S.H. Alattas's Blog, page 3
April 16, 2013
DEKLARASI JANDA BAIK
DEKLARASI JANDA BAIK
BERTEMPAT di kediaman rehat, Syed Hussein Alattas (Pak Habib) di Wadi Hussein Janda Baik hari ini sekumpulan blogger bebas telah sepakat mengeluarkan satu deklarasi menyatakan keprihatinan, pendirian dan komitmen mereka berhubung beberapa isu semasa berkaitan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Deklarasi yang dinamakan Deklarasi Janda Baik itu mengandungi 15 perkara berhubung kepentingan bangsa Melayu, negara dan juga kesucian agama Islam. Deklarasi itu pertama kali dikeluarkan oleh para blogger. Deklarasi berkenaan dizahirkan oleh Sdr Yassin Salleh (yassinsaleh), sebagai mewakili kumpulan berkenaan.
Pelahiran deklarasi itu adalah kesenimbungan kepada perjumpaan tidak rasmi kumpulan berkenaan di sebuah hotel di ibu negara minggu lepas dalam satu majlis apa dinamakan Cease Fire yang dikendalikan oleh seorang usahawan Abdul Aziz Chemor.
Antara blogger yang hadir dalam perjumpaan di Janda Baik pagi tadi ialah Yahaya Ismail, Abu Bakar Ninggal, Salahuddin Hashim, Webah Salleh dan beberapa yang lain. Perjumpaan tadi tidak secara informal berkebetulan sempena dengan upacara majlis cukur jambul cucu ke -8 Pak Habib, Fatim Nilova.
Sehubungan itu menurut jurucakap kumpulan berkenaan Yassin, meminta kesemua bloggers ikut sama memberi sokongan kepada deklarasi berkenaan tanpa mengira fahaman politik, kedudukan dan juga darjat demi masa depan bangsa dan negara.
"Bagi mereka yang mendokong deklarasi yang dikeluarkan hari ini bolehlah menyatakan sokongan dengan ikut sama mengakseskan deklarasi berkenaan ke dalam blog masing-masing," ujar Yassin.
Kemungkinan satu pertemuan rasmi akan diadakan selepas ini untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut serta tindakan ke atas melaksanakan atau memastikan rumusan yang terkandung dalam deklarasi berkenaan dilaksanakan.
Berikut disiarkan deklarasi berkenaan:
"DEKLARASI JANDA BAIK"
Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-
1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI
.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.
3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.
4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.
5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.
6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR
.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.
8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.
9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan
11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.
12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.
13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.
14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.
15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.
KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.
Penulis politik bergambar kenangan. Dari kiri, Roslee Ismail dari AgendaDaily, Pak Habib, Datuk Idris Tulis, Norzah Kepol dan Yahaya Ismail.
Terima kasih blogger pada datuk Aziz Chemor seorang geologist dan tokoh korporat yang dikenali dan dihormati oleh pemimpin di Sulawesi dan di Indonesia yang meminta Pak Habib mengumpulkan penulis yang ada blog untuk mengadakan hari perdamaian, cease fire atau gencatan senjata. Kita semua mesti berhenti berperang sesama sendiri make peace not war. Islam erti kedamaian.
Itulah sikap setia kawan penulis yang boleh rasioanl, yang boleh membuat ramai ahli politik pening kepala, tidur tidak lena. Sekiranya mereka tidak boleh mengadakan gencatan senjata seperti kita, demi kepentingan agama, bangsa dan negara kita bersedia korbankan ego, mungkin juga periuk nasi kita, biarlah rakyat yang menilai. Setinggi mana nilai seni kepimpinan diantara pemimpin yang menganggap pengikut seperti ayam daging dan pemandu bas yang tidak memikirkan keselamatan penumpang dalam bas mereka.
Published on April 16, 2013 03:34
I will do What I Can
I WILL DO WHAT I CANI am only one; but still I am one.I cannot do everything, but still I can do something.Therefore, I will not refuse to dothe something that I can do.
Hellen Keller
Published on April 16, 2013 02:08
April 15, 2013
Great Leadership
Published on April 15, 2013 19:32
Secrets of Success
Published on April 15, 2013 03:42
April 4, 2013
Writing The Wrong
From The Star dated Saturday, 20 December 2008When you’re Syed Hussien Al-Attas and you’re penning your next narrative, people are bound to quake in their shoes. What happens after the release of his work is a series of clockwork events: panic, disbelief, a very embarrassed (or defiant) politician, maybe even the banning of the book.This has happened twice out of the 60 books he’s authored, but that doesn't mean the other 58 are any less sensational.
Titles include The 15 Million Dollar Man as well as Dunia Belum Kiamat (Not The End of The World), which chronicles the scandal surrounding Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Love him or loathe him, there’s no denying that Syed Hussien - contentious writer, self-taught gardener and architect, and doting husband and father - is not about to raise the white flag.
As he waves to me from the end of the dirt road that meanders through Taman Hana, the garden which he had lovingly built from scratch and named after his wife, it occurs to me that he is nothing like malicious personality I had envisioned.
