Crystal Anabella's Blog, page 6
December 8, 2012
NOVEL : SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 3

BAB 3
Luna terpegun apabila mendengar nama Pulau Syaitan.Adakah Pulau Syaitan yang dikatakan Zack itu adalah pulau sama dalam buku yang ditemui Amir? Pulau yang katanya dipenuhi syaitan dan menjadi momokan semua manusia dalam dunia ini.Semua peristiwa yang berlaku semalam terimbas dalam kotak fikiran Luna.Sememangnya dia telah berjumpa dengan beberapa jenis makhluk pelik yang sepatutnya tidak wujud dalam dunia nyata.Adakah semua makhluk itu adalah syaitan?
“Hei,berangan ke?” Sekali lagi Zack mencuit pipi gebu itu dengan jari telunjuknya.Luna terkejut dan terpinga-pinga.
“Saya tahu banyak perkara yang memeningkan kepala awak.Sabar sikit ya.Lepas awak bertukar pakaian dan makan,saya akan benarkan awak tanya saya apa-apa soalan pun.”
Zack bersuara lembut.Agak simpati melihat wajah cantik yang pucat itu.Dulu,dia pun begitu…Namun sekarang semuanya sudah berubah.Dan dia pasti Luna juga akan berubah!
“Wei Zack,kau undi warna apa untuk perempuan ni?” Teguran daripada seorang perempuan berambut pendek paras bahu mematikan lamunan Zack.
“Sudah tentulah merah sebab dia cantik.” Jawapan Zack membuatkan Luna diserang tanda tanya.
“Aku undi hijau sebab aku rasa dia sama dengan aku.” Perempuan itu menepuk bahu Luna sebelum menunjukkan warna hijau pada hujung kemejanya.
“Apa hal pulak dia sama dengan kau?” Zack bertanya sinis.
“Yalah.Aku rasa dia pandai macam aku.Jadi dia sepatutnya hijau.”
Luna menggaru-garu kepala yang tidak gatal kerana tidak memahami butir bicara perempuan itu.
“Perasan betul kau ni.Macam pandai sangat.Eh,dahlah Kira.Aku nak bawa puteri aku ni masuk bilik.Kau jangan nak kacau daun.” Zack menumbuk lembut bahu gadis bernama Kira itu dengan senyuman penuh makna.
“Lebih baik kau hati-hati.Kalau dia bukan merah,habislah kau malam ni…”
Kira atau nama sebenarnya Syakira menjeling ke arah Luna sebelum berlalu pergi.Pertama kali dia melihat Zack begitu berminat dengan seorang ahli baru Pulau Syaitan.Apa yang istimewa sangat tentang perempuan yang bernama Luna Jazmin itu?
“Apa maksud kawan awak tadi tu?” Luna bertanya hairan.
“Takde apa-apalah.”
Zack menghampiri Luna sebelum kembali memimpin tangan gadis itu menuju ke sebuah bangunan lain.Luna melopong apabila melihat sebuah bangunan berbentuk silinder tinggi yang mencanak ke langit.Mereka memasuki pintu utama bangunan itu sebelum menaiki sebuah gerabak kayu yang bergerak seperti lif.Beberapa minit berlalu barulah gerabak kayu itu berhenti dan Zack mengheret dia ke sebuah pintu lain.
Luna terpaku apabila Zack membuka pintu.Dia memasuki sebuah bilik yang luasnya lebih kurang tiga buah kelas.Keseluruhan perabot bilik itu bewarna coklat dan diperbuat daripada kayu.Namun,tiada pula kelihatan televisyen atau telifon.Bilik itu kelihatan antik dan elegan.Terdapat banyak ukiran dan lukisan flora dan fauna tergantung di dinding.
“Buka baju awak.” Zack bersuara tiba-tiba dan Luna terus tergamam.
“Saya tak nak.” Luna yang tadinya tenang kembali ketakutan.Adakah pemuda dihadapannya ini akan mengapa-apakan dirinya.
“Buka jelah.Bukan mati pun.”
Zack menghampiri Luna dengan senyuman menggoda.Semakin dia mendekati,Luna semakin menapak ke belakang.Gadis itu kelihatan cuak dan wajahnya yang putih kemerahan itu semakin membiru.Luna tidak dapat bergerak apabila dia terhadang di dinding.
“Tolong jangan apa-apakan saya.” Luna memejam mata apabila dia sudah terperangkap dalam kurungan tangan Zack.Anak mata hijau pemuda itu buat bulu romanya meremang.Desah nafas pemuda itu menampar pipinya.
“Alahai,janganlah nangis.Saya bukan nak buat apa-apa pun.”
Zack tergelak sebelum mencubit pipi Luna kuat.Dia menjauhi Luna apabila gadis itu mengaduh kesakitan.Luna menahan geram dalam hati.Apa sebenarnya niat pemuda ini?
“Saya suruh awak buka baju untuk bersihkan diri.Pergilah mandi.Kejap lagi saya datang.Lepas mandi pakai baju yang saya sediakan atas katil tu.Bilik air dekat situ.” Zack menjuihkan bibir merahnya ke arah sebuah pintu yang terletak di sisi kanan Luna sebelum berlalu keluar dari bilik.Senyuman manis terukir di bibirnya apabila melihat Luna agak takut memandangnya.
Luna menghembus nafas panjang sebelum menapak ke arah katil.Dia melihat sepersalinan uniform seperti yang dipakai semua pelajar perempuan Sekolah Tinggi Bidadari.Cuma uniformnya tidak mempunyai warna pada bahagian lengan.Luna termangu seketika.Macam sudah tiada baju lain saja yang boleh diberi Zack untuk dia pakai.
Bimbang memikirkan Zack akan kembali sebelum dia selesai mandi dan berpakaian,Luna bergegas ke bilik air.Sekali lagi dia melopong apabila mendapati struktur bilik air dibina daripada marmar hitam yang berkilauan seperti kristal.Sangat cantik dan memukau pandangan.
Tab mandi dipenuhi dengan air berserta kelopak mawar merah yang mengeluarkan bau semerbak harum.Dia yang merasakan tubuhnya sudah melekit mula membersihkan diri.
“Wah,cantiknya Luna saya!”
Sapaan Zack yang tiba-tiba membuka pintu menyebabkan Luna terkejut kecil.Dia yang tadinya sedang menyisir rambut, bangun dari birai katil dan berhadapan dengan pemuda kacak itu.Mujurlah dia sudah lengkap berpakaian.Tidaklah dia berasa malu.Molek saja uniform Sekolah Tinggi Bidadari melekap di badannya.
Luna menahan debar apabila Zack mengelilingi tubuhnya dan seperti menghidu bau rambutnya.Pemuda itu memang pelik dan memualkan!
“Em bagus.Dah wangi.Tak busuk macam tadi.” Luna melopong dengan bicara selamba Zack.Pemuda itu memerli dirinya ke?
“Boleh tak saya nak tahu…”
“Tunggu dulu,lepas makan baru kita boleh bercerita.Jom makan.” Zack menyampuk sebelum Luna sempat bertanyakan apa-apa soalan.Beberapa ketika,dua orang perempuan yang berusia dalam lingkungan 30-an,memakai baju kurung serba hitam memasuki kamar itu dan menghidangkan pelbagai makanan di atas meja yang terletak di balkoni bilik Zack.Luna hanya memerhati tindak tanduk dua orang perempuan tersebut.Agak pelik kerana mereka mengenakan baju kurung hitam seperti berkabung atas kematian seseorang.Selesai melakukan tugas,mereka berdua berlalu pergi tanpa sebarang bunyi.
“Luna,cuba tengok sini.Cantik tak?” Zack yang berdiri di balkoni memanggil gadis yang menarik perhatiannya itu.
Luna menapak mendekati Zack dan dia tergamam.Luna terpesona dengan pemandangan di hadapan matanya.Bilik Zack betul-betul menghadap ke arah hutan belantara yang tebal dan dari kejauhan kelihatan persisiran pantai.
“Cantiknya…” Mulut Luna tidak dapat menahan untuk memuji keindahan ciptaan Allah itu.Terlupa seketika apa yang telah dihadapinya malam lepas.
“Kalau siang memang cantik.Bila malam menjelma,semuanya akan jadi tak cantik.” Zack bersuara perlahan.Namun cukup didengari Luna.
“Maksud awak?”
“Makan dulu baru bercerita.Meh sini,duduk sebelah saya.” Zack menarik kerusi pada meja bulat itu untuk membenarkan Luna duduk.Luna dengan berat hati terpaksa mengikut arahan pemuda itu.
“Makanlah apa pun yang awak nak makan.Saya suruh pembantu saya sediakan makanan yang istime..”
Zack terpegun apabila melihat Luna menadah tangan dan membaca doa makan.Pertama kali dia melihat seorang tetamu yang begitu menjaga tatatertib bila berdepan dengannya.Masih ingat untuk berdoa walaupun mereka berada di Pulau Syaitan.
“Terima kasih sebab sudi menyediakan semua makanan ni untuk saya.”
Luna sempat berterima kasih sebelum mula mengisi perutnya yang kelaparan.Rasa macam sudah bertahun dia tidak makan.Makanan yang dihidangkan kelihatan lazat dan menarik.Ada steak daging,salad,buah-buahan dan jus epal.
Zack kelihatan lebih berminat memerhatikan dia makan daripada menjamu selera.Pemuda itu memerhatinya dengan penuh perasaan hingga Luna rasa tidak selesa.Mata pemuda itu seolah-olah menelanjangi tubuhnya.
“Saya terdampar di pulau ni sebab bot yang saya dan rakan-rakan naiki rosak.Kawan-kawan awak takde terjumpa kawan-kawan saya ke?”
Luna bertanya untuk menyedarkan Zack daripada terus memerhatikannya.Zack berdehem kecil dan meneguk air dalam gelas.Entah kenapa hatinya berdebar-debar bila terlalu lama merenung Luna.Mengapa gadis itu boleh menarik minatnya?
“Berapa orang kawan awak tu?”
“Termasuk saya enam.Tiga lelaki dan tiga perempuan.” Luna memberi penjelasan.
“Mungkin mereka terdampar di pulau lain.” Zack membuat kesimpulan dengan wajah tidak bersalah.
“Ada pulau lain ke dekat sini?” Luna bertanya penuh minat.Hatinya kuat mengatakan rakan-rakannya masih hidup.
“Ada.Sebuah pulau terletak jauh di utara,dan sebuah pulau lagi terletak jauh di selatan.” Zack memberitahu.
“Apa nama pulau tu?” Harapan Luna yang kawannya masih hidup menggunung tinggi.
“Gugusan Pulau Syaitan.Namanya Pulau Syaitan Satu dan Pulau Syaitan Dua.”
“Awak tak menipu kan?” Jawapan Zack mencetus tanda tanya Luna.Pemuda itu tergelak.
“Saya tipu jelah.Pulau tu memang ada,tapi nama pulau tu ialah Pulau Bakawali dan Pulau Helang.” Zack menjawab serius.
“Tak pernah dengar pun? Awak pernah sampai ke pulau-pulau tu ?”
“Tak pernah.Saya cuma tahu cerita berdasarkan buku dongeng je.Tapi saya percaya yang pulau tu wujud.Awak pasti pernah dengar cerita pasal Pulau Syaitan kan?” Zack merenung mata Luna lama.Mata hitam yang kelihatan bersinar indah dan penuh misteri.
“Adalah sedikit.” Luna cuba menidakkan hal itu namun dia memang telah mendengar cerita Pulau Syaitan melalui Amir.
“Kalau macam tu senanglah saya hendak bercerita.Untuk pengetahuan awak Pulau Syaitan ini tidak terdapat dalam peta dunia atau terlihat oleh mata kasar manusia.” Zack membongkar rahsia.
“Maksud awak?” Luna fokus.
“Pulau Syaitan hanya ditemui oleh orang yang sesat di lautan atau mengalami kemalangan dalam air.” Luna teringat akan cerita Amir.Sama seperti cerita Zack.
“Takkan awak nak cakap semua pelajar Sekolah Tinggi Bidadari adalah mangsa kerosakan bot macam saya?” Luna bertanda tanya.
“Lebih kurang macam tulah.Cuma saya nak awak tahu tentang satu perkara.Saya dan semua yang berada di sini adalah berasal daripada dunia awak.Tetapi sekarang kami terperangkap di Pulau Syaitan selamanya.” Zack bersuara lemah.
Luna terpempam dan seleranya untuk makan terus hilang.Adakah dia berada di dunia yang berbeza? Dunia apa? Dia memasang telinga dan mendengar semua butir bicara yang keluar dari mulut Zack dengan teliti.
Mengikut Zack dia sudah sepuluh tahun berada di pulau itu dan bersekolah di Sekolah Tinggi Bidadari.Semua penghuni pulau itu akan kekal pada umur yang sama dan usia mereka tidak akan meningkat.Jika mereka terdampar di Pulau Syaitan pada usia 17 tahun.Maka selamanya pun akan kekal 17 tahun hingga mereka mati.
Pulau Syaitan telah terkena sumpahan ahli sihir yang mana setiap penghuninya akan bertukar menjadi makhluk lain apabila malam menjelma.Kata Zack,semua makhluk yang Luna temui kali lepas adalah manusia yang sudah bertukar rupa.Apabila siang menjelma mereka akan kembali menjadi manusia.
Setiap malam,akan ada kad syaitan yang turun dari langit.Jika ada antara mereka yang mampu menyelesaikan misi dalam kad itu,mereka akan kekal dalam wujud manusia di malam hari.Jika semua penghuni gagal melakukan misi yang diberikan,salah seorang daripada mereka akan kekal dalam bentuk makhluk ganas hingga mati.
Penghuni Pulau Syaitan tidak akan mati selagi mereka mempunyai dua wujud dalam satu hari.Apabila mereka bertukar menjadi makhluk lain akibat gagal melakukan misi dan ada yang membunuhnya,mereka akan mati dan bertukar menjadi debu.Sesiapa yang sudah bertukar selengkapnya dalam wujud manusia boleh keluar daripada Sekolah Tinggi Bidadari dan menuju ke Perkampungan Indera yang terletak tidak jauh dari sekolah itu.
Walaupun begitu,mengikut Zack,sesiapa yang telah bertukar kepada wujud manusia sepenuhnya masih boleh melakukan misi daripada kad syaitan.Namun,mereka akan kembali dalam dua wujud dan meneruskan kitaran sumpahan pulau itu.Tiada siapa yang berjaya keluar daripada Pulau Syaitan kerana pelbagai makhluk mengerikan seperti ikan duyung pemakan manusia menanti mereka dalam air.Ramai yang telah mati dan mereka sudah penat mencuba.
“Awak ingat saya akan percaya dengan semua cerita awak ke?” Luna ketawa terbahak-bahak sebaik saja Zack tamat bercerita.Dia pasti pemuda dihadapannya itu gila.
“Terpulanglah nak percaya atau pun tidak.Malam ni kita tengoklah apa yang akan terjadi.”
Zack mendengus kecil sebelum bangun dari duduknya.Sudah mengagak yang Luna tidak akan mempercayai ceritanya dengan mudah.Luna mengikuti langkah Zack yang meninggalkan meja makan dan kembali memasuki bilik.
“Kalau betul cerita awak tadi,boleh saya tahu awak akan bertukar jadi makhluk apa bila malam menjelma?” Luna pura-pura berminat untuk mengetahui hal itu.Padahal dalam hati dia galak mengetawakan otak mereng Zack.Sayang sekali wajah pemuda itu tampan namun otaknya biul.
“Rahsia.Awak tunggu jelah malam nanti.Saya akan makan awak.” Zack berbisik di telinga Luna hingga menyebabkan gadis itu sedikit gelabah.Luna menyedapkan hatinya sendiri sebelum tergelak.
“Saya tak takut pun.”
“Amboi,cakap besar.Tak takut ya? Kita tengok nanti,awak takut ke tak.”
Zack menggigit bibir.Malam ini dia akan membuktikan kepada Luna tentang semua perkara yang diceritakannya.Namun jauh dalam hati,Zack sendiri tidak dapat meneka apakah wujud kedua gadis itu.Sama sepertinya atau Luna berada dalam kumpulan lain? Jika Luna berada dalam wujud kumpulan lain.Dia akan mengalami masalah besar.
“Untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi malam ni.Saya nak awak duduk di sini.”
Luna sedikit terperanjat apabila Zack membawanya ke sebuah pintu lain dalam bilik itu.Dihadapan matanya terdapat sebuah sangkar besi seperti penjara yang agak besar.
Luna dapat mengesan sesuatu yang pelik daripada kata-kata Zack.Belum sempat dia melarikan diri,Zack mengheret dia masuk ke dalam penjara itu dan menguncikannya.
“Hei,kenapa awak kurung saya dekat sini?! Keluarkan sayalah!” Luna menghentak jejaring besi yang memagari sekelilingnya dengan tangan.Zack memerhati dia dengan senyuman manis.
“Kalau awak tak nak dikejar,dimakan atau dicederakan oleh makhluk-makhluk ganas yang saya cakap tadi,lebih baik awak duduk dalam sangkar ni diam-diam.Malam nanti,saya datang jumpa awak.Selamat tinggal sayangku.”
Zack melambung-lambung kunci penjara itu dalam tangannya sebelum berlalu keluar daripada bilik itu.Luna di dalam masih terjerit-jerit minta dilepaskan.Zack tidak sabar menunggu malam menjelma! Dia akan memberi gadis cantik itu pengajaran kerana tidak mempercayai ceritanya!
P/S: 40 LIKE FOR NEXT ENTRY, 20 COMMENT FOR NEXT ENTRY,
KLIK LIKE IF U WANT MORE,TQ.
Published on December 08, 2012 18:35
December 6, 2012
NOVEL : SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 2

BAB 2
Luna tersentak daripada terus mengelamun apabila terdengar bunyi sesuatu mengaum kuat tidak jauh daripada tempat dia duduk.Dengan badan yang agak menggigil dia berdiri dan berundur ke belakang.Jantungnya hampir berhenti berfungsi apabila terlihat dua lembaga hitam berbulu lebat dengan mata merah menyala sedang memerhatikannya dari kejauhan.Dua lembaga yang berupa seperti mawas gergasi itu bergerak perlahan dengan air liur yang menijijih keluar daripada mulut.
Tidak sampai beberapa saat Luna dan dua makhluk itu bertatapan,makhluk hitam berbulu itu kelihatan ingin menangkapnya.Luna terus meninggalkan persisiran pantai dan memasuki hutan tebal dibelakangnya.Kedengaran derap kaki mawas gergasi itu mengejarnya.Dia perlu berlari selaju mungkin untuk menyelamatkan diri.Mustahil untuk dia melawan dua makhluk yang bersaiz seperti anak gajah itu.
Sinaran bulan mengambang sedikit sebanyak membantu Luna meredah belantara pada malam hari.Bajunya sudah koyak sana sini akibat tersangkut pokok berduri dalam hutan.Walaupun lengan,siku dan kakinya berdarah,semua kesakitan itu langsung tidak dirasai.Apa yang mencengkam jiwanya hanyalah ketakutan yang melampau.
Dia bersembunyi dibawah akar banir sepohon pokok gergasi yang menjulang tinggi ke langit dengan badan menggigil dan kesejukan.Bunyi derap kaki yang mengejarnya sudah hilang.Namun,telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu melayah di udara.Luna tidak berani berpaling ke atas apabila dia terlihat dahan pokok dihadapannya bergoyang-goyang.Seperti ada sesuatu yang hinggap di situ.
Dia berpeluk lutut dan berzikir mengingati pencipta.Meminta perlindungan daripada Allah dalam suasana cemas.Moga Allah melindunginya daripada sesuatu yang buruk.Dalam suasana sebegitu,bila-bila masa saja ajal akan menjemputnya.Luna sedikit sebak bila mengenangkan yang dia mungkin akan mati tanpa mama dan papa disisi.
Suasana tenang seketika dan pokok yang tadinya bergoyang kembali pegun.Luna memberanikan diri untuk keluar dari tempat persembunyian.Dia berasa tidak selamat jika terus berada di situ.Lututnya agak lemah kerana penat berlari.Ditambah lagi dengan ketakutan yang melampau,seluruh urat sendinya terasa longgar.
Dia mematikan langkah apabila terasa ada sesuatu yang mengekori.Walaupun badan bermandi dengan peluh,dia masih memberanikan diri untuk berpaling ke belakang.Tubuh Luna kaku apabila melihat beberapa kaki dihadapan terdapat seekor harimau albino yang bergigi panjang sedang menapak ke arahnya.
