Crystal Anabella's Blog, page 9

July 20, 2012

PELAKON CINTA DAN MR.G BAB 24,25 + 25.1

sila klik link di bawah bagi membaca bab 24 dan 25 di p2u sebelum membaca entry di bawah.thanks.



http://www.penulisan2u.my/2012/07/novel-pelakon-cinta-dan-mr-g-2425/nullwww.penulisan2u.my

BAB 25.1“Yoo look so beautiful sayang,saya hampir terkena serangan jantung apabila menyangkakan seorang bidadari telah datang untuk menemui saya malam ini.”Aku tersipu malu dengan pujian Zafran yang melampau benar bunyinya.Aku mengenakan Red Heart Crystal Dress yang dipinjam Farrel tempoh hari dari butik A&A.Aku tidak tahu atas tujuan apa dia meminjamnya.Apa yang aku tahu,pagi tadi aku bergegas mengambil dress tersebut setelah Hanafi menalifon aku dan memberitahu dress istimewa tersebut telah dipulangkan kembali ke butik.Tidak rugi masa aku berkejar ke Sunway Pyramid hanya untuk mengambil dress itu kerana Zafran kelihatannya sangat terpesona dengan kecantikan aku.Cewah!.Red Heart Crystal Dress ialas sepasang gaun malam labuh merah menyala yang ditaburi batu kristal hitam dan putih di bahagian dada dan kaki.Bentuk gaun makan malam ini kembang di bahagian bawah dan sedikit menyapu lantai.Bahagian leher pula berbentuk cheongsam dan gaun ini berlengan pendek.Sudah lama rasanya aku tidak memakai pakaian seperti ini bila keluar dengan lelaki.Aku memandang Zafran dari atas ke bawah.Hatiku tidak dapat menahan dari memuji-muji kekuasaan Allah yang menjadikan makhluk setampan itu.Zafran kelihatan sangat segak dan kacak dimataku dengan sepasang persalinan tuxedo putih berstrip hitam yang aku pernah lihat dipakainya di butik A&A kali lepas.Walaubagimanapun,apa yang paling menarik perhatian aku ialah rambutnya yang disikat kemas dan menggunakan gel.Tidak seperti gaya rambutnya yang selalu tak terurus dan kelihatan seksi di mataku.Hari ini dia kelihatan macho dan berkarisma.“Awak pun nampak sangat kacak Zaf.Em..saya rasa tak pernah berjumpa lelaki setampan dan sesegak awak.Prince Charming pun kalah..”Zafran tersenyum lebar dengan pujian aku.“Sayang saya memang bermulut manis.By the way,mana Elma?”“Dia tengah touch-up dalam kereta tadi.Ha..itu pun dia.”Aku dan Zafran menangkap kelibat Elma yang tergopoh-gapoh memasuki lobi Hotel Hilton dan mendapatkan kami berdua.“Thanks for coming Elm.You nampak sangat comel.”Giliran Zafran untuk memuji Elma yang mengenakan mini dress kembang paras lutut bewarna firus.Memang Elma kelihatan comel di mataku.Dia seperti remaja belasan tahun saja apabila berpakaian sedemikian.“Thanks.Tak payahlah puji lebih sangat,nanti Mary jeles pulak.”Aku menjegilkan mata tanda protes pada Elma.Zafran hanya mampu ketawa kecil sebelum menghulurkan lengannya padaku.Aku terpinga-pinga seketika sebelum memahami maksud Zafran.Aku memegang lengannya lembut dengan tanganku yang memakai sarung tangan bewarna putih hingga ke siku itu.“Jomlah kita masuk dalam dewan.Majlis dah bermula.”Aku dan Zafran beriringan masuk ke dalam dewan Hotel Hilton yang telah di tempah khas untuk majlis annual dinner malam itu.Elma sudah lesap entah ke mana sebaik saja memasuki dewan yang di limpahi cayaha keemasan itu.Aku dapat melihat satu kain rentang besar yang terpamer cantik di atas pentas bertulis ‘Sapphire Corporation 23-Annual Dinner’.Macam pernah dengar nama syarikat itu di mana-mana..“Ha..itupun dia anak teruna kamu Mas.!”Aku terdengar suara seorang perempuan sedang tersenyum-senyum memandang Zafran dari kejauhan.Zafran juga tersenyum melihat wanita itu.Perempuan itu melambai-lambaikan tangannya ke arah Zafran.Aku hanya mengikut langkah Zafran menghampiri sekelompok manusia yang sedang berbual rancak.Aku dah rasa seram sejuk apabila semua mata mula memandangku pelik sebaik saja Zafran berhenti di hadapan mereka.Tanpa banyak bicara aku menyalam dan mencium tangan keempat-empat individu yang sebaya dengan papaku itu sebelum kembali berdiri di sisi Zafran.“Siapa gadis cantik bak bidadari yang kamu bawa ini Zafran?”Pertanyaan perempuan berusia dalam lingkungan 40-an yang memakai kebaya moden dengan tudung sarung bewarna hijau gelap itu membuatkan wajahku membahang tiba-tiba.Sekilas pandang,wajah perempuan ini seperti seorang gadis arab.Bentuk kening dan hidungnya mancung seperti Zafran.Pasti perempuan anggun itu ialah ibunya.“Mommy,daddy,aunt,uncle..kenalkan the apple of my eye,Tengku Marylin Myacella Tengku Syamrien Ashraf.”Aku terkedu dengan pengakuan berani mati Zafran di hadapan kedua orang tuanya.Begitu mudah sekali dia menyatakan hubungan istimewa kami.Aku ingatkan dia akan mengatakan yang aku ini hanya teman wanita biasanya.Empat pasang mata yang memerhatikan aku tadinya mula tersenyum gembira.“Alhamdullilah..akhirnya anak teruna papa temui juga seorang teman istimewa..”Aku sedikit terkejut apabila ayah Zafran yang berwajah Mat Salleh habis itu fasih bertutur dalam bahasa melayu.Anak mata Tan Sri Faizal Fong sama dengan warna anak mata Zafran.Kulit Zafran yang putih kemerahan itu pasti mengikut genetik papanya.“Tahniah Zaf,tak sangka pandai betul kamu memilih calon isteri,muka macam Taylor Swift gitu.”Aku macam nak tergelak mendengar bicara santai perempuan bertubuh gempal yang tadinya memanggil Zafran agar mendekatinya.Zafran ketawa kecil sebelum memandang aku.“Sayang..ini kawan baik parents I.Datin Sabrina dan ini suami dia..Dato’ Yusof.Saya dah anggap mereka berdua  macam aunt dan uncle sebenar saya.”Aku hanya mengangguk-angguk kecil dengan penerangan Zafran.Buat seketika aku terkedu apabila mommy Zafran datang ke arahku dan merangkulku erat.Seperti gaya seorang ibu yang sudah lama tidak menjumpai anaknya.“Ini mommy I,Puan Sri Sharifah Mastura Syed Ibrahim.”Zafran memperkenalkan nama penuh ibunya kepada aku yang sedang terkulat-kulat kerana di perlakukan sebegitu.Mommy Zafran mengusap-usap pipiku sebelum membelai-belai lembut rambutku.Aku rasa disayangi pula.Dari raut air wajahnya,jelas sekali menunjukkan yang dia gembira dengan kehadiran aku.“Sudah lama mommy dengan daddy tunggu Zaf bawa seorang perempuan untuk dipertemukan pada kami..Alhamdullilah,Allah memperkenankan doa mommy dengan daddy.”Alamak,mommy Zafran bersuara dengan nada sebak pula.Dia masih memeluk erat pinggangku dengan tangan kirinya.Aku dah tak tahu nak cakap apa.Dari gaya mommy Zafran bercakap,macam aku ini bakal menantu mereka saja.Wei..aku berlakon saja kan!.“Tulah Mas..kan I dah pernah cakap kat you.Jangan berprasangka buruk pada Zaf.Nampak,malam ini dia telah bawa seorang gadis yang paling cantik untuk you.”Dato’ Yusof yang sedari tadi mendiamkan diri akhirnya membuka mulut.Aku pula..semakin malu dengan pujian berlebihan mereka.Adakah keluarga Zafran jenis manusia bermulut manis seperti aku juga?.Dari percakapan Dato’ Yusof,aku dapat membuat kesimpulan yang ibu dan ayah Zafran mungkin terfikir yang anak mereka adalah lelaki tidak normal.Kiranya..kedatangan aku hari ini,akan mengubah persepsi orang tua Zafran.“Apa nama pendek untuk kami panggil kamu sweety?.Nama kamu panjang sangatlah?”Aku tersengih-sengih memandang wajah daddy Zafran yang segak seperti papaku mengenakan sepasang suit berwarna kelabu cair.“Panggil saya Mary saja Tan Sri,Puan Sri,Dato’ dan Datin..”Aku menjawab perlahan.Sedikit teruja dan rendah diri bila berhadapan dengan orang-orang kenamaan yang langsung tidak membangkitkan isu orang tuaku.Ya lah..parents aku kan terkenal,selalunya..jika aku bertemu dengan golongan ahli perniagaan sebegini,pasti hal ibu-bapa aku akan menjadi isu utama apabila mereka mengetahui yang aku ialah anak mereka.Bukankah ibu-bapa Zafran lain dengan ahli perniagaan yang lain?.Mereka langsung tidak bertanya soal papaku walaupun Zafran jelas mengatakan nama penuh aku sebentar tadi.“Eh,mana boleh panggil kami macam tu sayang..mommy nak Mary panggil mommy sama macam Zaf panggil mommy dengan daddy.”Jantungku berhenti mengepam darah seketika.Panggil sama macam Zaf panggil nama kedua orang tuanya.Biar betul!.Permintaan orang tua Zafran buat aku kehilangan oksigen saja.Aku memandang Zafran dan lelaki itu hanya tersenyum seraya mengangguk-angguk kecil tanda menyuruh aku mengikut saranan ibunya.“Kalau gelaran itu boleh membuatkan hati mommy dan daddy senang,Mary takkan teragak-agak untuk menggunakanannya walaupun Mary rasa,Mary tak layak untuk panggil Tan Sri dan Puan Sri sebegitu.”Aku berbicara penuh tata tertib dan kata-kataku hanya membuatkan senyuman Zafran juga keluarganya semakin lebar.Aku kan..sweet talker!.Pelakon handalanlah katakan.“Hish..mana boleh tak layak.Mulai hari ini,Mary dah jadi a part from our family.Zaf..nanti kalau ada masa lapang,bawa Mary lunch atau dinner kat rumah kita tau.Rasa tak selesa untuk berbual panjang dalam majlis seperti ini.Daddy dengan mommy gembira sangat atas kedatangan kamu Mary.”Erk?.Bukankah penerimaan ibu-bapa Zafran terhadapku begitu baik sekali.Mereka seolah-olah telah mengenali aku dengan lama.Mereka tahukah perangai sebenar aku bagaimana?.Layakkah aku bertandang ke rumah mereka sebagai insan istimewa Zafran?.“Mary jangan fikir yang bukan-bukan.Mommy dengan daddy terima sesiapa pun pilihan Zafran untuk dijadikan teman hidup dengan hati terbuka.Kami tak pernah mengira pangkat,darjat atau harta benda sebagai kayu pengukur.Asalkan Zaf mencintai kamu,maka kami sekeluarga akan menerima kamu seadanya.”Aku semakin sesak nafas apabila mendengar kata-kata mommy Zafran yang seolah-olah dapat membaca perkara yang berlegar-legar dalam fikiranku.Mereka berbicara dengan serius dan menyangkakan yang aku akan menjadi teman hidup Zafran.Gila ke?!.“Wah..siapa gadis cantik ni dek,tak nak kenalkan pada akak ke?”Kedatangan Syazwani dan Fareez benar-benar menyelamatkan aku dari terus berasa gemuruh dengan kata-kata ibu bapa Zafran.Fareez tersengih-sengih memandangku dari belakang Syazwani.Senyuman penuh lakonan yang menunjukkan pasangan itu langsung tidak mengenali aku.Memang mereka berdua pandai berdrama!.“Sayang,kenalkan ini my only sister,Sharifah Syazwani..dan lelaki kat sebelah dia tu pula,Fareez Azwan.Fareez  bakal suami kakak saya.”Syazwani dan Fareez nyata tercengang apabila mendengar Zafran memanggilku ‘sayang’.Aku pula tersenyum bangga lagi penuh makna jahat kepada mereka berdua.Pasti Fareez dan Syazwani tidak menyangka yang aku benar-benar telah dapat mengubah Zafran.Fareez bersalamanan dengan aku bersama wajah sebak dan penuh kegembiraan dan Syazwani pula terus memeluk aku dan berbisik mengucapkan terima kasih.Respon mereka berdua hanya menyebabkan Zafran pelik memandang kami.Aku hanya mampu tersenyum lebar.Rasa senang hati apabila mengetahui yang aku sangat hampir menunaikan perjanjian yang telah berlangsung selama dua bulan lebih.Kini,aku cuma perlu menunggu Zafran membawaku ke rumahnya dan perkahwinan Fareez juga Syazwani berlangsung.Hingga ke waktu itu,aku akan terus membiarkan Zafran merasai lakonan cintaku.......................“I dapat tahu,you sekarang couple dengan Zafran,betul ke?”Pertanyaan Farrel buat aku terdiam sejenak.Siapa pula yang memberitahunya.?Elma ke?.Sebaik saja tamat kuliah tengahhari itu,Farrel menalifonku dan meminta aku menemaninya makan tengahhari di Hotel Maaple sebelum dia bertolak pulang ke Amerika Syarikat petang itu.Aku yang langsung tidak menyangka Farrel akan membangkitkan hal Zafran dalam makan malam kami hanya mengikut saja pelawaannya.“Kalau betul,kenapanya,you jealous?”Aku bertanya selamba sambil memandang wajah Farrel yang kelihatan serius merenungku.Jarang sekali aku melihat pemuda bermuka manis ini menunjukkan muka setegang itu.“I’m not jealous cutie.But please..stop messing around with another person feeling.Lakonan cinta awak,akan buat banyak hati yang merana.”Bicara penuh hiba dari Farrel membuatkan suapanku terhenti.Apa kena dengan pemuda berambut kuning ini?.Dia mahu menasihati aku ke?“Apa maksud you Farrel?”“You faham kan apa yang I cakap.I tak nak you selama-lamanya bermain dengan cinta.Berhenti berlakon mencintai seorang lelaki jika you langsung tak mencintai lelaki tu Mary.Ia akan menyakitkan hati mereka.”Wajahku dah membahang kepanasan menahan marah.Mengapa pula Farrel tiba-tiba membangkitkan hal seperti itu?.Walhal,Farrel paling arif mengenai sikapku yang tak pernah serius terhadap cinta setelah arwah Adam meninggal dunia.“Mereka yang bodoh sebab mencintai I Farrel.I berlakon mencintai dan dicintai seseorang hanya untuk keseronokan.You tahu kan perangai I macammana?”Aku dah mula tinggi suara.“Mereka tak bodoh mencintai you,tapi..you tu yang bodoh sebab menipu diri sendiri dan berlakon seolah-olah you tidak mencintai mereka.Berhenti menyakitkan hati you sendiri Mary..tolong lupakan arwah dan carilah kembali cinta you.”Kata-kata Farrel hanya membuatkan hati aku semakin terbakar.“Enough Farrel!.Sampai I mati,I takkan pernah lupakan arwah.Tiada siapa yang dapat ganti posisi dia dalam hati I !”Suara aku sudah meninggi dan aku memandang Farrel seperti seekor singa yang sedang kelaparan.Aku sangka Farrel paling faham isi hatiku yang paling dalam dan tersembunyi jauh.Namun hari itu,jelas terbukti yang Farrel sama saja dengan orang-orang lain yang hanya mampu melihat perasaanku dari luar.“I tahu you takkan pernah lupakan arwah.Tapi..tolonglah kasihani diri you sendiri dan lelaki yang betul-betul mencintai you.Kalau you tak cintai mereka,jangan pernah you berikan mereka harapan untuk terus mencintai you.Kelak,jika mereka tahu you hanya menipu,harapan mereka untuk terus mencintai gadis-gadis lain akan musnah Mary..”Aku terdiam sejenak,wajah gembira Zafran dan wajah berseri kedua orang tuanya yang mengiringi aku pulang kelmarin menyapa benak fikiranku.Adakah lakonan yang aku lakukan selama ini adalah salah dan akan menyakitkan hati Zafran?.Benarkah Zafran mencintai aku?.Bagaimana jika dia dapat tahu yang aku hanya berlakon mencintainya dan lebih teruk lagi hanya kerana ingin mendapatkan RM 2 juta?.“I selalu ingat pesanan arwah sebelum dia meninggal dunia.Setiap hari,dia akan berpesan pada I ,Jullian juga Zyaf untuk memastikan you sentiasa gembira jika dia tiada.You kata you sangat cintakan arwah cutie..tapi,you tak pernah ingat yang arwah paling tak suka orang yang memainkan cinta dan menyakiti hati orang lain hanya untuk kepentingan diri.”Tubuhku rasa menggigil dan aku berpeluh.Mana pernah aku lupa semua pesanan arwah Adam selama tiga tahun kami bersama.Tapi..benar kata-kata Farrel,aku bukan saja telah melupai pesanan arwah Adam malahan aku telah melakukan perkara yang paling tidak disukainya.‘Kalau awak tak suka atau langsung tak cinta pada seorang lelaki,jangan sesekali awak berikan mereka harapan dengan berpura-pura mencintai mereka.Kelak,suatu hari nanti,awak pula akan merasai..apa ertinya harapan dan cinta palsu.’Kata-kata arwah Adam terngiang-ngiang di telingaku.“Saya memang tak layak menasihati awak cutie.Saya cuma nak awak tahu yang sikap awak yang selalu menolak cinta dan menipu mencintai seorang lelaki yang ikhlas mencintai awak hanya mendatangkan keburukan.Tolong selami hati awak yang paling dalam cutie dan carilah kembali rasa cinta yang sudah hilang itu.Saya pasti,Adam berharap gadis kesayangannya dapat mencintai dan dicintai lelaki yang baik sepertinya walaupun dia telah meninggalkan kita.Dan..saya harap sangat cutie,Zafran bukan sekadar mainan awak.I know he love you so much.”Aku tersentak dengan kata-kata akhir Farrel sebelum dia meninggalkan aku bersendirian dengan kad matrik yang aku sudah jangka telah di temui Farrel di hotel kali lepas.Bagaimana pula Farrel boleh tahu yang Zafran benar-benar ikhlas mencintaiku?.Bukankah Zafran hanya menjadikan aku sebagai ‘tanda’ dia sudah menjadi lelaki normal?.Atau..aku sebenarnya buta menilai?.
P/S:DISEBABKAN MR.G MEMANJANG RALAT MASUK DALAM P2U,JADI..SY TERUSKAN ENTRY DLM BLOG SAJELAH YE,KEPADA SEMUA PEMBACA,KOMEN ANDA SNGT SY HARGAI..MUNGKIN LPAS NI LAMBAT SIKIT UPDATE MR.G SBB NEXT WEEK SY DAH MID SEM,SIBUK NAK STUDY,HU3.LOVE U ALL!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2012 02:25

