Crystal Anabella's Blog, page 5

January 31, 2013

January 30, 2013

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 13



BAB 13
“Akak,jom main teka teki!” Jeritan kecil Ika daripada arah bar mengejutkan aku dan Ervin.Segera kami berdua menuju ke arahnya.
“Teka teki apa Ika?” Ervin bertanya dan Ika tersengih sengih seraya menayangkan sebuah buku di tangannya.
Aku dan Ervin memerhatikan tajuk yang tertera pada muka hadapan buku itu.Koleksi Teka Teki di Malaysia.Itulah tajuk bukunya.Membazir betul Ika membeli buku yang sebegitu.Aku lebih berminat membeli novel berbanding buku-buku lain.Komik pun best juga.Tapi minat masing-masing kan berbeza.Jadi sukahatilah hendak beli buku jenis apa pun.
“Kita main teka-teki.Siapa kalah kena denda.Nak tak?” Ika memandai menetapkan  peraturan.Ervin sudah menunjukkan wajah teruja dan aku kurang berminat.
“Saya nak lawan dengan Yuri.Kalau dia kalah saya nak malam ni dia jadi tukang basuh pinggan.” Melopong mulutku mendengar bicara Ervin yang penuh dengan unsur ingin mengena itu.Sekali lagi tanganku mencubit lengannya.
“Auch! Sakitlah Yuri! Janganlah main cubit-cubit.” Berkedut dahinya menahan sakit dan aku tersenyum jahat.
“Sesuka hati dia je nak suruh saya basuh pinggan macam sudah tentu dia menang.Okey,saya terima cabaran awak.Tapi kalau awak yang kalah,saya nak awak yang jadi tukang basuh pinggan Pizza Star malam ni,boleh?” Aku  menetapkan syarat.
“Okey.Takde masalah.Saya pasti akan kalahkan awak.”
Dia menjawab dengan nada berlagak.Aku mencebik bibir.Menyampah!.Ika yang melihat sudah tersenyum simpul.Sukalah tu sebab buku yang dibawanya telah berjaya menyebabkan aku dan Ervin mencabar antara satu sama lain.
“Soalan yang pertama.Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?” Ika memulakan teka tekinya.Aku dan Ervin berpandangan sama sendiri sambil berfikir panjang.
“Nampak buah.” Aku menjawab spontan.
“Buah apa Yuri?” Ervin bertanya lembut di telinga aku sambil tersenyum gatal.Segera saja aku menolak kepalanya kuat.
“Sibuklah dia ni!.” Dia tergelak besar apabila melihat wajah aku berubah warna.Tak guna betullah dia ni!.
“Bos tak nak jawab ke?” Ika yang tadinya ikut tergelak bertanya ke arah Ervin yang masih senang hati mengetawakan aku.
“Kalau kura-kura panjat pokok nampak sangat bohongnya.Kura-kura mana boleh panjat pokok.” Dia menjawab dengan yakin sekali.
“Jawapan bos tepat sama sekali.Satu markah untuk bos!.”
Pengumuman Ika membuatkan aku melopong.Pandai pula si Ervin menjawab teka-teki itu.Bagaimana aku boleh tidak terfikir akan jawapannya.Apabila aku memandangnya,dia menjungkitkan sebelah keningnya kepadaku.Hendak tunjuk lagaklah tu sebab dia memberikan jawapan yang betul.
Ika meneruskan soalannya yang kedua.Mujurlah kali ini aku dapat menjawab dengan betul.Ervin tidak puas hati dengan jawapan negara Bahrain yang aku berikan bagi soalan negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan.Yalah,ini kerana bah itu merujuk kepada banjir dan rain itu merujuk kepada hujan.Bila digabungkan jadilah Bahrain.Sudah nama pun teka-teki memanglah tidak logik jawapannya.
Soalan demi soalan diajukan Ika dan kami berdua cuba menjawab dengan cepat dan tepat.Lebih kurang satu jam berlalu begitu sahaja.Kawasan bar yang tadinya hanya ada aku,Ervin dan Ika kini sudah dipenuhi staf-staf lain.Mereka turut berminat untuk cuba menjawab setiap teka-teki yang diajukan.Sambil menjawab,kami semua tergelak.Yalah,soalan teka-teki entah apa-apa dan kami pula memberikan jawapan pakai hentam kromo saja.
“Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?” Ika bertanya soalan yang ke-40.
“Jatuh pokok kelapa sakit je,jatuh perigi terus mati.” Din yang baru pulang daripada menghantar oder delivery tiba-tiba memberikan jawapan.
“Ah kau,memandai je.Cuba kau panjat pokok kelapa lepas tu kau terjun.Tengok mati ke tak?”
Aku menyampuk dan menyebabkan semua yang berada di situ tergelak.Wajah Ervin sudah memerah akibat ketawa yang melampau.Pertama kali aku melihat dia seceria itu.Aku turut tumpang gembira.Untuk soalan tersebut semua staf Pizza Star tidak dapat menjawab dengan betul.Jawapan yang dibacakan Ika mengikut buku itu ialah,jatuh pokok kelapa,naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik. Itulah perbezaannya.
“Okeylah.Ini soalan terakhir.Antara bos dengan Yuri,siapa yang dapat jawab dialah yang menang.Siapa yang kalah kena jadi tukang basuh pinggan malam ni.”
Aku dan Ervin berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman sinis terukir di bibir masing-masing.Daripada 40 soalan sebelum ini,aku dan dia setiap seorang sudah menjawab sembilan soalan teka teki dengan betul.Kini tibalah masanya untuk kami menjawab soalan yang terakhir.Penentu kepada cabaran hari ini.Jangan harap aku hendak kalah di tangan dia!.Aku mesti menang!.
“Baiklah,soalan yang terakhir berbunyi begini.” Semua mata tertumpu ke arah Ika.Aku dan Ervin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap gadis genit itu.
“Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.Apakah benda itu?”
Ika mengajukan soalan terakhirnya dan aku mula berfikir ligat.Jawapan yang logik ke tak logik?. Benda apa yang dikatakan Ika itu?.Aku menelan liur apabila melihat Ervin tersenyum jahat ke arah aku.Dia sudah tahu jawapannya ke? Masak aku hari ni!
“Saya tahu jawapannya.” Semua mata menunggu jawapan daripada mulutnya dan aku menahan debar yang tidak terhingga.
“Apa bos jawapannya?” Ika bertanya.
“Jawapannya ialah saya dengan Yuri.Saya sentiasa nak ikut Yuri dan tak boleh nak tinggalkan dia.”
Dia melingkarkan tangan kanannya di atas bahu aku sambil mengeyitkan mata nakal.Aku melopong dan wajahku terasa membahang.
Semua staf Pizza Star sudah bersorak riang.Pantas saja aku menolak tangannya dan dia tergelak besar.Ish,dia ini bergurau memang tidak mengira tempat!.Buat tebal muka aku sahaja.Jawapan yang dia berikan sedikit sebanyak akan menyebabkan aku perasan.Perasan yang dia benar-benar sukakan aku dan tidak mahu berjauhan daripada aku.
“Bodohlah dia ni.Awak dengan saya ni manusia bukannya benda.” Aku melepaskan geram dengan meluku kepalanya hingga dia mengaduh kesakitan.Semua yang berada di situ tergelak melihat kerenah aku dan Ervin.
“Jawapan bos tu memang romantik.Tapi salahlah bos.” Ika menokok dan aku menjelingnya tajam.Romantik kepala dia!.Suka sangat menyokong Ervin.Ini yang buat aku nak marah ni.!
Beberapa ketika aku mendiamkan diri dan memerhatikan Ervin yang masih belum menamatkan sisa tawanya.Aku masih memikirkan jawapan bagi soalan Ika sambil memandang lantai.Melihat kasut kulit jenama Versace yang dipakai Ervin membuatkan aku terfikir akan sesuatu.
Apabila aku mengangkat wajah,mataku bertembung dengan mata Ervin.Daripada sinar matanya,aku rasa dia juga sudah memperoleh jawapan yang tepat bagi soalan itu.Mungkin kerana dia perasan yang aku memerhatikan kasutnya lama.Aku segera berpaling ke arah Ika untuk memberikan jawapan.Malangnya,belum sempat aku membuka mulut,Ervin pantas menekup mulutku dengan tangannya.
“Jawapannya ialah tapak kaki!” Dia menjerit memberikan jawapan sebelum melepaskan tangannya daripada mulut aku.
“Jawapan bos betul!.Pertandingan hari ini dimenangi oleh bos dan Kak Yuri kalah!”
Pengumuman daripada Ika membuatkan aku terpanar.Aku sudah tahu jawapannya tapi Daniel Ervin main kotor.Sepatutnya aku yang lebih awal dapat menjawab teka teki itu jika dia tidak menutup mulut aku.Dasar penipu!.Aku memandangnya dengan pandangan bengang dan dia sedang asyik menggelakkan aku.Tak guna betul!.Muka nampak macam baik,tapi otak licik yang amat.Sakit betul hati aku!.
....................Mak Piah,tukang basuh pinggan mangkuk kotor Pizza Star tersenyum lebar apabila aku menyatakan yang aku akan mengambil alih tugasnya malam itu.Orang tua yang berusia 57 tahun itu sudah enam tahun berkhidmat di Pizza Star.Akibat sudah kematian suami dan hanya mempunyai seorang anak angkat yang tidak berguna,dia terpaksa bekerja untuk menampung hidup sendiri.Mujurlah,Pizza Star masih memberikan ruang untuk golongan tua seperti Mak Piah bekerja.Jika tidak aku pun tidak tahu dia hendak makan apa.
Pernah juga aku dan beberapa orang staf Pizza Star yang lain bertanya sampai bila Mak Piah hendak bekerja.Dan jawapannya,selagi tulang empat keratnya boleh berfungi,selagi itulah dia akan keluar mencari rezeki.Dia tidak mahu tinggal di rumah orang tua-tua atau menumpang di rumah saudara mara.Mak Piah tidak mahu membebankan sesiapa.
Kadang kala aku kasihan melihat keadaan orang tua itu.Malangnya,apalah daya aku hendak menolong.Lainlah kalau aku banyak duit,bolehlah aku menghulurkan sumbangan untuk membantu orang tua itu.Mak Piah selalu mengalami asma dan sakit-sakit badan sewaktu bekerja.Walaupun kerjanya hanya membasuh pinggan mangkuk,namun bagiku kerja seperti itu agak teruk untuk wanita seusianya.
Apabila memandang seraut wajah tua itu teringat aku akan abah.Sepatutnya dalam usia seperti itu mereka tidak perlu bekerja lagi.Tapi,apakan daya untuk menampung keluarga,mereka perlu menghabiskan usia tua mereka dengan membanting kudrat yang ada.Sudahlah kos kehidupan sekarang agak tinggi dan pelbagai perbelanjaan diperlukan.
Banyak kali aku berfikir,alangkah bagusnya jika aku ditakdirkan menjadi seorang yang kaya raya.Sudah tentu aku tidak akan membenarkan abah bertugas sebagai pengawal keselamatan lagi.Aku lebih suka jika dia duduk di rumah dan menghabiskan waktu tuanya bersama emak dan membanyakkan amal ibadat kepada Allah.Namun,aku tahu itu semua hanya angan-anganku.Beruntunglah kepada insan yang sudah dilahirkan dalam keluarga sedia kaya.Tidak perlulah mereka bersusah payah memikirkan cara untuk mencari duit.
“Sayang,mengelamun apa tu? Saya panggil banyak kali tak dengar?”
Satu bisikan lembut menyapa telinga menyebabkan aku tesentak.Sebuah pinggan yang aku pegang,terhempas ke bawah.Pecah berderai di atas lantai dapur Pizza Star.
Semua staf yang berada di dapur saat itu terkejut dan aku memandang gerangan orang yang telah memeranjatkan aku.Terkebil-kebil mata coklat cairnya melihat aku.Geram betul!.Entah bila dia berdiri di sisiku,aku tidak perasan.Suka sangat menggangu kerja akulah!
Aku tidak mempedulikan pertanyaan atau pandangannya.Bengang sebab dia menipu aku sewaktu pertandingan teka-teki tadi.Bukan hendak minta maaf pun.Bahkan,setelah permainan itu tamat dia masih setia menggelakkan aku.Sengal punya Daniel Ervin!
Sepanjang satu jam aku berada di dapur membasuh pinggan mangkuk,tidak pula dia datang menjenguk aku.Tiba-tiba aku rasa hendak merajuk dengan perbuatannya itu.Eh,yang aku nak sentap tak tentu pasal ni,apahal pulak?
Belum sempat dia bertanya soalan lain aku segera mencangkung dan mengutip serpihan kaca di atas lantai itu.Tidak mahu serpihan kaca itu terpijak oleh staf Pizza Star yang lain.Malang tidak berbau,sewaktu mengutip salah satu daripada serpihan itu tangan aku terkena pada bahagian tajam dan terluka.Kelihatan beberapa titis darah sudah mengalir keluar daripada jari telunjukku.
“Ya Allah,Mayurie Rosella,siapa suruh awak kutip kaca tu pakai tangan!”
Dia terjerit kecil apabila melihat jari aku berdarah.Aku boleh tidak sedar yang dia telah meninggalkan aku dan pergi mengambil penyapu dan pengaut sampah tadinya.Kemanalah fikiran aku melayang hingga tidak perasan akan hal sekeliling.
Dia menarik tangan aku agar berdiri dan membelek jari aku yang terluka dengan penuh perhatian. Aku terkejut melihat air mukanya yang penuh kebimbangan dan tidak seceria tadi.
