Shima Rostam's Blog, page 10

May 21, 2021

Nufah bab 1


Pembelian novel NUFAH boleh dibuat melalui SHOPEE (klik di sini)

H

ATINYA resah. Sudah seminggu Tengku Firash tidak dapat dihubungi. Hilang tanpa sebarang berita. Nufah genggam erat telefon pintarnya. Telah hampir berpuluh pesanan Whatsapp dihantar namun masih tidak berbalas. Dia mengeluh perlahan. Galau. Puas dia memikirkan silapnya,  namun buntu. Hubungan mereka sebelum ini baik-baik sahaja, namun sikap Tengku Firash berubah selepas mereka bertunang.

Sebab pertunangan inikah??

Tengku Firash sudah tidak cintakannya lagikah?

Nufah senyum pahit. Macam-macam kemungkinan berlegar di dalam kepalanya. Dia tidak mahu menyangka yang bukan-bukan tetapi fikiran negatif itu tetap datang. Apatah lagi Tengku Firash bagaikan lepas tangan. Persiapan perkahwinan mereka, semuanya dia uruskan sendiri. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia batalkan majlis perkahwinan mereka. Namun, apabila memikirkan  semua persiapan hampir selesai, disabarkan hatinya. Lagipun mana mahu diletakkan muka kalau tiba-tiba majlis perkahwinannya dibatalkan. Tentu mama dan abahnya yang akan menanggung malu.  

Matanya tertancap pada sebungkus kad undangan perkahwinan yang telah siap dicetak di atas katilnya. Baru sahaja diambil semalam. Baju nikah juga telah siap dijahit dua hari lepas. Nufah menekan-nekan pelipisnya dengan hujung ibu jari dan jari telunjuk. Pening memikirkan hari besar mereka semakin hampir tetapi sikap Tengku Firash semakin sukar diteka. Hati semakin tidak yakin dengan hubungan mereka berdua. Semakin dekat hari perkahwinan, dia merasakan hubungan mereka semakin jauh dan renggang.

‘Betulkah keputusan ini?’

Sikap tidak acuh Tengku Firash membuatkan dia mempersoalkan keputusan besar yang dibuatnya beberapa bulan lepas. Sangkanya selama ini hati mereka satu, rupa-rupanya dia silap. Dia langsung tidak memahami hati lelaki itu meskipun mereka telah lama bercinta.

“Kakak ... Firash cakap apa?” Puan Rosiah mendekati anak sulungnya.

Ada keresahan terlukis di wajah itu. Dia faham. Semakin dekat majlis berlangsung, bakal pengantin baru akan diduga dengan bermacam-macam perasaan. Takut, keliru dan juga tidak bersedia untuk melangkah ke alam baru. Sebab itu dia tidak mendesak sangat. Sekadar memberi peringatan dan nasihat agar majlis nanti berjalan lancar. Naluri seorang ibu, walaupun merasakan ada yang tidak kena, dia tetap bersikap tenang dan rasional. Kehendak anak tetap juga diutamakan.

“Kakak dan Firash ada masalah ke?” Soalan tadi tidak berjawab, lalu disoal soalan lain.

Sudah agak lama juga Nufah tidak meminta kebenaran untuk bertemu dengan tunangnya. Bukan hendak menyibuk, tetapi dia merasakan bakal menantunya seolah-olah lepas tangan. Bukankah dahulu Tengku Firash juga yang tidak mahu menggunakan khidmat perancang perkahwinan. Dia mahu menguruskan sendiri agar menjadi momen indah mereka yang bakal bergelar raja sehari. Akan tetapi sekarang dilihatnya Tengku Firash tidak ambil peduli, bahkan semuanya diuruskan sendiri oleh anaknya itu.

Wajah yang ditunduk tadi diangkat memandang mamanya, keluhan dilepaskan. Bibir digigit. Resah, sebak dan sesak menggamit rasa. Sukar untuk diluahkan.

“Entahlah mama. Dah seminggu kakak telefon Firash, tak berangkat. Tak tahu ke mana perginya,” keluh Nufah.

Dia segan hendak menghubungi bakal mentuanya. Takut pula dituduh mengada-ngada, hendak menempel setiap masa. Lagipun dia tahu, sejak dahulu dia bukan menantu pilihan. Hal ini sedaya mungkin cuba disembunyikan daripada pengetahuan mama dan abahnya. Namun dia yakin, mama tahu ada yang tidak kena, cuma mama mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Memberi dia peluang menyelesaikan sendiri tanpa masuk campur. Sebab itu dia beruntung, ada mama yang memahami dan tidak mendesak. 

“Tak jumpa dekat pejabat?”

