S.H. Alattas's Blog, page 7

September 30, 2012

Aku Peduli Apa @ APA: PERMUKIMAN BLOGGERS JANDA BAIK

Aku Peduli Apa @ APA: PERMUKIMAN BLOGGERS JANDA BAIK: APA dan Abah Bismillah... Selama sehari setengah sejak Sabtu hampir 60 penggiat media baru (bloggers/facebookers) berkampung di Wa...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 30, 2012 19:26

September 24, 2012

Haruan, Ular, Burung Kakak Tua, dan Manusia, Siapa Binatang?


Setiap yang bermula pasti berakhir.Buku yang berada di tangan anda ini juga sudah berada di ambang penutup seperti tamatnya serangan penceroboh Amerika dan sekutunya terhadap Iraq dan bermulanya serangan pemerintah Indonesia terhadap pemberontakan di Acheh.
Berakhirnya pencerobohan Amerika terhadap Iraq ini bermakna berakhirnya kemuncak keagungan Amerika selama ini sebagai ‘superpower’ kerana kehebatan Bush tidak sampai ke mana, tidak hebat, manusia yang tidak dapat mengawal nafsunya sendiri.
Disebabkan ingin sangat menunjukkan diri berkuasa,Amerika kini hilang ‘character’, hilang kehormatan dan kepercayaan dunia terhadap kepimpinan kuasa besar yang diharapkan untuk membela nasib manusia yang tertindas dan teraniaya.
Imej Amerika kini berada di tahap yang paling rendah, di tahap ‘Nafs Al-Amarah’, lebih hina dari binatang. Dari segi kemanusiaan, Amerika sudah tidak layak lagi bercakap tentang ‘Human Right’
When money is lost Nothing is lost Something is lost When character is lost Everything is lost
(William Shakespeare)
William Shakespeare   Jean Paul Sastre   Memang tidak salahlah apa yang dikatakan oleh Jean Paul Sastre, bahawa penulis Eropah jauh lebih intelektual dari penulis Amerika. Ada pendapat yang mengatakan Shakespeare asalnya dari Sheikh Saffer. Sekiranya dia masih hidup, saya tidak fikir dia akan menyokong Tony Blair, dia benci pada Yahudi. Sheikh Saffer seorang Islam. Dia pernah menulis tentang kekejaman dan sifat tamak Yahudi dalam The Merchant of Venice. (AHLONG)




Amerika telah membelanjakan AS$80 billion(RM304 billion), serta 350,000tentera dengan penggunaan peralatan teknologi tinggi yang tercanggih.Namun Amerika gagal membohongi dunia kerana gagal mengesan, lebih-lebih lagi menemui senjata pemusnah yang menjadi alasan kenapa Iraq perlu dibinasakan.
“Malulah! Menyerang Iraq atas sebab-sebab rekaan! Malulah engkau!”

Itulah kata-kata lantang Michael Moore,seorang pemenang hadiah Oscar di Hollywood pada Mac lalu.Kelantangan beliau sangat menarik perhatian dunia, lebih-lebih lagi apabila dikenangkan upacara penyampaian Oscar itu diikuti oleh satu billion (seribu juta) penonton di seluruh dunia.
Cuba bayangkan bagaimana reaksi Presiden George W. Bush dan juak-juaknya seperti Donald Rumsfeld, Dick Cheney, Condolessa Rice dan Colin Powell ketika itu.Tapi jenis muka tidak malu, mereka bukan peduli.
Donald Rumsfeld
Dick Cheney
Condolessa Rice
Institut Kajian Antarabangsa Monterey, mendakwa Iraq memiliki uranium atau plutonium daripada pasaran gelap yang mencukupi untuk membangunkan senjata nuklear. Institut yang berpejabat di AS itu juga mendakwa Iraq mempunyai dua pilihan penggunaan senjata nuklear, iaitu sama ada menggunakan peluru berpandu balistik Al-Hussein yang tidak diubahsuai dengan jarak 300km, atau derivatif Al-Hussein dengan jarak 650km. Akhirnya yang ditemui hanya satu peluru berpandu dari Amerika – balistik Bush-Blair-Bull shit! Inilah sebesar-besar fitnah. Dosa seorang pemfitnah sama dengan dosa seorang pembunuh.  
Buku ini ditulis untuk merakamkan duawatak manusia Adam yang mewakili manusia jenis Habil dan Kabil.The Good vs.Evil. Kebanyakan manusia hidup semata-mata menyembah ‘nafsu’. Padahal zahirnya, religious dari segi ritual mempunyai luaran yang terbaik tapi masih di tingkat Nafs Al-Amarah’seperti Saddam Hussein dan Yazid pembunuh Imam Hussein a.s. Mereka melakukan pembunuhan, perompakan tanpa merasa berdosa sedangkan manusia biasa yang ada akal tidak dapat hidup tenteram bila sudah membunuh dan melakukan dosa-dosa besar.

Sejak dulu hingga ke hari ini, peranan kebenaranmelawan kebatilan tidak akan berhenti selagi tidak ada keadilan. Itulah perang terakhir di dunia ini, sama ada di Timur, di Barat, Utara atau Selatan. Sama ada mereka pemimpin dunia, negeri, pemimpin keluarga atau pun pemimpin yang memimpin dirinya sendiri, semuanya mempunyai sifat ‘Good and Evil’.Bila agaknya mereka mahu mencuba mengangkat darjat kemanusiaan yang ada di dalam dirinya ke peringkat ‘makam’ yang terpuji?Supaya senang dan dapat menyatukan diri dengan Tuhannya.
Anda tidak perlu menjadi tukang tilikatau ahli firasat untuk meramalkan nasib seseorang atau nasib sesuatu bangsa atau masa depan dunia ini, sekiranya anda mempunyai pengetahuan mengenai ilmu mengenal diri (Hakikat Insan). Apa yang anda perlukan ialah berfikirdan menganalisa dengan fikiran yang rasional tanda-tanda kebangkitan atau kejatuhan satu-satu kaum dan sesebuah negara. Kenapa dan siapa penyebabnya.Apa bezanya mantan Presiden Suharto dan Presiden Saddam Hussein? Atau Hasan Tiro? Di mana hidup mereka tanpa ‘ hati nurani’ ?
Hasan Tiro
Suharto
Kenapa tiba-tiba nama Hassan Tiro? Sebagai penulis buku ‘politik semasa’, saya tidak boleh tidak, mesti selitkan apa yang berlaku di negara jiran. Lebih-lebih lagi ada jutaan rakyat di negara ini berasal dari Indonesia.
Beberapa tahun dahulu saya pernah ke Acheh membuat penyelidikan mengenai riwayat hidup Almarhum Teungku Moehammad Daud Beureuh, Presiden Republik Islam Acheh Pertama 1961 untuk menyambung buku saya ‘Revolusi Istana Dan Rakyat’, kerja itu terhenti kerana sibuk dengan buku politik semasa.
Bila timbul pertempuran di Acheh, saya mencari buku dalam perpustakaan saya yang ditulis oleh Abu Jihad. ‘Hasan Tiro & Pergolakan Acheh’.

MegawatiDengan perantaraan buku Abu Jihad dan pengalaman saya yang berulang alik ke Indonesia saya ternampak perbezaan di antara Hasan Tiro dengan Teungku Daud Beureueh, sebab utama Presiden Megawati terpaksa memberanikan hatinya membuat keputusan untuk memberhentikan pemberontakan di Acheh. Berat mata memandang, berat lagi perasaan mereka yang saudaranya menjadi korban keganasan tentera sama ada TNI atau GAM, yang menjadi mangsa pembunuhan rakyat jelata yang tidak berdosa.
Perang AS ke atas Iraq kali ini, menunjukkan bahawa manusia begitu mudah lupa bila kuasa berada di tangan.Apa lagi bila merasakan diri mereka berkuasa. Mereka jadi “gila kuasa”, “gila harta”, “gila wanita” dalam bahasa yang mudah hilang akallah tu! Power corrupt absolute power corrupts absolutely. Bila hilang akal pemimpin tidak nampak kesengsaraan yang menimpa rakyat. Mereka tidak peduli negara hancur, rakyat mati bergelimpangan.
Sejarah telah membuktikan bagaimana Nabi Musa a.s menghancurkan empayar Firaundan bagaimana Nabi Allah, Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad s.a.w menghancurkan berhala di keliling Kaabah yang disembah oleh kafir musyrikin dengan mendidik manusia supaya dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Mendewa-dewakan manusia yang tidak ada sifat siddik, amanah, tabligh, fatanah merugikan diri sendiri.Pemimpin yang baik sentiasa rapat dengan Tuhan, dia berada di hati rakyat.Rakyat sentiasa bersama dengannya.
Berapa ramai pemimpin Islam yang Al-Quran menjadi rujukan, akhlak Nabi Muhammad s.a.w menjadi ikutan?Bolehkah kita namakan setiap pemimpin Kristian, Yahudi atau Islam sebagai ahli kitab? Apakah pemimpin yang kita pilih itu benar-benar hidup sebgai ahli kitab?
Dalam mendefinisikan siapa itu “ahli kitab”,jumhur (majoriti) ahli feqah bersependapat, “ahli kitab” ialah mereka yang menganut agama langit iaitu agama Islam, Kristian dan Yahudi.
Mazhab Syafie hanya mendefinisikan ‘ahli kitab’ sebagai keturunan Yahudi dan Ortodoks Kristian dari sekitar Tanah Arab termasuk Palestin, Iraq, Syria, Lebanon, Iran, Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Habsyah (zaman Najasyi). Mereka ini adalah ‘ahli kitab’ yang asal.
Kebetulan semasa menyiapkan penutup, anak saya Habib Omar Alattas menghulurkan satu buku kecil yang bertajuk “Follow Jesus or Follow Paul?” oleh Dr.Roshan Enam diterbitkan oleh SABA Islamic Media. Saya tertarik ayat Al-Quran di
“…and nearest among them in love To the believers you will find those who say, ‘We are Christians’: Because amongst these are men who are Devoted to learning and men Who have renounced the world, And they are not arrogant.”
(Quran, 5:82)

Nabi Isa a.s mengajar umatnya supaya menyayangi jiran tetangga seperti mereka sayangkan diri sendiri.Orang Islam dan Kristian tidak sepatutnya bermusuh.  Jika kita melihat ijtihad Syafie, maka kita tidak boleh memakan sembelihan penganut Yahudi dan Kristian di UK dan di AS. Sebab itu di Malaysia, kita umat Islam yang mengikut mazhab Syafie, tidak memakan sembelihan orang Cina atau India Kristian. Apakah kita tidak makan kerana kita‘geli’ atau kita takut dosa?
Ada orang Melayu hari iniyang minum arak, menerima rasuah, kasi anak isteri makan dengan wang yang dia tahu tidak halaltapi tidak berani makan babi.Saya rasa kerana babi dipandang geli dan jijik.Ramai lelaki Islam yang tidur dan berseronok denagn perempuan yang makan babi, berkucup mulut dan bermacam-macam lagi tidak pula berasa geli.
Qaradawi dalam Fatawa Mu’asirat, Vol.2 menjelaskan gelaran ‘ahli kitab’ merujuk kepada kaum yang pernah diberi kitab samawi iaitu Taurat dan Injil.Gelaran ‘ahli kitab’ ini tidak pernah dimansuhkan oleh Al-Quran hinggalah wafat baginda s.a.w. Apakah kita semua ini ‘ahli kitab’? Kitab apa yang kita ikut? Ilmu ambil ikut tingkapatau pintu?Siapa gedung ilmu dan siapa pintu ilmu?
Sebahagian besar masyarakat di Barat kini bukan lagi ahli kitab.Bahkan kalau ditanya, mereka mengakui mereka adalah atheist, tidak lagi menjalankan kehidupan sebagaimana ajaran Kristian atau Yahudi.Bolehkah Bush dan Blair dianggap ahli kitab?Yang jelas dalam dollar Amerika ada tertulis ‘In God We Trust’.‘Yakin’dan ‘percaya’, dua benda yang tidak sama, dan England masih bertopeng pada mazhab Katholik.
Istilah “ahli kitab” merujuk kepada seseorang yang pakar (ahli) dalam menghuraikan kandungan kitab yang menjadi pegangan agama mereka (Taurat, Zabur, dan Injil).Adakah orang Islam yang mengamalkan Al-Quran sepenuhnya di Malaysia?
Masalahnya kini, mereka bukan ‘pakar’ bahkan membaca kitab pun tidak pernah (sebahagiannya).Maka tidak hairanlah kita dunia berada pada tahap yang paling rendah dari segi kemanusiaanapabila manusia menolak dan menentang fitrah dan undang-undang yang sudah ditetapkan dan menghadapi kerosakan dan kehancuran seperti hari ini.
Penghayatan terhadap agama terlalu lemah, berzina, meminum arak, mencuri, rasuah, memfitnah, berjudi, zalim, tidak adil, dilakukan secara berleluasa oleh kebanyakan mereka yang mengaku ‘ahli agama’.Air yang keruh di hulu mustahil jernih di hilirnya.Ketuanya kena betul dulu.
Menurut Qardhawi, rasional kenapa kita boleh makan makanan ‘ahli kitab’ dan mengahwini wanitanya menunjukkan betapa rapatnya hubungan kita yang disatukan dalam rumpun sama wiyat (perantaraan wahyu dan nabi-nabi yang serumpun daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s)
Pandangan Imam Syafie dalam mendefinisikan ahli kitab sudah jelas dan diterima pakai oleh umat Melayu di Malaysia. Umat Melayu sudah diasuh untuk 'berasa loya'  menelan makanan yang tidak disediakan oleh orang bukan Islam terutama babi, tapi bila nampak ada tanda ‘halal’ telan, sepah, tidak tengok kiri kanan, ‘bismillah’ pun tidak sempat, rezeki mana boleh tolak.
Kalau diberitahu halal memakan sembelihan Yahudi dan Kristian, kita masih ragu dan rasa berat menelan makanan tersebut. Tetapi makan harta anak yatim, makan hasil hutang orang tidak bayar, makan dari rezeki yang sepatutnya bekerja lapan jam cuma bekerja empat atau lima jam tidak terasa haram, tidak terasa berdosa, makan mewah-mewah, taukeh tidak bayar gaji pekerja, tidak rasa berdosa dan bersalah tetapi kita bila ada orang yang makan di Kentucky, di McDonald, minum ‘coke’, dikutuk memihak pada Yahudi yang mahu membunuh orang Islam. Hisap rokok milik Yahudi tidak apa. Apa punya Islam, mentang-mentanglah ada kopiah atas kepala.
Berbeza dengan orang Arab yang dibesarkan dengan mazhab yang longgar terhadap makanan ahli kitab, maka apabila mereka berada di Eropah atau di AS, mereka tidak menghadapi masalah untuk makan.Bagi orang Wahabi, ziarah kubur, mengadakan maulud, memuliakan mereka yang ada karamah,mempercayai hal-hal yang berkaitan kerohanian, semuanya syirik dan khurafat.
Umat Islam yang disatukan oleh Muhammad s.a.w dipecah-pecahkan oleh puak Wahabi.Hingga ke hari ini, umat Islam masih belum dapat disatukan kerana sikap ego dan sombong pemimpin dan ulama mereka, tetapi suruh orang ramai bersatu.Nak bersatu macam mana, jika air di hulu keruh, di hilir macam mana nak jernih?Pemimpinlah yang sepatutnya menjadi ‘role model’. Ini pemimpin sama sendiri pun asyik berperang, berebut kerusi, berebut projek, akhirnya air di Sabah kering kontang, smeuanya masuk dalam kocek pemimpin. Ini contoh di Sabah pula.
Yang kuat menekan yang lemah, akhirnya hidup mereka jadi lebih hina dari haiwan.Manusia sudah lupa asal usul ‘fitrah’nya kerana mereka lupa sifat-sifat kebiasaan dan fitrah kelahirannya sebagai anak suci yang tidak berdosa. Akhirnya dosa telah memakan dirinya sendiri, bila mati namajadi lebih busuk dari bunga Rafllesia, sudah hilangnya jawatan dan hilang kuasa, muka ‘one cent no use’.
Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah yang berakal dan berbudi tinggi, telah menjadi buas dan serakah dari serigala, harimau, ular, babi hutan atau binatang-binatang buas lainnya.Mereka terlupa pada agama yang menjadi pegangan mereka. Kesian..akhirnyagajah-gajah di Sabah menjadi kecil dan kurus sebab tidak adanya makanan. Hutan-hutan habis ditebang. Terlalu ramai penyangakdan penyamun kayu balak…! Tapi bila Datuk Jeffrey Kitingan hendak masuk UMNO ditolak, tolak pasal apa? Takut dengan bayang-bayang sendiri.
Manusia menuduh harimau sebagai binatang buas tetapi terlupa dengan pemburu harimau yang hari-hari mau..mau punya hari..hari mau..! selain haiwan, manusia juga ikut dibahamnya. Ada ke Datuk Jeffrey hendak masuk UMNO diminta satu juta?Tetapi ada orang diberi RM 3.00 kalau boleh hendak tambah ahli akhirnya dilanyak oleh akhbar.Di mana letak keadilan?Nanti Jeffrey masuk parti Keadilan baru tahu. Pelik sungguh pucuk pimpinan UMNO Sabah.
Manusia juga sering menuding jari ke arah haiwan dan menyalahkannya terhadap sesuatu perbuatan yang tidak baik. Haruandituduh makan anak, ibu ayamdisindirnya sebagai barua, ular dituduh lidah bercabang, akhirnya burung kakak tua pun ketawa…“Ha..ha..cerminlah muka, cerminlah muka, siapa sebenarnya talam dua muka? Sedarlah sikit, siapa yang sebenarnya lidah bercabang, siapa yang merogol anak sendiri dan siapa yang meliwat? Binatang tidak buat kerja macam itu..!”
Allah SWT berfirman bahawa penyebab kerosakan di muka bumi ini adalah manusia sendiri.Hal ini berlaku disebabkan ‘hati nurani’(conscience) tidak berfungsi, tunduk pada nafsu keserakahan sentiasa berada di tahap ‘Nafs Al-Amarah’.Maka terjadilah perang, pembunuhan, penindasan, perompakan dan penaklukan. Tamak yang menggila, dapat saja kuasa bukan lagi 10 peratus, tapi 70 peratus untuk diri, yang lemah, kalau nasib baik dapat 30 peratus, kalau tidak gigit jari lah tu..! Sebab itulah di Malaysia paling banyak orang gila di Sabah…! Kasihan..kasihan..kasihan Jeffrey Kitingan jadi mangsa keangkuhan dan kesombongan.
Mencintai Nabi s.a.w tidak cukup hanya dengan mendabik dada mengaku sebagai ‘Ahlul Sunnah Waljamaah’.Tidak cukup sekadar mengaku Muhammad s.a.w pesuruh Allah ketika mengucap. Tetapi cinta kepada Nabi s.a.w harus dibuktikan dalam kehidupan yang berakhlak, tidak berdusta, tidak memfitnah, menindas yang lemah, makan harta anak yatim, kebas duit khairat, rasuah, berpuak-puak, main betina, main jantan, hidup dalam kebodohan, tidak mahu membaca melainkan cerita yang suka didengar dan menguntungkan saja. Si pemalas nak cepat kaya, sang pemimpin nak kekal berkuasa, sang ulama menjual agama..! kasihan…! Inilah neraka dunia!..Kasihan..
Orang Islam tidak perlu berasa kecewa dan malu. ‘Bodoh’merasakan kekalahan Saddam Hussein sebagai kekalahan umat Islam.Saddam telah menjadi khadam pada nafsunya.Saddam sebenarnya ‘orang gila’.Saddam dan Islam dua subjek yang berbeza. Islam dan manusia yang mengaku pemimpin Islam tidak sama. Kita dilarang menghina Islambegitu juga kita tidak boleh membiarkan mereka bertopengkan Islam merosakkan Islam.Samalah juga apabila Taliban dikalahkan oleh Perikatan Utara yang disokong oleh AS.Saddan dan Islam tidak sama.
Orang Islam tidak perlu rasa kecewa sebab Arab di kelilingi oleh Iraq yang menyebelahi Amerika.Saddam dulu pun jadi khadam Amerika.
Hanya orang yang kejam macam Bush saja yang boleh ajar manusia yang kejam macam Saddam.Ini semua hikmat yang tidak nampak oleh manusiayang buta hatinya.
Dunia Islam berpecah dan lemah. Malah Kesatuan Eropah (EU) kelihatan jauh lebih kuat jika dibandingkan dengan OIC. Bukan saja mereka maju tetapi mereka bersatu. Mereka memberi keutamaan kepada euro dollar. Dunia Barat juga dilihat kuat kerana bersatu di bawah pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berbeza dibandingkan dengan NATO dan EU. Alangkah baiknya jika OIC diperkasakan supaya menjadi seperti EU dan bergabung dalam satu pakatan tentera seperti NATO. Barulah dunia Islam dapat berdiri dan berdepan dengan Amerika! Sayangnya OPEC yang majoriti ahlinya negara-negara Islam yang memperkukuhkan Dollar Amerika, kalau tidak Amerika sudah jadi macam Mexico.
Kesilapan bangsa Arab selama ini disebabkan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin mereka yang lebih takut kepada AS daripada Allah SWT.Duduk di sekeliling Kaabah di Tanah Haram, tapi tidak takut Allah.Mereka dijahanamkan oleh keluarga As-Saud, Wahabi yang bertopengkan Ahli Sunnah sebenarnya berkiblatkan Amerika.Siapa pelindung rakyat Iraq, Palestin, Kuwait, Qatar, Afghanistan dan Turki? Tidak lain dan tidak bukan pemimpin yang menjadi bonekakepada Yahudi dan Amerika. Macam mana kita nak menang berperang dengan musuh dalam selimut?
Dalam UMNO sendiri pun banyak musuh dalam selimut.Dr. Mahathir kata ada kumpulan serpihan yang mendesak dia supaya berhenti dengan segera. Sepatutnya Dr. Mahathir sembur gas pemedih mata, baru orang tu kelam kabut keluar dari dalam selimut…!
Dr.Said Muhammad Ramadan Al-ButiDr. Said Muhammad Ramadan al-Buti dalam bukunya ‘As-Salafiah Marhalah Zamaniah Mubarakah La Mazhab Islami’.Mengkritik pergerakan Wahabi kerana beliau menganggap bahawa ia menjadi punca pecah-belah umat Islam di seluruh dunia. Ulama Syria terkenal itu menulis: “Perkara pertama yang menyebabkan pelbagai kerosakan yang teruk menimpa umat Islam ialah kemunculan kekacauan bidaah yang memukul kesatuan orang Islam, menghancurkan perpaduan mereka dan mengubahkan kerjasama mereka kepada perbalahan dan percakaran. Semua orang menyedari bahawa tiada sebuah kampung pun di setiap pelosok dunia Islam yang tidak terkena serpihan malapetaka itu, yang menyebabkan perpecahan dan huru-hara berlaku di kalangan umat Islam.Bahkan saya tidak melihat dan mendengar mengenai kebangkitan rasa optimis, kecuali melihat dan mendengar pula brita-berita kekacauan yang amat dahsyat hingga menyebabkan orang Islam tenggelam dalam lautan kecewa dan putus asa.”
Yang dimaksudkan oleh Dr. Ramadan Al-Buti mengenai berita-berita kekacauan yang amat dahsyat merujuk apa yang dilakukan oleh puak Wahabi dalam memecah-belah umat Islam seluruh dunia. Mudah-mudahan cara pecah perintah ini tidak berkembang di Malaysia. Semoga Malayia menjadi sebuah negara yang aman makmur dan mendapat keampunan dari Allah.


