” mak datang dekat dengan aku dan Hasif. “Jatuh dekat tepi pagar tadi. Luka ibu jari ni. Za nak sapukan ubat kejap. Dia tak nak baba dia ambil.”“Alahai kasihannya cucu nenek ni. Pergilah masuk sapu ubat dulu,” arah mak.“Masuklah Zaid. Kenapa tercegat di muka pintu tu.” Aku dengar suara mak menegur Abang Zaid. Aku pula terus menghilang ke dalam bilikku. Aku letakkan Hasif di atas katil. Dettol yang berada di dalam almari diambil bersama kapas. Kemudian aku duduk di sebelahnya. Kaki kanan yang terluka itu aku angkat dan letakkan di atas pahaku. “Pedih sikit ni. Tahan ya. Mak long tahu Hasif anak lelaki yang kuat,” pujukku. Hasif angguk laju. Aku senyum melihat telatahnya. Naluri keibuanku tersentuh lagi. Aku gosok kepalanya. Selesai sapu ubat, aku dukung dia ke dapur. “Carilah ibu baru Zaid. Anak-anak kau ni kecil lagi, perlukan ibu. Dah setahun Aisyah tu pergi.”“Saya belum bersedia lagi Mak Cah. Saya rasa Aisyah masih lagi bersama kami. Biarlah dulu.. Saya mampu jaga anak-anak saya Mak Cah.”Langkah kakiku perlahan. Telingaku menangkap butiran perbualan mak dan Abang Zaid. Ada tanda tanya di hati. Ke mana Kak Aisyah pergi?“Dah siap.” Aku berjalan mendekati meja makan.Hasif aku letakkan di atas kerusi. “ Hasif nak makan nasi lemak tak?” soalku lembut.Kepala Hasif angguk laju. “Lapar.” Ucapnya sepatah. Aku senyum lebar. Kepalanya aku usap penuh kasih. Tanpa sebarang kata aku ambil pinggan dan mengisi nasi lemak untuk Hasif. Hanya telur rebus dan ikan bilis sahaja aku letakkan di dalam pinggan itu.“Nak cuap,” minta Hasif. Aku senyum lebar. Tangan kiri naik mengusap kepala Hasif. Aku dah jatuh sayang pada lelaki kecil ini. wajahnya saling tak tumpah babanya. Menatap lama-lama wajah itu seakan meleraikan rindu bertahun yang terhimpun di dalam hati. “Biar baba suapkan. Mak long Za nak makan tu,” Abang Zaid bersuara. Namun Hasif cepat geleng kepala. Mukanya masam. Tangan pula bersilang di dada. Matanya tajam jeling babanya. Hampir tergelak aku tengok gelagat merajuk Hasif ini.“Nak Mak long cuap. Baba cuap tak cedap,” tegasnya. Aura Abang Zaid menurun kepada si anak. Dan aku terus terpesona. Jatuh cinta dengan Zaid Junior ini.“Okey mak long suapkan. Tapi kena makan habis satu pinggan ni. Tak habis lain kali mak long tak mahu siapkan dah,” pujukku. Abang Zaid pula geleng kepala. Tangan naik gosok rambut sendiri. Aku tahu dia tengah mengumpul sabar dengan Hasif ini. “Tengok tu Zaid, kasihan kat anak. Nak rasa air tangan ibu. Fikirkanlah apa yang mak cah cakap tadi,” ujar mak. Aku diam tak tahu hujung pangkal perbualan mereka. Tumpukan perhatian kepada Hasif. Laju anak itu makan, makan dah seharian tak makan.“Hasif tak makan lagi ke pagi ni?” tanyaku lembut. Jam di dinding dapur aku kerling. Sudah hampir sebelas pagi. Takkanlah Abang Zaid tak bagi anak makan lagi. “Dah tapi apar lagi. Cedap.” Aku sengih. Sempat aku jeling Abang Zaid yang nampak serba salah. “Abang minta maaf Za, kalau Hasif ni susahkan Za.”“Tak susah manalah Zaid. Za ni pun tak ada kerja juga. Terperuk dalam bilik tu. Ni baru keluar.” Tak sempat aku nak jawab, mak dah mencelah. Jadinya aku tersenyum nipis. Biarlah mak yang layan Abang Zaid tu. Seketika kemudian, telefon pintar Abang Zaid berbunyi. “Assalamualaikum umi. Haa dah jaga. Zaid balik sekarang.”Telefonnya dimatikan. Abang Zaid pandang aku dan Hasif yang masih lagi tadah mulut untuk disuapkan. “Abang baliklah dulu. Nanti dah habis makan, Za hantarkan Hasif balik,” ujarku. Riak wajahnya serba salah. “Betul tu Zaid, pergi balik tengok Atia dulu. Tinggal je Hasif kat sini. Za ni ada, boleh jaga,” mak pula menyokong kata-kataku. “Terima kasih Mak Cah, Za. Maaf sebab pagi-pagi lagi susahkan Za.”“Sama-sama. Tak susah pun. Hasif ni budak baik. Kan Hasif?” rambut Hasif aku usap penuh kasih. Laju Hasif angguk. “Hasif nak mak long jadi mama baru.” Laju mulut mungil itu meluahkan perasaannya.
Aku tergamam.
*****
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 24, 2017 07:04
Cinta Bawah Sedar Bahagian Satu
Assalamualaikum Semua...
Cerita Cinta Bawah Sedar yang bakal saya up ni versi cerpen.. Jadi ceritanya agak tergantung nanti... Sebab akan dijadikan novel penuh ataupun mini novel.
Jom kita layan bahagian satu dulu...
“Kau betul-betul pasti dengan keputusan ini?” Aku angguk. Terbayang wajah mak di kampung. Wajah itu semakin dimamah usia. Kudratnya sudah tidak sekuat dulu. Sejak mak jatuh di bilik air sebulan lalu, setiap hari aku memikirkan keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Ayah telah lama pergi. Tak sampai hati nak membiarkan mak sendirian lagi. Jika mak jatuh sakit lagi siapa ada untuk menolong. Adik-adiknya telah mempunyai keluarga sendiri. Walaupun Soleh tinggal berdekatan dengan rumah mak, aku tidak boleh mengharapkan Soleh dan isterinya untuk selalu melihat mak. Mereka berdua bekerja. Jadi masa pun terhad. Yang aku nampak sekarang, hanya aku sahaja yang patut korbankan kerja dan kembali tinggal bersama mak. Aku masih bujang. Komitmen keluarga belum ada. Jadi biarlah aku berbakti kepada mak di hujung usianya. Lagipun inilah masa untuk aku mengumpul pahala. “Sayanglah. Kau baru sahaja di promote menjadi Senior Manager. Bukan ke itu yang kau tunggu selama ini. Peluang untuk bekerja di luar negara?” tekan Anisa. Aku senyum dan angguk. Ralat. Siapa yang tak rasa sayang nak tinggalkan kerjaya yang sedang mendaki puncak sekarang. Tapi keputusan aku dah bulat. Mak kena menjadi keutamaan sekarang. “Tak apalah. Aku bagi kau peluang. Aku hanya ada satu mak je Anis. Dia dah tua. Aku tak pernah lagi berbakti kepadanya. Selepas UPSR terus masuk asrama penuh, kemudian Scotland, balik terus kerja. Mana pernah aku jaga mak aku sejak dewasa ini. Mak dah tua Anis. Aku tak nak menyesal di belakang hari. Hilang kerja aku boleh cari. Hilang mak, takkan ada ganti lagi.” Terdiam Anisa. Aku senyum dan tepuk bahunya. Barang-barang peribadi aku telah pun siap dimasukkan ke dalam kotak. Notis seminggu berhenti terpaksa diberikan. Jika ikutkan hati mahu berikan notis 24 jam. Tapi bila tengok wajah terkejut CEO, aku tak sampai hati. Tak jadi hantar notis mengejut itu. Kena hand over kerja yang tengah aku pegang kepada pekerja lain.“Habis tu nanti kau akan buat apa? Takkan nak bergantung ihsan dengan adik-adik kau pula untuk sara kau dan mak?” Anis menyoal ingin tahu.“Kau lupa ke? Aku kan penulis separuh masa. Mungkin dah sampai masanya aku fokus menulis sebagai sumber pendapatan utama aku.” Aku sengih. Tak ramai yang tahu aku adalah penulis. Novel meletup di pasaran pun, aku tak pernah tonjolkan diri pesta buku ataupun sesi bertemu peminat. Aku lebih suka low profile. Biarlah orang mengenali karyaku bukan diriku sebagai penulis.Anisa sengih. “Aah. Lupa. Dengan menulis pun kau dah lebih dari cukup untuk tanggung hidup. Novel kau semua meletup.”Aku letakkan jari telunjuk di bibir dan jegilkan mata. Suara Anisa ni kuat sangat. Tak nak orang lain tahu tentang kerja sampinganku.“Kau ni perlahanlah sikit. Nak heboh satu pejabat ke? Sudahlah setiausaha aku tu hantu novel. Peminat nombor 1 aku. Kalau dia tahu habis satu dunia novel tahu.”Terus Anisa tekup mulutnya. Seketika kemudian dia ketawa. Aku geleng kepala. Tak makan samanlah minah ni. Inilah kawan baik aku sejak masuk kerja di sini. Persahabatan kami yang berlandaskan sikap jujur dan profesional membuatkan kami rapat walaupun ada yang cuba mempolitikkan hubungan kami. Dia telah pun berkahwin dan mempunyai sepasang anak. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaannya. Sedangkan aku, masih lagi sendiri di kala usia menjangkau 34 tahun. Ada rindu berakar kuat di sudut hati paling dalam untuk seseorang. Sehinggakan aku tiada rasa membuka ruang hati untuk orang lain. “Jadi kau nak balik kampung bila?” “Esok,” jawabku. “Habis kondo kau tu?” Aku tepuk dahi. Patutlah aku rasa masa ada benda yang aku lupa tadi. “Rumah tu aku nak jadikan homestay. Lokasi kondo tu strategik. Aku nak minta tolong kau jadi orang tengah serahkan kunci apabila ada penyewa nanti. Tukang kemas dan bersih rumah aku dah dapat. 15% komisyen aku akan bagi nanti. Boleh tak?” Kening Anisa terjungkit sebelah. Otaknya ligat berfikir. “Boleh tak? Kalau tak boleh, aku cari orang lain untuk uruskan. Tak susah pun. Just pastikan rumah berkemas sebelum penyewa masuk. Itu je. Marketing aku akan buat dari rumah. Boleh tak ni?”Anisa angguk. “ boleh tak ada masalah. Janji ada komisyen untuk aku.” Dia tayang sengih. “Mestilah. Takkan aku tak bagi pulak. Nanti kau buat kerja tak ikhlas. Hahahaa..” Aku ketawa. Soal duit ni kena jujur. Nak minta tolong orang, kena bagi upah juga sebab ada hasil dari pertolongan yang dihulurkan. “Terima kasih Anis. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Kau mesti ambil peluang ini untuk naik. Aku tahu kau yang paling layak gantikan tempat aku.”“Hahaha.. Iyalah tu.” Anisa geleng kepala. “Kau layak. Aku tahu. Sebab kita dah lama kerja sama-sama.”“Layak pun Za, aku tak nak. Kerjaya dah jatuh nombor 2. Keluarga first. Aku taknak sebab kejar kerja, keluarga tercicir. Masa berkualiti bersama keluarga lebih penting dari kau. Jika kau utamakan mak kau. Aku utamakan suami dan anak-anak aku.”Aku angguk. Setuju dengan pendapatnya. Bagi seorang wanita, setinggi mana pun pangkat dalam kerjaya. Keluargalah yang paling penting. Aku peluk Anisa sebelum keluar dan berjumpa dengan bakal bekas stafku. Aku doakan mereka berjaya membina impian dan kerjaya yang diimpikan.
