Crystal Anabella's Blog, page 4

April 1, 2013

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 16,17

BAB 16
“Bagaimanalah awak boleh hidup bersama dengan pijat lebih daripada setahun Yuri? Saya tak faham betullah dengan awak ni.” Ervin bertanya dengan nada bimbang seraya membelek tanganku lembut.Aku tergelak kecil mendengar pertanyaannya itu.
“Alahai,bukan mati pun hidup dengan pijat.Saya cuma terpaksa menanggung rasa gatal dan kesan lebam saja.Yang lain takde hallah.” Jawapan selamba aku menyebabkan Ervin meluku lembut kepala aku.
“Banyaklah awak punya takde hal.Pijat tu membawa penyakit merbahaya.Awak tahu tak?!” Dia terjerit kecil memarahi aku dengan wajah yang serius.Aku hanya tersenyum senget.
Masih terbayang dalam fikiranku peristiwa yang berlaku dalam 30 minit lepas.Selepas waktu kerja tamat,Kak Ima dan Farah menerpa masuk ke dalam bilik tidur kami dan mengemas pakaian yang berselerak di sana sini.Apabila aku bertanya mengapa mereka berkelakuan begitu,Farah mengatakan yang Ervin ingin melihat bilik tidur kami.Aku yang ketika itu sedang melayari internet di atas tilam turut sama mengemaskan apa yang patut.
Ervin hanya melangkah masuk ke dalam bilik hostel aku tidak sampai seminit.Namun,sebaik saja keluar dia mula membebel bagai bak nenek.Dia pelik bagaimana aku,Farah dan Kak Ima boleh tinggal dalam sebuah bilik yang sempit dan kotor.Kotor dengan najis kelawar yang jatuh  bertaburan daripada bahagian tepi siling.Siling sudah terkopak di sana sini.Lantai tidak berjubin dan kipas dalam bilik itu juga sudah rosak.Kelawar dapat masuk dengan bebas melalui kaca tingkap yang pecah dan tidak berpalang besi.
Ervin mendapat tahu yang tangan aku lebam akibat gigitan pijat melalui Kak Ifa.Mengikut kata Farah,ketika bekerja,Ervin bertanya dengan Kak Ifa mengapa staf Pizza Star yang tinggal di hostel mempunyai lebam di bahagian lengan.Kak Ifa yang sudah lama mengetahui masalah kami terus menceritakan perihal itu kepada Ervin.Sebab itulah Ervin beria mahu melihat keadaan hostel kami dengan matanya sendiri.
Teruk juga aku,Kak Ima dan Farah menadah telinga mendengar bebelannya.Ervin memarahi kami bertiga kerana tidak memberitahu keadaan hostel Pizza Star yang teruk kepadanya.Aku bukan sengaja tidak ingin memberitahu hal itu.Sebenarnya,aku sudah malas mencuba.Sebelum ini sudah dua pengurus diberitahu tentang kepincangan keadaan dalam hostel.Namun,langsung tiada tindakan yang diambil.Mengenangkan tiada tempat lain yang mengizinkan kami tinggal dengan percuma,jadi kami terus bertahan tinggal di situ.
Pijat merupakan sejenis kutu yang hidup bersembunyi. Kawasan kegemaran pijat adalah di celah-celah tilam, bantal dan juga sofa. Ia hidup dengan menghisap darah manusia. Setelah digigit pijat, kita akan merasa gatal dan mengalami sedikit lebam di kawasan bekas yang digigit.Pijat juga merupakan pembawa penyakit merbahaya seperti wabak tifus dan demam berulang.Aku tidak hairan dengan kesan lebam yang ditinggalkan pijat kerana ia bukanlah sebesar mana pun dan akan hilang selepas dibiarkan beberapa hari.
“Saya tak peduli.Mulai hari esok,saya nak kamu bertiga pindah daripada hostel.Saya akan panggil orang untuk perbaiki semua keadaan hostel tu.Balik daripada makan ni,terus kemas semua barang.”
Ervin berbicara tegas sebaik saja Kak Ima dan Farah meletakkan dulang makanan di atas meja.Tadinya,Ervin mengajak kami makan bersama di KFC untuk membincangkan hal tersebut.Tidak sangka begitu cepat dia membuat keputusan.Senang hati aku jika hostel Pizza Star diperbaiki.Namun,dimana pula aku,Farah dan Kak Ima akan menginap buat sementara waktu.
“Kita orang bukan tak nak pindah bos.Tapi tak mampulah nak sewa rumah.Lepas tu bukan mudah nak cari rumah sewa yang berhampiran dengan Pizza Star.” Farah berkata jujur.
“Takpe.Saya ada tempat tinggal yang sesuai untuk kamu bertiga.Kemas apa yang patut.Esok petang saya bawa kamu bertiga ke rumah baru tu.” Jawab Ervin bersahaja.Aku,Kak Ima dan Farah berpandangan sama sendiri.Biar betul bos kami ni?!
“Berapa sewanya sebulan bos?” Kak Ima bertanya pula.
“Tak payah bayar.Saya tanggung semua kosnya.” Wah,ini sudah bagus.Aku tahulah dia pengurus Pizza Star.Banyak betul duit dia untuk menyewakan kami bertiga sebuah rumah dengan percuma.
“Kalau bos dah cakap macam tu.Kami bertiga tak kisahlah.” Farah memberi kata putus.Aku dan Kak Ima mengangguk-angguk kepala tanda bersetuju.Yalah,ingat senang ke hendak dapat peluang sebaik itu?.Ervin tersenyum senang apabila kami bertiga setuju dengan cadangannya.
“Em..sedapnya!” Aku memejamkan sambil menikmati keenakan cheesy wedges yang baru dibeli.Bukan beli guna duit aku,tapi guna duit Ervin.Dia sibuk mahu membelanja kami bertiga.Jadi,terima sajalah dengan senang hati.
“Banyaknya awak beli cheese Farah?” Ervin menayang muka pelik apabila dia membuka dua bekas kecil plastik yang mengandungi keju bewarna kuning.
“Yuri ni bos.Suka sangat makan cheese.” Beritahu Farah dan aku buat tidak endah.Ervin terkebil-kebil memandang aku yang duduk di sebelahnya.Memang aku meminta Farah membeli keju tambahan yang selalunya diletakkan sedikit sahaja di atas kentang itu.
“Keju tak baik untuk kesihatanlah Yuri.Jangan makan banyak.” Dia membuka mulut sambil tangannya laju saja menarik kotak yang mengandungi cheesy wedges menjauhi aku.Aku menjegilkan mata ke arahnya.
“Kenapa pulak tak boleh makan banyak? Takut gemuk? Saya tak kisah pun kalau gemuk.” Aku menjawab tanpa perasaan sebelum membuka sekotak lagi cheesy wedges yang belum bersentuh.Ervin tergelak kecil melihat kelakuan aku.
“Saya pun tak kisah kalau awak gemuk.Orang chubby ni sedap dipeluk.”

