Shima Rostam's Blog, page 25
October 12, 2016
Bab 5 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah
"Saya jatuh cinta pandang pertama pada awak, Nur."
Mata yang hampir tertutup, terus terbuka luas. Terkejut. Terus hilang kantuknya. Nur pandang orang di sebelahnya sekilas sebelum kembali mengadap belakang tempat duduk orang dihadapannya. Situasi yang tidak langsung terlintas difikirannya. Apatah lagi akan dilalui di dalam bas.
'Dugaan apa pulak ni.. Aku tak sedia nak balas apa. Aku sendiri tak tahu apa perasaan yang aku rasa. Tiba-tiba je mamat ni buat pengakuan luar alam. Siapa nak tolong aku jawab ini,'
Lama Nur berperang dengan diri sendiri. Di kerling jam tangan. Jam 12 malam. boleh catat sejarah peribadi ni. Pengakuan cinta pertama oleh Azim.
Nak balas ke tak nak balas ni?
Suka?
Cinta?
Entahlah, aku sendiri pun keliru. Bukannya aku pernah alami situasi macam ni. Nak kata aku tak suka, aku suka je si Azim ni. Nak kata cinta? Wow.. tak sampai tahap tu lagi darjah rasa dalam hati aku ni. Lagipun kenal pun baru 2 bulan. Tak lebih sepuluh kali kot aku bercakap dengan Azim ni.
"Nur?" panggil Azim lembut dan romantik.
Berdiri bulu roma Nur. Badannya dijauhkan sehingga rapat ke dinding bas.
Umi...tolong adik! Hati Nur sudah meraung.
Nur tak tenang duduk. Rasa ingin menghalimunkan diri sendiri. Biar Azim tak nampak dia. Biar dia tak dengar pengakuan Azim tadi.
"Nur... Saya sayang awak. Kali pertama saya nampak awak, hati saya terus kata awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Awaklah yang akan saya jadikan isteri suatu hari nanti."
Wajah Nur semakin merah. Dia tidak sanggup lagi memandang wajah Azim yang redup. Berdiri bulu romanya.
Lambat lagi ke nak sampai ni? Aku tak sanggup dah. Nak sampai cepat! rintihnya.
Hati Nur makin resah. Azim pula macamlah tempat duduknya sempit sangat sehingga menghimpitnya ke dinding bas. Sesak nafas.
"Erk... Azim.."
"Ya sayang."
Gulp.. Kesat.
Giless.., terlebih makan gula ke Azim malam ni.
Mata Azim redup memandang wajahnya sehinggakan dia hampir tidak merasa apa. Kebas.
"Boleh tak awak jauh sikit. Saya tak selesa, susah nak bernafas." Senafas Nur tuturkan. Lama-lama duduk serapat begini boleh mati sesak nafas.
" Opps. Maaf sayang." Sengih Azim. Kepala tidak gatal digaru. Dia berganjak membetulkan duduknya. Tidak sedar dia rupanya hampir menghimpit Nur. Teruja dapat peluang duduk rapat dengan pujaan hati, dia hampir gagal mengawal gelora rindunya. Ini saat yang dinantikan. Sanggup cuti semester dihabiskan di kampung halaman papanya. Walhal, dialah orang yang paling culas balik kampung. Sentiasa ada alasan untuk tidak balik. Tapi kali ini, dia dengan rela hati pulang ke kampung papanya untuk menjenguk mak tok.
" Bukan ke awak orang KL?" Soal Nur.
"Ke awak silap naik bas?"
" Tak. Betullah bas yang saya naik ni, sayang. Saya nak balik kampung papa saya. Dah lama sangat saya tak melawat mak tok."
"Kampung kat mana?"
"Pasir Puteh, awak?"
"Bachok."
"Dekat dengan Pantai Irama tak? Boleh keluar dating nanti," ujar Azim tanpa fikir panjang. Kalau boleh cuti kali ini dia mahu mengenali Nur dengan lebih dekat. Mahu berkenalan dengan keluarga Nur juga. Nanti senanglah dia nak masuk ke dalam hati Nur. Orang kata, nak tackle anak dara orang, kena tackle hati mak ayah dia dulu.
Nur geleng kepala. Giless betul mamat ni. Apakehalnya nak ajak dating. Ingat pemikiran orang kampung ni sama ke dengan orang Kuala Lumpur. Berfikiran terbuka apabila melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kalaulah Azim tahu, abah cukup pantang anak gadisnya lepas laku. Bebas berkawan dengan lelaki. Silap haribulan disuruh berhenti belajar dan duduk rumah.
"Saya tak keluar jalan-jalan bila balik kampung. Ni lah masanya saya habiskan masa dengan abah dan umi."
"Kalau macam tu, saya datang rumah awak. Boleh kenal dengan umi dan abah. Lagipun saya sukakan awak, sudah tentu saya kena ambil hati diorang kan." Tak teragak-agak Azim berkata. Macam yakin sangat umi dan abah mengalu-alukan kedatangan dia.
Perasan!
Menyampah pulak aku dengan orang yang terlebih yakin ni.
"Sebetulnya tidak pernah seorang pun kawan lelaki saya datang ke rumah."
"Great! Biar saya jadi orang pertama dan terakhir. Saya yakin umi dan abah akan sukakan saya!" Sengih Azim.
"Tak payah jadi giler lah Azim. Tak terdetik sekalipun saya nak ajak awak jumpa umi dan abah saya. Jangan perasan dan jangan over acted sangat. Saya tak cakap pun saya suka awak." Hambik kau.
Daripada menahan perasaan sebal sejak tadi, Nur terus menyembur. Jangan ingat dia ni lembut jadi orang boleh sewenang-wenangnya nak masuk ke dalam dunianya. Sorry sikit.
'Lembut aku ada pendirian sendiri. Jangan ingat diam aku tu tanda setuju. Tidak sama sekali!
Azim terdiam. Barangkali terkejut dengan kata-kata Nur. Tegas!
****
“Awak baliklah ke rumah nenek awak. Tak payah temankan saya,” buat sekian kalinya Nur cuba menghalau Azim. Dia rimas. Tak habis-habis Azim nak menempel di sebelahnya. Dalam bas tadi, sudahlah mengacaunya sehinggakan dia tidak dapat melelapkan mata.
“Tak apa. Saya temankan sayang.”
“Tak payah!”
“Sekejap lagi angah saya sampai. Lagipun orang ramai kat sini.” Nur makin meluat. Rasa suka sudah semakin pudar.
“Lagilah saya nak temankan. Nanti boleh berkenalan dengan angah sayang,”
Nur memicit dahinya. Bebal sungguh Azim ni.
“Angah saya garang. Dia tak suka ada lelaki dekat dengan saya,” Nur mereka cerita dan berharap Azim takut.
Azim sengih.
“Saya betul-betul ikhlas sayangkan awak Nur, jadi saya perlu berani berdepan dengan angah sayang,” ujar Azim. Dia tidak takut. Lagipun dia memang sukakan Nur. Bukan untuk suak-suka, tetapi untuk masa depan. Dalam kepalanya sudah ada perancangan masa depan dia dan Nur.
“Assalamualaikum.. adik.”
Nur menarik nafas lega. Penantiannya berakhir.
“Sorry- sorry.. Angah lambat sikit.”
“Sori naik lori. Bukan sikit tapi banyak!” Balas Nur geram.
Thaqif tersengih. Faham dengan sika si adik yang tak pernah suka menunggu orang.
“Waalaikumussalam angah. Saya Azim. Kawan Nur di Matrikulasi,” Azim menghulur tangan.
Kening Thaqif ternaik. Namun tangan yang dihulur tetap disambut.
Nur mencebik.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 12, 2016 18:35
October 9, 2016
Bab 4 : Si Adik Manja dengan Menantu Pilihan Abah
"Korang ni kalau tak mengumpat pasal aku, memang tak boleh hidup aman ke?" Fatihah menyampuk di sebalik pintu bilik. Dia dengar semua yang rakan sebiliknya bualkan tadi. Memang pun dia cemburu dengan Nur. Tanpa sebarang usaha, Nur senang memenangi hati orang, termasuk Azim. Bencinya semakin mendalam.
Nur dan Intan saling berpandangan. Mengumpat ke?
Fatihah ni lawa orangnya. Tinggi lampai dan berwajah peranakan mamak. Sebab itulah dia antara pelajar yang sering menjadi sebutan pelajar lelaki. Manakala Intan pula bertubuh agak montel dan berwajah keanakan. Dia pula sederhana tinggi dan berwajah melayu asli. Ramai yang cakap wajahnya sejuk mata yang memandang. Tapi dia tidak ambil kisah sangat. Lagipun dia bukanlah seorang yang peramah dan agak pendiam sedikit. Itu tanggapan orang apabila kali pertama bersua, padahal dia juga seorang yang boleh tahan peramahnya.