Nufah geleng kepala. Minggu lepas, Tengku Firash memberitahu dia perlu out-station seminggu. Patutnya semalam dia sudah pulang tetapi apabila ditanyakan kepada setiausaha Tengku Firash, lelaki itu telah mengambil cuti seminggu pula. Untuk bertanya banyak, dia segan, takut setiausaha tunangnya tahu ada kepincangan di dalam hubungan mereka. Ah! Dia selalu menjaga hati dan perasaan orang lain sehinggakan hati sendiri terluka.

“Dia cuti. Kakak tak tahu pun. Itu pun kakak tanya setiausahanya. Telefon langsung tak berangkat. Whatsapp pun tak dibaca. Kakak takutlah mama,” luah Nufah.

Selama mereka bercinta, tidak pernah pula Tengku Firash bersikap begitu. Biasanya kalau bergaduh pun, paling lama tiga hari sahaja mereka berperang dingin. Selepas itu, mesti salah seorang akan mengalah. Masalahnya sekarang, Nufah tidak tahu pun mereka sedang dilanda masalah. Sebab selama dalam tempoh bertunang ini, dia sentiasa mengalah dan mengutamakan kehendak Tengku Firash. Mengapa tiba-tiba Tengku Firash mendiamkan diri?

“Dia sibuk agaknya. Tak pun letih kerja. Sebab itulah ambil cuti, nak berehat. Jangan fikir yang bukan-bukan. Esok pagi, teman mama ke kedai cenderahati pengantin. Bunga telur tak cukup lagi tu, nak kena tambah 200 lagi,” pujuk Puan Rosiah.

Dielus tangan si anak, memujuk, walaupun hati sendiri telah tawar rasa. Tapi untuk melihat si anak bahagia, segala rasa tidak enak dibenam jauh di dasar hati.

Nufah mengukir senyum, dia tahu mamanya tidak mahu dia berfikir bukan-bukan. Sebab itulah mama cuba membuatkan dia sibuk di hujung minggu ini. Nufah menganggukkan kepala.

“Terima kasih mama. Kalau tak ada mama, kakak tak tahu macam mana nak uruskan semua ini.”

“Kakak anak mama. Sampai bila-bila pun kakak perlukan mama. Nak berterima kasih, kakak perlu jadi isteri terbaik untuk suami kakak. Cepat-cepat lahirkan cucu untuk mama.” Puan Rosiah peluk bahu anak sulungnya, cuba menutup resah di hati.

Pertemuan secara tidak sengaja siang tadi tidak diceritakan kepada Nufah. Mungkin silap matanya yang memandang. Lagipun Dian itu sudah dianggap anak sendiri walaupun berpangkat anak saudara suaminya sahaja.



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2021 19:28

December 5, 2020

Nufah Prolog

Nufah tersentak apabila terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Terasa nafas hangat di lehernya. Nafasnya sesak, rindu seminggu kini terubat.

I miss you darling.” Desahan suara garau romantis di cuping telinganya membuatkan bulu roma di lengan Nufah berdiri. Namun hati tetap berasa tenang walaupun dalam keadaan intim begitu. Sudah seminggu dia kehilangan kehangatan itu.



Tidak perlu meneka, Nufah memusingkan tubuhnya. Tangannya naik memeluk leher lelaki itu. Tinggi tubuh tegapnya membuatkan Nufah terpaksa berjinjit. Tidak puas hati, dia melompat dengan kedua-dua kakinya memaut erat pinggang sang suami.

Lelaki itu tergelak dan menampung tubuh Nufah dengan kedua-dua belah tangannya. Dia kemudian membawa Nufah ke sofa lantas diribanya. Telapak tangannya menyentuh dahi dan juga leher. Mahu merasa suhu tubuh isterinya. Masih lagi hangat.

“Rindukan abang sampai demam-demam ni?” Lelaki itu geleng kepala.

Nufah mencemik bibir. Matanya berkaca. Seminggu tidak berjumpa terasa macam setahun. Ini kali pertama mereka berjauhan, terasa jiwanya separuh hilang. Kalaulah lebih lama mereka terpaksa berjauhan, harus dia terlantar di hospital sebab sakit rindu. Segala ubat jadi racun. Hanya kehadiran sang suami sahaja penawarnya.

Next time ke mana abang pergi kena ikut. Jangan degil lagi. Kerja di pejabat, orang lain boleh uruskan. Paling penting sayang sentiasa berada di sisi abang.”

Mendengar kata-kata tersebut, Nufah menyembamkan wajahnya ke dada suami. Dia sendiri tidak menyangka kesihatannya terjejas akibat berjauhan dengan suami.

“Hmmm…” Semakin dirapatkan tubuhnya ke dada suami. Memang tidak sanggup lagi berpisah selepas ini.

Melihat si isteri melekap di dadanya, pautan dieratkan. Beban rindu di hati luruh. Begini rupanya sakit rindu!




