S.H. Alattas's Blog, page 9

July 5, 2012

Monyet Tua

Kami belum buta
Biarpun kami hidup dalam dunia sibuta
Engkau menderita
Makan nasi sisa-sisa
Rumahmu setapak kaki manusia
Engkau saja yang merasakan dirimu raja
Bila berada di atas pohon kelapa

Dari hutan kau dibawa
Ditunjuk, diajar
Untuk menjadi hamba
Kau tidak boleh berbuat apa-apa
Biarpun hidup dengan mausia
Hamba tak akan duduk
Semeja dengan tuannya

Di atas basikal kau dibawa
Dengan rantai 30 depa
Dari kebun ke kebun
Dari kebun ke kebun kau dibawa
Tuan ketawa
Dapat untung
Dapat laba
Kau dapat apa
  Monyet tua
Tanpa saudara tanpa keluarga
Mengabdikan diri jadi hamba
Asal usulmu kau lupa
Di hutan belantara
Kau bebas berbuat apa

Kasihan monyet tua
Selama-lamanya kau jadi hamba
Untuk anak-anak tuanmu gelak ketawa
Macam dayak
Macam gurkha
Yang tak boleh derhaka pada tuannya

Taat setia demi apa?
Demi bangsa?
Demi agama?
Demi Negara?
Semuanya kau tak ada
Monyet, beruk dan kera
Mana boleh jadi manusia
Biarpun mereka berkata
Asal usul manusia
Katanya beruk juga

Menggigit tuan bererti menderhaka
Lebih kasihan aku
Pada manusia yang diperkuda
Jadi hamba apa bezanya
Dengan monyet tua,
Tukang panjat kelapa
Selepas pilihanraya
Kau yang garu kepala
Aku ni nama saja ‘Orang Utan’ tapi tak sanggup jadi
‘Tuhan manusia’ ada rasa kemanusiaan.
 
Macam mana aku tak pening kepala? Macam mana aku tak susah hati, mereka yang bernama ‘manusia’ itu lebih teruk dari ‘suku kaum’ aku. Buruk perangai mereka yang nama saja manusia. Beruk bila pilih raja, mereka pilih yang terbaik di kalangan mereka. Manusia pilih yang terbaik di kalangan yang terbuang. Macam mana jadi orang ?Tiap-tiap lima tahun bergaduh, berperang sesama sendiri, Islam apa benda ni?

Manusia tak patut ada sifat tamak, angkuh dan sombong. Siapa yang suka main judi, minum arak, berzina, liwat, main jackpot? Orang Bandar atau Orang Utan? Fikir dan renungkanlah bersama. Itulah sebabnya Tuhan bezakan manusia dengan binatang. Manusia ada akal, ada Nabi dan ada kitab, apa pasal tak guna? Mati nanti hendak jawab apa dengan Tuhan bila ditanya, Siapa Tuhanmu? Siapa Nabimu? Apa Agamamu? Siapa saudaramu?
Kebun Manusia
Kuala Lumpur
2.2.1982
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 05, 2012 00:44

July 3, 2012

Ulama Bullshit Tok Guru Murshid

Di dalam tulisan saya akhir-akhir ini, saya banyak menggunakan perkataan ‘tahi’. Anda mungkin pernah dengar perkataan guru yang Murshid dan pernahkah anda dengar orang kata jangan cuba hendak Bullshit aku. Bunyi Murshid dan Bullshit sama macam bunyi O.I.C. Oh… I…See you… Saya tengok-tengoklah dulu, mempersenda-sendakan. Sudah tengok-tengok, sudah mendengar, ada yang kena Bullshit kena kelentong. Tok Guru Bullshit pula maknanya Tok Guru yang Kaki Auta, putar alam dalam kampung dia, mungkin dialah yang terpandai tapi orang yang diajarnya itu buta huruf, dia boleh membaca dan menulis jadilah dia yang paling hebat. Haprak punya kakilah tok guru.
Dalam buku saya ‘The Ugly Malays’ bab yang pertama, saya namakan ‘chicken shit politic’. Saya gunakan perumpamaan hangat-hangat tahi ayam bila menceritakan Perjuangan Para Pemimpin Melayu yang menjadi pemimpin Bullshit ini ertinya Tahi Lembu. Dibandingkan dengan tahi ayam, tahi lembu memang besar. Besar-besar tahi lembu tetap panggilannya Bullshitjuga. Orang Indonesia kata kotoran lembutapi boleh jadi baja pokok. Maka orang yang suka pembohong hebat macam mana pun dia tetap najis juga.
Berbeza dengan orang yang kuat membaca iaitu kaki buku, orang tak kata dia kaki buku. Orang kata dia ulat buku. Book Worm atau cacing buku, ulat ini celah batu dan dalam tanah pun boleh hidup. Dr. Mahathir adalah ulat buku, susah orang hendak Bullshit dia dan dia jenis pegang bara sampai jadi arang. Bukan mudah hendak pimpin negara hingga 22 tahun dan dia punya misi yang jauh apa yang dimimpikan dijadikan kenyataan. Mahathir ditakuti oleh pemimpin dalam parti atau puak-puak pembangkang kerana setakat ini tak ada siapa yang boleh Bullshit dia. Perangai tahi ini tak ada dalam dirinya. Dia bersih dari gelaran tahi judi atau kaki betina. Hidupnya bersih sebab itu dia tak peduli dengan buku Shahnon yang macam shit dan pembangkang yang kaki Bullshit. 

Pemimpin yang sudah keluar UMNO masuk PAS masuk semula UMNO atau masuk Semangat 46 balik kepada UMNO cakap-cakap mereka dianggap Bullshit,cakap yang tak laku orang yang tak ada prinsip macam ni nama saja Yang Berhormat tapi tak ada siapa yang nak hormat.
Sesudah meneliti dan sesudah mengkaji mengenai Melayu dan tahi, terutamanya bila kita buat analisis kenapa Shahnon Ahmad gunakan perkataan ‘shit’ tahi sebagai tajuk bukunya. Kita tak boleh berdiam diri.Buku Shahnon ‘shit’, biarpun ada orang kata shit itu tahi seperti terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi saya berkata shititu cuba melambangkan Dr. Mahathir yang digelarkan sebagai kepala tahi. Kepala tahi itu pula namanya PM. (yang bermaksud Pu……Mak) itu tujuan Shahnon Ahmad untuk menghina Dr. Mahathir!
Selalunya bila orang Amerika marah orang, mereka gunakan you Shit!, kau ni macam tahilah. Busuk punya kaki, one cent no use.Tahi adalah satu benda yang sangat jijik macam jijiknya politik hari ini. Yang itu mungkin saya boleh terima. Sebab itu orang kata politic is dirty. Ini bererti macam semua dalam perut orang UMNO ada tahi. Cuba tunjukkan perut manusia mana yang tiada tahi. Anak ayam baru menetas belum makan apa pun kalau melepas keluar tahi.
Pandainya media milik pembangkang mempolitikkan istilah Shit sebagai PM akhirnya ulama politik yang mempraktikkan isu tahi semuanya bergelumang dengan tahi. Perkataan mencarut memang disukai ramai, maka orang yang suka mencarut memang suka dengan perkataan Pu…..Mak, yang selalunya menjadi jampi serapah sesetengah orang yang memang suka maki hamun dalam masyarakat Melayu kita. Orang ramai menggunakan istilah PM itu sebagai memaki Dr. Mahathir. Tapi orang yang melihat  kehidupan Dr. Mahathir macam langit dengan bumi. Akhirnya mereka yang menyalak itu seperti meludah ke langit. Air ludah yang bachin itu jatuh ke mukanya sendiri. 
Mereka yang pada mulanya seronok beli buku shit semata-mata mahu lepaskan geram pada PM. Tapi bila bawa balik ke rumah baru buka satu muka dua muka dah rasa mual macam nak muntah. Kalau hidup Dr. Mahathir kotor sudah tentu berlumuran dengan tahi, akibatnya siapa-siapa yang rapat dengannya kena tahi. Sedangkan perkara itu tidak berlaku ke atas Dr. Mahathir! Itu sebabnya Tuhan tegah manusia dari membuat kerja mengumpat dan memfitnah. Dalam kehidupan orang yang terpelajar dan beragama, perkara yang utama mestilah bercakap benar.
 Buku itu menjadi popular sebab marahnya rakyat Malaysia terhadap Mahathir disebabkan serangan yang bertubi, terhadap peribadi Dr. Mahathir. Seperti apa yang cuba dilakukan terhadap Al-Zaytun oleh JAKIM.Pena adalah senjata yang paling berbisa untuk menjatuhkan seorang pemimpin selain dari buku Shit, buku MahaFiraun, ada banyak lagi buku-buku dan berpuluh  majalah di pasaran, ternyata Mahathir kebal. Tidak ada satu buku pun yang boleh menikamnya apatah lagi untuk mencederakan. Tak lut.
 Siapakah yang memulakan bahasa kurang ajar itu kalau bukan seorang Profesor Emeritus yang mewakili parti politik yang menggunakan Islam sebagai alat untuk cari pengaruh. Seorang yang bertaraf profesor adalah seorang ulama yang sepatutnya perlu peka terhadap Islam sebagai satu tamadun sejagat yang mementingkan tutur kata, berbudi bahasa (ada budi dan bahasa) dan seorang yang budiman (berbudi dan beriman). Berbudi semata-mata kerana Allah Taala. Ada ihsan dan keikhlasan. Sebagai nilai utama sifat keislaman.
Mengikut Tan Sri Mohamad Isa dalam majalah Malaysia Business tarikh 16 Mei 2002 MB Negeri Sembilan mengatakan “Shahnon dah nyanyuk” penulisannya menampakkan yang dia masih belum dewasa, sepatutnya MP Bahagian Sik, Kedah itu memulangkan balik anugerah Prof. Emiratus yang telah dianugerahkan padanya pada tahun 1992 supaya dia pergi menjaga kawasan pilihanrayanya.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin menjelaskan sifat terpenting Ulama, iaitu ulama sebenarnya tidak mencari dunia dengan ilmu agamanya, perbuatannya mesti sepakat dengan percakapannya, bertekun menjayakan ilmu yang mendatangkan faedah dan mengelakkan diri dari persoalan sia-sia iaitu terbabit dalam banyak perkara khilaf dan berdebat didalamnya.
Siapa yang memasukkan dalam minda Melayu supaya suka pada benda-benda yang kotor? Tan Sri Musa Hitam cuma kata bahawa orang Melayu patut kurang ajar. Sebab itu ulama PAS beramai-ramai melabelkan  ulama UMNO sebagai ulama barua. Ulama yes man burung kakak tua kerana bila Dr. Mahathir kena, mereka tak dapat menangkis peluru dari ulama PAS. 
Di sebelah utara perkataan ‘barua’ ini biasa saja. Macam orang Johor guna perkataan ‘haram jadah’dan orang Melaka gunakan perkataan ‘lahanat’. Sial, O.K one, no problem! Biasalah… Hanya syaitan dan lalat yang suka pada benda yang kotor dan busuk, itu makanan mereka.
Dalam surah Al-Baqarah: perkataan syaitan dirujuk kepada kepimpinan kaum munafik dan kafir kerana mereka inilah yang telah menyesatkan pengikut mereka, “Dan apabila mereka pergi mendatangi syaitan-syaitan maka mereka (pemimpin-pemimpin) berkata, Sesungguhnya kami tetap bersendirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok”. Keresahan bagi mereka yang kena Bullshit dan kena tahi dengan ulama Haprak.
Syaitan manusia adalah mereka yang tindak-tanduknya bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka selalu melanggar batasan agama dan gemar melakukan apa yang ditegah dan dilarangnya.
 Sesungguhnya matlamat syaitan, manusia dan syaitan yang ghaib itu adalah sama, iaitu untuk menyesatkan manusia. Dalam keadaan tertentu syaitan manusia lebih jahat daripada syaitan ghaib, kerana syaitan ini akan lari apabila seseorang itu berlindung kepada Allah. Tetapi syaitan manusia hendak berlindung pada siapa. Syaitan manusia inilah yang merosakkan nama Bos mereka.
 Kita sering membaca dan mendengar ayat Al-Quran yang menyeru orang Islam supaya mempersiapkan diri dengan segala macam kekuatan sehingga ke tahap yang paling maksimum, untuk menghadapi musuh. Jika ayat-ayat di dalam Al-Quran ini kita baca dan kita menganalisanya dengan ilmu barulah orang yang buta Al-Quran itu faham apa sebab Al-Quran itu dinamakan rahmatanlilalamin.
Bukankah lebih berfaedah jika para ulama sebelum mengadakan kuliah dan ceramah hidupkan Al-Quran itu dulu ke dalam dirinya, jadikan diri sebagai Al-Quran yang hidup. Barulah mereka jadi pendorong semangat untuk memperkuatkan umat Islam, tetapi sayang pengisiannya tidak pernah dilaksanakan.
Rasulullah s.a.w bersabda sesiapa yang keadaannya pada hari ini lebih baik dari hari semalam maka dialah orang yang beruntung. Sesiapa yang hari ini sama dengan hari semalam maka dialah yang rugi, sesiapa yang hari ini lebih buruk dari hari semalam maka dialah orang yang mendapat kutukan. Mari kita buat perbandingan antara kepimpinan Ustaz Fadzil Noor dan Dr. Mahathir sesudah kita saksikan Forum di Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai Palestin, siapa lebih menyerlah dari segi ilmu dan agama?
Sifat ihsan adalah sesuatu yang mulia, sesiapa yang mengamalkannya secara berterusan, dia bukan saja dianggap berjaya mengamalkan perbuatan baik, malah sekaligus menerima ganjaran yang istimewa dari Allah di dunia dan di Akhirat nanti. Kerana sifat ikhsan Dr. Mahathir kita lihat rakyat Malaysia hidup makmur jika kita bandingkan dengan negeri yang penuh dengan orang yang berjubah dan berserban bermisai dan berjanggut seperti di Afgan, nama saja murid sekolah pondok Taliban, tapi kejam sanggup bermusuhan dan membunuh saudara seagama, sebangsa dan satu negara sendiri. Mungkin mereka inilah dari keturunan Kabil yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Akhirnya disebabkan seorang manusia seperti Osama Bin Laden yang bermisai dan berjanggut, berjubah dan serban dibenci oleh dunia. Kerana Osama Bin Laden seorang , satu dunia jadi susah dan huru-hara. Media tidak lagi menyebut Taliban sebaliknya Al-Qaeda. Siapa sebenarnya Osama bin Laden? Yang jelas dia adalah pengkhianat dan masih orang Islam. Tapi yang kita pelik ramai orang Islam yang mendewa-dewakannya sehingga sanggup pergi ke Afganistan untuk berjihad.

