Error Pop-Up - Close Button This group has been designated for adults age 18 or older. Please sign in and confirm your date of birth in your profile so we can verify your eligibility. You may opt to make your date of birth private.

Crystal Anabella's Blog

December 17, 2015

NOVEL : ALICE BAB 14,15

P/S: TAJUK KARYA DOCTOR + ACTOR = NOVELIS sudah tukar kepada ALICE.





BAB 14Pada hari Sabtu, enam sekawan bergerak ke tasik Shah Alam untuk melakukan aktiviti kayak. Aaron yang tidak ada sebarang kerjajoin sama aktiviti itu. Hubungan Alan dan Alice kembali baik seperti dahulu. Dan Aaron tidak lagi cuba mengelak daripada gadis itu. Hanya kerana coklat, hati dua pemuda dapat ditawan…“Wah, dah lama gila tak berkayak ni!” Alice menyeringai seraya memakai jaket keselamatan yang disewa untuk aktiviti kayak di tasik itu.“A’ah, dah dekat tiga bulan aku rasa kita tak berkayak.” Ain duduk di sebuah bangku. Agak malas untuk beriadah petang itu.“Ha Alice! Aku lupa nak tanya kau!”“Tanya apa Berry?” Alice berkerut dahi melihat wajah rakannya itu.“Hari itu, member aku kata dia nampak kau beli sejambak bunga ros merah segar dekat Mid Valley. Sehari sebelum valentine day katanya. Betul ke wei?”“Err…” Semua mata tertumpu ke arah Alice. Alan dan Aaron memandang sama.“Pandai ya you Alice. Ada boyfriend tak nak cakap dengan I.” Selar Subash dengan nada sedikit kecewa.“Entah Alice ni, siap sambut valentine daylagi. Siapa lelaki bertuah tu?” Zaty menambah perencah.“Mana ada aku sambut valentine day. Aku beli 10 kuntum bunga ros aje kut!”“Jadi betullah kau bagi bunga dekat seseorang?” Alan bertanya dengan nada bengang. Matanya melirik ke arah Aaron. Tak kan Alice bagi bunga mawar dekat abangnya? Dia tak ada nampak Aaron bawa balik sebarang bunga mawar pun? Setahu Alan, setiap tahun, hadiah valentine Aaron akan diberikan kepada orang lain. Tidak pernah sekali pun abangnya membawa hadiah hari valentine ke rumah.“A’ah, aku bagi dekat Prince L. Puas hati kau orang?” Alice malas berahsia lagi. Biarlah rakan-rakannya tahu. Dia tidak mahu ambil pusing akan hal itu.“What? Kau dah jumpa dia ke?” Alan seperti tidak percaya.“Tak adalah. Aku pos hadiah ke rumah dia. Dia ada bagi aku alamat. Hari tu kan dia hadiahkan aku baju kurung. So it’s time for me to repay.” Alice menceritakan serba sedikit apa yang dilakukannya.“Kau pos bunga mawar segar? Tak layu ke wei?” Berry bertanya hairan.“Taklah. Aku tak pos sejambak macam tu. I’m preserve it. Abaikanlah. Bukan penting pun.” Alice tidak akan lupa bagaimana dia bersusah payah mereka satu hadiah unik untuk Prince L. Memang Prince L ada memberi alamat rumahnya di Kuala Lumpur melalui facebook untuk Alice. Mereka bertukar alamat dan email. Cuma Alice yang lupa dan tertanya-tanya bagaimana Prince L mengepos baju kurung ke rumahnya dahulu. Walhal, dia sendiri memberi alamat kepada rakan mayanya itu. Alice mengepos hadiah yang diciptanya sebaik saja dia selesai membuat. Tidak menyangka ada saja mata-mata yang nampak dia membeli bunga ros. Tidak tentu pasal menjadi isu!“Kau ni serius ke wei dengan Prince L tu?” Alan bertanya soalan yang sama berulang kali. Alice buat tidak dengar, dia ralit memerhatikan Aaron yang mula bergerak ke gigi tasik dan mula berkayak bersendirian. Bosan agaknya asyik mendengar cerita Prince L.“Alice kau dengar tak aku tanya apa ni?” Alan menampar lembut bahu Alice.“Serius apanya. Aku bukan pernah jumpa dia pun. Kalau aku dah tengok muka dia macam mana, baru kau boleh tanya aku serius ke tak. Dahlah, aku nak berkayak ni.” Alice meninggalkan rakan-rakannya untuk memulakan aktiviti kayak. Malas melayan soalan Alan yang tak putus-putus.“Kau okey ke Alice berkayak seorang diri?” Berry yang mengambil posisi untuk berkayak bersama Zaty memandang Alice yang bersendirian dalam kayaknya.“Chill lah, ini bukan kali pertama aku berkayak seorang diri.” Jawab Alice tenang.Subash berkayak dengan Alan. Sementara Ain, Alice dan Aaron berkayak sendirian. Mereka mendayung dalam tasik yang agak luas. Cuaca yang redup amat sesuai untuk aktviti mereka petang itu. Jika matahari tegak di tengah kepala, jangan haraplah Alice hendak melakukan sebarang aktiviti. Dia lebih suka berkurung dalam bilik berpenghawa dingin bila suhu di luar panas. Dasar puteri lilin!“Sir janganlah kayuh cepat sangat!” Alice berusaha untuk mengejar Aaron yang jauh berkayak di hadapannya.“You ingat siput ke yang sedang berkayak ni?” Aaron menyinis bila kayak Alice berjaya menyaingi kayaknya.“Sir marah ke?”“Kenapa pulak I nak marah?” Soalan dibalas dengan soalan.“Muka macam marah aje?”“I tak ada sebab nak marah.” Wajah cemberut Aaron menggeletek hati Alice. Macam jealous aje? Alice sempat curi-curi pandang akan perubahan wajah Aaron saat dia berbicara soal Prince L tadinya. Wajah kacak itu jelas kelat setiap kali nama Prince L meniti di bibir Alice.“Oh…kalau sir tak marah, maknanya sir jealous lah ya?”“What?! Kenapa pulak I nak jealous dengan prince whatever you tu. You nak bagi dia rose ke apa ke, suka hati you lah! I peduli apa!” Alice terkejut kecil dengan respon Aaron.“Saya tak cakap pun sir jealous dengan Prince L.” Aaron menelan liur mendengar ayat Alice. Dia terperangkap dengan mainan emosi!“Saya ingatkan tadi nak cakap sir jealousdengan saya, sebab saya pun pandai mendayung kayak laju-laju macam sir.” Aaron terus membisu.“Sir memang betul-betul jealous dengan Prince L ke ni? Sir pun nak bunga rosedaripada saya ke?” Alice bertanya soalan perangkap. Ingin melihat sejauh mana Aaron boleh menyimpan perasaan.“Malas I melayan you!” Aaron segera mendayung laju kayaknya meninggalkan Alice di belakang. Wajahnya membahang menahan malu. Bagaimana dia boleh begitu celupar apabila berkata-kata? Jelas sangat ke yang dia sedang cemburu?Alice cuba mengejar kayak Aaron, namun kegopohannya menyebabkan kayak tidak stabil dan terbalik dalam tasik!“Alice!” Zaty dan Berry yang ada berdekatan terjerit besar melihat kejadian itu. Selang beberapa saat Alice timbul di permukaan air. Mujurlah dia memakai jaket keselamatan. Aaron yang terdengar jeritan dua gadis itu segera berkayuh kembali ke arah Alice.“Kau okay tak wei?” Berry bertanya bimbang. Alice sedang berusaha untuk menaiki kembali kayaknya.“Aku okay. Jangan bimbang.”“Macam manalah boleh terbalik.”“Entahlah. Kau orang move on jelah. Aku…” Suara Alice hilang apabila kepalanya tenggelam timbul dalam air.“Alice?!” Berry menjerit ketakutan.“Alice!” Dan suara-suara lain kedengaran sayup-sayup dalam pendengaran Alice. Dunianya terasa gelap dan dia tidak mampu bernafas. Kegelapan sama yang dirasai ketika terkurung dalam stor sukan kali lepas mula menguasai minda.………….“Alice…”“Lys, wake up!” Satu suara kuat memanggil namanya.“Lys!”“Lys. Please wake up!” Dia merasakan pipinya ditampar lembut oleh seseorang.“Lysa!” Dan akhirnya penglihatannya terbuka luas. Wajah bimbang Aaron bersama rambutnya yang kebasahan menyapa pandangan. Alice terbatuk-tatuk kecil mengeluarkan air daripada mulut. Aaron menepuk lembut belakang gadis itu. Dia yang tadi memangku Alice di ribaannya membantu gadis itu duduk. “Thanks god, you wake up!” Berry merangkul tubuh rakannya itu. Gadis itu mula menangis teresak-esak apabila memikirkan akan kehilangan Alice.“Kau ni gilalah wei. Kering semangat kita orang!” Ain terduduk atas tanah di sisi Alice. Longgar rasa lututnya apabila melihat Alice tidak sedarkan diri.“Kau okay tak?” Alan menyelak rambut yang menutupi wajah Alice. Hampir melayang rohnya apabila melihat Alice tergapai-gapai dalam tasik tadinya.“Okay.”“Ya Allah, takut aku. Macam mana kau boleh lemas wei? Kau pakai life jacket kut?” Zaty mengurut dada yang masih berdebar. “You tak pakai tali life jacket yang dekat celah kelangkang tu ke Alice?,” tanya Subash yang perasan tali panjang yang sepatutnya dilekatkan di bahagian hadapan life jacket tidak dipakai Alice. Alice mengangguk-angguk kecil. Dia memang jarang memakai tali yang satu itu. Hanya membutangkan tali di bahagian hadapan life jacket. Akibatnya apabila dia terjatuh ke dalam air, life jacket terapung tapi tubuhnya tertarik ke bawah.“Kering semangat kami Alice. Kenapa kau tak pakai tali tu?” Giliran Zaty untuk bersoal jawab.“Aku tak selesa.” Hanya kerana tali itu terpaksa diselit di celah kelangkangnya, Alice berani menggadaikan nyawa sendiri. Sudahlah dia tidak pandai berenang!“Bagus! Bagus! Lain kali you tak payah pakai life jacket terus!” Suara Aaron meledak dalam kemarahan. Para pelajarnya terkedu. Tangan Aaron menggeletar sendirinya, bukan kerana marah tapi kerana begitu takut apa-apa berlaku terjadi kepada Alice sebentar tadi. Dia tidak sempat berfikir lama saat melihat Alice tenggelam timbul dalam air, terus dia terjun untuk menyelamatkan gadis itu.“Sir…saya…”“You memang cuai. Suka sangat mati kan? Pergilah terjun dalam tasik sana!” Aaron yang basah lencun bangun daripada duduk dan terus berlalu pergi. Malas berlama di situ kerana hatinya panas dengan sikap Alice. Tidak tahukah gadis itu yang dia berasa seperti hampir hilang nyawa sendiri sebentar tadi?“Dia marah aku pulak?! Mental ke apa dia tu?!” Alice tidak berpuas hati.“Patutlah dia marah sebab you memang cuai.” Subash menyokong Aaron.“Dahlah, tak payah nak sentap sangat dengan Dr. Aaron tu. Dia bimbangkan kau, sebab tu dia marah.”“Betul cakap Ain tu. Nasib baik dia ada selamatkan kau tadi. Kalau tak, kau dah jalan dah!” Ain menyokong kata-kata Berry. Sudahlah mereka semua tidak pandai berenang. Alan berada jauh dari lokasi Alice lemas. Hanya Aaron yang pandai berenang dan berada berdekatan. Jika Aaron tidak terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan Alice, mungkin gadis itu telah mati lemas!
















BAB 15‘Alice, boleh kita jumpa? I teringin sangat nak bersahabat dengan you secara berdepan.’Satu mesej yang disertai dengan ayat permintaan dari Prince L membawa Alice ke sebuah KFC yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Sudah lama Alice berkenalan dengan Prince L dalam laman sosial, namun dia keberatan untuk bersua muka. Sekadar bermesej dalam facebook  setiap hari. Tapi entah mengapa, hari itu dia tekad membuat keputusan setuju untuk berjumpa dengan Prince L yang tidak diketahui wajahnya. Dia tidak memberitahu hal pertemuannya dengan Prince L kepada sesiapa, terutamanya geng-geng gosip. Pasti rakan-rakannya akan mengusiknya jika mereka mengetahui hal itu.Penghawa dingin langsung tidak menghilangkan peluh yang sentiasa keluar daripada tubuh Alice. Semuanya gara-gara nervousuntuk bertemu Prince L. Alice simple saja hari itu dengan jeans hitam dan blouse berwarna biru laut. Rambut panjangnya dibiarkan lepas dan dia sekadar bersolek nipis. Tidak mahu berlakon jadi orang lain walaupun dia bakal bertemu dengan seorang jejaka yang sangat istimewa dalam hidupnya. Alice melihat jam, mereka berjanji untuk bertemu pada jam 3.00 petang. Sekarang baru pukul 2.30 petang. Alice sengaja datang awal, tidak mahu terlewat dalam temujanji pertama itu.Alice duduk di sebuah meja empat segi yang menghadap ke arah pintu utama. Mudah sedikit dia meninjau siapa yang memasuki pintu itu. Prince L berjanji untuk memakai baju yang sama warna dengan Alice untuk memudahkan gadis itu mengenalinya. Tunggu punya tunggu, tiada pula Alice melihat pelanggan lelaki berbaju biru memasuki premis itu. Alice mengetuk jam tangannya dan mula berasa bosan. Dia memandang sekeliling. Ada beberapa buah keluarga sedang menikmati makan tengah hari yang agak lewat. Beberapa pasangan kekasih dan sekumpulan besar remaja sekolah. Tidak jauh daripada mejanya, ada seorang gadis sebayanya yang makan sambil  membuka komputer riba. Dan di sisinya ada seorang lelaki sebaya Aaron yang sedang memakai headphone. Tiada makanan atas mejanya. Mungkin sedang menunggu seseorang.Alice menompang dagu dan mengamati pemuda di meja sebelah yang tidak perasan tindak tanduknya. Kacak orangnya walaupun berpenampilan biasa sahaja. Hanya bert-shirt merah darah dan berseluar jeans. Kulitnya putih seperti Alan dan mukanya bersih tanpa sebutir jerawat. Jelas kelihatan otot lengannya yang agak sado. Pemuda itu kelihatan sibuk melayari internet. Kalau muka Prince L macam ni, mahu cair hati Alice! Alice tersengih seorang diri tanpa menyedari pemuda itu mengalih pandangan dan menatap wajahnya hairan.Sepasang mata redup itu menyapa mata Alice lama. Mengapa Alice rasa dia seperti kenal wajah tenang itu? Pemuda itu terkebil-kebil seperti bertanya, Alice ada masalah dengan dia ke? Alice kenal dia ke? Alice tersedar daripada terus menatap wajah itu apabila pemuda itu tersenyum kecil. Alice pegun sebelum darah malu menyerbu wajahnya. Dia segera berpaling ke arah lain dan menyumpah kecil. Itulah, gatal sangat tengok anak teruna orang. Kan dah malu sendiri!“Assalamualaikum.” Satu suara garau menyapa Alice yang tengah menahan malu.“Waalaikumusalam.” Lambat-lambat Alice menjawab. Dia mengangkat wajah untuk memandang Prince L yang baru memunculkan diri. Dan sekali lagi dia pegun.………………Alice tidak dapat mengungkap perasaannya ketika itu. Bukanlah kerana Prince L tidak sehandsome Aaron, Alan, mahupun strangeryang duduk di meja sebelahnya. Namun, dia tidak percaya yang akhirnya dia bertemu juga dengan sahabat baiknya. Duduk dihadapannya, seorang pemuda yang agak gempal dengan kulit sawo matang. Bert-shirt biru seperti Alice. Pemuda itu mengaku yang dia Prince L dan dia berjanji untuk bertemu Alice . Jadi betullah dia Prince L kan?“Okay, disebabkan kita dah face to face hari ni. Boleh saya tahu nama sebenar awak?” Alice memulakan bicara apabila pemuda dihadapannya kelihatan membisu sahaja. Tidak dapat meneka apa yang bersarang dalam benak fikiran pemuda itu. Mungkin kecewa Alice tidak secantik yang digambarkan. Eh, tunggu sekejap. Setahunya semua gambar dalam facebook yang mempamerkan mukanya tiada yang diedit untuk kelihatan cantik. Mukanya sekarang sama sahaja dengan wajahnya dalam koleksi gambar facebook. Alice bersoal jawab dalam hati. Berbeza dengan Prince L yang tidak pernah mengupdate sebarang foto dirinya sendiri dalam facebook. Oleh kerana itu, Alice tidak pernah tahu bagaimana wajah sebenar Prince L.“Luqman. Nama saya Luqman. Awak boleh panggil saya Luq.” Pemuda bernama Luqman itu mempamerkan senyuman. Alice sama tersenyum. Oh, jadi namanya Luqman. Sebab tu guna nama Prince L dalam facebook?“Saya Nur Alysa. Macam biasa, awak boleh panggil saya Alice. So, hari ni kita official berkenalan.” Alice menghulurkan salam perkenalan, baru Luqman hendak menyambut huluran tangan mulus itu, kedengaran pemuda di meja sebelah terbatuk-batuk kecil. Alice membuang pandang. Tak minum atau makan pun boleh terbatuk ke?“Baiklah. Kita kawan.” Luqman tidak menyambut huluran tangan Alice dan Alice sedar akan kesilapannya. Over pulak! Awak tu perempuan!“Kita beli makanan dulu, lepas tu kita sambung borak. Okay?” Alice segera menukar topik untuk membuang perasaan malu.“Saya memang nak makan, tapi…” Luqman bersuara lirih sebelum mengeluarkan wallet dan menunjuk isinya ke arah Alice. Hanya ada sekeping not hijau muda dalam dompet pemuda itu. Alice pegun sekali lagi. Pertama kali jumpa pemuda seikhlas dan kurang perasaan malu seperti itu. Yalah, bukan senang nak jumpa lelaki yang mengaku dia tak ada duit untuk membeli makanan ketika first date! Alice berfikir sejenak bagaimana hendak memberi respon agar Luqman tidak berkecil hati.“Is okay. Saya belanja awak. Jomlah. Jangan malu-malu. Kita kan kawan.” Alice tersenyum ikhlas. Apalah sangat harga makanan jika hendak dibandingkan persahabatannya dengan pemuda itu. Luqman angguk-angguk kepala tanda bersetuju.Alice dan Luqman makan dengan ceria. Walaupun pertama kali bertemu, Alice langsung tidak kekok untuk berbual dengan Luqman kerana pemuda itu seorang yang peramah. Sama seperti karakternya dalam facebook. Mereka berborak-borak kosong daripada hal harian hingga masuk ke bab politik dan pelbagai lagi. Sesekali Alice ketawa dengan lawak bersahaja Luqman dan begitu juga sebaliknya.“Awak datang sini naik apa?” Luqman bertanya sebaik selesai makan snack platenya.“Cab. Awak?”“Naik motor kapcai aje.” Jujur sekali jawapan Luqman.“Kapcai- kapcai pun bersyukurlah sebab masih boleh ditunggang.”“Saya hantar awak balik nak?”“Eh tak apalah.” “Kenapa, tak biasa naik motor buruk ek? Selalu naik kereta aje ya?” Luqman cuba menduga.“Taklah. Bukan tak biasa naik motor. Tapi tak elok saya naik motor dengan awak. Awak faham kan?” Alice menjaga tutur, tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa.“Okay. Saya faham.” Mereka menyambung perbualan sebelum Alice meminta diri kerana jam telah menunjukkan pukul 4.55 petang. Dia telah berjanji dengan pak cik teksi yang menghantarnya tadi, agar mengambilnya di premis itu pada jam 5.00 petang. Saat Alice dan Luqman beriringan keluar daripada KFC, Alice sempat menjeling ke arah pemuda yang berhasil membuat dia tebal muka tadinya. Kelihatan pemuda itu masih tidak berginjak dari meja dan masih tidak memesan apa-apa makanan. Ah, lantaklah. Bukan aku kenal kau pun! Desis hati kecil Alice.“Allah!” Luqman kelihatan membebel kecil saat membuka tangki minyak motorsikal EX5nya yang kelihatan uzur dan luntur warnanya.“Kenapa awak?”“Petrol dah nak habis. Terlupa nak isi. Sekarang harga minyak dah naik. Kos hidup pun semakin meningkat. Duit keluar macam air setiap bulan. Dapat gaji aje habis. Dapat gaji aje habis.” Bebel pemuda itu dengan satu keluhan. Sekali lagi Alice terkedu. “Stesen minyak dekat sini agak jauh juga kan?” Pertanyaan Alice dibalas dengan anggukan kepala Luqman.“Tak apa. Awak ikut saya.”“Ha?” Jawapan Alice jelas mengejutkan pemuda itu.Alice mengarahkan Luqman naik sekali teksi yang sedang menunggunya. Alice mengarahkan agar pemandu teksi itu singgah di sebuah Petronas. Alice langsung tidak meminta duit Luqman saat dia membayar harga minyak petrol. Kerana tiada botol untuk mengisi minyak petrol RON95, Alice membeli empat biji botol air mineral 1.5 liter dan membuang isinya dalam longkang berhampiran. Lincah saja dia melakukan kerja. Seperti sudah biasa berhadapan dengan situasi kekeringan minyak. Setelah membeli minyak petrol yang berlebihan banyaknya, Alice mengarahkan pemandu teksi kembali ke KFC untuk menghantar Luqman. “Awak minyak petrol ni ada lebih dua botol. Awak ambillah?” Luqman mengajukan dua botol minyak petrol yang masih belum disentuh. Dua botol lain telah memenuhi tangki motorsikalnya.“Eh, tak payahlah. Saya bukan ada kenderaan pun. Awak gunalah nanti.” Alice memang tiada sebarang kenderaan sendiri sepanjang menetap di Kuala Lumpur. Kereta dan motorsikal yang berada di kampung hanya dibeli untuk kegunaan ayah dan abangnya. Terdetik perasaan simpati Alice terhadap kesusahan hidup Luqman itu. Dulu, sewaktu dia belum belajar di AAU, belum menjadi novelis. Dia juga begitu… Motorsikal buruk di kampungnya sering kali kehabisan minyak petrol di tengah jalan akibat tiada duit untuk menuang minyak. Mujurlah ada saudara mara dan jiran-jiran kampung yang berbaik hati menghulurkan bantuan tanpa banyak soal.“Awak ambil ni.” Alice mengeluarkan dua keping not seratus daripada tas tangan kecilnya. Mata Luqman membuntang.“Alice apa ni. Saya tak minta pun duit awak?”“Saya ikhlas nak bagi. Kita kan kawan?”“Tapi…”“Ambil ajelah. Buat duit minyak awak. Hari ni hari susah awak. Mana tahu, lain hari saya pulak yang susah.” Lembut sekali Alice berbicara. Duit bertukar tangan.“Terima kasih Alice.”“Sama-sama.”“Baiklah, saya nak balik ni. Dah lewat. Marah pulak pak cik teksi tu lama sangat tunggu saya.” Alice berbicara lembut sebelum kembali ke teksi yang setia menunggunya. Luqman menghantar gadis itu hingga ke teksi.“Boleh kita jumpa lagi?” Luqman cuba membaca riak wajah polos itu. Pertama kali bertemu gadis sempoi dan baik hati seperti Alice.“Sudah tentu. Saya gembira sangat dapat berbual dengan awak.” Senyuman manis Alice buat hati Luqman berdebar tidak tentu pasal!
P/S: SORRY sebab tukar2 tajuk. Happy reading. Rajin2 komenlah ya.



jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli karya saya di bawah terbitan FAJAR PAKEER...boleh mesej di (FACEBOOK Penerbitan Fajar Pakeer) dan beli secara online. Mesej mereka dan mereka akan ajar cara pembelian online jika anda tidak tahu bagaimana nak beli.
dan untuk novel terbitan Penulisan2u , andaboleh beli online di web p2u.my. atau lagi mudah download di PLAYSTORE, APP KARYASENI dan beli melalui handphone
Kenapa saya masih belum ada novel baru??? Jawapannya, belum ada rezeki... Sama-sama doalah banyak karya saya terbit nanti. Hahaha.
Sekian terima kasih, thanks 4 support :)







 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 17, 2015 21:25

October 24, 2015

NOVEL : ALICE BAB 11, 12, 13



BAB 11, 12, 13
BAB 11Pada hari terakhir festival konvokesyen berlangsung, Alice dan para pelajar yang terlibat bersama-sama mengemas tapak festival. Alice mengheret puluhan biji bola sepak yang diisi dalam dua buah guni ke arah stor sukan. Bola-bola itu digunakan sebagai perhiasan di boothsukan dan permainan AAU. Tiba di stor sukan yang kosong tidak berpenghuni, Alice duduk seketika di atas tilam lompat tinggi yang tersusun cantik di satu sudut. Surah Al- Kahfi beralun lembut di telinga Alice. Surah yang dapat menjauhkan pembacanya daripada fitnah Dajjal. Alice muat turun fail mp3 surah itu daripada Youtube. Surah yang didengarinya saat itu dibaca oleh seorang pemuda yang mendapat label crush pertama Alice  sewaktu dia berumur 15 tahun! Apa itu crush? Crush adalah seseorang yang diminati daripada jarak jauh. Hanya mampu melihat atau stalk facebookmereka. Dan crush adalah satu perasaan yang tak kekal pada satu individu sahaja. Bagi Alice, crush sama maksud dengan dia sukakan seseorang. Namun, seseorang itu langsung tidak mengetahui kewujudannya! Bila dalam keadaan tertekan atau ada masa terluang, Alice akan mendengar bacaan surah-surah pendek oleh crush pertama yang tidak pernah ditemuinya itu. Wajah pemuda itu juga sekadar samar-samar dalam video. Apa yang Alice tahu, nama pemuda itu Hakimi dan suaranya mengalunkan bacaan Al-Quran bisa menggetarkan hati dan menenangkan jiwa. Dan Alice menyukai Hakimi kerana suaranya. Alice tahu ketenangan itu diberikan Allah kepada para pendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Namun, hatinya tidak berhenti daripada memuji kelunakan suara sang pembaca yang juga merupakan anugerah Ilahi.Alice terkebil-kebil bila bacaan Al-Quran hilang daripada pendengarannya. Dia melihat handphone. Habis bateri pulak! Alice berkira-kira untuk keluar dari stor sukan sebelum matanya tertarik ke arah sebatang besi lurus. Pull up bar! Tempat para pelajar berlatih untuk bergayut! Timbul niat di hati untuk mencuba.……………“Alan kau tahu Lysa dekat mana?” “Dekat hostel dia lah kut. Kenapa abang?” Alan yang berada di Shah Alam saat itu terkejut apabila Aaron menelefon dan bertanyakan perihal Alice kepadanya.“Kau tak ada call dia?”“Ada call tadi, tapi dia tak angkat. Kenapa?,” tanya Alan bimbang.“Tak ada apa-apalah!” Aaron memutuskan talian. Jantungnya berdebar laju. Ke mana pulak perginya si Alice ni?! Petang tadi sewaktu sibuk mengemas tapak festival AAU, Aaron sempat mengajak Alice dan rakan-rakannya untuk makan bersama. Aaron ingin membelanja mereka dan Alice sendiri setuju. Namun, menjelang pukul 4.00 petang wajah Alice tidak kelihatan di mana-mana. Puas Subash dan yang lain menghantar mesej dan menelefon. Namun, gadis itu tidak memberi sebarang respon. Justeru, Aaron menelefon Alan. Malangnya, adiknya itu tidak tahu perihal Alice. Ain mengandaikan yang Alice telah pulang ke hostel dan tertidur. Kerana itulah dia terlupa dengan ajakan Aaron. Aaron yang tidak sedap hati berlegar di kawasan hostel Alice setelah dia pulang ke rumah dan membersihkan diri. Hendak bertanya lebih-lebih dengan rakan-rakan Alice, Aaron bimbang mereka salah faham.  Aaron berkeputusan untuk meninjau sendiri keberadaan Alice. Kemungkinan Alice akan keluar daripada hostel untuk membeli makan malam. Selang dua jam dia memerhatikan blok hostel Alice, seseorang menegur Aaron.“Maaf, encik ni pensyarah Alice kan?” Shesha yang perasan akan kelibat Aaron tidak jauh dari hostelnya menghampiri pensyarah muda itu. Dia selalu melihat Alice dan rakan-rakannya berbincang dengan Aaron mengenai pelajaran dalam perpustakaan. Sudah tentu pemuda itu adalah pensyarah Alice.“Ya saya. Saya Dr. Aaron. Kenapa ya?”“Maaf menganggu. Saya ni rakan sebilik Alice. Dr. Aaron ada nampak dia?” Berderau darah Aaron apabila mendengar pertanyaan itu. Tidak menyangka yang Alice benar-benar belum pulang ke hostel!“Tak ada pulak.”“Ke mana pulak dia ni pergi. Bimbang betul saya, daripada pagi tak balik. Dah pukul 11.00 lebih ni.” Shesha melihat jam tangan dengan wajah resah. Tidak pernah Alice keluar hostel tanpa memberitahu dirinya atau sesiapa di hostel terlebih dahulu.“Bila kali terakhir awak jumpa Lysa ? Maksud saya Alice?,” tanya Aaron pantas. Pelbagai kemungkinan buruk mula berlegar dalam benak fikirannya.“Petang tadi. Saya nampak dia pergi simpan bola dekat stor sukan. Lepas tu saya tak tahulah dia ke mana. Saya dah callkawan-kawan dia. Tapi mereka tak tahu.”“Ini nombor saya. Kalau Alice  ada call awak, atau dia balik hostel. Tolong call saya ya. Saya  pergi checkdekat universiti.” Aaron meninggalkan kad namanya kepada Shesha sebelum memasuki perut kereta. Dia memecut laju ke arah AAU yang terletak bersebelahan dengan kawasan hostel Alice. Hanya dipisahkan dengan sebuah parit besar dan pagar dawai yang tinggi.“Asalamualaikum pak cik.” Aaron menyapa pengawal keselamatan yang menjaga pintu keluar masuk AAU.“Waalaikumusalam. Oh Dr. Aaron, selamat malam. Ada apa Dr. Aaron datang sini malam-malam macam ni?” Pengawal keselamatan bernama Razak itu sempat bersalaman dengan Aaron yang menurunkan cermin tingkap keretanya.“Maaf pak cik. Pak cik ada nampak Lysa tak keluar daripada sini?”“Lysa?”“Maksud saya Alice.” Aaron gigit bibir menahan geram. Sebut nama Lysa memang susah orang nak kenal!“Oh novelis tu. Pagi tadi pak cik ada terserempak dengan dia. Lepas tu tak ada pulak nampak. Al maklumlah beribu studentkeluar masuk dekat sini. Kenapa ya Dr. Aaron?” Masakan Razak tidak kenal dengan gadis yang selalu memberi makanan percuma kepada para pengawal keselamatan AAU itu. Kadang-kala hampir setiap minggu Alice bersedekah makanan kepada mereka. Baik sungguh hati gadis itu.“Emm… tak ada apa-apalah. Pak cik, boleh tak saya nak pinjam kunci dewan Indera dan kunci stor sukan. Handphone saya hilang. Saya rasa saya tertinggal handphonemasa mengemas dalam stor sukan pagi tadi.” Aaron terpaksa mencipta helah untuk mencari Alice yang tidak pasti keberadaanya.“Oh, boleh Dr. Aaron. Nah ambil ini kuncinya. Dr. Aaron nak guard tolong cari sama ke?” Razak menghulur dua batang kunci kepada Aaron.“Eh, tak apalah pak cik. Saya nak pergi tinjau sekejap saja.”“Baiklah. Tapi Dr. Aaron hati-hati ya masuk dewan tu.” Razak merendahkan suara.“Kenapa ya pak cik cakap macam tu?”“Tempat tu agak keras Dr. Aaron. Malam-malam macam ni selalu ada bunyi pelik-pelik dekat sana.”“Is okay. Saya nak masuk sekejap saja.”“Emm, tak apalah kalau macam tu. Sekejap lagi pak cik nak balik sebab shift kerja pak cik dah habis. Nanti Dr. Aaron serahkan kunci dewan tu dekat pak cik Sahak ya?” Razak meninggalkan pesan.“Baiklah pak cik. Terima kasih.” Aaron bersalaman dengan orang tua itu sebelum menyusuri jalan dalam perkarangan AAU untuk menuju ke dewan Indera. Tempat terletaknya stor sukan.……………….Alice menangis teresak-esak di satu sudut dalam stor sukan yang gelap gelita. Dia tidak sedar apa yang berlaku. Apabila dia membuka mata, suasana serba hitam penyapa pandangan. Dia tidak dapat melihat tangannya sendiri. Hanya hembusan nafasnya yang kedengaran. Pelbagai soalan muncul di benak fikirannya. Dia telah butakah atau dia telah mati? Puas menjerit dan meminta tolong namun tiada satu suara pun yang mendengar jeritannya. Handphonenya sendiri entah hilang ke mana. Setelah cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini, Alice yakin dia berada di stor sukan. Dia meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu. Suis ditemui dan telah dibuka, namun tiada cahaya muncul. Mungkin mentol terbakar. Bunyi benda merakas dalam stor itu buat Alice menjerit ketakutan sendirian. Dia tidak dapat melihat apa-apa! Otaknya mula menghantar signal untuk berfikir perkara yang bukan-bukan. Akhirnya, Alice berpeluk lutut dengan air mata yang tidak henti mengalir.“Lysa! Lysa!” Kedengaran satu suara sayup-sayup memanggil namanya. Bulu roma Alice meremang. Dia sesak nafas memikirkan yang ada makhluk halus ingin menggangunya. Telinga diapit dengan kedua belah tangan dan dia menundukkan wajah. “Lys…” Kedengaran pintu stor sukan dibuka seseorang. Aaron cuba membuka lampu, namun tidak menyala. Handphonenya tertinggal dalam kereta kerana terburu-buru masuk ke dewan Indera sebentar tadi. Aaron menyumpah dalam hati. Penglihatannya terbatas dalam kegelapan itu. Sudahlah dalam stor sukan langsung tidak mempunyai jendela. Telinga Aaron menegak apabila mendengar suara esakan seseorang. Dia memberanikan diri untuk meninjau lebih jauh ke dalam stor bertemankan cahaya lampu samar-samar daripada bahagian utama dewan Indera yang dibukanya saat ingin masuk tadi. Jauh di satu sudut, Aaron dapat melihat kelibat seorang perempuan berambut panjang sedang berpeluk lutut. Aaron yakin itu Alice apabila perasan head band fluorescen bewarna biru menyala di kepala gadis itu. Head bandyang boleh menyala pudar dalam gelap itu adalah hadiah daripada Alan untuk Alice pada hari jadi gadis itu tahun lepas. Aaron mendekati gadis itu sebelum menyentuh kepalanya.“Jangan sentuh akulah!” Tangan Aaron ditepis kasar dan Alice masih menundukkan wajahnya.“Lysa  ini I, Aaron.” Aaron melutut menghadap gadis itu. “Jangan ganggu akulah! Aku tak buat apa-apa pun dekat kau! Aku tak usik kau! Tolong jangan ganggu aku!” Alice kembali meraung. Dia langsung tidak mahu membuka mata. Tubuhnya menggeletar hebat dek perasaan takut yang amat.“Astagfirullah al-azim. Hei, jangan menangis. Ini saya. Ini saya. Tengok muka saya.” Aaron cuba meyakinkan gadis itu. Aaron memegang lembut kedua belah tangan Alice yang menutup telinga. Ingin melihat wajah itu.“Sir?” Perlahan sekali Alice mengangkat wajah. Bimbang di hadapannya bukan manusia. Dia berasa lega apabila dapat melihat figura Aaron.“Ya, ini saya. Dahlah jangan mena...”“Saya takut!” Ayat Aaron tergantung apabila Alice meraung dan memeluk erat lengannya yang berbalut jaket biru.“Dahlah, jangan menangis. Saya dekat sini. Awak jangan takut okey. Jom kita keluar. Lampu dalam stor ni rosak.” Aaron menarik hujung lengan baju Alice, membawa Alice keluar dari bilik itu. Terasa tangan Alice yang menggigil dan sejuk beku apabila tersentuh kulitnya. Keluar dari stor sukan baru Aaron dapat melihat dengan jelas yang Alice menggeletar satu badan. Baru Aaron hendak membuka mulut, lampu utama dewan Indera terpadam sendiri. Alice terkejut kecil. Mujur cahaya bulan masuk melalui deretan jendela lut sinar di bahagian siling dewan. Aaron masih mampu melihat di mana dia berpijak. Aaron berlari ke arah pintu utama dan ternyata pintu dewan itu telah dikunci dari luar. Dia cuba membuka lampu dewan menggunakan suis yang berada di situ. Namun, lampu itu juga tidak menyala. Mungkin suis utama yang mengalirkan eletrik di bahagian luar dewan telah ditutup.“Macam mana sir boleh tahu saya dekat sini? Sir ni bukan manusia kan?” Soalan yang terpacul keluar dari mulut Alice mengejutkan Aaron. Dia berpaling ke belakang dan melihat gadis itu menapak menjauhinya.“Lysa, ini saya! Aaron! Tak kan awak tak kenal saya?” Aaron cuba mendekati, namun Alice semakin jauh.“Hantu boleh menyerupai sesiapa pun!”“Okay. Macam mana saya nak buktikan yang saya bukan hantu?” Geram pulak Aaron melihat respon Alice. Terlebih tengok cerita hantu, inilah akibatnya!“Apa kata awak tunduk dan tengok muka saya buruk ke tak. Macam dalam cerita-cerita hantu selalu buat tu?” Aaron memberi cadangan.“Tak nak!” Alice pantas menolak. Jika dia menunduk dan wajah Aaron bertukar menjadi momok, apa yang akan berlaku padanya?“Cakap dulu macam mana sir boleh tahu saya ada dekat sini?!” Alice mendesak.“Alan call awak tapi awak tak angkat. Dia shooting sekarang, jadi dia suruh saya jenguk awak dekat sini. Kenapa call tak angkat?”“Handphone saya hilang. Bateri tak ada. Sebab tu tak berbunyi.” Otak Alice kembali berfungsi dengan baik setelah perasaan takutnya berkurangan. Dia ingat yang sewaktu bermain dengan pull up bar, bateri handphonenya sudah kosong.“Cuainya!” Aaron hendak membebel panjang namun tidak sampai hati apabila melihat keadaan Alice saat itu. Aaron mengetuk pintu dewan berulang kali dan menjerit meminta tolong. Berharap suaranya didengari pengawal keselamatan yang lalu di situ.“Dahlah, jangan menangis. Awak buat saya takut, tahu tak?” Aaron penat menjerit, dia tidak perasan yang dia mula bersaya dan berawak dengan Alice. Ia berlaku kerana dia sangat bimbangkan gadis itu. Tak sempat nak control macho! Aaron mendekati Alice yang masih teresak-esak. Pertama kali melihat gadis itu menangis. Hatinya jadi sayu.“Auch!” Alice menepis tangan Aaron yang cuba memegang kepalanya.“Kenapa kepala tu?”“Jatuh.” Alice merasakan terdapat satu bonjolan agak besar di bahagian belakang kepalanya.“Macam mana boleh jatuh?”“Tak tahu. Tiba-tiba aje gelap. Saya pengsan kut?” Alice membuat andaian. Jika Aaron tidak datang, dia sendiri tidak tahu hari sudah malam.“Lain kali tolong buat kerja berteman boleh tak?” Alice membisu agak lama sebelum melihat Aaron dari atas hingga ke bawah. Di benak fikirannya terlintas beberapa perkara.“Macam mana sir boleh masuk dalam dewan ni? Sedangkan dewan ni berkunci? Sir ni hantu kan? Sir tembus masuk ke dalam dewan ni ikut dinding kan?!,” tanya Alice tiba-tiba. Dia kembali menjauhi Aaron. Otak terasa biul saat itu kerana asyik berfikir perkara yang bukan-bukan. Berkurung dalam gelap membuatkan perasaan takut Alice tinggi daripada kebiasaan.“Tak lah. Tadi saya pinjam kunci dekat guard.Kunci…”“Lysa, please stop crying. I’m not a ghost okay.” Resah betul hati Aaron melihat Alice tidak henti menangis. Pening kepala hendak meyakinkan gadis itu yang dia bukan hantu!“Macam mana saya nak percaya yang sir bukan hantu?”“0177777787.” Aaron menyebut sebaris nombor handphone.“Itu nombor mak awak kan?” Aaron mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan curiga Alice terhadap dirinya.“Macam mana sir boleh tahu nombor mak saya?” Alice tertelan air mata sendiri.“Saya kan anak angkat mak awak! Kalau saya ni hantu, tak kanlah saya tahu!” Intonasi Aaron mula tinggi apabila Alice sukar sangat hendak percaya.“Okey, saya percaya sir bukan hantu. Macam mana kita nak keluar daripada sini? Mana handphone sir?” Alice mengesat air mata yang masih berbaki. Yakin yang Aaron bukan hantu. Agak mustahil hantu boleh menghafal nombor telefon bimbit ibunya. Tapi, kenapa Aaron menghafal nombor ibunya pula?“Tertinggal dalam kereta.”“Sir ni semua benda tinggal. Pelupa betul!”“Siapa yang suruh buat saya cemas.” Aaron menghela nafas panjang.“Apa?”“Tak ada apalah. Kita jerit ajelah minta tolong. Nanti pak guard dengar, dia orang akan tahu kita ada dalam ni.” Aaron bersandar di dinding berhampiran pintu utama. Alice duduk di sisinya. Mereka berdua ditemani cahaya bulan mengambang yang menyimbah masuk ke dalam dewan dari luar.“Tak perlu sir. Buat sakit tekak aje. Dia orang tak akan buka pintu ni selagi belum siang.” Jelas Alice tiba-tiba.“Kenapa pulak?”“Sebab dia orang ingat yang menjerit malam-malam buta dalam dewan ni adalah hantu. Bukan manusia.”“Awak dah cuba jerit ke?”“Saya rasa, dua jam tanpa henti. Sir nak jerit, jeritlah. Saya dah sakit tekak.” Alice tiada suara akibat terjerit pekik dalam stor sukan sebentar tadi.“Awak boleh tahan ke kepala berbenjol macam tu? Tak sakit ke?” Bimbang Aaron melihat Alice yang beberapa kali memegang kepala. Yakin gadis itu sedang menahan sakit.“Masih boleh tahan.”“Awak ni nampak aje berani tapi penakut!”“Saya memang penakut.”“Yang awak takut sangat duduk dalam stor sukan tu kenapa?”“Gelap. Saya takut gelap.”“Itu aje? Sebab takut gelap awak menangis?”“Tak lah. Saya takut hantu.”“Hantu apa?”“Dulu dekat sini, ada pelajar bunuh diri. Gantung diri di kipas dalam stor sukan tempat saya terkurung tadi.” Alice membuka cerita turun temurun AAU yang diketahui hampir semua pelajar yang menuntut di universiti itu.“Dia bunuh diri sebab tak lulus peperiksaan akhir semester. Sir tahu kan yang dulu stor sukan tu adalah court badminton. Tapi, lepas ada kes bunuh diri, terus pihak AAU jadikan ia stor sukan. Kipas pun dah dicabut. Sebab tu bilik tu panas. Tapi tadi saya dengar macam ada bunyi kipas sedang berpusing…” “Mulut tu jangan cabul. Awak ingat ini filem horror ke apa? Awak tu terlalu takut sebab gelap, jadi otak awak hantar signal yang bukan-bukan.” Aaron tidak mahu Alice terlalu takut dengan cerita-cerita yang didengari daripada mulut orang. Entah sahih atau tidak, tiada siapa mengetahuinya. Kebanyakannya telah ditokok tambah untuk menyedapkan cerita.“Tapi…”“Saya ada dekat sini. Awak takut lagi ke?” Aaron menatap seraut wajah yang agak pucat itu. Hatinya lega apabila melihat Alice mengukir senyuman kecil.“Tak. Saya dah tak takut. Terima kasih dekat Alan sebab suruh sir ke sini. Kalau tak, saya tak tahulah macam mana. Mungkin saya yang akan gantung …”“Jangan cakap benda merepek. Alan tak cakap pun, saya akan cari awak. Saya akan ada di sisi awak saat awak perlukan saya.” Kata-kata Aaron berlalu di telinga Alice seperti angin.“Terima kasih sir.”………“Good morning.” Aaron mengucap selamat pagi apabila melihat Alice mengeliat kecil sebelum membuka mata. Gadis itu terpinga-pinga seketika melihat wajahnya.“Dah pukul 10.00 pagi?!” Alice terjerit besar apabila melihat waktu pada jam tangannya. Otaknya agak blurmemikirkan perkara yang berlaku semalam.“Hari ni 2 Februari kan?” Alice yang duduk bergegas bangun mendekati Aaron.“Yup. Tarikh pun dah lupa ke?”“Kenapa sir tak gerak saya bangun tidur?! Saya ada sesi autograf novel di PWTC hari ni.” Alice memicit kepala yang terasa pening. Pelbagai masalah menimpa sejak semalam.“I dah gerak. You yang tak bangun. Lena sangat. Tidur sampai berdengkur.” Selamba Aaron menjawab.“Mana ada saya tidur berdengkur!”“You tidur mana you dengar  you berdengkur atau tak?”“Pintu dah buka ke belum?!” Alice tidak mengendahkan pertanyaan Aaron. Dia berlari ke arah pintu utama dewan yang berkunci semalamnya.“Dah. Tadi I dengar pak guard buka pintu.” Aaron memberi informasi. Tidak sampai hati untuk mengejutkan Alice yang sedang nyenyak tidur. Dia terbuai melihat wajah gadis itu yang tidur setenang bayi. Tidur duduk pun boleh lena!“Saya nak balik.” Alice ingin bergegas keluar dari dewan itu. Namun, belum sempat dia melarikan diri Aaron menarik hujung lengan bajunya.“No way. Jom kita pergi klinik dulu. Kepala you tu masih benjol.” “Tapi…”“Sesi autograf you tu bukan penting sangat pun. You bukan artis. Kesihatan you lebih penting. Lain kali boleh pergi sesi autograf tu.” Alice terdiam mendengar kata-kata Aaron.“Nah ni handphone you.” “Sir jumpa dekat mana handphone saya?” “Ada terselit bawah tilam lompat tinggi dalam stor sukan tu.” Aaron yang sempat meninjau keadaan stor sukan sebentar tadi saat suis eletrik utama dibuka terpijak akan handphone Alice. Alice memeriksa handphonenya yang jelas ketiadaan bateri.“Terima kasih sir.”


