Aku tersedak apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulutnya.Wajah terasa membahang dan tekak terasa perit.Dia cepat menghulurkan air dan mengusap lembut belakang tubuhku.Kak Ima dan Farah yang melihat,bantai menggelakkan aku.Hampeh betul!.
“Awak okey tak Yuri?” Dia memandang wajah aku dengan pandangan bimbang.Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda okey.
“Bos ni,janganlah cakap macam tu.Tak tentu pasal je Yuri tersedak.” Sela Kak Ima.
“Maaf.Saya cuma cakap perkara yang betul.Tak baik makan keju banyak sebab ia boleh meninggikan kandungan kolestrol dalam badan.Nanti kena penyakit darah tinggi atau sakit jantung.”
Aku mencebik bibir mendengar nasihat percumanya.Aku tahulah jaga pemakanan aku.Sibuk saja.Eh,tapi tadi dia kata dia cakap perkara yang betul.Apa yang betulnya?.Pasal orang chubby sedap dipeluk ke? Takkanlah dia merujuk orang chubby itu kepada aku?.Pastilah tidak.Ervin hanya bergurau.
Selang beberapa minit Farah mula membuka cerita tentang aku yang takut akan kelawar.Aku hanya mampu mendiamkan diri apabila Ervin berdekah mengetawakan kelemahan aku itu.Kak Ima juga sibuk menokok tambah cerita.
Kata Farah dulu aku pernah tidur dalam stor menyimpan barangan kering Pizza Star akibat takut akan seekor kelawar yang berada dalam bilik.Masakan tidak waktu itu hanya aku seorang diri berada dalam hostel.Kak Ima dan Farah bercuti daripada kerja dan pulang ke rumah masing-masing.
Ketika itu aku memang tiada pilihan lain selain berkurung dalam stor dengan membawa sehelai selimut.Menjelang pagi,barulah Farah pulang dan membunuh kelawar yang bergantungan dalam almari baju kami.Peristiwa lain,ketika Farah dan Kak Ima berada dalam hostel,sekor kelawar terbang masuk mengitari siling bilik kami.Aku yang ketakutan berselubung di bawah selimut.Sementara Kak Ima dan Farah selamba menonton drama Korea di laptop dan mengarahkan aku agar tidak mengendahkan kelawar itu.
Pada mulanya,aku cuba untuk tidak mengendahkan kehadiran kelawar itu seperti kata Kak Ima dan Farah.Malangnya,keadaan hostel menjadi hingar bingar apabila kelawar itu mendarat dan melekat di atas selimutku.Hampir patah dua buah katil bujang dalam bilik itu apabila aku,Kak Ima dan Farah serentak bangun dan menerpa ke luar bilik.Terkejut punya pasal itulah jadinya.Walhal,Kak Ima dengan Farah tidaklah fobia mana dengan kelawar.Akhirnya,Farah juga yang membunuh kelawar itu.
“Alahai,kesiannya dia.Takut sangat dengan kelawar sampai sanggup tidur dalam stor.Tak sakit badan atau sejuk ke Yuri?”
Ervin menamatkan sisa tawanya sebelum mengusap-usap lembut kepalaku dengan pandangan kasihan.Aku menolak tangannya.Hendak buat baik pulak.Tadi beria mengetawakan aku.Tak guna betul!.
“Memanglah sakit dan sejuk.Tapi berbanding berhadapan dengan makhluk yang menyeramkan tu,saya lebih rela tidur dalam stor.”
Jawapan aku sekali lagi mengundang tawa mereka bertiga.Aku menyudu kentang putar masuk ke dalam mulut dengan geram.Malam ini asyik aku saja yang kena gelak.Panas hati betul!.Ini semua angkara Ervin tahu aku takut akan kelawar.Jika tidak cerita yang memalukan aku itu jarang diungkit kerana sudah lama berlaku.
“Awak ni memang suka makan kentang ke Yuri?” Ervin mengubah topik apabila Kak Ima dan Farah sudah kehabisan cerita.
“Suka.” Aku jawab pendek.Agaknya Ervin pelik melihat aku makan dua kotak cheesy wedges dan semangkuk besar kentang putar sedari tadi tanpa menyentuh makanan lain.
“Kalau bos nak tahu,Yuri ni dia suka makanan yang lembik.” Kak Ima membocorkan rahsia.
“Lembik?” Ervin memandang aku.
“Yalah lembik.Macam bubur,kentang putar,bergedel dan segala jenis makanan yang dilenyek.”
Penerangan Kak Ima membuatkan aku tergelak.Daripada bunyinya cara aku makan seolah-olah aku seorang perempuan tua yang tidak mempunyai gigi.
“Beb,tengok belakang.Hensem tu!.”
Farah yang sedari tadi ralit merenung bahagian belakang aku segera berbisik.Aku,Ervin dan Kak Ima sama-sama melihat arah yang dikatakan Farah.Selang dua meja daripada tempat kami makan terdapat sekumpulan remaja belasan tahun sedang makan dan berborak riang.Mungkin umur mereka dalam lingkungan 16 atau 17 tahun.
“Yang pakai topi biru tu muka macam Justin Bieber lah.” Sampuk Kak Ima yang sama ralit merenung kumpulan remaja itu.Aku yang kurang berminat dengan pemandangan tersebut kembali berpaling ke hadapan dan meneruskan makanan.
“Budak-budak lagilah.Not my taste.” Aku menjawab selamba apabila Ervin memandang wajah aku seperti meminta aku mengatakan sesuatu.Jawapan aku membuatkan dia tersenyum lebar dan meneruskan makan.Dia pun nampaknya tidak berminat melihat kumpulan remaja itu.Yalah,dia kan lelaki.Takkanlah dia berminat melihat lelaki pulak.
“A,ah.Aku lupa kau tak suka lelaki yang bawah daripada umur kau.”
Farah menepuk dahi apabila terpandangkan wajah aku.Aku pernah bercerita kepada dua teman sebilikku itu mengenai citarasa aku terhadap lelaki.Citarasa aku tidaklah setinggi mana namun aku memang tidak berimpian untuk berpasangan dengan lelaki yang lebih muda daripada aku.Bagi aku lelaki muda kurang matang dan tidak dapat memahami perangai aku.
“Ha,Yuri,cuba pusing kepala kau 180 darjah ke kanan.Yang ini hot.Pasti lebih tua daripada kau.”
Kak Ima pula berbisik dengan senyuman gatal terpamer di wajahnya.Sekali lagi aku berpaling begitu juga dengan Ervin ke arah yang ditunjukkan.Kelihatan dua pemuda yang agak tampan dan berpakaian santai sedang berbual rancak di situ.Sesekali mereka tertawa dan tersenyum lebar.Umur mereka mungkin dalam lingkungan 20 an.
“Hensem.Not bad.” Aku menggumam perlahan.Ervin yang berada di sebelah menoleh pandang ke arah wajah aku dengan dahi yang berkerut.Muka macam tak puas hati saja?.
“Tapi...” Aku menggantungkan ayat.Menongkat pipi dan menelek wajah pemuda yang berada beberapa inci sahaja di hadapanku ini.Farah dan Kak Ima masih sibuk memerhati dua pemuda itu. Aku langsung tidak berminat untuk melihat wajah pemuda lain.Wajah di hadapanku ini lebih memukau hati.
Mata kami bertatapan dan jiwa aku terasa tenang apabila melihat wajahnya.Dia lebih kacak daripada semua pemuda yang pernah aku jumpa.Tiada cela di wajahnya.Tapi aku tidak akan memperkatakan kebenaran itu dihadapannya.Tidak mahu dia bangga diri dan riak dengan kelebihan yang diberikan Allah itu.
“Tapi apa?” Ervin bertanya dengan nada ingin tahu apabila aku tidak meneruskan kata.“Tapi saya rasa mereka berdua tu gayboy lah.Nampak macam rapat semacam saja.”
Jawapan main-main aku membuatkan Ervin tergelak  besar sebelum meluku kepala aku.Kak Ima dan Farah langsung tidak mempedulikan ulasan aku dan terus membelek wajah dua pemuda tersebut.Aku tidak mempedulikan mereka berdua dan berbual rancak dengan Ervin.Rasa gembira sangat apabila dapat menghabiskan waktu bersamanya walaupun hanya dengan berbual.
BAB 17
Sebaik saja tamat bekerja pada pukul 4.00 petang keesokan harinya,aku,Kak Ima dan Farah memunggah beberapa buah bagasi ke dalam bonet kereta Ervin.Aku ingatkan dia tidak serius dengan apa yang diperkatakannya.Mujurlah kami bertiga sempat berkemas sewaktu pulang dari KFC semalam.Ervin kelihatan teruja dan tidak menyabar untuk membawa kami bertiga ke tempat tinggal baru.Beria sungguh dia mengarahkan kami pindah keluar daripada hostel Pizza Star.
Sepanjang perjalanan menuju ke tempat tinggal baru,Ervin kelihatan ceria dengan wajah yang berseri-seri.Bila aku bertanya di mana lokasi rumah baru kami.Dia tidak mahu memberitahu dan ingin merahsiakan hal itu.Akhirnya,aku,Kak Ima dan Farah hanya mendiamkan diri hinggalah kereta BMW 5 Seriesnya menyusur masuk ke kawasan perumahan elit di Taman Daiman Jaya.
Pada mulanya,aku menyangka Ervin hanya melalui jalan itu untuk menuju ke rumah baru kami yang berada di tempat lain.Namun,sangkaan aku meleset sama sekali apabila dia memberhentikan kereta mewahnya di hadapan pagar sebuah banglo dua tingkat mewah yang terletak di hujung jalan.Tidak sampai beberapa saat dia memberhentikan kereta,pagar rumah itu terbuka dan dia selamba sahaja memarkirkan keretanya di perkarangan banglo itu.Aku,Kak Ima dan Farah diam tidak terkata.
“Selamat datang ke rumah saya.”
Ervin membuka mulut dan kami bertiga tersentak.Aku menghela nafas panjang.Rupanya banglo itu rumah dia.Gila punya besar.Aku rasa dalam taman perumahan itu,rumah Ervin yang paling besar.Aku melihat dia menonong keluar daripada perut kereta.Mungkin dia mahu mengambil sesuatu barang daripada rumahnya sebelum menghantar kami bertiga ke rumah baru kami.Aku,Kak Ima dan Farah masih tidak bergerak dalam kereta.Agaknya mereka berfikiran sama macam aku.Aku hanya melihat persekitaran banglo dua tingkat itu daripada dalam kereta.Halamannya luas dan sangat cantik.Terdapat sebuah kolam air pancut di sisi kiri dan kelihatan tidak jauh di bahagian kanan rumah itu terdapat sebuah kolam renang yang agak besar.
Ervin sedang berdiri di hadapan keretanya dan bercakap dengan seseorang melalui corong telifon.Aku tersenyum kecil.Untungnya dia dapat tinggal dalam rumah sebesar ini.
“Sayang,temenung apa lagi tu?.Ima,Farah cepat keluar daripada kereta.Jom kita masuk dalam.”
Aku terkejut apabila dia membuka pintu kereta dan memandangku pelik.Kak Ima dan Farah turut teragak-agak untuk keluar daripada kereta saat itu.
Ervin hendak menyuruh kami bertiga bertandang ke rumahnya ke?Yalah kut,sebab itulah dia menyuruh kami bertiga keluar daripada kereta.Namun,sangkaan aku sekali lagi meleset apabila Ervin membuka bonetnya dan mengeluarkan bagasi kami bertiga.
“Kita orang nak buat apa kat sini?” Aku mencuit lembut bahunya dengan jari telunjukku.Dia memandangku pelik sebelum ketawa kecil.Kemudian tangan kanannya melingkar di atas bahu aku dan dia menolak tubuhku agar menghadap ke arah  banglo mewah itu.
“Mulai hari ini,awak,Ima  dengan Farah tinggal di sini.”
“What?!” Walaupun kami bertiga jarang menggunakan bahasa Inggeris tapi itulah kali pertama kami terjerit serentak dalam bahasa asing itu................................Sebaik melangkah masuk ke dalam banglo dua tingkat itu kami bertiga disambut oleh mama Ervin.Orangnya kelihatan cantik dan anggun walaupun umur sudah mencecah 40 an.Dan apa yang paling menarik minat aku,mama Ervin yang bernama Datin Kasma itu amat peramah orangnya.Dia langsung tidak kekok bersalaman dan melagakan pipi dengan aku,Kak Ima dan Farah.Bebeza benar dengan watak perempuan kaya yang selalu aku baca dalam novel.
“Anggap jelah rumah makcik ni seperti rumah sendiri.Makcik harap kamu bertiga selesa sepanjang tinggal di sini.”
Datin Kasma menyarankan agar kami bertiga memanggilnya makcik setelah berkenalan tadi.Sungguh merendah diri mama Ervin ini.Yalah,selalunya golongan datin manalah mahu dipanggil makcik.Paling kurang pun hendak digelar aunty.Padahal maksudnya sama sahaja.Suka sangat mengagungkan bahasa lain berbanding bahasa ibunda.
“Vin,mama nak tolong bibik masak dekat dapur.Kamu tunjukkanlah bilik dia orang bertiga ya?” Datin Kasma memandang Ervin yang tidak lekang daripada senyuman sedari tadi.
“Okey mama.” Ervin menjawab ringkas.Aku sedikit terkejut apabila Datin Kasma menghampiri aku dan memegang kedua belah pipiku.
“Kamu ni comel betullah Yuri.Geram makcik tengok pipi kamu ni.”
Selamba saja wanita itu mencubit pipi kananku yang agak tembam dan menciumnya sebelum berlalu ke dapur.Aku melopong dan tidak terkata.Aku tahulah aku ni chubby dan berpipi tembam.Tapi tak payahlah nak main cubit-cubit.Mujurlah Datin Kasma mencubit pipiku lembut.Jika kuat,ada yang kena luku dengan aku saat itu.
“Saya pun nak buat jugalah!” Belum sempat aku memikirkan perkara lain,pipi kiriku ditarik sekali lagi oleh seseorang.Apabila aku berpaling ke kiri Ervin mendekatkan wajahnya ke pipiku dan aku automatik menapak ke belakang.Dia ni dah gila ke apa?!
“Oh,lupalah.Saya tak boleh kiss pipi awak.” Dia menyeringai apabila melihat aku yang terkejut.Huh,mak dan anak perangai sama saja!
“Bodoh punya Ervin.” Ringan saja tangan aku mencubit segenap lengannya yang terdedah itu hingga dia terjerit kesakitan.Kak Ima dan Farah hanya menggeleng-geleng kepala melihat gelagat kami berdua.
“Okey.Okey.Im sorry.Jangan cubit lagi!.Sakitlah Yuri!.” Ervin menjauhkan dirinya daripada aku.Aku sudah tersenyum kemenangan apabila dapat meninggalkan kesan merah pada lengan putih kemerahan itu.Wajahnya sudah berkerut-kerut menahan sakit.Puas hati aku.Siapa suruh cari pasal dengan aku.