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 05, 2020 00:59

November 22, 2020

Blurb Nufah




Nufah dan Tengku Firash adalah high school sweetheart. Mereka bercinta sejak dari zaman persekolahan lagi. Bagi Nufah, Firash itulah cinta pertama dan terakhirnya. Hati sangat bahagia apabila akhirnya mereka akan disatukan dalam ikatan perkahwinan. Namun beberapa minggu sebelum majlis, Nufah perasan tunangnya berubah. Hati gelisah, macam ada yang tak kena dengan Firash. 
Bagi Tengku Firash pula, Nufah itu cinta hatinya. Bidadarinya. Tak terlintas pun untuk mencuranginya, tetapi hatinya belum cukup kebal untuk menepis godaan demi godaan Dian. Tak sengaja dan tersasar sedikit saja, Dian telah berada di dalam pelukannya. 
Dian adalah sepupu merangkap kawan baik Nufah. Tempat Nufah mengadu juga berkongsi kisah cintanya. Namun dia tak sangka, rupanya Dian selama ini cintakan Firash juga. Malah lebih menggemparkan hatinya, Dian mengambil kesempatan di atas kepercayaannya untuk menggoda Firash. Dian telah berjaya menghancurkan impian cinta Nufah dengan skandal seks mereka. 
“Dalam hal ini I yang bersalah sebenarnya. Hati I yang berubah. You tak bersalah dear. Jangan risau, I akan selesaikan perkara ini. Kita akan kahwin nanti.” Tengku Firash. “Tapi Nunu? Kasihan dia. I jahat. Dia percayakan I selama ini tapi I khianati dia,” -  Dian  
Apabila segalanya terbongkar, Nufah dia rela mengundur diri. 
Tengku Firash menyesal, tapi kata orang nasi sudah menjadi bubur. Hanya maruah keluarga dapat diselamatkan. 
Nufah membawa diri mengubati lara di hati. Tiba-tiba muncul Mr Sean. Billionaire kacak yang tak pernah diketahui adanya.
 You’re my sunshine. – Sean.  
Katanya, mereka pernah jumpa 3 tahun lepas. Bila dan di mana? Nufah keliru. Kemudian rahsia demi rahsia terbongkar. Nufah terharu. Cinta 10 tahun dicurangi,  dihadirkan cinta tanpa mengenal darjat pula. Hati mula jatuh cinta lagi. Hendak terima atau tidak. 
 Reaching for your hand brings me such joy and knowing that  that you are mine forever brings me peace.- Sean Kemudian muncul pula Mellisa. Mengaku yang anak dikandungnya milik Sean. Adakah Nufah bakal kecewa lagi?

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2020 07:20

Akhirnya saya muncul dengan novel baru - NUFAH..

Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.



Telah lama tidak muncul dengan novel terbaru. Jadi di penghujung tahun di saat gelombang ke 3 COVID -19 melanda Malaysia, karya terbaru saya bakal terbit, bertajuk Nufah. Seperti biasa, novel saya masih lagi bertemakan cinta. Kisah cinta ini tak pernah bosan dikarang. Cinta yang membuatkan jiwa kita penuh kasih sayang juga mengenal kita erti air mata. Begitu juga kisah yang saya paparkan kali ini. 
Tentang NUFAH yang dikecewakan oleh tunangnya beberapa minggu sebelum majlis mereka. Firash telah berselingkuh dengan Dian, sepupu Nufah sendiri. Mulanya Nufah ingat dia salah faham. Mungkin dia yang terlebih sensitif. Maklumlah bakal pengantin  baru yang orang kata berdarah manis. Rupa-rupanya itu realitinya. Dia dikhianati oleh orang yang paling dipercayainya. Bukti skandal seks mereka yang di whatapps oleh rakan sekerjanya membuatkan Nufah terduduk. Tidak mahu menerima kenyataan tapi itulah kenyataannya. Keputusan besar terpaksa diambil, menarik diri dari ikatan pertunangan itu. Biarlah dia dikecewakan hari ini dari terus dikhianati di kemudian hari. Mujurlah ke dua orang tuanya menyokong keputusan yang diambil. Merekalah tulang belakang kekuatannya untuk bangkit dari kekecewaan ini. 
Nufah kemudiannya membawa diri mengubati hati yang dilukai. Tanpa sedar sebenarnya dia berada di dalam perhatian seseorang selama ini. Kewujudannya tidak terduga. Datangnya mahu merawati hati yang terluka. Katanya mereka telah kenal 3 tahun lepas. Di mana? Nufah langsung tak ingat. 
Bagi Sean pula itulah memori indah yang sentiasa tersembunyi di dalam hatinya. Nufah menjadi perantara dia melihat NUR. Nufah menjadi sebab dia berusaha menjadi manusia yang lebih baik dan membuka mata hatinya tentang makna CINTA itu sebenarnya.
Namun akur dengan hakikat diri. Dia dan Nufah tak mungkin ada pertemuan kali ke duanya. Tak mungkin mereka ada JODOH. cukuplah sebagai pemuja rahsia Nufah dari jauh. Namun siapa sangka, jodoh itu bukan dipinta namun diharapkan. Dilorongkan oleh takdir sebuah pertemuan dan harapan setelah Nufah dikecewakan. 
JODOH ini orang kata ikan di laut, asam di darat, bila dah jodoh bertemu juga dalam periuk. Itulah ibaratnya kisah mereka.
Sean, manusia robot yang hanya tahu kerja dan kumpul harta. Sebab itulah dalam usia muda dia bergelar billionere. Tak disangka pula kelemahannya adalah NUFAH. Saat Nufah kecewa dia yang terasa.
Nufah pula seperti biasa dengan caranya. Tak sedar pun dia dah terperangkap dalam rancangan licik Sean. Nak berundur tak dapat, nak maju ke depan pun tak dapat. Memahami keadaan Nufah itu, budimannya seorang lelaki terletak pada kematangan dan kesabarannya menghadapi setiap situasi walaupun hati meronta-ronta ingin memiliki.. 
Kisah Nufah yang kecewa..
Kisah Sean pencinta rahsia..
Kisah Firash dan Dian menjentik kesabaran kita..
Muncul pula Mellisa pelengkap rasa. 
Semuanya saya adun dengan pelbagai emosi yang akan menyentuh jiwa pembaca semua... 
Nak tahu pengakhiran kisah mereka?..
Kena beli novel ni.. Saya telah buka PRE ORDER selama sebulan bermula 16 November sehingga 15 Disember 2020.. 
Bolek klik link ini untuk maklumat lanjut. https://wa.me/p/4092497604112414/601123432311
Entri seterusnya adalah bab-bab awal novel NUFAH. Tak sabar nak baca? 