Intan membuat muka. Dia mengumpat pasal orang tak apa pulak. Sekali terkena, terus meroyan? Nur sengih. Intan agak tidak sebulu dengan Fatihah dan dia sering mengajuk Fatihah. Selalu Intan labelkan Fatihah perasan cantik. Perasan dia ratu di sini dan semua orang kena sukakannya. Manakala, Nur merasakan sikap Fatihah itu lebih kurang sama dengan sikapnya. Selalu tunjuk lagak dan manja-manja. Tetapi sikapnya hanya menonjol apabila bersama dengan ahli keluarganya dan juga kawan-kawan baiknya. Lagipun memang mereka tahu, dia anak atau adik bongsu yang dimanjakan.
"Kau sudah telefon abah kau ke, Nur?" Soal Fatihah berbasa basi. Saja cari topik untuk berbual. Bukannya dia mahu berbual sangat pun. Adegan Hindustan tadi masih terbayang-bayang di matanya. Cemburu semakin bersemarak.
"Sudah. Siap pesan pada umi lagi pagi esok buat sambal mangga dan kerabu terung aku nak ratah." Dia sudah terbayangkan keenakan makanan tersebut. Sambal mangga dan kerabu terung ni sangat istimewa. Hanya umi yang tahu menyediakannya.
"Sambal mangga aku pernah dengar, kerabu terung tak pernah dengar, apa lagi rasa. Apa bahan-bahannya?” Soal Intan. Bab-bab makanan ni serah padanya. Bukan saja suka makan, malah Intan pandai memasak juga. Setiap kali pulang ke kolej, ada saja makanan yang dibawa untuk dijamu.
Ngeh... Ngeh...
"Aku reti makan je, masak tak tahu,"akui Nur.
"Takkanlah kau tak pernah tengok umi masak, belajar sikit-sikit pasal kerja-kerja di dapur?" Fatihah pula menyoal dengan nada sinis. Siap dengan mimik muka meluat. Walaupun Nur baik dan tidak pernah menyakitinya dengan kata-kata sinis, dia menyampah. Sentiasa merasakan sikap Nur yang lembut itu dibuat-buat. Kemesraan berbual-bual dengan orang tuanya terasa menjengkelkan. Seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk bahawa dialah anak yang paling disayangi.
"Aku tak minat. Umi pun tak pernah paksa. Selalunya tugas aku mengemas rumah. Jika ada kerja di dapur pun setakat mengupas bawang dan potong sayur je. Potong lada umi tak kasi sebab tangan aku cepat pijar."
"Untunglah kau. Kalau aku ni, tugas memasak ni jadi tanggungjawab aku sepenuhnya ketika berada di rumah," beritahu Intan.
"Aku pun sama. Tapi aku masak ringkas je. Malas aku hendak mengotorkan tangan ni. Nasib baik adik aku tak banyak songeh. Nak makan sedap-sedap tunggu mak aku balik kerja," kata Fatihah pula.
"Tapikan, rugilah kau tak pandai masak. Takkan bila nikah suatu hari nanti, makan lauk kedai je."
"Lambat lagi cerita pasal nikah ni. Tunggu aku habis belajar dulu."
Hatinya sebal. Kak long dan kak chik nikah ketika belajar. Kemungkinan besar dia pun akan dinikahkan ketika belajar juga. Sikap abah pada anak perempuan ni kolot sedikit. Risau tak tentu pasal bila anak - anak jauh darinya. Sebab itulah, apabila abah mengetahu Kak Long dan Kak Chik sedang berkawan dengan seseorang, abah masuk campur. Hendakkan anak perempuannya, nikah. Bukannya ajak berdating tanpa ikatan sah.
Dia pula sampai sekarang hatinya tidak pernah terbuka untuk mengenal kasih seorang lelaki. Kak chik pernah memperkenalkannya dengan adik suaminya, namun hatinya tidak ada keinginan untuk menjalinkan hubungan serius. Cukuplah sekadar berkawan sahaja. Jadi sebab itulah, setiap kali mendapat sms, jarang sangat dia membalas.
"Manalah tahu, kau juga yang cakapkan, abah kau lebih suka anak-anak gadisnya nikah ketika belajar. Baru senang hati nak lepas belajar jauh."
"Kak long dan kak chik aku tu gatal. Masa belajar sudah sibuk bercinta. Sebab itulah abah nikahkan mereka awal-awal."
Rasanya dia terkecuali kot. Sebabnya sehingga kini dia tidak pernah bercinta. Cuma hatinya kadang kala terasa merindui seseorang. Puas juga dia mencari siapa yang membuatkan hatinya rindu, namun gagal.
"Tu kau yang cakap, bukan abah kau."
"Aku rasa kau pun senasib macam kak long dan kak chik kau tu jugaklah. Kena kahwin awal." ramal Fatihah.
Nur terdiam. Hatinya mula termakan kata-kata Fatihah itu. Masuk akal juga. Lagipun abah ni over protective sikit, takut perkara buruk terjadi pada anak daranya jika tak ada orang tengok-tengokkan.
Manakala Fatihah tersenyum dalam hati. Mengharu birukan hati Nur memberikan kepuasan padanya. Biar dia risau. Asyik senyum dan ketawa, meluat aku, bisik hati jahatnya.
Intan yang senyap sejak tadi mula bersuara semula. "Kau tak payah fikirkan sangat Nur. Takkanlah abah kau senang-senang nak lepaskan anak dara bongsunya awal-awal. Mesti kau terkecuali ni."
Nur senyum nipis. Mungkin juga. Takkanlah abah sanggup buat macam tu. Dia kan anak kesayangan abah.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 09, 2016 18:30
October 5, 2016
Bab 3 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah
“Nur...”“Nur..”Terdengar namanya dipanggil, Nur menoleh ke belakang. Azim tersenyum lebar. Nasib baik dia sempat mengejar Nur. Jika tidak seminggulah dia akan merindui seraut wajah comel milik Nur.“Ada apa?” Soal Nur. Dikerling jam di pergelangan tangannya. Lagi setengah jam pukul 2 petang. Dia ingin cepat-cepat sampai ke bilik dan berkemas. “Rindu!”Terus wajahnya memerah. “Itu je? Saya balik dululah..” Tak ingin berlama. Makin lama, makin kuat degup jantungnya. Malah akan menjadi semakin merah pipinya. “Eh nanti dululah. Saya ada lagi benda nak cakap dengan awak ni. Tu baru mukadimah,” Ujar Azim. “Boleh cepat sikit tak? Saya nak balik kemas baju. Pukul 5 nanti dah nak keluar.”“Ok.. kalau macam tu kita keluar sama-sama. Saya pun naik bas malam ni jugak.”‘Bas yang sama dengan awak. Duduk sebelah awak..’ sambung Azim dalam hati. Itu kejutannya pada Nur. Dia pasti Nur mesti suka.“Sukahati awaklah...”Terus Nur berpaling dan melangkah pantas ke kolej kediamannya. Dan tanpa disedari ada sepasang mata memandang dengan penuh cemburu. ****Nur melangkah masuk ke dalam bilik yang dikongsi dengan Fatihah dan Intan. Kelihatan Intan sedang elok menyandar sambil tersengih-sengih melihatnya.“Apa?”Sengih Intan makin melebar.“Tadi Azim kejar kau erk?”“Entah.. Aku dengar dia panggil nama aku je. Tak tahu pulak dia kejar,”jawab Nur, polos.Teringat wajah kacak Azim, wajahnya terus merah. Hatinya berdetak laju. Ada rasa asing menyelinap masuk ke dalam hatinya.“Dia kejar kau tadi.. macam cerita hindustan pulak. Semua orang pandang. Dia panggil kau tadi kuat gilerr,” beritahu Intan.Wajah Nur membera merah. Malunya. mesti akan jadi gossip hangat nanti.“Ye ke? Malunya aku.”Intan sengih.“Tapi dia cool kan? Langsung tak malu tunjuk dia sukakan kau,” Nur mencebik.“Cool lah sangat.”“Aku rasa mesti ramai peminatnya yang jeles kat kau. Azim tu boleh tahan hensem. MPP pulak tu.”“Oooooo... patutlah.” Keluh Nur. Patutlah dia rasa semacam je seminggu dua ni. Sejak Azim baik dengannya. Ramai yang pandang lain macam. Dan ada juga yang suka sindir-sindirnya.“Patutlah apa?”“Patutlah aku rasa makin ramai yang cakap laser dengan aku. Jeling aku.”“Hahaha...”“Laa kau baru perasan ke? Roommate kau sendiri pun makin kuat melaser kau, you know?.” sindir Intan Bulat mata Nur memandang Intan.“Ma.. makssud kau? Tihah?”Laju Intan angguk.“Dia tu die hard fan si Azim. Dan Si Azim pulak tersuka kat kau. Mana tak laser minah tu.”“Aku tak tahu pun.”“Kau tu, bukannya ambil kisah keadaan sekeliling. Kau duduk dalam dunia kau je. Sebab tulah kau tak tahu.”“Habis tu macam mana ni?”“Macam mana apa? Buat tak tahu je.”“Intan! Aku tak nak lah Si Tihah tu buat aku musuh. Bukannya aku yang kejar Azim. Bukannya aku suka sangat kat Azim tu pun!”“Dan aku pun tak nak dia asyik dok laser aku je. Tak bestlah macam ni.”“Tu laa aku kata, kau buat tak tahu je. Lagipun kau bukannya boleh halang Azim tu sukakan kau. Biarkan. Lama-lama nanti okey lah tu.”“Ni aku nak tanya sikit. Kau suka Azim?”Merah muka Nur. Dia angkat bahu.“Entah. Suka tu macam mana? Aku tak tahu apa rasanya.”“Laa kau ni... meh sini aku jelaskan. Kau rasa kau suka dia bila dalam sehari kau tak tengok dia, kau rasa rindu. Macam dah lama sangat tak jumpa dia. Bila tengok dia, kau akan rasa ada rama-rama berterbangan dalam hati kau. Dan tanpa kau sedar, bibir kau akan tersenyum. Hati kau berdebar-debar. Dan kalau boleh kau nak jumpa dia selalu. Nak selalu berada berdekatan dengannya.”“Ada kau rasa macam tu?”“Entah.. berdebar tu ada jugak sikit. Tapi lebih kurang macam terkejut je. Lebih terkejut bila kau cerita pasal Tihah die hard fan dia. Tak de pulak aku ingat kat dia. Biasa-biasa je.”“Giless kau.. Azim yang hensem dan kacak tu pun kau tak suka?”“Alah.. bukan dia sorang yang kacak kat kolej ni. Si Tajul Ariff tu pun kacak jugak. Presiden MPP lagi tu.” Cebik Nur. "Cuma... kenapa aku rasa berdebar lain macam nak balik kampung ni. Teruja nak balik tapi dalam masa yang sama aku rasa takut pulak," luah Nur tanpa sedar. Itulah yang dirasai sejak dua tiga hari ni. telefon abah sudah. berborak dengan kak chik sudah. Tapi rasa yang dirasai ini tidak hilang. Makin bertambah kuat debarannya. "Mainan perasaan kau je tu. Lagipun inikan kali pertama kita pulang ke kampung sejak belajar kat sini. Aku pun berdebar jugak. Tak sabar nak balik, rindu kat bantal dan tilam busuk aku tu.""Sudahlah Nur. Cepat berkemas. nanti takut tak sempat nak kejar bas pulak."