For one, he has the gift of making you feel instantly at ease, as if you have just been reacquainted with a long, lost friend.
“Call me Pak Habib,” he says, eyes crinkling at the sides in a smile. “Everyone does.”
When Syed Hussien tells me he’s 71, I can’t help but choke on my morning coffee. Here he is, the poster child for living life with no regrets, looking very much the part.
Outfitted in red cowboy hat and matching boots, he exudes a beguiling combination of exuberance and mischief.
"I don't believe giving authority and positions of leadership and judgment to irresponsible people..." - John Wayne“I like John Wayne. I like his movies,” he announces. “He is what I’d like to call a man with character.”Syed Hussien, it seems, is big on character and principles. Despite working in a job that required him to leave a trail of destruction in his wake, he remains unapologetic to nothing and no one. “Some ministers won’t even shake my hand,” he readily admits. “But no one’s obligated to me, nor I to them. The only person I truly fear is God.”
And so begins my introduction to his first love, which isn't writing or politics, as many would assume, but the mini Utopia that we are standing in.
Upon acquiring this eight-acre (3.2ha) plot of land in the quiet little Malay village of Janda Baik 25 years ago, Syed Hussien, who was inspired by the Hanging Gardens of Babylon, set out to create his version of beauty, harmony and tranquility because “it’s something the world desperately needs.”
The Garden of Hope
Looking at Taman Hana, you can’t help but feel as if you've been allowed a precious glimpse into the man’s soul. Bursting with a rainbow of colours and decked out with everything from the priceless to the kitschy, the garden is wondrous as it is startling.A crystal clear stream runs through its middle and leads to a pond where a few hundread fish feed and play.
As we make our way past the numerous tropical fruit trees and exotic blooms, it becomes evident that the garden was personalised in moments of abandon: a collection of antique pottery here, some bright plaster gnomes there, and about a million multi-hued river rocks arranged prettily and painstakingly in between - a feat that drove Pak Habib to submit his garden as a contender for The Guinness World Book of Records.
But perhaps the most conspicuous and random of all are the buildings - five and counting - for the Al-Attas family and guests. Each has its own quirky personality and charm - think traditional Malay, British colonial and Indonesian-style architecture - dreamt up by Syed Hussien himself.
“I picked up landscaping and architecture in the course of my travels around the world. I hope to build a library next."
“Taman Hana is a writer’s retreat, a place where artistic souls from all over the world can surround themselves with inspiration and learn.”
Today, I am told, happens to be one of them. The Ministry of Arts and Culture has decided to hold their annual Art Village Event here, and over 50 people have shown up, including students, government ministers and big names in theatre like Faridah Merican and Khalid Salleh.
Dato' Faridah MericanBut according to Amran Nasrudin, 50-plus, assistant director at the Ministry, it is serendipity that brought him to Taman Hana in the first place.“I didn't know this little gem existed until I stumbled upon it whilst holidaying. I saw a man tending to his plants out front and thought, ‘Oh, that must be the gardener’. But as I approached the entrance, I saw that it was someone much, much more important!”
Nasrudin says he instantly knew this was where he wanted the three-day event to be. And he intends to make it a permanent affair.
Syed Hussien has that effect on people. It is difficult to walk away from an encounter with him and not plan your next visit. Nonetheless, he remains firmly grounded:
“In every man there’s good, bad and ugly. Politics is my ugly trait, while Taman Hana is the best part of me.”
Demons From The Past
Bersama Munshib Al-Attas di rumahnya di Hadramawt, YemenAs fate would have it, however, politics is and will forever be the mainstay of Syed Hussien’s life. His home has but a handful of pictures that do not depict him fratenising with notable political figures.
Prof Datuk Dr Syed Hussien Al-AttasAnd here’s a fascinating fact: he shares the same name as one of the founders of the political party Gerakan, Prof Datuk Dr Syed Hussien Al-Attas, who had also written several controversial books in his time.When I ask Syed Hussien if he knows this, he nods: “Yes, it runs in our blood. The Al-Attas name is of Yemeni descent, and we are from the same bloodline. We can’t help but get embroiled in state affairs wherever we go.”
He goes on to explain that his brush with politics happened early in life, as a child growing up in Johor Baru. Johor has also, incidentally, been the birthplace of UMNO, which, according to Syed Hussien, had set up their headquarters opposite from where he lived.
“Imagine having prominent leaders like Tunku Abdul Rahman, Khir Johari, Tun Razak and David Marshall as your neighbours!” he says. “What would you do?”
Syed Hussien did what any gregarious schoolboy would do: he stopped by.
“In fact, I visited Tunku so often that he soon called me his anak angkat (adopted son),” he reminisces. “Those were the days. Politicians aren't who they were any more.”
Which brings us to the here and now. In his line of work, Syed Hussien gets to weed out the bad guys by playing super sleuth. Part of his job involves tailing the accused around the globe.
“I once camped out in Dusit Thani Hotel in Bangkok so I could catch a politician with his pants (literally) down. And I did. I saw him doing it again in Hong Kong.”