Dia ingin menjerit,namun tiada suara yang keluar.Luna berundur tapak demi tapak ke belakang.Harimau albino yang Luna tahu hampir pupus dalam dunia itu kelihatan ingin mendekatinya.Mata kuning lagi tajam haiwan itu memandang Luna seperti ingin mengatakan sesuatu.
Tanpa berfikir panjang Luna berpaling ke belakang dan sekali lagi dia memulakan marathon dalam hutan tebal itu.Setelah beberapa kali tersadung akar kayu,merempuh pohon berduri dan terpelecok kerana tanah licin,Luna tiba di satu kawasan lapang.Dia tertinjau tinjau ke segenap penjuru untuk memastikan yang harimau albino tadi tidak mengikutinya.
Apabila dia berpaling ke depan,mulutnya terlopong dan rahang hampir terjatuh.Di hadapannya tersergam indah sebuah singgahsana yang terang benderang dan sangat besar.Bangunan itu mempunyai reka bentuk seperti sebuah istana zaman Arthurian.Dipagari tembok besi tinggi dan terdapat obor-obor api disekeliling.Bumbung bewarna coklat keemasan dan berbentuk kon.Struktur bangunan itu terdiri daripada batu bata merah yang disusun cantik.
Beberapa ketika Luna terpaku dengan kecantikan reka bentuk bangunan dihadapan matanya itu.Dia mengucap syukur dalam hati kerana dapat memastikan ada manusia yang hidup di atas pulau itu selain dirinya.Luna segera berlari anak memasuki kawasan pagar utama yang terbuka luas dengan hati yang berdebar-debar.Selangkah saja dia masuk,pagar dibelakangnya berkelentang tutup dengan sendiri.Luna kembali cemas.
Suara sekumpulan manusia yang berborak tidak jauh dari tempat dia berdiri membuatkan ketakutan Luna hilang begitu saja.Dia ingin menegur kumpulan manusia itu.Namun lidahnya tersekat untuk bertanya apa-apa soalan apabila melihat gaya pemakaian mereka.Enam orang lelaki tersebut mengenakan pakaian besi lengkap seperti ingin berperang.Sebilah pedang tersarung di pinggang setiap satu dari mereka.Mengapa mereka berpakaian begitu?
“Luth,kita dah jumpa mangsa kita!” Jeritan seorang lelaki menyebabkan Luna tergamam.Dia tidak berdaya untuk bergerak lagi.Dia hanya memerhatikan enam pemuda itu mendekatinya.Daripada wajah mereka kelihatan sepeti orang melayu.Bercakap pun dalam bahasa melayu.
“Bagus.Nampaknya pemburuan kita pada malam ini berlangsung dengan mudah.”
Lelaki bernama Luth itu bersuara apabila dia berdiri dihadapan Luna.Wajah pemuda itu kelihatan tenang dan dia mengukir senyuman gembira.Pemburuan apakah yang mereka maksudkan? Mengapa dia yang disebut sebagai mangsa?\
Belum sempat Luna berfikir panjang,Luth mengeluarkan pedangnya.Tanpa sebarang bicara perut Luna ditusuk dengan pedang tajam itu.Luna rebah ke bumi dengan darah yang membuak-buak keluar menerusi perut.Saat itu dia merasakan kesakitan yang teramat menyelinap dalam segenap urat nadinya.Tubuh terasa kejang dan membeku seperti ais.Kedengaran suara-suara lelaki tadi bersorak riang sebelum Luna merasakan semuanya sunyi.Adakah ajal sudah menjemputnya?………………………..“Bangun sayang.Matahari dah terbit ni.”
Luna merasakan seseorang mengusap lembut pipinya.Sinar matahari menerangi bumi menyilaukan pandangan dia yang baru tersedar.Dia terpinga-pinga seketika sebelum memandang kiri dan kanan dengan cemas.Dia masih berada di tempat semalam.Dia tidak bermimpi! Dia meraba perutnya.Pelik! Tiada sebarang kecederaan atau tompokan darah di situ.Apa sebenarnya yang telah terjadi?!
“Hei,mamai lagi ke?”
Luna tersentak apabila seseorang mencucuk pipinya dengan jari telunjuk.Apabila dia berpaling ke kanan,dia dapat melihat seraut wajah tampan sedang mencangkung disisinya.Luna terdiam sejenak sebelum berengsot ke belakang menjauhi pemuda yang tidak dikenali itu.Adakah pemuda itu berniat untuk membunuhnya?
“Panaslah duduk dekat situ.Jom,kita masuk dalam.” Pemuda itu menghulurkan tangan kepada Luna dengan senyuman mesra.Sememangnya dataran di hadapan istana itu terpancar dengan panas terik matahari.
“Kau siapa? Aku tak kenal kau.Aku tak tahu macammana aku boleh ada dekat sini.” Luna akhirnya membuka mulut.Pemuda itu tersenyum kecil sebelum menapak perlahan mendapatkan Luna dan berlutut satu kaki di sisi gadis itu.
“Nama saya Zakaria Effendy.Semua orang dekat sini panggil saya Zack.Nama awak?” Zack mencuit lagi pipi gebu itu dengan jarinya.Rasa seronok memperlakukan gadis cantik itu sedemikian rupa.Luna menepis tangannya.
“Luna Jazmin.”
Luna teragak-agak memperkenalkan diri pada pemuda yang ramah itu.Orangnya memang kacak.Berbadan tegap,berambut hitam pekat,wajahnya putih bersih dan matanya bewarna hijau suram.Zac mengenakan kemeja lengan pendek bewarna putih dengan seluar slack bewarna hitam.Hujung kemeja lengan kanannya bewarna merah darah.Daripada pemandangan Luna,gaya pemuda itu seperti seorang pelajar sekolah menengah.
“Kita dekat mana ni?” Sekali lagi Luna bertanyakan soalan yang sama.
“Em,banyak benda yang awak akan tanya nanti.Jadi,sebelum kita bercerita lebih panjang,apa kata awak bersihkan diri dulu.Jomlah ikut saya.Saya tak makan oranglah.”
Zac bangun dan menarik tangan Luna agar sama berdiri.Dengan perasaan was-was Luna mengikut jejak langkah pemuda yang baru dikenalinya itu melangkah masuk ke dalam singgahsana tersebut.Lagipun dia memang tiada pilihan lain.Dia tidak akan berpatah balik ke hutan atau ke pantai.Kelak tubuhnya akan dimamah binatang-binatang buas yang ditemuinya semalam.
Luna sedikit terpegun apabila mendapati ruang legar bangunan tersebut dipenuhi dengan ratusan manusia sebaya Zac.Semua lelaki yang berada di situ mengenakan pakaian yang sama dengan Zac.Manakala yang perempuan mengenakan kemeja lengan pendek dengan skirt labuh bewarna hitam.
Apa yang membezakan mereka hanyalah warna hujung lengan kemeja.Ada yang bewarna hitam,kuning,biru,hijau,oren,ungu,coklat,perak dan merah.Mereka kelihatan membawa buku dan berborak antara satu sama lain.
Namun,Luna sedikit pelik apabila semua manusia yang berada di situ memandangnya tajam apabila menyedari kehadirannya di situ.Zack berwajah tenang dan terus memimpin tangannya melintasi semua pelajar yang mula berbisik-bisik antara satu sama lain.
“Hei Zack,kau dah dapat mangsa baru ke? Cantik siot.” Seorang pemuda yang kemejanya sama warna dengan Zack menghalang laluan mereka.Pemuda itu cuba menyentuh pipi Luna namun Zack cepat bertindak dengan menolak tubuh pemuda itu.Apa yang Luna tidak sangka dengan satu tolakan lembut,pemuda itu jatuh menyungkur ke atas lantai.
“Jangan nak kurang ajar di siang hari dengan aku Wan.Dia milik aku.Kalau kau sentuh dia,kau mati.”
Berderau darah Luna mendengar bicara serius Zack.Sejak bila pulak dia menjadi milik pemuda itu? Pemuda yang bernama Wan tersenyum sinis sebelum bangun dari jatuh dan berlalu pergi.Kelihatan beberapa orang perempuan yang hujung lengan kemeja mereka bewarna merah mencerlung marah ke arah Luna sebelum mengikut jejak Wan.
“Oh,maafkan saya.Saya bukan sengaja cakap awak hak saya.Saya cuma tak nak dia orang usik awak je.” Zack memberi penjelasan tanpa dipinta apabila perasan Luna melihatnya pelik.Luna diam tanpa kata.
Tiba di satu sudut Luna hampir bertembung dengan seseorang.Apabila dia melihat wajah orang yang melanggar bahunya itu,dia diserang ketakutan.Automatik tangannya mencengkam kuat lengan Zack dan berlindung di balik tubuh pemuda itu.
Wajah Luth yang menikam perutnya semalam tidak pernah hilang dari ingatan.Walaupun dia tidak mati dan tiada kesan tikaman di perutnya.Kesakitan yang dia rasai semalam masih belum hilang.Luna sendiri pelik dengan kejadian itu.Adakah dia bermimpi ditikam Luth atau dia benar-benar telah ditikam?
“Oh Zack.Kau tunggu malam ni.Kita tengok siapa yang menang.” Luth menumbuk bahu Zack,menjeling Luna penuh makna dan terus berlalu dengan lima orang lelaki dibelakangnya.Zack menarik tangan Luna dan kembali memimpinnya.
“Jangan takut,mereka takkan berani apa-apakan awak.”
“Siapa mereka semua ni? Mereka nampak macam pelajar sekolah?” Luna tidak dapat menahan mulutnya daripada bertanyakan hal itu.
“Bukan macam tapi memang pelajar sekolah.” Zack melepaskan pegangan tangan Luna sebelum berdiri di hadapan gadis itu.Dia mendepangkan kedua tangannya dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.Pemuda itu kelihatan gembira sekali.
“Selamat datang ke Sekolah Tinggi Bidadari,Luna Jazmin”
Penyataan Zack membuatkan Luna terpempam.Bagaimana dia boleh tidak tahu yang wujudnya sekolah sebesar ini di atas sebuah pulau.Sekolah yang terletak di tengah hutan belantara.Di tengah laut.Sebelum ini dia tidak pernah mendengar nama Sekolah Tinggi Bidadari.
“Sekolah Tinggi? Ini bukan sebuah pulau ke?” Luna tanya lagi.
“Oh ya.Lupa pulak saya nak cakap.” Zack yang tadinya sudah menjatuhkan tangan kembali mendepangkan tangannya tanda menyambut kehadiran Luna.Kemeja yang tidak terselit pada seluarnya langsung tidak menjejaskan kekemasan pemuda itu.
“Cik Luna Jazmin,selamat datang ke Pulau Syaitan!”
P/S:SILA KOMEN JIKA ANDA SUKE.KLIL LIKE IF U WANT NEXT ENTRY.
Published on December 06, 2012 17:56
December 4, 2012
NOVEL : SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 1

Prolog“Luna tak nak kahwin mama.Luna baru 18 tahun! Kenapa mama nak paksa Luna kahwin dalam usia semuda ini?!” Luna Jazmin membentak ibunya,Puan Ros Jana dengan wajah merah menyala.
“Mama tak suruh kamu kahwin pun.Mama cuma nak kamu bertunang.” Jana menjawab selamba sambil menyisip teh di ruang tamu.
“Bukannya senang lelaki keluarga bangsawan berkehendakkan kamu Luna.Sepatutnya kamu menerima lamaran ini dengan hati yang terbuka.” Sela Idrus bersahaja.Dia sedang membaca akhbar dan malas bertatap mata dengan anak tunggalnya itu.
“Mama dengan papa nak jual Luna ke? Tak cukup ke semua usaha yang Luna lakukan selama ini untuk senangkan hidup mama dengan papa?!” Luna masih menengking.
“Memang tak cukup sayang.Kita tak cukup kaya dengan karier kamu.Mama dan papa nak kaya cepat.Jadi lebih baik kamu terima saja lamaran tu.” Bicara Jana menambah berang di hati Luna.
“Mama dengan papa memang tak sayangkan Luna! Luna nak keluar daripada rumah ni!”
Luna Jazmin menghamburkan kemarahan sebelum bergegas masuk ke dalam biliknya di tingkat dua.Belum sampai 15 minit dia kembali ke tingkat bawah dengan membawa sebuah bagasi sederhana besar.
“Lari daripada rumah jangan lama-lama sayang.Kamu perlu masuk universiti minggu depan.” Jana bersuara lagi.Masak sangat dengan perangai Luna yang kerap lari daripada rumah apabila ada masalah.
“Jangan lupa tutup pintu bila kamu keluar.” Tokok Idrus pula.
Luna melopong dengan bicara ibu bapanya yang langsung tidak endah akan pemergiannya dari rumah itu.Dengan muka masam mencuka dia menarik bagasi dan keluar daripada rumah.Pintu dihempasnya kuat sebelum dia berdiri seketika di perkarangan banglo dua tingkat itu.Dia merenung lama rumah itu sebelum menghela nafas panjang.
“Selamat tinggal…mama,papa.”
Luna menggumam kecil sebelum memasuki sebuah kereta mewah yang sedia menunggu di hadapan rumahnya sedari tadi.Kereta tersebut meluncur laju meredah jalanraya dipagi yang indah itu.
BAB 1“Kita menuju ke mana ni Sharon?”
Pertanyaan Nanthyinee atau nama pendeknya Tini mematikan lamunan Luna.Tini sedang meninjau suasana luar bot daripada cermin lutsinar.Apa yang kelihatan dimatanya hanyalah lautan biru yang terbentang luas dan awan mendung kehitaman yang berarak perlahan.Suasana luar agak kurang baik untuk mereka menjalankan aktiviti air seperti kebiasaan.
“Mana-mana jelah.”
Sharon menjawab pendek dan Luna tersenyum apabila melihat Tini mendengus kecil.Dua orang sahabatnya itu sering bertikam lidah dan tidak sebulu.Walaupun begitu,mereka masih bersahabat baik.Seorang berbangsa cina dan seorang berbangsa India.Keduanya sudah fasih berbahasa melayu.Sharon adalah tuan empunya bot yang mereka naiki saat itu.Apabila ingin beriadah,Luna dan rakan-rakan akan bergerak merentasi air untuk menenangkan jiwa.
Sebetulnya perancangan Sharon hari itu adalah atas permintaan Amir.Amir teringin untuk membawa Luna ke sebuah pulau yang berdekatan untuk menggembirakan hati Luna.Lokasi pulau itu agak jauh daripada jeti.Demi persahabatan baik mereka,Sharon dengan senang hati akan menunaikan permintaan Amir.
“Sayang,sini kejap.” Amir yang tadinya sedang duduk membaca sebuah buku tebal di penjuru bot memanggil Luna agar mendekatinya.Luna tersenyum manis sebelum mendapatkan buah hatinya itu.
Amir Imran,lelaki yang dicintai Luna sejak zaman sekolah menengah lagi.Namun,hubungan mereka tidak direstui Ros Jana dan Idrus kerana Amir berasal daripada keluarga orang susah.Luna jatuh hati terhadap kebaikan dan kecerdikan pemuda itu.Sepanjang di sekolah,Amir sentiasa membantu Luna menyelesaikan masalah dalam pembelajaran.Lelaki itu sering menjadi pendamping untuk mendengar semua permasalahannya.
“Tak habis lagi ke terjemah buku tu?”
Luna duduk di sisi Amir sambil memandang tulisan buku tebal yang sudah hampir koyak itu dengan riak tidak berminat.Satu patah haram daripada perkataan greek itu langsung tidak difahaminya.Kadang-kadang dia terasa meluat apabila Amir melebihkan buku itu berbanding dirinya sejak dua bulan lepas.Teman lelakinya itu terlalu taksub untuk menyelesaikan terjemahan buku terbabit.
“Baru separuh je sayang.Tulisan greek dalam buku ni banyak bercampur dengan tulisan purba.Jadi susah sikit untuk saya terjemahkan semuanya.”
Luna mengangguk-angguk kecil.Buku yang sudah lusuh dan hampir lunyai itu ditemui Luna sewaktu ekspedisi Pulau Duyung dua bulan lepas.Waktu itu dia dan Amir bermain di gigi air dan Luna terlihat sebuah objek terdampar di persisiran pantai.Apabila dilihat daripada dekat,objek itu merupakan sebuah buku tebal yang dibasahi air.Amir telah mengambil buku itu dan mengeringkannya.Mujurlah buku itu masih boleh dibaca.
Mengikut perkiraan Amir,buku itu mungkin dimiliki oleh seorang pelancong Greek yang berkunjung ke Pulau Duyung.Berkemungkinan buku itu tercicir sewaktu pelancong tersebut berada di atas air.Amir yang mahir bertutur dalam pelbagai bahasa mampu menterjemah separuh daripada isi kandungan buku itu.Kata Amir buku itu bertajuk Pulau Syaitan.
“Hei Amir,kau tak fikir buku yang kau baca ni buku sejarah kan?” Subash,rakan sekelas Amir bertanya dengan riak wajah bimbang.
“Taklah,aku rasa ia buku dongeng.Fairytale.”
“Tapi kulit buku dan warna kertas buku ni macam betul-betul buku zaman purba.Entah-entah ini buku sumpahan.”
Luna menelah sambil menyentuh helaian buku itu.Saja sebenarnya ingin menyakat Subash yang selalu taksub dengan dunia paranormal.Remaja India itu selalu berfikiran semua kisah dongeng adalah benar dan dunia fantasi itu wujud.
“Barang sesiapa yang mengetahui isi kandungan buku ini.Dia akan ditimpa malapetaka.” Kamil yang datang dari arah belakang tiba-tiba duduk di sebelah Subash dan melihat buku itu.Seolah-olah dia memahami setiap butir perkataan Greek yang tertulis cantik di atas buku tersebut.
“Mulut tu janganlah cabul sangat.Kau bukan faham bahasa Greek pun!” Amir meluku kepala Kamil hingga pemuda itu tergelak.Luna dan yang lainnya turut tayang sengih.
“Tapi kan kau orang tak terfikir ke yang buku ini membicarakan tentang misteri di laut yang benar-benar telah terjadi.” Sharon yang tadinya sedang berbual dengan pemandu bot mendapatkan rakan-rakannya yang sedang berkumpul.
“Maksud you?” Tini bertanya dengan riak curiga.
“Yalah mengikut cerita Amir kali lepas,buku ini mengisarkan tentang misteri orang yang hilang di laut.Semua orang yang hilang di laut akan terdampar di Pulau Syaitan.”
Sharon mengulang kembali serba sedikit cerita yang pernah diberitahu Amir melalui terjemahan buku itu kepadanya kali lepas.Buku itu menceritakan tentang misteri Pulau Syaitan yang tidak diketahui lokasi sebenarnya.Dalam buku itu mengatakan Pulau Syaitan dihuni oleh kaum syaitan yang kejam dan memakan manusia.Manusia yang hilang dilautan akan terdampar di Pulau Syaitan dan nyawa mereka akan melayang disana.Sejauh mana kebenaran buku itu tiada siapa yang tahu.
“Alahai,tak payah nak percaya sangatlah.Seperti kita menonton filem Pirates of Carribean.Takkan kita nak percaya Flying Dutchman tu wujud?”
Luna seorang gadis moden yang tidak pernah percaya akan semua perkara yang tidak dilihat dengan maat kepalanya sendiri segera menyampuk.
“I percaya Flying Dutchman wujud seperti I percaya wujudnya Segi Tiga Bermuda yang menelan ramai manusia.” Jawapan Subash membuatkan mereka semua tergelak.
“Tiada apa yang lebih mengerikan berbanding malam di Pulau Syaitan.Apa yang dirasai hanyalah kesakitan,kepedihan dan kesengsaraan.Apa yang dilihat adalah sumpahan kekal abadi.Apa yang dilihat hanya boleh berubah dengan pengorbanan darah.Tiada siapa yang mampu melerai kutukan ini melainkan…” Amir menambah terjemahan baru buku itu.
“Melainkan apa?” Luna yang khusyuk mendengar pantas bertanya apabila Amir menghentikan terjemahannya.Dia tidak percaya tetapi dia suka mendengar.Itulah sikap Luna yang paling disukai Amir.Luna seorang gadis yang amat memahami dan pandai berdikari.
“Muka surat ni koyaklah sayang.Tak boleh baca lagi.”
Luna mengeluh hampa dengan jawapan Amir.Kelihatan separuh daripada muka surat yang dibaca Amir itu telah rabik.Mungkin akibat dibasahi air.
“Abaikan jelah Luna.Jom kita ambil angin dekat luar.” Tini yang kurang senang dengan isi kandungan buku misteri itu segera menarik tangan Luna agar keluar daripada bot.
Mereka berdua berdiri di bahagian tepi bot dan menarik nafas panjang.
