Crystal Anabella's Blog, page 8
August 13, 2012
the most cute malay boy i ever seen!!!
Published on August 13, 2012 07:47
August 12, 2012
NOVEL : KAHWIN,6 BULAN JE?! BAB 6

BAB 6“Ouch!.Perlahan sikit boleh tak!” Eric menepuk tangan Ariel yang agak kuat menyapu ubat luka di bahagian pinggangnya.“Relakslah bro.Sejak bila kau tak tahan sakit ni..” Ariel cuba menahan gelak apabila melihat wajah Eric yang masam mencuka sedari tadi.Jelas kelihatan satu tompokan lebam yang agak besar di bahagian pinggang sepupunya itu.Sudahlah kulit Eric tu putih kemerahan,apabila terkena cubitan maut seperti itu,mahu tidak lebam biru jadinya.Lebih dahsyat lagi,sedikit bahagian kulit pinggang pemuda itu terluka dan melecet.Kuat betul penangan cubitan gadis comel yang ditemui mereka di kelab malam kali lepas!.“Tak tahan sakit kau kata?! Bisa kau tahu tak?! Gila betullah perempuan tu!” Berkerut-kerut dahi Eric menahan pedih apabila antiseptic yang disapu Ariel mengenai kawasan kulitnya yang sudah tercedera itu.“Okey,sorry.Eh,tapi tak sangka kan yang dia tu anak Madam Amy? Aku ingatkan Madam Amy takde anak perempuan selain Rina tu.” Setelah selesai menyapu luka Eric,Ariel duduk di birai katil di sisi sepupunya itu.

“A..ah,aku pun baru tahu yang Madam Amy tu dah ada anak dengan perkahwinan pertama dia dulu.Ingatkan si Rina tu jelas anak dia seorang.”Eric menarik dan menghela nafas panjang.Setelah mendapatkan penjelasan terperinci daripada nenek,akhirnya dia mendapat tahu tentang perihal kedatangan gadis bernama Vifeinia Ixuna itu ke Vila Oracle.Satu kesilapan besar dia dan Ariel ialah apabila mereka beranggapan yang Xuna itu gadis entah apa-apa dan di label sebagai jahat hanya kerana mereka menemui gadis itu pertama kalinya di kelab malam.Tidak menyangka pula,Ixuna sebenarnya adalah puteri tunggal Madam Amy.Ahli korporat yang amat dikagumi mereka berdua dan bersahabat baik dengan Puan Sri Rihanna juga Datin Rahimah.“So?” Ariel tiba-tiba memandang Eric dengan senyuman penuh makna.“So what?”“Kau nak kahwin ke dengan budak comel tu?” spontan pertanyaan Ariel.“Nak suruh aku mati masa malam pertama ke?” soalan dibalas dengan soalan sebelum mereka berdua tergelak besar.“Tapi kan Eric,aku serius nampak yang nenek dah berkenan sangat dekat Xuna tu untuk jadi isteri kau.Kalau dia paksa kau kahwin dengan dia macammana?”Ariel menimbulkan tanda tanya.Bukan dia tidak tahu,sebaik saja Ixuna pulang tadinya.Terus saja nenek mereka menceritakan perihal gadis itu dengan terperinci berserta wajah yang penuh kegembiraan.Bagi Ariel dan Eric,Ixuna adalah seorang gadis yang hebat kerana berjaya melepasi semua ujian nenek mereka dalam masa yang singkat.Tambahan pula,Elya dan Reny beria-ia menyarankan agar Eric atau Ariel mengambil Ixuna sebagai isteri mereka hanya kerana mereka mengenali gadis itu sebagai kawan baik.Tetapi semua itu hanya sia-sia saja....

“Nak paksa aku kahwin macammana.Budak tu dah bertunanglah.Aku bukan perampas hak orang okey?.” Terdengar satu keluhan kecil di hujung bicara itu.Eric termenung sejenak.Tidak menyangka yang gadis comel yang telah berjaya menarik perhatiannya itu bakal dimiliki orang lain..Tapi,mengapa pula dia perlu ambil kisah?“Jangan panggil dia budaklah.Dia tu muda tiga tahun daripada kita je walaupun muka dia tu comel sangat.Eh Eric,daripada cara kau bercakap,macam kecewa saja bunyinya? Kau jatuh hati kat budak comel tu ke?” duga Ariel dengan senyuman meniti di bibir.Padahal dia yang tidak membenarkan Eric memanggil Ixuna budak,tetapi dia sendiri pula yang memanggilnya.Entah kenapa kali ini Eric mempamerkan wajah yang pelik pada penglihatannya.Takkanlah sepupunya itu sudah jatuh cinta pula kut?.“Banyaklah kau punya jatuh hati.Tak nak aku jatuh hati pada budak kuku harimau tu.Kalau kahwin nanti,habis satu badan aku kena siat.” Sambil mengerekotkan badan,Eric mencebik bibir.Seolah-olah geli dengan penyataan sepupunya itu.“Em,okeylah.Kalau kau tak nak kahwin dengan dia.Biar aku jelah yang kahwin dengan dia.”“What!!!” Ariel tersenyum lebar apabila melihat wajah Eric bertukar cuak tiba-tiba dan sepupunya itu terjerit kuat pula.Adakah Eric memang sudah jatuh hati pada gadis kuku harimau itu?.............................................................................Ixuna memarkirkan kereta di perkarangan Vila Vinci.Dia mematikan enjin dan menghela nafas panjang.Dia tidak menyangka yang tujuannya menghantar proposal kepada pengarah utama King Corporation hanya bertukar menjadi satu adegan yang langsung tidak masuk dek akal.Masih terngiang ngiang di telinganya bagaimana Puan Sri Rihanna merayunya agar dia memilih untuk berkahwin dengan Eric atau Ariel tadinya.Adakah wanita tua itu memikirkan hal perkahwinan itu adalah hal yang boleh dipaksa-paksa? Mujurlah statusnya sebagai tunangan orang dapat menyelamatkan keadaan.Bimbang juga dia jika Puan Sri Rihanna sengaja menolak proposal mamanya hanya kerana dia tidak berjaya memenuhi permintaan melampau nenek tua itu.Kemunculan Reny dan Elya,dua gadis yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri itu memang bisa membuatkan hatinya berdetak kebimbangan.Ditambah pula dengan pertemuan kedua dia dengan lelaki durjana bernama Eric dan Ariel itu.Dia langsung tidak menyangka dua pemuda tampan itu adalah abang kepada Elya dan Reny.Entah kenapa mengikut nalurinya saat itu,seperti ada sesuatu yang buruk bakal menimpa dirinya.Sebuah keluhan besar menamatkan lamunannya saat itu.Ixuna keluar daripada perut Lotus Elise bewarna pink terang yang dihadiahkan Madam Amy buatnya tahun lepas sebelum menapak masuk ke dalam Vila Vinci.Daripada jauh dia sudah dapat mendengar suara ayah tirinya sayup-sayup daripada tingkat atas.Suara yang agak tinggi dan seolah-olah menahan kemarahan.“Nadia Qasrina,kamu keluar daripada dalam bilik ni sekarang! Banyak benda yang daddy nak tanya dengan kamu!” jeritan kuat Tan Sri Haris membuatkan langkah Ixuna yang sedang menapak tangga terhenti begitu saja.Dia dapat melihat wajah tegang ibu bapanya yang sedang berdiri sambil mengetuk pintu kakak tirinya dengan kuat.“Rina keluarlah.Mama dengan daddy nak berbincang dengan kamu.” Suara Madam Amy sedikit mendatar saat itu.Bila berhadapan dengan anak tirinya,dia tidak boleh bereaksi seperti dia berhadapan dengan Ixuna.“Kenapa ni mama,daddy?” Ixuna yang berdiam diri sedari tadi segera menghampiri.“Eh sayang,kamu dah balik? Macammana dengan tugasan kamu hari ini.Okey tak?” wajah tegang Tan Sri Iskandar terus berubah ceria apabila terpandangkan wajah anak tirinya itu.Memang Ixuna jauh boleh diharap berbanding anak tunggalnya yang sedang terperuk dalam bilik saat itu.“Okey saja.Kenapa daddy dengan mama bising-bising depan bilik Rina ni?” Sekali lagi Ixuna bertanya sambil menatap wajah kedua orang tua yang berdiri di hadapannya itu.“Kakak kamu nilah.Semalam dia kata dia tidur rumah kawan dia yang nama Sonia tu.Tapi, tadi...Sonia call rumah dan dia cakap Rina takde pun tidur rumah dia.Daddy cuma nak tahu je Rina tidur kat mana semalam.Bila daddy dengan mama tanya dia boleh buat bodoh saja dalam bilik ni.Sakit hati betul.” Rungut Tan Sri Haris sambil merenung tajam arah pintu bilik anak perempuannya seolah-olah dapat menembusi pintu kayu itu.“Rina,keluarlah.Kita berbincang lepas tu kita makan tengahhari bersama.” Giliran Amy menyambung pujukannya.“Takde apa pun yang perlu dibincangkan.Daddy dengan mama tak payah nak sibuk hal Rina.Pergi jelah makan,tak payah tunggu Rina.Rina dah kenyang!” kedengaran suara Rina yang agak tinggi di sebalik pintu bilik itu.“Rina,kau keluar sekarang.Daddy dengan mama nak jumpa kau.”Nadia Qasrina yang berada di sebalik pintu menelan liur.Suara lembut yang keluar daripada bibir adik tirinya membuatkan bulu romanya meremang serta merta.Walaupun Ixuna muda dua tahun darinya,itu tidak bermakna yang Ixuna takut akan dirinya.Malahan perkara sebaliknya pula yang berlaku.Sepanjang tiga tahun dia mengenali Ixuna,dia memang langusng tidak dapat bersaing dengan adik tirinya yang serba sempurna itu.Disebabkan itulah dia mula menunjukkan protes pada ayahnya juga ibu tirinya yang kelihatan lebih menyayangi Ixuna berbanding dirinya.“Ka..lau aku tak nak keluar,kau nak buat apa?!” Dengan sedikit kekuatan Rina menyahut kata-kata Ixuna.Buat seketika dia tidak mendengar apa-apa bunyi.Dia melekapkan telinga di balik pintu.Belum sampai beberapa saat,dia merasakan tubuhnya melayang ke lantai sebelum pintu kayu yang tadinya berada di hadapan matanya menindih tubuhnya.Terkapai-kapai dia ditindih pintu kayu yang sudah tercabut itu.“Ixuna,berapa kali kamu nak pecahkan pintu bilik dalam rumah ni ha?!” Amy sedikit terjerit melihat wajah selamba anak perempuannya yang sedang berdiri disisinya.Dengan satu tendangan saja,pintu yang tadinya berkunci sudah tercabut daripada tempatnya.Itulah penangan tendangan seorang Vifenia Ixuna!“Berkali-kali mama.Siapa suruh Rina kunci pintu bilik dia..” langsung tiada perasaan bersalah dalam tutur kata gadis comel itu.Nadia Qasrina yang tadinya terbaring di atas lantai terhempap di bawah pintu,pening-pening lalat berdiri dengan bantuan papanya.Dia memandang pintu biliknya yang sudah tersadai di atas lantai.Ini sudah kali keempat pintu biliknya dipecah Ixuna.Sewajarnya dia sudah mengambil langkah keselamatan dengan berdiri jauh daripada pintu itu.Namun,dia sering lalai.Setiap kali Ixuna memecahkan pintu biliknya,pasti dia sekali akan terkena tempiasnya seperti hari itu.“Rina okey tak?” Tan Sri Haris mengusap usap lembut kepala anaknya yang sedang memandang Ixuna tunak.“Aku nak kau betulkan balik pintu bilik tidur aku ni.” Rina memberikan arahan kepada Ixuna yang terkebil-kebil memandangnya.

