Shima Rostam's Blog, page 27

June 30, 2016

Abang Hensem, Jihan Part 10


“Kau ni memang tak faham bahasa ke? Nzakir tu aku punya!” jerkah Lana sebaik sahaja Tisya membuka pintu apartment. Terangkat bahu Tisya mendengar suara memetir Lana. Ditarik nafas dan cuba menenangkan hatinya. Dia meletakkan sandal yang dipakai di atas rak kasut. “Assalamualaikum...” salam perlahan diberikan. Christine senyum sekilas pandang Tisya. Di sebelahnya ada seorang lelaki cina. Mungkin teman lelakinya. Lana pun bercekak pinggang merenung tajam Tisya. “Weh pekak! Aku bercakap dengan kau nih.”“Dengar!” “Tapi aku tak ada benda nak cakap dengan kau. Nak jelas pun tak ada sebab pun. Baik kau jumpa sendiri dengan Nzakir tu,” balas Tisya tegas. Dia tidak takut dengan Lana. Baginya gadis ni otaknya tak bersambung dengan baik. Tanpa usul periksa serang orang tak memasal.  Tisya mahu ke biliknya. Tak guna melayan Lana pun.Lana ketap bibir. Tangannya ringan nak tumbuk muka innocentTisya itu. “Hi Tisya, pergi mana tadi?” Soal Christine lembut. “Dating?” usik Christine. “A’aah.. Dating dengan abang ngah sekeluarga.”“Masuk dulu Christine. Saya takut kena makan,” sindir Tisya selamba. “Bukan makan, aku bunuh sekali gus.”“Good night.”“Kau ni kenapa Lana?” “Perempuan tu nak cantas boyfriend aku.” “Cermin muka kau dululah Lana. Ada Nzakir tu pandang kau ke?” Soal Christine sambil ketawa. Dia memeluk lengan teman lelakinya. Digesel-geselkan badan seperti kucing parsi. “Sebelum minah ni tinggal di sini, Nzakir baik je layan aku. Sekarang ni berpuluh kali telefon pun sekali je dia angkat. Itu pun tak sampai seminit bercakap,” luah Lana.“He not interested. Cari lain lah,” “Tapi aku cintakan dia!”“Kau tak boleh paksa seorang lelaki cintakan kau. Lebih-lebih lagi lelaki macam Nzakir tu.”“Thats why I love him!”“It’s not love but obsession.” Komen teman lelaki Christine. “You know  nothing about love. My feeling.” Rungut Lana.“Enough.” Christine bersuara. Dia tahu kalau dibiarkan Lana akan berdebat dengan teman lelakinya. Sebab teman lelakinya tidak sukakan Lana. Dia pula berkecuali. Dia kenal Lana sejak Lana menyewa bilik di sini. Setakat ini Lana tidak pernah berkira dalam berbelanja untuk apartment ini. Tapi dia suka juga Tisya. Tisya tak banyak cakap. Kadang kala dia lupa, Tisya juga menyewa di sini. Lagipun dia jarang balik ke sini. Dia lebih suka habiskan masa di apartment teman lelakinya. More privacy. “Malam esok aku nak buat party kecil kat sini,” umum Christine.“Kau boleh ajak Nzakir kalau kau mahu.”Tersungging senyum di wajah Lana. Sudah pasti. Ini peluangnya. Tentu Nzakir tidak menolak jika berparti. Siapa yang tak nak berseronokkan?Pantas tangannya mendail nombor Nzakir. Dia menunggu apabila terdengar nada dering Nzakir. “Hello..”Hello darling.. Where are you? I ketuk pintu rumah you tadi,” mendayu suara menggoda Lana bertanya. “I buka puasa dengan kawan. Kenapa?” tegas suara Nzakir kedengaran di telinganya. Tak lunak mana. Dan nadanya kosong.Tapi dia bukanlah orang yang mudah mengalah. Dia akan mencuba sampai dapat.“Esok christine adakan parti. Dia invited you sekali. Come. Lama I tak jumpa you. I miss you darling.”“I dah ada invitation party dekat masjid. Come and join me. Lagipun sejak awal ramadhan I tak nampak pulak you join ramadhan party.” Sinis bunyinya. Lana mendengus. Nzakir ni hidup dalam kurun ke berapa? Kolot sangat!“Alaa.. tiap-tiap malam you ke masjid. Skip untuk malam ni je. Please darling.”“Kurang untung pahalalah I nanti. No way. Rugi. Ramadhan setahun sekali. Better I skip you punya parti yang menambah dosa I, daripada I skip I punya parti yang memperbanyakkan pahala I.”“If you interested join me. Lagi I suka.”Lana mendengus. Come onlah. Me? Masjid? Tak ada dalam sejarah hiduplah.“Whatever! But if you changed mind, feel free to come here tomorrow night.”“Bye darling.” Dicampakkan telefonnya ke atas meja kopi. Arrgh... Lana menjerit meluahkan kekecewaannya.
Christine dan teman lelakinya angkat kaki ke bilik mereka. Tidak mahu terlibat dengan jiwa meroyan Lana itu. 
-------@@@------
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama.  Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2016 18:01

June 29, 2016

Abang Hensem, Jihan Part 9

 Alhamdulillah Hari ni dah Khamis, Esok jumaat. Lusa Sabtu. Malam Sabtu nanti saya akan memulakan perjalanan balik kampung ke utara, kampung Incik Suami. Menyimpan rindu pula kat kampung halaman di Kelantan. 
IKLANShopping raya dah settle ke? Kalau belum boleh jengah ke LAZADA.   Macam-macam ada!

SALES RIANG RIA RAYA MASIH LAGI BERLANGSUNG SEHINGGA 11 JULAI NANTI.  






