Shima Rostam's Blog, page 19
February 20, 2017
Bab 11 (a) : Hati Yang Kau Sakiti
“Ami...”
Ada suara garau memanggil mereka dari belakang. Ami menelan liur. Walaupun dia tak cam tapi dia tahu siapa. Teringat lelaki yang dia nampak sebelum masuk dewan kuliah tadi. Pastinya dia. Wawa tarik lengan Ami supaya berhenti. Nak tak nak Ami pakukan langkahnya dan menunggu. Dia tarik nafas. Orang yang paling tak nak jumpa itulah yang selalu muncul. Entah-entah dia ni tak faham bahasa kot. Orang cakap tak nak jumpa, tak payahlah susah-susah datang jumpa. Ami mendengus, geram.
“Boleh tak kita bercakap sekejap? Pinta Amru apabila menghampiri Ami dan kawannya.
“Tak ada benda pun nak cakap,” balas Ami sambil lewa. Tak pandang pun wajah lelaki itu. Sakit hati dan malu ingatkan malam titik hitam itu.
Amru terdiam. Dia pandang Ami mengharap. Tapi Ami sikit pun tak pandangnya. Wawa jadi kasihan. Dia nampak keikhlasan lelaki di hadapannya ini. Walau apa pun yang telah berlaku, lelaki ini berhak di beri peluang untuk membela diri.
“Kau dengarlah apa yang dia nak cakap kejap. Tak rugi pun,” pujuk Wawa. Ami jeling Wawa. Cairlah tu dengan wajah kacak lelaki ni. Tapi aku sikit pun tak cair. Wajah kacak buat apa kalau perangai buruk. Lebih buruk dari perangai si Hafiz tu.
Terlintas nama Hafiz bila ternampak lelaki itu pandang mereka bertiga. Bukan dia je, malah pelajar lain yang lalu lalang di situ. Ada yang berbisik-bisik. Ni yang aku tak suka ni.
‘Mengumpat tak habis-habis.’
Akhirnya Ami pandang juga wajah lelaki di hadapannya. Itu pun setelah puas matanya tengok tempat lain. Tersentap jantungnya apabila mata mereka bertentang.
“Aku jalan dulu. Aku tunggu kat library..” ujar Wawa sebelum berlalu.
Ami dalam paksa terpaksa angguk. Tidak mahu mereka terus menjadi perhatian, Ami bergerak keluar dari Fakulti menuju ke library juga. Sampai ke hujung bangunan yang mengadap parking, Ami berhenti. Dia berpaling mengadap lelaki itu.
“Awak nak cakap apa? Cepat sikit.”
“Hari ni panas. Saya dahaga pulak. Kita bercakap dekat gerai tepi library sanalah. Boleh duduk sambil minum.”
Ami buat keras. Dia mendengus kuat. Geram.
“Cakap kat sini tak boleh ke? Saya nak cepat ni,” gesa Ami. Enggan.
Amru geleng kepala.
“Saya dahaga..” ujar Amru minta simpati.
“Kalau dahaga pergi minum sendiri. Saya pergi library!” Ami buat keras kepala. Dia mula melangkah meninggalkan Amru.
“Okey.. Okey.. Ami tunggu!”Ami tak jadi nak melangkah. Amru tarik nafas sambil pandang gadis yang membelakanginya. Nampak je lembut tapi hati keras.
“Ami sihat?” Amru memulakan bicaranya.
Ami angguk. Dah tengok dia depan ni sihat walafiat. Mahu tanya lagi? Tak ada soalan lain ke?
“Maksud saya... Ehemmm.. Selepas kejadian malam tu?” Amru harap Ami faham maksudnya.
“Sihat.. Sihat.. Sihat!”
“Ada apa lagi?” Ami menekan suaranya. Dia jeling jam ditangan. Masa rasa lambat sangat berlalu.
“Tentang apa yang saya cakap hari tu. Saya serius. Saya nak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.”
“Dan saya juga serius TIDAK MAHU awak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Anggaplah apa yang terjadi itu adalah kependekan akal kita berdua. Tidak ada siapa pun yang bersalah. Jadi awak jangan fikir benda ini membebankan awak sehingga sanggup nak bertanggungjawab. Saya bertanggungjawab menjaga diri saya sendiri. Bukan orang lain!”
“Tidak!” Tegas Amru.
“Apa yang berlaku pada malam itu telah ubah hidup kita. Nak ke tak nak, awak tetap dah jadi tanggungjawab saya. Saya akan pastikan sikit masa lagi awak jadi isteri saya yang sah!”
Mencerlung mata Ami mendengarnya.
“Awak ni dah giler lah!” marah Ami. Tak sangka itu yang keluar dari bibir lelaki itu. Ini kali ketiga mereka berjumpa. Dah cakap pasal tanggungjawab, isteri dah. Giler.. Tak nak aku jadi bini dia!
“Awak ni tak reti bahasalah. Saya cakap awak tak perlu bertanggungjawab. Faham tak? Tak perlulah nak tunjuk baik sangat!” Ami ketap bibir. Dia genggam tangannya sendiri.
Amru urut pelipis kanannya. Dia pandang wajah merah Ami. Mungkin geram sangat kot sampai jadi merah. Tapi comel. Malah wajah Ami semakin menarik di hatinya. Marahnya pun tidak menyeramkan sangat. Makin buat dia geram adalah. Lebih-lebih lagi mulut tu. Hurmmm.. malang sekali dia lupa apa rasanya!
Sah aku ni dah giler, macam Ami cakap!
“Kenyataannya sayang, awak tak boleh nak ubah. Sekali pun awak enggan. Tak nak terima saya pun, berpuluh kali saya akan gandakan usaha awak jadi milik kekal saya.”
Makin merah muka Ami apabila dengar ungkapan sayang itu. Ami tunduk. Hatinya dah berirama tak betul. Kejap rock. Kejap balada. Tak boleh jadi ni. Berduaan dan berdekatan dengan lelaki ini pun dah buat bulu romanya berdiri. Nasib baik dia tak ingat secara terperinci apa yang berlaku malam itu. Dia hanya ingat pagi itu sahaja. Itu pun dah berpuluh kali dia sental kasi hilang ingatan yang membuatkan dirinya berpeluh, hatinya hangat.
Tak suka!
Tak suka!
Ami geleng kepala..
“Suka hati awaklah. Tapi jangan ingat saya ni awak senang nak dapat!”
“Sekali hati saya kata TAK NAK..usaha keras awak tu takkan berhasil.”
