Shima Rostam's Blog, page 23
November 9, 2016
Bab 12 : Cinta Asma Dan Ferhad
ihsan Encik Google“Aku balik dulu. Good luck untuk malam pertama. Aku tahu kau pasti takkan kecewa,” bisik Aida nakal. Asma bulatkan matanya. Tangannya pula cari sasaran mencubit.
Aida ketawa rendah dalam sakit menerima cubitan Asma. Dia melambaikan tangan sebelum berjalan bergandingan dengan ibu Asma. Asma tarik nafas. Majlisnya telah selesai. Suaminya telah masuk ke bilik. Hanya dia yang masih lagi di depan melihat pekerja katering berkemas. Segan nak masuk bilik. Tambahan pula rumah orang. Bukan rumah sendiri.
“Tahniah. Akhirnya kau jadi kakak ipar aku. Tapi jangan harap aku akan terima kau sebagai kakak ipar aku. Kau tu tak layak, tahu tak?”
“Budak kampung tak sedar diri!” cemuh Fatin Nur.
Asma berpaling melihat Fatin Nur. Ini kali pertama Fatin Nur bercakap dengannya sejak tiba tengahari tadi. Dia tidak tahu kenapa Fatin Nur memberi layanan bahu sejuk kepadanya. Padahal ini kali pertama mereka bertemu. Apa masalah perempuan ni yang sebenarnya?
“Terima kasih. Saya sedar diri, saya ni budak kampung,” balas Asma.
Fatin ketawa sinis. Dia semakin geram bila Asma menjawab. Bersikap bersahaja pula tu. Lagi sakit hatinya.
“Nasib baik sedar diri. Mari sini aku cerita satu rahsia dekat kat kau. Biar kau sentiasa beringat. Jangan berangan tinggi melangit nak hidup bahagia dengan abang aku. Sebab kau tu tak layak!.”
Asma diam menunggu.
“Abang aku tu dah ada kekasih bernama Tiffany dekat London. Dia kahwin dengan kau sebab nenek paksa. Aku pun hairan, kenapa nenek sayang sangat dengan kau hah. Kau tahu tak, abang aku tu tak sampai hati nak kecewakan nenek, jadi dia terima kau. Bila dia bagi alasan tak boleh kahwin sebab terikat dengan kontrak kerja, nenek tetap paksa. Jadi dia tidak ada pilihan selain terima.”
“Kau jangan berangan dia akan bawa kau ke sana. Abang aku tu cinta mati dengan Tiffany.. Dia tidak akan sesekali melukakan hati dia. Dia tidak akan gantikan Tiffany dengan kau. Faham!”
Asma tergamam. Lidahnya kelu mendengar cerita Fatin Nur. Manakala Fatin Nur pula tersenyum puas. Haha.. padan muka kau. Biar kau rasa, berangan tak hingat. Sememangnya kau tak layak jadi ahli keluarga aku ni. Sebaik habis cakap apa yang dia nak cakap, Fatin Nur terus masuk bilik.
Tangan Asma terketar-ketar menahan rasa. Matanya panas. Hatinya sakit. Belum sempat dia merasa bahagia, hatinya telah retak seribu. Digigit bibir kuat menahan tangisan yang mahu keluar. Perlahan dia menuju ke dapur. Dia mahu pujuk hati. Tenangkan diri sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Ferhad.
Asma duduk di meja makan. Dia minum air masak segelas. Dia berusaha tenangkan dirinya. Mengutip sisa-sisa sabar yang masih berbaki.
“Asma, kenapa duduk kat dapur lagi ni? Masuk berehat. Jangan biarkan suami menunggu lama di dalam bilik tu,” tegur Fadhilah.
Asma ukir senyum kaget. Dia sedaya upaya cuba ekspresi wajahnya. Cerita yang didengar dari mulut Fatin Nur telah mengacau bilau perasaannya.
“Nak masuklah ni Mak ngah. Asma dahaga, minum air sekejap.” Asma bangun ke sinki. Sebolehnya dia tidak mahu mak ngah Ferhad nampak kesan air mata di wajahnya. Dia cepat-cepat basuh gelas yang digunakan. Dia mahu cepat berlalu dari situ.
“Asma...”
“Ya..” nak tak nak Asma terpaksa juga berpaling mengadap mak ngah Ferhad.
Mak ngah Ferhad pandangnya dengan wajah penuh soal. Tapi dia tayang senyum.
“Bawa air masak segelas untuk suami. Mulai malam ini, Asma tidak boleh fikirkan diri sendiri lagi. Suami yang pertama. Selepas itu barulah diri sendiri. Melangkah masuk ke alam rumah tangga ni macam baru pindah tempat baru. Banyak benda nak kena tahu dan belajar. Kemudian kena perlahan serasikan diri. Ada masa kita menerima dan ada masa kita memberi. Paling penting kita kena tahu kedudukan dan hak kita sebagai isteri. Asma faham kan?”
Asma sambut gelas di tangan mak ngah Ferhad. Dia angguk dan senyum walaupun nampak sangat dibuat-buat.
“In Shaa Allah mak ngah.”
“Ini baru permulaan Asma. Banyak lagi halangan dan godaan menanti di hadapan. Paling penting kena percaya dekat suami. Apa yang keluar dari mulut orang lain jangan mudah percaya. Kena lebih percayakan suami sendiri. Jika masih lagi ada kesangsian, tanya dan bincang dengan dia.”
“Kita manusia ni ada kelemahan masing-masing. Sebab itulah orang kata suami isteri kena saling melengkapi barulah sempurna.”
“Mak ngah harap Asma ingat dan hadam nasihat mak ngah ni. In Shaa Allah bahagia menanti Asma dan Ferhad nanti.”
“Pergi masuk.”
“Terima kasih mak ngah.” Asma terharu. Mulanya dia ingat mak ngah Ferhad sama seperti opah Ferhad yang tidak menerimanya. Mak ngah Fadhilah tepuk perlahan bahu Asma. Memberikan dia galakan agar tidak mudah larut dalam emosi sendiri. Asma angguk faham sebelum melangkah menuju ke bilik Ferhad.
Ihsan Encik GoogleAsma tolak pintu bilik Ferhad. Ooops bilik pengantinnya malam ini. Hanya lampu tidur sahaja yang terpasang. Sebaik sahaja dia masuk, suhu sejuk menggigit kulitnya.
‘Hmmm.. berapa suhu dia pasang ni. Sejuknya,’rungut Asma. Berdiri bulu romanya.
Ferhad angkat wajahnya dari memandang I padnya. Dia ukir senyum. Asma melangkah perlahan ke arahnya sambil membawa gelas.
“Asma bawakan air masak untuk abang,” Asma hulur gelas tersebut kepada Ferhad.
“Terima kasih sayang,” Ferhad menyambutnya.
Asma angguk. Dia jadi kekok berdepan dengan lelaki ini. Untuk menenangkan dirinya, Asma bergerak ke arah beg pakaiannya di tepi almari. Dikeluarkan tuala dan pakaian tidurnya. Diletakkan di atas katil. Asma buka tudung dan melepaskan ikatan rambutnya. Pergerakannya diperhatikan oleh Ferhad.
Perbuatan Asma itu membangkitkan rasa di dalam dirinya. Dalam cahaya lampu tidur perbuatan Asma membuatkan dia rasa tergoda. Ingin dibelai rambut panjang mengurai itu. Mahu dia sendiri lepaskan satu persatu pakaian yang masih melekat di badan isterinya. Tanpa dapat menahan rasa, Ferhad mendekati Asma. Tangannya memaut pinggan ramping isterinya. Terhenti pergerakan isterinya.
Asma terkaku. Ini kali kedua mereka berpelukan selepas sesi bergambar tadi. Jika tadi mereka menjadi tumpuan ramai, kali ini hanya mereka berdua. Jantung Asma berdetak hebat. Rasa penat tadi mula menghilang diganti dengan rasa gemuruh. Dia turut merasai jantung suaminya berdengup kuat, seirama dengan dengupan jantungnya. Perlahan dia angkat tangannya dan diletakkan di dada suaminya. Asma mendongak memandang wajah Ferhad yang tunduk memandangnya. Mereka saling berbalas renungan.
Ferhad tunduk cium dahi Asma. haruman Asma melonjakkan rasa di dalam hatinya. Tapi dia perlu bersabar. Malam ini, masing-masing penat. Sedangkan dia mahu malam pertama mereka malam yang meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat mereka.
“Asma nak mandi dulu.”
“Sekejap. Bagi abang lima minit peluk Asma,” balas Ferhad sambil menarik Asma rapat ke dalam pelukannya. Seakan satu arus elektrik mengalir ke dalam badannya. Membuatkan dia tenang.
Asma diam. Dia juga turut menikmati pelukan suaminya. Disandarkan kepalanya ke dada Ferhad. Apa yang Fatin beritahu tadi dia akan simpan jauh ke dalam lubuk hatinya. Dia mahu mulakan perhubungan ini dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami sendiri. Dia akan biarkan suaminya menentukan arah kehidupan mereka. Dia akan mengikut setia setiap langkah yang suaminya ambil. Jika sampai masanya dia disingkirkan, maka dia tetap akan berpuashati kerana dapat membahagiakan suaminya walaupun seketika.
“Pergi mandi. Abang tunggu Asma,” bisik Ferhad sambil melepaskan pelukannya.
Asma ambil pakaiannya dan berlalu ke bilik air. Ferhad kembali melihat I padnya. Ada whatApps masuk daripada Tiffany tetapi dibiarkan tanpa dijawab. Malam ini dia mahu melupakan dunia luar seketika. Dia mahu menikmati malamnya bersama isteri yang baru dinikahinya.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 09, 2016 20:48
Bab 13 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah
"Errrhhh"
"Alhamdulillah…" ucap Nur..
Syukur di atas nikmat yang diberikan. Berada di kampung amat membahagiakan. Selera makannya bertambah. Tidak seperti ketika berada di kolej, semua makanan tidak kena dengan seleranya. Dia makan pun sebab terpaksa. Kalau tidak macam mana hendak mendapatkan tenaga untuk memanjat tangga ke tingkat tiga ke biliknya atau mendaki bukit dan juga berkejar ke kuliah.
Itu pun kak long tidak sudah-sudah membebel. Setiap kali telefon itulah yang ditanya terlebih dahulu, adik sudah makan? Vitamin makan tak? Banyak lagi ke vitamin? Minum air banyak tak? Segala benda akan disoal bagi memastikan dia tidak lupa setiap pesanannya. Mentang-mentanglah dia seorang doktor. Semua percakapannya mesti berkaitan dengan ubat. Tidak pun pasal kesihatan diri. Tahulah dia menjaga dirinya sendiri. Lagipun dia bukannya adik kecil Kak Long lagi.
Nasib baik Kak Long telah pulang ke rumahnya di Kubang Kerian semalam. Jika tidak dia pasti disoal siasat tentang pengambilan vitaminnya. Nasihat percuma akan diberikan tentang penjagaan kesihatan ketika di kolej. Rimas. Kak Long ni tidak habis-habis dengan sikap terlebih ambil berat mengenai kesihatan diri.
