Shima Rostam's Blog, page 22

November 27, 2016

Bab 18 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah




Nur mendengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumah, macam biasa sangat bunyinya. Tanpa membuang masa dia menjenguk ke halaman rumah. Bibirnya terus tersenyum lebar apabila melihat dua gadis cilik membuka pintu kereta dan berlari ke arahnya. Hari tu sekejap sangat jumpa kerana mereka terpaksa balik ke rumah mereka. 
"Cik su…cik su..ascalamualaikum….yeah... cik su ada lagi," jerit Umairah seronok. sorak kanak-kanak camel itu. Nur mendepangkan tangannya untuk memeluk mereka setelah bersalaman. Ketidakceriaan dua tiga hari lepas terubat dengan kehadiran mereka. 
"Waalaikumussalam..cium sikit..cepat…"gesa Nur sambil menyuakan pipinya.
Umairah dan Batrisya serentak mencium pipi Cik Su mereka di kiri dan kanan. Rindu Nur terubat. Kak long dan Abang Long tersenyum melihat gelagat mereka. Macam budak-budak. Mereka pulang ke rumah mereka pada hari Nur sampai ke rumah Abah. Anak-anaknya tak sempat hendak bermanja dengan Nur tempoh hari. Sebab itulah mereka pulang lagi ke sini hari ini. Boleh dikatakan tiap-tiap hari Umairah dan Batrisya bertanya bila mereka akan balik kampung lagi. Mereka mahu bermain dengan Cik Su mereka. 
Sudah tentu kepulangan anak saudaranya dinantikan.Sejak Abah menyuarakan hasratnya, Nur menjadi pendiam. Dalam dia dia memberontak. Baginya berdiam diri lebih baik daripada berkata sesuatu yang akan menyinggung perasaan Abah. Lagipun keputusan Abah sudah tidak dapat diganggu gugat lagi. 
Nur tidak pasti sama ada Kak Long sudah mengetahui perkara ini. Harapnya jika Kak Long tahu, dia akan menyebelahinya dan setidak-tidaknya bercakap dengan Abah agar menangguhkan perancangan tersebut. 
Nur senyum manis. Dia tidak kekok melayani mereka. Nur telah menjaga mereka sejak mereka masih kecil. Umairah dan Batrisya serasi bersamanya. Kak Long pun suka dia rapat dengan anak-anaknya. Lagipun hanya mereka yang dia ada untuk dimanjakan. Selama dia yang selalu dimanjakan. Dulu hatinya teringin mempunyai adik, tetapi Umi sudah tidak dapat melahirkan anak lagi. Jadi dengan adanya anak-anak saudara inilah dia dapat merasa bagaimana perasaannya apabila mempunyai adik. Dia suka melayani kerenah mereka. Ada masanya dia juga suka membuli mereka.
"Bila dah jumpa Cik Su, mana nak ingat mama dan papa ni," sindir Kak long. Umairah dan Batrisya tersengih-sengih.
"Mama dan papa kami jumpa setiap hari, Cik Su pula baru hari ni jumpa. We miss her so much mama. Jadi kami tak boleh lepaskan peluang ini untuk bermain dengan cik su." Balas Umairah.
“Tipulah, baru beberapa hari lepas jumpa cik sukan?” sakat Kak Long. 
“Jumpa tapi tak sempat nak main. Lainlah mama.” Jawab Umairah lagi.
"Hesy.. mulut. Ada saja jawapannya. Eloklah tu korang jumpa Cik Su korang. Sama je mulut tu. Asyik menjawab cakap orang, "sindir Kak Long sambil menjuihkan bibirnya.
"Anak buah Cik Su kan, mestilah sama. Kalau tak mana nak tumpah kuahnya,kan, "balas Nur sambil mendukung Batrisya masuk ke dalam rumah.
"Eh..Cik Su kalau tumpah kuah. Habislah kotor meja. Nak tumpah ke mana lagi," soal Umairah hairan. Berkerut-kerut dahinya. Tak faham apa yang Cik Sunya cakapkan.
Nur ketawa mendengar ulasan anak saudaranya itu. Aduh ada saja benda yang ingin dikatanya. Selagi dia tak faham selagi itu dia akan bersoal jawab dengan orang. 
Sehari dua rajinlah Cik Su nak layan korang, setiap hari, tak adanya Cik Su nak layan lagi. Penat mulut Cik Su nak menjawabnya, bebel hati Nur.
"Dik, kau jawablah apa yang anak saudara kau tanya tu, kak long tak larat nak menjawab dah. Sejak naik kereta sampailah ke rumah abah ni, mulutnya tak berhenti-henti bercakap. Ada saja benda yang ditanya, sampaikan aaku dan abang long tak larat nak jawab, " jelas Kak Long sambil melangkah masuk mencari Umi. Abang Long pula telah pun menghilang ke dalam bilik untuk menyimpan beg pakaian. 
"Cepatlah Cik Su. Kuah tumpah ke mana?" soal Batrisya pula.
"Mana lagi.. atas mejalah. Macam yang kakak cakap tu. Betullah yang kakak cakap tu,” sengih Nur memberikan jawapannya.
"Jom cari mak tok. Petang nanti kita pergi jalan-jalan tepi pantai pulak, nak tak?" soal Nur.
"Nakk... Yahoo..." sorak Umairah dan Batrisya serentak. Batrisya di dalam dukungannya minta dilepaskan. Mereka kemudiannya berlari ke dapur mencari mak tok. Nur pula mengekor dari belakang. 
Di dapur Kak Long dan Abang Long sudah mengambil tempat di kerusi di meja makan sambil menjamah makanan yang disediakan oleh umi. 
"Kakak ... Mama tak malukan, datang terus masuk dapur dan makan. Masak tidak. Suka sangat makan yang mak tok masakkan?" bisik Nur kepada Umairah, anak sulung kakak itu. Apa lagi…berbunyilah mulut mak cik kecik ni. Tak padan dengan umur baru berusia 6 tahun, mulutnya mak oi... macam orang tua.
"Elok sangatlah korang berdua ni. Bergossip lepas tu ketawa tak tentu pasal. Berdosa tau mengata orang kakak.”
“Mana ada. Kami tak mengata oranglah mama. Kami cuma mengata mama je. Tapi memang betul pun, mama ni balik sini terus masuk dapur buka saji, cari makanan yang mak tok masak. Tak mengatakan mama?”
Bulat mata Kak Long mendengarnya. Nur menutup mulut menyembunyikan ketawanya.
“ Adik..meh sini makan, tak payah kawan dengan kakak dan Cik Su," panggil kak long. Sebaliknya Batrisya menghampiri Nur dan meminta duduk di atas ribanya. Nur tersengih-sengih sambil angkat kening.
Kak Long mencebik bibir. Tak kisah langsung bila anak-anak tak hiraukannya. Lega sikit dapat berehat seketika daripada melayan karenah anak-anak. 
Tak berapa lama kemudian, muncul abah dari balik pintu dapur bersama setandang pisang kapas yang diambil dari kebun, di belakang rumah. Abang Long terus mendekati abah untuk menolong menurunkan tandan pisang itu dari atas bahunya. 
Kak Long melihat Abah sambil geleng kepala. Baru je sihat sudah masuk kebun. Orang suruh berehat di rumah, tak hirau langsung. Abah... Abah.. Dia ingat tubuhnya sihat macam waktu muda dulu ke? Bebel Kak Long dalam hati. 
Hendak membebel depan Abah, dia takut dimarahi pula. Ataupun Abah merajuknya. Dia pula yang akan rasa bersalah pula nanti. 
"Ada yang masak sesikat ni, bolehlah umi buat kek pisang," beritahu Abang Long. Sempat lagi dia meminta Umi membuat kek pisang kesukaannya. 
"Abang ni saja nak menyusahkan umi, saya pun boleh buatkan," cepat-cepat Kak Long jawab. Bukannya dia tak pandai buat kek pisang ni. Dia pun sama terror macam umilah. 
"Awak buat tak sama rasa dengan umi buat, tak sesedap Umi buatkan," selamba saja Abang Long membandingkan kek buatan Umi dengan kek isterinya.
“Tak sedap pun, habis jugak abang makan kan? Perut pun dah macam orang mengandung lima bulan.” Balas Kak Long pula. Dia tidaklah pula rasa marah. Dia lagi suka suaminya menyukai masakan Umi seperti mana dia suka. Masakan umilah yang terbaik. Dan dia akan berusaha untuk masak sesedap masakan Umi juga. 
"Haha.. Betul tu mama, perut papa buncit macam ada baby kan,"celah Umairah. Turut sama menggelakkan papanya.
"Ewah anak papa ni, suka sangat nak kenakan papa ya. Tak apa.. tak apa. Meh sini papa nak sayang sikit!” Abang Long sengaja berwajah garang. Sengaja dia mengacah untuk mencubit Umairah.
"Ampun pa..Tak naklah.. Sorry-sorry. Papa hensem banyak tau walaupun perut buncit," ampu Umairah. 
Namun hati Nur tak seceria hati ahli keluarganya. Memandang wajah Abah pun sekilas. Dia benar-benar terasa hati dengan Abah. Inkah Abah yang faham dia selama ini. Yang selalu mendengar ceritanya dan yang selalu memanjakannya. Kenapa dia perlu bernikah awal, sedangkan diatelah merangka banyak untuk berbakti kepada Abah dan Umi terlebih dahulu.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2016 17:00

November 24, 2016

Bab 17 : Cinta Asma dan Ferhad




“Sejuk?”tanya Ferhad. Tangannya telah menyauk pinggang Asma dari belakang. Dirapatkan dada ke belakang tubuh isterinya. Didekatkan wajahnya di antara bahu dan leher isterinya. Dikucup ringan sebelum beralih ke bahu Asma. Ditarik sedikit leher baju agar mudah dia mengakses leher jinjang isterinya.

Asma mengeliat geli. Bulu romanya meremang. Walaupun begitu dia tetap merelakan. Malah menikmati setiap sentuhan suaminya. Dia mahu kumpulkan sebanyak mungkin memori manis bersama suaminya. Masa mereka semakin terhad. Dia mahu gunakan sebaiknya untuk menyenangkan hati suaminya.

“Kat sana musim sejuk mesti lagi sejuk dari sini kan?”

“Hmmm....” Ferhad tidak berminat untuk bercerita. Sebaliknya dia mahu merasai kehangatan tubuh isterinya,

“Jomm masuk. Esok kita sambung tengok pula. Abang ada banyak benda nak buat dengan Asma ni.”

Berkerut dahi Asma. Pelik. Apa benda nak buat selain tidur. Bukannya ada aktiviti pun malam-malam dekat sini.

“Nak buat apa?”

Ferhad balikkan tubuh Asma mengadapnya. Dia tersengih nakal. Di dalam kepala bermacam agenda telah di susun. Empat hari tiga malam berada di sini rasanya tidak cukup.

“Macam-macam. Masuklah dulu. Nanti sayang akan tahu.”

Asma jeling manja. Dadanya berdebar. Rasanya bila dia melihat sengih nakal yang tersembunyi seribu makna itu dia tahu apa agendanya. Masaklah dia kali ini.

“Abang jangan nak tinggalkan jejak-jejak yang boleh orang nampak pula. Seminggu tak hilang tahu. Minggu depan Asma dah kena daftar masuk UPM.” Asma mengingatkannya awal-awal. Bukan boleh kira Ferhad ni. Jejak yang dia tinggalkan malam-malam sebelum ni banyak tak hilang lagi.

“No problem sayang. Hanya tempat abang dan sayang je boleh nampak. Tapi jika sayang nak tinggalkan kesan dekat abang, no hal. Abang rela.”