Amru jungkit kening sebelah. Dia senyum senget menampakkan lesung pipitnya. Nampak wajah Ami semakin berubah. Tidak lagi berani memandangnya.
‘Awak cakap tak nak berpuluh kali pun. Hati awak dah semakin goyang. Kita tengok nanti.’
“Saya tak tanya mulut. Tapi saya tanya pada hati awak..”
“Saya balik dulu. Nanti saya hantar surat penerimaan membuat latihan praktikal di firma saya tu,”
Amru kenyit mata. Nak berlama di sini pun, hatinya mula tak selesa sebab mereka dah jadi perhatian orang.
Ami ketap bibir. Menonong berjalan menuju ke library tanpa angkat muka. Confirm lepas ni dia akan jumpa Prof Yusuf minta tukar tempat praktikal.
Akhirnya terlepas tawa kecil dari bibir Amru. Dia pandang Ami berjalan laju menuju ke library. Degil. Tak nak mengaku kalah.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 20, 2017 16:40
February 19, 2017
Jangan Sombong!
Tv9 Tanyalah ustaz
Allah berfirman bermaksud:
_Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir._ {2:34}
_“Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”._ {7:13}
_Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”._
{7:14}
Ada 7 jenis manusia sombong menurut Imam Ghazali.Sombong dengan ilmunya, Di mana ilmu itu membuat dirinya jauh dari Allah swt. Contoh : rasa dirinya bagus kerana kelulusan akedemiknya sehingga memandang rendah kpd org lain tapi sebenarnya ilmu itu tidak membuat dirinya taat dan rasa takut kepada Allah s.w.tSombong dengan amal ibadahnya. Contoh: rasa bangga diri kerana banyak kali mengerjakan umrah, bersedekah dan sebagainya.Sombong krn keturunannya. Merasa besar diri kerana dia dari keturunan dahulunya dimuliakan manusia tapi dia sendiri memiliki akhlak yg buruk. Sombong krn kecantikannya. Suka merendahkan orang lain dan memuji diri sendiri.Sombong krn kekayaan dan hartanya. Suka menindas, mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan dan tidak peduli hak org lain.Sombong dengan kekuasaan dan kekuatannya. Membuat kezaliman dan tidak berlaku adil.Sombong krn ramai pengikutnya. Popular itu membuat dirinya rasa betul tapi sebenarnya dia salah dan menyesatkan.Maka sama-samalah kita menjauhi sikap sombong ini. Sebab ada, tanpa sedar ia wujud dalam diri kita. Jadi bermuhasabahlah untuk mengkaji kelemahan diri. Jangan nanti amalan baik kita sia-sia sahaja...
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 19, 2017 16:30
February 17, 2017
Bab 10(b) :Hati Yang Kau Sakiti
“Lelaki tu kan?” soal Wawa berbisik.
Aku angguk.
“Kecilnya dunia. Aku rasa kau takkan dapat lari dari dia.”
Ami jeling Wawa yang sedang pandang depan tapi mulut tayang senyum. Geram dengan sikap Wawa yang sengaja nak naikkan darahnya. Lelaki itu pula, sengaja munculkan diri di sini. Padahal selama dua tahun dia belajar di sini tak pernah pula nampak.
“Kau jangan nak mengarutlah Wawa. Dia bukannya datang cari aku, tapi Prof Yusuf. Apa kaitannya dengan aku?” bisik Ami.
“Tengoklah nanti. Kau akan selalu jumpa dia,” tekan Wawa.
“Memanglah. Next semester kita akan praktikal kat firma dia. Apa nak herannya?”
“Tapi aku rasa nak minta tukar tempatlah.”
“Kau jangan cari pasal. Nak dapat tempat dekat firma tu punya lah susah. Suka hati kau je nak tukar tempat. Situlah tempat paling ideal nak praktikal. Mana tahu lepas tu diserap terus ke firma tu.”Ami tarik nafas. Satu tempat kerja akan membuatkan dia susah nak bernafas nanti. Dia tak nak ingat malam itu lagi. Dia mahu lupakan apa yang terjadi.
Beep beep
Along : Assalam.. hujung minggu ni balik rumah.
Angah: Ok
Achik : Memang nak balik pun hujung minggu ni.
Acu : Balik jugak.;P
Along : Boleh kenal bakal kak long korang nanti.
Achik : Tak tahu pun!
Acu : Betul.. betul.. betul...
Angah : Baguslah.. lepas ni giliran angah pulak. Punyalah lama tunggu Along bawak balik bakal kak long.
Acu: Eleh.. Angah tu yang gatal. Baru kerja dua tiga tahun dah sibuk nak kahwin..
Angah : Dah takkan nak tunggu awek angah lari dulu baru terhegeh –hegeh ajak kahwin!
Achik : Angah memang gatal. Merenyam sejak sekolah lagi...
Acu : Hahaha....
Along : Sudahlah... Umur baya angah tu memang patut kahwin dah. Along je yang ketinggalan keretapi..
Angah : Haa.. baca tu. Along pun sokong angah!
Ami hampir ketawa apabila Angah menghantar emoji berjoget. Angah memang gatal. Ligatnya dalam hal perempuan ni kalahkan Along. Along pulak jenis lelaki jika suka perempuan, sorang tu je yang dia nampak. Dah tak hiraukan orang lain. Sebab itulah bila putus cinta dulu, agak lama masa yang diambilnya untuk pulih kembali.
Dia sendiri ingatkan Along akan jadi bujang terlajak. Diam-diam along selama ini berisi rupanya. Rasa tak sabar pulak menanti hujung minggu ni.
Achik : Angah, Nanti ambil Achik dekat kolej.
Angah : Okey, tapi lewat sikit. Angah nak pergi dating dulu.
Achik : Jangan datang tengah malam sudahlah...
Wawa siku tangan Ami yang sibuk berwhatapps. Ami angkat kening sebelah, “apa dia?”
“Prof. Yong dah keluar. Kau nak bertapa kat sini lagi ke?”
Ami sengih. Digelengkan kepalanya.
“Ada gap sejam. Nak pergi mana ni?” soal Ami sambil tangan masukkan nota dalam fail.
“Aku mengantuklah. Nak tidur kejap kat surau.”
Ami jeling Wawa.
“Pipi tu dah kembang bila asyik tidur je.”
“Tak pe, pipi kembang tak apa. Jangan badan aku jadi bambam sudahlah.”
“Tapi aku tak mengantuklah. Lagipun aku period, tak elok masuk tempat solat.”
