Shima Rostam's Blog, page 24
October 26, 2016
Bab 9 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah
Orang kampung telah mula datang ke rumah Pak cik Hassan seawal tujuh pagi. Menurut umi, seekor lembu sederhana besar ditumbangkan untuk kenduri kesyukuran dan maulidur rasul ini. Tentunya kepulangan anak lelaki tunggal ketua kampung ini ditunggu-tunggu. Hisyam merupakan anak kampung pertama yang melanjutkan pelajaran ke bumi anbiya. Setahun kemudian barulah beberapa orang lagi mengikuti jejak langkahnya melanjutkan pelajaran ke sana. Jadi sudah tentulah Hisyam menjadi kebanggaan semua.
Melalui pintu utama yang terbuka luas Nur dapat melihat beberapa gadis lebih kurang sebayanya duduk memotong daun pandan untuk membuat bunga rampai. Salah seorangnya terpandangnya yang baru tiba segera melambai-lampai supaya menyertai mereka. Nur membuat isyarat tangan.
'Kejaplah' mulutnya terkumat kumit.
"Umi hendak ke dapur, adik pergi tengok dalam rumah tu, mana-mana yang nak kena tolong, tolonglah. Ringan tangan sikit," pesan Mak Teh.
Nur mencebik. Umi ni macamlah orang tak biasa pergi tolong orang kenduri di kampung ni. Tahulah apa yang orang perlu buat, rungut Nur di dalam hati.
"Jangan tunjuk sangat perangai malas tu,"Sambung Mak Teh lagi.
"Umi ni, adik tahulah... Tak payah pesan pun adik tahu nak kena tolong buat apa," rungut Nur. Cemberut.
Mak Teh geleng kepala dan senyum... Hatinya tidak pernah anggap anak dara bongsunya ini telah dewasa. Sebab itulah dia sering berpesan-pesan apabila datang menolong di rumah kenduri. Masakan tidak, si anak manja ni selalu culas ketika di rumah. Hanya tahu makan tidur sahaja. Jadi hati ibu mana yang tak risau perangai tak elok di rumah di bawa ke rumah orang. Nanti orang mengata pula dia tidak pandai mendidik anak membuat kerja rumah.
Tanpa tangguh Nur memanjat tangga naik ke rumah. Rumah kampung separuh kayu dan batu ini bertangga batu, bermozek hijau putih. Anak tangganya ada lima. Tidak tinggi mana. Jadi cepatlah kakinya memijak lantai papannya. Rumah kampung yang dibina awal 80an ini sengaja di buat tinggi untuk mengelakkan banjir di musim tengkujuh. Seperti rumah abahnya juga.
Kemeriahan kenduri semakin dirasai. Hati Nur merasa seronok apabila ada kenduri, kemeriahannya terasa seperti hari raya. Ketika inilah orang kampung berkumpul. Orang tua berkumpul sesama mereka, yang muda juga sama. Usik mengusik, cuit mencuit. Walaupun begitu tangan tangkas bekerja menolong apa yang patut.
Sebab itulah hubungan silatulrahim di antara penduduk kampung terjalin erat. Mereka sentiasa ringan tulang membantu. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitu juga jika ada anak - anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, maka mereka akan menziarahi dan memberi sedikit sumbangan untuk meringankan beban perbelanjaan. Tidak pernah lokek membantu di antara satu sama lain. Itulah kelebihannya tinggal di kampung.
Nur suka berada di kampung. Ramai kawan dan merasa selamat untuk berjalan-jalan sekitarnya. Dulu ketika sedang menunggu keputusan melanjutkan pelajaran, dia selalu lepak bersama Siti dan Aini di tepi pantai. Duduk bersembang tentang gossip-gossip artis kesayangan mereka dan juga bergossip tentang si polan dan si polan yang tinggal di kampung mereka. Macam-macam cerita mereka kongsikan. Di kala senja barulah mereka pulang ke rumah.
Mereka juga selalu menjadi tukang sorak tak bertuliah ketika melihat orang bermain bola sepak pantai. Bermain bola sepak di gelanggang di pinggir pantai dan melepak sambil berkumpul beramai-ramai telah menjadi rutin harian remaja di sini. Inilah cara mereka menghabiskan masa sementara menanti matahari terbenam. Nur masih ingat lagi ketika dia berumur dua belas tahun, dia tidak pernah melepaskan peluang bermain bola sepak pantai bercampur dengan budak lelaki lain yang sebaya dengannya. Dia, Siti, Nisa, Aini dan Misah akan membentuk satu pasukan untuk melawan pasukan budak-budak lelaki yang terdiri dari Eimy, Mat Min, Kerol dan Mizul. Seronok. Zaman kanak-kanak riang ria yang sentiasa dirindui. Kini apabila semakin meningkat dewasa, pergaulan menjadi semakin terbatas. Tiada lagi gurauan bertepuk tampar atau kejar mengejar.
"Bila kau balik Nur?" Tanya Siti.
Tangannya lincah menyusun daun pandan untuk dijadikan bunga rampai. Daun pandan wangi dan daun limau purut dimayang halus, kemudian akan dijemur dalam dua atau tiga jam untuk mengeringkan sedikit daun tersebut. Setelah daun pandan kering, barulah mereka akan mencampurkan air mawar, minyak wangi dan tujuh jenis bunga-bunga yang berbau wangi. Bunga yang selalu dimasukkan bersama adalah bunga kenanga, melur, bunga kertas dan bunga mawar. Selalunya tidak adalah sampai tujuh jenis, bunga kenanga dan bunga melur pun sudah cukup wangi. Ditambah pula dengan minyak wangi dan juga air mawar.
Nur amat suka bau bunga rampai ini. Di sini, bunga rampai akan dibuat apabila kenduri maulidur rasul diadakan. Bunga rampai ini akan dimasukkan ke dalam uncang-uncang kecil dan dibahagikan kepada orang-orang yang sedang berselawat. Dulu, setiap kali abah pulang dari kenduri maulidur rasul, dia pasti akan mengagau poket baju melayu abah untuk mendapatkan uncang bunga rampai. Uncang tersebut akan diletakkan di dalam almari atau laci pakaiannya. Ataupun di atas meja belajar di dalam bilik tidurnya. Jadi biliknya akan berbau harum dengan haruman bunga rampai tersebut.
"Pagi semalam aku sampai. Kau pulak sampai bila? Lama ke cuti?"
"Aku pun sama tapi tak jumpa pun dengan kau?"
"Aku turun di stesyen bas jalan Hamzah. Dalam pukul 5.30 pagi macam tu. Angah datang ambil."
"Oooo patutlah, aku turun di stesyen bas transnasional Langgar."
"Eh..Aini mana? Tak Nampak pun dia."
"Tak balik lagi, esok baru sampai. Biasalah dia ke rumah Kak Ina dulu. Kau tak pergi rumah ke kak chik, ke? Dari Gambang ke KL dekat je kan?"
"Betul, dalam dua jam boleh sampai. Tapi aku malaslah. Balik kampung lagi best. Baru lena tidur atas katil dan bantal busuk aku tu.”
“Tak berapa nikmat tidur kat Kolej. Tidur tak lena, " rungut Nur.
"Hahaha... Macamlah kitaorang ni tak tahu. Kau tu bukannya boleh jauh dengan Pak Teh dan Mak Teh. Nak tidur bawah ketiak mereka je. Manalah nak lena," sindir Nisa.
Macamlah mereka tak kenal dan tak biasa dengan perangai Nur yang terlebih manja ni. Maklumlah si anak bongsu. Tidak pernah jauh daripada keluarga. Adakalanya masih lagi tidur di bawak ketiak umi.
Nur sengih. Hendak dinafikan kata-kata itu, nampak sangat dia cuba menegakkan benang basah. Lagipun semua kawan sekampung telah masak dengan perangainya.
"Tahu pun. Bukan senang nak sesuaikan diri di sana. Aku pulak tak pernah berpisah dengan Umi dan Abah aku.”
“Tapi kau jangan nak sindir orang sesedap rasanya. Tahun depan kau rasa sendirilah Nisa. Macam yang aku rasa ni.."
"Haha… In Shaa Allah tak adalah aku macam kau, manja., sikit-sikit abah. Sikit-sikit umi.” Balas Nisa sedikit angkuh.
Nur mencebik. ‘Nanti kau, langit tak selalu cerah,’ bisik hatinya.
" Aku dengar tiap-tiap hari kau telefon umi kau, ya?"
Nur tersengih. Tak menafikannya. Setiap malam itulah rutin wajibnya. Hendak berjaya kena ada restu dan doa daripada orang tuakan? Jadi tak salah setiap hari dia menelefon mereka. Bercerita tentang aktiviti hariannya dan meminta agar umi dan abah sentiasa berdoa untuk. Memudahkan urusan pembelajarannya di sana. Hatinya akan tenang apabila bercakap dengan ke dua orang tuanya. Dan rasanya itulah kunci dia dapat melalui kehidupan sebagai seorang pelajar matrikulasi dengan jayanya setakat ini.
"Selagi tak dengar suara umi atau abah tiap-tiap malam, aku tak boleh lenalah. Dengar suara mereka dapat menenangkan hati aku ni, macam ubat tidurlah," akui Nur.
"Betul tu. Aku pun lebih kurang macam kau juga Nur. Padahal aku bukan manja sangat pun. Tapi oleh sebab ini kali pertama berpisah dengan keluarga. Homesickness jugalah sekejap," sampuk Siti.
"Haa ... Dengar tu Nisa. Bukan aku sorang je tau telefon umi abah tiap-tiap hari.”
Nisa mencebik lalu tersengih. Dan mereka masing-masing terdiam sambil tangan tangkas memayang daun pandan.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 26, 2016 18:50
October 25, 2016
Bab 6 : Cinta Asma dan Ferhad
Assalam... Seperti yang saya janjikan dalam facebook., Dapat 100 like saya up bab 6. Jadi ni bab 6 untuk korang semua... Terima kasih daun keladi, nanti like-like laa lagi... ya...
Asma duduk diam-diam di belakang. Nek Som layan bual dengan Ferhad. Mereka sedang dalam perjalanan ke pusat bandar, cari baju pengantin. Padahal butik pengantin ada je dekat dengan rumah. Boleh sewa baju dan mekap sekali. Tapi Ferhad tak nak. Nak jugak cari yang terbaik.
Dia apa lagi dalam cuba nak menyembunyikan senyum, melebar juga senyuman di wajahnya. Sekali seumur hidup kan, nak merasa dimanjai dan dilayan bak ratu. Jadi apa salahnya walaupun dia terpaksa tutup gerai sayur. Ibunya nak pergi berniaga pun dia tak benarkan. Lagipun ibu bukannya sihat sangat. Lebih baik duduk berehat dekat rumah.
Dalam masa 2 hari lagi dia bakal berubah status. Teruja campur takut. Dia tidak bagitahu dekat sesiapa pun lagi. Rasanya ajak Aida sorang lah buat teman menahan debaran nanti. Tapi boleh ke Aida simpan rahsia? Pernikahan ini rahsia besar dia dan keluarga. Orang luar tak boleh tahu sehinggalah satu masa nanti, Ferhad mahu dunia tahu tentang status mereka.
Sebenarnya dia tak kisah pun. Lagipun malulah jika orang tahu tak cukup umur dah gatal nak kahwin. Walaupun ini adalah permintaan Nek Som. Mesti orang cakap, kalau kau tak gatal, tak jadinya pernikahan ini. Siapa yang tak nak bersuamikan orang hensem macam putera Arab Saudi tukan? Sudahlah hensem, kaya pulak tu.