Wajah Asma bersemu malu. Terpandang leher suaminya yang nampak beberapa tempat lebam. Dia tidak sedar pun bila dia lakukannya. Malu. Betul-betul malu. Sampaikan Nek Som tegur Ferhad kenapa lehernya. Kena gigit dengan serangga ke. Dia masa itu dah tidak tahu nak letak muka ke mana. Cepat-cepat bangun menuju ke sinki.

“Kena gigit nyamuk besar nek. Tak sempat nak tangkap dah lari.”

Kalau boleh ketika itu juga dia mahu berlari balik ke rumah ibunya.

“Tak lari ke mana tu, malam ni datang lagi. Tak apalah kasilah nyamuk tu gigit sampai kenyang.”

Ferhad ketawa bebas. Dia juga yang termalu apabila melihat senyum mengusik di bibir Nek Som.

“Itu terbabaslah. Tak perasan. Abang kenapa tak bagi amaran awal-awal.”

“Malu kat nenek dan ibu.”

“Hahaha.. Tak apa sayang. Mereka faham. Kita kan baru kahwin. Baru rasa indahnya alam rumahtangga.” Pelukan Ferhad semakin erat.

Tanpa membuang masa dia angkat tubuh kecil Asma ke dalam dukungannya dan masuk ke dalam honeymoon suite mereka.

Mereka diselimuti malam, menikmati indahnya berbulan madu.

Asma pandang wajah suaminya yang masih terlena. Dia telah terjaga sejak subuh tadi. Ada juga dia kejutkan Ferhad supaya bangun menunaikan solat subuh, tapi Ferhad lebih memilih untuk melayan mimpinya. Ada rasa sayu dihatinya bila mengetahui suaminya tidak mengambil berat tentang kewajiban menunaikan solat fardhu. Bagaimana agaknya kehidupan suaminya di sana? Mengikut Nek Som, anak cucunya lebih suka berkiblatkan budaya barat. Arak macam minuman seharian mereka. Solat pula ikut suka. Mereka terlalu agungkan kehidupan bebas. Tanpa menyembah tuhan mereka pun boleh berjaya dan kaya raya.

Asma jadi takut. Dia tidak mahu mengakui suaminya jika seperti itu. Kufur nikmat. Sedangkan kekayaan dan kejayaan yang mereka capai itu adalah pemberian dari Tuhan. Mereka pula mendabik dada menyatakan itu adalah daripada hasil penat jerih usaha mereka. Sedangkan Allah Taala lah yang memberikan semua itu untuk menguji mereka. Menguji dengan kejayaan dan kekayaan dunia bukan kemiskinan dan kegagalan.

Sebenarnya banyak yang dia belum tahu tentang suaminya. Sedikit demi sedikit sikap dan sifat Ferhad diketahuinya. Sebaik saja bangun pagi, Ferhad akan minum segelas air masak. Kemudian dia akan buat sit up sebanyak seratus kali sebelum melangkah ke bilik air.

Ferhad suka tidur memeluknya dari belakang. Selagi dia tidak dapat apa yang dia nak, dia tidak akan benarkan dia tidur lena. Ferhad tidak akan melepaskannya sehingga pagi. Wajah tenang suaminya ditenung lagi, Dia mengeluarkan notepad yang sentiasa di bawa di dalam begnya. Dikeluarkan juga pensel. Dia mahu melukis suaminya sedang tidur. Kalau boleh dia mahu melukis sebanyak mungkin gambar suaminya. Tangannya tangkas melukis.

Lama dia tenggelam di dalam keasyikan melukis sehinggalah Ferhad menempelkan wajahnya ke perut Asma.

“Sayang...”

“Hmmm...” Asma cepat-cepat simpan notepadnya. Ferhad tidak perlu tahu. Itu rahsianya.

“Temankan abang tidur lagi,” pinta Ferhad.

Asma faham. Ada maksud yang tersirat. Dikerling jam di telefon Ferhad. Sudah hampir ke tengahari.

“Malam nantikan Asma temankan abang tidur lagi. Asma laparlah. Perut dah berbunyi. Abang tak dengar ke?”

Ferhad buka mata. Dia dapat dengar bunyi perut isterinya berkeriuk di dalam. Tidak sampai hati, dia angkat wajahnya. Tangan Asma bermain di kepalanya.

“Lapar?”

Asma angguk.

“Lapar makanan bukan lapar benda lain,” jawab Asma.

Ferhad tersengih. Dia bangkit dan bersandar ke kepala katil. Tubuh Asma ditarik bersandar ke dadanya.

“Ingatkan Asma cakap lapar benda lain. Bolehlah makan benda lain jap, lepas tu baru turun makan.”

“Yang tu dah kenyang. Boleh tahan sampai ke malam nanti. Sekarang ni Asma lapar nak makan. Lepas tu nak pergi jalan-jalan. Rugilah datang sini tapi berkurung dalam bilik je.”

“Please abang... Bawa Asma jalan-jalan. Semalam nampak kebun lavender. Asma nak pergi sana,”pujuk Asma.

“Lagipun ini kali pertama Asma datang sini. Rasa macam banyak tempat Asma nak lawat.”

“Okey sayang. Abang akan bawakan ke semua tempat yang Asma nak pergi. Tapi sebelum tu...”

Ferhad angkat wajah Asma memandangnya.



“Abang nak bersarapan ringkas dulu.” lalu dirapatkan wajahnya ke wajah Asma. Disapa bibir isterinya lama. Spontan tangan Asma memaut leher suaminya. Dah ini yang suaminya mahukan, dia tidak mampu menolak.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2016 16:05

November 23, 2016

Bab 17 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah



Nisa senyap-senyap menyelusup masuk ke bilik abangnya. Hisyam menghentikan bacaan setelah mendengar bunyi pintu bilik di buka perlahan. Nisa tersengih-sengih masuk tanpa dipelawa. 
"Ada apa?" Tegur Hisyam.
“Tak ada apa-apa. Saja je. Takkan Nisa saja – saja nak sembang dengan abang tak boleh,” balas Nisa tersengih-sengih.
“Macamlah abang dah balik berbulan. Belum sampai seminggu lagi cik adik oi.”
“Tentu banyak benda abang kena uruskan!”
Nisa mencebik.
“Banyak benda konon, padahal pasal kahwni tu je. Tak menyempat abang ni. Sian kat Nur tau bang.” Perli Nisa.
Hisyam menarik nafas. Buku yang sedang dibaca ditutup. Menyentuh soal kahwin ni, hatinya pun serba salah. Tapi permintaan Pak Teh tidak boleh dipandang ringan. Dan dia juga tidak mahu kehilangan Nur. Pertama kali melihat wajah Nur setelah tujuh tahun berlalu, hatinya jatuh cinta. Nur lebih cantik dari yang dia mampu bayangkan selama ini. 
“Nur dah tahu ke?”
Nisa angkat bahu. Ketika melepak bersama tadi, tak ada pula Nur buka mulut pasal kahwin. Tapi wajahnya tak ceria. Lebih banyak termenung dari bercakap.
“Abang serius ke ni nak kahwin dengan Nur?”
Hisyam angguk.
“Tapi tak boleh ke tunggu sampai dia habis belajar dulu?”
“Abang sebenarnya serba salah juga. Tapi Pak Teh nak nikahkan kami kalau boleh secepat mungkin.”
“Abang pujuklah Pak Teh tu. Minta tangguh sampai Nur habis belajar di Universiti.”
Hisyam terdiam.
“Abang dah pujuk. Ayah pun pujuk tapi Pak Teh, takkan kau tak kenal dia. Mana boleh orang bangkang cakap dia.”
Nisa mencebik.
“Dah abang pujuk-pujuk ayam je.”
Hisyam jegil mata. Pandai-pandai je cakap.
Nisa sengih. 
“Sian Nur, belum apa-apa lagi dah kena ikat.”
“Sian apa pulak. Kahwin ni best apa?”
Nisa mencebik. 
Lelaki? Tak ada benda lain nak fikir. Kahwin... Kahwin.. Kahwin. Best?
“Jangan nak fikir yang bukan-bukan ya. Tanggungjawab seorang lelaki lebih berat apabila berkahwin. Kahwin bukan hanya berkisarkan nafsu sahaja. Banyak benda lain lagi yang perlu diambil berat...”
“Yela.. yela.. Tak yah abang bagi ceramah, Nisa tahulah,” cepat-cepat Nisa potong kata Hisyam sebelum lagi panjang ceramah diberikan.
Hisyam geleng kepala. 
“Nisa baik dengan Nur. Jadi Nisa tentu tahu banyak tentang Nur kan?” 
“Haa.... nak korek rahsia kena bayar pengerasnya dulu,” cepat-cepat Nisa menjawab. 
“Tak cukup lagi jubah lima pasang yang abang bagi tu?”
Nisa mengherot bibirnya. 
“Abang tak adil. Nisa Cuma dapat lima pasang. Lagi sepuluh pasang dalam kotak tu semuanya untuk Nurkan? Gelang tangan, cincin berbatu delima dan banyak lagi tu semuanya untuk Nur. Mana adil!”
“Untuk Nisa abang kirimkan setiap tahun. Nur mana ada? Adilkan?”
“Mana...”
“Nur dah ada teman lelaki ke?” Hisyam memintas kata-kata Nisa yang ingin memprotes.
“Mana Nisa tahu. Abang tanya dia sendirilah!” 
“Nisa!” Hisyam memandang adiknya tajam.
"Okeh.. Okey... Setahu Nisa tak ada lagi. Rasanya dia rindukan ‘Abang’ dia.” Kata-kata Nisa terhenti seketika. 
“Yelah ‘abang’ dia tu mungkir janji. Kata nak sentiasa hantar surat pada dia. tapi tiba-tiba senyap. Tujuh tahun menghilangkan diri. Nisa rasa dia berdendam kot. Sebab itulah dia tolak bila ada budak lelaki ingin berkenalan dengan dia.” jelas Nisa lagi. Perkataan abang sengaja ditekankan.
“Pandailah Nisa karang cerita.”
“Abang juga yang tanya. Dan Nisa cakap apa yang Nisa tahu dan perhatikan. Abang pun tahukan, selepas abang pergi Nur demam teruk sehinggakan Pak Teh melarang semua orang menyebut nama abang depan Nur. Mak Teh terpaksa minta baju abang untuk mengubat demam Nur. Lepas Nur sembuh. Dia jadi tak ceria. Puas jugaklah keluarga Pak Teh memujuk dia. Nur sembuh seperti biasa tetapi dia mengambil masa yang lama untuk ceria semua. Dan Nur hari ini bukan seperti Nur yang abang kenali dulu.” terang Nisa. 
Hisyam maklum tentang perkara ini. Angah juga ada menyebut ketika mereka berjumpa di pantai tempoh hari. 
“Takkan dia tidak ada sedikit pun sebut tentang abang? Kenangan kami bersama dulu?” Soal Hisyam lagi.
“Tak ada.”
“Pernah juga Nisa cuba bawa cerita pasal abang dekat dia. Tapi dia langsung tak nak tahu. Siap tukar topik lain setiap kali Nisa sebut nama abang. Nisa rasa dia memang marah betul kat abang.”
“Masa jumpa tepi pantai tadi, ada dia sebut pasal rancangan Pak Teh ni?”
Nisa geleng. 
“Tak ada. Tapi dia nampak tak gembira sangatlah. Tak banyak cakap dan lebih banyak mendengar dan termenung. Nisa tak adalah tanya kenapa. Takut pulak nanti dengan Nisa dia boikot, kot-kot dia tak suka apa yang Pak Teh rancang untuk dia.”
Hisyam diam. 
“Jadi Nisa rasa abang patut pujuk Pak Teh supaya tangguh dulu. Sampai Nur belajar terima abang semula.”
“Abang kena usaha dekati adik abang tu balik!”
***** 
Selesai solat isya’ Pak Teh dan Hisyam tidak bersegera pulang ke rumah. Hisyam yang meminta Pak Teh menunggunya. Mereka perlu berbincang tentang hasrat Pak Teh tempoh hari. Sebetulnya hati Hisyam melonjak gembira dengan hasrat Pak Teh. Tetapi setelah dia berfikir buruk dan baiknya, dia rasa pernikahan ini perlu ditangguhkan sehingga Nur bersedia menjadi isterinya. 
Dia juga telah meminta pendapat ayah dan ibunya. Mereka berdua setuju. Mereka tidak patut memaksa Nur berkahwin buat ketika ini. Biarlah Nur menghabiskan pelajarannya dulu. Nur masih terlalu muda untuk dibebankan dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun mereka tahu Hisyam akan menjadi suami yang baik untuk Nur. 
Hassan meninggalkan Hisyam bersama dengan Pak Teh agar mereka boleh berbincang. Dia yakin anaknya akan dapat meyakinkan Pak Teh agar menangguhkan hasrat tersebut.
“Kau sudah fikirkan tentang perkara tersebut?” Soal Pak Teh merujuk kepada pernikahan Nur dengan Hisyam. Suaranya tenang tadi tiada siapa yang tahu apa yang ada di dalam lubuk hatinya.
Hisyam tidak terus menjawab. Sebaliknya mengambil masa seketika. Dia tidak mahu Pak Teh kecewa atau silapfaham dengan apa yang akan dikatakannya nanti.
“Saya rasa kita patut tangguhkan dulu Pak Teh, sehingga Nur habis belajar.” Tenang Hisyam menyuarakannya. 
Pak Teh pula terdiam. Dia renung wajah anak muda di hadapannya. Tujuh tahun berlalu mendewasakan Hisyam. Ilmu agama dan dunianya sudahcukup sebagai bekalan untuk dia menempuhi kehidupan ini.
“Pak Teh tahu kau akan minta tangguh. Pak Teh tahu Nur tu masih budak-budak. Baru lapan belas tahun. Muda sangat. Kakak-kakak dia semuanya Pak Teh nikahkan ketika berumur dua puluh tahun lebih.”
“Bukan sebab Pak Teh sakit saja Pak Teh nak nikahkan Nur cepat-cepat dengan kau. Ada beberapa sebab lagi.”
“Pak Teh tahu hidup dan mati kita bukan kita yang tentukan. Allah s.w.t yang telah tetapkan segalanya. Jika esok dah tetap Pak Teh pergi, tak ada siapa yang boleh minta tangguhkan, betul tak?”
“Tapi soal nikah ni, Pak Teh boleh berusaha agar dipercepatkan. Jika takdir cakap kau bukan jodoh Nur Pak Teh nak cakap apa lagi.”
“Erk.. Pak Teh.. bukan itu maksud saya. Pak Teh tahukan, sejak dulu lagi saya sayangkan Nur.”
“Saya bukan tak nak kahwin dengan Nur.”
“Kalau macam tu kau ikut cakap Pak Teh. Kahwin dengan Nur selepas dia habis belajar matriks!” tegas Pak Teh.
Hisyam terkedu di situ. Dia tidak berjaya mengubah pendirian Pak Teh. 





Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 23, 2016 17:00

November 20, 2016

Bab 16 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah



"Assalaamualaikum……Assalamualaikum…." 
"Waalaikumussalam"… jawab Nur sambil menjenguk pintu depan rumahnya itu.
"Haaa Siti.. masuklah," jemput Nur apabila melihat Siti berada di halaman rumah.
"Tak payahlah. Depan ni sudahlah. Kau tengah buat apa?" soalnya.
"Tak buat apa-apa pun, tengah menonton TV," jawab Nur malas dan melabuhkan punggungnya di atas tangga. Siti datang menghampirinya dan juga duduk di situ.
"Jomlah kita pergi melepak tepi pantai, macam dulu-dulu. Dah lama tak melepak sambil bergossip ni."
“Hanya kita berdua ke?” Tak cukup geng lagi ni. Tak berapa hangat pula.
"Nanti kita singgahlah rumah Nisa dan Misah. Ajak mereka sekali," cadang Siti.
Nisa? Mendengar nama tersebut. Teringatkan perbualan terakhir mereka pada malam kenduri dulu. Rupanya Nisa telah tahu awal-awal tentang perkara ini. Patutlah diacakap jodohnya akan sampai dulu. Tapi tak patut betul dia rahsiakan hal ini daripadanya. 
Tak patut!
“Aku... tak ada mood nak melepak-lepak ni!” keluh Nur. 
“Apasal pulak? Jomlah... bukannya selalu dapat jumpa. Ketika cuti ni lah kita dapat berkumpul bersama. Kau tahu... Masa tidak akan menunggu kita. Takkanlah kita hendak membiarkan persahabatan ini semakin renggang disebabkan jarak dan masa terhad,” ujar Siti lagi. Dia sayangkan persahabatan yang terjalin sejak kecil ini. Jadi kalau boleh, setiap masa yang ada dia mahu mereka sentiasa berkumpul bersama. Sekejap pun jadilah asalkan persahabatan ini sentiasa erat.
Dia tahu mereka telah semakin dewasa. Punya matlamat dan cita-cita yang perlu digapai. Akan punya kehidupan sendiri. Jadi di setiap kesempatan yang masih ada ini, mereka patut menghabiskan masa bersama. Mengimbau dan mencipta kenangan. Agar masa yang mencemburui mereka ini tidak terus menenggelamkan persahabatan ini.
Nur termenung jauh. Kata-kata Siti menusuk ke hatinya. Betul apa yang Siti katakan. Seandainya Siti tahu, dia tidak berapa lama lagi akan bertukar status, persahabatan ini tidak akan seperti dulu lagi. Akan kekalkah keakraban mereka? 
Tapi... Kata-kata abah semalam seperti mematahkan semangat jiwa remajanya. Buat ketika ini dia mahu sendirian. Memikir dan terus memikir nasib diri. Bersediakah dia menjadi isteri orang? Bersediakah dia untuk melupakan kemanisan dunia remaja dan kebebasan hidup seorang gadis. Walaupun dia mawar terjaga, dia juga punya keinginan melakukan apa yang dilakukan oleh kawan-kawan sebayanya tanpa memikirkan tanggungjawab seorang isteri. 
Jiwanya memberontak dalam diam. Hari ini Nur menjadi pendiam. Tiada lagi usikan dan celoteh menjanya bersama Umi. Dia benar-benar terpukul dengan keputusan Abah walaupun dia pasrah. Dia perlukan masa untuk menerimanya. 
" Ajak Nisa dan Misah melepak di sinilah," saran Nur. Sebenarnya dia tidak mahu keluar rumah dan terjumpa dengan Hisyam. Buat ketika ini dia mahu mengelak berjumpa dengannya. 
"Tak bestlah. Kau ni kenapa? Takkan cuti seminggu ni kau nak berkurung di rumah je..Sesekali keluarlah melepak seperti dulu. " bebel Siti. 
Nur menekur.
"Kenapa kau ni? Ada apa-apa masalah ke? Macam tak de semangat aku tengok. Hari tu okey," omel Siti. Perasan dengan perubahan emosi Nur.
Hmmm… Tanpa sedar Nur mengeluh. Nak cerita? Baik tak payah lagi. Nanti kecoh satu kampung pulak sebelum masanya. Lagipun mungkin... Mungkin Abah boleh tangguhkan hal ini. Mungkin juga Kak Long atau Kak Chik boleh memujuk Abah agar soal perkahwinannya ditangguhkan sehingga dia habis belajar. Dia tidak patut membiarkan soal ni mengambil keceriaan dan kebebasannya. Lagipun... Takkanlah Hisyam tidak mempunyai pilihan lain. Dia kan belajar di Mesir. Patutnya berjumpa dengan gadis yang LEBIh BAIK darinya. 
"Hey... kau ni kenapa? Dari tadi lagi asyik mengeluh, lepas tu termenung. Aku tanya bukan nak cakap pun." Siti menolak bahu Nur dengan bahunya.
"Aku ada masalah NEGARA sekarang nih!. Kau takkan faham!”
"Masalah negara ke, masalah negeri ke, Marilah kita pergi pantai… Masalah takkan selesai dengan mengeluh atau termenung sahaja. Sebaiknya tenangkan fikiran. Fikirkan yang positif. Reset minda kita, masalah itu sebenarnya salah satu proses untuk mematangkan diri kita. Tanpa masalah kita takkan belajar untuk menangani kehidupan ini dengan lebih baik.” Spontan Siti menasihati Nur. 
Hidup tanpa masalah ibarat ting kosong. Tiada isi untuk digunakan atau dimanfaatkan. Begitulah kehidupan ini. Masalah adalah satu proses pembelajaran secara tidak langsung. Allah s.w.t memberikan masalah atau ujian hidup kepada manusia supaya manusia boleh menikmati hidup. Mencari diri-NYA di dalam setiap ujian itu. Agar insan semakin mendekati-Nya dan menghargai setiap masa yang mereka miliki. 
Siti terpandangkan pohon mangga berbuah lebat. Kecur air liurnya melihat buah yang sedang ranum itu. 
"Boleh kalau kau kaitkan buah mangga tu, makan colek tepi pantai sedap ni," Siti memuncungkan mulutnya ke arah sebatang pokok mangga yang perhatiannya. 
"Boleh tapi kau yang kait, aku buat colek, okey," balas Nur.
"Eh…Sama-sama kaitlah. Aku seganlah!"
"Kau nak segan kat siapa? Abah aku? Umi? Macamlah baru sehari kenal,” cemuh Nur. 
“Lagipun buah mangga tu kau boleh capai dengan tanganlah. Bukannya tinggi mana pun!” suruh Nur.
"Yelah…Nanti jangan lupa plastik dan pisau sekali.”
"Baik, Mek Siti," balas Nur sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya. 
Setengah jam kemudian, mereka beriringan menunggang basikal menuju ke rumah Nisa dan juga Misah yang selang beberapa buah rumah dari rumah Nur. Dan jalan tersebut akan terus menuju ke pantai. Sesekali mereka berselisih dengan motor yang dinaiki oleh budak-budak muda dari kampung sebelah. Apalagi bersiullah mereka mengusik mereka berdua. Tetapi Nur mahupun Siti telah biasa dengan keadaan itu, malah kenal sangat dengan pemuda yang mengusik mereka tadi. Petang-petang seperti ini, sudah tentu mereka akan menuju ke pantai untuk bermain bolasepak. Itulah tempat kegemaran anak-anak muda di kampung mereka untuk menghabiskan masa pada waktu petang.
Hari ini memang ramai orang di tepi pantai. Di hujung sebelah kiri kelihatan, sekumpulan anak muda sedang bermain bolasepak pantai. Di gigi air pula, anak-anak kecil sedang bermandi manda sambil ditemani oleh ibu dan juga ayah mereka. Kelihatan juga kelompok gadis yang sebaya dengan mereka berempat sedang melepak dan melihat orang bermain bolasepak. Sesekali terdengar sorakan dari mereka apabila gol disumbat masuk.
Nur, Misah, Siti dan Nisa mengambil tempat duduk tak berapa jauh dari situ. Nisa membentangkan tikar yang dibawanya dari rumah. Misah pula meletakkan sebotol air sirap dan cawan plastik. Begitu juga dengan Siti meletakkan buah mangga dan juga colek yang di bawanya.
"Lepas ni tak ada dah masa nak lepak-lepak macam ni kan," Suara Nur memecahkan kesunyian. Masing-masing sedang enak menikmati mangga cicah colek buatan Nur itu. masam, manis masin dan pedas. Belacan pulak menambahkan lagi aromanya. Memang tak angkat muka makan. Makan pula ramai-ramai. Sepuluh biji mangga pasti tak cukup. Sebab itulah Siti ambil seplastik buah mangga untuk dinikmati bersama.
"Minggu depan korang dah balik kolej, aku dengan Nisa pula mesti sibuk dengan kelas tambahan dan tuisyen. Tak de masa dah nak lepak-lepak macam ni lagikan," tambah Misah pula.
"Rindu pula masa zaman sekolah kan. Tiap-tiap hari mesti datang lepak kat sini sambil tengok orang main bola.” Sambung Siti pula sambil menghala pandangan ke arah anak muda sedang bermain bola.
"Eh... Itu abang kamil? Bila dia balik Nisa?" Soal Siti hairan. Rasanya sekarang bukan time IPTA cuti kan. Kenapa pula dia ada kat kampung. Patutnya berada di UIA.
"Manalah aku tahu. Kau tanyalah dia sendiri," balas Nisa sambil lewa.
"Laaa... kaukan awek takkanlah tak tahu pula!" Kata Siti lagi sambil mengangkat keningnya. Nisa tersengih sambil mencebik.
"Bila masa pula aku dideclarekan menjadi awek dia ni? Kami kawan je laa…macam aku kawan dengan koranglah." Pantas Nisa menyangkal. 
"Mana ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan?"soal Nur sambil mengangkat kening dan tersengih.
"Adalah.. Kenapa tak ada pula. Habis tu takkanlah tak boleh berkawan dengan lelaki," sangkal Nisa.
"Setakat kenal-kenal je boleh. Sebabnya persahabatan berlainan jantina tidak berapa digalakkan kerana mesti ada di antara salah seorang daripada mereka yang akan tergelincir nanti."Nur memberikan pendapatnya.
"Dan aku rasa Nisa telah pun tergelincir dari ‘kawan je" tu?" sambung Misah pula sambil tersengih-sengih.
"Pandailah korang nak menyakat aku. Macamlah korang tak de kawan dengan lelaki kan?" pertahan Nisa pula.
"Aku memang tak de kawan lelaki. Member sekelas adalah tapi skemalah. Tak ada yang boleh dijadikan calon ‘kawan’ ," jawab Siti pula.
"Nur?" Soal Nisa lagi.
"Aku pun macam tu gak. Malaslah nak fikir dan involve dalam soal lelaki nih. Lagipun hidup kita ni ditentukan oleh orang tua kita. Kalau mereka dah tetapkan siapa yang patut kita kawan, Dari makan hati nanti. Baik tak payah terlibat.. " ulas Nur panjang lebar. Ada makna tersirat di sebalik kata-kata tersebut. Nisa lebih maklum hal ini. Dan dia tidak pula ingin membalasnya. 
Siti dan Misah berpandangan antara satu sama lain. Kenapa lain macam mereka merasakan ada sesuatu yang Nur sembunyikan. Macam dia pasrah saja!
"Kenapa? Kau dah ada pak we ke dan Abah kau tak suka?" serkap Misah.
"Kau ni merepeklah. Mana aku ada pak we. Tak de masa nak layan semua lagilah!" jawab Nur cepat - cepat. 
Lain yang dimaksudkan, lain pula yang mereka fikirkan!