However, this could prove to be a bit trying. He’s traveled to at least five countries and over 30,000 km this year alone, so - as far as Syed Hussien is concerned - there’s nothing better than being at home, surrounded by loved ones every opportunity he gets.
His eyes tear up as he speaks about his children - 10, if you counted only the biological ones, and up to 100, if his heart had its way. At one point, he was granted temporary custody to the 26 children of convicted religious teacher Abdul Talib Haron. They had to be returned to their parents after three years - something that still haunts Syed Hussien today.
Abdul Talib Haron's 26 children in Janda Baik under Syed Hussien's custody.“I miss them dearly,” he says. “Children are innocent beings. You’re responsible for moulding them into what they are.”One of his adopted children, a young Chinese man by the name of Kuat, tells me what it is like to be part of Syed Hussien’s family: “ I've learnt so much from him - sincerity, kindness, compassion. And for that I’m grateful.”
As the afternoon sun creeps up the cloudless sky, the garden and its people take on a bright, effervescent glow. But Syed Hussien, as it turns out, is the brightest of them all.
Published on April 04, 2013 21:08
Bomoh Kata: "Guna Telur, Guna Ilmu Hitam; Sihir Lebih Selamat Dari Guna C4."
A picture speaks a thousand words.Bomoh kata: "Guna telur, guna ilmu hitam; sihir lebih selamat dari guna C4 dan senjata nuklear kalau nak matikan musuh-musuh politik."
Pendek kata:
"All is fair in love and war." (Francis Edward Medley)
Lu fikirlah bro, apa jadi bila sendiri punya telur jadikan tuju-tuju.
Published on April 04, 2013 21:02
Seni Taman Indahkan Halaman
Sebaik sahaja melangkah di perkarangan ‘istana hinggap’ milik penulis terkenal di Janda Biak, hati terbuai dengan keindahan alam. Dada terasa lapang dan tenang. Udara disekitar yang belum tersemar terasa sejuk dan nyaman.
Sepanjang jalan kecil menuju ke ‘istana hinggap’ itu penulis ‘dihidangkan’ dengan gambaran awal keindahan taman seperti yang diceritakan oleh kawan-kawan yang pernah sampai ke sini. Pokok-pokok hutan dan dan ada juga yang ditanam memagari setiap langkahan seolah mengucap selamat datang. Terasa diri bagaikan tetamu istimewa yang diundang ke pura cendana
Redup laman ‘istana hinggap’ dengan lanskap yang menarik membuatka pandangan tertarik untuk terus meneroka keindahan alam semula jadi yang diadun dengan keindahan seni taman rekaan manusia. ‘Istana hinggap’ ini sering dikunjung oleh pelawat yang ingin melihat dengna lebih dekat seni taman ilham pencinta kedamaian. Pokok-pokok liar seperti bunga jejarum berbunga lebat sebagai penambah seri laman, manakala pokok bougainvilla ynag menjalar dibiarkan dan diolah membentuk pintu gerbang.
Tambah menarik perhatian, pokok-pokok hutan tumbuh subur seakan melambai penulis untuk terus mendekati keunikan alam anugerah Tuhan. Bunyi deruman air mengalir di anak sungai bersebelahan taman dan decipan unggas yang ebrterbangan hinggap dari dahan ke dahan bagaikan irama merdu yang membuai perasaan. Kolam buatan dibina untuk lebih menyejukkan suasana yang sedia nyaman. Pokok tempat bersantai terletak berhampiran dan jambatan mini yang menghubungkan dua halaman membolehkan sesiapa sahaja yang datang melihat sendiri ikan-ikan peliharaan berkejaran riang.
Selain itu pelbagai jenis tumbuhan berdaun seperti pokok puding, pisang hutan, langsuya atau dikenali juga sebagai paku pandan dan keladi tumbuh subur di sekitar kolam.
Buluh minyak, pokok kelapa dan pelbagai sepsies heliconia dijadikan pelengkap taman. Kawasan persekitaran yang tidak terhad membolehkan taman ini diinspirasikan sebagai rupa. Pesanan dari Pak Habib: Kenderaan tidak dibenarkan masuk ke taman,
Wanita Januari 2005
Lebih baik bernaung di bawah pohon, dari mendekati pemimpin yang tak ada integriti.
Published on April 04, 2013 01:46
Zam-Zam Ala Kazam
Zam Zam Ala KazamNajib naik permaidani terbang,Rosmah berat sangat ke tak boleh tumpang?Ke mana Najib nak lari?Kalau Anwar jadi Perdana Menteri.
Lu fikirlah bro...
Cuba baca buku Anwar Perdana Menteri, Siapa Mati.Parlimen dah bubarsemoga pemimpin tak jadi bubur,
Published on April 04, 2013 00:56
April 3, 2013
The Garden of Hope
For those living in or visiting Kuala Lumpur, it sometimes seems as if calmness and serenity is distant memory in this burgeoning metropolis. Yet, for one in search of such standars, a window lies within easy reach - in fact, a mere 20 minutes from the city centre. We leave KL in the early hours and soon arrive at our first checkpoint: the Genting Sempah rest area, at the foot of Genting Highlands. Instead of taking the uphill climb, we keep going along the sea-level route, which eventually tapers off into a single lane. After about 30 minutes of tree-line serenity, the off roadside kampung (village) house and numerous slip roads marking the entrances of sleepy rubber and fruit plantations, we arrive at the laid back township of Janda Baik.
