Shima Rostam's Blog, page 39

December 3, 2013

Aku bukan Penggoda - 9

Untuk semua... Sorry maybe minggu depan tak de entri.. MInggu ni saya dapat tulis satu bab je.. Penyakit bulanan saya dah mai dah.....
Enjoy reading ya...

9

“Bagaimana Zura boleh jadi sesabar semalam?”

Baizura sengingih.

“Ini Zuralah! Jangan ingat Zura ni lembik tau. Sikit-sikit nangis.”

“Bukan tu maksud abang...”

“Habis tu?” Bingung pulak dia dengan kata-kata Zamri ni. Bukan ke dia selalu dicop budak manja. Kena sinis sikit, merah mata.

“Kenapa Zura tak bagi penampar sebijik kat Sooraya semalam?”

“Kenapa abang yang tak kasi sebijik kat dia?”Soal Baizura kembali.

“Abang lelaki lah, sayang. Tak macho lah tampar perempuan ni.”

“Zura mahu jadi seorang yang penyabar dan bertindak mengikut fikiran bukan perasaan. Jadi tak mainlah nak layan orang tak betul semalam tu. Buang masa!”

“A’aah tapi tak pulak buang masa dan tenaga menangis lepas tu kan?” Sindir Zamri. Baizura mencebik. Lari jauh mana pun, dia tahu Zamri tahu dia menangis semalam. Dia juga tahu Zamri faham apa yang dirasakan semalam. Dan dia juga tahu semalam kesabaran Zamri telah hampir kemuncaknya. Jadi sebab itulah dia cepat-cepat minta diri. Takut Zamri hilang kawalan diri.

“Abang nak tahu tak? Dah lama orang tak menangis beriya-iya macam semalam.” Akui Baizura.

Dia tak pernah malu menyuarakan apa yang dirasakannya. Dulu, dia tanpa segan silu akan bercerita apa sahaja pada Zamri. tapi sekarang, dia perlu belajar menapis setiap ceritanya. Dia perlu belajar menyimpan sedikit rahsia di dalam hati.

Zamri geleng kepala. Baizura telah banyak berubah. Sejak bekerja jauh darinya, Baizura menjadi semakin matang.

“Tapi abang tetap merasakan budak manja dulu tak pernah berubah.” Lain pula luahan dari bibirnya.

“Eh... tadi dia cakap berubah. Ni tak pulak? Tak tetap pendirianlah abang ni.”

“Hurmm dah tu dari tadi peluk lengan abang tak lepas. Bukan ke manja macam tu?”

Cepat-cepat Baizura melepaskan pegangannya. Sungguh dia tak sedar. Sejak dulu dia memang suka memeluk lengan Zamri dan meletakkan kepalanya bersandar pada bahu Zamri. Kebiasaannya itu tidak pernah berubah. Pantang mereka duduk berduaan atau berdekatan. Dia tanpa segan silu akan memeluk lelaki itu Dan sedikit pun tidak peduli apa orang kata. Selepas kejadian semalam, dia malas hendak mengawal tingkah lakunya lagi. Puas sudah berlagak macam perempuan melayu terakhir. Kini dia mahu menjadi dirinya sendiri.

Merah wajahnya. Manakala Zamri pula ketawa. Dia memeluk bahu Baizura.

“Tapi abang suka.”

“Sebenarnya tak adalah Zura berubah sangat. Manja tu tetap ada. Jangan pula hilangkan sifat manja tu.”

Baizura mencubit pinggang Zamri. Geram campur malu.

Hari ini mereka menghabiskan masa bersama-sama. Bukan senang Zamri hendak datang ke mari. Jika datang pun, bukannya ada banyak masa diluangkan bersamanya. Jadi peluang ini tidak harus dilepaskannya. Dia mahu bermanja sepuas-puasnya dengan Zamri.

“Abang rasa sudah sampai masanya, Zura memikirkan lamaran itu secara serius.” Ujar Zamri setelah mendiamkan diri seketika.

Alaa, abang Zamri ni kacau mood orang sungguhlah, sengaja buat-buat lupa, dia juga yang ingatkan. Baizura tarik muka. Masam. Kacau mood romantiknya. Boleh tak jangan diungkit hal tersebut. Bukan dia tak nak fikir. Tapi dia ada mission yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Zura tak ready lagi dan tak nak fikir apa-apa lagi.”

“Zura...” lembut suara abang Zamri memanggil namanya.

“Zura baru kerja setahun lebih sikit di sini. Berilah Zura masa sampai dua tahun, paling cepat pun.”

“Di KL banyak audit firm Zura. Cabarannya lagi besar daripada sini.”

“Tapi tak setenang Kuantan ni.”

“Abang lega jika Zura berada di depan mata abang.”

Baizura menghela nafas. Ini semua gara-gara Encik Nik Rizal.

“Nanti-nantilah Zura fikirkan!”

“Jangan lama sangat fikir. Tempoh lamaran pun dah lebih enam bulankan.”

“Lagi lama pun tak apa, mak tok tak kisah pun....” abang Zam yang sibuk, sambungnya dalam hati.

Zamri mengetap bibir. Zura ni ada saja jawapnya.

“Tak kisah apanya kalau dia sedang hitung hari, menunggu jawapan Zura. Cuba serius sikit. Fikirkan perasaan orang lain jugak. Bukan pentingkan diri sendiri!” Zamri geram dengan sikap Baizura.

“Zura dah cakap awal-awal kat dia. Berikan Zura masa. Zura pun ada impian yang hendak dicapai jugak.” Bentak Baizura. Ni yang dia tak suka bila berjumpa dengan Zamri sendirian. Sentiasa ada paksaan. Suka desak dia. Padahal bukan hal dia pun nak disibukkan. Tak ada kaitan langsung.

“Umur abang dah 32 tahun. Sampai bila nak tunggu Zura? Mak tok tak bising pada Zura, tapi telinga abang ni hah, dah pekak tau!” Makan hati dengan minah ni sorang. Apa lagi yang dikejarnya. Jika kahwin senang, tak perlu dah nak kerja lagi. Duduk rumah pun dapat elaun lumayab tiap-tiap bulan.

Baizura mencebik. Dia bosan bila didesak selalu. Tak ada lain, hal tu juga yang diungkitkan.

“Alaa tak kahwin pun tak pe,” perlahan suaranya tapi masih dapat ditangkap oleh gegendang telinga Zamri.

“Zura!” Geram sungguh hatinya. Rasa nak piat telinga budak ni, biar makan saman sikit. Sedar diri dan fikirkan tentang perasaan orang lain juga.

“Abang pleaseee lah.. Zura baru konvo tahun lepas. Kerja baru setahun. Simpanan pun baru beberapa sen je. Kereta pun tak beli lagi. Biarlah Zura dapatkan dulu apa yang Zura nak,” rayu Baizura.

Zamri menjeling. Duit berkepuk dalam bank tak terusik pun!

“Bila Zura kahwin, apa yang Zura nak terus Zura dapat.”

“Tapi tak sama perasaannya apabila kita dapat apa yang kita nak dengan usaha sendiri.”

