Crystal Anabella's Blog, page 3

June 20, 2013

NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 23





BAB 23

Sepanjang perjalanan pulang ke Teratak Kasih Ixuna menadah telinga mendengar ceramah percuma daripada Eric.Mujurlah Ariel membawa kereta sendiri,jadi Elya,Reny,Jannah dan Yahya pulang dengan keretanya.Eric buat perangai dengan mengheret Ixuna pulang awal ke rumah.Dia memang panas hati dengan perangai Ixuna yang langsung tidak kelihatan seperti seorang isteri.“Jangan setakat pakai tudung tapi perangai tak tahu nak jaga!” Eric meledakkan kemarahan yang tidak berhabisan sebaik Ixuna menapak masuk ke dalam Teratak Kasih.“Oh,kalau macam tu saya tak perlu pakai tudung dan saya tak perlu jaga perangai saya.”“Susah betul nak cakap dengan perempuan blur macam awak ni.Nak kata tak pandai,awak pandai sangat sampai nenek saya sukakan awak.Tapi perangai dan sikap awak macam orang tak bertamadun.Macam orang takde agama!” Tempik Eric lagi.Ixuna melabuhkan punggung di atas sofa dan memerhatikan Eric yang berjalan ke hulu dan ke hilir dihadapannya.Sudah hilang gelaran sayang dan abang daripada bibir pemuda itu.“Saya bukan pandai sangat pun.Saya kurang ilmu agama.” Ixuna jawab pendek.Sedikit sebanyak kata-kata Eric menyentap tangkai hatinya.Tidak menyangka yang perbuatannya menyanyi di majlis kahwin tadi mendatangkan kemarahan Eric.Jawapan Ixuna menyebabkan Eric terdiam lama.Dia beristighfar dalam hati dan cuba menenangkan diri.Beberapa ketika dia duduk di sisi Ixuna dan menghela nafas panjang.“Sayang,seorang perempuan tak elok menyanyi atau menari di hadapan orang ramai.Takde adab dan  berdosa sayang.Mendedah aurat itu berdosa,suara pun adalah aurat kepada wanita.Tak baik terlalak-lalak di hadapan orang ramai.Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 32. ‘Maka janganlah kamu wahai wanita, melembutkan suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik kandungan dan tatacaranya’” Nasihat Eric dengan suara kecewa.Ixuna diam tidak berkutik mendengar bicara suaminya itu.………………..“Akak okey?” Elya bertanya apabila melihat Ixuna tidak banyak mulut malam itu.“Okey je.” Ixuna jawab ringkas sebelum memaut bahu Elya.Tangan kirinya menjimbit bungkusan sate untuk dibawa pulang ke rumah.Mereka bertiga baru pulang daripada warung Mak Limah yang terletak agak jauh daripada Teratak Kasih.Elya teringin makan sate yang dijual daripada warung itu. Ixuna tidak berfikir panjang.Dia terus mengheret Elya dan Reny berjalan kaki menuju ke warung itu.Ixuna malas memandu kereta kerana ingin mengambil udara malam.Eric dan Ariel pula lewat pulang daripada masjid kerana mendengar tazkirah selepas Solat Isyak bersama Yahya.Jannah di rumah tidak sempat menghalang tindak tanduk cucu dan cucu menantunya.Ixuna bukan seorang gadis yang mendengar kata!“Abang Eric tu sayang dekat akak.Sebab tulah dia marah bila akak menyanyi depan orang ramai tadi.” Reny yang tadi berdiam diri mula berbicara.“Mana Reny tahu yang Abang Eric sayangkan akak?” Soal Ixuna pelik“Abang Ariel cakap.Abang Eric bukan jenis pemuda yang ambil kisah akan hal orang yang dia tak sayang walaupun ada pertalian darah.Mengenangkan akak adalah isteri kesayangan abang Eric,barulah abang Eric bengang dengan akak.” Jawapan Reny membuatkan dahi Ixuna berkerut.Dia isteri kesayangan Eric? Macam tidak percaya saja?! Tapi reaksi Eric siang tadi benar-benar mengejutkan Ixuna.Suaminya itu marah sangat apabila nyanyiannya menjadi tontonan ramai.“Abang Eric bukan setakat marah tapi dia cemburu sebab ramai lelaki usha akak.Yalah,akak kan cantik dan comel sangat.Sebab tulah abang Eric takut akak digoda lelaki lain.” Tambah Elya dan Ixuna sekadar memerhatikan langit.Langit terang dengan sinaran bulan dan ribuan bintang bergemerlapan.Jam tangan menunjukkan pukul sepuluh malam.Suasana sangat tenang dan mendamaikan hati.Ixuna menarik nafas panjang dan menghembusnya berkali-kali.Sangat suka udara segar kampung! Langsung tidak terlintas kata-kata Elya dalam benak fikiran Ixuna.Eric cemburu terhadap lelaki lain yang ingin mendekatinya? Lelaki itu tidak perlu dan tidak patut cemburu kerana daripada awal hati Ixuna memang bukan milik Eric.Apabila berada dalam hening malam,fikiran Ixuna menerawang mengingati Alex.Entah apalah khabar buah hatinya itu.Berapa lama janjinya terhadap Alex boleh bertahan jika sikap ambil berat Eric mula mempengaruhi diri.“Hai cik adik manis.Nak ke mana malam-malam buta ni.” Suara seorang lelaki yang tiba-tiba muncul daripada semak samun mematikan langkah mereka bertiga.Ixuna menarik tangan Elya dan Reny agar membelakanginya.“Oh,inilah anak-anak ayam daripada KL yang bebudak ni cakap tadi.Bergetah siot!” Seorang lagi pemuda 20-an keluar dari semak samun dengan mata yang agak kemerahan.Baru lepas lalok menghisap ganja.“Akak,Elya takut.” Elya menggigil di belakang Ixuna bergitu juga dengan Reny.Tidak sampai dua minit.Berdiri lima orang lelaki di hadapan mereka.Mereka sudah lama mengikut jejak langkah Ixuna.Sejak dari warung tadi.Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang tiga gadis genit itu.Peluang mereka terbuka luas apabila Ixuna,Elya,dan Reny berjalan di kawasan yang sunyi dan jarang dilalui penduduk kampung pada waktu malam.Jika ada rezeki,tiga orang gadis comel itu akan menjadi mangsa mereka.Lima pasang mata memandang tubuh Ixuna dari atas hingga ke bawah.Tubuh yang mengiurkan dan putih gebu.Alangkah beruntungnya mereka jika dapat menjamah tubuh itu.“Fikir ada anjing gila yang mengejar kau orang daripada belakang.Bila ada ruang,kau orang berdua berpegang tangan dan larilah selaju mungkin.Kalau boleh lebih laju daripada larian marathon.Jangan fikir apa-apa kecualilah teruslah berlari ke rumah.Akak akan uruskan hal dekat sini.” Ixuna berbisik perlahan ke telinga Elya dan Reny.Tidak mahu kedua gadis itu ketakutan.“Kita orang takkan tinggalkan akak.Kalau mereka apa-apakan akak macammana?” Reny bersuara tegas.Pelbagai kemungkinan buruk berlegar-legar dalam benak fikirannya saat itu.Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada Ixuna.“Lebih baik akak yang di apa-apakan daripada kamu berdua turut menjadi mangsa.Kamu berdua jangan lupa yang kekuatan akak melebihi kekuatan lelaki.Sekarang siap sedialah untuk lari.Insyaa-Allah,Allah akan melindungi kita.” Ixuna memberi kata-kata semangat dan dua gadis itu angguk-angguk kepala.“Apa yang bisik-bisik lagi tu.Bersedialah cantik.” Salah seorang daripada pemuda itu mula melonggarkan zip seluarnya.Menahan gersang yang tidak terhingga apabila melihat Ixuna.Ixuna tidak tunggu lama,dia mendekati salah seorang daripada pemuda itu dan mula menghadiahkan penumbuk.Apabila ada pemuda yang ingin menerpa Elya dan Reny,Ixuna menghalang.Ditendak dan disepaknya kemaluan mana-mana pemuda yang ada dihadapan.“Sekarang!” Ixuna menjerit nyaring ke arah Elya dan Reny apabila kelima-lima pemuda tadi mula menyerangnya.Dengan air mata yang berlinangan dan rasa terpaksa,Elya dan Reny berpegangan tangan dan memecut laju meninggalkan Ixuna bersendirian.Dalam hati mereka berdua tidak henti berdoa agar Ixuna tidak apa-apa.……………..“Kenapa awak bagi cucu-cucu kita keluar Jannah? Hari dah malam ni.” Yahya bersandar dengan wajah bimbang di atas sofa.Baru pulang daripada masjid Jannah terkocoh-kocoh memberitahu yang Ixuna,Elya dan Reny telah lama keluar rumah dan masih belum pulang.“Elya teringin nak makan sate sebab tu Ixuna bawa dia keluar rumah.” Jelas Jannah dengan perasaan bersalah.Sedari tadi dia berasa tidak sedap hati.“Ixuna ni memang degil betullah! Tak pernah nak dengar nasihat orang!” Eric melempiaskan kemarahan.Hanya Allah yang tahu bertapa bimbang hatinya saat mendengar isteri dan dua orang adiknya tiada di rumah saat itu.Hari larut malam dan tiga orang gadis berada di luar rumah.Berpuluh kali dia menelifon Ixuna namun tiada jawapan.Henpon Elya dan Reny pula tertinggal di rumah.Cuai betul!“Jom Eric kita cari dia orang.Mungkin mereka ada dekat warung lagi.” Ariel mengambil kunci kereta dan mula menapak keluar daripada Teratak Kasih.Namun,langkahnya mati apabila mendengar bunyi tapak kaki manusia menghampiri rumah itu.Mereka semua keluar beranda apabila mendapati Elya dan Reny sedang tercunggap-cunggap di kaki tangga.“Ya Allah,Elya,Reny! Apa yang berlaku?” Tanya Yahya cemas.“Ixuna mana Elya?!” Soalan itu terpacul daripada mulut Eric apabila melihat bayang isterinya tiada di situ.“Ada orang…” Elya tercungap dengan sedu sedan.“Ada lima orang lelaki..” Reny turut sukar mengungkap kata.Lebih kurang 20 minit mereka berlari seperti orang gila,akhirnya mereka tiba di destinasi.Namun hati mereka langsung tidak tenang memikirkan Ixuna yang ditinggalkan di belakang.“Lelaki mana Reny?!” Ariel menggoncang-goncang bahu adik perempuannya itu.“Ada lima orang lelaki tahan perjalanan kami masa balik.Mereka nak buat perkara tak elok pada kami tapi akak lawan.Akak suruh kami lari dan biarkan dia bersendirian.”Berderau darah Eric apabila mendengar jawapan Reny.Tanpa tunggu lama dia merampas kunci kereta daripada tangan Ariel dan memecut laju untuk menyelamatkan isterinya.Roh Eric terasa terbang melayang saat mendengar berita tadi.Dia sebak dan tangannya menggigil.Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Ixuna? Dimana dia saat gadis itu memerlukan perlindungan?Jantung Eric hampir tercabut apabila melihat kelibat Ixuna sedang jalan berlenggang kangkung di sebatang jalan yang agak sunyi.Dia membrek kereta secara mengejut dan menoleh pandang ke cermin sisi.Takut dia salah pandang.Tak,dia tak salah pandang! Perempuan yang berjalan sambil memakan sesuatu itu memang Ixuna.Dia kenal tshirt putih yang dipakai Ixuna petang tadi.Eric bergesa keluar daripada kereta dan mendapatkan isterinya itu.“Ya Allah Eric,terkejut saya! Ingatkan hantu tadi.” Ixuna mengomel sebelum tubuhnya beku apabila Eric merangkulnya erat.Degup laju jantung pemuda itu jelas didengari telinga Ixuna.Mengapa suaminya itu kelihatan cemas sekali? Tubuh Eric pun seakan-akan menggigil.“Sayang okey ke? Sayang tak apa-apa kan?” Eric meleraikan pelukan sebelum membelek tubuh Ixuna daripada atas hingga ke bawah.Tiada pulak sebarang kecederaan pada sebatang tubuh kecil molek itu.“Saya okey jelah.Awak nak sate ni? Sedaplah.Saya tak boleh tunggu sampai rumah untuk makan sate ni.” Ixuna mengajukan bungkusan sate kepada Eric dengan wajah sehabis selamba.“Ixuna kenapa tangan awak calar?!” Satu garisan panjang,kesan kuku seseorang di lengan Ixuna menyebabkan mata Eric membuntang.Nampaknya Ixuna cuba berahsia yang dia  telah bergelut dengan seseorang.Ixuna menelan liur.Baru ingat hendak menyembunyikan kejadian itu dengan wajah selambanya.Tapi kantoi juga dengan Eric.Habislah dia kena bebel!…………….Pulang ke Teratak Kasih,Elya dan Reny menerpa ke arah Ixuna sambil menangis dan memohon maaf.Jannah mencium dahi cucu menantunya itu.Lega apabila melihat Ixuna tidak tercedera. Yahya dan Ariel yang membisu apabila melihat wajah merah menyala Eric yang baru menapak masuk ke dalam rumah.Jelas kelihatan pemuda itu sedang menahan marah.Mereka bertanda tanya tentang perkara sebenar yang telah terjadi.Mengapa cepat sangat Eric pulang daripada menyelamatkan Ixuna?“Kenapa tangan akak calar? Mereka cederakan akak ya?” Elya bertanya dengan air mata berlinangan membelek lengan putih Ixuna.“Calar sikit je.”“Ha yalah calar sikit.Awak sukalah mereka calarkan badan awak.Ke awak suka kalau mereka perkosa awak?!” Eric yang menahan marah sedari tadi mula bersuara nyaring ke arah Ixuna.“Saya dah pesan banyak kali sebelum keluar ke mana-mana tolong minta izin saya.Kalau awak tak nak minta izin saya pun cubalah guna otak sikit.Keluar malam-malam buta macam ni dengan berjalan kaki.Awak ingat kampung ni apa? Kawasan perumahan elit yang ada pengawal keselamatan berjaga setiap lima kaki jalan ke?!”  Kemarahan Eric tidak dapat dibendung lagi.Langsung tidak diendahkan pandangan datuk dan neneknya saat itu.Ixuna diam membisu.Dia tahu semua yang berlaku adalah silapnya.“Eric…sabar cu..Tak baik marah-marah macam ni.” Jannah cuba menenangkan cucunya yang naik angin.Tidak pernah dia melihat Eric marah-marah seperti hari itu.Mungkin Eric terlalu bimbangkan keadaan Ixuna.Sebab itulah angin marahnya meluap-luap.“Tak nek,Eric nak Ixuna tahu yang dia perlu menjaga maruah dia sebagai isteri Eric.Awak tahu tak,kalau sesuatu terjadi pada Elya dan Reny tadi,saya takkan maafkan awak sampai bila-bila!” Bentak Eric lagi.Wajah Ixuna dipandang dengan renungan singa kelaparan.“Saya takkan biarkan sesiapa pun mencederakan atau menyakiti orang-orang yang saya sayang.Saya lebih rela mati daripada biarkan dua orang adik saya disakiti.” Akhirnya Ixuna membuka mulut dan dia mengelus lembut rambut panjang Elya dan Reny yang masih teresak-esak.Sememangnya dia telah menganggap dua gadis itu seperti adik kandungnya sendiri sejak awal lagi.Jannah,Yahya dan Ariel terpempam mendengar kata-kata gadis itu.Belum sempat Eric menyambung kata Ixuna bangun daripada duduk dan berlalu ke bilik.Kepalanya pening apabila mendengar semua jerkahan Eric.Hatinya rasa pilu dan dia sedih!……………..Keesokan harinya,penduduk Kampung Sayang gempar dengan berita penangkapan lima orang penagaih dadah yang terlibat dalam beberapa buah kes samun sebelum ini.Yahya yang kebetulan ke kedai runcit untuk membeli akhbar pagi itu diberitahu yang kelima orang penagih dadah tersebut diberkas dalam keadaan parah dibantai seseorang di sebatang jalan sunyi.Ramai yang membuat konklusi,mereka berlima bergaduh sesama sendiri atau mereka bergaduh dengan kumpulan gengster.Namun,tiada siapa yang kisah jika kelima-lima penagih dadah itu mati sekalipun.Kerana bagi penduduk kampung,kehadiran mereka hanya menggugat keamanan.Jadi,lebih baik mereka diberkas oleh pihak berkuasa atau mati saja.“Isteri kamu memang hebat Eric..” Yahya berbicara perlahan saat mereka sekeluarga berkeputusan untuk berkhelah di Teluk Jason atau lebih dikenali sebagai Jason Bay yang terletak tidak jauh daripada kampung.Saat itu,Yahya,Jannah dan Eric sedang duduk di bawah sepohon Ru dengan beralaskan tikar.Elya dan Reny sedang bersuka ria membuat istana pasir.Sementara Ixuna kelihatan tekun memerhatikan Ariel yang sedang bermain gitar di atas sebuah batu.“Apa maksud atuk?” Mata Eric tidak lari daripada memandang isteri comelnya.Sejak semalam dia dan Ixuna tidak bertegur sapa.Tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan.“Atuk yakin bukan orang lain yang belasah budak-budak penagih dadah tu.Tapi isteri kamulah yang bantai mereka.” Telah Yahya tenang.Daripada tadi dia memikirkan perkara itu dan akhirnya dia teringat akan kata-kata Puan Sri Rihana sewaktu dia dan Jannah bertandang ke majlis pernikahan Eric.Kata Puan Sri Rihana,Ixuna walaupun comel jangan disalah pandang kekuatannya.Gadis itu mahir pelbagai jenis seni mempertahankan diri.Jadi tidak mustahil jika Ixuna mampu mengalahkan lima orang penagih dadah yang sedang lalok dengan hanya mendapat satu calar di tangan.“Saya tak nak menipu atuk sebab saya pun berfikiran yang sama.Ixuna memang bukan sembarangan gadis.Cuma saya tak dapat terima bila dia berfikiran yang dia terlalu kuat hingga dia lupa yang tanggungjawab melindungi dia adalah tanggungjawab saya.” Eric meluahkan perasaan yang terbuku di hati.“Sabarlah Eric.Kamu cuba cakap baik-baik dengan dia.Ixuna tu walaupun susah nak terima nasihat orang,dia tetap berminat untuk mendengar.Manalah tahu kalau kamu tak jemu nasihat dia,dia akan dengar nasihat kamu.Lagipun dia kan isteri kamu.Kamu adalah orang yang paling dekat dengan dia.”Dekat? Ixuna dekat dengan Eric? Mungkin semua orang yang memerhati akan berkata begitu.Namun Eric tidak pernah merasakan yang Ixuna dekat dengannya.Isterinya itu mempunyai banyak rahsia yang disimpan daripada pengetahuan ramai.Lagipun hubungan dia dan Ixuna bukanlah seperti hubungan suami isteri yang lain………………..Ixuna bertepuk tangan sebaik saja Ariel tamat menyanyikan lagu Kosong dendangan Najwa Latif.Udara segar di pantai itu membuang perasaan bengang Ixuna terhadap Eric yang terpendam dari semalam.Lagu percuma daripada Ariel mampu merehatkan otaknya yang banyak berfikir.Ariel kelihatan tersengih-sengih memandang Ixuna yang mengenakan tudung sarung warna hitam saat itu.Tudung dan pakaian yang sangat ringkas.Namun,Ixuna tetap cantik di mata sesiapa pun yang melihat.“Ixuna best tak suara aku?” Tanya Ariel sambil menongkat gitar dengan tangannya.Gitar itu adalah gitar Eric yang sudah lama tersimpan dalam Teratak Kasih.Mengenangkan yang dia sudah lama tidak memetik gitar,sengaja dia membawa alat muzik itu ke tepi pantai untuk melepaskan gian.Ariel tambah senang hati apabila Ixuna sudi mendengar petikan gitarnya itu.“Sumbang betul suara kau.Dahlah nyanyi lagu artis perempuan.Tengok tu,budak tu tadi happy je main air.Bila dengar kau nyanyi terus dia nangis.” Ixuna menjuihkan bibir ke arah persisiran pantai.Ariel menoleh dengan wajah pelik.Kelihatan seorang kanak-kanak dalam usia lima tahun sedang menangis dan berlari ke arah ibunya.Ariel mengetap bibir geram.Agak-agaklah Ixuna cakap budak tu menangis kerana nyanyian dia.Tak masuk akal langsung! Betul cakap Eric,Ixuna kalau tak menyakitkan hati orang memang tak sah!“Wah,cantik betul istana pasir ni!” Dari kejauhan Ixuna dapat mendengar suara ceria Eric yang sedang membantu Elya dan Reny menyiapkan sebuah istana pasir.Ixuna mengecilkan mata dan mendengus geram.Perangai Eric macam budak-budak! Buat dia bengang saja.Suaminya itu langsung tidak mahu memujuknya setelah peristiwa semalam berlaku.Minta maaf pun tidak!Perlahan,Ixuna menapak meninggalkan Ariel dan menghampiri Eric.Pemuda itu sedang bersungguh-sungguh mengaut pasir dengan sebuah penyedok kecil dan mengisikan ia ke dalam baldi.Separuh daripada istana pasir yang berbentuk istana Disney siap terbentuk.Berseni juga tangan Elya dan Reny.Ixuna memuji dalam hati.“Oit budak berhingus,tembok yang awak buat tu tak cantiklah.” Sambil bercekak pinggang Ixuna memberi komen.Serentak dengan itu,Elya dan Reny berpandangan sama sendiri.Siapa budak berhingus? Mereka memandang Eric.Pemuda itu sedang cuba membentuk sebuah tembok pasir bagi mengelilingi istana mereka.“Siapa budak berhingus?!” Eric menghentikan aktivitinya dan memandang Ixuna geram.Baru sekarang teringat untuk menegur suami sendiri? Sedari tadi sibuk sangat melayan Ariel.Eric menahan perasaan cemburu dalam hati.“Awaklah budak berhingus.Sibuk nak tolong Elya dan Reny buat istana pasir,tapi tangan awak langsung takde seni.Bantuan awak hanya mencacatkan istana mereka.” Perli Ixuna dengan senyuman mengejek.Suka betul hati dapat melihat wajah cemberut Eric.“Suka hati sayalah.Awak tak payah nak sibuk.Pergi main jauh-jauh.” Eric tidak endah akan perlian Ixuna dan meneruskan penghasilan tembok pasirnya.Saja hendak merajuk hati.Ada pulak Ixuna menggelar suami sendiri budak berhingus? Kurang ajar betul! Reny dan Elya menahan gelak melihat telatah pasangan itu.Walaupun bermasam muka,mereka berdua masih kelihatan sweet sangat!Ixuna yang bengang kerana provokasinya tidak menarik minat Eric untuk bertengkar,segera memikirkan jalan lain untuk mencari pasal.Beberapa kaki di belakangnya kelihatan sebiji bola plastik yang ditinggalkan oleh kanak-kanak yang menangis tadi.Ixuna tersenyum jahat sebelum menghampiri bola itu.“Eric!” Laung Ixuna kuat.Apabila Eric berpaling matanya membuntang melihat sebiji bola hampir melantun di wajahnya.Dia sempat mengelak dan bola itu jatuh menjunam ke arah tembok istana pasir  yang baru siap dibina.Habis berderai pasir yang diacu molek sebentar tadi.Mujurlah tidak mengenai istana pasir buatan Reny dan Elya.Jika tidak mahu kedua gadis itu melalak.Eric tercengang apabila melihat Ixuna ketawa berdekah-dekah.“Dia ni memang sengaja nak cari pasal!” Eric bangun daripada duduk dan mendengus geram. Belum sempat Elya dan Reny membuka mulut Eric mula menghambat isterinya.Ixuna mengekeh ketawa sebelum lintang pukang melarikan diri.Elya dan Reny ketawa geli hati apabila melihat Eric berjaya menangkap Ixuna dan menggeletek perut gadis itu.Ixuna membalas dan mula membenam kepala Eric dalam air.Mereka kelihatan tertawa ceria dan tidak semasam tadi.“Ouch! Sakitnya!” Ixuna terjerit kecil dengan dahi yang berkerut.Dia yang sedang basah lencun dalam air bersama Eric berhenti daripada terus bergelut dengan suaminya itu.“Kenapa sayang?” Eric berhenti daripada terus menarik Ixuna ke dalam air.Dia memandang cemas wajah isteri comelnya itu.“Rasa macam terpijak sesuatu.” Jawab Ixuna sebelum mengangkat kakinya.Ingin melihat telapak kakinya yang terasa pedih.“Ya Allah.Sayang terpijak kaca ni.Kenapa tak pakai selipar? Cuai betul.Jom pergi letak ubat.” Belum sempat Ixuna menjawab,tubuhnya terapung dalam kendongan Eric.Dia terpegun dan wajahnya membahang.Wajah Eric yang menitis dengan air laut itu dipandang dengan penuh debaran.Mengapa jantungnya berdetak bagai kompang dipalu saat itu? Tiba di tempat Jannah dan Yahya berehat,Eric bergegas mengambil peti kecemasan dalam boot keretanya.Dia mengeluarkan ubat luka dan membalut kaki Ixuna.Ixuna diam tidak berkutik.Dia memerhatikan semua tingkah laku Eric dengan perasaan pelik.“Xuna,lain kali kalau nak main air dekat pantai pakai selipar ya nak.Bahaya.Bukan takut terpijak kaca je.Tapi takut terkena sengat ikan pari.” Jannah mengusap lembut tangan gebu milik Ixuna.Ixuna tersedar daripada terus mengelamun dan memandang wajah nenek tua itu.“Ikan pari?”“Yalah,takkan sayang tak tahu ikan pari? Sengat ikan pari sangat berbisa.Kalau terkena sengat ikan pari,badan manusia boleh lumpuh dan menyebabkan kematian.Pengacara rancangan Crocodile Hunter,Steve Irwin mati disengat ikan pari sewaktu dia buat penggambaran di laut timur Australia.” Beritahu Eric seraya menepuk lembut kaki isterinya.Ixuna angguk-angguk kepala tanda faham.Ixuna memegang dada sebelum memejam mata.Mengapa dia rasa sesak nafas je nih?! Dia bukan kena sengat ikan pari pun!“Sayang,are you okey?” Eric mengusap lembut pipi gebu itu.Bimbang melihat Ixuna yang berdiam diri.“Er..okey.” Ixuna jawab pantas.Dia bangun daripada duduk dan memakai selipar.“Sayang nak pergi mana tu? Kaki sakit kan? Duduk sini jelah.” Eric mengomel apabila melihat isterinya yang tidak pandai duduk diam itu.“Saya tak main air.Cuma nak buat istana pasir dengan Elya dan Reny.” Tanpa memandang wajah Eric,Ixuna berlalu.Dia cuba membuang perasaan resahnya jauh-jauh.Jannah dan Yahya tergelak besar melihat telatah Ixuna,Elya dan Reny.Mereka tidak bermain air atau membuat istana pasir seperti tadi.Tetapi mereka memaksa Ariel berbaring atas pasir dan mereka mula menanam Ariel.Apabila tinggal kepala saja,Ixuna,Elya dan Reny pakat melarikan diri.Ariel mula menjerit-jerit tidak puas hati.Terpaksalah Eric membantu sepupunya itu.Eric geleng-geleng kepala.Kaki isterinya terluka,tetapi isterinya itu aktif sentiasa.Langsung tidak terukir rasa sakit pada seraut wajah comel itu.Nakal sangat!Penat bersuka ria di tepi pantai mereka semua mengisi perut dengan bekalan makanan yang dibawa Jannah daripada rumah.Elya sibuk hendak menanam impian di bawah pokok Ru tempat mereka berteduh.Kononnya ingin meniru filem Crossroad lakonan Britney  Spears yang ditontonnya beberapa malam lepas.Ixuna yang sentiasa menunaikan permintaan adik-adiknya segera membuang air yang terdapat dalam sebuah termos kecil dan mengambil kertas juga pen dari dalam kereta Eric.“Setiap seorang tulis satu impian dan lipat.Lepas tu letak dalam termos ni.” Arah Ixuna sambil mengajukan kertas dan pen kepada Elya.Beria gadis itu menulis sebelum melipas kertas dan memasukkannya dalam termos. Reny,Ariel dan Eric mengikut sama perbuatan Elya.Akhirnya,Ixuna memasukkan impiannya sendiri dan mereka mula menggali tanah sedalam beberapa kaki dan menanam termos impian itu.Yahya dan Jannah hanya melihat kelakuan cucu-cucu mereka sambil geleng-geleng kepala.Malas masuk campur hal orang-orang muda.Mereka berdua lebih selesa memerhatikan ombak yang membadai pantai dan pasir yang keputihan.“Esok kita datang balik sini dan korek.Siapa yang sampai sini dulu,dia boleh lihat kertas impian orang lain.” Kata-kata Ixuna menyebabkan semua orang terlopong.Eric pantas menghampiri isterinya dan meluku lembut kepala gadis itu.Apa punya peraturanlah! Ikut suka dia saja!“Sesiapa pun tak boleh buka termos yang kita tanam tadi selagi belum genap lima tahun.Selepas lima tahun baru kita datang sini sama-sama dan baca impian masing-masing.Janji?” Bicara Eric mengembalikan sinar di wajah Elya dan Reny.“Alahai,kalau umur tak panjang macammana? Ataupun kalau pantai ni dilanda tsunami,habislah termos impian kita?” Soal Ixuna dengan wajah selamba.Dalam hati dia teringin benar melihat impian semua orang.Terutamanya impian Eric!“Dia ni kan..mulut cabul betul!” Sekali lagi kepala Ixuna diluku Eric.Geram betul dengan mulut isterinya yang macam murai tercabut ekor itu.“Aku setuju.Lagipun aku rasa lima tahun cukuplah untuk menggapai impian masing-masing.” Ariel mencelah dengan senyuman penuh makna.“Elya setuju.”“Reny setuju!” Semua pakat setuju dengan kata-kata Eric.Jadi Ixuna mengalah.“Sayang,janji ya takkan buka termos ni sebelum lima tahun berlalu walau apa pun terjadi?” Eric memandang isterinya tunak.Bukan boleh dikira sangat isterinya yang nakal nih!“Okey.Saya janji!” Dengan satu keluhan berat,Ixuna menyangkuk jari kelingkingnya dengan jari kelingking Eric.Pinky promise! Walhal,dia tidak memerlukan tanda yang sebegitu.Bagi Ixuna,sekali berjanji..dia akan tepati.Walaupun dia terasa ingin menggali pasir dan membaca impian Eric saat itu juga dia akan menahan dirinya demi sebuah janji.Eric mengambil peluang untuk berbicara dengan Ixuna apabila melihat isterinya itu berdiri menghirup udara nyaman di persisiran pantai saat mereka sibuk berkemas untuk pulang.Dengan perlahan Eric menghampiri Ixuna dan dia memeluk tubuh genit itu dari arah belakang.Ixuna terperanjat besar namun dia tidak pula menolak pelukan Eric.Dibiarkan saja Eric merangkul erat pinggangnya.Desah nafas pemuda itu yang menampar telinga menyebabkan Ixuna kehilangan bicara.“Abang minta maaf sebab naik angin dengan sayang semalam.” Eric berbisik sambil mencium bahu Ixuna.Keadaan sekeliling lengang tanpa manusia.Kebanyakkan pengunjung pantai itu beransur pulang apabila maghrib hampir menjelma.“Abang bukan nak perkecilkan kekuatan sayang.Cuma abang nak sayang tahu yang diri sayang adalah tanggungjawab abang.Begitu juga dengan Elya dan Reny.Reny tu walaupun adik Ariel.Abang dah sayang dia macam abang sayang Elya.Abang dah anggap Reny macam adik kandung abang sendiri.” Eric meneruskan bicara apabila Ixuna kelihatan membisu.“Abang tahu yang sayang kuat dan boleh melindungi mereka.Tapi abang pun nak sayang tahu yang abang lebih suka sayang jauhkan diri daripada bahaya.”“Maksudnya awak tak yakin yang saya boleh melindungi orang yang saya sayang? Awak ingat saya tak mampu nak kalahkan lima orang lelaki penagih dadah tu? Macam tu?” Kali ini Ixuna membuka mulut bertanya.Ada sedikit perasaan geram dalam tutur bicaranya.“Jangan terlalu yakin dengan kekuatan diri.Sebab kekuatan itu adalah anugerah Allah.Hanya Allah yang memiliki kekuatan berkekalan dan kuasa untuk melindungi hamba yang dia kehendaki.Jika Allah mengkehendaki,kekuatan sayang akan jadi tidak berguna dalam sekelip mata.Semua kebolehan dan keistimewaan sayang adalah milik Allah.Janganlah terlalu riak dan takbur apabila mengatakannya.” Lembut sekali Eric menutur nasihat.Mahu Ixuna faham dengan perkara yang ingin disampaikannya.Ixuna terkedu,sekali lagi kata-kata Eric menusuk kalbu.“Sebelum sayang buat apa-apa cuba sayang fikir perkara yang buruk.Cuba fikir bagaimana keadaan akan terjadi jika semalam sewaktu Elya dan Reny melarikan diri,ada penagih dadah lain yang menahan jalan mereka? Bagaimana jika kepala sayang dihentak oleh seseorang daripada belakang dan sayang tidak sedar diri? Sayang pernah ke fikir kemungkinan ini bila sayang keluar daripada rumah semalam? Sayang fikir tak apa perasaan abang kalau sesuatu yang buruk menimpa sayang?” Pertanyaan Eric menyebabkan fikiran Ixuna menerawang jauh.Tiada salahnya kata-kata Eric itu.Jika sesuatu terjadi kepada Elya dan Reny sewaktu mereka melarikan diri semalam,pasti Ixuna akan menyesal seumur hidup.Ixuna tidak hairan jika dirinya diapa-apakan kerana dia sentiasa yakin dengan kekuatan diri sendiri.Dia yakin yang Allah akan membantunya saat dia memerlukan perlindungan.“Maafkan saya.Saya janji takkan keluar rumah waktu malam lagi dengan Elya dan Reny.” Itu saja jawapan yang terpacul keluar daripada mulut Ixuna.Ixuna merungkai pelukan Eric sebelum dia berhadapan dengan suaminya itu.Dia memegang tangan Eric dan bersedia untuk mengungkapkan sesuatu.Eric memandang wajah comel itu dengan pandangan penuh kasih sayang.Sungguh,dia telah jatuh cinta pada gadis itu!“Eric,Ixuna,atuk ajak balik!” Laungan Ariel dari kejauhan mematikan suasana romantik antara mereka berdua.Eric mendengus kecil sebelum mengukir senyuman.“Jomlah sayang,balik.Hari dah nak maghrib ni.” Eric ingin memimpin tangan Ixuna namun Ixuna menepis.Gadis itu masih merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.“Jangan terlalu menyayangi saya.Kelak,awak akan kecewa dan sakit.” Luah Ixuna sebelum berlalu meninggalkan Eric yang berubah riak.Amaran demi amaran yang ditetapkan Ixuna sebelum berkahwin dulu telah dilanggar pemuda itu.Ixuna melangkah pergi dengan hati yang terluka.Dia tidak tahu mengapa,setiap kali melihat wajah Eric sedih atau bimbang dia seakan-akan berkongsi perasaan itu.Sama dengan perasaan yang dia alami setiap kali melihat Alex sedih atau disakiti dahulu…Mengapa dia boleh ada perasaan sepelik ini sedangkan Eric bukanlah seorang yang penting dalam hidupnya?