“Habis tu nak pergi mana? Aku mengantuk giler ni.. tapi pun rasa nak letak je kepala atas meja.”
“Pergi library lah.. tempat biasa kita. Kau boleh tidur kat situ. Aku boleh studysikit.”
“Okeylah. Mana-mana je asalkan dapat lelap mata kejap.”
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 17, 2017 23:22
February 16, 2017
Petua Awet Muda.
NAK TAU ?
Kulit yang sering terdedah pada cahaya matahari terutama mereka yang selalu buat aktiviti outdoor akan merangsang liang pori terbuka lebih luas.
APA KESAN BURUK MASALAH INI ?
*********************************
sunburn dan tisu kulit akan rosak. Wajah akan nampak lebih tua dari usia kerana sel kulit mati.
Merosakkan collagen asli kulit. Ini lagi bahaya !!! lagi cepat TUA.
Peluh yang keluar dan dibiarkan kering dengan menyerap pada kulit akan menyebabkan kotoran terbenam jauh di dalam kulit.
Sinaran cahaya UBA & UBB yang merosakkan sel kulit juga menjadi punca JERAGAT.
Nak petua ??
************❤️ PETUA 1- Sapukan Aloevera setiap hari pagi dan malam di seluruh muka.
❤️ PETUA 2 -Campurkan sedikit tepung gandum, sedikit madu , putih telur dan air limau nipis. pakai malam. buat masker. ini membantu menenangkan kulit yang strees dek cahaya matahari tadi.
❤️ PETUA 3 - Kisar timun dab campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung. Buat masker gak !
❤️ PETUA 4 - Belah 2 biji tomato kemudian gosok pada kulit wajah selama 5 - 10 minit.
MALAS BUAT SEMUA TU ??
**************************
Kami ada cara yang mudah.. Gunakan AUOLIYA Emulsion SKIN REPAIR kami. Kaya dengan aloevera dan SPECIAL FORMULA beauty water.
Beauty water yang menjadikan structure gel aloevera mudah meresap jauh ke dalam kulit.
EXTRA... Gabungan herba terpilih seperti CANADIAN WILLOW HERB yang sangat baik untuk anti-penuaan. SYM RELIFT + SYM CLAIM yang memberi kesan sejuk dan freash selepas menggunakan.
KULIT YANG STREES KEMBALI TENANG SERTA MERTA !
AUOLIYA Emulsion di formulasikan berdasarkan kajian keperluan pasaran serta MASALAH UTAMA WANITA ASIA untuk tampil manis cantik berseri di setiap peringkat usia.
Dapatkan SPECIAL OFFER..whatsapp “AUOLIYA” ke 011237865610112378656101123786561
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 16, 2017 16:47
February 15, 2017
Hantu dua beradik!
Pssst... Assalamualaikum dan Selamat pagi... Malam ni malam jumaatkan? Jadi jom kita layan cerita seram yang dialami sendiri oleh penulis... Eh, bukan Shima Rostam tulis (Shima Rostam ni penakut sikit) Sampai sekarang tak berani nak tulis novel seram.. hik hik...
Ini adalah penulis baru, yang dipaksa menulis dekat sini... Hope korang bagi sokongan... Bagi dia semangat nak share cerita dia... Jommm layan....
Kita memang sedia maklum yang selain kita, ada jugak makhluk lain ciptaan Allah yang kita tak nampak macam jin,syaitan,bunian dan lain-lain lagi.
Di sini just nak share my experience dengan makhlus halus ni atau pun kita panggil hantu. Kejadiaan ni telah lama, rasanya dah lebih 10 tahun iaitu semasa umur saya 13 tahun lebih kurang.
Masa tu waktu maghrib, saya keluar dari rumah untuk ke rumah mok yoh (mak saudara) yang tinggal di sebelah rumah. Sebab mok yoh ni mengajar mengaji al-quran. Masa tu saya tak boleh solat, cuma nak pergi bagi spek mata spupu yang tertinggal.
Selepas bagi spek mata kat spupu, saya pun balik sambil nyanyi-nyanyi, Tiba-tiba je hujan renyai-renyai (macam hindustan la plak..hehe). Nak dijadikan cerita, nak sampai dekat tangga rumah tue,tiba-tiba...
Jeng...
Jeng...
Jeng...
Kaki terpaku,mata bertentang mata (cewahh over plak kau eh)... Aku tengok kau, kau tengok aku. Kau tersengih-sengih tengok aku. Apa lagi selepas itu terus buka langkah seribu naik ke atas rumah. Tangga rumah pun rasa macam tak jejak dah. Lembik lutut dah...haha...
Sampai ke atas rumah terus menjerit panggil abah (abah tengah tengok tv masa tu) cakap ada orang di bawah pokok kandis. Abah pun terus pergi tengok tapi dah tak de. Masa abah cakap tak de terus aku terfikir, tengok apa tadi. Aku terus menangis tak ingat dunia dah..(huhuhu).
Korang nak tahu tak apa yg aku nampak semasa tercegat dan terpaku dalam masa lebih kurang 2,3 minit tue? Sebelum lari naik atas rumah.
Ada dua orang budak yang memang gelap hitam tak nampak apa pun berdiri di bawah pokok kandis tu. Yang nampak hanyalah mata yang berwarna hijau. Paling tidak boleh dilupakan, dia punya sengihan itu. Masa tengok dua ekor tu, sebenarnya tengah berfikir ni hantu ke manusia? Sebab itu semasa naik ke atas rumah, aku tidak nangis lagi sebab ligat berfikir tentang budak-budak. Tapi bila abah cakap tak de masa dia pergi tengok tu, terus lemah semangat... wehh..
Sampai sekarang masih ingat dengan jelas kejadian ni biarpun pokok kandis tersebut dah tak de. Abang dan kakak sampai sekarang still usik aku dengan hantu dua beradik (sebab ada dua ekor masa tu). Selain dari kejadian ni, Masih ada lagi kisah hantu lain yang aku alami sendiri. Bila dah semakin dewasa semakin hantu dah makin kurang menjelmakan diri depan aku. Mungkin mereka pun tahu aku dah dewasa. Tapi usik-usik sayang tu masih ada lagi..
Sebenarnya bila alami kejadian seperti ini kita tak perlu nak takut sangat sebab mereka pun makhluk Allah jugak. Kalaulah korang ada ternampak, cuba bertenang dan buat-buat tak tahu je sambil-sambil baca ayat-ayat Al-quran.
Nak lagi aku bercerita kisah seram di sini? Korang kena bagi galakan dengan bagi komen. Bagi aku semangat. Ini kali pertama aku menulis kisah seram di sini.

