Shima Rostam's Blog, page 43
July 22, 2013
Nur dan Hisyam special post 2
“Abang, esok kak Ayu, roommates Nur nak datang berbuka puasa bersama, boleh tak?” Tanya Nur. Sebenarnya dia serba salah, memang dirasakan tidak wajar mengundang tetamu ke teratak kecil mereka, tetapi perasaan kasihan mengatasinya. Kasihan dengan kak Ayu yang berbuka seorang diri tanpa keluarga di sisi. Nur boleh memahami perasaan kak Ayu itu. Jadi apabila kak Ayu menghubunginya untuk bertanya khabar dan bila mendengar lirih suaranya membuatkan Nur tanpa berfikir panjang mengajaknya berbuka bersama-sama.“Abang… Nur minta maaf sebab terlanjur ajak dia datang berbuka di rumah kita. Kasihan dia bang, berbuka puasa sorang-sorang. Kak Ayu tu anak yatim piatu,” sambung Nur lagi setelah melihat suaminya terdiam tanpa memberikan jawapan. Dia rasa bersalah. Sepatutnya dia meminta kebenaran daripada suaminya terlebih dahulu.Hisyam senyum sambil menarik Nur rapat kepadanya.“Boleh. Abang tak ada masalah jika dia datang berbuka bersama-sama kita. Tadi abang terfikir, elok juga abang ajak kawan abang datang berbuka sekali. Tentu lebih meriahkan?”“Betul ni? Elok juga. Boleh Nur kenal dengan kawan abang. Kawan abang dah kahwin kan?”“Iya sayang, takkanlah abang nak ajak kawan bujang pulak. Tak kena.” Nur tersenyum. Selesai masalah. Tapi…. Baru dia teringat. Wajahnya serta merta muram.“Eh kenapa pulak ni?”“Abang… Nur nak masak apa nanti? Bukannya Nur pandai masak pun. Kalau tak sedap buat malu abang je,” rintih Nur. Dia baru sahaja berjinak-jinak di dapur. Setakat buat sambal telur, sayur goreng dan masakan simple lainnya bolehlah. Tapi takkanlah hendak hidangkan menu tersebut. Tak istimewa langsung.Hisyam tersengih melihat wajah cemberut isterinya. “Esok abang yang jadi chef. Sayang jadi assistant abang je…”“Abang pandai masak ke?” Soal Nur terkejut. biar betul abang ni.Selama mereka berkahwin, tak pernah dia merasa air tangan suaminya. Setiap kali Hisyam ingin membantunya di dapur, dia melarang. Dapur adalah wilayahnya. Jadi suaminya tidak boleh masuk campur walaupun makanan yang di masak tidak sesedap masakan umi di kampung.Hisyam tersenyum-senyum. Ya sejak mereka berkahwin, dia tidak pernah memasak ketika isterinya berada di rumah. Tapi dia selalu memasak dan menghantarnya kepada Nur ketika isterinya berada di kolej. Isterinya saja yang tidak tahu malah Nur tidak pernah bertanyanya. Jadi dia pun tidak pula terasa ingin memberitahu hal tersebut kepada permaisuri hatinya itu.“Sayang tak percaya abang boleh masak?” Soalnya ingin menguji. Nur mencebik. Tidak tahu hendak jawab apa. Lagipun memang selama ini tak pernah suaminya masak pun.“Tak tahu. Abang tak pernah masak pun selama ini.”“Ermmm… siapa yang tak kasi abang masuk dapur selama ni? Tak dapat abang nak tunjukkan terrornya abang masak.” Nur tersengih. “yelaa tu. Jadi abang nak masak apa esok?”Hisyam membalas senyuman Nur seraya menariknya rapat ke sisi. Ya Allah, aku sayang sangat kepada isteriku ini. Terima kasih allah di atas kurniaan ini. “Nasi arab.”Cerah mata Nur mendengarnya. Baru semalam dia termimpikan makan nasi arab apabila melihat rancangan chef Amar, memasak dengan hati memasak dengan iman itu. Nampak sedap dan menyelerakan. Apatah lagi dia belum pernah merasainya.“Sayang abang,” sebuah ciuman hinggap di pipi kanan Hisyam.“Abang tahu sayang memang sayangkan abang sejak dulu lagikan?” usik Hisyam nakal. “Tapi kenapa tiba-tiba mengaku sayang ni?” Sambung Hisyam lagi. Dia tahu isterinya jarang sangat menunjukkan rasa hatinya. Dia lebih suka memendam perasaan. Biasalah kaum hawa telah dijadikan oleh Allah s.w.t penuh dengan sifat pemalu. Kerana sikap pemalu ini menjadi benteng yang menahan diri mereka daripada melakukan sesuatu yang mengaibkan diri sendiri. Sebab itulah malu itu sebahagian daripada iman.“Sebab abang sentiasa tahu apa yang Nur nak…. Macam abang boleh baca hati Nur. Tak perlu cakap pun, abang macam tahu-tahu je” Akui Nur. Bukan sekali. Dulu dia agak kebetulan sahaja tapi apabila berkali-kali seperti ini, Nur akur, apa yang dia rasa turut sama dirasai oleh suaminya. Bagaikan jiwa mereka satu. Dapat merasai apa yang dirasai antara satu sama lain.Tanpa kata Hisyam menarik rapat Nur ke dadanya. Mana mungkin dia tidak dapat merasai apa yang dirasakan oleh isterinya yang manja ini. Rasa cinta ini telah lama wujud di hatinya. Cuma dulu dek ingin menambat perhatian, dia menjadi nakal sedikit. Namun tidak pernah sesekali hatinya terlupakan siapa Nur di hatinya.“Maksud Nur?” Tanya Hisyam inginkan kepastian. Nur diam seketika, disulam jemarinya dengan jemari kasar milik Hisyam. Malu pun ada hendak berterus terang ni. Yelaa dulu benci, sekarang ni dah sayang sangat. Tanpa suaminya di sisi, hidup terasa kosong tanpa cahaya.“Abang jangan gelak ya? Janji dulu?” Berkerut dahi Hisyam mendengar kata-kata isterinya itu.“Kenapa abang nak gelak pulak?” Tanya Hisyam hairan. Belum cakap lagi dah kena warning. Kelakar sangat ke apa yang hendak diberitahu ni?“Sebenarnya…. Semalam Nur mimpi makan nasi arab yang macam Cheff Amar masak tu. Tak sangka pulak esok abang nak masakkan,” jelas Nur perlahan. Dia tunduk. Malu menatap wajah suaminya. “Sebelum tu, Nur rasa rindu sangat kat umi dan abah. Esoknya abang terus minta Nur bersiap dan balik kampong walaupun masa tu cuti hujung minggu je. Dan selalu je apa yang Nur terlintas nak makan, mesti tidak petang atau pun esoknya abang dah bawakan untuk Nur biarpun Nur tak pernah minta. Macam, abang boleh tahu apa yang Nur nak. Tak perlu cakap,” terang Nur panjang lebar.Semakin Hisyam mengeratkan pelukannya.