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 05, 2016 18:21
October 2, 2016
Bab 2 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah
Bumi anbiya akan ditinggalkan. Tujuh tahun berkelana di sini, matlamat utamanya menuntut ilmu telah pun dicapai dalam masa lima tahun. Dua tahun pula dihabiskan dengan menimba pengalaman sebagai muwatif di Kota Mekah al-mukkaramah. Selama tujuh tahun di sini tidak pernah sekali pun dia pulang. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya agar terisi ilmu dan pengalaman di dada. Hasrat di hati ingin terus berkelana di sini lagi, tapi mimpi yang selalu hadir sejak kebelakangan ini seolah-olah satu petunjuk agar dia kembali ke sisi keluarga.
Hisyam menghela nafas. Sesekali ada rasa rindu singgah di hatinya. Tujuh tahun masa menjarakkan mereka. Wajah comel Si adik manja yang sentiasa dikeleknya tujuh tahun lepas mengggamitnya. Rindu menggebu di hati. Jarak masa telah memisahkan mereka, namun tidak mampu memadamkan memori indahnya. Hisyam mencongak di dalam hati.
'Tujuh tahun telah berlalu. Nur sudah berusia lapan belas tahun. Sudah menjadi seorang gadis manis pastinya,’ tanpa sedar bibir Hisyam melirik senyum. Rentak hati berubah irama.
Cerita tentang Nur dikutip lewat email yang diterima daripada Nisa. Sedikit sebanyak terubat rindunya. Sejak kecil dia tidak nafikan Nur seorang yang bijak dalam pelajarannya. Jadi dia tidak hairan Nur dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Matrikulasi. Dia cemerlang di dalam SPM lepas, cuma hati tertanya-tanya kenapa Nur memilih untuk ke Matrikulasi sedangkan dengan keputusan cemerlang itu dia pasti dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Matanya dipejam seketika, cuba menggali memorinya berkenaan dengan Nur. Dia cuba membayangkan wajah Nur versi dewasa. Pastinya cantik. Hati Hisyam terdetik kesal. Jika dia tidak jual mahal, pastinya sekeping gambar Nur dapat ditatap. Namun hatinya degil tidak mahu melihat gambar yang diemel oleh Nisa. Sebetulnya dia tidak bersedia. Kasihnya tetap ada. Sayangnya juga melaut. Cinta? Mungkin itu yang ditakuti buat ketika ini. Cinta mampu mengubah seseorang. Tidak mustahil cinta akan mengubah dirinya. Itulah yang Hisyam elakkan ketika ini. Dia tidak mahu hatinya terdera lagi. Cukuplah rindu yang ditanggung selama ini. Dia mahu melihat dengan matanya sendiri Nur versi gadis. Jadi biarlah dia mengingati Nur versi kanak-kanak comel dulu. Sebab dia yakin, Nur pasti membesar menjadi seorang gadis manis yang manja dan cantik.
Dia larut di dalam kenangannya bersama Nur, Si adik manja. Dia dan Nur mempunyai ikatan hati yang istimewa. Entah mengapa sejak dia terpandangkan wajah comel Nur yang berusia tiga bulan, hatinya terpaut kasih. Jadi setiap kali mempunyai kesempatan, digunakan sebaiknya bermain dengan Nur. Mereka serasi bersama dan mereka sentiasa menghabiskan masa bersama. Masanya dengan Nur lebih banyak dari masanya bersama adik-adiknya sendiri.
Setelah melanjutkan pelajaran, dia diserang demam rindu. Hampir-hampir saja dia mengalah dengan hatinya dan pulang ke kampung. Namun, dikuatkan semangat. Janji perlu dipegang. Amanah seorang bapa perlu ditunaikan. Jadi dikuatkan semangat, dia bangkit menentang rasa yang menggunung di hati. Demi masa depan. Demi kasihnya, dia terus berjuang menimba ilmu di sini.
Ralat dan terkilan. Ada rasa sukar dijelaskan. Namun Nur sentiasa ada di dalam setiap doanya. Kesejahteraan Nur selalu didoakan. Setiap kali rindu meresap di hatinya, dia bermunajat kepada Allah taala. Berserah diri kepada DIA agar hatinya redha dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya
Diri Hisyam jauh terbang ke dalam kenangan silam.
Wajah masam Nur apabila tumpuannya membuat kerja sekolah diganggu. Setiap petang mereka akan menghabiskan masa bersama. Dia akan menemani Nur membuat kerja sekolah. Kadang kala Thaqif datang mengacau adiknya.
"Abang Syam ni dah sewel agaknya, senyum sorang. Eeii... Tak nak kawan dengan abang Syam lagi"Nur merajuk dengannya apabila dia tidak dapat menahan gelak. Geli hati melihat Thaqif lari lintang pukang dikejar oleh Nur dengan sebatang ranting. Boleh tahan lajunya Nur berlari ketika itu.
'Nur... Nur ....' Makin hampir tarikh kepulangannya, makin rancak kenangan manis bermain di fikirannya.
Bibirnya tanpa sedar tersenyum manis.
Tok... Tok...
Bertebaran kenangan manisnya dibawa hembusan bayu dingin melalui jendela yang terbuka luas. Cuaca walaupun agak panas kebelakangan ini, namun sesekali hembusan bayu yang bertiup mendinginkan suasana. Menghalau jauh haba panas itu. Dia berpaling dan menuju ke pintu biliknya.
Sebaik sahaja pintu dibuka, terpacak tubuh sederhana milik Azrul, sahabatnya yang sama-sama berjuang menuntut ilmu di bumi anbiya ini.
"Assalamualaikum, Syam," sapa Azrul sambil menghulurkan tangan bersalaman. Mereka berpelukan seketika sebelum Hisyam mengajak Azrul masuk.
"Dah siap kemas?” soal Ustaz Azrul berbasa basi.
Hisyam angguk. "Sudah. Semuanya aku dah hantar naik kargo semalam. Kau apa cerita ni? Tiba-tiba muncul. Bukan kau ke Madinah seminggu?” Soal Hisyam. Pelik juga dengan kemunculan Azrul secara tiba-tiba ni. Baru tiga hari lepas mereka berjumpa. Kata Azrul dia nak ke Madinah seminggu.