Tisya canggung. Nzakir tenang bawa kereta. Sesekali matanya melirik Tisya di sebelah.
“Senyap je. Tisya tak ada apa-apa nak tanya abang?” Soal Nzakir memecahkan suasana sepi itu.
Tisya tidak jawab. Sebaliknya dia angkat bahu. Dia pun speechless. Fakta yang tersembunyi diketahui hari ini. Gembira? Suka? Entah dia pun tidak tahu apa yang dia rasa. Yang pastinya berduaan dalam kereta kali ini terasa sangat kekoknya.
“Kenapa abang hilang tiba-tiba. Abang dah kahwin ke belum. Abang ada teringatkan Tisya tak?” Nzakir tolong usulkan soalan bagi pihak Tisya. Bibirnya tarik sengih. Tisya di sebelahnya sekarang bukan Tisya kanak-kanak ribena yang banyak cakap dulu. Dia dah berubah jadi pendiam.
“Awak tanya, awak sendirilah jawab,” balas Tisya. Dia memang tak minat nak beramah mesra dengan Nzakir sekarang. Sebab dia sedang keliru dengan hati sendiri.
Dia juga masih bengang dengan abang ngah. Janji capati sungguh! Tengahari tadi cakap lain, nak balik tadi cakap lain. Kalau tahu begini lebih baik dia berbuka sorang-sorang dalam biliknya.
“Adik balik dengan Nzakirlah. Lagipun korang tinggal satu apartment. Trust me. Abang ngah percaya Nzakir boleh jaga adik lebih baik dari abang ngah.”
 Dan apa kena mengena hantar dia balik dengan fakta Nzakir-boleh-jaga-adik-lebih-baik-dari-abang-ngah? Tisya jeling abang ngah tajam. Jika jelingan boleh mencederakan orang macam cerita naruto tu, sudah pasti abang ngah dah cedera parah.
“Kalau sayang sangat duit minyak abang ngah tu, adik sanggup bagilah.”
Abang ngah geleng kepala. Bengang  kot dengan sikap dia yang tiba-tiba juga keras kepala. Ikut perangai siapalah keras kepala sangat ni. Kepala batu.
“Apa masalah adik ni kalau balik bersama dengan Nzakir? Jimat masa dan tenaga. Lagipun adik patut ambil kesempatan ini bertanya khabar dia. Adikkan rapat dengan dia dulu. Adik jugak cakap dia abang long leg adik yang paling adik sayang.”
Tisya melipat tangan di dada. Bercakap dengan abang ngah sekarang ni macam bercakap dengan Lailatul, si kenit abang ngah tu. Susah nak faham cakap. Orang cakap lain dia cakap lain. 
“Yang abang ngah cakap tu dah lepas 10 tahun dulu. Zaman dah berubah. Manusia lagilah cepat berubah. Buat apa adik nak tanya dan ambil tahu kisah dia. Ada dia amik tahu kisah adik? Lagipun adik bukan adik kecil abang ngah lagi. Faham tak!.”
“Dulu adik sayang dia kan?”
Tisya mendengus.
“Abang ngah ni tak habis-habis dengan cerita dulu-dulu. Kita bercakap pasal sekaranglah. Adik tak selesa dengan dia. Adik tak kenal dia. Pleaseabang ngah.. hantar adik balik,” separuh merayu dah Tisya ni.
“Adik balik dengan Nzakir. Abang ngah penat. Tak nak balik dengan dia, balik sendiri,” tegas abang ngah.
Dan dia terus membentak meninggalkan abang ngah.
“Tisya dah sombong dengan abang,” suara Nzakir membuatkan dia kembali ke alam nyata.
“Saya tak kenal dengan awak. Orang yang saya kenal 10 tahun dulu dah lama tinggal kenangan,” jawab Tisya.
Nzakir menjeling Tisya dengan ekor mata. Tisya pandang depan, sesekali dia pandang ke luar tingkap.
“10 tahun dah berlalu, hmmm. Tisya yang abang kenal dulu comel dan suka bertanya. Tisya hari ini beku dan kaku. Nak dengar suara pun susah.” Itu kenyataannya.
“Sebab zaman dah berubah.  Awak jangan ingat manusia ni tak berubah. “
“Tak. Abang tak berubah. Tetap ingat Tisya sesekali.”
Tisya diam. Dia tak ingin komen. Sebab dia juga sesekali ter rindukan abang kawan sebilik abang ngah yang rajin melayannya.
“Nak singgah mana-mana tak?”
“Tak. Saya nak balik. Esok kerja masuk pagi.”
“Esok abang pun kerja. Tapi abang banyak lagi nak cakap dengan Tisya ni.”
Tisya cebik. Mereka bercakap ke atau dia sorang yang bercakap dari tadi?
“Awak tinggallah saya dekat bus stand. Nanti saya balik sendiri,” putus Tisya.
Nzakir terkejut. Dingin betul suara Tisya.
“Tisya marah abang?”
Tisya geleng.
“Saya tak kenal awak. Mama pernah pesan jika tak kenal dengan orang jangan banyak cakap. Lebih-lebih lagi lelaki macam awak.”
“Tapi Tisya kan dah kenal abang lama dulu.”
“Awak faham tak dulu dan sekarang banyak beza. SANGAT BERBEZA!” Tisya tension.
Tak habis-habis pasal cerita dulu-dulu. Cerita yang dia dah campak dalam longkang!
Nzakir terdiam. Dia terus melarikan keretanya menuju ke apartment mereka.
  ------@@@----------


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 29, 2016 17:19

June 28, 2016

Abang Hensem, Jihan Part 8

Promotion Riang Ria Raya LAZADA  masih lagi berlangsung. Cepat ambik kesempatan ini untuk bershopping last minute sebelum raya. Jimat habis!
 -------@@@------