Setelah beberapa ketika,Ervin membawa aku,Kak Ima dan Farah naik ke tingkat dua banglo itu.Kata Ervin banglo itu mempunyai enam buah bilik tidur.Hanya tiga bilik digunakan dan kami bertiga boleh tinggal dalam bilik tetamu.Ervin kata lebih mudah tinggal serumah dengannya.Jadi,aku,Kak Ima dan Farah dapat menumpang keretanya untuk pergi dan balik dari Pizza Star.
Mengikut Ervin,dia baru saja menginap di banglo itu itu sejak bekerja di Kota Tinggi.Sebelum ini dia dan keluarganya menginap di Kuala Lumpur.Dania Farhanah yang aku kenali sebagai Kak Nana bekerja di Johor Bharu dan menginap di sana.Setiap minggu dia akan berkunjung ke Kota Tinggi untuk melawat Datin Kasma dan Ervin.
Aku sedikit terkejut apabila mengetahui bahawa papa Ervin tidak tinggal bersama mereka.Ini kerana papanya sudah berkahwin muda dan bekerja di Kuala Lumpur.Datin Kasma ialah isteri pertama.Jarang sekali papanya datang menjenguk keluarga mereka di Kota Tinggi.Namun,kata Ervin,dia dan mamanya tidak kisah.Agaknya mereka sudah terbiasa dengan suasana seperti itu.
Perbualan kami terhenti apabila Ervin membawa kami bertiga masuk ke dalam sebuah bilik yang besarnya tiga kali ganda berbanding dengan bilik hostel Pizza Star.Terdapat dua buah katil saiz Queen dalam bilik itu dengan cadar yang cantik.Ada satu set sofa,televisyen,set hi-fi,sebuah almari enam pintu,bilik air dan bilik itu berpenghawa dingin.
Bilik tersebut kelihatan luas dengan cat bewarna ungu cair dan jubin bewarna sama.Bagi aku bilik seperti itu seperti sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang.Amboi,aku bukan pernah masuk hotel bertaraf lima bintang pun.Patutlah Ervin kata dia sudi menanggung kos rumah sewa kami.Rupa-rupanya bukan rumah sewa.Tapi rumah dia sendiri!.
“Macammana,okey tak sayang bilik ni?” Ervin berbisik perlahan di telinga aku apabila Kak Ima dan Farah sudah merayap menjelajah keseluruhan bilik tersebut.
“Okey.” Aku jawab ringkas.Gilalah kalau aku cakap tak okey! Bilik dekat kampungku pun tidak sebesar ini.
“Em,kalau tak okey,awak boleh pindah masuk bilik saya.Bilik saya dua kali ganda lebih besar daripada bilik ni.Nak tak?”
Ervin bertanya dengan senyuman nakal di bibirnya.Aku menunjukkan penumbuk dan dia tergelak kecil.Sekejap panggil aku sayang,sekejap Yuri,sekejap saya awak.Memang biul betullah Daniel Ervin ni!.Mujurlah sekarang ini aku sudah terbiasa dengan semua panggilan.Aku biarkan saja dia memanggil aku mengikut gelaran yang dia suka.
“Daripada saya pindah masuk dalam bilik tidur awak,lebih baik saya tinggal dekat hostel dan tidur dengan kelawar.” Aku menjawab selamba.
“Eh,bukan awak takut dengan kelawar ke?” Dia menunjukkan muka pelik.
“Kelawar dekat Pizza Star tu kecil je.Kalau gigit,tak mati.Tapi,kelawar yang sebelah saya ni besar sangat.Kalau gigit,darah saya kering terus.” Jawapan aku jelas membuatkan Ervin mempamerkan muncung sedepa sebelum ringan saja tangannya mencubit pipi aku.
“Sakitlah Ervin!” Aku menepis tangannya dan dia ketawa geli hati.
“Padan muka.Ada pulak nak samakan saya dengan kelawar.Kalau saya gigit awak betul-betul nanti.Awak jangan menyesal pulak.Jaga-jaga malam ni ada kelawar besar datang nak gigit awak Yuri.” Dia sempat mengugut sebelum berlari keluar daripada bilik apabila perasan aku hendak mencubit lengannya.Ish,nakal betul!.Kerja asyik hendak menyakat aku saja!.
Sepeninggalan Ervin dari bilik itu,aku,Kak Ima dan Farah mengemaskan semua barang yang kami bawa daripada hostel Pizza Star.Aku terfikir,alangkah beruntungnya kami bertiga dapat tinggal di bilik semewah itu dengan percuma.
Mujurlah staf perempuan yang tinggal di hostel Pizza Star cuma aku,Kak Ima dan Farah.Staf yang lain semua tinggal di rumah sendiri kerana rumah mereka berhampiran dengan Pizza Star.Hostel staf lelaki Pizza Star pula masih elok kerana baru diperbaiki tiga tahun lepas.Aku rasa jika terlalu ramai staf Pizza Star yang tinggal di hostel, Ervin tidak akan menumpangkan kami semua di rumahnya.
“Sayang betul bos dekat kau kan Yuri.Sampai sanggup dia suruh kita bertiga menumpang dekat rumah dia.” Bicara Kak Ima mematikan pergerakan aku yang sedang menggantung pakaian dalam almari.
“Maksud akak?” Aku tidak berapa faham.
“Yalah.Bos tu suka dekat kau.Dia tak suka kau tinggal dekat hostel Pizza Star yang ada kelawar,sempit dan kotor tu.Kau tak nampak ke yang dia prihatin sangat dengan keselamatan kau?” Sela Farah dan aku terasa sesak nafas tiba-tiba.Aku menghampiri mereka dan duduk di birai katil.
“Dia prihatin dengan kita semualah.Bukannya dia prihatin dengan aku seorang.Takde maknanya orang macam dia nak suka dekat aku.” Aku cuba menidakkan dakwaan Farah.
“Ya Allah.Yuri,bos tu memang suka dekat kau.Kau tak nampak ke yang dia layan kau dengan baik.Masa kita sampai tadi,takkan kau tak perasan yang dia angkatkan semua bagasi kau? Bagasi kita orang dia tak tolong angkat pun.Dia siap panggil kau sayang lagi.”
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Memanglah Ervin mengangkat semua bagasi aku tadi.Aku hanya berlenggang kangkung.Namun,itu bukan bermakna yang dia tidak mahu menolong mengangkat bagasi Kak Ima dan Farah.Dia cuma ada dua tangan.Mana boleh bawa barang banyak-banyak.
Takkanlah hanya dengan sebab itu,Kak Ima kata Ervin suka aku?.Setakat panggil sayang,apalah sangat.Lelaki zaman sekarang memang ramai yang bermulut manis.Aku tidak hairan pun.
“Alah,akak fikir jauh sangat tu.Ervin dengan saya kawan jelah kak.Kalau betul dia suka dekat saya,dia akan cakap Mayurie Rosella,I love you.Will you marry me?”
Aku melutut sebelah kaki di hadapan Farah yang sedang berdiri.Melakonkan watak Ervin yang kononnya sedang melamar aku dengan sebentuk cincin.Farah dan Kak Ima yang melihat lakonan aku itu sudah ketawa terbahak-bahak.
“Main-main jelah kau ni Yuri.” Kak Ima sudah malas membahaskan hal itu.Dia menyambung kerja mengemas barangannya.
“Kalau aku jadi kau,bila Ervin melamar aku macam tu.Aku akan cakap,I love you too and I will marry you.” Farah berpura-pura menghulurkan tangannya kepada aku dan aku yang masih berlutut berpura-pura menyarungkan cincin.Layankan saja gila si Farah ni.Selepas itu kami berdua tergelak besar.
“Tapi serius beb,aku suka tengok kau couple dengan Ervin.” Nampaknya Farah masih mahu mendebatkan hal itu.
“Kenapa pulak kau suka? Kau jelah yang couple dengan dia.” Aku bertanya malas.
“Aku dah ade pakwelah.Aku takkan curang.Yalah,aku suka kau dengan dia couple sebab kau orang nampak sepadan.Kalau kau kuruskan badan,lagi bertambah padan.”
Jawapan Farah yang disertai perlian itu membuatkan aku mengrip kepalanya.Bila dia sudah hampir lemas barulah aku lepaskan tanganku.Menyuruh aku kuruskan badan,padahal dia lebih tembam berbanding aku.Kami berdua memang dua kali lima .Makan ikut selera tekak dan langsung tidak mempedulikan soal berat badan.Cuma Kak Ima yang kurus dan pandai menjaga pemakanan.Tapi,betul ke aku dengan Ervin nampak sepadan?.Ah,aku pun sudah berjangkit dengan penyakit gila dari Farah.
P/S" KLIK LIKE UNTUK KONGSI ENTRY INI DGN MEMBER2 LAIN DI FB.RAJIN2 KOMENLAH YE.THANKS....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2013 21:35

March 17, 2013

Life..

17.3.2013

Adalah perkara yang sangat menyedihkan apabila aku rasa x de kegembiraan dalam hidup ni...
rasa kosong sangat...
Ya Allah,
besarnya ujianMu...
Sebenarnya..aku ni dah kenapa?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 17, 2013 08:52

