Crystal Anabella's Blog, page 2

January 8, 2015

NOVEL: SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 5





BAB 5“Apa semua ni? Kau ni siapa sebenarnya? Tolonglah lepaskan aku….” Esakan Sky menyebabkan Cyril melepaskan pegangan tangannya. Saat itu Sky berada kembali di bilik Cyril. Entah mengapa tangisan Sky menyebabkan hati Cyril sedih. Dia sudah lama tidak berasa seperti itu. Sky yang ketakutan berpeluk lutut di sisi katil dengan badan yang menggigil. Cyril mengeluh kecil.

“Maafkan aku.” Itu reflex yang terungkap dari bibirnya sebelum dia mengusap lembut kepala gadis itu. Cuba menenangkan.

“Aku tak perlu nak cakap apa-apa kalau kau tak percaya cerita aku. Kau tenangkan diri dan buka minda kau, baru aku boleh jawab semua soalan kau.” Cyril cuba berlalu pergi namun langkahnya terhenti apabila tangan kirinya dipegang oleh Sky.

“Jangan tinggalkan aku sendirian. Aku takut.” Jawapan Sky menyebabkan Cyril tersenyum kecil. Dia duduk di birai katil berhadapan dengan gadis itu.

“Aku ada dekat sini. Aku tak pergi mana-mana. Kau tak perlu takut. Aku takkan usik kau lagi.” Dan Cyril setia dia situ tanpa sebarang bicara. Menyesal kerana menakutkan Sky pada mulanya.

“Adakah aku dah mati?” Setelah hampir satu jam mendiamkan diri, baru Sky berani membuka mulut.

“Aku kurang pasti pasal kau. Tapi kami semua pasti dah mati.” Cyril tersenyum hambar di hujung ayatnya. Tidak menyangka itu soalan pertama yang ditanya Sky.

“Di sini tiada manusia yang berumur kurang daripada 100 tahun. Jadi mustahil manusia boleh hidup selama seratus tahun. Kami semua adalah syaitan daripada manusia yang dah mati.” Jawapan Cyril menyebabkan mata Sky membulat.

“Kali lepas kau cakap dengan aku umur kau baru 50 tahun?” Sky ingat akan cerita Cyril sewaktu pertama kali dia memasuki bilik pemuda itu.

“Aku tipu. Kalau aku cakap umur sebenar aku, kau tak kan percaya. Aku cakap dah 50 tahun aku dekat sini pun kau tak percaya.” Sinis bicara Cyril.

“Tolong jangan tipu aku. Mulai saat ini, apa pun yang kau cakap, aku akan percaya. Tolonglah beritahu aku hal yang sebenar.” Sky meminta lemah. Dia tiada pilihan lain. Dia terpaksa mempercayai Cyril yang telah menyelamatkan nyawanya. Cyril sedikit terpukul dengan kata-kata gadis itu. Mengapa Sky membuat keputusan untuk mempercayai makhluk sepertinya?

“Baiklah, aku sumpah takkan tipu kau. Kau boleh tanya aku apa saja soalan. Aku akan jawab.” Itu janji Cyril.

“Umur sebenar kau berapa?”

“Lebih daripada 300 tahun. Aku dah tak larat nak kira.” Melopong. Itu saja yang Sky mampu lakukan.

“Kau kata selalu ada manusia baru yang terdampar di pulau ini. Jadi mesti ada yang muda?” Sky cuba berfikir waras.
“Paling muda 100 tahun lebih. Yang lain tidak sempat bertahan lama. Mereka mati.”

“Mengapa mati? Bukan ke manusia di sini hidup kekal abadi?” Dia baru mematahkan leher Cyril, dan kini pemuda itu elok duduk bercerita di hadapannya.

“Manusia yang baru terdampar di sini. Ambil masa yang sangat lama untuk percaya cakap kami. Jadi bila mereka tidak berjaya melakukan tugas kad syaitan, mereka disumpah menjadi makhluk ganas yang mendiami hutan selamanya. Tiada apa yang dapat mengembalikan wujud asal mereka.” Penjelasan Cyril buat Sky terdiam lama. Terkenang kembali makhluk-makhluk ganas yang ditemuinya.

“Aku akan ringkaskan untuk bagi kau senang faham.” Cyril menyambung cerita.

“Aku terdampar di pulau ni, masuk sekolah, bila malam aku jadi Pontianak, siang jadi manusia. Bila ada kad syaitan jatuh, aku laksanakan tugasnya. Aku berjaya, aku dapat kawal wujud Pontianak aku. Jika aku gagal, gagal dan gagal. Tiba waktunya, aku akan terkena sumpahan kad itu dan menjadi makhluk buas yang tidak mempunyai sebarang perasaan atau perikemanusian dan disingkir daripada sekolah ini. Duduk dalam hutan dan akan membunuh apa saja yang kelihatan seperti wujud manusia.” Penerangan Cyril menerangkan kabus dalam fikiran Sky.

“Tapi mengapa serigala dalam sekolah ini ingin membunuh aku? Bukan ke mereka masih manusia?” Tanya Sky perlahan. Teringat akan gerombolan serigala yang ingin membahamnya tadi.

“Di sekolah ini semua makhluk kekal abadi. Tapi kesakitan tu tetap dirasai. Jika mereka makan kau, kau akan rasa kesakitan daging kau dilapah dan digigit rakus. Tapi bila siang, tubuh kau akan kembali pulih.”

“Jadi, semua dekat sini memang tak boleh mati walaupun dibunuh?” Ada nada kagum dalam ketakutan Sky.

“Boleh dibunuh dan mati. Tapi kena melepasi sempadan sekolah. Diluar sekolah ini, siapa yang kena bunuh, akan mati betul-betul.” Bicara Cyril membuatkan Sky menelan liur.

“Semua makhluk yang kau tengok dalam sekolah ni tadi adalah manusia yang telah bertukar rupa. Ada yang boleh kawal perubahan mereka dan ada yang masih belum berjaya. Tapi mereka semua masih ada perasaan seperti manusia.”

“Kau perasan kan, semua pelajar sekolah ini pagi tadi ada yang pakai badge merah, hitam, hijau, biru dan kuning pada hujung baju mereka. Itu sebagai tanda…”

“Tanda apa?” Sky bertanya laju ingin tahu.

“Tanda spesies apa mereka itu.”

“Spesies?” Sky kurang faham.

“Maksud aku malam itu mereka akan bertukar jadi apa.” Wajah ingin tahu Sky menyebabkan Cyril bersemangat memberi penerangan.

“Jadi apa?”

“Merah macam aku, pasti kau boleh agak kan. Aku Pontianak. Hitam…”

“Kau hisap darah orang ke?” Sky memotong ayat Cyril.

“Dekat sini tak ada manusia normal pun yang aku boleh hisap darah.”

“Habis tu kau tak mati tanpa hisap darah?”

“Pontianak di sini bukan sama dengan cerita Pontianak di dunia kau. Kami gunakan gigi ni untuk membunuh.” Cyril mengetuk gigi taring putih bersihnya.

“Jadi tak matilah tak hisap darah?”

“Taklah!” Pertanyaan Sky yang berulang kali menjengkelkan Cyril. Dia tahu yang Sky takut dia akan menghisap darah gadis itu.

“Tapi…” Sky masih sangsi. Takkan Pontianak tidak hisap darah manusia?”

“Siang kan aku jadi manusia. Jadi aku makan makanan manusia lah. Kenapa pulak aku nak hisap darah manusia. Darah manusia bukan bersih pun. Dan aku tak berminat pun untuk hisap darah kau.” Penyataan Cyril membuatkan Sky menghembus nafas lega.

“Sambung balik cerita tadi, hitam apa?” Cyril hampir melopong melihat Sky. Cepat betul gadis itu menenangkan diri dari dunia yang haru biru itu.

“Hitam untuk serigala jadian. Hijau untuk peri hutan.”

“Peri hutan?”

“Ya. Macam Doris. Kau ada nampak kan?”

“Ada.” Wajah Doris dengan tubuh kayunya terbayang di fikiran Sky.

“Kuning untuk familiar macam Carl. Familiar dia boleh bertukar bentuk jadi haiwan apa pun yang mereka suka.”

“Ohhh…” Satu persatu gambaran binatang terpamer di ruang fikiran Sky.

“Dan akhir sekali biru. Ahli sihir. Mereka golongan yang paling sikit dalam sekolah ini.”

“Kenapa?”

“Sebab mereka suka sumpah orang, sumpah yang menyakitkan tentunya dan sumpahan mereka sangat kuat. Jadi bila malam menjelma, kami bersepakat tangkap mereka dan bunuh mereka di luar sekolah.” Selamba Cyril bercerita. Tidak terhitung jumlah ahli sihir yang dibunuh olehnya. Dan dia berharap Sky bukan salah satu dari mereka.

“Kalau ada manusia baru yang terdampar di pulau ini. Berapa lama masa yang mereka ambil untuk bertukar rupa?” 

“Satu malam aje.” 

“Habis tu aku ni jadi apa?” Persoalan itu akhirnya terungkap di bibir Sky.

“Aku tak tahu…” Persoalan yang sama bermain di fikiran Cyril.

“Aku tak nak jadi serigala jadian atau Doris…atau perempuan hodoh tu. Aku pun tak nak jadi haiwan!!! Boleh tak…”

“Kau jangan nak suruh aku gigit kau pulak. Jadi Pontianak atau tidak bukan aku yang tentukan.” Cyril seolah-olah dapat membaca fikiran gadis di hadapannya.

“Habis tu siapa yang tentukan?”

“Tak ada siapa yang tahu. Kau akan jadi apa yang kau patut jadi dan tak ada apa yang boleh ubah.” Jawapan Cyril mematahkan semangat Sky.

“Macam mana aku nak tahu aku akan jadi makhluk apa?”

“Setakat semua eksperimen yang aku dah jalankan pada kau. Aku tak tahu kau makhluk apa.”

“Eksperimen?”

“Yup. Kau perasan tak bilik yang aku kurung kau ada jendela yang boleh nampak bulan penuh?” Tanya Cyril dan Sky mengangguk.

“Kalau kau serigala jadian, kau dah bertukar jadi seriga bila tengok bulan.”

“Maknanya aku bukan serigala jadian?!” Sky seperti ingin bersorak saat itu. Dia tidak rela sama kumpulan dengan makhluk yang ingin memakannya.

“Kalau kau Familiar, kau sepatutnya berubah menjadi binatang saat Carl tikam kau dengan pedang kali lepas.”

“Kenapa pulak?” 

“Itu pedang Familiar. Jika ditikam pada Familiar, kau akan bertukar jadi Familiarlah.”

“Ohh…” Dua kemungkinan yang mengerikan telah hilang daripada otak Sky.

“Dan kalau kau peri hutan, kau sepatutnya boleh keluar daripada sangkar yang aku kurung kau dengan mudah.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab peri hutan sangat bijak. Dan mereka tak perlu untuk patahkan leher aku untuk keluar daripada sangkar.” Sinis biacara Cyril. Sky buat muka selamba.

“Dan kau bukan Pontianak sebab kau tak bereaksi bila tengok aku.”

“Ha?” Sky kurang faham.

“Kalau kau Pontianak bila kau tengok aku, kau akan rasa nak gigit leher aku.”

“Kenapa pulak aku perlu nak gigit kau?”

“Sebab aku adalah Pontianak yang paling tampan. Tiada satu Pontianak pun yang dapat menolak kecantikan aku ini.” Ujar Cyril dengan nada bangga.

“Apa kait mengait kau tampan dengan aku nak gigit kau?” Cyril menepuk dahi. Bicara Sky memang bikin dia geram!

“Pendek katanya, kalau kau Pontianak, bila malam menjelma, kau teringin nak hisap darah makhluk yang cantik. Sekarang ini, kau bukan nak hisap darah aku, tapi kau patahkan leher aku! Maknanya kau bukan Pontianak! ” Cyril terjerit kecil. Masih bersisa kesakitan di tengkuknya.

“Tadi kau kata Pontianak tak hisap darah manusia?” Wajah Sky kembali diselubungi ketakutan.

“Ia hanya untuk malam pertama perubahan. Lepas kau dah ada taring dan kuku tajam, kau tak kan rasa pun nak hisap darah manusia. Membunuh lagi seronok sebenarnya...”

“Apa?”

“Hahaha, aku gurau aje.”

“Jadi, aku ini ahli sihir yang hodoh?” Itu adalah pilihan terakhir yang tinggal.

“Mungkin.”

“Jadi macam mana aku nak tahu aku ahli sihir atau tak?”

“Selalunya, pada malam pertama, kau akan berubah tanpa apa-apa dorongan. Tapi… mengenangkan malam ini adalah malam kedua kau di Pulau Syaitan dan kau tak bertukar jadi apa pun....aku pun tak tahu. Kita tunggu sampai malam esoklah.”

“Aku pasti akan berubah jadi hodoh kan?” Nada Sky seperti ingin menangis.

“Kau akan jadi hodoh kalau kau tak tidur. Tidurlah. Esok pagi aku gerak.”

Cyril menarik tangan Sky yang berada di kakinya dan mengarahkan gadis itu berbaring di atas katil. Dia menyelimutkan Sky dan berlalu keluar dari bilik itu. Pertama kali dia rajin menjawab panjang lebar semua persoalan dari warga baru Pulau Syaitan!
P/S: SORRY TAK DAPAT MENEPATI JANJI UNTUK UPDATE ENTRY SELALU, SANGAT BUSY.... BUT I'LL TRY...PLEASE LIKE AND SHARE. THANKS.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 08, 2015 00:17

November 28, 2014

NOVEL BILA KULI JADI ARTIS TELAH TERBIT



Alhamdullilah 1000000X,
novel ke-5 finally release!!!
Rase nak menangis sebab tengok cover yg sngat cantik ni. Thanks a lot Penerbitan Fajar Pakeer.
<baby pertame dlm tahun ni...novel yg siap dlm mase yg paling sukar...syukur sangat2. Allah memudahkan segalanya...>
(Novel yg didekasi khas untuk semua Staf Pizza Hut yang mengenali diri ini)
 THANKS  alot kepade semua reader di blog ini yang membace BKJA.
AKAN DATANG! NOVEL DISEMBER PFP YANG AKAN MULA DIJUAL DI MALAYSIA BOOK EXPO, PWTC PADA 10-14 DISEMBER 2014.TERJAH KAMI DI DEWAN TUN HUSSIEN ONN BOOTH 52 & 53TAJUK: BILA KULI JADI ARTIS
PENULIS: CRYSTAL ANABELLA
ISBN : 978-967-365-218-1
HARGA : RM25/RM28Mayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gadis lepasan SPM, bekerja di Pizza Star dan berasal daripada keluarga serba kekurangan. Kelebihannya hanya satu, dia memiliki suara yang merdu bak buluh perindu. Kehadiran seorang pelanggan serba kacak yang lancang bersuara mengubah hidup Yuri.“Tolong sangkutkan jaket tu dekat tempat yang sepatutnya. Saya takut jaket saya kotor.”
“Maaflah, encik, Pizza Star bukan restoran bertaraf lima bintang sampai ada tempat penyangkut jaket bagai. Sangkut saja di kerusi. Encik bukannya budak lima tahun sampai makan pun berselerak sana sini.”Mulut Yuri tidak mampu duduk diam. Dia tidak menyangka pemuda itu adalah bakal majikan barunya!“Yuri ni staf terbaik Pizza Star.” Itu kata majikan lamanya.
“Oh, staf terbaik. Baguslah kalau macam tu. Saya akan menilai sejauh mana baiknya awak sewaktu melayan kerenah pelanggan. Selamat bekerjasama, Yuri.” - Daniel Ervin.Setiap hari jika tidak menyakat Yuri, hidup Ervin memang tidak tenang. Dia sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian gadis itu dan memenangi hati Yuri!“Bukan semua orang ada bakat macam awak. Untuk pertama kali, saya hulurkan tangan kepada seorang gadis yang suaranya lebih merdu berbanding suara saya. Awak sambut tangan saya dan saya janji akan bawa awak menuju kejayaan.” Ace muncul menawarkan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal Yuri.Antara cinta, karier dan dendam, mampukah Yuri penuhi semua kehendaknya? Sanggupkah dia meninggalkan segalanya demi cita-cita? Akankah dia membalas dendam terhadap semua manusia yang memijak maruahnya? Malah, tegarkah dia menyakiti Daniel Ervin, cinta pertamanya? Dan, apa pula erti seorang Ace dalam hidupnya?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 28, 2014 02:10

November 27, 2014

NOVEL: SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 4


BAB 4


BAB 4Matahari mula terbenam di ufuk timur saat jam Sky menunjukkan pukul 8 malam. Dia masih berada dalam sangkar kerana dikurung Cyril. Kelibat lelaki itu masih belum kelihatan walaupun malam telah menjelma. Jam demi jam berlalu hingga pukul 12 tengah malam. Bulan mengambang penuh kelihatan melalui jendela bilik itu yang terbuka. Sky bingung dengan semua yang berlaku. Cuba menidakkan apa yang dicerita Cyril. Namun jauh dalam hatinya dia takut semua cerita itu benar. Wajah Arlen, Paul, Sharon, Blair, dan Ralph berlayar di fikiran Sky. Di mana rakan-rakannya itu? Dia berdoa dalam hati agar mereka baik-baik sahaja. Lamunan Sky mati begitu sahaja dan bulu romanya meremang apabila terdengar sayup-sayup bunyi serigala menyalak dan hingar bingar suara manusia. Apa yang berlaku?
Sky menelan liur dan tubuhnya beku apabila pintu bilik yang terletak sangkarnya dikuak seseorang. Terjenggul satu kepala berambut perak dengan senyuman manis yang mengerikan. Cyril! Sky mengurut dada lega apabila melihat wajah tampan itu. Dia ingatkan syaitan mana yang bertandang dalam bilik itu.
“Takut ke?” Tanya Cyril yang berjubah hitam dan berhood. Wajahnya yang putih disertakan dengan rambut sama warna terserlah indah dengan pakaian gelap sebegitu. Mata biru cairnya kelihatan bersinar memandang Sky.
“Kenapa kau kurung aku dalam ni?” Tanya Sky apabila pemuda itu mendekati tempat kurungannya. Cyril meraba poket jubah dan mengambil segugus kunci.
“Saja.” Jawab Cyril selamba. Dia membuka pintu sangkar itu dan masuk ke dalam. Sangka Sky pemua itu ingin melepaskannya. Namun, sangkaannya meleset sama sekali. Cyril kembali mengunci pintu sangkar dan bersama dengan Sky dalam kurungan itu. Apa sebenarnya yang ingin dilakukan pemuda ini? Desis hati Sky.
“Nampaknya kau tak keluar lagi.” Ujar Cyril perlahan sambil melambung-lambung kunci di tangannya. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah Sky yang masih kelihatan cantik seperti pertama kali dia melihat gadis itu.
“Macam mana aku nak keluar kalau kau kunci aku dalam ni?!” Tempelak Sky nyaring. Dia dan Cyril mula berpusing dalam sangkar itu sambil melihat wajah masing-masing.
“Mungkin kau bukan macam Carl, mungkin juga bukan Doris.” Cyril melihat bulan penuh yang indah di atas langit.
“Dan bukan juga bangsa yang hodoh itu. Alangkah syukurnya.” Cyril tersenyum sinis di hujung ayatnya.
“Apa yang kau cakap ni ha? Aku tak faham!”
“Kan aku dah cakap apabila malam menjelma semua manusia dekat pulau ini akan berubah rupa.” Cyril mengulang ayatnya dan memandang Sky tajam.
“Jadi? Kau ingat aku percaya dengan lawak bodoh kau tu?!” Sky menahan diri sendiri yang menggigil apabila Cyril mula menurunkan hood di kepala dan menanggalkan jubah hitamnya. Pemuda itu segak berpakaian kulit bewarna hitam.
“Lawak bodoh?” Cyril meregangkan tangan dan tengkuknya hingga berbunyi tulang temulang. Dapat menghidu ketakutan pada Sky.
“Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau!” Jerit Sky apabila dapat merasai bala akan menimpanya sebentar lagi. Jantung Sky terhenti apabila kelibat Cyril hilang dalam sekelip mata daripada pemandangan matanya. 
“Maaflah, ini bilik aku!” Dan Sky melurut jatuh ke lantai apabila melihat Cyril tergantung di atas pagar kurungan itu dengan kepala menjuntai ke bawah! Bagaimana pemuda itu boleh naik ke atas sana?!
“Bagai…bagaimana kau boleh naik ke atas sana?!” Tanya Sky dengan wajah pucat lesi. 
“Aku terbang!” Sky merasakan seperti roh keluar dari jasadnya apabila mata biru Cyril bertukar menjadi merah dan sepasang gigi taring muncul di mulut pemuda itu. Tidak cukup dengan itu, kuku tangan Cyril turut memanjang, bertukar bewarna hitam dan tajam. Cukup untuk membunuh mangsanya dengan kuku setajam itu!
“To..long. Tolong jangan apa-apakan aku!”
“Dah terlambat!” Cyril ingin menerkam Sky yang berada di bawahnya. Dia telah terjun ke arah gadis itu namun dunianya gelap seketika.
‘Bang!’
Tanpa sedar, Sky menumbuk pipi Cyril yang sedang menjunam ke arahnya hingga tubuh pemuda itu terhumban ke besi sangkar. Dan besi dan sangkar tersebut terbuka luas akibat hentakan yang terlalu kuat!
Sky membuka mata dan menutup mulut sendiri. Dengan kudrat yang masih bersisa dia keluar daripada sangkar itu dan menghampiri tubuh Cyril. Sky menekup mulut apabila mendapati kepala Cyril terpusing 180 darjah daripada tempat asalnya. Dia telah mematahkan kepala pemuda itu! Sky menapak ke belakang sebelum berlari keluar daripada bilik Cyril seperti orang histeria! Apa yang telah berlaku sebenarnya?! Dia telah menjadi seorang pembunuh!
Larian Sky membawanya ke bangunan yang pagi tadi merupakan Sekolah Tinggi Bidadari. Bangunannya masih sama, namun Sky tidak keruan apabila melihat puluhan ekor harimau, singa, serigala dan keluang gergasi sedang berkeliaran di koridor bangunan sekolah itu. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang perempuan tua hodoh dan bertongkat lalu lalang di hadapannya. Mata mereka semua terarah ke arah Sky. Sky terus melarikan diri hingga dia telanggar seseorang dan terjatuh ke lantai.
“Kau?! Kau ni Doris kan?” Sky sedikit lega apabila melihat ada wujud manusia di hadapannya. Dan manusia yang dilanggarnya itu adalah gadis comel yang menegur Cyril petang tadi. Gadis yang bernama Doris.
“Doris! Tolong aku! Tolong aku!” Sky memegang tangan Doris dengan air mata yang berlinangan.
“Wah, nampaknya kau belum berubah bentuk lagi? Mana Cyril? Macam mana dia boleh biarkan kau terlepas?” Bicara Doris menyebabkan Sky melepaskan tangan gadis itu. Dia memandang Doris daripada atas hingga ke bawah sebelum terkedu. Kaki dan tangan gadis itu dibentuk daripada akar kayu! Hanya kepalanya berkulitkan manusia! Sekali lagi Sky memecut laju!
Tiba di satu kawasan lapang, dia tersadung kaki sendiri dan tersungkur jatuh. Belum sempat dia bangun kedengaran segerombolan tapak dan bunyi yang menggerunkan mendekatinya. Apabila Sky mengangkat kepala, kelihatan puluhan mata merah merenungnya dengan air liur yang meleleh. Serigala! Serigala gergasi berbulu hitam dan berwajah hodoh sedang menunggu masa untuk menerkamnya. Belum sempat Sky melarikan diri, seekor serigala melompat ke arahnya dengan gigi yang menyeringai. Sky menjerit ketakutan.
“Jangan kacau dia lah bodoh! Dia aku punya!” Jeritan Cyril yang baru saja menumbuk serigala jadian tadi membuatkan makhluk-makhluk mengerikan itu mengaum. Cyril sama menyeringai, mempamerkan barisan gigi tajamnya dengan wajah merah menyala.
Kelompok serigala jadian tadi mula membuat bulatan dan berpusing mengelilingi Cyril dan Sky. Mereka berhenti berpusing apabila menghidu bau yang mengancam keselamatan. Beberapa ekor serigala itu menaikkan kepala dan melihat ke bumbung. Sky yang memerhati memberanikan diri menoleh ke atas. Matanya membulat apabila melihat puluhan manusia berpakaian kulit bewarna merah sedang berjuntaian dengan kepala terbalik ke bawah di bumbung sekolah itu. Mereka seperti Cyril!
“Hari ni kau terlepas perempuan. Lain kali kau jadi makanan kami!” Terpegun Sky apabila salah seekor daripada serigala itu boleh bersuara seperti manusia. 
“Langkah mayat aku dulu sebelum kau makan dia!” Sahut Cyril pantas.
“Kami tak takutkan kau Cyril! Kau tunggu pembalasan kami!” Serigala tadi menjawab dan mula meninggalkan kawasan itu. Tidak sampai beberapa saat, gerombolan manusia yang bergantung di bumbung sekolah tulut lenyap dalam sekelip mata. Sky memerhatikan semua itu dengan tubuh yang menggigil.
“Kau okey?” Sky menepis tangan Cyril yang menyentuh kepalanya lembut.
“Kau ni apa sebenarnya?! Mereka tu siapa? Mereka tu apa?!” Sky mula menangis dan berengsot menjauhi Cyril yang disangkanya telah mati.
“Kan mudah kalau kau percaya apa yang aku cakap.” Bicara Cyril mati apabila seekor harimau putih bergigi panjang mendekati mereka. Sky sudah beku seperti patung tidak bernyawa. Dia seperti disambar petir apabila harimau yang ditemuinya kali lepas bertukar menjadi manusia dalam sekelip mata.
“Semuanya okey ke Cyril?” Carl bertanya dengan senyuman senget. Dia memandang Sky sekilas lalu. Kagum kerana Sky masih bertahan.
“Tak okey. Aku tak tahu perempuan ni spesies apa.” Jawab Cyril yang telah kembali ke wujud manusianya.
“Yang pasti dia bukan familiar.” Jawab Carl tenang.
“Dia bukan pontianak, bukan serigala jadian. Bukan peri hutan. Mungkin dia ahli sihir?” Cyril seperti bertanda tanya dengan diri sendiri.
“Dia ada sumpah kau ku?” Soal Carl berminat.
“Taklah. Tapi kekuatan dia luar biasa. Dia baru aje patahkan tengkuk aku dengan satu tumbukan.” Cyril memegang lehernya sendiri yang berasa sengal.
“Serius ke ni? Habis tu kau tak suruh mana-mana ahli sihir sumpah dia?” Cadang Carl tiba-tiba.
“Aku tak beranilah. Kalau dia bukan ahli sihir macam mana?”
“Kalau dia bukan ahli sihir, spesies apa pulak dia ni?” Soal Carl agak bengang.
“Mungkin ya dia ahli sihir, tapi kenapa rupa dia tak berubah hodoh pun?” Fikiran Cyril dipenuhi tanda tanya.
“Mana aku tahu!”