BAB 12Hari itu Alice tidak memasuki kelas. Kepalanya masih pening akibat terhentak atas lantai semalam. Ditambah lagi dengan insiden yang berlaku terhadap dirinya dan Aaron. Dia pulang ke hostel setelah pergi ke klinik bersama Aaron. Shesha bingit bertanya itu dan ini kerana Alice tidak pulang ke hostel semalaman. Setelah memberi penjelasan, Alice mengisi sepasang baju dan beberapa peralatan lain sebelum keluar dari hostel. Dia menyewa bilik di sebuah hotel tiga bintang berhampiran untuk mencari ketenangan. Alice berendam dalam tab mandi dengan air yang bercampur dengan wangian aroma terapi.Fikirannya melayang memikirkan hal yang berlaku. Seperti sebuah filem yang kembali berlayar dalam pandangan matanya. Alice ingat dia masuk ke stor sukan yang terletak dalam dewan Indera untuk menyimpan bola sepak. Dia membuka lampu stor itu, berehat di tilam lompat tinggi sambil mendengar alunan bacaan Al-Quran daripada Hakimi. Handphonenya habis bateri jadi dia bermain dengan pull up bar dalam stor sukan itu. Sedang asyik bergayut di pull up bar, dunianya tiba-tiba gelap. Dan bila Alice sedar, semuanya masih gelap! Mungkin dia pengsan ketika bermain pull up bardan kepalanya terhentak atas lantai. Disebabkan itulah kepalanya benjol. Kemudian Aaron yang disangka hantu, datang menyelamatkan Alice atas suruhan Alan. Aaron sempat bertanya dan bercerita dengan pengawal keselamatan yang bertugas menggantikan Razak semalam tentang apa yang berlaku. Ketika itu, mereka kembali ke AAU setelah ke klinik. Pengawal keselamatan bernama Sahak itu berulang kali memohon maaf kepada Aaron dan Alice yang terkurung dalam dewan Indera tanpa pengetahuannya. Sangkaan Alice tepat sekali, jika mereka terjerit-jerit dalam dewan Indera atau stor sukan pada waktu malam, tiada siapa yang akan datang meninjau. Kerana mereka sangka suara itu adalah suara hantu!Semalam ketika Sahak memeriksa keadaan sekeliling AAU, dia terkejut melihat mangga luar dewan Indera terbuka. Siap ada kunci di situ. Pada mulanya, Sahak ingin meninjau keadaan dalam dewan. Namun,  setelah terdengar sayup-sayup suara perempuan menangis, dia terus mengunci pintu dewan Indera dan mematikan suis utama eletrik yang terletak di bahagian luar dewan. Disebabkan itulah, lampu dewan tiba-tiba terpadam. Sahak tidak menyangka yang pintu dewan itu dibuka oleh Aaron dan suara tangisan itu adalah suara Alice. Alice terkunci dalam stor sukan kerana ketika dia pengsan mentol terbakar, pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu pagi iaitu Razak, mengunci semua stor di AAU pada pukul 8.00 malam. Kerana gelap dan yakin tiada manusia dalam stor sukan, Razak mengunci stor itu tanpa sebarang syak wasangka. Dia tidak tahu yang Alice pengsan tidak sedarkan diri dalam kegelapan stor sukan ketika itu. Setelah mendapat aduan daripada Aaron, mereka berjanji untuk menggantikan mentol baru dalam stor sukan. Aaron juga ingin membuat kertas cadangan kepada pihak atasan agar semua stor di AAU mempunyai jendela kecil yang membenarkan cahaya masuk ke dalam. Tidak mahu insiden sama berulang pada pelajar lain.Alice mengeluh panjang, mujurlah semalam ibunya tiada menelefon. Jika tidak pasti orang tuanya bimbang kerana handphonetidak berangkat. Setelah mengecas handphone, Alice menelefon orang tuanya. Dia tidak bercerita hal yang berlaku kerana yakin ibunya akan susah hati. Kemudian Alice menelefon pihak penerbitan novelnya untuk menyatakan alasan dan memohon maaf atas kegagalannya menghadirkan diri pada sesi autograf novel bersama novelis di Putra World Trade Centre (PWTC). Mujurlah pihak penerbitan memahami. Mereka percaya yang Alice tidak sihat untuk berkunjung ke karnival buku antarabangsa itu.Wajah bimbang Aaron terlintas di benak fikiran Alice. Tidak meyangka yang Aaron sanggup bersusah payah deminya. Alice baru perasan layanan Aaron yang agak berbeza terhadap dirinya semalam. “Semalam… dia panggil aku guna gelaran saya dan awak? Aku tak salah dengar kan?” Alice bermonolog sebelum dia ketawa gatal sendirian. Wajahnya terasa panas apabila teringat yang dia memeluk lengan Aaron kerana ketakutan. Dan Aaron menyentuh kepalanya untuk menenangkan Alice. Walhal sebelum ini, Aaron seperti jijik apabila bersentuhan dengannya. Buih dalam tab mandi ditiup penuh girang.“Saya akan ada di sisi awak saat awak perlukan saya? Dia cakap macam tu dekat aku? Dia sukakan aku ke?” Alice tersenyum lebar hingga ke telinga sewaktu mengulang kembali ayat yang meniti di bibir Aaron semalam. Memikirkan kemungkinan yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Wajah Aaron, pandangan pemuda itu, sikap pemuda itu yang melayannya dengan baik membuatkan Alice berasa seperti di awang-awangan!………………….“Serius ke wei kau tidur dengan Dr. Aaron dalam dewan sukan tu?” Pertanyaan Ain mematikan lamunan Alice. Sesi pembelajaran bermula seperti biasa setelah pelajar pulang dari bercuti selama seminggu.“Seriuslah. Romantik tak? Hahaha.” Alice ketawa galak. “Kau orang ada buat ehem-ehem ke?,” tanya Berry pula.“Ehem-ehem tengkorak kau! Kalau aku nak buat pun, sirtak sudi.”“Amboi, gatalnya you Alice.” Subash tergelak besar mendengar kata-kata sahabatnya itu. Mereka tahu akan cerita itu setelah Alice menceritakan kembali apa yang menimpa dirinya.“Kau baru tahu ke yang Alice memang gatal.” Tukas Ain membuat mereka semua tertawa. Perbualan mereka di café terganggu apabila Syazwan mendekati.“Alice, Cik Syakina nak jumpa kau di CG01 sekarang.” Pemuda itu menyampaikan pesan sebelum berlalu pergi.“Apa hal pulak lah betina tu sibuk nak jumpa aku? Meluat betullah!” Alice membentak bengang sebelum lambat-lambat bangun daripada duduk menuju ke kelas yang dinyatakan Syazwan.……………..“Awak tak tahu malu ya Alice?!” Sergah Syakina sebaik saja melihat wajah Alice dalam kelas kosong itu.“Malu kenapa pulak?” Alice berkerut dahi. Tersampuk ke apa pensyarahnya ini. Tidak tentu pasal hendak marah orang! Tak ada pendahuluan, tak ada salam, tiba-tiba mahu menengkingnya.“Tak perlu nak berlakonlah Alice. Satu universiti dah kecoh tentang awak dengan Dr. Aaron!” Wajah Syakina masam mencuka menunjukkan perasaan marah yang memenuhi segenap hatinya. Dia berjalan mundar mandir di hadapan Alice.“Tentang apa?”“Awak tidur dengan Dr. Aaron dalam dewan sukan kan?!,” tengking Syakina kuat. Sakit telinga bila mendengar berita daripada Zumaira yang Alice terkurung dalam stor sukan bersama Aaron kelmarin. Zumaira dapat tahu cerita itu kerana terdengar perbualan Aaron dengan Sahak pagi kelmarin. Cepat sekali dia menyampaikan berita kepada individu yang memusuhi Alice.“Ada bukti ke cik menuduh saya?” Alice buat muka tidak endah. Langsung tidak gentar dengan pensyarah yang emosional tidak tentu pasal itu.“Ada pelajar yang nampak awak keluar dengan Dr. Aaron daripada dewan Indera awal pagi!”“Pelajar tu ada bukti bergambar ke?”“Tak perlu gambarlah. Saya dah tahu sangat perangai buruk awak tu. Awak sengaja kan nak goda Dr. Aaron?!”“Kalau saya nak goda pun kenapanya? Cik ada masalah?” Geram betul Alice melihat kerenah wanita itu!“Awak jangan kurang ajar!” “Apa masalahnya cik sebenarnya? Dr. Aaron bujang, saya pun bujang. Dan kalau dia dah kahwin sekalipun, itu hak saya untuk goda dia atau tak!”“Awak sedar tak yang Dr. Aaron tu pensyarah awak?”“Hukum mana pulak yang cakap berdosa kalau saya ada hati dengan pensyarah saya?” Soalan Alice buat Syakina tergamam. Menyedari kebodohan sendiri.“Kalau cik percaya dengan khabar angin yang tiada satu bukti kukuh tu, saya pun boleh buat khabar angin.” Ujar Alice dengan senyuman sinis.“Apa awak cakap?”“Bila saya keluar daripada kelas ni, saya akan hebohkan pada satu universiti yang cik terhegeh-hegeh mahukan Dr. Aaron. Cik nak mengurat dia dan jealous dengan saya. Saya boleh popularkan cik dalam facebook juga laman-laman sosial saya yang lain. Kalau cik nak nama cik viral pun saya boleh buat!  Saya nak tengok sama ada ramai atau tidak orang percaya dengan khabar angin tanpa bukti yang saya buat. Cik nak ke saya buat macam tu?!” “Awak mengugut saya?!” Jauh dalam hati Syakina gentar dengan amaran Alice. Gadis itu jauh lebih dikenali ramai berbanding dirinya.“Try me. Saya tak sebodoh yang cik fikirkan. Cuba jatuhkan maruah saya sekali, dan saya akan balas sepuluh kali ganda lebih teruk berbanding tu.” Alice bersuara tenang sebelum berlalu keluar daripada kelas itu. Meninggalkan Syakina yang sedang melontar peralatan menulisnya dan menyumpah seranah Alice.…………….“Good afternoon Alysa .” Aaron menyaingi langkah Alice yang kelihatan baru keluar daripada sebuah kelas.“Good…good.” Alice menoleh sekilas sebelum mengeluh panjang.“Apa yang goodnya?”“Good afternoon lah.”“Macam mana kepala you dah okay?” Prihatin Aaron bertanya. Masih bimbang dengan kesihatan gadis itu. Sewaktu membawa Alice melakukan pemeriksaan di klinik, doktor mengatakan Alice pengsan kerana terlalu penat dan tekanan darahnya agak rendah. Aaron yang mendengar mula berasa bimbang akan kesihatan gadis itu.“Okay. Okay.”“Betul ni okay?”“Okay.”“Mana kawan-kawan you? Kenapa bersendirian ni? Kan I dah pesan pergi mana-mana berteman?” Aaron tidak melihat kelibat seorang pun rakan-rakan gadis itu. Selalunya macam belangkas. Ke mana sahaja pasti berkumpulan.“Saya bukannya budak enam tahun perlu berteman 24 jam!” Alice tiba-tiba hendak marah. Perasan beberapa pasang mata yang memerhatikan mereka berdua penuh curiga. Tidak kurang juga yang mula berbisik-bisik.“Memanglah you dah dewasa tapi sifat penakut you tu mengalahkan budak enam tahun.” Aaron tergelak kecil di hujung ayatnya. Mengimbas kembali wajah takut Alice kali lepas bisa menggeletek hati Aaron.“Dia orang dekat café . Saya nak pergi café lah ni.” Alice berbasa basi. Tidak selesa Aaron berjalan disisinya.“I nak join boleh?”“No way!” Suara Alice meledak dan dia menghentikan langkah. Dia berhadapan dengan pensyarahnya itu. Ingin menyelesaikan permasalahan itu sekarang juga.“Why? Kenapa pulak I tak boleh join you?” Aaron pelik dengan sikap Alice yang tiba-tiba berangin. Selalunya gadis itu suka sahaja apabila Aaron ada sekali dengan geng-geng gosip. “Sir tak dengar ke yang satu universiti sekarang tengah bergosip pasal kita!” Alice membuka mulut menyatakan hakikat itu. Lagak mereka seperti pasangan kekasih yang sedang bergaduh!“So?”“Saya malu! Saya tak nak dekat dengan sir. And hopefully sir pun buat perkara yang sama.” Jujur Alice meluah rasa. Di hadapan Syakina mungkin dia boleh berlakon cool. Namun, dia stress bila semua orang mengumpat tentangnya. Tambahan lagi, nama Aaron berkait sama. Dia tidak mahu nama Aaron tercemar dek kerana telah menolongnya!“No way! Peduli apa dengan gosip orang. I tak akan malu sebab I tak buat salah apa pun. Salah ke I seorang pensyarah menolong pelajarnya yang terkurung dalam stor sukan?!”“Memanglah tak salah. Tapi saya malu.”“You malu bersama dengan I?” Wajah ceria Aaron bertukar kelat.“Ya, nanti entah apa yang dia orang akan cakap. Lebih-lebih lagi Alan…” Alice bercakap apa saja yang terlintas di fikirannya.“Kenapa nak malu dengan Alan pulak?!”“Sir tu abang dia. Sepatutnya saya kena jaga hati dia. Mesti dia fikir yang bukan-bukan…”“You memang tak mengenang budi Alysa!” Intonasi Aaron yang tadi lembut bertukar tinggi dalam sekelip mata.“What?!”“I susah payah tolong you, dan sekarang you cakap you malu nak dekat dengan I?! I…” Aaron mengetap bibir. Tidak berdaya meneruskan ayatnya. Darah marah bercampur dengan cemburu menyerbu hingga ke kepala.“Apa?” Alice terpinga-pinga.“Just forget it!” Aaron membentak sebelum meninggalkan Alice dengan wajah bengang. Nur Alysa tidak sudah hendak melebihkan Alan berbanding dirinya! Pertolongan yang diberikan kepada gadis itu langsung tidak mendatangkan sebarang makna!













BAB 13Tanggal 14 Februari merupakan hari yang dikenali sebagai hari kekasih atau Valentine Day. Di AAU, banyak booth dibuka oleh para pelajar bukan Islam yang menjual bunga, belon,  coklat dan anak patung sempena meraikan hari itu. Sana sini berhias dengan warna merah. Muzik-muzik romantis turut dipasang dalam café dan kedai-kedai dalam AAU.“Wah, banyaknya hadiah valentine Alan!” Berry tergamam apabila melihat selonggok hadiah pelbagai bentuk yang tersusun cantik di atas meja Alan. Alan keluar ke tandas. Sejak pagi mereka melihat Alan tidak menang tangan menerima hadiah dari gadis-gadis yang meminatinya. “Alice pun apa kurang.” Zaty menjuih bibir ke arah meja Alice yang turut bersusun dengan beberapa buah hadiah.“Untunglah, orang famous, ramai secret admire. Ramai peminat. Hadiah pun banyak.” Kata-kata Subash tidak diendahkan Alice. Dia mendapat hadiah daripada pelajar lelaki dan perempuan. Orang dah bagi, tak kan dia menolak pulak. Apa pula kata mereka nanti? Sudah tentu sebahagian daripada individu yang memberi Alice hadiah itu adalah peminat setia novel-novel yang ditulisnya.“Kau kenapa Alice, monyok aje? Tak sihat ke?,” tegur Berry apabila perasan wajah lesu sahabatnya itu.“Aku sihat. Okay ajelah.”“Kau bergaduh dengan Alan ke Alice?” Ain bertanya tiba-tiba.“Tak lah. Kenapa?”“Dia macam malas tegur kau aje? Selalunya sibuk dia bertanya itu ini. Lebih-lebih lagi hari ni hari valentine.”“Entah. Datang bulan agaknya.”“Abang dia pun tak nak tegur kau. Macam tak puas hati dengan kau aje. Kau cari pasal dengan Dr. Aaron ke Alice?” Sampuk Berry dengan wajah ingin tahu.“Tak ada masa aku nak cari pasal dengan dia.”“Betul cakap Berry tu. Selalu kalau dia masuk kelas mesti cari kau. Tanya kau macam-macam soalan. Ini dia buat bodoh aje. Langsung tak ada dia sebut nama kau.” Bicara Zaty sedikit sebanyak membuatkan Alice sentap. Betul ke Aaron tidak puas hati dengannya? Memang jelas Aaron tidak menegurnya saat kelas Mikrobiologi berlangsung sebentar tadi.“A’ah, tadi masa terserempak dekat koridor pun, Dr. Aaron buat tak kenal dekat kau aje. Kenapa Alice?” Berry menyambung. Memang ketara benar layanan Alan dan Aaron terhadap Alice hari itu.“Manalah aku tahu kenapa. Sukahati dialah! Dahlah aku penat, aku balik bilik dulu. Subash, hadiah-hadiah ni you ambillah. Bagi adik you.” Alice bangun daripada duduk dan meninggalkan rakan-rakannya. Baru saja hendak melangkah keluar dari kelas Alice bertembung dengan Syazwan yang sedang tergopoh gapah.“Alice, aku sakit perut. Nak terberak ni. Tolong hantarkan assignment aku ni dekat Dr. Aaron. Terima kasih. Nanti aku belanja kau makan!” Syazwan menyerahkan assignmentnya kepada Alice tanpa sempat gadis itu berkata apa-apa. Dia terus berlari ke arah tandas. Tak senonoh betul perangai!“What?!” Alice terpinga-pinga.……………..Suasana dalam bilik pensyarah agak kecoh saat Alice masuk. Kedengaran sana sini para pensyarah bercerita tentang Valentine Day. Dari kejauhan Alice dapat menangkap kelibat Aaron yang sedang rancak berbual dengan Ashraf dan beberapa orang pensyarah lain. Molek saja pemuda itu tergelak dan tersenyum ceria. Namun, sebaik saja Aaron terlihat wajah Alice, senyumannya hilang begitu saja. Alice menghela nafas panjang. Menguatkan kaki untuk terus melangkah ke meja Aaron.“Hai Alice! Buat apa dekat sini?,” sapa Ashraf dengan senyuman di bibir.“Nak hantar assignment.” “Eh, bukan awak dah hantar semalam?” Ashraf perasan yang Aaron ada memeriksa tugasan Alice semalam. Meja kerja Ashraf terletak bersebelahan meja Aaron.“Ini Syazwan punya assignment. Dia ada hal. Suruh saya hantarkan.” Alice meletakkan tugasan Syazwan di atas meja Aaron. Sedikit pun pemuda itu tidak menoleh pandang ke arahnya.“Banyak kan Alice, Dr. Aaron punya hadiahvalentine? Awak pun mesti banyak dapat hadiah kan tahun ni?” Ashraf menyeringai seraya mengalihkan pandangan matanya ke arah timbunan bungkusan hadiah yang terletak di sisi meja Aaron.“Banyak juga. Tapi nak buat apalah. Saya bukan sambut valentine pun. Okaylah Dr. Ash, saya gerak dulu.” Alice menggigit bibir sebelum pantas berlalu keluar dari bilik pensyarah itu. Boleh pulak Aaron bereaksi seolah-olah dia tidak wujud! Sakitnya hati!“Oit, kau kenapa bro? Gaduh dengan Alice ke?” Ashraf bertanya sebaik saja bayang Alice hilang. “Kenapa pulak aku nak bergaduh dengan dia?”“Tengok muka kau pun aku tahulah. Selalunya kau ceria aje bila aku sebut nama Alice. Ni muka macam ayam berak kapur. Boleh pulak kau buat derk aje bila Alice hantar assignmenttadi.” Giat Ashraf dengan nada berbisik. Bimbang didengari pensyarah lain. Salah faham nanti susah pulak.“Aku…”“Aaron, I ada hadiah nak bagi you.” Bicara Aaron tergantung apabila suara Syakina mencelah dalam perbualan mereka. Aaron melihat wanita itu dengan pandangan tidak berminat. Hari itu Syakina berkebaya ketat merah menyala. Simbolik valentine day kononnya. Langsung tidak kena dengan warna kulitnya yang agak kusam. “Hadiah ni I beli khas untuk you.” Syakina menghulur sebuah kotak yang berbalut kertas bercorak love kepada Aaron. Lambat-lambat Aaron mengambil juga hadiah itu.“Terima kasih.” Dengan terpaksa dia memaniskan muka melemparkan senyuman plastik. Syakina tersenyum lebar hingga ke telinga dan Ashraf yang melihat menahan gelak. Tahu yang ramai pensyarah perempuan AAU menaruh hati pada Aaron. Namun, hati sahabatnya itu telah terjatuh pada pelajarnya sendiri!…………………Malam itu Alice berbaring atas katil dengan fikiran yang runsing. Sedar akan perubahan sikap Alan dan Aaron. Tidak cukup dengan itu, Prince L pun seolah-olah merajuk dengannya kerana Alice sudah lama tidak membalas mesej sahabat mayanya itu. Kini, berpuluh mesej Alice hantar, satu pun tidak dibalas Prince L. Dia pening memikirkan apa yang patut dia buat untuk memulihkan keadaan. Sedang mengelamun hidungnya menghidu bau koko yang kuat. Alice bangun daripada baring dan menuju ke dapur hostelnya.“Shesha buat apa?”“Buat coklat Alice.”“Ha coklat? Tapi kan valentine day hari ni? Bila nak bagi coklatnya?”“Eh taklah. Bukan nak bagi dekat orang. Nak jual. Kan hari tu Sha ada cerita dekat Alice, yang Sha ada belajar cara buat coklat dan nak jual coklat dekat member-member kelas Sha.” Shesha memberi penjelasan dan Alice mengangguk-angguk tanda faham. Shesha bukan berasal daripada keluarga orang senang. Kadang-kala sampai mengikat perut tidak makan kerana kekurangan duit. Alice tidak pernah lokek membantu gadis itu bersama kembarnya kerana mereka berdua sangat rajin dan baik hati! Tiba-tiba terlintas satu idea di benak fikiran Alice.“Sha boleh ajar Alice buat coklat?”“Boleh.”…………………………….“Alan, tunggu kejap!” Alice mengejar Alan yang bergegas keluar dari kelas sebaik kuliah tamat. Alan kelihatan ingin mengelak daripada berlama-lama dengan Alice. Marah betul bila mendapat tahu Alice bermalam di stor sukan dengan abangnya kali lepas. Diikutkan hati mahu dia bergaduh besar dengan Aaron disebabkan perkara itu. Namun, dia sedar, jika Aaron tidak menyelamatkan Alice, sesuatu yang buruk bakal menimpa gadis itu. Dia cuba menyabarkan hati dengan berdiam diri. Buat sementara waktu dia cuba menjarakkan diri daripada Alice.“Ambil ni!” Alice menghulurkan satu kotak kecil berbentuk empat segi yang berikat reben merah kepada Alan.“Apa ni?” Alan teragak-agak menyambut. Melihat deretan coklat berbentuk diamond daripada permukaan kotak yang berplastik lutsinar itu.“Hadiah persahabatan.”“Coklat?”“Aku buat sendiri tahu.”“Serius ke ni? Kau kata kau tak sambut valentine?” Alan terkejut besar mendengar bicara Alice.“Hari ni bukan valentine day pun. Kau tak nak, aku ambil balik.” Alice ingin menarik balik kotak pemberiannya namun Alan cepat menyembunyikan kotak itu di belakang tubuhnya. Takut Alice ambil balik.“Eh, jangan! Aku nak!”“Dia orang kau tak bagi ke?” Alan merujuk kepada rakan-rakannya yang lain.“Aku buat sikit aje. Malas nak bagi dia orang. Kalau dia orang nak coklat, aku boleh belikan. Lagipun aku buat coklat ni specialuntuk kau.” Alice masih ingat bagaimana dia bersengkang mata semalaman untuk menghasilkan coklat itu dengan tunjuk ajar Shesha.“Special untuk aku?” Alan seperti tidak percaya.“Yup.”“Thanks Alice!” Alan yang berniat untuk merajuk lebih lama atas insiden yang menimpa Alice dan abangnya tidak jadi berbuat demikian. Hatinya berbunga-bunga hanya kerana sekotak coklat!……………………Petang itu, setelah tamat semua kelas, Alice merajinkan diri melepak di tepi padang. Meninjau latihan bola sepak di bawah seliaan Aaron. Dua minggu berlalu sejak peristiwa dia terkurung di dewan Indera bersama Aaron. Gosip liar tentangnya dan Aaron sekadar bertebaran dalam kampus buat beberapa hari. Tiada yang berani berkata lebih akan hal itu kerana tidak mempunyai bukti.Akibat kelancangan mulutnya berkata-kata, Aaron kelihatan cuba menjauhkan diri daripada Alice. Namun, ada bagusnya juga tindakan Aaron itu. Kini tiada lagi pelajar yang mencurigai hubungan mereka. Menjelang pukul 6.30 petang barulah latihan tamat. Alice mendekati Aaron yang melangkah keluar padang.“Sir, ambil ni!” Alice menghulur sebuah beg plastik besar kepada Aaron.“Apa ni?” Aaron tidak menyambut. Perasan yang Alice memerhatikannya sejak tadi.“Sweater yang sir bagi pinjam hari tu.”“Ini?” Beg plastik bertukar tangan sebelum Aaron mengintai isi kandungan beg itu. Aaron menarik keluar sebotol air 100 plus.“Airlah.”“I tak ada pinjamkan you air pun?”“Saya belikan minuman untuk sir, sebab sir nampak penat sangat.” Jujur Alice memberitahu. Wajah yang bermandi peluh itu mampu menggetarkan jiwanya. Biola mula bergesek di telinga Alice.“I tak nak.” Botol air dipulang kembali kepada Alice. Alice mengeluh panjang. Aaron cuba meninggalkannya namun Alice sempat menghalang.“Sir, are you avoiding me? Saya ada buat salah ke?” Lemah suara Alice bertanya.“Jangan nak perasan sendiri. Tak ada siapa yang avoid you.” Aaron tidak mengaku.“Yes, you are!”“You nak apa lagi ni Alice? I nak balik.”“Sir memang tak pernah berubah! Sejak dulu lagi... Suka sangat buat orang tertanya-tanya, lepas tu menghilangkan diri.” Alice menundukkan wajah. Terasa seperti hendak menangis. Ayatnya tergantung begitu saja. Terasa dia akan mengarut jika terus membuka mulut.“Maaf kalau saya ada tersalah cakap dengan sir. Sir baliklah. Bye.” Akhirnya Alice yang mengundur diri terlebih dahulu.………………“Abang! Abang tengok ni!” Alan mendapatkan Aaron yang baru pulang daripada latihan bola sepak. Aaron menghempas punggung atas sofa. Membiarkan Alan duduk di sisinya. Adiknya itu sibuk menunjuk sekotak coklat berbentuk diamond.“Coklat?” Aaron menggapai sebiji daripada coklat itu. Belum sempat masuk ke dalam mulut, coklatnya dirampas Alan.“Jangan makan! Ini istimewa untuk Alan!” Alan terjerit besar.“Coklat je kut?”“Cuba teka siapa bagi coklat ni?”“Manalah aku tahu siapa yang bagi. Kau tu dahlah ramai peminat.” Ratusan barang pos tiba di rumahnya sempena hadiah hari valentine untuk Alan. Sungguh adiknya itu digilai ramai wanita.“Alice abang! Alice yang bagi! Dia buat sendiri coklat ni!” Jawapan Alan menyebabkan jantung Aaron terasa seperti dicucuk sesuatu. Alice yang bagi?“Bertahun-tahun kami berkawan. Baru hari ini pertama kali dia bagi Alan coklat. Mungkin dia dah sedar yang Alan sayangkan dia. Walaupun hari ni bukan valentine day, is still okay. I’m so happy!” Kegembiraan jelas terpancar di wajah Alan. Berbeza dengan Aaron yang terus terkedu dan diam membisu. Perlahan dia menapak meninggalkan ruang tamu menuju ke biliknya.Tiba di bilik tidur, Aaron melempar beg pemberian Alice ke atas katil. Sangkanya Alice mempunyai perasaan yang istimewa terhadapnya. Dia tidak menyangka yang Alice ada menyimpan hati terhadap Alan. Jika tidak masakan gadis itu sanggup membuat coklat sendiri sebagai hadiah untuk Alan. Fikiran Aaron berserabut tiba-tiba. Dia ingin baring atas katil sebelum matanya dapat menangkap satu kotak kecil terkeluar daripada beg plastik Alice.“Apa ni?” Aaron menarik keluar kotak kecil yang tertindih dek sweaternya. Dan apabila Aaron membuka kotak itu, terdapat sekeping coklat berbentuk hati sebesar duit siling 50 sen. Comel saja bentuknya. Aaron menyelongkar beg itu dan ternyata ada sekeping kad kecil dalam poket jaket yang telah dibasuh Alice itu.‘Dear sir,Saya minta maaf…This heart special made for you.I know you hate sweet thing…so I’ll just give you a small oneSorry for everything- Alice’Ringkas sekali nota itu namun cukup untuk mengocak perasaan Aaron. Dia yang membaca tulisan Alice itu terduduk atas katil dengan perasaan bercampur baur. Gembira dan penuh tanda tanya! Dulu, dia pernah memberitahu Alice yang dia tidak sukakan coklat atau apa jenis makanan yang terlalu manis. Tidak menyangka gadis itu ingat akan semua bicaranya! Aaron kehilangan kata. Gundah dan lelah jiwanya mengalir pergi hanya kerana seketul coklat kecil!

 P/S : Rajin2 komen dan like di FACEBOOK masing2 ya. Thanks for reading





ASSALAMMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA
Ramai yang PM n mesej bertanya adakah novel2 di atas masih dijual di pasaran. Novel Bila Kuli Jadi Artis dan Kahwin 6 Bulan Aje?! KADANG2 ada di kedai2 buku. Selalu ada jual. Oleh sebab novel2 ni dah agak lama, MUDAH cari secara ONLINE.
 jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli karya saya di bawah terbitan FAJAR PAKEER...boleh mesej di (FACEBOOK Penerbitan Fajar Pakeer) dan beli secara online. Mesej mereka dan mereka akan ajar cara pembelian online jika anda tidak tahu bagaimana nak beli.
dan untuk novel terbitan Penulisan2u , andaboleh beli online di web p2u.my. atau lagi mudah download di PLAYSTORE, APP KARYASENI dan beli melalui handphone
Kenapa saya masih belum ada novel baru??? Jawapannya, belum ada rezeki... Sama-sama doalah banyak karya saya terbit nanti. Hahaha.
Sekian terima kasih, thanks 4 support :)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 24, 2015 22:26