PELAKON CINTA DAN MR.G BAB 25

BAB 25“Yoo look so beautiful sayang,saya hampir terkena serangan jantung apabila menyangkakan seorang bidadari telah datang untuk menemui saya malam ini.”Aku tersipu malu dengan pujian Zafran yang melampau benar bunyinya.Aku mengenakan Red Heart Crystal Dress yang dipinjam Farrel tempoh hari dari butik A&A.Aku tidak tahu atas tujuan apa dia meminjamnya.Apa yang aku tahu,pagi tadi aku bergegas mengambil dress tersebut setelah Hanafi menalifon aku dan memberitahu dress istimewa tersebut telah dipulangkan kembali ke butik.Tidak rugi masa aku berkejar ke Sunway Pyramid hanya untuk mengambil dress itu kerana Zafran kelihatannya sangat terpesona dengan kecantikan aku.Cewah!.Red Heart Crystal Dress ialas sepasang gaun malam labuh merah menyala yang ditaburi batu kristal hitam dan putih di bahagian dada dan kaki.Bentuk gaun makan malam ini kembang di bahagian bawah dan sedikit menyapu lantai.Bahagian leher pula berbentuk cheongsam dan gaun ini berlengan pendek.Sudah lama rasanya aku tidak memakai pakaian seperti ini bila keluar dengan lelaki.Aku memandang Zafran dari atas ke bawah.Hatiku tidak dapat menahan dari memuji-muji kekuasaan Allah yang menjadikan makhluk setampan itu.Zafran kelihatan sangat segak dan kacak dimataku dengan sepasang persalinan tuxedo putih berstrip hitam yang aku pernah lihat dipakainya di butik A&A kali lepas.Walaubagimanapun,apa yang paling menarik perhatian aku ialah rambutnya yang disikat kemas dan menggunakan gel.Tidak seperti gaya rambutnya yang selalu tak terurus dan kelihatan seksi di mataku.Hari ini dia kelihatan macho dan berkarisma.“Awak pun nampak sangat kacak Zaf.Em..saya rasa tak pernah berjumpa lelaki setampan dan sesegak awak.Prince Charming pun kalah..”Zafran tersenyum lebar dengan pujian aku.“Sayang saya memang bermulut manis.By the way,mana Elma?”“Dia tengah touch-up dalam kereta tadi.Ha..itu pun dia.”Aku dan Zafran menangkap kelibat Elma yang tergopoh-gapoh memasuki lobi Hotel Hilton dan mendapatkan kami berdua.“Thanks for coming Elm.You nampak sangat comel.”Giliran Zafran untuk memuji Elma yang mengenakan mini dress kembang paras lutut bewarna firus.Memang Elma kelihatan comel di mataku.Dia seperti remaja belasan tahun saja apabila berpakaian sedemikian.“Thanks.Tak payahlah puji lebih sangat,nanti Mary jeles pulak.”Aku menjegilkan mata tanda protes pada Elma.Zafran hanya mampu ketawa kecil sebelum menghulurkan lengannya padaku.Aku terpinga-pinga seketika sebelum memahami maksud Zafran.Aku memegang lengannya lembut dengan tanganku yang memakai sarung tangan bewarna putih hingga ke siku itu.“Jomlah kita masuk dalam dewan.Majlis dah bermula.”Aku dan Zafran beriringan masuk ke dalam dewan Hotel Hilton yang telah di tempah khas untuk majlis annual dinner malam itu.Elma sudah lesap entah ke mana sebaik saja memasuki dewan yang di limpahi cayaha keemasan itu.Aku dapat melihat satu kain rentang besar yang terpamer cantik di atas pentas bertulis ‘Sapphire Corporation 23-Annual Dinner’.Macam pernah dengar nama syarikat itu di mana-mana..“Ha..itupun dia anak teruna kamu Mas.!”Aku terdengar suara seorang perempuan sedang tersenyum-senyum memandang Zafran dari kejauhan.Zafran juga tersenyum melihat wanita itu.Perempuan itu melambai-lambaikan tangannya ke arah Zafran.Aku hanya mengikut langkah Zafran menghampiri sekelompok manusia yang sedang berbual rancak.Aku dah rasa seram sejuk apabila semua mata mula memandangku pelik sebaik saja Zafran berhenti di hadapan mereka.Tanpa banyak bicara aku menyalam dan mencium tangan keempat-empat individu yang sebaya dengan papaku itu sebelum kembali berdiri di sisi Zafran.“Siapa gadis cantik bak bidadari yang kamu bawa ini Zafran?”Pertanyaan perempuan berusia dalam lingkungan 40-an yang memakai kebaya moden dengan tudung sarung bewarna hijau gelap itu membuatkan wajahku membahang tiba-tiba.Sekilas pandang,wajah perempuan ini seperti seorang gadis arab.Bentuk kening dan hidungnya mancung seperti Zafran.Pasti perempuan anggun itu ialah ibunya.“Mommy,daddy,aunt,uncle..kenalkan the apple of my eye,Tengku Marylin Myacella Tengku Syamrien Ashraf.”Aku terkedu dengan pengakuan berani mati Zafran di hadapan kedua orang tuanya.Begitu mudah sekali dia menyatakan hubungan istimewa kami.Aku ingatkan dia akan mengatakan yang aku ini hanya teman wanita biasanya.Empat pasang mata yang memerhatikan aku tadinya mula tersenyum gembira.“Alhamdullilah..akhirnya anak teruna papa temui juga seorang teman istimewa..”Aku sedikit terkejut apabila ayah Zafran yang berwajah Mat Salleh habis itu fasih bertutur dalam bahasa melayu.Anak mata Tan Sri Faizal Fong sama dengan warna anak mata Zafran.Kulit Zafran yang putih kemerahan itu pasti mengikut genetik papanya.“Tahniah Zaf,tak sangka pandai betul kamu memilih calon isteri,muka macam Taylor Swift gitu.”Aku macam nak tergelak mendengar bicara santai perempuan bertubuh gempal yang tadinya memanggil Zafran agar mendekatinya.Zafran ketawa kecil sebelum memandang aku.“Sayang..ini kawan baik parents I.Datin Sabrina dan ini suami dia..Dato’ Yusof.Saya dah anggap mereka berdua  macam aunt dan uncle sebenar saya.”Aku hanya mengangguk-angguk kecil dengan penerangan Zafran.Buat seketika aku terkedu apabila mommy Zafran datang ke arahku dan merangkulku erat.Seperti gaya seorang ibu yang sudah lama tidak menjumpai anaknya.“Ini mommy I,Puan Sri Sharifah Mastura Syed Ibrahim.”Zafran memperkenalkan nama penuh ibunya kepada aku yang sedang terkulat-kulat kerana di perlakukan sebegitu.Mommy Zafran mengusap-usap pipiku sebelum membelai-belai lembut rambutku.Aku rasa disayangi pula.Dari raut air wajahnya,jelas sekali menunjukkan yang dia gembira dengan kehadiran aku.“Sudah lama mommy dengan daddy tunggu Zaf bawa seorang perempuan untuk dipertemukan pada kami..Alhamdullilah,Allah memperkenankan doa mommy dengan daddy.”Alamak,mommy Zafran bersuara dengan nada sebak pula.Dia masih memeluk erat pinggangku dengan tangan kirinya.Aku dah tak tahu nak cakap apa.Dari gaya mommy Zafran bercakap,macam aku ini bakal menantu mereka saja.Wei..aku berlakon saja kan!.“Tulah Mas..kan I dah pernah cakap kat you.Jangan berprasangka buruk pada Zaf.Nampak,malam ini dia telah bawa seorang gadis yang paling cantik untuk you.”Dato’ Yusof yang sedari tadi mendiamkan diri akhirnya membuka mulut.Aku pula..semakin malu dengan pujian berlebihan mereka.Adakah keluarga Zafran jenis manusia bermulut manis seperti aku juga?.Dari percakapan Dato’ Yusof,aku dapat membuat kesimpulan yang ibu dan ayah Zafran mungkin terfikir yang anak mereka adalah lelaki tidak normal.Kiranya..kedatangan aku hari ini,akan mengubah persepsi orang tua Zafran.“Apa nama pendek untuk kami panggil kamu sweety?.Nama kamu panjang sangatlah?”Aku tersengih-sengih memandang wajah daddy Zafran yang segak seperti papaku mengenakan sepasang suit berwarna kelabu cair.“Panggil saya Mary saja Tan Sri,Puan Sri,Dato’ dan Datin..”Aku menjawab perlahan.Sedikit teruja dan rendah diri bila berhadapan dengan orang-orang kenamaan yang langsung tidak membangkitkan isu orang tuaku.Ya lah..parents aku kan terkenal,selalunya..jika aku bertemu dengan golongan ahli perniagaan sebegini,pasti hal ibu-bapa aku akan menjadi isu utama apabila mereka mengetahui yang aku ialah anak mereka.Bukankah ibu-bapa Zafran lain dengan ahli perniagaan yang lain?.Mereka langsung tidak bertanya soal papaku walaupun Zafran jelas mengatakan nama penuh aku sebentar tadi.“Eh,mana boleh panggil kami macam tu sayang..mommy nak Mary panggil mommy sama macam Zaf panggil mommy dengan daddy.”Jantungku berhenti mengepam darah seketika.Panggil sama macam Zaf panggil nama kedua orang tuanya.Biar betul!.Permintaan orang tua Zafran buat aku kehilangan oksigen saja.Aku memandang Zafran dan lelaki itu hanya tersenyum seraya mengangguk-angguk kecil tanda menyuruh aku mengikut saranan ibunya.“Kalau gelaran itu boleh membuatkan hati mommy dan daddy senang,Mary takkan teragak-agak untuk menggunakanannya walaupun Mary rasa,Mary tak layak untuk panggil Tan Sri dan Puan Sri sebegitu.”Aku berbicara penuh tata tertib dan kata-kataku hanya membuatkan senyuman Zafran juga keluarganya semakin lebar.Aku kan..sweet talker!.Pelakon handalanlah katakan.“Hish..mana boleh tak layak.Mulai hari ini,Mary dah jadi a part from our family.Zaf..nanti kalau ada masa lapang,bawa Mary lunch atau dinner kat rumah kita tau.Rasa tak selesa untuk berbual panjang dalam majlis seperti ini.Daddy dengan mommy gembira sangat atas kedatangan kamu Mary.”Erk?.Bukankah penerimaan ibu-bapa Zafran terhadapku begitu baik sekali.Mereka seolah-olah telah mengenali aku dengan lama.Mereka tahukah perangai sebenar aku bagaimana?.Layakkah aku bertandang ke rumah mereka sebagai insan istimewa Zafran?.“Mary jangan fikir yang bukan-bukan.Mommy dengan daddy terima sesiapa pun pilihan Zafran untuk dijadikan teman hidup dengan hati terbuka.Kami tak pernah mengira pangkat,darjat atau harta benda sebagai kayu pengukur.Asalkan Zaf mencintai kamu,maka kami sekeluarga akan menerima kamu seadanya.”Aku semakin sesak nafas apabila mendengar kata-kata mommy Zafran yang seolah-olah dapat membaca perkara yang berlegar-legar dalam fikiranku.Mereka berbicara dengan serius dan menyangkakan yang aku akan menjadi teman hidup Zafran.Gila ke?!.“Wah..siapa gadis cantik ni dek,tak nak kenalkan pada akak ke?”Kedatangan Syazwani dan Fareez benar-benar menyelamatkan aku dari terus berasa gemuruh dengan kata-kata ibu bapa Zafran.Fareez tersengih-sengih memandangku dari belakang Syazwani.Senyuman penuh lakonan yang menunjukkan pasangan itu langsung tidak mengenali aku.Memang mereka berdua pandai berdrama!.“Sayang,kenalkan ini my only sister,Sharifah Syazwani..dan lelaki kat sebelah dia tu pula,Fareez Azwan.Fareez  bakal suami kakak saya.”Syazwani dan Fareez nyata tercengang apabila mendengar Zafran memanggilku ‘sayang’.Aku pula tersenyum bangga lagi penuh makna jahat kepada mereka berdua.Pasti Fareez dan Syazwani tidak menyangka yang aku benar-benar telah dapat mengubah Zafran.Fareez bersalamanan dengan aku bersama wajah sebak dan penuh kegembiraan dan Syazwani pula terus memeluk aku dan berbisik mengucapkan terima kasih.Respon mereka berdua hanya menyebabkan Zafran pelik memandang kami.Aku hanya mampu tersenyum lebar.Rasa senang hati apabila mengetahui yang aku sangat hampir menunaikan perjanjian yang telah berlangsung selama dua bulan lebih.Kini,aku cuma perlu menunggu Zafran membawaku ke rumahnya dan perkahwinan Fareez juga Syazwani berlangsung.Hingga ke waktu itu,aku akan terus membiarkan Zafran merasai lakonan cintaku.......................“I dapat tahu,you sekarang couple dengan Zafran,betul ke?”Pertanyaan Farrel buat aku terdiam sejenak.Siapa pula yang memberitahunya.?Elma ke?.Sebaik saja tamat kuliah tengahhari itu,Farrel menalifonku dan meminta aku menemaninya makan tengahhari di Hotel Maaple sebelum dia bertolak pulang ke Amerika Syarikat petang itu.Aku yang langsung tidak menyangka Farrel akan membangkitkan hal Zafran dalam makan malam kami hanya mengikut saja pelawaannya.“Kalau betul,kenapanya,you jealous?”Aku bertanya selamba sambil memandang wajah Farrel yang kelihatan serius merenungku.Jarang sekali aku melihat pemuda bermuka manis ini menunjukkan muka setegang itu.“I’m not jealous cutie.But please..stop messing around with another person feeling.Lakonan cinta awak,akan buat banyak hati yang merana.”Bicara penuh hiba dari Farrel membuatkan suapanku terhenti.Apa kena dengan pemuda berambut kuning ini?.Dia mahu menasihati aku ke?“Apa maksud you Farrel?”“You faham kan apa yang I cakap.I tak nak you selama-lamanya bermain dengan cinta.Berhenti berlakon mencintai seorang lelaki jika you langsung tak mencintai lelaki tu Mary.Ia akan menyakitkan hati mereka.”Wajahku dah membahang kepanasan menahan marah.Mengapa pula Farrel tiba-tiba membangkitkan hal seperti itu?.Walhal,Farrel paling arif mengenai sikapku yang tak pernah serius terhadap cinta setelah arwah Adam meninggal dunia.“Mereka yang bodoh sebab mencintai I Farrel.I berlakon mencintai dan dicintai seseorang hanya untuk keseronokan.You tahu kan perangai I macammana?”Aku dah mula tinggi suara.“Mereka tak bodoh mencintai you,tapi..you tu yang bodoh sebab menipu diri sendiri dan berlakon seolah-olah you tidak mencintai mereka.Berhenti menyakitkan hati you sendiri Mary..tolong lupakan arwah dan carilah kembali cinta you.”Kata-kata Farrel hanya membuatkan hati aku semakin terbakar.“Enough Farrel!.Sampai I mati,I takkan pernah lupakan arwah.Tiada siapa yang dapat ganti posisi dia dalam hati I !”Suara aku sudah meninggi dan aku memandang Farrel seperti seekor singa yang sedang kelaparan.Aku sangka Farrel paling faham isi hatiku yang paling dalam dan tersembunyi jauh.Namun hari itu,jelas terbukti yang Farrel sama saja dengan orang-orang lain yang hanya mampu melihat perasaanku dari luar.“I tahu you takkan pernah lupakan arwah.Tapi..tolonglah kasihani diri you sendiri dan lelaki yang betul-betul mencintai you.Kalau you tak cintai mereka,jangan pernah you berikan mereka harapan untuk terus mencintai you.Kelak,jika mereka tahu you hanya menipu,harapan mereka untuk terus mencintai gadis-gadis lain akan musnah Mary..”Aku terdiam sejenak,wajah gembira Zafran dan wajah berseri kedua orang tuanya yang mengiringi aku pulang kelmarin menyapa benak fikiranku.Adakah lakonan yang aku lakukan selama ini adalah salah dan akan menyakitkan hati Zafran?.Benarkah Zafran mencintai aku?.Bagaimana jika dia dapat tahu yang aku hanya berlakon mencintainya dan lebih teruk lagi hanya kerana ingin mendapatkan RM 2 juta?.“I selalu ingat pesanan arwah sebelum dia meninggal dunia.Setiap hari,dia akan berpesan pada I ,Jullian juga Zyaf untuk memastikan you sentiasa gembira jika dia tiada.You kata you sangat cintakan arwah cutie..tapi,you tak pernah ingat yang arwah paling tak suka orang yang memainkan cinta dan menyakiti hati orang lain hanya untuk kepentingan diri.”Tubuhku rasa menggigil dan aku berpeluh.Mana pernah aku lupa semua pesanan arwah Adam selama tiga tahun kami bersama.Tapi..benar kata-kata Farrel,aku bukan saja telah melupai pesanan arwah Adam malahan aku telah melakukan perkara yang paling tidak disukainya.‘Kalau awak tak suka atau langsung tak cinta pada seorang lelaki,jangan sesekali awak berikan mereka harapan dengan berpura-pura mencintai mereka.Kelak,suatu hari nanti,awak pula akan merasai..apa ertinya harapan dan cinta palsu.’Kata-kata arwah Adam terngiang-ngiang di telingaku.“Saya memang tak layak menasihati awak cutie.Saya cuma nak awak tahu yang sikap awak yang selalu menolak cinta dan menipu mencintai seorang lelaki yang ikhlas mencintai awak hanya mendatangkan keburukan.Tolong selami hati awak yang paling dalam cutie dan carilah kembali rasa cinta yang sudah hilang itu.Saya pasti,Adam berharap gadis kesayangannya dapat mencintai dan dicintai lelaki yang baik sepertinya walaupun dia telah meninggalkan kita.Dan..saya harap sangat cutie,Zafran bukan sekadar mainan awak.I know he love you so much.”Aku tersentak dengan kata-kata akhir Farrel sebelum dia meninggalkan aku bersendirian dengan kad matrik yang aku sudah jangka telah di temui Farrel di hotel kali lepas.Bagaimana pula Farrel boleh tahu yang Zafran benar-benar ikhlas mencintaiku?.Bukankah Zafran hanya menjadikan aku sebagai ‘tanda’ dia sudah menjadi lelaki normal?.Atau..aku sebenarnya buta menilai?.
P/S:DISEBABKAN MR.G MEMANJANG RALAT MASUK DALAM P2U,JADI..SY TERUSKAN ENTRY DLM BLOG SAJELAH YE,KEPADA SEMUA PEMBACA,KOMEN ANDA SNGT SY HARGAI..MUNGKIN LPAS NI LAMBAT SIKIT UPDATE MR.G SBB NEXT WEEK SY DAH MID SEM,SIBUK NAK STUDY,HU3.LOVE U ALL!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2012 02:25

SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR BAB 10

SILA KLIK LINK DI BAWAH BAGI MEMBACA BAB 10 SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR DI PENULISAN2U.SEMUA KOMEN DARI PEMBACA AMAT DIHARGAI.THANKS A LOT.LOVE U ALL!!!.


http://www.penulisan2u.my/2012/07/novel-suami-simpanan-superstar-10/nullwww.penulisan2u.my

P/S:NOVEL ini mungkin akan di hold buat satu jangka masa sebab saya skrg sangat sibuk dengan persediaan exam juga tugasan2 lain.Jadi takde mase nak menulis.hu7.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2012 00:51

July 18, 2012

BAKAL ISTERIKU,GENGSTERNYA! SUDAH BERADA DI KEDAI2 BUKU!













MY ROOMATE WITH MY FIRST NOVEL

MY COUSIN WITH B.I.G

P/S:ADAKAH ANDA SEMUA TELAH MENDAPATKAN NOVEL BAKAL ISTERIKU,GENGSTERNYA! YANG TELAH TERBIT DI PASARAN SEKARANG INI???.
JIKA ANDA SUDAH MEMBELI DAN MEMBACANYA NOVEL BIG hingga TAMAT,ANDA BOLEH MENINGGALKAN KOMEN DALAM BLOG INI.
SEMUA KOMEN DARIPADA PEMABCA AMAT DIHARGAI UNTUK MENINGKATKAN MUTU PENULISAN SAYA PADA MASA AKAN DATANG.SEKIAN,TERIMA KASIH.
LOVE U ALL!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2012 02:39