March 11, 2013

NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 18

Menjelang senja sebuah kereta BMW Z4 mewah bewarna biru gelap memasuki halaman Teratak Kasih kepunyaan Jannah dan suaminya Yahya.
Eric yang sedari tadi sempat berkunjung ke sebuah warung berbual panjang dengan beberapa orang penduduk Kampung Sayang yang dikenalinya tanpa menyedari waktu berputar laju.Kampung Sayang adalah sebuah perkampungan yang terletak di pekan Tanjung Sedili,daerah Kota Tinggi,Johor Bharu.
“Assalammualaikum.” Eric memberi salam sambil menjimbit dua plastik buah-buahan daripada dalam keretanya.Buah-buahan itu dibelinya daripada pekan.
“Waalaikumussalam.Oh,pengantin baru dah sampai.Masuk Eric.”
Eric tersenyum manis apabila dapat menangkap kelibat neneknya yang bernama Jannah dari muka pintu Teratak Kasih.Neneknya itu turun dari tangga dan mendapatkannya.Teratak Kasih adalah sebuah rumah kayu besar yang dibina daripada kayu jati keseluruhannya. Eric pantas mendapatkan Jannah dan mencium tangan neneknya itu.
“Eh,cucu menantu nenek mana?” Jannah meninjau kawasan belakang Eric setelah menyambut huluran buah tangan cucunya.Langsung tidak kelihatan wajah Ixuna di situ.Walhal,dia dimaklumkan oleh Rihanna yang Eric dan Ixuna akan bertandang ke kampungnya untuk beberapa hari.
“Abang tinggalkan kak Xuna dekat mana?” Pertanyaan Elya yang muncul dari jendela Teratak Kasih bersama Reny membuatkan mata Eric membulat.Mengapa pulak Elya dan Reny boleh berada di kampung?
“Apa hal kau orang boleh berada dekat sini? Bila sampai?” Eric bertanya dengan riak cemas.
“Kami sampai dalam dua jam lepas.Ini kan cuti sekolah sebab tulah Reny dengan Elya balik kampung nak jumpa nenek.” Reny menjawab selamba.
Eric mendengus kecil.Ini sudah tentu arahan Puan Sri Rihanna yang mengarahkan dua gadis genit itu meninjau hubungannya dengan Ixuna. Eric bukan tidak kenal perangai neneknya yang satu itu.
“Mana isteri kamu Eric?” Yahya yang turut keluar daripada Teratak Kasih bersalaman dengan cucunya dan turut bertanyakan hal yang sama. Eric menggaru-garu kepala yang tak gatal.Cuba mencipta alasan.
“Xuna terjumpa kawan lama dia dekat kedai Kak Ayu tadi.Dia berborak lama sangat.Jadi Eric tinggal jelah,Xuna kata nanti dia balik sendiri.” Eric memberi alasan yang kedengaran logik.Takkan dia hendak mengaku yang dia telah meninggalkan Ixuna dalam rumah lama ladang getah bersendirian!
“Kamu ni dah gila ke apa? Ada pulak kamu benarkan isteri kamu pulang sendiri dekat kampung yang dia tak pernah pergi ni.Kedai Kak Ayu tu jauh dekat hujung kampung Eric.” Nada Yahya bercakap seperti memarahi cucunya ketika itu.
“Alahai tuk,nanti kawan dia tu hantarlah Xuna balik sini.Kawan dia tu ada kereta.” Eric cuba memenangkan diri sendiri.
“Kamu ni Eric,janganlah bersikap lepas tangan dengan keselamatan isteri kamu.Kamu tak tahu apa yang dah berlaku dekat kampung ni.” Jannah mengeluh panjang apabila mendengar cerita cucunya itu.
“Apa yang berlaku nek?”
“Ada kes samun dan rogol yang berlaku dalam dua minggu lepas.Dalam kampung kita ni pendatang asing banyak sangat.Itu yang menyebabkan jenayah macam tu berlaku.Atuk bimbang dengan cucu menantu atuk.”
Yahya bercerita dan Eric terpempam.Perasaan bimbang yang cuba ditepis sedari tadi datang meluap-luap.Dalam fikirannya mula terbayang perkara yang bukan-bukan.
“Takpelah atuk,nenek. Eric pergi jenguk Ixuna sekejap.” Eric pantas memasuki keretanya kembali dan memecut laju meninggalkan rumah datuk dan neneknya itu dengan hati resah dan gelisah.
Eric menyumpah dalam hati sambil tangannya menghentak stereng.Mengapalah dia boleh dayus sangat untuk meninggalkan Ixuna dekat rumah lama,jauh dalam ladang getah itu hanya kerana dia marah dengan sikap biadab isterinya.
Eric mengetap bibir,memikirkan kemungkinan isteri comelnya berhadapan dengan situasi kecemasan.Jika sesuatu terjadi pada isterinya,dia akan diserang rasa kesal seumur hidup.Inilah akibat mengikut sangat perasaan marah dan mendengar hasutan syaitan. Eric menekan minyak kereta.Mahu sampai ke rumah lama neneknya dengan secepat mungkin.
Jam menunjukkan pukul 7.30 petang apabila Eric tiba di tempat dia meninggalkan Ixuna.Dia melopong dan hampir tidak percaya dengan apa yang dilihat dihadapannya.Dengan cahaya senja yang masih berbaki,dia dapat melihat sebuah rumah papan yang dulunya terbiar kini kelihatan cantik kemas.Tiada lagi semak samun atau akar menjalar yang menghiasi persekitaran rumah itu.Seperti ada orang yang baru masuk pindah dan tinggal dalam rumah itu.
“Sayang! Sayang!” Eric menghempas pintu kereta sebelum bergegas mencari bayang isteri comelnya di keliling rumah.Tiada sebarang jawapan daripada Ixuna.Hati Eric mula diserang rasa cemas yang bertalu-talu.Bagaimana jika Ixuna diserang haiwan berbisa seperti ular? Bagaimana jika isterinya.itu bertemu dengan penjenayah yang sanggup melakukan apa saja? Eric sesak nafas memikirkan semua kemungkinan itu.
“Sayang!” Eric masih memanggil.Akhirnya dia berkeputusan untuk masuk ke dalam rumah yang telah dikemas sempurna itu.
Eric menghela nafas lega apabila melihat sesusuk tubuh sedang berteleku di atas sejadah dan sedang berdoa.Di sisi Ixuna kelihatan sebuah lampu suluh terletak di atas lantai. Eric mengeluh panjang.Zalimnya dia meninggalkan Ixuna dalam rumah yang tiada eletrik saat ini.
“Em,baru sampai?” Ixuna berpaling ke belakang dan dapat menangkap seraut wajah Eric yang luar biasa muram.Belum sempat dia menanggalkan telkung, Eric melulu ke arahnya,berlutut dan memeluk tubuhnya erat.Ixuna terpaku.
“Maafkan abang.Abang tak sepatutnya tinggalkan sayang dekat sini.”
Eric bersuara lemah.Menahan rasa sebak yang bertandang di hati.Ixuna dapat merasakan gelora dalam detak jantung lelaki itu.Lama dia memeluk tubuh kecil itu.Bimbang benar apabila Ixuna tidak menyahut panggilannya tadi.Ixuna yang masih tergamam membiarkan tubuhnya berada dalam pelukan lelaki itu.Rasa hangat dan selamat.
“Is okey.Saya tak apa-apa pun.Awak dah solat?”
Ixuna melepaskan pelukan Eric dan memandang tenang seraut wajah itu.Cuba berbuat baik dengan suaminya sendiri seperti permintaan Alex. Eric menggeleng-geleng kepala.
“Pergilah solat dulu.Takut tak sempat nanti.Bawa lampu suluh ni sekali.” Ixuna bersuara dan menepuk lembut bahu suaminya itu.Seperti faham dengan perasaan Eric.Sekali lagi dia tepegun apabila Eric mengucup dahinya lama.
“Tunggu abang ya sayang,abang solat sekejap.”
Eric menyeringai sebelum menuju ke arah bilik air dengan lampu suluh Ixuna.Ixuna menghela nafas panjang.Dia ingin marah dengan kelakuan pemuda itu.Namun marahnya langsung tidak mampu diluahkan.Perasaan yang sangat pelik apabila melihat Eric merenungnya dengan renungan penuh kebimbangan.Sayangkah pemuda itu padanya?
Ixuna menanggalkan telkung dan memasukkannya dalam beg sandang yang dibawa.Sejadah dibiarkan terbentang atas lantai untuk kegunaan Eric.
Rumah lama itu walaupun tidak mempunyai eletrik masih mempunyai sumber air.Oleh itu dia mampu menunaikan solat walaupun dalam keadaan gelap.Mujurlah smart phonenya ada perisian kompas kiblat.Jadi tidak menjadi masalah untuk dia menentukan kiblat di mana pun dia berada.Tambahan lagi dalam beg sandangnya dipenuhi gadjet bercamping.Lampu suluh kecil membantu dia petang itu.
Ixuna terkebil-kebil melihat Eric yang menuju ke arah sejadah dengan wajah yang dibasahi wuduk sebelum menunaikan solat maghrib.
Usai menunaikan solat, Eric dan Ixuna keluar daripada rumah lama itu.Saat hendak memasuki kereta,Ixuna kelihatan melambai-lambai tangannya ke arah seseorang.
“Sayang babai siapa?” Eric bertanya pelik.Setahunya tiada sesiapa di persekitaran rumah itu.
“Kawan...Dia tolong saya kemas rumah ni tadi.”
Ixuna beriak selamba dan masih melambai-lambaikan tangannya. Eric yang mendengar berkerut dahi.Sejak bila pulak isterinya ada kawan di kawasan ladang getah macam ni? Tiba-tiba saja bulu romanya rasa menegak.
“Jomlah sayang.Balik rumah nenek.Dah nak malam ni.” Eric membiarkan hal itu dan mendorong lembut tubuh Ixuna agar masuk ke dalam kereta.Dia menutup pintu kereta dan sekali lagi memerhatikan kawasan sekeliking yang sudah gelap sepenuhnya.Memang tiada sesiapa di situ..
…………………Tiba di rumah datuk dan nenek,Ixuna disambut baik oleh Jannah.Oleh kerana saat itu Yahya ingin menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berhampiran, Eric bergegas membersihkan dirinya.Kemudian dia keluar kembali untuk ke masjid bersama datuknya.Dia membiarkan Ixuna tinggal di rumah bersama nenek,Elya dan Reny.Lagipun isterinya itu kelihatan letih kerana telah megemas rumah terbiar tadi.Jadi biarlah Ixuna solat di rumah sahaja.
“Kau orang babai siapa tu?” Eric yang baru pulang dari masjid menyapa Elya dan Reny yang berdiri di jendela dan melambai-lambai tangan ke arah luar.Apabila dia melihat ke halaman rumah itu,tiada pulak sebarang manusia.
“Babai kawan Kak Xuna yang abang bawa tadi.” Elya menjawab tenang.
“Kawan Xuna,siapa?” Eric menuju ke arah dua gadis itu dan sama-sama berdiri di jendela.
“Entah siapa nama dia.Takkanlah abang tak kenal,tadi perempuan tu tumpang kereta abang pergi masjid?” Reny menokok. Eric menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Setahunya hanya dia dan Yahya yang ke masjid dengan kereta.
“Siapa yang kau orang maksudkan ni? Abang tak tahulah.” Eric bersuara bengang.