Published on February 15, 2017 16:45
February 14, 2017
Bab 10(a) : Hati Yang Kau Sakiti
“Terima kasih Ya Allah.”
Penantian selama dua hari akhirnya melegakan hatinya. Bangun pagi tadi dia rasa tak selesa. Terus pergi tandas dan bibirnya senyum lebar. Mujurlah aku tidak mengandung, getus hati kecilnya.
Aku mahu bertaubat. Aku mahu mencintai-MU sahaja. Aku menyesal di atas kelalaian diri sendiri. Hatinya bertekad. Dia tidak mahu terlibat lagi dalam soal hati. Dia mahu rantai perasaaannya kemas-kemas. Dia sudah tidak layak untuk bermimpi yang indah-indah pun sekarang. Dia mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Lulus dengan cemerlang. Cari kerja dan berbakti kepada mak dan ayah. Dengan semangat baru Ami melangkah menuju ke dewan kuliah di bangunan fakulti ekonomi dan pengurusan.
“Ceria kau hari ni?”
Ami tayang sengih.
“Aku tak nak bersedih lagi. Tak guna mengenangkan apa yang telah hilang. Aku kena move on.”
Wawa angguk dan senyum.
“Bagus. Itulah yang aku nak dengar,” sokong Wawa.
“Terima kasih Wawa sebab tak pandang serong kat aku.”
Wawa angkat kening. “ Siapa cakap? Aku memang pandang serong pun kat kau. Tapi sebab kau dah sedar diri., aku tarik balik,” Wawa tayang sengih.
“Tapi kau tak nak balik bilik kau ke?”
Ami geleng kepala.
“Aku rasa cukuplah aku sebilik dengan diorang selama ini. Nanti kau tolong temankan aku, aku nak cari bilik sewa dekat SS.”
“Tak payahlah. Aku tumpang bilik aku dah lah. Lagipun roommate aku tak duduk bilik pun. Dia ulang alik dari rumah dia. Nanti aku cakap dekat dia kau nak tumpang.”
“Boleh ke?”
“Boleh.. Dia okey. Lagipun kadang-kadang je dia tidur dekat kolej.”
Dalam mereka rancak berbual, tiba-tiba satu pasangan ambil tempat di hadapan mereka, terdiam Ami melihatnya. Dia geleng kepala. Semakin meluat dengan gelagat tak tahu malu pasangan ini. Sudah-sudahlah berasmaradana di khalayak ramai. Nak sangat pergi pejabat agama, nikah. Kemudian masuk bilik. Buatlah apa pun kat dalam bilik tu orang tak kisah. Ni berbulu matanya melihat.
“Aku sakit matalah Wawa. Jomlah kita pergi,” ajak Ami.
“Aku pulak loya nak muntah. Perut masuk angin kot tak makan pagi tadi,” balas Wawa pula.
“Jangan kau muntah kat sini sudahlah Wawa. Tak kuasa aku nak tolong basuhkan,” sambut Ami sambil pandang pasangan di hadapannya.
Wawa ketawa. “ Tak apa.. Nanti orang takkan cakap aku yang muntah. Tapi orang depan ni yang muntah. Mana tahu kot-kot dah ada isi,” sengaja Wawa kuatkan suara.
“Jangan merepeklah kau...” Ami tarik tangan Wawa apabila terlihat wajah Hafiz dan pasangannya dah berubah merah. Mereka yang duduk berdekatan pun berbisik-bisik. Namun hatinya Ami puas. Biarlah nak kata mulutnya jahat sekali pun. Sesekali perlu juga di ajar agar mereka bersikap sopan di depan orang ramai.
Wawa dan Ami masih lagi ketawa menuju ke dewan kuliah. Namun ketawa Ami tiba-tiba mati. Didepannya seseorang yang tidak mahu dilihat sampai bila-bila. Sedang bercakap dan ketawa bersama Prof. Yusuf. Wawa menyedari perubahan Ami itu turut melihat ke depan. Patutlah. Betul apa yang aku rasa hari tu.
Ami berhenti melangkah. Dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun nasibnya kali ini tak berapa baik. Prof Yusuf nampak mereka berdua.
“Haa.. Amina Nabila, Najwa.” Prof. Yusuf lambai tangan kepada mereka.
“Apa orang tua ni nak pulak,” bisik Wawa. Bibirnya kuntum senyum. Manakala Ami pula senyum paksa. Seboleh mungkin dia cuba elak memandang lelaki bersama dengan Prof. Ali itu.
“Ni saya perkenalkan, Amru Hafiz. Bekas student saya. Lepas habis belajar dia sambung ambil ACCA di Australia.”
Ami dan Wawa tunduk tanda hormat. Amru senyum dan angguk. Matanya tak lepas pandang wajah Ami. Semakin cantik pulak di matanya.
“Saya baru sahaja bagi resume kamu kepada Amru. Dia ni manager di Yusuf Tan, Fong & Co. Jadi kamu tak payah risau lagi pasal tempat praktikal. Next semester, lapor diri kat sana.” Belum bertanya Prof. Yusuf dah beritahu. Terdiam Ami dibuatnya. Ya Allah, nak lari makin dekat.
“Terima kasih Prof,” ucap Wawa bagi pihak mereka berdua. Ami pula diam seribu bahasa. Wajah ceria tadi dah hilang entah ke mana di bawa angin.
“Erk.. Kami ada kuliah costing ni Prof. Kami pergi dulu ya..” Wawa tarik tangan Ami menuju ke dewan kuliah setelah melihat Prof Yong berjalan ke dewan kuliah.
Prof. Yusuf angguk.
Amru pula melihat dengan ekor matanya.
“Uncle dah tolong kau. Pandai-pandailah kau fikirkan caranya nanti.”
“Terima kasih uncle.”
“Uncle berkenan dengan si Ami tu. Nasib baik uncle tak ada anak lelaki. Kalau tak, dah lama uncle cop Ami jadi menantu uncle.”
“Jadi isteri saya pun nanti, anak saudara unclejuga.”
“Ye lah.”
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 14, 2017 17:00
February 12, 2017
Bab 9 : Hati Yang Kau Sakiti
“Kau nak pergi mana?” soal Syida apabila sampai ke bilik, Ami tengah kemaskan barang-barangnya.
“Aku tumpang bilik Wawa seminggu dua ni,” jawab Ami tanpa melihat Syida. Syida terdiam. Dia pandang wajah Ami. Memang dia yang bersalah. Dia yang ikut kepala giler Aali.
