S.H. Alattas's Blog, page 6
November 13, 2012
Sultan Mahmud dan Laksamana Bentan HIDUP SEMULA!
“Sejarah akan berulang”. Sejauh mana benar kata-kata tersebut hanya dapat dikatakan sesudah kita membaca menafsir dan mengingati sejarah itu sendiri.
Sejarah boleh ditafsir mengikut peredaran zaman, namun cara dan gaya ianya ditafsirkan tidak ada lain kecuali memaparkan kebenaran dengan tidak berselindung –selindung tentang kesombongan dan kebongkakan serta kesilapan manusia yang berkuasa dan telah salah mempergunakan kuasa kerana mengikut hawa nafsunya hasil mendengar kata-kata orang di sekeliling mereka tanpa mengingati kekuasaan Tuhan.
Al-Quran sendiri menukilkan sejarah silam untuk manfaat manusia yang membacanya dan berfikir. Allah berulang kali mengigatkan manusia supaya berfikir. Berkali-kali ayat yang mengandungi ungkapan ‘berfikirlah’, diulang-ulangkan di dalam Al-Quran.Sejarah adalah satu perkara yang penting. Semoga dengan mengingati sejarah bangsa kita segala rahsia disebalik kejadian yang menyayat hati dimasa-masa yang silam terserlah. Sejarah tidak boleh diubah-ubah dan ditulis semula. Sejarah adalah sejarah.
19 November tahun 1985 bersamaan dengan 6 Rabiulawal 1406 adalah satu tarikh yang sukar untuk dilupakan oleh umat Islam yang kasihkan saudara-saudara mereka yang telah terkorban sebagai Assyahid.
Tiga tahun yang lampau, satu peristiwa yang amat tragis berlaku di Memali Kedah. Almarhum Ibrahim Libya Alsyahid telah pergi atas panggilan Ilahi. Banyak perkara yang boleh membawa kesedaran dan contoh tauladan yang patut dipelajari oleh orang Melayu, tidak kira mereka ahli UMNO atau PAS atau yang tidak pernah berparti sekalipun.
“Mintalah, (berdoa) minta padaku doamu akan ku perkenankan.” Begitulah Tuhan berfirman melalui nabiNya Muhammad S.A.W, supaya kita sentiasa bermohon dan berdoa pada Allah S.W.T untuk mendapatkan sesuatu, kerana sifat Tuhan itu amat pemurah lagi amat pengasihani. Baik yang kita minta, maka baiklah yang kita akan terima, begitu jugalah sebaliknya.
Mahsuri sebelum mati telah meminta sesuatu, telah bermohon sesuatu pada Tuhan. Beliau berdoa semoga kezaliman Sultan yang menganyaikan dirinya yang tidak berdosa akan dibalas oleh Tuhan. Doa Mahsuri berbentuk sumpah. Sumpah supaya Pulau Langkawi menjadi padang jarak, padang terkukur selama tujuh keturunan.
Sejauh mana sumpah itu benar, Walla hu Alam. Tetapi lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi sudah menjadi sejarah. Apakah Langkawi mundur kerana disumpah oleh Mahsuri? Bukan itu pokok persoalan yang kita nak katakana disini, hakikatnya ialah Mahsuri teranai seorang diri, tapi tujuh keturunan orang Melayu di pulau itu hidup terseksa akibat sumpahannya. Itulah mengikut cerita sejarah.
Mahsuri mempunyai sebabnya yang tersendiri atas apa yang dilakukannya, mungkin manusia dipulau itu tidak berani menegakkan kebenaran, tidak berani berkata benar, tidak berani menentang kemungkaran, membiarkan orang yang berkuasa berbuat apa saja yang mereka suka, fitnah menfitnah, dendam mendendam, hasad dan dengki berleluasa. Sejarah Laksamana Bentan di Kota Tinggi, Johor juga berakhir dengan sumpah seorang raja. Satu lagenda yang kekal hingga hari ini. Makan Sultan Mahmud dan Laksamana Bentan masih berada di Kota Tinggi Johor. Apakah tidak berlaku perkara dendam, fitnah dan hasad dengki yang berleluasa terhadap orang yang berkuasa hingga kehari ini. Kesaat ini?
Sebelum Sultan Mahmud menghembuskan nafas yang terakhir, Almarhum menyumpah agar tujuh keturunan orang bentan kalau menjejakkan kaki kebumi Kota tinggi akan muntah darah. Sultan Mahmud marahkan Laksamana kerana menikamnya, kerana menderhaka kepada Sultan.
Kenapa tujuh keturunan orang Bentan yang mesti menerima padahnya? Sedangkan yang menikam Sultan hanyalah Laksamana, seorang diri. Itupun dilakukan kerana kezaliman, kekejaman sultan yang tidak berperikemanusiaan yang telah tanpa usul periksa menjatuhkan hukuman mati pada isterinya yang sedang hamil. Isterinya dibelah perut kerana mengidam seulas nagka. Sultan Mahmud yang telah dipengaruhi oleh fitnah lupa pada jasa-jasa bakti Laksamana terhadap baginda dan bangsanya. Sultan telah lupa diri, sultan sudah dipengaruhi oleh syaitan.‘Sultan beraja dimata bersultan dihati’. Ada akal fikiran tak digunakan. Taka da belas ikhsan, tidak ada perrikemasuniaan. Apakah pemerintah dan pucuk pimpinan kita hari ini macam perangai Sultan Mahmud? Dan apakah perlunya lahr seorang lagi Laksamana Bentan?
Singapura kalah diserang oleh Majapahit, juga disebabkan dendam terhadap sultan yang telah menyula anak Sang Rajuna Tapa tanpa usul periksa. Marahkan sultan, kerana menyula anaknya yang kebetulan jadi isteri sultan. Satu negeri manusia menjadi huru hara menderita dan tersiksa. Akhirnya raja yang zalim hilang takhta. Orang melayu kehilangan Singapura.
Hari ini Ku Li dan Musa sudah diberi peluang untuk jadi menteri semula tetapi kerana marah dan dendam peribadi golongan mereka yang tak berapa orang, orang Melayu yang tak berdosa akan jadi mangsa. Kenapa? Mahukah kita sejarah silam berulang semula?
Orang yang beriman mesti tabah menerima ujian Tuhan. Sekiranya manusia sedar bahawa segala-gala yang berlaku keatas diri mereka adalah kehendak kadak dan kadar maka manusia tak jadi pendendam dan ikutkan hati yang marah menjadi sombong dan bongkak. Nabi Muhamad dan Nabi Musa menerima dengan redha menjadi gembala kambing sebelum dilantik menjadi Rasul. Apa nak dimalukan jadi menteri tak berportfolio?
Sekiranya Mahsuri, Sang Rajuna Tapa dan Sultan Mahmud hidup semula, tentulah mereka akan menyesal kerana betapa nipisnya iman dan kurangnya pengetahuan mereka mengenai agama. Mereka akan bertaubat kerana kesilapan tidak berfikir dengan betul mengikut jalan Allah dan Rasul. Katakanlah ketika itu kiranya ada para ulamak yang menjadi penasihat para Sultan menjalankan tugasnya dengan amanah. Dan mereka telah katakana dengan berani megenai yang hak dan yang batil mereka berkatakan benar, walaupun pahit untuk didengar seperti yang telah diajarkan oleh Junjungan Nabi S.A.W, mungkin umat Melayu hari ini tak macam ini.
Sultan Mahmud yang mangkat dijulang, Sang Rajuna Tapa dengan kisah derhaka dan Mahsuri tinggal nama dan sejarahnya saja. Tapi bagi kita yang masih ada peluang, mahukah kita membiarkan cerita, kejadian Musa dan Ku Li serta golongan serpihan yang sedang menentang pemerintah ini dijadikan satu lagenda untuk tatapan manusia di hari muka?Semoga sejarah buruk menyumpah bangsa dan negeri disebabkan marah dan dendam pada orang tertentu tidak akan berulang. Semoga pihak serpihan yang mahu membalas dendam mahu membakar kelambu kerana marahkan pepijat berfikir panjang-panjang. Kenapa keinginan dan cita-cita peribadi mereka dilibatkan dengan bangsa dan negara?
Sejarah Laksamana telah mereka lupakan, namun kisah Ibrahim Libya di Memali masih menghantui pemikiran mereka yang bersalah dan berdosa kerana terlibat sama.
Sepatutnya Musa Hitam dan Rais Yatim pergi memohon maaf secara terbuka, dan kemudiannya menghulurkan bantuan atau paling kurang bertanyakan khabar dan berita serta nasib para keluarga syuhada yang masih tinggal. Bagaimanakah isteri-isteri yang telah kehilangan suami-suaminya, anak-anak yang telah menjadi yatim? Kerana ketika kejadian itu Musa menjadi Menteri Dalam Negeri dan Rais Yatim menjadi Menteri Penerangan yang menyampaikan berita kepada seluruh dunia. Datuk Rais Yatim bertangungjawab mengenai segala berita yang tersiar mengenai kejadian berdarah di Memali.
Musa ketika itu dengan sombong dan bongkaknya menyifatkan pelampau agama musuh utama Negara. Tidak ada sedikitpun baying garis-garis penyesalan di wajahnya. Tidak ada sedikitpun rasa resah mengenangkan nasib keluarga syuhada dan mangsa-mangsa yang ditembak dan dipukul. Datuk Musa Hitam yang ketika itu menjadi Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat bagaimana anggota polis melayan para syuhada itu seperti bukan melayan manusia.
