Crystal Anabella's Blog, page 7

October 25, 2012

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 5



BAB 5




BAB 5Setibanya di Mac Donald jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang.Aku yang malas beratur untuk membeli makanan hanya memesan makanan agar dibeli oleh Farah.Ervin yang tadinya molek beratur di belakang Kak Ima dan Ika,molek menyerahkan beberapa not duit kepada dua gadis itu sebelum dia berlalu ke meja mendapatkan aku.Ya Allah,dia ni memang sengaja nak menyuruh aku menatap wajahnya ke?!.
“Awak oder bubur dengan ayam goreng je ke? Petang petang macam ni lalu ke makan bubur?”
Mulut dia ni memang tak pandai hendak diam agaknya.Sudah kena jerit dengan aku dalam kereta tadi masih tidak serik bertanya  aku itu ini.Dengar pula dia akan pesanan makanan aku kepada Farah sebentar tadi.Dasar telinga tempayan!.
“Suka hati sayalah nak makan apa.Yang bos sibuk kenapa?” Intonasi meluat memang tidak dapat dibuang daripada pertuturan aku.
“Alah,orang tanya sikit pun nak marah.Tak nak lah kawan dengan awak macam ni.” Dia mencebikkan bibir pula seperti merajuk.Macamlah comel sangat.Tapi memang comel pun!.Hampir saja cair aku melihatnya.Dahlah bibir dia tu merah gila,bila buat macam tu jelas kelihatan bibirnya yang seksi itu.Ya Allah,apa yang aku merepek ni!.
“Tak nak kawan sudah.” Aku menjawab seraya menekan pad henpon cikaiku tanpa tujuan.Cuba mengelak daripada bertentang mata dengan dia yang asyik merenungku.Sudahlah Kak Ima,Farah dan Ika tiada di situ.Jika aku tahu dia ingin menunggu di meja,lebih baik aku pergi beratur membeli makanan.Fikiran aku menerawang sejenak.Mengapa pula dia membahasakan diri dia orang dan memanggil aku awak tadinya.Dia hendak berkawan dengan aku? Biar betul bos aku ini.
“Tapi,saya ikhlas nak berkawan dengan awak.Awak jangan tolak permintaan saya ya Mayurie Rosella.” Kali ini aku pasti aku tidak salah dengar.Aku memandangnya sejenak sebelum mengeluh kecil.Dia memandangku dengan pandangan penuh harapan.Harapan untuk berkawan dengan aku.Seram pula aku melihat dia.Apakah sebenarnya niat pemuda ini?.
“Awak bos,saya pekerja.Itu sajalah.” Jawapan ringkas aku jelas mengundang kehampaan pada wajah tampan itu.Seperti dia tidak bergurau untuk berkawan dengan aku.Dia mengeluh panjang sebelum ingin membuka mulut.Mujurlah,kedatangan Ika,Farah dan Kak Ima yang menatang makanan dapat membatalkan niatnya.
Kami berlima makan sambil berborak kosong.Dia kelihatan lebih banyak mendiamkan diri dan mencelah sekali sekala perbualan kami.Sesekali dia memandang wajahku yang duduk berhadapan dengannya dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.Seperti ada sesuatu yang ingin diungkapkannya buatku.
“Bos,selain daripada menjadi pengurus Pizza Star,bos ada buat kerja lain ke? Bos bisnes ya?” Selamba saja Ika bertanya.Aku hanya menyudu bubur sambil telinga bersedia mendengar jawapan daripada dia.
“Adalah bisnes sikit.Kenapa awak tanya Ika?” Dia menjawab lembut.Sedapnya suara dia.
“Patutlah bos pakai BMW.Saya saja bertanya.Yalah,Miss Fatin tu pengurus Pizza Star juga,tapi dia mampu pakai Myvi je.” Ika kalau bercakap memang tidak bertapis.Ervin hanya tergelak mendengar bicara gadis itu.
“Bisnes apa bos?” Farah pula menyampuk.Amboi,mereka ni hendak menilai sebanyak mana aset yang dipunyai Ervin ke?.
“Em, bisnes sewa rumah dan yang serupa macam tu lah.Biasa biasa je Farah.” Jawapan dia cukup merendah diri.Namun,daripada pandangan mata kasar aku,dia ni memang kaya.Kereta BMW,memanglah mewah.Tambahan lagi dengan semua pakaian berjenama yang dipakainya.Kasut,tali pinggang,jam tangan,jaket atau sweater semua daripada jenama yang beratus setiap satunya.Cuma aku tidak pastilah ia jenama original atau tiruan.Bagaimana aku boleh tahu jenama pakaian yang dia pakai?.Aku kan mata jahat.Suka menelek apa saja yang berada di depan mata.Tapi,satu hal yang aku pelik.Mengapa pula dia menjadi pengurus Pizza Star jika hidupnya sudah semewah itu?.
“Wah,untunglah siapa dapat jadi isteri bos.Bos hensem,sedap mata memandang.Rumah sewa dah boleh jadi tempat tinggal.Kereta pulak boleh dipandu untuk ke tempat kerja.” Aku menahan gelak mendengar kata-kata Ika.Gila punya selamba dia cakap macam tu.Nampaknya,Ervin pun tergelak mendengar bicara Ika.
“Yuri,awak rasa untung tak kalau awak jadi isteri saya?”
‘Uhuk! Uhuk!’
Aku tersedak besar apabila mendengar pertanyaan mengejut itu.Habis keluar air pepsi daripada mulutku.Mujurlah tidak tersembur ke arahnya.Jika tidak,padan muka dia.Dia senang hati menggelakkan aku bersama Ika dan Farah.Hanya Kak Ima yang menahan gelak seraya menepuk lembut belakangku.Apabila Ervin mengambil tisu dan dia cuba mengelap mulutku,cepat saja aku tepis tangannya.Dia buat bodoh saja dengan reaksiku itu.Sakit hati betul!.
“Jangan marah kak.Bos bergurau saja tu.” Ika cuba menenangkan aku dengan memenangkan Ervin.Dia pula selamba saja menyumbat kentang goreng ke dalam mulut seperti tiada apa yang berlaku.Mengapalah aku cepat sangat melatah dengan gurauannya.Sepatutnya aku buat hati kering saja walaupun pertanyaannya sebentar tadi agak melampau.

P/S:KLIK 'LIKE' JIKA ANDA INGINKAN NEXT ENTRY.SALAM AIDIL ADHA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 25, 2012 19:03

October 20, 2012

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 4



BAB 4



“Beb,jom lepak dekat Mac Donald dengan Kak Ima nak?” ajak Farah sebaik saja waktu berkerja telah tamat.Ketika itu aku berada di dapur Pizza Star,berdepan dengan tempat punch card.
“Okey.” Aku menjawab ringkas sambil tangan sibuk membuka apron juga vest yang melekap pada badan.Setelah itu aku mengeluarkan pula baju kemeja yang terselit kemas di bahagian pinggang seluarku agar terlepas keluar.Baru rasa selesa sedikit!.

“Mayurie Rosella,awak tak pandai nak masuk tandas ke untuk cabut apron dan vest awak tu? Tak sopan betul.”
Menyirap darah aku mendengar perlian daripada suara yang amat aku kenali itu.Dia ni memang sengaja hendak mencari pasal dengan aku agaknya.Mengapalah aku boleh tidak perasan yang dia baru keluar daripada ofis tadinya.Jika tidak sudah lama aku keluar daripada dapur Pizza Star itu.Buat sakit hati,sakit mata dan sakit telinga saja bila berhadapan dengan pemuda ini.

“Tak payah nak sopan sangatlah setakat kerja dekat Pizza Star ni.” Aku bersuara tegas sambil menjeling wajahnya menyampah.Jelas dia sedikit tersentak dan aku agak pelik apabila melihat pipinya yang sedikit kemerahan saat itu.
“Dimana pun awak berada atau berkerja.Apa pun karier atau pangkat awak.Adab sopan dan tingkahlaku itu perlu dijaga.”
Eh,dia ni dah kenapa? Nak bagi ceramah percuma dekat aku pulak.Sakit hati betul!.Farah,Din,Aizul dan Kak Yah yang berada di dapur saat itu semuanya terkebil kebil melihat kami berdua.Jika diikutkan perasaan marah aku,memang sudah kena maki pemuda ini.Namun,aku tahu yang aku hanyalah orang bawahannya.Jadi bersabarlah selagi mampu.
“Terima kasih atas nasihat bos tu.” Aku menghadiahkannya sebuah senyuman meluat sebelum berlalu keluar daripada dapur Pizza Star diikuti oleh Farah.
“Mulut macam puaka.” Aku mendongkol geram melepaskan kemarahan sebaik saja melepasi pintu masuk Pizza Star.
“Alah,cool lah beb.Dia nasihat kau je kut.” Farah cuba menenangkan kemarahan aku.
“Nasihat? Nak nasihat apa bendanya.Aku dah hampir setahun kerja kat sini.Memang setiap kali aku punch card pun aku akan tanggal vest dengan apron kat situ.Jadi apa masalah dia? Nak kata aku tak sopan bagai.Boleh jalanlah!” Kemarahan tidak dapat dibendung lagi.
“Er...kalau aku cakap kau jangan marah ya?” Farah teragak-agak bersuara.
“Apa?”
“Mungkin tadi dia ternampak baju kau sedikit terselak masa kau tarik baju keluar daripada seluar.Mungkin sebab tu dia kata kau tak sopan dan suruh kau tanggalkan apron dengan vest dekat tandas.”
Terlopong,terdiam dan terkedu.Biar betul Farah ni? Takkanlah dia ternampak hal yang macam tu.Kalau betul dia nampak pun,aku bukannya sengaja.Alamak,malunya!.
“Gila kau beb.Betul ke?” Aku bertanya pula.Taku juga jika hal yang diperkatakan Farah itu benar belaka.
“Entahlah.Aku memang nampak baju kau terselak tadi.Tapi aku tak pastilah dia nampak ke tak.Lagipun,perkara tu terjadi sepintas lalu saja.Tak sempat nak tenung lama-lama pun.”
Sengal juga kawan aku ini.Jika benar Ervin  sempat menenung bajuku yang terselak lama lama,mungkin aku akan mencungkil saja biji matanya.
“Huh,lantaklah.Terselak sikit je kut.Bukan luak pun orang tengok.” Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membiarkan saja hal itu.
Setakat baju terselak sepintas lalu,itu bukanlah satu perkara yang besar buat aku.Lainlah kalau aku terbogel di khalayak ramai.Barulah hal itu boleh dibesarkan dan mungkin aku tidak akan keluar daripada rumah sehingga mati akibat menanggung malu.Farah yang mendengar jawapan aku hanya tersenyum lebar.Kami berdua berbual kosong di hadapan Pizza Star seraya menunggu Kak Ima yang masih belum keluar daripada hostel.
“Sorry girls,lambat sikit.Em..hari ini bos nak belanja kita makan.” Baru selesai satu masalah,satu masalah lain datang.Baru saja aku hendak mengelak untuk bersua muka dengan wajah bermulut jahat ini.Kak Ima boleh beriringan keluar daripada Pizza Star dengan dia pula.Wajah Ika yang muncul di belakang Ervin buat aku semakin bengang.
Dia pula kelihatan tersenyum manis dan memandangku selamba.Seolah olah tiada perkara yang menyakitkan hati berlaku tadinya.Mungkin bagi dia,hal itu adalah satu perkara kecil buat gadis sepertiku.Namun,dalam hati,hanya Allah yang tahu bertapa aku bengang dengan pemuda tampan di hadapanku ini.Aku menjelingnya sekilas.Dia juga sudah mengeluarkan baju kemejanya daripada terus terselit pada seluar dan dia juga telah menanggalkan tali lehernya.Kebetulan pula hari itu,dia,aku,Farah,Kak Ima dan Ika berkerja shift pagi.Shift petang pula diruruskan oleh Mak Ngah.

“Baguslah kalau bos nak belanja.Jimat duit kita orang.” Farah menyeringai dengan senyuman lebar hingga ke telinga.Namun senyumannya hilang begitu saja apabila terpandangkan jelingan maut aku.
“Yuri,tak kisah kan,makan sekali dengan bos?” Kak Ima yang dapat mengesan perubahan wajah aku segera bertanya.Kalau aku cakap memang aku kisah sangat,pasti Ervin akan menganggap aku ini jenis perempuan yang suka sentap tak tentu pasal.Jadi,sebelum dia berfikiran begitu lebih baik aku mengambil langkah berjaga jaga.
“Tak kisahlah.Rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari.” Jawapan aku jelas menggembirakan wajah dia.Kenapa dia perlu gembira pula? Entahlah,mana aku tahu.Malas nak layan.
...............Pertama kali dalam hidup aku menaiki sebuah kereta mewah berjenama BMW.Kereta siapa lagi kalau bukan kereta si Ervin.Sangat selesa apabila berada dalam kereta kepunyannya itu.Namun,aku berasa sedikit gelabah apabila terpaksa duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan.Lebih tepat bersebelahan dengannya.Tadinya,belum sempat aku ingin duduk di bahagian belakang,wajah tiga sahabatku sudah berada di situ.Jadi,aku tiada pilihan lain .Dengan perasaan sebal terpaksa juga aku duduk di sisinya.Dan sekali lagi,aku dapat melihat dia tersenyum senang hati.

“Kita nak makan kat mana ni?” Itu adalah soalan pertama yang keluar daripada bibir merahnya apabila keretanya meluncur laju di jalanraya.Kelihatan dia menoleh ke sisi.Menunggu jawapan daripada aku.Aku buat bodoh saja.

“Kita orang rancang tadi nak makan dekat Mac Donald.Tapi kalau bos nak makan dekat tempat lain,kita orang ikut je.” Farah di belakang segera menjawab.
“Asalkan bos belanja.Kita orang tak kisah.” Tambah Ika sebelum ketawa mengekek.Dasar Atikah,memang kaki gelak.Perkara tidak lawak pun tetap dia akan gelak sepanjang masa.Sebab itulah aku gemar berkawan dengan gadis itu.Ceria memanjang.

“Yuri,awak tak kisah ke kalau kita makan dekat Mac Donald?” Semua terdiam sejenak.Perlu ke dia nak tanya aku soalan yang sudah dijawab oleh Ika dan Farah itu.Aku buat bodoh sahaja.Malas hendak menjawab pertanyaannya.
“Mayurie Rosella,saya tak bertanya dengan pintu kereta ni.” Selanya lagi dan kali ini suaranya sedikit tegas.Tiga sahabatku di belakang sudah gelak mengekek.Hampeh betul.
“Tak kisah.” Aku jawab pendek dan perlahan.
“Ha,saya tak dengarlah?!” Sengaja dia mendekatkan telinganya ke wajahku.Aku sudah terkedu bila merasakan dia dekat sangat dengan aku.Sudahlah bau wangiannya sentiasa menusuk hidung ini.Walaupun waktu berkerja sudah tamat,bau wangian itu masih belum hilang.
“Saya cakap tak kisahlah!” Aku separa menjerit.Semua yang berada dalam kereta itu terdiam.Matanya membulat memandang aku.Terkejut.Mungkin tidak menyangka suara aku begitu kuat.Em,padan muka! Siapa suruh cari pasal lagi!.
P/S: KLIK 'LIKE' JIKA ANDA INGINKAN NEXT ENTRY.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 20, 2012 20:21

October 15, 2012

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 3

 
BAB 3
Kemunculan mangkuk ayun yang bernama Daniel Ervin itu sedikit sebanyak menganggu konsentrasi aku berkerja.Masakan tidak,setiap minit ada saja mulut staf staf Pizza Star yang membicarakan tentangnya.Dia hensemlah,kayalah,baiklah dan segala jenis pujian dilambakkan tanpa segan silu.Walhal,Ervin baru saja menjadi pengurus di restoran ini selama lima hari.Poyo betul semua kawan aku ini.Daripada gaya mereka bercakap macam sudah kenal lama saja dengan pemuda itu.

“Kak,hensem betullah bos kita tu.Ika rasa macam nak makan dia aje.” 
Terlopong mulut aku mendengar kata-kata Atikah yang muda setahun daripada aku itu.Aku sudah menganggap gadis genit bermulut becok itu seperti adikku sendiri.Kecil kecil dah pandai gatal.Tak patut betul!.

“Kau ingat bos kita tu pizza? Boleh dimakan? Umur belum masuk 18 tahun dah pandai jadi ulat bulu. ” ujarku dalam nada menyindir.Ika tersengih sengih sebelum meninggalkan aku di muka pintu Pizza Star.

Hari itu aku bertugas sebagai penyambut tetamu.Jadi,aku terpaksalah berdiri di muka pintu hingga jam menunjukkan pukul empat petang.Kerja yang paling membosankan!.Seperti kebiasaan,wajah Ace yang terpamer pada papan iklan di hadapan Pizza Star menggamit pemandanganku.Hampir tiga bulan berlalu sejak papan iklan itu dipasangkan di situ.Namun,tidak pernah sekali pun aku jemu memandangnya.Apabila aku menatap senyuman Ace pada papan iklan itu,aku merasakan seolah olah dia tersenyum kepadaku pula.Sah Yuri,kau dah gila!.

“Walaupun ramai orang cakap bos baru aku tu hensem,bagi aku dia bukanlah hensem mana pun. Ace paling hensem sekali dalam mata aku.Senyuman dia nampak bersinar sangat.Bagaimanalah agaknya kalau dia senyum kat depan aku ya? Mahu pengsan agaknya.” 

Aku berkata dengan diri sendiri sebelum ketawa kecil.Jari jemariku melekap pada cermin kaca lut sinar itu sebelum aku menggerakkannya lembut mengikuti bentuk mata Ace.Reaksi aku seperti saja aku betul betul membelai wajah Ace yang terpampang pada papan iklan tersebut.

“Ehem,ehem!”

 Bunyi deheman yang datang daripada arah belakang memeranjatkan aku.Cepat saja aku menjatuhkan jari jemariku yang melekap pada cermin tadinya.Berderau darahku apabila terpandang seraut wajah tampan itu sedang merenungku galak daripada jarak beberapa kaki saja.Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi?.

“Sakit telinga saya bila mendengar ada orang kata yang saya ni tak hensem.Saya rasa saya ni dah cukup segak dan bergaya.”

Alamak,dia memang dah dengar kata-kata aku tadi!.Masak kau Yuri!.Aku cuba menenangkan diri sendiri apabila dia menapak mendekati aku.Dia tidak memandang aku tetapi dia melihat pantulan wajahnya yang terbias di atas kaca lut sinar itu.Walaupun agak samar,wajah tampannya masih kelihatan di atas kaca itu.Aku pula terpaku di situ seperti patung tidak bernyawa.Hanya memerhatikan keindahan makhluk tuhan di hadapan aku itu.Hilang sudah perihal Ace apabila dia begitu dekat dengan aku.Wangian yang dipakainya kuat menusuk hidung.Bau yang memberahikan.Astagfirullahalazim!.Apa yang kau merepek ni Yuri!.

“Yuri,di mata awak,saya ni tak hensem ke?” Sepasang matanya yang bewarna coklat cair itu menikam mataku seolah-olah menembusi kepala.Dia berpeluk tubuh berhadapan dengan ku.Tangan sasanya yang separa terdedah itu kelihatan putih kemerahan dengan bulu roma yang agak keperangan dan beberapa urat yang jelas kelihatan.Maskulinnya dia.Wah,sampai ke situ aku menelek!.Mengata Ika gatal,aku pun lebih kurang sama saja.Tak pandai jaga mata betul!.

“Kurang hensem jika nak dibandingkan dengan Ace.” Jawapan jujur aku jelas buat rupanya berubah tiba-tiba.Dia marah ke?.Kenapa pula dia nak marah.Suka hati akulah nak beri jawapan yang macammana.Siapa suruh soal aku dengan soalan sebegitu.

“Ace...”