“Tak jadi. Ada masalah keluarga sikit kena selesaikan dulu,” ujar Azrul perlahan. Anak matanya dilarikan daripada berbalas pandang. Di pandang sekitar bilik Hisyam yang hampir kosong. Yang tinggal cuma dua buah bagasi sahaja.
Dia serba salah sebenarnya. Kerana hasrat hati si adik, ditebalkan muka bertemu Hisyam lagi.
"Sebenarnya apa hajat kau datang ke mari?"Soal Hisyam setelah melihat Azrul masih lagi tidak menyatakan tujuannya datang bertandang.
Dia melihat Azrul sedikit gelisah. Melihat wajah dan tingkah laku Azrul, Hisyam tahu ada sesuatu yang ingin diluahkan. Mungkin sesuatu yang bersifat peribadi sehingga menyebabkan dia serba tidak kena. Hisyam tidak dapat meneka apa yang ingin Azrul katakan walaupun mereka telah lama bersahabat. Hubungan mereka juga telah seperti bersaudara. Susah senang dibumi asing ini sama-sama saling bantu membantu.
'Takkanlah cerita lama diulang lagi?' detik hatinya.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 02, 2016 18:18
September 30, 2016
Kupilih Untuk Bahagia
Gatal tangan nak kongsi sikit-sikit.... Cerita baru.. Tak boleh cakap manuskrip lagi sebab masih tunggang langgang...
Part-part romantik saya segan nak up sangat. Takut tak jadi romantiknya atau terlebih romantik. Jadi saya kongsi part yang tak berapa nak romantik sangat ni...
#kupilihuntuksetia ni cerita airmata. tapi ada juga tang romantiknya. Namun banyaknya airmata nanti... Hope percubaan saya ni menjadilah...Saya bayangkan mamat kat bawah ni sebagai Hero dalam cerita ni.. Heroin dia tak jumpa lagi yang saya gambarkan dalam cerita ni... Tengah cari.. hiks.. hiks
William Levy
Asma tolak pintu bilik Ferhad. Ooops bilik pengantinnya malam ini. Hanya lampu tidur sahaja yang terpasang. Sebaik sahaja dia masuk, suhu sejuk menggigit kulitnya.
‘Hmmm.. berapa suhu dia pasang ni. Sejuknya,’rungut Asma. Ferhad angkat wajahnya dari memandang I padnya. Dia ukir senyum. Asma melangkah perlahan ke arahnya sambil membawa gelas.
“Asma bawakan air masak untuk abang,” Asma hulur gelas tersebut kepada Ferhad.
Terima kasih sayang,” Ferhad menyambutnya.
Kemudian Asma bergerak ke arah beg pakaiannya di tepi almari. Dia keluarkan tuala dan pakaian tidurnya. Diletakkan di atas katil. Asma buka tudung dan melepaskan ikatan rambutnya. Pergerakannya diperhatikan oleh Ferhad.
Perbuatan Asma itu membangkitkan rasa di dalam dirinya. Dalam cahaya lampu tidur perbuatan Asma membuatkan dia rasa tergoda. Ingin dibelai rambut panjang mengurai itu. Mahu dia sendiri lepaskan satu persatu pakaian yang masih melekat di badan isterinya. Tanpa dapat menahan rasa, Ferhad mendekati Asma. Tangannya memaut pinggan ramping isterinya. Terhenti pergerakan isterinya.
Asma terkaku. Ini kali kedua mereka berpelukan selepas sesi bergambar tadi. Jika tadi mereka menjadi tumpuan ramai, kali ini hanya mereka berdua. Jantung Asma berdetak hebat. Rasa penat tadi mula menghilang diganti dengan rasa gemuruh. Dia turut merasai jantung suaminya berdengup kuat, seirama dengan dengupan jantungnya. Perlahan dia angkat tangannya dan diletakkan di dada suaminya. Asma mendongak memandang wajah Ferhad yang tunduk memandangnya. Mereka saling berbalas renungan.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Part-part romantik saya segan nak up sangat. Takut tak jadi romantiknya atau terlebih romantik. Jadi saya kongsi part yang tak berapa nak romantik sangat ni...
#kupilihuntuksetia ni cerita airmata. tapi ada juga tang romantiknya. Namun banyaknya airmata nanti... Hope percubaan saya ni menjadilah...Saya bayangkan mamat kat bawah ni sebagai Hero dalam cerita ni.. Heroin dia tak jumpa lagi yang saya gambarkan dalam cerita ni... Tengah cari.. hiks.. hiks
William Levy Asma tolak pintu bilik Ferhad. Ooops bilik pengantinnya malam ini. Hanya lampu tidur sahaja yang terpasang. Sebaik sahaja dia masuk, suhu sejuk menggigit kulitnya.
‘Hmmm.. berapa suhu dia pasang ni. Sejuknya,’rungut Asma. Ferhad angkat wajahnya dari memandang I padnya. Dia ukir senyum. Asma melangkah perlahan ke arahnya sambil membawa gelas.
“Asma bawakan air masak untuk abang,” Asma hulur gelas tersebut kepada Ferhad.
Terima kasih sayang,” Ferhad menyambutnya.
Kemudian Asma bergerak ke arah beg pakaiannya di tepi almari. Dia keluarkan tuala dan pakaian tidurnya. Diletakkan di atas katil. Asma buka tudung dan melepaskan ikatan rambutnya. Pergerakannya diperhatikan oleh Ferhad.
Perbuatan Asma itu membangkitkan rasa di dalam dirinya. Dalam cahaya lampu tidur perbuatan Asma membuatkan dia rasa tergoda. Ingin dibelai rambut panjang mengurai itu. Mahu dia sendiri lepaskan satu persatu pakaian yang masih melekat di badan isterinya. Tanpa dapat menahan rasa, Ferhad mendekati Asma. Tangannya memaut pinggan ramping isterinya. Terhenti pergerakan isterinya.
Asma terkaku. Ini kali kedua mereka berpelukan selepas sesi bergambar tadi. Jika tadi mereka menjadi tumpuan ramai, kali ini hanya mereka berdua. Jantung Asma berdetak hebat. Rasa penat tadi mula menghilang diganti dengan rasa gemuruh. Dia turut merasai jantung suaminya berdengup kuat, seirama dengan dengupan jantungnya. Perlahan dia angkat tangannya dan diletakkan di dada suaminya. Asma mendongak memandang wajah Ferhad yang tunduk memandangnya. Mereka saling berbalas renungan.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on September 30, 2016 22:25
September 28, 2016
Bab 1 : Si Adik Manja dengan Menantu Pilihan Abah
"Abah nak sakit abah ini dirahsiakan. Jangan sampai adik tahu," pinta Pak Teh.
Mak Teh diam. Begitu juga dengan Thaqif, Nur Hasni dan suaminya, memahami permintaan abah mereka. Lagipun mereka tiada masalah untuk menunaikannya. Mereka tahu, jika Nur tahu abah sakit, tentu dia akan merengek mahu balik kampung. Lagipun mereka tidak mahu emosi Nur terganggu. Nur amat rapat dengan kedua orang tua mereka. Jika abah demam atau batuk sikit, Nurlah yang kalut menelefon kak long supaya balik menjenguk dan memeriksa kesihatan abah.
"Abah kena kurangkan makan nasi, makanan berlemak dan manis. Kalau boleh umi, kurangkan garam dan gula. Banyakkan memasak makanan yang direbus dan sayur-sayuran. In Shaa Allah jika pemakanan abah terjaga, risiko penyakit ini berulang lagi, rendah."
Pak Teh mendengus dan buat-buat tidak dengar. Dia tidak suka apabila anak-anak tunjuk pandai menasihatinya. Dia tahu apa yang patut dimakan dan tak patut dimakan. Tubuh badannya mestilah dia lebih tahu. Anak-anak apa tahu, setakat tahu serba sedikit dari apa yang mereka belajar sahaja. Dia yang lebih lama hidup, apa yang tidak pernah dilaluinya? Semuanya telah dirasai. Jadi sakit yang dialaminya ini tidak menjejaskan dirinya sedikit pun. Lagipun dia tahu, maut pasti akan datang menjemputnya apabila tiba masanya nanti.
“Angah, malam esok adik sampai di stesyen bas jalan Hamzah. Nanti pergi ambil,” arah Pak Teh.
“Baik bah.”
Nur Hasni dan suaminya berbalas pandang apabila Pak Teh tidak mengendahkan nasihat mereka. Sebaliknya perihal adik bongsu mereka diutamakan. Thaqif sengih dan jungkit bahu bila Nur Hasni memandangnya.
Namun mereka tidak pula berkecil hati. Kesihatan abah lebih penting. Sebenarnya setiap penyakit yang dihidapi bermula dari amalan pemakanan. Jika mengamalkan pemakanan yang seimbang, risiko untuk menghidapi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, angin ahmar adalah rendah.
Bagi kes abah pula, sejak abah bersara dua tahun lepas, dia mula mengabaikan aspek pemakanan seimbang. Dia lebih menurutkan selera dan keinginannya sahaja. Apa sahaja yang terlintas di hati, terus minta umi sediakan. Jika tak buat, marah-marah dan merajuk.