Peristiwa Memali adalah satu perkara yang mustahil untuk dilupakan dan memang tidak mungkin dilupakan. Namun kita sama sekali jangan lupa pada pemimpin dan ahli UMNO yang kini sebahagiannya menjadi serpihan kerana kita tahu dalam hati kecil mereka tidak semua yang suka pemimpin UMNO mengambil tindakan demikian. Namun disebabkan ramai pengikut yang mendesak dan pemimpin tidak menggunakan pertimbangan akal yang berpandukan ajaran Islam yang sebenarnya maka terjebaklah mereka dalam satu kancah dosa dan dusta. Saya percaya keluarga Ibrahim Libya tidak menaruh dendam kepada ahli-ahli UMNO kerana mereka tahu dalam orang UMNO tidak semuanya suka tragedy ini berlaku dan dengan pergi beramai-ramai bermaaf-maafan mungin dapat mententeramkan jiwa-jiwa para pemimpin serpihan yang resah gelisah kerana mahu berkuasa kembali. Politik seperti ini akan membawa padah dan kebinasaan. Yang menentukan sesuatu ialah suara ramai bukannya kebenaran dan keadilan. Pemimpin akan merasa kedudukannya tergugat sekirannya tidak memenuhi citarasa pengikutnya. Pengikut kata hapuskan Dr.Mahathir , tentang Dr. Mahathir, pemimpin ikut saja. Dan pemimpin yang begini dinamakan pemimpin yang Berjaya kerana mereka ikut saja kehendak pengikutnya.
Sumpahan Mahsuri, peristiwa anak Sang Rajuna Tapa di sula dan peristiwa perut isteri Laksamana Bentan dibelah adalah angkara yang dilakukan kerana mendengar apa saja desakan orang-orang dikeliling yang sanggup melihat pembunuhan dilakukan. Begitu juga seorang ulama muda boleh dibunuh bersama pengikut dan anak muridnya hanya kerana desakan dari para ahli UMNO yang tahunya mendesak tetapi tidak tahu kenapa mereka mesti mendesak dan permainkan media-media massa yang membesar-besarkan perkara yang kecil untuk kepentingan peribadi dan melakukan akhbar menjadi minyak kepada api yang sedang membakar. Tidak timbul penentangan Ustaz Ibrahim terhadap kerajaan disebabkan semangat semata-mata atau penentangan tanpa sas. Hujahnya mantap, keyakinannya teguh dan tidak bergoncang, -bahawa yang layak didaulatkan hanyalah Hukum Allah. Cuba kita menungkan ucapan terakhir Asyahid.“Marilah kira bersumpah dan berikrar dengan laungan Allahu Akbar dengan erti dalam perjuangan Islam ini mati kita hidup kita, jiwa raga kita, harta benda dan nyawa kita korbankan demi menegak kalimah Allah Yang Maha Tinggi… Mudah-Mudahan kita dapat mengukuhkan aqidah dan keimanan kit. Oleh itu tinggalkanlah kemungkaran dan kefahaman-kefahaman karut yang kita amalkan sebelum ini dengan kita berkata: Aku bersaksi bahawasanya Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah.”Ibrahim Libya tidak pernah mengutuk atau menyumpah seperti yang dilakukan oleh Mahsuri dan Sultan Mahmud. Beliau mati dalam iman. Beliau tida mewasiatkan murid dan pengikutnya suruh balas dendam tentang ISA seperti mana yang dilakukan oleh PAS hari ini.
Pemimpin Pas menganggap Ibrahim Libya adalah seorang yang syahid dan tempatnya di syurga disisi para ambiah dan awlia Allah kerana perjuangannya adalah kerana Allah. Dari itu perlu apa mereka menyumpah pemimpin kerajaan apabila mereka ditahan dibawah I.S.A. Saidina Hussien dan keluarganya tidak bangun menuntut bela atas kematian ayahandanya Ali. Mereka berjuang dan berjihad kerana Allah bukan kerana membalas dendam. Perbuatan PAS yang takut dan benci pada I.S.A adalah satu perjuangan yang tidak ikhlas dan tidak dituntut oleh landasan PAS itu sendiri.
Ibrahim Libya mati dan antara lain sebabnya ialah bahawa beliau dan rakan-rakannya ditomah dan dituduh sebagai penjenayah. Alhamdulillah hari ini terbukti yang tiduhan itu palsu, dusta yag sengaja diada-adakan. Kenyataan Datuk Musa Hitam yang mempergunakan kuasa yang ada padanya ketika itu ternyata telah disalah gunakan. Nah apa bezanya tomahan dan tuduhan Musa, ahli-ahli PAS dan kumpulan serpihan terhadap Dr.Mahathir? Apakah kita tidak patut mempersoalkan perilaku Musa dan kumpulan serpihannya menuduh Mahathir seorang dictator, komunis, Mahathir rasuah, apakah tuduhan itu mempunyai asas? Nampaknya tujuannya semata-mata untuk menjatuhkan Dr.Mahathir pemimpin melayu yang sah untuk digantikan dengan kumpulan serpihan yang haram dan ramai yang bersubahat menerimanya tanpa berfikir.Tidak ada tuduhan rasmi keatas Ibrahim Libya dan tidak disabitkan di mana-mana mahkamah pun sampai hari ini. Beliau ditahan dibawah undang-undang jenayah. Dan kemudian banyak lagi tipu helah dibuat keatasnya. Tetapi orang PAS memperjuankan peribadi bukan perjuangan untuk menegakkan kebenaran. Jika benar mereka memperjuangkan kebenaran mereka akan memperjuangkan siapa saja yang ditohmah tanpa bukti seperti yang berlaku pada Dr.Mahathir hari ini.
Saya bukan orang PAS yang mahu mengeksploitasikan kematian Ibrahim Libya dalam tragedi memali yang diaangap sensitif. Apakah umat Islam tidak patut sensitif dengan apa saja perkembangan yang berlaku? Umat Islam bukan pemerhati pasif pada tragedi demi tragedi tetapi kalau kita tidak ingatkan ia akan berlaku keatas siapa saja yang berjuang atas landasan Islam. Lihatlah bagaimana akhbar utusan melayu dan segelintir pemimpin UMNO sedang lakukan keatas ustaz Ashaari dan Darul Arqam. Mereka mencari dan terus mencari kesalahan yang kecil tetapi menyembunyikan kebaikan dan kebajikan yang telah diusahakan oleh Ashaari dan Arqam.Mahukah kita melihat Ustaz Ashaari dan pengikutnya jadi seperti Almarhum Ibrahim Libya Asyahid. PAS sendiri pun sedang merancang untuk menjahanamkan Arqam dengan mengadakan forum bersama mereka yang telah menjadi serpihan Al-Arqam. Nampaknya PAS yang kononya memperjuangkan Islam telah mengambil kesempatan memperniagakan darah para syuhada di memali dan mengumpul serpihan UMNO dan arqam untuk terus memecahbelahkan ummah. Inikah gaya dan cara PAS mahu menyatukan ummah?
“ Sesiapa yang menyakiti seorang dari waliKu (kekasihKu-yang cintakan Allah dan RasulNya) maka sesungguhnya aku (Allah) dan RasulNya telah mengishtiharkan perang atasnya.” Sanbda Rasulullah S.W.A
Menggunakan kebencian dan tindakan diluar undang-undang terhadap orang yang mahu membawa perbaharuan yang baik terhadap bangsa dan Negara kita kerana kita rasa kita teranaiya dan dizalimi bukanlah sifat perjuangan yang sebenarnya seperti apa yang dilakukan oleh tiga manusia dalam sejarah tragis melayu. Kalau kita perlu ajar bangsa kita, kaum kita marilah kita ajar mereka dengan cara mengunakan pendidikan terlebih dahulu sebelum kita mengunakan hukuman.
Rakyat mesti tahu siapa yang salah, siapa yang benar. Kemudian tinggalkan yang salah dan ikutlah yang benar. Cakap pasal slah benar ini saya teringat di Johor Kadi dan Imam serta orang yang ada pengetahuan agama pun memehak kepada Musa kerana semangat kenegerian. Apa nak jadi pada Tok Kadi yang makan gaji dengan kerajaan, tapi gunakan kemudahan kerajaan dibulan Maulud Nabi untuk memburuk-burukkan dan menahbahkan kekeruhan dalam politik? Dimana mereka letakkan iman dan pengetahuan agama mereka?Apa bezanya di Kelantan, Ku Li orang Kelantan, salah betul mereka mesti sokong dan bantu Ku Li kerana sifat kenegerian. Bukankan ini yang dinamakan asabiah dan siapakah yang bersubahat menghidupkan asabiah dinegeri ini kalau bukan mereka yang cakap tak serupa bikin.
Jaganlah apa yang kita pandang semua betul kerana kita suka, sedangkan kita tahu kita tidak boleh percaya mata kita sendiri. Mata adalah alat yang suka menipu manusia. Kalau dalam ketakutan tunggul kita kata hantu, ditengah padang pasir kilau panas kita sangka air. Orang yang buruk wajahnya kerana hati kita berkenan kita pandang cantik. Benda yang indah kita Nampak buruk kerana kita benci.Orang yang beriman tidak beraja dihati. Orang yang mengikutkan kata hati akhirnya mati. Tengok sajalah golongan serpihan yang mengikutkan kata hati, berapa ramai dari mereka yang politiknya sudah mati dan mahu matikan politik orang lain pula.
Petikan daripa buku:
Perang di Parit Raja 1991
Published on November 13, 2012 22:19
November 11, 2012
ALXSLife Event: Mengenal Diri @ AZMI APA
Pak Habib dihadiahkan buku Ilmu Mengenal Dirinukilan anak murid Tok Kenali.
Siang tadi aku menghadhiri program Ilmu Mengenal Diri yang dilangsungkan diUniversity Of Life Wadi Hussein Janda Baik anjuran Pak Habib.Aku agak lewat ke program ini disebabkan kesihatan yang tak berapa baik sejak dari semalam lagi.Setibanya aku di gerbang Wadi Hussein yang tak berpintu itu aku disambut dengan puluhan gadis gadis manis berpakaian ala ala uniform yang sedang menanti pengangkutan balik mereka(bas) ke asrama.Hanya setelah aku bertanya baru aku tahu yang gadis gadis ini dariInstitut Perguruan Ilmu Khas di Cheras yang baru habis bermukim 3 hari 2 malam di Wadi Hussein...bakal bakal pendidik rupanya.