Nzakir tiba di rumah Tajul dalam kira-kira 6.30 petang.
“Tak sangka berjodoh jugak korang berdua ni,” komen Nzakir setelah berjumpa dengan Zila, isteri Tajul.
“Kau ingat aku bercinta di Universiti dulu nak buat stok geli-geli macam kau ke?” sindir Tajul. Memang tak boleh blah bila komen Nzakir ni.
“Come on Man, itu pun nak sentap.”
“Zila cool je.”
Hahaha.... Zila geleng kepala. Macam-macamlah mereka berdua ni. Sikap Nzakir tidak pernah berubah asyik nak kenakan orang saja kerjanya.
“Mana orang rumah kau? Tak datang?” soal Zila.
“Orang rumah dia tinggal dekat pejabat. Tak boleh bawak balik,” selamba Tajul tolong jawabkan.
Zila pandang wajah suaminya dan Nzakir. Tak faham. Takkanlah puasa-puasa ni tak boleh nak balik awal, sediakan juadah berbuka dan berbuka bersama suami. Pentingkan kerja betul. Dia pun kerja jugak tapi keluarga tetap diutamakan.
Semakin galak Tajul dan Nzakir ketawa.
“Sayang.. Nzakir ni masih teruna lagi. Teruna tua!”
Lama jugak Zila diam barulah dia dapat tangkap.
“Awek keliling pinggang dulu mana perginya? Takkanlah semua stok geli-geli,” aju Zila.
Tajul jungkit kening. Nzakir sengih sambil usap rambutnya.
“Hujung tahun ni baru nak kahwin,”Tajul tolong jawabkan sambil sengih-sengih.
Zila angguk.
“Orang mana?”
“Orang dekat je”
“Nanti jangan lupa jemput pulak.”
“Confirm tak lupa!”
“Eh apasal abang yang tolong jawabkan. Nzakir tak ada mulut ke,” geram Zila. Seolah-olah suaminya mempermainkannya pulak.
“Betullah. Bab nikah kahwin ni mana boleh dibuat main-main,” ucap Tajul serius.
Nzakir sengih macam kerang busuk. Memang antara dia dengan Tajul, Tajul lebih peramah dan banyak cakap. Dia selalunya jadi tukang angguk sahaja.
Zila jeling. Diangkat punggung meninggalkan mereka berdua menuju ke dapur. Mahu melihat apa yang sedang adik iparnya lakukan di dapur. Dari tadi lagi tidak tunjukkan muka. Sebelum menyambut kedatangan Nzakir tadi dia dah minta Tisya menghidang dan buatkan air. Entah dah siap ke belum.
“Adik dah buat air ke belum?”
“Dah kak ngah. Teh panas dan jus jambu.”  Zila angguk.
Dikerling Tisya. Lain macam je budak ni. Sejak sampai tengah hari tadi nampak selalu berangan. Dahi pulak berkerut-kerut macam ada banyak sangat masalah dalam kepalanya.
“Tisya ada masalah ke?”
Tisya geleng kepala.
“Tak ada. Kenapa kak ngah. Muka Tisya ni macam orang ada banyak masalah ke?”
“Tak adalah. Kak ngah tengok sejak sampai tengah hari tadi, Tisya asyik berangan je.”
“Ada masalah dengan housemate ke?”
“Tak adalah kak ngah. Semuanya okey.”
“Adik baru jumpa abang long leg dia. Tu sebabnya termenung sana termenung sini,” celah Tajul sambil senyum-senyum.
“Abang long leg?” Zila tak faham.
Tisya tengok abang ngah.  Mimik mukanya tidak puashati plus geram. Rasa nak gigit-gigit biar terputus hidung tak berapa mancung abang ngahnya. Sengaja nak malukan dia! Cerita lama. Cerita dah basi. Cerita yang dah lama luput dari memorinya.
Long short story, nanti malam sebelum tidur abang buka hikayat cerita abang long leg ni. Sekarang masa untuk berbuka. Kita makan dulu.”
“Nzakir jemput makan.”
Nzakir sengih. Dijeling Tisya yang bermuka masam.

 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2016 17:04

June 27, 2016

Abang Hensem, Jihan Part 7

Rupanya antara Nzakir dan Tisya ada sejarah. Nak tahu.. kena baca sampai habis. Part 7 ni pendek skit. Cerita ni bukan lagi boleh dipanggil cerpen. Tapi novel pendek. Sebelum tulis saya target paling panjang pun dalam 20 pages. tapi anganku musnah.. Dah masuk pages 38 pun tak jumpa penamat lagi... Jadi, jadilah novel pendek. Target baru 50 pages. hehehe.. terlajak pun maybe dalam 60 pages. 
 Promotion Hari Raya
Jom shopping di LAZADA. Sekarang ni giler-giler sales. Boleh meroyan ni tengok discount price. Dan satu lagi memang berbaloi bershopping di LAZADA
Riang Ria Hari Raya Sales 