Syed Hussien Al-Attas, or fondly known to the villagers as Pak Habib, is on hand to greet us at the entrance to Taman Hana, which is named after his beloved wife. “Arches mark the start of a civilisation or an era,” Syed explains when he notices us admiring the hand-carved wooden structure marking the entrance. Inside this eight-acre compound is a collection of five dwellings that include the home of the Al-Attas family as well as accommodqation for his helpers and occasional guests. The main house stands beside the treelined earthen driveway and there’s more than enough room for a brace of SUVs. Arranged in a stepped fashion along the riverbanks are the other houses, each with its own outdoor, roofed living room.
Taman Hana is the result of Syed’s ongoing efforts to create a kampung retreat where one can enjoy quiet moments to reflect and be inspired by being close to natural and scenic surroundings, yet remain within easy reach of the city. It was a childhood dream of his, inspired by his grandfather’s sprawling home in Johor Baru, where he grew up. “It was a huge house, with a lovely garden, but sadly, after he passed on, no one took care of the place and so they tore it down,” Syed recalls. The loss planted the seed of an idea to rebuild a home that he could pass down to the future generations, and ambitiously, he not only wants to leave a legacy that reflects him but also that of Malaysia’s rich cultural heritage.
As you look closely at the architecture and details of each structure, different cultures come to mind - Indonesian style architecture, coloured earthen tiles, traditional Malay woodwork and shuttered windows, doors and also generous balconies that remind one of colonial British plantation houses. “You can say this place is truly Asia,” he says proudly.
The University of Life in the Making
An even greater source of pride is the fact that Syed single-handedly built Taman Hana and interestingly, it was the garden that he built first and his family home last. “You can see beauty in many things, but when someone wants to see your idea of beauty, they look at your garden.” His family home is in itself statement piece: traditional Peranakan tiles decorate the porches and the whole structure is capped by a horn-shaped Minangkabau-style roof. “Over the years, I kept on adding different influences that please me - the various ornamental and fruit trees and of course the different architectural motifs, odds and ends - so that I can be mentally refreshed and motivated to attain greater levels of creativity and awareness,” says Syed. “This is an ongoing project, mind you. I started building the structures that you see here in 1982. I spent a lot of time sourcing for the odd bits that you see on every house from quaint shops all over the country and abroad.”
While Syed doesn’t live on the compound ful ltime, he tries to make the commute during his free time or when he requires the calmness and serenity - which is quite often, as Syed is a well-known writer with over 50 books to his name to date. “At the moment, I am working on two new books, so the peacefull surroundings actually make things a whole lot easier - I mean, if you wake up in these tranquil surroundings, you’ll be able to do a whole lot of rewarding things with your time.” In fact, his other objectives for building Taman Hana is to serve as a writer’s retreat, a place where artistic souls can be surrounded by inspiring elements. “There are a few spots in this compound where I love to sit and work, one of them is the main balcony of my bedroom,” says Syed. “It’s a great vantage point - I can see the moon rising from behind and watch it go down on the other side in the morning. At night, I can savour at least four different scents from the flowering blooms around the house.
Add caption
As we sit down to tea at the main living area, we are lulled by the pleasant sound of running water splashing against the rocks in the stream, just a few feet away. Taman Hana is open to visitors daily and in a single month, Syed receives up to 2,000 guests. The paved walkway bordering the riverbank and the houses within the compound are arranged in a steeped fashion, and this is just not purely for aesthetic reasons. Syed goes on to reveal a secret: “Viewed from the outdoor living area, you can see that every level has different coloured tiles and rocks in them and I got the inspiration for this from the countless fanciful and fantastic descriptions of the Hanging Gardens of Babylon in numerous books.” Syed says that the multitude of different influences built into every corner of the compound was similarly inspired by what he had read or experienced in the past, and sometimes, inspiration can indeed come from the most unexpected places. In a corner of his garden, we see what appear to be a work-in-progress featuring a stone archway that leads to a series of cobbled stairs. “What I want to build here is a life-size ‘snake and ladders’ game,” Syed explains. “It may seem like a simple game, yet it’s a reflection of reality - in life, there are ups and downs.”
Inside the house, odd bits of traditional wooden, rattan and comtemporary furniture collected over the years intermingle to create a comfortable arrangement. “The rooms inside the houses function to provide privacy and shelter. As you can see, we spend most of the day outdoors, or in the roofed rest areas along the stream - here, you’re supposed to enjoy and be inspired by living amidst beautiful natural surroundings.”
