S.H. Alattas's Blog, page 4
March 26, 2013
Sarah Dan University of Life
Bismillahirrahmannirrahim
Tarikh 7 Julai 2012 merupakan tarikh yang sangat penting dalam hidup saya. Sangat bersyukur pada Tuhan kerana mengerakkan hati ini untuk mendaftar dan pergi ke kelas University Of Life pertama anjuran anak Abah (Pak Habib untuk saya pada ketika itu), Omar Al Attas.
Tajuk Mengenal Diri sangat-sangat menarik hati yang memang sedang mencari tujuan hidup untuk pergi ke Janda Baik. Persoalan dalam diri “Mengapa aku dilahirkan sebagai aku, bukan orang lain? Apa tujuan aku diwujudkan?” Sentiasa terngiang-ngiang dalam diri. Pertemuan pertama dengan abah di Janda Baik akan sentiasa terpahat di minda. Pertemuan pertama itu sangat-sangat penting, tetapi yang lebih penting ialah perjalanan kehidupan yang saya lalui selepas pertemuan pertama tersebut. Semuanya sangat-sangat berharga untuk diri saya. Tidak semuanya indah seperti pelangi, tetapi setiap satunya memberi pengajaran dan pembaikan dalam nilai hidup saya. Setiap pertemuan dengan abah sangat saya hargai.
Tujuan abah mewujudkan University of Life telah banyak membantu saya dan ramai lagi muda-mudi seperti saya yang sedang mencari arah. Apabila abah mengajak saya, kakmin dan nora untuk bersama-sama membangunkan University of Life, saya sangat teruja. Visi abah saya fahami dan saya juga ingin ramai muda mudi untuk bersama-sama membangunkan jiwa masing-masing dan juga jiwa masyarakat di sekeliling kami. Kata-kata abah terpahat kuat dalam minda dan jiwa saya.
“ Now it’s a womens’ world. Jadilah seperti Rabiatul Adawiyah, atau bantu bina generasi wanita seperti Rabiatul Adawiyah. Kalau bukan generasi kamu,generasi anak-anak kamu.”
Melihat pada keadaan wanita dan kanak-kanak di sekeliling saya, saya akur dengan kata-kata abah. Pembentukan peribadi wanita mukmin hari ini sangat penting untuk memastikan pembinaan generasi islam masa hadapan yang kukuh, berperibadi dan kembali digeruni oleh musuh-musuh Islam.
Sangat menyedihkan apabila melihat terlalu ramai wanita yang dalaman nya kosong, sangat rapuh. Bagaimana mampu untuk menjadi penyokong kuat dan pendidik pada anak-anak dan masyarakat yang hebat sekiranya diri sendiri sangat lemah dan kosong? Kekuatan dalaman yang utuh sangat penting. Dan Kekuatan dalaman hanya akan diperolehi melalui pengisian rohani atau spiritual, melalui pengenalan diri sendiri, melalui pengenalan dengan tuhan, melalui pengenalan pada ingin mengetahui rasa cinta pada rasul dan Allah dan seterusnya sunggguh-sungguh kenal dan cinta pada Allah dan kekasihNya.
Saya berkongsi harapan abah, visi abah, inspirasi abah. Dan permulaan untuk semuanya harus bermula dengan diri saya dahulu. Bak kata-kata Michael Jackson dalam lagunya Man in The Mirror, “ To change the world, I must first change the man (woman) in the mirror.”
Pembabitan saya secara langsung dalam program University Of Life di Janda Baik saya gunakan untuk belajar lebih dalam tentang diri, tentang Alam, tentang manusia, tentang tuhan. Melalui abah saya sedar dengan sifat Rahman yang ada pada tuhan, bagaiman kasih sayangNya yang menyebabkan wujudkan alam ini dan seluruh isinya. Bagaimana kerana RahmanNya dosa kita akan sentiasa diampuniNya, sekiranya kita benar-benar ingin bertaubat. Kerana Kasih sayangNya lah kita semua dapat bernafas, makan, bergurau dengan keluarga dan rakan-rakan.
Saya belajar untuk menerima diri sendiri, dan menerima orang lain. Memaafkan diri sendiri, dan memaafkan orang lain. “ Never judge anyone.” Antara pelajaran pertama saya dengan abah.
Kerana Allah menyayangi semua hambaNya, mengampunkan dosa hambaNya walau seburuk mana pun mereka. Kenapa saya tidak boleh untuk menyayangi dan memaafkan diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan saya? Kenapa saya tidak boleh menerima atau welcome semua orang yang dipertemukan kepada saya, sedangkan Allah sentiasa menerima setiap makhlukNya dengan penuh Rahman dan keadilan?Dalam perjalanan saya bersama-sama University of Life, saya dijemput Tuhan untuk mengerjakan umrah. Untuk pergi ke tempat kekasihNya, ke rumahNya. Di sana, pelajaran yang saya perolehi dari abah dan University of Life sangat terang dan jelas terpampang di depan mata. All the theories become realities and practicals. Melihat kaabah pada kali pertama, terdetik di hati
“Islam itu mudah! Simple! And so magnificent!”
Bagaimana melihat pada kaabah, batu atau binaan yang sangat diangkat mulia oleh Allah untuk menjadi pusat dan titik fokus kepada seluruh alam. Binaan yang menunjukkan bukti KekuaasaanNya di seluruh dunia, di semua alam. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). ( Al-Hajj 22:26 )
Bagaimana manusia dari setiap pelosok dunia dengan pelbagai latarbelakang datang menyahut panggilanNya melalui pelbagai cara. Kesungguhan mereka berusaha untuk memperoleh kasih sayang Allah, untuk mengenalkan diri kepada Rasulullah s.a.w..kerana takut-takut diri ini tidak layak dikenalkan dengan rasulullah, memujuk, merayu pada Allah agar mengizinkan kekasihNya untuk memberi syafaat kepada hambaNya yang sangat hina ini, agar layak untuk bertemu denganNya nanti.Melihat pada ramainya manusia di Mekah dan Madinah, terlintas di hati,
“sekiranya semua manusia yang ada di sini sungguh-sungguh bersatu menentang musuh Tuhan, tentu kita menang dan Islam takkan dipandang hina macam sekarang”
Tapi umat Islam sekarang ramainya seperti buih di lautan, tetapi tidak memberi manfaat pada diri sendiri. Bagaimana nak beri manfaat pada agama? Saya melihat sendiri bagaimana manusia menghinakan diri sendiri di rumah Allah, menghina masyarakat kelilingnya, menghina agama, menghina kekasihNya, menghina DIa. Semuanya di rumahNya! “Sungguh manusia itu suka menzalimi diri sendiri.”
Tetapi di sebalik kehinaan yang dibuat sendiri oleh hamba-hambaNya, ada golongan manusia yang sangat mencerminkan keperibadian Rasulullah, keperibadian para sahabat. Ada yang masih berimpian tinggi dan tekad kukuh memegang pada janji-janji Allah di dalam Al-Quran. Ada yang terlihat jelas sifat kasih sayang Tuhan dalam dirinya, keadilan dalam dirinya, keperibadian Rasulullah dalam diri mereka.
Memberi makan kepada kanak-kanak dan para Jemaah, bantu tolak kerusi roda orang yang tidak dikenali, kutip sampah yang ditinggalkan orang lain, senyum pada semua dan sentiasa bercakap dalam nada sopan,tidak merendahkan sesiapa pun walau macammana buruk pun penampilan orang tersebut dan sifat ukhuwah..menerima dan mendoakan kebaikan kepada semua,walaupun baru bertemu.Sentiasa gembira dan tenang dan content, kerana yakinnya mereka dengan Allah. Indahnya! Disebalik keburukan, ada cahaya dan keindahan yang sedang menanti masa untuk bersinar terang!Dan ketika itu, saya tahu, visi saya bersama-sama dalam University Of Life. Untuk bersama-sama membesarkan keindahan cahaya itu di seluruh dunia. Untuk menambahkan manusia yang mempunyai jiwa seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali, dan semua para sahabat. Untuk wujudnya kembali keperibadian Siti Khadijah, Siti Aisyah dalam diri umat Muhammad. CahayaNya sangat terang, dan semakin terang dalam sangat ramai manusia yang ada di sana.
“Disebalik kegelapan ada cahaya terang. There’s actually hope!”
Melihat abah, saya selalu terkesima. Abah terima semua orang, kelebihan dan kekurangan mereka. Sentiasa memberi peluang kepada semua orang untuk menyedari potensi diri sendiri. Memberi panduan dan galakan kepada semua. Tanpa jemu. Walaupun mungkin kadang-kadang ada perkara yang dianggap remeh oleh orang lain, abah takkan aggap remeh. Abah sentiasa mendengar,sentiasa memahami. Dan berusaha untuk ada untuk semua orang. Dan semuanya dibuat tanpa sebarang balasan material.Tanpa mengharapkan pujian manusia.
Sekarang saya sedar, melalui berkhidmat pada manusia, membantu menambah nilai hidup orang lain, saya sedang berbakti, sedang menjalankan tanggungjawab saya sebagai hambaNya. Ibadat bukan hanya dengan menjalankan 5 rukun islam, bukan hanya dengan tahu halal haram, syurga neraka, pahala dosa. Tetapi ibadat juga ialah apabila kita membangunkan diri sendiri, ahli keluarga kita, rakan-rakan, masyarakat dan seluruh manusia di dunia. Apabila kita mewujudkan kebaikan dalam diri kita, juga mewujudkan kebaikan dalam diri orang lain. Mengajak sesama manusia untuk memperbaiki diri, untuk berhenti menzalimi diri sendiri, kerana Allah tidak pernah menzalimi kita, itu ibadat sebenarnya!Loving, Giving, Caring, Sharing, and Forgiving.
Dalam hidup abah, sangat jelas 5 prinsip ni. Baliau beruasaha untuk menerbitkan sifat-sifat ini dalam diri setiap orang yang bertemu dengannya. Di situ jugalah prinsip utama penubuhan University Of Life juga “A league of Extraordinary Souls”,gelaran kepada para pelajar abah di University of Life, yang abah lebih selesa anggap sebagai anak-anak abah..jiwa-jiwa manusia yang berusaha untuk menjalani hidup dengan 5 prinsip ini, juga berusaha untuk menyampai 5 prinsip in kepada setiap orang yang bertemu dengan mereka di luar sana. University of Life, mengajar manusia untuk hidup. Hidup sebagai hambaNya yang gah di dunia, sebagai makhluk ciptaanNya yang terbaik.
Terima kasih Allah kerana mempertemukan saya dengan insan yang saya panggil abah, dan juga University of Life.
Published on March 26, 2013 01:30
March 24, 2013
DIMANAKAH UNIVERSITI OF LIFE?
"Pagi tadi aku sempat singgah ke Wadi Hussein Janda Baik menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan Pak Habib aka Syed Hussein Al-Attas dan ALXS University Of Life.Aku tiba agak lewat sedikit dari peserta lain yang memulakan sessi jam 9:00 pagi kerana beberapa perkara yang terpaksa aku selesaikan dahulu tapi sempat menjamah makan tengahari.
Banyak pengalaman dan ilmu penulisan yang dikongsikan Pak Habib dengan peserta termasuk dari seorang penulis wanita yang telah menghasilkan 40 buah buku(aku pastikan namanya kemudian) yang turut hadhir tanpa dirancang dan seorang Professor Fizik/Metafizik Melayu Pertama yang pernah bersama University Malaya(namanya juga akan nyatakan kemudian),Petronas dan pernah menjadi penasihat Kerajaan Malaysia dalam bidang strategik dan keselamatan.
Bengkel tamat menjelang waktu maghrib dan amat berguna untuk mereka mereka yang berminat untuk menceburi bidang penulisan buku."
Gambar diambil dari Aku Peduli Apa@APA
Ada orang bertanya, Pak Habib kata nak buat Universiti of Life, mana dia universiti itu, tak nampak pun, dah lama tunggu tapi Universiti of Life tak nampak pun?
Bertolak dari soalan seperti itu yang adakalanya berbau cemuhan, telah mendesak diri saya untuk menulis, bukan bertujuan untuk menjawab tetapi mahu membuat penjelasan. Kita percaya sesuatu cemuhan, pertelagahan dan kecelaruan itu muncul sama ada secara depan depan atau secara berbisik di antara telinga adalah disebabkan seseorang itu berada dalam keadaan tidak jelas. Apabila tidak jelas maka tentu ramai yang tertanya dan mungkin membuat pelbagai persepsi.
Antara persepsi yang berlegar dalam pemikiran masyarakat masakini ialah sesebuah Universiti itu adalah satu kawasan puluhan hektar dan bangunan berpuluh blok yang dikepalai Canselor, ditadbir oleh dekan, dan ilmu-ilmu pula dijana oleh para pensyarah dan professor, atau pun, jika universiti bertaraf swasta pula, paling tidak pun dua tiga blok bangunan serta sebarisan pensyarah. Jadi, di manakah letaknya bangunan universiti of life itu?
Persepsi ini memang betul, tetapi sebelum saya menjawab di manakah letaknya University of Life itu, saya rasa adalah lebih baik saya huraikan dulu, apakah definisi makna sebenarnya universiti itu?Universiti ialah sekumpulan cendiakawan, bijak pandai, para ilmuan yang berhimpun. Dari himpunan itu maka terhasil ilmu. Atau secara mudahnya bermakna, “Sekumpulan ilmuan atau insan-insan ilmiah yang menyelenggarakan program pendidikan.”Inilah makna sebenarnya ‘universiti’.
Universiti pertama di dunia ialah Universiti Bologna di Itali. Universiti pertama itu wujud secara spontan pada tahun 1088 apabila para ilmuan barat berhimpun mengajar ilmu undang undang dan di situ undang-undang Roman digubal.
Tertubuhnya universiti pertama itu disebabkan keadaan dunia pada masa itu tidak ditadbir urus mengikut undang-undang. Maka wujud keperluan untuk mengundang-undangkan dunia, menyebabkan sekumpulan para ilmuan berhimpun untuk mengajar cara cara mentadbir dunia kepada masyarakat. Dari situ, undang-undang dunia pun mula tersebar dan negara negara di dunia mula teratur.
Kini, setelah 925 tahun berlalu, semenjak universiti pertama itu sehingga sekarang, sudah ada puluhan ribu universiti yang mengajar ilmu-ilmu dunia. Hasil dari tertubuhnya universiti juga, tamadun manusia berkembang maju ekoran tersebarnya ilmu-ilmu dunia.
Sungguh pun ribuan universiti telah tersergam dan akan ditubuhkan lagi pada masa mendatang, Pak Habib rasa ilmu ilmu duniawi ini hanya membuatkan manusia tersiap diri dalam merentasi dunia sahaja. Sedangkan matlamat manusia ini hidup ini bukan sekadar di dunia sahaja. Dan semakin dunia bertambah usianya, ilmu-ilmu dunia tidak mampu menyelesai masalah kerohanian manusia.Maka sebab itu lah Pak Habib terpanggil untuk menukarkan tamannya yang sudah dikenali sebagai taman tercantik ini untuk dijadikan ‘pengkalan ilmu kehidupan’. Guna untuk menyeimbangi kehidupan manusia yang kelihatan semakin senget dan rebah. Sebab Pak Habib percaya kehidupan ada lah untuk menemukan dan menyampaikan kebenaran tentang hidup rohani dan jasmani.
Taman Pak Habib yang juga dikenali sebagai Wadi Hussein ini, jika didagangkan sebagai tempat singgahan hujung minggu sahaja sudah boleh menjana pendapatan. Tetapi Pak Habib sanggup menjadikan tempat ini sebagai garis mula bagi Universiti of Life walaupun masih samar samar margin keuntungan Inilah perngorbanan jariah Pak Habib untuk kita.Taman Hana Wadi Hussein ini bukan terbina secara mendadak atau sekelip mata, ia bermula dengan pinggiran hutan tebal di kaki bukit banjaran Titiwangsa. Melihat keadaan asal hutan itu dan melihatkan lanskapnya yang ada sekarang ini, tentu seseorang itu berasa tidak percaya ia diusaha sendiri oleh Pak Habib secara seorang diri, hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun tanpa ada sebarang bantuan dari sesiapa, sehingga kini tidak kurang tiga puluh tahun lebih jangkauan masa itu. Malah kaum keluarga Pak Habib sendiri, seperti anak anaknya juga tidak membantu untuk menerokainya.
Pak Habib membina Taman Hana Wadi Hussein ini secara seorang diri dari segi wang ringgit, duit koceknya sendiri yang mendana segala pembelian pokok bunga, benih, baja, pembinaan rumah, chalet dan segala prasarana yang ada. Proses pembinaan ini sudah tentulah berperingkat peringkat dan mengambil masa. Susun atur taman, pemilihan flora dan fauna serta lanskap, senibina rumah, semuanya dikendali oleh Pak Habib. Dalam istilah Inggeris, ia dibuat secara ‘single handedly’.
Almarhum Prof Syed Hussein Al-Attas
Prof DiRaja Ungku AzizKini, kita datang menikmati rahmatnya.Saya tahu peristiwa itu kerana saya menyaksikannya di hadapan mata saya melalui rentasan masa rentasan masa dan. Bukan dikutip dari mulut mulut insan lain atau dari rakaman penulisan orang.
University of life adalah sebuah tempat berhimpunnya para ilmuan yang membicarakan tentang permasalahan hidup masa kini.
Barat mendakwa Bologna University merupakan universiti pertama di dunia, wujud kerana menyebar undang undang dunia. Tetapi undang undang di Rom tidak boleh digunapakai di tempat lain, jangan kan kita yang jauh ribuan batu jaraknya dari Itali, malah negara jiran tetangganya pun menggubal undang undang sendiri.
Sebenarnya dari segi faktual, Nabi Muhammad SAW adalah pengasas universiti pertama, kerana Nabi Muhammad SAW yang menyebarkan ilmu dunia dan akhirat kepada manusia sejagat untuk digunapakai oleh semua bangsa di dunia. Ajaran Nabi SAW bermula dari Mekkah itu telah berjaya menghasilkan himpunan para ilmuan Islam semenjak 1434 tahun dahulu. Bukankah himpunan para ilmuan itu adalah universiti?
Kesinambungan dari situ, menyedarkan Pak Habib berasa perlu dan terpanggil menubuhkan University of Life.Makna universiti kehidupan itu bertaburan di muka bumi ini, bertabur makna di sekitar kita. Tetapi adakah kita mampu mengambilnya?
Universiti of Life secara kerohaniannya ia sangat penting dan sangat diambilkira keperluannya. Maka tanpa menunggu lagi, Pak Habib mulakan juga University of Life sebagai projek rintisan (pilot project).
Sebenarnya universiti kehidupan ini ada di mana-mana, dan kebahagiaan hidup juga ada di mana-mana, kerana kebaikan dan rahmat Tuhan itu juga ada di mana-mana. Tetapi di University of Life ini kita mula menyedarkan manusia tentang keberadaan rahmat Allah itu semua, sekaligus mencari pintu untuk sampai kepadanya.
Kita sedarkan manusia bahawa dunia ini, Tuhan sebagai Chanselornya, Nabi dan Rasul adalah pensyarahnya. Al Quran adalah silibusnya. Mekkah adalah pusat universiti kehidupan manusia.Pak Habib adalah satu tenaga yang mendukung. Kelas University of Life ialah kelas tentang sharing, caring, giving, loving, forgiving.
(saling berkongsi,saling ambil tahu,saling beri memberi, saling sayang menyayangi, saling maaf memaafi)
Mengapa saya ikut Pak Habib?
Sebelum terlibat sama dalam Al-Attas University of Life, sebagaimana orang-orang lain, saya juga memasuki universiti yang formal. Saya mempelajari subjek ekonomi, pensyarah saya mengajar ilmu ekonomi dengan begitu hebat sekali dan dia berjaya menghasil ahli ekonomi handal. Begitu juga dengan pensyarah subjek pengurusan perniagaan, dia juga telah mendidik dan menghasilkan ramai ahli perniagaan yang berjaya. Pensyarah pensyarah subjek subjek lain pun begitu juga.
Namun, tahun demi tahun, para pensyarah saya, juga pensyarah di universiti lain, masih bersyarah dengan subjek khususnya. Sedangkan anak didiknya sudah berjaya, sudah kaya. Pensyarah masih berlegar di dunia syarahannya. Mereka tidak keluar dari kepompong pendidikan kerana mereka adalah pendidik secara teori sahaja. Jika disuruh buka perniagaan, mereka mungkin tidak berjaya. Mereka hanya memberitahu teori dan pelajar-pelajar yang dididik itu mengamalnya dan pelajar pula yang benar benar berjaya. Itu pengamatan saya di universiti formal.
Berlainan sekali, apabila Pak Habib mengatakan dia mahu menubuhkan Universiti of Life dan saya bertanyakan apakah yang akan diajar di universiti itu. Saya berasa amat terpanggil dan yakin untuk turut serta kerana Pak Habib bukan bercakap secara teori tentang sharing, caring, giving, loving, forgiving. Sebaliknya dia sendiri sudah melaluinya dan yang paling saya yakini sekali apabila saya dapati Pak Habib juga mengamalkan apa yang dia ajari.
Secara mudah dan ringkas, dia mengajar, memberitahu, berpesan dan mengingatkan kita akan amalan dan perkara perkara yang dia sendiri amalkan. Dia bukan pensyarah teori.
Bagaimana saya tahu Pak Habib mengamalkan apa yang dia ajar?
Saya mengenali Pak Habib semenjak tahun 80an, ketika saya mula habis pendidikan diploma lagi saya sudah bersahabat dengan beliau. Melalui seorang kawan saya bernama Haroun Perancis. Dia lah orang yang memperkenalkan Pak Habib kepada saya. Sejak itu saya bersahabat dengan Pak Habib. Pergaulan saya juga mengalami turun naik, ada masa saya terlalu rapat dengan Pak Habib, mengekorinya ke mana saja dia berurusan selama berbulan bulan dan kemudian saya berenggang dengan beliau untuk beberapa tahun namun perhubungan silaturrahim tetap akrab.
Selama puluhan tahun saya berkawan dengan Pak Habib, saya sendiri menyaksikan bagaimana sikap dan amalan hidup beliau. Memang apa yang dia cakap, dia buat. Itu asas personaliti Pak Habib. Maknanya jika dia mengajar kita tentang loving, caring, sharing, giving, dan forgiving. Memang itulah amalannya. CAKAP SERUPA BIKIN.
Berapa ramai kawan kawan yang telah menipunya, termasuk saya. Berapa ramai kawan yang telah mencemuhnya, yang telah mengambil kesempatan ke atas dirinya. Pak Habib tetap begitu juga, dia tidak mahu membalas dendam, malah dengan senyumandia tetap menerima semula kawan kawan yang menipunya dan itulah yang saya alami secara peribadi dengan beliau. Pak Habib tetap menerima sesiapa sahaja yang ingin menerimanya. Tiada dendam, tiada sakit hati, tiada marah, malah dia terus memberi dan berkongsi kepada sesiapa, walaupun orang itu pernah menjadi musuhnya pada satu waktu.