 Dia tersenyum sinis sebelum memerhatikan papan iklan yang aku pandang sedari tadi.

“Ya Ace.Bagi saya dalam dunia ni,dialah lelaki yang paling hensem,segak dan bergaya.Takde lelaki yang dapat kalahkan dia.Tapi,bos tak perlu ambil hatilah.Citarasa setiap orang berbeza.Semua staf dalam Pizza Star puji bos hensem.Itu maknanya,bos memang hensemlah.” 

Aku berbasa basi untuk menyedapkan hatinya.Daripada pandangan mataku lelaki itu sudah menunjukkan wajah kelat.Pengurus aku ini jenis mudah sentap ke?.

“Saya tak ambil hati,tapi saya makan hati.” Dia menggumam kecil dan aku kurang mendengarnya.Malas hendak bertanya tentang hal yang dibebelkannya seorang diri.Karang dia kata aku menyibuk pula.Beberapa ketika dia masih merenung papan iklan Ace dan aku perasan dia menjeling aku dengan ekor matanya.Macam tak puas hati saja gaya pemuda ini.

“Kenapa bos tenung papan iklan Ace tu lama lama? Bos pun dah terpikat kat dia ya?” Aku berseloroh.

“Banyaklah awak punya terpikat.Ingat saya gayboy ke apa? Daripada saya terpikat dekat Ace lebih baik saya memikat awak.”

Senak sekejap hulu hati ini mendengar bicaranya.Jangan cepat melatah Yuri.Buaya darat saja yang suka melemparkan ayat ayat manis seperti ini.Manis ke?.Manis berkrimlah buat pendengaran gadis seperti aku.

“Ish,tak payahlah bos rajin sangat nak memikat saya.Sebab saya takkan layan punya.Kalau Ace yang datang memikat mesti saya terlekat.” Jawab aku bersahaja.Tidak sangka pula jawapan aku itu berjaya membuatkan dia tergelak kecil.Dia menggeleng geleng kepala seketika sebelum memandang aku tunak.

“Jangan cakap besar Mayurie Rosella.Belum cuba belum tahu.Takde maknanya Ace yang duduk dekat Amerika tu nak datang sini memikat awak.Lebih baik dia memikat perempuan mat salleh kat sana.” Dia membalas pula.Aku menggaru garu kepala seketika sebelum tergelak.Rasanya bos aku ini jenis orang yang suka bergurau.Layan sajalah.Tiada maknanya dia betul betul ingin memikat aku yang tidak cukup feminim ini.

“Saya bergurau je lah bos.Dia bintang,dan saya ni lalang.Lalang takkan dapat terbang hingga mencapai bintang.” Aku cuba menutup perbualan itu dengan pepatah merapu.Dia kelihatan terdiam sejenak sebelum melemparkan senyuman manis ke arahku.Senyuman yang bisa buat hati ini berdebar tak tentu pasal.

“Baguslah kalau tak dapat capai.Tolong Yuri,jangan panggil saya bos.Sila panggil saya Ervin atau Vin saja.Boleh kan?”Sekali lagi aku menggaru garu kepala yang tidak gatal.Setahu aku sepanjang tiga hari lepas,kebanyakkan daripada staf Pizza Star memanggilnya dengan gelaran bos.Jadi mengapa pula aku perlu memanggil dia dengan nama peliknya pula?.Sudahlah dia tua lima tahun daripada aku.Macam tidak hormat pula untuk memanggil nama penuhnya.Jadi,takkanlah aku nak panggil abang pulak?.

“Tak biasalah bos...”

“Biasakan.Kalau tak saya potong gaji awak!”

Amboi,peraturan kerja mana pula yang dipakai mangkuk ayun ini?! Sesuka hati dia saja hendak memotong gaji aku.Aku sudah menunjukkan wajah masam mencuka.Mulut terasa ingin memprotes namun aku tahu ia hanya satu tindakan yang sia-sia.

“Okey Ervin.” Aku membalas perlahan dan kelihatan dia berpuas hati dengan panggilan itu.Layankan sajalah Yuri.Dia bos,kau kuli.

“Em,lagi satu hal,daripada awak syok sangat belek muka Ace tu lebih baik awak bersihkan kaca ini yang dah penuh dengan cap jari awak.Jangan tahu nak berkhayal saja.Fokus pada kerja tu Mayurie Rosella.”

Pedas lagi berbisa ayat terakhirnya sebelum dia berlalu pergi meninggalkan aku.Puaka punya mulut.Patutlah tadi beria benar dia berbual dengan aku.Rupa-rupanya memang sengaja dia hendak memperli kesilapan aku berkerja.Jangan haraplah lain kali aku nak bagi muka dekat dia!.

 P/S:KLIK 'LIKE' IF U WANT MORE ENTRY.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2012 08:05

October 10, 2012

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 2



BAB 2Sebulan berlalu dengan pantas,namun pertemuan yang berlaku antara aku dan pemuda kacak itu memang tidak mudah dilupakan.Yalah wajah pemuda itu mirip dengan Lee Min Ho,pelakon yang sangat tampan di mata kebanyakan peminat drama korea.Bukan senang nak jumpa tu.Ha,ha,ha.Merepek sudah!.
Em..memang dia sangat tampan daripada pandangan mata aku.Walaupun sebulan sudah berlalu,wajahnya masih berlegar legar dalam otakku ini.Kulitnya putih,hampir saja menyamai tona kulit aku.Hidung mancung.Bibir merah tanda bukan seorang perokok.Rambut mengikut gaya terkini.Dia tinggi lampai dan badan dia sasa juga.Keningnya hitam dan matanya..
“Yuri,janganlah termenung lagi.Terlepas juga bas kamu nanti.Kamu masuk kerja pukul 3.30 petang kan?” 
Pertanyaan emak buat aku tersentak.Aku tersengih seperti kerang busuk memandang wajah tua ibuku yang terjenggul di muka pintu.
“Ya mak.Kejap lagi Yuri keluar.” Jawapan aku membuatkan emak terus berlalu ke ruang tamu.
Sebenarnya aku bukanlah selalu berada di rumah.Sepanjang aku bekerja,aku hanya menginap di hostel Pizza Star.Ini kerana jarak rumahku dengan Pizza Star mengambil masa satu jam jika menaiki bas.Untuk menjimatkan wang tambang bas juga masa jadi aku berkeputusan menginap di hostel saja bersama Farah dan Kak Azimah yang aku gelar Kak Ima.Oleh kerana aku demam,barulah aku bercuti selama dua hari dan pulang ke rumah yang terletak di Kampung Sayang.Kampung Sayang? Ya..itulah nama kampung aku.Jangan ditanya mengapa nama kampungku begitu,kerana aku tidak tahu akan jawapannya.
Selesai menyisir rambut yang pendek seperti rambut terkini Emma Watson itu,aku menggapai sebuah topi Nike dan mengenakannya di atas kepala.Uniform Pizza Star yang bewarna merah berbelang hitam sudah tersarung lengkap di atas tubuh gempalku.Aku mengambil sebuah beg sandang yang terisi dengan beberapa helai baju sebelum aku bergegas ke luar daripada bilik tidur.
“Yuri,badan kau dah makin gemuklah Fir tengok.Jaga sikit makan tu.Nanti takde orang nak kahwin dengan kau.”
Bengong punya orang.Suara sumbang abang ketiga aku yang bernama Firdaus membuatkan aku mencebik bibir.Aku memandangnya sekilas sebelum mendapatkan emak yang sedang menjahit bajunya yang koyak.
“Hek eleh,tahulah dia tu kurus.Tak payah nak sibuk hal orang pulak.Kau tu kurus,ada orang nak ke? Poyo lebih.”
Aku menjawab selamba.Abangku sudah ketawa mengekek.Begitulah hubungan aku dengan abang ketiga aku yang hanya tua tiga tahun daripada umur aku.Disebabkan jarak umur kami yang tidak jauh berbeza,aku lebih selesa berkau dan beraku dengannya.Berbeza apabila aku memanggil abang sulung dan abang keduaku.
Kadang kala,orang luar yang tidak mengetahui perhubungan baik antara aku dengan abang ketiga aku,sering beranggapan yang kami dua beradik sering bergaduh.Padahal,tidak pernah sekalipun aku bergaduh dengan abang ketiga aku yang aku panggil Fir itu.Memang aku kalau bersuara,satu kampung boleh dengar.Abang aku pula,jika ketawa,bagai pontianak mengilai.
“Alah,Fir lelaki...Lain...Sekarang memanglah takde orang nak.Tapi bila Fir dah cukup duit nanti,Fir suruh je mak meminang mana mana perempuan yang Fir suka.Kau tu perempuan,mana boleh meminang lelaki.Jadi,jagalah berat badan tu.” Sakat abang aku lagi.
“Mak,tengok Fir ni!!!” Aku menjerit nyaring sambil menggoyang goyang lembut lengan emakku.Saja hendak mengadu dengan emak.Anak manjalah katakan.Walhal aku bukanlah anak bongsu.Aku masih ada seorang adik yang berusia 12 tahun.
“Ya Allah,mak nak menjahit ni Yuri.Betullah cakap abang kamu tu.Badan tu jangan gemuk sangat.Nanti susah nak cari baju.” Emak menyokong abang.Lepas ke hal baju pula.Aku mula tarik mucung sedepa.
“Sampai hati mak cakap Yuri macam tu.Yuri bukan gemuk sangat pun.” Aku dah buat suara sedih.Padahal langsung tidak ambil hati dengan kata-kata ibu.Yalah,memang aku agak gemuk.Berat 65 kilogram dengan ketinggian 165 sentimeter.Sudah melebihi berat badan.Jadi,tidak perlulah terasa dengan kenyataan yang dilemparkan.“Yalah,memanglah sekarang ni kamu tak gemuk sangat.Tapi,kalau kamu tak jaga makan,nanti bertambah gemuklah badan tu.Lagi satu,mak tak berkenan betullah dengan gaya kamu sekarang ni.Rambut tu dahlah pendek, bertopi pulak,kadang kadang seluar hip hop pun kamu pakai.Kamu nak jadi lelaki ke Yuri?”
Sekali ibuku mengeluarkan ceramah.Bingit telinga mendengarnya.Seluar hip hop?.Seluar jeans pendek lelaki bersaiz besar dengan rantai silver di belakang poket merupakan seluar kegemaran aku.Itulah seluar hip hop yang dimaksudkan ibu.Bagi aku seluar itu sangat padan denganku.Tidak nampak seksi dan cool habis.
Bukan aku tidak berminat untuk bergaya feminim.Namun aku rasa dengan susuk tubuh aku yang tidak langsing apatah lagi menawan juga dengan kerja aku selaku staf Pizza Star,aku langsung tiada masa untuk berhias cantik apatah lagi nak berfeminim bagai.Cukuplah sekadar gaya yang mengikut kata ibuku menyerupai lelaki ini.Aku peduli apa? Asalkan naluri aku tidak bertukar songsang,itu sudah cukup memadai.
“Mak ni ada pulak cakap macam tu.InsyaAllah mak,bila Yuri dah ada kerja yang lebih baik nanti,Yuri akan berhias cantik dan nampak keperempuanan habis.Mak jangan terkejut pulak bila berduyun duyun lelaki meminang anak emak ni.” Aku menggiat ibuku sebelum mencium pipi dan menyalam tangannya.
“Em,yalah tu.Berangan tak sudah.Hati-hati jalan.” Ibuku malas melayan kata-kataku lagi.Aku terus menapak ke luar rumah dan menunggu bas di tepi jalan untuk menuju ke Kota Tinggi.
Selang satu jam aku sudah terpacak dalam Pizza Star,Kota Tinggi.Setelah meletakkan beg sandangku dalam hostel yang terletak di tingkat atas Pizza Star aku bergegas ke bahagian bawah.Selesai punch card kedatangan kerja,aku bergegas pula ke tandas untuk memakai apron dan memperkemaskan lagi pakaianku.
“Rugi semalam Yuri kau tak datang.Kita ada manager baru kita.Handsome gila. Akak cair tengok dia.”
Kak Azimah yang entah mucul daripada mana tiba-tiba saja menyapa aku.Dia berdiri di sisi aku sambil membetulkan tudungnya.Kak Ima merupakan satu satunya staf yang aku sudah anggap seperti kakak kandung sendiri.Dia mempunyai sikap yang lemah lembut dan sangat penyayang.Jadi,aku suka untuk bermanja manja dengannya.Tambahan lagi,kami tinggal sebilik.Banyak perkara yang dikongsi bersama.
“Alah,hari ni bukan Yuri tak boleh tengok pun.” Aku menjawab malas.Bukan boleh dikira sangat citarasa Kak Ima ni.Kadang kala,lelaki yang dia cakap hensem semua tak masuk dengan citarasa aku dan begitu juga sebaliknya.Biasalah citarasa masing-masing kan berbeza.
“Em,betul juga tu.Sekejap lagi jumpalah kau dengan dia.Macamana demam,dah sembuh ke?”
Aik,Kak Ima ni,ingat pula dia nak bertanya kesihatan aku?.Ingatkan taksub sangat dengan ketampanan pengurus baru itu.
“Alhamdullilah.Dah sihat kak.” Aku menjawab pendek sebelum berlalu keluar daripada tandas.Teringin juga melihat wajah pengurus baru yang dikatakan hensem sangat tu.
Aku menoleh ke kiri dan ke kanan.Tiada pula muka baru dalam restoran itu.Namun,mataku mati pada sebatang tubuh segak yang bersweater  hitam sedang berjalan menuju ke arahku.Langkahnya kemas dan teratur sekali.Matanya tajam menitam pemandanganku.Aku bermimpi ke? Mamat ini buat apa lagi dekat sini?. Buat apa? Makanlah wei!.
Adegan yang sama berulang,sekali lagi jantungku berhenti berfungsi apabila pemuda itu berdiri tegak dihadapanku.Dia mengukirkan senyuman manis.Aku bertambah sesak nafas!.
“Er..encik nak makan apa?” Tiba-tiba saja soalan itu terpacul keluar daripada mulutku.Dia terkebil-kebil memandangku sebelum tergelak kecil.Ya Allah,indahnya gelak dia!.
“Nak makan awak.” Jawapan ringkasnya cukup buat aku terkedu dan wajahku merah padam menahan malu.Aku dah tak tahu nak cakap apa.Hanya memandang kiri dan kanan untuk melarikan diri.Malangnya,aku tidak boleh lari.Jika aku lari,dia akan kata aku gila pula.Jatuhlah maruah aku!.
“Ha,kat sini pun awak Yuri.Puas saya cari awak di merata tempat,tapi tak jumpa.” Suara Miss Fatin Hamimah,merangkap pengurus Pizza Star,Kota Tinggi menyelamatkan aku.
Segera saja aku menjauhkan diri daripada pemuda itu dan mendekati Miss Fatin.Malangnya,dia kelihatan mengikuti langkah aku.Alamak,takkanlah dia hendak membuat aduan pada Miss Fatin tentang kelancangan mulut aku berkata kali lepas?! Mustahil...perkara itu berlaku sebulan lepas.Jika hendak diungkit,pasti daripada dulu lagi pemuda itu sudah membuat aduan.
“Er..ada..ada apa Miss Fatin cari saya?” Aku sudah tergagap gagap berbicara bila lelaki itu masih merenungku.Kali ini wajahnya serius pula.Dia berdiri bersebelahan Miss Fatin dan memandang aku seperti aku melakukan kesalahan besar sahaja.
“Em saya nak perkenalkan awak dengan pengurus baru Pizza Star,Kota Tinggi.Kenalkan ini Encik Daniel Ervin.Dia menggantikan posisi saya bermula hari semalam.”
Terkedu dan tak terkata.Itulah reaksi aku ketika itu.Pemuda yang pernah mencari pasal dengan aku ini ialah pengurus baru Pizza Star?!.Masak kau Yuri!.Sudahlah tadi dia kata dia nak makan kau.Nampak sangat yang dia berdendam dengan kau.Aduhai,janganlah sampai kena buang kerja pula.Patutlah kali lepas bukan main lagi dia mengelilingi Pizza Star ini seperti hendak membuat lawatan.Rupa-rupanya memang dia telah melawat tempat dia bakal bekerja.
 “Ervin,kenalkan ini Mayurie Rosella atau Yuri.Staf servis terbaik Pizza Star.”
Alamak,sesi perkenalan daripada Miss Fatin betul betul buat wajah aku semakin tebal!.Staf servis terbaik? Staf servis terbaik apa kalau aku selalu memprotes permintaan pelanggan.Dan salah seorang daripada pelanggan itu adalah pemuda di hadapanku ini.Aku menatap sekilas wajahnya.Dia masih menunjukkan wajah serius.
“Oh,staf terbaik.Baguslah kalau macam tu.Saya akan menilai sejauh mana baikknya awak sewaktu melayan kerenah pelanggan.Selamat bekerjasama Yuri.” Akhirnya dia membuka mulut dan menghulurkan salam.Penuh dengan sindirian.Aku teragak agak menyambut salamnya dan sekali lagi dia tergelak apabila merasakan tangan aku yang sejuk beku saat itu berada dalam genggamannya.Tak guna punya orang!.Segera saja aku menarik tanganku daripada terus bersalaman dengannya.
“Okeylah Ervin.Aku ada kerja lain yang nak dibuat.Aku pergi dulu.Bye.” Miss Fatin berlalu dengan senyuman lebar di wajahnya.Disebabkan dia sudah dinaikkan pangkat sebagai Area Manager barulah Pizza Star menerima seorang Manager baru.Dan aku tidak menyangka pula yang pengurus baru itu ialah dia.Mata aku mengiringi langkah Miss Fatin yang keluar daripada Pizza Star.
“Ambil ni.” Sekali lagi kepala aku diselubungkan dengan satu objek hitam apabila dia kembali membuka bicara.Aku mendongkol geram apabila mendapati sweaternya pula yang terbang di atas kepala aku.Suka sangat main campak campak.Aku masukkan dalam tong sampah.Baru padan muka dia!.
“Tolong letakkan sweater saya tu dalam ofis.Jangan curi curi cium saya punya sweater.Takut nanti awak tidur termimpikan saya pulak.”
Aku membuat aksi loya tekak.Apa kena dengan pemuda di hadapan aku ini? Sudah gila ke? Ingat aku buang tebiat ke untuk mencium pakaiannya.Aku tahulah dia tu wangi,tapi aku taklah gila sangat untuk mencium pakaian seorang lelaki yang tidak dikenali.Oh tidak,kalau aku kenal pun,aku takkan buat macam tu!
“Maaflah Encik Ervin.Saya ni masih waras dan taklah miang sangat untuk buat perkara sebegitu.Kalau Encik Ervin takut yang saya akan cium sweater encik ni,lebih baik encik letak sendiri sweater ini ke dalam ofis.” Aku bersuara bengang seraya menghulurkan sweater itu ke arahnya.Dia buat tidak hairan dan berpaling ke arah lain.Kelihatannya seperti menahan gelak.
“Saya tak takut pun kalau awak nak cium sweater saya.Saya lagi suka kalau awak buat macam tu.”
“Ha?!” Dia ni bercakap macam dalam kelambu pula.
“Awak ni banyak cakaplah Yuri.Pergi letak sweater saya tu dalam ofis sekarang.” Dia beri arahan tegas pula.Patutlah tadi aku tidak perasan yang dia adalah pengurus baru Pizza Star.Ini kerana dia mengenakan sweater untuk menutup uniform pengurus Pizza Star.Kemeja bewarna biru muda berkotak kotak kecil dengan bertali leher bewarna merah adalah pakaian formal pengurus setiap cawangan Pizza Star.Dia memang kelihatan segak dan mengancam habis dalam uniform itu.Amboi,sempat pula kau memuji orang yang mencari pasal dengan kau Yuri!.
“One more thing...” Dia ini memang tak boleh nampak aku berjalan terus agaknya.Ada saja hal yang ingin diperkatakan saat aku ingin melangkah pergi.Aku menggengam kuat sweaternya sebelum berpaling ke belakang menghadap wajahnya.
“Apa?”
“Just call me Ervin.Tak perlu nak berencik bagai.Saya nak cepat mesra dengan semua staf saya.” Tegas saja bicaranya.
Lantak kaulah encik pengurus.Apa kau ingat kalau aku panggil kau Ervin,aku boleh cepat mesra dengan kau ke? Boleh jalanlah.
“Okey.” Aku membalas pendek dan terus berlalu menuju ke pejabatnya.