“Aku dah penatlah. Buat masa ni biarlah dia dengan aku. Asalkan dia bukan serigala jadian. Aku okey aje.” Cyril membuat keputusan sebelum mengheret tangan Sky meninggalkan tempat itu.


p/s: korang rase sky ni makhluk ape??? ha3. please left comment, like n share ye. thanks.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2014 22:33

REMAKE: SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 1,2,3






P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Firstly, maaf dipinta kerana blog ni dah bersawang lama. Berita baik untuk peminat tegar novel fantasi Sumpahan Bidadari Syaitan,,, mood saya kembali untuk menyambung kisah ini. Ha4. gaya cakap macam novel dah siap aje kan.
- tulis novel fantasi bukan senang, but I keep trying.
- Saya betulkan part dulu sebab rase banyak yang tak kena dan perlu ubah.
- So I make a liitle bit change and Insya-Allah, I ll proceed with this story!
- Just make sure you all keep supporting, like and comment ya!
- Saya akan masukkan satu minggu 1 bab.
- Dan kalau banyak yang share dekat fb, bab akan dimasukkan dengan segera.
- Thanks kepada semua peminat SBS. Love u all~


SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN

Prolog“Sky tak nak kahwin mama. Sky baru 18 tahun! Kenapa mama nak paksa Sky kahwin dalam usia semuda ini?!” Sky membentak ibunya, Puan Scarlett dengan wajah merah menyala.“Mama tak suruh kamu kahwin pun. Mama cuma nak kamu bertunang.” Puan Scarlett menjawab selamba sambil menyisip teh di ruang tamu.“Bukannya senang lelaki keluarga bangsawan berkehendakkan kamu Sky. Sepatutnya kamu menerima lamaran ini dengan hati yang terbuka.” Sela Alex bersahaja. Dia sedang membaca akhbar dan malas bertatap mata dengan anak tunggalnya itu.“Mama dengan papa nak jual Sky ke? Tak cukup ke semua usaha yang Sky lakukan selama ini untuk senangkan hidup mama dengan papa?!” Sky masih menengking.“Memang tak cukup sayang. Kita tak cukup kaya dengan karier kamu. Mama dan papa nak kaya cepat. Jadi lebih baik kamu terima saja lamaran tu.” Bicara Puan Scarlett menambah berang di hati Sky. “Mama dengan papa memang tak sayangkan Sky! Sky nak keluar daripada rumah ni!” Skymenghamburkan kemarahan sebelum bergegas masuk ke dalam biliknya di tingkat dua. Belum sampai 15 minit dia kembali ke tingkat bawah dengan membawa sebuah bagasi sederhana besar.“Lari daripada rumah jangan lama-lama sayang. Kamu perlu masuk universiti minggu depan.” Puan Scarlett bersuara lagi. Masak sangat dengan perangai Sky yang kerap lari daripada rumah apabila ada masalah.“Jangan lupa tutup pintu bila kamu keluar.” Tokok Alex, bapanya pula.Sky melopong dengan bicara ibu bapanya yang langsung tidak endah akan pemergiannya dari rumah itu. Dengan muka masam mencuka dia menarik bagasi dan keluar daripada rumah. Pintu dihempas kuat sebelum dia berdiri seketika di perkarangan banglo dua tingkat itu. Dia merenung lama rumah itu sebelum menghela nafas panjang.“Selamat tinggal, mama, papa.”Sky menggumam kecil sebelum memasuki sebuah kereta mewah yang sedia menunggu di hadapan rumahnya sedari tadi. Kereta tersebut meluncur laju meredah jalanraya di pagi yang indah itu.

















BAB 1“Kita menuju ke mana ni Sharon?” Pertanyaan Blair mematikan lamunan Sky. Blair sedang meninjau suasana luar bot daripada cermin lutsinar. Apa yang kelihatan dimatanya hanyalah lautan biru yang terbentang luas dan awan mendung kehitaman yang berarak perlahan. Suasana luar agak kurang baik untuk mereka menjalankan aktiviti air seperti kebiasaan.“Mana-mana ajelah.” Sharon menjawab pendek dan Sky tersenyum apabila melihat Blair mendengus kecil. Dua orang sahabatnya itu sering bertikam lidah dan tidak sebulu. Walaupun begitu, mereka masih bersahabat baik. Sharon adalah gadis inggeris tipikal dan Blair, gadis afrika berkulit hitam manis. Sharon adalah tuan empunya bot yang mereka naiki saat itu. Apabila ingin beriadah, Sky dan rakan-rakannya akan bergerak merentasi air untuk menenangkan jiwa.Sebetulnya perancangan Sharon hari itu adalah atas permintaan Arlen. Arlen teringin untuk membawa Sky ke sebuah pulau yang berdekatan untuk menggembirakan hati kekasihnya itu. Lokasi pulau agak jauh daripada jeti. Demi persahabatan baik mereka, Sharon dengan senang hati menunaikan permintaan Arlen.“Babe, sini kejap.” Arlen yang tadinya sedang duduk membaca sebuah buku tebal di penjuru bot memanggil Sky agar mendekatinya. Sky tersenyum manis sebelum mendapatkan buah hatinya itu.Arlen, lelaki yang dicintai Sky sejak zaman sekolah menengah lagi. Namun, hubungan mereka tidak direstui Scarlett dan Alex kerana Arlen berasal daripada keluarga orang susah. Sky jatuh hati terhadap kebaikan dan kecerdikan pemuda itu. Sepanjang di sekolah, Arlen sentiasa membantu Sky menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Lelaki itu sering menjadi pendamping untuk mendengar semua permasalahannya.“Tak habis lagi ke terjemah buku tu?” Sky duduk di sisi Arlen sambil memandang tulisan buku tebal yang sudah hampir koyak itu dengan riak tidak berminat. Satu patah haram daripada perkataan greek itu langsung tidak difahaminya. Kadang-kadang dia terasa meluat apabila Arlen melebihkan buku itu berbanding dirinya sejak dua bulan lepas. Teman lelakinya itu terlalu taksub untuk menyelesaikan terjemahan buku terbabit.“Baru separuh je babe. Tulisan greek dalam buku ni banyak bercampur dengan tulisan purba. Jadi susah sikit untuk saya terjemahkan semuanya.”Sky mengangguk-angguk kecil. Buku yang sudah lusuh dan hampir lunyai itu ditemui Sky sewaktu ekspedisi Pulau Duyung dua bulan lepas.Waktu itu dia dan Arlen bermain di gigi air dan Sky terlihat sebuah objek terdampar di persisiran pantai. Apabila dilihat daripada dekat, objek itu merupakan sebuah buku tebal yang dibasahi air. Arlen mengambil buku itu dan mengeringkannya. Mujurlah buku itu masih boleh dibaca.Mengikut perkiraan Arlen, buku itu mungkin dimiliki oleh seorang pelancong Greek yang berkunjung ke Pulau Duyung. Berkemungkinan buku itu tercicir sewaktu pelancong tersebut berada di atas air. Arlen yang mahir bertutur dalam pelbagai bahasa mampu menterjemah separuh daripada isi kandungan buku itu. Kata Arlen buku itu bertajuk Pulau Syaitan.“Hei Arl, kau tak fikir buku yang kau baca ni buku sejarah kan?” Paul, rakan sekelas Arlen bertanya dengan riak wajah bimbang.“Taklah, aku rasa ia buku dongeng.”“Tapi kulit buku dan warna kertas buku ni macam betul-betul buku zaman purba. Entah-entah ini buku sumpahan.” Sky menelah sambil menyentuh helaian buku itu. Saja sebenarnya ingin menyakat Paul yang selalu taksub dengan dunia paranormal. Remaja itu selalu berfikiran semua kisah dongeng adalah benar dan dunia fantasi itu wujud.“Barang sesiapa yang mengetahui isi kandungan buku ini. Dia akan ditimpa malapetaka.” Ralph yang datang dari arah belakang tiba-tiba duduk di sebelah Paul dan melihat buku itu. Seolah-olah dia memahami setiap butir perkataan Greek yang tertulis cantik di atas buku tersebut.“Mulut tu janganlah cabul sangat. Kau bukan faham bahasa Greek pun!” Arlen meluku kepala Ralph hingga pemuda itu tergelak. Sky dan yang lainnya turut tayang sengih.“Tapi kan kau orang tak terfikir ke yang buku ini membicarakan tentang misteri di laut yang benar-benar telah terjadi.” Sharon yang tadinya sedang berbual dengan pemandu bot mendapatkan rakan-rakannya yang sedang berkumpul.“Maksud kau?” Blair bertanya dengan riak curiga.“Yalah mengikut cerita Arlen kali lepas, buku ini mengisarkan tentang misteri orang yang hilang di laut. Semua orang yang hilang di laut akan terdampar di Pulau Syaitan.”Sharon mengulang kembali serba sedikit cerita yang pernah diberitahu Arlen melalui terjemahan buku itu kepadanya kali lepas. Buku itu menceritakan tentang misteri Pulau Syaitan yang tidak diketahui lokasi sebenarnya. Dalam buku itu mengatakan Pulau Syaitan dihuni oleh kaum syaitan yang kejam dan memakan manusia. Manusia yang hilang dilautan akan terdampar di Pulau Syaitan dan nyawa mereka akan melayang disana. Sejauh mana kebenaran buku itu tiada siapa yang tahu.“Alahai, tak payah nak percaya sangatlah. Seperti kita menonton filem Pirates of Carribean. Takkan kita nak percaya Flying Dutchman tu wujud?” Sky seorang gadis moden yang tidak pernah percaya akan semua perkara yang tidak dilihat dengan mata kepalanya sendiri segera menyampuk.“Aku percaya Flying Dutchman wujud seperti aku percaya wujudnya Segi Tiga Bermuda yang menelan ramai manusia.” Jawapan Paul membuatkan mereka semua tergelak.“Tiada apa yang lebih mengerikan berbanding malam di Pulau Syaitan. Apa yang dirasai hanyalah kesakitan, kepedihan dan kesengsaraan. Apa yang dilihat adalah sumpahan kekal abadi. Apa yang dilihat hanya boleh berubah dengan pengorbanan darah. Tiada siapa yang mampu melerai kutukan ini melainkan…” Arlen menambah terjemahan baru buku itu.“Melainkan apa?” Sky yang khusyuk mendengar pantas bertanya apabila Arlen menghentikan terjemahannya. Dia tidak percaya tetapi dia suka mendengar. Itulah sikap Sky yang paling disukai Arlen. Sky seorang gadis yang amat memahami dan pandai berdikari.“Muka surat ni koyaklah babe. Tak boleh baca lagi.” Sky mengeluh hampa dengan jawapan Arlen. Kelihatan separuh daripada muka surat yang dibaca Arlen itu telah rabik. Mungkin akibat dibasahi air.“Abaikan jelah Sky. Jom kita ambil angin dekat luar.” Blair yang kurang senang dengan isi kandungan buku misteri itu segera menarik tangan Sky agar keluar daripada bot.Mereka berdua berdiri di bahagian tepi bot dan menarik nafas panjang.“Kau dah tak tengok ke wajah calon suami yang ibu bapa kau pilihkan tu?” Blair yang mengambil Sky dengan kereta tadinya sempat mendengar masalah yang dihadapi sahabat baiknya itu.“Tak. Aku tak berminat. Kau tahu kan yang aku cintakan Arlen. Siapa pun lelaki pilihan parents aku selain daripada Arlen, aku takkan terima untuk jadi suami.” Sky menjawab tenang.“Kau sangat setia dengan Arlen. Kau tak terfikir ke jika lepas kita sambung belajar, kau mungkin akan jumpa lelaki yang lebih hebat daripada Arlen?” Rambut lurus Blair terbang dibuai angin. Dia kagum dengan cinta Sky terhadap Arlen. Walaupun Sky digilai ramai lelaki. Gadis itu hanya memilih pemuda biasa untuk dicintai.“Bagi aku, Arlen lelaki yang paling hebat. Aku tak pandang kekayaan atau kekacakan. Cukuplah jika dia baik hati dan mampu melindungi aku sepanjang masa. Aku takkan cari lelaki lain selagi Arlen cintakan aku.” Luahan Sky membuatkan Blair mengangguk-angguk kecil.Sky atau nama sebenarnya Scarlett Selena berumur 18 tahun. Seorang pelajar pintar yang baru menamatkan pengajian di sekolah tinggi. Gadis itu memiliki rambut lurus bewarna merah jambu paras pinggang. Badannya langsing dan agak tinggi. Kulitnya putih gebu dan bibirnya merah merekah tanpa secalit gincu. Matanya bundar bewarna hitam. Mata yang kelihatan misteri dan penuh rahsia. Dia memiliki kecantikan yang luar biasa kerana berdarah campur. Puan Scarlett adalah warga Amerika manakala suaminya Alex adalah seorang lelaki yang berasal dari Korea Selatan.Sky terkenal di kalangan remaja sebagai seorang penyanyi yang namanya baru meningkat naik apabila dia memenangi sebuah pertandingan nyanyian di Amerika. Walaupun begitu, kedua orang tuanya langsung tidak mengiktiraf bakat yang dimiliki gadis itu. Sky bercadang untuk mengambil jurusan muzik apabila menyambung pelajaran di universiti kelak. Namun, kedua orang tuanya menghalang dan mengarahkan dia mengambil kursus perniagaan. Blair tahu yang hubungan Sky bersama kedua orang tuanya kurang baik.“Langit sangat gelap hari ini. Seperti nak ribut.” Sky bersuara perlahan sambil memandang langit yang semakin gelap. Sesekali imbasan kilat kelihatan menerangi langit.“Rasanya kita patut kembali ke darat. Jika ombak besar melanda, susah kita nanti.” Blair bersuara bimbang.“Sharon, aku rasa kita patut patah balik ke darat. Hujan lebat akan turun sebentar lagi.” Sky menjerit sedikit kuat untuk memanggil Sharon yang masih rancak berbual bersama Arlen, Paul dan Ralph. Gadis sebaya Sky itu bergegas menuju ke luar bot dan sama-sama melihat pokok hari. Laut yang tadinya tenang kini sedikit bergelora. Jauh dihadapan kelihatan kabus yang tebal dan sayup-sayup kedengaran bunyi guruh.“Okey. Jangan bimbang. Kita akan berpatah balik ke jeti sebelum hujan turun.” Sharon berlari anak menuju ke kabin pemandu bot.“Oh shit!” Jeritan kuat Sharon beberapa minit kemudian menggegarkan semua orang yang berada dalam bot itu. Sky dan Blair segera bergegas ke kabin pemandu bot. Arlen, Paul dan Ralph yang sama mendengar jeritan Sharon segera mendapatkan gadis itu.“Kenapa Sharon?” Blair bertanya cemas.“Uncle Peter tak ada dalam bot. Dia hilang. Bot kita tak ada pemandu!” Sharon yang berwajah pucat memberitahu dengan nafas yang termengah-mengah. Dia berlari ke sekitar bot untuk mencari Uncle Peter tadinya. Namun pencariannya menemui kegagalan. Kini bot mereka bergerak tanpa pemandu.“Damn, enjin bot ni dah rosak!” Paul yang agak mahir memandu bot cuba memberhentikan bot itu daripada terus bergerak ke hadapan. Namun, cubaannya gagal. Bot itu terus bergerak laju tanpa dapat dikawal.“Kita berpecah. Cari di keseluruhan bot dan lihat permukaan air. Mungkin uncle Peter  terjatuh ke laut. Cepat!” Ralph bertempik dan mereka semua meninggalkan kabin pemandu dengan segera. Mereka mencari kelibat Peter di setiap pelosok bot itu namun gagal. Arlen dan Sky meninjau dibahagian luar bot. Memikirkan kemungkinan yang Uncle Lim telah jatuh ke dalam air. Malangnya pencarian mereka tetap tidak mendatangkan hasil.“Oh my god! Mati kita Arlen!” Sky memegang tangan Arlen apabila melihat tidak jauh dihadapan, satu pusaran air yang besar, hitam dan menakutkan bakal menelan bot mereka.Tidak sampai beberapa saat, hujan turun dengan lebat membasahi mereka. Hari yang tadinya mendung sudah berubah segelap malam. Kilat sabung menyabung di atas kepala membawa petanda satu malapetaka akan berlaku sebentar lagi. Ombak semakin mengganas dan bot mereka mula disimbahi air yang menggila.Sharon, Blair, Paul dan Ralph sama berdiri diluar deck bot melihat perubahan suasana yang tiba-tiba itu.Wajah mereka sepucat orang yang telah mati. Mereka semua seperti patung saat itu. Kaki tidak mampu bergerak dan hanya mata yang menggambarkan perasaan masing-masing“Berpantang ajal sebelum maut.” Sky menjerit sebelum bergegas masuk ke dalam bot dan mengambil enam buah jaket keselamatan bewarna oren dan menyerahkan jaket itu kepada rakan-rakannya. Mereka dengan tangan yang terketar-ketar memakai jaket keselamatan di badan masing-masing secepat mungkin.Sky cuba mengimbangkan diri daripada jatuh setiap kali bot dilambung ombak.Tiada apa yang boleh mereka lakukan lagi. Hendak terjun ke laut, mereka akan mati lemas dibantai ombak setinggi pokok kelapa. Jika mereka terus berada dalam bot yang rosak itu mereka akan ditelan pusaran air. Mereka tiada pilihan. Mereka berenam berpegangan tangan antara satu sama lain membentuk bulatan dalam bot itu. Titisan jernih mengalir keluar daripada tubir mata Arlen tanpa dia sedari. Dia memandang ke arah Sky, gadis kesayangannya. Adakah semuanya akan berakhir disini?“Andai takdir memisahkan kita di sini. Saya berharap dapat bertemu dengan awak di alam lain Sky.” Arlen berbisik perlahan sebelum pemandangan Sky gelap.“Tidak!” Sky menjerit kuat apabila badannya melayang menghempas dinding bot.Bot telah terbalik dan memasuki pusaran air.Telinganya hanya mampu mendengar jerit pekik dan lolongan yang mengerikan.Tubuhnya berpusing-pusing seperti dipukul sesuatu dengan kuat. Sky merasakan ajal semakin hampir dengannya.Wajah mama dan papa yang tidak berperasaan terbayang dalam fikirannya.
BAB 2Skyterbatuk-batuk kecil mengeluarkan air yang memenuhi paru-paru. Terasa tubuhnya basah dan melekit dengan butiran pasir dan air masin.Terdengar deruan ombak yang mengalir perlahan tidak jauh dari tempat dia terdampar. Badannya terasa lemah dan setiap urat sendinya terasa tidak mampu berfungsi. Dia yang tadinya baring mula duduk dan memerhati keadaan sekeliling. Dia berada di darat!“Aku berada di mana ni?!” Mata Sky membulat apabila melihat bulan mengambang penuh di hadapannya. Lautan yang terbentang luas kelihatan tenang dan langit dipenuhi bintang yang bergemerlapan. Sky memisat matanya berkali-kali. Cuba memastikan apa yang dilihatnya bukan mimpi. Bukankah dia baru saja ditelan pusaran air yang menggila?Kemana perginya ribut, hujan lebat dan kilat yang sabung menyabung tadinya? Sky tersedar yang dia bersendirian di situ. Pantas saja dia berdiri dan berlari anak ke kiri dan ke kanan.“Arlen! Sharon! Blair!” Suara Sky memecah ketenangan malam di persisiran pantai itu.“Paul, Ralph! Kau orang kat mana?!” Sky masih terjerit pekik dengan wajah cemas. Memanggil satu demi satu nama sahabatnya.Semua rakannya sudah tiada. Bot yang mereka naiki turut tidak kelihatan. Mungkin sudah karam dibantai ombak. Sky duduk berteleku di atas pasir setelah penat menjerit memanggil nama kawan-kawannya. Air mata keluar menitis daripada tubir. Sungguh dia tidak menyangka malapetaka akan menimpa dia dan rakannya dalam sekelip mata.Bunyi sesuatu yang bergerak dalam air menyebabkan Sky menelan liur.Dari kejauhan dia dapat melihat satu objek kehitaman tenggelam timbul. Bulu roma Sky meremang apabila dia  terlihat objek itu seperti kepala manusia yang mempunyai mata. Dia yang duduk atas pasir berengsot perlahan ke belakang menjauhi gigi air. Masih tidak pasti apakah gerangan makhluk misteri yang kelihatan berenang mendekatinya.“Arlen?” Jauh di sudut hati, Sky berharap makhluk yang sedang berenang itu adalah sahabatnya. Semakin dekat makhluk itu mendekati gigi air, Sky mula sedar yang itu bukanlah manusia.“Ikan duyung?!” Sky terjerit kecil apabila dua makhluk itu melompat di atas air. Di bawah sinar bulan, jelas kelihatan separuh badan manusia yang bewarna hitam dan separuh ekor ikan bewarna perak. Namun, rupa makhluk itu belum dapat ditatap sepenuhnya. Dia yang terpegun dengan keajaiban makhluk itu mula merapatkan diri ke gigi air. Air yang tadinya berkocak kembali tenang.Belum sempat beberapa kali Sky mengerdipkan mata, makhluk yang tadinya menghilang tiba-tiba melompat tinggi dari permukaan air dan menjunam jatuh di hadapan Sky. Makhluk yang menyerupai perempuan tua hodoh dan bergigi tajam seperti ikan pirana itu bergerak seperti ular di atas pasir dan cuba menggigit Sky. Dia terjerit pekik apabila gigi ikan duyung itu terbenam pada jaket keselamatan yang masih tersarung di badannya.“Argh!!! Tolong!!!” Dengan kudrat yang ada Sky merentap kasar jaket keselamatannya hingga tercabut. Ikan duyung hodoh itu masih menggigit jaket keselamatannya seperti sedang memakan sesuatu yang lazat.Belum sempat Sky melarikan diri daripada makhluk mengerikan itu, seekor lagi ikan duyung berupa sama melompat ke atas darat dan cuba menerkamnya. Dia sempat mengelak. Apabila gigi ikan duyung itu hampir saja mengenai kaki kirinya, Sky bertindak pantas menyepak kepala ikan duyung itu. Masa seperti terhenti apabila kepala ikan duyung itu tercabut daripada badannya. Ekor yang tertinggal menggeliang geliut di atas pasir sebelum berderai menjadi debu.Sky terpegun apabila melihat puluhan kepala hitam muncul dari permukaan air dengan mata merah menyala memandangnya. Semua mahkluk itu mengeluarkan bunyi yang menyeramkan seolah-olah berbicara akan sesuatu. Tidak sampai beberapa saat, ikan duyung yang tadinya menggigit jaket keselamatan Sky kembali melompat masuk ke dalam air. Gerombolan makhluk itu berenang laju menjauhi gigi air. Mereka seperti melarikan diri daripada sesuatu yang merbahaya!Sky terpaku disitu beberapa ketika sebelum dia mengambil keputusan untuk menjauhi gigi air. Khuatir jika makhluk hodoh dan mengerikan tadi kembali muncul untuk menyerangnya. Beberapa minit berlalu suasana kembali tenang. Nampaknya kelompok ikan duyung tadi benar-benar telah pergi.Sky terduduk di atas pasir memikirkan semua perkara yang telah terjadi. Dia pasti dia tidak bermimpi apabila dirinya hampir dimakan ikan duyung hodoh itu. Tetapi dia masih menafikan yang makhluk seperti ikan duyung wujud dalam dunia ini. Bukankah ia hanya mitos dan cerita fantasi? Bukankah ikan duyung sepatutnya memiliki wajah yang cantik dan mempersonakan? Bukan bertaring dan berwajah hodoh seperti nenek tua yang disimbah asid. Tetapi mana buktinya ikan duyung itu berwajah cantik jika bukan semua fakta merepek itu hanya berada dalam buku-buku dongeng? Apa yang dia lihat sekarang adalah spesies ikan duyung yang sebenar. Raksasa laut pemakan manusia. Mujur dia tidak menjadi mangsa.Sky tersentak daripada terus mengelamun apabila terdengar bunyi sesuatu mengaum kuat tidak jauh daripada tempat dia duduk. Dengan badan yang agak menggigil dia berdiri dan berundur ke belakang. Jantungnya hampir berhenti berfungsi apabila terlihat dua lembaga hitam berbulu lebat dengan mata merah menyala sedang memerhatikannya dari kejauhan. Dua lembaga yang berupa seperti mawas gergasi itu bergerak perlahan dengan air liur yang meleleh keluar daripada mulut.Tidak sampai beberapa saat Sky dan dua makhluk itu bertatapan, makhluk hitam berbulu itu kelihatan ingin menerkamnya. Sky terus berlari meninggalkan persisiran pantai dan memasuki hutan tebal dibelakangnya. Kedengaran derap kaki mawas gergasi itu mengejar. Dia perlu berlari selaju mungkin untuk menyelamatkan diri. Mustahil untuk dia melawan dua makhluk yang bersaiz seperti anak gajah itu.Sinaran bulan mengambang sedikit sebanyak membantu Sky meredah belantara pada malam hari. Bajunya sudah koyak sana sini akibat tersangkut pada pokok berduri dalam hutan.Walaupun lengan, siku dan kakinya berdarah, semua kesakitan itu langsung tidak dirasai. Apa yang mencengkam jiwanya saat itu hanyalah ketakutan yang melampau.Dia bersembunyi dibawah akar banir sepohon pokok gergasi yang menjulang tinggi ke langit dengan badan menggigil dan kesejukan. Bunyi derap kaki yang mengejarnya sudah hilang. Namun, telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu melayah di udara. Sky tidak berani berpaling ke atas apabila dia terlihat dahan pokok dihadapannya bergoyang-goyang. Seperti ada sesuatu yang hinggap di situ. Dalam suasana sebegitu, bila-bila masa saja ajal akan menjemputnya. Sky sedikit sebak bila mengenangkan yang dia mungkin akan mati tanpa mama dan papa disisi.Suasana tenang seketika dan pokok yang tadinya bergoyang kembali pegun. Sky memberanikan diri untuk keluar dari tempat persembunyian. Dia berasa tidak selamat jika terus berada di situ. Lututnya agak lemah kerana penat berlari. Ditambah lagi dengan ketakutan yang melampau, seluruh urat sendinya terasa longgar.Dia mematikan langkah apabila terasa ada sesuatu yang mengekori. Walaupun badan bermandi dengan peluh, dia masih memberanikan diri untuk berpaling ke belakang. Tubuh Sky kaku apabila melihat beberapa kaki dihadapan terdapat seekor haiwan yang bergigi panjang sedang menapak ke arahnya. Ia adalah seekor harimau putih bergigi panjang!Dia ingin menjerit, namun tiada suara yang keluar. Sky berundur tapak demi tapak ke belakang. Saber tooth white tiger yang Sky tahu telah pupus dalam dunia itu kelihatan ingin mendekatinya. Mata kuning lagi tajam haiwan itu memandang Sky seperti ingin mengatakan sesuatu.Tanpa berfikir panjang Sky berpaling ke belakang dan sekali lagi dia memulakan marathon dalam hutan tebal itu. Setelah beberapa kali tersadung akar kayu, merempuh pohon berduri dan terpelecok kerana tanah licin, Sky tiba di satu kawasan lapang. Dia tertinjau tinjau ke segenap penjuru untuk memastikan yang harimau tadi tidak mengikutinya.Apabila dia berpaling ke depan, mulutnya terlopong dan rahang hampir terjatuh. Di hadapannya tersergam indah sebuah singgahsana yang terang benderang dan sangat besar. Bangunan itu mempunyai reka bentuk seperti sebuah istana zaman Arthurian. Dipagari tembok besi tinggi dan terdapat obor-obor api disekeliling. Bumbung bewarna coklat keemasan dan berbentuk kon. Struktur bangunan itu terdiri daripada batu bata merah yang disusun cantik.Beberapa ketika Sky terpaku dengan kecantikan reka bentuk bangunan dihadapan matanya itu. Dia mengucap syukur dalam hati kerana dapat memastikan ada manusia yang hidup di atas pulau itu selain dirinya. Sky segera berlari anak memasuki kawasan pagar utama yang terbuka luas dengan hati yang berdebar-debar. Selangkah saja dia masuk, pagar dibelakangnya berkelentang tutup dengan sendiri. Sky kembali cemas.Suara sekumpulan manusia yang berborak tidak jauh dari tempat dia berdiri membuatkan ketakutan Sky hilang begitu saja. Dia ingin menegur kumpulan manusia itu. Namun lidahnya tersekat untuk bertanya apa-apa soalan apabila melihat gaya pemakaian mereka. Enam orang lelaki tersebut mengenakan pakaian besi lengkap seperti ingin berperang. Sebilah pedang tersarung di pinggang setiap satu dari mereka. Mengapa mereka berpakaian begitu?“Carl, kita dah jumpa mangsa kita!” Jeritan seorang lelaki menyebabkan Sky tergamam. Dia tidak berdaya untuk bergerak lagi. Dia hanya memerhatikan enam pemuda itu mendekatinya. Daripada wajah mereka kelihatan sepeti orang inggeris yang normal. Bercakap pun dalam bahasa yang bisa difahaminya.“Bagus. Nampaknya pemburuan kita pada malam ini berlangsung dengan mudah.” Lelaki bernama Carl itu bersuara apabila dia berdiri dihadapan Sky. Wajah pemuda itu kelihatan tenang dan dia mengukir senyuman gembira. Pemburuan apakah yang mereka maksudkan? Mengapa dia yang disebut sebagai mangsa?Belum sempat Sky berfikir panjang, Carl mengeluarkan pedangnya.Tanpa sebarang bicara perut Sky ditusuk dengan pedang tajam itu. Sky rebah ke bumi dengan darah yang membuak-buak keluar menerusi perut. Saat itu dia merasakan kesakitan yang teramat menyelinap dalam segenap urat nadinya.Tubuh terasa kejang dan dia mula membeku seperti ais. Kedengaran suara-suara lelaki tadi bersorak riang sebelum Sky merasakan semuanya sunyi. Adakah ajal sudah menjemputnya?………………………..“Bangun sayang. Matahari dah terbit ni.” Sky merasakan seseorang mengusap lembut pipinya. Sinar matahari menerangi bumi menyilaukan pandangan dia yang baru tersedar. Dia terpinga-pinga seketika sebelum memandang kiri dan kanan dengan cemas. Dia masih berada di tempat semalam. Dia tidak bermimpi! Dia meraba perutnya. Pelik! Tiada sebarang kecederaan atau tompokan darah di situ. Apa sebenarnya yang telah terjadi?!“Hei, mamai lagi ke?” Sky tersentak apabila seseorang mencucuk pipinya dengan jari telunjuk. Apabila dia berpaling ke kanan, dia dapat melihat seraut wajah tampan sedang mencangkung disisinya. Sky terdiam sejenak sebelum berengsot ke belakang menjauhi pemuda yang tidak dikenali itu. Adakah pemuda itu berniat untuk membunuhnya?“Panaslah duduk dekat situ. Jom, kita masuk dalam.” Pemuda itu menghulurkan tangan kepada Sky dengan senyuman mesra. Sememangnya dataran di hadapan istana itu terpancar dengan panas terik matahari.“Kau siapa? Aku tak kenal kau. Aku tak tahu macammana aku boleh ada dekat sini.” Sky akhirnya membuka mulut. Pemuda itu tersenyum kecil sebelum menapak perlahan mendapatkan Sky dan berlutut satu kaki di sisi gadis itu.“Nama aku Cyril. Semua orang dekat sini panggil aku Cyril. Kau?” Cyril mencuit lagi pipi gebu itu dengan jarinya. Rasa seronok memperlakukan gadis cantik itu sedemikian rupa. Sky menepis tangannya.“Sky.” Sky teragak-agak memperkenalkan diri pada pemuda yang ramah itu. Orangnya memang kacak. Berbadan tegap, wajahnya putih bersih dan matanya bewarna hijau suram. Cuma rambutnya yang pelik, bewarna putih kelabu. Lebih kepada warna perak. Sangat menarik perhatian! Cyril mengenakan kemeja lengan pendek bewarna putih dengan seluar slack bewarna hitam. Hujung kemeja lengan kanannya bewarna merah darah. Daripada pemandangan Sky, gaya pemuda itu seperti seorang pelajar sekolah menengah.“Sky aje? Nama penuh kau apa?”“Cuma Sky.” Sky tidak akan memberitahu nama penuhnya dengan mudah!“Kita dekat mana ni?” Sekali lagi Sky bertanyakan soalan yang sama.“Em, banyak benda yang kau akan tanya nanti. Jadi, sebelum kita bercerita lebih panjang, apa kata kau bersihkan diri dulu. Jomlah ikut aku. Aku tak makan orang.” Cyril bangun dan menarik tangan Sky agar sama berdiri. Dengan perasaan was-was Sky mengikut jejak langkah pemuda yang baru dikenalinya itu melangkah masuk ke dalam singgahsana tersebut. Lagipun dia memang tiada pilihan lain. Dia tidak akan berpatah balik ke hutan atau ke pantai. Kelak tubuhnya akan dimamah binatang-binatang buas yang ditemuinya semalam.Sky sedikit terpegun apabila mendapati ruang legar bangunan tersebut dipenuhi dengan ratusan manusia sebaya Cyril. Semua lelaki yang berada di situ mengenakan pakaian yang sama dengan Cyril. Manakala yang perempuan mengenakan kemeja lengan pendek dengan skirt labuh bewarna hitam.Apa yang membezakan mereka hanyalah warna hujung lengan kemeja. Ada yang bewarna merah, hitam, hijau, biru, kuning. Mereka kelihatan membawa buku dan berborak antara satu sama lain. Namun, Sky sedikit pelik apabila semua manusia yang berada di situ memandangnya tajam apabila menyedari kehadirannya di situ. Cyril berwajah tenang dan terus memimpin tangannya melintasi semua pelajar yang mula berbisik-bisik antara satu sama lain.“Hei Cyril, kau dah dapat mangsa baru ke? Cantik sungguh!” Seorang pemuda yang kemejanya sama warna dengan Cyril menghalang laluan mereka. Pemuda itu cuba menyentuh pipi Sky namun Cyril cepat bertindak dengan menolak tubuh pemuda itu. Apa yang Sky tidak sangka dengan satu tolakan lembut, pemuda itu jatuh menyungkur ke atas lantai.“Jangan nak kurang ajar di siang hari dengan aku Roy. Dia milik aku. Kalau kau sentuh dia, kau mati.”Berderau darah Sky mendengar bicara serius Cyril. Sejak bila pulak dia menjadi milik pemuda itu? Pemuda yang bernama Roy itu tersenyum sinis sebelum bangun dari jatuh dan berlalu pergi. Kelihatan beberapa orang perempuan yang hujung lengan kemeja mereka bewarna merah mencerlung marah ke arah Sky sebelum mengikut jejak Wan.“Oh, maafkan aku. Aku bukan sengaja cakap kau milik aku. Aku cuma tak nak dia orang usik kau aje.” Cyril memberi penjelasan tanpa dipinta apabila perasan Sky melihatnya pelik. Sky diam tanpa kata.Tiba di satu sudut Sky hampir bertembung dengan seseorang. Apabila dia melihat wajah orang yang melanggar bahunya itu, dia diserang ketakutan. Automatik tangannya mencengkam kuat lengan Cyril dan dia berlindung di balik tubuh pemuda itu.Wajah Carl yang menikam perutnya semalam tidak pernah hilang dari ingatan. Walaupun dia tidak mati dan tiada kesan tikaman di perutnya. Kesakitan yang dia rasai semalam masih belum hilang. Sky sendiri pelik dengan kejadian itu. Adakah dia bermimpi ditikam Carl atau dia benar-benar telah ditikam?“Oh Cyril. Kau tunggu malam ni. Kita tengok siapa yang menang.” Carl menumbuk bahu Cyril, menjeling Sky penuh makna dan terus berlalu dengan lima orang lelaki dibelakangnya. Cyril menarik tangan Sky dan kembali memimpinnya.“Jangan takut, mereka takkan berani apa-apakan awak.”“Siapa mereka semua ni? Mereka nampak macam pelajar sekolah?” Sky tidak dapat menahan mulutnya daripada bertanyakan hal itu.“Bukan macam tapi memang pelajar sekolah.” Cyril melepaskan pegangan tangan Sky sebelum berdiri di hadapan gadis itu. Dia mendepangkan kedua tangannya dengan senyuman yang sukar ditafsirkan. Pemuda itu kelihatan gembira sekali.“Selamat datang ke Sekolah Tinggi Bidadari, Sky.” Penyataan Cyril membuatkan Sky terpempam. Bagaimana dia boleh tidak tahu yang wujudnya sekolah sebesar ini di atas sebuah pulau. Sekolah yang terletak di tengah hutan belantara. Di tengah laut? Sebelum ini dia tidak pernah mendengar nama Sekolah Tinggi Bidadari?“Sekolah Tinggi? Ini bukan sebuah pulau ke?” Sky tanya lagi.“Oh ya. Lupa pulak aku nak cakap.” Cyril yang tadinya sudah menjatuhkan tangan kembali mendepangkan tangannya tanda menyambut kehadiran Sky. Kemeja yang tidak terselit pada seluarnya langsung tidak menjejaskan kekemasan pemuda itu.“Cik Sky, selamat datang ke Pulau Syaitan!”









