Shima Rostam's Blog, page 18
March 2, 2017
Bab 13 (a) : Hati Yang Kau Sakiti
“Hello angah.. Lambat lagi ke?”
Ami dah bosan menunggu. Nak naik ke bilik, dia tak boleh duduk lama-lama dengan mereka berdua. Sakit hatinya masih lagi kuat mencengkam jiwanya. Biar pun tadi mereka melayannya biasa-biasanya. Tidak lagi meminta maaf daripadanya. Mereka buat hal mereka sendiri. Hatinya masih juga sakit.
“Sepuluh minit lagi sampai..”
“Huh...” terus dimatikan panggilan.
Sepuluh minit angah akan jadi tiga puluh minit. Memang tak boleh pakai pun. Ami mendongak tengok ke bloknya. Berkira-kira mahu naik atau tak. Dia mengeluh lagi. Ah tak payahlah!
Pap!
Cepat Ami berpaling. Nur tersengih memandangnya. Masih lagi memakai telekung.
“Lama tak nampak kau? Kau tunggu siapa?”
“Aku tumpang bilik kawan di kolej sebelas. Tunggu angah aku.” Ami sengih. Rindu dengan bakal mak budak ni. Wajah berseri. Tentu dia sentiasa bahagia punyai suami macam ustaz Hisyam tu.
“Kau kenapa? Masih lagi bergaduh dengan roommate kau ke?”
Ami diam. Dia memilih untuk tidak menjawab.
“Berdosa besar jika kita bermasam muka lebih dari tiga hari. Kau tak boleh macam ni. Jangan ikutkan hati sangat,” nasihat Nur.
Ami ketap bibir. Nak marah tapi Nur tak bersalah pun. Malah dia tak tahu cerita sebenarnya.
“Apa yang mereka telah buat dekat aku lebih besar dosanya Nur. Tak semudah itu aku dapat memaafkan mereka. Mereka yang menyebabkan aku benci diri sendiri,” bisik Ami.
Nur mengambil tempat di sisi Ami. Mungkin dia tak faham tapi dia akan cuba faham.
“Aku tak tahu apa yang terjadi. Tapi aku tahu, kalau kau simpan dalam hati kemarahan dan kebencian itu, lama kelamaan ia akan makan hati dan diri kau. Kau akan sukar capai bahagia. Nanti hati kau jadi hitam dan keras.”
“Jangan musnahkan diri sendiri. Memaafkan adalah dendam terindah. Kau kena cuba redha di atas setiap yang berlaku. Kau kena ingat dan yakin itu adalah ujian hidup kau. Apa yang berlaku tu bukan saja-saja berlaku. Pasti ada hikmah di sebaliknya,” nasihat Nur panjang lebar.
Ami tarik nafas. Cakap senang tapi nak laksanakan itulah yang payahnya. Dia mahu maafkan semua orang tapi setiap kali dia tutup mata, peristiwa pagi itu tetap bermain-main dalam mindanya. Sampaikan dia takut nak tidur di malam hari. Siang hari pula sejak kejadian malam itu dia tidak pernah lagi mampu melelapkan mata walaupun teramat letih.
“Aku dah cuba Nur. Tapi tak mampu...” balas Ami.
“Lupakan malam itu...”
“Maksud kau?”
Hmmm... Ami senyum tawar. Dalam masa yang sama dia ternampak kereta angahnya. Berhenti di depan kolej.
“Aku pergi dulu. Angah aku dah sampai.”
Nur angguk. Dia senyum dan dia yakin sekeras-keras hati Ami, pasti akan lembut juga akhirnya. Memaafkan dan dimaafkan.
“Okey. Kirim salam dekat mak ayah kau.”
Ami angguk dan angkat tangan. Dia melangkah besar-besar menuju ke kereta angah. Beberapa meter nak sampai, sebuah kereta toyota Wish berbenti di belakang kereta angah. Dia kenal sangat kereta tu. Maka langkahnya menjadi perlahan. Dia berpaling ke belakang. Ternampak Kirana berjalan menuju ke arahnya. Dia tidak mahu menegur. Pantas dibukakan pintu kereta angah dan cepat-cepat masuk ke dalam.