P/S:  Bab terakhir in blog.Mansukrip sudah dihantar pada penerbit.Sama2 doa yang K6BJ lulus penilaian dan dapat menemui pembaca tidak lama lagi.Amin~

# kalau nak sy tambah lagi 1 or 2 chap,sila rajinkan diri anda LIKE entry ini.

# 200 like for extra entry.he3 <sila klik like di bawah sekali>

# Terima kasih kepada semua reader yanng support semua karya saya selama ini.

# Alhamdullilah..SSS akan terbit julai ini,sila skrol bawah.



AKAN DATANG JULAI. ONLINE ORDER AKAN DIBUKA PADA 1 JULAI 2013.

SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR - CRYSTAL ANABELLA
ISBN 978-967-365-167-2
RM22.00 / RM25.00

Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam dunia lakonan.

Pertemuan dengan Zyafran, abang kepada seorang sahabat yang memerlukan bantuan menyebabkan Serena jatuh cinta pandang pertama. Dia sanggup mengetepikan kontrak kerja CK dan menjadikan Zyafran suami simpanan. Zyafran yang ingin menolak akhirnya bersetuju kerana terlalu cintakan gadis itu.

Bukan laut namanya jika tiada ombak, sedang seronok diulit keindahan berumah tangga, satu peristiwa menimpa Serena. Dan Serena hilang ingatan. Kedatangan Sam, Aina, Rick dan Faris menambahkan konflik dalam kisah mereka.

“Kerana you bukan superstar. Satu daripada impian terbesar I ialah untuk bersuamikan seorang superstar.”

Mampukah Zyafran bertahan menjadi suami simpanan Serena apabila gadis itu tidak ingat semua perkara yang telah berlaku? Mampukah Zyafran mengembalikan cinta dalam ingatan Serena walaupun gadis itu sentiasa membencinya? Adakah tiada langsung perasaan sayang dalam hati Serena terhadap pemuda yang tidak pernah penat melayan semua kerenahnya? Mampukah cinta mereka berputik apabila nyawa Serena dan CK berada dalam taruhan? Akan setiakah seorang suami simpanan mengharap cinta daripada seorang superstar?



P/S: Please like3 for promotion.TQ~
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2013 18:58

NOVEL: GEMPAK GADIS PIZZA BAB 20,21


BAB 20

Pemandangan yang menghijau bersama bunyi deruan air terjun mengalir jatuh dari puncak gunung menggamit kedamaian dalam jiwaku.Aku menghirup udara segar sambil memejamkan mata untuk merasai kelembutan bayu yang menyegarkan.Sungguh suasana seperti ini amat menenangkan jiwa aku!.
“Wah,nyamannya suasana dekat sini!”
Jeritan kecil Kak Nana tidak jauh dari tempat aku berdiri menyapa pendengaranku.Kelihatan dia mendepangkan kedua tangannya seolah-olah sedang ditiup angin pantai.Walhal,kawasan itu bukan berangin pun.Aku kembali memandang hadapan.Indah sungguh ciptaan Allah.Aku kembali memejamkan mata.
“Hoi,kau termenung apa tu?!” Sergahan Din dari arah belakang memeranjatkan aku.Aku mengurut dada seketika.Aku memandang Din yang selamba menunggang motor EX5 masuk ke dalam kawasan air terjun.
“Kau ni Din,kacau aku jelah!.Wei,boleh pulak kau bawa masuk motor sampai ke sini.Tak kena tahan dengan pak guard ke?” Aku bertanya seraya berpeluk tubuh.
Setahu aku kenderaan hanya boleh diparkir di bahagian luar.Ini tidak,selamba sahaja dia menunggang motosikal hingga mencecah masuk ke kawasan yang bersebelahan dengan air terjun.
“Pagi lagilah Yuri.Pak Guard belum masuk kerja.Itulah bagusnya kita datang awal.”
Din menjawab sebelum kembali menunggang motosikalnya.Kali ini dia memecut ke kawasan hadapan dan kembali berpusing ke belakang.Sempat pula Din memberhentikan basikal di sebelah Kak Nana dan berbual dengan gadis itu.Hendak menguratlah tu.
Aku hanya menggeleng-geleng kepala melihat tingkahlaku sahabatku itu.Mujurlah tiada pengunjung lain di situ melainkan kumpulan kami.Jam baru menunjukkan pukul lapan pagi.Itulah kali pertama aku berkunjung ke Air Terjun Kota Tinggi dalam masa seawal itu.
“Sayang,seronoknya datang sini.”
Sekali lagi aku tersentak apabila satu suara berbisik lembut di cuping telingaku.Tidak perlu aku berteka teki akan gerangan manusia yang suka berbisik itu kerana aku sudah cam sangat dengan suaranya.Siapa lagilah yang hendak memanggil aku sayang jika bukan dia.
Aku memandang wajah tampan yang berdiri di sisiku.Dia tersenyum lebar dan merenungku lembut.Aku memerhatikan dia yang bergaya santai daripada atas hingga ke bawah.Hanya mengenakan sehelai seluar track pendek dan t shirt Converse berleher bulat.
“Apalah yang seronoknya.Awak belum mandi pun.” Aku beralih pandang.Kembali menatap air terjun yang indah mengalir.Cuba membuang rasa pelik yang kerap bertandang apabila dia terlalu dekat dengan aku.
“Eh,saya dah mandi lah Yuri.Cuba ambil bau,wangi kan?” Wajah aku membahang apabila dia sengaja mendekatkan tubuhnya dengan aku.
Aku tahulah dia wangi! Tapi tak payahlah nak dekat-dekat sangat!.Bikin aku tergoda saja!.Aku menolak lembut bahunya daripada terus mendekati aku.

“Maksud saya mandi dalam air terjun nilah.Bukan mandi dekat rumah.”
Aku menyambung kata dan dia mengangguk-anggukkan kepala.Kemudian dia tersenyum nakal.Entah apalah yang dia fikirkan.Yalah,apabila mengunjungi kawasan air terjun,jika tidak mandi manda,maka kuranglah keseronokannya.Ervin ini tidak faham atau sengaja buat tidak faham akan bicaraku?
Tiga hari lepas,kakak Ervin,Dania Farhanah yang pulang bercuti mengajak aku,Ervin,Kak Ima dan Farah untuk mandi manda di air terjun.Kebetulan beberapa orang staf Pizza Star iaitu Aizul,Din,Emir,Kak Ifa,Ika dan Mak Ngah kerja shift petang.Jadi aku mengajak mereka untuk menyertai aktiviti itu bersama.Datin Kasma tidak dapat ikut serta kerana dia mempunyai urusan perniagaan yang perlu diselesaikan.
Lokasi mandi manda kami  ialah Air Terjun Kota Tinggi. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan ideal untuk pengunjung berenang.Din mengajak kami semua bertolak awal daripada rumah agar kami dapat mandi lebih lama di air terjun itu.Sebab itulah kami semua menjadi pengunjung pertama dalam air terjun Kota Tinggi itu.
Aku,Kak Ima dan Farah bertolak pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki kereta Ervin.Kak Nana memandu keretanya sendiri.Din dan Emir,rider Pizza Star menunggang motorsikal.Manakala Kak Ifa,Ika dan Mak Ngah menaiki kereta Aizul.Jarak antara Pizza Star dengan air terjun itu dekat sahaja.Jadi pengangkutan tidaklah sesukar mana.
“Awak nak mandi dekat bahagian mana? Dekat atas ke dekat bawah?”
Pertanyaan Ervin menyedarkan aku daripada terus tenggelam dalam menghayati keindahan yang berada di depan mata.Disebabkan air terjun itu seperti bertingkat tingkat melintasi beberapa kolam air yang cetek dan dalam,pengunjung boleh memilih di kawasan manda pengunjung ingin mandi.
“Em,saya nak mandi dekat situ.” Aku mengajukan jari telunjukku ke arah kawasan air terjun mengalir deras menghempas batu.
“Boleh ke mandi dekat situ?” Dia seperti teragak-agak.Comel sekali wajahnya ketika itu.
“Bolehlah.Jom.” Aku tersenyum seraya menarik tangannya.Dia terkebil-kebil memandang aku dan aku tersentak.
Terus terlepas pegangan tanganku pada tangannya.Kenapa pula aku menarik tangannya?.Gila kau Yuri!.Untuk mengelakkan rasa malu yang menggunung aku terus berlalu dan meninggalkannya di belakang.
Setibanya di kawasan yang aku tunjuk tadi,aku meletakkan beg di atas sebuah meja yang disediakan untuk kegunaan pengunjung air terjun itu.Farah,Kak Ima,Kak Nana,Mak Ngah,Ika dan Kak Ifa yang tadinya menapak di belakang aku turut meletakkan beg mereka.Terukir riak teruja di wajah masing-masing.Kali terakhir aku ke air terjun itu bersama staf Pizza Star adalah lebih kurang enam bulan lepas.Terasa gian untuk berendam dalam air yang jernih lagi sejuk di hadapan mataku itu.
“Yuri,jom turun!” Kak Nana menarik tanganku agar mengikutnya masuk ke dalam air.Baru sahaja beberapa tapak aku melangkah,tangan kiriku ditarik oleh seseorang dari arah belakang.Dahiku mula berkerut apabila melihat gerangan orang yang menarik tanganku.
“Akak pergilah mandi dulu.Vin ada hal sikit nak cakap dengan Yuri.” Amboi,serius pulak dia berkata-kata.Kak Nana melihat adiknya sekilas sebelum tersenyum senget ke arah aku.Segera dia melepaskan tangan aku dan mengikut staf Pizza Star yang lain masuk ke dalam air.Aku merentap tangan aku daripada terus dipegang Ervin.
“Ada hal apa nak cakap dengan saya? Saya nak mandi ni.” Aku bertanya seraya berpeluk tubuh memandangnya.Dia memandang aku daripada atas hingga ke bawah sebelum mengeluh kecil.
“Nak mandi dengan pakaian macam tu?” Dia bertanya dengan muka tidak puas hati.Salah ke kalau aku mandi air terjun dengan sehelai t shirt dan seluar jeans pendek hip hop yang emak tidak suka itu?.“Kenapa,tak boleh ke?” Aku bertanya dia soalan lain.
“Bukannya tak boleh.Masalahnya awak memakai sehelai t shirt bewarna putih.Awak nak semua orang nampak susuk tubuh dan pakaian dalam awak bila awak masuk dalam air tu.”
Aku terkedu dan wajah terasa membahang.Baru menyedari kesilapan yang telah aku lakukan.Bagaimanalah aku boleh terlupa yang aku memakai sehelai t shirt bewarna putih saat itu.Tapi aku rasa tidak perlulah dia hendak menyebut bab pakaian dalam aku pula.Tak tahu malu betullah Ervin ni!.“Er...saya tak perasan.” Aku menundukkan wajah.
Mengelak daripada bertentangan mata dengan dia.Rasa malu sangat!.Mujurlah semua sahabatku yang lain sudah mandi manda dan berada dalam kedudukan yang agak jauh daripada kami.Jadi,tidaklah mereka mendengar perlian Ervin terhadap aku.
“Ada bawa pakaian bewarna hitam tak?” Dia tanya lagi.
“Takde.Baju yang sehelai lagi pun warna putih.” Aku menjawab jujur.Baju yang aku simpan dalam beg untuk persalinan selepas mandi  juga bewarna putih.
“Ya Allah dia ni,suka sangat warna putih.Tahulah kulit awak tu putih macam kapas.Tapi tak perlulah semua pakaian pun nak warna putih.”
Kali ini aku terasa sedikit bengang dengan perliannya.Bukan aku sengaja hendak membawa pakaian bewarna putih.Aku main sumbat sahaja dalam beg subuh tadi.
Apabila aku mengangkat kepala dan ingin memprotes kata-katanya,dia sedang menyelongkar beg sandangnya.Sehelai t shirt Adidas bewarna hitam dihulurkan kepada aku dan aku terpinga-pinga.
“Pakai t shirt saya ni untuk keselamatan.Warna hitam dan sedikit besar untuk membaluti tubuh awak.Saya ada bawa baju lebih.Jadi jangan bimbang yang saya tak berbaju bila balik nanti.”
Ervin berkata selamba.Aku dengan berat hati menyambut baju itu.Seperti dia tahu yang aku bimbang jika dia tidak mempunyai baju gantian lain untuk persalinan selepas mandi nanti.
“Akak,jomlah mandi!” Jeritan Ika yang sedang berenang mematikan niat aku untuk terus berbicara dengan Ervin.
Pantas aku menyarungkan t shirtnya di atas tubuhku yang sudah berbaju itu dan aku mula melangkah masuk ke dalam air.Aku sempat melihat dia menggeleng-geleng kepala melihat tingkah laku aku.
Kesejukan air terjun itu membuatkan aku menggigil walaupun aku baru saja mencecahkan kaki ke dalamnya.Batuan kecil yang berteraburan menjadi lantai air terjun itu.Aku berhati-hati melangkah ke kawasan air terjun mengalir kerana batu batuan tersebut amat licin.Jika tersilap langkah mungkin akan tergelincir dan menyebabkan kecederaan.
Staf Pizza Star yang lain sudah seronok berendam dalam air.Ada yang mandi di kawasan aku berdiri dan ada yang memilih untuk mandi berjauhan dari situ.Ika yang memanggil aku tadinya sedang sibuk berborak dengan Kak Nana sambil berbaring dalam air yang cetek.Aku meneruskan langkah sebelum tubuhku hampir melayang ke dalam air.
“Mata tu pandang bawah.Jangan pandang tempat lain! Nanti jatuh kepala terhentak dekat batu.”
Ervin menarik tanganku seraya membebel apabila aku nyaris tergelincir di atas satu batu besar yang menuju ke kawasan air terjun mengalir.Licin betul!.Aku mengurut urut dada tanda terkejut dengan bantuannya itu.“Licinlah.Saya nak pergi situ.”
Aku mengajukan jariku ke arah sebiji batu besar yang berada tidak jauh di hadapan kami.Air terjun mengalir deras menghempas batu itu dan aku teringin sekali duduk di bawahnya.Ervin menghulurkan tangannya dan aku dengan teragak-agak berpaut pada tangan itu.Dengan berhati-hati kami berdua melalui beberapa batuan yang licin hingga tiba di tempat yang aku tunjukkan tadi.
Setibanya di batu besar tersebut,aku melabuhkan punggung dengan senyuman lebar hingga ke telinga.Deruan air terjun yang mengalir menghempas seluruh tubuhku membuatkan aku terasa seperti sedang diurut.Ervin duduk di sebelah aku dan dia mempamerkan wajah ceria seperti aku.Kami berdua sama-sama basah dijirus air terjun yang mengalir galak tanpa henti itu.Aku tersenyum memandangnya dan dia juga begitu.
Rambutnya yang dibasahi air,membuatkan aku rasa dia ini seksi sangat!.Mujurlah dia masih berpakaian lengkap sewaktu berada dalam air.Jika dia tidak memakai baju mungkin aku akan pengsan melihatnya.Ah,apa yang aku merepek ni?!
Beberapa ketika kami bertatapan mata.Namun,entah kenapa Ervin tiba-tiba saja memalingkan wajahnya.Dia berdehem kecil dan berhenti daripada terus merenung aku.Pipinya yang putih itu kelihatan merona merah.“Hei,awak tak lemas ke buat macam tu?” Aku menarik tangannya apabila dia menadah wajahnya tepat di bawah air terjun yang mengalir laju itu.Jika sekejap saja aku tidak kisah.Ini sudah lebih daripada seminit.Tidak tentu pasal bos aku lemas pulak.
“Taklah.Saya pandai berenang.” Jeritan kecilnya yang melawan bunyi deruan air membuatkan aku tergelak kecil.Berenang dengan menadah wajah agar disimbah air yang mengalir berterusan adalah dua perkara yang berbeza.Berapa lama sangatlah manusia boleh bertahan tanpa bernafas dengan oksigen.
“Awak tak sejuk ke duduk dekat sini lama-lama?!” Dia bertanya dengan intonasi tinggi apabila aku mendiamkan diri.
Mungkin dia pelik sebab aku boleh bertahan lama duduk di bawah deruan air terjun itu.Sedangkan semua staf Pizza Star yang lain sedang berenang dan mandi manda di kawasan yang airnya agak tenang.
“Sejuk tapi saya suka.Duduk dekat bawah jirusan air terjun ni rasa macam sedang berurut!” Aku  menjerit menjawab soalannya.Bunyi air terjun yang menjirus tubuh kami seperti bunyi hujan batu jatuh ke bumi.
“Ha,awak suka saya urut awak?!” Dia bertanya dengan muka selamba.
Sengaja buat-buat tidak dengarlah tu.Namun,aku tahu dia hendak mengenakan aku.Segera saja aku ajukan penumbuk di wajahnya dan dia tergelak gembira.Suka sangat mengusik!.