“Okey,nanti Xuna betulkan.Kau okey tak? Maaf ya.Mungkin tendangan aku agak kuat tadi.” Ixuna menghampiri kakak tirinya itu dan memeluk kuat tubuh tinggi lampai itu.Buat seketika Rina cuba menolak tubuh Ixuna yang kuat melekap pada batang tubunya.Namun setelah dia tidak berjaya meleraikan pelukan itu,dibiarkan saja tubuh adik tirinya yang comel itu mendakapnya.Ixuna sering begini...Perangai pelik yang dia sendiri langsung tak faham!.“Kau okey tak?” Pertanyaan lembut Ixuna membuatkan Qasrina tersentak kecil.“Aku okey..” Tan Sri Haris dan Amy hanya bisa menggeleng geleng kepala melihat telatah dua anaknya itu.Ixuna memang bisa membuatkan suasana yang tegang berubah tiba-tiba.Sejak dulu lagi,Tan Sri Haris dan Amy selalu berfikir yang dua gadis itu akan bermusuhan dan membenci antara satu sama lain.Namun,hingga sekarang tidak pula dua gadis itu menunjukkan perasaan benci yang nyata.“Kau tidur kat mana semalam?” Ixuna bertanya lagi dalam keadaannya masih memeluk Rina.“Er...”“Kat mana?” Rina menelan liur.Inilah yang dia malas bila berdekatan dengan gadis comel itu.Apabila terlalu dekat,denyutan jantungnya terasa bagai dikawal aura menyeramkan gadis itu.“Aku tidur rumah Huda.Semalam kita orang ada parti.Aku penat sangat dan tak larat nak balik.Sebab tulah aku tidur rumah Huda.Aku cakap kat daddy aku tidur rumah Sonia sebab tak nak daddy dengan mama bimbangkan aku.” Seperti mengikut arahan,Rina memberikan penjelasan yang melegakan hati kedua orang tuanya.Memang semalam dia keluar berparti di rumah Huda hingga larut pagi.Dia memberitahu Tan Sri Haris yang dia ingin bermalam di rumah Sonia kerana dia tahu yang ayahnya itu tidak suka dia berkawan baik dengan Huda yang agak liar.Berbeza dengan Sonia yang agak baik di mata ayahnya itu.“Rina..Rina..kan senang kalau daripada awal kamu berterus terang.Tak perlulah nak menipu daddy dengan mama.Daddy tak kisah kamu nak tidur kat mana-mana pun.Asalkan kamu pandai jaga diri..” Tan Sri Haris menghela nafas kelegaan di hujung ayatnya.Dia tahu yang Rina tidak akan menipu jika pertanyaan itu ditanya oleh Ixuna.“Em..jadi masalah dah selesai.Jom kita makan tengahhari sama-sama.” Madam Amy bersuara ceria.Cuba mengembalikan mood gembira masing-masing.Ixuna hanya tersenyum lebar sebelum melepaskan pelukannnya daripada Rina.“Mama,daddy dengan Rina pergilah lunch dulu.Xuna nak betulkan pintu bilik ni sekejap.Karang susah pulak kalau Rina nak mandi atau nak tidur dalam bilik ini.Tak elok anak dara duduk dalam bilik yang pintunya terbuka.” Dengan sebelah tangan Ixuna mengangkat pintu yang sudah tercabut itu agar bersandar di tepi dinding.Rina hanya memandang telatah adik tirinya itu dengan perasaan kagum.Sudah banyak kali dia cuba membenci gadis itu,namun dia tidak berjaya.Ketulusan perangai Ixuna hanya bisa membuat dia menyanjung gadis itu dalam diam.“Dahlah,biarkan je dulu.Aku dah mandi dan malam karang baru aku tidur.Kita lunch sama-sama dulu.Lepas tu baru kau betulkan pintu bilik aku.” Madam Amy tersenyum kecil mendengar permintaan Rina.Dia tahu walaupun sekelumit,Rina tetap juga mempunyai perasaan sayang terhadap puteri tunggalnya itu.Ixuna pula hanya mengangguk angguk kecil.“Okey.”“Lagi satu Xuna.Lain kali,kau tak payahlah pecahkan pintu bilik aku tu kalau aku kunci daripada dalam.Kau minta jelah kunci pendua daripada daddy atau mama.”“Okey.”Rina hanya mendengus kecil mendengar jawapan tidak berperasaan adik tirinya itu.Padahal dalam Vila Vinci semua pintu mempunyai kunci pendua yang dipegang ibu tirinya.Jadi mengapa pula Ixuna perlu bersusah payah memecahkan pintu biliknya dan terpaksa membetulkannya kembali pula.Hmph..adik tirinya itu memang pelik!.
P/S: thanks untuk bace entry ini ye.seperti biase tolong komen n janganlah jadi silent reader.I HATE IT.hu3.em...kalau ade sesiapa cakap sy desperate dgn komen.YES,IM THE ONE.KOMEN anda semua menunjukkan level best karya2 sy..so..
40 LIKE OR SHARE UP 4 NEXT ENTRY30 COMMENT UP FOR NEXT ENTRY.
HE3,JANGAN MARAH YE..ENJOY YOUR READING.
Published on August 12, 2012 05:58
August 10, 2012
NOVEL : KAHWIN,6 BULAN JE?! BAB 5

BAB 5“Saya Vifeinia Ixuna,wakil RS Corporation.Mama saya arahkan saya ke mari untuk bincangkan proposal mengenai pembangunan hostel terbesar di Asia kelak.”Kali ini barulah Ixuna mempunyai peluang untuk memberitahu akan tujuan sebenarnya berkunjung ke Vila Oracle.Rihanna yang masih melopong tidak percaya sempat menyambut proposal yang dihulur Ixuna.Dia membelek fail itu buat seketika sebelum kembali merenung wajah comel itu.Tidak menyangka yang dia telah salah faham akan tujuan gadis itu ke vilanya.“Kamu ni anak Tan Sri Haris ke Xuna?” Rihanna masih berminat untuk ambil tahu akan latar belakang gadis yang sudah menambat hatinya itu.Namun,setahunya Tan Sri Haris tidak mempunyai puteri sejelita dan sepintar ini.Takkanlah..“Saya anak tiri Tan Sri Haris.Mama saya bernama Amylin Hitomi atau Puan Sri mungkin kenal dia sebagai Madam Amy.” Ixuna memberi penjelasan terperinci agar orang tua itu tidak salah faham lagi.“Ya Allah,kamu ni anak Amy rupanya.Patutlah kamu ni bijak sangat sayang.” Sekali lagi Rihanna memeluk tubuh Ixuna dengan hati yang berbunga-bunga.Amy ialah seorang wanita korporat bijaksana yang sudah banyak membantunya dalam mengembangkan empayar King Corporation dahulunya.Dia tidak menyangka pula boleh bertemu dengan puteri tunggal Amy di kediamannya sendiri.Mungkin inilah yang dinamakan jodoh.......................Sementara itu di perkarangan Vila Oracle,Eric dan Haris sedang berdiri sambil berbual bual dengan suara berbisik.Mereka tidak berani malangkah masuk ke dalam Vila Oracle memandangkan neneknya pasti akan mengamuk setiap kali calon isteri yang dibawa mereka tidak lulus ujian yang dikenakan.“Bro,jom kita blah jelah.Kita tunggu sini nanti mesti kena bebel dengan nenek.” Ariel membuka mulut dengan wajah yang berkerut-kerut.“Alah..kita tunggu jelah kat sini.Gerenti punya perempuan tepi jalan mana entah yang kau kutip tadi tak lepas ujian nenek.Kita lari pun,nanti esok lusa kena bebel juga dengan nenek.”Eric bersuara malas.Sudah masak benar dengan situasi seperti itu.Pagi tadi sebaik saja teringat akan tugasan mingguan yang memerlukan dia membawa seorang perempuan untuk ditunjukkan kepada nenek,dia segera saja menghubungi Ariel.Tak sampai beberapa jam,Ariel sudah membawa seorang perempuan tidak cukup kain datang ke Vila Oracle.Memanglah sepupunya itu sengaja mencari pasal.Ariel tidak lagi meneruskan perbualan tetapi dia berjalan ke hulu dan ke hilir di hadapan Eric yang sedang bersandar pada kereta.Selang beberapa minit sebuah kereta Mercedes memasuki perkarangan Vila Oracle.Reny dan Elya yang entah dari mana tiba-tiba saja keluar daripada perut kereta dan bergegas mendapatkan dua pemuda itu.“Eh abang Eric dengan abang Ariel kenapa tak masuk ke dalam rumah? Takut nenek marah ya?” Elya adik kepada Eric sengaja bertanya untuk menaikkan api kemarahan abangnya juga abang sepupunya.“Dah Elya,kau tak payah nak sibuk hal kami berdua.Kau dengan Reny ni daripada mana? Pagi-pagi lagi dah merayap?” Ariel mendengus kecil sebelum bertanya kepada adiknya,Putri Reny Yuliana juga sepupunya Putri Elya Enrisya.“Kita orang pergi beli majalah tadi.Ajak Pak Mat pergi mall sekejap.” Reny menjawab pertanyaan abangnya bagi pihak Elya sebelum dia dan Elya mengelilingi sebuah kereta bewarna pink yang terparkir di sebelah kereta Mercedes yang dipandu Pak Mat sebentar tadi.“Oh my gosh.Lotus Elise! Pertama kali Elya tengok kereta ni warna pink.Comelnya!.Mesti limited edition ni.Siapa punya kereta ni abang?” Elya dan Reny kelihatan teruja melihat kereta mewah yang bewarna menonjol itu.Mereka berdua mengelilingi kereta itu buat beberapa kali.

p/s:40 COMMENT KE ATAS untuk next entry.
40 kE ATAS LIKE N SHARE in fb 4 next entry.
he3,thanks 4 reading.Jika anda rase nak bace next4,please leave a comment.Komen anda semua sngt pnting untuk membina semangat sy...<3.
Published on August 10, 2012 11:01
PELAKON CINTA BAB 28,29 + 29.1

http://www.penulisan2u.my/2012/08/novel-pelakon-cinta-dan-mr-g-28-29/nullwww.penulisan2u.my
BAB 29.1
Aku mengambil mikrofon dan memberikannya kepada Zafran.Jelas pemuda itu terkejut dengan tindakan aku.Aku tersenyum kecil memandang wajah Zafran yang cuak itu.Aku tak pernah dengar dia menyanyi,sudah tentu aku juga teringin dengar suara Mr.G menyanyi.Sumbang atau tidak..“Sayang,saya mana pandai menyanyi.”“Tak pe.Just give a try.Saya akan menyanyi dengan awak.Jom.”Bilik itu kembali penuh dengan sorakan apabila aku menarik lembut tangan Zafran agar berdiri di sisiku dan muzik mula berbunyi kuat menggamit suasana dalam bilik itu.Lagu Overboard nyanyian duet Justin Bieber dan Miley Cyrus menjadi pilihan aku.‘It feels like we've been out at sea,oh..
So back and forth that's how it seems,whoa..
And when I want to talk, you say to me
That if it's meant to be, it will be,whoa, whoa’Aku memandang wajah Zafran yang sedang merenungku dengan penuh makna,aku hanya mampu tersenyum kepadanya dan meneruskan nyanyian dengan penuh perasaan.
‘So crazy is this thing we call love
And now that we've got it we just can't give up
I'm reaching out for you
Got me out here in the water and I..
I'm overboard and I need your love, pull me up
I can't swim on my own, it's too much
Feels like I'm drowning without your love
So throw yourself out to me, my lifesaver’Aku berhenti menyanyi dan memandang Zafran untuk memberi dia peluang menyanyikan rangkapnya pula.
‘Whoa,wow...
Never understood you when you said,whoa..
Wanted me to meet you halfway, whoa...
I felt like I was doing my part
You kept thinking you're coming up short
It's funny how things change 'cause now I see
Oh, whoa, whoa
So crazy is this thing we call love
And now that we've got it we just can't give up
I'm reaching out for ya
Got me out here in the water and I’Aku tersenyum lebar,tak sangka suara Zafran sungguh merdu seperti suara Justin Bieber juga.Ha,ha,ha.
‘I'm overboard and I need your love, pull me up
I can't swim on my own, it's too much
Feels like I'm drowning without your love
So throw yourself out to me, my lifesaver, oh..’Nyanyian serentak aku dan Zafran berkumandang sehingga lagu itu tamat.Setelah tamat kami berdua menyanyi,semua pelajar dan para pensyarah memberikan tepukan gemuruh.Aku dan Zafran kembali duduk di kerusi yang di sediakan.“Tak sangka suara awak merdu juga Zaf,nanti..lain kali bolehlah awak nyanyikan saya lagu-lagu lain.”Aku berbisik lembut di telinga Zafran yang jelas gembira kerana dapat berduet bersamaku.“Untuk sayang,boleh saja.”