“Itulah yang dinamakan chemistry sayang…. Alhamdulillah keserasian kita akan membawa bahagia hingga ke pintu syurga.” Bisik Hisyam. Tidak perlu dia berkata-kata lagi sebab apa yang dirasakan oleh Nur ketika ini turut dirasainya.
July 21, 2013
Kembali ke sisi-Mu 26
Terdengar pintu pagar dibuka di halaman. Pintu utama terbuka luas dipandang sekilas.Ternampak bayang-bayang seorang wanita sedang melangkah masuk. Akhirnya orang yang di tunggu sejak petang tadi muncul juga. Itu pun jam telah menunjukkan pukul 10 malam. Call handset tidak terjawab. Rasanya mahu beratus missed call tadi. Dan hampir-hampir sahaja dia mahu membuat laporan polis. Tapi mesti polis takkan terima laporan yang belum sampai 24 jam hilang. Pelik betul dengan perangainya sendiri. Apa yang nak dirisaukan? Dia pergi kerja, bukannya pergi merenyam. Dia pergi kerja, siapkan kerja yang berlambak-lambak yang tak pernah habis. Sebab itulah dia balik lambat. Itu pun nak kecoh. Entah apa-apalah kau nie Aazad.Marah diri sendiri.
Melihat pintu terbuka luas, Auni tanpa ragu melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Aazad kelihatan termenung seolah-olah berfikir. Dibiarkan seketika. Barangkali ada perkara yang sedang difikirkannya. Jika diikutkan hati, ingin sahaja dia terus naik ke rumahnya dan berehat. Penat sangat-sangat.
“Penat?”
“A’aah… biasalah nak-nak hujung bulan nie, sibuk kena siapkan payroll. Kalau lambat kan, lambat lak gaji nak masuk. Mengamuklah orang-orang kat pejabat tu. Time gaji nie semua nak on time, tapi time hantar worksheet, OT sheet boleh pula delay. Pastu lewat sehari gaji, dah macam pusat khidmat telekom lak, telefon berbunyi tak habis-habis” bebel Auni tanpa sebab.
Melepaskan perasaan mungkin. Aazad tersengih. Huhuhu..boleh tahan jugak ye minah ni, kalau membebel.
“Aik apasal tersengih-sengih ni,” tanya Auni pelik.
“First time dengar kau membebel pasal kerja. First time dengar kau cakap non stop dan aku tak tahu hujung pangkal apa yang kau cerita. But tak pe, aku suka dengar. Hari-hari kau nak membebel pun tak pe” ujar Aazad sambil ketawa.
Auni buat muka blur. Ya ke aku membebel tadi. Aku cuma cakap jer. Luahkan apa yang tak puashati. Itu pun kira membebel ke? Dan kelakar sangat ke? Dia mengerutkan dahinya. Lalu dipandang Aazad yang telah berhenti ketawa tetapi masih lagi dalam mood sengih macam kerang busuk.
“Setiap hari memang kau balik time ni ke?”
“Lebih kurang tapi bukan setiap harilah. Paling awal pukul 7 dah sampai rumah.”
“Sibuk sangat bunyinya. Bukan ke office hour dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang?”
“Itu office hourlah. Macam lah awak tak tahu, dah kerja melambak kena siapkan. Office hour bukannya cukup nak siapkan semua itu. tak hingin saya nak kerja 7 hari seminggu untuk siapkan semua kerja. Jadi baik selesaikan kerja yang patut diselesaikan hari ini, jangan tangguh-tangguh. Lagipun balik awal buat apa, bukannya ada kerja kat rumah. Lagi satu, saya paling tak suka bawa balik kerja ke rumah. Rumah untuk berehat. Untuk santai, relax. Bukan untuk kerja. Kerja kena habiskan di pejabat” terang Auni menjelaskan pendiriannya pasal kerja.
“ooooo…berprinsip jugak kau ni.” Ujar Aazad kagum.
“Eh mestilah, Jika tidak hidup ini akan menjadi tunggang langgang, tak tahu nak klasifikasikan yang mana satu kehidupan peribadi dan mana satu kerja. Tak ke nianya macam tu. Pernah tak dengar satu hadis . lebih kurang beginilah “Bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya,” Auni memberi penjelasan. Hadis yang disebutkan tadi merupakan salah satu hadis yang amat disukainya. Memberikannya motivasi supaya melakukan kerja dengan penuh keikhlasan.