Zamri mengeluh. Susah betul bercakap dengan orang degil dan kepala batu macam Zura ni. Cara senang ada, tapi cara susah juga yang menjadi pilihan. Tak kerja pun duit setiap bulan masuk ke dalam akaun Baizura. Dia sedar malah Baizura juga sedar. Tapi.... sengaja cari penyakit!

“Suka hati Zuralah... Jangan sampai mak tok merajuk, tak pedulikan Zura, menangis gigit jarilah Zura nanti.” Ugut Zamri.

“InsyaAllah tak. Abang Zam... Jodoh itu rahsia Allah s.w.t. Dah bukan kita, nak kata apa lagi. Kenalah terima takdirnya.”

Gulp..

Cakap memang senang Zura oi... tapi kau juga yang merana nanti, sindir hatinya sendiri. Takkanlah semudah itu Si Dia hendak melepaskannya pergi. Mereka telah lama kenal. Takkanlah tak boleh tunggu sedikit masa lagi.

“Ya, abang Zam tahu. Tapi kita juga perlu berusaha mendapatkan jodoh yang baik. Dia memang jodoh Zura tapi jika Zura tolak jodoh ini, entah bila Zura akan bertemu jodoh lagi,” nasihat Zamri.

“Aizat mana? Kenapa tak datang jumpa Zura?”

Malas dah nak layan cakap Zamri. Lagi banyak yang dia cakap, lagi banyak Zamri putar belitkan kata sehingga terbelit hatinya. Tak naklah hatinya goyah pulak.

“Dia tengah cool kan diri di Club Med! Nasib baik tak jadi hulk semalam.”

“Bukan salah Zura pun!”

“Memang salah Zura.”

“Apa pulak. Zura tak buat itu semualah. Tak ada masa nak goda orang macam Rizal tu. Tak menjamin masa depan pun.” Cemuh Baizura.

Zamri meluku kepala Baizura.

“Zura tetap salah sebab tidak ceritakan perkara ni pada abang dan Aizat.”

“Laaa benda kecik je. Buat apa nak cerita.” Cebik Baizura. Dia bukan lagi si manis 17 yang selalu dilindungi oleh abang Zamri. Dia telah menjadi seorang wanita dewasa. Jadi setiap masalah yang dihadapi perlu diselesaikan sendiri. Bukan mengadu domba lagi.

“Bagi abang, Zura tetap si manis 17. Yang kuat merajuk, memberontak dan manja.”

“Tak habis-habis dengan modal dia yang tu. Aizat pun sama!”

Zamri ketawa dan kemudian senyap.

“Dulu semasa kami di Universiti, gara-gara fitnah Rizal. Seorang rakan sekuliah Rizal hampir-hampir mati kerana tak tahan dengan cacian yang diterimanya. Rizal tuduh dia memerangkap dan menggodanya. Padahal budak tu dah pun bertunang. Nak kahwin tak lama lagi. Dia stress sangat sampai tak sedar terambil ubat tidur berlebihan.”

‘Owwh... rupanya telah ada kes dulu. Hairan. Macam manalah si Rizal ni boleh lulus jadi peguam.’

“Jadi abang Zam risau, kot-kot Zura pun macam tu. Terlebih stress, telan ubat tidur.”

“Mengarut. Macamlah mak tok dan ibu tak bagi ilmu agama cukup-cukup kat Zura ni?”

“Tak ada masa Zura nak telan ubat tidur ke racun sebab Rizal tu. Buang masa. Lagipun Zura ni, letak kepala atas bantal terus tertidur. Esok pagi baru sedar. Tak payah nak telan ubat bagai.”

Zamri geleng kepala. Baizura ada-ada saja jawapannya.

“Hurmmm... ok. Tapi abang nak Zura fikirkan tentang lamaran tersebut.”

“Yelah-yelah...” Separuh hati dia menyangupinya.

“Nak ikut ke Club Med, tak?” Ajak Zamri. Sekejap lagi dia mahu ke sana.

“Nak!” Laju jawab Baizura.

“Tapi Dato’ Al pun ada sekali.”

“Owhh...”

“Zura terlupalah.. Ada kerjalah sikit nak kena buat. Tak jadilah. Lainkali.”

Zamri sengingih.

Baizura, selagi dia boleh memberi alasan, seribu kali dia akan mengelak.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 03, 2013 21:01

December 2, 2013

Gambaran Padang Masyar



Tazkirah21Zulhijjah 1434@26/10/2013
Gambaran Mahsyar
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya mencabut nyawanya sendiri. 
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
InsyaAllah bersambung...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 02, 2013 14:30

November 28, 2013

Khalifah Uthman Al-Affan sambungan



Tazkirah
20Zulhijjah 1434@25/10/2013
...sambungan
Khalifah Uthman Al-Affan RA
1. Bidang Ketenteraan
Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.
2. Pembukuan Al-Quran
Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.
Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.
3. Pembesaran Masjid Nabawi
Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.
4. Menyebarkan Dakwah Islam
Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf sembahyang. Beliau juga banyak menggunakan al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.
Al-Fitnah al-Kubra (Zaman Fitnah)
Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut adalah Saidina Uthman ra hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya.
Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rajab.
Saidina Ali bin Abi Thalib ra bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera dijawab oleh mereka, “Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat tidak diqasar sewaktu di Makkah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pejabat dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala fasilitas untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain.”
Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata, “Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku. ”
Saidina Ali ra menjawab, “Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini adalah yang disepakati bersama keshahihannya. Adapun shalat yang tidak diqasar sewaktu di Makkah, adalah kerana dia berkeluarga di Makkah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu shalatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternak sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternak unta dan domba miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun mengangkat pejabat dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga.”
Setelah mendengar penjelasan Ali ra, umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu dari pada sababat termuka yang menjelek-jelekkan Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman dibunuh.
Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung selama satu bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan “Al-Fitnah al-Kubra” yang pertama, sehingga merobek persatuan umat Islam.
Saidina Uthman ra syahid dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya. Pada tanggal 8 Zulhijah 35 Hijriah, Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa ’ ar-Rasyidin.
Wassalam
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 28, 2013 14:30

November 25, 2013

Aku bukan Penggoda - 8

Jomm.... buat spekulasi.... Bab ini tak ada Si Dia n juga Zura ya.. Kali ni ada Sooraya n Rizal... Achik dan Umi.... Kita juga akan kenali angah dan along...Jeng.. jeng... Siapa diorang ni?