Sebagai sahabat yang mengenali dan bercampr gaul dengan Pak Habib selama 30 tahun lebih, saya kenal orang orang yang pernah memusuhinya, saya kenal dengan orang orang yang pernah mengambil kesempatan ke atasnya, saya kenal dengan orang orang yang Pak Habib pernah tolong.
Antara sikap yang saya tidak senangi pada awal persahabatan saya dengan beliau ialah tentang WAKTU ATAU MASA. Sekiranya kita berjanji dengan beliau dan kita terlambat untuk datang sebagaimana masa yang dijanjikan, Pak Habib akan melenting marah. Bukan sikit-sikit marahnya.
Saya yang membesar dengan budaya janji Melayu, iaitu semasa berjanji akan mengambil sikap sambil lewa, sering melambat lambat dan mengambil mudah dengan waktu, pada mulanya berasa terkejut juga dengan sikap Pak Habib yang terlalu marah jika terlambat. Sikap menepati masa inilah yang adakalanya saya berasa agak rimas, tetapi saya tahu sikap menepati masa sepertimana yang dijanjikan itu adalah amat penting dalam hidup. Lama kelamaan saya mula memahami kepentingan tersebut. Sekiranya saya tidak dapat datang pada masa yang dijanjikan kerana sebab sebab tertentu saya akan cepat cepat memberitahu beliau tentang kelewatan tersebut. Sebab Pak Habib tidak akan berkompromi dengan waktu yang dijanjikan. Menepati masa yang dijanjikan ini bukan saja berurusan dengan saya, malah dengan sesiapa saja, beliau tetap memegang prinsip yang sama. Baik dengan kawan kawan mahu pun dengan anak anak beliau. Banyak peristiwa di hadapan mata saya sendiri, Pak Habib meninggalkan sesuatu tempat pertemuan, kerana pihak yang berjanji itu datang lambat.
Sikap Pak Habib yang terlalu berkira dengan masa itu memang sesuai dijadikan teladan, setiap manusia dan ummat Islam khasnya wajib menguruskan dan menggunakan masa dengan cara yang paling optimum lagi berkesan. Banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa umat Islam mengguna masa dengan betul. “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”
(Al-Asr:1-3)
Masa adalah harta manusia yang cukup berharga. Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya menganiaya dirinya sendiri.
Satu lagi prinsip yang saya rasa perlu saya beritahu di sini, Pak Habib seorang yang perfectionist. Jika dia melakukan sesuatu, khususnya dalam bidang penulisan, dia mahu hasil yang terbaik. Bukan kerja yang melepaskan batuk di tangga sahaja. Jika sesuatu kerja itu dibuat, beliau mahu satu penghasilan yang paling terbaik, setelah diolah berulang ulang kali. Kadang kala sikap terlalu mengharap yang terbaik ini menimbulkan rasa bosan, namun Pak Habib tetap dengan cara kerja nya itu. Apa juga kerja yang dia mahu kita lakukan, dia mahu ‘result’dan bukan alasan. Budaya kerja sebegini harus ada kepada kita semua jika mahukan kejayaan dalam apa jua bidang kita buat. Tetapi ramai orang yang mungkin berasa kekok dan tidak selesa dengan budaya kerja seperti itu.
Ketika menyiapkan sesuatu penulisan, walaupun penulisan itu sudah dianggap bagus dan memuaskan, Pak Habib masih berasa tidak puas, dia akan membaca berulang kali, lagi dan lagi. Setelah dia benar benar berpuas hati, barulah dia berhenti.
Budaya menghormati masa dan fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu satu budaya yang patut kita ambil bukan saja sebagai iktibar tetapi kita harus terapkan dalam perbuatan kita sehari harian.
Dari Pak Habib lah saya belajar bagaimana menyukai pekerjaan yang saya lakukan. Semua orang akan berasa terbeban dengan tugas yang diberikan sehingga hasil kerja tidak maksima. Sebaliknya, bila seseorang mengerjakan sesuatu yang disenangi dan disukai tentu kerja itu akan terasa menyenangkan, waktu terasa singkat, dan kita mempunyai semangat untuk mengerjakannya.
Prof Syed Muhammad Naquib Al-AttasSebab itu apabila dia mengatakan dia mahu menubuhkan universiti of life berpandukan lima asas tersebut , saya percaya dia berjaya. Kerana Pak Habib itu adalah sebuah University of Life yang bergerak. Konsep sharing, caring, giving, loving, forgiving itu dibawa ke mana-mana sahaja dia pergi. Di mana ada Pak Habib disitulah Universiti of Life miliknya.
Teringat saya pada satu kisah, ketika Professor Di Raja Engku Aziz mahu melamar isterinya, Puan Azah Aziz, pada mulanya lamaran itu cuba dielak. Lalu Azah Aziz memberi alasan, dia belum bersedia untuk berumahtangga kerana ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Professor Engku Aziz menjawab, “awak tidak perlu masuk universiti, awak berkahwin dengan saya, sama seperti awak berkahwin dengan sebuah universiti.”
Kini, Pak Habib di usia 70an, saya menjadi akrab semula dengan beliau kerana saya mahu mengutip semula pengajaran-pengajaran hidup yang masih banyak lagi belum saya pelajari. Dengan menjadi akrab dengan Pak Habib, saya sebenarnya sentiasa berada di samping sebuah Universiti Kehidupan.Membaca pengamatan saya terhadap Pak Habib yang saya tulis ini, mungkin ia bergaya keterlaluan menyanjungnya. Saya menulis dengan ikhlas tanpa sebarang motif. Inilah sifat dan sikap Syed Hussein Al Attas dari sudut mata saya yang terkumpul puluhan tahun itu.
Personaliti personaliti seperti Professor Engku Aziz, Pak Habib, Professor Syed Naquib, Almarhum Professor Dr Syed Hussein al Attas ini semua adalah universiti yang bergerak. Mereka memiliki banyak pengalaman dan ilmu yang boleh dimanafaatkan untuk kita semua mengikut bidang masing masing. Ilmu yang sentiasa mengekori mereka ke mana saja mereka pergi.oleh AZIZAN AHMAD PhD
Published on March 24, 2013 21:28
March 20, 2013
Pak Habib Lebih Dulu Ramal Pasal Saiful Terbabit Konspirasi Politik Dalam Buku Terbarunya
APA motif bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim baru-baru ini mendakwa kes liwat 11 yang membabitkan anaknya adalah konspirasi politik untuk menghumban Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara? Adakah pendedahan dibuat Azlan kerana krisis kewangan atau keluarga? Atau adakah dia dibayar untuk membuat pengakuan sedemikian?Berdasarkan kepada sumber, hubungan Azlan dan anaknya Saiful jadi renggang bukan disebabkan oleh faktor dihasut oleh mana-mana pihak berkepentingan dalam parti pembangkang sebaliknya ada kaitan dengan kes ‘salah faham’ membabitkan hal-hal peribadi dan keluarga kedua beranak tersebut.
Kenapa Azlan berani membuat pengakuan seumpama itu terlalu peribadi mahu diceritakan di sini. Tapi sumber tidak menolak kemungkinan ada kaitan dengan kerenggangan hubungan di samping isu-isu kekeluargaan terlalu sensitif melibatkan kedua beranak tersebut.
“Pendedahan Azlan tiada kaitan dengan gesaan atau penglibatan tokoh parti pembangkang. Ianya berpunca dari kedua beranak itu sendiri atau hal-hal berkaitan peribadi atau menyentuh hal-hal kekeluargaan. Biasalah hubungan antara ayah dan anak. Selalunya seorang ayah akan hilang pertimbangan diri kerana mungkin rasa kecewa, tidak dipedulikan, rasa diperdaya, sudah tahu kedudukan perkara sebenar atau tidak puashati dengan tindak tanduk anaknya terlalu peribadi mahu diceritakan di sini,” kata sumber.
Pihaknya ada dimaklumkan Azlan ada meluahkan perasaan tidak puas dengan anaknya kepada beberapa ahli keluarga terdekat dan orang tertentu. Sumber menafikan perkara ini dirancang atau membabitkan mana-mana tokoh parti pembangkang termasuk Anwar Ibrahim. Cuma pembabitan pemimpin parti pembangkang mungkin berlaku di saat-saat akhir.Semasa bercakap di sidang akhbar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat sejurus selepas Azlan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, dia memohon maaf kepada anaknya, Saiful atas apa yang telah berlaku.
“Saya ingin meminta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku. Saya tidak berniat menganiayai atau mengkhianati anak kandung saya sendiri. Apabila saya menyertai PKR bukan bermakna saya akan menyisihkan Saiful dan anak yang lain. Saya membuat keputusan ini (menyertai PKR) tidak ada kena mengena dengan kes mahkamah melibatkan dakwaan liwat ke atas Saiful sebaliknya kerana sudah lama mengikuti perjuangan parti ini. Pada saya kita perlu profesional dalam hal ini. Apa yang saya lakukan sekarang ialah menyertai politik, tak ada kena mengena dengan kes mahkamah melibatkan anak saya. Saya percaya kalau saya menyertai parti belah sana tentu masalah ini tak timbul. Kebetulan saya menyertai PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Dalam sidang akhbar itu juga, Azlan mengulangi dakwaannya bahawa anaknya diperguna dan isu liwat 11 adalah konspirasi jahat yang dirancang rapi untuk menjatuhkan Anwar. Azlan turut menamakan pegawai khas Dato’ Seri Najib, Khairil Anas Jusoh sebagai antara individu yang merancang dan terbabit dalam konspirasi ini.“Kes liwat 11 melibatkan anak saya adalah konspirasi politik jahat yang dirancang oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri,” katanya.
-DI PETIK DARI BULETIN RAKYAT
Apabila S.H. Alattas atau lebih mesra Pak Habib menghulurkan buku terbarunya ‘Anwar Ibrahim Perdana Menteri Siapa Mati’ sudah tentulah hati kecil tertanda tanda siapa pula yang kena serang dalam bukunya kali ini? Mengambil mood Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13), Pak Habib meletakkan cover buku dua wajah hero Malaya iaitu Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak.
Seperti biasa sebelum mengambil keputusan membaca keseluruhan isi kandungan buku ini saya akan menatap artikel berkenaan tajuk buku ini pada muka surat 481. Selepas itu baharulah saya menatap muka surat lainnya. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti mana-mana buku Pak Habib sebelum ini pasti akan terjumpa ayat berbisa tentang penulis;“Saya sentiasa bersedia menghadapi segala macam ujian; expect the unexpected, selagi saya berpegang dengan keyakinan –If God is your friend, who would dare be your enemy? Kalau tidak masakan saya sanggup jadi pengkritik sosial bermula dengan buku Musa Derhaka, Challenger, Memo Untuk Mahathir, Johor Corporation: Thieves Of The People, di mana ketiga-tiga buku itu diharamkan. Saya tabik pada Musa Hitam yang berani untuk membukti dia kalah kepada arwah Ghafar Baba pada tahun 1987 kerana buku saya The Challenger.” (muka surat 69).
Bila sebut nama Pak Habib yang terkenal dengan ramalan-ramalan beraninya, sudah tentu fikiran kita akan terbayangkan tulisan beliau yang pedas, panas, menyengat dan kritikan-kritikan tajam yang jelas ditujukan kepada mereka yang menyandang kuasa dan melaksanakan kuasa tersebut. Memang tidak dinafikan terdapat kebanyakan anggota UMNO yang malas membaca buku walaupun dapat buku free. Tidak kurang sesetengahnya melihat negatif karya Pak Habib yang terkandung banyak seruan dan gesaan ke arah kebaikan.Pak Habib tidak hipokrit dalam menulis bukunya. Sudah menjadi kebiasaan mana-mana penulis politik yang menyeru kepada kebaikan ini menjadi diri sendiri apabila memegang pena. Penulis politik yang berilmu menulis buku berdasarkan apa yang dirasa, dilalui, dilihatnya dan sentiasa memikirkan kepentingan Allah itu mengatasi kepentingan lainnya tidak sepertimana tulisan berbentuk mengampu boleh diolah seperti novel. Ini dinyatakan jelas oleh Pak Habib di muka surat 72.
“Bangsa kita akan menerima bala dan mala petaka seperti umat Islam di dunia yang lain yang takut menyampaikan ayat-ayat Allah yang mengandungi mukjizat yang bukan saja boleh membuka minda dan menghidupkan roh Islam malah boleh mengubah sikap manusia yang dulu dalam kegelapan menjadi terang benderang dengan cahaya Nur Muhammad! Mari kita bersalawat; Allah humma sali ala Muhammad wa ala ali Muhammad.”
Dalam buku ini sepertimana tercatat dalam muka surat 142-143 Pak Habib menyatakan dengan berani;
“Selaku seorang ‘public figure’, sama ada Raja, kerabat Raja, Perdana Menteri dan ‘first lady’, mereka harus akur dan menerima kritikan…”
Itu mungkin sedikit pandangan dan cetusan rasa yang mahu pemimpin di atas sana tanpa membezakan status dan kasta menerima kritikan membina dengan perasaan yang redha. Tapi bolehkah pemimpin kita menerima kritikan sebagai satu acara yang membina atau demi kebaikan agama, bangsa dan negara? Kalau kita sempat mendengar ucapan-ucapan menteri-menteri dan pembesar negara memang cair dibuatnya kalau mereka menyentuh soal agama, bangsa dan negara. Tapi pemimpin politik yang baca skrip dalam program mereka tidak ubahlah macam badut sarkis yang membaca skrip di majlis-majlis funfair. Cakap pasal agama, bangsa dan negara bolehlah berapi-api tapi semua ungkapan itu tidak mempunyai roh. Macam mana nak ada roh kalau baca skrip orang!
Dalam satu pertemuan saya dengan Pak Habib pernah berkata kepada beliau bahawa penulis rencana atau buku politik umpama watak jahat dalam filem-filem Cathay Keris antaranya Mahmud June, Salleh Kamil, Siti Tanjung Perak, Umi Khalthom dan Siput Sarawak. Watak lakonan mereka memang hebat sehingga dibenci oleh penonton. Cuba bayangkan kalau drama dan filem Melayu tidak mempunyai watak antagonis siapa yang mahu menonton? Filem Melayu akan hilang serinya bila watak-watak jahat ini tidak diadakan. Watak jahat memang baik untuk melariskan filem tapi pelakonnya tidak akan popular di mata penonton. Begitu juga penulis rencana dan buku politik yang mengkritik amat dibenci oleh mana-mana pemimpin negara ini. Walaupun niat penulis mahu membawa kebaikan kepada rakyatnya tetap dianggap satu tulisan yang buruk. Sebaliknya kalau tulisan yang bercorak mengampu walaupun intipati berupa fakta yang tidak tepat dianggap sebagai karya yang agung.
“Perihal adanya raja-raja, anak-anak raja, menantu raja, besan raja, biras dan sebagainya yang minum arak, kaki betina, kaki judi, kaki disko, yang perangai macam kaki busuk dan bermacam-macam kaki tidak pernah mendapat ruang di dalam akhbar-akhbar. Macam mana Raja nak tahu salah dan silap dan kerabat mereka.” (muka surat 232).Bab yang saya suka baca dalam buku ini ‘Tepuk Dada Tanya Selera Siapa Derhaka’ di muka surat 395 -406. Di sini terdapat satu pendedahan dari Pak Habib;
“Anwar ini macam Hidra dalam cerita dongeng Sinbad, yang ada tujuh kepala. Lepas dipotong kepalanya akan tumbuh lagi, potong kepalanya akan tumbuh lagi, potong balik tumbuh lagi. Itu sebab saya berhenti tulis yang tidak elok mengenainya bila saya terjumpa bukti bahawa cerita mengenai sodomi dengan Saiful Bukhari dari bapa Saiful adalah satu konspirasi.“Atau kalau saya boleh membuat hipotesis, berkemungkinan pemimpin atasan UMNO tidak mahu mencampuri isu Deepak ini oleh kerana mereka juga memiliki Deepak masing-masing. Saya percaya ada ramai Deepak dalam UMNO sebab itu pemimpin UMNO membisu seribu bahasa. Seperti Najib dan lain-lain pemimpin membisu dalam isu Ketua Wanita UMNO dalam isu lembu.
“Jika dalam parti keadilan, seringkali diperkatakan jika dipenjara atau dimusnahkan satu Anwar, akan lahir beribu Anwar yang lain. Apakah bila Najib jatuh berdentum, yang lain turut rebah sama? Lu fikirlah bro. Dalam UMNO pula, jika disekat seorang Deepak membuat pendedahan, ada beribu Deepak sedang menunggu untuk membuat pendedahan.’’ (muka surat 400).
Nama pun analisis buku tapi kalau pembaca mahu mengetahui lebih lanjut pasal buku ‘Anwar Ibrahim Perdana Menteri Siapa Mati’ kena membeli dan menatap helai demi helai isi kandungan buku ini. Sampai bila nak dapat maklumat dan informasi free? Pak Habib sudah hasilkan satu produk buku yang tajuknya agak grand takkan setakat mahu baca ulasan atau analisis? Baca analisis atau ulasan pasal buku samalah seperti mendengar pengumuman televisyen pasal pernainan bola sepak. Bila mahu diumumkan pasukan mana yang menang tiba-tiba black out mana tak haru? Tauke judi pun haru dibuatnya. Begitu juga baca buku Pak Habib setiap buku yang dihasilkan mempunyai kaitan dengan buku-buku beliau sebelum ini. Dalam buku terbaru ini turut diselitkan pengalaman ditempuh ketika menerbitkan buku ke 63 ‘Setan, Syaitan, Sultan’. Tapi artikel muka surat 486 dalam buku ini sudah tentu penggemar buku politik kena membeli dan membaca buku ini antara lain;
“Mahathir memang gerun jika mendengar frasa, ‘ANWAR PERDANA MENTERI’ dan tajuk buku saya mungkin menyebabkan Mahathir tidak nyenyak tidur lagi, Mahathir pun tahu, sudah banyak ramalan politik saya menepati tulisan yang saya bukukan sebelum ini. Jika dia masih Perdana Menteri mungkin dia akan haramkan buku saya. Kini dia terpaksa menelan pil penahan sakit dengan lebih banyak lagi.”Pastinya pembeli buku ini tidak akan rugi kerana terdapat pendedahan berani bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim (sebelum dia membuat pendedahan pada 8 Mac lalu) bahawa isu liwat 11 yang melibatkan anaknya adalah konspirasi politik.
“…bila saya terjumpa bukti bahawa cerita mengenai sodomi dengan Saiful Bukhari dari bapa Saiful adalah satu konspirasi.” (muka surat 400).
Selain itu pada muka surat 419, Pak Habib menulis, “...tapi bila cerita sebenar diketahui umum, rakyat yakin memang ada konspirasi, apa lagi cerita demi cerita dari ayahnya yang diperdaya oleh anaknya sendiri. Kalau tak ada konspirasi kenapa hingga hari ini majoriti rakyat masih minta akan kisah Anwar, siapa dalang di belakang Saiful Bukhari untuk memasukkan semula Anwar ke Sungai Buloh.”
Tidak akan lengkap buku ini kalau tiada isu Deepak Jaikishan dan Balasubramaniam. Siapa terkena kali ini atau siapa kena makan ubat penahan sakit kena baca buku ini.
Apapun Pak Habib yang disifatkan penulis politik terkenal Subky Latif antara penulis mempunyai ilmu agama yang tinggi berjaya menghilangkan kedahagaan pembaca yang mahukan sebuah buku yang menjawab segala persoalan isu liwat 11 dan Pilihan Raya Umum Ke 13.
-OLEH NORZAH KEPOL, BULETIN RAKYAT
-GAMBAR-GAMBAR DAN CAPTION DARI BUKU MAHATHIR KONSPIRASI ANWAR REFORMASI
Published on March 20, 2013 06:02
March 7, 2013
Hilang Takhta, Mati Dalam Buangan Kerana Anjing
Pukul 5:00PM, March 5, 2013 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1434, saya bersama Fazrul Musa, anak angkat saya, tiba di Al-Attas Unilife untuk melihat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan 100 orang para bloggerdan facebookers yang akan mengadakan pertemuan untuk kali ke-dua di Janda Baik.
Sementara menunggu Halim, pembantu khas yang sudah tinggal bersama saya hampir 20 tahun dengan taat dan setia membuat persiapan minum petang, saya masuk ke dalam rumah.
Baru-baru ini saya membaca semula buku berjudul KHOMEINI Life, Thought and Legacy sambil memerhatikan gambar Ruhullah Musawi Khomeini yang tergantung di dinding dewan tempat saya selalu mengadakan perkongsian ilmu dengan mereka yang datang dari jauh dan dekat untuk menyertai majlis ilmu di Taman Hana, Wadi Hussien; bagi orang yang ingin memiliki jiwa luar biasa, a league of extraordinary souls, mengingatkan saya bahawa keistimewaan manusia yang gambarnya tergantung pada dinding adalah pada akal, roh dan akhlaknya.
“Dalam diri manusia ada seketul daging ‘hati’, kalau baik daging itu baiklah manusia. Jika rosak maka rosaklah manusia itu. Itulah yang dinamakan hati atau roh.”(Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basir)
Karamah dan kebijaksanaan yang ada pada Imam Khomeini, pemimpin revolusi Islam Iran berjaya mengalahkan kesatuan kuasa barat dan sekutu Arabnya, adalah seorang insan yang sangat ‘luar biasa’ dari segi keilmuan irfan, kesufian, kerohanian dan keberanian. Mana ada pemimpin di dunia di hari kematiannya terdapat sembilan juta manusia berkumpul memberikan penghormatan terakhir dan sesudah beliau wafat, setiap hari ribuan manusia datang menziarahi perkuburannya di Beheshtie Zahra di Tehran. Ada kah pemimpin yang lebih hebat dari Imam selaku ikon dan role model dalam sejarah kepimpinan moden? Kebanyakan pemimpin sebelum mati sudah jatuh dalam kehinaan yang masa berkuasa disanjung dan ditakuti kerana kekejaman dan kezaliman.
Siapa saja yang pernah masuk ke dalam rumah saya tentu pernah nampak selain dari gambar-gambar datuk saya Dato Habib Hassan Al-Attas, kelmarin satu muka surat penuh memaparkan gambarnya selaku seorang mujahid ulama pembangun ummah yang mendirikan masjid pertama di negeri Johor moden, di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakr.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Syukur pada Allah SWT kerana nasabku Al-Attas yang terdapat dari kedua ibubapaku Syed Alwee bin Abdullah Al-Attas dan Sharifah Zainah binti Hassan Al-Attas; sebab itu selain gambar datuk dan ayah, terdapat gambar saya bersama-sama dengan ibu dan nenek kepada ibu saya yang penuh dengan ingatan-ingatan manis ketika saya berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kampung Raja, Terengganu. Dan yang terpenting dalam satu bingkai besar terdapat gambar para habaib sadah ahlul bayt, keluarga Rasulullah SAW yang terkemuka di negeri Arab dan juga di Nusantara.