BAB 21
Setelah puas membasahkan diri di bawah aliran air terjun itu,aku dan Ervin naik ke atas dan mendapatkan sahabat kami yang sedang makan-makan.Semua staf Pizza Star yang berkunjung ke air terjun Kota Tinggi bersama Kak Nana sedang enak menjamu selera.Kak Ifa sempat menyediakan semangkuk besar mi goreng daripada rumahnya.
Kak Nana pula membeli makanan dan minuman daripada KFC yang terdapat dalam kawasan air terjun itu.Aku dan Ervin turut sama mengisi perut yang sedang kelaparan sebelum meneruskan aktiviti mandian kami.
Kali ini aku tidak lagi mandi di kawasan air terjun mengalir deras tetapi aku mengikut Ika,Farah dan Kak Ima pergi ke kawasan kolam air yang agak dalam.Kolam air itu mengalir dengan air terjun yang tenang daripada puncak gunung.Aku membasahkan diri yang hampir kering tadinya,dengan cara menyelam,berenang dan mengapungkan diri.Beberapa orang sahabat lelakiku bermain air tidak jauh daripada kawasan kami mandi manda.
“Kak Yuri,jom kita selamkan Aizul nak?”
Emir Hood,staf Pizza Star yang bertugas sebagai pembuat pizza tiba-tiba saja berbisik di telinga aku.Emir sebaya dengan Ika.Jadi dia memanggil aku kakak.Aku mengerling ke arah Aizul yang sedang belajar berenang gaya kuak lentang dengan Din.Aku menahan gelak melihat gaya renangan yang entah apa-apa itu.
“Okey.” Aku mengangkat ibu jari sebelum membisikkan rancangan mengena itu kepada Ika,Farah dan Kak Ima.Mereka semua bersetuju dan dengan perlahan mula mengelilingi kawasan Aizul berenang.
Aizul yang sedang asyik dengan aktiviti renangannya langsung tidak perasan akan kehadiran kami.Apabila aku berdiri di belakangnya yang sedang menghadap ke arah lain,segera saja aku menekan bahunya dengan kedua tanganku agar dia masuk ke dalam air.Ketika dia sedar yang aku sedang berusahan menyelamkan dia,Emir,Din dan yang lainnya mula menarik segenap tubuhnya agar tenggelam dalam air.
Aku menjauhkan diri apabila Aizul mula meronta ronta ingin melepaskan diri daripada orang yang cuba menyelamkannya.Selepas bergelut dengan Emir dan Din,Aizul berjaya melepaskan diri.
Kami semua tergelak besar apabila melihat wajah Aizul yang merah padam dibasahi air kerana tidak cukup oksigen untuk bernafas.Aku cepat melarikan diri apabila Aizul mula berenang ke arah aku.Pasti dia ingin membalas perbuatan aku.
“Ish,dia ni.Selamkan orang lain dia pandai.Bila orang lain nak selamkan dia,dia takut pulak.”
Ervin membebel apabila aku bersembunyi di belakang tubuhnya.Kebetulan sewaktu aku cuba melarikan diri dalam air tadi,dia berada di hadapanku.Jadi,lebih baik aku menjadikan dia sebagai tembok penghadang sebelum Aizul melemaskan aku.
Aku ketawa mengekek apabila Aizul membatalkan niatnya apabila melihat aku bersama Ervin dan dia berenang ke arah Emir pula.
“Vin,ambil ni!”
Jeritan kecil Kak Nana daripada arah tembok batu yang memisahkan kawasan air terjun dan kawasan rehat membuatkan aku berpaling ke atas.
Kak Nana melemparkan sebuah pelampung besar bewarna oren kepada adiknya.Kemudian dia melemparkan beberapa buah pelampung lagi kepada staf Pizza Star yang lain.Pelampung itu di sewa dengan harga sebuah sepuluh ringgit oleh perkhidmatan air terjun tersebut.
“Nana,terima kasih sewakan kami semua pelampung.Sayang awaklah!.” Din yang umurnya sebaya Ervin menjerit ke arah Kak Nana.Kak Nana yang berada di atas tersipu malu dan aku tersenyum lebar.Alahai Kak Nana,dengan Din pun boleh terpikat ke?.
Kak Nana mempunyai sikap yang peramah.Walaupun Ervin baru saja memperkenalkan dia kepada semua staf Pizza Star,Kak Nana dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka.Perangainya itu lebih kurang sama sahaja dengan Ervin.
Selang seminit,Kak Nana kembali masuk ke dalam air bersama sebuah pelampung bewarna biru.Dia menuju ke arah Ika dan Mak Ngah yang sedang mencuba menaiki gelongsor air dengan sebuah pelampung.
“Yuri,jom naik gelongsor tu,nak tak?” Ervin mencuit bahu aku apabila aku leka melihat gelagat Kak Nana.“Okey.Jom.”
Aku dan Ervin bergerak dalam air menuju ke kawasan gelongsor bewarna biru itu.Nampaknya,semua staf Pizza Star yang berkunjung ke air terjun itu sama berminat untuk bermain gelongsor apabila mendapat pelampung pemberian Kak Nana.
Mereka semua menunggu giliran untuk bermain gelongsor air mengikut arahan lifeguard di situ.Gelongsor tersebut mengalir dengan air terjun dan bentuknya bergelung seperti ubat nyamuk.Apabila pengunjung menggunakan gelongsor itu mereka akan bergerak secara berpusing-pusing sebelum masuk ke dalam air di bahagian bawah.
Semua pelampung yang disewa Kak Nana adalah jenis pelampung yang boleh diduduki oleh dua orang.Kak Nana menggunakan pelampung itu bersama Ika dan meluncur laju menuruni gelongsor air itu.
Aku dan Ervin menggunakan satu pelampung dan mengikuti aksi mereka.Sepanjang menuruni gelongsor itu aku terjerit menahan seriau dan Ervin menggelakkan aku.Tiba saja di penghujung gelongsor itu,pelampung  terbalik dan kami berdua tenggelam dalam air.
“Yuri,awak okey?!” Ervin menggapai tanganku apabila melihat aku tercungap cungap timbul daripada permukaan air.Dia menarik tangan aku agar mendekatinya.
“Okey.” Aku meraup muka yang basah dengan air beberapa kali.Hidung terasa perit kerana dimasuki air.Ervin memerhati aku untuk beberapa ketika sebelum dia tergelak kecil.
“Comel betullah sayang saya ni.Hidung macam badut.Dah merah semacam.” Selamba saja dia mencuit hidungku dan aku menepis tangannya kasar.Comel macam badut? Bodoh ke apa Ervin ni?!.
Selang beberapa saat kami berdua menapak kembali ke kawasan aku menyelamkan Aizul.Ervin mengajak aku untuk menaiki gelongsor air sekali lagi,namun aku menolak permintaannya.
Aku lebih suka berenang dan mengapungkan diri dalam air.Tidak sanggup menanggung perit apabila air memasuki hidung saat tenggelam tadi.Akhirnya aku hanya memerhatikan Ervin menaiki gelongsor air itu bersama Kak Nana.Banyak kali juga dua beradik itu berulang alik daripada bahagian atas ke bahagian bawah untuk bermain gelongsor air.Seronok betul gaya mereka berdua.
“Akak,tengok lifeguard yang berdiri atas batu tu.Hensemlah!” Sedang aku asyik melihat wajah riang Ervin dari jauh,Ika tiba-tiba saja menarik tangaku dan berbisik.Aku menoleh pandang ke arah yang dikatakan Ika.Tidak jauh dari tempat aku dan Ika berendam,kelihatan seorang pemuda berkulit sawo matang yang tidak berbaju dan hanya mengenakan sehelai seluar pendek berdiri atas sebuah batu besar.Dia sedang memerhatikan kawasan air terjun itu dengan sebuah goggle tersarung dimatanya.Aku memerhatikan tubuhnya yang agak tegap itu.Boleh tahan hensem walaupun tubuhnya tidak mempunyai six pack.
“Hensem.Badan pun boleh tahan.” Aku memberi komen dengan nada miang.
Aku dan Ika mengekek ketawa sebelum memanggil Kak Ima dan Farah.Mereka berdua turut sama menelek pemuda lifeguard itu daripada jauh.Kalaulah pemuda itu tahu yang kami berempat menelek dia,mungkin dia akan bangga diri.
“Wah,tu kalau dapat peluk,best tu Yuri.” Farah mengeluarkan ayat gatalnya dan aku hanya mampu tergelak.“Badan dia tak mantaplah Yuri.Akak rasa badan bos kita lagi mantap.”
Penyataan Kak Ima yang lari daripada topik itu membuatkan gelak aku semakin besar.Aku tahulah yang badan Ervin memang mantap habis walaupun aku tidak pernah melihat dia tanpa baju.Yalah,kali lepas sewaktu dia menanggalkan kemejanya dan hanya bersinglet aku sudah dapat melihat susuk tubuhnya yang sasa.Jika dia tidak berbaju mahu aku pengsan!.
“Bahaya kak badan yang mantap sangat ni.Tak sesuai dengan badan kita.”
Jawapan aku menyebabkan mereka semua ketawa besar dengan wajah yang kemerahan.Hampeh,fikir perkara kuninglah tu!
Apa yang aku maksudkan ialah,seorang pemuda yang berbadan mantap ala-ala model tidak sesuai untuk berpasangan dengan gadis yang badannya seperti aku.Macam ugly and the beast pulak!.
“Kenapa pulak tak sesuai?”
Satu suara bertanya dan aku hampir saja menjawab.Namun, aku segera menutup mulut apabila Farah menyiku lenganku.Apabila aku berpaling ke belakang,kelihatan wajah Ervin yang agak masam dan wajah Kak Nana yang sedang tersengih-sengih.
Ish,mereka berdua ini macam hantu pulak!.Selalu muncul secara mengejut!.Mereka berdua dengar ke perbualan aku tadi?
Aku tidak menjawab pertanyaan Ervin dan memalingkan wajah ke arah lifeguard tadi.Belum sempat aku atau yang lainnya membuka mulut,kami semua dikejutkan dengan aksi lompat backflip daripada lifeguard itu.Aku terlopong dan tanpa sedar aku bertepuk tangan bersama Ika,Kak Ima dan Farah.
“Hebat betul!” Aku memuji tanpa mengendahkan wajah Ervin yang sudah berubah di sisiku saat itu.“Yuri,cuba tengok sana.Dia tengok kitalah!”
Farah terjerit kecil seraya memandang lifeguard yang sudah muncul dari permukaan air itu.Memang dia sedang memandang kami dan dia melemparkan sebuah senyuman manis.Kami semua ketawa miang  atas perkara yang langsung tidak lawak itu.
Aku melopong apabila terlihat lifeguard itu mengeyitkan matanya ke arah aku.Eh,biar betul?! Ke aku salah pandang?.“Kak,dia kenyit mata dekat akaklah.Peluang baik ni kak.Boleh mengurat!”
Selamba badak sahaja Ika berkata dan tawa aku meledak kuat.Nampaknya aku tidak silap pandang.Memang pemuda itu cuba bermain mata dengan aku.Gila apa perempuan nak mengurat lelaki.Aku bukanlah terdesak sangat untuk berpasangan.Gelak kami berlanjutan apabila lifeguard itu kembali memanjat sebiji batu besar dan sekali lagi melakukan aksi backflip.Pasti dia perasan yang kami semua memuji kehandalannya melompat secara terbalik dalam air tadi.“Perasan baguslah tu.” Kami semua terdiam apabila Ervin membuka mulut.
Kak Ima dan yang lainnya kelihatan menahan gelak sebelum mereka semua bersurai daripada terus berkumpul memerhatikan lifeguard itu.Aku terkebil-kebil memandang wajah Ervin yang masam mencuka merenung aku.Eh,dia tidak puas hati dengan aku ke?.
“Dia bukan perasan bagus.Memang dia bagus.” Aku bersuara perlahan.Agak kurang senang dengan ayat yang dilemparkan Ervin tadi.Ingat senang ke nak buat backflip?
“Apa awak cakap Mayurie Rosella?” Ervin menghadang aku dengan tangannya apabila aku cuba berlalu ke tempat lain.Aku merenungnya sekilas dan  tersenyum mengejek.
“Saya cakap dia memang bagus sebab pandai buat backflip.Awak pandai ke?” Pertanyaan aku jelas menyebabkan wajah dia bertambah bengang dan dia mendengus kasar.
“Awak tengok siapa yang lebih bagus.” Dia mengajukan dua jarinya ke arah mata aku.Gaya seperti hendak  mencucuk mata aku.Gila betul Ervin ni!.



P/S:mAAF SEBAB DAH LAME X SAMBUNG GGP,~ enjoy your reading and please like and drop a comnment.
+ Kalau ada reader yang bernama Siti Nor Aini,<reader yg baik hati buatkan blog ni>,tolong pm akak dekat FB ye dek.akk nak bagi adek gift.+Akk tengok fb adek deactivated je.lau adek bace entry ni,tolong pm akk ye.mekasih :)
* Berita baik,SSS akan menemui pembace pade julai ini.. sila lihat bawah



AKAN DATANG JULAI. ONLINE ORDER AKAN DIBUKA PADA 1 JULAI 2013.

SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR - CRYSTAL ANABELLA
ISBN 978-967-365-167-2
RM22.00 / RM25.00

Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam dunia lakonan.

Pertemuan dengan Zyafran, abang kepada seorang sahabat yang memerlukan bantuan menyebabkan Serena jatuh cinta pandang pertama. Dia sanggup mengetepikan kontrak kerja CK dan menjadikan Zyafran suami simpanan. Zyafran yang ingin menolak akhirnya bersetuju kerana terlalu cintakan gadis itu.

Bukan laut namanya jika tiada ombak, sedang seronok diulit keindahan berumah tangga, satu peristiwa menimpa Serena. Dan Serena hilang ingatan. Kedatangan Sam, Aina, Rick dan Faris menambahkan konflik dalam kisah mereka.

“Kerana you bukan superstar. Satu daripada impian terbesar I ialah untuk bersuamikan seorang superstar.”

Mampukah Zyafran bertahan menjadi suami simpanan Serena apabila gadis itu tidak ingat semua perkara yang telah berlaku? Mampukah Zyafran mengembalikan cinta dalam ingatan Serena walaupun gadis itu sentiasa membencinya? Adakah tiada langsung perasaan sayang dalam hati Serena terhadap pemuda yang tidak pernah penat melayan semua kerenahnya? Mampukah cinta mereka berputik apabila nyawa Serena dan CK berada dalam taruhan? Akan setiakah seorang suami simpanan mengharap cinta daripada seorang superstar?
p/s:tolong klik like for promotion.tq~
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2013 18:46

June 19, 2013

NOVEL: SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR by Crystal Anabella terbitan Fajar Pakeer




P/S: Alhamdullilah..akhirnya SSS akan terbit di pasaran.Mekasih kepada semua pembaca yang support karya2 saya selama ini.i love u all~ cube beri pendapat pasal cover kat atas ni..cantik x??? he3.

AKAN DATANG JULAI. ONLINE ORDER AKAN DIBUKA PADA 1 JULAI 2013.

SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR - CRYSTAL ANABELLA
ISBN 978-967-365-167-2
RM22.00 / RM25.00

Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam dunia lakonan.

Pertemuan dengan Zyafran, abang kepada seorang sahabat yang memerlukan bantuan menyebabkan Serena jatuh cinta pandang pertama. Dia sanggup mengetepikan kontrak kerja CK dan menjadikan Zyafran suami simpanan. Zyafran yang ingin menolak akhirnya bersetuju kerana terlalu cintakan gadis itu.

Bukan laut namanya jika tiada ombak, sedang seronok diulit keindahan berumah tangga, satu peristiwa menimpa Serena. Dan Serena hilang ingatan. Kedatangan Sam, Aina, Rick dan Faris menambahkan konflik dalam kisah mereka.

“Kerana you bukan superstar. Satu daripada impian terbesar I ialah untuk bersuamikan seorang superstar.”

Mampukah Zyafran bertahan menjadi suami simpanan Serena apabila gadis itu tidak ingat semua perkara yang telah berlaku? Mampukah Zyafran mengembalikan cinta dalam ingatan Serena walaupun gadis itu sentiasa membencinya? Adakah tiada langsung perasaan sayang dalam hati Serena terhadap pemuda yang tidak pernah penat melayan semua kerenahnya? Mampukah cinta mereka berputik apabila nyawa Serena dan CK berada dalam taruhan? Akan setiakah seorang suami simpanan mengharap cinta daripada seorang superstar?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 19, 2013 23:45