Ihsan selalu ditakrifkan sebagai memberi nikmat dan kelebihan, bagaimanapun jika dikaji lebih lanjut Ihsan boleh dimaksudkan sebagai perbuatan dan perlakuan yang baik. Perbuatan baik meliputi tingkah laku yang mengangkat taraf manusia dan mendidik jiwa seseorang menghampirkan diri kepada Allah. Ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Apa lagi jika manusia itu seorang ulama pemimpin ikhwan.
Manusia yang Ihsan bertentangan dengan manusia yang hati batu. Dalam bahasa yang mudah manusia yang buta huruf. Orang yang tidak ada ihsan tidak akan mendapat ihsan dari Allah.
 Allah memberikan nikmat kepada mereka dengan ihsannya, maka wajarlah manusia membuat ihsan dengan nikmat yang diberikan itu sesama makhluk. Allah berfirman, “dan berbuat baiklah kepada hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dengan pemberian nikmatnya yang melimpah,” Surah al-Israk ayat 7 pula bermaksud: “jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, (maka kesan yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
Orang yang melakukan Ihsan selalunya tenang dan tenteram manakala orang yang menerima ihsan pula berasa senang dan seronok serta berterima kasih kepada mereka yang ihsan. Padanya inilah contoh kepimpinan Dr. Mahathir dalam motonya Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Tauladan tapi telah diselewengkan oleh propaganda fitnah pembangkang yang berjaya menutup sikap ihsan Dr. Mahathir itu.
Begitu juga jika berbuat kejahatan, lambat laun balasan jahat daripada Allah akan menimpa. Kalaupun balasan itu tidak diturunkan secara langsung kepada diri kita, ia mungkin menimpa anggota keluarga kita sama ada anak, cucu atau saudara mara. Bahkan, kejahatan yang dilakukan menjadikan kita hina dan tidak memperolehi ketenangan hidup. Maka sebab itu ulama politik tak boleh berhenti melaknat Dr. Mahathir seperti yang dilakukan oleh Muawiyah terhadap anak cucu Rasulullah selama 70 tahun dalam 100 buah masjid. Orang tetap juga kasih pada ahlul bait keluarga Rasulullah. Bila timbul kebenaran, yang batil akan tenggelam dengan sendirinya.
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat dan melarang melakukan perbuatan mungkar keji dan kezaliman.” Surah al-Nisa ayat 12 bermaksud: “dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya daripada mereka yang menyerah diri kepada Allah sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan”.  Surah al-Lukman ayat 22 bermaksud: “dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedangkan dia berusaha menganjur kebaikan, sesungguhnya dia sudah berpegang kepada simpulan (tali agama yang teguh)”. 
Kita sudah lama tidak mendengar kata wali orang-orang mukmin “janganlah kamu berpecah belah. Bersatu dan berpeganglah kepada tali Allah. Jika kamu lihat dua puak bergaduh satukanlah mereka dan perangilah mereka yang tak mahu berdamai.”
Bersikap ikhlas, kuat beribadat memberi perhatian kepada orang miskin dan anak-anak yatim. Berjihad pada jalan Allah, ikut ajaran Nabi s.a.w bermaaf-maafan dan sabar adalah ciri-ciri sifat ihsan yang sepatutnya ada pada setiap orang Islam tetapi kita tak nampak watak yang sebegini pada diri mereka yang bergelar ulama politik atau ulama ‘ampun tuanku’. Yang ini kita tak nampak pada diri mereka yang menuntut supaya digelar ulama. Yang ada cuma degree yang berjela-jela.
Memang masyarakat kita suka sangat gunakan perkataan tahi. Orang yang teruk berjudi dan minum arak digelar tahi judi dan tahi arak. Lelaki yang kaki betina digelar tahi betina. Ada juga pemimpin yang nampak hebat, tapi kena Queen Control. Isteri lebih berkuasa dari suami. Sudah bodoh kerana penangan nasi kangkang. Inilah jenis jantan yang dah termakan tahi pi….bini. perangai pemimpin macam inilah yang ada di dalam UMNO yang merosakkan UMNO. Tapi kebanyakan pengampu dalam UMNO cuba menutup begitu sahaja gejala ini. Inilah yang cuba digambarkan oleh Shahnon dalam perut UMNO penuh dengan tahi. Apa bezanya, apa yang ada dalam perut orang UMNO dengan perut orang PAS. Masakan dalam perut UMNO saja yang ada tahi dan ada kepala tahi.
Kasihan Prof. Emeritus Shahnon Ahmad yang telah mencetuskan Kontroversi dengan buku ‘tahi’. Shahnon jadi popular kerana menceritakan pada orang Melayu dengan bahasa yang kotor dan tercemar. Memang dalam perut siapa saja yang kotor pasti ada tahi. Apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam buku shitnya? Shahnon cuba menunjukkan bahawa politik Melayu hari ini sudah sampai ke peringkat terlalu kotor macam tahi. Lalu menjadi tanggungjawabnya untuk membersihkannya.
Saya tak peduli jika saya tak dianggap sebagai sasterawan tak apa. Yang penting biar benci macam mana sekalipun orang pada saya, dia akan baca buku saya sampai habis. Janganlah kerana tak berani berterus terang terlalu banyak berselindung dengan tulisan kita akhirnya merugikan mereka yang membaca buku. Ini zaman ketelusan, zaman langit terbuka.
 Penilaian sebenar terhadap jasa dan pengorbanan seseorang yang terkenal sama ada tokoh seni, tokoh penulis, seniman sewaktu masih hidup mereka umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Siapa pun tak peduli. Masyarakat mula terasa hanya sesudah kehilangannya… Semasa hidup banyak buah fikiran dan kata-kata mutiara hikmat yang terdapat di dalam karya mereka seperti allahyarham P Ramlee, Pak Sako, Usman Awang dan lain-lain. Hanya mereka yang mengenalinya dari dekat saja mengingati dan menyanjunginya biarpun negara memandang sepi.
Orang-orang Melayu memandang jasa seorang sasterawan terutama kaum penulis dan pahlawan yang pernah menentang penjajah Inggeris seperti tahi tapi memandang raja dan sultan para pemimpin kerajaan seperti emas. Kerana itulah kita tengok nama-nama sekolah, jambatan, hospital, masjid penuh dengan nama pemimpin dan nama-nama raja sedangkan kubur raja dipagar dengan indah akan tetapi kubur pahlawan seperti kubur Tok Janggut penuh dengan semak samun. Begitu juga kubur Mat Kilau. Maka tidak hairanlah jiwa kepahlawanan tidak hidup lagi dalam diri penulis dan pemimpin Melayu hari ini.
Apa yang hendak disampaikan oleh Prof. Shit itu tak salah, tapi disebabkan dia banyak sangat berselindung, maka minda kita tak boleh terbuka. Maka saya harap bangsa kita bila benci orang jangan sampai macam tahi simpanlah sikit mana tahu kita akan berbaik semula. Air dicincang tak akan putus. Mengikut kata Imam Ali celakalah bagi dua golongan pertama orang yang bila membenci sangat keterlaluan dan bila mereka yang menyayangi lebih-lebihan. Rasulullah s.a.w suruh kita sederhana dalam semua aspek.
 Kita hidup di zaman langit terbuka kita kena terus terang apa yang perlu ada pada seorang yang mahu jadi pemimpin itu sifat empat mesti ada pada pewaris Nabi. Pewaris Nabi itu ertinya Pemimpin. Bukankah Nabi itu Tok Guru Islam yang pertama juga pemimpin, jeneral, tokoh korporat, ahli politik dan Nabi yang terakhir.Ramai orang kita yang suka menipu orang ramai bila bercakap penuh berselindung, kononnya nak jaga hati orang, yang benar takut periuk nasi masuk pasir. Ini susahnya masyarakat kita, semua orang nak jaga periuk nasi, siapa yang nak jaga agama, bangsa dan negara. Kerja Raja dijunjung kerja sendiri di kelek, kerja rakyat letak di mana? Sedangkan kita telah berjanji bahawa kita hanya hamba Allah. Kerja Allah lah yang kita junjung kerana Allah itu Raja sekalian alam. Raja pun kena buat kerja Tuhan dan juga rakyat.
Pemimpin yang tidak sidik(benar), akan menipu dirinya sendiri dan orang-orang yang dipimpinnya. Tidak amanah(memegang amanah Allah, rasuah dan zalim. Melakukan kecurangan pada dirinya, keluarganya dan kepada setiap orang yang dipimpinnya. Dia tidak mempunyai sifat benar dan akan membohongi orang-orang yang dipimpin, memfitnah dan berdusta. Pemimpin yang tidak mempunyai sifat fatanah dia akan menjadi Raja Dungu.
Lelaki dinilai oleh kebijaksanaan. Sedangkan wanita diukur dari kecantikan. Fatanah yang sepatutnya diletakkan di atas kepala namun yang ada dalam otak penuh berisi dengan tahi. Ketua sedemikian sentiasa diperdaya dan ditipu oleh para penasihatnya yang akibatnya rakyat menderita kerana kezalimannya sendiri dan dirinya akan dihumban oleh rakyat ke dalam jurang kehinaan.” Sebelum perkara macam ini berlaku mereka yang masih tidur lena bangunlah! Dunia sudah mahu kiamat. Bila lagi orang Melayu mahu bersatu. 
Menurut kacamata Islam, setiap orang perlu memikul amanah untuk menjadi pemimpin walau pemimpin kecil di kampung-kampung, di pinggir kota atau bandar mestilah mampu memimpin dirinya sendiri terlebih dahulu supaya dia tidak menajdi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan ia sendiri berjalan mengiring.
Jika pemimpin yang hidupnya dalam kemunafikan macam mana hendak membimbing manusia ke jalan yang lurus selain menyesatkan?
Mudah-mudahan JAKIM berhentilah menyesatkan orang. Kerana orang yang  sesat sahaja kenal mereka yang sesat. Macam pencuri juga yang kenal pencuri. Di antara faktor memimpin diri, ialah melengkapkan diri dengan serba –serbi ilmu pengetahuan akhlak atau budi pekerti yang mulia. Setidak-tidaknya dia tidak akan menjadi seperti bapa haruan yang makan anaknya sendiri.
Maka faktor memimpin diri menerusi Islam ialah dengan peribadi ikhsan, iman dan taqwa. Kalau tiga faktor ini atau salah satu dari faktor-faktor itu tidak ada pada diri orang yang mahu menjadi pemimpin walaupun dia masih tidak digelar ulama, maka dia tidak layak menjadi pemimpin. Maka jika orang yang macam ini diletakkan atas kerusi pemimpin tunggulah saat-saat kehancuran organisasi yang dipimpinnya.
 Dalam kebanyakan negara di dunia terdapat rakyat hidup papa kedana seperti bangkai bernyawa akibat pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai sifat yang empat, Sidiq, Amanah, Tabligh, Fatanah, tapi masih mahu mengaku sebagai Ulama Pewaris Nabi. Apa bezanya dua negeri yang dipimpin oleh PAS sama ada Terengganu atau Kelantan.
 Sebahagian dari ulama Bullshit ada yang mempunyai sifat-sifat “kazib (dusta), kianah (penipu), kitman (tidak boleh berkomunikasi, tidak telus menyembunyikan informasi) dan baladah (bodoh, bebal. Bodohnya tidak boleh diajar pandai tak boleh diikut.)
Inilah kelemahan ulama sasterawan kita, banyak berselindung disebalik kata-kata. Maka sebab itulah orang Melayu tak suka baca buku-buku yang ditulis oleh Sasterawan Negara. Boring, letih, nak habis satu buku pun susah macam dengar kutbah pasti tertidur lena.
Pasti ramai orang kita akan melenting bila saya kata orang kita suka makan tahi, takkan cakap betul pun nak marah? Memang ada kuih Melayu yang namanya tahi itik. Ada juga kuih Melayu yang atasnya dibubuhnya tahi minyak. Kuih yang dibuat dengan kacang hijau yang sudah dijadikan tepung itu dipanggil kuih kole kacang. Ini tahi boleh makan punya tapi hidup jangan banyak sangat tahi minyak. Nanti lebih sudu dari kuah.
Kebanggaan bukanlah kesombongan, kemegahan, takbur, atau perasaan tinggi hati, tetapi ia adalah emanasi dan perluasan dari suatu keperibadian seperti halnya suara yang memiliki gema dan bintang yang memiliki cahaya. Diamerupakan karakteristik dalam suatu keistimewaan dan keunikan pada ketakjuban yang luar biasa. Siapakah yang dapat menemukan suatu aib pada kesombongan penunggang kuda yang ia punya guru dan seekor anak kuda ketika bermain di lapangan kemuliaan? Apakah singa yang mempermainkan buruannya, melompat, meloncat, mengelilinginya adalah sebuah cacat atau sesuatu yang pantas?
Itu adalah dari sifat alami kekuatan dan dari hasil kebanggaan atas kemuliaan. Contohnya, sifat alami segala sesuatu, satu saat akan mendidih jika panasnya sudah memuncak dan aliran air akan banjir jika alirannya sudah meluap.
Imam yamg SasterawanPetikan dari: Kumpulan Khutbah Ali bin Abi Talib-Sayyid Ahmad Asy-Syulaimi. 
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2012 00:16

July 2, 2012

June 29, 2012

Terbang pun, kalau dah kambing.. kambinglah!

(dari buku Perang Di Parit Raja)
Tidak pernah saya merasa begini berat hati hendak menulis sebuah rencana untuk Mingguan Kota, sebabnya kerana saya terfikir bagaimana orang yang waras akal dan rasional pemikirannya tidak dapat hendak membayangkan bagaimanakah sebuah negara di dunia moden hari ini boleh diperintahkan dan ditadbirkan dengan hanya menggunakan satu slogan iaitu semangat yang kosong, tak tahulah saya melainkan dengan pemerintahan diktator?
Datuk Harun mewakili kumpulan Serpihan, yang kita tak tahu hujung pangkal perjuangan pertubuhannya yang belum berdaftar tiba-tiba mahu ambil alih pemerintah negara. Macam orang belum bernikah tiba-tiba saja mahu melahirkan anak.