“Aku minta maaf, Ami..”
Terhenti tangan Ami yang lincah melipat pakaian dan disumbat ke dalam begnya.
“Maaf kau tidak dapat mengembalikan apa yang telah hilang!”
“Aku tahu...”bisik Syida perlahan. Menitis airmata penyesalan. Semalaman dia tak dapat tidur selepas meninggalkan Ami dan Amru di bilik hotel.
“Lepas tinggal kau dekat hotel tu, kami patah balik. Ketuk pintu sampaikan kena halau dengan security.” Syida cuba menjelaskan keadaan sebenar. Dia tidak mahu Ami membencinya. Dia tahu memang dia salah. Tapi masa tu dia ingat nak tolong Ami lupakan Hafiz. Lagipun Hafiz tu tak berbaloi untuk dicintai. Hafiz tu tak sesuai langsung dengan Ami.
Ami jeling geram. Berdecit mulutnya mahu memaki Syida, meluahkan segala yang berbekam di dalam dadanya. Tapi apa hasil yang dia akan dapat nanti? Sakit hati sendiri jugak.
“Kau rasa, bila kancil dah rela hati masuk ke kandang harimau, harimau rela hati lepaskan kancil keluar ke lepas tu?” soal Ami keras.
Syida mendiamkan diri. Dia hilang kata untuk membela diri. Perbuatan bodoh mereka telah merosakkan persahabatannya dengan Ami.
“Aku nak tenangkan fikiran. Buat masa ini aku tak boleh tengok muka korang,” beritahu Ami. Dia ketap bibirnya kuat.
“Jangan cari aku. Aku belum bodoh lagi nak buat tindakan bodoh kali ke dua,” pesan Ami. Nasib baik mereka berlainan fakulti, jadi takkan jumpa dalam seminggu dua ni.
Siap berkemas, Ami tanpa buang masa keluar dari biliknya selama belajar di UPM ini. Lepas ni dia mahu buat permohonan pertukaran bilik. Dapat bilik sorang pun tak apa. Tak dapat, dia akan cari bilik sewa di sekitar flat ikan dan Serdang nanti.
Syida tidak mampu menghalang. Lagi banyak dia cakap, lagi tinggi tahap kemarahan Ami kepadanya. Lebih baik biarkan Ami sendirian seketika. Dia sayangkan Ami. Dia sayangkan persahabatan mereka. Entahlah semalam dia gelap mata dengan rancangan spontan Aali. Dia lihat Amru mampu menjadi pengganti Hafiz. Amru dan Ami nampak macam pinang di belah dua semalam. Tanpa memikirkan akibat, dia bersetuju bersetongkol dengan mereka. Sampai di bawah, Ami baca whatapps Wawa. Wawa pergi tapau makanan dulu. Jadi dia ambil keputusan tunggu sahaja di situ. Tanpa sedar sepasang mata memerhatikan tingkahnya. Amru sejak dari tadi masih lagi tidak berganjak pulang. Aali dan Kirana telah keluar bersama entah ke mana. Syida pula ikut Ami naik ke bilik tadi. Dia tengok jam. Hampir sejam dia berada di bawah ini tanpa tujuan. Nak balik, hatinya tak mahu sebelum berjumpa dengan Ami terlebih dahulu. Dia mahu menjelaskan perkara yang sebenar. Dia juga mahu Ami tahu, dia akan bertanggungjawab ke atas kejadian semalam. Walaupun bukan salahnya seratus peratus.
“Ami..”
Ami angkat muka. Terus kejung tubuh melihat gerangan yang menegurnya. Tapi cuma seketika. Dia tak nak pun jumpa lelaki ini lagi. Dia mahu lelaki ini berambus dari hidup dia. Sikit pun dia tak nak ada kaitan lagi.
“Awak buat apa kat sini? Saya masih hidup lagi dan takkan buat benda bodoh lagi. Kalau itu yang awak risaukan. Awak boleh balik. Saya tak nak jumpa awak lagi,” senada tanpa perasaan. Dia pandang lurus ke depan tanpa memandang wajah lelaki itu. Benci. Lelaki hipokrit. Dalam kelab beriya-iya bagi nasihat. Kononnya bukan tempat dia di sini. Kononnya dia orang baik-baik, sebab itulah tawarkan diri nak hantar dia pulang. Tapi tengok apa dah jadi?
Amru tarik nafas. Pakaian Ami telah bertukar. Dia nampak polos dan sopan memakai t-shirt muslimah dan skirt labuh. Tudung bawal pula hanya dipinkan ke depan. Mungkin ini identiti sebenar Ami. Lama dia memandang Ami sehinggakan lupa apa yang mahu dikatakan. Memang tepat andaiannya semalam. Ami seorang gadis yang baik. Cuma langkahnya tempang dek kecawa kerana cinta.
“Awak tunggu apa lagi. Pergilah balik!” senoktaf tinggi suara Ami. Melihat lelaki ini mendiam diri dan memandang tak berkelip, dia jadi geram. Benci dengan mata gatal yang sedang tengoknya atas ke bawah. Seolah-olah membayangkan keadaannya semalam tanpa lapisan kain. Dia benci dan menyampah! Malu mengenangkan kisah semalam. Tadi dalam tren komuter dia dah habis fikir. Dia mahu melupakan segala. Natijah daripada perbuatannya akan dia tanggung sendirian tanpa melibatkan sesiapa pun. Sebab dia yang bodoh. Masuk perangkap secara sukarela. Amru tarik nafas. Tak sangka nampak lembut tapi angin boleh tahan. Macam keras kepala.
“Saya nak cakap pasal semalam,” ujar Amru lembut. Dia duduk di depan Ami. Ami mendengus. Dia melarikan wajahnya daripada memandang Amru di depannya. Tak faham bahasa ke mamat ni. Aku tak nak dengarlah apa yang kau nak kelentong aku lagi. Tak hingin pun!
“Saya tak nak!”
“Tak guna nak cakap pun. Benda dah jadi. Awak dah dapat apa yang awak nak. Tak puas hati lagi ke?” Ami ketap bibir. Mukanya dah berbahang. Matanya dah berkaca.
Aku benci dia! Nafasnya sesak.
Amru tarik nafas, menenangkan diri. Dia pandang Ami yang sengaja tidak mahu melihatnya.
“Saya minta maaf. Saya akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku,” lembut tapi tegas Amru lafazkan.