“Nzakir ni kawan baik abang ngah semasa di UTM dulu. Lepas konvo dia hilang dari radar. Telefon dan facebook tak aktif. Ingat dah jadi arwah.” Sebaik habis cakap abang ngah ketawa. Pelik betul. Perkara mati pun boleh main ingat-ingat. Kawan baik sendiri pulak tu.
“Tapi tak sangka dapat jumpa balik selepas 10 tahun...” sambung abang ngah lagi. Gembira betul dia dapat jumpa balik kawan lama.
“Kalau adik nak tahu, dialah yang rajin layan adik bercakap dulu. Ingat tak bila adik telefon, abang ngah sibuk? Dia juga yang selalu kirim hadiah kat adik dulu.”
Kejung badan Tisya mendengar abang ngah bercerita. Hatinya berdetak laju. Tisya tahu hatinya ada simpan rindu pada seseorang tapi dia tidak tahu siapa. Sebaik sahaja abang ngah habis belajar, rindu mula bertamu di hatinya. Nak tanya abang ngah dia malu. Jadi dipendamkan saja rindu itu sebab dia tak tahu siapa dia. Nama dia pun tak tahu.
Tisya masih ingat lagi, setiap kali dia telefon abang ngah, telefon abang ngah selalu sibuk. Jadi dia akan telefon abang kawan sebilik abang ngah. Tanya abang ngah tengah buat apa. Abang kawan sebilik abang ngah akan cakap abang ngah tengah bergayut denga awek dia. Beranglah dia. Padahal abang ngah juga yang beriya-iya minta dia telefon. Jadi bila dengar suara dia yang hampir nak nangis, abang kawan sebilik abang ngah tolong pujuk. Layan dia bercakap dan tolong dia buat kerja sekolah. Sejak malam itu, dia dalam seminggu ada sekali atau dua kali dia akan bergayut dengan abang kawan sebilik abang ngah.
Masa itu dia panggil abang je. Sebab tak tahu nama dan tak terfikir pun nak tanya nama. Berkat kesabaran abang kawan sebilik abang ngahlah, dia selalu dapat nombor satu dalam kelas. Jadi setiap kali abang ngah balik pasti dibawa balik hadiah yang kawan dia kirim. Macam-macam hadiah yang dia dapat. Ada novel, jam tangan, beg barbie dan teddy bear dan macam-macam lagi. Hadiah itulah yang menjadi kesayangannya. Disimpan baik-baik. Sampai sekarang masih elok.
Ketika abang ngah konvo, dia lupa nak tanya abang ngah kawannya yang mana selalu berikan dia hadiah. Sebab sibuk sangat melayan abang ngah ambil gambar dengan bakal kak ngah. Sibuk juga ditarik oleh kak lang dan kak chik ke sana ke sini untuk bergambar. Maklumlah abang ngah merupakan orang pertama dalam keluarga mereka berjaya menggenggam ijazah. Kak long dulu masuk maktab perguruan sahaja.
Cuma selepas abang ngah kerja, dia merasa kehilangan sekejap. Ada juga kadang kala dia rindu. Nak tanya abang ngah, dia segan. Lagipun abang ngah tidak pernah bercerita tentang kawan-kawannya. Jadi dia diamkan sahaja. Bila rindu dia akan peluk teddy bear pemberian abang kawan sebilik abang ngah.
Jadi bila tanda tanya 10 tahun lepas terjawab. Dia tidak tahu nak tunjukkan reaksi macam mana. Suka? Sedih? Teruja? Gembira?
Tisya geleng kepala. Dah lama dia tak ingatkan abang kawan sebilik abang ngah tu. Dia dah lupa. Sebab ketika itu dia baru berusia 14 tahun.
“Nzakir dulu sayang betul dengan adik. Macam-macam hadiah dia bagi setiap kali abang nak balik kampung. Siap pesan lagi suruh adik makan banyak-banyak biar cepat besar,” abang ngah ketawa besar. Teringat kisah Nzakir dulu.
“Nzakir ni tak ada adik. Dia anak tunggal. Jadi sebab itulah dia layan dan sayangkan adik. Bila tahu dia suka layan adik, abang ngah lepas tanganlah. Buat-buat sibuk setiap kali adik telefon,” cerita abang ngah perkara yang sebenarnya.
 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2016 16:46

June 26, 2016

Abang hensem Jihan, Part 6

 Assalam... semalam tuan rumah cuti, tak sempat nak buat auto post.. Jadi pagi ni tuan rumah bagi entri panjang sikit.

Enjoy reading...

Menghitung malam-malam terakhir Ramadhan, semoga kita banyakkan mengumpul amal untuk bekalan di alam sana...

------@@@....