Aazad terdiam. Direnung gadis itu. Ada sesuatu yang menyelinap di dalam hatinya. Selama ini dia tidak pernah terfikir sejauh itu. Selama ini, dia bekerja kerana mahu mendapatkan duit dan juga menghilangkan kebosanan yang melanda hidupnya. Semenjak pulang ke tanahair, dia seperti orang baru. Tersedar dari lena yang panjang. Hiburan, berpeleseran dan berpoya-poya sudah tidak menarik minatnya lagi. Barangkali dia sudah jemu hidup dalam kepuraan-puraan itu. Apabila Pak cik Badrul mendesaknya memulakan tugas di syarikat milik arwah papanya, terus dia bersetuju tetapi dengan syarat dia ingin mulakan dari bawah. Bukan terusnya menerajui syarikat tersebut. Dan inilah kerjanya sekarang. Kesibukan kerja, melaksanakan kerja dan menyelesaikan kerja itu merupakan tanggungjawab dan dia merasa hidupnya ada sesuatu yang bermakna dilakukan.
Sebenarnya ada juga sebab lain. Mimpi yang dialami sejak malam pertama menjejakkan kaki di tanahair sendiri mendominasi dirinya. Kesayuan wajah mama dan papa membuatkan hatinya sedih. Dia cuba menggapai keduanya, namun tidak berjaya. Semakin dia menghampiri semakin mereka menjauh walaupun mereka tidak bergerak. Hanya memandang sayu padanya. Dia berteriak memanggil -manggil papa dan mama, tapi tidak dijawab. Pandangan mereka yang sayu membuatkan dirinya menangis. Apa yang perlu dilakukan untuk menggembirakan keduaduanya? Mimpi itu hadir hampir setiap malam.
"Kenapa wajah mereka sedih pak cik?” Soal Aazad usai dia bercerita dengan Pak cik Badrul.
“Mungkin sebab Aazad telah melupakan mereka,”
July 19, 2013
Nur dan Hisyam - special post....
Nur meletakkan kepalanya di atas dada Hisyam. Matanya masih lagi belum mengantuk. Wajah suami yang sedang lena di pandang tak berkelip. Ketenangannya membuatkan Nur cemburu. Tapi salahnya juga, tertidur awal dek keletihan berpuasa pada hari ini. Silap siapa yang merengek mengajak keluar membeli belah sempena hari raya aidilfitri awal bulan depan, dia juga. Jadi apabila si suami kesayangan mengajak ke masjid yang tidak berapa jauh dari rumah mereka, dia angkat tangan. Usai solat maghrib, dirinya telah tenggelam dek keletihan yang di cari.Nasib baik si suami tidak banyak tazkirahnya pada mala mini. Dia faham keletihan yang dirasai oleh isterinya. Dalam diam Nur tersenyum bahagia. Wajah kesayangannya diamati lama. Sesekali tangannya menakal membelai janggut sejemput itu. Namun tidur suaminya langsung tidak tercuit. Sesekali Nur tersengih. Jam di atas meja sisi dipandang sekilas, baru 12.45 malam. Sahur lambat lagi, tapi matanya masih sudah terang. Hendak buat apa ya? Mengganggu lena si suami rasa tak kena pula. Apatah lagi apabila jam 3.30 pagi nanti suaminya akan bangun bertahajud. Nur termangu-mangu di sisi suaminya.Kepalanya dilabuhkan di pangkal lengan suaminya. Elok sahaja kepalanya selesa terletak, suaminya terus memeluk erat tubuh kecilnya.“Tidur, karang nak bangun sahur pula,”gemersik suara garau memujuknya tidur. Dalam kesamaran cahaya lampu tidur, bibir Nur menggarisnya. Hati terasa makin sayang. Tak sangka, paksaan abah membuahkan bahagia yang sangat-sangat berbaloi. Cinta yang hadir selepas kahwin manisnya tidak pernah surut di hatinya. Namun, ada gusar kadang kala menerjah hatinya. Soal anak mencetuskan kebimbangan. Bagaimana nanti suaminya mahukan anak? Sedangkan dia masih lagi tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Apatah lagi tugasannya sebagai seorang pelajar, sedikit sebanyak membuatkan dirinya rasa terbeban. Adakah kemanisan yang dikecapi sekarang akan hilang dek keengganannya untuk mempunyai anak dalam waktu terdekat ini. Adakah kasih dan cinta suaminya akan terus sirna dan beralih arah kerana anak? Ada sayu menujah di hati. Bukan dia tak nak anak tapi dia masih belum mampu menjadi seorang ibu. “Jangan fikir yang bukan-bukan. Tidur sayang…” suara kasar suaminya kedengaran lagi walaupun matanya tertutup rapat. Bagaikan tahu dia masih belum lena. Beberapa saat kemudian, kedengaran suara kasar suaminya mengalunkan ayat al-Quran dan dihembuskan ke ubun-ubunnya. Dan lena itu tanpa dijemput hadir, memberatkan matanya supaya tidur.******“Orang lelaki ni Nur, mulut je cakap tak apa. Dalam hati sudah melilau cari yang lain sebab nak anak. Nak buktikan kegagahan mereka. Tanpa anak, rasa diri tu tak power. Mana-mana lelaki pun sama. Baik yang alim, yang tak alimnya,” Ayuni mencucuk dalam diam.“Jadi dari Nur makan hati belakang hari, kerana suami berkahwin tanpa pengetahuan Nur, baik Nur cari isteri untuk dia cepat-cepat. Yelaa… Nur kan tak nak anak lagi. Suami Nur tentu nak anak cepat-cepat kan? Lagi pun korang kahwin dah lama. Mesti ramai yang tengah dok kenen-kenenkan suami Nur tu,” Mulut berbisa Ayuni terus berbunyi.Nur diam tanpa reaksi. Hatinya semakin bimbang. Dia tak sanggup berkongsi kasih, juga tidak bersedia menjadi ibu lagi. Pengajiannya masih berbaki tiga tahun. Takkanlah abang tak sanggup tunggu, padahal selama ini, abang juga yang cakap, pasal anak tak perlu fikirkan sangat. Fikirkan pasal belajar yang paling utama.