BAB 3Sky terpegun apabila mendengar nama Pulau Syaitan. Adakah Pulau Syaitan yang dikatakan Cyril itu adalah pulau sama dalam buku yang ditemui Arlen? Pulau yang katanya dipenuhi syaitan dan menjadi momokan semua manusia dalam dunia? Semua peristiwa yang berlaku semalam terimbas dalam kotak fikiran Sky. Sememangnya dia telah berjumpa dengan beberapa jenis makhluk pelik yang sepatutnya tidak wujud dalam dunia nyata. Adakah semua makhluk itu adalah syaitan?“Hei, berangan ke?” Sekali lagi Cyril mencuit pipi gebu itu dengan jari telunjuknya. Sky terkejut dan terpinga-pinga.“Aku tahu banyak perkara yang memeningkan kepala kau. Sabar sikit ya. Lepas kau bertukar pakaian dan makan, aku akan benarkan kau tanya aku apa-apa soalan pun.” Cyril bersuara lembut. Agak simpati melihat wajah cantik yang pucat itu. Dulu, dia pun begitu. Namun sekarang semuanya sudah berubah. Dan dia pasti Sky juga akan berubah!“Cyril, kau undi warna apa untuk perempuan ni?” Teguran seorang perempuan berambut ikal mayang mematikan lamunan Cyril.“Sudah tentulah merah sebab dia cantik.” Jawapan Cyrilk membuatkan Sky diserang tanda tanya.“Aku undi hijau sebab aku rasa dia sama dengan aku.” Perempuan itu menepuk bahu Sky sebelum menunjukkan warna hijau pada hujung kemejanya.“Apa hal pulak dia sama dengan kau?” Cyril bertanya sinis.“Yalah. Aku rasa dia pandai macam aku. Dan comel macam aku. Jadi dia sepatutnya hijau.”Sky menggaru-garu kepala yang tidak gatal kerana tidak memahami butir bicara perempuan itu.“Perasan betul kau ni. Macamlah kau pandai sangat. Eh, dahlah Doris. Aku nak bawa puteri aku ni masuk bilik. Kau jangan nak kacau daun.” Cyril menumbuk lembut bahu gadis bernama Doris itu dengan senyuman penuh makna.“Lebih baik kau hati-hati. Kalau dia bukan merah, habislah kau malam ni…” Doris menjeling ke arah Sky sebelum berlalu pergi. Pertama kali dia melihat Cyril begitu berminat dengan seorang ahli baru Pulau Syaitan. Apa yang istimewa sangat tentang perempuan yang bernama Sky itu?“Apa maksud kawan kau tadi tu?” Sky bertanya hairan.“Tak ada apa-apalah.”Cyril menghampiri Sky sebelum kembali memimpin tangan gadis itu menuju ke sebuah bangunan lain. Sky melopong apabila melihat sebuah bangunan berbentuk silinder tinggi yang mencanak ke langit. Mereka memasuki pintu utama bangunan itu sebelum menaiki sebuah gerabak kayu yang bergerak seperti lif. Beberapa minit berlalu barulah gerabak kayu itu berhenti dan Cyril mengheret dia ke sebuah pintu lain.Sky terpaku apabila Cyril membuka pintu. Dia memasuki sebuah bilik yang luasnya lebih kurang tiga buah kelas. Keseluruhan perabot bilik itu bewarna coklat dan diperbuat daripada kayu. Namun, tiada pula kelihatan televisyen atau telefon. Bilik itu kelihatan antik dan elegan. Terdapat banyak ukiran dan lukisan flora dan fauna tergantung di dinding.“Buka baju kau.” Cyril bersuara tiba-tiba dan Sky terus tergamam.“Aku tak nak.” Sky yang tadinya tenang kembali ketakutan. Adakah pemuda dihadapannya itu akan mengapa-apakan dirinya?“Buka ajelah. Bukan mati pun.” Cyril menghampiri Sky dengan senyuman menggoda. Semakin dia mendekati, Sky semakin menapak ke belakang. Gadis itu kelihatan cuak dan wajahnya yang putih kemerahan itu semakin membiru. Sky tidak dapat bergerak apabila dia terhadang di dinding.“Tolong jangan apa-apakan aku.” Sky memejam mata apabila dia sudah terperangkap dalam kurungan tangan Cyril. Anak mata biru pemuda itu buat bulu romanya meremang. Desah nafas pemuda itu menampar pipinya.“Alahai, janganlah nangis. Aku bukan nak buat apa-apa pun.” Cyril tergelak sebelum mencubit pipi  Sky kuat. Dia menjauhi Sky apabila gadis itu mengaduh kesakitan. Sky menahan geram dalam hati. Apa sebenarnya niat pemuda itu?“Aku suruh kau buka baju untuk bersihkan diri. Pergilah mandi. Kejap lagi aku datang. Lepas mandi pakai baju yang aku sediakan atas katil tu. Bilik air dekat situ.” Cyril menjuihkan bibir merahnya ke arah sebuah pintu yang terletak di sisi kanan Sky sebelum berlalu keluar dari bilik. Senyuman manis terukir di bibirnya apabila melihat Sky agak takut memandangnya.Sky menghembus nafas panjang sebelum menapak ke arah katil. Dia melihat sepersalinan uniform seperti yang dipakai semua pelajar perempuan Sekolah Tinggi Bidadari. Cuma uniformnya tidak mempunyai warna pada bahagian lengan. Sky termangu seketika. Macam sudah tiada baju lain saja yang boleh diberi Cyril untuk dia pakai.Bimbang memikirkan Cyrilk akan kembali sebelum dia selesai mandi dan berpakaian, Sky bergegas ke bilik air. Sekali lagi dia melopong apabila mendapati struktur bilik air dibina daripada marmar hitam yang berkilauan seperti kristal. Sangat cantik dan memukau pandangan.Tab mandi besar dipenuhi dengan air berserta kelopak mawar merah yang mengeluarkan bau semerbak harum. Dia yang merasakan tubuhnya sudah melekit mula membersihkan diri.“Wah, cantiknya Sky saya!” Sapaan Cyril yang tiba-tiba membuka pintu menyebabkan Sky terkejut kecil. Dia yang tadinya sedang menyisir rambut, bangun dari birai katil dan berhadapan dengan pemuda kacak itu. Mujurlah dia sudah lengkap berpakaian. Tidaklah dia berasa malu. Molek saja uniform Sekolah Tinggi Bidadari melekap di badannya. Sky menahan debar apabila Cyril mengelilingi tubuhnya dan seperti menghidu bau rambutnya. Pemuda itu memang pelik dan memualkan!“Emm bagus. Dah wangi. Tak busuk macam tadi.” Sky melopong dengan bicara selamba Cyril. Pemuda itu memerli dirinya ke?“Boleh tak aku nak tahu…”“Tunggu dulu, lepas makan baru kita boleh bercerita. Jom makan.” Cyril menyampuk sebelum Sky sempat bertanyakan apa-apa soalan.Beberapa ketika, dua orang perempuan yang berusia dalam lingkungan 30-an, memakai gaun serba hitam memasuki kamar itu dan menghidangkan pelbagai makanan di atas meja yang terletak di balkoni bilik Cyril. Sky hanya memerhati tindak tanduk dua orang perempuan tersebut. Agak pelik kerana mereka mengenakan pakaian seperti berkabung atas kematian seseorang. Selesai melakukan tugas, mereka berdua berlalu pergi tanpa sebarang bunyi.“Sky, cuba tengok sini. Cantik tak?” Cyril yang berdiri di balkoni memanggil gadis yang menarik perhatiannya itu.Sky menapak mendekati Cyril dan dia tergamam. Sky terpesona dengan pemandangan di hadapan matanya. Bilik Cyril betul-betul menghadap ke arah hutan belantara yang tebal dan dari kejauhan kelihatan persisiran pantai.“Cantiknya…” Mulut Sky tidak dapat menahan untuk memuji keindahan itu.Terlupa seketika apa yang telah dihadapinya malam lepas.“Kalau siang memang cantik. Bila malam menjelma, semuanya akan jadi tak cantik.” Cyril bersuara perlahan. Namun cukup didengari Sky.“Maksud kau?”“Makan dulu baru bercerita. Meh sini, duduk sebelah aku.” Cyril menarik kerusi pada meja bulat itu untuk membenarkan Sky duduk. Sky dengan berat hati terpaksa mengikut arahan pemuda itu.“Makanlah apa pun yang kau nak makan. Saya suruh pembantu saya sediakan makanan yang istimewa.” Cyril terpegun apabila melihat Sky tersenyum menghadap makanan. Pertama kali dia melihat senyuman yang begitu indah dan menawan. Gadis itu masih ingat untuk tersenyum walaupun mereka berada di Pulau Syaitan.“Terima kasih sebab sudi menyediakan semua makanan ni.” Sky sempat berterima kasih sebelum mula mengisi perutnya yang kelaparan. Rasa macam sudah bertahun dia tidak makan. Makanan yang dihidangkan kelihatan lazat dan menarik. Ada steak daging, salad, buah-buahan dan jus epal. Cyril kelihatan lebih berminat memerhatikan dia makan daripada menjamu selera. Pemuda itu memerhatinya dengan penuh perasaan hingga Sky rasa tidak selesa. Mata pemuda itu seolah-olah menelanjangi tubuhnya.“Aku terdampar di pulau ni sebab bot yang aku dan rakan-rakan naiki rosak. Kawan-kawan kau tak ada terjumpa kawan-kawan aku ke?” Sky bertanya untuk menyedarkan Cyril daripada terus memerhatikannya. Cyril berdehem kecil dan meneguk air dalam gelas. Entah kenapa hatinya berdebar-debar bila terlalu lama merenung Sky. Mengapa gadis itu begitu mempersonakan?“Berapa orang kawan kau tu?”“Termasuk aku enam. Tiga lelaki dan tiga perempuan.” Sky memberi penjelasan.“Mungkin mereka terdampar di pulau lain.” Cyril membuat kesimpulan dengan wajah tidak bersalah.“Ada pulau lain ke dekat sini?” Sky bertanya penuh minat. Hatinya kuat mengatakan rakan-rakannya masih hidup.“Ada. Sebuah pulau terletak jauh di utara, dan sebuah pulau lagi terletak jauh di selatan.” Cyril memberitahu.“Apa nama pulau tu?” Harapan Sky yang kawannya masih hidup menggunung tinggi.“Gugusan Pulau Syaitan. Namanya Pulau Syaitan Satu dan Pulau Syaitan Dua.”“Kau tak menipu kan?” Jawapan Cyril mencetus tanda tanya Sky. Pemuda itu tergelak.“Aku tipu ajelah. Pulau tu memang ada, tapi nama pulau tu ialah Pulau Bakawali dan Pulau Helang.” Cyril menjawab serius.“Tak pernah dengar pun? Kau pernah sampai ke pulau-pulau tu ?”“Tak pernah. Aku cuma tahu cerita berdasarkan buku dongeng aje. Tapi aku percaya yang pulau tu wujud. Kau pasti pernah dengar cerita pasal Pulau Syaitan kan?” Cyril merenung mata Sky lama. Mata hitam yang kelihatan bersinar indah dan penuh misteri.“Adalah sedikit.” Sky cuba menidakkan hal itu namun dia memang telah mendengar cerita Pulau Syaitan melalui Arlen.“Kalau macam tu senanglah aku nak bercerita. Untuk pengetahuan kau Pulau Syaitan ini tidak terdapat dalam peta dunia atau terlihat oleh mata kasar manusia.” Cyril membongkar rahsia.“Maksud kau?” Sky fokus.“Pulau Syaitan hanya ditemui oleh orang yang sesat di lautan atau mengalami kemalangan dalam air.” Sky teringat akan cerita Arlen. Sama seperti cerita Cyril.“Takkan kau nak cakap semua pelajar Sekolah Tinggi Bidadari adalah mangsa kerosakan bot macam aku?” Sky bertanda tanya.“Lebih kurang macam tulah. Cuma aku nak kau tahu tentang satu perkara. Aku dan semua yang berada di sini adalah berasal daripada dunia kau. Sudah tentu pada waktu yang berbeza. Tetapi sekarang kami terperangkap di Pulau Syaitan selamanya.” Cyril bersuara lemah.Sky terpempam dan seleranya untuk makan terus hilang. Adakah dia berada di dunia yang berbeza? Dunia apa? Dia memasang telinga dan mendengar semua butir bicara yang keluar dari mulut Cyril dengan teliti.Mengikut Cyril dia sudah lima puluh tahun berada di pulau itu dan bersekolah di Sekolah Tinggi Bidadari. Semua penghuni pulau itu akan kekal pada umur yang sama dan usia mereka tidak akan meningkat. Jika mereka terdampar di Pulau Syaitan pada usia 17 tahun. Maka selamanya pun akan kekal 17 tahun hingga mereka mati.Pulau Syaitan telah terkena sumpahan ahli sihir yang mana setiap penghuninya akan bertukar menjadi makhluk lain apabila malam menjelma. Kata Cyril, semua makhluk yang Sky temui kali lepas adalah manusia yang sudah bertukar rupa. Apabila siang menjelma mereka akan kembali menjadi manusia.Setiap malam, akan ada kad syaitan yang turun dari langit. Jika ada antara mereka yang mampu menyelesaikan misi dalam kad itu, mereka boleh berubah dalam wujud manusia di malam hari mengikut kehendak hati. Jika semua penghuni gagal melakukan misi yang diberikan, salah seorang daripada mereka akan kekal dalam bentuk makhluk ganas hingga mati. Penghuni Pulau Syaitan tidak akan mati selagi mereka mempunyai dua wujud dalam satu hari. Apabila mereka bertukar menjadi makhluk lain akibat gagal melakukan misi dan ada yang membunuhnya, mereka akan mati dan bertukar menjadi debu. Sesiapa yang berjaya menjalankan misi dan dapat mengawal pertukaran wujud manusia, mereka boleh keluar daripada Sekolah Tinggi Bidadari dan menuju ke Perkampungan Indera yang terletak tidak jauh dari sekolah itu. Melalui Kampung Indera mereka boleh memilih jalan untuk keluar daripada Pulau Syaitan.Walaupun begitu, mengikut Cyril, sesiapa yang boleh mengawal wujud manusia sepenuhnya masih boleh melakukan misi daripada kad syaitan. Sudah ramai yang ingin keluar daripada pulau itu. Namun tiada satu pun yang berjaya. Mereka mati dibunuh di pertengahan jalan atau kembali semula ke Sekolah Tinggi Bidadari. Tiada siapa yang berjaya keluar daripada Pulau Syaitan kerana pelbagai makhluk mengerikan seperti ikan duyung pemakan manusia menanti mereka dalam air. Ramai yang telah mati dan mereka sudah penat mencuba.“Kau ingat aku akan percaya dengan semua cerita kau ke?” Sky ketawa megejek sebaik saja Cyril tamat bercerita. Dia pasti pemuda dihadapannya itu gila.“Terpulanglah nak percaya atau pun tidak. Malam ni kita tengoklah apa yang akan terjadi.”Cyril mendengus kecil sebelum bangun dari duduknya. Sudah mengagak yang Sky tidak akan mempercayai ceritanya dengan mudah. Sky mengikuti langkah Cyril yang meninggalkan meja makan dan kembali memasuki bilik.“Kalau betul cerita kau tadi, boleh aku tahu kau akan bertukar jadi makhluk apa bila malam menjelma?” Sky pura-pura berminat untuk mengetahui hal itu. Padahal dalam hati dia galak mengetawakan otak mereng Cyril. Sayang sekali wajah pemuda itu tampan namun otaknya biul.“Rahsia. Kau tunggu ajelah malam nanti. Aku akan makan awak.” Cyril berbisik di telinga Sky hingga menyebabkan gadis itu sedikit gelabah. Sky menyedapkan hatinya sendiri dengan gelak yang dibuat-buat.“Aku tak takut pun.” “Amboi, cakap besar. Tak takut ya? Kita tengok nanti, kau takut ke tak.” Cyril menggigit bibir. Malam ini dia akan membuktikan kepada Sky tentang semua perkara yang diceritakannya. Namun jauh dalam hati, Cyril sendiri tidak dapat meneka apakah wujud kedua gadis itu. Sama sepertinya atau Sky berada dalam kumpulan lain? Jika Sky berada dalam wujud kumpulan lain. Terutama wujud seteru kumpalannya. Dia akan mengalami masalah besar!“Untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi malam ni. Aku nak kau duduk di sini.”Sky sedikit terperanjat apabila Cyril membawanya ke sebuah pintu lain dalam bilik itu. Dihadapan matanya terdapat sebuah sangkar besi seperti penjara yang agak besar.Sky dapat mengesan sesuatu yang pelik daripada kata-kata Cyril. Belum sempat dia melarikan diri, Cyril mengheret dia masuk ke dalam penjara itu dan menguncinya.“Hei, kenapa kau kurung aku dekat sini?! Keluarkan akulah!” Sky menghentak jejaring besi yang memagari sekelilingnya dengan tangan. Cyril memerhati dia dengan senyuman manis.“Kalau kau tak nak dikejar, dimakan atau dicederakan oleh makhluk-makhluk ganas yang aku cakap tadi, lebih baik kau duduk dalam sangkar ni diam-diam. Malam nanti, aku datang jumpa kau. Selamat tinggal sayangku.” Cyril melambung-lambung kunci penjara itu dalam tangannya sebelum berlalu keluar daripada bilik itu. Sky di dalam masih terjerit-jerit minta dilepaskan. Cyril tidak sabar menunggu malam menjelma! Dia akan memberi gadis cantik itu pengajaran kerana tidak mempercayai ceritanya!