Rakyat mesti tahu amalan hidup pemimpin sentiasa berkait rapat dengan corak pemerintahan. Bila kita hubungkaitkan semua faktor-faktor ini, maka kita akan dapati bahawa ideology adalah satu persoalan yang penting. Mereka yang mahu memerintah wajib memberitahu kepada rakyat yang akan memberikan kuasa kepada mereka, ideology apakah yang akan dibawa dan diperkembangkan sekiranya golongan Tunku dan kumpulan serpihannya mahu menghidupkan UMNO lama itu memerintah negeri ini nanti atau salah seorang dari mereka dijadikan Perdana Menteri.
Kerja rebut-rebut kerusi macam bidan terjun ini bukan kerja orang politik yang berpandangan jauh, bukan kerja seorang nasionalis.
Banyak persoalan yang dapat dikemukakan dan kalau kita rajin bertanya maka kita tanyakanlah. Apabila kita tanyakan dengan secara sungguh-sungguh maka akhirnya ada di antara mereka yang akan bertanya seperti sebuah cerita yang telah diceritakan oleh seorang kawan saya kepada saya. Ada pun ceritanya adalah seperti berikut;
Pada suatu masa dulu ada dua orang pemuda tinggal di dalam suatu kampung. Ada pun kampung itu letaknya di Jajahan Gasang dalam sebuah negeri bernama Kilatan. Yang tua bernama Ibrahim, timang-timangannya Brehim. Yang muda bernama Abdul Rahman, timang-timangannya Deraman.

Pada suatu hari berlakulah satu perselisihan pendapat. Brehim memberitahu Deraman ada seekor burung sedang hinggap di atas belakang seekor lembu. Burung itu sangat besar dengan sayapnya yang berkilau-kilau. Apabila Brehim memberitahu kepada Deraman, maka Deraman pun keluarlah untuk melihatnya. Apabila Deraman melihatnya maka berkatalah Deraman;
“Bukan burung Brehim!” kata Deraman.“Kalau bukan burung, binatang apa?” Tanya Brehim.
“Kambing Deraman!”
“Burung! Tengok kaki dia tu dua. Burung! Berahim”
“Kaki dua pun dah kambing, kambinglah!”
Tiba-tiba burung itu pun terbanglah ke angkasa. Maka berkata Deraman.
“Tengok, dia terbang. Burung Berahim.” Deraman tetap berdegil biarpun yang dilihatnya terbang itu burung, dia tetap berkata, “Terbang pun dah kambing, kambinglah!”
  Saya tahu Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Semangat 46 tidak akan senang bila ditanyakan sesuatu mengenai ideologinya. Apakah Tunku, Hussein Onn, Ku Li dari golongan kapitalis atau pun feudal? Bagaimana pula dengan Harun dan Rais Yatim? Apakah mereka ini sosialis macam Shahrir dan Musa atau kapitalis macam Tunku dan Ku Li?
Sistem pragmatis yang menjadi amalan demokrasi kita boleh berubah ikut mana ‘iman’ di depan kita. Kalau imam di depan kita itu, kita tak tahu sama ada dianya Islam, Qadiani, atau Bahai, kita main masuk dalam saf di belakangnya, maka rosaklah sembahyang kita. Kalau dia Islam boleh juga kita faraqahkan.
Mengikut Allahyarham Tun Razak, UMNO yang dipimpinnya adalah sebuah pertubuhan politik yang pragmatis. Jadi jelaslah di sini bahawa di antara sebab-sebab utama mengapa Dr.Mahathir ditentang oleh golongan serpihan, terutama Tunku dan Ku Li kerana mereka tidak setuju dengan ideology yang dibawa oleh Perdana Menteri kini. Mahathir yang telah melahirkan buku Dilema Melayu’ cuba membawa perubahan ideology mengikut cara dan gaya hidup dan visinya yang tidak disenangi oleh golongan istana.
British dan barat merasakan kiranya Mahathir berjaya menewaskan rancangan global barat terhadap bekas tanah jajahannya, ia akan mendatangkan kesan yang buruk pada kuasa-kuasa besar. Kemerdekaan yang dibawa oleh Mahathir tanpa pekikan merdeka adalah satu-satunya hakikat yang amat digeruni oleh bekas penjajah kerana ia benar-benar akan menjadikan negara ini Negara yang merdeka berlainan dari cara Merdeka Tunku.
Apakah orang Melayu sedar bahawa Barat sedang memerhati dan merenung dengan mata tajam akan visi Mahathir terhadap negaranya. Kepercayaan yang menjadi amalan Dr.Mahathir sudah mula secara perlahan-lahan difahami oleh rakyat. Dalam masa yang sedikit lagi tidak mustahil akan menjadi ikutan. Dan setengah-setengah pihak sudah nampak peluang yang Mahathir berikan pada para pelapis yang tahu apa erti kemerdekaan yang sebenarnya. Visi Mahathir sudah mula tampak jelas oleh rakyat yang berjiwa nasionalis melainkan mereka yang pura-pura mengaku diri nasionalis tapi terus menjadi ejen-ejen pemikiran imperialis barat. Ini semua amat ditakuti oleh Barat. Sebab bagi Barat, Malaysia adalah sumber bahannya yang utama.
Dari itu mereka akan gunakan anak negeri yang sanggup bersubahat dengan mereka untuk tentang Mahathir mati-matian.
Ejen-ejen imperialis barat mahukan setiap penganutnya mesti terdiri dari mereka yang tidak ada asas agama, tidak taat pada Tuhan, tidak taat pada rasul, tidak taat pada pemerintah di Negara di atas bumi yang mereka pijak. Penjajah mahukan ejen-ejen mereka dari kalangan orang-orang yang tidak berdisiplin dan tidak bermoral supaya bila mereka ini dijadikan pemimpin kelak, mudahlah mereka akan jadi boneka.
Kuasa-kuasa luar, mahu kita semua terus hidup terjajah. Jiwa raga dan agama kita juga mereka mahu jajah dan siapa lagi kalau bukan boneka-boneka suruhan mereka yang dapat lakukan ini semua.
Maka sebab itu untuk mengetahui semua ini kita patut mengetahui politik pertama yang bermula sebelum datuk kita Adam, diturunkan di dunia. Dari itu, ikutilah cerita kejadian Adam dan bermulanya politik di dunia.
Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Dia menjadi Nabi dan Rasul. Adam juga adalah manusia pertama di muka bumi ini. Begitulah yang diajarkan oleh al-Quran.
Walaupun demikian yang diajarkan oleh al-Quran tetapi bukan tidak ada pula orang yang percaya kepada teori Charles Darwin yang mengatakan manusia ini berasal daripada sepsis beruk yang telah mengalami evolusi.
Al-Quran membawa berita benar bahawa tatkala Allah s.w.t hendak menjadikan Adam a.s, Allah telah berfirman kepada para malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi ini.(Al-Baqarah: ayat 30)
Maka berkatalah para malaikat sekalian:“Mengapa Engkau hendak jadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan kepadanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.”(Al-Baqarah: ayat 30)
Allah s.w.t menjawab dengan berfirman:“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Al-Baqarah: ayat 30)
Allah s.w.t menciptakan Adam a.s itu dari segumpal tanah. Allah s.w.t kemudiannya telah meniupkan roh ke dalam Adam dan lalu memerintahkan kepada iblis supaya sujud kepada Adam a.s.
“Sujudlah kamu kepada Adam”(Al-Baqarah: ayat 34)
Maka sujudlah sekalian malaikat, tidak ada satu pun yang tertinggal dan ingkar kecuali Iblis. Iblis telah ingkar kepada perintah Tuhan itu keran berasakan dirinya yang lebih mulia daripada Adam a.s
Demikianlah berita yang dibawakan oleh al-Quran tentang makhluk Tuhan yang ingkar kepadaNya. Dengan terjadinya peristiwa itu, maka bermulalah catatan dan sejarah keingkaran yang disebabkan oleh ego kerana kejadiannya daripada api.
Iblis berasa dialah yang lebih mulia kerana asal kejadiannya dari cahaya. Itulah egonya. Itulah iblis yang sangat angkuh, sombong, dan bongkak adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Tuhan.
Dengan keingkaran Iblis terhadap Tuhan itu maka bermulalah sejarah penderhakaan dalam dunia Tuhan ini. Maka Iblis pun jadi makhluk yang bebas, bebas menentang Tuhan yang menciptakannya, bebas membuat kemungkaran dan segala kejahatan yang Iblis suka. Iblis telah membebaskan diri dari Allah.
Umat Islam yang berpegang kepada al-Quran dan al-Hadis menerima perintah agar taat kepada Allah dan taat pada Rasulnya. Adapun Rasul itu adalah pemimpin ummah pada zaman-zamannya yang tertentu. Adapun Nabi Muhammad s.a.w itu adalah nabi akhir zaman. Beliau adalah pemimpin ummah. Dan taat kepada pemimpin adalah ajaran yang dibawa oleh al-Quran.
Namun demikian bukanlah tidak ada orang yang mengikut contoh dan sunnah Allah tetapi dalam waktu yang sama menurut juga contoh dan teladan iblis kerana mereka ini berasa dialah yang pandai, dialah yang pintar, dialah yang hebat, dialah yang bijak, dialah yang cerdik, dialah yang segala-galanya. Mereka ini sedang menunggu masa kehancurannya. Akan tiba waktunya, cepat atau lambat. Apabila tiba waktu itu maka mereka itu akan terhumban ke lembah kehinaan serta kedurjanaan.
Begitulah pengajaran dan contoh teladan yang dapat diambil daripada berita benar yang dibawa oleh al-Quran. Akibat dari perbuatan ingkarnya itu maka terkeluarlah iblis dari syurga. Maka bebaslah iblis yang lebih senang jadi bebas dari tunduk kepada khalifah pilihan Allah.
Sebelum ia dihantar keluar dari syurga, iblis telah meminta kepada Tuhan agar memperkenankan permintaannya untuk membujuk dan membawa sebanyak mungkin anak cucu Adam bersama-samanya. Allah telah perkenankan permintaan tersebut.
Di sinilah bermulanya sejarah demokrasi ciptaan Tuhan. Allah berikan iblis memancing undi membuat propaganda untuk menarik Adam hidup bebas sepertinya.
Maka mereka yang tidak beriman dan tidak taat pada perintah Allah dan Rasulnya akan terbujuk, terpengaruh, tertipu melaksanakan kehendak-kehendak iblis di dunia. Di dunia dia bebas membuat apa yang disukai oleh iblis dan di akhirat nanti tidak ada lainlah temannya kecuali iblis dan syaitan. Dan neraka jahanamlah tempat tinggalnya manusia yang ego dan tidak taat pada perintah Allah yang telah ditetapkan di dalam al-Quran.
Sesungguhnya banyak pengajaran dan pelajaran daripada al-Quran yang boleh diambil oleh orang-orang yang tidak angkuh dan tidak sombong. Orang yang sanggup mengalah, kalau dia dah kata kambing tapi yang dilihatnya itu burung yang mempunyai dua kaki, dia tak akan kata terbang pun, kambing juga.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 29, 2012 09:31

June 21, 2012

Memo Untuk Najib (2012): Bila Melayu Shopping Gila

Hari itu 2hb. December 2011 bersamaan 7 Muharam 1453 adalah hari kedua Perhimpunan Agong UMNO yang ke-62 yang sedang diadakan di Putra World Trade Center, selalunya saya akan berada  di Restoran Riverside sambil menjual buku terbaru saya, tetapi pagi ini saya bersama Dr. Azizan bersantai di Starbucks, sementara  menunggu kedatangan Musli Oli  untuk bertukar-tukar buku. Saya meletakkan buku ‘Konspirasi Pak Lah & Susilo’ seperti yang biasa saya lakukan. “To see and to be seen”.
Sambil minum kopi di Shopping Mall yang berdekatan dengan Putri Pacifik Hotel, hotel 5 bintang di mana para pemimpin UMNO tinggal untuk menghadiri Mesyuarat Agung. Saya memerhatikan telatah ahli-ahli UMNO yang hampir semuanya Melayu yang memenuhi pusat membeli belah “shopping giller” yang memberikan saya inspirasi tentang ‘membazir itu sifat syaitan’ dan bertanya why, kenapa, when. Sampai bila Melayu nak ‘shopping giller’. Orang Indonesia akan kata ‘shopping bangat’.