July 15, 2012

PELAKON CINTA DAN MR.G BAB 24.1+24.2



Aku terkejut beruk apabila Zafran mengheret tanganku kasar agar mengikutinya sehinggalah ke tempat parkir kereta.Aku yang tengah blur lagi susah hati kerana belum sempat habis bercakap dengan Kak Sya agak terganggu dengan tindakan Zafran.“Apa yang you buat tadi?!”Zafran masih bersuara dengan intonasi tinggi lagi kurang sedap di dengar ke arah aku sambil bersandar pada kereta BMW M3 nya.Aku memandang wajahnya dengan pandangan hambar.Zafran sudah tidak pandai berbahasa lembut dengan aku.Jelas sekali dia begitu membenci aku.Aku tidak mampu menatap sepasang anak mata biru itu dengan perasaan gembira.Aku menunduk ke bawah.“Saya cuba pujuk Kak Sya agar menerima cinta awak..”Aku berterus terang sahaja.Tidak mahu mengusutkan keadaan yang sudah tegang itu.“For what?!.You ingat I tak bermaruah sangat ke sampai perlukan bantuan you untuk dapatkan cinta gadis yang I suka?!”Zafran menengking aku.Aku tersentak,rasa bergegar seluruh urat nadi juga jantungku.Air mataku yang bertakung sedari tadi akhirnya terkeluar jua.Tindakanku memohon Kak Sya agar menerima cinta Zafran sebentar tadi pasti sudah di tonton Zafran.Jika tidak masakan dia boleh marah seperti ini..“Saya tak pernah terfikir yang awak tak bermaruah Zaf..saya pernah janji yang saya akan cuba mengubah awak agar awak dapat rasa perasaan mencintai dan dicintai seorang perempuan walau apapun yang berlaku.”Aku dapat melihat wajah Zafran yang tadinya merah menyala kini sudah beransur putih kembali apabila dia bertatap mata dengan aku.Air mata memanglah senjata terbaik kaum hawa.“Saya tak dapat terima kalau Kak Sya menolak cinta awak setelah awak beria-ia meluahkan perasaan cinta pada dia.Saya tak nak awak kecewa dan terus menjauhi kaum wanita Zaf..”Aku sudah terhingut-hingut menangis.Aku jelas dapat menangkap keluhan panjang keluar dari bibir Zafran.Dia menghampiriku dan berdiri betul-betul di hadapanku.Sehelai sapu tangan di keluarkan dari poket seluarnya dan dia mengelap air mataku dengan prihatin.Aku terkejut kecil dengan tindakannya itu.“Saya tak tahulah nak cakap awak ni bodoh atau bijak sayang..”Kata-kata lembut Zafran menyapa gegendang telingaku.Sungguh aku rindu untuk mendengar panggilan selembut itu dari mulut Zafran.Zafran memegang sebelah pipiku dengan tangan kirinya dan tangannya yang sebelah lagi masih mengelap titisan air mata yang tak berhenti menitis keluar dari kelopak mataku.“Awak tahu tak,kalaulah saya nak merasai perasaan dicintai dan mencintai seorang perempuan..satu-satunya perempuan yang ingin saya curahkan semua perasaan tu dan satu-satunya perempuan yang ingin saya rasai perasaan sama seperti yang saya berikan kepadanya...satu-satunya perempuan itu ialah awak Mary..”Gulp!.Aku tertelan air liur beserta air mataku sendiri.Apa yang Zafran merepek?.Tangisanku berhenti begitu saja.Aku memandang wajah Zafran.Wajahnya serius dan tiada tanda seperti bergurau.Pandangan matanya jelas menunjukkan satu harapan dari aku.Harapan?.Harapan apakah itu?.“Melihat awak melutut pada Kak Sya dan menangis sebanyak ini demi saya,saya tak dapat berhenti dari memarahi dan menyumpah diri sendiri sebab tak dapat gembirakan awak.”Aku terpegun lagi terkaku.Zafran sudah berhenti mengelap air mataku yang sudah tidak mampu mengalir atas kejutan itu.Apa yang Zafran katakan ini?.Dia sedang bersandiwara ke?.“Mungkin saya tak layak untuk menjadi teman lelaki istimewa awak,tapi...hari ni..saya nak awak tahu yang saya ikhlas suka dan cintakan awak.I really-really had fall in love with you.”Aku rasa macam nak pengsan.Zafran cakap dia telah jatuh cinta pada aku?.Biar betul?!.Begitu mudah sekali dia melafazkan kalimah cinta...bukankah Zafran benar-benar tidak normal!.“Apa yang awak cakap ni Zaf,takkanlah sebab Kak Sya dah tolak cinta awak,awak tiba-tiba cakap cinta dekat saya pula?.”Dengan kekuatan yang luar biasa,aku membuka mulut untuk bertanyakan hal itu pada Zafran.Zafran keliatan terpinga-pinga seketika sebelum tersenyum hambar.“Awak dah salah faham.Saya tak pernah suka pada Kak Sya.Kami cuma berkawan..apa yang awak dengar,semua tu cuma salah faham.”Aku tidak tahu harus bereaksi bagaimana.Rasa gembira sangat-sangat walaupun aku tahu salah faham yang di perkatakan Zafran adalah tidak berapa logik.Namun,aku peduli apa.?Pesanan Elma dan abang sentiasa berlegar-legar di fikiranku,jika sekali Zafran meluahkan perasaan cinta pada aku,aku wajib terus menyambarnya.Jika tidak,RM 2 juta yang aku perjuangkan hampir tiga bulan ini akan terbang begitu saja.Aku sudah kesuntukan masa..“Tapi..betul ke awak suka kat saya?.Awak kan suka kat lelaki,kalau saya jadi teman wanita awak,awak takkan curang dan tinggalkan saya sebab awak nak bersama dengan lelaki lain kan?”Zafran ketawa kecil dengan pertanyaan jujur aku.Dia mengusap-usap lembut ubun-ubunku.Aku dapat melihat sinar kegembiraan pada sepasang anak matanya.Sinar yang penuh kejujuran dan keikhlasan,tapi..aku tak tahu seberapa tulus dan benar penilaianku itu.“Em..saya takkan curang dengan lelaki lain,asalkan awak boleh tambat hati saya agar tidak mendekati lelaki.”Zafran berbisik penuh menggoda di telingaku.Aku blur seketika.Masa bila pulak aku cakap aku bersetuju untuk jadikan dia teman lelaki istimewa aku.?.Semua ini begitu mengejut dan sarkastik sekali.Kalaulah aku tidak terdesak dan Zafran bukan Mr.G..sudah lama aku jual mahal dengan pemuda itu.“Kenapa pulak saya yang kena tambat hati awak?.Saya tak cakap pun yang saya sudi jadi teman wanita istimewa awak?”Pertanyaanku telah menyebabkan wajah Zafran berubah serta-merta.Adoi..ni yang aku tak suka.Aku baru jual mahal sedikit saja.“Ok fine.Kalau awak tak sudi jadi girlfriend saya,kita putus kawan dan awak tak payahlah bermimpi untuk straigtkan saya.Awak tak payahlah berbising nak mengajar saya pasal cinta or whatever.!Awak pergilah couple dengan Fikri!.Saya nak balik.Lupakan saja hal yang saya cakap tadi,anggaplah saya tak pernah cakap pun.!”Amboi..memaksa pula Mr.G ni.Pelik betul..nampak sangat yang dia tidak serius mencintai aku.Nama Fikri turut termasuk sekali dalam perbualan kami.Disebabkan aku sedar yang aku tidak bodoh dan bukan jenis perempuan yang terlalu jual mahal,aku menghadang langkah Zafran dari terus menerobos masuk ke dalam keretanya dengan wajah masam mencuka.Kalau dia balik dengan perasaan marah,pasti keesokannya aku akan sugul untuk memasuki kelas.“Hal yang dah cakap,mana boleh cakap tak pernah cakap dan dilupakan begitu saja..Awak cakap awak dah jatuh cinta pada saya kan?.Saya nak tahu kenapa?”Aku tersenyum nakal sambil memandang wajah Zafran yang merona merah saat itu.Aku tidak pasti samaada dia menahan malu atau menahan marah.Ekspresi wajahnya begitu sukar untuk aku baca.Dia menggigit bibirnya dan merenung lama mataku.“Saya tak tahu kenapa.Dahlah Mary,saya nak balik.Tolong ke tepi!”Zafran cuba menolak tubuhku yang menghadang pintu keretanya.Masih nak merajuk.Keras kepala betul!“Baiklah,saya akan jadikan awak teman lelaki istimewa saya sebab awak berani mengaku perasaan sebenar awak pada saya.Saya nak awak tahu yang saya sangat sukakan awak.”Aku menarik nafas panjang dan berkata lembut.Tidak ku sangka,hari yang begitu rumit dari paginya,bertukar menjadi begini indah di petang.Kata-kataku jelas telah membuat Zafran terkesima dan berhenti dari terus melarikan diri dari aku.Dia memandang aku dengan wajah yang penuh tanda tanya dan penuh berharap.“Mungkin ia akan mengambil masa panjang untuk saya betul-betul cintakan awak,tapi..selagi awak bergantung pada saya dan menganggap saya sebagai seorang teman wanita istimewa,saya takkan sia-siakan perasaan awak Zaf..saya harap awak faham apa yang saya cuba katakan ini..”Zafran tersenyum girang memandangku.Wajah masam dan tidak cerianya sebentar tadi hilang begitu saja.Aku juga tersenyum memandangnya,senyuman itulah yang ingin aku lihat setiap saat jika dia berada di sisiku.Salahkah aku jika aku mempermainkan perasaannya?.Tak..aku tak salah,aku cuma mahu dia berubah,aku cuma mahu dia mencintai seorang perempuan dan bukannya lelaki.Walaupun aku terpaksa menipu dan berlakon mencintainya,aku akan tetap teruskan sandiwara ini hingga ke akhir.Pertama kali dalam sejarah aku menerima cinta seorang lelaki yang berkenalan dengan aku dalam jangka masa tak sampai tiga bulan.Lebih teruk lagi dengan pengakuan cinta yang berlangsung di tempat parkir kereta.Gila tak romantik!.Bukankah aku ini seorang perempuan yang lebih pentingkan duit daripada perasaan manusia?.“Saya faham sayang.Terima kasih sangat-sangat sebab sudi terima saya sebagai seorang yang istimewa dalam hidup awak.”Pertama kali aku nampak reaksi sebegitu gembira dari wajah Zafran.Aku turut merasai kegembiraan yang di rasainya.Aku gembira kerana Zafran mencintaiku walaupun aku tahu dia mencintai aku sebab ingin menutup perasaannya daripada terus bergelumang dengan cinta kaum sejenis.Apa pun yang terjadi kelak,atas apapun sebab Zafran mencintai aku..aku akan membiarkan dia merasai cinta aku...sehinggalah RM 2 juta berada dalam gengaman.Ha,ha,ha.
....................