“Hisyam balik bila?” Soal Pak Teh tiba-tiba. Dia teringatkan perbualan terakhirnya dengan Hisyam tujuh tahun lepas.
“Rasanya pagi ni, kenapa bang?” Soal Mak Teh prihatin. Namun segera dia teringatkan cerita tujuh tahun lepas. Diamati wajah suaminya. Mak Teh diam.
Tujuh tahun anak muda itu merantau, tidak pernah sekalipun dia pulang bercuti. Menurut Khadija, apabila cuti, banyak masa Hisyam dihabiskan di Mekah. Membantu jemaah Malaysia menunaikan umrah dan haji di sana. Sejuk hatinya apabila mendengarnya.
“Hmmm....” Pak Teh menutup matanya sebagai isyarat mahu berehat.
“Kak long peliklah, kenapa tiba-tiba abah tanya pasal Hisyam.” Ujar Nur Hasni musykil.
“Umi.. lain sangat sikap Abah hari ni,” keluh Nur Hasni. Hatinya mula rasa takut. Dia masih perlukan Abah dalam hidup ini.
“Kak Long ni nama je doktor, Abah sakit sikit kalut fikir yang bukan-bukan,” sindir Thaqif.
Nur Hasni mencebik. Walaupun dia seorang doktor tapi dia tetap seorang manusia biasa. Ada rasa takut kehilangan orang tersayang. Adakalanya juga berfikiran negatif. Lagipun doktor bukanlah penyembuh penyakit, tetapi perawat. Kuasa penyembuhan, ajal maut tetap di tangan Allah s.w.t
“Angah rasa, abah sedang rancang masa depan adiklah tu. Nak nikahkan adik dengan Hisyam kot,” serkap Angah. Tidak mustahilkan?
“Isyy... adik baru lapan belas tahunlah. Muda sangat nak bagi nikah pun,” bantah Nur Hasni.
Thaqif angkat bahu.
“Angah ni mengarut je. Belum tentu Hisyam tu nak kat budak manja macam adik tu. Apa benda pun tak reti lagi,” sambung Nur Hasni lagi.
“Adik kan rapat dengan Hisyam dulu. Pergi mana-mana berdua dengan Hisyam. Cuba Kak Long ingat masa mula-mula Hisyam pergi dulu, bukan ke sebulan juga adik demam sebab rindukan? Sampaikan abah pujuk bermacam cara, beli dan beri apa sahaja yang adik nak, asalkan sembuh. Sampaikan umi terpaksa minta kain pelikat Hisyam untuk selimutkan adik, biar hilang demam tu, ingat tak?”
Nur Hasni terdiam.
“Sudahlah buat spekulasi yang bukan-bukan angah. Adik tu kecil lagi. Takkanlah abah nak cepat nikahkan anak dara dia yang manja tu. Umi tak fikirkan sampai jauh tu pun.” Celah Mak Teh. Namun ada cerita yang tidak dia kongsikan bersama dengan anak-anak.
“Aah.. betul tu Umi. Kak Long rasa mesti Hisyam dah lupakan adik. Tujuh tahun tu lama. Hati sesiapa pun boleh berubah. Kak Long rasa mesti Hisyam bawa balik isteri sekali.”
“Angah rasa tak! Hisyam sayangkan adik.”
Nur Hasni mencebik.
“Angah.. sayang dengan cinta tak sama. Lagipun takkanlah si Hisyam tu jatuh cinta dengan adik. Adik baru sebelas tahun masa Hisyam ke Mesir dulu.”
Dalam fikirannya memang tak lojik langsung.
Thaqif sengih.
“Siapa tahu. Kita tunggu dan lihat nanti.” Thaqif jungkit kening sambil sengih. Telahan pasti 100 peratus tepat. Sebab dia lelaki, boleh faham perasaan lelaki lain. Lagipun dia dan Hisyam sebaya. Membesar bersama.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on September 28, 2016 18:16
September 25, 2016
Si Adik Manja dengan Menantu pilihan Abah (SAM) Prolog
Assalam.... Hari ini bermula novel bersiri Si Adik Manja dengan Menantu Pilihan Abah.
Hisyam leka memandang Nur membuat kerja sekolahnya. Esok pagi dia akan berangkat ke Kaherah, Mesir melanjutkan pelajaran. Wajah comel dan telatah manja Nur akan dirinduinya. Mereka tidak pernah berjauhan. Nur sentiasa berada di sampingnya, apatah lagi dengan sikapnya suka melayan karenah Nur. Wajah comel itu ditatap tanpa jemu. Berat hatinya mahu meninggalkan kampung halaman, lebih-lebih lagi berjauhan dengan adik kesayangannya ini.
Kasih sayangnya melaut. Nur ditatang penuh kasih sejak dari bayi lagi. Melihat wajah mulus Nur, dia jatuh kasih. Mungkin ketika itu dia masih belum mempunyai adik, jadi anak bongsu Pak Teh inilah dianggap adiknya. Apatah lagi dia berkawan baik dengan Thaqif Iman a.k.a angah. Ikatan kasih ini semakin hari semakin bertapak kukuh di dalam hatinya. Sukar untuk dijelaskan, sayang terasa melekat di hati. Sukar untuk dibayangkan hidupnya tanpa Nur di sisi.
Hatinya berat untuk melangkah pergi, namun demi masa depan dia perlu pergi. Perpisahan ini perlu demi masa depannya. Hisyam kembali memandang Nur yang leka menyiapkan kerja sekolahnya. Ada gusar di hati sukar diluahkan. Ada rasa takut mencengkam jiwanya. Perpisahan yang memakan masa lama, pasti akan mengubah segalanya. Kemungkinan Nur akan melupakan segala kenangan indah mereka tetap ada. Jarak masa dan tempat akan memisahkan mereka, rela dalam terpaksa, dia tahu sekembalinya nanti, semuanya akan berubah. Tanpa sedar sebuah keluhan keluar dari bibirnya.
Menatap wajah comel di hadapannya ini, hatinya terus diburu kebimbangan. Kemesraan ini pasti akan pudar ditelan masa. Hisyam juga tahu dia tidak mampu menghalangnya seandainya Nur melupakannya suatu hari nanti. Nur yang baru berusia sebelas tahun dan tujuh tahun akan datang Nur pasti menjadi seorang gadis manis yang menawan. Hisyam yakin dia akan melupainya.
"Adik aku tu budak lagi, Syam. Tak tahu apa-apa pun lagi. Kau tenung dia lama-lama pun tak guna juga," sergah Angah.
Hisyam tersentak, serta merta cuping telinganya memerah. Thaqif galak ketawa. Nur angkat muka memandang Angahnya yang sedang ketawa. Dicebirkan bibirnya. Dia tiada mood nak layan perangai lanun Angah. Nanti hatinya juga yang sakit kerana disakat. Dia tahu sangat, hobi angah adalah menyakat dan membulinya. Selagi dia tidak menangis selagi itulah angah akan mengusiknya.
“Apa angah ni, ketawa macam pontianak sesat di siang hari," bebel bibir kecil berwarna merah jambu itu.
Thaqif masih tidak berhenti ketawa malah, dia siap menepuk bahu Hisyam lagi. Sebagaimana Nur rapat dengan Hisyam, begitu juga rapatnya Thaqif dengan Hisyam. Mereka sebaya dan berkawan baik rapat. Hisyam jatuh sayang dengan Nur pun disebabkan dia selalu ke rumah Pak Teh berjumpa dengan Thaqif.
Mendengar bebelan adiknya, semakin panjang tawa Thaqif. Tanpa sedar bibir Hisyam juga tersungging sengih. Tercuit mendengar kata-kata spontan Nur. Hati manalah yang tidak akan merindui bidadari kecil ini. Kata-katanya yang bersahaja pun sudah mampu mengundang senyum di bibirnya. Belum lagi dipandang wajah comel mulus ini, berkali-kali dipandang pun takkan jemu. Geram nak cubit dan cium pipi mulus kemerahan itu.
"Adik tahu tak dik... Lepas ni selalulah bulu mata adik luruh sehingga tak ada bulu mata dah. Siaplah adik nanti dah tak comel. Nak buka mata lama-lama pun tak boleh sebab tak ada bulu mata," usik Thaqif dengan suara tertahan-tahan menahan tawa dari terletus keluar.
Spontan Hisyam menumbuk bahu Thaqif.
"Kau ni tak habis-habis nak usik adik kau. Tak reti nak berbaik-baik," tegur Hisyam, geram.
Dia faham maksud tersirat kata-kata itu. Orang tua selalu cakap, jika bulu mata luruh itu maknanya ada orang rindu. Jika hendak tahu siapa yang rindu, simpan bulu mata tersebut bawah bantal. Nanti dalam mimpi orang yang merindui akan muncul. Hendak tergelak pun ada bila dia mendengarnya. Macam-macam petua orang tua-tua ni. Kadang kala ada logiknya juga, tapi banyak juga yang tak masuk dek akal.