“You tak tengok ke wajah calon suami yang parents you pilihkan tu?” Tini yang mengambil Luna dengan kereta tadinya sempat mendengar masalah yang dihadapi sahabat baiknya itu.
“Tak.I tak berminat.You tahu kan yang I cintakan Amir.Siapa pun lelaki pilihan parents I selain daripada Amir,I takkan terima untuk jadi suami I.” Luna menjawab tenang.
“You sangat setia dengan Amir.You tak terfikir ke jika lepas kita sambung belajar,you mungkin akan jumpa lelaki yang lebih hebat daripada Amir?” Rambut lurus Tini terbang dibuai angin.Dia kagum dengan cinta Luna terhadap Amir.Walaupun Luna digilai ramai lelaki.Gadis itu hanya memilih pemuda biasa untuk dicintai.
“Bagi I Amir lelaki yang paling hebat.I tak pandang kekayaan atau kekacakan.Cukuplah jika dia baik hati dan mampu melindungi I sepanjang masa.I takkan cari lelaki lain selagi Amir cintakan I.” Luahan Luna membuatkan Tini mengangguk-angguk kecil.
Luna Jazmin berumur 18 tahun.Seorang pelajar pintar yang baru menamatkan pengajian di sekolah tinggi.Gadis itu memiliki rambut ikal mayang keperangan paras pinggang.Badannya langsing dan agak tinggi.Kulitnya putih gebu dan bibirnya merah merekah tanpa secalit gincu.Matanya bundar bewarna hitam.Mata yang kelihatan misteri dan penuh rahsia.
Luna terkenal di kalangan remaja sebagai seorang penyanyi apabila dia memenangi sebuah pertandingan nyanyian di Malaysia.Walaupun begitu,kedua orang tuanya langsung tidak mengiktiraf bakat yang dimiliki gadis itu.Luna bercadang untuk mengambil jurusan muzik apabila menyambung pelajaran di universiti kelak.Namun,kedua orang tuanya menghalang dan mengarahkan dia mengambil kursus perniagaan.Tini tahu yang hubungan Luna bersama kedua orang tuanya kurang baik.
“Langit sangat gelap hari ini.Seperti hendak ribut.” Luna bersuara perlahan sambil memandang langit yang semakin gelap.Sesekali imbasan kilat kelihatan menerangi langit.
“Rasanya kita patut kembali ke darat.Jika ombak besar melanda,susah kita nanti.” Tini bersuara bimbang.“Sharon,I rasa kita patut patah balik ke darat.Hujan lebat akan turun sebentar lagi.”
Luna menjerit sedikit kuat untuk memanggil Sharon yang masih rancak berbual bersama Amir,Subash dan Kamil.Gadis cina sebaya Luna itu bergegas menuju ke luar bot dan sama-sama melihat pokok hari.Laut yang tadinya tenang kini sedikit bergelora.Jauh dihadapan kelihatan kabus yang tebal dan sayup-sayup kedengaran bunyi guruh.
“Okey.Jangan bimbang.Kita akan berpatah balik ke jeti sebelum hujan turun.” Sharon berlari anak menuju ke kabin pemandu bot.
“Oh shit!” Jeritan kuat Sharon beberapa minit kemudian menggegarkan semua orang yang berada dalam bot itu.Luna dan Tini segera bergegas ke kabin pemandu bot.Amir,Subash dan Kamil yang sama mendengar jeritan Sharon segera mendapatkan gadis itu.
“Kenapa Sharon?” Tini bertanya cemas.
“Uncle Lim hilang.Bot kita tiada pemandu!” Sharon yang berwajah pucat memberitahu dengan nafas yang termengah-mengah.Dia sudah berlari ke sekitar bot untuk mencari Uncle Lim tadinya.Namun pencariannya hampa.Kini bot mereka bergerak tanpa pemandu.
“Damn,enjin bot ni dah rosak!” Subash yang agak mahir memandu bot cuba memberhentikan bot itu daripada terus bergerak ke hadapan.Namun,cubaannya gagal.Bot itu terus bergerak laju tanpa dapat dikawal.
“Kita berpecah.Cari di keseluruhan bot dan lihat permukaan air.Mungkin uncle Lim terjatuh ke laut.Cepat!”
Kamil bertempik dan mereka semua meninggalkan kabin pemandu dengan segera.Mereka mencari kelibat uncle Lim di setiap pelosok bot itu namun gagal.Amir dan Luna meninjau dibahagian luar bot.Memikirkan kemungkinan yang Uncle Lim telah jatuh ke dalam air.Malangnya pencarian mereka tetap tidak mendatangkan hasil.
“Ya Allah! Mati kita Amir!” Luna memegang tangan Amir apabila melihat tidak jauh dihadapan,satu pusaran air yang besar,hitam dan menakutkan bakal menelan bot mereka.
Tidak sampai beberapa saat,hujan turun dengan lebat membasahi mereka.Hari yang tadinya mendung sudah berubah segelap malam.Kilat sabung menyabung di atas kepala membawa petanda satu malapetaka akan berlaku sebentar lagi.Ombak semakin mengganas dan bot mereka mula disimbahi air yang menggila.
Sharon,Tini,Subash dan Kamil sama berdiri diluar bot melihat perubahan suasana yang tiba-tiba itu.Wajah mereka sepucat orang yang telah mati.Mereka semua seperti patung saat itu.Kaki tidak mampu bergerak dan hanya mata yang menggambarkan perasaan masing-masing
“Berpantang ajal sebelum maut.” Luna menjerit sebelum bergegas masuk ke dalam bot dan mengambil enam buah jaket keselamatan bewarna oren dan menyerahkan jaket itu kepada rakan-rakannya.Mereka dengan tangan yang terketar-ketar memakai jaket keselamatan di badan masing-masing secepat mungkin.
Luna mengucap panjang menyebut nama Allah dengan nafas turun naik.Dia cuba mengimbangkan diri daripada jatuh setiap kali bot dilambung ombak.Tiada apa yang boleh mereka lakukan lagi.Hendak terjun ke laut,mereka akan mati lemas dibantai ombak yang setinggi pokok kelapa.Jika mereka terus berada dalam bot yang rosak itu mereka akan ditelan pusaran air.Mereka tiada pilihan.
Mereka berenam berpegangan tangan antara satu sama lain membentuk bulatan dalam bot itu.Titisan jernih mengalir keluar daripada tubir mata Amir tanpa dia sedari.Dia memandang ke arah Luna,gadis kesayangannya.Adakah semuanya akan berakhir disini?
“Andai takdir memisahkan kita di sini.Saya berharap dapat bertemu dengan awak di alam lain Luna Jazmin.” Amir berbisik perlahan sebelum pemandangan Luna gelap.
“AllahuAkbar!” Luna menjerit kuat apabila badannya melayang menghempas dinding bot.
Bot telah terbalik dan memasuki pusaran air.Telinganya hanya mampu mendengar jerit pekik dan lolongan yang mengerikan.Tubuhnya berpusing-pusing seperti dipukul sesuatu dengan kuat.Luna merasakan ajal semakin hampir dengannya.Wajah mama dan papa yang tidak berperasaan terbayang dalam fikirannya.
................Luna terbatuk-batuk kecil mengeluarkan air yang memenuhi paru-paru.Terasa tubuhnya basah dan melekit dengan butiran pasir.Terdengar deruan ombak yang mengalir perlahan tidak jauh dari tempat dia terdampar.Badannya terasa lemah dan setiap urat sendinya terasa tidak mampu berfungsi.Dia yang tadinya baring mula duduk dan memerhati keadaan sekeliling.Dia berada di darat!
“Ya Allah,aku kat mana ni?!” Mata Luna membulat apabila melihat bulan mengambang penuh di hadapannya.Lautan yang terbentang luas kelihatan tenang dan langit dipenuhi bintang yang bergemerlapan.Luna memisat matanya berkali-kali.Cuba memastikan apa yang dilihatnya bukan mimpi.Bukankah dia baru saja ditelan pusaran air yang menggila?
Kemana perginya ribut,hujan lebat dan kilat yang sabung menyabung tadinya? Luna tersedar yang dia bersendirian di situ.Pantas saja dia berdiri dan berlari anak ke kiri dan ke kanan.
“Amir! Sharon! Tini!” Suara Luna memecah ketenangan malam di persisiran pantai itu.
“Subash,Kamil! Kau orang kat mana?!” Luna masih terjerit pekik dengan wajah cemas.
Semua rakannya sudah tiada.Bot yang mereka naiki turut tidak kelihatan.Mungkin sudah karam dibantai ombak.Luna duduk berteleku di atas pasir setelah penat menjerit memanggil nama kawan-kawannya.Air mata keluar menitis daripada tubir.Sungguh dia tidak menyangka malapetaka akan menimpa dia dan rakannya dalam sekelip mata.
Bunyi sesuatu yang bergerak dalam air menyebabkan Luna menelan liur.Dari kejauhan dia dapat melihat satu objek kehitaman tenggelam timbul.Bulu roma Luna meremang apabila dia terlihat objek itu adalah kepala manusia yang mempunyai mata.Dia yang duduk atas pasir berengsot perlahan ke belakang menjauhi gigi air.Masih tidak pasti apakah gerangan makhluk misteri yang kelihatan berenang mendekatinya.
“Ya Allah! Ikan duyung!”
Luna terjerit kecil apabila dua makhluk itu melompat di atas air.Di bawah sinar bulan,jelas kelihatan separuh badan manusia yang bewarna hitam dan separuh ekor ikan bewarna perak.Namun,rupa makhluk itu belum dapat ditatap sepenuhnya.Dia yang terpegun dengan keajaiban makhluk itu mula merapatkan diri di gigi air.Air yang tadinya berkocak kembali tenang.
Belum sempat beberapa kali Luna mengerdipkan mata,makhluk yang tadinya menghilang tiba-tiba melompat tinggi dari permukaan air dan menjunam jatuh di hadapan Luna.Makhluk yang berkepala perempuan hodoh dan bergigi tajam seperti ikan pirana itu bergerak seperti ular di atas pasir dan cuba menggigit Luna.Dia terjerit pekik apabila gigi ikan duyung itu terbenam pada jaket keselamatan yang masih tersarung di badannya.
“Argh!!! Tolong!!!” Dengan kudrat yang ada Luna merentap kasar jaket keselamatannya hingga tercabut.Ikan duyung hodoh itu masih menggigit jaket keselamatannya seperti sedang memakan sesuatu yang lazat.
Belum sempat Luna melarikan diri daripada makhluk mengerikan itu,seekor lagi ikan duyung berupa sama melompat ke atas darat dan cuba menerkamnya.Dia sempat mengelak.Apabila gigi ikan duyung itu hampir saja mengenai kaki kirinya,Luna bertindak pantas menyepak kepala ikan duyung itu.Masa seperti terhenti apabila kepala ikan duyung itu tercabut daripada badannya.Ekor yang tertinggal menggeliang geliut di atas pasir sebelum berderai menjadi debu.
Luna terpegun apabila melihat puluhan kepala hitam muncul dari permukaan air dengan mata merah menyala memandangnya.Semua mahkluk itu mengeluarkan bunyi yang menyeramkan seolah-olah berbicara akan sesuatu.Tidak sampai beberapa saat,ikan duyung yang tadinya menggigit jaket keselamatan Luna kembali melompat masuk ke dalam air.Makhluk itu berenang laju menjauhi gigi air.
Luna terpaku disitu beberapa ketika sebelum dia mengambil keputusan untuk menjauhi gigi air.Khuatir jika makhluk hodoh dan mengerikan tadi kembali muncul untuk menyerangnya.Beberapa minit berlalu suasana kembali tenang.Nampaknya kelompok ikan duyung tadi benar-benar telah pergi.
Luna terduduk di atas pasir memikirkan semua perkara yang telah terjadi.Dia pasti dia tidak bermimpi apabila dirinya hampir dimakan ikan duyung hodoh itu.Tetapi dia masih menafikan yang makhluk seperti ikan duyung wujud dalam dunia ini.Bukankah ia hanya mitos dan cerita fantasi?
Bukankah ikan duyung sepatutnya memiliki wajah yang cantik dan mempersonakan.Bukan bertaring dan berwajah hodoh seperti nenek tua yang disimbah asid.Tetapi mana buktinya ikan duyung itu berwajah cantik jika bukan semua fakta merepek itu hanya berada dalam buku-buku dongeng.Apa yang dia lihat sekarang adalah spesies ikan duyung yang sebenar.Raksasa laut pemakan manusia.Mujur dia tidak menjadi mangsa.
P/S: Jika anda rasa novel ni menarik dan boleh diteruskan,please give a comment.-Cube menulis novel fantasi dgn serius.
KLIK LIKE IF U want MORE.
Published on December 04, 2012 07:20
NOVEL FANTASI : PENGEMBARAAN LUNA JAZMIN dalam SUMPAHAN PULAU SYAITAN BAB 1

Prolog“Luna tak nak kahwin mama.Luna baru 18 tahun! Kenapa mama nak paksa Luna kahwin dalam usia semuda ini?!” Luna Jazmin membentak ibunya,Puan Ros Jana dengan wajah merah menyala.
“Mama tak suruh kamu kahwin pun.Mama cuma nak kamu bertunang.” Jana menjawab selamba sambil menyisip teh di ruang tamu.
“Bukannya senang lelaki keluarga bangsawan berkehendakkan kamu Luna.Sepatutnya kamu menerima lamaran ini dengan hati yang terbuka.” Sela Idrus bersahaja.Dia sedang membaca akhbar dan malas bertatap mata dengan anak tunggalnya itu.
“Mama dengan papa nak jual Luna ke? Tak cukup ke semua usaha yang Luna lakukan selama ini untuk senangkan hidup mama dengan papa?!” Luna masih menengking.
“Memang tak cukup sayang.Kita tak cukup kaya dengan karier kamu.Mama dan papa nak kaya cepat.Jadi lebih baik kamu terima saja lamaran tu.” Bicara Jana menambah berang di hati Luna.
“Mama dengan papa memang tak sayangkan Luna! Luna nak keluar daripada rumah ni!”
Luna Jazmin menghamburkan kemarahan sebelum bergegas masuk ke dalam biliknya di tingkat dua.Belum sampai 15 minit dia kembali ke tingkat bawah dengan membawa sebuah bagasi sederhana besar.
“Lari daripada rumah jangan lama-lama sayang.Kamu perlu masuk universiti minggu depan.” Jana bersuara lagi.Masak sangat dengan perangai Luna yang kerap lari daripada rumah apabila ada masalah.
“Jangan lupa tutup pintu bila kamu keluar.” Tokok Idrus pula.
Luna melopong dengan bicara ibu bapanya yang langsung tidak endah akan pemergiannya dari rumah itu.Dengan muka masam mencuka dia menarik bagasi dan keluar daripada rumah.Pintu dihempasnya kuat sebelum dia berdiri seketika di perkarangan banglo dua tingkat itu.Dia merenung lama rumah itu sebelum menghela nafas panjang.
“Selamat tinggal…mama,papa.”
Luna menggumam kecil sebelum memasuki sebuah kereta mewah yang sedia menunggu di hadapan rumahnya sedari tadi.Kereta tersebut meluncur laju meredah jalanraya dipagi yang indah itu.
BAB 1“Kita menuju ke mana ni Sharon?”
Pertanyaan Nanthyinee atau nama pendeknya Tini mematikan lamunan Luna.Tini sedang meninjau suasana luar bot daripada cermin lutsinar.Apa yang kelihatan dimatanya hanyalah lautan biru yang terbentang luas dan awan mendung kehitaman yang berarak perlahan.Suasana luar agak kurang baik untuk mereka menjalankan aktiviti air seperti kebiasaan.
“Mana-mana jelah.”
Sharon menjawab pendek dan Luna tersenyum apabila melihat Tini mendengus kecil.Dua orang sahabatnya itu sering bertikam lidah dan tidak sebulu.Walaupun begitu,mereka masih bersahabat baik.Seorang berbangsa cina dan seorang berbangsa India.Keduanya sudah fasih berbahasa melayu.Sharon adalah tuan empunya bot yang mereka naiki saat itu.Apabila ingin beriadah,Luna dan rakan-rakan akan bergerak merentasi air untuk menenangkan jiwa.
Sebetulnya perancangan Sharon hari itu adalah atas permintaan Amir.Amir teringin untuk membawa Luna ke sebuah pulau yang berdekatan untuk menggembirakan hati Luna.Lokasi pulau itu agak jauh daripada jeti.Demi persahabatan baik mereka,Sharon dengan senang hati akan menunaikan permintaan Amir.
“Sayang,sini kejap.” Amir yang tadinya sedang duduk membaca sebuah buku tebal di penjuru bot memanggil Luna agar mendekatinya.Luna tersenyum manis sebelum mendapatkan buah hatinya itu.
Amir Imran,lelaki yang dicintai Luna sejak zaman sekolah menengah lagi.Namun,hubungan mereka tidak direstui Ros Jana dan Idrus kerana Amir berasal daripada keluarga orang susah.Luna jatuh hati terhadap kebaikan dan kecerdikan pemuda itu.Sepanjang di sekolah,Amir sentiasa membantu Luna menyelesaikan masalah dalam pembelajaran.Lelaki itu sering menjadi pendamping untuk mendengar semua permasalahannya.
“Tak habis lagi ke terjemah buku tu?”
Luna duduk di sisi Amir sambil memandang tulisan buku tebal yang sudah hampir koyak itu dengan riak tidak berminat.Satu patah haram daripada perkataan greek itu langsung tidak difahaminya.Kadang-kadang dia terasa meluat apabila Amir melebihkan buku itu berbanding dirinya sejak dua bulan lepas.Teman lelakinya itu terlalu taksub untuk menyelesaikan terjemahan buku terbabit.
“Baru separuh je sayang.Tulisan greek dalam buku ni banyak bercampur dengan tulisan purba.Jadi susah sikit untuk saya terjemahkan semuanya.”
Luna mengangguk-angguk kecil.Buku yang sudah lusuh dan hampir lunyai itu ditemui Luna sewaktu ekspedisi Pulau Duyung dua bulan lepas.Waktu itu dia dan Amir bermain di gigi air dan Luna terlihat sebuah objek terdampar di persisiran pantai.Apabila dilihat daripada dekat,objek itu merupakan sebuah buku tebal yang dibasahi air.Amir telah mengambil buku itu dan mengeringkannya.Mujurlah buku itu masih boleh dibaca.
Mengikut perkiraan Amir,buku itu mungkin dimiliki oleh seorang pelancong Greek yang berkunjung ke Pulau Duyung.Berkemungkinan buku itu tercicir sewaktu pelancong tersebut berada di atas air.Amir yang mahir bertutur dalam pelbagai bahasa mampu menterjemah separuh daripada isi kandungan buku itu.Kata Amir buku itu bertajuk Pulau Syaitan.
“Hei Amir,kau tak fikir buku yang kau baca ni buku sejarah kan?” Subash,rakan sekelas Amir bertanya dengan riak wajah bimbang.
“Taklah,aku rasa ia buku dongeng.Fairytale.”
“Tapi kulit buku dan warna kertas buku ni macam betul-betul buku zaman purba.Entah-entah ini buku sumpahan.”
Luna menelah sambil menyentuh helaian buku itu.Saja sebenarnya ingin menyakat Subash yang selalu taksub dengan dunia paranormal.Remaja India itu selalu berfikiran semua kisah dongeng adalah benar dan dunia fantasi itu wujud.
“Barang sesiapa yang mengetahui isi kandungan buku ini.Dia akan ditimpa malapetaka.” Kamil yang datang dari arah belakang tiba-tiba duduk di sebelah Subash dan melihat buku itu.Seolah-olah dia memahami setiap butir perkataan Greek yang tertulis cantik di atas buku tersebut.
“Mulut tu janganlah cabul sangat.Kau bukan faham bahasa Greek pun!” Amir meluku kepala Kamil hingga pemuda itu tergelak.Luna dan yang lainnya turut tayang sengih.
“Tapi kan kau orang tak terfikir ke yang buku ini membicarakan tentang misteri di laut yang benar-benar telah terjadi.” Sharon yang tadinya sedang berbual dengan pemandu bot mendapatkan rakan-rakannya yang sedang berkumpul.
“Maksud you?” Tini bertanya dengan riak curiga.
“Yalah mengikut cerita Amir kali lepas,buku ini mengisarkan tentang misteri orang yang hilang di laut.Semua orang yang hilang di laut akan terdampar di Pulau Syaitan.”
Sharon mengulang kembali serba sedikit cerita yang pernah diberitahu Amir melalui terjemahan buku itu kepadanya kali lepas.Buku itu menceritakan tentang misteri Pulau Syaitan yang tidak diketahui lokasi sebenarnya.Dalam buku itu mengatakan Pulau Syaitan dihuni oleh kaum syaitan yang kejam dan memakan manusia.Manusia yang hilang dilautan akan terdampar di Pulau Syaitan dan nyawa mereka akan melayang disana.Sejauh mana kebenaran buku itu tiada siapa yang tahu.