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2020 06:53

April 25, 2020

Ebook amal COVID - 19

Assalamualaikum dan Salam 2 Ramadan semua.

Telah lama dunia blog ini saya tinggalkan walaupun saya maintain bayar yuran hosting (eh kalau silap maaf ya.. Maintain mana blog ini tetap boleh guna exclusive untuk saya je) setiap tahun.

Walaupun banyak  yang saya nak kongsikan tetapi tak terluah untuk ditulis di sini. Novel baru? Manuskrip baru? Tak ada lagi buat masa sekarang. Maaf.. Mood menulis itu jauh tinggalkan saya.

Tapi saya terdetik hati untuk berkongsi usaha bersama-sama rakan penulis lain bergabung menyumbangkan cerpen ebook untuk tujuan amal. Alhamdulillah dalam masa singkat ia mampu disiapkan dan sekarang sudah lebih 500 unit ebook terjual.


Hasil jualan ebook ini 100% adalah untuk tujuan amal membantu golongan asnaf dan anak yatim. Dan hasil yang terkumpul beberapa hari yang lepas telah digunakan untuk tujuan tersebut.



Dan jualan ini masih lagi dibuka sehingga 15 Mei 2020. Feed back pembeli ebook ini juga sangat memuaskan. ALHAMDULILLAH mereka berpuas hati dengan 13 kisah di dalam ebook setebal 400++ muka surat ini. 






Jadi kepada yang berminat hendak membeli ebook ini, korangboleh beli bila-bila masa saja.. 

Detail E-Book Kompilasi Cerpen Projek Amal Covid19
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 25, 2020 00:10

October 28, 2019

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3


Untuk tempahan klik link ini :www.wasap.my/601123432311/uncledoktor

Lini...

“Mama, uncle doktor mana?”

“Uncle doktor sibuk. Duduk diam-diam. Nanti mama cakap pada misi supaya suntik Niny.” Aku sudah tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Boleh dikatakan setiap minit Niny bertanyakan Doktor Sam. Orang sebelah sudah senyum-senyum, melihat kami.

“Misi uncle doktor mana? Niny kan baik, dengar cakap, kenapa uncle doktor tak datang check Niny. Niny kan sakit..” Misi pula yang jadi mangsa Niny.

Aku cuma mampu beristighfar di dalam hati. Cepatlah boleh keluar wad ni! Mulut Niny sudah tidak mampu kukawal lagi. Hendak dimarah pun bukan dia dengar. Nanti merajuk, aku juga yang susah memujuk.

“Uncle doktor dah habis syif dia dah. Esok pagi baru dia datang.”
“Alaaa...! Nanti Niny rindu macam mana?”