NOVEL : CLEANER + DOCTOR = NOVELIS BAB 11, 12, 13



BAB 11, 12, 13
BAB 11Pada hari terakhir festival konvokesyen berlangsung, Alice dan para pelajar yang terlibat bersama-sama mengemas tapak festival. Alice mengheret puluhan biji bola sepak yang diisi dalam dua buah guni ke arah stor sukan. Bola-bola itu digunakan sebagai perhiasan di boothsukan dan permainan AAU. Tiba di stor sukan yang kosong tidak berpenghuni, Alice duduk seketika di atas tilam lompat tinggi yang tersusun cantik di satu sudut. Surah Al- Kahfi beralun lembut di telinga Alice. Surah yang dapat menjauhkan pembacanya daripada fitnah Dajjal. Alice muat turun fail mp3 surah itu daripada Youtube. Surah yang didengarinya saat itu dibaca oleh seorang pemuda yang mendapat label crush pertama Alice  sewaktu dia berumur 15 tahun! Apa itu crush? Crush adalah seseorang yang diminati daripada jarak jauh. Hanya mampu melihat atau stalk facebookmereka. Dan crush adalah satu perasaan yang tak kekal pada satu individu sahaja. Bagi Alice, crush sama maksud dengan dia sukakan seseorang. Namun, seseorang itu langsung tidak mengetahui kewujudannya! Bila dalam keadaan tertekan atau ada masa terluang, Alice akan mendengar bacaan surah-surah pendek oleh crush pertama yang tidak pernah ditemuinya itu. Wajah pemuda itu juga sekadar samar-samar dalam video. Apa yang Alice tahu, nama pemuda itu Hakimi dan suaranya mengalunkan bacaan Al-Quran bisa menggetarkan hati dan menenangkan jiwa. Dan Alice menyukai Hakimi kerana suaranya. Alice tahu ketenangan itu diberikan Allah kepada para pendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Namun, hatinya tidak berhenti daripada memuji kelunakan suara sang pembaca yang juga merupakan anugerah Ilahi.Alice terkebil-kebil bila bacaan Al-Quran hilang daripada pendengarannya. Dia melihat handphone. Habis bateri pulak! Alice berkira-kira untuk keluar dari stor sukan sebelum matanya tertarik ke arah sebatang besi lurus. Pull up bar! Tempat para pelajar berlatih untuk bergayut! Timbul niat di hati untuk mencuba.……………“Alan kau tahu Lysa dekat mana?” “Dekat hostel dia lah kut. Kenapa abang?” Alan yang berada di Shah Alam saat itu terkejut apabila Aaron menelefon dan bertanyakan perihal Alice kepadanya.“Kau tak ada call dia?”“Ada call tadi, tapi dia tak angkat. Kenapa?,” tanya Alan bimbang.“Tak ada apa-apalah!” Aaron memutuskan talian. Jantungnya berdebar laju. Ke mana pulak perginya si Alice ni?! Petang tadi sewaktu sibuk mengemas tapak festival AAU, Aaron sempat mengajak Alice dan rakan-rakannya untuk makan bersama. Aaron ingin membelanja mereka dan Alice sendiri setuju. Namun, menjelang pukul 4.00 petang wajah Alice tidak kelihatan di mana-mana. Puas Subash dan yang lain menghantar mesej dan menelefon. Namun, gadis itu tidak memberi sebarang respon. Justeru, Aaron menelefon Alan. Malangnya, adiknya itu tidak tahu perihal Alice. Ain mengandaikan yang Alice telah pulang ke hostel dan tertidur. Kerana itulah dia terlupa dengan ajakan Aaron. Aaron yang tidak sedap hati berlegar di kawasan hostel Alice setelah dia pulang ke rumah dan membersihkan diri. Hendak bertanya lebih-lebih dengan rakan-rakan Alice, Aaron bimbang mereka salah faham.  Aaron berkeputusan untuk meninjau sendiri keberadaan Alice. Kemungkinan Alice akan keluar daripada hostel untuk membeli makan malam. Selang dua jam dia memerhatikan blok hostel Alice, seseorang menegur Aaron.“Maaf, encik ni pensyarah Alice kan?” Shesha yang perasan akan kelibat Aaron tidak jauh dari hostelnya menghampiri pensyarah muda itu. Dia selalu melihat Alice dan rakan-rakannya berbincang dengan Aaron mengenai pelajaran dalam perpustakaan. Sudah tentu pemuda itu adalah pensyarah Alice.“Ya saya. Saya Dr. Aaron. Kenapa ya?”“Maaf menganggu. Saya ni rakan sebilik Alice. Dr. Aaron ada nampak dia?” Berderau darah Aaron apabila mendengar pertanyaan itu. Tidak menyangka yang Alice benar-benar belum pulang ke hostel!“Tak ada pulak.”“Ke mana pulak dia ni pergi. Bimbang betul saya, daripada pagi tak balik. Dah pukul 11.00 lebih ni.” Shesha melihat jam tangan dengan wajah resah. Tidak pernah Alice keluar hostel tanpa memberitahu dirinya atau sesiapa di hostel terlebih dahulu.“Bila kali terakhir awak jumpa Lysa ? Maksud saya Alice?,” tanya Aaron pantas. Pelbagai kemungkinan buruk mula berlegar dalam benak fikirannya.“Petang tadi. Saya nampak dia pergi simpan bola dekat stor sukan. Lepas tu saya tak tahulah dia ke mana. Saya dah callkawan-kawan dia. Tapi mereka tak tahu.”“Ini nombor saya. Kalau Alice  ada call awak, atau dia balik hostel. Tolong call saya ya. Saya  pergi checkdekat universiti.” Aaron meninggalkan kad namanya kepada Shesha sebelum memasuki perut kereta. Dia memecut laju ke arah AAU yang terletak bersebelahan dengan kawasan hostel Alice. Hanya dipisahkan dengan sebuah parit besar dan pagar dawai yang tinggi.“Asalamualaikum pak cik.” Aaron menyapa pengawal keselamatan yang menjaga pintu keluar masuk AAU.“Waalaikumusalam. Oh Dr. Aaron, selamat malam. Ada apa Dr. Aaron datang sini malam-malam macam ni?” Pengawal keselamatan bernama Razak itu sempat bersalaman dengan Aaron yang menurunkan cermin tingkap keretanya.“Maaf pak cik. Pak cik ada nampak Lysa tak keluar daripada sini?”“Lysa?”“Maksud saya Alice.” Aaron gigit bibir menahan geram. Sebut nama Lysa memang susah orang nak kenal!“Oh novelis tu. Pagi tadi pak cik ada terserempak dengan dia. Lepas tu tak ada pulak nampak. Al maklumlah beribu studentkeluar masuk dekat sini. Kenapa ya Dr. Aaron?” Masakan Razak tidak kenal dengan gadis yang selalu memberi makanan percuma kepada para pengawal keselamatan AAU itu. Kadang-kala hampir setiap minggu Alice bersedekah makanan kepada mereka. Baik sungguh hati gadis itu.“Emm… tak ada apa-apalah. Pak cik, boleh tak saya nak pinjam kunci dewan Indera dan kunci stor sukan. Handphone saya hilang. Saya rasa saya tertinggal handphonemasa mengemas dalam stor sukan pagi tadi.” Aaron terpaksa mencipta helah untuk mencari Alice yang tidak pasti keberadaanya.“Oh, boleh Dr. Aaron. Nah ambil ini kuncinya. Dr. Aaron nak guard tolong cari sama ke?” Razak menghulur dua batang kunci kepada Aaron.“Eh, tak apalah pak cik. Saya nak pergi tinjau sekejap saja.”“Baiklah. Tapi Dr. Aaron hati-hati ya masuk dewan tu.” Razak merendahkan suara.“Kenapa ya pak cik cakap macam tu?”“Tempat tu agak keras Dr. Aaron. Malam-malam macam ni selalu ada bunyi pelik-pelik dekat sana.”“Is okay. Saya nak masuk sekejap saja.”“Emm, tak apalah kalau macam tu. Sekejap lagi pak cik nak balik sebab shift kerja pak cik dah habis. Nanti Dr. Aaron serahkan kunci dewan tu dekat pak cik Sahak ya?” Razak meninggalkan pesan.“Baiklah pak cik. Terima kasih.” Aaron bersalaman dengan orang tua itu sebelum menyusuri jalan dalam perkarangan AAU untuk menuju ke dewan Indera. Tempat terletaknya stor sukan.……………….Alice menangis teresak-esak di satu sudut dalam stor sukan yang gelap gelita. Dia tidak sedar apa yang berlaku. Apabila dia membuka mata, suasana serba hitam penyapa pandangan. Dia tidak dapat melihat tangannya sendiri. Hanya hembusan nafasnya yang kedengaran. Pelbagai soalan muncul di benak fikirannya. Dia telah butakah atau dia telah mati? Puas menjerit dan meminta tolong namun tiada satu suara pun yang mendengar jeritannya. Handphonenya sendiri entah hilang ke mana. Setelah cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini, Alice yakin dia berada di stor sukan. Dia meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu. Suis ditemui dan telah dibuka, namun tiada cahaya muncul. Mungkin mentol terbakar. Bunyi benda merakas dalam stor itu buat Alice menjerit ketakutan sendirian. Dia tidak dapat melihat apa-apa! Otaknya mula menghantar signal untuk berfikir perkara yang bukan-bukan. Akhirnya, Alice berpeluk lutut dengan air mata yang tidak henti mengalir.“Lysa! Lysa!” Kedengaran satu suara sayup-sayup memanggil namanya. Bulu roma Alice meremang. Dia sesak nafas memikirkan yang ada makhluk halus ingin menggangunya. Telinga diapit dengan kedua belah tangan dan dia menundukkan wajah. “Lys…” Kedengaran pintu stor sukan dibuka seseorang. Aaron cuba membuka lampu, namun tidak menyala. Handphonenya tertinggal dalam kereta kerana terburu-buru masuk ke dewan Indera sebentar tadi. Aaron menyumpah dalam hati. Penglihatannya terbatas dalam kegelapan itu. Sudahlah dalam stor sukan langsung tidak mempunyai jendela. Telinga Aaron menegak apabila mendengar suara esakan seseorang. Dia memberanikan diri untuk meninjau lebih jauh ke dalam stor bertemankan cahaya lampu samar-samar daripada bahagian utama dewan Indera yang dibukanya saat ingin masuk tadi. Jauh di satu sudut, Aaron dapat melihat kelibat seorang perempuan berambut panjang sedang berpeluk lutut. Aaron yakin itu Alice apabila perasan head band fluorescen bewarna biru menyala di kepala gadis itu. Head bandyang boleh menyala pudar dalam gelap itu adalah hadiah daripada Alan untuk Alice pada hari jadi gadis itu tahun lepas. Aaron mendekati gadis itu sebelum menyentuh kepalanya.“Jangan sentuh akulah!” Tangan Aaron ditepis kasar dan Alice masih menundukkan wajahnya.“Lysa  ini I, Aaron.” Aaron melutut menghadap gadis itu. “Jangan ganggu akulah! Aku tak buat apa-apa pun dekat kau! Aku tak usik kau! Tolong jangan ganggu aku!” Alice kembali meraung. Dia langsung tidak mahu membuka mata. Tubuhnya menggeletar hebat dek perasaan takut yang amat.“Astagfirullah al-azim. Hei, jangan menangis. Ini saya. Ini saya. Tengok muka saya.” Aaron cuba meyakinkan gadis itu. Aaron memegang lembut kedua belah tangan Alice yang menutup telinga. Ingin melihat wajah itu.“Sir?” Perlahan sekali Alice mengangkat wajah. Bimbang di hadapannya bukan manusia. Dia berasa lega apabila dapat melihat figura Aaron.“Ya, ini saya. Dahlah jangan mena...”“Saya takut!” Ayat Aaron tergantung apabila Alice meraung dan memeluk erat lengannya yang berbalut jaket biru.“Dahlah, jangan menangis. Saya dekat sini. Awak jangan takut okey. Jom kita keluar. Lampu dalam stor ni rosak.” Aaron menarik hujung lengan baju Alice, membawa Alice keluar dari bilik itu. Terasa tangan Alice yang menggigil dan sejuk beku apabila tersentuh kulitnya. Keluar dari stor sukan baru Aaron dapat melihat dengan jelas yang Alice menggeletar satu badan. Baru Aaron hendak membuka mulut, lampu utama dewan Indera terpadam sendiri. Alice terkejut kecil. Mujur cahaya bulan masuk melalui deretan jendela lut sinar di bahagian siling dewan. Aaron masih mampu melihat di mana dia berpijak. Aaron berlari ke arah pintu utama dan ternyata pintu dewan itu telah dikunci dari luar. Dia cuba membuka lampu dewan menggunakan suis yang berada di situ. Namun, lampu itu juga tidak menyala. Mungkin suis utama yang mengalirkan eletrik di bahagian luar dewan telah ditutup.“Macam mana sir boleh tahu saya dekat sini? Sir ni bukan manusia kan?” Soalan yang terpacul keluar dari mulut Alice mengejutkan Aaron. Dia berpaling ke belakang dan melihat gadis itu menapak menjauhinya.“Lysa, ini saya! Aaron! Tak kan awak tak kenal saya?” Aaron cuba mendekati, namun Alice semakin jauh.“Hantu boleh menyerupai sesiapa pun!”“Okay. Macam mana saya nak buktikan yang saya bukan hantu?” Geram pulak Aaron melihat respon Alice. Terlebih tengok cerita hantu, inilah akibatnya!“Apa kata awak tunduk dan tengok muka saya buruk ke tak. Macam dalam cerita-cerita hantu selalu buat tu?” Aaron memberi cadangan.“Tak nak!” Alice pantas menolak. Jika dia menunduk dan wajah Aaron bertukar menjadi momok, apa yang akan berlaku padanya?“Cakap dulu macam mana sir boleh tahu saya ada dekat sini?!” Alice mendesak.“Alan call awak tapi awak tak angkat. Dia shooting sekarang, jadi dia suruh saya jenguk awak dekat sini. Kenapa call tak angkat?”“Handphone saya hilang. Bateri tak ada. Sebab tu tak berbunyi.” Otak Alice kembali berfungsi dengan baik setelah perasaan takutnya berkurangan. Dia ingat yang sewaktu bermain dengan pull up bar, bateri handphonenya sudah kosong.“Cuainya!” Aaron hendak membebel panjang namun tidak sampai hati apabila melihat keadaan Alice saat itu. Aaron mengetuk pintu dewan berulang kali dan menjerit meminta tolong. Berharap suaranya didengari pengawal keselamatan yang lalu di situ.“Dahlah, jangan menangis. Awak buat saya takut, tahu tak?” Aaron penat menjerit, dia tidak perasan yang dia mula bersaya dan berawak dengan Alice. Ia berlaku kerana dia sangat bimbangkan gadis itu. Tak sempat nak control macho! Aaron mendekati Alice yang masih teresak-esak. Pertama kali melihat gadis itu menangis. Hatinya jadi sayu.“Auch!” Alice menepis tangan Aaron yang cuba memegang kepalanya.“Kenapa kepala tu?”“Jatuh.” Alice merasakan terdapat satu bonjolan agak besar di bahagian belakang kepalanya.“Macam mana boleh jatuh?”“Tak tahu. Tiba-tiba aje gelap. Saya pengsan kut?” Alice membuat andaian. Jika Aaron tidak datang, dia sendiri tidak tahu hari sudah malam.“Lain kali tolong buat kerja berteman boleh tak?” Alice membisu agak lama sebelum melihat Aaron dari atas hingga ke bawah. Di benak fikirannya terlintas beberapa perkara.“Macam mana sir boleh masuk dalam dewan ni? Sedangkan dewan ni berkunci? Sir ni hantu kan? Sir tembus masuk ke dalam dewan ni ikut dinding kan?!,” tanya Alice tiba-tiba. Dia kembali menjauhi Aaron. Otak terasa biul saat itu kerana asyik berfikir perkara yang bukan-bukan. Berkurung dalam gelap membuatkan perasaan takut Alice tinggi daripada kebiasaan.“Tak lah. Tadi saya pinjam kunci dekat guard.Kunci…”“Lysa, please stop crying. I’m not a ghost okay.” Resah betul hati Aaron melihat Alice tidak henti menangis. Pening kepala hendak meyakinkan gadis itu yang dia bukan hantu!“Macam mana saya nak percaya yang sir bukan hantu?”“0177777787.” Aaron menyebut sebaris nombor handphone.“Itu nombor mak awak kan?” Aaron mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan curiga Alice terhadap dirinya.“Macam mana sir boleh tahu nombor mak saya?” Alice tertelan air mata sendiri.“Saya kan anak angkat mak awak! Kalau saya ni hantu, tak kanlah saya tahu!” Intonasi Aaron mula tinggi apabila Alice sukar sangat hendak percaya.“Okey, saya percaya sir bukan hantu. Macam mana kita nak keluar daripada sini? Mana handphone sir?” Alice mengesat air mata yang masih berbaki. Yakin yang Aaron bukan hantu. Agak mustahil hantu boleh menghafal nombor telefon bimbit ibunya. Tapi, kenapa Aaron menghafal nombor ibunya pula?“Tertinggal dalam kereta.”“Sir ni semua benda tinggal. Pelupa betul!”“Siapa yang suruh buat saya cemas.” Aaron menghela nafas panjang.“Apa?”“Tak ada apalah. Kita jerit ajelah minta tolong. Nanti pak guard dengar, dia orang akan tahu kita ada dalam ni.” Aaron bersandar di dinding berhampiran pintu utama. Alice duduk di sisinya. Mereka berdua ditemani cahaya bulan mengambang yang menyimbah masuk ke dalam dewan dari luar.“Tak perlu sir. Buat sakit tekak aje. Dia orang tak akan buka pintu ni selagi belum siang.” Jelas Alice tiba-tiba.“Kenapa pulak?”“Sebab dia orang ingat yang menjerit malam-malam buta dalam dewan ni adalah hantu. Bukan manusia.”“Awak dah cuba jerit ke?”“Saya rasa, dua jam tanpa henti. Sir nak jerit, jeritlah. Saya dah sakit tekak.” Alice tiada suara akibat terjerit pekik dalam stor sukan sebentar tadi.“Awak boleh tahan ke kepala berbenjol macam tu? Tak sakit ke?” Bimbang Aaron melihat Alice yang beberapa kali memegang kepala. Yakin gadis itu sedang menahan sakit.“Masih boleh tahan.”“Awak ni nampak aje berani tapi penakut!”“Saya memang penakut.”“Yang awak takut sangat duduk dalam stor sukan tu kenapa?”“Gelap. Saya takut gelap.”“Itu aje? Sebab takut gelap awak menangis?”“Tak lah. Saya takut hantu.”“Hantu apa?”“Dulu dekat sini, ada pelajar bunuh diri. Gantung diri di kipas dalam stor sukan tempat saya terkurung tadi.” Alice membuka cerita turun temurun AAU yang diketahui hampir semua pelajar yang menuntut di universiti itu.“Dia bunuh diri sebab tak lulus peperiksaan akhir semester. Sir tahu kan yang dulu stor sukan tu adalah court badminton. Tapi, lepas ada kes bunuh diri, terus pihak AAU jadikan ia stor sukan. Kipas pun dah dicabut. Sebab tu bilik tu panas. Tapi tadi saya dengar macam ada bunyi kipas sedang berpusing…” “Mulut tu jangan cabul. Awak ingat ini filem horror ke apa? Awak tu terlalu takut sebab gelap, jadi otak awak hantar signal yang bukan-bukan.” Aaron tidak mahu Alice terlalu takut dengan cerita-cerita yang didengari daripada mulut orang. Entah sahih atau tidak, tiada siapa mengetahuinya. Kebanyakannya telah ditokok tambah untuk menyedapkan cerita.“Tapi…”“Saya ada dekat sini. Awak takut lagi ke?” Aaron menatap seraut wajah yang agak pucat itu. Hatinya lega apabila melihat Alice mengukir senyuman kecil.“Tak. Saya dah tak takut. Terima kasih dekat Alan sebab suruh sir ke sini. Kalau tak, saya tak tahulah macam mana. Mungkin saya yang akan gantung …”“Jangan cakap benda merepek. Alan tak cakap pun, saya akan cari awak. Saya akan ada di sisi awak saat awak perlukan saya.” Kata-kata Aaron berlalu di telinga Alice seperti angin.“Terima kasih sir.”………“Good morning.” Aaron mengucap selamat pagi apabila melihat Alice mengeliat kecil sebelum membuka mata. Gadis itu terpinga-pinga seketika melihat wajahnya.“Dah pukul 10.00 pagi?!” Alice terjerit besar apabila melihat waktu pada jam tangannya. Otaknya agak blurmemikirkan perkara yang berlaku semalam.“Hari ni 2 Februari kan?” Alice yang duduk bergegas bangun mendekati Aaron.“Yup. Tarikh pun dah lupa ke?”“Kenapa sir tak gerak saya bangun tidur?! Saya ada sesi autograf novel di PWTC hari ni.” Alice memicit kepala yang terasa pening. Pelbagai masalah menimpa sejak semalam.“I dah gerak. You yang tak bangun. Lena sangat. Tidur sampai berdengkur.” Selamba Aaron menjawab.“Mana ada saya tidur berdengkur!”“You tidur mana you dengar  you berdengkur atau tak?”“Pintu dah buka ke belum?!” Alice tidak mengendahkan pertanyaan Aaron. Dia berlari ke arah pintu utama dewan yang berkunci semalamnya.“Dah. Tadi I dengar pak guard buka pintu.” Aaron memberi informasi. Tidak sampai hati untuk mengejutkan Alice yang sedang nyenyak tidur. Dia terbuai melihat wajah gadis itu yang tidur setenang bayi. Tidur duduk pun boleh lena!“Saya nak balik.” Alice ingin bergegas keluar dari dewan itu. Namun, belum sempat dia melarikan diri Aaron menarik hujung lengan bajunya.“No way. Jom kita pergi klinik dulu. Kepala you tu masih benjol.” “Tapi…”“Sesi autograf you tu bukan penting sangat pun. You bukan artis. Kesihatan you lebih penting. Lain kali boleh pergi sesi autograf tu.” Alice terdiam mendengar kata-kata Aaron.“Nah ni handphone you.” “Sir jumpa dekat mana handphone saya?” “Ada terselit bawah tilam lompat tinggi dalam stor sukan tu.” Aaron yang sempat meninjau keadaan stor sukan sebentar tadi saat suis eletrik utama dibuka terpijak akan handphone Alice. Alice memeriksa handphonenya yang jelas ketiadaan bateri.“Terima kasih sir.”


















BAB 12Hari itu Alice tidak memasuki kelas. Kepalanya masih pening akibat terhentak atas lantai semalam. Ditambah lagi dengan insiden yang berlaku terhadap dirinya dan Aaron. Dia pulang ke hostel setelah pergi ke klinik bersama Aaron. Shesha bingit bertanya itu dan ini kerana Alice tidak pulang ke hostel semalaman. Setelah memberi penjelasan, Alice mengisi sepasang baju dan beberapa peralatan lain sebelum keluar dari hostel. Dia menyewa bilik di sebuah hotel tiga bintang berhampiran untuk mencari ketenangan. Alice berendam dalam tab mandi dengan air yang bercampur dengan wangian aroma terapi.Fikirannya melayang memikirkan hal yang berlaku. Seperti sebuah filem yang kembali berlayar dalam pandangan matanya. Alice ingat dia masuk ke stor sukan yang terletak dalam dewan Indera untuk menyimpan bola sepak. Dia membuka lampu stor itu, berehat di tilam lompat tinggi sambil mendengar alunan bacaan Al-Quran daripada Hakimi. Handphonenya habis bateri jadi dia bermain dengan pull up bar dalam stor sukan itu. Sedang asyik bergayut di pull up bar, dunianya tiba-tiba gelap. Dan bila Alice sedar, semuanya masih gelap! Mungkin dia pengsan ketika bermain pull up bardan kepalanya terhentak atas lantai. Disebabkan itulah kepalanya benjol. Kemudian Aaron yang disangka hantu, datang menyelamatkan Alice atas suruhan Alan. Aaron sempat bertanya dan bercerita dengan pengawal keselamatan yang bertugas menggantikan Razak semalam tentang apa yang berlaku. Ketika itu, mereka kembali ke AAU setelah ke klinik. Pengawal keselamatan bernama Sahak itu berulang kali memohon maaf kepada Aaron dan Alice yang terkurung dalam dewan Indera tanpa pengetahuannya. Sangkaan Alice tepat sekali, jika mereka terjerit-jerit dalam dewan Indera atau stor sukan pada waktu malam, tiada siapa yang akan datang meninjau. Kerana mereka sangka suara itu adalah suara hantu!Semalam ketika Sahak memeriksa keadaan sekeliling AAU, dia terkejut melihat mangga luar dewan Indera terbuka. Siap ada kunci di situ. Pada mulanya, Sahak ingin meninjau keadaan dalam dewan. Namun,  setelah terdengar sayup-sayup suara perempuan menangis, dia terus mengunci pintu dewan Indera dan mematikan suis utama eletrik yang terletak di bahagian luar dewan. Disebabkan itulah, lampu dewan tiba-tiba terpadam. Sahak tidak menyangka yang pintu dewan itu dibuka oleh Aaron dan suara tangisan itu adalah suara Alice. Alice terkunci dalam stor sukan kerana ketika dia pengsan mentol terbakar, pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu pagi iaitu Razak, mengunci semua stor di AAU pada pukul 8.00 malam. Kerana gelap dan yakin tiada manusia dalam stor sukan, Razak mengunci stor itu tanpa sebarang syak wasangka. Dia tidak tahu yang Alice pengsan tidak sedarkan diri dalam kegelapan stor sukan ketika itu. Setelah mendapat aduan daripada Aaron, mereka berjanji untuk menggantikan mentol baru dalam stor sukan. Aaron juga ingin membuat kertas cadangan kepada pihak atasan agar semua stor di AAU mempunyai jendela kecil yang membenarkan cahaya masuk ke dalam. Tidak mahu insiden sama berulang pada pelajar lain.Alice mengeluh panjang, mujurlah semalam ibunya tiada menelefon. Jika tidak pasti orang tuanya bimbang kerana handphonetidak berangkat. Setelah mengecas handphone, Alice menelefon orang tuanya. Dia tidak bercerita hal yang berlaku kerana yakin ibunya akan susah hati. Kemudian Alice menelefon pihak penerbitan novelnya untuk menyatakan alasan dan memohon maaf atas kegagalannya menghadirkan diri pada sesi autograf novel bersama novelis di Putra World Trade Centre (PWTC). Mujurlah pihak penerbitan memahami. Mereka percaya yang Alice tidak sihat untuk berkunjung ke karnival buku antarabangsa itu.Wajah bimbang Aaron terlintas di benak fikiran Alice. Tidak meyangka yang Aaron sanggup bersusah payah deminya. Alice baru perasan layanan Aaron yang agak berbeza terhadap dirinya semalam. “Semalam… dia panggil aku guna gelaran saya dan awak? Aku tak salah dengar kan?” Alice bermonolog sebelum dia ketawa gatal sendirian. Wajahnya terasa panas apabila teringat yang dia memeluk lengan Aaron kerana ketakutan. Dan Aaron menyentuh kepalanya untuk menenangkan Alice. Walhal sebelum ini, Aaron seperti jijik apabila bersentuhan dengannya. Buih dalam tab mandi ditiup penuh girang.“Saya akan ada di sisi awak saat awak perlukan saya? Dia cakap macam tu dekat aku? Dia sukakan aku ke?” Alice tersenyum lebar hingga ke telinga sewaktu mengulang kembali ayat yang meniti di bibir Aaron semalam. Memikirkan kemungkinan yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Wajah Aaron, pandangan pemuda itu, sikap pemuda itu yang melayannya dengan baik membuatkan Alice berasa seperti di awang-awangan!………………….“Serius ke wei kau tidur dengan Dr. Aaron dalam dewan sukan tu?” Pertanyaan Ain mematikan lamunan Alice. Sesi pembelajaran bermula seperti biasa setelah pelajar pulang dari bercuti selama seminggu.“Seriuslah. Romantik tak? Hahaha.” Alice ketawa galak. “Kau orang ada buat ehem-ehem ke?,” tanya Berry pula.“Ehem-ehem tengkorak kau! Kalau aku nak buat pun, sirtak sudi.”“Amboi, gatalnya you Alice.” Subash tergelak besar mendengar kata-kata sahabatnya itu. Mereka tahu akan cerita itu setelah Alice menceritakan kembali apa yang menimpa dirinya.“Kau baru tahu ke yang Alice memang gatal.” Tukas Ain membuat mereka semua tertawa. Perbualan mereka di café terganggu apabila Syazwan mendekati.“Alice, Cik Syakina nak jumpa kau di CG01 sekarang.” Pemuda itu menyampaikan pesan sebelum berlalu pergi.“Apa hal pulak lah betina tu sibuk nak jumpa aku? Meluat betullah!” Alice membentak bengang sebelum lambat-lambat bangun daripada duduk menuju ke kelas yang dinyatakan Syazwan.……………..“Awak tak tahu malu ya Alice?!” Sergah Syakina sebaik saja melihat wajah Alice dalam kelas kosong itu.“Malu kenapa pulak?” Alice berkerut dahi. Tersampuk ke apa pensyarahnya ini. Tidak tentu pasal hendak marah orang! Tak ada pendahuluan, tak ada salam, tiba-tiba mahu menengkingnya.“Tak perlu nak berlakonlah Alice. Satu universiti dah kecoh tentang awak dengan Dr. Aaron!” Wajah Syakina masam mencuka menunjukkan perasaan marah yang memenuhi segenap hatinya. Dia berjalan mundar mandir di hadapan Alice.“Tentang apa?”“Awak tidur dengan Dr. Aaron dalam dewan sukan kan?!,” tengking Syakina kuat. Sakit telinga bila mendengar berita daripada Zumaira yang Alice terkurung dalam stor sukan bersama Aaron kelmarin. Zumaira dapat tahu cerita itu kerana terdengar perbualan Aaron dengan Sahak pagi kelmarin. Cepat sekali dia menyampaikan berita kepada individu yang memusuhi Alice.“Ada bukti ke cik menuduh saya?” Alice buat muka tidak endah. Langsung tidak gentar dengan pensyarah yang emosional tidak tentu pasal itu.“Ada pelajar yang nampak awak keluar dengan Dr. Aaron daripada dewan Indera awal pagi!”“Pelajar tu ada bukti bergambar ke?”“Tak perlu gambarlah. Saya dah tahu sangat perangai buruk awak tu. Awak sengaja kan nak goda Dr. Aaron?!”“Kalau saya nak goda pun kenapanya? Cik ada masalah?” Geram betul Alice melihat kerenah wanita itu!“Awak jangan kurang ajar!” “Apa masalahnya cik sebenarnya? Dr. Aaron bujang, saya pun bujang. Dan kalau dia dah kahwin sekalipun, itu hak saya untuk goda dia atau tak!”“Awak sedar tak yang Dr. Aaron tu pensyarah awak?”“Hukum mana pulak yang cakap berdosa kalau saya ada hati dengan pensyarah saya?” Soalan Alice buat Syakina tergamam. Menyedari kebodohan sendiri.“Kalau cik percaya dengan khabar angin yang tiada satu bukti kukuh tu, saya pun boleh buat khabar angin.” Ujar Alice dengan senyuman sinis.“Apa awak cakap?”“Bila saya keluar daripada kelas ni, saya akan hebohkan pada satu universiti yang cik terhegeh-hegeh mahukan Dr. Aaron. Cik nak mengurat dia dan jealous dengan saya. Saya boleh popularkan cik dalam facebook juga laman-laman sosial saya yang lain. Kalau cik nak nama cik viral pun saya boleh buat!  Saya nak tengok sama ada ramai atau tidak orang percaya dengan khabar angin tanpa bukti yang saya buat. Cik nak ke saya buat macam tu?!” “Awak mengugut saya?!” Jauh dalam hati Syakina gentar dengan amaran Alice. Gadis itu jauh lebih dikenali ramai berbanding dirinya.“Try me. Saya tak sebodoh yang cik fikirkan. Cuba jatuhkan maruah saya sekali, dan saya akan balas sepuluh kali ganda lebih teruk berbanding tu.” Alice bersuara tenang sebelum berlalu keluar daripada kelas itu. Meninggalkan Syakina yang sedang melontar peralatan menulisnya dan menyumpah seranah Alice.…………….“Good afternoon Alysa .” Aaron menyaingi langkah Alice yang kelihatan baru keluar daripada sebuah kelas.“Good…good.” Alice menoleh sekilas sebelum mengeluh panjang.“Apa yang goodnya?”“Good afternoon lah.”“Macam mana kepala you dah okay?” Prihatin Aaron bertanya. Masih bimbang dengan kesihatan gadis itu. Sewaktu membawa Alice melakukan pemeriksaan di klinik, doktor mengatakan Alice pengsan kerana terlalu penat dan tekanan darahnya agak rendah. Aaron yang mendengar mula berasa bimbang akan kesihatan gadis itu.“Okay. Okay.”“Betul ni okay?”“Okay.”“Mana kawan-kawan you? Kenapa bersendirian ni? Kan I dah pesan pergi mana-mana berteman?” Aaron tidak melihat kelibat seorang pun rakan-rakan gadis itu. Selalunya macam belangkas. Ke mana sahaja pasti berkumpulan.“Saya bukannya budak enam tahun perlu berteman 24 jam!” Alice tiba-tiba hendak marah. Perasan beberapa pasang mata yang memerhatikan mereka berdua penuh curiga. Tidak kurang juga yang mula berbisik-bisik.“Memanglah you dah dewasa tapi sifat penakut you tu mengalahkan budak enam tahun.” Aaron tergelak kecil di hujung ayatnya. Mengimbas kembali wajah takut Alice kali lepas bisa menggeletek hati Aaron.“Dia orang dekat café . Saya nak pergi café lah ni.” Alice berbasa basi. Tidak selesa Aaron berjalan disisinya.“I nak join boleh?”“No way!” Suara Alice meledak dan dia menghentikan langkah. Dia berhadapan dengan pensyarahnya itu. Ingin menyelesaikan permasalahan itu sekarang juga.“Why? Kenapa pulak I tak boleh join you?” Aaron pelik dengan sikap Alice yang tiba-tiba berangin. Selalunya gadis itu suka sahaja apabila Aaron ada sekali dengan geng-geng gosip. “Sir tak dengar ke yang satu universiti sekarang tengah bergosip pasal kita!” Alice membuka mulut menyatakan hakikat itu. Lagak mereka seperti pasangan kekasih yang sedang bergaduh!“So?”“Saya malu! Saya tak nak dekat dengan sir. And hopefully sir pun buat perkara yang sama.” Jujur Alice meluah rasa. Di hadapan Syakina mungkin dia boleh berlakon cool. Namun, dia stress bila semua orang mengumpat tentangnya. Tambahan lagi, nama Aaron berkait sama. Dia tidak mahu nama Aaron tercemar dek kerana telah menolongnya!“No way! Peduli apa dengan gosip orang. I tak akan malu sebab I tak buat salah apa pun. Salah ke I seorang pensyarah menolong pelajarnya yang terkurung dalam stor sukan?!”“Memanglah tak salah. Tapi saya malu.”“You malu bersama dengan I?” Wajah ceria Aaron bertukar kelat.“Ya, nanti entah apa yang dia orang akan cakap. Lebih-lebih lagi Alan…” Alice bercakap apa saja yang terlintas di fikirannya.“Kenapa nak malu dengan Alan pulak?!”“Sir tu abang dia. Sepatutnya saya kena jaga hati dia. Mesti dia fikir yang bukan-bukan…”“You memang tak mengenang budi Alysa!” Intonasi Aaron yang tadi lembut bertukar tinggi dalam sekelip mata.“What?!”“I susah payah tolong you, dan sekarang you cakap you malu nak dekat dengan I?! I…” Aaron mengetap bibir. Tidak berdaya meneruskan ayatnya. Darah marah bercampur dengan cemburu menyerbu hingga ke kepala.“Apa?” Alice terpinga-pinga.“Just forget it!” Aaron membentak sebelum meninggalkan Alice dengan wajah bengang. Nur Alysa tidak sudah hendak melebihkan Alan berbanding dirinya! Pertolongan yang diberikan kepada gadis itu langsung tidak mendatangkan sebarang makna!













BAB 13Tanggal 14 Februari merupakan hari yang dikenali sebagai hari kekasih atau Valentine Day. Di AAU, banyak booth dibuka oleh para pelajar bukan Islam yang menjual bunga, belon,  coklat dan anak patung sempena meraikan hari itu. Sana sini berhias dengan warna merah. Muzik-muzik romantis turut dipasang dalam café dan kedai-kedai dalam AAU.“Wah, banyaknya hadiah valentine Alan!” Berry tergamam apabila melihat selonggok hadiah pelbagai bentuk yang tersusun cantik di atas meja Alan. Alan keluar ke tandas. Sejak pagi mereka melihat Alan tidak menang tangan menerima hadiah dari gadis-gadis yang meminatinya. “Alice pun apa kurang.” Zaty menjuih bibir ke arah meja Alice yang turut bersusun dengan beberapa buah hadiah.“Untunglah, orang famous, ramai secret admire. Ramai peminat. Hadiah pun banyak.” Kata-kata Subash tidak diendahkan Alice. Dia mendapat hadiah daripada pelajar lelaki dan perempuan. Orang dah bagi, tak kan dia menolak pulak. Apa pula kata mereka nanti? Sudah tentu sebahagian daripada individu yang memberi Alice hadiah itu adalah peminat setia novel-novel yang ditulisnya.“Kau kenapa Alice, monyok aje? Tak sihat ke?,” tegur Berry apabila perasan wajah lesu sahabatnya itu.“Aku sihat. Okay ajelah.”“Kau bergaduh dengan Alan ke Alice?” Ain bertanya tiba-tiba.“Tak lah. Kenapa?”“Dia macam malas tegur kau aje? Selalunya sibuk dia bertanya itu ini. Lebih-lebih lagi hari ni hari valentine.”“Entah. Datang bulan agaknya.”“Abang dia pun tak nak tegur kau. Macam tak puas hati dengan kau aje. Kau cari pasal dengan Dr. Aaron ke Alice?” Sampuk Berry dengan wajah ingin tahu.“Tak ada masa aku nak cari pasal dengan dia.”“Betul cakap Berry tu. Selalu kalau dia masuk kelas mesti cari kau. Tanya kau macam-macam soalan. Ini dia buat bodoh aje. Langsung tak ada dia sebut nama kau.” Bicara Zaty sedikit sebanyak membuatkan Alice sentap. Betul ke Aaron tidak puas hati dengannya? Memang jelas Aaron tidak menegurnya saat kelas Mikrobiologi berlangsung sebentar tadi.“A’ah, tadi masa terserempak dekat koridor pun, Dr. Aaron buat tak kenal dekat kau aje. Kenapa Alice?” Berry menyambung. Memang ketara benar layanan Alan dan Aaron terhadap Alice hari itu.“Manalah aku tahu kenapa. Sukahati dialah! Dahlah aku penat, aku balik bilik dulu. Subash, hadiah-hadiah ni you ambillah. Bagi adik you.” Alice bangun daripada duduk dan meninggalkan rakan-rakannya. Baru saja hendak melangkah keluar dari kelas Alice bertembung dengan Syazwan yang sedang tergopoh gapah.“Alice, aku sakit perut. Nak terberak ni. Tolong hantarkan assignment aku ni dekat Dr. Aaron. Terima kasih. Nanti aku belanja kau makan!” Syazwan menyerahkan assignmentnya kepada Alice tanpa sempat gadis itu berkata apa-apa. Dia terus berlari ke arah tandas. Tak senonoh betul perangai!“What?!” Alice terpinga-pinga.……………..Suasana dalam bilik pensyarah agak kecoh saat Alice masuk. Kedengaran sana sini para pensyarah bercerita tentang Valentine Day. Dari kejauhan Alice dapat menangkap kelibat Aaron yang sedang rancak berbual dengan Ashraf dan beberapa orang pensyarah lain. Molek saja pemuda itu tergelak dan tersenyum ceria. Namun, sebaik saja Aaron terlihat wajah Alice, senyumannya hilang begitu saja. Alice menghela nafas panjang. Menguatkan kaki untuk terus melangkah ke meja Aaron.“Hai Alice! Buat apa dekat sini?,” sapa Ashraf dengan senyuman di bibir.“Nak hantar assignment.” “Eh, bukan awak dah hantar semalam?” Ashraf perasan yang Aaron ada memeriksa tugasan Alice semalam. Meja kerja Ashraf terletak bersebelahan meja Aaron.“Ini Syazwan punya assignment. Dia ada hal. Suruh saya hantarkan.” Alice meletakkan tugasan Syazwan di atas meja Aaron. Sedikit pun pemuda itu tidak menoleh pandang ke arahnya.“Banyak kan Alice, Dr. Aaron punya hadiahvalentine? Awak pun mesti banyak dapat hadiah kan tahun ni?” Ashraf menyeringai seraya mengalihkan pandangan matanya ke arah timbunan bungkusan hadiah yang terletak di sisi meja Aaron.“Banyak juga. Tapi nak buat apalah. Saya bukan sambut valentine pun. Okaylah Dr. Ash, saya gerak dulu.” Alice menggigit bibir sebelum pantas berlalu keluar dari bilik pensyarah itu. Boleh pulak Aaron bereaksi seolah-olah dia tidak wujud! Sakitnya hati!“Oit, kau kenapa bro? Gaduh dengan Alice ke?” Ashraf bertanya sebaik saja bayang Alice hilang. “Kenapa pulak aku nak bergaduh dengan dia?”“Tengok muka kau pun aku tahulah. Selalunya kau ceria aje bila aku sebut nama Alice. Ni muka macam ayam berak kapur. Boleh pulak kau buat derk aje bila Alice hantar assignmenttadi.” Giat Ashraf dengan nada berbisik. Bimbang didengari pensyarah lain. Salah faham nanti susah pulak.“Aku…”“Aaron, I ada hadiah nak bagi you.” Bicara Aaron tergantung apabila suara Syakina mencelah dalam perbualan mereka. Aaron melihat wanita itu dengan pandangan tidak berminat. Hari itu Syakina berkebaya ketat merah menyala. Simbolik valentine day kononnya. Langsung tidak kena dengan warna kulitnya yang agak kusam. “Hadiah ni I beli khas untuk you.” Syakina menghulur sebuah kotak yang berbalut kertas bercorak love kepada Aaron. Lambat-lambat Aaron mengambil juga hadiah itu.“Terima kasih.” Dengan terpaksa dia memaniskan muka melemparkan senyuman plastik. Syakina tersenyum lebar hingga ke telinga dan Ashraf yang melihat menahan gelak. Tahu yang ramai pensyarah perempuan AAU menaruh hati pada Aaron. Namun, hati sahabatnya itu telah terjatuh pada pelajarnya sendiri!…………………Malam itu Alice berbaring atas katil dengan fikiran yang runsing. Sedar akan perubahan sikap Alan dan Aaron. Tidak cukup dengan itu, Prince L pun seolah-olah merajuk dengannya kerana Alice sudah lama tidak membalas mesej sahabat mayanya itu. Kini, berpuluh mesej Alice hantar, satu pun tidak dibalas Prince L. Dia pening memikirkan apa yang patut dia buat untuk memulihkan keadaan. Sedang mengelamun hidungnya menghidu bau koko yang kuat. Alice bangun daripada baring dan menuju ke dapur hostelnya.“Shesha buat apa?”“Buat coklat Alice.”“Ha coklat? Tapi kan valentine day hari ni? Bila nak bagi coklatnya?”“Eh taklah. Bukan nak bagi dekat orang. Nak jual. Kan hari tu Sha ada cerita dekat Alice, yang Sha ada belajar cara buat coklat dan nak jual coklat dekat member-member kelas Sha.” Shesha memberi penjelasan dan Alice mengangguk-angguk tanda faham. Shesha bukan berasal daripada keluarga orang senang. Kadang-kala sampai mengikat perut tidak makan kerana kekurangan duit. Alice tidak pernah lokek membantu gadis itu bersama kembarnya kerana mereka berdua sangat rajin dan baik hati! Tiba-tiba terlintas satu idea di benak fikiran Alice.“Sha boleh ajar Alice buat coklat?”“Boleh.”…………………………….“Alan, tunggu kejap!” Alice mengejar Alan yang bergegas keluar dari kelas sebaik kuliah tamat. Alan kelihatan ingin mengelak daripada berlama-lama dengan Alice. Marah betul bila mendapat tahu Alice bermalam di stor sukan dengan abangnya kali lepas. Diikutkan hati mahu dia bergaduh besar dengan Aaron disebabkan perkara itu. Namun, dia sedar, jika Aaron tidak menyelamatkan Alice, sesuatu yang buruk bakal menimpa gadis itu. Dia cuba menyabarkan hati dengan berdiam diri. Buat sementara waktu dia cuba menjarakkan diri daripada Alice.“Ambil ni!” Alice menghulurkan satu kotak kecil berbentuk empat segi yang berikat reben merah kepada Alan.“Apa ni?” Alan teragak-agak menyambut. Melihat deretan coklat berbentuk diamond daripada permukaan kotak yang berplastik lutsinar itu.“Hadiah persahabatan.”“Coklat?”“Aku buat sendiri tahu.”“Serius ke ni? Kau kata kau tak sambut valentine?” Alan terkejut besar mendengar bicara Alice.“Hari ni bukan valentine day pun. Kau tak nak, aku ambil balik.” Alice ingin menarik balik kotak pemberiannya namun Alan cepat menyembunyikan kotak itu di belakang tubuhnya. Takut Alice ambil balik.“Eh, jangan! Aku nak!”“Dia orang kau tak bagi ke?” Alan merujuk kepada rakan-rakannya yang lain.“Aku buat sikit aje. Malas nak bagi dia orang. Kalau dia orang nak coklat, aku boleh belikan. Lagipun aku buat coklat ni specialuntuk kau.” Alice masih ingat bagaimana dia bersengkang mata semalaman untuk menghasilkan coklat itu dengan tunjuk ajar Shesha.“Special untuk aku?” Alan seperti tidak percaya.“Yup.”“Thanks Alice!” Alan yang berniat untuk merajuk lebih lama atas insiden yang menimpa Alice dan abangnya tidak jadi berbuat demikian. Hatinya berbunga-bunga hanya kerana sekotak coklat!……………………Petang itu, setelah tamat semua kelas, Alice merajinkan diri melepak di tepi padang. Meninjau latihan bola sepak di bawah seliaan Aaron. Dua minggu berlalu sejak peristiwa dia terkurung di dewan Indera bersama Aaron. Gosip liar tentangnya dan Aaron sekadar bertebaran dalam kampus buat beberapa hari. Tiada yang berani berkata lebih akan hal itu kerana tidak mempunyai bukti.Akibat kelancangan mulutnya berkata-kata, Aaron kelihatan cuba menjauhkan diri daripada Alice. Namun, ada bagusnya juga tindakan Aaron itu. Kini tiada lagi pelajar yang mencurigai hubungan mereka. Menjelang pukul 6.30 petang barulah latihan tamat. Alice mendekati Aaron yang melangkah keluar padang.“Sir, ambil ni!” Alice menghulur sebuah beg plastik besar kepada Aaron.“Apa ni?” Aaron tidak menyambut. Perasan yang Alice memerhatikannya sejak tadi.“Sweater yang sir bagi pinjam hari tu.”“Ini?” Beg plastik bertukar tangan sebelum Aaron mengintai isi kandungan beg itu. Aaron menarik keluar sebotol air 100 plus.“Airlah.”“I tak ada pinjamkan you air pun?”“Saya belikan minuman untuk sir, sebab sir nampak penat sangat.” Jujur Alice memberitahu. Wajah yang bermandi peluh itu mampu menggetarkan jiwanya. Biola mula bergesek di telinga Alice.“I tak nak.” Botol air dipulang kembali kepada Alice. Alice mengeluh panjang. Aaron cuba meninggalkannya namun Alice sempat menghalang.“Sir, are you avoiding me? Saya ada buat salah ke?” Lemah suara Alice bertanya.“Jangan nak perasan sendiri. Tak ada siapa yang avoid you.” Aaron tidak mengaku.“Yes, you are!”“You nak apa lagi ni Alice? I nak balik.”“Sir memang tak pernah berubah! Sejak dulu lagi... Suka sangat buat orang tertanya-tanya, lepas tu menghilangkan diri.” Alice menundukkan wajah. Terasa seperti hendak menangis. Ayatnya tergantung begitu saja. Terasa dia akan mengarut jika terus membuka mulut.“Maaf kalau saya ada tersalah cakap dengan sir. Sir baliklah. Bye.” Akhirnya Alice yang mengundur diri terlebih dahulu.………………“Abang! Abang tengok ni!” Alan mendapatkan Aaron yang baru pulang daripada latihan bola sepak. Aaron menghempas punggung atas sofa. Membiarkan Alan duduk di sisinya. Adiknya itu sibuk menunjuk sekotak coklat berbentuk diamond.“Coklat?” Aaron menggapai sebiji daripada coklat itu. Belum sempat masuk ke dalam mulut, coklatnya dirampas Alan.“Jangan makan! Ini istimewa untuk Alan!” Alan terjerit besar.“Coklat je kut?”“Cuba teka siapa bagi coklat ni?”“Manalah aku tahu siapa yang bagi. Kau tu dahlah ramai peminat.” Ratusan barang pos tiba di rumahnya sempena hadiah hari valentine untuk Alan. Sungguh adiknya itu digilai ramai wanita.“Alice abang! Alice yang bagi! Dia buat sendiri coklat ni!” Jawapan Alan menyebabkan jantung Aaron terasa seperti dicucuk sesuatu. Alice yang bagi?“Bertahun-tahun kami berkawan. Baru hari ini pertama kali dia bagi Alan coklat. Mungkin dia dah sedar yang Alan sayangkan dia. Walaupun hari ni bukan valentine day, is still okay. I’m so happy!” Kegembiraan jelas terpancar di wajah Alan. Berbeza dengan Aaron yang terus terkedu dan diam membisu. Perlahan dia menapak meninggalkan ruang tamu menuju ke biliknya.Tiba di bilik tidur, Aaron melempar beg pemberian Alice ke atas katil. Sangkanya Alice mempunyai perasaan yang istimewa terhadapnya. Dia tidak menyangka yang Alice ada menyimpan hati terhadap Alan. Jika tidak masakan gadis itu sanggup membuat coklat sendiri sebagai hadiah untuk Alan. Fikiran Aaron berserabut tiba-tiba. Dia ingin baring atas katil sebelum matanya dapat menangkap satu kotak kecil terkeluar daripada beg plastik Alice.“Apa ni?” Aaron menarik keluar kotak kecil yang tertindih dek sweaternya. Dan apabila Aaron membuka kotak itu, terdapat sekeping coklat berbentuk hati sebesar duit siling 50 sen. Comel saja bentuknya. Aaron menyelongkar beg itu dan ternyata ada sekeping kad kecil dalam poket jaket yang telah dibasuh Alice itu.‘Dear sir,Saya minta maaf…This heart special made for you.I know you hate sweet thing…so I’ll just give you a small oneSorry for everything- Alice’Ringkas sekali nota itu namun cukup untuk mengocak perasaan Aaron. Dia yang membaca tulisan Alice itu terduduk atas katil dengan perasaan bercampur baur. Gembira dan penuh tanda tanya! Dulu, dia pernah memberitahu Alice yang dia tidak sukakan coklat atau apa jenis makanan yang terlalu manis. Tidak menyangka gadis itu ingat akan semua bicaranya! Aaron kehilangan kata. Gundah dan lelah jiwanya mengalir pergi hanya kerana seketul coklat kecil!