“Kejap, Tisya nak turunlah ni,” jawab Tisya tanpa salam.
Tahu sangat dengan sikap abang ngah yang tidak suka menunggu. Talian diputuskan tanpa mendengar balasan daripada abang ngah. Dia cepat-cepat menutup pintu apartment. Hampir berlari dia menuju ke lif. Pintu lif terbuka dan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan dia terus masuk.
“Nak ke mana? Hari ni tak kerja ke?”
Kuss semangat. Tisya mengurut dada.
“Lain kali bagilah salam dulu sebelum tegur,” marah Tisya.
Dijeling mamat hensem Jihan ni, santai berbaju T shirt kolar V berwarna biru tua dan jeans hitam.
Tisya tunduk. Dia tidak tahan dengan panahan mata Nzakir. Pelik. Tadi bukannya tak ada orang ke tunggu lif bersama-sama dengannya. Mana pulak datangnya mamat ni. Berkerut-kerut dahi Tisya memikirkannya. Ke dia ni invisible man?
“Masa awak langkah masuk tadi, saya dah ada dalam lif ni. Jangan nak berkerut-kerut sangat dahi tu. Nanti belum sampai umur 30 dah banyak kedutan,” sempat lagi Nzakir menyindir.
Tisya mencemik. Apa-apalah. Muka dia bukan muka orang lain.
“Nak ke mana?” soal Nzakir sekali lagi.
Tisya mengeluh. Lupa nak jawab tadi.
“Rumah abang ngah. Buka puasa rumah dia hari ni.”
“Awak tak kerja?” soal Tisya balik.
“Cuti. Saya baru balik out station.”
“Baru ingat nak pergi berbuka dekat Sushi King.”
“Pergilah.. Sushi tetap dibuka tujuh hari seminggu,” jawab Tisya, polos.
“Tapi awak tak ada, cancellah.”
Mereka akhirnya sampai tingkat bawah. Tisya tergesa-gesa keluar menuju ke kereta abang ngah. Nzakir setia mengekor.
“Awak nak pergi mana?” soal Tisya setelah menyedari Nzakir mengekorinya dari belakang.
“Ikut awak. Nak berkenalan dengan abang ngah awak.”
Langkah kaki Tisya terhenti tiba-tiba. Salah dengar ke apa? Dipalingkan wajah melihat Nzakir dengan dahi berkerut.
Nzakir geleng kepala. Suka sangat buat muka macam tu. Kerut dahi bagai... tapi comel.
“Buat apa nak kenal?” Tinggi suara Tisya bertanya. Tak faham betul dengan mamat hensem Jihan ni.  Baru je kenal tapi kenapa dia buat seolah-olah mereka dah lama kenal?
“Laa salah ke? Dah saya kawan dengan awak mestilah kena kenal dengan ahli keluarga awak jugak. Senang kerja nanti,” jawab Nzakir.
Tisya tidak terkata apa lagi. Geram pun ada. Bila masa pulak aku angkat mamat ni sebagai kawan aku. Takkanlah sebab dia tumpang aku malam tu, terus kami jadi kawan? Lagipun dah seminggu berlalu, ni baru jumpa balik. Aku pun dah ingat-ingat lupa kat dia.
Sebaik sahaja sampai ke kereta abang ngah, Tisya tidak terus masuk, sebaliknya ketuk tingkap pintu belah pemandu.
“Kenapa? Masuklah.”
“Ada orang nak berkenalan dengan abang ngah,”jawab Tisya sambil tunjuk Nzakir.
Nzakir tersengih dan ketawa. Abang ngah pun turut ketawa dan terus buka pintu kereta. Mereka berdua saling berpelukan dan bertepuk bahu.   Ahh.. sudah, Tisya keliru. Mereka kenal ke?
“Aku dah agak dah.”
“Lama wei.. tak jumpa kau Nzakir. Kau menghilang ke mana? Lepas konvo terus lenyap.”
Nzakir ketawa.
“Aku sambung belajar dan kerja di New Zealand. Tahun lepas baru balik sini.”
Abang ngah geleng kepala.
“Habis tu kau tak boleh nak berfacebook atau WhatApps dengan kawan-kawan?”
Nzakir tarik sengih. Facebook ni dia anti sikit. Bukan tak suka, ada je account facebooknya. Cuma dia jarang buka, setahun adalah dalam sekali atau dua kali masuk.
“Macam mana kau boleh kenal adik aku?”
“Jiran depan pintu aku ni. First time tengok dia aku rasa macam pernah jumpa je. Tapi lupa kat mana. Tadi bila dia cakap nak jumpa abang ngah serta merta aku teringatkan hari kita konvo. Teringat adik kau yang comel kalut bergambar tu. Tu yang aku ikut Tisya. Nak pastikan betul atau tidak.”
“Memori 10 tahun lepas tu bro.”
“Cepatlah abang ngah! Tadi kata nak masuk opis pulak lepas ni,” rungut Tisya. Geram sebab tunggu lama. Geram sebab tadi abang ngah juga yang tidak sabar. Bila jumpa kawan, terus lupa.
“Aku gerak dululah. Datang bukak puasa rumah aku petang ni.”ajak abang ngah.
“In Shaa Allah. No telefon kau? Alamat?”
Abang ngah ambil kad namanya, ditulis di belakang kad alamat rumah. Kemudian diserahkan kepada Nzakir.
“Lega aku bila tahu kau tinggal kat sini. Adalah orang boleh tengok-tengokkan adik aku ni.”
“Kau suruh aku tengok adik kau seumur hidup pun aku sanggup, bro,” mendalam maknanya.
Abang ngah ketawa. Kemudian dia tepuk-tepuk bahu Nzakir. Entah apa-apalah mamat dua orang ni. Lebih daripada perempuan bila jumpa. Ketawa.. ketawa... tepuk bahu.
“Jangan lupa petang ni. Banyak betul benda nak sembang ni bro.”
“Alright, jumpa petang karang. In Shaa Allah.”
****



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama.  Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 26, 2016 17:12

June 24, 2016

Abang Hensem, Jihan part 5






“Wah... tak sangka baru je duduk sini dah ada hati nak goda Nzakir.”
Tisya terkejut mendengar suara kasar Lana. Teman serumahnya. Tisya diam. Bibirnya yang ingin mengukir senyum terus kaku.
“Kebetulan jumpa,” jawab Tisya telus.
“Kebetulan ke atau kau sengaja buat-buat jumpa,” sindir Lana. Mulut menjuih. Wajah suci Tisya semakin menyampah dimatanya. Bajet gadis melayu terakhir.
“Terpulang kepada kau nak cakap apa. Aku penat. Nak rehat dan tidur. Selamat malam!” tanpa menghiraukan jelingan Lana, Tisya melangkah ke biliknya.
Selama sebulan menyewa di sini, boleh dikatakan beberapa kali sahaja mereka bertegur sapa. Masing-masing buat hal sendiri. Tisya ada juga cuba meramahkan diri dengan Lana. Tapi sikap sombong dan beku rakan serumahnya mematikan hasratnya. Christine pula jarang berada di rumah. Dia lebih banyak menghabiskan masanya di rumah teman lelakinya. Tapi Christine seorang yang peramah dan mesra orangnya apabila sesekali balik ke sini.
“Nzakir tu boyfriend aku. Kau jangan gatal-gatal goda dia.”
Tisya senyum sinis. Tidak dihiraukan amaran Lana. Tak ada faedah pun. Tadi tak ada pulak Nzakir war-warkan Lana ni girlfriends dia. Perasan!
Lana menggenggam tangannya sendiri. Bengkak hatinya dengan sikap Tisya yang tidak ambil kisah dengan amarannya.
Jaga kau, Tisya!
Kau belum kenal lagi siapa aku. Barang aku tidak ada siapa pun boleh sentuh. Jangan berangan kau nak goda Nzakir! 
Enjoy reading.. Part 5 pendek sikit...
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 24, 2016 19:00

June 23, 2016

Abang Hensem, Jihan Part 4



 Morning...Morning..Abang Nzakir datang awal hari ni...Happy reading... 