You kenapa? Dah tak ada mulut nak pertahankan diri sendiri. Memang dah jelas perempuan tu nak goda you!” Marah Sooraya. Dia masih lagi tidak puas hati. Geram dengan sikap Rizal yang tiba-tiba menjadi pendiam. Patutnya tadi Rizal menberitahu perangai buruk perempuan bernama Baizura itu. Sokong dia apabila dia menceritakan perkara yang sebenar kepada Zamri dan Aizat. Bukannya menjadi patung bernyawa di situ. Sakit hatinya apabila ditempelak oleh kawan perempuan itu. Dikatanya mulutnya busuk macam bau longkang? Jaga perempuan, jika aku jumpa kau lagi, siap kau aku kerjakan cukup-cukup. Ini Soorayalah... Pantang orang cari pasal, aku akan kenakan kau biar kau rasa hidup di dunia ni adalah mimpi ngeri.Rizal menjeling. Geram dengan mulut murai Sooraya. Lagi geram mulut itu tidak habis-habis menyumpah seranah. Dia pula tengah pening memikirkan kejadian tadi. Apa yang patut dilakukan. Perkara ini sedikit sebanyak telah menjejaskan maruahnya. Hatinya juga tertanya-tanya apakah hubungan Zamri dan Aizat dengan Baizura. Kenapa mereka begitu mengambil berat mengenai gadis itu. Walaupun Aizat tidak banyak cakap, tetapi melihat cara dia memandang Baizura pun dia dapat mengagak mereka sebenarnya rapat. Mulut Aizat selamba menyindir dan Baizura sikit pun tidak takut dan terasa hati. Zamri pula jelas dari hari melepak di restoran lagi membela gadis itu.Tak boleh jadi nih!“You dengar tak apa yang I cakap?” Marah Sooraya. Penat dia membebel sendirian, Rizal pula melayan perasaan.“I tengah fikir ni, bagaimana nak buktikan Baizura tu goda I.”Sooraya terdiam mendengarnya. “Ceritalah hal sebenarnya kepada Abang Zamri dan Aizat tu. Mesti mereka lebih percayakan youdari perempuan, entah siapa-siapa tuh.”Rizal mengeluh. Tak semudah itu. Ahh... Sooraya bukannya tahu apa-apapun. Pasal godaan Baizura pun, dia yang ceritakan. “Actually Zamri tu orang kampung Baizura. I dah ceritakan segalanya. Zamri tak percaya. I pulak dipersalahkan.”“Pandaikan perempuan tu bermuka-muka. Buat-buat muka innocent untuk meraih simpati orang. Hebat!” Ujar Sooraya geram. Dia perlu lakukan sesuatu.Rizal diam. Jika Sooraya geram, dia sepuluh kali ganda lagi geram.******Rizal menghela nafas. Apabila sendirian di rumah, kejadian di Espalanade berulang kali terbayang di ruang mindanya. Selepas Baizura beredar, dia juga turut meminta diri. Dia terpukul dengan kata-kata yang keluar dari bibir Aizat. Walaupun Aizat kelihatan tenang ketika itu, dia dapat merasakan Aizat sedang menahan berangnya. Sudah bertahun dia mengenali Aizat. Sikapnya dia telah masak benar. Jika dia tidak berbicara, tandanya dia sedang menahan kemarahan di dalam hati. Jika terkeluar dari bibirnya berupa amaran, itu bukan sekadar kata sahaja. Tetapi adalah arahan. Aizat merupakan rakan kongsi utama. Sedangkan dia baru dua tahun menjadi rakan kongsi mereka. Dia bukan silap menilai. Dia yakin Baizura memang cuba menggodanya. Pandai sungguh Baizura berpura-pura baik di depan semua orang. Perempuan itu pandai bermuka-muka. Raut wajah polos itu membuatkan ramai tertipu. Dia mesti buktikan bahawa Baizura memang ada niat menggodanya. Senyumannya, bicaranya ketika berurusan dulu terbayang di mindanya. Tapi bagaimana? Dia perlu menyusun strategi untuk mendekati Baizura. Hatinya mendongkol geram. Dendam mula bertunas di dalam hati. Kerana Baizura dia diberi kata dua. Prestasi dan sikapnya akan dinilai semula. Imejnya tercalar. Perempuan itu perlu diajar. Sikap liciknya mesti didedahkan!Namun hatinya tanya-tanya, apakah hubungan sebenar Zamri dengan Baizura. Takkanlah setakat kenal sekampung saja. Zamri kelihatan amat mengambil berat tentang Baizura. Dia tidak akan membiarkan Baizura memusnahkan masa depannya. Dia akan berbuat apa sahaja agar imejnya kembali pulih. Sikapnya tidak dipersoalkan. Johan?Pantas nama Johan dicari dan dihubungi.“Hello.”“Hello... Hurmm, ada hal?” Soal Johan dihujung talian.“Aku nak minta tolong kau sikit.” Rancangannya mula berjalan.“Apa dia?” “Tolong aturkan pertemuan aku dengan Baizura.”“Buat apa? Nak tuduh dia macam-macam lagi? Sudah-sudahlah Rizal. Dia bukan seperti yang kau katalah. Aku kenal dia lebih lama dari kau kenal dia!” Tinggi suara Johan dihujung talian. Sakit hatinya apabila rakan sekerjanya dituduh.“Bukan... Aku hendak minta maaf dari dia. Aku tahu aku yang salah.” Balas Rizal. Hatinya berbakul-bakul menyumpah Baizura.“SMS ke telefon ke dah cukup. Zura tu bukan pendendam. Dia seorang pemaaf.” Usul Johan.“Tapi aku rasa tak sedap hati pulak minta maaf melalui talian saja.Lebih baik berjumpa, lagi nampak lebih ikhlas.” Johan diam berfikir seketika. Betul juga. “Aku cuba usahakan. Tapi jangan harap sangat sebab susah nak ajak Zura keluar hujung minggu ni. Lagipun tuduhan kau tu melampau sangat.”“Ya.. aku tahu. Aku faham. Tapi aku minta tolong sangat. Aku rasa bersalah sebab tuduh dia. Sebab itu aku perlu jumpa dia.”“Lagi senang kalau kau nak jumpa dia, datang pejabat kami. Senang cerita!”“Aku tak mahulah campur adukkan urusan peribadi dan urusan kerja. Lagipun apa kata Encik Asri pula.” Rizal memberi alasan. Konon tak mahu campur adukkan kerja dan peribadi. Yang kau pergi tuduh Zura cuba goda kau semasa kerja, apa kes? Cemuh Johan.“Okeh.. tapi tunggulah seminggu dua lagi. Biar Zura tu sejuk dulu. Mulut kau dan tunang kau tu bisa sangat. Jadi tak mudah hendak dilupakan.”“Aku faham...”*****“Along dengan Angah outstationke mana?” Soal Umi kepada anak gadis tunggalnya. Hanya Achik seorang saja yang berada di rumah hujung minggu ini.“Kuantan, Umi.”“Tak ada pulak dia cakap kepada Umi pergi Kuantan. Jika tak, boleh Umi kirim makanan kepada Zura.” Rungut Umi.Achik tersengih.“Sebab mereka tahu Umi nak kirimkan makanan buat bakal menantu kesayangan Umilah, diorang tak cakap. Nanti macam-macam Umi suruh bawak,” ujar Achik.Umi mengeluh.Tak faham dengan pemikiran orang muda sekarang. Sudah elok belajar dekat, pergi minta kerja jauh-jauh. Bukan tak ada kerja kat KL ni, Kuantan juga yang dipilih. Lagi senang habis belajar hari tu terus langsung harinya. Minta tangguh pulak. Si anak pulak ikut je apa yang Zura cakapkan. Habis tu, sampai bila dia perlu menunggu untuk merasa memegang cucu ni. Hmmm...“Umi ni, mengeluh lagi. Bukan ke mengeluh ni tak baik mi, Syaitan suka benar mencucuk orang yang suka mengeluh ni?” Sakat Angah. Dia tahu apa yang ada dalam hati Uminya.Umi menepuk paha Achik. “Umi bukan mengeluh tapi....”“... Umi tak fahamlah dengan Zura ni. Apa yang dicarinya di sana? Angah pula main ikut je cakap Zura tu. Belum jadi bini, dah ikut semua cakap dia.” sambung Umi.Dia bukannya tak sukakan Baizura. Tetapi tidak setuju dengan tindakan Baizura melengahkan perkara baik. Apa salahnya kahwin awal. Anaknya lebih dari mampu hendak menanggung Baizura. Kalau nak kerja sangat, di firma tu banyak kerja boleh buat.“Jika Achik di tempat Zura pun, achik tak nak kahwin lagi Umi. Nak juga rasa pegang duit sendiri. Kerja setahun dua. Baru fikir pasal kahwin.” Balas Achik.“Alaa Umi..Angah okey je. Umi yang bising-bising. Biar jelah diorang tu. Tahun depan achik confirmUmi akan dapat menantu.” Pujuk Achik. Bukan dia nak menyebelahi Angah mahupun Baizura tapi dia dapat memahami apa yang Baizura nak. Mereka kan sebaya, berkawan rapat pulak tu.“Along kamu pun lagi sorang. Usung perempuan ke sana ke mari, kahwin tak jugak.”Gulp... sesi meleter Umi sudah mula. Penatlah telinga menadah. Nanti berjangkit perihal dia pula. Aduh macam mana nak buat ni. Usu entah ke mana hilang. Tinggal dia berdua dengan Umi. Tak boleh harap langsunglah Usu nih.“Umi... jom kita keluar jalan-jalan, cuci mata.” Ajak Achik. Cuba mengalih perhatian Umi tidak terlalu berat memikirkan hal mereka.“Hurmm tak laratlah Umi. Kalau achik nak keluar pergilah. Umi duduk rumah.”“Alaa mi, tak bestlah keluar sorang. Jomlah Umi, takkan Achik nak tinggalkan Umi sorang-sorang kat rumah pulak. Nanti Angah marah.”“Dah tu kenapa tak cari calon suami cepat-cepat. Tak adalah keluar sorang?”Soal yang paling dielakkan, yang tulah yang keluar dari mulut Umi. Muncung bibirnya. “Umi ni... Dah tak ada orang nak, macam mana? Jomlah mi, kita keluar ya. Jalan-jalan cuci mata sambil shopping. Lagi pun dah lama achik nak belanja Umi ni.” Pujuk Achik lagi.“Achik bukan muda lagi. Dah 25 tahun pun. Patutnya sudah ada calon suami. Carilah chik....”“Umi ni... Achik baru habis belajarlah. InsyaAllah mi... ada jodoh, achik tak tolak mi, cepat-cepat achik kawin bila jumpa orangnya.” Umi termenung seketika.