July 3, 2013
Kehilangan
Ini bahagian saya... Saya terpilih oleh Dia.... Dua kali DIA memberi dan dalam beberapa hari DIA mengambilnya dari saya.....
Jauh di sudut hati, hati ini menangis, kehilangan menguburkan harapan dan impian sejak sekian lama... hati yang sentiasa mengharapkan kehadirannya..... Jauh di sudut hati, saya tahu takkan ada sesiapa yang dapat memahami apa yang saya rasai... kesakitan dan kesedihan ini. Hanya DIA yang ada jawapannya. Kenapa saya di duga....
Oooo... saya tak perlukan simpati cuma mahukan pengertian... Jangan sesekali menanya atau mengata apa-apa. Saya tak perlukan kata-kata pujukan plastik yang sinikal... atau sekadar mengambil hati... Jangan sesekali berbicara tentang itu, tentang ini.... Jangan ditambahkan beban di hati ini.....
Hanya DIA yang saya harapkan... Ujian ini dari-NYA. Hanya DIA yang ada sebabnya kenapa saya terpilih untuk diuji....
Anak-anak umi.... Tunggulah umi di pintu syurga....♥♡♥♡♥♡♥♡
June 26, 2013
Kembali ke sisi-Mu 25
Setelah hampir setengah jam bermalas-malasan di atas katil, barulah dia menggerakkan tubuhnya bangkit. Seketika dia memejamkan matanya. Masih terdengar-dengar suara merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dinihari tadi yang mengusir resahnya. Mendamaikan jiwanya sehingga terlena. Dia tahu itu adalah alunan ayat-ayat suci al-Quran biarpun dia tidak pernah khatam Al-Quran. Sebuah Al-Quran pun tiada di dalam rumah ini.
Aazad meraup wajahnya. Ingin sekali dia menyentuh Al-Quran dan memahami kandungan di dalamnya.
Aazad tersentak. Tidak!
Tanpa mahu melayani luahan hatinya sendiri, dia keluar dari biliknya. Sunyi sepi, namun ada damainya. Dibawa kakinya melangkah ke dapur. Dilihat ada nota di pintu peti aisnya.
Assalamualaikum.. Hai ..Morning…
Mesti awak bangun lambat nih. Saya dah siapkan breakfast. Mee goreng jerr
Makanlah. Saya pergi kerja dulu. Enjoy ur day..
Wasalam, -Auni
Aazad tersenyum sendirian. Nota ringkas.
Ayat ringkas pun mampu membuatkan dia tersenyum. Mampu menceriakan harinya. Terasa seperti ada seseorang yang mengambil berat tentang dirinya. Lalu diambil pinggan dan menyenduk mee goreng di dalam kuali. Kopi telah pun siap dibancuh, cuma perlu dituangkan ke dalam cawan sahaja. Segera dia teringatkan wajah comel Auni yang sedang tersenyum. Kadang kala dia akan menundukkan wajah, menyembunyikan wajah merahnya. Senyumannya memikat, mendamaikan hati. Membuatkan dia ingin mengusiknya selalu.
“Belum cuba belum tahu bro. Kau tidak boleh berat sebelah. Kau tak pernah rapat dengan mana-mana gadis sebab itulah kau tak tahu keistimewaan seorang wanita ini. Bukankah di dalam Al-Quran telah disebutkan, Allah s.w.t telah jadikan Hawa dari tulang rusuk Adam untuk disayangi dan saling perlu memerlukan. lelaki perlukan perempuan untuk melampiaskan nafsu yang sesak di dalam dadanya. bukan lelaki untuk lelaki. Aku cabar kau cuba dekati seorang gadis dan merasai perasaan itu. Jika rasa itu bukan apa yang kau inginkan, aku akan mengaku kalah.”
“Betul ni?”
“Ya.. dan aku yakin kau yang kalah nanti,”
“Bro keyakinan itu perlu tapi bukan keangkuhan diri.” tempelak Joe.
Aazad memandang sebelah mata saja.. Tidak mungkin hatinya berubah. Baginya wanita tidak lain tidak bukan menyusahkan hidupnya. Tidak tahu menghargai cinta dan kasih sayangnya.
Contohnya Nadini dan Natasya. Dua beradik anak Pak cik Badrul amat menjengkelkan. Sentiasa memandang sinis dan jelek terhadap dirinya. Selalu mengejeknya bapuk. Sakit hatinya. Mak cik Murni pula pandai bermuka-muka, di depannya baik tetapi di belakangnya bukan main rancak dia mengutuk dan mencela dirinya.
Kenangan lalu amat menyakitkan, apatah lagi ketika itu hatinya sedang berduka kehilangan mama dan papanya.
“Kenapa papa bawa budak bapuk tu tinggal di sini. Tasya tak suka. Sudahlah lembik, kuat menangis pulak tu,” kutuk Natasya sambil marah-marah. Dia menyilangkan kedua tangannya di dada sambil menghempaskan dirinya di atas sofa.
“Dini pun tak suka. Mama tak malu ke?” Keras suara Nadine sehingga singgah di cuping telinganya. Saat itu dia sedang melangkah menuju ke bilik yang disediakan khas untuknya bersama Nadia. Nadia pula menoleh ke arah ke dua orang kakaknya yang sedang marah-marah. Terkebil-kebil matanya, masih lagi tidak memahami kenapa kak Tasya dan kak Dini marah.
Terlihat di matanya Pak cik Badrul mendiamkan diri sahaja. Tidak menyokong ataupun mempertahankan dirinya. Hatinya bertambah sedih. Semenjak itu, dia selalu berdoa agar masa cepat berjalan, dia ingin keluar dari rumah itu dan hidup berdikari di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Dibawa sepinggan mee goreng dan secawan kopi ke meja makan. Kemudian diambil remote televisyen di atas meja kopi di hadapan televisyen, lalu ditekan untuk membuka siaran.