Bakal bakal pendidik
Setelah bersalaman dengan Pak Habib diruang tamu rumah beliau aku terus saja mengikuti program ini walaupun ketinggalan hampir 3 jam.Disebabkan minat aku terhadap Ilmu Mengenal Diri ini dan banyak bacaan yang aku lakukan selama ini tidaklah susah untuk aku follow walaupun ketinggalan sessi paginya.
Bertuah pada kami yang hadhir bila kami didatangi oleh dua pakar dalam ilmu ini yang datang tanpa diundang untuk sama sama berkongsi ilmu.Seorang adalah anak kepada "anak murid" Tok Kenali dan seorang lagi dari Seremban yang juga dari pengajian yang sama.Dua buku (merah dan hijau) yang ada lihat dalam photo ini adalah hasil nukilan bapanya Mohd Yusof Che Wook yang merupakan anak murid sebenar Tok Kenali.
Dua tamu tidak diundang yang didatangkan oleh Allah SWTuntuk turut berkongsi ilmu.
Dua buku yang aku maksudkan yang boleh didapati ditoko tokobuku seluruh negara.
Diakhir program banyak manfaat yang kami perolehi dan aku bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memberikan aku kekuatan untuk sampai ke Wadi Hussein tadi walaupun badan aku lebih suka dibaluti selimut dalam keadaan yang tidak sihat.Aku mengesyorkan kepada para pembaca blog ini untuk menghadhirkan diri anda dalam program program yang serupa anjuran Pak Habib dimasa akan datang atau dimana saja Ilmu Mengenal Diri ini diajar oleh tok guru tok guru yang iklas.
Semoga kita mendapat manfaat dan lebih dekat dengan Maha Pencipta Allah SWT dari sebelumnya.WaAllahu'alam...
SAPERTI BIASA TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PAK HABIB SEKELUARGAKERANA PROGRAM PERKONGSIAN ILMU INI DAN TERIMA KASIH KEPADASUFIVILLE RESORT JANDA BAIK ATAS TAJAAN MAKANAN UNTUK PARA PESERTA SEPANJANG PROGRAM.
Antara yang aku sempat rakamkan disana tadi...
Semuanya khusyuk mengikuti program
Cucu Pak Habib
Anak anak muda yang mencari jalan pulang
Makan tengahari tajaan Saufiville Resort
Omar anak Pak Habib tenaga penggerak ALXS
Sedap kopi ini...dah lama aku tak rasa kopi sesedap ini
Ku Shah pun ada...
Kolet..Kolek...Koleq..Ko...ha ha ha
Aku tenguk adik kecil ini begitu tekun mengikuti..
Bro Zelmey dan Amrayy
Syabas adik
Yang ini peserta tetap program Pak Habib
Saat saat peserta menahan sebak..tapi ramai yang mengalirkan airmata...aku tak terkecuali
Tenguk tisu ditangan tu,,hanya dengan menyebut nama Allah SWTairmata peserta berjujuran (tunggu videonya nanti)
Inilah kehebatan adap Pak Habib terhadap siapa jugayang dia anggap guru
Duduk berseliput bila tamu berkongsi ilmu walaupun dia ada masaalah tak boleh bersila lama lama
Ini tok guru bisa buat orang menangis..
Published on November 11, 2012 17:04
October 17, 2012
October 16, 2012
SURAT TERBUKA UNTUK SULTAN IBRAHIM (YEM)
Bismillahirohmanirohim,
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”
(Ad-Dzariyat: 56)
Sedutan ucapan Willam Wallace daripada filem "Braveheart", lakonan Mel Gibson. Jika anda berani, barulah anda mendapat kebebasan di dunia ini dan boleh membebaskan mereka yang dizalimi. Inilah sebesar-besar jihad!
Saudara,
Sorrylah, kalau saya tak panggil saudara dengan panggilan yang ‘Duli Maha Mulia Tuanku’ atau ‘Tunku’. Saya kenal diri dan Tuhan saya. Saya tahu asal tok nenek saudara dan asal usul saya, lagipun kita umat Islam hanya Allah saja yang layak menggunakan perkataan “Maha”, hanya Allah subhana wa taala dengan sifat dan zatNya yang berhak menggunakan perkataan “Maha”, kerana Dia Raja Sekalian Alam. Tun Dr.Mahathir memang nama dia macam tu, Mahathir begitu juga dengan motor Yamaha. Dia Yang Maha Kuasa, itu pun kita bercakap dengan Tuhan kita guna perkataan “Aku” dalam niat solat. “Sahaja aku sembahyang Subuh dua rakaat kerana Allah taala”. Tak ada pun berpatik-patik dengan Tuhan yang disembah. Aku aje. So, no big deal Bro. Saya guna perkataan kawan, awak, I, me dengan you.
Sultan IbrahimAwak bukannya ‘Tuan kawan’. ‘Kawan’ dan awak selaku makhluk yang diciptakanNya hanya bertuhankan Allah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan kita perlu takut hanya pada Allah yang menjadikan kita. Kerana Dia, kita berada di dunia ini dan kepada Dia kita akan kembali. Hanya Allah yang Maha Agung, tak ada manusia agung melainkan dia sudah sampai ke peringkat insanul kamil, bertaraf ‘ahsanu taqwim’ seindah-indah dan semulia-mulia kejadian.
"Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," titah Sultan Ahmad Shah (Utusan Malaysia, 30 Mac 2012)
"Jangan harapkan pujian yang manis atas segala kejayaan yang dicapai, tetapi bersedialah untuk menerima cacian atas satu kegagalan yang kecil"
"Masyarakat sekarang hanya nampak yang buruk daripada yang baik," titah baginda ketika menyempurnakan perasmian Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 1/2011 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.La illa ha illaha illallah Muhammad Rasulullah. Itulah syahadat yang kita ucapkan sebagai hamba Allah, maka kawan hanya takut pada Allah. Hanya Allah yang Maha Kuasa. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak Allah . Awak tak boleh marah “aku” guna perkataan “kawan” sebagai ganti nama ‘aku’, suka hati akulah kerana aku orang Johor, dan awak pun orang Johor juga. Bahasa “kawan awak” ini, bahasa orang Johor. Kalau Tok awak dulu, “Wak Neyeh Sultan Ismail menggunakan bahasa “me, you” bahasa elit Johor.
Almarhum Al Habib Hassan bin Ahmad Alattas, Darjah Kerabat Johor (Pengasas dan Nazir Pertama) Madrasah Alattas Alarabiah Johor & PahangSaudara,
Allah Tuhan kita. Nabi Muhammad Rasul dan Nabi kita, Al-Quran imam kita, Kaabah kiblat kita dan orang Islam adalah saudara kita. Sejak bila dalam Islam ada kasta? Ada manusia yang dipuji macam dewa? Berada di atas undang-undang.
Apakah saudara sudah lupa bahawa Saidina Bilal bin Raba muazzin terbilang asalnya seorang hamba abdi berkulit hitam, akhirnya dia menjadi sahabat. Tahu kenapa?
Sedutan filem "The Message", detik-detik Bilal bin Rabah dibantai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab
Ingat saudara, Allah murka pada manusia yang angkuh, kejam dan tidak adil. Kalau tak dengar cakap Tuhan, itu tanda nak meredum. Tugas Nabi Muhammad s.a.w ialah meruntuhkan berhala yang disembah oleh Arab Jahiliyah, baginda menyambung tugas Nabi Ibrahim a.s. selaku pesuruh Allah, akhirnya hiduplah Daulah Islamiah. Selain membebaskan hamba abdi dan menghidupkan keadilan, kita perlu menentang kekejaman, kezaliman dan keangkuhan dan kembalikan manusia ke fitrah asalnya. Baginda Rasulullah s.a.w seorang yang zuhud. Ingat! Selagi tidak ada keadilan selama itu tidak akan ada kedamaian. Islam itu peace, mahukan kedamaian perlu bersikap toleransi. Loving, giving, caring, sharing and forgiving.
Sifat inilah mahmudah. Sifat terpuji, bukan kekal dengan sifat mazmumah, sifat terkeji, riak, takabur, pemarah, dendam, hasad dengki, gila harta, bakhil, penakut, gila pangkat dan gelaran.
Negara kita hari ini dalam keadaan yang tidak aman dan tenteram terutama dalam jiwa rakyat yang merasakan demokrasi sudah mati, dimatikan oleh mereka yang ‘berbaju kebal’ dengan sifat mazmumah mereka. Boleh melanggar undang-undang suka hati mak bapak dia aje. dan ramai yang terpengaruh dengan dongeng falsafah Nietzsche Tuhan sudah mati yang dipopularkan oleh Kassim Ahmad dalam sajaknya Sidang Roh.
Bila mereka fikir TUHAN sudah mati mereka pun jadi FIRAUN merasakan diri Tuhan. Akhirnya jadi macam Firaun Moden di Timur Tengah.
Negara kita sudah merdeka hampir 55 tahun, nampaknya yang betul-betul merdeka di negeri Johor adalah saudara dan kerabat diraja Johor boleh bermaharajalela di atas jalan raya, ada askar sendiri, apa polis yang ikut saja perintah kerabat diraja. Perangai macam itu amat tidak disenangi oleh penduduk negeri Johor. Awak jangan lupa bahawa sudah tidak ada lagi status “rakyat Johor” seperti di zaman Tok awak, Sultan Ibrahim ketika menjadi sultan. Akibat mengkritik Sultan dalam Sunday Mirror, Dato’ Onn dibuang negeri ke Singapura. Onn Jaafar dan keluarga terpaksa hidup sebagai nelayan di Singapura. Sedangkan Dato’ Onn bin Jaafar adalah adik ipar sultan. Cik Dara, kakak Dato’ Onn adalah isteri Sultan Ibrahim.