“Tunggu sini sekejap,saya ambil handyplast dalam ofis.”
Dia bergegas meninggalkan aku dan memasuki ofis.Aku memegang dada.Rasa pelik semacam.Ya Allah,kenapa dia buat memek muka macam tu? Macamlah aku ini sedang cedera parah.Dia betul-betul bimbangkan aku ke?.Bimbang itu tanda sayang.Dia sayangkan aku ke?.
Tidak sampai beberapa saat,dia sudah kembali di hadapanku dengan handyplast.Dia menarik tanganku dan menampal handyplast itu di bahagian jariku yang terluka.Aku memandang wajahnya yang  sedang membelek jariku itu lama.Mengapalah makhluk ciptaan Allah di hadapan aku ini begitu menggoda dan menggetarkan kalbu?.
“Dahlah,awak tak payah basuh pinggan lagi.Jari tu dah terluka nanti pedih pulak kalau terkena air.Biar saya ambil alih tugas awak.” Dia memberi arahan dengan wajah yang masih mengukir riak kebimbangan.
“Saya okeylah.Luka sikit je.” Aku menjawab sambil tersenyum kecil.Cuba mengembalikan mood cerianya.Terus hilang perasaan marah aku terhadapnya apabila dia melayan aku sebaik itu.Sanggup dia hendak menggantikan tugas aku hanya kerana jariku terluka.
“Jangan degil.Lagipun tadi memang saya main tipu,kalau tidak awak yang menang,saya yang kalah.Jadi biarlah saya je yang basuh pinggan mangkuk ni.Awak pergilah buat kerja dekat luar.” Dia mengaku yang dia main tipu.Tak patut betullah dia ni!.
“Em,takpelah kalau macam tu.Awak basuh pinggan mangkuk,saya tolong susun.Boleh?” Aku rasa bersalah jika membiarkan dia melakukan tugas itu seorang diri.Sudahlah dia pengurus dan aku ini orang bawahan dia.Lagipun,bukan selalu aku dapat bertugas di dapur.
“Degil betullah awak ni.Suka hati awaklah kalau macam tu.Hati-hati masa buat kerja.Jangan asyik berangan saja.” Amboi,sempat lagi hendak memerli aku.Aku hanya membalas bebelannya dengan senyuman.
Banyak juga pinggan mangkuk kotor yang perlu dicuci malam itu.Aku dapat melihat dia melakukan kerjanya dengan cepat dan tangkas.Apabila dia sudah selesai mencuci,aku menyusun semua pinggan mangkuk itu di atas sebuah rak.Sudu dan garfu aku lap dengan sehelai kain putih hingga kering sebelum diletakkan dalam sebuah bekas.
Daripada gaya dia mencuci pinggan mangkuk sebentar tadi,aku dapat merasakan dia sudah biasa dengan kerja itu.Mungkin dia pernah membantu ibunya mencuci pinggan mangkuk di rumah sendiri.Aku memandai membuat andaian.Berdiri disisinya dan melakukan tugas bersama menyebabkan hati aku berasa gembira.Aku rasa aku sangat dekat dengannya dan selesa bekerja dengan dia.Mengapa perasaan aku semakin pelik sekarang ini?.
Sewaktu jam menunjukkan pukul 9.15 malam aku dan Ervin terpaksa meninggalkan kerja membasuh pinggan mangkuk.Ini kerana staf servis di bahagian hadapan tidak cukup tangan melayan pelanggan.Biasalah,hujung minggu sebegini agak ramai orang yang ingin makan malam.Mak Piah yang tadinya membantu Aizul memotong piza kembali melakukan tugas mencuci yang Ervin dan aku tinggalkan.
Keadaan di bahagian hadapan Pizza Star agak bingit kerana dipenuhi pelanggan.Hampir semua meja penuh dan ramai yang sedang menikmati makanan.Aku dan Ervin sama-sama mengemas meja yang kotor dan menghantar pesanan makanan mengikut nombor meja.Semua staf lain turut sibuk melakukan tugasan masing-masing.
“Kak,tolong ambil oder meja nombor 16.Ika seramlah nak ambik oder meja dia orang.” Ika berbicara perlahan denganku sebaik saja aku menghantar gelas kosong ke bar.Aku membuang pandang ke arah meja yang dikatakan Ika.Terdapat empat orang lelaki dewasa duduk di situ.
“Okey.”
Aku malas untuk berbual panjang dengan Ika.Masih ramai pelanggan yang memerlukan khidmat kami.Pantas aku bergegas menuju ke meja nombor 16.Ervin yang sedang mengambil oder meja nombor 14 sempat melemparkan senyuman manis kepadaku.Aku membalas senyumannya.Dengan senyumannya itu,semangat aku untuk bekerja terasa bekobar-kobar.Aku rasa ceria semacam.
“Boleh saya ambil oder sekarang?”
Aku mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen daripada poket apron.Empat pasang mata di hadapanku memandang dengan senyuman gatal.
Salah seorang daripada mereka adalah pelanggan tetap Pizza Star.Namanya Hamid.Seorang kontraktor yang berusia 54 tahun dan mempunyai tiga orang isteri.Dia adalah salah seorang daripada kenalan Kak Ifa.Jadi,Kak Ifalah yang menceritakan perihalnya kepada aku.Mungkin tiga lelaki lain di meja itu adalah rakan sekerja Hamid.
“Dah lama abang tak nampak awak Yuri.Rindu abang nak tengok awak.”
Hamid memulakan bicaranya dan aku hanya tersenyum.Padahal dalam hati sudah berbakul makian aku hadiahkan untuk orang tua gatal itu.Pantang nampak muka aku,ada saja ayat menggelikan yang hendak diungkapkannya.Meremang seluruh bulu roma di atas badan ini apabila dia menggelarkan dirinya abang.Umur sudah sebaya dengan ayahku ada hati hendak berlagak muda.Dasar orang tua tidak sedar diri!.
“Em,encik nak oder apa ni?” Aku mengulang lagi ayat yang sama.Mujurlah prinsip pekerja restoran seperti aku,customer always right.Jika tidak,sudah lama aku tinggalkan meja itu.
“Betullah kata kau Mid.Cantik budak ni.Putih gebu.Eh,kenapa dengan jari adik ni?”
Tersirap darah aku apabila salah seorang daripada sahabat orang tua gatal itu menyentuh jariku yang berbalut dengan handyplast.Pantas saja aku menarik tanganku dan mendengus kecil.Mereka berempat ketawa miang melihat reaksiku .Jika diikutkan panas hati,ada yang kena tampar sekejap lagi ni!.
“Maaflah encik,masih ramai pelanggan lain yang menunggu saya untuk ambil oder mereka.Boleh saya ambil oder meja encik sekarang?” Aku masih cuba tersenyum namun nada suaraku sudah berubah tegas.
“Alahai cik adik manis ni.Janganlah marah-marah.Abang cuma nak bergurau dengan adik.” Sampuk seorang lagi sahabat Hamid dan mereka berempat kembali mengetawakan aku.Ingat aku ini badut sarkas ke apa?.
Belum sempat aku membuka mulut untuk mengeluarkan ayat seterusnya,bahuku dipaut seseorang daripada arah belakang.Tanpa perlu aku memandang ke belakang,aku sudah dapat mengecam siapa yang berani melingkarkan tangan pada bahuku itu.Bau wangian yang dipakainya memang aku sudah cam sangat.Tapi,apa pula tujuan dia memaut bahu aku?.
“Sayang,ada pelanggan nak jumpa sayang dekat depan Pizza Star.Sayang pergi jumpa dia sekejap biar saya ambil oder meja ni.”
Berderau darahku apabila dia bersuara dengan kuat.Jelas wajah empat orang lelaki tua di hadapan aku berubah serta merta.
Mungkin terkejut dengan kedatangan Ervin yang tiba-tiba memanggilku sayang.Apabila aku mengerling ke arah Ervin,aku dapat melihat wajahnya yang masam mencuka dan langsung tiada secalit senyuman di situ.Dia memberikan isyarat mata agar aku beredar dari situ.Aku segera mengikut arahannya dan berlalu pergi.
Setelah melangkah agak jauh daripada meja tersebut,aku sempat mengintai Ervin yang sedang bersoal jawab dengan empat orang tua gatal itu.Beberapa ketika aku berlalu ke pintu hadapan Pizza Star untuk memastikan yang tiada pelanggan ingin menemui aku.Aku pasti Ervin hanya menipu dengan mangatakan ada pelanggan ingin menemui aku kerana dia tidak mahu aku mengambil oder meja tersebut.Dia bimbang akan keselamatan aku ke?
Beberapa minit berlalu aku kembali ke kawasan bar.Ervin berada di situ dengan wajah yang agak masam.Mujurlah pelanggan sudah berkurangan,jadi aku dapat menyapa dia.
“Takde pelanggan pun yang nak jumpa saya? Kenapa awak panggil saya sayang dekat depan pelanggan tadi?” Aku pura-pura bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Siapa lelaki tua tadi tu? Sesuka hati dia saja nak pegang tangan awak.Dahlah gelarkan diri dia abang.Tak sedar diri betul!”
Marah benar nada suaranya.Pasti dia mendengar semua bicara aku dan empat orang lelaki miang tadi.Ervin langsung tidak mahu bertatap mata dengan aku.Dia marahkan aku ke?.Aku yang berasa kurang selesa dengan situasi itu segera saja berdiri di hadapannya dan menatap sepasang matanya yang bersinar kelam itu.
“Salah seorang daripada lelaki tu adalah pelanggan tetap Pizza Star.Biasalah Ervin,orang tua gatal.Dia orang memang tak sedar diri pun yang dia orang tu dah tua.Bumi sudah kata pergi,kubur pula kata mari.Tapi,tetap mereka berlagak macam orang muda.” Aku cuba membuat lawak.Namun,dia langsung tidak ketawa.
“Saya tak sukalah awak layan pelanggan yang macam tu.Sesuka hati dia saja nak sentuh tangan awak dan nak menggatal dengan awak.Benci betul saya tengok.”
Dia mendengus kecil sebelum meraup wajahnya dengan tangan.Seperti meluahkan perasaan bengang dan geram.Daripada nadanya mengungkap kata dia seperti sedang menahan api cemburu yang bergelodak.Dia cemburu dengan empat orang tua gatal itu ke?.
“Customer always right.Saya akan layan kerenah pelanggan selagi tidak melebihi batas.Itu prinsip kerja Pizza Star.” Aku cuba menyedapkan hatinya.
“Saya tahu.Tapi saya betul-betul tak suka.Lain kali kalau orang tua gatal tu makan dekat sini lagi,awak jangan ambil oder meja dia.” Aku tergelak kecil mendengar arahannya.Macamlah aku boleh memilih meja pelanggan mana yang perlu aku ambil oder.
“Kenapa,awak cemburu ya?” Pertanyaan mengejut aku menyebabkan wajah Ervin yang tadinya putih bertukar merah.Dia melihat aku sekilas sebelum berpaling ke arah lain.Dia kelihatan menggelabah.
“Er..mana ada.Saya tak cemburu pun.” Dia memberikan jawapan yang membuatkan aku sedikit terkilan.Ingatkan betul-betul cemburu tadi!.
Belum sempat aku bertanyakan Ervin akan hal lain,Kak Ifa memasuki bar dan bertanyakan aku hal Hamid.Mungkin dia perasan yang aku mengambil oder meja Hamid sebelum Ervin campur tangan.Aku menceritakan serba sedikit apa yang terjadi tanpa menyebut perihal Ervin yang memanggil aku sayang.Aku tidak mahu menjadi bahan gosip di Pizza Star.
Ervin yang tadinya tidak mahu bertentang mata dengan aku akhirnya menunjukkan minat pada cerita Kak Ifa.Cerita mengenai pengalaman kebanyakkan staf servis Pizza Star dalam melayan kerenah pelanggan yang gatal seperti Hamid dan rakan-rakannya.
Aku tidak perlu mendengar cerita Kak Ifa dengan teliti.Ini kerana sepanjang aku bekerja di Pizza Star,sudah banyak peristiwa yang berlaku di hadapan mataku.Mujurlah aku dilindungi Allah dan dijauhkan daripada mengalami peristiwa itu sendiri.
“Kalau akak tak silap tahun lepas masa Miss Fatin jadi pengurus,ada seorang pelanggan mabuk meraba punggung seorang staf servis.Tapi kita orang tak boleh buat apa-apa pun sebab pelanggan tu sudah sedia mabuk sewaktu makan di Pizza Star.”
Cerita Kak Ifa menyebabkan Ervin kembali menatap wajah aku.Dia merenung aku lama dengan renungan yang penuh simpati dan rasa bimbang.Entah apalah yang difikirkan lelaki di hadapan aku ini.Dia tersedar apabila aku mencucuk pinggangnya dengan jari telunjukku.
“Kenapa?” Aku bertanya ringkas.Riak wajahnya seperti terganggu saat itu.
“Er..awak pernah mengalami pengalaman macam tu?” Pertanyaan Ervin membuatkan aku tergelak kecil.Patutlah semacam saja wajahnya memandang aku.Jauhnya dia berfikir.
“Tak pernahlah.Insya-Allah saya akan cuba elak daripada mengambil oder pelanggan yang gatal.Lebih selamat kalau suruh staf lelaki yang ambil.”
Jawapan aku menyebabkan dia menghembus nafas lega.Kemudian dia mengusap-usap lembut kepala aku dengan tangannya.Pandangan matanya sedikit bersinar berbanding tadi.Daripada pemandangan mata aku,dia betul-betul bimbang jika peristiwa buruk seperti cerita Kak Ifa berlaku kepada aku.Dia sangat prihatin soal aku.Dia sayangkan aku atau hanya aku yang perasan?
p/s: klik like if u want more.rajin2 komenlah ye.thanks.maaf sbb bnyk cite tertangguh,sibuk dgn study...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2013 03:27