P/S:KLIK 'LIKE' JIKA ANDA INGINKAN NEXT ENTRY.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 10, 2012 06:29

October 8, 2012

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 1




BAB 1 “Selamat datang ke Pizza Star.”
Suara Ika yang datang dari arah muka pintu restoran membuatkan aku memandangnya sekilas.Kelihatan gadis itu membuka pintu dengan senyuman lebar hingga ke telinga.Senyuman plastik yang sudah naik jemu dilemparkan kepada semua pelanggan restoran itu setiap kali gadis genit itu menjadi ‘host’ atau dengan  kata nama lain,penyambut tetamu.Dua pemuda yang berumur dalam lingkungan 30 an itu melihat Ika daripada atas hingga ke bawah dengan senyuman gatal.
“Boleh saya tahu,encik berdua hendak makan di sini atau ingin bungkus bawa pulang ke rumah?” Suara Ika masih lembut bertanya.Dua pemuda tadi masih tersenyum miang.
“Kalau abang nak bungkus cik adik yang comel ni untuk dibawa pulang ke rumah boleh tak?”
Pertanyaan biadap salah seorang daripada pemuda itu membuatkan telinga aku berdesing seketika.Mujurlah aku berdiri tidak jauh daripada kawasan pintu hadapan Pizza Star.Jika tidak mahu Ika terkulat kulat sendirian di situ.Segera saja kaki menapak ke arah sahabat baikku itu.
“Maaflah encik,restoran kami ni ada khidmat bungkus makanan je,bukan bungkus orang.Kalau encik berkehendak begitu, pergi cari  dekat restoran lainlah.Itu pun saya tak jamin ada atau tidak.Kita berada di Malaysia.Sebuah negara Islam yang tidak mengamalkan perniagaan menjual manusia.”
Tercengang seketika kedua pemuda itu apabila aku tiba-tiba saja menyampuk bicara mereka.Beberapa ketika mereka berdua tersipu malu.Mungkin menyedari kebodohan sendiri atas kepincangan menggunakan lidah yang dikurniakan.Ika pula hanya tersengih-sengih.Terus saja dia membawa kedua pemuda itu ke meja kosong berdekatan memandangkan mereka berdua tidak ingin membungkus makanan untuk di bawa pulang.
“Cool lah lu beb,ayat power habis!” Farah yang sedari tadi hanya memasang telinga di kaunter cashier,segera saja menerpa dan memaut bahu aku.
“Biasa jelah beb.” Aku menjawab malas sambil melemparkan senyuman senget.
Gadis berselendang itu tersenyum lebar seperti kebiasaan.Aku pula sudah masak benar dengan perangainya.Sama saja dengan Ika.Ceria memanjang.Entah petua apa yang digunakan dua gadis ini sehingga setiap hari pun mereka bisa tersenyum ceria menghadapi kerenah pelanggan yang pelbagai ragam.Jika diikutkan angin aku,mahu gulung tikar restoran ini.Kami berdua memandang kawasan luar daripada pintu lutsinar itu dan aku terdengar Farah mengeluh kecil.
“Kau tak bosan ke beb kerja kat sini?” Pertanyaan Farah tidak sedikit pun mengejutkan aku.Sudah sering kali pertanyaan begini ditanyakan oleh semua teman rapat aku yang sama sama bekerja di bawah Pizza Star.Renungan mata Farah yang mengenakan kanta lekap bewarna kelabu itu aku pandang dengan satu keluhan panjang.
“Bosan.Tapi kita tiada pilihan lain selain daripada bekerja di sini. Sekarang bukan senang nak dapat kerja.”Jawapan sama aku berikan kepada Farah dan gadis yang tua dua tahun daripada aku itu hanya mengangguk angguk kecil.Sudah setahun aku bekerja di Pizza Star Kota Tinggi,Johor sebaik saja aku mendapat keputusan SPM.Keputusan peperiksaan aku bukanlah teruk sangat tetapi aku tidak terpilih untuk memasuki IPTA.Mungkin tiada rezeki.Niat di hati ingin menyambung pelajaran ke IPTS tetapi masalah kewangan keluarga menjadi penghalang.
Demi mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga,aku sanggup bekerja untuk menampung perbelanjaan sendiri juga menyimpan duit untuk perbelanjaan pelajaran kelak.Walaupun gaji di Pizza Star ini tidak mencecah nilai 1K,itu bukan alasan untuk aku mementingkan diri sendiri dengan menyerahkan tugas mencari rezeki kepada abah dan abang-abang aku.Aku sendiri perlu berusaha!.
Dalam era millennium ini,seorang gadis yang hanya mempunyai sijil SPM dalam tangan seperti aku,Ika dan Farah sememangnya tidak mempunyai peluang yang luas untuk memilih pekerjaan yang bagus.Graduan yang mempunyai diploma dan ijazah juga sudah ramai yang jadi penganggur.Inikan pula aku yang hanya mempunyai keputusan SPM.Peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang berkualiti hanya tinggal mimpi sajalah.Diterima bekerja sebagai salah seorang staf di Pizza Star ini pun sudah memadai buatku.
Pizza Star adalah sebuah francais yang terkemuka di Asia.Label francais ini sama saja dengan Pizza Hut,KFC atau MacDonald.Ditubuhkan oleh seorang jutawan cina muslim lebih kurang tiga puluh tahun lalu di Beijing,China.Pizza Star berkembang pesat apabila cawangannya didirikan di setiap negara.Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai menyebabkan cawangan Pizza Star bertambah setiap tahun.Setelah tiga puluh tahun beroperasi kini Pizza Star memiliki lebih daripada seratus cawangan di Asia Tenggara.
“Alangkah baiknya jika kita dilahirkan seperti dia..” Suara lembut Farah menyebabkan lamunan aku mati begitu sahaja.Aku memandang ke arah papan iklan bersaiz gergasi yang tercacak megah berhadapan dengan restoran kami.Papan iklan yang membuatkan mata aku dan Farah tidak berkelip kelip melihatnya.Tanpa bicara aku tersenyum hingga ke telinga.Terpamer cantik di atas papan itu wajah seorang pemuda yang amat tampan pada pandangan mataku.Pemuda itu memperagakan baju sukan jenama ‘Ace’ yang mana merupakan jenama paling laris masa kini.
Pemuda itu ialah Ace.Seorang penyanyi terkemuka dunia yang namanya melonjak naik dalam sekelip mata tiga tahun lepas apabila dia menjuarai pertandingan nyanyian terbesar di Amerika Syarikat,World Idol.Ace yang ketika itu baru berusia 16 tahun menjuarai pertandingan tersebut dengan suara merdunya yang tiada tandingan.Dalam masa tiga tahun berkecimpung dalam dunia hiburan,kariernya tidak pernah sekalipun jatuh.Justeru kini Ace mampu memiliki syarikat sendiri.Bahkan dia juga telah mengeluarkan beberapa produk dengan jenama sendiri .Bukankah dia sangat bertuah?.
“Em...idola aku.Bintang aku.Dia memang dilahirkan dengan tuah.Alangkah bertuahnya aku jika dapat bertatapan mata dengan dia.” Senyuman Ace dalam papan iklan itu seolah-olah menusuk jauh ke dalam kalbu.Bilalah agaknya aku boleh bertemu dengan idola aku?.
“Tak payah nak bertuah sangatlah Cik Yuri.Berangan je kerja kau orang berdua ni.”
Suara Mak Ngah,Assistant Manager Pizza Star Kota Tinggi atau nama sebenarnya Noor Afiza Mazlan mematikan perbualan aku dengan Farah.Gadis yang berusia 26 tahun itu segera saja menyelit antara aku dan Farah yang sedang berdiri.Nasib baiklah tubuh gadis itu macam papan saja.Jika tidak tiada maknanya aku hendak berdiri bersama mereka berdua di muka pintu itu.Nampaknya,Mak Ngah turut sama memerhatikan papan iklan Ace itu.
“Ya Allah,kenapalah Ace ni hensem sangat ya? Walaupun Mak Ngah tengok papan iklan tak bergerak tu setiap hari,tetap juga Mak Ngah nak puji wajah dia yang tampan tu.Bilalah Mak Ngah dapat bertatapan dengan dia ya?”
Paku dulang,paku serpih.Mengata orang dia yang lebih.Hampeh!.Mak Ngah pun dua kali lima saja dengan aku.Dia kata aku berangan memikirkan Ace.Sekarang,dia pun sama.Farah hanya mampu ketawa kecil melihat gelagat gadis itu dan aku hanya menggeleng geleng kepala.Sudah masak benar dengan situasi sebegitu.
Mak Ngah adalah nama gelaran manja untuk Asisstant Manager aku yang kurus kering itu kerana dia adalah anak kedua dalam ahli keluarganya.Selain itu,gelaran tersebut diberikan kerana  mulutnya yang suka membebel macam mak nenek.Justeru,keseluruhan staf Pizza Star Kota Tinggi memanggil Fiza dengan panggilan Mak Ngah.
 “Wow,cantiknya kereta!” Mata Mak Ngah membulat sambil melihat sebuah kereta BMW 5 Series bewarna putih yang molek terparkir di hadapan Pizza Star.Aku dan Farah turut sama memerhatikan kereta mewah itu tanpa berkelip kelip.Aduhai,macam orang jakun saja gaya kami bertiga.Ha,ha,ha.Bukanlah jakun sangat sebenarnya.Cuma untuk orang seperti kami dapat memandu kereta seperti itu rasanya dalam mimpi sajalah.Aku?.Lesen pun tiada.Bagaimana mahu memandu kereta?.


Selang beberapa minit,keluar dua manusia daripada perut kereta mewah itu.Aku menelan liur.Pada mulanya aku ingatkan orang yang memandu kereta itu berbangsa cina.Namun,setelah melihat gadis yang keluar daripada kerusi penumpang mengenakan pashmina,maknanya orang melayulah tu.Eh,memandai je aku ni!.Kedua manusia yang menarik perhatian kami bertiga itu berpakaian tebal seperti berada di musim salji sahaja lagaknya.Walaupun aku tidak pernah ke luar negara,tetapi gaya pemakaian mereka itu sepertilah gaya para pelakon drama korea yang menjalankan penggambaran pada musim salji sahaja.Setahu aku,Malaysia tiada musim salji.Paling sejuk pun dekat Cameron Highland atau Genting Highland.Itupun suhu tidak mencapai 20 degree celcius hingga tahap manusia di situ  terpaksa memakai pakaian tebal seperti orang Eskimo.
“Gila ke apa,tengah hari buta pakai baju macam tu.” Nampaknya Farah sependapat dengan aku.
“A,ah,sejak bila pulak Malaysia ni ada musim sejuk.”
Mak Ngah menyampuk.Kami bertiga terus memerhatikan pasangan itu sehinggalah mereka menghampiri pintu Pizza Star.Ika yang entah bila muncul di belakang aku segera saja membuka pintu restoran dan Farah turut sama membantu.Aku dan Mak Ngah pula hanya mengiring ke bahagian tepi agar tidak menghalang dua manusia itu memasuki restoran kami.Bau semerbak harum menusuk hidungku sebaik saja pemuda yang mengenakan kaca mata hitam itu melintasi aku.Sedapnya bau!.Pasti minyak wangi mahal ni!.Amboi,ke situ pulak kau Yuri!.
“Selamat datang ke Pizza Star!” Aku dan Mak Ngah tiba-tiba saja serentak mengucapkan kata-kata menyambut para pelanggan restoran kami sambil menundukkan kepala.Kemudian kami berdua berpandangan sama sendiri dan tersengih tak tentu pasal.Bukan aku tidak tahu,Mak Ngah akan teruja untuk menyambut tetamu atau mengambil order pelanggan restoran kami yang kelihatan segak atau menarik perhatian walaupun itu bukan tugas utamanya.Lebih kurang sama saja dengan aku.Gatal lebih.Ha,ha,ha.
Sengihan aku mati begitu saja apabila bau haruman tadi tiba-tiba saja begitu dekat dengan aku.Apabila aku mendongakkan kepala,terasa tegak keseluruhan bulu roma di atas badan ini.Mata yang mengenakan kaca mata hitam itu kelihatan memerhatikan aku daripada jarak lebih kurang beberapa inci sahaja.Entah sejak bila dia berdiri begitu dekat dengan aku.Aku tidak perasan.Automatik saja aku menapak beberapa langkah ke belakang menjauhinya.Walaupun mata pemuda itu tertutup,tetapi aku dapat merasakan sepasang mata itu tajam merenungku.
“Saya nak awak yang ambil pesanan makanan saya.” Ujar pemuda itu seraya mengajukan jarinya ke arah aku.
Alahai,sedapnya suara dia.Tapi,tunggu sekejap! Kenapa pula dia nak suruh aku yang ambil pesanan makanan dia?! Tak betul ke apa lelaki ini?.Belum sempat aku memprotes,pemuda itu sudah mengikut jejak langkah pasangannya yang tersengih sengih memandang aku.Aku,Mak Ngah,Ika dan Farah tercengang seketika.
“Kau kenal dia ke Yuri?” Farah bertanya dengan wajah teruja.
“Gila kau.Ada pulak aku kenalan yang berpakaian Eskimo dan berkereta mewah.Aku tak kenallah.” Jawapan aku jelas menambahkan persoalan di wajah para sahabatku.Tanpa menunggu lama,aku terus saja mengambil buku menu daripada tangan Ika dan mengejar langkah pasangan itu.Sepatutnya kerja menyambut tetamu dan menyerahkan menu dilakukan oleh Ika.Namun,atas permintaan khas pemuda tadi,aku terpaksalah mengikut saja.
Sakitnya hati aku bila pasangan tadi kelihatannya berpusing pusing dalam restoran untuk mencari meja yang sesuai untuk diduduki mereka.Macam hendak buat lawatan pula gaya mereka berdua.Mujurlah memang salah satu daripada tugas aku untuk mengeskot pelanggan ke meja yang disukai mereka sebelum mengambil pesanan.Jika tidak,masakan aku sudi mengelilingi restoran itu hingga beberapa kali.
Akhirnya,selepas penat tawaf dalam restoran itu,kedua pasangan tadi mengambil keputusan untuk duduk di meja nombor 25.Sekali lagi aku diserang sakit hati.Punyalah banyak meja bersih yang tiada pinggan mangkuk,kutleri atau sisa makanan yang belum dikemas di atasnya,mengapa mereka berdua memilih untuk duduk di meja itu?.
 “Maaf encik,cik,meja ni belum dikemas.Boleh tak kalau encik dan cik duduk kat meja yang bersih?”
Aku bertanya lembut sambil mengajukan ibu jari ke arah meja meja kosong yang tiada pelanggan.Masih banyak meja yang bersih dan kosong.Hendak juga duduk di meja yang kotor.Bodoh ke apa mereka berdua ini?
“Saya nak duduk dekat meja ni,awak ada masalah ke?”
Pemuda yang berkaca mata hitam itu bertanya sinis.Kelihatan hujung bibir merahnya yang menyenget ke tepi.Daripada memek muka pemuda itu sepertinya aku telah melakukan sesuatu yang menjengkelkan.Ringan saja tangan aku ingin menghadiahkan penampar pada wajah itu.Nasib baik pelanggan!.
 “Oh,takde masalah,cume encik kena tunggu sebentarlah,saya nak panggil kawan saya untuk bersihkan meja ni.”
Aku tertinjau tinjau mencari kelibat staf yang bertugas mengemas meja pada hari tersebut.Selain aku,Kak Azimah juga bertugas sebagai servis hari itu.Bagaimana aku hendak mengemas meja seraya hendak melayan kerenah pelanggan itu.Tidak sanggup aku.Sudahlah pemuda itu berterusan merenung aku dari balik kaca mata hitamnya.Sementara perempuan muda yaus tersengih sengih memerhatikan pemuda di hadapannya.Aku pulak yang hangin satu badan melihat mereka berdua.
“Kenapa malas sangat,tak perlu buang masa tunggu kawan.Awak takde tangan untuk kemas sendiri meja ni ke? Awak staf servis juga kan?”
Menyirap darah aku apabila diperli pemuda itu.Malas untuk bertengkar,aku mengemas meja tersebut sepantas mungkin.Sepanjang aku mengemas aku perasan yang pemuda itu tersenyum sinis memandangku.Grr...sakitnya hati!.Setelah selesai mengemas,cepat saja aku meletakkan buku menu dan cuba berlalu.
 “Awak nampak tak yang kami berdua? Kenapa bagi menu sekeping saja? Macamana saya nak tengok?”
Langkahku terhenti.Aku menyumpah dalam hati.Bagaimanalah boleh terlupa untuk membawa dua buku menu tadinya.Dengan perasaan sebal aku kembali berpaling ke belakang dan tersenyum ke arah pemuda itu.“Maafkan saya.Saya terlupa.Saya pergi ambil satu lagi buku menu sekarang.” Pantas saja aku berlari ke kaunter juruwang dan mengambil sebuah buku menu yang tersusun cantik di situ.Kemudian aku kembali berlari ke meja nombor 25.
Jantung aku berhenti berfungsi dan aku terkesima seketika apabila bertatap mata dengan pemuda yang sudah menanggalkan kaca matanya itu.Dia juga tidak berkelip kelip memandang aku.Ya Allah,kacaknya dia!.Bagaimanalah aku boleh tidak perasan ketampanan wajah pemuda itu sedari tadi.
“Saya tahulah saya hensem.Tak perlulah nak tenung saya macam tu sekali.Bak sini menu tu.”
Dia menarik buku menu daripada tanganku yang sedang berdiri tegak.Sebaik saja aku perasan senyuman sinisnya terus saja aku beristighfar perlahan.Wajahku terasa membahang.Alahai,kenapalah mata ini gatal sangat untuk merenungnya.Tidak tentu pasal kau dah kena perli Yuri!.
“Saya nak Seafood Lasagna satu dengan orange juice.” Gadis cantik yang berusia dalam lingkunagn 20 an pada pandangan mataku itu mula memesan makanan.Aku mencatat pesanannya ke atas sekeping kertas.Aku memandang pula wajah pemuda tampan tadi.Tiada tanda tanda yang dia sudah bersedia untuk memesan makanan.Sengaja menyeksa aku berdiri lama di sisi meja itu.
“Vin,cepatlah oder makanan.I dah laparlah..” Gadis itu merengek rengek kecil seraya memegang tangan pemuda tampan itu.Mungkin teman wanita dia.Nama pemuda itu Vin? Pelik saja bunyinya.
“Saya nak hati awak.”
“Ha?!” Hampir saja terlepas pen dan kertas yang aku pegang.Aku salah dengar ke?.
“Saya nak Pizza Hawaiian Chicken personal size dengan Iced Coffee.” Ujar pemuda itu.Aku terpinga pinga seketika sebelum menulis pesanannya.Sah,aku salah dengar!.
“Baiklah,hidangan akan siap dalam masa 20 minit.” Aku mahu cepat beredar daripada meja itu namun baru selangkah aku menapak sekali lagi pemuda itu memanggilku.
“Awak...”
Sebaik saja aku berpaling ke belakang,pemandanganku tiba-tiba saja gelap.Pantas saja aku menarik sesuatu yang menyelubungi wajahku.Sesuatu yang harum dan baunya seperti bauan yang aku hidu tadinya.Sekali lagi mata aku terbeliak apabila tanganku memegang sehelai jaket hitam tebal yang berbulu lembut.Jaket siapa lagi jika bukan jaket pemuda itu.
“Tolong sangkutkan jaket tu dekat tempat yang sepatutnya.Saya takut jaket saya kotorlah.” Pinta pemuda itu.
“Maaflah encik,Pizza Star bukan restoran berstandart lima bintang sampai ada tempat penyangkut jaket bagai.Sangkut saja di kerusi.Encik bukannya budak lima tahun sampai makan pun berselerak sana sini.”Selesai aku bersuara,segera saja aku mengambil jaket pemuda itu dan disangkutkan di atas kerusi kosong yang berada bersebelahannya.Belum sempat dia membuka mulut lagi,aku segera cabut lari.Dari kejauhan aku dapat mendengar gelak besar teman wanita pemuda itu.Mungkin mengetawakan teman lelakinya kerana  telah disembur oleh aku.Rasakan!.