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2013 16:48

November 24, 2013

Khalifah Uthman Al-Affan




Tazkirah
19Zulhijjah 1434@24/10/2013

Khalifah Uthman Al-Affan RA

Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya

Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai.

Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani”. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20 000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.

Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara’. Tengah malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habasyah, dan yang kedua ke Madinah.

Beliau digelarkan sebagai “Zunnurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua orang puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah SAW telah menikahkan beliau dengan puteri Baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin sebanyak 7 kali lagi selepas kematian Ummi Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah binti Furaifisha.

Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra yang ditikam. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab ra.

Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran

Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12 tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-Kubra” iaitu zaman huru hara.

Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam menyebar dan memperkembangluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya

InsyaAllah bersambung...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2013 14:30

November 21, 2013

Kisah Ashabul kahfi akhir



Tazkirah17 Zulhijjah 1434@22/10/2013
...sambungan
Ashabul Kahfi
Dipendekkan cerita, Allah dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya manusia mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Mungkin bagi manusia, tidur hanya perkara yang kecil. Tetapi ia adalah suatu rahsia dari Allah yang amat besar.
Mungkin bagi Ashabul Kahfi, mengambil langkah kecil dan bertahan di gua adalah suatu mudarat kecil yang terpaksa mereka hadapi. Langkah bagi mereka untuk menyelamatkan mudarat besar yang tak terduga dan dakwah yang mereka harapkan terus berpanjangan.
Tetapi Allah jualah pemilik dan pengatur yang mutlak terhadap rahsia yang berlaku di gua yang kecil. Allah juga biarkan kita terus-menerus tertanya-tanya berapakah bilangan Ashab al-Kahfi seperti pemuda-pemuda bertanya-tanya sesama sendiri berapa lamakah mereka tertidur. Allah biarkan kita tertanya-tanya dan tidak terduga banyak perkara dan kejadian. Agar kita tidak berhenti untuk mencari-cari rahsia dan kemukjizatan-Nya. Agar jiwa kita hidup, tidak buntu dan sentiasa berfikir seperti pemuda Ashabul Kahfi.
Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran) dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). Sesungguhnya kisah Ashab al-Kahfi hanyalah secebis dari rahsia keagungan Allah. (Al-Kahfi: 22 )
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dan sembilan lagi – (Al-Kahfi: 25)
Katakanlah (wahai Muhammad): Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNyalah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya. – (Al-Kahfi: 26)
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan ‘Ar-Raqiim’ itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? – (Al-Kahfi: 9)
Kisah ini diambil sumbernya dari Surah al-Kahfi bermula dari ayat 9 sehingga 26. Kesemua dialog dan gambaran mereka di dalam gua adalah dari ayat-ayat berkenaan.
Wassalam
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 21, 2013 14:30

November 19, 2013

Aku bukan Penggoda - 7

Seperti dijanjikan....Dalam bab ni kita akan mengenali serba sedikit tentang Baizura.... Kenapa dia boleh tercampak ke Kuantan...Jomm layanzz.......@---- @-----