*****
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Cerita Cinta Bawah Sedar yang bakal saya up ni versi cerpen.. Jadi ceritanya agak tergantung nanti... Sebab akan dijadikan novel penuh ataupun mini novel.
Jom kita layan bahagian satu dulu...
“Kau betul-betul pasti dengan keputusan ini?” Aku angguk. Terbayang wajah mak di kampung. Wajah itu semakin dimamah usia. Kudratnya sudah tidak sekuat dulu. Sejak mak jatuh di bilik air sebulan lalu, setiap hari aku memikirkan keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Ayah telah lama pergi. Tak sampai hati nak membiarkan mak sendirian lagi. Jika mak jatuh sakit lagi siapa ada untuk menolong. Adik-adiknya telah mempunyai keluarga sendiri. Walaupun Soleh tinggal berdekatan dengan rumah mak, aku tidak boleh mengharapkan Soleh dan isterinya untuk selalu melihat mak. Mereka berdua bekerja. Jadi masa pun terhad. Yang aku nampak sekarang, hanya aku sahaja yang patut korbankan kerja dan kembali tinggal bersama mak. Aku masih bujang. Komitmen keluarga belum ada. Jadi biarlah aku berbakti kepada mak di hujung usianya. Lagipun inilah masa untuk aku mengumpul pahala. “Sayanglah. Kau baru sahaja di promote menjadi Senior Manager. Bukan ke itu yang kau tunggu selama ini. Peluang untuk bekerja di luar negara?” tekan Anisa. Aku senyum dan angguk. Ralat. Siapa yang tak rasa sayang nak tinggalkan kerjaya yang sedang mendaki puncak sekarang. Tapi keputusan aku dah bulat. Mak kena menjadi keutamaan sekarang. “Tak apalah. Aku bagi kau peluang. Aku hanya ada satu mak je Anis. Dia dah tua. Aku tak pernah lagi berbakti kepadanya. Selepas UPSR terus masuk asrama penuh, kemudian Scotland, balik terus kerja. Mana pernah aku jaga mak aku sejak dewasa ini. Mak dah tua Anis. Aku tak nak menyesal di belakang hari. Hilang kerja aku boleh cari. Hilang mak, takkan ada ganti lagi.” Terdiam Anisa. Aku senyum dan tepuk bahunya. Barang-barang peribadi aku telah pun siap dimasukkan ke dalam kotak. Notis seminggu berhenti terpaksa diberikan. Jika ikutkan hati mahu berikan notis 24 jam. Tapi bila tengok wajah terkejut CEO, aku tak sampai hati. Tak jadi hantar notis mengejut itu. Kena hand over kerja yang tengah aku pegang kepada pekerja lain.“Habis tu nanti kau akan buat apa? Takkan nak bergantung ihsan dengan adik-adik kau pula untuk sara kau dan mak?” Anis menyoal ingin tahu.“Kau lupa ke? Aku kan penulis separuh masa. Mungkin dah sampai masanya aku fokus menulis sebagai sumber pendapatan utama aku.” Aku sengih. Tak ramai yang tahu aku adalah penulis. Novel meletup di pasaran pun, aku tak pernah tonjolkan diri pesta buku ataupun sesi bertemu peminat. Aku lebih suka low profile. Biarlah orang mengenali karyaku bukan diriku sebagai penulis.Anisa sengih. “Aah. Lupa. Dengan menulis pun kau dah lebih dari cukup untuk tanggung hidup. Novel kau semua meletup.”Aku letakkan jari telunjuk di bibir dan jegilkan mata. Suara Anisa ni kuat sangat. Tak nak orang lain tahu tentang kerja sampinganku.“Kau ni perlahanlah sikit. Nak heboh satu pejabat ke? Sudahlah setiausaha aku tu hantu novel. Peminat nombor 1 aku. Kalau dia tahu habis satu dunia novel tahu.”Terus Anisa tekup mulutnya. Seketika kemudian dia ketawa. Aku geleng kepala. Tak makan samanlah minah ni. Inilah kawan baik aku sejak masuk kerja di sini. Persahabatan kami yang berlandaskan sikap jujur dan profesional membuatkan kami rapat walaupun ada yang cuba mempolitikkan hubungan kami. Dia telah pun berkahwin dan mempunyai sepasang anak. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaannya. Sedangkan aku, masih lagi sendiri di kala usia menjangkau 34 tahun. Ada rindu berakar kuat di sudut hati paling dalam untuk seseorang. Sehinggakan aku tiada rasa membuka ruang hati untuk orang lain. “Jadi kau nak balik kampung bila?” “Esok,” jawabku. “Habis kondo kau tu?” Aku tepuk dahi. Patutlah aku rasa masa ada benda yang aku lupa tadi. “Rumah tu aku nak jadikan homestay. Lokasi kondo tu strategik. Aku nak minta tolong kau jadi orang tengah serahkan kunci apabila ada penyewa nanti. Tukang kemas dan bersih rumah aku dah dapat. 15% komisyen aku akan bagi nanti. Boleh tak?” Kening Anisa terjungkit sebelah. Otaknya ligat berfikir. “Boleh tak? Kalau tak boleh, aku cari orang lain untuk uruskan. Tak susah pun. Just pastikan rumah berkemas sebelum penyewa masuk. Itu je. Marketing aku akan buat dari rumah. Boleh tak ni?”Anisa angguk. “ boleh tak ada masalah. Janji ada komisyen untuk aku.” Dia tayang sengih. “Mestilah. Takkan aku tak bagi pulak. Nanti kau buat kerja tak ikhlas. Hahahaa..” Aku ketawa. Soal duit ni kena jujur. Nak minta tolong orang, kena bagi upah juga sebab ada hasil dari pertolongan yang dihulurkan. “Terima kasih Anis. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Kau mesti ambil peluang ini untuk naik. Aku tahu kau yang paling layak gantikan tempat aku.”“Hahaha.. Iyalah tu.” Anisa geleng kepala. “Kau layak. Aku tahu. Sebab kita dah lama kerja sama-sama.”“Layak pun Za, aku tak nak. Kerjaya dah jatuh nombor 2. Keluarga first. Aku taknak sebab kejar kerja, keluarga tercicir. Masa berkualiti bersama keluarga lebih penting dari kau. Jika kau utamakan mak kau. Aku utamakan suami dan anak-anak aku.”Aku angguk. Setuju dengan pendapatnya. Bagi seorang wanita, setinggi mana pun pangkat dalam kerjaya. Keluargalah yang paling penting. Aku peluk Anisa sebelum keluar dan berjumpa dengan bakal bekas stafku. Aku doakan mereka berjaya membina impian dan kerjaya yang diimpikan.
*****
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 24, 2017 06:51
Cinta Bas Express sudah berada di Pasaran
Harga RM32.00
untuk pembelian boleh PM Penerbitan Novel Mania dan Aein Dhiyauddin.
Jom kita layan teaser sikit...
Cinta Bas Express
“WEH, BERANGAN!” Tepukan sedikit kuat diberikan di bahu Sarrah.
Sarrah jeling.
“Kau tak ada kerja ke datang tempat aku ni?”
“Kerja sentiasa ada, tapi manusia seperti kita ni perlukan rehat juga. Kena jalan-jalan makan angin.”
“Banyaklah kau jalan-jalan,” ejek Sarrah. Tangan seperti selalu, tangkas melipat pakaian yang dipunggah oleh pelanggan.
“Abang handsome kau tak ada datang ke?”
“Abang handsome mana pulak?” Sarrah berkerut dahi. Otaknya tidak mendaftar mana-mana
abang handsome dalam databasenya.
“Alaa... yang datang hujung minggu hari tu, yang suruh kau pilih boxer untuk dia.”
Dengar aje penjelasan Husniah, Sarrah mencemik bibir. Tang mana yang handsomenya? Tang
gatal dia nampaklah. Ada ke patut dia kena pilih boxer untuk mamat itu. Fikir balik, berdiri bulu romanya. Ada bayangan nakal melintasi akal fikiran warasnya.