Affording shade all day long is a generous collection of trees, some of which stood there even as Syed was clearing the land to build the place. Others have been carefully planted to decorate the compound with beautiful, colourful flowers. The garden is also an orchard of sorts, with durian, pulasan and mangosteen trees among them. The durian trees bear fruit nearly all year round and visitors to Taman Hana are welcome to feast on this “King of Malaysian fruits’. The walkways around the houses and paving the banks are constructed from stones found in the stream. “My philosophy is to use what is on hand in the surrounding area and recycling odd bits from all over. That’s why you’ll notice that there are lots of mismatched items, each with its own history, in and around the houses in this compound,” says Syed.
As you wonder around, it does strike you that everything seems so haphazard and that there is no particular theme to the design or construction. But Taman Hana is not a place where you can take it all in at one glance. Rather, it’s an experience meant to be savoured bit by bit, as how its owner built it, and you will see the plethora of influences - culled from Malaysia’s multi-faceted history and Syed’s personal experiences - that have come to shape the place. Syed has a two-prong idea of Taman Hana’s future: that it be maintained as a national heritage and on a more personal note, to preserve the life and memoirs of a literary figure, as how the home of Ernest Hemingway in Florida, USA has been turned into a museum. But what about his books, surely those would make for more lasting legacies? “With books, you can only read,” he explains, “Taman Hana, on the other hand, is something you experience with all your senses.”
The Garden of HopeGoing Places March 2008
Published on April 03, 2013 01:57
March 28, 2013
S.H. AL-ATTAS DERHAKA
“Saya juga telah diajar bahawa konsep setia mesti menjadi amalan hidup orang Islam.”
MAHATHIR MASUK PERANGKAP ULAMAK (Mingguan Kota 4 Dis 1988)
Saya selalu mendengar di kalangan orang orang tertentu mengatakan S.H. Alattas itu seorang penderhaka kerana dia kerap menulis artikel dan buku buku yang mengkritik raja-raja Melayu.
Dalam kebanyakan buku-bukunya dia lantang mengkritik Sultan dan juga DYMM Yang DiPertuan Agong. Paling muttakhir, tulisan beliau begitu berani menghentam raja-raja dalam bukunya “SYAITAN, SETAN, SULTAN”Apakah benar S.H. Alattas seorang penderhaka?
Sepertimana yang kita tahu dalam sejarah penulisan bangsa Melayu, malah dalam sejarah Melayu moden, hanya terdapat dua tokoh sahaja yang berani mengkritik pihak istana dengan kritikan yang sinis.
Era zaman dulu, sudah tentulah Abdullah Munsyi dan era sekarang ini, S.H. Alattas.
Abdullah Munsyi di dalam bukunya Kisah Pelayaran Abdullah sepertimana yang dipetik oleh S.H. Alattas dalam buku beliau REVOLUSI ISTANA DAN RAKYAT menggambarkan raja raja Melayu dengan kritikannya yang seperti berikut:“....Ingat-ingat Tengku; lagi akan ditanya Allah Taala pada hari kemudian akan segala hal rakyat itu kepada rajanya. Dan lagi, Tengku bermula mula yang masuk neraka itu segala raja-raja yang zalim ia atas rakyatnya. Maka janganlah Tengku kira orang yang menjadi raja itu terlebih besar dan terlebih mulia daripada rakyatnya melainkan orang yang terkecil lagi hina adanya. Iaitu hamba segala hamba Allah.
Adapun apabila seorang itu dijadikan Allah ia raja, bukannya sebab hendak memuaskan nafsunya dan berbini sepuluh dua puluh, atau mencari harta dan membunuh orang dengan aniaya-nya, melainkan sebab di suruh Allah memeliharakan manusia, supaya tiada dianiaya oleh seorang akan seorang; itulah gunanya.
Ini sahaya lihat terlalu hairan: kecuali hal raja Melayu kebanyakan yang tiada tahu membaca surat, dan lagi tiada suka belajar, melainkan duduk dengan huru-hara dunia sahaja.
“Kalau boleh, Tengku, sahaya pohonkan kepada Allah, janganlah kiranya dihidupkannya sahaya dalam negeri Melayu. Dan lagi dijauhkan Allah berdekat dengan raja-raja; kerana orang yang hampir kepada raja itu seperti bersahabat dengan ular yang bisa; maka salah sedikit dipagutnya biji mata”
Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Petikan di atas menunjukkan betapa lantangnya Abdullah Munsyi menegur orang-orang istana.
Bagi S.H. Alattas pula beliau juga memberikan amaran yang hampir-hampir serupa dengan Abdullah Munsyi tapi versinya lebih bersesuaian dengan keadaan golongan istana masakini. Beginilah bunyi petikan mukadimmah buku REVOLUSI ISTANA DAN RAKYAT yang secara terbuka memberi amaran terhadap raja raja Melayu.