Kawan tulis surat terbuka pada awak ini bukan semata-mata kerana yang teraniya dan dizalimi Syed Abdullah bin Hussien Al-Attas, yang lebih dikenali sebagai UncleSeekers itu anak kawan yang ditangkap dengan macam-macam tuduhan oleh polis Johor di Senawang mengikut cerita kerana kehendak awak juga. Betul ke? Kalau betul cerita ini, awak telah merosakkan nama baik polis dan kerajaan BN. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau membawa lumpur, semua kerbau yang memang suka bermain lumpur jadi tambah kotor.
Brother,
Mak awak orang Inggeris, awak bukanlah anak raja yang pertama berasal dari England. Helen Bartholomewa adalah wanita Inggeris pertama yang menjadi Permaisuri Johor, isteri Sultan Ibrahim yang ditabalkan sebagai permaisuri bergelar Sultanah Helen. Apakah salah kawan panggil awak ‘Brother’ ? Ini panggilan popular hari ini. Lagipun kita orang Islam ini bersaudara. Tak salah gua panggil lu Bro kan, baru sama frequency dan wave length.Bila bercakap dengan bahasa rakyat ini kita lebih mesra, tak ada ‘shoulder length’, baru hidup silaturrahim, macam kita bercakap dengan Tuhan semasa solat yang mustahak ‘niat’. Semua amal bermula dengan niat.
Sultanah Helen
Tak ada bezanya orang Ajam dan orang Arab atau Sultan dengan Rakyat. Sultan itu pun rakyat juga, tidak akan ada sultan tanpa rakyat. Kenapa bila jadi sultan, ibarat orang yang sudah menyeberang jambatan, buang tongkat? Tak elok buat perangai kaduk naik junjung. Ingat, bahasa menunjukkan bangsa. Pesan orang tua-tua, “biar mati anak, jangan mati adat”. Orang Melayu ada adat istiadatnya.
Datuk awak dulu pun rakyat biasa aje, bermula dengan gelaran “Temenggong”. Kemudian Che Tun Abu Bakar Maharaja Johor. Semulia-mulia manusia ialah yang paling taqwa (Al-Quran). Bukan manusia yang diagung-agungkan oleh manusia kerana pangkat, kemasyhuran, kuasa dan kekayaan. Beristighfar minta keampunan dari Tuhan.
Almarhum Sultan Abu BakarWaktu saya menulis, saya berada di dalam dunia saya sendiri, anda juga berada di dalam dunia anda namun jika kita berani melihat dengan ‘mata hati’ kita tidak akan kata yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam. Soalan pertama yang mesti dijawab nanti ‘marabukka?’ siapa Tuhan kamu? Apakah kita perjuangkan hari ini sama seperti janji kita bahawa Allah Tuhan kita, dan kita tidak akan menyembah selain Allah?
Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adakah kita nak jawab dengan diri kita sendiri? Apakah kita telah mengikut Al-Quran dan Sunnah? Atau kita ikut agama tok nenek kita? Saya tahu bukan mudah hendak berjumpa dengan saudara kerana terlalu banyak hulubalang-hulubalang di keliling. Sebelum meneruskan tulisan kepada anda, cuba baca yang tersirat di sebalik surat Abdullah Munshi. UncleSeekers pun namanya Abdullah. Abdullah itu ertinya hamba Allah. Hamba Allah tak bertuankan manusia, tak takut dengan manusia bila berkata benar.
"Ingat-ingat Tengku, yang akan ditanya oleh Allah Ta’ala segala hal rakyat kepada rajanya pada hari kemudian. Dan siapa lagi kalau bukan Tengku yang mula sekali masuk neraka adalah segala raja-raja yang zalim ke atas rakyatnya... Maka janganlah Tengku kira orang yang menjadi raja itu terlebih besar dan terlebih mulia daripada rakyatnya melainkan orang yang terkecil lagi hina adanya. Iaitu hamba segala hamba Allah."
(Kisah Pelayaran Abdullah Munshi)
Kafir Quraisy takut dengan dakwah yang dibawa Rasulullah berkembang pesat dan pengikut Rasulullah bertambah ramai. Mereka kemudian mengutus Utban bin Rabi’ah berjumpa Rasulullah dan menawarkan beberapa tawaran supaya baginda dapat bekerjasama dengan mereka. Namun Rasulullah tetap tegas dengan pendiriannya menolak tawaran itu dan tidak akan meninggalkan perjuangannya berdakwah menegakkan syiar Islam. Walaupun dijanjikan dengan harta kekayaan, pangkat dan kuasa baginda tetap menolak segala tawaran yang diberikan itu.
UncleSeekers dan pasangan ketika ditahan polis Julai laluSaudara,
Rakyat di Malaysia umumnya dan bangsa Melayu khususnya telah menempuhi banyak daerah perubahan di sepanjang sejarahnya. Peri laku dan cara berfikir saudara patut turut berubah sama, kalau tak berubah nanti rebah. Dulu rakyat tak ada pilihan melainkan percaya bulat-bulat apa yang tersiar di media massa arus perdana yang di miliki oleh mereka yang berkuasa. Itu dulu, dulu lain sekarang lainnyanyian Tan Sri SM.Salim. Anak-anak zaman dulu, takut dengan ibu bapa, takut dengan guru, dengan perkataan derhaka. Itu dulu. Sebab itu jangan kerana awak bergelar Sultan awak fikir awak boleh bersultan di mata beraja di hati.
Kita kini berada di era milenium, anak murid tak takut guru, anak tak pedulikan ibu bapa, rakyat tidak takut kerajaan. Inikan pula Raja-Raja, anda perlu dikejutkan supaya tak terus terlena. Di dunia tanpa sempadan di mana media baru yang tak memerlukan percitakan beritanya tersebar diseluruh dunia dimana ikan kecik boleh makan ikan besar. Jika anda tak sedar, demi masa sesungguhnya anda hidup dalam kerugian.
Saudara selaku seorang sultan yang menjadi Ketua Agama, saudara sepatutnya mengkaji sejarah. Tahukah saudara punca kenapa Portugis ‘Benggali Putih’ menyerang dan menawan Melaka pada bulan Ogos 1511? Jika tidak kerana perangai Sultan Mahmud Shah yang dikenali dengan sikapnya yang terburu-buru, termakan hasutan para batu api di keliling raja yang mengatakan Panglima Do Deigo De Sequera datang untuk menyerang Melaka, sedangkan mereka datang untuk berniaga pada tahun 1409.
Ingat apa yang terjadi pada Sultan Mahmud Shah II (1699) nama Mahmud juga akhirnya mati dijulang. Raja Adil, Raja disembah, Raja zalim, Raja disanggah akibat menyalahgunakan kuasa. Sebab itu bapak saudara menukar nama kepada Sultan Iskandar. Antara sebab Sultan Mahmud dibunuh oleh Laksamana Bentan kerana sikap terburu-buru tak dapat kawal nafsu, mudah terpengaruh dengan hasutan. Akhirnya membelah isteri Laksamana kerana termakan seulas nangka. Itu pun perempuan mengandung mengidam. Kuasa adalah amanah. Allah boleh menarik balik dalam sekelip mata. Sejarah Kesultanan Johor tamat bila Sultan Mahmud dibunuh ketika mahu pergi menunaikan solat Jumaat. Dia seorang homosexual dan bisexual, makamnya di Kampung Marhom Kota Tinggi.
Dalam surah An-Naml, Allah s.w.t menyentuh tentang Ratu Saba’ dengan ayat yang bermaksud:
Raja perempuan itu berkata; “ Sesungguhnya raja-raja apabila masuk ke sebuah negara, mereka akan merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina dina, dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.” (An-Naml: 34)
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang telah mereka kerjakan dari jenis amal yang mereka pandang baik, lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.(Al-Furqan, ayat 23)
Ayat-ayat Allah ini menerangkan hakikat amalan-amalan yang dilakukan oleh sesetengah manusia bagi tujuan dunia semata-mata. Akibatnya semua amalan itu menjadi sia-sia. Inilah yang telah terjadi kepada sebuah kerajaan yang tidak taat kepada perintah Allah. Jika sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Sakit berubat, berdosa bertaubat. Sifat Tuhan Maha Pengampun.
Saudara kena ingat, kuasa yang ada setakat ‘amanah’. Sepatutnya Johor sudah tak ada raja lagi. Sultan Mahmud tak ada keturunan, digantikan oleh Sultan Abdul Jalil anak Tun Habib, tiba-tiba muncul Raja Kechil yang menjadi anak gundik berperang dengan Sultan Abdul Jalil, akhirnya anak Bendahara Tun Habib yang lari dibunuh di Pekan mati dan kuburnya di Kampung Marhom Pekan.
Perbuatan awak yang angkuh dan sombong menunjuk-nunjuk kuasa dan kekayaan boleh memporak perandakan institusi Raja-Raja, akibatnya ramai saudara kerabat di negeri yang boleh sakit jiwa dibuatnya nanti, bila tersedar yang rakyat hari ini ramai yang tak suka pada raja tetapi suka mahu jadi anak raja, apa lagi boleh jadi Tengku Mahkota atau Raja Muda macam anak awak, Ismail yang merasakan dirinya Prince Charles. Orang kampung tahu kerabat diraja Johor buat kesalahan apa saja dengan mudah terlepas dari undang-undang mereka yang ada kuasa boleh tutup sebelah mata. Ingat, patience has its limit. Jangan sampai cacing naik ke mata. Kucing bila terdesak dipersok boleh bertukar menjadi harimau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya, apa jadi kepada Institusi Raja jika BN kecundang PRU ke-13 nanti?
Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Ibrahim dan Tengku IsmailRakyat mula bertanya sampai bila para VVIP boleh hidup seperti The Rich and Famousdengan tak payah bekerja tetapi boleh hidup di dalam beberapa buah istana sedangkan rakyat nak dapat rumah PPRT teramatlah susahnya.