“Alahai,tak payah nak percaya sangatlah.Seperti kita menonton filem Pirates of Carribean.Takkan kita nak percaya Flying Dutchman tu wujud?”
Luna seorang gadis moden yang tidak pernah percaya akan semua perkara yang tidak dilihat dengan maat kepalanya sendiri segera menyampuk.
“I percaya Flying Dutchman wujud seperti I percaya wujudnya Segi Tiga Bermuda yang menelan ramai manusia.” Jawapan Subash membuatkan mereka semua tergelak.
“Tiada apa yang lebih mengerikan berbanding malam di Pulau Syaitan.Apa yang dirasai hanyalah kesakitan,kepedihan dan kesengsaraan.Apa yang dilihat adalah sumpahan kekal abadi.Apa yang dilihat hanya boleh berubah dengan pengorbanan darah.Tiada siapa yang mampu melerai kutukan ini melainkan…” Amir menambah terjemahan baru buku itu.
“Melainkan apa?” Luna yang khusyuk mendengar pantas bertanya apabila Amir menghentikan terjemahannya.Dia tidak percaya tetapi dia suka mendengar.Itulah sikap Luna yang paling disukai Amir.Luna seorang gadis yang amat memahami dan pandai berdikari.
“Muka surat ni koyaklah sayang.Tak boleh baca lagi.”
Luna mengeluh hampa dengan jawapan Amir.Kelihatan separuh daripada muka surat yang dibaca Amir itu telah rabik.Mungkin akibat dibasahi air.
“Abaikan jelah Luna.Jom kita ambil angin dekat luar.” Tini yang kurang senang dengan isi kandungan buku misteri itu segera menarik tangan Luna agar keluar daripada bot.
Mereka berdua berdiri di bahagian tepi bot dan menarik nafas panjang.
“You tak tengok ke wajah calon suami yang parents you pilihkan tu?” Tini yang mengambil Luna dengan kereta tadinya sempat mendengar masalah yang dihadapi sahabat baiknya itu.
“Tak.I tak berminat.You tahu kan yang I cintakan Amir.Siapa pun lelaki pilihan parents I selain daripada Amir,I takkan terima untuk jadi suami I.” Luna menjawab tenang.
“You sangat setia dengan Amir.You tak terfikir ke jika lepas kita sambung belajar,you mungkin akan jumpa lelaki yang lebih hebat daripada Amir?” Rambut lurus Tini terbang dibuai angin.Dia kagum dengan cinta Luna terhadap Amir.Walaupun Luna digilai ramai lelaki.Gadis itu hanya memilih pemuda biasa untuk dicintai.
“Bagi I Amir lelaki yang paling hebat.I tak pandang kekayaan atau kekacakan.Cukuplah jika dia baik hati dan mampu melindungi I sepanjang masa.I takkan cari lelaki lain selagi Amir cintakan I.” Luahan Luna membuatkan Tini mengangguk-angguk kecil.
Luna Jazmin berumur 18 tahun.Seorang pelajar pintar yang baru menamatkan pengajian di sekolah tinggi.Gadis itu memiliki rambut ikal mayang keperangan paras pinggang.Badannya langsing dan agak tinggi.Kulitnya putih gebu dan bibirnya merah merekah tanpa secalit gincu.Matanya bundar bewarna hitam.Mata yang kelihatan misteri dan penuh rahsia.
Luna terkenal di kalangan remaja sebagai seorang penyanyi apabila dia memenangi sebuah pertandingan nyanyian di Malaysia.Walaupun begitu,kedua orang tuanya langsung tidak mengiktiraf bakat yang dimiliki gadis itu.Luna bercadang untuk mengambil jurusan muzik apabila menyambung pelajaran di universiti kelak.Namun,kedua orang tuanya menghalang dan mengarahkan dia mengambil kursus perniagaan.Tini tahu yang hubungan Luna bersama kedua orang tuanya kurang baik.
“Langit sangat gelap hari ini.Seperti hendak ribut.” Luna bersuara perlahan sambil memandang langit yang semakin gelap.Sesekali imbasan kilat kelihatan menerangi langit.
“Rasanya kita patut kembali ke darat.Jika ombak besar melanda,susah kita nanti.” Tini bersuara bimbang.“Sharon,I rasa kita patut patah balik ke darat.Hujan lebat akan turun sebentar lagi.”
Luna menjerit sedikit kuat untuk memanggil Sharon yang masih rancak berbual bersama Amir,Subash dan Kamil.Gadis cina sebaya Luna itu bergegas menuju ke luar bot dan sama-sama melihat pokok hari.Laut yang tadinya tenang kini sedikit bergelora.Jauh dihadapan kelihatan kabus yang tebal dan sayup-sayup kedengaran bunyi guruh.
“Okey.Jangan bimbang.Kita akan berpatah balik ke jeti sebelum hujan turun.” Sharon berlari anak menuju ke kabin pemandu bot.
“Oh shit!” Jeritan kuat Sharon beberapa minit kemudian menggegarkan semua orang yang berada dalam bot itu.Luna dan Tini segera bergegas ke kabin pemandu bot.Amir,Subash dan Kamil yang sama mendengar jeritan Sharon segera mendapatkan gadis itu.
“Kenapa Sharon?” Tini bertanya cemas.
“Uncle Lim hilang.Bot kita tiada pemandu!” Sharon yang berwajah pucat memberitahu dengan nafas yang termengah-mengah.Dia sudah berlari ke sekitar bot untuk mencari Uncle Lim tadinya.Namun pencariannya hampa.Kini bot mereka bergerak tanpa pemandu.
“Damn,enjin bot ni dah rosak!” Subash yang agak mahir memandu bot cuba memberhentikan bot itu daripada terus bergerak ke hadapan.Namun,cubaannya gagal.Bot itu terus bergerak laju tanpa dapat dikawal.
“Kita berpecah.Cari di keseluruhan bot dan lihat permukaan air.Mungkin uncle Lim terjatuh ke laut.Cepat!”
Kamil bertempik dan mereka semua meninggalkan kabin pemandu dengan segera.Mereka mencari kelibat uncle Lim di setiap pelosok bot itu namun gagal.Amir dan Luna meninjau dibahagian luar bot.Memikirkan kemungkinan yang Uncle Lim telah jatuh ke dalam air.Malangnya pencarian mereka tetap tidak mendatangkan hasil.
“Ya Allah! Mati kita Amir!” Luna memegang tangan Amir apabila melihat tidak jauh dihadapan,satu pusaran air yang besar,hitam dan menakutkan bakal menelan bot mereka.
Tidak sampai beberapa saat,hujan turun dengan lebat membasahi mereka.Hari yang tadinya mendung sudah berubah segelap malam.Kilat sabung menyabung di atas kepala membawa petanda satu malapetaka akan berlaku sebentar lagi.Ombak semakin mengganas dan bot mereka mula disimbahi air yang menggila.
Sharon,Tini,Subash dan Kamil sama berdiri diluar bot melihat perubahan suasana yang tiba-tiba itu.Wajah mereka sepucat orang yang telah mati.Mereka semua seperti patung saat itu.Kaki tidak mampu bergerak dan hanya mata yang menggambarkan perasaan masing-masing
“Berpantang ajal sebelum maut.” Luna menjerit sebelum bergegas masuk ke dalam bot dan mengambil enam buah jaket keselamatan bewarna oren dan menyerahkan jaket itu kepada rakan-rakannya.Mereka dengan tangan yang terketar-ketar memakai jaket keselamatan di badan masing-masing secepat mungkin.
Luna mengucap panjang menyebut nama Allah dengan nafas turun naik.Dia cuba mengimbangkan diri daripada jatuh setiap kali bot dilambung ombak.Tiada apa yang boleh mereka lakukan lagi.Hendak terjun ke laut,mereka akan mati lemas dibantai ombak yang setinggi pokok kelapa.Jika mereka terus berada dalam bot yang rosak itu mereka akan ditelan pusaran air.Mereka tiada pilihan.
Mereka berenam berpegangan tangan antara satu sama lain membentuk bulatan dalam bot itu.Titisan jernih mengalir keluar daripada tubir mata Amir tanpa dia sedari.Dia memandang ke arah Luna,gadis kesayangannya.Adakah semuanya akan berakhir disini?
“Andai takdir memisahkan kita di sini.Saya berharap dapat bertemu dengan awak di alam lain Luna Jazmin.” Amir berbisik perlahan sebelum pemandangan Luna gelap.
“AllahuAkbar!” Luna menjerit kuat apabila badannya melayang menghempas dinding bot.
Bot telah terbalik dan memasuki pusaran air.Telinganya hanya mampu mendengar jerit pekik dan lolongan yang mengerikan.Tubuhnya berpusing-pusing seperti dipukul sesuatu dengan kuat.Luna merasakan ajal semakin hampir dengannya.Wajah mama dan papa yang tidak berperasaan terbayang dalam fikirannya.
................Luna terbatuk-batuk kecil mengeluarkan air yang memenuhi paru-paru.Terasa tubuhnya basah dan melekit dengan butiran pasir.Terdengar deruan ombak yang mengalir perlahan tidak jauh dari tempat dia terdampar.Badannya terasa lemah dan setiap urat sendinya terasa tidak mampu berfungsi.Dia yang tadinya baring mula duduk dan memerhati keadaan sekeliling.Dia berada di darat!
“Ya Allah,aku kat mana ni?!” Mata Luna membulat apabila melihat bulan mengambang penuh di hadapannya.Lautan yang terbentang luas kelihatan tenang dan langit dipenuhi bintang yang bergemerlapan.Luna memisat matanya berkali-kali.Cuba memastikan apa yang dilihatnya bukan mimpi.Bukankah dia baru saja ditelan pusaran air yang menggila?
Kemana perginya ribut,hujan lebat dan kilat yang sabung menyabung tadinya? Luna tersedar yang dia bersendirian di situ.Pantas saja dia berdiri dan berlari anak ke kiri dan ke kanan.
“Amir! Sharon! Tini!” Suara Luna memecah ketenangan malam di persisiran pantai itu.
“Subash,Kamil! Kau orang kat mana?!” Luna masih terjerit pekik dengan wajah cemas.
Semua rakannya sudah tiada.Bot yang mereka naiki turut tidak kelihatan.Mungkin sudah karam dibantai ombak.Luna duduk berteleku di atas pasir setelah penat menjerit memanggil nama kawan-kawannya.Air mata keluar menitis daripada tubir.Sungguh dia tidak menyangka malapetaka akan menimpa dia dan rakannya dalam sekelip mata.
Bunyi sesuatu yang bergerak dalam air menyebabkan Luna menelan liur.Dari kejauhan dia dapat melihat satu objek kehitaman tenggelam timbul.Bulu roma Luna meremang apabila dia terlihat objek itu adalah kepala manusia yang mempunyai mata.Dia yang duduk atas pasir berengsot perlahan ke belakang menjauhi gigi air.Masih tidak pasti apakah gerangan makhluk misteri yang kelihatan berenang mendekatinya.
“Ya Allah! Ikan duyung!”
Luna terjerit kecil apabila dua makhluk itu melompat di atas air.Di bawah sinar bulan,jelas kelihatan separuh badan manusia yang bewarna hitam dan separuh ekor ikan bewarna perak.Namun,rupa makhluk itu belum dapat ditatap sepenuhnya.Dia yang terpegun dengan keajaiban makhluk itu mula merapatkan diri di gigi air.Air yang tadinya berkocak kembali tenang.
Belum sempat beberapa kali Luna mengerdipkan mata,makhluk yang tadinya menghilang tiba-tiba melompat tinggi dari permukaan air dan menjunam jatuh di hadapan Luna.Makhluk yang berkepala perempuan hodoh dan bergigi tajam seperti ikan pirana itu bergerak seperti ular di atas pasir dan cuba menggigit Luna.Dia terjerit pekik apabila gigi ikan duyung itu terbenam pada jaket keselamatan yang masih tersarung di badannya.
“Argh!!! Tolong!!!” Dengan kudrat yang ada Luna merentap kasar jaket keselamatannya hingga tercabut.Ikan duyung hodoh itu masih menggigit jaket keselamatannya seperti sedang memakan sesuatu yang lazat.
Belum sempat Luna melarikan diri daripada makhluk mengerikan itu,seekor lagi ikan duyung berupa sama melompat ke atas darat dan cuba menerkamnya.Dia sempat mengelak.Apabila gigi ikan duyung itu hampir saja mengenai kaki kirinya,Luna bertindak pantas menyepak kepala ikan duyung itu.Masa seperti terhenti apabila kepala ikan duyung itu tercabut daripada badannya.Ekor yang tertinggal menggeliang geliut di atas pasir sebelum berderai menjadi debu.
Luna terpegun apabila melihat puluhan kepala hitam muncul dari permukaan air dengan mata merah menyala memandangnya.Semua mahkluk itu mengeluarkan bunyi yang menyeramkan seolah-olah berbicara akan sesuatu.Tidak sampai beberapa saat,ikan duyung yang tadinya menggigit jaket keselamatan Luna kembali melompat masuk ke dalam air.Makhluk itu berenang laju menjauhi gigi air.
Luna terpaku disitu beberapa ketika sebelum dia mengambil keputusan untuk menjauhi gigi air.Khuatir jika makhluk hodoh dan mengerikan tadi kembali muncul untuk menyerangnya.Beberapa minit berlalu suasana kembali tenang.Nampaknya kelompok ikan duyung tadi benar-benar telah pergi.
Luna terduduk di atas pasir memikirkan semua perkara yang telah terjadi.Dia pasti dia tidak bermimpi apabila dirinya hampir dimakan ikan duyung hodoh itu.Tetapi dia masih menafikan yang makhluk seperti ikan duyung wujud dalam dunia ini.Bukankah ia hanya mitos dan cerita fantasi?
Bukankah ikan duyung sepatutnya memiliki wajah yang cantik dan mempersonakan.Bukan bertaring dan berwajah hodoh seperti nenek tua yang disimbah asid.Tetapi mana buktinya ikan duyung itu berwajah cantik jika bukan semua fakta merepek itu hanya berada dalam buku-buku dongeng.Apa yang dia lihat sekarang adalah spesies ikan duyung yang sebenar.Raksasa laut pemakan manusia.Mujur dia tidak menjadi mangsa.
P/S: Jika anda rasa novel ni menarik dan boleh diteruskan,please give a comment.-Cube menulis novel fantasi dgn serius.
KLIK LIKE IF U want MORE.
Published on December 04, 2012 07:20
NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 10

BAB 10
“Akak,jom makan Spicy Chicken Wings.! Ada banyak ni!” Jeritan Ika daripada arah bar mematikan langkah aku yang baru keluar daripada pintu dapur Pizza Star.
Waktu bekerja telah tamat.Beberapa orang staf yang aku kenali turut berada di situ sambil menjamu selera.Ada yang makan kek,pizza dan kepak ayam.Memandangkan pelanggan sudah berkurangan saat itu,aku turut mengikut ajakan Ika.
Dua jam lepas,seramai 35 orang pekerja kilang eletronik telah menjamu selera di Pizza Star.Majikannya telah menempah restoran itu untuk menyambut hari jadinya sekaligus membelanja semua stafnya.Adatlah majikan membelanja staf,aku memang sudah biasa dengan sambutan seperti itu.
Hampir mencecah enam ratus ringgit bil yang dibayar majikan mereka itu.Sebelum mereka pulang,majikan mereka berbaik hati memberikan Ika sebahagian daripada kek hari jadinya.Oleh kerana mereka memesan makanan dengan banyak,masih terdapat beberapa jenis makanan yang belum disentuh di atas meja.Jadi,staf servis mengambilnya dan meletakkan semua makanan itu di bar untuk dimakan.
Sedang aku enak mengunyah kepak ayam dengan Ika,tiba-tiba sahaja Kak Ima,Farah,Aizul dan Din berlari keluar daripada bar dan terus menuju ke bahagian kerja masing-masing.Apabila aku berpaling ke kanan,kunyahan aku terhenti.
Dia sedang memerhatikan aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Wajahnya tegang dan tiada secalit senyuman pun dihadiahkan untuk aku.Entah sejak bila dia berdiri di situ,aku tidak perasan.Patutlah,semua staf meninggalkan bar,takut dengan bos rupanya.Yalah,nanti dia cakap staf Pizza Star curi tulang sewaktu bekerja.
“Mayurie Rosella,saya nak jumpa awak dalam ofis sekejap.Sekarang.” Dia memberi arahan tegas dan terus berlalu memasuki dapur.
Pejabatnya terletak bersebelahan dapur Pizza Star.Aku yang sedang makan,terpinga pinga seketika.Mengapa dia hendak berjumpa dengan aku?.Segera aku membasuh tangan yang kotor dan mengelapnya dengan sehelai kain kering.
“Kak,jangan gaduh dengan bos.” Ika sempat memberi pesanan sebelum aku berlalu menuju ke pejabat Ervin.Ingat aku ni muka kaki gaduh ke?.
Di saat aku memasuki pejabatnya,dia kelihatan sedang mengemas beberapa keping fail di atas mejanya.Dia langsung tidak memandang aku.Aku melihat sekeliling pejabat itu.
Pejabat yang sederhana besar,bercat hijau cair dan lantainya berjubin putih.Terdapat sebuah meja kerja,tiga buah komputer dan longgokan fail di sebuah kabinet.Keadaan pejabat itu sedikit kemas jika hendak dibandingkan sewaktu Miss Fatin menjadi pengurus Pizza Star dahulu.Agaknya,Ervin rajin mengemas ruangan kerjanya.
“Ada apa hal awak nak jumpa saya?” Aku bertanya apabila tiada tanda yang dia akan memulakan bicara.
Wajahnya masih tegang seperti tadi.Sekarang,aku sudah berhenti memanggilnya bos kerana tidak tahan dengan permintaan dia yang acap kali tidak mengizinkan aku menggelarnya sedemikian.Jadi,sewaktu berbicara dengannya aku menggunakan panggilan saya dan awak sahaja.
Aku tetap berdiri menanti jawapannya.Beberapa ketika aku mendengar dia menghela nafas panjang sebelum merenung aku tajam.
“Awak makan apa tadi?” Dia bertanya serius.
“Spicy chicken wings,kek dan..”
“Bukan,maksud saya makanan siapa yang awak makan?” Dia pantas memotong ayatku dan bertanya soalan lain.
“Makanan pelanggan yang belum ber..”
“Awak tak pandai geli dan jijik ke makan sisa makanan orang lain?”
Berderau darahku bila dia berkata seperti itu.Aku belum habis cakap dia sudah memotong dan sekarang dia memandai buat kesimpulan sendiri.
“Apa maksud awak?” Aku sudah berpeluk tubuh.Darah terasa sedikit mengelegak saat itu.
“Awak tak takut ke kalau pelanggan tu ada penyakit berjangkit dan melalui makanan yang awak makan tu,awak akan dapat penyakitnya sekali? Awak tak rasa kotor ke memakan sisa orang yang tidak dikenali?”
Berdesing telinga aku mendengar bicaranya.Daripada tadi apa yang aku dengar adalah perkataan sisa makanan kotor,jijik dan menggelikan.Dan aku makan semua itu.
Daripada memek mukanya,dia memandang aku seolah olah aku ini seorang perempuan kebuluran yang sanggup memakan sisa makanan buangan orang.Dia ingat aku ni apa?
“Saya tak rasa makanan yang saya makan tu kotor.Sebab makanan tu belum bersentuh.” Aku cuba menahan marah dan menerangkan situasi sebenarnya.
“Mana awak tahu yang makanan tu belum bersentuh? Kalau dia orang dah pegang atau jilat makanan tu,awak nampak kesannya ke? Boleh nampak guna mata ke?” Dia meninggikan suaranya.Bengang kerana aku menjawab.
Aku menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan.Kesabaran aku semakin menghakis.
“Saya tak kisah pun kalau dia orang dah pegang atau jilat makanan tu.Selagi saya dan kawan kawan saya tak nampak depan mata sendiri,selagi tu saya tak rasa geli untuk memakannya.” Jawapan menipu diri sendiri dan tidak mahu kalah aku berikan tanpa banyak berfikir.
“Ha,baguslah kalau macam tu.Lain kali,semua sisa makanan pelanggan dalam Pizza Star ni awak ambil dan awak makan!” Wajahnya sudah kemerahan saat itu.Wajah aku turut rasa membahang dengan semua kata penghinaannya.