“Yang tu otak aku register sebagai mamat gatal miang. Rosak imaginasi gadis baik macam aku ni,”
rungut Sarrah.
Husniah mengekek ketawa. ‘Imaginasi gadis baik konon!’
“Kau terimaginasi apa?” tanya Husniah sambil berbisik. Dia tersengih gatal.
Pantas jari Sarrah menyepit lengan gebu Husniah. Dijegilkan matanya.
“Bukan yang macam kau fikirlah. Gila kau! Rosak jiwa suci murni aku ni.”
“Hahaha... Aku tak cakap apa pun. Aku tanya kau aje. Kau bayangkan dia pakai boxer yang kau pilih
ek? Badan berketul-ketul. Ada bulu dada tak?” bisik Husniah.
“Huish...” Muka Sarrah memerah. Hantu betul si Husniah ini.
“Badannya mesti tegap dan berketul-ketul, kan? Tapi aku rasa tak adalah macam Zul Ariffin tu. Kurus sikit... macam Jensen Ackles tu. Senyum dia manis. Terjongket bibir ke atas sikit, melting weh!”
Sekali lagi lengan gebu Husniah menjadi sasaran Sarrah. Geram!
“Mengarut betul kau ni. Liar betul imaginasi kau!”
“Eh, itu kira imaginasi baik apa? Liar macam ni...” Husniah dekat bibirnya ke telinga Sarrah.
“Dia peluk kau dan kiss-kiss. Dah tu kau pun terlemah dalam pelukan dia... Auwww...” Terus terhenti bisikan nakal Husniah.
“Gila bisa jari kau. Dapat parut ni, kau kena top up hantaran kahwin aku nanti,” bebel Husniah.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Siti Dan Polis Comel
“Sila duduk Siti…”
Siti duduk di kerusi di tengah-tengah bilik. Dia membetulkan duduknya hingga dia rasa selesa. Itu penting untuk menjawab soalan yang bakal di tanya nanti. Kalau dia tak selesa dah tentu dia akan tertekan.
Tiba-tiba angin sejuk menampar pipinya. Secara automatik bulu romanya berdiri tegak bagaikan mendengar lagu Negaraku. Siti pasti yang datang bukan hantu tak ada kepala kerana Alan ada menjaganya tadi.
“Kakak tolong aku... mayat aku terbiar dalam semak kat sebelah bangunan ni. Tolong aku kakak.”
Siti menguis telinganya yang terasa sejuk dengan bahu. Dia cuba buat tak tahu. Senyuman ikhlas yang terpamer tadi bertukar jadi senyuman palsu. Aura sejuk sudah mula menjalar di tengkuknya. Kalau dibiarkan nanti boleh jadi sakit tengkuknya menahan sejuk.
“Sebutkan secara ringkas latar belakang kamu.” Salah seorang penemuduga membuka mulut.
“Kakak boleh nampak aku kan?” bisik lembaga tadi di telinganya.
Siti tersenyum kelat. Hantu ni tak nampak ke dia sedang sibuk. Siti abaikan sekali lagi. Tapi tangan hantu itu menggoncangkan bahunya. Siti berusaha sedaya upaya untuk menstabilkan kedudukannya. Dia hampir-hampir terjatuh dari kerusi.
“Aku tau kakak boleh dengar. Tolong jangan buat tak kak. Aku serius ni... aku takut.”
Siti ketap bibir. Rasa kesian mula timbul. Kalau dia tak tolong siapa lagi akan tolong hantu ni. Kalau tiada siapa jumpa mayat hantu ni, tentu dia akan kena ganggu.
“Kakak tolong aku... mayat aku terbiar dalam semak kat sebelah bangunan ni. Tolong aku kakak.” Hantu tadi tiba-tiba melompat dan berdiri di depan Siti.
“Atagafirullahhalazim!” Siti tutup mata dengan lengan. Terkejut sangat. Siti alih lengan dan buka mata perlahan-lahan. Meneliti penampilan hantu yang melompat tadi. Bunga kat tangan… baju sekolah… mangsa terbaru ke.
“Kenapa Siti?” tanya penemuduga lelaki.
“Saya lupa nak tutup api gas, cerek air saya kat dapur. Saya balik dulu. Terima kasih.” Siti segera bergegas keluar. Dia tak lupa menarik tangan lembaga perempuan tadi. Ketiga-tiga penemuduga tiba-tiba terasa sejuk bila hantu perempuan tadi melanggar badan mereka.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 24, 2017 06:31
November 1, 2017
Akan Datang... CINTA BAS EXPRESS
Assalam Semua...
Wah dah lama tak menulis kat sini ya...
Maaf... cerita terbaru belum siap ditulis lagi...
Tapi ada berita baik...
Mini novel terbaru saya bakal keluar tak lama lagi dibawah label Penerbitan Novel Mania..
Berduet dengan penulis popular Aein Dhiyauddin (Novel terlaris- Bibik Milenium)
Yang ni hanya boleh dibeli online sahaja tau...
Stay tuned...
Kita sama-sama tunggu penerbit open pre order ya...
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Wah dah lama tak menulis kat sini ya...
Maaf... cerita terbaru belum siap ditulis lagi...
Tapi ada berita baik...
Mini novel terbaru saya bakal keluar tak lama lagi dibawah label Penerbitan Novel Mania..
Berduet dengan penulis popular Aein Dhiyauddin (Novel terlaris- Bibik Milenium)
Yang ni hanya boleh dibeli online sahaja tau...
Stay tuned...
Kita sama-sama tunggu penerbit open pre order ya...
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 01, 2017 20:31
June 24, 2017
Bab 7 :SE Puasa dan Raya #NurHisyam
Nur memerhati tingkah laku Nisa yang bersahaja. Tangannya lincah menambahkan biskut-biskut ke dalam balang untuk di bawa ke depan. Walaupun dia tersenyum, namun Nur tahu hatinya sedang menangis, terluka. Dalam diam Nur memerhati, belas melihat wajah polos adik iparnya. Putus cinta ni orang kata sakitnya tidak dapat dilihat, kerana lukanya di hati. Tidak dapat dirawat kerana lukanya tidak ternampak di mata kasar. Namun silap aturan, silap percaturan luka itu memalitkan cerita duka berpanjangan.
"Kau merenung aku kenapa?" Soal Nisa tiba-tiba. Rimas dengan tingkah laku kakak iparnya yang dari tadi memerhati segala gerak gerinya.
Nur tersengih-sengih. Lantas menghampiri Nisa yang sedang mengacau air pula.
"Kau cantiklah hari ni Nisa. Lebih cantik dari semalam, kelmarin. Lebih comel dari zaman budak-budak comot," puji Nur sambil memeluk bahu Nisa.
Nisa mencebik. " memang pun. Kau tak tahu ke?" dibalas dengan usikan jugak.
Nur mencebik. Orang puji sikit, masuk bakul angkat sendiri pulak.
"Kau balik sorang ke? Abang Syam ke mana?" Soal Nisa setelah merasakan agak lama Nur berada di sini, batang hidung abangnya tak nampak-nampak.
"Entah... keluar pagi tadi dengan abah aku, tak balik-balik," mendatar suaranya. Hmmm adalah tak puas hati sikit-sikit biarpun semalam telah terpujuk sedikit.
Nisa tersengih-sengih.
"Kau jeles ke? Dengan abah sendiri nak jeles?"
"Tak ada maknanya nak jeles-jeles ni. Aku bagi can kat abah aku berhimpit-himpit dengan menantu kesayangannya itu," balas Nur lagi. Dicapai balang berisi tat nenas dan dibukanya. Diambil satu lalu dimakan.
"Gebunya tat ni.. siapa yang buat?" Soal Nur dengan mulut penuh biskut.
"Akulah... siapa lagi. Sedap tak?" Soal Nisa sambil mengangkat kening.
Nur mencebik lagi. Dia tahu Nisa berminat membuat biskut sejak dari dulu lagi. Setiap kali hari raya, Nisalah orang yang paling sibuk membuat biskut. Bukan sebab menerima tempahan tetapi sebab dia mencuba resepi biskut yang baru. Namun begitu tat nenas merupakan biskut yang wajib dibuatnya. Manakala dia pula, satu jenis biskut pun tak pandai. Yang dibawa balik hari tu pun, biskut tunjuk je. Nampak gayanya selepas ni memang kena belajar buat biskutlah. Biskut tunjuk bukan sedap sangat.
"Petang ni kita pergi lepak tepi pantai nak? Ajak Siti, Aini dan Misah sekali," usul Nur. Mereka telah lama tidak berkumpul beramai-ramai.
"Boleh jugak... selama ni kau tak de, tak cukup korum rasa tak best. Abang kasi ke?" ujar Nisa.
"Kasilah kot. Dia asyik sibuk memanjang je... takkan aku tak boleh sibuk plak," balas Nur acuh tak acuh.
"Mana tau petang ni abang ajak kau pergi jalan-jalan rumah saudara mara ke, kawan-kawan ke."
Nur menjungkit bahu. Tak tahu.
"Nanti aku cakap kat dialah. Kalau ada planning dia mintak cancel."
"Panjang umur laki kau," ujar Nisa sejurus melihat abangnya diruang tamu.
Mendengar kata-kata Nisa, Nur turut melilau melihat ruang tamu yang hanya dipisahkan oleh kain langsir di pintu masuknya. Dilihat Hisyam sedang bersalam-salaman dengan saudara-mara yang datang beraya. Tidak sampai beberapa minit, Hisyam muncul dengan senyuman kacaknya.
Nur membuat muka biasa-biasa. Tidak teruja dan juga marah. Tidak menegur dan tidak menyoal ke mana hilangnya pagi-pagi lagi. Hisyam mengangkat kening kepada Nisa yang sedang melangkah sambil membawa dulang berisi sejag air dan gelas ke ruang tamu. Nisa sengih sambil angkat bahu.