Seminggu berlalu dari tarikh Zafran meluahkan perasaan cintanya yang aku tidak pasti berapa ikhlas pengakuannya itu kepadaku.Hubungan kami memang sangat rapat dan intim seperti pasangan kekasih yang lain.Dan...apa yang aku tahu,Zafran...memang pelik.Setiap subuh dia akan menalifon dan menggerakkan aku agar bangun tidur dan tidak terlepas solat subuh.Usai aku solat subuh bersama Elma dia akan menalifon aku kembali dan menyarankan aku agar membaca buku untuk persediaan peperiksaan akhir semester.Aku yang terbawa-bawa dengan nasihat Zafran beserta suara romantiknya dari corong talifon akhirnya  mengikut saja saranan pemuda itu.Elma pula tidak banyak ragam seperti selalu.Dia hanya tersengih-sengih dan memuji tindakan aku yang sanggup menjadikan Mr.G sebagai teman lelaki istimewa.Kata Elma,aku dan Zafran kelihatan sangat secocok jika bergandingan sebagai pasangan kekasih.Aku pulak...layan sajalah.“Sayang,berpeluhlah..tolong ambilkan towel dalam beg saya tu..”Suara lembut Zafran yang duduk di sisiku dengan wajah yang berpeluh-peluh mematikan aku dari lamunan.Aku tersenyum kecil sebelum menggapai beg sandangnya yang terletak tidak jauh dari tempat aku duduk dan mencari tuala yang di minta Zafran.Hari itu,hampir keseluruhan dari pelajar kampus kami terlibat dengan aktiviti larian perdana yang dianjurkan oleh pihak universiti.Larian perdana bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi.Disebabkan  kepenatan yang melampau,aku,Elma,Zafran juga para pelajar yang sudah menamatkan larian,duduk melepak di kaki lima juga tangga-tangga kampus.Mujurlah hari agak redup dan matahari tidak berapa  galak memancar.“Nah ni.”Aku menghulurkan sehelai tuala putih kepada Zafran yang di ambil dari dalam beg sandangnya.Zafran memandang wajahku dan dia tersengih-sengih penuh makna.Aku hairan pula melihat wajah tampan yang bereaksi pelik itu.“Tolong lapkan.”Wajahku membahang tiba-tiba dengan pemintaan Zafran itu.Alahai..manjanya.Aku hanya mampu tersenyum kecil sebelum mengelap peluh yang mengalir di dahi juga leher putih Zafran dengan prihatin.Zafran nampaknya tersenyum lebar dengan layanan aku.Elma yang berada di sisi kananku buat reaksi ingin muntah.Aku tidak peduli pandangan orang lain atau pandangan Elma.Aku cuma mahu Zafran merasai apa rasanya mencintai dan dicintai seorang perempuan.Moga kelak,hatinya boleh terbuka untuk mencintai seorang perempuan dengan tulus dan ikhlas.Selesai aku mengelap peluhnya,aku menjulurkan kaki dan mengambil sebotol air mineral yang baru di beli Elma dari U-Cafe sebelum meneguknya rakus.Zafran yang pernah menegur aku satu ketika dahulu kerana gemar duduk di tangga dan menghalang lalu lintas pelajar akhirnya mengikut jejak langkah aku hari itu.Sungguh aku bangga dengan perubahannya.Setakat ini,aku rasa..dia mampu menjadi teman lelaki yang baik dan dia langsung tidak menunjukkan sikap songsangnya bila bersamaku.“Sayang...”Zafran memanggil aku lembut.Aku tidak pernah meminta untuk dia memanggil aku ‘sayang’ atau sebagainya.Tetapi..sejak aku menerima cintanya,dia terus memanggil aku ‘sayang’ dan aku...no commentlah.Suka saja!.Ha,ha,ha.Bukankah Zafran pernah cakap yang dia sayangkan aku,sebab itulah dia panggil aku ‘sayang’.“Em..?”Aku menatap sepasang anak mata biru galak itu.Jelas terpancar sinar kegembiraan dan kebahagian dalam renungan itu yang aku tidak pernah lihat sebelum ini.Renungan yang sentiasa buat aku berdebar-debar dan membuatkan tidur malamku tidak lena.Tingkah laku Zafran selalu mendatangkan tanda tanya dan penuh misteri bagiku.Dia kelihatan ingin membicarakan sesuatu.“Sayang boleh tak jangan pakai minyak wangi terlebih sangat?.Perfumesayang boleh menggoda lelakilah...”Aku dan Elma yang sedang meneguk air mineral sama-sama tersedak seraya memandang Zafran dengan wajah tak percaya.Elma sudah mengekek ketawa apabila melihat wajahku merona kemerahan.Aku ingat dia nak cakap apalah tadi..Hish,Mr.G..bikin aku tebal muka saja.“Er..mana ada saya pakai lebih,setiap hari saya pakai perfumeyang sama dan dalam kuantiti yang sama.”Aku menjawab pertanyaan Zafran dengan perasaan malu.Macam tahu-tahu saja yang aku telah menyembur hampir suku botol dari minyak wangi pagi tadi sebelum mengikut larian perdana.Aku hanya ingin memastikan peluh yang terhasil dari aktiviti lasak itu tidak akan mendatangkan bau busuk dari badanku.“Saya kenal bau sayang saya.Hari ni bau sayang kuat sangat,sebatu pun saya boleh hidu.”Aku dah terbatuk kecil.Tidak sanggup terus bertatap mata dengan Zafran yang berwajah selamba itu.Dari cara dia bercakap macamlah dia sudah kenal aku bertahun atau aku ini isterinya.Bau aku pun dia boleh kenal?.Mr.G...buat aku meremang bulu roma saja.!“Bagus betullah Zaf deria bau you.Memang hari ni Mary mandi dengan minyak wangi,sebab tu satu kampus penuh dengan bau badan dia saja.Ha,ha,haHampeh punya Elma,sempat pula dia memerli aku.!Aku dah tak tahu nak cakap apa waktu itu.Malu sangat-sangat!.Kalau tahu,baik aku langsung tak menggunakan perfume hari itu.“Sayang jangan berkecil hati.Saya bukan nak perli sayang dan tak benarkan sayang guna perfume,cuma macam yang saya cakap tadi..sayang tak perlulah pakai minyak wangi tu banyak sangat.Saya takut banyak ‘lebah’ yang nak menghurung sayang nanti.”Aku melopong dan Elma semakin rancak ketawa dengan kiasan Zafran.Aku faham maksud Zafran.Dia tidak suka jika ramai lelaki tertarik di sebabkan wangian berlebihan yang aku pakai.Bukankah lelaki mudah terangsang dengan wangian wanita.?Mujurlah Zafran sudi  menasihati dan mengingatkan aku akan hal itu.“Ya lah..lain kali saya pakai sikit saja.”Itu sajalah jawapan yang mampu aku berikan untuk menutup perasaan malu yang masih tak kurang.“Sayang pakai perfume apa ya?.Saya dah bertembung dengan ramai perempuan dalam juga luar kampus,tapi..tak pernah pula saya terhidu bau perfume yang sama dengan perfume yang sayang pakai?”Aku menelan liur.Zafran masih tidak sudah mempersoalkan tentang perfumeyang aku pakai.Aku diam sejenak.Berfikir untuk menjawab atau tidak soalan itu.“Memangkah perfume yang Mary pakai takde orang lain pakai Zaf..Mary campur tiga jenis minyak wangi dalam satu botol.Ekstrak wangian epal hijau tambah ekstrak wangian bunga ros dan ekstrak wangian akar kayu.Tiga jenis minyak wangi dicampurkan untuk membentuk satu botol perfumeyang sangat wangi dan mampu bertahan lama bila digunakan.”Begitu mudah sekali Elma menceritakan rahsia wangian yang aku pakai kepada Zafran.Sabar sajalah dengan sepupuku yang seorang ini..“Really sayang?.Mana dapat idea nak buat perfume macam tu?”Zafran kelihatan teruja untuk mendengar jawapan aku.“Idea datang tiba-tiba masa sekolah menengah dulu.Saya main-main saja buat pada mulanya,tak sangka pulak yang minyak wangi 3 in 1 tu betul-betul wangi dan bertahan lama.Bila dah selalu guna perfumecampuran tu,saya terus tak tukar perfumelain.”Idea untuk mencampurkan tiga jenis minyak wangi berlainan bau ke dalam satu botol adalah idea main-main sewaktu aku bersekolah tinggi di Amerika Syarikat dahulu.Tidak perlu membeli minyak wangi mahal-mahal,dengan campuran tiga jenis minyak wangi yang harganya tidak sampai RM 30,aku boleh mendapatkan wangian yang menyegarkan dan bertahan lama melebihi 12 jam.Kalau tak percaya...cubalah buat..“Zaf,I ada belikan air 100 plus untuk you.You minumlah,baik untuk badan yang letih selepas larian tadi.”Zafran yang tadinya tersenyum dan ingin menyambung kata-kataku terus menunjukkan muka masam bila Wawa tiba-tiba mendapatkan kami dan memberi Zafran sebotol air 100 plus.Aku dan Elma hanya terkebil-kebil melihat gadis berambut ikal mayang yang di warnakan dengan warna perang gelap itu dari atas ke bawah.Bentuk badannya jelas kelihatan akibat peluh yang melekap pada t-shirt putih fit yang di pakainya.Mujurlah Zafran dari awal sudah mengingatkan aku agar memakai t-shirt sukan bewarna gelap.“Terima kasih jelah Wawa.You minum jelah air tu sendiri.I boleh minum air sayang I.”Zafran mengambil botol air mineral yang berada ditanganku sebelum meneguknya selamba tanpa memandang wajah Wawa yang sudah merah padam menahan malu dan marah.Gadis itu merengus geram sebelum berlalu pergi.Aku memandang Zafran dengan pandangan pelik.“Zaf..tak baiklah awak layan Wawa macam tu.Dia macam sukakan awak je?.Tak boleh ke awak layan dia dengan baik,macam awak layan saya?”Aku menunggu reaksi Zafran yang sudah menutup botol air mineralku.Wajahnya kelihatan sedikit masam dan terganggu dengan pertanyaan aku.“Sudah tentu tak boleh.Awak tu perempuan kesayangan saya ok,takkanlah saya nak beri layanan yang sama macam yang saya berikan kepada awak untuk perempuan lain.”Seriuslah pulak..aku hanya mampu tersenyum kecil.Padahal dalam hati..gembira tak terkata!.Zafran betul-betul ingin memberikan layanan istimewa kepada aku berbanding gadis-gadis lain.Maknanya..dia tahulah bagaimana caranya untuk mencintai seorang gadis.Satu perkembangan yang bagus untuk seorang Mr.G.“Ok,saya faham.”“Em..sayang,ahad ni boleh tak sayang temankan saya untuk pergi annual dinner syarikat papa saya di Hotel Hilton.?”Baru saja Zafran bertanya,belum sempat aku membuka mulut,Elma terus menarik tangan aku dan mula berbisik.“Inilah masanya Mary..dia nak kenalkan kau pada parentsdia..Pastikan kau pergi dan pastikan juga yang parents dia percaya yang Zaf cintakan kau dan dia bukan gayboy.RM 2 juta semakin hampir..”Elma berbisik selaju mungkin.Aku sedikit blur untuk mencernakan semua kata-katanya.“Em..kalau Elma nak ikut pun boleh.”Zafran yang nyata tidak mendengar bisikan jahat Elma kepadaku hanya beranggapan yang Elma ingin turut serta dalam majlis anjuran syarikat papa Zafran itu.“I memang nak ikut Zaf.Boleh ke I join?”Elma dengan selamba bertanya kepada Zafran sedangkan aku belum memberi sebarang kata putus.“Sudah tentu boleh,nanti hari ahad ,I  pick both of you, sharp in 8.00 pm”Zafran sudah memandai menetapkan waktu pula.“Tak payah ambil saya Zaf.Saya dengan Elma akan drive ke hotel tu sendiri.Awak tunggu saya dekat lobi hotel sajalah.”Aku rasa tiada salahnya aku menuruti jemputan Zafran.Bukankah mengikut perjanjian aku bersama Fareez dan Syazwani,di akhir lakonan ini,aku perlulah memastikan yang Zafran membawa seorang wanita ke rumah orang tuanya untuk di perkenalkan sebagai teman wanita.Anggap sajalah..jemputan Zafran ini ialah langkah pantasku untuk mencapai matlamat perjanjian itu.“Ok.”Zafran tersenyum ceria mendengar persetujuanku.P/S:Disebabkan minggu ni p2u x update story MR.G,so..sy masukkan dlm blog sajelah.kepada semua pembaca,tolong beri komen ye.Nak tahu pndapat anda adakah anda suke MR.G couple ngn Mary???.la3~