.............................Selesai berkaraoke,kami semua menjamu selera di Kenny Roger Roaster.Selepas itu,masing-masing bergerak ke I-City bersama kereta yang dipandu.Aku menaiki kereta Zafran dan Elma memandu keretaku.Kereta di parkir di I-City dan kami berjalan kaki untuk memasuki fun fair yang terletak tidak jauh dari situ.“Sayang tak rasa macam budak-budak ke pergi tempat macam ni?”Zafran bertanya pelik apabila melihat wajahku yang berseri-seri melihat orang ramai yang berpusu-pusu dalam fun fair itu.Terdapat roller coaster,go-kart,rumah hantu dan pelbagai jenis booth dengan permainan berbeza.“Tak rasa pun.Jom Zaf kita pungut semua hadiah yang ada dalam fun fair ni.”Zafran hanya mampu mengeleng-geleng kepala apabila aku menarik tangannya menuju ke kaunter menjual token.Aku membeli token sebanyak RM 200 dan Zafran jelas menunjukkan muka yang aku suka membazir.Lokasi pertama kami ialah tempat permainan membaling damak atau dart.Dengan token bernilai RM 5,penjaga booth itu memberikan aku enam batang damak untuk aku memecahkan belon yang tergantung lebih kurang lima kaki dari tempat aku berdiri.Syarat permainan itu,kalau aku berjaya memecahkan enam belon,aku akan mendapat hadiah yang merupakan jam dinding.Jika aku mahu meneruskan permainan itu,aku perlu membeli damak seterusnya untuk mendapatkan hadiah yang lebih besar.Baling punya baling,satu damak pun tidak memecahkan belon itu.Zafran ketawa kecil disisiku.Aku geram pula bila melihat wajah itu sakan menggelakkan aku.“Tak payahlah nak gelak sangat.Tak lawak pun.”“Sayang ni..apalah,beria-ia nak main baling dart,saya ingatkan sayang pandai main.Rupa-rupanya..hampeh.”Grr...Zafran memerli aku secara terang-terangan.Geramnya!.“Memang saya tak pandai main.So,what?!Awak pandai sangat ke?”Aku dah mencerlung marah memandang Zafran yang kelihatan masih geli hati dengan perangai aku.Dia kemudiannya membeli tiga puluh batang damak dan menyuruh aku memerhatikannya.“Sayang tengok cara membaling dart dengan betul ya.”Aku melopong bila Zafran memulakan balingan dart.Daripada tiga puluh batang damak,hanya tiga saja yang tidak mengenai sasaran.Penjaga booth itu sendiri tercengang tidak percaya dengan kecekapan Zafran memecahkan belon-belon tersebut.Aku..lagilah,rasa macam nak pengsan!.“Sayang pilihlah nak teddy bear yang mana.Saya hadiahkan untuk sayang.”Aku tersenyum lebar mendengar pelawaan Zafran itu.Zafran seperti dapat menghidu yang aku sememangnya ingin mendapatkan teddy bear terbesar berwarna coklat yang terdapat di booth itu sebagai hadiah tempat pertama.“Terima kasih Zaf.Saya tak sangka yang awak sangat hebat dalam permainan dart.Apa kata,lepas ni..kita pergi semua booth yang melibatkan permainan baling-baling.Saya yakin awak boleh dapatkan lebih banyak teddy bear untuk saya.”Zafran sudah tercengang mendengar idea aku.Sebelum sempat dia membuka mulut,aku sudah menarik tangannya bersama teddy bear dalam pelukan aku menuju ke booth seterusnya.Zafran memang hebat seperti yang aku jangkakan.Daripada permainan membaling dart,aku bergerak ke tempat membaling gelang kecil ke dalam botol yang sedang berputar.Kemudian,aku membawanya ke tempat membaling tin yang di susun tinggi dengan sebiji bola.Dalam setiap permainan ini,Zafran sudah berjaya mendapatkan tiga buah teddy bear besar untuk aku.Untuk mengelakkan orang ramai memandang aku pelik kerana membawa tiga buah teddy bear yang besar,aku menghadiahkan salah satu dari teddy bear itu kepada Elma dan sebuah lagi aku berikan pada seorang kanak-kanak perempuan yang kebetulan menangis di hadapanku kerana langsung tidak mendapat hadiah dalam permainan fun fair itu.Zafran menunjukkan kegagalan apabila bermain dalam permainan menyauk itik dengan sebuah sauh kecil.Permainan itu memang berdasarkan nasib.Sesiapa dapat menangkap itik plastik sedang terapung dalam sebuah kolam kecil dan mempunyai angka-angka tertentu di bawahnya akan mendapat hadiah.Dalam permainan itu,aku lebih bernasib baik dan berjaya mendapatkan seutas jam tangan Mickey Mouse berwarna hijau.“Sayang,jam tangan ni untuk perempuanlah.Janganlah pakaikan kat saya.”Zafran sudah merengek-rengek kecil apabila aku berkeras untuk memakaikan jam tangan itu pada tangannya.“Tak peduli,awak mesti pakai.Ini tanda kita dah bertukar hadiah.Lagipun,jam tangan ini warna hijau.Hijau kan warna kegemaran awak.”Dengan bersusah payah,akhirnya aku berjaya juga memakaikan jam tangan Mickey Mouse itu di tangan Zafran.Melihat wajah cemberut Zafran yang melihat jam tersebut di pergelangan tangannya dengan jengkel membuatkan aku ingin pecah perut ketawa.“Sayang mengelat.Saya bagi sayang teddy bear,sayang bagi saya jam perempuan.Tak adil sungguh.”Zafran mula merungut dan mencebikkan bibirnya tanda protes dengan hadiahku.Aku hanya mampu tergelak dan terus menarik tangannya untuk menaiki roller-coaster pula.Sepanjang menaiki roda berpusing itu,aku punyalah terjerit-jerit kerana ketakutan,Zafran pula hanya membuat muka selamba dan dia langsung tidak takut akan ketinggian atau kelajuan.Sebaik saja turun dari roller coaster,aku sudah pening kepala.Zafran sempat membebel memarahi aku kerana tidak memberitahunya yang aku mudah pening kepala jika menaiki permainan sebegitu.Kesannya,Zafran mengeheret aku pulang kerana tidak mahu sakit kepala aku semakin teruk.-please comment-please like
P/S:MAYBE this will be the last entry in the blog...Semua komen daripada pembaca semua amat saya harapkan.Em..rajin2,jemputlah baca novel baru saya yang bertajuk 'Kahwin 6 Bulan Je?!' dalam blog ini.Love U all!!!
Published on August 10, 2012 07:37
August 8, 2012
NOVEL : KAHWIN,6 BULAN JE?! BAB 3,4

BAB 3“Kamu ke mana Xuna,dah pagi macam ni baru balik?” Suara lembut Insan Nur Kamil menyapa gegendang telinga Ixuna sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam Vila Cahaya.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi.Ixuna mengeluh kecil sebelum menyalam tangan papanya.“Pergi kelab malam papa.”Jawapan bersahaja Ixuna membuatkan mata papanya terbeliak.“Kamu buat apa pergi kelab malam?”“Buat researchlah.Kan papa suruh Xuna selidik fesyen seksi yang selalu dipakai anak muda masa kini.Xuna dah dapat researchnya.Nanti papa bolehlah dapat ilham untuk hasilkan koleksi fesyen baru papa tu.”“Astagfirullahalazim.Xuna..Xuna..Memanglah papa suruh kamu research pasal baju-baju seksi tu.Tapi..tak perlulah pergi ke kelab malam.Bahaya kamu tahu tak? Cukuplah kalau kamu buat research di mana mana mall atau pergi saja butik butik fesyen terkini.” Kamil mula membebel menasihati puterinya yang agak lurus bendul itu.“Memang bahaya pun pergi kelab malam...” Ixuna menggumam gumam kecil dengan wajah yang masih merah menyala.Kejadian yang tidak dijangka berlaku dalam kelab malam hari itu betul betul buat harinya terasa sangat teruk.“Dahlah tu abang,dah dekat pagi dah ni.Tak perlu nak salahkan Xuna.Lain kali bagi arahan pada dia terperinci sikit,barulah senang Xuna buat research.Pergi bersihkan diri sayang.Jangan lupa solat Isyak sebelum tidur.”Puan Izatul Fariza,ibu tiri Vifeinia Ixuna menegur lembut suaminya.Ixuna hanya tersenyum hambar sebelum mencium tangan papanya dan mencium pipi ibu tirinya.Dia melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik tidur dengan hati yang masih bengkak setiap kali teringat wajah tampan pemuda yang ditemuinya di kelab malam sebentar tadi.“Abang bimbang betullah dengan Xuna tu Iza.Selalu sangat salah faham dengan apa yang orang lain cakap...” Kamil meluahkan rasa bimbang yang terpendam dalam hatinya.Dia memang tidak boleh tidur selagi puterinya itu belum pulang ke rumah.Isterinya pula yang merupakan seorang pensyarah,menemaninya di ruang tamu sambil menyelesaikan penandaan kertas peperiksaan pelajar hingga larut pagi.“Abang jangan bimbang sangatlah.Ixuna tu pandai jaga diri.Sebelum ni pun dia boleh hidup sendirian di negara orang tanpa abang dan mamanya.Iza optimis dengan Xuna.Lagipun Xuna tu bukan calang-calang gadis bang.” Iza menyedapkan hati suaminya.Kamil hanya mampu mengeluh kecil dan mengiyakan kata-kata isterinya.Dia mengaku yang dia bukanlah seorang ayah yang baik kepada Vifeinia Ixuna kerana dia pernah mengabaikan gadis itu satu ketika dahulu.Namun begitu,dia sekarang amat berbangga mempunyai puteri seperti Vifeinia Ixuna.Puteri yang sentiasa berdikari dan tidak menyusahkan kedua orang tuanya.Vifeinia Ixuna lahir daripada perhubungannya dengan bekas isteri,Amylin Hitomi.Seorang perempuan berbangsa jepun campuran indonesia muslim yang ditemuinya ketika menuntut pelajaran di Jepun dahulu.Dia dan Amy bercinta untuk beberapa tahun sebelum berkeputusan berkahwin ketika mereka di tahun akhir pengajian.Sewaktu Ixuna berumur dua tahun,dia dan Amy bercerai kerana ketidaksefahaman dalam rumah tangga.Amy selalu membangkitkan hal yang dia adalah lelaki lembik hanya kerana dia mempunyai masalah kekurangan hormon kelakian dahulunya.Dan dia sendiri merasakan yang sikap Amy terlalu kasar selaku seorang perempuan sepanjang perkahwinan mereka.Dia sendiri tidak pasti mengapa gadis kasar seperti Amy boleh jatuh cinta padanya ketika belajar dahulu.Namun,mungkin kerana sudah tiada jodoh,jadi mereka berdua berpisah.Akibat tiada pekerjaan tetap dan dia juga Amy sibuk ingin menggapai cita-cita masing-masing,Ixuna dibela oleh ibu bapa Amy.Kamil yang hanya sebatang kara,tidak pula ambil hati akan hal penjagaan Ixuna itu.Selama sepuluh tahun Ixuna dijaga oleh ibu bapa Amy.Sepanjang tempoh itulah,puterinya belajar pelbagai jenis seni mempertahankan diri seperti judo,aikido,tae kwan do dan banyak lagi daripada bekas bapa mertuanya yang merupakan pengasas kelab judo terkenal di Osaka,Jepun.Walaupun begitu,syukur Alhamdulillah bekas ibu mertuanya yang berasal daripada Indonesia,lebih menitikberatkan pengajaran keperempuanan yang beretika buat Ixuna.Justeru,anak gadisnya itu tidak pula menjadi tomboy walaupun kekuatannya boleh mengalahkan kekuatan lelaki.Dia masih menjadi seorang gadis yang comel dan feminim.Sewaktu Ixuna berusia 12 tahun,dia menuntut pelajaran di London pula dengan penjagaan rapi keluarga angkatnya di sana.Keluarga angkat yang merupakan keluarga sahabat baik Amy.Kamil dan Amy hanya melawat puteri mereka itu sekali sekala setiap bulan.Di London,Ixuna lebih banyak meningkatkan pengetahuannya tentang pembelajaran sekolah juga kegiatan kegiatan seni.Ixuna mempelajari pelbagai jenis bahasa juga mahir memainkan alat-alat muzik.Akhirnya,sewaktu ulang tahun Ixuna yang ke 23 tahun,dia bertekad untuk hidup bersama mama juga papanya yang sudah berhijrah ke Malaysia.Waktu itu,Kamil sudah berkahwin dengan Izatul manakala Amy pula sudah berkahwin dengan seorang duda merangkap jutawan terkenal Malaysia yang bernama Tan Sri Haris.Kamil telah berjaya merelealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen terkenal sementara Amy pula berjaya menerajui dunia korporat dengan bantuan suami barunya.Ixuna yang cuba menjaga hati kedua orang tuanya yang sudah berpisah membuat keputusan untuk tidur di rumah papanya selama seminggu dan kemudian tidur di rumah mamanya pula selama seminggu.Seterusnya pun begitu juga hinggalah dia dapat memastikan yang kasih sayang darinya untuk mama dan papanya sama adil.Dia sanggup melakukan apa apa tugas sekalipun asalkan dapat menyenangkan hati kedua orang tuanya itu.Walaupun mama dan papanya sudah memiliki rumahtangga baru,Ixuna tidak pula berasa tertekan atau kekok untuk berbicara dengan Izatul yang digelarnya mommy Iza dan Tan Sri Haris yang digelarnya daddy Haris.Buktinya ayah dan ibu tirnya sudah menganggap dia seperti anak kandung sendiri.Semua orang menyayangi Ixuna dan menyanjungi gadis itu.............................................................“Xuna...”“Yes mom?”“Mama ada satu tugasan penting untung kamu Xuna.” Amy membuka bicara sebaik saja dia,suaminya dan Xuna bersarapan pagi di Vila Vinci.“Tugas apa mama?” Xuna yang sedang khusyuk menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya segera saja menghentikan suapan dan memandang mamanya dengan pandangan redup.Amy tersenyum kecil memandang anak mata bewarna coklat cair yang sentiasa kelihatan galak itu.Anak mata yang mengingatkan dia kepada bekas suaminya yang mempunyai darah campuran melayu Australia.“Mama nak kamu hantar proposal ni pada puan pengarah King Corporation.” Amy menghulurkan sebuah fail bewarna hitam kepada Ixuna.Fail bertukar tangan dan Ixuna mula membelek belek isi kandungan fail itu.“Ooo..ini pasal proposal pembangunan hotel terbesar di Asia tu ya mama? Mama nak King Corporation melabur dalam projek kita tu ke?” Ixuna bertanya sambil matanya tidak lekang meneliti butiran fail tersebut.Tidak mahu ada sebarang kesilapan terjadi jika ia melibatkan sesuatu yang penting seperti itu.“Ya sayang.King Corporation adalah sebuah empayar perhotelan gergasi di Malaysia.Jadi,kalau syarikat kita dapat bekerjasama dengan syarikat mereka,semua kerja kita akan menjadi lebih mudah.” Tan Sri Haris menyampuk sambil memandang wajah anak tirinya itu.Sungguh dia sangat kagum dan menyenangi sikap Ixuna.Tidak banyak ragam dan sentiasa berikan yang terbaik untuk keluarga.Tidak seperti anak kandungnya yang selalu membuatkan dia pening kepala.“Betul cakap daddy tu Xuna.Mama nak bila kamu jumpa dengan puan pengerusi Empayar King tu nanti,kamu terangkanlah dengan terperinci tentang proposal tu.” Amy menyambung.“Baiklah mama.Just leave it to me.” Ixuna sudah bangun daripada duduknya.“One more thing Ixuna,puan pengerusi Empayar King tu sudah agak berumur,jadi dia mungkin agak cerewet.Jika dia tanya kamu apa-apa soalan atau dia suruh kamu buat apa-apa,kamu cubalah puaskan hati dia sebaik mungkin ya sayang?” Amy menambah lagi sebelum Ixuna keluar daripada vila mereka.“Jangan bimbang mama.Xuna akan pastikan yang King Corporation sudi bekerjasama dengan syarikat kita walau apa pun yang terjadi.” Mudah sekali Ixuna berkata-kata.Dia menyalam tangan ayah tirinya dan mencium pipi Amy.“Tapi Xuna,kamu jangan gunakan kekerasan pula untuk hadapi kerenah puan pengurusi tu pula ya? Masalah besar pula nanti yang akan timbul.” Tan Sri Haris memberi pesanan terakhir.“Insya-Allah perkara macam tu takkan berlaku daddy.Baiklah mama,daddy.Xuna berangkat dulu.”Tan Sri Haris dan Puan Sri Amy hanya memerhati langkah anak gadis mereka yang sedang menuju ke muka pintu utama dengan langkah yang selamba.Sebaik saja bunyi enjin kereta kedengaran dihidupkan,Ixuna kembali berlari masuk ke dalam Vila Vinci mendapatkan mama dan ayah tirinya.“Mama,hari ni kan hari Ahad.King Corporation tu beroperasi ke hari ni? Lepas tu..Xuna tak tahulah kat mana alamat King Corporation tu?”Tan Sri Haris sudah ketawa kecil melihat telatah blur anak tirinya itu.Amy pula hanya mampu menggeleng geleng kepala.Inilah salah satu daripada kelemahan Ixuna daripada deretan kesempurnaannya.Mudah sangat lupa dan agak lurus orangnya.“Mama tak suruh pun kamu pergi syarikat dia orang Xuna.Puan pengerusi jarang masuk syarikat.Jadi,kamu perlu pergi ke kediaman dia untuk perbincangan ni.Ini alamat rumahnya,hati-hati drive tu.”“Okey mama.” Ixuna kembali berlari keluar daripada Vila Vinci dengan satu kad kecil yang tertera alamat kediaman puan pengerusi Empayar King Corporation di tangannya.Dalam hati dia bertekad yang dia akan memastikan tugasan yang diberi mamanya itu berjaya.Dia tidak mahu mama atau daddynya menganggap yang dia tidak berkebolehan dalam menguruskan sesuatu yang penting seperti itu.Lagipun dia tahu,jika tugasan itu berjaya pasti mamanya senang hati.Jika mamanya senang hati,dia pun akan merasai kegembiraannya.