Hisyam menyimpan senyum. Merajuk lagi sayang abang ni ya... bisik hatinya. Ditarik kerusi dan duduk. Matanya terus memerhati tingkah laku isterinya yang sedang menikmati tat nenas. Bersahaja seolah-olah tiada sesiapa di sisinya. Hisyam memanjangkan tangan dan menarik balang berisi tat nenas itu. Nur menarik kembali. Hisyam tarik lagi. Nur tarik juga.
Geram! Nur memandang tepat wajah suaminya yang sedang berlagak serius. Bibirnya dicemik. Namun Hisyam buat-buat tak reti. Ditarik lagi balang berisi tat nenas itu.
"Abang!" Akhirnya bersuara.
"Owh.. Ada suara lagi rupanya. Ingatkan dah hilang sebab makan banyak biskut tat nih," usik Hisyam. tersenyum-senyum.
Nur menjeling. Tak kelakar pun.
"Jom kita pergi jalan-jalan... ronda-ronda nak?" Ajak Hisyam cuba mengambil hati isterinya.
"Tak senang... petang karang ada dating," balas Nur tanpa melihat wajah suaminya.
"Dating? Dengan siapa?" Soal Hisyam ingin tahu. ewah nak berdating ya.
"Sesiapa yang sudilah. Abangkan busy dengan abah dan ayah. Ke sana ke mari macam macam menteri melawat kawasan," sindir Nur.
Hisyam tanpa ditahan ketawa berdekah-dekah. Oooo... merajuk pasal itu rupanya, ingat semalam dah terpujuk.
"Balik jarang-jarang ni, macam tulah. Tak lawatkan orang kata kita sombong pulak," layan jelah cakap rajuk si isteri ni. Dijeling Nur sekilas. Masih lagi mencebik dan terkumat kamit.
"Nur tak baik buat muka macam tu. Nanti cepat tua," tegur Hisyam. ada ketegasan di dalam suaranya.
Nur terdiam dan bibirnya seperti sedia kala. Dia tunduk. Orang merajuk, takkan tak tahu. bebelnya dalam hati.
"Sayang..." Panggil Hisyam perlahan. Hanya mereka berdua sahaja di dapur. Dirapatkan diri ke arah isterinya.
"Maafkan abang... lepas ni abang bawa sayang jalan-jalan pula," Pujuk Hisyam sambil menggapai tangan isterinya di atas meja. Teringat kata-kata abah pagi tadi
"Abah rasa Nur tu dah merajuk dengan kitalah Syam," ujar abah.
"Kenapa pulak bah..." Tanya Hisyam pelik.
"Dah kita ni asyik keluar je sejak kamu balik. Tinggal dia kat rumah tu."
"Bukannya dia sorang-sorang bah. Umi ada, kak long, kak chik pun ada."
"Hurmmm bukan kamu tak tahu, bini kamu tu manja. Orang tak hiraukan sikit. Mulalah merajuk..." Terang abah lagi. Teringat kisah tempat tidur semalam. Betul jugak"
"Pergilah balik... tinggalkan abah kat sini. Bawa dia pergi jalan-jalan," unjur abah.
"Hmmm baiklah bah.. tapi tak apa ke abah tinggalkan abah ni?"
"Tak apa. Lagipun lepas ni abah hendak ke rumah Pak Mail jap... Hari tu dia ada ajak abah ke KL, merisik untuk si Kamil tu," terang Abah lagi.
Hisyam menggangguk-angguk. Merisik untuk Kamil... bukan jodoh Nisa.
Pap...
"Berangan!" Bidas Nur lalu bangun. Ingin beredar dari situ. Namun pergelangan tangannya segera ditangkap oleh Hisyam. ditarik sehinggalah Nur jatuh di atas ribanya.
Sekilas ciuman diberikan di pipi mulus Nur. Nur buat-buat tak kisah. Sekali lagi ciuman singgah di pipinya. Rona merah mula kelihatan apatah lagi tangan Hisyam nakal mengeletek pinggangnya.
"Cup...cup...lepaslah," Nur cuba melepaskan dirinya.
"Eh budak berdua ni.. Saudara mara ramai kat atas ni, boleh bermesra-mesra kat sini pula," tegur Khalida kepada anak menantunya.
"Abang ni yang kacau dulu mak" Cepat-cepat dia membela diri.
"Siapa yang suruh merajuk?" Ajuk Hisyam pula..
"Dah-dah... tak payah nak gaduh-gaduh.. pergi keluar.. orang nak jumpa..nak kenal dengan menantu mak ni," Arah Khalida.
Mereka saling berpandangan sebelum melangkah seiring menuju ke ruang tamu. Rajuk yang bertamu dihati telah terpadam... tak boleh Nur hendak merajuk lama-lama sebab Hisyam tahu bagaimana mahu memujuknya.
*******Psssst... Selamat hari raya aidilfitri. Jangan jadi mengada macam si Nur ya.. Nak berkepit dengan cik abang je.. bawak2 laa diri layan tetamu tu....
Maaf Zahir batin di atas kekurangan dalam picisan cerita ini dari Puan Penulis
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on June 24, 2017 22:00
June 18, 2017
Bab 6 : SE Puasa dan Raya #NurHisyam
"Cantik" Bisik Angah tanpa sedar keluar perkataan itu dari bibirnya.
Matanya masih lagi ralit memerhatikan Aryana yang sedang berbual-bual dengan Umi dan Kak Long. Manakala dia sambil menyuap nasi himpit ke dalam mulut sambil memerhati gerak geri Aryana yang sedang bersembang. Sejak kedatangannya bersama-sama dengan adik dan Hisyam, matanya sentiasa mengawasi gadis itu. Kisah pahit yang menimpanya mengundang selautan simpati di hati lelakinya. Tidak patut orang yang membuatkan Aryana mengandung, melepaskan tangan begitu sahaja. Lelaki bacul sahaja yang lari dari tanggungjawab. Patutnya kerana sayang, lelaki tersebut melindungi gadis itu. Ada keluhan terlepas dari bibirnya tanpa sedar.
Melihat gadis itu pada pandangan pertama membuatkan hatinya terus tertarik. Sedikit pun tidak kurang tarikan itu biarpun gadis itu kini sedang mengandung anak luar nikah. Setiap orang pasti melakukan kesilapan kerana tidak ada manusia di dunia ini sempurna. Lagipun dia kagum dengan semangat yang ada di dalam diri Aryana, walaupun hidup terumbang ambing tanpa perhatian daripada kedua ibu bapa, dia seorang yang cekal menghadapi dugaan berat ini. Calang-calang orang, sudah tentu berusaha menggugurkan kandungan tersebut. Perasaan kagum, tertarik dan simpati ini tanpa sedar teradun elok di hatinya, menyempurnakan satu rasa yang amat halus. Membangkitkan rasa ingin melindungi dan menyayangi Aryana.
Pap....
Angah tersentak tepukan yang kuat di bahunya. Mujur dia tidak tercekik nasi himpit yang tengah dimakannya.
"Kau ni dik... jadi bini orang, perangai tak berubah-ubah, suka kacau orang," Marahnya.
"Siapa yang suruh kau berangan Ngah? Dengan setengah jam adik perhatikan mata kau tak beralih langsung memerhatikan si Ary tu. Kau dah jatuh berkenan dengan dia ke? Cantikkan dia Ngahkan.. kan?" Ujar Nur sambil mencuri makan nasi himpit di dalam pinggan Angah.
"Merepeklah kau ni dik. Mana ada, aku tengok Umilah. Sejak kau bawak balik Aryana tu, Umi sangatlah prihatin dengan budak tu. Asyik tanya, Ary nak makan apa? Nanti Umi boleh buatkan. Selesa tak tinggal kat rumah Umi ni," Adu Angah.
Cuba menutup perkara sebenar. Soal hati jangan main-main dengan Nur ni. Jika dia dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena dengan hatinya, pasti dicanangkan satu rumah. Tak memasal, terjadilah pasal. Lebih baik ditutup kemas segala rasa yang teradun sebati di hatinya. Kepastian hati dan tindakan sebagai seorang lelaki harus diambil terlebih dahulu, sebelum orang lain tahu.
"Kau tak jeles ke dik?" Soal Angah. Matanya kini beralih memandang wajah adik bongsunya di sebelah. Amboi sedap makan nasi himpit di dalam pinggannya. Sejak dulu Nur memang suka sangat curi makan di dalam pinggan orang lain. Kalau ada makanan di dalam pinggannya, pasti tidak habis. Apabila disoal kenapa makan dalam pinggan orang, makanan di dalam pinggan sendiri ada, tak makan. Pasti dia akan menjawab, makanan dalam pinggan adik tak sedap tapi makanan di dalam pinggan Angah sedaplah. Walhal makanan yang sama sahaja di dalam pinggannya.
"Nak jeles apa kebendanya Ngah. Tak ada maknanya.. Lagipun aku tak heran pun. Laki aku ada nak sayangkan aku," balas Nur.
"Eh sedaplah Ngah nasi himpit dalam pinggan kau ni, kau letak apa? Tadi kenapa aku makan tak sedap je. Aku habiskan ek," pinta Nur sambil menarik pinggan Angah ke depannya.
"Kau ni dari dulu.. makanan dalam pinggan orang jugak yang sedap. Padahal sama je," bebel Angah pula.
"Tak eh. Lain rasanya Ngah," Mulutnya penuh dengan nasi himpit.