Walau apapun tanggapan penentang terhadap Dr. Mahathir Mohamad, beliau telah membuktikan keupayaannya sebagai pemimpin yang menjadi jurucakap bagi pihak negara-negara Dunia Ketiga. Perlantikannya sebagai Pengerusi NAM, sekaligus mengiktiraf peranan Dr. Mahathir yang selama ini begitu lantang menyuarakan hak kepentingan negara-negara Dunia Ketiga di peringkat antarabangsa dalam menghadapi cabaran orde dunia hari ini yang bersifat hegemonistik yang didominasi oleh kuasa kapitalis Amerika Syarikat yang dilihat tidak adil. Kalau ada lebih ramai lagi pemimpin yang berani macam Mahathir, kita tidak perlu tunduk kepada sesiapa pun.Tidak perlu takut, cuma takut pada Allah saja.

Firman Allah: Sesungguhnya umat ini adalah umat kamu yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu maka hendaklah kamu mengabdikan diri kepada-Ku
(Surah Al-Anbiya, ayat 92)

Kehadiran Muhammad s.a.wtelah mengumpulkan bangsa-bangsa menjadi satu ikatan yang kuat dan kukuh tanpa adanya perbezaan suku dan warna kulit, tidak ada ahlul sunnah, tidak ada Syiah, yang ada Islam. Seluruhnyasama iaitu satu saudara seagama, tidak ada Timur dan tidak ada Barat. Allah memerintahkan orang yang beriman supaya bertaqwa kepada-Nya dan jangan mati melainkan dalam keadaan taqwa dan semulia-mulia manusia ialah mereka yang bertaqwa.
“Manusia diperintahkan pula supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan dilarang keras bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah terhadap mereka di waktu mereka dalam keadaan bermusuhan lalu dimesrakan di antara hati mereka jadilah mereka dengan nikmat Allah itu (agama-Nya).”
Begitulah akan ayat 102 hingga 103, surah Ali Imran. Khalifah Ali pernah menghantar Ibnu Abbas sahabat rapat Rasulullah s.a.w yang terkenal itu untuk membetulkan kembali pandangan ekstrem di kalangan kaum Khawarij kepada kesederhanaan dan kewarasan ajaran Islam.Golongan Khawarij ini terkenal dengan sikapnya yang keras hati tidak mahu kembali bersatu dalam barisan jemaah majoriti umat Islam.Mereka terlalu taksub dengan fikiran dan perasaan masing-masing yang sudah jauh kesesatannya sehingga sanggup menuduh saudara yang seagama dengan mereka sebagai kafir.
Di kalangan mereka ada yang sengaja merangka mazhab yang ekstrem sebagai mazhab Khawarij dan Muktazilah. Menurut pendapat mereka, siapa saja yang melakukan dosa besar, mereka akan menjadi kafir.
Imam Hasan al-Basri r.a menganggap dan menamakan mereka ini sebagai kumpulan serpihan dan terasing dari kumpulan jemaah majoriti umat Islam. Para ulama ‘Ahli Sunnah’ telah bersepakat memberi amaran dan melarang  keras terhadap tindakan mengkafirkan saudara sesama Islam. Jangan mudah terpengaruh dengan kumpulan yang cuba membawa dalil Al-Quran dan hadis yang bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Perpaduan adalah satu-satunya benteng kekuatan yang masih ada untuk mempertahankan maruah dan nasib umat Islam di dunia ini kerana kekuatan-kekuatan yang lain seperti kekuatan ilmu pengetahuan, kekuatan ketenteraan, kekuatan ekonomi dan lain-lain sudah robohdan runtuh. Mari kita beristighfar.Kita muhasabah diri kita, kita perangi Nafs Al-Amarah dan naik ke peringkat Nafs Al-Lawamah.
Datuk Ling Liong Sik dan Datuk Lim Ah Lek sudah letak jawatan, MCA sudah bersatu.Itu sebabnya Nabi suruh tuntut ilmu sampai ke negeri Cina . Kita silap,pergi tuntut ilmu dengan orang Wahabi di Arab Saudi, negara yang diperkudakan dan menjadi boneka Amerika dan Yahudi. Itulah susahnya orang kita, orang suruh ikut Nabi kita ikut Wahabi.Dr. Mahathir suruh kita pandang ke Timur, ada orang kata Mahathir kafir.Mereka suruh pandang Timur Tengah. Hendak belajar apa dari Kerabat diraja Arab  Saudi..! Akhirnya kita ke tepi tidak, ke tengah pun tidak. Bengonglah.. tu..!
Perempuan Amerika dan sekutunya terhadap Iraq telah membuka tembelang siapa sebenarnya Saddam dan siapa Bush dan Blair. Bila orang Melayu nak buka mata dan melihat siapa Anwar Ibrahim sebenarnya? Ini tidak, asyik hendak cari salah Dr. Mahathir saja. Adil ke kita? Kalau merasa diri bersalah tinggalkan sajaparti Keadilan dan kita bersatu semula dalam UMNO.
Dajal akan dibinasakan bila Nabi Isa a.s turun bersatu dengan Imam Mahdi menghancurkan dajal-dajal tersebut. Yahudi berada di dalam ketakutan, sebab itu mereka ajak semua orang memerangi orang Islam. Yang peliknya ramai pemimpin Islam yang setuju..Bengong..nak kena bala dari Tuhanlah tu…!
Kita bukan tidak tahu siapa sebenarnya pengganas dan pengancam keselamatan dunia, tetapi jari tetap menunjuk ke arah orang Islam yang tidak berdosa, akibat kita bercerai berai, akhirnya kita tidak boleh berbuat apa-apa.Dunia juga macam kucing dengan tikus.Kucing yang rakus akan memakan setiap tikus, hingga tikus terpaksa bersidang memikirkan siapa di antara tikus yang berani menyarungkan loceng di leher sang kucing! Inilah nasib umat Islam di seluruh dunia di tangan Yahudi Amerika.Di Malaysia pula orang Melayu macam kucing dengan anjing, asyik hendak bergaduh saja, yang untung tikus.
Sebab itu Amerika hari ini boleh berlagak seperti seorang teenage bully kerana raja dan para pemimpin Arab akhlaknya sudah rosak hingga tidak nampak natijah serta ‘impak’daripada tindakan Amerika sebagai Big Bully.Sepatutnya raja-raja Arab tidak boleh membiarkan manusia yang rakus dan dahagakan darah seperti Bush dan Collin Powell terus bermaharajalela. Mereka pun dua kali lima, malah lebih teruk lagi. Namun siapa yang berani melabelkan As-Saud sebagai “The Ugly Arab”? Nak mampus! Sampai bila tidak dapat naik haji..!!
Apakah jika tidak dapat naik haji, tidak boleh masuk syurga..? Masuk syurga kerana rahmat Allah, bukan kerana ibadat kita..!
Keganasan global yang semakin melebur sekarang ini berkait rapat dengan Amerika yang dianggap sebagai juara demokrasi dan hak asasi manusia oleh dirinya sendiri.Amerika kini dilihat sebagai penganjur utama kearah keganasan global kerana mereka adalah satu-satunya negara yang mempunyai peruntukan undang-undang berkaitan terrorisme,tapi mengamalkan sikap ‘double standard’.
Lahirnya pengebom berani mati ini adalah menepati hukum ‘action’ dan ‘reaction’.Amerika mencetuskan ‘action’ dan mereka mencetuskan ‘reaction’. Ketika saya sedang menulis buku ini, pengebom berani mati mengebom LapanganTerbang Antarabangsa Riyadh dan semasa buku ini diedit sebelum dicetak, kota Morocco pula digegarkan oleh pengebom berani mati ini. Kedua-dua insiden ini telah mengorbankan rakyat Amerika yang tidak berdosa. Inilah yang dikatakan oleh Isaac Newton, for every action, there is an equal and opposite direction.
Menurut ruangan Bisik-bisik di Mingguan Malaysia, 18 Mei, 2003, “Bahawa pengeboman itu berlaku di Arab Saudi yang bergantung kepada Amerika Syarikat untuk melindunginya, bukan sesuatu yang memeranjatkan.Mungkin juga tindak balas ke atas sebuah negara Islam yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat.
Bila membaca berita serangan berani mati itu di mana 10 orang rakyat Amerika terbunuh, teringat terus Awang kepada satu pendapat yang mengatakan bahawa penaklukan Iraq akan menjadi permulaan kepada perubahan pemerintahan di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi. Arab Saudi didakwa menjadi sarang golongan pelampau. Jangan lupa, Osama bin Laden berasal dari negara itu. Setiausaha negara Amerika, Colin Powell, yang kebetulan berada di Arab Saudi, dengan cepat menuduh Al-Qaeda manakala bosnya, Presiden Bush berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab.”
Kos peperangan yang besar pasti akan meruntuhkan ekonomi Amerika yang semakin lemah. Nasib baik mendapat pertolongan dari Arab Saudi. Dana awam yang dikumpulkan hasil daripada cukai yang dikenakan ke atas rakyat Amerika telah hangus begitu saja di Iraq dan tidak semudah itu mereka boleh takluk Iraq dengan adanya 10 ribu orang tentera berani mati dan Saddam yang diberitakan sedang bersembunyi dalam buangan akan cuba berkuasa kembali. Ini semua ‘sandiwara’ Amerika seperti pelakon Osama bin Laden yang dijadikan penjahat ‘terrorist’.
Budaya terrorisme yang sememangnya telah berakar umbi di dalam kehidupan Amerika Syarikat berkesudahan dengan tragedi yang nyata memakan diri mereka sendiri bila mereka berhadapan dengan tentera berani mati.Umat Islam dari pelosok dunia yang pada mulanya menunjukkan perpaduan menyokong Saddam dalam menghadapi serangan pihak Amerika dan sekutu jadi bingung bila mendapati Saddam bertopengkan Islam itu hidup macam Firaun, melainkan mereka yang macam lembu cucuk hidung, macam burung kakak tua.


Memang di setiap negara dalam semua zaman, akan ada manusia yang macam Firaun, ada manusia macam Musa a.s dan ada manusia yang macam Ibrahim a.s, ada Habil dan Kabil sekalipun dalam negara yang mengaku negara Islam, pertubuhan yang mengaku Islam dan parti yang mengaku Islam.
Empat kelemahan demokrasi salah satunya ialah pemimpin biasanya dipilih dan diikuti kerana faktor-faktor yang tidak relevan, tidak diperlukan sama sekali. Biasanya pemimpin dipilih sebab pandai berpidato, punya kekayaan serta juga latar belakang keluarga.Jarang sangat orang memilih pemimpin di kalangan mereka yang bijak dan adil.Seperti Platomemimpikan munculnya “the wisest people” sebagai pemimpin ideal di sesuatu negara.  “The wisest people are the best people in the state, who would approach human problems with reasons and wisdom derived from knowledge of the world of unchanging and perfect ideas.” Plato (420-347 BC)


(bersambung)
dari Kabinet April Fool, 2003
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 24, 2012 04:30

September 18, 2012

PEMIMPIN YANG MENYUMBANG & YANG BUAT KERJA SUMBANG




Lebih kurang pukul 8.30 malam, 5 Disember 2008, tetamu istimewa yang ditunggu pun tiba, saya bersama Puan Norsiah Sabri dan Saudara Amran dan isteri saya, Hana menyambut Ahli Parlimen Bentong, YB Datuk Liew Tiong Lai, Menteri Kesihatan untuk penutup majlis dan menyampaikan sijil kepada para peserta yang telah mengambil bahagian dalam bengkel produksi seni.


Seluruh taman dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni, di bawah khemah terdapat para penduduk kampung yang diundang untuk menyaksikan jenaka bangsawan dengan percuma dan yang terpenting setiap kali saya mengadakan majlis, keutamaan diberikan kepada lebih kurang 50 anak yatim di rumah anak yatim yang menjadi jiran saya.
Tidak beriman mereka yang boleh tidur nyenyak jika ada jirannya yang tidur dalam kelaparan.”-Imam Ali K.W.J

Saya berterima kasih kepada Datuk Liew yang dalam kesibukan, masih sanggup hadir di satu majlis kecil di sebuah kampung Melayu yang terpencil di tengah hutan rimba di pergunungan Banjaran Titiwangsa. Kenapa agaknya saya mengundang Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Kesenian? Orang bukan Melayu pula. Apakah kerana saya suka menimbulkan kontroversi? Liew Tiong Lai yang baru menang Naib Presiden MCA, bekas Setiausaha Politik Datuk Lim Ah Lek mantan Ahli Parlimen Bentong tidak banyak protokol, tidak banyak songeh. Mungkin dia tahu yang mengundang sunat,yang menerima undangan wajib hadir. Berhentilah menjual insya-Allahsebagai alasan.

Berapa ramai pemimpin kita yang bila diundang di saat terakhir tidak sampai seminggu hendak mengadakan majlis melalui telefon genggam sanggup datang, melainkan undangan itu datang dari Pak Lah, Najib dan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong, hendak hidup.
Kita hormat pemimpin bukan kerana gelaran Yang Berhormat tetapi yang mesra rakyat, yang tahu tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat.
Tidak guna beri nombor telefon handset kalau telefon tidak diangkat. Mesra rakyat bila musim perlukan undi. Di antara yang cepat jawab panggilan saya ialah Datuk Idris Jusuh, biarpun masa itu masih menjawat kerusi MB dan beberapa lagi pemimpin di antaranya Datuk Seri Ali Rustam, Datuk Syed Ali Al-Habshi, Datuk Norza Zakaria dan KJ. Tanya mereka yang pernah menghubungi pemimpin yang hipokrit, kawan bila ada hajat terutama bila sudah menjadi Menteri. Memang sakit hati sebab itu kalau Menteri tidak tabur duit, sorry jangan mimpi mereka akan beri undi. Jawabnya memang hendak kena mandi.

Datuk Syed Ali Al-Habshi dan Pak Habib



Datuk Norza Zakaria

Program yang diadakan pada malam ini diadakan buat julung-julung kalinya berjaya menghimpunkan Persatuan-Persatuan Penggiat Seni Budaya (NGO’s) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam sebuah program yang berbentuk bengkel produksi di luar wilayah dan berjaya melibatkan 10 orang remaja dari Kampung Janda Baik.
Mengikut Puan Norsiah, antara lain objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli persatuan NGO’s memantapkan pengurusan seni dan hala tuju persatuan, juga untuk membuka minda ahli-ahli baru persatuan (remaja) akan peri pentingannya memelihara seni, budaya dan warisan bangsa.
Memang sudah lama saya ingin Taman Hana menjadi perkampungan Seniman, tempat berkumpulnya para pelakon, pemikir, penulis dari seluruh nusantara di taman yang saya bina setelah mendapat ilham dari Taman Ismail Marzuki di Jakarta dan taman serta pentas di kediaman tokoh agung Rendra di Indonesia yang anda dapat saksikan dalam youtube saya di www.shalattas.com



Taman Ismail Marzuki di Jakarta, Indonesia
Keinginan saya menjadi satu kenyataan apabila kick off yang pertama dimulakan oleh saudara Amran dari  Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ketika beliau tersesat dan tertarik dengan konsep Wadi Hussein, taman di tengah-tengah hutan rain forest tertua di dunia seperti dalam filem The Last Horizon.




Pada mulanya saya tidak bersetuju program ini diadakan kerana saya belum bersedia biarpun Wadi Hussein yang namanya saya pilih kerana saya dilahirkan di Kampung Wadi Hassan, dibesarkan di Wadi Hana di Johor Bahru yang dibuka oleh datuk saya Almarhum Datuk Syed Hassan Alattas D.K yang dilahirkan di Pekan, Pahang.
Taman yang telah memenangi lanskap yang mengandungi flora dan fauna, telah dikunjungi oleh jutaan manusia di seluruh dunia melalui internet dan hampir setiap minggu ada saja pengunjung dari semua bangsa. Akhir-akhir ini, ramai pengantin, orang Cina yang suka bergambar di Taman Hana pada hujung minggu.
Saya bangga jika kita dapat menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara kerana saya percaya bila manusia mati hanya tiga perkara yang tidak memutuskannya pertama ilmu yang bermanfaat, sudah 56 buah buku saya terbitkan, selain sudah berpuluh tahun menulis di akhbar, majalah dan internet. Mudah-mudahan amal jariah jika diterima, ke semua ibadah tersebut untuk kedua orang tua saya yang sudah arwah, semoga Allah kurniakan kami anak-anak yang soleh. Saya sentiasa mengingatkan diri saya, daripada menadah tangan mengharapkan subsidi kerajaan lebih baik kita menyumbang sesuatu kepada kerajaan.
Memang saya bercadang untuk mengundang Menteri Kebudayaan, Datuk Shafiee Afdal yang akan merebut kerusi Naib Presiden untuk merasmikan pentas yang diberi nama Pentas Sudirman apabila siap sepenuhnya nanti tetapi kita perlu masa yang panjang. Mulakan dengan Ahli Parlimen Bentong dulu, dia pun peminat seni juga.
Mungkin ramai yang terlupa arwah Sudirman Haji Arshad, Datuk Sarimah dan penghibur terkenal selain Datuk Siti Nurhaliza, penulis terkenal Pak Sako dan Keris Masberasal dari Pahang, pahlawan Mat Kilau, Tok Gajah dan Tun Abdul Razak, bapa Datuk Najib yang telah memenangi kerusi Presiden UMNO, orang Pahang.

Pak Sako  Keris Mas

Inilah wajah Pahlawan Mat Kilau yang diambil pada tahun 1970
Sejak berita gempa bumi di Janda Baik, pengunjung dari KL yang suka bercuti di hujung minggu di resort serta homestay mula berkurangan, padahal bukan seperti kejadian di Bukit Antarabangsa yang berlaku pada subuh 6 Disember 2008.
Antara sebab saya memberi sokongan sepenuhnya untuk mengadakan program seperti ini supaya keyakinan orang ramai bahawa gempa bumi tidak menjadi masalah dan tanah tinggi milik Melayu ini perlu diberikan pendedahan kerana ianya sama indahnya seperti Bukit Tinggi Frazer atau Cameron Highland. Hendak harapkan EXCO Pelancongan Pahang, buang masa. Ketika Datuk Maznah menjawat jawatan tersebut sekalipun, dia tidak pernah melawat taman ini dan memajukan industri pelancongan Janda Baik. Manalah orang tidak marah pada pemimpin UMNO yang tidak membantu memajukan Melayu.
Saya selalu mengingatkan diri saya jika mahu disayangi, kita perlu menabur budi dan menabur jasa dengan ikhlas, dengan tidak mengharapkan pembalasan. Ramai pemimpin kita yang sudah lupa tugas dan tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Bila ada jawatan keutamaan diberi kepada keluarga saja. Rasa kepedulian terhadap bangsa dilupakan. Mereka menjadi begitu materialistik.
Apakah sesudah 51 tahun merdeka kita masih hidup menadah tangan, masih bersikap subsidi, hidup dengan bantuan kerajaan tetapi masih retorik dengan ketuanan Melayu. Jadi Tuan macam mana kalau ramai orang kita hidup dalam kemiskinan? Apa pun tiada, ramai masih duduk dalam rumah pangsa PPRT, lantai menjadi bumbung dan bumbung rumah orang menjadi lantai orang di tingkat atas, berkongsi dinding. Apa gunanya retorik tentang tanah air? Bila tanah dan air sudah dimonopoli oleh puak tertentu saja. Jika tidak ada tapak tanah, sebidang tanah untuk sebuah rumah di muka bumi pun tidak ada, hendak berpolitik macam mana?
Anda akan bertanya untuk apa saya buat taman di kawasan seluas 6 ekar tanpa mendapat bantuan dari kerajaan? Tuhan kita kaya. Kenapa kita tidak percaya pada sifat pemurah dan penyayang Allah? Tuhan beri kita akal dan tulang empat kerat untuk apa?
51 tahun kita merdeka, Cameron Highland, Frazer Hill, Penang Hill, Maxwell Hill semua taman yang indah di tanah tinggi peninggalan penjajah. Janda Baik adalah satu-satunya tanah tinggi milik Melayu. Kisah bagaimana perkampungan ini dibuka telah didokumentasikan oleh arwah Keris Mas dalam sebuah novelnya.