BAB 4Puan Sri Putri Rihanna memandang gadis yang berada di hadapan matanya daripada atas hingga ke bawah.Cantik orangnya.Pandai betul Eric mencari calon isteri jika hanya berdasarkan daripada keadaan luaran saja.Bukan dia tidak tahu yang Eric dan Ariel bersekongkol mengupah puluhan wanita untuk melepasi ujian penentuan calon cucu menantu yang ditetapkan olehnya itu.“Maaf Puan Sri,tujuan saya datang ke mari..”“Tak perlu cakap,saya tahu yang kamu ke mari atas arahan seseorang kan?”Ixuna mengangguk-angguk seperti burung belatuk apabila mendengar pertanyaan daripada pengarah utama Empayar King Corporation itu.Seperti bomoh pula gaya peneraju empayar gergasi itu.Dia beranggapan yang wanita berumur dalam lingkungan 60-an itu mengetahui kehadirannya melalui mama.15 minit lalu dia telah masuk ke dalam Vila Oracle yang persis seperti sebuah istana bersaiz kecil itu. “Boleh saya tahu nama dan umur kamu?” Rihanna memulakan ujiannya.“Vifeinia Ixuna Binti Insan Nur Kamil.Umur saya 25 tahun Puan Sri.”Berkerut-kerut dahi Rihanna mendengar suara merdu gadis comel itu bersuara.“Vi..nia..na..?Apa ke pelik nama kamu ni?” Naik tergeliat lidah Rihanna untuk menyebut kembali nama calon cucu menantunya itu.“Vi,fei,nia,I,xu,na Puan Sri.Puan Sri boleh panggil saya Xuna saja.” Ixuna tersenyum kecil memandang wajah wanita elegan itu.Sudah mengagak yang namanya akan menjadi sebuah pertikaian.Nama peliknya itu diberikan oleh datuk dan neneknya yang menjaganya di Jepun dahulu.“Okey Xuna.Boleh saya tengok kad pengenalan kamu?.”Ixuna sudah terkebil-kebil seketika.Mengapa pula wanita tua ini ingin melihat kad pengenalannya pula.Nak tak nak Ixuna mengeluarkan juga kad pengenalannya yang berada dalam wallet dan menyerahkan kad itu kepada Rihanna.Ixuna berfikir yang Rihanna tidak mempercayai namanya adalah pelik sebegitu.Vifeinia Ixuna.Pelik ke?“Em...memang sukar dipercayai..”Rihanna menggumam gumam kecil sebelum menyerahkan kembali kad pengenalan Ixuna.“Apa yang sukar dipercayai Puan Sri?” Ixuna bertanya pelik.“Nothing.” Rihanna menjawab ringkas.Sebenarnya dia tidak percaya yang umur Ixuna adalah 25 tahun.Ini kerana wajah gadis itu sangat comel dan berjaya mengalahkan kecomelan dua cucu perempuannya yang baru berusia 17 tahun.Mujurlah kad pengenalan gadis itu membuktikan kebenaran tersebut.Jika dia tahu Ixuna menipu,sudah tentu dari awal lagi gadis itu sudah direject daripada dijadikan cucu menantunya.“Baiklah Puan Sri,saya nak serah..”“Kamu pandai main catur?” Sekali lagi bicara Ixuna dipotong Rihanna dan sekali itu juga Ixuna mengangguk anggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata wanita tua itu.“Baiklah,kalau kamu berjaya mengalahkan saya dalam permainan catur ni,kamu sudah lepas salah satu daripada satu ujian saringan.”Nak dapatkan kerjasama syarikat pun ada ujian bermain catur ke?.Memanglah perempuan tua ni agak cerewet.Ixuna bermonolog dalam hati dan percaya akan kata mama dan daddynya sebelum dia bertandang ke Vila Oracle pagi tadi.Untuk memastikan tugasan yang diberikan mamanya berjaya,Ixuna mengikuti saja semua permintaan Puan Sri Rihanna. Ixuna dan Rihanna duduk santai di meja kopi yang terdapat dalam bilik bacaan peribadi wanita itu dan permainan catur dimulakan.Dalam masa tak sampai lima minit,Ixuna sudah mengungkapkan ‘check mate’ dan Puan Sri Rihanna mendongkol tidak puas hati.Boleh tahan hebat juga gadis comel dihadapannya itu.Sebelum ini,tidak pernah mana-mana calon cucu menantu yang dibawa Eric atau Ariel mampu menumpaskan permainan caturnya kurang daripada setengah jam.Ah,mungkin gadis comel itu memiliki tuah yang tinggi saja!.“Puan Sri,saya nak..”“Xuna,kamu pandai bermain alat muzik tak?”“Pandai.” Ixuna menjawab ringkas.Dia rasa dia perlu memuaskan hati Puan Sri Rihanna dalam banyak perkara hari itu.Dia perlu berhati-hati agar tugasan yang diberikan mamanya tidak gagal.“Baiklah.Kamu ambil violin ini dan kamu mainkan satu lagu untuk saya dengar.” Rihanna mengambil sebuah violin yang sudah tersedia di atas mejanya dan dia menyerahkan violin itu kepada Ixuna.Rihanna duduk di atas sofa dan Ixuna berdiri tidak berapa jauh di hadapannya.“Puan Sri nak dengar lagu apa?”“Apa-apa pun boleh.Asalkan lagu tu,lagu kegemaran kamu.” Rihanna duduk santai dan dia memerhatikan saja tingkah laku gadis yang mengenakan sepersalinan pakaian formal di hadapannya itu.Mengapa pula Ixuna berpakaian formal untuk bertemu dengannya? Adakah Eric atgau Ariel berfikiran yang dia sukakan gadis yang berpakaian pejabat menjadi cucu menantunya?.“Maaf Puan Sri,boleh tak saya buka muzik latar daripada handphone? Saya tak biasa bermain violin tanpa accompanist.”Rihanna sedikit tekejut dengan permintaan Ixuna.Accompanist? Kali pertama calon cucu menantunya mengatakan sesuatu hal yang sebegitu.Pemain muzik orkestrakah gadis di hadapannya itu? Setahu dia accompanist adalah pemain piano yang akan memainkan muzik latar bagi menyokong pemain biola melakukan persembahan dalam sesebuah pertandingan.Berkemungkinan gadis dihadapannya itu meminati muzik.“Ikut suka hati kamulah Xuna.” Rihanna memberi kata putus.Ixuna tersenyum kecil sebelum dengan pantas membuka Samsung Galaxie S3 nya dan membuka satu lagu yang hanya di mainkan menggunakan piano.Sebaik saja alunan piano kedengaran daripada corong telifon bimbitnya,dia mula menggesek biola dengan penuh perasaan.Melodi yang berkumandang dalam bilik bacaan itu begitu rancak dan menggembirakan hati sesiapa saja yang mendengarnya.Rihanna terlopong sebaik saja Ixuna tamat memainkan muzik itu.