“Bagus juga idea awak tu.Okeylah,kalau dah habis cakap saya nak balik dulu.” Aku sudah tidak mampu berdiri di situ lagi.Jika berterusan,dia akan dapat akibatnya.
“Tunggu Mayurie Rosella! Saya belum habis bercakap!” Dia menengking aku dan langkah aku terhenti.Jantung ini sudah mengepam darah dengan laju.Hanya tunggu saat untuk meletup.Aku kembali berpaling ke arahnya dan dia sudah berdiri di hadapanku.
“Saya tak benarkan semua staf Pizza Star makan sisa makanan pelanggan.Awak ambil kad amenities saya ni dan awak gunalah untuk beli apa jenis makanan pun dekat Pizza Star.Jaga kebersihan makanan awak Yuri.”
Suaranya sudah mendatar apabila dia menyerahkan aku sekeping kad berwarna hijau.Kad amenities ialah kad yang diberikan kepada pengurus dan penolong pengurus Pizza Star untuk membeli makanan percuma di semua cawangan Pizza Star.Had penggunaan kad amenites itu adalah sebanyak tiga ratus ringgit setiap bulan.Aku memandang kad yang berada di tanganku itu dengan rasa tidak percaya.Dia ingat aku hadap sangat ke dengan kad amenities dia itu?
“Kau ingat aku ni dah kebulur sangat ke sampai perlu nak guna kad amenities kau untuk beli makanan?!” Entah hantu mana yang merasuk,tanganku ringan saja melempar kad kecil itu tepat mengenai mukanya.Dia tersentak mendengar bicara aku.Kesabaran aku ada batasan dan sekarang batasnya sudah hilang.Terasa dua tanduk sudah tumbuh di atas kepala.
“Maaf Yuri,itu bukan maksud saya.Saya..”
“Aku tak tahulah apa masalah kau ni.Waktu aku berkerja dah tamat dan aku tak perlu terikat dengan peraturan kerja yang kau buat! Kalau aku nak makan sisa makanan orang pun.Aku punya sukalah! Yang kau sibuk sangat kenapa?!” Suara kuat aku meledak dalam pejabat itu.Sudah hilang saya dan awaknya.
“Saya tak suka awak makan sisa makanan orang lain!” Dia melawan tengkingan aku dengan jawapan yang sama.
Tidak suka aku memakan sisa makanan orang lain.Suka hati akulah nak makan ke tidak!.Wajahnya aku tatap dengan renungan maut.Wajah putih itu jelas kemerahan menahan marah.Mata dia membulat dan tajam membalas renunganku.Dia ingat aku takut ke?
“Kau ingat aku kisah ke kau suka ataupun tidak? Kalau aku nak buat,aku buat,kau atau sesiapa pun tak boleh menghalang!.” Aku melawan kembali bicaranya.
“Saya bimbang dengan kesihatan awak Yuri.” Suaranya sedikit perlahan saat itu.Seperti melepaskan sebuah keresahan yang tersimpan jauh dalam hati.Dia merenung aku dengan pandangan sayu.Aku tersenyum sinis sebelum berlalu ke pintu pejabatnya.
“Boleh jalanlah dengan kebimbangan kau tu.”
Aku keluar dan menghempas pintu pejabatnya kuat.Semua staf yang berada di dapur memandang aku dengan pandangan curiga.Berkemungkinan besar mereka mendengari perbualan antara aku dan Ervin sebentar tadi.
Aku meneruskan langkah untuk pulang ke hostel dengan perasaan sebal dan bengang yang tidak terkata.Entah kenapa hati ini berasa sangat sakit dan aku rasa seperti mahu menangis saat itu.
............Keesokan harinya aku bekerja shift petang,mujurlah Ervin bekerja shift pagi.Dapatlah aku mengelak daripada bersemuka dengan dia sepanjang waktu bekerja.Hal pergaduhan aku dan Ervin sudah diceritakan kepada Ika,Kak Ima dan Farah.Mereka semua menyokong aku dan mengatakan yang tindakan Ervin memarahi aku adalah tidak patut sama sekali.Aku pula tiada perasaan untuk memanjangkan hal itu.Hanya menambah rasa sakit hati yang tidak berkurangan sejak semalam.
“Yuri,gilalah semalam kau gaduh dengan bos.Aku tabik dekat kaulah wei.”
Rafiudin atau nama gelarannya Din mengangkat tangannya tanda tabik kepada aku sebelum ketawa besar.Aku sudah masak sangat dengan perangainya yang suka menyokong seseorang melakukan kegiatan tidak bermoral.
Aku hanya mampu tersenyum hambar sebelum membantunya memasukkan dua kotak besar pizza ke dalam Porch bag untuk di hantar ke rumah pelanggan.Porch bag mengandungi besi pemanas yang mampu membuatkan makanan di dalamnya kekal panas seperti baru keluar daripada oven.Din ialah rider Pizza Star.
“Aku tak gila,bos tu yang gila sebab suka cari pasal dengan aku.” Aku menjawab selamba seraya memandang Din yang sedang memasukkan beberapa pek kecil sos ke dalam plastik.
“Eh,tapi semalam kan,lepas kau keluar daripada pejabat dia.Aku rasa dia mengamuk lah.” Cerita Din menyebabkan aku terdiam sejenak.“Kenapa pulak kau cakap macam tu?” Hati terasa ingin tahu.“Yalah.Aku dengar macam dia tumbuk meja lepas tu dia hempas barang atas lantai.Aku tak nampak,cuma aku dengar je.Bunyi macam pejabat tu dilanda ribut taufan.Okeylah beb,aku dah lambat ni.Aku hantar oder dulu.” Din menamatkan ceritanya dan berlalu keluar daripada Pizza Star menuju ke arah motor penghantar pizza.Aku yang berdiri di kaunter juruwang hanya memandang pemuda yang tua dua tahun daripadaku itu memecut laju meninggalkan perkarangan Pizza Star.“Yuri,Din mana?” pertanyaan mengejut Mak Ngah mematikan niat aku untuk mengelamun.“Hantar oder dekat Kota Jaya.Kenapa Mak Ngah?” Wajah Mak Ngah kelihatan gelabah saat itu.“Ada tiga oder delivery masuk serentak.Kalau terlambat hantar nanti kena komplen dengan pelanggan pulak.Aduh,macammana ni.” Mak Ngah berjalan mundar mandir di hadapanku sambil menggaru garu kepalanya yang bertudung.
Satu daripada perangai Mak Ngah yang aku kurang suka,dia mudah sangat menggelabah bila berhadapan dengan sesuatu situasi.
Masa yang diperuntukkan untuk penghantaran sesuatu pesanan makanan Pizza Star adalah 30 minit.Jarak rumah pelanggan dengan Pizza Star mesti tidak lebih daripada lima kilometer.Masalah utama dalam proses penghantaran adalah apabila pesanan penghantaran masuk serentak dengan banyak daripada lokasi yang berbeza.
Bilangan rider yang terhad dalam sesuatu masa menyebabkan kemungkinan pelanggan akan membuat aduan pesanan mereka lambat sampai ke rumah.Apabila aduan diterima,pengurus yang bertugas akan kena bebel dengan pihak atasan.Polisi kerja Pizza Star adalah sentiasa menepati masa dan menyediakan makanan yang berkualiti.
“Takpelah Mak Ngah,biar Yuri yang hantar.Mak Ngah gantikan tempat Yuri sebagai juruwang sekejap.Lagipun Yuri bukan tak biasa hantar oder dekat rumah pelanggan.”
Aku menawarkan diri,cuba mengurangkan keresahan Mak Ngah.
Sebelum ini,memang aku selalu membantu Din atau Aizul menghantar oder ke rumah pelanggan jika mereka lambat pulang daripada sesuatu penghantaran.Walaupun aku tiada lesen dan hanya tahu menunggang motor sahaja,itu bukanlah satu sebab yang menghalang aku daripada menunggang motorsikal.
Tambahan lagi,pihak polis tidak pernah menahan motor penghantar pizza sebelum ini.Mungkin pihak berkuasa tahu yang semua rider Pizza Star mempunyai lesen untuk melayakkan mereka bekerja.Lainlah aku ini,rider bidan terjun!.
“Okey.Senang hati Mak Ngah mendengarnya.” Mak Ngah sudah tersenyum lega mendengar pelawaan aku.Segera dia menggantikan posisi aku yang bertugas selaku juruwang hari itu dan aku bergegas ke dapur untuk mengambil Porch bag...........................................Malang tidak berbau,selesai saja aku menghantar oder,sewaktu dalam perjalanan pulang ke Pizza Star aku ditimpa kemalangan.Mujurlah hanya kemalangan kecil.Jika tidak akulah staf pertama yang melakar sejarah menempa ajal dalam waktu bekerja selaku salah seorang daripada staf Pizza Star.
Salah aku juga.Bawa motorsikal laju sangat.Syok merempit hingga tidak sedar motorsikal melanggar lubang di atas jalanraya dan aku hilang kawalan.Aku jatuh tergolek di atas jalan dan motorsikal menghempap aku.Nasib baik,Din yang kebetulan melalui jalan yang sama membantu aku.Jika tidak,agak sukar untuk aku bangun daripada jalanraya tadinya.
“Hish,kamu ni Yuri,buat kering semangat Mak Ngah je.Siapa suruh bawa motor laju laju.” Mak Ngah mula membebel apabila aku menceritakan apa yang telah terjadi sebaik saja aku sampai ke Pizza Star dengan Din.Aku duduk di sebuah kerusi panjang yang terdapat di satu sudut.Kerusi itu disediakan khas untuk pelanggan menunggu pesanan makanan mereka yang ingin dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah.
“Alah,cedera sikit jelah Mak Ngah.Kalau tak bawak motor laju,mana boleh nak cepat sampai.Nanti kena komplen dengan pelanggan pulak.” Aku membela diri seraya memerhatikan bahagian siku yang melecet akibat bergeseran dengan jalan tar.
“Ya Allah,Yuri apa yang dah berlaku ni?!” Berderau darah aku apabila tiba-tiba saja Ervin melutut di kakiku dan membelek tanganku yang cedera itu.Entah daripada mana dia datang,aku sendiri tidak sedar.Melihat daripada gaya pemakaiannya yang sudah tidak kemas itu pastilah waktu bekerjanya sudah tamat.
“Jangan nak sibuklah!” Aku menarik tanganku daripada terus berada dalam pegangannya.Jangan ingat dia dengan mudah boleh berbuat baik dengan aku.Hal semalam belum selesai lagi.
“Apa yang dah terjadi ni Fiza?” Dia bangun daripada terus berlutut sebelah kaki di hadapanku dan menyoal Mak Ngah.
Hanya Ervin yang menggelar Mak Ngah dengan nama betulnya dalam Pizza Star ini.Mungkin dia tidak biasa memanggil pembantunya itu dengan gelaran Mak Ngah.
“Er...”
“Saya tolong Din hantar oder delivery.Din tak sempat nak hantar tiga pesanan sekaligus.Nanti kena komplen dengan pelanggan pulak.” Aku segera menjawab apabila Mak Ngah sudah tergagap gagap.
“Peraturan kerja mana yang awak ikut ni? Ada saya benarkan staf Pizza Star selain daripada rider menghantar oder delivery? Awak rider ke Mayurie Rosella?” Renungannya seakan akan menembusi kepala aku.
Wajahnya yang tadi beriak bimbang sudah bertukar merah menyala seperti semalam.Sekali lagi hati aku terasa sakit dan pedih.Aku hanya menundukkan kepala,menyedari kesilapan aku yang melanggar peraturan kerja.
“Saya bukan rider.Saya cuma nak membantu.Saya cuma tak nak ada pelanggan komplen.” Aku bersuara perlahan.
“Boleh jalanlah dengan komplen pelanggan!.Awak ingat saya kisah sangat dengan komplen mereka berbanding dengan nyawa awak.Awak langsung tak fikirkan keselamatan diri awak Mayurie Rosella!”
Tengkingannya membuatkan semua yang berada di situ terkedu.Mujurlah pelanggan yang berada dalam restoran tidak ramai waktu itu.Jika tidak mahu tebal wajah aku.Aku menahan diri daripada mengalirkan air mata.Pertama kali ditengking sedemikan rupa oleh seorang majikan.
P/S:KLIK LIKE IF U WANT MORE.
Published on December 04, 2012 07:06
November 23, 2012
NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 9

BAB 9Restoran Manhattan menjadi pilihan dia.Mujurlah dia tidak banyak ragam sewaktu memilih restoran untuk makan tengahhari.Jika tidak memang aku tinggalkan saja dia di situ.Malas membuang waktu lagi.Setelah disambut oleh perkerja restoran itu,kami berdua duduk di kerusi yang terletak di hujung sudut.Jauh daripada pandangan ramai dan agak tertutup.Aku duduk bertentangan dengan dia.
“Awak nak makan apa?” Dia bertanya lembut apabila perkerja restoran itu menghantarkan menu.Ketika itu aku sedang bermesej dengan Farah yang sibuk bertanyakan kedudukan aku.
“Order jelah apa-apa.” Aku yang malas melihat menu kerana sibuk bermesej menyerahkan saja tugas itu kepadanya.
“Siapa yang mesej?” Dia bertanya sebaik saja aku memandang wajahnya.Sibuk je nak ambil tahu hal orang!.
“Not your business.” Jawapan aku hanya menyebabkan dia mencebik bibir tidak puas hati.
“Mayurie Rosella,saya nak minta maaf dekat awak pasal kejadian dalam freezer kali lepas.Niat saya cuma untuk bergurau saja.Tak sangka pula yang awak betul betul marahkan saya.Saya minta maaf banyak banyak.”
Teliti dan lembut saja tutur bicaranya.Aku yang mendengar hanya mampu terkebil kebil sahaja.Entah kenapa hati ini seperti sudah memaafkan kesilapannya.
“Saya tak kisah kalau awak nak marahkan saya.Tapi tolonglah bila berhadapan dengan saya awak jangan diam membisu.Saya mati kutu bila awak buat macam tu.” Kali ini suaranya seperti meminta belas kasihan aku.Mengapa dia perlu berbicara seperti ini?
“Saya janji lepas ni saya takkan bergurau macam tu lagi dengan awak.Saya minta maaf.Tolong ya jangan tak endahkan saya?” Alahai,dia memujuk rayu aku pula.Daripada gaya dia bercakap macamlah dia sedang memujuk teman wanitanya.Macamlah besar sangat kesalahan yang dia buat hingga dia mahu berulang kali meminta maaf padaku.
“Mayurie Rosella,please forgive me?” Mata tajamnya merenung aku dengan pandangan berharap.
“Okey,saya maafkan awak.” Aku pun malas hendak mendengar permintaan maafnya lagi.
“Yes!” Dia terjerit kecil.Senang hati.
“Terima kasih kerana sudi maafkan saya.” Sambungnya dengan senyuman berseri.
“Sama-sama.Tapi ingat ya,sekali lagi awak bergurau macam hari itu,saya takkan maafkan awak dengan mudah “ Aku sempat memberi amaran.Tidak mahu diperbodohkan lagi.
“Saya janji.” Senang saja dia berjanji.Siap mengangkat tangannya seperti bersumpah.Melihat wajahnya yang tersenyum gembira itu membuatkan hati aku sedikit tercuit.Pelik betullah lelaki ni!.
Selang beberapa minit dua orang pelayan restoran itu mula menghantarkan pesanan makanan dan minuman ke meja kami.Aku sibuk memerhatikan uniform perkerja restoran itu.Berwarna hijau lumut,berseluar hitam dan apronnya panjang daripada leher hingga ke kaki.Aku rasa uniform Pizza Star lagi cantik.Dua gelas jus oren dihidangkan di hadapanku dan dua pinggan besar makanan turut diletak sama.
“Jom makan,saya dah lapar ni.Bismillahhirahmannirahim.” Ervin cepat saja menggapai sudu dan pisau yang tersedia sebelum memulakan suapan.Lapar benar gayanya.Aku hanya tersenyum kecil melihat dia menyudu Scottish Smoked Salmon dengan berselera.
Mata aku membulat apabila terpandangkan hidangan yang tersedia di hadapan aku.Seekor udang kara besar terbaring di dalam pinggan bulat dengan ramuan tertentu.Grilled Lobster nama makanan ini.Terus hilang selera aku untuk makan.Aku ingatkan dia akan memesan makanan yang sama sepertinya.Ini kerana jenis minuman kami sama sahaja.Tapi sekarang kenapa pula dia makan salmon dan aku perlu memakan lobster yang aku tidak suka ini?.Menyesal kerana tidak memesan makanan mengikut citarasa sendiri tadi.
“Kenapa awak tak makan?” Dia bertanya pelik apabila melihat aku langsung tidak menyentuh hidangan mahal itu.
“Saya tak makan udang.”
“Ya Allah,kenapa tak cakap daripada awal? Maaf,saya tak tahu awak tak makan udang.Kita oder makanan lain ya.” Dia kelihatan bersalah dan wajahnya seperti kecewa.Kecewa kerana salah meneka makanan kegemaran aku ke?.
“Tak payahlah Ervin.Awak makan je lobster ni.Membazirlah.Apa kata kita tukar makanan?” Aku melarang dia daripada memanggil pelayan restoran itu.Dia terkebil kebil memandang aku.
“Awak nak tukar makanan dengan saya? Tak apa ke?” Soalan dia mengejutkan aku.Lidahku terkelu seketika.Ya Allah,kau ingat pemuda di hadapan kau ini abang kau ke Yuri!.Siap nak bertukar makanan bagai.
“Er..tak kisah.Itupun kalau awak tak kisahlah.” Terlajak perahu boleh diundur,terlajar kata pandai pandailah cover line.Aku sedikit tergagap apabila dia merenungku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“Saya lagi tak kisah.Saya suka tukar makanan dengan awak.” Laju saja tangannya menarik pinggan lobsterku dan dia menolak pinggan ikan salmonnya ke arah aku.Sukalah pulak!.Mengenangkan yang dia baru menyuap beberapa sudu,hidangan salmon itu masih banyak untuk mengenyangkan aku.Mujurlah dia makan menggunakan sudu dan pisau.Jika dia makan menggunakan tangan memang aku tidak sanggup memakan sisanya.
Selepas membaca doa makan aku memulakan suapan begitu juga dengan dia.Memang sedap sangat menu ikan salmon ni!.Pandai dia memilih makanan.Aku lihat dia memakan hidangan lobster itu dengan berselera.
“Awak alergik dengan udang ke Yuri?” Setelah beberapa suapan dia menyambung perbualan.
“Taklah.Saya cuma tak suka makan.Tekak dan perut saya tak boleh terima.Udang dan ketam juga yang sama waktu dengannya.” Dia tergelak kecil mendengar ayat aku.
“Semua makanan laut awak tak makan ke?” Dia tanya lagi dengan riak muka berminat.
“Taklah.Saya makan makanan laut kecuali udang dan ketam.Kalau makanan darat,selagi halal,semua saya sapu.” Gelak dia semakin besar.
“Saya pun tak memilih dalam soal makan.Selagi halal,semua saya sapu.” Amboi,dia ulang ayat aku pulak!.Perli ke apa?
Tanpa aku sedari sepanjang makan tengahhari itu kami berdua berbual dengan rancak.Seperti aku dan dia sudah menjadi sahabat baik.Dia sangat mudah ketawa dan peramah orangnya.Ada saja soalan yang dia tanyakan pada aku dan mulut aku rajin menjawab.Dia juga tanpa rasa kekok memberitahu aku beberapa hal tentang dirinya sebelum dia menjadi pengurus Pizza Star dulu.Aku hanya menadah telinga walaupun aku tidak berapa berminat mendengarnya!.
......................“Wah,sedapnya!” Aku meneguk rakus segelas kecil air Mocha Frappe yang dibuat oleh Kak Ifa sebelum tersenyum kepuasan.Dalam cuaca panas sebegini,apabila dapat meneguk minuman berais,nikmatnya sangat dirasai.Pizza Star adalah sebuah restoran yang mempunyai penghawa dingin.Walaupun begitu akibat cuaca panas terik di luar,bahangnya tetap dapat dirasai.
“Kau cadangkanlah pada pelanggan agar membeli ice blend banyak banyak.Nanti bolehlah akak buatkan air subsidi untuk kau.” Kak Ifa yang sedang membasuh gelas di bar bersuara ke arah aku yang berdiri tidak jauh darinya.Aku hanya tersenyum senget.
Air subsidi yang dimaksudkan Kak Ifa ialah air lebihan yang dibuat apabila pelanggan memesan minuman yang berbentuk ice blend atau yogurt.Selalunya Kak Ifa akan membuat air tersebut dengan banyak apabila pelanggan memesan minuman tersebut dalam kuantiti yang banyak.Bila banyak minuman yang lebih,Kak Ifa akan memberikannya kepada aku dan staf servis yang lain.