Nur bersandar kekenyangan. Lagaknya seperti ular sawa yang baru lepas menelan seekor kambing. Di depan umi dan abah, dia tidak pernah jaga kelakuannya. Sebab itulah dia selalu dimarahi oleh umi. Namun sikit pun tidak diambil kisah. Bahkan bebelan umi bagaikan lagu merdu di telinganya. Dan dia tetap akan tabiat yang sama.
Terlintas ular di dalam kepalanya, Nur teringat mimpi-mimpi yang hadir beberapa minggu lepas. Hampir tiga malam berturut dia diburu mimpi tersebut. Seekor ular yang sederhana besar, tidak tahulah ular jenis apa, menunggunya di sisi katil. Ular itu mendekatinya lalu tidur bersamanya. Setiap kali ular itu menyusup masuk ke dalam selimutnya pasti dia akan terjaga. Bagaikan terasa kelicinan badan ular yang kian membelitnya. Sehingga dia fobia untuk melelapkan mata kembali.
Jadi, untuk mengatasinya dia akan mengambil wuduk dan membaca tiga Qul sebanyak tujuh kali. Diletakkan juga surah yassin di tepi bantal tidurnya. Barulah dia dapat tidur lena. Mimpi ini tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Tidak pada umi, tidak juga pada kak long dan kak chik. Abah pun sama. Dia hanya mendiamkan diri sahaja kerana kegiatannya di waktu siang hari tidak terjejas. Takutnya hanya ketika ingin tidur sahaja.
"Tak elok anak dara bersandar begitu. Duduk biar elok sikit, dik," tegur Umi. Pantas tangan Umi menepuk pahanya. Tepukan sayang namun terasa juga kepedihannya. Dia tersenyum-senyum. Suka apabila duduk berhimpit dengan Umi. Jadi dibetulkan duduknya. Dipaut tangan Umi sambil kepalanya bersandar ke bahu Umi. Ketika ini dia, umi dan abah sedang berehat-rehat selepas makan malam di ruang tamu sambil menonton cerita yang disiarkan di televisyen.
Hanya tinggal mereka bertiga saja malam ini. Angah juga telah pun kembali ke Kuala Lumpur setelah bercuti seminggu. Senang hatinya apabila Angah tiada. Dekat mereka sentiasa bertengkar. Jauh elok pun mereka berbual-bual di talian. Ada saja yang ingin dimintanya dan Angah tanpa banyak soal akan memasukkan duit ke dalam akaunnya.
Dari hanya bersandar di bahu Umi, Nur kini merebahkan kepalanya ke atas riba umi. Sudah lama tidak bermanja dengan. Kesempatan cuti ini akan digunakan sepenuhnya.
"Eh..tidur pulak budak nie. Bangun!”
“Baru lepas makan mana boleh terus baring, nasi pun tak sempat turun ke perut lagi. Tak elok untuk tubuh badan kita," bebel Umi sambil mengangkat kepala adik supaya bangun dan duduk elok- elok di kerusi panjang itu.
"Alaa umi ni, orang nak bermanja sikit pun tak boleh. Dah lah adik sudah lama terpisah dengan umi. Nak tidur atas riba umi sekejap pun tak boleh,” Nur merajuk manja.
"Bukan tak boleh, tadikan baru lepas makan. Mana boleh baring lagi, nanti sakit perut pulak. Lagipun tak elok terus berbaring selepas makan. Lemak akan mudah berkumpul di bahagian perut. Adik nak ke perut adik buncit macam orang mengandung?” Soal Umi lembut.
Nur pantas geleng kepala. Hesy.. tak naklah.. Perut buncit kerana mengandung nampaklah lawa. Tapi perut buncit kenapa lemak, nampak sangat buruknya.
“Haa tahu pun... bila perut buncit, maknanya adik dah gemuk. Nanti jadi pemalas pula sebab badan terlebih berat.”
Tersenyum Pak Teh mendengar pujukan isterinya itu. Adik sudah memuncung mulutnya. Lagi tambah panjang muncungnya apabila melihat abah senyum-senyum memandangnya. Wajah Abah kelihatan merah sedikit berbanding semalam. Suka dia melihat Abah tersenyum.
"Abah pun sukalah umi marah adik ni. Tahulah umi dan abah dah tak sayang kat adik lagi" rajuk adik.
"Laaa ke situ pulak! Abah sayanglah. Tapi betullah apa yang cakap umi tu." pujuk Pak Teh pula.
Lalu Mak Teh memeluk bahu Nur di sisinya. Sebuah ciuman hinggap di pipi Nur.
“Sayang Umi jugakk...” Nur pula memeluk Umi erat.
"Inilah intan payung, buah hati umi. Takkanlah umi nak marah kat adik. Lagipun adik dah besar panjang. Dah mula belajar hidup berdikari di tempat orang. Sesekali balik mestilah umi tegur. Teguran umi tu bukan bermaksud marahkan adik, tak sayang adik. Tetapi sebagai peringatan, sebagai nasihat. Sebagai pedoman untuk adik nanti. Tak elok diamalkan selepas makan terus tidur. Malah tak elok untuk pernafasan kita, akan menyebabkan kita mudah sesak nafas. Tidak elok juga untuk sistem pencernaan kita sebab makanan tidak dapat dihadam dengan betul. Mudah sakit perut nanti.” jelas Mak Teh panjang lebar.
Nur terdiam mendengarnya. Umi ni, setiap larangan dan tegurannya ada alasannya yang tersendiri. Sebenarnya dia tahu untuk kebaikan dirinya juga. Haha...bukannya dia tak tahu, dah tahu sangat. Tapi ya lah... Sudah namanya anak manjakan? Anak bongsu penghibur lara umi dan abah. Mesti adanya benda hendak dibuat rajukkan? Sengaja nakkan perhatian lebih daripada umi dan abah. Nur tersenyum lalu memeluk uminya, diberikan kucupan kasih ke dua belah pipi umi dan direbahkan kepalanya ke dada umi pula. Umi tersenyum dan membalas pelukannya.
Pak Teh melihat sahaja kelakuan dua beranak itu lalu mengusik mereka.
"Peluk umi je? Abah tak nak peluk ke?"
Senang hatinya melihat anak bongsu di depan mata.
Mendengar Abah berkata begitu, Nur cepat-cepat mendapatkan abah pula. Lalu dicium pipi abah dan memeluknya seperti dia memeluk Umi tadi.
"Abah...Malam ni adik tidur dengan abah dan umi ya?” Bodek Nur.
"Aduh...Pengacau dah kembali uminya." Perli Pak Teh. Mak Teh tersenyum mendengarnya.
"Adik dah besar panjang. Dah belajar jauh pun. Mana boleh tidur dengan umi dan abah lagi. Bagilah can untuk abah bermanja dengan umi pulak."
"Mana boleh! Abah kan dah puas bermanja dengan Umi semasa adik tak ada. Bagilah peluang untuk adik tidur peluk umi pulak. Alaa bah, malam ni je... Kasian adik tau," pujuk Nur.
Pak Teh geleng kepala tanda tak bagi. Wajahnya sengaja diseriuskan.
"Abah tak kasiankan adik ke?" Suara Nur mula mendayu. Cuba meraih simpati daripada Abah.
"Tak"
"Mana boleh ambil bantal peluk abah ni. Nak bantal peluk, adik kena cari lah," ujar Pak Teh berkias. Mak Teh geleng kepala. Dia tahu, sebelum Nur kembali ke kolej, mereka perlu memberitahu perkara sebenarnya. Cincin tanda yang telah lama berada di dalam simpanan perlu diberikan kepada Nur.
Cuma dia takut, reaksi Nur. Sikap keras kepala Nur saling tak tumpah dengan abahnya. Hitam katanya, hitamlah. Putih katanya, putihlah. Tapi dia tahu disebalik sikap degil Nur, perasaan sayang dan hormat kepada kedua orang tua akan membuatkan Nur mengikut cakap mereka. Aturan yang telah abahnya tetapkan. Sebagai umi, dia sentiasa berdoa agar Nur dan anak-anaknya yang lain akan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing.
"Tak nak, nak tidur peluk umi jugak.." Nur juga turut berkeras. Abah ni kedekut betullah.
Wajahnya bertukar muram. Dia ingin sekali tidur bersama dengan Umi dan Abah. Satu malam pun tak apa, asalkan dia tidur bersama dengan mereka.
Pak Teh ketawa melihat wajah cemberut anak manjanya. Tak berubah-ubah. Menempel je kerjanya.
"Bolehlah Abah... Malam ni je adik nak tidur dengan Umi dan abah. Malam esok dan seterusnya adik tidur dalam bilik adik."
“Jawapan abah tetap tidak boleh!” tegas Pak Teh.
Muncung Nur semakin panjang. Dia tahu, permintaannya tetap tidak akan ditunaikan apabila suara abah berubah menjadi tegas.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 09, 2016 17:00
November 7, 2016
Bab 11 : Cinta Asma dan Ferhad
Assalam.. jom layan sengal Aida sikit...Benci dan cemburunya Fatin... Agak-agak siapakah mastermindnya?
“Ferhad, lepas Zuhur karang pergi ambil Asma dan ibu dia. Tak elok pulak kalau dia datang sendiri,” arah Nek Som ketika mereka bersarapan pagi.
“Baik nek.”
Pagi ini Nek Som dengan bantuan Mariana menyediakan nasi lemak. Sekejap lagi orang akan datang pasang khemah depan rumahnya. Mulanya tak nak pasang khemah tapi takut pula cuaca tiba-tiba berubah. Jadi baik siap sedia siap-siap. Lagipun ramai jugak yang dijemput walaupun hanya saudara mara yang tinggal berdekatana dan orang kampung sahaja.
“Mengada. Takkan tak boleh datang sendiri,” rungut Fatin Nur.
Nek Som jeling tajam Fatin Nur. Dia cukup tak suka bila ada orang mengomel apa yang dia cakap.
“Mengada dia kena pada tempatnya. Bukan mengada kau manja tergedik-gedik macam sotong tak ada tulang,” sindir Nek Som. Cucunya yang sorang ni ada saja yang tak kena pada matanya. Ada saja apa yang dia cakap dibalas dengan sinis.
“Dahlah pemalas. Malu aku nak mengaku kau tu cucu aku. Keturunan aku,” keras suara Nek Som memarahi Fatin Nur.
“Kau malu tak payah mengaku cucu kau. Fatin ni cucu aku. Dia masih ada seorang lagi nenek,” bela Maria.
Mereka yang berada di meja sarapan menikus. Melihat wajah tegang Nek Som mereka tidak berani bersuara. Apatah lagi wajah besan nenek Som pun sama. Sejak dulu mereka berdua ni tak pernah serasi. Tak boleh duduk semeja, ada saja yang tak kena.