Selain gambar saya dengan Sultan Pahang, mantan yang diPertuan Agung dan gambar bersama Tun Mahathir, tergantung cermin-cermin besar dan kecil? Ada orang ingat ianya untuk Feng Shui tetapi sebenarnya, selaku seorang manusia yang ada mata kepala dan mata hati, cuba cermin muka sendiri, dan tanya “Siapa aku ini?” sebelum kita menuding jari ke arah orang lain. Apakah kita lupa ada tiga jari yang menunjuk ke arah kita?
Apakah kerana gambar pejuang hak asasi yang berani bersuara lantang ketika parlimen Iran meluluskan undang-undang siapa saja rakyat Iran yang membunuh anjing penjajah, dia akan dihukum bunuh, digantung dalam rumah dan dibubuh di kebanyakkan buku saya, maka saya menjadi ejen propaganda Iran untuk mempromosikan syiah ke Malaysia seperti yang dilakukan oleh mereka yang meng-indoctrinate Islam Arab badwi yang bertopengkan ‘ahlul sunnah’? Imam Khomeini berani menentang Shah Pavlavi yang menjadi alat Dajjal yang sanggup menghina dan menzalimi rakyatnya, dan lebih sayang anjing penjajah dari saudara sesama Islam.Cerita pelacur yang memberi seteguk air di masukkan ke syurga kerana mulianya hati seorang pelacur; tetapi kita tidak boleh sayang anjing berlebih-lebihan kerana orang barat kata, ‘dog is a man’s best friend,’ anjing sahabat mereka tapi jangan lupa:
“Siapa yang tidur dengan anjing akan bangun dengan kutu anjing.”Benjamin Franklin
Pelik anjing lebih bernilai dari roh orang Islam; yang datangnya dari Allah SWT dan akan kembali kepada Allah SWT. Tan Sri Rahim Nor tidak terima kata-kata Almarhum Sultan Mahmud Iskandar semasa menjadi Tengku Mahkota apabila TMJ memanggil polis anjing, dan bapa polis bapa anjing. Baca buku terbaru saya Anwar Perdana Menteri Siapa Mati.Apakah mereka yang menuduh saya syiah, tahu ‘syiah’ itu apa? Apakah kerana ada puak yang melabelkan syiah itu kafir maka saya pun kafir? Apa yang bangang sangat ini? Jangan jadi sengal, poyo yang berpegang kepada falsafah ‘beri nama yang buruk kepada anjing, kamu boleh bunuh anjing tersebut’ seperti Amerika yang melabel orang Islam sebagai terrorist, maka terrorist boleh dihukum sesuka hati, CIA ke dia ni?
Apakah mereka yang mengaku ‘ahlul sunnah’, tahu ‘ahlul sunnah’ itu apa benda? Ada belajar ilmu tawhid ke tidak? Kenal ke dia pada Nabi Muhammad SAW, percaya ke dia pada hadith Rasulullah SAW? Mungkin dia ini seorang Quranist. Pencinta keluarga Rasulullah SAW mengikut sunnahnya dan Al-Quran baru jadi ‘ahlul sunnah’? Ramai orang mempertikaikan orang kristian hari ini bukan lagi sebagai Ahlil Kitab. Apakah orang yang Islamnya sekadar pada MyKadnya itu Islam? Kristian pergi ke gereja pada setiap hari Ahad, dia pula terpaksa pergi masjid pada setiap hari Jumaat, takut tiga hari tidak pergi jadi kafir. Kasihan. Sewaktu solat tidak rapatkan saf, kerana ada manusia ditepi yang ‘maha halia’ yang diagungkan.
Islam adalah cara hidup yang paling sempurna, bukan sekadar sembahyang, puasa, berzakat, naik haji tapi masih minum arak, main judi, berzina, mengumpat, menfitnah dan rasuah. Bagaimana dengan mereka yang tidak melakukan solat kerana di dalam Quran tidak tertulis cara melakukan solat, tidak berpuasa dan tidak menutup aurat kerana Tuhan tengok hati dan bukan pada pakaian, sapu bersih harta faraid, duit anak yatim, duit zakat fitrah di faraidkan sama sendiri kerana ada lesen besar; samakah orang Islam mukmin, fasik dan munafik? Cakap bohong, berjanji mungkir, diberi amanah kemudian mengkhianati amanah, apakah munafik, masih boleh di kira sebagai Ahlil Kitab, kitab apa yang mereka gunakan? Lu fikirlah bro.
Semua orang yang ada ‘akal’, yang beriman percaya adanya roh di dalam diri, adanya syurga dan neraka, mati itu benar. Ramai yang mahu berubah setelah melihat kemurkaan terhadap pemimpin dan negara yang tidak percaya kepada kekuasaan Allah SWT ada rasa takut bila dapat hidayah. Secara mantiq rasionalnya, hendak berubah macam mana, jika tidak mahu membaca, mengaji dan mengkaji, tidak mahu bergurukan guru yang murshid? Bila lagi mahu duduk dan berfikir dan bertafakkur dan mencari ilmu atau mahu menghantar anak cucu ke sekolah islamik yang mempunyai pendidikan holistik, bukan sekadar menjadi hafizkerana nak masuk syurga guna subsidi. Pernah dengar nama Sekolah Islam ADNI?
Alam persekolahan adalah pengalaman yang pertama untuk kanak-kanak berjauhan dengan keluarganya dan disitu juga mereka akan diberi preview tentang kehidupan sebenar atau realiti hidup. Jadi memilih sekolah itu adalah sangat penting kerana apa yang mereka belajar secara tersirat dan tersurat akan bersama mereka hingga ke dewasa dan lebih penting lagi ia akan mengukir cara pemikiran mereka yang mampu menjadikan mereka manusia yang ‘luar biasa’ yang di perkenalkan oleh Tuan Haji Hasni.Jadi itulah sebabnya saya menghantar kesemua anak-anak saya ke Integrated Islamic College atau dikenali sekarang dengan nama Sekolah Islam ADNI yang menawarkan sukatan pelajaran antarabangsa. Sistem pendidikan di sekolah ini mementingkan kaedah holistik di mana pembelajaran bukan saja dari segi akademik semata-mata, tetapi ilmu spiritual juga ditekankan di mana selama ini sistem pendidikan kita gagal melahirkan modal insan yang beradab dan mempunyai akhlak.
Pembelajaran holistik ini memberi pelajar-pelajarnya suatu kebolehan untuk mentafsir dunia luar dengan lensa yang lebih luas, mereka dapat memahami realiti dengan menggunakan panca indera berserta dengan emosi yang membolehkan mereka mewujudkan sifat empathy.
ADNI membina murid yang berdaya saing di arena akademik dan agama. Murid-murid diajar di dalam sistem yang holistik yang merangkumi pembangunan IQ, EQ dan SQ. Pembelajaran di Sekolah Islam ADNI tidak memisahkan agama dan akademik. Malahan menggabungkan agama ke dalam subjek-subjek lain. Pembelajaran Islam bukan sahaja dilakukan di dalam kelas tetapi secara keseluruhan. ADNI telah berjaya melahirkan pemuda yang bersedia dan lengkap untuk menghadapi dunia dan akhirat. Inilah University of Life yang pertama yang mesti dilobi oleh anak-anak Islam.
Baca yang tersirat dengan pemikiran yang terbuka apa yang kamu lihat ketika kamu hadapkan wajahmu ke mana saja, di situ ada Allah SWT, pencipta kamu yang ada di mana-mana dan Dia lebih dekat dari urat leher kamu sendiri. Kenapa, tidak percaya ke? Apakah kamu percaya dan yakin dengan kekuasaan Allah SWT? Bukankah kerja Allah SWT yang menaik dan menurunkan sesiapa yang Allah SWT perkenan? Siapa boleh terfikir Ayatullah Khomeini yang di buang negeri di Paris, di negeri orang kafir boleh kembali ke tanah airnya Iran sebagai pemimpin kerohanian terhebat di dunia tanpa terlibat menggunakan sistem politik sekuler?
Apakah kita masih tidak mahu percaya dengan kata, “
Jika kamu memusuhi wali Ku, akan Ku memerangi kamu.
” Inilah karamah dan ilham yang ada pada seorang wali Allah seperti mukjizat pada para Rasul, Nabi dan pada manusia luar biasa. Pelik dan ajaib tapi benar, bagaimana Imam Khomeini boleh menumbangkan sebuah kerajaan negeri yang dibelakangnya Amerika Syarikat dan sekutunya. Lapan tahun Saddam Hussien menggunakan senjata bahaya di bantu oleh negara-negara Arab, akhirnya mereka tidak mampu menghancurkan Iran dan yang mati dalam kehinaan dan di gantung adalah Saddam Hussien; Kuwait yang diserang oleh Iraq.
Islam muncul ibarat bunga, berkuntum, berkembang kemudian layu, kini Islam berada dalam sebuah taman, satu ladang yang di buka oleh mereka yang percaya hanya agama Allah SWT sahaja yang boleh mendamaikan dunia yang penuh dengan sengketa oleh mereka yang ganjil tidak pernah jumpa Nabi Muhammad SAW tapi beriman dan bertaqwa inilah tanda-tanda bakal timbulnya Imam Mahdi dan Nabi Isa AS, dimana Islam dan Kristian akan bersatu sudah kelihatan. Kenapa kita masih takut berkata benar atau terpaksa mengorbankan wang ringgit dan masa hatta nyawa sekalipun mempertahankan Islam sebagai agama Allah yang benar - deen al-haq, untuk menyelamatkan dunia yang sedang di porak-perandakan oleh ajen-ajen Dajjal yang bertopengkan Islam, yang menggunakan wang ringgit, pengaruh dan kedudukan untuk merosakkan orang Islam yang Islamnya sekadar pada nama.Selaku seorang penulis blog, saya bertanggung jawab untuk mendidik dan memimpin pemikiran rakyat ke arah kebenaran. Mudah-mudahan pertemuan dengan 100 para blogger dan facebooker bermula pada 9 dan 10 March di mana saya hanya tuan rumah, yang lain diurus oleh Uncle Seekers dan kawan-kawannya. Semoga pertemuan ini dapat membawa keluar mereka yang masih tidak faham bahawa blog dan Facebook itu sekadar media yang bersifat maya, alat penyampai seperti media massa yang lain tapi yang penting ilmu akal dan iman penyampai; supaya tidak dilabel goblok dan masyarakat hilang kepercayaan seperti yang berlaku pada media massa arus perdana.
Tugas dan tanggung jawab penulis sama ada menggunakan TV, radio, akhbar dan media baru selaku ummat Islam yang beriman selain memastikan bahawa generasi yang mendatang terdidik dengan akhlak Rasulullah SAW supaya mempunyai pandangan alam Islam, yang dihidupi dengan mesra oleh khalifah sebagai pengerusi bagi segala hal ehwal negara yang kita cintai. Jadilah seorang blogger dan facebooker yang berani berkata benar. Sama ada kita hidup di kalangan mereka yang beriman atau yang taghut, tugas kita sebagai penyampai berita seperti nabi Allah sama ada Nabi Ibrahim ‘alayhi salam atau Musa ‘alayhi salam terhadap Firaun dan Namrud, terserah, tanggung jawab kita yang selama ini dibutakan supaya celik biru mengingatkan rakyat pilih ketua yang beragama yang ada sifat kenabian. Islam adalah agama rasmi Malaysia maka kita perlukan seorang pemimpin yang beriman dan bertaqwa. Selaku pewaris Nabi mereka perlu ada sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Perlu mempunyai adab, akhlaq dan keterampilan selaku bayangan Allah SWT di muka bumi dan menghantar anak cucu ke sekolah yang mementingkan pendidikan secara holistik bukan sekadar ‘hafiz’.
Mereka yang pernah sampai ke Wadi Hussien selain melihat ada puluhan tempayan yang besar-besar, dengan mata yang celik, pasti nampak ribuan pohon dari ratusan jenis tumbuh-tumbuhan dan terdapat beberapa cermin besar di luar, kerana pelawat tidak dibenarkan masuk di dalam rumah. Apakah mereka pernah terfikir kenapa saya buat kerja-kerja macam ini? Ada orang kata saya gila, buka taman pada orang ramai secara percuma dan buka University of Life yang pertama di Malaysia yang tidak mengeluarkan diploma ataupun scroll, “Macam mana mereka nak cari makan selepas mengikuti perkongsian ilmu di Unilife?” Apakah kita menuntut ilmu kehidupan semata-mata untuk cari makan atau menambah pengetahuan dan menjadi seorang ilmuwan, seniman, pahlawan tanpa pedang seperti samurai tanpa pedang di Jepun?
Dulu semasa saya mengambil 28 orang anak Ustaz Abu Talib yang berumur dari 2 bulan hingga 5 tahun dan 10 orang isterinya yang berwarga Singapura kerana tidak ada orang yang berani memelihara anaknya apabila Abu Talib dan 10 isterinya ketika di penjarakan, saya di tuduh syiah. Bukan mudah, buat baik pun salah juga.
Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mahu membantu mereka, saya menerima mereka kerana ia adalah tanggung jawab fardu kifayah, yang mana ramai orang menyebut “fardu kifayah jadi tidak payah.” Ke mana hilangnya semangat persaudaraan Islam? Apa dah jadi dengan hati budi kita bila melihat jabatan dan mahkamah Islam di Johor yang hanya pandai menghukum? Ke mana perginya perasaan kemanusiaan dan rasa kepedulian; Raja selaku Ketua Agama buat apa? Manusia di cipta atas nama sifat Ar-Rahman Pencipta, ada ke Islam tanpa kemanusian? Inilah akibat hanya mengutamakan fardu ain, mengutamakan hukum syariat dan mengikut hukum fekah tanpa pemahaman hakikat, tarikat dan ma’rifat.
Salah satu dari kesukaan Rasulullah SAW adalah wanita tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menjadikan perempuan selaku hamba seksnya. Sebaliknya, cintanya terhadap wanita bermaksud menaikkan taraf mereka dan menjadi suara mereka sambil menjadi their first line of defense. Sebenarnya Abu Talib adalah seorang yang gila seks, sex maniac yang menggunakan sistem
‘nikah muta’ah’
untuk kepuasan nafsunya. Sekarang dia menjalani hukuman penjara seumur hidup, anaknya sendiri pun dia rogol, apa punya Islam? Astaghfirullah hal Adzim itulah balasan bertopengkan syiah semata-mata untuk nikah muta’ah, takut melakukan free sex dan LGBT; ada juga yang bertopengkan sunni tidak boleh terima kerana ada 3T: teringin tapi takut. Dia boleh muta’ah dengan anak orang lain, tapi orang lain tidak boleh muta’ah dengan anaknya.
Saya tidak pernah takut pada ‘label’. Macam-macam label, gelaran dan brand yang dilemparkan kepada saya, “Suka hati lu lah brader,” kata orang Sabah. Semasa saya bersama Al-Arqam dulupun, kerana Wadi Hussien menjadi Arqam Transit, saya di label ‘orang Arqam’; nama tersenarai dalam list yang akan ditahan dibawah ISA. Malah sekarang Wadi Hussien didiami oleh Ku Shah, abang ipar Sultan Ibrahim Johor dan sepupu Sultan Ahmad Shah Pahang. Apakah kerana anakanda Sultan Perak duduk menumpang bersama Uncle Seekers yang juga menumpang maka saya kerabat diRaja? Ini sangat baik, mungkin saya mahu menukar nama kepada Yang Mulia Tengku Syed Hussien, boleh ke?
Dalam politik pada mulanya saya di label orang Musa, orang Mahathir, orang Anwar, dan orang UMNO sedangkan saya tidak pernah jadi ahli mana parti politik; nonpartisan. Betullah kata peri bahasa Melayu, besar mana mulut tempayan kita masih boleh tutup, bukan mulut pengumpat dan pemfitnah. Mentang-mentanglah mamat ini ada media baru dia terlupa ‘bila timbul kebenaran yang batil akan pupus dengan sendirinya.’ Tidak elok ganggu harimau tidur. Jika terasa nak jadi hero harus sanggup mati dalam arena.
Saya penulis dan pemikir yang tidak mudah untuk dilentur dan ditakut-takutkan dengan ugutan, label dan gelaran - hidup saya untuk mati. Kerja saya mendokumentasikan apa yang berlaku pada saya, dan di sekeliling saya. Mengingatkan manusia supaya jangan mudah terpengaruh dengan puak dan masyarakat, yang tanpa kita sedari cuba membentuk cara hidup kita. Melainkan kita seperti ikan yang hidup di laut, garam tidak boleh meresap ke tubuh.
Kerana hobi saya suka membaca, tidak kira apa buku pun saya baca, dan melalui pengalaman dengan manusia-manusia yang saya temui dan buku-buku hasil karya Imam Khomeini, Ash-Shahid, Dr Ali Shariati, Ash-Shahid Murtada Mutahhari dan Tijani dengan bukunya Akhirnya Ku Temukan Kebenaran dan Ihya Ulum Ad-Deen, karya hujatul Islam Imam Al-Ghazali, saya dapat melihat sesuatu dari perspektif universal.
Selama 50 tahun hidup selaku penulis yang telah mengembara hampir ke empat penjuru alam ianya telah memberikan saya inspirasi untuk menulis buku The University of Life dan berkongsi ilmu mengenai kehidupan dan mengajak mereka, kaum ilmuwan dan pemikir, bagaimana kita boleh membawa kedamaian hasil pergaduhan yang di ada-adakan antara syiah dan ahlul sunnah dan perpecahan ummat Melayu dari mazhab yang sama yang merugikan bangsa sendiri.
Lahirnya University Al-Hayat, universiti kehidupan ini supaya mereka yang berfikiran dalam kotak dapat di keluarkan dari kepompong yang menutupi penglihatan mereka mengenai peri pentingnya ‘kebenaran’ supaya kita semua boleh menjadi manusia merdeka jiwa raganya. Terutama keluarga Rasulullah SAW yang seperti pemuda-pemuda Al Kahfi yang tertidur selama 300 tahun. Kita tidak lagi hidup di zaman Muawiyyah berkuasa. Yang mana dia boleh menyeksa dan membunuh selain keluarga Rasulullah SAW juga ulama yang mencintai ahlul bayt.
Mereka yang mengenali saya dan pernah hadir ketika saya adakan perkongsian ilmu secara santai, tahu memang dari segi amalan hidup saya, saya amatlah rugged suka bertopi cowboy. Apakah itu bererti saya alat Amerika? Saya dulu pernah ke Hollywood ingin jadi film star, tapi tidak jadi. Apa bezanya mereka yang bersongkok, berkopiah dan berserban; yang memegang jawatan penting apakah tidak mungkin mereka dalam payrolemusuh-musuh Islam? Anak cina makan pengat, sendiri punya diri sendiri mahu ingat. Kita boleh simpan
Red Book
komunis, mengikut cakap Tan Sri Dr C. C. Too, Pengarah Perang Saraf Malaysia tahun lapan puluhan, di rumah tetapi itu tidak bermakna kita sendiri komunis. Orang syiah tidak memakai tie; tanya kawan-kawan lama saya di Johor Baru, saya bergelar Hussien Tie, kerana minat saya memakai dan mengumpul ratusan tie. Anak saya nama Omar, mana ada orang syiah yang namakan anaknya Omar dan adik saya juga bernama Omar. Datuk saya sohibul ratib qutubul anfas Habib Omar bin Abdul Rahman bin Aqil Al-Attas, pembawa ratib Al-Attas yang mengamalkan tarikat Alwieen keturunan dari Imam Hussien anaknya Imam Ali dan Fatimah Al-Zahrah binti Muhammad, Rasulullah SAW. Satu keturunan dengan Imam Khomeini. Apakah kerana kita mencintai tok nenek kita, kita syiah? Bukankah Imam Ali karamallahu wajhah menantu Rasulullah SAW adalah sahabat dan khalifah? Bagaimana mereka yang membenci keluarga Rasulullah SAW, apakah mereka wahabi atau yahudi?
Cinta kepada Rasulullah SAW dan ahlul bayt sudah menjadi darah daging saya. Sejak saya kecil lagi kerana saya biasa ke rumah Syed Alwee Al-Hadad, Syed Muhammad bin Salim Al-Attas di Singapura dan berjumpa dengan ulama besar dari Hadramawt yang datang ke rumah, sebab itulah saya selalu mengeluarkan kata-kata Al-Shafie yang mengatakan “
jika mencintai ahlul bayt Nabi itu shiah rafidah yang sesat, maka bersaksilah bahawa aku shiah rafidah yang sesat.
” Apakah mereka pengikut Imam Shafie dalam mazhab ahlul sunnah itu ‘sesat’?Di zaman Ceasar berkuasa, rakyat takut dengan perkataan ‘ambitous’. Siapa yang ditangkap dengan tuduhan bercita-cita tinggi boleh dihukum bunuh. Serupa dengan perkataan ‘derhaka’ di zaman Raja-Raja Melayu berkuasa. Sekarang pun ramai yang takut dengan label ‘derhaka’, takut ‘derhaka’dengan Sultan tapi tidak takut derhaka dengan Allah SWT, Tuhan Sekian Alam. Dulu orang tidak berdosa sekalipun bila Raja termakan fitnah, orang tersebut menjadi ‘Public Enemy’. Seperti Hang Nadim yang cuba menyelamatkan Singapura dari di langgar todak kerana kecerdikannya untuk menyelamatkan bumi Singapura, dia di bunuh. Ini zaman Nadim dan Jebat mula menjadi hero masyarakat, maka muncul pemimpin yang berani macam Anwar Ibrahim yang muncul sebagai hero yang mengubah landskap politik Malaysia. Keberaniannya menjadikan dia seorang catalyst bagi kebangkitan rakyat yang sudah lama sangat tertidur.
Tiada bezanya otak kita dengan otak haiwan lain, mungkin otak lembu dan kambing ada bezanya dari segi besar kecil untuk dibuat lauk. Tapi otak orang yang berakal akan memanfaatkan telinganya, matanya dan lidahnya dalam kata-kata dan setiap perbuatannya tergolong dalam kategori manusia luar biasa. Dia tidak cakap suka hati mak bapak dia macam Yem, Sultan Johor ketika murka Nizar, MB Perak, ada ke dia kata Nizar pemimpin bertokak dan berkudis. Itulah yang terjadi bila jual murah sangat, ‘bergadai, bergolok kita beli juga.’ “Jangan marah, nanti kena jual,” pinjam dialog P. Ramlee.