‘Melayu oh Melayu’ suka betul berhibur, terutama di tempat keramaian selain dari membeli belah sesuatu yang bukan keperluan di Shopping Mall Bandung, Jakarta, Medan, Vietnam, di Perth Australia, London ‘shopping giller’. 
Najib pegang handbag
Mereka sepatutnya berada di dalam dewan. Kenapa boleh jadi macam ini? Lu fikirlah Bro. Demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian. Dan Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.
Mencari kelemahan, memburuk-burukkan orang mengikut emosi dan suka hati kita memang mudah,  apa lagi mengumpat dan menfitnah, ini juga satu kesukaan orang. Kita tak berani mengkritik secara berterus terang konon takut kecikkan hati orang. Islam menuntut kita supaya berani mengajar kebaikan dan mengkritik untuk mengingatkan mereka. 
Mungkin mereka ini bukan ‘orang UMNO’ mengikut istilah Dato Sri Najib. ‘Orang UMNO’ (United Malays National Organisation) ahli pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu orang Islam. Orang Islam (umat Nabi Muhammad SAW) hidupnya berpandu pada Al-Quran dan Sunnah.
Melayu sepatutnya jadi seperti ‘melukut ditepi gantang’ atau seperti ‘daun kari’ yang digunakan sekadar mahukan baunya saja bila kita masak kari, begitulah nampaknya nasib umat Islam hampir diseluruh dunia. Apakah kerana mereka tidak berfikiran kritis atau kerana mereka tidak suka membaca? Kenapa nasib mereka jadi seperti ‘sepah tebu’ yang dibuang oleh penjual air tebu seperti yang dilakukan oleh para pemimpin mereka. Sampai bila kita mahu membiarkan mereka seperti ‘kulit kerang’? Di negeri Arab kekayaan hasil minyak milik beberapa orang alat orang bukan Islam.
Sebagai penulis, saya memiliki ‘dunia’ saya sendiri yang saya fikir dan rasakan. Kemudian saya mulai menterjemahkan dengan ayat-ayat untuk menceritakannya kepada pembaca apa yang sedang saya saksi dan fikirkan kerana menjadi tanggungjawab penulis sebagai pemimpin pemikiran rakyat.
Anda juga selaku pembaca mempunyai dunia anda sendiri. Dengan ‘dunia’  itulah anda akan membaca kata-kata saya tulis dari ‘dunia’ saya tadi, apakah frequency dan wavelength kita sama? Samakah presepsi orang syariat dengan orang hakikat?
Pernahkah anda bayangkan sambil bertafakur seperti apa yang sedang saya lakukan? Sampai bila ‘orang kita’ mahu jadi ‘daun pandan’ yang digunakan untuk mengharumkan nasi lemak? 
Sistem pendidikan di Malaysia belum mampu menjawab pertanyaan “why” kerana sikap orang kita yang tidak kritikal. Kita harus selalu bertanya “mengapa” untuk mendapatkan jawapan yang lebih dalam kerana kita adalah makhluk yang berakal. “Why” akan membuat anda mengetahui diri, tujuan Tuhan jadikan anda supaya dapat membandingkan diri anda, bangsa anda dengan bangsa-bangsa yang jauh lebih maju dan bangsa yang pernah dilaknat dan dibinasakan seperti terdapat ceritanya didalam Al-Quran.
Banyak infotaInment di Malaysia. Malaysia menjadi negara pemakai Facebook dan Twitter terbanyak. Sudah saatnya kita bertanya “mengapa” dan sampai bila kita mahu jadi bangsa yang bodoh giler? Lalu, hal lain yang lebih penting selain why ialah why not (kenapa tidak). Kita melakukan perubahan ‘mind set’. Pemikiran why dan why not menjadikan kita lebih detail dan kritis sehingga muncullah idea-idea cemerlang dan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di keliling kita.
Interaksi pembaca dan penulis pada hakikatnya adalah interaksi antar-‘dunia’ penulis dengan ‘dunia’ pembaca. Ketika anda sedang meneliti kata-kata saya, apakah anda dapat berada dalam ‘dunia’ saya atau anda masih berada dalam   ‘dunia’ anda sendiri?
Ada yang menuduh saya brutal, kejam, kasar dan kurang ajar kerana saya melupakan semua teori menulis. Saya hanya menuliskan ‘dunia’ saya untuk menemui dan mengakrabi ‘dunia’ pembaca saya supaya menjadi kritikal seperti saya untuk mengubah ‘mind set’ mereka yang masih berfikir dalam kotak.
Mungkin begitulah nasib pengundi Melayu yang digunakan di musim pilihanraya oleh mereka yang berebut kuasa mengikut nafsu serakah yang memecah belahkan ummah, akhirnya Melayu senasib dengan ‘daun pisang’ yang membungkus nasi lemak. Kalau anda sudah baca buku saya Nasi Lemak For VIP, anda akan faham bagaimana adanya VIP yang menganggap GRO Melayu sebagai hidangan nasi lemak. Kemana perginya tanda ‘haram’? Melayu itu Islam. Apakah para Ulama, Tuan dan Tok Guru sudah hilang penglihatan dan lidah mereka sudah jadi ‘lidah setan’ menghalalkan orang politik untuk merebut kuasa dan kekayaan, yang  berkuasa fikir mereka sudah jadi Tuhan? 
“Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri”. - Al-Quran. Ada juga OKU ‘orang kuat UMNO’ yang tidak berada didalam dewan, mereka ada agendanya sendiri. Mungkin tanda tunjuk protes, bosan dengan pucuk pimpinan yang mengamalkan politik Machiavelli. Sebelum PR-12, saya pernah suarakan dalam satu temu bual secara langsung dengan Zainaldin Zainal, bangsa kita ini sakit, emosinya sakit, jika penyakit bangsa ini tidak diubati Melayu bakal hilang kuasa politik. Sakit hati akibat kecil hati akibat pemimpin bersikap tidak peduli.
Air yang keruh di hulu masakan boleh jernih dihilir. Berapa ramai mereka yang memikirkan apa akan jadi pada UMNO dibawah kepimpinan Dato Najib Tun Razak PM ke-6, Presiden ke-7 yang kita tidak nampak hala tuju ke mana Najib nak bawa Melayu? Misi dan visi Tun Razak jelas, begitu juga Tun Mahathir dalam Dasar Ekonomi Baru, Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam dengan membawa Anwar ke dalam UMNO. 
Siapa pun akan letih dengar celoteh para perwakilan yang datang bercakap dalam dewan, ‘buat sedap mulut untuk mencari perhatian, ‘retorik’ hanya beberapa kerat saja yang berani berterus terang. Inilah padahnya bila masuk UMNO nak cari untung, ramai sangat yang sudah hilang semangat perjuangan. UMNO hari ini bukan lagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, mereka sudah tidak bersatu hati, hidup sendiri sendiri, ‘not one for all and all for one’.
Sambil menghirup kopi terlintas difikiran, mana tak seronok, semuanya disponser, makan, minum, hotel, kenderaan, selain dari wang sagu hati. Inilah akibat seronok jadi masyarakat ‘subsidi’, dari mula lahir ke dunia hingga mati bergantong pada ‘subsidi’, hidup tanpa ‘jati diri’. Itu pun ada yang merungut kerana bila tak ada pemilihan pucuk pimpinan, mereka tak dapat seperti musim pemilihan. Mereka terlupa bila hidup jadi alat, tidak sebebas ulat. Sudah 53 tahun merdeka ‘mind set’ hidup masih bergantung pada tuan bukan Tuhan. Mungkin mereka suka dijadikan seperti ‘daun kari’ dan ‘daun pisang’. Ruginya manusia yang tidak kenal diri sebagai khalifah diatas muka bumi.
Tangan yang berada di atas lebih berkuasa dari tangan yang menadah namun masih berbangga dengan slogan ‘ketuanan Melayu’. Tahukah anda perbezaan antara ‘hamba’ dan ‘tuan’? “Bersyukur dengan yang sedikit, Allah akan tambahkan. Seandainya anda tidak tahu bersyukur anda akan dilaknati.”  - Al-Quran. Pelik, berada ditaraf hamba masih tidak bersyukur. Kenapa tidak mahu belajar dari bilal yang dulunya hamba, bila beriman dan hanya Allah yang disembah, hidup bermaruah sepanjang zaman. Itulah yang sedang saya fikirkan, sementara menunggu Musli Oli penulis politik yang dulunya ahli UMNO Sabah yang akhirnya melompat jadi ahli PKR. Tukar parti politik bukan murtad. Sulaiman Al-Farsi pada mulanya menyembah api kemudian memeluk agama Kristian akhirnya Nabi Muhammad SAW menerimanya sebagai ahlul bait Rasulullah SAW. 
Musli tahu kekuatan BN bergantung pada pemimpin Sabah sebagai ‘fix deposit’. Berapa ramai yang sedar Dato Sri Lajim Ukin juga akan meninggalkan UMNO? Nasib baik Shafiee Afdal menang Naib Presiden, kalau tidak, tidak mustahil dia pun akan meninggalkan UMNO. Tahu kenapa? Tahu tak pa...! Siapa yang boleh tahan dengan Musa Aman, Ketua Menteri yang dilabelkan sebagai ‘vaccum cleaner’, antara orang yang terkaya di Malaysia kononnya Musa Aman (upti) ada membayar cukai pada Rosmah Najib untuk kekal berkuasa. Apakah Najib tidak tahu semua ini atau tutup sebelah mata? Semua ini tidak berlaku di zaman Tun Mahathir pemimpin Melayu terakhir. Bini tidak boleh turut campur dalam urusan negara.
Bukan saja pemimpin tetapi ramai penulis yang kecewa dengan sikap pemimpin UMNO yang ‘bakar jambatan selepas menyeberang’. Macam mana rakyat nak hormat jika rakyat tahu hubungan rapat isteri Rais dan Rosmah seperti Rosmah dan Sharizat. 
Disana sini orang bercakap pemimpin yang macam ini boleh mendapat jawatan yang penting? Salahkah bila akhirnya mereka memehak kepada musuh-musuh UMNO? Mereka tidak mahu menjadi ‘musuh dalam selimut’, tetapi jadi ‘tikus siber’ menyerang pemimpin UMNO yang telah mencetuskan permusuhan dengan penulis yang menjadi telinga, mata dan suara rakyat. Kalau ada pun yang tinggal dua tiga orang saja, itu pun species yang hampir-hampir pupus, yang masih berjiwa nasionalis dan patriotik. 
Dulu sebelum tertubuhnya pertubuhan politik menentang penjajah Inggeris, semangat Melayu mahukan kemerdekaan oleh pemikir dan penulis yang dilabel sebagai orang kiri menentang Inggeris. Nama para lagenda seperti Pak Sako dipadam dari sejarah, akhirnya satu persatu pemimpin UMNO merajuk bermula dengan Dato Onn, Dr. Ismail, Syed Jaffar Albar, Dato Harun dan akhirnya Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn mati di luar UMNO. Nasib baik Mahathir setelah keluar dari UMNO marahkan Abdullah Badawi masuk semula.
Pelik tapi benar. Dalam UMNO sendiri lebih ramai yang hipokrit. Hari ini orang sudah tidak takut lagi dilabel sebagai ‘munafik’ tetapi bimbang dengan label ‘racist’, lupakan perjuangan Melayu. Kita hari ini sudah jadi 1Malaysia. Cuba baca buku saya ‘Malaysia Without Malays’. Pemimpin dikeliling  mereka yang melekat seperti parasit yang hanya berpura-pura sebagai kawan tetapi spesis haiwan, pusing belakang musuh yang ketat, menikam dari belakang seperti pepatah Inggeris “dog eat dog”. Inilah yang sedang diperhatikan oleh “Penulis selaku telinga, mata dan suara rakyat. Kita hanya perlu takut pada Allah saja.
Kenapa mereka nak larang penulis jual buku setahun sekali?”, kata Pak Dhalan, orang kuat UMNO dari Batu Pahat yang kini tinggal di Subang ketika dia singgah minum bersama kami. Dia cukup marah, marah melihat saya yang dah lama tak masuk di Perhimpunan Agong tetapi duduk di bangunan The Mall kepunyaan kumpulan Sunway yang dimiliki oleh ahli-ahli perniagaan China. Saya jawab “Melayu, Cina dan India sama saja. Apakah ini bukan satu konsep 1Malaysia?
Memang ramai blogger yang suka duduk di Starbucks, ada yang tidak minum pun, sekadar beritahu kawan-kawan ‘aku ada kat Starbucks’. Kalau tidak ada ego bukan penulis namanya. Inikan pula penulis yang merasakan diri bertaraf lima bintang padahal ‘sengal’. Sudah ada tiga orang penulis yang berlainan mazhab, duduk semeja, berlainan frequency dan wavelength,  tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain sama seperti pemimpin UMNO yang di dalam dewan, setangkai tetapi tidak sebau. Bukan saja musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, enemy within, ramai yang kosmetik dan lip service. Macam mana Najib tidak bimbang menghadapi PRU-13? Dia gagal menyatukan Melayu dibawah satu bumbung.