“Cepatlah jalan,” gesa Ami. Angah pelik. Dia lihat ke luar tingkap.
“Eh bukan ke tu roommate Achik ke?”
“Hmmm...”
“Cepatlah..” gesa Ami lagi.
Angah geleng kepala. Baran tak habis-habis Achik ni. Kirana pandang sayu kereta angah Ami berlalu pergi. Dia yang menyebabkan Ami berubah. Dia yang menyebabkan Ami menjauhkan diri.
“Ami naik kereta siapa tadi tu?” soal Aali sebaik sahaja keretanya bergerak.
“Angah dia. Balik rumah kot.”
“Kat mana?”
“Puncak Alam.”
Aali jungkit kening.
“Rumah keluarga abang dan Amru dekat Saujana Utama Sungai Buloh. Dekat rupanya.” Aali senyum. Semakin yakin dengan kata hatinya. Ami sememangnya jodoh Amru.
“Dia tak tegur lagi?”
Kirana geleng kepala.
“Dah berminggu dia tumpang bilik kawan dia. Baru petang tadi balik ke bilik, itu pun sebab nak balik kampung.”
“Hurmmm...”
“Sabarlah.. Nanti-nanti Amru pujuk, okeylah tu.”
Bulat mata Kirana mendengarnya. Langsung tidak ada rasa kesal dalam suara itu.
“Awak nak dia lebih memusuhi saya ke? Saya hilang kawan baik sebab rancangan bodoh awak tu!” dengus Kirana geram. Bercakap dengan Aali ni macam bercakap dengan orang bebal. Padahal kelulusan Master. Tapi otak bila bab kenakan orang selalu tak boleh pakai.
“Tak. Bukan itu maksud saya. Tapi saya tak menyesal apa yang saya lakukan malam itu.”
“Saya kenal Amru. Dia bukan lelaki lepas tangan. Dia akan bertanggungjawab di atas setiap perbuatannya. Dia akan pastikan Ami menjadi isterinya jugak nanti.”
Kirana peluk diri sendiri. Dilemparkan pandangan ke luar tingkap. Tidak yakin dengan apa yang Aali cakapkan.
“Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Perempuan berzina adalah untuk lelaki berzina..” ujar Aali lagi. Bila tiada balasan dia toleh melihat Kirana. Nampak Kirana lap air matanya. Segalanya telah berubah sejak malam itu.
“Abang yakin suatu hari nanti Ami akan memaafkan Kira. Memaafkan perbuatan kita. Kita sama-sama doakan,” pujuk Aali. Dia tarik tangan Kirana dan menggenggamnya. Kirana tarik nafas. Sejak malam itu dia tidak dapat tidur lena. Kesalahannya amat besar.
“Kita pun banyak dosa besar. Buat khianat lagi kat Ami. Lagi bertambah dosa besar..” keluh Kirana perlahan.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on March 02, 2017 17:05
February 28, 2017
Bab 12 (c) : Hati Yang Kau Sakiti
“Beb.. bila aku boleh clash dengan Hafiz tu?”
“Boring tahap gaban dah ni,” rungut Lisa. Dia tanpa segan menjatuhkan badannya atas tilam Ami. Sejak tahu Ami tak balik ke bilik ini, dia rajin datang melepak di sini.
“Terpulang pada kau lah. Lagipun pertaruhan kita tamat sebaik sahaja Ami putus dengan Hafiz.
“Hurmm.. apasal suara kau lain macam,” soal Lisa. Keghairahan Kirana dan Syida semakin mengendur apabila bercerita tentang Ami dan Hafiz.
“Tapi betul ke kau dah boring dengan Hafiz tu? Nampak macam kau rela je diraba oleh mamat tu.”
Lisa mengeliat geli. Berdiri bulu romanya mengingatkan tangan Hafiz seperti ular, suka menjalar di tubuhnya apabila ada kesempatan. Entah mengapa dalam tak suka, dia juga merelakan.