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2016 17:00

Bab 16 : Cinta Asma dan Ferhad

In love (Ihsan Encik Google)

Asma pandang suaminya. Dia pandang butik pakaian di hadapannya. Dahinya berkerut. Buat apa nak masuk butik? Tangannya ditarik tanpa sempat dia menahannya. 
“Masuk butik mahal ni buat apa?” tanya Asma.
“Cari bajulah.”
“Mahallah bang. Asma bukannya pakai baju mahal-mahal ni. Tak ada nak pergi mana pun.”
“Laa.. nanti Asma masuk Universiti. Pakai baju ke kuliahlah.”
“Ishh.. Tak sesuailah pakai baju mahal-mahal ni ke kuliah. Pakai baju kurung biasa dah lah. Asma dah beli kain nak buat baju. Nanti Asma jahit sendiri. Lagi jimat.”
Ferhad angkat kening. 
“Bila Asma nak jahit? Sempat ke? Esok kita dah nak naik Cameron.”
Asma terdiam. Aah... betul jugak. Takkan nak minta ibu tolong jahitkan pulak. Kasihan dekat ibu. Baru sihat dan kena kerja. 
“Malam nanti Asma jahitlah. Dah siap potong. Tunggu jahit je.”
“No... No.. No..”
“Abang tak benarkan. Abang tak nak tidur sorang-sorang malam ni...”
Masam muka Asma bila mendengarnya. Sejak mereka diijabkabul 3 hari lepas, pukul sepuluh malam Ferhad tariknya masuk bilik. Pukul 7 pagi baru keluar bilik dengan rambut basah. Malu dia dekat ibu dan Nek Som. Tapi boleh pula Ferhad relax dan suka hati. 
“Lagipun mana abang biasa tidur tanpa peluk Asma. Belai-belai isteri abang ni dulu sebelum tidur,” bisik Ferhad betul-betul di tepi telinga Asma. Takut orang lain dengar. 
Merah muka Asma mendengarnya. 
“Abang ni tak senonohlah. Asma kan budak sekolah lagi,” balas Asma geram. 
Lagi Ferhad tarik sengih. Dia suka bila Asma malu-malu dengannya. 
“Budak sekolah pun dah jadi isteri abang. Kiranya tak apakan? Dikecualikan.”
Asma cubit lengan Ferhad. 
“Sakitlah sayang. Nak kena denda ni.” 
Cup... bibir Ferhad singgah di pipi merah Asma. Lagi merah muka Asma dibuatnya. Dia ketap bibir. Tak tahu nak cakap apa dah. Wajahnya hampir menangis malu. 
“Abang seriuslah sikit.” marah Asma dengan suara tertahan.
Ferhad peluk bahu Asma. Dia ketawa. Seronok menyakit isterinya. Perbuatan mereka diperhatikan oleh jurujual wanita butik tersebut. Tersenyum-senyum dia dengan gelagat mereka. Jurujual tersebut melihat jari Asma yang masih merah. 
“Abang pun serius. Abang tak nak Asma bersekang mata siapkan baju tu. Abang mampu beli. Buat apa Asma susah-susah nak jahit sendiri.” 
“Kita beli yang dah siap,” putus Ferhad. 
Asma buka mulut nak bantah. Tapi bila mata tajam Ferhad terus merenungnya, dia tak jadi bantah. Sebaliknya dia gigit bibir. 
“Gigit bibir lagi, abang heret Asma check in dekat Renaissance Hotel nanti.”
Itu memang betul-betul ugutan. Jika Asma buat lagi memang itulah yang akan dia buat nanti. Sebab apa yang dia rasai selepas berkahwin dengan Asma sungguh luar biasa. Bersama Asma semuanya indah dan cantik. Dia seperti remaja yang baru jatuh cinta. Baru merasai apa itu nikmat cinta halal. Padahal perkara itu bukanlah perkara baru buatnya. Di sana dia bebas melakukan apa sahaja. Tapi nikmat yang dia perolehi bersama Asma tidak pernah dirasainya. Mungkin sebab perhubungan mereka halal di sisi agama.
“Abang ni menakutkanlah. Takkanlah tak puas-puas lagi. Tiap-tiap malam dapatkan. Bukan sekali tau. Habis sakit badan Asma,” bisik Asma geram. 
Ferhad ketawa lepas. Dalam malu pun Asma berani lagi nak balas katanya. Itulah yang dia suka. 
“Hahaha... sakit-sakit pun, Asma pun merasa seronok dan puaskan? Nak lagi tak? Lepas ni kita check in!”
“Tak nak. Banyak lagi nak settle ni! Abang jangan nak cari pasal pulak.”
Asma keluar dari butik tersebut. Lagi dilayan, lagi melalut suaminya tu.
“Okey.. okey... Abang minta maaf...” Ferhad ikut dari belakang. Ditarik lengan Asma supaya berhenti. 
“Kita beli baju tapi ikut apa yang Asma nak. Tak nak beli kat butik tu kita beli tempat lain. Asalkan malam ni Asma temankan abang tidur macam biasa.” 
“Okey.. kita pergi sana. Asma nak beli baju kurung cotton, tracksuit, t-shirt, blouse dan jeans je.”
“Tapi bukan yang mahal-mahal. Asma tak nak abang bazirkan duit beli pakaian mahal-mahal. Padahal nak pakai pergi kuliah je.”
“Abang ikut apa yang Asma pilih. Okey sayang?” Ferhad mengalah. Asalkan isterinya suka, dia sanggup buat apa saja. 
Asma tayang gigi. Dia tarik lengan Ferhad supaya mengikut. Di dalam KB Mall ni banyak butik pakaian dengan harga yang berpatutan yang dia boleh pilih selain butik pakaian tadi. 
Selesai membeli, Ferhad ajak Asma ke masuk Maybank. 
“Buat apa masuk Maybank? Asma kena buka akaun di CIMB bank. Duit PTPTN masuk CIMB bank.” Bantah Asma. Peliklah perangai Ferhad ni. Padahal sejak semalam lagi dia cakap tempat mana yang nak pergi hari ni. 
“Lagipun, Asma nak tunaikan pendahuluan PTPTN dekat CIMB bank.”
“Tak payah. Warran pendahuluan PTPTN tu Asma pulangkan balik. Segala perbelanjaan pengajian Asma nanti abang akan tanggung. Abang tak nak sebaik sahaja Asma habis belajar Asma dah kena bayar hutang belajar.”
“Tapi..” Asma mahu bantah sebelum dipintas oleh Ferhad. 
“Abang lebih dari mampu sayang. Asma nak sambung sehingga Phd pun abang boleh tanggung. Lagipun ini adalah tanggungjawab abang sebagai suami.”
“Asma tak nak susahkan abang,” ujar Asma. 
“Tak susah pun sayang. Abang mampu.”
“Sebagai suami abang mahu isteri abang berjaya di dalam pelajaran. Abang tahu Asma pelajar pandai. Pelajar terbaik SPM. Jadi abang mahu Asma belajar tanpa perlu risaukan tentang duit yuran. Tugas Asma hanya belajar saja.”
Terharu Asma dibuatnya. 
“Terima kasih abang.”
“Sama-sama kasih, sayang.”
“Kenapa banyak sangat abang bagi duit kat Asma. Maskahwin hari tu pun tinggi,” soal Asma tidak puashati. Dia tengok duit dalam akaunnya sebaik sahaja Ferhad transfer duit ke dalam akaun yang baru dibukanya. 
Teringat malam akad nikah. Dia tahu ibunya tidak pernah meletakkan syarat maskahwin berapa. Jadi dia tidak tahu berapa yang akan disebut oleh Ferhad nanti. Bila tok iman sebut lafaz akad, dia terkejut, lima belas ribu tunai jumlah maskahwinnya. Memang terdengar orang sok sek sok sek di belakangnya selepas upacara akad nikah. 
“Duit belanja dan hantaran Asma sekali. Nanti tiap-tiap bulan abang akan masukkan dua ribu duit nafkah. Jadi Asma kena guna duit tu.” Asma terkejut. 
“Buat apa banyak sangat. Asma student. Tak perlukan duit banyak tu,” protes Asma. Dalam hati dia takut kalau-kalau Ferhad fikir dia kahwin dengannya sebab duit. 
“Selepas ni abang akan kembali ke U.K sayang. Abang takut bila abang sampai sana abang jadi abang yang asal. Lupakan Asma di sini. Jadi sebagai persediaan awal, abang dah bagi duit secukupnya untuk keperluan Asma sampailah Asma bekerja nanti,” perlahan suara Ferhad. Dia sendiri tidak tahu hatinya. Bersama Asma dia sememangnya bahagia. Tapi bila berjauhan nanti takut dia lupa dengan kebahagiaan yang dia senang kecapi ini. 
Asma terdiam. Mereka memang sedang bahagia. Tapi soal hati, dia tahu dia tidak mampu masuk ke dalam hati Ferhad lagi. Dia angkat muka dan senyum kepada suaminya. 