Nur terus menikmati nasi himpit di hadapannya. Angah diam memerhati sambil menggelengkan kepalanya. Hari raya tahun ini disambut meriah. Terasa juga akan kekurangan dirinya yang masih keseorangan. Nur telah selamat menjadi isteri orang dan dia masih lagi tercari-cari. Gadis yang hatinya terpaut dulu rupanya tunangan orang. Walaupun berkali-kali gadis tersebut menyatakan cintakannya, namun dia telah tawar hati. Dia bukan seorang lelaki yang suka merebut tunangan orang. Dia bukanlah seorang lelaki yang terlalu taksub kepada cinta. Sebaliknya dia seorang lelaki yang percaya, Allah s.w.t telah pun menentukan jodohnya. Telah menyediakan seorang wanita sebagai pendampingnya di dunia ini. Cuma belum saatnya dia menemui pendampingnya. Dia yakin apabila telah ditemui, laluan untuk menjadikan pendampingnya amat mudah dan diredhai oleh semua orang. Tidak akan ada hati yang terluka. Adakah pendampingnya itu adalah Aryana?
Sukar untuk dijawab. Baru tiga hari mengenali gadis itu. Baru tiga kali matanya menyapa wajah berseri bercampur duka Aryana. Perutnya sudah kelihatan menonjol. Pipinya berisi dan bersinar. Matanya redup. Sesekali apabila dia tercuri pandang, terlihat Aryana menyapu air matanya. Pasti ada duka yang menggigit hatinya. Masih lagi punya ayah dan ibu, tapi kehidupannya bagaikan tidak punya sesiapa yang menyayanginya.
Mujurlah ada Nur. Si adik manjanya yang kini walaupun masih lagi bersikap manja, namun semakin matang. Mungkin gelaran isteri mematangkannya di dalam apa juga tindakan. Walaupun begitu sikap nakalnya masih lagi tidak berubah. Riuh suaranya bercerita bermacam-macam perkara kepada Abah dan Umi. Masih lagi suka makan makanan dipinggan orang. Kebahagiaan jelas terpamer di wajah adik. Benci yang tersemi dulu entah ke mana menghilang, adik dan Hisyam sentiasa berdua.
Angah tersenyum. Perubahan demi perubahan yang adik alami membuatkan dia terasa ingin cepat-cepat berdua. Ingin merasai kebahagiaan apabila bergelar suami orang. Tapi hingga ke tiga hari lepas, hatinya kosong setelah meninggalkan tunangan orang itu. Kini hatinya telah terisi. Wajah Aryana ditatap lagi buat sekian kalinya. Nur sedang makan disebelahnya tidak dihiraukan. Sampai masanya, gadis itu pasti akan memdapat perlindungan dan kasih sayangnya. Tanpa sedar ada ikrar telah terpatri di dalam hatinya.
Nur tidak mempedulikan lagi Angah dengan angan-angannya. Walaupun begitu hatinya berdoa, agar hati angah terpaut dan terpikat dengan Aryana. Perbezaan usia yang ketara mungkin menjadi penghalang, namun apabila rasa cinta menjalar di hati, tidak ada apapun yang mustahil terjadi. Aryana perlukan seseorang yang ikhlas menerima dan melindunginya. Nur bimbang, jika tiada sesiapa menjaga Aryana, dia akan tersesat ke jalan buntu dan pengakhirannya berakhir menjadi gadis terperangkap dalam kancah sosial. Jauh dari iman, terpesong jauh dari norma-norma hidup sebagai orang Islam.
Selesai makan, Nur mengambil gelas berisi air oren milik angah, lalu diteguknya. Suaminya entah ke mana pergi dengan abah dan bapa mertuanya. Tidak perlu dirisaukan kerana adalah kerja mereka bertiga. Jodoh ini, walaupun pada mulanya ditolak, akhirnya membahagiakan dirinya. Keakraban abah dan Hisyam membuatkan bibirnya terus mengukir senyuman. Pilihan abah tak salah, pilihan yang terbaik untuk anak bongsunya.
Nur berkalih memandang angahnya. Pelik, biasanya di hari raya begini, angah takkan melekat di rumah. Ada-ada je agenda bersama dengan kawan-kawannya.
"Adik tahu hati angah dah melayan ke sana kan?" Soal Nur menyentak lamunan Angah.
"Pandai je kau buat cerita dik. Yang tak ada, kau adakan. Kalau hati angah melayan ke sana, macam mana aku nak hidup tanpa hati?"
"Kes kau ni special sikit ngah. Walaupun melayan ke sana, melekat di hati lagi satu, kau tetap boleh hidup, malah lebih ceria dari dulu sebab...." Nur terhenti seketika sambil tersengih nakal. Matanya berulang alih memandang Aryana yang bersama umi dan angah di sebelahnya.
"Sebab itulah dikatakan jatuh hati. Jatuh cinta..."
"Kau ni dik.. merepek tak habis-habis," dengus angah. Tidak suka dengan telahan Nur.
"Yang kau nak marah kenapa ngah. Bukan benda salah. Benda betul pe.. Tanya sama hati kau tu," balas Nur tidak mengalah.
Angah marah? Langsung dia tidak takut.
"Adik sukalah kalau kau dengan dia ngah..."
Nur terhenti sejenak sebelum menyambung kata.
"Lagipun adik risau kalau tak ada orang jaga Ary tu. Takut dia tersalah pilih jalan lagi. Cian dia ngah. Ada mak bapak tapi pentingkan diri sendiri. Ego.. dah bercerai tinggalkan dia terkontang kanting. Dilambakkan duit buat apa. Budak baru nak kenal dunia... tak ada bimbingan, hancur masa depan..."
"Adik harap kau dapat jaga dia ngah.. bimbing dia... Ary tu baik sebenarnya. Abang Syam cakap dia budak pintar. Harapan sekolah tu."
Angah mengeluh lalu menyandarkan belakangnya di kerusi. Kata-kata adiknya menyusup masuk ke dalam hati. Hatinya penuh simpati.
"Dia tinggal dengan siapa sekarang?"
"Hmmm... pengetua sekolah hantar dia ke pusat perlindungan wanita"
"Ok ke dia duduk kat sana?" Soalnya lagi.
"Ok kot. Ary tak ada pula mengadu kat aku. Katanya di sana, ada ramai rakan senasib dengannya dan dialah kiranya paling beruntung kerana jumpa aku. Mak dia tahu tapi buat tak tahu. Ayah dia pula tak tahu pun keadaan dia sekarang ni. Dia tak ada hati nak cakap. Katanya biarlah mak ayah dia bahagia dengan kehidupan masing-masing. Biar dia urus sendiri kehidupannya. Tabah kan Ary tu?"
"Kau cubalah dekati dirinya. Cuba kawan-kawan dengan dia. nanti kau akan tahu kelebihan dirinya.." Nur berkata lagi dalam nada memujuk. Besar harapannya agar angah sudi membantu Aryana.
"Tengoklah macam mana. Aku nak keluar sekejap. Jumpa kawan," ujar Angah lalu bingkas bangun.
Pssttt : Kisah Angah dan Aryana akan dinovelkan juga.. In shaa allah...
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on June 18, 2017 03:34
June 13, 2017
Bab 5 : SE Puasa dan Raya #NurHisyam
Berhimpit-himpit di tengah-tengah keghairahan warga kota membeli belah sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi merimaskan Nur. Namun oleh sebab baju raya punya pasal, dia buat-buat tak kisah. Hatinya berlagu riang seriang lagu-lagu hari raya yang bergema di sepanjang jalan TAR. Tawar menawar, belek membelek pakaian yang pelbagai jenis dan warna membuatkan matanya kelabu. Tidak tahu hendak memilih yang mana satu. Semuanya kelihatan cantik dan menarik.
Hisyam tetap setia mengekori isterinya dari belakang. Dia sentiasa berjalan di belakang Nur, melindunginya daripada himpitan orang ramai yang ghairah membeli belah. Sesekali tangannya diletakkan di atas bahu dan sesekali di pegang pinggang isterinya. dia sememangnya tidak gemar membeli - belah di tengah kepadatan orang begini. Sebab sayang bini punya pasal, diikutkan juga. lagipun risau hatinya ingin melepaskan Nur membeli belah sendirian.
"Cantik tak bang?" Soal Nur sambil membelek-belek dan mengajukan baju kurung moden itu ke badannya.
"Cantik.. tapi cantik sangatlah sayang. Pakai untuk abang je boleh?" komen Hisyam. Baju itu pada pendapat Hisyam menyerlahkan bentuk badan isterinya. walaupun jatuh pada kategori menutup aurat, namun tidak mematuhi syarat menutup aurat yang sebenarnya.
Nur mencebik. Payah membeli belah dengan ustaz ni. Cantik.. tapi seksi sangatlah yang. Cantik kain ni tapi jarang… boleh nampak apa yang ada kat dalam baju tu. Kainnya terbelahlah.. terbuka aurat tu.. Itulah sebahagian komen dari komen-komen encik suami yang dikasihi. Apa pulak jenis baju yang boleh dipakainya apabila semua yang berkenan di mata dan hatinya tidak diluluskan penilaiannya oleh encik suami.
Nur mula membuat muka. Badannya telah penat berhimpit. Kakinya pun telah lenguh berjalan menawaf jalan TAR ini. Baju melayu suaminya telah pun selamat dibeli. Cuma bajunya tidak dapat-dapat dari tadi. Takkanlah kena pakai jubah pulak? Baju kurung sudah banyak di dalam koleksi pakaiannya. Jadi pada hari raya tahun ini, dia ingin mengubah selera, hajat di hati ingin bergaya dengan baju kurung moden. Tapi… huh, kena banyak bersabar bila bershopping dengan Ustaz Hisyam ni, semuanya komen yang diberi menggambarkan si Ustaz tidak suka dengan setiap pilihannya.
"Penatlah abang ni. semua yang Nur suka.. semua dia tak suka. Habis tu nak pilih baju yang macam mana?"
"Biasalah baju kurung moden tu ikut bentuk badan tapi tak adalah sampai menunjukkan setiap lekuk badannya. Tadi kan tadi Nur dah cuba.. longgar sesangatlah," bebel Nur.