Orang yang berakal tahu membezakan antara dosa dan pahala, tidak mudah membiarkan diri di kuasai nafsu amarah dan emosi; tidak bodoh sombong, tidak ego berlebih-lebihan, tidak rasa diri pandai dan hebat. Wajib ada rasa malu, ada rasa bersalah bila dia cermin muka dia, dia tong kosong, ‘an empty vessel makes the most noise’ . Jangan pandai guna ayat Al-Quran, mentafsir Quran tapi tidak tahu bahasa Arab tetapi Islam hanya pada MyKad, Islam fasik. Cakap tidak serupa bikin punya. Bila terbongkar rahsia siapa anda sebenarnya baru padan muka. One cent no use bro. ‘Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.’
“Tidak beragama orang yang tidak berakal.”(Hadith)
Mungkin sebab itu mereka yang tidak beriman tidak berani; tengok muka sendiri pada cermin, muka macam hantu, perangai malam macam burung hantu. Orang yang berani tidak baling batu, sembunyi tangan. Setiap tuduhan yang hendak dibuat perlu ada bukti. Jangan cakap ikut emosi atau ada agenda yang tersembunyi.
Apakah kerana label syiah maka saya akan dibenci oleh masyarakat? Kalau macam itu, kenapa mereka boleh membiarkan orang syiah dari Iran turut serta dalam pertandingan Al-Quran. Allah SWT, Tuhan bagi orang syiah dan sunni, Nabinya Muhammad SAW, kiblatnya di Mekkah, Umrah dan Haji ke Mekkah juga, bukan kiblatnya di White House. Bagaimana dengan agama yang dibawa oleh orang yang menuduh saya syiah, yang di bawa oleh badwi dari Arab jahiliyyah? Apakah dia bukan seorang wahabi atau yahudi? Lu fikirlah bro.Baru-baru ini sekali lagi saya dilemparkan dengan tuduhan ‘syiah’. Kononnya orang yang mengkritik Raja ingin ‘memakzulkan’ Raja, dan siapa yang membuang Raja maka dia seorang ‘syiah’. Adakah dia sudah membaca sejarah Arab Saudi? Yang membuang Raja zuriat Rasulullah SAW dan menukar nama negeri kepada nama keluarganya sendiri itu wahabi atau syiah? Hilangnya Raja-raja di India, Cina, Rusia dan ratusan Raja di Indonesia salahnya siapa dan siapa yang mematikan sistem khilafah dan menggantikan dengan sistem monarki kalau bukan Muawiyyah; yang menggunakan 100 masjid selama 70 tahun supaya ummat Islam membenci keluarga Rasulullah SAW.
Saya sekadar mengingatkan saudara sesama Islam yang di amanah sebagai pemegang kuasa rakyat, selain memastikan bahawa generasi yang mendatang supaya terdidik dengan pandangan alam Islam secara holistik yang dihidupi dengan mesra ketika adanya Daulah Islamiyyah . Kini kita berada di zaman khilafah, para pemimpin yang ada akan diganti dengan khalifah. Telah terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan. Semua mesti faham ‘khalifah’itu tidak boleh dipersempitkan kepada yang ingin merubah bentuk politik kepada ‘khilafah’, sedangkan yang lebih utama adalah dengan mempertanggung jawabkan pemimpin terhadap segala kelakuannya mengikut akhlaq Rasulullah SAW.
Apa yang akan berlaku pada anak cucu dan bangsa kita bila kita memilih orang yang tak berilmu, tak beradab, tak berhati perut menjadi ketua agama? Allah suruh mengingatkan manusia membuat kebaikan, mencegah kemungkaran, berkata benar sekalipun pahit tapi kita tidak peduli semua itu hingga cacing sudah naik ke mata. Mereka yang sepatutnya menjadi wali nikah bagi anak dara yang tiada wali, menceraikan wanita yang suaminya berpergian terlalu lama, menegakkan keadilan bila ada yang dizalimi. Syukur pada Allah SWT sudah muncul Sultan Muhammad, Sultan Kelantan yang baru sebagai khalifah.
Saya bukan ulama atau orang alim, saya terpaksa buat kerja yang sepatutnya dibuat oleh para ulama yang mengaku selaku pewaris Nabi Muhammad SAW sebab mereka sudah sibuk masuk sarkas politik.
Saya hanya seorang pemerhati, penganalisa politik kontemporari, pengkritik sosial dan kebetulan lahir dari nasab keluarga Al-Attas dari keturunan Imam Hussien radiAllahu anhu, cucu Rasulullah SAW, maka saya tidak dapat dilarikan dari perjuangan untuk mempertahankan agama Allah SWT, saya kena berani berkata benar dihadapan para pemimpin yang zalim; seperti datuk nenek saya yang terpaksa jadi korban Yazid Muawwiyah di Karbala. Pelik, ramai mengaku anak cucu Rasulullah SAW sekadar mahu membanggakan keturunan tapi tidak pernah mahu tahu kenapa mereka dari keturunan Sayyidina Fakih Muqaddam yang di namakan Alweeien.
Tariqat al-Alawiyyah menghormati tariqat-tariqat tasawuf yang lain kerana tujuan mereka adalah sama ada salasilah hampir semua tariqat berasal daripada Sayidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah kecuali Tariqat Naqshabandiyyah yang sanad salasilahnya sampai kepada Sayidina Abu Bakr al-Siddiq.
Sekiranya terdapat ajaran tariqat yang salah, ulama-ulama Alawiyyin tidak akan berdiam diri tetapi akan terus menentang mereka. Ini adalah untuk menyelamatkan orang-orang awam yang tidak mengerti dan akan terjerumus ke dalam amalan yang sesat dan salah.
Hal ini dapat kita lihat pada diri Habib Alawi bin Tahir al-Hadad, Mufti Johor yang berpegang teguh dengan Tariqat al-Alawiyyah. Beliau menentang banyak tariqat kerana kebanyakkan sheikh-sheikh tariqat suka menokok-tambah wirid dan zikir sehingga terkeluar dari ajaran asal. Beliau sama sekali tidak menentang tariqat-tariqat yang betul.Walaupun pengikut Tariqat al-Alawiyyah tidak mengamalkan zikir-zikir tariqat lain, mereka membaca selawat tariqat lain seperti selawat al-Idrisiyyah daripada Sayyid Ahmad bin Idris (Tariqat Idrisiyyah), selawat al-Tijaniyyah daripada Sayyid Ahmad al-Tijani (Tariqat al-Tijaniyyah) yang makamnya di Fez, Moroko, selawat al-Badawiyyah daripada Sayyid Ahmad al-Badawi (Tariqat al-Badawiyyah) yang makamnya di Tantah, Mesir.
Dari buku 'Umar bin Abd al-Rahman, Kisah dan Sejarah al-Qutub al-Anfas al-Habib Umar bin Abd al-Rahman Pengasas Ratib al-Attas, oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas, Masjid Baalawi Singapura. Imam Shafie seorang ulama ‘ahlul sunnah’ tidak pernah diragukan kata-katanya yang membawa maksud; “Beliau rela digelar syiah kerana kecintaanya terhadap ahlul bayt yang membela haq dan kecintaan terhadap mereka yang berada dijalan haq kerana ianya sebahagian dari kebenaran.”
Imam Ja’far Sadiq radiAllahu anhu, cicitnya Amirul Mukminin Sayyidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah yang mana ilmunya di ambil oleh imam-imam ahlul sunnah juga adalah ahlul sunnah dari aqidahnya, meskipun berpihak kepada Sayyidina Ali karamallahu wajhah dari segi politik.
“Aku (Rasulullah SAW) adalah (gedung) ilmu dan Ali (karamallahu wajhah) adalah pintunya.”(Hadith)
Orang mukmin itu adalah yang cinta pada haq kebenaran.
Imam Ali Uraidi dan Musa Al-Kazhim adalah anak kepada Imam Ja’far As-Saddiq habib yang lahir di Hadramawt bergelar Alweeien dari keturunan Muhammad ibn Ali Uraidi, para mubaligh yang berdakwah dan mengembangkan Islam ke Nusantara adalah nasab yang sama seperti Imam Khomeini; bezanya dari mazhab ahlul sunnah tetapi tidak memusuhi syiah. Maka sesuatu yang jelas zalim mesti dikatakan zalim, begitu juga sesiapa yang tidak adil kita perlu kata dia tidak adil. Peduli apa dia Perdana Menteri, President, Raja, Mullah atau ulama Sunni ataupun Shie’.
Cinta kepada Rasulullah SAW mengatasi cinta pada ibu bapa, harta benda, kuasa dan juga wanita.
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.(Al-Ahzab:56)
Penulisan saya bukanlah fatwa, ia merupakan tulisan ‘politik semasa’ yang boleh saja tidak dipersetujui dan mungkin ada kalanya tidak salah untuk agree to disagree, sebab itu bila perlu dikritik saya sedia menerima kritikan. Tulisan saya mengajak pembaca untuk berfikir; think, FIKIR, tafakkur, di mana buku-buku ditulis dalam bahasa signaturesaya yang berbentuk brutal dan infotainment, supaya memecahkan kejumudan akal para pembaca yang sukar memahami buku yang di tulis oleh para ilmuan dari menara gading.
Apakah kerana saya mengkritik Sultan Ibrahim (Yem) dan kerabat diRaja ia mengakibatkan Yem dan keturunannya akan hilang takhta? Saya tidak pernah mengajak rakyat Johor supaya berarak ke Istana Johor mengadakan reformasi dan membuang Sultan Ibrahim. Malah tulisan saya berupa nasihat jika mereka membaca yang tersirat dan bukan yang tersurat semata-mata, supaya kita dapat mengatur dengan cermat bagaimana nasib orang Melayu Islam terutama di Johor terbela bila adanya pegawai polis, Menteri Besar dan para pegawai kerajaan, ulama dikeliling Raja sudah menjadi Yes Men. Saya melemparkan soalan bahawa apakah tidak wujud insan yang lebih layak menggantikan beliau? Saya persoalkan mestikah kesultanan itu menjadi harta warisan keluarga bilamana Putera Mahkota itu bukanlah yang paling layak mewarisi kepimpinan seperti kerusi Perdana Menteri yang diwarisi oleh anak Perdana Menteri? Sejarah telah membuktikan kerana kekejaman Sultan Mahmud mati di julang kerana tidak ada keturunan digantikan oleh anak Tun Habib yang bergelar Sultan Abdul Jalil tapi di bunuh. Sultan Abdul Jalil kemudian diganti oleh Temenggung Ibrahim, datuk ke-lima Sultan Ibrahim yang ada sekarang?
Kebangkitan rakyat Iran pada tahun 1979 menurunkan Muhammad Reza Shah Pahlavi Raja segala Raja tapi beliau tidak mahu menjadi Presiden atau Raja yang berkuasa di Iran atau tinggal dalam Istana Raja segala Raja. Malah beliau hanya tinggal di rumah rakyat, PPR di Jamran, Tehran. Yang gila kuasa dan melantik diri sendiri sebagai Raja ialah Muawiyyah dan memaksa rakyat memilih anaknya Yazid sebagai Tengku Mahkota dan membunuh keturunan Rasulullah SAW dengan kejam sesudah Nabi SAW wafat 50 tahun. Apakah orang yang membunuh anak cucu kita dimuliakan sebagai sahabat?Kenapa kita tidak boleh ambil Iktibar dari hikmah sejarah ini? Adakah tidak mustahil rakyat sendiri mampu melantik khalifahnya yang adil, menggantikan Raja yang kejam, zalim dan tidak adil, kerana rakyat 1Malaysia hari ini tahu haknya sebagai tax payer dalam negeri demokrasi berparlimen di mana Raja hanya sebagai simbol. Malaysia mampu mengemukakan pemimpin yang charismatic, berkaliber dan ciri-ciri berwibawa dan berilmu. Tapi kerana rakyat sedang diharu dengan penyakit kerosakan akhlaq, penyakit sosial, wabak penyakit pemikiran dari barat dimana ada yang sudah menolak Nabi Muhammad SAW sebagai ikon dan role model; terlalu leka dengan hiburan dan berpolitik yang tidak menguntungkan rakyat terutama orang Melayu maka kita harus adakan kursus pembaik pulih adab dan pembersihan akal dan rohnya yang sakit melalui pandangan alam Islam seperti disyorkan Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan usahanya di ISTAC?
Iman dan ketaqwaan tidak terdapat pada jubah dan serban.
Orang yang berakal tidak buat kerja-kerja bodoh seperti ulama yang punya scrollcap ayam yang di muliakan kerana kerusi yang di duduk, jawatan atau kerana pernah memegang jawatan penting. Mufti atau pensyarah terkemuka dari mana universiti tapi masih buat kerja yang boleh menyesatkan orang lain kerana mempunyai agenda peribadi. Allah SWT suruh taat pada orang berakal, jangan tanya siapa yang berkata, apakah yang dikata boleh diterima oleh akal atau tidak.Akal itu adalah filter yang memerlukan Al-Quran sebagai manualoleh mereka yang beriman dan bertaqwa. Dengan ini barulah Al-Quran itu dapat dijadikan sebagai satu rahmat dalam kehidupan seharian untuk sekelian alam dan tidak memisahkan ilmu syariat, hakikat dan ma’rifat dengan mengikut tafsir Al-Quran yang mereka faham untuk kepentingan sendiri dan menolak hadith yang sahih.
Sebenarnya ada dua hujah yang disampaikan oleh Allah kepada manusia. Iaitu hujah ‘internal’, dalaman, rohaniah, yang berupa akal; dan hujah ‘external’ yang berupa Al-Quran, para Rasul, para Nabi dan lain-lain.
Atas dasar itu pulalah lahir konsep taglid/marja’iyah, iaitu kewajiban orang sebarangan biarpun bergelar ulama untuk mentaati orang yang kononnya berilmu tapi sekadar ilmu fikih tanpa tasauf. Untuk memberikan fatwa tentang sesuatu hal yang ia tidak mempunyai ilmu yang berkaitan dengan ilmu hakikat, tarikat dan makrifat. Itualah sebenarnya makna firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya...”(Al-Isra’:36)
Seandainya anda terkesempatan membaca, bacakan matan Aqaid An-Nasafi, manuskrip tertua ditanah melayu yang dikaji dan sudah diterbitkan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas anda akan dapati, ‘Imam’ pemimpin itu tidak boleh dimakzulkan, yakni dibuang tanpa ganti seperti kata pantun Melayu, “Jika tuan menebang jati, biar serpih jaga tumbang, jika tuan mencari ganti, biar lebih jangan kurang,” meskipun dia fasik dan zalim seperti firaun di negara Arab aau diktator di negeri Islam atau Raja dan Malik. Kita perlu adakan peganti yang terbaik di kalangan terbilang dan bukan yang terbaik di kalangan terbuang.
Kezaliman yang dilakukan dalam sebuah kerajaan itu lebih ringan berbanding kezaliman yang akan terjadi dalam keadaan kacau bilau bila sudah tidak ada lagi khalifah, Imam atau Raja yang di tumbangkan semata-mata kerana dipengaruhi emosi dan marah tanpa menyediakan peganti yang lebih baik. Dan ini terbukti di negeri-negeri arab yang mana para diktatornya yang zalim itu terbuang dan digantikan dengan yang lebih banyak buruk dari baiknya akibat kita tidak membuat persiapan seperti yang dilakukan selama 13 tahun Rasulullah SAW berjuang sebelum munculnya negara Islam pertama.Di dalam hadith, Nabi Muhammad SAW yang mulia menyebutkan, “Ada tiga hal yang bisa merosak agama: Pertama, imam yang zalim; kedua, penguasa yang zalim (sultan jair); ketiga orang-orang bodoh berijtihad.” Di dalam Al-Quran pun disebutkan bahawa kita harus berpaling dari orang-orang yang bodoh. Atau kalau orang-orang yang jahil itu juga mengajak bicara dengan kamu, jangan dilayani, tapi ucapkan saja salam. Assalamualaikum bro.
Penampilan saja tidak boleh menunjukkan seseorang itu ulama atau bukan. Kita tidak mungkin ‘dengan cara apa pun’ boleh mengenali seseorang itu betul ulama yang baik atau jahat, sunnah Rasulullah SAW tidak terletak pada pakaian luaran atau bukan semata-mata kerana pada zahirnya dia seorang yang berilmu, apa lagi ada ‘scroll’ cap ayam dari universiti dari negara arab, hatta Universiti Madinah yang apa saja dibuat oleh ahlul sunnah badawi itu akan kata bida’ah, shirk. Begitu juga dari Universiti Al-Azhar atau PhD dari universiti di UK atau dari Harvard Amerika Syarikat, Islam yang sanadnya dari mentor yahudi mungkin pada syariatnya terutama dibidang fikih dia hebat melalui penampilan lahiriyyah kerana dia sudah dilabel sebagai seorang yang bergelar the so called ulama mufti misalnya.Kalau semua kekuatan yang dimiliki oleh manusia itu tunduk kepada akalnya, maka ia akan menghasilkan sesuatu yang baik, begitu juga sebaliknya. Misalnya, kalau kekuatan emosi (ghadhab) ditundukkan kepada akalnya, maka akan lahirlah sifat pemaaf, pengasih, pemurah, bertoleransi dan sanggup berkongsi apa saja harta seperti penduduk Madinah; ansar kepada muhajirun dari Mekkah, tanda hidupnya silatur rahim dalam persaudaraan Islam. Tapi kalau kekuatan syahwat manusia tidak dapat dikendalikan oleh akal dan imannya, tanpa akal hilanglah sifat wara’ dan zuhud, maka timbullah ego yang berlebihan, tamak, bakhil, zalim dan tidak adil.
Akal lah yang harus menguasai seseorang, bukan ilmu semata-mata. Dengan demikian, orang yang dapat disebut sebagai orang ‘agil adalah orang yang mampu mempergunakan akalnya sebagai pengendali dirinya. Dan orang yang jahil adalah orang yang akalnya tunduk kepada kekuatan nafsu kehaiwanannya dan mempunyai ego yang berlebihan sebagai jaguhan, seperti samsengKampung Dusun dalam filem Bujang Lapok arahan P. Ramlee.
Amat berbahaya bila kita bersahabat dengan orang yang bebal, bangang, sengal dan poyo, bodoh sombong, merasakan diri hebat semata-mata kerana nama dan gelaran. Apa lagi bila mudah terpengaruh dengan mereka yang diiktiraf oleh masyarakat kerana jawatan, kedudukan dan gelaran. Dia mungkin bermaksud untuk berbuat baik dari pandangannya tapi ia tidak akan memberikan manfaat kepada anda, justeru dia ada agenda yang tersembunyi. Suaranya bukan seperti “Suhufi Ibrahim wa Musa” (Al-Quran). Penyampaian kalimah Allah dari Ibrahim kepada Musa, suara yang disampaikan adalah suara Tuannya yang disembah. Ia boleh mendatangkan bencana kepada anda. Berbeza dengan seorang ulama yang ‘berakal’, yang di sampaikan adalah yang haq, kata-kata Allah. Dia tahu apakah tindakannya itu akan membahayakan anda atau tidak. Namun hendak hidup punya pasal, ulama suk yang tidak berakal tidak peduli apa. Yang penting egonya tidak tersentuh dan dia boleh mendapat habuan dari boss. Orang yang arif, orang yang bijak dan orang yang menggunakan akalnya. Bukan ‘aqil, cukup umur menjadi orang dewasa, dalam pengertian fikihyakni sudah cukup umur, terkeluar dari kepompong kanak-kanak dan dianggap orang dewasa; kalau kahwin boleh melahirkan anak. Kalau macam itu anjing yang sudah kahwin, boleh beranak, boleh dianggap sebagai akil baligh. Tapi hati-hati dengan cinta anak anjing, puppy love, seperti cinta monyet atau cinta anak Abu, anak bawah umur yang sudah boleh mengandung tapi masih belum dewasa dalam berfikiran.Think, FIKIR, Tafakkur.Assalamualaikum.
Published on March 07, 2013 04:16
February 22, 2013
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, para sahabat, tabiin dan seluruh ummat Islam.
Seandainya kita membuat sesuatau yang sudah dibuat oleh orang sebelum kita, itu bukan pembaharuan namanya, sebagai manusia yang mempunyai semangat ‘adventurism’ sebagai makhluk yang terhebat yang diciptakan oleh Allah SWT. Saya ingin meninggalkan legasi seperti kata pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama; sama ada baik atau buruk. Itulah harta yang di tinggalkan oleh manusia kerana manusia lahir telanjang, mati kosong tidak boleh bawa apa-apa ke kubur. Walaupun tiada yang baru di dunia ini, namun manusia yang sifatnya ‘bahru’ bernafsu, berkeinginan, tentu saja kita suka kepada sesuatu yang bahru. Baju baru, kereta baru, rumah baru dan lelaki tua macam mana sekalipun kalau dapati isteri baru pasti gembiranya luar biasa.
Terlalu ramai yang telah menterjemahkan gambaran syurga adalah air sungai yang mengalir dibawahnya. Syurga Firdaus dan Adni adalah taman yang indah belaka. Manusia di zaman ini sudah tidak lagi percaya kepada sesuatu tanpa bukti biarpun mati syurga dan neraka itu benar. Mereka mahu merasakannya apa yang dicakapkan melalui panca indera seperti menonton filem 3D atau 4D di pawagan. Maka terciptalah Taman Hana di Wadi Hussien di mana lahirnya Al-Attas Unilife, Al-Attas University of Life.Allah SWT Pencipta kita yang Maha Bijaksana. Suka pada manusia yang suka mencipta sesuatu untuk memanfaatkan manusia keseluruhannya. Pernahkah kita terfikir lahirnya media baru menerusi internet, handphone dan iPad semuanya ilham dari Allah untuk manusia akhir zaman yang tidak lagi percaya kepada karamah, kajaiban para awlia Allah. Sebaik-baik manusia adalah yang membuat sebanyak-banyak kebaikan dan menguntungkan sebanyak-banyak manusia. Allah SWT Maha Indah jadi hadiahkan lah sesuatu yang indah untuk Allah SWT.
Pelajaran yang dapat dikutip dari pelbagai liku-liku kehidupan, life, dengan menggunakan mata, telinga dan yang terpenting sekali ‘akal fikiran’, indera ke-enam dan menerusi panca indera dan The Creative Mind yang di miliki insan, boleh di alami sebagai guru kita menerusi ilham laduni dari Allah SWT. Sama ada dengan membaca dengan penglihatan atau mendengar menerusi pendengaran apa yang di sampaikan kepada kita yang berbentuk ilmu boleh iktibarkan sebagai pengajaran dari kehidupan yang berlaku kepada mereka yang peka dengan kehidupan alam semula jadi di sekelilingnya sendiri sebagai asas untuk terus hidup sebagai manusia bernyawa sebagai khalifah, God’s manifestation, di atas muka bumi.
Manusia perlu diingatkan peri pentingnya roh yang datangnya dari Allah SWT dan perjanjian dengan Allah SWT semasa di alam arwah. Insya-Allah dengan akal dan mata hati yang tersembunyi dalam jasad manusia boleh menyatukan manusia dengan khalifahnya. Munculnya Al-Attas University of Life supaya ilmu rahsia ‘sir’ yang selama ini tersembunyi yang cuba dihapuskan oleh ajen-ajen Dajjal kini boleh di kongsi bersama, ‘sharing’ di Unilife tidak kira siapa anda, berapa umur anda, apa bangsa mahupun agama dan ideologi yang anda anuti, yang penting anda bersedia untuk membuka minda dan sanggup menggunakan akal budi dan hati budi yang diselimuti oleh pengaruh kebebalan jahiliyyah.