Sedang dia menikmati mee goreng tersebut, hatinya teringat pula Auni.
Apa yang istimewanya gadis itu?
Apakah yang menyebabkan dia selalu bertindak tanpa berfikir apabila melihatkan gadis itu. Mungkinkah kerana pertaruhan itu atau mungkin seperti yang Joe katakan. Walau apa-apa pun, dia tetap menjunjung egonya. Auni tidak akan mampu menembusi hati lelakinya, tidak sesekali dapat melembutkan hatinya mempercayai bahawa lelaki pasangan perempuan. Hawa dicipta sebagai tempat Adam melimpahkan kasih sayangnya.
I phonenya berbunyi. Aazad menjeling seketika, dia tahu siapa yang mengganggunya pagi ini. Dibiarkan sahaja nyanyian itu sehinggalah terhenti sendiri. Buat kali kedua I phone berbunyi lagi, kali ini dia menyambutnya walaupun hati ingin sekali bermalas-malasan di rumah menunggu Auni pulang.
“Hello dear”Aazad menjawab malas.
“Keluar?”
“I tak de mood nak keluarlah. Maybe esok ke, lusa ke, kita jumpa.”
Dia terdiam. Mendengar.
“Of courselah I rindu kat u jugak. Tapi I penat, rasa malas nak keluar. Rehat kat rumah je”
“ Tak payah. Tak perlu datang..please.. esok kita jumpa. Promise.”
“Ok bye.”
I phonenya direnung. Timbul perasaan bersalah di dalam dirinya. Telah lama sebenarnya mereka tidak berjumpa. Teringat kata-katanya sendiri ketika mereka mengambil keputusan pulang bermastautin di tanahair sendiri. Cepat sungguh kata-kata itu menjadi kenyataan. Kesibukan bekerja dan kehadiran Auni sedikit sebanyak membuatkan masa mereka bersama terhad.
Selain itu, Johan selalu menghubungi dan persahabatan erat mereka kembali terjalin seperti dulu. Sentiasa ada sahaja agenda mereka berempat dan dia tidak merasa ingin berjumpa dengan kekasihnya. Masanya sentiasa penuh. Pak cik Badrul pula tidak pernah berputus asa memujuk menerajui syarikat peninggalkan arwah papanya. Namun sehinga hari ini dia masih belum membuat keputusan.
“You sudah berubah. Mana my dear dulu? I missed him,” sayu suaranya terngiang-ngiang di cuping telinganya.
Argh.. Dia tidak patut melayan Ronny begitu. Ronny yang selalu ada bersamanya. Kerana Ronny jugalah dia bersetuju pulang ke tanah air.
“Apa yang telah aku buat ni!”
Bagaikan tersedar dari mimpi indah, Aazad segera mencari nombor Ronny di dalam I-phone.Miss you dear, 1 hour lagi I sampai. masak sedap-sedap tau.
June 23, 2013
Kembali ke sisi-Mu 24
“Kau ni, tak reti bagi salam ke?” Terus Aazad mengelap tangannya yang terkena air apabila Joe sergahnya tadi.
Joe senyum-senyum. Tak hairan pun kena marah dengan Aazad.
Aik bila pula mamat ni reti mengucap salam-salam ni? Satu perkembangan yang baik.
“So?” Soal Joe ingin tahu. Adakah Auni telah berjaya mencairkan hati lelaki ini?
“So apa dia?” Soal Aazad pula tarik tali.
“Kau dengan dialah.. alaa apa nama?”
“Auni..”
“Haa.. Auni. Apa ceritanya?”
“Kau datang ni sebab nak tanya pasal tu je?”
“Bro... dua puluh ribu tau.”
Aazad sengih. Tak mungkin Joe menang. Hatinya sejak azali lagi setia pada yang satu. Lagipun selama ini susah senang, kekasihnya setia bersamanya. Malah kekasihnya juga yang mendorong perubahan yang dilihat kini.
“So far.. ok. Dia masih lagi tidak mampu mencairkan hati aku ni. Macam aku kata dulu, tak ada perempuan dapat membuatkan aku jatuh cinta.” Aazad angkuh berkata-kata. Maruah dan pegangan hidup tetap dipertahankan. Seorang gadis biasa seperti Auni tidak akan mampu menganggu gugat pegangannya.
“Pertaruhan akan berjalan sehinggalah salah seorang mengaku kalah.” Joe mempertahankan dirinya. Dia tidak akan sesekali mengaku kalah sehinggalah Aazad sendiri yang mengaku kalah. Lagipun pertaruhan ini tiada tempoh masa.
“Tapi aku rasa, sedikit sebanyak hati kau berkocak juga kan?” Joe mengangkat kening. Kopi latte dihirupnya.
Aazad tersentak dengan kata-kata Joe itu. Betul ke?
Auni dalam lembut ada garangnya. Dalam diam ada tegasnya. Jadi tak salah apa yang Joe katakan, hatinya sedikit berkocak. Ingatan menjengah lagi kenangan semalam bersama Auni.
“ First timeaku tengok kau kenakan mekap masa jumpa kat dalam lift. Sebelum ni tak pernah pun aku tengok kau kenakan mekap. Bedak pun tak pakai. Tapi kulit mulus..geram lak aku nak cubit- cubit” kata- kata yang tidak pernah diungkapkan keluar dari bibir Aazad. Tersentak dengan ucapan sendiri Aazad tersengih-sengih.
“Awak nampak tak ni?” tunjuk Auni buku limanya di muka Aazad. Aazad jungkit kening melihat tangan kecil yang ditunjukkan padanya. Kecil sangat tangan tuh. Tak terasalah kalau kena tumbuk pun, bisik hatinya.