Wajah Fatin merah. Dia bingkas bangun meninggalkan nasi lemak yang baru sedikit terusik. Hatinya membengkak marah. Dia benci Asma yang tiba-tiba menjadi kesayangan neneknya. Dendamnya membara. Dia takkan biarkan Asma terlepas begitu sahaja. Asma kena rasa apa yang dia rasa.
“Nilah jadinya bila anak masa kecil tak ajar betul-betul. Jadi kurang ajar. Dengan orang tua tak reti nak tunjuk hormat. Macam ni kau didik anak kau Fakrul?” Nek Som tak habis lagi dengan marahnya.
Mariana terasa dengan kata-kata Nek Som yang seolah-olah menyindirnya. Mereka berdua ibu bapa berkerjaya. Jadi masa dengan anak-anak terbatas namun pendidikan tetap dititikberatkan. Mungkin kurangnya dari segi adab dan tingkah laku, tapi tidak ilmu pengetahuan.
“Farah, Aisyah, Isra jangan nak ikut perangai kurang ajar Fatin tu. Nanti tahulah nenek nak ajar korang,” tajam Nek Som memberi amaran kepada cucunya yang lain. Mereka tunduk diam menyuap nasi lemak. Kepala dianggukkan beberapa kali.
“Asma, Aida.. Ferhad dah tiba. Cepat jangan biarkan dia tunggu lama,” beritahu Rohani sambil ketuk pintu bilik Asma.
“Kejap ibu, dah siap ni. Nak pakai tudung kejap.”
“Masuk dulu Ferhad.”
“Tak apalah ibu. Depan ni je,” balas Ferhad. Dia suka duduk depan rumah mengadap sawah padi ini. Tenang. Angin pula bertiup sepoi-sepoi. Jadi teriknya matahari tidak terasa sangat.
10 minit kemudian.
“Kami dah siap,” umum Aida dengan suara ceria.
Ferhad berkalih melihat mereka. Dia pandang Aida sekejap sebelum pandang Asma dan Rohani.
“Mesti abang tak kenal sayakan? Saya Aida BFF Asma. Sebab itulah saya akan temankan dia hari ini sehinggalah dia selamat jadi isteri abang,” gedik suara Aida memperkenalkan diri. Ini lagi satu sikap Aida yang Asma tak boleh masuk. Terlebih peramah dengan lelaki.
Pertama kali dia lihat Ferhad secara dekat. ‘Beruntung Asma. Lelaki ni memang kacak giler.
‘Aku pun boleh jatuh cinta pandang pertama. Kena paksa kahwin pun aku rela sepenuh hati,’ monolog hati kecil Aida. Kenapalah dia dulu tak pernah nak berbaik-baik dengan Nek Som? Padahal itu nenek saudara maknya. Ada ikatan persaudaraan lagi. Hmmmm... menyesal sekarang tak de gunanya jugak, keluh hatinya.
“Dapat laki hensem macam dia confirm tak menyesal kena kahwin awal,” bisik Aida. Mulutnya tak reti nak duduk diam.
Asma cubit lengan Aida. Gatal betul minah ni. Dari tadi mata tu asyik pandang Ferhad. Aku ni nak pandang pun malu. Dia boleh sesuka hati tenung Ferhad tanpa malu. Rasa menyesal pulak minta Aida temankan tapi hanya dia satu-satunya kawan baiknya di kampung ini.
Aida gosok lengannya sambil sengih.
“Aku cakap betul apa. Bertuah kau. Nanti kau kena belajar goda dan pikat laki kau tu supaya dia melekat dengan kau je. Jangan bagi peluang minah lain masuk jarum. Aku tahu dia mesti dah biasa di kelilingi gadis cantik ala model ni.”
Asma geleng kepala. Imaginasi Aida terlalu jauh. Dia tak ada pulak fikir sampai ke situ. Tak tahan Asma berikan jelingannya. Aida sengih-sengih buat tak faham.
“Syuuh... diam lah. Buat malu je kau nih!” bebel Asma. Muka entah nak letak ke mana. Dahlah berdebar untuk malam ni. Kena pulak kawan yang tak reti jaga mulut ni. Malu dia.
Ferhad tersenyum, walaupun Aida berbisik dengan Asma dia dapat dengar dengan jelas. Sebab mereka dalam satu kereta. Dia jeling Asma yang buat-buat tak pandangnya. Ada bunga cinta kembang di dalam hatinya. Wajah merah malu itu mengusik jiwanya.
Mereka tiba di rumah Nek Som 10 minit kemudian. Tak jauh mana pun tapi sebab Asma ni pengantinnya, neneknya suruh jugak dia datang jemput.
“Asma.. ni mama, opah, Fatin Nur, Farah...” Ferhad perkenalkan mereka. Asma lempar senyum ikhlas sambil menghulur tangan. Dia cium tangan Mariana. Mariana tarik Asma ke dalam pelukannya. Dia terima Asma sebagai menantu sulungnya. Melihat wajah lembut Asma dia jatuh kasih. Tapi Maria sebaliknya. Dia hulur tangan sekadar bersalam bersentuhan di hujung jari. Fatin pula terus berpaling masuk ke dalam.
Farah senyum lebar. Dia senang Asma jadi kakak iparnya. Walaupun beza usia 4 tahun, dia tak kisah dapat kakak ipar lebih muda daripadanya. Farah tarik Asma ke dalam pelukannya.
“lepas ni kak Farah boleh minta Asma buat kek coklat lagi lah. Rindu nak makan lagi.”
Asma angguk. “boleh-boleh.”
Fakrul dan Zainuddin datang.
“Ini papa dan ayah ngah..”Farah ambil tugas perkenalkan pula.
Asma senyum. Dia segan jadi perhatian.
“Mak Som mana?” tanya Rohani.
“Mak ada kat dapur. Jemput masuk. Farah tunjukkan Asma bilik Abang Ferhad,” arah Mariana.
“Jom Asma.. kak Farah tunjukkan bilik,” kata Farah sambil tarik tangan Asma supaya mengekorinya. Aida ikut dari belakang.
Ferhad minta diri ke rumah Pak Ali. Manakala Rohani melangkah ke dapur mahu bertemu dengan Mak Som.
“Muda sangat nak jadi isteri Ferhad. Tak sepadan langsung. Aku tak tahu laa tang mana yang Kalsom tu tengok,” rungut Maria.
“Sudahlah tu mak. Malam ni budak tu dah nak kahwin. Jodoh mereka bukannya kita tentukan. Ingat, Allah Taala yang tentukan bukan kita,” dengus Mariana. Dia berlalu meninggalkan ibunya yang masih lagi bersungut tidak puashati.

Published on November 07, 2016 16:09
November 6, 2016
Bab 12 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah
“Aku tak tahu pulak kau dah bertunang dengan adik aku.”
Hisyam garu kepala. Senyum. Dia juga tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan keadaan sebenarnya. Serba salah dan terasa bersalah. Salahnya sebab dulu terburu-buru membuatk keputusan.
“Bila korang bertunang?” Soal Thaqif lagi. Tak puashati. Marah? Siapa dia hendak menindakkan kuasa abah ke atas anak perempuannya.
“Aku tak tahu nak jelaskan macam mana....”
“Make it simple. Yang penting aku tahu pangkalnya,” sampuk Thaqif.
Selepas perbincangan hangat tadi, dia terus tarik tangan Hisyam mengikut. Mereka berjalan tanpa tujuan. Tujuannya hanya satu. Ingin tahu cerita sebenar disebalik pertunangan yang berusia tujuh tahun. Thaqif yakin, kak long dan kak chik tidak tahu. Empunya diri sudah tentu tak tahu langsung. Angin malam kuat bertiup. Bunyi ombak menghempas pantai jelas kedengaran.
“Hmmm... sebelum aku berangkat ke Mesir, aku jumpa abah kau. Kami bercakap-cakap tentang masa depan. Tentang Nur. Abah kau tanya aku. Aku sayangkan Nur tak?” Hisyam tarik nafas. Mengimbau kembali perbualannya dengan Pak Teh pada malam terakhir sebelum dia bertolak ke Mesir.
“Aku terus terang dengan Pak Teh. Dalam masa sepuluh tahun lagi, aku mahu jaga Nur.”
“Sayang aku bukan setakat abang adik. Sayang aku lebih daripada tu. Jadi bila aku nak pergi jauh, aku takut adik lupakan aku.”
“Tapi kau jugak yang buat adik aku ada alasan lupakan kau. Bencikan aku. Siap gelar kau orang munafik lagi.”
Hisyam senyum tawar.
“Aku terpaksa buat-buat lupa janji aku tu.”
“Sebab?”
“Itu syarat abah kau.”
Thaqif terdiam.
“Tak faham aku, kenapa abah aku buat syarat tu.”
Hisyam angkat bahu.
“Teruk adik aku demam sebab rindukan kau.”
“Aku tahu, mak aku ada cerita. Aku pun demam teruk kat sana.”
“Demam sebab perubahan cuaca. Demam sebab rindukan adik jugak.”
“Adik aku berubah selepas baik demam.”
“Tapi sebab apa?”
“Orang tua angah. Sebab dia tentu munasabah.”
“Tapi setiap perkembangan adik kau, aku tahu. Nisa si tukang cerita. Semua hal berkenaan dengan adik kau, yang dia tahu, dia akan cerita dalam email.”
“Tapi adik aku jugak, tak tahu apa-apa pasal kau.”
“Dia bencikan kau sekarang ni.”
“Aku tahu. Tadi aku tegur pun dia buat tak tahu. Seolah-olah aku ni dia tak pernah kenal.”
“Hahaha... Degil dia tu sebijik ikut abah aku. Nasib kau laa nak tackle dia macam mana.”
Hisyam garu kepala.
Dia juga buntu. Reaksi Nur walaupun telah dijangkakan, namun cuak juga hatinya. Nampak gayanya dia perlu lancarkan rancangan untuk tackle hati Nur semula.
“Ermm.. adik dah ada boyfriend?”
Thaqif angkat bahu. “Tak ada pulak dia bercerita pasal lelaki kat aku. Tapi tak tahulah kalau dia berkongsi cerita dengan kak chik atau kak long.”
“Haa... tadi aku nampak Azim. Dia tu saudara kau ke?”
“Azim? Kau kenal budak tu? Anak sepupu ayah aku. Budak KL,” beritahu Hisyam.
“Kenal tu taklah kenal sangat tapi budak tulah yang teman adik aku balik dua tiga hari lepas.”
“Dan....” Thaqif terhenti seketika menarik nafas. Dijeling Hisyam disebelah. Tiada perubahan emosi di wajah sahabatnya.
“Azim ni mengaku sukakan adik aku. Siap minta kebenaran aku nak kawan dengan adik aku tu.”
“Owh... Jadi dia tu..”
“Adik aku tak suka dia. Dia cakap Azim ni over perasan. Confident sangat adik aku nakkan dia jugak,” potong Thaqif sebelum sempat Hisyam habiskan ayatnya.
Hisyam sengih. Hati.. walaupun cuba ditenangkan agar tidak curiga sebelum ini, tetap juga merasa lega. Dia sebolehnya tidak mahu meletakkan Nur dalam keadaan serbasalah.