Bahkan dia sendiri pun masih macam rasa bermimpi. Betul ke jumaat ni aku akan jadi bini orang? Gadis lain, sebaya dia sedang sibuk buat persiapan nak sambung belajar. Dia pula sibuk dengan persiapan nak kahwin.
Tentang belajar. Satu apa pun tak buat lagi. Surat tawaran tak print lagi. Medical check up pun tak buat lagi. Nanti dah kahwin nak ke sana sini kena minta izin. Dia teringatkan ibu. Teringat pillow talk malam tadi.
Sambil dia peluk pinggang ibu, dia meluahkan perasaannya.
“Kenapa ibu terima pinangan Nek Som? Asma tak bersedia lagilah nak kahwin ibu. Asma nak jaga ibu.”
“Ibu pulak nak ada orang jaga Asma bila ibu tidak ada nanti.”
“Ibuuu .. tak naklah cerita pasal mati. Asma nak ibu hidup seribu tahun lagi. Asma nak beri kesenangan kat ibu. Asma mahu bawa ibu pergi umrah, haji dan keliling dunia,” ujar Asma. Kepalanya didongakkan melihat wajah ibunya. Hatinya diserbu rasa takut. Walaupun ibu tersenyum wajah ibu pucat sangat. Macam tak ada darah mengalir di muka ibu.
“In shaa allah ... jika diizinkan ibu pun mahu ikut Asma. Tapi jika tidak diizinkan, ibu tahu ada suami Asma akan ikut dan temankan Asma.”
“Tak sama. Ibu lain, suami tu lain. Mana boleh sama.”
“Ajal dan jodoh itu kita tak boleh aturkan bila dan di mana kita mahu ia terjadi. Seperti sekarang, ibu ingatkan anak ibu ni kecik lagi. Rupanya dan besar panjang, cukup umur dah nak kahwin. Jadi walaupun berat hati, ibu tahu dah sampai masa Asma kena bina keluarga sendiri. Begitu juga ajal. Walaupun kita belum bersedia dan sudah tentu sampai bila-bila pun kita belum bersedia, malaikat maut boleh datang tiba-tiba mengetuk pintu, ajak roh kita pergi.”
“Jadi Asma kena sentiasa bersedia. Sebab esok walaupun macam-macam kita dah rancang namun perancangan Allah taala melebihi perancangan kita.”
Asma mengamati wajah ibunya lama-lama. Terasa macam ada sesuatu yang ibu sembunyikan darinya.
“Kenapa Asma rasa ibu ada rahsiakan sesuatu dari Asma.”
“Tak ada sayang. Ibu mana ada rahsia apa-apa pun. Tapi ibu tahu rahsia hati anak ibu ni,” Rohani alih topik. Dia tidak mahu anaknya fikir yang bukan-bukan.
“Rahsia apa? Mana ada rahsia. Asma mana pernah simpan rahsia dengan ibu.”
“Iya ke?”
Asma angguk.
“Kenapa ibu tengok wajah anak ibu merah lepas cakap dengan bakal suami dia. Senyum sorang-sorang lepas tu. Hmmm...”
“Mana ada ibu ni.”
“Adaaa...” melerek suara Rohani mengusik. Dia dapat meneka isi hati anaknya.
Asma telah jatuh cinta dengan bakal suaminya sendiri.
Kereta tiba-tiba berhenti. Ingatannya pada ibu pun terbang lari.
Asma pandang ke luar tingkap. Butik Pengantin Anggun & body SPA. Asma telah liur bila tengok baju pengantin yang dipamerkan ruangan pameran berkaca di depan butik. Menawan dan cantik. Harganya pasti berkali ganda cantik.
Dia orang yang terakhir melangkah masuk. Dinding dicat warna ungu lembut. Wallpaper bunga lavender melatari dinding di belakang meja penyambut tetamu. Ada pintu di sebelah kiri meja tersebut. Sebelah kanan pula tergantung koleksi baju-baju pengantin. Terletak sebuah sofa set untuk pelanggan duduk sambil memilih baju yang mereka berkenan. Asma ralit memerhati sekeliling tanpa menyedari semua mata mereka yang berada di situ berpusat padanya.
Ferhad cuit lengan Asma. Pantas mata mendongak memandang wajah Ferhad. Ferhad buat isyarat supaya pandang depan. Dahi Asma berkerut tak faham tapi dia ikut juga. Serta merta wajahnya merah semua orang memandangnya.
“Cantik bakal cucu Mak Som ni. Tak payah dah mekap tebal-tebal bila nikah nanti,” puji seorang wanita berusia lebih kurang ibunya. Wajahnya manis tersenyum memandang Asma atas bawah. Segan Asma dibuatnya. Untuk menutup rasa segannya, Asma pantas hulurkan tangan untuk bersalam.
“Ni Achik Zana, anak saudara Nenek. Dialah pemilik butik ni. Nenek dah suruh dia siapkan baju pengantin warna putih.”
Asma pandang Ferhad, Ferhad pandang Asma. Nampaknya mereka kena pakai apa yang dipilih oleh Nek Som. Kemudian dia pandang Achik Zana yang masih lagi tersenyum kepadanya.
“Kulit Asma dah cantik dan sihat. Tak perlu nak buat rawatan kulit dah. Tapi kena mandi bunga untuk naikkan lagi seri.”
“Ikutlah kau nak buat apa pun Zana. Janji Asma ni cantik masa nikah nanti. Biar suami dia tak boleh nak lepaskan dia lepas ni,” selamba Nek Som mengusik Asma dan Ferhad.
Achik Zana dan pembantunya ketawa kecil.
“Confirm Mak Som. Sekarang ni pun asyik jeling-jeling je. Nak cuit-cuit kang belum dapat lesen besar lagi.”
“Dah ada lesen besar, takkanlah nak jeling-jeling je Achik Zana, confirm kena kurung dalam bilik 7 hari 7 malam,” balas Ferhad tak mahu kalah. Mana boleh dia jadi mangsa usikan orang. Selama ini dia kaki usik.
Achik Zana dan Nek Som ketawa besar. Asma pula sudah tidak tahu apa dah warna mukanya sekarang. Rasa mahu sorok muka di sebalik baju-baju pengantin yang tergantung itu.
“Ieta bawa Asma buat rawatan muka dan mandi bunga,” arah Achik Zana kepada pembantunya.
“Berapa lama baru siap Zana,” tanya Nek Som.
“Lebih kurang 2 jam Mak Som.” Mak Som angguk.
“Aku tinggal Asma sini dulu, 2 jam lagi aku datang balik. Nanti terus fitting baju nikah.”
“Mari Ferhad, ada 2 tempat lagi kita nak pergi ni,” ajak Nek Som.
Asma angguk. Dalam hal ini dia tak banyak tanya sebab tak tahu nak tanya apa. Nak tolak nanti Nek Som pula kecil hati. Jadi lebih baik dia ikut semua perancangan Nek Som. Padahal satu apa pun perancangan Nek Som tidak diketahuinya.
“Tunang adik hensem, macam pak arab,” puji Ieta setelah Asma menyelesakan diri di dalam tub berisi bunga-bungaan.
Ieta sedia di hujung kepala Asma untuk memulakan rawatan kecantikan. Haruman Lavender menenangkannya.
Asma diam.
“Adik dengan dia nampak sama padan. Dia pun macam sayang sangat kat adik. Pandang tak lepas tadi.”
Asma sembunyi senyum. Padahal kisah mereka nak nikah bukan sebab cinta pun. Lebih pada memenuhi permintaan orang tua.
“Tapi adik nampak muda sangat. Umur berapa?”
“Baru 18 kak.”
“Mudanya. Kak Ieta pun kahwin muda juga tapi tak adalah muda macam adik ni.”
“Tapi kahwin muda ni kena banyak sabar. Sebab kalau tak sabar, umur rumahtangga tak panjang.”
“Paling penting jangan lawan cakap suami, ikut cakap suami selagi tak menyalahi agama dan undang-undang. Tapi jangan bergantung sepenuhnya pada dia. Kita patut ada pendapatan sendiri sebagai backup masa depan,” Ieta terus berceloteh memberi nasihat kepada Asma sambil tangannya lincah bekerja.
‘In Shaa Allah kak.’ bisik Asma dalam hati. Dia tidak dapat membalasnya bila wajahnya dilumuri masker.

Published on October 25, 2016 23:29
October 24, 2016
Bab 5 : Cinta Asma dan Ferhad
Masing-masing membisu. Asma pandang jauh ke tengah sawah. Ferhad juga turut sama memandang ke tengah sawah yang menghijau. Sesekali matanya melirik Asma yang duduk berjarak di sebelahnya.
Teringat nasihat neneknya tentang nikah express ini. Walaupun express nenek tetap mahukan dia merealitikan perkahwinan ini dalam erti kata sebenarnya. Zahir dan batin.
“Nenek tahu, permintaan tak masuk akal nenek ni merupakan paksaan. Nenek tahu kau memang tak nak kahwin pun. Tapi sebab kau sayangkan nenek dalam paksa rela kau menurut,” ujar nenek sebagai pembuka bicara.
Mereka berjalan beriringan menuju ke rumah Asma. Sesekali berpapasan dengan penduduk kampung, mereka ramah bertanya khabar. Muafakat hidup di kampung tak sama dengan hidup di bandar. Di bandar jiran tetangga pun tak kenal. Masing- masing sibuk dengan urusan masing-masing tanpa mahu ambil masa bermesra dengan jiran tetangga.
“Dalam paksa rela pun, hakikatnya tugas seorang suami ni besar. Tanggungjawabnya besar. Jika suami ni pincang, maka pincanglah rumahtangga yang dibina. Jika suami ni tahu erti peranannya dalam berumahtangga dan tanggungjawabnya terhadap isteri maka bahagia dan ketenanganlah dia akan nikmati.”
Ferhad diam mendengarnya.
“Nenek tak tahu apa perancangan kau selepas nikah ni. Tapi nenek nak lepas nikah kau layan Asma selayaknya sebagai isteri. Jangan pulak kau kenakan syarat yang mengarut macam drama dalam TV tu. Dah jadi isteri kau, nak ulit, nak uli macam mana pun dah jadi hak dan tanggungjawab kau. Asalkan sama-sama menikmatinya.”
“Dari situ kau akan merasai nikmat alam rumahtangga ni. Akan timbul cinta dan kasih terhadap pasangan. Sebab itulah perbezaan hidup bujang dengan berkahwin.”
Dia ketika itu hanya mampu mendengar tanpa mencelah. Nak bantah pun, segala nasihat neneknya itu betul.
“Jangan sesekali fikir nak buat macam kahwin kontrak. Korang usaha pupuk kasih sayang, masa depan nanti biarlah masa yang tentukan.”
Baru je nak bukak mulut terpaksa tutup balik. Baru nak cakap pasal kahwin kontrak dah kena basuh dengan nenek. Dia pun naik hairan, nenek ni nama je duduk kampung tapi pemikiran kalah nenek yang duduk di bandar. Macam opah sebelah mamanya. Kolot. Ada-ada sahaja cucunya buat serba tak kena di matanya.
“Betul ke awak nak kahwin dengan saya?”
Suara halus itu mencantas memori perbualannya dengan nenek ketika berjalan menuju ke rumah Asma ini.
“Abang. Bukan awak. Beza umur Asma dengan abang sepuluh tahun.”