7

“Kau okey, Zura?” Soal Zafira setelah agak lama mereka berjalan. Sejak mereka meninggalkan Esplanade, Baizura menangis dalam diam. Dia nampak Baizura menyapu pipinya. Tapi hendak memujuk, dia takut Baizura akan berterusan menangis. Jadi lebih baik dia menemaninya tanpa memujuk. Mereka berjalan tanpa tujuan. Dia mengikut saja langkah Baizura. Jika dia jadi Baizura tadi, sudah tentu lebam muka Sooraya ditamparnya. Siapa yang tahan dengan mulut puaka itu. Sampai saja terus mengata buruk pasal orang lain tanpa sebarang isyarat. Ingat dia tu bagus sangat. Padahal dia yang terlebih gedik. Pakai baju macam telanjang. Kain melekat bagai kulit pada tubuh badan.“Aku okey,” Baizura cuba melawan sebak di dalam hati. Air matanya telah mula mengering. Mereka singgah di padang MPK 2, melihat kanak-kanak bermain dan orang ramai menghabiskan masa bersama keluarga mereka.“Sabarlah. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Aku pun tak sangka mulut tunang Rizal busuk sangat,” pujuk Zafira.Baizura tersenyum pahit. Melihat kanak-kanak riang bermain di tengah padang, dia teringat memori yang hampir tenggelam bersama dengan mummy dan daddynya dulu. Sungguh dia merindui mereka. Kenapa begitu cepat mereka meninggalkannya? ‘Mummy... Daddy... Uya rindu...” Matanya berkaca kembali.“Zura kena kuat. Zura bukan lagi anak remaja yang baru kehilangan mummy dan daddy. Zura seorang wanita dewasa. Yang akan meniti hidup penuh cabaran ini. Kuatkan semangat. Jangan sesekali cepat menangisi setiap ujian yang datang. Mak Tok tahu, Zura boleh mengatasinya. Ingatlah Allah sentiasa ada untuk Zura.” Nasihat Mak Tok sebelum dia mula bekerja di Kuantan ini terlintas di fikirannya. Dia menarik nafas panjang. Kesedihan yang bertamu cuba diusir sejauh mungkin. Namun tak terdaya. Telah lama dia tidak menangis. Juga telah lama dia berusaha menjadi seorang wanita dewasa yang mampu mengharungi kehidupan ini tanpa berteduh di bawah rimbunan kasih sayang saudara maranya. Sayangnya, saat ini amat sukar baginya. Dia tidak bersedia diserang bertubi-tubi. Dia tidak jangka, kemesraan yang dipamerkan kepada Rizal mengundang padah. Walhal, dia begitu gembira, Tetuan Aizat, Akashah, Zamri, Nik Rizal & Co telah dibuka di Kuantan. Firma ini telah wujud sejak dua tahun lepas. Kenapa boleh dia tidak tahu dan tidak kenal rakan kongsi baru ini. Sangkanya Nik Rizal peramah seperti Aizat dan Akashah. Mana tahu, sikap terlebih mesranya mengundang padah. Dia masih lagi teringat kali pertama menjejakkan kaki di Tetuan Aizat, Akashah, Zamri, Nik Rizal & Co, hatinya teruja. Berjumpa juga dia dengan orang yang mempunyai hubungan rapat dengan abang-abangnya. Dulu sering juga dia mendengar nama Rizal di sebut-sebut, namun tidak pernah berpeluang berjumpa dengannya. Jadi pada hari ke dua berada di sana, dia menjadi semakin peramah. Berani keluar minum berduaan dengan Rizal di restoran berdekatan apabila Syah tidak dapat turut sama. Mereka berbual mesra dan banyak benda yang ditanyanya. Namun satu saja, dia merahsiakan hubungan baiknya dengan rakan kongsi Rizal yang lain. Lain pula tanggapan Rizal. Senyum terlebih gulanya pada hari itu mengundang padah. Ramah mulutnya di salah erti. Dan kini dia merasa kesannya. Jika beberapa minggu lepas dia boleh bersabar dan memujuk hati agar tidak terdera dengan tuduhan tersebut, hari ini dia kalah. Kata-kata Sooraya bagaikan sebilah pisau tajam yang menyelar hatinya. “Silap aku. Kalaulah aku tidak terlebih peramah hari tu. Pasti takkan jadi begini.”“Kau buat apa?” Zafira ingin tahu. Memang didalam hatinya tertanya-tanya apa yang Zura buat sampaikan mulut Rizal ringan menuduh Zura penggoda.“Hari ke dua aku buat audit kat tempat dia. Aku terlebih peramah. Biasanya jika client ajak minum, semua akan pergi. Tapi hari tu aku sorang yang turun minum dengan Rizal. Syah tak nak sebab dia kenyang lagi dan nak siapkan bahagian cepat. Hari tu juga aku jadi terlebih peramah. Rasa macam dah lama kenal dengan Rizal. Masa nak ambil kueh atas meja, aku terpegang tangan dia. Masa tu memang aku tak perasan sebab pandang tempat lain.”“Itu kisahnya. Patutlah Rizal ni perasan.” Baru Zafira faham kedudukan sebenarnya.“Aku ingatkan dia sama macam abang Zamri dan Aizat. Tak sangka pulak, cempedak jadi nangka yang terlebih masak.”“”Hahaha.... aku belajar perumpamaan baru hari ni.” Zafira gelak. Walaupun hatinya dijentik rasa ingin tahu, dipendam jauh di dalam hati. Bukan masanya dia meminta penjelasan apakah hubungannya dengan Zamri dan Aizat. Zafira dapat merasakan salah seorang daripada mereka berdua adalah Si Dia, tapi siapa? Aizat yang tenang atau Zamri yang peramah?“Terlajak perahu boleh diundur Zura, terlajak perbuatan buruk padahnya. Sabarlah. Aku pun tak tahu nak kata apa dah. Silap kau sikit je. Tapi mulut orang macam Rizal dan Sooraya ni macam mulut puaka. Kita doa banyak-banyak agar Tuhan balas dan beri kesedaran kepada mereka.” Baizura diam. Dia teringatkan Mak Toknya. Seorang wanita kental. Yang sentiasa memahami dirinya. Seorang yang sentiasa berpandangan jauh. ‘Zura ingat nasihat Mak Tok. Tapi Zura sedih Mak Tok. Kenapa buruk sangat tuduhan tersebut. Sedangkan Zura tak buat pun.’ Rintih hatinya. “Zura....”“Kau okey ke tak okey nih?” Zafira bertanya lagi apabila melihat air mata Baizura kembali mengalir membasahi pipinya. “Aku okeylah. Dah lama sangat tak menangis. Sebab itulah tak boleh stop.” Balas Baizura dengan suara tertahan-tahan. “Okey.. kau nangis puas-puas. Lepas ni jangan menangis lagi pasal benda ni. Tak berbaloi pun,” pujuk Zafira.Baizura tersenyum mendengarnya walaupun air mata masih lagi lebat membasahi pipinya. “Aku rasa nak balik kampung jumpa Mak Tok.” Tiba-tiba Baizura bersuara setelah hampir setengah jam mereka melayan perasaan sendiri.“Apa lagi, ambillah cuti. Lagipun dah beberapa bulan kan kau tak balik kampung?” Hurmmm.... Tapi dia teringatkan cabaran yang disahutnya. Dia perlu buktikan pada Mak Tok bahawa dia boleh berdikari tanpa mengharapkan sesiapa. Dia juga tidak boleh balik selagi Mak Tok tak ajak dia balik. Lagipun selang tiga hari sekali Mak Tok akan menelefonnya. Bukan dia yang telefon. Sebab Mak Tok cakap dia perlu belajar menahan rindu. Belajar untuk cekalkan hati tanpa bercerita panjang dengan Mak Tok. Dengan ibu pun begitu juga. Mak Tok melarangnya menghubungi ibu setiap hari. Jadi dia hanya boleh mengharapkan ibu menghubunginya. Hendak melanggar peraturan tersebut, bimbang pula Mak Tok merajuk dengannya. Jenuhlah hendak memujuk nanti. “Apasal mengeluh pulak?” Soal Zafira pelik.“Tapi aku tak boleh balik sekarang.” Keluh Baizura. “Kenapa?”“Mak Tok aku ni brutal sikit. Lain dari nenek orang lain. Dia punya visi jauh ke depan. Aku tercampak ke Kuantan ni sebab dialah.”“Tak faham. Sebab dia kenapa? Apa yang dah kau buat sampai kena buang jauh ke sini?” Soal Zafira ingin tahu. Jika bercakap tentang Mak Tok boleh membuatkan kesedihan Baizura pergi, dia sanggup mendengarnya.“Tapi brutal dia pun, dialah yang paling aku sayang kat dunia ini.”“Kau tak sayangkan ibu dan ayah kau?”“Mummy dan daddy aku telah lama meninggal Fira. Ibu dan ayah tu adik Mummy.”Owhh.. Zafira hilang kata. Dia tak tahu. Jika dia tahu, takkan ditanya tentang perkara ini.“Mummy dan Daddy meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika aku berumur 10 tahun. Kami dalam perjalanan balik kampung sempena perkahwinan ibu dan ayah. Aku saja yang terselamat. Mummy dan Daddy meninggal di tempat kejadian.” Terang Baizura. Telah lama juga tidak bercakap tentang keluarganya. Walaupun telah lama Mummy dan Daddy meninggalkannya, kenangan bersama mereka berdua masih lagi melekat di dalam ingatannya. Walaupun ada juga kenangan yang samar-samar, namun setiap saat bersama mereka, yang masih diingatinya merupakan memori yang paling indah dan berharga. “Maafkan aku Zura. Aku tak tahu.” “Tak apalah. Alang-alang dah menangis ni, baik aku menangis kerana rindukan mereka kan. Berbaloi dari aku menangis kerana mulut cabul minah tu,” ujar Baizura. Dia ketawa dalam tangisan. “Ceritalah kenapa kau tak boleh balik kampung? Sebab apa?”Baizura menarik nafas. Dikesat air mata yang mengalir. Rindu Mummy, rindu Daddy dan rindu Mak Tok, ibu dan ayah. Jika boleh sekarang juga dia mahu terbang pulang ke pangkuan Mak Tok. Mengadu kepada Mak Tok. Tapi dia perlu kuat. Tidak boleh mengalah.“Aku ni, walaupun tiada mummy dan daddy, aku tak pernah kekurangan kasih sayang. Hidup aku sentiasa dilimpahi kasih sayang Mak Tok, mak dan bapa saudara serta adik-adik sepupu aku. Tak pernah kurang. Sebab mereka tidak pernah biarkan aku merasa tersisih dan kehilangan.”“Ketika aku belajar di Universiti pun, Pak Su aku selalu datang. Pak su aku selalu ada untuk aku. Sebut apa saja yang aku nak pasti aku akan dapat. Duit aku sikit pun tak terusik. Mak Tok aku risau. Dia takut aku tak mampu hidup berdikari. Jadi dia halau aku cari kerja jauh dari semua orang yang sayang kat aku. Dia mahu aku berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.”“Brutalnya Mak Tok kau? Dia tak risau ke, kau sorang-sorang kat sini?”“Dah namanya kena berdikari. Buat apa Mak Tok nak risau. Kau ni pun...”“Mak Tok bagi tempoh 2 tahun untuk aku buktikan bahawa aku boleh hidup tanpa bantuan sesiapa. Aku kena cekal harungi cabaran tanpa sebarang bantuan. Sekarang dah setahun. Tinggal setahun lagi.”“Lepas 2 tahun?”“Aku kena settle down. Kena kahwinlah jawabnya?”“Dengan siapa? Si Dia kau?”“Habis tu, siapa lagi? Aku mana ada orang lain dah!”“Mak Tok kenal tak Si Dia kau? Dan Si Dia kau tu tahu tak betapa brutalnya Mak Tok kau ni?”“Kenal. Tapi pasal kebrutalan Mak Tok tu hanya aku sorang je tahu. Ini rahsia kami.”Oooo.....
 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 19, 2013 16:47