“Tak payah nak tipu Lisa, aku rasa kau pun dah tersuka tanpa sengaja si Hafiz tu.”
“Huhu.. dalam mimpi kau!”
“Eh tadi aku nampak ada mamat hensem cari Ami di fakulti.”
“Ensem siot.. ada lesung pipit. Dia senyum.. cair.”
“Amru lah tu..”
“Siapa Amru?” soal Lisa nak tahu. Tak pernah dengar pula nama mamat tu.”
“Kawan Aali. Nak kenenkan dengan Ami tu..”
“Apasal kau tak kenenkan dengan aku?” soal Lisa tak puashati. Padahal dia juga kawan mereka. Kirana dan Syida pandang Lisa kemudian pandang sesama sendiri.
“Sebab mereka patut mendapat orang yang lebih baik!”
“Jadi aku ni tak baiklah? Tak sesuai untuk mamat hensem tu?” soal Lisa lagi. Dia terasa hati. Padahal selama ini mereka berkawan baik. Apa yang tidak mereka lakukan bersama. Kerja bodoh nak pisahkan Ami dan Hafiz pun dia sanggup lakukan.
“Bukan... bukan itu maksud kami. Sebenarnya, malam tu kebetulan je. Aali bagitahu member dia tengah frust. Ami jugak baru frust, jadi tak dirancang pun kami kenalkan mereka berdua. Mana tahu mereka tersuka pulak,” Syida reka cerita.
“Tapi...” Lisa pandang mereka berdua. Tadi nampak macam Ami tak suka pun mamat hensem tu. Siap lari lagi.
“Aku pun bakal frust jugak. Korang bolehlah kenalkan aku dengan dia. Taste aku tu. Confirm lepas ni tak cari lain lagi dah,” pinta Lisa. Rasanya dia dah jatuh hati pandang pertama semasa tengok lelaki tu tadi.
“Ok. Nanti bila jumpa kami akan kenalkan,” nak tak nak Syida iyakan juga. Takut Lisa terasa hati dengan mereka. Padahal dalam hati dia, berdoa agar ia takkan jadi kenyataan. Jangan biar Lisa kenal dengan Amru. Bukannya dia tak tahu, Lisa akan cuba segala teknik menggoda agar lelaki jatuh hati dengan dia. Walaupun caranya kotor dan menjatuhkan maruah diri.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 28, 2017 17:01
February 26, 2017
Bab 12 (b) : Hati Yang Kau Sakiti
“Kau dari mana? Petang baru masuk pejabat?” soal Aali. Mereka berjumpa di depan lif. Bekerja di bangunan yang sama tapi berlainan pejabat.
“UPM!” jawab Amru ringkas.
Aali pandang dengan wajah tak percaya.
“Kau pergi jumpa Ami?”
Amru geleng kepala. Mulanya dia tak rancang pun nak jumpa. Kebetulan terjumpa setelah urusannya dengan Uncle Yusufnya selesai. Itu pun melibatkan Ami juga.
“Habis tu, jumpa siapa?”
“Uncle aku. Dapatkan maklumat tentang budak praktikal. Senang cerita Ami dan kawan dia akan praktikal di firma aku lagi dua bulan.”
“Interesting. Cepat kau bertindak,” ujar Aali tersengih-sengih. Amru pandang sekilas sebelum melangkah masuk ke dalam lif. Aali juga turut masuk. Terdapat empat orang sahaja dalam lif ini.
“Nak betulkan apa yang tidak betul ni, aku kena cepat bertindak. Ini semua kau punya pasal.”Aali angkat ke dua belah tangannya.
“Aku minta maaf okey. Aku tahu aku salah. Tapi aku tak menyesal. Ami tu lebih dari layak jadi isteri kau.”
Amru geleng kepala. “Kau ingat jodoh aku kau yang tentukan ke?” tempelak Amru. Geram dengan sikap sahabat baiknya itu.
“Tentu tuhan yang tentukan. Aku ni perantaraan-Nya yang mendekatkan kau dengan jodoh kau,” jawab Aali sengih.
“Huh.. dia tue keras kepala! Nampak je lembut.”