Hidup ini penuh dengan pengajaran dan pelajaran yang boleh kita pelajari dari sejarah yang terdapat dalam Al-Quran yang di sampaikan oleh pesuruh Allah kepada manusia yang terdapat dalam Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sebagai contoh siapa manusia dan siapa Allah SWT yang menjadi rahsia manusia yang kita perlu pelajari untuk mengubati penyakit sosial yang melanda masyarakat manusia di seluruh dunia hari ini. Insya-Allah ubatnya kita perlu tahu siapa kita dan siapa Tuhan kita? Kalau tidak cari, tidak jumpa dan tidak kenal; tidak kenal maka tidak cinta. Kalau tidak minta, tidak dapat, “Minta pada Ku,” Allah berjanji, “Permintaan mu akan Ku perkenankan.” Hamzah Fansuri pergi ke Mekkah mencari Tuhan dan beliau jumpa Tuhan di rumahnya sendiri. Apakah anda tidak ingin jumpa Tuhan anda? Dari Allah SWT kita datang, kita akan kembali kepadaNya.
Nabi Muhammad SAW naik ke sidratul muntaha bertemu Allah SWT di malan Isra’ Mi’raj. Abu Yazid Bustani juga sampai ke sidratul muntaha di bawah Rasulullah SAW. Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati, mencelikkan orang buta, mengubati pelbagai penyakit kronik. Begitu juga dengan Sheikh Abdul Qadir Jailani Sultanul Awlia. Allah SWT yang menghidup dan yang mematikan, Allah SWT yang Maha Kuasa, Raja sekian alam.
Dari kisah nabi-nabi dan para Rasul dan Lukman Al-Hakim, manusia biasa seperti kita juga yang punya pengetahuan dan dari pengalaman dan kebijaksanaan para Awliya Allah, kita dapat pengajaran yang dikongsikan di Unilife untuk insya-Allah mengubah mindset dan sikap anda yang jumud yang di sebabkan minda terpenjara akibat cinta dunia takut mati.
Manusia perlu membersihkan hati perut yang kotor, perut hijau kata orang utara, dengan sifat mazmumah pelajaran pertama yang mereka dapat bila melangkah masuk ke Unilife dengan niat mahu belajar mengenai kehidupan bermula dengan menghargai tumbuh-tumbuhan, belajar menikmati warna-warna keindahan tumbuh-tumbuhan, nikmat Allah SWT depan mata di alam semulajadi dan alam cakerawala. Hanya mereka yang buta hati, tidak ada perasan halus tidak mendapat kesedaran untuk menggunakan akal budi dan adab bila berada di dalam taman. Hanya manusia yang rosak jiwanya akibat nafsu yang dipengaruhi oleh syaitan yang meleka dan melalaikan manusia yang sanggup merosakkan tumbuh-tumbuhan hingga makhluk yang lain hilang haknya untuk tinggal di hutan.
Tugas manusia hanya sebagai ‘penyampai’, postman, dan Allah saja yang boleh memberi hidayah sebab itu kita perlu yakin sepenuhnya dengan kekuasaan Allah Raja Sekian Alam dan Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat bagi sekian alam, illa rahmatan lil alamin. Kita tanam pokok, bukan tebang hutan untuk memuaskan nafsu syaitan.
Semoga anda yang tidak berkesempatan untuk hadir di kuliah yang diadakan di Unilfe di dalam taman mudah-mudahan dengan membaca buku The University of Life ini insya-Allah anda akan bertukar menjadi orang-orang yang beriman, bertaqwa dan menyatuknan diri dengan Allah SWT, a believer and doer, berilmu, yakindan beramal. Kerana, seorang tidak boleh mengaku beriman melainkan setelah melalui ujian dan cubaan (Al-Quran).
Sampai bila kita sekadar menjadi manusia ‘Melayu Islam’ atau bangsa lain yang mengaku Islam, tapi tidak dapat merasakan Al-Quran hidup dalam diri tapi tidak ada rasa kepedulian sharing and caring terhadap sesama manusia, hablum min an-nas yang tidak dapat dipisahkan dengan hablum min Allah. Islam bukan terlekat pada luaran, sebagai salah satu contoh sunnah Nabi Muhammad SAW, di jubah, misai, janggut dan serban, tapi tidak ada rasa kemanusian kepedulian, rasa cinta kasih sayang, sanggup bermaaf-maafan terhadap sesama manusia.
Dengan melangkah masuk ke Wadi Hussien, insya-Allah anda dapat belajar dari apa yang anda lihat, fikir dan tafakkur apa yang ada dalam khayalan mengenai tumbuh-tumbuhan, ikan dalam kolam, burung-burung dan air sungai yang mengalir jernih adalah gambaran syurga mengikut Al-Quran di mana Allah SWT dalam Surah Rahman bertanya sebanyak 33 kali, “Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang mahu kau dustakan?” Bukankah kita tergolong dalam kalangan ulil al-bab dan ulil absar; the thinking being, manusia yang ada akal.
Selaku orang Melayu yang mempunyai pendekatan melalui dua kedaulatan yang terdiri “kedaulatan alami”, “daulat manusia” dan “daulat Islamiyyah”, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Syukur bagi mereka yang kenal siapa diri dan siapa Tuhannya, dan faham maksud yang tersirat di sebalik apa yang tersurat. Mereka yang dapat baca, menterjemah, menganalisa dan mengkaji dengan perantaraan ilmu hakikat, tarikat dan makrifat yang dianggap asing dan bid’ah oleh segolongan ulama. Lu fikirlah bro.
Yakin dan percayalah mereka-mereka yang celik mata hatinya kerana panca inderanya berfungsi dan mereka akan melihat apa yang ada dalam taman ini dengan satu perspektif yang berbeza jika mereka tahu alam ini terkandung dengan ayat-ayat Allah SWT.
Pandangan di antara satu manusia dengan yang lain mengikut kadar kekuatan ilmu dan niat di hati; ilmu di cari untuk apa? Sendiri punya diri, sendiri mahu ingatlah. Amal bermula dengan niat. Tepuk dada tanya selera, apa tujuan anda ke Unilife, samakah si poyo, sengal, bebal dan mereka yang mengaku the so-called intellectual?
Jika anda mahu melihat hama dan bintang-bintang tanpa menggunakan mikroskop dan teleskop ia sama sahaja seperti menonton filem 3D tanpa cermin mata khas 3D, menghabiskan karen aje. Apabila hijab sudah terbuka insya-Allah kita dapat melihat sesuatu yang ghaib menerusi basirah, anugerah Ilahi pada siapa yang Allah kehendaki.Akibat tidak punya ilmu kerohanian tentang hakikat hidup, tidak punya ‘tarikat’ jalan dalam kehidupan seharian, dan tanpa ilmu ma’rifah datangnya dan kembalinya entah ke mana, mahukah kita hidup dalam kerugian?
Ada mulut tak boleh berkata-kata dinamakan ‘bisu’. Orang pekak dan bisu masih boleh guna isyarat tangan. Orang yang ada mulut, ada lidah tapi takut berkata benar, lidahnya jadi lidah syaitan. Di Al-Attas University of Life diwajibkan bersifat berani. Berani menegur kesalahan dan kemungkaran, berani mengajar kebaikan bermula dengan diri sendiri dan keluarga. Ada saja ilmu pengetahuan tanpa sifat berani, tidak boleh membentuk watak manusia; tidak berguna serupa seperti kupang tembaga, one cent no use.
Semasa berada di Taman Hana Wadi Hussien cuba perhatikan ada tulisan pada pasu besar di tepi kolam ikan, perkataan “Fikir, THINK, Tafakur” untuk mengingatkan kita bahawa selaku manusia yang dikurniakan ‘akal’ kita perlu membaca dengan akal budi, memikir, menganalisa, mengkaji dan mencari rahsia yang tersembunyi disebalik apa yang hanya dapat dilihat oleh mata hati; bukan sekadar membaca buku hiburan semata-mata tetapi membaca menggunakan akal fikiran. Baca dengan ‘mata kepala’, memerhati dengan ‘mata hati’ untuk menghidupkan kekuatan luar biasa manusia menerusi kuasa kerohanian yang ada dalam diri. Ada yang mengatakan ia seumpama menghidupkan naga yang tidur dalam diri.
Jangan berani mencuri kerana dikuasai oleh nafsu amarah, berani membunuh dan melakukan segala macam maksiat kerana tidak ada ‘conscience’ akibat dalam kepala tidak ada rasa bersalah kerana mata hatinya buta. Jika anda berkesempatan belajar ilmu firasat, anda tahu bahawa dua biji mata sekadar accessory sahaja, akibat akal yang menghubungkan dia dengan Pencipta tidak berfungsi. Nama saja Islam tapi tidak beriman akibat tidak mempunyai akal budi. Sembahyang, puasa, tidak minum arak, tidak berzina, yang perempuannya menutupi aurat tetapi masih mengumpat dan jumpa bomoh yang sememangnya ditegah oleh Allah SWT.
Inilah yang dimaksudkan dengan kesan dan bekas kekuasaan Allah SWT yang terdapat dalam hati insan dan sesudah hati dibersihkan hijab akan terbuka insya-Allah anda akan dapat melihat dengan lebih luas alam rasa seperti mereka yang berpenglihatan luar biasa. Manusia yang tumpul perasaannya adalah laksana orang yang rabun ayam yang teraba-raba di permukaan bumi dalam terang akibat mata hatinya buta. Bila lagi mahu belajar ilmu dalaman yang boleh mencelikkan mata ketiga, the third eye, yang ada dalam diri manusia? Mereka yang mencari tanda-tanda kekuasaan Allah SWT bergantung hanya pada benda semata-mata, tanpa menggunakan mata hati menerusi basirah Allah. Sampai bila yang di cari lebih dekat dari urat leher tetap tidak jumpa? Sampai bila mahu jadi manusia yang rabun akalnya dan rabun hatinya? Lu fikirlah bro.
Setiap mereka yang mengaku beragama memerlukan ilmu kerohanian, jika anda berminat mempelajari ilmu tasauf yang terdapat dalam kitab Ihya Ulum Ad-Deen hasil karya Imam Ghazali dan kisah riwayat hidup para wali Allah ibarat anda perlu siap menadah tempayan menunggu turunnya hujan. Ingat dengan ilmu kita cari ilmu. Kawan untuk tambah kawan, cari pengaruh dengan pengaruh dan duit dengan duit.
Al-Attas University of Life cuba membuat pembaharuan bagi mereka yang mahu belajar ilmu kesufian tanpa memakai baju bulu kambing biri-biri dan membuang segala kemewahan. Insya-Allah guru yang murshid memang ada cuma anda belum ditemukan jadi mulalah belajar dari alam semula jadi, melalui fikiran dan bertafakkur; sesaat anda bertafakkur sama seperti beribadat 100 tahun (Hadith).Pensyarah yang mempunyai skrol QBE, qualified by experience, sama ada dapat diterima, disenangi atau tidak, ini tidak menjadi soal. Anda kena cari ilmu, ilmu tidak akan cari anda. Lu fikirlah bro. Anak cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ingat.
Al-Attas University of Life dibuka kerana saya sukakan pembaharuan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai supaya anak cucu kita nanti menjadi orang baik-baik, civilized and with good ethics. Selain adab, tahu tanggung jawab terhadap sesama manusia dan alam semula jadi, fardu kifayah, selain tidak meninggalkan fardu ain, tanggung jawab terhadap Allah SWT. Untuk mengembalikan mereka yang sesat di hujung jalan supaya kembali ke pangkal jalan melalui ilmu kerohanian. Mengubah sikap manusia bakhil menjadi pemurah, yang kejam dan zalim menjadi pengasih, yang tamak haloba sanggup berkongsi, yang pentingkan diri sendiri sanggup bertoleransi. Loving, giving, caring, sharing and forgiving.Saya terdiri dari orang-orang yang suka bermain ombak dan melawan arus dan setelah Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun bila dia mengakui antara sebab dia letak jawatan kerana dia gagal mengubah Melayu dan mengingatkan kita tentang pentingnya perjuangan yang belum selesai. Saya nampak Anwar Ibrahim akan meneruskan perjuangan itu.
Di mana silapnya penulis pemikir yang telah menghasilkan buku Dilema Melayu? Kenapa dia sendiri pun berakhir dengan menimbulkan dilema dalam landskap politik negara? Apakah kerana itu dia menangis ketika mahu meletak jawatan?
Syukur pada Allah SWT rupa-rupanya ramai manusia yang jiwanya macam saya, Berani Gagal, meminjam kata Billy Lim. Mari kita teruskan perjuangan pemimpin Melayu yang meninggalkan tanggung jawab setelah mengaku gagal tapi masih mahu terlibat dalam politik setelah bersara; bila Tun Abdullah Badawi letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan di ambil alih oleh Najib, dia masuk semula ke dalam UMNO. Jika takut di lambong ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut di kritik, jangan jadi pemimpin politik. Saya sahut cabaran Tun Dr Mahathir pada 15 July 1995 untuk mengajak para intelektual di menara gading mempelajari semangat adventurism yang boleh di pelajari di Al-Attas University of Life, kepada Mahathir yang mudah lupa supaya teringat kembali apa yang pernah dilaporkan oleh media massa.
“Semangat adventurism ini kalau dalam bidang ilmu ialah kesediaan untuk diuji dan dicabar. Kita tidak boleh mendakwa menjadi orang ilmu atau pakar sekiranya kita tidak diuji pada peringkat paling tinggi.”
Dr Mahathir MohamadBERITA HARIAN, 15 JULY 1995
Bukankah kehidupan ini satu ujian; mana ada para Rasul yang mengaku gagal, begitu juga ulama pewaris nabi? Sebelum kita berpindah ke satu dunia yang kekal yakni ‘akhirat’? Apakah kita mempunyai bekal dan simpanan untuk akhirat? Inilah dilema ummat Islam sebenarnya dan bukannya masalah ekonomi. Dato Senu dan sekumpulan intelek juga gagal mengubah mindset Melayu dengan buku Revolusi Mental. Yang perlu di revolusikan adalah kerohanian. Sebab itu selaku pejuang hak asasi manusia, sebelum saya mati saya tidak mahu ‘patah semangat’. Selagi saya hidup, selagi itu saya akan lawan seperti semangat adventurism yang terdapat dalam diri saudara Anwar Ibrahim. Siapa yang ingin jadi jaguh mesti sanggup mati dalam arena dan Anwar Ibrahim telah membuktikannya dan lantas mengajak masyarakat seperti yang disampaikan oleh Dr Mahathir.
“Sudah tiba masanya rakyat mengubah sikap dan bersedia untuk meneroka serta menceburi dalam sebarang bidang termasuk yang paling asing sekalipun.”Dr MahathirKegagalan yang terjadi ke atas manusia bukanlah kerana kesalahan Tuhan. Allah SWT tidak pernah zalim, manusia yang menzalimi dirinya sendiri. Biarpun Allah SWT menentukan qada’ dan qadar tapi Allah SWT beri manusia akal. Tuhan telah menghadiahkan kita Al-Quran, manual untuk cara hidup yang paling sempurna dan Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat bagi sekian alam, sebagai petunjuk jalan yang Haq. Kenapa masih ramai manusia tidak kira apa agama yang di anuti masih boleh di pengaruhi oleh Dajjal? Siapa Dajjal yang sebenarnya? Kita akan tahu siapa ajen-ajen dajjal dengan menggunakan ilmu firasat.
Masyarakat yang cinta dunia takut mati mudah tersungkur dalam kejahatan termasuk dalam perangkap kumpulan dajjal-dajjal untuk menunggu kedatangan Dajjal sebenar sementara munculnya Nabi Isa dan Imam Mahdi sebagai penyelamat dimuka bumi. Bukan setakat negara Islam saja yang telah dirosakkan oleh Dajjal malah seluruh dunia menjadi mangsa Dajjal. Tengok apa yang jadi pada Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Mampukah kita membebaskan diri dari pukauan Dajjal ini tanpa ilmu kerohanian tentang ketuhanan dan kenabian? Dajjal mahu hapuskan kepercayaan agama sepenuhnya di atas muka bumi ini seperti yang telah di lakukan oleh mereka yang sesat barat.
Kecelakaan berlaku mungkin kerana kesalahan kita sendiri yang mungkin sekadar mengaji tapi tidak mengkaji, tidak menyelidik peri pentingnya mempelajari Al-Quran yang berisikan seluruh keinginan manusia, dan mungkin juga tidak melakukan iqra’ (membaca dan menganalisa) kenapa syariat tidak boleh dipisahkan dari hakikat.
Sama ada kita faham atau tidak, percaya atau tidak;
Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya (Al-Quran).
Dajjal mengajar satu ideologi agama baru iaitu mengeluarkan Tuhan dari kehidupan manusia. Friedrich Nietzsche kata, “Tuhan sudah mati,” kerana kononnya Nabi Isa sebagai anak Tuhan telah dibunuh. Ingat senang ke hendak bunuh anak Tuhan apa lagi nak mematikan Tuhan yang menghidup dan mematikan kita. Apakah kerana percaya Tuhan dah mati mereka mencari bomoh dan menjadikan manusia sebagai Tuhan yang perlu disembah?
Muncul firaun moden di Timur Tengah sepatutnya membuatkan pemimpin hanya menumpukan niat kepada perkara-perkara keduniaan dan keuntungan duniawi semata-mata, berfikir apa guna wang berbilion yang di simpan di luar negara dan segala harta jika akhirnya mati dalam kehinaan. Apakah kita mahu perkara yang sama berlaku di dalam negara kita yang tercinta? Lu fikirlah bro. FIKIR, THINK, TAFAKKUR.
Published on February 22, 2013 04:01
February 17, 2013
Kenapa Najib Cuak Dengan Anwar
Bukan senang untuk menjadi seorang penulis terutama yang berkaitan dengan politik high profile yang melibatkan kepimpinan negara dan ramalan terbukti menjadi kenyataan. Untuk menulis biar sebaris ayat pun bukanlah satu kerja yang mudah dan boleh tulis sesuka hati tanpa ada fakta dan bukti nyata. Tidak percaya tanya anak angkat saya Norzah Kepol, editor Bulletin Rakyat, yang juga penulis buku politik semasa. Apa lagi nak buat ramalan jika tidak menggunakan analisa selain petunjuk dan jadual Allah.
Penulis mesti berada di mana-mana, jangan berangan jika mahu jadi telinga, mata dan suara rakyat, mesti sanggup berdepan dengan apa saja situasi, sanggup mengambil risiko. Norzah Kepol, Raihan Sulaiman Palestin di Parlimen bersama Datuk Dr Hilmy.Allah beri kita dua mata, dua telinga, satu kepala, satu hati. Pandang kanan pandang kiri, dengar sana dengar sini, jangan dengar bila ada orang rampas mikrofon dari kita, suruh kita listen, listen, listen,sampai tujuh kali, tapi dia tak mahu dengar cakap kita, kita saja mesti dengar cakap dia.
Saya banyak menerima panggilan telefon bila saya ramalkan yang Anwar akan jadi Perdana Menteri kerana ketika saya ramal yang Anwar akan menjadi Ketua Pemuda tahun 1982 orang kata ramalan saya tak masuk akal. Biarpun ramalan Musa Hitam menang lawan Kuli Tengku Razaliegh Hamzah dalam buku Siapa Selepas Musa tapi ia menjadi kenyataan. Kerana mereka tidak mahu keluar dari kepompong fikiran lama. Tak percaya bahawa Tuhan Maha Kuasa.
Peranan seorang penulis politik dan pemikir menanggung risiko yang terlalu tinggi tapi kerana ianya sudah jadi tanggungjawab. Sekali melangkah tidak akan berundur? Berkata benarlah sekalipun pahit.
Matahari adalah cahaya. Ilmu shahadat boleh dinamakan cahaya seperti ‘nur Muhammad’ yang menerangi hidup manusia yang di dalam kegelapan seperti Nabi Muhammad SAW menerangi bangsa Arab Jahiliah bila mereka terima Islam akhirnya bangsa yang hina dina jadi bangsa yang mulia. Kini ummat Islam hampir seluruh dunia sudah jadi seperti buih dipermukaan laut (Hadith); bila kehilangan shahadah La ilaha Illa Allah sebagai antibodiakibat kebodohan dan kejahilan mereka hilang segala kebesaran dan kemuliaan.
Ketika orang sibuk bercakap tentang siapa akan menang jadi Timbalan Presiden UMNO menjelang Perhimpunan Agung pada bulan Jun 1981 dulu, S.H. Alattas menerbitkan bukunya berjudul SIAPA SELEPAS MUSA?Waktu itu dia sudah pasti dengan kemenangan Musa. Walaupun 70% orang ramai percaya yang Tengku Razaleigh yang akan menang. Ternyata ramalan S.H. Alattas betul.
Sekarang orang sibuk bercakap tentang siapa akan menang jadi Ketua Pemuda UMNO menjelang Perhimpunan Pemuda pada 9 September 1982 - Suhaimi atau Anwar? Kira-kira 70% orang ramai percaya yang Suhaimi akan menang tetapi S.H Al-Attas meramalkan yang Anwar akan menang sebagai Ketua dan Najib sebagai Timbalan. Alasannya? Bacalah buku ini.
Belakang BukuPemuda Dizaman Mahathir
Berapa ummat Islam yang tahu kegagalan ummat Islam dimana-mana, hampir seluruh dunia sebab kaum Muslimin menjadi kaum yang terkebelakang peradabannya, terbelakang pengetahuan-teknologinya, terkebelakang ekonominya, jika dibandingkan dengan mereka yang dikategorikan sebagai kafir Islam menjadi mainan empuk musuhnya, kenapa? Apakah mereka sudah hilang akal atau hilang ilmu kerohanian dan hilang akhlak, hilang keyakinan kepada Allah SWT, kecintaan kepada Rasulullah SAW? Ramai sangat sudah menjadi Munafik tapi menuduh orang Islam yang lainnya fasik untuk menutup kekufuran mereka. Satu jari menunjuk keburukkan Anwar Ibrahim, terlupa 3 jari yang lain menunjuk kearah diri sendiri.
Kita bukan boleh menulis apa yang bermain di fikiran dengan gaya bahasa yang indah-indah dan puitis sahaja, tapi perlu menyampaikan mesej Al-Quran untuk memasukkan idea dalam pemikiran Melayu Islam supaya berani keluar dari kepompong; melihat Islam dari ‘ global perspective ’, bukan Islam yang ada di bawah kopiah putih atau serban masam yang mengggunung tinggi, berjubah, bermisai, berjanggut, bertasbih di tangan, tapi takut mengkritik pemimpin-pemimpin sendiri yang tidak bertanggung jawab menjalankan tanggung jawab dan telah menyalahgunakan kuasa, terutama jika orang yang melakukan maksiat itu kawan dan pemimpin parti politik dimana kita menjadi ahli.