“Ok, abang. Betul ke abang nak kahwin dengan Asma, budak kampung ni. Baru lepas sekolah.”
Ferhad angguk.
“Dah termaktub jodoh abang dengan Asma sejak dari alam roh lagi. Jadi siapa abang nak tolak jodoh ini.”
“Tapi kita tak pernah kenal pun. Tiba-tiba kena kahwin. Tak rasa pelik ke?”
“Asma, orang dulu-dulu kahwin lagi pelik. Macam nenek dengan atuk dulu. Tak pernah tengok muka pun, lepas akad nikah baru tengok dan kenal pasangan. Jadi kes kita ni tak pelik pun sebab kita dah kenal. Dah jumpa sebelum nikah.”
“Tapikan.. takkan abang tak ada girlfriend, senang-senang je terima cadangan Nek Som,” ujar Asma lagi. Ada rasa di sebahagian hatinya, bersalah. Kalaulah kerana dia Ferhad terpaksa berpisah dengan kekasihnya.
‘Siapa kata senang. Aku pun tak fikir pun soal kahwin ni sebelum umur mencecah 30,’ gumam Ferhad dalam hati.
“Tak ada tapi-tapi lagi. Soal tu biar abang yang uruskan. Asma tak perlu tahu.”
“Yang paling penting persediaan Asma sebagai isteri abang. Abang cuti sebulan. Jadi abang mahu habiskan masa sebaiknya dengan isteri comel abang ni. Kita ada masa 2 minggu sebelum Asma daftar UPM. Dalam tempoh tersebut abang nak kita nikmati nikmat alam rumahtangga.”
Asma alih pandang ke tengah sawah. Mukanya sudah bersemu merah. Malu bila fikirkan tentang tanggungjawab seorang isteri.
Ferhad ambil kesempatan itu untuk memandang Asma. Kulitnya mulus dan cantik. Walaupun tak secerah warna kulitnya putih kemerahan, warna kulit Asma seperti warna madu, sangat-sangat membuatkan dia mahu merasainya. Bibirnya merah semula jadi dan lembap itu membuatkan dia mahu melumatnya.
‘Ah belum apa-apa lagi fikiran aku dah meraban ke lautan asmara, parah.’
Ehemmm... Ferhad berdeham. Tekaknya terasa kesat. Mulutnya terasa kering. Dia tidak nafikan, apabila berada dekat dengan Asma ni, dia mahu terus melekat dengannya. Seperti ada tarikan magnet.
“Esok kita pergi cari baju nikah.”
Asma berpaling melihat Ferhad. Dia ingin berkata tapi segan. Dia mana ada duit nak beli baju mahal-mahal. Lainlah kalau tempoh pernikahan mereka jauh lagi. Tentu sempat nak cari duit beli kain dan minta ibu jahitkan.
“Abang nak pengantin abang cantik ketika akad nikah nanti. Walaupun kita tidak ada banyak masa tapi abang mahu cuba menyempurnakan majlis kita ini sempurna mungkin.”
“Asma pakai baju sedia ada boleh tak? Baru je pakai sekali. Warna putih berlabuci pink. Baru lagi.”
Ferhad geleng kepala.
“Kita cari yang baru. Biar sedondong nanti. Semuanya abang tanggung. Asma tak perlu risau. Asma akan jadi tanggungan abang selepas ini. Jadi mulai hari ini segala perbelanjaan abang keluarkan,” ikhlas Ferhad tuturkan. Dia sudah bersedia untuk menerima Asma di dalam hidupnya.
Asma tunduk. Tidak sangka itu yang terluah dari bibir bakal suaminya.
“Asma minta maaf sebab susahkan abang. Kalau abang nak berundur boleh lagi. Nanti Asma cakap dengan nenek.” perlahan Asma bersuara. Dia mahu menghilangkan rasa bersalah yang bermusim di dalam hatinya sejak Nek Som menyuarakan hasratnya tadi.
Dahi Ferhad berkerut apabila mendengar kata-kata Asma itu.
“Asma rasa terpaksa sangat ke ni sampaikan sanggup jumpa Nenek nak tolak hasrat nenek tu,” soal Ferhad semula. Terasa kecil hati pulak dia bila dengar Asma mahu tolak hasrat neneknya. Sedangkan dia dah mula ajar hati menerima Asma sebagai pengantinnya.
“Eh.. bukan. Bukan itu maksud Asma. Asma takut abang yang tak boleh terima Asma. Tapi sebab tak sampai hati tolak hasrat nenek abang terima. Jadi Asma boleh tolong abang tolak hasrat nenek tu. Sebab Asma rasa bersalah. Nenek nak tolong Asma tapi abang terlibat sekali.”
“Jadi Asma sanggup kecewa kan nenek, macam tu?”
Pantas Asma geleng kepala. Nek Som dah seperti neneknya sendiri. Dia pun tidak mahu neneknya bersedih sebab dia. Tapi dalam masa yang sama dia juga tidak mahu orang lain kecewa sebab dia juga.
“ Jangan sesekali fikir nak batalkan pernikahan ini. Abang nak Asma jadi isteri abang. Titik.” tegas Ferhad.
Asma tunduk.
“Esok kita pergi cari baju nikah. Bawa nenek sekali. Kemudian kita cari SPA kecantikan cari pakej pengantin untuk majlis nanti. Abang mahu pengantin abang berseri dan cantik masa nikah nanti.”
“Asma boleh mekap sendiri. Mandi bunga nanti ibu boleh tolong buatkan.”
“Jangan susah kan ibu. Abang mampu nak hantar Asma pergi SPA. lagipun ibu kan tak sihat. Abang mahu ibu sihat tika majlis nanti.”
‘Hmm.. belum ada ikatan lagi dah tunjuk kuasa vetonya. Tapi aku suka. Terasa macam dilindungi pulak,’ eh apasal aku ni.
“Okey. Asma ikut je. Boleh tak biar Asma yang pilih baju nikah nanti.”
“Boleh, dengan syarat abang berkenan jugak.”
“No problem,” sengih Asma lebar kepada bakal suaminya.
Senyum manis Asma itu membuatkan Ferhad berkali-kali menelan liur. Sah, balik nanti kena mandi air sejuk. Lama.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 24, 2016 20:17
October 23, 2016
Bab 8 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah
Sayup-sayup dia mendengar suara abah, umi dan abang Hisyam berbual di halaman rumah. Terdengar suara abah yang agak tegang. Suara umi yang tinggi sedikit. Perasaan ingin tahu membuak di dalam hatinya. Namun.. sakit yang ditanggung bertahun-tahun menghalangnya. Biarlah.
‘Peduli apa aku. Padam muka abang Hisyam!’
‘Aku benci dia!’
‘Orang munafik! Penipu! Tak layak jadi ustaz. Ustaz penipu.’
Nur larut dalam emosinya. Segala-gala tentang Hisyam mengundang pedih di hati.
‘Tak balik lagi bagus. Tak menyemak. Tak sakit hati!’ jerit hati kecil Nur. Mukanya ditekup dengan bantal. Tanpa sedar bantal telah basah dengan air matanya. Dia tertidur bertemankan air mata.
*****
Bepp..
Nur menjeling telefon bimbit di sebelah. Satu pesanan ringkas diterima daripada Nisa.
Nisa :Esk ni jgn lupa datang rumah aku
Nur : Aku tak blk lglah!
Nisa : Jgn nak tipu. Abg Syam ckp kau dah blk. Sampai pagi td.
Nur : Siapa abg Syam? Aku tak kenal pun!
Nisa : Jgn buat2 lupa kat abg kesygn plak. Esk kenduri doa kesyukuran utk dia. Psst bkn ke selama ini kau tggu abg Syam blk ke? ;)
Nur : Perasan! Mana ada!
Nisa : Hahaha... tak tahu. Hati kau je yg tahu...:P
Hangitlah Nisa ni. Sengaja hendak buat aku marah. Siap kau bila jumpa nanti, aku cubit-cubit biar lebam lengan tu, gumam Nisa.
Pagi tadi tanpa sengaja dia mengintai tetamu yang sedang berbual dengan umi dan abah di halaman rumah. Tak sengaja sebab dia hanya nak tahu siapa yang rajin berkunjung ke mari awal-awal pagi. Boleh pula bertembung dengan Kak Long yang sedang menatang dulung berisi minuman. Terkulat-kulat dia apabila melihat senyuman senget Kak Long.
“Nak tengok sangat siapa dia? Hantar minuman ni,” pinta Kak Long.
Pantas dia menggeleng.
“Malas, orang ngantuk, nak sambung tidur kejap.” Cepat-cepat dia masuk ke bilik tanpa sempat dengar apa yang kak long katakan. Wajahnya terasa berbahang. Jarak masa tujuh tahun telah memisahkan mereka. Geram dan marah masih berbuku di hati.
“Adik banyak songeh. Takkan nak berkurung dalam bilik je!” Laung Thaqif dari balik pintu menerbangkan secebis ingatan pada peristiwa pagi tadi.
“Sibuklah angah ni. Orang baru lepas solat isya’ lah,” balasnya semula.
“Sekejap lagi orang keluarlah.”
“Baru lepas solat ke? Atau baru lepas terkenangkan kisah lama? Maklumlah abang Syam dah balik,” usik Thaqif apabila melihat Nur keluar dari biliknya.
Dia mahu melihat reaksi adiknya. Muka Nur merah. Matanya berkaca. Ternyata tarikan Hisyam masih lagi kuat. Dia tahu adiknya marah dan rindu. Dalam diam Thaqif cuba membaca emosi adiknya. Ada sesuatu di dalam matanya. Ada duka, ada rindu dan ada api kemarahan.
“Apa kena mengena dia dah balik dengan adik. Tak ada kaitan langsung. Boleh tak angah jangan sebut nama dia. Menyampah!” marah Nur.
Thaqif sengih. Digosok kepala adiknya sehingga rambut kusut.
“ANGAH!!” Jerit Nur geram.
“Pergi main jauh-jauh. Buat menyemak kepala adik je angah ni. Apasal adik cuti angah pun cuti. Kan best jika adik cuti angah tak cuti. Tak adalah sakit hati melayan auta angah tu,”
“Ello cik adik banyak songeh. Ni rumah abah dan umi angah jugak. Suka hati angahlah nak balik cuti bila. Apa nak sibuk.”
Nur mencebik dan menjelir lidah. Abang nan sorang ni pun tak boleh pakai. Ada je benda nak buat hatinya geram. Kata-katanya, walaupun selamba tanpa sebarang riak namun boleh menimbulkan sakit hati yang amat. Tak pernah dalam sehari mereka bersua atau bercakap hatinya, tak sakit.
“ Buat kau marah dik, dah jadi habit angah. Tengok wajah tenang dan ceria kau tak boleh buatkan hati angah tenang. Satu je cara nak bagi tenang hati angah ni, buat kau marah… Hahaha.”
Nur menarik muka masam. Geram!
Dulu... Tanpa berlengah dia akan mengejar angah. Mereka lari keliling rumah. Hati yang geram memberikannya tenaga luar biasa untuk mengejar langkah panjang angah. Selagi pengepitnya tidak singgah di lengan angah, selagi muka angah tidak berkerut sakit, hatinya takkan puas. Dia akan terus kejar sepenuh hati. Sampailah abah jerkah barulah mereka berhenti kejar mengejar.