“Usaha sikit bro.. InsyaAllah berbaloi nanti.” Aali letak tangan kanannya di atas bahu Amru. Kemudian dia tepuk bagi semangat.
“Kau jumpa dia?”
“Ternampak dia ketika aku bercakap dengan uncleYusuf.”
“She is his favourite student.”
“Haaa... lagi senang kerja kau nanti,”
Amru mendengus. Senang apa. Lagi keras kepala minah tu.
“Jadi kau adalah bercakap dengan dia tadi?”
Amru angguk.
“Aku tunggu dia sampai habis kuliah. Tapi minah tu memang hati batu. Dia tolak aku mentah-mentah tanpa fikir panjang. Sikit pun dia tak menyesal dengan apa yang terjadi. Pandang aku macam musuh!”
Aali ketawa. Dia tepuk bahu Amru berkali-kali. Memberikan semangat.
“Maafkan aku. Aku yang singkat akal buat perkara bodoh malam itu. Patutnya aku perkenalkan korang elok-elok, bukan pedajalkan korang. Tapi aku tetap yakin Ami tu sesuai untuk kau berbanding Bella. Malam tu Bella ada dalam kelab tu.”
“Aku pun perasan.”
“Yang aku tak perasan bila kau masukkan pil khayal dalam air aku,” soal Amru dengan mata tetap melihat pintu lif.
“Semasa kau pergi merokok,” jawab Aali tanpa rasa bersalah.
Amru geleng kepala. Ting.. pintu lif terbuka. Dia terus keluar tanpa menoleh lagi. Geram masih bersisa. Tapi itulah juga kawan baiknya sejak zaman sekolah.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 26, 2017 16:57
February 25, 2017
Tak Jadi Demam!
Cuaca sekarang tak menentukan? Bukan sekarang aje, malah sepanjang tahun cuaca di negara kita ni sering berubah-ubah. Kejap panas, kejap hujan. Hujan panas, hujan panas ni, kalau tak kuat antibodi memang mudah dapat demam. Jadi on off lah demam sepanjang tahun.
Saya paling tak suka bila terkena selesama dan batuk. Nak sembuh tu lambat. Kalau dah selesema, kulit muka jadi kering dan hidung gatal-gatal. Batuk pula, terbatuk kuat boleh terkucil tau. Tidak ada pilihan kenalah jumpa doktor dan makan ubat. Ubat demam dan batuk pula jenis mengantuk. Selalulah mamai dan mahu tidur aje. Jadi kerja pun banyak tertangguh.
Kalau cukup pakej demam + batuk + selesema lagilah. Boleh pulak berjangkit. Seorang kena dalam rumah, semua bakal kena nanti. Sebab bakteria dan virus berlegar-legar di dalam ruang udara rumah kita. Kalau ada anak kecil lagilah, boleh tak tidur malam bila si kecil demam. Kita pun demam. letih nak jaga mereka dengan badan tak sihat kan?
Tapi sekarang, bagi keluarga saya alhamdulillah dah jarang dapat demam. Kalau ada salah seorang batuk atau selesema pun, tak berjangkit dekat orang lain. Sebab saya amalkan petua ni. Senang aje petua dia. gunakan barang yang wajib ada dekat dapur aje. Nak tahu apa dia?
BAWANG MERAH.
Saya pernah tulis dalam entri terdahulu mengenai kebaikan bawang merah. boleh klik di sini untuk membacanya. (Bawang merah ooo bawang merah)
Jadi saya cuba uji sendiri. Kebetulan kali pertama saya buat, hidung tersumbat, tekak pun dah gatal-gatal batuk. Anak pula hidung berair, tanda-tanda nak demam.
Caranya : Sebiji bawang merah besar (bawang merah india) dipotong empat dan diletakkan di dalam pinggan plastik atau pun bekas tak tertutup. Letakkan dalam bilik tidur. Biarkan bawang itu semalaman atau selagi bawang itu tak buruk, biarkan sampai kering.