P/S:RENOVATION DRP NOVEL CINTA SI GADIS PIZZA.ADA SCENE YG SAMA DAN ADA YANG LAIN.ENJOY YOUR READING.Kalau rajin komenlah ye.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 08, 2012 06:05

October 7, 2012

NOVEL : KAHWIN,6 BULAN JE?! BAB 10




BAB 10Kecantikan pekarangan Vila Oracle dipandang Ixuna dengan satu keluhan besar.Dia memejamkam mata dan menghela nafas panjang.Jauh dalam hati dia berdoa agar tindakannya hari ini adalah langkah yang betul dan menggembirakan ramai pihak.Demi cintanya pada Alex Emrys dia sanggup berkorban apa saja.Moga langkah yang diambilnya hari itu adalah langkah yang betul...

“Wah,akak dah datanglah!” Jeritan kecil daripada muka pintu Vila Oracle mematikan lamunan Vifeinia Ixuna.Dia terkebil kebil seketika memerhatikan Putri Elya Enrisya dan Putri Reny Yuliana berlari lari anak mendapatkannya.Dua gadis genit itu segera sahaja merangkul tubuhnya erat dengan senyuman mekar di wajah masing-masing.
“Kenapa akak berdiri je kat sini? Jomlah masuk dalam.Semua orang tak sabar menunggu kehadiran akak.” Reny bersuara ceria seraya mengangkat sebuah bagasi kecil yang dibawa Ixuna.Ixuna hanya mengangguk angguk kecil.Dia mengikut langkah dua gadis itu memasuki Vila Oracle.
Kedatangan Ixuna disambut baik oleh Puan Sri Rihanna dan Datin Rahimah.Dua wanita itu mengambil kesempatan memeluk erat seraya mengusap usap pipi gebu milik Vifeinia Ixuna.Kedua wanita itu nampaknya tidak dapat menipu diri sendiri tentang kecomelan anak gadis Madam Amy itu.Alangkah bertuah jika Ixuna menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.Walaupun mereka belum seratus peratus mengenali Ixuna namun mereka dapat merasakan yang Ixuna paling sesuai untuk dijodohkan dengan Eric.
“Wah,bakal isteri saya dah datang rupa-rupanya.” Eric yang sedari tadi hanya memerhati kedatangan Ixuna daripada tangga akhirnya membuka mulut dan menapak mendekati gadis itu dengan senyuman menggoda.Berpura pura yang dia baru saja melihat kedatangan Ixuna dalam vila mereka.Ariel yang membontoti langkah Eric hanya tersenyum lebar hingga ke telinga.Senyuman yang penuh maksud tersurat juga tersirat.Dua wajah pemuda itu hanya dipandang Ixuna dengan riak tidak berminat.
“Alangkah indahnya pagi saya apabila dapat menatap seraut wajah yang cantik umpama bulan ini.” Eric menambah perisa sebaik saja dia berdiri bersebelahan Ixuna.Kelihatan nenek dan makciknya tersenyum lebar atas pujian palsu itu.Eric mengerling seketika wajah comel yang kelihatan terkedu dengan pujiannya.Pasti gadis itu pun sudah termakan dengan kata-kata manisnya.
“Ia adalah satu penghinaan jika menyamakan kecantikan saya dengan bulan.Bulan bukan cantik pun.Permukaannya berlekuk-lekuk menggambarkan seorang gadis yang rupanya tidak licin.Bulan hanya cantik jika dipandang daripada jauh.Kecantikan saya melebihi kecantikan bulan.Sebab saya cantik jika dipandang daripada dekat ataupun jauh.”
Ixuna berkata selamba dengan nada sedikit riak.Bukan dia sengaja ingin berbicara sebegitu namun dia tidak suka dengan pujian Eric yang jelas sekali tidak ikhlas.Eric dan Ariel pula terkedu mendengar bicara sinis Ixuna.Sementara Elya dan Reny sudah ketawa mengekek.Puan Sri Rihanna dan Datin Rahimah pula kelihatan sedang berfikir tentang penyataan mengejut gadis itu.Betul ke bulan itu tidak cantik?
“Ceh,belagak betul perempuan ni Eric.Tahulah dia tu cantik.” Ariel berbisik geram di telinga Eric yang kelihatannya membeku saat itu.Sepupunya itu berdehem seketika dan memberikan jelingan membunuh kepada Ixuna.Betul kata Ariel.Memang gadis comel ini berlagak gila!.Muka polos dan suci saja tapi mulut bisa yang amat!.
“Maaf sayang.Saya tersalah cakap.Kecantikan awak bukan umpama bulan tetapi umpama bidadari.Sesiapa yang melihat awak akan terpaku seketika dan lidah kelu untuk berbicara.”Renungan tajam Eric membuatkan jantung Ixuna terhenti seketika.Pemuda di hadapannya ini memang sweet talker!.Dia tahu yang pemuda itu sengaja ingin megambil hatinya untuk kelihatan baik di hadapan Puan Sri Rihanna juga Datin Rahimah.Pemuda seperti Eric ini emmang tidak boleh diberi muka.Jika tidak mengenangkan permintaan Alex kali lepas,tiada maknanya dia akan menapak lagi di Vila Oracle itu.
Eric menggigit bibir apabila melihat reaksi bersahaja Ixuna.Sebenarnya dia bukanlah sengaja ingin mengungkapkan ayat seperti itu.Namun,mulutnya cepat saja memainkan peranan apabila menatap wajah comel yang dirinduinya itu.Rindu?!.Gila kau Eric!.Siap panggil sayang bagai.Masaklah dia jika Ixuna perasan.
“Awak tak perlu puji saya macam tu sebab saya memang tahu tahap kecantikan saya menyamai bidadari.”Jawapan Ixuna berjaya membuang semua rasa pelik yang menjengah di hati Eric tadinya.Eric memandang wajah comel itu dengan senyuman sinis.Gadis dihadapannya ini memang tak boleh dipuji.Mudah bangga diri,riak dan sombong!.Sakit betul hati!.
“Cucu nenek memang secantik bidadari.Eric,tolong tunjukkan Ixuna bilik tidur dia.Xuna berehat dulu.Nanti tengahhari kita makan sama sama.” Puan Seri Rihanna mengeluarkan arahan seraya mengusap lembut rambut panjang Ixuna.Gadis itu hanya tersenyum kecil.
Eric segera saja menarik bagasi Ixuna ke tingkat atas apabila neneknya memandang dia dengan pandangan penuh makna.Nampaknya,nenek betul-betul menyukai Ixuna.Masaklah dia dengan Ariel kali ini.
Setibanya di hadapan sebuah pintu bilik yang bersebelahan dengan bilik tidurnya,Eric mematikan langkah.Dia menarik nafas panjang sebelum berpeluk tubuh memandang Ixuna yang berada di belakangnya.Belum sempat dia membuka mulut,selamba sahaja gadis di hadapannya itu menarik bagasi yang dibawanya tadi terus masuk ke dalam bilik.Pintu bilik itu memang tidak berkuci sedari tadi.Sekali lagi Eric menahan geram.
“Berhenti.” Eric menarik pemegang bagasi daripada terus diheret masuk oleh Ixuna ke dalam bilik itu.Ixuna memberhentikan langkah dan memandang wajahnya.
“Kenapa?” Berdasarkan pemerhatian Ixuna,dia dapat merasakan yang pemuda dihadapannya itu akan mencari pasal.
“Aku tak tahu apa tujuan kau nak kahwin dengan aku.Tapi aku nak kau tahu yang aku tak suka kau.Aku benci kau dan...”
“Ada saya kisah?” Pendek sahaja jawapan Ixuna namun cukup berbisa untuk membuatkan wajah Eric bertukar warna.
Dia menarik kembali bagasinya yang berada pada tangan Eric untuk dibawa masuk ke dalam bilik malangnya tangan sasa itu menghalang tindakannya.Apabila roda bagasi itu sudah bergerak ke tengah bilik,Eric menarik kembali bagasi itu keluar bilik.Buat beberapa ketika mereka berdua menarik bagasi itu seperti bermain acara tarik tali.Sehinggalah Ixuna dengan selamba memijak kuat kaki Eric.
“Auch! Sakitlah!” Eric terlompat lompat dengan sebelah kakinya terangkat menahan sakit.Wajahnya bertambah merah menyala saat itu.Gadis comel itu benar benar menguji kesabarannya.Sekali lagi belum sempat dia membuka mulut,Ixuna sudah masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik itu.
“Tak guna punya perempuan!.Kau ingat kau selamatlah kalau kau berkurung dalam bilik.Jaga kau.Aku akan balas balik apa yang kau buat!.” Eric membebel sendirian apabila sakit kakinya sudah reda.Ixuna memang sengaja mencar pasal dengannya!.
Sementara itu di dalam bilik,Ixuna mengeluh panjang seraya duduk di birai katil.Nampaknya,perhubungan dia dengan Eric akan bertambah buruk selepas ini.Bagaimanalah kehidupannya jika dia berkahwin dengan pemuda itu kelak.
Oleh kerana janjinya dengan Alex juga ibunya,Ixuna bersetuju untuk menjadi isteri Eric.Majlis akan berlangsung pada bulan hadapan.Sebelum itu,Eric membuat permintaan pada Puan Sri Rihanna agar mengarahkan dia agar tinggal selama seminggu di Vila Oracle.Entah apa tujuannya,Ixuna sendiri kurang pasti.Dia hanya mengikut semua permintaan Madam Amy tanpa banyak bicara.Namun,dia dapat merasakan yang dalam masa seminggu dia tinggal di Vila Oracle,Eric dan Ariel sudah memasang niat untuk mempermainkannya.Justeru,dia perlulah bersedia dengan lebih awal,fizikal dan mental agar tidak terjerumus dalam jerat dua pemuda licik itu.....................................................“Ixuna,ke sini sekejap.”
Eric melambaikan tangannya ke arah Ixuna yang sedang rancak berbual bersama Elya dan Reny di ruang tamu.Semalam dia dan Ariel tidak boleh menjalankan sebarang prank ke atas gadis itu kerana Puan Sri Rihanna berada di vila.Mujurlah hari ini neneknya itu mendapat panggilan kecemasan daripada cawangan perusahaan mereka yang berada di Jepun dan wanita itu terpaksa bergegas ke sana.Selalunya tugas seperti itu hanya dilakukan oleh Eric dan Ariel.Namun,mengenangkan untuk minggu ini Ixuna berada di Vila Oracle,nenek mereka memberi peluang itu agar dia dapat berkenalan rapat dan meluangkan masa lebih panjang dengan Ixuna.Kononnya tidak mahu kacau daun.Datin Rahimah juga sudah keluar daripada vila sejak pagi tadi atas urusan persatuan wanitanya.
Ixuna bergerak malas ke arah Eric dan Ariel.Rasanya perang akan bermula sebentar lagi.Daripada semalam dia dapat melihat wajah tidak puas hati Eric dan Ariel setiap kali Puan Sri Rihanna atau Datin Rahimah memuji muji dirinya.Bukan dia minta untuk dipuji tetapi memang dua orang wanita itu suka melambakkan pujian.Dia cantiklah,pandailah,itulah,inilah.Selepas banyak kali mendengarnya,Ixuna merasakan dirinya seperti dibodek saja agar kelihatan baik di hadapan mata Eric.
“Kenapa?” Terkebil kebil mata Ixuna menatap seraut wajah tampan itu.Hatinya memang tidak dapat menyangkal yang Eric memiliki wajah idaman kebanyakkan gadis di dunia ini.Tapi bagi dia,ketampanan pemuda itu bukanlah sesuatu yang boleh memikat hatinya saat itu.
“Hari ni saya nak awak memasak untuk saya.” Bicara Eric hanya dibalas dengan muka blur Ixuna.Eric mendongkol geram dalam hati.Perempuan ni tiada perasaan ke apa? Buat muka selamba saja.
“Abang,apa ni!.Kak Xuna tetamu kita okey?! Bukan orang gaji yang abang sesuka hati suruh dia buat kerja dalam vila ni.” Elya bersuara nyaring.Membantah arahan Eric.
Dia sudah mengagak yang perkara sebegini akan terjadi.Daripada minggu lepas dia dan Reny sudah mendengar Eric dan Ariel berbincang untuk mengenakan Ixuna.Dan dia tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.Dia dan Reny sudah menganggap Ixuna seperti kakak kandung mereka sendiri.
“Kau jangan nak sibuk Elya.Kau tahu kan yang Eric kena paksa kahwin dengan Ixuna oleh nenek.Jadi,sekarang ini memang patutlah kalau Eric menilai sama ada Ixuna ni layak atau tidak jadi isterinya dengan cara dia yang sendiri.” Seperti kebiasaan Ariel menyokong Eric.
“Apa bezanya? Layak atau tidak,kak Ixuna adalah pilihan nenek untuk dikahwinkan dengan Abang Eric.Apa abang rasa,abang boleh ubah keputusan nenek ke?” Reny yang mendiamkan diri sedari tadi membuka mulut.Semua terdiam seketika.
Ariel menjegilkan mata tidak puas hati pada adik perempuannya.Nampaknya sekarang adiknya dan Elya memang tidak boleh dibuat kawan.Semuanya nak menyokong Ixuna.Geram betul!.
“Kau pun jangan nak sibuk urusan orang dewasa Reny.Sekarang abang nak Ixuna masak untuk abang.Abang tak pedulilah dia ni pilihan nenek atau apa.Kalau abang tak puas hati dengan dia,abang takkan kahwin dengan dia.Muktamad!” Kali ini semua terkedu dengan suara tinggi Eric.Biar betul Eric ini? Sejak bila pula dia pandai mengingkari arahan nenek?.
“Alahai,Eric suruh masak je kut? Bukan suruh buat benda yang susah susah pun.Boleh kan Ixuna,awak masak untuk Eric?”
Ariel menyambung bicara dan menyiku bahu Eric.Tanda dia bangga dengan lakonan sepupunya itu.Yalah,jika tidak masakan wajah Elya dan Reny yang ceria sebentar tadi suruh bertukar pucat apabila mendengar provokasi Eric.Beberapa ketika semua mata tertumpu ke arah  Ixuna yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi.Nampaknya gadis itu langsung tidak berminat pada topik yang dibahaskan mereka.
“Saya tak pandai memasak.” Pendek saja jawapan Ixuna namun cukup untuk membuatkan semua mata membulat memandangnya.Selang seminit tawa Eric dan Ariel meledak di ruang tamu itu.Elya dan Reny pula mendiamkan diri.
“Aduhai sayang saya ni.Muka cantik,belajar pun pandai tapi...”
“Tak pandai masak! Ha,ha,ha!” Ariel menyambung ayat sindiran Eric sebelum ketawa berdekah dekah.Ketawa yang sengaja dibuat buat untuk menyakitkan hati Ixuna.
“Kenapa dengan abang kau orang berdua ni? Macam orang kena sawan babi je akak tengok?”
Pertanyaan Ixuna membuatkan tawa kedua pemuda itu mati.Namun,tawa Elya dan Reny mula membingitkan Vila Oracle.Ixuna sudah menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.Sakit mental ke apa keluarga ini?
“Mulut dia ni kan,memang tak ada insurans betullah!.Ada pula dia kata kita kena sawan babi!.Memang saja nak bagi aku naik angin!” Ariel memegang bahu Eric yang kelihatannya ingin meledakkan kemarahan saat itu.
“Kau jangan jadi bodoh Eric.Kalau kita terasa sakit hati dengan ayat yang dia lemparkan,itu maknanya kita kalah dengan permainan dia.Jangan cepat sentap okey? Perempuan ni lebih licik daripada apa yang aku jangkakan.” Bisikan Ariel menyebabkan Eric mendengus kasar.Dia bersetuju dengan kata-kata sepupunya itu.Memang Ixuna sangat licik!.
“Okey.Saya tak kisah awak pandai memasak atau pun tidak.Apa yang saya tahu menjelang pukul 1.00 tengahhari.Sepuluh jenis hidangan yang boleh dimakan terhidang di atas meja.Jika tak ada saya reject terus awak untuk menjadi isteri saya.”

Eric dan Ariel berlalu meninggalkan ruang tanu sebelum Ixuna sempat membuka mulut.Giliran Ixuna mendongkol geram.Ingat aku teringin sangat ke nak jadi isteri dia? Gila punya lelaki!.Jika tidak kerana paksaan mama dan kebenaran daripada Alex,jangan haraplah dia akan mendengar semua bebelan lelaki itu.Dasar anak orang kaya mental!.