Itu kenangan ketika zaman kanak-kanak dulu. Sekarang pun walaupun mulut angah pedas berapi pun, hatinya telah kebal. Tak berapa dilayan sangat. Cuma kadang kala bila angin tak berapa nak baik, berdentum jugaklah pintu bilik dihempasnya. Dan angah akan ketawa panjang, tanda puashati dapat menyakitkan hatinya.
Namun, walaupun hubungan mereka macam kucing dan anjing ataupun macam tom dengan jerry, mereka sebenarnya saling sayang menyayangi. Angahlah satu-satunya abang yang dia ada. Angah tidak kedekut untuk berbelanja padanya sejak dia mula bekerja. Sebut apa sahaja dan tanpa banyak cakap angah akan terus bank inkan duit untuk membeli apa yang dia inginkan. Jadi sebab itulah dia tak ambil hati sangat dengan mulut laser angah. Sebab dia tahu angah, abang terbaik yang dia ada selepas... dia dulu.
“Dik.. Aku nak tanya sikit.”
“Hmmm”
“Siapa Azim?”
“Bukan sesiapa pun,” jawab Nur malas.
“Bukan pak we kau ke dik?” Soal Thaqif lagi.
Nur mencebik.
“Tolong sikit. Dia yang angkat diri sendiri jadi pak we aku.”
“Hahaha....”Thaqif ketawa kuat.
“Ada jugak orang nakkan kau. Laku jugak kau ni. Tak sampai satu semester, dah ada pak we. Kah kah.” Thaqif terus ketawa menekan perut.
Pantas Nur mencapai kusyen di sebelahnya. Dibaling kepada Thaqif.
Geram!
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 23, 2016 18:47
October 21, 2016
Bab 4 : Ku Pilih untuk Setia (tajuk sementara)
Bila jodoh datang menyapa. Tanpa salam dan tanpa kenal,Kitakan bersama.
“Assalamualaikum...”
“Assalamualaikum.... Ani Oo Ani..
“Asma..” panggil Nek Som. Dia naik tangga rumah. Pintu depan terbuka sebelah pintu.
‘Alamak.. Nek Som dah sampai..’ Asma kalut. Dia yang baru sahaja nak terlelap, terkejut dan bingkas bangun. Dia yakin Nek Som ada depan pintu rumahnya. Kelam kabut dia menuju ke pintu rumah. Muka penuh dengan masker buatan sendiri tidak dihiraukan.
“Waalaikumussalam Nek...” tak sempat habis ayat dia terus berlari masuk ke dalam memanggil ibunya.
“Ibu.. ibu, Nek Som datang. Cepatlah..” dia termengah-mengah. Nasib baik dia pakai masker, kalau tidak mesti ibu akan perasan wajahnya merah macam udang kena bakar.
“Laa.. ajaklah dia masuk,”
“Nek Som datang dengan cucunya. Malulah Asma kalau dia tengok muka penuh dengan telur dan timun ni,” rungut Asma.
Rohani ketawa kecil sambil mengambil tudungnya. Dia terbatuk-batuk kecil.
“Pergi basuh muka lepas tu buat air,” arah Rohani. Dia melangkah keluar. Diekori oleh Asma dibelakang yang berselubung dengan tuala.
Rohani menuju ke ruang tamu. Nek Som telah selesa duduk di atas kerusi rotan. Di ambang pintu pula seorang pemuda sedang duduk bersila sambil memandang keluar. Angin petang menyerbu masuk ke dalam rumah, mengurangkan haba panas matahari. Asma selalu suka buka semua jendela dan pintu depan agar rumah mereka berangin. Biasanya Asma suka baring-baring di atas kerusi rotan itu sambil dengar radio. Rumah mereka mengadap sawah padi dan membelakangi jalan kampung. Pintu dapur sengaja dibuat menghala ke sawah padi juga. Jadi kalau ada orang datang bertandang perlu berjalan mengeliling rumah dulu sebelum sampai ke pintu utama.
Sebenarnya rumah ini kecil sahaja. Dua bilik tidur, dua bilik air, satu ruang kerja Asma dan ibunya, dapur dan ruang tamu. Walaupun kecil tapi cukup selesa untuk mereka dua beranak. Laman rumah dan tepi rumah pula ada ruang yang agak lapang. Jadi Asma manfaatkan sepenuhnya dengan menanam sayur-sayuran, pokok bunga dan pokok herba. Dia memang minat berkebun. Itu caranya menghabiskan masa secara sihat apabila boring mengadap kanvas di studio kecilnya. Studio milik arwah ayahnya dulu.
“Kenapa duduk atas lantai tu. Mari duduk sini,” tegur Rohani sambil menghampiri Nek Som. Dia menghulur tangan dan mencium belakang tangan Nek Som dengan penuh kasih.
“Tak apalah Mak Cik. Best duduk depan pintu ni. Angin kuat,” balas Ferhad.
“Biarkan dia Ani. Pandai-pandai lah Ferhad tu nak duduk mana.”
“Mana Asma. Terkejut Mak Som tadi. Ingatkan siang hari pun ada hantu.”
“Nasib baik Mak Som tak ada sakit jantung.”
Rohani ketawa. Teringat gelagat Asma yang terburu-buru menerjah masuk ke dalam biliknya tadi.
“Asma cakap semput kau datang lagi..”
Rohani senyum tawar. Ada sendu dihujung senyumnya.
“Aku datang ni bawa hajat. Hajat yang aku cakap minggu lepas,” Nek Som tukar cerita. Wajah sendu Rohani sudah menceritakan apa yang tersirat di lubuk hatinya. Dia kalau boleh tidak mahu tengok wajah sendu Rohani. Nanti dengan dia sekali berwajah sendu.
“Saya banyak susahkan Mak Som,” perlahan Rohani tuturkan.
“Kau dah aku anggap macam anak aku. Asma tu cucu aku. Jika bukan aku yang kau nak susahkan, siapa lagi?” balas Nek Som. Dia tidak suka bila Rohani bermelodi sedih.
“Aku akan cuba sedaya upaya tolong kau. Jadi kau pun kena tolong diri kau juga. Kuatkan semangat, tabah lawan sakit tu. Demi Asma. Asma tu mentah lagi. Dia masih perlukan bimbingan dari ibunya,” nasihat Nek Som.
“Jadi macam mana dengan hajat aku tu. Kau dah cakap dengan Asma?”
Rohani geleng kepala. Dia tidak tahu susun ayat untuk memberitahu agar anaknya faham dan terima tanpa syak wasangka. Nek Som geleng kepala.
“Ginilah, biar aku yang bagitahu. Lagipun aku dah cakap dekat Imam Mat, minta dia uruskan majlis jumaat ni. Esok Ferhad akan uruskan semua borang yang perlu diisi.”
Rohani tak terkata. Dia angguk dalam diam. Cekap dan teliti Mak Som aturkan perancangannya.
“Tak ke cepat sangat tu Mak Som. Ferhad setuju ke tak?” soal Rohani. Matanya dihalakan ke arah Ferhad yang asyik memandang ke luar. Tapi dia tahu telinga Ferhad menangkap setiap butir kata perbualannya dengan Mak Som.
Ferhad beralih pandang. Dia pandang wajah nenek yang penuh harapan dan wajah sendu Rohani. Bibirnya ukir senyum. Dia tidak mampu mengelak lagi. Jadi dia akan cuba sedaya upaya menerima apa yang bakal berlaku dengan redha. Ini adalah terbaik untuk semua pihak.
“Saya setuju mak cik,” ringkas sahaja jawapannya.
“Kau dengar tu. Kau tak perlu risau. Aku yakin Ferhad dapat jaga Asma dengan baik,” ujar Nek Som. Matanya menjeling Ferhad. Lepas kahwin nanti pandai-pandailah Ferhad uruskan. Paling penting masa depan Asma terjamin dah.
“Nek Som, maaf lambat buat air. Asma pergi ambil limau kasturi dulu. Petang-petang ni sedap minum air asam boi sejuk. Ni Asma buat special untuk Nek Som,” ujar Asma ceria. Dia meletakkan dulang di atas meja dihadapan Nek Som.
“Pandai kau ambil hati aku. Tahu je apa yang aku nak minum petang-petang ni,” balas Nek Som.
“Sini Ferhad. Minum air ni,” panggil Nek Som. tangannya mencapai gelas berisi air asam boi dihadapannya. Sekali teguk habis separuh gelas. Sedap. Memang kena dengan seleranya.
“Mari duduk sebelah Nenek ni Asma. Nenek ada benda nak cakap.”
Asma baru nak labuhkan punggung di sisi ibunya, tak jadi. Tak teragak dia bangun dan duduk di sebelah kanan Nek Som. Ferhad pula duduk di sebelah kiri Nek Som.
“Kau dah tengok keputusan masuk Universiti ke belum? Aku dengar si Gayah tu cakap keluar hari ni,” tanya Nek Som.
“Dah Nek. Asma dapat diploma pertanian, UPM,” beritahu Asma dengan sengih lebar. Dia dapat pilihan pertama. Tentu sekali hatinya melonjak suka.
“Kenapa tak ambil kursus lain?” soal Ferhad tiba-tiba.
“Dah saya suka berkebun. Saya nak jadi petani moden,” jawab Asma cepat. Dia bangga dengan cita-citanya yang akan digapai nanti.
“Orang perempuan, bukannya elok pun bertani. Itu kerja lelaki,” omel Ferhad. Bakal isterinya bakal jadi petani. Tentu sekali dia tak boleh terima.
“Lelaki atau perempuan sama saja. Berbakti pada tanah. Lagipun petani sekarang ni bukannya macam petani dulu-dulu. Membanting tulang empat kerat. Sekarang teknologi dah maju. Tanpa cemarkan tangan pun saya boleh jadi petani yang berjaya,” Asma tetap pertahankan cita-citanya.
“Ferhad biarkan Asma dengan cita-cita dia tu. Lagipun nenek dah tengok Asma berkebun. Tangannya sejuk. Tanamlah apa pun pasti akan tumbuh subur,” bela Nek Som.
“Jadinya bila nak daftar ?”
“Lagi 3 minggu Nek Som. Tapi..” Asma pandang ibunya. Dia tak sampai hati nak tinggalkan ibunya sendirian.
Nek Som ikut pandang Rohani.
“Pasal ibu kau, jangan risau. Nenek ada temankan. Yang penting kau kena belajar bersungguh-sungguh.”
Asma angguk.
“Jumaat ni Nenek akan buat kenduri kesyukuran sempena kau masuk UPM dan sempena perkahwinan kau dengan Ferhad.”
Senyum yang terhias di bibir Asma tadi terus hilang. Dia silap dengarkan?
“Apa Nek Som?” soal Asma namun matanya dihalakan ke arah ibunya.
“Jumaat ni kau dan Ferhad akan bernikah.”
Fikirannya kosong. Tak mungkin.

Published on October 21, 2016 21:16
October 19, 2016
Bab 7 : Si Adik Manja Dengan Menantu Pilihan Abah
“Marilah masuk, aku panggil abah jap,” pelawa Thaqif.
“Tak payahlah. Aku duduk kat depan tu je,” balas Hisyam sambil menunjukkan ke arah set meja dan kerusi simen di halaman rumah.
Thaqif terus menghilang di balik pintu. Hanya terdengar suara Thaqif memanggil abah dan uminya.
Hisyam mengamati sekitarnya. Tak banyak yang berubah. Laman rumah Pak Teh sejak dulu sentiasa cantik dan bersih. Mak Teh memang rajin berkebun. Mak Teh selalu memanjakan diri dengan menanam pokok bunga dan herba di sekeliling rumah. Setiap petang masanya akan dihabiskan di halaman rumah, menyiram dan mencantas pokok bunga agar subur dan cantik.