 p/s: next entry will up as soon as possible, please like n share. tq~

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2014 20:59

August 9, 2014

NOVEL : BILA KULI JADI ARTIS! BAB 4,5,6













BAB 4“Beb,jom lepak dekat Mac Donald dengan Kak Ima?” ajak Farah sebaik saja waktu berkerja tamat.Ketika itu Yuri berada di dapur Pizza Star,berdepan dengan tempat punch card.“Okey.” Yuri menjawab ringkas sambil tangan sibuk membuka apron dan vest yang melekap pada badan.Setelah itu dia mengeluarkan baju kemeja yang terselit kemas di bahagian pinggang seluar agar terlepas keluar.Baru rasa selesa sedikit!.“Mayurie Rosella,awak tak pandai nak masuk tandas ke untuk cabut apron dan vest awak? Tak sopan betul.”Menyirap darah Yuri mendengar perlian daripada suara yang amat dia kenali itu.Ervin ni memang sengaja hendak mencari pasal dengan aku.Mengapalah Yuri boleh tidak perasan yang dia baru keluar daripada ofis tadinya.Jika tidak sudah lama Yuri keluar daripada dapur Pizza Star.Buat sakit hati,sakit mata dan sakit telinga saja bila berhadapan dengan pemuda itu.“Tak payah nak sopan sangatlah setakat kerja dekat Pizza Star ni.Kuli batak je pon.” Yuri bersuara sinis sambil menjeling wajahnya.Jelas Ervin sedikit tersentak dan Yuri agak pelik apabila melihat pipi pemuda itu sedikit kemerahan.“Dimana pun awak berada atau berkerja.Apa pun karier atau pangkat awak.Adab sopan dan tingkah laku itu perlu dijaga.”Eh,dia ni dah kenapa? Nak bagi ceramah percuma pulak.Sakit hati betul!. Farah,Din,Aizul dan Kak Yah yang berada di dapur saat itu terkebil kebil melihat ikaln tidak berbayar itu. Jika diikutkan perasaan marah Yuri,memang kena maki pemuda itu.Namun,Yuri tahu yang dia hanyalah orang bawahan.Jadi bersabarlah selagi mampu.Jika tidak kena halau dengan penyapu!“Terima kasih atas nasihat bos tu.” Yuri menghadiahkan Ervin sebuah senyuman meluat sebelum berlalu keluar daripada dapur Pizza Star diikuti oleh Farah.“Mulut macam puaka.” Yuri mendongkol geram melepaskan kemarahan sebaik saja melepasi pintu masuk Pizza Star.“Alah,cool lah beb.Dia nasihat kau je kut.” Farah cuba menenangkan kemarahan Yuri.“Nasihat? Nak nasihat apa bendanya.Aku dah hampir setahun kerja kat sini.Memang setiap kali aku punch card pun aku akan tanggal vest dengan apron kat situ.Jadi apa masalah dia? Nak kata aku tak sopan bagai.Boleh jalanlah!” Kemarahan tidak dapat dibendung lagi.mulut Yuri seperti machine gun meluahkan peluru.Dia bengang betul dengan teguran Ervin sebentar tadi.“Er...kalau aku cakap kau jangan marah ya?” Farah teragak-agak bersuara.“Apa?”“Mungkin tadi dia ternampak baju kau sedikit terselak masa kau tarik baju keluar daripada seluar.Mungkin sebab tu dia kata kau tak sopan dan suruh kau tanggalkan apron dengan vest dekat tandas.” Jelas Farah dengan suara mendatar.Terlopong,terdiam dan terkedu.Biar betul Farah ni? Takkanlah Ervin ternampak hal yang macam tu.Kalau betul dia nampak pun,aku bukannya sengaja.Alamak,malunya! Yuri terasa dia memperbodohkan diri sendiri saat itu.Sibuk sangat marahkan orang yang memberi nasihat.Kesalahan sendiri langsung tidak dikaji.“Gila kau beb.Betul ke?” Yuri bertanya.Takut jika hal yang diperkatakan Farah itu benar belaka.“Entahlah.Aku memang nampak baju kau terselak tadi.Tapi aku tak pastilah bos nampak ke tak. Lagipun,perkara tu terjadi sepintas lalu.Tak sempat nak tenung lama-lama pun.” Sengal juga Farah ini.Jika benar Ervin merenung bajunya yang terselak lama lama,mungkin Yuri akan mencungkil biji mata pemuda itu.“Huh,lantaklah.Terselak sikit je kut.Bukan luak pun orang tengok.” Akhirnya Yuri mengambil keputusan untuk membiarkan hal itu.Tidak ingin mengaku kalah.Egonya kadang kala tinggi melangit.Setakat baju terselak sepintas lalu,itu bukanlah satu perkara yang besar buat Yuri.Lainlah kalau Yuri terbogel di khalayak ramai.Barulah hal itu boleh dibesarkan dan mungkin Yuri tidak akan keluar daripada rumah sehingga mati akibat menanggung malu.Farah yang mendengar jawapan Yuri hanya tersenyum lebar.Mereka berdua berbual kosong di hadapan Pizza Star seraya menunggu Kak Ima yang masih belum keluar daripada hostel.“Sorry girls,lambat sikit.Em..hari ini bos nak belanja kita makan.” Baru selesai satu masalah,satu masalah lain datang.Baru Yuri hendak mengelak daripada bersua muka dengan wajah tampan bermulut jahat itu.Kak Ima boleh beriringan keluar daripada Pizza Star dengan dia pula.Wajah Ika yang muncul di belakang Ervin buat Yuri semakin bengang.Dia kelihatan tersenyum manis dan memandang Yuri selamba.Seolah olah tiada perkara yang menyakitkan hati berlaku tadinya.Mungkin bagi Ervin,hal itu adalah satu perkara kecil buat gadis seperti Yuri.Namun,dalam hati,hanya Allah yang tahu bertapa Yuri bengang dengan pemuda tampan di hadapannya itu.Yuri menjeling sekilas.Ervin sudah mengeluarkan baju kemejanya daripada terus terselit pada seluar dan telah menanggalkan tali leher.Kebetulan hari itu,dia,Yuri,Farah,Kak Ima dan Ika berkerja shift pagi.Shift petang pula diruruskan oleh Mak Ngah.“Baguslah kalau bos nak belanja.Jimat duit kita orang.” Farah menyeringai dengan senyuman lebar hingga ke telinga.Namun senyumannya hilang begitu saja apabila terpandangkan jelingan maut Yuri. “Yuri,tak kisah kan,makan sekali dengan bos?” Kak Ima yang dapat mengesan perubahan wajah Yuri segera bertanya.Kalau Yuri cakap memang Yuri kisah sangat,pasti Ervin akan menganggap Yuri ini jenis perempuan yang suka sentap tak tentu pasal.Jadi,sebelum dia berfikiran begitu lebih baik Yuri mengambil langkah berjaga jaga.“Tak kisahlah.Rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari.” Jawapan Yuri jelas menggembirakan wajah Ervin.Kenapa dia perlu gembira? Entahlah,mana Yuri tahu.Malas nak layan................Pertama kali dalam hidup Yuri menaiki sebuah kereta mewah jenama BMW.Kereta siapa lagi kalau bukan kereta Ervin.Sangat selesa apabila berada dalam kereta kepunyan bosnya itu. Namun,Yuri berasa sedikit gelabah apabila terpaksa duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan.Lebih tepat bersebelahan dengan Ervin.Tadinya,belum sempat Yuri ingin duduk di bahagian belakang,wajah tiga sahabatnya sudah berada di situ.Jadi,Yuri tiada pilihan lain . Dengan perasaan sebal terpaksa juga Yuri duduk di sisi Ervin.Dan sekali lagi,Yuri dapat melihat pemuda itu tersenyum senang hati.“Kita nak makan kat mana ni?” Itu adalah soalan pertama yang keluar daripada bibir Ervin apabila kereta meluncur laju di jalanraya.Ervin menoleh ke sisi kirinya.Memandang wajah putih mulus yang dia yakin sedang marah akibat nasihatnya sebentar tadi.“Kita orang rancang tadi nak makan dekat Mac Donald.Tapi kalau bos nak makan dekat tempat lain,kita orang ikut je.” Farah di belakang segera menjawab apabila Yuri buat bodoh.“Asalkan bos belanja.Kita orang tak kisah.” Tambah Ika sebelum ketawa mengekek.Dasar Atikah,memang kaki gelak.Perkara tidak lawak pun tetap dia akan gelak sepanjang masa. Sebab itulah Yuri gemar berkawan dengan gadis itu.Ceria memanjang.“Yuri,awak tak kisah ke kalau kita makan dekat Mac Donald?” Semua terdiam sejenak.Ervin tidak berpuas hati selagi bibir itu tidak menjawab soalannya.Dia mahu mendengar suara gadis itu.Besar sangat ke kesilapan dia menegur sebentar tadi hingga Yuri tidak mahu berbual dengannya? Perasanlah kau Ervin! Sejak bila pulak Yuri menunjukkan tanda yang dia berminat untuk berbual dengan kau?“Mayurie Rosella,saya tak bertanya dengan pintu kereta.” Ervin tidak mengalah.Bertanya dengan nada menyindir apabila soalan pertamanya dibiarkan tidak berjawab.Kedengaran gadis disisinya merengus menahan geram.Ervin tersenyum kambing.“Tak kisah.” Yuri jawab pendek dan perlahan.“Ha,saya tak dengarlah?!” Sengaja dia mendekatkan telinganya ke wajah gadis itu.Yuri terkedu bila merasakan Ervin sangat dekat dengannya.Sudahlah bau wangian pemuda itu sentiasa menusuk hidung. Walaupun waktu berkerja sudah tamat,bau wangian itu masih belum hilang.“Saya cakap tak kisahlah!” Yuri separa menjerit.Semua yang berada dalam kereta itu terdiam. Mata Ervin membulat memandang Yuri.Terkejut.Tidak menyangka suara Yuri begitu kuat.Padan muka! Siapa suruh cari pasal lagi!.Mujurlah kereta yang dipandu tidak terbabas akibat terkejut.


BAB 5Setibanya di Mac Donald jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang.Yuri yang malas beratur untuk membeli makanan hanya memesan makanan agar dibeli oleh Farah.Ervin yang tadinya molek beratur di belakang Kak Ima dan Ika,molek menyerahkan beberapa not duit kepada dua gadis itu sebelum dia berlalu ke meja mendapatkan Yuri.Ya Allah,dia ni memang sengaja nak menyuruh Yuri menatap wajahnya ke?!“Awak oder bubur dengan ayam goreng je ke? Petang petang macam ni lalu ke makan bubur?” Mulut Ervin memang tak pandai hendak diam.Sudah kena jerit dengan Yuri dalam kereta tadi pun masih tidak serik bersoal jawab dengan Yuri.Dengar pula dia akan pesanan makanan Yuri kepada Farah sebentar tadi.Dasar telinga tempayan!.Cemuh Yuri dalam diam.“Suka hati sayalah nak makan apa.Saya suka makan ayam dengan bubur.Yang bos sibuk kenapa?” Intonasi meluat memang tidak dapat dibuang daripada pertuturan Yuri.“Alah,orang tanya sikit pun nak marah.Tak nak lah kawan dengan awak macam ni.” Ervin mencebikkan bibir seperti merajuk.Macamlah comel sangat.Tapi memang comel pun! Hampir saja cair Yuri melihatnya.Dahlah bibir dia tu merah gila,bila buat macam tu jelas kelihatan bibirnya yang seksi itu.Ya Allah,apa yang Yuri merepek ni!.“Tak nak kawan sudah.” Yuri menjawab seraya menekan pad henpon cikainya tanpa tujuan. Cuba mengelak daripada bertentang mata dengan Ervin yang asyik merenung.Sudahlah Kak Ima,Farah dan Ika tiada di situ.Jika Yuri tahu Ervin ingin menunggu di meja,lebih baik Yuri pergi beratur membeli makanan.Fikiran Yuri menerawang sejenak.Mengapa pula dia membahasakan diri dia ‘orang’ dan memanggil Yuri awak tadinya.Dia hendak berkawan dengan aku? Biar betul bos aku ini.“Tapi,saya ikhlas nak berkawan dengan awak.Awak jangan tolak permintaan saya ya Mayurie Rosella.” Ervin merendahkan ego dan dia merayu.Pertama kali dia merayu untuk bersahabat dengan seorang gadis.Dan pastinya kerana gadis itu begitu istimewa dalam dirinya.Yuri lain daripada ramai gadis yang dia kenali.Gadis itu sangat jual mahal dan sukar untuk didekati walaupun didampingi pemuda yang berpakej hampir sempurna seperti dirinya.Yuri pasti dia tidak salah dengar.Yuri memandang Ervin sejenak sebelum mengeluh kecil. Terpancar keikhlasan dalam tutur kata dan wajah pemuda itu..Ervin begitu berharap untuk berkawan dengannya.Yuri tidak faham.Apakah sebenarnya niat pemuda itu? Bos hendak berkawan dengan kuli? Motif?“Awak bos,saya pekerja.Itu sajalah.” Jawapan ringkas Yuri jelas mengundang kehampaan pada wajah Ervin.Seperti dia tidak bergurau untuk berkawan dengan Yuri.Ervin mengeluh panjang sebelum ingin membuka mulut mengatakan sesuatu.Mujurlah,kedatangan Ika,Farah dan Kak Ima yang menatang makanan membatalkan niatnya.Mereka berlima makan sambil berborak kosong.Ervin kelihatan lebih banyak mendiamkan diri dan hanya mencelah sekali sekala perbualan staf-stafnya.Agak tersinggung dengan penerimaan Yuri.Sesekali dia memandang wajah Yuri yang duduk berhadapan dengannya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.Seperti ada sesuatu yang ingin diungkapkan Ervin ketika itu.“Bos,selain daripada menjadi pengurus Pizza Star,bos ada buat kerja lain ke? Bos bisnes ya?” Selamba saja Ika bertanya.Yuri yang sedang menyudu bubur menadah telinga bersedia mendengar jawapan daripada Ervin.Sedikit sebanyak dia berminat untuk mengetahui latar belakang majikannya itu.“Adalah bisnes sikit.Kenapa awak tanya Ika?” Ervin menjawab lembut.Machonya suara Ervin dalam pendengaran Yuri.“Patutlah bos mampu pakai BMW.Saya saja bertanya.Yalah,Miss Fatin tu pengurus Pizza Star juga,tapi dia mampu pakai Myvi je.” Ika kalau bercakap memang tidak bertapis.Ervin tergelak mendengar bicara gadis itu.“Bisnes apa bos?” Farah menyampuk.Amboi,mereka ni hendak menilai sebanyak mana aset yang dipunyai Ervin ke?.Tanya Yuri dalam hati.“Em, bisnes sewa rumah dan yang serupa macam tu lah.Biasa biasa je Farah.” Jawapan Ervin cukup merendah diri.Namun,daripada pandangan mata kasar Yuri,Ervin memang kaya.Kereta BMW,memanglah mewah.Tambahan lagi dengan semua pakaian berjenama yang dipakainya. Kasut,tali pinggang,jam tangan,jaket atau sweater semua daripada jenama yang beratus setiap satunya.Cuma Yuri tidak pastilah ia jenama original atau tiruan.Bagaimana Yuri boleh tahu jenama pakaian yang dia pakai?.Yuri kan mata jahat.Suka menelek apa saja yang berada di depan mata.Tapi,satu hal yang dia pelik.Mengapa pula Ervin menjadi pengurus Pizza Star jika hidupnya sudah semewah itu?.Gaji pengurus Pizza Star bukan besar mana pun!“Wah,untunglah siapa dapat jadi isteri bos.Bos hensem,sedap mata memandang.Rumah sewa dah boleh jadi tempat tinggal.Kereta pulak boleh dipandu untuk ke tempat kerja.” Yuri menahan gelak mendengar kata-kata Ika.Gila punya selamba dia cakap macam itu. Ervin pun tergelak mendengar bicara Ika.“Yuri,awak rasa untung tak kalau awak jadi isteri saya?”‘Uhuk! Uhuk!’Yuri tersedak besar apabila mendengar pertanyaan mengejut itu.Habis keluar air pepsi daripada mulutnya.Mujurlah tidak tersembur ke arah Ervin.Jika tidak,padan muka dia. Ervin senang hati menggelakkan Yuri bersama Ika dan Farah.Hanya Azimah yang menahan gelak seraya menepuk lembut belakang Yuri.Apabila Ervin mengambil tisu dan cuba mengelap mulut gadis itu,cepat saja Yuri menepis tangannya.Dia buat bodoh dengan reaksi gadis itu.Sakit hati betul!.“Jangan marah kak.Bos bergurau saja tu.” Ika cuba menenangkan Yuri dengan memenangkan Ervin.Ervin selamba saja menyumbat kentang goreng ke dalam mulut seperti tiada apa yang berlaku.Mengapalah Yuri cepat sangat melatah dengan gurauannya.Sepatutnya Yuri buat hati kering walaupun pertanyaannya sebentar tadi kedengaran agak melampau!