November 17, 2013

Kisah Ashabul kahfi sambungan.



Tazkirah16Zulhijjah 1434@21/10/2013
...sambungan
Ashabul Kahfi
Andainya mereka berfikir untuk mencari-cari hujah. Bukan mengikut emosi, bukan hanya mengikut sahaja cara hidup tradisi. Sudah tentu mereka tidak menolak. Mereka bukan tidak cerdik. Ada yang memimpin masyarakat. Ada yang bijak mencari kekayaan. Ada yang memimpin kota dan berkuasa sebagai penguasa.
‘Tidak sepatutnya mereka menolak dan berdusta terhadap Allah Tuhan yang sebenarnya’.
Akhirnya Allah tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu. Hari berganti hari, minggu bertukar, musim berubah…Biarpun matahari terbit dan memacar cahaya menembusi gua di sebelah kanan dan tenggelam di sebelah kiri mereka. Mereka terus lena.
Sesekali posisi badan mereka berubah, anggota mereka bergerak-gerak dan mata mereka tidak rapat tertutup lantaran cemas dan waspada. Tetapi mereka tidur bertahun-tahun dalam jagaan Allah dengan seekor anjing serigala penjaga di pintu gua.
Kemudian Allah bangkitkan mereka dari tidurnya, dan membuatkan mereka tertanya-tanya sesama sendiri.
‘Berapa lama kita tidur?‘Mungkin kita tertidur seharian atau separuh hari’‘Allah jua yang lebih mengetahui’
Tetapi hal tidur ini bukan utama bagi mereka. Biarlah waktu dan tempoh tidur itu terus menjadi rahsia di antara rahsia-rahsia Allah. Itu kesimpulan akhir mereka. Bukankah dalam kerja-kerja dakwah ini penuh dengan rahsia-rahsia dari Allah. Termasuk bilakah akan tibanya hari keimanan dan kemenangan. Andainya manusia tahu semua perkara, maka apa perlunya lagi usaha, langkah, rancangan dan waspada.
‘Ayuh, seorang dari kita perlu keluar mencari makanan’ Ujar seorang pemuda. Lantas salah seorang dari mereka dipilih. Mereka perlu makan, jika tidak makin mudarat jadinya nanti. Jika ada seorang yang sakit seluruh langkah usaha mereka akan perlahan atau lumpuh dengan gangguan itu.
Tidak, mereka tidak ingin mati kelaparan di sini. Andainya itu berlaku, sia-sialah usaha mereka selama ini. Biarpun memang akan ada risiko yang bakal berlaku dalam setiap tindakan dan keputusan mereka, tetapi biarlah mereka mengambil risiko yang paling kecil. Itulah pendirian mereka.
‘Bawa wang perak kamu ke bandar dan pilihlah makanan yang baik dan halal’
‘Bawalah pulang ke sini makanan dari kota, tetapi ingat saudara perlu berhalus dan berhati-hati dalam semua segi dan perlakuan’. Pesan mereka lagi kepada saudara mereka itu agar jangan sampai mata-mata musuh kenal dan sedar kehadirannya di tengah khalayak.
‘Jika tidak, mereka akan merejam dan bunuh atau mereka akan paksa kamu meninggalkan akidah ini’
InsyaAllah bersambung...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2013 14:30