“Kasihan uncle doktor nak rehat. Mamakan ada ni. Jangan nak mengada-ngada Niny!” Suaraku dah tegang. Tapi masih lagi kukawal nadanya. Geram betul dengan Niny ni.
“Ala..alaa..Kasihan Niny. Nanti misi telefon uncle doktor datang. Okey?” Niny langsung tidak mendengar cakap aku.
 
“Misi.. jangan ikut sangat cakap Niny tu.” Cepat-cepat aku bersuara. Takut pula misi betul-betul menelefon Doktor Sam.

Misi sengih sambil kenyit mata pada Niny. Aku dah susah hati. Tak pasal-pasal misi tadi telefon Doktor Sam. Tidakkah akan mengganggu rehatnya nanti. Aku tahu kerja doktor ini masa kerjanya bukan macam pekerjaan biasa. Ada yang sampai 24 jam mereka kena bertugas. Iyalah, orang sakit tak kira masa. Tambah pula hospital kerajaan kekurangan doktor. Lagi double waktu kerja mereka. Janganlah misi tadi betul-betul telefon Doktor Sam, doaku dalam hati.

Dan doaku termakbul. Misi pun tentu faham. Macam-macam kerenah pesakit cilik. Lebih-lebih lagi yang macam Niny ni, nampak sangat dahagakan kasih sayang ayah. Aku menarik nafas panjang. Niny, aku perhatikan dalam diam. Matanya sentiasa memandang pintu bilik medikal 1 ini, mengharapkan kemunculan seseorang. Hatiku tersentap melihat wajah mengharap Niny.

Tapi Niny tak faham. Setiap kali nampak misi, terus dia bertanyakan uncle doktornya. Aku jadi segan dibuatnya. Tidak tahu bagaimana mahu menghentikan permintaan Niny. Sehinggakan aku menyoal diri sendiri, Niny ni betul ke demam sawan malam tadi? Macam orang tak sakit, malah lebih aktif daripada biasa.

“Kakak doktor, bila uncle doktor nak datang?” Tak malu Niny bertanya, bila ada doktor pelatih datang melihatnya.

“Uncle doktor?” Terpinga-pinga doktor pelatih baru itu.

“Doktor Sam” Misi tolong jawabkan. Kebetulan misi sedang mengambil tekanan darah dan suhu badan.
Agaknya semua orang dalam wad kanak-kanak ini sudah tahu, Niny hendak Doktor Sam jadi papanya. Sebab setiap kali misi datang, Niny akan bertanyakan uncle doktor. Begitu juga apabila doktor lain datang membuat pemeriksaan rutin.

“Oo... Niny ni?”

Misi angguk senyum-senyum. Aku pula senyum kelat. Segan rasanya, entah apa yang mereka fikirkan.

“Sekejap Niny.” Doktor pelatih itu mengeluarkan telefonnya dan mula membuat video call.

“Eh! Tak payah doktor. Tak perlu kacau Doktor Sam berehat.” Aku kalut membantah.

Kujegil mata pada Niny. Tapi anakku ini tersengih menampakkan giginya bila wajah Doktor Sam terpapar di skrin telefon.

“Uncle doktor! Bila nak datang sini?” Suara Niny ceria.
 
“Niny?” Terdengar suara Doktor Sam seakan terkejut. Mungkin dia ingatkan panggilan atas urusan kerja, tapi wajah Niny yang muncul.

“Niny rindu uncle doktor. Cepatlah datang sini.”

Allah.. Allahu.. Manalah aku nak sorok muka ni!

Doktor pelatih dan mereka yang berada berdekatan sudah sengih-sengih. Jadi aku sengaja jauhkan diri.

“Malam nanti uncle doktor datang. Niny dengar cakap mama dan misi ya.”

“Alright. Babai uncle doktor.” Mujur tak lama dia bercakap.
Niny senyum puas hati. Lepas rindunya. Aku pula yang terasa berbahang panas. Rasa nak demam dengan kerenah mengada-ngada anakku. Aku jeling Niny yang ceria. Hatiku lega walaupun sesak nafas dengan perangainya.

Petang itu Nida singgah melawat Niny.

“Niny, dah sihat dah?” Diusapnya kepala Niny.

“Sihat dah. Uncle doktor yang rawat Niny, mestilah cepat sihat.”

“Uncle doktor?” Berkerut dahi Nida mengulang nama uncle doktor. Matanya memandangku menyoal dalam diam.

“Doktor..”

“Aah... Uncle doktor tu nanti akan jadi papa Niny tau, Acik Nida.” Tak sempat aku jawab, Niny sudah memintas kataku, menjelaskannya.

“Papa Niny?” Lagilah Nida keliru. Entah apa tanggapannya padaku.

“Kau jangan percaya apa yang Niny cakap tu. Uncle doktor tu Doktor Sam. Doktor yang merawat dia malam tadi. Niny ni buat perangai. Doktor Sam yang pujuk. Dah orang baik dengan dia, terus nak jadikan papa dia,” jelasku. Tak mahu Nida salah faham pula.