“Meh sini,cuba abang tengok perempuan tu.”
Berderau darah Eric apabila Elya mengajukan jarinya ke arah luar rumah berhampiran keretanya.Dia menelan liur apabila melihat sekali imbas bayang lembaga putih sedang berlari di situ.Dia tidak salah pandang atau berkhayal ke?
“Em,abang kenal dia tak?”
Reny bertanya lagi dan Eric pantas menggeleng-geleng kepala.Buat beberapa ketika dia asyik memerhatikan kawasan luar melalui jendela yang terbuka luas itu.Apakah sebenarnya makhluk yang dilihatnya tadi?
‘Huargh!’ Satu lembaga bertelkung putih dengan rambut panjang mengurai menutupi muka tiba-tiba menyergah Eric dari jendela.
“Allahuakhbar!” Eric terjerit kuat.
Eric yang tadinya berdiri terjelepuk jatuh ke atas lantai dengan wajah pucat lesi.Dia hampir tidak bernafas apabila disergah oleh lembaga seperti itu.Matanya membulat memandang lembaga mengerikan yang masih berada di jendela memerhatikannya.
“Astagfirullah-Al azim.Apa yang kau orang buat ni?!”
Teguran Jannah yang datang dari arah dapur menyebabkan tawa Reny dan Elya meledak kuat. Eric terpinga-pinga seketika sebelum dia dapat melihat lembaga tidak berwajah di jendela  menyingkap rambut ke belakang.Ixuna?!………………“Xuna,pergilah pujuk Eric tu makan.Kesian dekat dia daripada tadi tak makan.” Jannah bersuara lembut ke arah cucu menantunya yang sedang khusyuk menyuap makanan masuk ke dalam mulut.
“Dah ajak tadi nek.Dia kata tak nak makan.” Ixuna menjawab selamba.
“Dia merajuk dengan kamu tu Xuna.Pergilah pujuk dia baik-baik.” Sampuk Yahya pula.
Dia tidak menyangka yang cucu menantunya dengan Elya dan Reny boleh berpakat untuk mengenakan Eric yang baru pulang dari masjid.Mahu Eric tidak bermasam muka dengan isterinya sendiri.Nasib baik Eric tidak pengsan apabila disergah lembaga yang mengerikan daripada jendela.
Jika dia yang berdepan dengan situasi itu,mungkin dia akan diserang sakit jantung.Perangai macam budak-budak sahaja cucu menantunya itu.Namun dia tidak kisah.Cukup seminggu mengenali Ixuna sewaktu bertandang ke Vila Oracle kali lepas,Yahya dapat menilai keperibadian gadis comel itu.
“Baiklah atuk,nenek.” Ixuna sentiasa mendengar kata.Dia menyudahkan suapannya dan membasuh tangan dan pinggan di singki.Dengan perlahan Ixuna menapak masuk ke dalam bilik tidurnya sepanjang dia dan Eric menginap di rumah itu.Apabila pintu terbuka Ixuna dapat melihat Eric menjelingnya sekilas sebelum suaminya itu berteleku atas sejadah dengan sebuah Al-Quran.Ixuna mengukir senyuman. Eric memang begini.Bila dia marah,pasti dia akan mengaji.Satu sikap yang sangat disukai Ixuna.
“Awak nak mengaji ke?” Belum sempat Eric memulakan bacaan,Ixuna duduk berselimpuh disisinya.Langsung tidak terpamer wajah bersalah pada seraut wajah comel itu.Sakit betul hati Eric yang melihat.
“Eh taklah,nak menyanyi.Sebab tulah menghadap Al-Quran ni.” Eric mendengus kecil sebelum menyelak lembaran Al-Quran yang ingin dibacanya.Ixuna masih terkebil-kebil memerhatikan tindak tanduknya.
“Yang awak tengok saya macam tu kenapa? Tak pernah tengok orang mengaji? Awak tak pandai mengaji?” Eric tidak jadi membaca Al-Quran apabila sepasang mata bundar milik Ixuna berterusan memandangnya.Bila angin dia tidak baik,gelaran sayang untuk Ixuna dilupakan seketika.
“Saya memang tak pandai mengaji.” Jawapan ikhlas Ixuna menyebabkan Eric terkejut kecil.
“Jangan nak tipu,habis macammana awak boleh solat?”
“Saya cuma menghafal beberapa buah surah yang pernah diajarkan papa untuk solat.Yang lain-lain saya tak tahu.” Ixuna bertutur perlahan.
“Bagaimana dengan maksud semua surah tu,ayat-ayat yang awak baca dalam solat,awak tahu tak?” Eric bertanya serius.
Apabila Ixuna menggeleng kepala dia beristigfar kecil.Nampaknya,banyak perkara yang perlu diajar kepada isterinya yang comel itu.Perasaan marahnya hilang begitu saja.
“Kalau tak keberatan,saya harap awak boleh ajar saya mengaji.Saya teringin hendak membaca Al-Quran tapi saya tak pandai.”
Eric tersentak kecil mendengar bicara isterinya itu.
“Sudah tentu sayang.Abang akan ajar.Sayang pergi ambil wuduk,lepas tu pakai telkung dan duduk dekat sisi abang.” Eric mengarah dan Ixuna mengikut semua arahan suaminya itu.Tidak sampai sepuluh minit dia duduk bertentangan dengan Eric.
“Em,sekarang,abang nak dengar bacaan semua surah yang sayang dah hafal tu.Abang nak betulkan jika ada kesalahan.”
Ixuna senyum teruja sebelum memulakan bacaan surah-surah yang dihafalnya dalam kepala. Eric mendengar dengan tekun dan sekali sekala dia membetulkan tajwid dan harakat yang salah dibaca Ixuna.Jauh dalam hati Eric memuji keindahan suara isterinya mengalunkan ayat-ayat suci itu.Walaupun Ixuna kata dia tidak pandai mengaji,dia masih mampu membaca surah-surah itu dengan baik.Sejuk hati Eric mendengarnya.
“Mulai hari ini,abang nak sayang hafal maksud surah-surah yang sayang dah hafal tu melaui Al-Quran yang ada terjemahan bahasa melayu.Bila sayang tahu makna surah-surah yang sayang baca tu barulah solat sayang lebih khusyuk.”
Ixuna angguk-angguk kepala.Faham dengan maksud suaminya itu. Eric bangun dari duduk dan menuju ke rak buku yang terdapat dalam bilik itu.Dia menggapai sebuah mukadam dan duduk kembali berhadapan dengan Ixuna.
“Disebabkan sayang memang tak tahu satu apa pun pasal tulisan jawi,abang akan mula mengajar sayang cara membaca mukadam.”
Eric rasa itulah tindakan yang terbaik untuk mengajar isterinya agar pandai mengaji kelak.Tanggungjawab dia untuk membimbing Ixuna tidak boleh diabaikan begitu sahaja.…………..Ixuna kelihatan terkumat kamit membaca  sesuatu tanpa bunyi sambil menemani Eric makan di dapur.Saat itu semua orang telah dibuai mimpi.Hampir dua jam mengajar Ixuna membaca mukadam,perut Eric berbunyi minta diisi.Tadi merajuk punya pasal dia rela tidak makan.Sekarang hatinya agak berbunga melihat isterinya berbaik hati ingin menemani dia makan.
“Sayang,maaf abang bertanya.Mengapa sayang boleh tak faham bahasa jawi sedangkan sayang adalah pelajar pintar masa dekat sekolah dulu?” Eric bertanya lembut.
Setahunya mengikut cerita nenek,Ixuna berkebolehan berbahasa dan menulis lebih daripada lima bahasa.Gadis itu boleh dikatakan pandai serba serbi dalam semua bidang yang diceburinya.Sewaktu bersekolah di London,Ixuna dapat menyambung ijazah seawal umur 20 tahun kerana prestasi akademik yang sangat membanggakan.
“Saya agak jahil Eric.Dulu,saya tak pernah fikir yang semua ilmu ni penting.Saya anggap ilmu agama remeh dan saya abaikan semuanya.Saya lebih fokus mengejar kekayaan dunia.Baru sekarang saya sedar ilmu yang saya anggap remeh itu adalah ilmu yang menjamin kehidupan saya di akhirat kelak.”
Ixuna menundukkan kepala dan bersuara hambar.Terselit satu penyesalan dalam hatinya.Begitu banyak bahasa yang dia pelajari tetapi bahasa arab yang suci itu dan termaktub dalam Al-Quran dia lihat seperti tidak beguna.Baru sekarang dia menyedari kesilapan penilaiannya.Dia tidak malu mengaku hal itu di hadapan Eric yang bakal mengajar dia untuk mendalami ilmu agama. Eric jenis lelaki yang memahami.
“Takpe sayang.Jangan malu untuk belajar walaupun agak terlambat berbanding dengan langsung tidak mahu belajar ilmu untuk dekat dengan pencipta kita.Abang akan ajar sayang selagi abang mampu.” Eric bersungguh dan Ixuna tersenyum ceria.Senang hatinya melihat senyuman manis itu.Kini,Ixuna kelihatan sedikit lembut untuk melayannya.Gadis itu sudah tidak berkau dan beraku lagi sewaktu berbicara dengannya.
Selesai makan, Eric dan Ixuna masuk ke dalam bilik tidur,Ixuna menyambung hafalan mukadamnya dan Eric duduk seketika sebelum berbaring atas katil.Letih segala urat sendinya hari itu.Baru sekarang dia dapat berehat.
“Sayang,sampai hati sayang takutkan abang tadi ya?” Eric bertanya apabila Ixuna turut naik atas katil dan berbaring di sisi.
“Saya sengaja hendak menguji awak.Ingatkan suami saya seorang yang berani.Rupa-rupanya hampeh.Baru kena sergah sikit muka tu dah pucat membiru.Nasib baik tak pengsan,kalau tak dah lama saya hantar awak ke hospital.” Ixuna menjawab selamba seraya mengukir senyuman mengejek.
Sebenarnya dia saja hendak membalas kembali perbuatan Eric yang memandai meninggalkannya di rumah lama bersendirian.Bukan dia tidak tahu niat Eric untuk menakutkannya.Namun,dia betul-betul tidak menyangka yang Eric boleh terkejut dengan lakonan hantunya.Dia tersengih sendirian apabila membayangkan wajah takut Eric sewaktu disergah tadi.Harap badan je sasa,baru nampak hantu dan bergolek ke lantai.Lawak betul!
Eric mengetap bibir menahan geram.Boleh pulak Ixuna selamba mengatanya seperti itu.Memang sengaja nak cari pasallah ni..
“Argh! Sakit! Sakit…”
Ixuna yang sedang menghafal berkerut dahi apabila Eric tiba-tiba mengerang kesakitan.Apabila dia berpaling ke sisi,tiada pula tanda-tanda Eric itu sedang sakit perut atau seumpamanya.Suaminya itu tersenyum sendirian dan berterusan mengerang kesakitan.
“Awak ni dah kenapa? Nak mampus ke? Tiba-tiba je cakap sakit,sakit.Apa hal?” Ixuna bertanya bengang.“Takde apa hal.Suka hati abanglah nak cakap apa pun.”
Eric tidak mempedulikan pertanyaan dan dengusan meliat Ixuna.Dia mengukir senyuman jahat.Dia pasti dapat membalas perbuatan Ixuna keesokan harinya.Tunggu sajalah…Isteri comelnya itu perlu diberi pengajaran agar jangan nakal sangat!
P/S:100 LIKE 4 NEXT ENTRY.TQ.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 11, 2013 23:28