June 14, 2013

NOVEL :KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 22


BAB 22“Ya Allah,cantiknya kau Xuna!” Mata Ariel membulat apabila memandang sebatang tubuh langsing yang molek berkebaya merah jambu bersulam benang emas.Dengan kulit gebu kemerahan,rambut ikal mayang paras pinggang,hidung yang mancung dan bibir merah merekah,Ixuna kelihatan seperti puteri bangsawan yang berbaju tradisional melayu ketika itu.Untung betul Eric kerana dapat isteri yang cantik seperti Ixuna.Tiba-tiba saja Ariel berasa cemburu.“Abang,akak cantik sangat kan? Macam puteri dalam cerita dongeng.” Elya dan Reny yang sama berkebaya mengapit sisi Ixuna.Eric yang berdiri tidak jauh dari situ hanya mendiamkan diri. “Apalah sangat bagusnya menunjukkan kecantikan pada manusia yang tak sepatutnya berbanding menunjukkan kecantikan yang dinilai oleh Allah.”Ixuna yang tadinya tidak sabar menunggu pujian daripada suaminya mengetap bibir geram mendengar jawapan berbisa Eric.Sah-sah Eric memerli dia.Dia tidak menyangka yang usahanya bersolek seperti itu langsung tidak menarik perhatian Eric.Sedikit sebanyak hatinya terguris.Suaminya kelihatan selamba menonton televisyen dan tidak endah untuk melihat dirinya.Petang itu,Jannah dan Yahya mengajak mereka semua berkunjung ke rumah jiran yang berada di hujung kampung .Jiran mereka itu mengadakan kenduri kahwin anak perempuan mereka.Eric menahan geram dan cemburu dalam hati.Tidak suka melihat kecantikan Ixuna dilihat lelaki lain walaupun Ariel.Bagi Eric kecantikan Ixuna hanya untuk tatapan persendirian dia sahaja.Namun,dia tidak mampu memaksa isterinya itu.Tipulah kalau dia cakap Ixuna tidak cantik.Bagi Eric tiada perempuan yang lebih cantik dalam dunia berbanding isteri comelnya.“Cucu nenek ni dah comel,tapi kalau pakai tudung mesti lagi cantik dan menawan.” Jannah yang menyedari wajah cemberut Ixuna segera mendapatkan cucu menantunya itu.Ixuna terkebil-kebil memandang seraut wajah tua itu sebelum dia memegang rambutnya.Dia termenung sejenak,menjeling Eric sekilas dan bergegas masuk ke dalam bilik tidur.Tidak sampai sepuluh minit,Ixuna keluar dari bilik dan dia terus menuju ke arah suaminya yang berada di ruang tamu.“Abang,macam ni okey tak?” Ixuna berdiri di sisi Eric yang tidak memandangnya.Apabila Eric mengangkat kepala ,dia terpana.Matanya membulat melihat keindahan wajah di hadapannya.Isteri comelnya kelihatan ayu bertudung sarung warna merah jambu pekat dengan taburan batu swarovsky di sekelilingnya.Jantung Eric berhenti bergerak seketika.Tidak menyangka yang isterinya begitu cantik!“Abang,okey tak Xuna pakai macam ni?” Ixuna bertanya lagi.Bimbang jika pemakaiannya masih tidak kena di mata Eric.Eric baru tersedar daripada terus merenung Ixuna dan dia berdehem kecil.Dia bangun dari duduk dan berdiri di hadapan Ixuna.Hati Ixuna berdebar-debar apabila Eric merenungnya tajam.“Bidadari pun tidak dapat menandingi kecantikan sayang.Sayang abang nampak cantik sangat.Lebih cantik daripada melihat ratusan bunga yang kembang mekar dan lebih cantik daripada melihat gugusan salji turun dari langit.” Eric berbisik lembut di telinga isterinya.Ixuna tidak dapat menyembunyikan senyuman gembira.Pujian Eric membuatkan dia rasa riang tidak tentu pasal.Belum sempat Ixuna menyambung kata wajah Ixuna merah padam apabila bibir Eric selamba mendarat di pipi gebunya.Suaminya itu sekarang semakin berani menyentuhnya! Tapi,Ixuna tidak rasa hendak marah dengan perbuatan Eric itu.Dia rasa senang hati pulak!“Jomlah Eric,Xuna gerak.Malam nanti baru sambung aksi romantik kamu berdua dalam bilik.” Teguran Yahya menambahkan merah di wajah Ixuna.Eric sekadar tersenyum sumbing.Langsung tidak terkesan dengan perlian datuknya itu.Hati dia bahagia melihat isteri comelnya berhijab.Dia memanjat kesyukuran ke atas Ilahi kerana membuka pintu hati Ixuna untuk menutup aurat.…………….Suasana di rumah Puan Rosnani meriah dengan kedatangan ratusan tetamu yang dijemput hadir bagi meraikan majlis perkahwinan anak bongsunya,Sharifah.Sebaik tiba di majlis kenduri kahwin itu,Jannah dan Yahya mendapatkan Rosnani dan suaminya Rasyid.Biasalah jiran sekampung,semua mempunyai ikatan sillaturrahim yang kukuh.Elya,Reny dan Ariel tidak tunggu lama.Terus menyerbu khemah makanan.Macam orang tidak pernah makan sahaja gaya mereka bertiga.Sementara Eric merenung Ixuna tidak puas-puas sejak daripada Teratak Kasih lagi.Ixuna memandang sekeliling dengan senyuman lebar.Kelihatan orang ramai bersalaman dan berbual mesra.Set karaoke dipasang di sebelah khemah makanan yang bertaut dengan kain merah dan hijau.Warna yang terang dan menarik perhatian.Pelbagai lagu didendangkan untuk menghibur pendengaran para tetamu yang hadir.Ixuna membelek dirinya daripada atas hingga ke bawah sebelum tersenyum lagi.Mujurlah dia berkebaya dan tidak berjeans atau bertshirt.Tidak menyangka yang semua perempuan dalam majlis itu mengenakan pakaian tradisional melayu seperti baju kurung dan kebaya.Hanya lelaki yang berpakaian bebas tetapi masih menutup aurat.“Sayang termenung apa lagi tu? Tak nak makan ke?” Tangan Ixuna diraih lembut.Eric melihat isterinya itu seperti sedang mengelamun.Ixuna memandang Eric sebelum mengangguk-angguk kepala.Dibiarkan saja suaminya itu memimpin tangannya ke khemah menjamu selera.Eric dan Ixuna berdiri di deretan makanan yang dihidang secara buffet.Terdapat nasi minyak dengan lauk ayam masak merah,daging lembu masak hitam,daging kambing masak kurma,aca nanas,pudding caramel dan air buah-buahan.Mengikut pandangan Eric,majlis yang diadakan itu boleh dikira berkos tinggi juga buat orang kampung.“Saya nak ambil semua makanan ni boleh?” Terkebil-kebil mata Ixuna memandang wajah Eric sambil memegang pinggan polisterin.Eric yang melihat wajah comel itu menahan gelak.“Perut sayang tu kecil je okey.Jangan tamak nak ambil makanan banyak-banyak.Ambil sikit je dulu.Nanti tak habis makan,membazir.Kalau tak cukup nanti baru tambah.” Jawab Eric sambil mengusap lembut pipi kanan Ixuna.Ixuna angguk-angguk kepala sebelum mula mengambil makanan dengan agresifnya.Mata Ariel,Elya dan Reny membulat apabila melihat sepinggan penuh makanan yang dibawa Ixuna.Gadis itu melabuhkan punggung di sisi Elya berhadapan dengan Eric yang menggeleng-geleng kepala.Susah betul hendak bercakap dengan isteri comelnya yang macam tak faham bahasa melayu itu.Orang kata jangan ambil makanan banyak-banyak,diangkutnya sebanyak yang boleh pulak! Sabar jelah!“Akak larat ke nak habiskan semua makanan ni?” Tanya Elya sambil melihat pinggan Ixuna yang dipenuhi semua jenis makanan.Tidak cukup dengan itu,Ixuna turut mengambil dua mangkuk pudding caramel dan dua cawan jus laici.Mengapa dua dan bukannya satu? Apabila Elya memandang ke arah Eric,abangnya itu juga ada makanan dan minuman yang sendiri? Maknanya dua bahagian makanan yang diambil Ixuna itu adalah untuk dirinya seorang!“Kita perlu makan dengan banyak untuk meningkatkan tenaga batin.” Jawapan Ixuna menyebabkan Ariel dan Eric sama-sama tersedak air yang diminum.Wajah Elya dan Reny kemerahan sementara Ixuna beriak selamba dan memulakan suapan.“Apa yang kau dah buat kat Ixuna ni bro? Semangat sekali nak menguatkan tenaga batin bagai? Suruh dia minum air kacip Fatimah jelah.” Ariel berbisik di telinga Eric sebelum sepupunya itu menyiku perutnya kuat.Ariel mengaduh kesakitan dan tergelak kecil.Eric memandang Ixuna sekilas sebelum menghela nafas pendek.Dahlah blur dan tak pandai dengar nasihat orang.Mulut main lepas cakap ikut sukahati dia saja.Tapi..Ixuna tetap comel! Dia tahu yang Ixuna langsung tidak berniat tentang satu perkara pun yang diperkatakannya.Mungkin gadis itu membicarakan fakta yang dipelajarinya sebelum ini.“Hai Eric,dah lama tak nampak you.You bila balik sini?” Sedang mereka rancak makan dan berbual,seorang perempuan datang menyapa Eric.Ixuna melihat gadis yang berkebaya ketat tanpa tudung itu dari atas hingga ke bawah.Cantik dan seksi.Badan lentik habis.Cuma..mukanya macam tua sikit.Mungkin perempuan itu berusia awal 30-an.“Oh,Diyana,I baru je balik sini.You balik kampung untuk datang majlis kerja kahwin adik you ke?” Wajah Eric berubah apabila melihat muka Diyana.Boleh terlupa pulak yang Diyana adalah anak sulung kepada Puan Rosnani.Eric beristighfar dalam hati apabila melihat baju yang dipakai gadis itu.Macam sarung nangka!“Yalah.Takkanlah I nak balik kampung suka-suka.I banyak kerja dekat KL tu.Ini pun I balik sebab mak sibuk suruh I balik.” Dengan tergedik-gedik Diyana menjawab pertanyaan lelaki idamannya itu.Lelaki yang digilainya sejak dahulu lagi.“Gila betullah dia ni.Makan macam raksasa.” Ariel langsung tidak mempedulikan kedatangan Diyana.Dia lebih berminat memerhatikan Ixuna makan hingga licin semua makanan yang diangkut tadinya.Eric turut tercengang melihat isterinya itu.Ada saka ke apa sampai boleh makan dengan begitu banyak? Badan dahlah kecil molek je? Astagfirullahal-Azim…apa yang kau merepek ni Eric! Ixuna membasuh tangan dengan kendi yang terdapat di atas meja.Ariel berbaik hati menuangkan air ke atas tangan gadis itu.Tisu dihulurkan dan Ixuna mengelap mulut.Dia bersandar pada kerusi dengan senyuman puas.Perutnya yang lapar sudah diisi dengan penuh! Sekarang dia banyak tenaga! Eric masih tercengang melihat isterinya itu.Teruk betul perangai! Lain kali dia tidak mahu membawa Ixuna ke majlis kahwin orang.Bukan apa,takut isterinya itu menghabiskan makanan sebelum orang lain sempat makan!“You dah makan Eric?” Diyana bersuara lagi apabila Eric kelihatan tidak mengendahkannya.“Dah.” Buta ke apa? Tak nampak ke pinggan polistrin dengan sisa makanan yang terdapat di hadapannya? Bentak Eric dalam hati.“Ketatnya kain dia.Tak takut koyak dekat bahagian punggung ke?” Pertanyaan Ixuna ke arah Reny dengan suara yang agak kuat menyebabkan Diyana berhenti daripada ingin berbual lanjut dengan Eric.Dia memandang gadis comel yang bertudung merah jambu itu lama.Siapakah gadis itu? Adik Eric ke? Setahunya Eric hanya mempunyai seorang adik perempuan iaitu Elya.Reny adalah adik Ariel.“Boleh I tahu you ni siapa? Kawan Elya dan Reny ke?” Diyana bertanya dengan nada ingin tahu.Dia memaafkan gadis comel itu akan kebiadaban bicaranya sebentar tadi kerana Diyana memikirkan Ixuna masih budak-budak hingusan.“Oh Diyana,I lupa nak kenalkan..this is my..”  Bicara Eric mati begitu sahaja apabila Ixuna bangun daripada duduk dan berlari keluar daripada khemah makanan.Dia terkejut besar dengan reaksi isterinya itu.Namun Eric pantas tergelak apabila melihat Ixuna khusyuk memerhatikan rombongan pengantin lelaki yang sedang diarak dengan kompang tidak jauh daripada situ.Ingatkan kenapalah tadi! Bikin dia cemas saja.Eric,Ariel,Elya dan Reny meninggalkan Diyana dan mengikuti jejak Ixuna.“Wow,sedapnya!” Ixuna terjerit kecil dengan wajah yang begitu girang.Eric yang telah berdiri di sisi gadis itu berkerut dahi.“Apa yang sedapnya sayang? Tak habis dengan makanan dia ni ek?”“Bukan makananlah.Bunyi kompang sedap..Eh sedap? Bukan sedap tapi indah dah best.” Ixuna membetulkan ayat dan menghayati bunyi paluan kompang yang bergema di segenap penjuru itu.Bunyi itu agak bingit namun bisa menggembirakan hatinya.Bunyi yang menggambarkan perasaan gembira dan kemeriahan majlis itu.Eric tidak memberi sebarang respon terhadap kata-kata Ixuna yang kedengaran pelik.Dia membiarkan Ixuna melihat dan menghayati suasana itu.Sedikit sebanyak Eric berasa terkilan kerana tidak mengadakan majlis perkahwinan gaya kampung sewaktu dia berkahwin dengan Ixuna dulu.Dia fikir Ixuna adalah gadis bandar yang sukakan perkahwinan penuh kemewahan dan glamour.Namun,Eric tersilap perhitungan.Hanya dengan majlis seperti ini,Ixuna mampu mengukir senyuman mekar.Senyuman mekar yang membuatkan jiwa Eric melayang-layang saat memerhatikan gadis itu.“Eric,awak tak pandai bersilat ke?” Pertanyaan Ixuna mematikan lamunan Eric.“Bersilat? Pandai sayang.Kenapanya?” Belum sempat Eric mendapatkan jawapan daripada Ixuna,tubuhnya di dorong kuat ke hadapan oleh isterinya itu.Eric terkedu bila mendengar orang ramai bersorak.Di hadapannya kelihatan pengantin lelaki sedang duduk di sebuah kerusi sambil dikipas oleh pengapit.Aduhai,macammana dia boleh tidak sedar yang pengantin lelaki telah tiba di perkarangan rumah dan disambut oleh persembahan silat! Mana-mana penduduk kampung yang berminat boleh berhadapan dengan pengantin lelaki dan menunjukkan bunga silatnya.Adat melayu yang menjadi ikutan hingga sekarang.Eric..yang kau pergi cakap pandai bersilat dekat Ixuna,kenapa? Masaklah kau sekarang!“Abang,you can do it!” Jeritan Ixuna dengan wajah ceria tidak jauh dari tempat Eric berdiri membuatkan pemuda itu bersemangat serta merta.Pantas saja dia membuka langkah silat yang pernah dipelajari di sekolah menengah dahulu.Walaupun tidak berapa mahir,Eric tetap mahu melakukan perkara yang mampu menggembirakan Ixuna.Selesai bersilat tidak sampai seminit,Eric bersalaman dengan pengantin lelaki sebelum berlalu mendapatkan Ixuna.“Macammana dengan gaya abang bersilat? Okey tak?” Tanya Eric dengan wajah berseri-seri ke arah Ixuna.“Macam poyo…Saya rasa saya mampu bersilat jauh lebih baik berbanding awak.” Apabila orang lain tidak mendengar,Ixuna kembali memanggil Eric dengan gelaran saya dan kau.Eric terpempam,bicara Ixuna mampu menjatuhkan semangatnya dalam sekelip mata.Mengapa isterinya itu langsung tidak tersentuh dengan apa yang dia tunjukkan?Ixuna menahan gelak apabila melihat wajah Eric yang berubah kosong.Tidak menyangka yang suaminya itu sensitif orangnya.Dia yang tadi berlalu ke bahagian hadapan segera mendekatkan diri dengan Eric. “Walaupun gaya awak bersilat sangat poyo,awak tetap menjadi pensilat yang paling istimewa di mata saya.Sebab bila orang lain yang bersilat,saya langsung tak teruja untuk melihat.” Ixuna menepuk lembut bahu Eric yang terkebil-kebil memandangnya.Tidak sampai sesaat keceriaan kembali terpamer di seraut wajah tampan itu.“Nakal ya? Suka sangat buat orang terasa hati.” Eric menarik hidung mancung Ixuna sebelum memaut erat bahu isterinya.Lega rasa hati mendengar ungkapan Ixuna yang dia tidak tahu ikhlas atau tidak.Mereka berdua terus menyaksikan pengantin lelaki diarak untuk masuk ke dalam rumah pengantin perempuan.Punyalah susah hendak bersanding,banyak sangat adat yang perlu diikuti.Bebel Eric dalam hati.“Eric,banyak ke duit yang dia orang bagi?” Ixuna bertanya apabila melihat sekumpulan perempuan memagar pintu rumah pengantin perempuan dengan tubuh mereka.Menghalang rombongan pengantin lelaki daripada masuk ke dalam.Mereka meminta bayaran tol daripada rombongan pengantin lelaki sebelum memberikan laluan.Beberapa ketika pengapit pengantin lelaki kelihatan mengeluarkan banyak sampul kecil seperti sampul duit hari raya dan mengagihkannya kepada perempuan-perempuan itu.Kata Eric adat orang kampung di negeri Johor kebanyakkan memang begitu.Sebelum membenarkan pengantin lelaki melangkah masuk ke dalam rumah pengantin perempuan,mereka perlulah membayar tol terlebih dahulu.“Kalau sayang nak tahu,sayang pergilah minta sampul duit tu.” Kali ini giliran Eric mendorong tubuh isterinya ke hadapan.Wajah Ixuna merah padam apabila dia hampir terlanggar pengantin lelaki yang ingin memasuki rumah.Perempuan-perempuan yang memagar laluan tadi telah ke tepi setelah mendapat bungkusan duit masing-masing.Kini hanya Ixuna yang menghalang lalu lintas pengantin lelaki.Ixuna mengetap bibir sambil menjeling Eric yang ketawa berdekah beberapa kaki disisinya.Suka hati betul dia!“Pokok senduduk dan pokok semalu,segar kehijauan di bawah sinaran rembulan,pihak tuan masih tidak boleh lalu,kerana masih ada tol yang memagari jalan.” Pantun spontan daripada Ixuna menyebabkan Eric melopong.Bukan itu sahaja bahkan rombongan pengantin lelaki tersenyum-senyum melihat gadis yang menghalang laluan mereka itu.Pihak pengantin perempuan yang tidak mengenali Ixuna,mula berbisik sesama sendiri.“Dari hulu klang ke hulu langat,bawa kenderaan laju-laju,setakat bayar tol apalah sangat,jika dapat melihat bidadari salju.” Pantun empat kerat merepek yang diutarakan oleh pengapit pengantin lelaki menyebabkan perkarangan rumah gamat dengan sorakan orang ramai.Tidak pernah dibuat orang,hendak masuk ke rumah pengantin kena berpantun bagai.Ingat hendak masuk meminang ke apa?! “Buah nangka dan buah cempedak,jatuh menghempap rimbunan dedalu,pengantin lelaki nak bersanding atau tidak,cepatlah bayar tol dan saya akan berlalu.” Ixuna mana pernah mengaku kalah.Dia buat muka selamba dan masih memagari jalan.Akhirnya,pengantin lelaki yang berpakaian serba hijau menarik keluar sepuluh sampul kecil daripada poket pengapitnya dan menyerahkan sampul itu kepada Ixuna.Jika dibiarkan gadis comel itu berbalas pantun dengan pengapit,mungkin sampai ke malam mereka masih berdiri di luar rumah pengantin perempuan.Ixuna tersenyum lebar sebelum berlalu ke tepi.Pengapit pengantin lelaki sempat mengeyit mata gatal ke arah Ixuna sebelum masuk ke dalam rumah.“Yeah! Saya dapat!” Ixuna melayang-layangkan sampul duitnya di hadapan Eric yang berwajah cemberut.Bengang betul apabila melihat ada lelaki yang ingin bermain mata dengan isteri comelnya.Berdesing telinga Eric sebentar tadi apabila pemuda yang berbalas pantun dengan Ixuna mengatakan isterinya itu umpama bidadari salju.Dia tahulah isterinya itu putih gebu.Tapi tak perlulah nak pandang lebih-lebih!“Sayang,abang tak suka..”“Ha,50 sen je?” Kata-kata Eric mati begitu sahaja apabila Ixuna menunjukkan syiling 50 sen yang dikeluarkan daripada sampul yang didapati sebentar tadi.Wajah ceria Ixuna berubah mendung tiba-tiba.“Habis tu sayang ingat dia orang nak isi berapa ringgit duit dalam sampul tu?”“Paling kurang 50 ringgit! Tak pun lima ratus!” Eric segera menekup mulut Ixuna apabila merasakan suara isterinya itu sangat nyaring.Dia tidak mahu mendapat malu dengan sikap kebudak-budakkan Ixuna itu.“Sayang,muflislah pengantin lelaki kalau satu orang yang pagar rumah tu nak kena bayar lima ratus ringgit.Sayang ingat dia orang jutawan ke?” Soal Eric perlahan.Kasihan pulak melihat wajah comel yang mula mengeluarkan semua syiling 50 sen daripada sepuluh sampul yang diperoleh dan disusun atas telapak tangan.“Em..tapi saya malu sebab nak kena berpantun tadi.Patutnya dia orang bayar saya mahal.” Protes Ixuna tidak puas hati.Mula mempamerkan muncung itiknya.Pertama kali dalam hidup dia memagar perjalanan pengantin lelaki dan meminta bayaran tol.Ini semua Eric punya pasal! Wajah suaminya ditenung dengan perasaan bengang.“Okey,abang yang salah.Nanti abang bayar dekat sayang lima ribu ringgit sebagai bayaran sayang memagar jalan tadi.Macammana?” Tawaran Eric membuatkan senyuman kembali bertandang di wajah itu.“Ini yang saya suka ni.” Ixuna menyeringai sebelum menyerahkan ke semua duit syilingnya kepada seorang kanak-kanak yang kebetulan melintas di situ.“Ha,mana duitnya?” Pantas sekali Ixuna menadah tapak tangan di hadapan Eric.Eric menahan gelak.“Duit tu abang nak bagi dekat sayang,tapi sayang kena pulangkan dekat abang semula.”“Kenapa pulak?”“Yalah,abang pun nak bayaran lima ribu ringgit daripada sayang sebab sayang paksa abang bersilat tadi.Ini kali pertama abang bersilat di hadapan pengantin.” Jawapan Eric menyebabkan Ixuna melopong.“Eric,awak penipu!” Geram betul Ixuna dengan gelagat suaminya itu.Saja hendak memperbodohkan dirinya! Eric mengekeh ketawa melihat wajah cemberut Ixuna.Materialistik betul! Tanpa disedari perlakuan pasangan itu diperhatikan oleh seseorang.Ixuna dan Eric hanya mengintai daripada luar pengantin bersanding dalam rumah.Pada mulanya,mereka berdua ingin masuk dan melihat daripada dekat mempelai itu.Namun,orang ramai terlalu sesak dalam rumah.Jadi Eric dan Ixuna membatalkan niat mereka.Setelah kaki penat berdiri di tepi tingkap,Ixuna dan Eric bergerak menghampiri khemah orang yang sedang rancak berkaraoke.Pelbagai lagu perkahwinan dinyanyikan.Ixuna menggoyang-goyangkan kepala perlahan sambil bertepuk tangan riang.Eric yang melihat sekadar tersenyum simpul.“Sayang,abang nak pergi tandas sekejap.Sayang tunggu sini ya?” Ixuna angguk-angguk kepala mendengar kata-kata Eric.Eric sempat mengusap kepala isterinya sebelum berlalu ke belakang rumah.Mengenangkan Eric pernah bertandang ke rumah Puan Rosnani sebelum ini,dia tidak mempunyai masalah untuk menuju ke tandas.Melalui pintu belakang yang terbuka Eric melangkah masuk ke dalam rumah batu itu.Beberapa orang wanita di dapur sedang sibuk membungkus makanan untuk diagihkan kepada orang ramai bagi dibawa pulang ke rumah.Eric sempat tersenyum ke arah makcik-makcik kampung itu yang masih mengecam wajahnya sebelum terus ke tandas.Selesai qada hajat Eric bergegas keluar rumah.Ingin mendapatkan isterinya.Namun langkahnya dihalang oleh seseorang.“Eric,you tak cakap lagi dengan I siapa budak tadi tu?” Wajah Diyana kelihatan bengang saat itu.Terngiang-ngiang di telinganya yang Eric memanggil gadis comel tadi dengan panggilan sayang.Mengapa Eric melayan gadis itu dengan begitu mesra? Setahu Diyana Eric bukanlah lelaki yang mudah melayan perempuan seperti Ariel.“Oh,I lupa nak cakap.Perempuan yang you cakap budak tu adalah isteri I.Nama dia Rania Ixuna.” Jawapan Eric menyebabkan Diyana terpempam.Wajahnya yang tadi agak kemerahan bertukar pucat.Eric sudah berkahwin? Lelaki kegilaannya telah berkahwin dan dia tidak tahu?!“You jangan nak tipu I.Bila you kahwin? Kenapa I tak tahu pun? I tengok budak tu macam sebaya adik you je? Takkan you kahwin dengan budak bawah umur?” Seperti machine gun mulut Diyana bertanya.Dia berpeluk tubuh menanti jawapan daripada Eric.“I tak tipu you.I baru je kahwin,tak sampai sebulan pun.I ada beritahu datuk dan nenek I suruh beritahu keseluruhan orang kampung ni yang I nak kahwin dan jemput mereka hadir.Tapi mungkin orang kampung ni ramai tak kenal I dan KL pun agak jauh untuk pergi.I pasti nenek I ada cakap dekat mak you pasal I nak kahwin.Mungkin mak you lupa nak beritahu you.” Panjang lebar Eric menjawab.Dipandangnya gadis sebayanya itu dengan pandangan meluat.Dia masih ingat yang Diyana pernah meluahkan perasaan cinta terhadapnya tiga tahun lepas dan dia menolak perasaan gadis itu bulat-bulat.Waktu itu dia dan Ariel sering bertandang ke kampung untuk melawat Jannah dan Yahya.Setiap kali datang gadis itu akan bertandang ke Teratak Kasih dengan membawa pelbagai jenis kuih muih.Dia dan Ariel langsung tidak menyentuh kerana bimbang terkena buatan orang.Dia bukan berfikiran negatif cuma mengambil langkah berjaga-jaga.Eric kurang suka dengan sikap gedik Diyana yang selalu membangga-banggakan kerjanya sebagai penjaga butik di Kuala Lumpur.Hendak balik ke kampung pun apabila dipaksa oleh ibunya,Puan Rosnani.Eric tahu serba sedikit tentang gadis itu melalui Jannah.Jannah dan Yahya sendiri tidak suka jika Eric atau Ariel berbaik-baik dengan perempuan seperti Diyana.Mungkin ada yang tidak kena tentang perempuan itu dimata datuk dan neneknya.“Ha,I lupa nak cakap,isteri I tu bukan bawah umur.Dia dah 25 tahun.Cuma muka dia tu babyface sangat.Sebab tu I kahwin dengan dia cepat-cepat.Takut dia dikebas lelaki lain.”Eric tersenyum mengena sebelum berlalu meninggalkan Diyana yang wajahnya masam mencuka.Eric kembali bergerak ke kawasan khemah karaoke.Ingin mendapatkan Ixuna.Senyuman yang tadi terukir di bibir hilang begitu saja apabila mendengar sorakan orang ramai di hadapan khemah karaoke.Eric terasa nafasnya sesak dan wajahnya membahang menahan marah apabila melihat isteri comelnya sedang rancak menyanyi lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Saloma sambil menggerak-gerakkan badan di hadapan orang ramai.Tamat saja Ixuna menyanyi,orang ramai bertepuk tangan dan para pemuda bersiul gatal.Eric mengetap bibir geram.“Malangnya you dapat isteri yang bandar sangat macam perempuan tu.Buat malu saja.” Diyana yang perasan wajah bengang Eric sempat menyindir.Eric mendengus geram sebelum cepat mendapatkan Ixuna yang baru keluar daripada khemah karaoke.Kelihatan isterinya itu disapa oleh ramai orang.Macam artislah pulak!“Bestlah suara akak.Macam suara Britney Spears!” Reny menyeringai sambil memegang tangan Ixuna.Elya dan Ariel turut mempamerkan senyuman gembira apabila melihat persembahan Ixuna sebentar tadi.Sebenarnya,Ixuna bukanlah berminat untuk berkaraoke.Namun,seorang makcik sibuk menolaknya masuk ke dalam khemah itu dan menyuruh dia menyanyikan sebuah lagu untuk suka-suka.Jadi,Ixuna nyanyi sajalah.Dia tidak menyangka yang suaranya disukai ramai.“Ixuna,awak buat apa?!” Sergahan Eric menyebabkan mereka berempat terdiam.“Saya tak buat apa-apa.Baru selesai berkaraoke.” Jawab Ixuna tanpa perasaan bersalah.“Jom balik.Sekarang!” Eric membentak sebelum mengheret tangan Ixuna meninggalkan majlis kerja kahwin itu.Dalam sekelip mata mood gembiranya hilang begitu saja.