Labu betisnya tegang. Hari minggu memang sibuk dari biasa. Ditambah pula esok puasa. Bertambah panjang orang beratur menunggu giliran menikmati sushi. Walaupun begitu, sakit kakinya tidak dihiraukan. Dia melangkah pantas menuju ke perhentian bas. Malam ini dia mahu ambil teksi sahaja. Tak larat nak menunggu bas.
Namun, dua langkah lagi nak sampai di perhentian bas, kakinya terhenti apabila dia ternampak mamat hensem Jihan tadi. Buat apa dia di sini. Tunggu bas jugak ke? Atau tunggu orang.
Sebaik kakinya terhenti di perhentian bas, mamat hensem Jihan menoleh dan tersenyum memandangnya.
“Sampai pun. Jom,” ajaknya.
Jihan berkerut dahi. Dia tidak berganjak. Dipandang kiri dan kanannya. Tak ada orang. Hanya dia sahaja. Namun di hadapannya orang masih lagi ramai menunggu bas.
Nzakir memandang wajah penat Tisya. Nzakir tarik sengih. Dia tahu gadis itu pasti hairan.
“Jom balik. Kebetulan saya lalu di sini tadi. Lepas tu teringat awak cakap awak balik pukul 10 malam. Jadi alang-alang lalu, saya tunggulah. Lagipun dah lewat malam ni,” jelas Nzakir.
“Tapi..”
“Anggap je pertolongan daripada jiran awak,” sambung Nzakir.
Tisya pandang wajah jirannya. Hatinya berbelah bagi. Ada juga rasa takut namun ada juga rasa nak terima je pelawaan itu. Lagipun tempat tujunya pun sama.
“Saya tak makan orang. Saya bukan orang jahat. Saya baru balik terawih ni. Bulan baik ni takkanlah saya nak buat jahat.”
“Orang jahat takkan mengaku dirinya jahat,” getus Tisya perlahan.
Nzakir tawa kecil. Dia tahu Tisya cuak bila dia tiba-tiba muncul dan ajak balik.
“Awak boleh call kawan awak atau sesiapa sahaja cakap awak balik dengan saya. Ambil gambar saya dan WhatApps kat mereka. Saya boleh bagi nombor telefon saya sekali, jika itu yang membuatkan awak rasa selamat balik dengan saya,” cadang Nzakir.
Nzakir perasan mereka menjadi perhatian beberapa pasang mata di situ. Nzakir pandang gadis itu yang masih lagi berkira-kira mengikutnya.
“Saya tunggu dalam kereta, sana,” tunjuk Nzakir.
Tisya pandang Nzakir melangkah ke keretanya. Dia menarik nafas dan akhirnya diturutkan juga langkah Nzakir ke kereta.
‘Jika dia hilang, orang ramai di sini boleh jadi saksi nanti,’ bisik hatinya.
Nzakir mengulum senyum. Dihidupkan enjin kereta dan menunggu Tisya masuk ke dalam keretanya.
“Penat?” soal Nzakir setelah beberapa minit kereta bergerak.
Tisya angguk.  Dia ralit melihat skrin Samsungnya. berWhatApps dengan Jihan.
-Weh masin mulut kau!
+Apasal?
‘- Mamat hensem kau tu tunggu aku.
+ Haha.. Maksud kau? Jiran kau yang hensem tu?
‘-Iya mek. Kau punya pasallah ni!
+ Kan aku dah cakap, tak salah apa yang aku nampak tadi. + Untung kau driver hensem datang amik.    “Awak nama apa?”
“Hah?”
“Awak belum bagitahu saya, nama awak. Saya Nzakir.”
Ooh..
Sebenarnya Tisya terlupa nama mamat hensem Jihan ni walaupun petang tadi dia dah bagitahu.
“Tisya.”
“Saya macam kenal awak. Tapi lupa di mana saya pernah jumpa awak.”
“Kan encik jumpa saya malam tu.”
“Bukan... sebelum tu saya rasa saya pernah kenallah dengan awak.”
Tisya diam. Dia cuba juga cari di celah-celah memorinya tentang mamat ni. Tapi sikit pun dia tak jumpa. Tak ingat langsung.
Tisya angkat bahu. Memori  tentang mamat disebelahnya ini tidak ada pun dalam kotak memorinya.
“Selalu balik malam?”
“Boleh kata setiap hari. Paling awal 7 malam.”
Nzakir angguk.
“Sebelum ni tinggal kat mana?”
“Bukit Indah jugak, rumah abang. Tapi bulan lepas dia dah pindah ke Pasir Gudang.”
“Kenapa tak ikut abang ?”
“Jauh nak berulang alik kerja. Lagipun tak nak mengusahkan dia.”
“Bahaya balik malam-malam ni.”
“Saya ada Allah Taala sebagai pelindung. Jadi sentiasa ingat dan minta pertolongan daripadanya.”
Nzakir jeling Tisya dengan ekor mata. Hatinya sejuk mendengar kata-kata tersebut. Dia tak salah menilai.
“Betul cakap awak. Kita ada Allah. Tapi persediaan melindungi diri sendiri juga perlu. Kalau Allah nak duga macam mana?”
“Sikit-sikit ilmu mempertahankan diri ayah dah turunkan.  In Shaa Allah.. saya boleh melindungi diri sendiri.”
“Kalau saya tak outstation nanti saya jemput awak balik malam-malam,” ujar Nzakir.
Mereka tiba di depan pintu apartment mereka.
Tisya geleng kepala. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Lagipun mereka baru kenal. Rasa macam tak kena pulak.
“Tak payahlah encik Nzakir...”
“Abang Nzakir.. rasanya saya tua banyak dari awak,” potong Nzakir.
Diamati wajah Tisya yang mula merona merah. Walaupun nampak penat dan letih, wajah Tisya manis di matanya.
“Yela.. abang Nzakir. Terima kasih banyak-banyak sebab tumpangkan saya malam ni. Tapi selepas ni tak payahlah tumpangkan saya lagi. Saya boleh balik sendiri. Lagipun teksi dan bas banyak. Thanks but no thanks,”
“Selamat malam,” Tisya cepat-cepat masuk ke dalam apartmentnya.
Nzakir tidak sempat membalas apabila dia melihat Tisya cepat-cepat menutup pintu. Bibirnya tersenyum nipis. 