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan nafkahkan sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman diantara kamu dan menafkahkan (sebahagian) dari hartamu memperolehi pahala yang besar.( Al Hadid: 7)
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan jangan lah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membanggakan diri. ( Luqman: 18)
Almarhum Sultan Iskandar dan Sultanah Zanariah bersama anak-anak di kediaman diraja JohorAntara sebab lain saya tulis surat terbuka ini, pertama bukan mudah hendak jumpa raja, pencacai di keliling lebih raja dari raja. Merekalah yang jadi Batu Api Baruadan jejalur api parasit yang akhirnya mematikan pohon besar. Contoh Sultan Mahmud di Melaka dan Sultan Mahmud di Kota Tinggi, Johor. Nasib baik bapak awak sudah tukar nama dari Mahmud ke Iskandar kalau tidak..
Pergaduhan rakyat dengan kerabat diraja bermula awak dengan Kamal Hisham, kemudian dengan Nizar, lepas itu dengan Uncle Seekers ini tidak patut dibiarkan berlarutan. Biarpun saya duduk di Wilayah Persekutuan dan ada Alattas University of Life di Janda Baik (Hantu) Pahang, saya lahir dan kahwin di Johor masih merasakan diri anak Johor. Pertama, menepuk air di dulang merecik ke muka sendiri. Kedua, sejak adanya blog, facebook, twitter, the angry young man the freedom fighter sudah mula naik angin akibat Yang Maha Halia. Saya bimbang keberanian beberapa blogger yang sudah jadi kucing yang dihenyak ke dinding bertukar menjadi harimau. Akhirnya Melayu juga yang rugi. Melayu bergaduh dengan Melayu. Negeri tergadai, Melayu tersadai. Jong pecah, youkenyang.
Apakah dengan menangkap dan memenjarakan Syed Abdullah bin Syed Hussien Al-Attas dan mereka yang dituduh mengaibkan Sultan Johor tidak akan menjadi satu malapetaka kepada kerabat diraja di seluruh Tanah Melayu seperti bola hoki yang menghilangkan imuniti Raja-Raja bermula dari Johor? Lu pikir la bro..
Fikirkanlah, kiranya perang dingin di internet dan di media massa bermula dengan (Kamal Hisham) yang telah pun membuat laporan Polis terpaksa lari keluar negara akibat ada ugutan bunuh oleh kerabat diraja Johor sudah merebak antara Uncle Seekers dan kerabat diraja Johor. Kisah Uncle Seekers di tahan reman sudah tersebar luas di seluruh dunia. Mereka mempersoalkan hak asasi manusia. Sepatutunya awak selaku Sultan, panggil dia cakap baik-baik. Pasal apa nak guna polis. “Kechik punya hal”. Sudah timbulkan masalah yang besar.
“Sehari yang dihabiskan oleh seorang raja yang taqwa untuk menyelenggarakan keadilan, setara dengan enam puluh tahun yang dihabiskan oleh seorang suci untuk ibadah dan solat”Sabda Rasulullah
Sebab itu alangkah baiknya jika saudara dapat menerima apa yang berlaku dengan tenang dan penuh rasional. Tak ada untung bergaduh dengan mereka yang ada media. Pena itu lebih berbahaya dari peluru berpandu. Jangan nak marah tidak tentu pasal dan libatkan polis. Kita hidup dalam negara demokrasi, Sultan sekadar lambang, Sultan tidak ada hak rasmi kerajaan. Awak tak ada apa-apa kuasa sekadar lambang sahaja. Yang penting kesultanan bukan Sultan, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga . Bawa bertenang, jika kepala panas biarkan dada dingin, jika hati panas, kepala perlu dingin. Marah adalah musuh manusia terbesar yang ada didalam manusia.
Betul ke kerabat Diraja saudara suruh polis tangkap blogger ikut suka hati, seperti apa yang terjadi pada dua orang polis yang terpaksa menerima hukuman gantung akibat pembunuhan Altantuya?
Bapa Altantuya Saaribuu perempuan dari Mongolia yang mati ditembak kemudian diletupkan dengan C4 itu datang ke Parlimen Kuala Lumpur nak jumpa Najib (PM) nak tahu kenapa kezaliman yang seperti itu boleh berlaku ke atas anaknya? Saya sudah dokumentasikan dalam buku saya Memo Untuk Najib . Dunia pun hendak tahu betul ke kerabat diraja Johor ugut nak bunuh Kamal Hisham? Dia sudah buat aduan pada polis, tapi kenapa tak ada tindakan? Salah faham macam inilah. Selalu ia merosakkan imej Polis, Mahkamah dan Kerajaan Barisan Nasional dimana Najib menjadi Perdana Menteri dan Hishammudin, sepupunya menjadi Menteri Dalam Negeri (Bapa Polis). Pelik apa sudah jadi pada Negara kita? Ke mana perginya demokrasi?
Tangan kanan Joe Biden merangkul tengkuk Najib
Mata dan jari telunjuk Najib yang tidak selari, sedangkan mulutnya sedang berkata-kata.Pergaduhan dan peperangan tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih-lebih lagi yang berkaitan harta benda, mati satu sen tak boleh di bawa ke kubur. Tengok apa sudah jadi bukan mudah mahu membersihkan nama yang sudah rosak akibat menerima nasihat orang keliling yang jadi parasit, yang cinta dunia takut mati.
Sepatutnya saudara sebagai Ketua Agama menjadikan diri kamu sebagai ikon pada rakyat. Apakah satu hari nanti kita cuma sanggup berkata;
“Bahawa pada satu masa dahulu negara kita ini adalah sebuah negara yang indah, permai, aman dan damai tetapi akibat kelalaian, kesombongan dan kezalimanRaja kita, negara ini sudah bertukar menjadi padang jarak padang terkukur”. Seperti apa yang berlaku di Iraq. Kesombongan, kekejaman Saddam Hussien dan Muamar Gaddafi.
Inilah kebimbangan saya yang menyebabkan saya terpaksa sekali lagi menulis Surat terbuka kepada saudara dan saya bertawakal kepada Allah kerana saya sedar sebesar-besar jihad ialah berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim.
(dipetik dari buku SETAN, SYAITAN, SULTAN)
"FREEEEDOOOMMM..!!!"
kalau nak baca lebih lanjut sambungan "Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim", silakan beli buku melalui email kepada alxsunilife@gmail.com
Kedai buku dah tak berani jual buku ini lagi (kerana takut Tuankau murka!)
Published on October 16, 2012 22:24
October 15, 2012
ALXSLife Events: MELANGKAH & BERJAYA
ALXSLife Events: MELANGKAH & BERJAYA
MELANGKAH & BERJAYA adalah sebuah event yang akan menjadi kunci untuk anda membuka pintu kejayaan yang selama ini menjadi satu impian dan khayalan semata-mata. Zaman ini bukan lagi zaman orang Melayu hidup dengan mengambil upah memanjat kelapa. Tetapi zaman perindustrian dan revolusi mental. Tiap orang kita perlu berfikir dan berikhtiar untuk mengubah corak hidup-nya. Jika tidak, dunia ini tidak ada tempat untuk kita. Mula2 mestilah berangan. Bila sudah di-praktikan keazaman yang kukuh, angan2 yang tadi-nya merupakan khayalan akan wujud sebagai satu cerita yang bukan lagi mustahil menjadi realiti. Angan-angan itu adalah satu dasar yang harus di-bentuk oleh tiap2 insan yang ingin maju. Fikiran kita boleh memberikan apa yang kita kehendaki.Kerana di-dalam-nya terdapat suatu kuasa yang luar biasa yang mana besar kemungkinan-nya kita tidak di-beri pengajaran bagaimana untuk menggunakan dan menguasai kuasa ini. Tetapi kita sudah terlupa bahawa angan2 itu ada-lah sifat yang mutlak yang mesti di-punyai oleh setiap orang yang mahukan kemajuan. Tanpa angan2, tak mungkin ada-nya kejayaan dalam hampir semua bidang. Tetapi berapa kerat sahaja dari orang kita yang tahu bagaimana hendak menggunakan pikiran mereka untuk membawakan mereka pada puncak kejayaan? Menguasai angan2 ada-lah satu kunci yang dapat membuka semua jalan menuju kejayaan yang mana selama ini tersembunyi dan di-rahsiakan. Hadirkan diri anda pada Sabtu 17/11/201 bagi event MELANGKAH & BERJAYA! ALXSLife.HANYA 50 PESERTA DIJEMPUT HADIR
TICKET PRICING-Event Day: Rm70.00-Early Bird (1st 10 Tickets): Rm50.00
FAQs
Are there ID requirements or an age limit to enter the event?No, All guests are invited however children are not advise to join since the subjets discuss is not really disney-material :-)
What are my transport/parking options getting to the event?Transportation will not be provided, car-pooling is recommended.Parking will be provided within the compund of Wadi-Hussien.
What can/can't I bring to the event?You are allowed to bring recording materials to the event for personal usage only.
Where can I contact the organiser with any questions?Our Organizer will be available to be contacted by email alxsunilife@gmail.comHP Numbers will be provided to those who have Registered only.
Do I have to bring my printed ticket to the event?Yes, if it is advisable since it would be easier for us to check your attendances.
Published on October 15, 2012 02:17
October 11, 2012
"SETAN, SYAITAN, SULTAN" kini di pasaran!
JANGAN BELI BUKU INI JIKA ANDA TAKUT (TUANKAU) MURKA. KALAU DAH DIHARAMKAN, BARU NAK CARI, DAH TAK GUNA... TOO LATE BRO! LU FIKIRLAH! DAPATKAN BUKU INI DARI PUSTAKA MUKMIN, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN, KL. CETAKAN TERHAD.
"The pleasure is yours, the risk is mine" (S.H.Alattas)Chicken don't read this book.