January 17, 2013

NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 15




SILA KLIK LINK DI BAWAH BAGI MEMBACA BAB 15 K6BJ DI P2U.KOMEN DAN SHARE DARI SEMUA PEMBACA AMAT DIHARAPKAN UTK MENAIKKAN RATING NOVEL INI.HE3.THANKS.


http://www.penulisan2u.my/2013/01/novel-kahwin-6-bulan-je-15/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 17, 2013 02:28

January 9, 2013

NOVEL :KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 14



SILA KLIK LINK DI BAWAH BAGI MEMBACA BAB 14 DI P2U.KOMEN DAN SHARE DARI SEMUA PEMBACA AMAT DIHARAPKAN.TQ

http://www.penulisan2u.my/2013/01/novel-kahwin-6-bulan-je-14/


KLIK LIKE IF U WANT MORE.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 09, 2013 03:56

January 3, 2013

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 12



bab 13
Dalam pukul 9.30 pagi barulah dia keluar daripada Pizza Star.Itu pun setelah aku menghalaunya banyak kali agar tidak menggangu kerjaku dan menyarankan agar dia berehat di rumah.Sempat juga aku memulangkan kemejanya yang telah aku basuh bersih akibat basah dengan jus oren di rumah Kak Nita kali lepas.
Sebentar tadi,setelah aku membuat air Mocha Freppe,dia hanya minum separuh gelas.Boleh pula dia meminta agar aku menghabiskan sisa minumannya itu.Bila aku kata tak nak dia mula tarik muncung sedepa dan bermasam muka.Walhal hari itu dia juga yang beria benar memarahi aku kerana aku memakan sisa makanan orang lain.Hari ini dia suruh aku minum sisa dia pulak.Pelik betullah Daniel Ervin ni!.
Masuk pukul dua petang,mata aku sekali lagi terbeliak apabila melihat dia kembali melangkah masuk ke dalam Pizza Star.Kali ini dengan pakaian lain.Dia memakai sehelai kemeja putih yang bersulam gambar burung phoenix besar warna biru di bahagian belakang dan sehelai jeans Levis.Dia kelihatan ranggi dan stylo sangat dengan pakaian itu.Aku yang berdiri bersebelahan dengan bar hanya merenung dirinya tanpa berkelip-kelip.
“Kenapa tenung saya macam tu? Saya hensem sangat ya?”
Belum sempat aku membuka mulut,dia sudah berdiri di sisi aku.Sempat pula dia memuji diri sendiri.Agaknya dia perasan yang aku ralit merenungnya daripada tadi.Bauan yang datang daripada tubuhnya membuatkan aku terbuai seketika.Bau yang segar dan menyamankan.Apabila aku sedar dia sedang merenung wajah aku,segera saja aku menapak ke kanan beberapa langkah untuk menjauhkan diri daripadanya.Malangnya,setiap kali aku melangkah ke tempat lain,dia akan ikut melangkah sama.
“Huh,awak buat apa lagi datang ke Pizza Star ni Ervin? Awak kan cuti.” Akhirnya aku malas melarikan diri lagi.Aku menghela nafas panjang dan bertatap mata dengan dia yang sentiasa mengekori aku.Dia tersenyum lebar dan menggosok kuat kepalaku.Aku hanya mampu mendongkol geram dengan telatahnya itu.
“Saya rindukan awak,sebab tulah saya datang dekat Pizza Star ni.” Berdiri bulu roma apabila dia tiba-tiba sahaja berbisik lembut di cuping telinga aku.Aku menolak lembut bahunya.Tidak mahu menjadi perhatian staf-staf yang lain.
“Ya Allah,tak habis-habis dengan rindu dia.” Aku jawab perlahan.
“Rindu saya takkan habis selagi awak takde depan mata saya.” Dia menyambung ayatnya dan aku mengeluh panjang.Mengapa dia gemar mengungkapkan perkataan yang boleh membuatkan aku perasan.
“Suka hati awaklah Ervin nak cakap apa pun.Saya sedang bekerja ni.Jadi tolong jangan ganggu kerja saya.”
Jawapan aku hanya menyebabkan dia mencebik bibir tanda tidak hairan dengan kerja aku.Aku bergegas mengambil oder pelanggan daripada sebuah meja.Dia asyik merenung setiap langkahku.Macamlah aku ini cantik sangat sampai perlu ditenung begitu lama.
Selesai mengambil oder,aku menuju ke arah komputer untuk memasukkan senarai oder pelanggan tersebut.Apabila kertas yang mengandungi semua senarai pesanan berserta bilnya keluar daripada sebuah mesin kecil yang terletak bersebelahan komputer,aku berlalu ke bar.
Kak Ifa sudah siap menyediakan minuman mengikut pesanan pelanggan dan aku terus menghantar minuman tersebut ke meja mereka.Semua pesanan makanan dan minuman dalam Pizza Star menggunakan sistem komputer.Jadi,semua staf tidak perlu terjerit-jerit menyatakan oder pelanggan sama ada minuman atau makanan kepada tukang buatnya.
Selang beberapa minit aku dapat melihat dia melangkah menuju ke pintu hadapan Pizza Star.Eh,takkan dia nak balik pulak?.Mata aku gatal sahaja memerhatikan setiap langkahnya yang tersusun kemas itu.Gaya dia berjalan persis seorang model.Yang aku tidak tentu pasal menelek dia ni kenapa pula?.Sah,Yuri kepala kau ada masalah.
Tiba di pintu hadapan Pizza Star dia sempat berbual dengan Ika yang menjadi penyambut tetamu dan Kak Ima yang menjadi juruwang.Beberapa ketika,Ika membuka pintu,menyambut kedatangan dua orang pelanggan perempuan yang berpakaian cantik.Aku rasa seperti mengenali dua perempuan itu.Belum sempat aku berfikir panjang Ervin sudah menunjukkan jari telunjuknya ke arah aku kepada dua perempuan itu.Entah apa yang diperkatakan dia hingga menyebabkan dua orang perempuan itu menuju ke arah aku.
“Apa khabar Yuri? Rindunya akak dekat kamu.Ervin kata kamu jatuh motor.Kamu okey ke sekarang?” Bertalu-talu soalan yang keluar daripada mulut perempuan itu.Dia memeluk tubuhku dan mengusap-usap lembut pipiku.Patutlah aku rasa macam kenal.Rupa-rupanya Kak Nita.
“Yuri baik-baik je kak.Cedera sikit je masa jatuh motor tu.” Aku tersenyum lebar memandang kakak angkat merangkap guru muzik aku itu.
Sekilas pandang aku sempat menjeling Ervin yang sedang berbisik dengan seorang lagi perempuan yang berselendang biru.Perempuan itu tergelak kecil setiap kali Ervin menuturkan bicara.Ish,kenapa aku rasa sakit hati dan meluat ni?!
Apabila aku mengamati wajah perempuan itu,baru aku ingat yang dia adalah perempuan berbaju sejuk yang bersama dengan Ervin sewaktu Ervin pertama kali berkunjung ke Pizza Star dahulu.Teman wanita dia ke?.Cantik.Orangnya tinggi lampai macam Ervin.Kulit putih dan senyumannya manis.Padanlah dengan Ervin.Tiba-tiba aku rasa rendah diri.
“Awak ni Mayurie Rosella kan? Gembira berjumpa dengan awak.” Perempuan itu menghulurkan salam dan aku menyambutnya.Sebaik salam terlepas,dia terus merangkul erat tubuhku.
“Ervin banyak bercerita pasal awak dekat saya.Harap kita dapat berkenalan rapat.” Perempuan itu berbisik di telinga aku sebelum meleraikan pelukannya.
Kemudian dia memegang kedua belah pipi aku dan merenung mata aku dengan sepasang matanya.Aku hanya mampu menelan liur apabila dipelakukan sebegitu.Mesra sungguh perempuan ini dengan aku.Padahal,kami baru saja berkenalan.Ervin menceritakan perihal aku kepada teman wanitanya? Biar betul?.
“Macammana kak? Dia comel kan?” Ervin bertanya kepada perempuan itu dan aku terkedu.
“Em,comel sangat.Hari tu akak tak sempat nak telek muka dia.Tapi dia ni mempunyai kecantikan semulajadi.Kulit dia licin dan mata dia cantik.Kalau digilap oleh tangan akak,pasti dia kelihatan seperti artis.”
Perempuan itu menjawab sebelum melepaskan tangannya daripada terus melekap di wajah aku.Ini yang berpakat hendak memuji aku tidak tentu pasal,kenapa pula? Memuji ke memerli?.Aku boleh kelihatan seperti artis? Biar betul perempuan ni?! Aku sudah menggaru-garu kepala yang tidak gatal akibat tidak memahami perbualan mereka berdua.
“Tak payah nak gilap sangatlah kak.Saya tak suka buah hati saya jadi tumpuan ramai.” Selamba badak dia sahaja mengatakan yang aku ini buah hati dia.Eh,bukan ke perempuan cantik ini teman wanitanya? Tapi mengapa dia panggil akak pulak?.
“Maaflah Yuri.Dia orang berdua ni kalau dah mula bercerita memang tak ingat dunia.Ini kakak sulung Ervin,Dania Farhanah.Dia ni seorang jurusolek profesional.Sebab tulah bila melihat seseorang dia akan belek habis-habisan.”
Penjelasan Kak Nita membuatkan dada aku yang sesak tadinya,lega tiba-tiba.Jadi perempuan ini adalah kakak Ervin.Patutlah mereka berdua mesra semacam.Amboi,kau cemburu ke Yuri?!
“Maafkan saya sebab membelek wajah awak.Yuri boleh panggil saya Kak Nana.” Lembut sekali tutur bicaranya dan aku  mengangguk-angguk kecil.
“Hari ni saya nak belanja makcik dengan kakak saya makan di sini.” Oh,patutlah dia berkunjung ke Pizza Star.Ingatkan memang sebab betul-betul rindukan aku tadi.
“Awak tolong ambil oder dan sediakan makanan kami ya sayang?” Dia menyambung ayatnya dan membuatkan aku melopong.Dia ini jenis manusia yang tidak makan saman.Sudah banyak kali dilarang pun tetap dia ingin memanggil aku sayang.
Sudahlah Kak Nita dan Kak Nana tersengih-sengih memandang aku.Mahu tidak tebal wajah aku ketika itu.Bergurau tidak pernah kena tempat dan masa!.
“Okey,duduklah dulu.Saya pergi ambil menu.”
Aku malas mahu bertengkar dengannya di hadapan Kak Nita atau Kak Nana.Jadi,aku layankan saja permintaannya.Apabila mereka sudah duduk di meja nombor 25,aku berlalu ke hadapan dan meminta pertolongan Farah agar membawa menu sekaligus mengambil oder mereka.Aku mengambil oder pelanggan lain.
Daripada jauh aku dapat melihat dia menjeling aku tidak puas hati.Dia membebel  dekat kakaknya sambil menjuihkan bibirnya ke arah aku.Mungkin dia membebel tentang aku yang tidak mengikut arahannya.Kak Nita dan Kak Nana kelihatan tergelak melihat kelakuan Ervin.Tanpa sedar bibirku mengukir senyuman.