February 26, 2013

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 14,15

BAB 14Panggilan daripada abah hampir saja membuatkan jantung aku berhenti berfungsi.Emak dimasukkan ke dalam hospital kerana pengsan di tengah jalan.Aku tidak tahu perkara sebenar yang telah terjadi.Namun panggilan itu cukup untuk membuatkan aku bergegas ke hospital dengan air mata yang berjuraian.Kerja di Pizza Star aku tinggalkan begitu sahaja. Aku telah memberitahu Mak Ngah akan hal yang telah terjadi agar mereka tidak tercari-cari akan diriku.
Aku tahu emak mempunyai masalah tekanan darah tinggi.Namun,tidak pernah pula dia pengsan kerana penyakitnya itu.Sepanjang perjalanan aku menuju ke Hospital Kota Tinggi dengan menaiki teksi tidak putus-putus aku berdoa agar keadaan ibuku baik-baik sahaja.Aku tidak dapat memikirkan apa yang akan berlaku jika sesuatu yang buruk menimpa ibuku.Dia adalah insan yang paling aku sayang.
Sebaik saja aku tiba di hospital,aku bergegas menuju ke nombor wad seperti yang diberitahu abah dalam telifon.Setibanya di wad,abah sedang duduk di sisi katil emak yang tidur.Aku menghampiri katil yang dibaringi emak dengan hati penuh kebimbangan.Aku menyalam tangan abah sebelum mengucup dahi emak yang sedang tidur.Tangannya dipasang dengan tiub air.Abah bangun daripada duduknya dan menepuk lembut bahu aku.Mengisyaratkan aku agar keluar daripada wad bersamanya.
Di luar wad,abah menceritakan perkara yang telah berlaku.Kata abah,dia dan emak ke Kota Tinggi untuk membeli ubat di farmasi.Mungkin kerana cuaca yang panas terik dan perjalanan agak jauh menaiki bas,emak telah pitam dan pengsan.Mujurlah ada seorang lelaki budiman yang melihat kejadian itu membantu abah menghantar emak untuk dirawat ke hospital dengan sebuah kereta.Mengikut kata doktor keadaan emak baik-baik sahaja.Cuma tekanan darahnya agak tinggi dan dia dehidrasi.Aku mengucap syukur apabila abah memberitahu hal itu.
Abah meminta aku menjaga ibu kerana dia ingin pulang ke rumah seketika untuk bertukar pakaian sebelum datang kembali ke hospital.Sebaik saja abah pulang,aku kembali melihat emak.Dia masih tidur,jadi aku tidak mahu menggangu lenanya.Aku duduk di luar wad sebelum menghubungi ketiga-tiga orang abangku dan memberitahu mereka peristiwa yang telah terjadi.Mereka berjanji akan datang melawat emak secepat mungkin.
Aku menghela nafas panjang dan beteleku seketika di luar wad.Perkara seperti hari ini tidak akan terjadi kepada emak jika aku mampu menyediakan emak sebuah kereta.Emak tidak akan berasa panas sehingga pitam.Emak dan abah boleh berjalan ke mana saja yang mereka mahu tanpa rasa penat jika aku mampu menyediakan mereka seorang pemandu kereta.Emak dan abah tidak perlu ke farmasi setiap bulan untuk membeli ubat jika aku mampu menyediakan seorang doktor persendirian untuk mereka.
Mengapa aku sebagai seorang anak tidak mampu menyediakan semua kelengkapan itu untuk kedua orang tua yang paling aku sayangi? Mengapa nasib aku perlu sebegini? Mengapa Allah tidak melahirkan aku seperti Ace?Pasti kedua orang tuanya bangga mempunyai anak sepertinya.
Sungguh aku akan menyalahkan diri sendiri jika sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada emak atau abah.Aku merasakan tanggungjawab aku untuk menyenangkan hidup ibu bapaku di atas dunia ini masih belum tertunai.Tanpa sedar air mata yang tadinya sudah hampir kering kembali membasahi pipiku.
“Yuri,awak buat apa dekat sini?”
Satu suara menyapa lembut pedengaranku.Apabila aku mendongak,jelas kelihatan wajah seorang pemuda dihadapanku.Wajah yang amat aku kenali dan beberapa hari ini wajahnya sering muncul dalam mimpiku.Namun,bagaimana dia boleh berada di hadapan aku sekarang?.
“Hei,kenapa menangis ni?”
Dia berlutut di kaki aku dan memandang aku dengan riak penuh kebimbangan dan rasa simpati.Apabila melihat wajahnya,hati aku berasa semakin sayu.Semakin banyak air mata mengalir keluar tanpa dapat ditahan.
“Yuri,janganlah menangis macam ni.Risau betullah saya tengok.Apa yang telah berlaku? Cuba beritahu saya?”
Dia memegang kedua belah pipiku dan mengelap air mataku dengan kedua ibu jarinya.Renungan matanya kelihatan sarat dengan kasih sayang dan rasa ingin tahu.
Aku menarik tangannya agar dia bangun daripada terus melutut dan duduk di sebelah aku.Dengan sedu sedan dan air mata yang tidak henti berjuraian aku menceritakan perihal yang telah terjadi kepada dia.
“Awak banyakkan sabar ya Yuri.Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.Awak berdoalah kepada Allah agar keadaan ibu awak baik-baik saja.” Dia memberikan nasihat apabila aku tamat bercerita.
“Saya tahu.Tapi saya betul-betul tak boleh menerima hakikat jika sesuatu yang buruk menimpa emak saya.Saya sangat sayangkan dia Ervin.Saya tak suka dia sakit!.”
Aku meluahkan perasaan dengan fikiran yang amat berserabut.Air mata semakin galak keluar daripada tubirnya.
“Jangan macam ni Yuri.Semua orang pun sayangkan ibu mereka dan tidak suka ibu mereka sakit.Tapi ketahuilah bahawa sakit itu adalah salah satu daripada ujian Allah kepada orang yang menghadapi dan orang-orang yang berada di sisinya.Sabarlah menghadapinya kerana sabar itu sebahagian daripada iman.Manusia tidak akan lepas daripada sakit atau mati.Kita sebagai hambanya,wajar menerima semua ujian ini dengan redha.”
Kata-katanya membuatkan aku semakin sebak.Aku menjatuhkan dahi aku di bahunya dan menangis di situ.Dia seperti mengerti perasaan aku.Dia mengsusap-usap kepala aku perlahan dan membiarkan aku menangis di atas bahunya.
Dia langsung tidak beralih posisi atau mengungkap sebarang kata.Hanya tangisan kecilku yang kedengaran di hadapan wad itu.Dengan kehadirannya di sisi,kesedihan yang aku alami terasa sedikit berkurangan berbanding tadi.....................Selama tiga hari aku berulang alik ke wad selepas waktu kerja bersama Ervin.Dia membenarkan aku bekerja shift pagi setiap hari hingga emak keluar daripada wad.Waktu pagi,abah dan tiga orang abangku bergilir-gilir menjaga emak.Selepas tekanan darah tinggi emak stabil,doktor membenarkan emak dibawa pulang ke rumah.Ervin berbaik hati untuk menghantar emak,aku dan abah pulang ke kampung.
Abah bertemu dengan Ervin ketika dia datang melawat emak bersamaku untuk kali kedua. Barulah aku tahu bahawa pemuda yang membantu menghantar emak ke hospital kali lepas adalah Ervin.Dia langsung tidak memberitahu aku akan hal itu sehinggalah dia berjumpa dengan abah.Abah yang mengecam Ervin,lantas memberitahu aku akan hal itu.
Ervin kata dia menolong ibuku dengan ikhlas dan bukan kerana perempuan tua yang ditolonginya itu adalah ibuku.Sungguh aku sangat terharu dengan pertolongannya.Tidak putus-putus aku ucapkan terima kasih atas jasanya itu.Jika dia tidak membantu di saat emak pengsan di kaki lima,mungkin keadaan emak akan lebih teruk.Aku benar-benar terhutang budi dengannya.
Sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Sayang,emak tidak berhabis memuji Ervin secara terang-terangan.Begitu juga dengan abah yang duduk di sisi Ervin.Aku yang duduk di bahagian belakang BMW 5 Series itu bersama emak dapat melihat wajah Ervin tersipu malu dan agak kemerahan melalui cermin kereta.Masakan tidak,emak yang baru keluar daripada wad itu sudah berkelakuan seperti seorang wanita yang langsung tidak pernah mengalami sakit.Rancak saja mulutnya bertanya itu dan ini kepada Ervin.Dan majikan aku itu tidak jemu menjawab setiap pertanyaan emak.Sungguh aku terharu dengan sikapnya.Dia boleh memandu dengan wajah yang ceria dan diselangi gelak tawa apabila berbual dengan kedua orang tuaku................................Sebagai tanda berterima kasih kepada Ervin,emak menjemputnya makan di rumah keesokan harinya.Pada mulanya,aku ingatkan dia akan menolak pelawaan itu.Ini kerana sewaktu menghantar aku,emak dan abah pulang semalam dia terus bergegas untuk pulang ke rumahnya.Kata dia ada urusan penting.Namun,hati aku sedikit curiga dengan berfikiran yang dia tidak berminat untuk memasuki rumah orang biasa seperti aku.
Tetapi hari ini,persepsi aku berubah begitu sahaja apabila dia molek melangkah masuk ke dalam rumah aku dengan senyuman lebar hingga ke telinga.Mujurlah hari itu,aku bercuti daripada bekerja.Jadi bolehlah aku membantu emak mengemaskan rumah dan menyediakan makanan untuk santapan kami bersama.Abang-abangku telah pulang ke Johor Bharu untuk menjalankan kerja masing-masing.Adik pula menghadiri kelas tambahan di sekolahnya.
Satu sikap Ervin yang menarik perhatian aku,dia amat peramah dan menghormati orang tua.Buktinya abah yang kurang banyak cakap itu kelihatan gembira berborak dengannya di ruang tamu.Daripada dapur aku dapat mendengar suara Ervin yang memuji keindahan persekitaran rumah aku.
Rumah aku hanyalah sebuah rumah batu yang bersaiz sederhana besar.Terletak tidak jauh dari jalanraya dan dikelilingi oleh rumput yang menghijau.Terdapat beberapa jenis pokok yang ditanam tidak jauh daripada rumah kami.Abah sentiasa menjaga kawasan persekitaran rumah.Jika rumput panjang,dia akan menebasnya dengan mesin rumput.Jika pokok kurang subur,dia akan membaja dan menyiramnya.Hasilnya,persekitaran rumah aku sangat bersih dan cantik dengan kehijauan warna daun.
“Wah,banyaknya lauk.Awak ke yang masak semua ni Yuri?”
Ervin bertanya sebaik saja abah mengajak dia ke meja makan.Makanan semua telah dihidang atas meja.Ada ikan keli goreng cili padi,ayam goreng berempah,kangkung goreng belacan,sup tahu dan udang masak sambal.Dulu Ervin pernah cakap yang dia tidak memilih dalam soal makan.Jadi,aku hendak lihat sejauh mana kebenaran yang dia katakan itu.Aku takut dia temberang untuk mengambil hati aku.
“Kalau Yuri yang masak semua lauk ni,jawabnya memang tak boleh dimakanlah Vin.Dia bukan pandai masak pun.” Abah selamba memberi informasi percuma kepada Ervin.Mahu tidak tebal seinci muka aku apabila Ervin memandang aku dan tergelak kecil.Hampeh,mengutuk aku lah tu!.
Aku memanglah tidak pakar dalam bidang masakan.Namun,itu bukan bermakna aku langsung tidak pandai memasak.Setakat masak nasi,nasi goreng dan dua tiga jenis lauk yang mudah,aku pandailah.
Jika hendak bandingkan kehandalan emak memasak dengan aku,memang langsung tidak samalah.Aku boleh katakan emak boleh memasak hampir ke semua jenis masakan melayu dengan sedap dan cepat.Bila aku cuba memasak sesuatu resepi yang sukar,akhirnya masakan itu tidak menjadi dan dibuang begitu saja.Sebab itulah abah selalu kata masakan aku tidak boleh dimakan.
“Oh,saya ingatkan semua gadis-gadis kampung pandai memasak.Rupa-rupanya saya silap.” Menyirap darah aku apabila Ervin berkata begitu.Sudahlah aku sedang menuangkan dia segelas air sirap limau.Ada juga air itu aku jirus air itu atas kepalanya.
“Makcik rasa dalam kampung ni cuma anak dara makcik ni jelah yang tak pandai memasak.Entah siapalah lelaki malang yang nak ambil Yuri ni sebagai isteri” Sampuk emak dan Ervin ketawa.
“Mak,sampai hati cakap Yuri macam tu.” Aku sudah menarik muncung sedepa dan hendak berjauh hati apabila emak dan abah berpakat hendak mengutuk aku di hadapan Ervin.Ervin pula senang hati melihat aku naik darah.Sabar sajalah dengan dia ni!.
“Takpe makcik.Sebelum dia kahwin suruh dia belajar memasak dulu.Bila dia dah pandai memasak barulah boleh kahwin.Kalau tak kesian suami dia kena masak dekat rumah” tokok Ervin bersungguh.
Aku sudah mendengus geram dan menjelingnya tajam apabila emak dan abah ketawa geli hati.Sibuk saja hendak suruh aku belajar memasak.Macamlah aku hendak kahwin dengan dia!.
“Dahlah,depan rezeki jangan bermasam muka.Ervin baca doa makan,lepas tu kita boleh mula makan.” Arah abah sambil memandang Ervin yang duduk disebelahnya.Bertentangan dengan aku.Mungkin abah perasan yang wajahku sudah semasam cuka saat itu.