“Lagu apa yang kamu mainkan tadi? Bukan melodi ciptaan kamu sendiri kan? Saya rasa macam selalu mendengarnya.?” Rihanna bertanya dengan riak kagum.Dia ingatkan Ixuna akan memainkan sebarang lagu daripada melodi Beethoven atau pemain-pemain biola klasik seperti gadis-gadis lain sebelum ini.Malangnya,sekarang ini dia sendiri tidak dapat meneka melodi ceria apakah yang digesek Ixuna sebentar tadi.“Bukan melodi ciptaan saya Puan Sri.Ini melodi daripada lagu korea popular masa kini.Tajuknya A-Cha nyanyian Super Junior.Tapi..saya persembahkan lagu ini untuk Puan Sri dalam bentuk melodi biola sahaja.” Ixuna memberikan penerangan ringkas.Kali ini Rihanna pula yang mengangguk-angguk tanda faham.Patutlah lagu itu seperti pernah didengarnya di mana-mana.Lagu itu ialah lagu kegemaran Reny dan Elya.Dua cucu perempuannya yang menggilai kumpulan artis-artis Korea terutamanya kumpulan Super Junior.Ixuna memang berjaya buat dia terkejut besar hari itu.“It was a wonderful piece...” Rihanna tidak dapat menahan lidah sendiri daripada memberi pujian yang ikhlas untuk bakat gadis comel itu menggesek biola.“Terima kasih Puan Sri.” Ixuna mempamerkan senyuman kecil buat wanita itu.Kali ini dia malas bertanya lagi soal proposal yang sewajarnya menjadi keutamaan tugasnya hari itu.Biarlah tamat dulu semua permintaan wanita di hadapannya itu barulah dia akan membincangkan hal proposal tersebut.Mungkin Rihanna yang cerewet itu sengaja menguji kesabarannya sebelum memulakan sesebuah usahasama dengan syarikat daddy dan mamanya.“Come here Xuna,I want to show you something.” Rihanna memanggil Ixuna agar mengikutinya ke satu sudut yang terdapat sebuah rak kayu.Ixuna dapat memerhatikan deretan pasu-pasu bunga,beberapa jenis tembikar lama dan beberapa set pinggan mangkuk pelbagai corak dan bentuk.Rihanna tersenyum puas apabila dapat melihat wajah comel itu ralit merenung setiap satu barang beharganya yang terdapat dalam rak itu.Kali ini,gadis itu akan gagal dalam ujiannya.Setakat ini seramai 59 orang gadis tidak berjaya melepasi ujian pengetahuan yang diciptanya itu.Tidak berjaya maknanya gadis tersebut tidak memiliki pengetahuan yang cukup untuk melayakkan mereka menjadi cucu menantunya.“Adakah kamu tahu apa jenis-jenis barang-barang beharga yang terdapat dalam rak ini?” Rihanna memulakan pertanyaan.“Tahu,ni pasu bunga,tembikar juga patung-patung cowboy.” Jawapan selamba Ixuna membuatkan Rihanna melopong seketika.Dia berdehem kecil.“Bukan.Maksud saya,kamu tahu ke apa jenama setiap barang yang terdapat dalam rak ini dan daripada mana ia berasal?” Lurus bendul juga gadis ini.Rihanna berkata dalam hati.“Ohh..”“Kamu tak tahu kan?”“Saya boleh teka kalau Puan Sri bagi saya sentuh semua barang-barang yang terdapat dalam rak ini.” Sekali lagi Rihanna terkejut dengan kata-kata Ixuna.Biar betul gadis comel itu?. Dengan perasaan berdebar-debar Rihanna membuka rak kayu itu dengan segugus kunci yang terdapat dalam poket seluarnya.Dia beranggapan yang Ixuna mahu tunjuk eksyen saja dan berlagak seolah-olah mengetahui semua jenis barangan beharga tersebut.Ixuna mula membelek-belek setiap barangan yang terdapat dalam rak itu dengan lembut.Barang pertama yang disentuhnya ialah sebuah cawan kecil yang bewarna coklat cair dan terdapat lambang kuda terukir di bahagian pemegangnya.“Ini set cawan jenis Gorham.Set cawan pertama yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka dunia yang terkenal dengan keunikan ciptaannya di California,USA.Kebanyakan daripada set Gorham ni bercirikan gaya Amerika seperti cowboy.” Penjelasan lengkap lagi tepat Ixuna membuatkan Rihanna menelan liur.Dia hanya mendiamkan diri dan melihat gadis itu membelek barang yang seterusnya.“Tembikar jenis Lomosov.Tembikar macam ni cuma boleh didapati di sebuah negara saja iaitu Rusia.” Ixuna berbicara perlahan sambil meletak kembali tembikar itu di tempat asalnya dengan berhati-hati.Dia tahu yang semua barangan itu bukan murah harganya.Malahan ada yang bernilai lebih daripada jutaan ringgit. Jingdezhen,Meissen,Limoges,Lladro dan banyak lagi jenis barangan yang terdapat dalam rak itu berjaya diterangkan dengan terperinci oleh Ixuna kepada Puan Sri Rihanna.Objek terakhir yang disentuh Ixuna ialah sebuah pasu bunga cantik yang diperbuat daripada porcelain putih dan berukiran bunga biru pada badannya.“Salah satu daripada pasu yang termahal di dunia.Berasal daripada Dinasti Yuan,China.Dikhabarkan pasu ini adalah satu-satunya pasu yang masih tinggal daripada tahun 1271.Harganya mencecah 1.2 juta dollar.” “Kamu amat bijak Ixuna,tapi..”“Tapi,pasu ni palsu lah Puan Sri.Saya bukan bermaksud untuk menyibuk,tetapi Puan Sri sewajarnya bertanya kepada orang yang pakar dalam bidang tembikar sebelum mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu yang tiruan seperti pasu ini dengan harga yang mahal.”Kali ini Ixuna pula yang memotong kata-kata Puan Sri Rihanna.Pasu tiruan yang dikatakannya sebentar tadi diletakkan kembali ke dalam rak.Ixuna menutup pintu rak itu dan berhadapan dengan Rihanna yang sedang terkaku.Rihanna terkaku kerana buat pertama kalinya ada orang yang dapat meneka ke semua jenis set barangan beharganya.Tambahan lagi,Ixuna dapat membezakan dengan teliti sama ada barangan yang terdapat dalam raknya itu adalah palsu ataupun tidak.Dia sengaja meletakkan pasu palsu itu di situ untuk menilai sejauh mana ketinggian ilmu yang dimiliki calon cucu menantunya.Ini bermakna...“Puan Sri okey? Maaf kalau saya dah tersilap cakap?” Ixuna sudah cuak apabila Rihanna tidak mengeluarkan sebarang kata dan terus merenungnya tanpa berkelip.“Ya Allah!!!Finally,I had fine you my dear!” Rihanna terjerit girang sebelum merangkul erat tubuh Ixuna tiba-tiba.Setelah hampir dua tahun menanti,akhirnya dia dapat juga menemui calon cucu menantu yang paling sesuai untuk cucunya.Dia merasakan kegembiraan yang luar biasa saat itu.“Er..kenapa Puan Sri peluk saya?” Ixuna bersuara cuak ketika berada dalam pelukan wanita itu.“Kamu tak payah panggil saya Puan Sri lagi Xuna.Mulai hari ini,panggil saja saya nenek.”Setelah puas memeluk tubuh langsing itu,Rihanna mencium pula kedua belah pipi gebu itu.Ixuna pula masih dengan wajah blurnya.“Boleh Xuna tahu,kenapa nenek gembira sangat ni?” Walaupun sedikit kekok untuk menggelar Puan Sri Rihanna dengan gelaran nenek,Ixuna cuba juga membiasakan lidahnya.Nanti karang jika tidak diikuti kemahuan wanita cerewet itu, terlepas pula usahama syarikat mama dan neneknya yang tiba-tiba saja mengaku nenek itu.“Nenek gembira sebab kamu sudah berjaya melepasi ujian-ujian nenek.”Penyataan Rihanna membuatkan Ixuna tersenyum lebar hingga ke telinga.Dia sudah melepasi ujian Puan Sri Rihanna? Maknanya,tugasan yang diberikan oleh mamanya sudah berjayalah?“Really nenek.Saya dah lulus ujian nenek?.” Ixuna bertanya dengan nada tidak percaya.Dengan beberapa ujian semudah itu,tanpa melihat proposal yang diberikan mamanya,dia sudah berjaya membuatkan King Corporation berusahama dengan RS Corporation.“Ya sayang,kamu dah lulus ujian nenek.Nenek akan pastikan majlis kamu dan Eric berlangsung tak lama lagi.”“Majlis ? Eric ?” Senyuman Ixuna mati begitu sahaja apabila mendengar bicara penuh ceria dari bibir tua itu.“Kenapa,kamu tak nak majlis kamu berlangsung dengan cepat ke? Atau kamu tak suka dekat Eric? Kalau kamu tak suka dekat Eric,kamu boleh ambil Ariel saja?”Kali ini Ixuna memang sudah menunjukkan muka blur tahap karma.Siapa pula Eric dan Ariel yang disebut perempuan tua itu.Majlis apa pula yang hendak dilangsungkan orang tua itu untuknya?.“Sebenarnya nenek...”“Mak,ini Ima bawakan mak calon cucu menantu pilihan Eric untuk mak.”Ixuna kehilangan kata-kata apabila pintu bilik bacaan dibuka dan muncul seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 40-an bersama seorang gadis cantik yang mungkin sebaya dengannya.Rihanna tercengang seketika dan dia memandang wajah Ixuna tidak percaya.“Kalau dia calon cucu menantu aku,kau ni siapa pula?”Pertanyaan mengejut Rihanna tentang calon cucu menantu membuatkan Ixuna bertambah bingung.Apa sebenarnya yang telah terjadi ni?!
P/S:MACAM BIASA SEMUA PEMBACA TOLONG KOMEN YA.KALI INI SY UP KAN LAGI,KOMEN TAK LEBIH DARIPADA 30,MAKNANYA NOVEL NI KURANG MENARIK PERHATIAN ANDA DAN SY AKAN HOLD DULU.HA3.
-JADI,IF U LIKE IT,PLEASE LEAVE A COMMENT--THANKS 4 READING-
Published on August 08, 2012 22:31
August 7, 2012
Peraduan Menulis Kad Raya Paling Romantik!!!

ASSALAMMUALAKUM PENGUNJUNG DAN PEMBACA BLOG SAYA SEMUA.BERSEMPENA DENGAN HARI RAYA AIDILFITRI YANG BAKAL BERKUNJUNG TIBA INI,SAYA INGIN MEMBUKA SATU PERADUAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINATLAH YA.
PERADUANNYA IALAH,PERADUAN MENULIS KAD RAYA DENGAN AYAT YANG PALING ROMANTIK DAN KREATIF.HE3.WALAUPUN KAD UCAPAN RAYA TAKDE KENA MENGENA DENGAN AYAT ROMANTIK,TAPI SAYA MEMANG SUKA DENGAN AYAT YANG BERBUNGA2.SO..SUKAHATI SAYA LAH KAN??HE3.
JADI KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT,BOLEHLAH MENGPOS KAD RAYA TERSEBUT KEPADA SAYA DI ALAMAT DI BAWAH:
NABILA BINTI A.RAUB,BATU 6,KAMPUNG SAYANG,JALAN TANJUNG SEDILI,81910 KOTA TINGGI,JOHOR.
(JANGAN LUPA SERTAKAN NAMA PENUH ANDA,ALAMAT PENUH DAN LINK FB ANDA UNTUK KEGUNAAN SAYA)
contoh kad raya simle n ayat romantik ys sy cakap tu adalah mcm kat bwah ni:


KEPADA 3 PEMENANG DENGAN KAD RAYA YANG MENGANDUNGI AYAT PALING ROMANTIK DAN KREATIF,ANDA AKAN MENDAPAT NOVEL BAKAL ISTERIKU,GENGSTERNYA! PERCUMA DENGAN TANDATANGAN SAYA.(kepada yang berminat nak hadiah inilah ya,kalau tak minat..x payah joinlah,hak3)

KEPADA 10 ORANG PENGIRIM KAD RAYA TERAWAL PULA,SAYA AKAN KIRIMKAN ANDA POSKAD RAYA DENGAN TULISAN HODOH SAYA.HE3
TARIKH TUTUP PENGHANTARAN IALAH 20.8.2012.HADIAH AKAN DIPOS SEMINGGU SETELAH HARI RAYA AIDILFITRI,BEGITU JUGA DENGAN POSKAD RAYA.
SEKIAN,TERIMA KASIH.(siapa yang tak berminat join kontes ni,abaikan saja entry ini)
CRYSTAL ANABELLA.
Published on August 07, 2012 10:15
August 6, 2012
NOVEL : KAHWIN,6 BULAN JE?! BAB 1,2