Inilah masalah terbesar ‘orang kita’, ‘Melayu’ yang sudah kehilangan haluan hidup akibat sekulirisme dan librisme, sudah tidak lagi terikat pada perintah Allah.  “Watusimubillah wala tufaraku” akibat tidak memahami hakikat dan tujuan hidup selaku khalifah diatas muka bumi. Terlupa yang mereka dijadikan sebagai ‘master of the universe’ bukan jadi seperti ‘buih diatas lautan’ yang terumbang ambing bila ditiup angin. Akibat ramai yang  meninggalkan ‘adab’ dan tidak ramai yang berilmu, ilmu syariat, hakikat, tarikat dan marifat untuk melayakkan diri mereka jadi pemimpin umat Islam. Melayu adalah bangsa terakhir di muka bumi ini yang semestinya Islam yang tidak terjadi hatta bangsa Arab yang Nabinya Arab, bahasa Al-Quran bahasa Arab. Apakah tidak mustahil Islam akan muncul dari Timur bukan Timur Tengah? Apakah kerana itu Mahathir suruh kita pandang ke Timur, Korea dan Jepun dimana kita lihat Islam menjadi cara hidup tanpa umat Islam sekadar keturunan. 
Bayangkan pada hari Persidangan UMNO dimana ahli politik sepatutnya ‘memerah otak’ memikirkan nasib masa depan bangsa Melayu dan anak cucu mereka yang sedang hidup terumbang-ambing, terbuang seperti sampah masyarakat, berjuta sudah sesat, ratusan ribu sudah murtad, mereka masih punya agenda tersendiri. Islam apa namanya ini? Cukuplah media massa arus perdana membelasah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim itu siapa? Bukankah mantan Timbalan Presiden UMNO. Satu jari telunjuk mengarah kepada Anwar, tiga jari lagi mengarah kepada pemimpin UMNO yang berada di dalam dewan. Duduk dalam rumah kaca, jangan main baling batu ke rumah orang.
Bilakah lagi pucuk pimpinan mahu menanamkan semangat sense of belonging dan sense of responsibility untuk mengubah ‘mind set’ mereka yang bukan saja tidak mengamalkan ‘fardu ain’ juga ‘fardu kifayah’.
Apakah mereka tidak ada perasaan terhadap saudara mereka sendiri dan tidak takut pada Allah? Bukankah Allah itu lebih dekat pada leher manusia? Bukankah cintakan saudara itu sebahagian dari iman?1Malaysia sepatutnya bermula dengan Melayu, tak ada Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, menyembah Tuhan ‘Hubbul watan minal iman’, cintakan negara itu sebahagian dari iman, ini slogan ‘hidup Melayu’ yang sudah dilupakan. Siapa yang nak bunuh Melayu? Siapa yang nak matikan Melayu? Siapa yang makan melayu? Lu fikirlah Bro.
Sampai bila pemimpin dan keluarga serta kuncu-kuncu mereka mahu leka mengumpul harta sebanyak-banyaknya dan disimpan di luar negara dan dalam negara, rakyat sekadar tengok aje?  Sama seperti ‘orang kita’ yang masih tidak cukup berhibur di ‘Jom heboh’ dan segala upacara hiburan, terutama bola dan rancangan hiburan di TV di rumah? Masa berhimpun untuk berfikir mengenai masa depan agama, bangsa pun ada agenda hiburan dan mengutuk Anwar dan PAS tapi tidak mahu membersihkan kotoran pada diri sendiri.
Bayangkan apa presepsi kaum lain terhadap ‘orang kita’? Salahkah mereka memperkotak katik dan bukan saja memandang rendah dan mentertawakan mereka yang memperniagakan ‘ketuanan Melayu’? Sudah ada 1Malaysia mana ada Melayu lagi, melainkan mereka yang revive. Tuan apa benda? Yang masih tinggal Tuanku pada raja-raja Melayu, itu pun entah berapa lama lagi. Hendak cakap tentang tanah air tetapi duduk di rumah PPRT, rumah burung merpati, lantainya bumbung orang, bumbung rumah lantai orang diatas, berkongsi dinding, anak ke universiti akan berhutang sampai mati, hidup dengan ‘mind set’ subsidi.
UMNO adalah Melayu. Menjadi tanggungjawab pemimpin UMNO menjaga Islam dan Melayu, bukan mengutamakan anak isteri dan mereka yang bertuankan anda. Melayu mesti menjaga UMNO jika hidup tak hendak layu. Hendak jaga macam mana, UMNO sudah jadi milik keluarga bukan lagi rakyat yang marhain. Untuk apa berdegar-degar cakap tentang ‘ketuanan Melayu’ jika kita tidak sanggup ke penjara menyabung nyawa untuk mempertahankan maruah Melayu untuk menghidupkan semula Islam yang hampir mati dalam diri Melayu.
Pemimpin Melayu ‘apa benda’ jika sanggup  menjualkan roh pada setan, menjual bangsa, negara dan agama namun masih menuntut dihormati disanjung dan disayangi. Pelik, persidangan UMNO dianggap sebagai hari raya bagi sebahagian dari mereka. Apa jadi bila UMNO terkubur sekali lagi? Baca balik buku saya ‘Talqin Untuk UMNO’. Bila UMNO mati akibat perebutan kuasa antara team A dan team B, akhirnya muncul Parti Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang kalah merebut kerusi Presiden dari Tun Mahathir.
Tidak semena-mena, Zaharin Mohd Yassin menjelma, semua mata tertumpu kepada ‘Sang Kelembai’ yang terkenal dengan mulut besar yang amat celupar. Siapa pun dia tidak peduli, Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM dianggap seperti ‘paria’, memang ramai pun yang pandang Naib Presiden UMNO sebelah mata. Zaharin maki hamun Muhyiddin dengan bahasa ‘kurang ajar’ sedangkan dia ahli UMNO. Macam ini punya ahli UMNO pun ada. Pemimpin ditentang, siapa yang  boleh displinkan Zaharin? Ada orang kata ada konspirasi untuk menjatuhkan Muhyiddin yang tidak sehaluan dengan Najib. Siapa punya agenda?
Zaharin terkenal dengan watak kegilaannya.  Boleh dikatakan hampir semua pemimpin atasan dan orang-orang lama UMNO mengenali beliau menganggap dia ‘gila’, dia tidak peduli pun. Dialah orang yang pertama melanyak Pak Lah tanpa sedikit belas kasihan. Ada yang kata dia bebas berbuat demikian kerana ada hubungan dengan orang dalam. ‘Kabel’ dia kuat ‘high voltage’. Lebih kurang macam itulah presepsi ramai orang terhadap saya. Ramai yang bertanya macam mana saya masih bebas, sepatutnya saya merengkuk dalam penjara tetapi tidak kena ISA hingga Najib menghapuskan ISA. Ramai yang terlupa “Allah adalah sebaik-baik penjaga. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak dari Allah - Al-Quran.” Takut apa pada manusia jika kita sudah takut pada Allah yang Maha Esa.
“Pak Tuan, saya nak cari buku Pak Tuan, sebab Rosmah suruh cari.” kata Zaharin. Saya memandang tepat ke muka Zaharin. “Biar betul ni bini Perdana Menteri suruh Zaharin beli buku yang menghentamnya”, bisik hati kecil saya. “Boleh, tapi satu buku seratus ringgit tau!”
“Seratus ringgit, lima puluh tak boleh ke?”
“Patut ke dengan Big Mama yang cincinnya berjuta ringgit, harga satu ratus ringgit Dr. Zaharin kata mahal?” Saya minta kepastian. Zaharin senyum lebar seluas mulutnya. ‘Think big’. Sepatutnya Zaharin yang suka kepada benda-benda besar ‘think big’. 
“Betul, Rosmah yang hendaklah, saya tak tipu Pak Tuan”, Zizan dan Musli memandang ke Zaharin juga meminta kepastian, begitu juga Hatta Al-Mukmin, saya sekadar mengadakan ‘eye contact’.
“Betul Zan,” kata Zaharin sambil mengeluarkan telefon bimbit. “Engkau tengok ni, dia SMS kat aku,” kata Zaharin dan terus menunjukkan sms yang dikirimkan oleh Datuk Seri Rosmah kepadanya. Hebat betul Rosmah ni, Zaharin boleh diperalatkannya tetapi sampai bila? Cakap seorang diri ini sedap. “Jangan mudah terpengaruh dengan mata, apa lagi dengan manusia yang suka tengok orang dengan ekor mata. Siapa tahu ianya mungkin satu fitnah?”
Kisah percintaan Najib ini seperti Puteri Gunung Ledang yang berjaya merosakkan Sultan Mahmud Shah, Sultan yang sanggup merosakkan bangsa agama dan negara semata-mata kerana nafsu. Ramai yang mengutuk kata Zaharin ‘gila’ tetapi penakut macam lelaki yang hendak kahwin satu lagi, ingin tetapi takut, bukan takut bini, bini tidak takut dengan dia, nama manusia yang penakut tak akan ada dalam sejarah seperti para lagenda Melayu sebelumnya.
Saya membaca ayat demi ayat yang dikirimkan yang terdapat dalam telefon genggam Zaharin  oleh wanita yang bergelar “first lady” yang sangat dibenci oleh masyarakat tak kira bangsa meluat tengok muka Rosmah yang amat disayangi oleh Najib. Najib sanggup buang anak isteri bila mengahwini Rosmah, cinta mereka seperti Shah Jahan dan Mumtaz Mahal yang hidup diabad yang ke-17. Najib menamakan Rosmah ‘first lady’ seperti Shah Jahan menamakan Arjumand Banu Begum, Puteri Persia Mumtaz Mahal ‘Jewel of the Palace’.
Mungkin benar, Rosmah kekasih Najib seperti kisah Mark Antony dan Cleopatra. Rosmah yang menghantar sms itu kepada Zaharin tetapi kenapa Zaharin? Rosmah tidak cantik macam Cleopatra, dia pendek tetapi dia cerdik tetapi malang kedua kekasih itu mati bunuh diri dalam keadaan yang sangat trajis bila ditentang oleh tentera Rom. Kisah percintaan Antony dan Cleopatra ini menjadi pilihan William Shakespeare. Cleopatra adalah Firaun Mesir yang terakhir, apakah Rosmah akan menjadi wanita pertama dan terakhir menduduki Putrajaya? 
Apakah Rosmah bakal merosakkan nama Najib, keluarga, UMNO dan Melayu? Najib dikatakan mencurigai Muhyiddin (Brutus) seperti Sulaiman Palestin yang melawan Hussien merebut kerusi Presiden di Perhimpunan Agung UMNO yang akan ditentang.
Rosmah tidak takut dengan gosip dan kritik, dia peduli apa masalah Najib yang menjadi pemimpin negara. Yang penting dia sudah jadi wanita pertama dan kisah cinta Najib pada Rosmah yang sudah menjadi lagenda, sudah terpahat dalam sejarah Malaysia. Dia tahu Najib baik, tidak pandai marah. Salahkah dia mengambil kesempatan menunggang Najib? Walaupun dia anak Chegu sekolah bukan seperti Cleopatra Raja Mesir. Sejarah akan berulang dengan kisah Octavia anak angkat Caesar.  
Kalau Imelda menunggang Marcos boleh, Ibu Tien boleh mendapat kasih sayang dari Pak Harto, kenapa Rosmah tak boleh? Dia sudah memberitahu Media Massa dia tidak takut dan tidak peduli dengan kritik. Dia bini Perdana Menteri yang penuh berkuasa, siapa yang boleh buat apa-apa pada ‘first lady’, seolah-olah dia mempunyai kekebalan padahal dia sedang buat kerja orang ‘bebal’. Inilah keadaan manusia bila ditonggang oleh nafsu, cinta kegilaan dunia seperti kisah puteri ular puteh. Ular putih (puaka) ini boleh bertukar jadi manusia. Satu hari ketika menjelma sebagai manusia dia terjumpa seorang terpelajar yang budiman, dia jatuh cinta, mereka berkahwin. Satu hari ketika Fa Hai seorang sami Buddha terjumpa rahsia sebenarnya Lady Whitesnake, dia beritahu suami ular siapa isterinya sebenarnya. Dia beri isterinya makan sejenis ubat, dia bertukar menjadi ular semula melihat siapa isterinya sebenar, dia jatuh pengsan dan terus mati. 
Kalau Rosmah ada ‘adab’, dia tidak buat kerja-kerja yang boleh merosakkan imej Najib dan UMNO serta kerajaan Malaysia. Zaharin kata ‘buku merah’ disuruhnya masuk ke dalam sampul surat dan diberikan kepada bodyguardnya. 
Tanya berapa kerat yang menghadiri perhimpunan yang suka dengan Rosmah? Perkara macam ini tidak pernah berlaku pada Perdana Menteri sebelum Najib. Selaku penulis dan pemikir yang mendokumentasikan sejarah, saya fikir lebih baik saya tulis kisah cinta Rosmah Najib seperti Romeo dan Juliet dari merakam kisahnya selaku Perdana Menteri, pasti buku saya akan muncul semula sebagai ‘best seller’. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 21, 2012 08:43