“Ingat-ingatlah Tuanku, lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Hang Tuah sudah lenyap dan Sultan Melaka sudah hilang takhta mereka. Tentu Tuanku tahu jawapannya. Raja Melayu yang bertakhta kini tidak lagi mempunya bidang kuasa yang sama seperti Sultan Melaka dulu. Kini rakyat yang berdaulat. Biarpun orang Melayu masih lagi tidak berani menegur raja-raja mereka secara terbuka di depan raja, namun kebencian sudah meniti dari mulut ke mulut”
Bagaimana agaknya sekiranya S.H. Alattas hidup sezaman dengan Abdullah Munsyi? Apakah label yang patut diberikan oleh masyarakat kepada mereka berdua ini? Bagi sesetengah orang, mereka mengatakan bahawa Abdullah Munsyi adalah talibarut Inggeris. Ini kerana di dalam buku –bukunya, beliau banyak sekali menyebut tentang kemunduran bangsa Melayu dan mengagung agungkan cara Inggeris mentadbirkan Tanah Melayu. Tapi apakah sebenarnya S.H. Alattas juga mengagungkan Inggeris sepertimana Abdullah Munsyi? Apakah dia juga boleh dilabelkan sebagai ejen CIA atau KGB?Cuba kita lihat tulisannya dalam buku Challenger –SIAPA LAWAN SIAPA bab UMNO, Islam dan Nasionalisme.
“Etika itu asalnya bahasa Inggeris – ethic. Dalam bahasa dulu kita ada akhlak. Sekarang ini kata akhlak pun orang Melayu banyak yang tak faham. Kata moral baru dia faham. Dia tak tahu yang moral Inggeris dan akhlak Melayu maknanya tidak serupa. Pakai kasut dalam rumah mengikut moral Inggeris tidak ada apa-apa. Tapi kalau akhlak Melayu kita panggil kurang ajar. Moral bila berpisah waktu malam ada “good night kiss”. Orang perempuan kalau berjumpa lelaki hulur pipi suruh cium. Dalam bukunya yang WANITA, TAKHTA DAN KUASA, S.H. Alattas, dalam bab Tunku, Raffles dan Istana Buckingham, menjelaskan pandanganya yang kritis tentang penjajah. Pak Habib menulis:
“Sebenarnya Britishlah yang bertanggung jawab menarik balik kuasa Sultan dan mewujudkan double standard yang tidak disedari oleh raja-raja kerana adanya wakil-wakil istana yang berkuasa dalam tampuk pemerintahan.
Tidak syak lagi pihak British bukan saja mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule) sesama orang Melayu, malah sistem ini turut diamalkan terhadap pihak Istana dan Rakyat. British merencanakan sistem ini agar rakyat tidak mendekati istana. Inilah pemikiran berhala putih yang mahu kita semua berpecah, bergaduh sesama sendiri dan sujud kepadanya saja. (muka surat 157)
Dari kedua dua petikan di atas, jelas kepada kita bahawa S.H. Alattas tak mengagung-agungkan Inggeris. Malah beliau menganggap orang-orang Inggeris sebagai satu bangsa yang bermoral tidak mulia dan tidak mempunyai niat yang ikhlas. Ini tentulah berlawanan dengan pandangan Abdulah Munsyi yang kalau boleh, mahu tinggal di United Kingdom:
“... janganlah kiranya dihidupkannya sahaya dalam negeri Melayu”.
Dari segi pemerhatian, nampaknya memang mereka berdua sekata iaitu yang tidak takut dengan raja, cuma takut dengan Tuhan sahaja.
Bezanya Cuma Abdullah tidak dimurkai raja kerana Melaka sudahpun kehilangan raja. Tapi bagi S.H. Alattas beliau terpaksa memikirkan reaksi sembilan orang raja-raja Melayu. Itu belum diambil kira DYMM Yang Di Pertuan Agong dan para undang dan luak yang ada di Negeri Sembilan, termasuk Yang DiPertuan Besarnya.
Keberanian S.H. Alattas dari segi ini harus dipuji. Jika Abdullah Munsyi mendapat sokongan dan perlindungan dari Inggeris. S.H. Alattas terpaksa menghadapi sebarang kemungkinan secara bersendirian. Sepertimana yang dinyatakan di dalam banyak buku bukunya, beliau hanya berserah kepada Allah S.W.T. kerana Al Quran kata “Allah raja segala alam” bukan kebanyakan ketua dan pemimpin yang hanya ‘Putar Alam’.Mungkin di dalam jiwa-jiwa, sesetengah orang Melayu, terutamanya mereka yang membaca tapi tidak berfikir dan berfikir tetapi tidak membaca, meminjam kata-katanya sendiri, menganggap S.H. Alattas sebagai penderhaka? Mereka ini ada semacam memiliki satu nostalgia. Sekiranya S.H. Alattas hidup di zaman dahulu kala mungkin mereka akan mendesak pihak istana supaya memenjarakan pengarang seumur hidup atau memenggal sahaja kepala beliau.