“Aku bagi kau orang RM 5000 setiap seorang. Aku nak kau orang berenam pastikan yang salah seorang daripada kau orang berenam dapat mencabul kehormatan budak tu!” Suara wanita bangsawan yang dikenali ramai itu memetir memberi arahan ke arah enam orang anak buahnya yang semua berpakaian hitam.Mereka semua tunduk memandang lantai,tidak berani bersemuka dengan wanita yang kadang kala boleh bertukar sejahat syaitan itu. “Er..tapi Madam..bukan ke Lady Ixuna tu..” “Shut up!” Tengkingan Puan Sri Amylin atau lebih dikenali sebagai Madam Amy menyebabkan satu pejabat itu sunyi sepi.Salah seorang daripada pemuda berpakaian hitam yang berani membuka mulut tadinya sudah kehilangan kata-kata.Semua terpegun dan terkaku. “Tak payah banyak soal arahan aku.Sekarang,cepat jalankan tugas kamu berenam.Aku tahu menjelang petang ini,budak tu dah melutut meminta maaf daripada aku.Kamu semua faham!!!?” “Faham Madam!” ................................................................ Sekumpulan gadis yang terdiri daripada tujuh orang gadis beruniform Sekolah Tinggi Persendirian Maxwell sedang menyusuri jalan raya dengan gelak ketawa.Lima daripadanya kelihatan seperti pelajar-pelajar normal sahaja manakala dua orang lagi mengenakan uniform sekolah dengan style gothic dan make up seperti gadis black metal.Banyak mata daripada kenderaan yang lalu lalang memandang mereka pelik. “Akak,terima kasih banyak-banyak tahu sebab sudi jadi guitaris persembahan kami hari ini.Sayang akak sangat-sangat.” Putri Elya Enrisya memeluk erat tubuh langsing gadis yang berambut panjang paras pinggang yang wajahnya langsung tidak mempamerkan kelembutan apabila disolek seperti itu. “Wah,comelnya adik akak ni!!! Akak sanggup buat apa saja untuk kamu Elya.” Apabila dia membuka mulut,hilang sudah semua gaya black metalnya.Boleh pula gadis itu terlonjak-lonjak di tepi jalan seraya mencubit pipi gebu Elya dan mereka berpelukan gembira. “Alah akak ni,untuk Elya je ke akak sanggup buat apa-apa saja? Untuk Reny,akak tak sanggup ke? Reny sedih...” Putri Reny Yuliana mula menarik muncung sedepa dan mula menunjukkan tanda tanda ingin mengalirkan air mata. “Hek eleh,tak payahlah nak sedih bagai.Akak sayang kamu berdua sama ratalah.!” Ixuna menjerit girang sebelum memeluk tubuh Reny pula.Barulah senyuman lebar terpamer di bibir gadis itu.Mata yang lainnya hanya bisa melihat dan menggeleng geleng kepala.Masak benar dengan perangai mereka bertiga. “Xuna,dah dah lah drama berpelukan kau ni.Jomlah balik,nanti papa kau bisinglah.” Syahida atau lebih dikenali sebagai Ida,seorang lagi gadis berpakaian gothic mula membuka mulut apabila anak majikannya kelihatan tidak ingin berlalu pulang.Susah betul hendak menguruskan cik mudanya yang seorang ini. Belum sempat Xuna membalas kata-kata Ida,sebuah kereta Toyota Alphard tiba-tiba saja meluncur laju dan berhenti di kawasan mereka berdiri.Tiga orang lelaki berpakaian serba hitam dengan topeng hitam keluar daripada kenderaan itu bersama sebilah pisau di tangan masing—masing.Mereka menghunuskan pisau itu kepada rakan-rakan Ixuna sebelum dengan paksa mengheret Ixuna masuk ke dalam kereta itu.Kelihatan tiga lagi lelaki lain yang berpakaian sama turut menanti kehadiran Ixuna dalam kenderaan itu. “Kak Ida,Kak Xuna kena culik.Apa yang kita patut buat ni?!!!” Siti Solehanom,salah seorang daripada sahabat Elya dan Reny menjerit ketakutan apabila melihat kereta Toyota Alphard tadi sudah berlalu pergi. “1 saat” Ida tidak menjawab pertanyaan pelajar Tingkatan 5 itu namun dia melihat jam tangannya dan mula mengira.Sahabat-sahabat Reny dan Elya yang lain mula cuak dan ketakutan.Wajah mereka kelihatan pucat dan tidak bermaya. “20 saat” Reny turut melakukan perkara yang sama. “35 saat.” ‘Gdgang!’. Tamat saja Elya mengira,satu bunyi hentaman kuat kedengaran tidak jauh di hadapan mereka.Kelihatan kereta Toyota Alphard yang membawa Ixuna pergi tadi melanggar penghadang jalan. “Rekod baru.” Ida menggumam kecil sebelum senyum segaris.Pantas saja dia dan yang lainnya berlari anak mendapatkan kawasan kereta Toyota Alpahard yang sedang tersadai di tepi jalan raya itu.Beberapa buah kereta yang melihat kemalangan itu turut memberhentikan kereta dan meninjau keadaan yang terjadi. “Adik,adik okey? Ada cedera mana-mana tak?” Seorang orang tua dalam umur lingkungan 40-an bertanya penuh perhatian kepada gadis berpakaian pelik yang baru saja keluar daripada perut Toyota Alphard itu dan membetul-betulkan uniformnya yang sedikit terbuka. “Alhamdullilah pakcik,saya okey sahaja.Tapi...mereka berenam dalam kereta tu perlukan ambulans.Pakcik tolong talifonkan ya? Kasihan mereka.Kredit saya tak cukup untuk buat panggilanlah.” Ixuna bersuara ceria sebelum kembali mendapatkan rakan-rakannya yang berdiri tidak jauh dari tempat kejadian dengan mulut melopong dan mereka menapak pergi.Sementara orang tua yang menegur Ixuna tadi segera saja menalifon ambulans apabila mendapati enam orang pemuda berpakaian serba hitam dalam kereta itu sedang mengerang kesakitan.Ada yang memegang tangan,kaki,juga leher.Mereka semua kelihatan seperti mengalami kesakitan yang parah.Apa yang peliknya,mengapa pula gadis muda tadi tidak mengalami sebarang kecederaan? ................................................ Jam menunjukkan pukul enam petang apabila Ixuna menapak masuk ke dalam pejabat utama empayar Rene Scent Corporation atau lebih dikenali sebagai RS Corporation.Dia masih mengenakan pakaian yang sama sewaktu berdepan dengan pemilik syarikat itu. “Mama,lain kali kalau nak hantar orang untuk rogol anak mama ni..hantarlah yang kuat sikit.Ni serupa tak makan nasi ajer..Ape kelas..” Ixuna duduk mencangkung di atas sofa pejabat mamanya sambil memakan sebiji epal yang terdapat di atas meja kopi.Madam Amy yang duduk di kerusi CEO hanya memandang anak perempuannya dengan satu dengusan kasar. “Kamu ke mana Ixuna dengan pakaian macam tu? Kamu dah gila atau kamu dah terikut dengan perangai lelaki pondan tu?!” Madam Amy membaling sebiji pasu kaca yang berdekatan dengannya ke arah puterinya namun anak gadisnya itu sempat menangkap dengan selamba.Madam Amy tersenyum bangga dalam hati.Vifeinia Ixuna masih tidak berubah.Gadis itu masih puteri sejatinya.Sangat tangkas dan kuat!. “Mama ni..janganlah main baling-baling pasu.Ni pasu buatan Italy tau? Mahal harganya.Papa yang belikan untuk mama.” Ixuna mengusap usap pasu yang dibaling mamanya sebentar tadi di pipi sebelum meletakkan pasu itu kembali ke tempat asalnya.Dia duduk bersemuka dengan mamanya. “Ada mama kisah.Mama peduli apa pasu ni daripada siapa pun?.Kamu tak jawab lagi soalan mama Xuna,kamu ke mana dengan pakaian macam ni? Si pondan tu ke yang buat baju pelik kamu ni?” Madam Amy memandang anaknya dengan pandangan meluat.Sangat tidak menyukai puterinya berpakaian pelik seperti itu. “Mama,si pondan tu bekas suami mama tau.Papa Xuna.Tak baik mama cakap papa macam tu..Baju ni memanglah dari butik papa.Tapi..Xuna pinjam sekejap je,sebab hari ini Xuna tolong Elya dengan Rainy buat persembahan.Guitaris...” Penerangan Ixuna membuatkan Madam Amy bernafas lega.Dia tahu anak gadisnya yang baru berusia 25 tahun itu tidak pandai menipu. “Kamu ni takde kerja ke apa Xuna.Elya dengan Reny tu budak sekolah menengah kan.Yang kamu masih bercampur dengan budak-budak mentah macam mereka tu kenapa?” “Saja.Xuna suka dengan budak-budak.Siapa suruh mama tak beranak lagi.Kalau Xuna ada adik mesti Xuna takkan berkawan dengan budak budak sekolah menengah lagi.” Madam Amy hanya mampu mengetap bibir geram mendengar bicara selamba puterinya. “Kalau kamu suka sangat budak kecil.Apa kata kamu beranak.Ada anak sendiri lagi bagus kan?” Madam Amy mengutarakan cadangan dan Ixuna sudah ketawa terbahak-bahak. “Ooo..jadi inilah tujuan mama suruh anak buah mama rogol Xuna ya? Mama nak cucu dari benih yang haram ke?” Ixuna berkata dengan gelak besarnya dan wajah Madam Amy sudah merah menyala menahan bengang.Takkanlah dia hendak cucu dari benih yang haram.Dia tahu yang Ixuna mampu mengalahkan 20 orang lelaki gagah sekalipun jika ia melibatkan perkara untuk mempertahankan maruah diri.Anaknya itu bukan calang-calang orang.Ilmu mempertahankan diri penuh di dada.Tujuannya mengupah enam pemuda tersebut adalah untuk menguji kepantsan dan kecekapan anaknya menghadapi masalah.Manalah tahu anaknya akan berubah menjadi gadis yang lembik apabila duduk serumah dengan bekas suaminya yang serupa pondan itu. “Jangan nak merepek Ixuna.Mama serius.Mama teringin melihat kamu berkahwin dan mama teringin kamu melahirkan cucu untuk mama.” “Boleh.Tunggulah dua atau tiga tahun lagi.Tunggu Emrys,tunang kesayangan anak mama ni,melamar dan memperisterikan Ixuna ya mama.” Ixuna bangun daripada duduknya,mencium pipi Madam Amy yang masih tegang dan cuba berlalu pergi.Malas mendengar bebelan mamanya yang sibuk menyuruh dia cepat berkahwin. “Alex Emrys bukan lagi tunang kamu Ixuna.Bila kamu nak sedar hakikat itu?” Suara Madam Eclair mematikan langkah Ixuna. “Kami tak pernah putus tunang mama.Dia sentiasa menjadi lelaki pertama yang layak memperisterikan puteri mama ni.” ‘Prang!’ Bunyi kaca berderaian memenuhi pejabat luas itu.Kali ini Ixuna tidak menangkap pasu kaca yang dibaling mamanya namun dia hanya menepis kasar dan pasu bunga itu jatuh ke lantai.Angin Madam Amy sudah kembali buruk. “Kamu jangan jadi bodoh Ixuna.Dia dah tinggalkan kamu.Lebih ramai lelaki kat luar sana yang layak menjadi suami kamu!?” Madam Amy menengking. “Really?.Kalau macam tu,mama carilah calon suami yang sesuai untuk Ixuna.Syaratnya lelaki tu mesti lebih kuat daripada Xuna.Kalau mama dapat cari,Xuna sudi berbincang untuk berkahwin dengan lelaki lain.Jika tidak,Xuna sentiasa menanti Alex...Assalammualaikum mama.Kirim salam dekat daddy Haris.” Ixuna bersuara tegas sambil membelakangkan mamanya sebelum berlalu keluar. Madam Amy yang tadinya berdiri,terduduk di kerusinya.Manalah dia hendak cari pemuda yang lebih kuat daripada Ixuna? Sebelum ini hanya Alex Emrys yang bisa mengalahkan puterinya itu.Namun,calon menantu pilihannya itu sudah menghilangkan diri.Jadi,siapa pula yang boleh menggantikannya?.
BAB 2 Lampu neon bewarna warni beputar ligat dalam kelab malam saat itu.Dua orang pemuda tampan sedang berbual bual kosong sambil meneguk air coca cola di satu sudut.Beberapa orang gadis seksi cuba mendampingi mereka namun semua ajakan ditolak dengan baik. “Sorry babe.We have important discussion today.Not have time for enjoy.” Ariel atau nama sebenarnya Putra Sharil Izrin sempat mencium pipi gebu salah seorang gadis yang cuba mendekati dia dan sepupunya yang sedang rancak berbual.Gadis kelab malam yang amat mengenali pelanggan tetap kelab mereka itu hanya mampu menarik muncung manja sebelum berlalu pergi.Agak gentar apabila melihat renungan tajam pemuda yang seorang lagi. “Rilekslah bro.Kau tak payahlah buat muka tegang macam tu.Semua hot chick dalam kelab ni pun takut bila tengok muka kau.Kau tahu tak?” Ariel menegur sikap sepupunya yang memanjang mempamerkan wajah serius.Muka dah tampan sangat tapi langsung tak pandai nak senyum. “Baguslah kalau dia orang takut.Aku tak hadap lah muka minah minah kelab ni.” Eric atau nama sebenarnya Putra Emir Enrique baru membuka mulut.Dia benci tempat sebising itu.Namun,disebabkan melayan kerenah sepupu kesayangannya,terpaksa juga dia menapak ke tempat hingar bingar itu. “Ha,ha,ha.Kau ingat aku hadap sangat ke muka dia orang semua ini.Just for fun jelah bro.” Ariel menjawab selamba seraya memaut bahu Eric.Mereka berdua memerhatikan gelagat orang ramai yang sedang rancak menari.Perempuan dengan pakaian tidak cukup kain.Lelaki yang sibuk meneguk air kencing syaitan.Ada yang khayal,ada yang sedang berbual bual seperti mereka dan ada yang sedang termenung sahaja.Pelbagai jenis ragam manusia dapat diperhatikan mereka dalam kelab itu. “Fun,fun juga.Yang kau sibuk suruh aku ke sini.Dah dapat calon yang sesuai ke untuk ditunjukkan pada nenek minggu depan?” “Belum.Aku tengah mencarilah ni..” Mata Ariel meliar memandang ke segenap pelosok kelab malam itu. “Kau nak cari calon isteri untuk aku kat tempat macam ni? Kau dah gila ke apa Ariel?” Berkerut dahi Eric mendengar penyataan selamba sepupunya itu. “Alah kau ni bro..Calon isteri je kut.Bukan isteri betul pun.Kau tak payah nak ambil serius lah.Ni calon kita yang ke 60.Kau pilih perempuan baik ke jahat ke..sama saja keputusannya.Betul tak?” Ariel bersuara malas. “Em..betul juga cakap kau tu.Keputusannya nenek tetap juga tak akan menerima calon isteri pilihan kita berdua dengan tangan terbuka.” Eric mengiyakan kata kata Ariel.Sudah hampir setahun lebih dia dan Ariel menghabiskan banyak duit untuk mengupah ramai gadis bagi memenuhi kehendak nenek mereka.Nenek yang paling mereka sayangi sangat cerewet orangnya dalam memilih calon cucu menantu.Justeru,dia menyarankan Eric dan Ariel membawa seorang perempuan setiap minggu berkunjung ke vila mereka.Gadis tersebut akan diberi beberapa ujian sebelum layak menjadi isteri kepada Eric atau Ariel.Setakat ini,tiada seorang pun yang lulus akan ujian nenek mereka itu.Daripada gadis yang menarik perhatian mereka berdua sehinggalah gadis yang langsung tidak menepati citarasa mereka,semuanya gagal