Cameron Higland

Genting Highland

Sesudah mereka, Genting Highland terbina dengan megahnya menjadi mercu tanda pusat perjudian dan hiburan atas usaha kegigihan Uncle Lim, Tan Sri Lim Goh Tong. Bukit Tinggi milik Berjaya Group, orang Melayu sekadar menjadi pekerja sahaja. Beribu Melayu jadi pekerja dengan keluarga Lim. Pemimpin kita buat apa? Leka berpolitik dan leka berebut kuasa, nasib rakyat tidak terbela.

Lim Goh Tong
Kita perlu tanya apa sumbangan yang boleh kita beri pada negara, bukan apa yang negara boleh beri pada kita? Seperti yang diingatkan oleh mendiang John F. Kennedy.

John_F._KennedyPelik, pemimpin politik sanggup berhabis berjuta ringgit beli undi, tidak bolehkah disalukan sedikit untuk membangunkan industri pemikiran? Perpustakaan awam memberi grant kepada karyawan yang mahu berkarya. Kita terlupa antara perkara terpenting untuk membangunkan tamadun sesebuah negara, ia memerlukan para karyawan, seniman, pemikir dan sasterawan. Kalau ada pun sekadar melepas batuk di tangga.




Dari segi ini saya hormat Datuk Seri Ali Rustam, dia telah memberikan sokongan kepada persatuan karyawan yang dipimpin oleh Freddie Fernandes membuka pejabat di Rumah Media Melaka di mana dimuatkan untuk pengarah filem yang berminat dalam filem animasi, boleh menggunakan peralatan seperti komputer tercanggih khusus untuk animasi. Selain dari itu, Datuk Ali memberi tanah lot untuk karyawan membina rumah kediaman mereka di Melaka.
Dengan izin Allah, saya bercita-cita untuk menubuhkan sebuah yayasan supaya bila saya sudah menjadi arwah nanti, kediaman dan taman ini akan menjadi Warisan Negara “National Heritage” yang mengandungi auditorium, sebuah perpustakaan yang menyimpan semua buku karya penulis Melayu dari seluruh nusantara sejak zaman dulu kala.
Saya yakin dengan bantuan kawan-kawan yang ikhlas, yang ingin membangunkan bangsa yang masih tidur lena, dengan industri pemikiran menerusi sastera dan seni budaya, insya-Allah tahun 2009,  University of Life yang pertama di Malaysia akan dibangunkan di Janda Baik. Aset Al-Hussein Foundation yang akan dimulakan bernilai 5 juta ringgit. Kalau Tan Sri Lim Kok Wing boleh tubuhkan universiti dan seterusnya University Lim Kok Wing di London, kenapa kita tidak boleh memulakannya di Kampung Janda Baik?
Yang pelik, ada seorang pemimpin janji hendak menghadiahkan sebuah rumah peninggalan penghulu yang telah dibeli dari kampungnya untuk disimpan sebagai warisan rumah Melayu, senyap macam itu jer! Cakap tidak serupa bikin punya. Tidak payahlah cakap ikut sedap mulut kalau tidak boleh tepati janji.
Tidak perlu beri apa-apa pada saya. Tuhan saya kaya, saya percaya dengan kekuatan ayat kun faya kun. Jika mahu sokongan penulis ketika berebut kerusi dalam pertandingan UMNO, kalau awak layak kita bantu. Kalau penulis sendiri pun kena kelentong, macam mana? Mudah-mudahan dia ini bertaubat dululah sebelum hujung tahun ini.
Kalau musim pemilihan barulah ahli UMNO dapat rasa duit pemimpin-pemimpin. Ada yang bagi 300, ada 500, bukan bersedekah tetapi untuk pancing undi. Ketika itulah mengikut cerita kawan saya bila pemimpin buka almari, duit jatuh berdebuk-debuk diikat satu ketul RM5,000 dan RM10,000. Baru kita tahu betapa kayanya pemimpin kita.
Duit datang dari mana? Pantang pemimpin kena jemput. Kalau boleh semua bahagian nak pergi supaya dapat undi tertinggi. Penulis bukan boleh beri undi. Inilah kerja pemimpin yang suka buat kerja sumbang sambil menyumbang tanpa rasa kepedulian.
Habib Hassan AlattasDatuk saya, Datuk Habib Hassan Alattas yang meninggal dunia pada tahun 1932, meninggalkan sebuah Madrasah Alattas di Pekan selain Pulau Habib Hassan di Kuala Pahang. Beliau berasal dari Sulawesi dan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Sultan Pahang. Arwah Tan Sri Osman Saat mantan MB Johor, Datuk Syed  Mohd Idrus, Datuk Syed Zin mantan Speaker Dewan Undangan, Datuk Ali masih Speaker, Mufti Besar Negeri Sembilan dan Perak adalah murid tua Madrasah Alattas Johor Bahru. Tok Habib Hassan Alattas adalah seorang ulama dan pendakwah, selain pengasas dan tuan punya Madrasah Alattas dan Kuliyatul Alattas Kolej Islam yang pertama di Malaysia. Selain dari membina beberapa buah masjid  dan surau di Johor dan Pahang.
Amran telah mencadangkan sebuah banglo 4 bilik yang didiami oleh peserta dijadikan sebagai Teratak Karyawan dan ia telah dirasmikan oleh YB Datuk Liew Tiong Lai.
Saya berterima kasih kepada Ahli Parlimen Bentong yang telah banyak membantu penduduk kampung. Selalunya di musim Hari Raya dia akan mengunjungi penduduk Janda Baik, tetapi tahun ini dia sibuk dengan pemilihan jawatan dalam MCA.
Faridah Merican & Joe HashamAda beberapa perkara yang menarik sepanjang perkampungan Seni itu, saya dapat berjumpa dengan teman-teman lama di antaranya Radin, Khalid Salleh lebih mesra dengan panggilan Wak, Datuk Faridah Merican dan Abon yang datang untuk memberi ceramah.








Khalid Salleh
Antara teks ucapan beliau yang menarik ialah tentang nilai yang hampir pupus dari masyarakat kita. Orang kita terlalu meterialistik. Datuk Liew Tiong Lai bukan saja tidak makan babi biarpun Cina, dia seorang vegetarian, bawang putih pun dia tidak makan. Ada orang kita tidak makan babi, tetapi tetap minum arak, makan duit anak yatim, makan rasuah, bila lagi hendak muhasabah diri?
Datuk Liew Tiong Lai memberitahu, saya membuat taman ini tidak mengambil wang kerajaan, dia ingin membantu jadikan tempat ini sebagai homestay. Saya menolak dan meminta dia membantu orang kampung yang lebih layak dari saya menerima bantuan. Dia memberi RM10,000 untuk bantuan JKKK Kampung Janda Baik. Baguslah pemimpin yang suka menyumbang, tetapi tidak buat kerja-kerja sumbang.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 18, 2012 13:40

September 11, 2012

HAKIKAT INSAN



Walaupun  anda tidak akan bersetuju dengan semua yang saya kedepankan, saya fikir sesekali elok juga kalau kita membuka minda dan cuba menyelidiki sedikit tentang rahsia-rahsia ‘Hakikat Insan’ di mana di dalamnya tersembunyi ilmu kerohanian untuk mengenal diri dan Tuhan. Ilmu ini penting kerana dengannya, baru kita boleh faham tujuan kita dijadikan, dari mana kita datang, kenapa kita perlu melalui roda kehidupan dan ke mana kita akan kembali.


Pernahkah anda terfikir kenapa Adam yang dibuat dari tanah, dipilih menjadi khalifah? Kenapa tidak pilih sahaja malaikat yang dibuat daripada cahaya atau jin dari api sedangkan mereka telah dijadikan berjuta-juta tahun sebelum adanya manusia? Selepas itu kenapa pula mereka diarah bersujud kepada Adam sedangkan kita tahu, cuma Allah sahaja yang layak disembah?
Cuba kita fikir. Azazil, penghulu malaikat ketika itu yang dikatakan bumi mana dan langit mana yang tidak ada kesan sujudnya pun tidak mendapat penghormatan sebegitu tinggi.
Kalau dahi dia boleh lebam macam sesetengah orang yang menganggap kesan hitam di dahi sebagai tanda orang bertakwa lantaran selalu bersujud kepada Allah, entah macam mana hitamlah agaknya dahi Azazil. Entah-entah lekuk terus. Kurang-kurang jendul luas.


Begitu juga malaikat Jibril yang menjadi perantara wahyu kepada para Rasul atau lain-lain malaikat tinggi seperti Mikail dan sebagainya. Mereka telah berjuta-juta tahun beribadat memuji Allah tanpa berhenti untuk makan dan minum. Tidak pernah derhaka langsung, sentiasa menurut perintah Allah. Begitu punya banya mahkluk Allah yang mulia telah wujud ketika itu tetapi Adam yang baru sahaja dicipta pula yang diangkat dan disuruh mahkluk lain sujud. Kenapa Tuhan pun boleh pilih kasih? Tentu ada rahsia di sebalik kejadian ini bukan? Tapi bolehkah rahsia ini senang-senang dihuraikan, dicerita sedangkan masyarakat umum lebih sibuk membicarakan Islam siapa yang lebih betul, siapa lebih banyak mengikut sunnah Nabi, siapa punya jubah lagi cun, janggut siapa lebih mengancam. Silap cakap nanti orang kata kafir, tak pun kena cekup dengan JAKIM.


Bagi mereka yang menyimpan rahsia itu berilah peluang supaya ianya dapat dikongsi bersama mereka yang mahu mencarinya. Saya percaya ramai juga orang yang dahagakan jawapan. Sembunyi lama-lama pun buat apa? Dunia pun sudah hampir hendak kiamat. Kalau dunia tidak kiamat, kalau dunia tidak berakhir, hidup kita tetap akan berakhir. Kita semua pasti akan mati. Dalam kehidupan, itu sahaja yang pasti.
Imam ShafieHari ini semua orang patut mencari sesuatu yang ghaib, tapi bukannya hantu. Pak Lah sendiri sedang mencari Imam Shafiedan Ghazali, mencari keghaiban yang tersembunyi selama ini. Orang Melayu dahulu dengan orang Melayu sekarang, tidak sama. Orang Melayu hari ini tidak sama dengan orang Melayu pada tahun 1950-an. Bahkan tidak sama dengan orang Melayu di zaman 1960-an. Melayu hari ini sudah menjadi ‘materialistik’ . Asyik dengan kebendaan. Percayalah, dunia yang dikejar tidak akan membawa bahagia sama ada di dunia mahupun akhirat.
Kita sudah 46 tahun merdeka, sudah agak lama keluar dari kepompong penjajah. Walaupun ada di antara orang Melayu yang pemikiran dan jiwa mereka belum merdeka, tetapi sedikit sebanya, cara mereka berfikir sudah berubah lebih-lebih lagi dengan kedatangan era langit terbuka dan dunia tanpa sempadan.

Dahulu cuma ada Radio Malaya. Lepas itu TV hitam putih, TV warna, telefon bimbit dan hari ini sudah ada Internet. Orang Melayu sudah didedahkan dengan semua ini dan kita kini berada di era langit terbuka. Apakah kita mahu terus hidup seperti katak di bawah tempurung?


Pemimpin-pemimpin hari ini harus ingat, dahulu orang Melayu cuma baca muqadam dan Quran tanpa mengetahui maknanya. Cukuplah kalau setakat nak menunaikan rukun yang Nampak, boleh baca surah ketika sembahyang, tidaklah malu orang nak buat menantu. Ada juga yang mengkaji lebih sedikit tapi tidak banyak. Itupun cuma orang tua sahaja yang sanggup membaca kitab selain daripada kitab-kitab asas ilmu tauhid, ibadat, tajwid dan lain-lain.
Tapi hari ini ramai anak-anak muda yang memahami buku-buku karya Al-Ghazali, Ibnu Khaldun, Hamzah Fansuri, Jalaludin Rumi, Dr. Ali Shariati, Ayatollah Murtada Muttaharani. Mereka terdedah dengan begitu banyak pendapat, berinteraksi dengan berbagai golongan dari berbagai jinis agama atau mazhab. Tentu sahaja pemikiran mereka lebih kritis, tidak senang menerima bulat-bulat apa yang disuapkan seperti anak-anak muda zaman dahulu. Bagi mereka yang boleh mengaji, berbagai jenis kitab agama termasuk yang berkaitan dengan kesufian boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai buku dan dibaca oleh semua peringkat orang Melayu. Pergi saja ke KLCC, atau di kedai-kedai buku MPH, semua jenis buku merangkumi semua subjek boleh didapati.
Cuba kita Tanya dengan anak muda yang baru balik dari Amerika dan Eropah, apakah agama itu syariah saja? Apakah Islam itu cukup dengan mengerjakan rukun yang lima saja? Bolehkah syariat berdiri tanpa hakikat?
Syariat, hakikat, tarikatdan makrifat, roh dan jasad, manusia dan Tuhan memang tidak dapat dipisahkan. Ia ibarat ombak dan pantai, aur dan tebing, irama dan lagu, bunga dan kelopaknya. Kita perlu melihat dan menghayati agama dari kesemua aspek ini. Kta mesti lihat dengan pandangan dari dalam ke luar dan dari luar ke dalam. Dengan cara ini barulah kita boleh menjadikan diri kita seorang ulama.


Manusia kena pandang pada yang satu ingat kepada yang ramai dan pandang yang ramai ingat kepada yang satu. Kalau kita cuma tengok dari satu sudut pandangan sahaja, maka jadilah kita macam ulat dalam kepompong yang cuma lihat dunia dalam batasan kepompongnya sahaja atau katak yang berada di dalam telaga yang hanya nampak dunia ini mengikut pandangan matanya saja, sehingga datang hujan lebat membawa air memenuhi perigi dan dia dapat keluar. Soalnya, sampai bila kita nak hidup dalam kepompong atau jadi katak dalam perigi buta. Cuba fikir, apakah semua benda yang berlaku di dunia ini berlaku secara kebetulan?
Tentu ada sebab kenapa Dr. Mahathir buat Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower). Ada dua menara. Dua kalau dipasangkan lagi jadi nombor 22. Mahathir mula kata dia akan bersara pada 31 Oktober 2003 setelah memerintah selama 22 tahun dan penduduk Malaysia bertambah menjadi 22 juta orang. Pengumuman persaraannya pula dibuat pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002 setelah begitu lama mempromosi Wawasan 2020. Adakah ini semua kebetulan? Kenapa dia suka sangat dengan nombor 22? Mungkinkah ini semua berlaku melalui ilham, yang terjadi di bawah jadual Allah? Mungkin juga Mahathir ada belajar hakikat insane. Bukankah segala-galanya di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan? Ada langit ada bumi ada lelaki dan ada perempuan! Adam yang hidup dalam syurga yang penuh dengan segala macam nikmat itu pun perlukan Hawa, sebagai pasangannya. Hidup pula pasangannya mati.
Kalau ada luar mesti ada dalam, ada dahulu ada sekarang, ada zahir dan ada batin. Kayu pun kalau kita bakar dia keluar asap. Ada asap yang keluar harum-haruman, ada asap yang keluar busuk. Takkan dalam tubuh manusia tidak ada apa-apa? Masakan di dalam hati manusia itu kosong sahaja. Mesti ada benda. Kalau tidak ada yang hitam, mungkin ada yang putih..!
Sekurang-kurangnya kita mesti faham jika ada yang zahir, mesti ada yang batin. Zahir ibarat sangkar, batin ibarat burung di dalamnya. Jika di zaman Mahathir, sangkar saja yang dijaga baik-baik, sedangkan burung di dalamnya dibiarkan kelaparan dan kurus kering maka mudah-mudahan Pak Lah akan memerhatidan menjaga burung di dalam sangkar dengan baik. Barulah pembangunan itu seimbang. Kalau tidak, kita akan terus dibelenggu berbagai masalah, dari yang bersifat social mahupun yang berbentuk politik. Begitulah masalah UMNO! UMNO ada segala-galanya tapi di dalamnya kosong..!
Pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN di bawah pimpinan Dr. Mahathir kita tidak boleh sangkal. Tapi isi yang dicari oleh hati yang kosong membuatkan orang Melayu lebih mirip pada PAS yang lebih banyak bercakap tentang akhirat. Pemimpin UMNO tidak boleh salahkan orang Melayu hari ini, bila mereka mula kritikal. Orang ramai mahukan isi, beri kulit saja nak buat apa?
Yang merosakkan bangsa Melayu hari ini adalah kulit!Mahathir berikan rakyat Malaysia kemewahan material. Kekayaan material adalah perlu bagi membina ummah. Tapi dua ‘E’ tak seimbang, (education and economy). Pendidikan berbentuk duniawi diberi keutamaansedangkan pendidikan di bidang kerohanian terlalu berkurangan.
Dari satu segi, pembangunan ekonomi memang penting. Disebabkan orang kita telah banyak yang berharta dan berpendapatan tinggi, umat Islam tak perlu memungut derma di tempat-tempat awam untuk mendirikan masjid, surau dan sekolah agama. Kerja ini satu penghinaan bagi Islam. Islam memang menyuruh kita supaya mencari jalan untuk hidup makmur dan sejahtera di dunia ini tapi kita mesti ingat ini cuma sementara. Dunia cuma tempat persinggahan sebelum kita berpindah kea lam akhirat yang kekal abadi. Bila cakap pasal akhirat, kita mesti bercakap pasal roh dan jasad kerana ia meliputi rahsia ketuhanan yang Maha Esa. Tuhan yang kita tak nampak dan tak dengar suaranya tapi kita sembah!

Cuba tanya mereka yang sembahyang di rumah mahupun di masjid, apakah mereka yakin adanya Tuhan? Cakap saja percaya tapi kebanyakan mereka langsung tak rasa takut kat Tuhan. Kita diingatkan, kepadaNya kita sentiasa memohon pertolongan, tapi kita kenal ke Tuhan kita? Tahu ke macamana Tuhan mentadbir alam, macam-mana dia mencipta sesuatu kejadian? Tuhan tak wujudkan Petronas Twin Tower dan kilang kereta secara tiba-tiba. Itu bukan kerja Tuhan! Manusia yang membuatnya. Kenapa tak serahkan saja pada takdir untuk membuat ini semua?


Memanglah Tuhan boleh buat apa sahaja Dia nak tapi semuanya ada tertib. Tuhan boleh tukar basikal jadi kereta kalau Dia nak, Kancil jadi Mercedes Benz. Cukup dengan kata Kun – jadilah, diikuti Fayakun – maka jadilah. Akhirnya akal dan tangan manusia juga yang menjadikannya, manusia itu siapa?


Orang Melayu hari ini tidak mahu lagi menelan apa saja dan ikut secara membuta tuli. Ilmu agama kita mesti cari dan dalami, baru datang hidayah. Tapi nak cari macam mana kalau itu tak boleh, ini tak boleh, semuanya sesat belaka! Dalam hal ini, pemimpin patutnya menjadi contoh. Ilmunya mesti mantap dan terserlah melalui cara kehidupannya. Pemimpin tak boleh kata ikut apa yang aku cakap, jangan ikut apa yang aku buat. Cakap mesti serupa bikin! Pemimpin yang cakapnya tak serupa bikim tidak layak menjadi pemimpin. Sebaliknya dialah yang harus dipimpin. Sekarang ini berapa banyak orang mengaku layak jadi ulama lepas itu nak jadi pemimpin tapi cakap tak serupa bikin. Disebabkan didewa-dewakan, diberi imuniti, cakapnya tidak boleh dipersoalkan, ulama dah jadi macam Tuhan!
Imam Al-GhazaliImam Al-Ghazali penulis kitab Ihya Ulumuddin yang dianggap oleh kebanyakan orang Wahabi sebagai sesat, telah menulis kitab yang bertajuk ‘Miskat Al-Anwar’ (kurungan cahaya-cahaya) untuk mengupas beberapa hal ketuhanan. Kitab Ihya Ulumuddin, karyanya yang terbesar pula ditulis untuk mereka yang baru ingin menjinakkan diri dengan hakikat-hakikat di sebalik arahan syariat.
Al-Ghazali ialah seorang genius, mahir dalam berbagai aspek agama – fekah, usuluddin dan sebagainya – ketika masih budak lagi dan terkenal sebagai seorang scholar jadi qadi besar apabila dewasa. Walaupun beliau telah mendalami berbagai cabang ilmu lain terutama ilmu mantik, nahu, sarah dan falsafah yang menjadi kebanggaan dunia Barat namun beliau merasakan semua itu tidak mencukupi sehingga beliau menemui jalan Islam adalah penyatuan. Konsep utamanya adalah pengEsaan, bukannya perpecahan. Ia bukan boleh hidup dengan cara menimbulkan permusuhan sesame umat. Astaghfirullah..!punyalah bidaah yang kita lakukan tapi kerana kita bergelar ulama kita tak salah!