Siapa selepas Najib?Tanggung jawab penulis cuba menyedarkan masyarakat melalui hasil tulisan sebab musabab kenapa saya berani ramalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Najib; kena pada masanya, kena pada tempatnya, kena pada orangnya; seperti ketika Najib dipilih selaku pemimpin. Rakyat kini mempunyai pemikiran yang terbuka. Orang muda sudah menjauhi UMNO, ahli UMNO sendiri menulis buku; Shahbuddin Husin menulis Najib Perdana Menteri Terakhir. Tapi tidak ada orang UMNO berani menggantikan Tan Sri Muhiyuddin Yasin sebagai pengganti mereka kerena mereka yakin teori RAHMAN sudah berakhir. Saya nampak Anwar bakal jadi Perdana Menteri dari fakta yang saya kumpul, misalnya dia menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan, begitu juga terhadap Nalakurapan. Itulah yang menyebabkan saya bertambah yakin.
Apa salah pemimpin UMNO kasi penulis peluang setahun sekali menjual buku di Perhimpunan Agung atau dijual di kedai-kedai buku tanpa menggunakan kekerasan dan menakutkan pekedai buku di mana di zaman Mahathir tidak pernah berlaku. Itu tanda kerajaan Najib takut dengan penulis yang tahu benda-benda yang benar. Anwar bukan musuh saya. Dia betul, saya kata dia betul. Najib bukan Tuanku saya, dia mengarut merapu saya tulis semua tu. 1Malaysia mahukan pemimpin yang ada merit, orang UMNO pun ramai yang sudah bosan anak-anak Perdana Menteri saja yang ‘layak’ duduk di kerusi Perdana Menteri. UMNO sudah menjadi parti feudal.
Dalam dunia politik senjata yang paling canggih adalah pena. Penulis itulah pena, pena itu ilmu, wahyu atau ilham yang datangnya dari Allah menerusi akal.
"Akal itu makhluk yang bila diperintah oleh Allah datang, dia datang, pergi bila disuruh pergi." Imam Ja’afar Saddiq
Sama ada penulis menggunakan typewriter atau internet, tidak kira media yang menyampaikan: arus perdana, buku, surat khabar, blog, Facebook atau pun Twitter. Untuk melakukan perang fikiran, untuk berperang psikologi - psychological warfare. Dalam perang menang atau kalah itu saga.
Mereka yang memegang satu aliran fikiran dan tidak mahu menerima ilmu akan menutup dirinya daripada menerima aliran fikiran mereka yang dianggap lawannya. Suka hati awak lah jika tidak suka apa yang saya ramal, saya penulis bebas mengeluarkan pendapat. Mereka terlupa “ jangan bertanya siapa yang berkata yang penting apa yang di kata ” (Imam Ali). Kenapa takut sangat Anwar ganti Najib? Lupakah lagu injit-injit semut siapa sakit naik atas. Bila lagi Anwar yang dah lama sakit hendak naik atas? Do’a orang yang dizalimi mudah dimakbulkan Allah. Allah Maha Pengampun, sifat illa rahmatan Nabi Muhammad SAW adalah untuk semua makhluk, sama ada Islam atau pun kafir. Allah boleh memaafkan dosa sesiapa saja yang Allah suka. Allah SWT mampu berikan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dengan hanya menyebut kun fayakun.
Pelik tapi benar, sudah jelas depan mata Utusan Malaysia, media arus perdana menfitnah Anwar Ibrahim dan mahkamah sudah pun jatuhkan hukuman. Rakyat tahu itu cara supaya rakyat membenci Anwar Ibrahim tapi bertukar kepada kasih sayang tapi membenci dan hilang kepercayaan kepada Najib, biarpun beri macam-macam. Perang menggunakan Nalakurapan sebagai senjata menjadi senjata makan Tuan. Benarkan yang cuak dan takut dengan Anwar Ibrahim adalah Najib dan kuncu-kuncunya. Mereka yang telah menganyiaya dan menjadikan dia sebagai punching bag.
Walaupun Anwar selaku lawannya itu ada melakukan dosa dan namun kerana belum mendapat hidayah. Bagaimana pula dengan hati musuhnya yang sudah sekeras batu, mindanya beku? Keadaan menjadi bertambah buruk apabila mereka dengan keangkuhan akibat tidak mahu sama sekali menghormati buah fikiran lawannya. Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW yang telah disempurnakan oleh Allah SWT.
Bukti Anwar akan menang Pilihan Raya sudah terang lagi bersuluh. Bukti sangat nyata yang mereka (UMNO) buat macam-macam untuk menggagalkan, memburuk-burukkan mereka yang terlibat dengan Bersih 1, 2 dan 3 dan akhirnya Kebangkitan Rakyat menang. Rakyat percaya Anwar teranyiaya dan dizalimi media arus perdana yang dikuasai oleh BN, telah melakukan apa saja fitnah untuk menyelamatkan Najib terbukti gagal.
Sedangkan apa salahnya kita duduk semeja adakan musyawwarah; sebagai permulaan ‘agree to disagree’. Baca apa isi kandungan buku ini dulu. Apakah tulisan saya mengampu Anwar atau menfitnah Najib? Saya cuba cari yang terbaik yang ada pada musuh. Kebanyakkan buku saya sebelum ini melihat Anwar sebagai musuh ummat Islam dari cerita yang saya dapat dari orang yang kononnya dianyaiyai dan dizalimi saudara Anwar, saya terlupa bahawa di sebabkan ego yang lebih besar dari diri selaku penulis telah merosakkan hubungan silatur rahimsesama manusia. Saya pernah menulis tentang Anwar dengan brutal, keras, kasar dan kejam tanpa belas kasihan. Namun dia tidak mengheret saya ke mahkamah walaupun sekali. Saya begitu berpegang pada konsep all is fair in love and war tetapi terlupa bahawa keangkuhan mereka yang berfikiran jumud kerana sikap poyo dan sengal membawa kepada suasana yang lebih runcing; kita fikir bila berlawan harus menang. Akhirnya sikap ini terbawa-bawa kepada mencari kelemahan peribadi pihak lawan dan memaparkan kepada masyarakat umum keburukan musuh untuk menyembunyi busuknya diri sendiri.
Melayu berpecah-belah akibat ramai pemimpin Melayu yang sudah hilang akal akibat dalam diri tidak ada la illaha illAllah sebagai antibodi. Akhirnya merugikan orang kita sendiri yang Islam tanpa paradigma holistik menjadi orang mukmin, itulah yang patut difikirkan. Jangan takut, jika ditakdirkan insya-Allah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Allah adalah Raja sekian alam. Allah yang kita sembah, kepada Allah kita meminta. Jika rakyat dan pemimpin-pemimpin mahu menyatukan semula Melayu yang bersengketa, jawapannya sangat ketara. Percaya pada ‘karma’ kerana Allah SWT tidak pernah zalim, manusialah yang menzalimi dirinya sendiri.
Penulis mesti berada di mana-mana, jangan berangan jika mahu jadi telinga, mata dan suara rakyat, mesti sanggup berdepan dengan apa saja situasi, sanggup mengambil risiko. Norzah Kepol, Raihan Sulaiman Palestin di Parlimen bersama Datuk Dr Hilmy.Allah beri kita dua mata, dua telinga, satu kepala, satu hati. Pandang kanan pandang kiri, dengar sana dengar sini, jangan dengar bila ada orang rampas mikrofon dari kita, suruh kita listen, listen, listen,sampai tujuh kali, tapi dia tak mahu dengar cakap kita, kita saja mesti dengar cakap dia.Saya banyak menerima panggilan telefon bila saya ramalkan yang Anwar akan jadi Perdana Menteri kerana ketika saya ramal yang Anwar akan menjadi Ketua Pemuda tahun 1982 orang kata ramalan saya tak masuk akal. Biarpun ramalan Musa Hitam menang lawan Kuli Tengku Razaliegh Hamzah dalam buku Siapa Selepas Musa tapi ia menjadi kenyataan. Kerana mereka tidak mahu keluar dari kepompong fikiran lama. Tak percaya bahawa Tuhan Maha Kuasa.
Peranan seorang penulis politik dan pemikir menanggung risiko yang terlalu tinggi tapi kerana ianya sudah jadi tanggungjawab. Sekali melangkah tidak akan berundur? Berkata benarlah sekalipun pahit.
Matahari adalah cahaya. Ilmu shahadat boleh dinamakan cahaya seperti ‘nur Muhammad’ yang menerangi hidup manusia yang di dalam kegelapan seperti Nabi Muhammad SAW menerangi bangsa Arab Jahiliah bila mereka terima Islam akhirnya bangsa yang hina dina jadi bangsa yang mulia. Kini ummat Islam hampir seluruh dunia sudah jadi seperti buih dipermukaan laut (Hadith); bila kehilangan shahadah La ilaha Illa Allah sebagai antibodiakibat kebodohan dan kejahilan mereka hilang segala kebesaran dan kemuliaan.
Ketika orang sibuk bercakap tentang siapa akan menang jadi Timbalan Presiden UMNO menjelang Perhimpunan Agung pada bulan Jun 1981 dulu, S.H. Alattas menerbitkan bukunya berjudul SIAPA SELEPAS MUSA?Waktu itu dia sudah pasti dengan kemenangan Musa. Walaupun 70% orang ramai percaya yang Tengku Razaleigh yang akan menang. Ternyata ramalan S.H. Alattas betul.
Sekarang orang sibuk bercakap tentang siapa akan menang jadi Ketua Pemuda UMNO menjelang Perhimpunan Pemuda pada 9 September 1982 - Suhaimi atau Anwar? Kira-kira 70% orang ramai percaya yang Suhaimi akan menang tetapi S.H Al-Attas meramalkan yang Anwar akan menang sebagai Ketua dan Najib sebagai Timbalan. Alasannya? Bacalah buku ini.
Belakang BukuPemuda Dizaman Mahathir
Berapa ummat Islam yang tahu kegagalan ummat Islam dimana-mana, hampir seluruh dunia sebab kaum Muslimin menjadi kaum yang terkebelakang peradabannya, terbelakang pengetahuan-teknologinya, terkebelakang ekonominya, jika dibandingkan dengan mereka yang dikategorikan sebagai kafir Islam menjadi mainan empuk musuhnya, kenapa? Apakah mereka sudah hilang akal atau hilang ilmu kerohanian dan hilang akhlak, hilang keyakinan kepada Allah SWT, kecintaan kepada Rasulullah SAW? Ramai sangat sudah menjadi Munafik tapi menuduh orang Islam yang lainnya fasik untuk menutup kekufuran mereka. Satu jari menunjuk keburukkan Anwar Ibrahim, terlupa 3 jari yang lain menunjuk kearah diri sendiri.
Kita bukan boleh menulis apa yang bermain di fikiran dengan gaya bahasa yang indah-indah dan puitis sahaja, tapi perlu menyampaikan mesej Al-Quran untuk memasukkan idea dalam pemikiran Melayu Islam supaya berani keluar dari kepompong; melihat Islam dari ‘ global perspective ’, bukan Islam yang ada di bawah kopiah putih atau serban masam yang mengggunung tinggi, berjubah, bermisai, berjanggut, bertasbih di tangan, tapi takut mengkritik pemimpin-pemimpin sendiri yang tidak bertanggung jawab menjalankan tanggung jawab dan telah menyalahgunakan kuasa, terutama jika orang yang melakukan maksiat itu kawan dan pemimpin parti politik dimana kita menjadi ahli.
Siapa selepas Najib?Tanggung jawab penulis cuba menyedarkan masyarakat melalui hasil tulisan sebab musabab kenapa saya berani ramalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Najib; kena pada masanya, kena pada tempatnya, kena pada orangnya; seperti ketika Najib dipilih selaku pemimpin. Rakyat kini mempunyai pemikiran yang terbuka. Orang muda sudah menjauhi UMNO, ahli UMNO sendiri menulis buku; Shahbuddin Husin menulis Najib Perdana Menteri Terakhir. Tapi tidak ada orang UMNO berani menggantikan Tan Sri Muhiyuddin Yasin sebagai pengganti mereka kerena mereka yakin teori RAHMAN sudah berakhir. Saya nampak Anwar bakal jadi Perdana Menteri dari fakta yang saya kumpul, misalnya dia menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan, begitu juga terhadap Nalakurapan. Itulah yang menyebabkan saya bertambah yakin.
Apa salah pemimpin UMNO kasi penulis peluang setahun sekali menjual buku di Perhimpunan Agung atau dijual di kedai-kedai buku tanpa menggunakan kekerasan dan menakutkan pekedai buku di mana di zaman Mahathir tidak pernah berlaku. Itu tanda kerajaan Najib takut dengan penulis yang tahu benda-benda yang benar. Anwar bukan musuh saya. Dia betul, saya kata dia betul. Najib bukan Tuanku saya, dia mengarut merapu saya tulis semua tu. 1Malaysia mahukan pemimpin yang ada merit, orang UMNO pun ramai yang sudah bosan anak-anak Perdana Menteri saja yang ‘layak’ duduk di kerusi Perdana Menteri. UMNO sudah menjadi parti feudal.
Dalam dunia politik senjata yang paling canggih adalah pena. Penulis itulah pena, pena itu ilmu, wahyu atau ilham yang datangnya dari Allah menerusi akal.
"Akal itu makhluk yang bila diperintah oleh Allah datang, dia datang, pergi bila disuruh pergi." Imam Ja’afar Saddiq
Sama ada penulis menggunakan typewriter atau internet, tidak kira media yang menyampaikan: arus perdana, buku, surat khabar, blog, Facebook atau pun Twitter. Untuk melakukan perang fikiran, untuk berperang psikologi - psychological warfare. Dalam perang menang atau kalah itu saga.
Mereka yang memegang satu aliran fikiran dan tidak mahu menerima ilmu akan menutup dirinya daripada menerima aliran fikiran mereka yang dianggap lawannya. Suka hati awak lah jika tidak suka apa yang saya ramal, saya penulis bebas mengeluarkan pendapat. Mereka terlupa “ jangan bertanya siapa yang berkata yang penting apa yang di kata ” (Imam Ali). Kenapa takut sangat Anwar ganti Najib? Lupakah lagu injit-injit semut siapa sakit naik atas. Bila lagi Anwar yang dah lama sakit hendak naik atas? Do’a orang yang dizalimi mudah dimakbulkan Allah. Allah Maha Pengampun, sifat illa rahmatan Nabi Muhammad SAW adalah untuk semua makhluk, sama ada Islam atau pun kafir. Allah boleh memaafkan dosa sesiapa saja yang Allah suka. Allah SWT mampu berikan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dengan hanya menyebut kun fayakun.
Pelik tapi benar, sudah jelas depan mata Utusan Malaysia, media arus perdana menfitnah Anwar Ibrahim dan mahkamah sudah pun jatuhkan hukuman. Rakyat tahu itu cara supaya rakyat membenci Anwar Ibrahim tapi bertukar kepada kasih sayang tapi membenci dan hilang kepercayaan kepada Najib, biarpun beri macam-macam. Perang menggunakan Nalakurapan sebagai senjata menjadi senjata makan Tuan. Benarkan yang cuak dan takut dengan Anwar Ibrahim adalah Najib dan kuncu-kuncunya. Mereka yang telah menganyiaya dan menjadikan dia sebagai punching bag.Walaupun Anwar selaku lawannya itu ada melakukan dosa dan namun kerana belum mendapat hidayah. Bagaimana pula dengan hati musuhnya yang sudah sekeras batu, mindanya beku? Keadaan menjadi bertambah buruk apabila mereka dengan keangkuhan akibat tidak mahu sama sekali menghormati buah fikiran lawannya. Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW yang telah disempurnakan oleh Allah SWT.
Bukti Anwar akan menang Pilihan Raya sudah terang lagi bersuluh. Bukti sangat nyata yang mereka (UMNO) buat macam-macam untuk menggagalkan, memburuk-burukkan mereka yang terlibat dengan Bersih 1, 2 dan 3 dan akhirnya Kebangkitan Rakyat menang. Rakyat percaya Anwar teranyiaya dan dizalimi media arus perdana yang dikuasai oleh BN, telah melakukan apa saja fitnah untuk menyelamatkan Najib terbukti gagal.
Sedangkan apa salahnya kita duduk semeja adakan musyawwarah; sebagai permulaan ‘agree to disagree’. Baca apa isi kandungan buku ini dulu. Apakah tulisan saya mengampu Anwar atau menfitnah Najib? Saya cuba cari yang terbaik yang ada pada musuh. Kebanyakkan buku saya sebelum ini melihat Anwar sebagai musuh ummat Islam dari cerita yang saya dapat dari orang yang kononnya dianyaiyai dan dizalimi saudara Anwar, saya terlupa bahawa di sebabkan ego yang lebih besar dari diri selaku penulis telah merosakkan hubungan silatur rahimsesama manusia. Saya pernah menulis tentang Anwar dengan brutal, keras, kasar dan kejam tanpa belas kasihan. Namun dia tidak mengheret saya ke mahkamah walaupun sekali. Saya begitu berpegang pada konsep all is fair in love and war tetapi terlupa bahawa keangkuhan mereka yang berfikiran jumud kerana sikap poyo dan sengal membawa kepada suasana yang lebih runcing; kita fikir bila berlawan harus menang. Akhirnya sikap ini terbawa-bawa kepada mencari kelemahan peribadi pihak lawan dan memaparkan kepada masyarakat umum keburukan musuh untuk menyembunyi busuknya diri sendiri.
Melayu berpecah-belah akibat ramai pemimpin Melayu yang sudah hilang akal akibat dalam diri tidak ada la illaha illAllah sebagai antibodi. Akhirnya merugikan orang kita sendiri yang Islam tanpa paradigma holistik menjadi orang mukmin, itulah yang patut difikirkan. Jangan takut, jika ditakdirkan insya-Allah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Allah adalah Raja sekian alam. Allah yang kita sembah, kepada Allah kita meminta. Jika rakyat dan pemimpin-pemimpin mahu menyatukan semula Melayu yang bersengketa, jawapannya sangat ketara. Percaya pada ‘karma’ kerana Allah SWT tidak pernah zalim, manusialah yang menzalimi dirinya sendiri.
Published on February 17, 2013 02:38
February 13, 2013
BARU DALAM PASARAN!
STOK TERHAD! emailkan HPnumber ke alxsunilife@gmail.com RM60 senaskah termasuk pos.
LU FIKIRLAH BRO...
Published on February 13, 2013 01:52
January 27, 2013
Sultan Perak Dalam Kenangan

Cerita-cerita mengenai raja-raja Melayu bukanlah sesuatu yang baru.Ini kerana titik sejarah kesultanan Melayu itu sendiri bermula kira-kira 500 tahun yang lalu iaitu sebaik sahaja Parameswara menabalkan dirinya menjadi Sultan Melaka. Hari ini, siapapun tidak terfikir, bahawa negeri yang pernah melahirkan tradisi kesultanan di bumi, Melaka cuma Yang DiPertua Negeri saja, seorang rakyat biasa yang lima tahun sekali ditukar tapi tetap mempunyai taraf raja.
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan
email HPnumber ke alxsunilife@gmail.com
Rm60 termasuk Pos.
Namun itulah laluan sejarah yang bagaikan sebatang jalan yang tidak pernah ditempuhi: kita tidak tahu apakah ranjau-ranjau disebalik selekoh-selekoh yang bakal dilalui. Yang jelas apa saja yang bersifat baru akan binasa. Ada lawannya tak ada.
Tapi biar bagaimanapun kisah Raja-raja Melayu di sepanjang zaman ditandai dengan peristiwa-peristiwa suka dan duka.Ada juga yang lucu, mengasyik dan lagi menyeronokkan.Cerita-cerita begini biasanya berkisar pada perihal Raja-raja dengan para gundek serta dayang-dayang mereka atau perihal raja yang jatuh cinta dengan anak-anak wayang, primadona-primadona, perempuan-perempuan kaberet dan pelajar-pelajar maktab.Maka dengan itu jadilah cerita mengenai tiga jenis kerabat.
Satu, kerabat yang benar-benar dari kalangan raja-raja: namanya kerabat diraja. Kedua, wanita dan gadis-gadis dari kalangan rakyat biasa yang dikerabatkan ke dalam kerabat diraja oleh raja-raja ataupun anak lelaki mereka.sebagai contoh proses pengkerabatan ini, ramai anak-anak wayang dan penyanyi yang menjadi isteri raja-raja dan anak-anak mereka. yang ketiga, ialah mereka yang mengkerabati puteri-puteri raja. Mereka bukan para Tunku-Tunku tapi rakyat biasa yang berjaya memperisterikan puteri-puteri raja.Contoh-contohnya tak payahlah saya sebut, kerana P. Ramlee pun sudah merakamkan lagu tersebut semasa hayatnya.Kemudian selain dari itu tidak kurang juga cerita-cerita mengenai kezaliman, kemungkaran, kejahatan dan kedurjanaan raja-raja.Cerita-cerita seperti ini mendapat tempat di hati sarjana-sarjana sejarah samada dari luar negeri atau dalam negeri yang kemudian merakam peristiwa-peristiwa itu menurut versi masing-masing di dalam buku-buku mereka.
Meskipun begitu kisah-kisah sejarah yang dibukukan itu hanya terbatas kepada kisah raja-raja yang hidup di zaman dulu, di zaman Tanah Melayu belum mempunyai Perlembagaan yang menyeragamkan keistimewaan raja-raja. Waktu itu surat khabar pun belum ada. Oleh itu kebanyakan cerita-cerita itu disampaikan dari semulut ke semulut dan diturunkan dari generasi ke satu generasi.
Hari ini keadaan sudah banyak berubah.Raja-raja Melayu di bawah Perlembagaan sudah jadi sekumpulan manusia yang berada di atas undang-undang, manusia-manusia yang ‘ immuned ’ terhadap undang-undang.
Akhbar-akhbar pun sudah banyak.Dan rata-rata akhbar-akhbar ini melaporkan hal-hal yang baik sahaja tentang raja-raja.Kalau ada cerita yang tak baik, para wartawan akhbar-akhbar itu terpaksa kembali membuat laporan seperti di zaman primitif dulu, iaitu laporan dari mulut ke mulut.Mereka tidak berani menulis berita-berita itu di dalam akhbar masing-masing, melainkan Tunku Abdul Rahman.Sikap kurang jujur seperti inilah yang mungkin telah mendorong orang-orang Melayu menganggap raja-raja mereka sebagai manusia luar biasa kerana tidak ada satu kerjapun yang dilakukan oleh raja-raja sekelian yang dianggap tidak betul.Raja-raja dianggap macam malaikat.