“Kalau awak terasa nak rasa tumbukan saya nie, try laa nak cuit-cuit dan cubit-cubit. Ngan rela hati saya boleh bagi sebijik. Dua, tiga bijik pun ok,”ucap Auni tegas.
“Eeiii..Seriusnya, takut aku…”
“Saja nak usik kau. Comellah bila kau marah. Aku tahu kau bukan macam gadis-gadis kat luar sana nuh. Sanggup offer diri lagi. Nak wat lebih-lebih free of charge plak tuh” terang Aazad.
“Tahu tak apa,”balas Auni.
“Kau pakai apa kat muka, tak mekap pun lebih kurang mekap jugak, cantik,” Aazad memuji. Dia cemburu dengan kemulusan kulit Auni. Kulitnya kasar walaupun bersih dari cela.
“Saya memang tak berapa minat pakai mekap, rasa macam pakai topeng bila mekap tebal-tebal ni walaupun orang kata cantik. Pergi pejabat kena pakai jugaklah sebab tak nak nampak pucat dan muka macam budak-budak pula.”
“Macam yang awak cakap masa first time jumpa saya hari tu lah. Ingat saya seperti budak baru habis sekolah kan. Hmmm… bukan awak saja yang anggap macam tuh. Dah ramai sangat orang cakap macam tu,”
“Dulu pun masa first interview mereka ingat saya nie belasan tahun lagi. So mereka tak berapa confident nak ambil saya kerja. Tak dapatlah kerjanya. Jadi, terpaksalah saya belajar mekap sikit-sikit. Belajar pakai mekap,” terang Auni panjang lebar.
“Habis tu macam mana kau jaga muka kau, bersih je. Jerawat pun tak ada” soal Aazad lagi. Berminat untuk mengetahui rahsia gadis di hadapannya itu.
“Saya guna sabun Eumora. Pakai sabun tuh 2 kali sehari dah cukup. Tak perlu nak pakai segala jenis krim pemutih ke, krim malam ker. Pencuci ke, toner ke. Juz pakai sabun tu. Bukan sahaja menjaga kulit malah bertindak mengeluarkan bahan kimia dari kulit dan dapat menghilangkan parut, jeragat dan bekas jerawat,” jelas Auni.
“sabun tu je? Biar betul kau, ingatkan kau guna salah satu produk sepert SKII ke, Loreal ke, oil of olay ke.”
“Taklah sabun tu pun dah cukup. Dah lama dah saya pakai sejak zaman belajar lagi. Tak pernah tukar tukar. Lagi pun senang. Tak perlu tepek macam-macam bahan kimia kat muka tuh. Dan satu lagi saya lebih sukakan rawat wajah dengan bahan-bahan semula jadi. Jimat kos. Cantik dan sihat lagi” terang Auni lagi.
“Tak sangka aku, tapi kulit kau nampak sihat dan bermaya. Nanti aku nak try boleh. Sesuai tak untuk lelaki.” Itulah tujuan asalnya dia bertanya.
“Semua orang boleh pakai. Sesuai sangat.”
“Ermmmm..berapa lama awak balik ni?”
“Lebih kurang 2 minggu jugaklah. Kenapa?”
“Kenapa?”
“juz asking”
“Aku tak ada selama ini kau buat apa?”
“Buat apa? Macam biasalah. Hujung minggu lepak kat taman petronas tuh. Now rajin lak saya tengok wayang,” beritahu Auni. Tersengih.
“ooo I see… Nanti bolehlah kita sama-sama tengok wayang,” usul Aazad.
“Awek tak marah ker awak kalau keluar dengan awek lain?” soal Auni pelik. Yelah masa cuti inilah nak habiskan masa dengan awek kan. Takkanlah nak habiskan masa dengan housematepulak.
“Cik adik manis, kalau aku ada awek, of courselah aku keluar dengan dia dan tentunya takkan ajak kau tinggal dengan aku. Tapi tak ada. So tak salahlah aku ajak kau tengok wayang. Ataupun kot – kot kau ada orang marah?” soal Aazad pula.
“issssyyy..tak adalah macam tu. Kalau ada dah lama dah kawin. Tak mau couple lama-lama nih.”jelas Auni.
“Ok then, nanti weekendnih kita tengok wayang, nak?”
“ok tak kisah”.
“oklah awak dah habis makankan? Saya dah mengantuklah. Nak masuk tidur dululaa”
“ok…see u tomorrow..gud nite and sweet dream dear” ucap Aazad sambil mengenyitkan matanya. Spontan Auni membalas dengan menjelirkan lidahnya. Aazad..Aazad..makin berani lak dia mengusik.
Auni telah lama masuk tidur. Dia masih di situ. Merenung kepekatan malam yang disimbahi cahaya lampu. Merenung jauh. Entah kenapa perasaannya bercelaru. Antara kasih yang baru berputik dengan kasih lama yang bermukim di hati. Dan adakah Auni dapat menerima dia, siapakah dia yang sebenarnya. Adakah Auni akan memandang rendah pada dirinya nanti?
Aazad tersenyum-senyum. Manis pula kisahnya dengan Auni.
“Confirm dah,” ujar Johan kuat. Dari tadi dia perhatikan gelagat Aazad. Dia yakin sedikit sebanyak Aazad sedang mengalami perubahan cuma, dirinya sendiri tidak menyedarinya.
“Apa dia?” Soal Aazad setelah teringat dia kini sedang minum dengan Johan.
“Entah.. itu kau kena cari sendiri,” balas Johan.
Jika dia cakap pun, pasti Aazad tidak akan mengakuinya malah menafikan sekeras-kerasnya. Jadi lebih baik dia bertindak sebagai pemerhati. Semoga usahanya mendatangkan hasil, membawa kebaikan buat diri sahabatnya.