November 14, 2013

Kisah Ashabul kahfi




Tazkirah15Zulhijjah 1434@20/10/2013
Ashabul Kahfi
Adakah anda semua masih mengingati kisah ASHABUL KAHFI...kisah yang banyak memberi pengajaran buat kita semua...kisah ini diceritakan dalam SURAH AL-KAHFI.....
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat lagi petunjuk. (al-Kahfi: 13 )
Pemuda-pemuda itu berhenti melepaskan lelah. Peluh menitis membasahi dada dan tengkuk. Terikan matahari menambah lagi rasa haus. Mereka sungguh letih, mereka juga lapar. Tetapi mereka tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja akan dapat menghidu gerak langkah mereka. Mudarat terlalu besar jika mereka terus berada di kota atau bertahan lebih lama. Akhirnya langkah mereka sampai ke gua. Oh Tuhan, Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
Gua yang gelap menjadi pilihan Allah untuk mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari sisi Allah untuk mereka di sini setelah seisi kota memusuhi mereka. Mereka bukan sahaja bermusuh tetapi ingin merejam dan membunuh mereka.
Bumi yang luas dirasakan sempit apabila desakan dan tentangan dakwah mereka diancam. Jika mereka terus tinggal, satu persatu nyawa mereka akan hilang sedangkan mereka masih muda. Mereka masih baru. Mereka perlu selamatkan diri. Dakwah ini lebih panjang. Desakan demi desakan yang membahayakan menjadikan mereka hampir lemas dan tewas.
Tidak! Iman tidak sesekali akan tewas pada kekufuran. Itulah nekad mereka. Mereka bangkit berdiri. Mereka telah nyatakan apakah yang hak dan apakah yang batil. Buat masa ini mereka perlu bertahan. Mungkin berundur sebelum mengambil langkah seterusnya. Barangkali gua yang suram boleh membuka jalan ilham dari Allah yang lebih terang. Barangkali Allah ingin tunjukkan bahawa memadai dalam gua yang kecil ini mereka mampu mengatur semula langkah dakwah yang lebih besar dan lebih berkesan pada keesokan hari.
Akhirnya mereka bersandar di dinding gua, menghela nafas yang panjang. Takut, waspada, redha dan syukur. Perasaan bercampur-baur. Tetapi hati mereka tetap cemas. Bimbang dan cemas untuk menutup mata. Bagaimanakah jika mereka tertidur musuh datang mengheret mereka? Bagaimana jika mereka terlelap keselamatan saudara-saudara seperjuangan akan terancam?
Masing-masing memandang wajah-wajah saudara mereka yang sudah keletihan. Mereka juga letih seperti dirinya. Tetapi mereka masing-masing sanggup buat apa sahaja untuk menjaga keselamatan sahabat-sahabat seperjuangan. Mereka sanggup meminggirkan kantuk, membuang penat sendiri kerana mengenangkan saudara-saudara mereka ini yang bertungkus menghayun langkah dan dakwah.
‘Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi!’‘Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya’‘Jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.’
Peristiwa, tutur kata dan karekter berani sahabat-sahabat mereka di kota tadi bagaikan tayangan yang berulang. Peristiwa itulah pengalaman dakwah yang paling kemuncak mereka lakukan. Biarpun pedih dengan kata nista yang dilemparkan, biarpun teruk layanan yang mereka terima akan tetapi mereka tetap hadapi tekanan, bantahan dan celaan dengan sabar. Keadaan menjadi kian runcing, apabila mereka menjadi buruan, mereka diisytihar sebagai kumpulan yang salah dan diancam dengan hukuman, maka demi keselamatan mereka dan masa depan dakwah akhirnya membawa mereka ke gua.
‘Sepatutnya kaum kita yang menyembah tuhan-tuhan yang banyak nyatakan hujah’, kata salah seorang dari mereka.
‘Ya, sepatutnya mereka boleh datangkan hujah dan bukti tentang tuhan yang mereka sembah’, sahut seorang lagi.‘Mereka zalim dan menzalimi diri sendiri’ ujar yang lain pula.
InsyaAllah bersambung...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2013 14:30