Ulama kita lebih banyak menyuruh masyarakat membenci pihak-pihak tertentu yang tidak sependapat dengan mereka. Ulama bersikap riak, takbur. Mereka mengatakan bahawa puak dia saja yang terbaik. Nabi pun tak kata macam itu. Nabi kita tidak membezakan antara orang Arab dan Ajam. Dia cuma kata yang membezakan seorang Muslim itu adalah takwa.
Anak-anak kita dilahirkan bersih seperti kain putih tapi siapakah yang menjadikan mereka Nasrani, Yahudi dan Majusi? Bukankah ibubapa mereka sendiri? Sepatutnya mereka memberikan pendidikan agama yang sempurna dengan memberi teladan yang elok. Ini tak, mak bapak dek berbalah sesame sendiri, antara orang politik dengan orang politik, parti dengan parti tapi masing-masing mengaku Islam. Macam mana anak nak jadi elok?
Kenapa kita tak fikir dan cari kesalahan kita sendiri? Kenapa nak hukum anak-anak? Kenapa nak gari dan tangkap mereka? Penyakit ini datangnya dari mana? Kalau bukan ciptaan orang tua mereka sendiri! Air yang keruh di hulu masakan boleh  jernih di hilir? Agama bukan makanan macam roti canai, boleh kasi anak-anak kita telan, mereka kenyang. Agama kena belajar, kena fikir, kena amal, kena rasa, sudah rasa sedapnya baru tak lupa. Baru sayang agama. Baru hidup tak celaru. Ianya bukan satu harta pusaka yang boleh diwarisi. Seperti nyanyian Raihan, yang bertajuk Iman.
Iman.. tak dapat diwarisi..Dari seorang ayah yang bertakwa…


Setiap orang yang berdakwah, samada pemimpin politik, ulama atau penceramah, mahupun ibubapa yang mendidik anak di rumah mestilah menampilkan sifat-sifat yang layak dicontohi dan diteladani. Mereka yang bercakap di depan khalayak ramai pula mesti mampu memberi penerangan yang jelas. Kenyataan yang dibuat mesti rasional dan sanggup dipertanggungjawabkan termasuklah kenyataan dan penerangan yang dibuat di TV.
Apa yang Pak Habib nampak penceramah di TV seperti tak berani menjawab soalan penonton secara berterus terang terutama hal-hal yang berkaitan dengan ilmu hakikat, tarikat dan makrifat. Lain orang tanya, lain pula yang dijawab dan jawapan yang diberikan pula berbelit-belit! Apakah takut salah cakap atau lantang sikit besok muka tak keluar TV?
Islam itu mudah, yang menjadikannya susah buat apa? Kita nak ajar hal-hal mengenai Islam, ajarlah cara yang mudah! Akibat tak faham apa itu Islam, apa itu manusia, siapa itu manusia, apa hubungan manusia dengan Tuhan, untuk apa tujuan Tuhan jadikan manusia, menyebabkan anak-anak muda hari ini jadi celaru. Mereka tak diberikan misi dan visi untuk akhirat untuk mengimbangi visi 2020.
Tuhan yang patut disembah tapi bila perkataan itu diterbalikkan, sebab yang haram dihalalkan, yang halal diharamkan, jadilah HANTU. Sembah hantulah gamaknya. Habis syahadat pun tak faham. Tak tahu macam mana syahadat rasul dan macam mana syahadat hamba. Syahadat bererti menyembah Allah saja, tidak selain dari Allah. Sekarang ini orang lebih takut pada hantu dari takutkan Tuhan. Tengok Misteri Nusantara nak, suruh mengaji tak mahu. Agaknya pasal itu ramai orang jadi hantu?

Kenapa manusia hari ini sembah duit, sembah pangkat, sembah kuasa, sembah betina! Untuk benda-benda yang disembah ini mereka sanggup habiskan wang berjuta. Tuhan letak dekat mana? Bila syahadah sudah tak betul, tanyalah para ulama, bolehkah yang lain-lainnya betul? Maka terperanjat bila ada manusia mengaku beragama tapi agama mereka sekadar ritual.


Nabi Muhammad saw selalu ditentang hebat, dikutuk, dihina, dituduh sebagai gila oleh masyarakat Arab Jahiliyah tapi baginda tak pernah melatah apalagi senang-senang mengkafirkan orang. Tentu ada sebab kenapa dia boleh melalui ini semua dengan reda dan tenang. Rahsia 13 tahundisembunyikan di mana? Macam mana Muhammad boleh tak terpengaruh ikut budaya Arab Jahiliyah yang sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup? Menyembah berhala, minum arak, berjudi, melakukan kekejaman dan kezaliman berleluasa. Macam manapun mereka tetap boleh menerima Muhammad saw sebagai nabi dan rasul Tuhan kerana baginda orang yang terbaik, yang sentiasa bercakap benar. Juga kerana keadilannya meletakkan kemanusiaan dan kasih sayang di atas segala-galanya...!


Pada mulanya, sinar kebenaran Nur Islamdari Allah menerusi Al-Quran yang disampaikan melalui Malaikat Jibrail kepada Muhammad membuat mereka cuba membunuhnya. Tetapi akhirnya Yahudi dan Nasrani serta Arab Jahiliyah dan pembesar kaum bangsawan Quraisy terpaksa menerima Islam lebih-lebih lagi bila Islam difahami oleh orang kafir sebagai agama yang memperjuangkan kepentingan manusia tanpa mengira kelas atau kasta.
Maka matilah Jahiliah oleh kekuatan kebenaran yang dibawa Muhammad. Nabi Muhammad saw menyampaikan ayat-ayat Tuhan dengan mudah melalui akhlaknya yang mulia. Baginda seorang yang jujur, ikhlas. Walaupun menerima ancaman godaan seperti wanita, harta dan kuasa, dihadiahkan matahari di tangan kanan dan bulan di tangan kiri, baginda tidak berganjak dari misinya untuk menyempurnakan akhlak dan kehidupan manusia. Inilah politik Islam. Bukan berpolitik untuk mencari Islam demi kepentingan puak dan diri sendiri. Nabi Muhammad mampu melakukan ini semua kerana baginda faham hakikat insan. Malah dialah yang mengajar hakikat insane kepada umatnya. Sebab itulah semangat orang Islam dulu begitu cekal walaupun mereka fakir miskin dan teruk ditekan oleh puak Jahiliyah. Bilal bin Rabah yang dipaksa supaya meninggalkan Islam untuk kembali kepada agama jahiliyah sanggup menerima seksaan yang begitu berat. Beliau cuma menjeritkan “Ahad, ahad” setiap kali disebat.








Maka untuk kembalikan Islam di zaman Muhammad kita mesti memahami hakikat Islam yang sebenarnya. Sanggupkah kita menolak kuasa, harta dan wanita? Beranikah kita berkata benar, walaupun kebenaran itu pahit? Sanggupkah mereka meninggalkan perbuatan rasuah yang sudah menjadi wabak? Kalau wabak rasuah, gila kuasa, gila kekayaan, gila betina, gila judi ini boleh dihapuskan dan ikut seperti sunnah rasul, maka penyakit masyarakat mudah diubati. Ada ke ulama yang sanggup jadi ‘role model’ seperti ini? Adakah ulama yang dah master hakikat insan lalu layak dipanggil guru mursyid untuk membimbing masyarakat kita ini?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2012 13:15

September 6, 2012

PENUNGGU Pulau Besar (dari buku Firasat: Rahsia Mengenal Diri Sendiri cetakan ke-4, 1999)


Kemasyhuran, kemuliaan dan kebesaran ada pada Almarhum Syeikh Ismail atau Sultan Ariffin keramat Pulau Besar, tidak akan menjadi ‘obstacle’ pada cita-cita dan visi Rahim. Almarhum termasyhur kerana kemuliaannya mengenai ‘Sufism’ atau Tasauf’. Sayangnya ‘karamah’ yang ada padanya hanya diketahui oleh sebahagian manusia yang mempelajarinya dan meminatinya sahaja, yang lain menganggap ‘karamah’ ini sama seperti ‘karamah’ pada batu, pokok dan benda karut. Maka masyarakat menjadi salah anggap terhadap keramat Pulau Besaryang tidak berdosa kepada sesiapa.
Pulau Besar di Laut Selat Melaka


4hb September 1991, Pak Habib bersama Pengurus Besar Tapa-Nyai Resort, saudara Masauf dan pekerja-pekerjanya, jurugambar dan pemberita media massa dan elektronik serta ahli politik negeri Melaka berdiri di atas jeti Pulau Besar menunggu ketibaan Perdana Menteri yang akan merasmikan Tapa-Nyai Island Resort.


Dr. Mahathir dan jemaah menteri kabinet dan rombongan mereka terlambat hampir dua jam akibat motor boat yang mereka naiki terkandas. Sebaik sahaja memotong riben, Che Det bersalaman dengan Pak Habib. Perkataan pertama yang terkeluar dari mulutnya ialah:
“Nak tulis apa pula ni?,” beliau bercakap sambil berjalan. Pak Habib percaya Che Det mengikuti ruangan Pak Habib di Mingguan Waktu.
Pak Habib dan Che Det makan malam bersama

Tan Sri Rahim Tamby Chik, YB Ali Rustam dan Pak Habib mengiringi Dr. Mahathir hingga ke Pulau Besar di mana penduduk Melaka sedang menunggu.

Pak Habib merenung Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pak Habib sampai jauh lebih awal dari rombongan mereka. Pak Habib berbaju hijau ‘hijau keramat’ bila ditanya oleh jemaah menteri yang mengenali Pak Habib.
“Buat apa di sini?”. Pak Habib jawab, “Saya kan dah jadi Penunggu Pulau Besar.”. Pak Habib harap dan mendoakan agar mereka yang datang, pulang dengan selamatnya.
Dalam bulan Julai 1991, Pak Habib ke Melaka untuk menemui Tan Sri Rahim Tamby Chik yang baru kembali dari Chile. Rahim adalah kawan lama Pak Habib. Bila lama tak jumpa tentu ada banyak cerita, terutama mengenai ‘kemarau’, yang menjadikan bumi Melaka kering kontang. Banyak yang meletakkan sepenuh kesalahan di bahu Rahim kononnya disebabkan Rahim merobohkan ‘Keramat Pulau Besar’, bala telah menimpa negeri Melaka. Apakah dosa ini Rahim seorang sahaja yang mesti menanggungnya? Bagaimana dengan umat Islam yang lainnya?
Rahim beruntung mendapat kepercayaan sepenuhnya dari Dr.Mahathir. Rahim berani, dia mempunyai visi dan perancangan untuk memajukan negeri Melaka. Dia tak peduli sesiapa pun. Yang penting pentadbirannya adalah yang terbaik kalau dibandingkan dengan Ketua Menteri sebelumnya. Adat dunia bila ramai yang memuji tentu ramai pula yang tak suka dan mengeji.
Dengan keberanian yang ada pada dirinya, Rahim mampu mengubah Melaka. Kini Melaka menjadi tumpuan pelancong. Kubu Porta de Sentiago (AFamosa), bangunan merah Stadhurst dan Rahim telah membangunkan replika Istana Kesultanan Melayu abad ke-15. Melaka 600 tahun lalu adalah tempat pertemuan kebudayaan Timur dan Barat.
Stadhurst Church di Melaka

Bulan Ogos 1985, Pak Habib telah menulis sebuah buku mengkritik Rahim. Buku tersebut bernama “Hantu Bukit Cina”. Satu keistimewaan Rahim, dia tidak berdendam dan memusuhi Pak Habib. Pak Habib menghormatinya kerana jiwa besar yang ada padanya dan kami masih berkawan seperti dulu juga.
Tengahari 21hb Julai, Rahim menelefon Hotel Ramada, tempat Pak Habib menginap di mana Pak Habib menjadi tetamu Ketua Menteri, Rahim menjemput Pak Habib makan tengahari denganya. Pak Habib bercerita padanya bahwa nama buku terbaru Pak Habib adalah Mungkin Airlah Yang Berjaya. Rahim terkejut mendengar bahawa ‘Airlah yang akan menang’, pada sangkaannya Rahimlah yang menang akhirnya kerana kedudukan dan kuasa kini berada di tangannya.
Seandainya Rahim berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka, tentu beliau dipanggil ‘Tuanku Abdul Rahim’ kerana gelaran “Tuanku” diberikan kepada orang yang terkenal. Kita juga tidak hairan kiranya di pangkal nama Rahim ada perkataan DYMM Tuanku Abdul Rahim dan tidak mustahil seperti adat raja-raja Melayu, beliau juga akan disembah.
Yang menyedihkan hati Pak Habib, biarpun kuasa agama berada di tangan TYT Gabenor namun TYT seolah-olah tidak ambil tahu apa yang berlaku terutama yang berkaitan dengan agama sedangkan semasa Saiyidina Umar ibn Khattab r.a menjadi gabenor (khalifah), beliau bertanggungjawab walaupun ke atas seekor kambing yang mati di bawah tanggungjawabnya.
Datuk Mufti Negeri bukan boleh harap sangat, orang sudah ‘pencen’ diambil semula bekerja dari tahun ke tahun. Seandainya Mufti hidup di zaman Umar r.a, tentu beliau kena tempeleng seperti apa yang telah berlaku terhadap Abu Hurairah r.a.
Berkata Umar r.a:
“Apabila tergelincir orang yang berilmu, maka tergelincirlah segenap alam dan makhluk”

Maka kita tidak hairan kiranya hajat Tan Sri Rahim membangunkan Melaka dipersetujui seluruhnya tanpa sedikit pun tentangan oleh mufti dan para ulama walaupun terdapat school of thought yang berbeza. Namun dalam masa yang sama, umat Islam terus bermusuh-musuhan kerana perbezaan pemikiran. Apakah kerana perbezaan pendapat ini kita harus terus hidup berbalah sesama sendiri yang akhirnya mati kesan sejarah Islam, luput di muka bumi.
Inilah zaman yang dari dahulu kita takuti, sebagaimana diterangkan dalam qaul (perkataan) Kaabah dari Ibnu Mas’ud, berkata Umar r.a:
“Apabila engkau lihat seseorang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah dia mengenai agamanya! Kerana setiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu”
A Famosa di Melaka
Melaka dulu adalah Pusat Perdagangan yang terkenal di seluruh dunia. Pusat pemerintahan dan kuasa politik berada di tangan Melayu. Melayu yang pernah menjadi satu bangsa yang besar, yang dikagumi serta dihormati tetapi akhirnya disebabkan sikap sultannya yang hidup bermaharajalela, Melaka lenyap dari sejarah hingga kita mencapai kemerdekaan.

Pelabuhan Melaka Tua

Apakah tak mustahil kiranya orang Melayu terus terlupa bahawa kekuasaan dan kebesaran adalah milik Tuhan? Melayu akan jadi macam masyarakat Portugis yang kini tinggal di Portugis Settlement, padahal satu masa dulu mereka menjadi tuan di negeri ini.
“Sejarah telah membuktikan bagaimana bangsa seperti Babylonia, Assyria, Macedonia, Carhgenia yang begitu kuat dan maju telah hilang dari muka bumi ini, sudah tentu bangsa yang lemah seperti orang Melayu akan lebih mudah terhapus jika mereka kurang faham tentang kuasa-kuasa yang ada pada mereka dan kerana terdorong oleh nafsu, menyalahgunakan kuasa itu.”
(Menghadapi Cabaran – Dr.Mahathir)

Melaka kini sudah mempunyai bandar kembar dengan Amerika Selatan dan lain-lain Negara di dunia. Rahim telah membawa kemasyhuran ke negara ‘Hang Tuah’, lagenda Melayu yang hanya tinggal nama. Sayang seribu kali sayangkerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Nak cari untung sekarang, rugi seguni. Inilah yang ditakuti apabila membinasakan budaya kubur, mematikan budaya Islam yang telah hidup bertahun lamanya kerana terlalu ghairah mencari untung melalui pelancongan.
Kemasyhuran, kemuliaan dan kebesaran ada pada Almarhum Syeikh Ismail atau Sultan Ariffinkeramat pulau Besar, tidak akan menjadi ‘obstacle’pada cita-cita dan visi Rahim. Almarhum termasyhur kerana kemuliaannya mengenai ‘sufism’ atau tasauf’. Sayangnya ‘karamah’yang ada padanya hanya diketahui oleh sebahagian manusia yang mempelajarinya dan meminatinya sahaja, yang lain menganggap ‘karamah’ ini sama seperti ‘karamah’pada batu, pokok dan benda karut. Maka masyarakat menjadi salah anggap terhadap keramat Pulau Besar yang tidak berdosa kepada sesiapa.
  Ahli hikmah ada berkata:
Manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu.

Firman Allah:
Sesunggunya semulia-mulia kamu di sisi Allah itu ialah orang yang paling bertaqwa kepadaNya.  (Al-Hujurat, 49:13)



Tidak ramai yang dapat tahu sejarah Syeikh Ismail ‘wali Allah’ sebagai orang kerohanianyang hampir dengan Allah s.w.t. Sebagai ‘rijalullah’ atau ‘rijalul ghaib’ , peranannya amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir. Tugas Syeikh Ismail amat besar, semasa hayatnya belaiu banyak berjasa dan memainkan peranan mengamankan lanun di Laut Selat Melaka. Jauh lebih penting dari Nyai Anjus Moro, Puteri Gunung Ledang yang kononnya dipercayai sebagai orang pertama yang menjejakkan kaki ke Pulau Besar. Lupakah kita betapa terseksanya rakyat Melaka bila Sultan berhajat hendak berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang? Tapi akhirnya wanita juga mewarisi kemasyhuran, kesan kakinya dijadikan Tapa Nyai Resort.

 
St.PaulKeramat-keramat Kristian; St.Paul, St.Xavier dan lain-lain dijaga baik kerana wali-wali Kristian ini adalah kesan sejarah Portugis menjajah Melaka.
St.Xavier

Yang jadi salah ialah bila yang datang itu memikirkan kubur itu yang makan makanan, kubur keramat itu yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka. Orang yang jahil ini mesti diberi pandangan tentang apa itu keramat,buka ditangkap dan dihukum.
Apakah ini zamannya di mana segala kebenaran ditolak sedangkan kezaliman dan kejahatan mendapat sambutan?
Apakah kerana takut kononnya orang Islam akan sesat oleh perbuatan kurafat maka Majlis Agama Islam menghancurkan kawasan perkuburandan bangunan serta tidak membenarkan umat Islam bersembahyang di masjid yang baru dicat waktu pembukaan Tapa Nyai?
Wali Tujuh
Pak Habib fikir Dr.Mahathir merestui perbuatan macam ini. Kalau nak Ampusikum’, ampulah boss tetapi nak ampu bos pun takkan sampai macam itu punya zalim sekali? Dr.Mahathir pernah menziarahi makam Imam Bukhari semasa lawatannya ke Uzbekistan, USSR.
Mana lebih baik, menziarahi kubur yang dianggap sebagai kurafatatau membawa maksiat ke pulau? Lee Kuan Yew masa jadi Perdana Menteri tidak menyentuh kubur Keramat Habib Noh Al-Habsyi di Palmar Road. Lee membiarkan Majlis Agama Islam memperbaiki dan mengindahkannya. Minyak dengan air tidak akan bercampur.
Makam Habib Noh adalah satu tarikan pelancong yang sering diziarahi oleh orang ramai dan umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya.

Makam Habib Noh Al-Habsyi
Makam Habib Noh Al-Habsyi di Jalan Palmer, Singapura

Makam Imam Bukhari di Uzbekistan Makam Imam Syafie di Iraq

Bukankah menziarahi kubur itu sebagai memenuhi seruan Rasulullah s.a.w? Menziarahi kubur dapat mengingatkan mati (zikrul maut).
Sheikh Abdul Qadir Jailani
Apa salahnya keramat Syeikh Ismail dijadikan tarikan pelancong? Baghdad kota hiburan seribu satu malam, terdapat banyak makam wali Allah termasuk juga makam Syeikh Abdul Qadir Jailani, sultan awlia. Begitu juga makam karamah di negara lain termasuk negara komunis, mereka tidak bertindak seperti Majlis Agama Islam Melaka.
Saddam Hussein Presiden Saddam Hussein sentiasa menjaga makam karamah dengan baik padahal kerajaannya adalah sosialis. Mungkin akibat memuliakan wali Allah, Amerika dan 28 negara lain gagal menewaskannya.
Di bandar Kaherah saja terdaapt berapa banyak makam karamah yang sentiasa dizarahi oleh umat Islam. Makam Syed Ahmad Al-Kafeel, di mana terdapat kubur King Farouk, Shah Irandan makam Imam Syafie.

Imam Syafie


Mohd Reza Pahlavi, the last Shah from Iran











Yang peliknya, kenapa ulama kita hari ini lebih heboh dengan menziarahi makam, sibuk nak tangkap orang-orang yang ‘berzikir’ dalam gelap daripada mengkritik dan menegah pemimpin-pemimpin mereka yang menari dan mabuk-mabuk di disko dan kelab-kelab malam sedangkan itu adalah satu kemungkaran yang cukup besar?

The Shah of Iran diiringi Almarhum DYMM Sultan Idris Shah II



Ulama siang hari susah hati, orang pergi membayar nazar, sembelih kambing dan menjamu orang makan. Padahal mereka buat kenduri di hari pertama hingga hari yang ketujuh, hari ke-40 dan 100 bila keluarga mereka mati tak mengapa. Bila ditanya, itu kenduri arwah. Ini semua double standard punya kerja.
Semoga kejadian Air tidak turun dari langit dan air tidak mahu keluar dari bumi boleh memberikan kesedaran kepada mereka sebagai bala dari Allah akibat umat Islam tidak melakukan apa yang telah diamanahkan kepada mereka, tidak menyeru manusia supaya berbuat baik dan mencegah kemungkaran.