Love U all~
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2012 00:28

July 8, 2012

PELAKON CINTA DAN MR.G BAB 21,22,23 + 24


MACAM BIASALAH.SILA KLIK LINK DI BAWAH BAGI MEMBACA BAB 21,22 DAN 23 MR.G SEBELUM MEMBACA BAB 24 DI BAWAH.SEPARUH CERITA DALAM LINK P2U ADALAH SAMA DGN ENTRY DLAM BLOG KALI LEPAS.JADI ANDA BOLEH MEMBACA DARIPADA BAHAGIAN TENGAH.SEMUA KOMEN DARI PEMBACA AMAT DIHARAPKAN.LOVE U ALL!



Novel : Pelakon cinta Dan Mr.G 21,22,23 | Koleksi Cerpen & Novel Onlinewww.penulisan2u.myOleh : anabella BAB 21 “Eh,kenapa pulak banyak muka-muka pelajar baru kat 
BAB 24
“Mary.!”Satu suara menyapa aku.Wajah Fikri yang muncul entah dari mana hanya membuatkan aku bingung tak terkata.“Mary,kau ok tak?.Kau nampak pucat.”Fikri mengoncang bahuku beberapa kali sehingga aku tersedar yang aku sedang berdiri di hadapan lif saat itu.Entah bila aku menapak meninggalkan adegan mesra Zafran dan Kak Sya sebentar tadi,aku sendiri tak pasti.“Aku ok.Aku ok.”Aku menjawab pantas.Mataku mati melihat kelibat Zafran yang sedang menuju ke arahku bersama Kak Sya dengan senyuman yang berbunga-bunga pada wajah pasangan itu.Aku baru tersedar tentang satu perkara.Bukankah Zafran sudah berkata yang aku bukanlah jenis gadis yang akan dijadikannya teman wanita istimewa.Jadi,mengapa pula aku mesti terhegeh-hegeh untuk memikirkan kemungkinan yang Zafran sudah jatuh cinta pada aku.Zafran pasti sukakan jenis gadis yang matang dan tidak kebudak-budakkan seperti Kak Sya.Sebab itulah,Zafran boleh meluahkan perasaan cintanya kepada gadis itu..Patutlah sebelum ini,aku sering melihat Zafran dan Kak Sya berbual rancak.Rupa-rupanya..hubungan mereka melebihi jangkaan aku.Satu bisikan amarah sedang menguasai hatiku saat memikirkan hal itu.“Fik,pinjam tangan kau sekejap.Kalau dia orang tanya apa-apa,kau diam saja..”Fikri terpinga-pinga apabila aku selamba mengenggam erat tangan kirinya dengan tangan kananku. “Hei,korang berdua buat apa tercegat kat sini.Tak nak pergi lab ke?”Kak Sya menegur aku dengan nada ceria.Namun,bila menyedari yang aku dan Fikri sedang berpegangan tangan,terus saja air mukanya berubah.Kak Sya memandang Zafran dan aku hanya memandang Kak Sya.Fikri mengeratkan pegangannya pada tangan aku apabila menyedari tangan aku sejuk beku saat itu.“Kita orang nak pergi lab lah ni.Jomlah pergi sekali.Hei Zaf,kenapa awak tak masuk kelas pagi tadi?”Dengan lafaz bismillah dalam hati,aku tersenyum lebar dan memandang wajah Zafran.Alamak,masamnya muka dia!.Kami bertatapan buat beberapa saat dan apa yang dapat aku rasakan hanyalah renungan penuh kehampaan dari sepasang anak mata biru gelap itu.Mungkin Zafran meluat melihat wajah aku hingga keceriaan yang terpamer di wajahnya sebentar tadi,hilang begitu saja.“Sukahati I  lah,I nak masuk kelas atau tidak.You jangan nak sibuk-sibuk hal I !”Dengan satu tengkingan,Zafran meninggalkan aku,Kak Sya juga Fikri.Aku terpempam,rasa sangat terpukul dengan kata-kata Zafran.Aku hanya bertanya,salahkah pertanyaan aku itu?.“Maaf Mary,Zaf tengah tension tu.Jangan ambil hati sangat dengan kata-kata dia.Kita jumpa dalam lab jelah nanti.Akak nak pergi tengok Zafran kejap.”Kak Sya berbaik hati memohon maaf bagi pihak Zafran kepadaku sebelum dia mengikut jejak langkah Zafran.Aku hanya mampu mengangguk-anggukkan kepala dan tersenyum hambar.Sakitnya hati aku,hanya Allah yang tahu.“Jangan tanya aku apa-apa soalan sebab aku takde mood nak jawab.Jomlah kita pergi makmal.”Aku meleraikan pegangan tangan Fikri dan terus berkata sebelum Fikri sempat membuka mulut.Fikri mengeluh kecil dan kelihatan faham dengan situasi yang aku alami.Betul kata Elma..Zafran memang sudah menyampah untuk melihat wajahku.Namun,bukanlah atas sebab aku tidak ingin menjadikan dia sebagai teman lelaki,tapi..atas sebab Zafran sudah mencintai perempuan lain.Subhanallah...hatiku rasa sangat sakit..........................“Eh Mary,kau ni bodoh ke apa?”“Aku takde mood Elm,kalau kau nak bodoh atau bangangkan aku,kau tunggulah balik rumah nanti..sekarang aku nak fokus pada study.”Aku betul-betul tidak berminat untuk bercakap saat itu.Aku sudah memasuki Makmal Mikrobiologi dan duduk di sisi Elma.Bayang Zafran langsung tidak kelihatan.Hanya Kak Sya kelihatan resah gelisah memandang aku.Mungkin..dia tidak berpuas hati sebab aku sudah menyebabkan Zafran tidak memasuki kelas amali hari itu.Pasti..Zafran meluat untuk melihat wajahku.“Not,aku tak boleh tunggu sampai balik rumah untuk marah kau pasal hal ni.”Suara Elma kedengaran tegang tiba-tiba.Aku memandangnya dengan pandangan tak berminat.“Apa Elm?”“Yang kau pergi tolak love confession Zafran apa hal?.Kau suka ke kalau Zafran tu terus jadi gay.Terus jadi Mr.G sampai ke tua.?Kau tak ingat ke tentang cabaran kau dengan Fareez untuk mengubah Zafran?Kenapa kau tolak cinta dia Mary?”Elma beria-ia memarahi aku dengan nada berbisik.Mujurlah pensyarah belum masuk dalam makmal.Jika tidak,pasti konsentrasi Elma untuk memarahi aku akan terganggu.Aku mengeluh panjang.Bukankah Elma terlalu mengharap yang Zafran akan meluahkan perasaan cinta pada aku.?Aku merasa dahi Elma dengan tapak tanganku.“Kau sihat tak Elm?”“Sihatlah.Kau jangan tukar topik,cepat jawab soalan aku.Kenapa kau tolak cinta Zafran?”Elma menepis kasar tangan aku.Wajahnya sekelat hempedu.Aku hanya mampu ketawa kecil.“Sejak bila pulak Zafran cakap dia cintakan aku...kalau aku tolak pengakuan cinta Zafran,bermakna aku telah menolak RM 2 juta Elma..aku taklah sebodoh itu..”Wajah Elma berubah serta merta.Apa kenalah dengan sepupuku ini.“Tapi..”“Dari mana pula kau dapat berita yang Zafran buat love confession pada aku dan aku menolaknya?”Pertanyaan aku membuatkan Elma menggelabah.Jelas kelihatan dia cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku.“Taklah,aku ada terdengar group Hakimi cakap yang Zafran sedih hari ini sebab girl yang dia suka tolak cinta dia.Aku ingat..”“Kau ingat aku yang tolak cinta Zafran?”Elma angguk-anggukan kepala.Nyata dia tidak tahu hal sebenar yang telah aku saksikan dengan mataku sendiri.Zafran bukan meluahkan rasa cintanya pada aku..tapi pada Kak Sya.Apa yang memusykilkan aku,masa bila pulak Kak Sya menolak cinta Zafran?.Adakah aku tidak habis dengar love confession Zafran dalam bilik kuliah kosong sebentar tadi?.Memanglah aku tidak habis dengar sebab aku sudah melarikan diri sebaik saja Zafran berkata ‘I Love You’.Kalau betul Kak Sya menolak cinta Zafran,aku tidak akan membiarkan hal itu..“Maaf Mary,aku ingat Zaf bersedih sebab kau tolak cinta dia.Mungkin group Hakimi sengaja mengada-adakan cerita.Mustahillah Zaf boleh frust bercinta kalau dia belum pun buat love confession pada kau.”Elma berwajah muram,rasa bersalah kerana terburu-buru menuduhku.Aku yang malas membuka mulut hanya mendiamkan diri.Aku pelik mengapa Elma berfikir yang Zafran hanya cintakan aku seorang dan Zafran tidak mungkin sama sekali membuat pengakuan cinta pada gadis lain.Untuk tidak memanjangkan hal yang semakin buat aku sesak nafas itu,aku berlakon seperti biasa saja......................“Kak Sya,boleh tunggu sekejap tak.Saya ada hal nak cakap dengan akak..”Aku mengarahkan Elma agar meninggalkan aku dengan Kak Sya sebaik saja kelas amali tamat.Semua pelajar telah beransur pulang dan aku mengajak Kak Sya untuk berbual di sudut koridor yang sudah lengang.Kak Sya yang agak rapat dengan aku kelihatan tidak keberatan untuk berbual dengan aku.Aku nekad untuk berterus terang dengan Kak Sya.“Kak..saya tau cinta tu bukan boleh di paksa-paksa,tapi..saya berharap sangat yang akak tak tolak cinta Zafran..”Aku bersuara perlahan sambil mengenggam erat kedua tanganku.Cuba menahan diri dari mengalirkan air mata.Rasa nak menangis tak tentu pasal.“Apa yang kau cakap ni Mary,akak tak fahamlah,apa kait-mengait akak dengan Zafran?”Kak Sya kelihatan terpinga-pinga dengan penyataan aku.Nampak sangat yang dia cuba menyembunyikan penolakan cinta Zafran terhadapnya.Kesian Mr.G..“Saya baru je tahu yang Zaf suka kat akak dan saya sangat gembira selepas dapat tahu hal ni.Saya dan Elma dah lama sangat nak lihat Zaf ada seorang teman wanita,dan hari ni...saya harap hasrat saya tu termakbul.”Aku menahan getaran suara sendiri.Cuba membohongi perasaan berkecamuk yang sama sekali bertentangan dengan apa yang terungkap di bibirku terhadap Kak Sya.Aku menundukkan kepala dan memandang kakiku.Denyutan nadiku rasa tidak teratur saat itu.Aku langsung tak gembira walaupun aku tahu Zafran sudah jatuh hati pada Kak Sya.Kak Sya adalah gadis yang baik..Bukankah aku sewajarnya gembira dengan ikhlas atas berita itu.“Akak rasa Mary dah salah faham...sebenarnya Zaf dengan akak takde apa-apa.Zaf tu..”Aku yang tadinya duduk di sisi Kak Sya atas kerusi panjang yang terdapat di tepi koridor terus melurut ke bawah kerusi itu.Kak Sya terperanjat dan ayatnya tergantung begitu saja apabila melihat aku melutut di kakinya.“Saya sangat berharap yang akak dapat terima cinta Zafran.”Aku menahan sebak sambil memegang kedua tangan Kak Sya yang wajahnya sudah menggelabah memandang aku.“Mary,apa yang Mary cakap ni..akak dengan Zaf..”Kak Sya masih cuba menyangkal.Aku nekad,walau apapun yang terjadi,aku takkan benarkan Zafran di kecewakan..“Tolong bagi Zaf peluang,walaupun akak tak cintakan dia atau akak susah nak terima dia untuk di jadikan teman lelaki istimewa,saya cuma berharap yang akak dapat bagi Zafran peluang untuk merasai cinta.Akak tolong jangan sia-siakan pengakuan cinta Zafran.Dia..”“Mary,you buat apa ni!!”Belum sempat aku menghabiskan kata-kata,tanganku direntap kasar oleh seseorang hingga aku terbangun dari terus berlutut di hadapan Kak Sya yang terpinga-pinga.Aku terkedu apabila melihat wajah tegang dan merah menyala Zafran.Dia kelihatan sangat marah dan terganggu.Kecut perut aku melihatnya.“Nasib baik you datang Zaf,you settlelah apa yang patut dengan Mary.Akak nak balik dulu.”Aku tak faham apa yang diperkatakan Kak Sya.Dia kelihatan tersengih-sengih memandang wajahku dan Zafran.Kak Sya langsung tak memahami perasaan sedih Zafran.Pasti Zafran marah sebab Kak Sya langsung tidak mempedulikannya.“Akak..saya tak habis cakap lagi.”Aku cuba menghalang langkah Kak Sya namun Zafran masih memegang tanganku dan tidak membenarkan aku meninggalkannya.Kak Sya sudah berlalu dengan senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan.“Dah,you tak payah nak cakap apa-apa lagi kat Kak Sya atau sesiapa pun.!Sekarang you ikut I dan dengar cakap I !.”