“Kau jangan risau. Benci adik aku tu tanda rindu. Marah dia tanda sayang. Lagipun aku rasa selama ni dia tunggu kau.”
“Harap macam tu lah.”
Dalam diam Thaqif senyum. Rasanya dia dapat agak kenapa abah beri syarat kat Hisyam.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 06, 2016 17:00
November 2, 2016
Bab 10 : Cinta Asma dan Ferhad
Ihsan encik google“Lambat bangun hari ni, Asma?” tegur Rohani.
Asma pandang wajah ibunya sambil sengih-sengih. Pagi ini dia terlajak tidur. Sebabnya dekat pukul 4 pagi baru tertidur, solat subuh pun terasa diawangan kerana tak cukup tidur. Selepas subuh dia tumbang lagi.
“Tak dapat tidur semalam ibu. Dekat pukul 4 baru rasa ngantuk.”
Rohani geleng kepala.
“Kenapa tak datang bilik ibu?”
“Kasihan kat ibu pulak. Lagipun ibu baru nak sihat. Nanti tak cukup tidur, sakit lagi. Asma pulak yang risau,” balas Asma.
Sebenarnya semalam dia ada jenguk ibu. Nak tumpang tidur. Tapi bila tengok ibu lena, tidur pun berdengkur, dia tak jadi kacau. Biarkan ibu berehat. Lagi pun dah hampir seminggu ibu batuk malam. Malam tadi baru okey.
“Tak dapat tidur sebab hari ini Asma akan jadi isteri orang?”
Asma diam. Dia tuang teh O panas ke dalam cawan. Dia tenung air tersebut. Hatinya terasa berat. Betul ke ini keputusan yang tepat untuknya.
“Ibu, Asma takutlah,” Asma gigit bibirnya.
Rohani tarik kerusi di sebelah anaknya. Dia duduk dan pandang Asma di sisinya. Dia faham perasaan anaknya sekarang. Apa yang dialami oleh Asma juga pernah dialaminya hampir 20 tahun lalu. Ketika itu dia sebaya Asma sekarang.
“Ibu pun kahwin umur 18 tahun. Malam nak nikah tu, satu malam ibu tak dapat tidur langsung. Ibu kena kahwin sebab nak langsaikan hutang bapak ibu. Ibu langsung tak kenal ayah Asma pun ketika itu. Sebab nak selamatkan bapak ibu. Ibu akur.”
“Ayah Asma pun kena paksa juga. Akhirnya kami kahwin. Malam pertama itu ayah Asma terus terang dengan ibu. Dia tertarik dengan islam. Lepas ni dia akan peluk agama islam. Dia tak paksa ibu ikut dia. Tapi sebab ayah Asma dah jadi suami ibu. Kacak dan gagah pulak tu, ibu jatuh cinta pandang pertama. Ibu cakap ibu akan ikut dia sebab dia dah jadi suami ibu. Susah senang ibu akan lalui dengan dia.”
“Jadi seminggu selepas itu kami diam-diam larikan diri dari kampung. Datuk Asma belah ayah ni terkenal dengan bengis dan garangnya. Dia pantang anak-anak tak ikut cakap dia. Dia dah rancang siap-siap hidup anak-anaknya. Ayah Asma patutnya mewarisi harta dan pangkat datuk Asma. tapi Ayah Asma tolak. Dia cakap dia nak tinggalkan budha dan masuk islam. Mengamuklah orang tua tu. Ayah Asma kena kurung. Ibu beranikan diri lepaskan dia dan kami lari ke sini mulakan hidup baru. Kahwin semula dan tukar nama.”
Asma terlopong. Inilah kali pertama dia mendengar kisah ayah dan ibunya.
“Ibu tak menyesal?”
Rohani senyum sambil geleng kepala.
“Ayah Asma seorang suami dan kekasih yang baik. Kami saling menyintai selepas berkahwin. Kami belajar mengenai diri masing-masing selepas kahwin. Banyak masam manis, pahit maung kami lalui bersama dan itu yang menguatkan cinta kami. Asma lahir hasil cinta kami. Anugerah terindah buat ibu dan ayah.”
“Ibu yakin jika ayah masih hidup sekarang, tentunya dia lah paling gembira. Anak manjanya akan jadi isteri orang. Kemudian akan bergelar pelajar Universiti juga.”
“Kami yakin Asma akan jadi seorang isteri solehah. Bersemangat tinggi. Sudah sampai masanya Asma membina hidup sendiri. Tapi ibu tetap ada di sini jika Asma inginkan nasihat ataupun telinga untuk mendengar setiap luahan hati Asma. Namun paling penting jaga hati suami, hormat dia, cinta dia dengan sepenuh hati Asma. In shaa allah... Asma akan memperolehi bahagia nanti.”
“Terima kasih ibu.” Asma peluk ibunya. Hatinya lega. Jika ibu mampu bahagia dengan ayah. Dia juga mampu bahagia dengan Ferhad. Ketidakpastian itu, adalah cabarannya.
“Assalamualaikum...”
“Assalamualaikum... Asma..”
“Oo.. Asma..”
“Pergi tengok siapa yang datang tu.”
“Rasanya macam suara Aida, ibu.”
Asma pantas menuju ke pintu utama rumahnya.
“Waalaikumussalam.” Sebaik sahaja pintu dibuka wajah Aida terus dilihatnya.
“Nasib baik aku sempat brake tangan aku ni, kalau tak benjol muka kau. Tak lawa dah nak naik pelamin nanti,” Aida terus menyerang Asma.
“Mana kau tahu aku nak kahwin hari ini. Ingatkan sekejap lagi nak pergi rumah kau. Nak ajak kau temankan aku malam nanti.”
Aida juih bibir.
“Ginilah kawan. Perkara sebesar ni, malam ni nak jadi bini orang, pagi ni baru nak cari aku.”
“Weh... Aku pun kelam kalibut ni. Baru 2 hari lepas Nek Som dan ibu bagitahu aku. Semalam seharian pergi cari baju nikah. Mana sempat aku nak cari kau. Bercerita segala-galanya pada kau,” terang Asma.
“Jadi betullah ni, kau nak nikah dengan abang Ferhad? Cucu Nek Som yang hensem tu?”
Asma berkerut dahi.
“Bukan ke kau cakap semua cucu lelaki Nek Som ni hensem belaka ke?”
“Abang Ferhad ni extra-extra hensem tau. Arkitek pulak tu. Duduk overseas. Bertuah kau.. Lepas ni ikut dia ke overseas.” Macam bertih pulak mulut Aida pagi ni. Pot pet tak berhenti. Asma kemam bibir nak ketawa. Kemudian dia muncungkan bibirnya.
“Tak ada maknanya aku ikut dia. Kan hujung bulan ni kita akan sambung belajar. Mana boleh aku ikut dia. Lagipun aku tak sanggup tinggal jauh beribu batu dengan ibu.”
“Habis pun kenapa kau nak kahwin dengan dia?” soal Aida hairan. Yela dah kahwin mestilah ikut suami. Ni suka hati Asma pulak tak nak ikut.
“Kami kahwin sebab nak tunaikan permintaan Nek Som. Dia nak sangat tengok Ferhad ni kahwin dengan aku. Dia nak aku betul-betul jadi cucunya.”
“Sayang betul Nek Som kat kau ya.”
“Tapi kan, kau memang bertuahlah. Tak kisahlah kahwin sebab apa, asalkan Ferhad jadi suami kau yang sah.”
“”Jeles aku.” sengih Aida. Cemburu tu ada sikit. Tapi dia turut tumpang bahagia jika Asma bahagia. Asma seorang kawan yang baik. Asma tidak berputus asa membantunya mengulang kaji pelajaran. Jika tidak kerana Asma sudah tentu dia tidak akan merasa menyambung pelajaran ke Universiti. Alhamdulillah, dia berjaya mendapat tempat di Uitm.
“Kau kena temankan aku tau malam ni, jangan tidak..”
“Iya, aku temankan. Akad nikah kat masjid kan? Siapa jurusolek kau? Baju pengantin mana aku nak tengok?” Aida terjenguk-jenguk melihat ke dalam bilik Asma. Ketika ini pintu bilik Asma terbuka luas.
“Akad nikah dekat rumah Nek Som. Jurusolek Achik Zana, anak saudara Nek Som.”
“Yang ada butik pengantin dekat Kubang Kerian tu ke? Weh mahal giler tau upah dia. Baju pun ambil dengan dia juga ke?”
Asma angguk.
“Cayalah kau. Dia mekap cantik. Kak long aku pun ambil dengan dia juga. Ambil pakej pengantin dengan dia. Tu pun paling murah RM3,000. Tapi bukan dia yang jadi jurusolek. Pekerja dia.”
“Aku tak tahu berapa. Semuanya Nek Som yang uruskan,” keluh Asma.
“Tak kisahlah berapa, Asalkan kau jadi pengantin paling cantik malam ni.”
“Lupa pulak, tema warna apa?”
“Aku nak pakai baju warna apa?”
“Tema putihlah. Kau pakailah warna apa pun tapi yang pasti aku nak kau temankan aku. Lagipun majlis ni untuk saudara mara je.”
“Saudara mara pun, dekat 200 orang jugak tau. Satu kampung ni ada bau-bau bacang dengan Nek Som tau.”
Terkejut Asma mendengarnya. Alamak! Ni bukan majis kecil-kecil lagi.
“Aku kena pergi rumah Nek Som tengahari ni. Kau kena ikut aku sekali tau. Kena temankan aku. Jangan tinggalkan aku. Aku tak kenal anak cucu Nek Som yang lain. Aku takutlah.”“Isyy.. tak ada apalah. Abang Ferhadkan ada.”
“Tak ada. Nanti tengahari dia akan tumpang sementara rumah Pak Ali. Nak akad nikah malam nanti baru dia ada.”
“Kau kena temankan aku. Jangan tinggalkan aku.”
“Iya.. Iya laa aku temankan.”
“Aku kena balik dulu cakap kat mak aku dan ambil barang. Nak pilih baju mana paling cantik nak pakai malam ni.”
Asma angguk. Dia tarik tangan Aida dan genggam erat. Dia berterima kasih sangat. Selain ibu, ada Aida temankannya malam ini.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 02, 2016 21:14
Bab 9 : Cinta Asma dan Ferhad
“Ferhad, lepas ni jumpa papa.”
Ferhad angguk.
Fatin Nur pandang dengan ekor mata papanya menghilang di sebalik pintu bilik. Yang lain-lainnya turut sama beredar meninggalkan dia dan Ferhad. Fatin Nur cuit lengan abangnya.
“Apa cerita? Bukan ke Tiffany tu kekasih abang?”
“Tiffany tu kawan, bukan kekasih.”
“Kawan?” Fatin Nur angkat kening.
“Kawan tidur sebilik, sekatil?”
Syyuuuh... Ferhad letak jari telunjuk di bibirnya.
“Kau nak semua orang dengar ke?”
Fatin Nur ketawa sinis. Dia tahu sisi gelap Ferhad.