June 19, 2012

Perang di Parit Raja (1991): PARIT RAJA DIFILEMKAN

Pada hari Khamis 18hb April 1991, saya bersama keluarga saya singgah untuk makan tengahari di Air Hitam. Seperti biasa kedai makanan pilihan saya ialah Restoran Dayana Dahlan. Pak Lan taukeh kedai ini adalah kawan lama saya, persahabatan kami sudah terjalin sejak awal tahun enam puluhan lagi. Ketika itu Pak Lan masih membantu ayahnya menjual nenas, pisang, lain-lain buah-buahan dan tidak ketinggalan ubi, keladi, keledek dan juga beberapa jenis makanan hasil kampung. Air Hitam adalah permulaan Pasar Tani.
Pak Lan selain dari menjadi seorang ahli perniagaan, beliau juga bergerak cergas dalam hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat. Beliau adalah Bendahari ‘PAJAR’ Sri Gading, selain dari menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Biro Eknomi Pemuda.
Kenapa saya menceritakan kisah Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan ini? Jawapannya adalah kerana Pak Lan terlibat sama dalam politik Parit Raja.
Sewaktu saya menceritakan padanya saya sedang menulis buku mengenai Parit Raja, Pak Lan berkata bahawa beliau sedang menyiapkan skrip drama untuk sejarah Parit Raja, bererti bukan saya seorang saja yang bercita-cita meletakkan sejarah Parit Raja ini ke peringkat nasional. Anak Parit Raja ini pun mempunyai cita-cita yang sama.
Anak Jawa yang tinggi budi bahasa, pandai bergaul dan sudah berjaya dalam perniagaan ini memulakan perniagaan dengan hanya membantu ayah saja. Tapi kini Pak Lan sudah ada sebuah kereta Mercedes terletak di hadapan kedai makannya yang sudah beberapa kali memenangi gelaran kedai makan yang terbersih di Air Hitam. Dan yang paling pelik kedai Pak Lan adalah satu-satunya kedai makan yang berjaya menjual ratusan buku-buku saya. Buku-buku itu pula dijual di atas meja tempat Pak Lan menjual makanannya.
Begitulah kisah Pak Lan. Biar bagaimananapun sebelum Pak Lan menyudahkan skrip dramanya, dan seterusnya memilemkan kisah tersebut, biarlah saya menceritakan serba ringkas tentang sejarah Parit Raja’.
Di sebelah Datuk Mustapha ialah Pak Lan atau Dahlan, taukeh Restoran Dayana Dahlan di Air Hitam, Johor. Beliau merupakan Bendahari PAJAR Seri Gading. Beliau jadi produser filem Sejarah Parit Raja.
Sebagaimana Batu Pahat mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam politik orang-orang Melayu khususnya dan politik UMNO amnya kerana di sinilah idea menubuhkan UMNO  telah dikemukakan kepada Dato’ Onn, begitu jugalah dengan pekan Parit Raja yang terletak dalam Majlis Daerah Batu Pahat. Pekan kecil ini juga mempunyai sejarah yang agak aneh jika dibandingkan dengan pekan-pekan ataupun bandar-bandar lain di seluruh negara.
Di satu waktu dulu, kawasan yang menjadi pekan Parit Raja dan kampung-kampung di sekitarnya dipenuhi dengan hutan dan paya-paya. Ketika itu memang tidak ada rumah-rumah kediaman apatah lagi sebuah pekan yang seperti dapat  kita lihat pada hari ini. Orang yang tinggal di kawasan ini pun tidak ramai. Kalau adapun mungkin beberapa orang dari keturunan Jawa yang bekerja mencari rotan untuk dijual. Mereka ini tinggal di pondok-pondok. Jarak di antara sebuah pondok dengan sebuah pondok pula adalah berbatu-batu jauhnya merentas paya dan belukar.
Antara penduduk awal Parit Raja ini sebelum pekan ataupun perkampungan tersebut mula dibuka ialah seorang yang bernama Haji Nawawi bin Haji Ali.
Menurut cerita Datuk Haji Yusa, anak kepada Allahyarham Haji Nawawi, sebelum bapanya membuka perkampungan Parit Raja itu, beberapa kejadian aneh telah didiami oleh Allahyarham. Kejadian-kejadian tersebut termasuklah mimpi-mimpi ganjil dan penemuan dengan makhluk halus yang juga kita sebut sebagai orang bunian .
Datuk Haji Yusa adalah anakanda kepada Allahyarham Haji Nawawi, orang yang telah membuka kawasan Parit Raja.
Mimpi-mimpi dan penemuan dengan orang bunian inilah yang kemudiannya menyebabkan Haji Nawawi telah membuka perkampungan di satu kawasan paya yang sejauh kira-kira 10 kilometer dari pekan Air Hitam.
Menurut ceritannya, suatu hari semasa Allahyarham sedang duduk beristirehat berseorangan di pondoknya, dia tiba-tiba saja melangkah ke dalam satu dimensi yang lain. Di hadapannya, Allahyarham Haji Nawawi melihat sebuah padang yang nun saujana mata memandang serta gelombang manusia yang memenuhi setiap inci padang tersebut.
Di tengah-tengah lautan manusia itu pula berdiri seorang wanita yang menjadi ketua kepada perhimpunan manusia tersebut. Pengalaman Haji Nawawi bukan sahaja setakat terbatas kepada melihat kejadian tersebut malah di waktu-waktu yang tertentu beliau telah bercakap pula dengan makhluk-makhluk halus itu.
Apakah yang diperkatakan di antara Allahyarham dengan makhluk-makhluk halus itu? Tidak ada seorang pun yang tahu.
Apabila Allahyarham tersedar dari lamunannya, beliau mendapati perhimpunan manusia yang begitu ramai itu tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Pemandangan di hadapan pondoknya kembali bertukar kepada kehijauan pohon-pohon belukar dan hutan dara yang melatarbelakangkan kawasan pondoknya itu. Suasana yang tadinya riuh-rendah tiba-tiba kembali sepi seperti sediakala.
Di samping kejadian tersebut, Allahyarham juga sentiasa diganggu oleh orang-orang halus yang berkunjung ke pondoknya saban malam. Kejadian itu berterusan buat beberapa ketika hinggalah orang-orang bunian itu menjelaskan maksud kedatangan mereka yang mahukan Haji Nawawi membuka kawasan paya tersebut supaya dijadikan sebuah kawasan perkampungan.
Oleh kerana Allahyarham tidak mahu lagi diganggu oleh orang-orang bunian itu, beliau pun mengambil keputusan untuk membuka perkampungan yang dihajati oleh makhluk-makhluk halus itu. Dengan pembukaan perkampungan tersebut, maka hidup Haji Nawawi kembali damai kerana tidak diganggu oleh orang-orang bunian itu lagi.
Setelah kampung tersebut dibuka, maka banyak lagi kampung-kampung yang lain dibuka di persekitarannya. Dari sebuah kawasan yang dipenuhi dengan hutan dara dan paya-paya, kawasan tersebut berkembang menjadi sebuah kawasan penanaman kopi yang terkemuka di negeri Johor. Dan lama kelamaan sebuah pekan pun dibangunkan bagi menguruskan pembelian serta penjualan biji-biji kopi dan juga hasil-hasil pertanian yang lain.
Kampung Parit Raja hidup aman makmur dengan kehidupan dan aktiviti para penduduknya. Mereka yang menanam kopi pagi-pagi lagi menyorong basikal masing-masing untuk menjual kopi basah di pekan. Mereka yang menanam sayur-sayuran turut juga menjualkan hasil pertanian mereka itu di sebuah pasar pagi yang terletak di pekan.
Untuk bertahun-tahun lamanya, pekan kedai sederet itu hidup dalam kedamaian. Dalam tahun 1955, apabila pilihanraya umum yang pertama diadakan dan seterusnya di dalam pilihanraya-pilihanraya umum selepas merdeka dan selepas penubuhan Malaysia, pekan itu kekal menjadi sebuah pekan yang aman. Tidak ada kekecohan apatah lagi pergolakan politik kerana ketika itu orang-orang Melayu yang menjadi penghuni tetap kawasan tersebut, tidak kira apa jua asal keturunan mereka, mereka hanya mengiktiraf UMNO sahaja sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela nasib mereka. Malah, ketika itu ramai yang berkata, ‘andainya UMNO meletakkan sebatang tunggul kayu untuk dijadikan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Parit Raja ini, maka UMNO tetap akan menang.’
Namun biar bagaimanapun, suasana damai dan aman kawasan Parit Raja ini berakhir juga dengan berakhirnya hayat Allahyarham Datuk Syed Zain Edruse Al-Shahab, ADUN Parit Raja sejak pilihanraya umum yang sebelumnya. Ada seorang kawan saya di Air Hitam berkata secara berseloroh “kecoh di Parit Raja ini berlaku kerana matinya seorang Arab yang jadi wakil mereka. Kalau Arab tak mati, Jawa sama Jawa tak bergaduh.”
Maka pada 6 Oktober 1988, berpuluh-puluh ribu orang manusia, seperti yang dilihat oleh Allahyarham Haji Nawawi telah membanjiri Parit Raja. Hari itu ialah hari penamaan calon bagi parti-parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil yang telah ditetapkan pada 20 Oktober tahun 1988.
Sebagaimana biasa UMNO (Barisan Nasional) awal-awal lagi telah menggerakkan jenteranya dalam usaha memenangi pilihanraya kecil ini kerana kali ini UMNO bukan lagi keseorangan tetapi sudah ada golongan-golongan tertentu yang sengaja mahu memecahkan kedamaian yang selama ini dinikmati oleh para penduduk Parit Raja.

Bilik gerakan Barisan Nasional yang kebetulan berhampiran dengan rumah Datuk Haji Mustafa Muhammad, yang ketika itu masih memegang portfolioMenteri Kebajikan dan juga Ahli Parlimen kawasan tersebut telah pun bersiap sedia dan dihiasi dengan bendera dan lambang-lambang UMNO dan BN.
Bendera-bendera dan lambang-lambang UMNO dan dacing juga kelihatan di merata-rata kawasan Parit Raja. Biar bagaimanapun di setengah-setengah tempat bendera dan lambang-lambang itu telah dikoyakkan oleh orang-orang tertentu.
Oleh kerana ketika itu, parti Semangat 46 masih lagi merupakan sebuah parti yang belum berdaftar, maka calonnya telah bertanding atas tiket Bebas.
Sungguhpun mereka dijangka akan memberikan persaingan sengit kepada calon UMNO, namun bilik gerakannya yang terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Parit Raja masih lengang dan belum memasang apa-apa lambang ataupun bendera.
Parti Bebas juga masih belum menetapkan lambang yang hendak digunakan. Biar bagaimanapun, mereka telah mengambil keputusan tidak mahu memakai lambang ‘kunci’ sebagaimana yang digunakan oleh Shahrir dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Johor Bahru. Keputusan ini dibuat kerana mereka menjangkakan seorang lagi calon bebas akan turut bertanding. Biar bagaimanapun Haji Hamdan Yahya telah memilih ‘ikan’ sebagai lambangnya. Ikan masuk dalam parit memang lincah tapi ikan telah tersalah parit, ikan termasuk ke dalam dacing BN. Begitulah berakhirnya nasib ikan di Parit Raja. Yang menang dacing juga, dacing kepunyaan taukeh.
Di belakang Tan Sri Muhyiddin adalah Yassin 'anak Wak Kamari', pemimpin muda dari Johor yang mempunyai potensi sebagai 'a leader in the making'. Yang menjadi tanda tanya, apakah Yassin akan mengalami nasib seperti lain-lain anak didik Jawa dari Johor sebelumnya? Muhyiddin anak didik Musa. Ada orang kata dia ini "Office Boy: Dr.Mahathir. Yassin Kamari ini orang siapa? Y.B Yassin saja yang akan menjawabnya.
Dan dengan kemenangan YB Yassin Kemari dalam Dewan Undangan, sesudah itu Yassin menang lagi dalam Pilihanraya Umum di kawasan Parlimen Sri Gading maka dengan berkuasanya UMNO di kawasan tersebut maka kembalilah juga kedamaian Parit Raja. Dengan itu juga tidak ada lagilah perhimpunan manusia dan gangguan malam sebagaimana yang pernah dialami oleh Allahyarham Haji Nawawi bin Haji Ali.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 19, 2012 03:30

June 14, 2012

Politik Serpihan (1989): Gagak Meniru Ayam Hutan Berjalan

Sewaktu saya sedang minum coffee dalam kedai “Café De Paris” kepunyaan kawan saya di Kompleks Tun Razak, Johor Bahru, seorang pemuda dari Sabah menegur saya, katanya dia peminat saya, dia sudah membaca hampir semua buku saya termasuk Talqin Untuk UMNO. Sesudah memperkenalkan diri dan kawan di sebelahnya, dia mulakan pertanyaan.
“Apa pendapat saudara mengenai Parit Raja?”
Saya senyum tengok dia, dia meneruskan.
“Bagaimana, ada peluang Barisan Nasional boleh menang?”
“Apalah awak hendak fikirkan sangat tentang Parit Raja. Kalau mahkota atau Istana Raja yang dipertandingkan risau juga kita. Ini cuma Parit Raja saja yang nak disebutkan. Relaxlah.”
Dia tersenyum, dia tahu apa yang saya maksudkan.
“Saudara fikir bebas boleh menang lagi?”
“Zaman ikan kecil makan ikan besar, susah kita nak buat ramalan terutama kerana fikiran orang ramai kini tidak menentu.”
Dia tersenyum.
“Kenapa saudara bercakap macam itu?”
Kerana ‘politik piranha’ sudah bermula. Ikan pirana makan seekor lembu di dalam sungai dalam masa kurang dari satu jam yang tinggal rangka saja.
“Kalau begitu nampaknya kita sekarang berada di tahap yang bahaya.”
“Benar, itulah sebabnya banyak negara mengharamkan rakyatnya memelihara ikan pirana. Walaupun hanya seekor di dalam akuarium di rumah. Apa lagi di parit atau di sungai.”
“Saudara ini cakap pasal ikan ke cakap politik? Atau cakap politik dalam politik?”
“Terserah ikut pengamatan saudara, piranha biarpun tubuhnya kecil tetapi giginya besar keras dan tajam, lebih merbahaya dari jerung. Jika semangat piranha ini termasuk dalam tubuh orang politik tak lama lagi kita akan jadi macam Filipina, Iran atau Burma. Rakyat saja seronok nak jatuhkan kerajaan.”

“Sepatutnya di Parit Raja ini anak tempatan boleh menang kerana tempat ini pengundinya 90 peratus Melayu.” Dia mengalihkan perbualan. Tak suka cakap politik tinggi.
“Undi Melayu minority,saudara tersilap agaknya?”
“Maksud saudara majorityundi Cina?”
“Bukan. Undi Jawa, bukan Melayu, bukan Cina.”
“Melayu dan Jawa itukan sama saja.”
“Itu di negeri lain, bukan Johor. Johor lain sikit sentiment kesukuannya kuat. Saudara tak percaya?
Dia nampaknya tak percaya.
“Saudara tahu Datuk Mohamad Rahmat itu dari suku Jawa sebab itu golongan Musa dan Shahrir tidak senang dengan dia, saya kenal Tok Mat semasa dia jadi Ketua Pengawas saya, sewaktu kami di ‘English College’ dulu.  Dia murid yang pintar. Seorang ahli olahraga, disebabkan dia anak Jawa, dia tak dapat biasiswa negeri Johor.”
Tahun lima puluhan dulu, anak-anak Jawa susah nak dapat biasiswa. Biasiswa Johor untuk golongan elit Melayu saja, sebab itu Tok Mat terpaksa pergi belajar di Indonesia.
“Macam itu sekali ke sentiment perkauman di Johor?”

“Awak cuba beritahu saya mana ada negeri lain yang ada kubur dagang? Orang dagang, dikebumikan berasingan dengan penduduk tempatan? Di Johor Bahru ada dua perkuburan, satu di Mahmudiah untuk orang Johor saja. Itupun ada tempat khas untuk Raja-Raja dan kerabat mereka, Datuk-Datuk dan Pembesar serta kerabat mereka saja. Rakyat ditanam berasingan.”
“Dulu orang Melayu bukan saja rapat dengan istana, mereka rapat juga dengan Inggeris kerana hubungan raja-raja Johor rapat dengan Great Britain sebab itulah pengaruh barat kuat di Johor. Hingga sekarang ini pun ada anak Johor yang sentiasa bangga dengan ego The Great Johor. Padahal zaman keagungan dan kebesaran pemimpin Johor kini cuma satu nostalgia.
Melayu lain terdiri dari keturunan Arab yang berkahwin dengan keluarga diraja. Arab keturunan Hadramawt yang terdiri dari Syed-Syed ini sama ada mereka berniaga atau mereka hartawan terkemuka. Ada di antara mereka yang dilantik jadi kadi, mufti dan imam oleh baginda Sultan sendiri. Disamping itu, ada juga Arab Yemen dan Arab Sengkek, bangsa badwi meniaga kecil-kecilan yang berniaga sambil menaja ‘celak kain celak kain’ dari rumah ke rumah. Itu aje kerja mereka ‘celah kain celah kain’ biarpun pada mulanya menjadi bahan tertawa suku Melayu. Akhirnya Arab-Arab sengkek ini ramai yang kahwin dengan perempuan Melayu, anak mereka dipanggil ‘Arab celup’. Satu sindiran yang mempersendakan suku Arab.
Jawa pula ada dua jenis. Yang biasa disebut Jawa totok dan Jawa kontrak. Kerja wak-wak Jawa kontrak ini jadi kuli di lading, jadi tukang kebun, yang satu lagi jual satay, soto, tempe, jual ubi, tapai ubi atau bekerja buruh mandor di P.W.D di T.C.J.B (dulu disebut Tombot yang bermaksud Townboard atau Majlis Bandaran). Orang India pun ada kelasnya juga, ada yang dari Ceylon, ada Kerala, dari Melbar sama ada Islam atau Kristian atau Hindu yang bertaraf paria, di mata suku Melayu mereka orang asing. Suku kaka dan mamak adalah yang kurang disenangi kerana mereka menguasai kedai-kedai runcit, kedai-kedai makan dapat duit bawa balik India, apa lagi kalau namanya yang sepatutnya bin tapi kerana keindiaannya, mereka kekal dengan panggilan ‘anak lelaki’ atau ‘son of’, orang Johor tak dapat terima mereka sebagai pemimpin hingga ke hari ini, ada pemimpin Johor yang berani mengetahui mereka secara terbuka kerana mereka rasakan mereka orang Melayu Johor jauh lebih mulia.
Orang Jawa dari lain bangsa yang datang ke Johor ini asalnya susah-susah belaka, maklumlah orang dagang merantau ke negeri orang. Cakap Melayu bukan betul sangat, sama ada suku Jawa, Arab, Mamak, India atau Cinanya sentiasa jadi ejekan dan hiburan segolongan anak Melayu untuk menghina mereka. Ada anak-anak Melayu dari golongan elit ini setengahnya saja diajar supaya pandang rendah pada orang keturunan Arab, diusiknya anak-anak Arab “Arab dogol minyak sapi, tumpah sikit banyak rugi. Arab dogol pisang kelat, satu panjang dua bulat”
Kalau Jawa pula digelar Wak Sontolayo, Wak Kang lah, Wak Ke Deng Kek lah dan macam-macam lagi gelaran yang menghina. Dapatkah perasan ego dan prejudis ini dipisahkan dari mereka yang memang tidak senang dengan orang yang mereka saja tak suka kerana mereka merasakan mereka lebih bijaksana dan mulia dan merekalah yang mesti jadi pemimpin negara.
Suku Melayu hidupnya mewah, mereka bekerja dengan kerajaan ada kedudukan dan siapa tak tahu ego dan suka berlagak dan bermewah segolongan orang Johor. Biar papa asal bergaya, sebab itu cukup bulan ramai pegawai kerajaan yang sembunyi takut dengan ceti. Bila pencen, Tuhan saja yang tahu hidup mereka dan anak-anak yang sudah biasa dimewahkan dan lupa daratan.
Orang Melayu kebanyakan tinggal di rumah-rumah kerajaan dan rumah sendiri. Mereka hidup penuh bergaya terikut-ikut dengan kemajuan Singapura dan keluarga elit yang berkiblat ke England dan Eropah. Gaya hidup pun seperti orang barat. Inilah penyakit ‘kebaratan’ atau ‘Euromania’ penyakit yang merasakan diri mereka lebih muia dari orang lain.
Keturunan mereka yang sudah biasa pandang rendah dan prejudis pada kaum mendatang seperti suku Jawa, India, Arab dan mamak tiba-tiba hairan. Kenapa tiba-tiba anak orang mendatang ini sudah mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari mereka selepas merdeka? Sedarkah siapa mereka ini dulunya? Tidak hairanlah kini timbul perasaan kurang senang dan iri hati Musa dan gengnya bila seorang lagi anak Jawa akan menguasai politik negara, di Parit Jawa akan timbul Yasin Kemari, Setiausaha Politik Dr.Mahathir yang bertugas di Kementerian Kehakiman akan menjadi sasaran selepas Haji Masood di Johor Bahru.
UMNO dilahirkan di Johor oleh golongan elit Melayu. Setiausaha Agung yang baru, anak Jawa yang berapa kali ditekan timbul juga, dicantas dan dicuba bunuh oleh Datuk Musa Hitam. Tok Mat terus hidup juga dan jadi tambah popular. Berkat perangai Jawa yang sentiasa taat setia pada pemimpin dan negara yang menjadi darah daging suku Jawa. Anak Pak Rahmat ini terus dipercayai dan disayangi oleh DYMM Yang DiPertuan Agung dan Perdana Menteri. Musa makin hari makin tersisih dan golongan desperado. 