Gambar atas, bawang merah setelah beberapa hari saya biarkan dalam bilik tidur. Oleh sebab kami tak ada yang demam, jadi bawang merah kat atas tu tak buruk atau berkulat. (Saya lupa nak snap gambar bawang merah tika nak terkena demam tempoh hari) Jika demam, pagi esok bawang merah tu akan jadi buruk. Macam dah lama. padahal baru semalaman.
Kenapa jadi buruk?Apa fungsi bawang merah ni?
Bawang merah akan jadi buruk sebab ia menarik bakteria, virus dan kuman yang berlegar dalam udara di dalam bilik tidur saya. Fungsi bawang merah ini adalah membersihkan udara di dalam bilik tidur saya. Bila udara bersih, yang nak demam tu tak jadi demam. Sebab penyebab demam tu dah tak ada.
Kesan dia pantas. boleh dirasai bila bangun pagi esok. Jika malam tadi saya rasa nak demam. Bangun pagi esok, hidung dah tak sumbat, tekak pun dah tak gatal. Saya pun rasa segar.
Tak percaya? Cuba sendiri. Tak rugi pun kalau cuba. Bukannya mahal dan perlukan keluar duit banyak pun. Cuma ambil bawang dekat dapur aje. Potong dua atau belah empat. letak dalam bilik.
Petua ni amat sesuai diamalkan jika ada bayi dan kanak-kanak dekat rumah. Antibodi mereka tak kuat lagikan, jadi senang kena demam. Jadi ringankan tangan buat petua ni. In Shaa Allah... bayi dan anak-anak nanti susah nak terkena jangkitan demam.
Selamat mencuba.

Published on February 25, 2017 16:23
February 24, 2017
Bab 12 (a) : Hati Yang Kau Sakiti
“Dia nak apa?”
“Nak bertanggungjawab!” balas Ami sambil lewa. Debaran tadi tak hilang lagi.
Wawa sengih. Kacak tu. Bertuah Ami!
Ami cubit lengan bulat Wawa kuat.
“Aduh... Sakit wei,” pantas dilarikan lengan itu. Digosok di tempat yang menjadi mangsa Ami.
“Kau sengih gatal lagi macam tadi, berkali ganda aku cubit kau!” marah Ami geram.
Wawa geleng kepala. Tak habis-habis dengan perangai cepat panas dia tu. Digosok lengannya berkali-kali sehingga kurang sakitnya. Tapi berbekas merah. Kuat betul minah ni cubit. Kulit aku tak berapa nak cerah ni pun boleh merah.
“Baguslah! Dia nak bertangungjawab di atas perbuatannya. Kau patut bersyukur.”
“Bala!” terlepas kata itu dari bibir Ami.
“Dia lelaki budiman sebab sanggup bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukan. Aku tak faham kenapa kau tak nak terima dia.”
Ami buat-buat tak dengar. Wawa takkan faham apa yang dia rasa. Perasaannya. Sanggup ke terima orang yang rogol dia, mengambil kesempatan di atas kelemahannya. Lelaki jenis itukah yang bakal menjadi suaminya? Boleh ke mereka hidup bahagia apabila asasnya adalah bertunjangkan nafsu?
“Kau dengar tak ni?”
“Kau kata tadi mengantuk kan? Baik kau tidur. Aku nak study ni..” balas Ami.
Wawa mengeluh. Sukar ditebak apa yang ada dalam hati Ami. Ami agak tertutup soal hati. Sebab itulah dia lambat tahu tentang percintaannya dengan Hafiz dulu.
“Aku rasa tak ramai lelaki sanggup datang cari dan nak bertanggungjawab di atas kesilapan mereka. Aku rasa dia seorang lelaki yang baik, Ami. Mungkin kau patut bagi peluang dekat dia,” Wawa terus memberikan pendapatnya. Terpulanglah kepada Ami nak terima atau tidak.
“Orang macam dia tu, tak perlu nak cari, perempuan yang akan cari dia..”
“Dan aku bukan perempuan murahan yang terhegeh-hegeh dekat dia!” gumam Ami.