“Pandai pulak bila nak kahwin pilih perempuan baik-baik,” sinis Fatin Nur.
“Kalau kau tak tahu apa-apa, baik diam,” marah Ferhad dengan nada tertahan.
“Abang, tak payah nak berlagak baiklah depan nenek bila setiap rahsia abang kat sana dalam poket Fatin.”
“Rahsia apa? Apa yang kau tahu? Jika kau rasa rahsia-rahsia aku dalam poket kau tu berbaloi kau bagitahu nenek, pergilah cakap. Abang tak kisah. Tapi bila jadi apa-apa kat nenek, kau yakin ke kau mampu bertanggungjawab,” bidas Ferhad. Sakit hati mendengar ugutan adiknya.
Fatin Nur bungkam. Tajam matanya memandang abangnya yang tersenyum sinis.
“Abang buat ni untuk nenek. Nak gembirakan hati nenek. Terpulang pada kau nak cakap apa pun pasal abang. Asalkan nenek tetap gembira akhirnya.” Usai berkata, Ferhad meninggalkan Fatin Nur sendirian. Dia mencari papanya.
“Ada apa papa nak jumpa saya?”
“Duduk dulu Ferhad,” arah Fakrul.
Ferhad bergerak mendekati papanya. Dia mengambil tempat di kerusi di hadapan Fakrul. Angin malam bertiup agak kuat. Membuatkan tubuh mereka agak kedinginan. Jam sudah menjangkau pukul 10 malam.
Fakrul larut dalam fikirannya sendiri. Rumah ini tempat dia lahir dan dibesarkan. Namun sejak dia berusia 13 tahun dia telah meninggalkan rumah ini. Tinggal di sekolah berasrama penuh, seterusnya melanjutkan pelajaran ke Australia dalam bidang perakaunan. Jadi tidak banyak kenangan di usia remaja terukir di sini. Seterusnya dia membina hidup di Kuala Lumpur. Kampung halaman hanya dijengah dua atau tiga kali setahun.
“Betul ke kau nak kahwin esok. Kau pasti dengan keputusan yang kau buat ni?”
“Saya pasti papa. Lagipun ini adalah permintaan nenek. Saya mahu menggembirakan nenek.”
“Jangan sebab kau nak gembirakan nenek, kau rosakkan hidup anak orang. Papa tahu apa yang kau buat di U.K. Papa tahu siapa Tiffany.”
Ferhad terdiam. Dia tarik nafas sebelum menjawab. Wajah serius papa menggambarkan dia tidak setuju dengan perkahwinan ini.
“Ferhad tahu apa yang Ferhad buat.”
“Pasal Tiffany, itu cerita Ferhad di U.K. tiada kaitan langsung dengan perkahwinan ini. Lagipun Asma tak perlu tahu wujudnya Tiffany. Tiffany pula tak perlu tahu wujudnya Asma.”
“Kau seolah-olah nak permainkan mereka.”
“Tak. Ikhlas saya katakan, saya dah mula sukakan Asma. Tiffany pula ada teman saya di U.K. Kami tidak pernah terikat dengan sebarang perasaan.”
“Mudahnya kau cakap. Pernah tak kau fikirkan kesan di atas setiap perbuatan kau tu.”
Ferhad geleng kepala.
“Kenapa papa tiba-tiba ambil berat tentang hidup saya? Selama ini ada papa tegur setiap kesalahan saya lakukan? Tak ada bukan. Tanpa beri saya peluang papa halau saya ke rumah nenek. Jadi papa tidak ada hak nak persoalkan apa yang saya buat.”
“Selamat malam papa.”
Ferhad melontarkan tubuhnya ke katil. Biliknya telah berhias cantik. Malam esok Asma akan menemaninya. Majlis akad nikah akan diadakan di rumah ini selepas solat isyak. Kemudian sesi bergambar dan jamuan makan. Nenek tak ajak ramai. Cuma jiran tetangga terdekat, saudara mara yang tinggal berdekatan dan orang masjid. Itu pun sebagai mewar-warkan pernikahan mereka.
Dia pandang lelangit kelambu yang baru di pasang petang tadi. Sekuntum bunga mawar tergantung di tengah-tengahnya. Ketika lampu ditutup mawar tersebut akan bercahaya.
Lama dia memerhati mawar itu. Terbias di dalam mindanya wajah Asma dan Tiffany. Dua orang yang berbeza rupa dan personaliti.
Asma yang baru dikenali dan bakal menjadi isterinya seorang yang ceria dan berfikiran positif. Bibirnya sentiasa tersenyum. Kadang kala berani membalas renungannya walaupun malu. Dengannya dia seolah-olah baru menemui bidadari. Asma si dara pingitan yang baru mahu mengenal dunia. Dia matang dari usianya yang sebenar kerana kehidupan yang dilaluinya.
Tiffany pula gadis bermata biru yang galak dan berani. Seksi dan berfikiran terbuka. Perhubungan mereka tidak terbatas walaupun hanya berteman. Mereka bebas melakukan apa sahaja. Tiffany yang banyak membantu dan menemaninya ketika kesunyian di rantau orang. Tiffany teman yang telah hampir 10 tahun dikenalinya sejak dia bergelar mahasiswa. Tiffany yang dapat membaca gerak geri dan apa yang terlintas di dalam fikirannya. Sebab itulah mereka serasi. Tiffany tidak pernah mendesak. Tapi dia tahu Tiffany mengharapkan sesuatu dari perhubungan teman tapi mesra mereka. Cuma hatinya tidak pernah terdetik rasa cinta. Perhubungan mereka baginya hanya sahabat dan nafsu.
Dalam melayani perasaan sendiri, Ferhad tertidur.
Asma pandang kipas yang ligat berputar. Malam semakin dingin. Matanya masih lagi terkebil-kebil memandang ke atas. Sejam berlalu namun matanya masih lagi berdegil. Dia pandang jam loceng di atas meja sisi katilnya. Sudah hampir satu pagi. Jarang dia tidur selewat ini. Biasa pukul sepuluh malam dia sudah pun terlena dan akan bangun pukul 4.30 pagi. Itulah rutinnya sejak ayahnya meninggal dunia.
Resah dan takut menunggu hari esok. Inilah yang mengganggu fikirannya sehinggakan dia tidak mampu lena. Dia pasrah dengan jodohnya datang cepat. Tapi di dalam hati masih wujud ketidakpastian. Seperti ada sesuatu yang bakal berlaku selepas ini. Persoalan yang timbul, mampukah dia melaluinya dengan hati tenang dan tabah.
Ferhad lelaki matang. Bakal menjadi suami dan imannya. Dia lelaki yang hampir sempurna di matanya. Terasa diri amat kerdil jika dibandingkan dengannua. Dia si gadis kampung, penjual sayur. Tiada rupa yang hendak dibanggakan. Apa lagi harta kekayaan. Pelajaran pula tiada.
Tidak banyak yang dia tahu tentang Ferhad. Ferhad bekerja sebagai arkitek di U.K. Ferhad telah menetap di sana hampir 5 tahun. Ferhad anak sulung kepada anak sulung Nek Som. dia mempunyai 4 beradik, seorang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Asma cuma kenal dengan Farah Nur yang dipanggil kak Farah. Adik- beradiknya yang lain dia tak kenal. Malah ke dua bakal mertuanya pun tidak pernah jumpa selain melihat gambar keluarga di rumah Nek Som.
Nek Som pula telah dianggapnya seperti nenek sendiri. Bilamana ibu tidak pernah bercerita tentang ahli keluarganya. Menurut ibu, dia dan ayah merupakan anak yatim piatu. Berasal dari kampung bersempadan dengan Thailand di Rantau Panjang. Cukup ringkas sehinggakan Asma tidak mampu membuka mulut bertanya lebih lanjut sebab mata ibunya telah berair. Ada cerita sedih yang ibunya tidak mahu ceritakan kepadanya. Jadi cukuplah dengan maklumat yang sedikit itu. Dia sudah cukup bahagia dengan kasih sayang ibu dan ayah. Ditambah pula kasih sayang Nek Som seperti neneknya.
Asma berkalih badan. Jam terus berdetik. Matanya terus segar tanpa tanda-tanda mengantuk. Dia mengalah. Lantas bangun dan berlalu ke bilik air. Mungkin dengan bersujud kepada-NYA mampu menjadi penawar keresahannya. Apa pun yang berlaku hari esok dan masa depan, dia mahu terus gagah menghadapinya. Dia tidak akan sesekali mengalah. Bahagia adalah impiannya. Orang kata, nak bahagia kena usaha. Nak kejayaan juga perlukan usaha. Dia mahu keduanya. Kebahagiaan dan kejayaan.
Dia mahu inilah jodohnya yang pertama dan terakhir.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 02, 2016 20:55
Bab 11 : Si Adik Manja dengan Menantu Pilihan Abah
Malam itu majlis Maulidur Rasul sekali dengan kesyukuran berjalan dengan lancar dan meriah. Nur dan kawan-kawan sebayanya sibuk membantu di dapur. Oleh kerana makanan di hidangkan secara hidangan, maka banyak yang perlu dibuat. Dan mereka macam-macam tahu tugas mereka. Nur dan Siti sibuk mengatur pinggan berisi lauk pauk ke dalam talam dan juga nasi yang disusun di tepi dinding. Supaya senang untuk mereka yang akan mengangkat makanan untuk dihidangkan selepas selawat nanti. Manakala Nisa dan Misah sedang menyediakan air minuman dan menyusun gelas ke dalam dulang.
Nur sibuk menolong. Begitu juga dengan yang lain. Tanpa dia sedar, dia sebenarnya telah menjadi intipan dua pasang mata. Dia perasan tetapi buat-buat tak peduli. Terdetik juga di dalam hatinya, bagaimana Azim boleh sesat sampai ke rumah ini. Jelingan Hisyam pula tidak dipedulikan. Ada beberapa kali Hisyam cuba menegurnya, tetapi tidak diendahkan. Marah dan dendam tak pernah padam. Makin sakit hatinya apabila melihat Hisyam tiada sikit pun rasa bersalah. Tidak terkesan langsung dengan apa yang telah dilakukannya.
Nur bangun meluruskan badan setelah hampir sejam bertinggung membasuh pinggan dan gelas. Majlis sudah pun tamat. Pinggan mangkuk dan gelas telah selesai dicuci. Orang -orang yang datang menolong telah mula beransur pulang. Hanya tinggal beberapa orang jiran terdekat yang sedang membungkus lebihan lauk pauk untuk dibawa pulang. Umi masih lagi tidak kelihatan di dapur.
"Nampak umi aku tak Nisa? Takkan dah balik tak beritahu."
"Ada kat ruang tamu. Tengah bincang apa tah. Sekali dengan abah kau dan mak ayah aku. Angah dan Abang Syam pun ada," jawab Nisa.
Nur memandang Nisa pelik. Bincang apa pulak?
"Bincang apa?"
"Manalah aku tahu."
"Aik, biasanya kau tukang sibuk pasang telinga," sindir Nur.