 P/S : Rajin2 komen dan like di FACEBOOK masing2 ya. Thanks for reading







 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 24, 2015 22:26

September 26, 2015

NOVEL : DOKTOR + ACTOR = NOVELIS BAB 8, 9, 10




BAB 8Peperiksaan mid-term berlangsung selama dua minggu. Para pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran seminggu sebelum peperiksaan. Alice menghadiri semua kelas tambahan yang diadakan tanpa banyak songeh. Kecuali kelas Aaron. Saja hendak menduga pensyarahnya itu kerana main cabar-cabar dengannya kali lepas. Tamat peperiksaan, pelajar bercuti selama seminggu. Ramai yang pulang ke kampung dan sebahagian pelajar lain sibuk dengan persediaan festival konvokesyen AAU kali ke-8. Festival yang berlangsung selama seminggu itu bukan saja meraikan pelajar yang menamatkan pelajaran di AAU, bahkan banyak acara diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar. Selain itu, festival tersebut turut menarik perhatian orang luar agar menuntut pelajaran di AAU. Alice, Ain, Subash dan Syak antara individu yang terlibat dengan festival tersebut. Jadi mereka tidak dapat pulang ke kampung. Pada pagi Isnin mereka bertugas di booth menjual pakaian di AAU. Menjelang tengahhari mereka bertukar giliran dengan pelajar junior. Beribu manusia melawat festival AAU. Mujurlah mereka tidak ditempatkan di booth menjual makanan. Mahu tidak menang tangan!“Wah, sir nak pergi memancing ke?” Alice yang baru selesai mengisi perut di café menyapa Aaron yang membawa beberapa batang joran ke tempat parkir kereta.“Eh, taklah nak main bola.” Jawab Aaron yang segak bertopi, berseluar jeans dan bertshirt warna hijau tua. Dia berpakaian ranggi saat itu. Aaron tidak mengendahkan Alice dan mengisi jorannya ke dalam boot Audi A5.“Oh sir nak pergi memancing dengan Dr. Ash rupanya. Doc nak memancing kat mana?” Alice meninggalkan Aaron dan mendekati Ash yang sama membawa joran.“Dekat Shah Alam Alice, awak nak ikut ke?”“Boleh ke saya ikut?” Alice menunjuk wajah teruja sementara Aaron mencerlung marah ke arah Ashraf.“Sudah tentu boleh. Ajaklah sekali member-member awak tu.” Ashraf mengisyaratkan matanya ke arah Subash, Ain dan Syak yang sekadar memerhati dari jauh.“Hoi guys! Sini-sini!” Alice menjerit sambil melambai-lambai tangan memanggil sahabatnya. Ashraf menutup sebelah telinganya yang rasa tuli dengan suara petir Alice dan Aaron mendengus geram. “Ada apa Alice?” Subash yang berlari-lari anak mendekati Alice segera bertanya.“Sir dengan Doc nak pergi memancing dekat Shah Alam. Kau orang tak ada apa-apa aktiviti kan? Jomlah ikut dia orang memancing.”“Eh, Dr. Aaron dengan Dr. Ash tak terlibat dengan festival AAU ke?” Tanya Syak ramah.“Kami terlibat di bahagian pagi aje. Petang ni lecturerlain pula ambil alih.” Beritahu Ashraf jujur. “Kau tak boleh ikut dia orang memancinglah Alice.” Selar Ain tiba-tiba.“Kenapa pulak tak boleh?”“Perempuan ikut memancing sial. Nanti tak dapat ikan.”“Peduli apa aku. Yang tak dapat ikan Dr. Ash. Bukan aku.” Jawab Alice selamba.“Dia ni kan!” Laju saja tangan Ashraf meluku kepala Alice. “Aduh! Sakitlah!” Alice mengaduh kesakitan. Mereka terkejut kecil apabila Aaron tiba-tiba masuk ke dalam kereta dan menghempas pintu kuat.“Dr. Aaron macam tak suka aje kami ikut?” Subash buat muka cuak.“Is okay. Dia datang bulan kut. Kejap lagi okaylah tu. You guys naik dengan sayalah.” Cadang Ashraf dan mereka sekadar angguk-angguk kepala.Menurut Ashraf mereka akan memancing di kolam ikan seksyen 24, Shah Alam. Sudah lama dia dan Aaron merancang untuk memancing bersama. Namun selalu tiada masa terluang. Aaron meminjam joran kepunyaan Haji Yusof, pensyarah Biochemistry I Alice. Sebab itulah Alice dapat melihat Aaron membawa joran dari arah kereta Haji Yusof. Pada mulanya Ashraf ingin menaiki kereta Aaron untuk ke kolam ikan. Tapi bila Alice hendak ikut, lebih baik dia memandu keretanya sendiri. Selang 40 minit memandu mereka tiba di kolam ikan yang terkenal di kalangan kaki pancing itu. Aaron dan Ashraf memasang joran masing-masing sementara Alice, Subash, Syak dan Ain berbual-bual di sebuah pondok yang tersedia di kawasan kolam itu. “Kenapalah kau ajak budak tu datang sini Ash? Stressaku.” Aaron mengeluh saat mencangkuk umpan di mata kailnya.“Kenapa pulak kau stress dengan dia? Alice tu bukan budaklah. Kalau dia kahwin dengan kau dah ramai anak kau dapat.” Ashraf berbicara perlahan sambil gelak. Bimbang didengari Alice.“Apa hal pulak aku nak kahwin dengan dia?”“Kau tak nak ke kahwin dengan dia?” Soalan dibalas dengan soalan dan akhirnya Aaron berdiam diri. Malas hendak melayan Ashraf yang suka menyakat.“Sir pandai ke memancing ni? Muka bandar aje.” Bosan berbual bersama rakan-rakannya, Alice mendekati Aaron dan Ashraf yang sedang duduk di kerusi. Menanti umpan dimakan ikan.“Apa kait mengait muka bandar dengan memancing?” Aaron bertanya acuh tidak acuh.“Orang bandar tak pandai memancing.”“Just wait and see.” Aaron rasa tercabar dengan kata-kata Alice. Ada pulak hendak membezakan orang kampung dan orang bandar dalam aktiviti memancing! “Saya tengok dalam internet, dekat sini banyak ikan besar. Kenapa sir lambat sangat dapat ikan?” Ashraf menahan gelak melihat wajah bengang Aaron. Alice berdiri di sisi mereka dengan handphone di tangan. Asyik scroll tentang kolam ikan seksyen 24 itu. Walhal baru setengah jam berlalu, masih terlalu awal untuk ikan makan umpan! “Sir, tangkaplah ikan Amazon catfish, patin albino atau baung ekor merah. Saya tak pernah tengok.” Aaron malas melayan pertanyaan Alice. Ashraf keras perut mendengar soalan gadis itu. Dia ingat memancing itu mudah sangat ke?“Boleh dapat ikan ke ni sir? Dah satu jam kut!” Alice mula membebel apabila pertanyaan demi pertanyaannya tidak diendahkan.“Bosanlah. Panas!” Alice merengek apabila cahaya matahari menyilaukan pandangannya.“Padan muka. Siapa suruh ikut. Ingat puteri lilin agaknya. Tak boleh kena panas.” Perli Aaron tanpa melihat wajah Alice. “Alice cuba tengok pondok hujung tu. Lawak siot!” Syak tiba-tiba menerpa Alice dan memaut bahu gadis itu. Alice mengecilkan mata dan melihat ke arah yang dikatakan Syak. Pandangannya kabur dan dia tidak dapat melihat apa pun dengan jelas.“Lain kali bawa cermin mata.” Tegur Aaron tiba-tiba. Dia bangkit dari duduk dan mengambil bekas kaca mata dari beg sandang yang di bawa sebelum menyerahkannya kepada Alice. Alice teragak-agak membuka bekas kaca mata Aaron. Tahu Aaron ada masalah rabun jauh sepertinya. Namun jarang sekali dia melihat pemuda itu berkaca mata dalam dewan kuliah. Mungkin memakai contact lens. “Mulut tu jangan bising sangat, orang nak memancing. Nanti ikan lari.” Aaron mencabut cap di kepalanya dan memakaikan cap tersebut di kepala Alice. Kemudian dia kembali duduk. Ashraf dan Syak menjadi pemerhati sambil tersengih. Alice tergamam seketika, jantung berdebar bagai nak gila. Ingatkan Aaron meluat dengan semua bebelannya.“Semua doctor memang buta ke?” Alice memakai kaca mata Aaron dan ternyata powerkaca mata pemuda itu agak kuat.“Taklah. Tapi selepas melihat you, baru I tahu kebanyakkan novelis rabun.”“Puaka juga mulut dia ni.” Perlahan sekali Alice menyumpah Aaron.“Tengok sana Alice!” Syak sekali lagi mengarahkan Alice agar melihat sesuatu. Kali ini pandangan Alice lebih jelas.“Wah, orang buat maksiat! Ambil gambar, ambil gambar!” Alice segera mengeluarkan handphone dari poket seluarnya, namun dalam kadar sesaat handphonenya di rampas Aaron.“You nak buat apa ambil gambar dia orang?” Soal Aaron serius.“Hantar dekat page Pen Merah atau Sukan Star TV atau AmranFans. Bagi viral. Hahaha.” Alice ketawa jahat sambil menyebut nama beberapa page di facebook yang menjadi ikutan ramai.“You rasa hebat sangat ke dapat mengaibkan orang?”“Ia bukan soal mengaibkan, tapi soal untuk dibuat pengajaran. Sir fikir ya, kalau semua orang yang buat maksiat di tempat terbuka ni, kita ambil gambarnya dan kita siarkan di facebook, sir rasa ada lagi tak orang yang berani nak buat maksiat tanpa mengira tempat?”“Banyak cara lain untuk menasihati mereka.”“Sir nak suruh saya azan dekat telinga mereka ke?”“Bila you dah buka aib mereka, you rasa future mereka tak terjejas ke?”“Kalau mereka fikir pasal future, mereka tak kan berani buat macam tu.” Alice bersuara bengang seraya menjeling pasangan berbangsa melayu yang asyik berkucupan di pondok paling hujung di kolam memancing itu. Paling tak boleh blah, keduanya berjantina lelaki.“Semua orang pernah buat silap kan?”“Yang sir nak sokong sangat orang yang buat maksiat ni kenapa? Sir ni pun gay ke?! Atau dulu sir pernah jadi gay?!” Suara Alice naik seoktaf. Aaron dan Alice sama berlawan pandangan. “Suka hati youlah Alysa. Ambil lah gambar mereka. Viralkan. Lepastu biarkan keyboard warrior maki hamun dia orang. Satu nasihat pun mereka tak dapat. Keyboard warrior yang menaip ikut sedap hati dapat dosa, you pun dapat dosa. Silakan. Silakan.” Aaron malas bertekak, dia memulangkan kembali handphoneAlice dan duduk di kerusi memancingnya.“Oit Alice, dahlah. Tak kan pasal gay couple, kau nak bergaduh dengan Doc.” Syak cuba menjernihkan suasana. Alice mengetap bibir. Ada benarnya apa yang dikatakan Aaron. Keyboard warriorataupun individu yang gemar komen ikut sedap hati akan sesuatu berita di facebook jarang sekali meninggalkan komen nasihat. Ramai yang memaki hamun adalah.“Wow, ada ikan tu bro!” Jeritan Ashraf mematikan lamunan Alice. Mereka sama-sama memerhatikan joran Aaron yang lendut akibat ditarik sesuatu yang berat dalam air.“Wah, tarik sir! Tarik!” Hilang terus perasaan marah Alice. Dia pula yang terjerit-jerit di gigi kolam. Hal gayboyyang sedang bercengkerama diabaikan begitu sahaja. Subash dan Ain yang tadi hanya berehat di pondok sama menyorak Aaron. Selang 20 minit bergelut dengan ikan yang tidak kelihatan, Aaron berjaya mendaratkan seekor ikan Alligator gar.“Wow, besarnya ikan!” Alice terkinja-kinja melihat ikan yang terketik-ketik di atas rumput. Pantas saja dia mengambil gambar. Kali ini Aaron tidak berani menegur pasal gambar, ada berbulan Alice tidak akan menegurnya kelak. Mati kutu Aaron dibuatnya!“Rezeki kau bro.”“Wah, sedap kalau masak tiga rasa ni.” Alice mencuit ikan yang masih mengeliang geliut minta dilepaskan sebelum berselfie dengan ikan itu.“Makan pulak dia ni!” Aaron tersenyum kecil.“Ikan hodoh macam ni pun you nak makan ke Alice?” Subash berdiri agak jauh. Geli dengan ikan yang kelihatan hodoh itu.“You apa tahu Subash, suka makan ayam aje.” Mereka tergelak mendengar jawapan Alice.“Pergi timbang Aaron. Mana tahu kau menang jackpotikan ni.” Arah Ashraf dengan wajah gembira. Di kolam memancing itu ada hadiah jackpot bagi mereka yang berjaya mendaratkan ikan-ikan tertentu dengan saiz yang ditetapkan.“Okay.”“Ruginya…” Keluh Alice tiba-tiba.“Apa?”“Nanti ikan ni kena lepaskan balik.” Dan di kolam memancing itu juga dikenakan prinsip catch and release. Dah tangkap wajib lepaskan kembali. Tujuannya untuk memastikan ikan tidak habis ditangkap.“So?”“Kalau boleh masak kan bagus?”“Tak padan dengan kecil dia ni. Selera besar.” Aaron geleng-geleng kepala. Alice membontoti langkah Aaron menuju ke arah kedai tempat menimbang ikan.“Ikan dalam kolam tak sedaplah Lysa.” Aaron tidak gemar melihat wajah terkilan Alice. Gadis itu asyik melihat ikan yang dibawanya. Macam kanak-kanak lima tahun yang sedang mengendeng ais krim ketika demam.“Kenapa tak sedap?”“Sebab ikan kolam makan dedak. Tak macam ikan sungai.”“So, kalau tak sedap, kenapa sir memancing dekat kolam?”“Senang nak dapat ikan. Kaki pancing ni memancing bukan untuk makan ikan yang ditangkap, tapi untuk rasa nikmat menarik joran apabila umpan dimakan ikan.” Aaron cuba memberi penjelasan. Alice sekadar angguk-angguk kepala. Pernah mendengar perkara yang sama dikatakan oleh abangnya. Dia peduli apa. Apa yang Alice tahu, hasil tangkapan bakal dimakannya.Ternyata telahan Ashraf benar belaka, Aaron memenangi wang jackpot sebanyak RM 1000 dengan hasil tangkapannya yang seberat 8.87 kilogram. “Ash, malam ni dinner rumah aku nak?” Ajak Aaron tiba-tiba.“Eh, tak apalah bro. Aku nak balik kejap lagi. Ada hal dekat luar.” Beritahu Ashraf saat mengemas peralatan memancingnya. Mereka beransur ingin pulang.“You all free tak? Dinner rumah saya nak? Lepasdinner saya hantar balik rumah masing-masing.” Aaron memandang wajah empat orang pelajarnya itu.“Okay.” Mereka bersetuju sahaja.








BAB 9“Aaron, where did you go? What the kind of …” Mata Dewi membulat melihat anak bujangnya masuk ke dalam rumah dengan membawa satu bungkusan yang berbau hanyir. Baru dia hendak bertanya lebih lanjut, wajah Alice menampar pandangannya.“Oh my god! Anak mama, udah lama kok kamu ngak ke sini. Kangen banget sama kamu!” Mama Aaron terjerit keriangan sebelum merangkul tubuh Alice yang baru menapak masuk ke dalam rumahnya. Bahasa Indonesia terkeluar daripada bibir wanita berusia awal 40 an itu kerana terlalu gembira.“Alice kangen sama mama juga. Mama kelihatan makin cantik sih. Mama sihat?” Alice tersengih- sengih bertanya khabar. Dia bukan pandai sangat cakap Indonesia. Hentam sajalah!“Ada-ada saja kamu ini Alice. Mama sihat sahaja. Orang tuamu sendiri bagaimana. Sihat saja kan?”“Alhamdullilah sihat mama.” Syak, Ain dan Subash turut bersalaman dengan Dewi. Wanita yang wajahnya begitu awet muda dan kelihatan seperti gadis 30 an.“Mom, Aaron naik atas dulu.” Aaron yang tidak mempedulikan perbualan mamanya dan Alice ingin berlalu pergi masuk ke dalam bilik. Ini bukan kali pertama Alice datang ke rumahnya. Jadi dia tidaklah hairan sangat. Mama Aaron sendiri telah menganggap Alice sebagai anak. Justeru Alice menggelar Dewi, mama.“Ya ampun, maaf. Mama lupa kamu ada festival di sekolah.” Dewi beralih pandang ke arah Aaron yang sedang mendaki tangga. Patutlah sejak pagi Dewi tidak melihat wajah anak bujangnya.“Is okay mom. Lys , ikan I dah letak dekat dapur. Pergilah masak sendiri.” Kata-kata Aaron menyebabkan rahang mulut Alice hampir terjatuh. Pemuda itu selamba meninggalkan mereka di ruang tamu.“Sorry ya Alice, mama udah telat ini. Ada meeting dengan rakan. Pergi dulu ya sayang. Kamu free nanti, datang sini lagi ya sayang.” Dewi agak terkilan kerana tidak dapat berbual panjang dengan gadis yang telah dianggap seperti anaknya sendiri itu.“Is okay. Hati-hati drive mama.” Alice mengiringi Dewi ke luar rumah banglo dua tingkat itu.“Pergi dulu ya. Anggap saja ini rumah kamu. Jangan malu-malu. Bye.” Dewi mencium pipi Alice buat sekali lagi sebelum berpesan kepada Subash, Syak dan Ain yang kelihatan malu-malu kucing. “Bye.” Mereka melambai-lambai tangan sehingga kelibat Dewi hilang dari perkarangan rumah itu.“Cantik betul mak Doc ya? Berapa umur aunt tu Alice?” Tanya Subash yang pertama kali bersua muka dengan mama Aaron. Ini baru kali ketiga dia berkunjung ke rumah Aaron. Selalunya Alan yang mengajak mereka lepak di rumah itu. Namun tidak berkesempatan bersua muka dengan Dewi yang sibuk sebagai ahli perniagaan.“42 tahun.” Jawab Alice selamba. Mereka bertiga menuju ke dapur.“Gilalah! Muka dia macam 30 an kut.” Syak menunjukkan reaksi terkejut.“Mak Doc tu mix ke Alice? Muka tak macam melayu pun? Orang Indonesia ke?” Tanya Ain pula.“Em…asal Indonesia. Atuk dan nenek Alan belah momdia memang kacuk macam macam, ada darah belanda, ada darah cina dan Indonesia. Hinggalah aunt Dewi cari rezeki dekat sini dan kahwin dengan orang melayu. Dia duduk Indonesia pun masa kecil aje. Ibu bapa pun dah tak ada. Jadi lepas kahwin tu aunt bermastautin dekat sini. Alan dengan sir pun lahir dekat Malaysia. Then, daddy dia orang meninggal. So, business daddy mereka, aunt Dewi yang uruskan.” Jelas Alice panjang lebar. Tahu semua cerita itu dari Alan.“Oh, sebab tulah aku tak pernah dengar Alan atau Doccakap Indonesia.” Syak mengangguk-angguk tanda faham. Begitu juga dengan Ain dan Subash.“You pandai masak ke Alice?” Subash bertanya apabila melihat Alice membuka plastik berisi ikan segar yang dibeli Aaron di pasar tadinya.“You tengok muka I ada nampak macam pandai masak ke?”“Tak ada.”“Ha, tahu pun!” Alice membentak geram dan Subash tergelak besar.“Oit Ain, macam mana ni? Aku bukan pandai masak. Kau masakkan lah.” Alice menolak plastik ikan ke arah Ain.“Kepala kau. Aku mana pandai.”“Kau nak masak ke wei?” Syak bertanya apabila melihat Alice membuka handphone dan search resipi masakan ikan.“Entah, aku buat ajelah apa yang aku tahu. Kau orang pergilah tengok tv sana.” Alice menghalau. Tak kanlah Aaron suruh dia masak dan dia buat bodoh pulak? Jatuhlah sahamnya nanti!“Amboi, macam rumah dia pulak.” Rungut Ain.“Kau tak dengar ke tadi mama sir cakap apa. Dia cakap buat macam rumah sendiri kan. So, buat ajelah macam rumah sendiri.” Alice membebel seraya scroll resipi masakan ikan kerapu yang dibeli Aaron dalam internet. Tadi pulang dari kolam memancing, Aaron singgah di mini market dan membeli ikan kerapu. Sangka Alice, Aaron yang akan memasak. Rupa-rupanya dia yang menjadi mangsa. Hendak mengharapkan Syak, Ain dan Subash, dua kali lima saja dengannya. Alice mula menyiang ikan yang dibeli, membasuh dan toskan ikan. Dia hanya mengikut langkah demi langkah yang tertera dalam internet. Rakan-rakannya syok menonton televisyen di ruang tamu. Tiada hati ingin membantu Alice.“Buat apa tu?” Satu suara menegur Alice saat gadis itu memotong bawang. “Ha?” Alice menoleh pandang dan ternyata Aaron yang menegurnya. Wajah ceria pemuda itu bertukar cemas apabila melihat mata Alice yang berair.“Hei, you menangis kenapa?” Aaron segera mendekati. Dia baru selesai membersihkan diri dan bersalin pakaian.“Pedihlah bukan menangis.” Alice menggosok-gosok mata yang perit.“Ish, dia ni, jangan gosok mata tu. Nanti bertambah merah. Dahlah pergi tengok tv sana. Biar I yang masak. Potong bawang pun tak pandai.” Aaron mula membebel seraya menarik papan pemotong daripada tangan Alice. Alice sekadar terkebil-kebil melihat kelakuan pemuda itu. Dia memandang Aaron dari atas hingga ke bawah. Santai dengan t-shirtdan seluar khaki, haruman menyegarkan yang datang daripada tubuh Aaron buat Alice terbuai seketika.“Sir pandai masak ke?”“Dah tentulah pandai. Bukan macam you. Semua tak pandai.” Perli Aaron selamba. Baru terfikir hendak membuli gadis itu. Namun tidak jadi, rasa bersalah pula bila melihat Alice sampai menangis hendak memasak.“Saya pandai makan aje.”“Ikan mana?”“Dalam freezer.”“Kenapa letak dalam freezer?”“Saya dah siap siang.” Penyataan Alice buat Aaron berkerut dahi. Macam tidak percaya sahaja Alice pandai siang ikan.“Kenapa sir buat muka macam tu? Nak mengata saya tak pandai siang ikan lah tu.” Alice seperti dapat membaca fikiran Aaron. Aaron membuka freezer dan mengambil semangkuk ikan yang telah disiang Alice. Dia mengeluh panjang melihat ikan itu.“Kenapa?”“Macam manalah you siang ikan Lys, sisik masih ada. Kepala ikan putus. Isi rabik sana sini. Tak kemas langsung!” Komen Aaron hanya menyebabkan Alice menggaru-garu kepala yang tidak gatal dengan darah malu menyerbu ke muka. Aaron membawa ikan kembali ke sinki dan membuang lebihan sisik yang masih bersisa. Alice sekadar memerhati dan membantu apa yang perlu. Aaron mula memotong bawang dan sayur-sayuran lain untuk memasak.“Agaknya macam nilah suasananya…”“Suasana  apa?” tanya Aaron yang khusyuk memotong lobak merak membentuk hirisan kecil. Kemas sekali potongannya dalam pandangan mata Alice.“Suasana suami masak untuk isteri yang baru pulang dari kerja.”‘Tap!’ Aaron hampir terpotong jarinya sendiri dengan penyataan selamba badak Nur Alysa!“Bukan isteri ke yang sepatutnya masak untuk suami?” Aaron menahan getar pada suaranya. Alice sedang menumis bawang di kuali.“Hahaha, bukan untuk suami saya kut. Sebab saya tak pandai memasak.” Alice tergelak sendiri bila berbicara soal memasak.“Memasak tu kan boleh belajar. Asalkan rajin, jangan malas.” Nasihat Aaron sebelum memasukkan ikan separa hancur akibat siangan Alice ke dalam kuali. “Sir pandang sini!” Alice tidak mengendahkan kata-kata pemuda itu. Aaron berpusing ke belakang dan belum sempat dia bercakap apa-apa, Alice mengambil gambarnya. Molek saja gadis itu berdiri di sisinya dengan senyuman lebar.“Amboi, menyempat lagi kau ya Alice.” Ain yang kebetulan hendak meninjau Alice di dapur menegur kelakuan nakal rakannya itu. Alice buat tidak tahu. Gembira dapat selfie bersama Aaron yang sedang memasak.“Kita orang nak selfie juga!” Syak yang pantang melihat orang mengambil gambar mula mengambil port untuk bergambar bersama. Akhirnya Aaron menyerah kalah, terpaksalah dia bergambar di dapur bersama para pelajarnya itu.“Emm, sedapnya!” Alice menyuap makanan dengan mata yang terpejam rapat. Menikmati makanan dengan caranya sendiri. Aaron yang makan semeja dan melihat telatah gadis itu sekadar tersenyum lebar. Sebelum makan Alice sempat ambil gambar makanan. Aaron malas hendak menegur, nanti ada yang bertegang urat di hadapan makan malam mereka.“Banyak gila you makan Alice!” tegur Subash apabila Alice bertambah nasi. “Diam! Nanti I sumbat mulut you dengan tulang ikan ni.” Alice mengajukan tulang ikan kerapu masak tiga rasa ke arah Subash. Sahabatnya itu sekadar tergelak.“Pandailah Doc masak, sedap betul.” Puji Syak ikhlas.“Tengoklah siapa yang siang ikan. Sebab tu sedap.” Sampuk Alice dengan wajah selamba.“Apa kait mengait siang ikan dengan rasa ikan?” Tokok Ain pula.“Mula-mula I ingatkan Doc masak ayam, rupa-rupanya ikan. Fizikal ikan ni dah hancur dikerjakan Alice. Ish, ish, ish.” Giat Subash lagi.“Subash!” Alice menahan geram apabila rakan-rakannya enak membahan dirinya.“Dah siap makan tolong basuh ya girls.” Aaron membuka mulut.“Okay bos!” Alice laju menjawab.Selesai membasuh pinggan, mereka berempat bersama Aaron melepak di ruang tamu. Aaron ingin menonton buletin utama sebelum berjanji untuk menghantar para pelajarnya pulang ke rumah masing-masing. Alan tidak pulang ke rumah kerana ada shooting drama di Thailand selama empat hari. Dewi pula sibuk dengan hal perniagannya. Menjelang tengah malam baru wanita itu pulang ke rumah. “Alice aku ada berita gempak!” Suara Syak yang tiba-tiba menjerit mengejutkan mereka.“Apa?”“Cuba baca ni.” Syak menghulurkan tab nya kepada Alice.“What?! Leo datang universiti kita?! Dia menyanyi? Biar betul! Dia ada lagi kat sana tak? Ya Allah sayangnya!” Mata Alice terbeliak membaca berita yang terpamer di moment we chat Syak.“Betullah ni. Dia orang siap tangkap gambar lagi!” Syak menunjuk gambar Leo yang sedang berposing dengan beberapa orang pelajar AAU. Alice yang melihat jadi tak tentu hala. Gayanya macam tersampuk pun ada dek kerana terlalu teruja. Langsung tidak dihiraukan pandangan jelek Aaron.“Cuba mesej! Eh, tak! Cuba call tanya Leo ada lagi tak kat sana? Kalau ada aku nak pergi tengok! Aku teringin sangat nak jumpa dia!” Alice cepat memberi arahan. Syak baru ingin menelifon rakannya yang berada di AAU sebelum dia mendapat satu mesej lain.“Tak adalah Alice, dia datang sekejap aje, dah balik. Dia orang baru mesej.” Berita yang disampaikan Syak buat wajah Alice bertukar pucat.“Damn! Damn! Damn!” Alice bangun dari duduk dan memegang kepala yang terasa berpusing.“Ruginya! Aku nak sangat jumpa dia!” Keluh Alice di hujung bicara. Jelas terpamer riak terkilan dan kecewa di wajahnya.“Rilekslah Alice. Mesti satu hari nanti you dapat jumpa Leo tu.” Subash cuba menyedapkan hati rakannya.“Peliklah. Kenapa Leo boleh datang AAU pulak? Kita tak ada dengar sebarang berita pun.” Ain bertanda tanya sendiri. Dia mula mengeluarkan handphone untuk bertanya dengan sesiapa yang tahu akan berita kedatangan Leo.“Hebat sangat ke Leo tu sampai you teruja sangat nak jumpa dia? Tak dapat jumpa artis buat ekspresi muka macam mati laki.” Setelah lama berdiam diri akhirnya Aaron membuka mulut. Konsentrasinya untuk melihat berita tergendala apabila melihat wajah Alice yang taksub sangat dengan lelaki bernama Leo!“Dia bakal suami saya okay. Sir tak faham!” Jawapan Alice buat Aaron gigit bibir menahan bengang.“Cukuplah Lysa dengan ketaksuban you dengan lelaki-lelaki popular tu. Meluat betul I tengok.” Sindir Aaron dengan wajah kelat.“Kenapa sir jealous ke?” Alice sempat mengusik pensyarah muda itu. Menantikan jawapan Aaron yang jual mahal sangat itu umpama menantikan bulan jatuh ke riba. Kalau jealous tu cakap ajelah jealous!“Rugilah Alice. Bukan selalu dia turun Malaysia.” Syak yang sama meminati Leo turut kecewa.“Huargh, serius rasa nak menangis! Kalau tahu tadi tak ikut sir pergi memancing atau balik sini!” Alice menghempas diri atas sofa. “Siapa yang terhegeh-hegeh sangat nak ikut I pergi memancing tadi?! Orang tak ajak dia pun, nak salahkan orang pulak.” Bicara Aaron buat mereka berempat terdiam. Subash menyinggung lengan Ain dan Ain memberi isyarat mata ke arah Syak. Alice buat tidak endah.“Dahlah wei, kau memang tak ada rezeki jumpa dia.” Syak cuba menenangkan keadaan. Bimbang angin Aaron semakin buruk sebentar lagi.…………………..‘Iranda Indah- Handsome gila lecturer awak Alice.’‘Berry- Untunglah dapat makan rumah Dr. Aaron.’‘Prince Z- Amboi, datang rumah aku masa aku tak ada ya! Merajuklah macam ni.’‘Zai Nur Dianty- Wah, handsome! Macam mat salleh!‘Delaila-Handsomelah akak lecturer akak. Doctor ya? Ngorat boleh? Hahaha.’Alice mencebik bibir membaca komen di wall facebooknya setelah dia memuat naik gambar bersama Aaron yang sedang memasak dengan caption ‘Cooking with my Lecturer a.k.a Dr. Aaron!’. Semua dok pakat-pakat memuji Aaron handsome. Tak ada pulak yang nak puji dia cantik! Alice mula memberi komen balas kepada individu yang komen di gambarnya itu.‘Prince L- Where have you been? Why not reply my massage?’‘Prince Z- Don’t disturbed my girl okay!’Dua komen yang masuk serentak membulatkan mata Alice. Dia yang sedang bergolek-golek atas katil terus duduk dan memandang lap top lama.‘Prince L-Yang kau nak sibuk ni apa hal? Kau siapa?’‘Prince A- Tak baik bergaduh sebab perempuan.’‘Prince Z- Aku  bestfriend Alice. Kau tu siapa nak sibuk hal Alice? Prince A kau jangan nak sibuk hal aku.’Mata Alice makin terbeliak. Tiga orang Prince pula sibuk komen di statusnya.‘Prince L- Muka macam katak, ada hati nak kat Alice. She’s mine!’‘Prince Z-  Amboi, kurang ajar mulut kau ya! Nak tahu aku handsome ke tak, jomlah jumpa dekat luar! Takut kau pengsan nanti tengok kekacakan aku!’‘Prince A: Uwek! I’m quite sure both of you just too ugly’Alice tergelak membaca komen Prince A, lupa hendak meninjau profil sahabat maya barunya itu. Apabila membuka profil Prince A, tiada apa yang menarik untuk dilihat. Gampar profil pun hanya berlatar belakangkan musim bunga dan cover photonya gambar musim salji. Facebook Prince A seperti baru dibuka. Rakannya pun tak sampai seratus orang. Jadi Alice tidak dapat melihat wajah Prince A itu.‘Prince L- Alice, should we meet? So you boleh tahu I ni handsome ke tak.’Soalan Prince L buat Alice tidak keruan. Dia segera menaip untuk membalas komen itu.‘Alice: Ignore what they said. Eventhough we never met, I’m quite sure I can accept whatever you face may look like.’‘Prince A- Perempuan…tak jumpa bolehlah cakap boleh terima. Dah jumpa, bila hodoh. Diludahnya pulak.’‘Alice- Kenapa nak ludah pulak?’‘Prince A- Sebab perempuan macam awak jenis memandang rupa.’‘Prince L- I’m sure Alice not like that!’‘Prince Z- Eh, Prince A. Sedap sungguh kau mengata kawan aku ya. Aku gunting mulut kau nanti!’‘Prince A- Perempuan jenis macam ni Prince L. Tak payah jumpa pun tak apa. Buat menyakitkan hati saja. I memang tak hadap jenis perempuan macam ni.’Komen terakhir daripada Prince A buat Alice terbakar satu badan. Ada yang kena blockkejap lagi nih! Siapa sebenarnya Prince A ni? Tak tentu pasal hendak mengutuknya!‘Prince L- Damn  you Prince A!’‘Prince Z- Damn you! Kalau aku jumpa kau dekat luar A, mampus kau aku kerjakan!’‘Alice- Alhamdullilah kalau you tak hadap I. I sejuta kali tak hadap orang macam you. Walaupun I tak kenal you face to face, cukuplah budi bahasa menilai you. Tak kenal maka tak cinta. Thanks untuk Z dan L yang sangat memahami diri ini. For Prince A, GET LOST!’Puas hati Alice apabila komennya itu berjaya mendiamkan Prince A yang tidak dikenali. Sesuka hati ingin memburukkan namanya! ………………………….“Damn! Kenapa susah sangat nak jumpa dia!” Leo melempar handphone Samsung Galaxy S5 nya ke atas katil. Hampir saja tercampak ke bawah, namun sempat di tangkap Leah.“What you expected? Ada 15000 orang pelajar dalam AAU tu. 5000 orang terlibat dalam festival hari tu. Ingat senang ke nak cari dia dalam 5000 orang pelajar dengan guna sepasang mata kau tu?!” Leah membebel seraya duduk di birai katil adiknya. Leo sedang berjalan mundar mandir di hadapan kakaknya dengan wajah merah padam.“Mungkin dia pun tak dengar khabar angin yang kau nak datang. Sebab tu dia tak tunggu kau kat festival tu.” Leah mengendurkan suara. Adiknya jarang marah, tapi bila marah memang berangin satu badan.“Boleh ke Leo pergi lagi universiti dia?” Tanya Leo tiba-tiba.“No way! Hari tu pun dah cukup kecoh!” Leah pantas menjawab. Empat hari lepas mereka berdua diserbu ribuan pelajar apabila Leo menjejakkan kaki di AAU. Mujurlah ada membawa bodyguard bersama. Jika tidak haru biru ceritanya!“Habis tu, bila Leo boleh jumpa dia?!”“Bukan ke kau kata nak jumpa dia masa pesta buku. Sabar sikit okey.”












BAB 10Selang empat hari berlangsung festival konvokesyen AAU, barulah wajah Alan kelihatan. Dia yang baru pulang dari Thailand segera ke universiti untuk berjumpa dengan Alice. Seperti biasa selesai menjaga boothjualan baju AAU sepanjang konvokesyen itu mereka melepak di sebuah restoran. Pada mulanya mereka ingin melepak di café AAU. Namun kerana berlangsungnya festival, café sentiasa penuh. Aaron yang perasan Alan ingin keluar makan berdua dengan Alice, segera mengikut adiknya itu. Kali ini Syak, Subash dan Ain tidak ikut sama. Mereka ada hal lain yang ingin dilakukan.“Eh Alice, Prince A tu siapa?” Selang beberapa minit berbual sambil makan soalan itu terpacul keluar dari mulut Alan.“Entah, kawan facebook akulah. Mana aku kenal. Kenapa?”“Taklah. Dia buat semak dalam fb kau. Komen ntah apa- apa. Menyirap betul aku.” Alan merangkap Prince Z masih tidak dapat melupakan semua komen Prince A di status Alice kali lepas.“Biarlah dia. Psyco tu. Tak perlu dilayan.” Alice jawab acuh tak acuh. Asyik memerhatikan Aaron yang makan berhadapan dengannya. Bicara Alice buat Aaron tersedak air yang diminum.“Lawaklah sir ni, makan macam budak-budak, boleh tersedak pulak dia. Hahaha.” Wajah Aaron merah padam apabila Alice menggelakkannya. Sabar ajelah dengan gadis seorang ini!“Eh, kau tak teringin jumpa Prince L kau tu ke?” Alan yang berada di sisi tiba-tiba bertanya.“Teringin. But, you know me… Aku takut.”“Takut apa pulak?”“Takut kalau dia hodoh nanti aku tak boleh berkawan baik dengan dia macam sekarang pulak.”“Alahai, macamlah semua kawan-kawan you tu handsome.” Aaron mencelah perbualan Alice dan Alan.“Memanglah tak. Cuma nak lepas daripada standart kawan tu agak susahlah.”“Kau tak bermaksud nak serius dengan dia kan?” Wajah Alan berubah kelat.“Aku ni jenis mudah jatuh hati. So, whose know… Better tak payah jumpalah kan?”“Betul! Betul! Tak payah jumpa! Lagipun bahaya kalau nak jumpa dengan rakan maya yang tak dikenali ni.” Alan cuba menyedapkan perasaan sendiri. Tidak mahu hati Alice terpaut pada seorang kenalan maya!“Tapi aku memang bengang dengan L tu. Cara dia bercakap macam dah lama sangat kenal kau.” Setelah diam seketika, Alan menyambung bicara.“Lama sangat tu taklah. Tapi dia kenal aku lebih awal daripada kau kenal aku.” Aaron yang mendengar terkedu. Siapakah gerangan Prince L yang sebenarnya? Alice kenal dia lebih lama dari kenal Alan?“Tolong jangan back up dia okey. Aku sakit hati. Kau bukan nak serius dengan dia pun kan?”“Masa bila pulak aku cakap tak nak serius? Is just not the right time.”“Tapi, mustahil kau boleh jatuh hati dekat dia tanpa tengok muka.”“Alan, tengok muka aku. Apa kau ingat aku ni jenis perempuan yang memandang muka sangat ke?”“Err…” Alan teragak-agak menjawab soalan itu kerana dia tahu Alice ini boleh tahan mata keranjangnya. Cuma sepanjang mengenali Alice, gadis itu tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki.“Walaupun aku ni tak berapa cantik dan ramai orang cakap muka aku matang berbanding usia aku, aku masih sukakan lelaki yang handsome. Yang tak berapa nak handsome kena fikir dua tiga kalilah.” Alice memutarstraw dalam gelas jus tembikainya.“Perempuan-perempuan. Memang memandang luaran betul!” Perli Aaron sambil mengunyah nasi goreng yang rasa hilang kelazatannya. Berbelit sungguh Alice ini. Hari itu kata tidak kisah jika berteman dengan lelaki tak handsome! Kali ini nak yang handsome pulak!“Alahai sir, tak payah nak perli sangat. Kalau perempuan 20% memandang luaran, lelaki 80% memandang rupa. Kalau tak cantik, langsung tak nak pandang!” Pantas Alice menjawab.“Bukan semua lelaki macam itulah Lys. Ada juga yang tak kisah sangat tentang lupa luaran.”“80 percent I said. Not 100 percent!”“Kalau macam tu perempuan pun sama, 80% memandang duit lelaki. Dan 20% aje yang betul-betul jujur.” Aaron tidak mahu kalah.“Adillah tu, beauty trade with money. Tapi kalau sir tak rabunlah, ramai aje perempuan cantik yang kahwin dengan lelaki tak berduit. So, saya tak rasa ramai perempuan yang memandang duit. Sebab kebanyakkan perempuan ni jenis memandang hati budi.”“Hahaha, jadi you nak cakap you pun jenis perempuan yang tak materialistik dan memandang hati budilah?” Aaron ketawa dibuat-buat sebelum melontarkan persoalan.“Saya tak lah baik sangat. Dalam hidup saya, yang pertama duit, yang kedua duit dan yang ketiga duit!” Alice menunjukkan tiga jarinya.“Baguslah, nanti you mati, duit tu tanam sekali dalam kubur.” Geram betul Aaron mendengar mulut petah itu melawan setiap bait bicaranya!“Eh, malam ni ada battle of band. Kau nak pergi tak?” Alan segera menukar topik apabila melihat urat leher Alice sudah tegang. Asyik hendak bertengkar sahaja kerjanya bila bersemuka dengan abangnya. Macam dia tidak wujud sahaja di situ.“Of coarse!”“Aku tak dapat join lah Alice... Tiba-tiba jadual shooting tukar ke malam ni. Adashooting dekat Port Dickson.”“Is okay. Aku boleh pergi sendiri.”………………………..Malam itu berlangsung pertandingan Battle of the Band antara semua fakulti yang bernaung di bawah AAU. Mana-mana penuntut AAU yang berminat atau berbakat dalam bidang nyanyian secara berkumpulan disarankan menyertai pertandingan itu. Pertandingan yang bermula pada jam 8 malam itu menarik minat ramai pelajar dan para pensyarah untuk menontonnya.“Oit bro, rajin pulak kau datang malam ni?” Ashraf yang sedang berbual bersama beberapa orang pelajar di hadapan Dewan Pujangga mendapatkan Aaron yang kebetulan muncul di situ.“Terpaksa.” Jawab Aaron berbasa basi.“Oh, aku lupa. Nak jumpa buah hati kau kan?!” Tebakan Ashraf buat Aaron mendengus kecil.“Banyaklah kau! Prof. Suif suruh aku tolonglah.” Dalam kesamaran malam, Aaron menjegilkan mata ke arah rakannya itu. Nama ketua jabatan fakulti sains kesihatan terlibat dalam perbualan mereka.“Buah hati kau ada dekat dalam dewan. Dia duduk di bahagian atas. Aku blah dulu bro. Pergilah cari dia.” Ashraf menyeringai sebelum meninggalkan Aaron yang sedang menahan geram dengan kerenah rakannya itu.Setelah berfikir seketika, Aaron melangkah masuk ke dalam dewan pujangga. Dia meninjau suasana dewan yang gelap. Hanya lampu di pentas menjadi sumber cahaya dalam dewan itu. Aaron mengecilkan mata, cuba mencari kelibat Alice daripada ratusan pelajar yang hadir sebagai penonton malam itu. Setelah melilau ke sana dan ke sini, akhirnya dia melihat gerangan si gadis yang berpakaian serba putih. Aaron segera mendekati. Kebetulan ada kerusi kosong di sebelah Alice. Jadi Aaron duduk di situ. Dia menjeling Alice yang bert-shirt putih bersimbol smiley kuning dengan jeans putih. Penampilan cukup ringkas tetapi kelihatan cantik di mata Aaron. Alice leka bermain game Clash of Clans dalam handphonenya. Langsung tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Pertandingan baru dimulakan dengan ucapan daripada penganjur majlis.“Eh, sir. Bila ada dekat sini?!” Alice tersentak apabila melihat wajah yang berada di sisinya. Sejak bila pulak Aaron ada di situ? “Dah 15 minit I dekat sini. Baru you perasan?” Aaron memandang hadapan dan berpeluk tubuh. Lambat peka betul gadis di sisinya itu. Main games tak ingat dunia, macam budak-budak kecil!“Sorry.” Entah kenapa laju saja Alice meminta maaf. Dia tersengih apabila melihat Aaron berpakaian serba hitam malam itu. Dengan jeans hitam dan baju yang dibuat daripada benang kait bewarna hitam. Pakailah macam mana pun, Aaron sentiasa kelihatan segak di mata Alice.“Yang you tersengih-sengih macam kerang busuk kenapa?”“Taklah. Pakaian sir dengan saya hari ini macam yin dan yang.”“Yin yang?”“Yalah. Saya serba putih dan sir serba hitam. Saya membawa unsur kebaikan, sirmembawa unsur kejahatan.” Alice bersuara ikut sedap mulutnya. Menurut sastera masyarakat cina, yin adalah tenaga yang pasif atau negatif dengan simbolik warna hitam. Sementara yang adalah tenaga yang aktif atau positif dengan simbolik warna putih.“I memang tak suka pakai pakaian dengan warna yang menarik perhatian orang. Lainlah macam you. Jauh sebatu pun orang boleh cam you sebab pakaian you.”“Oh, jadi sir nampak saya dari jauhlah ni? So sir memang nak duduk sebelah saya?” Giat Alice dengan wajah tidak tahu malu.“Jangan nak perasan sangat. Kebetulan aje okayI duduk sini. I pindah duduk tempat lainlah.” Aaron bangun dari duduk namun Alice cepat menarik hujung lengan baju pemuda itu.“I’m just joking. Sir duduk ajelah sini. Saya tak ada kawan.” Alice mengelabah. Cepat sentap betul pemuda seorang ini! Sudahlah dia bersendirian tanpa teman-reman rapat malam itu. Aaron hendak cabut pula! Aaron berdehem kecil sebelum kembali duduk.“Mana spect?” Aaron bertanya apabila persembahan pertama diumumkan akan berlangsung beberapa minit lagi. Alice menepuk dahi.“Damn, lupa nak bawa! Aduhai, memang tak nampaklah ni nanti!” Alice menyumpah kecil.“Stop cursing! Pelupa betul.” Aaron menanggalkan kaca mata bingkai hitam kepunyaannya dan menyerahkannya kepada Alice.“Sir nampak ke nak tengok dia orang nyanyi nanti?”“I mendengar. Tengok dia orang nyanyi bukan penting sangat pun.” Alice teragak-agak memakai spect Aaron. Inilah akibat jarang memakai kaca mata walaupun mata kurang nampak. Tak tentu pasal kena pinjam spect Aaron!“Lagipun rabun I taklah sekuat rabun you sampai orang kat sebelah pun tak nampak.” Aaron sempat memerli.“Macam mana nak menghayati kalau tak nampak.”“I tak nak menghayati pun.”“Cehh…” Alice malas bertengkar. Persembahan pertama sudah bermula. Dia menonton dengan senyuman terukir di bibir. Dia sama menyanyi kecil mengikut lirik lagu yang dinyanyikan atas pentas oleh sekumpulan pelajar dari fakulti kejuruteraan.“Lys, kenapa you tak masuk aje pertandingan ni. Lagu Hindustan yang you menari dengan Alan  hari tu bestlah.” Aaron menegur apabila Alice kelihatan tidak berminat untuk berbual dengannya. Leka betul jika bab-bab muzik ni!“Perli ke apa? Menyanyi dengan menari tu sama ke?”“You belum cuba kan? Walaupun semua orang pengsan dengar suara you, I tetap akan dengar dan menghayati.” Aaron membangkitkan hal di pusat karaoke dulu.“Menganjing kuat betul dia ni.” Desis Alice perlahan. Dia tidak mempedulikan bicara Aaron dan terus menghayati lagu-lagu yang didendangkan. Tiba lagu rock, Alice bangun dari duduk dan terlompat-lompat mengikut para pelajar yang lainnya. Suasana dalam dewan semakin bingit dengan sorakan penonton.“Kenapa sir senyum?” Alice seperti terkena renjatan eletrik apabila menoleh ke sisi dan melihat Aaron sedang tersenyum manis ke arahnya.“Kenapa pulak I tak boleh senyum?”“Senyum tanpa sebab tu dipanggil mental retarded!”“Terkinja-kinja macam you ni dipanggil baboon dapat bunga.”“Mulut nak kena cili agaknya dia ni.”“Berani, cubalah cili.” Cabaran Aaron hanya buat Alice mendengus. Dia yang berdiri kembali duduk.“Sejuknya!” Alice menggosok-gosok lengan yang terasa membeku.“Lain kali cuba pakai baju lengan panjang.” Aaron bangun dari duduk dan keluar meninggalkan dewan. Alice terpinga-pinga. Dia terkejut besar apabila melihat Aaron kembali dengan sehelai sweaterdi tangan. Mungkin baru diambil dari keretanya.“Eh sir, tak payahlah susah-susah!” Hati Alice gembira tak terkata bila memikirkan yang Aaron ambil berat tentang dirinya.“Apa yang susahnya? I sejuk, nak pakai sweater ni. Menyusahkan you ke?” Kata-kata Aaron yang kembali melabuhkan punggung di sisi Alice buat wajah Alice merah padam menahan malu. Dia yang tadi kesejukan rasa panas membahang kerana terperasan sendiri. Alice terus terkedu dan berpura-pura tidak melihat Aaron. Dia menyumpah dalam hati. Mengapa cepat sangat melatah dengan tingkah laku Aaron?“Ambil ni, pakai.” Selang 20 minit Aaron menyerahkan sweaternya kepada Alice. Mata Alice terkebil-kebil tidak percaya. Dia tidak menyambut sweater pemuda itu.“Pakailah, tadi kata sejuk.” Aaron membiarkan sweaternya jatuh di riba Alice.“Sir kata sejuk?”“Dah panas dah.” Malas hendak bersoal jawab, Alice memakai sweaterAaron hingga pertandingan tamat berlangsung. Bauan harum daripada sweater itu mengingatkan Alice pada perfume yang dipakai Aaron. Terasa seperti berada dalam pelukan pemuda itu. Ah, sudah! Jangan gatal sangat Alice!  “Sir dah nak balik ke?” Alice mengejar langkah Aaron yang keluar daripada dewan sebaik nama juara diumumkan.“Yalah, kenapa you tak bagi I balik ke?”“Kenapa pulak saya tak bagi sir balik?”“Manalah tahu you sayang nak lepaskan I.”“Mental betul dia ni.”“By the way, esok masa nak pulang sweater I, sila basuh dulu ya. Baboon dah pakai sweater I mesti bau masam. Good night!” Aaron berlalu pergi setelah meninggalkan pesanan. Di belakang Alice dia tersenyum lebar hingga ke telinga. Suka benar hati jika dapat menyakat gadis itu.“Hampeh! Ada juga aku bakar sweater dia ni!” Alice hanya mampu merengus sendirian.