Wawa pandang Ami di depannya. Ami fokus membaca nota kuliahnya. Tapi dia tahu sikit pun apa yang dibaca tidak lekat dalam otaknya.
“Dia dah ambil sesuatu yang berharga daripada kau. Jadi kau rasa kau layak ke jual mahal dekat dia?” provok Wawa.
Hati Ami sentap. Dia pandang Wawa macam nak makan. Pedih bila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri. Wawa yang menyedari ketelanjuran lidahnya, ketap bibir.
“Aku minta maaf okey. Aku cuma mahu kau fikir sebaik-baiknya. Dia datang dengan baik jumpa kau. Nak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Aku rasa kau patut bagi dia peluang.”
Mood nak mengulang kaji dah tidak ada. Wawa pula membebel tak habis-habis. Lebih baik dia angkat kaki sebelum suaranya terangkat tinggi! Ami kemas barang-barangnya. Tak guna duduk di sini lagi. Melihat tingkah laku Ami, Wawa ikut kemas barang-barangnya. Mulutnya dia, tak kata apa lagi. Keras betul hati minah ni!
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 24, 2017 16:52
February 23, 2017
Aku Sayang Kamu
Bayu pagi ini amat mendamaikan. Hatiku tenang. Melihat wajah-wajah yang telah menghiasi hidupku sejak aku mula belajar mengenal kehidupan. Wajah ceria mereka, wajah yang kini jarang sekali berada di depan mata dek tuntutan kehidupan yang memisahkan. Sesekali aku rindukan saat-saat manis dan nakal kami ketika di alam persekolahan dulu.
Macam-macam kisah kami kongsikan bersama. Kisah cinta tak kesampaian. Secret admire, putus cinta mahupun kena denda dek kenakalan yang kami lakukan. Pahit manis di awal alam remaja semakin menghimpit rasa. Menetaskan rindu bukan sedikit. Jadi dikesempatan ini, aku tidak mahu sesekali melepaskannya untuk menghabiskan masa bercerita dan bergurau senda.Sahabat, biarpun masa telah menjarakkan kita, namun hati kita tetap satu. Sahabat, biarpun masa telah mematangkan kita, namun pabila bersama kita tetap anak remaja yang baru mengenal dunia.Sahabat biarpun, kita telah beranak cucu namun pabila kita bersama, kitalah bersikap seperti anak-anak. Masa tidak mampu menjadikan persahabatan kita tua. Masa juga tidak mampu melenyapkan kenangan indah bersama. Melewati batas usia, selamanya persahabatan ini akan terus kekal mewangi...
Buat sahabat sekalian, aku rindu dan sayang kamu.. Walau di mana pun korang berada.
*Ada sahabat...*
Published on February 23, 2017 17:01
February 22, 2017
Teaser bonus Berikan Aku Peluang Mencintaimu
Salam semua... Nak promosi sikit ni, Novel terbaru saya BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU, boleh didapati di SUNWAY PUTRA MALL. berdepan dengan PWTC tu,Ada MABOPA Bookfest kat sana 22 Feb sehingga 26 Feb 2017. Diskaun menarik ditawarkan. Novel-novel lain pun banyak juga... Boleh borong sakan ya!
"Seminggu tak dapat, dapat tahan. Takkan malam ni dah tak boleh tahan?"
"Boleh tahan sebab dear tak ada depan mata. Dah ada mana boleh tahan. Tengok apa uniform yang dear pakai ni, saja nak abang turn on kan?" tali halus di bahu Riya dilurut jatuh ke lengan. Matanya tak beralih melihat apa yang menjadi miliknya.
Hailah cik suami, dah dia yang banned segala jenis baju kelawar dan pijama dipakai dalam bilik ni melainkan baju tidur pilihannya, jadi salah siapa?
Riya tepuk pipi suaminya perlahan. Dia pandang ke dalam anak mata suaminya. Rindu terpisah seminggu, masih lagi meranum. Mana mungkin dia mahu menolak. Tapi...
1...
2....
3....
Tok... Tok.. Tok...
"Mama... Papa.."
Riya sengih..