“Terima kasih abang. Asma akan gunakan sebaiknya duit yang abang bagi ni. Abang tak perlu risaukan Asma di sini nanti.”


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2016 16:07

November 17, 2016

Bab 15 : Cinta Asma dan Ferhad




“Kenapa Asma ambil pertanian?”

“Sebab Asma suka berkebun.”
“Abang tengok keliling rumah ini, boleh dikatakan semuanya Asma yang tanam. Ibu tolong jagakan bila Asma tak sempat nak jaga. Ibu cakap tangan Asma sejuk. Sebab itulah semua yang Asma tanam tumbuh subur.”
Ferhad ambil tangan Asma lalu meramasnya. Lembut tak macam orang buat kerja berkebun. 
“Tapikan Asma ambil kursus lain pun Asma boleh juga teruskan berkebun. Jadikan hobi.”
“Asma mahu jadikan pertanian kerjaya Asma di masa depan. Asma suka hidup dalam kebun,” ujar Asma dengan semangat berkobar-kobar. 
“Ini cita-cita Asma sejak Asma tolong ibu menanam dan menjual sayur.”
“Asma rasa seronok.”
“Lagipun....”
Asma pandang wajah suaminya di sisi. Mereka sedang duduk-duduk santai di halaman rumah ibunya. Mengadap sawah hijau terbentang. 
“Asma tidak pernah terfikir pun mahu meninggalkan kampung ini, hidup di bandar.”
“Asma cuma fikir, pergi belajar. Timba ilmu secukupnya kemudian balik kampung usahakan kebun sayur-sayuran bersama ibu. Hidup bahagia bersama ibu di sini,” perlahan suara Asma berkongsi impiannya. 
Impian yang terlalu ringkas dan mudah dicapai. 
Ferhad berpaling melihat isterinya yang menatap wajahnya. Dia tidak jangka itu impian Asma. Ringkas dan semudah itu.
“Asma tidak teringin kerja dalam pejabat. Pakai cantik-cantik. Hujung minggu keluar berhibur bersama kawan-kawan.”
Asma angkat bahu. Sekicip pun ia tak rasa teruja ke arah itu. 
“Entahlah. Masa ayah ada dulu, ada juga keinginan nak rasa hidup di bandar. Lebih-lebih lagi bila tengok anak cucu Nek Som balik kampung. Semuanya pakai kereta besar-besar, Baju pulak cantik-cantik. Asma cakap kat ayah, bila ayah kita nak pindah duduk bandar macam anak Nek Som tu.” Asma terhenti seketika menyusuri kenangan bersama dengan ayahnya. Tak banyak yang dia ingat sebab masa ayah pergi dia baru berumur 13 tahun. 
“Ayah cakap tunggu Asma besar dulu. Nanti bila dah besar Asma boleh kerja di bandar dan balik dengan kereta besar dan baju cantik ke rumah ayah.”
“Abang tahu apa yang Asma balas lepas tu?”
Ferhad angkat kening sebelah bertanya. “Apa dia?”
“Tak naklah kerja di bandar jika kena tinggalkan ayah dan ibu. Baik Asma kerja dekat kampung. Setiap hari boleh jumpa ayah ibu. Asma kasihan Nek Som. Jarang dapat jumpa anak-anak dia walaupun anak-anaknya pakai kereta besar dan baju cantik-cantik.”
“Rasanya selepas itu Asma belajar menanam dengan ayah.”
“Bagi Asma hidup di kampung ni sudah pun buat Asma bahagia dan gembira.”
“Sekarang ada abang. Berkali ganda bahagia Asma.”
Ferhad tarik Asma ke dalam pelukannya. Sebuah ciuman diberikan di ubun-ubun Asma. Polosnya hati isterinya. Perasaannya bergolak di dalam jiwanya. Ada rasa tidak mampu diluahkan. Dia tak sampai hati. Dia akan cuba membahagiakan wanitanya ini. 
“Tapi abang jangan ingat, gadis kampung macam Asma ni kolot tahu. Asma tahu setiap perkembangan semasa. Asma tahu tentang media sosial. Asma tahu setiap perkembangan dunia hiburan tempatan dan luar negara,” ujar Asma sambil meleraikan pelukan mereka. 
“Asma suka hidup dikampung tak semestinya Asma seperti katak di bawah tempurung.”
“Asma tahu apa fungsi durex,” ujar Asma sambil menatap mata suaminya. Dia senyum malu. 
Ferhad jungkit kening. Bibirnya senget mahu ukir senyum. Tak sangka ini yang keluar dari bibir merah jambu isterinya. 
“Dalam dua minggu ni abang tak perlu pakai durex. Ini bukan waktu subur Asma. Abang tak perlu risau. Lagipun masa buat ujian HIV hari tu, misi ada berikan ubat perancang bila Asma cakap tak nak mengandung lagi buat masa ni sebab nak sambung belajar,” Asma berterus terang.
Ferhad garu kepalanya yang tidak gatal. Dia terkejut sebenarnya. Dia tidak jangka Asma sudah merancang dari awal. 
“Lagipun Asma tak nak merosak perancangan hidup abang dengan permintaan tiba-tiba Nek Som. Kita sama-sama tidak bersediakan?” kata-katanya selepas itu membuatkan Ferhad terharu. Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikirannya.
“Terima kasih sayang. Abang tak sangka, sungguh.”
Asma senyum. 
“Sebab itu, abang jangan pandang lekeh dengan budak kampung ni. Asma dah siapkan perancangan masa depan Asma untuk 5 tahun akan datang. Masa itu tak termasuk abang. Nampaknya Asma kena adjust sikit, selitkan abang dalam perancangan Asma.” Asma peluk lengan Ferhad. Diletakkan kepalanya bersandar di bahu Ferhad. Dia pejam mata, mengusir sebak di dada. 
Ferhad kucup lagi ubun-ubun isterinya. Lama mereka melayan perasaan masing-masing. 
“Asma daftar UPM bila?”
“28hb ni.”
“Semua dah siap?
“Belum. Satu pun tak buat lagi.”
“Esok kita settlekan semuanya. Lusa kita pergi Cameron Highland, honeymoon. Abang nak kita habiskan masa berdua sahaja dalam dua minggu ni. Abang nak gunakan masa ni mencipta dunia bahagia kita.”
Asma angguk. Dia juga akan gunakan masa dua minggu ini sebaiknya untuk mencipta memori terindah bersama suaminya. Sebab selepas ini dia tidak pasti adakah bahagia untuk mereka.
“Jom....” Ferhad tarik tangan Asma berdiri. 
“Ke mana?” 
“Kita bawa ibu dan nenek berjalan-jalan hari ini. Habiskan masa bersama mereka.”
“Okey jom.”Asma genggam tangan Ferhad erat. Mereka melangkah perhimpunan tangan menuju ke rumah. 
Di celah pintu jendela, Rohani melihat kemesraan merpati dua sejoli itu. Alhamdulillah keputusan untuk mengahwinkan Asma tidak salah. Ada seseorang akan memjaga anaknya bila sampai masanya dia pergi nanti. 
Dalam diam-diam dia telah titipkan amanah buat Ferhad. 
“Ibu tidak ada harta yang banyak untuk ditinggalkan kepada Asma, Ferhad. Cuma tapak rumah sekangkang kera inilah yang ada pun.”
“Asma muda lagi. Masih banyak yang dia perlu belajar. Jadi sebagai suami ibu harap Ferhad dapat bimbing dia, berikan dia tunjuk ajar. Mana yang salah tegur baik-baik.”
“Asma ni sudah biasa berdikari sejak ayah dia meninggal. Dia lebih suka pendam perasaan dan tunjukkan dirinya kuat di depan ibu. Tapi ibu tahu di belakang dia selalu menangis. Sebab tak nak ibu susah hati, dia tidak pernah cerita apa-apa kat ibu.”
“Jadi ibu harap Ferhad sayang dan cintailah dia. Jangan lukakan hati. Berterus terang jika ada yang Ferhad tidak suka.”
“In shaa allah ibu. Ferhad janji.”
Kerana janji itu lah dia yakin Asma akan selamat dan hidup bahagia.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2016 20:44