“Yuri,awak minum air apa tu?” Satu suara yang menegur dari arah belakang membuatkan aku tersedak kecil.Apabila aku berpaling ke belakang,dia sedang melihat aku dengan senyuman kecil.Pantas saja dia menghampiri aku dan menepuk lembut belakang badan aku.
“Minum tu janganlah gelojoh sangat.Kan dah tersedak.” Dia menegur lembut dan aku segera saja menepis tangannya yang masih berada di belakang badanku.Kak Ifa yang memerhati hanya tersengih seperti kerang busuk.
“Bukan sebab saya minum gelojoh,masalahnya awak tu yang mengejutkan saya.” Aku menjawab bengang apabila aku sudah boleh bernafas lega.Apabila aku tatap wajahnya,dia masih tersenyum ceria.Aduhai,kenapalah dia ini suka sangat tersenyum macam tu dekat aku? Hati ini sudah berdebar tidak tentu pasal.
“Maaflah,saya tak sengaja.Awak minum air apa ni?” Belum sempat aku menjawab,dia selamba sahaja mengambil gelas yang aku pegang tadi dan meneguk lebihan air di dalamnya.Aku dan Kak Ifa sudah tercengang tidak terkata.
“Ni air Mocha Frappe kan?” Dia bertanya lagi dan aku menelan liur.Takkanlah sebab aku minum air itu dia mahu memarahi aku.Yalah,jika mengikut prosedur kerja Pizza Star air lebihan seperti yang aku minum itu perlulah dibuang dan tidak boleh diberi pada staf.Jadi,maknanya aku sudah melanggar peraturan.Dia kan bos,kalau dia maki aku atas kesalahan meminum air subsidi itu,tidak ke malu muka aku?.Aku sama sekali tidak akan menyalahkan Kak Ifa.
Dia terpinga pinga seketika apabila aku tidak menjawab soalannya.Bahkan aku mengeluarkan not sepuluh ringgit daripada wallet yang tersimpan dalam apronku dan memasukkan duit itu ke dalam poket bajunya.Dia sedikit tersentak apabila aku berbuat sedemikian.Belum sempat dia membuka mulut aku sudah keluar daripada bar dan menuju ke pintu hadapan Pizza Star.Takut juga jika dia memarahi aku atas kesalahan meminum air lebihan itu.Tapi,dia pun minum kan?
“Hei,dah janji dengan saya kan tak nak buat perangai macam ni lagi?” Dia menarik lembut bahagian belakang vest aku apabila aku sudah hampir dengan pintu hadapan Pizza Star.Aku sudah kecut perut.Sebelum ini dia ada nampak aku minum air subsidi ke? Dia berdiri di hadapan aku dan memandang aku dengan wajah yang agak sedih.
“Er..janji apa? Perangai apa?” Aku sekali lagi takut untuk memandang wajahnya.
“Nampak,dah lupa pulak.Tak sukalah macam ni.” Dia bersuara dengan nada seperti orang merajuk.Aku memberanikan diri untuk menatap wajahnya yang sentiasa tampan itu.Wajahnya kelihatan cemberut memandang aku.Dia macam marah je.
“Maaf.Saya tak sengaja melanggar prosedur kerja.Saya tak sepatutnya minum air tu.” Aku menundukkan kepala dan meminta maaf.
“Ya Allah,apa pulak kait mengait dengan air ni.Awak dah janji dengan saya kan,kalau saya berhadapan dengan awak,kalau saya tanya apa-apa,awak jangan membisukan diri.Awak dah janji dengan saya.Jangan mungkir janji.”
Aku menggaru garu kepala yang tidak gatal.Kenapa bicaranya lari daripada topik ni? Oh,maknanya dia tidak marahlah aku minum air itu.
“Oh..saya ingat!” Aku cuba menyembunyikan kebodohan kerana berfikiran yang bukan bukan.Dia menghela nafas lega dan mengeluarkan duit yang aku isi dalam poket kemejanya sebentar tadi.
“Ini,yang tak tentu pasal masukkan duit dalam baju saya kenapa? Ingat saya tabung bergerak ke?” Dia membebel sebelum memasukkan kembali duit itu ke dalam poket apronku.Selamat duit aku!.
“Er..taklah.Saya tersalah masuk.” Jawapan paling bodoh pernah aku beri.Dan dia hanya menggeleng geleng kepala.
“Saya tak kisahlah kalau awak nak minum apa jenis air pun dalam Pizza Star ni.Minum sajalah.Tak payah nak takut dengan saya.Saya bukan nak marah awak pun.Awak bukan orang lain,staf Pizza Star juga.”
Aku terkedu apabila dia meletakkan tangannya di atas kepalaku dan mengosok rambutku perlahan.Dia seperti memahami apa yang berlaku sebentar tadi.Bagusnya bos aku ni.Dia kata aku boleh minum apa jua jenis air pun dalam Pizza Star.Jika setiap hari aku dan semua staf Pizza Star minum air Mocha Freppe,mahu kos minuman bulanan Pizza Star melambung tanpa mendapat sebarang keuntungan.Silap hari boleh gulung tikar Pizza Star ini!.
“Em,saya ada kerja sikit nak buat dalam ofis.Hari ini awak jadi penyambut tetamu.Jangan asyik merenung gambar Ace saja.Nanti saya jeles.” Dia menjatuhkan tangannya daripada kepalaku dan berlalu pergi.Aku sudah melopong dan terkaku di situ.Tahu tahu dia saja aku akan merenung wajah Ace setiap kali aku menjadi penyambut tetamu.Hendak cemburu bagai.Sudah gila ke apa?
Mujurlah Kak Ima yang menjadi juruwang hari itu pergi ke tandas.Jika tidak mahu dia bertanyakan aku banyak soalan tentang perilaku Ervin yang berlebihan prihatin itu.Tidak tentu pasal nama aku tersenarai sebagai bahan gosip staf Pizza Star kelak............P/S:Klik like if u want more
Published on November 23, 2012 20:33
November 15, 2012
NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 8

BAB 8
“Bos,buat apa kat sini?” Mulutku tidak dapat disekat lagi untuk bertanyakan soalan itu.Matanya berkelip kelip memandang aku sebelum aku lihat dia memegang dadanya.Dia tersenyum kecil dan menghela nafas panjang.
“Alhamdulillah.Dapat pun dengar suara awak.Rindunya...” Dia menggumam kecil sebelum memandang aku tunak.Aku dah menggelabah tidak tentu pasal.Rasa macam sudah lama sangat tidak bertatap mata dengan dia.Hati ini berdebar pula.Ah,sudah!.
“Bos,buat apa kat sini?” Sekali lagi aku bertanya apabila dia kelihatan ralit memandangku.Gayanya macam sudah lama sahaja dia tidak melihat wajah aku.
“Saya bukan bos awaklah.Saya Daniel Ervin.” Dia akhirnya menjawab sebelum mendekati aku.Aku sudah rasa sesak nafas apabila melihat wajahnya yang masih basah dengan jus oren itu.Padan muka dia!.Siapa suruh mengejutkan aku lagi!.Tapi macam mana dia boleh ada di sini?
“Ya Allah,budak bertuah ni,bila sampai sini?!” Suara nyaring Kak Nita mengejutkan aku dan dia yang asyik berpandangan sesama sendiri.Aku melihat dia tersenyum lebar ke arah Kak Nita yang baru turun daripada tangga sebelum dia mencium tangan perempuan itu apabila Kak Nita mendekati kami berdua.Kak Nita kenal Ervin? Apa hubungan mereka berdua ini?.
“Baru je sampai makcik.” Dia memberitahu dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibirnya dilemparkan untuk aku.Makcik? Kak Nita ini makcik dia ke?.
“Ini yang basah bagai kenapa ni?” Kak Nita menguis rambut Ervin dengan hujung jarinya dan aku masih terpaku di hadapan mereka berdua.Sekadar menjadi pemerhati.
“Adik kesayangan makcik nilah sembur jus oren dekat muka Ervin.Habis muka Ervin melekit.” Dia mengadu manja.Kak Nita memandang aku seperti meminta sebuah penjelasan.
“Maaf kak.Saya terkejut nampak dia tadi.Saya ingatkan akak yang tengah main piano.” Pantas saja aku memberitahu agar Kak Nita tidak salah faham.
“Takpelah Yuri.Ervin ni memang suka mengejutkan orang.Dia ada kunci pendua rumah ini.Sebab tu dia boleh masuk sesuka hati.Lupa akak nak kenalkan.Ini Daniel Ervin anak saudara akak.” Kak Nita memberitahu dan aku tergamam.Dia anak saudara Kak Nita? Biar betul? Adakah Ervin yang menelifon Kak Nita tadi?.
“Tak payah kenalkanlah makcik.Yuri ni dah kenal dengan Ervin.Dia kerja dengan Ervin.” Penjelasan dia buat Kak Nita mengerutkan dahi.Beberapa ketika si dia berbisik pula dengan Kak Nita dan perempuan itu kelihatan tergelak kecil.Entah apalah hal yang mereka bisikkan.Yang aku tahu,pastilah mereka berbicara sesuatu mengenai aku kerana si dia sibuk menjeling aku manja sepanjang dia berbisik di telinga Kak Nita.Sahlah tu mengutuk aku!.
“Baguslah kalau kamu berdua dah kenal.Vin,kamu tak nak salin baju ke?” Kak Nita bertanya sebelum tersenyum penuh makna terhadapku.Sakitnya hati bila mengenangkan kemungkinan Ervin mengutuk hal aku dekat Kak Nita.Aku ingatkan aku hanya terpaksa menghadap wajahnya jika berada di Pizza Star.Malang sekali,di sini juga aku terpaksa menatap wajah kacaknya yang memualkan itu.
“Nak salinlah ni.” Aku tersentak sebelum cepat saja menutup mata apabila dia dengan selamba membuka butang baju kemejanya di hadapan aku dan Kak Nita.Tiada adab betul!.
“Ambil ni.Jangan lupa basuh!” Entah untuk kali yang ke berapa dia mencampakkan bajunya ke atas kepalaku.Aku merentap bajunya yang sedikit basah itu dengan geram sebelum menjelingnya dengan renungan maut.Hampeh!.Patutlah dia berani menanggalkan baju di hadapan aku.Rupa rupanya dia masih memakai sehelai t shirt dalam kemejanya.Dia tersenyum mengejek ke arah aku sebelum berlalu ke dapur.Membasuh mukanya di sinki.
“Maaflah Yuri kalau Ervin tu banyak menyusahkan kamu.Dia tu memang suka menyakat.” Kak Nita tiba tiba sahaja memberitahu.Aku tidak kisah kalau dia suka menyakat orang lain.Masalahnya sekarang dia cuma suka menyakat dan membuat aku marah.Dengan orang lain aku tidak pernah pula melihat dia berpelakuan begitu.Menyampah betul!.
Aku abaikan kata-kata Kak Nita.Aku mengambil beg sandang yang terletak berhampiran sebelum memasukkan kemeja Ervin ke dalamnya.Memang salah aku kerana membuat kemejanya kotor.Jadi,aku perlulah membasuh pakaiannya itu walaupun aku tidak rela.Beberapa ketika wajahnya kembali berada di hadapanku.
“Sebab awak dah basahkan baju saya,sekarang saya nak awak temankan saya pergi beli baju baru.” Selamba badak sahaja dia mengeluarkan arahan seraya mengajukan jarinya ke arah aku.
“Pergi beli sendirilah.Hari ini saya ada kelas muzik dengan Kak Nita.” Aku mencebik bibir dan berpeluk tubuh sebelum berpaling ke arah lain.Jangan ingat dia dapat mengarahkan aku melakukan sesuatu dengan paksa.
“Takpelah.Kelas batal hari ni.Akak ada hal sikit dekat luar.Yuri pergilah temankan Ervin beli baju baru dia.” Aku melopong mendengar bicara Kak Nita.Daripada semalam tiada pula dia mengatakan dia ada hal di luar.Seperti sengaja pula dia ingin aku menemankan anak saudaranya yang sengal itu membeli pakaian baru.Ervin pula setia mempamerkan senyuman nakalnya ke arah aku.Sakit hati betul!............................
Sepanjang perjalanan menuju ke pasaraya Aeon Tebrau,Johor Bharu dia sibuk bertanyakan banyak soalan kepada aku.Bila aku malas melayan dia mencebik bibir dan mula mempamerkan muka merajuk.Dia ingat aku hendak pujuk ke? Boleh jalanlah!.Jika tidak mengenangkan kesalahan aku membasahkan bajunya juga Kak Nita yang membatalkan kelas muzik,jangan harap aku hendak mengikuti pemuda itu.Sudahlah kesalahan dia yang dulu aku tidak maafkan lagi.Sekarang dia cuba berbuat baik dengan cara memaksa aku mengikutinya.Lagilah aku bertambah sakit hati!.
Sebaik sampai ke pasaraya,dia memakirkan kereta mewahnya dengan berhati hati.Setelah mematikan enjin dia cepat sahaja keluar daripada kereta.Tinggalah aku yang terkial-kial membuka tali pinggang keselamatan.Baru saja aku hendak membuka pintu,pintu kereta sudah terbuka dengan sendiri.Bukan dengan sendiri,tapi ada orang yang terlebih rajin membukakannya untuk aku.
“Kita dah sampai my princess.” Dia melemparkan senyuman manis buatku.
“Saya bukan tak boleh buka pintu kereta sendiri.” Aku menegur dia dengan suara tegas sebaik saja keluar daripada perut kereta itu.Dia tidak mengendahkan pertanyaan aku dan terus menutup pintu kereta.Jauh dalam hati,aku tercuit juga dengan layanannya itu.Yalah,pertama kali dalam sejarah hidupku,ada lelaki yang membukakan pintu kereta tanpa dipinta.Seketika aku berasa seperti seorang puteri pula.
Setelah itu, kami berdua beriringan masuk ke dalam pasaraya.Aku hanya mengikuti saja langkahnya kerana aku tidak tahu di kedai mana dia mahu membeli pakaian.Apa yang membuatkan aku sakit hati,hampir satu jam berkeliaran di dalam pasaraya itu,tiada satu pakaian pun yang dibelinya.Daripada kedai jenama Converse,Nike,Puma,Adidas dan banyak lagi yang kami berdua masuki,langsung tiada pakaian yang kena dengan seleranya.Cerewet betul bos aku ini!.
“Boleh tolong cepat sikit tak beli baju tu? Pukul berapa baru nak balik ni?.Berapa banyak kedai lagi nak masuk baru jumpa baju yang sesuai!” Aku sudah mula merungut tidak puas hati apabila melihat dia melangkah keluar daripada kedai jenama Billabong.
“Tak payah nak membebel pulak.Siapa suruh awak basahkan baju saya.Saya ni memang cerewet orangnya semasa nak membeli pakaian ni.” Selamba sahaja dia menjawab sebelum kakinya melangkah masuk ke kedai jenama Timberland.Mengaku pula yang dia cerewet.Aku hanya mampu mendengus tidak puas hati.Apalah malang nasib aku kerana membasahkan bajunya.Tidak tentu pasal masa aku terbuang begitu sahaja dalam pasaraya ini.
Aku hanya berdiri di satu sudut sambil membelek beberapa helai t shirt lelaki berleher bulat yang terdapat dalam kedai itu.Hati ini berasa sedikit lega apabila aku terlihat dia telah memilih sehelai kemeja dan memasuki bilik persalinan.Agaknya berkenanlah tu.Ini kerana sedari tadi,dia sekadar membelek semua pakaian dan tidak pula mencubanya.Moga kali ini dia akan membeli kemeja itu.Tidaklah aku terseksa menahan rasa bosan yang melampau.
Tiba-tiba satu perkara terlintas dalam fikiranku.Bagaimana jika dia menyuruh aku membayar pakaian yang dibelinya? Mana aku ada duit?.Sudahlah pakaian jenama Timberland ini bukan murah harganya.Pedulikanlah!.Aku bukan mengoyakkan bajunya hingga tidak boleh dipakai.Lagipun,dia sudah menyuruh aku membasuh kemejanya yang basah tadi.Jadi,tidak perlulah aku membelikannya pakaian baru kan?.
“Sayang,okey tak kemeja ni?” Berderau darahku apabila dipanggil sedemikian rupa.Apabila aku berpaling ke belakang,aku melihat dia sedang berdiri di depan pintu persalinan dengan memakai kemeja baru.Dua orang perkerja kedai itu yang melihat dia tersengih tidak tentu pasal.Aku tahulah dia hensem!.
“Okey.” Aku menjawab sambil memandangnya daripada atas hingga ke bawah.Kemeja lengan pendek yang berwarna hitam berbelang putih itu amat sesuai dengan tona kulitnya yang putih.Tambahan lagi,dia memang kacak.Pakai apa pun tetap nampak menarik.Beruntunglah siapa yang dapat jadi isteri dia.Ah,apa yang aku merepek ni?!.
“Sayang,okey je ke?” Sekali lagi dia memanggil aku sayang dengan nada yang begitu manja.Meremang semua bulu roma di atas badanku ini.Hendak bersayang bagai dengan aku pula.Sudah gila agaknya si Daniel Ervin ni!.Aku merenungnya tajam dan dia merenungku lembut.Jika aku cakap sesuatu yang bukan bukan dalam kedai ini,nanti dia dapat malu pula.Aku bukan jenis orang yang suka menjatuhkan aib orang lain di khalayak umum.
“Okey sangat.Awak nampak sangat kacak,segak,bergaya,berkarisma,elegan,unggul,hot dan macho sangat dengan kemeja tu.” Membulat matanya mendengar pujian aku yang langsung tidak ikhlas itu.Buat seketika dia memandang aku tanpa berkelip.Kemudian tawanya meletus membingitkan kedai itu.Beberapa orang staf kedai itu turut sama tertawa.Aku hanya tersenyum kecil.Perangai macam budak kecil jelah dia ni.
“Okeylah,kalau sayang cakap macam tu,saya beli kemeja ini sajalah.” Akhirnya dia membuat keputusan yang menyenangkan hati aku.Dia kembali memasuki bilik persalinan dan aku kembali membelek pakaian yang tergantung di segenap sudut kedai itu.Aduhai,kenapa hati ini berasa berbunga bunga apabila dia memanggil aku sayang.Jangan cepat melatah Yuri! Jangan perasan!.
“Cantiknya t shirt ni.” Aku bermonolog sendiri sambil tanganku membelai lembut sehelai t shirt lelaki berwarna coklat pekat dengan corak yang menarik terlakar di atasnya.Jika aku ada duit,sudah lama aku beli t shirt secantik ini.Jangan pelik jika aku memakai t shirt lelaki sebab itu memang sudah menjadi kebiasaan aku.Kadang kala baju abang aku pun aku pakai tanpa rasa malu.
“Sayang,saya dah siap.” Berderau darahku apabila terdengar satu suara berbisik lembut di cuping telinga aku.Apabila aku berpaling,dia sudah berada di hadapanku.Dia juga membawa sebuah beg kertas di tangannya.Mungkin sudah membeli kemeja tadi.Aku boleh khayal sangat sampai tidak sedar yang dia sudah keluar daripada bilik persalinan dan selesai membayar harga pakaiannya.Nasib baik dia tidak suruh aku yang bayar.
“Tak payah nak sayang sangatlah.” Aku mendengus kecil sebelum kembali memegang t shirt yang aku menarik minatku sebentar tadi.Aku terdengar dia tergelak kecil.
“T shirt tu tak sesuai dengan awaklah Yuri.” Dia menegur.Aku tahulah yang aku tidak mampu membeli pakaian di kedai itu.Tapi tidak payahlah dia hendak mengutuk aku pula.Sakit hati betul!.Pantas saja aku mengorak langkah keluar daripada kedai dan dia mula mengejar.Cepat saja dia dapat beriringan dengan aku.
“Singgah sini sekejap.” Selamba sahaja dia menarik pergelangan tanganku apabila kami melintasi sebuah kedai yang menjual pakaian perempuan.Aku yang tidak sempat memprotes mengikuti saja tarikannya.Dia hendak beli apa pula ni?
“Awak nak beli apa dekat sini?” Aku berpeluk tubuh seraya memandang keseluruhan kedai Beauty yang dipenuhi pakaian perempuan pelbagai fesyen itu.Dia hendak membeli pakaian untuk Kak Nita atau teman wanitanya ke?.
“Awak pilih jelah mana mana baju yang awak suka.Saya nak belikan untuk awak.” Dia tersenyum manis ke arah aku.Tiada angin tiada rebut,mahu membelikan baju untuk aku.Sudah gila ke pemuda ini?.“Saya tak nak.” Aku menjawab ringkas.