"Dengar tu yangggg.... Anak teruna dan anak dara awak dah ketuk pintu.." dah jadi kebiasaan, setiap kali suaminya balik outstation, malam pertama katil mereka penuh dengan anak-anak tumpang tidur. Kononnya nak lepaskan rindu dekat papanya.
"Abang lupa.." keluh Syed Al - Aiman. Dia kembali terlentang di atas katil.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
"Seminggu tak dapat, dapat tahan. Takkan malam ni dah tak boleh tahan?"
"Boleh tahan sebab dear tak ada depan mata. Dah ada mana boleh tahan. Tengok apa uniform yang dear pakai ni, saja nak abang turn on kan?" tali halus di bahu Riya dilurut jatuh ke lengan. Matanya tak beralih melihat apa yang menjadi miliknya.
Hailah cik suami, dah dia yang banned segala jenis baju kelawar dan pijama dipakai dalam bilik ni melainkan baju tidur pilihannya, jadi salah siapa?
Riya tepuk pipi suaminya perlahan. Dia pandang ke dalam anak mata suaminya. Rindu terpisah seminggu, masih lagi meranum. Mana mungkin dia mahu menolak. Tapi...1...
2....
3....
Tok... Tok.. Tok...
"Mama... Papa.."
Riya sengih..
"Dengar tu yangggg.... Anak teruna dan anak dara awak dah ketuk pintu.." dah jadi kebiasaan, setiap kali suaminya balik outstation, malam pertama katil mereka penuh dengan anak-anak tumpang tidur. Kononnya nak lepaskan rindu dekat papanya.
"Abang lupa.." keluh Syed Al - Aiman. Dia kembali terlentang di atas katil.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 22, 2017 20:05
Bab 11(b) : Hati Yang Kau Sakiti
Melihat lelaki yang mengekori Ami tadi, membuatkan hatinya ingin tahu. Siapa lelaki itu? Apa urusannya dengan Ami? Dia yakin itu bukan abang Ami walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan mereka. Nampak sangat Ami tidak suka dengan lelaki itu. Tapi tak pula menolak.
Dalam diam matanya tidak lepas mengintip pasangan itu. Dia ingin tahu apa yang mereka cakapkan. Hatinya berdenyut sakit. Cemburu. Melihat mereka melangkah menuju ke tempat letak kereta kaki Hafiz melangkah juga. Adakah Ami akan ikut lelaki itu?
Dengan aku dulu, jual mahal, rungut hati kecilnya.
Melihat dari jauh, Ami memarahi lelaki itu. Namun lelaki itu tetap tenang. Boleh lagi tersenyum dan merenung wajah Ami. Dia tahu makna pandangan itu. Hafiz ketap bibir. Cemburunya menyala. Tanpa sedar Lisa pandang tingkah laku Hafiz. Dia senyum sinis. Huh.. ingatkan dah lupa. Rupanya terhegeh lagi intai Ami. Dia jadi geram dan cemburu. Pantas ditarik lengan Hafiz.
“Intai siapa?” soalnya geram.
“Eh”
“Mana ada intai siapa,” balas Hafiz kalut. Dia sengih. Lisa jeling tajam. Dia sempat tengok Ami bersama dengan seorang lelaki. Kacak!
Hairan aku, macam manalah Ami boleh kenal dengan lelaki kacak tu. Padahal dia bukannya cantik sangat pun. Dahlah tak reti nak berfesyen, kutuk Lisa dalam hati.
“Macamlah saya ni buta tak nampak awak intai Ami tu.. huh!”
“Tak adalah dear... I tengok notis tadi. Nampak mereka sedang berbual tu. Terpandang je,” nafi Hafiz. Hatinya dipalu kuat. Jika boleh dia tak nak Lisa tahu apa yang ada di dalam hatinya.
Lisa mencebik. Tak payah nak nafi sangat kalau mimik muka pun dah tunjukkan.
“Jomlah ke tutorial.”
“Iya.. Iya..” Dia berpusing ikut Lisa. Tapi matanya sempat lagi tengok Ami berjalan cepat menuju ke library. Lelaki itu pula senyum sorang. Senyuman yang menaikkan darjah cemburu di dalam hatinya.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on February 22, 2017 16:49
February 21, 2017
Cara ubati STRESS!