 P/S: Maaf lama tak update, busy dengan kerja lain dan mood jauh pergi.... Novel ni dah lama siap dan dah dihantar pada pihak penerbit. Masih dalam proses penilaian. Sama-sama doa manuskrip ini lulus dan dapat terbit dengan segera...Amin...Jangan tanya pasal sambungan novel fantasi Sumpahan Bidadari Syaitan, sebab pending...mood x ada.n ada PEMBACA yg tanya mna nak dapatkan karya2 saya yang dah terbit. Boleh dapatkan secara online jika tak jumpa di kedai-kedai buku. Boleh layari laman web Fajar Pakeer dan Penulisan2u. <MF BANYAK2, SAYA MEMANG TAK ADA MENJUAL SEBARANG NOVEL>Hanya 5 buah novel saya yang dah terbit di pasaran :1. BAKAL ISTERIKU, GENGSTERNYA!- TERBITAN FAJAR PAKEER2.PELAKON CINTA & MR.G- TERBITAN PENULISAN2U3.SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR - TERBITAN FAJAR PAKEER4.KAHWIN 6 BULAN AJE?!- TERBITAN PENULISAN2U5.BILA KULI JADI ARTIS- TERBITAN FAJAR PAKEER











 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2015 06:28

July 4, 2015

NOVEL : DOKTOR + ACTOR = NOVELIS BAB 6,7



BAB 6“Prof cakap apa?” Aaron yang baru pulang ke rumah menjelang senja segera mendapatkan adiknya yang sedang bermain game di ruang tamu. Berderau darahnya apabila mendengar daripada mulut-mulut pensyarah yang Alice bergaduh dengan Zarif. Malangnya dia tahu akan hal itu setelah latihan aerobik tamat dijalankan. Akibat perasaan meluap-luap ingin tahu dia mendengar cerita dari Syakina dan sudah tentu cerita wanita itu banyak menyalahkan Alice and the gang. Aaron berasa agak lega apabila mendengar cerita sebenar daripada Syazwan yang ada sama disitu. Cerita Syazwan kedengaran lebih logik kerana pelajarnya itu berdiri berhampiran dengan Ain ketika latihan berlangsung.“Abang tekalah?” Alan masih fokus pada televisyen.“Something good I think.” Aaron bersyukur kerana Alan ada di padang tadi untuk menyelamatkan Alice daripada ditampar. Jika dia yang berada di posisi Alan, mungkin Zarif sudah makan buku lima. Seenak rasa ingin menampar anak dara orang!“Dia bela kita orang lepas dengar penjelasan Alice. Kita orang dikecualikan daripada masuk aktiviti aerobik tu.”“Really?”“Yup. Tapi kita orang still kena buat persembahan lain waktu festival tu nanti.” Alan menceritakan serba sedikit keputusan yang diberikan ketua jabatan mereka setelah mendengar apa yang berlaku. Aaron tidak pelik jika ketua jabatan mahupun dekan sendiri melebihkan Alice daripada orang lain. Alan dan Alice adalah duta kecil AAU. Wajah mereka terpamer dalam televisyen untuk mempromosi AAU. Jadi sudah tentu layanan yang diberikan kepada mereka berdua sedikit berbeza berbanding pelajar lain.“So, kau orang nak buat persembahan apa?” Aaron berminat untuk tahu.“Not sure. Alan ikut aje apa yang Alice nak buat.”“Kenapa kau nak ikut Lysa pulak?”“You know I like Alice so damn much right? Of coarse  I will follow whatever she want to do. Alan akan ikut apa juga yang Alice nak buat.”Alan memandang tunak wajah abangnya. Pelik kerana Aaron sibuk ingin ambil tahu hal sebegitu. Aaron pula rasa jiwanya resah tatkala mendengar bicara adiknya.…………………….“Kita nak buat persembahan apa nanti? Zapin, poco-poco, tarian sumazau?” Zaty yang lengkap berkasut but dan bertopi bertanya saat melangkah menuju ke kelab equestrian AAU. Kelab yang baru dibuka tahun lepas itu tidaklah sebesar mana. Namun, cukuplah dengan kemudahannya. Ada sepuluh ekor kuda, track berkuda yang seluas dua padang bola sepak dan enam orang jurulatih kuda yang mahir. Dahulu, Alice dan rakan-rakannya tidak serius untuk memasuki kelab itu. Namun, setelah pandai menunggang kuda, mereka tidak berniat untuk bertukar kelab. Hanya Ezzah, Ain dan Zaty yang bertukar kelab.“Aku takutlah Alice!” Jelas terpancar riak resah di wajah Syak.“Kita buat tarian yang biasa-biasa ajelah.” Cadang Berry.“Biasa-biasa tu macam apa?”“Macam ‘Open Banana Open’ ataupun ‘Chicken dance’?” “Gila nak buat tarian macam tu? Kita bukan budak semester 1 lah. Mestilah kena buat tarian yang gempak.” Alice tergelak kecil, tidak dapat membayangkan jika mereka terpaksa menari ala-ala kanak Ribena itu. Memang tidaklah dia hendak buat!“Cakap senanglah. Nak buat tarian apa wei yang gempak sangat?” Giliran Subash bertanya. Alice tidak mengendahkan. Matanya terpukau ke arah track berkuda. Dia berdiri di sebalik pagar berkayu yang memisahkan stable dengan track.“Wah, handsomenya…” Kelihatan seorang pemuda sedang menunggang kuda dengan wajah tenang.“You ni pantang kan nampak Dr. Aaron. Handsome! Handsome!” Sungut Subash bengang. Orang tengah pening memikirkan hal tarian yang patut mereka lakukan. Alice khayal melihat Aaron!“Dah dia memang handsome.”“Nak buat tarian apa ni Alice?” Tini pula bertanya.“I tak dapat fikirlah. I sedang tengok keindahan ciptaan Allah ni.”“Sabar ajelah dengan dia ni.” Tini geleng-geleng kepala.Akhirnya mereka mengabaikan hal tarian buat seketika dan mendapatkan kuda latihan masing-masing di stable. Masing-masing mula mengelilingi tracksambil berbual. Alice sempat bermain handphonewalaupun berada di atas kuda. Kudanya yang berbulu putih mula bergerak malas. Tapak demi tapak mengelilingi track. ‘Pening, pening, pening!’ Alice menghantar mesej kepada Prince L. Setelah beberapa hari berlalu, Alice cuba berfikiran positif tentang Prince L yang menghadiahkan kimono kepadanya. Mereka telah lama bersahabat. Jadi bila sehari Alice tidak bermesej dengan pemuda itu, dia jadi tidak tentu arah. Walaupun tidak pernah bersua muka, Prince L sangat memahami Alice.‘Why?’‘Kena buat persembahan.’ Alice mula menceritakan apa yang perlu dilakukannya bersama rakan-rakan kepada Prince L.‘How about mix dance?’ “Ya Allah, kenapalah tak terfikir!” Cadangan itu membuatkan Alice tersenyum lebar. Akibat terlalu gembira, handphoneterlepas dari tangan.“Oops!” Alice terjerit kecil sebelum menunduk dari atas kudanya untuk menggapai handphone. Namun, ada satu tangan lain yang lebih pantas menyambut handphonenya.“Aish, dia ni! Jatuh juga! Cuba jangan mengelamun!” Aaron membebel seraya memegang tali kuda Alice. Alice terpinga-pinga. Tidak sedar bila Aaron berada di sisinya. Pensyarahnya itu telah turun dari kuda sewaktu menyambut handphonenya.“Nasib baik sir sempat sambut. Kalau tak habis berderai handphone saya dipijak Romeo.” Alice sama turun dari kuda.“Handphone jatuh I tak kisah. Cuba kalau you yang jatuh dan kena pijak dengan Romeo. Macam mana?” Soal Aaron tegas. Handphone dan tali kuda beralih tangan.“Macam mana apa? Masuk hospital lah.”“Kalau tak menjawab memang tak sah. Suka sangat buat orang bimbang.” Aaron geleng-geleng kepala. Sedari tadi dia memerhati Alice, gadis itu asyik dengan dunianya sendiri hingga tidak sedar keadaan sekeliling. Kuda bernama Romeo yang ditunggang gadis itu juga kelihatan malas bergerak seperti orang yang menunggangnya!…………………Keluar dari bilik air setelah membersihkan diri, Alice mendapatkan handphone yang berkelip-kelip dengan lampu hijau. Tanda ada mesej masuk. Dia duduk di birai katil bujang dengan rambut berbalut tuala yang masih basah. Jam menunjukkan pukul sembilan malam.“Prince A? Siapa pulak ni?” Alice mengguman sendirian. Ada satu notification friend request di facebooknya.“Berapa banyak punya Prince lah nak berkawan dengan aku.” Tidak cukup dengan Prince L, Alan menggunakan nama Prince Z dan kini ada pula Prince A yang ingin bersahabat dengannya di muka buku itu.‘Hai, selamat malam. Asalamualaikum dan salam perkenalan.’ Mesej tertera sebaik saja Alice menerima friend request Prince A.‘Waalaikumusalam. Salam perkenalan juga.’‘Buat ajelah apa-apa asalkan ikhlas daripada hati.’‘Meaning?’ Alice berkerut dahi. Tiba-tiba aje Prince A ni?‘Tentang persembahan di universiti awak.’‘Macam mana awak tahu?’‘Status awak.’Alice terlupa yang dia ada update status tentang persembahan yang bakal dilakukan. Belum sempat dia membalas mesej daripada Prince A, mesej dari Prince L pula masuk.‘Hi sweetheart, check it out!’Dan Prince L menghantar satu link video.…………………“Did you give that girl your new dance step? Are you crazy?!” Leah menjerit apabila terlihat Leo attach video tarian barunya untuk dihantar kepada Alice.“I can make the new one. Cool okay. I just want to help her.” Leo tenang sahaja. Dia tersenyum simpul sebaik selesai menghantar video. Hatinya gembira jika dapat membantu Alice walaupun sedikit.“You totally crazy Leo!” Leah melabuh punggung di atas sofa berhadapan adiknya itu.“Yes. I’m crazy about her.”“You just know her in facebook. Bagaimana kau boleh tertarik sangat dengan dia? Kau tak pernah jumpa dia pun.”“Tak perlu jumpa depan mata pun. Leo yakin, Leo suka dia. Melalui penulisannya dah cukup buat Leo tertambat hati.” Senyuman tidak lekang dari wajah tampan itu.“Sah, kau gila!” Tempik Leah bengang.









BAB 7Akhirnya saat yang dinanti-nantikan tiba jua. Pada hari khamis berlangsung pertandingan aerobik antara fakulti. Sebelum pertandingan bermula, beberapa buah persembahan alu-aluan dilakukan oleh para pelajar untuk menyambut barisan ketua jabatan dan dekan yang dijemput hadir selaku tetamu kehormat. Majlis yang bermula pada pukul sembilan pagi itu dimulakan dengan paluan kompang dan silat dari para pelajar fakulti kesusasteraan yang mengiringi tetamu kehormat ke tempat duduk VVIP. Majlis diadakan di Dewan Pujangga AAU. Dewan yang berkeluasan dua buah padang bola sepak.“Mana pelajar kesayangan you? I tak nampak pun? Ke dah melarikan diri?” Syakina bertanya dalam nada memerli.“Manalah I tahu, I bukan jenis jaga tepi kain dia orang.” Jawab Aaron selamba. Ketika itu para pensyarah sedang berkeliaran di sekeliling dewan melihat gelagat para penuntut AAU. Aaron menggigit bibir. Bayang Alice, Alan dan rakan-rakannya langsung tidak kelihatan. Bukankah mereka sepatutnya melakukan persembahan alu-aluan mewakili fakulti perubatan?“Muka budak-budak pemalas tu nak datang pertandingan aerobik ni? I macam tak percaya aje.” Sampuk Ida pula.“I yakin dia orang datang.” Aaron cuba menyedapkan hati sendiri. Meletakkan keyakinan pada geng-geng gosip!Sedang dewan riuh rendah dengan suara penuntut AAU, keadaan sunyi sepi apabila muzik tarian sumazau dipasang kuat. Kelihatan dua orang pelajar perempuan yang sedang duduk di atas buluh digandar oleh empat orang pelajar lelaki. Mereka dibawa hingga berdiri berhadapan dengan tempat duduk VVIP. Aaron yang melihat dari jauh seperti dapat mengecam kelibat dua gadis itu. Dia yang tadinya duduk di belakang, mula menapak ke hadapan. Dan Aaron terkejut apabila mendapati Syak dan Zaty sedang membuat persembahan melompat buluh di hadapan barisan tetamu kehormat. Sorakan mula kedengaran. Selang lima minit, muzik bertukar dengan muzik tarian singa. Kelihatan dua kostum singa melompat-lompat dari pintu dewan menggantikan tarian buluh Syak dan Zaty. Dewan semakin gamat dengan sorakan melihat telatah singa yang melompat atas kerusi-kerusi yang disusun. Lima minit kemudian, muzik Hindustan lagu Bole Chudiyan dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham kedengaran. Mata Aaron hampir tersembul keluar apabila melihat Alice yang berpakaian sari bersama Alan yang memakai dothi berlari dari pintu dewan menggantikan persembahan tarian singa. Lebih sepuluh orang pelajar perempuan dan lelaki junior berbangsa melayu juga disertai dengan Subash dan Ain yang tadinya memakai kepala singa berdiri di belakang Alice dan Alan. Mereka memulakan tarian mengikut muzik. Barisan dekan dan ketua jabatan bertepuk tangan. Ada yang mengambil gambar dan merakam video. Akhir sekali, muzik bertukar kepada lagu zapin usik mengusik dendangan kumpulan Senario. Tini, Ezzah dan Berry masuk ke dewan dengan berbaju kebaya mengetuai zapin pendek itu.  Semua pelajar yang terlibat dari mula tarian hingga akhir masuk kembali ke dalam dewan dan menari zapin serentak bersama walaupun pakaian mereka berbeza. Persembahan mereka diakhiri dengan tepukan kuat dan pujian kagum dari tetamu kehormat juga para penuntut. “Thanks guys!” Alice bersalaman dengan lebih kurang 20 orang para pelajar junior fakulti seni tari yang diupahnya untuk sama-sama menjayakan persembahan hari itu di luar dewan. Setelah mereka bersurai, Alice berhi-five dengan Tini, Berry, Zaty, Syak, Ain, Ezzah, Subash dan Alan di luar dewan.“Lega hati I sebab semuanya okey.” Terpancar riak kegembiraan di wajah Tini yang berbaju tradisional gadis melayu itu. Masakan dia tidak bimbang, mereka hanya berlatih dalam masa seminggu.“Apa yang penting?” Tanya Zaty tiba-tiba.“Kerjasama!” Jawab mereka serentak.“Kau okey ke Alice? Kenapa diam aje?” Alan bertanya ke arah Alice yang cantik bersari bewarna merah pekat. Sarinya tidaklah seseksi Kareena Kapoor, namun cukup cantik di badan langsing itu.“Aku panaslah.” Alice mengipas wajah dengan tangan. Paling tidak suka dengan cuaca panas.“Jomlah masuk dewan balik.” Ajak Subash.“Malas aku. Jomlah lepak sekejap. Lepas tu salin pakaian. Then baru kita masuk dewan balik.” Mereka semua angguk-angguk kepala dengan ajakan Alice.Tidak jauh dari dewan ada sebuah kelas kosong, jadi mereka berkeputusan untuk berehat di situ buat seketika. Air conditionerdibuka pada suhu yang paling rendah. Mereka mula menanggalkan aksesori pada rambut. Syak mengeluarkan beg make updan menggunakan remover untuk menanggalkan make up berlebihan pada wajah. Yang lain-lain turut menyelit sama.“Eh tunggu kejap. Jom rakam tarian Hot Summer dengan aku.” Alice yang tadi bertenggek atas meja turun ke bawah.“Malaslah Alice.” Tini malu-malu kucing.“Alahai, nak malu apa. Ada kita aje dekat sini. Cepatlah. As memory.” Alice membuka mod video dalam handphonenya. Sementara Alan, Ain dan Subash mengalihkan meja ke tepi. Sebenarnya, perancangan awal mereka ingin menari sebuah tarian Korea. Namun, bila memikirkan yang ramai kurang suka dengan tarian negara itu, jadi Alice menukar fikiran. Walhal mereka telah berlatih selama beberapa hari untuk menguasai tarian itu.“Kalau kita semua menari siapa nak rakam?” Tanya Berry tiba-tiba.“Betul juga tu. Sekejap aku panggil sesiapa yang ada dekat luar. Minta tolong.” Alice berlari anak keluar dari kelas dan meninjau sebarang individu yang lalu di kaki lima.“Oh sir! Busy tak?!” Aaron yang baru keluar dari tandas terkejut kecil melihat wajah gadis yang tiba-tiba muncul dihadapannya. Kali ini dia dapat melihat Alice yang bersari dengan jarak kurang dua kaki. Ya Allah, mengapa gadis ini bisa memukau pandangan matanya?“Yang you berdiri dekat sini kenapa? Masuk dewan sekarang.” Arah Aaron tiba-tiba. Cuba menyembunyi perasaan gugup. Jantungnya berdegup laju ketika itu.“Alahai sir, kami nak tukar pakaian. Sir, tolong saya sekejap boleh?”“What?” Aaron terkejut lagi apabila Alice tiba-tiba menarik tangannya. Automatik dia merentap. Teringat tarian mesra antara Alice dan adiknya. Rasa marah bertandang jua.“Where’s your manners? Sesuka hati pegang tangan lelaki. You ingat  I Alan ke?!”  Tengking Aaron tanpa dapat ditahan.Tersirap darah Alice mendengarnya. Wajah yang tadi gembira bertukar kelat. Dalam tarian tadi memang Alice ada memegang tangan Alan, tidak menyangka itu akan menjadi isu buat Aaron.“Sha, tolong Alice kejap boleh?” Alice tidak mengendahkan Aaron dan menyapa Shesha yang kebetulan lalu di situ bersama kembarnya Sonia.“Tolong apa Alice?”“Jom.” Alice menjeling bengang wajah Aaron sebelum menarik tangan Shesha dan berlalu pergi.“Lamanya kau pergi Alice?” Pertanyaan Alan tidak berjawab saat Alice masuk ke dalam kelas bersama Shesha dan Sonia. Alice menyerahkan handphone kepada Shesha dan muzik daripada speaker yang dicantum dengan lap top Ain mula melantun tinggi.“Okay, this one is for you.” Alice kembali tersenyum saat bercakap di hadapan rakaman video di handphonenya. Mereka mula mengambil posisi masing-masing dan menari tarian Hot Summer nyanyian kumpulan ‘fx’. Sonia dan Shesha bersorak sambil merakam. Tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan gelagat Alice bersama rakan-rakannya dengan satu keluhan besar. Aaron bersandar dibalik pintu. Mengapa dia hendak emosi pulak? Bukankah itu semua sekadar persembahan Alice dan sahabatnya?………………………..Selesai merakam video, mereka menyalin pakaian, baju yang dipinjam Alan daripada sebuah butik yang selalu dikunjunginya dikumpul di sebuah tempat. Dengan pakaian sukan mereka kembali masuk ke dalam dewan, menyaksikan sebahagian lagi kumpulan pelajar yang belum membuat persembahan aerobik. Selang tiga jam, pertandingan tamat berlangsung dan kumpulan pelajar fakulti kejuruteraan menjuarai pertandingan hari itu.“Alice and the gang, jomlah lunch sekali dengan kami.” Prof. Dato’ Razak Ibrahim merangkap dekan fakulti perubatan menyapa Alice yang kebetulan berada di sisi dewan saat orang tua dalam lingkungan 50 an itu ingin menuju ke dewan makan bersama barisan VVIP yang lain.“Eh, tak apalah Prof. Kami baru lepas makan. Terima kasih banyak ya.” Laju sekali Alice menipu. Tidak berminat untuk makan dengan bersama dekannya.“Oh, tak apalah kalau macam tu. Macam mana dengan penulisan kamu. Ada novel terbaru?” tanya orang tua itu lagi.“In progress.”“Alhamdulillah. Katanya novel kamu yang bertajuk ‘Kahwin 6 Bulan Aje?’ tu bakal difilemkan ya? Saya ada terbaca dalam majalah dan akhbar.” Sampuk Prof. Datin Marlia, merangkap dekan fakulti kejuruteraan.“Ya Prof. Insya-Allah kalau ada rezeki tak lama lagi mula penggambaran.” Alice menjawab dengan penuh merendah diri. Walaupun tidak pernah belajar di bawah seliaan barisan dekan-dekan itu, mereka yang minat dengan novel-novel melayu pasti mengenali Alice.“Bagus Alice. Saya bangga dengan kamu.”“Terima kasih sekali lagi Prof.”“Sama-sama. Apa-apa pun persembahan kamu semua tadi sangat bagus. Teruskan usaha ya.” Prof. Datin Marlia memandang sahabat-sahabat Alice yang lain dengan wajah ceria. Mereka sekadar mengangguk-angguk kecil.“Terima kasih Prof.” Ujar mereka serentak.………………Menjelang pukul dua petang Alice dan sahabatnya melangkah ke MidValley untuk makan tengahhari. Perut masing-masing sudah berkeroncong. Alice memutuskan untuk makan di Amarin  Heavenly Thai. Sudah lama dia tidak makan di situ. Sewaktu hendak menapak masuk ke dalam restoran itu, langkah Alice terhenti.“Eh, tadi kata dah makan?” Tanya Aaron yang entah bagaimana muncul di hadapan Alice bersama Dr. Ashraf. Pensyarah subjek hematologi mereka.“Nak makan lagi. Tak boleh ke?” Alice mengherotkan bibir.“Boleh. Mana ada I cakap tak boleh.”“Dr. Aaron dengan Dr.Ash tak makan dengan pengarah ke?” Berry segera bertanya apabila melihat Alice tersenyum menyindir. Adalah tu yang dia tidak puas hati dengan Aaron.“Malaslah makan dengan orang besar-besar ni. Makan dengan Aaron lagi best.” Ujar Dr. Ashraf yang selesa dipanggil Dr. Ash oleh para pelajarnya. Ashraf sebaya dengan Aaron.“Doctor gay ke?” Tanya Alice selamba.“Aish, dia ni mulut!” Ashraf meluku lembut kepala Alice.“Just joking!” Gadis itu tergelak kecil namun dia kembali buat muka bila melihat wajah Aaron. Panas hatinya tentang isu tadi masih belum surut.“Boleh kita orang join kamu semua makan?”“Sure Doc. Sila-sila.” Ajak Subash sebelum mengalu-alukan dua pensyarah itu agar masuk ke dalam restoran. Akhirnya mereka duduk di sebuah meja panjang bersama.Bersama Aaron dan Ashraf mereka tidaklah sekekok mana kerana dua orang pensyarah itu bersikap sporting dengan para pelajar. Keduanya masih bujang, jadi otak bolehlah menerima perbualan Alice dan rakan-rakannya. Setelah memesan makanan dan minuman mereka mula berborak kosong.“Cantik betul kamu semua menari tadi. Siapa yang ajar?” Soal Ashraf ingin tahu.“Alice.” Jawab Syak.“Alice. Macam tak percaya aje?” Aaron sengaja cari pasal. Tahu yang Alice bengang dengannya akibat eksiden memegang tangan di AAU tadi.“Tak perlu percaya pun sebab memang saya tak ajar dia orang.”“Habis tu daripada mana kamu semua dapat ilham menari macam tadi?” Ashraf perasan yang Alice lebih banyak berdiam diri. Selalunya mulut gadis itu paling becok. Terutama bila ada Aaron. Bukan Ashraf tidak tahu yang gadis comel itu ada hati dengan sahabatnya.“Tarian tadi tu kami belajar dari budak fakulti seni tari.” Jelas Subash sambil meneguk minuman. Ashraf angguk-angguk kepala tanda faham.“Mula-mula kami belajar korean dance dari Alice kalau Doc nak tahu.” Zaty membocorkan rahsia dan Alice menjegilkan mata.“Seriously, habis tu kenapa tak buat korean dance aje?”“Susahlah Doc, kaki kami berapa banyak kali terseliuh.” Ujar Tini dengan gelak kecil.“Pandai pulak Alice awak menari korea?” Pandangan Ashraf tertala ke wajah manis Alice.“Kawan saya ajar.”“Siapa?” Alan yang sedari tadi berdiam diri bertanya soalan yang lama dipendamnya itu.“L.”“L. You means Prince L?” Tanya Alan dengan dahi berkedut. Tidak menyangka video lelaki berhelmet sedang menari yang menjadi video panduan mereka untuk mereka menari pada mulanya adalah daripada Prince L. Sangka Alan, Alice memperoleh video itu dari YouTube!“Prince L? Siapa tu?”“Kawan facebook saya.”“Awak jumpa dia dekat luar ke?” Ashraf sambil menjeling wajah serius Aaron. Dia menahan gelak. Pandai betul kawannya itucontrol macho!“Eh, taklah. Doc tengok ni.” Alice mengajukan Samsung Galaxy Tab S kepada Ashraf. Ashraf menonton video tarian yang diberikan Prince L kepada Alice.“Awesome dance! Kenapa dia pakai helmet?” Puji Ashraf ikhlas.“Sajalah tu. Tak nak bagi orang tengok muka dia.” Tokok Ezzah pula.“Awak tak tahu muka dia macam mana Alice?”“Nope. But I guess by looking at this video, he totally a handsome man. Hahaha.” Alice gelak yang dibuat-buat.“Mana kau tahu?” Alan bertanya dengan nada bengang.“Kau tengoklah tangan dia. Putih kut. Lebih kurang macam warna tangan kau. So, kalau muka dia lebih kurang macam muka kau. I think is not bad at all.” Alice membandingkan tangan si penari video dengan tangan Alan.“So kau nak cakap aku handsomelah?” Alan menjungkitkan kening. Senyuman kembali terbit dibibirnya.“Kau memang handsome. Masa bila pulak aku cakap kau tak handsome.”“Alahai Alice, entah-entah kulit aje putih. Muka macam Jebon. Baru padan muka kau.” Selar Ain dengan gelak jahat.“Whose know…” Perbualan mereka tergendala seketika apabila makanan yang dipesan tiba di meja. Masing-masing mula membaca doa makan dan memulakan suapan. “Entah-entah betul kut Alice muka dia buruk, sebab tu dia takut nak tunjuk dekat kau muka dia.” Subash yang banyak mendengar sedari tadi menyambung topic Prince L.“Biarlah dia. Aku tak kisah.”“Apa maksud you tak kisah? You nak cakap yang you boleh suka dekat lelaki walaupun dia tak handsome? Liar…” Pertanyaan sinis Aaron yang disertai dengan jawapan dari mulutnya sendiri membuatkan semua yang berada di situ terdiam. Mereka memandang wajah Alice lama.“Bila kita betul-betul sukakan seseorang, macam mana pun muka dia, ia tak menjadi masalah. Asalkan dia boleh memberi keselesaan dan kegembiraan bila saya bersama dengannya. Ia mengambil masa yang lama untuk saya sedar akan hal itu.” Alice ketawa hambar di hujung ayatnya.“You have it?” Tanya Alan penuh curiga. Hati Aaron berdebar-debar ingin tahu.“Apa?”“Special boyfriend?” Straight sekali soalan Alan.“Gilalah kau ni. Argh, minggu depan dah nak exam. Stressnya!” Alice menukar topik dalam kadar sesaat. Dia pun tidak sedar apa yang dia merepek sebentar tadi!“Bacalah buku. Buat apa nak stress-stress.” Tokok Ashraf yang tersenyum mengena ke arah Aaron.“Kenapa tak makan lagi Alice, sejuk nanti makanan tu?” Tegur Ashraf apabila Alice masih belum menyentuh bihun tom yamnya.“Mesti dia nak ambil gambar sebelum makan.” Ujar Zaty yang sudah masak dengan perangai Alice.“Awak kaki selfie ke Alice?” Ashraf sendiri baru tahu. Jarang pulak melihat Alice berselfie dalam apa-apa program.“Selfie ni satu penyakit mental.” Selar Aaron sambil mengunyah nasi goreng ayam kepunyaannya. Alice yang baru hendak membuka kamera pada handphonenya terhenti berbuat sedemikian.“Kenapa sakit mental pulak?” Pertanyaan Alice buat Subash dan Tini garu-garu kepala yang tidak gatal. Ini satu petanda yang ada perdebatan bakal berlaku.“Taksub untuk tarik perhatian orang lain. Attention seeker. Lepas ambil gambar muka sendiri, upload dalam facebook, tunggu orang like and comment. Sakit mental lah tu.” Aaron tersenyum memerli.“Sorry to say, saya bukan jenis minah yang tak tentu pasal ambil gambar muka sendiri bila masuk tandas, keluar tandas, setiap kali tengok cermin, setiap kali pakai baju atau buka baju. Saya cuma ambil gambar pada perkara yang tak selalu berlaku, atau pertama kali dilakukan. Contohnya makanan ni. First memory should be remain in a picture! Dan saya upload gambar dalam facebook pun jarang yang open untuk tatapan public!” Seperti machine gunmulut Alice berkata-kata. Dia bukan dikategorikan sebagai kaki selfie, kerana selfie ditujukan kepada orang yang suka mengambil gambar wajah sendiri. Alice lebih suka mengambil gambar persekitaran yang cantik, makanan yang pertama kali dimakannya atau aktiviti yang dia tidak pernah lakukan. Kerana baginya, memori berharga sepatutnya dipotretkan dalam sebuah gambar. Berkongsi dalam facebook pun untuk simpanan bukan untuk menunjuk. Apatah lagi untuk menantikan like atau comment daripada orang lain. Tidak sama sekali!“Lagi satu orang yang suka selfie ni ada sikap riak. Nak menunjuk-nunjuk dia makan apa or pergi mana-mana yang special.” Aaron tidak mahu kalah.“Okay. Whatever. Mental ke riak ke, saya yang nak selfie. Bukan sir. Saya guna kamera saya dan sedikit pun tak menyusahkan sir!” Alice mengakhiri perbalahan dengan sengajaselfie gambarnya banyak kali bersama kari hijau Thailand yang diorder. Shutter handphonenya molek berbunyi klik banyak kali. Sengaja tidak disilentkan untuk bikin Aaron panas hati. Alan yang melihat Alice bergambar dengan wajah pelbagai ekspersi menekan perut yang keras menahan gelak. Begitu juga dengan Ashraf dan geng-geng gosip yang lain. Cuma Aaron yang mampu mengetap gigi melihat kedegilan Nur Alysa! ………………..“I akan adakan kelas tambahan bermula hari esok setiap malam. Mula pukul 8 tamat pukul 10 malam.” Syakina menghentak buku rujukan yang dibawanya ke dalam kelas di atas meja. Matanya tajam merenung satu demi satu wajah pelajar yang diajar. Pandangannya mati pada wajah Alice. Bengang kerana gadis itu berjaya menarik perhatian ramai dua hari lepas melalui persembahannya.“Awak tak payah nak buat muka sinis macam tu Alice. Siapa nak datang. Datang. Tak nak datang. Sudah. Awak yang rugi.”“Apa hallah betina ni…” Desis Alice perlahan. Tiada ribut tiada angin, tiba-tiba Syakina hendak memerlinya. Alice buat muka tidak dengar. Tamat saja kelas dia orang pertama yang beredar keluar. Sudah berjanji dengan rakan-rakannya untuk berkumpul di café setelah dia solat zuhur.“Alysa, jangan lupa datang kelas tambahan I petang ni.” Satu suara menampar pendengaran Alice. Dia yang sedang melalui satu koridor berpaling ke belakang. Kelihatan sesusuk tubuh pemuda baru berselisih dengannya.“Like I care.” Bicara sinis Alice menyebabkan langkah pemuda itu terhenti. Dia memalingkan wajah agar berhadapan dengan gadis itu.“What you said?” Aaron berpeluk tubuh mendekati gadis comel yang masih perang dingin dengannya.“I said nothing.”“I yakin telinga I belum pekak lagi.”“Kenapa pula saya perlu datang kelas tambahan sir?”“Kenapa pulak you tak perlu datang?”“Sir kata tak wajib.”“Wajib untuk you.”“Kenapa pulak?!” Alice terjerit kecil.“I want you to get a perfect score. Tak ada alasan okey. Jangan malas.” Bicara Aaron menambahkan masam di wajah Alice. Memang Aaron mengadakan kelas tambahan petang itu kerana peperiksaan bakal berlangsung tidak lama lagi.“Whose get mark above 90% in Microbiology,I akan belanja makan.”“Macamlah aku kisah…” Alice mencebik bibir tanda tidak hairan dengan tawaran pensyarahnya itu.“Don’t make that kind of face Lys. If you fail to get 95% in upcoming test. You will bear the consequence.”“95% ?! But you just said 90%!”“It’s always different for you.”“Like I care.”“Yes you will.”“Are you threatning me?”“Yes. I am.”Sir nak buat apa dekat saya?!” Tidak memasal suara Alice melantun tinggi di koridor itu. Beberapa pasang mata pelajar yang lalu lalang menjadi pemerhati. Aaron mampu membuat perasaan Alice berbunga atau berapi sekelip mata!“Just wait and see. Make sure you past the qualification mark that I want you to get.”Aaron berlalu dengan senyuman nakal tanda mengena.“Crazy!”


P/S: DROP A COMMENT AND SHARE IN FACEBOOK FOR MORE LOVELY CHAPTER. HE3. THANKS 4 READING <3<3<3
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2015 23:01

June 1, 2015

NOVEL : DOKTOR + ACTOR = NOVELIS BAB 4, BAB 5



BAB 4“Hahaha!” Tawa kedengaran, namun wajah pemuda itu tertutup di sebalik buku yang dibacanya.“Leo, boleh diam sikit tak? Everybody’s watching you!” Leah membuntangkan mata ke arah adiknya yang daripada tadi ketawa tak ingat dunia. Sudahlah mereka berada dalam kapal terbang. Banyak mata memandang.“Whose care!” Itulah jawapan sama yang sering diberikan apabila Leah membebel kepadanya.“Dah baca banyak kali pun nak gelak ke?” Tempelak Leah bengang.“This story was funny!” Leo menunjukkan cover novel bertajuk Kahwin 6 Bulan Aje?! kepada Leah.“I heard that for million time. Ramai pembaca cakap novel tu sampah.”“Itu bukan pembaca tapi pengkritik yang tak ada otak.” Leo membela dengan wajah serius.“That’s what you said.” Provok Leah. Sengaja ingin melihat sejauh mana adiknya menyokong kredibiliti penulis novel itu.“Novel ni walaupun banyak part yang tak logic. Is still fun to read. Tak macam kebanyakan novel melayu lain yang full of cliché.” Jawab Leo seraya menyelak kembali helaian yang telah di bacanya. Hampir lunyai novel itu kerana telah dibaca banyak kali. Langsung tidak endah akan mata penumpang lain yang naik pesawat sama dengannya.“I know. But whatever it is. I’m glad you read that novel. You malay improve a lot.” Puji Leah di hujung ayatnya.“I really want to see her!” Leah sekadar menggeleng-geleng kepala apabila ayat itu tercetus dari mulut adiknya. Ini bukan kali pertama Leo berhajat untuk bertemu dengan penulis novel berkenaan. Dan mereka bertandang ke Malaysia ini pun semata-mata untuk menunaikan hasrat adiknya itu.…………………“Acumm!”Alice terbersin saat dia sedang berbual dengan rakan-rakannya di café AAU. Mereka bergosip sambil menyiapkan assignment.“Eh, kau tak sihat ke apa?” Tanya Zaty prihatin.“Tak lah, selesema sikit aje.”“Alice, tengok ni! Tengok ni! Peminat kau!” Syak menarik tangan Alice agar melihat paparan hiburan di Samsung Galaxy Tab S kepunyaannya. Alice segera mendekati.“Wow, Leo turun Vietnam! Seronoknya!” Seperti biasa, saat mendengar nama Leo mulalah Alice terkinja-kinja.“Gilalah. 100 orang security guard escort. Handsome gila kut!” Bukan main dekat Alice menatap tab kepunyaan Syak. Sahabatnya yang lain sekadar menggeleng-geleng kepala. Saat itu café agak lengang kerana jam mencecah pukul 3 petang.“Muka jambu macam tu kau cakap handsome?” Tegur Ain selamba. Sengaja ingin melihat reaksi Alice.“Handsome lah gila. Jambu kau!” Tidak suka betul Alice bila ada orang menyebut Leo jambu. Muka lelaki itu macho, langsung tak macam perempuan. Cuma kulitnya putih dan bersih.“A’ah la Ain. Handsome Leo ni. You jangan cakap tak handsome. Nanti die hard fans Leo marah.” Tokok Tini sebelum mereka semua tergelak kecil. Alice buat tidak endah. Masih asyik scroll ke atas dan ke bawah info artis pujaannya.“Mana assignment, I nak tengok.” Satu suara meminta tugasan Alice dari arah belakang.“Nanti-nantilah Subash. I nak tengok Leo ni. Sibuklah you ni.” Alice mula membebel apabila diganggu.“Leo tu boleh tolong you buat assignmentke Lysa?”“Ha?” Dan suara itu buat Alice tersedar. Dia berpaling ke belakang sebelum darah menyerbu wajah. Tersilap orang! Mujur tidak terhempas tab Syak!“Oh sir. Sorry. Saya ingatkan Subash tadi.” Alice menggelabah sebelum memulangkan tab Syak dan menghulurkan tugasannya kepada Aaron untuk diperiksa. Petang itu mereka telah berjanji untuk membuat tugasan subjek Clinical Biochemistry yang di ajar Syakina dengan mendapatkan bantuan Aaron. Itu pun terpaksa kerana Syakina banyak sangat songeh apabila ditanya apa-apa soalan. Sudahlah tugasan yang diberikan agak sukar. Jadi mereka berkeputusan meminta pertolongan Aaron. Jika tidak, ada mereka mendapat markah rendah.  “Kau tak boleh tukar wallpaper lain ke Alice?” Alan yang ada sama dan sedang bermain game Clash of Clan di handphone Alice bersuara.“Kenapa?” Alice pelik. Selalu menyuruh Alan bermain gamedi handphonenya untuk mengumpul mata jika lelaki itu ada masa lapang.“Meluat aku tengok muka Leo ni.” Alan menutup gamedan menayang wajah Leo yang menjadi wallpaper handphone Alice. Alice merampas handphonenya dan tersenyum jahat.“Kau meluat. Aku suka dia. Muah!” Selamba Alice mengucup skrin  handphonenya. Semua buat aksi ingin termuntah dan Aaron sekadar menggeleng-geleng kepala. Fanatik yang tidak dapat dibendung! Mujurlah Leo itu artis terkenal dan bukan kenalan rapat Alice. Jika tidak Aaron tidak tahu apa yang akan berlaku!Setelah menerangkan apa yang patut dibetulkan dalam assignmentAlice, Aaron menyemak tugasan Subash pula. Lampu kecil bewarna hijau berkerlipan di skrin  handphone Samsung Galaxy S5 kepunyaan Alice. Tanda ada mesej masuk. Alice membuka handphonedan ternyata ada mesej dari facebookmessenger.‘Dah habis kelas?’ Mesej dari Prince L, kenalan Alice di facebook.‘Yup. But I and my friends have some assignment to do with our lecturer.’ Balas Alice laju.‘Ohh, dah makan?I miss u’ Alice tersenyum simpul saat membaca mesej itu. Dia laju membalas dan Alan yang duduk di sisi memerhati penuh curiga.“Kau masih berhubung dengan Prince L tu ke?” Tanya Alan saat Alice berhenti bermesej. Tahu akan kewujudan Prince L. Sudah lama Alice bersahabat dengan Prince L yang tidak dikenali itu.“Of coarse. Dia kekasih gelap aku.”     Jawab Alice selamba.“Bukan Leo ke kekasih kau?” Tanya Berry sambil tergelak.“Nope. Bakal suami aku, Leo. Kekasih gelap aku ini.” Alice mengetuk skrin  handphonenya dengan jari menandakan yang Prince L adalah kekasih gelapnya.“Teman tapi mesra aku kau.” Sambung Alice sambil memandang Alan yang jelas tidak puas hati dengan penyataan aku.“Dan pencuci mata aku…”“Kenapa aku jadi teman tapi mesra aje?” Alan mencatas kata-kata Alice apabila gadis itu kelihatan ingin  menyebut nama Aaron.“Eh, suka hati akulah nak bagi kau pangkat apa pun.”“Jangan asyik berangan dan membebel aje Lysa . Banyak yang salah tu. Cepat betulkan.” Tegur Aaron lembut. Kurang senang dengan perbualan Alice dan Alan. Baru Alice hendak menjawab, seorang lelaki sebaya mereka mendekati.“Excuse me, maaf Doctor. Ada benda sikit nak cakap dengan dia orang.” Zarif, seorang pelajar yang sama kelas dengan mereka dalam beberapa subjek kelihatan mengah mendapatkan mereka. Penat berlari ke sana sini.“Silakan.” Aaron memberi kebenaran.“Petang ni sila datang latihan aerobik ya. Nanti tak cukup pulak ahli dari fakulti kita.” Pesan Zarif laju.“Okay. Kami datang.” Jawapan Alice menyebabkan semua rakan-rakannya menoleh pandang ke arahnya.“Terima kasih Zarif. Kau boleh pergi. Bye!” Zarif mengecilkan mata mendengar bicara Alice yang seolah-olah menghalau itu. Dia berlalu pergi setelah menyampaikan informasi. Zarif adalah ketua majlis persatuan pelajar atau MPP. Dikenali dalam kumpulan Alice sebagai pelajar paling kuat mengampu pensyarah. Jadi mereka memang tidak pernah seteru!“Betul ke kau nak pergi latihan aerobik Alice?” Tanya Subash tidak percaya.“Hahaha, muka Alice ni nak pergi aerobik. Tak payahlah.” Ain tergelak jahat.“Ada aku kisah fakulti tak cukup ahli? Boleh jalanlah. Bukan dapat duit pun masuk aerobik.” Alice melempar kata sambil mengoyang tangan seperti mak nyah. Mata sengaja dijulingkan ke atas. Aaron tersenyum melihat tingkah Alice. Comel!“Memanglah tak dapat duit. Tapi boleh sihatkan badan kan?” Aaron menyampuk. Bukan tidak tahu akan perangai Alice yang malas menyertai aktviti sukan.“Saya dah sihat.”“Makan makanan yang macam ni, sihat pulak?” Aaron mengangkat burger yang dibeli Alice dan dia terkedu apabila Alice menggigit burger yang dipegangnya. “Burger ni makanan sihatlah.” Alice selamba menguyah. Aaron meletak kembali baki burger yang digigit Alice ke atas pinggan sebelum berdehem kecil. Control senyum Aaron! Control! “Biarkan kumpulan andatubu tu meroyan.” Sambung Alice setelah menghabiskan makanan dalam mulutnya.“Tebu? Tebu apa?” Aaron tidak faham.“Bukan tebu tapi tubu. Andatubu. Shortcutfor anak dara tua bulu.”“Bulu apa? You ni mengarutlah Alice.” Aaron bertanya sambil tergelak kecil. Sahabat Alice yang lain sudah tahu apa makna andatubu. Jadi mereka sekadar mendengar. Melayan Alice memang tugasan mereka tidak akan siap! Aaron sajalah yang rajin melayan.“Ulat bulu lah. Yang gatal tu. Jangan salah tafsir pulak.”“Apa kaitan?”“Cik Syakina dengan kumpulan dia tu kan semua anak dara tua yang berperangai macam ulat bulu. Mendiskriminasi pelajar perempuan yang tak pandai membodek dan menyanjung kaki kipas juga pelajar-pelajar lelaki.” Alice menyuarakan ketidak puasan hatinya. Dia tahu Aaron adalah salah seorang pensyarah. Namun, dia tidak gentar mengutarakan kebenaran itu. Sejak semester satu Alice melihat kelakuan Syakina dan beberapa orang pensyarah lain yang memualkan. Suka pilih kasih dan membezakan layanan antara para pelajar dengan sangat ketara. Terutamanya layanan terhadap pelajar lelaki dan perempuan. Antara pelajar yang kuat membodek dan yang tidak pandai membodek.“Astagfirullahalazim. Tak baik Lysa. Jodoh mereka kan Allah yang tentukan.” Aaron beristighfar kecil, kurang suka dengan kata-kata Alice.“Memanglah jodoh Allah tentukan. Tapi perangai gatal yang tak bersesuaian dengan umur mereka tu yang buat saya sakit hati. Saya tak pernah mengata orang-orang yang kahwin lambat. Tapi perkara tu akan jadi isu bila perangai mereka macam haram.” Dan apabila Alice bersuara semua terdiam. Ada benarnya apa yang dikatakan gadis itu. Namun, apa yang salah di pendengaran Aaron, Aaron akan cuba untuk tegur.“Jodoh tu rahsia Allah, perangai buruk tu berpunca dari manusia sendiri. You tak boleh gabungkan keduanya sekali untuk jadikan ia menarik bagi mengaibkan seseorang.”“Sir nak cakap yang saya salah dan sir  nak sokong Syakina and the gangitulah?” Suara Alice naik seoktaf. Subash menyiku lengan Alan. Mahu Alan masuk campur agar Alice tidak bertekak dengan pensyarah mereka.“You memang salah dan I tak sokong sesiapa pun.” Aaron berlaga mata dengan Alice. Baru Alice hendak membuka mulut Alan menyumbat burger ke dalam mulut gadis itu.“Geng geng gosip datang sini nak belajar. Bukan nak tengok kau berforum perdana dengan abang aku.” Bisik Alan di telinga Alice. Gadis itu terkebil-kebil seketika sebelum tergelak kecil. Forum perdana? Alan memang pandai menyejukkan hatinya. Alice menyambung kunyahan burgernya dan tidak mempedulikan pandangan meluat Aaron. Selalu sangat Aaron melihat Alan berbisik-bisik dengan Alice. Sakit betul hati lelakinya!