P/S:MAAF Bebanyak sebab dah lama tak sambung.baru seminggu habis exam dan berehat di kampung.Mood kureng jadi menulis dengan lambat.K6BJ mungkin akan proceed dgn lambat lepas ni sebab saya kena siapkan manuskrip lain dulu.apa 2 pun thanks coz sudi baca.
30 comment 4 next entry,30 like 4 next chapter.<InsyaAllah akan menulis secepat mungkin untuk tatapan pembaca.Komen anda semua sangat dihargai.>



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2012 23:29

September 8, 2012

CERPEN:BAKAL ISTERIKU,GENGSTERNYA! (RAYA)




‘Sesuci...di hening subuh sunyi,Sesuci..terdengar nurani,Sesuci...salam untuk Ilahi,Bagaikan memanggil insafi diri’Syamrein menyanyi dengan riang hati sambil tersengih sendirian menuruni tangga Vila Kejora.“Lebaran terasa kesayuan,lebaran..”“Abang ni dah kenapa? Orang masa bulan puasa ni cuba banyakkan mengaji.Ni sibuk menyanyi pulak.Lambat lagi nak raya.” Tengku Emylia Atikah yang baru saja keluar daripada bilik tidurnya dan ingin turun ke ruang tamu sempat menegur abangnya yang luar biasa berseri wajahnya pagi itu.Sudah sebulan dia pulang bercuti ke Malaysia daripada tempat pengajiannya di luar negara.Namun,dalam masa sebulan dia bercuti ini tidak pernah lagi dia melihat abang tunggalnya itu segembira hari itu.Rasanya..dia tahu apa yang menyebabkan pemuda itu senang hati.“Alah adik ni..sibuk jelah.Suka hati abang lah nak nyanyi ke apa.Raya lagi dua minggu je kut.” Syamrein menjawab dengan senyuman senget.Dia kembali menyanyi kecil dan menuruni anak tangga yang terakhir.“Hish anak mommy ni,senang hati betul hari ini.Yalah..isteri kesayangan dia nak balik.Senyum sampai ke telinga.” Tengku Maria yang melihat kelibat dua anaknya itu daripada ruang tamu segera menyapa.Syamrein tersengih sengih seketika sambil mengaru garu kepalanya yang tak gatal.Ketara sangatkah mood happynya hari itu?“A..ah mommy,Ika ingat abang dah mereng tadi.”“Eh kau ni dek,mulut jaga cikit.Abang cili karang.” Syamrein meluku lembut kepala Tengku Emylia Atikah yang selamba badak berkata-kata.Gadis genit itu ketawa besar sebelum lari bersembunyi di belakang Tengku Maria.Em..ini semua sebab pengaruh bahasa kasar isterinya lah ni! Adiknya pun dah boleh sesuka hati memerli dirinya.“Ika,bahasa tu jaga sikit.” Tengku Maria sempat memberi nasihat dan Ika hanya tersengih sengih seperti kerang busuk.“Mommy dengan Ika memang betul ke tak nak ikut Syam jemput Bell kat air port? Syam rasa Bell mesti happy kalau mommy dengan Ika ada sekali untuk sambut dia?” Sudah banyak kali Syamrein bertanya akan hal yang sama sebelum ini dan kali itu dia bertanya untuk kali yang terakhir sebelum dia menyambut kepulangan isteri tercintanya daripada luar negara.“Takpelah Syam.Mommy dengan Ika tunggu Bella dekat sini sajalah.” Tengku Maria tetap memberikan jawapan yang sama seperti jawapan yang dia dan Ika berikan kepada Syamrein sebelum ini.Anak lelakinya itu hanya mengangguk angguk kecil.“Ok lah mommy.Syam gerak ke KLIA sekarang lah.”“Eh,abang biar betul? Baru pukul 9.00 pagi ni.Flight akak tiba pukul 1.00 tengahhari kan?” terkejut besar Ika mendengar kata-kata abangnya.“Takpelah dek.Abang nak pergi awal.Tak nak my love tertunggu tunggu abang kat air port pulak.Assalammualaikum mommy.Syam pergi dulu.” Belum sempat Tengku Maria menegah,Syamrein mencium pipinya dan berlalu keluar daripada Vila Kejora.Dia dan Ika akhirnya berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum lebar................................................................Penerbangan daripada Amerika Syarikat diishtiharkan tiba tepat pada pukul 1.00 tengahhari.Syamrein yang sudah hampir empat jam menunggu kepulangan isterinya mengeluh hampa apabila kelibat yang dicarinya tidak kunjung tiba walaupun semua penumpang daripada penerbangan yang sama sudah muncul di air port untuk menuju ke destinasi masing-masing.Dia tetap menunggu di situ hingga satu jam berikutnya berlalu.Syamrein yakin yang isterinya akan pulang hari itu seperti yang dijanjikannya dua bulan lepas.Sedang pemuda itu memandang hampa balai ketibaan yang sudah lengang,Samsung Galaxie S3 nya berbunyi.Senyumannya kembali mekar apabila nama perempuan kesayangannya tertera di atas skrin.“Sayang kat mana sekarang ni? Flight delayed ke? Baby dah lama tunggu ni...” Manja sungguh suara Syamrein saat itu.Suara manja yang hanya digunakan untuk isteri tercintanya.Tiada jawapan di hujung talian buat seketika.“Er...sorry baby.Sayang tak dapat baliklah.Busy...”“What!!!” Terjerit besar Syamrein saat mendengar suara yang paling dirinduinya itu menjawab pertanyaannya.Apabila menyedari beberapa mata memandangnya pelik akibat suara tingginya sebentar tadi,Syamrein mendengus kasar.“Im sorry..”“Sayang dah janji kan nak balik beraya dengan baby tahun ni?! Busy dengan apanya,sayang cuti semester kan?!” suara Syamrein lebih perlahan daripada tadi namun masih tegas dan wajahnya sudah menunjukkan kebengangan yang nyata.“Memanglah sayang cuti semester.Dan..sayang tak boleh balik beraya dengan baby sebab sayang kena uruskan kumpulan orchestra lah..Ada pertandingan besar tiga minggu lagi..” Jawapan tersebut betul-betul buat angin Syamrein bertukar.“Ha,bagus sangatlah.Awak pergilah beraya dengan kumpulan orchestra awak tu.Awak tak payah nak ingat dekat suami awak ni lagi.Bye!” Talian dimatikan sebelum Syamrein menghempas kuat henpon yang dipegangnya sedari tadi.Hancur berkecai henpon itu di atas lantai KLIA.Pandangan beberapa orang yang lalu lalang di situ langsung tidak diendahkannya.Sakit betul hatinya saat itu.Hampir lima jam dia menunggu seperti orang bodoh di lapangan terbang itu dan akhirnya isteri kesayangannya mungkir janji pula.Bertapa hatinya terluka dan terguris saat itu.Boleh pula isterinya lebih mengutamakan hal-hal orchestra berbanding meyambut aidilfitri dengan suami sendiri.Sudah dua tahun lebih mereka mendirikan rumah tangga.Namun tidak pernah satu tahun pun dia dapat betul-betul menyambut aidilfitri dengan isterinya.Sewaktu tahun pertama perkahwinan,isterinya sibuk dengan SPM sehingga raya pun umpama tidak raya.Bila isterinya melanjutkan pelajaran di luar negara,hari raya aidilfitri jatuh pula pada musim peperiksaannya.Jadi,tidak beraya juga.Dan..kini,untuk kali ketiga...setelah berbulan bulan dia membuat perancangan,isterinya membuat hal pula.Dugaan..dugaan..Syamrein cuba menenangkan diri yang sedang marah saat itu.Setelah beberapa ketika,dia kembali mengutip henponnya yang telah rosak sebelum berlalu daripada lapangan terbang itu.Tiada gunanya dia menunggu lagi ketibaan si isteri yang tidak akan tiba.............................................................“Eh Syam,kenapa lambat sangat balik? Kenapa muka tu masam aje?” Tengku Maria menegur anak terunanya yang wajahnya umpama cuka itu.Kasihan pula dia melihat wajah tampan itu tidak seceria pagi tadi.“Menantu kesayangan mommy tulah.Buat Syam sakit hati.Dah janji nak balik lepas tu tak jadi balik pulak.Boleh pulak dia sibuk dengan orchestra dia.Mungkir janji.Siaplah dia kalau Syam jumpa dia nanti.Memang nak kena di ajar budak gengster tu!.”Syamrein membebel bebel sebelum terus naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya.Tengku Maria hanya mampu menggeleng geleng kepala.Marah betul anak lelakinya itu.Tapi...dia tahu..anaknya itu takkan pernah menang bila bersua muka dengan menantunya.“Penipu! Mungkir janji! Eiiiii!! Geram betullah!.Orang macam nak gila rindu dekat dia.Dia boleh pulak tak nak balik sini.Hish!” Tiba saja dalam bilik,Syamrein menghempas pintu kuat.Henponnya yang telah rosak dilemparkan di atas katil yang kosong.Dia terus membebel seraya menanggalkan baju kemeja dan singlet yang dipakainya sedari tadi.Walaupun bilik tidurnya mempunyai penghawa dingin,ia tetap juga tidak dapat menurunkan panas hatinya saat itu.Sebaik saja tubuh tegapnya tidak dibaluti baju,segera saja dia menuju ke arah almari.Pintu almari dibuka dengan kasar dan..“Syamrein!!!!” satu kepala yang hanya ditutupi dengan rambut panjang mengurai menyapa pemandangannya daripada dalam almari itu.“Mak!!!” Syamrein terjerit besar sebelum menghempas kuat pintu almari itu dan dia melompat ke belakang.Jantungnya seperti berhenti berfungsi saat itu.Takkanlah ada hantu pula yang bersembunyi dalam almarinya saat bulan ramadhan itu?“Aduh...sakitlah Syamrein..” Satu lembaga yang baru dilihatnya sepintas lalu tadinya kini sedang membuka pintu almari dan menggumam gumam kesakitan.Kelihatan lembaga berambut panjang itu memegang dahinya yang sakit terhentak pintu almari.“Ya Allah,sayang!!!” Syamrein sekali lagi terjerit besar dalam bilik itu apabila dia dapat menangkap wajah putih gebu yang paling dirinduinya kini sedang berdiri beberapa kaki di hadapannya.Dia yakin yang dia tidak bermimpi.Segera saja dia berlari ke arah sebatang tubuh langsing yang disangka hantu tadinya dan dia merangkul tubuh itu erat.Bella tersenyum kecil apabila wajahnya terbenam pada dada bidang yang tidak berbaju itu.Hilang terus sakit di dahinya apabila dia berada dalam pelukan hangat suaminya itu.Ingatkan tadi nak bikin suprise buat suaminya.Akhirnya,kepalanya pula yang menjadi mangsa.Mereka berpelukan buat beberapa minit tanpa sebarang suara.Melepaskan rindu setelah hampir dua bulan tidak bertemu.“Baby,panaslah peluk lama-lama.Cramp dah badan sayang ni.” Bella bersuara manja sebelum menolak lembut tubuh suaminya.Syamrein tersenyum lebar,melepaskan pelukannya,mencium dahi isterinya sebelum menarik kuat hidung mancung itu.“Auch! Sakitlah Syamrein!” Giliran Bella pula terjerit saat itu.Dia menggosok gosok hidungnya yang pasti sudah merah.“Nakal ya sayang baby ni.Cakap tak jadi balik.Lepas tu sergah orang daripada dalam almari pula.Nasib baik baby takde sakit jantung.Kalau tak,tak beraya sayang nanti.” Syamrein meneruskan bebelannya seraya menarik tangan Bella menuju ke birai katil.Setelah berfikir sejenak.Syamrein dapat meneka yang isterinya itu memang sengaja hendak mengenakan prank padanya dengan mengatakan yang dia tidak jadi balik beraya hari itu.Walhal isterinya itu sudah lama tiba di Vila Kejora.Dia rasa...dia tahu siapa yang berkomplot dengan isterinya saat itu.Hmph...sewajarnya dia dapat mengagak apa yang terjadi daripada awal lagi.Patutlah Ika dan mommynya beria-ia tidak mahu mengikut dia menjemput Bella di airport.Rupa-rupanya mereka sudah berpakat dengan gengster princess! Tak patut betul!.“Bila sayang sampai sini? Sampai hati ek tipu baby?” Syamrein bersuara dengan nada merajuk untuk menarik perhatian isterinya.Bella membuat muka selamba sebelum berbaring di atas tilam empuk yang sudak lama ditinggalkannya itu.Dia memandang wajah suaminya yang duduk di birai katil dengan senyuman nakal.
“Malaslah nak pujuk awak Syamrein oi.Saya penatlah.Jet lag tak hilang lagi.Dah lama sampai dah dengan Ika tadi.Sempat juga tengok orang tu hempas henpon dan membebel macam mak nenek dekat airport.Entah suami siapalah yang perangai macam perempuan nih!”“Oh..jadi memang sayang sengajalah ya biar baby berjam tunggu kat air port tu macam orang bodoh?” Syamrein mengetap bibir geram.Sudah dapat menangkap cerita sebenar daripada bicara isterinya.“Yup” Bella jawab selamba.“Okey then.Jangan marah kalau baby buat macam ni!” Syamrein naik ke atas katil sebelum menggeletek perut isterinya sehingga isterinya itu ketawa kegelian dan berguling guling jatuh ke bawah katil...................................................“Bell,daddy tengok kamu dah semakin kurus sekarang ini berbanding dua bulan lepas.Jaga pemakanan kamu tu nak.Makan pada waktunya tau.” Tengku Hariz,bapa Syamrein menegur anak menantu kesayangannya itu tatkala mereka semua tamat saja berbuka puasa.Sudah dua bulan mereka semua tidak bersua muka atas kesibukan kerja dan hari ini barulah mereka sekeluarga dapat berhimpun bersama dalam bulan yang mulia itu.“Akak makan banyak je daddy tadi.Bukan main berselera dia makan.Ika ingat akak ni ada saka.” “Saka,kepala kau budak kecik!.Meh sini aku bagi penangan saka aku!.” Belum sempat Ika melarikan diri lehernya sudah digrip Bella dan dia mula terjerit jerit dan ketawa mengilai.Syamrein dan Tengku Hariz hanya bisa menggeleng geleng kepala melihat aksi itu.Daripada dulu hingga sekarang,perangai mereka berdua langsung tak berubah.Walaupun keduanya sudah mencecah umur 20 tahun,tetap juga perangai mereka seperti remaja belasan tahun.Tak matang langsung!“Sayang,dah dah lah tu.Jangan hyperactive sangat.Betul cakap daddy tu,sayang nampak kurus dan muka pun dah cengkung sikit.Risau betullah baby tengok.” Syamrein menarik lembut tangan isterinya yang masih sibuk mengrip leher adik perempuannya.Ika terbatuk batuk kecil apabila kakak ipar merangkap kakak angkat kesayangannya itu melepaskan grip di lehernya.Syamrein merangkul erat pinggang Bella dan mengucup pipi isterinya dengan riak wajah yang bimbang.“Im okaylah Syamrein,daddy.Biasalah..banyak kerja dekat US tu.Kadang-kadang memang tak sempat nak makan.” Bella memberi alasan mudah.Sememangnya dia agak sibuk kebelakangan ini.Sibuk dengan belajar,menguruskan kumpulan orchestra yang baru dibentuknya juga sibuk membantu papanya menguruskan anak syarikat mereka di sana.Tambahan lagi bila suami tiada di sisi,bila angin rindu sampai,nak makan pun tiada selera.“Jangan macam tu Bell.Belajar..belajar juga,kesihatan diri jangan lupa dijaga.” Tengku Hariz sempat memberi nasihat.“Baiklah daddy.”“Alah abang,sebenarnya menantu kita ni bukan kurus sebab dia sibuk dengan kerja,sebenarnya dia rindu dengan anak kita ni.” Tengku Maria yang baru keluar daripada dapur sempat menggiat.Bella tersipu-sipu seketika.Tahu tahu saja ibu mertuanya itu.“A,ah mommy.Rindu sangat sangat dekat suami Bell ni..Kadang-kadang nak makan tak lalu,nak tidur tak lena dan nak mandi pun tak berapa basah sebab ayik teringatkan dia saja..I miss you a lot baby.Susah betul hati saya sebab asyik kena tidur seorang diri saja dekat USA sana.” Bella bersuara manja di telinga suaminya.Wajah Syamrein mula merona merah apabila daddy,mommy dan adiknya sendiri tersengih sengih melihat kemesraan mereka berdua.Hish,isterinya ini..daripada dulu hingga sekarang,memang jenis bermuka tembok!Nak bermesra tak kena tempat dan masa!..................................................“Eh budak kecik,kau dah planning belum semua benda yang aku cakap tu? Dah cakap dengan mommy dengan daddy?” Selesai saja bersahur keesokan harinya,Bella berbisik bisik dengan Tengku Emylia Atikah.“Akak ni..asyik panggil orang budak kecik je.Orang dah 20 tahun lah..” Ika mencebik bibir tanda protes akan panggilan dirinya yang tidak pernah berubah di bibir Bella.“Kau jangan banyak bebel pulak.Dah kau tu memang kecik,aku panggillah budak kecik.Faham tak?” Bella mencucuk cucuk pinggang gadis genit itu sehingga gadis itu ketawa kegelian.“Yalah princess...Ika faham.Dah.Ika dah cakap dekat mommy dengan daddy masa awal ramadhan hari itu.Mungkin minggu depan kita akan balik kampung arwah nenek Ika.Kita celebrate raya kat sana,gaya orang kampung.Mesti best kan kak?”Itulah permintaan Bella sewaktu mereka berbincang untuk pulang menyambut aidilfitri beberapa bulan lepas.Mengenangkan Bella memang tidak pernah beraya di kampung,jadi dia meminta agar Ika memujuk Tengku Hariz dan Tengku Maria agar menyambut Syawal dalam kawasan perkampungan.“Em,rasanya best kut.” Bella terdiam sejenak.Membayangkan keseronokan Aidilfitri nanti.p/s:he3,ini suku je,nak full tunggu esok ye,lau esok x masuk dalam p2u,InsyaALLAH saya akan masukkan dalam blog.
SILA BERI KOMEN ANDA SEMUA UNTUK CERPEN BELOM FULL INI,HE3.JIKA SUDI,LIKE N SHARE LAH YE.LOVE U ALL.THANKS 4 READING
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 08, 2012 06:25