Bab 14 : Cinta Asma Ferhad


Ihsan Encik Google
“Nenek nak masuk mengaji,” beritahu Nek Som sebelum melangkah meninggalkan mereka. 
Sunyi. Tiada lagi suara orang berbual-bual di dalam rumah. Semalam yang meriah. Hari ini telah kembali sunyi. Gamaknya beginilah rasa apa yang Nek Som rasakan setelah semua anak-anaknya berangkat meninggalkannya sendirian. 
Asma pandang suaminya. ‘Siapa sangka dia jadi suamiku. Bersuamikan seorang lelaki kacak dan berjaya. Siapa tak banggakan? Siapa aku untuk terus bermimpi hidup bahagia di sampingnya. Tapi selagi dia ada di sisiku, aku akan cuba mencintai selayaknya.’
Malas melayan perasaan yang semakin melayang ini, Asma capai penyapu lidi. Dia mahu menyapu dan mengemas halaman rumah. Banyak cadar dan selimut perlu dibasuh juga. Pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk kenduri semalam juga perlu disimpan. 
“Asma nak buat apa?”
“Kemaskan rumah.”
“Tak payah temankan abang tidur.”
Cepat-cepat Asma menggeleng, menolak. 
“Asma kena kemaskan rumah. Banyak kerja kena buat ni. Nanti tiada siapa nak buat.”
“Nanti-nantilah kita buat. Lepas ni nenek pasti kemaskan.” 
Asma pandang wajah suaminya, tak percaya itu yang keluar daripada mulut suaminya. Tidak ada sensitiviti langsung. 
“Abang, nenek bukannya sihat sangat. Mana dia boleh kemas semua ini. Sebelum ni pun selepas semua anak-anak nenek balik, Asma dan ibulah datang tolong nenek kemaskan rumah.” Asma geleng kepala. 
“Kalau abang tahu, setiap kali bila semua anak cucu nenek pergi, nenek selalu menangis.”
“Selalunya dia akan bercerita, luahkan apa yang dia rasa pada Asma dan ibu. Dia pernah cakap, anak cucunya tidak pernah nak memahami perasaannya. Anggap rumah ni macam rumah persinggahan. Datang dan pergi ikut suka,” cerita Asma. Perbuatannya terhenti seketika. Dadanya dilanda sebak. Asma pandang suaminya. Dia senyum tawar. 
Dia mahu suaminya tahu perasaan Nek Som yang sebenarnya. Di sebalik senyuman dan tutur katanya, ada hati yang terluka sebenarnya. 
“Abang pernah ambil tahu, apa yang nenek rasa?”
Perlahan Ferhad geleng kepala. Matanya memandang wajah isterinya yang juga sedang melihatnya. 
“Cuba abang pergi tengok nenek. Apa sebenarnya dia buat dekat dalam bilik tu,” saran Asma. Berkerut dahi Ferhad mendengarnya. 
“Pergilah... temankan nenek. Asma nak siapkan kerja mengemas ni.”
“Tapi.. Biar abang tolong Asma dulu..”
“Tak perlu. Abang tolong temankan nenek. Pasal rumah ni biar Asma uruskan,” gesa Asma. Dia meneruskan kerja-kerjanya membersihkan rumah Nek Som. 
Nak tak nak Ferhad tuju juga ke bilik neneknya. Dia ketuk terlebih dahulu sebelum membukanya. Sempat dia melihat neneknya mengesat air mata. 
“Mata nenek berair bila mengaji. Terasa semakin hampir masanya nenek pergi.”
“Nek.. Ferhad baru semalam nikah dengan Asma. Hari ni nenek dah cakap pasal nak pergi.”
“Tidak hari ini, esok lusa bila sampai masanya nenek akan pergi Ferhad. Lama nenek hidup di dunia ni. Sudah hampir masanya nenek akan pulang. Atuk kau pun dah lama pergi.”
“Soal maut ni biar Allah Taala yang tentukan nek. Ferhad selalu berdoa agar nenek terus sihat sehingga umur 100 tahun.”
“Isyy kau ni.. Nak nenek mereput sorang-sorang dekat rumah ni ke?”
“Ferhad ada..”
“Asma ada...”
“Korang sudah ada kehidupan sendiri. Kau pun bukannya lama mana pun lagi kat sini. Asma pula hujung bulan ni dah daftar masuk Universiti.”
“Kalau macam tu, nenek tinggal dengan papa lah. Dekat dengan Asma. Farah dan Fatin pun ada. Nenek takkan sunyi lagi.”
Nek Som mendengus tak suka apabila mendengar cadangan cucunya itu. 
“Aku tak nak jadi patung bernyawa di rumah papa kau. Biarlah aku hidup sendiri di rumah aku ni lagi baik. Ada juga teman nak berbual petang-petang. Ada juga orang sudi layan aku. Di rumah papa kau, aku jadi macam tunggul kayu,” luah Nek Som rasa hatinya. 
Mana-mana rumah anaknya dia tetap berperasaan sama. Macam orang tak berguna.Kerjanya makan dan tidur. Mana ada orang mahu layan cakapnya. Mereka sibuk dengan kerja dan aktiviti masing-masing.
Ferhad terdiam. Mendengar luahan nenek, dia jadi simpati. Rasa macam tak guna. Sebab tidak mampu buat nenek rasa bahagia dan dihargai. Dia juga malu dengan sikap mama, papa dan adik-adiknya. 
“Tapi nenek sangat berterima kasih dekat kau. Sebab sudi tunaikan permintaan nenek ni. Bila lihat kau selamat jadi suami Asma, nenek syukur sangat.”
“Nenek harap kau hargai Asma sebaiknya sebagai isteri kau. Jika betul kau tak dapat cinta dia seperti mana kau cinta kekasih kau tu, jangan sesekali lepaskan dia dengan cara menyeksanya. Bentuk dia biar dia boleh hidup berdikari tanpa kau.”
Ferhad tekun mendengar nasihat neneknya. Dia mahu menjawab tapi dibiarkan nenek meluahkan perasaannya dulu. 
“Nenek yakin sangat Asma mampu jadi isteri yang baik dan tak banyak kerenah. Dia telah biasa hidup susah dengan ibunya. Dia juga telah biasa hidup berdikari. Jadi jangan sesekali buat dia jadi isteri yang lemah.”
“Nenek...”
“Nenek tahu hidup kau macam mana dekat U.K tu. Sebab itulah salah satu sebabnya nenek nak kau nikah dengan Asma. Nenek harap dalam masa 3 minggu kau bersama Asma ni, cukup masa untuk kau rasa manisnya ada isteri.”
“Nenek tidak mahu kau terus hanyut tergoda dengan keindahan palsu dunia. Nenek mahu kau rasai keindahan perhubungan yang halal.”
Ada sebak mencengkam jiwanya. Ferhad langsung tidak menyangka neneknya tahu apa yang cuba dirahsiakan selama ini. Memang diakui corak hidupnya di sana bebas. Tanpa fikir dosa dan pahala juga dirinya sebagai orang islam. 
“Satu lagi harapan nenek sebelum menutup mata, nenek mahu kau kembali menetap di bumi Malaysia ni.”
Ferhad tarik tangan Nek Som lalu menciumnya. Tangan inilah yang menariknya bangun ketika dia tersilap jalan dulu. Tangan ini jugalah yang memimpin dan memegangnya ketika dia hampir jatuh. Menyokongnya supaya bangun dan berlari mengejar cita-cita. Menjadi manusia berjaya seperti hari ini. 
“Nenek tidak mahu kau jadi macam papa kau. Bila serabut dan nak tenangkan diri, teguk arak. Macamlah arak itu ubat penenang.”
“Janji pada nenek. Jangan ikut jejak papa kau. Kau ada agama. Ada Allah Taala untuk mengadu. Ada isteri untuk hiburkan hati, lepaskan nafsu kau. Jangan cari yang haram.”
“Ferhad janji..” tutur Ferhad. Perlahan dan tak pasti. 
‘Mampukah dia tunaikan janji ini?’
Tanpa mereka sedar Asma melihat dan mendengar setiap perbualan mereka. Hatinya sebak melihat kelakuan dua beranak itu. 
‘Semoga aku juga mampu menjadi isteri yang baik dan menyenangkan suamiku.’
‘Semoga suatu hari nanti, suamiku akan kembali ke pangkuan-NYA.’
Lantas tanpa ingin mengganggu, dia berlalu dari situ. Menyelesaikan kerja mengemas rumah. Petang nanti dia mahu pulang ke rumah menjenguk ibunya. 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2016 18:39