Perihal adanya raja-raja, anak-anak raja, menantu raja, besan raja, biras dan sebagainya yang minum arak, kaki betina, kaki judi, kaki disko, yang perangai macam kaki busuk dan bermacam-macam kaki tidak pernah mendapat ruang di dalam akhbar-akhbar.Macam mana Raja nak tahu salah silap dan kerabat mereka?
Kalau setakat nak bercerita memang banyak yang boleh dijadikan cerita. Saya sendiripun bukan tak biasa bercampur gaul dan bertempuk-tampar dengan golongan ini.
Dulu sewaktu pejabat saya masih di Medan Tuanku, saya biasa terserempak dengan mereka yang minum-minum sambil berhibur di Pub Brass Grill yang terletak berhampiran dengan pejabat saya itu.waktu itu ada raja, ada menantu raja dan ramai kerabat-kerabat raja yang minum di situ.
Diwaktu kemuncak orang-orang Melayu masih lagi menjadikan minum-minum arak ini sebagai satu cara untuk relaks dan menenangkan fikiran, Pub Brass Grill dan lain-lain pub milik orang Melayu di kawasan Medan Tuanku adalah diantara tempat yang menajdi tumpuan keluarga diraja dan sahabat handai mereka.
Alhamdulillah, di zaman kebangkitan semula Islam ini, tidak ada satupun lagi pub-pub serupa itu di kawasan ini.Begitu juga dengan kelab-kelab malam seperti Greenmaids, Tropikana dan lain-lain kelab malam milik orang Melayu, kalau muncul pun umurnya tak panjang.Berniaga benda-benda haram ini tak berkat.
Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum. Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.
Namun biar bagaimanapun, seorang wartawan senior, yang kebetulan telah diamanahkan oleh Almarhum menulis cerita baginda telah menulis tentang apa yang sebenarnya berlaku mengikut ceritanya.
Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.
Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.
“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.
“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.
“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.
“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.
“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.
Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.
“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.
Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.
Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”
“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.
Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.
“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.
Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.
“Tuanku sihat di Makkah?”
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.
“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.
Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.
“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.
“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.
“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.
“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.
“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.
“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.
Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali ke tanahair.
Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.
“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.
Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”
“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.
“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.
“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.
“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.
Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.
Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.
Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.
Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.
Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.
“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.
Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.
Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.
Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”
Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.
Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.
Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.
Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.-Dari buku Lima Raja Terakhir (Cetakan 1990)
Published on January 27, 2013 21:27
January 20, 2013
Senjata Makan Tuan
Sempena dengan penganugerahan ini, izinkan patik menyampaikan sedikit ucapan kepada para hadirin.
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan
email HPnumber ke alxsunilife@gmail.com
Rm60 termasuk Pos.
Sesungguhnya takhta merupakan suatu institusi yang dicipta dan diwujudkan oleh perlembagaan.Sebelum perlembagaan wujud, maka raja yang bertakhtalah yang wujudnya perlembagaan dan undang-undang.Undang-undang perak dan undang-undang 99 di perak telah digubal oleh raja yang bertakhta satu abad sebelum didatangi oleh penjajah Portugis.
Pada zaman silam, takhta merupakan suatu institusi satu dalam semua, dan semua dalam satu.Raja yang memerintah memainkan peranan sebagai pencipta dan pembuat undang-undang.Apa yang difikirkan perlu oleh raja-raja yang memerintah, maka undang-undang tidak akan wujud tanpa memikirkan sama ada suatu perkara tidak baik atau buruk. Umpamanya, fasal yang pertama undang-undang Melaka mengenakan hukuman bunuh keatas sesiapa yang memakai pakaian kuning.Fasal itu berbunyi:“Fasal yang pertama ada menyatakan adat majlis segala raja-raja dan larangan raja-raja itu jika dipakai oleh segala rakyat.”
Ketahuilah olehmu bahawa tiada harus dipakai oleh rakyat itu sendiri kekuningan dan kepada segala orang-orang besar-besar sekalipun, jikalau tiada dengan kurnia raja-raja maka dibunuh hukumnya. Demikian lagi tiada dapat memakai kain yang nipis terbayang-bayang seperti kasa dan sebagainya pada balai raja-raja atau negeri raja-raja itu melainkandengan titah raja dan kurnia, atau di luar boleh dipakai, jikalau lain daripada itu nescaya dicarikkan atau ditolakkan keluar hukumannya.Tahta juga menjadi pemerintah atau kerajaan.Raja mempunyai kata pemutus mengenai sesuatu perkara.Baginda kadang kala mewakilkan kuasa kepada Memanda menteri atau bendahara dan kadang kala menjalankan tugas pemerintahan itu oleh baginda sendiri. Di sinilah timbulnya istilah kerajaan yang berasal dari konsep “raja yang berkerja”
Takhta juga menjalankan peranan sebagai badan pengadilan, tempat tiap-tiap kes dijalankan di hadapan raja di dalam istana, dan rajalah yang menjadi hakim dan memberi kata putus, Sejarah Melayu telah menunjukkan bahawa Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat baginda sebagai hakim. Tetapi nasib baik, Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh bendahara.Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat tidak dapat dilaksanakan secara berkesan oleh seorang raja, maka tugas itu telah diserahkan dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya. Dalam konteks moden, ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh parlimen sebagai bahan pembuat undang-undang, pemerintah atau kerajaan sebagai badan pembuat undang-undang, pemikiran atau kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman sebagai badan pengadilan.
Di Negara kita, takhta masih kekal sebagai suatu symbol lambang perpaduan, sebagai punca dan dan tonggak keadilan, sebagai tempat memohon kasihan belas dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang-bintang kehormatan.
Ampun Tuanku,
Sejarah telah menunjukkan juga bahawa di setengah-setengah Negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tapi bilangan ini telah turun satu demi satu-kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini -pada dekad kelapan abad keduapuluh- hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta.Takhta Merak kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, kononnya takhta merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat.Sebenarnya, penasihat-penasihat istana terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan Negara. Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat-laun rakyat kan memberontak dan takhta akan tergugat.
Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan inspirasi rakyat .Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyerkat kemarahan aspirasi rakyat.Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah istana ke muzium seni dan budaya.Sejarah juga telah menunjukkan bahawa penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah dilakukan oleh penasihat-penasihat istana kononnya atas nama takhta. Mereka ini adalah terdiri daripada orang yang cuba mengambil kesempatan untuk berteduh dibawah payung kuning dan naungan takhta, kononnya, kalaulah takhta itu kebal, maka mereka turut sama kebal. Malah bukan sahaja mereka menyalahgunakan kuasa tetapi mereka sanggup melakukan jenayah kecil dan besar.
Ada setengah-setengah golongan manusia pula yang lebih takut kepada Allah.Golonngan-golongan ini adalah terdiri daripada alim ulama yang tugasnya wajib memberi nasihat kepada takhta atau penasihat istana mengenai penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan terhadap jalan Allah. Mereka mengetahui yang sesuatu perkara yang itdak baik telah dilakukan dalam istana, tetapi sengaja membisu, takut-takut mereka akan kehilangan jawatan, dipecat atau dimurkai. Mereka ini lebih mementingkan jawatan dan gaji lumayan daripada menegakkan jalan Allah.Orang yang bertanggungjawab kepada Allah di Yaumal Masyar nanti ialah alim ulama yang telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya, semata-mata kerana gaji dan kedudukan.
Di Malaysia, di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, hanya takhta sahaja yang kebal dan tidak boleh didakwa dalam apa jua kesalahan dalam mana-mana jua mahkamah. Yang lainnya- daripada Perdana Menteri sehinggalah kepada rakyat biasa- tiada seorang pun yang kebal. Taraf mereka adalah sama, hak mereka adalah sama, dan mereka diberi perlindungan yang sama dibawah perlembagaan. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka mereka akan dihadapkan ke mahkamah tanpa memilah bulu, tanpa memilih darah etnik yang mengalir dalam tubuhnya, tanpa mengenal menteri atau rakyat biasa.
Tetapi walaubagaimanapun, walau seberapa kebal sekalipun takhta, namun takhta tidak boleh lari daripada hukuman Allah, hukuman yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira rakyat atau raja.
Di Malaysia, takhta akan terus dikekalkan selagi perlembagaa tidak dipinda. Dan perlembagaan tidak akan dipinda selagi rakyat masih taat setia kepada raja. Rakyat akan terus memberi sepenuh taat setia kepada raja-raja selagi mereka berteduh di bawah payung takhta. Kalaulah takhta dapat memainkan peranan mengikut lunas-lunas perlembagaan tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir luar perlembagaan, maka selama itulah takhta akan terus kekal bukan sahaja di istana tetapi juga dalam hati dan sanubari setiap rakyat jelata.
Ampun Tuanku,
Dalam istana, takhta merupakan seorang khalifah yang mempunyai kewibawaan yang menjadi wakil Allah di atas muka bumi ini, Di Malaysia tiap-tiap buah takhta adalah menjadi ketua agama Islam, dan dalam khutbah Jumaat ditiap-tiap buah masjid di seluruh Negara, berjuta-juta para jemaah membuka dua telapak tangan menadah langit, membaca doa memohon kepada ilahi supaya takhta dikurniakan dengan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin Negara ke jalan yang diredai Allah. Doa ini akan terus dibaca selagi takhta masih dianggap sebagai khlaifah. Bacaan doa kepada ilahi ini akan diberhentikan apabila takhta sudah menyeleweng dari jalan Allah.
Nabi Besar Muhammad SAW sendiri, walaupun baginda seorang Nabi, seorang Rasul, seorang Khalifah Allah di atas muki bumi ini, seorang raja dan seorang pemerintah, namun baginda pernah bersabda bahawa sekiranya Fatimah anakandanya yang dikasihi itu mencuri, maka tangannya akan dipotong sebagai balasan dari Allah, begitulah tegasnya seorang Nabi, seorang Rasul, seorang Khalifah dan seorang pemerintah. Sebagai hamba Allah, baginda tidak pernah mengatasi kedaulatan undang-undang yang dicipta oleh Tuhan iaitu Al-Quran.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun,
Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat, aman dan makmur, bahagia dan sentosa, maka tiap-tiap satu komponen di dalamnya mestilah memainkan peranannya masing-masing sejajar dengan kehendak Negara, samalah seperti satu sama lain. Jika sebuah skru yang kecil tidak berfungsi dalam sebuah jentera, maka jentera itu akan menjadi rosak. Bagi Malaysia apa yang diperlukan ialah peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap satu komponen itu mestilah seiring sejalan dengan kehendak dan kepentingan Negara. Parlimen dan Dewan Undangna Negeri dengan tegas membuat dan meminda undang-undang, pemerintah melaksanakannya dan badan kehakiman dengan tugas pengadilannya.
Di atas kemuncak ketiga-ketiga badan itulah terletaknya takhta yang menjadi symbol kebenaran, kecekapan, dan keadilan.Di bawahnya pula terletaklah suatu asas iaitu masyarakat seluruhnya.Apabila kukuh asas itu, maka tegaklah bangunan itu, bangunan yang dikenali sebagai Malaysia merdeka dan berdaulat.
TAN SRI RAJA AZLAN SHAH,HAKIM BESAR MALAYAUNIVERSITI SAINS MALAYISA, PULAU PINANG PADA 29JUN 1980, DIHADAPAN DYMM RAJA TUANKU SYEDPUTERA, CANSELOR UNIVERSITI ITU.
Published on January 20, 2013 20:13
January 8, 2013
Daulat Nangka Dah Berulat Bahagian 1
1 Januari 2013, sambil menghirup kopi panas di tepi Sungai Chemperoh, Janda Baik, saya berfikir, “Apakah saya akan menjadi seorang yang penakut manghadapi tahun baru sedangkan saya terkenal sebagai seorang yang sangat berani dan hanya dengan keberanian sahaja kita dapat mempertahankan prinsip dan integriti kita?” Saya tahu ‘politics of fear’ yang digunakan oleh mereka yang berkuasa untuk menakutkan saya dan ‘orang kita’; tidak boleh sampai ke mana pun, kepada mereka yang hanya takut pada Allah, itulah azam saya untuk 2013. Saya tidak terhutang hidup dengan sesiapa pun melainkan Allah; Allahu Akbar!Air sungai yang mengalir jernih mengamit permikiran saya, “Kenapa saya tidak tukar psikologi takut yang menghantui masyarakat kita kepada psikologi berani, itulah ‘political will’ dari pengalaman mengadakan perkongsian ilmu di Al-Attas University of Life untuk menjadikan ‘orang kita’ yang masih hidup dalam kegelapan akibat tidak berani keluar dari pemikiran dalam kotak”.
Ar-Ra’ad (ayat 11): “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."
Ekoran dari penahanan saya selama 6 jam di Perhimpunan Agung UMNO setelah buku saya Setan, Syaitan, Sultan dirampas, saya bertekad untuk menulis sebuah lagi buku yang lebih berani.Sampai bila kita nak biarkan mereka yang berkuasa berlagak seperti durian melenyek mentimun.Ini musim durian dah jadi tempoyak, nangka berulat nak jatuh berdebab.Anakanda saya Habib Omar, cucu saya Ku Yah dan Iwan grafik, di panggil ke balai polis Dang Wangi untuk di soal siasat kerana nama mereka terdapat dalam senarai mereka yang saya ucapkan terima kasih, sikit pun tidak takut; mereka berani kerana benar.
Pelik tapi benar, kenapa Ku Yah dan Habib Omar sekadar membantu saya menaip menggantikan Zaharah, pembantu saya yang sudah berkerja selama 30 tahun kini terlantar di hospital akibat mengalami barah usus di soal siasat?
Bagaimana dengan laporan polis yang di buat oleh Kamal Hisham yang dia diugut untuk dibunuh oleh kerabat diRaja Johor, ceritanya ditutup macam itu aje? Siapa yang bayar gaji polis; Raja atau rakyat? Zaharah tidak takut menjawab soalan oleh ASP Chua yang pergi menyoal siasat dia di hospital.Kita ini sembah siapa, Tuhan atau manusia?
Di zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Tasyfin di Maghribi, kaum fuqaha murka kepada Imam al- Ghazali kerana tulisannya Ihya Ulumuddin yang banyak mengkritik kaum ahli Fiqh, yang sudah menjauh dari Al-Quran dan hanya tenggelam ke dalam taqlid. Fuqaha marah, sehingga mengusulkan kepada sultan supaya Ihya dibakar sahaja dan pengedarannya ke Maghribi dilarang keras. Di kala sampai berita itu kepada al-Ghazali, beliau terus berkata:
“Tuhan akan merobek kerajaan mereka sebagaimana mereka telah merobek kitabku.”
“Ingatlah sesungguhnya awliya Allah itu tidak akan ada ketakutan bagi mereka, dan mereka tidak akan berdukacita iaitu mereka orang-orang yang beriman dan bertaqwa.Bagi mereka kegembiraan di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
”(Yunus:64)Apakah kita kini masih berada di dynasty Muawwiyahatau di zaman Raja Bersiong, era Sultan Mahmud mangkat dijulang dan Singapura dilanggar todak atau di zaman feudal?Ke mana perginya para intelektual dan ahli sejarah? Sedangkan ombak ketiga menampakkan muncul semula zaman ‘Khilafah’; di mana kepimpinan dunia akan digantikan dengan ‘Khilafah’.
Zaman Khilafah hanya dapat bertahan selama 30 tahun.Bermula tahun 11 Hijrah bila wafatnya Rasulullah SAW hingga tahun 41 Hijrah. Khalifah Abu Bakar, Omar, Uthman, Ali dan paling singkat Hassan; kerana setelah cucu Rasulullah SAW diracun akhirnya pemerintahan Khilafah bertukar kepada dynasty Muawwiyah yang menjadikan Yazid anaknya sendiri sebagai Tengku Mahkota dan hingga hari ini ummat Islam asyik bercerita tentang sejarah Islam yang lampau tapi di Perak sejarah berulang; Azlan Shah melantik anakandanya Raja Nazrin sebagai Tengku Mahkota sedangkan dia sendiri pun bukan Sultan yang sepatutnya. Lu fikirlah bro.
“Wahai Paduka Raja, dahulu kami bangsa yang bodoh. Kami menyembah berhala, makan bangkai, berzina, mengerjakan perbuatan keji, bermusuhan, tidak mempedulikan tetangga dan yang kuat menindas yang lemah.Begitulah keadaan kami dahulu sebelum Allah utuskan RasulNya kepada kami.Setelah Rasul itu datang, dia mengajak kami memeluk agama Allah, meninggalkan agama kami. Dia menyuruh kami bercakap benar, memegang amanah, menghubung silatur rahim ...”Imam Ja’far Bin Abi Talib r.a
Pada 7/12/2012, pukul 3PM Jumaat, ASP Chua Wee Seong, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, bersama beberapa orang polis datang ke pejabat saya di Medan Idaman, Gombak. Saya tidak terkejut, kerana sejak saya kecil ibu ayah tidak pernah menakut-nakutkan saya dengan tentera Jepun yang ganas dan kejam memerintah Tanah Melayu.Ibu saya seorang yang berani dan DNA ibu dan ayah dari Sayyidina Hussien masih mengalir dalam darah saya.Sampai bila ‘orang kita’ mindanya dibiarkan tertanam seperti burung kasawari bila ketakutan. Semangat takut dengan manusia boleh merosakkan akidah; satu doktrin yang mesti dihapuskan dari jiwa orang kita kerana ia lebih bahaya dari segala barah. Sejak kecil anak orang kita di takutkan dengan polis, benggali, singh dan hantu dan bersikap rendah diri sebagai orang kecil; bila berdepan dengan VIP yang dianggap sebagai orang besar dan kita dianggap sebagai hamba.‘Hamba rakyat’ bila berdepan dengan Raja sebagai bayangan Tuhan tidak boleh derhaka, nanti Tulah "Peerah!
Apakah ilmu tauhid tidak di didik supaya takut dengan Tuhan. Islam apa namanya jika menduakan Allah?
Melayu adalah falsafah umat Nusantara Bani Jawi, seperti di definisikan oleh Datuk Kompo Rajo, pejuang Melayu sebelum merdeka, yang saya dapat dari cucunya semasa saya bertemu dengannya bersama anak saya Muhiyuddin, yang ketika itu menuntut di Dunedin, New Zealand bersama pelajar Melayu dari New Zealand dan Australia dari Kelab UMNO yang berkumpul di Melbourne.
Mim :Umat Muhammad
Lam :Salah satu sifat Allah, Maha Halus, Maha Lembut
Alif :Hakikat yang disembah
Ya :Yang tersirat ‘Melayu sejak azali memang mencari perkara-perkara tersirat.’
Wau :Warak, berilmu
Terbongkar cerita perut Wan Anum di mana perutnya dibelah atas perintah Sultan Mahmud ketika Laksamana Bentan tumpang berteduh di bawah rumah dia terdengar seorang ibu menakutkan anaknya, jika tidak diam perutnya akan dibelaholeh Sultan Mahmud masakan bangkai gajah boleh disembunyikan. Tidak ada manusia yang boleh terlepas dari dosa.Kena percaya dengan hukum karma.Tunggulah terbongkar rahsia siapa pembunuh Altantuya sebenarnya. Bila timbul yang haq, yang batil akan terhapus dengan sendirinya. Apakah tidak ada konspirasi mengenai Saiful Bukhari yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim? Permainan siapa ini untuk memburuk-burukkan Anwar?
Saya sentiasa bersedia menghadapi segala macam ujian;
expect the unexpected
, selagi saya berpegang dengan keyakinan -
if God is your friend, who would dare be your enemy
? Kalau tidak masakan saya sanggup jadi pengkritik sosial bermula dengan buku Musa Derhaka, Challenger, Memo Untuk Mahathir, Johor Corporation: Thieves of the people, di mana ketiga-tiga buku itu di haramkan. Saya tabik pada Musa Hitam yang berani untuk membukti dia kalah kepada arwah Ghafar Baba pada tahun 1987 kerana buku saya The Challenger.
Siapa kalau bukan saudara Anwar Ibrahim semasa dengan ABIM dulu mengingatkan kita supaya meneruskan ‘amar ma’ruf, nahi mungkar’.Apa pun orang nak kata Pak Sheikh Anwar Ibrahim sudah jadi guru pada jutaan manusia termasuk saya. Soal peribadinya dia jawab dengan Tuhan; kubur dia, dia jawab.
Ramai lagi peribadi pemimpin yang jauh lebih buruk dan lebih teruk; gajah depan mata tidak nampak, hama di seberang nampak. Ini yang terjadi bila yang berkuasa bersikap ‘double standard’, ‘cakap tidak serupa bikin’. Bila kemungkaran tidak membahayakan pucuk pemimpin negara ia disembunyikan. Kita jangan lupa Anwar Ibrahim pernah berguru dengan Prof Naquib Al-Attas. Apakah bila jadi Perdana Menteri nanti dia tidak akan berubah; bila Allah memberikan dia hidayah? Sekali air bah, sekali pantai berubah.Dengan pimpinan Rasulullah SAW, bangsa Arab jadi pelopor empayar Islam yang pertama sedangkan para sahabatnya dulu penyembah berhala, melainkan Ali Bin Abi Talib karamallah hu wajhah yang wajahnya di muliakan Tuhan kerana tidak pernah menyembah berhala sebelum menerima Islam.
Akibat roh Islam, tauhid dihadirkan di dalam hati dan Al-Quran hidup dalam diri mereka yang mendapat hidayah menjadi ummat Islam yang beriman. Inilah ilmu dalaman yang cuba saya hidupkan dalam bangsa kita yang sedang mencari rahsia Tuhan untuk menghidupkan kembali roh Islam di Al-Attas University of Life di Janda Baik.Supaya orang kita tidak hidup seperti di zaman jahiliyyahsedangkan Islam menjadi agama rasmi ummat Malaysia dan Raja menjadi ketua agama dan orang yang pertama perlu di sekolahkan adalah kerabat diRaja jika mereka mahu kekal di Istana.
Dalam era kebangkitan Islam ini, kita perlu kan manusai yang berani mengetengahkan ‘fardu kifayah’ menjadi ‘fardu ain’. Perangai ummat Islam perlu diperbaiki, ditinggikan untuk menghidupkan sebuah masyarakat Madani yang pernah diperkenalkan oleh Pak Sheikh.Para pemimpin wajib melaksanakan amar makruf dan meninggalkan kemungkaran; ini zaman ketulusan, di mana saja ada kamera litar, setiap perbuatan bukan lagi satu rahsia walaupun dalam pagar Istana kerana Sultan tidak lagi mempunyai kekebalan.Jangan kita berfikir ulat dalam buah Kuini saja yang boleh di intai hatta pergerakan bayi di dalam perut ibu pun kini tidak boleh disembunyikan lagi, inikan pula nangka yang sudah berulat. Daulat apa lagi; takbir, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!
Akibat terlalu ramai ‘orang kita’ yang berjiwa pengecut, ‘
berani lalat, hangat-hangat tahi ayam
’; di Amerika pengecut dilabel sebagai ‘chicken’. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda, “
cakaplah yang benar sekalipun pahit.