Hisyam menggelengkan kepalanya. "Bukan abang tak suka tapi tak sesuai kalau Nur pakai. Janggallah bila berjalan dengan abang nanti. Apa kata Nur pilih baju kurung.. cantik jugak. Tak pun jubah ni.. lagi lawa jik Nur yang pakainya," pujuk Hisyam.
"Baju kurung sudah banyaklah. Ingat tahun ni nak ubah selera sikit. Nak lagi lawa.. lagipun kalau orang lawa.. orang puji.. abang jugak yang dapat kreditnya," balas Nur tak ingin kalah.
"Abang tak perlukan kredit pujian dari orang lain Nur. Abang hendakkan kredit dari Allah s.w.t. Cantik Nur biar abang je yang puji dan nikmati. Orang lain tak perlu…" Tegas Hisyam membuatkan Nur terdiam. Salah orang pula.
"Selama ni cara Nur berpakaian, abang tak tegur pun," balas Nur lagi. Seingatnya Hisyam tidak pernah menegur cara dia berpakaian kecuali teguran mengenai aurat dengan abang long dan abang chik dulu.
"Tak tegur tak semestinya abang suka dengan pemakaiannya.. Abang mahu Nur berubah sedikit demi sedikit dengan kerelaan diri sendiri. Bukan disebabkan oleh teguran abang. Lagipun apa yang Nur pakai telah menepati menutup aurat dengan betul. Abang tak ambil kisah sebab abang tahu isteri abang ni cantik dan lawa orangnya."
"Tapi bila Nur nak pakai baju kurung moden… abang tak larang sebenarnya asalkan baju itu tidak menonjolkan bentuk badan sayang. Tapi kalau boleh abang lagi suka Nur pakai baju kurung atau jubah ni.. lagi tampak manis dan cantik," nasihat Hisyam bersama pujian.
Nur terdiam mendengarnya. Bukan dia tidak tahu bagaimana cara pemakaian yang betul bagi seorang muslimah menurut tuntutan agama. Biasalah usia sepertinya, bergaya dan memcuba fesyen baru yang trendy menjadi salah satu keinginan hatinya. Bukannya tidak tidak bertudung dan bukannya setiap pilihan pakaiannya menonjolkan setiap lekuk badannya. Abang Ustaz ni melebih pulak.
"Tapi… baju yang orang pilih semuanya longgar-longgar. Takkan nampak lekuk badanlah bang…" pujuk Nur lagi.
Hisyam menggelengkan kepalanya buat sekian kali. Si buah hatinya ni, memang keras kepala. Apa yang dirasakan betul pada pemikirannya akan dipertahankan habis-habisan.
"Ok kalau Nur nak jugak.. boleh ambil tapi dengan syarat beli jubah tu sekali." Akhirnya Hisyam bersetuju.
Nur terasa mahu melompat dan memeluk suaminya, tetapi dia cepat-cepat tersedar bahawa mereka kini di tengah -tengah orang ramai dan juga di bulan puasa. Mana boleh buat aksi terlampau pulakan.
"Terima kasih abang… ni yang buat Nur makin saaaayang kat abang terchenta," balas Nur sambil memaut lengan Hisyam. Kakak tuan punya gerai pakaian itu tersenyum-senyum. Pastinya di dalam hati.. alahai macam-macam kerenah orang ni.. bulan-bulan puasa pun boleh pulak nak romantic-romantik..
"Abang dah tahu dah, beli tak beli pun memang Nur dah tersayang kat abang kan?" Usik Hisyam sambil mengeluarkan dompetnya mahu membayar baju tersebut.
Nur tersenyum-senyum sambil ketawa.
"Tahu tak pe," Haaa.. membalas je mulutnya.
Dalam masa yang sama, tanpa disedari dua pasang telinga dan mata mendengar perbualan mereka. Kedudukannya sedikit terlindung. Salah seorang daripada mereka terasa iri dan cemburu dengan kebahagiaan Hisyam dan isterinya.
‘Kenapa bukan aku di tempat budak itu. Ustaz tidak perlu bersusah payah seperti ini. tidak perlu menegur dan mengajar macam budak-budak yang tak tahu apa. Tak perlu merendahkan ego memujuk budak yang memang masih lagi banyak bersikap kebudak-budakan itu..' dengus hatinya geram.
Dijeling pasangan itu yang kini menyelit di celahan orang ramai. Matanya terasa berpasir. Hatinya sakit bagaikan ditoreh dengan pisau yang teramat tajam dan menyakitkan. Kesan torehan itu memercikkan titisan merah bercampur nanah kekuningan. Aku tidak akan berhenti berdoa agar ditemukan jodohku dengan Ustaz Hisyam. Akulah wanita yang terbaik untuknya, bukan budak yang belum cukup umur itu' dengus hatinya lagi.
Tepukan di bahu menyedarkannya dari terus memusatkan pandangannya ke arah pasangan itu yang kini semakin tenggelam di celahan orang ramai.
"Sudahlah Ayu.. doakanlah mereka bahagia. Pasti selepas ini mudah-mudahan Ayu menemui kebahagiaan Ayu pula," Nasihat Mardihah buat sekian kalinya.
Ayu tersenyum sinis. " Bahagia ke gaya mereka tu kak? Tak nampak ke cara layanan Ustaz Hisyam tu persis melayan budak-budak je. Ayu tak rasa Ustaz sedang bahagia. Mungkin bahagia dalam terpaksa kot. Melayan budak tidak cukup umur macam bini dia tu," Ucap Ayuni tanpa sedar menggambarkan suhu cemburu melebihi takat didih di dalam hatinya.
Mardihah terkejut, terus dia beristigfar. Seolah-olah orang lain yang menuturkan kata-kata tadi bukan Ayuni yang dikenalinya. Ayuni yang dikenali adalah seorang yang lemah lembut tutur katanya, cakap berlapik dan tidak akan menuturkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain. Apatah lagi menggambarkan oleh lain dengan kata-kata yang tidak elok.
"Ayu!" Mardihah menekan suaranya. Ingin menyedarkan Ayuni ke alam realiti.
"Kenapa kak?" Soal Ayuni seolah-olah tidak berkata apapun sebelum ini.
"Erk.. tak ada apa-apa. Ayu tu sudah-sudahlah pandangnya. Mereka dah jauh tu. Tak nampak apa dah," ujar Mardihah. Ingin menegur tentang kata-kata tadi, tetapi dikurungkan niat itu. Melihat emosi Ayuni telah berubah mendadak ini, lebih baik dia berdiam diri dulu dan mencari masa yang sesuai.
Ayuni kini dan Ayuni yang dikenalinya dulu telah banyak berubah. Semakin jauh darinya. Seolah-olah dia tidak mengenali gadis itu. Kerana cintanya tidak kesampaian itukah yang membuatkan dia berubah mendadak? Tidakkah dia sedar.. Jodoh itu bukan manusia tentukan tetapi Allah s.w.t yang menentukannya.
"Nak makan apa petang ni? Soal Mardihah berlagak seolah-olah tidak berlaku apa-apa. Emosi Ayuni perlu dikembalikan seperti sebelum mereka terjumpa dengan Hisyam dan isterinya.
"Tak tahulah kak.. Ayu tak de selera nak makan. Semuanya nampak tak sedap je.." Balas Ayu lemah. Selemah hatinya kini.
"Isyy.. mana boleh macam tu.. seharian puasa, bukak puasa nanti kenalah makan.. kalau tak mana ada tenaga hendak berpuasa esok pulak. Kan malam ni Ayu nak tolong akak buat biskut," pancing Mardihah.
"Buat biskut pun kak.. siapa nak makan? Ayu tak ada sesiapa pun untuk dijamu.. Orang yang Ayu sukakan pun telah dikebas orang. Tidak ada orang sayangkan Ayu pun" Bisik Ayuni dalam sebaknya.