Musa Hitam lupa bahawa orang Jawalah yang beri dia peluang dalam politik, Siapa lagi kalau bukan Allahyarham Tun Sardon Jubir yang bawa dia naik hingga jadi menteri. Hari ini semua orang buat-buat lupa pada Allahyarham Tun Sardon, nama beliau tercicir dari senarai 46, anak Jawa yang dimatikan kariernya kerana dia suku Jawa.
Mereka lupa bahawa di Indonesia kalau bukan suku Jawa, jangan mimpi boleh jadi Presiden Indonesia.
Presiden, Timbalan Presiden dan jawatan penting dalam UMNO baru bukan lagi dari golongan elit Melayu, bukan lagi golongan Istana seperti dulu. Mana nak rasa seronok. Inilah sentiment dan masalah personal yang kecoh dan keruhkan politik Johor dan Semangat 46 yang sebenarnya.
Kita pun tidak boleh marah pengundi di Parit Raja, kalau mereka tak terima Tok Mat dan Mustapha Muhamad, biarpun kedua menteri ini sama-sama J.P macam kebanyakan pengundi di sana. Kalau tidak dahan yang digunakan untuk menebang pohon apa lagi? Bukankah burung juga yang digunakan untuk menangkap burung? Ada puak akan gunakan keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan suku Jawa untuk jatuhkan anak-anak Jawa yang akan memimpin Malaysia satu hari nanti.
Maklum saja kadang-kadang anak orang susah ini bila sudah jadi pegawai tinggi atau wakil rakyat malu nak mengaku asal usul apa lagi kalau sudah pandai makan steak, potato chips, pizza. Lupa masa kecil dulu, pergil sekolah bawak bekal ubi rebus, keledek rebus, nasi sejuk dalam upeh, dalam daun pisang, jalan kaki atau tumpang di belakang basikal yang dinaiki dua tiga orang. Inilah silap satu dua orang anak Jawa yang tak sedarkan diri sanggup digunakan untuk rosakkan suku sendiri.
Sekarang sudah ada bisnes besar, ada Volvo, BMW atau Mercedes, tak tahu berapa lama boleh berlagak namun sana sini cakap tentang politik Jawa mainkan sentiment Jawa di Parit Raja. Dulu siapa yang sisihkan Jawaa dari politik Johor?
Mari kita cari kesalahan Dr.Mahathir untuk buka mata J.P.J.P di Parit Raja. Kita bandingkan dengan mereka yang nak merebut kerusi Perdana Menteri kita. Mahathir dah beri peluang pada Melayu macam Musa, macam Shahrir tengoklah apa jadi. Sekarang blia beri peluang pada anak Jawa marah, menderhaka jadi bebas.
Mahathir tak minum arak, tak berjudi, tak pergi kelab-kelab malam, tak bawa perempuan sana-sini, tak rosakkan anak isteri orang, tak tukar-tukar girlfriend Cina Melayu. Sana sini Mahathir usung Kak Asmah tulah. Mahathir tak main golf, hidupnya bekerja. Cari pelaburan tukarkan Malaysia jadi negara perindustrian, tinggikan imej Malaysia di dunia, dalam sibuk Semangat 46 buat kacau untuk huru hara dan rosakkan negara dan racun fikiran rakyat.
Pegawai kerajaan tak seronok bukan kerana Dr.Mahathir tak bagus tetapi mereka pukul lapan kena masuk kerja, kena punch card, tak boleh hisap rokok, mesti kerja lapan jam atau lebih, ini merosakkan rhythm mereka. Mereka biasa kerja dua tiga jam sehari yang lain ponteng, relax atau buat kerja-kerja sendiri tidak endahkan rakyat.
Apa juga suku kaum kita, kita adalah makhluk Allah yang bernama manusia dan Islam adalah agama kita.
Orang Islam tak patut jadi robot ikut bencikan pemimpin dan kerajaan kerana hasutan. Berfikir, pakailah akal fikiran yang waras. Allah bezakan kita dengan haiwan kerana kita beriman dan boleh berfikir. Kalau tidak orang putih tak kata “Dog is men’s best friend.” Kafir lebih menghormati anjing dari manusia sebab itu saya gunakan peribahasa Inggeris. Kejar anjing jangan keterlaluan, bila anjing tak boleh lari lagi, anda jadi mangsa terjahan yang tak sengaja.
Manusia boleh jadi lebih mulia dari malaikat sekiranya dapat mengawal nafsu.
Tidak ada bangsa yang lebih mulia dari bangsa yang lain. Kalau setiap kaum mahu nabinya sendiri berapa banyak nabi di dunia ini nanti jadilah kita macam kaum Qadiani, mengaku diri Islam tapi akidah dan nabinya tidak sama. Inilah akibat anti-establishment.

Orang Cina terima Gautama Bauddha kerana ilmu yang dibawa untuk kebaikan manusia, padahal Gautama anak raja India hampir seluruh umat di serata benua terima Nabi Isa a.s sebagai nabi mereka sedangkan Nabi Isa seorang bani Israil.
Satu pertiga penduduk dunia menerima Muhamad s.a.w sebagai nabi dan rasul, tak siapa pun mempersoalkan asal keturunannya macam golongan yang menentang Mohd Rahmat dan Mahathir. Kenapalah pemimpin UMNO Haram ini fikiran mereka tambah hari tambah sempit.
Kalau orang Kelantan mahu Presiden UMNO dari Kelantan, orang Johor dari Johor, sampai bila pun masalah orang Melayu tak akan selesai. Akhirnya kita tenggelam dalam ‘politik piranha’di mana ikan besar menjadi makanan ikan kecil.
Menentang Mahathir kerana mahukan kerusi Perdana Menteri hanya akan memuaskan nafsu rakus dua tiga orang pemimpin desperado yang gila kuasa dan telah menjadi kuda tunggangan ahli perniagaan politik yang mahu jadikan rakyat negeri ini budak suruhan mereka yang terlupa diri seperti yang diceritakan oleh Jalal Al-e Ahmad penulis dari Iran yang karyanya dibaca para intelektual dari orang-orang kiri yang berpendidikan barat hingga ke kaum talabeh tua dari Oam.
Al-e Ahmad membandingkan bangsa Iran dengan burung gagak dalam kisah Sufi, karya Jalaluddin Rumi di mana burung gagak melihat seekor ayam hutan berjalan-jalan. Gagak tersebut kagum keindahan ayam hutan itu berjalan, dia pun meniru. Kerana terlalu lama meniru gaya ayam hutan berjalan, gagak lupa bagaimana gagak berjalan dengan sebenarnya. Namun, tidak pula berjalan dengan betul seperti ayam hutan.

Entah berapa lama lagi orang Johor yang sudah mencuba untuk menjadi ayam hutan akan tersedar perbezaan yang mana ayam hutan, yang mana gagak.
 Maka ingatan yang sebaik-baiknya kepada mereka yang egonya keterlaluan ini, kenallah diri kamu rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata. Kamu tidak lebih dari seorang hamba.
Nota: Tulisan di atas adalah rencana saya yang tersiar dalam akhbar Mingguan Kota keluaran 9 Oktober 1988, di bawah tajuk “Faktor Jawa dalam Politik Johor, Ikan Kecil Makan Ikan Besar.”
Hamba yang sedar akan dirinya,Ia akan malu selalu dengan AllahDirasakan budi Allah cukup banyak padanyaPemberian Allah diterima dengan hati yang puas dan redha, Sekalipun pemberian itu berupa ujian yang pahit. Sebab dia yakinsetiap pemberian adalah dengan maksud baik dari Allah.
(Oleh Habsyah Yeop: dipetik dari majalah An Nasihah keluaran Januari 1989/Jamadil Akhir 1409)  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 14, 2012 10:31

June 11, 2012

Politik Serpihan (1989): Jangan Biarkan Mereka Gila

Tidak boleh dinafikan apabila dua pihak yang sedang atau yang mahu bertelagah, maka akan datanglah syaitan untuk menjadi penasihat kepada salah seorang atau kedua-dua sekali. Andainya pertelingkahan itu merupakan pertelingkahan politik, maka syaitan akan mengambil peranannya sebagai penasihat politik.
Cucuk mencucuk, api mengapi ini memanglah kegemaran syaitan. Seperti juga melatah dan mengamuk pula adalah salah satu dari tabiat orang Melayu. Jadi kiranya ada penasihat-penasihat yang berlagak macam ini dalam suasana politik kita kini, eloklah apabila kita bertemu mereka kita bacakan doa “Ya Allah, lindungilah aku dari syaitan yang kena rejam”.

Syaitan memang suka menghasut dan menggoda manusia supaya melakukuan kemungkaran seperti berzina, minum arak, main judi, dan menjadi penderhaka dan petualang. Syaitan akan terus menerus menggoda muslimin dan muslimat, menghasut kaum mukminin dan mukminat supaya meninggalkan fardu ain, melupakan ibadat fardu kifayah dan digalakkannya pula manusia bergelumang dengan noda dan dosa.
Apa bezanya dengan orang-orang politik yang suka menghasut supaya ahli-ahli UMNO meninggalkan pemimpin mereka dan ikut menentang pucuk pimpinan. Apakah ahli-ahli UMNO yang telah meninggalkan parti itu digoda oleh syaitan yang sebenarnya atau manusia yang berhati perut macam syaitan yang memakai topeng manusia. Apakah mereka terpengaruh dengan janji-janji masa depan yang cemerlang atau memang sengaja mereka sendiri yang sudah merasa hampa, kecewa dan putus asa kerana selama ini mereka berjuang untuk mendapatkan sesuatu tetapi masih lagi belum memperolehinya. Kepada orang-orang desperado yang mahu mengikut nasihat mereka, mereka jadikan boneka.
Kebimbangan kita kini ialah bila syaitan nampaknya mula mencampuri hal-hal politik ummah, kerana memang permainan syaitan ini amat besar. Contohnya, kekecohan dalam negara kita yang dimulakan oleh satu atau dua manusia sudah melibatkan ribuan manusia.