P/S:HU3,MCMANA OK X ENTRY KALI INI??? NAK KOMEN DARI SEMUA PEMBACA MR.G YE??.
SAYA NAK BUAT PENGUMUMAN SIKIT.EM..NOVEL BAKAL ISTERIKU,GENGSTERNYA! YANG SAYA TULIS SEBELUM INI DALAM BLOG JUGA PENULISAN2U SEPARUHNYA.ALHAMDULLILAH TELAH TERBIT DI PASARAN..INSYAALLAH DALAM PERTENGAHAN BULAN JULAI INI,ADALAH KAT KEDAI2 BUKU.BAGI SESIAPA YANG NAK MEMBACA BIG SAMPAI HABIS,BOLEHLAH BELI YE.HE4.LOVE U ALL.DI BAWAH IALAH GAMBAR COVER BIG DI BAWAH TERBITAN FAJAR PAKEER DENGAN HARGA RM 22.






 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2012 00:26

July 2, 2012

BAKAL ISTERIKU,GENGSTERNYA!!! SUDAH TERBIT!!!!!



P/S:KEPADA SEMUA PENGIKUT N PEMBACA BLOG SAYA,
KEPADA SEMUA PEMBACA NOVEL BAKAL ISTERIKU,GANGSTERNYA!!!
YANG PERNAH MENGIKUTI ENTRY NOVEL INI DALAM P2U ATAU DALAM BLOG,
KEPADA SEMUA PMINAT2 YG BERTANYA2 BILA B.I.G AKAN KELUAR...
ALHAMDULLILAH HARI INI PADA TANGGAL 2 JULAI 2012,SY DAH DAPAT MELIHAT COVERNYA.HAK3.
INSYAALLAH NOVEL INI AKAN BERADA DI KEDAI BUKU DAN BOLEH DIBELI PADA PERTENGAHAN BULAN JULAI.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT KARYA SAYA.YANG SUDI MEMBACA,MEMBERI KOMEN DAN MENYOKONG SAYA.I LOVE U ALL!!!!!!!!!!!!

<CRYSTAL ANABELLA>
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 02, 2012 02:42

June 28, 2012

PELAKON CINTA DAN MR.G BAB 19,20,21.1,21.2


SILA KLIK LINK DI BAWAH BAGI MEMBACA BAB 19 DAN 20 DI P2U.
SEPARUH DARIPADA BAB ADALAH ENTRY DLM BLOG SEBELUM INI,JADI PEMBACA SEMUA BOLEH MULA MEMBACA DRP BHAGIAN TENGAH SEBELUM MEMBACA DUA BAB DI BAHAGIAN BAWAH.
SEMUA KOMEN DARI PEMBACA TERSANGAT SY HARAPKAN.
A LOT OF THANKS N LOVE U ALL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Novel : Pelakon cinta Dan Mr.G 19,20 | Koleksi Cerpen & Novel Onlinewww.penulisan2u.myOleh : anabella BAB 19 “Hello.Assalammualaikum,sweety kat