STRESS ?
Jangan lupa dapat kan AUOLIYA EMULSION SKIN REPAIR.
Jimat RM 15 sehingga 28 hari bulan ni.
Auoliya Emulsion sangat bagus merawat kulit korang yang stress di waktu siang akibat cuaca persekitaran, kadar rediasi dari komputer or phone, atau situasi yang korang hadapi setiap hari... yang buat korang kedutkan muka... stress gan kerja tak habis habis... hal masyarakat.. hal negara.. semua nak kene pikir... monyok je kan... tak ceria... sel kulit pun layu je... ☺
Kulit muka yang stress and letih menyebab kan wajah korang hilang seri, hilang kecomelan mu itu, dan lebih seram lagi.. nampak tua dari usia.
Izinkan AUOLIYA Emulsion merawat kulit waktu malam sebelum tido atau sebagai based make up sebelum korang pakai foundation , cream or bedak... So.. Auoliya emulsion akan berfungsi untuk membalut SEL KULIT untuk mempersembahkan kulit wajah dengan penuh keyakinan ibarat tubuh dibalut sutera tulen. ☺
Whatsapp saya dengan CODE " KASIH SAYANG " ke 01123786561
Saya akan berikan harga kasih sayang special untuk korang. ☺

Published on February 21, 2017 21:50
Tips rambut cantik
Hilangkan kelemumur
Saya pasti ramai yang ada masalah kelemumur.Dah guna syampu anti kelemumur pon masalah kelemumur still tak hilang.Bila kita ada kelemumur, memang rasa tak selesa kat kepala kan tambah-tambah lagi. Kalau kita bertudung lagi la rasa rimas bila ada kelemumur sebab kulit kepala kita rasa gatal. Asyik-asyik nak garu je kepala sampai tudung pon dah tak macam tudung dah.
Saya nak kongsi sikit tips atau petua untuk hilangkan kelemumur yang saya sendiri amalkan atau buat. In shaa allah akan hilang masalah kelemumur tapi bukan sekali buat terus hilang la. Jangan nak berangan sekali buat terus hilang la dan kena rajinkan diri la kalau nak masalah kelemumur ni hilang. Syampu yang kita dok pakai bertahun pon tak hilang-hilang kelemumur .
Okla petua ni bahan dia ada kat dapur korang je. Kita guna bahan natural je. Korang tahu tak bahan-bahan natural nie hasil dia lambat tapi bagus tau.
Bahan-bahan
-olive oil ataupun kita panggil minyak zaitun. guna minyak zaitun yang masak tu tau
- 1 biji asam limau (potong)
Cara dia korang ambik olive oil tue sapu kat kulit kepala dan rambut biar semua kena tau. Sambil-sambil sapu tue urut la jugak kulit kepala.
Lepas dah sapu, ambik asam limau yang dah potong dan gosok-gosok kat kulit kepala. Bukan ambik sebijik yg belum potong tau. Kang ada yang ambik sebijik terus gosok kat kepala .
Dah habis semua,ambik tuala ataupun tutup kepala yang kita guna masa mandi tue untuk bungkus rambut tadi.Biarkan selama sejam ye bukan 15-20 minit tapi sejam!!!
Lepas tu cuci la rambut dengan syampu yang korang gunakan.Amalkan 3-4 kali seminggu untuk hasil yang bagus ok.
Rambut gugur
Tips rambut gugur pulak,ambik olive oil sapu kat rambut.Sambil2 sapu urut la sekali kulit kepala tue.Yang ni guna olive oil je.
Kalau korang ada minyak kelapa boleh la campur sekali tapi kalau takde guna je olive oil.Lepas tue bungkus la rambut tu dgn tuala atau apa2 jela asalkan bungkus.
Biarkan selama sejam.Selepas tu boleh la cuci rambut dengan syampu yang korang gunakan.
Selamat mencuba!!!!!!!

Published on February 21, 2017 16:37