 .................
“Awak manja betul dengan kakak awak ya?” Aku bertanya seraya mengemas sebuah meja yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk keesokan harinya.Dia yang bekerja sama shift dengan aku aku merajinkan diri membantu aku membersihkan meja itu.
“Taklah manja sangat.Kadang-kadang je.Kenapa? Awak jeles ke?” Dia tersenyum senget ke arah aku sambil tangannya lincah menyusun gelas kotor ke atas sebuah dulang plastik bewarna hitam.Aku membalas senyumannya.
“A,ah.Jeles juga.Saya takde adik lelakilah.Tak tahu bagaimana rasa hendak melayan adik lelaki.Awak nak tak jadi adik saya?” Aku berseloroh sambil menjungkitkan keningku ke arahnya.Tanpa sempat aku mengelak,kepala aku dilukunya agak kuat.
“Auch!.Sakitlah Ervin!” Aku terjerit kecil sebelum menggosok kepalaku.
“Cakap lagi yang bukan-bukan.Kenapa pulak saya nak jadi adik awak sedangkan saya lebih tua daripada awak.Tak ingin saya ada kakak macam awak.” Dia mencebik bibir.
“Kenapa pulak tak nak?” Aku menjegilkan mata ke arahnya.
“Yalah,dahlah awak tu suka merajuk.Sensitif.Cepat sentap dan suka marah-marah.Takut saya kalau awak jadi kakak saya.Daripada saya jadi adik awak lebih baik saya jadi suami awak.Kalau awak merajuk,saya akan pujuk.Kalau awak nak marah saya pun,saya tak kisah.” Jawapan selambanya membuatkan aku terkedu.Ini yang aku malas nak layan!.

“Eh,tapi kan Ervin.Saya ingatkan Kak Nana tu teman wanita awak.Masa pertama kali awak makan dekat sini dulu,saya dengar dia panggil awak dengan gelaran I dan you.Saya tak dengar dia panggil awak adik pun?”
Aku cepat mengubah topik.Walaupun perkara itu sudah hampir tiga bulan berlalu,aku masih dapat mengingatinya dengan jelas.Memang Kak Nana tidak memanggil Ervin adik.Jadi sebab itulah aku mengandaikan mereka adalah pasangan kekasih.
“Dia memang macam tu.Ikut sedap mulut dia je nak panggil saya apa.Saya jenis tak kisah.” Dia menjawab sebelum beriringan dengan aku meletakkan pinggan dan gelas kotor di tempat sepatutnya.Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul enam petang dan Pizza Star lengang tanpa pelanggan.Tunggulah waktu malam,pasti ramai yang menyerbu untuk mengisi perut.
“Awak dua beradik je ke Ervin?” Rajin mulut aku bertanya banyak soalan.
“A,ah.Dua orang je.Kak Nana dan saya.Awak?” Patutlah manja semacam.Anak bongsu rupanya.Aku dan dia berdiri di satu sudut sambil bersandar malas pada dinding.
“Lima orang adik beradik.Saya ada tiga orang abang dan seorang adik perempuan.” Pantas saja mulut aku menjawab.
“Ingatkan takde adik.Adik awak tak manja dengan awak ke?” Dia mungkin pelik atas permintaan aku sebentar tadi.Aku tersengih seperti kerang busuk memandangnya sebelum membuka cerita.
Nama adik aku Siti Nur Aishah,berumur 12 tahun dan suka melawan cakap aku.Jadi kami sering bergaduh.Tapi bukan bergaduh serius pun.Biasalah bergaduh adik-beradik.Mungkin disebabkan perbezaan umur kami yang terlalu jauh,aku dan adik tidak sebulu.Aku lebih rapat dengan abangku yang ketiga berbanding adik beradik yang lain.Kadang kala aku berasa cemburu dengan adik yang selalu menjadi tumpuan semua ahli keluarga.
“Yalah,dia kan kecil lagi.Perlulah diberikan lebih perhatian.Takkanlah keluarga awak nak manjakan awak lebih daripada adik awak pulak?” Ervin menyampuk ceritaku dengan gelak kecil.Aku mencebik bibir.
“Memanglah.Mungkin sebab sebelum adik saya lahir,semua ahli keluarga lebih manjakan saya.Jadi bila dah ada adik,saya tak bolehlah nak manja-manja lagi.Sebab tu lah saya rasa cemburu dengan dia.”
Penjelasan ikhlas aku menyebabkan gelak Ervin semakin besar.Senang hati dia mendengar cerita aku.Aku membulatkan mata apabila dia sekali lagi meluku kepala aku.Kali ini lebih lembut dan disertai dengan senyuman lebarnya.
“Kesiannya dia tak dapat bermanja-manja dengan keluarga.Em,takpelah.Selepas ini,awak boleh manja-manja dengan saya.Saya sedia memanjakan awak.”
Dia berbicara dengan senyuman nakal terukir di bibir.Ringan saja tanganku mencubit kuat lengannya hingga dia mengaduh kesakitan tanda melepaskan geram.Tiada maknanya aku nak bermanja-manja dengan dia!.
“Sakitlah Yuri.Tajamnya kuku awak!” Dia terjerit kecil seraya menggosok-gosok lengannya yang sudah kemerahan akibat cubitan aku.
“Padan muka.Siapa suruh cakap yang bukan-bukan.” Aku menjelirkan lidah tanda tidak hirau akan kesakitan yang dia alami.Dia menjuihkan bibir tanda tidak puas hati.
P/S:KLIK LIKE IF U WANT NEXT ENTRY.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 03, 2013 19:51

January 2, 2013

NOVEL :KAHWIN 6 BULAN JE ?! BAB 13


SILA KLIK LINK DI BAWAH BAGI MEMBACA BAB 13 K6BJ DI P2U...

http://www.penulisan2u.my/2013/01/novel-kahwin-6-bulan-je-13/



P/S:Komen dari semua pembaca amat dihargai.