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2016 17:38

Abang Hensem, Jihan Part 3



“Weh sudah-sudahlah tu pandang budak tu.”
“Dia nak buat kerja pun tak senang. Baik kau makan.” Sergah Faizal.
Nzakir sengih.
Dia suka tengok budak tu. Entah apa nama. Tak sempat nak tanya.
“Comel,” pujian keluar dari mulut Nzakir.
“Aku tahu. Tak kalau serumah dengan Lana mungkin perangainya tak comel.”
Nzakir menjeling. Tak komen. Tapi dia rasa budak ni baik. Tengoklah cara dia melayan pelanggan. Senyumannya pun ikhlas bukan dibuat-buat. Dia juga mesra dengan kawan-kawan sekerjanya.
“Lana apa cerita? Meleser lagi dengan kau?” soal Faizal ingin tahu.
Lana baginya terlalu daring buat Nzakir.
“Dia masih kejar kau lagi ke?” soal Faizal lagi setelah soalan pertama tidak terjawab.
“WhatApps dan telefon biasa. Kadang kala aku angkat jika tak sibuk.”
“Kau layan lagi dia?”
“Kau dah terjatuh suka dengan keseksaannya ke?” Faizal jungkit kening. Sambil sengih dia terbayangkan tubuh seksi Lana, berseluar jeans pendek menutup punggung dan bersinglet putih transpent membaluti tubuh seksi yang tinggi lampai itu. Rasanya itulah pakaian rasminya untuk berjalan. Ataupun mini dress tanpa lengan atas paha. Selalu berusaha cari jalan mendekati Nzakir.
“Aku kasihan jari-jari dia dipaksa kerja lebih masa tu. Bila aku jawab terhenti laa dalam 2,3 hari.”
“Kau balik malam lagi ke?”
Nzakir angguk. Antara sebab dia selalu balik malam kerana ingin mengelak daripada berjumpa Lana. Walaupun agak mustahil kerana apartment mereka saling bertentangan.
Mata Nzakir terus setia mengekori  gerakan lincah jiran barunya melakukan kerja. Sudah biasa buat kerja rumah, Nzakir senyum sendiri.
Tapi kenapa dia rasa macam dia kenal dengan gadis itu. Seolah-olah mereka dah lama kenal. Tapi puas dia cuba ingat bila dia kenal sebelum bertemu beberapa malam yang lepas. Dia tahu ada. Cuma dia tidak ingat. Seakan gadis tersebut memegang kunci memorinya.
“Esok puasa. Lepas ni kita terus ke masjidlah.”
“Erk.. Aku penatlah. Esok malamlah,” dalih kawannya.
Nzakir geleng kepala. Harapkan badan je sado, tapi bab solat tak sado pun.
“Kau ni,  Ramadan setahun sekali datang, awal-awal lagi nak penat?”
“Semalam pukul 4 pagi bro aku tidur siapkan drawing yang Mr Eng nak tu.”
“Lepas tu kau tidur sampai terlepas Zuhur. Kalau aku tak call, maunya lepas maghrib baru kau bangun,” sindir Nzakir.
Faizal tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya. Terkena dia. Walaupun Nzakir ni lelaki moden, tapi bab-bab solat memang dia jaga betul. Itulah Faizal respect sangat. Berkawan dengan Nzakir sedikit demi sedikit sikapnya turut berubah.
“Sebenarnya aku ada dating dengan Raina malam ni, nak tengok wayang,” jelas Faizal.
Nzakir geleng kepala. Orang berebut-rebut pergi masjid berterawih, dia pulak berebut tengok wayang.
“Kau janji pukul berapa nak jumpa dia?”
Faizal tengok jam dipergelangan tangan kirinya.
“Dalam setengah jam lagi.”
“Ok. Aku blah dululah. Jumpa di pejabat esok.” Nzakir bingkas berdiri dan menuju ke kaunter bayaran. Kebetulan Tisya berada di sini.
“Bil. Meja 17. “
“RM45.50 encik.”
“Terima kasih. Datang lagi.”
“Awak ada di sini. Tiap-tiap hari saya datang,” bisik Nzakir. Dikenyit mata sebelum melangkah keluar. 

Jihan dan Roza sengih-sengih. Tisya pula berubah mimik muka. Tak sangka mamat hensem jiran depan pintu boleh bagi ayat itu. 



Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2016 01:09

June 22, 2016

Abang Hensem, Jihan Part 2






Pssst... 
Jihan menyiku lengan Tisya. Tisya angkat wajah memandang Jihan sambil mengerutkan keningnya  seolah-olah bertanya. Jihan kerling meja nombor 14 disebelah kanan mereka.
Tisya ikut melihat dengan hujung mata.
“Mamat hensem,” bisik Jihan sambil berlalu membawa gelas kotor.
Tisya angkat bahu. Mamat hensem ke tak hensem ke bukannya pandang pekerja macam mereka ni. Hanya pelayan di restoran makanan segera. Mesti mereka ada standard tersendiri, bisik hati kecil Tisya.
 Dia tidak ambil peduli. Diteruskan kerjanya mengelap meja yang baru sahaja ditinggalkan oleh pelanggan. Bekerja sebagai pelayan ni kena cekap melakukan kerja. Tambah pula Sushi King ni pelanggan tidak putus –putus sebaik sahaja tanda Open di pintu restoran di terbalikkan. Selesai mengelap, Tisya terus membawa pinggan kotor ke dapur. Bibirnya sentiasa tersenyum walaupun matanya tidak fokus kepada orang yang  dilemparkan senyuman. Senyuman itu penting sebagai pelaris restoran. Jika pelayan bermuka ketat, sekali je pelanggan datang makan, selepas itu dia akan berkira-kira untuk datang kembali.
Mata Nzakir mengekori setiap gerak langkah pelayan genit itu. Dia kelihatan lincah melakukan kerja. Sentiasa senyum seolah-olah gembira dengan pekerjaannya.
“Kau kenal ke budak tu?” Soal Faizal.
“Jiran aku.” Jawab Nzakir ringkas.
“Boleh tahan jugak. Apa namanya?”
Nzakir angkat bahu.
“Tak sempat aku nak beramah. Sekali je aku terjumpa dia,” jelas Nzakir.
“Rakan serumah Lana tu,” jelas Nzakir.
Faizal merenung Nzakir.
“Nampak macam budak baik, bertudung. Takkanla stockLana jugak?”
“Entah. Aku rasa mungkin rakan serumah je kot. Bukan kawan Lana.”
“Kalau kawan Lana, merosakkan imej gadis bertudung,” kritik Faizal.
“One Green Tea and One Mint Tea. Selamat menjamu selera encik.”