June 20, 2013
Kembali ke sisi-Mu 23
"Auni... Pizza dah sampai," Sayup-sayup kedengaran suara Aazad memanggilnya keluar. Pizza yang dipesan telah pun sampai.
"Ok.. Kejap lagi saya keluar." Auni menyahut panggilan itu. Sempat lagi dia membelek diri di cermin untuk memastikan keadaan dirinya kemas. Tudung yang dipakai terletak elok. Dia tersenyum dan berpuas hati dengan penampilannya barulah dia melangkah keluar.
“Not tonite, tomorrow I will see u…”
“Ok..i promise..see u then..bye” Aazad menamatkan perbualannya.
Aazad tersenyum melihat Auni menghampirinya. Langkahnya teratur, memakai baju t-shirt lengan panjang, berseluar panjang longgar dan memakai tudung, Auni seperti remaja belasan tahun. Keningnya terangkat. Bertudung di dalam rumah, menarik! Bukan ke orang pakai tudung apabila keluar rumah? Satu persoalan singgah di hatinya.
“Jemput duduk dan makan,” pelawa Aazad lalu mengambil tempat di sofa.
“Errr apa kata kita makan kat balkoni, nak? Aju Auni laju. Dia suka makan sambil menikmati keindahan malam. Lagipun malam ini di dada langit jelas kelihatan bintang-bintang berkerlipan.
Aazad senyum. Senang dengan permintaan Auni.
“Ikut kau, aku ok di mana-mana pun,” balas Aazad dan tanpa kata dia terus mengangkat kotak Pizza ke meja bulat kecil di balkoni. Di situ terdapat 2 buah kerusi juga. Muat-muat untuk mereka berdua.
Masing-masing mengambil tempat. Aazad membuka kotak Pizza manakala Auni mengeluarkan air dari plastiknya. Kemudian mereka menjamah Pizza dalam keadaan senyap. Malam bercahaya dengan lampu-lampu neon yang menyimbahi Kuala Lumpur. Sesekali kereta melalui kawasan rumah mereka. Kuala Lumpur tidak pernah tidur. Tambahan pula kawasan perumahan mereka terletak di dalam bandar. Deruman enjin tak pernah berhenti. Itulah irama yang didengari 24 jam sehari yang tak pernah putus-putus.
Sesekali mata nakal Aazad hinggap di wajah yang sedang mengunyah di hadapannya. Makin bertambah comel. Sejak dia pulang petang tadi, hatinya tidak sabar-sabar menatap wajah itu. Entah mengapa wajah ini, kini makin lekat di dinding hatinya. Manakala wajah ‘kekasih’ kian menjauh.
“Aik sekeping je makan?” soal Aazad. Auni tersengih.
“dah kenyang. Saya tak makan banyak malam-malam macam nie, pukul 9 ni dah lewat,” terang Auni.“Huh.. diet ? Perempuan dengan diet seperti irama dan lagu. Tak dapat dipisahkan,” sindir Aazad.
Auni tersenyum. Dia hampir tergelak, perempuan dengan diet bagai irama dan lagu? Hamboi pandai betul Aazad mencipta perpatah baru.
“Pandai awak buat perumpamaan, first time saya dengar,”gelak Auni.
“ Tapi saya bukan saja-saja tak nak makan. Dari dulu lagi tak boleh makan lewat sangat malam sebab perut akan meragam pagi esok. Makan sup atau tomyam boleh, asalkan bukan makanan berat. Tak laratlah nak berulang alik ke tandas pagi. Nanti semua kerja tertangguh,” Terang Auni.
“Ooo macam tu pulak. Mungkin sebab kau tak biasa makan malam kot,” Balas Aazad.
“A’aah, mak tak kasi anak-anak makan selepas pukul 8 malam. dia cakap tak elok untuk sistem pencernaan. Jadi dah terbiasa, bila tak ikut perut meragamlah,” jelas Auni.
Terkenang emaknya di kampung. Banyak pantang larang dan petuanya. Dulu dia pun merasa rimas jugak. Ada juga kadang-kadang memberontak dengan larangan mak. Iya.. tengah-tengah malam, selepas belajar perut terasa lapar, selongkarlah makanan di dapur. Mak pula pantang terdengar bunyi-bunyi, terus jaga. Apa lagi kena marahlah. Perut yang lapar jadi kenyang. Tapi keesokkan harinya, sebelum tidur mak pasti akan siapkan semangkuk ataupun seperiuk sup sayur ataupun tomyam sayur untuknya makan apabila lapar.
“Mak kau mesti seorang yang penyayang dan sabarkan?” Bisik Aazad perlahan. terkenang kenangan bersama mamanya yang samar-samar di dalam memorinya.
Mama yang terlalu melindunginya sehinggakan dia menjadi seorang anak manja. Tidak pandai menjaga diri sendiri. Mudah menangis dan tersentuh hati apabila orang bersikap kasar dengannya. Sikapnya itu terbawa-bawa ke alam remaja. Dia dihantar ke sekolah berasrama penuh oleh papa. Mama tidak mampu membantah.
Pertama kali berjauhan, dia tidak dapat menyesuaikan diri. Mujurlah mama titipkan pesanan kepada Johan agar menjadi kawannya. Johanlah yang sentiasa melindungi dirinya daripada dibuli oleh pelajar lain. Melalui Johan dia mengenali Tony dan Remy. Mereka menjadi kawan rapat. Johan menjadi idolanya. Tanpa sedar dia amat menyayangi Johan.
Aazad tersedar dari lamunan. Dia memandang Auni yang sedang menyisip minuman. Pizza masih lagi tinggal separuh tidak terusik. Sekeping je makan? Untunglah siapa yang menjadi kekasih minah ni. Makan pun sikit, maintenance pun tak tinggi. Pandai bawa diri pula tu.