Dahulu, di sinilah dia menemani Nur membuat kerja sekolah. Di sini juga dia menunggu Thaqif. Dia tidak jemu berada di sini. Di kelilingi dengan pokok bunga, pokok herba dan juga pokok buah-buahan. Pokok mangga telur di tepi pagar masih lagi lebat berbuah. Tetap subur seperti tujuh tahun lalu. Tujuh tahun dia tidak menjejakkan kaki ke sini namun, rumah ini sentiasa dekat di hatinya.
Dia terpempan. Sepintas lalu, mimpi yang sentiasa menjadi mainannya berulang tayang. Halaman ini dan rumah inilah yang dia lihat di dalam mimpinya. Dua orang wanita sedang berbual-bual. Ibu dan anak. Si anak ketawa dan merajuk. Kemudian memeluk ibunya. Semakin jelas mimpi yang kesamaran dulu. Semakin jelas juga wajah mereka yang hadir di dalam mimpinya. Subhanallah. Rupa-rupanya jawapan tetap sama seperti tujuh tahun lepas. Keyakinan di dalam hati semakin kukuh. Benarlah kata hati. Benarlah kata rindu. Dan benar lagi takdir Allah taala.
Terdengar pintu depan di buka. Pak Teh dan Mak Teh melangkah turun. Hisyam terus tersenyum. Di sambut kehadiran tuan rumah dengan penuh hormat.
“Assalamuaikum Pak Teh, Mak Teh,” salam diberikan.
“Waalaikumussalam....” jawab mereka serentak.
Mereka saling berbalas senyum. Hisyam menghulur tangan kepada Pak Teh. Sebaliknya Pak Teh memaut Hisyam ke dalam pelukannya. Ditepuk belakang Hisyam beberapa kali. Hati Pak Teh sebak, matanya berkaca. Hisyam sudah dianggap sebagai anaknya sendiri. Dia juga berbangga apabila Hisyam kembali dengan kejayaan.
“Alhamdulillah.. Kau telah kembali. Lega hati Pak Teh. Nak jugak kau balik,” ujar Pak Teh.
“Saya pasti kembali Pak Teh. Ini tanah tumpah darah saya. Lama mana pun saya merantau, suatu hari nanti saya tetap akan kembali,” balas Hisyam syahdu. Teremosi pula pagi-pagi ini.
Wajah ke dua-dua mereka ditatap penuh kasih.
“Pak Teh dan Mak Teh sihat?”
“Sihat orang tua, Syam. Macam ni lah. Bila kamu sampai?”
“Malam tadi Pak Teh.”
“Angah cakap Pak Teh tak sihat, tu yang terus ke mari,” bicara Hisyam, prihatin.
“Siapa kata aku tak sihat? Cuba tengok? Tang mana yang tak sihatnya?” tegang suara Pak Teh menjawab.
Hisyam tersentak. Namun dia segera senyum. Sikap Pak Teh tak pernah berubah!
“Isyyy.. abang ni pun. Kot iya pun perlahanlah sikit suara tu. Hisyam tanya je. Kata tak nak adik tahu,” pujuk Mak Teh. Faham sangat dengan sikap suaminya, baran tak kira siapa pun. Lebih-lebih lagi ketika sakit ni.
“Biasalah Syam. Bila dah tua ni mudah sangat demam. Sakit-sakit urat. Pak Teh kamu ni macam tulah. Tapi anak-anak ni terlebih bimbang,” jelas Mak Teh bagi pihak pak teh.
Tidak lama mereka berbual, Kak Long datang menatang dulang berisi air teh panas dan juga kuih untuk sarapan pagi.
“Jemput minum Syam. Makin hensem pulak kak long tengok kamu ni,” sapa Kak Long.
“Hensem kak long? Saya sama seperti dulu,” jawab Hisyam, segan. Beza usia mereka cuma tiga tahun sahaja.
“Kak Long pun makin lawa. Anak berapa orang kak long?”
“Dua orang. Tidur lagi ni. Kalau tak, boleh kenal dengan diorang. Rupa Umairah sama sebijik mak usu dia masa kecil dulu,” beritahu kak long.
Keakraban adik bongsunya dengan Hisyam dulu tidak dapat dipisahkan. Sehinggakan dia cemburu dengan Hisyam. Mulut comel adiknya, asyik sebut nama abang Syam tak pernah jemu. Abang Syam cakap inilah, itulah, tak baiklah bla.. bla... Semuanya cakap abang Syam dia dengar. Tapi cakapnya asyik menjawab je kerjanya. Manalah hatinya tak cemburu. Adik bongsunya lebih dengar cakap orang lain berbanding dia.
“Adik mana? Tak nak jumpa dengan abang dia ke?” Soal Pak Teh.
“Tadi ada dia intai di sebalik langsir tu. Bila suruh datang sini tak nak pulak. Terus menonong masuk bilik. Sambung tidur agaknya,” jelas Kak Long.
Teringat wajah masam adik selepas mengintai ke halaman rumah tadi. Entah apa yang tak kenanya. Bukan boleh agak emosi adik yang selalu berubah-ubah. Bagaimanalah agaknya kehidupan adik di kolej sana. Agak-agak perangainya sama ketika berada di rumah ke? Sempat lagi kak long berdialog di dalam hati.
“Adik pun baru juga sampai pagi tadi. Letihlah tu. Dalam bas bukannya boleh tidur lena,” Sampuk Mak Teh.
“Minumlah Syam. Kak Long masuk ke dalam dulu. Nak kemas baju. Sekejap lagi kami nak balik dah. Abang Long masuk kerja tengahari hari ni,” beritahu Kak Long sebelum beredar.
Hisyam angguk.
“Marah sungguh adik kat saya Pak Teh.”
“Tak ke mana marahnya tu. Lama-lama nanti sejuklah,” ujar Pak Teh.
“Mananya tak marah. Kamu ni pun satu Hisyam. Kenapa tak hantar surat? Sepucuk pun jadilah,” bebel Mak Teh. Sakit hatinya mengenangkan perbuatan Hisyam. Hati ibu mana yang tak sakit, bila anak demam rindu berminggu-minggu. Setiap hari hanya nama Hisyam yang disebutnya.
“Ni tidak, satu pun tak ada. Telefon pun tak pernah!”
Namun khabar berita tetap dirisik dari Khalida. Hisyam sihat-sihat sahaja di sana. Itulah yang membuatkan hatinya geram. Jauh hati mengenangkan sikap Hisyam yang lepas tangan.
“Sudahlah. Benda dah berlalu. Buat apa nak sebut!”
“Lagipun aku yang minta Hisyam jangan berhubung dengan adik!”
Mak Teh tersentak. Dia memandang Hisyam dan suaminya silih berganti. Seperti ada sesuatu telah disembunyikan daripada pengetahuannya.
“Nanti aku cerita. Yang penting sekarang Hisyam telah balik ke mari.”
Mak Teh merengus. Dia tidak puas hati. Sakit Nur, dia juga terasa.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 19, 2016 18:44
October 18, 2016
Bab 3 : Ku pilih untuk Setia (tajuk sementara)
Ferhad memerhati langkah Asma yang semakin menghilang di sebalik pintu. Beberapa minit kemudian kedengaran enjin motor dihidupkan dan bunyinya semakin jauh sebelum terhenti lagi.
“Asma tu baik budaknya. Belajar pandai. Masak pun pandai. Paling penting tahu hormat orang tua,” cerita Nek Som tanpa ditanya.
“Ibu dan ayah dia orang siam. Mualaf datang merantau ke sini. Ayah dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dengan adik dia 5 tahun lepas. Mereka tu tak ada saudara mara. Nenek dah anggap mereka tu macam anak cucu nenek.”
Ferhad tekun mendengar sambil tangannya menyuap nasi. Dia sudah menambah dua kali. Ini pun masih rasa lapar lagi. Masakan nenek memang kena dengan seleranya. Sebulan tinggal di sini mahunya hilang six packs yang dibina dan dipertahankan selama ini.
“Asma ni umur berapa? Tak sekolah ke dia?”
“Hishh kamu ni.. Dia dah 18 tahun. Dah habis sekolah.”
“SPM dia dapat berapa nek?”
“Tak silap 8A kot. Entahlah nenek pun lupa. Tapi dengar ibunya cerita Asma ni pelajar terbaik SPM sekolah dia.”
Budak bijak.
“Tapi tu lah.. Dengan maknya tak berapa sihat, kewangan tidak stabil nenek tak rasa dia akan sambung pelajarannya.”
“Sayanglah nek. Sekarang ni SPM je mana boleh dapat kerja.”
Nek Som pandang wajah Ferhad, dalam. Ferhad angkat kening. Dia macam tahu ada benda yang neneknya nak cakap tapi teragak-agak.
“Apa dia nek? Ferhad tahu ada benda yang nenek nak cakap dengan Ferhad,” ujar Ferhad jujur. Melihat wajah Nek Som yang penuh harapan itu buatkan rasa tak sedap hati. Janganlah nenek minta dia terus tinggal di kampung ini. Datang bercuti seminggu dua boleh lagi dia bertahan tanpa hiburan. Kalau duduk bertahun-tahun lamanya, mahunya dia mati kutu. Hilang arah ataupun hilang akal sebab tak ada hiburan.
“Nenek ada satu permintaan. Nenek harap sangat Ferhad tidak hampakan nenek.”
“Apa dia nek?”
Nek Som pandang wajahnya lama. Satu keluhan keluar dari bibir Nek Som.
“Susah sangat ke permintaan nenek tu? Cuba nenek cakap, in shaa allah Ferhad cuba tunaikan.”
“Nenek mahu....” Nek Som pandang wajah Ferhad lagi sebelum terus berkata.
“Ferhad ambil Asma sebagai isteri.”
Burrrrr... uhuk. Uhuk...
Air yang diminum tak sempat masuk ke dalam tekak terus tersembur keluar. Perit tekaknya. Hampir terjegil keluar matanya mendengar permintaan tak masuk akal neneknya. Dia pandang wajah neneknya. Tak yakin dengan apa yang dia dengar.
“Nenek nak Ferhad kahwin dengan Asma.”
“Nenek bergurau kan?” Ferhad tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
“Tak. Nenek tak bergurau soal nikah kahwin ni Ferhad. Nenek nak Ferhad kahwin dengan Asma.”
“Selama ni nenek tak pernah minta apa-apa daripada Ferhad. Inilah pertama kali dan satu-satunya permintaan nenek.”
“Nenek, Asma tu budak lagi baru 18 tahun. Beza usia kami sepuluh tahun. Jauh sangat bezanya. Lagipun tak mungkin Asma tu nak kahwin dengan Ferhad. Ferhad terlalu tua untuk dia,” dalih Ferhad.
Baru dua kali dia tengok Asma. Bertegur pun dua tiga patah kata sahaja. Lagipun dia belum bersedia lagi menjadi suami orang.
“Itu kau tak payah risau. Tahulah nenek uruskan. Yang paling penting kau setuju dengan dengan permintaan nenek ni.”
“Saya cuma cuti sebulan je nenek. Tak mungkin sempat urus soal kahwin dalam masa terdekat tu. Lagipun saya selepas ini saya akan kembali ke U.K. Saya terikat dengan kontrak kerja. Tidak boleh kahwin selagi kontrak tak habis,” kelentongnya.