BAB 6Sudah sebulan Ervin menjadi pengurus di Pizza Star,Kota Tinggi.Sepanjang tempoh pemuda itu berkerja disitu,Yuri cuma arif mengenai satu hal saja tentang dirinya.Daniel Ervin,jejaka paling kacak dan menjadi kegilaan kebanyakkan staf dalam Pizza Star suka sangat cari pasal dengan Yuri!.Satu hari kalau Ervin tidak menyakat atau membuat Yuri naik marah,itu maknanya dia buang tebiat.Yuri pulak memang tidak boleh buat tidak tahu dengan semua usikannya. Semakin galak dia mengusik,semakin cepat Yuri naik darah!.“Yuri,jom teman saya kira stok dalam freezer.” Belum sempat Yuri memakai apron,suara Ervin menyapa pendengarannya.Yuri memandang Ervin yang sedang tersenyum lebar ke arahnya sekilas sebelum berlalu keluar daripada dapur Pizza Star.Punyalah ramai staf Pizza Star,mengapa Yuri  yang menjadi mangsa untuk menemaninya mengira stok.Malas Yuri nak layan!.Yuri buat bodoh sebelum berlalu ke tandas sebaik  selesai punchcard.Sejak peristiwa ditegur oleh Ervin kali lepas,Yuri memakai atau menanggal apron dan vest dalam tandas.Takut juga jika pakaiannya terselak di khalayak umum seperti kata Farah.Selesai memperkemaskan diri,Yuri keluar daripada tandas.Satu keluhan besar terbit daripada bibirnya apabila terpandangkan seraut wajah tampan itu sedia menunggu di hadapan tandas.Dia ini tiada kerja hendak dibuat ke? Sampai hendak menunggu di hadapan tandas bagai.Hendak mengintai ke apa?.Sekali lagi Yuri buat muka selamba dan cuba melangkah menjauhinya.“Hish,dia ni asyik buat tak nampak kita jelah.Geram betul!” Ervin membebel sambil mengekori langkah gadis itu.Ervingeram dengan Yuri?.Lantaklah.Malas Yuri hendak layan.Baru saja Yuri ingin meneruskan langkah untuk membersihkan sebuah meja yang kotor dengan sisa makanan,Yuri terasa vestnya ditarik dari arah belakang.Langkahnya terhenti dan Yuri mendongkol geram. Ada juga yang kena flying kick kejap lagi ni!.“Bos ni dah kenapa? Nak main tarik tarik vest saya pulak!” Suara Yuri meninggi dan dia bersemuka dengan Ervin.Ervin langsung tidak takut dengan kemarahan gadis comel itu.Malahan dia boleh tergelak kecil.Yuri menahan sabar seraya membetulkan vest yang molek terletak pada badan.Mujurlah Ervin hanya menarik vest.Jika dia menarik kemeja atau apron hingga terlucut daripada tempat sepatutnya,memang Yuri bagi satu penampar percuma pada wajah kacak itu.“Em,saya tarik vest awak sebab ada kelemumurlah.” Yuri terdiam dan terkedu.Ervin mendekati dan dengan selamba meletakkan tangan kanannya pada bahu Yuri ,menguis-nguis perlahan,seolah olah membuang habuk di situ.Berderau darah Yuri bila Ervin berada begitu dekat.Bos dia ini meroyan ke apa? Dia ingat ini iklan syampu dalam televisyen ke? Segera saja Yuri menepis tangan majikannya itu dan dia sendiri membelek vest di kawasan bahunya.Tiada sebarang habuk pun.Biar betul rambutnya ada kelemumur?.Yuri menjaga rambut dengan baik selama ini.Beberapa ketika Ervin memandang Yuri pelik sebelum tawanya meletus membingitkan suasana.“Alahai,awak ni Yuri.Percaya saja temberang saya.Muka tu blur je.Comel betullah.” Sakat Ervin tidak sudah.Naif betul gadis dihadapannya itu.Blur?Comel?Tengkorak dia! Yuri hanya mampu menggigit bibir memerhatikan perilaku Ervin.Wajahnya yang putih bersih itu merona merah kerana gelak yang berlebihan. Beberapa pengunjung restoran yang duduk berdekatan dengan kawasan mereka berdiri turut sama tergelak melihat telatah Ervin.Memang tidak tahu malu betul!.“Suka hati awaklah Encik Daniel Ervin nak cakap apa pun.Saya malas nak melayan.” Yuri terus menuju ke arah meja kotor tadi dan memulakan tugas.Meletakkan sisa makanan dalam satu bekas sebelum menyusunkan pinggan mangkuk agar bertingkat.Senang untuk diangkat.Kutleri diletakkan dalam satu mangkuk dan gelas disusun di atas satu dulang plastik hitam.“Sukanya hati bila dengar awak panggil nama penuh saya.Tapi,panggilan encik tu buang sajalah.Nama saya memang sedap,Daniel Ervin.Saya lebih suka kalau awak panggil saya Ervin.” Ervin mula merepek bagai mak nenek seraya menolong Yuri mengangkat semua pinggan mangkuk yang Yuri susun untuk dihantar ke tempat membasuh pinggan.Yuri memekakkan telinga dan meneruskan kerja umpama Ervin tiada di sisi.“Em,ke awak nak panggil saya abang dan saya panggil awak sayang?” Hampir terlepas dulang gelas dibawa menggunakan tangan itu ke lantai.Mujur,tidak terjatuh!.Bengong betullah Ervin ni!.“Bos boleh tolong diam tak?.Ayik membebel,merepek dan meraban daripada tadi.Bos nak saya gunting mulut bos tu ke?!” Sekali lagi Yuri meninggikan suara sambil menghentakkan dulang gelas di atas bar,tempat membuat air dan membasuh gelas.Melampiaskan rasa marah.Yuri menatap Ervin dengan renungan maut dan pemuda itu buat muka selamba.Lagi Yuri marah,lagi Ervin suka! Hobinya sekarang hanya satu,menyakat Mayurie Rosella!“Buat apa nak gunting mulut saya.Cacat saya nanti.Kalau awak nak cium,boleh je.Saya sudi hadiahkan mulut saya dengan senang hati.” Ervin tersenyum nakal seraya melayangkan jari telunjuknya pada bibirnya sendiri.Sengaja menggoda gadis dihadapannya.Yuri sekadar tersenyum jengkel.“Gatal,miang,merenyam!.Benci betullah!” Yuri tidak dapat menahan geram.Selamba badak  Yuri mengata majikannya.“Jangan benci,nanti jatuh hati.” Ervin tidak mahu kalah.Ya Allah,dia ini kalau tidak menjawab tidak sah agaknya.Kalau Yuri pegang sebilah pisau saat itu,memang Yuri potong lidah dia.Biar dia bisu terus!.Yuri mengalah,malas bertekak lagi.Semua staf  Pizza Star yang melihat aksi Yuri dengan Ervin tersengih tidak tentu pasal.Jadi lebih baik Yuri mendiamkan diri.Kebelakangan ini,Kak Ima,Farah dan Ika sering mengusik dengan mengatakan yang Ervin ada hati dengan Yuri.Dia yang serba sempurna di mata Yuri kecuali kurang kerana otaknya yang agak biul itu boleh jatuh hati pada kuli sepertinya?. Mimpi sajalah.Yuri langsung tidak memasang impian seperti itu.Yuri sentiasa sedar diri dan tidak mahu berangan di siang hari.Mereka semua beranggapan Ervin suka pada Yuri kerana majikan mereka sangat suka mengusik Yuri.Suka mengusik bukan bermakna pemuda itu cintakan dirinya.Kadang kala hubungan antara adik beradik dan kawan baik adalah seperti hubungan Yuri dengan Ervin.Selalu bergaduh,menyakat dan bermasam muka.Macam Yuri dengan Firdaus.Tapi,Yuri bukan adik Ervin pun!.Yuri rasa Ervin betul betul menganggap Yuri sebagai sahabatnya.Jadi,sebab itulah dia gemar benar menyakat.“Ya Allah,sayang berangan apa ni?”  Hampir terlucut jantung Yuri apbila merasakan tangan Ervin melekap di atas kepala.Pemuda itu mengusap kepalanya lembut.Ervin memandang Yuri pelik dan senyumannya tidak seceria tadi.Apa yang difikirkan gadis itu? Sepanjang bekerja bersama Yuri,Ervin dapat menafsirkan yang Yuri seorang gadis yang banyak memendam rasa.“Bos,boleh tak jangan sesuka hati nak sentuh saya? Saya potong tangan bos nanti!” Sekali lagi Yuri terjerit kemarahan dan kali ini dia tidak tergelak.Ervin mencebik bibir memandang Yuri sebelum menunjukkan tangan kanannya yang molek berbalut dengan sarung tangan plastik berwarna putih.“Alah,saya sentuh guna sarung tangan.Berlapik.Jangan nak salahkan saya pulak.Siapa suruh awak diam bila saya panggil.Berangan je kerja dia.” Ervin menggumam kecil seraya memotong lemon dengan sebilah pisau menjadi hirisan kecil.Langsung dia tidak memandang Yuri.Macam marah saja.Yuri terpempam seketika.Betul ke Yuri berangan? Mengapa Yuri boleh tidak sedar yang dia memanggil Yuri atau dia sedang memotong lemom sedari tadi?.“Amboi,ramai yang jadi bartender hari ini.Senanglah kerja akak.” Sapaan Kak Ifa atau nama sebenarnya SharIfah menyedarkan Yuri daripada terus mengelamun.Baru Yuri tersedar yang dia sudah habis membasuh semua gelas kotor dan Ervin selesai memotong lemon,limau nipis dan limau kasturi kepada hirisan kecil untuk digunakan sebagai hiasan minuman.Sepatutnya hari itu Yuri bertugas sebagai servis dan bukannya bartender.Jadual Pizza Star membahagikan semua stafnya kepada tugas tertentu.Satu shift,akan melibatkan seorang pengurus bertugas,sama ada Ervin,Mak Ngah atau Kak Ayu.Bahagian depan atau dalam bahasa inggerisnya,Front of House (F.O.H) melibatkan empat orang staf servis yang berperanan mengambil oder pelanggan dan membersihkan meja.Seorang bartender yang bertugas menyediakan air dan membasuh gelas juga seorang penyambut tetamu yang berdiri di muka pintu menyambut tetamu yang hadir dan mempromosikan menu.Sementara staf bahagian dapur atau Back Of House (B.O.H) melibatkan dua orang pembuat pizza.Seorang pembuat pasta dan makanan sampingan yang lain.Seorang pemotong pizza dan seorang pembasuh pinggan.Seorang rider yang bertugas selaku penghantar pizza juga bertugas di bahagian dapur.Shift pagi akan bermula pada pukul lapan pagi hingga empat petang manakala shift petang akan bermula daripada pukul empat hingga dua belas malam. Hari ini Yuri dan Ervin berkerja shift malam.Begitu juga dengan Kak Ifa.“Takdelah kak.Pelanggan tak ramai hari ni.Sebab tu saya dengan Yuri tolong bersihkan apa yang patut dekat bar ini.” Ervin menjawab seraya melemparkan senyuman ikhlas pada Kak Ifa.Yuri yang melihat terpegun seketika.Suka sangat bila melihat Ervin tersenyum sebegitu. Bukan senyum untuk menyakat Yuri! Ervin baik hati dan hormat staf bawahannya yang lebih tua.“Terima kasihlah Vin,Yuri.” Kak Ifa yang berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak itu menjawab lembut.Selang beberapa minit,Yuri dan Ervin keluar daripada bar untuk memberi ruang kepada Kak Ifa melakukan kerjanya.Yuri berdiri di satu sudut seraya menunggu mana mana pelanggan yang memerlukan khidmat.Ervin menghampiri dan berdiri di sisi Yuri.“Yuri,jomlah...” Ervin merengek kecil.Suara manja yang sengaja dibuat buat.“Nak pergi mana?” Yuri bertanya malas.Tiada hati untuk menguatkan suara lagi.“Jom teman saya kira stok dalam freezer.Saya bukan sengaja nak ajak awak.Cuma awak jelah yang tahu bab kira mengira stok ni jika hendak dibandingkan dengan staf lain.Tolong saya ya?” Alahai,suaranya seperti merayu.Macam tidak boleh kira stok bersendirian sahaja.Miss Fatin sebelum ini jarang sekali meminta pertolongan mana-mana staf untuk mengira barang dalam freezer walaupun Yuri pandai dalam hal tersebut.Terkebil kebil mata tajam Ervin memandang Yuri. Pandai betul minta simpati.Yuri hendak menolak pun tidak sampai hati.
“Yalah.Jom.” Jawapan Yuri jelas menyebabkan Ervin tersenyum hingga ke telinga.Godaannya berjaya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 09, 2014 04:51

NOVEL : BILA KULI JADI ARTIS! BAB 1,2,3


 BAB 1 “Selamat datang ke Pizza Star.”Suara Ika yang datang dari arah muka pintu restoran membuatkan Yuri memandang sekilas.Kelihatan gadis itu membuka pintu dengan senyuman lebar hingga ke telinga. Senyuman plastik yang sentiasa dilemparkan kepada semua pelanggan restoran setiap kali gadis genit itu menjadi host atau dengan  kata nama lain,penyambut tetamu.Dua pemuda yang berumur dalam lingkungan 30 an,berkulit gelap dan bermisai melihat Ika daripada atas hingga ke bawah dengan senyuman gatal.“Boleh saya tahu,encik berdua hendak makan di sini atau ingin bungkus bawa pulang ke rumah?” Ika lembut bertanya.Dua pemuda tadi tersenyum miang.Itu adalah dialog yang akan diungkapkan oleh seorang host setiap kali pelanggan menjejak masuk ke restoran.“Kalau abang nak bungkus cik adik yang comel ni untuk dibawa pulang ke rumah boleh tak?”Pertanyaan biadap salah seorang daripada pemuda itu membuatkan telinga Yuri berdesing. Mujurlah dia berdiri tidak jauh daripada kawasan pintu hadapan Pizza Star.Jika tidak mahu Ika terkulat kulat sendirian di situ.Segera saja kaki menapak ke arah sahabat baiknya itu.Tangan digenggam menahan geram.Dasar lelaki gatal.Tak boleh nampak perempuan. Budak mentah macam Ika pun hendak digodanya!“Maaflah encik,restoran kami ni ada khidmat bungkus makanan je,bukan bungkus orang. Kalau encik berkehendak begitu, pergi cari  dekat restoran lainlah.Itu pun saya tak jamin ada atau tidak.Kita berada di Malaysia.Sebuah negara Islam yang tidak mengamalkan permedagangan manusia.”Tercengang seketika kedua pemuda itu apabila Yuri tiba-tiba saja menyampuk bicara mereka..Mereka memandang jelik gadis cantik persis tomboy yang sedang berpeluk tubuh itu sebelum mendengus kecil.Terganggu dengan kehadiran Yuri.Baru hendak mengayat pekerja pizza yang setahun jagung itu.Ada pulak yang kacau daun! Setelah merasakan aura membunuh daripada sepasang mata gadis tomboy itu,kedua pemuda itu tersenyum sumbing.Mungkin menyedari kebodohan sendiri atas kepincangan menggunakan lidah yang dikurniakan.Atau mungkin takut dimaki oleh gadis di hadapan mereka.Ika hanya tersengih-sengih. Sudah mengagak Yuri akan membahasakan kedua pemuda tidak tahu adab itu. Terus saja Ika membawa dua pemuda itu ke meja kosong berdekatan memandangkan mereka berdua tidak ingin membungkus makanan untuk di bawa pulang.“Cool lah lu beb,ayat power habis!” Farah yang sedari tadi memasang telinga di kaunter juruwang,segera saja menerpa dan memaut bahu Yuri.“Biasa jelah beb.” Yuri menjawab malas sambil melemparkan senyuman senget.Farah,gadis yang kerap berselendang, tersenyum lebar seperti kebiasaan.Yuri sudah masak benar dengan perangainya. Sama saja dengan Ika.Ceria memanjang.Entah petua apa yang digunakan dua gadis itu sehingga setiap hari mereka bisa tersenyum ceria menghadapi kerenah pelanggan yang pelbagai ragam.Jika diikutkan angin Yuri,mahu gulung tikar restoran itu.Mereka berdua memandang perkarangan luar restoran daripada pintu berkaca lutsinar dan Yuri terdengar Farah mengeluh kecil. “Kau tak bosan ke beb kerja dekat sini?” Pertanyaan Farah tidak sedikit pun mengejutkan Yuri.Sering kali pertanyaan begitu ditanyakan oleh semua teman rapat yang sama  bekerja di Pizza Star.Renungan mata Farah yang mengenakan kanta lekap bewarna kelabu itu Yuri pandang dengan satu keluhan panjang.“Bosan.Tapi kita tiada pilihan lain selain daripada bekerja di sini. Sekarang bukan senang nak dapat kerja.”Yuri  membetulkan topi di kepala yang menutup rambut pendek paras bahunya.Jawapan sama yang Yuri berikan kepada Farah setiap kali soalan itu diajukan.Gadis yang tua dua tahun daripadanya itu mengangguk kecil.Sudah setahun Yuri bekerja di Pizza Star Kota Tinggi,Johor sebaik saja mendapat keputusan SPM.Keputusan peperiksaan Yuri bukanlah teruk sangat tetapi Yuri tidak terpilih untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA).Mungkin tiada rezeki.Niat di hati ingin menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), tetapi masalah kewangan keluarga menjadi penghalang.Demi mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga,Yuri sanggup bekerja untuk menampung perbelanjaan sendiri dan menyimpan duit untuk perbelanjaan pelajaran kelak. Walaupun gaji di Pizza Star tidak mencecah nilai seribu,itu bukan alasan untuk dia mementingkan diri sendiri dengan menyerahkan tugas mencari rezeki kepada bapa dan abang-abangnya sahaja.Dia sendiri perlu berusaha!Dalam era millennium ini,seorang gadis yang hanya mempunyai sijil SPM dalam tangan seperti dia,Ika dan Farah sememangnya tidak mempunyai peluang luas untuk memilih pekerjaan yang bagus.Graduan yang mempunyai diploma dan ijazah sudah ramai yang jadi penganggur.Inikan pula dia yang hanya mempunyai sijil SPM.Peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang berkualiti hanya tinggal mimpi .Diterima bekerja sebagai salah seorang staf di Pizza Star itu pun amat disyukuri.Pizza Star adalah sebuah francais terkemuka di Asia.Label francais ini sama saja dengan Pizza Hut,KFC atau MacDonald.Pizza Star diitubuhkan oleh seorang jutawan Cina Muslim bernama Abdullah Lim,lebih kurang enam puluh tahun lalu di Beijing,China.Pizza Star berkembang pesat apabila cawangannya didirikan di banyak negara.Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai menyebabkan cawangan Pizza Star bertambah setiap tahun.Hampir enam puluh tahun beroperasi kini Pizza Star memiliki lebih daripada seribu cawangan di Asia.“Alangkah baiknya jika kita dilahirkan seperti dia..” Suara lembut Farah menyebabkan lamunan Yuri mati begitu sahaja.Yuri memandang ke arah papan iklan bersaiz gergasi yang terpacak megah berhadapan dengan Pizza Star.Papan iklan yang membuatkan mata Yuri dan Farah tidak berkelip kelip melihatnya.Tanpa bicara Yuri tersenyum hingga ke telinga.Terpamer cantik di atas papan itu wajah seorang pemuda yang amat tampan pada pandangan matanya.Pemuda itu memperagakan baju sukan jenama ‘Ace’ yang mana merupakan jenama paling laris masa kini.Pemuda itu ialah Ace.Seorang penyanyi terkemuka dunia yang namanya melonjak naik dalam sekelip mata dua tahun lepas apabila dia menjuarai pertandingan nyanyian terbesar di Amerika Syarikat,World Idol.Ace yang ketika itu berusia 16 tahun menjuarai pertandingan tersebut dengan suara merdunya yang tiada tandingan.Dalam masa dua tahun berkecimpung dalam dunia hiburan,kariernya tidak pernah sekalipun jatuh.Lahir daripada keluarga berada dan mempunyai perusahaan sendiri,Ace menjadi idola ramai gadis termasuk Yuri.Kini Ace  memiliki sebuah syarikat hiburan atas usaha gigihnya .Bahkan dia juga telah mengeluarkan beberapa produk dengan jenama sendiri.Dia pandai menjaga tingkahlaku hingga tiada gosip-gosip liar tercetur.Namanya semakin mashyur saban hari.Bukankah Ace sangat bertuah?“Em...idola aku.Bintang aku.Dia memang dilahirkan dengan tuah.Alangkah bertuahnya aku jika dapat bertatapan mata dengan dia.” Senyuman Ace dalam papan iklan itu seolah-olah menusuk jauh ke dalam kalbu.Bilalah agaknya Yuri boleh bertemu dengan idolanyaitu? Berangan jelah kau ni Yuri! Cemuh gadis itu dalam hati.“Tak payah nak bertuah sangatlah Cik Yuri.Berangan je kerja kau orang berdua ni.” Suara Mak Ngah,penolong pengurus Pizza Star Kota Tinggi atau nama sebenarnya Noor Afiza Mazlan mematikan perbualan Yuri dan Farah.Gadis yang berusia 26 tahun itu segera saja menyelit antara Yuri dan Farah yang sedang berdiri.Nasib baiklah tubuh gadis itu kurus macam papan.Jika tidak,tiada maknanya Yuri hendak berdiri bersama mereka berdua di muka pintu itu.Nampaknya,Mak Ngah turut sama memerhatikan papan iklan Ace itu.“Ya Allah,kenapalah Ace ni hensem sangat ya? Walaupun Mak Ngah tengok papan iklan tak bergerak tu setiap hari,tetap juga Mak Ngah nak puji wajah dia yang tampan tu.Bilalah Mak Ngah dapat bertatapan dengan dia ya?” Paku dulang,paku serpih.Mengata orang dia yang lebih.Hampeh! Mak Ngah pun dua kali lima dengan Yuri.Dia kata Yuri berangan memikirkan Ace.Sekarang,dia pun sama.Farah ketawa kecil melihat gelagat gadis itu dan Yuri hanya menggeleng geleng kepala.Sudah masak benar dengan situasi sebegitu.Mak Ngah adalah nama gelaran manja untuk penolong pengurus yang kurus kering itu kerana dia adalah anak kedua dalam ahli keluarganya.Selain itu,gelaran tersebut diberi kerana  mulutnya yang suka membebel macam mak nenek.Justeru,keseluruhan staf Pizza Star Kota Tinggi memanggil Fiza dengan panggilan Mak Ngah. “Wow,cantiknya kereta!” Mata Mak Ngah membulat sambil melihat sebuah kereta BMW 5 Series bewarna putih molek terparkir di hadapan Pizza Star.Yuri dan Farah turut sama memerhatikan kereta mewah itu tanpa berkelip mata.Aduhai,macam orang jakun saja gaya mereka bertiga saat itu!Bukanlah jakun sangat sebenarnya.Cuma untuk orang seperti mereka dapat memandu kereta seperti itu rasanya dalam mimpi sajalah.Yuri? Lesen pun tiada.Bagaimana mahu memandu kereta? Selang beberapa minit,keluar dua orang manusia daripada perut kereta mewah itu. Yuri menelan liur.Pada mulanya Yuri ingatkan orang yang memandu kereta itu berbangsa cina.Namun,setelah melihat gadis yang keluar daripada kerusi penumpang mengenakan pashmina,maknanya orang melayulah tu! Eh,memandai je kau ni Yuri!Kedua manusia yang menarik perhatian mereka bertiga itu berpakaian tebal seperti berada dalam musim salji.Walaupun Yuri tidak pernah ke luar negara,tetapi gaya pemakaian mereka itu sepertilah gaya para pelakon drama korea yang menjalankan penggambaran pada musim sejuk.Setahu Yuri,Malaysia tiada musim salji! Paling sejuk pun dekat Cameron Highland atau Genting Highland.Itupun suhu tidak mencapai 20 darjah celcius hingga tahap manusia di situ  terpaksa memakai pakaian tebal seperti orang Eskimo.“Gila ke apa,tengah hari buta pakai baju macam tu.” Nampaknya Farah sependapat dengan Yuri.“A,ah,sejak bila pulak Malaysia ni ada musim sejuk.” Mak Ngah menyampuk.Mereka bertiga terus memerhatikan pasangan itu sehingga mereka menghampiri pintu Pizza Star.Ika yang entah bila muncul di belakang mereka segera saja membuka pintu restoran dan Farah turut sama membantu.Yuri dan Mak Ngah mengiring ke bahagian tepi agar tidak menghalang dua manusia itu memasuki restoran.Bau semerbak harum menusuk hidung sebaik saja pemuda yang mengenakan kaca mata hitam melintasi Yuri.Harumnya bau! Pasti minyak wangi mahal ni! Amboi,ke situ pulak kau Yuri!.“Selamat datang ke Pizza Star!” Yuri dan Mak Ngah serentak mengucapkan kata-kata menyambut para pelanggan restoran sambil menundukkan kepala.Kemudian mereka berdua berpandangan sama sendiri dan tersengih tak tentu pasal.Bukan Yuri tidak tahu, Mak Ngah akan teruja untuk menyambut tetamu atau mengambil order pelanggan restoran yang kelihatan segak atau menarik perhatian walaupun itu bukan tugas utamanya.Lebih kurang sama saja dengan Yuri.Gatal lebih!Sengihan Yuri mati begitu saja apabila bau haruman tadi tiba-tiba saja begitu dekat dengannya.Apabila Yuri mendongakkan kepala,terasa tegak keseluruhan bulu roma di atas badan.Mata yang mengenakan kaca mata hitam itu kelihatan memerhatikan dirinya daripada jarak lebih kurang beberapa inci sahaja.Entah sejak bila dia berdiri begitu dekat dengan Yuri.Yuri tidak perasan.Automatik saja kaki menapak beberapa langkah ke belakang.Walaupun mata pemuda itu bertutup, Yuri dapat merasakan sepasang mata itu tajam merenung dirinya.“Saya nak awak yang ambil pesanan makanan saya.” Ujar pemuda itu seraya mengajukan jarinya ke arah Yuri.Alahai,lunaknya suara dia.Tapi,tunggu sekejap! Kenapa pula dia nak suruh aku yang ambil pesanan makanan dia?! Tak betul ke apa lelaki ini?.Kata Yuri dalam hati.Belum sempat Yuri memprotes,pemuda itu sudah hilang mengikut jejak langkah pasangannya yang tersengih sengih seperti kerang busuk.Yuri,Mak Ngah,Ika dan Farah tercengang seketika.“Kau kenal dia ke Yuri?” Farah bertanya dengan wajah teruja.“Gila kau.Ada pulak aku kenalan yang berpakaian Eskimo dan berkereta mewah.Aku tak kenallah.” Jawapan Yuri jelas menambahkan persoalan di wajah sahabatnya. Tanpa menunggu lama,Yuri terus saja mengambil buku menu daripada tangan Ika dan mengejar langkah pasangan itu.Sepatutnya kerja menyambut tetamu dan menyerahkan menu dilakukan oleh Ika.Namun,atas permintaan khas pemuda tadi,Yuri terpaksalah mengikut.Customer always right lah katakana!Sakitnya hati Yuri bila pasangan tadi kelihatan berpusing pusing dalam restoran untuk mencari meja yang sesuai untuk diduduki.Macam hendak buat lawatan pula gaya mereka berdua. Mujurlah memang salah satu daripada tugas Yuri adalah untuk mengeskot pelanggan ke meja yang disukai mereka sebelum mengambil pesanan.Jika tidak,masakan Yuri sudi mengelilingi restoran itu hingga beberapa kali.Akhirnya,selepas penat tawaf dalam restoran itu,kedua pasangan tadi mengambil keputusan untuk duduk di meja nombor 25.Sekali lagi Yuri diserang sakit hati.Punyalah banyak meja bersih yang tiada pinggan mangkuk,kutleri atau sisa makanan yang belum dikemas di atasnya,mengapa mereka berdua memilih untuk duduk di meja itu?“Maaf encik,cik,meja ni belum dikemas.Boleh tak kalau encik dan cik duduk kat meja yang bersih?” Yuri bertanya lembut sambil mengajukan ibu jari ke arah meja meja kosong yang tiada pelanggan.Masih banyak meja yang bersih dan kosong.Hendak juga duduk di meja yang kotor.Bodoh ke apa mereka berdua ini? Desisnya dalam hati.“Saya nak duduk dekat meja ni,awak ada masalah ke?”Pemuda yang berkaca mata hitam itu bertanya sinis.Kelihatan hujung bibir merahnya yang menyenget ke tepi.Daripada memek muka pemuda itu sepertinya Yuri telah melakukan sesuatu yang menjengkelkan.Ringan saja tangan Yuri ingin menghadiahkan penampar pada wajah itu.Nasib baik pelanggan!  “Oh,takde masalah,cuma encik kena tunggu sebentarlah,saya nak panggil kawan saya untuk bersihkan meja.” Yuri tertinjau tinjau mencari kelibat staf yang bertugas mengemas meja pada hari tersebut.Selain Yuri,Kak Azimah dan Kak Kiot atau nama samarannya Zakiah juga bertugas sebagai servis hari itu.Bagaimana Yuri hendak mengemas meja seraya hendak melayan kerenah pelanggan itu? Sudahlah pemuda itu kelihatan berterusan merenung Yuri dari balik kaca mata hitamnya.Sementara perempuan muda yang duduk disisinya tersengih sengih memerhatikan pemuda di hadapannya.Yuri pulak yang angin satu badan melihat gelagat mereka berdua.Mereka fikir dia badut sarkas ke apa?!“Kenapa malas sangat? Tak perlu buang masa tunggu kawan.Awak takde tangan untuk kemas sendiri meja ni ke? Awak staf servis juga kan?”Menyirap darah Yuri apabila diperli pemuda itu.Malas untuk bertengkar,Yuri mengemas meja tersebut sepantas mungkin.Sepanjang mengemas Yuri perasan yang pemuda itu tersenyum sinis memandangnya.Grr...sakitnya hati!.Setelah selesai mengemas,cepat saja dia  meletakkan buku menu dan cuba berlalu. “Awak nampak tak yang kami berdua? Kenapa bagi menu sekeping saja? Macamana saya nak tengok?”Langkah Yuri terhenti.Yuri menyumpah dalam hati.Bagaimanalah boleh terlupa untuk membawa dua buku menu tadinya.Dengan perasaan sebal dia kembali berpaling ke belakang dan tersenyum ke arah pemuda itu.“Maafkan saya.Saya terlupa.Saya pergi ambil satu lagi buku menu sekarang.” Pantas saja Yuri berlari ke kaunter juruwang dan mengambil sebuah buku menu yang tersusun cantik di situ. Kemudian dia kembali berlari ke meja nombor 25.Jantungnya hampir berhenti berfungsi dan Yuri terkesima seketika apabila bertatap mata dengan pemuda yang sudah menanggalkan kaca matanya itu.Dia juga tidak berkelip.Ya Allah,kacaknya dia! Bagaimanalah dia boleh tidak perasan ketampanan wajah pemuda itu sedari tadi.“Saya tahulah saya hensem.Tak perlulah nak tenung saya macam tu sekali.Bak sini menu tu.”Pemuda itu menarik buku menu daripada tangan gadis gebu yang sedang berdiri tegak memandangnya.Tidak hairan dengan wajah terkejut Yuri kerana dia tahu ramai yang kagum dengan ketampanan wajahnya.Sebaik saja Yuri perasan senyuman sinis pemuda itu terus saja Yuri beristighfar perlahan.Wajahnya terasa membahang. Alahai,kenapalah mata ini gatal sangat untuk merenung.Tidak tentu pasal kau dah kena perli Yuri! Monolognya dalam hati.“Saya nak Seafood Lasagna satu dengan orange juice.” Gadis cantik yang berusia dalam lingkungan 20 an itu mula memesan makanan.Yuri mencatat pesanannya di atas sekeping kertas.Dia memandang pula wajah pemuda tampan tadi.Tiada tanda yang pemuda itu bersedia untuk memesan makanan.Sengaja menyeksa Yuri berdiri lama di sisi meja itu.“Vin,cepatlah oder makanan.I dah laparlah..” Gadis itu merengek kecil seraya memegang tangan pemuda tampan itu.Mungkin teman wanita dia.Nama pemuda itu Vin? Pelik saja bunyinya.“Saya nak hati awak.”“Ha?!” Hampir saja terlepas pen dan kertas yang Yuri pegang.Dia salah dengar ke?“Saya nak Pizza Hawaiian Chicken personal size dengan Iced Coffee.” Ujar pemuda itu dengan melirik senyuman nakal.Suka melihat pekerja pizza Star itu gabra.Yuri terpinga pinga seketika sebelum menulis pesanannya.Sah,Yuri salah dengar!.“Baiklah,hidangan akan siap dalam masa 20 minit.” Yuri mahu cepat beredar daripada meja itu namun baru selangkah Yuri menapak sekali lagi pemuda itu memanggilnya.“Awak...”Sebaik saja Yuri berpaling ke belakang,pemandangannya gelap.Pantas saja Yuri menarik sesuatu yang menyelubungi wajahnya.Sesuatu yang harum dan baunya seperti bauan yang dia hidu tadi.Sekali lagi mata Yuri terbeliak apabila tangannya memegang sehelai jaket hitam tebal yang berbulu lembut.Jaket siapa lagi jika bukan jaket pemuda itu!“Tolong sangkutkan jaket tu dekat tempat yang sepatutnya.Saya takut jaket saya kotor.” Pinta pemuda itu tanpa perasaan bersalah.“Maaflah encik,Pizza Star bukan restoran bertaraf lima bintang sampai ada tempat penyangkut jaket bagai.Sangkut saja di kerusi.Encik bukannya budak lima tahun sampai makan pun berselerak sana sini.”  Selesai Yuri bersuara,yang bertujuan untuk menyakitkan hati sang pendengar,segera saja Yuri mengambil jaket pemuda itu dan disangkutkan di atas kerusi kosong yang berada bersebelahannya.Belum sempat sang pemuda membalas kata,Yuri segera cabut lari.Dari kejauhan Yuri dapat mendengar gelak besar teman wanita pemuda itu.Mungkin mengetawakan teman lelakinya kerana  telah disembur oleh Yuri.Rasakan!




