November 16, 2016

Bab 15 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah




Mak Teh dan Pak Teh sedang berehat-rehat sambil menonton program Tanya asyraf di saluran oasis. Manakala Nur sejak dari lima belas minit yang lalu asyik bergayut dengan angah. Padahal baru pagi tadi angah pergi. Dekat asyik nak bercakar je. Jauh pulak asyik bergayut. Ada-ada je cerita dua beradik ini. Sesekali kedengaran Nur ketawa. Tak tahulah apa yang kelakar sangat. Dan ketika itu jugalah abah menjeling. Nur buat tak reti saja.
Teringat angah, teringat perbualan ringkas mereka sebelum angah pergi. 
“Umi.. bukan angah tak suka adik kahwin dengan Hisyam. Tapi pada pandangan angah adik tu muda lagi. Bagilah dia peluang belajar hidup berdikari dulu. Dulu adik dapat tawaran MRSM, abah tak bagi pergi. Ni baru je belajar kat Matrikulasi, abah dah plan nak kahwinkan adik.”
“Hmm.. Umi pun ada pujuk abah, tapi angah tahulah perangai abah tu. Sekali dia buat keputusan, tak dapat diubah. Tak apalah. Umi yakin Hisyam dapat jaga adik. Bukan orang lain dengan kita. Lagipun dia dah masak dengan perangai adik tu.”
“Itu angah tahu umi. Tapi...”
“Dah.. dah.. tak ada tapi-tapi lagi. Angah perlu doakan agar adik terima dengan baik apa yang abah telah putuskan untuk dia.” 
Hilang kisah pagi tadi. Adik masih lagi bergayut di telefon.
"Sudahlah tu dik, umi dah abah ada benda nak cakap ni," Tegur Umi.
"Cerita korang tak pernah habis-habis. Dah letak telefon tu, ada benda umi dan abah nak cakapkan ni," keras suara Mak Teh. Tandanya itu adalah arahan. Bukan boleh dipandang ringan. 
"Okeylah angah, umi dah jeling-jeling tu, esok adik telefon lagi. Janji cerita siapa nama gadis bertuah yang bakal jadi kakak ipar adik nanti ya," pinta Nur.
"Kalau angah teringatlah. Tak janji," balas Angah sambil lewa.
"Ok..assalamualaikum..." sambil diletak gagang telefon.
Nur menghampiri abah dan umi. Mana lagi tempat duduknya kalau bukan di tengah -tengah umi dan abah. Macamlah rumah abah ni sempit. Tak boleh duduk tempat lain. 
"Hesy... Budak ni, kan banyak kerusi kosong tu, nak juga himpit umi dan abah,"tegur Mak Teh sambil menolak Nur supaya bangun.
"Tak naklah..kerusi lain tak best. Duduk antara umi dengan abah lagi best. Sebelah kanan abah. Sebelah kiri umi. Lenguh belah kanan,boleh bersandar belah kiri pulak," jawab Nur sambil tersengih. 
"Duduklah tempat lain.. Rimas umi tau... Sejak balik ni asyik nak menghimpit je, macam budak-budak," marah Mak Teh lagi.
"Alaaa mi, anak umi ni kan budak-budak lagi. Jadi perangai memang sebijik macam budak-budaklah! Lagipun perangai budak-budak adik ni dengan umi dan abah je," pandai Nur menjawab. Tak pernah nak kalah. Ada-ada saja jawapannya.
"Haaaa…dengar tu abahnya, perasan lagi budak tapi dah layak jadi mak budak dah."
"Inilah akibatnya, manjakan sangat dia, mulut tu suka sangat menjawab. Ada-ada je jawapannya," adu Mak Teh. Sebak terasa. Cepat benar adik besar. Tak lama lagi dah nak jadi isteri orang. 
"Alaa umi ni, hanya time cuti macam ni lah adik boleh manja-manja dengan umi dan abah. Bila dah balik kolej, tak dapat dah. Kena tunggu cuti tiga bulan lagi baru boleh," pantas adik bersuara. 
Tanpa mempedulikan teguran umi tadi, Nur tetap dengan selambanya duduk di tengah-tengah sambil memeluk lengan uminya. 
"Tadi umi cakap ada benda yang abah nak bagitahu, apa dia bah?"soal Nur sambil berpaling memandang abah yang berada di sebelahnya. 
Abah memandang Nur dengan penuh kasih sayang. Keputusan yang dibuat ini adalah untuk kebaikan anak kesayangannya ini. Bukan untuk dia tetapi untuk kebahagiaan dan masa depan anak bongsunya. 
Perlahan Mak Teh hulurkan sebuah bekas baldu merah kepada Nur. Nur tercengang, namun bekas tersebut di ambil juga. Lalu dibukanya. Sebentuk cincin belah rotan tersimpan di dalamnya. 
“Cincin apa ni umi, abah?”
“Cincin adik. Hisyam bagi tujuh tahun lepas.”
Dahi Nur berkerut. Tak faham. Tujuh tahun lepas? Tapi kenapa sekarang baru diberikan kepadanya. Nur belek cincin itu seketika sebelum diserahkan kembali kepada umi.
“Umi bagi balik kat dia. Adik tak nak,” tegas Nur. Sakit hati masih terasa. Jika tujuh tahun lepas dia bagi cincin, lepas tu ghaib ditelan pasir di padang pasir. Baik tak payah. Tak kebulur dia dengan cincin tersebut. 
“Cincin ni, cincin tanda. Umi simpan lama dah untuk adik. Jadi sekarang ni umi nak serahkan kepada adik.”
“Cincin tanda apa? Tak faham adik. Dia dah lupakan adik lama dulu. Umi ni nak buat cerita pun agak-agaklah,” rungut Nur. Tak percaya dengan apa yang umi cakapkan. 
Mak Teh dan Pak Teh saling berbalas pandang. Tak surut lagi marah Nur. Padahal bukan salah Hisyam. Pak Teh memberi isyarat mata kepada Mak Teh agar menceritakan hal yang sebenarnya. Dia serahkan hal ini kepada Mak Teh. 
“Cerita ni tujuh tahun lepas. Sebelum Hisyam pergi ke Mesir, dia ada datang jumpa abah. Umi tahu Hisyam sayangkan adik. Jadi sebelum dia pergi dia nak ikat adik dulu.”
“Tak fahamlah!”
“Adik benci dia sebab dia mungkin janji. Poyo-poyo je cakap nak tulis surat setiap minggu. Telefon setiap bulan tapi habuk pun tak de,” geram teringatkan janji palsu Hisyam.
“Tak baik tuduh dia yang bukan-bukan. Adik patut tanya dia kenapa dia tak tulis surat. Telefon adik, bukannya main tuduh je.”
“Buat apa. Mesti dia sampai sana. Jumpa awek cun. Terus lupa adik. Lagipun orang yang pergi belajar ke Mesir ni semua gatal-gatal. Ramai yang tak sempat habis belajar, dah kahwin. Hisyam tu belum sampai seminggu balik dah sibuk nak kahwin.”
“Mana adik tahu Hisyam nak kahwin.”
“Nisa yang cakap masa malam kenduri tu.”
“Adik tahu dia nak kahwin dengan siapa?”
Nur angkat bahu. Entah. Tak ambik tahu pun. Namun hatinya sakit. Hisyam telah benar-benar lupakan dia!
“Dia nak kahwin dengan adik!”
Nur tersentak. Bekas cincin terjatuh dari tangannya. 
“Tipulah umi. Tak mungkinlah.”
“Cincin ni cincin tunang adik dengan dia. Dia dah jadi tunang adik tujuh tahun lepas.”
“Jadi, sebaik adik habis belajar matrikulasi nanti, abah akan kahwinkan adik dengan dia.” 
Hampir terlompat mendengar kata-kata abah itu. Terkejut dan tidak pernah soal kahwin menerjah ke benaknya sebelum ini.
“Tak nak. Adik muda lagi. Baru lapan belas tahun!” bantah Nur pantas. Tak perlu berfikir panjang. Tak perlu menganalisa perasaannya sendiri. 
Dia dan Hisyam telah menjadi dua orang asing. 
“Adik.. dengar abah nak cakap dulu.”
Nur geleng kepala. Matanya berair. Mendengar perkataan kahwin pun sudah menakutkannya. Teringat gurauan Fatihah sebelum balik bercuti dulu, masin mulut Fatihah. Abah kini sedang merancang pernikahannya.
“Adik muda lagi bah. Bagilah adik habis belajar dulu. Lepas tu abah nak kahwinkan adik pun adik tak kisah. Please bah,” rayu Nur. 
Dia tidak mahu walau sedikit pun memikirkan soal perkahwinan ini. Dia mahu menumpukan perhatian kepada pelajarannya terlebih dahulu. 
Mendengar rayuan Nur, wajah abah berubah tegang. Dia tidak suka anak-anak membantah cakapnya. Dia telah fikirkan semasaknya perkara ini. Lagipun apa susahnya? Orang suruh kahwin! Bukannya buat kerja tak elok. Hatinya juga yang senang.
“Keputusan abah muktamad! Adik kena nikah dengan Hisyam selepas habis belajar matrikulasi nanti. Abah dan umi akan aturkan semuanya!”
“Tapi bah... adik tak nak kahwin lagi.”
“Nak tak nak bukan hak adik. Hak abah yang tentukan bila adik akan kahwin dan dengan siapa!” tegang suara abah memutuskannya. Tiada lagi kemesraan ditonjolkan. 
Selesai berkata, abah terus masuk ke dalam biliknya. Tinggalkan Nur dengan uminya. 
“Umi...” Nur mendakap tubuh umi.
Umi menggosok belakang Nur. Cuba mententeramkanya.
“Umi.. tolonglah adik. Pujuk abah. Adik tak nak kahwin lagi!” tersedu-sedu Nur menuturkannya. 
“Adik kan tahu abah tu macam mana orangnya. Kak Long dan Kak chik dulu pun kahwin ketika masih belajar juga. Tak ada masalah pun.”
“Kak Long dan Kak Chik lain. Mereka kahwin dengan orang yang mereka cinta. Bukan macam adik!” Bentak Nur.
“Betul ke, adik dah tak sayang dengan abang Syam?”
Laju Nur mengangguk.
Umi pula tersenyum. Di dakap bahu Nur. 
“Tanya hati adik kembali, ingat saat-saat adik bersama dengan abang Syam dulu. Apa yang adik rasa? Umi yakin, dalam hati adik ada satu ‘rasa’ yang adik sendiri tidak tahu apakah ia yang sebenarnya. Jadi berikan peluang pada hati adik, mencari makna ‘rasa; itui.”
Nur terkedu. Kata-kata Umi tepat terkena hatinya. Memang ada ‘rasa’ asing menyelubungi hatinya sejak pertemuan pertama dengan abang Syam selepas beberapa tahun. Erti kata pertemuan pertama mereka setelah dia menjadi gadis remaja. Gelora rasa itu membuatkan dia tidak tidur lena. Wajah abang Syam sentiasa mengunjungi mimpinya, membuatkan dia takut terlelap. Puas cuba dihalau jauh, namun hati keinginannya berlawanan. 
“Tak mungkin, Umi.”
“Umi.. tolonglah cakap kat abah tu, biarlah adik sendiri yang tentukan jodoh adik. Lagipun mana adil, Kak Long dan Kak Chik boleh kahwin dengan pilihan sendiri. Adik pula Abah yang tentukan.”
Umi diam. Dia memandang wajah polos anak dara bongsunya. Kasihan pun ada tapi suaminya tetap mahu menggunakan kata vetonya. 
“Maafkan umi sayang... Sebelum adik minta pun umi dah cuba pujuk abah. Tapi tak jalan jugak.” 
Nur mengeluh. 
Disandarkan kepalanya di bahu umi. Hatinya resah tetapi usapan lembut umi di kepalanya seakan penawar, meleraikan kekusutan hatinya. Biarkan masa berlalu mengubah hatinya menjadi ikhlas menerima takdir ini. Dipejamkan matanya, terasa usapan lembut di kepala. Ada sendu berlagu di hati. Takkanlah dalam usia muda dia terpaksa kahwin. Dia pun ingin merasa hidup bebas. Merasa pegang duit sendiri, merasa hang out dengan kawan-kawan. Dan yang paling penting dia ingin merasa hidup tanpa apa-apa tanggungjawab dulu. Biar dia puas menikmati hidup sebagai gadis single. 
Namun kata-kata abah tadi, bagaikan menenggelamkan apa yang dia ingin nikmati. Kenapa cepat sangat abah membuat keputusan untuknya. Bukankah dia anak kesayangan abah. Patutnya abah berikan dia kebebasan untuk melakukan apa yang dia mahu. Termasuk soal jodoh ini. Dia baru je 18 tahun. Tak ke cepat sangat untuk dia memasuki alam perkahwinan ini.


"Adik kena redha dan terima dengan hati yang terbuka, bukan mengeluh macam ni," tegur umi perlahan. 
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 16, 2016 17:00

November 13, 2016

Bab 14 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah




Pagi yang hening, kokokan ayam jantan abah masih lagi nyaring kedengaran. Bingit. Bunyinya hampir sangat dengan jendela biliknya. Ditarik bantal lalu ditekup telinganya, namun masih juga kedengaran. Nur mendengus, geram. Misinya membuta pagi ini gagal. Arrrgg... Aku nak tidur pun tak senang! Siap kau jebat, nanti aku tangkap buat gulai! Membebel Nur tak sudah. 
Dengan langkah malas, Nur mengambil tuala mandi dan terus keluar dari biliknya menuju ke dapur. Terlihat umi sedang asyik menggoreng sesuatu di atas dapur. Tercetus idea nakalnya, mengusik umi. Jadi berdekit-dekit Nur menghampiri umi. 
"Selamat pagi umi" bisik Nur di telinga kanan umi dan terus melarikan wajahnya ke sebelah kiri pula. 
Terkejut dengan bisikan itu, Mak Teh terus berpaling ke kanan tetapi tak nampak pula wajah yang dicari. Dari suara itu pun, dia sudah tahu siapa gerangannya. Tidak ada anak lain di dalam rumahnya sekarang melainkan si anak bongsunya. Terkekeh-kekeh Nur melihat gelagat uminya itu. Spontan Nur terkena habuan tangan Mak Teh.
"Aduh sakitlah umi, tak pasal-pasal cubit orang," Nur mengaduh manja sambil mencebikkan bibirnya. Tanganya pula menggosok bekas cubitan sayang umi tadi.
"Haa… Itu ubat mengusik umi tadi. Tak habis-habis dengan perangai budak kecik dia. Nasib baik tak terkena senduk panas ni haa. Nanti tak bermenantulah umi."
"Huh…. Umi ni, usik sikit pun nak marah. Dah lah adik baru balik. Mestilah nak usik umi, biar Umi rindu bila adik tak ada nanti," balas Nur. Saja dilagukan suaranya. 
"Haaa..tak usik pun memang Umi akan rindukan adik. Anak manja Umi ni takkanlah Umi tak rindu. Sudahlah, pergi mandi dulu. Lepas tu nak usik Umi pun usiklah. Umi tak kisah. Sekarang ni Umi kisah sebab busuk bau air liur basi adik tu,” Umi pula mengusiknya. 
Nur tersengih. 
“Mana ada, Umi ni! Adik dah gosok gigi masa bangun solat subuh tadi,” sangkal Nur. Tangannya sudah berlingkar di pinggang Umi. Kepalanya pula disandarkan di belakang Umi membuatkan Umi sukar bergerak.
“Adik!” Umi menepuk tangan Nur. 
“Pergi mandi!” Tegas Mak Teh mengarah.
Dia tidak mahu melayan melodrama yang cuba Nur lakarkan pagi ini. Dia faham sangat perangai anak manja ini. 
"Umi ni tak sportinglah"cebik Nur kemudian berlalu menuju ke bilik air yang terletak dihujung dapur. 
Umi memandang tubuh Nur hilang disebalik pintu bilik air sambil menggelengkan kepala. Teringat perbincangannya dengan Abah Nur. Hatinya berat mahu mengikut perancangan suaminya. Tapi hendak dibantah, dia tahu suaminya mahukan yang terbaik untuk anak manja mereka ini. Melihat tingkah laku anak bongsu kesayangannya itu, hatinya ragu-ragu. Mampukah adik menjadi seorang isteri yang baik dalam umur yang baru mencecah 18 tahun ini. Perangainya masih keanak-anakan. Memasak pun tak pandai. Apatah lagi mahu melayan suami. 
Nur berbeza dari anak-anaknya yang lain. Along, angah dan Acik sejak kecil lagi diajar berdikari. Seawal 13 tahun mereka telah dihantar belajar sekolah berasrama penuh. Jadi hidup mereka sejak dari awal remaja lagi telah tahu menguruskan diri sendiri. Berbeza dengan adik. Dia tidak pernah lepas dari pandangannya. Tidak pernah jauh. Cuma baru sekarang, setelah dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi, dilepaskan anak bongsu kesayangannya itu. Itu pun di hati tetap diselubungi kebimbangan. Sering hati tertanya-tanya, bolehkah Nur hidup berdikari dan menyesuaikan diri dengan tempat baru? 
Hari pertama berpisah, boleh dikatakan setiap masa terluang Nur akan menelefon ke rumah. Sebak hatinya. Tetapi sengaja tidak ditunjukkan. Kalau tidak sampai bila-bila pun Nur takkan membiasakan diri berjauhan darinya. Silap haribulan Nur buat perangai mahu berhenti belajar dan kembali ke rumah. Sebab itulah suaminya berkeras agar sakitnya dirahsiakan dari pengetahuan Nur. Alhamdulillah sehingga kini, setelah dua bulan berlalu, Nur semakin dapat membiasakan dirinya. Panggilan telefon sudah tidak sekerap di awal perpisahan dulu.
Baru sahaja dia membiasakan diri hidup berdua dengan suaminya, dia dikejutkan pula dengan rancangan suaminya. Dia tahu tentang lamaran Hisyam sebelum sambung belajar dulu. Dia juga tiada halangan menerima Hisyam sebagai menantunya. Tapi adik masih mentah lagi. Belum matang untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kalau dilihat kepada pendirian suaminya kali ini, memang sebarang bantahan tidak akan diterima. Alasan sakit menjadi alasan kukuh kenapa Nur perlu dinikahkan dalam usia muda. 
Dia sebenarnya tidak kisah siapa yang bakal menjadi menantunya asalkan anak-anak hidup bahagia. Dia pun akan turut merasa bahagia di atas kebahagiaan anak-anaknya. Yang jadi masalah sekarang, macam mana hendak memberitahu kepada empunya diri. Benda ini bukan masalah kecil. Tetapi masalah besar. Dia dapat mengagak adik takkan bersetuju dengan risikan ini. Dia faham sangat dengan kerenahnya. Memang manja dan jika dia tidak mahu, mati-matian akan ditentangnya. Dia juga tahu Nur berjauh hati dengan Hisyam.
Kalau ikutkan suaminya, dalam masa terdekat ini mahu dinikahkan Nur dengan Hisyam. Tidak mahu bertangguh lagi. Lagipun suaminya melihat Hisyam lelaki ideal untuk anak bongsunya. Yang dulu sabar meladeni karenah manja Nur. Yang berpegang pada janji dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan Nur. Jadi dia tidak ragu-ragu untuk melepaskan Nur ke dalam jagaan Hisyam.
Yang menjadi masalah sekarang, anak kesayangan mereka itulah. Kepalanya memang ikut seratus peratus kepala abahnya. Kalau yang ini sependapat tak apalah juga. Perkara ini sudah pasti berlawanan pendapat. 
Umi termenung jauh , tanpa menyedari anak kesayangannya telah siap mandi. Dengan hanya melilit tuala di badannya, Nur berjalan perlahan-lahan mendekati umi yang sedang termenung, mungkin juga berangan, fikirnya. Terus dicium pipi ibu kesayangannya itu secepat mungkin dia menyusup masuk ke dalam biliknya. Suara ketawanya bergema di dalam bilik. Kuat. 