Teruja pulak aku hendak mendengar suara Ervin membaca doa.Jangan dia kata dia tidak tahu membaca doa makan sudahlah.Apabila dia membuka mulut dan memulakan bacaan yang pendek itu,aku terkedu.Merdunya suara dia walaupun ayat itu pendek sahaja.Seketika aku terpana dan memandang pemuda di hadapan aku itu tanpa berkelip.
“Yang kau pandang muka Ervin macam kau nak makan dia tu kenapa? Makan nasi tu Yuri.”
Teguran emak membuatkan aku tersedar.Ervin baru perasan yang aku merenungnya dan dia tersenyum nakal.Ya Allah,malunya aku!.
Cepat-cepat saja aku menundukkan wajah dan memulakan suapan.Wajah terasa membahang saat itu.Pasti Ervin sakan menggelakkan aku dalam hatinya saat ini.
Sepanjang makan tengahhari itu aku banyak mendiamkan diri.Tidak mahu kena perli dengan emak dan abah lagi.Aku membiarkan kedua orang tuaku berbual mesra dengan Ervin.Melalui pertanyaan abah,barulah aku tahu bahawa datuk Ervin sebelah bapanya berbangsa kacukan Cina dan Rusia.Patutlah wajah Ervin langsung tidak iras dengan wajah lelaki melayu tulen.Rupanya genetik sudah bercampur aduk.
Untunglah sesiapa yang dapat menjadi isteri dia.Dapatlah menatap wajah kacaknya itu 24 jam.Ya Allah,apa yang aku merepek ni!.Jauh betul fikiran melayang.Aku mengukir senyuman gembira apabila melihat dia makan dengan berselera tanpa rasa kekok akan masakan ibuku.Benarlah dia tidak menipu apabila mengatakan yang dia tidak memilih dalam soal makanan.
BAB 15Hari ahad merupakan hari yang paling memenatkan buat semua staf Pizza Star.Pelanggan berduyun-duyun berkunjung ke restoran untuk menjamu selera bersama ahli keluarga atau pasangan masing-masing.Mujurlah hari ini,aku bekerja shift pagi.Menjelang pukul enam petang tugasku sudah tamat.Itu pun terpaksa bekerja waktu tambahan selama dua jam.Badan terasa letih dan kaki terasa kejang kerana terpaksa berdiri dan melangkah ke sana sini hampir sepuluh jam lamanya.
Setelah pulang ke hostel aku menunaikan solat asar sebelum merebahkan diri ke atas katil bujang.Jam penggera henpon aku set agar berbunyi pada pukul tujuh.Bimbang jika aku terlelap hingga terlepas waktu maghrib.Disebabkan badan yang terlalu penat,aku terus tertidur.
Aku merasakan aku baru saja terlena apabila henponku mengeluarkan bunyi nyaring.Aku menggapai henpon yang berada tidak jauh di sisi dan mematikan bunyinya.Sudah pukul tujuh petang.Aku menghela nafas panjang sebelum memisat mata yang masih mengantuk.Beberapa ketika,telinga aku dapat menangkap bunyi sesuatu yang menyeramkan.Bunyi yang berdecit seperti jeritan anak kecil yang sedang kesakitan.Aku cam bunyi itu.
Aku bingkas bangun daripada baring dan terus duduk di birai katil.Aku menelan liur dan mata liar memandang ke kiri dan ke kanan.Aku berdoa dalam hati agar ia bukan makhluk yang satu itu.Sudahlah tiada sesiapa dalam hostel saat itu.Jika makhluk itu datang,siapa mahu membunuhnya?.Jantung aku sudah mengepam darah dengan laju dan tanganku mula menggigil.
Selang beberapa minit,sesuatu yang bewarna hitam terbang melayang di atas siling bilik aku.Aku sudah menggelabah berlari keluar daripada bilik apabila makhluk itu melayah terbang hampir mengenai wajah aku.Sudahlah saiznya besar dan bunyinya menyeramkan.Sungguh aku rasa sangat takut saat itu.
Apabila tiba di luar bilik,aku berdiri di hadapan chiller dan bersedia untuk berlari ke bahagian bawah Pizza Star jika makhluk itu mendekati aku.Dari kejauhan aku dapat melihat makhluk itu terbang memusing keseluruhan siling hostel kami.Mata makhluk itu tidak dapat berfungsi dalam keadaan terang.Jadi makhluk itu terbang dengan melanggar apa sahaja di hadapannya.
Jantung aku hampir saja tercabut apabila makhluk itu jatuh ke lantai berhampiran kaki aku.Pantas saja aku berlari keluar daripada pintu yang memisahkan hostel dan bahagian Pizza Star.
Takut punya pasal aku berlari laju menuruni anak tangga hostel tanpa memakai selipar.Tiba di pertengahan anak tangga,aku tersadung kaki sendiri dan hampir melayang menyembah lantai.Mujurlah satu tubuh yang berada di hadapan sempat menghadang aku daripada terus jatuh ke bawah.Aku tersembam di atas dadanya dan dia menahan dirinya daripada jatuh bersama.
“Ya Allah,Yuri,apa yang awak buat ni?” Aku tersedar apabila dia bersuara.Segera saja aku menjarakkan diri daripada terus melekat padanya.
Ya Allah,aku terpeluk dia.Malunya muka!.Buat seketika kami bertatapan.
Namun,aku berasa pelik apabila melihat wajah dia yang bertukar merah dan dia segera berpaling ke arah lain.Mengapa wajahnya sebegitu?.Seperti malu apabila memandang aku.Dan aku memperoleh jawapannya apabila aku memandang tubuhku sendiri.Alamak,aku cuma memakai sehelai singlet dan sehelai seluar pendek.
“Kenapa awak berpakaian begitu Yuri? Kalau orang lain nampak macammana? Pergi masuk hostel .Salin baju dan seluar tu.” Dia bersuara tegas tanpa memandang aku.
“Saya takut nak masuk bilik.Ada kelawar.” Aku memberitahu jujur.
“Kenapanya dengan kelawar? Awak tak malu ke kalau orang lain nampak awak berpakaian macam tu.Cepat tukar pakaian.” Dia cuba memaksa aku pulak.
“Saya takutlah! Saya geli! Saya takkan masuk hostel selagi kelawar tu ada.”
Aku menjerit kecil memberitahunya.Tiba-tiba berasa sebak sebab dia tidak memahami.Aku yang tadinya berdiri duduk di atas tangga dan berpeluk lutut.Terasa malang sangat sebab kelihatan dengan pakaian sebegini di hadapan Ervin.Entah apalah tanggapannya ke atas aku.Tanpa aku sedari dia telah menanggalkan kemeja kerjanya dan memberikan baju itu kepada aku.
“Pakai kemeja saya ni.Saya takde baju lain nak bagi awak. Tak elok kalau ada staf yang lalu di sini melihat awak hanya dengan singlet.”
Aku tidak terkata.Untuk mengelakkan situasi janggal itu berpanjangan,aku cepat saja menyarung kemeja pengurusnya itu.Mujurlah masih berbau wangi.Jika sudah berbau tengik,mahu pengsan aku dibuatnya.Amboi,banyak songeh pulak kau Yuri!
Apabila aku memandangnya,aku pula yang malu tiba-tiba.Masakan tidak,dia hanya bersinglet putih dan susuk tubuhnya yang mantap itu jelas kelihatan.
“Awak tunggu dekat sini.Saya naik atas kejap.”
Dia memberi arahan dengan suara yang lembut dan berlalu meninggalkan aku.Aku hanya terkebil-kebil memandang setiap langkahnya yang menuju ke arah hostel.Aku berdoa dalam hati agar dia dapat menghapuskan makhluk yang menggangu ketenangan aku itu.
Aku kembali duduk di tepi tangga.Kemeja Ervin yang membalut tubuhku terasa hangat dan mendamaikan.Apabila aku memakai bajunya itu aku berasa seolah-olah berada dalam pelukannya.Ya Allah,sekali lagi fikiran aku menerawang jauh!
Mujurlah sepanjang aku duduk di tangga itu tiada staf yang terlihat kelibat aku.Sudahlah tangga yang aku duduki itu adalah tangga yang sama untuk menuju ke freezer dan chiller.Jika ada staf yang melihat aku dengan pakaian Ervin,mahu tebal berpuluh inci muka aku.Selang beberapa minit,aku bingkas bangun daripada duduk apabila melihat Ervin sudah keluar daripada pintu hostel dan menuruni tangga.
“Er..awak buat apa kat atas?” Aku teragak-agak bertanya apabila melihat wajah dia selamba sahaja.
“Saya bunuh binatang ni dekat atas.” Hampir luruh jantungku apabila dia menunjukkan aku bangkai seekor kelawar yang sudah tidak bergerak dalam sehelai plastik lutsinar.Dia mendekatkan plastik itu pada wajahku dan aku sudah menjerit seriau.
“Ervin,gelilah! Jangan dekatkan bangkai itu dengan saya!.” Aku menjerit besar sebelum berlari menaiki tangga menjauhi dia.Dia tergelak kecil melihat aku.
“Apalah awak ni.Kelawar dah mati pun nak takut lagi.” Dia menggeleng gelengkan kepala sebelum membuang plastik yang mengandungi bangkai itu ke dalam sebuah tong sampah yang berada di kaki tangga.Kemudian dia kembali naik ke atas mendapatkan aku.
“Muka sampai pucat sebab takutkan kelawar.Kelakar betullah awak ni Yuri.”
Dia ketawa lagi sambil mengusap-usap kepala aku.Walaupun kena perli aku berasa lega.Kelawar itu sudah mati jadi aku boleh memasuki bilik.Memang aku fobia dengan spesies binatang yang satu itu.Ini bukan pengalaman kali pertama aku melarikan diri daripada kelawar.Sudah banyak kali sebenarnya.
Selalunya Farah yang menjadi mangsa suruhan aku agar membunuh kelawar.Farah bukan orang yang penggeli.Jadi,dia boleh membunuh kelawar dengan menggunakan penyapu tanpa rasa takut.
Hanya dengan melihat bayang kelawar aku sudah lari berbatu.Masakan aku boleh membunuhnya.Memang aku tidak mampu.Masih teringat dalam fikiranku bagaimana hingar bingar keadaan hostel ketika kelawar itu melekat pada baju yang aku pakai.Hampir bergegar hostel dengan jeritanku ketika itu.
“Okeylah saya nak ambil barang dalam chiller lepas tu saya kena sambung kerja dekat bawah.” Dia memberitahu seraya melangkah naik ke atas.Mungkin ingin menuju ke arah chiller.
“Ervin,takkan awak nak bekerja dengan berpakaian macam tu je?” Aku menegur dan dia berpaling ke arahku.
“A,ah saya lupa.Nanti ramai pula pelanggan yang tergoda melihat badan saya yang cantik ni.” Aku tersenyum kecil apabila mendengar dia memuji diri sendiri.Tahulah badan dia tu ada figure.
“Em,awak masuk bilik.Pergi tukar baju.Lepas tu pulangkan kemeja saya.Saya tunggu awak dekat depan chiller.” Dia menyambung ayatnya apabila melihat aku berdiam diri.
“Okey.”
Aku malas bertatapan lama dengannya dalam keadaan dia yang bersinglet dan aku memakai kemejanya.Jika ada staf lain yang nampak situasi kami berdua,mungkin lain tanggapan mereka.
Jadi aku bergegas kembali ke dalam bilik dan bersalin pakaian.Aku hanya menyarung sehelai t shirt longgar lengan pendek dengan seluar track.Setelah itu aku kembali menemuinya.
“Terima kasih sebab pinjamkan kemeja.”
Aku berterima kasih seraya menghulurkan kemejanya.Dia mengangguk kecil seraya dengan selamba menyarungkan kembali kemeja itu ke atas badannya.Langsung dia tidak kisah walaupun pakaian itu pernah melekap ditubuhku.
“Sama-sama.Lain kali,kalau ade berpuluh kelawar yang terbang dalam bilik awak pun,janganlah keluar dengan pakaian seksi Yuri.Tergoda iman saya melihatnya.Kalau tak sempat pakai baju biasa,awak selubung saja dengan selimut.Asalkan tertutup.”
Pesanan yang disertai dengan senyuman nakalnya membuatkan aku melopong.Dia ini kalau tidak menyakat aku memang tidak sah!.Aku bukan sengaja hendak berpakaian sebegitu di hadapannya.Takut punya pasal,aku terus melarikan diri tanpa menyedari yang aku sudah menanggalkan uniform kerja sebelum solat asar tadi.
“Yalah,saya akan ingat pesanan awak tu Ervin.Terima kasih sekali lagi sebab bagi pinjam kemeja dan tolong bunuh kelawar tu.Saya nak masuk bilik ni.Selamat bekerja.”
Aku mahu mengelak daripada terus berada di hadapannya.Terasa wajahku membahang apabila memikirkan semua peristiwa yang telah berlaku.Baru beberapa langkah aku menapak,tanganku ditariknya dengan lembut dari arah belakang.Aku terpempam dan langkahku terhenti.
“Kenapa dengan tangan awak ni Yuri?” Dia bertanya cemas sambil membelek lenganku.Terdapat beberapa tompokan lebam yang kecil di situ.
“Oh..biasalah ni.Kena gigit dengan parasit.” Aku menarik tanganku daripada pegangannya dan dia memandang aku dengan dahi yang berkerut.
“Parasit apa?” Dia bertanya lagi.
“Em..nantilah saya cerita.Waktu maghrib dah nak habis ni.Saya belum mandi dan solat lagi.Awak pun banyak kerja nak dibuat.” Aku cuba mengelak.Malas untuk berbual panjang dengannya akan hal itu.
“Malam ni lepas saya habis kerja saya nak awak cerita.Saya nak tahu parasit apa yang gigit awak.Awak jangan tidur awal pulak.”
Dia memberikan arahan dengan suara yang tegas.Aku termangu seketika sebelum menganggukkan kepala.Jika aku menolak permintaannya pasti perbualan aku dan dia akan berlanjutan di hadapan chiller itu.Lebih teruk,mungkin kami akan bertengkar.Jadi aku ikutkan saja permintaannya.