‘Apa-apa je laa, asalkan nenek ubah fikiran dia. Masak aku nanti. Tak tercapai dek akal kahwin dengan budak kampung umur 18 tahun. Tapi aku akui Asma cantik. Air mukanya lembut. Tak puas nak pandang.
“Nenek tak suruh pun kau bawa Asma. Nenek cuma mahu kau kahwin dengan Asma. Tanggung dia belajar sampai habis. Selepas itu terpulang pada kau dan Asma nak teruskan perkahwinan ini atau tidak. Cuma satu je, nenek mahu nasib Asma terbela.”
“Tapi...Nek Som pandang cucunya penuh harap.
“Nenek tetap berdoa agar perkahwinan kau ni kekal sehingga ke anak cucu.”
“Tapi nek...”
“Ibu Asma ni ada kanser paru-paru. Tapi Asma tak tahu. Dia cuma tahu ibu dia sakit asthma. Mereka sebatang kara di sini. Harapan untuk ibu dia pulih tipis sebab kanser stage 4 dah. Lagipun ibu dia tak nak menjalani kimoterapi.”
“Selama ni neneklah tempat mereka menumpang kasih. Asma tu nenek dah anggap macam cucu nenek sendiri. Tapi mak teh kamu tu asyik kata mereka ni sengaja nakkan harta nenek. Padahal selama ini, papa kau dan adik-adiknya tak ambil kisah pun pasal nenek. Sakit demam nenek, Asma dan ibu dia yang ambil peduli. Nenek tak nak duit, nenek nakkan perhatian dan kasih sayang dari anak cucu nenek,” menitis air mata Nek Som ketika meluahkan isi hatinya.
“Tapi...”
“Nenek mahu dia betul-betul jadi cucu nenek. Tak nak orang mencemuh dan mengata dia bukan-bukan lagi. Merekalah yang ada di kampung ni untuk nenek menumpang kasih.”
“Nenek nak Asma sambung belajar dan tak payah risaukan ibu dia dan nenek di kampung. Nenek cuma mahu kau tanggung Asma belajar sampai setakat mana dia mahu belajar. Selepas itu terpulang pada kau. Nenek takkan paksa kau teruskan pernikahan ini jika kau tak nak teruskan.”
Ferhad garu kepala. Dia hilang kata nak berhujah. Hatinya memang tak nak tunaikan permintaan nenek. Tapi akalnya menyeru agar dia fikirkan perkara ini sebaiknya. Nenek dah tua. Sudah tentu dia tak sampai hati nak tolak permintaan nenek. Tapi bagaimana dengan dirinya. Sanggup ke masuk ke dalam sangkar yang dia tak mahu.
Ferhad garu kepalanya. Aduh pening pulak. Nasib baik perut dah kenyang. Kalau tak, tak lalu aku nak telan nasi tadi.
“Ama ni seorang anak gadis yang tak banyak kerenah. Nenek yakin dia dapat jadi isteri yang baik. Kau akan bahagia bila kahwin dengan dia nanti.”
Ferhad tarik nafas panjang. Dia pandang nenek yang sedang pandangnya dengan penuh harapan. Tak sampai hati nak tolak tapi dia tak sanggup pula jadi suami segera.
“Mana sempat Nek nak kahwin dalam masa seminggu dua ni,” akhirnya dia mampu cari alasan untuk mengelak.
“Itu kau jangan risau, nenek akan uruskan. Papa dan mama kau nenek akan telefon nanti suruh balik.Sempat kalau kita buat akad nikah jumaat depan.”
Ferhad pandang Nek Som tak percaya. Nampaknya dia tidak boleh mengelak lagi.
“Keluarga Asma dah tahu ke rancangan nenek ni?”
“Nenek ada cakap dengan ibu dia. Petang ni lepas asar kita pergi rumah dia.”
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 18, 2016 22:14
Bab 2 : Ku Pilih Untuk Setia (tajuk sementara)
Assalam...Selamat pagi...Jom kita layan bab 2 pula. Asma si gadis penjual sayur.
“In Shaa Allah Nek Som. nanti saya singgah.” Itu sahaja jawapan yang dapat diberikannya.
Dia hulur senyum segan kepada Ferhad yang dari tadi asyik perhatikannya. Huh!
Cair hati dibuatnya. Tak tidur malamlah aku jawabnya malam ni. Manisnya... Manisnya senyuman mu...
Ferhad membalas senyuman. Kacak. Asma tertunduk malu.
‘Beranganlah kau hati. Orang macam Ferhad tu takkan nak pandang gadis kampung penjual sayur macam aku ni,’ bebelnya sendirian.
Dia selalu mendengar cerita tentang Ferhad daripada Nek Som. Satu-satunya cucu yang selalu bertanya khabarnya walaupun jauh di seberang laut. Tidak pernah gagal menelefon seminggu sekali. Cucu yang pernah tinggal lama di kampung dengannya. Macam seperti apa yang dia gambarkan dalam hatinya. Ferhad kacak. Sudah tentu. Sebab Nek Som pun masih cantik lagi walaupun dah banyak umurnya. Melihat gambar keluarga besar Nek Som, semua anak cucunya bertubuh tinggi dan berkulit putih. Cantik dan tampan sebab arwah suami Nek Som dulu berdarah Pakistan.
‘Jatuh cinta pandang pertama?’ Jangan sesekali beranganlah hati.
Huh.. Sedar diri sikit Asma. Dia tu 10 tahun lebih tua dari kau. Kau baru lepas SPM. Budak mentah lagi. Dia takkan pandang kau lah. Kau tak sekufu dengan dia. Jangan nak berangan jadi seseorang kepada Ferhad.
Layan mimpi di siang hari takkan ke mana-mana. Asma ukir senyum nipis untuk diri sendiri. Baik aku fokus jual sayur hari ini. Cepat habis, cepat boleh balik.
“Sayur segar. Murah.. Murah..” lantang suara Asma berusaha menarik perhatian pembeli.
Hari ini Asma sendirian menjual sayur-sayuran untuk menampung kehidupan dia dan ibunya. Dia telah biasa menolong ibunya menjual sayur di pasar. Ketika dia masih sekolah, setiap hari jumaat dan sabtu dia akan sama-sama menjual sayur. Jadi dapatlah ibunya berehat walaupun enggan berehat di rumah.
Sebaik sahaja dia tamat SPM, dia mengambil alih kerja ibunya. Dia paksa ibunya berehat di rumah walaupun ada tikanya ibu enggan mendengar cakapnya. Jadi nak tak nak dia terpaksa benarkan. Kesihatan ibunya tiba berapa baik sangat. Sebab itulah dia lebih suka ibunya berehat di rumah. Sejak mereka kehilangan ayah akibat kemalangan jalan raya 5 tahun lalu, ibunya bekerja menampung kehidupan mereka. Dia tidak sampai hati melihat ibu bertungkus lumus bercucuk tanam dan berniaga sayur-sayuran di pasar setiap hari. Oleh sebab itu, setiap petang selepas sekolah dia akan menolong di kebun sayur di belakang rumah mereka. Setiap pagi jumaat dan sabtu pula dia akan menolong ibunya menjual sayur di pasar. Walaupun pendapatan tidak menentu tetapi lebih daripada mencukupi menampung kehidupan mereka berdua.
“Asma hai..”
“Assalamualaikum Cik Aida. Nak beli sayur ke? Segar dan murah ni,” jawab Asma ceria. Tahu sangat dengan sikap Aida yang suka mengacaunya ketika dia sedang menjual.
“Waalaikumussalam. Wei... kau dah tengok result UPU ke belum?”
“Eh? Dah keluar ke?” tanya Asma blurr. Dia tak ingat langsung perkara tersebut. Rasanya baru sahaja dia isi borang online.
“Kau ni perkara sepenting ni pun tak ingat. Ini melibatkan masa depan kau tau.”
“Terima kasih kak. Datang beli lagi ya,” ucap Asma kepada seorang wanita muda yang membeli sayur dengannya.
“Esok-esok pun boleh tengok jugak. Kau dah check ke yang kau punya?” Asma sambil tangannya merenjis air ke atas sayur-sayuran agar kelihatan segar.
“Dah, aku dapat diploma perbankan, Uitm. Dan aku check untuk kau jugak.”
Terhenti seketika tangan Asma yang sedang menyusun sayur-sayuran. Dia pandang muka Aida seketika. Aida masih lagi sengih-sengih tanpa ingin memberitahunya.
“Kau nak cakap ke tak nak ni?”
“Kenapa kau minta pertanian?” soal Aida ingin tahu.
“Aku dapat diploma pertanian UPM ke?” soal Asma teruja. Itu adalah pilihan pertamanya ketika dia mengisi borang dulu.
“Eh mana kau tahu? Kata tak check lagi tadi?”
“Hahaha.. Sebab itu pilihan pertama aku.”
“Giless kau. Result SPM kau punya laa cantik. Pertanian jugak yang kau minta? Kau silap isi ke apa?”
“Apa salahnya. Memang aku minta pertanian. Aku nak jadi petani moden. Berbakti pada tanah.”
“Weh kau perempuanlah. Sama macam aku. Bertani tu kerja lelaki.”
“Kolotlah kau ni.”
“Lelaki perempuan sama je laa. Mak kau pun ada juga tanam sayur dan bunga keliling rumah kan? Lagipun aku suka berkebun. Apa salahnya.”
Aida mencebik. Tidak puashati dengan jawapan Asma.
Balik berniaga tengahari itu Asma singgah rumah nek Som. Jika tidak kenangkan janji yang dibuat pagi tadi, tentunya dia akan elakkan singgah ke rumah itu. Hatinya entah mengapa bekerja kuat apabila teringatkan wajah kacak Ferhad. Sekarang ni Ferhad berada di rumah Nek Som. Kebarangkalian untuk berjumpa lagi memang tinggi.
Tenanglah wahai hati. Jangan nak memalukan diri sendiri. Tak ada faedah pun. Bukan dia pandang kau pun. Entah-entah rupa kau pun dia dah tak ingat. Lagipun Ferhad tu tua sangat untuk kau.
“Assalamualaikum...”
“Assalamualaikum...”
“Nek Som.. ooo Nek Som,” laung Asma.
Dia matikan enjin motor dan menongkat motor di hadapan tangga rumah Nek Som. Panas matahari terik tengahari ini. Panas sangat sampaikan kepalanya berdenyut-denyut. Asma mengesat peluh di dahi dengan hujung tudungnya. Matanya melilau mencari Nek Som. Kalau tak ingatkan ada orang lain di dalam rumah itu, sudah tentu kakinya ringan melangkah masuk seperti rumah sendiri. Cari kipas angin untuk sejukkan badan. Tapi disebabkan cucu Nek Som ada, dia tak berani nak memandai-mandai. Segan. Nanti apa pulak kata cucu Nek Som. Entah-entah nanti di cop penceroboh.
“Waalaikumussalam... Nek Som tengah solat zuhur,” jawab suara serak-serak macam orang baru bangun tidur.
Terjengul Ferhad yang kusut masai tanpa baju di muka pintu. Pucat muka Asma melihat. Pantas dia berpaling ke belakang.
“Masuklah dulu. Jap lagi Nek Som siap solat.”
“Er... Er.. tak apa.. Tak apa. Saya tunggu kat sini je,” tergagap-gagap Asma menjawab. Gugup bila terpandang Ferhad yang seksi itu.
Isskk... Kenapalah dia ni tak pakai baju dulu sebelum keluar.