KLIK LIKE IF U WANT MORE.TQ.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2013 22:19

December 23, 2012

NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 12



BAB 12“Abang Eric memang dah gila.” Elya berbisik perlahan di telinga Reny sambil mengikat tali kasut sukannya.
“Dia bukan gila.Cuma dia dengan abang Ariel terlebih teruja untuk mengenakan Kak Xuna.” Reny menjawab sebelum mata mereka berdua tertumpu pada dua batang tubuh pemuda yang sedang berdiri di luar pagar Vila Oracle.Kedua pemuda itu berborak ceria dan sekali sekala menjeling ke arah kakak angkat mereka yang sedang melakukan warm up tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
“Apa pun perancangan abang-abang kita tu untuk kenakan Kak Xuna, kita mesti gagalkan.” Elya yang sudah siap memakai kasut sukan berdiri dengan semangat yang berkobar-kobar.“Betul tu.Kita akan tolong Kak Xuna selagi mampu.” Reny turut bersemangat.
“Elya,Reny,boleh tolong cepat sikit tak? Kita orang dah nak mula joging ni!” Laungan Ariel dari pintu pagar membuatkan kedua gadis itu cepat menamatkan perbualan dan bergegaskan mendapat abang-abang mereka.Ixuna menapak perlahan mengikuti langkah Elya dan Reny.Eric dan Ariel yang segak berpakaian sukan berpandangan sama sendiri sebelum mengukir senyuman penuh makna.
“Okey.Kita mula joging sekarang.” Eric mengeluarkan bicara apabila semua sudah berkumpul dihadapannya.Mereka berlima mula berlari anak melintasi perkarangan perumahan elit yang berhampiran dengan Vila Oracle.
Elya mengeluh kecil apabila memandang langit.Sinaran bulan mengambang menyinari susur jalan yang dilalui mereka.Bintang begemerlapan di atas langit melambangkan keindahan ciptaan Ilahi.Sekali sekala bunyi kenderaan bergerak menyapa pendengaran.Sedang orang lain nyenyak dibuai mimpi,mereka berlima sibuk memanaskan badan dengan aktiviti senaman itu.
Reny melihat jam tangan.Pukul 1.30 pagi.Ini kali pertama dia keluar bejoging dalam waktu seperti ini.Kerana mahu membantu Ixuna daripada dipermainkan oleh Eric dan Ariel,dia dan Elya terpaksa ikut sama aktiviti itu.Petang tadi,Eric bersungguh mengajak Ixuna untuk keluar berjoging waktu malam.Kononnya dia mahu menilai sejauh mana kecergasan tubuh bakal isterinya.Ixuna pula mengikut saja permintaan pemuda itu tanpa banyak soal.Memanglah kakak angkat mereka itu agak lurus.
Kebetulan nenek mereka tiada di rumah kerana betugas di luar kawasan.Disebabkan itulah Eric dan Ariel semakin menjadi-jadi hendak mengenakan Ixuna.Walhal,jika benar hendak berjoging tidak perlulah berjoging di malam hari.Waktu subuh dan pagi yang nyaman masih ada untuk menyihatkan badan.Reny dan Elya tahu yang abang-abang mereka sengaja ingin menyusahkan Ixuna.
“Eric,kau tak pelik ke tengok perempuan tu? Selamba je dia berlari.Kaki aku hampir kejang dah ni.”
Ariel berbisik di telinga Eric apabila melihat Ixuna berlari melintasi mereka.Dia sudah termengah-mengah.Elya dan Reny berlari tidak jauh di belakang dan Eric masih cergas seperti Ixuna.Eric biasa bersukan.Sebab itulah dia mempunyai stamina yang tinggi.Jadi Ariel tidaklah hairan sangat.Tetapi perempuan yang sedang berlari di hadapan mereka ini,rajin bersukan juga ke?
“Kau tu lembik sangat.Cuba kuatkan kaki tu.Lain kali kalau cuti kerja cuba rajinkan diri bersukan.Jangan asyik pergi kelab je.” Eric membebel kecil sebelum memperlahankan lariannya.Mereka berlima sudah jauh meninggalkan kawasan Vila Oracle.Hampir dua jam mereka berlari tanpa henti.
“Kau rasa Ixuna tu ada ambil dadah ke? Macam steroid? Untuk kuatkan badan?” Ariel mula  bersangka yang buruk-buruk.
“Entahlah,aku tak tahu.Aktif semacam je aku tengok dia tu.” Eric tidak menyokong mahupun menolak pandangan sepupunya yang kedengaran agak merepek itu.Matanya mengecil memandang Ixuna yang berlari selamba tanpa riak letih walaupun sedikit.Macam robotlah pulak bakal isterinya ini!
Nampaknya,rancangan dia dan Ariel untuk mengenakan Ixuna gagal lagi.Niat mereka mengajak Ixuna berjoging pada waktu malam adalah untuk memenatkan perempuan itu hingga pengsan.Yalah,selalunya perempuan bukan suka bersukan.Terutamanya di waktu malam.Mereka jangka Ixuna akan merungut dan keluar dari Vila Oracle.Namun,situasi berbeza sekarang ini.Ariel,Elya dan Reny sudah letih dan Ixuna masih selamba berlari.Tinggi betul stamina gadis comel itu!
“Wei,aku penatlah.Kau larilah dulu.Aku nak rehat sekejap.” Ariel yang sedang mengah melabuhkan punggungnya di tepi jalan yang lengang tanpa kenderaan.Tidak sampai seminit,Elya dan Reny ikut sama berehat dengan pemuda itu.
Eric hanya menggeleng-geleng kepala dan meneruskan lariannya.Kali ini dia melangkah lebih laju untuk menyaingi larian Ixuna.
Selang beberapa minit berehat,Ariel,Elya dan Reny agak pelik melihat Eric dan Ixuna sedang memecut laju berpatah balik ke arah mereka dari hujung jalan.Kelihatan seperti mereka sedang menyertai larian sukan olimpik.Namun,bunyi lolongan yang datang dari kejauhan membuatkan mereka bertiga kecut perut.Bunyi apa pulak tu?
“Lari! Lari! Ada anjing gila!” Jeritan Eric yang semakin hampir dengan tempat mereka duduk menggemparkan suasana.Tanpa berfikir panjang,Elya,Reny dan Ariel kembali berlari meredah pekat malam.
Ariel sempat memandang ke belakang apabila Eric dan Ixuna berlari disisinya.Jelas kelihatan seekor anjing sederhana besar dengan gigi yang menyeringai dipenuhi air liur menjijih sedang mengejar mereka dari belakang.
“Argh!” Akibat tidak memandang bawah,Ariel tersadung kaki sendiri dan jatuh di atas jalan tar.
Jantungnya hampir berhenti berfungsi apabila apabila melihat sepasang mata anjing gila yang bersinar terang bewarna oren disimbah cahaya bulan sedang galak memerhatikannya.Anjing itu berhenti berlari dengan lidah yang terjelir dan kelihatan tercungap-cungap.Anjing itu menyalak beberapa kali sebelum Ariel memejam mata apabila anjing itu meloncat ingin menerkamnya.
“Anjing bodoh!” Tempikan Ixuna memecahkan keheningan malam.
Ariel memberanikan diri membuka mata sebelum rahangnya hampir terjatuh apabila melihat anjing yang tadinya gembira menyalak terpelanting di bahu jalan.Tidak sampai beberapa saat,anjing itu bangun dari baring dan memerhatikan mereka.Haiwan itu mengeluarkan bunyi seperti anak anjing kehilangan ibu sebelum berlari ke tempat lain.Ixuna kelihatan mengurut dada menghilangkan mengah.Nampaknya gadis comel itu pandai penat juga.
“Kau okey tak?” Pertanyaan Eric mengembalikan Ariel ke dunia nyata.Matanya yang tadi tidak berkelip memandang Ixuna beralih memandang sepupunya dengan wajah yang agak pucat.
“Okey.Cuma kaki terseliuh.” Jawapan Ariel menyebabkan Eric menghela nafas lega.Mujurlah Ixuna cepat bertindak.Jika tidak,pasti Ariel sudah dibaham anjing gila itu.Eric bergegas ke hujung kaki Ariel.Mengurut dan menyentap kaki pemuda itu sehingga berbunyi.“Sakit lagi tak?” Eric tanya lagi.
“Em,sakit sikit je.” Eric membantu Ariel bangun sebelum memapah pemuda itu.
Ixuna hanya memerhatikan gelagat mereka berdua sebelum menggeleng-geleng kepala.Inilah balasan kepada orang yang ingin mempermainkannya.
“Itulah,lain kali kita pergi joging di malam hari lagi ya.Lagi baik kalau masa kita berjoging terserempak dengan dua ekor anjing gila.Seekor makan kau,dan seekor lagi makan kau.”
Ixuna bersura sinis sebelum mengajukan jari telunjuknya ke arah Eric dan Ariel.Dua pemuda itu diam tidak menjawab perliannya.Agaknya terasa dengan perkara yang dia katakan.
“Aku rasa perempuan tu bukan manusia.” Eric membuka mulut apabila kelibat Ixuna hilang di hadapan mereka.Gadis itu memecut laju menghala ke Vila Oracle.Sama saja dengan Elya dan Reny.Bayang dua adiknya itu langsung tidak kelihatan sewaktu mereka dikejar anjing tadi.Takut punya pasal,mereka berdua boleh berlari sepantas kilat.
“Habis tu kalau dia bukan manusia,dia tu apa?” Ariel yang sedang berpapah dengan Eric bertanya pelik.
“Alien.Aku rasa dia tu makhluk asing dari planet marikh.” Jawapan serius Eric menyebabkan gelak Ariel terburai.Nampaknya,Eric pun sudah jadi gila sekarang ini.
“Kenapa kau cakap dia tu Alien?”
“Yalah,kau tak nampak ke apa yang dia buat tadi?” Eric bertanya bersungguh.
“Tak nampak.Aku pejam mata.”
“Dia melompat dan tendang kepala anjing tu betul-betul masa anjing tu nak terkam kau.Serius,aku rasa macam sedang menonton adegan filem Resident Evil.” Eric tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.
Ariel tergelak kecil sebelum memandang wajah sepupunya itu.Jarang sekali dia melihat Eric kagum dengan seseorang yang bernama perempuan.
“Kalau alien tu kahwin dengan kau,habislah kau Eric..” Ariel bersuara jahat.
“Kenapa pulak?” Terkebil-kebil Eric memandang wajah Ariel.
“Yalah,kau kahwin dengan alien.Nanti dapat anak warna hijau.”
“Tengkorak kau! Tak padan dengan kaki sakit ya!” Eric menolak kasar kepala Ariel sebelum mereka berdua tergelak.
“Tapi,kau tak payah bimbanglah.Aku tak rasa alien Ixuna tu berminat untuk buat anak dengan kau.” Ariel tidak habis menyakat.
“Takdir Allah siapa yang tahu.Manalah tahu tiba-tiba si alien tu jatuh hati dekat aku.Tapi,aku akan fikir seratus kali untuk buat anak dengan dia.” Eric berseloroh dan mereka berdua ketawa ceria.
“Atau pun kau yang sebenarnya dah jatuh hati pada dia?” Pertanyaan Ariel dibiarkan tidak berjawab.Eric hanya senyum segaris dan terus memapah Ariel hingga ke Vila Oracle.