Mungkinkah buku ini senasib dengan buku "MEMO KEPADA MAHATHIR", "THE CHALLENGER", dan "JOHOR CORPORATION THIEVES OF THE PEOPLE" yang telah diharamkan? Kepada ALLAH saya berserah.
Tidak bergerak sesuatu, melainkan gerak ALLAH.
"The pleasure is yours, the risk is mine" (S.H.Alattas)Chicken don't read this book.
Mungkinkah buku ini senasib dengan buku "MEMO KEPADA MAHATHIR", "THE CHALLENGER", dan "JOHOR CORPORATION THIEVES OF THE PEOPLE" yang telah diharamkan? Kepada ALLAH saya berserah.
Tidak bergerak sesuatu, melainkan gerak ALLAH.
Seorang UncleSeekers telah ditahan, di luar sana masih ramai UncleSeekers yang masih meluat dengan perangai Sultan yang tidak menunjukkan sifat baik sebagai pemimpin umat Islam!
Kisah yang tersembunyi di sebalik tembok istana terbongkar bila bertemu buku dengan ruas...
Ketika melihat Saad Abi Waqas sedang berwuduk, Nabi Muhammad s.a.w bertanya, "Buat apa kamu?"
Abu Waqas menjawab, "Berwuduk."
"Jangan membazir", pesan Rasulullah s.aw.
"Ambil wuduk di sungai yang mengalir pun tak boleh membazir?"
"Tidak", jawab Nabi Muhammad s.a.w
Orang yang membazir bersaudara dengan syaitan.
Dalam kaedah Fardu Kifayah, kena ada orang yang buat, maka yang lain terlepas! Dengan Nizar menegur Ku Yem, maka terlepaslah 28 juta rakyat Malaysia dari kemungkaran pembaziran. Jika tidak, semua akan berdosa.
halaman 11, buku "SETAN, SYAITAN, SULTAN"
___________________________________________________________"Lemah bukan sifat insan kamil. Kehinaan adalah sesuatu yang tidak disukai oleh orang mulia. Islam tidak suka melihat umatnya hidup dalam keadaan lemah dan hina. Islam tidak mengajar umatnya erti menyerah kalah dan menerima penindasan. Sebab itu kita lihat al-Quran menjanjikan balasan seksaan ke atas mereka yang menyerah kalah kepada kehinaan." Haji Selamat HashimHijrah Minda Menuju Kegemilangan UmatUnit Penerbitan dan Perhubungan Awam
Gambar-gambar sewaktu saya singgah di Unit Penerbitan & Perhubungan Awam, Majlis Agama Islam Negeri Johor, pada pukul 10 pagi, 10/10/2012.
Berpantang ajal sebelum maut. Hidup hanya sekali. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takut apa dengan manusia, bila kita takut dengan Allah? Hanya Allah Yang Maha Kuasa. ALLAHU AKBAR!
![]()
Published on October 11, 2012 23:43
Dapatkan buku "SETAN, SYAITAN, SULTAN" di Pustaka Mukmin, Jalan Tunku Abdul Rahman (KL)
Kalau anda berani, baca buku ini! AMARAN! Mereka yang lemah jantung, dinasihatkan jangan baca buku ini. Saya tak bertanggungjawab sekiranya sesuatu berlaku selepas baca buku ini. The pleasure is yours, the risk is mine! (Pak Habib)
Sesudah baca, lu fikirlah bro! Tau takpe...
Published on October 11, 2012 03:04
October 5, 2012
ALXSLife Event: Mengenal Diri
"Know thyself"Manusia diciptakan Untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa.Alangkah ruginya hidup kita kalau mati tanpa kesedaran tentang hakikat kehidupan.Dalam diri kita terdapat Ruh yang Agung, ruh ini akan menentukan destinasi kewujudan kita pada saat kita hidup dan pada saat kita mati."Adakah anda kenal siapa diri anda yang sebenar?"Sebagai manusia kita perlukan bimbingan dari kita kecil sampai ke liang lahad.Ilmulah yang akan menjadi sebaik-baik pembimbing manusia. Dengan ilmu kita mampu meningkatkan keupayaan berfikir dan mencapai nilai-nilai kebenaran yang sungguh penting untuk manfaat kehidupan kita di dunia dan di akhirat."Ke mana halatuju anda dalam hidup?"Tanpa ilmu kita hanyalah makhluk yang rugi lagi merugikan.Al-Attas university of life didirikan dengan tujuan untuk mengisikan kekosongan dalam jiwa-jiwa manusia yang dahagakan ilmu."Apakah bakat semulajadi yang anda miliki?"Apa gunanya hidup kalau tidak peduli tujuan kita dihidupkan atas muka bumi ini? Apakah nanti ketika ajal datang menjemput, baru terbit penyesalan kerana hutang nafas yang diberi pinjam dariNya belum lagi kita langsaikan?"Bagaimana mencari kekuatan dalam jiwa?"Ingatlah waktu dan masa kita DISINI adalah terbatas.Entah esok, lusa atau BILA-BILA sahaja jiwa kita akan diseru pulang kepadaNya.Sebagai insan menjadi tanggungjawab kita untuk menimba ilmu, mencari kebenaran dan berbuat kebaikan.Untuk menemukan jawapan anda sendiri, hadirkanlah diri ke progam Alattas University of Life pada 10/11/2012 ini di Wadi Hussien, Janda Baik. Anda berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dari Pak Habib Jadilah Jiwa Luar Biasa!
Tickets will only be available for purchasing starting on Wednesday 10th of October 2012 at 1.00PM
HARGA TIKET
*Early-Bird (1st 10 tickets): Rm50.00-Standard Online: Rm65.00-Event Day: Rm70.00
*Early bird price is only available for on-line purchases.
FAQs
Are there ID requirements or an age limit to enter the event?No, All guests are invited however children are not advise to join since the subjets discuss is not really disney-material :-)
What are my transport/parking options getting to the event?Transportation will not be provided, car-pooling is recommended.Parking will be provided within the compund of Wadi-Hussien.
What can/can't I bring to the event?You are allowed to bring recording materials to the event for personal usage only.
Where can I contact the organiser with any questions?Our Organizer will be available to be contacted by email alxsunilife@gmail.comHP Numbers will be provided to those who have Registered only.
Do I have to bring my printed ticket to the event?Yes, if it is advisable since it would be easier for us to check your attendances.
Published on October 05, 2012 20:29
October 3, 2012
Haruan, Ular, Burung Kakak Tua, dan Manusia, Siapa Binatang? (BAH.2)
Amerika sebagai kuasa besar tunggal dunia, percaya amalan demokrasi akan membawa proses ke arah matlamat ‘pemerintahan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’ seperti yang diterapkan oleh Presiden Abraham Lincoln di Gettysburg selepas tamatnya Perang Saudara AS dalam tahun 1865.Amerika percaya demokrasi boleh membawa segala sumber pengetahuan, ilmu kekayaan, seni, budaya dan kuasa politik ke dalam tangan rakyat, iaitu pihak yang merestui segala sumber itu. Bekas Perdana Menteri Britain, Benjamin Disraeli berkata, “There is no act or treachery or meanness of which a political party is not capable, for, in politics there is no honour”.
Betapa gah dan kuatnya seseorang presiden, dia boleh digantikan oleh rakyatnya selepas empat tahun atau paling lama lapan tahun, menurut peruntukan perlembagaan Amerika.Apa lagi bila dia sudah hilang kehormatannya. Tapi sebagaimana yang dikatakan tadi demokrasi dan pemerintahan Amerika serta Presidennya tidak lebih dari puppet-puppet yang tali-talinya dikuasai dan digunakan oleh Yahudi di sebalik tabir begitu juga pemerintahan absolute monarchy yang menjadi milik raja-raja Arab. Filem John F.Kennedy (JFK) arahan Oliver Stone menggambarkan kekuatan “invisible government” yang mampu menyingkirkan JFK, gara-gara mahu menghentikan Perang Vietnam, pada hal, perang itu membawa keuntungan sekitar 80 billion USD bagi Amerika. Apakah Bush juga takut senasib seperti JFK?
Abraham Lincoln
Oliver StonePerang ke atas Iraq kali ini merupakan tahap akhir dari American Civilizations? Kesombongan dan keangkuhan mereka sudah sampai ke kemuncak dan sedang dalam proses menurun dengan hancurnya moral Amerika di mata dunia dan rakyatnya sendiri.
Setiap yang naik ke atas pasti akan turun seperti belon, jika tidak meletup pasti kempis perlahan-lahan, mengikut teori Hegel – yang dipakai oleh Fukuyama dalam tesisnya The End of History – dunia hari ini sudah sampai pada tahap akhir sejarahnya, iaitu kemenangan di pihak Kapitalis – Liberalis. Dalam keghairahan memuji Amerika, Fukuyama terlupa punca Rom dan empayar-empayar lain yang terpaksa mengakhiri sejarah kegemilangan mereka bermula dari dalam diri ‘Nafs’.
Kini, dunia sedang menunggu kebangkitan umat Islam yang bertaraf ‘The Universal Master’ mengikut perancangan Tuhan.Apabila umat Islam teringat pesan Rasulullah s.a.w supaya mereka memerangi ‘Nafs’.Nafs adalah musuh utama manusia.Kuasa yang ada pada manusia ialah menguasai dirinya.Tumpasnya Islam adalah disebabkan ’nafs’ sendiri pun tidak terkawal, macam mana mahu memerangi kebatilan?
Disebabkan kita tidak berjaya menguasai diri itulah ‘clash of civilition’ yang dimaksudkan oleh Alvin Toffler. Manusia berperang dengan dirinya sendiri kerana tidak tahu tujuan dihidupkan, akibat tidak kenal dirinya sendiri, disebabkan para ulama suk yang cinta dunia takut mati.Disebabkan umat Islam tidak mempunyai sifat fatanah, kita terpaksa bersetuju dengan penulis upahan dari Amerika.