"Malas aku. Hal orang tua buat apa nak tahu. Lagipun kalau pasal abang Syam nak kahwin, aku dah tahu!"
"Balik tak sampai seminggu dah gatal nak kahwin. Orang balik Mesir memang perangai macam ni, ya?"
"Maksud kau?" Soal Nisa kembali, kurang mengerti apa yang dimaksudkannya.
Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja berada di dapur. Misah dan Aini telah lama pulang ke rumah. Dua tiga orang jiran yang ada tadi pun telah beransur pulang ke rumah masing-masing.
Nur angkat bahu. Mencebik.
“Eh lupa nak tanya, kau kenal tak Azim?” Lari dari topik pasal Hisyam. Kalau boleh Nur tak mahu ambil tahu langsung pasal lelaki munafik tu.
“Azim? Kenal.. anak sepupu ayah aku. Kenapa? Kau kenal dia ke?”
“Hmmm... budak kolej aku. Tapi dia budak akaun.”
“Ooo.. patutlah dia asyik jeling-jeling kau je tadi,” ujar Nisa sambil menutup mulut. Menguap. Mengantuk plus penat.
“Kau minat dia eh?” risik Nisa lagi.
“Bukan aku.. tapi dia minat aku. Kalau kau nak tahu, sebab dialah aku tak dapat tidur masa dalam bas.” Beritahu Nur.
Bulat mata Nisa mendengarnya. Biar betul. Haa.. ada cerita baru ni. Siapa yang tak berkenan dengan Nur. Orangnya lawa. Manja pulak tu.
“Kau pun suka dia jugak ke?” soal Nisa. Jangan cakap suka Nur. Masalah hati tu.
Nur angkat bahu.
“Entah.”
“Mula-mula tu aku suka jugak. Tapi sebab malam tu, aku menyampah.”
“Kalau kau nak tahu, dia angkat diri dia jadi Pak We aku. Terover perasan aku suka dia jugak.”
Nisa ketawa. Nur bercerita siap dengam memek muka sekali. Kelakar.
“Lambat lagi ke diorang berbincang. Aku mengantuklah,” keluh Nur.
“Entah! Nampak macam serius saja muka orang tua kita tu.”
“Bincang pasal apa? Tak boleh tunggu esok-esok ke? Aku nak baliklah,” rungut Nur lagi. Sikap manja mula menonjol, persis budak kecil yang mengantuk tetapi tak dapat tidur lagi.
“Alaah... sabarlah kejap. Kalau mengantuk sangat kau pergi tidur dalam bilik aku dulu. Nanti bila mereka selesai berbincang aku kejutkan,” cadang Nisa.
Nur mencebik.
“Malaslah... badan aku melekit. Tak selesa. Kena balik rumah, mandi dulu baru aku boleh tidur,” tolak Nur.
Sementara itu di ruang tamu, wajah masing-masing kelihatan serius.
“Aku ni tak tahu berapa lama lagi kat atas muka bumi ni... Jadi aku nak percepatkan pernikahan Nur dengan Hisyam,” luah Pak Teh.
“Tapi Abang Teh... Nur tu masih belajar lagi. Tunggulah dia habis belajar dulu baru kita nikahkan. Macam nilah, kita tunangkan diorang dulu,” Khalida bersuara. Hisyam pula baru sahaja pulang ke kampung halaman. Kerja pun belum mula lagi.
“Tunang apa lagi? Tujuh tahun dah bertunang. Hisyam pun dah balik. Elok sangat satukan mereka cepat.”
Thaqif terkejut. Dipandang wajah Hisyam disebelahnya. Hisyam angguk. Hmm.. Kenapa dia tak tahu?
“Bila masa kau bertunang dengan adik aku? Aku tak tahu pun?” bisik Thaqif.
“Muda sangat nak dinikahkan Nur tu, abang teh,” Hassan mula bersuara.
“Yela abah. Adik tu baru 18 belas tahun. Tunggu lepas angah nikah dululah, baru nikahkan adik.”
Pak Teh tajam memandang anak lelaki tunggalnya. Dia cukup tak suka bila cakapnya terang-terang dibantah.
“Kau nak kahwin bila? Calon dah ada?”
Thaqif geleng kepala. Kepala tak gatal digarunya. Gerun pula apabila abah memandangnya macam nak makan.
“Jadi tutup mulut. Jangan banyak cakap. Jangan masuk campur orang tua berbincang!” marah Pak Teh.
“Kau tak suka anak aku jadi menantu kau?” Soal Pak Teh tiba-tiba.
“Bukan... bukan macam tu. Aku suka sangat Nur jadi menantu aku. Tapi... Nur tu muda lagi. Baru belajar di matrikulasi. Aku rasa biarlah dia habis belajar dulu. Hisyam sanggup tunggu sampai dia habis belajar.”
Hisyam angguk. Setuju dengan apa yang ayah dia cakapkan. Menunggu beberapa tahun lagi tidak menjadi masalah baginya.
“Aku ni yang tak boleh tunggu lama. Sakit aku ni bila-bila masa saja boleh menyerang. Sebelum jadi apa-apa, aku mahu Nur kahwin. Biar tenang hati aku nak pergi,” jelas Pak teh lagi.
Mereka yang berada di situ terdiam. Ke situ pulak hala tujunya. Ya memang mati itu pasti. Tapi ini melibatkan masa depan anak-anak. Bagaimana perasaan Nur. Setuju ke tidak dengan perancangan orang tua.
“Apa pendapat kamu, Syam?”
Hisyam diam. Dia tidak menolak untuk dinikahkan cepat tapi Nur, hati Nur perlu dijaga juga. Dia yakin Nur akan membantah rancangan ini. Nur masih muda. Tentunya tak mahu terikat lagi. Lagipun dia masih lagi belum memujuk Nur. Memohon maaf di atas sikapnya.
“Saya rasa Pak Teh, kita tanya pendapat Nur dulu.”
“Tak payah! Aku tahu anak aku tu, dia akan ikut cakap aku. Yang penting sekarang ni, kau nak kahwin atau tidak!” tanya Pak Teh tegas. Dia tak suka orang bangkang cakapnya. Apa yang dia cakap mesti kena ikut. Tak ada tapi-tapi lagi.
Hisyam tarik nafas. Dipandang wajah orang tuanya, kemudian beralih kepada wajah Pak Teh dan Mak Teh. Serba salah dibuatnya. Hati orang tua perlu dijaga. Hati Nur pula diambil kira juga. Apatah lagi dia telah buat salah. Mungkir janji. Sampai sekarang Nur buat tak tahu dengannya. Langsung tak menjawab teguran. Tengok mukanya pun tidak.
“Hmmm... saya ikut apa yang Pak Teh cakap,” putus Hisyam.
“Bagus. Itu yang aku mahu dengar.”
“Jadi lepas Nur habis Matrikulasi, kita langsungkan,” putus Pak Teh.
“Nanti kita akan bincang kemudian pasal kenduri dan akad nikah.”
Yang lain diam dan angguk. Tak guna bersuara pun. Dah Pak Teh putuskan. Jadi kena ikut apa yang dia cakap.
“Hanya Hisyam saja yang aku percaya dapat menjaga Nur dengan baik.”
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on November 02, 2016 18:00
October 31, 2016
Bab 8 : Cinta Asma dan Ferhad
Ihsan Encik Google“Pelamin siapa tu mak? Ada orang nak kahwin ke?” Soal Fadhilah, anak ke dua Nek Som.
“Ferhad. Esok akad nikah,” beritahu Nek Som. Anak cucunya semuanya telah sampai kecuali Fahim, adik Ferhad yang sedang belajar di Australia dan keluarga anaknya Fatimah. Sudah lama Fatimah tak balik kerana kecil hati dengan sikap Nek Som yang melebihkan Rohani dan Asma.
Semuanya tercengang dan keliru.
“Kahwin dengan siapa? Tiffany ke? Bila dia peluk islam?” tanya Fatin Nur, adik Ferhad.
“Siapa Tiffany?” Soal Nek Som dan Fakrul serentak.
Fatin Nur gigit bibir. Tak sengaja membocorkan rahsia abangnya.
“Kawan saya di U.K,” jelas Ferhad ringkas. Sebolehnya dia tidak mahu keluarganya tahu tentang kewujudan Tiffany.
“Habis tu Ferhad nak kahwin dengan siapa? Orang mana? Bila pergi meminang? Kenapa mama tak tahu pun?” Soal Mariana kecil hati.
“Tak ada siapa yang tahu. Ni semua rancangan aku. Permintaan terakhir sebelum aku tutup mata. Ferhad saja cucu aku yang paling rapat. Selalu telefon aku tanya khabar walaupun duduk di seberang benua nuh.”
Semua orang terdiam.
“Ferhad juga cucu aku. Kau tak boleh paksa dia kahwin dengan pilihan kau,” tegas Mariam, mak Mariana.
“Aku tak paksa. Dia juga suka dengan budak tu,” jawab Nek Som tegas.
“Siapa nama dia? Aku nak kenal?”
“Nama dia Asma opah. Ferhad yakin bila opah jumpa dia, opah juga akan suka.”
“Asma? Anak Rohani tu ke?”soal Fadhilah inginkan kepastian.
“Betullah tu.”
“Mak... budak tu masih sekolah lagilah mak. Mak sedar tak apa yang mak buat ni,” keluh Fadhilah.
“Mana kau tahu dia tu masih sekolah? Tahun bila? Tahun lepas ke?”
“Asma dah habis sekolah. Hujung bulan ni sambung belajar kat UPM.”
“Samalah tu Mak. budak lagi tu. Satu apa pun tak tahu lagi. Macam mana mak boleh fikir nak nikahkan diorang ni.”
“Siapa yang tak tahu apa? Macam anak kau yang tak tahu satu apa pun. Tahunya suap nasi terus ke mulut. Tahunya belek-belek muka di cermin 24 jam. Kemas rumah pun tak tahu. Tak pun tahu perabih duit beli entah apa-apa yang tak guna tu. tak reti nak fikir lagi,” sindir Nek Som.
“Alaa... macamlah Si Asma tu tahu sangat,”bebel Fatin Nur perlahan. Dia cukup tak suka bila neneknya mula mengungkit tentang kelemahannya dan sepupu-sepupunya yang lain. Muda lagi, banyak masa lagi nak belajar. Lagipun apa guna ada pembantu rumah kalau segala kerja rumah kena buat sendiri.
“Bila aku cakap, tahu pulak nak menjawab. Aku tak pernah ajar anak-anak aku menjawab bila orang tua bercakap.” tajam Nek Som menjeling Fatin Nur.
“Fatin, jangan nak kurang ajar dengan nenek.”
“Biarkan budak tu jawab. Dia ada mulut nak pertahankan diri. Jangan sebab dah suka sangat dengan budak tu, yang busuk baunya wangi.”
Nek Som terdiam. Hatinya pedih.
Ferhad kasihan melihat neneknya.
“Saya tak kena paksa pun. Saya sendiri yang rela kahwin dengan Asma tu. Nantilah mama, papa, mak ngah dan opah kenal dia, tentu akan suka dia.”