"Tak jadi apa pun. Paling teruk dia menangis dan merajuk dengan aku je. Nanti kau pujuk, sekejap je dah berhenti menangis," sengih Thaqif.
Dia tahu hati Hisyam sedang rawan. Berat hati mahu meninggalkan adik kesayangannya. Sebagaimana sayangnya dia pada Nur, sayang lagi Hisyam pada adik bongsunya itu.
Nur menjeling geram. Marah apabila tumpuannya pada kerja sekolah terganggu.
"Angah.. pergi main jauh-jauh boleh tak. Bisinglah!" Marah Nur. Thaqif makin galak ketawa. Hisyam pula mengulum senyum. Dia tidak mahu Nur bertambah marah. Walaupun begitu, hatinya turut tercuit.
Wajah polos Nur ditatap lama. Seakan ingin dipotretkan di dalam hati agar wajah comel ini kekal di dalamnya. Dia tahu, hatinya akan memendam rindu akibat perpisahan ini.
‘Lima tahun akan datang, abang Syam akan merindui gelak tawa Nur. Abang Syam akan merindui telatah manja Nur. Entah ia, entahkan tidak, Nur akan mengingati dan merindui Abang Syam pabila jauh di mata nanti,' desis hati kecil Hisyam.
Tanpa mempedulikan mereka berdua, Nur terus menumpukan perhatian pada kerja sekolahnya. Dia mahu menunjukkan karangan bahasa melayu bertajuk abang kesayangan saya kepada abang Syamnya nanti. Jadi dia perlu membuatnya cepat-cepat. Esok abang Syam akan pergi jauh meninggalkan dirinya. Dia mahu menunjukkan hasil tulisannya pada abang Syam. Dia nak abang Syam tahu yang abang Syam adalah abang yang terbaik pernah dia ada. Karangan ini didedikasikan sepenuhnya kepada abang Syam, bukan angah yang menyampah itu. Jika sehari tidak membuatnya menangis, bukan angah namanya. Dalam usaha memikirkan idea untuk karangannya, Nur sempat lagi mencemuh angahnya.
"Abang Syam ni kenapa. Sekejap termenung sekejap tengok muka adik macam nak marah."
Hisyam tersentak buat sekian kalinya. Ketawa Thaqif masih lagi kedengaran walaupun dia telah melangkah ke persisiran pantai untuk menyertai kawan-kawan sekampung bermain bola sepak.
"Tak ada apalah. Abang sedih nak tinggalkan adik nanti," jawab Hisyam.
Nur mencebik.
"Alaa.. bila abang dah tengok piramid tu mesti dah lupakan adik di sini."
Hisyam tersenyum. Mana mungkin dia melupakan si comel ini. Hatinya telah jatuh sayang pada wajah comel di hadapannya. Teringat semasa Nur berusia 2 tahun, dialah yang rajin melayan dan menjaga Nur walaupun ketika itu Nisa telah lahir ke dunia. Nisa tidak secomel Nur. Jadi dialah yang mengelek Nur ke sana ke mari sehinggakan terpaksa berebut dengan dua orang kakak Nur untuk menjaganya.
Dipandang lagi wajah Nur yang leka memandangnya sambil menghulur buku latihannya untuk disemak.
"Laa kenapa tak cakap. Hulur je mana abang Syam perasan."
Nur mencebik. Abang Syam ni kepala tak berapa nak betul agaknya hari ini. Tadi bukankah dia dah tengok orang hulurkan buku latihan ni.
"Abang Syam tu yang berkhayal teringatkan awek dia, marahkan adik pulak," omel Nur. Mana mungkin dia marahkan abang Syamnya. Lepas ni kena tinggal, jadi tak naklah gaduh-gaduh dengan abang Syam.
"Abang Syam tegur je, mana ada marah," balas Hisyam lembut.
Nur menjelir lidahnya sambil menjulingkan mata. Spontan Hisyam menjentik lidahnya.
"Aduh.. sakitlah," bentak Nur. Ditekup mulutnya dengan kedua belah telapak tangan. Matanya berair. Dia memang seorang yang cepat perasa. Lebih-lebih lagi apabila dimarahi oleh Abang Hisyam. Semenjak dia tahu abang Hisyam akan meninggalkannya, hatinya mudah tersentuh. Dia takut sebenarnya abang Hisyam akan melupainya.
Hisyam menarik tangan Nur agar merapatinya.
"Sakit lagi?" Diusap kepala Nur perlahan. Nur tunduk. Tidak sanggup bertentang mata dengan Abang Syam kerana dia tahu, dia akan tertewas. Air matanya akan mengalir laju menuruni pipi mulusnya.
"Abang Syam minta maaf. Tapi...." Hisyam terhenti seketika. Nur memanggung kepalanya ingin tahu.
"Tak elok jelir lidah macam tu. Tak comel dah adik abang ni."
Nur menekur.
"Okey-okey, abang Syam minta maaf. Karangan yang adik buat ni, baguslah. Menarik cerita dia. Sayang cerita pasal abang Syam kan? Abang Syam yang jadi kesayangan adikkan?" pujuk Hisham.
Nur masih lagi memaku pandangannya ke bawah. Sesekali tangan kecilnya menyapu air mata yang gugur. Sedih hatinya apabila dimarahi. Lebih-lebih lagi abang Hisyam akan pergi pagi esok. Okeh, sebenarnya bukanlah sedih sangat kena marah tapi sedih sebab kena tinggal nanti.
"Sayang adik abang Syam ni. Sorry.. abang tak niat pun nak marahkan sayang. Abang tegur je sebab sebagai perempuan, menjelir lidah ni tak manis. Nasib baik adik jelir kat abang. Jika jelir kat orang lain, confirm kena cium nanti. Ke adik nak abang Syam cium?" Pujuk Hisyam lagi dalam nada mengusik.
Pantas Nur angkat kepalanya dan menggeleng. Sebenarnya, hatinya sedih kerana bakal berpisah dengan abang Hisyam nanti. Siapa yang akan menemani dan mengajarnya membuat kerja sekolah nanti. Angah? Jangan haraplah, kaki usik dan kaki buli. Dia pun tak nak angah yang ajarkan. Kak Long dan Kak Chik pula bukannya ada di sini. Diorang jauh, tinggal di asrama, cuti sekolah baru balik.
*****
Malam terakhir Hisyam menjadi imam di surau kampungnya. Berat hatinya meninggalkan kampung halaman walaupun inilah impiannya selama ini.. Dia akan merindui kedamaian dan ketenangan setiap kali selesai mengimamkan solat fardhu. Dia akan merindui keramahan dan kemesraan orang kampung yang telah dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Namun perjuangan menuntut ilmu perlu diteruskan. Cabaran berpisah buat seketika ini harus ditelan walaupun hatinya merusuh. Pengorbanan ini perlu demi masa depan. Terpandang wajah Pak Teh yang mahu beransur pulang mengingatkannya kepada adik Nurnya.
Dia perlu meluahkannya sebelum berangkat pergi. Pak Teh perlu tahu perasaannya terhadap Nur. Jadi dia segera mendekati Pak Teh yang sedang menyauk seliparnya.
"Pak Teh... Boleh kita bercakap sekejap?" Sapa Hisyam.
Pak Teh senyum dan angguk. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke rumah masing-masing. Rumah mereka berdekatan dan hanya selang beberapa buah rumah sahaja.
"Macam mana persiapan kamu? Semua barang nak bawa esok dah siap kemas ke?"
“Alhamdulillah... Semua dah kemas, cuma tinggal bawa diri je."
"Baguslah. Belajar rajin-rajin. Selalu hantar berita ke kampung. Sentiasa beringat-ingat dan berwaspada. Tempat orang ni tak macam tempat kita. Budayanya lain. Pandai-pandailah kamu menyesuaikan diri nanti," pesan Pak Teh.
Hisyam angguk.
“In Shaa Allah Pak Teh, nasihat Pak Teh ini akan sentiasa tersemat dalam hati saya.”
“Erk... Pak Teh sebenarnya saya ada benda nak cakap sikit.”
Pak teh berpaling melihat Hisyam seketika sebelum memandang ke hadapan kembali. Mereka ditegur oleh beberapa orang kampung yang berselisih jalan dengan mereka. Hisyam dan Pak Teh mengangkat tangan dan berbalas teguran dengan mereka. Beginilah adat hidup di kampung saling tegur menegur dan hormat menghormati.
Sebagai salah seorang orang yang paling awal menduduki kampung ini, Pak Teh sentiasa dihormati. Pendapatnya diutamakan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan kampung mereka walaupun ayah Hisyam yang menjadi ketuanya. Dan selalu juga Pak Hassan meminta pendapat Pak Teh berkenaan dengan kebajikan kampung mereka.