P/S: 2 BAB SEBelum hold.Alhamdullilah manuskrip K6BJ dah siap n dah dihanta pada penerbit.Ade rezeki...terbitlah nanti.Mekasih pada semua pembaca yg support K6BJ selama ni.-sAME2 doa yang K6BJ lulus penilaian n cepat diterbitkan~-100 likes 4 next entry.-rajin2 komenlah ye.love u all~




1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 14, 2013 06:59

May 22, 2013

TRAILER NOVEL SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR

SILA KLIK LINK DI BAWAH BAGI MENONTON TRAILER NOVEL SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR DI YOUTUBE.

INSYAAALLAH NOVEL INI AKAN TERBIT TIDAK LAMA LAGI.
<lau terbit nantu sy akan war2kan dalam blog dan facebook :)>
<thanks 4 all readers yang support sy slame ni,love u all!>

http://www.youtube.com/watch?v=F8ffK-yHlZk
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 22, 2013 03:05

May 17, 2013

TRAILER NOVEL PELAKON CINTA & MR.G


SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MENONTON TRAILER NOVEL PELAKON CINTA & MR.G DI YOUTUBE.THANKS~

http://www.youtube.com/watch?v=PuuyGfFBf5s
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2013 01:46

May 2, 2013

NOVEL :KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 21



BAB 21“Eric,cuba tengok isteri kamu tu.Jauh termenung dekat depan pintu.Pergilah berbual dengan dia,cuaca pun sejuk malam malam ni.Jangan bagi Xuna duduk lama-lama dekat situ.” Jannah berbicara lembut pada cucunya apabila melihat wajah sugul Ixuna yang duduk di muka pintu sambil memandang keindahan langit malam.Eric yang tadinya sibuk berbual dengan Ariel di ruang tamu mengerling isterinya sekilas.Peristiwa petang tadi telah menyebabkan dia dan Ixuna tidak bertegur hingga sekarang.Sedikit sebanyak dia terguris dengan sikap Ixuna.Mengapa gadis itu menganggapnya begitu asing? Langsung tiada ruangkah untuk dia berbaik dengan isterinya sendiri?“Pergilah abang pujuk kak Xuna tu.Elya dan Reny nak berbual dengan dia pun,dia malas nak layan.” Elya menguis siku Eric dengan jarinya.Abangnya itu masih tidak bergerak di ruang tamu. Eric mendengus kecil sebelum menjeling Elya.Ixuna merajuk dengan dia? Dia langsung tidak percaya.Eric  bangun dari duduk,masuk ke dalam bilik tidur,mengambil selimut dan menuju ke pintu masuk Teratak Kasih.Ariel,Elya dan Reny tersengih-sengih melihat gelagat Amir.Namun mereka berpura-pura berbual dan tidak melihat apa yang Eric hendak lakukan.Sama juga keadaannya dengan Yahya dan Jannah yang duduk bersama cucu-cucu mereka di ruang tamu.Mereka cuba tidak membuat bising,ingin memberi peluang agar pasangan yang baru berkahwin itu mendapatkan sedikit privasi dalam perbualan.“Sayang,kenapa duduk dekat sini? Tak sejuk ke?” Eric menyapa lembut apabila tiba di belakang Xuna.Xuna tidak menjawab ataupun memandang wajah suaminya itu.Dia asyik merenung bintang yang bertaburan dan leka dalam renungan jauhnya.Eric menggigit bibir.Dia ni buat-buat tak dengar ke apa?! Sakit hati betul!“Hish sayang abang ni,termenung jauh pulak.” Ixuna hampir terjerit apabila Eric duduk di belakangnya dan dia terkurung di celahan kaki lelaki itu. Eric selamba menarik selimut yang diletak atas bahunya dan membalut sama sebahagian daripada badan Ixuna yang berada di hadapan.Kebetulan Ixuna duduk di anak tangga bawah,jadi Eric  berjaya duduk di anak tangga atas daripada kawasan dia duduk.“Jangan tolak abang,nanti nenek dan atuk syak yang bukan-bukan.” Eric berbisik tegas di telinga Ixuna apabila perasan tangan isterinya itu cuba menolak tubuhnya agar menjauhi kawasan itu.Ixuna mendongkol geram.Akhirnya dia membiarkan Eric berada begitu dekat dengannya.Tangan pemuda itu melekap di perutnya sambil memegang selimut agar tidak terlurut ke bawah.Wajah Ixuna terasa membahang walaupun suasana agak dingin saat itu akibat setiap desah nafas Eric dapat dirasai telinganya.Mereka seperti berada dalam posisi berpelukan! Ixuna menjeling ke araah ruang tamu,mukanya semakin terbakar apabila dapat melihat sengihan daripada Yahya,Jannah dan lainnya. Eric memang tak tahu malu! Tapi dia tidak boleh berpelakuan kasar dengan suaminya itu.Nanti apa pula kata Jannah dan Yahya.Dengan tidak rela dia membiarkan saja dirinya dihangatkan dengan perisai tubuh Eric yang berselimut itu.“Sayang termenungkan apa? Abang tegur pun tak nak jawab?” Eric masih cuba menarik perhatian Ixuna agar membuka mulut.Kedengaran keluhan kecil pada bibir merah itu. Eric tahu Ixuna tidak selesa berada dalam kepungannya.Namun,dia peduli apa.Apa yang yang Eric tahu hatinya terasa berbunga-bunga bila berdekatan dengan isterinya seperti ini.Kelihatan seperti dia dan Ixuna adalah pasanagan suami isteri yang romantik.Menjelang malam sama-sama menyaksikan bulan dan bintang.Alangkah indah jika Ixuna mempunyai perasaan yang sama dengannya.“Ada tak sesuatu yang kita tak boleh dapatkan dengan duit dalam dunia ni?” Pertanyaan Ixuna membuatkan Eric terkebil-kebil seketika.“Ada.” Eric menjawab tenang.“Apa?” Ixuna memusingkan kepalanya ke belakang agar matanya dapat melihat wajah Eric.Perasaan yang sama berkunjung setiap kali Ixuna memandang wajah tenang lagi tampan itu.Hatinya terasa damai walaupun berdebar-debar.Dia menunggu jawapan daripada bibir Eric.“Cinta terhadap manusia.”“Kenapa pulak cinta? Bukan ke cinta boleh dibeli dengan duit.Ramai perempuan yang bercinta dengan lelaki kaya sebab nak duit mereka.” Ixuna membidas.Matanya masih tidak lari daripada memandang Eric.Wajah kacak yang mampu mendamaikan hati penglihatnya.“Itu bukan cinta sayang.Ia hanyalah nafsu serakah yang tamakkan kekayaan dunia.Sebagai contoh,kalau abang bagi sayang satu billion,boleh ke sayang mencintai abang setulus hati?” Eric menyoal dan memandang mata bundar itu tunak.Berharapkan jawapan Ixuna tidak menyakiti hatinya.“Tak boleh.Bagilah saya semua duit dekat dunia ni pun,saya takkan cintakan awak.” Ixuna kembali berpaling ke hadapan dan telinganya jelas dapat menangkap keluhan Eric.“Bukan cinta saja yang tak boleh dibeli dengan duit sayang.Contoh lain seperti nyawa,masa, dan udara yang kita sedut.Bila ajal kita dah sampai boleh ke kita bagi duit dekat Malaikat Izrail untuk menghalangnya daripada menyabut nyawa kita.Tak boleh kan?” Eric menenangkan hati sendiri.Dia sepatutnya sudah bersedia untuk mendengar jawapan Ixuna yang jelas-jelas tidak ada hati untuk mencintainya itu.“Memang tak boleh..” Ixuna mengiyakan kata-kata Eric.Dia termenung lagi.Mengapa dia tidak boleh terfikir yang banyak perkara tidak dapat dibeli dengan duit diatas dunia ini.“Awak percaya hantu tu wujud?” Ixuna bertanya lagi dan Eric berkerut dahi.“Kenapa sayang tanya soalan macam tu?” Eric tidak menjawab bahkan dia menyoal kembali isterinya itu.Ixuna ini kadangkala suka merepek.“Saja nak tahu pendapat awak.Banyak manusia dalam dunia ni cuma percaya dengan apa yang terlihat di depan mata,walaupun apa yang tidak nampak pada mata kasar kita tetap wujud.” Jawab Ixuna perlahan.“Tidak terlihat atau belum pernah dilihat oleh mata bukanlah beerti yang sesuatu perkara itu tidak wujud.Abang percaya yang hantu itu wujud kerana hantu itu adalah makhluk halus yang terdiri daripada makhluk alam ghaib.Dalam Al-Quran ada menyebut yang hantu itu terdiri daripada jin,syaitan dan iblis.Walaupun kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar,itu bukan bermakna yang makhluk alam ghaib itu tidak wujud.”Ixuna angguk-angguk kepala dengan jawapan suaminya.“Abang juga yakin yang Allah itu wujud walaupun kita selaku hambanya tidak dapat melihat pencipta kita dengan mata kasar.Selaku manusia yang dikurniakan akal fikiran,kita sepatutnya dapat menilai kekuasaan Allah yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini.Bagaimana langit berdiri teguh di atas sana tanpa tiang.Siang dan malam bertukar mengikut waktu tanpa henti dan bagaimana setiap planet berada teguh pada paksinya. Allah berfirman dalam Al Quran surah Al-Jaatsiyah ayat 45. ‘Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." Kagum dan tidak terkata.Itulah ungkapan yang sering terbit dalam hati Ixuna apabila Amir berkata-kata.Beberapa ketika Ixuna mendiamkan diri dan terus memandang langit.Kebesaran Allah sememangnya dapat dilihat di segenap penjuru bumi ini.Namun,kebanyakkan manusia termasuk dia angkuh dan malas memikirkan semua perkara itu.Orang sepertinya selalu lalai dalam mengharungi kemewahan dunia.Ixuna beristighfar dalam hati.Menyedari kesilapan yang sering dilakukan sebelum ini.“Tapi kan sayang,abang ada satu perkara yang walaupun dapat dilihat dengan mata,abang tetap sukar nak percaya.” Eric menimbulkan persoalan untuk kembali menarik perhatian isteri comelnya berbual.“Apa?” Ixuna bertanya pendek.“Kekuatan sayang.” Sekali lagi Ixuna berpaling ke belakang dan kali ini giliran dia berkerut dahi. Eric suka melihat wajah bingung gadis itu.“Apa yang awak tak percaya tentang kekuatan saya?”“Yalah,sayang kuat mengalahkan lelaki.Macam ahli gusti je abang tengok.Abang masih tak percaya yang sebelum ni sayang pernah pecahkan almari kaca dekat butik papa dengan tangan tanpa luka.”Ixuna tergelak kecil dengan luahan jujur Eric . Eric terpukau apabila melihat senyuman yang jarang dilihat itu menghiasi pemandangannya.Jiwanya terasa terbang melayang seketika.“Itu semua bukan perkara yang luar biasa pun Eric.Kalau awak belajar lebih daripada sepuluh jenis seni mempertahankan diri sejak kecil,tak pedulilah awak lelaki ataupun perempuan,Insya-Allah awak takkan merasa hairan dengan kekuatan saya.” Ixuna menghela nafas panjang sebelum menyambung bicara.“Di  luar sana lebih ramai gadis yang memiliki kekuatan luar biasa berbanding saya.Sebagai contoh,Varya Akulova,salah seorang daripada pemegang rekod dunia.Dia mampu mengangkat barang seberat 350 kilogram.Jika diikutkan logik akal seorang gadis berusia 12 tahun dengan berat 40 kilogram takkan mampu melakukan sesuatu seperti itu. Satu contoh lagi,seorang gadis berusia 12 tahun,Olivia Manning dari Liverpool.Institut cerdik pandai antarabangsa mengiktiraf dia sebagai budak yang lebih genius daripada Albert Einstein selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ.”Eric mengangguk-anggukkan kepala.Tangannya masih kejap memeluk pinggang isterinya yang berada dalam celahan kakinya itu.Terasa hangat dalam kedinginan malam.Ixuna pula seperti merelakan dirinya berada dalam posisi sedemikian.“Ini kerana seperti yang awak cakap tadi,tidak terlihat atau belum pernah dilihat oleh mata bukan beerti sesuatu perkara itu tidak wujud.Kekuatan,kepandaian dan semua kelebihan yang ada pada saya dan semua manusia dalam dunia ini adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.” Ixuna tersenyum di hujung ayatnya begitu juga dengan Eric.Bersyukur dalam hati akan semua kebolehan yang terdapat dalam diri berkat pemberian Ilahi.“Isteri abang semakin pandai sekarang ini.” Eric memuji.“Sejak bila pulak saya bodoh?” Eric terjerit besar sambil menekan perut apabila Ixuna tiba-tiba menyiku perutnya kuat.Isterinya bangun dari tangga dan meninggalkan muka pintu yang terbuka luas.Apabila Eric berpaling ke belakang,ruang tamu kelihatan kosong.Dia mendongkol geram.Tidak sedar yang semua ahli keluarganya sudah masuk tidur sewaktu dia rancak berbual dengan Ixuna tadi.Patutlah Ixuna selamba menyiku perutnya dan berlalu ke bilik tidur.Sabar jelah! Isterinya itu memang langsung tidak memberi dia masa yang panjang untuk bermesraan!………………………………………“Eric,kita buat pertandingan nak?” “Pertandingan apa pulak?” Eric bertanya malas seraya berbaring di bangsal yang dibina bersebelahan dengan Teratak Kasih.Sejak pagi tadi dia berada di kebun getah bersama Ariel kerana dipaksa datuknya untuk membaja getah yang baru ditanam.Ixuna,Reny,Elya dan Jannah tinggal di rumah dan malas ikut sama. Sekarang badannya terasa agak letih dan tidak berdaya.Hendak mengharapkan urutan daripada Ixuna,dia memang tidak sanggup.Bimbang jika tulangnya akan patah dikerjakan gadis itu.“Pertandingan panjat pokok kelapa.” Ixuna senyum teruja seraya bersila di sisi Amir yang berbaring.“Jangan nak merepek boleh tak? Nak buat apa panjat pokok kelapa?”“Saya teringin nak minum air kelapalah.Jomlah Eric,panjat pokok kelapa.” Lengan Eric digoncang kuat oleh Ixuna beberapa kali.“Pergi ambil galah,lepas tu kait jelah.” Eric malas melayan kerenah isterinya.Orang tengah penat bukan hendak menawarkan air atau urutan badan.Ada pulak isterinya itu menyuruh dia memanjat pokok kelapa.Tak patut betul!“Alahai,tak mencabarlah kalau macam tu.Jomlah panjat.”“Malaslah sayang,abang penat.”“Jomlah…”“Malas.” Eric berterusan menolak.“Jomlah abang…My lovely hubby.My baby.” Eric tersenyum hingga ke telinga apabila mendengar rengekan manja isterinya.Siap panggil baby bagai.Mahu hatinya tidak berbunga-bunga. Eric pantas bangun dari baringnya dan duduk menghadap Ixuna dengan sengihan lebar terhias di bibir.Ixuna tergelak dalam hati.Mudah sangat suaminya ini cair dengan pujukannya.“Sayang nak buat pertandingan macammana?” Eric menunjukkan minat.“Em,siapa paling cepat panjat pokok kelapa dan jatuhkan lima biji buah kelapa.Dia adalah pemenang.Saya akan set masa dekat bawah pokok.” Mudah saja Ixuna meletakkan syarat pertandingan.“Okey.Kalau abang menang abang nak sayang cium abang setiap malam.” Eric mengeyitkan mata nakal dan menyebabkan Ixuna tersipu seketika.Dia cuba menahan debar di dada sebelum mengekori Eric yang bergerak ke arah sebatang pokok kelapa yang terdapat di belakang Teratak Kasih.Sebatang pokok kelapa yang agak tinggi berdiri di hadapan mereka.Kelihatan beberapa biji kelapa bewarna hijau bergayutan nun jauh di atas. Eric selamba menanggalkan seliparnya dan bersedia untuk memanjat.“Cepat sayang set masa,abang nak mula panjat ni.” Ixuna mengangguk-angguk kepala mendengar arahan Eric.Tidak sampai beberapa saat Eric mula memanjat pokok kelapa itu.Mata Ixuna membulat melihat kelincahan suaminya memanjat pokok.Dalam kadar seminit, Eric sudah tiba di puncak pokok dan mula mencabut buah kelapa dari tandannya dengan sebilah parang kecil yang tersemat di pinggang. Eric menjatuhkan buah kelapa itu satu demi satu ke bawah jauh dari kawasan Ixuna berdiri.Khuatir jika buah itu akan menimpa isteri comelnya.Ixuna masih tergamam di bawah.Dia tidak menyangka yang suaminya pandai memanjat pokok.“Xuna,kamu buat apa dekat sini?” Jannah menepuk lembut bahu Ixuna yang kelihatan khusyuk memerhatikan sesuatu di kawasan belakang Teratak Kasih.Dia yang tadinya berada dalam dapur mendapatkan cucu menantunya yang kedengaran berbicara dengan seseorang di kawasan belakang rumah itu.“Oh,nenek.Tengok tu nek,ada beruk albino panjat pokok kelapa nenek!” Ixuna bersuara kuat sambil mengajukan jarinya ke arah Eric yang masih berada di atas pokok.Jannah memerhatikan arah yang ditunjuk Ixuna dan dia terkejut melihat Eric yang berbaju putih dengan seluar jeans putih sedang memetik buah kelapa.“Ya Allah Eric.Kamu ni dah gila ke apa?! Cepat turun sekarang.Kalau jatuh,patah tulang kamu cu! Gunalah galah kalau nak ambil buah kelapa tu!” Jannah terjerit-jerit memanggil nama Eric dan Ixuna ketawa mengekek di sisi wanita itu.Eric yang perasan semua tindak tanduk dan bicara isterinya berasa geram tiba-tiba.Ixuna memang sengaja hendak mempermainkannya! Dia pantas turun daripada pokok dan mendekati isterinya yang masih rancak ketawa itu.“Amboi,sedapnya mulut sayang cakap abang beruk albino ya? Sayang memang nak kena gigit,sayang tahu tak?!” Belum sempat tangan Eric menggapai bahu Ixuna,Ixuna mencicit melarikan diri.Jannah hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat Amir mengejar isterinya di kawasan pokok kelapa itu hinggalah tertangkap.Ixuna ketawa berguling-guling di atas tanah apabila Amir berjaya merangkul dan menggelek perutnya.Jannah tersenyum melihat kelakuan pasangan suami isteri itu dan berlalu masuk ke dalam rumah.Tidak mahu menggangu mood romantik mereka.“Okey,okey.Saya minta maaf.Jangan geletek saya lagi!” Ixuna menahan tangan Eric daripada terus menggeletek perutnya. Eric yang berada di atas tubuh isterinya menyepetkan mata dan dia mendekati wajah isterinya itu.“Eric awak nak buat apa ni?!” Ixuna menggelabah apabila wajah itu semakin menghampiri.Sudahlah dia sedang dikepung oleh tubuh lelaki itu di atas tanah.Terasa seram sejuk tubuhnya ketika itu.Dia memejamkan mata apabila bibir Eric hampir mengenai wajahnya.Takkanlah Eric hendak mengambil kesempatan ke atasnya seperti kali lepas? Dia ingin mengelak.Namun tubuhnya seperti terpaku di atas tanah itu.“Abang maafkan sayang.Tapi ingat,abang nak hadiah abang setiap malam.” Bisikan menggoda Eric di telinga membuatkan jantung Ixuna hampir berhenti berfungsi.Satu kucupan hangat yang singgah di dahinya menyebabkan Ixuna bertambah panar.Apabila dia membuka mata, Eric sudah berdiri dan suaminya itu sempat mengulurkan tangan untuk membantu dia bangun daripada terus berbaring atas tanah.Ixuna terdiam dan wajahnya membahang.Apa yang dia telah lakukan? Mengapa dia duduk diam saja dengan semua tindak tanduk nakal Eric?“Jom sayang minum air kelapa.Abang tolong kopekkan.” Eric memimpin tangan Ixuna dengan senyuman lebar dan sekali lagi Ixuna automatik mengikut saja pimpinan suaminya itu.Mereka berdua mengutip buah kelapa yang dijatuhkan Eric sebentar tadi dan kembali ke bangsal.Tanpa sedar Ixuna menguntum senyuman.Pertama kali dia rasa gembira dan tenang walaupun bajunya kotor dibaluti tanah.Bersama Eric buat dia terlupa tentang Alex…
P/S: Maaf kalau ada nama ‘Amir’ dalam entry ni or entry sebelum ni.Dalam manuskrip nama Emir Enrique (Eric) telah ditukar kepada Amir Andika…sebab tulah ada terselit nama Amir dalam entry ni.-Saya akan update 2 atau 3 part saja lagi K6BJ dalam blog ini sebelum hold.Hold sbb nak siapkan manuskrip utk terbit~(doa2 cepat siap n manuskrip ini pass untuk terbit.Amin~)-Macam biasa next entry akan up selepas dapat 150 likes seperti kali lepas.TQ sudi bace~