Nzakir memandang Tisya dan tersenyum.
“Lama dah kerja sini?”
Tisya berkerut dahi. Ramah pulak mamat hensem Jihan ni.
“Baru 2 bulan encik.”
“Owh. Selalu balik malam ke?”
Tisya memilih untuk tidak menjawab. Dia senyum sahaja. Dia tak kenal dengan mamat ni. Jadi tak perlu rasanya berkongsi pukul berapa dia balik.
“Awak tak ingat saya?”
Tisya geleng. Dia memang susah nak ingat muka orang sebab dia jarang sangat lihat muka orang apabila bercakap. Sebaliknya hanya memandang sekilas dan matanya akan beralih melihat benda. Lebih-lebih lagi lelaki. Tak naklah dikatakan menggedik pulak.
“Saya jiran depan pintu. Ingat malam tu?” jelas Nzakir.
Tisya diam seketika. Cuba menggali memori beberapa malam lepas. Terjumpa!
“Owh. Maaf Encik. Saya tak berapa cam wajah Encik.”
“Nzakir.. Abang Nzakir.”
“Ehemm...” Faizal sembunyikan senyum. Nampak Nzakir terminat budak ni.
“Ok Encik Nzakir. Selamat menjamu selera.”
“Balik pukul berapa malam ni?” Nzakir mengulang lagi soalan yang tak terjawab tadi.
“Pukul 10 malam.” Nak tak nak Tisya jawab juga. Tak naklah pula dia dikatakan sombong. Lagipun ini jiran depan rumah. Jihan di depannya dah senyum-senyum. Beberapa rakan-rakannya yang lain pun curi-curi pandang Tisya sambil bisik-bisik. Bergossiplah tu. Tak ada kerja lain budak-budak Sushi King ni. Lepas tu menyakat orang nombor satu.
“Balik dengan apa?”
“Jemput makan.”
Tisya terus angkat kaki. Rasanya tak perlulah dia jawab soalan berupa interview tu. Dia pun tak adalah ramah sangat nak bercakap-cakap dengan pelanggan ni. Lebih cepat pelanggan keluar lebih baik.
“Lama kau kat meja 14 tu. Kau kenal ker mamat hensem tu?”
“Eh dia pandang kau lagilah,” bisik Jihan.
Tangan mereka berdua liga meletakkan pesanan ke dalam dulang untuk dihantar kepada pelanggan.
“Jiran depan rumah.”
“Kalau dia tak tegur. Aku tak cam pun.”
“Aku rasa dia minat dengan kaulah.”
Tisya mencebik. Orang ramah sikit dah cakap minat. Perasan.
“Kau ni, dah namanya jiran, mesti nak tegur sapakan. Nanti orang cakap sombong pulak. Lagipun aku tak cam dia tu tadi. Bila dia tegur baru aku ingat sikit-sikit muka dia tu.”
“Eh selalu ke dia tegur kau? Prihatin benar jiran kau ni,” Jihan masih lagi dalam mood menyibuk nak ambil tahu semua benda.
“Ni kali kedua aku terjumpa dia. Aku tak ingat pun dia ni,” jawab Tisya. Dia menghela nafas. Rimas dengan soalan bertalu-talu Jihan.
Jihan sengih. Tahu sangat Tisya tak suka dengan sikapnya yang suka menyibuk. Tapi nak buat macam manakan,itu kan sikap semulajadinya.
“Aku dapat rasakan, dia tu suka kau.”
Whatever  Jihan. Kau ni memang kepoh. Orang tu tegur sebab jiran. Kau pulak buat cerita. Macamlah kau boleh tilik hati orang ni.”
Jihan sengih.
“Aku tahulah. Mimik muka dan jelingan matanya pun aku dah tahu dia sukakan kau, Tisya.”
Confirmmalam ni dia tunggu kau balik,” ujar Jihan sebelum berlalu menghantar pesanan pelanggan.
Tisya memandang belakang Jihan.
“Auntie pun setuju dengan Jihan tu, Tisya,” sampuk Auntie Kamala di sebelahnya.
Tisya geleng kepala. Bekerja di sini, macam-macam gossip ada. 


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 22, 2016 01:16

June 21, 2016

Raya bersama LAZADA MEGA SALES

Persiapan raya dah siap ke belum?Dah pergi shopping baju raya, kasut raya ke belum?Ada yang suka buat persiapan di saat-saat akhir sebab last minute shopping, peniaga dah nak tutup kedai bercuti raya, mesti berganda discount yang mereka bagikan?Dulu masa tinggal di Batu Caves bolehlah buat shopping last minute di Jalan TAR. Sekarang ni bila dah tinggal di JB, hurmmm tak ada dah last minute.. Kalau last minute jugak, sampai lepas raya lahh jawabnya. 
Saya dah berjangkit penyakit suka shopping depan Laptop ni. Macam-macam ada. cuma clik-clik pilih dan bayar... LAZADA kan ada 
LAZADA sekarang memang tengah giler-giler sales. Rugi kalau tak shopping kat sana... MACAM-MACAM ADA!!!
Jom shopping..
Nak cari baju raya klik sini
 ZAWARA SALES.
 Klik sini jugak...

















LAZADA MEGA SALES RAYA
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 21, 2016 21:00