Nida angguk faham. Tapi ada senyum mengusik di bibirnya. Aku jeling mata ke atas. Takkan Nida pun percaya dengan olah budak ini. Cukuplah kulit muka aku berasa tebal berinci-inci bila berdepan dengan misi dan doktor lain. Jangan pula si Nida pun terikut sama perangai Niny.

“Uncle doktor tu handsome tak Niny?”

“Handsome Acik Nida. Lebih handsome daripada abah. Dan 100 kali lebih baik daripada abah. Niny nak dia jadi papa Niny.” Bersungguh-sungguh Niny bercerita. Matanya bercahaya dan penuh harapan. Hatiku tersayat. Rupanya dalam diam, Niny rindukan belaian kasih sayang ayah. Tapi ayah Niny tak pernah menghargai kehadirannya malah dikatakan sial, menyusahkan hidupnya.

“Kalau nak uncle doktor jadi papa Niny, dia kena kahwin dengan mama Niny dulu.” Nida mula memberi idea mengarut.

“Nida, kau jangan nak ajar Niny yang bukan-bukan ya.” Aku memberi amaran. Niny usianya baru 4 tahun, dalam tempoh 6 tahun pertama, otak kanak-kanak seperti span menyerap setiap perkara yang orang beritahu. Lebih-lebih lagi kalau perkara itu yang dia mahukan juga. Lagi cepat dia faham. Yang bermasalah nanti tentulah dia.

“Kahwin tu apa?” Bulat mata Niny pandang Nida.
“Nida, kau jangan nak ajar bukan-bukan pada Niny. Budak ni mulut tak ada insurans. Nanti entah apa-apa pula dia cerita nanti.” Aku memberi amaran sekali lagi, siap kutarik lengan Nida menjauh sedikit. Tidak membenarkan mereka berbisik.
Nida ketawa.

“Acik Nida, kahwin tu apa?” Tak putus asa juga si Niny hendak tahu. Dia akan terus bertanya sehingga mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.

“Tak ada apa-apalah. Budak-budak tak perlu tahu. Itu orang dewasa je tahu,” jawabku bagi pihak Nida. Aku jegilkan mata, memberi amaran pada Nida supaya tidak bercakap apa-apa.
“Nanti Niny tanyakan dekat uncle doktor, kahwin tu apa.”

“Nida...!” Keras suaraku.

Nida ketawa. Dia angkat kening. Aku ketap bibir, menarik nafas. Tak mampu hendakku memarahinya sebab dia banyak membantu aku dan Niny. Walaupun baru seminggu kenal, dia tidak pernah berkira menolong kami. Aku sangat bersyukur, di saat terkontang-kanting mencari rumah sewa, aku ditemukan dengan Nida. Dia juga yang kenalkan aku dengan Kak Ani, pengasuh Niny yang tinggal di tingkat 7 apartment kami. Dia banyak menyenangkan urusanku.

“Okey. Uncle doktor datang malam nanti, Niny tanya.”

Nida angkat ibu jarinya. Aku tepuk dahi. Minta-mintalah Doktor Sam tak datang malam ini. Ataupun Niny sudah tidur bila dia datang nanti!




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 28, 2019 00:51

October 17, 2019

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 2


{tak edit}

Untuk order boleh tekan link bawah
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2019 17:22

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny bab1



[Tak edit]

Lini...

“Niny.. kita mandi dulu sayang. Lepas tu mama suapkan ubat,” pujukku tanpa melihat Niny yang terbaring lesu di atas katil. Tangan aku pantas menarik kain tuala dan baru aku berpaling memandang Niny. Aku tergamam. Tuala di tangan terjatuh ke kaki. Tubuh Niny menggigil dan tegang. Mata ke atas. Mulut berbuih. Aku menerpa, panik. Air mata entah bila merambu keluar. Niny aku ambil dan dukung keluar bilik. Dalam keadaan panik, hanya perkataan hospital terlintas di dalam benakku. Tudung aku capai dengan tangan kiri. Beg dan kunci kereta aku main ambil tanpa melihat. Tubuh Niny terus menggigil tanpa henti. Terasa haba tubuhnya panas. Aku takut dan panik. Aku berlari keluar.

Kereta di pecut laju menuju ke hospital. Kereta dibrek mengejut di hadapan kecemasan. Aku turun dan terus membuka pinta sebelah penumpang. Dalam suara serak dan wajah bekas air mata, Niny aku dukung erat.

“Kenapa puan?” petugas di kecemasan menyoal ku. Matanya memandang Niny di dalam pelukan.

“Niny de..demam.. tadi badan dia tetiba menggigil dan mata terbeliak ke atas,” sedaya upaya ku cuba terangkan keadaan sebenar. Badanku menggigil. Entah bila Niny diambil dari pelukanku.