Ami ketawa sinis. Langsung tak percaya dengan cakap lelaki di hadapannya ini. Bercakap pasal tanggungjawab, lelaki ini patut bertanggungjawab sebelum benda itu berlaku. Bukan mengambil tanggungjawab selepas apa yang berlaku.
“Semalam kita, sama-sama tak sedar apa yang berlaku. Kita sama-sama dianiaya oleh kawan kita sendiri. Kita mangsa keadaan. Tapi saya tetap akan bertanggungjawab di atas perbuatan saya,” tegas Amru.
“Tak payah! Ada saya minta awak bertanggungjawab?”
Amru geleng kepala.
“Jadi, tak payahlah rela hati nak bertanggungjawab!”
Ami bingkas berdiri apabila nampak Wawa telah sampai. Dia tidak menghiraukan lelaki itu lagi. Kalau boleh secepat mungkin dia mahu beredar dari sini.
Degil.
Tapi bukanlah dia orangnya cepat mengalah sebelum berusaha.
*****Wawa tengok lelaki yang bercakap dengan Ami sekejap tadi. Dia macam pernah nampak wajah lelaki itu di fakulti. Ingat-ingat lupa. Tapi memang ada jumpa. Ada tanda tanya besar di dalam kepalanya. Namun melihat wajah muram Ami, dikurung niat untuk bertanya. Dia pulas minyak meninggalkan kolej ke lima. Tangan Ami memegang kejap pinggangnya. Tapi pipinya basah dengan air mata. Sampai di kolej sebelas, tanpa banyak soal, Wawa membantu Ami membawa beg pakaiannya ke bilik. Ami macam patung mengikutnya tanpa banyak cakap. Seolah-olah dia bukan dirinya. Wawa jeling Ami. Nampak kawannya itu kesat air mata di pipi. Sejak ambil di komuter tadi, air matanya tak kering-kering. Biasanya si Ami ni susah nak menangis. Bila berpisah dengan Hafiz hari tu pun, sekejap je keluar air mata. Lepas tu nampak jugak muka frust tapi tak seperti sekarang ni.
“Kau sebenarnya, kenapa?” soal Wawa akhirnya. Dia tak boleh lagi menahan diri bertanya.
“Hidup aku dah musnah, Wawa,” dalam teresak Ami memeluk Wawa. Wawa semakin ingin tahu. berdebar hatinya. Dia rasa dapat teka tapi dia tak mahu teka membabi buta.
“Maksud kau?”
“Semalam aku ikut Kirana dan Syida keluar. Sesuatu terjadi. Dan aku terjaga di bilik hotel..” Wawa dia mendengar. Dia tepuk belakang Ami memberi sokongan.
“Dengan lelaki tadi...” sambung Ami perlahan. Spontan Wawa tertolak tubuh Ami.
“Kau giler!” spontan terkeluar kata itu dari mulutnya.
Ami tersentak.
“Memang aku gilerr. Jadi giler malam tadi. Sekejap sahaja Allah balas dekat aku. Aku dah musnah. Aku dah hilang permata aku,” mengongoi Ami menuturkannya. Tangannya pukul dadanya sendiri. Wawa terdiam. Dia pandang Ami di depan. Dia tak tahu nak pujuk macam mana. Terkejut dan tak sangka.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 12, 2017 06:09
February 11, 2017
Kekasihku Mutan
Assalamualaikum dan Selamat malam. Dalam blog ini saya akan kongsikan novel dan buka koleksi saya. Ada macam jenis. Jadi korang boleh buat rujukan kat sini yang mana sesuai dengan jiwa boleh cari dekat kedai buku.
Genre : Sains Fiksi.Penulis :Fadzillah OmarTerbitan : Roman Buku Tahun : 2013
Ini adalah salah satu koleksi novel. Pertama kali baca genre sains fiksi aksi romance ni membuatkan saya tertarik. Tidak terlalu berat dan tidak ada istilah sains yang tak difahami.
rate : ✩✩✩✩
Salah satu alternatif untuk mereka yang tidak sukakan genre novel cinta.
Sinopsis
Ketika Marsyanda belajar seni lakon di New York, satu dugaan terhebat dihadapi. Nahas kapal terbang meragut nyawa seluruh ahli keluarga. Dia keseorangan pulang ke Malaysia selaku pewaris sah syarikat ayahnya, Biotechgen. Namun dia memilih menjadi selebriti, lalu terjun ke dunia lakonan.
Dalam kemasyhuran, seorang peguam muncul menyampaikan satu amanah. Satu kotak kayu berukir diterima dengan kemusykilan. Sejak itu dia diganggu memori silam tentang Adib, lelaki misteri yang muncul dari hutan di pinggir kediaman. Dia bukan lelaki biasa, namun bergenetik mutan.
Siapakah Adib sebenarnya? Apakah kandungan kotak yang diterima oleh Marsyanda? Apakah yang telah terjadi dalam Biotechgen hingga Marsya dan Adib perlu bersatu tenaga menghadapi bencana paling dahsyat, huru-hara ciptaan manusia serigala? Ini cinta dalam perang. Ini cinta tak terhalang.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Genre : Sains Fiksi.Penulis :Fadzillah OmarTerbitan : Roman Buku Tahun : 2013
Ini adalah salah satu koleksi novel. Pertama kali baca genre sains fiksi aksi romance ni membuatkan saya tertarik. Tidak terlalu berat dan tidak ada istilah sains yang tak difahami.
rate : ✩✩✩✩
Salah satu alternatif untuk mereka yang tidak sukakan genre novel cinta.
Sinopsis
Ketika Marsyanda belajar seni lakon di New York, satu dugaan terhebat dihadapi. Nahas kapal terbang meragut nyawa seluruh ahli keluarga. Dia keseorangan pulang ke Malaysia selaku pewaris sah syarikat ayahnya, Biotechgen. Namun dia memilih menjadi selebriti, lalu terjun ke dunia lakonan.
Dalam kemasyhuran, seorang peguam muncul menyampaikan satu amanah. Satu kotak kayu berukir diterima dengan kemusykilan. Sejak itu dia diganggu memori silam tentang Adib, lelaki misteri yang muncul dari hutan di pinggir kediaman. Dia bukan lelaki biasa, namun bergenetik mutan.