Malam itu dia mempelajari satu perkara tentang Ixuna.Gadis itu agak baik hati kerana sudi membantu Ariel daripada mendapat kecederaan walaupun Ariel dan dia selalu ingin mengenakan gadis comel itu.…………………………………….“Xuna,boleh tolong nenek bangunkan Eric tak? Dah tengahhari ni,dia tak bangun- bangun lagi.” Suara Puan Sri Rihanna yang baru pulang ke Vila Oracle awal pagi tadi mematikan niat Ixuna untuk membantu bibik menyiram pokok bunga di halaman rumah.Dia memandang sejenak wajah tua itu sebelum mengangguk kecil tanda setuju.
“Tak apalah nek.Biar Ariel je yang kejutkan Eric.” Ariel yang baru selesai bersarapan menyampuk perbualan itu.
“Kau jangan nak menyibuk.Kaki tu dahlah terhinjut hinjut.Ada hati pulak nak gerakkan Eric.Bila sakit,buat jelah cara sakit.Duduk diam-diam dekat ruang tamu.Kalau kaki kau dah baik,lebih baik kau masuk pejaba.” Sekali kena bebel dengan Rihanna,Ariel terus terdiam.Dia mencebik bibir sebelum bergerak ke ruang tamu dan duduk di atas sofa.
Disebabkan Ixuna berada di Vila Oracle selama seminggu,nenek meberi peluang kepada Eric untuk tidak bekerja.Malangnya,dia tidak boleh ikut cuti sama.Hari ini pun dia telah menipu nenek dengan mengatakan dia terjatuh tangga semalam dan kaki terseliuh.Jika tidak,neneknya itu tidak akan membenarkan dia bermalasan di rumah.
Takkanlah dia hendak mengadu yang dia terseliuh akibat dikejar anjing malam semalam.Dan yang lebih teruk dia dan Eric melibatkan Ixuna sama.Ixuna bakal cucu menantu kesayangan nenek.Jika nenek dapat tahu akan hal itu,habislah mereka!
Ixuna menapak ke tingkat dua dengan sebentuk kunci pendua di tangannya.Kunci itu diberikan nenek Rihanna kepadanya untuk membuka pintu bilik Eric yang berkunci sebentar tadi.Hari itu adalah hari keempat dia menginap di Vila Oracle.Pelbagai gaya dan ragam Eric telah dilihatnya.Mujurlah,dia buka seorang gadis jenis panas baran.Jika tidak sudah tentu dia dari awal mengaku kalah dengan semua permainan pemuda itu bersama sepupunya.
Pemuda itu agak baik dalam pandangan matanya,cuma mungkin Eric sukar untuk menerimanya sebagai isteri dengan mengejut.Sebab itulah pemuda itu asyik ingin mengenakannya.Hubungan baik antara Eric dan Ariel sedikit sebanyak menyentuh perasaannya.Mereka hanya sepupu.Namun hubungan mereka lebih akrab seperti adik beradik kandung.Sama seperti hubungan Elya dan Reny.
Ixuna tersenyum kecil apabila melangkah masuk ke dalam bilik Eric.Pemuda itu kelihatan sedang nyenyak tidur di atas katil.Comforter membaluti tubuhnya hingga paras leher.Wajah tenang Eric yang sedang lena diperhatikan buat beberapa ketika.Agaknya penat sangat berkejar dengan anjing semalam.Sebab itulah lambat bangun tidur.Sepanjang beberapa hari dia menginap di Vila Oracle,dia tidak pernah melihat Eric tidur selepas waktu subuh walaupun lelaki itu tidak bekerja.Satu tabiat yang boleh dipuji.
Ixuna memerhatikan keadaan sekeliling bilik itu.Semuanya bewarna putih dan krim.Agaknya warna kegemaran Eric.Perabot banyak yang diperbuat daripada kaca.Lima kuntum bunga tulip segar bewarna putih terdapat dalam pasu di sisi meja katil Eric.Ixuna bergerak ke arah balkoni,menyelak langsir,membuka pintu gelongsor dan membenarkan cahaya matahari menyimbah masuk memenuhi bilik yang berpenghawa dingin itu.
“Bibik,silaulah.Tutup langsir!” Jeritan kecil Eric dari bawah comforter sedikit mengejutkan Ixuna.Pemua itu terganggu dengan cahaya terang yang menyinari katilnya.Ixuna kembali bergerak ke sisi katil.Eric fikir Ixuna bibir Vila Oracle ke?
“Eric bangun.” Ixuna menyebut nama pemuda itu.Eric tidak memberi sebarang respon.
“Eric,bangun.Nenek suruh awak bangun.” Ixuna mengeluh kecil.Dia yakin Eric mendengar semua bicaranya kerana tadi pemuda itu sudah tersedar.Memang sengaja nak cari pasallah ni.
“Putra Emir Enrique,bangun…” Bisikan menggoda itu membuatkan Eric tersenyum buat seketika.Merdunya suara dia…
‘Splash!’
“Ixuna!!!” Jeritan Eric menggegarkan Vila Oracle.
Dia bangun dari baring dan duduk di atas katil dengan wajah dan rambut yang basah.Wajahnya merah padam menahan marah apabila memandang wajah comel yang selamba memasukkan lima kuntum bunga tulip kembali ke dalam pasu yang sudah kering airnya.Ixuna memang melampau!
Baru dia terniat untuk berbaik dengan gadis itu kerana terhutang budi tentang hal Ariel semalam.Namun,sekarang gadis itu kembali menunjukkan belang.Boleh pulak gadis itu mencurahkan air pasu bunga untuk mengejutkannya bangun tidur.Sakit hati betul!
“Nenek suruh kau bangun.Tak elok tidur sampai tengah hari buta.Nanti disampuk setan.Boleh jadi gila.” Ixuna berkata selamba sambil menatap wajah tampan dihadapannya.
“Kau jangan nak memandai.Tidur waktu maghrib baru berhadapan dengan kemungkinan tersampuk setan.Tidur tengahhari tersampuk dengan hantu yang macam kau ni!” Eric menjerkah bengang.
“Ha,dah sah kau gila ni.Kau tak dapat bezakan ke hantu dengan manusia? Manalah ada hantu secantik aku.” Sengaja Ixuna ingin menyakiti hati Eric dengan menguraikan rambut panjangnya bak model syampu.Eric melopong melihat iklan tidak berbayar itu.
“Perempuan perasan! Tak ada adab! Tak boleh ke kau bangunkan aku elok-elok?!” Eric meledakkan kemarahan.Ixuna masih dengan wajah tak bersalah.
“Aku buat semua benda hanya dengan tiga kali percubaan.Aku dah panggil nama kau dua kali,tapi kau tak bangun.Itu maknanya aku gagal bangunkan kau daripada tidur.Dan untuk cubaan ketiga aku akan pastikan takkan gagal.” Ixuna menjawab perlahan.
Eric mendengus geram.Menyesal pulak bila memikirkan dia tidak membuka mata saat Ixuna memanggil namanya untuk kali pertama tadi.Memang dia sedar yang Ixuna memasuki biliknya.Namun,dia sengaja berlakon masih tidur untuk melihat gelagat gadis itu.Dia tidak menyangka yang Ixuna akan menjirusnya dengan air pasu bunga.“Eh,dahlah.Aku malas nak tengok muka kau.Kau keluar.Aku nak sambung tidur!” Eric menjegilkan mata sebelum kembali berbaring walaupun sebahagian tubuhnya sudah dibasahi air.
Dia berselubung dengan comforter.Tidak mahu berhadapan dengan gadis comel yang menyakitkan hati itu.Jika dia tidak dapat menahan sabar.Mungkin,Ixuna akan dapat habuannya saat itu.Ixuna memikirkan cara lain untuk membuatkan pemuda itu meninggalkan katil.
“Kau ni dah kenapa?!Gila ke?!” Sekali lagi Eric bertempik apabila Ixuna tiba-tiba merentap comforter yang membaluti dirinya.
Dia terkial-kial mengambil bantal untuk menutup tubuhnya yang terdedah sambil duduk menyandar di kepala katil.Sudahlah dia hanya memakai boxer ketika tidur.Dan sekarang tubuhnya sedang meenjadi tatapan gadis comel itu.
Ixuna menahan gelak dalam hati apabila melihat wajah Eric merona merah menahan malu sambil menutup tubuhnya yang separa terdedah itu.Macam gaya anak dara sunti saja.Lawak betul! Mata Ixuna mati pada lengan Eric yang berotot dan kelihatan sasa.Pemuda itu mencerlung memandangnya dengan perasaan geram.
“Wah,lengan awak berototlah.Maskulinnya.Boleh saya pegang?” Ixuna berura-ura mendekati Eric sambil menghulurkan tangannya.
“Perempuan gila! Gatal! Perogol bersiri! Berambus kau keluar dari bilik aku!” Eric menjerit tidak ingat dunia.
Kali ini Ixuna tidak dapat menahan gelaknya dari terburai.Tawanya meletus di hadapan Eric.Mengapalah wajah pemuda itu boleh berubah semerah sotong kena jemur bawah cahaya matahari hanya kerana dia berniat untuk menyentuh lengannya.Daripada riaksi wajah Eric,macamlah dia benar-benar seorang perogol bersiri.Ada ke perogol bersiri perempuan yang memperkosa lelaki?
“Kau ni bodoh ke apa? Cuba kau cakap dengan aku apa faedah yang perempuan dapat dengan memperkosa seorang lelaki?” Ixuna bertanya setelah menamatkan sisa tawanya.
Eric tidak menjawab pertanyaan itu.Matanya seperti terpaku apabila melihat Ixuna tergelak sebentar tadi.Mengapa dia rasa terbuai dengan gelak itu? Dia rasa gelak gadis itu indah sangat!
“Kau tak dapat jawab kan? Sebabnya perempuan memang tak dapat sebarang faedah kecuali loss body,virgin and honour.Lelaki tak hilang apa-apa pun.”
“Hilang teruna.” Eric menjawab perlahan sambil menundukkan wajahnya.Tidak mahu bertentang mata dengan Ixuna.Hatinya sedang galak berdebar saat itu.
“Aku tak rasa pun ada perempuan yang tahu kalau lelaki hilang teruna.Lelaki tak macam perempuan.”
“Boleh kena tekanan mental dan trauma.” Eric masih cuba memberikan jawapan.
“Kes yang jarang didengari.”
“Tidak pernah didengar bukan beerti tiada.Tidak pernah dilihat bukan bererti tiada.” Kali ini Ixuna terdiam sejenak.
“Aku memang tak pernah lihat atau dengar kes yang macam tu.Tapi kalau kau nak menjadi objek demo untu aku…”
“Gatal! Keluar!”
Ixuna menyambung gelak apabila Eric terjerit memotong kata-katanya dengan wajah yang  kembali merah menyala.
“Ya,aku akan keluar.Kalau kau tak keluar dari bilik lagi 20 minit,aku akan pastikan kau mengalami trauma dan tekanan mental.” Ixuna bersuara nakal sebelum keluar dari bilik Eric.Meninggalkan pemuda itu dengan mulut terlopong.
Puas hati sangat kerana dapat mempermainkan Eric pagi itu.Dia rasa sudah lama dia tidak ketawa sebesar itu.Eric..Eric..Pelik betul dia dengan sikap pemuda itu.,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,P/S: 50 Comment for next entry,       100 like jika anda semua inginkn entry novel ini terus disambung dalam blog.he3<nak tunggu p2u masuk lambat sangat,so enjoy your reading> KLIK LIKE IF U LOVE THIS NOVEL!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2012 00:08