“Apa dia Syam, cakaplah.”
Hisyam menarik nafas panjang seketika sebelum membuka mulut. Perkara ini telah difikirkan sedalam-dalamnya. Bukan untuk sekarang, tetapi untuk masa depan.
“Saya harap Pak Teh tak marah. Saya dah fikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara ini. Saya juga sudah buat istikharah.”
“Jika benda baik, buat apa kamu nak takut aku marah, Syam. Jika benda buruk sudah tentu aku marah. Cuba cerita apa hal sebenarnya.”
Hisyam senyum, kemudian dia terus bercerita tentang isi hatinya. Anak jantan perlu berani berdepan dan bertindak mengikut kata hati yang dirasakan betul.
“In Shaa Allah... Pak Teh tak ada halangan. Kamu cakap pun tentang masa depan. Perancangan masa depan. Tapi kita kena ingat, sebaik-baik perancangan kita, baik lagi perancangan Allah taala. Jadi, sentiasa berdoalah agar apa yang kamu katakan tadi menjadi realiti. Pak Teh tak ada halangan.....” Pak teh menarik nafas sebelum menyambung kata.
“Tapi... ada syaratnya...”
Hisyam terkesima..

Published on September 25, 2016 18:13
August 22, 2016
Novelog bab 9 : I Miss You
Hawa sedang termenung.. merindui dia, kawan-kawan dan keluarganya.Aku mula membiasakan diri dengan tempat baru. Namun hati aku mula rindukan kampung. Aku rindu dengan suara riuh adik-adik aku bergaduh. Aku rindu suara mak aku membebel bila aku bangun lewat. Aku rindu dengan rindu denga mulut kecoh Tieya dan Nozi pagi-pagi. Lebih-lebih lagi Double A. Aku rindu nak tengok senyum senget dia pagi-pagi. Cukup memberikan aku tenaga untuk belajar. Terasa menyesal pulak tinggalkan mereka dan datang ke tempat asing ini.
Julia tarik lengan aku.
Aku pandang dia blur.. Apasal dia ni.
Walaupun aku tak suka dengan sikap gedik dia tapi dalam bilik aku tu dialah yang aku rasa ikhlas sikit. Dia tak kisah aku pinjam seterika. Dia tak kisah berkongsi makanan dengan aku. Julia jugalah yang selalu tunggu aku dan kami sama-sama berjalan menuju ke dewan tempat berkumpul sepanjang minggu orientasi ini. Berbanding Ilah dan Kirah yang sombong sikit. Sebab mereka dari MRSM dan kebanyakan pelajar baru di sini adalah pelajar lepasan MRSM. Lainlah aku dan Julia ni, dari sekolah harian biasa.
“Apa dia?”
Cuba kau tengok sebelah kanan kau, hensemlah abang J hari ini. Warna pakaian kami sedondong,” bisik Julia.
Aku cebik. Julia ni tak habis-habis dengan abang J.
Katanya dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan abang J. Tak berkelip tengok abang J berucap ketika menyampaikan taklimat dan tentatif program minggu orientasi.
“Perasanlah kau. Nama kau pun dia tak tahu Julie,” ejekku. Aku dah mula selesa dengan Julia. Aku tahu Julia tak ambil hati pun.
Julia ni jenis orang yang ambil mudah semua benda. Katanya buat apa yang fikirkan benda serius. Patutnya ketika ini kita enjoy dengan student life kita. Tak payah nak fikir bendak yang tak patut kita fikir.
Dan aku rasa betul sangat apa yang dia kata tu. Aku ni pulak jenis ambil serius dengan semua benda. Aku nak semua berlaku seperti yang aku rancang. Sehingga aku tak sedar, sebagai manusia biasa, setiap perancangan itu ada kelemahannya. Tak semua apa yang dirancang akan jadi kenyataan.
Dalam melayan angan-angan sampai jugak kami di Kolej Mara. Asrama Nong Chik dan tempat kuliah jauh sikit. Ketika minggu orientasi ni wajib jalan kaki ramai-ramai. Bila dah habis orientasi boleh naik basikal. Sakit juga labu betis masa mula-mula kena jalan. Dahlah kena jalan cepat-cepat. Lambat sikit kena tengking dengan abang dan kakak AJK minggu orientasi. Senior satu semester je. Mereka ni pelajar perintis program matrikulasi ni. Kebanyakan mereka adalah best student SBP dan MRSM. Jadi berlagak sikit. Maklumlah intake kami ni semuanya adalah yang tercicir ke program ASASI dan juga Diploma. Nasib mereka dah terjamin. Ada yang tunggu masa nak fly je.
“malam ni dah last. Tak sabar aku nak mula kuliah. Minta-minta kita dalam kuliah yang sama. Tutor pun sama. Senang sikitkan,” bebel Julia. Aku angguk je.
Tak nak berangan lebih. Takut kecewa pun lebih jugak. Ketika ini aku jadi rindu Double A. Dia pandai sangat baca aku. Tengok aku termenung sikit pun dia dah boleh agak aku tengah fikir pasal apa. Tak tahu ilmu apa yang dia pakai.
Seolah-olah dia boleh scan minda aku. Setiap nasihat dia macam kena dengan aku. Tapi sayang dia tak ada dekat dengan aku sekarang. Dia jauh beratus batu di kampung halaman.
“Habis minggu orientasi, jangan lupa telefon saya. Saya nak tahu apa yang awak lalui. Walaupun saya jauh tapi hati saya tetap dengan awak.” Itu pesanan terakhirnya ketika kami berjumpa sebelum aku naik bas ke sini.
Aku angguk sahaja. Segan nak balas. Walaupun hati berbunga harum.
Aku tinggal dia jauh di kampung. Tapi aku tahu dalam sikit masa lagi dia akan datang. Cewah macam ia-ia je aku. Tapi aku harap sangat....
Sebaik sahaja habis ucapan pengetua kolej, semua pelajar berteraburan. Ada yang terus menerpa ke papan kenyataan dan ada yang duduk berkelompok berbual-bual. Aku malas nak bergerak.
Tunggulah reda sikit baru pergi tengok nama dekat papan kenyataan itu. Esok ahad. Bolehlah buat persediaan untuk kuliah hari isnin nanti.
Julia hilang entah ke mana. Mungkin cari peluang mendekati abang J dia kot.
Ehemmm....
Aku berpaling dan mendongak sedikit. Dia senyum senget kat aku. Serta merta jantung aku terjaga dan bekerja kuat mengepam darah. Wajahku pula terasa panas.
“Boleh saya duduk?” Suara garau romantiknya menegur.
Aku angguk. Nak bersuara tak terkeluar. Mamat AJK sukan minggu orientasi ni pernah aku usha dari jauh beberapa kali. Sebab muka ada iras Double A. Namapun hampir sama Amru Amin. Double A juga.
“Saya Amin. Awak?”
“Hawa.”
Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut kami berdua. Dia bawakan aku sepinggan bihun dan kek. Kami makan dalam senyap. Sehingggalah Julia datang.
“Terima kasih temankan saya makan,” ucapnya sebelum berlalu.
Aku pulak tak hilang kosa kata lagi.
Eh bukan ke patutnya aku yang ucap terima kasih sebab temankan aku ke?
Kening aku berkerut-kerut sambil pandang wajah Julia yang senyum mengusik.
“Amboi Eve.. bukan main lagi kau ya. Pantang aku tinggal kejap dah ada orang teman.”
Aku cebik bibir.
Kejap laa sangat..
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on August 22, 2016 06:40
August 14, 2016
Kek kasih sayang (kek pisang nestum oat)
Ni entri suka-suka... cerpen kot... hihi.. ikut penilaian korang laa ya...
Hari-hari macam ni memang bosan. Nak buat apa ya? Tisya mengeluh sendirian.Tadi abang whatsapp dia akan balik awal hari ini. Sukanya. Tapi aku tak tahu pulak nak masak apa. Tisya mengeluh lagi dalam hati. Kakinya dihalakan ke dapur, dibuka peti sejuk dan melihat apa yang ada di dalamnya.
Pisang!
Buat kek pisang
Pantas di buka facebook dan terus ditaip di carian resepi kek pisang. Banyak pulak tapi yang mana satu yang sedap dan senang? Lalu dia melihat satu persatu resepi yang ada. Hmmm... yang ni senang tapi tak ada pulak almond flakes & cincang. Bantai je laa apa yang ada. Asalkan kek aku ni sedap dan tak bantat.
Tisya ikat rambut tinggi-tinggi. segala bahan yang diperlukan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan. Nasib baik ada pengadun kek, kalau tak terpaksa guna tanganlah. Dia mula hanyut dalam dunianya.