Siapakah Adib sebenarnya? Apakah kandungan kotak yang diterima oleh Marsyanda? Apakah yang telah terjadi dalam Biotechgen hingga Marsya dan Adib perlu bersatu tenaga menghadapi bencana paling dahsyat, huru-hara ciptaan manusia serigala? Ini cinta dalam perang. Ini cinta tak terhalang.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 11, 2017 05:45
February 9, 2017
Lara hati seorang perempuan
Assalamualaikum semua...Selamat pagi. Alhamdulillah berjumpa jumaat barakah sekali lagi...Saya nak kongsi berkongsian sedikit rasa oleh sahabat saya, @Ratenah Ratna dalam FB,
Emosi seorang perempuan seperti lautan tenang. Nampak tenang dan hanya kocakan kecil permukaan. Tapi percayalah di dalamnya penuh sarat dengan pelbagai emosi yang berselerak. Bercelaru sehingga kadangkala dia hilang arah tuju. Arus deras, kadang kala menenggelamkannya sehingga ia tidak mampu lagi berlakon tenang. Dia kelelahan dan kelemasan.
Pengalaman saya sendiri, Dulu, saya pernah rasa kehilangan. bukan sekali tapi berkali-kali keguguran. Emosi ketika itu memang tak stabil. Saya boleh senyum, ketawa tapi jiwa sememangnya sensitif. Jadi banyak saya elakkan jumpa orang, duduk sendirian dan kadang kala bercakap sendirian. Bila harapan yang disandarkan tinggi menggunung tiba-tiba hilang dalam sekelip mata, boleh jadi giler rasanya. Masa tu saya memang tak nak dengar orang nasihat, rasa serabut. Rasa macam orang takkan faham apa yang kita rasa. Diorang memberi nasihat sebaliknya saya rasa mereka menyindir. Bagus sangat ke mereka tu. Saya jadi benci. Itu ketika fikiran saya tak berapa nak waras, hehehe. Tapi alhamdulillah saya dapat atasinya.
Yang saya perlukan ketika itu adalah teman dan pelukan dari suami. Cukup ada dia yang memahami. Itu sahaja ubatnya.
Emosi wanita ketika baru keguguran dan melahirkan anak ni amatlah sensitif. Masa tu memang rasanya bukan kita, not ourself. Lupa keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi ibu yang melahirkan anak. Mereka perlukan perhatian dan pertolongan yang lebih dari orang terdekat. Sebab itulah peranan suami amatlah penting. .Banyak sebenarnya contah yang ada. seperti ibu kelar anak. Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas. Kes meroyan. Kes isteri lari dari rumah. Bahkan di zaman rasullullah pun ada Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah. .Kes emosi seorang wanita. .Saya mohon, masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi. .Bantu dia. Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita. Peluk. Pujuk. .Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan. Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan. Dengar saja. Jangan bantah apa-apa. .Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya. Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu. Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku! .Maka jangan masukkan apa-apa lagi. Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, apatah lagi untuk berdebat. .Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan, syaitan berkerumun di sekelilingnya. Waktu ini, setinggi mana pun ilmunya, mungkin terbang entah ke mana. Sekukuh mana pun imannya, mungkin dia akan tewas juga. .Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah. Bantu dia melepasi saat sukarnya. Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi. Peluk. Pujuk. .Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega, nasihatilah dia. Insya-Allah ketika ini, nasihat kita masuk macam air. Cair dan mengalir. .Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti. Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci. Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal-hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya. .Tegurlah jika dia tersalah. Tapi tegurlah pada masa yang betul..Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini. Insya-Allah, banyak masalah dan musibah dapat dijauhi. . "Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Kalau dibengkokkan, semakin bengkok. Kalau diluruskan, ia patah. Kalau dibiarkan, ia terus bengkok. Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik." Ini Rasulullah yang pesan. Saya cuma sampaikan. Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita. Justeru, berhikmahlah.
Lelaki, jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja. Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya..Terima orang lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita. Insya-Allah, mudah melentur bahagia.
#wanitamanusiabiasa##tksihwahailelakiygmemahami#

Published on February 09, 2017 15:54
February 8, 2017
Bab 8 : Hati Yang Kau Sakiti
“Ami tak ada kat dalam bilik. Aku tanya member bilik sebelah pun, dia cakap dia tak nampak lagi Ami hari ni. Macam mana ni Aali?” Soal Kirana risau. Setelah sampai ke kolej, dia cepat-cepat mendaki tangga menuju ke biliknya mencari Ami, ingin meminta maaf darinya. Tetapi hampa, Ami tidak ada di dalam bilik, ditanya member sebelah pun, mereka tidak nampak Ami pada hari ini.Kirana resah. Begitu juga dengan Syida. mereka menyesal dengan apa yang mereka lakukan terhadap kawan mereka itu. Apabila melihat bilik ini, kosong terus sahaja dia menelefon Aali yang mungkin masih lagi berada di dalam perkarangan kolej mereka.“Abang pusing semula, sekejap lagi sampai,” beritahu Aali sebelum memutuskan talian. Kemudian dia terus mencari nama Amru dan menghubunginya. “Hello.. Apa dia?” tanya Amru sebaik sahaja dijawab panggilan itu. Hatinya masih lagi sakit mengenangkan perbuatan Aali. Tapi bila fikir balik, banyak salahnya. Sengaja cari penyakit jugak.“Ami hilang... dia tidak balik kolej. Kau datang sini. Kita kena cari dia.” Terus Amru berdiri. Mata yang hampir terlelap tadi segar bugar. “Aku datang sekarang...”Amru terkocoh-kocoh mahu keluar sehingga hampir dia terlanggar ibunya. “Haaa nak ke mana pulak tu? baru je balik dah nak keluar semula. Apa nak jadilah dengan kamu ni” bebel mama.“Sekejap je mama, bakal menantu mama hilang... tak balik kolej. Amru kena pergi cari dia,” beritahu Amru cepat-cepat.