Jika kita lihat kepada sejarah lampau, kewujudan Amerika bukan sudah beribu-ribu tahun lamanya tetapi pada 1776 setelah mereka bebas daripada belenggu British. Begitulah juga dengan penduduk asal tanah AS yang bukannya manusia berkulit putih seperti hari ini.Ini bermakna Amerika tidak meninggalkan warisan tamdun yang perlu dibanggakan jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Rom dan Iraq yang mempunyai warisan tamadun dunia.
Jika diperhatikan idea yang dicetuskan oleh Plato, George W. Bush bukanlah Presiden Amerika yang ‘qualified’. Bush gagal dalam mentadbir dasar luar Amerika dengan baik. Bush menjadi presiden kerana dia mewarisi keturunan presiden. Beliau kaya dan disokong oleh pendukung-pendukung yang berduit dan para pelobi yang berpengaruh.Disamping itu.kemenangan Bush disokong oleh Mahkamah Agung. Mengikut undi popular, Bush sebenarnya tewas kepada Al-Gore. Rata-rata rakyat Amerika tidak kisah sesiapa pun yang memegang tampuk kuasa. Mereka tidak peduli siapa yang akan menjadi Presiden. Begitu rendahnya sensitivity pengundi Amerika dalam pemilihan Presidennya sekadar 50 persensaja.Jadi kita tidak sepatutnya marah kepada semua rakyat Amerika. Yang buat tahi Presiden dan konco-konconya saja!
Akhlak penting.Akhlak mesti diberikan keutamaan.Jika kita tersalah pilih pemimpin.maka tunggulah saat kehancuran bagi sesebuah negara itu. Dr. Mahathir pernah menyatakan dalam ucapannya di Persidangan NAM di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2003 bahawa dunia ini kini telah kembali ke peradaban “zaman batu” kerana menjadikan “perang” sebagai jalan penyelesaian masalah. Yang benar adalah yang kuat.Might is right. Kita beruntung disebabkan cara hidup pemimpin kita seperti Dr. Mahathir yang bukan saja kreatif tetapi berwawasan. Ini membuatkan kehidupan rakyat dan negara ini terus makmur. Tapi dalam masa yang sama nasib dunia kita masih ditentukan oleh Yahudi yang menggunakan Amerika untuk memenuhi impiannya menguasai dunia.
Penilaian ini berpijak kepada kenyataan bahawa orang-orang yang hidupnya rosak di masa sekarang terdiri dari orang-orang masa kanak-kanak atau remajanya hidup dalam kekacauan dan selalu membuat masalah. Mereka adalah orang-orang yang dahulunya sukar dikendalikan, liar, bergaul dengan budak-budak nakal, gemar mencuri, berkelahi dan sering menimbulkan masalah kerana pemikiran mereka telah dirosakkan oleh media massa terutama iklan yang menguasai pemikiran anak-anak kita hingga terpengaruh dengan kehidupan gaya‘Ala Amerika’.
Di dalam ucapan pembukaan Persidangan NAM di Stadium Bukit Jalil pada 23hb. Feb 2003, Dr. Mahathir menyebutkan pentingnya penyelesaian masalah Palestin, beliau berkata, “If we care to think back, there was no systematic campaign of terror outside Europe until the Europeans and the Jews created a Jewish state out of Palestine Land”. Kerana itu Mahathir menegaskan ‘Palestine is KEY to peace’.
Tanpa disedari di kalangan ahli politik di Barat ada yang mudah menggunakan sentimen “anti Islam” yang sudah berakar umbi pada masyarakat Kristian Barat. Pada Februari 2001, Pengarah CIA, George Tenet mengumumkan bahawa musuh utama Amerika adalah Osama bin Laden. Untuk memburu Osama, AS menghalalkan segala cara, termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak, mengenakan sekatan PBB ke atas Afghanistan. Dengan alasan negara tersebut menolak menyerahkan Osama ke Amerika.Langkah itu menyebabkan kesengsaraan rakyat Afghanistan.Begitu juga di Iraq, jutaan bayi Iraq mati akibat sekatan ekonomi selama 10 tahun ke atas negara tersebut.Selepas ini siapa pula? Amerika telah memutuskan semua hubungan dengan Iran dan menghalang rakyatnya ke Sabah, tentu ada apa..apa!
Bukan Saddam saja yang berperangai macam Firaun, boleh dikatakan kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab berperangai macam Saddam. Mereka akan ditelanjangkanmacam Saddam apabila timbulnya nanti revolusi rakyat ke atas pentadbiran mereka. Mereka inilah pemimpin yang bertopengkan Islam, tetapi dalam waktu yang sama menjadi badut kepada Amerika dan Yahudi. Dunia Islam akan tahu nanti siapa yang menjadi dalang dan tali barut Amerika selama ini! Amerika berjaya melakukan huru-hara di Filipina.
Di Malaysia campur tangan Amerika untuk cuba menjatuhkan Dr. Mahathir dengan memberi sokongan terbuka kepada gerakan reformasi sedikit masa lalu telah gagal berikutan tindakan tegas kerajaan terhadap kumpulan tersebut. Ketika mengulas tindakan Al-Gore pada 1998, Dr. Mahathir berkata “Kekuatan negara sebenarnya terletak di tangan rakyat biasa yang berani menyuarakan pendirian, termasuk membantah kebiadaban orang luar.”
Hampir seluruh rakyat telah mengutuk Mahathir ketika itu dengan menggunakan media dan dalang yang berada di belakang parti politik pembangkang.Apakah tidak mungkin ada ulangan? Sekarang ini rakyat telah diracun oleh pemikiran bahawa Pak Lah tidak layak ganti Mahathir manjadi PM! Najib jauh lebih popular tetapi segala kelemahan Najib akan ditonjolkan sekiranya Pak Lah memilih Najib sebagai Timbalannya.Apakah tidak mungkin kita akan menjadi macam Indonesia? Jika kita tidak bersatu, besar kemungkinan bangsa dan negara kita yang dalam bahaya akan hancur binasa. Itulah rakyat takut Mahathir berhenti kerana mereka masih tidak yakin dengan kemampuan Pak Lah.
Rakyat tidak akan lupa peristiwa tahun 1998 semasa majlis makan malam sempena Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia – Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur. Naib Presiden Amerika ketika itu Al-Gore telah mengkritik Malaysia di depan PM dan perwakilan asing. Gore menyatakan sokongan terbuka terhadap gerakan reformasi dan demonstrasi jalanan.
Al GoreBeliau menganggap penunjuk perasaan tersebut sebagai ‘suara rakyat Malaysia yang berani’. Tindakan Al Goremeninggalkan majlis itu sebaik membuat kenyataan turut dicemuh sebagai tidak menghormati tuan rumah. Noordin Sopieeorang kuat ISIS pernah mngeluarkan iklannya sendiri pada 1998 dan berkata “Semangat kebangsaan adalah sesuatu yang amat berkuasa. Mereka yang bercakap mengenai globalisasi dan pergolakan dalaman sesebuah negara perlu sedar mengenainya…”
Noordin SopieeBeliau mahu mengingatkan kita semua betapa semangat seperti itu adalah perlu.Noordin cuma tidak sebut tentang bagaimana kita harus terlebih dahulu menentang nafsu sebelum kita boleh kembali menghayati semangat kebangsaan itu.Tahun 1946, bila kita melawan Malayan Union, tidak ada sesiapa pun yang menonjol-nonjolkan diri nak jadi pemimpin UMNO.Para sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w, “Selepas umat Islam menang bertempur di Perang Badar.Apakah akan ada lagi perang yang terbesar dalam sejarah Islam?”“Ada”, jawab baginda Rasulullah s.a.w. Sahabat bertanya, “Perang apakah itu?”“Perang melawan nafsu.”Ketika majlis menandatangani perjanjian khas bagi merujuk Pulau Batu Putih ke Mahkamah Dunia antara Malaysia dan Singapura di Putrajaya, perkara yang sama juga berlaku. Bila Jayakumar memberi analogi bahawa pulau itu sebagai rumah yang didiami bergenerasi lamanya (lebih 150 tahun).Justeru kerana itu Singapura bertegas pulau tersebut hak sah mereka.Inilah dasar orang tamak dan juga dasar penyamun.Adakah ini bermakna 150 tahun dulu Singapura sudah meronda perairan dan mengawal ruang udara kawasan itu dan menghalau para nelayan?
Singapura dulu merdeka dalam Malaysia.Apakah Jayakumarmahu jadi macam cowboy America yang menyerang tanah Red Indian?Jayakumar bukan Red Indian, bukan White Indian, Jayakumar juga bukan White Man. Kena sindir dengan Menteri Luar Syed Hamid Albar, padan muka!
Nafsu adalah musuh manusia yang terbesar.Seorang hero yang menang taklah sehebat ‘hero’ yang dapat melawan nafsu.Apa lagi jika mereka berperang kerana mengikut kemahuan rasa tamak seperti yang dilakukan oleh Amerika dan Britain. Seorang pahlawan mestilah mempunyai jiwa yang dapat mengikis segala sifat-sifat mazmumah, seperti sifat-sifat keji, tamak, haloba, dengki, riak, takbur dan sebagainya dari sanubarinya. Orang sebegini tidak mementingkan dirinya sendiri, sanggup meninggalkan kesenangan , sanggup meletak jawatan, sanggup mengalah asal saja orang ramai mendapat kesejahteraan seperti yang pernah dilakukan oelh Imam Hassan r.a yang melepaskan jawatan khalifahnya kepada Muawiyah untuk mengelakkan perang saudara berterusan. Imam Hassan anak Imam Ali cucu kepada Rasulullah s.a.w tidak mahu umat Islam berpecah-belah dan rakyat terus sengsara kerana kerusi khalifah.
Inilah contoh ‘role model’ bagi orang Islam yang cintakan kedamaian. Orang sebegini mempunyai sifat ‘noble’ atau mulia, sanggup memaafkan musuh dan orang yang pernah menganiayanya. Hendak tahu lebih lanjut mengenai ahlul bait Rasulullah tanyalah kepada pencinta ‘ahlul bait’ AB, jangan tanya orang wahabi.