“Tak kira.Saya nak awak pilih satu baju juga.Saya ikhlas ni nak belikan awak baju.Kalau awak tak nak pilih,saya akan tinggalkan awak seorang diri dekat pasaraya ni.” Dia cuba mengugut aku pula.
“Ada saya kisah? Pergilah balik seorang diri.Tak mati pun kalau setakat tak balik naik kereta awak.Awak ingat saya tak pernah naik bas?” Aku menjawab pantas sebelum berlalu keluar daripada kedai itu.Sekali lagi dia mengejar aku.Alahai,macam dah gaya pasangan kekasih bergaduh pula.
“Alahai,janganlah marah.Saya gurau jelah.Takkanlah saya nak tinggalkan awak dekat sini.Okey,kalau awak tak nak baju,saya nak belanja awak tengok wayang.Boleh?” Dia ini memang tidak faham bahasa agaknya.Dia ingat aku suka sangat ke berduaan dengan dia ke sana dan ke sini.
“Saya tak nak.Sekarang saya nak balik.Kalau awak tak nak balik, itu awak punya pasal.Saya boleh balik sendiri.Awak tawaf jelah dalam pasaraya ni seribu kali sampai malam.Tidur je terus kat sini!.” Aku membentak geram dan mencerlung marah ke arahnya.Dia mengeluh kecil dan mempamerkan riak wajah kecewa pula.
“Okey.Saya minta maaf.Saya tahu awak tak suka temankan saya.Tapi,tolong Yuri,teman saya makan? Saya laparlah.Nanti saya takut gastrik pulak.Lepas tu saya janji akan hantar awak balik.”
Alahai,dia menunjukkan wajah sedih pula.Hati ini cepat pula berasa kasihan bila dia buat muka macam tu.Dia ada gastrik? Badan mantap je aku tengok.Eh,apa kait mengait pula ni?.
“Yalah.” Jawapan aku jelas menyebabkan dia tersenyum ceria.
P/S:Berita baik untuk peminat novel Pelakon Cinta n Mr.G,novel ini sudah terbit di pasaran di bawah terbitan penulisan2u.skrang hanya buke oder o9.mungkin hujung bulan ni n awal bulan 12 bru ade dekat kedai2 buku.lau berminat utk oder o9 boleh klik link di bawah.

Penulisan2u : Aktiviti & Berita Novel www.p2u.myPenulisan2u - Syarikat Penerbitan Novel, Novel, Koleksi Novel, Novel Melayu, Novel Malay
<InsyaAllah,entry novel Kahwin 6 bulan Je?! bab 11 akan bersambung di penulisan2u dan seterusnya.sy akan update link p2u dlm blog ini kelak.Maaf sbb K6BJ lame tertangguh.mood kurang utk menulis>
KLIK LIKE JIKA ANDA SUKAKAN ENTRY INI N ANDA HENDAK BANYAK LAGI.
Published on November 15, 2012 15:21
November 13, 2012
NOVEL PELAKON CINTA & MR.G SUDAH TERBIT DI PASARAN
ALHAMDULLILAH...
hari ini 14.11.2012,
novel kedua aku yang bertajuk Pelakon Cinta & Mr.G sudah terbit di pasaran.
di bawah terbitan p2u.
Sesiapa yang pernah mengikuti sebahagian cite mr.g dlm blog atau p2u bolehlah membeli novel ini jika anda ingin tahu keseluruhan ceritanya.he3.
terima kasih kpd semua pengikut n pembaca blog ini.tanpa sokongan anda semua,mr.g x kan terbit di pasaran.love u all.
ini covernya.
(NOVEL TERBARU) PELAKON CINTA & MR.G - Anabella
Dia hot, dia handsome, dia kaya, dia genius, tapi dia… mr. G?!
Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...
Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!
“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”- Syed Zakuan Zafran.
“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” - Tengku Marylin Myacella.
Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.
“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”- Syed Zakuan Zafran.
“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” – Tengku Marylin Myacella.
Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…
Tajuk: Pelakon Cinta & Mr. G (P2U)
Penulis: Anabella
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-11208-5-9
Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak)
sekarang hanya order online yg dibuka,nak tunggu buku dekat kedai,mungkin hujung bulan ni atau awal bulan 12.
jika berminat nak order online,boleh order di link di bawah
Penulisan2u : Aktiviti & Berita Novel www.p2u.my
Penulisan2u - Syarikat Penerbitan Novel, Novel, Koleksi Novel, Novel Melayu, Novel Malaysi
hari ini 14.11.2012,
novel kedua aku yang bertajuk Pelakon Cinta & Mr.G sudah terbit di pasaran.
di bawah terbitan p2u.
Sesiapa yang pernah mengikuti sebahagian cite mr.g dlm blog atau p2u bolehlah membeli novel ini jika anda ingin tahu keseluruhan ceritanya.he3.
terima kasih kpd semua pengikut n pembaca blog ini.tanpa sokongan anda semua,mr.g x kan terbit di pasaran.love u all.
ini covernya.

(NOVEL TERBARU) PELAKON CINTA & MR.G - Anabella
Dia hot, dia handsome, dia kaya, dia genius, tapi dia… mr. G?!
Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...
Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!
“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”- Syed Zakuan Zafran.
“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” - Tengku Marylin Myacella.
Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.
“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”- Syed Zakuan Zafran.
“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” – Tengku Marylin Myacella.
Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…
Tajuk: Pelakon Cinta & Mr. G (P2U)
Penulis: Anabella
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-11208-5-9
Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak)
sekarang hanya order online yg dibuka,nak tunggu buku dekat kedai,mungkin hujung bulan ni atau awal bulan 12.
jika berminat nak order online,boleh order di link di bawah

Penulisan2u : Aktiviti & Berita Novel www.p2u.my
Penulisan2u - Syarikat Penerbitan Novel, Novel, Koleksi Novel, Novel Melayu, Novel Malaysi
Published on November 13, 2012 21:51
November 6, 2012
NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 7

BAB 7
“Awak pergi masuk chiller.Kirakan berapa pek Parmesan Cheese yang ada.”
Dia membuka mulut selepas lebih daripada sepuluh minit mendiamkan diri.Dia masih tidak memandang wajahku.Satu kelakuan luar biasa yang kali pertama aku nampak.Yalah,selalunya bila dia menegur aku dia pasti akan menatap wajah aku seperti aku ini sebuah objek seni yang perlu dipandang dengan teliti.Kini situasinya berbeza pula.
“Okey.” Aku hanya mengikut arahannya dan keluar daripada freezer memasuki chiller yang terletak bersebelahan.
Keadaan di dalam chiller tidaklah sesejuk mana.Aku membuka sebuah kotak yang mengandungi puluhan pek parmesan cheese dan mula mengira.Selesai saja aku terus berlalu keluar daripada chiller dan kembali menuju ke freezer.Langkahku mati di hadapan freezer apabila mendapati pintu freezer tertutup rapi.Setahu aku,sewaktu aku memasuki chiller sebentar tadi pintu freezer masih terbuka luas.Takkanlah Ervin sudah selesai mengira stok dan berlalu ke tingkat bawah?
Untuk memastikan yang Ervin tidak terkurung di dalam,aku cuba untuk membuka pintu freezer tersebut.Malangnya,pintu freezer tersebut langsung tidak boleh dibuka walaupun aku sudah berkali kali menariknya.Seperti ada sesuatu yang menghalang di belakang sana.
“Bos,bos ada kat dalam ke?” Aku menjerit kuat.Bertanyakan jika Ervin masih berada dalam freezer.Suasana sepi seketika.Aku berdoa dalam hati berharap agar dia sudah keluar daripada freezer itu.
“Em,saya ada dekat dalam ni.Kenapa Yuri?” Berderau darahku apabila mendengar suaranya menjawab.Aku ingatkan dia sudah keluar dan berada di tingkat bawah Pizza Star sekarang ini.
“Bos,kenapa pintu ni tak boleh buka daripada luar.Tersekatlah bos!” Aku memberitahu sambil tangan masih cuba membuka pintu freezer itu.
“Ha,awak biar betul?!” Suaranya seperti menggelabah di dalam.Aku rasa dia berada di sebalik pintu dan cuba menolak pintu itu namun tidak berjaya.
“Pintu ni rosak kut bos? Sebab tu tak boleh buka.” Aku dah cemas tak terkata.Badanku yang sedari tadi terasa sejuk beku sudah dibanjiri dengan peluh.Sweater Ervin aku bukan dan aku ikat pada pinggang.
“Yuri,saya sejuk...Matilah saya beku dalam freezer ni.” Suara dia yang beralun sedih dari dalam freezer buat aku tersentak.Menyesal pula sebab aku memakai sweaternya.Pasti dia kesejukan sekarang ini.Ya Allah,apa yang perlu aku buat ni?.
“Bersabarlah bos.Saya cuba buka pintu ni.” Aku macam orang gila menarik pintu freezer yang tidak mahu terbuka itu.Tangan sudah menggigil.Kalau dia betul betul mati kesejukan dalam freezer macammana?.Sampai bila bila pun aku akan rasa bersalah kerana memakai sweaternya.
“Yuri,kau buat apa tu?” Pertanyaan seseorang yang datang daripada arah pintu masuk chiller mengejutkan aku.Aku menghela nafas lega apabila melihat wajah Nor Hidayu atau Kak Ayu merangkap Shift Manager Pizza Star.Aku segera menghampirinya dengan dada yang berombak laju kerana menahan cemas.
“Kak Ayu,tolong.Pintu freezer rosak.Tak boleh buka.Bos ada kat dalam.”
Pernyataan aku jelas mengejutkan Kak Ayu.Dia segera saja menuju ke arah pintu freezer dan cuba membukanya.Mungkin dia tidak percaya yang aku gagal membuka pintu freezer itu.
‘Kltak’.Molek saja pintu freezer di buka oleh Kak Ayu dengan satu tarikan sahaja.Aku tercengang.
“Apa yang rosaknya.Molek je pintu freezer ni Yuri?” Kak Ayu memandangku dengan pandangan pelik.Dan aku terkedu apabila melihat wajah Ervin yang terjenggul daripada muka pintu itu dengan senyuman lebar hingga ke telinga.Buat seketika,kami bertatapan sebelum tawanya menggegarkan keseluruhan bangunan itu.
“Kenapa kau ketawa Ervin? Kau buat apa dalam freezer ni?” Kak Ayu bertanya.
Aku menggengam penumbuk.Aku rasa aku tahu apa yang terjadi.Darah marah terasa mengalir di segenap tubuh ini.Mengapalah aku bodoh sangat untuk berasa bimbang tentang keselamatannya.
“Saja duduk dalam freezer.Main tarik tarik pintu dengan Mayurie Rosella.Kesian Yuri,tarik pintu serupa orang tak makan nasi.Ha,ha,ha.”
Dia boleh ketawa senang hati dengan memperbodohkan aku.Selamba sahaja dia mengutuk aku di hadapan Kak Ayu.Tidak tahukah dia yang sebentar tadi,aku hampir saja naik gila memikirkan yang dia betul betul akan mati beku dalam freezer itu?.Dan sekarang apa yang aku nampak,semuanya hanyalah gurauan daripada dia.Gurauan yang buat aku rasa macam hendak bunuh saja pemuda itu.Patutlah aku tidak mampu membuka pintu itu.Rupa-rupanya memang dia yang menarik pintu freezer daripada arah belakang untuk memastikan aku tidak berjaya membukanya.
Mengapalah aku boleh terlupa yang di bahagian dalam freezer terdapat tombol kecemasan yang boleh digunakan untuk membuka pintu walaupun pintu terkunci daripada luar.Satu kebodohan aku sendiri kerana cepat panik dengan apa yang telah berlaku hingga aku berjaya dipermainkan oleh dia.Aku membiarkan saja dia tertawa senang hati dan Kak Ayu tergelak kecil atas kebodohanku.Sungguh aku rasa sangat bengang saat itu.
“Yuri,awak marah ke? Maaflah saya hanya bergurau.” Dia mula bertanya apabila perasan yang aku memandangnya dengan pandangan membunuh.Dia boleh tanya aku marah atau tidak? Dia fikir aku ini tiada perasaan ke?.Sabar aku ada batasnya.Aku tidak menjawab persoalannya dan terus membuka sweater yang terikat di pinggang sedari tadi.Dengan satu lemparan kuat,sweater itu tepat mendarat di wajahnya.
“Bergurau kepala otak kau!.Bodoh!” Aku menengking dengan wajah merah menyala menahan marah sebelum meninggalkan dia dan Kak Ayu yang terpempam.
..............
Seminggu telah berlalu sejak peristiwa aku diperbodohkan oleh Ervin dalam freezer.Sejak hari itu aku memang tidak pernah bertegur sapa dengannya.Berpuluh kali dia meminta maaf daripada aku namun jangan haraplah aku hendak memaafkannya dengan mudah.Banyak cara juga dia gunakan untuk menarik minat aku agar berbual dengannya,namun tetap juga aku tidak layan.
Dalam masa seminggu ini,dia sibuk mempelawa untuk membelanja semua staf Pizza Star makan tengahhari dengan niat aku akan turut serta.Aku yang sudah masak benar dengan perangainya itu tidak akan terpedaya sekali lagi.Bila berhadapan dengan dia,aku akan membisukan diri.Jika dia mengarahkan aku melakukan apa-apa kerja,aku hanya mengikut tanpa bicara atau protes.Lebih baik aku mendiamkan diri daripada berasa sakit hati jika berbicara dengan lelaki sengal itu.
“Padan muka kamu.Buat perangai lagi.Eh,dahlah.Makcik sibuk ni.Bye!”
Intonasi tinggi daripada suara Kak Nita yang baru saja meletakkan telifon bimbitnya mematikan lamunan aku.
“Kenapa kak?” Aku yang sedang duduk di kerusi piano milik perempuan itu bertanya ingin tahu.
“Oh,anak saudara kakak bergaduh dengan buah hati dia.Katanya sudah seminggu buah hati dia tu tak nak bertegur sapa dengannya.” Kak Nita menjawab seraya menyusun beberapa keping majalah yang berselerakan di ruang tamu itu ke atas sebuah meja.
“Kenapa bergaduh? Kenapa dia telifon akak pula?” Aku berbasa basi sambil mula menekan kekunci piano hitam dan putih yang aku rindui itu.
“Entahlah,anak saudara akak tu,nakal sangat.Dia telifon akak bertanya cara nak memujuk buah hati dia.Akak ni manalah tahu bab pujuk memujuk ni.Teman lelaki pun tiada.Itu yang akak malas nak layan.”
Jawapan Kak Nita hanya membuatkan aku tersengih hingga ke telinga.Aku malas bertanya lagi.Pedulikanlah hal anak saudara Kak Nita yang aku tidak kenali itu.Bukan gaya aku untuk masuh campur hal orang.
“Kamu mainlah apa yang kamu nak main.Akak nak mandi dulu.Lepas kemas rumah badan rasa melekit pulak.” Kak Nita memberitahu.
“Okey kak.” Aku menjawab ringkas.Sebaik saja dia berlalu ke tingkat atas aku kembali menekan kekunci piano dengan bunyi yang sumbang.
Kak Nita atau nama sebenarnya Dira Anita adalah kakak angkat aku.Wanita yang berusia 32 tahun itu masih belum berkahwin dan berkerja sebagai seorang guru muzik.Walaupun umurnya agak lanjut,wajahnya masih cantik dan kelihatan muda.Mengikut cerita Kak Nita yang aku sudah kenal hampir setahun lebih itu,dia pernah kecewa dengan cinta pertamanya.Jadi sehingga sekarang,hatinya tidak terbuka untuk berumahtangga.Aku sentiasa berdoa agar dia akan dipertemukan dengan jodoh yang baik suatu hari nanti.
Aku boleh kenal dengan dia pun hanya kerana sebuah kemalangan.Kemalangan yang hampir meragut nyawanya.Dahulu,secara kebetulan,aku terlihat keretanya menghentam pembahagi jalan tidak jauh daripada tempat aku menuntut pelajaran.Bahagian depan keretanya sudah mengeluarkan asap dan ketika itu dia masih berada dalam kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri.Mujurlah aku sempat mengheretnya keluar sebelum kenderaan tersebut hangus dijilat api.Aku juga membantu menghubungi ambulans dan menghantarnya ke hospital.Mujurlah kecederaannya tidak parah.
Kak Nita amat berterima kasih kepada aku dan menganggap aku penyelamat nyawanya.Justeru dia berhubungan baik dengan aku dan menganggap aku sebagai adik kandungnya sendiri.Kami selalu berbual dan menghabiskan waktu bersama jika aku tidak berkerja.Sebelum ini,Kak Nita berkerja di Amerika Syarikat sebagai guru muzik dan kini dia berada di Malaysia untuk merehatkan diri.
Oleh kerana aku amat meminati bidang muzik,dia sudi mengajar aku bermain alat muzik dengan percuma.Setiap kali aku bercuti,jika aku tiada aktiviti lain aku akan bertandang ke rumahnya yang terletak di Johor Bharu untuk belajar bermain piano,gitar atau biola.Rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Gaia itu mempunyai pelbagai kelengkapan muzik milik Kak Nita.
Malangnya,untuk mahir belajar sesuatu alat muzik bukanlah mengambil masa yang singkat.Dengan kekangan kerja juga cuti satu hari dalam seminggu,aku memang jarang dapat belajar alat muzik dengan baik.Setakat ini,aku hanya berjaya bermain gitar dan beberapa not piano label budak baru belajar hasil didikan Kak Nita.Walaupun begitu,aku sudah cukup bersyukur kerana dipertemukan dengan Kak Nita.Yalah,jika tidak manalah dapat aku hendak menuntut semua ilmu muzik dengan percuma sahaja.
Puas menekan piano dengan melodi yang entah apa-apa,aku beralih menggesek biola pula.Lagi sumbang bunyinya.Kak Nita masih belum turun daripada tingkat atas.Bukan aku tidak tahu,dia kalau mandi memang mengambil masa lebih daripada satu jam.Setelah penat menggesek biola,aku menuju ke dapur untuk meminum air.Kak Nita menyuruh aku menganggap rumah itu seperti rumahku sendiri.Jadi,aku ikutkan saja suruhannya itu.Ha,ha,ha.
Bunyi melodi piano yang beralun lembut daripada ruang tamu membuatkan aku tersenyum lebar.Kak Nita sudah siap mandi lah tu.Aku melangkah malas seraya membawa segelas jus oren di tangan menuju ke arah piano Kawai itu.Aku memejamkan mata,bersandar membelakangkan piano sambil menghayati melodi indah itu.Melodi Back To Disember nyanyian Taylor Swift dimainkan dengan baik sekali oleh Kak Nita.
“Kelak,jika saya ada anak,saya nak semua anak saya pandai bermain piano macam Kak Nita.” Aku membuka mulut sebaik saja melodi itu tamat dimainkan.Aku meneguk jus oren yang berada di tangan setelah berangankan masa depan yang agak samar itu.
“Itu boleh diusahakan.Awak nak berapa orang anak dengan saya?”
‘Purr!’.Habis bersembur jus oren yang berada dalam mulutku apabila terpandangkan wajah dia.
“Mayurie Rosella! Kotorlah!”
Dia terjerit kecil seraya menyentuh wajahnya yang sudah basah dek semburan air mulut aku.Aku terkedu dan terpegun di situ.Aku tidak bermimpikan? Bagaimana dia boleh berada di hadapan aku?
P/S:-watak Ace sy tukar dgn Nickhun sbb sy rase Choi Min Ho macam x padan dgn watak Ace.-ada pembaca yang tanya kenapa cerita ni sama dengan Cinta Si Gadis Pizza,-jawapannya memanglah agak sama sebab novel Gempak Gadis Pizza adalah renovation drp Cinta Si Gadis Pizza yang sy tulis terkandas dulu.-Ape2 pon enjoy your reading.-sudi2 komenlah ye.
-KLIK LIKE IF U WANT MORE.
Published on November 06, 2012 18:50
October 31, 2012
NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 6

BAB 6
Sudah sebulan dia menjadi pengurus di Pizza Star,Kota Tinggi.Sepanjang tempoh dia berkerja disini,aku cuma arif mengenai satu hal saja tentang dirinya.Daniel Ervin,jejaka paling kacak dan menjadi kegilaan kebanyakkan staf dalam restoran ini suka sangat cari pasal dengan aku!.Satu hari kalau dia tidak menyakat atau membuat aku naik marah,itu maknanya dia sudah buang tebiat.Aku pulak memang tidak boleh buat tidak tahu dengan semua usikannya.Semakin dia mengusik,semakin aku naik darah!.
“Yuri,jom teman saya kira stok dalam freezer.”