Mungkin kemarau ini sebagai bala akibat dosa-dosa kita semua yang tidak menunaikan tanggungjawab kita sebagai orang yang beriman kepada Allah s.w.t.
"Dan wahai kaumku, minalah ampun kepada Tuhan kamu. Kemudian kembalilah taat kepada-Nya supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan disamping kekuatan kamu yang sedia ada. Dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus membuat dosa."(Hud, 11: 52)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan ‘bala’ yang diturunkan Allah itu adalah disebabkan oleh kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia. Tetapi dalam pada itu kerana sifat menurunkan kesemua ‘bala’ itu dan sifatnya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang maka banyak dosa-dosa manusia itu diampunkanNya.
Ketika Allah menurunkan ‘bala’ di atas bumi, ‘bala’ itu bukan saja mengenai orang yang melakukan dosa tetapi juga mengenai orang yang tidak berdosa. Dalam hal ini semua akan mendapat bahananya.
Hal ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu daripada (berlakunya) dan (yang membawa bala dan bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang zalim antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah betapa maha berat seksaNya”

Oleh itu dalam hal ini, Allah telah menganjurkan supaya manusia memperbanyakkan ‘istighfar’ dan selalu meminta ampun kepada Allah dan berhenti dari melakukan dosa supaya kejadian ‘bala’ dan bencana tidak berlaku dan menimpa kita.

Hanya Engkaulah Yang Kami SembahDan Hanya Kepada Engkaulah Kami Memohon Pertolongan

(dari buku “FIRASAT: Rahsia Mengenal DiriSendiri” cetakan ke-4 1999)



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2012 07:17

August 28, 2012

MANUSIA BIASA, MANUSIA LUAR BIASA, MANUSIA PUAKA


Hujan Pagi masih belum berhenti walaupun sudah pukul 10, 6hb Ogos 2012. Untung hujan pagi tidak seperti “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari” apa ruginya kita melihat keuntungan dalam setiap kerugian. Tuhan suruh kita berfikir positif, di sebalik kesusahan ada kesenangan(Al-Quran). 


  Dalam peribahasa Melayu yang lainnya panas setahun, hujan sehari pula menggambarkan ‘tabiat’ orang kita yang cepat melupakan budi baik orang kerana kesilapan yang kecil, Sultan Mahmud yang melupakan jasa besar Megat Terawis kepada bangsa dan tanahair akibat termakan fitnah, isteri Laksamana Bentan dibelah perutnya kerana derhaka pada Sultan mengidam seulas nangka, akhirnya sultan matinya dijulang. Hutang nyawa dibalas nyawa, kerana melakukan sesuatu yang melampaui batas percaya pada kuncu yang berperangai hasad dengki.
Melayu suka berkias, pukul anak yang tak berdosa kerana nak menyindir menantu. ‘Bodoh punya kerja’. Apa salah guna body language kalau takut berterus terang? Konon nak jaga hati orang, pirah! Sebenarnya penakut. Tun Musa Hitam kata Melayu mesti ‘kurang ajar’, takut apa nak kurang ajar terhadap mereka yang melakukan kejahatan, biadap, angkuh dan tak menghormati undang-undang? Berapa kerat manusia yang faham bahasa puisi oleh para ahli sufi atau seperti tulisan yang berlapis-lapis, berbunga-bunga ketika bahasa hari ini bahasa sms. Tahu takpa… Apa salah cakap “lu sudah lebihlah, Bro”. Dia nak sakit hati, nak murka dia punya pasallah, daripada kita hidup dalam stress. Life is short, why make it shorter? Masa terlalu berharga, kita tak ada masa hendak memahami apa yang tersirat baru nak terbongkar rahsia yang tersembunyi di mana mereka para intelek dan mereka di peringkat metafizik pun berkerut dahi. Itulah bahasa saya sejak menulis buku politik semasa. Ramai yang rasa “syok” bila membaca.

Orang luar biasa dia tak hairan dengan hujanyang turun dari langit, kerana dia boleh pindahkan hujan ke tempat lain. Kenapa tak percaya ke? “Ini kecil punya hallah”. Tanya Dr.Azizan Osman. Hujan, ribut, angin taufan, itu sunatullah. Para malaikat dengar cakap insan yang ada hubungan terus menerus dengan Tuhan, jika Allah yang berkata. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak Allah. Allah suruh hujan pindah ke tempat lain dengan kun faya kun . Bukan perlu jadi bomoh hujan. Pelik baca yasin setiap malam Jumaat, bertahun-tahun cakapnya tak ‘masin’. Mana cakap nak ‘masin’, perangai macam jutawan ‘tahi hidung masin’,bakhil perangai yang dimusuhi Allah. Lagu budak-budak “Rain, rain go away…All the children want to play. Come again another day.” Doa anak-anak yang masih suci juga didengar oleh Allah, begitu juga doa mereka yang teraniaya. Yakin dengan kekuasaan Tuhan. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ingat doa mereka yang di peringkat haqqul yakin , mudah dimakbulkan. Miracle happens to those who believe in them. Anda macam mana? Kenal ke Tuhan yang anda hendak minta dariNya? Tuhan kurniakan ‘mukjizat’ pada para nabi, ‘karamah’ pada awlia, ‘bakat’ pada manusia luar biasa.


Penat berfikir tentang falsafah ‘hujan’ dan erti “kemerdekaan” serta nasib bangsa Melayu yang telah kehilangan Persekutuan ‘Tanah Melayu’, hilang prinsip, hilang maruah kerana tak berani melakukan ‘kelainan’, takut apa orang lain kata, sedangkan ada peribahasa Melayu yang positif, yang membakar semangat. Jangan ‘hangat-hangat tahi ayam’, jangan seperti Mat Jenin, jangan takut apa orang nak kata. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah. Siapa kata Melayu tak ada peribahasa yang positif untuk mereka yang mahu jadi manusia luar biasa. Hendak cari ilmu menghidupkan ‘semangat’, datang ke University of Life. Akibat ‘hati kecil’macam hati ayam, “chicken” kata orang Amerika, akhirnya hidup seperti ayam mati di tepi kepok, itik mati di tepi kolam. Hidup di negeri kaya raya, berada di dalam keadaan miskin tegar akibat “Melayu mudah lupa”, kata Tun Mahathir. Lupa pada Tuhan yang menjadikannya bila mereka sanggup memisahkan Melayu dengan Islam. Untung ada Dr.Azizan Osman yang sanggup mengajar orang kita bagaimana menjadi kaya dan berjaya, guru yang ada sentuhan Aura Pengamal Tarikat Naqsyabandiyah, sanad dari Sheikh Nazim. Baca buku kami “Rahsia Menjadi Kaya dan Berjaya Dunia dan Akhirat” Dah baca belum? Tunggu apa lagi, gigi sudah tumbuh, masakan menunggu susu ibu. Itulah payahnya bila hasad dengki makan diri, iri hati dengan bangsa sendiri.




Isu Melayu satu hal yang sangat ‘sensitif’, yang mana kita boleh dituduh menanamkan bibit-bibit perkauman di bawah ‘Akta Hasutan’. Kalau kita tak bangkitkan semangat ‘orang Melayu’ yang mudah kecewa, mudah putus asa, sikap yang dimurkai Tuhan, siapa lagi? Baru setengah abad merdeka, Ramai Melayu yang sudah tak ada apa-apa sekadar berhibur di malam hari menyambut ‘Hari Kemerdekaan’. Merdeka, merdeka, merdeka macam burung kakak tua ‘sampai tualah’ Bro leka berhibur, kekal sebagai manusia biasa-biasa yang kehilangan hak istimewanya. Kita kini berada dalam 1 Malaysia. Ketuanan Melayu itu apa bendanya? Jika masih di peringkat bebal bangang? Merdekakah kita?

“Untuk menyebut asal usul negara ini adalah Tanah Melayu juga dianggap perkauman sedangkan kenyataan itu ada dalam sejarah negara yang bakal dijadikan mata pelajaran wajib tidak lama lagi”.
Tun Dr Mahathir MohamadUtusan Malaysia7 Januari 2011

Saya menjenguk di kamar sebelah melalui pintu dari dalam kamar kami, di mana putra-putra Alattas masih tidur lena. Apakah mereka tahu erti kemerdekaan yang sebenarnya? Siapa yang akan menceritakan pada mereka erti “kemerdekaan” roh, jiwa dan minda untuk menjadi manusia istimewa. ‘Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’dengan mereka yang bergelar VVIP? Apakah kita harus menunggu sehingga mereka dewasa baru kita hendak kenalkan anak-anak kita jalan ‘tarikat’ yang menjadi ikutan kita? Jalan menuju makrifat Yang Maha Esa? Sedangkan dua ratus tahun sesudah wafat Rasulullah, anak di umur begini sudah tak asing dengan ilmu hakikat dan makrifat berjalan atas air, tak dimakan api seperti Nabi Ibrahim a.s bersemuka Namrud atau hidup dalam lautan macam ikan seperti nabi Yunus a.s dalam perut ikan paus hanya dengan do’a. La illaha illa anta subhanaka inni kuntum minaz zalimin. "Bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." Atau seperti Isa a.s yang boleh mencelikkan orang buta, menghidupkan orang yang dah mati, yang diwariskan kepada Sheikh Abdul Qadir Jailani? Kata Nabi Isa a.s “yang buta boleh dicelikkan, yang mati boleh dihidupkan”, yang tak dapat dia pulihkan itu ialah penyakit ‘bodoh’. Anak muda macam ini yang tidak akan tunduk, sujud dan sembah sesiapa melainkan Allah.
Apakah kerana di umur sedemikian mereka belum boleh berfikir dan berhubung terus dengan Khaliqnya? Sedangkan Sheikh Abdul Qadir Jailani semasa dalam perut ibunya sudah boleh memberitahu si ibu ada pencuri hendak menceroboh rumah. Imam Shafie hafaz Quran di umur 8 tahun, Fatimah Maksumi adik kepada Imam Reza, di umur 11 tahun boleh menjawab soalan yang dikemukakan untuk ayahandanya, Imam Musa Al-Qazim. Saidina Ali bin Abi Talib memilih Islam akhirnya menjadi sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w ketika masih anak-anak lagi, wajahnya dimuliakan Allah kerana dia adalah seorang kaum Quraish yang tak pernah menyembah berhala dengan membaca tiga kali surah Ikhlas, mendapat Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. Apakah ‘tarikat’ yang anda ambil sanadnya bersambung menuju kepada saidina Ali bin Abi Talib r.a pintu ilmu dan Rasulullah s.a.w gedungnya ilmu terus kepada Allah subhana wa taala, seperti hubungan lampu letrik ke pencawang, akhirnya ke penjana elektrik yang mempunyai high voltage? Apakah anda mahu mendapatkan cahaya yang dicari oleh manusia yang mencari ‘kesempurnaan’ untuk sampai ke makam tertinggi?
Ilmu suatu yang luas. Membuat kopi pun satu ilmu, mengkaji cakrawala pun satu ilmu. Bukan hanya ilmu sains dan matematik, malah ilmu kemasyarakatan pun banyak diceritakan dalam Al-Quran. Hanya kita yang membaca dengan bahasa Arab, tanpa melihat maksudnya yang tertuliskan jadi macam burung kakak tua.
"A pabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”
(Al-Jumu’ah: 10)

Kamal Arif “Habibi” dan Ali Reza yang lahir di era millennium sudah tonton filem The Avatar, The Avenger, Batman, Superman, Spiderman yang menggambarkan kehebatan watak manusia yang dimiliki oleh para awlia Allah tapi tidak diketahui oleh peminat filem Hollywood akibat mereka tak kenal siapa Rijalul Ghaib, tak baca sejarah ‘manakib’ para awlia Allah yang memiliki keajaiban yang luar biasa. Pahlawan yang tak ada tandingannya.




Ilmu dan ibadah semestinya seiring Mencari ilmu itu satu ibadah. Menggunakan ilmu untuk jalan kebaikan juga satu ibadah. Begitu juga jika kita sibuk mencari kekayaan. Kaya dengan ilmu  dan kaya tanpa ilmu adalah dua perkara yang berbeza. Kaya dengan beribadah dan kaya tanpa beribadah juga dua perkara yang berbeza.
Kekayaan yang disertakan dengan ilmu akan akhirnya berkembang dan memberi pulangan yang sangat banyak. Dengan system pengurusan yang efektif, implementasi ilmu dalam penyelidikan akan diteruskan dan seterusnya berkembang menjadi satu perniagaan yang sangat besar yang akan menjadikan kita manusia luar biasa. Maka akan bertambah kayalah individu ini jika kekayaan yang dinikmatinya diseliputi dengan ilmu yang ada pada dirinya, tidak dipisahkan dengan ilmu hakikat, tarikat dan makrifat. Tidak kiralah dalam apa bentuk perniagaan atau industry, sama ada ianya berbentuk kesejahteraan untuk dunia mahupun akhirat. 
Samakah persepsi negara merdeka cara Parti Perikatandi bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj, Presiden UMNO kedua Parti Melayu berbaju British yang mendapat kemerdekaan dari ‘dulang emas’ dengan Pahlawan Melayu yang mahukan merdeka yang dikehendaki oleh penentang penjajah atau mereka yang telah memerdekakan diri dari ikatan keduniaan? Tahukah anda rahsia mereka yang mempunyai ilmu batin, ilmu ghaib yang dimiliki oleh Tokku Paloh, Syed Mohd Alidrus di Kuala Terengganu yang boleh mengalahkan armada British tanpa sebarang senjata melainkan dengan ‘karamah’ miraclelebih hebat dari Avatar jika difilemkan.Itulah ruginya tak baca buku mengenai karamah para wali Allah dan kitab kisah anbiya. Leka tengok bola, otak bubuh di kaki.






Politik tak boleh dipisahkan dengan agama seperti ‘syariat’ tak boleh dipisahkan dengan ‘hakikat’. Laut dengan pantai, langit dengan bumi, Melayu dengan Islam jika dipisahkan, hilang integrity, hilang akhlak, hilang iman. Penat ke? Berhenti membaca, relax sebentar. Kalau perlu nak minum teh tarik atau kopi, silakan. Apa nak kata jika asap perlu keluar masuk ikut hidung satu amalan yang penting, lu tanggung sendirilah Bro. Mari kita bertafakur. Ingat pesan orang tua-tua dulu, di mana bumi dipijak, langit itulah yang dijunjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Itulah patriotisme, nasionalisme bagi orang Islam yang beriman dan cintakan negara, hubbul watan minal iman . Jeritan “merdeka, merdeka, merdeka” disambut “Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar” baru ada kelainan di malam kemerdekaan.
Kenapa bumi Melayu tempat tumpah darahmu yang kau pijak, roh dan jasad milik Tuhanmu yang kau sembah. Tapi kau sanggup jadi orang yang munafik? Dengan kuasa yang diamanahkan sanggup melakukan sesuatu yang melampaui batas kadar yang sepatutnya, lupa Tuhan yang memudahkan bagi kita tanpa tumpah darah dan peperangan. Lupakah kita siapa yang ciptakan kita dari setitis air yang hina, kemudian lahir dalam keadaan serba lemah. Namun, bila diberi tenaga dan kekuatan, diberi kuasa dan akal fikiran kita lupakan perjanjian? Perjanjian yang saya maksudkan ketika di alam azali sudah termaktub, janji kepada Tuhan “tiada lain yang layak disembah melainkanNya.” Namun bila kita di alam yang ini, batas yang ditetap kita langkaui? Apakah kerana kau dikelilingi oleh ulama Snouck yang membenarkan kamu tunduk dan sujud atas kehendak nafsu shaitaniyah maka ada di antara kamu yang berperangai macam manusia firaun yang menyebabkan Melayu akhirnya hilang di dunia?
Saya tahu ramai yang mengata dan mengutuk dan tidak membenarkan para pengikut dan barua mereka baca buku saya. Orang tua tulis pun, tulis merapu. Yang anda baca ini buku siapa? Sorry la Bro. Awak makan cili, mesti rasa pedas. Yang saya sampaikan ini, amaran dari Tuhan. Apakah anda tak takut kemurkaan Tuhan ke?
Sebagai orang ‘Melayu Islam’biarpun Habibi yang dilahirkan pada 16 Ogos 2000,  yang juga bulan kemerdekaan bagi Indonesia, Singapura dan Malaysia tapi dia masih belum ‘merdeka’,dia masih menjadi amanah tanggungjawab kedua ibu bapa, begitu juga dengan Ali murid Sekolah Islam Adni, yang bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar selain bahasa Arab dan Mandarin, yang pantas hati dan rohnya Islam. Dengan perantaraan tiga bahasa, inshaAllah mereka akan menjadi manusia “glokal” seperti amanah Najib satu waktu dulu. Oleh sebab dia Melayu, ibunya mahu dia menduduki sijil UPSR. Dia ‘Melayu Islam’ seperti juga ‘India Islam’ atau ‘Cina Islam’, dia mestilah menjadi Melayu yang luar dalamnya Islam, saya memang mahu anak saya menuntut ilmu sampai negeri Cina. Ibu putera saya ini, tok neneknya dari Guangzhou.
Melayu mesti bangga dengan bahasa ibundanya yang diiktiraf sebagai salah satu bahasa lingua francakelima di dunia, seperti bangganya Cina yang bercakap bahasa Mandarin, biarpun dia sudah jadi warganegara Malaysia. Apakah kerana cintakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia,ianya dianggap bersifat rasis perkauman? Salahkah kita masih terus menanam semangat Melayu berjiwa Islam dalam diri mereka atau kita sekadar bangga anak Melayu bersongkok, berbaju Melayu di pagi raya? Raja kita Melayu, Perdana Menteri pun Melayu, Ketua Polis dan tentera, Ketua Hakim juga Melayu, tapi ramai yang letih jadi Melayu. Akhirnya kita akan jadi seperti Melayu di Cape Town South Africa, Melayu di Sri Lanka, dan Singapura budaya Melayunya entah hilang ke mana bila menjadi rakyat minoriti.
“GAPENA telah dibina sebagai sebuah organisasi intelektual, sesuai dengan bendera persuratan dan masyarakat penulis yang dikibarkannya. Dengan itu kita bersenjatakan pemikiran, rasionaliti dan ilmu pengetahuan. Memang Kerajaan dan segala pihak yang lain juga melaungkan yang ilmu pengetahuan dan rasionalitilah yang patut menjadi asas utama dalam pembangunan negara moden. Demikianlah kita berazam untuk ikut melanjutkan pembinaan negara Malaysia yang moden dan gagah itu, bayangan akan pencapaian itu telah pun sangat ketara ketika ini sendiri, iaitu tatkala kita menyambut Ulangtahun ke-50 Kemerdekaan ini.”