December 22, 2012

CERPEN : LELAKI KUAT BLUSHING!





sila klik link dibawah bagi membaca cerpen Lelaki Kuat Blushing! di p2u.thanks.

http://www.penulisan2u.my/2013/02/cerpen-lelaki-kuat-blushing/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2012 20:45

December 14, 2012

NOVEL :GEMPAK GADIS PIZZA BAB 11


BAB 11


“Maafkan saya Ervin.Yuri tak bersalah dalam hal ini.Jangan marah dia.Saya yang benarkan dia menghantar pesanan pelanggan.” Mak Ngah akhirnya membuka mulut untuk membela aku.Agaknya dia perasan yang wajah aku sudah berubah teduh saat itu.
“Yalah bos.Jangan salahkan Yuri.Kebetulan saja kemalangan berlaku hari ini.Sebelum ini Yuri bukan tidak pernah hantar oder delivery pun.” Din pula masuk campur.
“Dengar sini baik-baik.Mulai hari ini,saya tak peduli walau sebanyak mana pun oder delivery yang diterima,staf Pizza Star selain daripada rider tidak dibenarkan sama sekali menghantar pesanan pelanggan ke rumah.Jika sekali lagi perkara ini berlaku,awak semua tahulah apa akibatnya.”
Amboi,dia sempat mengugut.Ingat aku hairan sangat ke? Paling kurang kena buang kerja.Tapi,kalau kena buang kerja,habislah aku! Daripada mana aku mahu mengumpul duit untuk menanggung kos pembelajaran kelak.
Mak Ngah dan Din sudah terdiam dan membeku tidak jauh daripada tempat aku duduk.Takut agaknya dengan ugutan Ervin.Yalah,soal periuk nasi masing-masing,mana boleh dipandang remeh.
Apabila semua sudah mendiamkan diri,aku memberanikan diri menatap wajahnya.Dia sedang memandang aku dengan wajah kesal sebelum dia meraup wajahnya beberapa kali.Mungkin cuba menenangkan diri daripada terus dikuasai perasaan marah.Jauh dalam hati ini,aku tidak suka melihat riak wajahnya sebegitu.Seperti aku sudah menyusahkan dia sahaja.
“Jom Yuri,saya nak bawa awak ke klinik.” Dia menghampiri dan cuba menarik tangan aku agar mengikutinya.
“Tak perlulah.Cedera sikit saja ni.” Aku tidak mahu berdekatan dengan dia.
“Jangan degil boleh tak?! Jom pergi sekarang!” Tersentak aku apabila dia sekali lagi meninggikan suara.Akhirnya aku mengikut arahannya.Tidak mahu dimarahi lagi.Kami berdua beriringan keluar daripada Pizza Star dan menuju ke arah kereta BMW 5 seriesnya. ................................
Akibat daripada kecederaan yang tidak seberapa itu aku telah mendapat cuti dua hari daripada Ervin.Pada mulanya aku ingat dia hendak memberhentikan aku daripada terus bekerja di Pizza Star.Rupa-rupanya dia suruh aku berehat sahaja.
Mengenangkan wajahnya yang penuh kebimbangan sewaktu menghantar aku ke klinik petang tadi,aku malas untuk memprotes setiap katanya.Biarlah aku berlembut sedikit untuk memastikan dia tidak marah marah seperti hari ini dan semalam.Sungguh aku tidak suka melihat dia dalam keadaan sedemikian.
Sebaik saja dia menghantar aku pulang ke hostel,aku segera mengemaskan barang untuk pulang ke kampung.Yalah,cuti dua hari tidak akan aku habiskan dengan bergolek dalam hostel yang umpama tongkang pecah itu.Mujurlah bas untuk pulang ke Kampung Sayang ada ketika itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul enam petang.Biasalah,bas yang menuju ke kampung aku ini sering rosak.Tidak seperti bas yang menuju ke Johor Bharu atau kawasan bandar yang lain.
Tiba sahaja di kampung,puluhan soalan ditanya oleh emak yang bimbang melihat siku aku berbalut dengan kain putih.Abah pula membebel memarahi aku kerana berani membawa motorsikal tanpa lesen.Bila melihat ayah membebel,aku teringatkan Ervin.Bimbang sangat dia dengan keselamatan aku.
Apa yang mereka katakan,hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.Aku hanya mengiyakan semua bicara mereka dan berlalu masuk ke dalam bilik.Badan terasa lenguh akibat dihempap motorsikal.
“Yuri,henpon kamu berbunyi tu.Cuba jawab panggilan tu.”
Jeritan emak dari luar bilik menyedarkan aku daripada terus diulit mimpi.Aku bergolek malas di atas katil dan menggapai henpon yang terletak di atas meja.Setelah solat maghrib tadi,aku terus berbaring dan terlena.Tidak menyangka jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam.Nombor yang tertera di atas skrin henpon adalah nombor yang tidak dikenali.
“Hello.” Aku menjawab malas sambil bermain dengan anak rambut sendiri.
“Assalammualaikum.” Satu suara yang enak didengar memberi salam di hujung talian.Suara lelaki.Tapi aku tidak dapat mengecam milik siapakah suara itu.Mungkin salah nombor.
“Waalaikumussalam.Siapa ni?” Aku bertanya setelah menjawab salamnya lambat.
“Saya ni.” Orang di hujung talian menjawab pendek.
“Saya tu siapa?”
“Oranglah.” Siapa pula yang berani membuat lawak bangang dengan aku di malam hari ini.
“Aku tengah takde mood ni.Kalau kau terasa nak kena maki,aku boleh bagi percuma.” Suara aku sudah naik seoktaf.Orang di hujung talian tergelak kecil.
“Amboi,tak padan dengan sakit sayang saya ni.Boleh pulak nak maki-maki orang.” Kering sekejap semangatku.Aku menjauhkan henpon daripada telinga untuk berfikir seketika.Ervin ke yang berada di hujung talian itu?
Siapa lagi yang berani nak bersayang bagai dengan aku jika bukan dia.Tambahan lagi,dia memang tahu aku sedang sakit.Tapi dia mana ada nombor henpon aku?
“Er...siapa ni?” Aku bertanya sekali lagi.Tidak mahu tersalah teka.
“Sampainya hati sayang tak cam suara saya.Ni Ervin lah.” Alahai manjanya suara dia.Nada merajuk yang sengaja dibuat-buat.Rasa diri ini seperti berada di awangan apabila mendengar suaranya.Ah,sudah! Kau dah gila ke Yuri?!.
“Daripada mana awak dapat nombor saya?” Apalah bodoh kau punya soalan Yuri.Sah-sahlah fail maklumat pekerja semua staf Pizza Star berada dalam simpanannya.Dalam sekelip mata saja dia dapat mencari nombor henpon aku.
“Em,saya tanya dengan bangla jual karpet bersebelahan dengan Pizza Star.Dia tahu nombor henpon awak.” Amboi,sempat pulak dia hendak memerli aku!.Hampeh!.
“Ada apa hal awak telifon saya ni?” Aku bertanya lagi.
“Nak tanya khabar buah hati saya yang dah balik kampung tu.Macammana tangan tu,sakit lagi tak?”
Aduh,kenapa hati ini berdebar tidak tentu pasal mendengar tutur bicaranya.Padahal petang tadi,aku terasa hendak menangis apabila dimarahinya.Semalam pula aku terasa hendak menampar mulutnya yang biadap itu.Cepat betul hati aku ini berubah rasa.
“Tak sakit pun.Eh,macammana awak tahu saya balik kampung?” Laju sahaja soalan itu keluar daripada mulutku.
“Tadi saya telifon Farah,nak tanya keadaan awak.Ingatkan awak ada dekat hostel.Rupa-rupanya dah balik kampung.Kenapa tak cakap dengan saya masa saya hantar awak balik hostel tadi? Kalau tak boleh saya hantar awak terus ke kampung.”
Panjang pula dia meluahkan kata.Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Mengapa dia melayan aku dengan baik?.Janganlah buat aku perasan yang kau sukakan aku Daniel Ervin oii!
“Sayang,are you still there?” Pertanyaannya menyedarkan aku daripada terus mengelamun.
“Saya malas nak menyusahkan awak hantar saya balik ke kampung.Cukuplah pertolongan awak hari ini,saya dah rasa berterima kasih sangat.” Aku menjawab perlahan.
Petang tadi memang aku tidak banyak berbual dengannya.Perasaan bengang akibat dimarah,memakukan lidah aku untuk mengucapkan terima kasih.Padahal dia sudah berbaik hati membawa aku ke klinik dan membiayai semua kos rawatan.
“Bukan jauh sangat pun.Saya bukan hantar awak guna kaki tetapi guna kereta.Tak sampai satu jam pun dah sampai.” Dia cuba menunjukkan rasa tidak puas hati dengan jawapan aku.
“Yuri,saya minta maaf dengan apa yang berlaku semalam dan petang tadi.Saya berasa kesal dan bersalah sebab dah meninggikan suara dekat awak.Sepatutnya saya tak buat macam tu.Saya kalau dah marah memang tak ingat dunia.Maafkan saya.”
Dia menyambung bicaranya apabila aku diam membisu.Aku dapat merasai seperti dia menahan rasa di hujung sana.Kedengaran dia menghela nafas panjang.Mungkin masih rasa bersalah.
“Sebenarnya saya yang perlu minta maaf dengan awak.Sebagai salah seorang daripada staf Pizza Star saya sepatutnya tidak melanggar semua peraturan kerja dan biadab dengan majikan saya.”
Entah kenapa,lidahku laju saja untuk mengungkapkan kata maaf.Aku telah menyedari akan kesilapan aku itu setelah mendapat nasihat daripada emak petang tadi.Setelah bercerita tentang semua perkara yang berlaku,emak memarahi aku kerana berlawan cakap dengan Ervin.Kata emak sebagai majikan,Ervin lebih tahu mana yang baik atau buruk untuk pekerjanya.
“Saya dah lama maafkan awak.Yuri,boleh tak saya nak berkawan dengan awak?” Pertanyaannya membuatkan dahi aku berkerut.
“Selama ni kita belum berkawan ke?” Aku bertanyakan soalan lain.
“Saya tak rasa pun yang awak anggap saya macam kawan.Saya lihat awak dengan Fiza,Din,Aizul,Farah,Ika dan semua staf Pizza Star yang lain berkawan dengan mesra.Awak boleh bergurau dengan mereka tanpa rasa kekok dan saya tak pernah pun nampak awak marah dekat mereka sampai tak nak bertegur sapa.Tapi dengan saya...”
Dia tidak menghabiskan ayatnya yang bercampur dengan nada merajuk dan berkecil hati itu.Namun,aku sudah faham apa yang cuba diungkapkannya.Macamlah aku selalu sangat marah dekat dia.
Bagaimanalah aku hendak bergaul rapat dengannya sedangkan dia baru saja bekerja di Pizza Star.Belum sampai dua bulan pun.Sudahlah dia itu pengurus dan aku ini orang bawahan dia.Tambahan lagi dengan sikapnya yang sukar diramal.Lagilah sukar untuk aku berkawan baik dengan dia.
“Kelak,saya akan cuba untuk berkawan baik dengan awak.Asalkan awak tak cari pasal dengan saya,saya rasa saya boleh bergaul baik dengan awak.” Mudah saja aku menabur janji.Dia tergelak kecil di hujung talian.
“Insya-Allah,lain kali saya akan fikir banyak kali sebelum cari pasal dengan awak.Susah betullah bila dapat buah hati yang kuat merajuk dan kuat sentap ni.” Kedengaran seperti dia merungut tentang aku.Namun daripada intonasi suaranya,aku tahu dia lega dengan jawapan yang aku berikan.