P/S: KLIK LIKE IF U LIKE IT.KOMEN KALAU RAJIN.MAAF LAME X MASUKKAN ENTRY.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 26, 2013 03:58

NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 15,16

BAB 15Panggilan daripada abah hampir saja membuatkan jantung aku berhenti berfungsi.Emak dimasukkan ke dalam hospital kerana pengsan di tengah jalan.Aku tidak tahu perkara sebenar yang telah terjadi.Namun panggilan itu cukup untuk membuatkan aku bergegas ke hospital dengan air mata yang berjuraian.Kerja di Pizza Star aku tinggalkan begitu sahaja. Aku telah memberitahu Mak Ngah akan hal yang telah terjadi agar mereka tidak tercari-cari akan diriku.

BAB 16Hari ahad merupakan hari yang paling memenatkan buat semua staf Pizza Star.Pelanggan berduyun-duyun berkunjung ke restoran untuk menjamu selera bersama ahli keluarga atau pasangan masing-masing.Mujurlah hari ini,aku bekerja shift pagi.Menjelang pukul enam petang tugasku sudah tamat.Itu pun terpaksa bekerja waktu tambahan selama dua jam.Badan terasa letih dan kaki terasa kejang kerana terpaksa berdiri dan melangkah ke sana sini hampir sepuluh jam lamanya.

February 18, 2013

NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 17

SILA KLIK LINK DIBAWAH BAGI MEMBACA BAB 17 K6BJ DI P2U.THANKS 4 KOMEN N READING.RAJIN2 SHARELAHYE.

http://www.penulisan2u.my/2013/02/novel-kahwin-6-bulan-je-17/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 18, 2013 07:02

February 9, 2013

KAHWIN 6 BULAN JE?! (SINOPSIS AND MALAY IMAGINATION CHARACTER)

NAMA WATAK HERO AND HEROIN K6BJ INSYA-ALLAH AKAN DITUKAR DALAM MANUSKRIP PENUH NANTI SEBAB RAMAI PEMINAT YANG KOMPLEN NAMA YANG AKU LETAK ALA-ALA CYBERTRON.SO NAMA WATAK AKAN DITUKAR KEPADA...,:

VIFEINIA IXUNA (XUNA) -RANIA IXUNA (XUNA)
EMIR ENRIQUE (ERIC) - AMIR ANDIKA (AMIR)

NAMA WATAK LAIN2 STILL SAME JE.PERHAPS DENGAN PENUKARAN NAMA NI XDELAH  PEMBACA NAIK TERGELIAT LIDAH SEBUT NAMA WATAK2 DALAM K6BJ.HE3.

SINOPSIS NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?!
Mereka memang terpaksa berkahwin.Namun,Amir tidak pernah menganggap Ixuna isteri paksaannya.Dia tulus ikhlas mencintai gadis itu sejak pertama kali bersua muka.Cuma hendak mengungkap kebenaran itu bukanlah perkara yang mudah...
Rania Ixuna seorang gadis biasa yang memiliki pelbagai kebolehan.Prinsip utama hidupnya hanya satu.Apabila berjanji dia tidak akan mungkiri walau apapun yang terjadi.
 â€œKenapa susah sangat awak nak cintakan saya,sedangkan semua gadis di luar sana gilakan saya? Tak cukup lagi ke semua layanan,perhatian dan luahan perasaan saya terhadap awak sepanjang kita berkahwin ni?”-Amir Andika.
“Cinta aku takkan pernah ada untuk lelaki selain untuk Alex Emrys.Dengar sini baik-baik.Selepas enam bulan berlalu,aku PASTI akan tinggalkan kau.Jangan pernah kau berfikir untuk menambat aku dalam cinta imaginasi kau tu!”- Rania Ixuna.
Perkahwinan antara mereka mencetus pelbagai konflik.Amir sudah mabuk cinta dan angau dengan isterinya.Tidak akan sesekali dia melepaskan gadis itu untuk lelaki lain.Sementara Ixuna seolah-olah tidak berperasaan pada insan yang bergelar suami.Dia terlalu setia dan masih mengharapkan cinta pertamanya berputik kembali.
Namun sikap Amir yang sering menggoda dan mengajar Ixuna tentang kehidupan yang dia tidak pernah ambil kisah sebelum ini menyebabkan pendirian gadis itu sedikit goyah.Dalam dia mengkagumi suaminya itu.
“Awak solat hajat untuk apa?” –Rania Ixuna.
“Abang memohon dari Allah agar jodoh kita berkekalan dan sayang tidak akan meninggalkan abang untuk bersama dengan lelaki lain.”-Amir Andika.
Kemunculan Alex Emrys yang menagih janji dan cinta Ixuna merubah keadaan dalam sekelip mata.
“Awak dah janji dengan saya yang cinta awak hanya untuk saya.Bukan untuk Amir dan bukan untuk sesiapa pun.Awak takkan mungkir janji kan?”-Alex Emrys.
Ixuna bingung untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perkahwinannya dengan Amir atau menunaikan janjinya dengan Alex.Ixuna tidak pernah memungkiri janji dan dia tidak berniat untuk melupakan Alex.Dalam masa yang sama dia tidak sanggup melukakan hati Amir.Suami yang mendidiknya tentang pelbagai perkara.Tidak pernah jemu melayan kerenahnya dan mencintai dirinya sepenuh hati…
Dia perlu memilih antara Amir Andika atau Alex Emrys.Apa yang pasti apa jua keputusannya.Dia akan menghancurkan salah satu daripada hati pemuda itu!

p/s:ramai yang tanya bila novel ni nak terbit.jawapannya,macamne nak terbit lau manuskrip belum siap.he3.

Insya-Allah jika diberi masa dan kekuatan,saya akan menghabiskan K6BJ dgn secepat mungkin.Terima kasih kpd semua pembaca yang mengikuti K6BJ n support novel ni.Love u all so much.!
next2 entry macam biaselah setiap minggu di p2u.

minggu depan final exam,lpas tu baru boleh sambung manuskrip.~
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 09, 2013 06:26

February 4, 2013

NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE ?! BAB 16

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MEMBACA K6BJ BAB 16 DI P2U.THANKS.

http://www.penulisan2u.my/2013/02/novel-kahwin-6-bulan-je-16/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 04, 2013 21:32

January 31, 2013

Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.