Ismail HusseinKetua Satu GAPENAWarta GAPENAMei 2007

Bukan susah nak menghapuskan satu bangsa Melayu, terutama bangsa Melayu yang dikaitkan dengan Islam. Hilang Islam, hilanglah bangsa itu. Memperjuangkan Melayu bukanlah sifat ‘assobiyah’kerana Melayu mesti Islam dalamannya, syariat dan akidahnya selain bahasa. Ahli ilmu menyebut bahasa jiwa bangsa.Bahasa jugalah yang menayangkan pandangan alam sesebuah bangsa. Melalui karya-karya para ahli sufi, bahasa Melayu telah dipergunakan untuk mempersembahkan rahsia diri-diri yang berbangsa insan kamil, kaum yang selayaknya digelar “bangsawan” kerana segala keindahan yang direnung jiwa terakam kekal dalam tulisan mereka. Kita beri nama perbendaharaan kata, kerana apa yang ditutur tiada lain dari intan dan permata, nilaiannya lebih dari harta. Apa yang dituturkan oleh mereka adalah panduan, pedoman yang dapat dijadikan sandaran. Melalui bahasa percakapan dan dari loghat, kita mengenal asal usul negeri atau bangsa seseorang. Tanpa bahasa Arab sebagai bahasa syurga dan Al-Quran sebagai bahasa Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w berbangsa Arab dari kaum Quraish bani Hashim, Tuhan pilih sebagai kekasih dan penghulu segala anbiya. Melalui bahasa persuratan pula, kita boleh mengenal tinggi atau rendahnya ilmu di dada orang itu. Ulama apa namanya, jika Al-Quran di mulut, tak hidup dalam dada? Tak kenal, maka tak cinta! Bahasa menunjukkan bangsa.Akhlak Islam menunjukkan siapa Melayu sebenarnya. Bagaimana jika anak raja tak tahu berbahasa Melayu? Tak tahu adat  dan budaya serta sejarah Melayu, apa lagi isi Al-Quran. Apakah dia masih Melayu? Islam adalah the complete way of life.Masih boleh taatkah perintah raja yang tak taat pada perintah Allah dan Rasulullah s.a.w? Lu fikirlah Bro.
Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur'an itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al-Qur'an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang.(Maryam: 97)

Melalui bahasa Arab yang sebenar, kita dapat memahami bahasa Quran. Dan melalui ilmu Quran yang disampaikan oleh Jibril kepada kekasih Allah, Muhammad kita akhirnya mampu memerdekakan roh, minda, dan jasad anak bangsa dari penjajah-penjajah era neocolonialisme’.
Jika kemerdekaan itu sekadar penjajah Inggeris pulang ke England tapi kakitangannya masih menjadi amalan mereka yang berkuasa dengan kaedah ‘pecah dan perintah’, kita masih terikat dengan undang-undang civil sanggup melepaskan undang-undang Allah yang terkandung di dalam Al-Quran sedangkan kita miliki ribuan graduan Melayu yang ada scroll dari Al-Azhar dan lain-lain universiti di Arab Saudi dalam bidang fekah, bahasa Arab, sirah dan usuluddin serta mereka yang mempunyai Dr.Falsafah tapi sanadnya dari mahaguru ‘Islam orientalis’ yang pakar mengenai Islam, tapi hati dan jiwanya memusuhi Islam. Beranikah kita menulis semula sejarah Islam yang sebenarnya? Sampai bila Berhala Putih di U.K masih menjadi tempat rujukan sebelum keputusan dibuat mengenai Islam? Apa erti kemerdekaanjika Islam hanya pada songkok dan baju Melayu atau berjubah berkopiah, berserban, bermisai dan berjanggut dan berkahwin empat kononnya mengikut ‘sunnah’ nabi. Lu fikirlah Bro…
Sunnah yang sebenarnya bermaksud “a way of life”, satu jalan tradisi yang dilalui oleh para anbiya dan awlia zaman berzaman. Pernah baca buku saya Sunnah Nabi Muhammad Vs. Sunnah Mahathir Muhammad yang hampir diharamkan tapi terlepas macam itu saja, dan saya dilabelkan sebagai Pak Habib itu “lain” dia tak makan saman. Suka hati dia aje nak tulis, apakah ini bererti saya manusia luar biasa kerana saya suka menentang arus? Apakah jalan tradisi umat Islam, jalan siratulmustaqim yang terkandung dalam ayat tujuh, surah al-Fatihah “wahai Tuhan, tunjukkanlah aku jalan kebenaran, jalan hakiki yang hak” yang menjadi kewajiban setiap muslimin dan muslimat untuk melaluinya? Bila kita ikut, kita dianggap “lain”? Sunnah kahwin empat, orang perempuan tak boleh ikut, fakir miskin yang tak mampu sara diri pun tak boleh ikut. Yang mampu pun, hendak kahwin satu lagi, teringin tapi takut biarpun bini dah menopous. Bukan takut bini, bini yang tak takut laki. Mungkin dah termakan ‘cirit berandang’. Sunnah bermisai berjanggut pun orang perempuan dan kanak-kanak juga tak boleh nak ikut. Bagaimana dengan ‘sunnah’ bersikap amanah, mencari ilmu, makan dan minum yang halal sepertimana akhlak Rasulullah s.a.w yang berpandu wahyu Ilahi. Ramai yang pandai cakap berceramah hebat, tapi ‘double standard’. Cakap lain, fikir lain, buat lain. Islam ke atau munafik?
Sunnah siapa yang kita ikut? Bila ada kuasa sanggup melakukan rasuah berjemaah, menipu, memperdaya, salahguna kuasa, lupa tanggungjawab selaku ulil amri lupa tanggungjawab sebagai ‘ketua’ lupa tanggungjawab sebagai ulama pewaris nabi, nafsu ingat duit, pangkat dan kedudukan sanggup memutuskan silaturrahim, jiran tak lagi menghormati hak jiran tetangga dan manusia lain, tak mencintai bangsa dan tanahair. Allah berfirman di dalam Al-Quran, gunung-ganang, langit dan bumi bila diberi amanah semua tak sanggup menerimanya. Tapi ‘insan’ mengambil ringan amanah Ilahi ini, oleh itulah manusia digelar zalim dan jahil! Lupakah kita akan kisah bani Israel yang meminta hidangan makanan dari langit, lalu Allah berkata bahawa seandainya mereka zalim sesudah itu, maka akan diazab dengan azab yang diberi pada kaum-kaum yang lain! Para ulil amri yang menyalahguna kuasa pemberian Allah sementara rakyat disuruh taat padanya, itulah yang zalim dan jahil! Sekiranya mereka tahu akan hakikat pembalasan, bahawa tiada satu pun yang luput dalam ingatan Tuhan, pasti lari mereka dari kuasa ibarat hutang ‘ah long’ yang nikmatnya sekejap, penyesalannya berpanjangan. Politik punya pasal, buang kawan, buang saudara sesama Islam, tak sanggup berkorban harta benda dan jiwa raga untuk memperjuangkan kemerdekaan rohani, minda dan jasad. Apakah penyakit kronik ini tak ada ubat?



Kita berada dalam era di mana ilmu kerohanian dicari oleh manusia yang ada segala-galanya tapi masih merasakan kekosongan, setiap hari menghadapi stress akibat dada kosong dari pengisian hakikat, tarikat dan makrifat. Jangan sampai sejengkal lagi nyawa diambil malaikat maut baru hendak bertaubat, baru teringat Tuhan, to late Bro. Berpuluh million ringgit yang anda miliki, malaikat maut tak boleh dirasuah. Sampai bila kita mesti jadi ‘orang biasa-biasa’ yang matanya macam mata ‘ikan kering’, telinganya macam ‘kuali’, bisu seperti lidah shaitan tak berani berkata benar, takut mengamalkan amar ma’ruf nahi mungkar. Kita ini manusia yang dijadikan dari sifat Rahman, kenapa angkuh dan sombong sangat? Sedangkan sifat Qahhar dan Jabbar milik Allah, kita mana boleh pakai.
Christian Snouck HurgronjeBila lagi nak berhenti melakukan maksiat terhadap Allah secara terus terang? Mudah termakan dengan tipu helah setan manusia, manusia puaka seperti Snouck Hurgronje,orientalis dari Belanda yang berjaya merosakkan umat Islam di Acheh kerana penyamarannya sebagai ‘ulama Islam’? Acheh dulu terkenal sebagai ‘serambi Mekah’. Akhirnya mereka berbunuhan sesama Islam hingga Tuhan turunkan tsunami sebagai ingatan dan pelajaran. 


Dunia ini sudah berada di penghujung, bila lagi mahu mempelajari ilmu yang dimiliki oleh arifbillah yang dulunya disebut “ilmu batin”. Sultan di zaman Hamzah Fansuri dan Nurruddin Al-Raniri menuntut ilmu kerohanian. Akibat rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin yang sanggup merampas kuasa “day light robbery” sekehendak hati, dan ulama orientalis seperti Snouck yang duduk disamping pemerintah membisu seribu bahasa. Maka kita perlu hidupkan semula Islam yang sudah mati dengan ilmu tasauf. Pelik Datuk Hassan Ali tumpukan hanya kepada yang “murtad” saja, bagaimana dengan yang munafik? Mereka yang menjadi duri dalam daging dan musuh dalam selimut, dan macam-macam lagi kurafat akibat tempias ‘Islam liberal’ yang menjadi amalan para VVIP.
Kata Syed Naquib, ilmu itu adalah ‘ketibaan makna’ pada jiwa, sekaligus ‘keberhasilan jiwa’ menanggapi makna melalui keluhuran amalan dan keikhlasan jiwa, diikuti pula dengan usaha untuk mengenal Tuhan, bersandarkan ilmu yang benar, sang murid akan bertatih, berjalan sementara Allah s.w.t akan menyingkap hijabNya yang 70,000 satu persatu sehingga kenallah hamba itu akan Rabnya, dan bila kenal pula akan berlebihanlah rasa cinta dan kasih. Acheh pernah terkenal sebagai ‘serambi Mekah’ bila munculnya Hamzah Fansuri, Shamsudin Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel, tokoh Melayu yang sehebat Ibnu Arabi. Ilmu batindikenali juga sebagai “the inner knowledge”, yang terdapat dalam kitab Melayu lama yang mula muncul semula hari ini. 



Sambil memandang ke Selat Melaka, tiba-tiba saya teringat kepada keramat Pulau Besar, Sheikh Ismail Sultan Al-Ariffinbillah. Biarpun jasad awlia Allah ini sudah berada di dalam kubur namun dengan zat Allah yang kekal hidup, wali Allah ini masih boleh menyalurkanrezeki pada siapa yang menziarahinya, memberkati doa dan hajat mereka yang ‘bertawasul’, dengan izin Allah nazarnya terkabul. Inilah manusia ‘luar biasa’, ilmu yang ada dalam dirinya boleh meresap ke jiwa orang yang yakin kepada Allah yang Maha Kuasa yang hidup dalam diri setiap manusia. Mari kita bacakan Al-Fatehahuntuk Sheikh Ismail Sultanul Ariffin dan Sheikh Abdul Qadir Jailani dan para awlia Allah sebelum kita meneruskan apa yang sedang kita buat. Jangan baca saja “Fatihah” ummul Quran, ‘ibu Al-Quran’ tapi tak tahu maknanya. Bila baca Al-Fatihah, hayatilah seluruh maknanya yang bermula dengan Bismillahirohmanirohim. Rugi jadi pengikut yang tak berilmu, sampai bila mahu jadi blind followers kepada ulama seperti Snouck. Apa saja yang kita buat, syirik, bidaah, kafir. Sesuatu tamadun itu dikenal melalui siapa yang dijadikannya sebagai ikutan, kalau Sparta ingin menghasilkan panglima perang yang kuat, maka hari ini Malaysia yang mengimport falsafahnya dari barat kerana kemiskinan idea dan kehampaan berfikir menjadikan orang berkuasa sebagai ikutan, selain dari selebriti dan bintang hiburan, pelawak, dan pemain bola. Awliya dan ilmuan tidak lagi dijadikan ikutan, malah nabi pun dilupakan.
 “Maka jika aku mencintainya, Aku akan menjadi telinganya untuk mendengar, matanya untuk melihat, tangannya untuk memegang dan kakinya untuk berjalan”
(Hadis Qudsi)

Apakah kita tak mampu melihat dengan MataNya, mendengar dengan TelingaNya, berjalan selangkah sampai seribu batu jaraknya, seribu tahun jadi sesaat lamanya? Itulah anugerah Allah kepada awliaNya dan manusia istimewa, bukan manusia puaka. Ilmu tasauf boleh membantu jiwa mereka untuk dapat memberikan kemerdekaan yang sebenarnya dan menjadi semulia-mulia manusia, insanul kamil. Maka carilah. Cari, kau akan menjumpai. Minta permintaanmu, Allah akan perkenankan.
Tuhan telah memberikan kemerdekaan kepada manusia sejak Adam dan Hawa masih berada di dalam syurganya lagi. Tuhan tak peduli sama ada kamu nak jadi komunis, kapitalis, sosialis, ateis, atau liberalis. Tuhan izinkan Snouck merosakkan orang Islam yang tak beriman. Suka hati kamulah tepuk dada tanya selera, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah. Itulah kemerdekaan pertama yang Tuhan berikan pada manusia, membebaskan setan untuk menggoda manusia.
Apa untungnya membaca dan berfikir. Berfikir dan membaca, ibarat kita ada parang dan kita perlu mengasahnya. Sudah tajam, kita cuba menebas dan menebang. Kita kini berada di bulan Ramadan, bulan berkat turunnya Al-Quran dan dalam bulan Ogos in, sambil menyambut kemerdekaan 31 Ogos, kita juga akan sambut Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos di mana hari kita menyambut kemerdekaan sebenarnya setelah kita berjaya membebaskan diri dari cengkaman nafsu haiwaniyah.
Akibat muflis ilmu ketuhanan dan ‘hakikat insan’ kita takut mati sedangkan akhir tujuan hidup mahu menyatukan diri dengan Tuhan sedangkan hidup di dunia ini hanya sementara. Kenapa hendak menongkat langit? “Halia ini tanam-tanaman, ke barat juga condongnya, dunia ini pinjaman-pinjaman, akhirat juga akan sungguhnya”



Fahamkah ayat ‘Wahdatul Ujud’ ilmu yang dibawa oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin dan Ibnu Arabi? Kenapa orang tasauf berpesan “cakap siang, pandang pandang. Tak boleh sebarangan, terutama di kalangan orang syariat, nanti kita akan difitnah sebagai sesat, gila, kafir”. Beranikah anda menempuh ujian dan cabaran yang dilalui oleh mereka yang mendalami ilmu tasauf? Hendak tahu manisnya gula, masinnya garam kenalah rasa. Siapa kalau bukan ahli tasauf dan orang sufi, Ilmuwan ulama, pewaris nabi dan guru ‘murshid’ yang perlu dicari. Seek and you shall find, ask and you shall be given.
Baca, jangan tak baca. Apa jadi pada Firaun yang tunduk pada Ego, merasa dirinya Tuhan? Pada kaum Nabi Nuh, Tuhan sudah beri amaran, akibat ego? Begitu juga kaum Nabi Lut, siapa kata Tuhan tak pandai murka? Itulah susahnya kita lebih takut ‘Tuankau’, takut sultan murka, takut dilabel durhakapada manusia, tapi tidak takut melanggar perintah Yang Maha Kuasa, tak buat apa yang disuruh, lakukan apa yang ditegah, ikut arahan shaitan. Akhirnya, kita menyembah selain Allah. Tanpa kita sedari, kita telah menduakan Allah, ada pula ‘Tuhan Manusia’ (Firaun) dalam satu masa, manusia puaka namanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2012 12:24

August 16, 2012

PELANGI di Janda Baik


Sabtu, 7 Julai 2012Janda Baik, Pahang





Hari itu terasa seperti hari raya. Itulah hari yang dinanti-nanti oleh Abah, Omar dan aku sejak sebulan sebelumnya. Hari itu, kami namakan ALXS 2012, nama pendek untuk "Al-Attas University of Life", satu tempat perkumpulan orang-orang yang kami gelarkan "A League of Extraordinary Souls" (Liga Orang-Orang Berjiwa Luar Biasa)
Sungguh aku sendiri tak menyangka, pertemuan aku dengan Omar dan Abah lebih setahun dulu (Disember 2010) punya rentetannya tersendiri. ALXS 2012 itu bolehlah dianggap sebagai rentetan siri University of Life  fasa pertama dulu.
Sabtu itu, lebih 70 orang hadir di Taman Hana, Wadi Hussien, Janda Baik. Ada orang yang telah merancang kehadirannya, dan ada juga orang yang ditakdirkan hadir di sana. Antara orang-orang itu termasuklah ibu saudaraku, Nasita Sabari.
Malah, ada orang yang datang jauh dari utara dan selatan tanahair. Di kalangan mereka, ada seorang penulis buku spiritual, Salina Ismail dan pemilik Hana Gold, Yazra Nadia Yahaya, juga seorang blogger tempatan "Aku Peduli Apa", Azmi Ibrahim.
Kalau boleh aku rumuskan, mereka yang hadir itu rata-ratanya punya tujuan yang hampir sama. Beratasnamakan sebuah "pencerahan". Ada orang yang sedang mencari jati dirinya, ada orang yang mencari Tuhannya, ada orang yang mencari agamanya, ada pula orang-orang yang mencari sisi dunia dan akhiratnya. Pelbagai rupa dan watak manusia-manusia para pencari yang ingin meniti jalan siratulmustaqim.
Kehadiran mereka pagi itu disambut mesra oleh Abah dan anak-anak angkatnya yang lain. Seawal 9 pagi, Abah bawa mereka bersiar-siar keliling taman bunga yang beraneka warna, bentuk dan aroma. Di taman juga, ada ditanam pohon-pohon buah; tin, nanas, rambai, tampoi, duku, langsat, rambutan, pulasan, avocado, buah pala, cempedak, kundang, katak puru atau nam nam, belimbing, mencepu, keranji, kurma, ceri, bachang, sentul, ciku, pisang, dan durian. Setiap pohon punya tempoh matangnya yang berbeza-beza. Durian adalah satu pohon yang mengambil masa paling lama untuk berbuah, namun durianlah yang menjadi raja segala buah.
Tujuan pepohon itu tetaplah sama untuk membuahkan rezeki kepada manusia dan sekalian makhluk lainnya. Itulah juga tujuan Abah menanam pepohon buah-buahan itu, demi menurut titah perintah Allah s.w.t. Pernah diriwayatkan bahawa nabi s.a.w telah berpesan kepada sahabat “Seandainya kiamat berlaku esok hari manakala di tanganmu masih tersisa biji benih, tanamlah biji benih terakhir itu”. (riwayat hadith)
Sekalipun buah-buahan itu dijamah oleh burung-burung yang hinggap di pohon, berkat pahalanya tetap mengalir kepada tangan-tangan yang telah menanam benihnya.
Di kolam yang tawar, kelihatan bermacam jenis ikan darat berenang di permukaan airnya. Ikan-ikan itu memanglah habitat alamnya di dalam air. Tak seperti tumbuhan, hanya tumbuhan terpilih seperti teratai yang boleh tumbuh bernafas dalam air kolam. Teratai layu di tasik madu, namun bisa saja hidup segar di kolam berlumpur. Hari itu, tiada kelopak teratai yang kembang mekar di kolam Wadi Hussien, yang terlihat kembang cumalah 'seroja pagi' dan lain-lain jambangan bunga yang beraneka nama dan warna dari merata pelosok dunia.
Sebaik semua peserta siap berkumpul dan bersedia memulakan acara, Abah mula memperkenalkan dirinya, asal-usulnya, falsafah hidupnya dan kisah-kisah hidupnya yang terkumpul lebih 70 tahun itu. Abah telah menulis lebih 60 buah buku, bermula dengan buku pertamanya bertajuk "Firasat: Rahsia Mengenal Diri" yang terbit sekitar tahun 60-an. Buku itulah satu-satunya buku pertama Abah yang pernah ku baca semasa aku di bangku sekolah rendah dulu, usiaku hampir 10 tahun ketika itu, lebih 20 tahun selepas terbitannya yang pertama. Untuk seorang budak kecil yang belum ranum mengenal dunia, buku itu terlihat seperti sebuah buku sakti yang mengajakku untuk segera dewasa dan memeriksa wajah dunia yang sebenar-benarnya setelah puas aku menelek wajahku sendiri.
Dalam celoteh Abah yang mengundang gelak tawa orang, ada saja buah hikmah yang boleh dipetik orang-orang yang berjiwa rasa. Abah bilang, cermin-cermin di tamannya sengaja dibikin besar-besar agar orang ramai bisa mencermin dirinya masing-masing. Apa yang terlihat di cermin, itulah refleksi atau pantulan dirinya yang nyata. Setiap kita adalah cermin kepada kaum keluarga, sahabat handai, ahli masyarakat, warganegara, dan penduduk bumi seluruhnya. Bila kita menginginkan refleksi cermin yang indah, perindahkanlah peribadi kita terlebih dahulu.
Tempayan-tempayan besar yang tertulis kalimah IQRA', TAFAKUR, THINK, FIKIR dan sebagainya lagi diharapkan dapat mengajak pengunjung-pengunjung taman untuk merenung ciptaan alam dan mengguna kudrat akal sebaik-baiknya dalam menguruskan kehidupan secara kreatif.
Kalau dulu-dulu, orang Melayu berkreativiti melalui pantun seloka dan peribahasanya. Antara yang disebut orang tua-tua, "Kalau dengar guruh di langit, jangan dicurah air tempayan". Untuk aku, tafsiran modennya boleh juga bermaksud, walaupun kita dijanjikan ganjaran bonus oleh bos, janganlah dijoli semua baki gaji yang tersisa. Kalau menyimpan tabungan hari tua, simpanlah seperti sebanyak-banyak air dalam sebesar-besar tempayan. Kalau mahu menggunanya, cedoklah dengan gayung, jangan dibazir-bazirkan tak menentu tujuannya. Bila hujan turun, sediakanlah tempayan   secukupnya. Air tempayan boleh disimpan, diguna untuk hari-hari kemarau.
Dalam hidup, kita harus mengenal yang mana cermin, yang mana tempayan, yang mana roda kehidupan. Alat-alat berguna untuk menata hidup dengan sejahtera.
Roda, dalam bahasa Inggerisnya dipanggil "wheel", bunyinya seakan-akan "will".Roda atau wheel, mesti bergerak dan menggerakkan kerana itulah fungsinya yang utama. Bila roda bergerak, pasti tak terlepas dari menggilis jalan. Ada jalan berbatu, ada jalan bertar, ada jalan berlopak air, ada juga jalan berpasir. Adakala roda di atas, dan adakalanya ia di bawah. Begitulah lumrah hidup, adakala sukacita, adakala dukalara. Namun, sentiasalah beringat kata mutiara orang Inggeris, when there is a ('wheel' of) will, there is a way. Di mana ada (roda) kemahuan, di situlah kita menemukan jalannya.
Setiap apa yang diletakkan di taman seperti roda kereta lembu yang terdapat di anjung banglo Abah punya falsafahnya tersendiri. Kitaran hidup manusia adalah ibarat putaran roda yang menggilis jalan, kita tak selamanya berada di atas, dan tak selamanya mesti di bawah saja. What goes up must come down, and what was down eventually will get up again.
Melalui kisah-kisah inspirasi Abah, aku menemukan jati diriku yang asli. Aku bertambah yakin dengan hakikat hidup yang sesungguhnya bahawa Allah itu Maha Adil, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Meninggikan, Maha Merendahkan, Maha Menghidupkan, Maha Mematikan, Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Mulia juga Maha Agung. Dialah Pentadbir segala urusan Langit dan Bumi, Raja sekalian Alam. Dia mengetahui segala apa yang aku bisikkan di hati nubari, atau segala yang aku lahirkan dalam tutur dan ucapkata. KeberadaanNya lebih dekat dari urat nadiku sendiri.
Setiap orang punya citra dirinya yang unik. Saat dia berjuang untuk mengenal dan memahami makna dirinya, di situlah detik mula dia mengenal Tuhannya yang Satu. Tak terganti, takkan boleh diganti dengan apa-apa sembahan selainNya. Bila Tuhan telah dikenal, barulah agama meresap ke lubuk hatinya.
Agama yang kudus mengiktiraf segala bentuk keindahan azali. Andainya agama bisa tergambar seindah pelangi, pernahkah kita menyoal diri; apakah pelangi bisa terzahir tanpa Cahaya dan titis Hujan? Indahnya pelangi kita nikmati di siang hari. Jarang sekali pelangi ditemukan di malam hari. Mungkinkah tujuh jalur pelangi yang ditemui nuraniku sudah kalian temukan di Janda Baik?