“Cukuplah Ervin dengan buah hati dan sayang awak tu.Jangan melebihi batasan.Itu adalah syarat utama jika hendak berkawan baik dengan saya.” Aku mengingatkan dia agar tidak mudah bermain dengan kata-kata.Dia ini jenis lelaki bermulut manis!.Jadi,aku perlu berhati-hati.
“Okey my princess.Em..awak dah solat Isyak ke belum ni?” Dia mengubah topik.
“Em..belum.” Aku menjawab ikhlas.Baru bangun daripada tidur.Itu pun sebab dia telifon.Jika tidak ada lena sampai ke subuh.
“Pergi solat dulu,lepas tu tidur.Badan awak tu mesti lemah sebab kena hempap motor.Jaga diri baik-baik tau.Jumpa lusa nanti.Apa-apa hal telifon saya.” Bimbangnya dia akan diri aku.Tiba-tiba rasa disayangi.
“Kalau saya nak tambah cuti untuk bermalas-malas di rumah boleh tak?” Pertama kali aku cuba bergurau dengannya.
“Jangan nak mengada-ngada.Jangan ponteng kerja.Saya rindu nak menatap wajah awak.Nanti saya pulak yang sakit sebab awak takde depan mata.Okeylah awak pergi solat.Selamat malam.Assalammualaikum.”
Dia memutuskan talian dan aku menjawab salamnya dalam hati dengan senyuman lebar.Mengapa hati ini sudah rasa lain macam sangat?.
 .........................Selang dua hari aku kembali bekerja di Pizza Star.Kebetulan aku bekerja shift pagi pada hari Sabtu.Sebuah lori besar menghantar stok sejuk beku restoran daripada pengilang molek terparkir di hadapan Pizza Star.Semua stok diletakkan di atas tangga untuk dikira jumlahnya sebelum disimpan dalam freezer.Setiap minggu,pada hari sabtu,stok bahan sejuk beku yang baru akan sampai menggantikan stok yang lama.
“Hei Yuri,apa khabar? Kau dah sihat ke?”
Aizul yang baru selesai membuat bancuhan doh di dapur mendapatkan aku yang sedang memerhatikan dua orang bangla memunggah barang daripada lori ke atas tangga Pizza Star.Aizul adalah salah seorang daripada staf Pizza Star yang bertugas sebagai rider juga pembuat pizza.Aku dan dia mula bekerja di Pizza Star pada tarikh yang sama.Jadi kami berdua sudah bersahabat baik.
“Alhamdullilah.Sihat Aizul.Aku bukan cedera parah pun.Wei,siapa pengurus bertugas pagi ni?” Aku pantas bertanya.Rasanya bukan Ervin sebab aku tidak perasan wajah dia di dapur tadi.Aduhai,yang aku sibuk sangat nak tengok dia ni kenapa?
“Kak Ayu.Dia ada dekat belakang tadi buat doh dengan aku.” Jawapan Aizul sedikit mengecewakan aku.
“Oh,takpelah kalau macam tu.Hei,kau kena angkat ke semua stok ni?” Aku pura-pura bertanya soalan yang aku sudah tahu jawapannya.
“Habis,siapa lagi nak angkat.Aku jelah staf lelaki yang kerja pagi ni.” Aizul mengeluh kecil dan aku tersenyum sumbing.
Biasalah,staf lelaki yang bekerja shift pagi hari sabtu memang lepak kerana terpaksa mengangkat stok ke freezer.Jarak antara tangga dengan freezer tidak begitu jauh.Masalahnya setiap kotak yang mengandungi stok sejuk beku itu mempunyai berat 20 kilogram setiap satunya.Sudahlah stok tersebut melebihi 20 kotak.
“Takpelah Zul,aku tolang kau angkat stok ni.” Aku sentiasa ingin membantu sahabat baikku.
“Eh,janganlah Yuri.Tangan kau baru baik.Nanti kalau kau cedera,tak tentu pasal bos kita mengamuk.Kau tu dahlah pekerja kesayangan dia.” Aizul menghalang niat murniku.
Aku pekerja kesayangan Ervin? Pekerja kesayangan yang kena hina dan tengking.Aizul sudah tersalah informasilah ni.
“Pekerja kesayangan kepala kau.Tangan aku okeylah.Bukan koyak pun.Aku nak tolong kau.Kau jangan banyak songeh.Jom kita angkat semua stok ni bersama.”
Aku tidak mengendahkan Aizul dan terus mengangkat sebuah kotak menaiki tangga menuju ke freezer.Akhirnya,Aizul mengalah dengan permintaan aku dan dia turut menjalankan tugasnya.Sebenarnya tugas aku pagi itu adalah sebagai staf servis.Jadi,sebelum restoran dibuka,aku perlu menyapu dan mengemop lantai.Oleh kerana,semua tugasku sudah selesai,barulah aku sudi membantu Aizul.
“Auch!” Tanpa disengajakan kaki aku tergelincir pada anak tangga kedua tatkala aku mengangkat kotak stok yang ketiga.Mujurlah ada satu tangan yang menampung bahagian belakang aku,menghalang aku daripada jatuh terbaring di atas lantai.
“Ya Allah,dia ni! Cuba hati-hati sikit waktu buat kerja tu!” Berderau darahku apabila mendengar bicaranya.
Apabila aku sudah dapat berdiri dengan seimbang,aku berpaling ke belakang.Jelas wajahnya yang tampan itu merenung aku dengan renungan penuh kebimbangan.
Aku memerhatikannya daripada atas hingga ke bawah.Dia hanya menggenakan seluar track pendek paras lutut bercorak loreng dengan t-shirt berkolar warna hijau muda.Mataku sempat mengerling ke arah kakinya yang terdedah.Mujurlah putih melepak dan tidak berbulu lebat.Jika tidak seram aku melihatnya.Dilehernya tergantung sebuah fon telinga besar.Rambut dia kelihatan sedikit kusut tapi seksi habis! Ketika itu dia kelihatan santai dan kacak sangat.
“Awak buat apa kat sini? Kerja ke?” Aku berbasa basi.
Daripada gaya pemakaiannya ketika itu,aku rasa dia tidak bekerja.Jadi,buat apa dia berkunjung ke Pizza Star pagi-pagi ini?.
“Tak kerja pun.Saya cuti hari ni.” Dia jawab selamba sebelum menghadiahkan aku dengan senyuman lebar.
“Jadi,kenapa datang Pizza Star pagi ni? Lebih baik awak tidur atau berehat dekat rumah.Belum pukul sembilan pagi pun ni.” Aku melihat jam tanganku.
“Amboi,menghalau kita pulak.Saya tak boleh tidur nyenyaklah Yuri.Asyik terfikirkan tentang orang tu.Rindu sangat dekat dia.Hati ni meronta-ronta nak tahu dia dah sihat ke belum.Dan apa yang paling penting jiwa ini resah dan gelisah bila tidak dapat menatap wajahnya setiap hari.Saya rasa bagai pungguk rindukan bulan.”
Sebaik saja dia tamat berkata,aku sudah ketawa berdekah-dekah.Senak sekejap perutku saat itu.Aku yang tadinya berdiri sudah terduduk di tangga.Ayat bermadah tidak kena tempat.Geli telinga aku mendengarnya.
“Cliche gila ayat awak Ervin.Poyo betul.Geli gila saya dengar awak cakap macam tu.” Aku menyambung gelak dan dia sudah menarik muncung sedepa.
“Sampainya hati.Orang ikhlas rindukan dia,dia boleh kata orang poyo pulak.” Dia menggumam kecil dan mula merenung aku dengan pandangan tidak puas hati.
Aku mematikan sisa tawaku dan kembali berdiri berhadapan dengannya.Dia ini memang suka bikin jiwa aku kacau.Sekejap dia menggelarkan dirinya kita dan sekarang orang pulak.Dahlah cara bercakap tu manja sangat!.
“Maaf sebab gelakkan awak.Siapa suruh buat lawak pagi-pagi ni.Okeylah Ervin,saya nak tolong Aizul angkat stok-stok ni.Awak kalau takde kerja nak dibuat.Pergi balik rumahlah.”
Sekali lagi aku menyarankan dia agar pulang ke rumah daripada terus membuang masa di Pizza Star.Dia hanya terkebil-kebil melihat aku yang kembali mengangkat kotak stok sejuk beku tersebut.Belum sempat aku menaiki tangga pertama,kotak yang berada di tanganku diambilnya laju dan dia menonong naik ke tingkat atas.Aku sudah berdiri terpaku di situ.Dalam masa tidak sampai seminit,dia sudah kembali berdiri di hadapanku.
“Saya tak suka awak angkat barang-barang yang berat macam ni.Tak baik untuk tubuh awak.Awak pergilah buat kerja lain.Biar saya saja yang tolong Aizul angkat semua stok ni.Jagakan saya punya I Pod.”
Dia berbicara lembut namun cukup tegas buat pendengaranku.Tanpa sempat aku mengeluarkan protes,dia sudah menanggalkan fon kepalanya dan menyarungkan fon tersebut ke telinga aku.I Pod bewarna putih kepunyaannya diletakkan dalam poket vest yang aku pakai.Sebelum dia mengangkat kotak-kotak stok yang lain,dia mengusap-usap lembut kepala aku.Aku terpana dengan senyuman dan layanannya.
Seperti sebuah patung cendana,aku berdiri di kaki tangga memerhatikan dia dan Aizul mengangkat semua stok itu.Dia begitu cepat dan tangkas sekali mengangkat dua buah kotak tersebut sekaligus.Kelihatan urat dilengannya timbul setiap kali dia mengangkat beban yang berat itu.Namun,wajahnya tetap ceria dan dia sempat berbual dengan Aizul sepanjang menaiki tangga.Baru sekarang aku tersedar bahawa Ervin mempunyai sebuah pesona yang amat menarik hati.
“Hei sayang,are you okey?” Seperti baru tersedar daripada mimpi,suaranya menjamah pendengaranku.
Dia sudah berdiri di hadapan aku dan menggantungkan fon telinga yang aku pakai di kepala tadi ke leher aku.Bagaimanalah aku boleh begitu ralit memerhatikannya hingga tidak sedar semua stok sudah disimpan ke dalam freezer.Aizul pun sudah berlalu ke dapur untuk membuat tugasan lain.
“Okey.Okey.” Aku sedikit menggelabah menjawab pertanyaannya.
Cepat saja aku menanggalkan fon kepala dan I Pod sebelum memulangkan dua objek itu kepadanya.Dia menyambut sebelum tersenyum kecil.
“Saya hauslah sayang.Boleh tolong buatkan saya air Mocha Freppe tak?” Dia duduk di sebuah kerusi makan Pizza Star dan merenung aku manja.Permintannya kedengaran mengada-ngada betul.
“Ervin,tolonglah jangan panggil saya sayang.Kalau staf-staf lain dengar,entah apa pula yang mereka akan kata nanti.”
“Suka hati merekalah nak kata apa pun.Saya tak kisah.” Jika tidak melawan,memang tidak boleh agaknya.
“Awak tak kisah tapi saya kisah!” Aku melawan kembali.
Kurang suka mendengar dia menggelar aku sayang sedangkan aku dengan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.Bagi aku panggilan sayang itu hanya layak digunakan untuk orang yang aku sayangi.
“Okey.Saya tak nak gaduh dengan awak .Tolong Yuri,buatkan saya segelas air.Saya haus ni.” Buat pertama kali dia mengalah dengan aku.Dia mula merengek kecil apabila aku lambat menunaikan permintaanya.Aduhai,manjalah pulak mamat ni!.
P/S: akan bercuti menulis utk 2 minggu sbb nak mid sem exa,InsyaAllah lpas tu GGP,K6BJ N SBS  akn bersambung.jika anda sukekan cerita ni please like n komen.
40 up like for next entry.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2012 22:44

Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.