Uncleseekers dapat tawaran duduk Hotel PDRM secara percuma.Ini telah pun terjadi kepada anakandanya Syed Abdullah @ Uncleseekers, dikurung dalam tahanan selama 10 hari di Johor Bahru, di heret ke mahkamah konon untuk pengadilan, tetapi hingga hari ini senyap sepi. Malah Pak Habib sendiri pernah ditahan selama enam jam ketika berada di PWTC semasa Perhimpunan Agong UMNO 2012 sewaktu menjual buku politik SYAITAN, SETAN SULTAN. Seramai 10 orang anggota dan pegawai polis datang menahan dan merampas bukunya. Saya sendiri berada di sisinya ketika kejadian berlaku. Apa yang menjadi tanda tanya, ketika penahanan dan rampasan dibuat, ada seorang lagi penulis buku politik sahabat saya Hatta al Mukmin yang turut menjual buku politik bertajuk CHINA DOLL , buku yang mengutuk Anwar Ibrahim dengan selucahnya, dia tidak pula ditahan atau dirampas bukunya. Ini lah amalam ‘double standard’ Ibu Pejabat UMNO. Tapi soalnya apakah S.H. Alattas boleh dianggap sebagai seorang penderhaka? Saya rasa tidak, cuba baca falsafahnya yang saya baca dalam bukunya Memo Kepada Perdana Menteri yang berbunyi:
Mengkritik tidak bererti menentang:Memuji tidak semestinya menyokong:Menegur tidak bermakna membenci danberbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. (mukasurat 25)
Tulisan-tulisan beliau adalah semata-mata dilakukan untuk menyedarkan raja-raja selaku Ketua Agama dan pemimpin sebagai Ulil Amri.
Beliau nampak akan bahaya sekiranya raja-raja tidak ditegur apabila mereka melakukan kesilapan, mereka bakal hilang takhta dan istana mereka akan dijadikan muzium kerana Pak Habib ini seorang peramal, apatah lagi dalam hal hal politik, sehingga ada yang menggelar beliau Notradamus Malaysia.
Bagi Syed Hussein Alattas, peranan yang sepatutnya dimainkan ulamak ini telah gagal dilaksanakan oleh mereka yang memegang tanggung jawab tersebut, tugas fardu kifayah perlu dilakukan olehnya kerana takut bala akan menimpa umat.
Seandainya raja-raja Melayu hidup semula dan melihat gelagat raja-raja Melayu sekarang, raja-raja dahulu pun akan “merah mata” dan sakit hati. Betapa tidaknya, kerana raja-raja zaman dahulu hidup tidak semewah raja-raja sekarang, ada istana ratusan million.Raja zaman dahulu dipikul oleh empat orang hulubalang menggunakan tandu untuk melawat rakyat di kampung-kampung, sementara raja-raja sekarang, ada yang memiliki kereta beratus buah, ada helikopter, ada kapalterbang. private jet dan kapal mewah.
Pak Habib juga merupakan trendsetter. Sebelum ini orang-orang Melayu hanya berani cakap cakap belakang sahaja, apabila di hadapan raja, sentiasa “ampun tuanku”, padahal dalam hati rakyat sedang “berbuku” terhadap Yang Maha Halia, pinjam kata kata Uncleseekers.
Setelah buku-buku S.H. Alattas berani mengkritik sesiapa saja, lawan mahu pun kawan, barulah muncul penulis-penulis politik lain, terutama di media baru arus perdana, biarpun ramai ditangkap, ramai lagi yang tak peduli.Itu pun setakat menghentam dan mengkritik orang-orang politik dan menteri saja dengan menggunakan nama samaran, baling batu sembunyi tangan.
Yang paling muttakhir di dalam Facebook Pak Habib, terpapar kisah seorang anak raja yang memandu kereta mewah dalam keadaan mabuk di Singapura telah ditahan oleh polis Singapura. Jelas menunjukkan perbezaan cara memikul tugas di antara polis Singapura dan polis Malaysia, disebabkan tekanan dari raja Melayu dan kaum keluarganya, termasuk ahli-ahli politik.
Buku-buku yang dihasilkan oleh S.H. Alattas adalah kebanyakannya ‘bestsellers’ dan dibaca oleh audience pembaca yang luas. Dalam bukunya BAHTERA LAMA NAKHODA BARU, pengarang seolah-olah mencadangkan kepada orang Melayu supaya lebih banyak membaca buku-buku yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi supaya sikap penakut bertukar menjadi berani supaya Melayu berani mengkritik diri.
Berapa kerat saja dari bangsa Melayu yang telah pun membaca hasil karya Munsyi melainkan dimestikan sebagai suatu mata pelajaran, mengikut tulisan Harun Aminul Rashid sastera diajar di sebelah tengah hari dan kebanyakan kawan yang sama sedarjah dengannya mengantuk bila sampai waktu membaca. Cuma beliau seorang seorang yang merasa seronok dan ingin melihat sendiri apa yang sudah dibaca, 40 tahun kemudian. Dalam tahun 1965 beliau menyiapkan buku “Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munsyi”. Saya fikir tidak ramai orang yang telah membaca buku tersebut.
Abdullah melihat Tanah Melayu bukan saja dari dalam, bukan setakat duduk di Melaka, seperti Jules Verne yang menulis buku “Mengeliingi Dunia dalam masa 80 hari” padahal dia hanya berada di dalam bilik sahaja ketika menulis buku tersebut. Abdullah Munsyi melihat Tanah Melayu dari tengah laut, dari bibir air, beliau melihat orang Melayu saudara ikhwan orang Islam mesti diajar dan dibela, dia penulis yang tidak ada kelulusan akademik, sekolah di rumah dan bapanya sendiri yang menjadi guru.Beliau adalah seorang mubaligh. Beliau berdakwah dengan cuba mengubah mindset Melayu, sikap Melayu yang merugikan bangsa sendiri.