dalam ujian rahsia nenek. “Eric,tengok tu perempuan yang tengah berdiri dekat tepi bar tu.Dia nampak cantiklah.” Mata Eric dan Ariel tertumpu pada seorang gadis yang sedang berdiri berdekatan bar .Gadis berambut panjang bergelombang besar paras pinggang.Gadis itu kelihatan comel dan pakaiannya juga biasa biasa saja.Gadis itu kelihatan ralit merenung orang ramai yang sedang menari dan dia kelihatan menggumam gumam kecil dan menaip sesuatu pada Galaxie Notenya.Daripada pemandangan mereka berdua gadis itu kelihatan seperti sedang berkhayal kerana sekali sekala gadis itu ketawa seorang diri sebelum menggoyang goyangkan kepalanya mengikut muzik rancak. “Kau tak rasa dia tu muda sangat ke? Umur macam sebaya Elya dengan Reny je? Nenek tak terima calon menantu bawah umur kan?” Eric bersuara kurang pasti.Syarat utama pemilihan calon menantu daripada neneknya mestilah gadis berumur 18 tahun ke atas dan sedap mata memandang. “Alah,kau jangan memandai teka umur seseorang.Manalah tahu minah tu jenis yang babyface.Jom,jom kita try mengurat dia.” Ariel menarik tangan Eric dan mereka berdua cuba mendekati gadis itu.Belum sempat mereka menyapa gadis itu,kelihatan dua pemuda lain dengan seorang wanita sedang mengelilingi gadis comel itu.Mereka berdua sekadar memerhati daripada jauh. “Hai hot chick,mana abang you?” Seorang lelaki yang sedang mabuk menghampiri Ixuna dan memaut bahunya.Ixuna yang terganggu dengan bau alcohol yang datang daripada mulut lelaki itu segera menolak lembut tubuh pemuda itu. “I takde abanglah.” Ixuna menjawab selamba.Masih cuba fokus meneliti setiap jenis pakaian pengunjung kelab itu.Papanya berkehendak dia menyelidik apakah jenis fesyen anak muda masa kini yang keterlaluan seksinya.Jadi,dia berkeputusan mengunjung kelab malam itu untuk membuat pemerhatian bagi pihak papanya.Nampaknya,tidak sia sia dia berkunjung ke kelab malam itu kerana memang terdapat banyak fesyen yang luar biasa seksinya di pakai di situ. “Oh,you takde abang.So,apa kata kalau kami jadi abang you.” Sebaik saja tangan salah seorang daripada pemuda itu cuba memeluk bahu Ixuna,Ixuna terkejut kecil apabila ada satu tangan lain melingkar di bahu kirinya.Apabila dia menoleh ke kanan dan ke kiri,dia dapat melihat dua wajah putih bersih yang sangat tampan menyapa pemandangannya. “Please don’t touch my girl.I abang dia.”Ariel berkata selamba dan Ixuna hanya terkebil kebil memandang wajah pemuda itu.Sejak bila pula dia mempunyai abang.Pemuda di sebelah kanannya pula masih mendiamkan diri. “Oh..kau Ariel.Aku rasa semua perempuan dalam kelab ni pun kau cakap perempuan kau kan?” Pemuda yang sedang berkepit dengan seorang perempuan kelab itu menyindir Ariel.Ariel yang mengenali pemuda itu sebagai Razak kerana dia adalah salah seorang daripada pelanggan tetap kelab malam itu hanya mampu mendengus kecil.Pelukannya pada bahu Ixuna masih tidak dilepaskan. “So,what? Kau jeles ke sebab semua perempuan dalam kelab ni lebih gilakan aku berbanding kau?” Ariel membalas pula. Eric masih mendiamkan diri.Sempat dia mengerling wajah gadis comel lagi jelita yang sedang berdiri di antara dia dan Ariel saat itu.Gadis itu kelihatan terkebil kebil memerhatikan apa yang berlaku.Tertanya tanya pula Eric sama ada gadis itu mabuk ataupun tidak.Daripada bau,wangi sahaja yang dihidunya.Tiada pula bau alcohol berdekatan gadis comel itu.Tapi..manalah tahu jika gadis itu menelan pil khayal.Dah nama pun gadis kelab malam,secomel mana pun tetap jahat juga.Itulah kenyataan yang berlegar legar dalam fikiran Eric. “Sorry bro? Jealous?.Takde masalah nak jealous bagai.Cuma aku nak kau tahu yang bukan semua perempuan dalam kelab ni terhegeh hegeh kat kau.Perempuan ni seorang diri sejak tadi.Jadi,kau jangan memandai nak cakap dia ni kau punya perempuan.Kita orang yang tegur dia dulu,jadi dia kita orang yang punya.” Pemuda kedua,yang setahu Ariel digelar Husin cuba menarik tangan Ixuna.Namun Eric sempat menepis tangan Husin daripada menyentuh tangan gadis comel itu.Entah kenapa,dia berasa marah pula jika tangan gadis comel itu disentuh lelaki lain.Tiba-tiba saja terasa ingin melindungi gadis yang diam membisu sedari tadi itu. “Ariel dah cakap yang perempuan ni kita orang punya.Jadi,please behave yourself.” Eric bersuara tegas.Ixuna sudah menggaru garu kepalanya yang tak gatal.Mereka ini tersilap pilih adik ke? Sejak bila pula dia mempunyai dua abang setampan itu? “Okey fine.Kalau kau orang cakap,perempuan ni kau orang punya.Proof it !” Husin masih tidak berpuas hati dengan kata-kata Ariel dan Eric yang mengatakan Ixuna adalah gadis mereka. “Nak buktikan apa?” Eric yang tak biasa dalam hal seperti itu berbisik perlahan di telinga Ariel. “Okey.” Dengan selamba Ariel mencium pipi kiri Ixuna.Ixuna terkaku dan Eric terpempam. “Hek eleh bro,setakat kiss macam tu,sejuta kali pun aku boleh buat.Kalau kau nak buktikan yang perempuan ni perempuan kau.Kau kenalah kiss dia macam ni.” Ixuna yang sedang terkejut dengan tindakan mengejut Ariel bertambah melopong apabila melihat di depan matanya,Razak mencium bibir perempuan kelab malam yang berkepit dengannya dengan gaya penuh mengghairahkan.Dia merasakan seperti sedang menonton filem English pula. “Macam nilah namanya kiss bro.” Razak berkata bangga setelah meleraikan ciumannya.Ariel terdiam sejenak sebelum dia terkejut beruk apabila mendengar satu suara berkata-kata. “Okey,I will proof it.” Berderau darah Ixuna apabila lelaki kacak yang berdiri di sisi kanannya tiba –tiba saja menarik kepalanya dan bibir mereka bertaut lama.Jantungnya seperti berhenti berfungsi saat bibir hangat itu menyapu bibir merahnya. “Done.” Eric bersuara selamba setelah dia melepaskan kucupannya daripada bibir seksi itu.Ariel masih melopong dan wajah gadis comel yang baru diciumnya itu telah berubah menjadi sepucat zombie. “Okey fine.Shes your girl.” Akhirnya Razak dan Husin mengalah dan Eric tersenyum kemenangan. “Tapi..itu tak menghalang kami berdua daripada sentuh perempuan kau kan?” Razak yang sedang mabuk masih belum berpuas hati dan dia cuba menyentuh bahagian dada Ixuna pula.Belum sempat tangan itu menyentuh lokasi yang diidamkan,Razak meraung kesakitan.Eric dan Ariel terpempam apabila melihat wajah merah menyala gadis comel yang cuba dilindungi mereka sebentar tadi. Ixuna memijak kuat kaki lelaki yang cuba menyentuh dadanya sebentar tadi dengan kasut tumit tingginya sebelum menghadiahkan wajah Razak dengan satu tumbukan padu.Belum sempat Husin menolong,dua sepakan hinggap di perut lelaki itu.Husin tercampak ke belakang dan suasana dalam kelab malam itu mula hingar bingar. Ixuna menuju ke arah Ariel dan tanpa sempat mengelak bibir pemuda itu berdarah ditumbuknya.Eric yang sedang terpinga pinga melihat sepupunya menekup mulut sambil mengerang kesakitan memerhati saja langkah Ixuna yang mengambil sebotol botol arak yang telah kosong dan mula menuju ke arahnya. “Kau memang cari mati dengan aku kan.” Ixuna bersuara bengang dan menuju ke arah pemuda yang tidak dikenalinya itu dengan aura ingin membunuh.Ciuman pertamanya telah dirampas oleh pemuda yang tidak dikenalinya.Memang pemuda kacak itu sengaja menempah maut. Eric yang sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku segera saja mengelak aksi Ixuna yang cuba menghentaknya dengan botol kaca itu.Gila punga ganas gadis comel itu!.Beberapa kali dia mengelak dan terus mengelak hinggalah botol kaca itu terpecah kerana terhentak pada meja yang membelakanginya.Gadic comel yang sudah bertukar menjadi raksasa itu membuang botol kaca yang telah pecah itu dan berjalan ke arah Eric dengan tangan kosong sahaja. Beberapa kali Ixuna cuba menumbuk wajah tampan itu namun percubaannya gagal sama sekali.Pemuda itu berjaya mengelak dengan pantas dan tangkas.Akhirnya tangan dia pula yang digrip pemuda itu. “Tak payahlah nak naik angin sangat cik adik oi.Is just a kiss okey.Kau tu perempuan kelab malam,jadi tak payahlah nak berlakon suci sangat.” Eric berbisik dengan nada menyindir apabila tubuh langsing itu berada dalam dakapannya setelah dia berjaya mengrip tangan gadis comel itu ke belakang.Sungguh dia tidak menafikan yang kudrat gadis itu kuat sekali.Jika dia tidak berhati-hati mungkin dia yang akan cedera parah malam itu.Eric melepaskan tangan gadis itu apabila merasakan gadis itu tidak melawan lagi.Mungkin sedar diri setelah mendengar perliannya. Apabila Eric kelihatan leka,Ixuna sekali lagi cuba menampar wajah kacak itu.Namun tindakannya hanya sia-sia apabila tangannya ditepis Eric dan pemuda itu melemparkan senyuman sinis. “You cant touch my face my dear..” Eric memperli.Suka pula melihat wajah jelita itu merah menyala menahan marah atau malu. “Celaka punya lelaki.You had stole my first kiss.Sekali lagi aku jumpa kau,mati kau aku kerjakan!.” Vifeinia Ixuna menjerit kuat memberi amaran kepada Eric yang tidak dikenali sebelum berlalu pergi dari kelab malam itu dengan wajah merah menyala menahan malu dan marah yang teramat.Malu kerana buat pertama kalinya dia berjumpa dengan lelaki selain tunangnya yang berjaya mengelak serangan juga mengrip tangannya.Dia juga terlalu marah kerana pemuda kacak yang tidak dikenalinya itu telah merampas ciuman pertamanya secara sengaja!. “Oh my gosh,Eric apa yang kau dah buat?!” Ariel yang masih menekup bibirnya yang berdarah ditumbuk Ixuna segera mendapatkan Eric yang berwajah selamba. “Buat apanya? Aku elak serangan budak gila tu lah.Aku taklah lembik sangat sampai boleh kena pukul macam kau.” Eric bersuara sebelum tersenyum segaris.Ariel yang melihat senyuman jahat sepupunya itu berasa pelik tiba-tiba.Apabila Eric melangkah keluar dari kelab malam,Ariel mengikuti jejaknya. “Aku bukan bermaksud pasal kau elak serangan perempuan tu.What I mean is..why you kiss her?” Ariel bertanya dengan perasaan ingin tahu sebaik saja mereka berdua menerobos masuk ke dalam kereta BMW Z4 kepunyaaan Eric. “Alah..kau pun kiss dia juga kan.” “Hei bro,aku kiss pipi dia je kut? Yang kau kiss lips dia apa hal? Kau tak pernah kiss mana-mana perempuan sebelum ni kan? Perempuan tadi yang pertama kan? Kenapa kau buat macam tu? Kau bukan player macam aku kan bro?” Bertalu-talu pertanyaan yang keluar daripada mulut Ariel.Sungguh dia tidak percaya akan hal yang berlaku di hadapan matanya sebentar tadi.Eric mencium bibir seorang perempuan yang mereka tidak kenali? Cium?.Sepupunya itu tidak pernah pun berpelakuan negatif seperti itu sebelum ini.Apakah sebenarnya yang telah terjadi? “Yes,Im not a player like you and I admit that was my first kiss.Tapi,abaikan jelah.Bukan hal besar pun.Perempuan kelab malam je kut.” Eric cuba berbasa basi.Cuba menyembunyikan rasa pelik yang tiba-tiba saja bertandang di hatinya. “Aku tak pedulilah perempuan kelab malam atau siapapun.Aku cuma nak tahu kenapa kau cium dia tadi.Setahu aku,prinsip kau,walau apapun sebabnya,kau takkan cium mana-mana perempuan sebelum mereka sah menjadi isteri kau.Kau dah kenapa Eric,gila ke?” Ariel masih bertanya.Betul-betul tidak mempercayai dia akan berkata hal sedemikian kepada Eric yang dikenali dengan ketegasan peribadi juga sikap baiknya. “Astagfirullahalazim...maaf Ariel.Aku bukan gila.Aku cuma...” Wajah Eric berubah tiba-tiba.Dia beristighfar beberapa kali sebelum meraup wajahnya yang kelihatan dilanda keresahan.Nampaknya,Eric baru menyedari kesilapan yang telah dilakukannya. “Kau cuma apa?” Ariel mendesak ingin tahu. “Aku cuma tak sengaja dan tak dapat nak kawal diri daripada kiss dia tadi...” “What the hell are you talking about!” Jeritan Ariel membingitkan suasana dalam kereta mewah yang menyusuri jalan raya malam itu.