September 1, 2012

NOVEL : KAHWIN,6 BULAN JE?! BAB 9




BAB 9Madam Amy dan Puan Sri Rihanna berkeputusan untuk bersua muka secara tidak formal setelah semua urusan kerjasama syarikat mereka berdua berjalan lancar.Sebuah cafe yang terdapat dalam hotel King Corporation menjadi tempat pertemuan mereka.“Amy,I memang tak sangka you ada seorang anak perempuan yang cantik jelita.Wajah dia langsung tak sama dengan wajah you pun.” Rihanna membuat penyataan setelah mereka memulakan makan tengahhari.Walaupun dia lebih tua daripada Amy,itu bukan bermakna yang mereka berdua tidak boleh bersahabat baik.Urusan perniagaan antara syarikat lebih mengeratkan hubungan mereka berdua.“Terima kasihlah you sebab puji anak I.Ixuna tu memang tak ikut wajah I.Dia ada rupa dia sendiri.Sekilas pandang,wajah dia sedikit iras dengan wajah arwah mama I masa muda dulu.Tapi..walaupun wajah dia tak sama dengan wajah I,dia tetap puteri kandung I tau.Puteri tunggal I dan dia anak kebanggaan I.” Panjang lebar pula Amy memberi penerangan.Sungguh dia berbangga untuk mengatakan yang Ixuna adalah puteri kandungnya walaupun Ixuna bukanlah anaknya dengan Tan Sri Haris.“I tahulah dia anak you dan I pun mengaku yang anak you tu sangat comel,pandai dan berkarisma macam you juga.” Sebakul pujian ikhlas dilambakkan oleh Rihanna.“You ni Ana,janganlah puji I lebih lebih pulak.” Amy tersenyum simpul dengan pujian sahabat baiknya itu.“Memang betul kan apa yang I cakap.You tahu tak Amy..I rasa sedikit terkilanlah.” Setelah beberapa minit mendiamkan diri Rihanna membuka mulut dengan satu keluhan hampa di hujung ayatnya.“Terkilan kenapa pula?” Pelik sekali ayat tersebut kedengaran di telinga Amylin.“Yalah..terkilan sebab tak dapat berbesan dengan keluarga you.Seriously,I berminat sangat untuk jadikan puteri you tu sebagai cucu menantu I.Tapi..I tahu,impian I tu takkan tercapai sebab anak you dah bertunang..” Rihanna menyuarakan rasa hatinya yang sudah lama dipendam sejak pertemuannya dengan Ixuna dua minggu lepas.Sungguh dia terkilan apabila mendapat tahu gadis comel serba pandai itu akan menjadi milik lelaki lain dan bukannya milik cucu lelakinya.“Siapa cakap dia dah bertunang?” Amy segera bertanya.Setahunya tidak pula dia memberitahu yang Ixuna sudah bertunang sebelum ini.“Ixunalah.Masa dia datang vila I hari tu,I dah offer dia untuk jadi cucu menantu I,tapi dia kata tak boleh sebab dia dah bertunang.Kenapa you terkejut Amy,anak you tipu I ke?”Terdiam Amylin seketika.Nampaknya,Ixuna tidak pula menceritakan hal itu kepadanya kali lepas.Apa yang dia tahu,Ixuna hanya mengatakan yang sikap Puan Sri Rihanna agak pelik dan proposal kerjasama syarikat mereka diterima dengan mudah sahaja.Dia  tidak pula berniat untuk bertanya dengan lebih lanjut kerana sudah masak dengan kelakuan pelik Puan Sri Rihanna sewaktu menguruskan perniagaan.Bukan pelik sebenarnya tetapi cerewet!.“Er..tak.Dia tak tipu.” Pantas juga Amy menjawab.“Em..alangkah baiknya kalau Eric atau Ariel bertemu dahulu dengan anak you.Pasti salah seorang daripada mereka akan memperisterikan anak you tu.” Satu lagi keluhan besar terbit daripada bibir tua itu.Rihanna termenung seketika sebelum menyisip jus epalnya.Entah kenapa dia sangat berkenan dengan gadis yang bernama Vifeinia Ixuna itu.“Sebenarnya Ana...Ixuna memang pernah bertunang sebelum ni,tapi sekarang pertunangan tu dah putus..” dengan berat mulut,Amylin membuka cerita.Wajah Rihanna yang tadinya agak muram terus bertukar ceria.Matanya membulat dan dia memandang wajah Amy penuh minat.“Alhamdulillah.Betul ke ni Amy? You tak main- main kan? Kenapa putus?” Tanpa perasaan bersalah,Rihanna bersuara teruja.Apabila menyedari perubahan wajah Amy yang kelihatan resah dia cepat-cepat menyembunyikan kegembiraanya.“Maaflah kalau I terlebih gembira dengan berita yang tidak sepatutnya.Tapi you tahu kan yang I memang serius dengan apa yang I katakan tadi..I nak Ixuna jadi cucu menantu I.” Serius sekali Rihanna bersuara.Seperti mereka tengah membincangkan hal perniagaan yang berbillion kosnya.Amy tersenyum kecil.“No,is okey.I pun baru terfikir yang Eric sangat sesuai jika bergandingan dengan puteri I tu.Dia kacak,bijak,kuat berkerja dan baik hati.” Tambahan lagi Eric itu sangat kuat.President kelab Tae Kwan Do sewaktu di universiti dahulu.Informasi tambahan itu hanya berlegar-legar dalam otak Amylin.Bukankah Ixuna menyukai lelaki yang gagah perkasa? Bukankah Ixuna pernah berkata yang dia sanggup berkahwin dnegan mana-mana lelaki asalkan lelaki itu lebih kuat daripadanya?Emm..Dia memang sudah lama mengenali Putra Emir Enrique juga Putra Shahril Izrin.Kedua-dua gelagat dan latar belakang anak muda itu amat diketahuinya.Namun,tidak pernah pula dia terfikir untuk menjodohkan salah seorang daripada mereka untuk puterinya.Layakkan Eric memperisterikan seorang Ixuna?.Jika Ariel,memang tak layaklah.Dasar kaki perempuan..Amylin sempat berkata-kata dalam hati.“Syukur Alhamdullilah kalau you pun terfikir hal yang sama macam I.Er..tapi boleh I tahu kenapa Ixuna putus tunang dahulunya? Tunang dia ada perempuan lain ke?” semakin berminat Rihanna ingin mengorek semua rahsia bakal cucu menantunya.“Entahlah Ana.Sebenarnya Ixuna dengan kekasih dia tu bertunang secara tidak formal saja pada mulanya.Kamu tahulah anak anak muda zaman sekarang.Bagi cincin sesama dia tanpa restu ibu bapa pun dah kira bertunang..” Amy membuka cerita lama.Masih tergambar di ruangan matanya bagaiman Ixuna begitu gembira apabila menerima sebentuk cincin platinum bertatahkan zamrud pemberian Alex Emrys tanda pertunangan mereka.Kegembiraan yang tidak pernah lagi dia lihat di wajah anaknya itu sekarang ini.Kegembiraan yang telah lama hilang seperti hilangnya lelaki itu.“You tak restu hubungan tersebut ke?” Rihanna menduga.“Eh,taklah.I dengan bekas suami I juga keluarga budak lelaki tu memang sudah memberi restu pada hubungan anak-anak kami.Kami sudah merancang untuk menyatukan mereka dua tahun lepas.” Jawab Amy pantas.“Jadi?”“Malangnya,waktu tarikh kami mengadakan majlis pertunangan Ixuna secara terbuka di London dulu,budak lelaki tu menghilangkan diri.Dia langsung tak datang majlis tu dan semuanya dibatalkan.” Kali ini giliran Amy mengeluh besar.Apabila mengenangkan peristiwa itu,hatinya sedikit tercalar.Namun dia tahu,sebesar manapun sakit hatinya pada Alex Emrys,ia pasti tidak setanding dengan rasa kecewa yang ditinggalkan oleh pemuda itu buat puterinya.Tetapi dia pelik memikirkan apabila Ixuna sentiasa menunggu kemunculan pemuda itu.“Dia ke mana? Tak bertanggungjawab betul!” geram pula Rihanna mendengarnya.Dia dapat membayangkan yang keluarga Amy terutamanya Ixuna menjadi mangsa keadaan saat itu.“I tak tahu Ana.Sampai sekarang pun I tak tahu dia menghilang ke mana.” Jujur Amy menjawab.“Macammana pula dengan Ixuna? Dia pasti sedih kan?”“Taklah.Anak I tu jarang nak bersedih.Dia sentiasa berpegang pada janji dan menganggap yang budak lelaki tu tunang dia dan bakal suami untuk dia nikahi walaupun dah dekat tiga tahun peristiwa tu berlalu.” Satu daripada sikap Ixuna yang dia sendiri tidak faham.Sentiasa berpegang pada janji walaupun orang yang berjanji dengannya telah memungkiri janji.Bukankah sikap tulus dan jujur anaknya itu hanya akan memakan diri?“Mungkin Ixuna tahu dia di mana? Mungkin mereka masih berhubungan?” Rihanna menyuarakan sebarang kemungkinan.“I tak rasa macam tu Ana.You tahu kan yang I ni bukanlah bodoh sangat untuk menyelidik semua tu.I dah upah berpuluh orang penyiasat untuk mencari kedudukan tunang anak I tu,tapi hasilnya menghampakan.I juga letakkan beberapa orang penyiasat untuk memastikan adakah Ixuna pernah bertemu dengan tunangnya selepas dia menghilangkan diri.Dan...jawapannya tetap tiada apa-apa juga.He just gone like a wind..”Hampir dua tahun Amy menghabiskan banyak duit mengupah para penyiasat persendirian lagi profesional untuk mengesan kedudukan Alex Emrys.Malangnya jejak pemuda itu langsung tidak ditemui.Seperti ada sesuatu yang melindungi kedudukan pemuda itu sehingga  tidak dapat dijejaki.Namun naluri Amy kuat mengatakan yang pemuda itu masih hidup dan Ixuna sajalah yang tahu di mana pemuda itu dan apa sebenarnya yang telah berlaku.Jika tidak,masakan puterinya itu boleh saja duduk diam di Malaysia tanpa mencari lelaki yang paling dicintainya itu.“Baguslah kalau macam tu.Jadi,lebih baik kita mudahkan saja semua perkara ni.Kita kahwinkan saja anak you dengan cucu I.Ixuna dengan Eric.Macammana?” Rihanna selamba mengutarakan cadangan  dan Amylin terkejut besar.“Daripada you ambil Ixuna jadi cucu menantu you,apa kata you ambil Qasrina saja jadi isteri Eric? Mereka berdua dah kenal lama dan kerja satu syarikat lagi?.” Lambat-lambat Amy menjawab.“Tak.Qasrina tak sesuai untuk Eric.I tahu yang Rina tu dah lama kerja dalam King Corporation di bawah seliaan Eric.Tapi mereka hanya berkawan.I lebih sukakan Ixunalah Amy.I nak dia kahwin dengan Eric.” Permintaan yang tidak bertapis dan straight to the point.“Perkahwinan bukan boleh dipaksa paksa Ana.Ia bukan satu perkara yang main-main.Anak aku tu keras kepala orangnya.” Amy masih beralasan.Tidak mahu terburu-buru menentukan jodoh anaknya.Kelak semuanya akan berantakan.“Alahai,Eric pun macam tu juga.Degil dan keras kepala.Tapi,I tahu yang Eric tu sangat taat dengan perintah I.Pasti dia tidak akan membantah jika I suruh dia menikahi anak you.” Rihanna cuba menyedapkan hati sahabatnya itu.Apa yang dia tahu,Eric taat atau tidak akan perintahnya.Dia mahu cucunya itu bernikah juga dengan Ixuna.Muktamad!.“Em..Ixuna pun anak yang taat.Tapi kan Ana,kalau betul pun dia orang ikut permintaan kita untuk berkahwin,you tak rasa ke yang perkahwinan tu akan haru biru nanti?” Beberapa ketika dia berfikir,Amy merasakan cadangan Rihanna itu baik juga.“Memang pun.Tapi..I tak kisah.The wedding must be on.Paling kurang pun,bila kita paksa dia orang kahwin nanti,mungkin dia orang akan buat kontrak perkahwinan macam dalam novel-novel tu.” Selamba badak saja Rihanna berkata.Seperti pemikiran gadis-gadis remaja saja wanita berumur itu.“Err,habis kalau betul dia orang buat kontrak perkahwinan,you tak kisah ke?” Soalan cepumas daripada Amy.“Buat apa nak kisah.The end in the novel must be happy ending right? So let them be.You tahu kan,bila sudah berkahwin,duduk sebumbung,jumpa setiap hari,saling kenal mengenali dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain.Kontrak perkahwinan terbatal dan Ixuna akan melahirkan cicit-cicit I.” Jauh sekali Rihanna berangan.Amy tergelak besar mendengar impian sahabatnya itu.“You berfikir dengan mudahlah Ana.Always positif.” Itulah salah satu daripada sikap puan Sri Rihanna yang amat dikenali Amylin.Rihanna seorang usahawan berjaya yang selalu berfikiran positif dan bijak memikirkan jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah.“Sudah tentulah.Sebab tulah muka I ni nampak awet muda.” Rihanna berseloroh sebelum merkea berdua tertawa ceria.“Em..tapi kalau sesuatu yang buruk berlaku macammana pula.Contohnya seperti...”“Bekas tunang Ixuna kembali? Begitu maksud you?” Rihanna cepat memotong ayat Amy.Dia juga ada memikirkan kemungkinan yang sama.Amy hanya mengangguk-angguk kecil tanda mengiyakan pertanyaan itu.Jika Alex Emrys muncul,dia pasti yang perkahwinan yang terbentuk akan musnah begitu saja.“Jangan bimbang Amy.I akan pesan dengan Eric suruh dia tambat hati Ixuna secepat mungkin.Your daughter will totally fall in love with my grandson.I nak you tahu yang Eric tu..pencinta yang setia.Dia berbeza dengan Ariel.” Rihanna bersuara perlahan.“Lagipun,takkanlah Ixuna boleh menerima kembali lelaki yang sudah pernah menghancurkan hati dia dan keluarga you kan? I yakin Ixuna bukan gadis macam tu..Optimis lah Amy.I sangat sangat bersyukur jika you terima lamaran I ni.Kita satukan saja Eric dan Ixuna secepat mungkin.Macammana?” Sekali lagi Rihanna bertanya dan dia benar-benar berharap yang Amy akan menerima cadangannya itu.Amylin berfikir buat beberapa ketika sebelum menghela nafas panjang.“I bukan macam you yang selalu optimis.Tapi..untuk kali pertama.I will say yes.”...........................................Eric dan Ariel menonong masuk ke dalam Vila Oracle sebaik saja mereka pulang daripada Butik Crimson Butterfly.Sepanjang perjalanan,nama Vifeinia Ixuna menjadi perdebatan mereka berdua.“Kurang ajar betul Ariel budak tu.Boleh pulak dia naikkan jari hantu dia pada aku.Grr...sakit betul hati!.” Eric dengan wajah yang masih merah padam menahan marah berterusan menyatakan ketidakpuasan hatinya.Ariel pula hanya tersengih-sengih menahan gelak.Hal yang berlaku hari itu memang boleh menjadi sejarah dalam hidupnya dan Eric.“Lawak betullah tadi.Ganas betul budak comel tu.Tak sangka kan yang dia tu anak uncle Insan.Uncle tu punyalah lemah lembut.Tak sangka pula puteri dia macam harimau!.”Sebaik saja Ixuna meninggalkan mereka dengan biadap tadinya,Insan Nur Kamil merangkap pemilik butik itu segera meminta maaf.Lelaki itu sempat berbual dengan mereka berdua akan perihal Ixuna dan mereka berdua terperanjat besar apabila mendapati gadis comel itu ialah puteri tunggal Insan Nur Kamil.Ariel mahupun Eric tidak menyangka yang pemilik butik Crimson Butterfly adalah bekas suami Madam Amy dan merupakan bapa kepada Vifeinia Ixuna!.Sedang mereka bedua menaiki tangga untuk menuju ke bilik tidur masing-masing,suara Datin Rahimah mematikan langkah mereka.“Eric,nenek nak jumpa kamu dekat bilik bacaan sekarang.Ada hal yang hendak dibincangkan katanya.” Ibu kepada Ariel itu memberitahu dengan wajah yang berseri seri kelihatannya.Belum sempat Ariel ataupun Eric bertanya,wanita itu sudah membawa diri.“Aku rasa ada sesuatu yang menarik akan berlaku.Hati-hati bro.” Ariel bersuara sinis,menepuk lembut bahu Eric yang mendengus kasar dan dia terus berlalu ke biliknya...............................................Vifeinia Ixuna terjelepuk jatuh di belakang pintu bilik tidurnya.Sungguh hari itu mendatangkan pelbagai musibah buat dirinya.Tangannya yang agak menggeletar menggapai Samsung Galaxie Notenya daripada beg tangan yang tersadai di sisi.Nombor seseorang didail dengan hati yang resah dan gelisah.Bunyi talian diangkat di hujung sana namun langsung tiada suara yang kedengaran.Hanya hembusan nafas sekali sekala menyapa pendengaran Ixuna.“Hello Alex..I miss you a lot...” Ixuna menahan sebak setiap kali dia berbicara seperti itu.Berbicara di talian dengan orang yang langsung tidak mahu bersuara.Sudah hampir tiga tahun mereka berhubungan sebegitu.Namun tidak sesekali Ixuna bosan melayannya.Dia tahu yang Alex mempunyai alasan tersendiri atas kelakuan peliknya itu.“Hari ini sesuatu yang mengejutkan telah berlaku...” Ixuna mula membuka cerita.Dia menahan suaranya agar tidak bergetar.Menahan sebak di dada yang tidak diketahui sesiapa.“Mama minta saya berkahwin dengan cucu kawan baik dia..” Perlahan sekali Ixuna bersuara ketika itu.Masih terngiang ngiang suara tegas mama ditelinganya sebentar tadi.Pulang saja daripada butik papanya,Amy berhasrat untuk berbicara dengannya.Fikir Ixuna,mamanya ingin membicarakan hal kerja.Malangnya,lain pula yang terjadi.Dia bingung saat itu.“Saya tahu awak dengar apa yang saya katakan ni.Saya nak awak tahu yang saya sangat cintakan awak.Sangat cintakan awak hingga saya tak rasa saya boleh mencintai orang lain lagi dalam hidup ini.” Satu titisan mutiara jernih keluar daripada tubir matanya.Air mata yang tidak pernah dilihat sesiapapun tumpah sejak ketiadaan Alex disisinya.Mengapa takdir hidupnya bersama Alex adalah sebegini? Mengapa lelaki yang paling dicintainya itu memperlakukannya seperti dia adalah gadis yang tidak mempunyai perasaan?.Dia tahu Alex sentiasa mendengar setiap luahan hatinya melalui corong telifon itu walapun lelaki itu langsung tidak bersuara.Nalurinya kuat mengatakan yang Alex sentiasa mencintainya.
“Tapi..awak tahu kan yang saya seorang manusia yang sangat berpegang pada janji.Saya sudah berjanji akan berkahwin dengan awak.Hanya dengan awak dan bukannya lelaki lain.Walaupun sekarang awak sudah lama meninggalkan saya,saya tetap berpegang pada janji kita.Saya akan menanti kemunculan awak biar apapun yang terjadi.Kita akan bersama ya Alex? Awak masih ingat janji awak kan?.” Ixuna bertanya dengan air mata  yang semakin mengalir deras daripada matanya .Dia sedaya upaya menahan intonasi suaranya agar kedengaran biasa biasa sahaja.Rambutnya yang sedari tadi diikat tocang kuda ditarik kasar dan dibiarkan menutupi wajah.Ixuna diam buat beberapa saat,menarik nafas panjang dan menyambung bicara.“Tapi..saya nak awak tahu yang saya juga dah berjanji dengan arwah nenek dan datuk yang saya akan sentiasa mentaati perintah mama dan papa.Saya mesti mengikut semua arahan mereka berdua.Apa yang perlu saya lakukan Alex? Mama minta saya lupakan awak dan berkahwin dengan pilihan dia.Bagaimana pula saya boleh lupakan awak setelah semua perkara yang kita hadapi bersama?.”Permintaan Madam Amy sebentar tadi memang agak melampaui batas.Tiba-tiba saja mamanya mengarahkan dia bernikah dengan lelaki yang baru saja dikenalinya.Apa yang paling buat dia sakit hati,calon suaminya itu sudah dicop sebagai lelaki yang menjengkelkan dalam kamus hidupnya!.“Saya cuba menolak permintaan mama.Tapi mama mendesak...Dia kata,saya tak layak jadi anak dia jika saya tidak memenuhi permintaan dia.Apa yang perlu saya lakukan Alex? Ia sangat menyakitkan bila memikirkan saya terpaksa memungkiri janji antara saya dengan awak atau janji antara saya dan arwah nenek juga atuk dulu.”Sememangnya Ixuna bukanlah seorang gadis munafik yang akan memungkiri sesebuah janji.Baginya janji wajib ditepati walau apapun yang terjadi.Namun sekarang dia harus mebuat pilihan.Dia hanya boleh menepati satu saja daripada dua janji tersebut.“Saya memang takde jawapan atas semua permintaan mengejut ini.Tapi,demi cinta saya pada awak,saya takkan memungkiri janji kita.Saya tak akan berkahwin dengan lelaki lain selain daripada awak.Biarlah mama membuang saya.Saya sanggup.....” Ixuna sudah memasang tekad.“Saya lepaskan awak.” Satu suara yang agak bergetar kedengaran di hujung talian.Ixuna terpaku dan jantungnya seperti berhenti berdegup saat itu.Setelah sekian lama dia menunggu,akhirnya dia dapat juga mendengar kembali suara yang paling dirinduinya itu.Namun,ayat yang diungkapkan lelaki itu buat dia rasa rohnya terbang melayang sahaja.Apakah maksud tunangnya itu?“Saya lepaskan awak untuk berkahwin dengan lelaki pilihan mama awak dengan satu syarat.”Bicara Alex Emrys memutuskan segalanya...


p/s: sila tinggalkan komen setelah membaca entry ini.hope u all enjoy it!!!as always,40 up comment 4 next entry30 up like n share 4 next entry!!!<mungkin entry lepas ni lambat cket sbb sy bz ngn preparation 4 final exam>
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 01, 2012 05:40