Tidak siapa yang mahu menerima Abdullah yang bercampur dengan Paderi ini sebagai seorang ulamak, kerana mereka suka dengar dari siapa yang berkata bukan apa yang dikata. Biar pun benar, kebenaran itu pahit.
Sebagai pendakwah dia cuba mengingatkan amar makruf nahi mungkar, tetapi oleh kerana beliau bercampur gaul dengan orang orang Inggeris dan menjadi penterjemah, maka beliau dianggap dan diberi gelaran “Abdullah Paderi”.Muda itu sebahagian dari gila, kerana kegilaan orang muda seperti Abdullah dan Syed Hussein Alattas seorang reformis inilah dunia persuratan Melayu berubah dan berkembang maju. Kenapa kita tidak cuba menyelami dan mengkaji minda S.H. Alattas.
Saya mula menyedari hal ini setelah beberapa kali mengikuti majlis ilmu yang diadakan di Universiti of Life.
Sungguh pun S.H. Alattas menikmati jumlah pembaca yang ramai namun beliau sedar tidak ramai orang Melayu yang gemar membaca mungkin kerana itu dia mencari platform alternatif iaitu dengan mengadakan perkongsian ilmu di Alattas Unilife. Sebab orang Melayu masakini lebih suka mendengar ceramah terutama yang ada hiburan.Kalau ada pun Melayu yang suka membaca , bilangannya terlalu kecil. Dan dari bilangan yang kecil itu kalau dihitung panjang pun belum sampai 10 peratus dari orang Melayu yang membaca sebagai satu hobi. Dalam lain perkataan, S.H. Alattas menganggap, walaupun ada galakan yang berbentuk “hangat hangat tahi ayam” dari kerajaan. Kerana galakan yang bermusim setahun sekali ketika ‘Bulan Kempen Membaca’. Orang Melayu secara amnya tak pernah berusaha untuk mewujudkan’budaya membaca’ di kalangan masyarakat. Tuhan tak ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya. Bayangkan, Allah suruh Baca!, dia tidak dengar, macam mana nak jadi orang berilmuan.
Berapa ramai orang Melayu yang mempunyai perpustakaan di rumah? Kalau ada pun berapa peratus dari mereka yang telah membaca buku yang tersimpan di dalam perpustakaan mereka? Tetapi koleksi VCD cerita dan lagu lagu, koleksi handbag, tudung, kasut memang lebih dari perpustakaan. Tidak boleh hendak disalahkan orang Melayu juga kerana mentornya ada, iaitu Wanita Pertama Malaysia.Menurut pengarang lagi:‘Ramai bilangan orang-orang Melayu yang berada yang menyimpan buku-buku rujukan seperti Ensaiklopedia Britanica, Americana Ensaiklopedia dan lain-lain rujukan yang berat-berat dan buku-buku tebal dan besar-besar serta berharga sebagai perhiasan. Itupun kerana kepintaran dan kebijaksanaan jurujual dari syarikat buku antarabangsa yang benar benar terlatih dan berpengaruh.
(Kalau ada yang benar benar suka membaca pun, seorang blogger Zaharin Mohd Yassin yang dulunya dikenali sebagai Sang Kelembai)Ada golongan intelek Melayu yang suka membaca, tidak keterlaluan kalau kita mengatakan mereka Cuma membaca buku-buku Inggeris saja, mengikut subject yang menurut selera mereka. Sama ada buku ‘fiction’ atau ‘non-fiction’ mereka jarang ada masa untuk membaca buku –buku Melayu sama ada novel, kumpulan cerpen, buku-buku politik dan majalah-majalah yang lain melainkan majalah antarabangsa yang mereka banggakan untuk melayakkan diri mereka dipanggil intelek oleh golongan mereka sendiri.
Begitu pula halnya dengan golongan mereka yang suka membaca buku buku atau majalah berbentuk hiburan. Buku yang ringan. Jarang yang mahu membaca buku yang berat-berat apa lagi buku politik dan buku-buku dalam bahasa Inggeris atau majalah-majalah politik bertaraf antarabangsa’.Dari tulisan-tulisannya jelas bahawa Pak Habib sentiasa memikirkan bagaimana hendak mengubah cara berfikir orang Melayu. Apakah dengan menyuruh rakyat membaca dan berfikir, dan berfikir dan membaca; satu perbuatan derhaka? Lu fikirlah Bro, Think, fikir, tafakkur, itu memang pesanan yang tak pernah lekang dari Pak Habib, pengasas Alattas Universiti of Life.
OLEH DR AZIZAN AHMAD
Published on March 28, 2013 04:04
S.H. Alattas's Blog
- S.H. Alattas's profile
- 19 followers
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