Umi terkejut dan hilang kata dengan sikap nakal Nur. Senyum dan gelang kepala je lah. Nur ada-ada je telatahnya nak menyakat orang. Masih lagi bersikap keanak-anakan. Jadi hatinya sedikit risau untuk melepaskan anak itu ke tangan orang lain, bila mana hatinya masih lagi menganggap anak ini masih kecil. Dalam diam umi mengeluh. Hatinya risau.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2016 17:00

Bab 13 : Cinta Asma dan Ferhad



Asma terjaga dari tidurnya. Dipejam celikkan mata dan meraba jam di atas meja di sisi katil. Tak jumpa. Dia cuba gerakkan badannya untuk bangun tetapi sukar. Ada tangan membelit erat pinggangnya. Dalam mamai dia teringat semalam dia telah bernikah dengan Ferhad. Bermalam di rumah Nek Yam. Asma cuba bergerak lagi tapi makin erat pula Ferhad menguncinya dalam pelukan. Dia tiada pilihan selain mengejutkan Ferhad. Dia yakin sekarang ni telah masuk waktu subuh. 
“Abang.. Abang...” ditepuk lengan Ferhad di pinggangnya. 
Ehemm... 
“Bangunlah. Dah pagi.”
“Sekejap lagi. Pagi lagi ni. Ayam je bangun pagi. Orang bangun lewat sikit tak apa.”
Asma ketap bibir. Baik punya alasan encik suami. 
“Masalahnya orang ni memang dah biasa bangun pagi. Mandi dan solat subuh. Lepas tu buat kerja kat dapur,” balas Asma. Jika tadi dia dipeluk dari belakang, sekarang dia mengiring memandang suaminya. Tangan suaminya masih melekat erat di pinggangnya. 
“Pagi ni boleh excuse sebab suamikan?” soal Ferhad perlahan. Matanya masih lagi ditutup. 
“Dengan Allah mana boleh mintak excuse. Kena tunaikan perintahnya dulu baru boleh excuse.”
“Kalau macam tu jom. Kita sembahyang subuh dulu. Lepas tu temankan abang tidur lagi. Okey?”
Asma tahan nafas. Mata Ferhad tiba-tiba terbuka mengunci pandangannya. Bibir sensual itu singgah di puncak hidungnya. 
“Jom, bangun sembahyang,” ajak Ferhad sambil menarik Asma bangun. 
“Biar Asma mandi dan ambil air sembahyang dulu. Lepas tu baru abang masuk.”
“Apa salahnya mandi dan ambil air sembahyang sama-sama,” tanya Ferhad sambil sembunyi senyum. 
Asma cepat geleng kepala. Mukanya dah berbahang panas. Tambah panas dengan nafas Ferhad yang menghembus dahinya. Bibirnya singgah lama di situ. 
“Tak boleh nanti lambat. Lagipun subuh dah nak habis.”
“Kalau macam tu kita ambil air sembahyang dululah, mandi kemudian. Boleh mandi lama-lama bersama-samakan?”
“Cepatlah, nanti subuh habis,”gesa Asma mengelak daripada memberi jawapan. 
Ferhad sengih. Dia lepaskan Asma mendahuluinya. 
“Nanti tunggu abang. Kita solat berjemaah.”
Betul-betul lewat mereka keluar dari bilik pagi ini. Asma senyum segan. Sudah berkali-kali dia minta izin keluar menolong di dapur tapi Ferhad enggan melepaskannya. Sengaja dia mengunci Asma di dalam pelukannya. Sengaja menggodanya sehingga dia ikut terbuai dan terlena semula. 
“Baru bangun pengantin baru? Ingatkan tak nak keluar bilik lagi hari ni,” sindir Fadhilah. 
“Keluar isi perut dulu mak ngah. Kena recharge tenaga dulu baru boleh berkurung lagi,” balas Ferhad selamba. 
Asma sudah merah muka. Dia sengaja melarikan diri ke sinki, mengambil cawan untuk suaminya.
“Layanlah suami kamu ni Asma, kami semua dah siap makan. Nak berkemas-kemas nak balik dah tengahari nanti.” 
“Awal lagilah mak ngah. Sini dengan Kuala Terengganu tu 3 jam je dah sampai. Petang-petang sikit pun boleh balik.”
“Nak singgah rumah mertua mak ngah sekejap sebelum balik. Nanti apa kata mereka pula tak singgah,” jelas Fadhilah lagi. 
“Nanti, bila-bila senang bawa Asma datang rumah mak ngah. Bawa dia berjalan pusing-pusing KT,”ajak Fadhilah.
“In Shaa Allah mak ngah.”
“Eh nenek mana?”
“Ada dalam bilik dia. Katanya tadi sakit badan. Itulah bergerak sana sini semalam tak berhenti. Bila orang suruh rehat, tak didengarnya. Nanti kamu tengok-tengokkan nenek. Kalau melarat sakitnya bawa ke klinik,” pesan Fadhilah lagi sebelum meninggalkan mereka berdua di situ. 
“Mama dan papa abang balik bila? Tak nampak pun mereka?” soal Asma. Dia tak sempat lagi berbual dengan mak mertuanya. Semalam selepas akad nikah mereka sibuk bergambar dan melayan tetamu. Kemudian makan-makan. 
“Entah. Mungkin tengah berkemas jugak kot.”
“Mereka dah nak balik jugak ke?” soal Asma terkejut. 
Ferhad angguk. 
“Papa dan mama tak dapat cuti lama. Isnin dah kerja.”
Asma pandang wajah suaminya yang bagaikan tiada perasaan. Sukar dia nak meneka apa perasaan suaminya sekarang. Anak sulung baru semalam selesai kenduri kahwin. Hari ini keluarganya telah bersiap untuk pulang ke rumah tanpa mahu tinggal lebih lama. Serta merta Asma merasa kasihan dekat suaminya. Kasihan juga dengan Nek Som.
“Kenapa tengok abang tak berkelip? Nak masuk bilik semula ke?” soal Ferhad sambil angkat kening. Senyum nakal turut menghiasi bibirnya. 
Cepat-cepat Asma geleng kepala. 
“Asma tak sempat pun nak berbual dengan mama. Berkenal-kenalan dengan dia,” luah Asma. 
“Tak apa. Lainkali boleh kenal. Asma ada masa seumur hidup nak berkenalan dan berbual-bual dengan mama nanti.”
Asma paksa senyum.Dia tidak tahu samaada hatinya gembira atau tidak mendengarnya? Terlintas cerita Fatin semalam membuatkan hatinya berubah rentak. Sumbing. 


“Kita tak sempat nak bermesra lagi Asma. Mama harap Asma tak ambil hati. Majlis Asma dan Ferhad ni tiba-tiba sahaja. Sebab itulah mama dan papa tak dapat nak ambil cuti panjang,” ujar Mariana. Dia usap bahu Asma. 
“Tak apa, Asma faham mama.” Asma angguk. Dia senyum ikhlas.
“Jangan ambil hati juga dengan kata-kata opah. Nanti-nanti bila dah lama kenal, Asma akan faham opah. Dia tu nampak je keras dan suka laser orang tapi hatinya baik.”
Asma senyum lagi. Kemudian dia salam dengan papa mertuanya. 
“Jaga anak papa baik-baik,” itu saja pesannya sebelum masuk ke dalam kereta. 
Farah Nur pula bersalam dan peluk Asma erat. 
“Farah suka Asma jadi kakak ipar Farah. Kita geng. Nanti bila daftar masuk Universiti jangan lupa telefon Farah, nanti Farah bawa Asma pusing-pusing KL.”
“In Shaa Allah...”
Fatin Nur salam cuma bersentuh hujung jari sahaja. 
“Ingat apa yang aku cakap semalam. Kau sebenarnya dah tewas sebelum berjuang. Jangan berangan nak jadi isteri abang aku untuk tempoh yang lama. Jadi sementara abang aku ada depan mata kau ni, baik kau layan dia baik-baik. Bila dia balik London nanti, dalam mimpi pun belum tentu kau akan jumpa dia.” 
Asma tetap ukir senyum mendengar bisikan Fatin Nur. Hatinya sakit tapi dia tetap berlagak biasa. Dia tidak akan biarkan sesekali Fatin Nur rasa dia termakan kata-katanya. Biar sakit di hati jangan terukir di wajah. 
“Terima kasih di atas ingatan penuh kasih sayang Fatin. Saya tidak akan ambil hati. Sebab apa yang baik atau buruk itu Allah Taala yang tentukan. Bahagia atau derita hati saya nanti biar sahaja saya tentukan. Sekarang ni saya hati saya bahagia kerana membahagiakan orang-orang yang saya sayang,” balas Asma tenang. 
Fatin ketap gigi tahan marah. Dia terus masuk ke dalam kereta. Manakala Maria pula langsung tidak menyalaminya. 
“Biarkan sahaja mereka tu. Jangan ambil hati sangat. Orang tua tu doa-doakan suatu hari nanti ada Nur meresap masuk ke dalam jiwanya,” nasihat Nek Som
Ferhad datang peluk bahunya setelah kereta yang membawa keluarga bergerak pergi. 
“Apa yang Fatin cakap dekat Asma,” soalnya.
“Tak ada apa, Pesanan kasih sayang seorang adik ipar,” balas Asma tenang. 
Ferhad berkerut dahi.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2016 16:09