-rajin2,komenlah ye di atas~ love all readers! Thanks~















1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2013 08:27

April 19, 2013

NOVEL: GEMPAK GADIS PIZZA BAB 18,19


BAB 18


Usai solat maghrib,Datin Kasma menjemput aku,Kak Ima dan Farah makan malam bersama.Sewaktu menuju ke ruang makan banglo dua tingkat itu,langkah kami bertiga mati apabila terpandang akan sebuah gambar besar pengasas Pizza Star yang tergantung di ruang tamu.Terfikir juga aku takkanlah Ervin begitu fanatik dengan Pizza Star hingga menggantung gambar lelaki berbangsa cina itu dalam rumahnya.Gila ke?
Namun,jawapan yang diberikan oleh Datin Kasma membuatkan mata aku,Kak Ima dan Farah terbeliak.Pengasas Pizza Star itu merupakan moyang papa Daniel Ervin!.Datin Kasma yang perasan kami berminat untuk mengetahui hal itu dengan lebih terperinci bercerita dengan senang hati.Mengikutnya,mendiang Qi Wei Yi adalah datuk kepada datuk suaminya.
Datuknya itu berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Rusia dan melahirkan seorang anak lelaki.Anak lelaki mereka itu ialah datuk Ervin yang memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang perempuan melayu.Datuk Ervin berperanan memperkembangkan empayar Pizza Star di Asia Tenggara sebelum meninggal dunia.Hasil perkahwinan dengan isteri tercinta,nenek Ervin melahirkan lima orang anak termasuk papanya.Sekarang,empayar Pizza Star diterajui oleh tiga orang anak lelaki yang dilahirkan oleh nenek Ervin itu.
Datin Kasma juga memberitahu yang Dato’ Evan Erwan,suaminya,mahukan Daniel Ervin menerajui empayar Pizza Star pada masa akan datang.Ervin kurang setuju dengan cadangan papanya itu namun dia tidak membantah
Ervin mengambil keputusan untuk menguruskan salah satu daripada cawangan Pizza Star sebaik saja dia pulang daripada menuntut pelajaran di luar negara dulu. Ervin  kata dia mahu menilai sejauh mana perkembangan francais warisan keturunannya itu pada masa kini dan apakah pembaharuan yang perlu dilakukannya kelak.
Selain itu,tanpa dipinta Datin Kasma juga menceritakan yang dia lebih suka jika Ervin mengambil alih perniagaan perhotelan yang diusahakan oleh keluarganya berbanding dengan menguruskan Pizza Star.Perkahwinan antara Datin Kasma dan Dato’ Evan adalah atas dasar  desakan keluarga yang bersahabat baik.Jadi sebab itulah Datin Kasma kurang endah jika Dato’ Evan berkahwin lain atau tidak mengendahkannya.
Datin Kasma kata dia boleh hidup dengan hasil titik peluhnya sendiri berbanding bergantung dengan harta benda keluarga Dato’ Evan.Melalui cerita itu,aku yakin yang Datin Kasma amat tegas pendirian dan tabah orangnya.Alangkah beruntungnya Ervin dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya.Mamanya mengusahakan syarikat perhotelan dan papanya salah seorang daripada peneraju utama Pizza Star.Namun,dia masih seorang pemuda yang merendah diri.
“Tapi,kenapa Ervin memilih untuk bekerja di Kota Tinggi?”
Soalan itu terpacul keluar daripada mulutku saat kami berempat bergerak menuju ke meja makan meninggalkan ruang tamu.Yalah,jika benar cerita Datin Kasma,aku rasa lebih baik Ervin menguruskan salah satu daripada cawangan Pizza Star yang berada di Kuala Lumpur.Bukankah cawangan di sana lebih pesat membangun dan berhampiran dengan Pizza Star Holding.Senanglah dia hendak berurusan dengan papanya sekaligus membangunkan Pizza Star.
“Saya memilih Pizza Star Kota Tinggi kerana saya hendak kerja sebumbung dengan Mayurie Rosella.”
Tiba-tiba saja dia menyampuk dan berjalan di sisi aku.Datin Kasma,Farah dan Kak Ima sudah tersengih tidak tentu pasal.Aku buat muka tiada perasaan.Entah sejak bilalah dia mendengar perbualan kami.Sedari tadi tiada pula kelibatnya di ruang tamu.
Aku melihat dia dari atas hingga ke bawah.Dia hanya mengenakan sehelai seluar panjang bewarna krim dan t shirt berleher bulat yang dihasilkan daripada benang kait bewarna coklat.Dia nampak santai dengan pakaian itu.Mengikut pandangan mata aku,wajah Ervin tidak seiras dengan Datin Kasma.Mungkin wajah dia lebih mirip dengan Dato’ Erwan.
“Kenapa sayang tengok saya macam tu? Saya hensem sangat ya?” Dia berbisik lembut di telinga aku apabila Datin Kasma,Kak Ima dan Farah sudah menapak jauh di hadapan kami.
“Jangan nak perasan sangatlah.Boleh tak jangan panggil saya sayang.Nanti kalau mama awak dengar,entah apa pulak yang dia fikir pasal saya.”
Aku mendengus kecil seraya memperingati Ervin.Dia ini memang jenis mulut lepas.Bercakap ikut sedap mulut tanpa mengira perasaan orang lain.Sudahlah tadi Kak Ima mendengar yang dia memanggil aku sayang.Mujurlah Kak Ima itu bukan jenis kaki gosip.Jika tidak habislah nama aku dijaja dalam Pizza Star.
“Alah,mama saya tak kisah pun kalau saya panggil awak sayang.”
Kalau tak menjawab memang tak sah!.Aku hanya mendiamkan diri dan malas untuk memanjangkan hal itu.Sebaik tiba di meja makan,Ervin menarikkan kerusi untuk membenarkan aku dan mamanya duduk.Datin Kasma tersenyum melihat anak bujangnya itu dan dia duduk di bahagian kepala meja.Ervin duduk di sisi kanannya dan aku duduk di sebelah Ervin.Kak Ima dan Farah duduk berhadapan dengan kami berdua.
Pelbagai jenis makanan terhidang di atas meja.Ada ayam masak lemon,udang goreng mentega,sotong goreng tepung,ikan masak gulai asam pedas,daging masak lada hitam,sup sayur dan sayur kalian goreng ikan masin.Ervin tidak membenarkan aku menyendukkan nasi untuknya.Tetapi dia pula yang menjalankan tugas itu.Dia menyendukkan nasi dan menuangkan air untuk semua orang.Sebelum makan Ervin mengetuai bacaan doa.
“Sedapnya.Makcik ke yang masak semua ni?” Aku memejamkan mata sambil menikmati rasa ayam masak lemon.
“A,ah Yuri.Mama saya memang pandai masak.Untunglah lelaki yang kahwin dengan dia nanti.”
Aku mengerutkan dahi sambil memandang wajah Ervin.Sibuk pulak dia hendak menjawab soalan yang aku tujukan untuk Datin Kasma.Dia ini hendak memerli aku ke apa?.Aku tahulah aku tak pandai masak macam mama dia.
“Kau ni dah buang tebiat ke Ervin? Mama ni dah kahwin dengan papa kau.Kau nak suruh mama kahwin lain ke?”
Apabila Datin Kasma membuka mulut Ervin tersedak.
Aku yang melopong segera menepuk lembut belakang tubuhnya dan menghulurkan dia segelas minuman. Datin Kasma buat muka selamba sambil meneruskan suapannya.Brutal juga bahasa mama Ervin.Namun,satu perkara yang aku puji,Datin Kasma tidak kekok makan menggunakan tangan.Daripada pemandangan mata aku,gaya dia tidak seperti mak datin.
“Apa salahnya mama kahwin lain.Papa boleh kahwin lain.Mama pun boleh.” Ervin berseloroh.
“Kepala kamu.Agama mana yang kamu belajar membenarkan perempuan Islam mempunyai dua orang suami dalam satu masa?” Aku menahan gelak apabila Ervin kena bebel dengan mamanya.
Tidak sangka betul Datin Kasma sesempoi ini.Gaya bahasa yang dia gunakan memang sama dengan Ervin.Sekejap panggil Ervin,sekejap kau,sekejap kamu.Emak dengan anak sama sahaja.
“Vin main-main jelah mama.Janganlah serius.” Ervin mencebik bibir sambil menjeling aku geram.Agaknya dia tidak puas hati kerana perasan aku tersengih sedari tadi.Itulah siapa suruh berniat untuk memerli aku.Kak Ima dan Farah sama menayang sengih.
“Hal kahwin ni tak boleh dibuat main Ervin.Em,lagi satu hal yang kamu cakap mama masak semua ni kenapa pulak? Mama bukan pandai masak sangat pun.Ini semua air tangan bibik.Mama tolong sikit-sikit je.”
Datin Kasma memang terbaik!.Tidak malu mengaku kekurangan diri.Perutku sudah terasa senak kerana menahan gelak melihat wajah cemberut orang di sebelahku.Kuat membebel mama Ervin ni.
Kali ini Ervin tidak menjawab pertanyaan mamanya dan dia meneruskan suapan.Sesekali dia menyudukan aku lauk ayam dan daging apabila melihat lauk dalam pingganku sudah berkurangan.Mujurlah perut aku ini besar,jika tidak memang membazirlah semua makanan itu.
“Ervin dahlah.Saya dah kenyang.” Aku berbisik lembut seraya menolak tangannya apabila dia cuba menyendukkan nasi tambahan ke dalam pinggan aku.
Dia ingat aku ini mempunyai perut  sebesar lembu ke?.Dia terkebil-kebil memandang aku seketika sebelum nasi dalam senduk itu dimasukkan dalam pinggannya.Aku menghela nafas lega.Selamat.
“Yuri.Kamu ni darah campuran apa ya? Makcik tengok wajah kamu iras dengan wajah Ervin.Sikit sangat iras melayunya.”
Kali ini pertanyaan Datin Kasma membuatkan aku yang tersedak.Ada pula dia samakan wajah aku dengan wajah anak bujangnya.Dia ingat aku lelaki ke apa?
Ervin menghulurkan aku segelas air dan mengusap-usap belakang aku seperti yang aku lakukan padanya tadi.Kak Ima dan Farah hanya menjadi pemerhati setia sambil menayang gigi colgate mereka.
“Muka awak iras dengan muka saya.Maknanya kita ada jodoh.” Bisikan Ervin membuatkan wajah aku semakin membahang.
“Arwah nenek saya perempuan berdarah campuran cina dan Indonesia makcik.Yang lain-lain semua melayu saja.Saya pun dah rasa diri saya ni berdarah melayu tulen.”
Aku menjawab jujur soalan Datin Kasma.Memang ibu kepada ayahku berdarah kacukan cina dan Indonesia.Arwah nenek memeluk islam sewaktu hendak berkahwin dengan atuk yang berbangsa melayu.Mereka menetap di Malaysia dan melahirkan ayahku.Sewaktu aku berusia lima tahun atuk dan nenek meninggal akibat kemalangan jalanraya.Sekarang aku cuma memiliki seorang nenek yang merupakan ibu kepada emak aku.
“Oh,betullah tekaan makcik.Ha,Ima dan Farah,kamu berdua bila nak kahwin?”
Soalan mengejut Datin Kasma membuatkan Kak Ima dan Farah yang tadinya mendiamkan diri sama-sama tersedak.
Aku dan Ervin hanya menahan gelak apabila melihat Kak Ima dan Farah bersoal jawab dengan Datin Kasma.Agaknya Datin Kasma tahu yang Kak Ima dan Farah lebih tua berbanding aku.Jadi dia tidak bertanyakan hal kahwin dengan aku.Yalah,aku baru berusia 19 tahun.Tidak terfikir lagi akan soal kahwin.
Sepanjang makan malam itu,kami semua berbual dengan mesra.Datin Kasma memang baik orangnya.Mengikut Ervin,mamanya berperangai sedemikian kerana dia pernah hidup susah sebelum perniagaan datuk Ervin berjaya.Jadi,Datin Kasma tidak pernah memandang hina orang yang hidup susah meskipun dia sudah kaya.Dia tetap mengamalkan gaya perempuan biasa yang tidak berbangga dengan kekayaan hidup.Ini kerana dia ingat keluarganya berasal dari kampung dan pernah hidup susah sebelum mengecap kejayaan.
BAB 19
Usai menunaikan solat subuh,aku cuba menyambung tidur.Jam henpon sudah aku set pada pukul 7.30 pagi.Yalah,tidur di rumah keluarga Ervin,tidak eloklah kalau aku bangun lewat.Nanti apa pula kata Datin Kasma.Jika tidur di hostel Pizza Star,tiada siapa pun yang boleh melarang aku untuk bangun lambat.Pernah sekali aku dan Farah bangun pada jam 12 tengahhari.Itu pun setelah dikejutkan oleh Kak Ima.
Bunyi nada dering henpon membuatkan mata aku yang hampir terlelap terbuka luas.Aku menggambil henpon yang diselitkan di bawah bantal dan menekan butang hijau. Nama yang tertera atas skrin membuatkan aku menghela nafas panjang.Apahal pulak mamat ini menelifon aku pagi-pagi buta.
“Selamat pagi sayangku.Dah solat subuh belum?”
Alahai,romantiknya cara dia bertanya.Macamlah aku ini orang rumah dia sahaja.
Tolonglah Daniel Ervin.Jangan kau terus bermain dengan sekeping hati yang sudah hampir cair ini.Kebelakangan ini perasaan aku pada dia sudah rasa lain macam sangat.Sudahlah tidurku asyik disulami wajah dia.Boleh gila kalau setiap hari macam ni!.Gila bayang!.
“Sayang,dengar tak saya tanya ni? Tidur lagi ke tu?” Dia bertanya lagi apabila aku mendiamkan diri.Di subuh hari hendak bersayang bagai dengan aku.Jiwa ini terasa melayang-melayang.
“Dah solat.Saya nak sambung tidur ni.Bye.” Aku cepat mematikan henpon.Tidak mahu suaraku mengejutkan Kak Ima dan Farah yang sedang lena diulit mimpi.Belum sampai beberapa saat nada dering henponku berbunyi lagi.
“Apa?” Suaraku sudah naik seoktaf.
“Janganlah marah.Yuri,jom jogging.Ajak Ima dan Farah sekali.” Amboi,sesuka hati dia saja hendak mengajak aku berjoging.Ingat aku ini minat bersukan ke?.
“Saya malaslah.Saya nak tidur.Awak pergilah joging seorang diri.” Sekali lagi aku mematikan talian dan sekali lagi henponku berbunyi.Aku mendengus geram.
“Apa lagilah Daniel Ervin?!” Kali ini aku terjerit kecil akibat menahan geram mendapat panggilan daripada orang yang sama.
“Amboi,kuat betul suara kamu Yuri.” Aku terkedu apabila mendengar suara itu.Takkan suara Ervin sudah bertukar menjadi suara perempuan?.
“Makcik dan Ervin nak berjoging.Makcik nak kamu dengan kawan-kawan kamu temankan makcik.Berjoging baik untuk kesihatan.Walaupun kamu masih muda,kesihatan diri perlu dijaga.Jangan tunggu umur sudah lanjut macam makcik ni baru hendak berjoging.”
Aku melopong.Dahi mengalirkan peluh kebengangan.Pagi-pagi buta sudah dapat ceramah kesihatan percuma daripada Datin Kasma.Ini semua Ervin punya pasal!
Kalau dia tidak menelifon aku pasti aku tidak kena bebel dengan Datin Kasma.Dengan perasaan sebal terpaksa juga aku menggerakkan Kak Ima dan Farah bangun daripada tidur.Yalah,tuan rumah mahukan kami bertiga menemani dia dan anaknya berjoging.Kami bertiga terpaksalah mengikut arahannya.............................................Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi tatkala aku,Farah dan Kak Ima berlari anak melintasi beberapa buah banglo mewah yang terdapat di Taman Daiman Jaya itu.Ervin dan Datin Kasma sudah berjoging jauh di hadapan kami.Aku memang tabik dengan mama Ervin.Santai saja dia berlari dengan pakaian sukan lengkap dan tudung sarung melekap di kepala.
Daripada jauh gaya Datin Kasma berjoging macam golongan remaja.Stamina dia kuat sungguh!.Aku,Kak Ima dan Farah sudah termengah-mengah.Tapi dua beranak itu masih berjoging dengan tenang.Yalah,aku rasa inilah kali pertama aku berjoging sejak meninggalkan zaman persekolahan.Jika tidak mengenangkan aku menumpang di rumah Datin Kasma,jangan haraplah aku hendak meninggalkan tempat tidur saat itu.
“Rasanya kali terakhir akak joging masa tahun terakhir dalam universiti dulu.”
Kak Ima membuka cerita apabila kami bertiga berpakat untuk berjalan sahaja.Kaki terasa terlalu lenguh untuk meneruskan larian.Kak Ima adalah pelajar lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris,UPSI.Dia bekerja di Pizza Star sementara menunggu panggilan untuk bertugas menjadi seorang guru.
“Aku rasa, kali terakhir aku joging masa balik kampung dulu.Itu pun joging 15 minit je.” Sampuk Farah sambil tergelak.Kampung Farah terletak agak jauh di Sungai Layau.Dia adalah seorang anak peneroka yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.Farah tidak berniat untuk menyambung pelajaran setelah mendapat sijil kemahiran daripada sebuah politeknik di Johor Bharu.
“Em,aku pulak kali terakhir joging dengan abang angkat aku masa dekat dengan tarikh SPM dulu.” Aku membuka mulut.Masih tergambar dalam fikiranku saat abang Amri memaksa aku untuk berjoging seminggu sebelum aku menduduki SPM.
“Oh,abang angkat kau yang hensem tu.Dia dah habis belajar belum? Kau berhubung dengan dia lagi tak” Farah yang mengetahui serba sedikit tentang abang Amri melalui cerita aku mula bertanya.
“Em,dia baru je habis belajar dua bulan lepas.Aku berhubung dengan dia dalam facebook je.” Aku memberitahu jujur.
“Amri tu lelaki pertama yang Yuri suka kan? Takde niat untuk berpasangan dengan dia ke?” Pertanyaan Kak Ima membuatkan aku menggeleng-geleng kepala.
“Dia dah ade teman wanita lah kak.Lagipun,saya dah tak suka dia.Saya dah anggap dia macam abang saya je.” Aku memandang ke arah Kak Ima yang berjalan di sisi kiriku.Kak Ima mengangguk-angguk kecil.
“Siapa yang awak anggap macam abang tu?”
Pertanyaan serius itu membuatkan aku berpaling ke hadapan.Tanpa sempat aku mengelak,wajahku terlanggar bahagian dadanya.
Aku mendongak memandang wajahnya yang kelat itu sebelum mengundur setapak ke belakang.Entah sejak bila dia berhenti berjoging dan mendengar perbualan kami bertiga.
“Sibuk jelah dia ni!”
Aku menolak lembut kepalanya dengan tanganku.Dia mendengus kecil dan berpeluk tubuh.Masih memandangku dengan pandangan tidak puas hati.Kak Ima dan Farah yang berada di sebelah hanya memerhati sambil tersengih-sengih.
“Kenapa kamu sibuk nak campur hal perbualan perempuan?” Datin Kasma yang berhenti berjoging mendapatkan anak bujangnya sebelum meluku kuat kepala anaknya itu.
“Mama,sakitlah!” Ervin mendongkol geram sambil mengelak diri daripada terus diluku Datin Kasma.Aku yang melihat tergelak kecil.Terpamer kemesraan antara dua beranak di hadapan aku ini.
“Kamu bertiga ni,janganlah berjalan kaki pulak.Jom sambung joging.Barulah dapat membentuk badan yang cantik macam model.”
Datin Kasma membebel ke arah aku,Kak Ima dan Farah sebelum dengan hati terpaksa kami meneruskan aktiviti joging di pagi yang indah itu.Kali ini Ervin memperlahankan lariannya dan dia berlari di sisi aku.Datin Kasma tidak tentu pasal menarik tangan Kak Ima dan Farah agar berlari di sebelahnya.Aktif sungguh wanita itu.
“Yuri,siapa yang awak anggap macam abang tu?” Dia dah mula dah.
Aku memandang dia daripada atas hingga ke bawah.Nampak bergaya dengan pakaian sukan lengkap Nike bewarna hitam dan putih.Orang kalau dah kacak,pakai apa-apa jenis baju pun nampak kacak.Lainlah macam aku ni.Pakai baju sukan macam gaya orang hendak berkebun.
“Mama awak aktif betullah Ervin.” Aku berpura-pura tidak mendengar pertanyaannya.
“Siapa abang angkat awak tu?” Dia tanya lagi.
“Saya kagum betul dengan mama awak.” Aku membicarakan topik lain.
“Awak pernah suka abang angkat awak tu ek?” Eh,sibuk pulak dia ni.
“Badan mama awak cantik betul.” Aku terus memerhatikan tubuh Datin Kasma yang sedang berjoging di bahagian hadapan.Cuba tidak mengendahkan pertanyaannya.
“Awak  rasa dia dengan saya mana lagi hensem?” Sudah tentulah awak lagi hensem Daniel Ervin oi!
“Saya suka betul semangat kesukanan mama awak.” Aku sudah merapu.
“Awak suka mama saya tak?” Dia sudah beralih topik.Aku berasa lega.
“Suka.”
“Awak suka tinggal dekat rumah saya tak?” Takkan aku nak cakap tak suka pulak?
“Suka.”
“Awak suka makanan yang bibik mama saya masak tak?” Dia sudah mula melalut.
“Suka.”
“Sayang suka saya tak?”
“Suka.” Jawapan spontan yang aku berikan buat dia tersenyum lebar.Kaki aku terpelecok apabila menyedari aku telah diperbodohkan.Mujurlah dia sempat memaut tangan aku.Jika tidak, sudah lama aku jatuh menyembah jalan tar itu.
“Awak,okey tak?” Dia bertanya seraya mengusap-usap kepala aku.Aku menepis tangannya dan meluku kepalanya kuat.Apabila dia mengaduh sakit aku segera meneruskan larian.
Malas hendak melayan kerenahnya yang membuatkan hati aku berdebar tidak tentu pasal.Lebih baik aku menjarakkan diri daripadanya...................................................Selesai bersarapan pada jam sepuluh pagi,Datin Kasma mengajak aku,Kak Ima,Farah dan Ervin berkaraoke di ruang tamu.Sudah beberapa kali aku dan yang lainnya menolak,namun Datin Kasma memaksa.Ervin beria menyokong mamanya untuk mendengar kami bertiga menyanyi.
Aduhai,gaya Datin Kasma ini macam orang muda pulak.Sepatutnya,biarlah aku,Kak Ima dan Farah membantu bibik membersihkan rumah itu.Namun,Datin Kasma tidak membenarkan.
Dia kata kami bertiga tetamu di rumah ini.Tidak perlu buat kerja dan cuma perlu berhibur dengannya.Kebetulan pula kami bertiga termasuk Ervin bekerja pada shift petang.Jadi,dapatlah kami bertiga menghabiskan masa bersama mama Ervin itu.
Aku hanya menahan gelak apabila Datin Kasma memulakan karaoke pagi itu dengan lagu Robek Hatiku nyanyian Mas Idayu.Kami berlima duduk dalam satu bilik khas dalam banglo itu.Terdapat satu set sofa dan home teater lengkap dengan set speaker seperti dalam pusat karaoke.Agaknya memang Datin Kasma ini gila karaoke.
Aku tidak dapat membayangkan kalau perangai emak aku macam mama Ervin.Mahu hingar bingar keadaan rumah aku dengan bebelan abah.Yalah,abah paling tidak suka dengan bunyi bising.Lagipun emak aku bukanlah jenis perempuan yang berani melalak di khalayak ramai.Sungguh tidak sopan dalam pandangan matanya.
Ervin selamba badak mengetawakan suara sumbang mamanya sepanjang mamanya menyanyi.Selesai menyanyi,Datin Kasma mengetuk kepala Ervin dengan mikrofon.Ervin memuncungkan bibir tanda protes sebelum menggapai mikrofon daripada tangan mamanya.
Aku rasa dia hendak menyanyi.Minta-minta suara dia tidak sesumbang suara Datin Kasma.Kalau Datin Kasma tahu aku mengutuknya dalam hati,mahu benjol kepala aku kena hentak dengan mikrofon.Ha,ha,ha.Aku mula tergelak kecil apabila Ervin menyanyikan lagu Boyfriend nyanyian Justin Bieber.Dia menyanyi dengan bersungguh dan suaranya agak merdu jika hendak dibandingkan dengan suara Datin Kasma.Namun,suaranya tidak dapat menandingi suara Ace atau mereka yang bergelar penyanyi popular.
Cuma,hati aku berdebar tidak tentu pasal apabila matanya tidak beralih daripada terus merenungku sepanjang dia menyanyikan lagu itu.Seperti dalam bilik itu cuma ada aku dan dia.
‘If I was your boyfriend, never let you go,Keep you on my arm girl you'd never be alone,I can be a gentleman, anything you want,If I was your boyfriend, I’d never let you go.’
Dia mengeyitkan mata nakal ke arah aku sebaik saja menamatkan rangkap lagu itu.Wajahku terasa membahang.Aduhai,kenapa bibir terasa hendak menguntum senyuman walaupun tiada perkara lawak yang berlaku.Aku melayan perasaan sendiri sambil mendengar Farah menyanyikan lagu Rama-rama nyanyian Ella.Kak Ima yang jarang menyanyi,mencuba suara dengan mendendangkan lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna.
“Yuri,giliran kamu untuk menyanyi.Makcik tak sabar nak dengar suara kamu.”
Datin Kasma mengambil mikrofon daripada tangan Kak Ima dan menarik tangan aku yang sedang duduk di sofa agar berdiri.Ervin tersenyum lebar sambil menongkat dagunya dengan pandangan teruja ke arah aku.Alahai,malunya hendak menyanyi dekat depan dia dan Datin Kasma.
“Malulah nak nyanyi.Makcik jelah yang nyanyi.” Aku menghulurkan mikrofon pada Datin Kasma.Malangnya aku terjerit kecil apabila wanita itu mencubit kuat pipi aku.
“Jangan nak mengada-ngada.Semua orang dah nyanyi satu lagu.Jadi kamu pun kena nyanyi satu lagu.” Bila dia membuka mulut aku tidak boleh memprotes.
Dengan perasaan sebal aku mula memilih dvd lagu yang sesuai untuk aku nyanyikan.Lagu Siti Nurhaliza menjadi pilihan.
‘Cindailah mana tidak berkias,
Jalinnya lalu rentah beribu ,
Bagailah mana hendak berhias, 
Cerminku retak seribu ,
Mendendam unggas liar di hutan ,
Jalan yang tinggal jalan berliku ,
Tilam ku emas cadarnya intan ,
Berbantal lengan tidurku .
Lagu cindai menjadi pilihan aku.Datin Kasma selamba saja berjoget lembut di sisi aku mengikut irama tradisonal itu.Ervin,Kak Ima dan Farah memandang aku tanpa berkelip.Tamat saja aku menyanyikan lagu itu mereka semua memberikan tepukan gemuruh dan aku menundukkan kepala.Wah,rasa macam artis pulak!.
“Ya Allah,suara kamu merdu sungguh Yuri.Ada bakat untuk jadi penyanyi terkenal.”
Pujian dari Datin Kasma membuatkan hati aku kembang semangkuk.Kak Ima dan Farah yang selalu berkaroake dengan aku sebelum ini memang selalu memberikan pujian sebegitu.Namun,Ervin tidak pula memuji aku.
Dia hanya duduk di atas sofa dan seperti termenung memikirkan sesuatu.Datin Kasma mengambil alih tempat aku dan menyanyikan beberapa buah lagu lagi.Tanpa aku sedari Ervin meninggalkan tempat duduknya dan duduk di sisi aku.
“Suara awak sedap sangat tapi saya tak suka kalau awak menyanyi untuk lelaki lain.Lagi satu kenapa awak tak menyanyikan satu lagu yang khas untuk saya?.Nyanyi lagu Cindai pulak. Saya sudah menyanyikan satu lagu yang istimewa untuk awak.Lagu yang menggambarkan perasaan saya.”
Aku terkedu dan terpaku apabila mendengar bisikannya.Apa yang dia cuba sampaikan? Lagu Boyfriend itu menggambarkan perasaannya? Perasaannya terhadap apa? Mengapa pula aku perlu menyayikan satu lagu khas untuknya?.Ah,bicaranya bikin aku pening kepala!.Sudahlah jantung ini terasa bagai hendak meletup apabila dia berada begitu dekat denganku!.