BAB 2Sebulan berlalu dengan pantas,namun pertemuan yang berlaku antara Yuri dan pemuda kacak itu memang tidak mudah dilupakan.Yalah wajah pemuda itu mirip dengan Lee Min Ho, pelakon yang sangat tampan di mata kebanyakan peminat drama korea.Bukan senang nak jumpa tu.Ha,ha,ha.Merepek sudah!.Em..memang dia sangat tampan daripada pandangan mata Yuri.Walaupun sebulan sudah berlalu, wajahnya masih berlegar legar dalam otak gadis itu. Seperti baru sehari lepas mereka bertemu.Jauh dalam sudut hati,Yuri berharap dia dapat berjumpa dengan pemuda kacak itu sekali lagi.Tidak puas memandang wajah kacak yang menyakitkan hati itu!Kulit pemuda itu putih,hampir saja menyamai tona kulit Yuri.Hidung mancung.Bibir merah tanda bukan seorang perokok.Rambut mengikut gaya terkini.Dia tinggi lampai dan badannya sasa.Keningnya hitam dan matanya..“Yuri,janganlah termenung lagi.Terlepas juga bas kamu nanti.Kamu masuk kerja pukul 3.30 petang kan?” Pertanyaan Hasnah buat Yuri tersentak.Dia tersengih seperti kerang busuk memandang wajah tua ibunya yang terjenggul di pintu bilik.“Ya mak.Kejap lagi Yuri keluar.” Jawapan Yuri membuatkan ibunya terus berlalu ke ruang tamu.Sebenarnya Yuri bukanlah selalu berada di rumah.Sepanjang Yuri bekerja,dia menginap di hostel Pizza Star.Ini kerana jarak rumahnya dengan Pizza Star mengambil masa satu jam jika menaiki bas.Untuk menjimatkan wang tambang bas dan masa,Yuri berkeputusan menginap di hostel bersama Farah dan Kak Azimah yang Yuri gelar Kak Ima.Oleh kerana dia demam,barulah dia bercuti selama dua hari dan pulang ke rumah yang terletak di Kampung Sayang.Kampung Sayang? Ya..itulah nama kampung Yuri.Jangan ditanya mengapa nama kampungnya begitu,kerana Yuri tidak tahu akan jawapannya.Selesai menyisir rambut yang pendek seperti gaya rambut Emma Watson,Yuri menggapai sebuah topi Nike dan mengenakannya di atas kepala.Uniform Pizza Star yang bewarna merah berbelang hitam tersarung lengkap di atas tubuh.Yuri mengambil sebuah beg sandang yang terisi dengan beberapa helai baju sebelum bergegas ke luar daripada bilik.“Yuri,badan kau dah makin gemuklah Fir tengok.Jaga sikit makan tu.Nanti takde orang nak kahwin dengan kau.” Suara sumbang abang ketiga Yuri yang bernama Firdaus membuatkan gadis itu mencebik bibir.Yuri memandangnya sekilas sebelum mendapatkan ibunya yang sedang menjahit baju koyak.“Hek eleh,tahulah dia tu kurus.Tak payah nak sibuk hal orang pulak.Kau tu kurus,ada orang nak ke? Poyo lebih.” Yuri menjawab selamba.Abangnya itu ketawa mengekek.Begitulah hubungan Yuri dengan abang ketiga yang hanya tua tiga tahun daripada umurnya.Disebabkan jarak umur yang tidak jauh beza,Yuri lebih selesa berkau dan beraku dengan abangnya itu.Berbeza apabila Yuri memanggil abang sulung dan abang kedua.Kadang kala,orang luar yang tidak mengetahui perhubungan baik antara Yuri dengan abangnya itu,sering beranggapan yang mereka dua beradik sering bergaduh.Padahal,tidak pernah sekalipun Yuri bergaduh dengan abang ketiga yang digelar Fir itu.Memang Mayurie Rosella kalau bersuara,satu kampung boleh dengar.Abangnya pula,jika ketawa bagai pontianak mengilai.“Alah,Fir lelaki.Lelaki takpe takde makwe.Sekarang memanglah takde orang nak.Tapi bila Fir dah cukup duit nanti,Fir suruh je mak meminang mana mana perempuan yang Fir suka.Kau tu perempuan,mana boleh meminang lelaki.Jadi,jagalah berat badan tu.” Sakat Firdaus lagi.Gemar melihat wajah cemberut adiknya.Adik yang pandai berdikari dan tidak menyusahkan orang tua.Walaupun Yuri sekadar kuli di Pizza Star,Firdaus tetap bangga dengan kerajinan adiknya itu.Masakan tidak,kebanyakan remaja sekarang,jika tidak mahu menyambung pelajaran hanya tahu goyang kaki di rumah mengharapkan ibu bapa mencari rezeki.Firdaus bersyukur adiknya tidak sebegitu.“Mak,tengok Fir ni!!!” Yuri menjerit nyaring sambil menggoyang goyang lembut lengan  ibunya.Saja hendak mengadu dengan Hasnah.Anak manjalah katakan.Walhal Yuri bukanlah anak bongsu.Yuri masih ada seorang adik yang berusia sembilan tahun.“Ya Allah,mak nak menjahit ni Yuri.Betullah cakap abang kamu tu.Badan tu jangan gemuk sangat.Nanti susah nak cari baju.” Hasnah menyokong pendapat anak bujangnya.Lepas ke hal baju pulak.Dongkol Yuri dalam hati.Dia mula tarik mucung sedepa.“Sampai hati mak cakap Yuri macam tu.Yuri bukan gemuk sangat pun.” Yuri buat suara sedih.Padahal langsung tidak ambil hati dengan kata-kata ibunya.Yalah,memang Yuri agak gemuk.Berat 65 kilogram dengan ketinggian 160 sentimeter. Sudah melebihi berat badan. Jadi,tidak perlulah terasa dengan kenyataan yang dilemparkan.“Yalah,memanglah sekarang ni kamu tak gemuk sangat.Tapi,kalau kamu tak jaga makan, nanti bertambah gemuk badan tu.Lagi satu,mak tak berkenan betullah dengan gaya kamu sekarang ni. Rambut tu dahlah pendek, bertopi pulak,kadang kadang seluar hip hop pun kamu pakai.Kamu nak jadi lelaki ke Yuri?”Sekali ibunya mengeluarkan ceramah,bingit telinga mendengarnya.Seluar hip hop? Seluar jeans pendek lelaki bersaiz besar dengan rantai silver di belakang poket merupakan seluar kegemaran Yuri.Itulah seluar hip hop yang dimaksudkan Hasnah.Sudah banyak kali ditegur,namun Yuri buat tidak dengar.Bagi Yuri seluar itu sangat padan dengan dirinya.Tidak nampak seksi dan cool habis! Bukan Yuri tidak berminat untuk bergaya feminim. Namun Yuri rasa dengan susuk tubuhnya yang tidak langsing apatah lagi menawan juga dengan kerja Yuri selaku staf Pizza Star,Yuri langsung tiada masa untuk berhias cantik apatah lagi nak berfeminim bagai.Cukuplah sekadar gaya yang mengikut kata ibunya menyerupai lelaki itu.Yuri peduli apa? Asalkan nalurinya tidak bertukar songsang,itu sudah cukup memadai.“Mak ni ada pulak cakap macam tu.InsyaAllah mak,bila Yuri dah ada kerja yang lebih baik nanti,Yuri akan berhias cantik dan nampak keperempuanan habis.Mak jangan terkejut pulak bila berduyun duyun lelaki meminang anak emak ni.” Yuri menggiat ibunya sebelum mencium pipi dan menyalam tangan wanita itu.“Em,yalah tu.Berangan tak sudah.Hati-hati jalan.” Hasnah malas melayan kata-kata anak daranya itu.Semakin dilayan semakin lambat dia hendak pergi kerja.Yuri menapak ke luar rumah dan menunggu bas di tepi jalan untuk menuju ke Kota Tinggi.Selang satu jam Yuri sudah terpacak dalam Pizza Star.Setelah meletakkan beg sandang dalam hostel yang terletak di tingkat atas Pizza Star, Yuri bergegas ke bahagian bawah.Selesai punch card kedatangan kerja,dia bergegas ke tandas untuk memakai apron dan memperkemaskan lagi uniformnya.“Rugi semalam Yuri kau tak datang.Kita ada pengurus baru.Handsome gila. Akak cair tengok dia.”Kak Azimah yang muncul entah dari mana tiba-tiba saja menyapa Yuri.Dia berdiri di sisi gadis itu sambil membetulkan tudungnya.Kak Ima merupakan satu satunya staf yang Yuri anggap seperti kakak kandung sendiri.Dia mempunyai sikap yang lemah lembut dan penyayang.Yuri suka untuk bermanja manja dengannya.Tambahan lagi,mereka berdua tinggal sebilik.Banyak perkara yang dikongsi bersama.“Alah,hari ni bukan Yuri tak boleh tengok pun.” Yuri menjawab malas.Bukan boleh dikira sangat citarasa Kak Ima ini.Kadang kala,lelaki yang dia cakap hensem semua tak masuk dengan citarasa Yuri dan begitu juga sebaliknya.Biasalah citarasa masing-masing kan berbeza.Ada orang yang minat Hindustan,mengatakan Shah Rukh Khan itu hensem.Walhal,pada mata Yuri pelakon itu tidak hensem langsung.Namun,bakat lakonannya memang awesome.Mata Yuri lebih berkenan dengan wajah-wajah pelakon Korea dan Inggeris.“Em,betul juga tu.Sekejap lagi jumpalah kau dengan dia.Macamana demam,dah sembuh ke?”Aik,Kak Ima ni,ingat pula dia nak bertanya tentang kesihatan aku? Ingatkan taksub sangat dengan ketampanan pengurus baru sampai terlupa perihal adik angkat sendiri! Getus Yuri dalam hati.“Alhamdullilah.Dah sihat kak.” Yuri menjawab pendek sebelum berlalu keluar daripada tandas. Teringin juga melihat wajah pengurus baru yang dikatakan hensem sangat tu.Yuri menoleh ke kiri dan ke kanan.Tiada pula muka baru dalam restoran itu.Namun,mata Yuri mati pada sebatang tubuh segak yang bersweater  hitam sedang berjalan menuju ke arahnya. Langkahnya kemas dan teratur sekali.Matanya tajam menikam pemandangan. Yuri bermimpi ke? Mamat ini buat apa lagi dekat sini? Buat apa? Makanlah wei! Adegan yang sama berulang,sekali lagi jantungnya berhenti berfungsi apabila pemuda itu berdiri tegak dihadapannya.Dia mengukir senyuman manis.Yuri bertambah sesak nafas!“Er..encik nak makan apa?” Tiba-tiba saja soalan itu terpacul keluar daripada mulut.Pemuda itu terkebil-kebil memandang Yuri sebelum tergelak kecil.Ya Allah,indahnya senyuman dia! Kelihatan lekuk lesung pipit di pipi kiri dan kanan pemuda itu!“Nak makan awak.” Jawapan ringkas itu cukup untuk buat Yuri terkedu dan wajahnya membahang menahan malu.Yuri tak tahu nak cakap apa.Hanya memandang kiri dan kanan untuk melarikan diri.Malangnya,dia tidak boleh lari.Jika dia lari,pemuda itu akan kata Yuri gila.Jatuhlah maruahnya nanti!“Ha,kat sini pun awak Yuri.Puas saya cari awak di merata tempat,tapi tak jumpa.” Suara Miss Fatin Hamimah,merangkap pengurus Pizza Star,Kota Tinggi menyelamatkan Yuri.Segera saja Yuri menjauhkan diri daripada pemuda itu dan mendekati Miss Fatin.Malangnya,pemuda itu kelihatan mengikuti langkah Yuri.Alamak,takkanlah dia hendak membuat aduan pada Miss Fatin tentang kelancangan mulutnya berkata kali lepas?! Mustahil,perkara itu berlaku sebulan lepas.Jika hendak diungkit,pasti daripada dulu lagi pemuda itu sudah membuat aduan.“Er..ada..ada apa Miss Fatin cari saya?” Yuri tergagap gagap berbicara apabila lelaki itu masih merenung.Kali ini wajahnya kelihatan serius.Dia berdiri bersebelahan Miss Fatin dan memandang Yuri seperti Yuri melakukan kesalahan besar.“Em saya nak perkenalkan awak dengan pengurus baru Pizza Star,Kota Tinggi.Kenalkan ini Encik Daniel Ervin.Dia menggantikan posisi saya bermula semalam.”Terkedu dan tak terkata.Itulah reaksi Yuri ketika itu.Pemuda yang pernah mencari pasal dengannya itu ialah pengurus baru Pizza Star?! Masak kau Yuri! Sudahlah tadi dia kata dia nak makan kau.Nampak sangat yang dia berdendam dengan kau.Aduhai,janganlah sampai kena buang kerja.Patutlah kali lepas bukan main lagi dia mengelilingi Pizza Star ini seperti hendak membuat lawatan.Rupa-rupanya memang dia ingin melawat tempat dia bakal bekerja. “Ervin,kenalkan ini Mayurie Rosella atau Yuri.Staf servis terbaik Pizza Star.”Alamak,sesi perkenalan daripada Miss Fatin betul betul buat wajah Yuri semakin tebal! Staf servis terbaik? Staf servis terbaik apa kalau dia selalu memprotes permintaan pelanggan.Dan salah seorang daripada pelanggan itu adalah pemuda di hadapannya itu. Tak payah nak labelkan terbaik sangatlah jika dia sekadar kuli di Pizza Star itu.Yuri menatap sekilas wajah Ervin.Dia masih menunjukkan wajah serius.“Oh,staf terbaik.Baguslah kalau macam tu.Saya akan menilai sejauh mana baikknya awak sewaktu melayan kerenah pelanggan.Selamat bekerjasama Yuri.” Akhirnya Ervin membuka mulut dan menghulurkan salam.Penuh dengan sindirin.Yuri teragak agak menyambut salam Ervin dan sekali lagi pemuda itu tergelak apabila merasakan tangan Yuri yang sejuk beku saat berada dalam genggamannya.Tak guna punya orang! Segera saja Yuri menarik tangan daripada terus bersalaman dengannya.“Okeylah Ervin.Aku ada kerja lain buat.Aku pergi dulu.Bye.” Miss Fatin berlalu dengan senyuman lebar di wajah.Disebabkan dia sudah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kawasan barulah Pizza Star menerima seorang pengurus baru.Dan Yuri tidak menyangka yang pengurus baru itu ialah Daniel Ervin.Mata Yuri mengiringi langkah Miss Fatin yang keluar daripada Pizza Star.“Ambil ni.” Sekali lagi kepala Yuri diselubungkan dengan satu objek hitam apabila dia kembali membuka bicara.Yuri mendongkol geram apabila mendapati sweater pemuda itu yang terbang di atas kepalanya.Suka sangat main campak campak.Aku masukkan dalam tong sampah.Baru padan muka dia!.Cemuh Yuri dalam hati.“Tolong letakkan sweater saya tu dalam ofis.Jangan curi curi cium saya punya sweater.Takut nanti awak tidur termimpikan saya pulak.”Yuri membuat aksi loya tekak.Apa kena dengan pemuda di hadapan dia ini? Sudah gila ke? Ingat dia buang tebiat ke untuk mencium pakaian seorang lelaki.Yuri tahulah dia tu wangi,tapi dia taklah gila sangat untuk mencium pakaian lelaki yang tidak dikenali.Oh tidak,kalau Yuri kenal pun,Yuri takkan buat macam tu!“Maaflah Encik Ervin.Saya ni masih waras dan taklah miang sangat untuk buat perkara sebegitu.Kalau Encik Ervin takut yang saya akan cium sweater encik ni,lebih baik encik letak sendiri sweater ini ke dalam ofis.” Yuri bersuara bengang seraya menghulurkan sweater itu ke arahnya.Ervin buat tidak hairan dan berpaling ke arah lain.Cuba menahan gelak yang bakal meletus setiap kali melihat reaksi gadis comel itu.“Saya tak takut pun kalau awak nak cium sweater saya.Saya lagi suka kalau awak buat macam tu.” Ervin berbicara perlahan.“Ha?!” Yuri seperti emndengar pemuda itu mengungkapkan sesuatu perkataan.Namun dia tidak dengar dengan jelas.Dia ni bercakap macam dalam kelambu! “Awak ni banyak cakaplah Yuri.Pergi letak sweater saya tu dalam ofis sekarang.” Ervin beri arahan tegas.Patutlah tadi Yuri tidak perasan yang dia adalah pengurus baru Pizza Star.Ini kerana dia mengenakan sweater untuk menutup uniform pengurus Pizza Star.Kemeja bewarna biru muda berkotak kotak kecil dengan tali leher bewarna merah adalah pakaian formal pengurus setiap cawangan Pizza Star.Dia memang kelihatan segak dan mengancam habis dalam uniform itu.Amboi,sempat pula kau memuji orang yang mencari pasal dengan kau Yuri!“One more thing...” Dia ini memang tak boleh nampak aku berjalan terus agaknya.Ada saja hal yang ingin diperkatakan.Yuri menggengam kuat sweaternya sebelum berpaling ke belakang menghadap wajahnya.“Apa?”“Just call me Ervin.Tak perlu nak berencik bagai.Saya nak cepat mesra dengan semua staf saya.” Tegas saja bicaranya.Lantak kaulah encik pengurus.Apa kau ingat kalau aku panggil kau Ervin,aku boleh cepat mesra dengan kau ke? Boleh jalanlah.Yuri bermonolog dalam hati.“Okey.” Yuri membalas pendek dan terus berlalu menuju ke pejabatnya.Tidak mahu memanjangkan cerita.Entah apalah nasibnya sepanjang Ervin menjadi pengurus tempat dia mencari rezeki.Pasti haru biru!
