Nabi memberi keutamaan pada kaum kerabat, tidak pada puaknya Bani Hasyim.Abu Lahab dan Abu Jahal adalah bapa saudaranya. Abu Suffian dan Bani Umaiyah yang diperangi oleh Muhammad s.a.w adalah bangsa Arab dan Quraisy pula satu keturunan dengan Nabi s.a.w. Sebaik saja baginda wafat, para sahabat yang kononnya sayangkan baginda, sayangkan Islam telah berperang merebut ‘kuasa’, merebut harta, memberi keutamaan kepad puak. Jasad Nabi belum sempat dikebumikan, kerusi khalifah yang diberi keutamaan.Kerana mahukan kedudukan, akhirnya umat Islam berperang berbunuhan sesama sendiri, hingga ke hari ini.Tanggungjawab pemimpin Islam yang utama dan pertama mesti taat pada perintah Allah dan rasul berpandukan Al-Quran dan baginda Rasul dijadikan contoh teladan Al-Quran yang hidup.
Di negara kita dulu ada seorang pahlawan Islam yang tersohor dan terbilang, Tok Ku Paloh. Biar pun jasanya pada bangsa dan negaranya terlalu besar namun Tok Ku Paloh tidak diiktiraf untuk dijadikan ‘role model’.Hanya bangsa-bangsa yang bertamadun sahaja yang tahu menghargai pahlawan mereka. Sebab itu dalam buku “Mereka Yang Hilang Akal” saya bawa cerita Tok KuPaloh untuk pengetahuan generasi yang akan datang. Mencari seorang pahlawan tidak semudah mencari seorang pendekar untuk memperbaki keadaan dunia yang sudah berada di tahap paling buruk.
Pahlawan itu apa bendanya? Pahlawan itu seorang ‘hero’.Apakah seorang hero itu seorang yang gagah perkasa, pandai bermain senjata dan berjaya mengalahkan ribuan musuh? Hendak tengok contoh ‘hero’ seorang wira atau pahlawan, cuba tonton filem Jet Li terbaru, “Hero”.Watak yang dibawa oleh Jet Li menonjolkan sifat-sifat universal seorang hero yang pada mulanya mahu membunuh maharaja yang kejam dan diktator tapi bila dia melihat maharaja dapat menyatukan semua kaum Cina, dia tidak jadi membunuh maharaja itu.
Mungkin ahli-ahli MCA telah belajar dari filem "Hero". Semangat perdamaian, perpaduan, cintakan negara dan cintakan rakyat patut hidup subur dalam diri setiap orang yang mahu jadi pemimpin di Malaysia yang berbilang kaum, adat resam, budaya dan agama untuk menjadi contoh pada rakyat mereka. Barulah rakyat tidak takut mati dan sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi kepentingan ramai. Inilah dia ciri-ciri taraf pahlawan yang tidak takut mati dan tidak cintakan dunia.
Islam juga mengajar, apabila telah mati seorang hamba Allah, hanya tiga perkara tidak yang tidak akan memutuskan dirinya dengan akhirat: pembelaan daripada amalan yang bermanfaat dengan Allah, hablum minallah, melakukan kebaikan terhadap sesama manusia dengan ilmu yang boleh dimanfaatkan dan anak yang ‘soleh’. Ini sahaja yang dapat membela seorang insan di akhirat nanti kerana setelah meninggalkan dunia, dia tiada peluang lagi untuk memperbaiki apa-apa kekurangan pada amalannya, apatah lagi dosa-dosanya semasa hidup di dunia yang kelak akan dihisab di hadapan Allah Yang Maha Adil.
Kenapa Islam tidak kata harta atau apa bentuk peninggalan material seperti rumah dan kenderaan? Malah dalam konteks ini, Islam tidak kata membina masjid dan surau sebagai sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang yang telah mati? Walaupun segala bentuk binaan ini dapat dimanfaatkan oleh orang lain, lebih-lebih lagi masjid dan surau yang dapat menjadi tempat bersembahyang orang ramai?
Muawiyah dan keturunannya telah mendirikan beribu-ribu masjid yang megah dengan ukiran-ukiran seni khat yang mempesonakan.Tetapi adakah dia berjaya menghidupkan ‘roh Islam’ dalam masyarakat dengan memberikan keutamaan kepada Makam Mutmainnah?
“Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.”(Al-Fajr: 27-28)
Agama Islam berbeza daripada agama lain di segi undang-undang dan peraturannya kerana Islam tidak hanya menetapkan cara beribadat sebagai syiarnya tetapi panduan hidup manusia sepanjang zaman. Yang menjadi masalah, kita tidak nampak pemimpin Islam yang boleh jadi ‘role model’.
Bersandarkan prinsip dan tujuannya, Islam dapat menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.Lantaran itu, Islam mendorong penganutnya meningkatkan taraf hidup melalui pelbagai jurusan agar dapat menjadi anggota masyarakat yang boleh dibanggakan.Bukan sekadar ritual, Islam adalah agama yang zahir dan batin, yang awal dan akhir.
Nama itu penting,sebagai contoh nama para Nabi dan Rasul yang telah membawa kebaikan kepada manusia. Kenapa nama yang baik? Kenapa tidak harta?Anak isteri atau sebagainya? Firaun tinggalkan Sphinx dan Piramid, Qarun tinggalkan harta karun. Kenapa bukan emas, berlian, gudang perniagaan, kuda dan gajah kalau zaman sekarang, wang berjuta di bank, empayar korporat berbilion-bilion RM, Mercedes, BMW, Rolls Royce, Bentley dan sebagainya. Kenapa nama? Di sini ada suatu hal penting yang perlu difikirkan tentang “kemajuan” yang telah dikecapi masyarakat Malaysia hari ini.
Sphinx & PiramidKemajuan yang nampak begitu pesat dengan wujudnya bangunan tertinggi di dunia, lapangan terbang yang luas dan canggih, masyarakat “progresif” era langit terbuka yang menyaksikan kemunculan begitu banyak hartawan bumiputra yang “boleh dibanggakan” tapi penuh dengan dengki, khianat, masalah pecah amanah dan rasuah di sana-sini menjadikan hidup rakyat resah gelisah, ‘stress’ berada di mana-mana.
Ulama kita sibuk mengajar supaya ada rasa kesyukuran kepada Allah tetapi jangan berterima kasih pada kerajaan.Pemimpin politik pula asyik berebut kerusi.Pegawai kerajaan pula salah guna kuasa, terus menerus menjadi musuh dalam selimut bertugas dengan ulama dan ahli politik.Tugas siapa mengembalikan umat Islam ke jalan yang lurus? Ampun Tuanku, tolonglah jawab selaku ketua-ketua agama Islma seluruh dunia!
Orang yang memilih ilmu daripada harta memang akan mendapat banyak keuntungan sebenarnya, bukan keuntungan sementara yang digunakan untuk meraih pengaruh dan menunjuk-nunjuk. Ilmu tidak pernah habis walaupun disampaikan kepada sebanyak mana umat manusia pun.Tetapi harta banyak mana pun boleh luput.Sebab itu Saidina Ali ibni Talib Karamallahu wajhah pernah berkata, “Pilihlah ilmu daripada harta, kerana harta itu perlu dijaga tuan punyanya, sedangkan ilmu itu menjaga tuannya.”
Kita tidak akan jadi orang yang berilmu jika kita tidak mahu membaca. Allah telah memerintahkan kita supaya memberikan keutamaan kepada membaca dan menyampaikan ilmu.Tetapi berapa kerat orang sekarang yang dapat memahami kepentingan ilmu berbanding dengan harta?Paling teruk orang UMNO, terutama wanita UMNO, yang suka membaca pembangkang dan mereka yang anti-stablishment.
Berapa ramaikah orang kita yang bercita-cita hendak menjadi Eisteinatau Profesor Ungku Aziz?Barapa ramai yang ingin menjadi seperti Ibnu Arabi, Ibnu Sina, atau Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd, Hamzah Fansuri, Tok Ku Paloh yang disegani dunia hingga sekarang sebagai pelopor-pelopor ilmu yang tersohor zaman berzaman?
Yang banyak, orang nak jadi Bill Gates, nak jadi Ananda Krishnan.Hendak kaya macam Daim dan ahli politik yang menjadi ‘instant millionaire’.Jadi kaya-raya, jadi Billionaire.Orang-orang ini sebenarnya naik kerana pandai menjual, tahu marketing diri sendiri pada tokoh-tokoh tertentu yang berkuasa.
Hidup di dunia sekarang mesti pandai tonjol diri.Kalau “low-profile”bekerja di sebalik tabir, orang tidak nampak. Susah naik paingkat! Yang pandai tonjol pulak, bila dah berkuasa kebanyakannya jadi ‘tok pekong’.Mereka diibaratkan pokok yang berdiri gagah di hutan.Pantang orang nampak, mula letak kemenyan, ayam panggang, pasal nak minta nombor ekor.Sebab orang sekarang lebih banyak minta tolong kepada hantu dari minta tolong kepada Tuhan. Mereka lebih mengamalkan ‘reserve thinking’. Cuba bandingkan ejaan ‘Hantu’ dan ‘Tuhan’.Tanya diri sendiri, yang anda takut pada siapa?Hantu atau Tuhan?
Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayah kepada anda, pembaca yang dikasihi.Terima kasih kerana telah membeli buku ini. Pastikan yang Ori. Hentikanlah perangai minta buku free, pinjam buku dari kawan dan menilai buku dengan tengok kulit dan penulis.
Selamat Berfikir.
Published on October 03, 2012 03:21
September 30, 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (13)
Published on September 30, 2012 19:28
S.H. Alattas's Blog
- S.H. Alattas's profile
- 19 followers
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.