“Okey..” balas Ferhad sambil melangkah ke dalam semula.
Asma mengurut dada. Nasib baik dia dah masuk dalam. Buatnya datang duduk bertenggek di sini jugak, mahunya aku pengsan nanti.
Sepuluh minit kemudian.
“Laa Asma kenapa tak masuk dalam?”
“Best duduk kat luar ni Nek Som, berangin,” jawab Asma sengih-sengih.
“Mari masuk..” ajak Nek Som.
Asma akur.
“Duduk dulu nenek buat air.”
“Tak apa.. Tak apa nek. Biar Asma buat,” segera Asma ambil jag di tangan Nek Som.
“Nak buat air apa nek?”
“Sunquick. Buat Sunquicklah. Jangan bubuh gula. Buat biar pekat. Ferhad suka sunquick tak letak gula. Pekat-pekat baru rasa macam jus sebenar, katanya.”
Asma angguk. Selebihnya dia segan bila Ferhad muncul di belakang Nek Som. Ferhad mengambil tempat di hadapan Nek Som. Adanya Ferhad sekali di situ membuatkan Asma merasa serba tak kena. Canggung sangat sebab dia rasa setiap perbuatannya diperhatikan.
“Duduk makan dulu Asma,” ajak Nek Som apabila Asma meletakkan jag berisi air sunquick di atas meja.
“Tak apalah nek. Asma minum je. Kasihan dekat ibu kat rumah nanti tak ada orang temankan makan.”
“Ibu kau sakit lagi ke? Semput dia datang lagi?” soal Nek Som prihatin.
Asma angguk. Semalam dia tak lena sebab ibunya tak dapat tidur. Dia ajak ke klinik tapi ibunya berkeras tak nak pergi. Walaupun ibunya gesa dia tidur, namun dia tak dapat tidur apabila mendengar batuk yang tidak henti-henti. Kadang kala tu dia nampak darah di tapak tangan ibunya. Bila dia tanya tekaknya kering sebab itulah batuk keluar darah. Dia tak percaya. Bila dia tanya berkali-kali ibunya merajuk. Jadi dalam risau dan serba salah, dia paksa mulutnya berhenti bertanya. Hati ibu perlu dijaga. Terguris sikit, dosa yang dia dapat.
“Dia tak nak pergi klinik jugak ke?”
Asma geleng.
“Tak nak nek. Bila Asma paksa dia merajuk. Asma risau dan serba salah. Asma takut sakitnya bertambah teruk,” adu Asma. Matanya terasa panas. Dia takut kehilangan ibunya. Dia mahu ibunya kembali sihat seperti sediakala. Dia tidak mahu kehilangan sekali lagi. Dia belum bersedia hidup sendirian tanpa ibunya.
“Tak apa. Lepas asar nanti nek pergi lawat ibu kau. Ajak dia pergi klinik. Jangan susah hati,” pujuk Nek Som.
Asma mengerlip- ngerlipkan matanya, menahan air matanya dari gugur. Dia tundukkan wajahnya. Segan bila sepasang mata Ferhad memerhatikan tingkah lakunya. Dia cepat-cepat habiskan air minumannya.
“Asma minta diri dululah nek.”
“Ambil mangkuk tingkat tu, lauk dan sup untuk makan tengah hari. Nanti makan bersama dengan ibu.”
“Terima kasih nek. Ni yang Asma sayang nenek sangat-sangat,” spontan Asma memeluk Nek Som dari belakang. Satu ciuman manis dihadiahkan ke pipi Nek Som.
“Nenek dah tahu dah. Nenek pun sayang Asma macam cucu sendiri.”
Asma buka mata dan angkat muka. Oppss... sepasang mata ralit memerhati tingkah lakunya lagi.
Mukanya mula bersemu merah.

Published on October 18, 2016 18:38
October 16, 2016
Bab 6 : Si Adik Manja dengan Menantu Pilihan Abah
‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.’
Itulah yang dirasakan saat ini. Sebaik sahaja kakinya dijejakkan di bumi Malaysia. Nafas ditarik panjang, mata dipejamkan seketika, lafaz syukur lancar dialun di dalam hati. Dia bersyukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Bertahun di luar negara, tidak sesekali dia melupai tanahair.
Kampung halamannya tidak banyak berubah. Jalannya masih sama seperti dulu. Cuma rumah semakin bertambah. Ada juga rumah lama berganti baru. Hisyam tersenyum lagi memerhati sekitarnya. Dulu kampungnya terpinggir. Sekarang semakin pesat dibangunkan. Mungkin kerana orang ramai telah menyedari daerah ini mempunyai pemandangan yang cantik, setaraf dengan tempat peranginan persisiran pantai yang lain. Lebihnya di sini, alam semulajadinya masih terpelihara. Sebab itulah pada pengamatannya semakin banyak resort dan chalet dibuka. Kedai makan juga semakin bertambah.
Dirapatkan matanya. Bayu laut menyapa kulitnya. Dia, rindukan udara nyaman di sini. Kampung halaman yang ditinggalkan sentiasa dirindui. Ketenangan dan keindahannya sentiasa menggamit memori rindunya. Namun, jauh di sudut hati dia mula rindukan rumah Allah s.w.t. Kedamaian dan ketenangan di sana tidak dapat menandingi tempat lain walaupun tempat sendiri.
Hisyam berjalan santai menuju ke pantai. Sesekali dia melemparkan senyuman apabila berselisih dengan orang kampung. Dia asyik memerhati sekelilingnya. Cuba mengingati memori lalu, tanpa sedar kakinya telah mencecah pasir di persisiran pantai. Subhanallah...Kagum dengan keindahan di depan matanya. Permukaan laut berwarna kuning keemasan disimbahi cahaya fajar di ufuk timur. Dalam malu-malu, matahari semakin berani menonjollkan dirinya. Memberi khidmat menyinari bumi.
"Assalamualaikum...."
Dan bibirnya terus tersenyum menyapa.
Thaqif.
"Walaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh..."
“Makin sado kau, Ngah.”
Thaqif di hadapannya tersengih dan ketawa. Termengah-mengah bernafas.
“Mengata aku. Kau pun sama. Bila sampai?” Balas Thaqif setelah nafasnya kembali teratur.
Mereka berjabat tangan, spontan Hisyam menarik Thaqif rapat berpeluk bahu.
"Weh... Aku busuk ni. Berminyak dengan peluh lagi..." sambil menolak tubuh Hisyam.
Hisyam ketawa.
“Bukan kotor pun.”
Thaqif sengih. Dia melakukan beberapa senaman ringan sebelum berdiri di sebelah Hisyam.
"Rajin kau jogging pagi-pagi ni?"
"Balik kampung je aku jogging. Biasanya work out di Gym. Sesekali balik, nak jugak sedut udara fresh ni.”
“Patutlah badan kau makin tegap berisi. Dulu sekeping je,” Hisyam memuji dalam sindir.
“Kau pun makin sado jugak. Dulu pun sekeping macam aku jugak kan? Cuma janggut sejemput tu yang tak berubah,” Thaqif balas balik.
Tawa mereka berdua pecah. Sikap mereka tidak berubah walaupun telah tujuh tahun berlalu.
“Mahunya tak berubah. Tujuh tahun, bro. Lagipan kampung ni pun banyak berubah, apatah lagi kau, aku. Makin banyak umur.”
“Kau apa cerita. Senyap terus selepas pergi.”
“Kau macam mana sekarang? Dah kahwin?” Soal berjawab soalan.
Mereka jalan beriringan di persisiran pantai Nipah. Menikmati udara segar di pagi hari.
“Belum. Aku tunggu adik aku kahwin dulu, baru aku kahwin.”
“Jadi bujang terlajaklah kau. Adik kau tu baru lapan belas tahun.”
Thaqif sengih.
“Kau tak rindukan adik aku? Tujuh tahun kau pergi, sepucuk surat pun tak ada. Sampai demam-demam budak tu rindukan kau.”
Hisyam diam.
“Abah kau apa khabar? Pagi tadi tak nampak pula dia kat surau?” Tanya Hisyam. Soalan Thaqif tadi dibiarkan tanpa jawapan.
Demam rindu?
“Dia tak berapa sihat sikit. Terkena minor strok.”
“Innalillah…. Macam mana keadaan dia sekarang?”Soal Hisyam prihatin. Pak Teh seperti ayahnya juga.
“Alhamdulillah...Beransur sihat dah. Ada berehat di rumah. Bukan kau tak kenal abah aku tu, degil. Cakap anak-anak tak mahu dengar. Dia je yang betul,” sungut Thaqif.
Hisyam tepuk bahu Thaqif.
“Banyakkan sabar. Orang tua macam abah kau tu kena guna psikologi sikit. Bukan sebarangan orang mampu nasihatkan dia.”
Thaqif sengih.
“Abah aku mesti dengar cakap kau. Dalam sakit dia tu, nama kau jugak yang disebutnya.”
Hisyam sengih. Pak Teh, memang dikenali sebagai seorang yang degil. Hitam katanya, hitamlah. Putih katanya, putihlah. Seingatnya, orang kampung tidak berani hendak mengemukakan pendapat dan nasihat kepada pak teh. Hanya ayahnya sahaja yang berani memangkah kata-kata dan pendapat pak teh.
“Sabarlah ngah. Orang tua memang macam tu. Tambah pula bila sakit. Lagi banyak benda tak kena. Lagi banyak benda kena ikut apa yang dia nak,” nasihat Hisyam.
Seketika mereka larut melayan perasaan masing-masing.
“Adik apa khabar sekarang?” Soal Hisyam perlahan.
Thaqif berpaling melihat wajah Hisyam. Manakala Hisyam terus pandang jauh ke lautan di depannya.
“Aku ingatkan kau tak ambil tahu pasal adik aku dah.”
“Adik kau, adik aku jugak. Takkanlah aku tak ambil tahu?”
Thaqif sengih. Dia teringat keakraban Hisyam dengan adiknya. Hisyam lebih sabar melayan karenah Nur berbanding dia. Sebab itulah Nur lebih suka menempel di sisi Hisyam.
“Tujuh tahun Syam kau pergi...Tujuh tahun adik aku hidup tanpa kau..” bisik Thaqif perlahan.Seolah-olah merasai apa yang dilalui oleh adiknya.
“Aku minta maaf..”
“Bukan pada aku, tapi adik aku,” tegas Thaqif.
“Adik aku baru sampai pagi tadi. Cuti seminggu. Sekarang belajar di Matrikulasi Gambang. Kalau nak tahu lebih lagi pasal dia, baik kau tanya sendiri.”
“Aku rasa mesti adik kau marah dan benci aku sekarang ni.”
Tak salah tekaan Hisyam itu.
“Betullah tu.”
“Budak tu bertahun-tahun marah dan bencikan kau. Mungkir janji. Orang munafik. Jahat.. Apa lagi eh dia maki kau. Aku pun tak ingat. Tapi....
“Budak tu memang betul-betul marahkan kau!”
“Teruk sangat ke?”
Thaqif menghela nafas.
“Seminggu kau pergi, adik aku demam. Dekat sebulan jugaklah. Hari-hari tunggu posmen datang. Tapi tak datang-datang. Sampai dia give up. Lepas tu nama kau tak pernah disebut lagi.
“Aku pun tertanya-tanya, kenapa kau tak pernah hantar surat pada dia?”