BAB 21.1
“Eh,kenapa pulak banyak muka-muka pelajar baru kat dalam dewan ni?”Aku dan Elma dapat melihat puluhan pelajar tidak dikenali memenuhi dewan utama.Tidak kurang juga dengan kehadiran beberapa orang pelajar antarabangsa.“Lupa saya nak cakap,program hari ini melibatkan pelajar terpilih semua branch Kolej PTPL juga branch MSU yang terdapat di luar negara.Mereka semua pelajar dari kampus-kampus lain.Sebab tu awak dan Elma tak kenal.”Zafran memberitahu apabila melihat wajahku dan Elma kelihatan pelik berada dalam ratusan pelajar yang terdiri dari pelajar kampusku dan pelajar kampus luar.Pelbagai jenis pakaian yang aku lihat di pakai oleh para pelajar perempuan.Ada yang mengenakan songket,kebaya pendek,dress dan baju kurung.Para pelajar lelaki ramai yang mengenakan kemeja dan jean sahaja.Walaupun begitu,dalam mata aku, Zafran kelihatan paling tampan dan seksi walaupun di hanya mengenakan sepasang t-shirt berkolar V warna hitam dengan jean sama warna.“Elm,buka mata kau luas-luas.Untung-untung kita dapat cari ‘anak ikan’.”Aku menggiat Elma yang kelihatan tersengih-sengih melihat beberapa orang pelajar lelaki yang sibuk menjeling kami berdua.“Banyaklah awak punya ‘anak ikan’.Kenapa tak nak cari ‘bapak ikan’ je?”Zafran menyampuk sebelum Elma sempat menjawab kata-kataku.Aku memandang Zafran dari atas ke bawah dengan geli hati apabila melihat wajahnya yang cemberut menahan cemburu.Zafran cemburu dengan aku?.Macam tak percaya saja..“Awak jelah jadi bapak ikan saya.Saya lebih suka cari anak ikan sebab dia orang lagi muda dan mudah di goda.”Zafran mendengus kecil dengan kata-kataku.Anak ikan yang aku maksudkan ialah golongan lelaki yang berusia lebih muda dari aku dan Elma.Justeru,golongan lelaki yang umurnya lebih rendah dari aku sangat senang dipujuk rayu dan digoda.Tak seperti spesies Zafran.“Tak payah nak menggoda sangat.”Zafran menjawab pendek,seperti geram untuk berbual panjang denganku.“Aik,awak jeles dengan saya ke Zaf?”“Tak de masa saya nak jeles dengan awak.Saya tak ingin jadi ‘bapak ikan’ awak,bukan dapat faedah pun.Lainlah kalau jadi ‘bapak ayam’,dapat juga saya duit.”Marah benar bunyinya.Sampai hal ‘bapak ayam’ boleh terbit dalam perbualan kami.“Awak ingat saya pelacur ke?”Aku cuba memasamkan wajah dan bersuara tegas untuk melihat reaksi Zafran.Saja aku ingin mengakalinya.Walhal,aku langsung tak terasa atas penyataan tidak logik itu.Paling aku tak sangka bila dia terkebil-kebil memandangku dan wajahnya bertukar bimbang.“Sorry sayang,saya tak bermaksud macam tu.Cuma saya tak suka,sayang cakap pasal nak menggoda lelaki lain..tak pedulilah ‘anak ikan’ atau ‘bapak ikan’.Saya tak suka nak dengar..”Zafran bersuara hambar seraya memandang wajahku dengan perasaan bersalah.Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.Lelaki ini betul-betul cemburu pada aku ke?.Tapi..dia cakap,dia tak jeles.“Is,ok.Lain kali,bercakap tu jangan ikut sedap mulut.Kalau saya terasa hati,saya akan lari jauh-jauh dari awak.”Aku sengaja mengugut.Zafran dah tersenyum riang bila aku sudi memaafkannya.Ekspresi wajah lelaki ini memang boleh berubah dalam kadar beberapa saat.“Kalau sayang lari,saya akan kejar sayang sampai dapat.”“Eh,boleh tak korang hentikan sekejap drama korang?”Elma bersuara apabila dia dipinggirkan daripada perbualan aku dan Zafran.Aku dan Zafran hanya tersengih-sengih melihat wajah masam Elma.“Mary,cuba kau tengok atas pentas tu,kenapa aku rasa..aku macam kenal je mamat yang pakai tuxedo putih tu?”Elma menarik tanganku dan menunjukkan aku ke arah salah seorang lelaki yang kelihatan segak bergaya berjalan di atas pentas sebagai salah seorang model.Beberapa orang pelajar perempuan kelihatan bertepuk tangan dan terlonjak-lonjak gembira apabila pemuda berambut kuning cair keemasan itu sampai di bahagian depan pentas.Aku dan Elma yang berada agak jauh ke belakang dewan,tidak dapat melihat dengan jelas wajah pemuda itu.“A..ahlah Elm,aku pun rasa macam kenal.Tapi..setahu aku,aku tak de kenalan rambut warna bersinar macam tu.Macam bukan orang melayu saja.”Aku menggosok-gosok dagu dengan mata masih memandang jauh pemuda di atas pentas itu.Naluriku kuat mengatakan ,aku kenal pemuda yang menjadi model itu.Tapi..aku tidak pula pernah mempunyai kenalan yang berambut kuning keemasan menjolok mata.“Alah..zaman sekarang bukan takde orang melayu yang sanggup dye rambut warna kuning.Warna,biru,hijau,pink dan merah pun boleh.Apa yang awak nak hairan sangat?.”Zafran masih dengan nada cemburunya.Aku dan Elma malas melayan bicara Zafran,kami ralit memerhatikan model itu juga model-model lain yang memperagakan pelbagai jenis pakaian.Mengikut kata Zafran,persembahan fesyen hari itu ialah hasil rekaan kreatif para pelajar dari branch MSU luar negara yang menggabungkan unsur kemalayuan dengan kebaratan.Aku yang tidak ambil peduli mengenai konsep atau tema majlis itu hanya asyik memerhati.Persembahan kebudayaan seperti tarian inang,zapin,boria dan sebagainya di persembahkan oleh para pelajar cawangan Kolej PTPL yang terdiri daripada cawangan Negeri Sembilan,Sungai Petani,Sabah,Sarawak,Terengganu,Ampang dan Shah Alam.Aku dan Elma tidak lepas dari memandang setiap persembahan kebudayaan itu.Walaupun aku jenis gadis yang rock dan trendy,tapi..aku sangat berminat untuk menonton persembahan secara langsung yang melibatkan tarian walaupun tarian tradisional.Zafran langsung tidak beralih dari sisiku walaupun Encik Zamani beberapa kali memanggilnya untuk menguruskan sesuatu di belakang pentas.Dia buat tidak endah,dan hanya duduk di sebelahku sepenuh masa sambil turut memerhatikan setiap persembahan yang berlangsung.Adakah Zafran takut kalau aku benar-benar akan pergi mengurat lelaki lain?.Beberapa pasang mata para pelajar perempuan yang aku tidak kenali sibuk menoleh pandang ke arah Zafran.Mereka berbisik-bisik dan tersengih-sengih.Pasti sedang memuji-muji ketampanan Zafran.“Zaf,kau buat apa kat sini.Jomlah pergi belakang back stage,tolong lecturer aturkan budak kampus kita untuk buat persembahan penutup.”Suara sumbang Hakimi yang tiba-tiba muncul di tempat aku,Zafran dan Elma duduk hanya membuatkan aku geram tak tentu pasal.Sibuk saja dia hendak menggangu Zafran.“Alahai,kau pergilah buat sendiri,apa hal pulak kau nak suruh Zafran tolong.!”Aku meninggikan suara tiba-tiba.Zafran dan Elma sudah berkerut dahi memandangku pelik.Hakimi buat muka bengang.“Tengku Mary oi,for your information,Zafran ni..Ketua MPP.Kalau dia tak boleh berikan kerjasama untuk melancarkan program hari ini,nanti para lecturer dan pelajar akan mengata Zafran tiada kredibiliti.Kau tahu tak?”Hakimi mencerlung marah memandangku.Aku hanya mencebikkan bibir tanda protes.Ingat aku kisah atau hairan sangat dengan pangkat Ketua Majlis Perwakilan Pelajar itu.Boleh jalanlah.!“Aku tak tahu dan tak berminat nak ambil tahu.Kau jangan ganggu aku dengan Zafran.”Aku berkata selamba sebelum melingkarkan tanganku pada lengan Zafran,tidak membenarkan dia bangun mengikut Hakimi.Telatahku itu hanya membuatkan wajah Zafran merona merah.Dia memandangku sebelum tersenyum lebar.Tanganku ditolaknya perlahan dan dia mengusap-usap lembut ubun-ubunku.“Saya pergi sekejap saja.Nanti,saya datang balik.Jangan nakal-nakal tahu.”Zafran sempat mengeyitkan mata kanannya kepada aku sebelum berlalu juga bersama Hakimi.Aku dah merengus geram.Nampak sangat dia lebih mengutamakan Hakimi dari aku.Hampeh betul Mr.G nih!.“Kau tahu tak Mary,aku tengok kau dengan Zafran macam pasangan sedang bercinta,kau rasa tak apa yang aku cakap ni?”Elma bertanya sebaik saja bayang Zafran hilang dari penglihatan mataku.Aku berfikir seketika sebelum menjawab soalan Elma.“Aku rasa dia macam sayang dan sukakan aku.Tapi..kau tahu kan yang perasaan aku akan berubah sebaik saja kita berdua dapat RM 2 juta tu?.”Aku dapat merasai perkara yang diperkatakan Elma.Tapi..jauh dalam sudut hatiku jelas mengatakan yang aku hanya bersandiwara terhadap Zafran dan begitu juga sebaliknya.Aku tidak tahu apa tujuan Zafran ingin merapati aku.Adakah dia benar-benar ingin belajar berubah menjadi lelaki normal melalui pertolongan aku atau dia juga hanya berlakon untuk menutup naluri songsangnya dari menjadi sebutan ramai.?Elma termenung panjang mendengar jawapan yang aku berikan.“Sampai bila kau nak tutup pintu hati kau dari menerima cinta baru Mary?”Elma tidak menjawab soalan aku tapi dia bertanya soalan lain pula.Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.“Sampai pintu hati aku terbuka dengan sendirinya untuk menerima cinta baru.”
BAB 21.2Sebaik saja persembahan kebudayaan tamat belangsung,majlis berehat untuk lima belas minit sebelum acara penutup.Aku dan Elma yang sedang dikepungi beberapa orang pelajar lelaki yang tidak kami kenali dengan segera melarikan diri dan mendapatkan Ikhram yang sibuk membelek DSLR nya berhampiran pentas.Bukan aku tidak tahu,bila sudah bercampur dengan para pelajar kampus lain,mulalah semua dok mengusha sana-sini.Sebagai langkah keselamatan,lebih baik aku dan Elma berdampingan dengan lelaki yang kami kenali.Zafran pula,hilang entah ke mana bersama Hakimi.Sabar jelah..“Gambar apa Ik yang kau asyik belek sedari tadi?”Elma merampas DSLR dari leher Fikri dan mula melihat gambar-gambar yang diambil pemuda itu.“Gambar model terkenal tulah,aku tak sangka dia begitu kacak.Aku ingatkan dalam tv saja dia nampak kacak,tapi..bila tengok kat luar,muka dia memang tampan gila siot.Tergugat kelakian aku tengok.”Penyataan Ikhram hanya membuatkan aku menggeleng- geleng kepala.“Kau gay boy ke apa Ik?”“Bukan gay boy lah Mary,memang lelaki tu handsome,sebab tulah aku puji.Untunglah mana-mana perempuan yang dapat couple dengan dia.”Dahi aku berkerut-kerut mendengar kata-kata Ikhram.Jarang sekali Ikhram memuji seorang lelaki sebab aku tahu selera Ikhram sangat tinggi dalam proses menilai kekacakan makhluk yang bernama lelaki dan perempuan.Selalunya,selera Ikhram..memang sama dengan selera aku juga Elma.Kalau Ikhram cakap seorang perempuan itu cantik,cantiklah perempuan itu di mata aku dan Elma.Kalau Ikhram kata seorang lelaki tu tampan,memang tampanlah jua di mata aku.“Sebenarnya,kau cakap pasal siapa ni?.Model tv mana pulak yang datang ke kampus kita?”Pertanyaan aku di biarkan tidak berjawab apabila muka Elma kelihatan cemas tiba-tiba.“Oh my god Mary,aku rasa aku kenal siapa lelaki ni!!”Serentak dengan jeritan kecil Elma yang mengajukan DSLR kepada aku,aku dan Ikhram berpaling ke belakang apabila kedengaran suara jerit pekik pelajar perempuan sambil mengerumuni seseorang yang baru keluar dari belakang pentas.Dari jauh aku dapat melihat Encik Zamani,Zafran,Hakimi,Fikri dan beberapa orang pelajar lelaki lain beserta beberapa pemuda berpakaian serba hitam sedang mengekori langkah pemuda kacak berambut kuning yang menjadi model di atas pentas sebentar tadi.Pemuda itu kelihatan tersenyum manis kepada para pelajar perempuan yang berebut-rebut menghulurkan kertas untuk autograf dan tak kurang juga yang sibuk mengambil gambar.Ikhram kembali merampas DSLR dari tangan Elma dan turut menyerbu pemuda itu.Dia kah model yang di maksudkan Ikhram sebentar tadi?.“Mary,aku rasa lebih baik kita blah dari sini sekarang.Aku pasti lelaki rambut kuning tu ialah lelaki yang gambar separa bogelnya kita ambil kali lepas.”“What?!”Berderau darahku mendengar kata-kata Elma.Biar betul gambar yang kami ambil kali lepas atas arahan Serena ialah gambar seorang model terkenal.“Cutie?”Masa seperti terhenti saat itu apabila satu suara lembut memanggil nama samaran yang paling aku benci untuk guna satu ketika dahulu.Elma yang bergesa menarik tangan aku terus terpaku tidak bergerak apabila di hadapan kami sedang berdiri seorang lelaki berbadan tegap dengan ketinggian lebih kurang 180 cm,berkulit putih melepak juga memiliki seraut wajah yang comel.“It’s really you cutie.I miss you so much!”Aku tidak sedar apa yang berlaku.Aku hanya mampu melihat wajah semua orang di sekelilingku jelas tercenggang apabila lelaki itu tiba-tiba memelukku.Aku tersedar apabila pemuda itu memegang tanganku dan menepuk-nepuk lembut bahuku.“Farrel,apa yang you buat kat sini?”Wajah aku dah merona merah bila menyedari aku menjadi tatapan banyak mata saat itu.Aku rasa bersalah bila melihat wajah Zafran yang nyata terkejut dan masam dengan tindakan lelaki berambut kuning di hadapanku ini.Ketara benar yang dia tidak suka melihat aku berpelukan dengan lelaki lain.Tapi..mengapa pula dia perlu ambil peduli?.“Em..I tengah cari stalker yang curi ambil gambar bo..”Aku dengan segera menekup mulut Farrel dengan tanganku.Dia hanya tergelak besar sebelum menolak tanganku lembut.Masaklah aku..bagaimanalah mata aku boleh rabun sangat sampai tidak kenal wajah Darrius Farrel De Grandtine semasa aku dan Elma mengambil gambarnya dulu.Bedebah punya Serena,memang sengaja nak mengenakan aku lah ni!.“Tuan Muda Farrel kenal ke dengan Mary?”Ikhram bertanya dengan wajah ceria yang sukar untuk aku gambarkan.Elma sendiri tidak mengetahui apakah hubungan aku dengan anak kacukan Belanda-China ini.“Kenal sangat..dia ni my girlfr..”“Ex-girlfriend.”Aku dengan segera memotong ayat Farrel yang sudah mahu melalut itu.Malangnya,jawapan aku hanya mengundang bisikan kecil keseluruhan dewan itu.“Ex pun ex lah..apa yang penting i still love her.”Aku rasa macam nak pengsan dengan jawapan selamba Farrel.Perangainya memang tidak pernah berubah dari dulu.Sentiasa berlakon dan mengenakan orang.“Farrel,jangan merapu boleh tak.Kalau nama I masuk dalam kritikan peminat you.Mampus you I kerjakan.”Aku berbisik tegas di telinga Farrel.“Mary cakap dia masih cintakan I.”‘Woo!!’Kata-kata Farrel hanya mengundang sorakan para pelajar lelaki dalam dewan itu.Para pelajar perempuan sudah menunjukkan muka tidak puas hati pada aku.Aku sudah melopong tak terkata.Semakin aku melayan lelaki ini,semakin gila aku jadinya.Tambahan pula dengan renungan Zafran yang seperti ingin menelan aku hidup-hidup saat itu.Aku bingung tak terkata.“Stop it Farrel,sekali lagi you cakap bukan-bukan,I akan benci you sampai bila-bila.!”Tengkingan aku menyebabkan keseluruhan dewan itu sunyi sepi.Aku memang betul-betul naik darah jika berhadapan dengan spesies lelaki tak faham bahasa ini.Kalau di tempat lain,mungkin aku boleh bergurau senda dengannya,tapi..sekarang ini aku sedang berada di khalayak ramai.Apa yang lebih penting,di hadapan Zafran,Elma dan teman-teman baikku.Bukankah sikap kurang sopan Farrel hanya menyebabkan mereka curiga dengan aku.“You memang selalu cuba untuk membenci I kan.?.I sedar I ni siapa..cuma kekasih buangan you saja.”Farrel bersuara sedih dan kali ini aku hanya mampu menahan geram apabila semua pelajar mula berbisik-bisik mengutukku.Hampeh betul Farrel ni.“Ok,fine.Teruskanlah dengan lakonan you tu.I akan report kat mama I yang you sengaja mendatangkan masalah pada I kat dalam kampus.”Aku sudah berura-ura mengeluarkan I Phone 4S dari poket seluarku dan mendail nombor mama.Belum sempat aku mendail Farrel sudah menggelabah.“Sorry-sorry,jangan call mama you,nanti dia akan kerjakan I cukup-cukup.I tak sanggup nak terima pembulian dari mama you.”Aku tersenyum jahat melihat wajah putih yang sedang panik itu.Pasti Farrel masih tidak lupa penampar mama yang menyentuh pipinya saat dia cuba membuli aku satu ketika dahulu.Siapa suruh cari pasal dengan anak perempuan Zyya Adrianna Bella..kan dah dapat kenangan hitam.“Ok,I takkan call mama I,tapi..I nak you cakap pada mereka semua tentang hubungan sebenar kita.”Aku berpeluk tubuh memandang wajah pemuda yang satu ketika dahulu pernah menambat hati remajaku.Wajah yang sangat comel dan keperempuanan.Kalaulah Farrel ini memakai tudung,pastilah dia kelihatan seperti seorang perempuan.“Er..ok,everybody..listen up.I dengan Tengku Marylin Myacella cuma bersahabat baik.Kami membesar bersama dari kecil,sekolah dalam sekolah yang sama dan..”Aku menepuk kuat bahu Farrel.Mematikan pemuda itu dari terus menyambung bicara yang menjadi isu hangat keseluruhan dewan itu.“Dah lah tu,yang you nak cerita terperinci sangat apa hal?.Ingat press conference ke apa?”“Ok,ok,my mistake.Eh,I dah lama gila tak jumpa dengan you.Habis program ni,kita lepak sama boleh,ajak member-member you sekali,I nak berkenalan.”Aku tersenyum lebar.Jika Farrel berperangai sebegini,barulah aku boleh melayannya.Cuma kedatangannya yang mengejut membuatkan aku di selubungi seribu tanda tanya.“Ok,set.”Aku menumbuk lembut bahunya sebelum dia meninggalkan aku dan berlalu ke ruang duduk VVIP yang terletak di atas pentas.“Sampai hati kau Mary,kau tak pernah cakap pun yang kau pernah couple dengan model terkenal Asia..”Aku menggaru-garu kepala mendengar keluhan Elma.Itu belum lagi dengan pandangan Zafran,Ikhram juga Fikri yang dipenuhi tanda tanya terhadap hubunganku dengan Farrel.“Dia cuma kisah silam aku ok?.Kami cuma kawan biasa,tak lebih baik pun dari hubungan aku dengan kau.”Aku menjawab soalan Elma dengan satu keluhan besar.Pening kepalaku jika terus berada dalam dewan yang hampir semua mata dan mulut sibuk membisikkan hal aku.Aku menarik tangan Elma dan berlalu keluar dari dewan itu.
P/S:untuk pembaca kesayangan semua,saya rasa kali ini entry agak panjang..so..please give a comment!!! tolong komen untuk MR.G ya.he3.thanks semua sebab sudi baca n mengikuti novel ini.Alhamdullilah Mr.G dah lulus penilaian manuskrip,tapi mungkin lambat lagi baru terbit.Ape2 pon,thanks a lot kepada semua peminat setia Mary & Zaf!!!!!!!!!!!!!