“Farah kenal Asma tu. Dia cantik mama,” celah Farah Nur. rasanya dia pernah bertemu dan berbual dengan Asma ketika datang bercuti awal tahun baru-baru ini.
“Dia tolong maknya jual sayur dekat pasar kan, abang Ferhad?”
Ferhad angguk.
“Betullah. Dia buat kek coklat moist sedap. Hari tu semasa Farah datang bercuti, kebetulan birthday Farah. Dia yang buatkan kek tu.”
“Eleh, entah-entah beli dekat kedai.”
“Beli apa pulak. Dia memang buat. Depan mata Farah lah.”
“Tunggu kejap. Farah ada bukti.” dia buka galeri photo I phone 3 nya, mencari gambar yang sempat dirakamkan pada hari itu. Rasanya banyak juga yang dia ambil pada hari itu.
Haa.. jumpa pun. Lalu diserahkan I phone 3 kepada Mariana.
“Lawa orangnya,” puji Mariana.
“Lawa pun budak lagi. Orang kampung pulak tu. Entah-entah bila kahwin dengan Ferhad jadi lupa diri,” cemuh Maria.
“Mak ayah dia orang siam. Merantau ke mari,” beritahu Nek Som tanpa ambil endah dengan cemuhan besannya.
“Dia tidak ada saudara mara ke dekat sini?”
“Setahu aku tak ada. Aku nilah keluarga mereka sejak mereka pindah sini semasa Asma dalam kandungan mak dia. Lima tahun lepas ayah Asma meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya.”
“Aku bukannya main suka-suka tangkap muat. Aku pilih yang terbaik untuk cucu aku.”
“Terbaik apa kalau tak tahu asal usul. Bukan asal orang beragama islam pun,” cemuh Maria lagi.
“Lagi baik orang yang baru peluk islam dari islam sejak lahir. Nama saja islam tapi perangai mengalahkan orang bukan islam. Dah tua-tua masih tak sedar diri,” sindir Nek Som sambil jeling besannya.
‘Dah tua tapi tak tahu nak letak kain atas kepala. Masih lagi berlagak muda dengan pakai pakaian mengikut fesyen semasa. Aku tengok pun malu nak mengaku besan. Nasib baik Mariana, menantunya tidak ikut perangai maknya.’
“Saya tahu mak. Tapi sebagai ibu bapa dia, saya pun berhak juga nak kenal siapa bakal jadi menantu saya. Latar belakang keluarganya.”
“Aik tahu pulak peranan kau sebagai mak dia. Selama ni, selepas dia buat silap besar dulu, ada kau ambil berat tentang dia? Sakit sihat dia? Tak adakan? Sebab kau ikut sangat cakap anak lelaki aku tu, konon nak mengajar anak. Tapi menjahanamkan anak!” marah Nek Som.
Terdiam Mariana dibuatnya.
“Mak..., perkara tu dah lama dah. Ferhad ni dah berjaya. Tak perlulah mak nak ungkit-ungkit lagi,” keluh Fakrul kesal.
Dulu dia pernah buang Ferhad kerana Ferhad terlibat dengan pil ecstasy. Ditangkap polis dan hampir-hampir dipenjarakan. Dia menghukum Ferhad tanpa memberinya peluang membela diri. Kononnya nak mengajar Ferhad, dia halau Ferhad dari rumah. Dihantar balik kampung. Ketika itu Ferhad baru berusia 16 tahun. Sejak hari itu Nek Somlah yang menjaga Ferhad. Hubungan kekeluargaan mereka renggang sehinggalah Ferhad membuktikan dia tidak bersalah dengan keputusan cemerlang SPM. Ferhad kembali ke rumahnya namun hubungan mereka tidak serapat dulu.
“Nek, saya pun dah lupa dah Nek,” ujar Ferhad pula. Dia tidak mahu keluarganya bertengkar kerana perkara yang lepas. Lagipun dia lelaki, tidak ada istilah paksaan dalam hal ini. Memang mulanya dia mahu bantah. Tapi bila dah melihat dan kenal Asma, dia sudah mula dapat menerima Asma sebagai bakal isterinya.
“Jadi, jangan nak pertikaikan apa yang aku buat. Aku tahu apa yang terbaik untuk cucu aku,” tegas Nek Som sebelum beredar masuk ke dalam biliknya.
Namun langkah kakinya terhenti, “Makanan yang korang makan malam ni semuanya Asma yang masak.”
Masing-masing terdiam. Ayam masak merah yang cukup segala rasa, Air asam ikan bakar cukup menyelerakan, gulai lemak daging salai cukup memikat. Sambal belacan cukup rasa. Masing-masing dua kali tambah. Jadi mereka diam tak terkata.
Dalam diam Ferhad senyum sinis.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 31, 2016 21:32
October 30, 2016
Bab 10 : Si Adik Manja dengan Menantu Pilihan Abah
"Korang nak tahu tak, Bella Perasan cantik tu telah kena tangkap khalwat dengan Sudin anak Pak Ali, malam jumaat lepas," bisik Misah tiba-tiba.
Misah ni mulut becok sikit. Dialah orang pertama tahu jika ada gossip panas dikampung. Menurun daripada ibunya barangkali. Sebab Mak cik Besah, emak Misah ini, orang kampung menggelarnya CNN bergerak.
"Kau biar betul? Aku tak de dengar pun.”
“Mana kau tahu?”
“Kau jangan buat cerita Misah!”
Misah tak muka. Tak suka apabila dituduh buat cerita. Dia tak hadap sangat nak buat cerita yang bukan-bukan.
‘Aku pun belajar agama jugak. Hukum memfitnah orang ni dosa besar. Ibarat makan daging manusia.’
"Betullah!” Tegas Misah.
“Aku terdengar ayah aku cerita kat emak aku beberapa hari lepas. Dan tak pasal-pasal aku pulak kena kena brainwash, " cerita Misah.
“Padam muka kau. Siapa suruh curi dengar orang tua sedang bercakap. Lagi satu kau tu, insaf-insaflah sikit. Ni asyik keluar berdating je. Pantang orang ajak,” sindir Siti.
Tahu sangat dengan perangai si Misah ini. Pantang orang lelaki ajak keluar. Laju je mulut dia menjawab ya. Manalah mak dia tak bagi amarannya. .
"Lepas tu apa cerita?”
Misah angkat bahu. “Entahlah. Mak ayah aku tak ada cerita pulak. Diorang suruh aku kunci mulut. Jangan menyibuk pasal hal orang,”
“Laa... tadi kau jugak beriya-iya cerita. Lepas tu entah.. Apalah kau ni. Kata nak jadi reporter.”
Misah sengih. “ Cerita ni tak berapa sensasi. Nanti bila aku dah jadi reporter tak mainlah cerita orang kena tangkap khalwat ni. Tapi setahu akulah, ayah aku cakap biarlah orang pejabat agama yang uruskan.”
“Tapikan... takkan kau kau tak ada dengar tak lama lagi Pak Ali akan menerima menantu?" Tanya Misah.
"Ada juga dengar mak aku bercakap. Tapi aku ingatkan abang Kamil yang nak kahwin."
"Tak ada maknanya abang Kamil nak kahwin. Kalau abang Kamil nak kahwin, mesti kau yang seronok sebab abang Kamil nak kahwin dengan kau je. Sanggup tunggu kau habis belajar," sindir Misah kepada Nisa.
"Uit.... kau buat cerita kat sini ya. Dengar dek mak aku, habis aku! Cakap siang pandang-pandang sikit!" Nisa memberi amaran sambil mencubit paha Misah.
"Sakitlah oi... "
Yang lain saling pandang memandang antara satu sama lain.
"Kenapa kami tak tahu pun.?”
“Amboi Nisa, tak habis sekolah lagi dah pandai bermain cinta. Kalah kami ni, tak ada sesiapa yang nak," celah Nur. Seketika Nur teringat Azim. Mamat tu tak putus asa. Siang malam asyik antar sms dan whatapps. Namun satu pun tak dibalasnya.
"Betul tu, Nur. Diam-diam berisi budak ni. Nak makan nasi minyak nanti, jangan lupa beritahu kami awal-awal." Sambung Siti pula.
Muka Nisa telah berubah merah. Kemudian masam masam kelat. Mencerun matanya memandang Misah. Geram!
“Erk.. Diorang tak tahu eh?”Misah terkulat-kulat. Alamak silap cakap. Terbocor rahsia orang.
“Sori – sori. Lepas ni aku zip mulut,” pinta Misah sambil membuat tangannya membuat isyarat zip mulut.
"Eleh, dengan kita orang pun nak berahsia. Gini kawan ya! Siapalah kita ni, Nur kan?’ rajuk Siti.
"Mentang-mentanglah kita ni jauh. Semua perkara dah jadi rahsia, kan Siti,” sambung Nur pula.
"Bukanlah. Aku dengan abang Kamil bukannya ada apa-apa pun. Kami tak janji apa-apalah. Cuma dia pernah cakap main-main. Tak nak kahwin lagi sebab tunggu aku. Si Misah ni yang percaya. Aku tak percaya pun. Pulak tu orang macam abang Kamil tu. Ramai peminat sejak dari sekolah lagi."
"Iya ke? Tapi takkan kau tak ada perasaan langsung pada dia," Usik Nur.
Bertambah merah muka Nisa mendengar usikan tersebut. Dia terdiam tanpa mahu menjawab. Ditumpukan perhatian pada daun pandan ditangannya.
"Alah Nisa, cakaplah. Ada ke tak ada ni. Kami janji, ini rahsia sama-sama kita je," desak Siti pula. Nisa memandang kiri dan kanan.
"Ni rahsia tau. Ada kot. Sebenarnya memang aku tengah berwhatapps dengan abang Kamil sekarang ni," Nisa memecahkan rahsia dirinya sendiri. Dia tahu ke tiga-tiga mereka boleh dipercayai. Walaupun Nur dan Siti tua setahun daripada dia dan Misah, tetapi mereka berkawan baik. Jadi tidak terasa pun perbezaan umur mereka itu.
"Hurmmm... Nampak gayanya ada orang yang akan mendahului kita ni, Nur."
"Uit... Jangan mengarut buat cerita tak tercapai dek akallah! Aku pun ada cita-cita tau. Nak masuk Universiti dulu, merasa pegang duit sendiri dulu. Barulah kahwin.”
“Tapi kan... Manalah tahu kot-kot si Nur dulu kahwin.” kata Nisa sambil menaikkan keningnya dan memandang Nur, tersenyum-senyum. Bukannya dia tak tahu kisah Nur dengan abang Hisyam dulu. Baru sehari abang Hisyam balik, terus bertamu ke rumah Pak Teh. Apakah tanda-tandanya itu?
"Apa kena mengena dengan aku pulak? Pak we pun tak ada lagi. Kahwin jauh sekali. Aku pun ada cita-cita macam kau juga, tau!"
“Aaah.. Kak Long dan Kak Chik kau kahwin semasa belajar. Aku rasa kan pun sama. Bukan kau tak tahu perangai abah kau tu,” sampuk Siti.