Catatan pengalaman N Hanizah Ramli


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 16, 2012 06:43

August 13, 2012

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA Mahu Duitkah?

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhana wa taala kerana pada pagi Isnin 6 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadan 1433, saya dapat memerhatikan ‘Rahmat Allah’ yang menurunkan hujan di Bandar Melaka yang bersejarah dari bilik 1111 Avilion Legacy Melaka. Di negeri inilah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sekembalinya dari London telah mengisytiharkan kemerdekaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

1956- Tunku Abdul Rahman mengetuai delegasi rundingan ke England
Perjanjian Kemerdekaan: Tunku Abdul Rahman (kanan) menandatangani perjanjian  'Merdeka' di satu majlis di  Lancaster House, London pada 8 Feb 1956. Sebelah kiri ialah Alan Lennox- Boyd,  Secretary of State for the Colonies

Tiba-tiba hati kecil saya bertanya negara sudah meredeka selama 55 tahun , apakah kita sudah merdeka? Pada tahun 1952, saya makan ‘nasi merdeka’ di rumah almarhum Tunku Abdul Rahman yang beralamat di No.1, Jalan Sekolah Arab, Johor Bahru berhadapan dengan rumah saya, No.14, Jalan Sekolah Arab, Tunku pernah menulis surat kepada saya kerana kandungan buku Challenger Siapa Lawan Siapayang menyebabkan Tun Musa Hitam menyaman saya sebanyak RM1.5 juta. Dia kalah  merebut kerusi Timbalan Perdana Menteri lawan Tun Gaffar Baba kerana buku tersebut. 

Majlis Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan di padang Bandar Hilir Melaka, setahun sebelum merdeka. “Awak semua dengar cakap saya. Tunku Cuma seorang ‘negotiator’ saja. Sekarang dia sudah derhaka pada UMNO dan orang Melayu. Tunku sudah tentang kerajaan kita. Kalau saya tahu Tunku nak buat kerja macam ini, dah lama dulu saya tak sokong dia. Nak buat macam mana sudah jadi macam itu.”
 
Tun Gaffar Baba dari Melaka
Tunku berpindah ke Kuala Lumpur sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Putera Raja dari Kedah yang dididik oleh British telah mengambil alih jawatan Presiden UMNO dari Dato’ Onn telah mengalahkan Haji Mohamad Fuad yang menubuhkan PAS.
Mereka yang tahu sejarah tidak lupa bahawa akibat Sultan Mahmud Shah ‘murka’, akibat ‘ego’ seorang raja yang disembah oleh rakyat tak dapat mengawal nafsu ‘marah’, sedangkan ‘marah’ adalah musuh utama dalam diri manusia yang selalu digunakan shaitan untuk merosakkan manusia.
“Sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh, maka jadikanlah dia sebagai musuh!”(Q.S Al-Fatir:6)
“Sesungguhnya ini jalan-Ku yang lurus, ikutilah ia, dan jangan ikut jalan-jalan (syaitan) nanti bercerai berai kamu dari jalan-Nya”(Q.S Al-An’am:153)
“Seperti syaitan ketika berkata kepada manusia “kafirlah”, setelah dia kafir syaitan berkata, “Sesungguhnya aku bebas dari engkau.”(Q.S Al-Hasyr: 16)
“Tergesa-gesa itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah. Ketika tergesa-gesa syaitan meniupkan kejahatannya kepada seseorang sekira dia tidak tahu.” Sebab itu manusia perlu baca.
Rasulullah kata jangan marah “la tardab”, rakyat Melaka (Tanah Melayu) hilang kemerdekaan disebabkan Sultan murka gila bahasa, akhirnya kita dijajah Portugis. Sebab itu untuk selamat perlu melawan nafsu. Pemimpin jangan cepat melatah, jangan cepat termakan fitnah oleh orang sekeliling yang sikapnya “telunjuk lurus, kelingking berkait”, “pepat di luar, rechong di dalam”, “harapkan pagar, pagar makan padi”, pepatah ini sudah tak disebut lagi kerana semuanya sudah ditukar dengan perkataan ‘hidden agenda’.
Perang yang paling besar adalah perang melawan nafsu, itu pesan Rasulullah s.a.w kepada sahabat ketika pulang dari perang ‘Badar’. Bayangkan jika Sultan Mahmud mempunyai sifat ‘sabar’ tak cepat MURKA, mesti semua ini tak terjadi. Ampun Tuankau punya pasallah. Bila dihasut oleh ‘hulu balang’ sekeliling yang mengatakan Panglima Portugis Do DeigonSequera datang untuk menyerang Melaka, sedangkan mereka datang pada tahun 1409 untuk berniaga. Sultan telah mengisytiharkan perang terhadap orang yang tak berdosa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Pembalasannya, ‘bangla putih’ Portugis menyerang dan menawan Melaka pada 18 Ogos 1511. Melayu hilang kuasa. Perkara yang sama terjadi Hang Tuah difitnah menyebabkan pergaduhan antara dua saudara, Kisah Jebat dan Tuah menjadi lagenda berpunca dari Sultan yang mudah naik angin, murka kerana ada kuasa, sikit-sikit nak murka. Pirah! Akhirnya jadilah ‘Yang Maha Halia’. Pinjam perkataan ‘UncleSeekers’. Hari ini kerabat Johor pun murka dengan UncleSeekers dan Nizar mantan MB Perak yang pernah sembah derhaka pasal tegur dia buat kerja membazir beli nombor kereta dengan harga RM520 ribu. 




Kami sekeluarga singgah untuk bermalam di Avillion Legacy dalam perjalanan pulang ke KL dari menziarahi ibu tiri isteri saya Norizah Abdul Syukor di Kluang Johor. Kebetulan di Selangor cuti umum sempena menyambut Nuzul Aquran kebetulan putra kami Habibi Kamal Arif, 11 tahun dan Ali Redha 8 tahun ingin menaiki ‘River Cruise’ di Sungai Melaka. Selepas kami berbuka puasa di Restoran Melayu di Kampung Morten, kami pun menggunakan masa untuk mengadakan quality time dengan anak-anak. Siapa tahu apa yang saya tulis ini nanti akan dibaca oleh anak cucu saya dan ‘anak bangsa’ supaya mereka tahu bahawa jika hati panas kepala perlu dingin dan bila kepala panas akibat naik darah murka ‘blood go upstair’ hati mesti dingin. Ubat marah jika berdiri duduk, kalau tak hilang baring, kalau tak hilang juga, ambil wudu’ solat sunat hajat.(Hadith)
Saya masih ingat pada tahun 1952, 60 tahun dulu semasa saya bersekolah di ‘Government Eng­lish School’, Kota Tinggi dalam darjah S.M.C (Special Malay Class). Setiap pagi kami akan berdiri di hadapan bendera Union Jack dan menyanyikan lagu “God saves the queen, God saves our nobel queen, long live our nobel queen, God saves the queen.” Kita belum ada lagu Negaraku, Namawee kata “Negarakuku”. Baca buku saya Malaysia Without Malays. Jalur Gemilang, Nizar kata “Jalur Malang”. Derhaka lagi tu.




Guru Bahasa Inggeris berbangsa “Serani” dari Singapura. Kata King George sudah mati, sebab itu lagu “God Saves the King” jadi “God Saves the Queen Elizabeth” ke hari ini. Union Jack dah tak ada kiblat masih ke England juga ke? Kita pun mendoakan Raja Perempuan yang duduk di England, Ratu Elizabeth bukan Queen Betina yang “Queen Control”. Bukan ‘kaduk naik junjung’. Si buta dapat cermin mata hitam Ray Ban, siang malam dia pakai. Jongos dapat cincin berlian.
Akibat terbeli makan serbuk ‘Cirik Berandang’, Queen jadi King, King jadi Queen. Satu hingga sepuluh tak reti bilang. Ini yang dimaksudkan perempuan diharamkan menjadi lelaki dan lelaki diharamkan menjadi perempuan. Perempuan tak boleh jadi imam dan lelaki tak boleh jadi makmum. Ada mata pandang, ada telinga tak ada lubang, ada kepala geleng-geleng. Bila Melayu buang iman, menyembah Berhala Putih, sedangkan Tuhan tak disembah, maka hilanglah kekuatan yang ada pada umat Islam. Akhirnya umat Islam yang satu billion ramainya ‘one cent no use’. Kupang tembaga akibat ibarat buih di permukaan laut kerana bukan Tuhan yang disembah tapi egonya yang sudah dikuasai syaitan. Masakan boleh merdeka jika ‘Roh’ sudah dijual pada setan. Menderhaka pada Tuhan.
Sejarah tidak pernah berdusta, cuma penjajah dan kakitangannya yang dalam bentuk baru ‘Penjajahan Minda’ menggunakan ‘political fear’  oleh pemimpin Melayu yang sanggup memutarbelitkan dan menyembunyikan data kebenaran akibat ingin memadamkan semangat juang dan jihad yang membawa kepada jalan taqwa. Sambil memerhatikan Hujan Pagi, saya timbulkan soalan . Sampai bila kita mahu menyembah Berhala Putih yang bermula dengan Queen Victoria digantikan oleh King George kepada Queen Elizabeth II yang menduduki takhta dari tahun 1952, kini seorang Queen yang belum ditabalkan sebagai Permaisuri?


Untuk merancang masa depan kita, kita kena sanggup menoleh ke belakang untuk belajar dari sejarah. Macam mana nak belajar dari Sejarah, kalau leka berhibur? Tak ada masa nak baca. Kalau kita tak melihat ke belakang, tiba-tiba meluru ke depan untuk merebut harta rampasan perang kerana kita sudah menang pilihanraya, harta rakyat kita faraidkan. Pahlawan bangsakah kita atau Hang Tuah yang jadi hamba abdi Raja? Sebenarnya kita mengundur ke belakang biarpun ada pesanan, jangan pandang belakang dari sebuah filem seram. Ada peribahasa Arab yang mengatakan “lebih baik berjalan di depan harimau dari belakang perempuan” , takut setan rosak puasa. Maka jika nak, tengok sejarah bukan perempuan. Jangan takut pandang ke belakang, pandang sekali OK, lebih dari itu dosa, yang tak boleh kita lakukan ialah gunakan ‘belakang orang’ untuk perkara luar tabie. Lu fikirlah Bro..



Kenapa ketika Perang Uhud tentera Islam kalah sedangkan semasa Perang Badar tentera Islam sebanyak 313 orang boleh menang melawan kafir yang melebihi 1000 tentera. Kerana Allah menggunakan ‘Rijalul Ghaib’ dan malaikat membantu mereka yang beriman, walaupun berperang di bulan puasa (Ramadan) mereka masih boleh bertahan. Kalah Perang Uhud kerana tamak mahu merebut harta rampasan perang hendak jadi ‘penyamun tarbus’. Apakah yang dapat kita ambil iktibar dari Perang Badar dan Perang Uhud. Macam PRU 13 yang bakal muncul entah bila. Cuba tanya “Queen”. Apapun mari kita berperang dengan nafsu, dengan setan, dengan shaitan menggunakan ‘ilmu tasauf’ untuk memerdekakan roh dan jiwa kita akibat takut dengan perkataan ‘sembah durhaka’, sampai bila hendak jadi WIRA BANGSA.


Jika kita tidak membaca sejarah, pasti kita lupa bahawa Arab Jahiliyah hidup berpuak-puak menyembah berhala keliling Kaabah, menipu memperdaya, minum arak dalam tengkorak, tanam anak perempuan hidup-hidup. Bila beriman dan bertaqwa, akhirnya menjadi bangsa yang bijaksana, dihormati, dan dimuliakan. Dengan adanya Daulah Islamiyah, umat Islam boleh memerintah sebahagian besar Eropah. Namun bila mereka tidak lagi menyembah selain  Allah dan menolak Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah, ada nabi dan rasul lain akibat tidak lagi beriman, bertaqwa dan Al-Quran dijadikan panduan, sunnah Nabi Muhammad s.a.w menjadi ikutan. Tengoklah apa jadi pada bangsa Arab yang telah menerima laknat dari Allah dengan kekayaan yang Allah berikan ‘emas hitam’ petrol dari perut bumi akibat menderhaka pada Tuhan dan hidup tak merdeka. Kaabah ada di bumi Makkah, kiblatnya ke ‘Rumah Putih’ di Amerika, presidennya berhati hitam memusuhi Islam.



Bila disebut sejarah, bukan sahaja sejarah politik tetapi merangkumi semua aspek hidup manusia, asal usul kejadian manusia. Tujuan Tuhan mencipta manusia sebagai ‘khalifah’ di muka bumi. Sejarah kemerdekaan yang terpenting bagi umat Islam adalah membebaskan ‘hamba’ yang terpaksa menyembah Tuan untuk mendapatkan rezeki sedangkan Allah pemberi rezeki. Sesudah mengenal Allah menerusi Muhamad s.a.w pesuruh Allah, apa jua seksaan yang dilalui tetap Allah yang disembah seperti Bilal bin Rabah. Cuba tengok filem The Messenger.



Ketika Islam muncul, bangsa Arab berada di dalam keadaan berpecah-belah. Tiada sebarang ikatan selain ‘assabiyyah’ seperti ‘jahiliyyah’ di keliling kita hari ini, di mana manusia menyembah kuasa, dan merebut harta dengan memperdaya rakyat yang sepatutnya menjadi tanggungjawab khalifah mereka, bermusuh-musuhan akibat parti politik seperti fahaman etnik, puak Aus dan Khazraj di Yathrib, bani Adnan dan bani Qahtandi di Semenanjung Tanah Arab, Asyuriyin di Iraq dan Lubnan, Arab Qibti di Mesir serta bangsa Barbar di Maghribi. Apakah yang menyatukan mereka? Rahsianya di kalbu, kuasa ghaib terkandung dalam keimanan dan taat pada perintah Allah. Hendak tengok hama guna mikroskop, nak tengok anak bulan guna teleskop, nak melawa guna ‘contact lense’ mata, boleh tukar warna biru macam mata Mat Saleh, rambut pula warna merah.

Sekiranya kita semua sujud kepada Allah, naik setingkat lagi ke makam ‘mutmainnah’perpecahan umat hari ini bukan lagi satu masalah, air dicincang tak akan putus. Carik-carik bulu ayam, akhirnya bersatu kembali.
‘Mustahil’ adalah satu perkataan. Sebenarnya, tak mustahil jika kita bersihkan hati dari sifat ‘mazmumah’kepada ‘mahmudah’, inshaAllah kita dapat menyatupadukan umah. Barulah kita merdeka. Bila tidak lagi takut dengan perkataan “menderhaka”.

  Umat jahiliyyah berubah apabila datang seruan Islam, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Jangan sesekali menderhaka pada Allah. Semua umat manusia diseru meninggalkan segal bentuk ikatan jahiliyyah yang sempit, berfikir dalam kotak jadi ‘katak bawah tempurung’ tak mahu menerima pendapat orang lain. Kita aje yang betul, mazhab kita saja yang diterima Allah, yang boleh masuk syurga, yang lain masuk neraka. Bila pula kau jadi Tuhan? Kita perlu berani dan sabar bersifat toleransi melawan Taghut, jangan mementingkan diri sendiri. Macam mana mahu bersatu membentuk satu umah apalagi 1 Malaysia? Tanpa penyatuan ummah, tak akan ada kemerdekaan, tak ada sifat kasih sayang bila sukar memaafkan kesalahan orang lain, dendam sampai 7 keturunan macam ‘Sumpah Mahsuri’ di Langkawi. Inilah ruginya bila Islam sekadar syariat tanpa hakikat, ritual tanpa spiritual.


Kesatuan bermula di dalam masjid, mahligai Allah dalam diri ketika berada di dalam saf. Tak ada beza antara  Ajam ‘non-Arab’ dan Arab, kita datang dari yang Satu, yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang bertaqwa. Tak ada “Yang Maha Mulia”, hanya Allah yang ‘Maha Mulia’ segala-galanya. ‘Maha’ hanya untuk Allah yang menjadikan kita. Kita perlu tahu yang kita “Rahsia Dia” dan Dia “Rahsia kita”, guna mata hati untuk membuka hijab. Tak ada kasta, tak ada permaidani merah di masjid Madinah, tak ada manusia yang diagung-agungkan. Anak hamba abdi menjadi imam, bila disuruh rapatkan saf antara Muhajirin dan Ansar terjalin silaturrahim. Tak ada sahabat yang mempunyai kekebalan kerana mereka telah mematikan diri membunuh ego keaku-akuan dan tak ada para VVIP biarpun sudah berada di peringkat insanul kamil sudah ‘fanak’. Pelik, tak mahu rapat dengan saudaranya sendiri ketika berada dalam satu saf, berimankah kita bila kita masih terasa kecil bila bersebelahan orang berbaju kebal akibat takut menderhaka? Manusia sembahan kita.


“Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”(Surah al-Anbiya’: 92)

Penjajah telah membuaikan kita dengan senandung dan baladanya. Kita dilekakan, kita ditidurkan senyenyak-nyenyaknya dan sama-sama kita dipecah-belahkan kerana benih ‘egoisme’, sikap kefanatikan dan pemujaan yang berlebih-lebihan baik kepada individu mahupun kepada kumpulan menyebabkan kita terhijab dari kebenaran hakiki. Akhirnya kita terima bulat-bulat ada ‘orang besar’,takut dengan Orang Besar, kita orang kecil ada kuasa besar selain Allah s.w.t. Di mulut kita lafaz “Allah hu Akbar” di khalayak ramai, kita teruk berzikir “Allah hu Akbar Allah hu Akbar” gegak gempita. Retorik semata-mata, selagi tak kenal siapa diri kita. Berimankah kita mulut cakap lain, hati cakap lain, kepala fikir lain. Cakap tak serupa bikin punya munafik.

Kesalahan umat akibat tidak mempunyai ilmu kerohanian, terlupa kekuasaan ghaib milik Tuhan yang Maha Kuasa ada dalam diri manusia, akibat tidak dapat membuka ‘mata hati’, mata kepala tak pakai, yang dipakai ‘kepala lutut’... He he he... Lu fikirlah bro. Kita jadi tidak mahu mencari kesempurnaan, sampai berpuluh-puluh tahun hidup masih berada di peringkat ‘nafsu amarah’   , yang kita rebut kerusi Perdana Menteri sedangkan sesudah membersihkan hati. Dalam keadaan terang benderang, kita hidup di dalam kegelapan  disebabkan Buta Mata Hati.
Pada 31 Ogos 2012, kita akan meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-55, dulu kita tak raikan dua kemerdekaan dalam satu tahun kerana Malaysia tertubuh pada 16 September 1963 tetapi Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, maknanya kita ada dua hari kemerdekaan. Pelik tapi benar, Sabah kekal dengan nama Sabah, Sarawak kekal dengan nama Sarawak, Singapura dengan nama Singapura. Ke mana hilangnya Tanah Melayu bila Persekutuan Tanah Melayu tukar jadi Malaysia?
Apakah 1 Malaysia ini jelmaan Malayan Union yang amat ditakuti oleh orang Melayu dulu? Samalah 1 Malaysia dengan Malaysian Malaysia. Anak Cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ‘hingatlah’.


Sejarah merdeka ialah sejarah kebebasan daripada sebarang belenggu atau ikatan. Bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada yang lain. Begitulah takrif merdeka seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan.
Merdeka adalah manifestasi ketamadunan sesebuah negara di mana manusianya terdiri daripada mereka yang berilmu dan berakal, beradab dan berakhlak, berdisiplin, berprinsip serta mempunyai rasa tanggungjawab terhadap setiap kehidupan yang dijadikan oleh Allah s.w.t
Sheikh Abdul Qadir Jailani


Panglima Kiyai Salleh
Kita dijajah selama 446 tahun, Portugis 511-1641 (1330 tahun), kemudian Belanda 1641-1795 (154 tahun), selepas Belanda East India Co. 1795-1824 (23 tahun) kemudian balik Belanda 1818-1824 (6 tahun) kemudia British II 1824-1942 (118 tahun), lepas itu Jepun 1942-1945 (3 tahun 8 bulan) sebelum British III, Komunis Bintang Tiga (14 hari) Seksanya hidup orang Melayu ketika itu, nasib baik di Batu Pahat, Johor ketika itu ada Panglima Kiyai Salleh, pengamal tarikat Qadariyah, ilmu dari Ghauzulazam Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir Jailani, raja segala awlia.

Apakah setelah 446 tahun kita dijajah, baru 55 tahun merdeka apakah kita tak takut sekiranya “kemerdekaan” yang kita nikmati hari ini hilang di tangan pemimpin yang hilang akal? Biarpun kemerdekaan diterima dari dulang emas bukan dengan  ‘bamboo’ runcing seperti di Indonesia akan hilang? Lu fikirlah bro.
Kita marah kerana kerusi kuasa kini berada di tangan pemimpin yang bebal, bodoh sombong dan jahil agama? Bagaimana dengan diri kita? Mungkinkah kita seperti ‘beruk yang diberi bunga’? Berikan kuasa pada mereka yang bukan ahlinya, tunggulah hari kehancurannya (Al-Quran).


Bersyukur dengan yang sikit, Tuhan akan tambahkan. Seandainya kau tidak bersyukur, kau akan dilaknatNya (Al-Quran).
Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang hendak kamu dustakan?(Al-Quran)
Apakah akibat satu kapal dua nakhoda ini tanda-tanda ‘kapal layar’ simbol yang digunakan oleh UMNO, MIC dan MCA akan karam akibat pemimpin yang tamak haloba, kejam zalim, angkuh, bakhil, tidak adil, kapal layar bertukar menjadi ‘Titanic’?
Baik-baik belayar malam,Arus kencang kurangnya tajam,Kalau tidak malim yang faham,Di situ juga perahu tenggelam.
Merdeka, merdeka, merdeka, mahu duit mahu dunia ka atau mahu akhirat ka?