November 12, 2013

AKu bukan Penggoda - 6

Baizura ternanti-nanti juga ajakan Si dia,  tapi tak ada pula. Walaupun mereka berwhatapps seperti biasa, Baizura tidak berani bertanya apa-apa. Melihat dia berada di restoran Sri Suria hari tu pun jantungnya telah berdengup kencang. Jelingan tajam sudah cukup membuatkan hatinya seriau. Wajahnya tenang tapi renungan Si Dia terasa boleh membunuh jiwanya. Kadang kala tu, sepatah katanya saja sudah boleh membuat Baizura terdiam seribu bahasa. Okeh.. bukan takut ya.. tapi hormat.‘Tentu dia telah dengar cerita dari Rizal perasan tu. Apa agaknya pendapat dia? Percaya bulat-bulat ke tuduhan Rizal tu. Tapi takkanlah dia tak kenal aku lagi?’‘Tak mungkinlah.’ Baizura geleng kepala. Mengingati Rizal, terbit perasaan benci dan menyampah. Tentu sekali mamat perasan tu tidak akan melepaskan peluang untuk bercerita. Eh bukan paling tepat mengata dirinya. Penggoda! Pelik bin ajaib, bila masa aku cuba goda? Bila masa aku meliuk lentuk dan buat suara manja-manja ni? Puas juga difikirkan di setiap pertemuan mereka ketika berurusan. Manalah tahu kot-kot terlebih cakap dan keterlaluan tingkah laku. Tak ada! Memang betul tak adalah. Lagipun jumpa dia dua tiga kali je. Itu pun Si Syah budak praktikal tu yang jadi orang ketiga. Apa reaksi Si Dia ya? Baizura tidak berani membayangkan lagi. Si Dia pula tidak pula bertanya apa-apa. Baizura garu kepala. Dia tak dapat duduk diam. Sekejap berada depan tv, sekejap berada di dalam biliknya. Sampaikan rakan serumah yang seramai tiga orang tu pelik. Pakat melihatnya seperti kera terhidu belacan. Baizura sengih. Tangan kanannya masih menggenggam Sony Xperianya. Zafira : Jom lepak-lepak kat esplanade. 15 minit lagi kami sampai.Baizura : Ok. Tapi jumpa kat sanalah. Aku pergi sendiri. Setengah jam lagi.Zafira : Ok, roger babe.Baizura berfikir seketika. Cakap ke tidak? Cakap ke tidak? Ah cakap je laaa.... Buat macam biasa.*****Dari jauh Baizura melihat Zafira rancak berbual dengan empat orang lelaki. Tak sangka pulak minah ni peramah. Bukan main lagi tersenyum lebar. Rasa segan pula hendak mendekati mereka. Tapi hendak patah balik, dah tak boleh sebab Zafira awal-awal lagi telah nampak. Terpaksalah dia menapak menghampiri mereka.“Assalamualaikum...”Salam diberikan.Tiga orang lelaki yang membelakanginya berpaling.Kakinya terasa berat melangkah. Tiga pasang mata itu seolah-olah memaku kakinya ke bumi. Senyuman plastik terukir di bibir. Dipaksa kaki melangkah dan mengambil tempat di sisi Zafira yang tersengih-sengih sejak melihatnya tadi.“Kebetulan masa kami sampai, Rizal dan kawan-kawannya telah ada kat sini. Meja pulak penuh...” Johan memberikan penjelasan. Manakala Zafira pula angkat tangan buat peace. Peluang berkenalan dengan rakan kongsi Rizal tidak patut dilepaskan. Kedua-duanya lebih kacak dan berkarisma berbanding dengan Rizal. Sebab itulah dia tidak kisahkan Rizal perasan itu. Hurmmm... rupanya dia dah ada di sini. Patutnya balas ok je tadi, omel hati Baizura.“Kenalkan ini Aizat dan Zamri. Partner firma Rizal ni.”“Hai... aa..aabang Ai, Abang Zamri dan Aizat.” Sapa Baizura. Fuhhh....Bulat mata Zafira mendengarnya. Pertama kali Baizura gagap dan membahasakan diri orang yang ditegur itu abang. Wah... ada benda yang aku tertinggal ke ni?“Hai... hai apa Zura. Takkanlah beberapa bulan tak jumpa dah ada penyakit gagap!” Sindir Zamri. Baizura mengherotkan mulutnya. Ni yang tak suka jumpa dengan Zamri ni. Tak ada kerja lain, selain cakap sindir-sindir. “Gagap terkejut, abang hensem mana tadi. Ingatkan bidadara jatuh dari langit.” Pantas Baizura menyindir. “Dah cukup syarat ke hendak dapat bidadara ni?” Celah Aizat, mencerun matanya. Okeh-okeh, tak mampu nak lawan panahan mata itu. Baik tunduk.“Abang Zamri, boleh tak mintak member tu, kurang sikit bagi panahan asmara dia tu. Seramlah. Berdiri roma ni hah...” Zamri ketawa terkekeh-kekeh. Aizat mencerun melihat Baizura. Rizal pula terkebil-kebil menghadapi situasi ini. Manakala Johan dan Zafira saling berpandangannya. Baizura tahu mereka semua mesti terkejut. Tapi biarkanlah. Si Zafira tu confirm selepas ini takkan lepaskan peluang untuk menemuramahnya. “Hey Sorry, I’m late. Hai Abang Zam dan Abang Aizat. Lama kita tak jumpa kan? Selamba sahaja Sooraya mengambil tempat di sisi Rizal.“Aik... minah penggoda ni pun ada jugak!” Sooraya buat muka terkejut. Terkuat suaranya. Mereka semua terdiam. “Kalau mulut longkang, bibir merah menyala pun, mekap tebal beberapa inci pun takkan dapat tutup bau busuk tu,” getus Zafira.“Apa you cakap?”Melengking suara Sooraya menyoal. Panas telinga. Sudahlah suhu petang ini agak panas. Terduduk sama pulak dengan orang yang tak sepatutnya ada. Panas badan, panas hati.  “Kalau abang Zam dan abang Aizat nak tahu, minah ni cuba goda Rizal. Nasib baik Rizal cepat-cepat sedar.” Macam bertih mulutnya bercerita. Dia tidak melepaskan peluang untuk menceritakan perkara sebenar. Biar mereka tahu dan berwaspada dengan muka polos baik Baizura itu.“Wait... Minah ni, tu siapa? Si Zura ni? Nak goda Rizal? Apa punya lawak kau nih?” Johan bersuara. Dia kemudiannya ketawa. “Siapa yang buat cerita ni?” tak habis-habis Si Johan ketawa. Macamlah lawak sangat perkara ni.  “Kau rasa siapa?” Sindir Zafira. Mata Johan terus terpanah pada Rizal.“Kau? Sebab itulah kau beriya-iya minta tukar, padahal kes kau dah nak siap.” “Mata kau letak kat mana? Lutut? Atau punggung?” Soal Johan keras. Tak sangka pula ada cerita di sebalik kes tersebut. Johan geleng kepala.“Tuduhan paling lawak dan tak berasas sama sekali. Jika kau tuduh tunang kau ni goda aku, logik jugak.” Sinis Johan. Pantang dia dengan orang yang suka buat fitnah ini.“Zura nak goda Client? Aku rasa Client yang cuba goda dia? Baru Client ambil selangkah ke depan, Zura dah sepuluh tapak mengundur ke belakang. Jangan haraplah Zura nak saja-saja berhubung dengan Clienttanpa tujuan. Inikan pula hendak menggoda. Memang buta hatilah orang yang membuat tuduhan tersebut.” Johan terus bercerita tanpa mempedulikan jelingan Sooraya.Bera wajah Rizal mendengarnya. Terkena batang hidung sendiri. Dia hilang kata. Sejak berjumpa Zamri dan Aizat semalam, semalaman dia berfikir. Tentang tuduhannya kepada Baizura. Kemesraan Baizura dengan Zamri dan Aizat sebentar tadi membuatkan dia menelan liur. Peluh sejuk mula keluar. Baizura diam.   “Jaga mulut tu sikit!”Marah Sooraya.“You ni tak de mulut ke nak balas! Betulkan minah ni cuba goda you?” Soal Sooraya bengang.Macam mimpi ngeri pula hari ini. Baizura pejam mata. “Aku nak baliklah!” Baizura berdiri. Ingatkan bolehlah tenangkan fikiran. Tapi lagi mengusutkan fikiran.“Abang Zam hantar.”Melolot mata Sooraya mendengarnya. Tak percaya dengan apa yang didengarinya.Sampai abang Zam pun tergoda. Hebat minah ni!“Tak apa, saya tahu jalan pulang ke rumah saya. Takut pulak kena tuduh lagi.” tolak Baizura. Matanya berkaca. Hanya tunggu masa sahaja hendak pecah. “Aku ikut.” Zafira ikut berdiri. Tak tergamak hendak membiarkan Baizura pulang sendirian. Tak habis-habis si Rizal hendak menyakiti hati Baizura. Tambah lagi sorang, tunangnya. Apa salah Zura pada mereka berdua, sehingga tega menjaja cerita mengarut ini. Sepeninggalan Baizura dan Zafira, atmospera mereka berlima kurang baik. “Aku rasa, kita patut fikirkan semula mengenai partner firma kita, Zamri.” Aizat mula bersuara. Bila dia telah bersuara, semua mati kutu. Auranya terasa menakutkan. Sebab apa yang terkeluar dari mulutnya pasti akan dikotakan.Rizal terkejut mendengarnya. Sooraya diam, tidak faham. Apa kaitan partner firma dengan perkara ini. Manakala Zamri bersikap selamba. Dia dapat mengagak perkara ini akan ditimbulkan. Dia pun panas hati. Tapi tak adalah sampai buang partner pulak. “Kita bincang kemudian. Rizal, kau patut fikirkan dalam-dalam tujuan kau menjadi peguam dan bahana sikap perasan kau tu. Jangan sebab sikap perasan kau tu, periuk nasi kau binasa.” Zamri bersuara. Johan tersenyum sinis. Memang padam muka!“Takkanlah sebab si penggoda tu, abang nak buang Rizal? Terang-terang minah tu yang nak goda Rizal kan?” Sooraya bersuara lagi.“You... Sooraya, kalau tak tahu apa-apa baik diam!”“Honey....”“You shut up!” Bisik Rizal rimas.Dia buntu. 
*****
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 12, 2013 11:30