August 27, 2012

NOVEL : KAHWIN,6 BULAN JE?! BAB 8



BAB 8“Maaf Tuan Muda Eric,Ixuna memang dah biasa pecah pecahkan barang kat mana saja dia berada.Tuan Muda tak payahlah bimbang sangat.” Penjelasan lembut daripada Ida yang menyedari keasyikan Eric membelek tangan anak majikannya menyebabkan pemuda itu tergamam seketika.“Er...saya nak cuba baju ni.” Eric terus mengambil tuksedo yang tadinya berada di tangan kiri Ixuna selepas dia melepaskan pegangan tangannya pada tangan kanan gadis comel itu.Wajah Eric kelihatan merona merah seketika sebelum dia menapak menuju ke fitting room.Dadanya berdebar tak tentu pasal.Mengapa dia boleh bereaksi seperti tadi? Otaknya seperti tidak dapat mencerna tingkah lakunya.Hatinya tiba-tiba saja berasa bimbang apabila gadis gebu itu dengan selamba memecahkan almari kaca dengan buku limanya.Tapi,mengapa pula dia perlu peduli?Beberapa ketika setelah memasuki bilik persalinan,Eric termenung memandang dirinya daripada atas hingga ke bawah dengan bantuan cermin besar yang terdapat dalam ruangan kecil itu.Dia mula menanggalkan baju yang membalut dirinya untuk mencuba tuksedo yang diambil Ixuna sebentar tadi.Sebaik saja badannya hanya dibaluti singlet putih,Eric memegang dadanya sendiri.Jantungnya masih berdegup laju dan perasaan pelik masih belum hilang.Belum sempat Eric mengelamun lebih panjang,dia terkejut besar apabila pintu bilik persalinan terbuka luas di belakangnya.Terjenggul wajah Ixuna di muka pintu dengan muka comel selambanya.“A..awak buat apa ni?!” terjerit kecil Eric apabila terpandang seraut wajah itu.Sesuka hati dia saja masuk ke dalam bilik persalinan yang ada seorang lelaki di dalamnya! Eric pasti yang Ixuna telah menendang pintu bilik persalinan yang berkunci itu untuk melihatnya.“20 minit 14 saat.Maaf Tuan Muda,saya bimbang Tuan Muda pengsan dalam bilik persalinan ini sebenarnya.” Ixuna menjawab selamba seraya melihat jam tangannya.Sebenarnya,dia bimbang yang Eric akan merosakkan atau mencuri tuksedo istimewa yang direka khas oleh papanya.Justeru,tanpa berfikir panjang,segera saja dia menendang pintu bilik persalinan yang berkunci itu untuk memastikan keadaan.“Ixuna,kenapa kau kacau Tuan Muda Eric nak salin baju.Maaf Tuan Muda..” Ida cepat memohon maaf atas telatah mengejut Ixuna yang berlaku dalam sekelip mata itu.Ariel pula hanya mampu memandang daripada jauh.Dia tidak berani masuk campur dalam hal Ixuna.“Takpe lah Ida,saya rasa kawan awak ni takut saya rosakkan tuksedo ni.Jadi,apa kata kalau awak tengok saja saya salin baju ni di hadapan awak.” Serentak dengan kata-kata itu,Eric merentap kuat tangan Ixuna sehingga gadis itu terdorong masuk ke dalam bilik persalinan.Eric menutup pintu yang sudah rosak kuncinya itu.Semua yang melihat adegan itu sudah terlopong.Eric mendengus geram dan menatap wajah comel yang terkebil-kebil memandangnya dalam ruangan sempit itu.Ixuna yang sedari tadi cuba mengawal dirinya daripada perasaan semacam mula terkulat-kulat apabila sepasang mata itu tajam merenungnya.Dia tidak menyangka yang Eric berani mengheretnya masuk sekali ke dalam bilik persalinan itu.Mungkin lelaki itu menaruh syak wasangka akan perkara yang bermain dalam fikirannya sedari tadi.“Kenapa awak heret saya masuk dalam bilik persalinan ni?” dengan nada bersahaja Ixuna bertanya.Matanya hanya menatap seraut wajah tampan itu tanpa melihat susuk tubuh putih melepak yang hanya bersinglet itu.Berani betul lelaki itu mencari pasal dengannya.“Saja.Awak takut saya rosakkan atau curi tuksedo ni kan?” Eric bertanya dengan nada geram.Dia memang menyedari yang dia telah mengelamun agak lama dalam bilik persalinan itu.Namun,itu bukanlah sebab yang membolehkan seorang gadis seperti Ixuna boleh sesuka hati menerobos masuk ke dalam bilik persalinannya.Tak patut betul!“Taklah.” Meremang bulu roma Ixuna apabila tubuh kecilnya terkurung dengan dua lengan sasa yang menghadang pergerakannya dalam ruangan sempit itu.Matanya hanya terpaku memandang seraut wajah tampan itu.Tidak sesekali matanya memandang ke tempat lain atau lebih tepat dia tidak sanggup memandang tubuh pemuda itu yang hanya bersinglet.“Okey then,fine.Untuk pastikan yang saya tak curi tuksedo ni,apa kata awak tengok saja saya salin pakaian.” Penyataan selamba Eric membuatkan Ixuna melongo.Belum sempat dia berkata apa-apa,Eric sudah menanggalkan singletnya.Hampir saja terkeluar biji mata Ixuna,apabila tubuh tegap yang mempunyai six pack itu terdedah di hadapan matanya.Lelaki ini sudah kenapa? Ada pula hendak mencuba tuxedo hingga menggalkan singlet pula.Sengaja hendak menunjukkan body ke apa?!
Eric memandang wajah comel itu dengan senyuman sinis.Sedikit senang hati kerana Ixuna terpegun apabila melihat susuk tubuhnya yang menjadi kegilaan ramai gadis itu.Dia pasti yang Ixuna akan tertarik padanya selepas ini.Memang dia sengaja menanggalkan singlet untuk mempamerkan badannya itu pada Ixuna.Biar gadis comel itu tahu yang dia bukan lelaki sembarangan.Dia adalah Putra Emir Enrique!“Eh,Tuan Muda,kenapa lebam ni?” Eric terpegun di situ apabila jari jemari mulus milik Ixuna menyentuh bahagian pinggangnya yang menjadi mangsa keganasan gadis itu dua minggu lepas.Satu tompokan lebam yang sentiasa mengingatkan dia akan kekejaman gadis comel itu.Dengan perasaan sebal Eric menepis lembut jari jemari itu.Gadis ini tiada perasaan malukah? Sesuka hati dia saja menyentuh tubuh lelaki yang tidak dikenalinya?!“Awak nak tahu kenapa kulit saya lebam..” Berderau darah Ixuna apabila bibir Eric hampir hampir saja mengenai cuping telinganya.Mujurlah lelaki itu hanya berbisik.Jika tidak,masak dia hari itu.“Kenapa?” Ixuna berpura pura tidak tahu.Cuba menyembunyikan rasa gugup apabila pemuda tidak tahu malu yang tidak berbaju itu begitu dekat dengan tubuhnya.Dia perlu tenang,dia perlu cool.Jika tidak,pasti Eric akan memandang remeh akan dirinya nanti.Bauan yang dating daripada tubuh pemuda itu buat bulu romanya semakin meremang.Lelaki ini betul betul menggoda.“Adalah perempuan harimau mana entah yang terkam saya kali lepas.Habis badan saya ni lebam.” Dengan satu dengusan kasar Eric menjauhi sedikit tubuh gadis comel yang terkurung dengannya dalam bilik persalinan kecil itu.Pelik betul dia melihat Ixuna yang kelihatan langsung tidak takut akan mempamerkan wajah malu apabila berdepan dengannya dalam situasi seperti itu.Memang Ixuna perempuan jahat ke? Ya lah..perempuan jahat kan dah selalu tengok badan badan lelaki yang tidak berbaju sepertinya.Eh Eric,apa yang kau melalut ni!.Yang kau tak tentu pasal tanggal baju tu,kenapa pula?!Ixuna mendongkol geram dalam hati.Dia bertanda tanya tentang sikap pelik pemuda tampan di hadapannya itu.Pertama kali seorang pelanggan butik papanya berani mengheret dia masuk ke dalam bilik persalinan untuk memastikan tiada kecurian pakaian berlaku.Adakah pemuda itu ingin membalas dendam terhadapnya?.“Em,memandangkan awak ni adalah jenis perempuan yang kurang perasaan malu,liar dan biasa berpeleseran dengan lelaki,jadi tak salahkan kalau awak pakaikan saya tuksedo ni.” Dengan selamba Eric melemparkan tuksedo yang tadinya tergantung di penyangkut pintu bilik persalinan itu ke wajah Ixuna.Tuksedo itu tidak mengenai sasaran tetapi molek pula tersangkut di atas kepala gadis itu.Eric menelan liur apabila melihat wajah comel itu terkebil-kebil memandangnya dengan keadaan kepalanya tertutup dengan tuksedo.Comel sangat!.Dia sengaja berkata sedemikian rupa untuk melihat reaksi Ixuna.Malangnya gadis itu tidak naik marah pula.Eric bertambah terkejut apabila gadis comel itu langsung tidak mengendahkan sindiriannya tetapi mengikut semua arahannya pula.Ixuna menurunkan tuksedo yang mendarat di atas kepalanya sebelum mula membantu Eric memakaikan tuksedo itu.Eric pula seperti terpaku dan membiarkan saja gadis itu menjalankan arahannya.“Dah siap.Tuan Muda nampak segak sangat dalam tuksedo ni.” Ikhlas sahaja pujian yang meniti di bibir comel itu.Eric memandang pantulan dirinya di hadapan cermin besar yang tergantung dalam ruang kecil itu.Dia bukanlah berminat untuk memandang pantulan dirinya yang sememangnya segak itu.Namun dia lebih focus memandang wajah jelita yang molek berdiri di sisi belakangnya.Kelihatan wajah comel itu di atas cermin.Lebih kurang paras bahunya saja ketinggian gadis itu.“Ixuna,are you okay?” Suara Ida yang kedengaran agak tinggi di luar pintu mengejutkan Eric dan Ixuna.“Eric,kau hidup lagi tak? Nak aku buat report polis tak untuk selamatkan kau?” giliran Ariel pula terjerit daripada luar pintu.Ixuna yang berada di dalam hanya mengerutkan dahi.Ingat aku pembunuh bersiri ke apa sampai nak buat laporan polis bagai? Lainlah jika Eric ini perogol bersiri.Memang layaklah jika laporan polis dibuat untuk emmberkas pemuda itu.“Maaf Tuan Muda.Rasanya kawan Tuan Muda dah tertunggu-tunggu kat luar tu.Tuan Muda dah cuba tuksedo ini jadi boleh kita keluar sekarang?”“Tak boleh.”Eric mahu saja tergelak apabila kali ini dia dapat menangkap perubahan wajah bengang gadis di hadapan matanya itu.“Saya dah cuba bajunya,tapi seluarnya saya belum cuba lagi.” Eric menyambung kata.“Baiklah.Tuan Muda cubalah pula seluar tuksedo tu.Saya keluar dulu.” Dengan penuh hormat Ixuna meminta diri.Dia tidak yakin yang dia boleh menahan sabarnya jika dia terus berhadapan dengan pemuda gila itu.Belum sempat dia ingin membuka pintu bilik persalinan itu sekali lagi tangannya direntap kasar oleh Eric dari arah belakang. “Saya tak benarkan awak keluar selagi saya belum selesai mencuba pakaian ni.Saya nak awak pakaikan saya….”‘Gdgang!’Semua mata yang sedari tadi sedang menunggu di luar pintu bilik persalinan itu terbeliak besar.Masakan tidak pintu yang sedari tadi molek tertutup sudah terbuka dan terjatuh daripada tempatnya menyembah bumi.Eric terkesima dengan keadaannya membelakangkan semua yang berada dalam butik itu manakala Ixuna sudah menapak keluar daripada bilik persalinan itu.Semua yang berlaku hanya sekelip mata.“Ya Allah! Ixuna apa yang kamu dah buat ni!”Jeritan kecil Insan Nur Kamil yang baru memasuki butik itu menyebabkan Ixuna mematikan langkahnya.Dia terkedu.Terlupa akan semua pesanan papanya.Bukankah dia sudah berjanji untuk menjaga butik itu dengan baik sepanjang masa papanya keluar.Namun sekarang,lain pula yang terjadi.“Ya Allah,kenapa kamu pecahkan almari kaca ni Ixuna?” Terpamer jelas riak kecewa di wajah Insan Nur Kamil saat itu.Ixuna sudah diterpa perasaan bersalah.“Maaf bos,ada customer nak tuksedo dalam almari tu tadi.Tapi almari tu berkunci dan kucninya ada pada bos.Jadi,sebab itulah Ixuna pecahkan saja almari itu.” Ayu memberi penerangan ringkas.Majikannya itu hanya mampu menggeleng geleng kepala.“Ha,dah tu kenapa pula pintu bilik persalinan ni kamu pecahkan juga?” Insan Nur Kamil berterusan bertanya.Dia tahu yang tiada orang lain berani merosakkan butiknya sebegitu kecuali puterinya sendiri.Ixuna hanya mendiamkan diri.“Dia nak cederakan Eric,uncle!.Tadi kan dia jerut leher saya dengan tali leher.Tak patut betul pekerja uncle ni.Patutnya uncle pecat saja dia.” Semua mata tertumpu ke arah Ariel.Selamba badak sahaja pemud aitu bersuara.Ariel tersenyum dalam hati.Dapat juga dia membalas kembali perbuatan Ixuna sebentar tadi.“Astagfirullahalazim..Ixuna apa yang kamu dah buat ni? Kamu okey Ariel,Eric?” Insan Nur Kamil sempat menepuk nepuk lembut bahu Ariel yang tersenyum jahat sebelum orang tua itu mendapatkan Eric yang masih terpinga-pinga dalam bilik persalinan yang tidak berpintu.Setelah Insan Nur Kamil menyentuh bahu anak muda itu barulah Eric kembali ke alam nyata.“Ixuna,cepat minta maaf pada Eric dan Ariel.” Tanpa sebarang usul periksa,Insan Nur Kamil terus sahaja mengarahkan puterinya itu meminta maaf pada dua pelanggan tetap butiknya itu.Eric dan Ariel sekali lagi terpaku apabila Ixuna mendekati mereka dan menundukkan badannya.“Saya minta maaf atas kejadian yang berlaku hari ini.” Dengan perasaan sebal Ixuna meminta maaf.“Huhh,maaf daripada awak tu saya tak terima.” Jawapan Eric membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya.“Eric,uncle minta maaf banyak-banyak daripada pihak Ixuna.Uncle harap kamu taklah membesarkan hal ini.Kamu boleh minta Ixuna lakukan apa sahaja untuk kamu asalkan kamu sudi memaafkan kesilapan dia.” Ariel menggaru-garu kepala yang tak gatal.Kenapa pula bos butik itu sibuk sangat dengan hal Ixuna.Pecat sajalah pekerja sekasar itu.Eric kelihatan berfikir fikir seketika.“Maafkan saya Tuan muda Eric,Tuan Muda Ariel.Cakaplah apa jua permintaan Tuan Muda berdua.Saya akan cuba tunaikan untuk mendapatkan sebuah kemaafan.” Ixuna bersuara sedih ,cuba menutup sandiwaranya.Dia menurut saja semua kehendak bapanya asalkan bapanya senang hati.“Baiklah.Memandangkan awak dah sanggup menepati janji,saya nak awak tunaikan satu permintaan saya.” Dengan sebuah senyuman jahat Eric berkata-kata.Dia pasti kali ini gadis comel itu akan kalah dengannya.“Apa permintaan Tuan Muda tu?”“Be my maid for a week.” Ringkas dan padat sahaja permintaan Eric namun cukup membuatkan semua yang mendengarnya tercengang.Beberapa ketika mereka semua memandang wajah Eric namun mereka semua melongo dan rahang mereka hampir saja terjatuh apabila Ixuna mengangkat tinggi tangannya,menjatuhkan semua anak jari dan membiarkan jari hantu sahaja tegak menghiasi jari jemarinya yang runcing itu.Dia memandang wajah Eric dan Ariel tanpa perasaan bersalah,menjatuhkan jari tanda biadapnya dan terus berlalu keluar daripada butik Crimson Butterfly!.

p/s:mekasih sebab baca entry ini.maaf kalau sikit sebab x de mase nak tulis.kalau anda rasa karya ini best dan nak cepat 4 next entry,please...:40 up comment 4 next entry30 up hit like n share fb di bawah.mekasih semua.love u all!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 27, 2012 04:57