"Akak ada.. Anis ada.. Abang Azrul pun ada.. Kami semua sayangkan Ayu. Dan yang paling penting Allah s.w.t lagi sayangkan Ayu. Sebab itu diberi dugaan ini. In Shaa Allah selepas ini kebahagiaan akan Ayu kecapi" Pujuk Mardihah. Dengan dirinya sekali turut terasa sebak.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on June 13, 2017 17:30
June 11, 2017
BAB 4 : SE Puasa dan Raya #NurHisyam
"Biru.. adik rasa tahun ni kita pakat pakai warna birulah," kemudian dia terdiam mendengar orang sebelah sana bercakap. Mulut terherot ke kiri tanda tidak suka dengan apa yang didengari. Hisyam memerhati tanpa menegur. Sekejap kelihatan Nur menilik muka di cermin dinding, sekejap dicebikkan wajahnya."Tak naklah. Nak biru jugak. Tahun lepas dah ikut cakap kak long warna purple. Tahun ni ikut cakap adik lak. Adik dah cakap kat abah dan umi. Mereka okey je. Kak chik pun sama. Angah tak boleh pakai. Ikut dan dia je nak pakai baju kaler apa," balas Nur lagi.Kemudian dia diam."Tak kisahlah biru apa. Biru tua ke, muda ke biru laut ke asalkan tema keluarga kita tahun warna biru," jawab NurHisyam yang mendengar sejak dari tadi terjungkit senyum. Warna baju raya pun kena ikut tema. Ishhh.. pakai yang mana ada dahlah. Bukannya wajib pakai baju baru setiap kali sambut hari raya aidilfitri."Ok. Kirim salam kat abang long jugak dan dua budak perasan comel tu, haha.""Waalaikumussalam" talian diputuskan dan Nur kembali ke sisi suaminya. tersenyum-senyum memandang Hisyam yang sedang menonton televisyen."Abang.. Sabtu ni kita pergi jalan TAR ya, nak cari baju raya. Tema tahun ni warna biru," ajak Nur sekali memberitahu tema warna baju yang akan dipakai pada hari raya nanti."Eh, abang pakai jubah kelabu je setiap tahun." Berkerut dahi Nur mendengar kata suaminya."Mana boleh.. pakai baju melayulah, baru sedondong. Nanti kita pergi beli kat jalan TAR nanti," tegas Nur berkata.Hisyam kalih pandang. "Sayang, selama ni tiap kali hari raya abang yang kena baca khutbah hari raya. Tak apalah. Nur pakai baju biru, abang tak kisah pakai warna apa pun."Nur mendengus geram. Ada ke tak kisah. Abang memang tak kisah. Orang ni kisah sangat-sangat. Bebel Nur. Terkumat-kumit bibirnya.Jika tadi Nur duduk berhimpit dengan suaminya, kini dia menjarakkan sikit kedudukannya, tanda protes. Mata terfokus di kaca televisyen biarpun dia bukannya tahu hujung pangkal cerita yang sedang ditayangkan. Setelah beberapa minit barulah Hisyam perasan tentang keadaan yang tidak berapa mendinginkan itu. Andai Nur senyap dan menjarakkan diri darinya, pasti ada yang tidak kena di hatinya. Hisyam sudah mulai pandai membaca bahasa badan isterinya.Dihulurkan tangan mencari tangan isterinya. Nur buat-buat tak tahu. Malah dijarakkan lagi kedudukan mereka. Hisyam berpaling dan memandang wajah masam itu dengan senyuman nakal terukir di bibir.Merajuk? ‘Nak kena ni,’ bisiknya diam-diam. Kemudian dirapatkan kembali jarak kedudukan mereka. Tangannya menyelinap ke belakang isterinya selari dengan aras pinggang, tanpa bertangguh dia mengeletek pinggan Nur yang tidak menduga tindakan Hisyam itu."Aaaah.. abang.. tak nak.. lepas.. lepaslah, eeeiii gelilah.. hihihi," bergema suara Nur cuba meminta simpati dari Hisyam. Dia terkial-kial cuba melepaskan diri daripada terus menjadi mangsa geletek suaminya."Hahaaha… Ampun.. tak nak.. Abanggg.. gelilah.. lepas," Nur merayu lagi. Hisyam semakin seronok mengusik dan menggeletek."Nak merajuk lagi dengan abang?" Soalnya sambil tangan tidak lepas daripada sasaran."Nak!... Eh tak nak.. tak nak dah," Jawab Nur dengan suara terputus-putus. Air mata berlinangan di tubir matanya kerana terlalu banyak ketawa."Betul ni? Kalau tak abang tak nak lepaskan?" Soal Hisyam lagi."Tak..tak nak dah" Balas Nur lagi. Barulah Hisyam menghentikan perbuatannya lalu ditarik Nur ke dalam pelukannya.Lama mereka duduk berpelukan begitu sehinggalah Hisyam bersuara."Sabtu ni kita pergi jalan TAR cari baju raya.""Tapi…." Nur mendongakkan wajah memandang suaminya."Abang kena pakai baju melayu biru masa raya nanti" Nur bertegas. Hisyam dalam diam menggelengkan kepala. Sudah lama dia tidak memakai baju melayu ketika bersolat sunat hari raya. Baju tradisinya adalah jubah berwarna hitam. Takkanlah kena ubah trend pula."Tak pernah abang pakai baju melayu ketika baca khutbah. Seganlah." luah Hisyam. Nur mencebik. Segan apanya?"Berwarna warni pulak tu" Sambung Hisyam lagi.Bingkas Nur mengangkat tubuhnya, dijarakkan sedikit badan mereka agar dapat memandang wajah suaminya dengan jelas."Warna warni apa pulak. Warna birulah. Satu kaler je. Bukannya banyak kaler?""Ginilah.. masa pergi solat sunat, abang pakai jubah abang tu. Balik dari solat abang tukar pakai baju melayu. Boleh sayang?" Pinta Hisyam."Hmmm bolehlah. Dari pakai jubah abang sepanjang hari." Setuju Nur separuh hati. Dah suaminya sanggup berkompromi, takkanlah dia tidak boleh bertolak ansur jugakkan.*******Mak Teh menghampiri suaminya yang sedang berehat-rehat di anjung rumah mereka dengan membawa dua cawan kopi. "Menung jauh bang.. ingatkan siapa?" Sapa Mak Teh.Mendengar teguran itu, Pak Teh berpaling memandang wajah isterinya yang lebih tiga puluh tahun menjadi peneman setianya. Susah senang kehidupan, dilalui bersama. Ketabahan isterinya menjadi pembakar semangat dirinya. Melihat anak-anak membesar dan menjadi seseorang yang berguna kepada masyarakat amat membanggakan hatinya. Dia kini boleh tersenyum lega. Anak-anak perempuannya telah berumahtangga. Tanggungjawab sebagai seorang bapa kini beralih arah ke tangan suami mereka. "Teringat anak-anak yang jauh. Adik ada telefon?" Soal Pak Teh sambil menyambut huluran cawan daripada isterinya."Tiap-tiap hari telefon bang. Umi.. nak resepi buat ikan masak asam pedas. Umi macam mana nak buat pudding roti ni.. Umi..umi.. semuanya umi. Nak iron baju pun tanya umi," beritahu Mak Teh diiringi tawa kecil. Pak Teh ikut ketawa sekali."Setiap hari bang, kalau tak berbunyi telefon tu, memang tak sah. Tak pagi, petang akan berderinglah," sambung Mak Teh lagi.Adik..adik… Ketika ditunangkan, protes bukan main. Sanggup boikot kerana terpaksa bertunang dengan pilihannya. Sanggup mogok tidak bercakap, padahal kalau dengan abahnya ni, ada-ada je cerita yang hendak disembangkan. Ada-ada saja benda yang hendak diminta.Senyuman nipis terus terukir di bibirnya. Tidak menyesal mengahwinkan Nur di usia belasan tahun. Walaupun diakui, anak itu banyak kelemahannya, namun itulah langkah terbaik untuknya. Pak Teh kini boleh berlapang dada, tidak perlu risau dengan anak perempuan yang jauh dari pandangan matanya."Biarlah dia belajar, sikit-sikit pandailah tu. macam awak dulu jugak, bukannya pandai masak tapi sekarang saya sebut je apa yang nak makan, dengan pejam mata pun awak boleh masak," balas Pak Teh berbau usikan.Mak Teh tersenyum senang. Diakui apa yang dikatakan oleh suaminya. Dulu dia lebih kurang seperti adik juga. Satu pun kerja rumah tak pandai, maklumlah di dalam usia awal belasan tahun, telah disunting menjadi isteri orang. Tak sempat hendak belajar kursus rumah tangga dengan ibunya. Selepas kahwin sedikit demi sedikit dia belajar bagaimana menguruskan rumahtangganya. Alhamdulillah, memiliki suami yang ringan tulang, selalu membantunya membuatkan hatinya bahagia. Yang susah jadi senang. "Saya pun tak sangka, dalam bencikan Hisyam tu, selepas kahwin tu langsung tidak mahu berenggan." "Itulah awak tak tahu. Mulut kata benci, hati kata rindu.” "Hisyam tu, saya tahu sejak dulu lagi sukakan Nur. Sebab itulah sanggup ikut syarat saya tanpa banyak soal." Pak Teh membuka ceritanya.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on June 11, 2017 03:28
June 6, 2017
Bab 3 : SE Puasa dan Raya #NurHisyam