BAB 5“Tengoklah, group Alice. Seekor pun tak datang!” Syakina bercekak pinggang di padang sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Menunggu kelibat para pelajar yang tidak kunjung tiba.“Mereka bukan binatang.” Aaron yang ada sama di padang segera menjawab. Sudah mengagak yang Alice tidak akan datang.“Memang setiap semester pun dia orang tak masuk aerobik.” Tokok Rozi pula. Salah seorang rakan rapat Syakina.“Tak kisahlah. Mereka best student. Agak sukar untuk cemerlang di kedua bahagian.” Ujar Dr. Syarifah merangkap penolong ketua fakulti perubatan. Pernah mengajar Alice dan rakan-rakannya dahulu. Dia tahu sikap gadis itu bagaimana.“Doktor jangan bagi muka sangat dekat mereka. Nanti mereka pijak kepala.” Syakina tidak berpuas hati bila ada yang menyokong Alice.“Zarif dengan kawan-kawan dia boleh aje cemerlang dalam pelajaran dan sukan. Kenapa pulak Alice dan kumpulannya tak boleh?” Rozi mencelah, cuba membenarkan Syakina.“Cemerlang sangat ke mereka tu?” Aaron bersuara kecil. Zarif itu bukan cemerlang dalam pelajaran. Sekadar mendapat markah paras-para hidung sahaja. Tidak boleh dikira cemerlang. Alice jauh lebih pandai berbanding Zarif!“Alice busy dengan dunia penulisan dia.” Tambah Sharifah lagi.“Alan tak datang ke Aaron?” Tanya Syakina tiba-tiba. Ingin keluar dari topik Alice.“Shooting.” Jawab Aaron ringkas.“Tak apalah. Bukan senang nak uruskan jadual belakon dia yang sibuk tu dengan jadual belajar.” Jawapan Syakina buat Aaron terkebil-kebil seketika. Teringat akan Alice yang mengkelaskan Syakina sebagai pensyarah andatubu. Baru Aaron faham apa yang dimaksudkan Alice dengan mendiskriminasi pelajar perempuan.Dari kejauhan Aaron dapat melihat Zarif yang berseluar pendek paras lutut berlari anak menuju ke arah mereka. Syakina, Rozi dan Ida, tiga pensyarah yang dikelaskan sebagai andatubu tersengih-sengih melihat pelajar lelaki itu. Memandang anak muda itu dari atas hingga ke bawah seperti singa kelaparan. Aaron geleng-geleng kepala. Padanlah Alice anti sangat dengan mereka!“Cik, saya mulakan latihan sekarang ya?” Tanya Zarif sopan.“Okay. Sila mulakan.” Syakina tersengih-sengih memberi arahan.Dari kejauhan Alice memerhati apa yang berlaku di padang. Mujurlah tempat tinggalnya terletak berhadapan dengan padang awam yang selalu digunakan AAU. Jadi dia dapat meninjau aktiviti di padang tanpa meninggalkan bilik yang terletak di tingkat 4 itu. Alice tersenyum sendirian melihat bayang Aaron melalui jendela biliknya dengan bantuan kaca mata. Beberapa hari lepas sejak berkaraoke dengan Aaron, dia merasakan Aaron lebih banyak tersenyum dan tergelak bila bersamanya. Hati Alice berbunga-bunga apabila teringatkan wajah kacak itu. Dia menanggalkan kaca mata dan duduk di meja belajar yang menghadap padang. Melakar draft novel dan menguap malas. Selang beberapa jam perutnya berkeroncong tanda minta diisi. Alice menukar seluar pendek dengan seluar panjang, mengambil wallet dan melangkah keluar dari bilik menuju ke bahagian bawah bangunan. Ingin membeli makanan. Alice menapak ke gerai yang menjual nasi kukus. Makanan kegemarannya sepanjang berada di AAU! Murah dan sedap. Menu yang ringkas dengan nasi putih yang dikukus, bersama acar nenas, kuah kari pekat dan ayam goreng panas. “Bik, saya nak nasi kukus satu. Bagi saya kaki, hati dan pedal dalam kuah kari tu ya. Saya nak ayam goreng bahagian kepak. Kejap lagi saya datang. Nak beli top up handphone kejap.” Alice yang sudah biasa membeli di kedai nasi kedai kukus itu memesan makanan.“Okey non.” Penjaja wanita warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 30-an itu kenal benar dengan wajah Alice. Antara pelanggan tetapnya. Alice berlalu pergi untuk seketika. Selang dua puluh minit dia kembali. Agak lambat kerana berbual dengan beberapa orang pelajar junior yang meminta autografnya di kedai menjual topap. Walaupun dia bukan pelakon mahupun penyanyi, ada saja pelajar yang meminati novelnya akan datang menemui untuk meminta tandatangan.“Bik, nasi kukus saya dah siap?” Tanya Alice ceria.“Err…” Penjual nasi kukus itu teragak-agak.“Kau tunggulah ya Alice. Bibik baru nak goreng ayam.” Suara Zumaira menyapa gegendang telinga Alice.“Kita orang lapar sebab aerobik. Kau lapar buat apa? Mengeram dalam hostel?” Tokok Vivi dengan senyuman sinis. Alice tidak sedar yang dia sedang dikelilingi kumpulan pembodek yang baru pulang dari latihan aerobik. Nama jolokan yang diberi Alice untuk kumpulan pelajar itu adalah geng-geng kipas. Sebab mereka kuat mengipas atau mengampu para pensyarah. Terutamanya pensyarah andatubu!“Aku mengeram ke apa, ada menyusahkan kau orang ke? Ada aku minta duit mak bapak kau untuk bayar duit hostel aku?!” Jawapan Alice buat mereka panas telinga. Rasa nak saja ditariknya rambut Zumaira ketika itu. Dasar bohsia bermulut longkang!“Pemalas. Terima kasih bik. Kita orang blah dulu. Meluat tengok muka pemalas ni.” Sungut Zumaira bengang sebelum merampas bungkusan nasi kukus dari tangan bibik dan berlalu pergi. Biadab!“Maaf non. Nasi tadi diambil mereka. Bibik ngak sempat bilang apa-apa.” Jujur peniaga itu memberitahu. Alice melihat bekas ayam goreng yang sudah kosong.“Tak apalah bik, tak ada rezeki.” Alice menghela nafas panjang. Hendak marah namun dia menahan perasaan. Dia kembali menapak pergi, ingin balik ke hostel dengan perut yang masih lapar.“Lys!” Satu suara menghentikan Alice daripada memanjat tangga menuju ke hostelnya. Dia berpaling ke belakang dan dapat melihat wajah Aaron.“Ada apa sir?” Aaron segak berbaju t-shirt lengan pendek. Mendedahkan lengan berototnya dan kulitnya agak kemerahan akibat berjemur di bawah terik mentari. Aaron berseluar panjang dan memakai kasut sukan Nike bewarna hitam. Peluh membasahi dahi pemuda itu. Namun ciptaan tuhan itu masih kacak di mata Alice.“Ambil ni?” Aaron menghulurkan satu bungkusan polisterin .“Apa ni?” Alice teragak-agak menyambut.“Nasi kukus.”“Kenapa bagi saya?”“You nak beli ni tadi kan?” Aaron yang kebetulan terlihat adegan antara Alice dan Zumaira berasa kasihan dengan gadis itu.“Ya, tapi ini sir punya nasi. Bukan saya punya.”“I dah kenyang. You ambillah.” Tipu Aaron selamba. Masakan dia sanggup membiarkan gadis di hadapannya itu kelaparan. Sebelum Zumaira membeli nasi kukus tadinya, dia sendiri sempat membeli sebungkus nasi itu. Tidak menyangka nasi yang diambil Zumaira adalah kepunyaan Alice.“Kalau dah kenyang kenapa sir beli?” Tanya Alice pelik.“I dah terbeli. Lepas tu Tuan Haji Yusof ajak I pergi minum petang.” Aaron berhelah.“Tak kisahlah. You ambil jelah. Kalau tak nanti I buang.”“Okey.”“Dalam tu tak ada kaki ayam atau hati ayam macam yang you nak. Lagi pun tak baiklah Alice makan organ dalaman haiwan.” Tambah Aaron tiba-tiba. Tahu yang Alice selalu meminta penjual nasi kukus memasukkan hati dan pedal ayam dalam kuah kari yang dibelinya. Aaron telah lama memerhatikan Alice. Sejak dulu lagi…“Okey, terima kasih.” Itu saja yang mampu diungkapkan Alice. Dia tersipu-sipu seketika. Senyuman mula menjalar di wajah.“Sama-sama. I bagi you nasi kukus bukannya nasi campur madu. So tak payahlah nak senyum lebih-lebih sangat.” Teguran Aaron buat senyuman manis itu hilang sekelip mata. Alice mengecilkan biji matanya memandang Aaron geram sebelum berlalu pergi. Aaron memegang dada yang berdebar. Jangan senyum manis sangat, sebab nanti dia yang akan tergoda!…………………………..Keesokan harinya seperti yang diagak, Syakina mengajar kelas Alice dengan wajah masam mencuka. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah Alice and the gang. Tamat saja kelas cepat saja dia memanggil para pelajar yang tidak hadir aktiviti aerobik semalamnya. Geram sungguh Syakina melihat wajah bersahaja Alice dan rakan-rakannya.“Siapa yang tak datang aerobik petang semalam, sila tunggu.” Mereka perlu diberi pengajaran. Itulah yang bermain di benak fikiran Syakina saat itu. Alice dan rakan-rakannya tetap di dalam kelas bersama beberapa orang pelajar lain yang tidak hadir ke aktiviti aerobik. Langsung tiada perasaan bersalah pada seraut wajah comel itu.“Kenapa tak datang semalam?” Tanya Syakina sambil berpeluk tubuh. Lebih kurang 15 orang pelajar berbaris secara melintang di hadapannya.“Demam cik.” Jawab Nordi, salah seorang pelajar ringkas.“M.C?” Syakina meminta Medical Certificate(M.C).“Saya tak pergi klinik cik, makan ubat dekat rumah.”“Penipu. Pelajar macam awak ni memang banyak alasan!” Tengking Syakina tiba-tiba. Nordi menggaru-garu kepala yang tidak gatal.“Awak, kenapa tak datang?” Syakina bertanya kepada pelajar seterusnya.“Ayah saya sakit miss, masuk hospital. Serangan jantung. Saya pergi jaga dia.” Itu jawapan jujur Halimahton.“Mana surat yang mengatakan bapa awak masuk hospital? Awak ingat saya nak percaya cakap awak!”“Tapi miss…” Wajah Halimahton seperti hendak menangis saat itu. Dia tidak menipu, tetapi Syakina tidak mahu mempercayainya. Masakan dalam keadaan cemas hendak melawat ayah di hospital sempat hendak meminta surat itu dan ini.“Awak jangan jadikan bapa awak alasanlah. Awak tahu tak mak saya tu sakit kanser, dah lima bulan duduk hospital. Saya ni anak dia, boleh aje saya melawat dia dan buat kerja saya. Kenapa awak boleh bagi macam-macam alasan. Bukan awak yang sakit pun! Awak memang malas pergi aerobik kan?!” Jerkah Syakina dengan mata membulat.“Alice, apa pulak alasan awak tak datang aerobik kali ni? Mak bapak awak sakit juga ke?!” Tiba giliran Alice untuk disoal.“Eh, taklah. Ibu bapa saya sihat waalfiat. Saya saja malas datang.” Jawapan selamba Alice buat mata Syakina hampir tersembul keluar.“Apa awak cakap?!”“Saya malas. Cik tak dengar ke?”“Kami pun malas.” Sahut Ain yang berdiri di hujung barisan kuat.“Kamu semua ni memang biadab betul! Kamu jangan ingat sebab kamu pelajar-pelajar pandai kamu boleh langgar peraturan universiti!” Wajah hitam manis Syakina bertambah gelap apabila darah menyerbu ke wajahnya.“Nampaknya macam tulah.” Alice mengetuk jam tangannya. Langsung tidak ambil pusing dengan bebelan Syakina.“Pelajar lain semua boleh datang. Kamu aje yang tak datang. Sepatutnya sebagai pelajar senior, kamu perlu tunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar junior!”“Semalam saya tengok sikit aje student yang turun padang?” Berry menjawab dan Alice menahan gelak yang hampir terburai.“Menjawab! Menjawab! Kamu nak saya laporkan pada dekan ke?”“Kalau cik rasa perlu laporkan pada dekan. Silalah.” Cabar Alice dengan mata melawan pandang pensyarahnya itu.Syakina merenung gadis itu lama, sebelum dia beralih ke mejanya dan melempar kotak pensilnya ke lantai. Habis berterabur alat tulisnya. Alice mencebik. Apa ke bodoh. Dia ingat ada orang ke nak pungut barang yang dia baling? Lainlah jika kaki-kaki bodek masih ada dalam kelas saat itu. “Jangan cabar saya Nur Alysa! Kamu memang langsung tak ada perasaan bersalah kan? Daripada muka kamu pun saya boleh baca perangai buruk kamu tu!” Syakina mengajukan jari telunjuknya hampir mengenai wajah Alice.“Mungkin cik boleh ajar ilmu menilik nasib lepas ni. Perlu ke saya hadiahkan kad trot pada cik? Atau semangkuk air macam dalam cerita nujum pak belalang tu?” Alice sempat memerli.“Biadab!” Mata Syakina mula kemerahan seperti dirasuk. Alice masih tenang.“Saya tak peduli. Petang ni, kalau kamu dan kawan-kawan kamu ni tak datang, saya akan tolak lima peratus markah assignmentkamu!” Syakina mengutip kotak penselnya dan berlalu keluar dari dewan kuliah itu. Para pelajar lain sekadar mengeluh panjang dan mula bersurai.“Ingat aku kisah. Bitch. Setiap semester pun nak ugut perkara yang sama.” Cemuh Alice sebaik melangkah keluar dari kelas. Memang benar apa yang dikatakan Alice. Setiap semester apabila ada pertandingan aerobik antara fakulti, ada latihan, dan kurang pelajar yang menghadirkan diri, mulalah mengugut untuk menurunkan markah assignmentmereka. Namun, tidak pernah sekali pun markah Alice turun walaupun wajahnya langsung tidak kelihatan di padang.“Habislah kita Alice. Macam mana ni? Jomlah join aerobik petang ni.” Tini mula menggelabah. Dia adalah salah seorang daripada gang Alice yang termakan hasutan Syakina.“A’ah lah Alice. Aku takut dia tolak markah kita.” Syak pun sama takut!“Kau takut ke Syak? Dia gertak aje lah nak tolak markah tugasan kita.” Alice cuba menyedapkan hati rakan-rakannya.“Betullah Alice, dia tolak. Sem lepas I dapat A- tau. Sepatutnya I dapat A+. Perempuan tu main markah.” Tokok Tini lagi. Wajahnya kelihatan pucat.“Dia tak berani tolak markah you Alice, sebab dia tahu you akan buat hal.” Subash mengiyakan.“Jomlah pergi Alice.” Ajak Ezzah. Member yang paling pendiam dalam gang mereka.“Mentor aku pun dah bising, aku terpaksa pergilah Alice.” Berry yang baru mendapat mesej daripada Puan Mazura, mentornya membuat muka bengang. Program mentor-mentee adalah program yang diadakan dalam AAU. Di institusi pelajaran lain mereka menggelar mentor sebagai penasihat akademik. Tetapi di AAU, sistem yang dibentuk agak berbeza. Dimana setiap pelajar akan ditempatkan bersama seorang pensyarah yang akan menyelia mereka daripada awal semester hingga tamat pengajaran. Samaada daripada segi pelajaran mahu pun peribadi, para mentee boleh mendapatkan nasihat mentor. Dan kadangkala ada mentor yang memaksa mentee-mentee mereka untuk terlibat dalam sesuatu aktiviti.“Kita join untuk have fun ajelah Alice.” Cadang Zaty pula.“Shh…azan.” Alan yang sedari tadi mendiamkan diri memberi isyarat agar rakan-rakannya menutup mulut masing-masing. Tamat azan berkumandang, mereka kembali menyambung perbualan mengenai aerobik.“Okey. Kalau kau orang nak sangat pergi. Aku ikut.” Alice membuat keputusan.“Erk, kau biar betul?” Alan tidak percaya. Tahun-tahun sebelumnya walaupun rakan-rakan mereka masuk aktiviti itu, jangan haraplah Alice hendak ikut sama.“Saja suka-suka. Aku bosan. Kalau aku bosan dekat padang nanti aku blahlah.” “Okey. Kau pergi balik solat dulu. Aku tunggu dekat kereta. Nanti kita pergi makan baru masuk aerobik.” Alan memberi arahan dan Alice angguk-angguk kepala. Alan sentiasa mengikut apa yang dilakukan Alice.…………..Usai solat zuhur dan menepek compact powder dan lipstick nipis, Alice bergegas turun dari hostelnya dan menuju ke arah kereta Mitsubishi Lancer bewarna biru gelap kepunyaan Alan. Alice membuka pintu kereta tempat duduk sisi penumpang bahagian hadapan. Namun, dia terkejut apabila mendapati Alan duduk di situ.“Eh, apa hal kau duduk depan pulak?” Alice bertanya pelik. Selalunya Alan yang akan memandu dan dia duduk di sebelah.“Abang aku drive. Dia nak ikut lunch.” Jawapan Alan menyebabkan Alice menundukkan kepalanya. Meninjau siapa yang duduk di seat pemandu. Wajah Aaron yang tenang memandang hadapan menyapa pandangan.“Cepatlah Alice masuk. Kita orang dah lapar ni.” Tini di tempat duduk belakang bersuara. Alice sekadar angguk-angguk kepala sebelum duduk di kerusi belakang bersama Tini dan Zaty. Subash membawa kereta waja bersama Berry, Syak, Ain dan Ezzah.“Sir…” Alice membuka mulut setelah beberapa minit kereta meluncur laju di jalan raya.“Emm…”“Sir sihat ke tidak?” Pertanyaan mengejut Alice buat Aaron yang sedang memandu berkerut dahi.“Buang tebiat ke apa nak ikut kita orang lunch?” Alan tergelak lucu dengan soalan Alice. Tini dan Zaty sekadar tersengih.“Salah ke I nak makan tengahhari dengan adik I?” “Oh, brother’s love! Pertama kali saya tengok ni.” Gelak Alice ceria. Ini kali pertama Aaron hendak keluar makan dengan mereka.“Kenapa baju basah?” Tanya Tini seraya melihat bahagian atas t shirt hitam Alice.“Kena air sembahyang. Nampak ke?”“Tak lah. Dekat-dekat baru nampak.” Sedang mereka berborak-borak kosong dalam kereta, handphone Alice berbunyi nyaring. “Hello. Asalamualaikum mak.” Wajah Alice tersenyum ceria apabila mendapat panggilan daripada insan kesayangannya.“Waalaikumussalam. Anak mak dah solat.” Itu soalan pertama yang ditanya Mina terhadap anak daranya itu.“Dah. Ini on the way nak pergi makan tengahhari dengan kawan-kawan.”“Oh, sayang mak sihat?”“Sihat alhamdullilah. Mak?”“Sihat alhamdullilah. Ini ada barang sampai.”“Barang apa mak?” Dahi Alice berkerut. Seingatnya dia tiada membeli barangan online kebelakangan ini.“Entahlah, macam baju. Tapi pelik sikit baju ni. Kainnya licin macam kain sutera.” Mina menerangkan di hujung talian.“Sutera? Alice tak ada pulak beli baju online.” Alice mengetuk lembut dahinya cuba mengingat jika dia terlupa sesuatu.“Baju kurung ke? Atau blouse?” Tanya Alice lagi.“Bukan. Semalam abang kau tengok baju ni. Dia kata kimoto.”“Kimoto?” Alice bertambah pelik. Baju apa pulak yang bernama sepelik itu?“Kimono ke mak?”“Ha, yalah tu. Kimono. Warna biru merah sayang. Cantik kain ni.”“Entah-entah orang tersilap pos kut mak?”“Taklah, memang atas nama kamu. Siap ada binti abah kamu lagi. Jadi tak mungkin salah alamat.” Mina menjelaskan dan wajah Alice kembali berkerut. Alan dan Aaron yang berada di kerusi hadapan sama-sama memasang telinga.“Okey mak. Assalamualaikum.”“Waalaikumusalam.”“Amboi, manja betul dengan mak dia ya?” Kata Zaty dengan senyuman manis.“Salah ke manja dengan mak sendiri?”“Tak salah pun. Janganlah marah.”“Tak marahlah.” Alice ketawa hambar. Kadang kala pelik dengan soalan itu. Sering kali ditanya kepadanya. Bila telifon teman lelaki boleh pulak cakap manja-manja, lembut-lembut, tapi bila telifon insan yang melahirkan diri sendiri, tak nak pulak buat macam tu. Ada sesetengah anak yang menengking dan meninggikan suara pula bila bercakap dengan orang tua.“Kau beli kimono ke Alice?” Alan pantas bertanya soalan yang bermain di benak fikiran Alice.“Tak lah. Ada orang hadiahkan dekat aku.”“Siapa?”“I’m not sure.” Alice mengeluh panjang. Moodnya berubah dalam kadar sesaat. Diikutkan hati mahu saja dia pulang ke Johor saat itu. Ingin melihat kimono yang dikatakan mamanya. Handphone Alice menyala menandakan ada mesej masuk. Dari facebook messenger.‘Ada dapat hadiah yang saya pos?’ Berderau darah Alice membaca mesej dari Prince L itu.‘What type of present?’‘Kimono.’‘How can you know my address?’ Laju sekali Alice manaip.‘Saya genius. Hahaha.’ Badan Alice mula berpeluh apabila memikirkan yang Prince L kenal dengannya di luar.‘You scared me. Please don’t act like a psyco!’‘Taklah. Saya ikhlas nak bagi awak hadiah. Hari tu awak juga kan kata nak kimono.’Jawapan Prince L menyebabkan Alice menutup handphone. Dia jadi cemas tiba-tiba. Dia tidak pernah memberitahu alamat rumahnya kepada Prince L. Jadi bagaimana lelaki itu tahu alamat rumahnya. Adakah pemuda itu adalah orang yang mengenali dirinya di luar?“Kenapa Alice?” Pertanyaan Alan mengejutkan Alice.“Tak ada apalah. Eh, kau fikir boleh ke kenalan kita dalam facebook tahu alamat rumah kita walaupun dia tak kenal kita dekat luar?”“Mana dia boleh tahu kalau kau tak cakap. Tapi kau kan ramai kenalan yang tahu rumah kau dekat mana. Mungkin dia oranglah yang hantar kimono tu.” Alan seperti dapat membaca apa yang bermain di fikiran Alice. Kawan facebook Alice terdiri daripada ramai orang. Ada yang berkawan dengan Alice di sekolah menengah, matrik dan jiran-jirannya di kampung. Jadi tidak mustahil jika mereka yang menghantar hadiah itu ke rumah Alice.Mood ceria Alice hilang begitu saja kerana hatinya tidak sedap memikirkan hal Prince L. Selama lima tahun mereka menjadi sahabat maya, tetapi Alice tidak pernah tahu siapakah gerangan identiti Prince L yang sebenarnya.“Sikitnya makan?” Teguran Aaron menyebabkan Alice tersedar dari mengelamun. Dia sedang memilih makanan di buffet sebuah restoran. “Sir tak belanja hari ni. So, saya ambil sikit ajelah.” Alice berbasa basi. Seleranya untuk makan telah hilang.“Perli ke apa? Tengok muka I ni macam lelaki tak berduit ke?” Aaron mengangkat kening. Cuba berlawak. Mengulang kembali ayat yang pernah digunakan Alice.“Riaknya!”“Ambillah banyak sikit. Jangan bimbang, I belanja.” Aaron mencedok lauk daging masak kicap kegemaran Alice dan mengisinya dalam pinggan gadis itu. Alice sekadar terkebil-kebil sebelum dia tersenyum lebar.“Wei, gang! Ambik makanan banyak-banyak. Sir belanja hari ni!” Alice melaung ke arah rakan-rakannya yang masih berborak di meja. Belum mengambil makanan.“Yes!” Rakan-rakannya bersorak riang.“Nakal betul dia ni.” Aaron geleng-geleng kepala melihat gelagat gadis di hadapannya.“Apa sir?”“Nothing.”“Itu aje you ambil?” Sekali lagi Aaron menegur. Selalunya Alice suka mengambil banyak lauk. Ini tidak, sedikit saja nasi yang dicedok dan lauknya sekadar dua jenis. Itupun setelah Aaron meletak lauk daging di pinggan gadis itu.“Tak ada selera lah sir.” Beritahu Alice jujur.“Orang baru bagi kimono dah tak ada selera? Belum lagi orang bagi cincin tu.” Perlian Aaron yang membawa makanan ke kaunter bayaran menyebabkan Alice berkerut dahi. Siapa pulak yang nak bagi Alice cincin?! Jika daripada Aaron pasti dia terlebih selera untuk makan!“Alice, nak sikit daging.” Alan meminta makanan  di pinggan Alice tatkala mereka semua menjamu selera.“Ambillah.” Alice menolak pinggannya. Aaron megetap bibir. Mengada betul Alan ini. Kenapa tak ambil sendiri lauk daging tadi. Sibuk hendak mengacau makanan Alice!“Nak rasa ni tak?” Alan mengaju sesudu nasi bersama kupang masak berlada ke mulut Alice. Selamba saja Alice membuka mulut dan memakan suapan Alan. ‘Uhuk!’ Aaron tersedak air laici ais yang diminumnya tatkala melihat gelagat dua manusia itu.“Makan tak bercakap pun boleh tersedak ke?” Perli Alice selamba.“Doctor tersedak sebab tengok Alan suap Alice.” Zaty menahan gelak. Seperti dapat membaca wajah pensyarahnya ketika itu. Mereka sekawan tidak pernah pelik makan bersuap sesama sendiri. Tak ada perasaan apa-apa pun!“Pelik ke?” Tanya Alice tanpa perasaan bersalah.“Awak tak geli ke?” Lain yang hendak ditanya, lain soalan yang terbit dari mulut Aaron.“Antara kami bersembilan ni kan sir, tak ada istilah geli. Lagipun kami bukan pembawa wabak penyakit berbahaya. Jadi chill lah kongsi makanan.” Jawapan Alice yang disertakan dengan wajah blur Aaron mengundang tawa rakan-rakannya yang lain.……………….Asyik berbual ketika makan tengahhari menyebabkan mereka lambat untuk ke padang bagi menyertai acara aerobik. Aaron yang baru keluar daripada tandas setelah menyalin pakaian sukan mendapati Alice dan Alan sedang membelek wajah di sebuah cermin yang terletak di koridor AAU. Aaron geleng-geleng kepala, masih belum bergerak ke padang rupanya.“Pakai sun block nilah. Nanti kulit kau terbakar.” Alan ingin menepek sun block cream di muka Alice namun gadis itu memegang tangannya.“Gila kau ni, aku dah pakai bedak yang ada S25 sun protection tau. Tak kan aku nak tepek sunblock lagi!”“Mana cukup dengan bedak aje. Degil. Muka kau hitam nanti baru padan muka.” Alan mencebik sebelum menyapu nipis sunblock di pipinya sendiri.“Nanti putih lah balik. Apa susah. Aku bukan artis macam kau. So, tak kisahlah kalau hitam.”“Alysa, Alan, tak gerak-gerak lagi ke padang?” Aaron menegur.“Oh sir, kejap lagi. Tunggu adik sir ni lah. Nak pakai sunblock lah. Apalah…” Alice membebel. Alan tidak mempedulikan mereka berdua. Masih ralit mengamati wajah sendiri di cermin. Masakan dia boleh mengabaikan wajah yang membawa keuntungan dalam hidupnya itu.“Yang lain-lain mana?” Aaron meninjau ke kiri dan kanan. Kelihatan hanya mereka berdua di situ.“Ada dekat kereta. Kejap lagi kami ke sanalah.”“Oh…”“Sir nak pakai sun block? Sini saya pakaikan.” Alice merampas sun block cream dari tangan Alan dan menekannya ke tangan sendiri. Pantas saja dia ingin menepam wajah Aaron dengan krim di tangannya. Aaron memegang tangan gadis itu. Mujurlah memakai baju lengan panjang. Jika tidak tak tentu pasal dia bersentuhan kulit dengan Alysa!“Jangan nak buat gila. Pakai dekat muka sendiri.” Aaron mengarahkan tangan Alice hingga terkena pipi gadis itu sendiri.“Sir!” Alice terjerit besar apabila krim putih tersebut tertepek di pipinya. Aaron tersenyum jahat.“Padan muka.” Alan yang melihat tergelak besar. Alice menjegilkan mata. Akhirnya dia hanya bisa mengeluh sebelum masuk ke tandas untuk mencuci wajah. “Eh, bukan abang tak join aerobik ke?” Tanya Alan tiba-tiba.“Taklah. Abang nak latih bebudak ni main bola sepak.” Jawapan Aaron menyebabkan Alan angguk-angguk kepala. Bukan semua pensyarah terlibat dengan aktiviti yang sama. Aaron telah ditugaskan untuk melatih skuad bola sepak AAU untuk pertandingan antara universiti yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Mereka bertiga bergerak ke padang awam. Aaron berkeputusan untuk meninjau aktiviti aerobik buat seketika sebelum bergerak ke padang AAU bagi latihan bola sepak. Alice dan Alan berhenti di tempat parkir kereta di sisi padang untuk mendapatkan rakan-rakannya yang lain. Sementara Aaron menuju ke arah para pensyarah yang sudah mula mengawal aktiviti aerobik fakulti perubatan.“Yang dekat kereta sana boleh cepat sikit tak!” Jerkahan Sharifah dari kejauhan mematikan niat Alice untuk terus berbual-bual dengan rakannya di kereta. Mereka pantas berlari anak menuju ke padang.“Terhegeh-hegeh!” Syakina mengherotkan bibir apabila melihat kelibat Alice dan rakan-rakannya telah memasuki barisan.“Eh, betina ni. Menyalak pulak! Aku lempar dengan kasut, baru padan muka!” Dengus Alice dengan wajah masam mencuka. Sudahlah cuaca petang itu panas, ditambah lagi dengan perangai Syakina. Dia bertambah panas!Setelah Sharifah menamatkan taklimat ringkas dan menunjukkan langkah-langkah aerobik yang perlu dilakukan, latihan pun bermula. Beza aerobik biasa dengan pertandingan aerobik di AAU adalah aerobik yang dipertandingkan boleh dikelaskan sebagai satu aktiviti tarian sambil bersukan. Para pelajar akan membentuk formasi dan melakukan langkah yang berbeza-beza selama 20 minit. Pelbagai jenis muzik digunakan. Ketua pelajar yang melatih mereka bagi menggantikan pihak pensyarah tidak lain dan tidak bukan adalah Zarif. Diiringi dengan Vivi, Zumaira, Effy, Katy, Liyana dan Zul. Kumpulan itu adalah mereka yang Alice gelarkan sebagai kaki kipas atau pembodek nombor satu para pensyarah AAU.Sepanjang satu jam, latihan berlangsung tanpa sebarang masalah. Alice mengikut saja arahan kaki-kaki kipas dengan tidak rela. Jika tidak kerana rakan-rakannya takut dengan Syakina, tiada maknanya dia akan berada di situ. Aaron pun bergegas meninggalkan padang setelah lebih kurang 20 minit berada di situ.“Gampang betullah!” Alice terkejut kecil apabila mendengar suara Ain menyumpah. Dia berpaling dan tergelak melihat Ain berkaki ayam kerana kasutnya terpelanting saat sibuk melompat-lompat mengikut gerak tari aerobik.“Siapa yang gampang?!” Suara Zarif yang meninggi mendiamkan suasana buat seketika. Ain dan Alice sama terpinga-pinga.“Kau apa hal pulak ni?” Alice tidak faham apa yang berlaku.“Aku tanya dengan kau, kau cakap siapa gampang?!” Wajah pemuda itu kelihatan merah padam. Dia berdiri dekat dengan Ain.“Kasut ni…”“Kurang ajar. Kau cakap aku gampang kan?!” Tempikan Zarif yang menuduh melulu membuatkan mereka terpempam.“Bebudak biadab memang macam tu Zarif.”  Bukan hendak menjernihkan keadaaan. Bahkan Zumaira mencurah minyak pada api yang membara.“Kau baru hari ni masuk aerobik, dah tunjuk lagak ya?! Kau ingat aku takut dengan kau ke?!” Zarif emosi tidak tentu pasal. Ain yang terpinga-pinga tidak tahu hendak bereaksi bagaimana.“Kau keluar daripada padang sekarang!”“Kau ni siapa, pensyarah ke?” Alice cepat masuk campur. Dia bercekak pinggang menghadap Zarif.“Kau tak payah nak masuk campur Alice!”“Eh, Ain ni kawan aku. Kau ingat aku nak diam aje tengok kau tengking-tengking dia?!”“Kawan kau ni kurang ajar!”“Kau tu dah cukup diajar sangat ke? Tu yang emo tak tentu pasal. Bodoh!”“Apa kau cakap?!” Tangan Zarif hampir mendarat di pipi Alice. Namun, Alan yang ada berhampiran segera menolak tubuh lelaki itu hingga tersungkur ke tanah.“Damn you! Kau jangan berani-berani nak pukul Alice!” Alan menarik tangan Alice agar berdiri di belakangnya. Wajah Alan yang putih melepak bertukar merah padam saat itu. Pertama kali ada orang berani hendak menyakiti gadis yang disukainya di depan mata. Suasana yang tadi aman, bertukar kecoh dalam sekelip mata. Para pelajar mula membentuk bulatan di sekitar Zarif dan bersorak. Menghangatkan keadaan agar pergaduhan itu berlanjutan.“Dia ni memang jantan dayus! Kau ingat Alice ni adik kau ke yang kau nak tampar-tampar?!” Syak masuk campur.“Dia tu kurang ajar sangat. Memang patut ditampar.” Celah Zumaira menyokong Zarif. Vivi membantu Zarif bangun.“Sini biar aku tampar muka kau!” Berry yang datang dari arah belakang mahu menerkam Zumaira namun sempat di tahan Zaty dan Subash. Dia bengang betul dengan perempuan yang suka mengapikan keadaan itu. Keadaan semakin kecoh. Masing-masing menyebelah kawan sendiri walaupun salah. Mereka bertegang urat dan suasana hingar bingar buat seketika.“Eh, eh, eh, kenapa bising-bising ni? Kenapa ni Zarif? Apa yang berlaku?” Syakina yang tadi ke tandas mendekati para pelajar yang berkumpul dan kedengaran bertempik. Dia mendekati Zarif, pelajar kesayangannya yang kelihatan sedang naik angin.“Ain ni cik, dia cakap Zarif gampang!” Vivi pantas menyampaikan berita.“What! How rude!” Syakina bercekak pinggang seraya memandang Ain dari atas hingga ke bawah dengan pandangan jengkel. “Ain, cepat minta maaf dengan Zarif!” Arah Syakina tiba-tiba.“Jangan harap aku nak minta maaf dengan ketua kaki kipas ni!” Tempik Ain bengang. “Kurang ajar. Kamu keluar daripada padang sekarang!” Syakina sama naik angin. Dia mula memaki hamun Alice dan kawan-kawannya sesedap rasa.“Baru satu hari masuk aerobik dah tunjuk belang!” Cemuhnya dengan mulut sengaja diherotkan.“Ingat kami hadap sangat ke nak masuk aktiviti whateverni. Boleh blah lah.” Alice menarik tangan Ain meninggalkan padang. Rakannya yang lain mengikut dari belakang.“Kita nak ke mana ni Alice?” Subash bertanya dengan nada resah. Dalam kadar beberapa jam mereka telah melakukan onar besar kerana bergaduh. Alice meninggalkan padang dan terus ke bangunan utama AAU.“Pejabat ketua jabatan.” Dan jawapan Alice buat mereka semua terdiam.