BAB 3Kemunculan mangkuk ayun yang bernama Daniel Ervin sedikit sebanyak menganggu konsentrasi Yuri berkerja.Masakan tidak,setiap minit ada saja mulut staf Pizza Star yang membicarakan tentangnya.Dia hensemlah,kayalah,baiklah dan segala jenis pujian dilambakkan tanpa segan silu.Walhal,Ervin baru saja lima hari menjadi pengurus di restoran itu. Poyo betul semua kawannya itu.Daripada gaya mereka bercakap macam sudah kenal lama saja dengan Ervin.Getus Yuri dalam hati.“Kak,hensem betullah bos kita tu.Ika rasa macam nak makan dia aje.” Terlopong mulut Yuri mendengar kata-kata Atikah yang muda setahun daripadanya itu.Yuri  menganggap gadis genit bermulut becok itu seperti adiknya sendiri.Kecil kecil dah pandai gatal.Tak patut betul!“Kau ingat bos kita tu piza? Boleh dimakan? Umur belum masuk 18 tahun dah pandai jadi ulat bulu. ” ujarnya dalam nada menyindir.Ika tersengih sebelum meninggalkan Yuri di muka pintu Pizza Star. Hari itu Yuri bertugas sebagai penyambut tetamu.Jadi,Yuri terpaksalah berdiri di muka pintu hingga jam menunjukkan pukul empat petang.Kerja yang paling membosankan!Seperti kebiasaan,wajah Ace yang terpamer pada papan iklan di hadapan Pizza Star menggamit pemandangan.Hampir tiga bulan berlalu sejak papan iklan itu dipasang di situ. Namun,tidak pernah sekali pun Yuri jemu memandangnya.Apabila Yuri menatap senyuman Ace pada papan iklan itu,Yuri merasakan seolah olah penyanyi itu tersenyum ke arahnya.Senyuman yang memberikan semangat . Macam inilah agaknya gelagat para peminat fanatik Ace di luar sana.“Walaupun ramai orang cakap bos baru hensem,bagi aku dia bukanlah hensem mana pun. Ace paling hensem dalam mata aku.Senyuman dia nampak bersinar sangat.Bagaimanalah agaknya kalau dia senyum kat depan aku ya? Mahu pengsan agaknya.” Yuri berkata dengan diri sendiri sebelum ketawa kecil.Jari jemarinya melekap pada cermin kaca lut sinar itu sebelum Yuri menggerakkannya lembut mengikuti bentuk mata Ace.Reaksi Yuri ketika itu seperti dia betul betul membelai wajah Ace yang terpampang pada papan iklan tersebut.“Ehem,ehem!” Bunyi deheman yang datang daripada arah belakang memeranjatkan Yuri. Cepat saja dia menjatuhkan jari jemarinya yang melekap pada cermin tadi.Berderau darah apabila terpandang seraut wajah tampan sedang merenung galak dirinya daripada jarak beberapa kaki.Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi?.Yuri gementar sambil menahan malu.“Sakit telinga saya bila mendengar ada orang kata yang saya ni tak hensem.Saya rasa saya ni dah cukup segak dan bergaya.” Ervin yang sedari tadi melihat tingkahlaku dan mendengar monolog gadis itu segera menghampiri apabila merasakan Yuri melebihkan Ace yang tidak dikenali berbanding dirinya!Alamak,dia memang dah dengar kata-kata aku tadi!.Masak kau Yuri!.Yuri cuba menenangkan diri sendiri apabila Ervin menapak mendekati.Dia tidak memandang Ervin tetapi dia melihat pantulan wajah pemuda itu yang terbias di atas kaca lut sinar.Walaupun agak samar,wajah tampannya masih kelihatan di atas kaca itu.Yuri terpaku di situ seperti patung tidak bernyawa.Hanya memerhatikan keindahan makhluk tuhan di hadapan mata. Hilang sudah perihal Ace apabila Ervin begitu dekat.Wangian yang dipakai Ervin kuat menusuk hidung.Bau yang memberahikan.Astagfirullahalazim!.Apa yang kau merepek ni Yuri!.“Yuri,di mata awak,saya ni tak hensem ke?” Sepasang mata yang bewarna coklat cair itu menikam mata Yuri seolah-olah menembusi kepala.Ervin berpeluk tubuh berhadapan dengan Yuri.Tangan sasanya yang separa terdedah itu kelihatan putih kemerahan dengan bulu roma yang agak keperangan dan beberapa urat yang jelas kelihatan.Maskulinnya dia! Wah,sampai ke situ Yuri menelek!.Mengata Ika gatal,Yuri pun lebih kurang sama saja.Tak pandai jaga mata!“Kurang hensem jika nak dibandingkan dengan Ace.” Jawapan jujur Yuri jelas buat rupa Ervin berubah. Dia marah ke? Kenapa pula dia nak marah.Suka hati akulah nak beri jawapan yang macammana.Siapa suruh soal aku dengan soalan sebegitu.Protes Yuri dalam hati.“Ace...” Ervin tersenyum sinis sebelum memerhatikan papan iklan yang Yuri pandang sedari tadi.Tidak menyangka yang gadis itu peminat fanatik Ace.Sama saja dengan mama dan kakaknya.Apa yang bagus sangat dengan Ace itu? Bicara Ervin dalam hati.Cuba menepis perasaan bengang yang bertandang menguasai diri.“Ya Ace.Bagi saya dalam dunia ni,dialah lelaki yang paling hensem,segak dan bergaya. Takde lelaki yang dapat kalahkan dia.Tapi,bos tak perlu ambil hatilah.Citarasa setiap orang berbeza.Semua staf dalam Pizza Star puji bos hensem.Itu maknanya,bos memang hensemlah.” Yuri berbasa basi untuk menyedapkan hati Ervin.Lelaki itu sudah menunjukkan wajah kelat.Pengurus baru Pizza Star ini jenis mudah sentap ke?“Saya tak ambil hati,tapi saya makan hati.” Ervin menggumam kecil menahan cemburu.Boleh pulak Yuri hendak membandingkan ketampanannya dengan Ace! Sakit hati betul! Yuri kurang mendengar kata-kata pemuda itu.Malas hendak bertanya tentang hal yang dibebelkan Ervin seorang diri.Nanti dia kata Yuri menyibuk pulak.Beberapa ketika dia masih merenung papan iklan Ace dan Yuri perasan Ervin menjelingnya dengan ekor mata.Macam tak puas hati saja gaya majikannya itu.“Kenapa bos tenung papan iklan Ace tu lama lama? Bos pun dah terpikat kat dia ya?” Yuri berseloroh.Cuba menceriakan suasana yang janggal.“Banyaklah awak punya terpikat.Ingat saya gayboy ke apa? Daripada saya terpikat dekat Ace lebih baik saya memikat awak.” Senak sekejap hulu hati Yuri mendengar bicara selamba Ervin.Jangan cepat melatah Yuri.Buaya darat saja yang suka melemparkan ayat ayat manis seperti itu.Manis ke? Manis berkrimlah buat pendengaran gadis seperti Yuri.“Ish,tak payahlah bos rajin sangat nak memikat saya.Sebab saya takkan layan punya.Kalau Ace yang datang memikat mesti saya terlekat.” Jawab Yuri bersahaja.Tidak sangka pula jawapan Yuri itu berjaya membuatkan Ervin tergelak kecil.Dia menggeleng geleng kepala seketika sebelum memandang Yuri tunak.“Jangan cakap besar Mayurie Rosella.Belum cuba belum tahu.Takde maknanya Ace yang duduk dekat Amerika tu nak datang sini untuk memikat awak.Lebih baik dia memikat perempuan mat salleh kat sana.” Ervin membalas .Yuri garu garu kepala yang tidak gatal sebelum turut sama tergelak.Rasanya bos dia ini jenis orang yang suka bergurau.Layan sajalah.Tiada maknanya dia betul betul ingin memikat aku yang tidak cukup feminim ini.Monolog Yuri dalam hati.“Saya bergurau je lah bos.Dia bintang,dan saya ni lalang.Lalang takkan dapat terbang hingga menggapai bintang.” Yuri cuba menutup perbualan itu dengan pepatah merapu.Ervin kelihatan terdiam sejenak sebelum melemparkan senyuman manis ke arah gadis yang cukup istimewa dimatanya itu.Senyuman yang bisa buat hati Yuri berdebar tak tentu pasal.“Baguslah kalau tak dapat gapai.Tolong Yuri,jangan panggil saya bos.Sila panggil saya Ervin atau Vin saja.Boleh kan?”Sekali lagi Yuri menggaru garu kepala.Setahu Yuri sepanjang lima hari lepas,kebanyakkan daripada staf Pizza Star memanggil Ervin dengan gelaran bos.Jadi mengapa pula Yuri perlu memanggil dia dengan nama lain? Sudahlah dia tua lima tahun daripada Yuri.Macam kurang hormat untuk memanggil nama penuhnya.Jadi,takkanlah Yuri nak panggil dia abang pulak?.“Tak biasalah bos...”“Biasakan.Kalau tak saya potong gaji awak!” Ugut Ervin sambil menjungkitkan kening.Tanda dia serius.Tidak mahu membina tembok pemisah antara dia dengan Yuri walaupun gadis itu sekadar kuli di Pizza Star.Amboi,peraturan kerja mana yang dipakai mangkuk ayun ini?! Sesuka hati dia saja hendak memotong gaji pekerja.Yuri sudah menunjukkan wajah masam mencuka.Mulut terasa ingin memprotes namun dia tahu ia hanya satu tindakan yang sia-sia.“Okey Ervin.” Yuri membalas perlahan dan kelihatan Ervin berpuas hati dengan panggilan itu.Layankan sajalah Yuri.Dia bos,kau kuli.Kalau dah kuli tu,buat jelah cara kuli.Jangan hendak melawan orang atasan! Teruk padahnya nanti.
“Em,lagi satu hal,daripada awak syok sangat belek muka Ace tu lebih baik awak bersihkan kaca ini yang dah penuh dengan cap jari awak.Jangan tahu nak berkhayal saja.Fokus pada kerja tu Mayurie Rosella.” Pedas lagi berbisa ayat terakhir Ervin sebelum dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu.Saja ingin menyakat.Wajah cemberut gadis itu menceriakan hari Daniel Ervin!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 09, 2014 04:47

March 6, 2014

NOVEL FANTASI: SKY BLOOD AND THREE PRINCES BAB 1

Astagfirullahalazim...dah bersarang blog ni...lama gila aku tak update apa-apa entry...Maaf kepada semua readers...Aku mengalami writer's block dan amat busy dengan tahun terakhir pengajian...tak lama lagi nak pergi praktikal..So...macam2 hal la...Em..disebabkan kegilaan aku pada drama My Love From Another Star belum berakhir maka tercetuslah novel fantasi ini...Jangan harap lebih2 daripada aku sebab aku bukan penulis sepenuh masa...menulis hanya bila ada masa dan perasaan.ha3.apa-apa pun hope your enjoy this piece. Sesiapa yang x minat cerita fantasi yang meraban or mengarut baik x payah baca.Buat buang masa je nanti.He3.