Surat dari Tunku Abdul Rahman kepada S.H Al-Attas
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 13, 2012 02:23

August 5, 2012

SIAPA YANG DISEMBAH?


SIAPA YANG DISEMBAH?B ism illahi rahman irrahim
Baru-baru ini ketika saya sedang mengemas pejabat, saya terjumpa sebuah makalah oleh Jill Wechsler yang tersimpan entah berapa tahun, apa yang menarik minat saya ia memperkatakan soal akal, ilmu keturunan dan nasib oleh beberapa orang tokoh yang akan saya kongsikan bersama anda tanda sifat kita berkasih sayang antara kita yang mengamalkan sifat pemurah, apa juga ilmu yang kita ada ibarat kata pepatah “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah kita bersedia berkongsi. Mudah-mudahan ilmu dari pengalaman tokoh yang sudah berjaya ini boleh mendatangkan manfaat tentang betapa pentingnya ilmu dibandingkan dengan harta mahupun kuasa. Sekurang-kurangnya kita akan melihat sesuatu dari satu perspektif yang berbeza dan kita boleh melakukan anjakan paradigma ke paradigma holistik.
“How to make the most of the brain you are born with!” Bagaimana menggunakan akal yang dilahirkan bersama-sama kamu. Otak akal adalah yang membezakan antara manusia dan haiwan tapi sekadar ada otak, tak ada akal apa bezanya dengan binatang buas? Akal itu apa mengikut hakikat insan?
“Kawan manusia yang baik adalah akal dan ilmu pengetahuan, musuh manusia adalah kejahilannya” (Imam Ali)
Gajah mempunyai ingatan dan memori yang sangat kuat, helang selain boleh terbang, boleh melihat rezekinya sejauh dua batu. Kuda lahir tak perlu bidan boleh terus berdiri dan berjalan. Apakah anda mahu jadi seperti kuda? Hebat macam mana, masih ditunggang orang. Manusia yang tak ada ilmu, boleh cari makan. Tapi terus jadi tunggangan manusia, seperti beruk rantai pendek dalam sajak saya. Sebenarnya manusia adalah makhluk Allah yang terhebat selain ada akal, juga punya Ruh. Lebih-lebih lagi sudah berada di peringkat insanul kamil tak perlu sayap untuk terbang tapi boleh sampai ke sidratul muntaha. Wali Allah dengan karamah yang ada bila di maqam qutub boleh berada di 7 tempat dalam satu waktu. Dengan karamah yang ada padanya boleh melakukan mukjizat yang dilakukan para anbiya. Anda perlu ada ilmu makrifat untuk memahami ini semua.
Tuhan beri rezeki kepada semua makhluknya, beri agama pada mereka yang mahukan agama tapi memberikan ‘hidayah’ kepada insan yang dipilihnya saja. Tuhan suruh Nabi Muhammad berdakwah tapi hanya Tuhan yang berhak memberi hidayah, kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Kuasa. Mintalah pada Allah. Permintaan kamu jika kamu yakin akan diperkenankan antara cepat dengan lambat, yang penting tahu cara berdoa.
“Intelligence isn’t something you’re born with, it develops the more you read, the more you get around, and the first requisite is to approach people with an open mind. Intelligence isn’t providing the answers but just keeping an interest in life.”                                      Malcolm S.Forbes Penerbit dan Ketua Editor majalah Forbes
Untuk berjaya kita perlu mempunyai minda terbuka, jangan jumud, selalu bersangka baik, ‘husnu zan’. Kecerdikan, kepintaran belum tentu boleh memberi semua jawapan. Ia sekadar membuatkan kita berminat dan ingin tahu, dengan membaca sahaja minda boleh terbuka.
In my field, you don’t get prodigies – wisdom comes from reading and from experience in living. It also takes tenacity. Luck also has a lot to do with it – being in the right place and meeting teachers who can be tremendously influential. I had some teachers at Harvard who were very valuable. What you also need is the ability to learn from experience – to change your mind. And you need a tremendous capacity for hard work.”
Christopher LaschWatson Professor of HistoryUniversity of Rochester



Kepandaian yang diperolehi dari membaca dan rajin menuntut ilmu, masih belum cukup anda memerlukan guru. Kata profesor sejarah di University of Rochester, malah guru dapat mempengaruhi jiwa kita jika kita sanggup bekerja keras dan belajar dari pengalaman. Jika tidak setelah tamat sekolah bertahun-tahun, apa yang dipelajari di bangku sekolah ibarat mencurah air di daun keladi, tak berkesan tak berfaedah.
Kalau saja anda telah mengikuti kuliah saya atau tulisan secara mendalam, layari http://alattasuniversityoflife.blogspot.com atau http://shalattas.blogspot.com 
InshaAllah ia boleh membantu dari tulisan saya sebelum ini. Tulisan saya ibarat tali yang bersambung-sambung. Saya sekadar postman. Isinya saya tak tahu, Allah Maha Mengetahui iktibar apa yang anda dapat dari tulisan saya sebagai hamba Allah. Wallahu’alam.
Apa yang dicapai oleh dua tokoh ini yang berjaya  di dunia ini disebabkan mereka rajin membaca selain nasib (tuah). Tuhan boleh memberikan apa saja kepada siapa saja yang Tuhan suka, kita tak boleh kata ‘boss’ tak adil, pilih kasih. Kita adalah alat ibarat anak patung yang dibuatnya. Dia punya sukalah. Kalau kita tak suka dengan keputusan Tuhan, cari saja Tuhan lain selain Allah. Hendak ke mana kita? Allah raja sekian alam. Pelarian dari Myanmar boleh menumpang di Malaysia atau mana-mana negara. Alam cakerawala ini dunia dan akhirat milikNya, hendak jadi pelarian ke mana? Lu fikirlah bro.
Di antara 15 tokoh yang berjaya di bidang masing-masing di malakah yang saya baca, adalah kerana mereka yakin dengan perintah Allah, “Iqrak” baca, biarpun mereka bukan Islam. Mungin mereka tidak tahu pun membaca itu diperintah oleh Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya membaca. Tapi, orang Islam menipu Tuhan, sedangkan semasa alam arwah berjanji bila ditanya “Alastu birabikum?” Qolu bala syahidna . Tuhan suruh baca, tapi ingkar. Bayangkan Tuhan pun boleh ditipu, akhirnya mereka kena tipu akibat kejahilan tanpa ilmu.
Selaku seorang Islam bila nak membaca, mulakan dengan Bismillahir rahman nirrahim. Dengan membaca dan berfikir “bertafakur”, saya percaya ilmu pengetahuan terutama tauhid dan ilmu ketuhanan akan mengeluarkan manusia dari kegelapan, dari kelemahan dan kebebalan serta kejahilan.
Dari segi bersuara dan bertindak, Islam amat mengalu-alukannya kerana ini merupakan aplikasi ilmu yang kita miliki. Ilmu yang ada bukan sahaja dituntut untuk diajarkan malah dikongsi kepada orang yang lain, yang lebih tinggi lagi, ilmu itu perlu digunakan untuk mengelakkan diri (sendiri dan orang lain) daripada kemudaratan, namun bila ramai sangat orang yang berilmu mempunyai lidah shaitan, cinta dunia takut mati, maka kezaliman, kekejaman, ketidakadilan, yang kaya bertambah kaya dan boros macam setan, bakhil macam Qarun berlaku di negara Islam yang kebanyakan umat Islam hidup dalam kehinaan, hidup di bawah paras kemiskinan.
Berilmu sahaja tidak memadai tanpa amal. Amal sahaja tanpa ikhlas juga sia-sia. Ada ilmu, ada amal, ada ikhlas. Jika kita tidak ada keberanian untuk menegakkan keadilan, tak guna juga. Islam berkembang dan bermula dengan keberanian Nabi Muhammad s.a.w, diikuti oleh para sahabatnya. Apa gunanya ilmu tanpa kuasa, dan jika kita tidak mempunyai kekuatan ekonomi akhirnya kita akan jadi mangsa, jika kita masih berada di peringkat hamba.
Sebab itu perlu menjadi manusia yang terlebih dahulu merdeka minda dan roh kita, sekiranya kita telah menjual Roh kita pada setan, pasti setan syaitan akan mendekatkan kita kepada kekufuran. Namun, lebih ramai manusia yang sabar bila diuji dengan kemiskinan dibandingkan dengan kuasa, kekayaan dan wanita.
Apa gunanya ilmu jika kita ‘tidak berani’ menggunakan ilmu dengan bersuara dan bertindak agar kita mendapat hak-hak yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita selaku manusia? Apakah hak manusia di atas muka bumi ini?
Ketahuilah, semoga engkau diberi taufiq kepada segala yang dicintai dan diredhai Allah. Makhluk yang pertama yang diciptakan Allah adalah Ruh Muhammad s.a.w. Ia diciptakan daripada cahaya ‘Jamal’ Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam Hadis Qudsi: “Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat-Ku”
“Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal.”
Hakikat Muhammad disebut ‘nur’ , kerana bersih dari segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagaimana firman Allah: “Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah”. Hakikat Muhammad disebut juga akal kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk, sesuai dengan sabda Rasul s.a.w:
“Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku.”
Dan dari ruh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua ruh di alam ‘Lahut’ dalam bentuk yang terbaik yang hakiki.
Selanjutnya Allah menciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana firman Allah:
“Dari bumi aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikanmu. Dan dari bumi pulalah aku mengeluarkanmu.”
Setelah terwujud jasad, maka Allah memerintahkan ruh agar memasuk ke dalam jasad dan ruh masuk ke dalam jasad, sebagaimana firman Allah: “Ku tiupkan ruh dariku ke dalam jasad.”
Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut, iaitu hari perjanjian: “Alastu birabbikum” (Bukankah aku ini Tuhanmu?) Ruh menjawab: “Benar, Engkau adlaah Tuhan kami”. Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat awal. Dengan kasihnya Allah menolong mereka dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal bagi mereka, sesuai dengan firman Allah, “Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah”, iaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah di alam Lahut.
Keagungan Islam di dalam bidang ilmu dan pencapaian teknologi telah pun terbukti sejak zaman silam lagi. Hal ini banyak diceritakan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran tentang kisah pencapaian ilmu dan teknologi yang dilalui dan dicapai oleh para Rasul, Nabi dan umat-umat manusia di zaman tersebut dan seluruh kesempurnaan dan pencapaian ilmu dan teknologi yang boleh dicapai secara sepenuhnya di zaman Nabi Muhammad s.a.w, seterusnya umat manusia yang terkemudian sampailah alam fana ini mengalami kiamat. Malahan sebahagian daripada kemajuan ilmu dan teknologi yang boleh dicapai oleh manusia Islam di zaman silam masih lagi terdapat di zaman kini dan ketinggian teknologinya sehingga ke hari ini tidak boleh lagi diterokai oleh manusia moden. Masalahnya kita tak pernah mengambil tahu. Sedangkan abad ke-21, masyarakat dunia menaruh kecenderungan untuk mendalami ilmu tasauf. Anda bagaimana? Tunggu apa lagi, sudah tonton filem Roland Emmerich, 2012?


Ramai orang yang tak beriman bila mendapat satu jawatan, akibat ego dipengaruhi oleh setan dan syaitan, mereka mendabik dada kerana kehebatan ijazah yang berjela. Kepintaran dan rajin berusaha, mereka terlupa Allah yang menentukan untung nasib, jika Allah tak memberikan akal fikiran, dan bagaimana pula jasa ibu bapa dan guru-guru? Tapi bila Tuhan ambil balik, membebel salahkan Tuhan. Lu fikirlah bro! Bersyukur dengan sikit, Allah akan tambahkan. Seandainya anda tak bersyukur, anda akan menerima laknat (Al-Quran).
“For high intelligence, it helps to have the right parents and the right environment – to go to the right schools – and some luck. I was lucky to wind up working in research. I didn’t have a Ph.D or and M.D. I originally wanted to be a doctor, but I couldn’t get into medical school. If I hadn’t had the opportunity to do research, I never would have gone so far.”                      Julius Axelrod Pemenang Hadiah Nobel(perubatan),1970







Pernahkah anda melihat seorang bayi yang baru dilahirkan tak kira apa bangsanya, di negeri mana ianya dilahirkan, ia tetap akan menangis. Kenapa dia menangis? Kenapa tak ketawa? Padahal  sudah terkeluar dari dalam perut yang sempit, kini dia sudah berada di alam maya. Dia lahir lengkap seperti orang dewasa, ada mata, telinga, hidung, mulut, kaki tangan, namun semuanya tak boleh digunakan tanpa bantuan ibubapa. Kenapa syurga  di tapak kaki ibu? Ibu yang macam mana? Macam Maryam (ibu Isa a.s), Asiah (ibu angkat Musa a.s),  Khadijah (ibu Fatimah Az-Zahrah), atau ibu Sheikh Abdul Qadir Jailani?
Seorang isteri, syurganya berada di bawah tapak kaki suami? Kaki busuk melantung atau jantan haprak? Syurga di bawah tapak kaki yang munafik? Kaki judi, kaki kelentong, kaki betina, tahi arak dan suami yang buas macam binatang. Cuba pergi tanya mufti, minta fatwa Menteri Agama, Jamil K.Baharom. Ada ke syurga bawah kaki jantan macam Abdul Fakar dalam novel Salina , karya A.Samad Said?

Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada urus tadbir yang ada hubung kait dengan ketepatan memilih pemimpin benar-benar berfungsi sebagai seorang pemimpin dan pentadbir. Bagaimana kalau suami jadi Menteri, isterinya jadi Perdana Menteri? Perangai macam puaka pulak. Lu fikirlah Bro!


Kepakaran, kemahiran serta perwatakan peribadi ‘mukmin’ mempengaruhi corak kepemimpinan dan menentukan jatuh bangun sesebuah negara. Ketepatan memilih pemimpin dapat menjamin kehidupan yang harmoni dan memastikan segala sistem kehidupan dilaksanakan dengan berkesan. Seandainya manusia tidak lupa bahawa hanya Allah yang disembah. Bukan takhta, harta, dan wanita. Tiga ‘ta’. Cuba baca buku saya “Wanita, Takhta dan Kuasa”; latta, uzza, manna.Ketiga-tiga ‘ta’  ini ditolak oleh Nabi Muhammad s.a.w. Tahu kenapa? Tahu tak apa... Anak Cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ingatlah!
“Sesiapa melantik orang yang tidak layak menjadi pemimpin, maka sesungguhnya ia telah membuang kalung Islam daripada tengkuknya.”(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Memimpin sebuah negara adalah suatu taklif (mandat) bukannya tasyrif ((kemuliaan) yang diberikan Allah. Mereka yang diberi taklif, tanggungjawab serta amanah ini perlu tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah.
“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya),maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara tidak patut dikerjakan.” (Surah Al-Ahzab, ayat 72)

Al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah menyatakan, pemerintahan adalah satu amanah dan disyariatkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama serta mentadbir urusan dunia umat Islam.
Kita perlu ilmu untuk meneruskan kehidupan dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Waktu kita lahir ke dunia, ibubapa, sanak saudara gembira. Teringat saya ketika Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan, Abu Lahab gembira walaupun dia penentang Islam, namun setiap hari Isnin dia terlepas dari seksaan kubur.
Bila manusia mati, orang keliling menangis tapi ada juga yang gembira pura-pura sedih. Lama menunggu harta emak bapak yang bakhil kerana ada ibu bapa yang perangai macam Qarun atau ibu yang perangai macam puaka. Anak-anak sentiasa mendoakan supaya mereka cepat mati boleh dapat harta. Joli katak Bro... Macam Serani Bunga Raya, tanya orang Melaka. Kenapa tak percaya ke?



Manusia akan balik kepada asal, from dust to dust, dari tanah kembali ke tanah. Masuk kubur nanti, seorang diri takkan ditemani oleh sesiapa pun. Ada makhkota tak guna, ada macam-macam gelaran anugerah tak disebut, ada jet, ada yatch, ada puluhan kereta dan motosikal. Lubang kubur kecil, tak boleh bawa masuk semuanya. Ke mana pergi egonya dulu, my castle, my car, my private jet, my prince and princess, my queen. Semua, I, me, my. One cent cannot use Bro!
 
Jika tak boleh menjawab “Marabukka”, Siapakah Tuhan kamu? Who is your God? Setan atau Shaitan. Akhirnya jadi Yang Maha Halia , pinjam kata-kata Uncleseekers;berangin aje, nama pun ‘halia’. Pathe Philipe datang mengendap, bulat bola Tuankau. “Jangan marah, nanti kena jual”, dari filem arahan Tan Sri P.Ramlee.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama baik atau busuk. Kalau kaki busuk, macam mana nak tinggalkan nama baik? Nak jadi imam pun tak boleh. Lu fikirlah Bro!


Nama apa yang kamu nak tinggalkan bila hidup di dunia jadi penyamun tarbus. Makan harta anak yatim, Allah perintah supaya membahagi harta ikut faraid tapi kamu pulun untuk diri sendiri. Kasihan bila manusia mata hatinya buta.
Bila nyawa dah hilang, orang cepat-cepat kena tanam, bangkai manusia jauh lebih busuk dari bangkai binatang bila perut sudah meletop. Apakah ketika keluarga menangis melihat anda dibungkus oleh selimut putih, ada penyokong, pengampu, penjilat yang boleh kata “jangan menderhaka!”. Di dunia lu boleh pukul siapa saja yang kamu suka. Berani cakap dengan Tuhan “lu pukullah macam mana lu suka?” He he he.


Dulu lagu Selimut Putih diharamkan oleh RTM kerana perkataan ‘Manusia Agung’. Banyak buku hakikat diharamkan, akhirnya di sana sini lahirnya anak haram yang dibuang dalam tandas, tong sampah, longkang. Siapa yang tanggung dosa ini? Yang Dipertuan Agung, Ulama atau Perdana Menteri?
Di mana perginya manusia agung, yang didewa-dewakan bila sudah jadi mayat? Apakah dia boleh gembira pergi jumpa dengan Tuhan, jika tak tahu jawapan “Marabukka”?Di dunia hidup kaya raya macam “the rich and famous”, di akhirat menjadi seorang  muflis.
Baru-baru ini kita dapati di dada akhbar bahawa semakin ramai rakyat Malaysia menjadi muflis,lebih-lebih lagi di kalangan yang berumur 30 ke bawah. Siapa lagi kalau bukan orang kita yang suka berhutang.
Mereka berbelanja lebih dari pendapatan.Tabiat berbelanja begini belajar dari siapa? Takkan tak tahu, kalau bukan dewa-dewi Tuankau yang menunjuk-nunjuk dialah paling kaya. Rantai lebih mahal dari Beruk. Lebih-lebih lagi didorong oleh kemudahan-kemudahan seperti Kad kredit, akan tetapi kemudahan begini disalahguna akibat dari kegagalan mengawal nafsu akibat tak ada ilmu tauhid, tak mengenali manusia saufi.
Apa yang menarik disini adalah bila kita renung dengan lebih dalam apa yang kita maksudkan sebenarnya dengan konsep muflis itu tadi. Pernah rasul S.A.W bertanya pada sahabatnya, siapakah yang digolongkan sebagai orang yang muflis? lalu sahabat menjawab; mereka yang tidak mempunyai dinar dan keluarga. Lalu baginda bersabda, bahkan siapa yang muflis itu sebenarnya adalah seorang yang dalam hidupnya kuat beramal, baik melalui solat,puasa atau zakat yang menjadi pendapatanya pada akhirat kelak, lalu apabila tiba saat perhitungan, maka datanglah seorang manusia yang mengadu telah dizalimi manusia berkenaan, lalu Allah swt mengambil pahala dari yang zalim itu tadi untuk diberi kepada manusia yang dizaliminya, dan datang lagi yang lain, dan yang lain sehingga habislah segala bekalan, ibarat hutang-hutang yang harus dilangsaikan,sehingga tiada suatu pahala pun yang tinggal pada si zalim itu tadi. Lalu apabila sudah habis pahalanya, sedang orang yang dizaliminya masih beratur untuk menuntut hak mereka, maka dipindahkan pula padanya dosa-dosa orang yang dizaliminya, maka akhirnya menjadi muflislah dia, inilah akibat tidak menyembah Tuhan sebenarnya. Ego telah menguasai diri dan ekstrem dalam ritual tanpa spiritual.





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2012 12:27

August 1, 2012

Puisi Jamaluddin Al-Afghani (2)


Titik yang berkilau yang disebut diriSelalu memendarkan percikan kehidupan Di dalam tubuh kita.Melalui cinta ia semakin bertahan,Semakin hidup, semakin kukuh, dan semakin berkilau.Melalui cinta esensinya berkobarDan perbendaharaan tersembunyinya berkembang, Diri Membutuhkan api dari cintaDan belajar bagaimana mencahayai semesta dengan api.Adalah cinta yang membawa kedamaian dan Begitupun dengan konflik di dunia ini.Cinta adalah air kehidupan dan                                Juga adalah pedang tajam.Belajari seni menjadi pencinta dan                               Berhasrat mencinta.Berjuang untuk mencapai mata Nuh danMengidamkan hati Ya’qub.Menyingkap alkimia di tangan berlumpur.Dan mencium gerbang kemuliaan.

                                                        Jamaluddin Al-Afghani
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2012 09:33

S.H. Alattas's Blog

S.H. Alattas
S.H. Alattas isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow S.H. Alattas's blog with rss.