"Lagipun soal jodoh ni bukan kita yang tentukan. Kita tak tahu pun jodoh kita siap? Bila? Boleh jadi dengan orang yang kita tak suka.,” usik Nisa.
“Seolah-olah macam kau tahu something je. Apa dia?”
Nisa angkat bahu. “Taklah. Aku cakap general je. Macam kau cakap pasal aku dan Abang Kamil.”
“Tapi... cara kau cakap tu macam kau tahu...”
“Mana ada.. Banyak fikirlah kau ni Misah!” Nisa tarik muka. Matanya melirik melihat Nur yang tiba-tiba terdiam.
“Kau tahu tak? Kau orang ke dua cakap macam ni dalam masa beberapa hari. Sebelum balik roommate aku cakap.” Nur tarik nafas. Bengang rasanya. Kenapa tak habis-habis nak kaitkan dia dengan jodoh ke dua orang kakaknya. Tak ada kaitan langsung.
Azim! Takkanlah Nisa tahu pasal Azim. Tak mungkin!
“Alaa relaxlah Nur. Aku gurau je.”
“Gurau tak kena tempat!”
"Nisa…ambil telefon abang dalam bilik!" Tegas suara lelaki dari muka pintu depan.
"Habislah aku kali ni," bisik Nisa. Janganlah abang Syam dengar perbualan mereka.
Semua menoleh ke arah pintu depan kecuali Nur. Dia tetap tekun membuat kerja. Tapi hatinya berdetak laju. Tangannya terasa menggigil. Suara itu? Tujuh tahun lamanya dia tidak mendengarnya.
“Hensemlah abang Syam sekarang ni. Dulu smart. Sekarang ni hensem campur smart,” bisik Siti.
Misah angguk kepalanya.
Nur diam.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 30, 2016 18:52
October 28, 2016
Bab 7 : Cinta Asma dan Ferhad
Untuk korang semua.. Terima kasih kerana like dan baca cerita ini... Untuk kawan-kawan yang menyambut DEEPAVALI. Selamat hari DEEPAVALI.
Dua jam berkurung menerima rawatan muka dan badan, Asma terasa segar dan bersemangat positif. Hatinya gembira. Keluar dari bilik rawatan dia menuju ke tempat pakaian pengantin. Ferhad dan Nek Som sedang menunggunya di sana.
“Dah siap pun. Wah naik dah seri pengantin,” tegur Achik Zana apabila melihat Asma menghampiri mereka.
Asma merasakan langkahnya canggung. Bila mata helang Ferhad turut memandangnya tanpa berkelip. Dia tunduk dan berjalan mendekati Nek Som. Lengan Nek Som dipautnya.
“Lagi 2 hari nak nikah, mestilah dah naik seri. Kau ni pun Zana macamlah tak pernah tengok bakal pengantin,” celah Nek Som. Dia bangga melihat wajah asli Asma yang mempunyai auranya tersendiri. Hatinya juga cantik. Sebab itulah dia mahu Asma jadi isteri Ferhad. Dia berharap nanti Ferhad akan nampak keistimewaan Asma sebagaimana mata hatinya nampak.
“Asma ambil baju ni, pergi cuba di bilik persalinan sana. Kalau ada yang kena alter, kita alter hari ini juga. Achik mahu baju Asma dan Ferhad siap hari ini.”
Asma akur. Dia ambil baju tersebut dan melangkah ke bilik persalinan.
“Jurugambar mana?” Tanya Nek Som.
“Tadi ada, nanti kejap Zana telefon tanya.”
“Minta dia ambil gambar pra perkahwinan mereka ni. Kita bergambar di sini je. Tak perlu banyak-banyak gambar pun tak apa. Janji ada kenangan manis.”
“Tanggung beres Mak Som,” Achik Zana tunjuk isyarat OK dengan tangan kanannya. Tangan kiri pula melekap telefon bimbit di telinga kiri.
Ferhad keluar dari bilik persalinan dengan memakai baju melayu berwarna krim. Baju tersebut terletak elok di badannya. Dia mengadap cermin untuk memakai sampin songket. Jurugambar terus menjalankan tugasnya mengambil gambar pra perkahwinan Ferhad dan Asma.
Dia menangkap saat-saat Asma keluar dari bilik persalinan dan mata helang Ferhad terus memandang di pantulan cermin di hadapannya. Ferhad kagum melihat pengantinnya cantik dan berseri. Asma tertunduk malu apabila bertentang mata dengan Ferhad menerusi cermin.
Achik Zana membantu Asma membetulkan bajunya. Dia memakai baju kurung berpotongan moden berwarna krim sedondong dengan baju Melayu Ferhad. Dihiasi dengan manik dan labuci berwarna pink dan silver. Shawl juga berwarna krim dan dihiasi dengan batu swarovski. Aksi mereka ketika mencuba baju pengantin terus dirakamkan oleh jurugambar.
Saat Asma tersenyum malu-malu berbalas pandang dengan Ferhad dilihat dengan penuh gembira oleh Nek Som. Dia harap dua hati ini akan berpaut sayang, berbunga cinta nanti.
Ferhad mendekati Asma yang sedang memandang cermin. Setiap langkah Ferhad diperhati oleh Asma. Ada senyum malu menghiasi bibirnya. Langkah tegap Ferhad membuatkan hati Asma berdengup laju. Rasanya dia telah jatuh cinta dengan bakal suaminya sendiri.
“Cantik. Asma cantik hari ini,” puji Ferhad apabila dia berdiri di belakang Asma. Rapat tetapi masih lagi ada jarak. Mereka saling berbalas senyuman di hadapan cermin.
Jurugambar terus memetik lensa kameranya. Dia puashati dengan kerjasama dan keserasian yang bakal pengantin tonjolkan. Semuanya nampak spontan dan semulajadi. Mereka ada tarikan magnet yang kuat tanpa mereka sedari. Telatah dan gelagat mereka yang malu - malu membuatkan jurugambar tersenyum.
“Abang pun kacak. Hensem,” balas Asma malu-malu. Gugup. Tapi dia memberanikan diri menatap mata bakal suaminya. Seakan mimpi. Dalam usia baru menjangkau 18 tahun dia bakal bergelar isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah terlintas pun akan jadi suaminya. Dalam rangka perancangan masa depannnya, dia cuma mahu menghabiskan masa membahagiakan ibunya dahulu sebelum mengejar kebahagiaan sendiri.
Tapi di sini, hari ini, dia sedang mencuba baju yang bakal dipakai di hari besarnya. Hari yang akan mengubah segala-galanya, status dan juga keutamaan di dalam hidupnya.
Ferhad, bakal suaminya. Hanya dikenali lewat cerita yang disampaikan oleh Nek Som. Ferhad, anak muda yang sedang mencipta nama dalam bidang arkitek di United Kingdom. Sentuhan emasnya sentiasa dinanti-nantikan. Seorang anak muda yang tidak betah berbakti di negara sendiri. Menurut Nek Som, kata Ferhad peluang untuknya mengembangkan bakat dan kebolehannya di sini terhad.
Kata Nek Som lagi, dia dengan Ferhad sepadan. Sama-sama bertangan seni walaupun minat berbeza.
Cuma adakah hati mereka berirama yang sama?
Ferhad pandang Asma. Ini kali pertama mereka sedekat ini. Dia mampu melihat wajah mulus Asma. Kulitnya cantik. Nampak bebayang urat-urat merah dibawah kulit. Tanpa secalit mekap, wajahnya tetap menawan. Tanpa secalit gincu, bibirnya tetap basah merah memukau. Ingin sekali dia merasai kemanisannya. Adakah rasanya seperti madu bunga mawar yang segar. Halkum Ferhad bergerak-gerak.
Ehemmm..hemm. Dehaman jurugambar mematikan khayalan yang semakin jauh. Dia pandang sekilas jurugambar yang tersengih perli. Wajahnya merah. Telinganya juga merah. Segan apabila tertangkap basah begini.
Asma yang polos memandang tanpa mengerti.
“Kak Zana, rasanya dah cukup gambar untuk pra ni. Kita ambil masa majlis pulak. Lagipun saya nak berkejar ke majlis tunang pulak ni,” beritahu Zarul, jurugambar rasmi untuk butik Achik Zana.
“Okeh. Kak Zana pun fikir macam tu jugak. Lebih-lebih lagi bila tengok bakal pengantin kita ni lapar, macam nak telan je bakal isteri dia,” Achik Zana senyum perli sambil jeling Ferhad.
Zarul sudah melepaskan ketawa yang tertahan tadi.
“Itulah sebabnya aku nak buat cepat-cepat,” celah Nek Som pula.
“Dah namanya bakal isteri, kalau cicip sikit pun jadilah,” Ferhad tidak mahu kalah. Mana mungkin dia biarkan dirinya dibahan depan-depan.
“Jangan nak melalut, lepas nikah nanti, nak cicip ke nak makan ke, nenek dah tak kisah. Sekarang ni nenek kisah sangat, sebab nenek perut lapar nasi.”
Serentak mereka yang berada di situ ketawa dengan reaksi Nek Som.
Asma yang mulanya tak faham, tertunduk malu.
“Pergi tukar baju. Lepas ni kita pergi makan dan balik. Petang nanti Zana nak datang pasang pelamin di rumah nenek.”
“Haaa.... ada pelamin jugak ke nek. Kata tak ada apa-apa majlis,” Asma mula gelabah. Malulah dia nanti.
Dipandang Ferhad minta simpati.
“Untuk ahli keluarga kita je. Malam nanti tentu anak cucu nenek sampai. Majlis kecil-kecilan untuk ahli keluarga. Tidak ada orang luar. Jangan risau,” terang Nek Som.
“Lagipun inikan majlis nikah kau. Takkanlah kau tak nak merasa duduk atas pelamin?”
“Buat simple-simple pun saya tak kisah nek,” balas Asma.
“Tapi nenek teringin tengok kau berdua atas pelamin. Nenek jugak nak sarungkan cincin tunang kat jari kau.”
“Ok. Ferhad setuju nek. Lagipun inikan sekali seumur hidup.”
Asma pandang Ferhad. Ferhad bagi isyarat mata supaya ikut sahaja apa yang nenek rancangkan.
“Jadi bolehlah Asma berangan jadi cinderella sekejap.” Akhirnya dia mengalah. Tak salahkan mengembirakan hati nenek?
Achik Zana yang jadi pemerhati, menguis hujung matanya. Melihat kegembiraan Mak Som, hatinya sebak. Sudah lama dia tidak melihat Mak Som bersemangat begini. Walaupun bibirnya sentiasa senyum, tapi hatinya sentiasa menangis. Merindui anak cucu yang jarang-jarang mahu menziarahi dan mengambil tahu tentang kesunyian hati tuanya.
“Gembirakan hati nenek selagi boleh Asma dan Ferhad,” titip Achik Zana ketika mereka mahu beredar.
“In Shaa Allah.”
Perlahan mereka menjawab, serentak.

Published on October 28, 2016 02:17