“Haaaa... apa yang kau cakapkan ni?” mama terkejut. Amru lagilah terkejut dengan kata-katanya sendiri.“Nanti baliklah Amru terangkan mama. nak cepat ni,” beritahu Amru yang melangkah laju-laju ke keretanya.Amru ketap bibir. Menyesal tak sudah. Kalaulah dia halang Ami pagi tadi, tentu hatinya tak risau begini. Itulah padahnya ikut kata nafsu dan hati tak betul ni. Sekarang dengan diri dia sendiri jadi tak betul. Dah tahu buat kerja tak elok, jadi anak jantanlah berani bertanggungjawab. Ini tidak berdolak dalik dengan hati sendiri. Jadi macam ni, dia jua dihantui rasa bersalah. Sampai di depan kolej ke 5, UPM Amru keluar dari keretanya. “Macam mana? Dia dah balik?” soal Amru ingin tahu.Kirana dan Syida geleng kepala. Aali pula meraup rambutnya. Dia yang paling diburu rasa bersalah. Rancangan bodohnya telah memakan diri. “Tak telefon kawan kuliah dia ke? Atau mana-mana kawan yang rapat dengan dia?”“Tak tahu. Jarang dia bawa kawan balik ke bilik. Lagipun kami fakulti lain-lain. Jadi tak kenal sangat, keluh Syida. Menyesal tak sudah. Sudah kering air matanya menangis sejak tadi.“Ini abang Aali punya pasal,” getusnya geram. Dalam kalut mereka melayan perasaan, sebuah kereta Persona berhenti di sebelah.Kirana cuit Syida. “Cuba tanya Nur, mungkin dia tahu Ami kat mana,” usul Kirana. Mereka pandang Nur yang baru keluar dari kereta suaminya. Perutnya telah mula kelihatan. Nur pandang Syida dan Kirana. Dia hulur senyum. Dahinya berkerut seketika apabila melihat riak keruh wajah mereka. Di sisi mereka ada dua orang lelaki, raut wajah mereka pun kelihatan tegang dan risau. “Nur, ada tak Ami telefon kau?” soal Kirana tanpa tangguh.Perlahan Nur geleng kepala. “Tak ada pulak. Kenapa?” Kirana mengeluh kuat. Syida gigit bibir sendiri. “Dia tak balik lagi sejak keluar dari semalam. Kami risau.”Bertambah pelik Nur mendengar. Dia pandang wajah suaminya, Hisyam. Hisyam baru sahaja lepas bersalaman dengan dua lelaki yang turut berada di situ. “Setahu aku mana Ami pernah keluar malam. Kecuali balik ke rumah keluarga dia.”“Err...” Kirana hilang kata. Dia pandang Syida minta Syida yang jelaskan.“Dia ikut kami malam tadi.”Melolot mata Nur mendengarnya. Dia tahu sangat kehidupan malam mereka berdua.“Korang heret Ami ikut sekali? Marah Nur. Nak buat maksiat, korang punya pasal. Kenapalah ajak Ami sekali, getus Nur geram. “Bukan. Dia yang nak ikut malam tadi,” jelas Kirana. “Habis tu kenapa hari ni tiba-tiba dia boleh hilang pulak? Apa telah terjadi semalam?”Tertutup semua mulut. Tidak dapat memberi jawapannya. Hisyam tengok mereka. Dia tahu ada perkara buruk telah berlaku kepada gadis bernama Ami itu. Tapi bukanlah dia orangnya mahu menghukum atau membuatkan kesimpulan sendiri.“Sayang.. cuba telefon Ami,” minta Hisyam. Nur menjeling mereka berempat. Tapi tangannya pantas keluarkan telefon dari dalam beg tangannya. “Hello.. Assalamualaikum Ami..” Mendengar suara Nur memberi salam itu, mereka mengeluh lega. “Kau kat mana?”“Owh.. dengan Wawa.”“Ok.. cakap kat Wawa, hati-hati bawa motor tu..”“Bye...” Talian diputuskan. Nur pandang mereka. Curiga telah bermaharaja lela di hatinya. “Kejap lagi Ami sampai. Dia dengan kawan dia, Wawa.”“Syukurlah dia tak apa-apa,” bisik Syida. Wajah dua lelaki itu pun sudah tidak tegang dan risau lagi. Nur semakin pelik. Lebih-lebih lagi wajah lelaki itu yang baru pertama kali dilihatnya. Teman lelaki Kirana tu dah biasa tengok dia datang jemput dan hantar Kirana. “Apa yang terjadi sebenarnya?” soal Nur sekali lagi. Mereka tetap mendiamkan diri. Nur mendengus kasar. Geram dengan sikap berdiam diri mereka. Dia tahu ada benda tak kena. Kalau tak takkanlah mereka begitu risau. Gelisah macam seolah-olah Ami akan buat benda diluar kawalan. “Sayang...” Hisyam tegur isterinya. Dia geleng kepala. Tanda tidak mahu Nur masuk campur.“Tapi Ami tu kawan Nur jugak.”“Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa bersangka baik. Selalu mendoakan kebaikan kawannya. Jadi jangan nak fikir yang bukan-bukan. Kasihankan baby dalam tu,” tegur Hisyam lagi. Nur tarik muka. Lima belas minit kemudian. Sebuah motorsikal memasuki kawasan kolej dan berhenti berdekatan dengan mereka. “Ami...” Kirana dan Syida meluru mendekati Ami. Ami pandang mereka tanpa perasaan. Dia cuba bertenang. Perbuatan khianat mereka tidak dapat dimaafinya. “Ami...” Nur pula menegur. Ami tarik senyum sebaris. Dia tahu Nur pelik melihat pemakaiannya di saat ini. dia pula tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. “Kau okey?” suara lembut Nur yang prihatin, membuatkan hatinya kembali sebak. Dia angguk tanpa kata. Dijeling sekilas lelaki yang turut berada bersama mereka. Merah mukanya. Peristiwa pagi tadi diingati kembali. Dia benci dengan dirinya sendiri. Kotor!Kirana peluk Ami. Ami rungkai pelukan itu. “Maafkan aku.”“Maafkan aku jugak, Ami.”“Sampai mati aku tidak akan maafkan korang!” getus Ami geram. Tanpa melihat mereka, dia terus melangkah panjat tangga ke blok Kelah. Dia mahu berkemas barangnya. Kirana dan Syida pegun di situ. Nur dan Wawa pula saling berbalas pandang. Ingin tahu membuak di dalam hati mereka. “Sebagai seorang lelaki, kita sepatutnya melindungi mereka. Jaga maruah dan kehormatan mereka. Nasihati mereka supaya jaga diri baik-baik. Apa yang telah terjadi mungkin tidak dapat dimaafkan. Tapi sebagai lelaki, pikullah tanggungjawab yang sepatutnya kita pikul. Jadilah seorang lelaki yang berani menanggung akibat daripada kesilapan sendiri,” nasihat Hisyam kepada Amru dan Aali. Wajah keruh mereka berdua cukup menjelaskan apa yang telah berlaku semalam. Wajah sembap dan riak sedih Ami pula jelas menunjukkan dia menanggung akibat daripada apa yang berlaku.“Aku akan bertanggungjawab sepenuhnya,” ujar Amru yakin. Melihat wajah Ami tadi, hatinya kuat mahu memujuk. Memeluk gadis itu dan menyatakan semuanya baik-baik saja.
Hisyam senyum. Dia tepuk bahu Amru.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 08, 2017 18:30