TAJUK: SKYBLOOD AND THREE PRINCETARIKH: 5.3.2014PROLOG“Eve…” Samar-samar satu suara menjamah pendengarannya.
“Eve bangun!” Satu suara lain kedengaran melantun tinggi dan menyakitkan kepalanya yang terasa berat.Kelopak mata langsung tidak terbuka menyebabkan pemandangannya gelap gelita.
“Eve bangun...Kami semua perlukan awak…” Suara tadi beralun lembut di tepi telinganya dan dia urat sarafnya mula merangsang sentuhan di pipi dan rambutnya.Kelopak mata bergerak perlahan sebelum sepasang mata biru menoleh pandang ke arah sekeliling.
“Syukurlah…Awak dah sedar.” Aiden merangkul erat tubuh gadis yang sudah terlantar selama seminggu di kamar peraduannya.Eve membiarkan pelukan hangat itu buat seketika.Matanya memerhati sekeliling.Kelihatan wajah sahabat baiknya Kristy yang sembab.Mungkin baru lepas menangis dan wajah tenang ayahnya.
“Apa yang terjadi?” Eve melepaskan diri daripada pelukan Aiden dan menatap sepasang mata hijau cair yang terpancar riak kesedihan itu dengan wajah ingin tahu.Aiden diam sejenak sebelum mengelus lembut pipi gebu kesayangannya.Risau di hati selama seminggu sedikit menghilang apabila si jelita itu kembali membuka mata.
“Kau tak ingat apa yang terjadi?” Eve baru sedar suara siapa yang melantun tinggi pada gegendang telinganya sebentar tadi.Tidak lain dan tidak bukan suara sahabat baiknya Kristy.Kristy yang berambut merah duduk di sisi kiri katil Eve sambil memegang tangan kanan gadis itu.
“Em..aku tak ingat…” Eve terdiam lama.Memikirkan sebab mengapa dia terlantar di atas katil.Setahunya bukankah dia berhasrat untuk turun ke dunia manusia bersama si kembar Junki dan Nikki untuk misi mencari Pedang Langit kepunyaan ayahnya? Dan mengapa pula sekarang dia terlantar di atas katil?
“Betul kau tak ingat?” Soal Kristy dengan wajah pelik.
Apa yang berlegar di minda Eve adalah bayang dia bersama Nikki dan Junki sedang berada di gerbang menuju ke dunia manusia dengan wajah gembira.Kepalanya terasa mencucuk apabila dia cuba mengingat lebih dalam tentang perkara yang telah berlaku.
“Tak perlu ingat perkara yang tak penting.Eve banyakkan rehat.Jangan fikir yang bukan-bukan.” Kira selaku ayah Eve yang sedari tadi berdiam diri membuka mulut.Eve sekadar mengangguk-angguk kecil.
“Awak berehat dulu.Esok pagi saya melawat awak.” Aiden mengelus rambut tunangnya itu sebelum berlalu keluar daripada bilik bersama Kira.
“Kristy…”
“Aku tak tahu apa-apa.Jadi jangan tanya aku apa-apa.” Eve mendengus kecil apabila melihat sahabatnya itu tergopoh gapah keluar daripada bilik apabila dia ingin bertanya apa sebenarnya yang terjadi.Eve berbaring sebelum telinganya dapat menangkap suara yang dikenali.Dia bingkas bangun daripada peraduan dan membuka pintu bilik.
“Yang kau orang berdua berbisik-bisik dekat luar bilik aku kenapa?” Sergahan Eve menyebabkan si kembar Junki dan Nikki terkejut besar seraya memegang dada masing-masing.
“Terperanjat aku!” Junki membebel.
“Ada ap..” Mulut Eve ditekup kuat oleh Nikki sebelum dia sempat bersuara.Kembar itu mengheret tangannya kembali masuk ke dalam bilik.
“Kau orang berdua ni dah kenapa?” Suara Eve meledak apabila tangan Nikki lepas dari menekup mulutnya.
“Shhh…jangan bising-bising.” Bisik Junki.
“Kenapa?” Tanya Eve pelik.Jarang sekali kembar lelaki dua orang itu pandai menutup mulut.Mereka berdualah yang selalu memekak dalam Istana Langit itu.
“Pakcik tak bagi kita orang jumpa kau.” Ujar Junki dengan nada takut-takut.
“Kenapa?” Eve bertanya soalan yang sama.Pelik apabila ayahnya menghalang si kembar yang sudah dianggap seperti adik beradiknya itu sendiri menemui dirinya.Nikki dan Junki menarik tangan Eve untuk duduk di kerusi rotan yang terdapat dalam kamar itu.
“Betul ke kau tak ingat apa yang berlaku?” Soal Junki sebaik saja Eve melabuhkan punggung.
“Tak.” Eve jawab pendek.Pasti si kembar berambut coklat cair dengan wajah comel itu mendengar perbualan antara dia ayah,Aiden dan Kristy sebentar tadi.
“Baguslah kalau tak ingat.” Nikki meghela nafas lega sebelum bangkit dari duduk dan berura-ura ingin keluar daripada bilik itu.Begitu juga dengan Junki.Rasa lega apabila Eve tidak mengingati apa yang terjadi di dunia manusia.
“Auww!! Sakitlah!!” Nikki dan Junki terjerit serentak apabila rambut mereka berdua ditarik kuat oleh Eve.
“Kau orang berdua tahu kan apa yang berlaku?” Teka Eve dengan senyuman jahat.Masih tidak melepaskan rambut si kembar itu.Wajah putih Nikki dan Junki kemerahan akibat menahan perit rambut mereka di tarik.
“Tak tahu.” Jawapan mereka menyebabkan Eve menarik rambut mereka dengan lebih kuat.“Baik cakap atau aku…” Tangan Eve terlepas daripada terus mencengkam rambut si kembar apabila dia terasa sesuatu mencucuk di bahagian atas belakangnya.Dia yang berdiri terduduk di lantai sambil memegang tangan yang terasa sakit.
“Eve!” Si kembar terjerit kecil sebelum memapah Eve ke katil.
“Luka panah tu masih belum sembuh sepenuhnya.” Gumam Nikki seraya melihat belakang Eve.Satu tompokan darah membasahi jubbah putih gadis itu.
“Apa sebenarnya yang berlaku?” Eve agak geram apabila soalannya tidak berjawab.Dia di panah? Dia tak ingat pun?
“Nikki…Junki…” Eve merayu.
“Tunggu aku ubat belakang kau baru aku cerita.” Nikki berwajah serius sebelum duduk di belakang Eve. Beberapa saat berlalu sebelum tangan pemuda itu mengeluarkan cahaya berwarna biru dan dia menekapkan tangannya di kawasan luka Eve.Tidak berapa lama kemudian darah yang tadi mengalir keluar mula membeku dan Eve kurang berasa sakit.
“Terima kasih.” Ujar Eve kepada Nikki yang kerap merawat luka di tubuhnya itu.
“Aku tanya sekali lagi,betul ke kau tak ingat apa-apa sepanjang 3 bulan kita berada di dunia manusia?” Junki bertanya soalan sama dengan wajah serius.
“Kau orang berdua nak suruh aku sepak kepala kau orang keluar daripada bilik ni ke? Kan aku dah cakap tak ingat.Tak ingatlah!” Bengang betul Eve dengan gelagat si kembar itu.Si kembar hanya tersenyum sumbing.Perangai panas baran puteri mereka sudah kembali.Itu bermakna puteri mereka sudah sihat.
“Sebenarnya kita orang pun tak tahu apa yang berlaku pada kau.” Jawapan selamba Junki menyebabkan Eve menyepetkan mata tanda geram.
“Kita orang lambat tiba masa kau cedera.Tapi nasib baik kami sempat bawak kau balik ke langit…Kalau tak habislah kau Eve…” Sambung Nikki.
“Aku cedera dekat dunia manusia?” Tanya Eve tidak percaya.
“A..ah.Ada manusia panah kau dan kepala kau terhentak pada batu.Sebab tulah kau tak ingat.” Nikki menceritakan perkara sebenar yang terjadi.
“Aku kena panah dengan manusia? Manusia cederakan aku??” Intonasi suara Eve naik mendadak.
“Yelah.Kau jangan cakap kami menipu.Cuba kau tengok belakang kau tu? Berlubang kena panah? Tahu tak?” Cantas Nikki apabila melihat Eve naik darah .
“Tapi…manusia? Cederakan aku? Aku Puteri Langit! Macammana pulak mereka yang lemah itu boleh cederakan aku??” Pelbagai persoalan timbul dalam benak fikiran Eve.Hampir 200 tahun dia hidup dan tidak pernah sekalipun dia dicederakan oleh makhluk bernama manusia.Tahap kekuatan antara puak langit dan puak bumi langsung tidak boleh dibandingkan walaupun sejengkal jari.
“Itu kami tak tahu. Kau mungkin kemalangan dan tak sempat gunakan kuasa untuk menghalang manusia cederakan kau.” Nikki agak gugup menjawab soalan Eve.Eve terdiam lama dan berfikir sejenak.
“Kenapa manusia nak cederakan aku?” Soal Eve lagi.
“Kau kena ingat yang kau tu cuma seekor binatang apabila berada di dunia manusia.Jadi tak mustahil ada manusia yang hendak memanah kau.” Jawapan Junki merungkai tanda tanya dalam fikiran Eve.Betul juga apa yang dikatakan sahabatnya itu.Bukankah binatang di pandang hina oleh manusia?
Bab 1Istana langit tersergam indah di pagi hari.Matahari yang memancar menyinarkan binaan daripada kristal itu.Satu dunia yang berlantaikan tanah yang terapung dan berbumbungkan awan putih.Dunia yang tidak kelihatan di mata manusia yang lemah.Suasana dalam istana mulai kecoh sebaik saja sang puteri bangkit daripada tidur.
“Ayah..tolonglah setuju dengan pendapat Eve?” Eve merengek-rengek seraya menarik lembut tangan ayahnya yang berwajah cemberut.
Kira yang berambut panjang dan berwajah kacak itu sekadar berdiam diri di atas singgahsana.Eve bertenggek di tepi kerusi ayahnya dengan wajah sengaja dicomelkan.Jika di dunia manusia mungkin ayahnya itu dianggap sebagai pemuda kacak berumur 30 tahun.Walhal ayahnya selaku pemerintah kerajaan langit itu sudah berusia lebih daripada 1000 tahun.Tetapi itulah keistimewaan darah langit.Mereka hidup kekal abadi tanpa gentar mengenangkan umur yang meningkat.Wajah mereka sentiasa muda walau berabad mereka hidup.
“Tapi Eve baru lepas sembuh daripada cedera.” Ujar Kira perlahan.Faham sangat dengan perangai puteri tunggalnya yang suka memaksa itu.
“Itu cerita 2 minggu lepas lah ayah.Dekat dunia manusia dah setahun pun berlalu.” Eve menjawab lantang. Jarak masa antara dunianya dengan dunia manusia adalah sangat berbeza.Aiden,Nikki,Junki,Evan dan Kristy yang turut berada sama dalam dewan Istana Langit sekadar melihat perilaku gadis itu.Malas masuk campur kerana Eve akan mencetuskan perbalahan.
“Manusia anggap Binatang sebagai makanan.Kalau Eve turun ke dunia manusia sebagai binatang.Nanti mereka akan cederakan Eve lagi.” Eve berterusan meminta.
“Nikki dan Junki jadi burung.Manusia sangat suka makan burung.Kristy jadi ular.Mereka anggap ular itu merbahaya. Evan serigala dan Aiden harimau.Manusia anggap kami ini binatang yang merbahaya.Jadi manusia akan cuba membunuh kami.” Eve mengajukan tangannya ke arah sahabatnya yang sekadar mendiamkan diri.
“Apa bahaya seekor musang comel kepada manusia?” Evan berbisik ke telinga Kristy yang sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.Nikki dan Junki berpandangan sama sendiri.Cuba menyembunyikan rahsia yang hanya diketahui mereka berdua.Aiden beriak tenang.
“Tapi kamu tahu kan risikonya jika kaki kamu sebagai darah langit mencecah tanah manusia?” Soal Kira tegas.
“Ayah....apa guna semua kuasa yang Eve ada kalau Eve tak mampu nak patuh pada arahan ayah yang satu itu.Kaki Eve takkan jejak tanah manusia.Eve akan pakai kasut macam manusia.Dan kalau takde kasut pun Eve akan terapung di udara.” Bersungguh Eve cuba meyakinkan ayahnya.Selama 100 tahun dia berulang alik ke dunia manusia,tidak pernah sekalipun dia berada dalam bentuk figuranya.
“Dan Eve yakin,peluang untuk mencari pedang langit lebih cerah jika Eve mampu berjalan di atas dunia manusia seperti manusia.Sampai bila kita nak berperang dengan Kerajaan Sihir.Eve dah bosan ayah.Kita perlu hapuskan Raja Sihir secepat mungkin.” Keluh Eve dengan perasaan agak hampa apabila permintaannya kali ini agak sukar ditunaikan.
Hampir 200 tahun kerajaan langit berperang dengan kerajaan sihir.Perang yang tiada kesudahan dan Eve sendiri tidak tahu apakah punca sebenar tercetusnya perang itu.Sudah puluhan ribu nyawa makhluk sihir tergadai dalam tangannya.Dan dia benar-benar bosan dengan semua itu.Hanya Pedang Langit milik ayahnya yang mampu menewaskan kuasa Raja  Sihir.Mengikut kata ayahnya sewaktu dia dilahirkan,Pedang Langit masih tersimpan utuh dalam Kerajaan Langit.Namun,pada suatu hari orang kepercayaan ayahnya telah belot dan membawa Pedang Langit turun ke bumi.Puas di cari namun Pedang Langit dan pembelot itu tidak ditemui.Oleh itu,setelah Eve mencapai usia matang,dia sendiri turun ke dunia manusia dan meneruskan misi pencarian Pedang Langit untuk mengelakkan kuasa sihir yang semakin kuat saban hari.
“ Seminggu…” Cetus Kira tiba-tiba.Kasihan melihat riak sedih puterinya.
“Apa ayah?” Tanya Eve perlahan.
“Ayah bagi kamu waktu percubaan selama seminggu untuk ke dunia manusia dalam bentuk tubuh badan kamu sekarang.” Jawapan Kira menyebabkan semua yang mendengar terpempam dan mulut Eve ternganga kegembiraan.
“Ayah,terima kasih!”
“Tapi…”
“Tapi apa ayah?”
“Hanya seminggu.Jika kamu berkelakuan baik dan tidak melanggar semua peraturan yang ayah tetapkan.Ayah akan benarkan kamu ke dunia manusia dalam bentuk kamu sekarang pada masa akan datang.”
“Apa peraturannya ayah?! Eve janji akan ikut semua peraturan ayah!” Soal Eve sambil melonjak-lonjak kecil.Gembira yang tidak terkata.…………"Tak boleh nampak muka? Cehh!!" Nikki dan Junki ternganga apabila Eve melemparkan topi yang menutupi wajahnya sejak keluar daripada istana langit tadi.
"Eve kau dah gila? Itu kan syarat yang dikenakan pakcik sebelum kita turun ke dunia manusia?!" Jerkah Kristy yang wajahnya ditutupi topi berkelubung.
" Aku bukannya penjenayah untuk sembunyikan muka aku yang cantik ni." Jawab Eve di depan pintu gerbang yang memisahkan negara langit dan dunia manusia
"Aiden cuba kau nasihat tunang kau ni!" Kristy menyelak sedikit kelubung wajahnya sebelum menjegilkan mata ke arah Aiden.
"Pastikan kaki tak jejak tanah manusia dan jangan tanggalkan kasut." Naskhat Aiden menyebabkan Kristy melopong tidak percaya. Aiden sentiasa menyokong tunangnya.
"Okey." Eve gembira sambil tersenyum manis ke arah tunangnya yang tampan itu.
"Kristy kau tak oayah bengang sangat.Kau bukan tak tahu perangai perempuan ni macammana." Sampuk Evan yang berambut biru cair bersahaja.Kristy sekadar mendengus kecil.
"Kau buatlah apa pun yang kau nak buat dekat dunia manusia tu Eve.Tapi pastikan kaki kau tak jejak tanah." Ujar Nikki pula.Peraturan yang diberi Raja Langit langsung tidak diendahkan Eve.
"Okeyla kawan.Aku hendak mencari pedang langit.Seminggu lagi kita jumpa."
Eve yang tidak sabar-sabar hendak ke dunia manusia mula membuka pintu gerbang.Apabila pintu terbuka Eve terjun dan sepasang sayap yang bersinaran seperti kerlipan berlian muncul di belakang tubuhnya.Sayap yang mampu menampung berat dan menerbangkan dia ke dunia manusia.
"Kristy tolong tengok-tengokkan Eve untuk aku.Jika sesuatu yang buruk berlaku.Segera kirimkan petanda." Kristy angguk-angguk kepala mendengar permintaan Aiden.Sebelum dia terjun dari pintu gerbang, si kembar sempat berbisik.
"Jangan bagi Eve dekat dengan lelaki manusia.Pemikiran Eve tak sama dengan kita." Pesanan pelik si kembar itu hanya menyebabkan Kristy terpinga-pinga.
"Jaga kaki kau juga.Jangan sampai jejak tanah manusia.Jika tidak kau dan Eve akan berhadapan masalah besar." Itu pesanan terakhir dari Evan sebelum Kristy terjun dari pintu gerbang dan menebarkan sayapnya.......Serpihan salji turun dari langit melitupi tanah dan pepohonan atas dunia manusia.Musim sejuk hampir tiba di penghujung,namun salji masih lebat turun di Lovevilace.Dedaunan yang menghijau dan bungaan yang mekar bewarna warni dilitupi salji dan semuanya bewarna putih.Di pinggir tasik yang hijau airnya pada musim panas tetapi beku pada musim sejuk itu kelihatan dua gadis yang sedang berdiri di atas dahan pokok Maaple.Seorang gadis dengan rambut hitam lurus mencecah bahu,kulit yang seputih salji dan bibir semerah buah delima.Berpakaian serba putih yang nipis dan gadis itu tersenyum girang.Sementara disebelahya berdiri seorang gadis berambut ikal panjang bewarna merah,berpakaian serba hitam dan berkelubung menutup wajahnya.Di dahi kedua mereka terkalung satu mahkota dengan berlian berlainan warna.Melambangkan kuasa yang dimiliki kedua-dua gadis jelita itu.
“Cantiknya!! Mujurlah kita sempat sampai ke sini sebelum musim salji tamat.” Ujar Eve setelah beberapa ketika mendiamkan diri menikmati keindahan suasana di dunia manusia.
Dia sengaja menggunakan alasan untuk mencari pedang langit agar ayahnya membenarkan dia ke dunia manusia.Sejak 100 tahun dahulu Eve amat tertarik dengan keindahan dunia manusia berbanding negara langit.Sama ada dari segi rakyatnya mahu cara hidup manusia,Eve amat berminat dengan semua itu.Namun dahulu pergerakan dan penglihatannya terbatas.Dan ini merupakan kali pertama dia berada di dunia manusia sebagai seorang Eve dan bukannya seekor musang jadian!
“Berapa lama kita nak berada di sini? Aku sejuk.” Kristy membuka sedikit kelubung wajahnya seraya memandang Eve yang senyum lebar.Dia tahu yang Eve sangat menyukai dunia manusia sejak pertama kali mereka turun ke situ 100 tahun dahulu.
“Aku tak sejuk pun.” Kata Eve selamba.Jawapan Eve membuatkan Kristy mendengus geram.Dia bercekak pinggang.
“Sakitnya hati aku.Kau tu Puteri Ais.Sebab tulah tak sejuk.Aku ni cuma Pendinding.” Jawapan Kristy tidak diendahkan Eve.Dia masih seronok melihat pemandangan di hadapannya.
Kristy yang sedari tadi mengeluarkan cahaya kuning di sekeliling tubuhnya hanya mampu menggeleng kepala.Bercakap dengan Eve memang tiada guna.Mahu kuasanya habis jika berterusan berada di kawasan sejuk beku itu dengan pakaian nipis.
“Ada sebuah kampung tak jauh dari sini.Kau pergilah beli baju kulit.” Cadang Eve tiba-tiba.“Kau nak tinggal sini?”
“Em..aku nak menghayati salji terakhir yang turun di sini.Kau pergilah terbang ke kampung sana.Aku tunggu di sini.” Eve duduk di dahan Maaple.Tidak mempedulilan pandangan geram Kristy.
“Kau ingat aku nak tinggalkan kau sendirian di sini? Jika sesuatu berlaku macammana?” Soal Kristy bengang.
“Takde apa yang berlakulah.Bukan ada manusia pun di sini.Kampung tu bukan jauh pun.Kau terbang jelah ke sana.” Memang benar kata Eve.Tiada seorang manusia atau seekor binatang pun berada di kawasan itu.Hanya suara mereka berdua bergema di pinggir tasik beku.
“Kau dah gila nak suruh aku terbang? Tak ingat ke pesanan ayah kau? Dia tidak benarkan manusia melihat kuasa kita!”
“Bukan ayah aku tahu pun kalau kita guna kuasa kita.” Tempelak Eve dengan senyuman sinis.Dia paling tidak sukakan larangan atau peraturan.Dalam hidupnya dia mahu bebas melakukan apa sahaja.Sebab itulah dia sukakan dunia manusia! Tiada ayah atau Aiden yang akan menegur itu dan ini jika dia melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya.
“Sakit hati betul bercakap dengan kau ni Eve.Aku pergi ke kampung sekejap.Kau jangan pergi mana-mana.Duduk sini diam-diam sampai aku balik.” Akhirnya Kristy mengalah.Eve memang degil!
“Baiklah.”
“Pastikan kaki kau tak jejak tanah.” Kristy mengerling ke arah kasut putih yang tersarung di kaki kawannya itu.
“Ya…”
“Tunggu di sini tahu.Aku pergi sekejap saja.”
“Ya.Belikan aku baju sejuk sekali untuk penyamaran.” Tambah Eve apabila Kristy meloncat turun daripada pokok Maaple.Jika manusia melihat seorang gadis selamba berpakaian nipis di musim sejuk pasti mereka kehairanan.
“Baiklah.Ingat jangan jejak…”
“Kaki atas tanah! Aku tahulah…Tak payah nak ulang seribu kali.” Eve menyambung ayat Kristy yang tergantung.Kristy mendengus kecil sebelum berlalu dari situ.……………….Selang beberapa minit Kristy pergi,Eve turun dari pokok.Dia menyedut udara segar dan menghembusnya nyaman.Satu keistimewaan yang mengalir dalam darahnya adalah dia kalis pada semua elemen yang digeruni manusia samaada panas atau sejuk.Eve sentiasa berasa hangat dengan kuasa yang berada dalam tubuhnya.Namun,semua kuasa yang dipunyai sekarang bukanlah diperoleh secara percuma.Selama 100 tahun berlatih bersama Aiden,Junki,Nikki,Evan dan Kristy barulah dia mempunyai kuasa sehebat sekarang.Setiap sahabatnya mempunyai kuasa tersendiri selaku makhluk berdarah langit.Eve mencangkuk di atas tanah dan menggengam gumpalan salji.Dia meniup gumpalan salji itu dari tangannya sebelum gumpalan salji berubah menjadi bentuk bunga dan ghaib.Eve tersenyum sendirian sebelum berjalan menyusuri hutan Maaple yang serba putih.Pesanan Kristy langsung tidak diingati.Semakin lama semakin jauh Eve memasuki hutan Maaple itu.
‘Prakk!’
"Argh!!"
Eve tergamam apabila dia terpijak ranting yang bertebaran atas tanah dan tiba-tiba saja tubuhnya melayang memasuki satu lubang.Belum sempat tubuhnya mencecah tanah satu lapisan angin muncul di bahagian belakangnya dan dia terapung seketika.Eve menarik nafas panjang sebelum kakinya yang berkasut menjejaki tanah.Dia membuang sehelai tikar mengkuang bersama rumput-rumput kering yang jatuh di atas kepalanya sebentar tadi.Eve terkebil-kebil seketika.
“Lubang apa yang pelik sangat ni? Jerat ke??” Gumam Eve sendirian sambil memandang bahagian atas.Dalam juga lubang itu.Jika dia tidak mempunyai kuasa angin untuk menampung tubuhnya sewaktu jatuh.Mahu tulangnya patah.Eve mengibar rambutnya yang dikotori dedaunan kering yang jatuh dari atas.
“Musang?” Eve berhenti membersihkan pakaian apabila terasa kakinya terpijak sesuatu. Dia membongkok dan mendapati seekor bangkai musang bewarna putih tersadai di tepi kakinya.Eve mengangkat ekor musang itu dan menggeleng-geleng kepala.
“Manusia makan musang ke?? Perlu ke mereka menggali lubang sebesar ini untuk menangkap seekor musang? Takde binatang yang lagi besar ke untuk ditangkap?”
Eve melempar bangkai musang itu ke tepi sebelum kembali berdiri.Dia sekali lagi memandang atas.Dia berundur beberapa tapak ke belakang sambil membebel sendirian tentang keputusannya yang tepat untuk turun ke dunia manusia dalam figura tubuhnya sekarang.Wajah Eve pucat apabila terasa bahagian belakang tubuhnya terlanggar sesuatu yang besar dan berbulu.Dia dengan segera melompat ke belakang dan mengeluarkan pedang api yang tersemat di pinggang.Jaluran api bertebaran keluar dari pedangnya yang berkemilauan.Eve bersedia untuk menyerang sesuatu yang akan mencederakannya.Namun dia berhenti daripada melakukan apa-apa sebelum menggaru kepala yang tidak gatal.Pedang kembali dimasukkan ke dalam sarungnya.
“Bangkai beruang?” Gumam Eve dalam nada tidak percaya.Bagaimana dia boleh tidak perasan bangkai beruang hitam yang enam kali besar berbanding tubuhnya tersadai dalam lubang itu? Eve melihat sekeliling memastikan tiada bangkai binatang lain dalam lubang itu yang akan memeranjatkannya.Setelah berpuas hati dia bercekak pinggang di hadapan bangkai beruang yang matanya terbuka.
“Kesian kau beruang.Aku tak sangka manusia menggunakan jerat sebegini untuk mengambil bulu kau.” Eve mengelus kepala beruang sebesar batu gergasi itu sambil menggeleng-geleng kepala.Dia tahu yang manusia memburu beruang sebesar itu untuk mengambil kulitnya dan dijadikan baju sejuk.Eve mengagak yang beruang itu mati kelaparan dalam lubang tersebut.Bangkainya belum membusuk.Mungkin baru mati dalam masa 3 hari.
“Oh! Terkejut aku!” Sekali lagi Eve melenting ke belakang akibat terkejut apabila perasan ada sepasang kaki manusia di bawah tubuh beruang itu.
“Beruang ni makan manusia ke?” Eve teragak-agak untuk melihat apa sebenarnya yang berada di bawah tubuh beruang itu.
Dengan kuasa angin yang dipunyainya,Eve dapat mengapungkan bangkai beruang itu dan mengalihkannya ke bahagian tepi dengan kadar sekelip mata.Tepat tekaannya apabila dia melihat jasad seorang manusia terbujur kaku berlumuran darah setelah bangkai beruang dialihkan.Eve tergamam sebelum dengan pantas mendekati tubuh itu.Tubuh yang tersembam menyembah bumi di pangku di ribaannya.Dan Eve seperti membeku apabila melihat wajah itu…
“Siapa dia ni? Dia dah mati ke?”
Eve bersuara setelah gagal mengingati wajah pemuda di ribaannya itu.Eve merasa nadi di pergelangan tangan pemuda itu juga degupan jantungnya.Masih bergerak walaupun lemah.Eve membuka baju nipis yang dipakai pemuda itu dengan teragak-agak.Dia ingin melihat samaada darah yang berlumuran di atas pakaian pemuda itu adalah berpunca dari pendarahan pada bahagian perutnya atau akibat gigitan beruang.Setelah diperiksa tiada sebarang luka di tubuh pemuda itu.Jadi Eve mengandaikan yang pemuda itu telah bertarung dengan seekor beruang dalam lubang tersebut.Darah beruang tersebut terpalit pada pakaiannya.Terdapat sebilah pedang berlumuran darah di sisi pemuda itu.Jadi Eve merasakan telahannya benar belaka.
“Kenapa pulak nak berlawan dengan beruang dalam lubang ni?? Bodoh ke?” Eve membebel lagi seraya memandang wajah kacak yang amat pucat pada ribannya.Lama dia merenung wajah yang seperti dikenali itu sebelum dia terkejut melihat bibir pemuda itu bergerak.
“Se…se..sejuk…” Eve baru tersedar dari kebodohannya apabila suara pemuda itu menampar cuping telinganya.
“Sejuk? Aduhai…aku nak buat macammana ni??” Eve berfikir sejenak sebelum berkeputusan menanggalkan gaun nipisnya dan membalut tubuh pemuda itu dengan pakaiannya.Kini sebahagian badan Eve terdedah dengan hanya sehelai kain putih membelit bahagian dada dan perutnya.Tindakkannya itu langsung tidak mendatangkan perbezaan pada tubuh si pemuda yang semakin membeku.
“Kristy lambat lagi ke?? Kalau aku bawa dia ke atas,dia akan mati membeku. Nak buat macammana ya?” Eve masih memangku pemuda tidak dikenali itu dengan wajah cemas.Dia memegang tangan pemuda itu yang kelihatan seperti tidak mempunyai darah.Eve tidak tahu bagaimana rasanya sejuk sejak dari kecil kerana tubuhnya kalis pada elemen itu.Namun dia tahu rasa sejuk itu sesakit dibakar dengan api seperti latihan dia di negara langit dulu.
Akhirnya Eve mengeluarkan pedang apinya dan mencacakkan pedang itu berhampiran pemuda itu.Berharap agar kehangatan api itu dapat meredakan sejuk yang memakan jiwa sang pemuda.Mata Eve mati pada kaki si pemuda yang tidak berkasut.Sekali lagi dia diserang perasaan buntu.Mengapa pemuda itu boleh tidak berkasut pada musim sejuk! Eve membaringkan tubuh pemuda tersebut di atas tanah sebelum otaknya ligat berfikir.Dia mencangkung dihujung kaki pemuda itu dan menghela nafas panjang.
“Aku tak tahu lagi macammana nak tolong kau.Harap-harap kau tak mati kesejukan.” Eve menanggalkan kasutnya dan menyarungkan kasutnya di kaki pemuda itu.Eve tersenyum apabila melihat kedua kakinya terapung di udara tanpa kasut.Jika Kristy nampak hal ini,pasti kawannya itu akan membebel sepanjang hari.Bukankah angin juga menyebelahinya.Jadi mengapa dia perlu takut kakinya akan jejak pada tanah manusia??
“Mana Kristy ni? Lambatnya? Perlu ke aku naik ke atas dan panggil Kristy?” Beberapa minit berlegar-legar di sisi pemuda yang tidak sedarkan diri dengan tubuh yang menggigil,      Eve berkeputusan untuk terbang keluar daripada lubang itu. Eve bersedia di bahagian tepi dinding lubang itu untuk menggunakan kuasa angin agar dia dapat melompat keluar dari lubang itu.Baru saja dia hendak melompat keluar,satu tangan menarik kaki kirinya dari arah bawah.Eve tergamam dan berpaling ke arah itu.
“Jangan tinggalkan saya…” Rintih pemuda itu dalam keadaan separa sedar.Eve terkebil-kebil seketika sebelum wajahnya memucat melihat kaki kirinya yang sudah menjejaki tanah!!!

P/S: Sorry kalau banyak typo.Sudi2 like dan komen lah ye.Thanks :)
100 LIKES N SHARE 4 NEXT ENTRY :)






 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 06, 2014 09:17

November 22, 2013

Cara Order Online Novel Kahwin 6 Bulan Aje?! di Penulisan2u.






Assalammualaikum...
Attention,he3.
Ok,,,oder K6BA dah buka di p2u,
siapa nak oder boleh klik link di bawah...
Siapa yg first time nak oder n x tau mcmne...sile ikot step di bawah ye :

1. Sila create account dengan klik bahagian kiri dalam web.

2.Bila account dah verify,buka email anda dan klik link yang diberi.

3. Sila pilih ikon novel yg nak di oder n klik 'add to cart' n proceed.

4. Then isi form customer information n send registration.

5. Check balik alamat anda,klik next

6. Pilih Payment Method, nak guna Maybank,Paypal,Wangpos or etc. (jgn lupa catat no akaun p2u jika anda ingin transfer or bank in utk byaran)

7. Proceed n done.

8. Lepas buat bayaran. Sila sent pic bukti pembayaran bersama no code oder (lihat dalam email anda) kepada langganan@p2u.my

9.Selesai !!! <Tunggu posmen hantar novel anda>


SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK ODER...

http://www.p2u.my/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2013 19:27

November 11, 2013

NOVEL KAHWIN 6 BULAN JE?! SUDAH TERBIT




ALHAMDULLILAH....Akhirnya apa yg ditunggu2 terbit juga...Syukur sangat2.Mekasih yg x terhingga kepada readers blog ni yg rajin memberi komen n support begitu juge dgn silent readers.InsyaaAllah hujung bulan ni K6BJ boleh dibeli scare online dgn p2u.nk beli kat kedai maybe awal bulan 12 lah.he3.ataupun g je PWTC,Pesta buku 1 Malaysia (11-14 dISEMBER),sy x join sbb busy dgn exam....Sorry.Jangan tanya nak beli novel ni dari saya sebab sy x jual.Harap Maklum~


(NOVEL TERBARU) AKAN DATANG - KAHWIN 6 BULAN AJE?! - Annabela

RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.

EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!

“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?”

“Hitam.” - Ixuna

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir

“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna

“Grrr… Lain?!” - Emir

“Lut sinar.” - Ixuna

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan…

Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya…

Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan!

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu?

Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?

Tajuk: Kahwin 6 Bulan Aje?!
Penulis: Anabella
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-17-4
Harga: RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 11, 2013 20:49

August 23, 2013

Selamat Hari Raya~


Ehem2,raya dah nak tiba di penghujung baru sibuk nak ucap selamat hari raya.He3.ape2 pon masih dalam bulan syawal kan??? so..sy nak mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengikut or silent readers blog ni.Terima kasih atas sokongan anda semua dan minta maaf jika saya ada tersilap di mana-mana.
Dah lama saya x update blog ni,mungkin dah 3 bulan....sy SANGAT2 BUSY DNGAN STUDY...dah dekat dengan FINAL EXAM,jadi kena STUDY HARD untuk dapatkan RESULT YANG GEMPAK.AMIN...Jadi jangan ditanya mengapa saya tak update2 story mory ye.ahaks!<mungkin bulan 10 akn update cerita baru.InsyaaAllah...>
ALhamdullilah K6BJ sudah lulus untuk terbit.Jika ada rezeki akan terbit bulan 11 ini under Karyaseni.<JIKA ADA REZEKILAH..X CONFIRM LAGI...SO READERS JANGAN MENGHARAP...JUZ DOAKAN YANG TERBAIK AGAR K6BJ AKAN MENJADI TATAPAN BERAMAI2 X LAMA LAGI><entry K6BJ X KAN sambung UPDATE DALAM BLOG lagi kerana dah banyak sangat entrinye,nanti lau terlalu panjang dalam blog,novel tak boleh jual di pasaran.>
Then,ramai yang PM cakap novel SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR susah nak jumpa dekat kedai.Allahulam,sy pun x tahu nak cakap macamanna,MPH sememangnya ada,POPULAR ade yg ade,ade yang xde,kedai buku lain...no komen..If nak sangat beli..boleh beli online dengan Fajar Pakeer.<Add saja FB Editorial FAJAR PARKEER n die orang akan uruskan jual beli>
SSS adalah sekuel terakhir dlm keluarga Bella n Syamrein,so after this x kan ada sambungan untuk mne2 watak yang ada dlm BIG atau MR.G.Harap maklum < so,x yah merayu2.he3> .Saya akan proceed dgn watak2 baru untuk novel2 baru.InsyaaAllah....
Ramai juga yang PM suruh saya sambung novel fantasi SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN.Saya bukan sengaja x nak sambung,tapi sy x kan menulis novel yang x ramai readers.Entry novel SBS x sampai 1000 ORANG bca.Macammana sy tahu??? Blog sy..sy tahulah brpe readers yg bace setiap entry.He3.
LAGI SATU NOVEL FANTASI SUSAH NAK TERBIT N KURANG LAKU BILA DIJUAL.<Jangan disamakan dengan novel2 omputih pulak>SO..TERPAKSALAH SAYA HOLD CERITA FANTASI DAN KENA HASILKAN LEBIH BANYAK NOVEL2 CINTA........
Lastly,ade yang tak tahu macammana nak baca karya2 saya dalam blog saya yang dulu2.JUST TEKAN BUTTON 'KARYAKU' DI bahagian ATAS sekali.Dekat situ ade senarai semua entry yang saya masukkan dalam blog.X de entry novel yang complete dalam blog sebab if complete novel x kan jual di pasaran :)

itu SAJA RASANYA SAYA NAK CAKAP.if ada sebarang benda nak tanya.Do add and PM me di FB, 'Crystal Ace Bella'...sy terima semua frenz request :) Thanks!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 23, 2013 22:31

Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.