Syaitan inipun jenis makhluk yang ilmiah. Syaitan tahu orang politik senang dicocok-cocok dan orang politik sendiri pun suka main cocok-cocok. Cocok sana, cocok sini, macam lagu iklan Mat Sentul ‘celup-celup’ Sekejap dia celup sana, sekejap dia celup sini. Hari ini dia celup dalam UMNO, esok dia keluar, dia celupkan diri dia dalam serpihan, kemudian keluar lagi dan celup balik dalam UMNO. Cocok sikit mereka dah melatah. Apalagi syaitan pun menyediakan sekawah minyak panas untuk mereka main celup-celup. Bila dah tercelup barulah mereka menggelupur dan menggelepar kepanasan. Maka syaitan pun tepuk tangan melihatkan mereka malu tanpa segan-segan. Jadi siapa yang mainkan siapa? Siapa yang cocok siapa?
Bila keadaan sudah jadi macam itu, mereka mula mencari guru-guru silat politik. Maka mereka pun dimandikan dengan air penimbul. Selepas mandi air penimbul, mereka merasakan mereka sudah kebal. Hilang takut, timbul berani. Mereka mulalah tunjuk terrorsana sini, macam ustaz Ibrahim Azmi.
Mereka yang ada rasa benci, rasa hasad, rasa cemburu, rasa tamak dan menyimpan perasaan dendam terhadap musuh politiknya tentulah lebih mudah tergoda oleh syaitan. Apalagi kalau mereka pun ada sikit-sikit perangai macam syaitan.
Cuba kita menyingkap kembali detik-detik sejarah tamadun manusia. Kita lihat penglibatan syaitan secara langsung dalam politik anak-anak Adam a.s
Mula-mula kita pergi ke Greek Purba, tempat lahirnya Socrates, Aristotle, Plato dan Democritus. Cetusan pemikiran demi pemikiran ahli-ahli falsafah ini telah melahirkan idea demokrasi yang amat tahan dan teruji oleh masa ribuan tahun. Dewan (senate)Parlimen yang pertama sekali di dunia lahir di Greek. Tapi, system pemerintahan yang difikirkan sempurna itu akhirnya tercemar juga apabila Augustus Caeser mati dibunuh akibat fahaman politik yang bertentangan.
Dari sejarah Greek Purba kita menyusul pula sejarah Mesir tua, satu era yang ditandai oleh kegemilangan pemerintahan Firaun. Di zaman itu soal demokrasi tidak timbul. Firaun memerintah rakyatnya secara ‘authoritarian’ yang tulen.
Bercakap tentang Mesir Tua, saya nak cakap sikit fasal Mesir hari ini. Ini kerana Ustaz Ibrahim Azmi jaguh pemidato ulama celup adalah hasil keluaran dari sebuah university di Kaherah, Mesir. Dan kebanyakan ulama yang duduk buat benda-benda karut dulu dan hari ini di bidang politik, samada mereka di dalam atau di luar PAS, adalah mereka yang keluar dari universiti-universiti di Mesir.
Berbalik semula fasal cerita Firaun, Firaun yang menganggap dirinya sebagai Tuhan, menyembelih bayi lelaki hidup-hidup kerana takut kalau-kalau suatu hari nanti salah seorang dari mereka bangkit dan menentangnya.
Kekejaman Firaun ini dinamakan ‘barbarisme’. Inilah barbarisme di dalam sejarah kehidupan segolongan bangsa yang sudah bertamadun. Firaun lebih kejam dan lebih ditaktor dari semua diktator yang pernah kita temui dalam sejarah. Namun, macam mana kejam, macam mana diktator sekalipun Firaun, dia terpaksa tunduk dan mengalah kepada seorang manusia yang bernama Musa a.s. Inilah kekuasaan Tuhan, boleh memberi dan mengambil semua kuasa yang dipinjamkan bila manusia mula bersifat kejam dan zalim dan merasakan dirinya Tuhan.
Para syaitan dan iblis yang memesong serta membinatangkan hati Firaun tidak terdaya melawan kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah swt. Di situlah timbul firman yang berbunyi “bila datang kebenaran maka yang batil akan gugur dengan sendirinya”. (Qur’an, 17:81)
Ahli-ahli UMNO yang tidak mengetahui tentang kebesaran Tuhan tentu merasa hairan dengan adanya politik pancong memancong dalam UMNO hari ini. Tapi bagi mereka yang membaca dan beriman pada yang ghaib tidak hairan pada yang mahu menjadi diktator-diktator kecil di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO yang baru dihidupkan semula. Mereka tahu apa yang telah terjadi pada Firaun bersama pengikutnya yang akhirnya musnah ditenggelami laut. Apakah mereka tidak tahu sejarah Firaun?

Maka tertawalah para syaitan. Seperti juga syaitan yang telah ketawa berdekah-dekah terhadap ahli-ahli UMNO yang telah membunuh satu pertubuhan yang pernah mereka agung-agung dan dewa-dewakan dulu.
Sesungguhnya syaitan dan iblis berjaya dalam perjuangan menipu manusia. Begitupun syaitan dan iblis masih lagi belum puas. Lalu digodanya serpihan-serpihan Bani Israel yang patuh kepada Musa a.s. Akibat politik Syaitan, golongan serpihan itu terus menyembah seekor anak lembu (Qur'an, 20:85-90) tatkala Musa a.s naik ke Bukit Tursina untuk mendapatkan kitab Taurat.
Akibat dari menurut godaan syaitan akhirnya golongan Bani Israel menjadi manusia serpihan. Manusia yang tercela dan hina di muka bumi biarpun mereka kaum yang terdiri daripada para ilmuan dan cendekiawan dan jutawan yang menguasai ekonomi dunia, tetapi mereka tetap menjadi satu bangsa yang kejam, angkuh, zalim dan disumpah serta dihina dan dilaknat oleh Allah swt.
Mereka hidup dalam buangan dan kancah kehinaan hampir 2000 tahun lamanya sebelum menduduki bumi Palestin. Itupun di atas bantuan Jemaah syaitan-syaitan yang telah menghasilkan Pengisytiharan Balfour dan Resolusi Liga Negara-Negara. Namun mereka tidak mendapat rahmat dari Allah swt.
Daripada peristiwa Firaun dan Nabi Musa a.s, saya bawa pula ke satu era politik Islam selepas wafatnya Nabi Muhamad saw. Ianya terjadi kira-kira di abad ketujuh Masehi. Setelah wafatnya Rasulullah, kita dapat menyaksikan adanya umat Islam yang rapat dengan baginda berjaya digoda oleh syaitan kerana mahukan kuasa dan adanya perasaan ego dalam diri; iaitu puak Muawiyah. Marilah kita namakan mereka ini Team B. Mereka mahu menentang ahlul bait yang kita namakan Team A. Di situlah mulanya berpecah Islam menjadi dua puak yang bertentangan.
Puak Muawiyah yang telah melakukan segala macam kemungkaran yang ditegah oleh Islam, minum arak, berzina dan mengamalkan system ditaktor. Muawiyah menggunakan pedang untuk melantik anaknya sebagai khalifah yang akan menggantikannya sesudah dia mati. Inilah zaman yang memulakan kesultanan dan kesyaitanan dalam sejarah Islam. Dan disitu jugalah lahirnya segala ulama-ulama jahat yang menurutkan kehendak Muawiyah tanpa takut kepada Allah dan Rasul.
Mereka seolah-olah telah berbalik ke zaman jahiliah. Mereka tidak lagi taat dan mengikut perintah Allah swt. Mereka tidak lagi taat dan menghormati Saidina Hassan dan Saidina Hussein. Walaupun telah diberi ingatan dan amaran namun mereka tetap tidak mahu menghormati para ahlul bait sebagaimana yang diwasiatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w

Seperti Qabil membunuh Habil, Zaid bin Muawiyah telah memancong kepala-kepala Saidina Hussein bin Ali bin Abi Thalib, anakanda kepada Fatimah Az-Zahrah, anakanda Rasulullah s.a.w dan semua putera puteri Saidina Hussein r.a. Hanya Saidina Ali Al Zainal Abidin saja yang terselamat atas permintaan Saidah Zainab. Saidina Hassan pula diracun. Ini kerana mereka fikir selagi ada ahlul bait, mereka tidak boleh mengikut kehendak syaitan yang mahu menyesatkan umat Islam kerana ahlul bait sanggup mati syahid demi mempertahankan agama yang dibawa oleh datuk nenek mereka.

Tragedi Saidina Hussein dan keluarganya itu berlaku di Karbala, Iraq. Sebelum itu, ayahandanya Saidina Ali r.a. telah dibunuh selepas bersembahyang di dalam masjid di Najaf, Iraq, oleh komplot-komplot Muawiyah. Bagaimanapun Ali Al-Zainal Abidin telah diselamatkan oleh Saidah Zainab. Menurut Tarikh Ar-Rusul wal Muluksusunan At-Tabari (5/457), Ziyad pernah berkata kepada Saidah Zainab, setelah memenangi perang Karbala;
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang telah membongkar rahsia kamu sekalian, dan yang telah berkenan menumpaskan keluargamu, dan telah membuktikan cerita bohong kamu sekalian!”
Dengan berani dan tegas, Zainab menjawab; “Dengan agama Allah, agama ayahku, agama saudaraku dan agama datukku Muhammad s.a.w, ayahmu dan datukmu telah mendapat hidayah.”
Ziyad terus terdiam tidak dapat berkata apa-apa kerana dia sedar dia dan keluarganya yang angkuh telah derhaka dan tidak taat pada Rasulullah.
Dipendekkan cerita, kesemua puak Muawiyah yang terlibat dalam pembunuhan ahlul bait dalam tragedy Karbala itu akhirnya mati satu persatu dalam keadaan yang mengerikan dan dalam kehinaan. Ini adalah satu sejarah hitam yang patut direnungkan oleh umat Islam yang cintakan agamanya dan kasihkan rasulNya Nabi Muhamad s.a.w, rasul dan pesuruh Allah.
Matlamat perjuangan syaitan tidak sahaja habis di situ. Syaitan akan membawa sebanyak mana cucu Adam tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit untuk menemaninya hingga ke dalam neraka jahanam. Semakin tebal iman seseorang itu, semakin rancaklah godaan syaitan terhadapnya. Bagi orang-orang yang sudah menjadi ‘member syaitan’,syaitan tidak akan menggodanya lagi, kerana dia akan terus melakukan kemungkaran demi kemungkaran. Semoga Tuhan membukakan pintu taubat untuk mereka.
Pada mulanya kita dijajah, kemudian melalui pakatan orang-orang Melayu yang sekaligus orang Islam menyaksikan kita memperolehi kemerdekaan. Ketika itu persatuan umat Islam amat hebat sekali sehinggakan tidak ada ruang untuk para iblis dan syaitan masuk menggoda. Tapi iblis nyata lebih bijak. Iblis berjaya menggoda Presidennya yang pertama.
Dato’ Onn menjadi serpihan kepada parti yang diasaskannya sendiri kerana ego. Sebab itu umat Melayu meninggalkan beliau keseorangan kerana belum ramai pemimpin UMNO yang ego, UMNO pun selamat.

Begitupun UMNO asal terus kekal sungguhpun sudah ada tanda-tanda yang menunjukkan adanya perpecahan dalaman di dalam parti. Perpecahan dalaman ini sampai di kemuncaknya menjelang perhimpunan Agong 1987 yang melahirkan dua kem dalam UMNO salin bertelingkah. Tapi Tuhan mahukan kem yang dipimpin oleh Dr.Mahathir menang.
Ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati kepada para pengikut kem yang dipimpin oleh gandingan Musa – Ku Li. Seperti yang saya sebutkan tadi bila ada sahaja golongan-golongan manusia yang bertelingkah, iblis sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.
Akhirnya dalam tahun 1988, UMNO yang sudah terlalu tenat diisytiharkan mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Untuk menyelamatkan jenazahnya dari terus dikacau syaitan, makan saya pun membacakan “TALQIN UNTUK UMNO”. Itulah akhirnya riwayat hidup satu pertubuhan politik yang terbesar dan tertua dalam dunia demokrasi moden.
Begitupun pawang-pawang yang menggunakan iblis terlalu ramai. Mereka duduk memuja-muja semangat UMNO yang sudah mati itu. Bila UMNO baru diwujudkan, maka lahirlah juga golongan serpihan yang memuja semangat. Mereka namakan diri mereka Semangat 46. Ini lebih kurang samalah dengan occulist dan pengamal ilmu hitam, macam dalam filem Indonesia ‘Penangkal Ilmu Teluh’.
Perbuatan memuja semangat memanglah merupakan satu perbuatan gila. Kalau dia tak gila pun, orang ramai mesti kata mereka gila sebab memuja benda-benda yang sudah tidak lagi menjadi milik mereka.
Bila cakap pasal gila ada orang gila talak, ada orang gila kuasa, ada orang gila duit, kemudian ada orang gila benda yang saya tak boleh tulis di sini (benda boleh menghabiskan duit) ada pula yang gila babi. Gila babi ini ada macam-macam punya gila babi. Ada yang terkena penyakit anjing gila.
Yang kita takut dan yang kita bimbang ialah gila yang berbentuk psiko. Bukan yang benar-benar psiko tapi gila yang sering terjadi pada manusia siuman.
Kita tahu setiap tahun ribuan malah jutaan manusia merana akibat penyakit tekanan jiwa. Sebab musabab berlakunya benda-benda yang macam ini memanglah banyak. Kalau orang gila talak menghadapi tekanan yang maha hebat sebab dia nak balik ke pangkuan jandanya, begitu jugalah dengan orang-orang politik. Dulu dia nikah dengan kuasa, tapi bila kuasa itu bercerai darinya dan menjadi seperti janda yang ada benda, dia pun terus jadi gila, macam orang gila talak. Dan dalam golongan serpihan hari ini memang ada pun yang gila talak. Tak kiralah lelakikah atau perempuankah. Jadi untuk melepaskan gian, mereka pun terlalak-lalak sana sini. Nak maki lakikah, nak maki binikah tak dapat. Jadi, terpaksa maki kerajaan. Maki Mahathir untuk menunjukkan bahawa mereka ini adalah orang-orang perjuangan. Padahal mereka ini tergolong dari orang-orang sakit. Para pembaca tekalah penyakit apakah yang sedang menghinggapi mereka ini sebenarnya.
Perbuatan itu samalah seperti manusia yang sudah sasau. Setiap hari ada sahaja pekerjaan yang karut marut yang dibuatnya yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai dan kecelakaan ke atas dirinya sendiri. Contoh-contohnya tak payah disebut. Watak-watak mereka tentulah kita dapat melihat sendiri.
Begitupun para pesakit yang semacam ini tidaklah semestinya tercampak di rumah sakit Bahagia dan Sentosa (yang dulunya dikenali debagai Hospital Mental Tampoi dan Tanjong Rambutan). Pesakit-pesakit ini ada di mana-mana sahaja, kompleks membeli belah, di restoran-restoran, di tepi pantai, malah di dalam bangunan Parlimen sendiri.Namun begitu tahap kegilaan mereka ini belumlah layak untuk dipanggil ‘orang gila’ dalam erti kata yang sebenarnya.Inilah yang disebut oleh Dr. Thomas Szasz, seorang pakar penyakit-penyakit jiwa Amerika yang terkemuka. Beliau menyatakan: “Some people argue that there is no such thing as mental illness. Mental illness is not something a person has but it is something he does.”Sebenarnya orang-orang gila bukanlah manusia-manusia yang hina. Begitu jugalah dengan manusia-manusia serpihan .Mereka menjadi gila dan menjadi manusia serpihan adalah sesuatu yang lumrah dalam hidup manusia yang ego yang akhirnya menyendiri bercakap seorang diri.            Sekiranya kita tidak dapat selamatkan mereka, marilah kita selamatkan maruah bangsa dan negara kita sebelum tercemar dan jadi rosak binasa akibat kegilaan mereka.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 11, 2012 04:49

Politik Serpihan (1988): Jangan Biarkan Mereka Gila

Politik Serpihan (1988): JANGAN BIARKAN MEREKA GILA

S.H. Alattas's Blog

S.H. Alattas
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow S.H. Alattas's blog with rss.