“Patutlah kau comel je. Tak payah susah – susah diet,” ulas Aazad.
“Jika kita makan ikut sunnah nabi, tak payah susah-susah diet awak. Tubuh pun sihat, minda pun cergas. Itulah yang mak cuba terapkan dalam diri kami adik beradik sebenarnya.”
“Maksud kau? Aku tak faham. Makan ikut sunnah nabi tu macam mana?” Soal Aazad ingin tahu. Makan pun ada sunnah juga? Pertama kali dia mendengarnya. Selalunya orang kata makanlah apa saja yang kita suka ketika masih sihat ni. Bila dah tak sihat, makanan sesedap mana pun sudah tak boleh dimakan lagi. Sudah tak terliur menjamahnya.
“Iya.. Nabi s.a.w amat mengambil berat pemakanannya. Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang, makan sebelum lapar. Cara minum pun ada adab-adabnya juga, makan pun sama.”
“Contohnya?” Aazad kian berminat. dia teringat kali pertama Auni menemaninya makan. Gadis itu ada menyatakan, cara makannya sopan dan beradab seperti yang diamalkan oleh Nabi s.a.w.
“Contohnya baginda tidak akan mengambil makanan bersifat panas dan sejuk serentak. Contohnya susu dengan telur atau susu dengan daging. Sebab ia boleh mengganggu sistem pencernaan kita. Baginda juga tidak mengambil makanan yang masih berkeadaan panas ataupun disimpan semalaman ataupun yang telah diasinkan. Minum pun sama, ada adabnya. Sebenarnya makruh minum berdiri ni, kecuali terpaksa.”
Auni memandang Aazad yang ralit mendengar kata-katanya. Pelik? takkanlah tak pernah dengar sunnah nabi s.a.w pasal makanan ni? Aazad seolah-olah kelihatan seperti pertama kalinya mendengarnya. Ada tanda tanya menerpa hati Auni.
Aazad ni, bagaimana kehidupannya yang sebenarnya?
Aazad mengangkat wajahnya apabila Auni terhenti berkata-kata.
“Lagi?” pintanya. Dia ingin tahu. Rupa-rupanya selama ini dia banyak yang dia tidak tahu tentang Nabi Muhamad s.a.w. Sunnah makannya bagaikan menarik hati Aazad mengetahui lebih lanjut lagi.
“Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
“Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud, Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
“Awak tahu tak? Jika kita amalkan cara makan Rasulullah s.a.w tu, InsyaAllah kita dapat menjauhkan diri dari penyakit sebab Rasulullah s.a.w ada menyebut ‘ perut adalah tempat bermulanya pelbagai penyakit’,”
“Manakala lapar adalah ubatnya.”
Aazad ketawa. “Kau ni, nak kelentong aku pun, agak-agaklah. Lapar mana boleh jadi ubat. bertambah sakitlah. Tak ada tenaga.”
Auni menjeling. “Bukannya lapar yang kebulur tulah. Maksudnya di sini. tidak makan di dalam kuantiti yang banyak sehingga melemahkan sistem pencernaan dan juga otot-otot dalam badan kita. Contohnya, bila kita makan terlalu kenyang, mata pun mengantuk. Makanan belum sampai ke perut, kita dan tertidur. bukan ke tak elok tidur selepas makan?” Jelas Auni panjang lebar.
Aazad terdiam. Memang betul pun apa yang dikatakan oleh Auni.
“Siapa yang tak nak kelihatan cantik dan sihat,kan? Semua orang nak. Macam awak jugak. Tak selekeh macam sesetengah lelaki.” Puji Auni. Dia hanya memandang sahaja Aazad menghabiskan Pizza yang ada.“Haha…kau puji aku ke? Aku sejak dari kecil lagi dilatih supaya sentiasa kelihatan kemas. Mama memang seorang yang pentingkan kecantikan. Dia tak suka anaknya dia comot dan selekeh. Memang pantang bagi dia. So aku terikut-ikutlah sampai ke sekarang.”
“Aku heran dengan kau.”
“Kenapa pula?”
Yes.... yes... i feel freee...,
Itulah update status di FB saya hari ni. Rasa nak laung je, padan muka dia annoying sangat selama ni... Terover, orang bagi betis, nak kekah paha.... Oppssss..... saya emo ni pasal kerja je... hahahaha... Oleh sebab memang stress sangat dapat consultant terover perfectionist ni, saya jadi geram dan stresss..... Patutnya dia cuma boleh advise je bukan termasuk campur dalam urusan syarikat. Macam dia pulak yang jadi bos!
Saya pernah termarah dia... hahaha boleh dia cakap
"Shima, i don't like your voice. You Call back later...."
Nak telefon semula, jangan harap. Terus saya inform bos....
" Bos tadi miss hxxxx call, n saya marah dia. Malas dah saya cakap dengan dia.....Bla.... bla...." Saya pun ceritalah apa yang berlaku.....
Bos cakap ok. "Nanti saya cakap kat bos dia"
Sejak hari tu saya boikot dia.... jangan harap aku nak mitak advise lagi...
Sepanjang saya handle company ni, tak pernah sestresss ni, sampaikan berkali-kali pk nk resign.... dengar suara dari corong phone pun dah menyampah... jika boleh elak memang saya elak terus..... expenses tak sampai rm10 kena explain panjang lebar... apasal bxxxxxx sangat.... tak de nya orang nak songlap duit.....
Isnin ni maybe last saya meeting n tengok muka dia....
Yes... Yesss.....
Hope lepas ni tak de lagi ter berurusan dengan orang yang annoying sangat.... Ini company bukan audit firm.... tak perlu detail.. of course laaa bos tak suka... terlebih sudu dari kuah....
Hope for the next 3 year.... Saya akan ok di sini.... huhu... tak pun looking for new environment... hehhehe....