“Tenang puan. Puan pergi parking kereta dulu dan datang kembali ke zon kuning.”

“Tapi...”

“Kami jaga dan berikan rawatan. Puan parking kereta dulu kemudian datang ke sini.”

Tubuhku menggeletar. Mendengar pujukan petugas kecemasan itu aku cuba bertenang. Menarik nafas dan berusaha memanggil kembali semangatku. Aku angguk dan senyum risau. Niny terpaksa aku tinggalkan di dalam jagaan mereka.

10 minit kemudian aku kembali ke bahagian kecemasan dan terus ke zon kuning. Pintu ditolak dan tangisan nyaring Niny kedengaran kuat. Aku cepatkan langkah mendekati Niny yang sedang dikerumumi oleh 3 orang petugas kecemasan.

“Mamaa... mamaa..” serak dan pilu. Meronta dalam lemah.

“Mama sini sayang.” Tangan kecil Niny dipegang dan kepalanya kuusap.

“Anak puan dah berapa hari demam? Suhu dia tadi 40°. Kami dah masukkan ubat dan air. Sebelum ini dia demam kena sawan juga ke?” soalan bertalu-talu ku jawab dengan gelengan. Mulut terasa kering. Rasa risau dan takut menakluki hati.

“Hari ini hari kedua. Saya bagi ubat demam biasa. Check suhu dia tak lebih dari 38°. Dia pun aktif macam biasa. Makan minum okey. Tapi tadi tiba-tiba dia kejang masa saya nak mandikan,” jawab ku.

“Berapa lama dia kejang tu, macam mana keadaan dia ketika itu?”

“Saya tak pasti. Dalam tak sampai 5 minit kot. Sebab saya terus angkat dia bawak dia ke sini. Tangan kaki keras dan tegang. Tangan merengkok. Kaki pun sama.”

Dan macam-macam lagi soalan yang mereka tanya. Aku jawab sekadar mampu. Niny pula tidak mahu duduk atas katil. Dia mahu didukung. Tangan kuat memelukku seolah-olah takut aku meninggalkannya.

“Suami pun mana? Anak puan kena maksud wad untuk pemantauan. Jadi kena uruskan pendaftaran masuk wad di kaunter 1,” jelas pembantu perubatan itu.

Aku diam. Niny masih kuat memelukku. Saat ini hatiku luluh. Rasa tak terdaya. Dengan Niny yang sakit dan urusan yang perlu aku uruskan. Niny seolah-olah faham yang aku kena meninggalkannya sekejap. Semakin erat dia memaut tubuhku.

Faham dengan keadaanku. “Puan bagi saya mykid dan duit RM1, saya tolong uruskan.”

Terkebil-kebil aku memandangnya seketika sebelum menggagau ke dalam beg tangan aku mencari mykid dan duit RM1 itu.

“Terima kasih.” Suaraku kawal. Cuba menahan sebak di dada.
Pukul 12 tengah malam Niny dibawa ke wad. Dia masih juga tidak melepaskanku. Ketika misi mahu mengambilnya, Niny meraung kuat dan tidak mahu melepaskan pegangannya. Misi mengalah. Belakang Niny ditepuk memujuk.

“Misi nak timbang berat dan tinggi je, bukan nak ambil dia pun. Tak nak lepas langsung mama dia. Kasihan mama, penat dukung adik,” pujuk Misi.

Aku senyum mendengarnya. Dalam masa yang sama aku turut berbisik memujuk Niny agar mendengar cakap misi itu. Niny geleng lemah. Pautan dileherku tidak dilepaskan malah semakin kuat. Aku terasa tercekik.

“Niny tercekik mama ni.” Tangannya ku cuba leraikan. Leher aku terasa sakit. Sakit pun, tenaganya kuat.

“Niny.. Lepas kejap je, mama tak tinggal. Nanti mama dukung semula,” pujuk ku lagi sekali lagi..

Niny tetap geleng kepala.

“Kenapa ni?” suara garau penuh prihatin menegur dari belakang. Aku berpaling dengan Niny masih lagi di dalam dukunganku. Proses mengambil timbangan berat dan tinggi tersangkut lagi. Seorang lelaki kurus berbaju ungu menghampiri kami. Berkulit putih dan berkaca mata.

“Adik ni tak nak lepas mama dia, doktor. Tak boleh nak timbang berat dan ukur tinggi lagi ni. Kasihan mama,” adu misi yang dari tadi memujuk Niny.

Terasa mata doktor memanah ke arah aku. Aku tunduk berbisik di telinga Niny. Memujuknya supaya mendengar cakap misi. Namun Niny tetap degil. Masih lagi menyembunyikan wajahnya di celah leher ku. Tak ingin langsung orang lain menyentuhnya.