August 13, 2012

NOVEL : KAHWIN,6 BULAN JE?! BAB 7



BAB 7Ixuna mengelilingi sehelai tuksedo bewarna putih yang baru saja selesai direka oleh ayahnya.Tuksedo itu terletak betul-betul di tengah butik Crimson Butterfly dan berada dalam kaca lutsinar.Setelah puas meneliti pakaian lelaki itu,dia mencatatkan sesuatu di dalam Samsung Notenya.Kemudian dia berlegar legar pula di sekeliling butik itu dan mengira stok seperti arahan papanya sebentar tadi.“Xuna,papa nak keluar sekejap.Ada customer nak jumpa papa dekat restoran berdekatan sini.Kamu jaga butik ini ya Xuna?”“Okey papa.”“Em,lagi satu kalau ada mana mana customer datang butik ini untuk beli pakaian kita.Tolong layan dengan baik ya sayang.Ikut saja permintaan mereka.Customer sekarang ni memang banyak yang demand dan agak mengada ngada,jadi kamu kenalah bersabar untuk melayan kerenah mereka untuk memastikan kita dapat keuntungan.Boleh Xuna?”“Boleh papa.”Ixuna sempat menyalam tangan papanya dan mengiringi papanya itu keluar daripada butik .Dalam masa tiga tahun berada di Malaysia,begitulah rutin harian Ixuna.Kadang-kadang dia akan membantu papanya di Crimson Butterfly Boutique.Kadang-kadang dia menjadi tenaga kerja di Rene Scent Corporation pula.Semua itu dilakukan untuk memuaskan hati kedua oarng tuanya.Walaupun begitu,Ixuna tidak pernah merungut.Malahan dia sukakan rutin hariannya yang sentiasa bertukar setiap hari.“Xuna,cuba tengok ni.Okey tak?” Suara Shahida,kawan baik Ixuna merangkap anak pembantu rumah Vila Cahaya menganggu Ixuna daripada terus mengira stok.Dia berpaling ke belakang dan tercengang seketika.Di hadapannya berdiri seorang gadis sebayanya yang lengkap mengenakan uniform sekolah ala-ala gadis jepun.Bermini skirt berpetak-petak dengan kot tight bewarna hitam.Rambut gadis itu lurus paras bahu dan warna kulitnya yang kuning langsat kelihatan padan sekali dengan uniform itu.
“Comelnya!” Belum sempat Ida menarik nafas,Ixuna sudah memeluk tubuhnya dengan wajah teruja.Cik mudanya itu menggesel geselkan pipi pada pipinya pula.Rimas pula rasanya bila dilakukan sebegitu.Namun,Ida tidak boleh kata apa.Cik mudanya itu memang suka memeluk orang dan meleset-leset pada orang yang disukainya seperti kucing parsi.“Xuna,dahlah.Panaslah,peluk-peluk macam ni.” Sedikit lembut Ida menolak tubuh Ixuna daripada berterusan memeluknya.Anak majikannya itu mencebik bibir kecil dan kemudian membelek penuh perhatian uniform yang dipakainya.Nasib baiklah dia perempuan,jika dia lelaki..sudah tentu dia sudah lama jatuh hati pada gadis seperti Ixuna.Dahlah pandai,kuat,baik hati,sangat menghormati orang tua dan gaya penariknya yang paling utama ialah kecomelan yang tiada tolok bandingnya.Walaupun sudah berumur 25 tahun,wajah Ixuna seperti wajah gadis belasan tahun saja.Babyface!Dengan tona warna kulit yang putih gebu,bibir kecil seksi yang merah merekah juga mata yang bulat bersinar membuatkan Ixuna sering menjadi tumpuan ramai lelaki.Bukan Ida tidak tahu,ramai daripada pelanggan Crimson Butterfly Boutique sanggup membeli banyak pakaian setiap kali Ixuna yang menjaga butik tersebut.Tapi..perkara yang paling malang bagi mereka semua,Ixuna yang selalu blur itu tidak pernah pula menunjukkan minat pada mana-mana lelaki yang cuba menghampirinya.Setia sangat cintanya pada tunang yang telah menghilang entah ke mana.Kadang kala Ida terfikir juga,bertapa bodohnya Alex Emrys,tunang Ixuna yang tidak dikenalinya itu kerana sanggup meninggalkan gadis seperti Ixuna.Jika dia yang menjadi tunang Ixuna,tidak akan sesekali dia mengabaikan gadis itu.Ixuna umpama berlian daripada lautan kaca.Berlian yang sukar dicari dan ditemui.Selama tiga tahun bersama gadis itu,tiada satu pun sikap Ixuna yang dibencinya.Jika ada perkataan manusia sempurna dalam dunia ini,pastilah Ixuna adalah orang pertama yang dia akan berikan gelaran itu.Namun,dia tahu dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna.Bukan Ixuna dan bukan sesiapa pun...“Ini stok pakaian cosplay yang papa design empat bulan lepas ke?” pertanyaan Ixuna mematikan lamunan Shahida.Segera saja dia mengangguk angguk kecil.“A’ ah,ada kat dalam stor.Banyak jenis cosplay.Xuna cuba nak tak?” Ida tersenyum lebar sebelum menarik tangan Ixuna menuju ke stor tanpa gadis itu sempat memberikan persetujuan.Uniform yang dipakainya adalah salah satu daripada pakaian cosplay yang direka khas oleh Insan Nur Kamil atas tempahan pelajar-pelajar kolej yang berkehendakkan baju bertema sedemikian bagi menghadiri annual dinner tempat mereka belajar..................“Wah,comelnya Xuna..” Itulah sebaris ungkapan serentak yang keluar daripada bibir empat pasang mata pekerja Butik Crimson Butterfly yang melihat Ixuna dalam pakaian cosplay.Ida pula tersenyum lebar dan mengangguk-angguk mengiyakan pujian itu.
“Ha,ha,ha.Comel ke? Macam gadis daripada planet Marikh je?” Ixuna tergelak besar sambil melihat tubuhnya yang lengkap dibaluti pakaian Cosplay Sailormoon.Ida siap memaksanya memakai rambut palsu warna kuning lagi.Katanya teringin sangat untuk melihat Ixuna lengkap dalam Cosplay watak utama anime jepun yang menjadi kegilaan sewaktu dia kecil dahulu.“Bukan planet Marikhlah Xuna.Usagi kan puteri bulan.” Sela Naseha,salah seorang pekerja butik itu dengan bersungguh.Dia tidak lekang daripada memandang anak majikannya yang sangat comel itu.Orang kalau dah cantik atau comel,pakai pakaian yang pelik-pelik pun tetap dapat menarik perhatian ramai.“Oooh puteri bulan.”“Xuna,jom kita buat mimic?” Ida tiba-tiba mengutarakan idea.“Okey,kau buat dulu.Lepas tu aku ikut.” Sudah namanya Ixuna,sentiasa bersetuju dengan pendapat semua orang.Ida tersengih-sengih di hadapan Ixuna dan empat pekerja butik yang lain sebelum memulakan mimic nya.Dia mengajuk aksi Geum Jan Di dalam drama Korea Boys Over Flower.Seperti biasa juga Ixuna memeluk tubuh gadis itu sebaik saja dia tamat membuat mimic.“Cepat Xuna,giliran kau sekarang ni.Kita orang tak sabar nak tengok.” Fatin merakam setiap inci babak tidak berfaedah itu dengan handphonenya.Ixuna masih terkebil-kebil memandang wajah wajah di hadapannya.Mentang-mentanglah papanya tiada dan pelanggan juga masih belum mengunjungi butik mereka,jadi bolehlah mereka semua bersuka ria.“Takde muzik lah..tak best.” Ixuna menggumam kecil sambil menggaru garu kepalanya yang ditutup rambut palsu bewarna kuning it.“Jangan bimbang Xuna.Aku ada muzik sailormoon.”Bersungguh-sungguh Ayu menyampuk sambil mengeluarkan handphonenya pula.Bukan Ixuna tidak tahu yang Ayu seorang gadis yang sangat menggilai kartun jepun.Kebanyakkan daripada lagu jepun pun sudah dihafalnya dengan baik.“Cepatlah Xuna,nanti kalau Encik Insan balik,melepas lah kita orang nak tengok kau mimic sailormoon.Sekarang ni pun customer takde lagi.” Gesa Zaty pula.Hubungan antara pekerja butik itu dengan Ixuna memang agak rapat.Sikap Ixuna yang tidak membangga diri dan mudah berkawan menyebabkan dirinya disenangi ramai.“Yalah.Cepat Ayu turn on the music.” Ixuna menggapai aksesori yang berupa tongkat plastik yang hujungnya berbentuk hati sebelum menapak beberapa kaki di hadapan rakan-rakannya.Apabila muzik sailormoon dimulakan,Ixuna mula mengambil posisi.“Penjahat seperti kau harus dihapuskan daripada muka bumi ini!” dengan gaya bercekak pinggang Ixuna memulakan imitasi watak Usagai Tsukino,dalam kartun Sailormoon.Ida dan yang lain memandang dengan penuh minat.“Daripada kau membuat kejahatan dan menganggu orang-orang.!” Sambung Xuna lagi.
“Aku gadis cantik,yang memperjuangkan keadilan!” Ixuna sudah mengangkat tangan kirinya tinggi ke atas.“Sailormoon!!!” Dia betul betul mengikut gaya Sailormoon ingin berhadapan dengan musuhnya.Semua mata yang berada dalam butik Crimson Butterfly tidak berkelip-kelip memandangnya.“Dengan kekuatan bulan,aku akan menghukummu!!!” Ixuna terkejut kecil apabila terdengar bunyi tepukan yang agak kuat datang daripada arah pintu.Sangkanya rakan-rakannya yang bertepuk tangan.Malangnya,kelihatan dua jejaka tampan sedang ralit merenung setiap aksinya.Entah sejak bila dua pemuda itu memasuki butik tersebut,dia sendiri tidak tahu.“Dengan kekuatan bulan aku akan menghukummu.Hiargh!Hiargh!” Ariel mengajuk kembali aksi Ixuna sambil berpusing-pusing seperti menari pula.Semua pekerja yang terdapat di butik Crimsom Butterfly kecuali Ixuna sudah tergelak besar melihat telatah lelaki itu.Mata Eric tertumpu pada empunya wajah yang mengenakan rambut palsu bewarna kuning yang bertocang dua persis Sailormoon itu.Beberapa ketika dia memandang wajah comel yang kerap muncul dalam mimpinya itu.Dia merasakan dia sedang bermimpi,namun mimpinya mati begitu sahaja apabila Ixuna sudah menapak mendekatinya dan Ariel mencengkam kuat lengannya dan sepupunya itu bersembunyi di belakangnya.“Alamak,budak kuku rimau nilah Eric!Jom blah!Jom blah!.Aku tak nak jadi mangsa dia!” agak kuat juga Ariel berbisik di telinga Eric sebelum dia bergesa menarik tangan sepupunya itu agar keluar daripada butik tersbut.Pada mulanya,dia menyangka gadis yang membuat imitasi Sailormoon itu adalah salah seorang daripa perkerja Crimson Butterfly Boutique yang dikenalinya.Namun,sangkaannya meleset sama sekali apabila dia dapat mengecam wajah comel yang semakin mendekati tempat mereka berdua berdiri itu.Entah apa ke malang nasib mereka berjumpa dengan gadis itu.“Selamat datang Tuan Muda Eric,Tuan Muda Ariel.” Langkah Ixuna mati tatkala Naseha menyapa dua pemuda itu.Dia menggaru garu kepalanya seketika.Ingatkan dia sedang bermimpi tadi.Mimpi yang menjelmakan bayang dua manusia yang dibencinya itu.Ringan saja tadinya dia ingin menghapuskan bayang mimpi kedua pemuda itu.Namun sekarang,dia sedar,dia bukan bermimpi! Memang Eric dan Ariel yang sebenar berada di hadapan matanya.“Tuan Muda berdua nak cari pakaian untuk apa pulak kali ini?” giliran Ayu menyapa ramah.Semua pekerja Butik Crimson Butterfly mengenali Eric dan Ariel sebagai pelanggan tetap butik mereka.“Kalau saya nak baju macam dia ni,boleh tak?” jari telunjuk Ariel tepat menghala ke tubuh Ixuna yang masih lengkap dengan cosplay Sailormoonnya.“Boleh,kenapa pulak tak boleh.Saya tolong awak pakaikan baju ni sekali ya.” dengan selamba Ixuna cuba menarik tangan Ariel yang masih berada di belakang Eric agar menuju ke fitting room.Eric terkebil-kebil melihat wajah Ariel yang sudah pucat membiru.Hish,dia ni..tak pandai nak jaga mulut betul!.“Eric,tolong!Tolong!.Aku tak nak perempuan ni tanggal baju aku!.Aku gurau jelah!.” Jelas sekali nada cuak dalam bicara Ariel apabila Ixuna sudah mengheret tangannya dengan agak kuat sambil menuju ke bilik persalinan.“Stop it Vifeinia Ixuna!.Tolong jaga sikit kelakuan awak dengan lelaki!.” Serentak dengan tarikan Eric terhadap tangan Ariel,semua mata tertumpu ke arahnya.Pegangan Ixuna terhadap tangan Ariel terlepas begitu saja.Ariel kembali bersembunyi di belakang sepupunya.Intonasi tinggi yang keluar daripada bibir sepupunya itu memang menarik perhatian semua mata yang terdapat dalam butik itu.Eric mendengus kecil.Mengapa pula dia boleh mengungkap ayat sedemikian rupa? Boleh pula nama penuh gadis itu terpacul keluar daripada bibirnya.Gila betul! Entah apalah pula yang akan difikirkan gadis comel dihadapannya itu nanti.Tapi...dia memang sakit mata melihat Ixuna sesuka hati menarik tangan Ariel.Sudahlah gadis itu mengenakan pakaian yang tak cukup kain!.“Er..Tuan Muda.Sebenarnya..”“Awak ni salah orang agaknya.Saya bukan Vifenia Ixuna.Saya ialah Usagi Tsukino,Sailormoon!!! Penegak keadilan di bumi ini!!!Menghapuskan semua kejahatan dengan kuasa bulan!!! Hiargh!Hiargh!” Bagai mahu terjatuh semua rahang yang melihat aksi selamba badak Ixuna yang sekali lagi melakonkan watak Sailormoonnya.Siap tidak mengaku diri sebenarnya lagi.Semua orang tengah serius,dia boleh buat lawak bodoh pula.Eric dan Ariel sendiri melopong tanpa mereka sedari apabila melihat telatah gadis comel dihadapan mereka itu.Waras ke tidak gadis itu?.“Er...maaf Tuan Muda berdua.Dia ni..memang macam ni.Eh Sailormoon,kau pergi bawak Ixuna ke mari.Orang jahat semua dah mati.Cepat! Cepat!.” Ida cepat membuka mulut apabila satu butik itu dilanda kesunyian yang luar biasa hasil daripada imitasi Ixuna.Ixuna berhenti beraksi dan menonong pula ke bahagian belakang untuk bersalin pakaian.“Er..awak,dia tadi tu..buat apa kat sini?” Sebaik saja kelibat Ixuna hilang,Ariel berbisik dengan nada ketakutan di telinga Zaty.Pekerja butik itu memang sudah mengecam wajah dia dan Eric kerana mereka berdua memang selalu membeli pakaian di situ.Tambahan lagi,sikap Ariel yang berlebihan ramahnya dengan semua staf di situ membuatkan semua staf butik tersebut tidak kekok untuk berbual dengannya.“Em,dia tu pekerja butik ni.Dia..”“Selamat datang Tuan Muda Eric,Tuan Muda Ariel.Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”Entah bila Ixuna muncul,sekali lagi Ariel menikus dan bersembunyi di belakang Eric.Kata-kata Zaty hanya tergantung begitu saja.Entah kenapa,Ariel merasakan aura gadis comel itu seperti akan membunuh dirinya dan Eric sahaja.Ixuna menundukkan sedikit kepalanya,tanda hormat kepada pelanggan butik papanya.Walau siapapun mereka berdua,sebagai pelayan yang berurusan dengan pelanggan,dia perlulah professional untuk mengaut untung yang banyak.Ixuna perasan dengan ekor matanya yang mata tajam Eric tidak berkalih daripada terus merenungnya walaupun sesaat.Seram juga melihat renungan setajam itu.“Ayu,kenapa awak tak ajar pekerja baru awak cara berpakaian yang betul.Pakai,pakaian yang entah apa-apa entah.Dasar perempuan kelab malam.Semua pakaian pun tak cukup kain.”Sindiran Eric yang memandang Ixuna jengkel membuatkan suasana sekali lagi bertukar kepada suasana di kutub utara.Mereka semua menelan liur.Ayu selaku ketua pekerja merangkap pembantu utama Insan Nur Kamil sudah tidak sedap hati.Dipandangnya Ixuna daripada atas hingga ke bawah.Gadis itu hanya mengenakan short pant tight warna hitam paras lutut dan berbaju T fit.Takdelah tak cukup kain manapun.Memanglah pakaian pekerja butik Crimson Butterfly tertutup sepenuhnya,tapi...Ixuna bukan pekerja tetap butik itu pun.Dan..kenapa pula Eric mengatakan yang Ixuna itu perempuan kelab malam?“Er..sebenarnya..”“Maafkan saya Tuan Muda Eric jika cara pemakaian saya ini bisa mengugat iman Tuan Muda yang tak seberapa tu..Perlu ke saya tukar pakaian lain?”Kali ini giliran Eric pula untuk terkedu.Selamba sahaja gadis comel itu mengatanya.“Awak tak payahlah berlagak pandai dengan menilai tahap iman saya pulak.Saya tak tergoda langsung lah tengok perempuan macam awak ni!” sedikit tinggi intonasi suara Eric.Langsung dia tidak memandang wajah comel yang beriak selamba di hadapannya itu.Ariel yang sedari tadi jadi pemerhati hanya bisa menggaru-garu kepala yang tak gatal.“Oohh..maafkan saya Tuan Muda.Saya sangka Tuan Muda memang tergoda dengan saya sebab sedari tadi mata Tuan Muda tu tak lepas daripada memandang saya walaupun dengan sekadar jelingan.Saya ingat Tuan Muda ni mata keranjang.Syukurlah kalau Tuan Muda bukan lelaki yang macam tu.”Senak sekejap ulu hati Eric mendengar bicara gadis itu.Tepat mengenai batang hidungnya.Wajahnya terasa membahang saat itu.Seperti tahu tahu sahaja Ixuna yang dia sememangnya tidak dapat mengalihkan pandangan daripada terus menatap wajah ciptaan tuhan yang sangat comel itu.Comel dan berbisa!.“Er..saya nak beli baju ni.Boleh awak ambilkan untuk saya cuba?” Eric terus mengubah topik.Segera saja dia mengajukan jarinya ke arah tuksedo putih yang molek terdapat dalam kaca di tengah-tengah butik itu.Naseha yang mendapat arahan daripada pelanggan tetap butik mereka segera saja mencari kunci untuk membuka almari kaca yang menempatkan baju rekaan khas tersebut.Ixuna sudah berdiri pegun seperti orang bodoh kerana Eric sudah tidak mempedulikannya.Matanya mati pada Ariel yang kelihatan sibuk membelek tali leher di satu kawasan.Nampak sangat yang pemuda itu cuba lari daripada berdekatan dengannya.Segera sahaja Ixuna mengambil peluang itu dan merapati Ariel.Setapak dia mendekat,setapak Ariel berundur ke belakang.Lelaki itu takut dengan dirinya ke?“Maaf Tuan Muda,janganlah takut dengan saya.Saya tak makan orang pun.” Serentak dengan bicara lembut yang terbit daripada bibir Ixuna,Ariel berhenti daripada terus menapak ke belakang menjauhi gadis itu.Dengan lambat dia memberanikan diri bertentang mata dengan Ixuna.Dia terkaku seketika apabila matanya dapat menatap penuh wajah comel yang sedang tersenyum ikhlas memandangnya.“Er..”“Tuan Muda nak cari tali leher ke? Perlu kan cadangan saya tak?” Ixuna melayan pelanggannya dengan cara formal.“Em..boleh juga.” Ariel teragak-agak menerima pelawaan itu.Akhirnya dia membiarkan saja Ixuna memilih tali leher yang sesuai untuknya.Walhal tujuan dia datang ke butik itu bukanlah untuk membeli apa-apa barang pun.Dia hanya datang ke situ untuk menemani Ariel yang sibuk ingin membelikan sepasang dress untuk Elya.Nampaknya,Eric sendiri sudah terlupa tujuan mereka datang ke butik itu.“Disebabkan kulit Tuan Muda Ariel agak cerah,jadi Tuan Muda sesuai mengenakan tali leher dalam apa jenis warna sekalipun.” Ixuna memakaikan tali leher bewarna merah terang di leher Ariel dengan cermat.Dia tidak menafikan yang warna kulit Eric lebih cerah berbanding Ariel.Tapi itu tidak bermakna yang Ariel tidak kacak.Sedari tadi dia tidak dapat lari daripada memuji ketampanan dua orang pemuda yang lengkap berpakaian kerja itu.Disebabkan pekerja butik itu memanggil semua pelanggan VIP mereka dengan gelaran Tuan Muda,Cik Muda,Tuan Besar atau Puan Besar,jadi Ixuna sendiri tidak ketinggalan untuk memanggil pelanggannya dengan gelaran itu.“Terima kasih awak.” Ariel sedikit terbuai tatkala Ixuna begitu dekat dengannya sewaktu memakaikan tali leher itu.Kali ini perasaan takutnya pada Ixuna dapat dibuang sedikit.“Sama-sama”“Lepas ni saya nak beli seluar slack pula.Boleh tak awak bagi cadangan untuk saya seluar mana yang sesuai dan tolong pakaikan untuk saya macam tadi?” Ariel menyambung kata-katanya dengan nada bergurau.Mahu melihat reaksi gadis comel itu.“Sudah tentu boleh Tuan Muda.Tuan Muda,ikatan tali leher Tuan Muda tu tak kemaslah.”“Eh,ya ke?” Ariel menunduk memandang tali lehernya yang kelihatan kemas sebelum matanya tertumpu pada wajah Ixuna yang merenungnya dengan pandangan berapi-api.Belum sempat dia menyambung kata,tangan gadis itu sudah menarik tali lehernya denga kuat.Dia berasa tercekik apabila tali leher bewarna merah terang itu jelas mencerut lehernya.Dia ingin meminta bantuan Eric.Malangnya Eric berbuat selamba sahaja walaupun dia nampak incident itu.“Ma..ma..Maaf!!Uhuk! Uhuk!” Terbatuk besar Ariel apabila Ixuna melepaskan pegangan pada tali lehernya dengan mendadak.Ixuna memandangnya dengan renungan tidak bersalah.Memang gadis comel itu gila!.“Maaf Tuan Muda,kunci almari kaca ni ada pada bos kami lah.Kami tak boleh nak keluarkan tuksedo ni daripada almari kaca ni.”Ayu memberi penerangan kepada Eric apabila dia mendapati kunci untuk membuka almari kaca itu dibawa bersama Insan Nur Kamil yang telah keluar.“Em..takpelah ka..”‘Prang!’ Dengan satu tumbukan,Ixuna berjaya memecahkan sebahagian daripada sisi almari kaca itu.Semua yang memandang sudah melopong tanpa bicara.Selamba sahaja dia menarik keluar tuksedo rekaan papanya dengan senyuman lebar.“Dah dap..”“Awak dah gila ke?! Kalau tangan awak cedera macammana!?”Ixuna terpaku apabila Eric tiba-tiba menengking dan menarik tangannya yang menumbuk almari kaca tadinya.Dia tergamam apabila pemuda kacak itu membelek buku limanya yang elok elok saja saat itu.Mengapa pula pemuda itu bertindak sedemikian rupa? Sudahlah wajah tampan itu menunjukkan kebimbangan yang Ixuna sendiri tak faham.Gila ke apa pemuda itu?
P/S:MEKASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY INI.MACAM BIASA SAYA SANGAT GILAKAN KOMEN DAN LIKE DARIPADA SEMUA PEMBACA.HE3.
40 COMMENT UP 4 NEXT CHAPTER.50 LIKE N SHARE UP 4 NEXT ENTRY.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 13, 2012 15:34

Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.