<>kpd pembaca yang kurang faham cite MR.G ni boleh bace link penuh di p2u.sebab novel MR.G sy separuh bab dlm p2u,separuh lagi dlm blog.Jgn pning2 ye.he3Love U!!!


p/s:Anouncement!!!
      Kepada semua pembaca yang pernah membaca novel saya yang bertajuk 'Bakal isteriku,Gangsternya!!!' sebelum ini dalam P2U atau dalam blog ini.Alhamdulillah novel ini akan terbit pada bulan 7 atau 8 tahun ini under FP.Saya tak pastilah samada bulan 7 atau 8 dengan tepat.Tapi,kalau takde bulan 7,bulan 8 lah ye.Apa-apa pun kalau official dah terbit nanti.Saya akan war2 kan.Siapa nak menambah kenalan.Boleh add sy di FB 'Crystal Anabella'.Sempat pula nak promote fb.ha3.
After all...million of thanks untuk semua yang support BIG,MR.G dan SSS.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2012 22:51

SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR BAB 9



SILA KLIK LINK DI BAWAH BAGI MEMBACA ENTRY BAB 9 SSS DI P2U.
SEMUA KOMEN DARI PEMBACA SNGT SY HARGAI.
MAAF SBB ENTRY KALI INI AGAK PENDEK,SY SIBUK DGN STUDY,TAKDE MASE UNTUK MENULIS.
APA2 PUN,THANKS UNTUK SEMUA YG SUDI MEMBACA DAN MENGIKUTI KARYA2 SY..
LOVE U ALL!!!


sambungan SSSNovel : Suami Simpanan Superstar 9 | Koleksi Cerpen & Novel Onlinewww.penulisan2u.myOleh : anabella BAB 9 “Sayang,bangun sayang.Dah pukul 8.00 pagi ni..Sayang perlu ke pejabat.” Zyafran menggoyang goyang k
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2012 00:14

June 22, 2012

PELAKON CINTA DAN MR.G BAB 17,18,18.1


SILA KLIK LINK DIBAWAH BAGI MEMBACA BAB 17 DAN 18 DI P2U SEBELUM ANDA SEMUA MEMBACA BAB 18.1 DI BAWAH.
BAGI YG SUDAH MEMBACA BAB 16.1 DI BLOG SEBELUM INI,ANDA SEMUA HANYA PERLU BACA DI LINK P2U DRP BAHAGIAN TENGAH SAHAJA.
SEMUA KOMEN DARIPADA ANDA SEMUA SNGT SY HARGAI.THANKS.


Novel : Pelakon cinta Dan Mr.G 17,18 | Koleksi Cerpen & Novel Online www.penulisan2u.my
Oleh : anabella BAB 17 Babak memujuk Zafran tidak berakhir dalam dewan kuliah saja.Tamat kuliah pada pukul 12.00 tengahhari,aku yang kebetulan berada di
BAB 18.1
Hello.Assalammualaikum,sweety kat mana tu,rindu kat abang ek?”Belum sempat aku memberi salam,abangku sudah bertanya dengan nada gembira.Rindu kat akulah tu.“Waalaikumussalam,Mary kat apartmen Shah Alam dengan Elma.Mary rindu sangat-sangat kat abang,abang rindu kat Mary tak?”Daripada duduk,aku berbaring di atas sofa,sudah hampir dua minggu abang dan aku tidak berhubung.Masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri.Lagipun,abang aku berada di Amerika Syarikat sekarang ini.Jika dia berada di Malaysia,pasti dia tidak membenarkan aku duduk di luar Villa Cenderawasih.Abang aku yang bernama Tengku Zyafran Syamin ialah lelaki terpenting dalam hidupku selain papa.Abang ialah tempat aku mengadu dumba juga bermanja-manja.“Tak rindu pun.”Abangku jawab selamba.Aku dah mencebik bibir.Masak sangat dengan perangai abang aku yang gemar menyakat itu.“Ok,kalau tak rindu,orang nak letak call sekarang.”Aku berpura-pura merajuk dan mendiamkan diri sejenak untuk mendengar reaksi abangku.“Hei,abang rindu Mary sangat-sangatlah.Orang gurau sikit pun dah nak merajuk,ikut perangai siapalah tu..”Abangku cepat meninggikan suara,mungkin bimbang yang aku akan memutuskan talian.Aku sudah menyeringai di hujung talian.Alangkah untung kalau aku boleh bertemu dengan lelaki sebaik abang untuk dijadikan teman hidup.“Ikut perangai papa.”Aku dan abang ketawa serentak apabila menyebut nama papa.Ada juga papaku tersedak apabila anak manjanya ini mengata di belakang.“Abang,abang sibuk tak?.Mary ada benda nak cerita dan minta pendapat abanglah..?”Akhirnya,aku membuka mulut untuk menceritakan hal sebenar pada abang kesayanganku itu.Aku terdengar abang seolah-olah berbicara dengan seseorang di hujung talian sebelum dia menjawab pertanyaanku.“Ya sweety,untuk kamu,abang sentiasa ada masa.Ceritalah..abang sedia dengar.”Abangku memang terbaik.Untunglah mana-mana perempuan yang dapat menjadikannya sebagai teman hidup kelak.Tapi..abangku ini seleranya amat tinggi.Aku sendiri tak pasti gadis yang bagaimana dapat menepati piawaiannya.Aku mengeluh nafas panjang sebelum mula bercerita perihal Zafran tanpa sedikit kekurangan atau tokok tambah.Aku pasti..abangku boleh memberi jawapan yang terbaik untuk permainan yang berlangsung antara aku dan Zafran.................................Keesokannya,aku memasuki kampus dengan satu tekad baru.Tekad aku ialah menjauhi Zafran.Aku tak tahulah nasihat jenis apa yang diberikan olah abang aku semalam,tapi..abang aku sangat bertegas dan meminta aku menjauhi Zafran untuk beberapa hari.Aku rasa,nasihat abang aku itu bukanlah sebuah perkara yang sukar dilakukan.Ini kerana,aku rasa,selalunya aku yang gemar mendekati Zafran dan bukan sebaliknya.Jika aku sengaja menjauhi diri dari Zafran,bagaimana pula hubungan kami akan rapat?.Masuk saja ke dalam dewan kuliah,aku mendapati Zafran sudah duduk di kerusi bersebelahan dengan tempat duduk kegemaran aku.Dia memandangku yang baru menapak mendaki tangga dewan kuliah yang berbentuk seperti panggung wayang itu dengan satu senyuman lebar.Aku hampir saja terleka memandang senyuman lebarnya itu.Mujurlah,Elma dengan segera bertindak mencubit lenganku untuk menyedarkan aku.Aku berpura-pura serius dan terus tidak memandangnya.Apabila aku melintasi tempat duduk Zafran,senyuman Zafran terus mati.Aku dan Elma terus mendapatkan Fikri dan duduk di barisan mereka yang lebih belakang.Aku buat muka selamba apabila Fikri memandangku pelik.Mungkin kerana sudah hampir dua minggu aku duduk bersebelahan Zafran dan hari ini aku bertukar tempat duduk.Aku langsung tidak berani memandang tempat duduk Zafran kerana bimbang yang dia sedang memandang aku.“Mary,dia pandang kau macam nak telan kau hidup-hidup siot.Muka dia dah merah dah.Ha,ha,ha.Jealouslah tu tengok kau duduk dengan Fikri.”Aku hanya buat muka selamba mendengar penjelasan Elma yang nyata sedang melihat Zafran.Aku tak pasti mengapa Elma berkata sedemikian,tapi..apa yang aku tahu jantungku berdegup kencang saat itu.Alangkah bagus jika Zafran betul-betul cemburukan aku sebab dia memang sukakan aku dan bukan sebab dia ada menyimpan perasaan suka pada Fikri...“Em..game kau dengan hot guy tu dah habis ke Mary?”Pertanyaan Fikri hanya membuatkan kening aku bertaut.Fikri sedang memerli aku ke?.Hot guy?.Zafran ke?“Belum habis Fik,cuma..tak lama lagi tamatlah.”Aku menjawab pendek.Malas melayan Fikri saat itu.Hatiku lebih tertanya-tanya tentang apakah yang difikirkan Zafran saat aku tidak mengendahkannya.Pasti dia tidak peduli hal aku.Zafran hanya pandai berfikir mengenai hubungannya dengan Hakimi.Bila teringat hal Hakimi dan Zafran yang memasuki hotel semalam,darah marah mula meruap-ruap dalam diriku.“Baiklah,saya nak kamu semua buat tugasan berkumpulan untuk subjek Paristologi.”Suara Encik Zamani mematikan lamunan aku.Entah bila dia masuk ke dalam dewan kuliah,aku sendiri tak sedar.“Saya nak kumpulan kamu semua sama dengan kumpulan assignment yang di beri Cik Rashidah dulu.Ada apa-apa masalah sebelum saya berikan tajuk kumpulan masing-masing?”Penerangan Encik Zamani hanya membuatkan aku terkejut dan bergesa mengangkat tangan.Masakan kumpulan aku boleh sama dengan assignment berkumpulan Cik Rashidah dulu.Aku tak nak satu kumpulan dengan Zafran.Nanti,aku akan semakin mendekatinya pula.Bukankah abang menyuruh aku menjauhinya untuk beberapa hari.“Yes Mary,any question?”Encik Zamani memandang aku.Aku menggigit bibir sebelum menarik nafas panjang.“Saya nak tukar kumpulan.Saya tak nak satu kumpulan dengan Zafran,saya nak satu kumpulan dengan Elma.”Penyataan aku hanya membuatkan Zafran memandangku dengan wajah tegang manakala para pelajar lain mula berbisik-bisik.Aku cuba mengawal perasaan bersalah dan menggelabah.Kenapa pula mulutku perlu mengeluarkan nama Zafran?.Bukan aku tidak boleh berkata yang aku cuma mahu bertukar kumpulan saja.Aduh..“Boleh saya tahu kenapa awak tak nak satu kumpulan dengan Zafran?”Encik Zamani bertanya dengan penuh curiga.Matanya tidak lepas dari memandang wajahku.Aku berfikir sejenak,cuba memberikan jawapan terbaik untuk tidak mengundang tanda tanya pelajar lain juga Encik Zamani.“Zafran dah cukup bagus untuk lead satu group.Saya rasa,saya perlu berkumpulan dengan pelajar lain untuk membantu mereka.Saya rasa kurang enak kalau semua pelajar terbaik kampus ni di kumpulkan dalam satu kumpulan.Saya harap sir faham apa yang saya cuba sampaikan.”Itulah jawapan paling bernas yang aku boleh berikan.Zafran dan aku ialah pelajar pintar dalam kampus.Bukankah tidak elok,jika kami berdua diletakkan dalam kumpulan yang sama.Apa pula kata pelajar lain nanti?.Ahaks!.Padahal,itu semua hanya alasan aku untuk menjauhi Zafran.Ha,ha,ha.“Em..saya faham.Kalau macam tu,takpelah.Awak boleh masuk kumpulan lain,tapi bukan satu kumpulan dengan Elma sebab Elma pun best student.Boleh ke Mary?”Hish..Encik Zamani ni,sibuk saja nak menjauhkan aku dengan Elma.Aku hanya mengangguk-angguk kecil dengan kata-kata Encik Zamani.Asalkan aku boleh menjauhi Zafran,itu sudah cukup bagus......................Tamat saja kuliah Paristologi,aku dan Elma bergegas keluar dari dewan kuliah.Niat di hati ingin menjauhi Mr.G,malangnya..dia dari awal sudah mendahului aku dan menghalang laluanku dengan Elma.“What’s wrong with you today?”Suara tegas Zafran menyapa gegendang telingaku.Aku tidak memandang wajahnya.Aku cuba mengawal perasaan yang bercampur baur saat itu dengan hanya menundukkan kepala.“Dia takde apa-apa masalah Zafran.Kami nak pergi lunch.Lain kalilah sembang ya.”Elma cuba menyelamatkan keadaan dan bergesa menarik tangan kananku untuk meninggalkan Zafran.Aku tergamam bila tangan kiriku ditarik lembut oleh Zafran.“Boleh I join you berdua lunch?”Dia bertanya dengan suara lembut pula.Hatiku dah mula nak cair namun aku masih tidak memandang wajahnya.Pertama kali Zafran menawarkan diri untuk keluar lunch bersama aku juga Elma.Ringan saja mulutku untuk tidak menolak pelawaan itu.“Tak boleh.I dengan Mary,ada double-date lunch hari ni.So,kami tak boleh bawa lelaki lain.”“What?!”Zafran terjerit kecil mendengar kata-kata Elma.Aku yang malas berlama-lama di situ dengan pantas menarik tanganku dari pegangan Zafran dan terus berjalan meninggalkannya.Kenapa Zafran perlu buat suara terkejut begitu?.Buat aku berat hati saja untuk tidak mengendahkannya.Elma nyata sangat mendengar nasihat abang aku.Dia bukan saja menipu Zafran dengan mengatakan kami berdua ada double-date lunch.Malahan untuk memastikan yang aku dan Zafran betul-betul tidak terserempak sewaktu makan tengahhari,Elma sanggup membungkus makanan di drive-thru Mac Donald dan kami hanya makan dalam kereta.Untuk hari itu,aku memang berjaya mengelak dari Zafran. P/S:Mcmane pembaca Mr.G semua,best x entry kali ni???? nak komen drp pembaca semua ya?. thanks bebanyak sebab baca karya sy ni.love you all!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 22, 2012 00:07

Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.