Bahan-bahan
3 biji pisang, dilenyek sukar dapatkan 1 cawan. Jangan lebih atau kurang2 cawan gandum*1 sk baking powder*1 sk soda powder*3 biji telur**2 sk esen vanilla** (patutnya pisang, tapi kat rumah x de stok)1 sk ovelete**1 cawan gula perang** 3/4 cawan minyak masak 3 sb nestum3 sb oat segera
Cara masak.
Bahan-bahan bertanda * diayak bersamaPukul sehingga kembang bahan-bahan bertanda **.Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek tadi. Pukul sekejap dan masukkan bahan-bahan yang diayak.Pukul lagi, kemudian masukkan nestum dan oat. Last sekali masukkan minyak masak dan pukul sehingga sebati. Panaskan ketuhar suhu 180 celcius. Bakar selama 40 minit. Ikut ketuhar masing-masing.
Sejam lebih berlalu, ting.. ketuhar berbunya, lebar senyuman Tisya. Berdebar jugak hatinya menantikan hasil air tangannya yang pertama. Sebab dia anak bongsu, jadi hal masak memasak ni dia tak ambil kisah sangat. Bila dah kahwin ni barulah kalut menelefon mama dan kakak-kakaknya menanyakan cara nak masak. Puas diketawakan. Namun dia dah biasa. Jadi telinganya tak pedih sangat.
Dia membiarkan kek pisang di dalam ketuhar dalam 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan. Selesai mengemas dapur, dia bergegas membersihkan diri. Lagi setengah jam suaminya akan sampai. Tisya senyum sendirian. Bahagia. Yup sudah tentu hatinya dipenuhi bunga-bunga cinta. Putik-putik rindu tidak bertunas lama sebelum bunga cinta mekar. Yelaa.. mana nak lamanya kalau berpisah cuma Nzakir pergi kerja je. Sekarang ni kalau outstation memang Nzakir angkut dia sekali. Alasannya
"Abang tak dapat nak buat kerja sebab rindukan Tisya.""Bantal peluk tak ada, abang tak dapat tidur.""Tak sampai hati nak tinggalkan buah hati abang lama-lama. Nanti kena culik kat UFO."
Hahaha.. geli hati dengan alasan budak-budak Nzakir. Rupanya ada baiknya juga dia berhenti kerja. Anytime, any place dia boleh ikut. Dapat berjalan-jalan lagi. Kira honeymoon jugaklah. Rasanya Nzakir habiskan masa banyak masa bawak dia berjalan-jalan dari buat kerja. Dia tentunya suka.. suka dan suka. Asyik berhimpit.
Ehemmm.... Sepasang tangan berlingkar di pinggangnya. "Bila abang balik?""Hmmm... tak lama mana tapi sempat tengok orang tu berangan senyum dan sengih-sengih depan cermin, tayang body macam model catwalk."
Dusssh..berderu darah naik ke muka. Malunya...
Nzakir ketawa gelihati apabila melihat wajah yang mula merah di hadapannya.
"Sayang masak apa hari ni?" soal Nzakir cuba menghilangkan rasa malu Tisya. Tapi dia suka isterinya begini.
"Jom.. Tisya tunjukkan. tapi kalau tak sedap complaint sedap jugak tau.." Di tarik lengan Nzakir keluar dari bilik.
Tadaa....
Kek Pisang kasih sayang"Hangit sikit.."
"Hangit tak pe asalkan sedap. Abang tengok pun macam sedap je."
Tisya cebik, tak makan pujian tapi kembang jugak hatinya.
Kek Pisang Nestum Oat"Nah.. cuba rasa. Sedap tak?"Nzakir ambil sepotong kek yang dihulur.
Tisya menunggu dengan sabar.
"Sedap tak?"
Tapi Nzakir terus makan. Dicapai sepotong lagi dan dimakannya.
"Abang..."
Nzakir sengih.
"Sedap."
"Air tangan isteri abang mesti sedap. Kek ni makan tak jemu sebab tak manis sangat. Rasa lemak-lemak gitu."
"Nasib baik abang cakap sedap. Kalau tak lepas ni, Tisya tak nak buat lagi. Sebenarnya resepi kek ni Tisya ambil kat Facebook. tak ada walnut Tisya letak oat dan nestum."
"Kreatif isteri abang ni... Pandai..."
"Laa isteri abang kan memang dah pandai kalau tak, takkan dapat sambung masters." Tisya jungkit kening.
Nzakir geleng kepala. Ditarik hidung Tisya. Dicapai sepotong lagi kek. Enak...
Lepas ni kerja kerja keraslah untuk kekalkan six pack nih.

Kek Pisang kasih sayang"Hangit sikit..""Hangit tak pe asalkan sedap. Abang tengok pun macam sedap je."
Tisya cebik, tak makan pujian tapi kembang jugak hatinya.
Kek Pisang Nestum Oat"Nah.. cuba rasa. Sedap tak?"Nzakir ambil sepotong kek yang dihulur.Tisya menunggu dengan sabar.
"Sedap tak?"
Tapi Nzakir terus makan. Dicapai sepotong lagi dan dimakannya.
"Abang..."
Nzakir sengih.
"Sedap."
"Air tangan isteri abang mesti sedap. Kek ni makan tak jemu sebab tak manis sangat. Rasa lemak-lemak gitu."
"Nasib baik abang cakap sedap. Kalau tak lepas ni, Tisya tak nak buat lagi. Sebenarnya resepi kek ni Tisya ambil kat Facebook. tak ada walnut Tisya letak oat dan nestum."
"Kreatif isteri abang ni... Pandai..."
"Laa isteri abang kan memang dah pandai kalau tak, takkan dapat sambung masters." Tisya jungkit kening.
Nzakir geleng kepala. Ditarik hidung Tisya. Dicapai sepotong lagi kek. Enak...
Lepas ni kerja kerja keraslah untuk kekalkan six pack nih.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on August 14, 2016 22:14
August 4, 2016
Amazing Penang PaRT 2
Saya sambung kisah jalan-jalan kat pulau hari tu. Hari ini biar gambar je bercerita ya... Sebab dah sebulan lebih saya pun lupa nak susun ayat. hmmmm...
Kedai cenderamata
Tokong Cina di tengah bandar
Khoo Kongsi
Menuju ke Khoo Kongsi Macam rumah tumpangan. Masa saya pergi masih dalam pembaik pulih. Ada juga dibuka untuk pelancong melawat. Kena bayar rasanya. Saya tengok dari jauh je..
Khoo Kongsi
Masjid Lebih Acheh
Kisah Masjid Melayu Lebih Acheh
Jalan lagi.. Depan tu memang penuh dengan pelancong asing
Depan Khoo Kongsi
Teringin nak naik basikal. Tapi pemandu pelancong tak kasi pulak. Jalanlah kita orang. Ikram dah mula buat perangai tika ni. Nak berpayung, nak pegang sendiri. Payung pulak besar. Dukung sekejap je dok diam. Lepas tu memberontak nak turun.
Origami.. Cantik. Tak tanya plak harganya.
Muzium Batik. RM10 sekali masuk.
Muzium Batik
Kedai kraf dan cenderamata. Sebaris dengan Khoo Kongsi. Tika ni jam dekat pukul sebelas kot. Bandar georgetown dah mula sibuk. Pelancong makin ramai. Kereta makin banyak di jalan. Kami pun makin letih...
Dalam kedai cenderamata
Lukisan di dinding. Banyak lagi yang menarik dan cantik. Tapi tak sempat nak ambil gambar. Pulak tu telefon saya buat hal sebab banyak sangat ambil gambar, jadi hang..
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Kedai cenderamata
Tokong Cina di tengah bandar
Khoo Kongsi
Menuju ke Khoo Kongsi Macam rumah tumpangan. Masa saya pergi masih dalam pembaik pulih. Ada juga dibuka untuk pelancong melawat. Kena bayar rasanya. Saya tengok dari jauh je..
Khoo Kongsi
Masjid Lebih Acheh
Kisah Masjid Melayu Lebih Acheh
Jalan lagi.. Depan tu memang penuh dengan pelancong asing
Depan Khoo Kongsi
Teringin nak naik basikal. Tapi pemandu pelancong tak kasi pulak. Jalanlah kita orang. Ikram dah mula buat perangai tika ni. Nak berpayung, nak pegang sendiri. Payung pulak besar. Dukung sekejap je dok diam. Lepas tu memberontak nak turun.
Origami.. Cantik. Tak tanya plak harganya.
Muzium Batik. RM10 sekali masuk.
Muzium Batik
Kedai kraf dan cenderamata. Sebaris dengan Khoo Kongsi. Tika ni jam dekat pukul sebelas kot. Bandar georgetown dah mula sibuk. Pelancong makin ramai. Kereta makin banyak di jalan. Kami pun makin letih...
Dalam kedai cenderamata
Lukisan di dinding. Banyak lagi yang menarik dan cantik. Tapi tak sempat nak ambil gambar. Pulak tu telefon saya buat hal sebab banyak sangat ambil gambar, jadi hang..Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on August 04, 2016 17:06