 P/S: RAJIN2 KOMENLAH YE. DOA2 MANUSKRIP NI CEPAT LULUS PENILAIAN N DAPAT DICETAK TAK LAMA LAGI...AMIN. THANKS 4 READING.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 01, 2015 06:08

April 24, 2015

NOVEL : DOKTOR + ACTOR = NOVELIS BAB 3


BAB 3



“Betul ke tak sakit ni?” Untuk kali yang kelima Alan bertanya soalan yang sama. Dia melihat Alice dengan wajah bimbang. Menyesal kerana semalam tidak masuk kelas. Jika tidak dia tidak akan membenarkan perkara sebegitu terjadi.“Betullah. Kalau sakit dah lama aku saman betina tu.” Suara Alice melantun dalam kebengangan. Tangannya diusap perlahan. Wajahnya merah menahan marah. Rambut panjang yang biasa dilepaskan bila memasuki kelas disanggul tinggi. Badannya berpeluh walaupun penghawa dingin dibuka pada suhu 16 darjah celcius. Pelajar lain tidak berani menegur Alice. Alice bila marah memang orang lain dapat tahu daripada ekspresi wajahnya.“Memang s, dot, dot, l betul betina tu.” Syak menambah api.“Tak payah dot, dot sangat Syak. Cakap aje betina sial. Memang dia sial.” Alice bila marah memang tak ingat dunia. Dia berlegar di hadapan barisan meja rakan-rakannya. Cuba menenangkan perasaan marah yang meluap-luap. Tangan dikibas-kibas ke wajah kerana kepanasan.“Alice, kau…”“Sekali lagi kau tanya aku sakit ke tak, dengan kau sekali aku maki.” Alan terkedu apabila kata-katanya dicantas Alice. Renungan maut Alice buat dia menelan liur.“Okey. Aku tak cakap apa-apa.” Alan menyerah kalah. Mengangkat kedua belah tangan dan duduk di sebelah Tini. Lebih baik dia diam dalam situasi seperti ini. Jika tidak, ada dia bergaduh dengan Alice.Sedang Alice memaki hamun memarahi orang yang dia benci, kelibat Aaron memasuki kelas mendiamkan suasana buat seketika. Aaron berjalan tegap menuju ke mejanya dalam dewan itu. Matanya sempat menjeling ke arah Alice. Alice mengutip semua helaian kuiz yang diserahkan Aaron kelmarin . Memang itu tugas yang selalu dilakukannya walaupun tidak disuruh.“Thanks.” Aaron agak pelik melihat wajah masam mencuka Alice sewaktu menghantar kertas kuiz para pelajar ke mejanya. Jarang melihat wajah manis itu sebegitu. Apa yang berlaku? Aaron tertanya-tanya.“Wait.” Aaron terkejut apabila melihat tangan Alice. Akibat rasa ingin tahu yang menggunung dia menarik hujung lengan baju gadis itu. Refleks! “Kenapa tangan you lebam?” Aaron melepaskan pegangan tangannya dan bertanya serius. Terdapat satu tompokan lebam di lengan Alice.“Hickey.” “What?!” Aaron terjerit kecil. Mulut gadis ini jika bercakap memang tak pandai jaga adab!“Love bite. Puas hati?” Alice paling pantang orang banyak bertanya masa dia tak ada mood. Alice hendak berlalu ke tempat duduknya, namun dia terkejut apabila Aaron berdiri di hadapannya. Menahan daripada dia terus bergerak. Dah kenapa pulak lelaki ni?!“Don’t mess around with me. Cakap betul-betul kenapa tangan tu lebam?” Aaron menjegilkan mata. Geram betul dengan ayat yang keluar dari mulut gadis itu.“Kena cucuk dengan Cik Syakina. Padan muka!” Dan jawapan diperoleh apabila Syazwan menjerit tanda memperli dari arah tempat duduk belakang kelas. Aaron menghela nafas panjang. Bimbang betul dia dengan gadis dihadapannya itu.“Sir dah dengar kan?” “Pergi tekap dengan ais sekarang.” Arah Aaron tiba-tiba.“What? Apa sir ingat tekap dengan ais boleh hilang ke lebam ni?” Daripada malam semalam lengannya lebam angkara dicucuk Syakina. “Lebam dekat hati you memang tak boleh hilang. Dekat situ boleh. Now.” Sarkastik sekali ayat Aaron.“Balik nanti saya buat.” Alice buat tidak endah.“I said now Nur Alysa. Selagi you tak tekap dengan ais tangan you tu I takkan mulakan kelas.” Ugut Aaron serius. Mujurlah suaranya tidak didengari pelajar lain. Mereka hanya terkebil-kebil memerhati.“Baguslah macam tu. Saya lagi suka kalau sirtak mengajar.” Alice berpeluk tubuh memandang pensyarahnya dan Aaron mengetap gigi. Degil sungguh! Para pelajar yang menonton drama itu tidak memberi sebarang respons. Agak biasa melihat Alice bertekak dengan Aaron. Selalunya pasal pelajaran. Jadi mereka malas ambil pusing. Alan cepat bangun dari duduknya apabila melihat keadaan akan menjadi semakin tegang jika dibiarkan.“Is okay. Alan pergi beli ais sekejap. Alice dahlah pergi duduk.” Alan menarik tangan Alice daripada terus terpacak di hadapan meja abangnya. Alice mengikut Alan dengan satu dengusan kasar. Aaron yang melihat tangan Alice disentuh Alan mengecilkan mata. Ada satu perasaan halus menular di jiwanya!……………..Tamat kelas, Alice bergegas keluar dari bilik kuliah. Tidak mahu Aaron melihat wajah marahnya. Aaron menggeleng-geleng kepala. Panas baran betul! Aaron berfikir sejenak sebelum menghayun langkah pantas menuju ke bilik pensyarah. Dia tidak ke mejanya, tetapi terus ke meja Syakina.“Aaron, you dah habis kelas ke?” Syakina tersenyum simpul apabila mendapati pensyarah kegilaan AAU itu mendekatinya.“Syakina, can I ask you something?” Aaron serius.“Of course. You nak ajak I makan ke? I free.” Syakina bergegas bangun dari duduk dan mengambil tas tangan. Aaron adalah satu-satunya jejaka kegilaan sepanjang dia bekerja di AAU! Pemuda itu sangat segak dan menggoda! Ini kali pertama Aaron kelihatan mahu mendekatinya terlebih dahulu.“You ada ajar kelas Alan teknik venipuncture?” Aaron buat tidak endah dengan kelakuan memualkan gadis itu. Sudahlah berkebaya ketat, kain terbelah lagi tu! Meluat betul Aaron melihatnya.“Ada. Semalam. Kenapa ya?” Dahi Syakina berkerut. Dapat menghidu sesuatu yang tidak seronok bakal berlaku.“You should be more careful when do the demonstrate with student. They got hematoma when you make a slightly mistake.” Aaron straight to the point. Akibat kecuaian Syakina, tangan Alice lebam. Geram pulak bila Aaron memikirkannya!“Maksud you, Alice?” Tebak Syakina. Semalam Alan tidak masuk kelas kerana sibuk dengan pengambaran drama. Jadi mustahil Aaron maksudkan Alan.“Yes.”“Dia menipulah Aaron. I ambil sikit aje darah dia. Tak kanlah lebam? Dia mengadu dekat you ke yang tangan dia lebam?” Syakina menyumpah Alice dalam hati. Dasar kaki pengadu! Bukan dia tidak tahu yang Alice agak rapat dengan Aaron berbanding pelajar lain. Entah apa yang istimewa sangat tentang Alice hingga Aaron begitu ambil berat.“I saw it with my own two eyes. Ia bukan soal ambil darah sikit atau banyak. Tapi soal cara you guna teknik venepunctureitu betul atau tak.” Suara Aaron lembut namun tegas.“You nak cakap I salah teknik lah?”“Yes. Kalau teknik you betul, tangan Alysa  tak kan lebam. Lain kali tolonglah jangan buat kesilapan macam tu.” Aaron berlalu pergi setelah puas membasuh Syakina. Lantaklah hendak terasa atau tidak. Asalkan dia puas hati dapat menegakkan perkara yang sepatutnya!………………Tamat kelas pada jam dua petang, sembilan sekawan yang mendapat jolokan nama ‘Geng-Geng Gosip’ itu bergerak ke perpustakaan untuk menyiapkan tugasan dan mengulang kaji pelajaran. Geng-geng gosip adalah nama yang dicadangkan Syak kepada kumpulan mereka yang kuat bergosip tentang semua isu.“Kau tak ada kerja ke petang ni Alan?” Berry bertanya. Agak pelik kerana Alan mengikut mereka ke perpustakaan. Selalunya pemuda itu akan terus ke tempat penggambaran. Maklumlah orang popular, mestilah sibuk. Kadang kala Alan terbang ke luar negara untuk beberapa hari. “Ada. Satu jam lagi.” Alan melihat jam tangannya. Dia akan bergerak ke lokasi penggambaran pada pukul tiga petang.“Pergilah balik rumah rehat dulu.” Cadang Ain.“Nope. Aku nak temankan Alice.” Alan bangun daripada duduk dan mendekati Alice yang sedang membelek buku-buku rujukan di sebuah rak.“Eh, biar aku ambilkan!” Alan cuba membantu Alice mengambil sebuah buku yang agak tinggi di atas rak.“Aku bukan patah tangan pun.” Alice menolak tangan Alan dan mengambil sendiri buku itu. Dia bergerak ke rak lain dan Alan mengikutinya. Alice agak meluat dengan sikap ambil berat Alan yang berlebihan. Dia bukan nazak pun sampai tak larat nak ambil buku sendiri!“Alice…”“Emm…”“Aku serius nak jadi hero dalam filem adaptasi novel kau tu.”“So?”“Kau recommend aku dekat production house tu. Nanti mesti dia orang ambil aku.”“Kau ingat aku prodesur ke?” Alice agak bengang dengan permintaan sahabatnya itu. Ingat dia ada kuasa ke untuk menentukan pelakon?“But, they did ask you right?”“Ya, tapi aku cuma boleh bagi cadangan aje. Lagipun kau baca ke novel aku tu?” Tanya Alice tiba-tiba.“Err…”“Tak baca kan? Aku harap sangat yang hero novel aku tu nanti baca novel aku.” Perli Alice dengan senyuman sinis. Bukan tidak tahu yang Alan malas membaca. Baca novel? Mungkin Alan buang tabiat jika membaca novelnya walaupun mereka teman rapat.“Aku janji akan baca. Sorry ya Alice. Aku busy. Tak ada banyak masa. But I promise, I will read all your novels.” Alan menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Rasa bersalah mencengkam sanubari. Dia memang tidak masuk untuk membaca buku tebal-tebal. Inikan pulak novel… Memang tidaklah!“No need to apologise.”“You kalau ada masa lapang, lebih baik baca buku untuk exam. Abang you tu asyik membebel aje sebab markah you rendah.” Tini yang sama sedang memilih buku untuk dibaca mendengar perbualan Alice dan Alan. Dia segera menyampuk dan menyebabkan Alan tersenyum seperti kerang busuk.“Cakap perlahan sikit. Doktor ada dekat belakang.” Syak ada sama pasang telinga. Dia menjuihkan bibir ke arah meja mereka berkumpul. Alice menoleh dan matanya membulat melihat Aaron sedang duduk dan berbual bersama Subash. Sejak bila pensyarahnya itu datang, dia tidak sedar. “Bagus juga Dr. Aaron ada dekat sini. Aku tak fahamlah tentang Lowenstein-Jensen agar. Alice pergi tanya dekat dia.” Arah Syak tiba-tiba.“Apa hal pulak aku kena tanya?”“Kau kan suka menggatal dekat dia. Pergilah tanya.”“Malas. Tak ada mood.” Alice mengabaikan permintaan Syak dan kembali ke meja bersama buku-buku yang dipilih. Wajah Aaron langsung tidak dipandang.“Doctor!” Syak memanggil Aaron.“Yes?”“Doctor busy tak?”“Tak. Kenapa ya?”“Kami tak faham tentang agar Lowenstein-Jensen ni. Doctor boleh jelaskan dengan terperinci tak?” Syak bertanya sambil tersengih-sengih.“Lysa  tak faham juga ke? Kenapa tak suruh dia jelaskan aje?” Aaron memandang wajah Alice yang menunduk melihat buku. Langsung tidak dapat menatap sepasang mata itu.“Err… dia pun tak faham.” Syak memandai sendiri.“Okay. Saya akan terangkan sekali lagi.” Terlanjur ada di situ, Aaron akan membantu para pelajarnya ulangkaji. Sebentar tadi di ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan. Apabila terlihat kelibat Subash, dia menghampiri dan ternyata Alice berada di situ. Aaron tiada kelas jadi dia merajinkan diri untuk membantu para pelajarnya.“Alan, kau nak pergi mana?” Aaron bertanya apabila melihat adiknya bergegas mengambil beg galas.“Err… Alan dah lambat. Ada interview dengan majalah. Alan gerak dulu.” Alan menipu. Malas hendak mendengar kuliah tambahan dari abangnya. Dia fikir dengan berada di perpustakaan dia dapat berbual dengan Alice.“Alice, aku balik dulu. Bosan asyik belajar aje.” Alan berbisik di telinga Alice dan gadis itu tersenyum sedikit. Dia menahan gelak. Marahnya sudah beransur hilang.“Tak guna betul dia ni. Pergilah balik.” Alice menolak lembut kepala Alan sebelum pemuda itu berlalu pergi. Aaron yang melihat gelagat mesra Alan dan Alice berasa sakit hati. Boleh pulak Alice membiarkan Alan begitu rapat dengannya!“Sir, bila nak ajar?” Berry bertanya apabila Aaron kelihatan seperti termenung.“Sorry, baik kita mulakan sekarang.”Aaron memulakan penerangan mengenai Lowenstein Jensen agar. Atau nama pendeknya agar L.J. Jika pelajar bukan daripada fakulti perubatan mendengar perkataan agar, pasti mereka fikir agar adalah sejenis pencuci mulut yang dimakan di rumah. Tetapi dalam fakulti perubatan, agar yang dimaksudkan adalah sejenis media yang dimasak untuk membiakkan koloni bakteria atau fungus. Ia memang berbentuk seperti agar pencuci mulut, tetapi bahan yang digunakan untuk memasak agar membiak koloni bakteria adalah berbeza. Dan ia tidak boleh dimakan manusia.Lowenstein Jensen agaradalah media yang digunakan untuk membantu pertumbuhan bakteria Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit Tibi. Apabila sampel sputum daripada pesakit disyaki Tibi diambil, sputum atau bahasa pasarnya kahak akan dikultur atas agar LJ. Jika pesakit positif Tibi, setelah 6-8 minggu agar dieram, akan kelihatan koloni bakteria tumbuh diatasnya. Agar L.J bewarna hijau, dan koloni Mycobacterium tuberculosis yang tumbuh bewarna kuning. Aaron memberi penerangan demi penerangan hingga pasti semua pelajarnya faham. Alice juga mendengar sama walaupun dia sudah faham. Tepat jam enam petang, rakan-rakan Alice minta diri untuk pulang ke rumah masing-masing.“Alice, kita orang balik dulu. Jumpa esok.” Ujar Tini.“Okay.” Alice melambai-lambat tangan ke arah rakan-rakannya yang mula beransur keluar dari perpustakaan. Aaron juga sedang mengemas buku-buku rujukannya.“You tak nak balik ke?” Aaron bertanya apabila melihat Alice tiada tanda untuk beredar dari situ. Tengah berangin lagi ke?“Kejap lagi. Sir pergilah balik.” Alice yang membuka lap top masih sibuk dengan facebooknya. Aaron menjeling seketika sebelum beredar pergi. Ingatkan sibuk belajar tadi! Facebook rupanya. Hampeh!…………………Menjelang 6.30 petang baru Aaron keluar dari bilik pensyarah. Sewaktu dia memandu untuk melepasi pagar AAU, dia perasan akan kelibat Alice sedang berjalan menuju ke kawasan parkir teksi. Hendak ke mana pulak gadis itu petang-petang macam ini?‘Honk! Honk!’Alice yang sedang berjalan terkejut kecil apabila bunyi hon berbunyi di belakangnya. Dan apabila dia berpaling, kelihatan kereta Audi A5 bewarna putih sedang bergerak perlahan disisinya. Dia tidak perlu melihat gerangan sang pemandu kerana di AAU hanya seorang manusia memakai kereta mewah jenis itu. Lagipun nombor flat kereta Aaron sudah bersemadi dalam benak fikirannya.“You nak pergi mana?” Aaron menurunkan tingkap kereta dan bertanya.“Jalan.” Alice buat bodoh. Terus berjalan menuju ke kawasan luar AAU.“Jalan mana?” Pertanyaan Aaron tidak berjawab.“Jom I hantar. Bahaya dah petang ni.”“Jangan nak sibuk.” Alice terus menuju ke kawasan teksi. Dan dia terkejut besar apabila Aaron menghentikan kereta di hadapannya. Pemuda itu keluar dari perut kereta sebelum merenung Alice tajam.“Naik sekarang sebelum I call mak you.” Nada suara tegas Aaron membuktikan yang dia tidak bermain-main. Alice mendengus kasar sebelum memasuki kereta pensyarahnya itu. Kereta kembali meluncur di jalan raya.“Nak pergi mana?” Aaron bertanya lembut. Tahu si comel di sebelahnya masih bad mood. Langsung tidak tersenyum. Wajah masam mencuka. Aisy… ini kalau merajuk memang susah nak pujuk! “Midvalley.” Jawab Alice Rin gkas. “Nak buat apa?”“Jangan sibuk.” Meluat betul Alice dengan Aaron ketika itu. Banyak pulak mulutnya hendak bertanya itu dan ini.“You memang selalu macam ni kan? Tak pernah berubah sejak dulu.” Aaron mengetuk stereng dengan jari jemarinya. Senyuman terukir di bibir tanpa disedari Alice.“Maksud sir?” Alice berpeluk tubuh, mata mencerun ke arah pemuda disebelahnya.“Bila marahkan orang lain, orang lain jadi mangsa.” Sindir Aaron perlahan. Sejak kenal Alice dari sekolah menengah, Aaron sudah masak dengan perangai panas baran gadis itu.“Tak baik buat perangai macam tu.” Nasihat Aaron lagi.“Just shut up and drive your car.” Alice tinggi suara. Dia mendengus kasar. Wajah dipalingkan ke luar tingkap. Cukup tidak suka bila seseorang bercakap seolah-olah sangat mengenali dirinya.“Amboi, sedar tak you sedang bercakap dengan siapa sekarang ni?” Aaron tak pandai diam.“Dalam universiti, ya sir pensyarah saya. Dekat luar ni sir bukan siapa-siapa dengan saya.”“Bukan apa-apa? Jadi kenapa pulak you panggil I sir?”“Suka hati sayalah nak panggil sir apa. Sir pun bukan pandai panggil nama saya dengan betul.”“Correction. I bukan tak ada apa-apa dengan you. I abang angkat you!” Aaron terjerit kecil. Agak bengang bila Alice mengatakan yang dia bukan siapa-siapa dalam hidup gadis itu. “Sejak bila pulak?” Alice buat-buat tak tahu.“Sejak I jadi anak angkat ayah you.” Penyataan Aaron buat Alice terdiam sejenak. Mengaku pulak yang dia anak angkat bapa Alice!Sewaktu menjadi guru ganti di sekolah menengah dulu, Aaron bertugas di kawasan perkampungan. Kebetulan dia bertemu dengan bapa Alice dan orang tua itu mengajarnya pelbagai perkara. Terutamanya yang melibatkan agama. Aaron menjadikan Harraz, bapa Alice sebagai bapa angkatnya. Jadi keseluruhan keluarga Alice telah dianggap seperti keluarga Aaron sendiri. Cuma Aaron tidak pernah menganggap Alice sebagai adiknya!“Tak ada istilah angkat-angkat dalam agama islam.” Alice tidak pernah mengalah! Aaron sekadar mencebik. Degil!“And one more thing, sir ke yang mengadu dekat mak saya pasal saya pakai seluar pendek?” Alice berpeluk tubuh dan berpusing ke sisi, memandang wajah Aaron dengan pandangan berapi-api. Boleh terlupa hendak bertanyakan hal itu. Kali lepas, puas dia menadah telinga di telifon kerana ibunya membebel panjang. Puncanya kerana ibunya mendapat tahu Alice keluar daripada hostel dengan memakai seluar pendek. Siapa lagi yang kenal akan ibu Alice dan tahu dia memakai seluar pendek kecuali Aaron?! Alan yang sudah lama tahu pun, tak kan masuk campur urusan peribadinya!“Yes, I am.”Boleh pulak selamba dia mengaku?! Dasar kaki pengadu! Sakitnya hati. Getus Alice saat itu.“Why? Yang sir sibuk sangat nak campur urusan saya kenapa? Saya nak pakai apa pun, suka hati sayalah! Dosa saya, bukan sir tanggung pun!” Ini entah untuk pusingan ke berapa mereka bertegang urat.“Dosa you, memanglah you tanggung. Tapi I sebagai pengajar, kenalan rapat keluarga you dan umat Islam wajib menasihati sesama sendiri apabila melihat dosa yang berlaku di hadapan mata.”“Oh, jadi mengadu dengan mak saya tu boleh dikategorikan sebagai nasihatlah?!”“Emm… I malas nak nasihat direct dekat you. So, I cakap dekat mak you suruh dia nasihat you. And I think it work on you right?” Tersungging senyuman sinis di hujung bibir Aaron. Berjaya buat Alice mendiamkan mulut. Dia memang sengaja menelefon ibu Alice kali lepas. Yakin yang Alice akan bolayan apabila dia menasihati tentang pemakaian. Tahu yang Alice seorang anak yang makan nasihat orang tua.……………..Mid Valley adalah salah satu pasaraya besar yang sinonim dengan warga Kuala Lumpur. Terletak berhampiran dengan AAU. Memudahkan para pelajar shopping atau berhibur di sana. Ada pusat karaoke, panggung wayang, bowling dan pelbagai lagi. Alice keluar daripada kereta Aaron tanpa mengucapkan terima kasih. Dia merayau di sekitar pasaraya sebelum memasuki pusat karaoke. Sebuah bilik sederhana besar ditempah untuk Alice melepaskan tension. Alice menocang rambutnya tinggi, melempar beg selempang ke atas kusyen dan mula memilih lagu di skrin  sesentuh monitor televisyen bilik itu. Sedang dia memilih lagu, pintu biliknya dibuka seseorang. “Sir buat apa dekat sini?” Mata Alice membulat apabila melihat wajah kacak itu terjenggul di sebalik pintu. Mengapa pulak Aaron ada di sini? Hendak cari pasal dengannya lagi ke? Ataupun hendak menelifon ibunya dan cakap dia sedang berfoya-foya di luar? Memang pemuda itu akan makan kaki dengannya!“Err…bilik karaoke dah penuh. So, I nak join you.” Pantas Aaron  menipu. Dia tidak pulang ke rumah setelah menurunkan Alice di pasaraya tadi. Hatinya tertanya-tanya apakah yang dibuat Alice di pasaraya itu seorang diri. Aaron takut Alice berdating dengan lelaki yang tidak dikenali. Gadis itu masih muda. Bahaya jika dibiarkan seorang diri. Jadi dia berkeputusan untuk mengekori. Itulah yang bermain di benak fikiran Aaron.“Are you joking? Sir ikut saya ke?” Alice tidak jadi memilih lagu. Bengang melihat Aaron yang selamba duduk dalam bilik yang telah ditempahnya. Apa sebenarnya niat lelaki itu? Hendak menjadi penyiasat bagi pihak ibunya ke? Pelbagai kemungkinan bermain di fikiran Alice.“Mana ada. Memang bilik karaoke dah penuhlah. Tak percaya pergi tanya kaunter depan.” Aaron bersilang kaki dan buat muka serius. Tidak menyangka yang Alice berkaraoke seorang diri. Pelik betul gadis itu. Dahi Alice berkerut. Cuba mempercayai cakap Aaron.“I pun nak hilangkan stress juga. You ingat I tak stress ke setiap hari mengajar student yang macam you? Tak kan I tak boleh share bilik ni dengan you just for singing?” Bicara tidak formal Aaron buat Alice menghela nafas panjang. Dia tidak mengendahkan Aaron dan kembali memilih lagu. Jika dilayan memang bergaduh!Alice memulakan karaokenya dengan lagu Set Fire to the Rain oleh Adele. Diikuti dengan lagu Miley Cyrus bertajuk Stay. Apabila Alice hendak menyuruh Aaron memilih lagu, pemuda itu memejam mata. Kononnya tidur. Sekali lagi Alice sakit hati. Tak kanlah dalam suasana bising macam tu Aaron boleh tidur! Aaron mencelikkan sebelah matanya apabila Alice fokus kepada skrin . Dia tersenyum lebar. Pertama kali keluar karaoke dengan Alice. Berdua pulak tu! Suara Alice tidaklah seteruk mana, cuma Aaron dapat merasai gadis itu ingin melepaskan tensionnya dengan menyanyi. Banyak betul menjerit dan pitching lari!“Apa gelak-gelak?” Wajah Alice bertukar merah apabila dapat menangkap Aaron sedang ketawa saat dia menyanyi bahagian rap lagu Beauty and the Beat nyanyian Justin Bieber. Alice ingat Aaron benar-benar tidur!“You ni kelakarlah, dah tahu tak pandai menyanyi rap, tak payahlah nyanyi.” Tak kering gusi Aaron ketawa. Alice agak fasih berbahasa inggeris. Tapi bila nak menyebut semua perkataan dengan laju, memang habis berterabur.“Macamlah sir pandai sangat nyanyi. Cuba nyanyi?” Alice menghulurkan mikrofon. Pantang orang mengetawakan suaranya.“Tak nak I. You nyanyi ajelah. I tak selesa menyanyi orang tengok.” Jawapan Aaron benar-benar memanaskan hati Alice. Jadi apa tujuan Aaron mengikutnya hingga ke bilik itu? Kata hendak karaoke. Tapi Aaron galak mengetawakan dirinya pula. Sakit betul hati! “You nak pergi mana?” Aaron mengelabah apabila Alice meletak mikrofon atas meja. Mengambil beg selempangnya dan ingin berlalu keluar dari bilik karaoke itu. Mujurlah Aaron sempat bangun dan menahan pintu.“Kata sir tak suka menyanyi orang tengok. Saya blah dulu. Sir nyanyilah seorang diri.” Sinis sekali bicara Alice.“Membazir kut. You dah bayar bilik ni untuk dua jam?” Sedar dia tersilap kata. Gadis dihadapannya belum tenang lagi dia sudah kembali menghangatkan bara. Aaron…Aaron…“Apa sir tengok muka saya ni macam muka pelajar yang tak berduit ke?” “Riaknya!” Terkejut Aaron dengan penyataan bongkak gadis itu. Tahulah dia novelis. Bukan seperti kebanyakkan pelajar biasa yang kewangan dibiayai ibu bapa. Keseluruhan pembiayaan pelajaran gadis itu ditanggungnya sendiri. Satu lagi sikap berdikari Alice yang jarang ditemui Aaron dalam pelajar lain.“Dahlah, saya nak blah tempat lain. Buang masa aje dekat sini.” Alice ingin membuka pintu namun Aaron menghadang laluannya.“Okay, okay. I nyanyi.” Aaron cuba mengalah.“Pergilah nyanyi. Saya nak blah.”“Blah, blah…Cuba guna perkataan balik. Kan lagi elok?” Aaron sempat membebel kecil. Bukan tidak tahu dengan bahasa brutal yang selalu digunakan gadis dihadapannya.“Apa masalah sir sebenarnya ni?” Alice mula naik angin.“Okay, okay. I minta maaf. Temankan I karaoke. I bosan karaoke seorang diri. Jangan balik ya. Please…” Aaron merayu dengan mata yang sengaja dikebil-kebilkan. Kedua tangannya dirapatkan dan ternyata rayuannya berkesan apabila Alice terpaku melihat wajahnya.“Okay.” Alice berpaling ke belakang dan memegang jantungnya. Mampus! Mengapa jantungnya berdebar macam nak gila saat melihat wajah Aaron? Kawal perasaan Alice… Kawal perasaan! Macam mana daripada marah boleh terus cair nih! Iman, iman! Cuba kuat sikit!Alice duduk di atas kusyen dan membiarkan Aaron memilih lagu. Terasa seperti ada biola bergesek di telinganya. Wajah rasa membahang kerana malu datang tiba-tiba. Padahal tadi bersungguh dia bengang dengan pensyarahnya itu. Aaron menyanyi lagu Pergi dendangan Aizat dan beberapa buah lagu lain. Agak pelik melihat wajah Alice yang kosong merenungnya.“Sedap kan suara I? Sebab tu you terpegun.” Aaron mengacukan mikrofon di pipi Alice. Alice terpinga-pinga seketika.“Macam katak puru panggil hujan.”“Kenapa pulak katak puru, I handsome okay.” Aaron mencebik bibir. Tidak berpuas hati dengan komen Alice.“Macam Dendrobates azureus panggil hujan.” Ujar Alice dengan wajah selamba.“Apa dendro tu?” Bekerut dahi Aaron memikirkannya.“Kalau sir pandai, carilah maknanya.” Alice tersenyum kecil apabila melihat wajah bingung Aaron. Tidak payah tunggu lama Aaron segera google nama Denrobates azureus. Terpamer imej seekor katak bewarna biru di halaman yang dicarinya.“Cis, you samakan I dengan katak biru ni Rin ?!” Aaron membulatkan mata dan Alice tergelak besar. Aaron gembira apabila melihat wajah itu kembali ceria. Dua jam berlalu dengan pantas. Sewaktu Aaron meminta untuk nyanyi berduet bersama Alice, Alice menolak. Katanya dia tak kan menyanyi duet bersama lelaki. Bila dia tanya mengapa, Alice kata hanya lelaki yang istimewa boleh menyanyi duet dengannya. Lagaknya macam artis popular saja. Meluat pulak bila Aaron memikirkan gerangan sesiapa yang layak menyanyi duet dengan gadis itu.“Nak pergi mana?” Aaron masih mengekori saat Alice keluar daripada bilik karaoke.“Baliklah. Nak pergi mana lagi.”“Teman I makan. I belanja.”“Kenapa pulak sir nak belanja?”“I lelaki , of coarse I kena belanja perempuan.” Bicara Aaron tidak mendapat respon Alice. Aaron memotong langkah gadis itu dan berjalan di hadapan Alice sambil menghadap wajah itu.“Please, I lapar.” Aaron menggosok-gosok perut. Tahu sangat yang Alice jika dia buat-buat tidak dengar, buat-buat tidak nampak atau buat-buat tidak tahu maknanya dia malas hendak layan. Jadi Aaron terpaksa menggunakan kuasa veto. Memujuk dan merayu. Yakin Alice akan cair dengan permintaannya!“Yalah, jom.”Alice tidak mampu menolak. Pelik bercampur teruja dengan sikap Aaron hari itu. Dia seperti dapat melihat Aaron yang dikenalinya ketika sekolah menengah dahulu. Aaron yang suka menyakat dan banyak mulut. Bukan seperti Aaron, pensyarahnya yang sarkastik dan suka menyakitkan hati. “Sir tengok apa tu?” Alice berhenti menghayun langkah apabila perasan Aaron asyik merenung sesuatu dalam cermin kaca di hadapan sebuah kedai.“Tengok jam tangan ni Lys. Cantik kan?” Aaron mengajukan jari telunjuknya ke arah seutas jam tangan berjenama Tissot bewarna hitam berbelang keemasan. Alice memerhati wajah Aaron terlebih dahulu sebelum meninjau jam tangan itu.“Smart! Harga dia pun mesti cantik kan?” Alice mengintai harga yang terpamer di situ. Senak sekejap perut. RM 4339! Mungkin tidak mahal bagi golongan berada. Tapi baginya harga jam itu sangat mahal! Jadi begini rupanya jam tangan kesukaan Aaron…“Jam tangan berjenama, mestilah mahal. Jomlah pergi makan.” Mereka berdua melangkah menuju ke food court pasaraya itu kerana Alice teringin makan yong taufu.“Banyaknya!” Aaron terkejut besar apabila melihat pinggan Alice dipenuhi dengan sosej, jejari ketam, kek ikan dan segala jenis bahan yong taufu yang ada di kedai itu. Semua diambil serba satu.“Tak mampu nak bayar ke?” Alice menyerahkan bahan yang telah dipilihnya kepada juruwang.“What?” Aaron terjerit tak percaya. “Saya tak suruh sir bayarkan pun. Saya bukannya tak ada duit.” Alice bersuara selamba. Memang pantang jika ada yang menegur dia mengambil makanan banyak atau sikit. Dia punya duit, dia punya perut. Sukahatilah dia nak ambil atau makan banyak mana pun!“Stop it, Nur Alysa!” Wajah Aaron bertukar warna. Dia berhenti memilih yong taufu dan memandang wajah Alice serius.“Apa? Tak betul ke apa yang saya cakap?” “Memang tak betul. Stop accusing me and make me look so bad!” Aaron meluah rasa.“So?”“I tegur you ambil banyak makanan bukan sebab I kedekut nak belanja you makan macam apa yang bermain dalam fikiran you tu. I cuma menegur sebab pelik you makan banyak. Faham tak?!” Aaron cuba menjelaskan salah faham. Pelik dengan fikiran negatif gadis di hadapannya.“Faham. Kalau macam tu bayarlah.” Senang saja Alice menyelesaikan masalah!…………..“Sir pergilah balik rumah. Saya boleh naik cab.” Selesai makan malam yang dikelilingi perasaan kekok kerana Aaron dan Alice tidak bersuara, mereka mula menapak pulang. Seperti yang di agak, Alice tidak berjaya menghabiskan makanannya. Aaron hendak membebel, namun dia menahan perasaan. Alice kadangkala cepat sentap! Jika dah merajuk mahu berhari-hari dia tunjuk muka. Aaron juga yang rasa tidak sedap hati.“Nope, I hantar you balik. Bahaya naik cab. Dah malam ni.”“Saya cakap tak payah. Saya…”“Then I should call your mother.” Ugutan Aaron menjadi. Alice paling takut jika sesuatu tentang dirinya akan menyusahkan hati ibunya di kampung.Aaron tersenyum nakal, terdengar Alice menyumpah kecil saat menuju ke keretanya. Gadis itu jika tidak diugut, tidak dipaksa, memang tidak mendengar kata! Mustahil Aaron akan membenarkan Alice pulang ke tempat tinggalnya menaiki teksi walaupun jaraknya dekat. Malam sudah menginjak pukul sebelas malam. Sekarang banyak kes rompakan berlaku melibatkan individu yang menaiki teksi. Lebih-lebih lagi wanita. Tambahan lagi dengan kes rogol. Jangan haraplah Aaron akan membiarkan Alice balik seorang diri!“Lain kali jangan keluar seorang diri malam-malam macam ni. Bahaya.” Pusingan kedua Aaron membebel untuk gadis di sisinya. Alice buat muka jelak. Pura-pura tidak mendengar. Habis tu keluar dengan kau tak bahaya pulak? Hendak saja Alice cakap macam tu. Tapi dia yakin, Aaron akan mematahkan setiap hujahnya. So, better keep quiet.Aaron geleng-geleng kepala apabila Alice diam membisu. Pada mulanya Aaron menyangka Alice telah berjanji dengan seseorang untuk bertemu di MidValley. Tetapi sangkaannya meleset, gadis itu seperti telah biasa keluar bersendirian. Berani betul!“You keluar tak bagi tahu ibu bapa you kan?” Tukas Aaron tiba-tiba.“Jangan sir berani nak cakap apa-apa dengan mereka!” Intonasi Alice meninggi bila melibatkan ibu bapanya. Dia menjegilkan mata ke arah Aaron.“You mengugut I?” Pertanyaan Aaron hanya dibalas dengan rengusan kasar. Alice berpaling ke arah lain.“I takkan cakap kalau you ubah perangai. Tapi kalau sekali lagi I terserempak you keluar malam bersendirian. Siaplah you…” Amaran Aaron tidak diendahkan. Telinga Alice menegak mendengar lagu yang sedang berputar di radio.“Lys …” “Shh…” Aaron terkejut apabila Alice menekup mulutnya dengan tangan mengarahkan Aaron agar diam.“What?” Wajah Aaron sedikit kemerahan saat menepis tangan mulus itu menutup mulutnya. Pelik apabila wajah Alice tiba-tiba bertukar ceria. “Finally is out!” Alice terjerit kegirangan.“What?” Aaron terpinga-pinga. Tidak faham dengan tingkah gadis itu.“The song!”“Lagu?” Ketika itu sebuah lagu mendayu-dayu sedang terpasang di corong radio.“Yes. Leo first song. Sir tolong diam sekejap.” Aaron melopong apabila Alice memberi arahan. Gadis itu melihat radio dalam kereta itu seolah-olah ada wajah Leo di situ. Volume dikuatkan. Alice memperlakukan seolah-olah Audi A5 itu keretanya! Aaron membiarkan. Mereka sama-sama mendengar lagu itu.“Ia sangat bagus kan?” Senyuman mekar terukir di bibir Alice. Mood buruknya hilang begitu saja setelah mendengar lagu Leo. Aaron mencebik bibir. Langsung tidak masuk dengan lagu Leo.“Bulan lepas lagu ni release, tapi baru hari ni masuk radio.” Alice bersandar dengan gembira. Memberitahu sebuah info yang tidak ditanya.“I ingat you baru dengar.” Aaron berbasa basi.“Suara dia bagus betul. Sepatutnya daripada dulu dia jadi penyanyi.” Alice masih ingat yang dia ada bercerita dengan rakan facebooknya tentang harapannya agar Leo menyanyi sebuah lagu untuk drama yang dilakonkan. Tidak menyangka tiga bulan selepas itu impiannya menjadi kenyataan!“Daripada dulu you setia dengan Leo ya?”“Sudah tentu. Sir ingat pulak yang saya sukakan Leo?” Pertanyaan Alice tidak berjawab. Aaron serius memandu. Masakan dia lupa satu perkara pun tentang gadis itu.“Balik hostel nanti jangan lupa tuam lebam kat tangan tu dengan ais. Beberapa hari nanti hilanglah lebam tu.” Itu pesanan Aaron saat Alice melangkah keluar dari keretanya.“Okay sir. Thanks for advice and for tonight. I had a great time with you.” Aaron terpegun seketika melihat senyuman manis Alice.“Welcome.”“Hati-hati memandu. Good night sir.” Pesanan Alice mencambahkan bunga-bunga mekar di taman hati Aaron.“Good night Lysa .” Aaron berharap malam itu tidak akan berakhir begitu saja.
P/S: Macammana, best ke tak story ni? ha4. thanks 4 reading. rajin2 tinggalkan komen n share di facebook ye :)