p/s: please klik like n komen.tq:
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2013 23:30

April 13, 2013

NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 20



BAB 20
Petang itu Eric dan Ariel mengaduh sakit badan.Mereka berdua terbaring lesu di atas lantai ruang tamu Teratak Kasih dengan wajah berkerut-kerut.
“Inilah jadinya bila seseorang sudah lama sangat tidak melakukan aktiviti berkebun.Asyik terperap dalam pejabat je sebab tu badan sakit-sakit.Mengalahkan atuk yang dah tua je kamu berdua ni.” Yahya membebel sambil tangannya lincah mengurut badan Ariel.
Pulang dari kebun tengahhari tadi,Ariel dan Eric merungut badan lenguh dan sakit.Jadi,dia yang mempunyai kebolehan mengurut membantu mengurut badan Ariel.Sementara Ixuna berbaik hati ingin belajar darinya cara mengurut untuk mengurut badan Eric.
“Auch! Sakitlah sayang!” Eric terjerit apabila merasakan tangan Ixuna menekan kuat tulang belakangnya.Ada juga patah tulang belakangnya akibat diurut gadis comel itu.
“Alahai kamu ini Eric,lembik sangat.Kalau tangan kecil Ixuna yang mengurut tu pun kamu dah terjerit,belum lagi atuk kamu yang urut.Pengsan kamu agaknya.” Jannah yang baru keluar daripada bilik selepas bersolat menegur cucunya itu.
Eric mendongkol geram mendengar bicara neneknya itu.Neneknya bukan tahu yang kekuatan Ixuna boleh mengalahkan kekuatan beberapa orang lelaki.
“Abang,Jannah nak buat kuih dengan Elya dan Reny dekat dapur.Kalau ada apa-apa panggillah ya.” Jannah memberitahu Yahya dan Ixuna terkebil-kebil memandangnya.
“Xuna nak tolong nek.” Ixuna ingin meninggalkan Eric yang meniarap tidak berbaju di atas lantai.Ariel pula hanya bersinglet.Segan untuk tidak memakai baju di hadapannya.
“Tak perlu Xuna.Xuna urut Eric sampai dia rasa okey ya sayang?” Jannah menjawab dengan senyuman manis.
“Okey nenek.” Jawapan Ixuna menyebabkan Eric melopong.
Nampaknya hari ini badan dia akan patah dua.Ixuna kembali duduk disisinya dan tangan kecil itu menggosok-gosok lembut belakangnya.Elak pandangan Yahya saja,pasti Ixuna mencubit dan menekan kuat belakangnya.Apabila dia terjerit kesakitan,Yahya akan kata dia lembik dan tidak tahan sakit.Ixuna tersenyum geli hati.Sabar jelah Eric dengan kerenah isterinya itu.
“Em,dahlah Ariel.Penat atuk urut kamu.Pergi baring dalam bilik.”
Yahya menepuk lembut belakang Ariel yang sudah dianggap seperti cucunya sendiri sebelum berlalu ke dapur.Ariel kelihatan sedikit sukar untuk berdiri setelah dia berurut.Dia turut meninggalkan ruang tamu dan masuk ke biliknya dengan wajah berkerut menahan sakit.Tinggallah Ixuna dan Eric di ruang tamu.
“Sayang jagalah malam ni abang balas balik apa yang sayang dah buat dekat badan abang.” Eric membuka mulut dengan suara bernada jahat.
“Awak nak buat apa dekat saya?” Ixuna berhenti daripada mengurut badan Eric.
“Abang akan buka baju sayang lepas tu abang nak urut badan sayang sampai lebam.” Eric mengukir senyuman penuh makna.Fikirannya mula menggambarkan sesuatu.
“Awak larat ke nak urut saya?”
“Ahhh!! Xuna sakitlah!” Eric terjerit apabila Ixuna tiba-tiba mengrip kepalanya kuat.Macam hendak tercabut rasa lehernya saat itu.Siku gadis itu mendarat atas belakangnya.
“Awak nak buat apa dekat saya malam ni?” Ixuna mengulang soalan.
“Nak belai sayang.” Eric yang hampir kelemasan menjawab.Jawapan merapunya membuatkan lengan Ixuna semakin kuat menjerut lehernya.Dia rasa kekurangan oksigen.
“Nak buat apa?”
“Tak buat apa-apa.Tak buat apa-apa!” Serentak dengan jeritan itu barulah Ixuna melepaskan lengannya daripada terus membelit leher Eric.Eric tercungap cungap dengan wajah agak kemerahan.“Alahai abang,berurut dengan Kak Xuna macam gaya orang kalah gusti je.”
Elya yang kebetulan lalu di ruang tamu daripada dapur sempat menegur Eric.Abangnya itu kelihatan terdampar keletihan di ruang tamu itu dengan gaya tertiarap.Eric tidak mampu bersuara saat itu.Menahan sakit hati dan sakit badan disebabkan keganasan isteri comelnya.…………………………….Malam itu selepas pulang dari masjid setelah menunaikan solat Isyak berjemaah Eric terus masuk ke dalam bilik.Badannya terasa lenguh dan sengal.
“Awak tak nak makan ke?” Wajah Ixuna terjengul di muka pintu.Eric tersenyum sebelum menggeleng-geleng kepala.
“Kenapa tak nak makan?” Ixuna menutup pintu bilik dan menghampiri Eric yang duduk di sisi katil.Rasa kasihan melihat wajah suami yang agak pucat dan tidak bermaya.
“Takde seleralah.Rasa macam nak demam.” Eric menjawab ikhlas.Ixuna terkebil-kebil memerhatikannya.Jantung Eric hampir tercabut apabila Ixuna tiba-tiba menarik lembut kepalanya dan gadis itu melekapkan pipinya pada pipi Eric lama.
“Em,panas ni.Jom pergi klinik?” Ixuna merasa pipinya sendiri.Masih terkesan bahang dari pipi Eric di pipinya.Amir tidak menjawab.Dia terkedu dengan tindakan Ixuna.Tiba-tiba rasa Ixuna dekat sangat dengan dia.
“Hei,dengar tak saya cakap ni? Jomlah pergi klinik.Nanti makin melarat pulak demam awak.” Ixuna menepuk lembut bahu suaminya yang kelihatan mengelamun saat itu.
“Takpelah sayang.Abang dah makan panadol tadi.Lepas tidur nanti sembuhlah demam ni.”Eric segera berbaring di atas katil dan dia mengiring ke kiri,membelakangkan Ixuna.Hatinya rancak berdebar saat itu.Eric memegang pipinya,terasa sentuhan pipi Ixuna yang lembut bak kapas.Alangkah bagus jika dia dapat menyentuh pipi itu.
“Awak nak saya urut tak? Mungkin sakit badan awak tu boleh hilang.Awak demam urat ni.” Suara lembut Ixuna menampar telinga Eric.
“Tak payahlah sayang.Sayang bukan ikhlas pun nak urut abang.Makin menyakitkan badan abang adalah.” Eric menjawab tanpa memandang wajah isterinya.Agak berkecil hati dengan sikap sambil lewa Ixuna sewaktu melayannya.Walhal,dia bukan tidak tahu yang Ixuna memang tidak suka akannya.
“Kali ni saya janji takkan sakitkan awak.Sinilah saya urut.” Eric tidak akan termakan pujukan Ixuna.Dia bukan tidak kenal kelakuan gadis itu.
“Tak nak.Sayang pergilah makan.Abang nak tidur ni.” Eric pantas menjawab.
“Hish,degil betullah dia ni.”
Ixuna tidak mempedulikan kata-kata Eric.Dia mengambil sebotol minyak angin dan merangkak naik ke atas katil.Dengan selamba dia menarik bahu Eric dan menyelak baju pemuda itu.
“Sayang nak buat apa ni?!”
Eric terjerit apabila merasakan jari jemari runcing milik isterinya cuba menanggalkan tshirt yang dipakainya.Tidak tentu pasal wajah dia terasa membahang saat itu.
“Cepatlah tanggal baju.Saya nak urut ni.” Ixuna bersuara tegas.
Untuk mengelakkan baju dia kena koyak dengan Ixuna,Eric dengan tidak rela membuka baju yang dipakainya.Rasa janggal apabila tidak berbaju di hadapan Ixuna dalam bilik seperti ini.Walhal,gadis itu memang halal melihat seluruh tubuhnya.Tangan Ixuna mula menari di lengan dan badan sasa Eric.Kali ini gadis itu mengurutnya dengan lembut dan langsung tidak menggunakan kekasaran.
“Eric,awak hafiz ke?” Ixuna tiba-tiba bertanya.Eric yang sedang baring tertiarap berkerut dahi.
“Nama abang Eric Enrique sayang.Bukannya Hafiz.” Takkan nama suami sendiri pun tak tahu? Eric bermonolog dalam hati.Hafiz mana pulak yang dimaksudkan gadis itu.Tiba-tiba rasa tidak sedap hati.Cemburu dengan Hafiz yang tidak dikenalinya.
“Tak maksud saya awak hafiz atau tak? Awal dah hafal satu Al-Quran ke?”
“Ooh,taklah sayang.Kenapa sayang tanya macam tu?”
Eric beralih badan dan dia baring menelentang atas katil menghadap Ixuna yang duduk disisinya.Gadis itu memandang tubuhnya yang terdedah tanpa berkelip sebelum tangan itu mengurut abdomennya.Wajah Eric membahang apabila tangan kecil itu merayap atas badannya.Mengapa dia pulak yang perlu malu apabila disentuh isteri sendiri? Bengong ke apa Eric ni?!
“Yalah,saya perasan awak selalu bercakap pasal hadis dan membaca surah-surah beserta terjemahan tanpa melihat Al-Quran.Setahu saya orang yang hafiz saja boleh buat macam tu.”
“Abang taklah hafal keseluruhan Al-Quran dengan terjemahannya sayang.Otak abang ni cuma boleh mengingat lebih kurang 50 peratus saja isi Al-Quran tu.” Eric menjawab jujur.
“Awak hebat.” Ixuna memuji ikhlas.
“Takde apa yang hebatnya sayang.Syukur kepada Allah sebab abang diberi daya ingatan yang kuat untuk mengingat sebahagian besar daripada isi kitab suci itu.Kalau sayang nak,sayang pun boleh ingat dan hafal isi Al-Quran macam abang.Tapi sayang perlu usaha gigihlah.”
Ixuna mengangguk-angguk kepala tanda faham dengan saranan suaminya.
“Em,lagi satu hal,bila sayang dah boleh hafal dan memahami terjemahan dalam Al-Quran tu,sayang kenalah praktikkan nasihat,iktibar dan pengajaran yang terdapat dalamnya untuk kehidupan seharian.Tak guna hanya menghafal dan mengingati isi Al-Quran jika hati tidak mempercayai dan menyangkal kebenarannya.” Eric memberi nasihat dan Ixuna angguk-angguk lagi.
“Sayang,nak hadiah?” Bicara mengejut Eric yang keluar dari topik membuatkan Ixuna berhenti mengurut dan menjungkitkan kening.
“Hadiah apa?”
“Kiss.”“Ha?” Mata Ixuna membulat.Nak cari pasal ke apa malam-malam macam ni?
“Yalah,siang tadi sayang dah janji kalau abang berjaya tanam pokok getah,sayang akan cium abang.Badan abang dah sakit-sakit macam ni semata-mata sebab nak suruh sayang tengok yang abang boleh tanam pokok getah.Sekarang abang nak hadiahnya.” Eric bersuara manja dan Ixuna mengetap bibir.Masa bila pulak dia berjanji?!
“Okey.Saya akan cium awak.Tapi kena pejam mata dulu.” Ixuna memberi syarat dan Eric mencebik bibir.Yakin yang Ixuna ingin mengenakannya.Ixuna yang melihat Eric mwmbuat muka masam merasakan suaminya itu comel sangat.Dia terpukau seketika.
“Ah,tak naklah macam tu.Abang tahu yang sayang tipu.Sayang bukan nak cium aban..”
Eric terkedu apabila wajah Ixuna mendekati wajahnya dan jantungnya hampir meletup apabila bibir gadis comel itu menyentuh pipi kanannya.
“Em,dah cium pun.Saya nak pergi tengok televisyen dengan nenek.Awak tidurlah ya.”
Ixuna menggelabah turun dari katil dan berlalu keluar dari bilik meninggalkan Eric yang sedang terpegun.Di luar bilik Ixuna memegang dadanya yang berdebar.Ah,masak! Mengapa dia begitu berani mencium pipi pemuda itu? Macam tindakan reflex saja! Adakah sebab dia rasa Eric menggoda sangat sebentar tadi? Menggoda ke? Gila kau Ixuna!.Ixuna memberontak dalam hati.……………….Keesokan harinya,Ixuna mengikut Eric memancing bersama Ariel dan Yahya di sungai yang terletak berhampiran ladang getah mereka.Jannah berkunjung ke rumah jiran atas hal tertentu manakala Elya dan Reny sedang mengutip biji getah tidak jauh dari tempat mereka memancing.
‘Bdbur!’
Ketenangan air sungai yang mengalir cantik hilang begitu saja apabila satu lembaga melompat masuk ke tengah sungai itu.Tiga pasang mata yang sedang memancing membulat melihat adegan itu.
“Sayang!” Eric terjerit besar apabila melihat Ixuna berenang tenggelam timbul dalam air saat dia,Ariel dan datuknya membaling mata kail ke dalam sungai.Isterinya ini memang gila betul!
“Apa hal?” Ixuna timbul dari permukaan air dengan wajah tidak bersalah.
“Ya Allah dia ni,tak nampak ke kita orang tengah memancing.Kalau sayang terjun dalam air tu habis lah lari semua ikan.Kalau kena mata kail macammana?!” Eric bertempik dari tebing sungai dengan wajah kemerahan.Hatinya menahan marah dan bimbang akan keselamatan isteri comelnya itu.Baru saja semalam Ixuna meninggalkan satu memori indah dalam harinya.Namun hari ini isterinya buat hal lagi.
“Sayalah ikannya.” Ixuna tidak mempedulikan kata-kata Eric dan selamba berenang dalam sungai yang agak dalam itu.Air sungai yang jernih dan sejuk memukau hati Ixuna untuk berenang dalamnya.Sebab itulah bila Eric dan Ariel leka berbual dia pantas terjun ke dalam sungai.
“Kau spesies ikan apa Ixuna?” Ariel tersengih seraya bertanya kepada isteri sepupunya itu.
“Ikan duyung.” Ixuna menjawab selamba.
“Ya Allah,nakal betul isteri kamu ni Eric..” Yahya yang melihat kelakuan cucu menantunya hanya menggeleng-geleng kepala.Mahu pening kepala Eric jika Ixuna berperangai seperti kanak-kanak kecil yang tidak mendengar kata setiap hari.
“Sayang,keluar dari sungai sekarang! Nanti kalau tersangkut dengan mata kail,koyak kulit tu baru padan muka! Cepat naik!”
Eric menengking sambil bercekak pinggang.Ixuna yang tidak mahu Yahya melihat kelakuan kurang sopannya terhadap Eric segera mengikuti arahan suaminya.Dia berenang ke tebing sungai sebelum tangannya ditarik  Eric naik ke darat.
“Hish,dia ni nakal betul.Macam emak dugong abang tengok!” Eric membebel sebelum menyarungkan sweater yang dipakainya ke badan Ixuna yang basah.
“Kalau saya emak dugong.Awak tu bapak dugong.”
“Mulut tu kalau tak menjawab memang tak boleh ya?!”
Eric mencubit geram pipi gebu Ixuna dan Ixuna terjerit kecil menahan sakit.Eric tergelak apabila melihat pipi isterinya merona kemerahan akibat cubitannya.Dia memimpin tangan isterinya itu dan mengarahkan Ixuna duduk di bawah sebatang pokok getah yang belum ditebang.
“Duduk sini diam-diam.Jangan nakal-nakal.Abang nak memancing pun tak senang.” Eric mengusap lembut pipi Ixuna sebelum kembali mendapatkan Ariel dan Yahya.Ixuna hanya memerhati langkah suaminya.Mengapa Eric melayan dia dengan baik walaupun dia selalu buat perangai yang tidak sepatutnya dilakukan?
“Eh,kenapa akak basah ni?” Reny yang selesai mengutip ratusan biji getah bersama Elya mendapatkan Ixuna yang berehat bawah pokok getah.
“Mandi sungai.” Ixuna menjawab pendek.Membiarkan Elya dan Reny duduk disisinya sambil meluahkan isi sebuah plastik besar dihadapannya.Kelihatan longokan biji getah bewarna hitam berbelang coklat di depan mata.
“Kau orang nak buat apa dengan biji getah ni?” Ixuna bertanya apabila melihat wajah girang kedua gadis yang telah di anggap seperti darah dagingnya sendiri itu.Dia mengambil sebiji biji getah itu dan meneleknya lama.Walaupun nampak biasa,biji getah itu kelihatan cantik di mata Ixuna.
“Saja kak,dah takde kerja.” Reny menjawab pertanyaan Ixuna.Dia dan Elya memang kerap mengutip biji getah setiap kali berkunjung ke ladang getah itu.
“Biji getah ni nampak sedaplah.” Ixuna bersuara tiba-tiba.
“Biji getah tu mana boleh makan sayang.Nak mati ke?” Eric yang mendengar bicara isterinya tidak jauh dari situ segera menyampuk.Bukan boleh dikira sangat kepala biul Ixuna.Nanti tidak tentu pasal biji getah itu menjadi santapannya.Siapa yang susah hati? Dia juga lah yang cemas dengan setiap tingkahlaku gadis itu.
“Saya tahulah biji getah ni tak boleh makan.Ingat saya bodoh sangat ke?” Ixuna menjawab seraya melempar segenggam biji getah ke arah Eric dan Ariel.Yahya hanya menggeleng-geleng kepala melihat kelakuan isteri cucunya itu.
“Dahlah.Jangan kacau abang memancing.Pergi main biji getah tu dengan Reny dan Elya.” Eric bersuara seolah-olah Ixuna itu berumur lima tahun.Dia tersenyum kecil apabila melihat Ixuna mendengus marah.………………..“Elya,kau pernah dengar tak cerita pasal lagenda biji getah?” Pertanyaan Ixuna menyebabkan Ariel yang bosan menunggu ikan yang tidak kunjung tiba memakan umpan pancingnya mendekati gadis itu.Dia duduk berteleku bersama Elya dan Reny berhadapan dengan Ixuna di bawah sepohon pokok getah yang tinggi.Longgokan biji getah berada di tengah-tengah bulatan mereka.
“Lagenda apa kak? Tak pernah dengar pun?” Elya berminat ingin tahu.Begitu juga Reny dan Ariel.
“Ceritalah kak.” Reny menggesa.
“Em,akak dengar lagenda ni daripada sebuah kaum nomad di Brazil.Kamu semua tahu kan yang pokok getah atau nama saintifiknya Hevea brasiliensis berasal daripada Brazil?” Ixuna bertanya dengan wajah serius dan ketiga-tiga manusia di hadapannya mengangguk-angguk kepala.
Sesiapa yang mempelajari subjek sejarah di sekolah menengah pasti tahu yang Christopher Columbus,ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.Industri getah asli bermula di Malaysia pada tahun 1877.
“Apa lagendanya Xuna?” Giliran Ariel menunjukkan minat yang mendalam untuk Ixuna menceritakan lagendanya.
“Mengikut cerita kaum nomad Brazil tu,biji getah yang gugur ke tanah pada bilangan 107 biji akan membawa tuah kepada pemiliknya.”
“Apa tuahnya kak?”Elya sudah mula menggengam beberapa biji getah dalam tangannya.
“Jika pemilik biji getah ke 107 itu memecahkan biji getahnya,akan ada sesuatu yang keluar daripada biji getah itu.”
“Apa yang keluar sayang? Pari-pari ke? Macam Tinkerbell dalam kartun Peterpan tu?” Ixuna mengetap bibir dan menjeling Eric yang menyibuk masuk campur ceritanya.
“Nak temberang pun agak-agaklah...Sayang bukan pandai cakap Brazil pun.Macammana nak faham kaum nomad Brazil tu cerita apa.Kau orang bertiga kalau percaya cerita Ixuna,lebih baik tukar otak tu letak dekat lutut.” Perli Eric seraya memandang Elya,Reny dan Ariel yang diam membisu.
Nampaknya,mereka baru tersedar yang Ixuna cuba menceritakan sebuah lagenda temberang.Eric sedari tadi memasang telinga akan perbualan isterinya itu.Dia berdiri tidak jauh dari tempat mereka duduk.
“Mana awak tahu saya tak pandai cakap Brazil?” Ixuna tiba-tiba naik angin.Dia bangun dari duduk dan berhadapan dengan Eric yang tersenyum geli hati.
Ariel,Elya dan Reny hanya memerhatikan tingkahlaku pasangan tersebut.
“Scio omnes de vobis.” Eric berbicara lembut.Cuba melihat reaksi isterinya.
“Itu bahasa latin bukannya bahasa Brazil!” Bentak Ixuna geram.Dengan orang lain mungkin Eric bisa bodohkan tapi bukan dengan dia.Maksud ayat Amir sebentar tadi adalah ‘saya tahu semua perkara tentang awak’.Ixuna amat meluat mendengar kata-kata yang sepertinya jujur itu.
“Abang tak cakap pun abang tahu bahasa Brazil.Kalau sayang pandai bahasa Brazil cuba sayang cakap sikit abang nak dengar?” Eric berpeluk tubuh seraya memandang tunak wajah comel itu.
“Ben senin gibi bir adamdan nefret!”
Giliran Ixuna membalas dalam bahasa yang kedengaran janggal pada pendengaran Ariel,Elya dan Reny.Nada Ixuna bercakap pun sudah bertukar.Gaya macam bahasa arab sahaja! Nampaknya,memang nenek mereka tidak menipu apabila mengatakan Ixuna berkebolehan bercakap dalam banyak bahasa.
“Kak Xuna cakap bahasa apa tu abang?” Reny berbisik ke telinga Ariel.
“Entah.Tapi abang rasa Xuna tengah maki Eric.” Ariel membuat spekulasi.Mereka bertiga terus mendengar perbalahan dua manusia itu.
“Itu bahasa Turki sayang.” Eric menjawab hambar.Agak sakit hati mendengar ungkapan isterinya sebentar tadi.Boleh pulak Ixuna kata,dia benci lelaki seperti Eric.Mungkin isterinya itu menyangka yang dia tidak faham bahasa Turki.
“So?” Ixuna tersenyum sinis.Gembira apabila berjaya menyakitkan hati suaminya.
“Voce esta livre para me odiar,botas..eu sempre te amo” Eric menjawab dengan satu keluhan besar sebelum dia berlalu mendapatkan Yahya.
Ixuna masih terpinga-pinga di situ.Tidak faham akan bahasa yang digunakan suaminya sebentar tadi.Bahasa Brazil ke? Hendak kata Latin,bukan..Sebenarnya dia memang tidak pandai berbahasa Brazil seperi tekaan Eric.Namun dia tidak mahu mengaku hakikat itu.
“Rasanya abang cakap I love you dekat kak Xuna.” Elya yang mendengar samar-samar bicara Eric cuba meneka.
“Aku pun dengar perkataan te amo tu.Tapi aku rasa abang Eric cakap sesuatu yang lebih panjanglah.Dia guna bahasa apa ya?”
Reny sama bersoal jawab tentang bicara Eric sebentar tadi.Disebabkan mereka pernah menonton drama latin dalam televisyen jadi mereka tahu maksud te amo sama dengan maksud saya cintakan awak.Tapi,ayat Amir yang lainnya mereka tidak faham pulak!
p/s: harap anda semua terhibur dengan entry ini.thanks.p/s: seperti janji kali lepas new entry akn naik lepas 100 likes! tq
p/s: rajin2 tinggalkan komen di bahagian atas.tq
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2013 16:22