Hisyam tersenyum tawar. Bukan tak nak hantar surat, ketika itu baginya lebih baik dia mendiamkan diri dan menumpukan perhatian pada pelajaran. Namun nama adik sentiasa berada di dalam doanya. Dia sayangkan Nur lebih dari dia sayangkan Nisa, adiknya.
Thaqif menepuk bahu Hisyam.
“Aku tak tahu apa yang kau fikirkan setelah kau pergi. Kenapa dan mengapa kau buat adik aku begitu. Tapi bila aku tengok kau, aku pun tahu kau pun rasa macam adik aku rasa.”
“Adik aku sekarang ni masih lagi manja tapi selepas sihat, dia tidak pernah menangis lagi.”
“Aku rasa selepas kau pergi, hati dia pun ikut kau juga. Dia berubah hampir lapan puluh peratus selepas tu.”
“Sayang sangat kat kau.”
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on October 16, 2016 18:41
October 15, 2016
Bab 1 : Ku Pilih Untuk Setia (tajuk sementara)
Salam Ahad, Ada yang tunggu cerita ni ke? Okey saya up bab 1... Korang boleh berkenalan dengan lebih dekat dah dengan Ferhad dan Nek Som dulu. Lepas tu baru Asma ya.
Ini kisah mereka. Kesetian dan cinta perlu bersatu untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan. Berkahwin bukan untuk mereka bercinta tapi sebab itulah JODOH yang telah Allah taala tetapkan.
Love quote
“Ferhad bangun!.”
“Kejap lagilah nek, awal lagi ni,” jawab Ferhad malas. Dia baru sampai dalam pukul 5 pagi. Selepas subuh baru tidur dan belum pukul 8 nenek dah kejut bangun. Kepala pun rasa berpusing-pusing ni. Tak cukup tidur. Jetlag lagi.
“Bangun. Temankan nenek pergi pasar. Balik nanti kau boleh sambung tidur.”
Hmmm... Ferhad masih belum mahu buka mata. Baru tadi dia sampai ke alam mimpi. Ada bidadari cantik mengalukan kedatangannya ke taman bunga nan indah. Baru saja nak menyambut huluran tangan, dah memetir suara nenek kejutkan dia bangun. Dia mengeluh kuat. Ditekup bantal ke mukanya.
“Ferhad!” lantang suara Nek Som menjerit namanya.
“10 minit nek. Nanti Ferhad bangun.”
“Tak ada 10 minit. 10 saat je nenek bagi. Sekarang bangun! Cepat pergi, cepat balik.”
“Ok.. Ok.. Ferhad bangunlah ni,” dengus Ferhad. Nak tak nak dia bangun jugak.
“Bagi Ferhad 10 minit, nak mandi.”
“Cepat sikit.” Gesa Nek Som lagi. Bukan dia tak kasihan. Tapi kalau lambat pergikan, habis semua ikan-ikan segar tu.
Pagi masih lagi terasa udara sejuknya, walaupun matahari galak memancarkan cahayanya. Pasar pagi seperti biasa, sibuk dengan orang ramai membeli barang-barang keperluan harian. Ferhad menarik nafas panjang sebelum menghembuskan semula. Keluhan dilepaskan apabila dia melepaskan nafasnya. Satu perkara yang dia cukup tidak suka apabila datang ke pasar adalah baunya. Pelbagai bau dapat dihidu. Bau hanyir ikan meloyakan dirinya. Bau sayur-sayuran bercampur tanah membuatkan dia terimaginasi dalam satu mangkuk sayur ada beberapa cacing tanah berenang. Sebab itulah dia tidak suka makan sayur. Tak berselera walaupun Tiffany selalu membuat salad semangkuk besar. Disuakan kepadanya jauh sekali mahu disentuh.
Hari ini dia mencemar duli mengikut neneknya ke pasar harian. Jarang sekali dia membantah setiap ajakan neneknya secara terus terang walaupun mulutnya mereka berbagai alasan. Dia kasih dan sayangkan neneknya. Satu-satunya nenek yang dia ada untuk bermanja. Nenek yang sentiasa menasihati dan jauh sekali memarahinya walaupun dia pernah melalui detik silam.
“Allah Taala sentiasa bersedia dengan tangan terbuka untuk memaafkan setiap hambanya yang berdosa. Jadi mengapa tidak kita sebagai hambanya juga bersedia memaafkan mereka yang telah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Sebab kita sebagai manusia tidak pernah sekali terlepas dari melakukan kesilapan. Ia adalah ujian dari-NYA. Ia juga adalah ilmu dan ilmu kehidupan agar kita berubah menjadi lebih baik.”
Itu kata-kata nasihat yang nenek tuturkan kepadanya ketika dia dipulaukan di atas kesalahan yang tidak sengaja dilakukan ketika dia senang menunggu keputusan SPM sepuluh tahun lalu. Terjebak dalam parti liar dan ditangkap polis, sudah tentu memalukan keluarganya. Dia hampir lunyai dibelasah oleh papanya yang sentiasa pentingkan maruah. Neneklah yang menahan dan melarang daripada dia terus dibelasah. Neneknya yang menjaga dan merawatnya. Jadi dia amat berterima kasih dan terhutang budi dengan nenek.
Hampir 5 tahun tidak pulang ke Malaysia, jadi rumah neneklah yang menjadi tempat hinggap pertamanya. Namun dia tetap memberitahu mama tentang kepulangannya. Mungkin seminggu dua lagi dia pulang ke rumah ke dua ibu bapanya di Sg. Buloh, Selangor. Itu pun kalau moodnya okey. Dia tak berapa suka balik ke sana. Istana hinggap yang kosong. Mama dan papa sibuk 24 jam. Disebabkan peristiwa 10 tahun lepas juga dia jarang bercakap dengan papanya. Sakitnya masih lagi terasa.
“Cepat sikit tu jalan. Jangan nak berangan lagi. Nenek ada banyak barang nak beli ni.”
Ferhad sengih. Jauh benar dia menggali kisah hidupnya dulu. Bagaimana dia suka berada di rumah nenek. Neneknya seorang yang berfikiran terbuka dan faham jiwa mudanya walaupun dia tinggal di kampung.
“Ikan Aya ni 2 ekor. Potong dan siang. Udang sekilo dan Sotong sekilo.”
“Siapa ni Mak Som?”
“Ferhad. Takkan kau tak ingat. Baru sampai pagi tadi.”
Ferhad hulur senyum.
“Assalamualaikum Pak Ali.”
“Waalaikumussalam.” Pak Ali ketawa.
“Hampir aku tak jam kau. Dulu kurus sekarang ni makin tegap. Makin putih sejak kerja di negara orang putih ni. Kau sampai bila?”
“Baru subuh tadi Pak Ali.”
Dia kenal dengan Pak Ali ni. Semasa dia kena pulau dulu, dengan Pak Alilah dia belajar mengaji Al-Quran. Melaksanakan solat dengan betul. Tapi sejak kerja di U.K dia mula alpa.
Ferhad angkat tangan kanan bersalam.”
“Tak payah- tak payah. Tangan Pak Ali ni busuk dengan ikan,” mesra Pak Ali menolak huluran tangan.
“Tak apa Pak Ali. Air ada tu, boleh basuh.”
Pak Ali ketawa senang.
“Ayah kau tak balik sekali ke?”
“Tak Pak Ali. Saya sorang je,” balas Ferhad rendah.
“Budak Ferhad ni baru balik dari U.K. 5 tahun kat sana belajar dan terus kerja. Jadi bila balik sini terus datang rumah aku. Rumah bapaknya kat KL pun tak balik lagi,” cerita Nek Som.
Pak Ali terangguk-angguk.
“Berapa lama cuti?”
“Sebulan Pak Ali. Alang-alang cuti, ambil cuti lama sikit. Lepas rindu kat nenek ni.”
“Baguslah. Tak adalah nenek kau sunyi tinggal sorang. Ada anak cucu macam tak ada anak. Sakit pening sendiri kena tanggung.” Mendalam maksud Pak Ali.
“Kau ni Ali membebel kalahkan Milah. Aku ni sihat walafiat lagi. Tak perlukan orang jaga. Temankan. Dema semua sibuk cari rezeki. Aku pulak tak nak susahkan sesiapa. Bukannya mereka tak ajak aku tinggal sekali tapi aku ni sayang nak tinggalkan rumah aku tu.”
Pak Ali pandang Ferhad. Seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu.
“Sebab itulah Ferhad terus datang sini, temankan nenek. Jadi tak adalah nenek sunyi lagi. Tak membebel lagi setiap kali Ferhad telefon.”
“Saya ajak ikut saya ke U.K dia tak nak Pak Ali. Bila telefon selalu tanya bila nak balik.”
“Orang tua macam tulah Ferhad. Selalu teringatkan anak-anak. Bila anak ajak tinggal bersama sayang pulak tinggalkan rumah sendiri. Jadi sebagai anak cucu lah kita harus mengalah.”
“Berapa semua ni Ali?” tanya Nek Som apabila pembantu Pak Ali menghulurkan plastik berisi ikan, sotong dan udang yang diminta tadi.
“40 ringgit Mak Som. Saya jual dengan harga 40 ringgit tunai.”
“Aku beli dengan harga 40 ringgit tunai. Assalamualaikum.”
Nek Som bergerak pergi. Ferhad mengekor dari belakang setelah berjabat tangan dengan Pak Ali.
Mereka pergi ke bahagian sayur-sayuran.
“3 ikat 5 ringgit. Murah-murah...”
Ramah penjual sayur menegur Nek Som sambil mempromosikan sayur-sayuran yang dijual.
“Siapa ni Mak Som?”
“Ferhad. Cucu aku,” jawab Nek Som mesra.
Dia berhenti di sebuah gerai yang penuh dengan sayuran segar.”
“Ibu kau tak menjual hari ni Asma?”
“Nek Som.” gadis itu terperanjat dengan teguran Nek Som yang tiba-tiba.
Lebar senyuman gadis itu mengalukan mereka.
“Tak. Ibu semput sikit pagi ni. Jadi Asma suruh dia rehat dekat rumah je.”
“Nek Som nak sayur apa?”
“Siapa ni Nek Som?” Soal Asma ramah.
“Ferhad. Cucu aku yang selalu aku dok cerita tu.”
Oooo... hanya itu yang kedengaran keluar dari bibir kecil itu.
Comel. Nampak segar macam sayur-sayuran di sekelilingnya. Entah kenapa mata Ferhad yang hampir layu tadi kembali berseri apabila melihat senyuman Asma.
“Bagi Nek Som bayam 2 ikat. Cili padi 2 ringgit. Halia dan lobak merah.”
Tangkas Asma mengambil dan menimbangkan sayuran yang diminta.
Ferhad ralit memerhatikanya. Suka melihat wajah ceria dan comel Asma. Seperti sekuntum bunga mawar di taman nan hijau.
“Balik nanti singgah rumah Nek Som dulu. Nanti Nek Som buatkan sup sayur untuk ibu kamu.”
Asma sengih. Dia tahu dia tidak mampu menolak sebarang pemberian daripada Nek Som. nanti merajuk pulak. Susah pula dia nak pujuk. Tapi adanya Ferhad, dia jadi segan nak singgah.
“Dengar tak ni? Jangan tak singgah pulak,” sergah Nek Som.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Ini kisah mereka. Kesetian dan cinta perlu bersatu untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan. Berkahwin bukan untuk mereka bercinta tapi sebab itulah JODOH yang telah Allah taala tetapkan.
Love quote “Ferhad bangun!.”

Published on October 15, 2016 23:49