“Adik.. Doktor ada choki choki, nak tak?”  umpan doktor lelaki itu.

Aku sempat pandang namanya di dada. Sam. Doktor Sam. Aku kulum senyum. Aku biarkan Doktor Sam memujuk Niny pula. Hatiku resah dan berdebar. Kedudukan kami agak rapat. Aku perasan misi senyum-senyum pandang kami.

“Doktor Sam pujuk siapa tak pernah terpujuk,” usik misi.

Mungkin telah biasa dengan cara pujukan dan layanan Doktor Sam. Misi tadi beredar menguruskan seorang lagi pesakit cilik yang dibawa ke wad.

“Nak tak choki-choki ni. Yang ni last doktor ada. Tak nak doktor bagi kat baby ni.”

“Baby mana boleh makan choki-choki lagi. Tak ada gigi,” Niny bersuara lemah. Sempat lagi tu Niny balas balik kata-kata doktor lelaki itu. Takut sangat tak dapat  choki-choki. Bila dah keluar suara tu, nampaknya pujukan Doktor Sam berhasil. Hati aku lega bila pautan tangan Niny di leher melonggar.

Doktor Sam senyum bila melihat Niny angkat muka dari celah leher ku. Mata digosok-gosok. Aku usap kepala Niny. Bila demam Niny akan dua kali ganda manjanya.

“Kita timbang berat dan ukur tinggi dulu. Nanti baru doktor bagi choki-choki ni.” Sengaja Doktor Sam tunjuk dan kemudian simpan choki-choki ke dalam poket bajunya.

Tangan dihulurkan untuk mengambil Niny. Tanpa sebarang gesaan, Niny menyambut huluran itu dan berpindah ke dalam dukungan Doktor Sam. Aku memandang mereka dengan bibir digigit sedikit kuat. Menahan sebak yang mencengkam dada. Teringatkan bekas suamiku. Tapi tidak ada di dalam ingatan ini layanan penuh kasih sayang darinya. Niny tidak pernah merasa belaian kasih abahnya.

Cekap Doktor Sam menguruskan Niny. Aku hanya mengikut mereka bila misi menunjukkan katil Niny. Doktor Sam meletakkan Niny dan mula melakukan pemeriksaan rutin. Niny diam tak meragam lagi. Di tangannya ada choki-choki. Hatiku lega. Selepas melakukan pemeriksaan tindak balas saraf, Doktor Sam memujuk dan menidurkan Niny. Dalam masa yang sama seorang doktor pelatih datang menghampiri kami bersama dengan laptop. Dia bagaikan dah biasa dengan kelakuan Doktor Sam. Niny sudah lena. Doktor Sam mula menyoal aku. Soalan yang sama ditanyakan ketika di bahagian kecemasan tadi. Aku mengulangi jawapannya sekali lagi. Doktor pelatih itu pula mencatat setiap maklumat yang aku berikan.

“Kita akan pantau 24 jam. Kalau tak ada sawan lagi dan tak demam. Kita akan benarkan balik.” Aku angguk faham. Hati terasa lega. Lebih lagi bila melihat Niny sudah tertidur pulas.

“Terima kasih doktor.”

Doktor Sam angguk. “Sama-sama. Senyumnya ikhlas dan manis.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2019 06:20

Pre order.. Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny?


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum dan selamat tengahari..

Ramai dah tertanya-tanya bila nak bukak PRE ORDER, jadi hari ni saya buka secara rasmi.. PRE ORDER - UNCLE DOKTOR... NAK TAK JADI PAPA NINY..

RM28 + (RM8 SM/RM13 SS)

Saya buka selama sebulan.. Sehingga 6hb Nov. 2019

Free gift misteri akan diberikan pembeli terawal..

Free sebuah cerpen (dalam bentuk ebook atau diselitkan dalam novel akan diberitahu kemudian) untuk semua pembeli..



Blurb..

Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad Niny berkenalan dengan Doktor Sam, doktor pediatrik yang bertugas di wad tersebut. Sikap mesra Doktor Sam telah menawan hati Niny yang kerinduan belaian kasih seorang bapa.

Maka bermulalah misi Niny mencari papa.

Uncle Doktor, nak tak jadi papa Niny? -Niny

“Sekarang pun uncle boleh jadi papa Niny. Tapi uncle kena mengorat mama Niny dulu” - Doktor Sam

“Uncle kena mengorat mama dulu eh?” – Niny

“Ya, baby girl”– Doktor Sam

“Susahlah uncle, mama tu garang” - Niny

 “
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2019 04:30

June 15, 2019

Review 7 Aku Bukan Penggoda

Oleh Aida Fariz




58 / 2019Speechless!!!Cerita ni betul2 mencabar otak aku rasanya 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2019 00:44