April 1, 2013

NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 19


BAB 19“Jannah,semalam awak ada dengar bunyi sesuatu mengerang tak?” Yahya yang sedang bersarapan pagi bertanyakan hal itu kepada isterinya.Semalam dia tidak nyenyak tidur apabila mendengar suara seseorang seperti mengerang kesakitan.
Jannah memandang suaminya dan memberikan isyarat mata.Namun Yahya tidak memahami.Mengapa suaminya itu boleh bertanyakan hal seperti itu sewaktu semua cucu-cucunya ada di meja makan bersama Ixuna.Mungkin suaminya terlupa yang rumahnya dihuni oleh pasangan pengantin baru.
“Eric yang mengerang tu tuk.” Eric  menjawab selamba.Semua mata memandang ke arahnya.
“Kenapa kamu mengerang? Sakit ke?” Jannah menggeleng-geleng kepala apabila soalan itu terpacul keluar dari mulut suaminya.Sahlah suaminya itu terlupa yang Eric baru berkahwin.
“A,ah tuk sakit.Ixuna serang Eric kuat sangat semalam.”
Serentak dengan jawapan Eric,semua yang sedang bersarapan di meja itu tersedak besar.Hanya Ixuna yang terkedu dan kunyahan dalam mulutnya terhenti.Serta merta wajahnya terasa membahang.Tak guna punya Eric.Patutlah dia sakan mengerang atas katil semalam.Rupa-rupanya suaminya itu saja hendak bikin dia tebal muka!
“Kamu ada perancangan nak ke mana-mana hari ni Eric?”
Jannah berdehem kecil sebelum segera menukar topik.Kasihan melihat wajah Ixuna yang merona kemerahan bagai udang kena bakar saat itu.Dia sendiri tidak menyangka yang Eric boleh berbicara tentang hal peribadi seselamba itu.
“Em,takde nek.Kenapa?” Eric tersenyum girang.Menahan gelak apabila melihat wajah kemerahan isteri comelnya.Pertama kali melihat Ixuna blushing membuatkan dia berasa sangat gembira.Dia ingat isterinya itu tiada perasaan malu.Buat pertama kali rancangan untuk mengenakan Ixuna berjaya.
“Nenek ingat nak ajak kamu ke ladang getah kita.Semalam anak pokok getah baru sampai.Hari ini para pekerja dah mula tanam anak pokok baru.Atuk dan nenek ingat hendak meninjau kerja mereka.” Jawab Jannah pantas.
“Okey nek.”
“Eh,tapi Ixuna tak kisah ke masuk ladang getah? Kalau Xuna tak nak pergi,Xuna boleh berjalan sekitar kampung ni dengan Elya dan Reny.” Sampuk Yahya.
“Takpe tuk,Xuna suka masuk ladang getah.Dia sebenarnya tak boleh berenggang dengan saya.Betul tak sayang?”
Belum sempat Xuna menjawab, Eric pantas membuka mulut.Jika diikutkan hati,mahu saja dihentaknya kepala Eric ke atas meja saat itu.Ada saja modalnya untuk membuatkan wajah dia tebal berinci.Sepasang mata Eric asyik merenungnya.Suaminya itu sedang menunggu jawapan darinya.
“Betullah tu.Kita kan pasangan baru kahwin,mestilah tak boleh berenggang.Kalau dah lama kahwin nanti,mesti rasa bosan.Kalau sayang jauh daripada abang masa tu.Pasti abang tak kisah pun.” Ixuna menjawab sambil tersenyum sinis. Eric yang mendengar terdiam sejenak.Tidak suka mendengar ungkapan isterinya.
“Abang takkan benarkan sayang jauh dari abang walau berapa lama pun perkahwinan kita berlalu.Abang akan sentiasa melekat dekat sayang ke mana pun sayang pergi.” Giliran Ixuna terdiam dengan kata-kata Eric yang sangat mendalam maknanya.Jannah,Yahya,Elya dan Reny tersengih hingga ke telinga mendengar perbualan itu.
“Assalammualaikum.” Satu suara memberi salam menyebabkan semua mata memandang ke arah ruang tamu.Tidak sampai beberapa saat,kelihatan satu susuk tubuh yang dikenali melangkah memasuki dapur.
“Ya Allah,Ariel! Bila sampai?!” Yahya bangun dari duduk dan berpelukan dengan anak muda yang telah dianggap seperti cucunya sendiri itu.Ariel menyalam tangan Yahya dan Jannah sebelum selamba duduk sekali bersarapan.
“Abang buat apa dekat sini?” Reny bertanya pelik.Abangnya tiada kerja ke sampai boleh balik ke kampung?
“Ingat kau orang je ke boleh bercuti? Abang pun nak bercuti dekat kampung juga.” Ariel menyumbat sebiji karipap masuk ke dalam mulut.Amir yang melihat mendongkol dalam hati.Bagaimanalah dia hendak berbulan madu dengan Ixuna jika semua tetamu yang tidak dijemput ada bersama.
“Kau biar betul Ariel? Siapa yang uruskan syarikat?” Eric bertanya hairan.Mustahil neneknya akan membenarkan Ariel mengambil cuti panjang sepertinya.
“Papalah yang uruskan syarikat.Dia kan dah ada dekat Malaysia.Aku ke sini sebab nak melawat hotel kita dekat Desaru.Lepas tu,nenek suruh aku tinjau beberapa buah kawasan baru di Johor untuk mendirikan hotel.Terlanjur aku dekat Johor,aku datanglah ke mari.”
Jawapan Ariel membuatkan Eric geleng-geleng kepala.Sah,tugas yang diberikan Rihanna untuk Ariel itu telah beralih tangan.Dia masak benar dengan perangai Ariel.Selalunya jika dia ditugaskan bekerja di luar kawasan,pasti dia akan lepas tangan dan menyerahkan tugasan itu kepada setiausahanya yang serba boleh.Sebab itulah dia boleh bersenang lenang di sini sekarang.………………..Selesai bersarapan pagi itu, Eric membawa Xuna,Jannah dan Yahya ke ladang getah milik datuknya itu dengan keretanya.Sementara Ariel dipaksa oleh Elya dan Reny untuk ikut sama memasuki ladang.Jam menunjukkan pukul 9 pagi saat mereka semua tiba di tempat Eric meninggalkan Ixuna bersendirian semalam.
“Ya Allah,kita tersalah rumah ke ni bang?” Jannah bertanya pelik ke arah suaminya apabila melihat rumah tinggalannya yang menjadi tempat simpanan baja dan alat pertanian getah kelihatan kemas dan bersih.Setahunya rumah itu terbiar kerana dia malas mengupah sesiapa untuk membersihkannya.Untuk membersihkan sendiri,dia tidak mempunyai masa.
“Betullah ni rumah kita.Siapa yang rajin sangat bersihkan rumah lama kita ni?” Yahya sama bertanda tanya.Dia mengelilingi rumah itu dengan wajah yang bekerut.Yakin yang itu adalah rumah tinggalannya.Ixuna yang melihat situasi itu menjeling Eric tajam.Bukankah semalam Eric kata atuk dan nenek menyuruh mereka berdua membersihkan rumah itu sebelum datang melawat.Jadi mengapa hari ini Yahya dan Jannah tidak mengetahui siapa yang membesihkan rumah terbiar itu.
“Bersihnya nek rumah ni.Tak macam dulu.”
Elya dan Reny cepat masuk ke dalam rumah itu dan meninjau keadaan sekeliling.Jauh berbeza daripada dua bulan lepas saat mereka masuk ke ladang itu.Entah siapa yang rajin sangat mengemas rumah terbiar itu.Sedang mereka berbicara,dua orang jiran tetangga yang tinggal berhampiran menghampiri.
“Assalammualaikum Yahya,melawat ladang ke?” Tegur Husin,pemuda sebaya Yahya.\
“Waalaikumussalam.A’ah.Eh,kau orang perasan tak siapa yang kemaskan rumah aku ni?” Yahya bertanya kepada dua sahabatnya itu.
“Eh,kamu tak tahu ke,semalam cucu menantu kamu upah orang kampung ni untuk bersihkan rumah kamu ni?” Kata-kata Hassan menyebabkan semua mata memandang ke arah Ixuna.
Mulut Eric jelas melopong saat itu.Patutlah rumah lama datuk dan neneknya boleh terkemas cantik.Ingatkan Ixuna yang mengemas.Rupa-rupanya dia mengupah penduduk kampung melakukan tugasan itu.Hampeh!
“Xuna datang sini semalam? Kenapa susah payah bersihkan rumah ni cu?” Jannah menghampiri Ixuna dan mengusap-usap rambut panjang cucu menantunya.
“Em,semalam abang Eric tinggalkan Xuna dekat sini.Dia kata nenek dengan atuk suruh Xuna bersihkan rumah lama ni.Disebabkan Xuna tak larat,Xuna upahlah jiran-jiran tetangga berdekatan mengemas sama.” Ixuna menjawab seraya tersenyum sinis ke arah Eric. Eric menelan air liur.Habis dia hari ni!
“Kamu tinggalkan Ixuna dekat sini seorang diri Amir? Kamu dah gila ke?” Yahya bertanya dengan wajah serius sebaik saja Hassan dan Hussin meminta diri untuk ke pekan.
“Semalam kamu kata Ixuna jumpa kawan lama dia dekat kedai Kak Ayu? Kamu tipu nenek ya?” Giliran Jannah memarahi Eric.
“Sampainya hati abang tinggalkan Kak Xuna dekat sini seorang diri.” Elya bersuara perlahan.
“Er, Eric gurau je. Eric ingat..” Eric putus idea
“Perkara macam ni kamu boleh kata bergurau? Kalau sesuatu terjadi pada cucu menantu nenek.Siap kamu nenek kerjakan.” Jannah betul-betul tidak menyangka yang Eric tergamak meninggalkan isteri sendiri di kawasan seperti itu.Patutlah Eric cemas semacam semalam.
“Takpelah nek,atuk.Jangan marah Eric.Dia merajuk dengan Xuna semalam.Sebab tu dia tinggalkan Xuna dekat sini.” Xuna menambah perisa.Gembira melihat Eric kena marah.
“Eh,mana boleh macam tu. Eric,kamu jangan ikut perasaan sangat.Kalau ya pun merajuk,kamu tetap kena fikirkan keselamatan isteri kamu.Keselamatan dia tanggungjawab utama kamu.Suami jenis apa kamu ni?!”
Eric mendengus kecil.Tidak tentu pasal dia kena bebel dengan Jannah dan Yahya di pagi yang hening itu.Geram betul dia melihat Ixuna yang mempamerkan senyuman mengejek.Namun,dia tidak boleh berbuat apa-apa.Memang kejadian semalam adalah kesalahan dia.Selaku suami dia sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan Ixuna walau apa pun yang terjadi.
“Terima kasih cu sebab berbaik hati upahkan orang kampung bersihkan rumah lama nenek ni.Nak harapkan Eric dengan Ariel,memang dia orang buat bodoh je.” Jannah memuji Ixuna dengan hati yang berbunga-bunga. Eric dan Ariel mencebik bibir.Sukalah tu dapat dipuji Jannah dan mereka kena perli.
Beberapa ketika, Eric terpaksa menadah telinga mendengar sambungan bebelan datuk dan neneknya.Selepas itu mereka semua bergerak ke kawasan ladang yang telah digondolkan untuk ditanam dengan anak pokok getah baru.Kelihatan beberapa orang pekerja ladang seusia Eric sedang gigih menggali tanah dan memasukkan anak pokok mengikut barisan.Dalam masa tujuh tahun barulah pokok-pokok itu akan mengeluarkan hasil untuk dijual.
“Kita nak buat apa ni?” Ixuna mencuit bahu Eric dengan jari telunjuknya apabila melihat Jannah dan Yahya mengambil cangkul daripada belakang rumah lama itu.
“Buat bodoh.Tanam anak pokok barulah sayangku.” Eric mengusap kepala Ixuna lembut dan tersenyum manis.Ixuna terkebil-kebil melihat suaminya itu.
“Abang pandai ke tanam pokok?” Ixuna bertanya lagi.Sejuk hati Eric mendengar isterinya menggelar dia abang.Alangkah bagus jika Ixuna sentiasa lembut seperti ini.
“Pandai.”
“Macam tak percaya je.Abang kan lembik.Kena sergah sikit dah takut.” Eric mengecilkan mata.Agaknya memang Ixuna tidak boleh hidup senang jika satu hari tidak membuat dia sakit hati.
“Okey,abang akan buktikan.Kalau abang dapat tanam banyak anak pokok hari ni,sayang kena cium abang!”Mata Ixuna membulat apabila Eric berbisik menggoda di telinganya.Memandai  sahaja Eric meletak syarat tanpa persetujuannya.Belum sempat dia menyambung bicara, Eric sudah ke belakang rumah bersama Ariel dan mengambil sebatang cangkul setiap seorang.Mereka mengikut Yahya yang sedang bergerak ke kawasan lapang untuk menanam anak pokok getah baru.……………………..“Sayang…” Eric yang sedang mencangkul tanah memerhatikan telatah isterinya yang sedang duduk bersila di atas tanah tidak jauh darinya.
“Em…” Ixuna tidak memandang Eric.Dia khusyuk mengorek tanah gambut dengan tangannya.
“Kenapa korek tanah tu guna tangan? Kotorlah sayang.” Eric menegur lembut.Jam menunjukkan pukul 11 pagi saat itu.Namun cuaca agak mendung dan matahari kurang galak memancar.
“Saya tak nampak pun tanah ni kotor?” Tempelak Ixuna selamba.Dia masih setia mengorek tanah dengan tangannya.
“Kalau ada khinzir yang lalu atas tanah yang sayang korek tu macammana? Nak kena sertu lagi ke?” Serentak dengan pertanyaan Eric,Ixuna berhenti menggali.
“Babi ada bagi informasi dekat awak ke yang dia lalu dekat tanah ni?”
Bicara Ixuna menyebabkan Ariel yang menggali tanah di sebelah Eric ketawa terbahak bahak.Mujurlah Jannah dan Yahya berada jauh dari kawasan itu.Elya dan Reny sama mengikut nenek dan datuk mereka.Jika tidak apa pulak yang mereka fikirkan tentang bicara biadab Ixuna terhadap suami sendiri. Eric mendongkol geram.Memang degil sangat!
“Wah,besarnya!” Eric dan Ariel berhenti mencangkul tanah apabila terdengar jeritan kecil Ixuna yang penuh kegirangan.Gadis itu kelihatan tersenyum lebar memandang sesuatu yang diletakkan atas telapak tangannya.
“Apa yang besar sayang?” Eric yang tadi malas melayan telatah isterinya itu segera bertanya.Dia berhenti mencangkul dan mendapatkan Ixuna.
“Ini besar.” Ixuna mengajukan telapak tangannya pada Amir.Mata Eric membulat apabila melihat seekor cacing tanah yang agak besar bewarna coklat sedang menguit di atas tangan isterinya itu.
“Eee kau ni Ixuna.Kotorlah cacing tu.Geli je aku tengok!” Ariel yang melihat sama mengerekotkan badannya tanda kegelian.Ixuna memandangnya seketika sebelum gadis itu tersenyum jahat.\
“Wei,kau nak buat apa tu?!” Ariel terjerit kecil apabila melihat Ixuna mengangkat cacing gelang itu menggunakan dua jarinya dan gadis itu mengajukan cacing itu ke arahnya.
“Pergi cacing,makan Ariel yang penggeli tu.” Ixuna bersuara jahat sebelum mula menapak ke arah Ariel bersama cacing di tangan.
Eric menggeleng-geleng kepala apabila melihat Ariel tergopoh gapah melarikan diri mengelilingi persekitaran ladang getah itu kerana gelikan cacing.Ixuna mengejarnya di belakang bersama cacing di tangan.Beginikah adegan yang perlu dilihatnya sewaktu bulan madu mereka?
Selang beberapa saat,Ariel terjelepuk jatuh di atas tanah akibat tersadung akar kayu. Eric dapat mendengar sepupunya itu mengaduh kesakitan.Ixuna yang melihat Jannah dan Yahya menghampiri Ariel segera berlari kembali ke arah Eric.Berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku.
“Ya Allah,kenapalah sayang ni nakal sangat.”
Eric memegang tangan isterinya kuat sebelum mengambil cacing yang masih berada di tangan Ixuna. Eric meletakkan cacing itu kembali ke dalam lubang yang tadinya dikorek Ixuna.Kasihan cacing itu menjadi objek permainan isterinya yang tidak ubah seperti kanak-kanak ribena.Bab menyakat orang berilah dekat Ixuna.Memang dia juara.Semalam dia sudah terkena.Hari ini giliran Ariel pula.
“Duduk sini diam-diam dan jangan nak kenakan orang.Nanti kalau nenek dan atuk nampak,dia orang akan cakap abang tak pandai jaga isteri.”
Eric membebel sebelum mendudukkan isterinya atas tanah di tempat dia menanam anak getah baru.Seluar Ixuna sudah dibaluti tanah,jadi Eric rasa tidak bersalah mengarahkan isterinya kembali duduk di situ.“Sayang pernah dengar tak pasal pokok Pine Cypress?” Eric bertanya apabila Ixuna membisu.
“Pernah.Mengikut sainstis,kaum Hunza tinggal di kawasan pergunungan yang dikelilingi pokok Pine Cypress.Kaum Hunza adalah sebuah kaum terpencil di dunia yang mempunyai purata hidup terpanjang antara 100 hingga 140 tahun .Kaum Hunza mendapat sumber air utama dari telaga dan mata air glasier. Akar dari pokok Pine Cypress dan getah menjalar masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka.Kadangkala ada daun dan buah pokok Pine Cypress jatuh dan menjadi sebati dalam sumber air utama Kaum Hunza.Itu adalah rahsia usia panjang mereka.”
Jawapan panjang lebar Ixuna membuatkan Eric kagum.Isterinya memang pandai.
“Sayang percaya yang pokok tu boleh menyebabkan mereka panjang umur?” Eric bertanya lagi.
“Ajal dan maut itu di tangan Allah.Kalau Allah dah menetapkan kita mati awal,makan sebatang pokok Pine Cypress pun tidak berguna.Apa yang saya tahu,pokok Pine Cypress mempunyai banyak khasiat yang boleh menyebabkan badan manusia sihat dan jauh daripada sebarang penyakit.” Eric tersenyum mendengar jawapan Ixuna.
“Sayang tahu asal usul pokok Pine Cypress tu daripada mana?”
Kali ini Ixuna menggeleng-geleng kepala dengan pertanyaanEric.Dia menunggu Eric memberikan jawapan.Suaminya itu tersenyum ceria.Sambil mencangkul sambil berbual, Eric kelihatan selesa berkomunikasi dengannya.
“Pokok Pine Cypress adalah spesies pokok di mana kayunya digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh AS ketika banjir besar.Riwayat menyatakan benih pokok yang diturunkan Allah SAW untuk digunakan membina bahtera Nabi Nuh AS adalah datang dari syurga. Namun,kajian moden membuktikan pokok Pine Cypress memiliki persamaan genetik sebanyak 98 peratus apabila dibandingkan dengan spesimen kayu dari tinggalan bahtera Nabi Nuh AS.”
“Besar sungguh kekuasaan Allah…” Ixuna menggumam kecil.
“Kekuasaan Allah itu menyeliputi seluruh alam sayang.Cuma manusia saja selalu alpa dan tidak mahu mensyukuri semua nikmat yang Allah berikan.”
Bicara Eric membuatkan Ixuna terdiam lama.Dia adalah salah satu dari manusia yang alpa dan tidak pandai bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.Astagfirullahal-Azim…Ixuna beristigfar dalam hati.
P/S: 100 LIKE 4 NEXT ENTRY.LIKE ANDA DIPERLUKAN UNTUK PERKONGSIAN ENTRY INI.THANKS ALL!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2013 23:11

Crystal Anabella's Blog

Crystal Anabella
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Crystal Anabella's blog with rss.