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 24, 2015 22:30

NOVEL : DOCTOR + ACTOR = NOVELIS BAB 2



BAB 2

Bab 2Kehijauan rumput yang disinari lampu di sekeliling padang, tidak menghalang mata Alice daripada melihat hamparan yang dijaga rapi itu. Hostel yang dihuninya terletak bersebelahan padang awam. Justeru setiap malam, jika ada masa terluang dia akan mengambil angin di tepi tingkap daripada bilik di tingkat empat. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup rambut panjang paras pinggangnya lembut. Gadis itu menghela nafas panjang sebelum menghidupkan fon telinga. Lagu-lagu hitz inggeris kegemarannya berkumandang perlahan. Kelihatan beberapa buah motorsikal dan kereta terparkir berhampiran padang. Ada anak-anak muda yang sedang berbual dan bercengkerama di bawah bulan purnama. Lagat manusia yang diperhati saban hari, langsung tidak kelihatan pelik daripada pemandangan mata Alice. Sedang dia asyik menghayati bait-bait lagu dengan keindahan sinaran bulan, bahunya disentuh seseorang. “Terkejut aku!” Kering semangat Alice. Dia berpaling ke belakang dan melihat rakan sebilik merangkap juniornya, Shesha, tersengih memandangnya. Shesha adalah gadis berbangsa india yang fasih berbahasa melayu.“Sorry! Sorry!” Ujar gadis berkulit hitam manis itu dengan senyuman lebar.“Is okay. Nak apa Sha?” Alice menanggal fon telinga dan berpeluk tubuh melihat sahabatnya itu.“Teman Shesha ambil air dekat bawah Alice?”“Okey.” Alice tidak banyak tanya. Dia sendiri mengambil botol air kosong untuk dibawa turun ke bawah. Di bahagian bawah tempat Alice menginap, terdapat mesin air automatik dimana 500 mililiter air bersamaan 10 sen. Pelajar seperti Alice dan Shesha yang malas memasak air sebagai minuman harian, sekadar menggunakan mesin air itu. Sederet dengan hostel mereka, terdapat beberapa buah restoren, cybercafe dan mini market. Semua tersedia untuk kemudahan pelajar sepertinya. Alice membiarkan Shesha mengisi botol lima liter penuh dengan air. Matanya tidak lekang daripada melihat ke kiri dan ke kanan.“Sha pergi naik dululah.” Arah Alice setelah sahabatnya selesai mengisi air.“Eh, tak apalah, Sha teman Alice.”“Nope. Is okay. Alice nak jumpa kawan kejap.” Alice beralasan setelah matanya dapat menangkap kelibat seseorang.“Okay.” Shehsa yang mendengar kata mula mendaki tangga meninggalkan Alice bersendirian di mesin air itu.Dari kejauhan mata Alice dapat menangkap kelibat seorang pemuda yang sedang berbual dengan pelajar yang menginap di kawasan itu. Alice mengecilkan mata. Dia pasti tidak tersilap pandang. Apa yang Aaron buat di kawasan hostelnya malam-malam macam ini? Dahi Alice berkerut. Dia mendengus kecil apabila melihat beberapa orang pelajar perempuan junior menyapa Aaron saat pemuda itu melintas di hadapan mereka. Aaron menjawab ramah namun dia tidak tersenyum. Alice fikir sepanjang dia mengenali pemuda itu di universiti memang  jarang sekali Aaron melemparkan senyuman ikhlas. Senyuman sarkastik selalulah!“Hi sir. Buat apa dekat sini?” Teguran Alice yang muncul tiba-tiba di hadapan Aaron membuatkan pemuda itu terkejut. Dia berdehem kecil. Macam hantulah pulak gadis seorang ini!Aaron tidak menjawab pertanyaan Alice, tetapi dia merenung gadis itu daripada atas hingga ke bawah sambil berpeluk tubuh. Matanya membulat melihat kaki gadis itu yang terdedah kerana mengenakan seluar pendek paras lutut. Dia segera memalingkan wajah ke tempat lain. Malam-malam dah bikin jiwanya kacau!“Wow, cik novelis kita. Tuang air ke?” Teguran seorang lelaki sebaya Alice yang lalu di situ menyebabkan Aaron mendengus geram. Pemuda itu bersiul nakal, menjeling Aaron sepintas lalu dan menapak pergi.“Eh taklah, aku masak air dekat sini.” Jawab Alice selamba. Dia bukan kenal pun semua penghuni yang berhampiran dengan hostelnya. Tetapi hampir keseluruhan daripada mereka mengenali Alice. Dan Aaron juga lebih terkenal di kalangan pelajar fakulti perubatan berbanding pelajar fakulti lain. Jadi tidak hairanlah apabila pelajar fakulti lain yang bertembung dengan Aaron beranggapan pemuda itu hanyalah pelajar dan bukannya seorang pensyarah! Selalu saja Aaron kena ngurat dengan pelajar perempuan fakulti lain! Pelajar perempuan fakulti perubatan tidak berani pulak hendak mengurat secara terang-terangan. Kecuali gadis di hadapan Aaron itu…“Hai Alice!” Sapaan dari suara yang amat dikenali menyebabkan Alice berkalih pandang. Seraut wajah ceria Alan menyapa mata.“Oh,kau pun ada dekat sini. Buat apa wei?”“Ni ha, print assignment Puan Intan.” Jelas Alan seraya menunjukkan tugasan yang baru selesai diprint di kedai bersebelahan hostel Alice.“Oh…rajin pulak ni ikut?” Alice selamba menjuihkan bibir kepada Aaron. Aaron mengetap bibir dan menjegilkan mata ke arah gadis itu. Macamlah dia tiada nama. Tidak sopan betul!“Saja abang aku ikut. Sambil keluar makan. Kau dah print assignment belum?” Alan kurang senang apabila Alice sibuk bertanya perihal Aaron.“Dah. Kau orang parking kereta dekat mana?”“Dekat depan-depan situ aje. Kenapa?” Alan mengajukan jari telunjuk ke kawasan perkarangan masuk hostel.“Aku nak hantar kau ke kereta boleh?”“Amboi, rajinnya? Kau tak menulis ke malam ni?”“Menulis. Tapi bosanlah. Tu yang ambil angin kat bawah ni.” Alice dan Alan berbual kosong tanpa mempedulikan Aaron.“Kalau kau terlebih rajin, jomlah eskot aku dan abang aku ke kereta.” Alan menjawab tenang.“No way. Cantik sangat kaki you tu nak eskot kami?” Aaron yang sedari tadi diam membisu membuka mulut. Panas hatinya apabila melihat Alice berseluar pendek sebegitu. Langsung tidak kisah akan mata-mata yang memerhatikannya. Tak ada perasaan malu ke?“Er… memang cantik. Sir rasa kaki saya ni ada macam model tak?” Selamba Alice menjulurkan kakinya yang putih tanpa bulu roma untuk tatapan pensyarahnya. Aaron tidak melihat tetapi mendengus marah. Tidak menyangka Alice berperangai sebegitu.“Jangan nak perasan sangat.” Aaron berlalu pergi meninggalkan Alan yang menahan gelak dan Alice yang terpinga-pinga.“Kenapa dengan abang kau tu?” Tanya Alice kurang faham.“Biarlah dia. Okey lah wei, aku balik dulu. Nanti mengamuk pulak abang aku tu.”“Okey.” Alice mengeluh kecil. Susahnya hendak berlama-lama dengan Aaron.Aaron memandu agak laju menyusuri jalan. Marah terhadap Alice masih tersisa. Pelik kerana perasaannya cepat terpengaruh dengan tingkah laku gadis itu. Alan di sisi selamba bermain handphone. Dia pula yang emosi tidak tentu pasal!“Alan, Lysa  selalu ke pakai macam tu?” Soal Aaron tiba-tiba.“Maksud abang?” Alan terhenti daripada terus bermain game di handphonenya.“Seluar pendek?”“Oh, selalu.”“What?!”“Kenapanya?”“Kenapanya? Dia tu kan perempuan. Tak sopanlah.”“Alahai, dia pakai seluar pendek longgar gaya lelaki aje kut. Bukan seksi sangat pun.” Alan kembali menyambung bermain game. Tidak hairan melihat Alice memakai seluar pendek lelaki seperti tadi kerana dia sering melihat. Yalah, Alan selalu melepak pada waktu malam bersama Alice. Seluar pendek lelaki adalah pakaian kebiasaan gadis itu pada waktu malam.“Tak seksi?!” Aaron seperti tidak percaya yang Alan membela Alice.“Bagi abang seksi ke Alice pakai seluar macam tu?” Soalan Alan membuatkan Aaron terkelu seketika. Baginya seluar Alice itu menyeksa pandangan matanya!“Ini bukan masalah seksi ke tidak. Tapi masalahnya, elok ke tidak. Kau sebagai kawan baik dia, cubalah nasihat supaya dia tu pakai pakaian yang elok-elok sikit. Tak elok orang pandang.” Nasihat Aaron tenang.“Alahai abang, Alice tu bukan makan nasihat Alan. Abang cubalah nasihat dia. Manalah tahu dia nak dengar nasihat abang.” Alan menjawab sambil lewa. Aaron mendiamkan diri. Alice nak dengar nasihat dia? Boleh jalan ke?!……………Alice meniarap di atas katil bujangnya seraya menaip sambungan manuskrip novel yang masih belum selesai. Beberapa minit kemudian dia baring menelentang dan fikirannya menerawang jauh memikirkan Aaron. Pelik dengan sikap lelaki itu. Mengapa Aaron begitu sarkastik dengannya? Benci sangat pemuda itu dengannya. Walhal dahulu, sewaktu di sekolah menengah, lelaki itu sangat baik dengannya! Tanpa sedar, Alice mengimbau kenangan lalu. Ketika dia berumur 17 tahun dan berada di tingkatan lima.“Ya Allah, handsomenya dia!” Beberapa orang pelajar perempuan melopong mulut saat pertama kali melihat Aaron di sekolah mereka. Ketika itu Aaron yang baru tamat kursus ijazah bioperiubatan menggantikan tempat mak ciknya sebagai guru subjek biologi yang cuti bersalin. Kebetulan Aaron mengajar kelas Alice.“Nur Alysa.” Nama Alice dipanggil setiap kali lelaki itu menjengah masuk kelas.“Err…” Alice gugup apabila guru muda itu menekan kedua belah tangan di atas mejanya. Dia merupakan antara pelajar yang duduk di barisan hadapan sekali.“Lysa, awak tahu apa jawapan bagi soalan yang saya tanya tadi?” Suara cool Aaron menampar telinga Alice. Dia langsung tidak memandang wajah tampan itu.“Gametogenesis sir.” Jawab Alice yakin.“Yes. The exchange of segments of chromatids during synapsis is known as gametogenesis. Well done Lysa.” Aaron masih tidak berganjak dari meja Alice. Banyak yang didengarinya tentang pelajarnya yang satu itu daripada makciknya juga guru-guru lain. Apa yang Aaron tahu Alice sememangnya pelajar cemerlang. Jarang sekali gadis itu tidak dapat menjawab apa jua soalan yang ditanyanya.“Lysa, kenapa awak tak nak pandang muka saya? Awak takut saya pakai guna-guna ke?” Soalan selamba Aaron menyebabkan Alice terkelu dan para pelajar yang lain berbisik-bisik.“Eh, tak lah sir.” Alice memberanikan diri mengangkat kepala dan memandang sepasang mata tajam itu. Tidak sampai beberapa saat dia kembali menundukkan kepala. Meremang bulu romanya apabila bertatap lama dengan guru dihadapannya itu. Aaron tersenyum kecil apabila melihat pipi Alice kemerahan. Ada kalanya Alice terlebih malunya, dan adakalanya dia selamba sahaja. Sikap Alice yang agak pelik itu menyebabkan Aaron tergerak hati untuk menyakat.“Alice, sir Aaron tu suka dekat kau ke?” Soalan itu pernah ditanya oleh salah seorang sahabat lelaki Alice di sekolah menengah. Ketika itu, Alice terkejut beruk.“Kenapa kau cakap macam tu?”“Itu, tengok tu. Daripada tadi dia asyik pandang kau.” Saat itu mata Alice daripada tingkat tiga menyorot pandang ke arah bangunan berhadapan kelasnya, di tingkat pertama yang terletaknya bilik guru. Wajah Alice membahang apabila perasan, Aaron yang sedang berbual dengan guru-guru lain tidak lepas daripada memandang wajahnya walaupun jarak mereka jauh.“Mana adalah.” Saat itu hati Alice berbunga-bunga.“Yalah Alice. Takkan kau tak perasan. Setiap hari kalau sir masuk kelas, mesti dia cari kau. Kau orang pertama yang dia akan tanya soalan. Kalau kau tak datang pun, dia sibuk-sibuk tanya. Dengan kau aje dia layan macam tu.” Akibat penyataan demi penyataan sahabat-sahabatnya itu Alice bertambah perasan.“You are my secret weapon. Awak mesti masuk pertandingan debat tu. Mesti menang.” Itu kata Aaron sewaktu dia menolak untuk memasuki pertandingan debat antara sekolah. Setelah dipujuk Aaron, Alice bersetuju. Dan akhirnya, dia menangis kerana kalah. Aaron jugalah yang memujuknya.“Alice, masuklah sukan. Sukan tu kan baik untuk kesihatan.” Alice yang benci aktiviti sukan memasuki acara larian marentas desa dan lain-lain aktiviti setelah dinasihati Aaron.“I’m proud of you Alice. Awak pelajar kesayangan saya.” Itu kata Aaron saat Alice mendapat tempat pertama dalam kelas. Alice terus terbuai dan hanyut dengan perasaannya sendiri. Benarkah dia pelajar kesayangan pemuda itu?“But now, everything is changed.” Alice kembali ke dunia nyata. Dia mengeluh panjang. Hubungan baiknya dengan Aaron terputus begitu sahaja setelah mak cik Aaron tamat cuti bersalin. Aaron menyambung pengajiannya dan Alice meneruskan pelajaran ke matrikulasi.Saat mengetahui Aaron adalah pensyarahnya di AAU, Alice gembira bukan kepalang. Sangkanya, Aaron akan melayannya sebaik dan seistimewa dulu. Namun, sangkaannya meleset sama sekali. Ketika pertama kali bertemu sebagai pelajar dan pensyarah, Aaron bereaksi seolah-olah dia tidak mengenali Alice. Sakitnya hati Alice hanya Allah yang tahu. Tambahan lagi, pemuda itu melayannya dengan buruk berbanding pelajar lain. Bahkan bersikap dingin hanya dengan Alice. Pemuda itu memanggilnya dengan gelaran I dan you, walaupun Alice masih menggelar Aaron sir. Alice sendiri tidak tahu mengapa Aaron bersikap sedemikian. Tidak tahukah Aaron bahawa dirinya adalah crush pertama Alice?!………………………Alice berlari pantas merentasi kawasan perpustakaan untuk menuju ke kelas. Dia lewat bangun pagi itu. Semua gara-gara mengenangkan kisah lama. Dalam kelam kabut, Alice terlanggar Aaron yang kebetulan keluar daripada perpustakaan. Habis berterabur buku yang dibawa pemuda itu. Aaron sempat menarik beg sandang Alice yang hampir menyungkur ke lantai konkrit akibat tersadung kaki sendiri.“Sorry! Sorry! Sorry sir!” Alice menggelabah apabila perasan siapa yang dilanggarnya. Dia segera membantu Aaron mengutip buku rujukan yang bersepah atas lantai.“Jalan tu guna mata, bukan guna mulut!” Pagi-pagi dah menyinis.“Saya jalan guna kaki sir, bukan guna mulut. By the way saya sedang berlari ini. Thanks ya sir, sudi sambut saya daripada terjatuh.” Alice mengeyit mata nakal dan menyebabkan Aaron melopong. Aaron mengetap bibir apabila Alice berlari meninggalkannya. Satu hari jika tidak bikin jantungnya berdegup kencang memang tak sah!Alice menghembus nafas lega apabila sempat memasuki makmal Biokimia sebelum pensyarah datang. Dia memakai kot makmal, mengikat rambut panjangnya tinggi dan mengelap peluh di wajah dengan tisu. Alice duduk di sebelah Tini. Satu meja makmal boleh diduduki hingga lapan orang pelajar. Satu kumpulan Alice duduk di sebuah meja makmal. Memudahkan mereka untuk berbincang soal pelajaran dan bergosip.“Amboi, kau sempat ya Alice menggatal walaupun dah lambat masuk kelas.” Teguran Ain yang baru sampai dengan Ezzah dan duduk semeja dengan Alice menyebabkan kening gadis itu bertaut. Dua orang sahabatnya langsung tidak kisah atau takut walaupun datang lambat.“Menggatal apa pulak?”“Sempat kau ya main kenyit-kenyit mata dengan Dr.Aaron.” Ezzah tersenyum penuh makna. Sempat menyaksikan Alice yang berlanggar dengan Aaron sebentar tadi. Ain dan Ezzah adalah muka-muka pelajar yang sering masuk lambat ke dalam kelas. Jadi, tidak hairanlah mereka sempat bertembung dengan Alice pagi itu.“Hahaha, kau orang nampak ke?”“Ternampak. Kau suka betul mengusik Dr. Aaron ya? Gatal tak berhabis.” Selar Ain sebelum melabuhkan punggungnya.“Tak boleh buat apa lah. Bila aku usik dia, aku rasa ada satu biola bergesek dekat telinga aku ni.” Alice berbicara sambil tergelak sendirian.“Kau usik dia pun, bukan dia layan kau.” Berry yang sedari tadi memasang telinga mula menyampuk.“Alahai, aku main-main ajelah.” Sudah banyak kali Alice mendengar sahabat-sahabatnya mengatakan hal yang sama. Aaron takkan layan dia punya!“Dah, dah, diam. Perempuan S, dot, dot, L dah masuk!” Syak sempat mengeja. Sahabat-sahabatnya yang faham, mula menyepikan diri.Dalam kadar beberapa saat, kelas yang tadinya bising mula senyap. Bunyi kasut tumit tinggi menapak masuk ke dalam makmal jelas kedengaran di telinga. Alice tersenyum senget apabila melihat seorang perempuan berusia 30 an yang memakai baju kurung ketat. Bahagian dadanya jelas kelihatan dua bonggol yang menyebabkan para pelajar lelaki terbeliak mata. Tudung di sempai singkat, langsung tidak menutupi anggota yang sepatutnya.“Dia pakai push up bra ke hari ni?” Soalan Berry menyebabkan perut Alice keras menahan gelak.“Kerengga bunting.” Selamba Syak mengata. Alice menekapkan wajah ke meja. Takut tawanya terburai di hadapan pensyarah yang selalu tidak puas hati dengannya itu.“Kerengga bunting tu apa Alice?” Tini yang agak lurus bendul tidak memahami kiasan sahabatnya.“Semut kerengga yang mengandung lah Tini.” Jawapan Ezzah membuatkan Tini terpinga-pinga seketika. Setelah dapat mencerna, baru dia tergelak kecil.“Jahatnya mulut you Syak.” Ujar Tini perlahan.“Tak payah nak berbual lagi Alice. Saya paling tak suka orang berbual dalam kelas saya.” Teguran Syakina, pensyarah Biokimia mereka membuatkan Alice tersenyum sinis. Sudah mengagak perkara sebegini akan berlaku. Sejak pertama kali mengajar kelas mereka, Syakina menunjukkan ketidak puasan hatinya terhadap Alice. Alice sendiri tidak tahu apa salah yang dilakukannya terhadap pensyarah itu. Namun, setelah asyik terkena dengan pensyarah yang menjengkelkan itu, Alice mula menunjukkan protes dan rasa hormatnya terhadap wanita itu telah hilang. Lagipun, Syakina memang kurang menyukai pelajar-pelajar perempuan yang tidak pandai membodeknya. Berbeza dengan layanannya terhadap pelajar lelaki.Setengah jam setelah Syakina memulakan pelajaran, dia mengarahkan para pelajarnya berpasang-pasang untuk mempelajari teknik pengambilan darah vena. Sebelum memulakan amali makmal itu, dia memanggil Syazwan, seorang pelajar lelaki untuk demo bersamanya di hadapan. “Sebelum pasang tourniquet pada tangan, kamu semua mesti urut perlahan kawasan nak ambil darah supaya uratnya mudah dilihat.” Terang Syakina seraya mengusap lengan Syazwan tanpa sarung tangan.“Amboi, bukan main urut lagi. Bukan nak ambil darah dekat jari pun. Mata dia buta ke apa tak nampak urat dekat tangan Wan yang kurus kering tu?” Cemuh Syak perlahan. Syazwan sememangnya kurus macam papan. Jadi mustahil urat di lengannya tidak kelihatan.“Bukan buta, saja miang.” Zaty selamba menjawab.“Betul tu Zaty. Perempuan gatal.” Sambung Subash pula. Mereka sekumpulan memang anti dengan Syakina.“Alice, ke depan.” Panggil Syakina.“Dia dah mula dah. Hancurlah tangan aku hari ini.” Alice mendengus kecil. Dia melangkah meninggalkan Tini dan menuju ke arah Syakina.Selesai mengambil darah vena Syazwan, Syakina ingin menunjukkan demo dengan mengambil darah Alice pula. Berbeza dengan Syazwan, tangan Alice diibaratkan seperti bantal. Tanpa urutan atau memeriksa terlebih dahulu, selamba sahaja Syakina menusuk jarum di saluran darah gadis itu. Alice mengetap bibir menahan sakit apabila cucukan kali pertama gagal untuk mendapatkan darahnya. Syakina memang sengaja!
P/S: Komen, like n share ye. thanks :)

























 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 24, 2015 22:28

March 23, 2015

NOVEL : DOKTOR+ ACTOR= NOVELIS




NOVEL: Doktor + Actor = Novelis
BAB 1
Asean Atlantic University atau digelar AAU adalah sebuah universiti swasta yang baru dibina tujuh tahun lalu di Kuala Lumpur. Universiti swasta ini telah dinobatkan sebagai sebuah pusat pengajian yang berprestij di Malaysia pada tahun 2014. Seramai 20000 orang penuntut dan tenaga pengajar berbilang bangsa dan agama menuntut di universiti ini. Dan di antara mereka terdapat individu yang menjadi kegilaan ramai dengan karier mengagumkan.
Beberapa orang pelajar perempuan tersenyum dan berbisik sesama sendiri tatkala sesusuk tubuh melintasi mereka. Niat untuk bergegas ke kelas terbatal begitu sahaja apabila individu itu lalu. Aura yang dikeluarkan pemuda berumur 22 tahun itu sentiasa menyengat mata ramai. Bak matahari pagi yang galak menyinar, menyilaukan mata sang pemandang.
Morning!” Alan Fahmy menyapa sesiapa sahaja yang bertembung dengannya sepanjang perjalanan menuju ke kelas. Senyuman mekar disertakan dengan ucapan pagi darinya menyebabkan sesiapa yang ditegurnya tergamam. Terutama, kaum hawa yang mudah cair hatinya.
Morning!” Sekumpulan gadis menyahut sapaan Alan dan terkinja-kinja melompat setelah Alan menjauhi mereka. Alan mengenakan jeans Levis biru bersama t shirt Polo bewarna putih. Topi bulat ranggi bewarna coklat serta rantai silvermenjadi aksesori pemuda itu. Seringkas mana pun penampilannya, dia tetap nampak kacak di mata gadis-gadis AAU.
Morning, Alan!” Ain menyapa seraya memaut bahu sahabatnya itu sebaik saja Alan melangkah masuk ke dewan kuliah.
Morning!” Alan tidak mengendahkan Ain yang berpenampilan ala-ala tomboi itu. Matanya disorot seperti lampu ke arah setiap kerusi yang terdapat dalam dewan. Dan apabila individu yang ingin dilihat ditemui, dia mengukir senyum lebar. Langkah dihayun pantas menuju ke destinasi. Dari jauh kelihatan seorang gadis sedang duduk di atas meja sambil dikelilingi beberapa orang pelajar yang semuanya dikenali Alan.
“Asalamualaikum my love…” Alan selamba menarik tangan si gadis yang sedang rancak berbual. Si gadis terturun dari meja. Belum sempat bibir Alan menyentuh tangan gadis itu, kepalanya terasa berpinar akibat diketuk sesuatu.
My love tengkorak kau. Pagi-pagi dah mengacau konsentrasi aku bercerita.” Bebel Nur Alysa seraya memulangkan buku rujukan Subash yang digunakan untuk memukul kepala Alan.
“Ouch! Sakitlah Alice!” Alan menggosok-gosok kepalanya tanda minta simpati gadis itu. Namun, seperti yang semua tahu, Alice tidak akan layan kerenah mengada-ngada Alan. Alice kembali duduk di atas meja. Belum sempat dia meneruskan cerita yang tergantung Alan kembali menggangu. Kali ini pemuda itu turut sama duduk di atas meja, di sisinya.
“Alice, kau tak jawab lagi salam aku. Berdosa tahu.” Lama Alan merenung Alice. Entah mengapa dia boleh tertarik dengan gadis seperti Alice, dia sendiri tidak pasti.
“Waalaikumusalam.” Jawab Alice sambil lewa.
 “Kau orang cerita apa, daripada luar dewan kuliah, riuh rendah suara kau orang?” Syak atau nama sebenarnya Syahirah. Gadis bertubuh kecil dan comel yang baru tiba menyelit di antara mereka. Syak meletakkan beg tangan di atas meja sebelum mengipas ngipas tangannya kerana kepanasan. Agak jauh berjalan daripada kawasan tempat tinggal ke universiti itu. Rambut pendek paras bahu diikat tinggi.
“Kau nak tahu Syak, novel Alice akan jadi filem tak lama lagi!” Syahida Izzaty atau lebih dikenali sebagai Zaty, seorang gadis bertudung dan berkaca mata cepat menyampaikan berita. Alan sendiri baru tahu akan cerita itu. Patutlah begitu rancak Alice bercerita. Rupa-rupanya pasal novelnya akan difilemkan tak lama lagi!
“Serius?  Tahniah Alice!” Syak menyeringai.
“Alahai, drama adaptasi daripada novel kau sebelum ni, bukannya best pun. Entah apalah bodoh pengarah filem nak adaptasikan novel picisan kau.” Suara sumbang yang kedengaran daripada sekumpulan gadis yang duduk tidak jauh daripada mereka menghangatkan hati Alice.
“Entahlah, aku pun tak tahu penonton drama Malaysia ni bodoh ke apa. Takkanlah drama tak best dapat rating sampai enam juta penonton purata setiap hari. Ataupun kau orang yang bodoh menilai?” Ain segera memberi jawapan balas. Pantang bila ada yang busuk hati memerli kredibiliti Alice dalam dunia penulisan novel.
“Dengki lah tu.” Tambah Subash.
“Alahai, drama tu laku sebab Alan yang berlakon. Kalau tak jangan haraplah ada orang nak tengok.” Viviana atau nama glamourVivi menyokong kata-kata sahabatnya Zumaira yang sudah lama tidak berpuas hati dengan kejayaan Alice.
Dalam AAU siapa yang tak kenal Nur Alysa. Penulis novel yang tiga karyanya telah diadaptasi menjadi drama. Dan semua drama adaptasi itu menjadi trend dunia lakonan masa kini. Lima bulan lepas, baru tamat tayangan drama adaptasi bertajuk Pelakon Cinta dan Mr.G hasil nukilan Alice yang menggandingkan lakonan mantap Alan Fahmy dengan Elena Melissa. Sehingga kini ramai yang menyebut tentang menariknya drama itu dan bertapa hebat Alice menulis novel. Jadi ramailah yang cemburu dan mempunyai perasaan hasad dengki terhadap gadis itu.
“Terima kasih kerana menonton. Perbualan kami tiada iklan tambahan. Sila abaikan.” Alice menekan –nekan tangan sendiri seperti ada remote kawalan ke arah kumpulan Zumaira dan Vivi. Alice menyiku lengan Alan agar bertanya dia apa-apa soalan. Malas melayan kumpulan manusia yang mempunyai PhD atau perasaan hasad dengki yang tinggi itu. Kelak dia yang mendengar bertambah sakit hati dan paling teruk boleh mencetuskan pergaduhan. Jadi lebih baik, abaikan!
“Kenapa tak beritahu berita ni kat aku awal-awal?” Soalan Alan menyebabkan Alice tersenyum sumbing. Jelas dapat menangkap wajah bengang Zumaira dan kawan-kawannya. 
“Apa motifnya aku nak beritahu kau?”
“Sudah tentu lah kau wajib beritahu aku. Aku lah yang akan jadi hero novel kau tu nanti.” Jawapan Alan menyebabkan mereka semua tergelak.
You jangan nak perasan Alan. Alice tak nak you berlakon dalam novel versi filem dia. You tak sesuai.” Sakat Nanthyinee. Seorang gadis India yang berkaca mata dan berpakaian formal. Kadang kala ada pelajar junior keliru dengan penampilan gadis itu hingga menyangka dia adalah seorang tenaga pengajar AAU. Tini adalah sahabat baik Alice.
Okey fine. I tak sesuai. Habis tu siapa yang sesuai?” Alan bertanya dengan nada agak bengang. Dia, Alan Fahmy! Pelakon terkenal Malaysia yang berjaya merangkul banyak anugerah atas lakonannya yang hebat baik dalam filem mahupun drama. Tapi Alice cakap dia tak layak jadi hero adaptasi novel gadis itu? Sakit betul hati!
“Alice nak Leo Valery jadi hero novel dia.” Jawapan Subash, seorang pemuda India sama baya dengan mereka merangkap lelaki yang paling kecoh dan sporting dalam kumpulan mereka mengundang tawa Alan.
“Kau jangan nak perasan Alice. Kau ingat Leo tu nak ke berlakon dalam novel kau?” Ejek Alan.
“Kenapa pulak dia tak nak?” Tanya Alice selamba.
Oh come on, level dia tiga kali ganda lebih tinggi dari aku. Tawaran filem-filem biasa pun banyak kena tendang dengan dia. Ini kan lagi filem adaptasi novel cinta.”
So, kau nak cakap novel aku bodoh dan tak layak dilakonkan dia?” Suara Alice bertukar serius. Saja hendak menduga Alan.
“Aku tak cakap novel kau bodoh. Tapi serius Leo bukan pandai cakap melayu pun!” Jawapan bernas Alan menyebabkan Alice tergelak kecil. Bahasa Indonesia dengan bahasa melayu tak lah lari jauh pun kan?
Tapi ada betul juga cakap Alan itu. Leo Valery adalah pelakon terkemuka dunia yang berasal dari Singapore. Namun, dia tidak pernah pulak berlakon dalam filem atau drama Singapore. Leo mula terkenal apabila berlakon dalam sebuah filem yang diarahkan produksi China. Kemudian dia diambil belakon dalam sebuah filem Hollywood. Sejak dari itu namanya mula tersohor di seluruh dunia. Dan setahu Alice, Leo memang tidak pandai berbahasa melayu. Leo pernah berlakon filem arahan pengarah berbangsa melayu di Malaysia. Namun, dalam filem itu Leo bertutur dalam bahasa Inggeris.
Is just a dream Alan. Tak salah kan aku bermimpi di siang hari?” Jauh dalam hati, Alice masih berharap yang satu hari nanti Leo akan berlakon dalam salah satu novelnya yang menjadi adaptasi drama atau filem. Dan lebih tepat lagi dia teringin sangat bertemu dengan pelakon tersohor itu!
“Memang tak salah Alice. Tapi jangan asyik bermimpi aje. Itu ha, abang kesayangan kau dah masuk.” Bariah atau nama samarannya Berry menjuihkan bibir ke depan. Alice dan yang lainnya diam membeku apabila terpandangkan sepasang mata tajam yang menusuk kalbu sedang merenung mereka seperti singa kelaparan.
“Sengallah kau ni. Kenapa tak cakap awal-awal dia datang!”
Alice melompat turun dari meja dan hampir terjatuh. Mujur dia sempat berpaut pada bahu Ezzah Najibah, sahabat karib Ain. Alan turut mengikut langkah Alice. Satu dewan kelam kabut mencari tempat duduk masing-masing. Dalam kadar lima saat, dewan kuliah itu sunyi sepi. Hanya mata orang di hadapan dewan yang melilau ke segenap arah. Memerhatikan suasana harian yang mewarnai hidupnya sebagai pengajar AAU.
Handsome gila dia hari ini.” Alice menongkat dagu seraya memandang wajah pensyarah subjek Mikrobiologi itu tanpa berkelip.
“Kau ni Alice, setiap hari nak cakap dia handsome.” Omel Alan disisi tak puas hati.
“Eh, suka hati akulah nak puji dia ke apa. Memang dia handsome. Itu hakikat.” Balas Alice tidak puas hati.
“Apa bezanya dia dengan aku? Tak faham betullah aku dengan kau ni.” Alan membebel kecil.
“Banyak bezanya. Kau jangan sibuk nak bandingkan diri kau dengan dia. Dia...”
Please keep quiet. I want to start my lessons.” Teguran Aaron menyebabkan ayat Alice tergantung begitu sahaja. Jelas sangat teguran itu ditujukan untukknya kerana mata Aaron seperti hendak tembus merenungnya. Mata Alice terkebil-kebil memandang wajah Aaron yang setiap hari serius dan jarang mengukir senyuman itu. Walaupun begitu, hatinya selalu menggila untuk mendekati pensyarahnya yang berpangkat Doktor itu. 
Sir!” Alice tergamam apabila menyedari mulutnya memanggil pemuda itu.
Yes?” Mata penuh tanda tanya Aaron menyebabkan Alice terdiam lama sebelum Alan menyiku lengannya.
You look handsome today!” Pujian Alice menyebabkan satu dewan tergelak kecil. Alan menepuk dahi dan kumpulan Zumaira ketawa sinis.
You don’t need to say something that I already know.” Jawapan serius Aaron menyebabkan satu dewan kembali sunyi sepi. Alice menutup mulut dengan kedua belah tangannya. Kenapalah mulutnya selalu lantang untuk menegur pemuda itu. Sedangkan dia tahu yang Aaron tidak suka melayan pelajar gedik sepertinya.
“Ya Allah, malunya aku!” Alice berbisik kepada dirinya sendiri.
“Padan muka. Daripada kau puji abang aku lebih baik kau puji aku.” Sindir Alan tidak puas hati.
Alan benar-benar tidak faham dengan citarasa Alice. Alan dan Aaron adalah adik beradik. Walaupun wajah mereka jauh berbeza, ketampanan mereka tetap berada di tahap yang sama. Jika Alan tidak handsomemasakan dia boleh jadi pelakon terkenal dan menjadi kegilaan ramai gadis di Malaysia. Alan tidak menafikan yang Aaron turut menjadi rebutan ramai gadis di AAU. Namun sikap abangnya yang terlalu serius dan dingin menyebabkan abangnya itu masih belum berpunya. Takkanlah Alice tidak tahu yang Aaron paling meluat dengan gadis yang gedik?
By the way Alysa, please meet me after class. I want to talk with you.” Teguran Aaron mematikan lamunan Alan. Kenapa pulak abangnya itu hendak berjumpa dengan Alice?
“Okey sir.” Alice menjawab ringkas. Lebih gemar memanggil Aaron dengan panggilan sir daripada rata-rata pelajar yang memanggil Aaron dengan gelaran doktor. Aaron kelihatan tidak kisah dengan panggilan itu. Jadi Alice berterusan memanggil Aaron dengan perkataan sirsahaja.
“Mampuslah aku. Kenapa pulak dia nak jumpa?” Alice berbisik ke arah Syak yang duduk berhadapan dengan kerusinya.
“Dia nak ucap tahniah untuk novel kau kut.” Syak memberi jawapan balas seperlahan mungkin. Bimbang ditegur Aaron.
“Tak ada maknanya abang aku nak ucap tahniah dekat kau.” Alan selamba menyampuk. Meresahkan hati  Alice saat itu. Sudah tiga semester berturut-turut Aaron mengajar mereka subjek Mikrobiologi. Jadi Alice yakin sangat yang Aaron tidak akan bertemu dengannya jika bukan sebab dia telah melakukan kesalahan!
Tamat sahaja kelas, Alice mengarahkan sahabat-sahabatnya keluar terlebih dahulu. Sementara dia menapak mendekati pensyarah mereka. Setelah semua pelajar keluar dari dewan, Alice menghela nafas panjang. Dipandangnya lama susuk tegap yang duduk di kerusi pensyarah. Hari itu Aaron berkemeja biru cair lengan panjang dengan tali leher bewarna biru gelap. Seluar slack hitam tidak mencacatkan pemandangan Alice untuk melihat kaki pemuda itu yang panjang bak model. Rambut pensyarahnya itu agak perang seperti anak matanya. Kulit putihnya sedikit gelap kerana asyik dipancar terik matahari dan alis matanya lentik. Setiap kali Alice memandang pemuda itu, seperti ada satu alunan biola bergesek di telinganya.
Why are you looking at me like that?” Teguran Aaron mematikan renungan redup gadis dihadapannya. Nur Alysa memang tidak pernah berubah daripada dulu! Jika merenungnya bagai hendak juling biji mata!
“Err…nothing! Ada apa sir nak jumpa dengan saya?” Alice pantas berbicara. Cuba menutup gugup dan rasa malu yang bertandang. Itulah tidak pandai jaga mata!
“Lys …”
“Boleh tak sir jangan panggil saya Lys atau Alysa ? Berapa banyak kalilah saya nak cakap.” Selamba sahaja Alice mencantas bicara pensyarah muda itu. Aaron yang tadinya ingin menyerahkan satu folio, terhenti berbicara dan berkerut dahi.
“Nama you memang Alysa kan? Kenapa pulak I tak boleh panggil you Alysa atau Lys?” Aaron menyilangkan kaki dan bersandar malas pada kerusi. Tersenyum sinis ke arah si gadis. Ini bukan kali pertama gadis dihadapannya itu mendebatkan soal nama.
Is Alice. Not Alysa . Kalau sir tak tau macam mana nak sebut, cuba eja A.L.I.C.E. Sebutannya macam tu!” Selar Alice dengan wajah bengang. Sempat pulak dia mengeja di hadapan Aaron. Macamlah pemuda itu bodoh sangat!
“Kenapa tak tambah mata aje dekat belakangnya.”
“Mata? Are you joking? Nama saya buka alis mata!” Alice berpeluk tubuh, bengang. Ada saja idea pensyarahnya itu untuk buat dia naik angin.
“Tak pun tambah Wonderland belakang nama you tu. Alis mata in wonderland.” Sarkastik bicara Aaron.
“Apa kait mengait saya dengan wonderland?”
“You macam kanak-kanak Ribena macam Alice in Wonderland tu…” Aaron tersenyum sinis di hujung ayatnya.
Rude!” Wajah Alice bertambah merah.
“Nama you Nur Alysa. Betullah kalau I panggil you Alysa.”
“Cuba sir sebut ni!” Alice menghampiri pemuda itu dan selamba mengambil markerAaron dan mencoret sesuatu di meja.
“Alice” Aaron membaca tulisan Alice pada meja itu. Dia bukan tidak tahu yang semua pelajar memanggil gadis itu dengan panggilan Alice kerana nama pena Alice dalam dunia penulisan adalah Alice Camyly.
“Ha, pandai pun.” Alice berpuas hati apabila Aaron memanggil namanya dengan betul.
“Tak payah nak berangan jadi mat salleh sangatlah Lysa . Nama you Alysa. Dan I tetap akan panggil you Lysa atau Alysa atau Lys .” Jawapan Aaron jelas menyebabkan wajah cantik itu bertambah bengang.
Sir tahu tak, berdosa panggil seseorang dengan gelaran yang orang tu tak suka.”
“Hukum mana you pakai?”
“Firman Allah dalam surah Al-Hujuraat, ayat 11. Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk.” Hujah Alice penuh yakin. Aaron terdiam sejenak, menahan bibir daripada memuji gadis itu. Jika dilihat daripada gaya luar Alice memang tidak ramai menyangka gadis itu tahu serba serbi ilmu agama. Tapi itulah…tahu saja tidak guna jika tidak dipraktiskan dalam kehidupan.
“I panggil you Lysa tu ada membawa maksud yang buruk ke?”
“Err…”
“Tak ada kan? Dan ayat yang you baca tadi tak diterjemah penuh.” Aaron mula membaca ayat 11 surah Al- Hujurat.
‘Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, amatlah buruknya sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.’
Alice ternganga seketika mendengar makna penuh ayat itu keluar dari mulut Aaron. Kefasihannya, tertibnya buat Alice terpesona.
“You faham tak apa  pengajaran ayat tu?” Pertanyaan Aaron pantas dijawab dengan gelengan Alice. Jika Alice faham pun, dia akan berpura-pura tidak faham. Dia mahu mendengar lebih banyak perkara daripada mulut Aaron! Mahu mendengar suara romantic lagi macho itu!
“Pertama, Allah melarang orang mukmin menghina antara satu sama lain kerana kefakiran atau dosa masa lampau seseorang. Ini kerana mungkin yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina.” Aaron memberi penerangan lembut.
“Kedua?” Alice teruja bertanya. Sengaja hendak menatap wajah tampan itu lebih lama.
“Kedua, macam yang you cakap tadi, Allah melarang umat Islam memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti yang berlaku di zaman jahiliah.”
“Ketiga?” Tanya Alice lagi.
“Ketiga, kawal mata you tu daripada tengok I macam nak makan. You lapar ke apa?”Gulp! Alice tertelan air liur sendiri. Kena sebijik dengan Aaron! Orang sibuk bagi tazkirah, kau duk asyik merenung anak teruna orang pulak Alice! Gatal sungguh!
“Err..ada apa sirnak jumpa saya?” Alice terus keluar topik.
Aaron menahan gelak melihat wajah putih itu blushing. Ini bukan kali pertama dia memberi tazkirah ringkas kepada Alice. Alice satu-satunya pelajar yang tahan walau berapa lama sekalipun dia memberi nasihat berbentuk islamik. Cakaplah apa pun, gadis itu akan cuba berdebat jika dia ada pengetahuan dan dia akan diam mendengar jika kurang tahu tentang sesuatu.
Alice menggigit bibir. Pemuda dihadapannya itu sentiasa berjaya membuatkan dia naik angin. Sudahlah Aaron suka ber I dan beryou bila bercakap dengannya. Mungkin bagi pelajar lain yang mendengar mereka akan merasakan panggilan itu istimewa. Namun, tidak bagi Alice. Dalam pendengarannya, panggilan I dan you yang terbit dari mulut Aaron kedengaran sarkastik dan menyakitkan hati. Alice menunggu waktu yang entah bila akan tiba, dimana Aaron akan menggunakan panggilan saya dan awak sewaktu berbicara dengannya. Dengan pelajar lain molek pulak dia bersaya dan berawak!
“Oh ya. This. What kind of rubbish you gave me?” Aaron mengangkat dan melempar  sebuah assignmentke arah Alice. Alice sempat menangkap tugasannya itu daripada jatuh ke lantai. Kadangkala pensyarah muda ini bertindak biadab dengannya. Alice mendengus geram dan bertentang mata dengan pensyarahnya itu.
Rubbish? Apa yang tak kena dengan assignment saya ni sampai sir cakap sampah?” Baru semalam Alice menghantar tugasan itu. Dan hari ini sudah direject. Sabar ajelah.
“Banyak yang tak kena. Typing error. Isi assignment banyak copy paste. Is really not your style.”Jawapan Aaron menyebabkan Alice terdiam.
Okay fine. Kalau assignment saya ni sampah. Sir bagi ajelah markah yang sampah sepatutnya dapat. Buat apa pulang balik pada saya?” Alice jika tidak melawan memang tidak sah.
Nope. I nak you buat balik assignment tu. I give you a chance. Kalau pelajar lain bagi I  sampah. I boleh maafkan. Tapi kalau you bagi I sampah. I tak boleh terima. Kalau you nak markah kosong. You boleh buang assignmentyou tu dalam tong sampah.” Suara tegas Aaron menyebabkan sekali lagi Alice mengeluh perlahan.
Ini bukan kali pertama tugasan universitinya dipulangkan kembali oleh Aaron. Seperti yang Aaron kata jika para pelajar lain membuat tugasan yang tidak menepati piawai pemarkahannya. Dia masih akan memberikan markah. Namun, tidak untuk Alice. Tugasan Alice perlulah menjadi yang terbaik di antara tugasan yang lainnya. Jika Alice tidak mendengar arahan, bersedialah untuk mendapat markah kosong. Malangnya, berapa banyak kali pun Alice membetulkan tugasan itu, markah yang diperolehnya tetap sama dengan markah permulaan yang Aaron beri. Aaron cuma mahu Alice peka dengan kesilapannya.
“Kenapa cuma saya yang perlu betulkan assignmentni?!” Ini bukan kali pertama Alice bertanyakan hal itu.
I want you to do better.”
“Macam mana dengan student yang lain?”
“I ada mesej dekat group wasaap tentang siapa yang nak betulkan assignment. And it seem mereka dah yakin mereka akan dapat markah yang baik.” Jawab Aaron selamba. Sememangnya Aaron mempunyai group wasaap bersama para pelajar yang dididiknya. Mudah untuk berinteraksi dan bertanya hal pelajaran. Alice mengengam buku lima. Sajalah tu hendak memerlinya yang tidak mahu masuk ke group wasaap itu.
“Saya pun dah yakin dengan assignment saya!”
“Sampah tetap sampah walaupun you jenis girlyang overconfident. You fikir I ada masa nak tanda sampah ke?”
I’m sure they are not capable to doing more better than me!” Alice mula tinggi suara. Menggigil urat perutnya bila digelar overconfident!
Arrogant. You ingat you pandai sangat ke?” Setepek lagi Alice kena dengan Aaron. Sombong? No way!
Yes, saya memang pandai!”
But still, you did a mistake. Why so hard for you to admit it?”
“Sebab sir suka bezakan saya dengan student lain! Saya selalu tertanya-tanya kenapa. And I think is because you like me so much. So you want me to do better than other student!” Terjegil biji mata Alice saat itu. Lantang sekali dia bersuara. Dia tidak takut kerana itu bukan kali pertama dia berhadapan dengan situasi sama apabila bersama Aaron.
Stop daydreaming Lysa . You tak ada dalam group wasaap, sebab tu I suruh you betulkan assignment ni. And for you information, pagi tadi Zumaira and the gang dah ambil balik tugasan mereka untuk diperbaiki setelah I tegur. And yet… you still here, barking at me.”
Barking? Sir ingat saya ni anjing ke?!” Rasa nak bagi penampar saja mulut seksi itu! Tadi molek saja dia bagi ceramah agama. Ini sudah bertukar situasi seperti perdebatan dalam dewan parlimen pulak!
I don’t have any more time to wasting for you. You nak betulkan atau tak assignment tu terpulang pada you?”
Okay,Okay! I’ll make the new one.” Alice penat berbalah. Bertengkar macam mana pun, dia tidak akan pernah menang bila berlawan dengan Aaron. Suka hati saja dia cakap Alice membazir waktunya! Huh, macam manalah kau boleh suka dekat dia Alice?!
“Berapa lama masa yang you ambil untuk buat sampah tu?”
Three hours.” Jawapan jujur Alice sekali lagi membuatkan Aaron kagum.
Gadis itu memang berbakat. Walaupun tugasan yang dikatakan sampah itu layak mendapat gred ‘B’ dalam pemarkahan Aaron, dia sengaja mengetengahkan kesilapan yang dilakukan oleh hampir keseluruhan pelajar lain khas buat Alice. 
Then, I give you another 24 hours. Give me a perfect assignment and not another rubbish. Esok I nak tugasan you ada atas meja I.” Alice melopong dengan keputusan muktamad itu. Aaron mengangkat buku-buku rujukannya sebelum memandang meja.
Erase that Alice thing from my table. Have a nice day Alysa .” Aaron berlalu meninggalkan Alice dengan senyuman mengena. Harinya tidak lengkap jika tidak dapat membuat gadis itu marah! Alice memandang meja yang bertulis dengan namanya sendiri. Sudahlah dia tulis guna permanent marker. Macam mana hendak padam!…………………..Suasana dalam banglo mewah dua tingkat kepunyaan keluarga Aaron sepi tanpa sebarang bunyi bising. Aaron sibuk dengan  kerjanya menanda tugasan para pelajar. Orang tuanya berada di luar negara menguruskan hal perniagaan. Tinggallah dia dan Alan di rumah besar itu. Selang beberapa minit, pintu bilik Aaron diketuk seseorang.
“Masuk.” Wajah Alan terjenggul di pintu bilik Aaron.
“Abang busy tak? Alan ada benda nak cakap sikit.”
“Masuklah.” Aaron berhenti menanda dan memusingkan kerusi ke arah adiknya yang duduk di birai katil.
“Ada apa?” Aaron bertanya. Adiknya itu baru pulang ke rumah selepas penggambaran iklan.
“Abang dah tanda tugasan Alan?” Soal Alan berterus terang.
“Belum. Abang sedang menanda.”
“Habis tu kenapa abang cakap tugasan Alice sampah? Abang dah tanda ke?” Soalan Alan menyebabkan Aaron mengetap gigi. Nampaknya, Alice sempat mengadu kepada adiknya itu.
“Abang dah check.” Jawab Aaron ringkas. Dia tidak mahu memberitahu yang setiap kali ada tugasan, kuiz, mahupun kertas peperiksaan. Dia akan memeriksa kertas Alice terlebih dahulu.
“Abang… cuba faham sikit. Alice tu busy. Dia tu novelis. Dia sama sibuk macam Alan. Tak boleh ke abang bagi kelonggaran pada dia.”
“Maksud kau?”
“Jangan push dia dalam pelajaran. Dia banyak kerja lain nak dibuat.”
Study is study. Work is work. Be professional.” Aaron agak geram dengan perangai adiknya yang sentiasa menyokong Alice itu. Bukan Aaron tidak tahu yang Alice seorang novelis dan adiknya adalah pelakon terkenal. Namun, itu bukan alasan untuk kedua-dua mereka tidak berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran!
“Kami professional. Cuma abang tu yang Alan tak faham.”
“Apa yang kau tak faham?”
Come on lah abang. Satu universiti pun tahu yang Alice tu pelajar anugerah dekan setiap semester. Mustahillah dia bagi abang satu sampah walaupun dia buat assignment dalam masa tiga jam sebelum hantar. Kenapa abang layan dia berbeza dengan pelajar lain?” Alan bertanya serius. Banyak kali Alice mengadu kepadanya tentang sikap Aaron yang seperti sengaja menyusahkan hidup gadis itu. Alan tidak suka akan layanan buruk Aaron terhadap Alice.
“Tak ada apa yang mustahil. Kau jangan ingat kawan kau tu pandai sangat.”
Okay. Mungkin ada kalanya Alice tak pandai. Tapi tak perlulah abang nak suruh dia ulang-ulang buat assignment. Dengan pelajar lain boleh aje abang bagi markah yang baik walaupun mereka bagi abang assignment yang macam tahi. Termasuk assignment Alan sendiri. So, kenapa abang nak bezakan dengan Alice? Abang tak kesian dekat dia?”
Bukan sehari Alan mengenali Aaron. Abangnya itu walaupun tegas dengan para pelajarnya dalam soal markah dia masih boleh bertolak ansur. Jika tidak masakan Alan dan yang lain boleh mendapat gred yang baik walaupun tugasan mereka jauh teruknya berbanding tugasan Alice.
“Kesian? Kenapa pulak abang perlu kesian dekat dia. Kau dengar sini Alan. Sebab Alice tu pelajar anugerah dekanlah, abang kena pastikan dia dapat markah yang baik dalam setiap tugasan.” Jawab Aaron tenang.
“Ya, itu Alan tahu. Tapi tak boleh ke abang pejam mata dan bagi aje markah yang baik untuk Alice?”
“Abang tak gila macam kau. Dia mesti buat yang terbaik untuk dapat markah yang baik. Dahlah, kau pergi masuk bilik sebelum denganassignment kau sekali abang reject.” Ugutan Aaron menyebabkan Alan mendengus geram. Dia melangkah meninggalkan bilik abangnya itu.
Sebaik saja pintu ditutup Aaron melempar pen di tangan ke atas meja. Bengang dengan sikap adiknya. Dan dia lebih bengang dengan sikap Alice yang suka mengadu dengan Alan tentang segala hal. Apa hubungan mereka berdua hingga semua masalah pun hendak dikongsi bersama? MoodAaron untuk menanda tugasan malam itu terpadam begitu sahaja!

P/S: Alhamdullilah...manuskrip ke-6. Hope u all like it. Sila baca n komen untuk bab pertama ye. Thanks <3<3<3






 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2015 11:28

February 25, 2015

PENGUMUMAN


ASSALAMMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA
Ramai yang PM n mesej bertanya adakah novel2 di atas masih dijual di pasaran. Novel Bila Kuli Jadi Artis dan Kahwin 6 Bulan Aje?! boleh cari di kedai2 buku. Selalu ada jual.Untuk novel Bakal Isteriku, Gengsternya! dan Suami Simpanan Superstar mungkin agak sukar untuk di cari di kedai2 buku kerana novel dah lama...tapi jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli...boleh mesej di (FACEBOOK Penerbitan Fajar Pakeer) dan beli secara online. Mesej mereka dan mereka akan ajar cara pembelian online jika anda tidak tahu bagaimana nak beli.dan untuk novel Pelakon Cinta n Mr.G juga boleh beli online di web p2u.my.

Sekian terima kasih, thanks 4 support :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2015 04:40

Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.