”Macam mana nak berkata benar dengan sifat munafik, hipokrit?Menanam tebu di tepi bibir; musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan; di keliling pemimpin.Bangsa kita akan menerima bala dan malapetaka seperti ummat Islam di dunia yang lain yang takut menyampaikan ayat-ayat Allah yang mengandungi mukjizat yang bukan saja boleh membuka minda dan menghidupkan roh Islam malah boleh mengubah sikap manusia yang dulu dalam kegelapan menjadi terang benderang dengan cahaya ‘nurMuhammad’. Mari kita berselawat; Allah humma sali ala Muhammad, wa ala ali Muhammad.
Kebetulan saya sudah kenal ASP Chua dan Inspektor Mohd Yudi Bin Mohd Yusuf, dan sudah menulis puluhan buku, umur sudah melebihi subsidi, di pangkat 7-siri, tergolong dalam golongan yang hampir pupus.Sudah ada anak cucu-cicit pun boleh digangu oleh polis macam ini; bayangkan orang muda yang baru muncul nak jadi penulis. Kerja polis menjaga keamanan bukan menyusahkan orang ramai kerana arahan entah dari siapa dia pun tidak tahu.Kasihan polis yang terpaksa jadi mangsa keadaan. Saya pernah di simpan di dalam lokap beberapa kali maka takut apa polis datang ke pejabat?
“Sesiapa yang menegakkan ‘sunnahku’ setelah rosaknya ummatku, maka baginya seratus pahala mati syahid.”
“Islam itu bermula dengan keunikan (ganjil) dan akan kembali pelik.Maka beruntunglah mereka yang ganjil (luar biasa).”Hadith
Tiga pegawai polis yang datang ke meja saya di Riverside bukan beragama Islam, bukan Melayu pulak tu masakan mereka tahu bahawa Nabi Muhammad SAW mengingatkan ummat semasa Haji Wada’, sesudah baginda wafat kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah; baru kita boleh diiktiraf sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah bukan sekadar Melayu Islam.Pengedar dadah tidak takut dengan polis, tidak takut dengan hukuman gantung; saya bukan seorang penjenayah, saya pejuang hak asasi manusia, pejuang untuk kembalikan keadilan menentang kemungkaran, kekejaman, kezaliman, dan keangkuhan pemimpin yang diamanahkan untuk menjaga kesejahteraan rakyat jelata tapi telah menyalah gunakan kuasa.
Chua kata dia ada ‘search warrant’ untuk menggeladah pejabat saya, dia beri saya sekeping kertas yang sudah di ‘fotokopi’ tapi tidak boleh di baca. Saya minta supaya boleh saya simpan untuk bahan bukti jika saya dihadapkan ke mahkamah.
Dia mengaku dia datang untuk mencari sebarang bukti yang boleh dijumpai bagi mendakwa kes buku Setan, Syaitan, Sultan.Mungkin dia tak tahu yang ummat Islam itu bersaudara. Agama Islam itu nasihat-menasihati; manusia itu bersifat alpa, lalai dan leka. Lagi pun Sultan yang saya tegur manusia biasa, asal dari setitik air mani yang hina-dina tapi egonya melebihi biasa; kerek, poyo, sengal luar biasa. Belum di tabal sebagai Raja pun.
Ingat senang ke nak jumpa Sultan sedangkan dia bukan ada kerja apa pun? Ingat senang ke nak beri nasihat pada Sultan, inikan pula Sultan Johor. Tengok apa jadi pada Kamal Hisham hari ini masih menjadi pelarian di luar negara.Mengikut cerita Ku Shah, abang ipar ‘Yem’ Ibrahim, sepupu Sultan Ahmad Shah, Pahang yang kini tinggal di Istana, hinggap Wadi Hussien, Janda Baik,“Raja pandang rakyat itu macam kucing kurap.”
Nasib baik tidak macam anak anjing; patik yang bermaksud anak anjing di dalam bahasa Sanskrit, seperti bahasa patik pacal yang hina yang digunakan bila menghadap Sultan bermula dengan “Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.” Dengan Tuhan pun tidak minta ampun macam tu. Dosa yang paling besar yang tidak boleh terampun ialah menduakan Tuhan.“ Tidak Ku jadikan Jin dan Insan melainkan untuk menyembah Ku. ”Al-Quran
Siapa sebenarnya yang kita sembah dan takut; apakah kita takut dengan manusia?Itu sudah terkeluar dari akidah namanya?
Saya memberi kerjasama pada Chua dari mula mereka menahan saya.Kerana dia berterus terang yang dia (cari makan) mesti mengikut perintah.Dia di arah, suruh tahan dan siasat saya, ‘kasihan dia’.Apakah tidak ada campur tangan Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri?Tan Sri Musa Hassan banyak rahsia mengenai campur tangan Menteri dan Perdana Menteri.Chua beritahu saya yang dia mesti ambil ‘CPU tower’ saya.
Saya terkejut kerana untuk mendapatkan maklumat di dalam ‘hard drive’ saya, sebenarnya dia boleh buat dengan semudah-mudahnya, pihak polis hanya perlu membawa satu ‘thumbdrive’ bervolum tinggi seperti 16GB dan dengan ‘thumbdrive’ itu, pihak polis boleh ‘sedut’ maklumat yang ada di dalam ‘hard drive’ saya. Kalau tidak muat 16GB, sila bawak ‘external hard drive’ bervolum 500GB atau 1TB; besar tapak tangan je.Pelik tapi benar, macam mana dia sanggup buat kerja ‘bodoh’ yang memalukan polis Malaysia memang tak patut seorang ASP kita kata sengalatau poyo. Lu fikirlah bro. Kah kah kah, wa caya lu bro!Islam bermula macam bunga, ianya berkembang akhirnya layu tapi iakan akan berkuntum dan kembang semula apabila orang Islam kembali ‘fanatik’ dan menjadi ummat yang ‘ekstrim’, keberaniannya untuk menegakkan kebenaran menentang kemungkaran dan jadual Allah mahu hidupkan Islam semula dengan menghancurkan firaun-firaun di Timur Tengah yang cinta dunia, takut mati, tamak, bakhil, kejam, zalim dan tidak berperikemanusian.
Bayangkan penakutnya ulama di keliling Raja di dalam rumah Allah pada hari Jumaat; siapa pun tidak berani tegur apa yang berlaku depan mata mereka yang sudah pasti perbuatan yang terkeluar dari akidah. Rakyat ini ‘pariah’ kelas tiga ke? Ada permaidani merah untuk Paduka Raja; Islam apa nama jika masih ada kasta, ada manusia istimewa yang masih ditakuti? Tidak sah solat tanpa Surah Fatihah, ibu Al-Quran.Allah adalah Raja sekian alam dan hanya Allah yang kita sembah dan kita minta untuk di tunjuk jalan yang ‘haq’, yang benar.Semulia-mulia manusia adalah yang lebih taqwa-nya kepada Allah, bukan Raja.
Kalau datang lambat macam mana pun mesti duduk dibarisan hadapan dengan pengawal peribadi; bayangkan di dalam Baitullah pun takut mati.Sahabat dan menantu Rasulullah SAW, Ali Bin Abi Talib r.a mati dibunuh sewaktu nak menunaikan Solat Subuh di masjid; itu semua ketentuan Allah. Malah mantan Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang banyak pengawal peribadi pun mati dibunuh juga. Menyediakan permaidani istimewa, sejadah istimewa, tempat yang istimewa - ini perbuatan terkeluar dari akidah Islam namun tidak ada sesiapa yang berani bersuara.Sengal betul ulama poyo kita hari ini; belajar tinggi-tinggi, mengaji, tapi tidak mengkaji.Sepatutnya siapa datang lambat duduk di belakang.berapa ramai Imam yang berani suruh makmum rapatkan saf dengan raja? Semuanya diperhatikan oleh dunia kerana Solat Jumaat ada siaran langsung.
Orang kita takut tubuh bersentuhan Raja atau Raja di didik yang rakyat itu seperti kucing kurap, anak anjing, ‘patik’ yang tidak layak bersentuhan dengan Duli Yang Maha Mulia Paduka Raja.Raja kita ini ‘alien’ ke, atau ada penyakit yang tidak boleh bersentuhan dengan manusia biasa?Bayangkan safterputus dalam masjid waktu solat Jumaat.Tidak ada siapa yang berani tegur dalam khutbah.Sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul kepada kamu, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepada Firaun.Namun Firaun mendurhakai Rasul itu, lalu Kami siksa dia dengan siksaan yang berat.
Maka bagaimanakah kamu akan dapat memelihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban. Langit terbelah pada hari itu.Janji-Nya pasti terlaksana.Sesungguhnya, ini adalah suatu peringatan.Barang siapa yang menghendaki niscaya dia menempuh jalan kepada Tuhannya.(Al-Muzammil:15-19)
Sampai bila penyembahan dan pemujaan terhadap manusia bukan lagi Allah SWT mahu dihentikan.Lupakah kita kenapa Azazel yang menyembah Tuhan selama 6 ribu tahun terhumban keluar dari Syurga kerana ego.Merasakan lebih mulia dan memandang hina pada manusia, ‘ahsanu taqwim’, semulia-mulia dan seiindah kejadian yang dicipta Allah. Kerana Allah lebih dekat dari urat leher manusia - there is God in man. Selain cinta kepada Rasulullah SAW yang sepatutnya dilakukan secara berlebihan nak kita mulakan sedangkan kita mendakwa kita Ahlul Sunnah Wal Jamaah.Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(At-Taubah:24)
Baca balik buku 3S 3Tan. Kamal Hisham cerita pada saya, dia suruh Sultan Ibrahim cebuk semasa kembara, dia beri air dalam botol mineral. Dia kena marah, “jangan sebok”.Yem tidak cebok.Bayangkan dalam rumah Allah, ummat Islam lebih takut pada Sultan dari Tuhan.Bayangkan jika tidak ada Islam, bolehkah Sultan jadi Ketua Agama dan ulama dapat kerja kerana mereka ada ilmu Syariat yang berkaitan dengan Islam.Siapa yang meminjamkan nyawa, rezeki dan segala-galanya?
Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang hendak kita dustakan?(Ar-Rahman)
Sampai bila kita nak biarkan lidah kita jadi lidah syaitan? Jika Sultan tidak sembahyang dalam masjid, Imam tetap doakan kerabat diRaja dan keluarganya. Orang kita dalam masjid berebut cium tangan Raja; kalau tidak cebok tidak ke najis?Selain Kamal Hisham ada seorang lagi peguam yang cerita pada saya yang Sultan kencing tidak cebok. Jika saya ke mahkamah saya akan sepina peguam yang ada hubungan dengan Kamal Hisham. Kalau Raja kencing tidak cebok, rakyat pula berak tidak dicebok.Akibat Melayu tidak lagi punya jati diri, mereka tidak nampak kemungkaran yang berlaku dalam rumah Allah akibat tidak mahu berfikir.Agama ikut tok-nenek mereka, bukan ikut Al-Quran dan Sunnah.Sedangkan Al-Quran itu diturunkan untuk mereka yang berfikir.Sudah 55 tahun merdeka tapi siapa pun tidak berani tegur; saya tidak takut Allah murka. Semoga dengan teguran yang ikhlas ini akan menyelamatkan bangsa Melayu yang semakin hari semakin teruk dari segi adab moral.
Siapa kalau bukan anak Melayu yang ‘champion’ dalam buang anak, murtad, bercerai, berhutang, terkebelakang dari segi pendidikan . Hassan, kawan saya, beritahu Najib, Perdana Menteri, supaya layanan istimewa untuk Agung dalam masjid mesti diberhentikan.Najib takut bini mana berani; ada ke ulama kita yang berani?Kerana mereka tidak berani, saya kena berani.
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.
Tunjuk Ajar Melayu juga banyak memuat nilai-nilai yang menjunjung keutamaan dan kemulian, keadilan dan kebenaran.Bagi orang Melayu, keadilan dan kebenaran adalah kunci utama dalam menegakkan tuah dan marwah, mengangkat harkat dan martabat, serta mendirikan daulat dan kewibawaan.Keadilan dan kebenaran tidak dapat ditawar-tawar, kerana semua acuan mengenai kehidupan, pemerintahan, dan sikap hidupnya mengacu pada sikap adil dan benar.Oleh kerananya, pemimpin yang dianggap tidak adil dan menyimpang dari kebenaran wajib diingatkan, disanggah, atau diganti.Hukum yang adil wajib ditegakkan demi terwujudnya masyarakat yang adil dan makmur. Kebenaran wajib didirikan demi terlaksananya syarak dan sunnah, petuah dan amanah, ketentuan adat lembaga, dan sebagainya. Orang Melayu berani mati untuk membela kebenaran.Orang tua-tua mengatakan “takut kerana salah, berani kerana benar. ”Tenas EffendyTunjuk Ajar Melayu
Kenapa kita yang diberi akal, ada ilmu, ada mentor dan mekanisma (kaedah) masih membiarkan diri diperalat oleh para ‘wali syaitan’, ulama Pepsi-Cola.Ulama kena berani tegur ulama.Jangan jual ayat Quran dengan harga yang murah.Sampai bila hendak bertopengkan Islam?
“Tidak beragama orang yang tidak berakal.”Hadith
Bila lagi hendak belajar ilmu berani di Al-Attas University of Life supaya menggunakan akal fikiran dan berani keluar dari kepompong dan label yang buruk yang terlekat pada tubuh Melayu sedangkan kita sudah jadi rakyat Malaysia; bukan membanggakan ketuanan Melayu tapi ‘ketuhanan’ Melayu.
Earnest Dimnet dalam bukunya “The Art of Thinking” menceritakan bahawa sembilan belas dari tiap-tiap dua puluh orang tidak berfikir, tapi hidup sebagai otomat.Berucap, bergerak, berbuat sesuatu dan bekerja mengikut adat kebiasaan. Mereka mengulang ucapan dan ungkapan dengan menjalani dan melalui norma yang lazim. Orang-orang ini adalah Pak Turut.Jangan sesekali kamu memusuhi para wali Allah, Tuhan akan memerangi kamu. Hadith Qudsi
Para pemimpin yang munafik, yang takut kepada kebenaran tidak mahu mempedulikan nasib Melayu, kerana takut dilabel racist dan menghidupkan Islam kerana takut denganlabel terrorist.Sedangkan Melayu itu Islam dalam perlembagaan.Islam macam mana jika tidak tahu ilmu Ma’rifatullah.Perkara pertama yang di utamakan oleh Syariat Islam ke atas setiap mukallaf; mengetahui dan mengenal Allah, mengenal sifat-sifat Allah dengan dalil-dalil yang terang seperti alam.
Bila kebenaran tidak dijunjung,Keadilan lesap sumpah pun lancung,Salah dan benar tiada dihitung,Hidup semata mengejar untung,Sama saudara potong memotong,Berjalan bersama dorong mendorong,Berkata dusta bercakap bohong,Ke tengah ke tepi berlagak sombong.
Bila kebenaran tiada dijaga,Hilanglah adat terbuang lembaga,Aib dan malu sudah tidak ada,Sesama saudara laga melaga,Akhirnya hidup dalam celaka.Tenas Effendy
Sampai bila kita yang hidup di zaman ‘ First Class Infrastructure ’, masih bertindak dengan ‘ Third Class Mentality ’?Perkara yang mudah kenapa mesti disusahkan, kenapa?Apa perlu datang satu gerombolan dan ambil ‘CPU tower’ saya dan gambar setiap sudut pejabat? Mula-mula ada pihak yang menakut-nakutkan penjual buku; jangan jual buku Setan, Syaitan, Sultan. Bahaya sangat ke buku ini; suruh semua ulama baca dan keputusan ulama sama ada buku 3S ini menyesatkan atau membiarkan saja sejarah yang menghukum?
“ Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah .”Hang Jebat
Tanpa Raja masih ada rakyat tapi tanpa rakyat masih adakah Raja?
“ Rakyat itulah Raja .”Dato Sir Onn Ja’afar
Pemimpin yang adil, wajib ditaati tanpa berbelah bagi.Menderhaka kepada pemimpin yang adil adalah merupakan satu kesalahan besar yang boleh dikenakan hukuman yang setimpalnya. Taat kepada pemimpin yang adil telah ditekankan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud: “
Sehari seorang Raja yang berlaku adil, lebih besar pahalanya daripada (seorang abid) beribadat 60 tahun
.” Sebab itu Raja atau pemimpin mesti sentiasa berlaku adil. Untungnya besar!Barang siapa yang mentaati pemimpin yang adil iaitu pemimpin yang melaksanakan tugas seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnahtanpa berbelah bagi, maka ganjaran dari Allah SWT kepadanya.
Yang dimaksudkan pemimpin yang adil oleh Rasulullah SAW adalah pemimpin yang melaksanakan tugas serta tanggung jawab dalam pemerintahan bernegara menurut Al-Quran dan Sunnah .
Al-Quran dan Sunnah serta ilmu dari para ahlul bait saya gunakan untuk mendapatkan taufik dan hidayah sebelum berijtihad. Maka saya tetap bersama pihak yang benar walaupun apa jua keputusan yang dibuat oleh sesiapapun. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Kalau 3S 3Tan itu berbahaya untuk negara, minta sajalah Dato Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, haramkan buku 3Ssaya, tapi sebelum itu belilah 5 naskah, jangan curi seperti yang dilakukan oleh polis di Perhimpunan Agung UMNO; polis ada SS fund. Curi tidak berkat; baca dan buat review.Bukan buat kerja bodoh macam ini.Menteri boleh haramkan buku saya tapi tidak boleh haramkan fikiran dan ayat Al-Quran yang terdapat dalam buku Setan, Syaitan, Sultan.Bila saya fikir-fikirkan Anwar Ibrahim dan keluarganya telah melalui ujian yang jauh lebih teruk dan dia yakin satu hari dia akan menjadi Perdana Menteri dan mahkamah telah membebaskan Anwar. Malaysia sebuah negara demokrasi; kita bukan berada dalam negara ‘polis state’.
Saya menulis bukan mengharapkan anugerah sastera. Ada yang perli bila saya kata saya menulis bukan kerana nama seperti lagu Ramli Sarip, “tidak menulis pun memang Pak Habib punya nama”. Kerana selaku penulis kita harus melalui kehidupan yang ‘sarat derita’ untuk menghasilkan karya-karya yang insya-Allah mampu membuatkan pembaca terfikir, berfikir, bertafakur tentang kehidupan seharian yang semakin hari bercelaru kerana ramainya ulama sengal dan poyo tapi kerek semacam.
Setidak-tidaknya penulis cuba membuka minda masyarakat tentang perkara-perkara yang terlepas pandang akibat ilmu-ilmu ketuhanan yang mula dinyanyikan oleh SifuM. Nasir tidak punya murshid untuk menterjemahkannya, tentang betapa pentingnya manusia mengenal diri dan mengenal Tuhan.
Menerusi Sifat 20 yang mengajar kita bahawa hanya Allah yang mempunyai sifat wujud, qidam, baqa yang bermaksud Tuhan Ada, Tuhan Sedia dan Tuhan Kekal. Manusia sebenarnya tidak ada, sebab itu kita perlu kosongkan diri, bersihkan diri dari sifat-sifat yang dimurkai Tuhan.Kita diadakan oleh Tuhan; kita bersifat baru dan tidak kekal. Yang baru pasti binasa dengan kehendak sifat Allah yang berkuasa, berkehendak, mengetahui, hidup, mendengar, melihat dan berkata-kata; dengan kata
kun fayakun
segalanya terjadi.
Alangkah singkatnya minda mereka yang terlupa kerana pengusungan CPU tower saya oleh pihak polis itu saling tidak tumpah sama dengan pengusungan tilam kes seksual Anwar dulu. Yang menimbulkan kemarahan dunia akhirnya hukum karma menimpa pada pilihan raya ke-12 yang menjadikan Anwar Ibrahim ‘hero’ kerana dizalimi dan teraniaya.
Pelik tapi benar, mereka tidak pernah mahu belajar dari sejarah, mereka ulangi bila timbul kes dengan Saiful; Anwar menang lagi. Mereka fikir mereka boleh berpolitik dengan cara membubuh tahi ayam, kambing dan lembu di pangkal pokok menjadi pokok busuk dengan label najis. Saya pun banyak menulis buku mengkritik Anwar bila saya fikir Anwar perlu dikritik.Kemudian saya berfikir apakah Anwar seorang saja yang ‘bisexual’?Bagaimana dengan pemimpin dan Menteri yang lainnya, apakah tidak ada yang ‘bisexual’? Lu fikirlah bro. Kalau gambar Anwar di siarkan di T.V. dan di media arus perdana, tunggu masa saja -
tanduk lembu tetap ke depan
.
Biar 10 lagi buku yang menyatakan 100 sebab mengapa Anwar tidak boleh jadi PM diedarkan kepada perwakilan atau semua ahli UMNO, kepada setiap rakyat Malaysia atau yang seperti disebarkan dengan percuma di jabatan-jabatan kerajaan termasuk di Jabatan Perdana Menteri sendiri. Biar semua media massa dan elektronik sebarkan semua keburukan Anwar sehinggakan habis semua penyokong Anwar lari memihak kepada Mahathir namun kalau Allah sudah tentukan yang dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima, siapa pun tidak dapat menghalangnya. Manusia merancang, Allah juga merancang.Tetapi rancangan Allah juga yang tetap berjaya.Dr Mahathir selalu mengingatkan kita bahawa yang menang tidak dapat semua dan yang kalah pun tidak akan kehilangan semuanya, jadi yang kita hendak haru biru, kelam kabut, pasal apa? Dunia hendak kiamat ke?
“Apakah kamu beriman dengan sebagian kitab dan menolak yang lainnya?Tetapi pahala orang-orang di antara kamu yang baik kecuali kesombongan dan pada hari kiamat mereka mendapat hukuman, kerana Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah)Relakslah brother.Bukan Anwar saja kena buang, Ketua Hakim Negara pun boleh kena buang, Raja imunitinya Mahathir tarik balik.Tahun 1987, sembilan orang menteri dilucutkan jawatan termasuk Datuk Abdullah Badawi dan Kadir Sheikh Fadhil.Jadi cerita Anwar kena pecat ini ‘no big deal’.Konspirasi Reformasi KopikasiWangkasi Tak Ada Saksi, 1998
Selepas mereka pulang, saya tengok semula ‘search warrant’ dan rupa-rupanya ia tidak bertarikh. Pelik tapi benar, apakah mereka ada ‘rubber stamp’ Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dalam simp

Pelik tapi benar, mereka boleh menceroboh masuk ke pejabat saya dengan ‘ waren geledah ’ bertandatangan yang tidak sah tanpa haribulan tapi kerana dia polis, kita terpaksa mengalah tapi kita boleh tulis buku serta mengadu pada Allah.
Bersambung...
Published on January 08, 2013 02:36
S.H. Alattas's Blog
- S.H. Alattas's profile
- 19 followers
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