Belum sempat aku memakai apron,suara dia sudah menyapa pemandanganku.Aku memandang dia yang sedang tersenyum lebar ke arahku sekilas sebelum berlalu keluar daripada dapur Pizza Star.Punyalah ramai staf Pizza Star,mengapa aku yang menjadi mangsa untuk menemaninya mengira stok.Malas aku nak layan!.Aku buat bodoh saja sebelum berlalu ke tandas sebaik saja selesai punchcard.Sejak peristiwa ditegur oleh dia kali lepas,terus saja aku memakai atau menanggal apron dan vest dalam tandas.Takut juga jika pakaianku terselak di khalayak umum seperti kata Farah.
Selesai memperkemaskan diri,aku keluar daripada tandas.Satu keluhan besar terbit daripada bibirku apabila terpandangkan seraut wajah tampan itu sedia menunggu di hadapan tandas.Dia ini tiada kerja hendak dibuat ke? Sampai hendak menunggu aku di hadapan tandas bagai.Hendak mengintai ke apa?.Sekali lagi aku buat muka selamba dan cuba melangkah menjauhinya.
“Hish,dia ni asyik buat tak nampak kita jelah.Geram betul!” Dia membebel sambil mengekori langkahku.Dia geram dengan aku?.Lantaklah.Malas aku hendak layan.Baru saja aku ingin meneruskan langkah untuk membersihkan sebuah meja yang kotor dengan sisa makanan,aku terasa vest aku ditarik dari arah belakang.Langkahku terhenti dan aku mendongkol geram.Ada juga yang kena flying kick kejap lagi ni!.
“Bos ni dah kenapa? Nak main tarik tarik vest saya pulak!” Suaraku sudah meninggi dan aku bersemuka dengan dia.Dia langsung tidak takut dengan kemarahanku.Malahan dia boleh tergelak kecil pula.Aku menahan sabar seraya membetulkan vest aku yang molek saja terletak pada badan.Mujurlah dia hanya menarik vest.Jika dia menarik kemeja atau apron hingga terlucut daripada tempat sepatutnya,memang aku bagi satu penampar percuma pada wajah kacak itu.
“Em,saya tarik vest awak sebab ada kelemumurlah.” Aku terdiam dan terkedu sejenak.Dia mendekati aku dan dengan selamba meletakkan tangan kanannya pada bahu aku ,seolah olah membuang habuk di situ.Berderau darahku bila dia berada begitu dekat.Bos aku ini meroyan ke apa? Dia ingat ini iklan syampu dalam televisyen ke?.Segera saja tangannya aku tepis dan aku sendiri membelek vest di kawasan bahuku.Tiada sebarang habuk pun.Biar betul rambut aku ada kelemumur? .Aku menjaga rambut dengan baik selama ini.
Beberapa ketika dia memandangku pelik dan kemudian tawanya meletus membingitkan suasana.Hampeh!.Sajalah ni hendak mengenakan aku.
“Alahai,awak ni Yuri.Percaya saja temberang saya.Muka tu blur je.Comel betullah.”
Blur? Comel?.Tengkorak dia!.Aku hanya mampu menggigit bibir memerhatikan perilakunya.Wajahnya yang putih bersih itu sudah merona merah kerana gelak yang berlebihan.Beberapa pengunjung restoran yang duduk berdekatan dengan kawasan kami berdiri turut sama tergelak melihat telatah dia.Memang tidak tahu malu betul!.
“Suka hati awaklah Encik Daniel Ervin nak cakap apa pun.Saya malas hendak melayan.” Aku terus menuju ke arah meja kotor tadi dan memulakan tugasku.Meletakkan sisa makanan dalam satu bekas sebelum menyusunkan pinggan mangkuk agar bertingkat.Senang untuk diangkat.Kutleri aku letakkan dalam satu mangkuk dan gelas disusun di atas satu dulang plastik hitam.
“Sukanya hati saya bila dengar awak panggil nama penuh saya.Tapi,panggilan encik tu buang sajalah.Nama saya memang sedap,Daniel Ervin.Saya lebih suka kalau awak panggil saya Ervin.”
Dia mula merepek bagai mak nenek seraya menolong aku mengangkat semua pinggan mangkuk yang aku susun tadi untuk dihantar ke tempat membasuh pinggan.Aku memekakkan telinga dan meneruskan kerjaku umpama dia tiada di sisi.
“Em,ke awak nak panggil saya abang dan saya panggil awak sayang?” Hampir terlepas dulang gelas yang aku bawa menggunakan tangan itu ke lantai.Mujur,tidak terjatuh!.Bengong betullah dia ni!.
“Bos boleh tolong diam tak?.Ayik membebel,merepek dan meraban saja daripada tadi.Bos nak saya gunting mulut bos tu ke?!” Sekali lagi aku meninggikan suara sambil menghentakkan dulang gelas tadi di bar,tempat membuat air dan membasuh gelas.Melampiaskan rasa marah.Aku menatapnya dengan renungan maut dan dia buat muka selamba saja.
“Buat apa nak gunting mulut saya.Cacat saya nanti.Kalau awak nak cium,boleh juga.Saya sudi hadiahkan mulut saya dengan senang hati.” Dia tersenyum nakal.
“Gatal,miang,merenyam!.Benci betullah!” Aku tidak dapat menahan geram.Selamba badak saja aku mengatanya.
“Jangan benci,nanti jatuh hati.” Ya Allah,dia ini kalau tidak menjawab tidak sah agaknya.Kalau aku pegang sebilah pisau saat ini,memang aku potong lidah dia.Biar dia bisu terus!.
Aku mengalah,malas bertekak lagi.Semua staf Pizza Star yang melihat aksi aku dengan dia sudah tersengih tidak tentu pasal.Jadi lebih baik aku mendiamkan diri.Kebelakangan ini,Kak Ima,Farah dan Ika sering mengusik aku dengan mengatakan yang Ervin ada hati dengan aku.Dia yang serba sempurna di mata aku kecuali kurang kerana otaknya yang agak biul itu boleh jatuh hati padaku?. Mimpi sajalah.Aku langsung tidak memasang impian seperti itu.Aku sentiasa sedar diri dan tidak mahu berangan di siang hari.
Mereka semua beranggapan Ervin suka pada aku hanya kerana dia suka mengusik aku.Suka mengusik bukan bermakna dia cintakan aku.Kadang kala hubungan antara adik beradik dan kawan baik adalah seperti hubungan aku dengan Ervin.Selalu bergaduh,menyakat dan bermasam muka.Macam aku dengan Firdaus.Tapi,aku bukan adik Ervin pun!.Aku rasa dia betul betul menganggap aku sebagai sahabatnya.Jadi,sebab itulah dia gemar benar menyakatku.
“Ya Allah,sayang berangan apa ni?” Berderau darahku bila merasakan tangannya melekap di atas kepala aku.Dia memandang aku pelik dan senyumannya juga sudah tidak seceria tadi.Dia panggil aku sayang? Dasar lelaki miang!.Pantas saja tangannya aku tolak.
“Bos,boleh tak jangan sesuka hati nak sentuh saya? Saya potong tangan bos nanti!” Sekali lagi aku terjerit kemarahan dan kali ini dia tidak tergelak.Dia mencebik bibir memandangku sebelum menunjukkan tangan kanannya yang molek berbalut dengan sarung tangan plastik berwarna putih.
“Alah,saya sentuh guna sarung tangan.Berlapik.Jangan nak salahkan saya pulak.Siapa suruh awak diam bila saya panggil.Berangan je kerja dia.” Dia menggumam kecil seraya memotong lemon dengan sebilah pisau menjadi hirisan kecil.Langsung dia tidak memandangku.Macam marah saja.Aku terpempam seketika.Betul ke aku berangan? Mengapa aku boleh tidak sedar yang dia memanggil aku atau dia sedang memotong lemom sedari tadi?.
“Amboi,ramai pula yang jadi bartender hari ini.Senanglah kerja akak.”
Sapaan Kak Ifa atau nama sebenarnya Sharifah menyedarkan aku daripada terus mengelamun.Baru aku tersedar yang aku sudah habis membasuh semua gelas kotor dan Ervin pula sudah selesai memotong lemon,limau nipis dan limau kasturi kepada hirisan kecil untuk digunakan sebagai hiasan minuman kelak.Sepatutnya hari itu aku bertugas sebagai servis dan bukannya bartender.
Jadual Pizza Star membahagikan semua stafnya kepada tugas tugas tertentu.Satu shift,akan melibatkan seorang pengurus bertugas,sama ada Ervin,Mak Ngah atau Kak Ayu.Bahagian depan atau dalam bahasa inggerisnya,Front of House (F.O.H) melibatkan empat orang staf servis yang berperanan mengambil oder pelanggan dan membersihkan meja.Seorang bartender yang bertugas menyediakan air dan membasuh gelas juga seorang penyambut tetamu yang berdiri di muka pintu menyambut tetamu yang hadir dan mempromosikan menu.
Sementara staf bahagian dapur atau Back Of House (B.O.H) melibatkan dua orang pembuat pizza.Seorang pembuat pasta dan makanan sampingan yang lain.Seorang pemotong pizza dan seorang pembasuh pinggan.Seorang rider yang bertugas selaku penghantar pizza juga bertugas di bahagian dapur.Shift pagi akan bermula pada pukul lapan pagi hingga empat petang manakala shift petang pula akan bermula daripada pukul empat hingga dua belas malam.Hari ini aku dan Ervin berkerja shift malam.Begitu juga dengan Kak Ifa.
“Takdelah kak.Pelanggan tak ramai hari ni.Sebab tu saya dengan Yuri tolong bersihkan apa yang patut dekat bar ini.” Ervin menjawab seraya melemparkan senyuman ikhlas pada Kak Ifa.Aku yang melihat terpegun seketika.Suka sangat bila melihat dia tersenyum sebegitu.Bukan senyum untuk menyakat aku!
“Terima kasihlah Vin,Yuri.” Kak Ifa yang berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak itu menjawab lembut.Selang beberapa minit,aku dan Ervin sudah keluar daripada bar untuk memberi ruang kepada Kak Ifa melakukan kerjanya.Aku berdiri di satu sudut seraya menunggu mana mana pelanggan yang memerlukan khidmatku.Dia menghampiri dan berdiri di sisi aku.
“Yuri,jomlah...” Dia merengek kecil.Suara manja yang dibuat buat.
“Nak pergi mana?” Aku bertanya malas.Tiada hati untuk menguatkan suara lagi.
“Jom teman saya kira stok dalam freezer.Saya bukan sengaja nak ajak awak.Cuma awak jelah yang tahu bab kira mengira stok ni jika hendak dibandingkan dengan staf lain.Tolong saya ya?”
Alahai,suaranya seperti merayu pula.Macam tidak boleh kira stok bersendirian sahaja.Miss Fatin sebelum ini jarang sekali meminta pertolonganku untuk mengira barang dalam freezer walaupun aku pandai dalam hal tersebut.Terkebil kebil mata tajamnya memandang aku.Pandai betul minta simpati.Aku hendak menolak pun tidak sampai hati.
“Yalah.Jom.” Jawapan aku jelas menyebabkan dia tersenyum hingga ke telinga.
.........................
Freezer atau peti sejuk adalah tempat menyimpan stok sejuk beku yang datang daripada pengilang untuk kegunaan Pizza Star.Freezer yang berada di bahagian hadapan bilik tidur aku atau lebih tepat hostel tempat aku menginap berkeluasan lebih kurang sebuah bilik darjah.Bersuhu kurang daripada empat darjah celcius dan stok di dalamnya sentiasa beku.
Berbeza dengan freezer,chiller adalah sebuah tempat menyimpan stok dengan suhu sejuk yang biasa sahaja.Chiller terletak di sebelah kanan freezer dan ruang chiller lebih kecil berbanding freezer.Suhu yang berbeza digunakan untuk menyimpan stok yang berlainan.Manakala di sebelah kiri freezer pula terdapat sebuah stor kecil yang menyimpan barangan kering Pizza Star.
“Salji.” Aku tersenyum sendirian sebaik saja melangkah masuk ke dalam peti sejuk bersaiz gergasi itu.Tanganku mula menyentuh hablur ais yang terbentuk di permukaan beberapa buah kotak stok menyimpan keju.Aku mengenggam hablur putih itu dan melepaskannya apabila ia cair.Terasa tanganku sejuk sangat saat itu.
“Yuri,jangan bermain dengan ais lah.Nanti tangan awak beku dan kejang.” Dia menegur lembut apabila terlihat aku leka bermain dengan hablur-hablur ais yang berselerakan itu.Aku hanya mencebik bibir dan mendekati dia yang sibuk melihat beberapa kotak barang di sebuah rak.Sibuk saja hendak menegur.Aku baru saja hendak berangan seolah olah bermain salji.
“Bos nak suruh saya kira apa ni?” Aku bertanya apabila dia tidak kelihatan ingin memberikan aku sebarang kerja saat itu.Buang masa saja aku memasuki freezer jika sekadar mahu menemaninya dalam suhu sejuk beku itu.
Dia yang tadinya sedang membongkok mengira sesuatu berdiri menghadapku.Dia menyerahkan aku sebuah fail yang mengandungi nama semua jenis stok dengan bilangan kuantiti yang patut dikira.Aku terkebil kebil seketika.Dia hendak suruh aku kira semua stok ke?
“Pakai ni.Nanti awak kesejukan pulak.” Belum sempat aku hendak bertanya.Dia sudah menanggalkan sweaternya dan menyangkutkannya di belakang tubuh aku.
“Takpelah bos.Saya dah biasa sejuk sejuk ni.Bos pakai jelah sweater ni..” Aku menanggalkan sweater dan menghulurkannya kembali kepada dia.Tidak mahu sebenarnya menggunakan barang dia.
“Jangan degil boleh tak? Awak ingat awak dah biasa duduk tempat salji ke sampai dah biasa dengan suhu macam ni? Saya lelaki.Tahan dengan suhu sejuk.”
Riak wajahnya berubah apabila aku enggan memakai sweaternya.Sekali lagi dia memakaikan sweaternya di tubuhku dan kali ini aku tidak menolak pelawaannya.Takut nanti aku bertengkar pula dengan dia dalam freezer ini.
Selamba saja dia mengutuk aku tidak tahan dengan suhu sejuk.Aku tahulah aku tidak seperti dia yang pernah menuntut pelajaran di negara empat musim.Sudah tentulah dia sudah biasa bermain salji berbanding aku yang hanya mampu menyentuh salji tiruan dalam freezer ini.Huh,yang aku terasa tak tentu pasal ni kenapa pula?!
“Saya kira stok.Awak tulis kuantitinya.”
Dia memberikan arahan dan aku hanya mengangguk bak burung belatuk.Dia mula mengira deretan kotak yang terdapat dalam freezer itu mengikut jenis dan memberitahu bilangannya kepada aku.Aku hanya mencatat dan mengikuti belakangnya.Sesekali aku rasa terbuai dengan haruman yang datang daripada sweaternya.Terasa bagai aku berada dalam pelukan dia pula.Ha,sudah! Jangan berangan boleh tak Yuri!.
“Yuri,awak suka salji ya?” Tanpa sempat berfikir,aku hanya mengangguk anggukkan kepala menjawab soalannya.
“Pernah lihat salji turun daripada langit atau bermain salji?” Dia bertanya lagi.Soalan dia ini memang menyebabkan aku terasa hati.Aku yang berkerja sebagai seorang staf bawahan Pizza Star ini manalah mampu untuk pergi ke negara yang mempunyai musim sejuk.Lainlah macam dia.Bisnes ada.Duit pasti banyak.Bolehlah keluar negara selalu.
“Hei,janganlah diam.Saya cuma tanya je.Awak jangan terasa pulak.” Aku tersenyum kecil apabila melihat wajah dia yang kebimbangan.Macam tahu tahu saja aku sudah terasa dengan pertanyaannya.
“Tak pernah bos.Saya manalah mampu hendak pergi luar negara untuk bermain salji.Hendak melancong ke luar daripada negeri Johor ini pun jarang sekali.” Aku memberitahu ikhlas dan dia kelihatan termenung sejenak.Entah apa yang dia fikirkan.
“Em,kalau saya kahwin nanti saya akan bawa isteri saya berbulan madu dekat negara yang ada musim salji.”
Ha,sudah.Ini yang tak tentu pasal melencong ke hal kahwin dan isteri ini apa kes pula?.Sengajalah tu hendak menunjuk dekat aku yang dia banyak duit.Mampu membawa isterinya berbulan madu di luar negara.Tapi,ada aku kisah ke? Hampeh betullah dia ni!.
“Baguslah kalau macam tu.Untunglah isteri bos.” Aku menyambung malas.
“Daripada keseluruhan negara yang mempunyai musim salji,negara mana yang awak teringin nak pergi Yuri?” Dia tanya lagi soalan yang buat aku panas hati.
“Korea Selatan.” Aku layankan sajalah.
“Sebab?” Dia hendak bersebablah pulak.Sabar sajalah Yuri.
“Boleh jumpa artis Korea.Saya minat drama Korea.” Aku jawab selamba seraya melihat fail stok yang sudah aku kira.
“Okey.” Tiba-tiba dia cakap macam tu sebelum tersengih pada aku.Kening aku sudah bertaut memandangnya.
“Apa yang okey?” Giliran aku bertanya.
“Okeylah.Nanti bila awak kahwin dengan saya,saya bawa awak berbulan madu dekat Korea Selatan.”
Badan aku yang sejuk sedari tadi terasa panas membahang.Dia ini kalau hendak bercakap memang tidak pandai menjaga perasaan orang.Jika aku ini gadis jenis mudah perasan,bukankah susah jadinya.Yalah,nanti aku fikir,dia betul betul pulak hendak kahwin dengan aku.Daniel Ervin yang bermulut manis dan suka bergurau tidak mengira masa dan tempat.Susah betul bila berhadapan dengan lelaki spesies ini!
“Tolonglah bos.Saya malas nak bergaduh dengan bos.Bila nak bercakap dengan saya,tolong serius.Kalau nak bergurau,biar kena topik.Bos mungkin lebih tua daripada saya,tapi itu tidak bermakna yang bos boleh sesuka hati cakap sesuatu yang merepek dengan saya.Saya tak suka dengar.Saya takut nanti akibat kata-kata bos,saya akan membenci bos.”
Entah kenapa,ringan saja mulutku untuk meluahkan semua perkataan itu.Dia yang tadinya tersenyum ceria terus berubah muka menjadi serius.Dia merenungku lama sehinggalah aku sendiri takut dengan renungannya.Aku menundukkan kepala dan hanya memandang hujung kasut hitamku sambil beristighfar dalam hati.Takut juga kalau dia naik angin dan mengatakan aku kurang ajar.
“Awak jangan memandai nak membenci saya.Saya selalu serius dengan apa yang saya cakapkan tapi awak saja yang selalu anggap kata kata saya satu gurauan.Susah betul hendak memahamkan awak tentang perasaan saya.”
Intonasi suaranya seperti menahan geram dan sakit hati.Pertama kali aku mendengar suaranya sebegitu.Apabila aku memandangnya,dia tidak memandangku.Dia kelihatan sibuk mengira stok dan terus diam membisu.Setahu aku,semua stok sudah dikira.Dia hendak kira sekali lagi ke? Atau dia sengaja hendak mengelak daripada bertentangan mata dengan aku?.
Dia kata dia selalu serius dengan apa yang dia katakan dan tidak bergurau.Bagaimana hendak serius jika dia kata dia hendak berkahwin dengan aku dan akan membawa aku berbulan madu di Korea Selatan?.Sejuta kali dia kata serius pun,aku akan anggap kata katanya sebagai satu gurauan.
Yalah,takkanlah dia terfikir untuk berkahwin dengan aku?. Aku ini pipit,dia itu enggang.Aku ini baru saja berumur 18 tahun dan hanya memiliki kelulusan SPM sahaja.Dia pula walaupun baru berumur 23 tahun,sudah mempunyai ijazah dalam bidang pemasaran daripada universiti luar negara.Dia kacak dan kaya.Langsung tidak secocok dengan aku.
Ya Allah,apa yang aku merepek ni!. Jauh sekali memikirkan perkara yang tidak masuk dek akal.Aku bukan gadis perasan!.Jangan cepat perasan Mayurie Rosella walaupun Daniel Ervin melayan kau dengan baik.Kelak maruah kau hanya berada di tepi longkang sahaja.Hidup biar berpaksi pada realiti,bukan fantasi.
P/S:KLIK LIKE IF U WANT MORE.KOMEN ANDA AMAT DIHARGAI.LOVE U ALL.
Published on October 31, 2012 05:56
Crystal Anabella's Blog
- Crystal Anabella's profile
- 80 followers
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