"Sudahlah sayang… bulan-bulan puasa ni tak baik marahkan orang." "Abang ni tak bagi sokongan langsung. Lelaki tadi tu kecewakan hati adik abang tau. Suka suki dia je buat orang macam tu. Masa nak sungguh-sungguh mengayat, bila tak nak dibuat tak retinya, dia buat macam orang ni kain buruk," Nur melepaskan geram."Elok juga hubungan tu terputus. Bukan jodoh mereka.""Abang sukalah adik abang merana sampai tak boleh nak stadi. Macam tu?" Nur memasamkan muka. Ni lah lelaki, akan tetap sokong kaum dia jugak."Terus terang abang cakap. Abang tak suka Nisa bercinta ketika belajar. Di dalam islam tidak ada istilah bercinta sebelum kahwin. Berkawan di antara lelaki dan perempuan pun tidak ada nas hadis menggalakkannya. Sebaliknya, menghalang keras perhubungan lelaki dan wanita tanpa ikatan yang sah. Apatah lagi berkasih sayang. Jadi jika perhubungan mereka terputus, bermakna Allah s.w.t sayangkan Nisa. Kalaulah Nisa sedar tentang hakikat pastinya dia akan menyedari kesilapannya selama ini," syarah Hisyam tenang.Nur geleng kepala. Biarpun dia tidak pernah bercinta sebelum kahwin tapi pendapat Hisyam tidak dapat diterimanya. Soal hati payah nak diduga dan diprogramkan. Ia terjadi secara spontan. Jadi bukan salah Nisa jatuh hati sebelum kahwin. Patutlah Nisa tak nak dia memberitahu kepada Hisyam tentang perkara ini. Nisa tahu abangnya tak suka dan melarang keras hubungan kasih sayang sebelum berkahwin ini. Hmmm silap orang pulak berkongsi masalah ni. Hisyam jeling isterinya yang sedang buang pandang ke luar tingkap. Dia tahu Nur tidak puashati dengannya. "Apa perasaan Nur bila jatuh cinta dengan abang?" Soal Hisyam pula.Nur segera menoleh. Apa kena mengena pulak dengan kisah Nisa ni. "Kenapa tanya?" Soal Nur tak mengerti."Jawab dulu, selepas itu baru abang cakap sebabnya.""Macam abang rasalah. Itu yang orang rasa.""Rasa macam mana sayang? Cakaplah""Seganlah. Buat apa nak cerita. Abang faham-faham sendiri lah." Nur masam muka. Takkan itu pun nak cakap terus terang. "Laaa.. Segan apa pulak Nur. Nur dengan abang tak ada apa yang nak disegankan lagi.” Sengih Hisyam. "Kenapa abang nak tahu, cakap dulu," Nur tidak mengalah. "Sebab ia ada kaitan kenapa abang tak suka Nisa bercinta sebelum tiba masanya."Nur tercengang. “Nur faham tak maksud abang?”Geleng lagi. Apa yang dia rasa. Bila sudah bersama dengan Hisyam. Berjauhan ketika Hisyam ke sekolah pun dia dah rindu separuh jiwa. Terasa lambat sangat jam bergerak. Bila Hisyam berada di depan mata, asyik nak menempel je kerjanya. Berat hati nak berpisah. Kalau boleh nak sentiasa bersama. Nur menoleh memandang suaminya. Tapi apa kaitannya? Normallah tu perasaan rindu dan sayang seorang isteri. Hisyam jungkit kening. "Tapi apa kena mengena hal kita dengan hal Nisa dan Kamil pulak? Normallah kan Nur rindu abang?" Soal Nur pelik. Tidak dapat menangkap persoalan yang diutarakan oleh suaminya."Ada, siapa kata tak ada,” Jawab Hisyam terhenti di situ kerana mereka telah pun sampai di apartment mereka."Cakaplah.. ada? Macam mana boleh ada?" Soal Nur lagi. Tidak berpuashati dengan persoalan yang masih lagi tergantung. Baginya langsung tiada kaitan. Kes mereka amatlah berlainan."Lepas solat terawih karang abang jawab. Sekarang ni sayang, waktu berbuka dah nak masuk. Tak baik tau melewatkan berbuka puasa," Nur membuat muka tidak puas hati. Huh boleh lagi nak tangguh-tangguh sedangkan dia bukan seorang yang sabar okeh? "Haa.. eloklah buat muka macam tu? Nanti bertambah-tambah sayanglah abang," usik Hisyam.Sengaja dia berkata begitu. Faham sangat mimik muka tidak puas hati isterinya. Nak kata apa dah, baginya elok mereka bercakap perkara yang berkaitan denga Nisa dan Kamil selepas berbuka puasa. Memandang suhu panas isterinya ini, boleh mengundang pertelingkahan pendapat. Dia tahu, Nur takkan mudah-mudah mengubah pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara. Jadi ada baiknya, kisah itu dibuat bual ketika hati tenang dan lapang selepas bersolat terawih.Penuh satu meja dengan juadah berbuka puasa. Hisyam menggelengkan kepala apabila melihat pelbagai jenis kuih muih dan lauk pauk yang terhidang. Itulah ikut cakap isteri tersayang ketika membeli tadi, inilah hasilnya. Siapa yang nak habiskan kesemua makanan ni. "Sayang cukup ke tak cukup ni. Kalau tak cukup esok kita beli banyak lagi ya," sindir Hisyam sambil mengambil tempat di kerusi. Nur tersengih-sengih. Sedar akan khilafnya. Tapi hendak kata apa lagikan. Dah beli pun, takkan nak pergi jual semula kepada penjual tadi. Ingatkan tak banyak yang dibeli tapi, rupa-rupanya penuh satu meja. Apa yang tak ada, segala jenis kuih yang terliur dilihat tadi semuanya dibeli. Itu pun nasib baik encik suami ajak balik awal. Kalau tawaf lagi satu pusingan, sah-sah bertambah banyak plastik yang dijinjitnya."Abang, rezeki orang kata jangan ditolak, jangan merungut di hadapannya, tak baik tau," sengih Nur. Padahal salah sendiri."Abang tak merungut, abang puji tadi kan?" balas Hisyam selamba. Hendak marahkan tak sampai hati. Lagipun inikan kali pertama mereka menyambut Ramadhan berdua sebagai suami isteri. Suasana ini amat membahagiakan hatinya. Tak pelah lauk pauk dan kuih muih terlebih sikit hari ini, esok-esok pandailah nak bajet. Pandai-pandailah dia nak kontrol si isteri pula. Tidak lama menunggu, azan pun kedengaran. Hisyam menadah tangan membacakan doa berbuka puasa. Syukur ke atas nikmat yang diberikan oleh-NYA. Di saat ini Nur teringat memori berbuka puasa bersama abah umi dan adik beradiknya yang lain. Rindu pula kepada mereka semua."Mesti seronok kalau dapat menyambut puasa di kampung kan bang," suara Nur. Ada kesayuan terselit di dalam hatinya."Dengan abang tak seronok ke?""Seronok, tapi bertambah seronok kalau dapat berkumpul dengan adik beradik yang lain," jawab Nur.Hisyam tersenyum."Tak apa, nanti-nanti kita balik kampung, kita pakat dengan mereka semua, buka puasa sama-sama ya.""Jom kita solat maghrib dulu, lepas tu baru sambung makan. Abang takut Nur tak larat nak solat lepas makan ni. Banyak sangat," ajak Hisyam disulami usikan. Tidak ingin si isteri terbuai perasaan syahdu di hari pertama puasa.Nur mengherotkan mulutnya. Baru je nak makan. Potong selera betullah.. rungutnya di dalam hati. Tetapi huluran tangan si suami disambut juga dan mereka bergandingan menuju ke bilik untuk bersolat.Berehat di hadapan televisyen sebelum menunggu mata mengantuk, berduaan dengan suami, melentukkan kepala dibahunya, romantikkan, desis hati Nur. Haaa.. lupa. Persoalan petang tadi belum terjawab. Apa yang samanya kisah mereka dengan kisah Nisa dan Kamil."Tadi kan perbualan kita tak habis lagi. Apa yang sama kita dengan mereka tu," soal Nur perlahan. Tetap terlentuk di sisi suaminya."Ingatkan dah lupa. Abang pun ter..terlupa..” sengih Hisyam"Mana boleh lupa. Cakaplah apa yang sama?""Cinta"Satu patah perkataan keluar dari bibir Hisyam. Nur berkerut dahi."Cinta?""Persamaannya adalah cinta. Kita bercinta dan mereka pun bercinta. Yang membezakan antara kita dengan dia, cinta kita halal di sisi Allah dan cinta mereka dilarang di sisi Allah.""Kenapa pula dilarang. Takkanlah mereka tak boleh bercinta sedangkan kita boleh.""Memanglah kita boleh sayang, sebab kita bercinta setelah kita berkahwin. Abang langsung tak halang kalau mereka bercinta selepas berkahwin.""Tapi ni tak, sekolah tak habis lagi dah sibuk bermain cinta. Tu yang abang tak suka.""Biar habis sekolah.. kemudian ke Universiti… kemudian..""Baru boleh bercintakan?" Belum habis cakap sudah dipotong oleh Nur"Tak eh.. siapa kata boleh bercinta?""Abang nak kata baru boleh kahwin." senyum-senyum Hisyam apabila menyambung katanya tadi."Tak adil," dengus Nur. Persoalan kisah cinta Kamil dan Nisa sudah melarat ke arah lain. Jujur dari sudut hati Nur dapat menangkap apa sebab Hisyam tidak suka adiknya bercinta. Bercinta ni susah. Memang susah untuk mengawal perasaan dan hati kita. Susah untuk mengawal lenggok percakapan kita, susah untuk mengawal bahasa badan kita. Kerana apabila terbuai dengan perasaan indah itu, otak tidak mampu lagi mengawal apa yang hati inginkan. Dan oleh sebab itulah terjadi perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Contoh yang paling dekat ada Aryana. Kerana cinta dia dihambat penyesalan di atas tergelincirnya diri melakukan hubungan yang membuatkan dia mengandung. Jadi dia pun tidak ingin sahabat merangkap adik iparnya terjebak di dalam penyesalan itu. Mujurlah percintaan mereka terputus ditengah jalan. Mujurlah juga mereka berjauhan. Mujur juga kejadian tidak diingini tidak terjadi. Biarlah Nisa kecewa sekarang dari menyesal kemudian. Biarlah Kamil dengan dunianya. Dengan si gadis cantiknya yang dijumpai petang tadi."Kenapa pulak tidak adil?""Adil je bagi abang..""Tidak adil bagi Nurlah. Nisa boleh pulak berkahwin selepas habis belajar. Nur ni jejak kaki ke Universiti pun tak lagi. Dah dikahwinkan," ujar Nur. Geram sangat ke? Tak jugak. Diri tengah berbahagiakan. Cuma terkilan sikitlah sebab dia masih muda dan mentah untuk mengharungi cabaran hidup berumahtangga ni. Nasib baik si suami terchenta ni dah matang dan sabar lagi melayan kerenah keanak-anakannya."Tu dalam keluarga sayangkan. Bukan keluarga abang. Jadi kira adillah abang dengan Nisa tu," senyum-senyum Hisyam lagi.Betul jugakkan? Di dalam keluarganya, kak long, kak chik berkahwin semasa mereka masih belajar juga. bezanya mereka berkahwin ketika di Universiti dan dia selepas habis matrikulasi. Cuma Angah seorang je yang terlajak, tak kahwin-kahwin lagi. tapi tak apalah, dia lelaki. Abah tak kesah langsung nak kahwin bila. Yang abah kesahnya, anak-anak perempuan dia yang berjauhan, risau sangat sebab jauh darinya."Kenapa? Tak suka ke kahwin dengan abang?"Ada pula tanya begitu. Kalau tak suka, tak adanya dia di sini. Tak adanya rasa cemburu apabila Fatihah membuat hal dulu. mestilah suka tambah sayang lagi tambah bahagia. Cuma ada sikit-sikit di dalam hati merasakan, rugi tidak dapat menikmati zaman remaja riang ria seperti kawan-kawan yang lain.Nur tidak menjawab. Dibiarkan bahasa badan menjawab soalan itu. Hisyam tersenyum bahagia. Tanpa jawapan dia telah pun tahu apa yang ada di dalam hati isterinya.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on June 06, 2017 15:43