p/s:Saje menulis idea novel baru.Kalau pembaca semua rasa novel ni best,SILA TINGGALKAN KOMEN YE.kalau komen x lebih drp 20,sy akan hold novel ni.he3.so..sila komen ye.:)
Published on August 06, 2012 07:10
August 3, 2012
PELAKON CINTA BAB 26,27+27.1

http://www.penulisan2u.my/2012/08/novel-pelakon-cinta-dan-mr-g-2627/null
BAB 27.1
Aku pantas memotong kata-kata Zafran yang kelihatan teragak-agak untuk berbicara.Nampak sangat yang dia tidak serius dengan aku?.Adakah dia berfikir yang dia mampu lepas dari cengkaman aku dan kembali kepada Hakimi dengan semudah itu?.Tak..tidak sama sekali,aku tidak akan membiarkan hal itu berlaku!.“Really Mary?.Mommy betul-betul tak sabar untuk melihat Zafran naik pelamin.”Mata Zafran membulat memandang aku.Dia seperti cuba mengatakan sesuatu apabila ibu-bapanya kelihatan sangat gembira dengan jawapan aku.Syazwani pula menunjukkan reaksi pelik pada mulanya namun kemudian dia turut tersenyum lebar.“Mary sanggup terima peminangan Zaf mommy..tapi..Mary takkan berkahwin selagi kami berdua belum tamat belajar.”Aku menambah perisa lagi menyedapkan rasa.Wajah Zafran sudah blur memandangku.Dia tidak pula membantah atau menghalang niat murniku itu.“Takpe Mary,mommy dengan daddy faham.At the end of this month,kamu berdua bertunanglah.Kamu setuju tak Mary?”Jika ini yang dikatakan sebagai langkah untuk mencapai cinta yang lebih serius,aku sanggup menerimanya.Biar aku buktikan pada Farrel yang aku sentiasa ingat pesanan arwah dan aku bukan jenis perempuan yang gemar memainkan perasaan lelaki yang ikhlas mencintaiku.Aku mencabar diri sendiri,jika Zafran benar-benar mencintaiku,aku akan biarkan cintanya membawa aku ke jinjang pelamin dan jika sebaliknya...biarlah RM 2 juta menjadi penamat lakonan aku selama ini.“Saya setuju mommy,daddy.Tapi..saya tak pastilah kalau Zafran serius nak memperisterikan saya?”Soalan cepumas pertama aku membuatkan wajah Zafran semakin pucat membiru.Aku dapat merasakan yang cintanya pada aku tidaklah seikhlas mana.Buat seketika aku dan Zafran bertatapan mata sebelum aku agak terkejut melihat air wajah Zafran berubah seceria di meja makan tadi.“Sudah tentulah saya serius untuk menjadikan sayang isteri saya.Tapi..saya nak sayang janji,bila kita dah bertunang nanti,saya nak setiap hari sabtu dan ahad,sayang wajib tidur rumah parents saya dan sayang mesti belajar masak dari mommy.Saya tak nak wife saya langsung tak pandai memasak.”Kali ini giliran aku pula seperti cicak tertelan kapur.Aku ingatkan Zafran akan menolak diriku untuk menjadi isterinya.Malangnya,dia bersetuju pula.Aku dah menggelabah tak tentu pasal dengan syarat yang di kenakan Zafran.Apa hal pulak aku kena tidur rumah orang tuanya setiap hari sabtu dan ahad?.Gila Mary..gila!Bukankah kelantangan mulutku berbicara hanya membuatkan semua perkara semakin berserabut.?“Ok,kalau itu hasrat awak,saya sanggup tunaikan.Tapi..sebelum kita memanjangkan lagi hal ini,saya harap mommy dengan daddy benarkan Zafran untuk berjumpa dengan kedua orang tua saya.Lepas tu,barulah kita boleh membincangkan hal ini dengan lebih lanjut.” Aku memberi kata putus yang mengembirakan keseluruhan keluarga Zafran.......................................“Sayang,sayang serius kan dengan semua kata-kata sayang pada kedua parents saya tadi?”Zafran bersuara tenang dalam kereta sewaktu dia ingin menghantarku pulang.Aku tersenyum kecil dan memandang wajahnya yang sedang fokus pada jalan raya.Wajahnya kelihatan ceria walaupun dia tidak tergelak atau tersenyum.Adakah dia gembira dengan persetujuan aku untuk menseriuskan lagi tahap hubungan kami?.“Awak rasa saya serius ke?”“Soalan di balas dengan soalan..sayang saya ni,suka sangat bermain dengan perasaan saya.”Zafran bersuara lembut sebelum sebelah tangannya mengosok-gosok ubun ubunku.“Sorry,saya serius Zaf.Kalau awak ikhlas mencintai saya,saya akan izinkan awak menjadikan saya teman hidup awak.Tapi..kalau awak tak sudi..”“Adakah awak ikhlas mencintai saya Mary?.”Zafran memotong ayatku sebelum aku sempat menamatkan kata-kata.Pertanyaan ringkasnya membuatkan lidah aku terkelu untuk terus berbicara.Nada Zafran berbicara seperti serius saja.“Saya jawab jujur.Saya ikhlas sangat sukakan awak,tapi..saya belum merasai sepenuhnya perasaan cinta awak.Saya berharap,apabila kita bertunang nanti,saya akan merasai perasaan cinta itu.”Aku menjawab jujur.“Kalau kita dah nak berkahwin tapi awak tetap tak merasai cinta saya,bagaimana pula.Adakah awak akan meninggalkan saya Mary?”Aku dapat mengesan riak kegusaran di wajah Zafran.“Saya akan merasai cinta awak apabila kita berkahwin pula.Kalau saya tetap tak merasai cinta awak juga,saya akan tetap terus menunggu datangnya perasaan itu sepanjang masa di sisi awak.”Jawapan aku menyebabkan Zafran berpaling memandang wajahku dengan pandangan terharu.Wajahnya kelihatan agak kemerahan menahan rasa.Pasti dia tidak menyangka yang aku boleh memberikan jawapan semanis itu.Walhal,aku temberang saja..kalau aku langsung tiada rasa cinta terhadap Zafran sepanjang kami bertunang nanti,aku akan putuskan semua hubungan yang ada.Mudah kan?.“Terima kasih sayang.Saya akan pastikan sayang tidak akan menyesal kerana bersetuju untuk menjadi pendamping saya.Saya akan tambat hati sayang kuat-kuat tak lama lagi.Sampai masa tu..sayang takkan berpaling atau menoleh memandang lelaki lain dan sentiasa ingin menatap wajah saya saja.”Aku ketawa besar dengan kata-kata Zafran yang bersemangat sekali bunyinya.Nekad saja dia ingin menambat hati aku.Tak payah tunggu lama-lama,sekarang ini pun aku sudah tidak berminat untuk memandang wajah lelaki lain selain dari menatap terus wajah tampannya itu.Namun..seperti kata Farrel,kata fikiranku menidakkan rasa hatiku sehingga aku buntu untuk menilai rasa cinta sebenar.Moga keputusan mengejut aku untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan Zafran bukanlah satu gerak hati yang salah.Aku berharap yang Zafran mampu mengembalikan rasa cinta yang sudah lama berkubur dalam hatiku...
.................“Zaf....”Aku memandang penuh kasih ke arah pemuda yang sedang khusyuk menelaah pelajaran dalam perpustakaan itu.Dia mengalihkan pandangannya dari terus menatap buku Parasitologi dan dia memandang aku dengan renungan juga senyuman yang sarat dengan kasih sayang.Cehh..merapu sungguh aku ni!.“Ya..sayang,nak apa?Nampaknya..saya memang tak boleh nak fokus pada study kalau sayang ada di sisi saya.Banyak betul soalan yang dia nak tanya.”Aku dah menarik muncung sedepa bila Zafran sengaja memerli aku.Terus aku menoleh ke arah lain dan malas untuk menatap wajah tampannya.Buat sakit hati saja!.Aku baru tanya tak sampai dua puluh soalan dalam masa setengah jam sepanjang kami berada dalam perpustakaan.Sekarang,Zafran pandai membebel pula dan berkata yang aku menganggunya untuk belajar.Sampai hati..aku sedih..Sob~Sob~.Padahal aku bertanya pelbagai soalan pun untuk memastikan yang aku lebih memahami isi hati juga sikap sebenar Zafran.Tapi..nampaknya,Zafran tidak berminat untuk menjawab soalan aku.Sebagai seorang teman lelaki bukankah dia wajar mengutamakan aku lebih dari pelajarannya.Eh,biar betul kau Mary?.Zafran dah ketawa kecil bila melihat wajah cemberut aku yang duduk bersebelahannya di sebuah meja belajar kosong.Zafran menutup bukunya dan memandang wajahku yang tidak menatap anak matanya.“Alahai..sayang saya merajuk ke?.Saya gurau jelah..sayang nak tanya apa tadi?”Zafran memang bermulut manis.Sangat pandai mengayat aku yang hatinya mudah cair seperti ais krim.Ha,ha,ha.“Tak de benda nak tanya.Karang awak kata saya menganggu pelajaran awak pulak.Awak teruskanlah dengan pelajaran awak tu.Tak payah nak pedulikan saya.”Aku pura-pura merajuk,walhal hati langsung tidak memarahi Zafran.Aku tahu yang aku memang sudah banyak menganggu konsentrasinya dalam pelajaran.Masakan tidak,Zafran yang dulunya selalu cool,pendiam dan fokus dalam setiap pelajaran sama ada dalam dewan kuliah atau makmal,kini..lebih fokus untuk mendengar celoteh harian aku.Kadang-kadang Encik Zamani dan pensyarah lain kerap menegurku agar tidak berbual-bual dengan Zafran sewaktu kuliah berlangsung.“Saya dah penatlah belajar sayang,jom kita kahwin?”Serentak dengan kata-kata selamba Zafran,aku terus memandang wajahnya.Dia tersenyum lebar kerana telah berjaya membuat aku menoleh ke arahnya.Hampeh punya Zafran.Bikin aku kecut perut saja.!“Jangan nak buat lawak menggatal dengan saya Zaf,kita takkan kahwin selagi kita belum habiskan pelajaran.”Aku menyepetkan mata tanda geram dengan gelagat Zafran yang semakin nakal sekarang ini.Ada saja modalnya untuk mengusik aku.“Ada saya cakap nak kahwin dengan sayang sebelum tamat belajar ke?.Saya kata..jom kahwin.Bukan saya kata,jom kahwin sekarang.Sayang salah dengar atau sayang memang nak kahwin dengan saya cepat-cepat?.Saya suka saja,esok atau lusa saya suruh parents saya bawa rombongan meminang terus ke rumah sayang.Minggu depan kita kahwin.”Aku melopong dengan fakta putar belit Zafran.Dia memang sengaja bikin muka aku membahang menahan malu.Kenapalah Zafran menunjukkan reaksi yang dia teringin sangat berkahwin dengan aku?.Buat aku meremang bulu roma saja.“Dahlah..jangan nak merepek lagi.Saya nak ajak awak dating sebenarnya,awak nak tak?”Aku terus menukar tajuk dan lari ke topik utama untuk mengelakkan Zafran berbicara tentang soal perkahwinan kami yang entah akan berlaku atau tidak.Zafran berhenti tersenyum dan dia memandang aku pelik.“Sayang..hal dating-dating ni...sepatutnya sayalah yang ajak sayang,bukan sayang yang ajak saya.Perempuan mana boleh ajak lelaki dating,tak romantiklah.”Aku terkena lagi!.Banyak pula songeh Mr.G ni..Nak tunggu dia sendiri ajak aku dating,entah bila lah agaknya.Walaupun aku dan Zafran sudah berpasangan lebih kurang dua minggu lebih,kami berdua langsung tidak pernah keluar untuk bertemujanji.“Peduli apa saya romantik atau tak.Esok,kita orang nak pergi fun fair dan jalan-jalan,kalau awak tak nak terima ajakan saya,terpulanglah..”“Apa maksud sayang ‘kita orang’?.Setahu saya dating tu..untuk kita berdua saja kan?”Zafran sudah dapat menangkap maksud ayatku sebentar tadi.“Taklah,kita dating ramai-ramai.Sebahagian besar dari pelajar kelas kita dah berjanji akan keluar berjalan-jalan esok bersama partner masing-masing.So..saya nak pergi,awak nak ikut tak?”Aku memandang anak mata biru gelap yang jelas kurang berpuas hati dengan berita yang baru aku sampaikan itu.Zafran kelihatan berfikir seketika sebelum dia memandang wajahku dengan muka tenang.“Tak naklah,saya nak dating dengan sayang saja.Buat apa pergi dengan orang lain.Buat semak je.Saya sukakan privasi.”Hmph..aku dah agak dah.Zafran memang spesies kera sumbang.Tak pandai nak bergaul kecuali dengan kelompok Mr.G saja.“Ok,fine.Kalau awak tak nak pergi,saya tak boleh paksa.Nampaknya,esok..terpaksalah saya ajak Fikri untuk jadi partner saya mengenangkan teman lelaki saya tak nak menemani saya.”Aku menggunakan taktik kotor untuk memancing Zafran.Jelas sekali wajahnya berubah kelat serta merta apabila mendengar bicara aku.Aku dah tergelak dalam hati melihat perubahan sarkastik wajah tampan itu.Cemburu betul dia dengan Fikri.Ha,ha,ha.“Apa hal pulak awak nak jadikan Fikri partner awak esok?.Tak boleh partner dengan Elma saja,yang menggatal sangat nak berpasangan dengan lelaki lain,kenapa?”Amboi..dah naik terkeluar biji mata Zafran merenung aku dengan wajah masam mencuka.Hilang sudah panggilan sayangnya.Aku buat muka selamba saja.Ingin menilai sejauh mana dia boleh berperasaan cemburu pada lelaki yang ingin mendekati aku.Cemburu tu maknanya sayang.Ikhlas ke Zafran sayangkan aku?.
P/S:PEMBACA YG DISAYANGI SEMUA,TOLONG KOMEN YE UNTUK MENAIKKKAN SEMANGAT SY..HU7.THANKS 4 READING.LOVE U ALL!!
Published on August 03, 2012 07:03
SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR BAB 11

SILA KLIK LINK DI BAWAH BAGI MEMBACA BAB 11 SSS DI P2U.SEMUA KOMEN ANDA AMAT SY HARGAI.<::>
http://www.penulisan2u.my/2012/08/novel-suami-simpanan-superstar-11/nullwww.penulisan2u.my
Published on August 03, 2012 06:55
August 2, 2012
A little thing About me and story
Hooray!Hooray!!!Bazli kawen ngn nadira!!♥♥♥
x lah sia2 aku tengok drama Dejavu Di Kinabalu!
ha3.
#team bazli.
<walaupun kputusan trgantung,aslkn bazli mng,i dah puas hati nih!,ha♥♥♥>
x lah sia2 aku tengok drama Dejavu Di Kinabalu!
ha3.
#team bazli.
<walaupun kputusan trgantung,aslkn bazli mng,i dah puas hati nih!,ha♥♥♥>
Published on August 02, 2012 06:46
Crystal Anabella's Blog
- Crystal Anabella's profile
- 80 followers
Crystal Anabella isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
